Rabu, 22 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 22 Jun 2011 01:58 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Babak Ketiga Kartun Utusan Meloya

Posted: 21 Jun 2011 07:55 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Jun 2011 01:50 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Bekas Ketua Pengarah JKR enggan berundur

Posted: 22 Jun 2011 01:40 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Konflik pelantikan sudah berlarutan dua bulan

KUALA LUMPUR: Dua nakhoda satu kapal. Apakah ini yang berlaku di Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini berikutan tindakan bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Dr Judin Abdul Karim enggan mengosongkan biliknya, walaupun penggantinya sudah dilantik sejak Mei lalu?

beritaharian/-

Hubungi kami

Posted: 22 Jun 2011 01:21 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Email: editorharakahdaily@gmail.com (berita)
red-ads@harakah.net.my (iklan)

Alamat
No 22 Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur.
Tel: 03-40233270 fax: 03-40233278

EDITORIAL
Ketua Pengarang
Zulkifli Sulong
email: zulsulung@gmail.com
hp: 019-3824134

Pengarang
Azmi Yusof
email: amanah85@gmail.com
hp: 019-9863781

Pengarang Berita (Video)
Mohd Nazri Abdullah
email: nazrium@yahoo.com
hp: 012-2281762

Pengarang Berita (Negeri)
Mohd Hafiz Baki,
email: afizbaqi@gmail.com
hp: 0193963239

Pengarang Rencana
Haris Zalkapli,
email: hariszalkapli@gmail.com
hp: 0127379974

PENGURUSAN IT

Shuhaimi Embong
email: shuhaimi@harakah.net.my
hp: 012-9427070

UNIT PENGIKLANAN HARAKAHDAILY

Zaiton Afandi
email: mastermuzo@harakah.net.my
Tel: 03-40233343
hp: 013-282 3998

Agen Pengiklanan Edisi Bahasa Melayu
Redrebana Sdn Bhd
Pengurus
Amir Ramadzan Ibrahim
emeil: sales@redrebana.com
Tel: 03-61894373
hp: 019-2163979

Agen Pengiklanan Edisi English
Packetbit Network
Pengurus
Muhd Izzad Bin Muhd Suod

Packetbit Network
No 1-2B Jalan UP 1/8
Ukay Perdana 1
68000 Ampang, Selangor.

Web: http://adxea.com/hde
emeil: sales@packetbitnetwork.com
Tel(HP):010 277 5820
Tel(P):03 4147 4660
Fax: 03 4147 4662

harakahdaily/-

Tukar slot Maharaja Lawak kepada kuliah Tok Guru

Posted: 22 Jun 2011 01:00 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU- Seorang penyokong kerajaan mengesyorkan agar slot Maharaja Lawak yang disiarkan di Astro kini ditukar dengan kuliah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) dalam sesi soal jawab berkata, rancangan Raja Lawak tidak mendatangkan manfaat dan perlu diisi kepada bentuk yang mengingatkan penonton kepada agama.

"Pertandingan realiti itu tidak memberikan sebarang faedah. Lebih baik diisi dengan rancangan agama seperti ceramah Tok Guru," katanya yang terdahulu bertanyakan adakah Kerajaan Negeri bercadang mengadakan penyiaran sendiri seperti rancangan TV khas untuk negeri Kelantan.

Menjawab isu tersebut, Pengerusi Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Fazli Hasan berkata, pihaknya akan melancarkan web televisyen dan radio sendirinya pada bulan depan bagi membolehkan rakyat menonton dan mendengar berita-berita dari negeri ini.

Beliau berkata, kini kerajaan Pas Kelantan hanya menggunakan siaran Internet untuk penonton dan pendengar mengetahui berita-berita dari Kelantan kerana kebanyakan siaran di televisyen mengenai negeri ini hanyalah berunsur negatif.

Isu perpindahan Bazar Tok Guru selesai

Posted: 22 Jun 2011 12:59 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU - Isu keengganan 300 peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berpindah ke Bazar Tok Guru dianggap selesai setelah mereka bersetuju berbuat demikian melalui proses pengundian untuk mendapatkan lot niaga di bazar itu.

Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Sanusi Othman berkata, proses pengundian yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, dekat sini hari ini berjalan lancar dengan kehadiran 230 peniaga.

Selepas ini proses menandatangani perjanjian jual beli akan dijalankan selewat-lewatnya pada 28 Jun ini, katanya kepada pemberita semasa majlis pengundian Bazar Tok Guru di sini hari ini. - Bernama

Jangan persoal niat, tingkatkan bimbingan secara serius untuk elak murtad

Posted: 22 Jun 2011 12:50 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Isu murtad dari kalangan Saudara Baru perlu mendapat perhatian serius kerajaan pusat dan pelbagai pihak kerana statistik sebagaimana yang disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di dewan rakyat amat membimbangkan.

Perdana Menteri Malaysia merupakan seorang muslim namun mengapa timbul masalah rakyatnya sendiri yang telah menganut Islam memohon untuk murtad, adakah ini disebabkan Perdana Menteri gagal pamerkan akhlak seorang Islam yang sebenar sehingga nampak Islam tidak menarik ?

Negara Malaysia tidak saya nafikan wujudkan usaha ke arah menjaga saudara baru, tetapi ia cuma komited dalam negeri iaitu bersifat lokaliti, sepatutnya kerajaan persekutuan memain peranan yang lebih besar, kerana perlembagaan menyebut Islam sebagai agama persekutuan, tetapi UMNO sebagai satu kompenen dari BN tidak ambil serius hal ini.

Pendidikan yang syumul tentang Islam cuma dilakukan oleh sesetengah pihak sahaja, natijahnya yang kabur makin tidak faham apakah itu islam yang sebenar temasuklah mereka yang baru memeluk Islam.

Walaupun wujud usaha untuk menanganinya, tetapi kebanyakannya bersifat jangka pendek, Kerana itu saya menyarankan supaya semua mesjid mengadakan hubungan yang baik dengan Pejabat Agama dan PERKIM terutamanya bagi meningkatkan bimbingan kepada saudara baru dalam ahli qariahnya.

Saudara baru yang telah berdaftar dengan Pejabat Agama mestilah dimaklumkan kepada Qariah Mesjid yang berkaitan sesuai dengan alamat yang telah diberikan. Data mengenai Saudara baru mestilah diperturunkan kepada Qariah mesjid yang berdekatan untuk tujuan bimbangan secara terancang bagi mengelakkan mereka keluar dari islam.

Saya tidak terkejut kalaulah segala usaha dan bimbingan dilakukan dengan serius namun mereka masih mahu keluar islam, namun amatlah dikesali sekiranya tidak usaha yang serius menyebabkan mereka keluar Islam.

Apalagi saya amat kesal jika benar wujud khabar angin bahawa muslim melayu khususnya mempersoal niat dan keikhlasan saudara baru .
apakah hak kita untuk mempersoalkan niat dan keikhlasan sedangkan hak sebenar seorang yang tahu mengenai Islam mestilah berusaha membimbing saudara mereka yang baru masuk Islam.

Kita sering mendengar mengenai gerakan Islam di eropah dan barat amnya, Islam disana telah diketegorikan sebagai agama yang paling cepat berkembang dari segi jumlah penganutnya. namun kenapa perkara sebaliknya berlaku di malaysia ?

Di Amerika Syarikat sendiri, Dilaporkan 20 ribu orang peluk Islam setiap tahun, menjadikan jumlah terkini muslim sana seramai 9 juta orang dan jumlah tersebut semakin meningkat.

Di Malaysia, walaupun UMNO-BN menganggap merekalah pembela agama dan bangsa yang berkuasa sebagai kuasa pusat bagi mentadbir Malaysia sebagai negara Islam namun anehnya sedang bergelut dengan Isu murtad yang tidak nampak kesudahannnya.

52 tahun telah berlalu, umat Islam di Malaysia seharusnya memandang berat isu ini, pemerintah yang cuma berlakon kononnya membela Islam sewajibnya ditolak dan perubahan perlu dilakukan pada PRU 13.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 22 Jun 2011.

Bapa rayu anak kembar dimatikan

Posted: 22 Jun 2011 12:40 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

SABA (kiri) dan Farah Shakeel.

PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu

Posted: 22 Jun 2011 12:30 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

PAS Terengganu mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru Sabtu lalu yang bertujuan mengejutkan parti itu yang dianggap lesu dan terus lena sejak dua pilihan raya umum lalu.

Sejak tumbangnya PAS di negeri paling kaya di Malaysia pada 2004, parti itu dilihat agak tempang dan tidak dapat menyaingi pengaruh Umno yang juga tidak sepi dengan pelbagai masalah dalaman.

Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya".

Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan.

Berdasarkan senario itu, jelas PAS Terengganu cukup lesu dan pemimpin yang ada tidak lagi boleh disandarkan bagi merampas semula negeri berkenaan.

Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun.
Kejar bola

Kabinet yang dibentuk pada 18 Jun lalu itu menyaksikan beberapa pemimpin baru cuba diketengahkan bagi mengimbangi dominasi hampir 20 tahun pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Harun Taib dan Datuk Wan Mutalib Wan Embong.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang baru dilantik ke jawatan itu mengakui bahawa bahawa pemimpin kanan - yang rata-rata berumur lebih 60 tahun - kini tidak lagi berada di barisan hadapan bagi mendepani pilihan raya.

Ia susulan rungutan akar umbi PAS bahawa pemimpin senior berkenaan tidak mampu lagi menarik sokongan golongan muda yang merupakan penentu dalam setiap pilihan raya.

"Saya hendak yang muda-muda sedikit, seperti pasukan bola sepak ada yang nak berlari kejar bola, nak berebut bola (mesti anak muda)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik.

Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri.

Di samping itu, tujuh ahli jawatankuasa yang dilantik antara mereka Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex- officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Dalam rombakan itu juga daripada lima jawatan tertinggi perhubungan negeri itu, hanya Abu Bakar dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa PAS negeri, manakala Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya dilantik sebagai penasihat.

Pemimpin lama yang tidak dilantik menganggotai pasukan baru negeri itu termasuklah Mustafa, Harun dan Wan Mutalib.

Kecuali Satiful Bahri Mamat yang merupakan pengasas sekolah pensendirian agama, Mohd Abdul Wahid dan barisan pemimpin penting dalam kabinetnya berlatarbelakang profesional dengan kebanyakannya usahawan dan doktor.

Mohd Abdul Wahid sendiri terlibat dalam projek pertanian dan penternakan ayam.

Ahli jawatankuasa yang dilantik pertama kali adalah Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman dan Dr Mohd Khazani Abdullah - yang dikatakan amat rapat dengan Abdul Hadi.

Pemerhati politik berpandangan perubahan pucuk kepimpinan PAS boleh disamakan dengan pendekatan BN pasca pilihan raya 1999 yang terpaksa mengetengah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai teraju utamanya setelah bekas menteri besar Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad disingkirkan.

Lebih bertenaga

Mohd Abdul Wahid bagaimanapun menyifatkan kabinetnya sebagai gabung jalin antara golongan ulama muda, aktivis dan profesional.

Malah, jawatankuasanya turut dianggotai golongan profesional, termasuk tiga orang orang doktor perubatan.

"Saya nampak muka-muka baru ini lebih bertenaga untuk buat kerja," katanya.

Beliau juga menafikan mengetepikan peranan pemimpin senior yang pernah berada dalam kepimpinan PAS Terengganu sejak sekian lama.

"(Pemimpin) yang senior, kita tidak tinggal. Mereka kekal tetapi tidak dalam barisan hadapan... Yang senior (kita beri tugas) dari segi taktik atau menjadi penasihat," katanya.

Tegasnya, tanggapan golongan itu diketepikan tidak benar kerana ada antara mereka mahu memberi tumpuan kepada tugas di peringkat pusat dan ada yang mahu memberikan tumpuan kepada urusan peribadi.

"Tidak (ketepi), tidak mereka semua bekerja... Mereka datang ke program. Tidak timbul kita mengetepikan mereka," katanya.

Menurut Abdul Wahid, perubahan pucuk kepimpinan negeri itu "proses yang normal" kerana di negeri lain, termasuk Kedah dan Perak turut mengambil pendekatan yang sama.

Sehubungan itu, Abdul Wahid yang juga ahli parlimen Kuala Terangganu berkata sebahagian 'muka baru' itu pernah lama dalam kepimpinan negeri dan perlu diketengahkan ke depan.

Walaupun kepimpinan Abdul Wahid ini belum teruji, namun jika strateginya mantap tidak mustahil BN ditumbangkan, lebih-lebih lagi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said belum berjaya mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu.

malaysiakini/-

Peniaga mati otak terburai

Posted: 22 Jun 2011 12:15 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

GEORGE TOWN - Seorang peniaga maut selepas diserang sekumpulan lelaki tempatan menggunakan sebilah parang sehingga otak terburai di hadapan rumahnya di Sungai Nibong Tebal dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 pagi, mangsa Choong Chor Nim, 35, dikatakan baru sampai ke rumah bersama teman wanitanya yang berusia 19 tahun sebelum didatangi empat lelaki menaiki sebuah kereta.

Kesemua suspek terus menerpa dan menetak mangsa berkali-kali sehingga Chor Nim rebah berhampiran pintu pagar rumah teres dua tingkat miliknya itu.

Mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) setelah mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, hasil pemeriksaan mendapati mangsa cedera di pangkal tangan kanan, bahu kanan, perut kanan, lutut kiri dan kanan, kepala, telinga serta pipi kanan manakala otaknya terburai.

Menurut beliau, polis sedang memburu keempat-empat suspek yang berjaya meloloskan diri sebaik melihat mangsa berlumuran darah.

"Kita masih menyiasat motif kejadian termasuk meneliti laporan yang dibuat pengadu iaitu wanita yang berada bersama suspek semasa kejadian tersebut berlaku," kata beliau.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

kosmo/-

Munajat Perdana sempena himpunan aman Bersih 2.0

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Dewan Ulama PAS Pusat menyeru diadakan Munajat Perdana di seluruh negara sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

"Sempena himpunan aman Bersih 2.0 yang insya Allah akan diadakan 9 Julai ini, maka Dewan Ulama PAS Pusat menyeru supaya seluruh pendukung PAS pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan munajat perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz atau di mana-mana lokasi yang sesuai," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Nazmi Nik Din dalam satu kenyataan.

Katanya, Dewan Ulama setiap negeri diberikan tugas untuk menggerakkan dan merealisasikan ketetapan itu.

"Seluruh ahli dan pendokong PAS diseru supaya berdoa dan memohon kepada Allah SWT dengan rasa rendah diri dan tawadhuk di atas luar keupayaan kita untuk menghadapi tipu daya dan kejahatan oleh pihak-pihak tertentu yang mencemarkan proses pilihan raya di negara ini.

"Sebelum ini kita telah mendengar pelbagai penyelewengan yang telah berlaku untuk mengkhianati suara rakyat yang mahukan perubahan terhadap negara Malaysia yang tercinta ini," katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku di Terengganu dalam pilihan raya tahun 2004 menyedarkan kita bahawa BN Umno sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan survival mereka terus kekal di Malaysia.

Manakala baru-baru ini, ujarnya kita telah dikejutkan dengan laporan yang menyatakan bahawa terdapat usaha-usaha pihak tertentu yang cuba menyalahgunakan pendatang-pendatang asing untuk mencemarkan kemurniaan dan 'kebersihan' pilihan raya di negara ini.

Dewan Ulama, katanya tidak akan merelakan perkara daripada terus berlaku di bumi Malaysia ini.

Beliau menambah, Dewan Ulama akan menggunakan keupayaan yang syarie dan berlandaskan undang-undang negara untuk menjadi benteng bersama sayap yang lain untuk mempertahankan kemurniaan ini.

Jelasnya, Dewan Ulama tidak akan membiarkan mana-mana pihak tertentu samada parti atau NGO untuk menangguk di air yang keruh bagi merosakkan hubungan yang harmoni di antara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini.

"Dewan Ulama insya Allah akan memastikan agar himpunan Bersih 2.0 menjadi platform dan simbol perpaduan dan kesatuan rakyat dari pelbagai latar belakang," ujarnya.

harakahdaily/-

Video seks: Trio 'Datuk T' akan didakwa Jumaat ini

Posted: 21 Jun 2011 11:51 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Semua tiga anggota kumpulan trio 'Datuk T' akan didakwa di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur Jumaat ini.

Dalam kiriman SMSnya, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah
(kiri) berkata dia diminta hadir di mahkamah tersebut pada jam 8 pagi Jumaat.

SMS itu berbunyi: Datuk 'T' akan di Charge di Mahkamah Jalan Duta pada jam 8 pagi, 24 June 2011. Harap maklum

Dua lagi anggota trio 'Datuk T' - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Mereka telah mengaku menayangkan satu video seks kepada para editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.

malaysiakini/-

Obama panggil balik 10,000 askar dari Afghanistan

Posted: 21 Jun 2011 09:30 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

WASHINGTON: Presiden Barack Obama hari ini dijangka mengumumkan pelan mengeluarkan 10,000 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang berkhidmat di Afghanistan, selepas rakyat negara itu semakin bimbang dengan ancaman peperangan.

Operasi membawa balik itu dijangka dilaksanakan berperingkat dengan kumpulan pertama membabitkan 5,000 askar menjelang musim panas ini dan baki 5,000 lagi pada musim sejuk atau musim bunga pada 2012.

Menurut pegawai kanan Pertahanan AS, Obama juga sedang menimbang masa yang sesuai untuk membawa balik 20,000 askar tambahan negara itu yang diperintahkan ke Afghanistan pada Disember 2009 lalu. - AFP

RM1.8 Juta Lebih Diperlukan Untuk Pengurusan Kemudahan Kawasan Pelancongan Bukan Akaun Facebook

Posted: 21 Jun 2011 09:00 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

PAS Kawasan Miri kecewa dengan keadaan jalan raya yang menghubungkan
Taman Negera Niah ke kawasan luar. Hasil daripada lawatan yang
dilakukan oleh beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Miri
mendapati terdapat beberapa tempat jalan yang tidak berturap atau
telah rosak. Kerosakan dan ketidaksempurnaan ini bukan sahaja berlaku
di jalan raya ke Taman Negara Niah ini malah keadaan tempat meletakkan
kereta yang tidak berturap. Perkara seperti ini tidak seharusnya
berlaku di sebuah taman negara yang terkenal seperti Taman Negara Niah
ini.

Suasana seperti ini akan memberi gambaran awal yang tidak baik kepada
pelancong-pelancong samada dari dalam mahupun dari luar negara.
Perkara seperti ini seharusnya menjadi keutamaan Kementerian
Pelancongan Malaysia bagi menyediakan kemudahan yang terbaik di
taman-taman negera seumpa ini. Seharusnya jumlah dana RM1.8 juta untuk
pembukaan dan pengurusan promosi online pelancongan Malaysia
disalurkan bagi pembaikan dan pengurusan kemudahan-kemudahan awam di
kawasan pelancongan seumpama ini.

"Saya cukup sedih melihat keadaan dan kemudahan di sekitar Taman
Negera Niah ini yang cukup dikenali di seluruh dunia. Kemudahan asas
seperti jalan yang berturap dan kawasan letak kereta yang lebih
tersusun perlu disediakan segera", kata M Arifiriazul Ketua Penerangan
PAS Miri yang bersama-sama di dalam rombongan tersebut.

PAS Miri ingin mencadangkan agar pihak kementerian yang terbabit untuk
mengadakan lawatan segera bukan sahaja ke Taman Negera Niah malah ke
semua taman-taman negeri di Malaysia untuk menilai serta meneliti
keadaan kemudahan yang disediakan.

"Kita mahu Kementerian Pelancongan Malaysia untuk adakan lawatan ke
seluruh taman negara di negara ini untuk menilai keadaan kemudahan
yang disediakan", cadang Ir M Khairulnizam Yob Timbalan YDP PAS Miri.

Al-Quran dibuang di pusat kitar semula

Posted: 21 Jun 2011 08:45 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.
Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

"Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.

"Kami kemudian memaklumkannya kepada pengurusan pusat berkenaan dan mereka memberi kerjasama serta membenarkan kami mengambil semua naskhah al-Quran, buku dan kitab lama yang terdapat di situ," katanya ketika ditemui di pusat kitar semula berkenaan, petang kelmarin.

Mustaffa berkata, antara yang ditemui adalah kitab lama seperti Minhaj Abidin karangan Imam Ghazali yang sering dijadikan bahan mengajar atau rujukan utama beberapa guru sekolah pondok. Sebahagian besarnya dikarang penulis serta diterbitkan di Indonesia dan dipercayai tidak lagi laku untuk dijual.

Semua al-Quran dan kitab itu dibawa ke pejabat agama daerah ini.

Beliau menyifatkan mereka yang membuang al-Quran dan kitab seperti itu tidak tahu cara untuk melupuskannya.

sinarharian/-

Sentimen SPR Pula Bagaimana Tan Sri?

Posted: 21 Jun 2011 08:30 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

KOMENTAR : "Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.

"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Namun yang menjadi persoalannya, sentimen SPR sendiri bagaimana? Dengan perkataan lain, SPR condong ke arah parti dan calon yang bagaimana? Soalan-soalan ini harus ditanya berulang-ulang kali.

Ini kerana jika SPR mengatakan ia berkecuali mengapa banyak sangat sentimen Badan Bukan Kerajaan, Majlis Peguam dan sudah tentu parti-parti politik cenderung mengatakan SPR tidak telus dan tidak berlaku adil pada semua, khususnya rakyat dalam mengendalikan pilihanraya di negara ini.

Ada rakyat yang tidak pernah mendaftar tiba-tiba mendapati nama mereka tersenarai dalam daftar pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tersenarai dalam daftar di kawasan undi yang tidak munasabah jauhnya dari alamat tinggal mereka.

Ada juga yang sudah mendaftar, pernah mengundi tetapi tiba-tiba mendapati tempat mengundi mereka dipindahkan ke pusat lain tanpa notis.

Ada juga semakan yang dibuat mendapati pada sesuatu alamat ada berpuluh pengundi didaftarkan. Ada juga senarai pemilih dalam daftar berkenaan lebih ramai dari penduduk sesebuah rumah panjang!

Selain itu timbul pula kemusykilan bagaimana sebenarnya undi pos dijalankan. Bagaimana apabila ada kes Agen Mengundi dan Agen Pengiraan Undi atau PACA memantau proses pembuangan undi pos mendapati hanya tiga orang yang keluar mengundi di sebuah tempat pembuangan undi tetapi apabila keputusan dibacakan ada lebih 127 pengundi diumumkan telah membuang undi di pusat berkenaan.

Parti mana yang mendapat manfaat atau undi majoriti dalam proses pilihanraya itu memang agak mudah diterka. Undi pos adalah undi mereka yang tidak berpeluang membuang undi pada hari mengundi diadakan kerana bertugas di seberang laut, atau di kawasan pedalaman seperti anggota keselamatan negara. Bagaimanapun mengapa anak isteri mereka pun dikelompokkan dalam senarai undi pos?

Ini belum mengambil kira ada anak isteri anggota keselamatan yang tidak pernah mengisi Borang A untuk mendaftar sebagai pengundi tetapi secara automatik disenaraikan sebagai pemilih menurut sistem undi pos!

Ini semua adalah sentimen rakyat, Badan-Badan Bukan Kerajaan dan parti-parti politik Bukan-BN terhadap SPR. Pengerusi SPR tidak boleh alpa dan terlepas pandang terhadap hakikat ini. Ini bukan sekadar persepsi. Ia sudah menjadi sentimen yang ranum di hati rakyat.

Percubaan untuk mengelak menerima hakikat ini adalah buruk padahnya kepada kewibawaan SPR dan kakitangannya sendiri dalam jangka masa panjang.

Sebab itu rakyat ingin bersuara. Mereka mahu hapuskan sentimen terhadap SPR yang mencurigakan ini. Sebab itu juga digerakkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Singkatannya Bersih 2.0. Kemuncak gerakan ini ialah pada 9 Julai ini.

Usaha raksasa kali kedua ini dijangka akan disaingi oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Perkasa, gerakan Melayu berhaluan kanan yang tidak mahu tatakelola SPR diubah atas nama "memelihara kepentingan Islam dan Melayu".

Sekali lagi tidak sukar untujk memahami mengapa Pemuda Umno atau Perkasa mahu menyaingi usaha Bersih 2.0. Ini tentunya kerana apa yang dituntut Bersih 2.0 ialah supaya pengurusan pilihanraya di negara ini dilakukan benar-benar atas landasan keluhuran undang-undang dan keadilan. Rakyat tahu segala kepincangan sistem pilihanraya di negara ini selama ini menguntungkan siapa.

Pilihanraya bukan sahaja ditentukan oleh sentimen. Ia juga berkaitan dengan ruang dan peluang. Jika sebelah pihak sahaja diberi peluang untuk menghebahkan manifesto mereka melalui sistem media berbayar dan awam tetapi tidak bagi pihak yang lain, bagaimana rakyat boleh membuat keputusan yang tepat siapa yang patut dipilih menjadi wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri?

SPR mesti tegas dalam soal agihan peluang dan ruang bagi semua pihak yang menawarkan diri bertanding dalam sistem pilihanraya yang dikendalikannya.

SPR juga mestilah memberi peluang kepada rakyat sepenuhnya. Yang pasti sebagai sebuah negara membangun Malaysia boleh dan mampu mewajibkan pendaftaran setiap kelahiran warganya dan dikeluarkan surat beranak setiap seorang. Kemudian prosedur ini disahkan pula dengan pendaftaran wajib kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Berbilion ringgit dibelanjakan untuk mewujud dan mengamalkan sistem ini.

Namun malangnya pangkalan data ini tiba-tiba tidak terpakai oleh SPR untuk mendaftarkan mereka secara automatik sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun. Isteri dan keluarga anggotan keselamatan boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik; tapi rakyat biasa yang mempunyai surat beranak dan kad pengenalan tidak boleh. Bukankah ini ganjil?

Ini bermakna sama ada kita hendak mengatakan Jabatan Pendaftaran Negara tidak cekap atau SPR sebenarnya malas, culas atau mungkin mempunyai sentimen yang kurang cenderung kepada ketelusan dan keadilan untuk setiap rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahu mentadbir negara.

Sehubungan itu, jika jabatan Imigresen boleh menguruskan keluar masuk setiap insan ke negara ini hanya dengan menggunakan pengenalan cap jari atau biometrik, mengapa SPR tidak mampu menggunakan pendekatan yang sama? Atau, sekurang-kurangnya menggunakan sistem dakwat pada jari pengundi bagi memastikan tiada mengundi lebih sekali!

Alasan yang mengatakan bahawa pendaftaran sebagai pengundi tidak diwajibkan di bawah Perlembagaan dan lantas mengundi tidak boleh diwajibkan, adalah hujah yang lapuk dan terlalu kebudak-budakkan.

SPR adalah badan mutlak yang diberi kepercayaan untuk mengendalikan pilihanraya di negara ini oleh Perlembagaan Negara. Ia seharusnya bertindak tuntas dan dengan telus dalam menunaikan tanggungjawab ini.

Pandangan Tan Sri Aziz bahawa sentimen rakyat terhadap parti-parti yang bersaing dalam pilihanraya mungkin berubah-ubah menurut iklim dan isu politik. Namun sentimen rakyat terhadap SPR seharusnya terus bening dan bersih serta tekal.

Kewibawaan SPR harus luhur dan adil. Ini kerana Kerajaan yang dilahirkan daripada pilihanraya yang bersih dan adil sahajalah yang boleh dikira sebagai Kerajaan yang berdaulat dan wajib disokong oleh setiap rakyat. Oleh itu sentimen SPR terhadap setiap parti politik berdaftar pula haruslah sentiasa bersih dan tiada pilih kasih. Hidup Bersih 2.0!

tv selangor/-

Himpunan Bersih 2.0 : UMNO dan BN seperti dirasuk makhluk halus.

Posted: 21 Jun 2011 07:30 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Saya berpandangan UMNO BN telah terbukti sebagai sebuah parti yang anti terhadap rakyat yang mahukan sebuah kepimpinan yang punyai daya saing dan berkebajikan.

Hakikat yang berlaku dari sudut ekonomi yang disebut-sebut sebagai membangun dengan begitu bangga cuma cakap kosong sahaja dan layak ditong sampahkan, buktinya, Malaysia mengalami defisit kewangan selama 12 tahun berturut sejak 1998.

Saya ragu dengan dakwaan kononnya ekonomi Malaysia berada pada tahap memberangsangkan jika difisit gagal ditangani selama tempoh itu.

Sebenarnya kemana pergi wang tunai Negara kita? Adakah semua wang itu sudah lesap? Pengurusan wang Negara yang bernilai billion ringgit yang tidak sistematik dan berkepentingan peribadi serta rasuah yang melampau oleh pimpinan UMNO BN dengan tidak mengambil kira soal hak rakyat telah menyebabkan keadaan wang negara amat tenat pada masa ini.

Terkini UMNO BN saya lihat seperti orang yang terkena rasuk makhluk halus apabila isu Himpunan BERSIH 2.0 yang menyaksikan kegelisah pemimpin BN yang takutkan kepada tuntutan dan perubahan dari rakyat soal Pilihanraya.

Saya juga melihat PAS dengan agenda Negara berkebajikan telah mengambil kira pelbagai aspek yang akan dipulihkan selepas PR berkuasa di Putrajaya, Namun yang resah dan gelisah adalah pemimpin UMNO BN yang cuma mengkritik untuk menutup kelemahan mereka sendiri yang terlalu ketinggalan dalam isu Negara berkebajikan.

Saya kira UMNO BN perlu berehat untuk beberapa penggal dan beri laluan kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya, mereka (UMNO BN) terlalu lama memerintah, mereka sudah nyayuk, tak mampu berfikir seperti orang waras.

Kerajaaan korup UMNO BN yang diharap-harapkan rakyat selama 52 tahun ini telah menjadikan Negara berada pada tahap bahaya berisiko tinggi jika tiada perubahan pada PRU 13 ini.
.
Inilah masanya iaitu PRU13 dimana rakyat perlu bertindak dengan melantik kerajaan baru supaya negara boleh menjadi pemangkin kepada malaysia baru yang lebih aman dan makmur serta mementingkan soal kebajikan rakyatnya.

Kerana itu usaha menghalang Himpunan Bersih dan demokrasi yang adil adalah Isu yang membuktikan UMNO dan BN yang risaukan hilang kuasa dalam PRU akan datang.

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Solat tanda bersyukur

Posted: 21 Jun 2011 07:15 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

SURAH ini termasuk dalam kategori surah Makiyyah, sebagaimana pendapat Ibn Abbas dan jumhur ulama. Sedangkan pendapat al-Hasan, Ikrimah dan Qatadah pula bahawa ia termasuk dalam surah Madaniyyah. Ia mengandungi tiga ayat dan diturunkan selepas surah al-'Adiyat.

Hubungan dengan surah al-Ma'un

Dalam surah al-Ma'un disebutkan golongan yang mendustakan agama dengan empat sifat iaitu kikir, tidak mengerjakan sembahyang, riak dan menolak memberi pertolongan.

Dalam surah ini Allah SWT menyebut anugerah kepada Rasulullah SAW dalam bentuk kebajikan dan keberkatan. Kemudian dinyatakan bahawa Dia menganugerahkan al-Kauthar kepada Nabi yang bererti kebajikan yang banyak, memelihara sembahyang, sentiasa mengerjakannya secara ikhlas dan bersedekah kepada orang fakir.

Sebab turunnya surah ini

Orang musyrik Mekah dan orang munafik Madinah mencela dan mengejek Nabi perkara berikut:

l Hanya golongan yang lemah sahaja menjadi pengikut baginda dan tidak terdapat pun para pemimpin serta pembesar yang mengikut baginda.

Jika agama yang dibawa itu benar pasti para pembelanya terdiri daripada golongan fakir yang mempunyai kedudukan mulia dalam masyarakatnya. Ucapan mereka itu bukanlah perkara baru kerana hal ini juga berlaku ke atas kaum Nabi Nuh a.s yang berkata kepadanya (lihat surah Hud ayat 27).

Sudah menjadi sunnah Allah kepada makhluk-Nya, pada kebiasaannya mereka mudah menerima ajakan rasul kerana mereka tidak memiliki harta yang dibimbangkan musnah untuk kepentingan ajakan yang baru, tidak memiliki kedudukan dan kekuasaan yang dikhuatiri dimiliki oleh pembawa ajakan baru itu.

Para pemimpin dan pembesar kebiasaannya tidak mahu menerima ajakan itu, sehingga mereka masuk ke dalam agama Allah dalam keadaan yang tidak suka.

Oleh yang demikian, terjadilah perdebatan antara para pemimpin itu dengan Rasulullah. Kemudian mereka mulai lemah kerana dikalahkan dakwaan mereka itu satu demi satu dan Allah menolong para rasul-Nya dengan meneguhkan kedudukan mereka.

Begitulah penduduk Mekah menghadapi Rasulullah. Oleh sebab itu, para pemimpin dan pembesar Mekah pada umumnya tidak menerima orang yang menganut Islam lantaran kedengkian kepada Nabi Muhammad dan golongan yang lemah lagi hina.

l Apabila mereka mendapati putera-putera Nabi Muhammad meninggal dunia lantas mereka berkata: "Nama Muhammad telah berakhir, kini keturunan Muhammad sudah terputus." Mereka memandang perkara itu sebagai celaan dan cemuhan serta menjauhkan manusia daripada mengikut Baginda.

l Apabila mereka melihat bencana yang menimpa kaum muslimin, maka mereka bergembira, menunggu-nunggu agar kecelakaan itu menimpa kaum muslimin dan kekuasaan mereka hilang sehingga kedudukan mereka yang diporakperandakan oleh agama baru itu tegak kembali.

Oleh sebab itu, surah ini diturunkan untuk menguatkan hati Rasul-Nya bahawa kegoncangan yang ditimbulkan oleh kaum musyrikin itu adalah suatu dugaan dan ujian untuk membersihkan jiwa orang yang masih belum kuat hatinya.

Ini untuk menolak tipu daya kaum musyrikin di hadapan mereka serta memberitahu kepada mereka bahawa rasul itu pasti memperolehi pertolongan dan para pengikut baginda termasuk dalam golongan orang yang mendapat kejayaan.

Firman Allah: Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.

Muhammad Quraish Shihab berkata: "Kata al-Kauthar diambil dari kata kathir."

Ia digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang banyak bilangannya atau tinggi mutunya. Bahkan seorang manusia merupakan tokoh yang banyak berjasa dinamakan Kauthar.

Ulama berbeza pendapat tentang makna tersebut. Pendapat yang popular adalah sungai di syurga. Ia dikemukakan oleh ulama berdasarkan hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Muslim dari sahabat Nabi Anas bin Malik.

Pendapat ini ditolak oleh Sheikh Muhammad Abduh sambil menulis dalam tafsirnya pendapat yang menyatakan al-Kauthar bermaksud sungai di syurga baru diterima sebagai keyakinan apabila riwayatnya mutawatir.

Namun demikian, Sheikh Muhammad Abduh meragukan mutawatir hadis tersebut kerana tulisannya lebih jauh. Kemutawatiran satu riwayat tidak sah kalau hanya pendapat sekelompok orang atau sebahagian ulama.

Kemutawatiran riwayat seperti apa yang anda lihat pada keadaan al-Quran. Ia dikenali dan diakui oleh thabaqat (kelompok atau generasi demi generasi) dan diriwayatkan oleh sejumlah orang yang dipercayai dan mustahil untuk berbohong, seterusnya riwayat itu sampai kepada anda dan tidak ditolak oleh kaum muslimin. Ia dinamakan mutawatir yang dapat menghasilkan keyakinan.

Pendapat kedua tentang al-kauthar banyak disebut ulama tafsir keturunan Nabi Muhammad. Pendapat ini dikemukakan antara lain oleh Abu Hayyan, al-Alusi sambil menyatakan mereka itu telah memenuhi seluruh penjuru.

Demikian juga Muhammad Abduh, al-Qasimi yang mengambil pendapat Ibn Jinni sambil menyatakan pendapat ini indah dengan sebab nuzul surah ini. Dan maksud keturunannya ialah anak cucu Sayyidah Fatimah puteri Rasulullah.

Dinyatakan di sini beberapa pendapat yang lain sebagaimana dinukilkan daripada kitab Zad al-Masir:

l Kebaikan yang banyak yang dikurniakan kepada Nabi. Inilah pendapat Ibn Abbas.

l Ilmu dan quran sebagaimana pendapat al-Hasan.

l Kenabian seperti pendapat Ikrimah.

l Kolam Nabi di mana manusia berhimpun padanya pada hari Akhirat. Inilah pendapat Ata'.

l Ramainya pengikut Nabi dan umatnya, seperti pendapat Abu Bakar bin 'Iyash.

Firman Allah SWT: Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.

Berkenaan dengan solat di sini ada tiga pendapat:

i. Solat hari raya haji, seperti pendapat Qatadah.

ii. Solat Subuh di Muzdalifah, sebagaimana pendapat Mujahid.

iii. Solat lima waktu. Inilah pendapat Muqatil.

Berkenaan dengan perintah korban pula ada lima pendapat:

i. Sembelihlah pada hari raya seperti riwayat Ali bin Abi Talhah daripada Ibn Abbas. Inilah pendapat Ata', Mujahid dan jumhur.

ii. Diletakkan tangan kanan atas tangan kiri ketika solat seperti riwayat Abu al-Jauza'.

iii. Mengangkat kedua tangan dengan bertakbir hingga ke leher seperti pendapat Abu Ja'far Muhammad bin Ali.

iv. Dengan makna solatlah kerana Allah dan korbanlah kerana Allah seperti pendapat al-Qurazi.

v. Hendaklah menghadap kiblat ketika korban sebagaimana dihikayatkan oleh al-Farra'.

Sayid Qutub berkata: "Setelah menerangkan nikmat yang melimpah ruah yang bertentangan dengan kempen orang kafir, Allah SWT memerintah Rasul-Nya supaya mensyukuri nikmat dengan kewajipannya yang pertama iaitu ikhlas dan tetapkan dalam hati amal ibadah kepada Allah SWT, mengerjakan solat dan menyembelih binatang korban dengan penuh keikhlasan tanpa menghiraukan kesyirikan kaum Musyrikin."

Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.

Ulama khilaf siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini kepada lima pendapat:

i. Al-'As bin Wa'il al-Sahmi, seperti pendapat Ibn Abbas. Ini juga pendapat Said bin Jubair, Mujahid dan Qatadah.

ii. Abu Jahal, sebagaimana pendapat Ibn Abbas.

iii. Abu Lahab, seperti pendapat Ata'.

iv. Uqbah bin Abi Mu'it, sebagaimana pendapat Syamar bin 'Atiah.

v. Himpunan di kalangan orang Quraisy, seperti pendapat Ikrimah.

Al-Maraghi berkata: "Orang yang membenci kamu dalam apa jua keadaan adalah orang yang terputus penyebutannya untuk memperoleh kebaikan dunia dan akhirat."

Sebab utama mereka membenci petunjuk dan hikmah yang diajarkan baginda menampakkan kejahilan fikiran mereka, mencela sembahan mereka, menyeru ajaran yang berbeza dari apa yang telah mereka biasa ikuti.

Al-Hassan berkata: "Orang musyrik menyatakan keadaan Nabi Muhammad SAW itu terputus, maksudnya baginda telah menerima kegagalan, sebelum tujuan baginda tercapai. Akan tetapi Allah SWT menjelaskan bahawa musuh baginda itulah yang mengalami keadaan yang sedemikian."

KedahLaNie

Anggota penguatkuasa JPJ maut dirempuh kereta

Posted: 21 Jun 2011 07:00 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

NILAI: Seorang anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang memeriksa sebuah lori yang rosak di Jalan Nilai-Batang Benar, berhampiran stesen komuter Batang Benar di sini, hari ini.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Saiful Azzri Hamzah berkata, Wardi Ahmad, 28, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), akibat cedera parah di kepala dan badan manakala pemandu kereta yang dikenali sebagai Ismail Dahlan, 44, meninggal dunia beberapa jam selepas menerima rawatan di hospital yang sama akibat cedera parah di kepala dan badan.

Kejadian itu berlaku semasa Wardi bersama tiga lagi rakan setugasnya yang menaiki sebuah pacuan empat roda memberhentikan kenderaan di bahu jalan bersebelahan dengan sebuah lori yang rosak untuk melakukan pemeriksaan kira-kira jam 11 pagi.

"Tiba-tiba, sebuah kereta dikatakan hilang kawalan lalu merempuh lori dan kenderaan pacuan empat roda milik JPJ dari arah belakang sebelum merempuh Wardi yang ketika itu sedang berdiri di belakang kenderaan JPJ menyebabkan mangsa cedera parah di kepala dan anggota badan," katanya.

Saiful Azzri berkata, tiga lagi anggota JPJ dan pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian. - BERNAMA

PAS Perak, gabungan ulama dan profesional untuk tawan semula Perak.

Posted: 21 Jun 2011 06:30 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

IPOH – Pas Negeri menampilkan sembilan muka baru dalam jawatankuasanya yang baru dibentuk kelmarin selain mengekalkan 11 pemimpin sedia ada.

Antara muka-muka baru yang dilantik ialah Razman Zakaria yang dilantik menjawat Timbalan Pesuruhjaya 3 menggantikan Mustafa Shaari.

Setiausaha perhubungan pula dipegang Dr Muhaimin Sulam yang menggantikan Misbahul Munir yang kini menjadi Timbalan Pesuruhjaya 2.

Jawatan Ketua Penerangan disandang Nuri Al-Amin menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim yang terus dikekalkan sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak

Empat lagi muka baru dilantik sebagai ahli jawatankuasa manakala seorang lagi dilantik memegang jawatan Penolong Setiausaha Perhubungan 2 yang baru diwujudkan.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dihubungi berkata, keputusan pelantikan itu dibuat mencerminkan apa yang berlaku di peringkat pusat.

Menurutnya, gabungan golongan ulama dan profesional dilihat mampu memberikan khidmat kepada rakyat dengan lebih mantap.

"Jawatankuasa Pas Negeri yang baru ini merupakan salah satu tawaran Pas kepada rakyat di Perak untuk terus menyokong Pakatan Rakyat (PR).

"Seandainya rakyat di Perak terus bersama PR, kita akan melakukan perubahan yang jauh lebih baik demi perkhidmatan untuk mereka," katanya.

Beliau yang juga ADUN Pasir Panjang berkata, ADUN-ADUN Pas yang tidak dilantik menganggotai jawatankuasa kali ini mempunyai tugas lain di dalam Sekretariat Parlimen yang telah dibentuk.

Sementara itu, Misbahul Munir yang dihubungi berhubung jawatankuasa baru ini berkata, pembentukan jawatankuasa itu diputuskan di dalam mesyuarat perhubungan kelmarin dan bukan cadangan Pesuruhjaya semata-mata.

"Jawatankuasa Perhubungan yang baru ini merupakan 'team' bagi menghadapi pilihan raya dengan menampilkan beberapa muka baru.

"Dengan menampilkan muka-muka baru ini, kita yakin ada potensi untuk memenangi pilihan raya akan datang," katanya.

Menurutnya, ahli-ahli baru dalam jawatankuasa itu terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, profesional dan sebagainya.

Berikut adalah senarai penuh Kepimpinan PAS Perak 2011-2013 :-

Pesuruhjaya: Ust Abu Bakar Husein
Timbalan Pesuruhjaya: YB Dato Seri Hj. Mohamad Nizar Jamaludin
Timbalan Pesuruhjaya: Hj. Mohd Misbahul Munir Masduki
Timbalan Pesuruhjaya: Hj. Razman Zakaria
Ketua Dewan Ulamak: Ust. Shuid Din
Ketua Dewan Pemuda: Ust. Zawawi Abu Hassan
Ketua Dewan Muslimat: Dr. Najihatussoleha Ahmad
Setiausaha Perhubungan: Dr Muhaimin Sulam
Bendahari: Hj. Ahmad Othman Maseri
Ketua Penerangan: Ust Nuri Al-Amin
Pengarah Pilihanraya: Hj. Asmuni Awi
Penolong Setiausaha Perhubungan I : Sdra. Ismad Shahril Che Mat
Penolong Setiausaha Perhubungan II: Pn. Mazidah Zakaria

Ahli Jawatankuasa dilantik:
1. YB Hj. Mohd Zainudin Mohd Yusof
2. Ust Sidik Noor
3. Sdra. Mohd Azhar Rafie
4. Sdra. Muhammad K. Y. Tiang
5. Sdra. Mohd Zamri Ibrahim
6. Sdra. Khairul Anuar Ismail
7. Pn. Rosaini Ali

YB. Drs. Khalil Idham Lim

Kabinet PAS Perak : tumpuan rampasan semula Perak

Posted: 21 Jun 2011 06:00 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penuh barisan kepimpinan di dalam Kabinet baru Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang telah dilantik oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Abu Bakar Hussien di dalam Mesyuarat Pertama PAS Perak baru-baru ini bagi memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.

Kami yakin kabinet kali ini adalah pasukan pilihanraya yang mantap bagi memimpin rakyat Negeri Perak bersama Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak untuk terus memastikan cita-cita Negara Berkebajikan akan menjadi teras dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Perak kembali. Sepertimana yang telah dipertegaskan oleh mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa akan terus memastikan kebajikan rakyat diberikan keutamaan.

Malah kami amat yakin Kabinet Pilihanraya PAS Perak ini yang membariskan gabungan muka baru dan lama, serta anak muda profesional dan ulama akan cemerlang dan berjaya untuk misi merampas semula pentadbiran kerajaan negeri nanti. Kami juga yakin, pasukan ini akan berganding bahu dengan pimpinan daripada Kompenan PR iaitu DAP dan PKR untuk mencapai kemenangan yang sama sepertimana PRU 12 tahun 2008 yang lalu.

Kami juga yakin kekuatan Haji Abu Bakar dan Datuk Seri Nizar akan menghasilkan satu pasukan yang terbaik bagi berdepan dengan PRU 13 nanti. Kami komited akan bersama-sama dengan PAS Perak dalam menuju sasaran kita untuk merampas kembali negeri Perak seterusnya mendokong cita-cita untuk mewujudkan negara berkebajikan berasaskan syariat Islam.

RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Bola sepak olimpik : pastikan sokongan rakyat malaysia

Posted: 21 Jun 2011 05:30 PM PDT

20 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menyeru seluruh peminat bolasepak tanahair Negara agar hadir beramai-ramai memenuhkan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada hari Khamis ini, 23 Jun bagi memberikan sokongan kepada Skuad Bolasepak Kelayakan Olimpik 2012 Malaysia yang akan bertemu dengan Pasukan Bolasepak Negara Lubnan bagi pusingan kedua setelah seri tanpa jaringan di Beirut, Lubnan pada 19 Jun baru-baru ini.

Kami juga mengharapkan kejayaan bagi Skuad Bolasepak Olimpik Negara pada perlawanan pada 23 Jun ini nanti. Sudah tentu sokongan moral daripada peminat dan penyokong bolasepak Negara dengan memakai baju Kuning / Hitam nanti akan memberikan semangat kepada Skuad Olimpik ini nanti. Kami yakin Skuad Olimpik Negara akan mara bagi kelayakan seterusnya nanti dan mengharumkan nama Negara kelak.

Kami mengharapkan kecemerlangan seterusnya nanti bagi Skuad Olimpik Negara pada perlawanan ini nanti dan terus melayakkan Skuad Olimpik Negara dengan mencipta kejayaan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dalam Sukan Olimpik yang membabitkan bolasepak nanti. Kami juga akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia bagi kejayaan negara kita.

RAJA AHMAD AL-HISS
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Bersih 2.0 : pemuda sangkal tuduhan zambry

Posted: 21 Jun 2011 02:00 AM PDT

19 Rejab 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyangkal tuduhan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Himpunan BERSIH pada 9 Julai ini ada agenda tersembunyi untuk menawan Putrajaya tetapi tidak menyedari bahawa cara Umno / Barisan Nasional (BN) merampas secara jahat Kerajaan Negeri Perak dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai alat bagi mengesahkan cara kotor untuk kembali mentadbir Kerajaan Negeri awal Februari 2009 yang lalu.

Bagi kami, himpunan ini adalah pentas khas terutamanya rakyat Negeri Perak menyuarakan bantahan mereka cara kotor Umno / BN yang telah merampas Kerajaan Negeri daripada mandat rakyat setelah memberikan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) layak mentadbir Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Sudah tentu tujuan utama kepada rakyat Perak yang menyertai himpunan ini adalah bagi memastikan PRU 13 nanti bersih untuk menghalang Umno / BN merampas sekali lagi Kerajaan Negeri dengan cara singkat.

Setakat dalam rekod politik tanahair, dengan mengadakan himpunan tiada langsung satu kerajaan negeri pun dirampas sepertimana Umno / BN dapat lakukan di Negeri Perak dahulu. Hanya Umno / BN sahaja yang benar-benar dapat lakukan cara pelbagai himpunan bagi mendapat mandat secara singkat untuk kembali mentadbir. Beberapa kerajaan negeri yang dimenangi oleh PR dengan izin Tuhan telah bangkit secara luar biasa rakyat yang telah dapat menghalang penyelewengan dalam PRU yang telah diadakan.

Bagi kami himpunan yang bakal diadakan dijamin ianya adalah himpunan aman tetapi jika hura-hara berlaku dengan gangguan pihak Polis adalah arahan daripada Umno / BN yang inginkan ianya gagal. Kami tegaskan akan menggerakkan rakyat Perak untuk turut serta dalam himpunan ini nanti bagi menyekat politik singkat jalanan untuk terus menjadi Menteri Besar secara tidak tehormat!

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH

Posted: 21 Jun 2011 01:44 AM PDT

19 Rejab 1432H. [MOD] -

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

MALAYSIAKINI/-

Kepintaran Mat Sabu berbanding sarjana Umno

Posted: 21 Jun 2011 01:35 AM PDT

19 Rejab 1432H.

MAT Sabu, Timbalan Presiden PAS tidak lulus Universiti Oxford seperti Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Kelulusannya pun tidak sehebat setengah sarjana UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Najib. Dia tidak mengaji falsafah dan sains politik peringkat ijazah di ITM. Dia belajar diplomat tertentu tentang teknologi saja.

Tetapi kepintarannya berhujah tentang isu demonstrasi Bersih 2.0 pada 09 Julai nanti jauh lebih hebat dari alasan bodoh pemimpin Pemuda UMNO dan sekutu NGOnya yang membuat aduan polis tentang mengapa ia patut dihalang.

Ibrahim Ali, pemimpin Perkasa yang satu sekolah dengan Mat Sabu di ITM dulu selalunya pintar tetapi dalam perkara ini lebih buntu otaknya dari Hosni Mubarak.

Mereka takut pelancong tidak datang sehari ke Kuala Lumpur akan menyebabkan penjaja kerugian dan pengusaha teksi tidak dapat membawa penumpang. Ekonomi negara akan terjejas.

Siapa kata pelancong tidak datang ke Kuala Lumpur?

Beratus ribu orang yang datang dari seluruh negara bagi menyertai perarakan itu pelanconglah. Pelancong itu bukan yang datang dari Amerika dan Negara-negara Teluk saja. Orang dari ceruk rantau dari seluruh negara yang ke Kuala Lumpur itu adalah pelancong juga.

Banyak tol yang mereka akan bayar pergi balik ke Kuala Lumpur pada hari itu? Mungkin melebihi pungutan di hari perayaan. Banyak petrol yang mereka akan gunakan hari itu? Pemilik stesen minyak sepanjang ke Kuala Lumpur dari Perlis, dari Rantau Panjang dan dari Johor Bahru menyebak akan membuat duit yang banyak.

Berapa kali seorang penunjuk perasaan singah di gerai dan restoran hari itu dari pagi hingga ke malam? Empat lima kali. Katakanlah sekali makan RM5, banyak penjaja di gerai dapat pungut hari itu.

Mereka bukan sekadar datang untuk tunjuk perasaan saja, bahkan berbelanja sedikit sebanyak. Biasanya seorang akan berbelanja antara RM50 hingga RM100. Ke mana duit itu pergi kalau tidak kepada peniaga?

Lagi ramai orang datang ke Kuala Lumpur lagi peniaga dan penjaja beroleh tuah. Berniaga air botol saja pun tak dapat dikira untungnya. Mat Rempit boleh rehat berlumba hari itu, ambil peluang berjaja air botol kepada demonstran di sepanjang jalan. Tak perlu meragut hari itu mereka akan dapat banyak rezeki.

Mungkin teksi terpaksa berjalan perlahan di kawasan sesak atau tidak boleh masuk ke kawasan antara Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Masjid Negara dan ke Istana Negara. Tapi kawasan sesak itu untuk beberapa jam saja kecuali apabila ia dihalang oleh polis.

Kalau polis cerdik dan menteri-menterinya cerdik, memberi peluang kepada tunjuk perasaan aman itu, dan bekerjasama bagi memastikan lalu lintas berjalan licin, maka tunjuk perasaan tidak menjadi apa-apa keburukan. Tentulah tiga empat jam akan sesak, tetapi lepas itu semuanya akan pulih.

Tunjuk perasaan itu bukan untuk membuat Perdana Menteri seperti di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya dan Syria, tetapi untuk mengajar SPR yang pada persepsinya ia satu dari biro UMNO.

Orang datang dengan motokar dan bas dari Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan Melaka tidak boleh membawa kenderaan mereka ke tengah-tengah kota kerana mengelakkan sesak dan kereta payah tiba ke situ. Bas dan kereta akan ditinggalkan jauh dan berbatu-batu dari kawasan orang berhimpun dan berarak.

Dengan apa orang hendak ke situ kalau tidak dengan teksi. Bukan semua kawasan ada perkhidmatan train. Maka mereka perlu teksi untuk pergi ke tempat yang paling dekat dan boleh ditiba oleh teksi.

Teksi hendak cerdik mencari jalan yang boleh dilalui. Kalau polis tidak menghalang dan sebaliknya membantu kelancaran trafik, teksi boleh sampai ke tempat paling dekat dengan lokasi perhimpunan.

Dan bila tunjuk perasaan itu selesai, mereka hendak balik ke tempat kereta ditinggalkan yang tentu jauh dan tak terdaya lagi berjalan kaki. Semuanya itu peluang mengaut untung bagi teksi.

Kalaulah sehari itu teksi tak dapat rezeki langsung, maka sekadar sehari tak memandu tidaklah menjadi pemandu teksi bangsat bertahun-tahun. Orang yang datang dari jauh berbelanja banyak sanggup datang menyertai tunjuk perasaan bagi memperjuangkan tertegaknya keadilan, maka apalah salahnya kalau sehari pemandu teksi tidak pendapatan tetapi dengan keadilan yang hendak ditegakkan akan memberi kebaikan kepada masa depan maasing-masing.

Mungkin hari ini hilang mata pencarian, tetapi kalau keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat dihapuskan, apalah ertinya kerugian satu hari itu?

Ibrahim tak usah diikut. Dia makan kiri dan makan kanan. Pemerintah zalim pun dia kenyang dan kalau tertegak keadilan, masakan dia bangsat pula.

Mat Sabu menggunakan hujah-hujah itu. Ternyatalah hujahnya kuat dan ia melemahkan dalih serjana-sarjana yang mengaji tinggi. Hujah sarjana itu lebih lemah dari akal orang sekolah atap. Tun Abdullah Badawi pun bercakap semangkok, jelaslah hujahnya tak sampai separuh dari kehebatan Mat Sabu.

Subky Latif
HARAKAHDAILY/-

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

Posted: 21 Jun 2011 11:44 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


Semua diseru jayakan Bersih 2.0

Posted: 21 Jun 2011 08:43 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 22 Jun: Semua ahli dan penyokong PAS diseru menghadirkan diri untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap tuntutan 8 perkara untuk perubahan sistem pilihan raya ke arah yang lebih baik.

"Ini bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi berparlimen negara," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.

Bersih 2.0 yang dianggotai lebih daripada 80 NGO telah menyenaraikan 8 tuntutan berikut demi menjamin pilihan raya yang lebih adil bagi mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik iaitu bersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, guna dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Dalam konteks negara, kata Tuan Ibrahim, demonstrasi aman yang dianjurkan Bersih 2.0 bukanlah perkara baru dalam konteks negara.

"Selepas pilihanraya umum ke 12, Umno ternyata lebih banyak mengadakan demo berbanding Pakatan Rakyat. Namun, apa yang menarik demo mereka ini dapat pengawalan polis tanpa sebarang provokasi. Ia berjalan dengan aman walaupun ia berbentuk hasutan.

"Contohnya, peristiwa membawa kepala lembu, membakar gambar dan bendera dan juga pengisytiharan perang khususnya yang dianjurkan rakan akrib Umno, Perkasa, yang ternyata mempunyai kekebalan luar biasa daripada sentuhan undang-undang dan juga polis," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tuan Ibrahim turut menambah bahawa PAS berterima kasih ke atas kebebalan Perkasa yang mengeluarkan pelbagai kenyataan bersifat provokasi kebelakangan ini.

"Kerana ini sudah tentu dapat memudahkan kerja polis untuk menahan mereka yang melakukan provokasi – dan sudah jelas yang buat provokasi tentulah Perkasa.

"Tapi, di Malaysia, kita sudah pasti tidak terkejut sekiranya yang kena tahan pihak yang tidak membuat provokasi seperti PAS, PKR dan DAP," sindir beliau.

Mengenai keazaman Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk turut serta melakukan demo pada Julai 9 nanti seperti yang dilakukan Bersih 2.0, Tuan Ibrahim berkata ia adalah satu tindakan yang agak luar biasa sehinggakan Khairy berani mencabar polis dan menyatakan kesediaannya untuk ditangkap.

"Cuma PAS hairan Pemuda Umno sertai demo untuk menuntut apa? Kalau tuntutan kita atas 8 perkara, maka Pemuda Umno nak tuntut apa?

"Jika benar kata Khairy bahawa mereka juga mahu menuntut penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, maka ini bermakna pemuda Umno nampaknya lebih faham berbanding pemimpin-pemimpin Umno yang tua-tua yang sering berlindung di bawah dagu Perkasa dan Ibrahim Ali (Presiden Perkasa)," sindirnya lagi.

Ayuh Bersama Himpunan Rakyat Menuntut Pilihanraya Adil Dan Bersih Kali Ke 2

Posted: 21 Jun 2011 07:09 AM PDT


Dalam mendepani kebejatan politik UMNO-BN serta mengharungi Pilihanraya Umum yang semakin hampir, masa semakin suntuk bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus melangkah ke Putrajaya bagi membina sebuah negara Malaysia yang baru.

Namun demikian, umum mengetahui bahawa sistem pilihanraya di Malaysia berlangsung dalam keadaan yang tempang dan di padang yang tidak sama rata. Amat sukar bagi PAS khususnya dan PR umumnya memenangi pentas demokrasi di Malaysia dalam keadaan suasana sistem pilihanraya yang sedemikian.

Dalam kesempatan ini, saya mengharapkan agar seluruh Pemuda PAS dapat turun memimpin Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ini. Himpunan ini penting agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memenuhi tuntutan PR bagi memastikan perjalanan pilihanraya ke 13 dalam keadaan yang paling telus dan bersih dari sebarang penipuan. Kesan daripada Himpunan Bersih november 2007 dulu telah melahirkan 5 negeri semasa Pilihanraya Umum ke-12 jadi Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) yakin dengan kejayaan himpunan kali ini akan menyebabkan UMNO/BN akan akan tumbang diseluruh negara

Sesungguhnya perjuangan menuntut negara demokrasi yang tuntas bukanlah suatu usaha yang kecil. Ia menuntut komitmen, kesungguhan, semangat, ikhlas serta kesabaran yang sangat tinggi. Perjuangan di mana-mana negara yang menuntut keadilan serta meruntuhkan diktator yang korup dan zalim dimulai dengan kobaran semangat anak-anak muda yang berani turun ke jalan raya. Pemuda adalah nadi penggerak bagi mencetus perubahan yang semua rakyat harapkan. Sejarah membuktikan bahawa pemuda yang berada di barisan hadapan bagi meneruskan perjuangan ini, dan menjadi kebanggaan kita sekiranya pemuda PAS menjadi pencetusnya bilamana Himpunan Bersih 2.0 telah menjadi sebutan dan kehendak anak muda di seluruh negara.

Adalah diharapkan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke 52 ini menjadi pencetus kebangkitan sesuai dengan temanya "Memimpin Kebangkitan Anak Muda". Saya juga juga mengharapkan pemuda PAS mampu menarik sokongan dan dokongan anak-anak muda agar bersama-sama menyertai Himpunan ini. Saya mengharapkan tidak kurang 50 ribu anak-anak muda akan menyertai himpunan ini, yang juga bakal digerakkan bersama oleh golongan wanita dan golongan yang lain. Saya menegaskan, himpunan ini bakal berlangsung dengan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini selama mana tidak ada unsur sabotaj dari pihak-pihak tertentu. Saya juga mengingatkan bahawa menuntut sistem pilihanraya yang adil dan bersih adalah hak semua rakyat tanpa mengira warna kulit, bangsa dan keturunan.

Disediakan oleh;

YB UST. FIRDAUS JAAFAR
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat

Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal

Posted: 21 Jun 2011 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah 'topeng' kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.

Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih 'bulu' yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar 'ruang lingkup' mereka sahaja.

"Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar V K Lingam yang masih bebas 'berkeliaran' tanpa didakwa," katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi 'budak suruhan' kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong 'lidah rasmi Umno' iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan 'wajah' sebenar Perkasa.

"Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar akan penipuan tersebut," ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

"Katakan tak nak pada BN!" katanya lagi. [harakahdaily]

Qazaf jadi mainan politik jijik Umno

Posted: 26 Apr 2011 07:40 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Umno tetap tidak mahu berubah dan menjadikan Islam sebagai mainan politik jijik mereka apabila mempertikaikan khutbah Jumaat Negeri Selangor yang bertajuk 'Jenayah Qazaf adalah berdosa besar'.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, qazaf dan hudud sama seperti sembahyang, puasa dan perintah-perintah lain yang terdapat di dalam Al-Quran adalah perintah Allah dan wajib dilaksanakan.

Menurutnya, masjid merupakan tempat yang sesuai bagi menerangkan perintah Allah SWT walaupun sebenarnya menyampaikan dakwah tidak terhad hanya di masjid namun apabila menerangkan hukum Allah supaya umat Islam faham akan betapa besarnya dosa memfitnah dan mengaibkan seseorang kemudian dibawa sekali jalan penyelesaian sepertimana yang dituntut oleh agama dianggap politik, ini benar-benar menunjukkan yang Umno sememangnya jahil.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal dan Ketua Pemuda Umno Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan mempertikaikan isi kandungan khutbah tersebut yang mana kononnya bermotifkan politik dan mempunyai maksud di sebaliknya.

Firdaus menganggap tindakan Kerajaan Negeri Selangor memberikan kefahaman kepada rakyat akan dosa qazaf semasa khutbah Jumaat bertepatan dengan masanya memandangkan ketika itulah rata-rata umat Islam memenuhi ruang masjid berbanding dengan semasa kuliah-kuliah umum di waktu lain.

Tambahan pula, katanya isu fitnah video seks sedang berleluasa ketika ini yang mana umum mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran video tersebut.

Umno jelas tidak boleh membezakan antara politik dengan perintah Allah di mana hukum qazaf wujud sebelum wujudnya Umno di muka bumi ini.

"Apakah menerangkan perkara-perkara wajib yang terkandung di dalam Al Quran salah?

"Bukankah itu satu kewajipan bagi pemerintah bagi menjadikan rakyat berilmu dan tidak mudah ditipu?" soalnya.

Menurutnya, Umno sememangnya suka jika rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan jahil serta buta ilmu supaya rakyat mudah ditipu oleh Umno.

Bagi Umno, ujarnya selagi rakyat buta maklumat dan ilmu, selagi itu mereka boleh terus berkuasa dan memperbodohkan rakyat.

Kata beliau, sememangnya Umno tidak boleh dibiarkan lagi menjadi pemerintah di Malaysia ini.

Mereka, katanya jelas bertopengkan agama demi meraih habuan politik.

"Bagi mereka agama sekadar solat, puasa dan zakat, tidak lebih daripada itu sedangkan Islam syumul dan menjadi panduan kepada kehidupan kita," katanya.

Salam Perjuangan

Posted: 21 Jun 2011 11:26 PM PDT

Salam Perjuangan


Perbezaan Negara Berkebajikan Dengan Negara Kebajikan - TGNA

Posted: 21 Jun 2011 08:31 AM PDT

HIKMAH DI SEBALIK ISRAK MIKRAJ

Posted: 21 Jun 2011 07:26 AM PDT

99% RESPONDEN SOKONG BERSIH 2.0

Posted: 21 Jun 2011 04:30 AM PDT

Peghelih La...

Posted: 21 Jun 2011 11:15 PM PDT

Peghelih La...


Khas untuk orang-orang lama (veteran dan orang tua)

Posted: 21 Jun 2011 09:42 PM PDT



Petikan temuramah Harakah dengan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu:


"Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas."



Maka, kepada orang-orang lama yang mencintai kebenaran dan keadilan, sayangkan amalan demokrasi, bencikan penindasan dan kezaliman....


JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA... SILA BERADA DI KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI INI......

99% sokong himpunan BERSIH - The Star Online Poll

Posted: 21 Jun 2011 02:33 AM PDT



TERKINI...GEMPAG...

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan'

Bersih 2.0 : Faham tujuan, jangan jadi Pak Turut..

Posted: 21 Jun 2011 02:17 AM PDT

KANGAR - Pemuda PAS Perlis menyelar tindakan dangkal sesetengah pihak atau pertubuhan yang hanya menjadi 'pak turut' dalam membicarakan isu Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan 9 Julai ini.

Terbaru, laporan Sinar Harian 21 Jun memetik Majlis Kebajikan Masyarakat (MKM) Perlis yang mendakwa mewakili 32 pertubuhan membuat resolusi membantah Himpunan Bersi
h selain membuat laporan polis berkaitan dengannya.

Mengulas bantahan tersebut, Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya berkata sejak beberapa minggu ini terlalu ramai individu atau pertubuhan yang begitu ghairah membantah Himpunan Bersih 2.0 tanpa mempunyai pengetahuan yang jelas tentang rasional himpunan tersebut diadakan.

"Kita melihat ramai yang dah mula menjadi 'pak turut' atau burung kakak tua yang hanyamemnbgikut sahaja apa yang orang lain dah buat. Saya nak tanya balik puak-puak yang pergi buat laporan polis ni, adakah mereka tahu tentang tuntutan Bersih?

"Jangan hanya kerana kawan-kawan lain bantah dan buat laporan polis kita pun ikut sama hanya semata-mata nak dapat "political mileage" atau sebagainya. Kami cabar siapa dia MKM yang mewakili 32 pertubuhan ini, kalau nak tahu apa dia Bersih 2.0, jom ikur sama-sama kami ke KUala Lumpur pda 9 Julai ini," katanya.

Menurutnya lagi, Pemuda PAS Perlis tidak gentar dengan senyak manapun laporan polis yang tealh dibuat berkaitan Himpunan Bersih.

"Tujuan kita ke sana adalah untuk menuntut satu sisitem pilihanraya yang bersih dan telus. Kita bukan nak lawan dengan polis atau Perkasa mahupun Pemuda Umno.

"Kami, Pemuda PAS Perlis mengalu-alukan mana-mana pihak atau pertubuhan yang tidak faham tentang Bersih ini suapaya datang bersemuka untuk mendapat penjelasan yang sebaiknya. Jagan terlalu terikut-ikut dengan pihak-pihak tertentu atau media arus perdana yang banyak memberikan maklumat yang jelas tersasar," jelasnya lagi.

Untuk itu, Pemuda PAS Perlis sedang berusaha mengumpulkan seramai mungkin ahli PAS, para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran dari negeri ini untuk bersama-sama 300 ribu rakyat Malaysia berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai ini.

"Walaupun Perlis sebuah negeri kecil, kita tetap akan menghantar sekitar 3000 orang ke Himpunan Bersih 2.0," ujarnya.

Pemuda sokong penuh kabinet baru PAS Perlis

Posted: 21 Jun 2011 12:57 AM PDT

KANGAR - Pemuda PAS Perlis menyokong penuh kabinet Badan Perhubungan PAS Perlis sesi 2011-2013 yang dibentuk baru-baru ini.

Menurut ketuanya, Ustaz Yussaine Yahya, Pemuda PAS Perlis berharap agar saf kepimpinan baru PAS Perlis ini dapat melakukan suatu perubahan besar dalam gerakerja parti khususnya bagi menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.

"Pemuda PAS Perlis menyokong penuh saf kepimpinan yang diterajui Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Kami juga berharap agar kabinet baru PAS Perlis ini akan menjadi kabinet bayangan kepada kerajaan negeri yang ada sekarang.

"Semoga barisan kepimpinan inilah yang akan kita kemukakan kepada rakyat Perlis bagi menghadapi PRU akan datang untuk kita mengajak rakyat melakukan perubahan," ujarnya.

PAS Perlis membentuk kabinet baru Sabtu lalu dalam mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Ustaz Hashim.

Kartunis diminta taubat nasuha - Pemuda PAS Perlis

Posted: 21 Jun 2011 12:40 AM PDT

KANGAR - Dewan Pemuda PAS Perlis mengutuk keras tindakan akhbar Utusan Malaysia yang menerbitkan kartun yang jelas mempersenda dan memperlekehkan syariat Islam.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Pemuda PAS Perlis berharap agar kartunis tersebut menyedari akan tindakan salahnya yang menghina dan merendah – merendahkan syariat Islam.

"Renungkanlah kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini yang menyebut "Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam ".

"Bertindaklah dengan pimpinan wahyu daripada Allah SWT bukan dengan kehendak nafsu ammarah yang sudah pasti mendorong kepada kejahatan dan kerosakan," kata Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yussaine Yahya.

Nasihatnya (berkaitan kes rogol), Utusan Malaysia dan kartunis terbabit hendaklah sedar bahawa undang-undang Islam adalah teramat adil dan ianya bukan sahaja menjaga hak dan maruah mangsa bahkan juga turut menjaga hak dan maruah pihak yang dituduh.

" Sebarang bentuk bukti yang longgar dan tidak kemas tidak akan dianggap sebagai bukti yang kukuh. Untuk mensabitkan kesalahan di dalam Islam mestilah di sokong dengan bukti yang sangat kukuh kerana hukumannya juga adalah tersangat berat,"ujanrnya.

Justeru, Pemuda PAS Perlis mendesak kartunis terbabit bertaubat nasuha di atas kesalahan yang dilakukan dan bersedia untuk memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana sikap biadapnya terhadap hukum Islam.

Idris Ahmad

Posted: 21 Jun 2011 11:14 PM PDT

Idris Ahmad


Dr Puad Zakarshi Terlupa Perlembagaan Pas

Posted: 21 Jun 2011 02:28 AM PDT

Datuk Dr Puad Zakarshi mungkin sudah terlupa Perlembagaan Pas, parti yang pernah dia dokong. Untuk pengetahuan Dr Puad dasar Pas tidak berubah sejak daripada 1951 hingga sekarang. Tidak timbul Pas sudah mengubah dasar perjuangan apabila tema ucapan dasar  Muktamar Pas ke 57 “Ke Arah Negara Berkebajikan”. Tohmohan demi tomohan kepada Pas kononnya Pas sudah mengubah dasar dan menjadi terompah DAP. Paling kelakar yang menjadi dalangnya ialah Datuk Seri Anuar Ibrahim Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat.
Setakat hari ini dasar Pas  ialah Islam seperti tercatat dalam Fasal  3 Perlembagaan Pas.   Manakala Fasal 5, tujuan Pas ialah 1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. 2. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Mungkin Datuk Dr Puad terlupa bahawa setiap tajuk ucapan dasar muktamar dibincang di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa  Pas Pusat terlebih dahulu bukan ditentukan oleh Dap sebagai tohmohan  pemimpin umno.

Cadangan beliau supaya Pas membuat referendum di kalangan ahli mengenai tajuk Ke Arah Negara Berkebajikan tidak berbangki,   kerana tajuk menefesto Pas 2008 ialah Negara Berkebajikan dan semua perwakilan muktamar Pas seramai hampir 1200 orang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.

Dr Muhamad Puad bolehlah membaca Perlembagaan Pas yang beliau pernah buka dahulu. Beliau janganlah jadi seperti orang yang asing dengan Pas membuat tuduhan liar begitu sahaja. Biarlah Tun Dr Mahathir yang daripada dulu, kini dan selamanya berdendam dengan Pas
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

PAS KDAS 3

Posted: 21 Jun 2011 09:48 PM PDT

PAS KDAS 3


KULIAH MAGHRIB BERSAMA BOB LOKMAN

Posted: 21 Jun 2011 07:45 AM PDT

JEMPUTAN KE PROGRAM KULIAH MAGHRIB BERSAMA BOB LOKMAN PADA 23/06/2011 JAM 7.30 MALAM BERTEMPAT DI MARKAS PAS CAWANGAN KDAS 3. SEMUA DIJEMPUT HADIR

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Jun 2011 09:33 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ketua Cawangan Umno N.Sembilan pun kecewa dgn Utusan

Posted: 21 Jun 2011 07:57 PM PDT



Di Negeri Sembilan bukan ahli PAS dan PKR saja yang marah pada Utusan, orang Umno pun marah pada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Umno pula tu.

Madrasah tidak sebar ajaran sesat
Sinar Harian 22 Jun 2011

KUALA PILAH – Penduduk Kampung Parit, di sini turut menafikan wujud ajaran sesat membabitkan Maahad Ittiba Us Sunnah di situ yang didakwa merekrut pelajar serta menyebarkan ideologi Jemaah Islamiah (JI).

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Parit, Syukri Mohd Sharif berkata, madrasah itu sememangnya terkenal di kalangan penduduk kampung mengajar ilmu agama berasas al-Quran dan Sunnah Nabi.

"Rata-ratanya penduduk di sini belajar mengaji di madrasah ini.

"Setakat ini tiada sebarang aduan yang diterima tentang ajaran sesat, mahupun ideologi JI disebarkan melalui pembelajaran di madrasah ini," katanya pada sidang media di Maahad Ittiba Us Sunnah, Kampung Parit, di sini, petang kelmarin.

Syukri berkata, orang ramai tidak perlu takut untuk belajar di madrasah tersebut, meskipun pelbagai dakwaan buruk dilemparkan.

Sementara itu, Ketua UMNO Cawangan Kampung Parit, Datuk Mohammed Kamel Mohd Yusof berkata, laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu sebelum ini tidak benar dan ternyata amat mendukacitakan pihaknya.

Mohamed Kamel yang juga waris pengasas Maahad Ittiba Us Sunnah mahu akhbar berkenaan memberikan penjelasan serta motif laporan mengatakan madrasah itu menyebar ideologi JI.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9214401.asp

MAAHAD, SEKOLAH AGAMA TERLIBAT
Utusan Malaysia 20 Jun 2011

SEREMBAN 19 Jun – Selepas pendedahan mengenai sebuah maahad di negara ini yang merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), gerakan yang sama itu juga dikatakan aktif mempengaruhi belia seawal usia 16 tahun di beberapa sekolah agama dan maahad di Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah maahad yang dipercayai menjalankan kegiatan tersebut di Kuala Pilah hari ini mendapati, terdapat beberapa individu berada di kawasan maahad sedang menunggu untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Pantai maksiat di Port Dickson

Posted: 20 Jun 2011 11:39 PM PDT



Harian Metro 20 Jun 2011, PORT DICKSON: Biarpun berada di tempat tumpuan awam, segelintir pasangan remaja dikesan tidak segan silu melakukan adegan tidak senonoh di pantai berhampiran Batu 3, Bagan Pinang, di sini, sekali gus menimbulkan rasa tidak selesa pengunjung.

Malah, aktiviti berkelah di tepi pantai sepatutnya dijadikan medan mengeratkan hubungan kekeluargaan, namun pengunjung disajikan dengan adegan bercumbu pasangan kekasih. Bukan saja duduk berdua-duaan di kawasan terpencil dan gelap, namun pasangan terbabit berpelukan dan bercumbu.

Tinjauan Metroplus mendapati kebanyakan mereka bukan saja berkunjung dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbabit pada waktu siang, sekali gus membawa pada waktu tengah malam sehingga awal pagi di persisiran pantai mahupun di dalam kereta.

Penduduk tempatan mendakwa, kebanyakan pasangan berusia 20-an termasuk pelajar kolej swasta dari daerah ini mahupun negeri lain selalu berkunjung ke situ antara jam 5 petang hingga ke awal pagi.

Pengunjung, Nourzita Hamidon, 34, berkata dia tidak selesa berkelah dengan keluarga apabila melihatkan aksi melampau segelintir pasangan yang dipertontonkan kepada kanak-kanak.

"Mereka bukan saja beraksi dengan liuk badan yang memalukan, malah turut berpakaian tidak sopan hingga memperlihatkan alur dada dan punggung ketika duduk bersama pasangan.

"Malah, anak-anak pernah bertanya mengenai cara pemakaian mereka yang terdedah dan kelakuan sumbang pasangan terbabit," katanya.

Katanya, sejak kawasan jalan pantai itu dinaik taraf dengan kemudahan letak kereta, ia sering dipenuhi kenderaan yang berhenti khususnya malam minggu, sekali gus pengunjung lain merakamkan adegan manja pasangan kekasih di dalam kenderaan.

Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Harun, 42, berkata kawasan berkenaan kadangkala tidak sesuai dijadikan lokasi kunjungan mereka yang sudah berkeluarga kerana khuatir adegan tidak senonoh itu dilihat kanak-kanak.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu melakukan pemantauan dan rondaan berterusan bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa dan mengundang rasa tidak senang di kalangan pengunjung.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pantaimaksiat/Article/

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 21 Jun 2011 09:28 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Tazkirah Umum : Ketua Penerangan PAS Pusat @ Kg Gajah

Posted: 21 Jun 2011 10:38 AM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 21 Jun 2011 07:54 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


MAJLIS MENGINGATI PEMERGIAN USTAZ FADZIL

Posted: 21 Jun 2011 02:59 AM PDT

Kepada seluruh sahabat seperjuangan

Jemput hadir ke Majlis Tahlil dan Pengkisahan Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Nor pada 23 Jun 2011 hari Khamis.

Bertempat di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah, Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan, Kedah.

Majlis di mulakan dengan Solat maghrib berjamaah.
Diikuti bacaan Tahlil

Seterusnya pengkisahan kehidupan dan perjuangan Al-Marhum Ustaz Fadzil oleh Ustaz Abd Ghani Shamsudin, AJK PAS Pusat.

Solat Isyak berjamaah dan Solat hajat keamanan dan perlindungan Allah HIMPUNAN BERSIH 2.0

Akhirnya disudahi dengan jamuan.

Diharap seluruh muslimin/ muslimat ahli dan penyokong PAS dapat menghadirkan diri.

PAS Selangor terus merancakkan Misi BERSIH 2.0

Posted: 20 Jun 2011 11:39 PM PDT

PAS S'gor kerah 50,00 ahli sertai BERSIH




PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.-MK

PAS Kawasan Miri

Posted: 21 Jun 2011 07:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri


RM1.8 Juta Lebih Diperlukan Untuk Pengurusan Kemudahan Kawasan Pelancongan Bukan Akaun Facebook

Posted: 21 Jun 2011 02:21 AM PDT

PAS Kawasan Miri kecewa dengan keadaan jalan raya yang menghubungkan Taman Negera Niah ke kawasan luar. Hasil daripada lawatan yang dilakukan oleh beberapa orang ahli jawatankuasa PAS Kawasan Miri mendapati terdapat beberapa tempat jalan yang tidak berturap atau telah rosak. Kerosakan dan ketidaksempurnaan ini bukan sahaja berlaku di jalan raya ke Taman Negara Niah ini malah keadaan tempat meletakkan kereta yang tidak berturap. Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku di sebuah taman negara yang terkenal seperti Taman Negara Niah ini.Suasana seperti ini akan memberi gambaran awal yang tidak baik kepada pelancong-pelancong samada dari dalam mahupun dari luar negara. Perkara seperti ini seharusnya menjadi keutamaan Kementerian Pelancongan Malaysia bagi menyediakan kemudahan yang terbaik di taman-taman negera seumpa ini. Seharusnya jumlah dana RM1.8 juta untuk pembukaan dan pengurusan promosi online pelancongan Malaysia disalurkan bagi pembaikan dan pengurusan kemudahan-kemudahan awam di kawasan pelancongan seumpama ini.

"Saya cukup sedih melihat keadaan dan kemudahan di sekitar Taman Negera Niah ini yang cukup dikenali di seluruh dunia. Kemudahan asas seperti jalan yang berturap dan kawasan letak kereta yang lebih tersusun perlu disediakan segera", kata M Arifiriazul Ketua Penerangan PAS Miri yang bersama-sama di dalam rombongan tersebut.

PAS Miri ingin mencadangkan agar pihak kementerian yang terbabit untuk mengadakan lawatan segera bukan sahaja ke Taman Negera Niah malah ke semua taman-taman negeri di Malaysia untuk menilai serta meneliti keadaan kemudahan yang disediakan.

"Kita mahu Kementerian Pelancongan Malaysia untuk adakan lawatan ke seluruh taman negara di negara ini untuk menilai keadaan kemudahan yang disediakan", cadang Ir M Khairulnizam Yob Timbalan YDP PAS Miri.

SPR Sepatutnya Bebas Dan Adil Untuk Semua

Posted: 20 Jun 2011 10:52 PM PDT


SPR dan Gabungan BERSIH boleh bincang cari penyelesaian terbaik untuk semua

Merujuk kepada kenyataan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini.

Kita mengalu-alukan permintaan SPR untuk berjumpa dengan BERSIH walaubagaimanapun Pengurusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) janganlah mengenakan syarat terlebih dulu sebelum berjumpa dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).

Sepatutnya beliau sedia berjumpa dan berbincang serta cari penyelesaian yang terbaik dulu sebelum memberi kata putus samaada perlu atau tidak demostrasi BERSIH diteruskan atau tidak.

Sementara itu, Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Ini juga cadangan yang baik kalau ianya benar-benar membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah pengundi dari mengundi 2 kali tetapi pastikan tidak ada berlaku penyelewengan semasa proses mengundi nanti disebabkan sistem biometric boleh terjejas disebabkan oleh masalah terputusnya bekalan elektrik atau "server down". Adakah SPR bersedia menggunakan sistem biometric ini ke kawasan pendalaman seperti di Sabah dan Sarawak dimana alat penghubungan di Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan.

Adakah alat atau sistem ini boleh berfungsi dengan baik dimana bekalan elektrik sukar didapati dalam kawasan yang jauh di pendalaman kalau dibanding dengan menggunakan dawat yang boleh dibawa atau digunakan pada bila-bila masa tanpa had.

Walaubagaimana pun sistem biometric ini sesuai dalam kawasan Bandar dan juga boleh digunakan oleh pengundi POS dimana mereka akan dapat dikesan dengan baik melalui senarai nama yang ada dalam pendaftaran penggundi POS yang layak menggundi agar mereka tidak dapat mengundi berulang kali di kawasan lain.

Kalau sistem biometric ini diguna dan dikawal dengan sebaik mungkin, kita yakin masalah penyelewengan semasa proses mengundi dapat dikurangkan walaupun tidak sepenuhnya disebabkan yang mengenalinya adalah manusia yang sudah pasti ada kelemahan terkecuali mereka yang mengurus dan menjaga alat ini benar-benar amanah dan jujur. Apa yang penting mereka yang diamanahkan untuk menjaga dan mengurus alat ini mestilah mereka yang jujur dan amanah tanpa mengira fahaman politik.

Kalau SPR yakin boleh mengenalinya dengan baik dan dipersetujui oleh semua pihak tanpa sebarang keraguan maka perkara ini boleh dibincang semasa pertemuan dengan pihak yang berwajib dan dengan pihak yang berkenaan

Kita mahu SPR menjalankan sistem pilihanraya dalam Malaysia ini dijalankan dengan adil, jujur, amanah dan bersih agar rakyat Malaysia dapat menerima keputusan pilihan raya umum nanti dengan hati yang terbuka tanpa sebarang keraguan. Diharap perkara ini boleh dibincang dengan terperinci lagi dikalangan mereka yang diamanah untuk mengenalinya.


English version

EC and NET (BERSIH) can discuss to find out for the best solution for all

Referring to the statements of the EC chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, who said the Election Commission (EC) prepared a meeting with the Federation of Free and Fair Elections (NET) provided that the coalition cancel the rally on 9 July.
We welcome the EC's request to meet with the NET (BERSIH); however Election Commission (EC) chairman should not impose conditions before meeting with the Federation of Free and Fair Elections (NET).

SPR should meet and discuss and find the best solution before the final say whether or not NET (BERSIH) demonstrations continued or not.

Meanwhile, Aziz said the EC plans to use biometric systems that allow voter verification process is done electronically, at the next general election.

This is also a good idea if it really helps to solve some of the voting problems from voting two times, but that it is not alleged irregularity in the process of voting because biometric systems can be affected due to blackouts or "server down". Does the EC is willing to use biometric systems to remote areas in Sabah and Sarawak, where the device connectivity in Sabah and Sarawak are still far behind.

Is the equipment or system working properly when electricity limited in remote areas and in the interior as compared with using ink that can be carried or used with unlimited time.

However, biometric systems are appropriate in the urban areas and can also be used by Postal voters where they can be detected through a list of register names that are eligible to votes so that they cannot vote repeatedly in other areas.

If the biometric system is used and controlled as best as possible, we are confident that the problem of fraud during the voting process can be reduced though not entirely due to the human being weakness except those who are manage and maintain this tool really trust and honesty.
What are important they are entrusted to protect and manage these devices must be those who are honest and trustworthy, regardless of their political affiliation.

If the EC really confident identify it well and agreed by all parties without any doubt the matter can be discussed during the meeting with the authorities and the parties concerned.

We want the EC to conduct the election system in Malaysia with fair, honest, trustworthy and clean so that the people can accept the decision of the coming general election with an open heart without any doubt. Hopefully this can be discussed in detail among those entrusted to identify it.

Rembau Hari Ini

Posted: 21 Jun 2011 07:40 PM PDT

Rembau Hari Ini


Rumah kedai tidak senonoh di Chembong

Posted: 21 Jun 2011 01:31 AM PDT

Apa kesudahan masalah di bawah ini ?



Rumah kedai 'tidak senonoh'
Harian Metro 2 Mei 2010

REMBAU: Kewujudan sebuah rumah kedai terbiar di Taman KSNS Chembong di sini, bukan hanya mencacatkan pemandangan, malah turut dijadikan 'markas' segelintir individu tidak bertanggungjawab termasuk remaja melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melepak dan meneguk 'air setan' sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk.

Keadaan premis yang terbiar sejak dua tahun lalu itu amat teruk apabila hampir keseluruhan struktur bangunan mengalami kebocoran pada atap dan tingkap pecah selain dipenuhi longgokan sampah-sarap, sisa perabot serta barangan lusuh.

Selain melepak sambil bersembang dan meminum arak, rumah kedai itu turut dijadikan tempat mereka melakukan kegiatan vandalisme iaitu menconteng dinding dengan tulisan berunsur lucah.

Lebih menyedihkan, premis terbabit terletak berdekatan deretan kedai lain hingga melahirkan rasa kurang selesa kepada pengunjung termasuk peniaga di kawasan berkenaan kerana terpaksa berdepan situasi itu setiap hari.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 22, berkata dia amat kecewa apabila sering kali melihat sekumpulan remaja berpeleseran di dalam bangunan itu tanpa diketahui tujuan mereka.

"Apabila diperiksa, saya dapati kawasan sekitarnya terlalu kotor dan menjijikkan dengan dipenuhi longgokan botol arak dan sampah-sarap lain yang dibiar berselerakan.

"Selain itu, kawasan terbabit berbau hancing kerana perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang sesuka hati membuang air kecil," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurut Razak, dia khuatir masalah sosial terutama membabitkan remaja di seluruh daerah itu akan menjadi semakin serius sekiranya perkara terbabit dipandang ringan pihak berkenaan.

"Justeru, saya memohon pihak berkenaan mengambil kira permasalahan itu dan bertindak segera termasuk menjalankan pemantauan atau menutup rumah kedai usang terbabit.

"Langkah itu perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat menjadi lebih terjamin daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Sementara itu, seorang peniaga yang enggan dikenali, berkata keadaan itu turut menyakitkan mata pengunjung kerana kedudukan premis terbabit berdekatan jalan utama Rembau ke Seremban selain bersebelahan laluan memasuki Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong yang kerap menjadi tumpuan.

"Sekiranya keadaan itu dibiarkan berterusan, saya bimbang individu di dalam rumah kedai terbabit akan mengganggu penuntut IKBN terutama wanita dan berkemungkinan berlaku perkara tidak diingini.

"Lebih baik masalah itu dicegah lebih awal supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rumahkedai__8216_tidaksenonoh/Article

Pedas dilanda banjir kilat

Posted: 21 Jun 2011 01:30 AM PDT

Apa kesudahan masalah di bawah ini ?



Bengkel dilanda banjir kilat
Sinar Harian 6 Mei 2011

REMBAU - Kelewatan pihak bertanggungjawab menyelenggara Sungai Gaing dikatakan menjadi punca banjir kilat yang melanda sebuah bengkel membaiki kenderaan di Pedas dekat sini, petang Selasa lalu.

Pemilik bengkel, Mohd Fazaly Bahudin, 29, berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang itu dipercayai berpunca daripada aliran sungai yang tersekat di jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari premisnya.

"Air naik terlalu pantas sehingga kira-kira satu meter. Salah sebuah daripada lima kereta pelanggan tidak sempat dibawa keluar dari kawasan bengkel mengakibatkannya tenggelam.

"Selain itu, banyak alat ganti kenderaan di dalam bengkel rosak menyebabkan saya terpaksa menanggung kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000," katanya di sini, petang kelmarin.

Menurut Mohd Fazaly, dia dan seorang mekanik lain terpaksa berhempas-pulas menaikkan empat kereta lain ke paras yang lebih tinggi.

Katanya, air mulai surut pada jam 8 malam namun meninggalkan lumpur tebal di kawasan bengkel termasuk tapak yang digunakan untuk perniagaan mencuci kenderaan.

"Kejadian ini bukan kali pertama berlaku sejak bengkel saya beroperasi di sini tiga tahun lalu.

"Setiap kali hujan terlalu lebat, bengkel ini dilanda banjir kilat. Kalau selalu sangat begini, perniagaan saya boleh terjejas," katanya.

Mohd Fazaly berkata, dia pernah mengemukakan aduan tentang banjir kilat kepada pihak-pihak berkenaan namun tidak pasti berhubung tindakan diambil.

"Saya berharap tindakan diambil segera untuk menyelenggara Sungai Gaing agar kejadian banjir kilat tidak berulang di bengkel ini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9055597.asp

Khalid Samad

Posted: 21 Jun 2011 07:34 PM PDT

Khalid Samad


Video: It's Time to Review Subsidies to IPP

Posted: 21 Jun 2011 01:33 AM PDT



Video courtesy of Malaysiakini
-Pejabat YB Khalid Samad-

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 21 Jun 2011 07:31 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


99 % Sokong Himpunan BERSIH 2.0 !

Posted: 21 Jun 2011 02:59 AM PDT

Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online. Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.
NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.


Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.

sumber : malaysiakini.com

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Jun 2011 03:48 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KETAKUTAN TIMB PRESIDEN MCA MEMANG ADA ASASNYA

Posted: 21 Jun 2011 02:40 AM PDT


Patutlah semalam Timbalan MCA memberi amaran pada ahli MCA tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0. Ketakutan sehingga memberi ugutan pada ahlinya memang berasas bila undian Ahkbar Star menunjukkan lebih 1juta orang mengundi setuju dengan Perhimpunan Bersih.
Sehinggakan ada menjangkakan boleh mencapai 3 juta orang bila pemuda UMNO dan PERKASA dan para nelayan yang tidak puas hati pada kenaikan petrol turut serta.

BAYOR METRIK SPR BOLEH BUAT TRIK ! CALIT DAKWAT JARI BN TAMBAH NGERI

Posted: 21 Jun 2011 02:20 AM PDT


Sistem Calit Cat Pada Jari lebih BERKESAN dari Biometrik. Sistem Calit Jari dengan sedikit dakwat khas lebih jelas dan secara fizikal dan dari jauh kita tahu pengundi itu telah mengundi. Dan dakwat khas ini hanya akan hilang dalam masa 3 hari. Kenapa BODOH sangat SPR dan penyokong yang bantah penggunakan dakwat calit jari dari cara lain?

SPR nie bila dah kena tekanan rakyat baru mengelabah nak guna biometrik lah buat itulah , yang last minit. Nak daftar pengundi SPR subkan pada parti politik, bila dah dapat semua data mereka(SPR) berikan daftar pengundi yang mempunyai butiran yang diringkaskan dengan dimanipulasi alamat kepada lokaliti. Tujuan agar lawan BN sukar mengesan pengundi, hanya BN melalu SPR yang tahu alamat sebenar pengundi.
Kalau guna kad pengenalan atau terkini biometrik , cara ini masih ada banyak trik dari BN. Sebab apa ? Kita tidak dapat membezakan orang yang belum mengundi dengan sudah mengundi.
Mungkin jika ada alat mengesan atau pengimbas jari baru boleh tau.
TAPI CALIT DAKWAT PADA JARI LEBIH ISTIMEWA , SUKAR NAK MENIPU ! ORANG RAMAI BOLEH TAHU !

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata,SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

"KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi," katanya.

BERNAMA melaporkan Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mahu mengadakan perhimpunan haram,bagi memastikan pilihan raya telus dan bersih.Melalui penggunaan sistem biometrik.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata,pengundi tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua.
sistem biometrik merupakan penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia.

BONGKAK TAK MAHU MOHON MAAF, KAMU BAYOR LER !

Posted: 21 Jun 2011 12:26 AM PDT

Pada 20 Julai depan Mahkamah Tinggi semalam menetapkan sebagai tarikh keputusan taksiran ganti rugi saman fitnah yang dikemukakan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa bersama dua plaintif lain terhadap sebuah akhbar, tiga tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah, Nariman Badruddin membuat keputusan itu dalam kamar, selepas mahkamah membenarkan tuntutan plaintif kira-kira empat bulan lalu.

Kesemua plaintif termasuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Datuk Anuar Tan Abdullah hadir mendengar keputusan itu.

Plaintif menamakan defendan dari akhbar Mingguan Watan, M Goenawan Mohamed, Wan Bahador Wan Ismail@Baha Azuwan, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, Naluri Teratai Sdn Bhd dan Tristan Media Distributors.

Saman RM15 juta difailkan terhadap defendan yang didakwa menyebarkan fitnah menerusi artikel siaran akhbar Mingguan Watan bertajuk: 'Siasat Pemimpin Pas Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK', bilangan 17, 21 hingga 27 Disember 2008.

Menerusi artikel berkenaan, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dikatakan rugi RM21 juta akibat penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang juga ahli lembaga pengarah PKINK berkait satu projek anak syarikatnya.

Malah artikel itu juga menyebut: 'Watan difahamkan pindaan perjanjian itu menyebabkan kerugian kepada PKINK kerana untuk melindungi kroni-kroni pemimpin Pas yang dipercayai menjadi 'pelabur tempatan' itu yang memegang 50 peratus ekuiti berkenaan.

Susulan itu, Husam menghantar notis supaya defendan-defendan memohon maaf secara terbuka namun mereka menerbitkan pula artikel 4-10 Januari 2009 menegaskan tidak akan meminta maaf.

Seterusnya, Husam menuntut defendan membuat bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta kepadanya atas perbuatan fitnah yang dilemparkan dengan menuntut ganti rugi teladan, teruk, punitif, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan mahkamah.

Kata Husam, beliau bersyukur dengan kemenangan yang dapat mematahkan fitnah terhadap dirinya bersama dua plaintif lain itu.

"Saya sangat bersyukur kerana itu memang satu fitnah secara terang terangan dan Watan pun sudah ditutup serta tidak keluarkan sebarang penerbitan lagi.

"Defendan-defendan pula yang tidak hadir ke mahkamah hari ini (semalam) bagaimanapun kita minta ganti rugi itu paling kurang RM5 juta untuk setiap plaintif," katanya

LEBIH 60 TAHUN BANGSANYA DIIKTIRAF SEBAGAI LAIN-LAIN

Posted: 20 Jun 2011 10:53 PM PDT

Orang Asli gegarkan konvensyen pilihan raya PKR
SHAH ALAM: Seandainya "Anugerah Pemidato Paling Popular" diwujudkan dalam Konvensyen Pilihan Raya PKR yang bertemakan "Demi Rakyat"yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam, anugerah itu seharusnya diberikan kepada wakil orang Asli, Fatimah Bah Sin.

Wakil orang Asli yang berasal dari suku kaum Semai tersebut menggamatkan dewan konvensyen dan menerima tepukan gemuruh daripada lebih lima ribu perwakilan dari seluruh negara setiap kali beliau menghabiskan ayat.

Setiap hujah yang beliau sampaikan dalam bentuk yang amat mudah difahami tetapi berbentuk terus ke fakta, menerima tepukan dan laungan kata-kata semangat daripada perwakilan.


Bercakap di atas pentas untuk kali pertama Fatimah ternyata agak gemuruh di awal ucapan beliau tetapi sambutan daripada perwakilan yang tidak putus-putus melaung nama beliau sebagai tanda mengiyakan hujah yang beliau sampaikan membuatkan Fatimah menguasai pentas dengan cukup baik.

Fatimah memulakan pidato beliau dengan mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengkategorikan orang Asli dalam kategori bangsa sebagai "Lain-lain".

"Kenapa orang Asli dikategorikan sebagai bangsa Lain-lain? Habis itu orang Asli ini datang dari mana?

"Tanah orang Asli diceroboh untuk tujuan pembangunan dan pembalakan.Kami bukan minta bangunan tetapi kami hanya meminta hak milik tanah untuk tapak rumah kami dan untuk kami tinggal di situ tanpa gangguan pihak luar", tegas Fatimah.

Seperti mana yang berlaku keterbukaan di Konvenysen Nasional PKR di Kota Bahru tahun lepas apabila Menteri Besar Selangor Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima pelbagai kritikan pedas daripada perwakilan; pada konvensyen PKR Ahad lalu kepimpinan tertinggi PKR tidak terlepas daripada teguran dan peringatan daripada perwakilan.

Fatimah menggunakan peluang berucap di hadapan keseluruhan kepimpinan tertinggi PKR memberikan peringatan agar tidak melupakan orang Asli.

"Jika PKR ingin menang di dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti, PKR harus mendekati kami. Jangan masa PRU baru nak dekati kami tetapi selepas PRU habis, tak jenguk kami.

"Saya menyeru kepimpinan tertinggi, negeri, cabang dan ranting turun ke kampung orang Asli untuk menyelami masalah kehidupan yang kami hadapi", kata Fatimah lagi dan disambut tepukan gemuruh dari perwakilan.

Wakil Umno

Fatimah juga berkongsi pengalaman apabila beliau pernah menjadi perwakilan Umno ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Saya menjadi perwakilan tetapi perwakilan ibarat burung belatuk yang hanya menggangguk dan berkata "tok" tok" "tok" tanpa boleh mempertikaikan atau mengkritik apa-apa tentang kepimpinan Umno.

"Umno kata mereka membela orang Asli tetapi hanya menjenguk kami setiap kali PRU.Kini orang Asli sudah sedar dan jangan kongkong kami!" teriak Fatimah dan suasana dewan kembali gamat dengan sorakan perwakilan yang memanggil nama "Fatimah!", "Fatimah!", "Fatimah!".

Fatimah juga mengingatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, janganlah beliau lupa pada orang Asli.

Dewan sekali lagi gamat apabila perwakilan bersorak "Ya!", "Ya!", "Ya!" sebagai tanda setuju dengan saranan Fatimah.

Fatimah mengakhiri ucapan beliau dengan desakan meminta kepimpinan PKR memberikan informasi kepada masyarakat orang Asli agar mereka juga sama-sama dapat melakukan perubahan dalam landskap politik tanahair.

Fatimah juga sempat mengusik Anwar dan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail apabila beliau meminta pemimpin tersebut mengadakan Konvensyen PKR pada tahun depan di kawasan orang Asli dan dewan sekali lagi gamat dengan gurauan Fatimah.

PAS SESAL ASTRO , UMNO LAGI MENYESAL !

Posted: 20 Jun 2011 07:59 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal dengan tindakan ASTRO menaikan harga pakej-pakej yang ditawarkan mulai 11 Julai 2011 melalui satu notis yang dikeluarkan oleh pihak ASTRO pada 7 Jun 2011.

Di dewan parlimen semalam YB UMNO Sri Gading, Johor menyata terkilannya dengan ASTRO dalam kenaikan harga . Yang beliau musykil , kenapa sebelum ada ASTRO siaran TV1, TV2 tiada masalah? Kenapa sekarang bila pakai Astro barulah gambar TV1 & TV2 ok ?
Ada udang sebalik mi ke? YB UMNO sendiri pun dah ada perangsak kepada ahli korporat BN bagaimana rakyat bawahan?

DPPWP merasakan kenaikan kos kandungan dan perbelanjaan aset tetap yang didakwa ASTRO belum cukup untuk dijadikan sebab menaikkan harga pakej ini. Tidak masuk akal sama sekali kerana selama 10 tahun beroperasi dengan lesen eksklusif penyiaran satelit terus kerumah (Exclusive satellite DTH broadcasting license), pihak ASTRO telah pun mengutip keuntungan besar yang mampu mengembalikan pelaburan yang dibuat sebelumnya. Lebih-lebih lagi ASTRO telah menaikan harga pakej pada Ogos 2009 sehingga mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 650 Juta pada tahun 2009 dan jumlah keuntungan itu terus meningkat kepada RM 800 Juta pada tahun 2010. Walaupun mereka dakwa berlaku kenaikan kos, tetapi nilai keuntungan yang dikutip juga meningkat.

MISTERI PENCEROBOHAN 2,508 KALI , ZAHID HAMIDI APA DAH JADI !

Posted: 20 Jun 2011 03:42 PM PDT

Adakah telinga PM kita telah dipegang oleh Singapura sehingga Menteri Pertahanan kita meniskus macam tikus melihat saja pencerobohan di perairan kita tanpa tindakan serius?

Adakah kes Altantuya menjadi senjata Singapura membuatkan Malaysia tidak berani mengangkat muka seperti apa yang berlaku pada Tg Pagar dan pulau Batu Putih? Adakah foto Altantuya dengan ??? di pameran Berlian di Singapura dahulu seperti yang diceritakan Bala menjadi taruhan Singapura memperbudakkan Malaysia dalam semua kes tanah negara yang terlepas ?
Maruah dan kedaulatan negara adalah sesuatu yang perlu dipertahankan. Lihat di negara lain jika pesawat ceroboh negara mereka sudah tentu dikenakan dah tindakan .


Sebagai contoh isu kepulauan Spralty pun cukup la kita lihat bagaimana China dengan Vietnam bertikam lidah walhal pulau itu masih lagi dalam tuntutan . Ini pulak ruang udara kita dimasuki tanpa diberi amaran pun boleh masuk sampai 2000 kali !

Rakyat persoalka , sampai bila perkara ini akan berlaku sehinggakan Kementerian Pertahanan kaku macam batu.

Zahid Hamidi dan pihak tentera perlu tegas dalam isu ini dan keselamatan negara tidak boleh dikompromi !

Pencerobohan pesawat udara Singapura di ruang negara Malaysia gugat keselamatan negara !

Sebanyak 2,508 pergerakan pesawat tentera udara Singapura dikesan menceroboh ruang udara negara sejak tahun 2008, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Bernama melaporkan, Zahid berkata, Malaysia telah mengemukakan bantahan diplomatik terhadap pencerobohan tersebut oleh pesawat udara republik itu.

Menurutnya setiap pergerakan pesawat tentera udara Singapura yang mencurigakan dipantau dengan menggunakan kelengkapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga kelengkapan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia.

"Pada tahun ini sahaja iaitu sehingga bulan Mei, sebanyak 19 pergerakan pesawat (menceroboh) dikesan dengan purata sebanyak empat pergerakan pesawat sebulan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya sebanyak 985 pergerakan pesawat Singapura dikesan pada tahun 2008, 1,286 pergerakan (2009) dan 218 pergerakan pesawat (2010).Beliau juga berkata bantahan tersebut bermula setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh,



Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 21 Jun 2011 03:28 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Wanita UMNO mula cula undi di Kelana Jaya

Posted: 21 Jun 2011 03:57 AM PDT

21 Jun 2011, Kelana Jaya - Pilihanraya Umum ke-13 semakin membara. Hari ini, Wanita UMNO Kelana Jaya telah mula turun padang dengan membuat cula undi di kawasan penduduk SS5B di sini. Mereka juga mengedarkan akhbar haram iaitu Selangor Terkini.

Oleh itu, ini menguatkan lagi tanda-tanda pru13 semakin hampir dan jentera PR yang telah lama digerakkan perlu lebih efisen dan smart.

SAF KEPIMPINAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR SESI 2011 / 2013

Posted: 20 Jun 2011 06:53 PM PDT

21 Jun 2011, Shah Alam - Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Hj Abd Rani Osman di dalam mesyuarat BPPNS malam tadi telah mengumumkan saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang baru. Berikut adalah senarai tersebut:
Pesuruhjaya
YB Dr Abd Rani Bin Osman

Timbalan Pesuruhjaya I
YB Sdra Iskandar Bin Abd Samad

Timbalan Pesuruhjaya II
Ustaz Sallehen Bin Mukhyi

Timbalan Pesuruhjaya III
YB Tuan Hj Khalid Bin Abd Samad

Setiausaha
Sdra Mohd Khairuddin Bin Othman

Penolong Setiausaha
Tuan Hj Abdul Rahman Bin Sadikin

Bendahari
Tuan Hj Izham Bin Hashim

Ketua Penerangan
YB Tuan Hj Saari Bin Sungib

Pengarah Pilihan Raya
Sdra Jaafar Bin Samsudin

Ahli Dilantik
YB Dato' Dr Hasan Bin Mohamed Ali
Noraini Binti Hussin
Mohd Sany Bin Hamzan
Hj Norhalim Bin Sirome
Mohamad Bin Abdul Rahman
Mariam Binti Abdul Rashid
Dr Halimah Binti Ali

PENGERUSI LAJNAH-LAJNAH
Lajnah Politik & Pilihan Raya - YB Dr Abd Rani Bin Osman
Lajnah Penerangan & Dakwah - YB Tuan Hj Saari Bin Sungib
Lajnah Tarbiyah & Perkaderan - Ustaz Sallehen Bin Mukhyi
Lajnah Ekonomi & Kewangan - Tuan Hj Izham Bin Hashim
Lajnah Pengurusan Harta - YB Sdra Iskandar Bin Abd Samad
Lajnah Pendidikan - YB Dr Halimah Binti Ali
Lajnah Teknologi Maklumat & Komunikasi - Tuan Hj Abdul Rahman Bin Sadikin
Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan - Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Lajnah Perpaduan Nasional - YB Tuan Hj Khalid Bin Abd Samad
Lajnah Penggerak Demokrasi & Mobilisasi - Sdra Mohd Sany Hamzan

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 Jun 2011 03:27 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Gara-Gara Menyokong Palestin,Pemain Real Madrid Dihapuskan Akaunnya

Posted: 21 Jun 2011 12:23 PM PDT

Sebagai pemain bolasepak di sebuah kelab terkemuka di dunia memang membuatkan pemain daripada Brazil ini idola kepada ramai orang. Terbaru Marcelo, 23, pemain bek kiri Real Madrid dan pasukan antarabangsa Brazil telah dipadamkan akaun Facebook setelah mengemaskini status Facebooknya yang berbaur sokongan beliau tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin. Tindakan ke atas Marcelo ini berkait rapat dengan status selebritinya sebagai pemain bolasepak yang dikenali ramai.
Akaun Facebook Marcelo yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak melontar batu berserta status yang berbunyi "My heart with Palestinian now as they fighting with Israel"  telah mengejutkan pendokong rejim Zionis sehingga mereka mengambil tindakan untuk memberi tekanan kepada pentadbir Facebook bagi memadamkan akaun beliau daripada terus aktif.
Status Marcelo telah disahut oleh seramai 4,221 orang dengan sokongan 'LIKE' dan sebanyak 1,998 komen telah dihantar terus meneruskan ke akaun peribadi Marcelo. Pendirian Marcelo secara tegas terhadap isu Palestin mengambarkan pemain yang memiliki nama sebenar, Marcelo Vieira da Silva Júnior ini amat prihatin terhadap kekejaman dan dasar keras Israel terhadap rakyat Palestin.


Selain itu, pemain beragama Islam yang mewakili kelab Sevilla, Frederick Omar Kanoute turut sama menyokong pejuangan rakyat Palestin apabila beliau bertindak meraikan gol dengan membuka baju yang tertera perkataan "Palestina".

BRAHIM KATAK SUDAH TERKENCING BILA KJ SUH DIA DISIASAT BAWAH ISA

Posted: 21 Jun 2011 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Sayap pemuda Perkasa mengecam saranan Khairy Jamaluddin agar presiden pertubuhan membela hak Melayu Datuk Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman Ahad lalu.


Sebaliknya tegas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, tindakan sama sepatutnya dikenakan terhadap Khairy, Ketua Pemuda Umno kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Selain itu, tambah Irwan Fahmi, beliau bersetuju dengan pandangan Ibrahim yang mengatakan "apa sahaja boleh berlaku" pada 9 Julai kerana penganjur himpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak boleh menjamin keamanan pada hari itu.

Selain Bersih, turut mengadakan perhimpunan Perkasa dan juga Pemuda Umno.

"Jika Khairy menyarankan agar presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan Bersih 2.0.

"Khairy bukan hakim atau ketua polis negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut terserah kepada polis.

INI DIA HASIL PEMENANG VIDEO BERSIH 2.0

Posted: 21 Jun 2011 06:55 AM PDT


wakakakakakaka... pakai yang ni tokleh ke?

PERTANDINGAN CIPTA VIDEO BERSIH 2.0... HADIAH MENARIK!!!

Posted: 21 Jun 2011 02:43 AM PDT

Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0


Sempena Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganjurkan Pertandingan Mencipta Video Bersih 2.0 bagi mempromosikan himpunan berkenaan. Sehubungan dengan itu DPPWP menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah :

Tempat Pertama - RM 500

Tempat Kedua - RM 200

Tempat Ketiga - RM 100

Kriteria Video Yang Dikehendaki

1. Minimum durasi video adalah 2 minit dan maksimum 5 minit

2. Memaparkan gambar atau rakam video berkaitan rakyat dan pilihanraya yang kotor

3. Memaparkan gambar atau rakam video himpunan Bersih

4. Memasukkan maklumat tarikh dan tempat Himpunan Bersih 2011

5. Memasukan maklumat 8 tuntutan Bersih, iaitu:

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor

6. Muzik atau petikan suara atau ucapan sebagai latar digalakan (Keutamaan kepada ucapan pemimpin PAS)

7. Penggunaan ayat Al-Quran @ Hadis digalakan

8. Setiap video dikehendaki meletakan nama pencipta dan nama "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan" sebagai penerbit

9. Video yang dicipta hendaklah tidak menyentuh sensitiviti atau menghina mana-mana kaum, agama, individu atau parti.



Maklumat lain:

1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video yang dikehendaki.

2. Video klip peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog DPPWP di (http://dppwp.wordpress.com) dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Bersih disemua jaringan sosial.

3. Peserta digalakan mempromosikan video mereka bagi mendapatkan rating penonton yang tinggi.



Penghantaran dan Tarikh Tutup:



1. Video yang telah siap hendaklah di muatnaik (upload) ke laman web Youtube mengunakan akaun peserta.

2. Peserta yang telah memuatnaik (upload) video mereka hendaklah menghantar link video berkenaan di Youtube ke email berikut - hermansamsudeen@gmail dengan tajuk "Pertandingan Video" dan menyertakan:

a. Nama Peserta

b. No. Kad Pengenalan

c. No. Telefon Bimbit

d. link video di Youtube



3. Tarikh tutup pertandingan ini adalah pada 18 Julai 2011



.... CEPATTttttttttttttttt.......

PENGHARGAAN BUAT DPPWM - DILANTIK ANTARA BADAN PERHUBUNGAN PAS WILAYAH

Posted: 20 Jun 2011 11:39 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS Wilayah Persekutuan telah selesai membentuk barisan kepimpinan baru badan perhubungannya, dengan empat pimpinan muda mengisi Dewan Harian sebagai timbalan pesuruhjaya 1 dan 3, setiausaha dan ketua penerangan.

Diketuai oleh Mohamad Nor Mohamad sebagai pesuruhjaya, dua muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya iaitu Salbiah Abd Wahab sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 2 dan Ahmad Sabki Yusuf sebagai TPJ 3.

Salbiah merupakan bekas Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), manakala Ahmad Sabki merupakan bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP).

PAS Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat pertama barisan kepimpinan barunya malam tadi turut mengekalkan pemimpin muda, Dr Azhari Yaakub sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ 1.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan yang baru, Mohd Nasaie Ismail berkata, tiga muka baru yang telah dilantik mengisi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan.

Menurut beliau, jawatan setiausaha diamanahkan kepada Khairul Anwar Abd Manaf, bendahari, Ir Najib Ahmad.

"Pengarah Pilihanraya kekal kepada Abdul Halim Hasan, manakala tiga Penolong Setiausaha terdiri daripada Kamaludin Mohd Noh, Amran Abd Majid dan Abd Rani Abd Majid," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tujuh dilantik sebagai AJK Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, menurut beliau, terdiri daripada Zamri Ahmad Zakaria Aziz, Mohamad Saidu, Izamudin Ludin, Jailius Arsyad dan Liti Atini Yahya.

Katanya, dengan gandingan kepimpinan lama dan baru itu, PAS Wilayah Persekutuan diharap menjadi pasukan yang kuat untuk membantu pesuruhjaya melaksanakan tanggungjawabnya.

"Antara usaha yang akan dilakukan dengan memfokuskan kepada pembelaan masalah masyarakat bandar yang terlalu banyak berlaku khususnya dalam isu tanah Kampung Baru dan kampung tradisi, perumahan dan pengangkutan awam.

"Selain itu, fokus kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi bagi mempertahankan Titiwangsa dan menawan Parlimen Putrajaya dan Labuan," katanya.

Beliau juga yakin pasukan kepimpinan baru itu tidak akan memberi ruang yang selesa khususnya kepada Umno BN yang selama ini selesa bertindak sesuka hati kepada rakyat.

SPR SUDAH TAKUT DENGAN BERSIH 2.0

Posted: 20 Jun 2011 05:14 PM PDT

PUTRAJAYA, 20 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan Bersih dengan syarat Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak diadakan.


"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai 'rubber stamp' atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dipetik Bernama Online.

Aziz meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan haram pada 9 Julai supaya tidak menjadikan SPR sebagai kambing hitam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan pengacau itu yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, walaupun dikecam pelbagai pihak.

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

Siti Zailah | Home

Posted: 21 Jun 2011 03:22 PM PDT

Siti Zailah | Home


RM 6,000,000,000 DIPERUNTUKAN UNTUK MEMBIAYAI...

Posted: 21 Jun 2011 02:08 AM PDT

SEBANYAK RM 5,600,000,000 UNTUK MENAMPUNG PEMBAYARAN TUNTUTAN SUBSIDI BARANGAN PETROLEUM TAHUN 2011.

SEBANYAK RM 150,000,000 UNTUK MENAMPUNG PEMBAYARAN SUBSIDI BAGI PENGECUALIAN BIL LETRIK BULANAN RM 20 SEBULAN, (UNTUK LEBIH KURANG 183,884 ISI RUMAH) (4.4JUTA PENDUDUK).

SUBSIDI PADA TNB, UNTUK BAYAR PADA IPP (RM 19 JUTA ). (RM 4 BILION SUBSIDI PAMPASAN KONSESI TOL)

SEKARANG 45 PERATUS PENDAPATAN NEGARA BERSUMBER DARI HASIL MINYAK DAN SEKARANG INI 10 PERATUS SETIAP TAHUN HASIL MINYAK NEGARA BERKURANGAN.

MALAYSIA MENUJU NEGARA BENGKRAP JIKA SUMBER BARU TIDAK DITEROKAI DALAM KEADAAN NEGARA DIBEBANI DENGAN HUTANG MELEBIHI RM368 BILION DAN SETIAP BAYI YANG BARU LAHIR TURUT MENERIMA BEBAN HUTANG NEGARA !.

RM 35 ,000,000 UNTUK GIRN

Posted: 21 Jun 2011 01:54 AM PDT

SEBANYAK RM 35 JUTA UNTUK MENAMPUNG PERLAKSANAAN GOVERNMENT INTEGRATED RADIO NETWORK (GIRN)

SEBANYAK RM 19,683,200 UNTUK MEMBIAYAI PENUBUHAN AEROSTRUCRE MANUFACTURING INNOVATION CENTRE (AMIC)

SEBANYAK RM 7,500,000 UNTUK MENAMPUNG PERKHIDMATAN SOKONGAN ICT SEKTOR AWAM DAN PENYELENGARAAN PERKAKASAN, PERISIAN DAN APLIKASI PRISMA.

SEBANYAK RM 4,700,000 UNTUK MENAMPUNG PENUBUHAN NATIONAL COMMUNICATION TEAM (NCT)

RM 1,000,000 UNTUK SIASAT KES KEMATIAN TEOH BENG HOCK

Posted: 21 Jun 2011 01:46 AM PDT

SEBANYAK RM 1 JUTA,TELAH DIPERUNTUKAN UNTUK MENAMPUNG KOS PENUBUHAN SURUHAN JAYA SIASATAN KEMATIAN TEOH BENG HOCK. BELUM SEMPAT LAGI SIASATAN TEOH SELESAI, AHMAD SABRINI PULA MATI DIBANGUNAN SPRM.

APAKAH PERLU PERUNTUKKAN RM 1 JUTA LAGI LEPAS INI?.

INILAH PELIKNYA SISTEM PENTADBIRAN DIMALAYSIA. KALAU ADA LAGI YANG TERJUN BANGUNAN SPRM, BETAPA BANYAK WANG NEGARA KITA DIHABISKAN UNTUK MEWUJUDKAN SURUHAN JAYA SIASATAN ?

RM 5 JUTA UNTUK PROJEK BANCI PENDUDUK

Posted: 21 Jun 2011 01:31 AM PDT

SEBANYAK RM 5,000,000 UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN PERUNTUKKAN EMOLUMEN KAKITANGAN KONTRAK BAGI PROJEK BANCI PENDUDUK TAHUN 2011.

BAYANGKAN BERAPA PERUNTUKKAN WANG NEGARA DIBELANJAKAN UNTUK DAFTAR PEMILIH SPR (SURUHAN JAYA PILIHAN RAYA).

SEBAB ITULAH KITA MENCADANGKAN AGAR PENDAFTARAN OTOMATIK DAFTAR PEMILIH DILAKSANAKAN DIMALAYSIA SUPAYA WANG NEGARA TIDAK MEMBAZIR.

RM 66 JUTA PERUNTUKKAN TAMBAHAN UNTUK KENAIKAN ELAUN IMAM DAN GURU TAKMIR

Posted: 21 Jun 2011 01:24 AM PDT

SEBANYAK RM 66 JUTA RINGGIT UNTUK MENAIKAN ELAUN IMAM DAN GURU TAKMIR, INI MEMBUKTIKAN BAJET TAMBAHAN INI BAJET PILIHANRAYA. UMNO DAN BN AKAN KELABUI HATI PARA IMAM DENGAN HABUAN ELAUN NAIK. HARAP ORANG YANG ADA ILMU, ADA JATI DIRI.

INI SEMUA ADALAH UJIAN, SEJAUH MANA KEFAHAMAN DAN KESEDARAN MEREKA. JANGAN KERANA GAJI, PRINSIP UGAMA TERGADAI....

*Rezab Minyak Malaysia Yang Semakin Kehabisan Menandakan Malaysia Sedang Menuju Bangkrupsi*

Posted: 21 Jun 2011 01:03 AM PDT

Pendedahan terbaru "Wikileaks" mengenai kenyataan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS yang bernama Mohd Azhar Osman Khairuddin amat merisaukan.

Antara pendedahan yang dibuat adalah:

1. 45% dari perbelanjaan kerajaan Malaysia adalah bergantung kepada hasil minyak.
2. Rezab minyak di Malaysia sudah menuju kepada kehabisan di mana setiap tahun produksi minyak Malaysia berkurang 10% dari tahun yang sebelumnya.

Pihak Dewan Muslimat sungguh terkejut di atas pendedahan ini. Ini kerana pendedahan ini menandakan ekonomi Malaysia sedang menuju kebankrapan ala' Greece.

Kebergantungan kerajaan Malaysia yang sangat besar kepada hasil minyak di dalam perbelanjaan pentadbiran kerajaan adalah penanda betapa UMNO dan Barisan Nasional telah gagal mempelbagaikan ekonomi Malaysia.

Seharusnya kebergantungan hasil minyak ini tidak patut melebihi 20% dari hasil petroleum dan galian negara. Itupun terhad kepada memberi subsidi kepada rakyat Malaysia yang memerlukan subsidi tersebut. Bukan untuk tujuan pembangunan ataupun pembinaan.

Tetapi, Malaysia terpaksa memberi hampir separuh dari perbelanjaan kerajaan kepada hasil Petroleum negara. Ini adalah bukti betapa kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu mentadbir ekonomi negara dengan baik dan efisyen.

Jelas, amalan rasuah dan kronisma yang menjadi amalan biasa UMNO dan Barisan Nasional sedang dan akan menjadikan Malaysia sebuah negara bangkrap apabila hasil minyak kita habis nanti.

Apa akan jadi kepada masa depan anak cucu kita. Dewan Muslimat PAS berpendapat seharusnya, hasil petroleum mestilah di simpan di dalam sebuah tabung untuk kegunaan anak cucu kita di masa hadapan. Seharusnya kerajaan Malaysia mengikut contoh kerajaan Norway yang menyimpan sepenuhnya hasil petroleum mereka di dalam Tabung Pencen Norway *("Statens Pensjonsfond Utland, SPU")*

Namun, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak bijak serta tidak mampu mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik sehingga ke tahap ekonomi Malaysia sekarang ini di ambang bankrupsi.


Sekian

Siti Zailah Mohd Yussof

TAMBAHAN SEBANYAK RM 11,305,000 UNTUK PENYELENGGARAAN BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA

Posted: 21 Jun 2011 12:53 AM PDT

BANGUNAN PARLIMEN AKAN DIBAIK PULIH YANG PERUNTUKKANNYA ADALAH RM 22 JUTA, TAPI DEWAN DIMAKLUMKAN BAHAWA KOS SEBENAR BELUM DAPAT DIPASTIKAN, MENGIKUT NILAIAN KONTRAKTOR YANG BERTANGGUNGJAWAB. DISINI JELAS MEMBUKTIKAN KETIDAKTELUSAN SISTEM PENGURUSAN WANG NEGARA YANG AKHIRNYA AKAN MEMBAWA KETIRISAN .

RM20 JUTA PERUNTUKKAN PENSTABILAN TEBING SUNGAI GOLOK

Posted: 21 Jun 2011 12:37 AM PDT

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR, MENYATAKAN BAHAWA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN AKAN MENERUSKAN KERJA PENSTABILAN TEBING SG GOLOK DIBAWAH ROLLING PLAN PERTAMA RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (RMK10) DENGAN PERUNTUKKAN SEBANYAK RM 20 JUTA. KERJA KERJA MENSTABILKAN SG GOLOK INI MELIBATKAN KAWASAN KAWASAN SEPERTI BERIKUT.

1.KG LALANG PEPUYU TANAH MERAH
2.KG NIBONG TEBAL TANAH MERAH
3.KG LUBOK SETOL FASA 2 PASIR MAS
4. KG PENGKALAN BEMBAN PASIR MAS
5. KG SIMPANGAN -KG TUALANG TUMPAT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 21 Jun 2011 01:52 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com

Posted: 21 Jun 2011 05:01 AM PDT

Добрый день.

Меня зовут Олег Тумбов, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков.
Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета.

Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж.

Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи.

С уважением, Олег Тумбов
Специалист отдела продуктивных решений
Компания Fruitful Solutions
Тел./Факс: +7 (495) 661-6100
Моб.: +7 (926) 694-64-78
Web: www.future-adv.ru

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 21 Jun 2011 01:12 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Terima Kasih Ibrahim Ali Kerana Memendekkan Jangka Hayat Umno/BN

Posted: 21 Jun 2011 10:06 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk paduka Ibrahim Ali dan anggotanya supaya menghentikan tindakan samseng dengan mengugut rakyat Malaysia yang menyertai Himpunan Bersih 9 Julai ini.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, sekiranya tindakan itu diteruskan, sayap pemuda parti Melayu-Islam itu sedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum.
"Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0, sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas risalah perkauman Perkasa yang bernada ancaman terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyebut 'Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang merbahaya".
Menurut Riduan, Pemuda Pas juga kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tiong Hua supaya 'membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah' jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan.
Malah Ibrahim juga menyatakan Perkasa akan melakukan apa sahaja bagi menghentikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini.
  "Mereka mahu lakukan apa? pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang cina? bakar rumah ibadat? atau pijak kepala babi dan lembu di dataran Merdeka?
"Siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu. Negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman," tegas beliau.
Mengulas lanjut, Riduan berkata tindakan Perkasa itu cuba mengulangi semula tragedi berdarah 13 Mei dan operasi Lalang, namun polis masih berdiam diri tanpa membuat sebarang tangkapan.
"Ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis," ujarnya.
Justeru, Pemuda Pas memberikan jaminan kepada orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.
"Semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi.  Peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung," katanya sambil menyeru rakyat dan seluruh anak muda supaya tidak takut dengan ancaman pelampau tersebut
"Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini," tegasnya.

Selepas ‘Buku Jingga, ‘Buku Hijau’ bakal beri ancaman buat Umno

Posted: 21 Jun 2011 10:01 AM PDT

WarkahDaily – Kesungguhan PAS mewujudkan negara berkebajikan yang merupakan intipati sebuah negara Islam kini memberi ancaman besar kepada Umno yang dilihat terus menerus membuat serangan membuta-tuli terhadap parti Islam itu konon PAS sudah meminggirkan dasar Islamnya.

Sehingga ada yang sengaja menampakkan kejahilannya secara terang-terangan semata-mata kepentingan politik bodoh mereka apabila membuat desakan tidak masuk akal agar PAS melucutkan Islam pada namanya kerana menuduh PAS telah memansuhkan dasar negara Islamnya selepas baru-baru ini.

Kalau mereka yang membuat tuduhan itu seperti presiden Umno kini yang jahil dalam bidang agama, ianya tidaklah memalukan dan menjengkelkan tetapi orang seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan anak ulamak dan berkelulusan agama turut membuat tuduhan melulu terhadap PAS konon telah menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan.

Yang peliknya, sekarang duk sibuk bercakap pasal negara Islam, bukan ketika beliau berada di tampuk pemerintahan yang sudah pasti beliau berkuasa dan mempunyai autoriti lebih untuk bercakap pasal negara Islam. Tetapi tidak pula dibicaraka. Ini barulah bertujuan meraih sokongan politik sempit Umno.

Namun, bagi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi tidak mudah melatah dengan desakan itu dan menegaskan, PAS sebenarnya memperincikan dasar yang sedia ada dengan mengketengahkan intipati sebuah negara Islam itu sendiri.

Sambil menyifatkan orang yang membuat tohmahan dan tuduhan sebagai orang yang tidak membaca berkaitan politik Islam (jahil politik Islam).

"Itu adalah kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam.

"Insya'Allah, saya akan terbitkan satu buku yang akan menerangkan apa itu negara berkebajikan, berlandaskan perlembagaan PAS yang berpandukan Al-Quran, hadis, ijmak ulamak dan qias," jelas Hadi memberi respon terhadap orang yang mempertikaikan Negara Berkebajikan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menjelaskan, Negara Berkebajikan yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar baru-baru ini merupakan intipati dari negara Islam.

"Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam," kata Tuan Ibrahim.

Semenjak PAS membentangkan penubuhan sebuah negara berkebajikan di Muktamar ke 57, pimpinan Umno dan media tali barutnya bertubi-tubi telah menyerang dan cuba merosakkan pemikiran rakyat terhadap parti Islam itu dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.

Namun ianya disambut baik oleh para ilmuan di negara ini sambil meminta PAS memperinci Negara Berkebajikan yang diketengahkan itu.

Bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bertindak memuji usaha PAS itu sambil meminta ianya diperincikan konsep Negara Berkebajikan yang ingin diketengahkan itu.

Kesungguhan PAS semakin nyata apabila minggu lepas bertindak membentuk satu panel khas pelaksana parti yang akan memperincikan konsep Negara Berkebajikan yang diutarakan presidennya itu yang akan diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurut Harakahdaily, panel berkenaan turut dianggotai Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dua ahli jawatankuasa kerja pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Idris Ahmad, Pengerusi Institut Kajian Polisi PAS, Dr Zuhdi Marzuki dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud.

Menurut Salahuddin, panel yang dibentuk itu akan memperincikan konsep Negara Berkebajikan.

"Melalui panel ini, kami akan memperincikan konsep negara berkebajikan dengan mengemukakan ciri-ciri sebuah negara berkebajikan," jelas Salahuddin.

Ianya akan diperincikan dalam bentuk 'Buku Hijau' yang merupakan pelengkap kepada 'Buku Jingga' yang diusahakan Pakatan Rakyat (PR). Ianya selari dengan 'Buku Jingga'.

"Kita akan dokumenkan konsep ini dalam bentuk buku dan Buku Hijau ini akan diedarkan di seluruh negara dalam masa terdekat," kata Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kerajaan BN pimpinan Najib berbelanja RM162.8 bilion dalam masa tiga bulan?

Posted: 21 Jun 2011 10:01 AM PDT


WarkahDaily – Negara kaya mana di dunia yang berbelanja semewah negara pimpinan Najib Razak yang dilaporkan telah memperuntukkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM13.2 bilion walaupun kerajaan baru sahaja membentangkan belanjawan asal RM162.8 bilion yang baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

Kenapa perlu kepada perbelanjaan tambahan RM13.2 bilion sedangkan kerajaan baru sahaja membentang belanjawan sebanyak RM162.8 bilion.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan Dewan Rakyat telah mempertikai peruntukan tambahan yang dibuat kerajaan Najib dalam keadaan ekonomi negara dilaporkan tidak stabil.

Dipetik dari Harakahdaily, Anwar berkata amat tidak munasabah perbelanjaan tambahan sebanyak itu dalam keadaan belanjawan asal RM162.8 bilion baru sahaja diguna dalam masa tiga bulan.

"Yang dimusykilkan adalah peningkatan 5 peratus emolumen. Apakah muslihat meninggalkan peruntukan emolumen yang wajib dimasukkan," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang turut mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP) kepada rakyat yang didakwa merugikan negara.

Beliau mempersoal kenapa kerajaan begitu takut mendedahkannya, beliau juga mendesak kerajaan mendedahkan kenapa perjanjian itu turut dibantah pihak Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Kementerian Kewangan.

"Dedahkan kepada rakyat, kenapa Petronas bantah, TNB bantah dan apa pendapat Kementerian Kewangan ketika itu.

"Siapa di sebalik IPP, siapa nominee tertentu di Hongkong, anak siapa", soalnya pada sidang media di lobi parlimen semalam.

Menurut Anwar, perjanjian dengan IPP diluluskan ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Unit Perancang Ekonomi EPU namun ianya mendapat bantahan bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope, Bekas Ketua Eksekutif Petronas dan Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Isu IPP itu disebut Anwar ketika mengemukakan laporan pembayaran subsidi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk petrol, desel dan Gas petroleum cecair LPG bernilai RM7.4 bilion.

Namun yang dipertikaikan subsidi gas untuk syarikat swasta IPP adalah lebih tinggi iaitu RM20 bilion untuk 2010 dan RM22 bilion untuk 2011.

"Kita berbalah soal istilah, RM22 bilion kepada IPP dikata insentif, RM20 juta kepada rakyat dikata subsidi. RM200 juta kepada kementerian dikatakan komisyen, RM20 kepada sarjan dikatakan korupsi.

"Sekiranya subsidi untuk IPP ini dikurangkan atau dihapuskan, sudah tentu belanjawan tambahan RM13 bilion ini tidak diperlukan sama sekali.

Rakyat perlu dapat kembali hak mereka, gugur kuasa PM dan Peguam Negara – Ku Li

Posted: 21 Jun 2011 10:00 AM PDT


Ahli politik veteran Tengku Razaleigh Hamzah menggesa agar pemusatan kuasa di pejabat Perdana Menteri dan Peguam Negara dikaji balik agar kepentingan rakyat jelata tidak terus terhakis sebagaimana disaksikan sejak tiga dekad lalu.

Dalam pandangan yang lantang terbaru ini, Ahli Parlimen Gua Musang (gambar) itu berkata, cabaran pada hari ini ialah meneliti kembali pemusatan kuasa di tangan individu tertentu termasuk perdana menteri dan mengembalikan persekitaran politik yang "imbang dan periksa" demi rakyat menikmati amalan demokrasi yang tulen.

"Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mendapatkan balik hak-hak kita dalam (negara) demokrasi, bahawa kuasa dan jawatan adalah satu amanah dan tanggungjawab, bukan untuk kepentingan peribadi ataupun sebagai satu peluang untuk memperkayakan diri.

"Kita, sebagai rakyat yang aktif dalam politik dan bertanggungjawab, perlu menekankan semula konsep obligasi sosial dan tanggungjawab awal ke atas mereka yang mahukan jawatan politik. Kuasa ada tugas, bukan satu jawatan," kata beliau ketika berucap pada majlis Perak Lectures anjuran Perak Academy di Taiping malam kelmarin.

Bekas menteri kewangan itu berkata, kerajaan juga perlu memikirkan semula dasar-dasar ekonomi negara ini khususnya dalam memfokus objektif nasional yang sangat memerlukan tindakan segera.

"Dasar ekonomi bukan hanya mengenai penjanaan kekayaan tetapi juga memerlukan satu dimensi moral yang mengambil kira kebaikan kesemua rakyat sebagai satu keutamaan berbanding keuntungan (semata-mata)," kata beliau dalam ucapannya yang secara panjang lebar menyentuh perubahan dalam keutamaan negara sejak tiga hingga empat dekad lalu berbanding teras mesej disampaikan ketika perisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka pada 1957.

"Falsafah yang menjadi panduan ialah tanggungjawab (pemegang) jawatan awam. Jawatan awam dilihat sebagai satu tugas, bukan satu peluang (mencari kepentingan diri).

"Jawatan awam juga sebahagian daripada komitmen politik untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil, saksama, kohesi dan seimbang," kata beliau sambil menambah, elemen-elemen itu disepadukan oleh keperluan tanggungjawab turun-temurun bagi mereka yang akan menggantikan kepimpinan pada masa-masa mendatang.

Justeru kata Tengku Razaleigh, salah satu kerugian besar dalam dunia pemegangan jawatan awam dan politik di Malaysia pada hari ini ialah kehilangan tanggungjawab turun-temurun ini atau yang bersifat generasi.

Katanya, setiap tindakan dan pendekatan kelihatan dikelilingi oleh sikap tamak dan keinginan mahu menjadi bilionair, yang turut membawa kepada piramid kroni dalam parti-parti politik pemimpin yang memerintah dan sekutu-sekutu dalam bisnes.

"Ia kombinasi hierarki kroni politik dan kroni bisnes yang membawa kepada pemusatan kuasa dalam kepimpinan politik semasa dan di pejabat Perdana Menteri," kata Ketua Umno Gua Musang ini, yang pernah menyaingi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno pada 1987.

Dr Mahathir yang memegang jawatan perdana menteri selama 22 tahun sejak 1981 digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Oktober 2003 dan kemudian oleh Datuk Seri Najib Razak sejak April 2009.

Sehubungan itu kata Tengku Razaleigh, pemusatan kuasa di tangan satu individu telah membawa kepada manipulasi sistem politik iaitu institusi-institusi kuasa termasuk media.

Banyak media sama ada akhbar atau stesen televisyen dimiliki oleh parti-parti politik teras dalam Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

Dakwaan sebelum ini menyebut bidang kehakiman turut hilang kebebasan ketika era kepimpinan Dr Mahathir, tetapi perdana menteri keempat itu menafikan perkara tersebut banyak kali.

"Sebagai pertukaran kepada pemusatan kuasa, sikap tamak dan kepentingan peribadi digalakkan menerusi (kepimpinan melalui) teladan dan dalam topeng kesetiaan kaum yang sewajarnya menerima ganjaran," katanya.

Bertolak daripada itu, Tengku Razaleigh berkata, persekitaran ini wujud di semua parti dalam struktur kuasa yang ada sekarang.

"Situasi ini adalah sesuatu yang sangat bahaya dan sukar untuk dipatahkan sebab pemusatan kuasa sudah wujud sejak tiga dekad lalu," kata pemimpin kelahiran Kelantan ini.

Tengku Razaleigh juga menarik perhatian bahawa persekitaran itu juga membawa gaya kepimpinan politik "talam dua muka" dan "cakap angin" — seolah-olah mempamerkan kepimpinan 'cakap tak serupa bikin'.

Malah menurutnya, sikap sedemikian membawa politik yang menggalakkan pendekatan atau amalan mengaburkan maklumat.

"Tema yang ketara ialah polisi menggunakan (elemen) perkauman dan agama di satu pihak dan bercakap mengenai perpaduan di pihak lain dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan dalam usaha kekalkan status quo kuasa.

"Akibatnya, kebimbangan mengenai perkauman dan agama mencengkam setiap aspek kehidupan, dalam politik, ekonomi, pendidikan dan pekerjaan, sedangkan realiti semasa tiada kaitan dengan agama atau kaum," kata beliau. -The Malaysian Insider

Menteri sahkan Utusan Malaysia siar berita bohong

Posted: 21 Jun 2011 09:58 AM PDT


WarkahDaily – Sebelum ini akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dilaporkan telah menyiarkan berita kononnya sebuah maahad swasta dijadikan pusat merekrut belia bercirikan fahaman Salafiah Jihadiah.

Kumpulan Utusan melalui terbitannya, Mingguan Malaysia telah mendakwa sebuah maahad swasta merekrut belia malah pelajar yang direkrut di maahad atau pembelajaran agama Islam dipercayaai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Berita yang disiarkan di muka depan akhbar rasmi Umno itu mendakwa, kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara pemimpin dari Indonesia Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

Berita dipetik dari The Malaysian Insider, kerana pendedahan yang samar-samar dibuat Utusan itu, Dewan Pemuda PAS pusat telah mendesak kerajaan agar menjelaskan sekolah maahad swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses merekrut anggota-anggota JI dan siapakah sumber yang dikatakan risikan antikeganasan, seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan (Mingguan) Malaysia kelmarin.

"Akhbar Utusan (Mingguan) Malaysia itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah," kata ketuanya Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin.

Bagi Nasrudin, pendedahan membuta-tuli itu yang terlalu samar bila mana sumber risikan itu tidak didedahkan dan sekolah maahad mana tidak disebut, secara langsung ia akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad berkenaan. Baca laporan TMI di sini.

Menteri nafi fitnah Utusan

Dalam perkembangan lain, dipetik dari The Malaysian Insider, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) telah menafikan apa yang dilaporkan akhbar rasmi Umno itu yang kononnya ada sebuah maahad swasta dikesan cuba merekrut belia menyertai kumpulan militan.

Beliau berkata sebenarnya yang berlaku ialah kumpulan berfahaman ekstrem dan berasaskan ideologi pemimpin militan seperti JI sentiasa bergerak untuk menyerap masuk ke dalam sekolah-sekolah ini.

Ini bermakna tuduhan yang dibuat Kumpulan Utusan itu adalah fitnah dan tidak tepat kerana kumpulan yang dianggap ekstrem dan berasas idealogi militan itu sekadar mencuba untuk menyelinap masuk ke sekolah berkenaan, dan bukannya sekolah berkenaan sudah dijadikan tempat latihan kumpulan militan seperti yang dituduh Utusan (Mingguan Malaysia).

Jamil Khir turut menambah, pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri akan memantau kegiatan JI dan kumpulan militan lain yang cuba meresap masuk menyebarkan fahaman ekstremis mereka ke sekolah-sekolah agama.

Gara-gara Utusan Malaysia, pemimpin Umno perbodoh diri sendiri

Posted: 21 Jun 2011 09:57 AM PDT


WarkahDaily – Semuanya dilondeh diri sendiri, bukan orang lain yang cakap pun. Semalam dalam laporan Harakahdaily, seorang Adun Barisan Nasional (BN) dari Kelantan secara terang-terangan telah menyerlahkan kejahilan diri sendiri apabila bertindak mempertahankan tindakan akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia yang sesuka menyebar fitnah dan menghina Islam.

Utusan Malaysia yang memang terkenal dengan laporan provokasi dan fitnah itu boleh dinobatkan sebagai akhbar bertaraf perosak minda rakyat apabila senantiasa menyebarkan berita bohong dan merosakkan minda rakyat negara ini sehingga meletakkan negara Malaysia sebagai negara yang berada di kelas bawahan dalam dunia penyiaran berita apabila sesuka hati menyebarkan berita fitnah dan bohong tanpa ada bukti kukuh.

Namun, gara-gara mempertahankan fitnah dan penghinaan Utusan terhadap Islam, seorang Adun BN, Mat Yusof Abdul Ghani (BN-Nenggiri) begitu lantang mempertahankan usaha jahat Utusan itu kerana menyangka kerajaan Kelantan menghalang Utusan daripada membuat liputan kerana penyebaran video seks fitnah terhadap Anwar.

Adun murahan Umno-BN Kelantan itu telah dengan sengaja perbodohkan diri sendiri apabila mempertahankan akhbar berkenaan menyiarkan berita porno, hina Islam dan berita fitnah dan bohong sekadar untuk meraih keuntungan daripada isu hangat yang diperkatakan. Betapa jahil agamanya pemimpin Umno.

Ini berikutan tindakan kerajaan negeri mengharamkan wartawan Utusan Malaysia daripada membuat liputan semua program dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran karikatur yang menghina Islam yang disiarkan akhbar Umno itu.

Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nengiri) semasa membangkitkannya pada sesi perbahasan tentang rang undang-undang perbekalan tambahan dengan bertanya adakah adil kerajaan negeri mengecam Utusan Malaysia.

Beliau manambah isu yang diketengahkan akhbar itu telah dilaporkan oleh pelbagai pihak secara umum dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar itu sahaja kerana ia milik syarikat yang berorientasikan keuntungan.

Menurut Mat Yusof, adalah menjadi hak akhbar terbabit untuk menyiarkan apa sahaja bentuk berita.

Beliau berkata demikian ketika meminta laluan sewaktu Muhammad Mustapha (PAS-Demit) berucap menyokong perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011, sempena Sidang Dun Kelantan, semalam.

"Kita tidak boleh menyekat mereka, itu hak dia untuk menyiarkan apa saja dalam akhbarnya," ujar Mat Yusof.

Muhamad Mustafa (PAS-Demit) yang mencelah berkata, akhbar tersebut tidak seharusnya menjadi hamba kepada duit dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melanggar hukum Allah.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) mengatakan, adalah tidak wajar bagi Utusan Malaysia untuk memperkecilkan Islam apabila yang berada di sebalik akhbar itu adalah orang beragama Islam.

"Saya masih ingat bahawa Kerajaan Kelantan juga melakukan protes terhadap akhbar Denmark kerana menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

"Tetapi dalam kes ini, terdapat satu akhbar Melayu (Utusan) yang melakukan perkara yang memberi kesan yang sama malah ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan selagi mereka tidak meminta maaf, mereka haruslah menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan," katanya.

Setiasusaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhil Shaari memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa Utusan Malaysia telah diharamkan daripada membuat liputan terhadap acara-acara yang di hadiri menteri besar dan persidangan dewan undangan negeri berkuatkuasa serta merta.

Beliau menambah bahawa pengharaman itu akan dilaksanakan sehingga akhbar itu meminta maaf di atas perbuatannya menyiarkan karikatur tersebut.

Dipetik dari Harakahdaily, Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) bagaimanapun memberitahu, tindakan kerajaan negeri menghalang akhbar terbabit membuat liputan majlis kerajaan negeri termasuk kenyataan Menteri Besar bukan hanya masalah fitnah, sebaliknya menyiarkan kartun yang menghina Islam.

Katanya, boikot itu langsung tidak ada kaitan dengan Anwar, sebaliknya kerana menyiarkan kartun menghina Islam.

"Kita desak akhbar ini meminta maaf secara terbuka kerana sekiranya perkara itu dipertahankan ianya akan merosakkan akidah," ujarnya.

Menurutnya, tidak ada sebab akhbar terbabit tidak boleh memohon maaf secara terbuka memandangkan tindakan itu melukakan hati umat Islam.

Lihatlah, jelas sekali mentaliti pemimpin Umno yang disangka cerdik, hebat dan memperjuangkan bangsa dan agama Islam, tanpa memikirkan nilai-nilai moral, agama dan tanpa memikirkan integriti dan kejujuran, mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata walaupun terpaksa mengorbankan agama, bangsa dan negara.

Mereka sanggup bersekongkol sesiapa sahaja yang membuat penghinaan terhadap Islam asalkan matlamat politik murahannya tercapai.

Jika pemimpin sebegini berterusan diberi peluang memerintah negara, alamatnya sudah pasti negara ini semakin punah dan rosak.

Mat Sabu Menjawab Isu dia di Tuduh Syiah....

Posted: 21 Jun 2011 09:55 AM PDT





Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.


HARAKAH: Perwakilan PAS telah memilih sdr sebagai Timbalan Presiden dalam muktamar lalu, bagaimana pula dengan sambutan pada peringkat akar umbi?

MOHAMAD SABU: Kehadiran wartawan pada muktamar kali ini luar biasa sekali. Khususnya liputan akhbar akhbar Cina begitu menggalakkan. Apabila keputusan pemilihan diumumkan, saya nampak sambutannya begitu ghairah terutama orang bawah, misalnya yang berada di khemah, Unit Amal, pemerhati, ahli PAS dan penyokong, yang meletakkan harapan cukup tinggi kepada PAS. Mereka berharap perubahan pimpinan akan mencetuskan satu ledakan.

Ini satu pengharapan tinggi yang amat saya bimbang kalau tidak berlaku apa-apa perubahan yang boleh membawa kebaikan dan penambahbaikan kepada parti. Nanti, kita akan hadapi kritikan hebat ahli dan para penyokong jika mengabaikan harapan mereka.


Boleh jelaskan secara umum visi dan misi sdr sebagai Timbalan Presiden?

Saya sudah bercakap banyak kali, secara umumnya tugas timbalan ialah membantu Presiden. Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah akan berusaha ke arah itu ... iaitu melebarkan pengaruh Parti Islam kepada orang bukan Melayu khasnya India, Cina dan lain-lain. Saya dianggap agak senang dan biasa bergaul dengan mereka.

Saya juga akan terus berusaha melalui parti untuk memahamkan rakyat tentang demokrasi, hak asasi dan sebagainya. Seperti saya timbulkan dalam muktamar, orang Melayu amat lemah dan rendah dalam memahami hak asasi. Misalnya, apabila seorang wanita Cina kononnya dibogelkan dalam lokap, yang mendominasi isu ini ialah DAP dan akhbar Cina tetapi bila Nora menceritakan bagaimana dibogelkan dan ketuk ketampi ekoran tangkapan demonstrasi, sikap orang Melayu begitu dingin.

Begitu juga kematian Beng Hock. Orang Cina dan akhbar Cina cukup mengambil berat isu ini. Tetapi apabila berlaku kepada pegawai kastam Sarbani, terbukti orang Melayu begitu dingin dalam masalah hak asasi. Saya akan cuba melalui parti bagaimana berusaha memartabatkan isu hak asasi, demokrasi serta hak dan kepentingan rakyat. Saya akan membantu Presiden dan parti dalam mengetengahkan isu-isu seperti ini.


Soalnya, masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina semakin dekat dan menaruh keyakinan kepada PAS, yang menjadi masalah ialah meraih sokongan pengundi Melayu terhadap PAS?


Memang kita kena berjalan serentak, bahkan usaha untuk mendapat sokongan orang Melayu perlu dilipatgandakan. Kita harap kerjasama terutama sekali dengan Ketua Penerangan baru, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, agar dapat memperbanyakkan program untuk menerangkan perjuangan PAS di samping menjelaskan kedudukan orang Melayu.

Apa pun, kita tidak mahu yang dikendong berciciran. Kita akan bergerak serentak sebab untuk ke Putrajaya, kita mesti meningkatkan sokongan orang Melayu sekurang-kurangnya 5-10 peratus dan meningkatkan sokongan bukan Melayu sedia ada.


Mengapa orang Melayu seperti tidak sensitif dengan isu-isu hak asasi, demokrasi, rasuah dan sebagainya sedangkan semua isu-isu itu dekat dengan tuntutan Islam?

Pemahaman siasah orang Islam perlu dipertingkatkan. Dalam soal amar maaruf nahi mungkar, sepatutnya orang Melayu mendahului kaum lain. Malangnya, kita nampak dalam soal rasuah dan penyelewengan, kaum lain mendahului. Kita harap ulama-ulama kita lebih dapat memainkan peranan untuk meningkatkan kefahaman tentang good governance, kerajaan yang telus, akauntabiliti, integriti serta menentang akta-akta zalim seperti ISA dan OSA.

Kita harap PAS, melalui ulamanya, akan lebih bercakap dalam hal-hal seperti ini supaya apa yang kita laungkan, misalnya prinsip-prinsip pemerintahan seperti soal hisbah dapat dijelmakan. Islam telah menggariskan prinsip-prinsip asas termasuk dalam pemerintahan, yang cukup baik untuk dipraktikkan. Masalahnya, mengapa orang lain pula yang dilihat lebih sensitif "memperjuangkannya, seperti mencegah kemungkaran dan penyelewengan.


Sdr juga sering menyebut soal memperkasakan Majlis Syura Ulamak. Dalam keadaan Timbalan Presiden tidak disandang lagi oleh ulama, begitu juga dengan Naib-Naib Presiden, tentu lebih ramai yang berminat untuk mendengar penjelasan lanjut sdr.

Ulama mesti berada di tempat yang paling tinggi. Sebab itulah selepas 1983, selepas terbentuk Majlis Syura Ulama, peranan ulama, yang sebelum itu menduduki Dewan Ulamak, dipertingkatkan lagi. Majlis Syura kini berada pada tempat tertinggi. Majlis ini betul-betul perlu diperkasakan sebagaimana saya tekankan dalam muktamar.

Di samping mengawal dasar, perlembagaan dan disiplin, mereka juga boleh "mengaudit" Jawatankuasa PAS Pusat. Supaya mereka yang melakukan kesilapan dan kesalahan dasar boleh dipanggil dan ditegur. Juga boleh mengenakan tindakan disiplin. Dengan itu, bukan sebarang orang boleh berada dalam Majlis Syura. Seorang yang berpengalaman, berumur, berilmu, bertakwa, dan mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang dikatakan 'manusia yang sempurna'.

Ada pun jawatan lain yang bersifat pentadbiran dan eksekutif, ia boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang layak. Kalau kebetulan seorang yang berpendidikan agama dilihat lebih sesuai di situ, pilihlah dia. Kalau yang berkelulusan profesional atau aktivis mampu berada di situ, maka ahli berhak memilihnya.


Tetapi Majlis Syura ia mesti 'special' sebab orang inilah yang akan mengawal segala disiplin dalam jemaah itu sendiri, terutama mengawal dasar dan perlembagaan.

Setakat ini bagaimana penilaian sdr terhadap Majlis Syura?
Perlu dipertingkatkan. Kita mahu sebarang keputusan Majlis Syura ini melepasi sempadan. Kita ambil contoh mudah, tarian poco-poco. Majlis Syura membuat keputusan dan memberi pandangan. Pandangan Majlis Syura itu akan jadi bukan hanya rujukan ahli PAS, malah bukan ahli dan sebagainya. Ataupun satu isu yang menjadi kontroversi, misalnya mengubah daripada dagu besar menjadi kecil. Majlis Syura akan buat satu pandangan tapi ia bukan fatwa. Dengan itu pandangan Majlis Syura itu sekurang-kurangnya dibincangkan dan diperdebatkan, akhirnya ia menjadi rujukan orang lain. Maknanya, wibawa Majlis Syura menyeberang sempadan parti.


Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap sdr, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan sdr dengan mazhab Syiah ....
Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.

"Mujahid Melayu" Menipu Lagi...

Posted: 21 Jun 2011 09:53 AM PDT


Kah kah kah...

Kah kah kah...

Malaon ni memang kaki belit kah kah kah...

Hari ni cakap A, esok belum tentu dia cakap C kah kah kah...

Sebab dia akan cakap A++ atau A-- kah kah kah...

Apa bendanya??

Cubala tanya Najib Altantuya, Permiekar dapat komisen dari siapa kah kah kah...

Kah kah kah...


Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

Kenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya?

Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.

"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan.

Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno.

Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan Melayu.

Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah.

Itu sahaja," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan "Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," kata Ibrahim Ahad lalu.

Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.

Kah kah kah...

Kah kah kah...

Malaon ni memang kaki belit kah kah kah...

Hari ni cakap A, esok belum tentu dia cakap C kah kah kah...

Sebab dia akan cakap A++ atau A-- kah kah kah...

Apa bendanya??

Cubala tanya Najib Altantuya, Permiekar dapat komisen dari siapa kah kah kah...

Kah kah kah...


Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

Kenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya?

Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.

"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan.

Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno.

Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan Melayu.

Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah.

Itu sahaja," kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan "Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," kata Ibrahim Ahad lalu.

Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.

Ibrahim Ali Sebenarnya Teringin Jadi Popular Seperti Anwar Dan Mat Sabu

Posted: 21 Jun 2011 09:51 AM PDT

Tidak Perlu Takut Dan Bimbang Dengan Salentia


Ramai orang marahkan kepada Salentia. Yang marah itu pula yang cerdik yang tidak sanggup berada di belakangnya. Semuanya kerana kerenah politiknya yang sedemikian ada itu. Kerana marah juga ada meminta Murai mengulas tentang Salentia dan membelasahnya secukup-cukupnya. Terus terang Murai kata Murai sudah jemu untuk membicarakan makhluk ini.


Tidak kurang juga kerana geram dan tidak tahan perasaan melihat gelagtnya, meminta polis supaya menahannya dan siasat di bawah akta hasutan. Pada Murai desakan itu semua adalah sia-sia saja, ia tidak akan memberi apa-apa bekas. Polis tidak akan tangkap Salentia. Murai percaya, Salentia bukan buru politik negara ini, malahan mana-mana negara juga termasuk Jeboti.


Bila Murai kata begitu ini bukan bermakna Salentia kebal dari tindakan undang-undang. Tidak... Polis tidak akan berkas dan seret Saletina kerana polis tahu Salentia bukan mahkluk dan tokoh yang merbahaya kepada negara ini. Salentia bukan Mat Sabu dan jauh sekali bukan Anwar Ibrahim. Beliau tidak lebih seperti Jamili Shadat atau pun peserta Raja Lawak saja.



Selama ini Salentia cuba meletakkan dirinya seperti Mat Sabu, mempunyai penyokong ribuan orang. Atau pun menjadi seperti Anwar Ibrahim. Tetapi sudah penat dia menjerit, melolong dan menjadi anjin tetapi tahap itu tidak pernah dicapainya. Maruah dan martabat dirinya tidak pernah naik atau melebihi daripada seekor katak puru yang berkudis.

Ciak masih ingat macam mana dia mengambil pendekan dan pelan politik ala-ala Anwar semasa beliau dipecat dari Umno tahun 2006 dulu. Selepas dia dipecat dia ke Australia beberapa hari. Dia suruh orangnya berhimpun dan menyambutnya di airport Kota Bharu. Dia nak tiru macam Anwar yang disambut puluhan ribut di airport apabila Anwar balik dari luar negera atau sebaik dipecat.

Tetapi apa yang hendak ditiru itu tidak menjadi. Yang ke airport hanya kira-kira 30 orang sahaja. Yang menanti dan menunggu Salentia di rumahnya hanya anak beranaknya saja dan dua tiga kerat pada pendolor pantaknya yang diupah dengan tea tarik atau sama serial. Itu saja.

Pelan yang dibuat Salentia tidak menjadi. Dia tidak sehebat Mat Sabu atau Anwar Ibrahim. Itulah menyebabkan dia jadi gila iseng. Dia kecewa dan cemburu kepada kehebatan Anwar dan Mat Sabu.

Kerana menyedari sejauh mana kehebatannya maka polis tidak perlu bimbang sedikit pun terhadap segala aktivitinya. Sebab itu Nazri Aziz kata tidak ada kes ke atas Salentia. Bukan tidak ada kes, tetapi kerana ia berlaku ke atas Salentia. Apa yang dibuatnya termasuk istyhar nak jadi tentera Salib, atau membakar gambar Ambiga...tetapi tidak sampai ke mana. Semuanya hanya macam suara dalam tempayan sahaja.

Polis tahu kalau tangkap dia sumbat dalam lokat, menghabiskan beras rakyat saja. Sebab itulah polis tidak teliur untuk tangkap Salentia seperti mana polis teliur untuk tangkap Ambiga, Mat Sabu atau Anwar Ibrahim. Jadi laporan polis ke atas Salentia hanya sia-sia sahaja, menghabiskan tenaga... polis tidak akan lakukan apa-apa.

Semua orang boleh tenguk sendiri bagaimana lagaknya. Baik di Parlimen atau di luar Parlimen. Dia hanya seperti jaguh tua yang kokok berderai ekor bergelumang tahi sahaja. Sebab itu Nik Aziz hanya tersenyum atau jebeh mulut saja bila disebut soal fiil perangai Selantia itu. Baginya Salentia hanya tak ubah seperti kucing kurap yang diambil dijalan yang tidak sedarkan.

Jadi kepada mereka yang membenci Selantia, Murai nak nasihatkan tenangkan kepala. Jangan layan makhluk ini. Tidak payah komen atau pun repek apa-apa terhadapnya. Anggap sajalah dia seorang kanak-kanak yang mengalami down sindrom yang sudah rosak saraf.

Juga usahlah rasa gerun dan takut dengan apa juga kata-kata dan ancamannya. Mereka yang kena siapa Selantia tidak akan gentar walaupun suaranya kuat bagaikan halalintar. Suaranya hanya bak meriam buluh, berbunyi kuat tetapi kesan tidak ke mana.

Selantia sering mendabit dada kononya dia seorang hero. Sudah ditahan di bawah ISA dua kali. Ke mana dia pergi itulah yang diungkit dan diangkatkan. Sebenarnya penahanan beliau tidak boleh dianggap dia seorang yang berani, merbahayakan kepada negara. Penahanannya tidak seperti penahanan Karpal Sigh atau pun Syed Husin Ali.

Orang tidak tahu dia ditahan bukan kerana kehebatannya tetapi ditahan kerana untuk dijadikan sumber maklumat kepada polis. Polis sudah kenal siapa dia manusia ini yang boleh menukar warna dalam keadaan tertentu dan boleh melompat ke mana saja. Jadi polis sangat suka kepada orang seperti ini, bukan bimbang atas kehebatannya tetapi untuk dijadikan perkakas...

Selantia ini sebenarnya perkakas serba guna yang boleh digunakan oleh sesiapa saja untuk apa saja tujuan termasuk memikul tandu ataupun memikul kandaran tahi.

BRAHIM KATAK SUDAH TERKENCING BILA KJ SUH DIA DISIASAT BAWAH ISA

Posted: 21 Jun 2011 09:49 AM PDT

Sayap pemuda Perkasa mengecam saranan Khairy Jamaluddin agar presiden pertubuhan membela hak Melayu Datuk Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman Ahad lalu.


Sebaliknya tegas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, tindakan sama sepatutnya dikenakan terhadap Khairy, Ketua Pemuda Umno kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Selain itu, tambah Irwan Fahmi, beliau bersetuju dengan pandangan Ibrahim yang mengatakan "apa sahaja boleh berlaku" pada 9 Julai kerana penganjur himpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak boleh menjamin keamanan pada hari itu.

Selain Bersih, turut mengadakan perhimpunan Perkasa dan juga Pemuda Umno.

"Jika Khairy menyarankan agar presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan Bersih 2.0.

"Khairy bukan hakim atau ketua polis negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut terserah kepada polis.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 21 Jun 2011 01:03 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Dr Rani yakin saf baru mampu pertahan Selangor

Posted: 21 Jun 2011 05:20 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 21 Jun 2011 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Ali Rustam: Lihat diri dulu sebelum mengata orang.

Posted: 20 Jun 2011 11:56 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka membidas Datuk Seri Ali Rustam berhubung kenyataan beliau mengenai pemimpin yang berselindung di sebalik imej warak.

Dalam kenyataan tersebut di Akhbar Utusan Malaysia Online, Datuk Seri Ali Rustam menggesa rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan pemimpin yang berimej warak tetapi diam-diam melakukan maksiat.

Adalah suatu perkara asing apabila Ketua Menteri Melaka itu membuat kenyataan tersebut seolah-olah memberi gambaran pemimpin berimej warak kebanyakan berpura-pura alim dan melakukan maksiat.

Kenyataan tersebut juga memperlihatkan bahawa Ali Rustam begitu prejudis dengan pemimpin berimej warak sedangkan ramai lagi pemimpin rakyat yang berimej warak tidak berperangai sebegitu. Nabi Muhammad dan para sahabat dahulu juga berimej warak dalam memimpin rakyat.

Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka menasihatkan kepada Datuk Ali Rustam agar memeriksa kembali diri dan kurangkan menuduh orang lain tanpa bukti yang kukuh.

Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka juga berharap Datuk Seri Ali Rustam sedar akan kesalahan rasuah yang pernah beliau lakukan semasa pemilihan UMNO suatu ketika dahulu. Beliau juga perlulah dahulu memperbaiki masalah parti beliau yang semakin meruncing dengan budaya rasuah, fitnah, akhlak, moral dan lain-lain.

Suatu perkara yang memalukan apabila kita menuduh orang lain tetapi diri sendiri tidak berapa baik.


Muhammad Aizat Bahrudin

Ketua Penerangan DPPNM



Bantah BERSIH 2.0 : Perkasa Melaka lupa diri.

Posted: 20 Jun 2011 08:42 PM PDT



Dewan Pemuda Pas Negeri Melaka mencabar Perkasa Negeri Melaka agar menegur Presiden mereka, Dato' Ibrahim Ali agar tidak meneruskan hasrat untuk turun pada 9 Julai nanti.

Kenyataan oleh Ketua Penerangan Perkasa Negeri Melaka, Abdul Mujid Jafaar yang mengatakan perhimpunan BERSIH itu bertujuan untuk menghasut rakyat menentang kerajaan dan mengalakkan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir dan beberapa negara Arab lain adalah umpama 'cakap tak serupa bikin'

Perkasa Negeri Melaka dalam Akhbar Melaka Hari ini, edisi 20 Jun 2011 juga menggesa agar tindakan undang-undang seperti menggunakan akta Hasutan dan akta polis bagi membuat pencegahan awal.

Perkasa Negeri Melaka seharusnya menegur Presiden utama mereka agar tidak turut serta turun berhimpun 9 Julai nanti.

Sebelum ini, Dato' Ibrahim Ali berkeras akan turun ke jalanan bagi menentang himpunan Bersih 2.0 nanti walaupun di minta oleh pihak Bersih agar membuat himpunan itu pada hari lain.

Perkasa Negeri Melaka hanya mahu menunjuk 'hero' dengan mengeluarkan kenyataan sebegini. Mereka tidak sedar bahawa, presiden mereka sendiri beriya-iya untuk turun walaupun tindakan tersebut di bimbangi akan mencetuskan pertembungan dan situasi yang tidak aman.

Persoalannya beranikah Perkasa Negeri Melaka menghantar penyokong apabila Presiden pusat mereka sendiri mengelurkan arahan untuk turun 9 Julai nanti? Mereka perlu memilih samada ingkar pada arahan Presiden mereka atau hanya cakap tak serupa bikin.

Dewan Pemuda Negeri Melaka akan menghantar seramai mungkin penyokong ke Kuala Lumpur 9 Julai nanti sebagai sokongan kepada Bersih 2.0.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan

Posted: 21 Jun 2011 11:53 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan


Negara Berkebajikan PAS jadikan BN gelabah.

Posted: 20 Jun 2011 06:40 PM PDT

Konsep Negara Berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS pada Muktamar baru-baru ini, ternyata membuatkan UMNO tiba-tiba menjadi gelabah. Kalau sebelum ini, UTUSAN Malaysia sering memperlihatkan tajinya terhadap PAS, kini satu lagi media pro UMNO, Berita Harian cuba mengikut jejak yang sama untuk menghodohkan konsep yang diketengahkan PAS. Ini menampakkan kebimbangan yang amat ketara, lebih-lebih lagi apabila beberapa pimpinan UMNO termasuk Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Puad Zakarshi meminta PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan. Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr. Mohamad Fadzli Hassan berkata, pimpinan UMNO jelas naif dalam politik dan pentadbiran Islam kerana masih lagi bersaluit fikiran Sekular. "Ini jelas dapat dilihat apabila aa pimpina UMNO mahu PAS menggugurkan perkataan Islam semata mata memperkenalkan Konsep Negara Berkebajikan. "Nampak sangatlah mereka tidak tahu bahawa, islam adalah untuk kebajikan semua orang" katanya. Dr Fadzli yang juga merupakan exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, negara yang diperintah Islam adalah negara yang menjaga kebajikan rakyat mengikut lunas-lunas islam. "Itulah yang PAS akan lakukan dengan kata lain itulah Negara ISLAM, itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan khalifah Islam. Benda asas begitu pun, pemimpin UMNO tak faham macamana nak bela ISLAM.. ujarnya.
Harakahdaily_Aslani.
Laporan disalin; Lajnah Penerangan & Dakwah DMPKS 2011

Batu Gajah Mari

Posted: 21 Jun 2011 11:49 AM PDT

Batu Gajah Mari


Perkosa dan Beruk Jalanan Pemuda Umngok bertelagah

Posted: 21 Jun 2011 04:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Sayap pemuda Perkasa mengecam saranan Khairy Jamaluddin agar presiden pertubuhan membela hak Melayu Datuk Ibrahim Ali disiasat di bawah Akta Hasutan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman Ahad lalu.

Sebaliknya tegas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris, tindakan sama sepatutnya dikenakan terhadap Khairy, Ketua Pemuda Umno kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini.

Selain itu, tambah Irwan Fahmi, beliau bersetuju dengan pandangan Ibrahim yang mengatakan "apa sahaja boleh berlaku" pada 9 Julai kerana penganjur himpunan Bersih 2.0, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak boleh menjamin keamanan pada hari itu.

Selain Bersih, turut mengadakan perhimpunan Perkasa dan juga Pemuda Umno.

"Jika Khairy menyarankan agar presiden Perkasa perlu disiasat, sepatutnya beliau juga perlu disiasat di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana mahu melibatkan diri dalam Himpunan Bersih 2.0.

"Khairy bukan hakim atau ketua polis negara yang perlu mengajar polis dan pihak berkuasa kerana mereka tahu kerja mereka. Sama ada presiden Perkasa perlu disiasat oleh polis kerana dikatakan menghasut terserah kepada polis.

"Kenyataan presiden Perkasa 'pada 9 Julai apa boleh berlaku' itu juga ada kebenarannya kerana himpunan Bersih 2.0 juga tidak boleh menjamin tiada huru-hara yang berlaku," kata Irwan Fahmi dalam satu kenyataan.

Beliau juga menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas pada majlis pelancaran perhimpunan anti-Bersih pada Ahad lalu telah diputarbelitkan wartawan The Malaysian Insider.

"Kenyataan presiden Perkasa telah diputar belit dengan memberi makna berlainan dari apa yang dimaksudkan, wartawan Cina mana nak faham Melayu," katanya.

Pada pelancaran itu, Ibrahim melancarkan "perang" terhadap Himpunan Bersih 2.0 dengan membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan memberi amaran kepada kaum Cina agar jangan keluar pada 9 Julai ini atas alasan "apa sahaja boleh berlaku."

Ibrahim menegaskan, perhimpunan anti-Bersih 2.0 yang bakal diadakan serentak akan diteruskan dan beliau tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden tidak diingini.

Semalam Khairy berkata kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim itu tidak menggambarkan keseluruhan pendirian orang Melayu.

Justeru beliau menggesa agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

"Apa yang beliau kata sangat bahaya... sekurang-kurangnya apa yang boleh dilakukan ialah adakan siasatan dari segi hasutan," kata Khairy.

Justeru tegas Irwan Fahmi, beliau mahu melihat berapa ramai ahli Pemuda Umno yang mampu dikumpulkan Khairy pada 9 Julai nanti.

"Khairy sepatutnya menjadi hero Melayu kerana Umno mempertahankan Melayu, parti yang memperjuangkan Melayu... sepatutnya isu Melayu Khairy perlu tampil ke hadapan, ini baru hero Melayu yang mempertahankan Melayu.

"Pemuda MCA pun tak hormat pada Khairy yang merupakan Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), sebab itu Pemuda MCA menolak untuk turut serta pada 9 Julai. Sepatutnya sebagai Ketua Pemuda BN, Khairy perlu menunjukkan ketegasan dan pendirian kerana beliau menang pilihan raya atas tiket Umno-BN," katanya.

Tambah Irwan Fahmi, beliau menasihatkan Khary agar kembali ke landasan asal dan bukan mengambil kesempatan dalam isu-isu yang dibangkitkan.

"Wira Perkasa menyarankan supaya Khairy kembali ke landasan asal dan bukan mengambil kesempatan terhadap isu-isu semasa, saya dan kempimpinan Wira Perkasa berdiri teguh di belakang presiden Perkasa dan akan mempertahankan presiden walaupun apa yang berlaku kerana asas perjuangan adalah perjuangan orang Melayu.

"Mungkin Khairy terlupa asas perjuangan partinya," katanya.

Bersih bersama Pakatan Rakyat dan aktivis parti bersedia menggerakkan Himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan bersih.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 21 Jun 2011 10:14 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


99% RESPONDEN SOKONG BERSIH 2.0

Posted: 21 Jun 2011 07:02 AM PDT

20 Rejab 1432 H | 21 Jun 2011

malaysiakini

Sejumlah 99% daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.


Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.NONE


Menurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.


Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?


  • 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan'
  • 14,222 responden memilih 'Ia harus dibatalkan'
sumber

TAZKIRAH - TITIAN SIRAT SUATU YANG PASTI

Posted: 20 Jun 2011 05:31 PM PDT

Firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Baqarah, ayat 2:


الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقناهم ينفقون

Orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mengerjakan solat, serta menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikankan kepadanya.


Salah satu dari cabang aqidah atau kepercayaan ialah mempercayai adanya titian sirat yang merentangi kawah api neraka dan menghala ke syurga. Setiap manusia akan melalui titian ini. Sesiapa yang selamat, maka berjayalah ke syurga, akan tetapi jika sebaliknya, maka dialah penghuni api neraka yang menyeramkan itu.

Firman Allah Ta'ala :


وإن منكم إلا واردُها كان على ربِّك حتما مقضيا ثم نُنجى الذين اتقَوا ونَذَرُ الظالمين فيها جِثِيا


(Dan tidak ada seorangpun daripada kamu (samada yang beriman atau kafir) melainkan akan sampai kepadanya dengan melaluinya (atas sirat). Yang demikian adalah satu perkara yang mesti berlaku yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertaqwa dan Kami akan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan melutut) -
Surah Maryam, ayat 71 & 72


Dua ayat ini menjelaskan bahawa semua manusia akan melalui titian sirat ini, siapapun pasti akan melaluinya. Inilah tempat penapisan antara ahli neraka dan ahli syurga. Sesiapa yang ditakdirkan menjadi ahli neraka akan jatuh dari titian ke kawah api neraka.Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :


عن أبي هريرة رضي الله عنه, أن البي صلى الله عليه وسلم قال : يضرب الصراط بين ظهراني جهنم فأكون أولَ من يجَوز من الرسل بأمته ولا يتكلم يومئذ أحد إلا الرسل وكلام الرسل يومئذ الله سلم سلم وفي جهنم كلاليب مثل شوك السعدان هل رأيتَهُم شوك السعدان قالوا نعم فإنها مثل شوك السعدان غير إنه لا يعلم قدر علمها إلا الله تعالى تخف الناس بأعمالهم فمنهم من يوبق بعلمه ومنهم من يخردل ثم ينجو (رواه البخاري ومسلم والترمذي


(Ertinya : Diletakkan titian sirat di atas neraka jahannam, maka aku menjadi orang yang pertama di kalangan rasul-rasul yang menyeberangi bersama umat masing-masing, dan ucapan rasul-rasul pada hari itu ialah berdoa: "Ya Tuhanku selamatkanlah! Ya Tuhanku selamatkanlah!!!"


Dan pada neraka jahannam itu ada pengait-pengait seperti duri pokok sa'dan, adakah kamu pernah lihat duri sa'dan itu ? Mereka menjawab, "Ya."


Rasulullah s.a.w meneruskan sabdanya : "Maka sesungguhnya ia (pengait-pengait itu seperti duri pokok sa'dan, tetapi tidak diketahui betapa besarnya melainkan Allah Ta'ala. Ia mengait manusia bersama amalan-amalan mereka (yang jahat), di antaranya ada orang yang binasa disebabkan amalannya, dan ada pula orang yang dihalang-halang dan diputuskan perjalanannya, akhirnya ia terselamat juga - Riwayat Al Bukhari, Muslim & Termizi)


Begitu hebat ujian titian ini sehingga sesiapa melepasi akan terselamat dari kehinaannya, dan menjadi ahli tetap syurga. Semoga Allah menyelamatkan kita dari neraka, dan memberi kejayaan kepada kita meniti titian sirat ini.

-
ustazshukriharun.blogspot.com

LEBIH BAIK SPR BERDIAM DIRI

Posted: 20 Jun 2011 05:24 PM PDT

Kenyataan Media

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor

Selasa 21 Jun 2011

LEBIH BAIK SPR BERDIAM DIRI


Sesuatu yang jangal walaupun bukannya luar biasa telah berlaku kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) apabila kenyataan pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof telah cuba membuka pintu rundingan dengan Jawatankuasa Bersih 2 berkenaan isu Himpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011. Kenyataan ini telah disiarkan oleh media Malaysiakini pada 20-Jun-2011. Sedangkan pada 18-Jun-2011 Tan Sri Abdul Aziz telah menutup pintu rundingan seperti yang telah disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. Perubahan mendadak pendirian SPR ini dipercayai akibat tekanan pihak kerajaan.


Tan Sri Abdul Aziz menekankan bahawa demonstrasi tidak menyelesaikan sebarang masalah. Mungkin Tan Sri Abdul Azizi terlupa bahawa Himpunan 100 Ribu Gerakan Rakyat Membantah PPSMI (GMP) tahun 2009 telah menyebabkan polisi PPSMI berubah. Sedangkan sebelum demontrasi pihak kerajaan khususnya Menteri Pelajaran pada masa tersebut Dato Hishmuddin Tun Hussin bertegas akan mengekalkan PPSMI. Itulah bukti yang paling jelas bagaimana demontrasi boleh mengubah sesuatu polisi kerajaan.


Hujah yang mengatakan kemenangan pembangkang dalam pilihanraya 2008 telah membuktikan bahawa SPR telah berlaku adil dalam pilihanraya adalah hujah yang meleset. Sistem undi pos yang ternyata mempunyai ruang manipulasi yang sangat jelas sehingga SPR berjanji mahu membuat perubahan. Terdapat bekas-bekas pegawai tentera yang telah mengaku memangkah kertas undi bagi pihak anggota di bawahnya, insiden berkaitan undi Pos yang berlaku di pilihanraya kecil Bagan Pinang dan Sibu, kuasa SPR yang sangat terhad terhadap media massa dan lain-lain isu telah membuktikan bahawa sistem pilihanraya tidak berlaku dengan adil selama ini. Janji SPR untuk membuat reformasi terhadap undi pos masih lagi pada tahap janji sahaja. Belum sampai peringkat perlaksanaan lagi.

Sebagai badan perlaksana kepada pilihanraya, SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2 iaitu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, akses media bebas & adil, tempoh minima 21 hari berkempen, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Sebarang rundingan dengan pihak SPR tidak boleh menyelesaikan semua tuntutan. Ini kerana SPR hanya mempunyai kuasa yang sangat terhad terhadap media, kuasa terhad untuk mengukuhkan institusi awam, kuasa terhad untuk menghentikan rasuah dan politik kotor.


Sebenarnya SPR juga menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil dalam negara ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor berpendapat adalah lebih baik SPR berdiam diri terhadap Himpunan Bersih 2. Itu lebih baik bagi mempastikan SPR sebuah badan bebas yang bertugas untuk melaksanakan pilihanraya yang adil dan bersih.


Suhaizan Bin Kayat

Ketua Pemuda PAS

Negeri Johor.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

019-7285174

Tiada ulasan:

Catat Ulasan