Sabtu, 11 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 11 Jun 2011 01:35 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Relax sekejap....

Posted: 10 Jun 2011 02:33 AM PDT



Dr Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS

Posted: 10 Jun 2011 02:26 AM PDT

Sumber: Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.

Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.

"Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.

"Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

BACA LAGI.....

Jom pakat pi dengag ceramah...

Posted: 10 Jun 2011 01:39 AM PDT



Nik Aziz: Negara kebajikan selari dengan Islam

Posted: 10 Jun 2011 01:36 AM PDT

Dari Malaysiakini

Konsep negara berkebajikan yang dibawa Pakatan Rakyat adalah selari dengan kehendak Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Menurutnya kedua-dua perkara itu membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial. Berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat, katanya.

"Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di Kota Bharu, semalam.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.

Ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan Ke-57 parti itu minggu lalu langsung tidak menyentuh mengenai penubuhan negara Islam dan pembentukan undang-undang hudud seperti mana sebelumnya.

Sebaliknya ahli parlimen Marang itu berkata PAS akan menumpukan perhatian kepada konsep membangun negara berkebajikan.

Umno sanjung ulama hanya lakonan

Posted: 10 Jun 2011 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama.


BACA SELANJUTNYA...

Perwakilan PAS Kawasan Padang Besar di Muktamar PAS ke 57

Posted: 10 Jun 2011 01:11 AM PDT


Perwakilan PAS Padang Besar:

1. Wan Kharizal Wan Khazim (TYDP
2. Ustaz Yahaya Ahmad (NYDP)
3. Sarudin Abu Bakar (Setiausaha)
4. Saad Seman (Bendahari)
5. Abdullah Lebai Manan (AJK)

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Jun 2011 01:05 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Piala FA: Kelantan isytihar cuti umum esok

Posted: 11 Jun 2011 12:52 AM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KOTA BHARU, 11 Jun: Kerajaan Kelantan petang ini mengisytiharkan cuti umum esok sebagai meraikan kejayaan skuad Red Warriors memasuki perlawanan akhir Piala FA malam ini.

Anggota Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, keputusan itu dibuat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi.

Katanya, cuti umum peristiwa itu diberi memandangkan ramai anak-anak Kelantan datang ke Bukit Jalil bagi menyaksikan skuad bola sepak mereka berentap dengan Terengganu di perlawanan akhir malam ini.

"Menimbangkan di atas faktor keselamatan memandangkan ramai anak-anak muda datang menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini maka kerajaan negeri menimbangkan cuti peristiwa esok.

"Ini membolehkan mereka yang datang jauh tidak perlu pulang tergesa-gesa sehingga mengabaikan aspek keselamatan ketika berada di jalan raya," katanya dihubungi di Kuala Lumpur.

Teladan: Tun M tak layak jadi contoh

Posted: 11 Jun 2011 12:20 AM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KEPALA BATAS, 11 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun.
Malah beliau juga bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu.
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamamd Nizar Jamaluddin (gambar)berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di padang awam, Penaga, Kepala Batas malam tadi.
Katanya lagi, ini juga membuktikan Umno yang diterajui oleh Tun Mahathir ketika itu, jelas menolak hukum Islam dan sekaligus membuktikan kepimpinan mereka bukan saja memperkecilkan kemampuan undang-undang yang menjadi tuntutan syarak sepertimana yang terkandung dalam Al Quran.
"Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong.
"Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini.
Ini juga, katanya menzahirkan pemalsuan perjuangan sebenar Umno dalam menegakkan kebenaran dan hukum yang menjadi tuntutan untuk dilaksanakan oleh setiap pimpinan Islam dalam negara ini.
Oleh kerana itu katanya, orang Melayu dan umat Islam dalam negara ini tidak sepatutnya bersekongkol dan menyokong perjuangan yang dibawa oleh Umno, setelah terbukti dengan sahih penolakan pimpinan mereka dalam melaksanakan tuntutan agama tersebut.
Harakahdaily

Pancung kepala, rendam minyak

Posted: 11 Jun 2011 12:00 AM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -




Pemandu jentera pengaut serang mekanik dengan parang selepas tebas lalang

PENAMPANG: Seorang mekanik putus kepala akibat dilibas dengan parang oleh seorang pemandu jentera pengaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, dekat sini kira-kira jam 9.30 pagi semalam.


Kepala Asri Patahuddin, 37, yang putus kemudian dimasukkan suspek ke dalam tong berisi minyak enjin kenderaan sebelum mengheret tubuh lelaki itu dan menghumbannya ke dalam sebuah van rosak tidak jauh dari bengkel terbabit.

Mangsa yang mempunyai seorang isteri dan dua anak serta sudah bekerja di bengkel berkenaan sejak beberapa tahun lalu sebelum itu sedang membaiki kenderaan apabila secara tiba-tiba dihampiri suspek berusia 30 tahun yang bersenjatakan sebilah parang panjang.

Rakan Asri, Ramli Simmi, 38, berkata suspek sebelum itu mencari parang di bengkel berkenaan dengan alasan untuk menebas lalang selepas mendakwa jentera pengaut dipandunya rosak.

"Suspek mengambil parang dalam bengkel dan menebas lalang di halaman bengkel sebelum mendekati mangsa. Tiba-tiba dia melibas parang ke leher mangsa. Saya dan seorang rakan cuba menghalang tetapi suspek melibas parang ke arah kami pula," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Suspek dikatakan baru berpindah ke kampung berkenaan 10 hari lalu dan dipercayai mengalami tekanan mental kerana berjauhan daripada keluarganya di Lahad Datu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh, berkata ketika mahu ditahan, suspek cuba mengelak dan menafikan perbuatannya sebelum beberapa anggota polis berjaya memujuknya menyerah diri dan merampas sebilah parang dipercayai digunakannya dalam kejadian itu.

Katanya, suspek dipercayai mengalami masalah mental, ditahan reman seminggu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dengan niat, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa

Posted: 10 Jun 2011 11:45 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) ketika ditemui di majlis minum pagi di perkarangan Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Komoniti (JKKK) Sungai Dua pagi tadi sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib.

"Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni.  Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN," tegasnya.

Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga.

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN.

Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran.
"Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan.  Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil.  Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya," tambah beliau.
Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai.
Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan.

Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng.

Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka.

Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan.
Harakahdaily

AK bersedia catat sejarah menang kali ketiga

Posted: 10 Jun 2011 11:30 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -



ISTANBUL, 11 Jun: Kunjungan pertama delegasi PAS dan PKR ini adalah ke pejabat parti AK di Istanbul. Baru mula terasa Turki sedang hadapi pilihan raya umum.

Pendekatan kempen nampaknya lebih kepada medium TV dan akhbar melalui liputan media terhadap program yang diadakan.

Untuk penglihatan umum pula, banner besar yang memaparkan wajah Reccip Toyyeb Erdogan bersama slogan pilihan raya ini dipasang di banyak tempat.


Sedikit sahaja poster kecil yang dipasang iaitu di pejabat-pejabat parti sahaja bukannya memenuhi kawasan. Ini telah ditetapkan oleh undang di Turki untuk menjaga alam sekitar mereka. Poster-poster kecil sebagaimana yang sangat popular di Malaysia tidak dibenarkan di sini atas alasan ia merosakkan permandangan.

Apabila masuk ke Istanbul melalui lapangan terbang Atarturk di sini tidak terasa langsung pilihanraya umum berjalan.

Begitu juga apabila masuk ke bandaraya Istanbul dari lapangan terbang ke hotel Green Park tidak terasa PRU sedang berlangsung di Turki.


Namun medianya penuh dengan liputan pilihanraya termasuk muka-muka depan akhbar utama.

Apabila dibuka TV juga baru dirasai kehangatan pilihan raya. Jam 10 pagi waktu tempatan apabila dibuka stesen SkyTv, pemimpin CHP, salah satu parti yang bertanding sedang memberikan ucapan.

Hampir 15 minit masa diberikan untuk beliau berucap di hadapan penyokongnya diberikan ruang oleh siaran TV itu yang tidak akan diperolehi oleh mana-mana pemimpin pembangkang di Malaysia.

Menurut Omer Faruk Kalayci, timbalan pengerusi hal ehwal luar parti AK, semua parti bebas membeli masa dalam media Turki.

Hasilnya semua parti dirasai kehadirannya dalam semua media Turki.

Dalam pilihanraya ini, AK cuba memecah rekod pilihanraya Turki untuk menang tiga kali berturut-turut dan dengan populariti yang terus meningkat.

Dengan lima juta ahli dari 50 juta pengundi, sangat sukar parti-pari lain untuk mengalah AK dalam pilihan raya umum kali ini.


Harakahdaily

Bekas pengurus Giat Mara didakwa buat tuntutan palsu

Posted: 10 Jun 2011 11:00 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


BUTTERWORTH - Bekas Pengurus Kanan Pusat Komuniti Giat Mara Pongsu Seribu, Kepala Batas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM31,500 pada 4 Disember 2006.

Tertuduh, Muhammad Zaini Md. Noor, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dia dituduh mengemukakan butiran pesanan palsu bertarikh 6 September 2006 kepada Pembantu Tadbir Kanan pusat itu, Sariza Mohamad Rodhi bagi Syarikat Syahmis Utara Enterprise.

Ia bagi kontrak membekal, menghantar, memasang dan menguji satu unit papan litar suis utama 600A Lekapan Lantai sedangkan tiada pembekalan dibuat.

Muhammad Zaini didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Fieza Fazlin Fandi yang mengendalikan kes tersebut menawarkan ikat jamin RM15,000 dengan alasan kesalahan tersebut serius.

Bandar dicat warna biru kerana filem Smurfs

Posted: 10 Jun 2011 09:45 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 SEMUA bangunan di bandar Juzcar, Sepanyol dicat dengan warna biru.

MADRID - Bandar Juzcar di selatan Sepanyol dicat dengan warna biru termasuk gereja bagi meraikan pelancaran filem Smurfs yang dibintangi penyanyi Katy Perry.

Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sejak kelmarin.

Seramai 250 orang tinggal di bandar itu manakala Datuk Bandar Juzcar, David Fernandez Tirado berkata, orang ramai sudah menggelarkannya Papa Smurf.

Syarikat Sony yang mengeluarkan filem tersebut memilih bandar berkenaan sebagai lokasi tayangan perdana The Smurfs 3D pada 16 Jun ini.

Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981.

Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs. 

Agensi

Sejumlah kereta jutaan dolar rosak

Posted: 10 Jun 2011 09:15 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 SEBUAH kereta Ferrari (kiri) dan Lamborghini (kanan) turut terjejas akibat banjir kilat yang melanda tempat letak kereta apartmen St. Regis di Singapura pada Ahad lalu.

SINGAPURA - Sejumlah kereta sport bernilai jutaan dolar seperti Ferrari rosak selepas tempat letak kereta bawah tanah di sebuah apartmen mewah di sini dilanda banjir, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Tempat letak kereta di apartmen itu, St. Regis yang bernilai AS$16.27 juta (RM49.15 juta) menempatkan sejumlah kenderaan mewah semasa banjir kilat berlaku pada Ahad lalu.

Kereta-kereta mewah seperti Ferrari yang bernilai AS$894,979 (RM2.7 juta) rosak teruk akibat ditenggelami air banjir.

Para pemilik kereta tersebut yang menginap di apartmen berkenaan gagal mengalihkan kenderaan mereka dengan segera kerana maklumat mengenai banjir itu gagal diberitahu disebabkan sistem amaran banjir gagal berfungsi.

Pemilik-pemilik kereta itu perlu membayar cukai yang amat tinggi semasa mengimport kenderaan tersebut di Singapura.

Ekoran itu, harga kenderaan mewah amat tinggi di Singapura seperti kereta Rolls-Royce Phantom yang berharga AS$1.43 juta (RM4.3 juta) iaitu AS$813,019 (RM2.45 juta) lebih tinggi daripada yang dijual di United Kingdom.

Antara kereta mewah lain yang turut rosak akibat banjir itu di tempat letak kereta berkenaan ialah Aston Martin yang berharga AS$731,755 (RM2.21 juta) dan Porsche 911 yang berharga AS$406,530 (RM1.22 juta).

Kos bagi membaiki kereta mewah itu akibat banjir kilat dianggarkan melibatkan ratusan ribu dolar jika ruang dalaman dan sistem elektrik kenderaan berkenaan rosak.

Seorang penduduk yang merupakan pekerja pelaburan, Matthew Song, 33, berkata, kereta BMW M3 miliknya juga ditenggelami banjir.

Menurutnya, dia membeli kereta itu dua bulan lalu dengan harga AS$284,012 (RM858,142).

Kereta itu dihantar untuk dibaiki dengan menggunakan sebuah trak tunda pada Rabu lalu.

Seorang penduduk di apartmen itu, John Waggot, 50, yang merupakan seorang jurutera berkata, banjir kilat melanda apartmen tersebut buat kali pertama pada pertengahan Jun lalu.

Menurutnya, banjir kilat kali kedua berlaku dua minggu selepas kejadian pertama berlaku dan yang berlaku pada Ahad lalu merupakan bencana alam yang ketiga.

Agensi

Sindiket penipu antarabangsa lumpuh

Posted: 10 Jun 2011 08:45 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -

 SEBAHAGIAN daripada 177 warga Taiwan dan China yang terbabit dalam penipuan siber ditahan oleh Imigresen Indonesia di Jakarta kelmarin.

PHNOM PENH - Beratus-ratus warga China dan Taiwan ditangkap di seluruh Asia termasuk Malaysia dalam satu operasi antarabangsa untuk menumpaskan komplot penipuan melalui telefon merentasi sempadan, kata pegawai-pegawai di beberapa negara semalam.

Kebanyakan tangkapan dibuat di Indonesia dan Kemboja dengan masing-masing 177 orang dan 166 orang ditahan dalam satu serbuan merentasi sempadan.

Serbuan dilakukan untuk mematahkan modus operandi penjenayah yang menggunakan perkhidmatan telefon Internet untuk menipu wang ribuan mangsa di rantau berkenaan.

Di Malaysia, polis menangkap 27 rakyat China dan 10 warga Taiwan di Sabah kerana menipu orang ramai supaya membayar saman trafik palsu.

Seramai 14 daripada yang ditahan di Sabah itu adalah wanita.

PAS lapor SPRM isu Hospital Shah Alam

Posted: 10 Jun 2011 08:15 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


SHAH ALAM, 10 Jun: Isu Hospital Shah Alam yang sepatutnya siap akhir 2010, hari ini dilapor secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Petang tadi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyerahkan memo bantahan kerana mempunyai unsur penyelewengan dalam projek hospital itu kepada SPRM Selangor, dekat sini.

Menurut Khalid, pihaknya telah menerima beberapa dokumen berhubung projek bernilai RM482 juta itu yang kini terbengkalai.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, dokumen-dokumen itu menimbulkan kesangsian pihaknya terhadap ketelusan perjalanan projek serta pengurusannya.

Laporan berlangsung selama dua jam itu telah diterima sendiri Pengarah SPRM Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ja'afar Mahad di pejabatnya.

Kata Khalid, dokumen itu adalah surat Frontier Structure (FS) Sdn Bhd pada 23 Ogos 2010 kepada Pengarah Sunshine Fleet (SF) Sdn Bhd yang menawarkan nilai sub-kontrak bernilai RM30 juta sekiranya pembinaan diserahkan kepada FS.

Dokumen lain adalah surat Kementerian Kewangan pada 22 Mac 2011 mengarahkan tender yang telah diputus dibatalkan dan dipanggil kembali GM Healtcare Sdn Bhd dan FS dalam tender baru.

Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam itu, SF merupakan kontraktor utama projek ini yang berjaya mendapat projek ini secara rundingan terus pada 2008.

"Kemampuan mereka mendapat projek ini secara rundingan terus adalah bukti hubungan rapat mereka dengan pihak Kementerian Kewangan Malaysia .

"Tawaran RM30 juta dijangka sebagai insentif menggunakan pengaruh mereka supaya tender dipanggil semula dengan FS dijemput menyertai tender baru," jelasnya.

Khalid berkata amat menghairankan bagaimana syarikat tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)  sebagai kontraktor Kelas A disebut untuk dijemput menyertai tender sebegini.

Katanya, dengan dibekalkan surat dari FS kepada SF adalah jelas ia dilakukan bukan secara kebetulan sebaliknya hasil penyalahgunaan pengaruh yang didorong ganjaran tertentu.

Adalah juga disyaki penundaan tender adalah untuk memungkinkan FS memperolehi pendaftaran sebagai kontraktor Kelas A.

Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Hilmi Radzuan mendesak pihak berkaitan segera selesaikan pembinaan hospital itu kerana melibatkan kebajikan rakyat Shah Alam sekitar sejuta orang.

"Amat malang Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah ibu negeri Selangor yang paling maju di negara ini tetapi belum mempunyai hospital sendiri dan terpaksa menumpang di Klang, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh.

"Perasaan rakyat lebih menderita bila timbul isu projek terbengkalai sudah beberapa tahun terakhir sedangkan sakit setiap hari menyerang rakyat," tegasnya.

Harakahdaily

Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden

Posted: 10 Jun 2011 08:00 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

"Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya.

Harakahdaily

Kenyataan Soi Lek bukti 1Malaysia gagal

Posted: 10 Jun 2011 07:45 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah 'topeng' kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa  1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.

Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum.

Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih 'bulu' yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar 'ruang lingkup' mereka sahaja. 

"Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar  V K Lingam yang masih bebas 'berkeliaran' tanpa didakwa," katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi 'budak suruhan' kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari  kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau.

Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong 'lidah rasmi Umno' iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan 'wajah' sebenar Perkasa.

"Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar  akan penipuan tersebut," ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

"Katakan tak nak pada BN!" katanya lagi.

Harakahdaily

Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda

Posted: 10 Jun 2011 07:15 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda. 

Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa.

Menurut beliau, kepada para nelayan dan petani, PAS akan turut membantu mereka menerusi skim-skim tertentu yang akan diperkenalkan, manakala golongan miskin pula akan dibantu menerusi skim kebajikan khas kepada mereka.

Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam.

"Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," katanya pada program Analisis Astro Awani yang disiarkan 5.00 petang semalam dan diulang tayang sekitar jam 11.30 pagi ini.

Barisan kepimpinan baru PAS yang dipilih oleh para perwakilan PAS pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu, menurut beliau, akan mengadakan mesyuaratnya hujung minggu ini.

Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu termasuklah yang menyentuh tentang strategi pelan bernegara, sejajar dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air.

"Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," katanya.

Menyentuh tentang permintaan Pemuda PAS Pusat yang mahukan PAS memberikan kuota 40 peratus kepada golongan muda dalam parti di semua peringkat termasuk dalam pilihan raya yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau yakin PAS akan memberikan pertimbangan sewajarnya mengenai tuntutan itu.

"Pada saya, tuntutan Pemuda yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin itu bukanlah perkara asing kerana sebelum ini saya juga pernah memimpin Pemuda PAS dan turut mempunyai pengalaman seperti itu.

"Sekiranya Pemuda berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan dapat mempertahankan prestasinya, saya yakin parti akan memberikan tempat kepada mereka seperti yang dikehendaki itu," ujarnya. 

Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya.

Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri. 

PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki

Posted: 10 Jun 2011 06:43 PM PDT

9 Rejab 1432H. [MOD] -


ISTANBUL, 10 Jun: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

Harakahdaily

Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu

Posted: 10 Jun 2011 02:00 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai "karut dan khurafat" laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumour pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

"Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan UMNO menghasut," kata beliau.

"Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIh sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.

Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.

Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.

Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.

"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya.

tv selangor/-

PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki

Posted: 10 Jun 2011 01:58 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

ISTANBUL, 10 Jun: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

Harakahdaily/-
Oleh : Zulkifli Sulong

Tian Chua nafi hantar e-mel minta Pakatan percaya video seks

Posted: 10 Jun 2011 01:30 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Naib Presiden PKR Tian Chua menegaskan e-mel yang diterima beberapa pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan video seks, yang didedahkan "Datuk Trio", semalam bukannya dihantar oleh beliau.

Sebaliknya tegas beliau, e-mel itu dihantar oleh pihak tertentu dengan menggunakan namanya untuk "menyebarkan pengakuan palsu" berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, alamat e-mel yang digunakan adalah tianchua@rocketmail.com dan telah dihantar kepada pemimpin Pakatan Rakyat pada pukul 6.02 petang semalam.

Alamat e-mel yang biasa digunakan Tian Chua adalah tianchua@gmail.com dan pkrbatutc@gmail.com.

"E-mel itu mengatakan, rakaman video seks penuh Anwar telah dimuat naik di beberapa laman web hari ini (semalam), saya telah menonton video itu dan sah lelaki itu adalah Anwar.

"Rakaman video itu dirakam dari empat penjuru dan sukar untuk menafikan ia bukan Anwar. Demi mempertahankan integriti dan misi, kita tidak boleh melindungi pemimpin yang tidak bermoral dalam Pakatan Rakyat," kata Chua (gambar) ketika membacakan e-mel yang dihantar kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Tambah Ahli Parlimen Batu itu, e-mel tersebut juga menggesa barisan kepimpinan Pakatan Rakyat agar mendesak polis mendedahkan pelaku dalam rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

"Lantaran saya menggesa semua pemimpin Pakatan Rakyat dari PKR, DAP dan PAS untuk meminta polis dedahkan siapa pelaku dalam video itu.

"Ini satu-satunya cara untuk membuktikan kita mengambil berat dalam isu-isu moral," katanya.

Justeru kata beliau, satu laporan akan dibuat di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang di sebalik penyebaran e-mel palsu itu.

"Saya akan buat aduan pada petang ini di SKMM menggesa mereka menyiasat siapa yang sebarkan e-mel palsu dengan menggunakan nama saya.

"Jadi saya harap pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempercayai e-mel yang diterima kerana ia bukan daripada saya... ini semua kerja Umno-BN (Barisan Nasional) yang terdesak," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, beliau menerima satu surat yang mengandungi rakaman video seks dan poster yang dihantar ke rumahnya semalam.

Pada sidang media itu juga, Zuraida berkata, PKR Selangor telah merangka strategi untuk menawan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik BN pada pilihan raya ke-13.

"Selain mempertahankan kerusi yang kita menang pada pilihan raya 2008 kita juga memberikan fokus khas untuk menawan tiga kerusi Parlimen lain iaitu Sabak Bernam, Pandan dan Hulu Selangor.

"Kita juga akan memastikan Pakatan Rakyat memenangi tujuh DUN milik BN iaitu Batang Kali, Permatang, Kuang, Semenyih, Dengkil, Sementa dan Pelabuhan Klang," kata Timbalan Pengerusi PKR Selangor itu.

malaysianinsider/-

Guan Eng minta Soi Lek henti berbohong

Posted: 10 Jun 2011 01:21 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mempunyai rekod yang tidak tercela dengan lebihan bajet (surplus) untuk tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk pada 2008 berlandaskan konsep Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT).

Justeru, Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) meminta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berhenti daripada terus melakukan pembohongan kepada diri sendiri.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek dalam satu wawancaranya bersama Malaysiakini yang disiarkan secara penuh dalam The Star hari ini mengatakan bahawa 'Pulau Pinang telah membenarkan kenaikan tarif air sebanyak 20 peratus dan kini Pulau Pinang sedang mengalami bajet defisit, di mana akan menjadi lebih teruk menjelang tahun hadapan'.

"Perkara ini adalah tidak benar sama sekali kerana Pakatan Rakyat Pulau Pinang mencatat rekod lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak mengambil alih tampuk pemerintahan BN pada tahun 2008 atas amalan bebas rasuah dan urus tadbir yang berasaskan CAT," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, katanya turut disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara di mana Pulau Pinang merupakan negeri yang mempunyai pengurusan kewangan yang baik selama dua tahun berturut-turut.

Tambahnya, Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan negeri atau negara yang telah dipuji oleh Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Pulau Pinang mencatat surplus yang paling tinggi dalam sejarah dengan RM88 juta pada 2008, RM77 juta (2009) dan RM33 juta (2010).

Jelasnya, anggaran surplus pada tahun 2009 sepatutnya bernilai RM92 juta jika kerajaan negeri tidak perlu membayar RM15 juta atas perintah Mahkamah Tinggi disebabkan skandal tanah Tang Hak Ju yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Menurutnya, dengan pengurusan kewangan yang baiklah telah membolehkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengagihkan RM12 juta setahun kepada Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Tamil dan Sekolah Sikh.

"Adakah RM12 juta juga diberikan oleh Kerajaan BN sebelum ini?" soalnya.

Beliau menjelaskan Pulau Pinang tidak menaikkan tarif air untuk pengguna domestik malah telah membiayai subsidi yang besar, tetapi mengenakan surcaj pemuliharaan air kepada mereka yang membazirkan air.

Baginya, Chua tidak jujur kerana memutar belitkan perbezaan itu.

Katanya, keengganan Pakatan Rakyat menaikkan tarif air kepada pengguna domestik telah dikutuk hebat oleh NGO yang menginginkan kenaikan tarif air bagi mengurangkan pembaziran air.

Tambahnya, tarif air hanya dinaikkan untuk perniagaan sahaja setara dengan kos pengeluaran.

"Sekiranya Chua tidak gembira dengan kenaikan ini, mengapa beliau tidak menentang kenaikan tarif air di Johor, yang mana tarif air di Johor adalah 3-6 kali lebih tinggi daripada Pulau Pinang?" soalnya lagi.

Menurutnya, Pulau Pinang masih menikmati tariff air yang terendah bagi kedua-dua domestik dan perniagaan di negara ini.

Disebabkan tarif air yang rendah, katanya Pulau Pinang menanggung penggunaan air yang tertinggi dengan purata 291 liter seorang, sehari untuk tahun 2010 berbanding purata kebangsaan sebanyak 205 liter sahaja.

Beliau menambah, prestasi kewangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bukan hanya untuk pentadbiran kerajaan negeri sahaja tetapi juga telah menyelamatkan MPSP daripada menjadi muflis.

Jelasnya, dari tahun 2000- 2007, MPSP terpaksa menanggung defisit setiap tahun di mana, kehilangan RM230 juta yang telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

Katanya, MPSP berada dalam keadaan muflis secara praktikal semasa Pakatan Rakyat mengambil alih negeri ini.

Walau bagaimanapun, ujarnya hanya dalam masa satu tahun, Kerajaan CAT Pakatan Rakyat berjaya menyelamatkan MPSP daripada terus muflis dengan mencatatkan sedikit surplus pada tahun 2008 dan seterusnya untuk tiga tahun berturut-turut iaitu 2008 (RM3 juta), 2009 (RM15 juta) dan 2010 (RM23 juta).

Mengenai kenyataan Chua bahawa 'BN mempunyai banyak kelemahan, kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak melakukan seperti yang dikatakan', Lim menjelaskan kehilangan RM230 juta di MPSP dan RM40 juta ke atas skandal tanah Tang Hak Ju merupakan contoh terbaik kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Manakala kenyataan BN tidak melakukan seperti apa yang dikatakan, Chua seharusnya merujuk kembali janji-janji yang telah beliau taburkan ketika pilihan raya pemilihan presiden MCA yang lepas," ujarnya.

Tambahnya, tidak diragukan sememangnya Pulau Pinang menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik daripada BN.

Katanya, keyakinan diiringi dengan kejayaan Pulau Pinang mencatat jumlah pelaburan yang tertinggi dalam sejarah dan menduduki tempat pertama di Malaysia sebanyak RM12.2 bilion.

Pulau Pinang juga, ujarnya mengalami penurunan indeks jenayah yang tertinggi di Malaysia dengan penurunan sebanyak 27 peratus.

Beliau berkata, Pulau Pinang juga menduduki tempat pertama dalam sektor pelancongan kesihatan dan pertumbuhan penumpang udara sebanyak 25 peratus di negara ini.

"Chua seharusnya mencari kebenaran melalui fakta, bukannya berbohong dengan memutar belitkan fakta semata-mata untuk meraih populariti dan menyerang PR.

"PR tidak sempurna dan bersedia untuk memperbaiki setiap kelemahan yang dilakukan tetapi PR berbeza dengan BN kerana PR tidak memanjakan diri dengan rasuah dan kroni," katanya.

harakahdaily/-

12 kaki judi dirotan di padang

Posted: 10 Jun 2011 01:17 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

BANDA ACEH: Seramai 12 orang menjalani hukuman sebat selepas didapati bersalah terbabit dalam perjudian di Aceh, kata pegawai pendakwa, semalam.

Menurut pegawai terbabit, Irvon, pesalah ditangkap dalam beberapa kejadian berasingan dan dibicarakan.

"Mereka dirotan di depan orang ramai di sebuah padang di Langsa, timur Aceh," katanya.

Irvon berkata, hukuman itu adalah minimum berbanding 12 sebatan maksimum yang diperuntukkan dalam undang-undang wilayah Islam berkenaan.

"Pendakwa memohon mereka dikenakan hukuman minimum untuk memberi pengajaran supaya tidak melanggar perintah agama di masa depan," katanya.

Mei lalu, 40 pesalah judi turut dirotan di Aceh. - AFP

BN sengsara mahu pikat undi Tionghua

Posted: 10 Jun 2011 01:15 AM PDT

8 Rejab 1432H. [MOD] -

AMPANG, 10 Jun: Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kaum Tionghua memainkan peranan yang besar dalam politik negara sebenarnya.

Malahan, undi 80% kaum Tionghua di Ampang telah memberi kemenangan kepadanya dan PKR sewaktu Pilihanraya Umum 2008 lalu.

Katanya, perubahan yang dibawa kaum Tionghua jelas sudah menakutkan MCA dan BN.

Justeru, beliau yakin, taktik kotor BN yang dikepalai oleh Umno dengan memainkan isu video lucah fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak memberi kesan kepada undi kaum Tionghua.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Makan Malam Sempena Ulangtahun Pertama Persatuan Persahabatan Pekan Ampang di Pekan Ampang, di sini semalam.

Zuraida turut membidas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini untuk menarik sokongan kaum Tionghua yang disifatkannya "retorik semata-mata" dan hanyalah sia-sia.

"Buktinya, lihat sahaja kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek baru-baru ini yang jelas menunjukkan bahawa MCA dan BN sebenarnya kini sedang dalam sengsara mahu menarik kembali undi kaum Tionghua.

"BN harus sedar bahawa kaum Tionghua sangat matang dalam menilai politik dan semua kenyataan retorik yang tanpa perlaksanaan adalah tidak berguna dan sia-sia," kata beliau.

harakahdaily/-

PAS TELUK INTAN

Posted: 10 Jun 2011 11:43 PM PDT

PAS TELUK INTAN


Sumbangan Pakaian Terpakai Untuk Mangsa Kebakaran

Posted: 10 Jun 2011 07:53 AM PDT

Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Teluk Intan telah mengorak langkah positif dengan menggumpulkan pakaian terpakai untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran di Kg. Terengganu. Pengerusinya Hj. Mohammad Akram berkata, Selaras dengan hasrat PAS mempromosikan Negara BerKebajikan, usaha ini dilihat seagai satu bukti bantuan dihulurkan kepada yang yang memerlukan tanpa mengira sempadan politik. majlis penyampaian pakaian ini akan dadakan dalam tempoh masa terdekat ini insyallah, katanya.

Salam Perjuangan

Posted: 10 Jun 2011 11:24 PM PDT

Salam Perjuangan


MENGAPA PAS TERUS DIKECAM? - DR.ASRI

Posted: 09 Jun 2011 11:58 PM PDT

Peghelih La...

Posted: 10 Jun 2011 11:03 PM PDT

Peghelih La...


Bersih : Laporan Polis Karut dan Khurafat, Kata Mat Sabu

Posted: 10 Jun 2011 02:37 AM PDT

SHAH ALAM : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyifatkan sebagai "karut dan khurafat" laporan polis oleh Pemuda Umno yang mahukan perhimpunan Bersih pada bulan depan dibatalkan.

Dalam laporan polis yang dibuat petang tadi, Pemuda Umno dan tujuh pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong Umno mendakwa Himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai akan menjejaskan keamanan dan mata pencarian peniaga.

Mohamad atau Mat Sabu berkata hujah yang diberikan oleh Pemuda Umno dan NGO berkenaan tidak masuk akal kerana hakikat adalah sebaliknya. Penyertaan orang ramai pada perhimpunan aman itu, akan merancakkan perniagaan penjaja dan peniaga, kata beliau kepada TvSelangor.

"Laporan polis ini satu perkara yang paling pelik, saya rasa ini cubaan Umno menghasut," kata beliau.

"Secara rasionalnya, apabila ramai yang hadir menyertai perhimpunan aman BERSIH sudah tentu mereka akan menggunakan perkhidmatan awam, makan, minum, jadi apa isu menjejaskan pendapatan, bukankah ia akan menambah pendapatan peniaga." kata beliau.

"Jadi yang dikatakan Umno bahawa perhimpunan ini boleh menjejaskan pendapatan jelas satu kepercayaan karut dan khurafat." tegas beliau.

Laporan polis itu dibuat oleh Exco hal ehwal bandar Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin. Beliau menuntut polis supaya mengambil tindakan awal memastikan perhimpunan itu tidak dijalankan.

Naib Presiden PKR Tian Chua semalam dipetik berkata 60,000 perserta akan terlibat dalam perhimpunan itu pada 9 Julai.

Mengulas lanjut Mat Sabu menegaskan perhimpunan BERSIH akan berjalan secara aman.

Beliau berkata perhimpunan itu akan menzahirkan tuntutan rakyat untuk sebuah sistem demokrasi tuntas demi menjamin sebuah pilihanraya umum yang adil.

Mohamad Sabu menegaskan peserta perhimpunan itu tidak akan menjadi mangsa provokasi polis seperti masa-masa lalu.

"Kalau penjaja tidak mampu menjual air tebu misalnya, ia bukan kerana kebanjiran orang ramai, ia kerana FRU menembah gas dan termasuk kedalam air jualannya," katanya.

Pakat mai ramai-ramai

Posted: 10 Jun 2011 01:51 AM PDT

Senarai Exco DPP Pusat

Posted: 10 Jun 2011 01:45 AM PDT

Senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:

Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob


Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]
1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah

Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]

1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ]
9. Herman Samsudeen [ Pengarah Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa'ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]

Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ketua

Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi

Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin

Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor

Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany
bin Hamzan

PAS Negeri Sembilan

Posted: 10 Jun 2011 09:44 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki

Posted: 10 Jun 2011 02:20 AM PDT



ISTANBUL, 10 Jun 2011 : Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3735-pas-hantar-pemerhati-pilihan-raya-ke-turki

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 10 Jun 2011 09:04 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden

Posted: 10 Jun 2011 08:13 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam.

Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara.

"Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang.

"Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook.

Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu.

Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno.

Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno.

"Disinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya. sumber harakadaily.net

Nizar minta jentera UPU bersiap sedia.

Posted: 10 Jun 2011 03:29 AM PDT





Nizar meminta jentera UPU dalam parlimen Bukit Gantang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya.

Harapan DS Nizar agar parlimen Bukit Gantang dapat dipertahankan.DS Nizar menghadiri majlis kenduri rakyat petang tadi 10 Jun di Kg Kepala Bukit,Bt 9,Jln Trong.

DS Nizar meminta semua pihak bersedia untuk ke Kuala Lumpur pada 9 Julai ini untuk memberi sokongan kepada Himpunan Bersih II.

Ziarah Bilal Masjid Pengkalan Aor.

Posted: 10 Jun 2011 03:25 AM PDT

DS Nizar sebentar tadi menziarahi Hj Mokhtar,Bilal Masjid Pengkalan Aor.Kaki beliau tercedera kerana terkena mata gergaji eletrik. Hj Mohktar kini berehat di rumah beliau di Kg Tersusun Bt 2 1/2,

PAS LENGGONG

Posted: 10 Jun 2011 07:38 PM PDT

PAS LENGGONG


Asri: Umno nampak hipokrit kecam konsep negara kebajikan PAS

Posted: 10 Jun 2011 03:58 AM PDT

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.

Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.

"Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.

"Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS," kata beliau.

Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.

Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.

Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.

Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.

Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan.

Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

"Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

"Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya.

Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa "keadaan sudah terbalik" memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan.

"PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan," kata Asri lagi.

"Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang. Saya pun tidak tahu apa yang Umno buat, saya rasa Umno sudah silap perhitungan," katanya lagi.

Si Zahrain pula mengomel-merapu.

Posted: 10 Jun 2011 03:31 AM PDT

Macam anjing menyalak terlolong sedang diri terlalu hina. tiada siapa dikalangan umno yang ingin ambil. sekadar membiarkan sang anjing melalak melolong.

Berita semalam Singapura 10 bandar termahal hidup

Posted: 10 Jun 2011 03:29 AM PDT

Harini dalam yahoo seperti berikut.

KL 33rd costliest city in Asia, expat survey finds


By Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, June 9 — The stronger ringgit coupled with inflation has pushed Kuala Lumpur up four spots to become the 33rd most expensive city in Asia for expatriates this year, according to a study by outsourcing firm ECA International.

Not far behind was Johor Baru in 37th spot and 40th-placed George Town, the only other Malaysian cities to make it into the top 53 most expensive Asian cities in the London-based consultant's annual cost of living survey released yesterday.

Singapore moved three spots up the Asian ladder from ninth to sixth, also on the back of higher currency values and inflation.

Japanese cities Tokyo, Nagoya, Yokohama and Kobe remained unchanged in the first four places, with Seoul, Hong Kong, Beijing, Shanghai and Busan rounding out the top 10.

Hanoi's tumble from 200 to 224 was the largest recorded for any Asian city while the port city of Karachi, Pakistan's financial centre, remains the cheapest location in Asia and globally at 240.

In global rankings, Kuala Lumpur was the 186th most expensive city for expatriates — up 16 places from 201st place — while Johor Baru and George Town placed 199th and 209th, respectively.

ECA International Asia regional director Lee Quane said currency movements were the single largest factor in country rankings but added that inflation was also contributed significantly to higher expatriate cost of living in cities.

"Currency movements still have the biggest influence on rankings. In Asia, the Singapore dollar, Malaysian ringgit and Mongolian tugrik have appreciated the most over the twelve months between surveys," he said in the survey report.

"In some cases, strong currencies have contributed just as much as inflation to a country's rise up the ranking. As well as Singapore, we have seen this happening in Ulaan Baatar, Bangkok and Kuala Lumpur — these locations have risen by 23, 20 and 16 places respectively."

Quane pointed out, however, that cities like Hong Kong and Vietnam have fallen down the tables despite "major increases" in local prices as their weakening currencies offset the impact of price inflation from higher food, oil and commodities cost.

Malaysia's inflation hit a two-year high of 3.2 per cent in April but Bank Negara Malaysia (BNM) maintains that the consumer price index (CPI) will not exceed 3.5 per cent this year, as forecast earlier.

The central bank said the recent round of diesel and electricity subsidy cuts will have minimal impact on inflation but opposition lawmakers warned that higher fuel costs will push up the price of essential goods.

PAS Kawasan Miri

Posted: 10 Jun 2011 07:05 PM PDT

PAS Kawasan Miri


MoCs Hantar Memo Kepada Yang Dipertuan Agong

Posted: 10 Jun 2011 04:31 AM PDT

July 10, 2011
To all media friends
MoCS to send memo to the King
MoCS will send a memorandum to His Majesty the Yang Di-Pertuan Agong re-Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Among other things, MoCS is urging the King to request MACC to expedite its investigations into the alleged reports of corruption and blatant abuse of power against Tan Sri Taib and to make public its investigations so far, if any, undertaken by the agency.
MoCS will also appeal to the King and the Rulers' Conference not to accept any recommendation to appoint Taib as the Yang Di-Pertua Negeri of Sarawak.
Your reporters and photographers are invited to cover the event which will be held at the Istana gates, Kuala Lumpur on Monday, June 13, 2011 at 11am.


Thank you.
From the MoCS Secretariat

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 Jun 2011 03:40 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) 10K DENGAR CERAMAH BRAHIM KATAK & ZUL KT TMPT ANA

Posted: 10 Jun 2011 08:47 AM PDT

Zahrain menyampaikan 'pidato'nya agak lewat pada jam 10.15... kerana menunggu hadirin memenuhkan kerusi yang disediakan


 Hadirin pakat memenuhkan kerusi .... tak nampak? cam nak mati....
 Zul katak tiba pada jam 11.00 malam agak lewat sedikit kerana tersesat... maklum la... Dataran Tok Him takde dalam GPS apa tah lagi Google maps.
 Hadirin semakin ramai memenuhi kerusi.... tak nampak gak...? sah memang nak mati le korg nie...

 Kawasan yang ade orang iaitu di bawah anjung halaman rumah tersebut...
 Tak berganjak... kerusi la...wakakakaka
Jam 11.50 malam.. para hadirin maih tidak berganjak dari kerusi plastik.... memang satu program yg berjaya... toBrahim katak terus tak muncul2 .... sebab pengalaman sebelum nie kat ini jgk tapi sebelum isytihar Dataran Diri endiri... xde org nak dengar ceramah dia...tue yg import 2 ekor katak dari kedah ngan Penang... tapi still xde orang... apa pun tahniahkan sebab promosi memang hebat... hampir 50 banner dan lebih 50k poster diedarkan di seluruh Pasir Mas....wakakakakaka

BODO LA PUOK-PUOK PERKASA NI... BANTAH BERSIH 2.0

Posted: 10 Jun 2011 02:16 AM PDT

WAKAF BAHARU : Penduduk Kampung Wakaf Baharu, Tumpat yang diwakili oleh pertubuhan yang dikenali sebagai  Wira Perkasa (Perkasa) meminta pihak berkuasa bertindak tegas ke atas perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.
Sementara itu 2 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Bukit Mertajam hari ini membuat laporan polis bagi mendesak supaya pihak berkuasa melarang Bersih yang merancang mengadakan demonstrasi itu.
Perkasa Pulau Pinang dan Penawar 1 Malaysia itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini dan mendesak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur iaitu Badan Pengerak Demokrasi dan Mobilisasi Pas.
Ketua Penerangan Perkasa Norhalim Abdul berkata polis harus mengambil tindakan segera kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur adalah berunsur menghasut rakyat dan mempunyai niat untuk mengganggu ketenteraman awam.
"Penganjuran perhimpunan itu, hanya akan menjejaskan ekonomi negara kerana ia akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat kepada pelabur-pelabur asing," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.

.... apa kaitan Wakaf Baru ngan Bukit Mertajam ngan himpunan Bersih 2.0 kat Ibu Kota Kuala Lumpur?.... bodo la puok-puok nie... kalu doh ketua nye bodo... anok-anok lagi bodo

ASRI : UMNO NAMPAK HIPOKRIT KECAM KONSEP NEGARA KEBAJIKAN PAS

Posted: 10 Jun 2011 01:02 AM PDT

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Umno memperlihatkan sikap hipokrasi mereka dengan menentang pendirian terbaru PAS, yang minggu lalu mengetengahkan konsep negara berkebajikan.

Sehubungan itu kata Asri (gambar), Umno sebagai parti teras Barisan Nasional (BN) dan mewakili suara orang Melayu, seharusnya mengalu-alukan perubahan pendirian PAS yang sebelum ini dilabel sebagai konservatif dan fanatik.
"Saya tidak tahu apa pendirian Umno sebenarnya. Dulu Umno yang mengecam PAS kata dikuasai oleh golongan ulama, sekarang golongan profesional ada, mereka masih hentam.

"Saya lihat Umno macam hipokrit... dulu dia (Umno) yang mengatakan bahawa PAS ini (parti) jumud, jadi saya lihat ini sikap yang tidak betul
," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kita tidak sepatutnya hentam mereka, sebaliknya perlu terbuka dan mengalu-alukan perubahan pendirian PAS ini... dulu bukan Islam takut dengan konsep negara Islam, sekarang PAS lebih terbuka, lebih ke depan daripada Umno... patut Umno alu-alukan dan bukannya mengkritik PAS," kata beliau.

Tenaga akademik ini mengulas perkembangan kritikan ke atas PAS sejak pada Jumaat lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Ke-57 menekankan konsep membangun negara berkebajikan.

Dalam komen balasnya semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah selari dengan kehendak Islam.

Katanya, konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.

Kata Nik Aziz, berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.

Ini pandangan kedua Asri mengenai pendirian PAS yang menyentuh konsep negara berkebajikan.

Sabtu lalu, beliau menyifatkan PAS sudah mula memperlihatkan "kemajuan memberangsangkan" memandangkan ia sanggup mengakui bahawa dalam al-Quran tidak disebut negara Islam, cuma ditekankan ialah negara berkebajikan.

Muktamar PAS yang berakhir Ahad lalu dilangsungkan dengan penekanan ke atas tema negara berkebajikan, susulan daripada manifesto pilihan raya umum parti itu tiga tahun lalu.

Kata Asri, sekian lama istilah negara Islam memisahkan PAS atau menyukarkan parti itu bergerak lebih ke hadapan, namun hari ini dengan kenyataan Hadi akan memberi nafas baru yang lebih luas dan fleksibel kepada PAS.

Pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-57 Jumaat lalu, Hadi berkata, belum tiba masanya untuk parti itu meninggalkan usaha membentuk 'negara Islam', isu yang disifatkan sebagai duri dalam daging dalam hubungannya bersama DAP sebelum ini.

Hadi dipetik berkata, PAS akan meneruskan gagasan negara berkebajikan yang disepakatinya bersama komponen Pakatan Rakyat kerana perkara yang lebih penting adalah pelaksanaan dan bukannya menumpukan jenama 'negara Islam' itu semata-mata.

"Belum tiba masanya (tinggalkan usaha bentuk negara Islam). Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan.

"Sebab itu kalangan DAP melihat sendiri kerjasama kita dengan mereka. DAP kata mereka minum arak, kita tak boleh larang dia. Kita bukan macam kalangan setengah (pemimpin) BN yang boleh minum arak sama," katanya.

Dalam ulasan terbaru ini, Asri berkata, pendirian Umno seolah-olah menunjukkan bahawa "keadaan sudah terbalik" memandangkan parti itu ditolak ke belakang manakala PAS pula kelihatan dan menunjukkan sikap keterbukaan.

"PAS kini nampak lebih terbuka macam Umno dalam tahun 1980-an, patut Umno lebih mengalu-alukan perubahan sikap PAS... dulu mereka yang hentam ulama PAS, kononnya PAS ini fanatik... sekarang sudah terbalik keadaan," kata Asri lagi.

"Sekarang PAS sudah berubah, Umno pula menentang.


Dr. Asri ialah penceramah bebas yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Ulasan dia selama ini adalah adil. Jadi aku rasa apa yang dia cakapkan mengenai umno neh adalah betul. Pas kini sudah berubah. Nampaknya perubahan di dalam pas mendapat pelbagai respon positif.

Surat Penolakan Hukum Hudud oleh Mahathir kepada TG Nik Aziz

Posted: 10 Jun 2011 12:58 AM PDT


Oleh: AnakSgDerhaka

"
PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.


1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

Sepenuhnya sila lihat di SINI

NAJIB : PAS JGN CIPLAK NEGARA KEBAJIKAN BN... BN BERKEBAJIKAN KE SELAMA NI?

Posted: 09 Jun 2011 11:58 PM PDT

BN berkebajikan... berkebajikan hok dok naik harga barang tue...

PUTRAJAYA, 10 Jun — Datuk Seri Najib Razak mendakwa PAS "menciplak" model kejayaan Barisan Nasional (BN) sambil berkata Malaysia sentiasa berperanan sebagai negara berkebajikan.


Najib berkata konsep negara berkebajikan yang diketengahkan oleh PAS minggu lalu bukan sesuatu yang baru dan sentiasa menjadi matlamat pentadbiran semasa.

"Kerajaan sentiasa berjuang ke arah negara berkebajikan.

"Oleh itu, saya merasakan sesuatu janggal dan ganjil, mereka mahu mengadakan negara kebajikan," kata Najib (gambar) sambil menambah, apa yang diketengahkan oleh PAS sebagai baru sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

"Tidak perlu bagi mereka mengambil model kerajaan semasa," kata beliau pada Konvensyen Wasatiyah di sini hari ini.
Najib juga menekankan bahawa rakyat Malaysia tidak lagi bersatu seperti dulu kerana sesetengah pihak mahu mempolitikkan agama demi kepentingan mereka.

Katanya, dalam negara pelbagai kaum, debat agama seharusnya diurus dengan cermat sebab perbincangan sedemikian boleh membawa kepada persekitaran benci-membenci di kalangan semua kaum.

SUASANA KULIAH 'AJARAN SESAT' TG NIK AZIZ DI KOTA BHARU TADI

Posted: 09 Jun 2011 09:11 PM PDT

Beginilah suasana Kuliah 'Ajaran Sesat' yang didakwa oleh sebahagian besar puak-puak UMporNO di Medan Ilmu Kota Bahru pada setiap pagi jumaat..

Ramainya orang nak dengan 'ajaran sesat'?
 Kuliah Dhuha pagi ini untuk sesi pertama dimulai jam 8.30 pagi... disampaikan oleh YB Nik Amar

 TG Nik Aziz tiba sekitar jam 9.30 pagi disambut oleh para jamaah yang hadir termasuk kanak-kanak
 Tidak ketinggalan para ibu yang turut disediakan khemah
 TG memulakan kuliah dhuhanya sekitar jam 9.35 pagi dengan membaca Surah Al BAqarah ayat 177

TG Nik Aziz sempat menerangkan kerangka Negara berkebajikan dan dasar Islam sebagai wajah perjuangan dulu kini selamanya...
Para jamaah masih setia menunggu untuk mendengar amanat TG Nik Aizi walaupun matahari semakin naik memancarkan cahayanya... semoga segala maa dan tenaga yang disumbangkan akan dibalas yurga oleh Allah Taala... Amin Ya Rabbala'lamin

MELAYU ITU DASAR.. 1 MALAYSIA ITU PROGRAM UMporNO... FAHAM!

Posted: 09 Jun 2011 08:52 PM PDT

Konsep negara berkebajikan dibawa Pakatan Rakyat khususnya PAS, sebagaimana ditekankan minggu lalu, adalah selari dengan kehendak Islam, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Mursyidul Am PAS itu berkata konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Justeru kata Menteri Besar Kelantan itu, kedua-dua perkara tersebut membawa kebaikan kepada rakyat dan keluarga lebih selamat daripada menerima masalah tekanan kewangan dan penularan gejala negatif sosial.

Kata Nik Aziz ., berkebajikan itu ialah perkara yang boleh memberi keselamatan kepada rakyat sama ada di dunia dan di akhirat.

"Islam ini dasar manakala berkebajikan adalah program Islam. Kebajikan bukan beri barang," kata beliau di Kota Baru semalam.

Dipetik Bernama Online, Nik Aziz mengulas kenyataan beberapa pihak kononnya PAS sanggup meninggalkan perjuangan asal parti untuk memenangi pilihan raya umum dan tindakan itu menurut mereka, menyebabkan sokongan terhadap PAS merosot.

CIKGU WANITA HAMPIR DIPERKOSA PELANGGANNYA

Posted: 09 Jun 2011 03:49 PM PDT

AMPANG: Seorang guru wanita yang mahir berurut hampir diperkosa seorang pelanggan lelaki yang datang ke rumahnya konon mengalami sakit badan dan mahu berurut.


Difahamkan, lelaki terbabit yang tinggal di Kepong, mendakwa mengetahui mengenai kemahiran cikgu itu melalui rakannya sebelum datang ke rumah wanita terbabit.

Sumber berkata, semuanya bermula kira-kira jam 10 malam Selasa lalu apabila lelaki terbabit datang seorang diri ke rumah wanita itu kononnya mahu berurut.

"Wanita berusia 38 tahun itu mempelawa lelaki terbabit masuk ke rumah, namun enggan mengurut lelaki terbabit sehingga seorang anak saudara suspek datang ke rumahnya bagi menemaninya.

"Selepas anak saudara lelaki itu yang berusia lingkungan 20-an tiba, wanita berkenaan memulakan urutan. Ketika berurut, lelaki itu dikatakan bertanya dengan wanita itu mengenai Islam," katanya.

* gambar hiasan je

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 10 Jun 2011 03:36 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Harakah Terkini!

Posted: 09 Jun 2011 04:21 PM PDT

Segera Pergiat Ops Daftar Pemilih!!!

Posted: 09 Jun 2011 04:10 PM PDT

Jom Daftar! DAP cekal dan istiqomah buat urusan2 ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Jun 2011 03:19 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KEKUATAN DR KHIR TOYO BUKAN PADA HURUF T TAPI PADA DINASTI A&N

Posted: 10 Jun 2011 01:18 AM PDT

Benarkah Khir Toyo ada kaitan dengan Dinasti A&N ? Nota : A&N = A=Ali (Mohd Ali Bapa kepada Hasmah isteri Tun M. N= Noah (Mohamad Noah adalah Datuk kepada Najib dan Hishamuddin). Benarkah Khir Toyo ada kelebihan semasa dipilih sebagai MB kerana isterinya Datin Seri Zaharah Kecik dikatakan cucu Noah/Ali ( Noah adalah Datuk kepada DS Najib)? Benarkah Tun Mahathir juga hanya menmpunyai kekuatan dari sebelah isteri bila Hasmah bte Ali. Ingatlah bahawa Toh Puan Rahah( isteri Tun Razak bapa Najib) dan Toh Puan Suhaila (Isteri Tun Hussein Onn bapa Hishamuddin)adalah adik-beradik maka tidak hairan Najib dan Hishamuddin adalah bersepupu. Ibu mereka bertuah kerana bersuamikan PM Malaysia.
Akhirnya ahli-ahli UMNO ramai yang tidak tahu bahawa siri pemerintahan Malaysia adalah didominasikan oleh keluarga Ali dan Noah sahaja. Dengan kata lain bukan keturun A&N sorilahlah nak jadi PM macam Khairi Jamaluddin dan Muhyiddin Yasin.


Tunku Abdul Rahman Alhaj adalah perdana menteri Malaysia yang pertama. Ini
dikuti oleh Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir Mohammad dan Tun
Abdullah Badawi. Datuk Seri Najib Razak, dah dikira sebagai generasi
pemimpin kedua. Ini bermakna telah pun terbentuk satu dinasti dalam
pemerintahan Malaysia.
Apabila Dato' Seri Hishamuddin Hussein menang kerusi Naib Presiden UMNO,
landasan beliau untuk menjadi pemimpin pertama Malaysia adalah jelas. Tan
Sri Muhyiddin Yassin, dilihat hanya mampu berada di kerusi timbalan perdana
menteri. Selepas ini diandaikan tempat beliau akan diisikan oleh Dato' Seri Hishamuddin kecuali PRU13 nanti akan dimenangi Pakatan rakyat.

Tun Mahathir Mohammad, walaupun ada mempunyai waris dalam kepimpinan UMNO
sekarang ini, namun pernah ianya dibayangi oleh menantu Tun Abdullah Badawi.
Pergolakan antara mereka berdua akan membuat perwakilan UMNO akan beralih
sokongan kepada pemimpin muda iaitu Mohd. Nizar Najib. Datuk Seri Najib
Razak boleh meletakkan anaknya di barisan hadapan UMNO sekiranya beliau mahu
mengekalkan Dinasti Tun Abdul Razak yang telah beliau pahatkan dalam
sejarah.
Oleh itu, gandingan dua sepupu ini perlulah mantap demi untuk mengekalkan
dinasti A&N . Walaupun mereka telah berjaya meneruskan dinasti
A&N dengan jayanya iaitu menjayakan teori RAHMAN namun selepas N penggantinya sudah tidak terjawab seolah-olah terbuka kepada Paktan rakyat.
Toh Puan Rahah dan Toh Puan Suhaila merupakan adik beradik yang bertuah
kerana dapat bersuamikan perdana menteri Malaysia. Namun, orang yang paling
bertuah ialah Datuk Mohd. Noah yang mendapat dua orang menantu yang menjadi
perdana menteri Malaysia dan seorang cucu yang kini merupakan perdana
menteri Malaysia.

BUAT PELARASAN SATU GAYA SOPAN MERIAHKAN PESTA NAIK HARGA

Posted: 10 Jun 2011 12:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: ASTRO, pengendali tunggal perkhidmatan televisyen berbayar membuat beberapa pelarasan kepada pakej yang ditawarkannya berkuat kuasa 11 Julai ini, seiring dengan usahanya menawarkan pilihan serta perkhidmatan berkualiti kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Operasinya, Henry Tan, berkata ASTRO terus komited mengekalkan harga Pakej Famili pada kadar RM37.95 sebulan atau hanya RM1.30 sehari untuk mengakses 38 saluran.
"Bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, segelintir (pelanggan) mungkin mengalami kenaikan harga sekitar RM1 hingga RM15 sebulan serta penjimatan daripada RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka.

"Aspirasi kami untuk terus memberi pengalaman menonton dan tiada bandingnya kepada pelanggan. ASTRO membuat pelaburan memperluaskan pilihan kandungan bagi memenuhi keperluan menonton dan kemampuan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tan berkata, pelanggan ASTRO mempunyai pilihan 146 saluran membabitkan pelbagai bahasa dan genre program antarabangsa dan tempatan termasuk acara sukan global serta tempatan 24 jam sehari.

"Kami komited meningkatkan pilihan pengalaman menonton kepada pelanggan tetapi ASTRO tidak lagi mampu menyerap kenaikan kos kandungan," katanya.

NAUZUBILLAH ! POLIS BUNUH REMAJA ISLAM 16 TAHUN JARAK DEKAT

Posted: 10 Jun 2011 12:09 AM PDT




Kesal Tindakan Zalim Polis

PETALING JAYA 9 JUN : Hancur luluh hati seorang ibu bila terbayang saat akhir hidup anaknya ialah sedang melutut dan merayu meminta nyawa sebelum ditembak dari jarak dekat di kepala dan dada begitu sahaja.

Yang menyedihkan si penembak merupakan mereka yang diamanahkan menjaga keamanan, keselamatan dan keadilan rakyat dan orang awam.

Dengan esak tangis, Norhafizah Mohd Ghazali menyatakan kekesalan dan hilang keyakinan terhadap Polis Di Raja Malaysia(PDRM) yang seolah cuba menyembunyikan hal sebenar berkaitan kematian anak beliau, Muhammad Syamil Hafiz bin Shafiei yang ditembak mati oleh anggota polis seminggu hari jadi ke 16 nya November tahun lalu.

"Selama hampir 7 bulan saya menunggu apa yang saya fikirkan selama ini menjadi kenyataan. Anak saya memang dibunuh. Kenapa dia dibunuh? Anak saya bukannya pembunuh. Dia cuba berumur 15 tahun. Di mana keadilan untuk anak saya? Saya hilang kenyakinan pada pihak polis. Saya nak tegakkan keadilan untuk anak saya. Saya nak orang yang bunuh anak saya dihadapkan ke mahkamah dan terima balasan setimpal,"

Malah katanya, beliau tidak faham mengapa Polis yang lengkap bersenjata tidak menangkap dan menghadapkan anaknya ke mahkamah jika ia benar-benar melakukan kesalahan tanpa perlu bertindak sedemikian rupa.

"Kenapa tidak dia ditangkap sahaja, kenapa dia harus dibunuh. Mereka tidak merasakan apa yang saya rasa, sebagai ibu saya tak dapat membayangkan anak saya merayu agar nyawanya tidak diambil," ujarnya.

Muhammad Hanafi Omar, 22, Muhammad Shamil Hafiz Shapiei, 15, dan Hairul Nizam Tuah, 20, mati ditembak polis di Jalan Kerjaya Glenmarie kira-kira pukul 4.15 pagi pada 13 Disember lalu.

Pihak polis sebelum ini turut mendakwa ketiga-tiga remaja berkenaan telah menyerbu anggatonya dengan bersenjatakan parang dan bagi mempertahankan diri mereka pihaknya terpaksa melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan sebelum ini, ketiga-tiga remaja terbabit juga baru sahaja selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1, Glenmarie dan bertembung dengan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.

Bagaimanapun laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Jabatan Kimia Malaysia didapati ia bercanggah dengan kenyataan Thaiveegan itu.

Menurut laporan bedah siasat Hairul dan Syamil dan berdasarkan penemuan keluarga pada badan mangsa, Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada.

Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah dan badan mereka mengalami lebam dipercayai akibat dipukul.

Ia menunjukkan trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi.

Laporan kimia pula menunjukkan ketiga-tiga mereka ditembak dari jarak dekat berdasarkan kesan serbuk pistol di badan mangsa.

Justeru bapa Hanafi, Omar Abu Bakar mempertikai kenyataan Polis yang seolah cuba menyembunyikan apa yang berlaku.

"Saya nak pertikaikan kenapa Polis tembak anak saya dari sebelah kanan. Dua butir di kepala dan dibahu. Pihak polis keluarkan laporan lain. Hospital keluarkan laporan betul. Dan kalau polis kata serang dari depan, kenapa tembakan dari kanan? soalnya.

"Saya tak puas hati dengan kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor itu. Mengaburi mata rakyat untuk melindungi anggotanya. Apa standing orders untuk menenbak penjenayah bersenjata? Yang bersenjata api tembak, yang pakai parang pun tembak juga? Pistol boleh tembak dari jauh," tambahnya lagi.

ADAKAH DS NAJIB DAH BATALKAN SURAT INI ?

Posted: 09 Jun 2011 06:05 PM PDT

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.


2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan aakan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan.

Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan aia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolok sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadapKerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

DUN Lembah Jaya

Posted: 10 Jun 2011 11:50 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Di Ambang Bulan Ibadah: Yayasan Selangor Sumbang Naskhah Al-Quran Bagi Setiap DUN

Posted: 10 Jun 2011 01:10 AM PDT

Berat bahu memikul, berat lagi tanggungjawab yang dipikul dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan yang terkandung di dalam Al-Quran yang dipikul itu, kecuali bagi mereka yang khusyu'

10 Jun 2011 - TERIMA KASIH YAYASAN SELANGOR. Bagi pihak masyarakat, Pejabat DUN Lembah Jaya mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan sebanyak 150 buah al-Quran bagi kemudahan masyarakat dalam membaca dan menghayati al-Quran, terutamanya umat Islam kini di ambang menjelangnya bulan ibadah iaitu bulan Ramadhan yang dirindui.

Sumbangan diambil oleh Pegawai Khas kepada YB Tuan Hj. Khasim Abdul Aziz iaitu Saudara Khairolbazli Bin Hussin dan seorang aktivis PAS Ampang, Saudara Mazelan Ahmad di Menara Yayasan Selangor, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya pagi ini.


Pejabat Yayasan Selangor


KAFA Integrasi Kg. Tasek Permai Terima Bantuan Peruntukan Pendidikan Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2011

Posted: 10 Jun 2011 12:30 AM PDT

Saudara Khairolbazli menyampaikan cek sumbangan kepada Hj. Osman sambil disaksikan oleh Che Yusof serta ratusan jemaah lain

10 Jun 2011, Kg. Tasek Permai - Hujan lebat mengiringi para jemaah ke masjid tengah hari ini bagi menunaikan solat fardu Jumaat. Jarang benar hujan pada waktu begini kebelakangan ini. Semestinya hujan rahmat. Rahmat juga bagi Sekolah KAFA Integrasi Kg. Tasek Permai kerana menerima cek Bantuan Peruntukan Pendidikan Fasa 1 Tahun 2011 daripada kerajaan negeri Selangor sejurus sebelum azan dikumandangkan.

Cek disampaikan oleh Pegawai Khas YB Tuan Hj. Khasim, Saudara Khairolbazli Bin Hussin di Surau Al-Islamiyah di sini kepada Pengerusi KAFA berkenaan iaitu Tuan Hj. Osman Bin Abdul Rahman. Sebelum itu, Ketua Kampung Tasek Permai, Encik Che Yusof Che Mat mengucapkan berbanyak terima atas sumbangan yang diberikan. Menurut beliau, ini adalah antara bukti keprihatinan kerajaan negeri yang amat besar ertinya dalam memastikan dakwah Islamiyah terus subur di negeri Selangor bumi tercinta ini.

Sekolah-sekolah yang menerima bantuan ini adalah terdiri daripada kategori SJKC, SJKT dan Sekolah Agama Rakyat. Tiga buah sekolah di DUN Lembah Jaya telah tersenarai sebagai penerima, iaitu:-
  1. KAFA Integrasi Kg. Tasek Permai
  2. KAFA Integrasi Al-Irshad
  3. Sek. Men. Agama (A) Islam Ilmi


Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 10 Jun 2011 11:48 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


SELAMATKAN MALAYSIA

Posted: 10 Jun 2011 08:03 AM PDT



Perjuangan untuk generasi akan datang!!!

Batu Gajah Mari

Posted: 10 Jun 2011 11:12 AM PDT

Batu Gajah Mari


Dr M lebih berjaya menolak pentadbiran Islam daripada Karpal

Posted: 10 Jun 2011 01:47 AM PDT

9 JUN — Dr Mahathir Mohamad masih lagi hendak bercakap terlalu banyak dalam mempertahankan Umno. Niat beliau mungkin ikhlas untuk mempertahankan Umno kerana beliau adalah ahli Umno. Tetapi kata-kata beliau mungkin membantutkan usaha Umno untuk kembali mendapat penghormatan rakyat. Beliau sudah agak pelupa orangnya dan banyak kali apa yang beliau kata terhadap musuh politiknya, itulah yang beliau lazim lakukan.

Dalam isu PAS dengan pembaharuannya selepas muktamar parti itu hujung minggu lepas Dr Mahathir telah mengatakan yang Karpal Singh-lah yang berjaya mempengaruhi PAS supaya menolak perjuangan Islam parti itu sedangkan parti itu hanya hendak memberikan tumpuan yang lebih kepada negara kebajikan jika diberi mandat untuk memerintah. Itu adalah sebahagain besar dari pimpinan ciri Islam.

Tetapi semua rakyat ingat Dr Mahathirlah yang paling keras menentang perlaksanaan hukum hudud apabila Kelantan mahu melaksanakannya dahulu. Sekarang Nik Aziz Nik Mat telah mengingatkan Dr Mahathir sendiri yang beliaulah (Dr Mahathir) yang menentang keras terhadap perlaksanaan hukum hudud dahulu.

Nik Aziz berkata beliau boleh menunjukan surat Dr Mahathir kepada beliau (Dr Mahathir) jika beliau telah terlupa atau sudah mengidapi penyakit pelupa seperti yang di alami oleh kita yang sudah berusia seperti beliau ini.

Dalam surat beliau kepada MB Kelantan itu Dr Mahathir telah menolak cadangan untuk melaksanakan hukum hudud itu, bukannya Karpal Singh seperti yang dituduh oleh Dr Mahathir itu. Kelantan yang ditadbir oleh PAS selepas pilihanraya 1990 dahulu telah meminta Kerajaan Pusat untuk melaksanakan hukum hudud kerana bagi melaksanakannya ianya memerlukan kerjasama kerajaan pusat.

Mahathir telah menolak cadangan itu dan di mana-mana beliau berucap Dr Mahathir telah mempermainkan isu hudud ini dengan berjenaka seperti mengatakan jika hudud dilaksanakan ramai rakyat kita tidak akan bertangan kerana tangan tangan mereka akan dipotong kerana kesalahan mencuri.

Mungkin juga apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir semasa itu ada benarnya kerana beliau takut terlalu ramai rakyat yang di dapati mencuri akan dipotong tangan mereka termasuk di kalangan ahli-ahli jemaah Kabinet beliau.

Kalaulah Karpal memberikan tentangan terhadap melaksanakan undang-undang Islam, ianya tidaklah menjadi isu kerana beliau bukan beragama Islam. Kita sebagai seorang yang beragama Islam pun memang tidak mahu melihat unsur-unsur agama lain berada di dalam kerajaan pemerintahan kita. Kita memahami kenyataan itu dan Karpal pun faham. Tetapi yang menolak undang-undang Islam ini datangnya dari Umno pimpinan beliau (Dr Mahathir) sendiri.

Kalau Mahathir tak bersetuju pun tak apalah, tetapi janganlah hendak meletakan isu penolakan kerajaan berlandaskan Islam itu kepada pihak lain apatah lagi kepada Karpal yang bukan beragama Islam.

Mungkin Nik Aziz patut menghantar surat yang beliau terima dari Dr Mahathir itu, setidak-tidaknya boleh mengingatkan beliau yang beliaulah yang secara formalnya telah menolak pentadbiran berunsurkan Islam itu.

Tetapi saya hanya berminat untuk mengingatkan Dr Mahathir supaya elok berfikir sebelum berkata-kata kerana jika salah cakap ianya mungkin membantutkan usaha ahli parti untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya.

Dr Mahathir perlu faham yang Umno masih belum lagi mendapat kemajuan dengan apa yang dikatakan program transformasi politik yang sedang kononnya dilakukan oleh pentadbiran Najib sekarang ini. Kita belum pun nampak transformasi yang digembar-gemburkan itu, bercakap pula Dr Mahathir yang akan memburukkan lagi keadaan itu.

Tetapi kalau beliau masih hendak bercakap tidak berhenti-henti, itu terpulanglah kepada beliau. Itu hak beliau untuk bercakap. Samada betul atau salah itu pun hak beliau. Samada cakap-cakap beliau itu membantu Umno atau tidak itu pun hak masing-masing untuk menilainya. Ini negara demokrasi.

Hanya kalau boleh kita memohon, beliau tidak bercakap perkara yang beliau sendiri lakukan semasa berkuasa dahulu. Takut-takut ramai yang masih ingat apa yang beliau katakan dahulu. Kalau rakyat tak ingat, tak mengapa. Masalahnya masih ramai yang ingat bagaimana beliau mempersendakan hukum-hukum pentadbiran Islam, jauh lagi kerap dari apa yang dilakukan oleh Karpal Singh.

Sebenarnya bukan Karpal yang berjaya mempersendakan Islam itu. Ada orang lain yang lebih berjaya dari Karpal. Karpal tidak mungkin berjaya kerana beliau bukan Islam. Selalunya yang menggagalkan usaha Islam itu datangnya dari orang Islam sendiri.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 10 Jun 2011 09:43 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


EXCO PENDIDIKAN RASMI BAKTI SISWA KUIS

Posted: 10 Jun 2011 07:45 AM PDT

10.6.11
PANGSAPURI SRI PERANTAU
PELABUHAN KLANG

KELAB ASNAF DAN ALUMNI ASNAF MAHASISWA KUIS sebagai urusetia dan Lembaga Zakat Selangor penaja telah memulakan bakti siswa di sini.
Seramai 80 orang siswa-siswi KUIS yang dari golongan asnaf fakir miskin dan sedang dibiayai pengajian mereka di KUIS oleh LEMBAGA ZAKAT SELANGOR, bersama 40 keluarga angkat.

Kerajaan Selangor sangat menggalakkan program pengupayaan siswa-siswi, bakal modal insan terdekat yang mahu dibentuk secara holistik dan tidak hanya berputar dalam pengajaran dalam dewan kuliyah semata-mata.
Program yang membawa mahasiswa terus ke pangkuan masyarakat memang patut menjadi latihan utama bagi melatih mereka untuk memposisi diri ke dalam masyarakat ketika sudah tamat pengajian nanti.Pembangunan skil/kemahiran bermasyakrakat adalah lebih tepat dipelajari daripada pengalaman daripada berteori dan melalui kesilapan waktu era kritikal di hari muka a[pabila mereka dibebani dengan keluarga baru yang mereka bina..
 Asimilasi ke dalam keluarga angkat adalah satu perkara yang sangat mencabar dan memerlukan kemampuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan berkesan serta sikap toleransi yang tinggi.
Bergaul dengan keluarga asnaf fakir miskin menuntut siswa-siswi ini ke alam sejarah mereka.Tujuan LZS menaja program seprti ini ialah bagi menyedarkan mahasiswa yang sedang dibantu pengajiannya itu agar sentiasa beringat tentang tanggungjawab mereka dan juga memberi peluang kepada mereka untuk menyumbang balik kepada golongan yang dhaif ini khusus kepada anak-anak mereka.
Program 3 hari 2malam ini telah dirasmikan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan-Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor.
 Turut hadir Pegawai HEP KUIS, Pegawai Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor.

SIRI TURUN PADANG MB DAN EXCO KERAJAAN SELANGOR

Posted: 10 Jun 2011 06:55 AM PDT

 10.6.11
BANDAR BARU SALAK TINGGI
SEPANG

YAB Dato' Menteri Besar Selangor bersama rombongan EXCO turun ke daerah ketiga iaitu Sepang.
Lawatan kerja untuk meninjau keadaan daerah, mendengar rintihan pimpinan akar umbi serta lawatan ke industri kecil serta program penerangan agenda negeri

Did UMNO use its welfare department to convert naive desperate folks into party members?

Posted: 10 Jun 2011 05:45 AM PDT

Now, Najib wants a share in PAS's welfare state concept
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, Jun 10: Following the PAS leadership's announcement to concentrate on the Qur'anic call for a 'benevolent state', or welfare state as outlined by Tuan Guru Abdul Hadi Awang in his presidential address at the party Muktamar last week, the Islamic state had come under attack from right wing group Perkasa mouthpiece Utusan Malaysia.

While the thrust of the attack has been over PAS's abandoning of the 'Islamic state' concept, the UMNO president appeared to have backtracked in ridiculing the 'welfare state' by claiming that his government had already applied it.

"The government has always struggled towards achieving a welfare state. Therefore I find it strange and peculiar that they want to establish a welfare state.

"What they claim as new, we have had for a long time. There is no need for them to take the model of the current government," Najib Razak (right) was quoted as saying.

The latest claim of 'welfare state' however comes at a time when the government finds itself under fire over a spate of price hikes, as well as its controversial funding of Independent Power Producers (IPPs) while denying subsidies for household users.

Najib said Felda, Felcra, Bank Islam and Bank Rakyat were proofs of the BN's government emphasis on welfare.

Earlier, PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat brushed aside UMNO's criticisms of its welfare state pledge, saying it had been long implemented in Kelantan through its elimination of vices  since 1990.

Nik Aziz thus gave another side of the 'welfare state' concept which had been hitherto thought by critics to have been only interested in the economic sphere.

"Kelantan bans gambling with a view to guard the welfare of the people. Those who gamble are only working towards the destruction of their family.

"One can say that Kelantan is the only country in this region which bans gambling," he stressed.

Nik Aziz also echoed the PAS president by saying that the ingredients of a state based on Islam were all found in a welfare state.

'PAS caused disunity'

Meanwhile, Najib continued to deflect UMNO and its various offshoots' right wing agenda, saying that it was PAS which caused disunity among Malaysians.

"Malaysians are no longer united due to certain parties that want to politicise religion for their own interest.

"In a multi-racial country, religious debate must be managed with prudence and care because this type of discussion can lead to hatred among all communities," he said, in what is seen as turning the table on growing public disenchantment with UMNO-owned Utusan Malaysia, which in recent times focused on so-called "anti-Malay" agenda in its front pages.

In its latest attack, it accused the DAP-led Penang state government of interfering in mosque affairs over a decision to have mosque committees to be democratically elected as is practised in other states. Several Muslim leaders from Pakatan Rakyat have lauded  the move.

Opposition Leader Anwar Ibrahim warned UMNO's religious "zealots" against threatening religious harmony.

"There are some UMNO leaders and media owned by threatening religious harmony in the Malaysia with their narrow racial rhetoric which is shallow and not based on justice as demanded by Islam.

"They are just trying to create fear among Muslims and plant doubts in us," said Anwar.

Pahang PAS state commissioner Tuan Ibrahim Tuan Man meanwhile said the move to democratise mosque administration only worked against UMNO as it had always wanted to abuse mosques through appointment of party chieftains, some of whom he said never attended congregationary prayers at mosques.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Jun 2011 09:04 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki

Posted: 10 Jun 2011 02:20 AM PDT



ISTANBUL, 10 Jun 2011 : Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki.

Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.

Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat.

Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).

Turut serta adalah Zulkifli Sulong (Harakah).

PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).

Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.

Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3735-pas-hantar-pemerhati-pilihan-raya-ke-turki

i n t a n h i j a u

Posted: 10 Jun 2011 07:58 AM PDT

i n t a n h i j a u


RAMPAS KUASA DARIPADA PUAK GILA KUASA ...! - TIMBALAN PRESIDEN PAS

Posted: 09 Jun 2011 04:42 PM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin PAS sememangnya wajar menjadi 'gila kuasa' untuk ke Putrajaya, bagi membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat merampas kuasa pemerintahan daripada puak yang gila kuasa sekarang.

Sehubungan itu, para pemimpin dan ahli-ahli PAS tidak perlu risau dengan dakwaan Umno yang mengatakan para pemimpin PAS  kini gila kuasa yang dikaitkan dengan pemilihan barisan kepimpinan sesi 2011-2013 pada Muktamar PAS Ke-57 pada 3 hingga 5 Jun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu  berkata, para pemimpin Umno BN yang sememangnya sudah diketahui umum yang gila kuasa sudah tidak sepatutnya dibiarkan terus memerintah negara demi kepentingan negara dan seluruh rakyat negara ini.

PAS : TIADA YANG BANGKRAP SELEPAS DEMO

Posted: 09 Jun 2011 08:18 AM PDT


Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyelar tindakan Pemuda Umno yang meminta polis bertindak awal terhadap penganjur demonstrasi BERSIH kerana alasan yang diberikan didakwa tidak berasas.

kamaruzzaman mohdKetua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad (kiri) sebaliknya mendakwa tindakan musuh politik mereka itu didorong "ketakutan" menghadapi gelombang kebangkitan rakyat pada 9 Julai ini.

"Ketika Himpunan BERSIH 2007, mereka juga membuat dakwaan yang serupa. Namun sehingga ke hari ini dakwaan itu gagal dibuktikan. Para peniaga sekitar Kuala Lumpur khususnya di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abd Rahman masih dapat meneruskan perniagaan.

bersih rally 271207 01"Tidak ada yang diistihar bankrap kerana himpunan BERSIH. Tiada kedai-kedai yang dipecah masuk, tiada peniaga yang cedera, tiada harta awam yang rosak," katanya.

Malah, Kamaruzaman juga menegaskan, sebelum dan selepas himpunan itu, peniaga menerima kunjungan pelanggan yang begitu ramai.

Bimbangkan keamanan tergugat dan mata pencarian penjaja terjejas, Pemuda Umno hari ini membuat laporan polis meminta pihak berkuasa mengambil tindakan awal terhadap demonstrasi BERSIH.

Seru Pemuda Umno berkawal
NONEExco hal ehwal bandar pergerakan itu Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, tindakan itu mesti diambil sekarang sebelum terlambat.

Dalam kenyataannya petang ini, beliau juga mendakwa Pemuda Umno sebenarnya takut jika perhimpunan pada bulan depan berjaya, rakyat akan membuka mata dan tampil membuat perubahan lebih besar dalam pilihan raya umum ke-13.

"Matlamat himpunan BERSIH adalah untuk mengajak rakyat menuntut hak demokrasi mereka dan menyelar pihak BN yang jelas memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

bersih 2.0 launch"Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru agar pihak polis memberikan permit kepada penganjur himpunan BERSIH dan memberikan kerjasama bagi memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Menurut Kamaruzaman, hingga ke hari ini, semua himpunan yang disertai PAS berjalan aman tanpa sebarang masalah walaupun pihak polis enggan mengeluarkan permit.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru agar pemuda Umno turun sendiri membuat kawalan keselamatan, jika mereka merasakan perhimpunan ini mengancam mereka," sindirnya.

Interaktif Bunut Payong

Posted: 10 Jun 2011 07:52 AM PDT

Interaktif Bunut Payong


Kempen jangan lawat Kelantan gagal

Posted: 10 Jun 2011 01:28 AM PDT


Kelantan mempunyai lebih daripada 60 buah hotel dengan bilangan 4500 buah bilik dan kebiasaannya ia penuh pada pada setiap kali datangnya musim cuti persekolahan. Ia sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa negeri ini gagal dalam memajukan sektor pelancongan negeri Kelantan dan ternyata usaha pihak-pihak tertentu melaksanakan kempen jangan melawat Kelantan suatu masa dahulu menemui kegagalan.

Demikan ucap Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sewaktu berucap di majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam di Dataran Perahu Pantai Irama Bachok di sini.

Antara yang hadir sama dalam majlis bersejarah itu ialah Dato' Hj Mohd Nasaruddin bin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato' Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Bachok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.

" Dasar Membangun Bersama Islam sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada indutri pelancongan dan tidak sama sekali menutup pintu pelancongan, bahkan sektor ini masih kekal sebagai sektor utama dalam menjanakan ekonomi negeri serta memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat tempatan," katanya.

Menurutnya lagi kerajaan negeri melalui belanjawan tahunan menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk sektor pelancongan melibatkan aspek galakan kebudayaan, kesenian dan pelancongan, promosi dan produk pelancongan, pembangunan seni dan budaya serta pembangunan infrastruktur pelancongan.

Sebelum daripada itu Dato Takiyuddin dalam ucapannya menyebut jumlah angka pelancong yang datang ke Kelantan semakin tahun meningkat dengan membuat perbandingan pada tahun 2009 seramai 4.8 juta orang dan pada tahun 2010 seramai 5.3 juta orang. Manakala pada tahun 2011 dianggarkan 5.8 juta orang pelancong akan melawat Kelantan.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan begitu komited dengan agenda Pelancongan Agama sebagaimana yang turut dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad ke V, Sultan Kelantan sewaktu bertitah merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

" Antara produk Pelancongan Agama yang terdekat ini ialah membina pondok pelancongan islam di Kandis Bachok yang akan mempromosikan pondok melalui konsep bakti kasih, konsep time sharing syarie kepada pesara-pesara kerajaan, syarikat-syarikat serta pertubuhan-pertubuhan," ujarnya.

Manakala Yang Dipertua MDB BPI, Zulkifle Bin Ab. Rahman dalam ucapan aluannya antara lain menyebut empat sektor yang akan direalisasikan dalam menjayakan wawasan Bachok Bandar Pelancongan Islam iaitu Sektor Hospitaliti, Sektor Pengetahuan Pelancongan, Sektor Pelancongan serta Sektor Sukan dan pelancongan Pantai.

Majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan pada malam tersebut diakhiri dengan pelancaran logo baru Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam dan pertunjukan bunga api.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Jun 2011 07:34 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


DPPK : TERIMA KETUA BAHARU

Posted: 10 Jun 2011 03:42 AM PDT

YDP PAS BAGAN DATOH KEKAL

Posted: 10 Jun 2011 02:39 AM PDT

CABARAN HEBAT BUAT PASUKAN NIK AZIZ - ABDUL HADI

Posted: 10 Jun 2011 02:13 AM PDT

UMNO TAK KAN FAHAM PERJUANGAN PAS

Posted: 10 Jun 2011 01:22 AM PDT

Pemuda PAS Merbok

Posted: 10 Jun 2011 07:16 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


Pemuda PAS Sedia Bendung Rasuah Bolasepak

Posted: 09 Jun 2011 11:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Dewan Pemuda PAS kesal insiden buruk sukan rakyat terutama belia iaitu bolasepak kembali tercemar dengan unsur rasuah.

Ini bagi menetapkan keputusan perlawanan yang terjadi di dalam pertandingan Piala Presiden baru-baru ini sebagai berita malang buat rakyat kerana penyakit rasuah yang pernah melanda bolasepak era semi-pro tahun 90-an dahulu kembali merebak.

"Justeru, kami meminta tindakan tegas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di dalam membendung gejala rasuah bolasepak ini," kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss.

Pemuda PAS, katanya juga berhasrat bertemu dengan pihak FAM terutamanya dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang sudah menjangkakan insiden intu akan berlaku kembali dalam kancah bolasepak tanah air.

Beliau berharap dengan pelbagai pihak memberikan pandangan nanti akan membentuk satu fomula bagi mengatasi rasuah bolasepak ini.

"Pihak kami menawarkan diri melalui Jabatan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (DACS) bersedia membantu bersama-sama FAM bagi membasmi gejala rasuah tersebut," katanya.

Pihak Pemuda PAS, katanya sekali lagi mencadangkan kepada seluruh Persatuan Sukan dalam negara sebagai keperluan menempatkan seorang Kaunselor atau Pegawai Agama dalam setiap bahagian sukan sebagai motivasi jiwa bagi membendung peringkat awal membabitkan seluruh atlet.

Beliau yakin dengan pihak FAM yang pernah berdepan dengan kemelut itu akan mengatasinya secepat mungkin.

"Kami cukup bimbang kerana gejala rasuah kini melanda pemain-pemain belia yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

"Kami yakin kaedah yang sama juga kepada orang-orang politik dalam kancah yang sama, tetapi pendekatan yang berbeza boleh dilakukan bagi usaha mencegahnya kepada pemain-pemain sedia ada," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan