Jumaat, 22 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN

Posted: 22 Jul 2011 01:22 AM PDT

BLOG RASMI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN


AKTIVITI PASTI PEKAN - PASTI AT TAUFIQ

Posted: 21 Jul 2011 05:19 AM PDT

16 Julai 2011, Sabtu PASTI At Taufiq Pekan telah menganjurkan Hari Keluarga yang diadakan di Pantai Sepat, Penor Kuantan. Penyertaan Guru-guru, semua murid PASTI dan keluarga mereka berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta pada hari tersebut.

Seawal 7.45 pagi, semua pelajar PASTI dan ibu-bapa berkumpul diperkarangan Madrasah As Siddiq, Kg Pulau Serai Pekan. Sebuah bas disewa khas untuk membawa pelajar PASTI ke destinasi Hari Keluarga sedia menunggu dan ibu-bapa pelajar kebanyakan membawa kenderaan masing-masing untuk ke destinasi hari keluarga.

Tepat jam 8.30 pagi, rombongan peserta hari keluarga PASTI At Taufiq telah sampai ke Pantai Sepat dan disana beberapa Ahli Jawatankuasa penganjur telah sedia menunggu untuk menyambut ketibaan pelajar dan keluarga masing-masing.

Pelbagai acara menarik seperti pertandingan mewarna, sukaneka kanak-kanak dan sekaneka ibu bapa pelajar telah berjaya menghidupkan program hari keluarga tersebut. Dengan bantuan saudara Isha Asmawi yang petah berjaya menceriakan suasana hari keluarga tersebut. Pertandingan sukaneka seperti boling kelapa, lari dalam guni, bola rotan dan tiup belon telah menjadikan pelajar dan ibu bapa seronok dan ceria.

Kebanyakan ibu bapa peserta sangat berpuas hati dengan program hari keluarga PASTI yang dianjurkan dan berharap usaha ini dapat diteruskan setiap tahun kerana ia dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhwah sesama Islam.

Program Hari Keluarga PASTI At Taufiq telah dirasmikan oleh Pengerusi PASTI Pekan yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pekan Sdr. Azizur bin Abdullah. Dalam ucapan perasmian, beliau sempat mengingatkan ibu-bapa tentang peri pentingnya mendidik anak-anak dengan didikan Islan sejak dari awal usia anak-anak. Sekolah pra yang diberi nama PASTI mampu menawarkan produk pendidikan Islam untuk anak-anak awal usia dan ini dapat dibuktikan apabila setiap tahun permintaan untuk memasuki PASTI sentiasa tinggi.

Institusi pra sekolah PASTI At Taufiq adalah dibawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan. Kejayaan Dewan Pemuda PAS mengendalikan 4 buah PASTI diseluruh Daerah Pekan patut diberi pujian.

Pihak penganjur ingin merakamkan ucapan terima-kasih diatas penyertaan ibu-bapa pelajar PASTI pada program hari keluarga tersebut dan mengucapkan jutaan terima-kasih kepada AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Pekan, Sdr. Syed Hasnol, Sdr. Naim, Sdr. Nazhar, Abang Wan Zainuddin, Abang Par kerana telah sama-sama menjayakan program Hari Keluarga PASTI At Taufiq.

Photo program untuk dikongsi bersama ;




Salam Perjuangan

Posted: 21 Jul 2011 11:17 PM PDT

Salam Perjuangan


BERSIH 2.0 - VIDEO POLIS TAYANGAN TERPILIH

Posted: 21 Jul 2011 04:58 PM PDT

TERKINI - DATO' TUAN IBRAHIM STABIL, PERLU REHAT

Posted: 21 Jul 2011 02:49 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Jul 2011 09:19 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Lynas: Badar mahu jumpa Adnan

Posted: 21 Jul 2011 06:55 PM PDT



Lynas: Badar mahu jumpa Adnan
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2011 : Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) mahu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung isu kilang memproses nadir bumi (rare earth), Lynas Corporation Ltd.

Pertemuan ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut daripada Adnan mengenai kenyataan beliau sebelum ini yang menyifatkan pihak yang menolak Lynas khususnya penduduk tempatan sebagai tidak rasional.

Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar) mempersoalkan kenyataan itu kerana menurutnya segala pandangan pihak yang menolak Lynas sedang diguna pakai oleh kerajaan dan Lynas yang dimiliki Australia itu.

"Kalau Adnan kata kita tak rasional kenapa pandangan-pandangan yang kita beri digunapakai oleh kerajaan termasuk Lynas sendiri?

"Setelah mendapat banyak bantahan dariapda penduduk, Lynas baru nak buka kilang dia untuk lawatan dan hari ini baru ada kesedaran di peringkat Jabatan Alam Sekitar untuk buat EIA (laporan alam sekitar) secara terperinci dan diedarkan kepada orang ramai," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Badar yang merupakan NGO di bawah lajnah pengguna mengadakan pertemuan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang meluluskan pembinaan kilang tersebut.

MITI diwakili setiausahanya, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan turut bersama dalam pertemuan itu ialah Pengarah Lembaga Perlesenan Atom Negara Raja Abdul Aziz Raja Adnan selain wakil daripada JAS, Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA), kementerian kesihatan dan beberapa agensi lagi.

Dalam pertemuan tersebut, Badar mempersoalkan beberapa perkara antaranya mengenai hubungan MITI dan MIDA sehingga tertubuhnya kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng.

Mereka juga meminta MITI menjelaskan mengapa kelulusan membina kilang Lamp dikeluarkan pada 2007 sedangkan lesen pengilangan dikeluarkan oleh MITI pada 2008.

Selain itu Badar turut mempersoal tindakan MITI mengeluarkan kelulusan lesen pengilangan sebelum kelulusan laporan EIA dikeluarkan pada 2008.

"Masih banyak prosedur yang tidak jelas dalam pembinaan kilang ini yang sudah tentu akan menimbulkan pelbagai masalah terutamanya dari segi keselamatan penduduk berhampiran," katanya.

Sehubungan itu, Badar juga mengadakan pertemuan dengan Lajnah Guaman PAS bagi mengemukakan tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang itu yang dikatakan sudah 65 peratus siap.

Menurutnya juga, tidak terlalu awal untuk pihaknya menaruh harapan untuk menang jika tindakan undang-undang diambil berdasarkan pengalaman kemenangan penduduk Semenyih, Negeri Sembilan yang membantah pembinaan insinerator bagi pelupusan sisa pepejal pada 2007.

"Saya melihat peluang untuk menang besar banyak prosedur yang tidak dipatuhi dan belum diikuti oleh Lynas seperti laporan EIA ataupun berkaiatn pembinaan kilang tidak lengkap," katanya yang merupakan salah seorang yang memainkan peranan penting menbantah insinerator Broga.

Tambahnya, penduduk Balok, Kuantan akan dijadikan plaintif dalam afidavit yang akan difailkan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4491-lynas-badar-mahu-jumpa-adnan

Apa yang tidak kena dengan Kolej Negeri di Seremban?

Posted: 21 Jul 2011 06:53 PM PDT



Setakat ini telah 3 aduan mengenai Kolej Negeri di Seremban tersiar dalam laman web Aduan Rakyat Online. Dan setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kolej Negeri mengenai kesahihan aduan berkenaan. Adakah Kolej Negeri ini milik kerajaan Negeri Sembilan? Jika ya, kerajaan negeri juga harus mengeluarkan kenyataan mengenai aduan yang tersiar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Laman web Kolej Negeri di http://www.kolejnegeri.edu.my/

KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 PENIPU!
Aduan Rakyat Online
May 23rd, 2011

Saya pelajar Kolej Negeri Seremban 2 nak adukan rasa tak puas hati. Selama 3 tahun kami ditipu. Ada kursus yang ditawarkan tidak diiktiraf MQA. Ada kawan kami yang terus berjumpa dengan pihak MQA untuk mendapatkan kepastian tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan kami. Kursus kami tidak pernah sekalipun membuat permohonan MQA. Apabila kami kemukakan hal ini ke pihak pengurusan kolej, mereka terus menafikan.

Kami juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir atas alasan tidak membayar yuran pengajian. Yang hairannya, tindakan sebegini baru diambil berat pada semester lepas dan semester ini. Ramai yang diantara kami langsung tidak mengambil ujian 2. Kami taknak ia berlaku pada peperiksaan akhir.

Untuk pengetahuan encik kami mengambil kursus diploma dibawah kerjasama UTM. Kami diugut oleh ketua program kolej kami untuk menipu pada pihak UTM bahawa kami belajar disini dengan penuh sempurna, tidak ada sebarang masalah. Tetapi hakikatnya kami belajar di sebuah bangunan lama yang tiada kemudahan langsung yang diperlukan oleh semua student seperti perpustakaan, studio, kantin, unit kaunseling dan sebagainya.

Kami tinggal di asrama (rumah kedai) berasak-asak, kerana berpuluh orang tinggal di asrama yang sama. Selama ini kami bersabar kerana telah menghabiskan banyak wang disini tetapi apabila mengetahui ketiadaan MQA, kesabaran kami ibarat tercabar dan terasa tertipu.

Pensyarah yang mengajar selalu tiada, selalu bertukar-tukar, perkara yang diajar kadang-kadang tiada dalam silibus, ini telah membuatkan ramai pelajar merosot, pointer jatuh, pelajar ramai berhenti. Seorang pensyarah terpaksa mengajar sehingga 3-4 subjek.
Pihak kewangan juga enggan memberi kembali deposit asrama. Mereka hanya mengerah kami membayar tetapi kami tidak diperdulikan.Deposit kami langsung tidak diperdulikan. Kami bukan sedikit..kami ramai. kami sangat-sangat ditindas. Harap pihak encik dapat berikan kerjasama..janganlah hanya melihat warga MALAYSIA dijajah oleh warga MALAYSIA sendiri..bantulah merdekakan kami..

By: siti amiera http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2-penipu

PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011

Assalamualaikum..

Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka.

Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah..

Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini. Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya???

masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2….

tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!!

By: manusiaditindas http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-kolej-negeri-seremban-2-ditindas

KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011

assalamualaikum,

saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga..

saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita


dengan bayaran yg x seberapa..saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima

pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana,

sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut…

saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma..

saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini..

By: shura http://www.aduanrakyat.com.my/kolej-negeri-seremban-2

Politeknik Nilai, N.Sembilan tiada CF?

Posted: 21 Jul 2011 06:52 PM PDT



Politeknik Nilai tiada CF
Aduan Rakyat Online
July 21st, 2011

Politeknik Nilai beroperasi (sewa) pada peringkat awal di Kompleks Perniagaan Kuarters KLIA, Nilai Negeri Sembilan sehingga awal bulan Julai 2011. Ini adalah politeknik yang agak kecil dimana kurus yg ditawarkan amat terhad. Tenaga pengajar dan kakitangan sokongannya juga terhad.

Apa yang amat mendukacitakan, Pengarah Politeknik telah menggunakan kuasa vetonya untuk memaksa operasi Politeknik Nilai dipindahkan ke kampus barunya di Kampung Labu Johnsan (LBJ) walaupun mendapat tentangan daripada kakitangan politeknik tersebut.

Kampus yang baru masih belum mendapat Sijil Menduduki (CF) dan masih ada kerja-kerja pembinaan yang masih berjalan. Sudah tentu dalam keadaan pembinaan yg masih berjalan, tahap keselamatan pelajar dan kakitangan tidak dapat dijaminkan. Jika berlaku kejadian yang tidak diingini siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Yang peliknya, pejabat Pengarah Politeknik Nilai masih berada di kampus lama? kenapa beliau tidak berpindah sekali kalau tahap keselamatan terjamin?

Disamping itu, semasa kerja-kerja pemindahan dijalankan, kakitangan pengajar yang teruk berkemas kerana tidak wujudnya 'general workers'.

Baru-baru ini, kemasukan pelajar baru dan kelas telahpun bermula…kemudahan pejabat masih belum tersusun…semuanya masih dalam keadaan kelam kabut….apakah pengarah sedar akan permasalahan ini? Apakah kementerian sedar dan prihatin akan akan masalah ini? Mungkin kalau sudah terjadi sesuatu tragedi…baru sedar semua pihak…

By: ZALISMA

http://www.aduanrakyat.com.my/politeknik-nilai-tiada-cf

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 21 Jul 2011 07:28 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


KERAJAAN PRIHATIN.

Posted: 21 Jul 2011 12:19 AM PDT



 Tanggal 17 Julai 2011
 Jalan mini asal yang belum diturap dengan tar. Penantian penduduk Kampung Hujung Telok Bagan selama lebih dari 30 tahun kini akan bertukar wajah.


Kerja-kerja meratakan tanah menggunkan traktor sedang dilakukan sebelum batu kasaran diletakkan.

 
 Kerja-kerja penurapan tar mini sedang dilakukan.
Kelihatan yang sudah di turap  

Seorang jemaah/penduduk berjalan dengan selesa untuk ke masjid bersolat Asar.

PAS LENGGONG

Posted: 21 Jul 2011 07:05 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 21 Jul 2011 02:39 AM PDT

PAS Kawasan Pekan

Posted: 21 Jul 2011 07:01 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


PROGRAM BERSEPADU DUN PERAMU JAYA

Posted: 21 Jul 2011 04:59 AM PDT

Program Bersepadu MTD Peramu Jaya Kali ke 2

Program Merakyatkan PAS Kawasan Pekan dengan menganjurkan program mendekati rakyat dan pengundi bagi Dun Peramu Jaya dalam Parlimen Pekan akan diadakan pada tarikh tentatif berikut ;

Tarikh : 21 Julai 2011

Hari : Ahad

Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 malam

Pelbagai acara bermula seawall 9 pagi akan mengisi tentative program tersebut. Antara program yang akan dijalankan adalah seperti berikut ;

· Kem Rawatan Percuma

· Kejohanan FUTSAL Pemuda Islam

· Gotong-royong perdana membersih Surau Kampar

· Sukaneka, pertandingan mewarna dan sebagainya

· Pertandingan memasak, gubahan dan anyaman

· Ziarah dan kunjungan pimpinan masyarakat

· Ceramah Perdana

Program ini akan di laksanakan di 3 kawasan Unit Peti Undi (UPU) iaitu UPU Kampung Mengkasar, UPU Pekan Baru dan UPU Ketapang. Semua ahli jawatankuasa MTD Peramu Jaya, ahli jawatankuasa UPU terlibat, cawangan-cawangan didalam kawasan UPU tersebut terlibat secara langsung menjaya program ini.

Semua dijemput hadir..


PENDUDUK KUANTAN RESAH DENGAN LYNAS

Posted: 21 Jul 2011 03:22 AM PDT

Zulkifli Sulong - harakahdaily

KUANTAN, 21 Julai: "Di negara mereka, ditetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari kilang rare earth (nadir bumi), namun di sini, jika apa-apa berlaku seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km sahaja dari bandar Kuantan."

Fakta inilah yang membuatkan penduduk Kuantan sekarang resah dengan kehadiran kilang 'lampu' atau 'Lamp' yang akan dibina di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari bandar Kuantan. Ia disingkatkan dengan nama Lamps On pada papan tandanya di Gebeng.

Namun sebagaimana biasa, masyarakat Cina di sini jauh lebih resah berbanding dengan orang Melayu kerana inilah yang sentiasa berlaku apabila melibatkan sensitiviti masyarakat. Mereka telah mengepalai NGO "Save Malaysia - Stop Lynas' bagi melawan projek ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyalahkan sikap media Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka menyebatkan sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini.

Satu keluarga Cina di Kuantan diminta berpindah dari bandar itu oleh ibu mereka kerana takutkan apa yang berlaku di Bukit Merah, Ipoh berlaku lagi di Kuantan dengan pembinaan kilang 'Lamp' ini.

Ini kerana, kilang yang sama di Bukit Merah, Ipoh (bukan Bukit Merah, Taiping) telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1992 ekoran tindakan penduduk tempatan membantahnya selepas dipercayai menyebabkan pelbagai kecacatan dan kematian kepada penduduk berhampiran kilang ini.

(Papan tanda jalan masuk ke kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan)

Lamp adalah singkatan dari perkataan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sebuah kilang memproses nadir bumi yang sudah 65 peratus siap (ada yang berkata 90 peratus siap) sekarang ini. Ia dibina di atas tapak sebuah kawasan perindustrian yang berjiran juga dengan kilang-kilang perindustrian yang lain di situ.

Antara kilang yang berkongsi pagar dengan Lamp adalah Polyplastics, BASF Petronas Chemicals dan juga Palmoil Industrial Cluster yang sedang dibina.

Di seberang jalan pula adalah pusat latihan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM).

Pada papan tandanya, tercatat papan tanda LAMPS ON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) yang dimiliki Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang.

Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22 Februari 2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta.

UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

(Bangunan APMM yang siap untuk digunakan hanya dipisahkan dengan jalan raya dan sebuah kilang sahaja dengan kilang Lynas. Ia tidak sampai 5 km jaraknya sebagaimana yang disarankan dalam laporan EIA)


Kilang ini adalah 100 peratus milik Lynas Australia dan dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan pada suku-pertama 2011 (Mac).

Selepas siap nanti, nadir bumi yang dilombong di Australia akan dibawa ke perlabuhan Kuantan dengan kapal. Dari kapal, ia akan dibawa dengan lori ke kilang ini untuk diproses sebelum dieksport semula.

Ada beberapa isu penting yang membimbangkan penduduk tempatan.

1) Bahan 'nadir bumi' ini berupa gentian yang sangat halus yang mengandungi bahan radio aktif. Ia sangat merbahaya kalau tertelan atau dihidu dan masuk ke dalam badan.

2) Semasa memproses nadir bumi ini, ia akan melibatkan penggunaan yang asid Hidroklorik dan asid Sulfurik yang banyak. Ia sangat bahaya kalau terlepas bebas ke udara.

3) Prosesnya juga melibatkan banyak air dan air yang telah digunakan akan dilepaskan ke Sungai Gebeng selepas dirawat. Namun setakat manakah rawatan itu berlaku dan apa berlaku jika rawatan ini tidak lengkap.

3) Bahan sisa kilang ini juga mengandungi radio aktif. Di mana ia akan dibuang dengan selamat.

Ke empat-empat isu inilah telah menyebabkan penduduk tempatan khasnya di Beserah dan Gebeng serta Kuantan menubuhkan NGO khas bagi menghadapinya.

Badan itu adalah Save Malaysia - Stop Lynas dan satu lagi Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (Badar).

(Tiga penggerak utama Badar yang dipimpin oleh Amdan Sura [berdiri di tengah] ketika ditemui di Gebeng Ahad lepas)

Hari ini, Badar telah menyerahkan memorandumnya kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membantah kebenaran yang diberikan MITI untuk pembinaan kilang ini di Malaysia.

Mereka juga bertemu dengan Lajnah Guaman PAS bagi membuat proses tindakan undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang ini di Gebeng.

"Pada peringkat awal dahulu kita agak lunak dengan pembinaan kilang ini tetapi setelah mengetahui secara mendalam, kita tidak akan biarkan dan akan menentangnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul hadi Awang kepada Harakahdaily dua hari lalu.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 Jul 2011 03:24 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MEMORANDUM "KEMBALIKAN HAK MAHASISWA " DITOLAK MENTERI, DI MESIR...

Posted: 21 Jul 2011 03:05 PM PDT

dekat luar pun kena jugak beliau

POLIS MENIPU LAGI!!! MANA LAPORAN FITNAH BOM PETROL BERSIH???

Posted: 21 Jul 2011 04:49 AM PDT

Sebelum berlangsungnya perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu, negara digemparkan dengan fitnah dari pihak PDRM dengan penemuan bom petrol/ molatov cocktail serta baju 'bersih' di beberapa tempat termasuklah antaranya Sogo, Jalan Gombak serta di perkuburan cina di Setiawan... tapi sehingga kini beloh kite dengar akan pendakwaan yang dilakukan oleh mereka yang dikaitkan dengan Bersih...

Timbul pertanyaan, iaitu mana dia parang, senjata merbahaya atau `molotov coktail' yang dikaitkan dengan BERSIH 2.0? Mana dia pemimpin yang berjiwa `komunis' yang ingin merampas kuasa? Berapa bijikah bangunan atau kereta yang dibakar? Bayangkan jika di dalam keadaan perhimpunan tersebut diprovokasi oleh pihak Polis dan FRU, tiada apa pun yang berlaku seperti yang dikatakan tadi, adakah jika perhimpunan ini dibenarkan secara aman di Stadium Merdeka akan berlaku kejadian-kejadian tersebut?

Syabas BERSIH, syabas rakyat dan syabas buat Patriot jugak lah. Takziah buat Perkasa, Omar Din OKU dan anak-anak buahnya serta PDRM. Masa akan tiba rejim pasti tumbang!!!


..... SEMAKIN POLIS BERKAWAN DENGAN UMNO SEMAKIN POLIS HILANG INTEGRITI TERHADAP MASYARAKAT MALAYSIA....

SURUHANJAYA PUTUSKAN BENG HOCK BUNUH DIRI... TUTUP KES???

Posted: 21 Jul 2011 01:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Laporan siasatan suruhanjaya diraja memutuskan Teoh Beng Hock membunuh diri ekoran tekanan daripada kaedah siasatan agresif dan berterusan di pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pegawai-pegawai SPRM telah mengenakan tekanan ke atas Teoh agar menjadi saksi dalam kes terhadap seorang Adun DAP.

Hasil siasatan diumumkan oleh Datuk Nazri Aziz yang turut mengatakan bahawa keputusan suruhanjaya itu adalah sebulat suara.

Suruhanjaya diraja juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM didapati telah melanggar prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

Ia mengesyorkan agar tindakan diambil khususnya ke atas tiga pegawai SPRM.

Nazri berkata kerajaan menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pegawai-pegawai terbabit.

Kata beliau, polis perlu membuka satu siasatan dan membawa perkara tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.

... LEPAS NIE KITE TUBUH SURUHANJAYA DI AGONG UNTUK MENYIASAT SURUHANJAYA DIRAYA...

Dari tukang kasut kepada ikon BERSIH

Posted: 20 Jul 2011 11:34 PM PDT

Jimadie Shah Othman
Jul 21, 11
1:26pm
Siapa sangka seorang peserta yang digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu merupakan seorang tukang kasut yang berperwatakan amat lemah lembut.

Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.

NONETidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.

"Beliau ini lain. Bukanlah asyik melepak macam anak muda lain. Ini agak jarang ditemui sekarang ini," katanya yang kebetulan sudah lama mengenali Abdul Razak.

Tukang kasut di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundlemilik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, berbeza dengan individu lain yang cuba diangkat sebagai wira, nasib sebaliknya menimpa Abdul Razak apabila beliau didakwa digambarkan secara negatif oleh media arus perdana.

Saya sayang kawan-kawan

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

NONETajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Sementara itu, mungkin ramai yang hairan bagaimana Abdul Razak mampu bertahan mengharungi kepulan asap daripada gas pemedih mata yang tebal.

"Saya juga sesak nafas juga, abang. Tetapi dah saya ditugaskanclear tempat itu.

"Bila gas dilepaskan, saya tengok belakang saya semua orang tua-tua semua. Takkan saya hendak lari," kata aktivis muda PAS itu.

"Saya sayang kawan-kawan saya," katanya sambil mengakui sudah beberapa kali memegang kanister dan melontarkan ke kawasan lapang dalam beberapa perhimpunan sebelum ini.

Main gimnasium, silat

Bergiat dengan PAS sejak di bangku sekolah lagi, Abdul Razak sudah menyertai Unit Amal - yang dianggap barisan depan pembangkang dalam setiap perhimpunan - sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

Pada hari perhimpunan itu, tambahnya, beliau bersama kira-kira 100 anggota lain anggota Unit Amal bertolak daripada Temerloh - 135 kilometer daripada Kuala Lumpur - semata-mata untuk menuntut reformasi dalam sistem pilihan raya.

NONEBeliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.

Ditanya sama ada beliau pernah menyertai pasukan keselamatan ekoran tubuhnya yang sasa, Abdul Razak dengan malu-malu berkata: "Saya main gym (gimnasium) dan silat, abang."

Pada hari itu, tidak seperti lazimnya, kesemua anggota Unit Amal, termasuk Abdul Razak, memakai baju putih dan bukan merah yang selalu dikenakan.

Kini, sejak penampilan mengejutkan di Gombak Ahad lalu, lelaki yang lebih mesra dengan panggilan "Ajak" itu mula dipanggil menceritakan pengalamannya, sekali gus menyelar beberapa media arus perdana yang didakwa memfitnahnya di pentas ceramah.

"Baru-baru ini saya dipanggil berceramah di Mentakap (pekan berdekatan Temerloh)," katanya lagi, masih dengan nada merendah diri.

Tubuh suruhanjaya di raja kaji kelemahan pilihanraya

Posted: 20 Jul 2011 11:12 PM PDT

Kuala Lumpur: Kelemahan dan kepincangan dalam perjalanan sistem pilihan raya boleh diatasi dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja (Royal Commission of Inquiry – RCI).

"Ini cara terbaik untuk membaiki kelemahan pilihan raya negara kita yang menjadi bualan dan rungutan," kata Zaid Kamaruddin, seorang pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada FMT hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jemaah Islah Malaysia (Jim), berkata, biar pakar-pakar tempatan mengkaji dan memperbetulkan kepincangan pilihan raya termasuk Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri.

"Kalau perlu parti politik boleh dilibatkan dalam RCI ini tetapi lebih elok diserahkan kepada pakar sahaja," katanya.

Zaid ialah salah seorang pemimpin Bersih yang menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 5 Mei lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Dua lagi ialah pengerusinya Datuk S Ambiga dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Zaid memberitahu penubuhan RCI adalah di antara tuntutan yang terkandung dalam memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka akan membawa tuntutan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuntutan Bersih

Pertemuan itu, menurutnya berlangsung kira-kira 45 minit dan Seri Paduka meminta Bersih menghantar melalui faks semua tuntutan Bersih untuk diperpanjangkan kepada kerajaan.

Zaid juga berharap SPR memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membuat pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

"Jika SPR yang buat, ia lebih berkesan dari didesak oleh pihak lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik.

"Bagaimanapun, Bersih akan terus bersuara bagi membuat tuntutan bagi mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih," tambahnya.

Menurutnya, jika perubahan itu memerlukan pindaan undang-undang atau perlembagaan maka ia perlu dilakukan untuk kebaikan semua.

Secara keseluruhannya kata Zaid, beberapa peraturan dalam SPR sendiri perlu ditambah baik seperti ketiadaan kuasa pendakwaan bagi akta pilihan raya.

"Sehingga ini SPR tidak mendakwa seorang pun di bawah akta pilihan raya dengan alasan suruhanjaya itu tiada kuasa mendakwa," katanya. -FMT

Judi: Umno biarkan UMNO calar imej Islam

Posted: 20 Jul 2011 11:08 PM PDT

Judi: Umno biarkan MCA calar imej Islam

Aslani
KOTA BHARU, 21 Julai: Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini.

Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.

Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri.

"Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu.

"Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut," katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi.

Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan.

Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.

Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian.

Fadhli berkata, sekiranya rakyat Kelantan memberi sekali peluang kepada Umno menjadi kerajaan, pastinya kegiatan judi dan maksiat akan subur semula.

Oleh itu beliau berharap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan negeri menjaga kesucian syariat Islam di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Beliau juga mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu terbabit menyaman kerajaan negeri dalam isu pengharaman judi dan loteri.

"Pemuda PAS mempersoalkan di manakah ketegasan Umno dan juga NGO-NGO mereka yang selama ini nyaring mendakwa mempertahankan kesucian Islam.

"Atau adakah Umno sudah hilang kejantanan sehingga membisu seribu bahasa dengan tindakan MCA yang jelas mencabar kedaulatan Islam," ujarnya.

Katanya berdasar kepada perkembangan tersebut Umno sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam.

PRU 13 : PAS SASAR 80 KERUSI PARLIMEN SHJ

Posted: 20 Jul 2011 06:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Julai — PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 — satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.


Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat mempertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN.

Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan "wakil rakyat lompat" berulang.

Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

"Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.

"Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku," kata Salahuddin kepada The Malaysian Insider ketika ditemui semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan.

Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.

"Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

"Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi," katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang "dipinjam" dipertimbangkan untuk "dipulangkan" semula kepada parti yang layak.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Jul 2011 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SIAKAP SINOHONG GELAMA UDANG KARA, BERCAKAP BOHONG LAMA2 JADI .........KETUA POLIS NEGARA?

Posted: 21 Jul 2011 02:54 AM PDT


Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya mempertahankan kenyataannya bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel dalam memerangi rakyat Palestin. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar yang menafikan laporan KeadilanDaily bahawa polis menggunakan gas pemedih mata yang sama ketika perhimpunan aman 9 Julai lepas. Gas pemedih mata jenis CS itu, atau nama saintifiknya 2-chlorobenzalmalononitrile, dikatakan mampu mengakibatkan kerosakan sistem saraf, kecederaan pada mata, paru-paru dan penyakit kulit, malah pernah menyebabkan kematian kepada penduduk Palestin.

Menurut Latheefa, pihak polis tidak perlu menafikan dakwaan itu kerana pihaknya memiliki bukti kanister gas berkenaan yang diperolehi ketika serangan gas pemedih mata itu dilakukan pada himpunan Bersih 2.0.
Kanister itu, katanya, dikeluarkan syarikat Federal Laboratories yang berpengkalan di Amerika Syarikat. "Kita sememangnya dapat dan ada kanister itu. Ini bukan kali pertama (ia berlaku). Yang saya dapat satu, masih panas sewaktu dikutip, tertulis Federal Laboratories," katanya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, Latheefa menegaskan, Federal Laboratories adalah pembekal utama gas pemedih mata kepada askar Israel, yang digunakan untuk memerangi rakyat Palestin.

"Jadi, apabila polis menggunakan gas pemedih mata yang sama, adakah mereka menganggap mereka itu tentera Israel dan kita rakyat biasa sebagai musuh?" kata Latheefa.
Beliau seterusnya meminta orang ramai tidak terkeliru di antara gas pemedih mata jenis CS, dengan syarikat Combined Systems yang turut mengeluarkan gas pemedih mata yang sama.

"CS adalah nama gas, nama (singkatan) saintifik gas itu. Kita jangan keliru dengan Combined Systems yang juga merupakan nama syarikat yang turut sama mengelurkan gas pemedih mata CS," kata Latheefa.

Keadilandaily sebelum ini melaporkan kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang boleh menjejaskan sistem saraf, kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Bagaimanapun, Latheefa berkata, kanister model 560 CS itu dikeluarkan sebuah syarikat Federal Laboratories dan nama syarikat berkenaan juga tertera pada kanister yang diperoleh beliau.

Pada masa sama, Keadilan daily mendapati satu lagi jenis kanister model ALS5727 dikeluarkan oleh sebuah syarikat ALS Technologies Inc, digunakan ketika menyuraikan peserta himpunan aman 9 Julai lalu.

Kedua-dua model kanister berkenaan- iaitu yang dikeluarkan Federal Laboratories dan ALS Technologies Inc- mengeluarkan jenis gas CS yang boleh membahayakan nyawa manusia./kd

BILA RAJA PETRA BERKATA KENAPA SHAFEE GUNDAH GULANA? SIASAT LA!

Posted: 20 Jul 2011 08:29 PM PDT

Raja Petra Dakwa Pegawai SPRM Denda Ahmad Sarbini Berdiri di Kaki Lima Tingkap, Sebelum Terjatuh!!!
KUALA LUMPUR, 21 Julai — Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan editor portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, sebagai seorang yang "bercakap merapu" sambil menegaskan dakwaan-dakwaan mengenai kematian Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak benar.

Ini kerana menurut Datuk Seri Shafee Abdullah , sepanjang inkues setakat minggu lalu ramai saksi telah dipanggil memberi keterangan dan pakar forensik juga mengatakan Sarbaini, penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia tidak membunuh diri atau dibunuh.

"Raja Petra cakap merapu, dalam inkues kita sudah panggil saksi dan pakar (forensik) juga tidak kata Sarbaini bunuh diri atau dibunuh.

"Saya percaya dakwaan ini tidak akan menjejaskan inkues, Raja Petra sudah jadi (bahan) sejarah dan selalu cakap merapu.

"Raja Petra sudah tidak ada modal (untuk bercakap), dia tiada kredibiliti, suka merepek dan sudah tidak diterima pembangkang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, adalah mustahil untuk Sarbaini keluar dan berdiri di atas tingkap bilik pantri seperti mana yang didakwa Raja Petra.

"Tiada sesiapa boleh bertenggek atas tingkap atau berdiri, yang boleh hanya berdiri di luar tingkap dan ia kita dah tunjukkan (dalam lakon semula kejadian).

"Kalau Raja Petra boleh, saya minta dia buat (berdiri atas tingkap)," katanya.

Sehingga semalam, Raja Petra telah menulis 7 entri dan yang terbaru dalam blognya mendakwa Penolong Penguasa SPRM Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad telah membawa Sarbaini ke pejabat Ketua Unit Siasatan SPRM Kuala Lumpur Mohd Fauzi Husin yang terletak di sebelah bilik pantri di aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, Jalan Cochrane di sini. "Di sana, Sarbaini telah 'didera' secara lisan (kerana mahu mengubah keterangan). Secara tiba-tiba mereka membawa Sarbaini ke bilik pantri dan telah menghukum Sarbaini dengan mengarahkan dia berdiri di atas kaki lima tingkap (bilik pantri). "Mohd Fauzi juga mengatakan 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain', terkejut dengan itu Sarbaini memanjat tingkap dengan terus dihina Mohd Fauzi.

"Sheikh Niza hanya melihat sahaja, dan secara tiba-tiba tali pinggang Sarbini tersangkut di kaki lima tingkap, hilang pertimbangan dan jatuh lalu meninggal dunia," dakwa beliau.

Ekoran pendedahan itu peguam keluarga Sarbaini, Awtar Singh memberitahu The Malaysian Insider semalam bahawa pihaknya akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat ekoran pendedahan terbaru itu.

Selain itu, jelas Awtar, pada inkues yang akan bersambung 2 Ogos ini, beliau akan meminta agar mahkamah koroner sekali lagi melawat tempat kejadian.

Mahkamah koroner yang diketuai Aizatul Akmal Maharani ada melawat tempat kejadian pada 5 Julai lalu.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

Pada 15 Julai lalu, DSP Sharul Othman Mansur berkata, Sarbaini tidak membunuh diri ataupun dibunuh.

Sharul Othman, yang merupakan pegawai forensik berkata penelitiannya di kawasan kejadian menunjukkan Sarbaini cuba untuk melompat ke arah gelanggang badminton tetapi terjatuh menyebabkan kematiannya.

P/s: Peguam UMCO ini sepatutnya meminta polis menyiasat dakwaan Raj Petra, bukan secara emosi mengatakan dakwaan Raja Petra sebagai sampah.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 21 Jul 2011 03:10 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


Gambaran Hari Qiamat

Posted: 21 Jul 2011 04:16 AM PDT

(dipetik daripada TRANUNGKITE)
 



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah: 

ⅰ- Pemimpin yang adil. 

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah. 

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid. 

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". 

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai). 

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi. 

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin. 

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. 

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. 

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : 

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. 

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. 

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. 

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.) 

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. 


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. 

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : 
① Sedekah/amal jariahnya. 
② Doa anak²nya yang soleh. 
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 21 Jul 2011 01:29 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Setiap Individu Wajib Bangkit Cegah Kemungkaran - Bob Lokman

Posted: 20 Jul 2011 07:15 PM PDT


19 Julai 2011, Taman Sri Ampang - Kehidupan lebih bersama perjuangan Islam. Itulah pengalaman yang dirasai oleh selebriti Bob Lokman ketika menceritakan pengalaman beliau sejak mula mengisytiharkan diri sebagai ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS). Menurutnya dahulu beliau tidak peduli tentang kepimpinan negara, namun setelah melihat kemungkaran yang semakin berleluasa beliau bertekad untuk bertindak dan tidak mendiamkan diri lagi. Beliau yang merupakan cicit kepada ulama nusantara terkemuka Tok Kenali mendapat didikan awal dari datuknya iaitu anak sulung kepada Tok Kenali.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang Ustaz Fazlulrahimi Maarop bertindak sebagai moderator memeriahkan majlis dengan soalan-soalan dan pandangan-pandangan yang mantap  mengiringi ucapan Bob. Majlis bermula jam 9:30 malam dan berakhir jam 12:00 malam dengan laungan Takbir, ALLAHU AKBAR!!.


















Batu Gajah Mari

Posted: 21 Jul 2011 11:51 AM PDT

Batu Gajah Mari


Masyaallah: zalimnya!!

Posted: 21 Jul 2011 07:12 AM PDT


Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan
BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari,sekali gua
tengok,dah macam askar Israel yang menzalimi penduduk Islam Palestin.
Apa bezanya..??Yang gua lagi pelik..apa hal Mat Polis hanya melihat sahaja mereka
bersolat..?? mungkin dalam Keuzuran beb..ha3

Apa yang penting PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa
istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.
Syabas kepada anak-anak muda ini ......!!
sumber: Karat E-jau

Dupahang's Weblog

Posted: 21 Jul 2011 11:12 AM PDT

Dupahang's Weblog


Ustaz Azhar Idrus…satu fenomena!

Posted: 20 Jul 2011 08:44 PM PDT

sekarang ni nama Ustaz Azhar Idrus cukup terkenal di merata-rata tempat malah ada yang gelar Ust. Azhar sebagai 'Ustaz Youtube' kerana pengaruhnya yang cukup hebat dalam laman tersebut kaset dengan vcd ni jangan ceritalah, laris macam pisang goreng, kalah vcd Mat Sabu hehehehe dialek Terengganunya sangat pekat, sampai orang Perak pun dah leh faham cakap [...]

DATO’ TUAN IBRAHIM KINI MENERIMA RAWATAN

Posted: 20 Jul 2011 06:54 PM PDT

Untuk makluman kepada semua, Dato’ Tuan Ibrahim telah dimasukkan ke wad di Hospital Jengka, pukul 5.00 petang tadi untuk menerima rawatan. Simptom demam yang dialami bermula pada Jumaat lepas membawa kepada jangkitan demam denggi, dan keadaan beliau kini adalah stabil dan perlu mendapatkan rehat yang secukupnya. Untuk itu, sebarang program yang telah dirancang dalam masa [...]

Polis tembak gas secara sejajar membahayakan

Posted: 20 Jul 2011 06:45 PM PDT

Hazayani Zakaria Pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Fayyadh Afiq Al-Bakri hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan polis melepaskan gas pemedih mata di terowong KL Sentral sewaktu perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lau.Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pecah tulang pipi sebelah kiri akibat terkena kanister gas pemedih mata yang dilepaskan pihak polis. Fayyad, 25 [...]

Kuliah dan Sampul Surat.

Posted: 20 Jul 2011 06:41 PM PDT

  Oleh: indraputra80 “Saya tidak menyangka,apa yg.ada dalam fikiran saya selama ini,hampir sama dgn wasiat yang. Dr Lo’ Lo’ katakan. "Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; [...]

10 sebab Kenapa saya sokong Bersih 2.0

Posted: 20 Jul 2011 06:37 PM PDT

Nasrudin bin Hassan at Tantawi 1. BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang – kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang [...]

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Jul 2011 09:43 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Periksa sebelum kompaun

Posted: 20 Jul 2011 06:36 PM PDT



Periksa sebelum kompaun
Sinar Harian 21 Julai 2011

SEREMBAN - Seorang kakitangan swasta hilang sabar selepas dikenakan kompaun sebanyak tiga kali oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana dikatakan meletak kereta tanpa membayar caj parkir di kawasan perniagaan Matrix Court di Jalan Lobak, dekat sini.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai June, 29, berkata, PBT sepatutnya memeriksa dahulu meter caj parkir di kawasan terbabit sebelum mengenakan kompaun ke atas pemilik kenderaan.

"Sistem parkir bermeter yang digunakan sekarang ini menimbulkan masalah kepada orang ramai kerana sering rosak.

"Bagaimana kami mahu bayar jika meter tidak boleh digunakan? Malangnya, pada waktu petang, saya lihat ada notis kompaun mengatakan saya tidak bayar caj parkir," katanya ketika ditemui di lokasi terbabit, semalam.

June yang bekerja di kawasan sama berkata, dia terpaksa kerap keluar dari pejabat untuk memastikan sama ada meter parkir berfungsi dengan baik.

"Kadang-kadang saya masukkan duit tetapi `hangus' begitu sahaja sebab meter parkir masih rosak," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Loke Siew Fook yang meninjau lokasi aduan berkata, PBT perlu mengatasi masalah itu dengan segera supaya tidak menyusahkan orang ramai.

Menurutnya, pemandu atau pemilik kenderaan tidak wajar dipersalahkan kerana mereka tidak dapat membayar caj parkir menggunakan meter yang rosak.

"PBT juga diminta membatalkan kompaun yang dikeluarkan terhadap orang ramai yang berdepan masalah berkenaan.

"Tindakan ini tidak adil kerana bukan mereka yang menyebabkan meter rosak," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9355583.asp

PAS Kuala Pilah utama program kebajikan

Posted: 20 Jul 2011 06:35 PM PDT



Pas utama program kebajikan
Sinar Harian 21 Julai 2011

KUALA PILAH – Pas Kuala Pilah terus membantu dan mempergiat gerak kerja kebajikan rakyat, di sini demi kesejahteraan bersama.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Pilah, Zaharuddin Othman berkata, mereka bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu mengurangkan masalah rakyat miskin di Kuala Pilah yang masih lagi pada tahap belum memuaskan.

Menurutnya, rakyat miskin di Kuala Pilah adalah tertinggi berbanding daerah lain di Negeri Sembilan.

"Sebanyak 24 peratus daripada jumlah kadar kemiskinan di Negeri Sembilan seperti dikeluarkan Laman Web Rasmi Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri, Negeri Sembilan.

"Atas kesedaran, keprihatinan dan tanggungjawab, Pas Kuala Pilah giat melaksanakan program Kebajikan Bersepadu dalam membantu masyarakat memerlukan," katanya.

Zaharuddin berkata, program bersepadu itu adalah kesinambungan program sebelum ini.

"Salah satunya ialah program turun padang menyampaikan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti golongan berpendapatan rendah, orang kurang upaya (OKU), orang sakit, warga emas dan ibu tunggal.

"Di samping itu, kami akan membuka Pusat Khidmat di markas Pas Kuala Pilah dan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menerima serta menangani masalah yang dihadapi masyarakat setempat di DUN tersebut," katanya.

Malah katanya, program bersepadu itu juga melibatkan khidmat sosial seperti gotong-royong membersihkan kawasan rumah, membaiki komputer, khidmat tuisyen dan lain-lain.

"Program ini selaras dengan motto Negara Berkebajikan yang didukung Pas dan merupakan penterjemahan secara praktikal makna motto tersebut.

"Pas prihatin dan mengambil berat terhadap golongan kurang bernasib baik serta akan terus membantu mereka agar dapat merasai hidup lebih bermakna sama seperti rakyat lain," katanya.

Justeru itu, sebagai permulaan, Pas Kuala Pilah telah turun padang memberikan sumbangan kepada individu di DUN Senaling.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua Pas Kawasan, Abd Karim Shahimi Abd Razak; Bendahari Pas Kawasan Kuala Pilah Shaharudin Abd Rahman; Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Kawasan, Noorbibah Mahmud dan Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Pilah. Rosidi Yusof.

Sinar Harian turut difahamkan, sumbangan ini akan diteruskan secara berkala dan akan dipergiatkan pada Ramadan yang akan datang serta membantu mereka yang memerlukan untuk menyambut Aidilfitri.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9354374.asp

KHIDMAT MERU

Posted: 21 Jul 2011 09:38 AM PDT

KHIDMAT MERU


BANTUAN ZAKAT UNTUK ASNAF FAKIR MISKIN

Posted: 20 Jul 2011 03:50 PM PDT


















YB Dr rani telah menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit kepada seramai 451 orang di Dewan Hambali Masjid As Syariff Meru.

Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan & Hari Raya bagi Fakir/ Miskin Daerah itu turut menyaksikan kehadiran Ustaz Abd Malik Ramli selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang dan Pegawai Operasi Zakat Daerah Klang

Dr Rani mengingatkan betapa pentingnya golongan asnaf ini mendekatkan diri mereka dengan ajaran agama Islam dan menyesuaikan kehidupan mereka yang sementara ini dengan acuan Islam.


















Jasindaily Online

Posted: 21 Jul 2011 09:21 AM PDT

Jasindaily Online


PASCA BERSIH 2.0

Posted: 21 Jul 2011 07:20 AM PDT

TUKANG KASUT JADI IKON BERSIH ..PEPALEH

Posted: 21 Jul 2011 01:57 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 21 Jul 2011 09:10 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Ceramah Chegu Bard Di Dun Sura 22 Julai ini

Posted: 20 Jul 2011 11:04 AM PDT



DUNGUN 20 Julai, Rabu - Che'gu Bard akan bergandingan bersama Ustaz Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan Ustaz Ariffin Deraman dalam satu siri penerangan "Ceramah Kebangkitan Rakyat", anjuran Lajnah Penerangan DUN Sura dengan kerjasama PAS Cawangan Alor Tembesu/Sura Gate.

Ceramah yang akan berlangsung pada 22 Julai, hari Jumaat itu dijangka akan terus mendapat sambutan daripada orang ramai selepas Ceramah Perdana Pasca Bersih yang telah diadakan di Rusila minggu lepas.


" Walaupun para penceramah yang diundang bukan dari kalangan pimpinan PAS Pusat, kami yakin mood rakyat untuk mengetahui isu-isu semasa khususnya yang berkisar tentang himpunan Bersih 2.0 baru-baru ini masih tinggi, " demikian keyakinan Ketua Lajnah Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail.

" Justeru, saya mengajak warga DUN Sura khususnya dan sekitarnya hadir beramai-ramai mendengar penjelasan isu semasa di peringkat nasional dan tempatan, " ujarnya lagi.


Artikel asal dari blog Dun Sura
Gambar : Penerangan Pemuda Dun Sura

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 21 Jul 2011 09:04 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Mat Sabu: 'Saya tidak berlakon...'

Posted: 20 Jul 2011 06:01 PM PDT

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih boleh berpidato di pentas ceramah walaupun masih berkerusi roda akibat kecederaan dirempuh kereta polis pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

NONE"Saya (masih) boleh bersyarah (berceramah) dalam tempoh 30 minit... Doktor pun kata, boleh bergerak mengikut keupayaan kita. (Malah) doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik," kata beliau ketika ditemui Malaysiakini di kediamannya di Shah Alam pagi semalam.

Jumaat lalu, Mohamad menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Beliau yang menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, di mana doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

NONEDitanya sama ada beliau akan menangguhkan ceramah dalam masa terdekat, Mohamad berkata beliau terpaksa menangguhkan semua programnya, tetapi tidak menolak kemungkinan hadir memenuhi beberapa jemputan.

Ketika dikunjungi Malaysiakini, Mohamad - yang keluar dari hospital tiga hari lalu - juga menunjukkan gambar sinar X mengenai kecederaan lututnya selepas menjalani pembedahan.

Sepanjang pemerhatian Malaysiakini, di sebalik menahan kesakitan, beliau masih mampu senyum dan ketawa. Doktor menasihatkannya supaya banyak berehat dan hanya bergerak mengikut keupayaan dirinya.Lunjur kaki

Malaysiakini
mendapati Mohamad kelihatan lebih sihat, bertenaga dan sudah mampu menggerakkan kaki kanannya jika dibanding ketika ditemui sewaktu menziarahi Allahyarham Baharudin Ahmad 10 Julai lalu.

NONEBeliau kini mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa, manakala bila berjalan pula, dalam keadaan terhencot-hencot dengan bantuan tongkat. Sebelum ini, beliau terpaksa dipapah oleh pembantunya.

Dalam pertemuan selama 30 minit itu juga, beliau ditemani pembantunya, bergerak menaiki tangga rumah dua tingkatnya untuk bersiap ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.

Sewaktu menuruni tangga kemudiannya, Mohamad - yang akan menyambut ulangtahun ke-58 Oktober ini - turut kelihatan penat sambil berseloroh berkata:

"Budak-budak kalau lima hari, dah melompat dah. Orang tua lambat sikit (sembuh)".

Beliau yang juga pernah ditahan ISA, juga kesal dengan laporan media arus perdana yang melaporkan bahawa beliau cuba menarik simpati dengan berkain pelikat dan berkerusi roda sewaktu sidang DUN Selangor minggu lalu.

NONEEkoran itu, Mohamad - yang dibenarkan keluar wad Isnin lalu - bagaimanapun enggan melayani permintaan akhbar tersebut yang berhasrat bertemu dengannya.

Bahkan beliau turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang beliau berlakon untuk meraih simpati susulan kecederaan lututnya itu.

"Saya tidak berlakon," tegasnya sambil menegaskan kecederaan itu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kemungkinan hari ini beliau akan pulang ke kampung halamannya di Pulau pinang untuk mendapatkan rawatan kampung secara tradisional di samping bertemu dengan saudara-mara di sana.

malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 21 Jul 2011 07:59 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


FIKRAH : MEMPERKASA IMAN DAN TAQWA

Posted: 21 Jul 2011 04:44 AM PDT

لا تغضب لا تغضب لا تغضب

Posted: 20 Jul 2011 09:48 PM PDT

Pemuda PAS Merbok

Posted: 21 Jul 2011 07:22 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


JUMPA POPE BENEDICT XVI: PENGANUT KATOLIK SOKONG BN?

Posted: 20 Jul 2011 07:58 PM PDT


Kenyataan Media (20 Julai 2011)

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia kerana dilihat di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican sempena lawatan Perdana Menteri di sana. Bagi kami, tindakan tersebut jelas sepertimana dahulu juga ketika Perdana Menteri turut membuat lawatan ke Negara India dan China bagi tujuan meraih psikologi pengundi berbangsa India dan Cina di Malaysia menjelangnya Pilihanraya.

Juga suatu ketika dahulu, usaha Dato' Seri Najib untuk membawa Sheikh Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia kurang berkesan bagi tujuan yang sama untuk membina pengaruh umat Islam terhadap pemerintahan BN ketika itu. Bagi kami usaha membawa Ulama-Ulama luar negara untuk membela perbuatan Dato' Seri Najib dan BN juga gagal. Kami melihat Dato' Seri Najib terpaksa pergi membuat lawatan ke negara-negara maju seperti Negara Amerika, Britain dan negara-negara lain untuk menerangkan keadaan sebenar dari terus dikritik oleh negara maju yang ada yang mengecam Malaysia dalam krisis politik yang semangkin buruk selepas Perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai yang lalu.

Bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN, Dato' Seri Najib dipaksa bergerak keseluruh dunia bagi membuktikan BN masih mampu kekal memerintah. Dan tindakannya juga bertemu dengan tokoh Agama adalah langkah bagi memberikan keyakinan dan psikologi bagi membina sokongan terhadap BN menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 yang semangkin hampir berikutan kebangkitan rakyat pelbagai kaum dan Agama baru-baru ini yang menuntut satu sistem Pilihanraya di Malaysia yang telus dan terbaik. Kami juga melihat, Dato' Seri Najib tidak layak untuk bercakap soal perpaduan dan Agama dengan Pope Benedict kerana pada hakikatnya beliaulah yang bertanggungjawap dalam perpecahan yang berlaku di Malaysia sekarang.

RAJA AHMAD AL-HISS

Naib Ketua,

Dewan Pemuda PAS Malaysia.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 21 Jul 2011 03:41 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Ziarah warga emas

Posted: 20 Jul 2011 08:37 AM PDT


Baru tadi setelah selesai menyampaikan kuliah di Masjid Pengadang Baru, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah terus ke Kampung Padang Tanjung bagi menziarahi seorang warga emas yang diberitakan sedang uzur.

Alhamdulillah Puan Azizah Jusoh yang uzur itu sudah agak segar dari sakit lelahnya. Menurutnya lagi, doktor juga memaklumkan yang dia juga mengalami masalah jantung.

Beliau begitu ceria menyambut kedatangan YB ke rumahnya. Puan Azizah akan ke Kota Bharu untuk rawatan lanjut.

YB juga mengambil kesempatan menghulurkan sedikit sumbangan kepada Puan Azizah.

Sebelum pulang beliau sempat memohon semua supaya mendoakannya dapat bertemu dengan ramadhan yang bakal menjelma. Begitulah perasaan hamba yang cintakan rahmat dari Allah. Sentiasa berharap agar dapat melipat gandakan pahalanya.

Sama-samalah kita mendoakan Makcik Azizah agar dapat dia bertemu dengan ramadhan. Juga kepada YB semoga tanggungjawab ini akan dikira sebagai hasanah diakhirat nanti insyaAllah.

Terima kasih YB atas keperihatinanmu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan