KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemuda PAS Johor akan mengerahkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong untuk hadir secara beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Mereka tidak perlu bimbang untuk hadir kerana himpunan itu bukan himpunan haram, sebaliknya himpunan halal yang dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Malaysia dan tidak bertentangan dengan Akta Polis 1967.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, tambahan pula, Jawatankuasa Bersih 2.0 tidak perlu mendapat permit daripada pihak polis untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium kerana kawasan tersebut adalah kawasan persendirian.
Menurut beliau yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi Rakyat Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), ini telah jelas dinyatakan dalam seksyen 27A Akta Polis 1967 (Akta 344) dan yang perlu dipohon adalah kebenaran pemilik stadium sahaja.
Katanya, Pemuda PAS menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang telah berkenan mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bersih 2.0 pada 5 Julai lalu.
"Rakyat jelata bersyukur atas keprihatinan Tuanku memberi nasihat berguna kepada semua pihak dan Tuanku sendiri telah berjanji akan menyampaikan segala tuntutan Bersih 2.0 kepada pihak kerajaan," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Pertemuan itu juga, menurut beliau, merupakan pengiktirafan Tuanku terhadap Bersih 2.0 untuk menuntut suatu pilihanraya yang bersih dan adil di negara tercinta ini.
Beliau berkata, sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin telah menuduh Bersih 2.O adalah pertubuhan haram, dikaitkan dengan fahaman komunis dan dituduh sebagai golongan yang mahu mencetuskan suasana huru hara dalam negara.
Atas tuduhan itu, pihak polis telah menangkap lebih daripada 100 orang, melarang ceramah Bersih, mengeledah rumah suspek, membuat sekatan jalan raya, melarang memakai baju kuning dan lain-lain lagi.
"Pemuda PAS mendesak Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menarik balik segala tuduhan tersebut kerana ia adalah tuduhan yang serius dan telah menyebabkan suasana tidak selesa di kalangan rakyat negara ini.
"Jika tuduhan ini tidak ditarik maka seolah-olah telah berlaku komplik di antara nasihat Yang di-Pertuan Agong dengan arahan Menteri Dalam Negeri. Rakyat merasa keliru terhadap masalah ini," tegasnya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak pun telah memberi kebenaran bersyarat untuk mengadakan perhimpunan di stadium. Pihak Bersih 2.0 pun telah bersetuju dengan cadangan pihak kerajaan.
" Jika Menteri Dalam Negeri tidak menarik balik tuduhan terhadap Bersih 2.0 maka Menteri Dalam Negeri juga telah berkomplik dengan Perdana Menteri.
"Selain itu, semua pihak termasuk media dan pertubuhan-pertubuhan tertentu yang telah melebelkan Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan haram hendaklah menarik balik tuduhan tersebut," katanya.
Walaupun telah mengadap Yang Di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah perhimpunan haram.
"Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.
Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara.
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Senator Pakatan Rakyat mempersoal tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik sebelum selesai semakan semula terma-terma perjanjian pembelian tenaga (power purchase agreement-PPA) dengan pihak penjana tenaga bebas (IPP).
Salah satu inisiatif semakan semula terma-terma PPA ini yang dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini adalah untuk mengurangkan keuntungan pihak IPP menerusi pengurangan bayaran yang akan mengurangkan kadar kapasiti yang dikenakan ke atas pihak TNB oleh pihak IPP.
Senator Mumtaz Md Nawi dari PAS berkata, inisiatif ini menunjukkan kerajaan sedar terlalu banyak keuntungan yang diperoleh IPP namun dalam masa yang sama terus membebankan rakyat dengan menaikkan tarif elektrik.
"Maknanya kerajaan sedar terlalu banyak keuntungan yang diperoleh IPP tapi mereka naikkan tarif (elektrik) sedangkan mereka boleh tunggu sampai akhir tahun, dah habis bincang dengan IPP baru naikkan tarif.
"Bila kerajaan bincang dengan IPP sejauh mana mereka akan bertolak ansur kerana apa yang paling penting rakyat patut diutamakan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Mumtaz dalam soal jawab lisan di Dewan Negara meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan siapakah pemilik Penjana Tenaga Bebas (IPP) serta status rundingan dengan IPP bagi meminda terma perjanjian untuk mengurangkan bebanan rakyat dan jumlah pendapatan yang dijana oleh IPP dari mula ditandatangani sehingga 2010 dan sumbangan kewangan langsung dari IPP terhadap rakyat dalam tempoh tersebut.
Menteri dalam jawapannya memberitahu sebanyak 14 syarikat IPP yang telah diluluskan lesen untuk beroperasi di Semenanjung Malaysia antaranya TNB Janamanjung di Perak, Genting Sanyen Power Sdn Bhd, Port Dickson Power Bhd dan Teknologi Tenaga Perlis Consortium Sdn Bhd.
Kerajaan juga bersetuju untuk menyemak semula terma-terma PPA dengan pihak IPP yang merupakan sebahagian daripada inisiatif penstrukturan semula industri bekalan elektrik.
Ekoran jawapan tersebut, Mumtaz berkata, kerajaan lebih mementingkan 14 syarikat tersebut yang menjana pendapatan sebanyak RM107 billion daripada tahun 1996 hingga 2010 dan mengenepikan kepentingan rakyat.
"Terma apa yang dipinda? Ia mesti ada terma-terma yang nak dipinda dan bilakah ianya akan dipinda? Kenapa ianya tidak dipinda sebelum kerajaan menaikkan sebarang tarif elektrik?
"Yang terlibat dengan IPP ialah 14 buah syarikat tetapi yang menerima kesan daripada peningkatan tarif elektrik ialah rakyat kira-kira 27 juta," katanya yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.
Mumtaz turut mendakwa kejadian blackout semakin kerap berlaku meskipun kerajaan berkata IPP diperkenalkan untuk menstabilkan sistem pembekalan elektrik daripada mengalami gangguan seperti brownout atau blackout.
Menteri juga memberitahu, pihak IPP diminta untuk menyumbang 1 peratus daripada jumlah hasil tahunan yang telah diaudit dengan mengambil kira kos bahan bakar bagi tahun sebelumnya kepada Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE).
Tambah Mumtaz juga, kerajaan seharusnya menjelaskan nilai sebenar 1 peratus itu.
"Dalam kes ini berapakah nilai sebenar kerana sepatutnya mereka boleh mengemukakan nilai sebenar keuntungan bersih oleh IPP.
"Hari ini selepas tarif elektrik dinaikkan kita lihat kes-kes melibatkan blackout masih lagi berterusan dan makin banyak dan ini tidak mencapai target sedangkan IPP mendapat untung yang besar.
"Jumlah yang diminta 1 peratus satu kenyataan yang longgar. Sepatutnya jumlahnya yang kita nak tahu. Seolah-olah kerajaan terpaksa mengemis dengan IPP," katanya.
Menteri memberitahu, jumlah sumbangan terkumpul yang telah diterima oleh AAIBE sejak ditubuhkan pada tahun 1997 hingga kini adalah sebanyak RM 929,798,911.80.
Cukai luar biasa
Sementara itu, Senator Dr Syed Husin Ali dari PKR dalam sidang media sama mencadangkan kerajaan mengenakan cukai luar biasa ke atas IPP sementara menunggu kajian PPA ini selesai.
"Sekarang kerajaan nak kaji soal PPA dengan IPP dan sementara tunggu keputusan sepatutnya kerajaan boleh mengenakan cukai luar biasa (ke atas IPP)yang boleh dilakukan mengikut undang-undang kerana kita tak tahu bila kabinet akan buat keputusan.
"Kita harap akan disegerakan dan mesti diadakan cukai luar biasa kerana keuntungan IPP itu terlalu besar dan tidak digunakan untuk kepentingan rakyat terbanyak," kata bekas timbalan presiden PKR itu.
Pemimpin Libya mahu jaminan keselamatan, anak bertanding pilihan raya
MOSCOW: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bersedia menyerahkan kuasanya, sebagai pertukaran kepada jaminan keselamatan beliau, kata pegawai tinggi kerajaan Russia yang dipetik akhbar utama negara itu, Kommersant.
Akhbar itu menyiarkan laporannya sehari selepas ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Anders Fogh Rasmussen, mengadakan perbincangan dengan Presiden Russia, Dmitry Medvedev dan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma mengenai cara menamatkan perang Libya di bandar peranginan Laut Hitam, Sochi.
"Gaddafi sudah memberi isyarat beliau bersedia menyerahkan kuasa sebagai pertukaran jaminan keselamatannya," kata akhbar terbabit ketika memetik kenyataan pegawai kanan Russia yang namanya tidak didedahkan.
Beliau mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas Rasmussen dan Medvedev dikatakan bertelagah mengenai isu Libya, selepas beliau menggesa gencatan senjata disegerakan, manakala NATO mahukan jaminan dari Tripoli sebelum langkah itu boleh diambil.
Pegawai itu berkata, Perancis sudah menyatakan kesediaan memainkan peranan dalam usaha mencairkan sebahagian akaun keluarga Gaddafi dan membantu beliau daripada dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.
Kommersant juga melaporkan Gaddafi mahu anaknya Saif al-Islam dibenarkan bertanding dalam pilihan raya jika beliau meletak jawatan, syarat yang mungkin ditolak pemberontak.
Kerajaan Libya kelmarin berkata ia sedang mengadakan perbincangan dengan tokoh pembangkang, tetapi tiada persetujuan dicapai mengenai masa depan Gaddafi.
Saif al-Islam sebelum itu memberitahu akhbar Perancis, tiada persoalan untuk mengakhiri pemerintahan bapanya sejak 42 tahun lalu, manakala Majlis Peralihan Kebangsaan mengulangi kenyataannya Gaddafi boleh terus tinggal di Libya jika beliau bersedia menyerahkan kuasa. – AFP/Reuters
SEGAMAT: Kegigihan sembilan lelaki mengisi masa lapang hujung minggu masing-masing dengan menceroboh lapang sasar Kementerian Pertahanan dekat Jementah di sini, untuk melombong emas secara haram berakhir dengan ditahan anggota tentera menerusi dua tangkapan pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Mereka ditahan sepasukan tujuh anggota tentera dari Kem Syed Sirajudin, Gemas, yang meronda lapang sasar terbabit sebelum terserempak kumpulan lelaki itu ketika sedang asyik melombong secara mendulang emas dengan menggunakan kuali untuk mengayak tanah dan pasir dalam usaha mengesan hablur emas.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata tujuh lelaki termasuk seorang lelaki keturunan Vietnam yang sudah mempunyai taraf penduduk tetap, ditahan ketika sedang mendulang kira-kira jam 5.40 petang pada Jumaat lalu.
"Dua lagi lelaki seorang daripadanya petugas Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) dan rakannya penduduk tempatan ditahan pada Sabtu kerana kegiatan sama.
"Mereka yang mendirikan pondok untuk berteduh di kawasan itu, dikesan menjalankan kegiatan terbabit berbekalkan pam air dan gerudi bagi memecah tanah sebelum menggunakan kuali untuk mengayak mengesan hablur emas yang tersembunyi," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Sehubungan itu, katanya, anggota tentera turut merampas dua motosikal lasak dipercayai digunakan kumpulan lelaki terbabit untuk memasuki kawasan larangan itu serta sebuah botol berisi tanah yang bercampur habuk emas, generator pam air dan mesin gerudi.
"Ketika disoal siasat, kumpulan lelaki terbabit mendakwa masing-masing menceroboh kawasan itu secara bersendirian untuk mengambil kesempatan mencari emas kerana mendengar khabar mengenai kehadiran logam berharga di kawasan itu.
"Kawasan yang tidak berpagar itu dikatakan menjadi tumpuan kegiatan pihak yang menceroboh untuk melombong emas secara haram menggunakan kaedah mendulang sejak lapan bulan lalu," katanya.
Beliau berkata, habuk emas yang dikumpul hasil kegiatan melombong itu dijual kepada peraih di Muadzam Shah, Pahang dan berdasarkan harga emas semasa, mereka dipercayai mampu meraih hasil yang lumayan.
IPOH – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam, atas dua tuduhan menerima rasuah di Kerian pada 6 Julai tahun lalu.
Chong Kean Heng, 53, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan tertuduh yang pernah bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan.
Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan 5 Ogos ini sebagai sebutan semula kes selepas tertuduh mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan.
Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan menawarkan jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Tertuduh yang diwakili peguambela, Abdul Aziz Ibrahim bagaimanapun memohon mahkamah supaya mengurangkan wang ikat jamin tersebut kepada RM10,000.
Selepas membuat pertimbangan, Julie Lack membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 melalui seorang penjamin.
Tertuduh turut menghadapi empat pertuduhan rasuah dan akan dituduh di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang diperolehi dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur telah diganggu, kata seorang pakar audio-visual dari makmal polis Cheras hari ini.
ASP Fauziah Che Mat memberi keterangan pada hari ketiga inkues kematian penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamad, yang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan tersebut pada 6 April.
Menjawab soalan DPP Amalina Ismail, ASP Fauziah berkata, pada pendapatnya, rakaman telah diganggu oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem CCTV.
Bagaimanapun, saksi berikutnya, pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohd Yusof Akope, berkata gangguan dalam rakaman tersebut adalah kerana "kesilapan manusia" dalam sistem keselamatan yang baru dipasang itu.
PENGURUSAN dan penggunaan tandas awam yang seteruk ini hanya akan memalitkan imej buruk terhadap identiti dan budaya orang tempatan.
PADA musim cuti sekolah yang lepas, kompleks beli-belah dan pasar raya hiper di ibu kota seperti biasa dibanjiri pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat. Pada musim beginilah kebersihan tandas awam menjadi semakin 'tergugat' lantaran digunakan oleh ramai pengunjung. Malangnya, memang ada segelintir anggota masyarakat yang tidak prihatin terhadap kepentingan orang lain ketika dan selepas menggunakan tandas awam.
Lebih teruk sekiranya tempat-tempat tumpuan ramai itu tidak cukup atau tidak ada pekerja yang membersihkan kemudahan awam tersebut. Tanggungjawab memastikan tandas tersebut bersih seolah-olah menjadi cabaran besar. Rata-rata orang ramai mengatakan kebersihan tandas awam tidak mencapai tahap yang memuaskan terutamanya pada musim cuti dan perayaan. Kualiti kebersihannya jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan tandas yang disediakan di hotel mewah, hentian rehat lebuh raya dan juga beberapa gedung beli-belah yang berstatus tinggi.
Tidak beretika
"Segelintir anggota masyarakat kita bersalah kerana mereka tidak beretika ketika menggunakan tandas awam," kata aktivis sosial, Gurmukh Singh. Katanya, ada yang sengaja tidak mahu menggunakan pam tandas setelah menggunakannya dan ada pula yang mencangkung di atas mangkuk tandas. Itu akan mengotorkan mangkuk tandas dan adakalanya mangkuk tandas akan pecah. "Imej negara akan tercalar. Apa kata pelancong jika mereka terpaksa menggunakan tandas awam yang kotor?" kata beliau.
Tandas bersih
"Saya berpuas hati dengan tandas di sepanjang LebuhRaya Utara-Selatan di negara anda kerana ia bersih, tidak seperti yang terdapat di stesen-stesen minyak di kebanyakan tempat," kata seorang pelancong dari Kanada, Mike Brown. Kerajaan melancarkan Kempen Tandas Bersih pada tahun 1997 bagi menimbulkan kesedaran dalam masyarakat tentang perlunya tandas awam yang bersih. Menurut data yang dikeluarkan Pertubuhan Tandas Dunia (WTO), secara puratanya seorang individu menggunakan tandas sebanyak 2,500 kali setahun atau sama dengan enam hingga lapan kali satu hari. Ini bermakna secara purata, seseorang itu menggunakan tandas selama tiga tahun dalam hidupnya.
Menurut pertubuhan itu lagi, masalah kebersihan tandas merupakan isu di seluruh dunia disebabkan separuh daripada penduduk dunia tidak mempunyai sistem sanitasi yang baik. Ada juga tandas yang tidak mempunyai struktur reka bentuk yang sesuai. Menurut Gurmukh Singh, kebersihan tandas awam adalah penting kerana ia mencerminkan sifat dan perangai masyarakat di sesebuah negara. "Terima atau tidak, masyarakat Malaysia perlu sedar bahawa kebanyakan kualiti kebersihan tandas awam di negara ini adalah di bawah tahap yang sepatutnya.
"Kita perlu lihat negara lain contohnya Jepun yang telah menetapkan kebersihan sebagai satu keutamaan dan dengan mudahya masyarakat negara itu mengamalkan budaya kebersihan tandas," kata beliau. Beliau memberikan contoh rakyat negara Jepun yang mengamalkan kebersihan tandas sejak lama dahulu. "Bagi mereka, tidak kira berapa maju sesebuah negara atau betapa cantiknya bangunan atau premis, kalau tandas tetap kotor maka negara itu akan dianggap mundur. Begitulah sikap mereka terhadap kebersihan tandas," tambah beliau.
Penting bagi perniagaan
Bagi pemilik sebuah restoran di Kota Damansara dekat sini, yang mahu dikenali sebagai Mohan, kebersihan tandas penting bagi perniagaan beliau. Katanya kebersihan tandas membuatkan pelanggan selesa untuk singgah dan makan di restorannya. "Tetapi saya perlu menyediakan pekerja khas yang bekerja sepenuh masa untuk menjaga kebersihan tandas. Tanpa ada orang menjaganya, aspek kebnersihan akan terjejas selepas beberapa orang sahaja menggunakan tandas itu," kata Mohan.
Katanya walaupun seseorang itu biasa dengan kebersihan, mereka juga akan membiarkan tandas awam itu kotor kalau kemudahan itu didapati sudah kotor apabila mereka menggunakannya. Bagi Mohan, notis pesanan dan peringatan perlu diletakkan di tandas awam bagi mengingatkan pengguna supaya menjaga kebersihan kemudahan itu. "Saya juga meletakkan peringatan bahawa tandas tidak akan bersih dengan sendiri tanpa mereka yang menggunakannya mengambil inisiatif membersihkan kemudahan itu," tambahnya.
Menurut Mohan, tandas yang bersih di restoran atau kedai makan akan menarik lebih ramai pelanggan dan itu baik untuk perniagaan kerana pelanggan akan puas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Bagi Ahmed Waheed dari Bangladesh, yang bertugas sebagai tukang cuci di sebuah pasar raya hiper di Kota Damansara, dia berasa bangga kerana berjaya memastikan tandas awam di premis itu sentiasa bersih ketika beliau bertugas. "Saya cuci tandas ini bersih-bersih selepas digunakan orang lain," kata Ahmed yang ditemui semasa warga asing itu melakukan tugasannya. Gurmukh Singh mempunyai satu nasihat bagi pengguna tandas awam. "Gunalah tandas awam seperti anda guna tandas sendiri di rumah. Anda perlu ada etika ketika menggunakannya." - Bernama
Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.
Ketua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.
"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.
Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga pagi tadi mengumumkan pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini selama dua jam mulai jam 2 hingga 4 petang.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Reezal Merican yang juga pengerusi perhimpunan anti-BERSIH - PATRIOT - mendakwa, keputusan BERSIH memilih tempat itu menunjukan gabungan NGO itu mempunyai agenda lain.
Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan supaya BERSIH 2.0 tidak "memainkan" Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dengan "mencetuskan" perkara tertentu.
"Tindakan mahu berhimpun di Stadium Merdeka menunjukkan mereka ada agenda tersirat," dakwanya lagi.
JOHOR BAHRU 6 Julai – Seorang bayi lelaki yang baru berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak ketika minum susu di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Taman Air Biru, Pasir Gudang di sini hari ini.
Bayi itu disahkan meninggal dunia pukul 9.55 pagi ini di sebuah klinik berdekatan di mana dia dihantar untuk mendapatkan bantuan.
Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. – Utusan
GADIS malang ini terpaksa menahan sakit apabila kepalanya tersepit di pintu sebuah bas.
ANHUI - Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.
Kejadian itu berlaku apabila pemandu bas berkenaan tidak sabar dan terus menutup pintu bas. Ini menyebabkan kepala gadis itu tersepit dan terpaksa menahan sakit sehingga ke satu perhentian bas seterusnya kerana pemandu bas tidak menyedarinya.
Mujurlah beberapa penumpang yang lain menyedari keadaan itu menjerit ke arah pemandu bas supaya memberhentikan bas dan membuka pintunya.
Sebaik sahaja berjaya melepaskan kepalanya, gadis yang kelihatan malu itu segera turun dari bas. Selepas mengurut-urut lehernya buat seketika, dia terus berjalan laju tanpa membuat sebarang aduan. - Agensi
Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.
Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.
Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini, jam 2 petang.
Perkara itu diumumkan oleh Ambiga pada sidang medianya di ibu negara pagi ini.
Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.
Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.
Ambiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.
Bekas presiden Majlis Peguam juga mahu sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.
GAZA: Tentera udara Israel membedil Semenanjung Gaza menyebabkan dua lelaki bersenjata daripada kumpulan Palestin yang ada kaitan dengan al-Qaeda, terbunuh ketika menghampiri pagar sempadan, menurut sumber tentera dan militan.
Kedua-dua yang terbunuh itu serta seorang rakan mereka adalah anggota kumpulan radikal yang menentang pemerintahan Hamas di Gaza.
Dalam satu kenyataan, tentera Israel menyatakan pihak tentera udara menyerang "sepasukan pengganas yang bersiap sedia untuk melancarkan roket" menyeberangi sempadan. - Reuters
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pakatan Rakyat menggesa Putrajaya harus melepaskan semua tahanan yang ditahan kerana terlibat dengan aktiviti Bersih 2.0 serta menarik balik semua bentuk pengharaman terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk kemeja-T.
Selain itu, tegas pemimpin Pakatan Rakyat, enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, yang kini ditahan di bawah Ordinan Darurat, juga perlu dilepaskan.
Tindakan harus dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0, diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Selain itu, kata pemimpin Pakatan Rakyat, langkah Yang di-Pertuan Agong mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa pemandu Bersih termasuk pengerusi Datuk Ambiga Sreenevasan membuktikan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bukan pertubuhan haram seperti mana yang didakwa Kementerian Dalam Negeri.
"Ya, sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong telah bertitah dan memberi pandangan baginda dalam isu ini dan baginda tidak mengatakan Bersih adalah pertubuhan haram malah baginda juga meminta kerajaan sedia ada menyelesaikan perkara ini secara baik.
"Kalau Bersih ini pertubuhan haram, mengapa Yang di-Pertuan Agong mahu kerajaan berunding untuk mencari jalan penyelesaian? Malah baginda juga perkenan untuk membenarkan Bersih menghadap baginda untuk berbincang.
"Jadi atas hujah ini tidak timbul Bersih adalah pertubuhan haram atau sebagainya dan apa jua tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri dan polis sangat bertentangan dengan amalan demokrasi dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub kepada The Malaysian Insider.
Oleh itu, tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu semua mereka yang ditahan perlu dibebaskan serta-merta dan semua pengharaman yang dibuat ke atas Bersih harus ditarik balik.
"Sesiapa sahaja yang ditahan dalam isu Bersih ini harus dibebaskan serta-merta kerana ia bertentangan dengan hasrat dan titah Yang di-Pertuan Agong.
"Malah semua pengharaman termasuk kemeja-T Bersih 2.0 juga harus ditarik balik," katanya.
Minggu lalu Putrajaya mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, malah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.
Lebih 200 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.
Ahad lalu, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan "yang pentingnya."
"Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik," titah baginda.
Malah Yang di-Pertuan Agong bertitah rakyat harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang.
Semalam, Bersih 2.0 mengumumkan perhimpunan akan diadakan di stadium seperti mana yang dicadangkan kerajaan.
Menurut Ambiga, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Sementara itu, Naib Presiden PKR N. Surendran berkata Putrajaya sepatutnya secara serta-merta membebaskan kesemua individu yang ditahan kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0.
Selain itu, tegas beliau, semua pengharaman terhadap Bersih 2.0 termasuk kemeja-T harus ditarik balik.
"Pandangan saya jelas semua mereka yang ditahan termasuk enam yang ditahan di bawah Ordinan Darurat mesti dilepaskan dengan serta-merta kerana Yang di-Pertuan Agong tidak mengatakan Bersih dan Himpunan Bersih 2.0 adalah haram.
"Sepatutnya selepas titah Yang di-Pertuan Agong kerajaan harus membebaskan mereka semua dan semua pengharaman termasuk baju Bersih 2.0 ditarik balik malah ia dibenarkan dipakai secara terbuka," katanya.
Tambah peguam hak asasi itu, namun sehingga kini Putrajata melalui Kementerian Dalam Negeri polis masih belum membebaskan semua tahanan sambil menyifatkan "melanggar titah Yang di-Pertuan Agong."
"Sekarang Himpunan Bersih 2.0 akan dibuat di stadium, sepatutnya polis dan Kementerian Dalam Negeri melepaskan semua tahanan, tarik balik pengharaman dan ia jelas dalam mesej yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong tapi mereka enggan ikut.
"Yang paling penting adalah titah Yang di-Pertuan Agong, baginda tidak kata Bersih 2.0 ini pertubuhan haram... Agong kata ia harus diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menyerahkan keputusan kepada polis untuk menentukan nasib kesemua individu yang ditahan.
MIRI: Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH yang disifatkan sebagai mempromosikan perhimpunan haram 9 Julai ini, sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Ling Sie Kiong yang bertindak sebagai peguam beliau turut mengesahkan mengenai penahanan Zulhaidah, ketika ditemui di Balai Polis Pusat Miri di sini petang semalam,Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.
Menurut Ling, Zulhaidah dihadap ke Mahkamah Majistret jam 8.30 pagi ini untuk ditahan reman. Berdasar maklumat terkini,Zulhaidah ditahan reman selama tiga hari lagi. Ketua Penerangan PAS Sarawak,Sdr Azwani dan Ketua Pemuda ;Mohd Arif;turut berada di perkarangan Kompleks Mahkamah pagi ini.
Dalam kenyataan ringkas,Ketua Penerangan PAS Sarawak kesal dengan tindakan penguasa menahan seorang wanita dan berstatus ibu hanya sekadar kerana memakai T-Shirt kuning.Ini merupakan satu usaha menakutkan rakyat,namun beliau yakin desakan dan ugutan sebegini akan meningkatkan simpati dan sokongan rakyat pada BERSIH dalam memperjuangkan satu pilihanraya yang adil dan bersih
Bagi beliau,Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.
Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini. Maka sewajarnya tangkapan sebegini tidak berlaku dan PAS Sarawak menuntut segera pembebasan Puan Zulhaidah.
TEMERLOH, 6 Julai: Kunjungan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak ke Bandar Pusat Jengka esok untuk mengisytiharkan nama baru Bandar Pusat Jengka kepada Bandar Tun Abdul Razak Jengka dijangka tidak akan membawa banyak manfaat kepada penduduk-penduduk bandar tersebut.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
Pertukaran nama itu, kata beliau hanyalah sebagai satu perisytiharan bagi membina reputasi dirinya di sebalik kejayaan bekas Perdana Menteri dan arwah ayahnya Tun Abdul Razak kerana hakikatnya nasib penduduk di Bandar Jengka sememangnya jauh ketinggalan dengan apa yang cuba dipamerkan kepada Najib.
"Kini, di serata tempat daripada jalan masuk ke Bandar Jengka, terpampang gambar Allahyarham Tun Abdul Razak bagi mengembalikan nostalgia tersebut.
Sempena kunjungan PM kali ini, Bandar Jengka dihiasi dengan pelbagai daya tarikan dengan tersergamnya khemah, jalan-jalan diturap, longkang dibersihkan dan pelbagai gambaran seolah-olah ia sebagai sebuah bandar serba canggih dan menarik.
Beginilah pembohongan dan gambaran palsu yang sering dihidangkan kepada pemimpin-pemimpin setiap kali mereka berkunjung atau mengadakan lawatan rasmi," kata Tuan Ibrahim.
Muslihat melawat
Lawatan Najib ke Bandar Jengka esok, Tuan Ibrahim berpendapat lebih menjurus kepada keadaan terdesak bagi menarik dan mengekalkan sokongan peneroka kepada kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
"Lawatan ini dilakukan di saat Felda berhadapan dengan pelbagai saman daripada para peneroka yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan yang tidak telus, menekan dan menipu mereka sekian lama," kata beliau, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.
Isu utama di Jengka
Menurut Tuan Ibrahim, pelbagai isu utama yang masih belum selesai seringkali menghantui penduduk, sebagai contoh, isu utama ketiadaan bekalan air bersih bagi penduduk Bandar Jengka masih belum selesai.
Beliau memberikan contoh kawasan Matau yang terletak di Bandar Jengka di mana tempat ini merupakan pengasas kepada pembentukan Bandar Jengka, sehingga kini masih tidak mempunyai bekalan air bersih.
"Penduduknya masih menggunakan air telaga sebagai kegunaan seharian mereka. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi di saat negara diwar-warkan akan mencapai status negara maju menjelang 2020," bidas beliau.
Nasib penduduk Matau
Matau sebagai sebuah penempatan utama dan asas kepada Bandar Jengka kini masih terbiar sebagai kawasan setinggan, dedah Tuan Ibrahim, sambil berkata bahawa sehingga kini penduduk di situ masih mengharapkan agar mereka diberikan geran kekal.
"Mereka sememangnya layak untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut, memandangkan merekalah generasi awal yang meneroka kawasan itu.
Kini setelah Bandar Jengka membangun, nasib mereka masih belum berubah. Hampir setiap tahun, mereka mendapat surat arahan pindah, ugutan rumah mereka akan dirobohkan, dan di atas alasan itu jugalah mereka tidak diberi kemudahan bekalan air bersih hingga kini," terang beliau dengan kesal.
Keadaan di Bandar Jengka dan janji
Walaupun Jengka merupakan kawasan Felda yang paling luas di Malaysia, namun kata Tuan Ibrahim kawasan tersebut masih dibelenggu dengan terlalu banyak kemudahan asas yang belum disempurnakan.
Isu air bersih menjadi isu utama hampir di semua kawasan Felda bahkan Bandar Jengka seringkali berlaku gangguan bekalan air walaupun setiap kali kunjungan para pemimpin ke kawasan Jengka, mereka mengisytiharkan peruntukan bagi mengatasi masalah bekalan air, tambah beliau.
Terakhir, kata Tuan Ibrahim, ialah semasa kempen pilihan raya di Kerdau di mana beliau ialah Pengarah Pilihanraya untuk PAS ketika itu di mana PM telah mengisytiharkan peruntukan sejumlah RM10 juta bagi mengatasi masalah bekalan air.
Sebelum itu, sewaktu kunjungan PM menghadiri program korban Perdana beberapa tahun lalu di sini, isu bekalan air turut disentuh, tambah beliau.
"Namun janji hanya tinggal janji, sekadar pemanis bicara. Kini kunjungan beliau pada 7 Julai ini (esok), rakyat akan sekali lagi akan mendengar pelbagai perisyhtiharan projek untuk memancing undi rakyat, namun selepas program beliau selesai, segalanya akan kekal sebagaimana sebelumnya," beliau memberikan ingatan.
Harapan penduduk Bandar Jengka
Selain itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan mesej kepada PM bahawa penduduk Jengka mengharapkan agar jalan utama yang menghubungkan Bandar Jengka dengan Kampung Awah serta jalan utama dari Jambatan Kuala Krau ke Bandar Jengka dilebarkan.
"Jengka yang didiami oleh ratusan ribu penduduk, kebanyakannya menggunakan motorsikal sebagai kenderaan utama mengharapkan kunjungan PM kali ini memberi harapan baru kepada masalah yang mereka hadapi," kata beliau yang juga bekas Adun Jengka.
SUBANG JAYA, 6 Julai: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa, Ketua AMK Subang, Juzaharim dan blogger Milo Suam ditahan polis kira-kira jam 2.30 pagi tadi dan dibawa ke Balai Polis USJ 8, di sini.
Harakahdaily difahamkan, mereka ditahan kerana pihak polis menjumpai beberapa helai baju Bersih di dalam kereta semasa ditahan di Jalan Gleenmarie.
Kira-kira 100 orang termasuk ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat telah ditangkap polis sejak minggu lalu kerana memakai baju Bersih atau berwarna kuning.
Mereka yang membawa atau menjual baju T Bersih juga ditangkap.
Semalam, seorang peniaga Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju T Bersih.
JAKARTA, 5 Julai — Ulama dan pendakwah Indonesia yang terkenal dengan panggilan "Dai Sejuta Umat" Zainuddin MZ, meninggal dunia di Hospital Pusat Pertamina di sini hari ini akibat serangan jantung.
Zainuddin(gambar), 60, yang suatu ketika dulu pernah menceburkan diri dalam dunia politik tetapi kemudiannya kembali aktif berdakwah, meninggal dunia pada pukul 9.22 pagi.
Laporan Bernama Online menyebut ribuan masyarakat menziarah jenazah beliau di kediamannya di Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah antara yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Menurut anak pertamanya Haikal Fitri, Zainuddin semalam mengeluh pening kepala kerana tekanan darah tinggi sehingga tidak berupaya pergi ke Blitar, Jawa Timur untuk berdakwah, dan beliau sendiri telah menggantikan bapanya ke majlis itu
Zainuddin dikebumikan di halaman belakang Masjid Jame Fajrul Islam, dekat rumahnya petang ini, sebagai menunaikan hajat beliau.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 50 individu mengadakan perhimpunan aman dan menyalakan lilin di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini malam ini bagi menuntut polis membebaskan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di Pulau Pinang baru-baru ini.
Mereka mula berhimpun sejak 8.15 malam dan antara yang hadir termasuk kaum keluarga enam aktivis terbabit, ahli politik, anggota Suara Rakyat Malaysia (Suaram), dan anggota Lawyers for Liberty.
Pengerusi PSM Dr Mohd Nasir Hashim berkata pihaknya telah pun menyerahkan bantahan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perkara ini dan memohon kerjasama polis agar kesemua enam aktivis itu dibebaskan.
Kumpulan itu bersurai secara aman kira-kira setengah jam kemudian.
Keenam-enam anggota PSM yang ditahan itu, termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.
Kesemua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi oleh anasir-anasir subversif.
Polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.- BERNAMA
PARIS - Seorang penulis Perancis berusia 32 tahun, Tristane Banon akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas Ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn kerana cuba merogolnya.
Perkembangan tersebut berlaku beberapa hari selepas Kahn dibebaskan daripada tahanan rumah di New York atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja hotel di New York.
Penulis tersebut memfailkan aduan cubaan merogol kepada pihak pendakwa raya Perancis, kata peguamnya, David Koubbi kepada majalah berita L'Express.
Menurutnya, cubaan merogol itu itu berlaku pada tahun 2003 ketika anak guamnya mewawancara Kahn di sebuah apartmen di Perancis.
Koubbi memberitahu, anak guamnya berasa sakit hati melihat Kahn terlepas begitu sahaja daripada dakwaan melakukan serangan seksual. Apatah lagi, apabila dia melihat bekas ketua IMF itu menikmati makanan di restoran mewah bersama rakan-rakannya.
Bagaimanapun, Kahn dilaporkan akan menyaman Banon yang mendakwanya melakukan cubaan merogol dengan tuduhan memfitnah.
Kahn telah mengarahkan peguamnya, Henri Leclerc dan rakan sekutunya, Frederique Baulieu memfailkan dakwaan ke atas penulis itu.
Kahn yang meletak jawatan daripada IMF selepas menghadapi tuduhan melakukan serangan seksual di hotel Sofitel, New York pada Mei lalu, menolak dakwaan Banon dengan menganggapnya cuma satu imaginasi. - AFP
SEOUL - Seorang askar marin Korea Selatan memberitahu dia berang kerana dipulau, selain mempunyai tanda-tanda sakit mental sebelum dia membunuh empat rakan sekerjanya di sebuah pangkalan barisan hadapan, kata beberapa pegawai tentera semalam.
Askar marin berusia 19 tahun berpangkat koperal itu yang dikenali sebagai Kim, turut mencederakan seorang askar marin lain kelmarin apabila dia melepaskan tembakan di pangkalan tentera Pulau Ganghwa di selatan sempadan maritim dengan Korea Utara.
Ketua penyiasat insiden berkenaan, Kwon Yeong-jae memberitahu wartawan bahawa Kim mengalami masalah psikologi sambil merujuk kepada sekeping nota yang menunjukkan Kim kecewa dengan hidupnya.
Menurut pegawai berkenaan, Kim cuba untuk membunuh diri dengan meletupkan sebutir bom tangan selepas dia mengamuk, tetapi percubaannya gagal.
Insiden tembakan rambang itu merupakan yang terburuk pernah dialami tentera Korea Selatan sejak 2005, apabila seorang askar membaling sebutir bom tangan dan melepaskan tembakan rambang yang meragut lapan nyawa askar dan mencederakan beberapa yang lain. - AP
KUALA LUMPUR, 6 Julai: "Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berada di Mekah waktu ini kerana menunaikan umrah menyatakan demikian di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan.
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.
Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.
Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.
Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.
Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.
Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.
Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
ATHENS - Sebuah bot Perancis berjaya menyelinap keluar dari perairan Greece semalam dalam percubaan untuk mematahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza, sekali gus menghidupkan semula kempen antarabangsa yang tergendala.
Bot yang dikenali sebagai Dignite - Al Karama setakat ini merupakan satu-satunya bot daripada flotila yang melibatkan kira-kira 11 buah kapal kumpulan aktivis pro-Palestin yang berjaya belayar keluar dari Greece, selepas pihak berkuasa negara itu menghalang kapal-kapal lain daripada keluar dari pelabuhan Piraues, Athens.
Bot sepanjang 19 meter itu dinaiki lapan penumpang. Ia dijangka berada di perairan Gaza dalam masa sehari dua lagi, jelas seorang jurucakap kempen flotila Gaza, Jean-Claude Lefort.
Menurutnya, bot Dignite dapat membolosi kawalan pihak berkuasa Greece kerana ia tidak dapat dikesan berikutan bot berkenaan bukan berada di Piraeus tetapi di tempat lain.
Terdahulu, pihak berkuasa Greece menyatakan, ia menguatkuasakan larangan belayar ke atas flotila ke Gaza demi keselamatan sejumlah aktivis pro-Palestin di atas kapal-kapal berkenaan. - AFP
oleh Tuan Sayuthi Omar : http://msomelayu.blogspot.com/ MALAYSIA negara ajaib, sesuatu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ayam hendak keluar dari telornya. Anak ayam mengambil masa 21 hari untuk keluar dari cengkeran telor. Tetapi di Malaysia sekelip mata sahaja keptusan boleh berubah. Inilah standard negaraku Malaysia. Tidak sampai seminggu Menteri Dalam [...]
KUALA LUMPUR, 6 Julai: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.
Turut bersama beliau ialah Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail.
Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.
(Gambar: Mazlan menunjukkan surat sekatan beliau memasuki Sarawak.)
Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula.
Nasaie yang mengiringi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.
Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis
KUALA LUMPUR, 6 Julai: "Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berada di Mekah waktu ini kerana menunaikan umrah menyatakan demikian di dalam suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
Berikut adalah kandungan penuh surat berkenaan.
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.
Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.
Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.
Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.
Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.
Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.
Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh: 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M
"Elektrik adalah urusan TNB, saya tidak pernah berjanji..."
Selasa, 05 Julai 2011 12:14 | Ditulis oleh AMELIA HASHIM
ALOR SETAR, 5 Julai - Dakwaan penduduk Kampung Tengku Laksamana, Kuala Kedah yang menyatakan kerajaan sekarang tidak tunaikan janji untuk menyalurkan bekalan elektrik kepada mereka adalah tidak benar.
Keputusan untuk tidak membenarkan bekalan elektrik disalurkan ke kampung itu adalah keputusan kerajaan dahulu yang bertujuan membendung penerokaan haram kawasan tanah rizab laut.
Ini berikutan terdapat orang ramai yang membina rumah tanpa kebenaran di atas tanah rizab sungai dan laut. Namun begitu pada peringkat awal sebelum keputusan itu dibuat beberapa penduduk telah berjaya mendapat bekalan elektrik dan air.
Ini diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Dato' Ir Phahrolrazi Haji Zawawi bagi menangkis dakwaan penduduk di situ yang mendakwa beliau tidak tunaikan janji semasa pilihanraya umum ke 12, yang tersiar di dalam sebuah akhbar tempatan hari ini.
"Saya tidak pernah berjanji untuk memberi mereka bekalan elektrik seperti yang didakwa kerana ini adalah urusan TNB," katanya ketika diminta mengulas laporan itu.
Walau bagaimanapun beliau melahirkan rasa simpati terhadap masalah penduduk di situ dan akan berusaha mengatasi masalah bekalan elektrik yang dihadapi oleh penduduk berkenaan.
"Saya akan cuba atasi masalah ini. Oleh kerana keputusan tidak membenarkan bekalan elektrik diberikan kepada penduduk itu dibuat oleh Exco ketika pemerintahan dahulu jadi Exco hari ini pula kena buat keputusan lain," katanya.
Menurutnya, kertas kerja mengenai ini akan disediakan oleh pihak Pejabat Tanah Galian (PTG) dan akan dibawa ke dalam Mesyuarat Exco sama ada membenarkan atau sebaliknya bekalan elektrik disalurkan kepada penduduk di situ.
Dalam menekankan keputusan ini hanya terhad kepada kemudahan elektrik dan air tidak kepada kebenaran menduduki tanah rizab laut.
"Ertinya penduduk di situ telah membina penempatan di atas tanah rizab laut tanpa kebenaran. Ini adalah kesalahan walaupun mereka telah membuat permohonan tidak bermakna mereka boleh meneroka tanah rizab laut sewenang-wenangnya," katanya.
Katanya, walaupun permohonan mereka tidak mendapat kelulusan status kampung itu telah berkembang sehingga penduduknya kini berjumlah 70 buah keluarga dan ini menunjukkan orang ramai tidak menghiraukan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.
"Kita tahu ada penduduk yang memohon bekalan elektrik dengan alasan akan membuka bengkel di situ tetapi kerajaan masih belum memberi keputusan kerana status tanah itu adalah rizab laut," katanya.
Salah sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan 40 buah rumah Kampung Tengku Laksamana tiada bekalan elektrik.
Terakhir Dikemaskini (Selasa, 05 Julai 2011 13:08)- WD
Pakatan Rakyat mmengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil atau BERSIH 2.0 di stadium seperti ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak semalam.
Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok, Pakatan terbuka dengan tawaran itu selagi ia menghormati hak rakyat berhimpun secara aman.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.
"Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman," katanya.
Sehubungan itu, Pakatan menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana BERSIH 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.
Najib semalam dilaporkan berkata, pihaknya sedia menyediakan stadium untuk BERSIH berhimpun tetapi tetapi menolak protes di jalanan kerana ia berisiko kepada negara.
Pakatan juga menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
"Proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan BERSIH2.0 dan memerlukan komitmen perdana menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman BERSIH2.0," kata mereka
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.
Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.
Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.
Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.
Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.
Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.
Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS).
Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M
Jamuan Pakatan Rakyat telah berjalan lancar mengikut seperti yang telah di programkan.
Meskipun polis membuat sekatan di jalan raya 2 belah namun ianya tidak menghalang dari orag ramai dari berbilang kaum untuk hadir bersama di Jamuan tersebut.
Hi-Tea ini telah di adakan di kg Musai pada petang tadi, bermula jam 7 hingga 10 malam .
Turut di sertai oleh beberapa tetamu undangan dari Pakatan Rakyat disertai dengan ucapan ringkas.
,Seperti biasa, UMNO cuba turut mengadakan ceramah berdekatan malangnya UMNO gagal untuk menganggu program kali ini kerana program ini telah bermula jam 7 malam sehingga jam 10 malam sedangkan UMNO baru bermula jam 9.30 malam.
MEMPERKASAKAN NEGARA BERKEBAJIKAN merupakan tema kepada ceramah malam tadi di Bukit Katil.
Penceramah Ustaz Kamarudin Sidek, Ustaz Yusoh, YB Khoo, DR Hatta serta saudara Wahab Ibrahim ,Pen SU KEADILAN Melaka.
Saudara Wahab lantang memperkatakan kenapa "BERSIH" benar-benar di halang, ialah kerana Perhimpunan " BERSIH" merupakan benteng terakhir yang amat di takuti oleh UMNO. "BERSIH 1.0" telah menyebabkan 5 negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan manakala BERSIH 2.0 ini pasti akan banyak lagi negeri yang akan jatuh ketangan PAKATAN RAKYAT.
Ustaz Kamarudin juga tidak ketinggalan dalam memperkatakan tentang tangkapan yang telah di lakukan keatas 17 Ahli PAS . Juga menyatakan semangat rakyat semakin membara di atas segala pencabulan keatas perlembagaan yang tidak di hormati termasuk SUHAKAM sendiri.
YB Khoo sempat juga menyatakan kepada para Muslimat bahawa tak lama lagi iklan-iklan pencuci akan di berhentikan seketika kerana adanya perkataan BERSIH.
Begitulah manusia, apabila kejahatan nya sudah tidak di bendong, bayang-bayang pun di katakn HANTU.
Miri, 5 Julai - Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat, Zulhaidah Suboh ditahan di Lapangan Terbang Miri petang semalam kerana memakai baju-T berwarna kuning dengan tulisan BERSIH sekali gus menjadikannya tangkapan pertama di Sarawak. Zulhaidah yang tiba di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 1.40 petang semalam, ditahan dan disoal siasat sebelum dibawa ke Balai Polis Pusat Miri pada jam 3.15 petang.
Zulhaidah dihadapkan ke mahkamah pagi ini dan ditahan reman selama 3 hari sehingga Jumaat. Penyokong-penyokong Zulhaidah mula membanjiri mahkamah sejak awal pagi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap exco AMK tersebut.
PAS Sarawak melalui Ketua Penerangan, M Azwani Rani, Ketua Pemuda, M Arifiriazul dan exco-exco Dewan Pemuda Sarawak turut hadir ke Mahkamah Miri hari ini bagi menyatakan sokongan PAS terhadap Zulhaidah.
M Azwani, yang ditemui wartawan sejurus selepas itu, menyatakan kekesalan PAS terhadap penahanan itu yang disifatkan sebagai mencemari semangat demokrasi dan perlembagaan Malaysia. Azwani juga menyatakan komitmen PAS Sarawak terhadap tuntutan BERSIH yang menuntut pilihanraya yang lebih bersih dan adil di samping akan mematuhi saranan dan pandangan Yang di-Pertuan Agong semalam terhadap tuntutan BERSIH.
Turut bersama di Mahkamah pagi tadi ialah Dr Micheal Teo, Pengerusi PKR Cabang Miri dan ahli keluarga Zulhaidah.
Amir_Shari selepas dituduh dan dimomok oleh Umno-BN dan kuncu2 #Bersih diterima mengadap YDPA, dan menteri dalam negeri harus minta maaf
mbnizar Stadium bukit jalil/merdeka shall swell yellow! but without electricity supply on 9th July henceforth no PA system. Bersih 2.0 carry your PA 29 minutes ago · reply · retweet · favorite
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Umno Barisan Nasional yang berterusan membuat tangkapan rambang ke atas aktivis Bersih 2.0.
Tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mengkehendaki agar kerajaan bertindak adil dan memahami kehendak rakyat yang mahu sistem pilihanraya dilaksanakan secara adil dan bebas.
Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong dalam titah Baginda secara jelas meminta agar pihak kerajaan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik dan berhikmah.
Justeru tangkapan demi tangkapan terhadap aktivis Bersih 2.0 jelas bertentangan dengan maksud titah ucapan Yang di-Pertuan Agong yang menggesa kerajaan Umno BN agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana serta menyelesaikan masalah dengan rundingan.
Namun, AMK Malaysia amat kesal dengan tindakan polis menahan Zulhaidah Suboh yang merangkap Exco AMK di Kuching semalam.
Ketua Penerangan AMK Malaysia, Lee Khai Loon menjelaskan, Akhbar Ali dan Abdul Latip yang merupakan pimpinan AMK di Sungai Besar juga ditahan oleh polis kerana terlibat dalam aktiviti Bersih 2.0.
"Tindakan intimidasi polis yang berterusan menunjukkan bahawa polis tidak professional serta mencabuli hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"AMK Malaysia mendesak kerajaan agar menghormati hak dan kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyampaikan pandangan dan pendapat kerana niat dan matlamat Bersih 2.0 ialah memperjuangkan sistem perjalanan pilihanraya Malaysia yang lebih adil dan telus untuk semua pihak," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata, AMK Malaysia juga menggesa agar pihak PDRM melepaskan tanpa syarat semua tahanan aktivis Bersih 2.0 serta merta dan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dalam mencari jalan penyelesaikan kepada isu pilihan raya di Malaysia.
Sistem perjalanan pilihanraya yang adil dan telus, tegasnya, akan memberikan kebaikan kepada semua pihak kerana ia akan memastikan pilihan rakyat dalam memilih pemimpin tidak dipengaruhi oleh unsur ketidakadilan dan rasuah.
"Sebagai sebuah negara yang memilih sistem demokrasi dan pilihanraya sebagai landasan falsafah berpolitik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.
"Justeru tindakan ugutan, ancaman dan tangkapan awam jelas tindakan terkebelakang ketika mana negara-negara lain sudah mengorak langkah jauh bagi memastikan sistem yang adil dan telus demi menjaga hak rakyat dipelihara," ujar beliau.
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium.
Keputusan Bersih dibayangkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi manakala keputusan Pakatan pula diumumkan tiga pimpinan tertinggi mereka.
(Ambiga ketika dikerumuni wartawan di perkarangan Istana Negara - gambar Malaysiakini)
Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan.
Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka.
Pakatan Rakyat juga menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.
Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.
"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.
Menurut mereka, Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.
Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kenyataan itu ditandatangani Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.
Kata kenyataan itu Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.
"Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman," kata kenyataan itu lagi.
Oleh yang demikian, tambah kenyataan itu, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.
.... APA LAGI...JOM PAKAT2 PAKAI BAJU BERSIH MINGGU NI... POLIS DAH TOKLEH TANGKAP....
... aku rasa puak-puak UMporNo dah cukup terdesak apabila menggunakan tektik yang paling bodoh diabad ini dengan meletakkan molotov coktail dalam plastik hitam kat tepi jalan hutan siap dengan parang 'baru'... yg jumpe tue orang asli... sape org asli tue.?.. amik no., esok turun training bola padang...
kenape selama ini perhimpunan aman bersih 1.0, PSSMI, anti ISA takde pun peserta yang menggunakan molotov coktail (nak sebut pun tergeliat lidah)... entah-entah kerja polis...sebab polis je ade benda tue????wakakakakaka
[BH] KUALA LUMPUR: Polis Selangor menemui satu beg berisi molotov coktail, dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan petang semalam.
Penemuan itu berdasarkan maklumat beberapa Orang Asli yang terlihat barang berkenaan ketika sedang mencari rotan. ...(gelak....gelak lagi....)
Sementara itu, Polis menemui empat bahan letupan molotov coktail yang diletakkan dalam plastik hitam di Jalan Raja Laut, awal pagi semalam, dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram BERSIH berlangsung Sabtu ini.
Bahan letupan itu ditemui bersama beberapa senjata tajam seperti pisau dan parang serta 15 mercun bola dan T-shirt tertera perkataan BERSIH yang dibungkus dalam plastik hitam dan diletakkan dalam pasu bunga di belakang pusat beli-belah Sogo, di sini.
Hasil siasatan awal polis berdasarkan maklumat saksi mendapati bahan letupan berkenaan diletakkan tiga suspek lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja yang didaftarkan di Negeri Sembilan.
Suspek dilapor dalam keadaan mencurigakan selepas dilihat keluar dari kereta dengan memakai penutup muka dan sarung tangan sambil memerhatikan keadaan sekeliling, ketika menyembunyikan bahan letupan itu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, berkata polis tidak menolak kemungkinan bahan letupan itu akan digunakan ketika perhimpunan haram, tetapi siasatan lanjut sedang dilakukan secara terperinci.
"Polis kini mengesan suspek berkenaan bagi mengetahui sama ada wujud bahan letupan turut diletakkan di beberapa lokasi lain yang kita percaya akan digunakan pada hari perhimpunan haram itu Sabtu ini," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Beliau berkata, orang ramai diminta tidak panik menghadapi situasi berkenaan kerana polis sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk cubaan beberapa pihak mengganggu-gugat ketenteraman awam di sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, polis berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan.
Difahamkan, ini adalah penemuan pertama polis ke atas bahan letupan berbahaya yang dipercayai akan digunakan ketika perhimpunan haram itu.
.... camne aku tau... sebab bapak aku pun polis....
PUTRAJAYA 4 Julai - Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek perintis Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini membabitkan pembinaan 560 unit pangsapuri yang akan dijual dengan harga bermula RM120,000 seunit.
Sebanyak 20 lokasi strategik di Lembah Klang termasuk di kawasan seluas 3.04 hektar di Presint 11 tersebut dikenal pasti di bawah fasa pertama PR1MA yang menyaksikan 42,000 unit rumah dibina.
Rumah-rumah pada kadar harga diskaun sekitar RM150,000 hingga RM300,000 itu akan dijual pada harga yang sama untuk bumiputera dan bukan bumiputera.
Menurut Perdana Menteri, pemohon rumah PR1MA boleh mendapat pinjaman sehingga 105 peratus untuk menampung kos insurans dan yuran guaman dengan tempoh bayaran sehingga 30 tahun.
Kata beliau, PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara yang berpendapatan sederhana dengan gaji bulanan tidak melebihi RM6,000 tanpa mengira mereka bekerja dengan kerajaan, swasta atau bekerja sendiri.
GOL...Safiq (tiga dari kiri) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua melalui sepakan percuma, kelmarin.
GANDINGAN dua penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali akan menjadi senjata pemusnah apabila menentang Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada 23 dan 28 Julai ini.
Kedua-dua pemain yang menjadi tonggak Harimau Malaya untuk memenangi Piala AFF pada penghujung tahun lalu itu tidak beraksi bersama pada dua perlawanan menentang Taiwan di pusingan pertama berikutan kecederaan yang dialami mereka.
Norshahrul mengalami hamstring sejak dua minggu lalu dan terlepas aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, minggu lalu sekali gus memaksa Mohd Safee bergandingan bersama Baddrol Bakhtiar di jentera serangan.
Manakala pada aksi timbal balik di Taipei, malam kelmarin giliran Mohd Safee pula mengalami kecederaan dan menjadi penonton dengan Norshahrul bergandingan bersama Abdul Hadi Yahaya.
Namun Mohd Safee yang juga penyerang Pelita Jaya FC menyatakan, dia bakal kembali pulih sepenuhnya apabila menentang Singapura sekali gus menghadirkan khabar gembira kepada ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal.
"Saya berkeyakinan tinggi akan kembali cergas apabila menentang Singapura. Walaupun ranking mereka lebih tinggi saya yakin kami akan mendapat keputusan positif," kata penyerang berusia 27 tahun itu.
Manakala bagi Norshahrul yang tetap turun beraksi malam kelmarin walaupun dilihat masih belum cergas sepenuhnya bakal mendapat kembali sentuhan terbaiknya dalam masa terdekat.
Baginya tempoh yang panjang untuk membuat persiapan menentang Singapura selepas aksi terakhir Liga Super malam esok akan memberikan kelebihan kepada Harimau Malaya.
"Saya jangka kami akan mendapat persefahaman yang lebih baik lagi seperti ketika menjulang Piala AFF tempoh hari. Sukar untuk mendapatkan kembali rentak itu kerana latihan pusat berlangsung dalam tempoh yang singkat," kata penyerang Kelantan itu.
Jentera serangan Harimau Malaya kelihatan tumpul ketika menyingkirkan Taiwan apabila kedua-dua pemain itu tidak bergandingan selain harapan disandarkan kepada pemain yang masih kurang pengalaman di pentas antarabangsa seperti Abdul Hadi dan Ahmad Fakri Saarani.
Malah empat gol dihasilkan daripada dua aksi menentang Taiwan pada pusingan pertama adalah menerusi kapten negara yang juga perancang bahagian tengah, Mohd Safiq Rahim serta pemain pertahanan tengah, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
Malaysia dijadual bertandang ke Singapura pada 23 Julai menentang skuad bimbingan Radojko Avramovic di Stadium Jalan Besar sebelum kembali ke Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk aksi timbal balik pada 28 Julai.
Setelah pelbagai tuduhan dan tohmahan baik dari akhbar pencacai dan media elektronik keraaaajaan beEND/umPORno, tiba2 beb... mentol atas kepala gua menyala beb... hahaha... gua dapat idea beb.. tak tau lah boleh pakai atau tidak... lu orang buatlah tafsiran mengikut persepsi sendiri.
Secara ringkasnya macam nih...;
Gua mencadangkan supaya setiap penyokong/peserta/pendemo perhimpunan BERSIHpada 9 Julai nanti supaya membawa tali sepanjang 4 meter setiap seorang. Atau pengelola perhimpunan ini menyediakan tali untuk kumpulan masing2, bawaklah sebanyak mungkin...
Apabila sudah berkumpul dalam setiap kumpulan, buatlah satu barisan ikut suka hati Ketua Kumpulan bagi setiap kumpulan dan ikat tangan masing2 iaitu sesama demontrans dari barisan hadapan hingga ke barisan belakang. Jangan jerut ikatan sampai darah member sebelah tak boleh mengalir sudah laaaa... nanti ada pulak yang terbongkang mampus tak cukup oksigen... hahahaha...
Ini tali gantung... jangan cari pasal beb...!!!! Bukan tali ini... hahaha...
Ini bagi membuktikan kepada Pihak Polis dan Rakyat 1Malaysia... khususnya kepada para wartawan/rakyat seluruh dunia bahawa perhimpunan ini adalah perhimpunan aman damai seperti yang dijanjikan, bukannya seperti dakwaan keraaaajaan beEND yang haprak tuuuu...
Ini juga bagi mengelak serta menyangkal segala tohmahan dan dakwaan bahawa penyokong/perserta/pendemo BERSIH akan menimbulkan huru hara. Kamera setiap wartawan dari dalam dan luar negara akan tertumpu pada perarakan ini.
Jika ada sebarang provokasi, ini bermakna ianya bukannya dicetuskan oleh penyokong/perserta/pendemo dari kumpulan BERSIH kerana tangan mereka semua telah terikat sesama mereka, bagaimana mungkin hendak bertindak liar dan menimbulkan huru hara. Terpulang kepada Pihak Polis untuk membuat tangkapan terhadap mana2 penyokong/peserta/pendemo yang berbaju kuning yang bebas bergerak tanpa ikatan di tangan.
Dan langkah ini juga akan membuatkan Pihak Polis bakal terkedu dan berasa serba salah untuk mengambil tindakan menangkap ratusan ribu pendemonstrasi BERSIH dari setiap kumpulan. Jika perkara tangkapan itu berlaku juga, ianya menunjukkan bahawa Pihak Polis telah bertindak kejam terhadap rakyat yang tidak berupaya. Biar seluruh dunia menyaksikan kekejaman tersebut dan Malaysia bakal terkenal seluruh dunia... hahahaha... dan Keraaaajaan Malaysia akan mendapat MALU BESARRRRRR... wa cakap luuuu... hahaha..
Selain daripada itu juga, puak2 seperti Perkosa/Gerak Aman, Pemuda umPORno, Pukida, Mahaguru Silat dan anak2 buahnya yang menggong terlampau, Mamat yang mengugut bunuh Pimpinan BERSIH, NGO2 Pencacai Tegar serta SB (Special Branch) pasti cuak untuk menyelinap masuk dalam kumpulan BERSIH untuk menimbulkan huru-hara dari dalam bagi menuduh peserta Perhimpunan ini.
Jika ada yang berjaya menyelinap dan menyamar sebagai peserta BERSIH, individu tersebut pasti mati kutu untuk membuat onar kerana tangannya sendiri terikat... hahahaha... secara tak langsung mamat itupun berarak demi menyatakan tuntutannya terhadap pemBERSIHan menuntut Pilihanraya yang BERSIH daripada Suruhanjaya Penipu Rakyat (SPR) hahaha... padan muka diorang...!!!!
Ok... lah... kepala hotak gua dah tepu nih... jikalau lu orang ada apa2 lagi idea/cadangan samada kebaikkan atau keburukkan untuk mengikat tangan sesama pendemostrasi nih... lu orang maklumkan dalam ruang komen, boleh kita forwardkan cadangan ini kepada pimpinan BERSIH untuk dipertimbangkan ikut kepala otak diorang pulak...
Nota: Setelah hajat menyerahkan memorandum tercapai, masing2 boleh leraikan ikatan tali di tangan, masukkan dalam plastik sampah dan buangkan ke dalam tong sampah... tunjukkan keBERSIHan yang di tuntut... hahaha... secara tak langsung tidak menyusahkan pihak DBKL untuk bayar gaji overtime pada pekerjanya untuk kerja2 pemBERSIHan... dan ianya juga membuktikan BERSIH adalah benar2 BERSIH.... pada petang Sabtu 9 Julai 2011 nanti... insyallah..
p/s: Gua yakin Najib, Rosmah, Sepupu and the gang.... akan gigit kuku jari kaki diorang beb.... hahaha...
Nak arahkan Polis belasah tak boleh beb..., takan Polis nak belasah orang kurang upaya, tangan masing2 dah terikat... lagi mau belasah ke... itu dah kategori kejam terlampau tuuuu..???? Tak arahkan pun salah jugak... mana pulak nak sorok muka setebal 14 inci dengan kulit babi tu... setelah pelbagai tuduhan dilemparkan... perghhh.... checkmate punya lah.... hahaha...
TERLEBIH dahulu marilah kita bersama-sama mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk S.Ambiga dan BERSIH keseluruhannya kerana berjaya bertahan dan berani berdepan dengan berbagai tekanan, ugutan dan ancaman dari pihak yang anti-BERSIH. Bukan mudah untuk seorang wanita untuk berdepan dengan sebuah kerajaan yang mengunakan kuasa Polis, Pemuda Umno dengan Patriotnya, Perkasa, beberapa pertubuhan lain yang menjadi pengampu dan tidak kurang juga keegoan Persatuan Silat di bawah Guru Silat OKU itu.
Kesemuanya dapat dihadapi oleh BERSIH dengan kerjasama padu oleh berpuluh NGO dan juga parti-parti Pembangkang dari PR. Serangan oleh media pencacai siang dan malam terhadap BERSIH dengan tenang dihadapi oleh PERKASA malahan kempen berterusan terus dilakukan untuk memberitahu rakyat tentang objektif sebenar BERSIH untuk berhimpun pada 09 Jul nanti. Mungkin kerana bimbang rahsia mereka terbongkar selama ini, maka kuasa digunakan sewenang-wenangnya untuk menekan BERSIH dengan tangkapan demi tangkapan sehingga ke tahap meletakkan baju kuning seolah-olah seperti memiliki bahan api atau dadah kalaupun tidak sehina memiliki atau mengedar video seks.
Hari ini BERSIH menempa nama sebagai `pemenang' setelah perhimpunan ini di`halal'kan setelah mendapat kebenaran dan restu dari DYMM YDP Agung asalkan dilakukan di stadium. Terbukti BERSIH bukan `haram' dan BERSIH juga bukan berniat jahat jauh sekali ada hubungan dengan Komunis seperti yang cuba dikaitkan oleh pihak yang sememangnya berniat jahat itu. Mustahil Ke Bawah DYMM YDP Agung merestui BERSIH berhimpun sekiranya benar bahawa BERSIH itu pertubuhan yang merbahaya kepada negara.
Saya amat tertarik dengan komen sebuah portal pro-Umno yang memberi `kredit' kepada BERSIH sebagai satu kejayaan di dalam perjuangannya, sekali gus meletakkan Umno dan mereka yang bersekongkol dengan parti sekular itu `gagal' malahan kecundang dan terkedu. Baca ulasan portal tersebut di sini.
Memang ramai di antara kita yang kecewa apabila Perhimpunan BERSIH terpaksa diubah ke stadium atas titah Tuanku. Sebenarnya kita patut berbangga kerana kita hanya `tunduk' kepada titah Tuanku untuk membuktikan bahawa di dalam apa jua keadaan kita amat menyanjung dan mendaulatkan Tuanku. Sebelum ini kita mencampakkan ke longkang sahaja ancaman, ugutan dan tindakan-tindakan keras dari pihak sekutu Apco itu dan kita terus komited dengan nawaitu kita. Biar berbuih mulut dari Perkasa, biar lantang dan nyaring salakan dari Patriot, dan biar berpuluh-puluh `bunga silat pulut' dari persatuan silat pengampu ini, namun semuanya kita letakkan di bawah tapak kaki kita.
Demi kedaulatan Raja, BERSIH membuktikan bahawa ada ketikanya kita perlu `berundur' setapak ke belakang untuk memberikan penghormatan kepada Raja yang kita sayangi. Berundur bukan bererti kalah, tetapi kita berundur untuk langkah seterusnya untuk terus beberapa tapak lagi ke hadapan selepas ini. Bayangkan jika BERSIH masih tetap berkeras mahu berhimpun seperti yang dijadualkan di tiga lokasi tersebut. Sudah tentu kita memberi peluru kepada sekutu Apco ini untuk berpesta menggelar kita sebagai pengkhianat kepada DYMM YDP Agung dan tidak mustahil kita digelar kumpulan yang menentang Agung.
Bayangkan di dalam keadaan sekarang pun mereka sedang berusaha untuk mengaitkan BERSIH dengan fahaman Komunis atau kumpulan subversif. Malam tadi TV menyiarkan beberapa rampasan senjata tajam, bom botol beserta beratus helai baju BERSIH untuk mengaitkan BERSIH. Tidak masuk akal hanya dengan beberapa bilah parang, BERSIH mempunyai tujuan untuk melakukan keganasan. Tidak lojik jika kumpulan yang ingin melakukan huru-hara atau keganasan memohon bantuan pihak Polis untuk mengawal perhimpunannya.
Kita serahkan kepada pihak Polis untuk menyelesaikan kes barang-barang bahaya yang dijumpai oleh mereka. Pihak Polis yang dedahkan, biar mereka sendiri siasat dan selesaikan. Bak kata orang Negeri Sembilan, "Takdo Kojo Cari Kojo, Ado Kojo Tercongang-Congang".
Ayuh, kita penuhi Stadium yang ditetapkan nanti dengan lautan Kuning yang telah mereka `haram'kan tetapi telah di`halal'kan oleh Tuanku. BERSIH mesti mengisi program yang benar-benar hebat di stadium nanti agar dapat membakar semangat penyokong-penyokong yang sedikit kecewa sekarang. Kepada pihak berkuasa, tiada lagi alasan selepas ini untuk menggagalkan BERSIH.
Kepada Perkasa, Patriot mahu pun kumpulan silat, mereka harus muhasabah diri sampai bila mahu terus menjadi `kuda tunggangan' Sang Penguasa yang mahu terus kekal berkuasa. Satu kemenangan gemilang buat BERSIH dan KO buat `KOTOR'.
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.
Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.
Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS). Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M
Ustaz Nordin Jaafar,Zainuddin Hamzah bersama Zulfikar Zainon yang direman 2 hari kerana memiliki Baju BERSIH.Bergambar di hadapan Balai Polis Kuala Kangsar.Zulfikar disambut pemuda Pas Bukit Gantang di pintu masuk balai polis selepas dibebaskan daripada direman.
4hb July2011:program Ceramah anjuran Pemuda Negeri yang pada awalnya dijadualkan di Tapak Dataran Batu 9.akhirnya dipindahkan ke Markas Pas Bukit Cempedak,Kerana Polis berjaya mendapatkan Perentah Mahkamah menghalang ceramah di Tapak tersebut.
4hb july petang sekitar jam5 sebanyak 9 trak Polis LSf dan Fru siap dengan water canon berkumpul di Dewan Bunga raya Changkat Jering,dan mereka bergerak ke Tapak Lokasi sekitar jam615 petang menampal perentah Mahkamah dikawasan sekitar itu bersiap sedia bagaikan akan berperang,dengan siapa entahle..(kekadang sedih dan kasihan mendengar makihamun rakyat kepada anggota Polis yang dijadikan Mangsa oleh Pihak Pihak tertentu khasnya UMNOBN...gaji dari duit Rakyat tapi menjadi balaci UMNOBN).
Akhirnya atas arahan penganjur, majlis itu diPindahkan ke Markas Pas Kawasan Bukit Gantang yang sekitar 4 km dari tapak asal.Bermulalah episod baru dalam Usaha Polis menghalang Rakyat dari menghadiri majlis itu.
persiapan awal dan mengejut petugas dari semua peringkat..
Road Blok: 1 dipekan changkat Jering berhadapan Kelinik Changkat Jering 2 Road Blok di simpang Tiga kepala Bukit batu 9 3 Pekan Changkat Ibol 4 Simpang sg Petai 5 kg Senduk 6 Pekan Bukit gantang 7 hadapan Kubur Kg Kubu 300 meter sebelum sampai Markas Pas.
soalnya KENAPA perlu sebanyak ini dan begitu ramai anggota digunakan untuk mengagalkan Program itu..?Dari Ratusan Polis diluar,terdapat sekitar +40 orang Polis dan SB dalam himpunan rakyat disekitar majlis itu.(kan lebih elok seramai itu punya anggota digunakan untuk membenters jenayah yg macam macam diluar sana..?ingat dan sedarke mereka yang gaji mereka yang digunakan untuk menyara anak bini mereka dibayar dari Duit yang dikutip dari hasil wang Rakyat..!
bersambungdibawah:komen dan luahan rakyat:
abang mad berpeluh..selepas ceramah dan naik seriau juga dibawa naik motor oleh petugas ke Tapak ceramah.
Komen-komen dan luahan Rakyat yang menghadiri majlis itu secara terus ,mesej dan panggilan kepada saya.
1 : Polis tahan dan minta ic dan lesen memandu catit semua maklumat 2: Rakyat terdengar arahan melalui walkie talkie:TAHAN SEMUA,CATIT,DAN CHECK 100% LAMBATKAN PERGERAKKAN MEREKA. 3: Polis: Ceramah Haram tiada permit tidak boleh pergi kesitu ,balik. 4: Jangan pergi kesana ada Perentah Mahkamah:(mangkuk hayun punya polis..perentah mahkamah di Dataran Batu 9.) 5: semasa kereta DS Nizar melalui sekatan dekat kubur kg Kubu..seorang anggota dengan senyum melambai tangan minta jalan tetapi disebaliknya ada seorang lagi anggota jerkah..TAHAN TAHAN...pemandunya lalu terus buat dak aje. 6: Seorang wanita yang berdekatan dengan markas berjalan kaki untuk ke majlis turut ditahan Polis:balik, ceramah haram tak boleh hadir/wanita: apa hak awak halang saya nak pergi dengar/polis piang:Diam membisu./wanita: suka hati sayale, nak dengar ceramah umnoke ceramah Paske, siapa awak utk menghalang sambil terus berlalu ke majlis ceramah. 7: Sekitar jam 11 malam 3 trak FRU membunyikan loceng dan menuju ke Jalan Changkat Ibol dari simpang kepala Bukit akhirnya hilang entah mana:provoke le itu. 8: ramai juga yang menalifon diarahkan balik kerana ceramah tiada permit
dan macam macam lagi kerenah polis yang diperdengarkan pada kami... aduh aduh kenapa biarkan diri anda dijadikan Bodoh Piang sedangkan dikebanyakkan negara negara luar sebarang perhimpunan dan ceramah dilayan secara saksama oleh Pihak keselamatan siap diberi kawalan lalulintas tanpa mengira pemerentah atau pembangkang hatta negara Filipina yang dikatakan kurang maju dari malaysia pun mengamalkan pendirian yang adil bila melibatkan soal perhimpunan Rakyat..
Parti Islam Se-Malaysia PAS menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman BERSIH 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keprihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.
Titah Seri paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.
Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan BERSIH 2.0 dan rakan politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham initelah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi olehpihak berkuasa.
PAS percaya bahawa asas penyebab utama bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihanraya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik. Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihanraya umum diadakan. Sejak Sekian lama ini,kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.
PAS mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak untuk mengharamkan Pertubuhan Bersih 2.0, yang terdiri daripada gabungan 62 NGO yang sah dan berdaftar 6 hari menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 ini.
PAS juga menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang telah menyalahgunakan kuasa yang ada dengan bertindak di luar batas undang-undang untuk mengharamkan Bersih 2.0 di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 kerana ia jelas bercanggah dengan dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat seperti yang dinyatakan peguam Hak Asasi Manusia, N Surendran.
PAS menghidu tindakan kerajaan BN untuk mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang tidak pernah didaftar semata-mata bertujuan supaya gabungan 62 NGO tersebut boleh dianggap pertubuhan haram bagi membolehkan KDN mengerahkan polis untuk bertindak ke atas pemimpinnya.
Tindakan ini dilihat langkah awal bagi melakukan tangkapan besar-besaran ke atas para pimpinan NGO yang menyokong Bersih 2.0 termasuk Pakatan Rakyat kononnya mencetuskan suasana gawat dalam negara; walhal jelas di mata orang awam bahawa Umno dan Perkasa merupakan pihak yang mencetuskan kontroversi dalam mengadakan perhimpunan Julai 9 ini.
PAS juga melihat tindakan KDN ini seolah-olah cuba mendapatkan keizinan perundangan ke atas tindakan yang bakal dilakukan.
Menteri Dalam Negeri sewajibnya bertindak dengan lebih profesional melayani kehendak rakyat ke arah sistem pilihanraya yang lebih baik dan adil daripada menumpukan kepada kerja untuk memburukkan Bersih 2.0.
Keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil adalah asas keyakinan dan kesejahteraan negara.
KDN boleh mengarahkan polis untuk menghalang dari sudut fizikal, namun perlu diingatkan rasa tidak puas hati rakyat akan terus membara dan marak, sehingga ianya boleh mencetus pemberontakan dalaman. Sepatutnya ini yang perlu dinilai oleh KDN.
Sewaktu seorang gabenor memohon peruntukan tambahan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz bagi membuat benteng bagi menahan pemberontakan rakyat terhadap pemimpin, Umar membalas surat permohonan gabenornya dengan katanya:
"Bentenglah kemarahan rakyatmu dengan keadilanmu, mendengar rintihannya, melayani aduan mereka; itu lebih teguh benteng daripada kota yang kamu cuba bina."
Wahai KDN, ambillah iktibar daripada Umar bin Abdul Aziz sebelum terlambat.
KUALA LUMPUR, 5 Julai — Pemimpin Pakatan Rakyat menerima tawaran tadbiran Najib semalam yang menyatakan kesediaan Putrajaya memberi kerjasama untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di stadium. "Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman [...]
SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang. Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan [...]
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat menyifatkan penerimaan mengadap pimpinan Bersih 2.0 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin membuktikan pertubuihan itu bukan pertubuhan haram.
Sebelum ini, Datuk Seri Hishammmuddin Tun Hussien melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengumumkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram.
Yang Dipertuan Agung hari ini menerima mengadap tiga pemimpim Bersih 2.0 iaitu Pengerusinya, S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin
Ekoran pertemuan itu, kata sepakat dicapai perhimpunan Bersih akan diteruskan dan menerima pandangan Perdana Menteri, ia akan diadakan di stadium.
"Perkenan YDP Agong tersebut dijunjung kasih kerana bertujuan mendaulatkan sistem demokrasi yang selama ini tempang tanpa dilihat kukuh secara konkritnya," kata naib ketua Pemuda PAS, Raja Ahmad Al-Hiss.
Rakyat pertegaskan Rukun Negara yang selama ini dipegang akhirnya menatijahkan satu pendekatan yang selama ini tidak timbul dan YDP Agong akhirnya memecahkan tradisi akan kemelut yang telah lama melanda, kata beliau.
"Kami yakin titah yang telah dipertegaskan oleh YDP Agong tidak meletakkan mana-mana pihak betul dan secara lembutnya memberikan nasihat daripada Raja yang memerintah kepada rakyat di bawah naungannya," katanya.
Dalam keadaan itu, Pemuda PAS mendesak agar PDRM terutamanya yang jelas melanggari undang-undang dengan menjadikan Akta 47 sebagai BERSIH adalah pertubuhan haram terjawab di atas perkenan YDP Agong menerima majlis mengadap BERSIH 2.0 hari ini.
"Kami meminta agar seluruh rakyat yang ditahan oleh pihak Polis dibebaskan dengan serta-merta berikutan sambitan dengan Bersih 2.0 ini. Sesungguhnya titah YDP Agong seharusnya dihormati oleh semua pihak terutama Polis yang jelas melanggari hak asasi manusia," tambahnya.(hrkhdaily)
BANGKOK 4 Julai - Tentera Thailand menerima kemenangan besar yang dicapai oleh sekutu-sekutu bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa pada 2006, kata Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwon hari ini.
Penggulingan Thaksin mencetuskan pergolakan bertahun-tahun dan siri protes jalanan oleh puak-puak politik yang bersengketa.
Parti Pheu Thai yang dipimpin oleh adik perempuannya, Yingluck mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya semalam, memaksa Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva daripada Parti Demokrat mengaku kalah.
"Saya sudah berbincang dengan para pemimpin tentera, kami akan membenarkan ahli-ahli politik mencari penyelesaian dan tentera tidak akan campur tangan.
"Rakyat sudah bersuara dengan jelas, kerana itu tentera tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menerima keputusan itu," kata Prawit.
Pemerhati politik sebelum ini telah memberi amaran, kemenangan tipis dalam pilihan raya semalam boleh mencetuskan lagi protes jalanan atau campur tangan tentera.
Namun kemenangan besar pembangkang itu menyukarkan jeneral-jeneral tentera untuk mewajarkan rampasan kuasa sekali lagi.
"Biarlah ahli politik yang dipilih menjalankan tugas mereka, kami tidak boleh mengusir mereka kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan," ujar Prawit.
Satu isu penting yang dibangkitkan tentera ialah sama ada kerajaan baru Yingluck akan mengambil tindakan undang-undang atau langkah lain terhadap para jeneral kerana menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan pembangkang pada tahun lepas, sehingga menyebabkan lebih 90 orang terbunuh, kebanyakannya penduduk awam. - AFP
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Besar kemungkinan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di stadium ekoran pengumuman Pengerusi Bersih dan juga kata sepakat yang dicapai Pakatan Rakyat yang menyebut mereka terbuka untuk perhimpunan di stadium.
Keputusan Bersih dibayangkan pengerusinya Datuk S Ambiga pada sidang media lepas mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang tadi manakala keputusan Pakatan pula diumumkan tiga pimpinan tertinggi mereka.
(Ambiga ketika dikerumuni wartawan di perkarangan Istana Negara - gambar Malaysiakini)
Ambiga bersama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin tengahari tadi.
Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan.
Menurut Ambiga, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.
Sebelum itu, Pakatan membayangkan akan bersetuju untuk berhimpun di stadium melalui tiga pemimpin kanan mereka.
Pakatan Rakyat juga menyeru kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan terhadap mereka digugurkan di samping terbuka dengan tawaran Perdana Menteri agar berhimpun di stadium.
Pakatan Rakyat mengambil maklum kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam yang menyatakan kesediaan pihak kerajaan memberikan kerjasama untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 2.0 di stadium.
"Setelah melalui beberapa proses perbincangan, kami ingin merakamkan pendirian bahawa ketiga-tiga parti mengambil sikap terbuka dengan tawaran Perdana Menteri itu selagi ia menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Teresa Kok Suh Sim dalam kenyataan bersama, petang ini.
Menurut mereka, Pakatan Rakyat ingin menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.
Mereka berkata, proses reformasi itu perlu dilaksanakan segera sebelum Pilihanraya Umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 dan memerlukan komitmen Perdana Menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman Bersih 2.0.
"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini," kata mereka.
Mereka menambah, ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman.
"Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana Bersih 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan," ujar mereka lagi.
3 Julai 2011, Pelabuhan Klang - Briged Amal Selangor telah mengadakan Kursus Kemahiran Sulaman Manik Siri 1 di Dewan Masjid As Saadah, Bandar Sultan Suleiman Klang. Program tersebut di rasmikan oleh YB Puan Dr Hjh Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor.Program yang di jayakan bersama Noriz De Fashion itu telah menarik minat penduduk dari Flat Sri Perantau dan sekitar Selat Klang. Kemahiran yang di pelajari ini sangat berharga sehingga boleh membantu meningkatkan pendapatan keluarga, tegas YB Dr Halimah di dalam ucapan penutup kursus tersebut petang semalam.
Posted by Briged Amal Selangor at 9:31:00 AM0 commentshttp://brigedamal-selangor.blogspot.com/
Dewan Muslimat bersiap sedia melakar pelan menerajui kepimpinan wanita yang selama ini di pegang oleh wanita UMNO. Natijahnya jelas kelihatan.Pemimpin wanita UMNO tidak mampu memberi contoh yang baik hingga dahan yang tempat wanita berpaut selama ini sudah reput dan terkulai layu. Anak gadis hilang pandu arah hingga sanggup menggadai maruah dan menconteng arang ke wajah orang tuanya.Anak teruna kegersangan jiwa.Terpaksa bergantung kepada gam, dadah, arak atau mengabdikan diri kepada runtunan nafsu dan syahwat. Ungkapan: Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang pertiwi sudah lama punah berkecai kerana wanita yang menjadi ibu dan pembimbing serta pencorak utama anak tidak diberi keutamaan oleh pemimpin wanita UMNO.Akhirnya wanita-wanita yang sentiasa melibat kelibat pemimpin wanita UMNO yang berpola kebendaan akan tergelongsor ke dunia HEDONISME. Memang tidak menjadi keutamaan bagi UMNO untuk mempasti keluarga dibimbing di jalan yang diredhai Allah yang mengambil kira keperluan hidup bukan sahaja di dunia bahkan yang lebih kekal di akhirat kelak. Ini beza paling ketara antara misi perjuangan wanita UMNO dan Muslimat PAS yang menganggap perjuangannya semata-mata kerana mahu mendapat keredhaan Allah.
Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.
Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).
Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.
Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.
Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.
Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.
Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.
Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.
Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).
Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.
Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.
Dicatat oleh KakLah di 1:59 AMhttp://sitizailah.blogspot.com/2011/06/perbelanjaan-lawatan-rasmi-perdana.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan