Khamis, 23 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 22 Jun 2011 01:56 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Seminar Kepimpinan PAS Merbok

Posted: 21 Jun 2011 11:41 PM PDT

Majlis Perasmian Penutupan Kem Belia Sejahtera 2011

Posted: 21 Jun 2011 11:24 PM PDT

PADANG TERAP, 21 Jun - Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk program Kem Belia Sejahtera di Sungai Petani bagi melatih belia-belia berusia antara 18 hingga 26 tahun dalam pelbagai sudut kehidupan bagi menghadapi cabaran gejala sosial.
http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/kem1.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan YB Dato' Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata demikian ketika mewakili YAB Menteri Besar Kedah pada Majlis Perasmian Penutupan Kem Belia Sejahtera 2011.

"Kami dari bidang perubatan sangat tersentuh dengan gejala sosial kerana bidang  perubatan yang kami ceburi dipertanggungjawabkan untuk melakukan pengesahan  kecederaan dan kematian secara terperinci.

"Dengan melihat keadaan, kami sudah kenal pesakit yang dibawa itu sama ada jenazah, dadah, gila atau mangsa rogol. Kalau orang lain boleh cakap berdasar fakta tetapi doktor menghayati, merasai pilu dan  kepedihan untuk memberi laporan dan seterusnya apabila dipanggil menjadi saksi di mahkamah," katanya.

http://wartakedah.net/images/stories/Jun2011/kem.jpgBerikutan itu dengan wujudnya kem ini beliau mengharapkan kerjasama serta sokongan daripada para peserta dan ibu bapa untuk hadapi gejala sosial yang melanda rakyat Kedah terutama yang beragama Islam.

"Kita ada cadangan perluaskan peserta kepada bukan Islam kerana modul yang diperkenalkan dalam program ini meliputi semua aspek kehidupan pembinaan generasi yang berkualiti dan tahan diuji," katanya pada majlis itu di lokasi sementara di Dusun Minda Resort.

Katanya, walaupun Kerajaan Negeri menghadapi kekangan kewangan tetapi bagi pihak YAB Menteri Besar beliau sedaya upaya melaksanakan yang terbaik untuk rakyat semua lapisan usia termasuklah para belia ini.

Untuk mencegah kemungkaran sebagai orang Islam kita berbalik kepada ajaran agama kita dan kurikulum yang diajar di dalam kem ini adalah pembinaan ilmu yang berasaskan kepada ajaran Islam.

Menurutnya lagi, modul yang diperkenalkan ialah kemahiran hidup supaya para beliau ada daya kreatif pergerakan minda secara ekfektif.

Seramai 118 remaja termasuklah 38 belia mengikuti latihan Kem Belia Sejahtera yang julung kali diadakan selama sebelas hari. Turut hadir pada majlis itu Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ismail Salleh, Komandan Kem Jabatan Latihan Khidmat Negara Kem Dusun Minda Resort, para ibu bapa dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan semua daerah dalam Kedah

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 22 Jun 2011 01:31 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


2 Julai pra himpunan aman Bersih 2.0

Posted: 22 Jun 2011 02:08 AM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 22 Jun 2011 01:04 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


PERHIMPUNAN BERSIH - NASIHAT IKHLAS BUAT RAJA KATAK BERAHIM

Posted: 22 Jun 2011 09:40 AM PDT





SEMPENA perhimpunan Bersih pada 09 Julai ini nanti, aku nak nasihatkan kepada raja katak Berahim Perkosa tu agar tarik balik hasrat beliau untuk mengetuai perhimpunan bersama kumpulan Bersih itu nanti. Hanya beliau seorang saja aku mahu nasihat agar tarik balik keinginannya untuk menjadi hero atau pejuang `perang salib' yang pernah diimpikannya itu.

Kepada katak-katak bawahan Perkosa yang lain tu aku alu-alukan lah bersama kita meraikan hari sebenar demokrasi terpimpin di bawah kerajaan Umporno. Kita sebenarnya bimbang akan keselamatan raja katak Berahim, bukan masalah berlaku pergaduhan kerana kita hadir bukan untuk bergaduh tetapi kita khuatir atas tahap kesihatan beliau sejak kebelakangan ini.

Kita semua maklum, raja katak Berahim baru saja ditahan beberapa hari di hospital akibat sakit jantung beliau kalau tak salah dan aku rasa beliau pun ada penyakit semput. Setiap kali beliau berucap, jelas macam orang semput walaupun cuba untuk menunjuk hebat dan bersemangat tetapi maklumlah orang semput, tarik nafas pun orang dah tahu. Itu yang kita bimbang sangat.

Hampir pasti, pada 09 Jul nanti segerombolan kaki pancut (water canon) beserta dengan bermacam jenis gas akan menyambut perayaan demokrasi terpimpin itu nanti. Ini amat bahaya buat yang sakit jantung atau semput. Jadi, molek benarlah raja katak ini tidak payah menyiksakan diri, baik balik kampung dan duduk diam-diam bawah tempurung. Kalau terjadi apa-apa nanti, sesak nafas atau apa pun, belum tentu dapat gelaran `Syahid'.

Jangan nanti seperti kata pepatah `mati katak' akibat kelakuan bodoh sendiri. Malang buat apa nak dicari apatah lagi mahu mencipta malang. Kumpulan Bersih sudah biasa dengan permainan pancutan air dan gas ini, cuma kita bimbang jika raja katak Berahim belum sebati lagi dengan air kimia tersebut. Nasihat aku, eloklah raja katak Berahim balik ke Pasir Mas dan bina `kubur' sendiri kerana dengar ceritanya di dalam PRU akan datang seekor katak akan dimakamkan di situ.

Cina,India,Berdiri Aman Belakang Pemuda PAS,Kita Jauhi Ancaman Perkauman PERKASA

Posted: 22 Jun 2011 09:38 AM PDT



"Perhatikan betul betul laungan seekor binatang katak. Lihatlah wajah sebenar UMNO. Ada pula si bodoh beralasan PERKASA tidak mewakili suara UMNO. Kalau tidak mewakili suara UMNO siapa pula yang melindungi binatang Katak ini dari ditangkap? Tidakkah jelas itu semua adalah hasutan ke arah mengancam sesuatu kaum? UMNO memang hipokrit dan retorik. Dulu, kini dan selamanya menipu..
Nama 'UMNO' itu sendiripun sudah sememangnya hipokrit. Menggunakan kalimah Inggeris dalam nama parti, tetapi pada masa yang sama melaungkan perjuangkan melayu. Hipokrittttt. Ptuihhhh. United Malay National Organisation, adakah anda terasa kemelayuannya bila menyebut tu? Kalau anda terasa melayu, anda memang bangang. Sama bangangnya dengan ahli UMNO.

Aku nak tanya semua ahli UMNO benarkah anda perjuangkan Melayu? Aku nak tanya mamak madey yang mengaku melayu ni, adakah betul perjuangkan melayu? Kalau betul perjuangkan melayu, perjuangkan dulu nama UMNO tu biar jadi nama melayu 
UMNO sepatutnya menggunakan nama pertubuhan melayu kebangsaan bersatu atau ringkasnya pemekeber atau permelkebber atau pemkebab atau pmkb atau boleh juga melayulembab.
Kata kata binatang katak ni sudah banyak yang memalukan melayu itu sendiri. Sudah banyak kata katanya jelas mengancam keselamatan. Tetapi hingga ke hari ini dia masih bebas melaungkan kata katanya. Tidak ada satu jaripun yang bisa menjentiknya apatah lagi hendak menangkapnya. Nak harap ketua polis yang baru nak tangkap dia? Baru nak jalankan tugas sikit dah pengsan. Letih broooo..jadi ketua polis ni,hang ingat tak letih ka? 
Semalam keluar lagi binatang katak. Bila sudah nampak bahawa ramai yang tidak suka dengan kata katanya, dia mula pusing cerita. Dari binatang katak cuba menjadi binatang ular pula. 
Kenapa ramai sangat yang melatah bila BERSIH ingin diadakan? BERSIH bukan pilihan pertama kepada rakyat malaysia yang berbilang kaum. Ia adalah satu wadah untuk melahirkan tuntutan. Melahirkan tuntutan di jalanan adalah langkah hampir terakhir. Ini kerana beribu ribu tuntutan secara formal dan berhemah dibangkulsampahkan oleh badan yang sepatutnya berkecuali.
Pengerusi SPR cuba kononnya memberi tawaran damai asalkan BERSIH dibatalkan. Ptuihhh..wakil rakyat tak pergi dewan pun kau takk boleh nak hukum kau cakap nak berbincang ye....memang jenis suka menyalaklah kau ni. Pantang disuruh oleh tuan kau asyik nak mengigit ye. Bagus bagus..tunggulah satu masa nanti.Aku tengok muka diapun, aku rasa malu kalau la dia sedara mara aku.
Tv dan media pencacai tiap tiap hari duk main isu ni. Kononnya tak payah buat. Malaysia sudah adil. Demokrasi. Bebas. Habis kalau dah memang demokrasi kenapa tak boleh pulak demonstrasi? Dengan demokrasi mana yang tak boleh berhimpun ni? Cuba bagitau kat aku satu contoh nama negara demokrasi yang tak bagi berhimpun? Demokrasi kepala bapak kau?
Sedarlah sikit, dunia sekarang sudah melepasi sempadan perkauman. Malaysia sepatutnya sudah lama menuju ke arah itu. Cina, India, Melayu dan lainnya sepatutnya hidup dalam keadaan berkasih sayang dan aman damai.
Zaman mengancam sesuatu kaum yang lain telah lama berlalu. Itu hanya ada pada zaman 13 mei. Masa tu lain,masa tu ketika UMNO memerintah negara..opss sekarangpun UMNO perintah ye. Patutlah masih ada ugutan kaum. 
OK takpa tunggu PRU13 nanti. Kita bersatu jatuhkan mereka

Murtad: Silap daftar antara punca kekeliruan..pulak dah..berbelit2 la Jamil...!!

Posted: 22 Jun 2011 09:34 AM PDT



NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan, kesilapan mendaftarkan status agama oleh Pejabat Pendaftaran antara punca berlakunya kekeliruan dalam isu murtad.

Katanya, terdapat kes di mana terdapat golongan bukan Islam yang mempunyai nama Melayu-Islam membuat permohonan menukar agamanya di Mahkamah Syariah.

"Nama macam Islam-Melayu, macam nama Muhammad. Tetapi bila pergi daftar, Pejabat Pendaftaran terus masukkan agama Islam, sedangkan dia nama Islam tetapi dia bukan (Islam).

"Jadi, (kes) ini dibenarkan mahkamah supaya dibetulkan balik agama dia. Itu antara berapa contoh yang berlaku kekeliruan. Jadi tak timbul (isu) mahkamah meluluskan (murtad)" katanya.


Menurut Jamil Khir (kanan), kes sebegitu biasanya berlaku di Sabah dan Sarawak.

Jamil Khir diminta menjelaskan jawapannya di parlimen pada 14 Jun lalu bahawa dalam tempoh sepuluh tahun antara 2000 hingga 2010, sebanyak 863 permohonan menukar agama oleh orang Islam dibuat dan sebanyak 168 diluluskan.

(Berdasarkan statistik mengikut negeri, jumlah itu didapati mempunyai kesilapan kiraan. Jumlah sebenar yang memohon sebanyak 686 orang dan 135 diluluskan.)

Jumlah murtad kosong
Bercakap dalam sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini, Jamil Khir juga menjelaskan, jawapanya sebenarnya merujuk kepada golongan yang tidak sah keislamannya.

siti fatimah tan abdullah tan ean huangSelain kesilapan pendaftaran, Jamil Khir juga berkata, terdapat kes lain seperti seorang tukang masak Siti Fatimah Tan Abdullah @ Tan Ean Huang (kanan) yang dibenarkan menukar status agamanya kepada Buddha.

Ketika membacakan keputusannya pada 8 Mei 2008, Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang Othman Ibrahim menjelaskan responden (Siti Fatimah) tidak dianggap sebagai Islam dan tidak boleh dianggap murtad kerana proses pengislamannya tidak sah.

Ditanya apakah sebenarnya maksud "lulus" yang dinyatakan dalam jawapan bertulisnya di parlimen, Jamil Khir berkata: 

"Maksud lulus (itu) bukan lulus murtad. Kamu pergi daftar di mahkamah bawah nama (kes) murtad, tetapi dia tak timbul soal murtad sebab Islam dia sendiri tak sah. Daftar saja nama di situ begitu."

Sehubungan itu, menjawab soalan, Jamil Khir menjelaskan dalam tempoh itu, jumlah sebenar yang murtad adalah kosong.

Kementerian Shahrizat mohon RM459j untuk p’raya?

Posted: 22 Jun 2011 09:32 AM PDT


KUALA LUMPUR, : Wanita Pakatan Rakyat mendakwa bajet tambahan sebanyak RM459 juta yang dipohon Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah untuk menghadapi pilihan raya.
Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) berkata, permohonan itu tidak relevan kerana laporan bidang keberhasilan utama negara (NKRA) menyatakan bahawa berlaku pengurangan sebanyak 118 keluarga yang menerima bantuan kebajikan.
"Kalau pengurangan penerima bantuan sampai 118 ribu keluarga maknanya peruntukan untuk kebajikan sepatutnya makin kurang.
"Tapi yang anehnya kementerian meminta bajet hampir RM500 juta katanya untuk sumbangan warga miskin.

"Ini nampak terang bajet Umno untuk menghadapi pilihan raya dan saya yakin ini adalah program yang akan dibuat oleh wanita Umno untuk turun kepada rakyat," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Zuraida Kamaruddin meminta menteri berkenaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengkaji semula jumlah dan pengagihan peruntukan tersebut kerana ianya hanya akan memfokuskan kepada pembangunan sosio ekonomi secara "one-off" atau lebih spesifik, perancangan jangka pendek semata-mata.
"Peruntukan belanjawan tambahan sebanyak RM459 juta yang dimohon turut menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus dari jumlah peruntukan asal belanjawan 2011, sekaligus membawa kepada jumlah hampir RM1 billion peruntukan keseluruhan buat lima kategori perbelanjaan "one-off" ini bagi tahun 2011.
"Ianya satu jumlah yang tidak relevan apatah lagi hanya untuk kegunaan bagi tempoh lima bulan sahaja, iaitu Ogos hingga Disember 2011. Ini bermakna kos perbelanjaan sebulan mencecah hampir RM92 juta," katanya yang juga ketua wanita PKR.
Tambahnya juga, menurut analisis Dr Siti Mariah (PAS-Kota Raja) setiap 222 kawasan Parlimen akan mendapat agihan sebanyak RM2.07 juta, untuk diagihkan kepada 10,350 orang golongan miskin, OKU dan warga emas yang tertindas adalah amat serius di Malaysia.
Katanya, Sharizat seharusnya sedar bahawa RM459 juta ini melibatkan dana awam, maka suatu sistem kewangan yang tersusun dan terancang perlu dilaksanakan, dan tidak berterusan melaksanakan program-program di saat-saat akhir.

Bersih 2.0: Pemuda PAS wilayah sasar 60,000 anak muda

Posted: 22 Jun 2011 09:31 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (DPPWP)  mensasarkan sekurang-kurangnya 60,000 untuk menghadiri perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini.
Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, hasil tinjuan dan promosi yang diadakan, sokongan dan minat masyarakat khususnya golongan muda amat menggalakkan.
"DPPWP menetapkan sasaran seramai 60,000 anak-anak muda Kuala Lumpur akan menyertai himpunan kali ini.
"Bahkan, DPPWP masih mendapat respon positif dari ramai orang yang ingin menyertainya termasuk mereka yang akan datang dengan berkeluarga," ujarnya  dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, terdapat juga  golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas yang turut menunjukkan minat untuk hadir bersama-sama menjayakan perhimpunan itu.

Sementara itu di Kelantan pula, Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.
Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, setiap kawasan di Kelantan dijangka menghantar 1,000 peserta pada perhimpunan tersebut.
"Ini bermakna Pemuda PAS Kelantan menyumbang seramai 14,000 peserta bagi mencapai matlamat menghimpunkan ratusan ribu rakyat pada perhimpunan aman tersebut," katanya seperti dilapor Harahkahdaily.

Transparency International sokong BERSIH 2.0

Posted: 22 Jun 2011 09:30 AM PDT



KUALA LUMPUR : Badan Bukan Kerajaan (NGO) Transparency International Malaysia (TI-M) hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap agenda himpunan BERSIH 2.0 untuk mendesak pilihan raya bersih, bebas dan adil di Negara ini.

Presidennya Datuk Paul Low berkata, masyarakat umum tanpa mengira ideologi politik harus menyokong apa yang diperjuangkan BERSIH 2.0 kerana apa jua keputusan pilihan raya sepatutnya menyerlahkan kehendak masyarakat.

"Perjuangan menentang korupsi di mana- mana negara bermula dari atas arena politik. Bermula dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil di mana integriti proses pilihan raya dijaga rapi," tegas Paul dalam kenyataan medianya hari ini.
BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan raksaksa 9 Julai depan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini gagal melakukan reformasi di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO BN.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah, agar SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

BERSIH 2.0 yang mendapat sokongan Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menggerakan himpunan aman bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan rakyat besar- besaran pada kali pertama yang diadakan pada November 2007.

TI-M sebagai badan yang memperjuangkan ketelusan mengulai pendirian mereka agar agensi kerajaan bertindak tegas terhadap segala dakwaan korupsi termasuk pembelian undi serta cara berkempen sewaktu pilihan raya yang dikelolai oleh SPR.

Malah SPR sepatutnya menetapkan undang- undang pelaksanaan pembiayaan pilihan raya dan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mencegah sebarang salah laku.

Paul Low juga berkata, TI-M telah mengajukan 22 cadangan untuk penambahbaikan politik termasuk pilihan raya kepada Perdana Menteri pada 5 Mei 2011 lalu.

"TI-M sejak 2009 telah mengadakan kajian, khidmat konsultasi, bengkel untuk penambahbaikan pembiayaan politik negara ini. SPR dan parti-parti politik turut mengambil bahagian dalam kajian dan konsultasi," jelasnya.

Kepintaran Mat Sabu berbanding sarjana Umno

Posted: 22 Jun 2011 08:41 AM PDT


            MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.
           Tetapi kepintarannya berhujah tentang isu demonstrasi Bersih 2.0 pada 09 Julai nanti jauh lebih hebat dari alasan bodoh pemimpin Pemuda UMNO dan sekutu NGOnya yang membuat aduan polis tentang mengapa ia patut dihalang.

Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang satu sekolah dengan Mat Sabu di ITM dulu selalunya pintar tetapi dalam perkara ini lebih buntu otaknya dari Hosni Mubarak.

Mereka takut pelancong tidak datang sehari ke Kuala Lumpur akan menyebabkan penjaja kerugian dan pengusaha teksi tidak dapat membawa penumpang. Ekonomi negara akan terjejas.


Siapa kata pelancong tidak datang ke Kuala Lumpur?

Beratus ribu orang yang datang dari seluruh negara bagi menyertai perarakan itu pelanconglah. Pelancong itu bukan yang datang dari Amerika dan Negara-negara Teluk saja. Orang dari ceruk rantau dari seluruh negara yang ke Kuala Lumpur itu adalah pelancong juga.

Banyak tol yang mereka akan bayar pergi balik ke Kuala Lumpur pada hari itu? Mungkin melebihi pungutan di hari perayaan. Banyak petrol yang mereka akan gunakan hari itu? Pemilik stesen minyak sepanjang ke Kuala Lumpur dari Perlis, dari Rantau Panjang dan dari Johor Bahru menyebak akan membuat duit yang banyak.

Berapa kali seorang penunjuk perasaan singah di gerai dan restoran hari itu dari pagi hingga ke malam? Empat lima kali. Katakanlah sekali makan RM5, banyak penjaja di gerai dapat pungut hari itu.

Mereka bukan sekadar datang untuk tunjuk perasaan saja, bahkan berbelanja sedikit sebanyak. Biasanya seorang akan berbelanja antara RM50 hingga RM100. Ke mana duit itu pergi kalau tidak kepada peniaga?

Lagi ramai orang datang ke Kuala Lumpur lagi peniaga dan penjaja beroleh tuah. Berniaga air botol saja pun tak dapat dikira untungnya. Mat Rempit boleh rehat berlumba hari itu, ambil peluang berjaja air botol kepada demonstran di sepanjang jalan. Tak perlu meragut hari itu mereka akan dapat banyak rezeki.

Mungkin teksi terpaksa berjalan perlahan di kawasan sesak atau tidak boleh masuk ke kawasan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Masjid Negara dan ke Istana Negara. Tapi kawasan sesak itu untuk beberapa jam saja kecuali apabila ia dihalang oleh polis.

Kalau polis cerdik dan menteri-menterinya cerdik, memberi peluang kepada tunjuk perasaan aman itu, dan bekerjasama bagi memastikan lalu lintas berjalan licin, maka tunjuk perasaan tidak menjadi apa-apa keburukan. Tentulah tiga empat jam akan sesak, tetapi lepas itu semuanya akan pulih.

Tunjuk perasaan itu bukan untuk membuat Perdana Menteri seperti di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya dan Syria, tetapi untuk mengajar SPR yang pada persepsinya ia satu dari biro UMNO.

Orang datang dengan motokar dan bas dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Melaka tidak boleh membawa kenderaan mereka ke tengah-tengah kota kerana mengelakkan sesak dan kereta payah tiba ke situ. Bas dan kereta akan ditinggalkan jauh dan berbatu-batu dari kawasan orang berhimpun dan berarak.

Dengan apa orang hendak ke situ kalau tidak dengan teksi. Bukan semua kawasan ada perkhidmatan train. Maka mereka perlu teksi untuk pergi ke tempat yang paling dekat dan boleh ditiba oleh teksi.

Teksi hendak cerdik mencari jalan yang boleh dilalui. Kalau polis tidak menghalang dan sebaliknya membantu kelancaran trafik, teksi boleh sampai ke tempat paling dekat dengan lokasi perhimpunan.

Dan bila tunjuk perasaan itu selesai, mereka hendak balik ke tempat kereta ditinggalkan yang tentu jauh dan tak terdaya lagi berjalan kaki. Semuanya itu peluang mengaut untung bagi teksi.

Kalaulah sehari itu teksi tak dapat rezeki langsung, maka sekadar sehari tak memandu tidaklah menjadi pemandu teksi bangsat bertahun-tahun. Orang yang datang dari jauh berbelanja banyak sanggup datang menyertai tunjuk perasaan bagi memperjuangkan tertegaknya keadilan, maka apalah salahnya kalau sehari pemandu teksi tidak pendapatan tetapi dengan keadilan yang hendak ditegakkan akan memberi kebaikan kepada masa depan maasing-masing.

Mungkin hari ini hilang mata pencarian, tetapi kalau keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dihapuskan, apalah ertinya kerugian satu hari itu?

Ibrahim tak usah diikut. Dia makan kiri dan makan kanan. Pemerintah zalim pun dia kenyang dan kalau tertegak keadilan, masakan dia bangsat pula.
Mat Sabu menggunakan hujah-hujah itu. Ternyatalah hujahnya kuat dan ia melemahkan dalih serjana-sarjana yang mengaji tinggi. Hujah sarjana itu lebih lemah dari akal orang sekolah atap. Tun Abdullah Badawi pun bercakap semangkok, jelaslah hujahnya tak sampai separuh dari kehebatan Mat Sabu., apalah ertinya kerugian satu hari itu?

Ibrahim tak usah diikut. Dia makan kiri dan makan kanan. Pemerintah zalim pun dia kenyang dan kalau tertegak keadilan, masakan dia bangsat pula.

Mat Sabu menggunakan hujah-hujah itu. Ternyatalah hujahnya kuat dan ia melemahkan dalih serjana-sarjana yang mengaji tinggi. Hujah sarjana itu lebih lemah dari akal orang sekolah atap. Tun Abdullah Badawi pun bercakap semangkok, jelaslah hujahnya tak sampai separuh dari kehebatan Mat Sabu.

Perkasa tu menatang apa...

Posted: 22 Jun 2011 08:36 AM PDT


Perkasamno... hihi...

Salam semua...

Pak Long ni serba salah jugak la, jadi tak senang duduk... tak jawab susah dah ramai yang dok tanya. Nak jawab nanti ada yang marah pasai terbongkar habih rahsia. Ni la anak anak penakan Pak Long banyak jugak yang nak tau pasai Perkasa nih... hihi... Banyak jugak soklan yang depa hantaqkan kat Pak Long, Pak Long cuba ja lah jawab setakat yang Pak Long mampu yerk...

Asal usul nama Perkasa.

Perkasa ni membawak erti "Pertubuhan Katak Semalaya" yang cadangan asalnya hendak ditubuhkan disekitar tahun 1963 lagi tapi ditangguhkan sehinggalah "ketua umumnya" ditabalkan sebagai Piem Umno. Perkasa adalah terdiri dari 7 abjad omputih yang di culik lalu dijadikan abjad Melayu. 7 abjad ni jugak bersamaan dengan 7 hari seminggu yang membawa maksud hari hari kena makan dan hari hari cari makan... haha...

Apa makanan depa.

Ini yang Pak Long rasa susah sikit nak jawab ni. Ini makanan ruji depa dan telah menjadi rahsia besaq depa turun temurun pulak tu. Tapi jangan dok canang kat orang, makanan depa merupakan sejenis vitamin yang telah lama diamalkan oleh bangsa Umno. Orang lain dah lama tak makan dah. Vitamin tersebut bernama KONTROVERSI... haha... hangpa tak percaya tanya Mak Long hang...

Macamana rupa depa?

Rupa depa ni iras iras muka Pak Long ngan Mak Long hang jugak la. Pendekatanya kalau depa kata depa tu Melayu pun orang boleh percaya. Tak percaya macamana dah nampak sebijik macam melayu. Tapi jangan silap paham, depa ni sebenaqnya bangsa Umno.

Dimana habitat depa?

Habitat semulajadi depa ni jauh di Kelantan sana sehinggalah baru baru ni telah terbuka cawangan disekitar Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. Kini ianya bertambah moden dimana perkampungan baru telah mula dibina sekitar bangunan Parlimen dengan izin dari ketua umum depa.

Apa perkerjaan mereka?

Kerja asas mereka adalah sidang akhbar, demo dan bakar, sidang akhbar, demo dan bakar. Jika Pak Long tak salah, mereka mereka ni akan timbul bilamana ada kontroversi baru yang melibatkan bangsa lain dari bangsa Umno. Pendekatanya kalau bangsa Umno yang kena depa buat tak tau la. Contoh jelas depan mata ialah, Apco - Umno.

Kepakaran jelas mereka ialah cium keris.

Sapa yang layak menjadi ahli Perkasa?

Sesapa jugak yang perasan yang depa tu lebih Melayu dari Melayu yang lain, adalah layak. Kelayakan ahli ahli Perkasa boleh dikategorikan dalam tiga peringkat keahlian.
  • Boleh pakai kopiah tinggi tiga jengkai dah layak menjadi ahli
  • Boleh bersembang pandai dah boleh jadi jawatankuasa
  • Boleh gempaq lebih dan pandai cium keris dah amat layak jadi Presiden
Pak Long harapkan penjelasan diatas sedikit sebanyak dapat meredakan keghairahan anak anak yang nak mengenali lebih dekat mengenai Perkasa. Sekian...

Wassalam...

Perhimpunan BERSIH Tetap Diteruskan. Terengganu Hantar 50,000, Perak 30,00

Posted: 22 Jun 2011 08:26 AM PDT

Bersih promosi demokrasi telus

SHAH ALAM – Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap diadakan bagi mempromosi tuntutan demokrasi dan pilihan raya bebas serta adil yang menjadi harapan seluruh rakyat.

Presidennya, Datuk S Ambiga berkata, perhimpunan Bersih 2.0 diharap berjalan dengan lancar dengan kerjasama penuh daripada pihak polis.

Menurutnya, beliau berharap supaya perhimpunan itu akan berlangsung secara aman dan tidak berakhir dengan keganasan seperti sebelum ini.

"Saya akan menghadapi sebarang hukuman yang akan dikenakan berikutan perhimpunan ini, jika apa yang berlaku selepas ini adalah sebaliknya.

"Tetapi, jika Bersih 2.0 mendapat kerjasama polis pasti ia akan berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini perlu bersama-sama memperjuangkan agenda itu untuk membentuk masyarakat madani dan membantu menyalurkan suara rakyat ke peringkat sepatutnya.

"Sekiranya ada pihak meremehkan kepentingan masyarakat madani Malaysia, membuktikan mereka menindas suara rakyat yang cuba dibangkitkan.

"Semua pihak sama ada ahli politik dan rakyat mempunyai hak menikmati kebebasan yang dinamik dan telus ini," katanya

Menurutnya, Bersih 2.0 yang dilancarkan pada 10 November tahun lalu hanya terdiri daripada ahli-ahli golongan masyarakat madani.

Katanya, perhimpunan kali ini adalah satu inisiatif yang dipimpin masyarakat madani dan kami telah menjemput golongan-golongan lain, termasuk semua parti politik yang ada. -SH


DPP hantar 50,000 sertai Bersih

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu dijangka menghantar sekurang-kurangnya 50,000 ahlinya menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya belum memutuskan tarikh sesuai untuk bertolak ke sana.

Menurutnya, walaupun banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis, khusus di negeri ini, untuk membantah penganjuran tersebut, pihaknya tetap tidak akan berganjak daripada keputusan yang dibuat.

"NGO tersebut tidak faham makna demokrasi. Kalau kita tengok mereka akan bersikap 'double standard' (berat sebelah) bila orang lain buat demonstrasi, khususnya Pemuda UMNO.

"Mereka akan senyap dan keadaan itu boleh dilihat sebagaimana yang berlaku ketika zaman Pas memerintah Terengganu, ini menunjukkan mereka diperkudakan oleh UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa NGO yang membuat laporan polis berhubung penganjuran perhimpunan Bersih.

Ditanya sama ada perhimpunan itu mungkin mendatangkan kekacauan kerana dijangka kira-kira 300,000 orang terlibat, Mohd Nor berkata, ia akan dilakukan secara aman dan polis juga akan memainkan peranannya dengan baik.

Beliau mendakwa, kekacauan yang berlaku dalam demonstrasi yang dilakukan sebelum ini adalah akibat provokasi pihak tertentu yang menyembur air dan sebagainya, sehingga menakutkan orang ramai.

Perhimpunan Bersih bertemakan 'Walk For Democracy' (Berjalan Untuk Demokrasi) bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil itu dijadualkan bermula jam 2 petang dan himpunan tersebut diputuskan oleh Bersih bersama-sama lebih 60 NGO dan parti politik yang bergabung di dalamnya dalam mesyuarat 19 Mei lalu. -SH


Pemuda Pas sokong Bersih, Hantar 30 Ribu Peserta

IPOH - Pemuda Pas Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu orang akan bersama-sama dalam himpunan tersebut dan menggesa rakyat negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih Menteri Besar sah supaya dapat bersama mereka.

"Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem Pilihan Raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan.

"Himpunan ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya Pilihan Raya perlu bersih," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Akmal berkata, kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan beberapa tuntutan yang sepatutnya.

"Tuntutan seperti penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara, penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan serta semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio.

"Begitu juga dengan iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih dan media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik,"katanya.

Beliau berkata, mereka tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti.

"Tetapi kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

"Kami bersama Badan Bukan Kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,"katanya.

"Kenyataan Ibrahim Ali Sangat Bahaya" - KJ Mahu Ibrahim Ali Disiasat

Posted: 22 Jun 2011 08:25 AM PDT

Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu

Kenyataan bersifat 'rasis' dibuat Datuk Ibrahim Ali khususnya terhadap kaum Cina ketika satu majlis anti-Bersih 2.0 semalam tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini.

"Saya hanya mahu orang ramai mengetahui bahawa ini adalah pandangan seorang Ahli Parlimen yang tidak mewakili majoriti kaum Melayu.

"Kami adalah kaum berhati mulia, kami tidak melanggan pandangan ini," kata Khairy kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khairy menggesa agar dikenakan tindakan ke atas Presiden Perkasa itu.

"Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Umno seolah-olah menunjukkan warna sebenar parti itu bahawa ia hanya berkepentingan untuk satu kaum apabila membenarkan ugutan ala Nazi disampaikan oleh Ibrahim dan Perkasa yang diwakilinya semalam.

"Dengan keengganan parti tersebut untuk mengambil tindakan, Umno bersalah atas sokongan terhadap Perkasa dan pendirian parti itu.

"Malah, ia amat jelas sejak sekian lama, sebagaimana ditunjukkan oleh Umno yang kurang mengambil tindakan terhadap kes-kes seperti demonstrasi seperti protes kepala lembu pada 2009 dan pelbagai ucapan pemimpin mereka yang menyamakan kaum India dengan pengemis dan wanita Cina sebagai pelacur," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas bersama 164 badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan.

"Ya, apa sahaja boleh berlaku. Dan, saya minta agar polis mengambil apa sahaja tindakan dan gunakan kuasa mereka untuk bertindak,"
 katanya semasa melancarkan Gerak Aman semalam.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bebas sebagai kesinambungan himpunan yang kali pertama diadakan pada November 2007.

PAS telah berjanji akan menggerakkan 300,000 peserta untuk menyokong perhimpunan itu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya adil dan bebas pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Bersih - Pesanan Kepada PDRM..!!! Wajib Baca!! ,

Posted: 22 Jun 2011 08:23 AM PDT



Salam BERSIHkan 1Malaysia,

Artikel hari ini terbit dari kesedaran yang telah lama terpendam. Bukan untuk berbicara lebih terperinci mengenai 8 tuntutan BERSIH2, tetapi untuk sama-sama fikir di manakah punca huru-hara setiap kali perhimpunan aman berlangsung.

Pertama sekali, berhubung dengan 36 laporan polis terhadap usaha perhimpunan BERSIH2 9 Julai nanti. Laporan-laporan polis yang banyak itu adalah sebenarnya suatu yang memberangsangkan malah menggalakkan lebih ramai yang akan menyertai himpunan terbesar dalam sejarah. Justeru itu, ucapan setinggi terima kasih dirakam kepada NGO dan individu yang telah membuat laporan polis. Ia bukan sahaja secara tidak langsung mempromosi event BERSIH2, malah memaklumkan pada pihak berkuasa betapa kali ini himpunan aman adalah luar jangkaan kehadirannya. Saya ulang, himpunan aman menuntut pilihanraya BERSIH dan Adil.

Pihak polis harus sedia maklum, dengan jumlah demonstran yang seramai lebih 3 ratus ribu, pastinya tindakan lebih baik untuk pihak polis dan FRU ialah dengan menjalankan tugas menjaga para demonstran, bukan memukul sepak terajang. Adalah lebih baik pihak polis mengambil langkah mengawal laluan demonstran ke Istana Negara daripada menghalang demonstran dengan gas dan air kimia.

Percayalah sekiranya perhimpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak polis, sudah tentu semua demonstran akan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Jika polis tidak menyerbu demonstran tak tentu hala, manakan sanggup peserta demonstrasi lari masuk ke Sogo untuk berlindung? Lari masuk HQ PAS itu adalah kes berasingan. Mungkin Sogo juga akan buka seperti biasa dengan market ratus-ribu pengunjung dari seluruh negara akan berada di depan Sogo.

Tetapi agak malang polisi perkara 10 perlembagaan Malaysia tidak langsung dihormati, jadi mengapa peserta himpunan dipersalahkan? Pihak polis tidak pernah disalahkan sekiranya berlaku kekecohan akibat dari halangan oleh pihak polis sendiri, akhirnya berlaku aksi kejar mengejar, pukul memukul, tembak-menembak peluru gas pemedih mata. Apakah rakyat yang berhimpun itu masih bersalah sedangkan hak untuk berhimpun telah dinafikan! Polis sentiasa betul, tembak orang melutut pun masih betul dan tembak amirul rashid berpuluh das juga masih betul? wallahualam.

Masuk bab kerugian di hari berlaku perhimpunan aman. Di manakah faktor kerugian jika ada tambahan 300ribu manusia dari hari biasa di tengah bandar KL? Bukankah kedai makan akan untung? Tandas awam, pengangkutan awam seperti bas dan LRT, kedai pakaian, penjual air dan keropok lekor, kedai-kedai kasut, malah pasaraya besar juga sepatutnya untung. Kita faham, keuntungan ini hanya berlaku jika pihak polis mengawal dan menjaga keselamatan. Namun kita tidak faham mengapa hak rakyat untuk berhimpun tidak langsung dipeduli.

Bila dikaitkan pula dengan cadangan demonstrasi di Stadium, kerajaan melalui KDN seolah-olah tidak sekolah apabila tidak memahami konsep perhimpunan aman. Ia pastinya untuk menarik perhatian umum dan khalayak ibu negara adalah tempat yang paling sesuai. Barulah ada liputan yang lebih meluas maka objektifnya tercapai. Jika kerajaan berkeras untuk mengarahkan demonstrasi dibuat dalam stadium, maka perlulah diingat bahawa kami di Pakatan Rakyat bukan seperti kerajaan yang suka membazir menghimpun rakyat di Stadium. Contoh pembaziran ialah, penyediaan tupperware percuma dan kehadiran artis top yang bayarannya mencecah ratusan ribu dalam satu bab sahaja.

Rakyat yang bijak sentiasa di belakang Pakatan Rakyat. Mereka juga hadir dengan tawaran dan imbuhan tetapi tawaran dan imbuhan itu bukan boleh diterima pada hari yang sama. Tawaran dan imbuhan contohnya seperti buku jingga hanya hadir setelah kerajaan sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya. Rakyat bersama Pakatan Rakyat pada PRU 13 maka oleh sebab itu jugalah mereka turun ke perhimpunan aman BERSIH 2 dengan harapan Barisan Nasional tidak lagi mudah untuk menipu sekiranya menimbang secara serius tuntutan BERSIH.

Apakah terlalu susah untuk kerajaan menyediakan sebuah sistem pilihanraya yang adil? Saya percaya andainya kerajaan mengumumkan mengeluarkan akur janji untuk menerima beberapa perkara tuntutan BERSIH (yang penting), sudah pasti himpunan aman ini akan dibatalkan. Kita juga percaya bahawa rakyat mana yang tak sayangkan negaranya? Jadi sebab sayanglah kita wajib turun ke medan BERSIH kali ini !!

Pihak polis juga harus bertindak cemerlang dengan menyekat sebarang anasir jahat yang ingin membuat kacau bilau di hari perhimpunan berlangsung. Contohnya ialah provokasi dari pihak PERKASA yang secara sengaja ingin mencipta pertembungan. Perkara sebeginilah yang sepatutnya pihak polis ambil serius, kerana wujud ancaman dari presiden PERKASA sendiri yang memilih tarikh yang sama dengan sengaja demi pertembungan yang mungkin meletakkan Ibrahim Ali kembali ke wad ICU. Ini kerana skala nisbah 3000 : 1 adalah sangat berat sebelah. Renung-renungkanlah wahai pihak polis akan tugas sebenar sepertimana sumpah keramat diangkat ketika menjawat jawatan pegawai polis.

Ingatlah satu perkara, sebagai penulis tidaklah saya menyalahkan terus pihak polis yang menjalankan tugas. Tetapi sampai bila arahan-arahan berdarah terhadap rakyat tidak bersalah itu harus terus dilaksanakan tanpa pertimbangan agama dan hati perut?

Akhir kalam, sekarang fahamkah saudara sekalian apakah sebabnya kita turun berhimpun menyertai BERSIH versi dua? Mengapa Sogo menutup perniagaannya di kala perniagaan pada hari tersebut boleh untung berjuta-juta? Bagaimana sebuah himpunan aman menjadi ganas dengan campurtangan pihak polis? Juga bagaimana mungkin Dataran Merdeka berubah menjadi Tahrir? Apabila hak rakyat untuk berhimpun telah dinafikan walaupun dengan kekuatan rakyat setengah juta di jalanraya pada tanggal 9 Julai!

Ayuh turun ke jalanraya menyertai BERSIH2 demi demokrasi yang dikongkrit oleh kerajaan sejak sekian lama!! Kita hadir dengan aman! Hanya kotoran sahaja yang takut kepada BERSIH !

Jadilah sebahagian dari sejarah!!

Semua Jangan Cakap Banyak Lagi, 99% Sokong Himpunan Bersih Diteruska

Posted: 22 Jun 2011 08:21 AM PDT

Reaksi positif yang diberikan rakyat Malaysia berhubung perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) pada 9 Julai depan jelas menunjukkan bahawa kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) kini semakin didesak untuk mengkaji semula sistem pilihan raya di negara ini, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah menurut ahli parlimen Kubang Kerian, bancian portal dalam talian The Star Online mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

"Saya yakin dan percaya ia sememangnya hasrat rakyat Malaysia untuk melihat wujudnya satu sistem pilihan raya adil dan bersih dan ia telah mencapai satu tahap yang begitu kritikal. Ini bermakna perjuangan BERSIH telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan ia telah melampaui batas-batas agama, kaum dan bangsa, " tegasnya ketika ditemui di sidang Parlimen semalam.

Tegasnya lagi, himpunan besar-besaran pada 9 Julai itu akan berlangsung secara aman tanpa sebarang kekecohan mahupun ketegangan dan ia merupakan janji penganjur BERSIH 2.0 kepada kerajaan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Bancian portal dalam talian The Star Online semalam mendapati 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyatakan sokongan supaya Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai diteruskan.

Bagaimanapun, bilangan responden sebenar tidak dapat disahkan kerana tinjauan itu dihentikan sejak tengahari semalam.


Berdasarkan paparan skrin yang disiar pengguna Facebook, bilangan responden mencecah 1.3 juta pada 12.25 tengahari, daripada 527,330 yang direkodkan pada 6.11 pagi semalam, yang dirakam dari google cache.

Berdasarkan pertanyaan 'Apakah pandangan anda tentang cadangan perarakan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini', seramai 1,312,917 responden menjawab 'Ia patut dibenar diteruskan'.

Manakala seramai 14,222 responden pula memilih untuk menyatakan "Ia patut dibatalkan'.

Tinjauan itu dibincang secara hangat oleh laman kumpulan Facebook 'Curi-Curi Malaysia' yang diwujudkan untuk protes perbelanjaan Kementerian Pelancongan sebanyak RM1.8 juta untuk kempen dalam laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun mereka kecewa kerana tinjauan itu ditarik balik portal The Star.

Dalam pada itu ahli parlimen Batu, Tian Chua yang ditemui diluar sidang parlimen memberitahu sungguhpun bancian seperti itu tidak dilakukan, beliau yakin bahawa rakyat tetap akan turun ke jalan biarpun terpaksa berdepan dengan pelbagai ugutan dan ancaman.

Katanya, ini kerana rakyat Malaysia kini sudah sedar dan matang dalam memahami prinsip demokrasi yang menjadi tuntutan setiap masyarakat di negara ini.

"Perhimpunan BERSIH 2.0 disokong oleh orang ramai sungguhpun ada pihak mengatakan ia tidak berapa tepat (ini online sahaja dan bukan pungutan suara saintifik) tapi secara amnya ia menunjukkan bahawa rakyat rasa BERSIH adalah satu perhimpunan yang aman dan perlu diteruskan."

Manakala menurut ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hata Ramli pula, himpunan BERSIH 2.0 kali ini merupakan maklum balas rakyat kepada kerajaan dan pihak polis supaya memberikan kerjasama dan kelulusan kepada pihak penganjur agar perhimpunan itu dapat berlangsung secara aman.

Tambah Dr Hata, rakyat tidak perlu gentar dengan ugutan-ugutan yang dilemparkan kerana apa yang lebih penting adalah hasil daripada himpunan itu nanti.

"Saya melihat ini merupakan satu maklum balas ataupun signal daripada rakyat yang mahu melihat satu sistem yang adil, bebas dan bersih dalam negara kita. Dan kerajaan perlu menghormati kehendak rakyat serta memberi kerjasama untuk memberikan ruang mereka berhimpun dalam menyatakan pandangan mereka tentang kempen Bersih ini," katanya Anthony Loke kepada Tvselangor.

"Rakyat sudah determine untuk turun, jadi kerajaan tidak perlu menimbulkan suasana kurang baik dengan menimbulkan kekecohan. Saya harap kerajaan dapat menghormati keputusan bancian yang dilakukan," tegas Dr Hata. -tvsnews

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 22 Jun 2011 11:30 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


HEBATNYA MAT SABU

Posted: 21 Jun 2011 09:57 PM PDT

MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemudhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgXPwOss6lREB_VNTVZZWo1KS9FrpPBTA4y9VQ42aeq3G_fob82W2_C178OdtKzsRnAZ5O_g869Ej-apt0atLf5p6W0X-KDsypirWxwu6GDz-bPVwke6uMlZF58DGUtsRe8sGk-IkEHsbU/s1600/Mat+Sabu.jpga UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.


Tetapi kepintarannya berhujah tentang isu demonstrasi Bersih 2.0 pada 09 Julai nanti jauh lebih hebat dari alasan bodoh pemimpin Pemuda UMNO dan sekutu NGOnya yang membuat aduan polis tentang mengapa ia patut dihalang.
Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang satu sekolah dengan Mat Sabu di ITM dulu selalunya pintar tetapi dalam perkara ini lebih buntu otaknya dari Hosni Mubarak.
Mereka takut pelancong tidak datang sehari ke Kuala Lumpur akan menyebabkan penjaja kerugian dan pengusaha teksi tidak dapat membawa penumpang. Ekonomi negara akan terjejas.
Siapa kata pelancong tidak datang ke Kuala Lumpur?
Beratus ribu orang yang datang dari seluruh negara bagi menyertai perarakan itu pelanconglah. Pelancong itu bukan yang datang dari Amerika dan Negara-negara Teluk saja. Orang dari ceruk rantau dari seluruh negara yang ke  Kuala Lumpur itu adalah pelancong juga.
Banyak tol yang mereka akan bayar pergi balik ke Kuala Lumpur pada hari itu? Mungkin melebihi pungutan di hari perayaan. Banyak petrol yang mereka akan gunakan hari itu? Pemilik stesen minyak sepanjang ke Kuala Lumpur dari Perlis, dari Rantau Panjang dan dari Johor Bahru menyebak akan membuat duit yang banyak.
Berapa kali seorang penunjuk perasaan singah di gerai dan restoran hari itu dari pagi hingga ke malam? Empat lima kali. Katakanlah sekali makan RM5, banyak penjaja di gerai dapat pungut hari itu.
Mereka bukan sekadar datang untuk tunjuk perasaan saja, bahkan berbelanja sedikit sebanyak. Biasanya seorang akan berbelanja antara RM50 hingga RM100. Ke mana duit itu pergi kalau tidak kepada peniaga?
Lagi ramai orang datang ke Kuala Lumpur lagi peniaga dan penjaja beroleh tuah. Berniaga air botol saja pun tak dapat dikira untungnya. Mat Rempit boleh rehat berlumba hari itu, ambil peluang berjaja air botol kepada demonstran di sepanjang jalan. Tak perlu meragut hari itu mereka akan dapat banyak rezeki.
Mungkin teksi terpaksa berjalan perlahan di kawasan sesak atau tidak boleh masuk ke kawasan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Masjid Negara dan ke Istana Negara. Tapi kawasan sesak itu untuk beberapa jam saja kecuali apabila ia dihalang oleh polis.
Kalau polis cerdik dan menteri-menterinya cerdik, memberi peluang kepada tunjuk perasaan aman itu, dan bekerjasama bagi memastikan lalu lintas berjalan licin, maka tunjuk perasaan tidak menjadi apa-apa keburukan. Tentulah tiga empat jam akan sesak, tetapi lepas itu semuanya akan pulih.
Tunjuk perasaan itu bukan untuk membuat Perdana Menteri seperti di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya dan Syria, tetapi untuk mengajar SPR yang pada persepsinya ia satu dari biro UMNO.
Orang datang dengan motokar dan bas dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Melaka tidak boleh membawa kenderaan mereka ke tengah-tengah kota kerana mengelakkan sesak dan kereta payah tiba ke situ. Bas dan kereta akan ditinggalkan jauh dan berbatu-batu dari kawasan orang berhimpun dan berarak.
Dengan apa orang hendak ke situ kalau tidak dengan teksi. Bukan semua kawasan ada perkhidmatan train. Maka mereka perlu teksi untuk pergi ke tempat yang paling dekat dan boleh ditiba oleh teksi.
Teksi hendak cerdik mencari jalan yang boleh dilalui. Kalau polis tidak menghalang dan sebaliknya membantu kelancaran trafik, teksi boleh sampai ke tempat paling dekat dengan lokasi perhimpunan.
Dan bila tunjuk perasaan itu selesai, mereka hendak balik ke tempat kereta ditinggalkan yang tentu jauh dan tak terdaya lagi berjalan kaki. Semuanya itu peluang mengaut untung bagi teksi.
Kalaulah sehari itu teksi tak dapat rezeki langsung, maka sekadar sehari tak memandu tidaklah menjadi pemandu teksi bangsat bertahun-tahun. Orang yang datang dari jauh berbelanja banyak sanggup datang menyertai tunjuk perasaan bagi memperjuangkan tertegaknya keadilan, maka apalah salahnya kalau sehari pemandu teksi tidak pendapatan tetapi dengan keadilan yang hendak ditegakkan akan memberi kebaikan kepada masa depan maasing-masing.
Mungkin hari ini hilang mata pencarian, tetapi kalau keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dihapuskan, apalah ertinya kerugian satu hari itu?
Ibrahim tak usah diikut. Dia makan kiri dan makan kanan. Pemerintah zalim pun dia kenyang dan kalau tertegak keadilan, masakan dia bangsat pula.
Mat Sabu menggunakan hujah-hujah itu. Ternyatalah hujahnya kuat dan ia melemahkan dalih serjana-sarjana yang mengaji tinggi. Hujah sarjana itu lebih lemah dari akal orang sekolah atap. Tun Abdullah Badawi pun bercakap semangkok, jelaslah hujahnya tak sampai separuh dari kehebatan Mat Sabu.

SEMUA DISERU JAYAKAN BERSIH 2.0

Posted: 21 Jun 2011 08:53 PM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Semua ahli dan penyokong PAS diseru menghadirkan diri untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap tuntutan 8 perkara untuk perubahan sistem pilihan raya ke arah yang lebih baik.
"Ini bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi berparlimen negara," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.
Bersih 2.0 yang dianggotai lebih daripada 80 NGO telah menyenaraikan 8 tuntutan berikut demi menjamin pilihan raya yang lebih adil bagi mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik iaitu bersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, guna dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Dalam konteks negara, kata Tuan Ibrahim, demonstrasi aman yang dianjurkan Bersih 2.0 bukanlah perkara baru dalam konteks negara.
"Selepas pilihanraya umum ke 12, Umno ternyata lebih banyak mengadakan demo berbanding Pakatan Rakyat. Namun, apa yang menarik demo mereka ini dapat pengawalan polis tanpa sebarang provokasi. Ia berjalan dengan aman walaupun ia berbentuk hasutan.
"Contohnya, peristiwa membawa kepala lembu, membakar gambar dan bendera dan juga pengisytiharan perang khususnya yang dianjurkan rakan akrib Umno, Perkasa, yang ternyata mempunyai kekebalan luar biasa daripada sentuhan undang-undang dan juga polis," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tuan Ibrahim turut menambah bahawa PAS berterima kasih ke atas kebebalan Perkasa yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat provokasi kebelakangan ini.
"Kerana ini sudah tentu dapat memudahkan kerja polis untuk menahan mereka yang melakukan provokasi – dan sudah jelas yang buat provokasi tentulah Perkasa.
"Tapi, di Malaysia, kita sudah pasti tidak terkejut sekiranya yang kena tahan pihak yang tidak membuat provokasi seperti PAS, PKR dan DAP," sindir beliau.
Mengenai keazaman Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk turut serta melakukan demo pada Julai 9 nanti seperti yang dilakukan Bersih 2.0, Tuan Ibrahim berkata ia adalah satu tindakan yang agak luar biasa sehinggakan Khairy berani mencabar polis dan menyatakan kesediaannya untuk ditangkap.
"Cuma PAS hairan Pemuda Umno sertai demo untuk menuntut apa? Kalau tuntutan kita atas 8 perkara, maka Pemuda Umno nak tuntut apa?
"Jika benar kata Khairy bahawa mereka juga mahu menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, maka ini bermakna pemuda Umno nampaknya lebih faham berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang tua-tua yang sering berlindung di bawah dagu Perkasa dan Ibrahim Ali (Presiden Perkasa)," sindirnya lagi.
 

Batu Gajah Mari

Posted: 22 Jun 2011 11:29 AM PDT

Batu Gajah Mari


Program Mobilasi Bersih 2.0 PAS Batu Gajah

Posted: 22 Jun 2011 03:31 AM PDT




NYDP masih berkudrat muda




YDP hebat ditengah padang




Pimpinan PAS Batu Gajah


Ketua Penerangan PAS Perak yang baru, Ustaz Nuri kemas berpakaian bersih 2.0

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 22 Jun 2011 11:21 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


2 Julai pra himpunan aman Bersih 2.0

Posted: 22 Jun 2011 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan  menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.
Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.
"Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.
"Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini.  Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0," ujarnya.
Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0.
Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang.
Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.
Selain itu, katanya 2 Julai  sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu.
"Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka," katanya.

Pemuda Kelantan kerah 30,000 peserta

Posted: 22 Jun 2011 07:22 AM PDT

KOTA BHARU, 22 Jun: Biar pun hampir 800 laporan polis dibuat terhadap penganjuran perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih) 9 Julai ini, namun ia tidak mematah semangat anak muda yang prihatin.
Mereka tetap bersemangat meneruskan agenda memastikan pilihan raya umum akan datang lebih telus dan benar-benar bersih.
Sehubungan itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.
Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, setiap kawasan di Kelantan dijangka menghantar 1,000 peserta pada perhimpunan tersebut.
"Ini bermakna Pemuda PAS Kelantan menyumbang seramai 14,000 peserta bagi mencapai matlamat menghimpunkan ratusan ribu rakyat pada perhimpunan aman tersebut.
"Perhimpunan itu diyakini tidak berlaku masalah sekiranya tidak ada sebarang provoksi dibuat pihak lain.
"Pemuda kita lebih berdisiplin kerana Islam melarang sebarang tindakan kekerasan. Jadi pihak kerajaan tidak perlu bimbang dengan perhimpunan aman itu," katanya di sini.
Sehingga kini dilaporkan sebanyak 790 laporan polis dibuat terhadap penganjuran Bersih 2.0 dilakukan badan bukan kerajaan yang baru muncul.
Dipercayai NGO berkenaan ada kaitan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) memandangkan sebelum ini mereka langsung tidak dikenali.
Abdul Latif berkata, NGO-NGO terbabit tidak lebih sebagai nyamuk kerana wujud semata-mata untuk membuat laporan polis terhadap Bersih 2.0.
"Kita percaya mereka membuat laporan polis atas arahan politik kerana kerajaan BN begitu bimbang kebangkitan menyeluruh rakyat sekarang," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan pemuda PAS Tumpat dan Kuala Krai pula masing-masing akan menghantar peserta menggunakan perkhidmatan kereta api. Sebahagian mereka dijangka memenuhi sehingga lapan gerabak.
Difahamkan juga Bersih 2.0 akan mengadakan 'road show' di Pasir Mas pada 2 Julai ini bertempat di Mini Stadium, dijangka dihadiri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Manakala pada 4 Julai pula road show Bersih 2.0 akan diadakan di Dun Manek Urai, Kuala Krai membabitkan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Hassan.
Sementara itu Ketua Penerangan AMK Kelantan,  Rosdi Mat Zin berkata, AMK Kelantan bersedia menghantar 30,000 peserta ke perhimpunan Bersih 9 Julai ini.
"Kami menyahut cabaran ini atas dasar kesedaran ingin mengubah lanskap politik tanah air yang dicengkam pemimpin rakus dan zalim.
"Ayuh bersama menuntut agar SPR menghapuskan undi pos, menggunakan dakwat kekal, membersih daftar pemilih dan memberi peluang akses media kepada semua pihak ketika kempen pilihan raya," ujarnya.

Bersih 2.0: Anak Muda Sayang M’sia sahut seruan

Posted: 22 Jun 2011 07:21 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Anak Muda Sayang Malaysia menyahut seruan Bersih untuk turun ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini bagi menyatakan sokongan kepada kelapan-lapan tuntutan Bersih.
Menurut jurucakap Anak Muda Sayang Malaysia, Muhammad Zaki Sukery, front itu terdiri daripada kelompok anak muda yang cakna dan prihatin kepada tadbir urus yang efisien dalam  pengurusan pilihan raya.
"Sokongan ini secara langsung disebabkan oleh kesemua tuntutan yang dibuat oleh Bersih menjurus ke arah satu komitmen rakyat dalam usaha menzahirkan satu sistem pilihanraya yang telus, boleh dipercayai, bebas dan berwibawa," katanya.
Menurutnya, ditambah dengan isu-isu yang tidak berkesudahan setiap kali berbicara soal pilihan raya terutama penglibatan undi hantu, tiada jaminan ketelusan dalam undi pos dan akses media yang berat sebelah, Anak Muda Sayang Malaysia melihat bahawa ia boleh diatasi dengan mengaplikasikan kesemua tuntutan yang dibuat oleh Bersih.
Beliau menambah, Anak Muda Sayang Malaysia turut melihat bahawa sebarang usaha untuk mengapi-apikan Bersih adalah berniat songsang dan tidak berpijak di alam realiti dengan bersandarkan kepada demonstrasi pertama Bersih pada November 2007 yang berlangsung dengan baik sehinggalah diprovokasi oleh pihak berkuasa dengan tembakan water canon dan sekatan jalan raya.
"Bertambah pelik, apabila keberadaan kita di sebuah negara beridealismekan demokrasi dan hak asasi manusia, tetapi layanan yang diberikan sama sekali berbeza kepada para demonstran jika melibatkan gerakan ala pro-Pakatan," ujarnya lagi.
Katanya, Anak Muda Sayang Malaysia turut mempersoal SPR yang dilihat cuba bermain tarik tali dalam isu tuntutan Bersih 2.0 apabila berdalih dalam soal mekanisme pilihanraya dalam keadaan satu pun tuntutan dalam Bersih 1.0 tidak ditunaikan.
Beliuau berkata, dengan keyakinan kepada pendekatan penganjur Bersih untuk bergerak secara aman termasuk langkah-langkah yang telah diambil dalam menjayakan Bersih, Anak Muda Sayang Malaysia akan sekali lagi turun bersama-sama dalam Bersih 2.0 demi kepentingan rakyat marhaen.
"Oleh yang demikian, front ini akan memobilasi lebih kurang 10,000 anak muda di kampus di seluruh negara dan turut mensasarkan anak muda yang tidak berada di lapangan universiti untuk turun di bawah payungan Anak Muda Sayang Malaysia sebelum turut sama menyertai kumpulan utama Bersih," ujarnya.
Sambil mempromosikan tagline Anak Muda Turun Bersih, tambahnya Anak Muda Sayang Malaysia turut menjemput kepada kesemua anak muda untuk turut sama menyertai facebook 'Anak Muda Sayang Malaysia' dengan menekan butang 'Like' sebagai tanda solidariti dalam menyokong kesemua tuntutan Bersih dan turun bersama pada 9 Julai nanti. 

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 22 Jun 2011 09:38 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


First for unity to confuse non Malays, now for commercial to confuse the Malays.Poor Malaysians seMalaysia

Posted: 22 Jun 2011 08:52 AM PDT

Najib says 1 Malaysia more than just rhetoric
By Shannon Teoh
June 22, 2011

Najib said today that the 1 Malaysia concept will help improve the lives of the public through several initiatives. — file pic
KUALA LUMPUR, June 22 — Two years after coming to office with his 1 Malaysia concept, Datuk Seri Najib Razak said today that the slogan was more than empty rhetoric but a policy that will improve the lives of the public.

He said the 1 Malaysia concept promises to prioritise the people with improvements in public service delivery and economic reforms.

"1 Malaysia is also products and services which will lighten the burden of the people and improve their quality of life," the prime minister said at the launch of the pioneer Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) thrift store at the Kelana Jaya LRT station today.

He said that this included other initiatives such as the Klinik Rakyat 1 Malaysia which provided affordable healthcare for all Malaysians.

The KR1M, mooted by the government but operated by local retail giants Mydin, promises essential goods at up to 50 per cent discount, in hopes of countering surging inflation.

According to Mydin, the pilot store will sell 1 Malaysia-branded goods such as rice, milk and diapers without profit-motivation.

The move comes as Putrajaya was forced to make cuts to a subsidy bill that would otherwise have doubled to RM21 billion this year while it grapples with inflation that hit a two-year high of three per cent in March and continued climbing to 3.3 per cent last month.

If successful, the store will spawn more outlets in other rail stations that cater to lower income commuters, Mydin managing director Datuk Ameer Ali told reporters earlier this week.

"The cost of promotion usually adds 25 to 30 per cent to the price tag. With the 1 Malaysia brand, it is the PM himself who is providing the promotion," he said.

Basic household goods such as sweetened creamer are being sold at KR1M at RM1.95 instead of RM2.80, and diapers at RM20.50 instead of over RM40 as found in Mydin stores.

Najib added that KR1M was an example of public-private partnerships that would help the poor and low-income group.

The prime minister is expected to call a general election within the year but recent hikes to fuel, electricity and sugar prices have sparked public anger, leading to protests from groups such as fishermen, whose recent strike caused a spike in seafood prices.

The government has repeatedly explained that it must cut subsidies to ensure that the budget deficit, which hit a two-decade high of seven per cent in 2009, is reined in to a projected 5.4
MALAYSIAN INSIDER

Bersih hati, Bersih cara, BERSIH SPR ,BERSIH PUTRAJAYA

Posted: 22 Jun 2011 07:54 AM PDT

Bersih' wajib berjalan dengan bersih — Dr Mohd Asri Zainul Abidin
June 22, 2011 Malaysian Insider

22 JUN — Banyak pihak bertanya pendirian saya tentang kempen NGO "Bersih" menuntut Pilihanraya yang adil bagi negara ini. berikut adalah pendirian dan pandangan saya;

Sesuatu tindakan dalam urusan kehidupan muslim khususnya dilihat kepada dua perkara; tujuan dan cara. Jika tujuannya baik, dan caranya juga baik maka itu adalah amalan yang baik.

Jika tujuannya baik, caranya salah, maka pelakunya tetap bersalah kerana mengambil cara yang salah seperti mencuri dengan tujuan hendak bersedekah. Jika tujuannya buruk atau dosa, segala langkah ke arah tujuan itu dinilai berdosa.

Setiap individu yang hendak menyertai sesuatu aktiviti, hendaklah memastikan tujuannya itu halal atau mulia, dan caranya juga halal.

Setelah saya mendengar taklimat Bersih dan menilainya, saya dapati tujuannya baik, menuntut hak yang sepatutnya diperolehi oleh rakyat seperti yang dijanjikan oleh perlembagaan.

Jika ia berjaya, pada pandangan saya bukan untuk kemaslahatan parti tertentu sahaja, tetapi untuk keadilan berpolitik sepanjang masa, untuk semua pihak tanpa mengira parti.

Maka, saya tidak mempertikaikan Bersih di sudut tujuannya. Cuma saya bimbang jika ada parti tertentu yang cuba menzahirkannya dalam sifat kepartian, bukan untuk rakyat secara umum. Sedangkan tuntutan itu untuk semua dan baik untuk memastikan keadilan dalam pengurusan pilihanraya.

Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan.

Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w: "Sesungguhnya jiranku menyakitiku". Sabda Nabi s.a.w: "Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan". Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: "apa yang berlaku kepadamu?". Dia menjawab: "Jiranku menyakitiku". Maka mereka berkata: "Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia".

Dengan sebab itu, jirannya berkata: "Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi". (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih). Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.

Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan.

Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.

Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman. Aman adalah syarat utama, jika bertukar menjadi ganas maka ia sesuatu yang diharamkan oleh syarak.

Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi Bersih hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.

Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat.

Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses situ berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peratusan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

Cita-cita rakyat itu tidak akan tertunai melainkan adanya kerjasama yang baik dari semua pihak. Polis, rakyat dan golongan atasan. Semua pihak hendaklah berfikir untuk memastikan negara kita adil, aman dan teratur.

Menyertai Bersih merupakan salah satu dari usaha yang mulia itu, dan memastikan Bersih itu Bersih dari kekacauan dan provokasi adalah tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.

Ukhuwwah fillah,sayangilah manusia samada Melayu, Cina, India dll kerana Allah

Posted: 22 Jun 2011 07:06 AM PDT

Nasib sekolah agama, selalu jadi kambing hitam: Adakah ini politik BERSIH ?

Posted: 22 Jun 2011 05:54 AM PDT

Menteri bimbang salahguna maahad sebar JI
Norsyafinas Ahmah Sukri
Jun 22, 11
2:36pm
Kongsi 66
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan maahad atau sekolah agama untuk menyebarkan agenda kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

NONEKatanya, penelitian polis mendapati memang wujud aktiviti sedemikian untuk merosakkan pemikiran pelajar sekolah.

"Kita bimbang ia ulangi peristiwa tak baik seperti Al-Maunah," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, tiga sekolah agama di seluruh negara ditutup selepas dikesan menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah iaitu merekrut pelajar untuk terlibat dalam kegiatan militan Jemaah Islamiah (JI) bagi melancarkan jihad perang ke atas kerajaan yang didakwa tidak Islamik.

Jamil Khir berkata, tindakan penyalahgunaan sekolah terbabit oleh golongan terbabit boleh mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan sekolah (sepatutnya) untuk melahirkan modal insan manusia yang memahami ilmu secara garapan yang benar, perkara ini (sebaliknya) berlaku secara tidak baik," katanya.

Noordin Mohammed Top terror suspect JI indonesia hideoutJamil Khir turut menegaskan bahawa pihak berkuasa agama dan polis konsisten memantau perkembangan yang menyentuh soal keselamatan negara dan agama, terutamanya yang melibatkan akidah.

"Pemantauan tetap berjalan antara pihak-pihak ini kerana antara polis dan jabatan agama Islam ada hubungkait yang begitu rapat.

"Inilah peranan utama yang dimainkan oleh pihak keselamatan negara termasuk jabatan agama," katanya.

Beliau juga menyatakan perkara tersebut merupakan soal keselamatan negara yang tidak boleh dipermainkan.

http://www.malaysiakini.com/news/167692

soalan cepu emas

1.Berapakah pelajar bukan MAAHAD yang terjebak dalam jenayah, gejala sosial, dadah dsb yang mengancam nyawa keluarga, masyarakat,negeri dan negara?

Kenapa menteri agama tidak utamakan?!

2.Berapa ramaikah yang anak kepada yang mengucap 2 kalimah syahadat menjual diri, anak, keluarga dan agama?
Kenapa menteri agama tidak hiraukan?!

Yang mana jumlah besar dan kritikal kalau adalah yang seperti disebutkan itu wujud.

Atau hanya membantu MENGHAPUS BERSIH atau sebagai alasan untuk BERTINDAK terhadap anak-anak ikhlas yang disulami tauhid?

Berapa kali lagi sekolah agama diugut dan dipertakutkan.Ini cara menteri Melayu UMNO membela Islam khususnya sekolah agama?

KHIDMAT MERU

Posted: 22 Jun 2011 09:27 AM PDT

KHIDMAT MERU


PESURUHJAYA PAS SELANGOR MENDAPAT PERHATIAN WARTAWAN

Posted: 22 Jun 2011 01:02 AM PDT










Pesuruhjaya PAS yang baru dilantik didalam Muktamar Pas baru-baru ini YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah dihubungi oleh berbagai pihak media bagi mendengar pendapat, dan kupasan beliau mengenai halatuju Pas Selangor dibawah kepimpinan beliau.


Selain dari mengunjungi beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di DUN Meru, mereka juga membuat temujanji dengan beliau di Pejabat Badan Perhubungan Pas di Worldwide, Shah Alam.








PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 22 Jun 2011 09:24 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Perlis (DPPNPs) Berhubung "Walk For Democracy" Anjuran BERSIH 2.0

Posted: 21 Jun 2011 09:06 PM PDT

Pemuda PAS Perlis menyelar tindakan dangkal sesetengah pihak atau pertubuhan yang hanya menjadi 'pak turut' dalam membicarakan isu Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.


Terbaru, laporan Sinar Harian 21 Jun memetik Majlis Kebajikan Masyarakat (MKM) Perlis yang mendakwa mewakili 32 pertubuhan membuat resolusi membantah Himpunan Bersih selain membuat laporan polis berkaitan dengannya.


Mengulas bantahan tersebut, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya berkata sejak beberapa minggu ini terlalu ramai individu atau pertubuhan yang begitu ghairah membantah Himpunan Bersih 2.0 tanpa mempunyai pengetahuan yang jelas tentang rasional himpunan tersebut diadakan.


"Kita melihat ramai yang dah mula menjadi 'pak turut' atau burung kakak tua yang hanya mengikut sahaja apa yang orang lain dah buat. Saya nak tanya balik puak-puak yang pergi buat laporan polis ni, adakah mereka tahu tentang tuntutan Bersih?


"Jangan hanya kerana kawan-kawan lain bantah dan buat laporan polis kita pun ikut sama hanya semata-mata nak dapat "political mileage" atau sebagainya. Kami cabar siapa dia MKM yang mewakili 32 pertubuhan ini, kalau nak tahu apa dia Bersih 2.0, jom ikur sama-sama kami ke Kuala Lumpur pda 9 Julai ini," katanya.


Menurutnya lagi, Pemuda PAS Perlis tidak gentar dengan aporan polis yang telah dibuat berkaitan Himpunan Bersih.


"Tujuan kita ke sana adalah untuk menuntut satu sisitem pilihanraya yang bersih dan telus. Kita bukan nak lawan dengan polis atau Perkasa mahupun Pemuda Umno.


"Kami, Pemuda PAS Perlis mengalu-alukan mana-mana pihak atau pertubuhan yang tidak faham tentang Bersih ini supaya datang bersemuka untuk mendapat penjelasan yang sebaiknya. Jagan terlalu terikut-ikut dengan pihak-pihak tertentu atau media arus perdana yang banyak memberikan maklumat yang jelas tersasar," jelasnya lagi.


Untuk itu, Pemuda PAS Perlis sedang berusaha mengumpulkan seramai mungkin ahli PAS, para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran dari negeri ini untuk bersama-sama 300 ribu rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini.


"Walaupun Perlis sebuah negeri kecil, kita tetap akan menghantar sekitar 3000 orang ke Himpunan Bersih 2.0," ujarnya.




Komen PAS Kangar >> Berfikir dan mengkaji tuntutan BERSIH maka baru boleh buat ulasan,jangan kerana anda bekerja denga kerajaan,bimbang periuk nasi lingkup..maka menjadi pak anguk kepada pemimpin yang kurang cerdik.

Coretan Mat Sabu.

Posted: 21 Jun 2011 09:04 PM PDT


(*) Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.


Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.


Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.


Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.


Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.


Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.


Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.


Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.


Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.


Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.


Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.


Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".


Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".


Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka. - ABANG MAT SABU

Permainan games yang menghina Islam

Posted: 21 Jun 2011 08:58 PM PDT


Hassan Mahmud Al-Hafiz

Sebuah permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah. Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum 'penghulu syaitan' menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.


Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.


Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.



Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.




Pintu Kaabah yang ditojolkan sebagai Pintu terakhir untuk menemui ketua syaitan


Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.


Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"


Dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Di akhir babak, karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.


"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

Kalimah Allah pada 'Pintu' di dalam Permainan tersebut

Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 22 Jun 2011 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS NS buat perubahan menyeluruh

Posted: 22 Jun 2011 01:58 AM PDT




SEREMBAN, 22 Jun 2011 : PAS Negeri Sembilan ( http://pasns.blogspot.com/ ) membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi.

"Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13 dan keseimbangan peranan ahli diperingkat negeri dan kawasan," kata Pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai lapisan masyarakat, dari peneroka, kakitangan kerajaan dan swasta hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan.

Mesyuarat pimpinan Pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas Pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III.

Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) .

Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Khairul Azlan dan Siti Faridah.

Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkefly Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat.

Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban.

Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan.

Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2.

Sumber : Harakahdaily

Hi Tea bersama YB Siti Zailah 3 Julai 2011 di Lenggeng

Posted: 21 Jun 2011 11:29 PM PDT



MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 3 Julai 2011 , AHAD
Masa : 2.30 petang
Tempat : di Markaz PAS, MTD Beranang, Lenggeng, N.Sembilan
Bersama :
YB Hjh Siti Zailah (Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat)
Zulkefly Mohamad bin Hj Omar (AJK PAS Pusat)

Kupon HI-TEA : RM 5

Untuk tempahan kupon, sumbangan dan maklumat lanjut sila hubungi :
Pn Osnida 013-2689252 (Ketua Muslimat PAS Jelebu)
Pn Normah 019-2857448 (Ketua Muslimat PAS Kawasan Seremban)

Anjuran : HalWa, Dewan Muslimat PAS Kawasan Jelebu dengan kerjasama HalWa MTD Lenggeng

Ketua Cawangan Umno N.Sembilan pun kecewa dgn Utusan

Posted: 21 Jun 2011 07:56 PM PDT



Di Negeri Sembilan bukan ahli PAS dan PKR saja yang marah pada Utusan, orang Umno pun marah pada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Umno pula tu.

Madrasah tidak sebar ajaran sesat
Sinar Harian 22 Jun 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, di sini turut menafikan wujud ajaran sesat membabitkan Maahad Ittiba Us Sunnah di situ yang didakwa merekrut pelajar serta menyebarkan ideologi Jemaah Islamiah (JI).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Parit, Syukri Mohd Sharif berkata, madrasah itu sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung mengajar ilmu agama berasas al-Quran dan Sunnah Nabi.

"Rata-ratanya penduduk di sini belajar mengaji di madrasah ini.

"Setakat ini tiada sebarang aduan yang diterima tentang ajaran sesat, mahupun ideologi JI disebarkan melalui pembelajaran di madrasah ini," katanya pada sidang media di Maahad Ittiba Us Sunnah, Kampung Parit, di sini, petang kelmarin.

Syukri berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk belajar di madrasah tersebut, meskipun pelbagai dakwaan buruk dilemparkan.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohammed Kamel Mohd Yusof berkata, laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu sebelum ini tidak benar dan ternyata amat mendukacitakan pihaknya.

Mohamed Kamel yang juga waris pengasas Maahad Ittiba Us Sunnah mahu akhbar berkenaan memberikan penjelasan serta motif laporan mengatakan madrasah itu menyebar ideologi JI.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9214401.asp

MAAHAD, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT
Utusan Malaysia 20 Jun 2011

SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

'Bukan tolak pendidikan, tetapi kemudahan agak jauh'

Posted: 21 Jun 2011 07:55 PM PDT



'Bukan tolak pendidikan, tetapi kemudahan agak jauh'
Sinar Harian 22 Jun 2011

SEREMBAN – Bukan menolak pendidikan, tetapi masyarakat Orang Asli Kampung Gebok, Mantin, di sini menghadapi kesukaran untuk mereka menghantar anak ke sekolah.

Akibatnya, ramai yang tidak dapat mengikuti pendidikan sama seperti kanak-kanak lain.

Jarak perjalanan keluar dari kawasan perkampungan itu sejauh kira-kira 6 kilometer selain keadaan jalan kurang sempurna menjadi punca mereka tidak dapat menghantar anak mereka bersekolah.

Tok Batin, Botet Khasong, 57, berkata, ketika ini, hanya 12 kanak-kanak di situ yang mengikuti prasekolah di tadika kerajaan di Kampung Orang Asli Kedat, Mantin.

"Saya tidak nafikan ramai anak-anak di kampung ini tidak bersekolah, tidak tahu menulis dan membaca. Tapi itu bukan bermaksud kami menolak pendidikan.

"Tapi kemudahan itu agak jauh dan menyukarkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka. Tadika paling dekat pun di Kampung Orang Asli Kedat," katanya.

Berikutan itu, dia amat berharap pihak kerajaan dapat menyediakan kemudahan tadika di situ, sekaligus dapat membantu masyarakat Orang Asli mempertingkatkan diri dalam bidang pendidikan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9216064.asp

Pemuda PAS Merbok

Posted: 22 Jun 2011 07:31 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


Munajat Perdana sempena himpunan aman Bersih 2.0

Posted: 21 Jun 2011 09:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan.

Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu.

"Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini.

"Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini," katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku di Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004 menyedarkan kita bahawa BN Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan survival mereka terus kekal di Malaysia.

Manakala baru-baru ini, ujarnya kita telah dikejutkan dengan laporan yang menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan pendatang-pendatang asing untuk mencemarkan kemurniaan dan 'kebersihan' pilihan raya di negara ini.

Dewan Ulama, katanya tidak akan merelakan perkara daripada terus berlaku di bumi Malaysia ini.

Beliau menambah, Dewan Ulama akan menggunakan keupayaan yang syarie dan berlandaskan undang-undang negara untuk menjadi benteng bersama sayap yang lain untuk mempertahankan kemurniaan ini.

Jelasnya, Dewan Ulama tidak akan membiarkan mana-mana pihak tertentu samada parti atau NGO untuk menangguk di air yang keruh bagi merosakkan hubungan yang harmoni di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini.

"Dewan Ulama insya Allah akan memastikan agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang," ujarnya.


Haa tunggu lagi Ustaz Zahir, keluarkan arahan lekas..

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 22 Jun 2011 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


FELCRA RUNGKUP : MILIK SIAPA ?

Posted: 21 Jun 2011 10:51 AM PDT

CERAMAH UMUM : FITNAH II & 3

Posted: 21 Jun 2011 10:34 AM PDT

i n t a n h i j a u

Posted: 22 Jun 2011 07:04 AM PDT

i n t a n h i j a u


2 JULAI PRA HIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0

Posted: 22 Jun 2011 03:57 AM PDT


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Sebagai suatu usaha menyahut seruan himpunan aman Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai ini di ibu kota, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan  menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai ini sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 yang berwarna kuning.

Katanya, ia sebagai warm up (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

"Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai ini tidak perlu diadakan sebarang himpunan, cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap himpunan aman ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.
"Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2 Julai 2011 ini.  Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0," ujarnya.

Jelasnya, rasional seruan itu adalah sebagai warm up (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap himpunan aman nanti dengan mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihan raya yang bersih dan adil di masa akan datang.

Ini juga, ujarnya membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan aman Bersih 2.0 adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit dan ingin menunjukkan bahawa himpunan nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.

Selain itu, katanya 2 Julai  sebagai hari memakai baju kuning sebagai tarikan atau promosi terhadap rakyat Malaysia yang lain agar turut sama mengambil bahagian menyertai himpunan itu.

"Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai nanti adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka," katanya.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 22 Jun 2011 03:22 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


UMNO SAYANGKAN ULAMAK DAN NEGARA ISLAM?

Posted: 21 Jun 2011 11:37 PM PDT

KEYATAAN MEDIA

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat serangan terbaru Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus terhadap saf kepimpinan PAS Selangor yang baru di lantik sebagai telah diresapi oleh pengaruh puak-puak Erdogan dan meminggirkan ulama ' serta meninggalkan perjuangan menegakkan Negara Islam adalah kenyataan yang dangkal daripada orang yang sempit pemikiran terhadap situasi politik semasa. Ini menunjukkan bahawa UMNO sememangnya sekarang ini semakin tertekan dan celaru kerana kecemburuan dan kedengkian mereka terhadap saf kepimpinan PAS Negeri Selangor yang baru yang terdiri daripada kalangan ulamak dan profesional dalam banyak bidang kepakaran, korporat dan aktivis masyarakat. Tidak berlaku sebarang peminggiran terhadap individu atau golongan tertentu seperti yang dinyatakan oleh beliau.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan bahawa UMNO/BN Selangor kini sudah semakin lelah dan "hilang upaya" untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah muak dan meluat dengan setiap aksi pemimpin-pemimpin yang memualkan seperti melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kepada kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat, politik lucah dan adu domba untuk memecahbelahkan pimpinan Pakatan Rakyat, skandal seks, rasuah, kronisme, nepotisme dan pelbagai salah laku yang lain. Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat kenyataan Ketua Penerangan UMNO Selangor ini tidak lebih sebagai satu sandiwara orang yang telah nyanyuk dan uzur. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mempertahankan penegasan yang telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB. Dr. Abdul Rani Osman bahawa saf Kepimpinan PAS Selangor yang baru di lantik adalah hasil permesyuaratan seluruh kepimpinan PAS Kawasan dan Dewan-dewan di peringkat Negeri, bukannya hasil daripada usaha lobi-melobi jawatan sepertimana yang dilakukan oleh pemimpin UMNO/BN. Dalam PAS perebutan untuk menjadi pemimpin parti tidak pernah berlaku bahkan ada yang telah terpilih pun memohon untuk tidak di lantik sebagai pimpinan parti kerana jawatan parti adalah amanah yang cukup berat yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. 

Di dalam PAS, orang-orang yang melobi untuk sesuatu jawatan pastinya akan berasa kecewa dan  akhirnya akan terpinggir daripada perjuangan parti. Begitu juga tidak timbul soal PAS menggadai dan meninggalkan dasar perjuangan apabila menggerakkan agenda "Membangun Negara Berkebajikan" kerana Perlembagaan PAS Fasal 3, jelas menyebut dasar PAS ialah Islam dan Fasal 5, tujuan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah di samping mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Agenda Negara Berkebajikan adalah termasuk di dalam pernyataan Fasal 5 tersebut dan inilah yang tidak difahami oleh pemimpin UMNO/BN.

HASBULLAH MOHD RIDZWAN           
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

22 Jun 2011

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Posted: 21 Jun 2011 07:52 PM PDT

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH
Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan