ahmadmaslan.blogspot.com Posted: 22 Jun 2011 09:17 PM PDT |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 22 Jun 2011 03:40 PM PDT URGENT - CONTACT US IMMEDIATELY Posted: 21 Jun 2011 09:20 PM PDT | Maybank2u | | Dear Valued Customer, We regret to inform you that your account was disabled due to a recent security check on Maybank2u on Thursday, 23 June, 2011. We require you to confirm your details now. Note: Inactive accounts will be disabled after 3 hours of notice for security reasons. Confirm: $----- http://maintenance.maybank2u.com.my/$$$$$$$ Thank you, $Maybank Berhad$ | | | |
umno bahagian cheras Posted: 22 Jun 2011 01:45 PM PDT Video seks : Trio ‘Datuk T’ didakwa 24 Jun Posted: 22 Jun 2011 12:19 AM PDT TRIO 'Datuk T' yang menggemparkan negara apabila mendedahkan rakaman video seks membabitkan seorang pemimpin pembangkang akan dididakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta, 24 Jun ini (Jumaat). Tiga datuk itu ialah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim yang mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu. "Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011, " menurut sumber yang dipetik daripada beberapa portal berita hari ini.
Ketiga-tiga 'Datuk T' kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.
Eskay sebelum itu menegaskan pelaku dalam video tersebut adalah mirip Anwar.
Eskay juga telah melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video seks.
Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.
| Bukit Aman panggil penganjur perhimpunan 9 Julai Posted: 21 Jun 2011 11:31 PM PDT BUKIT Aman hari ini memanggil tiga kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini. Kumpulan terbabit dipanggil keerana mereka dikatakan tetap akan meneruskan perhimpunan tersebut walaupun awal-awal lagi polis sudah menegaskan permit tidak akan dikeluarkan. Kumpulan terbabit ialah Bersih 2.0, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu demikian dalam sidang media di Parlimen hari ini. Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenainya. | |
www.pemuda-enggang.org Posted: 22 Jun 2011 11:03 AM PDT Jenis barang dan jumlah subsidi tahun 2010 Posted: 22 Jun 2011 02:56 AM PDT Jenis Barang dan Jumlah Subsidi Yang di Tanggung oleh Kerajaan pada tahun 2010. Gula (789 juta), Tepung Gandum (89 juta), Minyak Masak (813 juta), Beras ST15 (486 juta), Petrol RON 95 (3.13 Billion), Diesel (3.59 Billion), LPG (1.43 Billion) Jumlah … Continue reading → | |
Apo Kono Eh Jang! Posted: 22 Jun 2011 07:09 AM PDT BERSIH 2.0 : Usaha Pakatan melingkupkan ketenteraman negara! Posted: 22 Jun 2011 04:59 AM PDT Perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang dirancang pada 9 Julai ini sebenarnya adalah usaha puak-puak pembangkang untuk menimbulkan kekacauan dalam negara. Ia juga memperlihatkan sikap pembangkang yang suka kepada huru-hara untuk menunjukkan kerajaan Malaysia tak cekap memerintah negara. Pakatan pembangkang kini sedang melakukan usaha untuk menutup kelemahan mereka yang gagal mentadbir negeri-negeri yang telah mereka kuasai dengan baik. Mereka juga cuba menggugat ketenteraman negara setelah sokongan rakyat terutamanya daripada orang Melayu terhadap Pakatan tersebut semakin berkurangan.
Sebab itulah mereka berusaha untuk melakukan apa saja supaya rakyat berada didalam keadaan tidak selamat dan merasa kurang yakin dengan kemampuan kerajaan mengekalkan keamanan dalam negara.
Juak-juak Pakatan ini sengaja menimbulkan apa jua isu untuk membangkitkan rangkaian kekecohan di seluruh negara untuk mempengaruhi rakyat bangkit menentang kerajaan sedia ada.
Mereka mempengaruhi dan memanipulasi rakyat supaya bangkit membuat tunjuk perasaan untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Barisan Nasional pimpinan DS Najib tak disukai dan ditolak leh rakyat. Inilah maksud utama mereka dengan mengadakan tunjuk perasaan BERSIH pada 9 Julai nanti.
Pelbagai pihak hanya mampu mendesak supaya perhimpunan haram mereka pada 9 Julai ini dihentikan, tetapi kuasa sebenar untuk menghalang usaha khianat mensabotaj keamanan negara ini terletak di tangan Kementerian Dalam Negeri. Kalau Menteri di KDN langsung tak berani untuk bertindak, tunjuk perasaan oleh pembangkang ini pasti akan mengakibatkan perkara yang amat buruk pada imej dan juga rakyat negara.
Penganjur-penganjur tunjuk perasaan BERSIH ini akan tetap meneruskan agenda mereka kononnya ia adalah hak setiap rakyat negara ini. Tapi harus diingat bahawa tunjuk perasaan BERSIH bukan sekadar perhimpunan untuk mempersoalkan perjalanan pilihan raya tetapi ia adalah sebagai pentas untuk membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Apakah pihak KDN masih belum nampak tujuan sebenar BERSIH ini dianjurkan? Jangan tunggu sehingga kerosakan berlaku baru hendak mengambil tindakan. Seharusnya pencegahan dilakukan dari awal untuk menjamin keamanan dan ketenteraman rakyat negara terjaga.
Jangan biarkan kebencian rakyat mencapai ke tahap yang tinggi dan menolak kerajaan akibat dari provokasi yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Pakatan melalui pimpinan Anwar sedang menagih simpati rakyat untuk merealisasikan angan-angan besar mereka bagi mentadbir negara ini.
Mereka juga sengaja menarik perhatian semua pihak terutamanya media dalam negara dan juga media luar bagi mendapatkan populariti. Tumpuan khas dari media kepada mereka pasti akan menunjukkan mereka itu sebagai pejuang demokrasi yang sebenar. Ini secara tak langsung menunjukkan yang kerajaan DS Najib sekarang adalah sebuah kerajaan yang tak telus.
Tunjuk perasaan ini juga sebenarnya dianjurkan bagi menutup isu moral yang dihadapi oleh Ketua Umum Pakatan. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Anwar bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu liwat dan video seksnya selain dari menimbulkan huru hara dalam negara.
Selain itu, PAS juga mampu mengalihkan kecaman masyarakat melayu mengenai perubahan dasar dari negara Islam ke negara berkebajikan mereka. DAP juga mendapat manfaat dari tindakan menghuru harakan negara ini apabila ia akan menenggelamkan perilaku komunis mereka di P.Pinang dan juga negeri-negeri yang mereka kuasai.
Jadi, tiada cara lain untuk menyelamatkan keamanan negara melainkan pihak-pihak yang bertanggung jawab seperti KDN dibawah kendalian Menteri Hishamuddin mengambil langkah tegas. Tunjuk perasaan BERSIH ini memang patut digagalkan bagi mengelakkan kerosakan besar berlaku didalam negara.
Apakah Hishamuddin mahu negara ini hancur disebabkan sikap tak bertanggung jawab KDN?
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan