Jumaat, 1 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 01 Jul 2011 03:08 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Soalan-soalan Lisan & Bertulis dari YB untuk Sidang DUN Johor

Posted: 01 Jul 2011 02:56 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Jul 2011 01:44 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Wanita hamil ketagih syabu

Posted: 01 Jul 2011 01:40 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengambil dadah berbahaya jenis Methamphetamine.

Tertuduh, Noradila Arifin, 30, dari Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu yang kini sedang hamil anak ketiga disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (pindaan 2002) dan boleh didakwa di bawah Seksyen 15 Akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

sinarharian/-

PAS Sarawak Organise IT Convention For GE 13 Preparation

Posted: 01 Jul 2011 01:35 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

BINTULU, 27 Jun: Perhubungan PAS Sarawak dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) berjaya menganjurkan Konvensyen IT & Pengurusan selama dua hari berakhir 26 Jun 2011. Program itu diadakan di sebuah hotel di sini yang dirasmikan Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Samsudin. Program ini juga disertai oleh 50 orang petugas IT dari kawasan Miri, Bintulu, Sibu, Petrajaya, Batang Lupar dan Batang Sadong di Sarawak.

Abdul Ghani dalam ucapannya berkata petugas-petugas ICT perlu menyedari tanggungjawab dan amanah Allah dengan berusaha mengadakan kursus, seminar dan latihan IT yang berkala di semua peringkat PAS Sarawak serta mempertingkatkan koordinasi antara ICT PAS Sarawak dengan ICT PAS Pusat.

Beliau turut menyarankan diadakan "engagement" dan kolaborasi yang berkesan diantara ICT dan penerangan untuk pemberitaan elekronik dan media baru, selain dengan jabatan pilihanraya seperti yang dilakukan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada bulan April yang lepas.

Beliau berharap tenaga pakar IT yang datang dari Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dapat memperturunkan ilmu dan pengalaman mereka melalui aplikasi-aplikasi pengurusan dan pilihanraya serta e-media kepada tenaga-tenaga muda IT di Sarawak agar mereka dapat menjadi tulang belakang kepada PAS Sarawak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Turut hadir adalah Fidzuan Zaidi, Setiausaha Perhubungan PAS Sarawak, Suhaimi Embong, Pengarah Jabatan IT PAS Pusat dan Saudara Sheikh, Pengarah Jabatan IT PAS Sarawak.

pas sarawak/-

Himpunan Bersih tidak ada kaitan dengan tuntutan piliharaya dipercepatkan

Posted: 01 Jul 2011 01:26 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Saya ingin menjawab dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan bahawa BERSIH 2.0 menuntut supaya pilihan raya diawalkan apabila beliau berucap dihadapan para hadirin ketika lawatannya ke Sabah semalam, ini satu penipuan terhadap rakyat negeri itu dan seluruh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak faham bahasa,dengan lain yang diminta, lain pula reaksi apabila BERSIH 2.0 mengemuka tuntutan yang langsung tidak menyebut supaya pilihan raya disegerakan.

Seolah-olah pemimpin kita ini sangat gelabah dan sudah tidak tahu apa yang diucapkannya dan apa yang berlaku di dalam negara yang beliau sendiri tadbir sejak beberapa tahun ini.

Saya ingin ulangi bahawa lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah merangkumi isu bersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan kelapan iaitu yang terakhir hentikan politik kotor. Satu pun dari kelapan-lapan tuntutan tersebut tidak menyebut supaya pilhan raya diawalkan dan satu pun tidak menggambarkan bahawa tuntutan tersebut mirip berkepentingan parti tertentu.

Sudah tentulah ia bukan berkepentingan parti kerana ia adalah suara rakyat Malaysia yang sudah tidak boleh bertahan lagi dengan sistem sedia ada yang menjadi amalan UMNO-BN.

Isu sebenar yang ditutup rapat olen UMNO-BN ialah mereka sedaya mungkin cuba mempertahankan sistem pilihan raya yang mereka reka sendiri untuk menjaga kepentingan survival parti mereka bagi memastikan UMNO-BN akan menang disetiap kerusi PARLIMEN mahupun DUN yang dipertandingkan.

Apabila Ahli Parlimen PR bertanya ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung baru-baru ini mengapa UMNO-BN enggan laksana penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya, wakil UMNO-BN jawab itu merupakan hak peribadi rakyat samada mahu guna atau tidak jadi kerajaan tidak boleh paksa rakyat jika dilaksanakan juga.

Ini antara jawapan-jawapan pemimpin UMNO yang korup dan penuh dengan agenda yang dibayangi kepentingan parti dan perlu segera ubah.

Jika begitu bagaimana pula cukai melampau yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap rakyat? Adakah rakyat rela hati dengannya? Dalam perkara ini kerajaan tidak pula berkata ia (cukai melampau seperti GST) adalah hak peribadi rakyat samada perlu laksana atau tidak.

Inilah isu sebenar yang cuba ditutup oleh UMNO-BN sedaya mungkin dari diketahui rakyat Malaysia, kerana kita tahu jika berita ini sampai ke pengetahuan rakyat, UMNO-BN akan tumbang pada PRU 13 nanti.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 1 JULAI 2011.

TV, radio diarah 'momokkan' BERSIH

Posted: 01 Jul 2011 01:21 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.

Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.

Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk "Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.

Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu "mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan."

Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai "perhimpunan BERSIH" tetapi sebagai "perhimpunan haram" dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.

Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.

Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

malaysiakini/-

Tumbukan baca SMS

Posted: 01 Jul 2011 01:20 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

GOMBAK: Tindakan seorang isteri memeriksa telefon bimbit suaminya selepas curiga dengan tingkah laku lelaki itu bertukar pergaduhan besar sebelum wanita itu ditumbuk di muka dalam kejadian di rumah mereka di Pinggiran Lembah Hijau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, wanita berusia 27 tahun terbabit yang mengandung dua bulan, tersedar daripada tidur dan pada masa sama melihat telefon bimbit suaminya berada di atas meja manakala suaminya yang berusia 30-an masih tidur nyenyak.

Wanita itu memeriksa kandungan SMS dalam telefon itu apabila suaminya terjaga dan merampas telefon itu sebelum memarahi mangsa.

Menurut sumber, lelaki itu yang marah dengan tindakan mangsa mengambil telefon bimbitnya tanpa kebenaran naik angin.

"Mangsa memberitahu hanya ingin memeriksa telefon bimbit itu kerana curiga kemungkinan suaminya menyimpan rahsia.

metro/-

Berbaju BERSIH: Dua lagi ADUN ditangkap

Posted: 01 Jul 2011 01:16 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Polis terus menghambat penyokong BERSIH 2.0 dengan dua lagi pemimpin pembangkang ditangkap kerana memakai kemeja T Bersih pada satu majlis makan malam semalam.

Kali ini mangsa mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin dan ADUN BahauTeo Kok Seong yang dicekup ketika menghadiri majlis makan malam DAP di Titi, Jelebu, Negri Sembilan.

Menurut twitter Teo, anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis telah bersiap sedia untuk menangkap sesiap yang berani memakai baju T BERSIH.

Sebaik keluar dari majlis itu, Teo (bawah, kiri) menulis beliau dan Ean Yong (kanan) "dijemput" untuk merakamkan kenyataan mereka di balai polis Titi.

Katanya lagi, polis juga menggeledah keretanya dan sehelai baju kuning dan DVD kepunyaan ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming.

Kedua-dua mereka dilepaskan pada awal pagi ini.

Semalam, polis menangkap ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, bersama dua anggota PKR ketika mereka beramah mesra dengan pengundi di sebuah pasar di Gunung Rapat di Ipoh, Perak.

Lee (bawah, tengah) mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu dan terus digari serta diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.walaupun tidak memakai baju BERSIH tetapi baju yang berwarna kuning.

Rabu lalu, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

malaysiakini/-

Tersembam belakang bas

Posted: 01 Jul 2011 01:11 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas tersembam di belakang sebuah bas sekolah selepas motosikal dinaiki bersama pekerja bapa saudaranya dan sepupunya terbabit dalam kemalangan di Jalan Padang Kemunting, Pengkalan Balak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, Muhammad Haziq Naufal Mohd Zaidi, 5, maut selepas motosikal jenis Honda EX-5 ditunggangi Yusoh Malee, 27, dan Najla NurKamelia, 7, merempuh sebuah bas berkenaan.

Motosikal berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas selekoh, menyebabkan merempuh bas yang berhenti menurunkan penumpang.

Akibat rempuhan, Muhammad Haziq yang duduk di bahagian depan motosikal tersembam ke bahagian belakang bas, manakala Najla Nurkamelia terlentang.

Muhammad Haziq dikejarkan ke Hospital Kem Terendak, di sini oleh orang awam sebelum meninggal dunia di hospital berkenaan, manakala Yusoh dan Najla Nurkamelia mengalami kecederaan pada badan.

Menurut Yusoh yang bekerja di kedai milik bapa saudara mangsa, mereka bertiga dalam perjalanan ke Tanjung Bidara untuk menjemput isterinya dari tempat kerjanya.

Sementara itu, nenek kepada Muhammad Haziq, Fazidah Jantan, 58, berkata, dia tidak sangka, sikap cerewet cucunya itu semasa hendak makan, petanda akan pergi buat selama-lamanya.

"Dia (Muhammad Haziq) merungut bila saya sediakan telur goreng untuk dimakan bersama nasi dan kicap selepas dia balik dari sekolah. Biasanya dia tidak macam tu.

"Dia kata, kicap itu tidak sedap sampai saya keluar pergi belikan kicap lain untuknya," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Menurut Fazidah, dia menjaga cucunya itu kerana ibunya, Norashikin Hashim, 29, berada di Kuala Lumpur selama 15 hari atas tugasan luar daerah sementara bapanya, Mohd Zaidi Abu Shah, 31, bertugas di Singapura.

"Semasa kejadian, saya sibuk mengemas dan tidak sedar cucu saya mengikut pekerja saya keluar menaiki motosikal," katanya.

sinarharian/-

Gempa Bumi Sederhana Landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Posted: 01 Jul 2011 01:00 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.1 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa di Sulawesi pada 10.39 pagi Jumaat.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut gempa itu berpusat di 467km barat Manado, Indonesia dan 417km tenggara Tawau, Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.- BERNAMA

Sijil lahir merah untuk bukan warganegara

Posted: 01 Jul 2011 12:41 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA 1 Julai — Mulai hari ini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Sijil Kelahiran berwarna Merah bagi kanak-kanak yang bertaraf bukan warganegara.

Menurut kenyataan JPN di sini hari ini, sebelum ini warna sijil kelahiran kanak-kanak warganegara dan bukan warganegara adalah sama iaitu hijau.

Perbezaan warna itu adalah untuk memaklumkan bahawa sijil kelahiran berwarna hijau hanya dikeluarkan kepada kanak–kanak yang bertaraf warganegara Malaysia sementara sijil kelahiran berwarna merah untuk kanak–kanak bukan warganegara.

"Ia juga untuk mengelakkan ibu bapa atau warga asing yang melahirkan anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki sijil kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warganegara," kata kenyataan itu. - Bernama

Kakitangan awam mogok di Britain

Posted: 01 Jul 2011 12:40 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

LONDON – Ramai guru dan kakitangan awam menyertai piket besar-besaran di Britain semalam ketika ratusan ribu pekerja mengadakan mogok untuk membantah pencen dikurangkan oleh kerajaan.

Kesatuan-kesatuan sekerja di Britain menyatakan sekitar 750,000 pekerja menyertai mogok sehari itu yang menyebabkan kegiatan di pejabat kerajaan, lapangan terbang dan sekolah lumpuh.

Beribu-ribu ahli kesatuan sekerja berarak di ibu kota Britain, di sini dan bandar-bandar untuk mendesak kerajaan supaya menimbang semula rancangan untuk mengurangkan pencen sektor awam.

Kerajaan Britain mengambil inisiatif untuk mengurangkan defisit negara yang melambung tinggi dengan memotong perbelanjaan awam sebanyak £80 bilion (RM242.8 bilion).

Sebagai langkah berjimat cermat, kerajaan Britain mengurangkan pekerjaan sektor awam dan bayaran pencen selain menaikkan had umur persaraan daripada 65 tahun kepada 66 tahun.

Kenaikan had umur persaraan itu bagi mengurangkan bayaran pencen kepada kakitangan awam yang bersara. – Agensi

UMNO BN Komunis, Bukan PSM - Khalid Samad

Posted: 01 Jul 2011 12:30 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 JULAI : Pihak yang menolak tuntutan pilihan raya bersih dan adil merupakan golongan yang mendokong fahaman komunis menurut ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ini kerana menurut beliau ideologi komunis bertentangan dengan hasrat rakyat untuk melihat reformasi dalam sistem pilihan raya.

"Kalau betul komunis di Malaysia mahukan pilihan raya maka komunis ini murtad. Dia lebih baik daripada Umno, mahukan pilihan raya bersih. Umno-Barisan Nasional pula yang ikut fahaman komunis mahukan pilihan raya kotor," katanya.

Khalid yang berucap pada sebuah program di Shah Alam baru-baru ini mengulas tuduhan yang dilemparkan oleh polis terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) kononnya, parti itu cuba menghidupkan fahaman komunis.

Mereka juga didakwa cuba menggunakan fahaman tersebut untuk menggulingkan kerajaan UMNO BN melalui perhimpunan Bersih 2.0 pada minggu hadapan.

Menurut polis, lima pemimpin PSM dikesan mengunjungi perkampungan Khao Nam Khang iaitu kawasan penempatan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) di Selatan Thailand untuk bertemu dengan bekas ahli kumpulan itu.

Walhal menurut kepimpinan PSM, pertemuan tersebut hanya bertujuan untuk bertukar- tukar pandangan.

Khalid kemudian mengambil pendirian bahawa kerajaan UMNO BN tanpa disedari telah lama mengamalkan kaedah komunis dalam pemerintahannya.

Perkara itu dapat dilihat melalui cara media dimonopoli sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk muncul di kaca televisyen selain mengamalkan penyampaian maklumat secara selektif dan berat sebelah.

"Komunis tidak mahu pilihan raya. Mana ada komunis yang amalkan pilihan raya ? Negeri China, Russia tiada. Kalau mahu pilihanraya dia mahu ala Malaysia yang mana TV semua cakap pro kerajaan sahaja," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu mengulas tentang tuntutan Bersih 2.0 yang dianggap relevan dan tidak mustahil untuk dilaksanakan kerajaan pemerintah.

tv selangor/-

Imej ikan pari gergasi dirakam jurugambar

Posted: 01 Jul 2011 12:15 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

SEORANG penyelam mendekati seekor ikan pari manta di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives baru-baru ini.

MALE - Imej sekumpulan ikan pari manta gergasi berenang di Teluk Hanifaru, Kepulauan Maldives dirakamkan seorang jurugambar Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Jurugambar berkenaan, Warren Baverstock, 42, mengambil masa selama sembilan hari untuk merakamkan kumpulan ikan pari gergasi itu yang tiba untuk memakan plankton di perairan tersebut baru-baru ini.

Terdapat sekitar 200 pari manta dengan lebar lebih tiga meter berkumpul di teluk sebesar padang bola sepak itu untuk mencari makanan. - Agensi

BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar berjalan dalam suasana 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara itu melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka," katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

Ambiga, diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Ismail membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.

Katanya, mereka juga meminta Ismail mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

"Beliau tak kata tidak dan saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temujanji untuk berjumpa IGP minggu depan.

"Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.

"Kami minta mereka, polis... Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana. Awak pilih, kita akan patuhi."

Jaminan BERSIH 2.0 aman

Ambiga, yang sebelum ini menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan tersebut, mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan itu.

Sebaliknya, mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan beliau berulangkali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman.

Penyokong BERSIH 2.0 dijadual berkumpul di pusat membeli-belah Sogo, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

Perarakan ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara dilakukan. Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.

Kumpulan pendesak Melayu - PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya.

Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu, Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

malaysiakini/-
Joseph Sipalan

Anak panah terbenam di muka

Posted: 30 Jun 2011 11:51 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

BELUM SAMPAI AJAL...Tavernier terbaring di katil hospital sementara menunggu masa dibedah.

HERTFORDSHIRE (Britain): Seorang remaja bernasib baik kerana terselamat walaupun mukanya tertusuk anak panah sepanjang lebih 20 sentimeter, semalam.

Sebelum itu, Lewis Tavernier membawa busur panah ke rumah kawannya di Stevenage dan memasang penahan sebelum meletakkan alat itu dengan berhati-hati di atas meja berhampiran.

Bagaimanapun, ketika Tavernier, 17, leka berbual dengan rakannya, secara tiba-tiba anak panah itu meluncur ke arah remaja terbabit.

Berada di kedudukan kurang dari satu meter, anak panah itu terus menusuk ke muka dan terbenam hampir lapan sentimeter pada pipinya.

Imbasan x-ray menunjukkan tulang pipi Tavernier retak tetapi anak panah itu tidak merosakkan sebarang saraf serta salur darah penting yang ada kira-kira dua milimeter darinya.

Pelajar Sekolah Marriots itu berkata, dia sering menggunakan alat berkenaan sebelum ini dan tidak pernah lupa memasang alat keselamatan sebelum meletakkannya di mana-mana.

"Disebabkan itu, saya tidak berfikir banyak apabila meletakkan panah itu di atas meja," katanya.

Bagaimanapun, Tavernier mengakui insiden itu aneh kerana tiada sesiapa berada di situ kecuali dia dan temannya.

Kata Tavernier, rakannya melihat busur panah berkenaan tiba-tiba melepaskan anak panah ke arahnya.

"Kejadian berlaku amat pantas dan saya tidak perasan ia menusuk ke muka.

"Saya cuma ingat ada bertanya kepada rakan: "Ada anak panah di muka saya?" katanya.

Tavernier dikejarkan ke hospital oleh bapa rakannya dan ketika itulah baru dia berasa sakit.

Dia kemudian menjalani pembedahan segera di Hospital Lister bagi mengeluarkan anak panah berkenaan. - DM

Jambatan terpanjang di dunia

Posted: 30 Jun 2011 11:30 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Papan tanda berbunyi: "Shandong Highway Corp. akan membuka jambatan lebuh raya Shandong Teluk Jiaozhou'' terpampang di atas jambatan teluk Jiaozhou di bandar Qingdao, wilayah Shandong, kelmarin.

Ia merupakan jambatan terpanjang di atas permukaan laut di dunia yang mula dibuka, semalam. – REUTERS/China Daily

BEIJING - China membuka jambatan terpanjang di dunia merentasi laut - Jambatan Teluk Jiaozhou menghubungkan bandar pelabuhan China timur, Qingdao ke pesisir pulau Huangdao, hari ini.

Jambatan sepanjang 42 kilometer dan selebar 35 meter itu menelan kos melebihi AS$1.5 billion (RM4.5 billion).

Penilaian pembinaan jambatan itu telah diluluskan pada Isnin lalu dan jambatan beserta terowong bawah laut itu dibuka kepada lalu lintas mulai hari ini.

Jambatan yang disokong oleh 5,000 tiang itu mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Menurut Guinness World Records, rekod jambatan atas air terpanjang sebelum ini dipegang oleh Tasik Pontchartrain Causeway di Louisiana, namun jambatan China ini lebih empat kilometer panjang daripadanya. - Agensi

Tembelang Najib Pecah

Posted: 30 Jun 2011 09:30 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

"Saya menekankan supaya rakyat didahulukan kerana dalam sistem demokrasi berparlimen, suara rakyat adalah suara keramat."

Itu intipati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beberapa bulan selepas dinobatkan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009.

Dalam sekelip mata di bawah teraju beliau, Malaysia kembali ke era negara polis yang mewarnai pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hanya kerana berlainan pendapat dengan pemerintah, maka suara 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cuba dibisukan, manakala ruang bersuara untuk parti pembangkang disempitkan lagi.

Rakyat yang memakai kemeja T dengan membawa logo BERSIH ditangkap, malah bendera Malaysia yang dibawa mereka untuk diedarkan kepada orang ramai juga dirampas.

Ratusan ribu rakyat yang mahu turun menzahirkan keperluan untuk sistem pilihan raya diperbaiki supaya lebih adil dan telus, akan menghadapi tindakan polis bersenjatakan belantan dan pancutan air berkimia pada 9 Julai.

Segala aktiviti penganjur BERSIH dan pemimpin-pemimpin politik yang menyokong gerakan itu diibaratkan oleh polis dan media arus perdana sebagai memudaratkan keselamatan negara.

Malah BERSIH, menurut Umno-BN, akan memberi kesan teruk kepada ekonomi Malaysia jika tidak dibendung.

Tembelang pecah

Polis di seluruh negara digerakkan untuk menahan sesiapa sahaja yang memakai baju T dengan logo BERSIH dan merampas apa sahaja yang mengandungi logo itu.

Akhirnya tembelang Najib "pecah".

Janji-janji untuk mengamalkan keterbukaan dan menjadikan rakyat sebagai paksi kepada segala tindakan beliau hanya kenyataan politik yang kosong.

Sebaliknya beliau menunjukkan kecederungan menggunakan insitusi polis untuk meluntur malah memadamkan sebarang bantahan rakyat secara terbuka. Dasar ini kerap dilakukan di zaman Dr Mahathir dan kini berulang di era Najib.

Justeru polis mula bertindak keras untuk membatalkan BERSIH.

Tidak ada negara yang mendokong demokrasi mempunyai pasukan polis yang menangkap orang hanya kerana pakaian mereka tidak seiring dengan pemikiran kerajaan.

Apakah undang-undang rimba berdaulat kembali apabila polis boleh menyerbu dan menyita sekretariat BERSIH tanpa waran semata-mata untuk merampas baju T dan risalah BERSIH?

Di sebalik semua tindakan polis terhadap penganjur dan penyokong BERSIH, apakah salah dengan tuntutan perhimpunan itu?

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam, sendiri tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perhimpunan aman BERSIH, namun dukacita kerana pendapat badan ini tidak mendapat perhatian kerajaan.

Ini kerana tuntutan asas BERSIH adalah supaya sistem pilihan raya diperbaiki khususnya ketelusan undi pos di samping pembersihan daftar pengundi.

Sebuah pilihan raya yang adil dan telus akan memberi kelebihan kepada mana-mana parti yang menang pada pilihan raya umum akan datang untuk mendabik dada kerana meraih kejayaan yang "bersih" dan tidak mencurigakan.

Amat berpengetahuan

Tidak ada sesiapa boleh menafikan bahawa pada setiap pilihan raya, BN akan bermula dengan kelebihan yang begitu besar berasaskan kawalan penuh terhadap media arus perdana negara ini dan sumber kewangan negara serta kemudahan awam.

Contohnya Utusan Malaysia, TV3, NTV7, TV9, New Straits Times dan Berita Harian dikawal oleh Umno manakala The Star dikuasai MCA.

Ini tidak termasuk RTM dan Bernama yang diletak terus di bawah Kementerian Penerangan, Komunikkasi dan Kebudayaan.

Kelebihan ini umumnya diterima oleh Pembangkang dan Pertubuhan Bukan Kerajaan sebagai realiti politik negara, contohnya tidak mungkin Umno menyerahkan haknya untuk menentukan siapa Ketua Pengarang Utusan Malaysia mahupun Berita Harian.

Justeru tuntutan utama NGO berkenaan menerusi BERSIH ialah supaya SPR mengatasi masalah-masalah ketelusan undi pos, penghapusan pengundi hantu dan pembersihan daftar pengundi.

Justeru inisiatif 63 Pertubuhan Bukan Kerajaan ini harus disokong, bukan sahaja oleh Pembangkang tetapi juga oleh BN, yakni Najib sendiri.

Najib ingin mencanang Malaysia sebagai sebuah negara dinamis di bawah dasar-dasar beliau yang pro-aktif dan berpaksi rakyat.

Beliau seorang yang amat berpengetahuan luas, menjelajah di seluruh dunia dan tentunya peka bahawa hak berkumpul secara aman adalah prinsip asas demokrasi.

Jika benar beliau mendokong prinsip itu, kenapa bertindak begitu zalim terhadap penganjur BERSIH?

Tutup sebelah mata

Jika Najib menyokong prinsip asas demokrasi, beliau sepatutnya turun bersama rakyat, tak kira sama ada mereka penyokongnya mahupun pembangkang , demi menzahirkan komitmennya kepada sebuah pilihan raya yang telus dan adil.

Kehadiran beliau bersama rakyat, wakil masyarakat madani dan pemimpin pembangkang pada perhimpunan BERSIH sudah tentu menjadi pemangkin untuk Suruhanjaya Pilihan Raya melakukan penambahbaikan kepada sistem pemilihan yang sedia ada.

"Kalau kita sebagai pemimpin turun bersama rakyat tanpa protokol, tanpa hamparan permaidani merah, tanpa bunga manggar, tanpa sambutan, duduk dengan rakyat, minum dan ambil kira serta ambil berat masalah rakyat, rakyat akan tetap bersama kita dan rakyat akan tetap memberi kuasa."

Itu ucapan Najib pada satu majlis di Sabah tidak lama dahulu. Jika beliau mendokong kenyataannya itu, sudah tentu Perdana Menteri tidak bermasalah menyokong BERSIH.

Sebaliknya Najib memilih untuk merestui tindakan polis menangkap dan memenjarakan mereka yang menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Beliau juga menutup sebelah mata dengan provokasi PERKASA dan Pemuda Umno menganjurkan siri demostrasi pada hari yang sama, semata-mata untuk mencetuskan keadaan tegang dan memberi alasan kepada polis untuk bertindak liar.

Sayang – peluang Malaysia melangkah ke depan untuk menyubur dan mematangkan proses demokrasi negara disambut dengan tindakan pemerintah yang begitu keras dan jauh daripada bersih.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

malaysiakini-/

Lima askar Yemen terbunuh, enam lagi cedera

Posted: 30 Jun 2011 09:00 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

ADEN 1 Julai - Lima askar Yemen terbunuh dalam pertempuran menentang militan al-Qaeda di bandar Zinbijar, selatan Yemen, semalam, kata pegawai tentera.

"Lima askar terbunuh manakala enam lagi cedera dalam pertempuran sengit di timur bandar ini, dan berkemungkinan ada pihak musuh juga yang terkorban atau cedera," kata sumber tersebut.

Pegawai perubatan di bandar berhampiran mengesahkan jumlah kematian tersebut. - AFP

Misi Gaza: Saya tarik diri sebab penganjur tak serius, kata Khalid Samad

Posted: 30 Jun 2011 08:45 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad terus mendakwa misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) dicemari dengan agenda politik Umno BN selain pihak penganjur pula kelihatan tidak serius.

Oleh itu tegas Khalid (gambar), beliau memutuskan untuk menarik diri daripada menyertai misi tersebut dan menyertai misi baru yang mempunyai tujuan sama iaitu memberikan bantuan kepada penduduk Gaza.

Khalid menambah beliau telah menunggu di Arab Saudi pada 20 Jun lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai misi tersebut, namun tidak dimaklumkan sebarang perkembangan.

"Saya dapat tahu ada banyak campur tangan politik dalam LL4G.

"Saya berada di Arab Saudi sejak 20 Jun, yang mana Arab Saudi tak sampai 1,000 kilometer pun dari Gaza tapi tak dapat sebarang maklumat pun daripada pihak penganjur.

"Jadi saya rasa mereka tak serius, itu sebab saya tarik diri," kata beliau dipetik Harakah Daily.

Bercakap kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini Khalid membangkitkan kembali isu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang tidak dibenarkan berucap dalam program pelancaran LL4G 18 Jun lalu.

Beliau mempersoalkan sikap ketua misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin yang menafikan mendapat tekanan daripada pejabat Perdana Menteri sedangkan pada awalnya mengakui perkara tersebut.

"Timbalan Presiden PAS tak dibenar berucap pada pelancaran LL4G 18 Jun. Penganjur Dr Noorazman telefon bagi tahu atas sebab tekanan dari JPM.

"Tapi lepas Mat Sabu buat sidang media, Noorazman nafi pula ada tekanan. Saya tanya kenapa perlu menipu, dia beri pandangan negatif kepada Timbalan Presiden PAS.

"Dia kata kenyataan itu tak betul, dia ditanya waktu memandu, jadi soalan tak jelas. Nak buat keluar kenyataan baru, malangnya kenyataan menyokong (JPM)," katanya.

Beliau turut mendakwa Umno tidak serius dalam isu Palestin sebaliknya hanya untuk berlagak hero.

"Ini menunjukkan mereka tidak serius, saja nak tunjuk bela Palestin tetapi sehingga hari ini mereka tak iktiraf Hamas," katanya.

Dengan nada seloroh, Khalid berkata Umno BN seperti sudah terkena 'sumpahan' apabila segala program yang disertai parti itu akan tercemar dengan agenda politik mereka.

"Umno ini kena sumpahan, macam sejarah King Midas dulu pegang semua benda akan jadi emas, tapi Umno pegang apa sahaja jadi kotor, termasuklah pilihan raya, dan program LL4G ini," katanya.

Khalid yang juga ahli jawatankuasa kerja pusat PAS menambah beliau tetap akan menyertai satu misi baru dengan tujuan sama yang akan disertai NGO Cakna Palestin, Muslim Care dan Mawaddah.

"Kita akan buat misi baru. Masuk pintu Rafah, dan akan masuk sebelum Ramadan.

"Kita dah hantar surat ke Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Mesir," katanya.

Sementara itu laporan Bernama Online berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat hajat dan kutipan derma sempena misi kemanusiaan ke Gaza di semua masjid di bawah pentadbirannya selepas solat Jumaat esok.

Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha berkata solat hajat dan kutipan derma itu bertujuan bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan serta membiayai misi Flotila Pembebasan 2 LL4G, yang kini berada di Athens, Greece.

"Solat hajat ini bertujuan mendoakan kejayaan misi dan keselamatan pelayaran pergi dan pulang delegasi daripada segala tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel," katanya.

Beliau berkata selain Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdidin di Putrajaya, solat hajat dan kutipan derma itu juga akan diadakan di seluruh masjid di sekitar Wilayah Persekutuan.

Othman berkata bagi memperluaskan lagi usaha murni itu, pihaknya turut memohon jasa baik semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk turut mengadakan solat hajat dan kutipan derma di masjid-masjid di bawah pentadbiran masing-masing Jumaat.

Selain kutipan derma, katanya sumbangan bagi membiayai misi itu juga boleh disalurkan ke akaun Maybank Berhad bernombor 564070002922 atas nama Life Line for Gaza.

malaysian insider/-

Rumah MP DAP disimbah cat

Posted: 30 Jun 2011 08:45 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Kediaman ahli parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang terletak di Taman Sri Rambai, di Bukit Mertajam disimbah cat hijau manakala bangkai seekor ayam digantung di pintu pagar rumahnya hari ini.

Suami Chong, K Gunabalan, 63, berkata kejadian itu hanya disedari pada jam 5.45 pagi ketika beliau sedang bersiap untuk menghantar anak keduanya G Omprekash, 16, ke sekolah.

Katanya ketika kejadian, hanya beliau dan dua anak berada di rumah manakala isterinya berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri sidang Parlimen.

"Semasa saya keluar untuk menghantar anak, saya terkejut apabila melihat banyak tompokan cat hijau di sekitar kawasan rumah serta dua buah kereta jenis Mitsubishi dan Proton Wira yang diparkir di dalam kawasan pagar rumah.

"Saya tidak pasti bila kejadian itu berlaku kerana tidak mendengar sebarang bunyi bising," katanya ketika ditemui pemberita.

Gunabalan berkata beliau menemui tiga bungkusan beg plastik cat yang ditinggalkan masing-masing dalam pagar rumah, luar pagar dan di dalam longkang serta bangkai seekor ayam turut digantung di pagar hadapan.

Katanya, beliau juga tidak mengetahui motif kejadian itu dan tidak pasti sama ada kejadian itu mempunyai kaitan dengan politik atau peribadi.

"Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah SPT Supt Baharudin Mustapha ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

malaysiakini/-

NY Times dakwa kilang Lynas bahaya alam sekitar

Posted: 30 Jun 2011 08:30 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan kilang Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

malaysiakini/-

Kapal bantuan ke Gaza dirosakkan

Posted: 30 Jun 2011 08:15 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

BAITULMUQADDIS – Sebuah lagi kapal yang menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza telah disabotaj oleh Israel, kata pihak penganjur semalam.

Seorang aktivis pro-Palestin memberitahu sebuah stesen radio tentera Israel bahawa enjin kapal milik Ireland itu rosak semasa ia berada di sebuah pelabuhan.

Pada awal minggu ini, beberapa aktivis memberitahu, pihak Israel didakwa telah merosakkan kipas sebuah kapal milik misi bantuan itu di pelabuhan Piraeus, Greece.

Sekitar 10 buah kapal dijadualkan belayar ke Gaza dari Greece pada minggu ini.

Setakat ini, masih tidak dapat dipastikan sama ada misi berkenaan akan ditangguh ekoran kerosakan yang berlaku ke atas dua kapal itu. – Agensi

Pemberian Projek Kepada Syarikat Tamat Tempoh

Posted: 30 Jun 2011 08:00 PM PDT


29 Rejab 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat ADUN Titi Serong/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Saya dan beberapa pimpinan ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai salah guna kuasa oleh kerajaan Barisan Nasional berhubung kelulusan tanah yang seluas 150 ekar di Segari, Manjung.

Kelulusan tanah tersebut diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada sebuah syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek pelaburan gas asli bernilai RM 5.8 billion. Menjadi persoalan sekarang ini ialah mengapa sebuah syarikat bermodal kecil dapat melaksanakan sebuah projek yang begitu besar.

Aduan ketidakpuasan hati juga datang dikalangan pemimpin UMNO yang tidak bersetuju dengan dan mahu SPRM menyiasat perkara ini memandangkan syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan syarikat yang tidak aktif dalam pangkalan data SSM.

Pemberian tanah ini telah diumumkan oleh exco kanan, Hamidah Osman yang bertarikh pada 9 Jun 2011 yang memaklumkan telah diluluskan oleh kerajaan Perak.

Hamidah berkata, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu akan melabur sebanyak RM5.8 bilion dan akan mengimport gas dalam bentuk cecair dari negara Qatar dan Timur Tengah.

Katanya lagi, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd itu juga akan membekalkan 33 peratus untuk pasaran tempatan yang mana untuk pembinaan loji dan kilang yang dijangkakan siap dalam tempoh 15 bulan pembinaannya.

Menjadi persoalannya sekarang ialah kajian terhadap kesan alam sekitar yang telah dilakukan dan adakah satu jaminan projek ini akan selamat atau sebaliknya sedangkan kawasan tersebut merupakan sebauh kawasan penternakan haiwan seperti penyu dan perikanan.

Bagaimana pula proses pemberian tender ini? Adakah dilakukan secara tender terbuka atau secara terus kepada pembida? Jika secara terbuka, adakah proses tender ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh kerajaan Perak?

Bagaimana pula mereka boleh memilih sebuah syarikat yang telah tamat tempohnya pendaftaran syarikat pada 28 Februari 2008 dan tidak aktif selepas tarikh tamat tersebut?

Dijangkakan seekar tanah disitu boleh mencecah nilai RM3000. Menurut rekod juga, syarikat Atigas Teknologi Sdn Bhd tidak mempunyai sebarang perniagaan dan keuntungan syarikat sebelum ini.

Sebenarnya perkara ini pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming berkaitan isu ini dan memberikan tempoh selama 3 hari kepada Hamidah Osman untuk memberikan penjelasan. Jika sekiranya tiada jawapan, kita akan mengambil tindakan selanjutnya.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 1 Julai 2011.

Ceramah PAS di Kepala Batas tegang

Posted: 30 Jun 2011 07:46 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

Ceramah PAS yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang, malam semalam tegang apabila kira-kira 100 anggota polis tiba-tiba muncul di tapak cermah itu.

Sebahagian daripada 600 hadirin kemudiannya bertindak membuat benteng bagi menghalang polis memasuki pusat operasi parti itu di Pongsu Seribu.

Pasukan polis yang tiba itu juga termasuk kira-kira 50 anggota Pasukan Gerak Am yang tiba pada jam 10.15 malam. Mereka disambut dengan teriakan "mereka dah datang, tutup pintu pagar!"

Akibatnya, berlaku sedikit kekocohan dan kesesakan lalu lintas apabila anggota polis bertindak mengawal di jalan berkenaan.

Sekumpulan pasukan keselamatan PAS yang berjaket kuning kemudiannya mententeramkan hadirin dan menghalang mereka mendekati anggota polis berkenaan.

Juruacara majlis kemudiannya meminta orang ramai supaya tidak 'panik' kerana ceramah yang dianjurkan itu dibuat dalam lingkungan kawasan PAS sambil berkata "mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini tanah kita sendiri".

malaysiakini/-

Tiga kapten selisih ajal di udara

Posted: 30 Jun 2011 07:30 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama kakitangan Malaysia Airport Berhad memeriksa helikopter yang dipercayai terbakar pada bahagian ekor di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang semalam.

SUBANG - Tiga kapten sebuah syarikat penerbangan swasta menarik nafas lega apabila mereka hanya mengalami cedera ringan selepas helikopter yang dinaiki terhempas dari ketinggian 60 meter di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini semalam.

Kejadian pukul 8.17 pagi itu berlaku ketika Kapten Syahfrilhaidi Abdul Rahman, 38, Kapten Nor Azhari Mat Yunos, 35, dan Kapten Mohd. Zamri Mohamed, 44, sedang melakukan latihan penerbangan menggunakan helikopter jenis AgustaWestland AW139 milik Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.

Syahfrilhaidi merupakan juruterbang, Nor Azhari pembantu juruterbang dan Mohd. Zamri sebagai kapten pelatih. Mereka dirawat sebagai pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.

kosmo/-

Skandal mata wang: Bekas penolong gabenor Bank Negara antara dua dicaj

Posted: 30 Jun 2011 07:00 PM PDT

29 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Julai — Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia dan seorang ahli perniagaan tempatan akan dihadapkan di mahkamah secara berasingan — di ibu negara dan Shah Alam — berhubung skandal kontrak membekalkan nota mata wang ringgit polimer, yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat Australia antara 2003 dan 2007.

Bekas penolong gabenor itu akan dicaj di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah (Sesyen) Jalan Duta manakala ahli perniagaan terbabit di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam.

The Malaysian Insider difahamkan serentak dengan tuduhan ke atas mereka, pihak berkuasa Australia juga akan mendakwa enam individu dan dua syarikat di negara itu hari ini.

"Mereka akan dicaj di bawah peruntukan baru di Australia . . . ia ada kaitan dengan kes di Malaysia," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia dan seorang ahli perniagaan terbabit dipercayai akan berhadapan dengan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu berhubung skandal nota polimer RM5 kepada sebuah syarikat dari Australia.

Mereka ditahan ekoran satu laporan bahawa Securency International, yang berpejabat di Melbourne, menawarkan rasuah kepada pegawai-pegawai di Malaysia.

Mengikut laporan media itu, ketiga-tiga yang ditahan itu termasuk seorang ahli perniagaan didakwa dibayar RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan agar kerajaan Malaysia menggunakan mata wang polimer.

Media Australia melaporkan bahawa ahli perniagaan berkenaan digunakan oleh Securency International dan Note Printing Australia antara lewat 1990-an dan 2007.

Securency pernah memperoleh kontrak mencetak nota RM50 sempena Sukan Komanwel pada 1998 dan nota polimer RM5 pada 2004.

Bekas penolong gabenor Bank Negara dikatakan menerima habuan atas tindakannya pada 2004 dan 2005 atas kontrak bernilai RM95 juta yang diberikan kepada syarikat Australia berkenaan.

Oleh G Manimaran

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 01 Jul 2011 01:25 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Ceramah Bersih : Polis Cuba Ceroboh Premis Persendirian

Posted: 01 Jul 2011 12:57 AM PDT

Ceramah Bersih di Pongsu Seribu pada 30 Jun 2011 dicemari oleh tindakan pihak Polis yang melakukan provokasi untuk menceroboh premis persendirian semasa ceramah berlangsung. Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah telah bertindak untuk menenangkan keadaan dan meminta para hadirin supaya tidak terpengaruh dengan provokasi pihak polis.

POLIS DAN FRU BAKAR SEMANGAT 5000 PENYOKONG PRA-BERSIH DI PONGSU SERIBU.

Posted: 30 Jun 2011 06:00 PM PDT

Seberang Jaya ( 30 Julai ) – Biarpun mendapat halangan namun Himpunan Pra-Bersih 2.0 malam tadi diteruskan juga oleh 5000 penyokong yang mula membanjiri Markaz Pas Negeri di Pongsu Seribu sejak awal pukul 8.00 malam lagi. Himpunan yang bertujuan untuk memberi penerangan dan taklimat tentang gambaran Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 haribulan [...]

Salam Perjuangan

Posted: 30 Jun 2011 11:13 PM PDT

Salam Perjuangan


TANJUNG PAGAR - KHAZANAH NEGARA TERUS TERGADAI

Posted: 30 Jun 2011 08:32 AM PDT

FAHAMI PERLEMBAGAAN, KETAHUI HAK ANDA

Posted: 30 Jun 2011 03:43 AM PDT

Peghelih La...

Posted: 30 Jun 2011 11:11 PM PDT

Peghelih La...


BERSIH: Tentukan laluan ke Istana, kita akan patuhi

Posted: 30 Jun 2011 03:37 AM PDT

Petikan Malaysiakini

Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, jawatankuasanya masih berusaha mencari jalan perdamaian dengan pihak berkuasa.

Menurut ketua BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar diadakan dalam suasana yang 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

"Kami maklumkan kepada beliau, kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman... Sebab itu, kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka," katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.

LAGI >>>

Baju kuning: Pakai tak salah, tangkap salah

Posted: 30 Jun 2011 03:33 AM PDT

Harakahdaily melaporkan hari ini: AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar) berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

"Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.

Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

"Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih


Baca selanjutnya...

PAS TELUK INTAN

Posted: 30 Jun 2011 11:04 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Nasrudin Hassan: Provokasi keterlaluan terhadap BERSIH 2.0

Posted: 30 Jun 2011 08:23 AM PDT

| Jun 30, 2011 12:11:35 pm
 
1. Saya ingin merujuk kepada laporan berita bertajuk, "Batalkan Jika Tidak Mahu 'Perang' – Omardin" yang telah dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada tarikh 27 Jun 2011.  Sejak pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengeluarkan kenyataan media mengenai teknik kerajaan menakutkan rakyat untuk menghadiri Himpunan BERSIH 2.0 beberapa hari lalu, kami telah menjangkakan tekanan dan ugutan yang lebih dahsyat akan dipertingkatkan menjelang 9 Julai nanti.
2. Keadaan pada hari ini bertambah getir apabila provokasi demi provokasi terus dimarakkan oleh akhbar lidah UMNO, Utusan Malaysia.  Terbaru, sepertimana petikan daripada laporan akhbar Utusan Malaysia yang disiarkan pada 27 Jun 2011, secara jelas Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia mengeluarkan kenyataan yang agak keras dan keterlaluan.
Memetik daripada laporan berita tersebut ;
Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.
Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja.  Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.
3. Ugutan sedemikian sebenarnya turut mencemarkan Institusi Budaya dan Seni Silat tanahair kita yang selama ini, secara tradisi dan warisannya sangat dikenali sebagai satu Institusi yang sangat tinggi wibawa dan disiplinnya.  Malah begitulah layaknya jiwa dan karektor pendekar - pendekar tanahair yang tinggi budi dan halus pekerti di sebalik kehebatan dan keperkasaan ilmu mempertahankan diri.  Selayaknya pula pendekar dan satria tanahair digunakan untuk mempertahankan negara dan menegakkan keadilan, bukannya mem-"belasah" rakyat sendiri yang mahu menuntut keadilan secara aman.  Apakah himpunan untuk menunjuk perasaan rakyat secara aman agar beberapa tuntutan mereka diberi perhatian dan ditunai oleh kerajaan telah menjadi satu kesalahan dalam negara kita?  Apakah negara kita telah menukar sistem demokrasinya kepada sistem autokrasi?
4. Jika pihak BERSIH 2.0 boleh dan mampu memberi jaminan bahawa pesertanya berdisiplin dan hadir berhimpun dengan aman dan ia adalah satu komitmen yang konsisten dan dipertegaskan berulang kali, kenapa pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara mengeluarkan kenyataan tidak dapat mengawal emosi anak didiknya sehingga boleh mendorong tercetusnya pertembungan.
5. Jika pihak Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara tidak berupaya mengawal emosi anak didiknya, maka usahlah dikerahkan anak didik Pertubuhan Seni Silat Lincah Negara turun pada hari yang sama untuk bertembung dengan pihak BERSIH 2.0 kerana kami bagi pihak BERSIH 2.0 sekali lagi mempertegaskan bahawa kami tidak turun dengan membawa semangat mahu bertembung dengan sesiapa sebaliknya hanya sekadar mahu mengadakan "Berjalan untuk Demokrasi " sambil membawa lapan tuntutan sebagaimana yang telah dimaklumi oleh semua pihak.
6. Hari ini kita dapat saksikan bagaimana pihak kerajaan dan pengamal media tertentu dengan sengaja memainkan peranan seolah-olah ingin merancang suatu keadaan yang huru hara sehingga melibatkan pertembungan fizikal pada 9 Julai ini.  DPPM ingin tegaskan bahawa tiada sebarang agenda sulit atau himpunan untuk mencetuskan kekacauan daripada rakyat menerusi anjuran BERSIH 2.0.  Ini adalah satu perkara yang dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan.
7. Amat mengecewakan apa yang berlaku hari ini adalah hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan malah diancam dengan pelbagai cara.  Ancaman demi ancaman inilah yang membawa kepada kekacauan sebagaimana yang telah dimomokkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.  Lebih mengecewakan tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan berbaur sentimen huru hara berkenaan.  DPPM yakin semua pihak mahukan negara yang aman.  Maka, tidak perlu provokasi keterlaluan sehingga boleh mengheret rakyat kepada situasi yang menakutkan.
8. Demikian juga dengan beberapa siri himpunan bantahan yang dilakukan oleh pihak pemuda UMNO dan juga PERKASA dengan mengeluarkan kenyataan berupa ugutan dan ancaman sedang pihak BERSIH telah berkali - kali membuat komitmen untuk memastikan Himpunan BERSIH 2.0 kelak akan berlangsung dalam keadaan aman. Malangnya pihak berkuasa tidak pula mengambil tindakan kepada pihak yang mencetus provokasi dan beria - ia mahu berperang, bertembung dan sebagainya.  Lebih malang apabila yang menjadi sasaran pihak berkuasa hanyalah BERSIH 2.0 yang bertegas mahu menganjurkan himpunan secara aman.
9. Apakah pihak kerajaan turut bersubahat dengan `pihak yang mencetus provokasi hanya semata - mata tidak mahu melihat himpunan BERSIH 2.0 ini berjaya dilakukan. Situasi ini jelas menunjukkan seawal - awalnya pihak kerajaan telah TIDAK berlaku adil dalam menangani isu ini.
10. Penegasan yang sekali lagi saya mahu utarakan kepada semua khasnya kepada pihak kerajaan bahawa kami terutamanya anak-anak muda yang akan turun pada 9 Julai 2011 kelak adalah mewakili rakyat yang mahukan keadilan, keamanan dan kesejahteraan.  Kami tidak turun dengan membawa senjata demikian juga kami tidak sekali-kali akan mencetus provokasi yang mengundang kepada ancaman keselamatan kepada pihak lain.  Sebaliknya ikrar kami, hanya turun membawa hati dan perasaan yang mahukan keadilan dan hak diberikan kepada kami secara saksama setelah sekian lama hak kami dinafikan seperti yang tersenarai dalam lapan tuntutan kami.
1. Clean the electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use of indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institutions
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics
1. Bersihkan senarai undi• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan "pengundi hantu" seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman.  Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari.  Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awamInstitusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
  • Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
  • Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
  • Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
  • Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuahRasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi.  Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
*Kenyataan media oleh Nasrudin Hassan (gambar kanan) selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

PAS Cawangan Kampung Pak Pa & Pak Bang

Posted: 30 Jun 2011 09:36 PM PDT

PAS Cawangan Kampung Pak Pa & Pak Bang


Bersih 2.0 - Angkara Bising

Posted: 30 Jun 2011 08:41 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 30 Jun 2011 09:25 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PD dilanda banjir kilat

Posted: 30 Jun 2011 08:13 PM PDT



Sinar Harian 30 Jun 2011

PORT DICKSON – Beberapa kawasan di sekitar Port Dickson termasuk Lukut, Chuah dan Telok Kemang dilanda banjir kilat, pagi semalam selepas hujan lebat hampir empat jam.

:Penempatan penduduk di kampung dan taman perumahan turut ditenggelami air serta beberapa jalan utama menjejaskan kelancaran lalu lintas.

:Seorang penduduk, Syairah Abd Ghani, 24, berkata, banjir kali ini merupakan yang paling teruk sejak 10 tahun lalu.

"Hujan lebat dan air naik dengan cepat sekali mengakibatkan kami kelam kabut mengemas barang rumah," katanya yang tinggal di Kampung Si Rusa Dalam.

Syairah berkata, kebiasaannya jika hujan hanya kawasan halaman sahaja yang dinaiki air, tetapi kali ini ia masuk ke rumah setinggi paras betis.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk dari Batu 8 Telok Kemang, Zulkarnain Jumali, 40, berkata, mujur hari ini (semalam) adalah hari cuti, jika tidak pasti akan menanggung kerugian yang besar sekali.

"Banyak barang yang rosak ditenggelami air kerana banjir naik dengan cepat.

"Selepas hampir dua jam hujan, air mula naik dan memakan masa hampir tiga jam baru banjir surut," katanya.

Seorang pemandu, Hamidah Kamaluddin, 27, berkata, laluan di hadapan stesen minyak Shell Batu 6, Port Dickson-Telok Kemang tidak pernah berlaku banjir seteruk ini.

"Saya ragu-ragu hendak melalui jalan itu untuk kembali ke rumah di Bandar Sunggala, takut tidak lepas dan enjin berhenti di tengah jalan.

"Lebih baik saya tunggu sehingga keadaan sedikit surut," katanya.

Tinjauan Sinar Harian turut mendapati, ada juga pengguna jalan raya yang terperangkap akibat beberapa laluan utama di sekitar daerah ini turut ditenggelami air.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9245041.asp

PAS Kawasan Pekan

Posted: 30 Jun 2011 07:49 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


BANTAH UTUSAN - MEMORANDUM BANTAHAN KEPADA MUFTI PAHANG

Posted: 30 Jun 2011 04:01 AM PDT

Isnin 27 Jun 2011, PAS Negeri Pahang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man bersama-sama rombongan pimpinan dari PAS Negeri dan kawasan-kawasan telah menganjurkan 1 sessi bantahan diatas kebiadapan akhbar milik UMNO iaitu UTUSAN MALAYSIA menghina Islam dalam karikatur yang disiarkan pada 15 Jun baru-baru ini.

Rombongan PAS Negeri Pahang juga dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz Yusof bin Embong, Timbalan Pesuruhjaya 3 merangkap Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan bersama pimpinan Negeri, Pimpinan Pemuda dan ahli PAS telah berada seawal 8.15 pagi di Markas Tarbiah PAS Kawasan Pekan di Darul Husna, Rompin Lama Pekan. PAS Kawasan Pekan yang merupakan tuan rumah diketuai oleh YDP PAS Ustaz Abu Kasim bin Manaf bersama pimpinan Kawasan dan Pemuda PAS Kawasan Pekan menyambut ketibaan rombongan PAS Negeri Pahang tersebut.

Tujuan utama rombongan ini adalah untuk menyampaikan bantahan dan desakan kepada Institusi MUFTI diatas kebiadapan UTUSAN MALAYSIA menyiarkan karikatur menghina Islam yang jelas telah menghina Agama Islam dan merendahkan Institusi Agama di negara kita. Karikatur ini seolah-olah ingin menunjukkan kegagalan Institusi Agama Islam melalui Institusi seperti MUIP dalam membela kes jenayah seperti rogol. Sebagai sebuah institusi yang diberi kepercayaan untuk menjaga kesucian agama Islam maka Majlis Agama Islam PAHANG perlu sensitif dan mengambil tindakan sewajarnya diatas kebiadapan UTUSAN MALAYSIA terhadapat isu ini.

"Sama ada penyiaran lakaran karikatur itu disengajakan atau tidak disengajakan atau sama ada mereka sedar ianya suatu penghinaan terhadap Islam atau pun mereka tidak menyedarinya, namun penyiaran karikatur tersebut telah menyebabkan berlaku kekecewaan, kegelisahan dan ketidaktenteraman masyarakat keseluruhan dan khasnya kepada umat Islam" kata Dato' Tuan Ibrahim.

Rombongan PAS Negeri telah berjaya sampai di Pejabat MUIP, Pekan sekitar jam 10.00 pagi dan urusan pertemuan dengan MUFTI Pahang telah disempurnakan melalui wakil beliau iaitu Timbalan Yang Dipertua MUIP Dato Sri Hj Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan. Sessi perbincangan dan luahan perasaan tidak puas hati rakyat marhum terhadap isu ini disampaikan sendiri oleh rombongan PAS yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

Pihak PAS Negeri Pahang merakamkan ucapan terima-kasih diatas layanan MUIP kepada rombongan bantahan ini dan berharap suatu tindakan 'TEGAS' perlu diambil kepada UTUSAN MALAYSIA diatas kebiadapan Karikatur yang amat melukakan hati umat Islam seluruh negara.

Rombongan bantahan bersurai sekitar jam 11.00 pagi.

" Utusan Malaysia kini telah menjadi kitab kepada UMNO untuk menyesatkan umat Islam di negara kita. Memboikot Utusan Malaysia telah menjadi wajib kepada umat Islam kini demi menjaga kesucian Islam di negara kita "




DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 30 Jun 2011 07:29 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Gagal Subjek Ini Punca Masyarakat Tertekan.?

Posted: 29 Jun 2011 08:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Jun: PAS hari ini menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.
"Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.
"Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara," tambah beliau.
Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini.
Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.
Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.
Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dan crackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007.
Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan.
"(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007," tegas beliau.
Buku Merah boleh didownload dari pautan ini:
P/S: Buku study nie org sedia free jer..ambik, jangan x ambik..banyak lagi 'peperiksaan' akan anda hadapi di masa hadapan..study betul2 dan fahami hak anda.-Admin.

DUN CHINI

Posted: 30 Jun 2011 07:10 PM PDT

DUN CHINI


Apa itu bersih

Posted: 30 Jun 2011 09:27 AM PDT

Apa itu bersih? Kenapa bersih haram? Kenapa bersih berhimpun?

Rupa-rupanya walaupun BERSIH 2.0 ini tersangatlah popular, rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu apa itu bersih 2.0. Jutaan terima kasih kepada media yang sentiasa bekerja keras untuk mempromosikan BERSIH 2.O.

Bersih dalam segi bahasa bermaksud kesucian dari segala jenis kekotoran dan pencemaran. Bersih juga merupakan bahagian daripada iman. Dan bersih juga satu amalan yang mulia.

Tetapi kenapa BERSIH haram?

Perkataan Bersih menjadi kontoversi dan perkataan itu haram dicetak pada baju atau dibuat poster bila 10 Oktober 2007 yang lalu telah berlakunya perhimpunan aman yang mencecah angka ratusan ribu rakyat yang berkumpul dan berarak secara aman untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama . Mereka berhimpun demi menuntut pilihanraya yang bersih lagi adil. Perhimpunan bersih 2007 itu telah menyebabkan UMNO hilang 5 buah negeri oleh pembangkang walaupun tuntutan rakyat supaya dakwat kekal digunakan kepada pengundi telah dibatalkan penggunaanya disaat-saat akhir. Namun, dengan pilihanraya yang bersih dan telus, pembangkan berjaya mendapatkan 5 negeri untuk ditadbirkan oleh Pakatan rakyat.

Maka tahun ini, sebelum menjelang pilihanraya, bersih kembali lagi dengan nama BERSIH 2.0 yang masih sama tuntutanya iaitu;

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor

Perkataan bersih dan warna KUNING yang merupakan warna tema BERSIH dan BERSIH 2.0 telah menjadi satu ancaman kepada negara. Rakyat yang memakai baju kuning dan tertera perkataan BERSIH merupakan satu kesalah di negara ini.

Masih ramai yang tertanya-tanya kenapa bersih 2.0 haram, ini kerana, jika dilihat pada tuntutannya, tuntutan bersih adalah munasabah sebagai rakyat dan menuntut pilihanraya yang bersih dan telus bukan semata-mata untuk mana-mana parti, tetapi untuk kesemua rakyat di negara ini.

Jika dikatakan perhimpunan itu haram, united malay national organization harus ingat, united malay national organization ditubuhkan selepas berlakunya berhimpunan rakyat kerana menentang prinsip jus soli dilaksanakan oleh gagasan Malayan Union.

Bukankah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin bahawa setiap warganegara Malaysia berhak bersuara dan mengeluarkan pendapat disamping berhak berhimpun secara aman. Kenapa meraka kata perhimpunan bersih haram.

Mereka kata, perhimpunan aman itu akan bertukar kepada tidak aman. Mana ilmu meraka dapat sehingga mampu membaca masa hadapan. Dan kenapa polis hari ini diberi tugas untuk menghalang perhimpunan BERSIH 2.0. Polis ini milik rakyat, dan seharusnya polis menjaga rakyat. Dan jika polis menjaga keamanan perhimpunan BERSIH 2.0 seperti mana polis menjaga keamanan ketika konsert konsert justin bieber tempoh hari. Insyallah semua berjalan dengan lancar, ini kerana rakyat hanya datang untuk menghantar Memorandum kepada DYMM AGONG untuk menuntut 8 perkara utama.

BERSIH 2.0 kembali untuk rakyat bukan untuk mana-mana parti.

copy dari sini

PANDUAN RINGKAS PESERTA BERSIH 2.0

Posted: 29 Jun 2011 11:44 PM PDT


Download panduan bersih 2.0

  1. 1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?

  • Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
  • Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
  • Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
  • Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

  1. 2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?

  • Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
  • Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
  • Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas
  1. 3. Bilakah anda ditahan?

  • Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
  • Apabila anda digari
  1. 4. Apa harus anda buat apabila ditahan?

  • Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
  • Tanya apakah alasan anda ditahan
  • Tanya ke balai mana anda akan dibawa
  1. 5. Apakah hak anda setelah ditahan?

  • Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan
  1. 6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

  • Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
  • Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan

Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan 'Bersih 2.0'

  1. 7. Apakah yang perlu dibuat apabila anda dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapatkan Perintah Reman?

  • Beritahu polis/Majistret bahawa anda ingin diwakili peguam
  • Jika anda diwakili peguam, anda tidak perlu bercakap kerana peguam yang akan bercakap bagi pihak anda di hadapan Majistret
  • Anda hanya perlu beritahu peguam yang mewakili anda sekiranya anda sakit, didera, diugut atau tidak diberikan makanan/air/pakaian secukupnya semasa dalam tahanan. Buat laporan polis dengan segera jika berlaku keadaan sedemikian
  • Beritahu juga kepada peguam sama ada polis telah menjalankan penyiasatan semasa anda dalam tahanan
  1. 8. Apakah yang perlu dibuat apabila polis ingin merakam Kenyataan Bertulis semasa dalam tahanan?

  • Kenalpasti nama dan pangkat pegawai yang menyoal siasat anda
  • Berikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan (butir-butir peribadi) jika diminta
  • Selain memberikan butir-butir peribadi, anda dinasihatkan untuk berdiam diri dari menjawab soalan dari pegawai polis
  • Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan"saya akan jawab di mahkamah" terhadap sebarang soalan yang dikemukakan kepada anda dan polis tidak boleh memaksa, mengugut atau memukul anda jika anda enggan menjawab soalan
  1. 9. Bilakah anda didakwa di mahkamah?
  • Anda boleh didakwa di mahkamah pada atau sebelum tempoh reman yang diberikan terhadap anda tamat
  • Anda didakwa jika pertuduhan dibacakan terhadap anda di hadapan seorang Majistret/Hakim dan anda ditanya sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan
  • Pastikan anda MENGAKU TIDAK BERSALAH dan peguam 'Bersih 2.0' akan mewakili anda sehingga perbicaraan selesai

Disediakan oleh: Unit Tindakan Undang-Undang Jenayah, Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM), Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Undang-Undang PAS Pusat

No. Telefon Hotline Bilik Gerakan JUHAM, Dewan Pemuda PAS Malaysia :

1. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 6 3
2. 0 1 6 – 3 1 2 6 4 7 3
3. 0 1 4 – 6 4 5 1 7 5 3
4. 0 1 2 – 3 9 2 8 3 7 9

Copy artikal dari DUPAHANG

PAS Kawasan Miri

Posted: 30 Jun 2011 07:05 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Mana Peruntukan Untuk Tandas Awam Taman Seroja???

Posted: 30 Jun 2011 01:19 AM PDT

RM69.3 juta untuk pembangunan Miri
by Steve Annuar. Posted on June 26, 2010, Saturday
Jumlah itu meningkat sebanyak RM14 juta berbanding RM55.1 juta tahun ini
MIRI: Sebanyak RM69.3 juta akan diperuntukkan untuk pembangunan Bandar raya Miri pada tahun depan berbanding RM55.1 juta yang diperuntukkan untuk tahun ini. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak RM14 juta daripada tahun ini. Berdasarkan laporan bajet tahunan MBM untuk tahun 2011, perbelanjaan ber¬jumlah RM69.3 juta diper¬lukan untuk projek-projek pembangunan di Miri meli¬batkan kerja-kerja menaik taraf, penyediaan kemudahan dan landskap, berbanding RM55.1 juta pada tahun ini.Perbelanjaan utama MBM adalah untuk penyelenggaran jalan, parit banjir, landskap, pembersihan bandar, lampu ja¬lan dan pengurusan sampah.
Sementara itu, MBM men¬gunjur pertambahan hasil pendapatan sebanyak RM4 juta pada tahun depan.
Pada tahun 2011, MBM berharap untuk beroleh RM70.9 juta berbanding RM66.5 juta pada tahun ini.
"Kami masih mengemas kini laporan bajet kita sebelum kita kemukakan kepada KASKA (Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam). Kami masih mempunyai tempoh selama sebulan untuk mengkaji semula bajet kita," jelas Datuk Bandar Lawrence Lai. Beliau berkata demikian kepada media selepas mem¬pengerusikan mesyuarat pe¬nuh anggota MBM di sini, semalam. Mengulas tentang kerja-kerja menaik taraf pasar dan tamu di sini, Lawrence memberitahu, peruntukan berjumlah RM1.3 juta telah diluluskan.
Dana berkenaan akan digu¬nakan untuk menaik taraf la¬pan pasar dan tamu di sini, iaitu Central Market dengan anggaran peruntukan pembaikan berjumlah RM370,000, Tamu Muhibbah dan Tamu Khas (RM50,000), Unity Market (RM35,000), Pasar Minggu Saberkas (RM200,000), Lu-tong Market (RM110,000), Taman Seroja (RM250,000), Taman Tunku (RM80,000) dan Morsjaya (RM60,000). Sejumlah RM100,000 akan digunakan sebagai dana kece¬masan kerja-kerja pembaikan sekiranya diperlukan.


PS: Pembangunan Miri telah di beri peruntukan yang berjuta-juta seperti yang tersebut dalam petikan akhbar Utusan Borneo di atas. Taman Seroja telah diberi peruntukan sebanyak RM250,000.00. Yang musykilnya mengapa tandas awam tidak dapat di bina di Taman Seroja? Kemana perginya peruntukan tersebut???

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 30 Jun 2011 03:52 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


GARA-GARA PROJEK LYNAS, BERSIH 2.0 DI 7 BANDAR AUSTRALIA BUAT UMNO PHOBIAPENINGKAN BN

Posted: 29 Jun 2011 09:14 PM PDT

Projek LYNAS (Projek yang dibantah rakyat di Pahang) yang dibawa dari Austrlia disenangi oleh Barisan Nasional tetapi demokrasi tulen yang diamalkan disana yang membenarkan perhimpunan aman tidak disenangi BN. Jadi BN kena terima jer lah pasal RM nak masyuuk.

Alhamdulillah, Pelajar Malaysia Di Melbourne...akan teruskan BERSIH ?
Sekumpulan rakyat Malaysia yang menuntut di Australia berikrar akan meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan bagi menyokong BERSIH 2.0 di sebalik amaran oleh pihak berkuasa Malaysia supaya tidak berbuat demikian.

Seorang pelajar di Adelaide dalam satu kenyataan berkata tunjuk perasaan akan diadakan pada masa sama dengan perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini yang dijadualkan pada jam 2 petang.

Pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai M itu berkata perhimpunan akan diadakan di tujuh bandaraya di lokasi simbolik seperti bangunan konsulat Malaysia di Sydney dan Perth dan juga bangunan Parlimen di Canberra.

Namun, katanya perhimpunan terbesar dijangkakan di Melbourne.

"Di Adelaide, perhimpunan akan diadakan di Victoria Square Fountains, ia lebih menjurus ke arah mendidik pelajar Malaysia mengenai demokrasi dan situasi yang sedang dihadapi di Malaysia.

"Seperti yang kita ketahui, majoriti golongan muda Malaysia takut untuk meluahkan suara mereka atau berdiri untuk politik," kata M.

Pelajar itu berkata tidak seperti di Malaysia, adalah mudah untuk mendapatkan kebenaran bagi berhimpun dan dalam kes di Adelaide, mereka cuma perlu memaklumkannya kepada majlis perbandaran.

Menurut M beliau langsung tidak gusar dengan amaran yang dikeluarkan oleh pejabat Konsulat Malaysia pada 24 Jun lalu yang melarang pelajar Malaysia berhimpun. Ini kerana katanya, rakyat Australia juga akan menyokong mereka.

" Saya tak takut walaupun saya seorang pelajar. Saya tahu rakyat Australia mengamalkan demokrasi tulen dan akan menyokong kami dalam penganjuran perhimpunan seumpama ini."

"Dalam beberapa hari lagi, kami akan berhubungan dengan beberapa senator dan ahli parlimen Australia bagi menyokong kami pada perhimpunan ini," katanya lagi.

ALHAMDULILLAH NAJIB GELISAH , MESEJ RAKYAT DAH SAMPAI

Posted: 29 Jun 2011 05:33 PM PDT

Jangan risau,kecewa wahai Rakyat sedar yang sedar tentang wujudnya Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti PAS, PKR dan DAP serta yang mendokong perjuangan sama kerana kita sudah menang 50%. Lagi 50% adalah tindakan dan tugas tuan dan puan serta belia semasa PRU13 nanti.
Lihatlah walaupun Perhimpunan BERSIH belum berlaku , pentadbiran BN melalui jentera kerajaan sudah tidak tentu hala termasuk blogger(BN) sekali dan media Bn yang merapu.
Tapi jangan kita puas hati selagi kerajaan yang zalim yang sudah memerintah lebih 50 tahun penakut dan trauma dengan perkataan BERSIH, T-shirt BERSIH, banner BERSIH dan handbil BERSIH almaklumlah mereka (BN melalui parti karatnyya UMNO memang kotor dan PENGOTOR)
Bayangkan kesedaran pada artis dan cendiakawan, hartawan dan saterawan amat menonjol sekali.


SHAH ALAM: Sasterawan Negara, A Samad Said hari ini mengutuk tindakan pengharaman pakaian kuning yang diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semata-mata mahu menggagalkan Himpunan Bersih 2.0.
"Itulah, saya fikir ini ketakutan (kerajaan) yang amat menakutkan (mereka)," katanya pada sidang media khas anjuran Seniman Paksi Rakyat (Paksi) di Pesta Buku Selangor di sini, petang ini.
Pada sidang media itu, Paksi menggunakan kertas kuning sebagai kenyataan medianya.
Selain itu, A Samad Said juga mengulangi komitmen untuk turun menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini di ibu negara.
"Saya akan turun. Saya tidak hanya bersuara tapi bertindak. Suara tanpa tindak, itu bukan suara," katanya yang lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Pak Samad yang terkenal dengan karya berjudul Salina, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Al-Amin, juga mempertahan tindakannya yang berpihak dengan menunjukkan sokongan terhadap penganjuran Himpunan Bersih 2.0
"Seseorang seniman mesti dan ada hak untuk berpihak. (Jika tidak) Itu bukan sasterawan, itu kuasawan. Kalau kuasawan itu bobrok, seniman tidak jadi seniman jika tidak menegur. Tidak ada salah menegur untuk sesuatu yang baik," katanya.
Dengan nada sinis, beliau tidak menolak kemungkinan sasterawan lain enggan 'tampil ke depan' kerana mahu menjaga periuk nasi
Pada sidang media sama, Setiausaha Paksi, Hasni Abas puka mengecam tindakan polis yang biadap apabila bertanyakan soalan tentang bayaran yang diterima Pak Samad untuk bersajak pada majlis pelancaran Bersih.
"Mereka tanya berapa Pak samad dibayar untuk baca sajak. Mereka ini, semua orang ini ayam daging? Tunggu diberi dedak," katanya.
Beliau juga menyifatkan sasterawan yang tidak berani menegur kemungkaran yang dilakukan penguasa sebagai 'bukan sasterawan tapi cendawan'
-keadilandaily-

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 30 Jun 2011 03:50 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Himpunan HALAL dan bukan KOTOR

Posted: 29 Jun 2011 04:43 PM PDT

DPP Gopeng

Posted: 30 Jun 2011 03:42 PM PDT

DPP Gopeng


Ziarah Pejuang Kemerdekaan Sebenar

Posted: 29 Jun 2011 08:29 PM PDT









Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 30 Jun 2011 03:34 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


POLIS ANJING DIDAKWA

Posted: 30 Jun 2011 08:04 AM PDT

Keadaan Ketua Pelatihan Anjing Polis di London mulai pulih setelah mencubaan bunuh diri. Dia nekad cuba mengakhiri hidup akibat dua anjing polis miliknya mati kepanasan di dalam keretanya.

Ian Craven, turut didakwa kerana dianggap menganiaya haiwan setelah anjingnya bernama Chay dan Tilly mati.

Craven meninggalkan dua ekor anjingnya di kereta dengan cermin keretanya tertutup rapat kerana menghadiri perhimpunan di London. Suhu pada saat itu mencapai 29 darjah celsius seperti diberitakan di NewsCore, Selasa (28/6/2011).

Seorang petugas cuba untuk menyelamatkan anjing tersebut, namun sudah terlambat kerana kedua anjing itu telah mati.

Setelah itu, Craven mencederakan pergelangan tangannya dan cuba bunuh diri kerana kematian dua anjing kesayangannya.






.... macam-macam dunia luar.... polis 'anjing' kat Malaysia harapnye ok le.....

* gambar atas adalah gambar MP Gopeng yang ditahan polis akibat memakai baju kuning tadi.

Sumber http://www.okezone.com/

 

TENTUKAN LALUAN KAMI... HABIS CITE... KAN SENANG

Posted: 30 Jun 2011 04:25 AM PDT


... kami bukannya bodoh dan dungu macam pemuda UMporNo... macam pemuda BN... macam puak-puak Perkasa... macam Silat Lincah OKU... kami ada agama... ada tatasusila... bagi tau tempat nak berhimpun.... laluan mane nak ikut.... takkan tue pun Polis nak kene tanye PM/ TPM bodo... jawabnya jadi bodo tahap gaban macam depa tue la....

Bersih telah meminta pihak polis sendiri mencadangkan satu laluan yang pihak berkuasa rasa sesuai untuk mereka mengadakan perarakan tanpa gangguan kepada sesiapa pun — perkembangan terbaru selepas pasukan keselamatan menahan lebih 100 orang setakat ini.

Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pasukan pemantau pilihan raya ini telah mengemukakan cadangan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dengan harapan PDRM akan bersikap terbuka dan bekerjasama dengan gabungan tersebut.

"Kami telah memberitahu mereka, pihak polis, sekarang anda pilih satu lokasi di Kuala Lumpur ke Taman Jaya, atau ke mana-mana," kata beliau di pekarangan ibu pejabat polis di Bukit Aman petang ini.
"Anda pilih laluan, kami akan ikut. Dan, kami akan jalankan dengan aman," katanya lagi.

Kata Ambiga, berdasarkan peruntukan undang-undang polis dikehendaki memberi perlindungan kepada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan dan pada masa yang sama boleh menahan mereka yang enggan berhimpunan secara aman.

Ambiga berkata Ismail tidak memberikan sebarang respons ke atas permintaannya itu ketika pertemuan yang "sangat mesra" tetapi menekankan, beliau masih yakin Bersih akan mendapat jawapan positif daripada beliau minggu depan.

"Ini akan diadakan dengan bantuan polis. Ini yang dikatakan sebagai positif... dan, saya mahu kekal positif sebab itulah yang terbaik bagi semua," katanya lagi.

Bagaimanapun bekas pengerusi Majlis Peguam ini enggan mengatakan tindakan susulan jika polis tetap enggan membenarkan perarakan diadakan.

Katanya beliau akan memberikan komen apabila tiba masa yang sepatutnya.

LARIAN GILE BABI 1 MURID 1 SUKAN MENYUSAHKAN AKU

Posted: 30 Jun 2011 04:05 AM PDT

Ahad ini Kementerian Muhyiddin memaksa seluruh PN, PPD serta sekolah di seluruh Malaysia menjayakan program gilernya iaitu "Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan" yang kononya akan melibatkan sejumlah 5.5 juta pelajar sekolah dan akan dicatakan di dsalam Malaysia record... dengan jarak larian 1.5 km......piggiiiidaaa....

dan yang paling menyusahkan adalah setiap sekolah dikehendaki menghantar laoran beserta gambar/ video sebagai bukti yang sekoah tersbut melaksanakan laria gile babi itu.... yang mane majlis bermual seawal jam 7.00 pagi dengan setiapmurid dan guru serta ibu bapa dikehendaki mendengar amat yang disampaikan oleh TPM melalui web kementerian.

.... memang dah takde keje puak-puak nie

BLOGGER PANCACAI UMporNO TERUS MENGHINA WARDINA

Posted: 29 Jun 2011 06:38 PM PDT

....nampaknya ada beberapa laman blog pencacai UMporNO mempertahankan tindakan mereka menghina dan memaparkan gambar silam Wardina didalam laman blog pencacai tersebut... nak buat camne ... puak-puak jahil ini semua memang sialan jaiyidan....

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.


Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam. JULIA ISMAIL

julia.ismail@kosmo.com.my

NAJIB BERI AMARAN PADA TV & RADIO... PAPER???

Posted: 29 Jun 2011 06:15 PM PDT

...Kesian aku tgk Najib....dia baru sedar yang selama ini TV dan radio telah mempromosikan berita akan perjalanan himpunan BERSIH 2.0 secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.... macammane dengan paper kerajaan UMporNo.... taknak haramkan jugak ke??? wakakakaka

KUALA LUMPUR, 30 Jun — Pentadbiran Najib memberi amaran kepada stesen-stesen siaran swasta daripada menyebut apa-apa tentang Himpunan Bersih 2.0 atau tarikh ia akan diadakan, sebaliknya mahu mereka memberi amaran kepada orang ramai daripada menyertai tuntutan jalanan meminta pilihan raya adil dan bebas.


Difahamkan bahawa sejak minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah meminta eksekutif media stesen-stesen swasta untuk memaklumkan mereka mengenai garis panduan baru itu selain Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengisytiharkan kemeja-T Bersih sebagai haram.

"Kami tidak boleh menyebut Bersih, tarikh 9 Julai perhimpunan diadakan dalam siaran kami tetapi kami mesti memberi amaran mengenai demonstrasi ini. Bagaimana kita boleh melakukannya?" kata seorang eksekutif media kepada The Malaysian Insider.

Putrajaya memiliki Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mengadakan siaran radio dan televisyen, malah menyediakan lesen kepada stesen swasta seperti Astro, The Star Publications yang turut mempunyai stesen radio, Media Prima Berhad yang mengendalikan stesen radio dan televisyen serta stesen radio BFM.

"Kami kena menghantar skrip radio kami untuk diteliti (pihak berkuasa). Ia sesuatu yang mengarut," kata seorang lagi eksekutif kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan arahan itu datang daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di sebalik tindakan polis menghalang perhimpunan anjuran Bersih, yang dijadual untuk diadakan 9 Julai ini menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

.... Najib dah kene demam kuning tahap kronik.... kene pancar cahaya ultra  nie...

"Tidak rela BN menang tipu"... APA MAKNA TUE??

Posted: 29 Jun 2011 05:30 PM PDT

utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 29 Jun - Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak rela melakukan penipuan dengan menggunakan taktik kotor demi mendapat kemenangan hampir 100 peratus dalam pilihan raya.

sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, beliau mahukan kemenangan BN berpaksi dan berlandaskan kepada perasaan senang hati rakyat kepada parti dan bukan sebaliknya.

"Terdapat sesetengah kerajaan mendapat kemenangan sehingga 95 peratus dalam pilihan raya. Saya pun suka kalau dapat kerana jika boleh saya pun mahukan angka 95 peratus itu. Tetapi saya tidak rela dapat sokongan besar atas penipuan.

"Saya mahu BN menang kerana rakyat senang dengan kita, sebab itulah pada setiap masa kita sanggup berhadapan dengan pembangkang (setiap pilihan raya)," katanya ketika berucap sempena Jamuan 1Malaysia di Padang Merdeka di sini, malam ini, yang dihadiri lebih 10,000 rakyat pelbagai kaum dan etnik.

Sementara itu, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak mengambil mudah faktor keamanan, perpaduan dan kesejahteraan yang dinikmati sekarang kerana ia boleh berubah menjadi buruk dalam sekelip mata sekiranya tersilap percaturan.

Ini kerana, jelas Perdana Menteri, senjata utama pembangkang ialah menabur janji, bukan setakat bulan dan bintang, tetapi juga sistem galaksi kepada rakyat.

"Janji demi janji (dibuat) kerana mereka tahu ia tidak perlu ditunaikan. Amat senang tabur janji semasa tidak berkuasa, tetapi tengoklah apa yang dibuat setelah berkuasa.

"Jika kita buat penilaian yang betul, sudah tentu kita tahu bahawa tiada pihak lain yang boleh menjamin masa depan rakyat melainkan kerajaan BN," katanya

..... Apa maknye tue.... aku tak paham sangat le...wakakakaka

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو

Posted: 30 Jun 2011 11:51 AM PDT

Jalan Dakwah Jalan Berliku جالن دعوة جالن برليكو


Pening-pening!!

Posted: 29 Jun 2011 07:39 PM PDT

Salam para pembaca..

Hari ini dan hari sebelumnya sungguh memeningkan.. ianya gara-gara pemutihan PATI (pendatang asing tanpa izin).. Ramai yang menelefon saya bertanyakan itu dan ini. Ingat nak upadate blog hari ni.. takpa..inipun rezeki..alhamdulillah..

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 30 Jun 2011 09:29 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Calling for Freedom

Posted: 30 Jun 2011 12:22 AM PDT

We walk for democracy
We calling u for freedom
We fighting for freedom
We assembly for freedom





PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 30 Jun 2011 09:27 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


T-Shirt Kuning: Polis sudah atasi kuasa Parlimen

Posted: 29 Jun 2011 11:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri dan pasukan polis tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari kepada Keadilandaily ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan Bersih juga akan ditangkap kerana didakwa melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

"Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan. Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka", kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.

Dengan itu, katanya orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua.

Menjelang Perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, pihak polis bertindak sewenang-wenang menahan orang ramai yang mereka dakwa ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.

Sehingga kini seramai 95 orang ditahan polis atas dakwaan mempromosikan himpunan itu, termasuk kesalahan memakai baju T Bersih.

Oleh Rusnizam Mahat - Keadilan Daily

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 30 Jun 2011 09:27 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Md Sabu 6 Julai 2011 di N.Sembilan

Posted: 29 Jun 2011 04:53 PM PDT



PIDATO RAKYAT
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Timbalan Presiden PAS
YB Hj Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
YB Dato Kamarul , Pengerusi PKR N.Sembilan
YB Anthony Loke , Pengerusi DAP N.Sembilan
Zulkefly Omar , Naib Presiden NGO TERAS
Tarikh : 6 Julai 2011 , Rabu
Masa : 9 mlm
Tempat : Bt 44, Simpang Pertang, N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

PAS Kawasan Setiu

Posted: 30 Jun 2011 09:17 AM PDT

PAS Kawasan Setiu


Pengistiharan 9 Julai "HARI GOTONG-ROYONG NEGARA"

Posted: 30 Jun 2011 02:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 30 Jun 2011 09:09 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Baju kuning: Pakai tak salah, tangkap salah

Posted: 30 Jun 2011 03:32 AM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Jun: AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar)berkata, memakai baju kuning berlambang Bersih adalah tidak haram kerana tiada mana undang-undang yang melarang pemakaian baju kuning.

"Yang salah dan haram adalah tidak memakai baju dan seluar di khalayak ramai," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, polis yang menangkap mereka yang memakai baju kuning berlambang Bersih telah bertindak di luar batas undang-undang dan boleh disaman kerana melakukan tangkapan yang tidak sah.

Jelasnya lagi, Perkara 5 [1 ] Perlembagaan Persekutuan secara jelas melindungi mana-mana orang dari dilucutkan kebebasannya (deprived his liberty) kecuali menurut undang-undang.

"Menangkap mana mana orang yang memakai baju Bersih sedangkan memakai baju tersebut tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang adalah melibatkan pelucutan kebebasan seseorang dan yang demikian ianya melanggar Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan," ujarnya yang juga pengamal undang-undang.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada portal Malaysikini semalam yang melaporkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyokong tindakan polis menangkap mereka yang memakai baju kuning berlabelkan Bersih.

Ini kerana ujar Hishamuddin adalah haram memakai baju kuning tersebut.

Kata Hanipa, bagi Umno dan Hishammuddin janganlah terlalu paranoid dengan warna.

Menurutnya, jika satu waktu dulu Umno takut dengan warna hijau Petronas kerana warna hijau Petronas dilihat sama dengan warna bendera PAS, kini warna kuning pula yang ditakuti.

"Sampai bila Umno nak takut dengan warna?" soalnya.

Mengenai hujah Hishamuddin adalah jika aktiviti Bersih adalah haram, maka memakai baju kuning Bersih juga adalah haram, beliau bekata malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai menteri yang ada kelulusan undang-undang tetapi jahil undang-undang.

"Saya mengesyorkan kepada Hishammuddin jika pun kamu benci sangat dengan Bersih janganlah sampai menggadaikan maruah dan integriti kamu.

"Ada masanya elok juga untuk kita menyembunyikan kejahilan kita," ujarnya.

Beliau berkata, haram atau halal sesuatu perkara baik dari segi agama atau undang-undang adalah berdasarkan dalil dan bukannya berdasarkan kenyataan menteri.

Mungkin, katanya Hishammuddin boleh tunjukkan kepada kita di bawah peruntukan mana dan di dalam undang-undang mana memakai baju kuning berlambang Bersih adalah satu kesalahan.

"Jika kita menerima hujah Hishamuddin memakai baju kuning Bersih adalah haram kerana aktiviti Bersih adalah haram maka secara logiknya jika seseorang terlibat dengan berlumba motor secara haram, maka segala peralatan yang beliau pakai termasuklah helmet, seluar, jacket kulit dan motor yang beliau tunggang adalah kesemuanya haram," katanya lagi.


Bersih 2.0: Fahami Perlembagaan Persekutuan

Posted: 30 Jun 2011 03:17 AM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Jun: PAS hari ini menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.

Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.

"Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara," tambah beliau.

Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini.

Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dancrackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan.

"(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007," tegas beliau.

Buku Merah boleh didownload dari pautan ini:

http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=2202&Itemid=120

Landskap Siasah

Posted: 30 Jun 2011 07:24 AM PDT

Landskap Siasah


Ziarah pejuang PKMM di Gopeng..Imam Majid Salleh

Posted: 30 Jun 2011 04:46 AM PDT




Kerjasama politik antara kaum; rakyat jangan buta sejarah.

Posted: 29 Jun 2011 04:03 PM PDT

Kerjasama politik antara kaum; rakyat jangan buta sejarah.

Hujah yang mengajar rakyat mempersoal agenda tahaluf siasiy PAS bersama DAP dan PKR telah menjadi tugasan tetap pihak tertentu tatkala mereka kehabisan modal. PAS dikatakan bersekongkol dengan Cina dengan dengan menggariskan istilah 'bersekongkol' untuk menampilkan konotasi negatif (kolaboratif ke arah negatif). Malah lebih lucu apabila si pelontar isu itu sendiri sedang menyokong UMNO yang juga bersama bersepakat dalam politik bersama kaum Cina bernama MCA. Jentera penerangan parti kelihatan banyak menumpukan tenaga untuk menjelaskan dan menjawab isu ini di akar umbi. Walau bagaimanapun lontaran isu mudah sebegini banyak menjerat kaum Melayu pertengahan dan kaum veteran yang masih tidak faham sejarah asal politik plural kaum dan etnik yang telah lama diamalkan oleh ahli politik dan pejuang kebenaran sejak pra merdeka lagi.

Dahulu UMNO yang kini terpaksa bergantung erat dengan politik kaum Cina dan India untuk memerintah negara ini turut menolak pandangan Dato' Onn Jaafar untuk menerima konsep plural kaum dalam persepakatan politik. (Istilah plural di sini bermakna jamak, bersepakat secara kolektif) Akibatnya, antara sebab Dato' Onn keluar dari UMNO adalah disebabkan penolakan idea 'mega' ini. Keputusannya kita melihat IMP (Independent Malaya Party) serta Parti Negara ditubuhkan untuk merealisasikan politik baharu ini.

UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman hanya menerima kerjasama antara kaum selepas berlakunya beberapa plot politik dalam usaha memerdekakan negara ini.

PAS sendiri telah menerima persepakatan politik plural kaum dan plural ideologi politik apabila berjuang bersama Parti Negara (PN) bagi menentang Perikatan pada 1959. Pilihanraya Umum 1959 menyaksikan Dato Onn kembali ke persada politik nasional apabila memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu Selatan hasil kompromi PN – PAS. PN juga memenangi 4 kerusi DUN Terengganu walaupun kemudiannya 3 ADUN PN dibeli UMNO yang mengakibatkan keruntuhan kerajaan Terengganu.

Jika UMNO mengajar rakyat bahawa fakta ini belum cukup kuat bagi menyaksikan bahawa amalan bergabung antara pelbagai parti adalah amalan biasa, sila lihat sorotan sejarah lebih awal lagi.

Menurut tulisan Ishak Saat (USM), percaturan politik pelbagai kaum yang pertama di Tanah Melayu adalah antara PUTERA-AMCJA pada tahun 1947. Perkara ini cukup menggambarkan suatu kerjasama erat antara kaum. PUTERA telah mengadakan Persidangan Gerakan Kiri di ibu pejabat PKMM di Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1947. Dalam gabungan tersebut majoriti pertubuhan yang menganggotai PUTERA datangnya dari negeri Perak ataupun berpusat di negeri Perak, seperti PKMM, API, AWAS dan Hizbul Muslimin. (Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies, Vol. 37 (2010): 68 – 85)

Melalui persidangan ini, kesepakatan antara mereka telah melahirkan PUTERA. Gabungan ini dilahirkan untuk memperkasakan pergerakan kiri di Tanah Melayu. Perlu diingatkan kepada UMNO, bahawa PUTERA turut disertai oleh PKMM yang mana antara pemimpinnya adalah juga pemimpin PAS kemudiannya. Malah dalam PUTERA wujud pimpinan Hizbul Muslimin yang kemudiannya menjadi pejuang kepada penubuhan PAS.

Memandangkan waktu itu pergerakan politik Cina turut menentang penjajah British maka PUTERA berpendapat perlulah mewujudkan kerjasama politik dalam kalangan mereka. All-Malayan Council of Joint Action (AMCJA) merupakan gabungan pergerakan Cina berhaluan kiri. Ini jelas menunjukkan golongan Ulama', nasionalis agamawan negara ini telah lama menerima konsep persepakatan politik antara agama, antara ideologi atas alasan SAMA matlamat SAMA tujuan tertentu. Jelas, Hizbul Muslimin dan PKMM tidak pernah menggadai perkara asas walaupun pernah bersepakat dengan golongan sosialis mahupun komunis.

Pandangan dan langkah tersebut membuktikan bahawa kerjasama politik pelbagai kaum telah dimulai oleh golongan kiri dalam persada politik Tanah Melayu. Caturan politik PUTERA-AMCJA berjaya menyedarkan pihak penjajah, bahawa rakyat pelbagai kaum boleh bersatu untuk terus maju ke hadapan.

Gagasan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh penjajah British ditentang oleh PUTERA-AMCJA. Lantaran itu, mereka telah melahirkan sebuah perlembagaan yang diberi nama Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947. Perlembagaan ini jauh lebih maju ke hadapan berbanding apa yang dilakukan oleh Suruhanjaya Reid yang memasukkan jarum penjajah ke dalam kosmo adat dan politik Tanah Melayu.

British meninjau bahawa kesepaduan antara kaum di Malaya hanya akan mengundang bala kepada agenda neo-koloni yang ingin mereka terapkan. Mereka ingin kaum di Malaya hanya bersatu dalam hal tertentu yang menguntungkan penjajah tetapi kekal komunal yang menjadi aspek pencegahan kepada penolakan sistem pemerintahan warisan British. Maka diberi restu untuk kaum-kaum di Malaysia menubuhkan parti perkauman yang berpisah-pisah. Akta Pertubuhan tahun 1920 yang dikuatkuasakan di Tanah Melayu dijadikan senjata British. Akta ini bertujuan memastikan semua pertubuhan mestilah didaftarkan. Dengan berbuat demikian, ia akan memudahkan penjajah mengawasi pergerakan, perancangan dan matlamat pertubuhan-pertubuhan tersebut.

Kemudian pada 15 April 1947, akta ini dipinda lagi dan seterusnya dikuatkuasakan bagi memperketat dan mengawasi perjalanan pertubuhan-pertubuhan yang bersifat penentang. Namun kebanyakan pertubuhan yang berpegang kepada konsep perjuangan anti British mengambil sikap tidak mematuhi akta tersebut sehingga kekal ideologi kiri menerbitkan parti istiqamah seperti PAS.

Lantaran itu, J.D. Dalley, Ketua Perisik, Malayan Security Service di Tanah Melayu telah menyenarai dan melabelkan gerakan seperti PETANI, API, PKMM, AWAS, PNI, PETA, Hizbul Muslimin, Barisan Tani SeMalaya, Gabungan Melayu Patani Raya(GEMPAR/GMPR) dan Malayan Demokratic Union(MDU) sebagai radikal dan amat berbahaya kepada British di Tanah Melayu.

Jadi , apa yag perlu kita hairankan jika PAS bersama DAP dan PKR? Mengapa perlu dipertikai PAS pernah berpisah dengan DAP kemudian kembali bersama DAP? Ia hanya adat dalam berpolitik dan tebukti pernah menjadi amalan pejuang awal pra kemerdekaan. Selagi mana persefahaman boleh dicapai atas nama menolak kezaliman, persefahaman itu adalah absah dan ia relevan untuk diamalkan di Malaysia. Komposisi kaum dan atas perkongsian nilai sejagat yang sama menghendaki semua blok politik negara ini memilih jalan persefahaman antara kaum dan ideologi untuk menjatuhkan pihak satu sama lain.

Jika ingin tahu apa pula nilai sepunya kemanusiaan antara PAS dengan Parti Negara suatu ketika dahulu yang mengakibatkan persefahaman politik berjaya dilakukan, kita perlu tahu apa yang Dato' Onn perjuangkan bersama PAS pada 1959. Dato' Onn pernah memberi pandangan, para Senator mestilah dilantik daripada kepelbagaian latar belakang politik supaya keputusan di peringkat Dewan Negara akan lebih adil.

Dato Onn juga menentang keras beberapa fasal di dalam Internal Security Bill 1960 (ISA) kerana wujudnya beberapa fasal yang mengekang kebebasan bersuara. Beliau berhujah bagaimana fasal-fasal tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sikap UMNO mempertikai hubungan PAS dengan DAP sama sahaja dengan sikap segelintir ahli UMNO yang pesimis terhadap idea persefahaman antara kaum Dato' Onn pada 1951 dahulu yang akhirnya melihat UMNO sendiri terpaksa menerima cadangan seumpama Dato' Onn semata-mata untuk kekal dalam persada politik Tanah Melayu.

Muhamad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

i n t a n h i j a u

Posted: 30 Jun 2011 07:06 AM PDT

i n t a n h i j a u


PAS TETAP SERTAI HIMPUNAN BERSIH 2.0 - TIMBALAN PRESIDEN PAS

Posted: 30 Jun 2011 05:39 AM PDT


Mat Sabu: PAS tetap sertai perhimpunan 9 Julai

Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu.

Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang.

"Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.

"Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.

Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.

"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.

Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu.

Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.

"Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku)," katanya.

Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman.

"Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu," katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 30 Jun 2011 03:06 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Layan lagu BERSIH

Posted: 29 Jun 2011 11:36 PM PDT

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

Posted: 29 Jun 2011 11:25 PM PDT

Pelekat Bersih palsu untuk kelirukan rakyat

Posted: 29 Jun 2011 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS mendakwa terdapat usaha pihak tertentu mengelirukan rakyat dengan mengedarkan pelekat kenderaan palsu berlogo Bersih dan berwarna kuning.
Namun pelekat berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan apabila tertera ayat "Bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang!" dan Buktikan kita mampu seperti Libya!".
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kilang di Johor yang mencetak pelekat berkenaan dalam kuantiti yang banyak diercayai turut dicetak di seluruh negara.
"Ini satu perancangan rapi dan teliti yang tujuannya untuk sabotaj program Bersih 9 julai ini dan ini merupakan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan dan suasana yang tegang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Justeru beliau berkata PAS akan berbincang dengan peguam mereka untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini.
"Mungkin esok melalui peguam kami akan membuat laporan kepada polis dan saya yakin ini bukan kerja seketariat Bersih 2.0  walaupun latar belakang pelekat ini kuning," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sementara itu, seorang lagi naib presiden, Datuk Mahfuz Omar menegaskan himpunan 9 Julai ini bukan untuk menurunkan kerajaan sepeerti yang berlaku di Mesir sebaliknya hanyalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
"Himpunan ini bukan untuk turunkan kerajaan tapi nak tuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Kita anak jantan nak turunkan BN melalui peti undi. Tak ada dalam tuntutan Bersih pun nak turunkan kerajaan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berpandangan, tindakan mengelirukan rakyat ini hanyalah untuk mewujudkan satu alasan agar kerajaan menghalang ianya daripada berlaku.
"Mereka mahu pihak berkuasa menggunakan ini sebagai hujah bahawa himpunan ini lebih daripada satu himpunan aman dan mahu mengaitkan himpunan ini dengan himpunan di negara lain," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mencabar Pemuda Umno untuk memastikan perhimpunan mereka berlangsung aman.
"PAS cabar pemuda Umno dan khairy untuk memastikan himpunan mereka juga aman kerana kita menuntut pilihan raya yang bersih. Kita mahu pilihan raya di atas padang yang sama rata.
"Siapa menang, siap kalah, biarkan rakyat yang membuat pilihan," katanya.

Fomca-kesal-kenyataan-penasihatnya

Posted: 29 Jun 2011 07:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca)
kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihatnya, Chua Kim Tee mengenai himpunan
aman Bersih 2.0.
Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Chua Kim Tee kerana ia bukanlah
kenyataan rasmi Fomca, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman (gambar)
menegaskan, Fomca adalah sebuah badan yang berpegang teguh
kepada prinsip Perlembagaan Negara, tetapi kenyataan Chua ternyata telah menimbulkan imej negatif kepada pertubuhan itu.

Menurut beliau, sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, kenyataan Chua pasti tidak dipersetujui oleh Fomca kerana Fomca
sendiri adalah badan yang berkecuali dengan sebarang pertubuhan politik.
Katanya, Fomca seperti yang diketahui umum adalah badan yang hanya
mempunyai kepentingan dengan isu-isu pengguna sahaja dan tanpa
memihak kepada sebarang parti-parti politik.
"Namun kenyataan Chua Kim Tee telah menyebabkan orang ramai keliru dengan Fomca yang
seolah-oleh seperti Fomca telah memihak kepada parti tertentu, pada hal ia hanyalah kenyataan
peribadinya sahaja.
"Sesuai dengan kedudukan Fomca sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan,
Fomca menyokong penuh kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru
yang menggesa kerajaan membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Himpunan
 Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.   
Semalam, Malaysiakini atas tajuk 'Fomca Mahu Bersih 2.0 Disekat' melaporkan, Gabungan
Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), tidak rela perhimpunan Bersih 2.0
diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga.

Penasihat Fomca, Chua Kim Tee berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain
boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga, orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa
hidup di dalam kebimbangan.
Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan
Bersih yang dirancang pada 9 Julai depan.

Menurut Chua, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuasan
hati mereka, termasuk di dalam Parlimen.
Menurut Mohd Yusof, oleh itu, orang ramai diharap tidak tersalah anggap dengan Fomca berhubung
dengan kenyataan Chua yang disiarkan oleh Malaysiakini itu kerana ia tidak sekali-kali membayangkan
pendirian rasmi Fomca.

"Sejak dulu, Fomca sudah dilihat oleh orang ramai sebagai badan yang hanya mempunyai
kepentingan dengan isu-su pengguna sahaja, tetapi tidak dalam politik.

"Jika dalam politik, kenyataan yang disokong oleh Fomca hanyalah yang dikeluarkan oleh
Suhakam sahaja kerana itulah kenyataan yang selaras dengan pendirian Fomca sejak ditubuhkan
dulu yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan.

"Sokongan Fomca ke atas kenyataan Suhakam itu kerana perhimpunan yang akan diadakan
oleh Bersih pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan aman.

"Jika perhimpunan aman, ia tidak patut disekat oleh kerajaan kerana ia selaras dengan peruntukan
yang terdapat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan orang ramai
mengadakan sebarang perhimpunan aman tanpa senjata bagi menyuarakan pandangan, pendapat
untuk kebaikan negara," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan