Khamis, 2 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Jun 2011 01:14 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Pas tidak berganjak dari dasar Islam

Posted: 02 Jun 2011 01:00 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM : Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan bahawa parti itu sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan al-Quran dan hadis walaupun menjadi sekutu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Katanya, penegasan itu sudah termaktub amat jelas dalam perlembagaannya bahawa dasar perjuangan Pas adalah Islam.

''Inilah manhaj dan main essence yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW yang kemudiannya diikuti para sahabat, direntasi dengan gigih oleh para mujahid dakwah dalam era negara bangsa moden masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat, di sini.

Nasharudin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 Jumaat ini, turut menyeru ahli-ahli Pas menolak sebarang amalan politik berlandaskan matlamat menghalalkan cara yang cuba diserapkan ke dalam parti berkenaan.

''Pas sebagai sebuah parti politik Islam akan terus memainkan peranan utamanya meletakkan al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangannya dengan berteraskan kepada akidah ahli sunnah wal jamaah.

''Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.

''Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Jundullah yang dinanti-nantikan," katanya.

Oleh itu tegas beliau, sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai amal-amal Islam.

''Ini kerana bagi kita yang mendukung Islam, 'tujuan tidak menghalalkan cara' politik ala-Machiavelli adalah haram dan tidak dapat diterima langsung. Kita mesti berani, bijak dalam berjuang kerana kebenaran dan kita menolak apa-apa yang batil dan mungkar walaupun daripada anggota dan jemaah kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas juga mesti berani melakukan transformasi diri, tidak kira di peringkat mana pun mereka berada.

Dalam ucapan yang bertajuk 'Memantapkan Dan Mengemudi Jemaah Ke Arah Kejayaan', Nasharudin yang turut memaparkan hasrat pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang menegaskan, ahli-ahli Pas perlu bersedia mengubah minda rakyat jelata.

''Kita mesti bersedia mengubah minda rakyat untuk benar-benar memahami misi kita dan apakah bentuk landskap politik yang akan kita bina jika kita berjaya menguasai Parlimen," katanya.

Oleh itu tegas beliau, Pas perlu mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengubah kerajaan sedia ada dengan menyebelahi pakatan pembangkang.

Utusan Malaysia/-

Hanya satu puak dalam PAS

Posted: 02 Jun 2011 12:15 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Sebuah akhbar harian Inggeris asyik sahaja menggunakan istilah 'puak Erdogan' bila merujuk kepada sekumpulan pemimpin PAS yang bukan ulama. Nama ahli-ahli 'puak Erdogan' ini pun ada disenaraikan dalam akhbar harian tersebut.

Para pemberita akhbar harian Inggeris ini menulis bahawa kononnya puak ini adalah agresif dan mempunyai matlamat dan halatuju yang berlainan dari puncak pimpinan parti PAS seolah-olah puak ini adalah satu puak baru yang wujud untuk mengancam cara pentadbiran dan organisasi dalam PAS.

Sebagai pemerhati politik selama lebih dari dua dekad, saya disini ingin mengatakan bahawa perjuangan PAS adalah konsisten dan tidak pernah berganjak dari perlembagaannya cuma sekarang pendekatannya adalah berlainan sedikit iaitu bersesuaian dengan era Politik Baru yang merangkumi perjuangan untuk keadilan bagi semua pihak tanpa mengira agama atau bangsa.

Oleh itu, tidak wujud sama sekali 'puak Erdogan' dalam PAS tetapi hanyalah golongan profesional yang bukan ulama. Golongan profesional ini mempunyai idea-idea baru yang kukuh untuk memantapkan parti supaya PAS dapat meraih sokongan dari semua lapisan masyarakat dan idea-idea baru ini adalah perlu dan relevan untuk perjuangan PAS pada masa kini.

Pada masa ini apabila BN kuat memainkan sentimen perkauman, parti PAS lah yang merupakan parti yang berani mengambil langkah untuk memadamkan api sentimen perkauman dan meredakan keadaan.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, PAS telah berani menonjolkan pendirian yang teguh berasaskan kepada ajaran Islam sementera pihak UMNO diam membisu seribu bahasa.

Dalam zaman perjuangan PAS kali ini dimana PAS berjuang bersama dengan PKR dan DAP atas wadah Pakatan Rakyat, perwira-perwira PAS digalakkan menggunakan idea-idea baru yang innovatif untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit dari pihak musuh dimana fitnah dan politik durjana digunakan oleh pihak musuh dengan sewenang-wenangnya.

Untuk mengharungi cabaran ini, pemimpin-pemimpin PAS, ahli-ahli dan penyokong serta rakan-rakan PAS mestilah sama-sama menyumbang idea dan menggembeleng tenaga, tidak kira dari kumpulan ulama ataupun bukan ulama.

Janganlah terpedaya dengan media arus perdana yang hanya bertujuan melaga-lagakan para pemimpin dalam PAS kerana itulah hasrat terpendam mereka.

Rakyat Malaysia mestilah tahu bahawa hanya wujud 1 puak sahaja dalam PAS, iaitu puak yang akan bekerja bertungkus-lumus untuk menjadikan BN sebagai puak pembangkang.

Justeru itu, harapan saya adalah supaya pemimpin-pemimpin ulama dan profesional sama-sama akan diberi peluang untuk mengetuai bala tentera di medan pertempuran Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

PANAH HIJAU
Harakahdaily/-

Menjejak mangsa culik Mohd Nazarudin Saidin: Dr Abu nama misteri

Posted: 02 Jun 2011 12:00 AM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -
PERKAMPUNGAN nelayan di Pulau Jolo, Filipina.
Lelaki dakwa jadi orang tengah dengan pihak penculik di Zamboanga

USAHA menjejaki rakyat Malaysia, Mohd Nazarudin Saidin yang diculik ketika mencari cicak tokek atau gecko di selatan Filipina berjaya menemukan saya dan jurugambar, Datu Ruslan Sulai dengan beberapa orang hubungan di Zamboanga yang kemudian cuba mengatur supaya kami dapat menemui kumpulan penculik itu.

Namun, kami hanya diberikan nombor telefon seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr Abu, iaitu suatu yang lazim digunakan kumpulan bersenjata untuk merujuk kepada kumpulan Abu Sayyaf yang dianggap sebagai sayap pergerakan al-Qaeda di Filipina.

Kumpulan penculik yang dipercayai turut dianggotai anggota kumpulan PSP, sebuah kumpulan yang kuat dengan pegangan agama itu dikatakan mempunyai kaitan dengan kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya, yang ada kaitan dengan al-Qaeda.

Dalam perbualan itu, Dr Abu enggan membenarkan kami menemui Mohd Nazarudin atau menyatakan lokasi mereka kerana bimbang kami akan membocorkan maklumat kepada pihak berkuasa.

"Cukup untuk anda mengetahui Nazarudin kini berada dalam tangan kami. Beritahu keluarga dia keadaannya baik," katanya dalam bahasa Inggeris dalam loghat tempatan.

Namun, saya dan penterjemah, Amran Mahalan cuba memujuknya bagi mendapatkan peluang menemui Mohd Nazarudin serta merakam gambarnya, tetapi Dr Abu menyatakan mereka akan mempertimbangkan permintaan itu dan kami mungkin diperlukan membayar kos tertentu untuk bertemu mangsa.

Sebelum itu, beberapa pihak di Zamboanga yang ditemui, memberikan maklumat bahawa Mohd Nazarudin mungkin diculik oleh kumpulan yang diketuai oleh Albahsy Misaya.
Matlamat utama kami menghubungi mereka ialah untuk mengesahkan kenyataan Ketua Superintendan Direktorat Operasi Polis Bersepadu Mindanao Barat, Felicisimo Khu, yang mengesyaki Mohd Nazarudin ditahan di sekitar kampung Barangay, Buansa, Jolo oleh kumpulan itu.

"Berpandukan maklumat risikan tentera, kali terakhir kumpulan itu dikesan ialah di kampung berkenaan," katanya.

Bagaimanapun, kumpulan yang ditemui tidak dapat mengesahkan maklumat itu kerana mereka juga tidak pasti kebenarannya. Namun, laporan media sebelum ini menyatakan, Alhabsy Misaya ialah salah seorang pemerintah dalam kumpulan Abu Sayyaf dan dikatakan bertanggungjawab melakukan berapa serangan bom di Jolo tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Indanan, Ketua Inspektor Mohammad Khan Kamlon, berkata penculik dipercayai menuntut wang tebusan sebanyak 80 juta peso (kira-kira RM5.6 juta) sebagai tukaran membebaskan tebusan dengan wang pendahuluan yang perlu dibayar sebanyak lima juta peso (RM350,000).

Mohd Nazarudin diculik pada tengah malam 8 Mei lalu, ketika sedang tidur bersama rakannya, Abdul Ghafar Akkirulla di sebuah rumah, di Idanan, Jolo. Mereka ke kawasan berkenaan untuk mencari cicak tokek atau gecko yang mendapat harga tinggi di pasaran gelap.

Bekas isteri Mohd Nazarudin, Mazlina Mohamad, sebelum ini berkata, mangsa ke Filipina untuk mendapatkan cicak untuk dijual kepada pembeli luar, tetapi ditahan lanun ketika di Jolo.

Berita Harian/-

Fatwa tegah bina tugu 1Malaysia

Posted: 01 Jun 2011 11:30 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat tindakan kerajaan membina tugu "1Malaysia" adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan, yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab (berhala).

Menurut fatwa itu, tegahan itu dibuat berdasarkan ayat 90 dalam surah al-Maidah yang menyebut bahawa arak, judi dan menyembah berhala adalah amalan syaitan dan mestilah ditegah.

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara'i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, sebagaimana larangan Nabi Muhammad terhadap tindakan sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul.

"Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Malaysiakini/-

Muktamar Tahunan PAS: 650 Perwakilan Pemuda Mula Mengundi

Posted: 01 Jun 2011 10:30 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Proses pengundian bagi pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat bagi sesi 2011-2013 bermula pada pukul 10 pagi Khamis.

Seramai 650 perwakilan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS yang baru.

Tempoh pengundian berlangsung selama sejam dan akan berakhir pada pukul 11 pagi.

Pada pemilihan kali ini, Nasarudin Hassan Tantawi diumumkan menang tanpa bertanding dan mempertahankan jawatan tersebut bagi penggal kedua sejak tahun 2009.

Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan Ketua menyaksikan saingan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Firdaus Jaafar; Ketua Penerangan, Suhaizan Kaiat dan Exco Pemuda, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Sementara bagi jawatan Naib Ketua menyaksikan saingan dua penjuru antara Nasir Zakaria dan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.

mStar/-

Haji Subky dipilih sebagai Tokoh Pemuda

Posted: 01 Jun 2011 09:25 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Jun: Penulis terkenal, Haji Subky Latif dianugerahkan sebagai Tokoh Pemuda memandangkan sumbangan besarnya kepada PAS khususnya dewan pemuda.

Ketika peralihan bentuk kepimpinan PAS pada 1987 yang digagaskan oleh dewan pemuda dalam muktamar di Pulau Pinang, Subky adalah Setiausahanya.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dalam tempoh lama sejak 1995 lagi.

Sehingga kini, beliau masih lagi menulis artikel menarik dan diminati ramai di dalam akhbar rasmi PAS, Harakah sejak mula ditubuhkan pada 1980.

Upacara ini adalah sebahagian dari majlis gilang gemilang yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini dihadiri hampir 700 perwakilan pemuda dari seluruh negara.

Perasmian muktamar ini turut disaksikan oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia di mana sahaja mereka berada yang boleh diikuti melalui capaian internet.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh anak lelaki Speaker Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, 12, yang merupakan johan di peringkat Asean.

Turut hadir dua Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, AJK-AJK PAS Pusat termasuk Pesuruhjaya PAS negeri.

Dua tayangan multimedia menarik perhatian seluruh hadirin dengan memaparkan kembali program pemuda sepanjang tahun terutamanya demontrasi jalanan Bersih dan PPSMI.

Menariknya bila terpapar Ustaz Nasrudin yang berbadan besar menaiki motosikal yang disifatkan paling kecil dalam dunia; sehingga semua hadirin tergelak seketika.

Dalam majlis ini juga, ramai tokoh-tokoh yang menjadi idola orang muda diberikan anugerah khas kerana kesanggupan mereka bersama dengan pemuda dan menyemarakkan kegiatan bersama.

Antara mereka adalah Dr Abdul Bassit Abdul Rahman (Akademik), Ustaz Azhar Idrus (Ustaz), Radhi Mat Din (bolasepak), Bob Lokman (Selebriti), Yaasin Said (permotoran) dan Datuk Misbun Sidek (badminton, tidak dapat hadir).

Hari ini (2 Jun) akan berlangsung sesi membahaskan ucapan dasar ketua pemuda oleh perwakilan dari seluruh negara dan tamat pada jam 7 petang.

Sementara itu pagi ini juga, Dewan Muslimat PAS Pusat pula akan mengadakan Muktamar Tahunan ke-51 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, bermula jam 8 pagi.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di masa sama, Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan muktamarnya di Taman Melewar.

Setelah itu, Muktamar PAS Pusat kali ke-57 akan bermula pada 3 Jun dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan selesai pada 5 Jun dengan ucapan penggulungan, juga oleh presiden.

Harakahdaily/-
Oleh : Ismail Hashim

Pemuda PAS : Tolak Politik Perkauman, Serangan Peribadi

Posted: 01 Jun 2011 09:15 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 2 JUN : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP) menyeru semua pencinta Islam khususnya ahli PAS dan golongan muda supaya menolak pendekatan politik kotor yang menjurus kepada sifat perkauman menebal dan serangan peribadi.

Sebaliknya budaya politik di Malaysia memerlukan anjakan paradigma ke arah budaya politik yang lebih bermoral dan berteraskan kepada ilmu yang disertakan fakta dan hujah yang lebih jujur dan telus.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menyatakan budaya politik jijik yang sedang berlaku di Malaysia bukanlah sesuatu perakra yang sihat sebaliknya hanya membawa kepada kemunduran negara.

"Melalui agenda politik terancang, episod politik perkauman terus disuburkan melalui kenyataan pemimpin UMNO, laporan provokatif media perdana dan tuduhan melulu para cybertroopers upahan mereka sebagai modal Barisan Nasional dalam mempertahankan survival politik mereka," katanya.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-52 dengan tema 'Memimpin Kebangkitan Anak Muda' dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Md Isa berlangsung di Auditorium Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA).

Beliau ketika menyampaikan ucapan dasar menyelar usaha mempertahankan kandungan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang bersifat menghasut dan memupuk pandangan terhadap kaum bukan Melayu yang lain.

"BTN telah diberikan peruntukan besar sebagai contoh pada tahun 2009, sebanyak RM 72juta, seringkali digunakan bukan sahaja untuk menghasut supaya membenci kaum bukan Melayu tetapi juga menyuburkan fitnah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

"Kesan daripada propaganda terbabit rata- rata pemimpin Umno diperingkat nasional sehingga ke peringkat cawangan masih beranggapan kaum Cina dan India sebagai pendatang asing atau warganegara kelas kedua," katanya.

Awal tahun ini negara dikejutkan dengan insiden pembakaran beberapa buah gereja ekoran beberapa kenyataan yang dibuat bersifat hasutan termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Selain itu kenyataan Pegawai Khas Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar yang menghina kaum Cina sebagai menjual tubuh dan kaum India sebagai pengemis dalam ucapan Seminar 1Malaysia di Melaka.

Nasharudin menambah, apa yang lebih dikesalkan adalah peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan yang berkaitan dengan agama yang tidak bertindak di bawah peruntukan yang sedia ada dalam usaha menyekat budaya politik jijik.

"DPP mempersoalkan ke mana perginya agensi kerajaan untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam mengamalkan budaya politik sebegini ? Mengapa sehingga hari ini tiada tindakan terhadap blogger atau penulis upahan yang terlibat secara langsung dalam penyebaran video perlakuan tersebut ?

"Lebih malang lagi tiada sebarang pendakwaan Qazaf terhadap mereka yang membuat tuduhan zina dan liwat terhadap individu tertentu seperti yang tersebar di media. Mengapa mereka diam membisu sejuta bahasa? " katanya.

Ujar beliau lagi, kegagalan kerajaan Barisan Nasional dalam menangani beberapa perkara sensitif yang menyentuh beberapa perkara yang meilbatkan kaum di Malaysia membuktikan kegagalan BN dalam membawa perpaduan di Malaysia.

Perasmian Muktamar DPP kali ini dihadiri hampir 1000 orang perwakilan yang turut disertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan tetamu khas Ketua Biro Ekonomi dan Bajet Palestin, Dr. Jamal Thallab Nassar.

Tv Selangor/-

Wang Ehsan mula diguna untuk pancing undi

Posted: 01 Jun 2011 09:00 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, : Kerajaan negeri Kelantan perlu bersedia dengan serangan Wang Ehsan apabila ia mula diedarkan untuk 'memujuk' rakyat Kelantan agar menyokong Barisan Nasional.

Pelbagai program mula dikesan di Kelantan, Wang Ehsan yang dikatakan berjumlah RM20 juta itu mula digunakan untuk memancing undi.

Di Tumpat, Adun BN Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar menggunakan Wang Ehsan untuk memancing undi para pelajar yang mendapat tawaran masuk ke UiTM.

Pelajar bersama dengan ibu dan bapa mereka dipanggil menerima Wang Ehsan itu di samping mendengar ucapan dari beliau.

Wang Ehsan adalah wang hasil royalti petroleum yang sepatutnya diserahkan Petronas kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang termetri dalam perjanjian antara kedua-dua pihak dahulu.

Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad memaklumkan, rakyat Kelantan akan menerima Wang Ehsan sebanyak RM20 juta untuk permulaan ini.

Menurut sumber, setiap pelajar diberikan RM500 dalam majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu pada 17 Mei lalu.

Yang menariknya, walaupun beliau Adun Pengkalan Kubor tetapi Wang Ehsan digunakan oleh beliau untuk seluruh kawasan Tumpat kerana SMK Wakaf Bharu bukannya dalam Dun Pengkalan Kubur yang diwakili beliau.

Wan Zahidi adalah Ketua Umno Bahagian Tumpat.

Surat memanggil para pelajar yang mendapat tawaran itu juga menunjukkan ia digunakan sepenuhnya untuk kepentingan BN bukannya atas nama peribadi beliau sebagai Adun.

Ini kerana, logo BN jelas sekali di atas surat itu (gambar atas).

Menurut seorang bapa kepada pelajar itu, anak beliau telah ditemani isteri beliau telah ke SMK Wakaf Bharu 17 Mei lalu dan menerima Wang Ehsan itu.

Harakahdaily

PAS Dan Pakatan Rakyat Harus Bersatu Jangan Mendengar Hasutan BN

Posted: 01 Jun 2011 08:45 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Antara usul yang perlu PAS bincangkan dalam muktamar kali ini adalah
PAS sepatutnya diberi peluang bertanding dalam kawasan yang berbilang
kaum dan jangan hanya bertumpu di kawasan Melayu Islam sahaja.

Rakan dalam Pakatan seharusnya sama-sama memberi sokongan dan kerjasama
dalam usaha ini lebih-lebih lagi dalam negara Sarawak yang
masyarakatnya berbilang kaum.

Kita mahu membuktikan yang Pakatan Rakyat ini betul-betul Pakatan yang bukan perkauman dan ekstrimis seperti dakwaan BN.

PAS sepatutnya menggunakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai
jambatan atau perhubungan antara kaum. PAS juga perlu membuktikan
bahawasanya PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira
kaum,agama dan juga fahaman politik

PAS boleh mengembangkan pengaruhnya ke semua kawasan bandar dan luar
bandar sekiranya peluang yang ada digunakan sebaik mungkin seperti
memberi penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam tentang keadilan
dan kebaikan dalam Islam yang mereka perolehi sekiranya diberi peluang
memerintah Malaysia.

PAS dan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan propaganda Umno/BN,
mereka berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar usaha kita
untuk menawan Putrajaya akan menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat harus belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan
Rakyat Sarawak semasa pilihanraya umum negeri Sarawak yang lalu dimana
usaha BN berjaya menggagalkan usaha Pakatan menawan Sarawak dengan
menghasut dan mengadu domba Pakatan Rakyat seperti kononnya salah
sebuah parti dalam kompenan Pakatan Rakyat ditaja oleh BN.

Apabila sesetengah daripada kita terpengaruh dengan hasutan BN maka berlakulah
perebutan kerusi dan akhirnya Pakatan Rakyat Sarawak gagal untuk
menawan Sarawak disebabkan mendengar atau terpengaruh dengan hasutan
dan propaganda BN.

Sekarang mereka berusaha lagi untuk menghancurkan perpaduan Pakatan
Rakyat dengan mengadu domba parti-parti dalam Pakatan. Awas BN ini
macam perangai Setan yang suka melihat kehancuran perpaduan dalam
Pakatan Rakyat sebab itu hari-hari media propaganda mereka akan
berusaha untuk menghasut dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Akhir sekali hanya dengan system dua parti saja Pakatan Rakyat boleh
mengambil alih kuasa dari BN. Sekiranya kita berpecah belah sampai
bila-bila pun parti pembangkang dalam Malaysia ini sukar untuk
mengambil alih kuasa dari BN.

Semoga dengan perpaduan dan kerjasama yang kukuh dalam Pakatan Rakyat
dalam PR13 nanti akan menjadikan Umno/BN mudah ditumbangkan seterusnya
Malaysia akan diperintah oleh Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia akan
hidup lebih aman dan selamat dari gejala rasuah dan penindasan yang
mereka alami selama ini.

PAS dan Pakatan Rakyat berjuang untuk kebajikan rakyat dan adil untuk semua
Semoga usaha Pakatan Rakyat kali ini berjaya dengan izin Allah. Insya-Allah

Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri merangkap Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak

Najib Silap Potong Subsidi Tanpa Jaringan Keselamatan Rakyat

Posted: 01 Jun 2011 08:30 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 2 JUN : Jaringan keselamatan sosial harus diberi keutamaan sebelum kerajaan bertindak menarik subsidi bersabit keperluan asas termasuk makanan menurut Pengarah Komunikasi FOMCA, Yusuf Abdul Rahman.

Ini kerana fokus harus diberikan kepada melindungi golongan berpendapatan sederhana dan rendah termasuk pelajar agar tidak terbeban dengan kos sara hidup yang melambung tinggi secara mendadak.

Bercakap dalam satu wawancana khas bersama Tv Selangor, Yusuf menjelaskan perancangan kerajaan untuk memberikan rebat tunai kepada masyarakat berpendapatan rendah masih belum dilaksanakan.

Namun pemerintah sebaliknya mengumumkan penarikan subsidi terlebih dahulu, satu langkah yang dilihat oleh Fomca sebagai "kurang rasional."

"Kita amat berharap sekiranya kerajaan (mahu) melakukan penyelarasan subsidi itu, maka dari segi sistem jaringan keselamatan sosial harus dilaksanakan terlebih dahulu.

"Kalau kita lihat ramai golongan miskin dan ibu tunggal yang masih mengalami kesukaran bersabit kenaikan harga barang, tetapi kita tidak nampak perancangan yang dilakukan kerajaan bagi membantu mereka," jelas beliau.

Isnin lalu kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus bagi penggunaan lebih daripada 300 kWj.

Putrajaya memberi alasan penarikan subsidi itu bertujuan merasionalisasikan subsidi bagi tujuan mengurangkan defisit negara.

Namun kerajaan Najib itu dikecam kerana terus mengekalkan subsidi Penjana Kuasa Bebas (IPP) sebaliknya menarik subsidi untuk rakyat.

Yusuf turut menegur langkah memotong subsidi dibuat sebelum soal prasarana lengkap umpamanya sistem pengangkutan ditangani.

Sistem pengangkutan awam yang berkesan akan membolehkan orang ramai mengurangkan perbelanjaan harian apabila tidak lagi bergantung kepada kenderaan sendiri untuk urusan harian.

Yusuf juga memberi contoh rata-rata rakyat negara di Hong Kong dan Singapura tidak merasai beban kenaikan petrol memandangkan prasarana kemudahan awam yang lengkap meliputi sebahagian besar bandar di negara itu.

Justeru katanya, kesan langsung memperlihatkan peratusan pendapatan lebih guna rakyat meningkat sekaligus dapat mengimbangi kos sara hidup yang semakin meninggi.

"Malah (di Hong Kong) kalau mereka tidak berkemampuan ada laluan bawah tanah yang menghubungkan ke bahagian bandar dalam keadaan selesa.

Itu sebenar prasarana yang perlu dilakukan kerajaan bagi memastikan bahawa keadaan yang berlaku diperingkat global tidak memberi kesan (kepada rakyat)," kata beliau lagi.

Tv Selangor/-

Muktamar : Pertegaskan PAS sudah bersedia dengan PR ke Putrajaya.

Posted: 01 Jun 2011 08:10 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA,
Pejabat Ketua penenrangan PAS Perak

Muktamar PAS Pusat kali ke 57 yang akan bermula pada esok hari dengan majlis perasmian yang akan disempurnakan dengan Ucapan Dasar Presiden merupakan satu muktamar yang penuh bersejarah dan memberi impak yang besar kepada landskap politik tanah air dalam keadaan rakyat Malaysia menunggunya Parlimen Malaysia dibubarkan dan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan dan meletakan BN sebagai pembangkang.

Tahniah dan penghargaan kepada segala persiapan telah dilakukan oleh Panitia Muktamar bagi memastikan kelancaran perjalan muktamar yang kembali ke Taman Melewar yang sarat dengan kenangan dan sejarahnnya tersendiri.

Muktamar Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat telah bermula sejak malam tadi dengan Majlis Perasmian dan berlanjutan sehingga hari ini dan Muktamar Dewan Ulamak berlangsung pada hari ini sehingga lewat petang ini.

Sesuatu yang diharapkan oleh banyak pihak khususnya dari semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat ialah kemampuan Muktamar PAS kali ke 57 ini untuk memberi satu pernyataan jelas adakah dalam Ucapan Presiden dan perbahasan oleh perwakilan tentang kenyataan yang jelas bahawa PAS sudah bersedia dengan PR untuk berada di Putrajaya.

Isu tersebut bagi saya perlulah sejelas dan perlu menjadi agenda muktamar utama sehingga menjadi pengukuh kepada kepercayaan dan harapan rakyat serta mencerminkan kekuatan PR yang ditunjangi oleh PAS bagi menyelamatkan Malaysia.

Segala perkara remeh temeh yang tidak berkait dengan agenda menjadikan BN sebagai pembangkang perlulah dilupakan sepanjang muktamar belangsung.

Segalanya telah bermula dalam Muktamar Pemuda dan Muslimat dan saya yakin akan sampai dikemuncaknya dalam Muktamar penuh 3 hingg 5 jun.

Gendang PRU ke 13 yang telah berbunyi semakin kuat semestinya telah membangkitkan semagat jihat dan daya juang seluruh petugas PAS dan PR dari tempat duduk dan posisi masing-masing.

Gendang PRU ke 13 berkebetulan dipalu dalam keadaan menjelangnya Muktamar PAS maka saya melihat sewajarnya palatform muktamar inilah tempat yang paling penting untuk digerakkan seluruh tenaga dan keupayaan PAS bagi mengembeling seluruh pimpinan disemua peringkat bagi memastikan BN diletakkan sebagai pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

Pemilihan PAS bagi saya tidak menjadi masalah dan saya tidak sedikitpun bimbang sekiranya ada dakwaan akan ada perpecahan. Pemilihan PAS ternyata adalah perubahan amanah kepimpinan dan jauh sekali menjadi tempat untuk jatuh menjatuh, memburukkan puka lawan apalagi mahu berpevah selepas memilih.

Saya yakin semua perwakilan akan menggunakan tahap kematangan yang tinggi bagi memilih siapakah pimpinan yang difikirkan baginya bagi memastikan saf Kepimpinan PAS sesi 2011-2013 untuk merelisasikan hasrat ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Kenyataan media,
DRS. KHALIL IDHAM LIM,
PARIT BUNTAR,2 Jun 2011.

'Jangan hanya jadi 'yes man' kepada pemerintah'

Posted: 01 Jun 2011 08:00 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 1 Jan: Selagi orang muda hanya menjadi 'yes man' terhadap apa yang dilakukan pemerintah, selagi itulah kerajaan BN akan terus bermaharajalela menindas rakyat untuk kepentingan mereka, kata Nasrudin Hassan.

Beliau mengingatkan demikian sewaktu memnyampaikan Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada Muktamar dewan itu di sini malam ini.

Katanya, anak muda perlu berani menyatakan bantahan terhadap dasar yang mengainaya rakyat yang dibuat kerajaan.

Keberanian itu tegasnya harus diterjemah atas kertas undi pada pilihan raya umum nanti.

"Anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi 'tukang angguk' atau 'yes man' kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.

"Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama "undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan",katanya.

Untuk mencapai matlamat itu, beliau memberikan beberapa tugasan kepada pemuda PAS agar menyedarkan golongan belia bahawa mereka mempunyai peluang menegur kerajaan melalui undi.

Antaranya beliau mahu anak muda menjadi agen penyebar maklumat yang aktif melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain.

Selain itu beliau menyeru agar anak muda menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif melalui wacana dan forum serta membentuk ikatan (coalition) supaya suara mereka lebih didengari.

Di samping itu juga menyeru kerajan BN melihat bagaimana kesan kuasa kebangkitan anak muda di Timur Tengah termasuk di Tunisia dan Mesir sehingga kerajaan masing-masing dijatuhkan melalui jalan raya.

Kesan sama berlaku apabila anak muda bangkit pada pilihan raya Singapura baru-baru ini.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini,"tegasnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

Muslimat: 'Tawan' pengundi, rakan dan musuh

Posted: 01 Jun 2011 07:37 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 2 Jun: Muslimat PAS di semua peringkat diseru mempraktikkan segala ilmu dan kepakaran berkaitan pilihan raya yang diperoleh sebelum ini bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, sudah sampai masanya segala pengalaman yang diperoleh melalui kursus dan bengkel yang dianjurkan parti selain melalui 16 siri pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak digunakan sebagai persedian akhir menghadapi PRU ke-13.

"Gendang PRU ke-13 sudah dipalu dan mulai hangat kedengaran ke seluruh pelusuk negara. Umno BN telah mula mengembar-gemburkan slogan-slogan "Satu Malaysia", transformasi ekonomi dan sebagainya serta telah menabur janji-janji manis.

"Marilah kita tekadkan azam, kuatkan semangat, merancang dan melaksanakan gerak kerja PRU dengan penuh komitmen. Tiada alasan menasabah untuk kita masih bertangguh-tangguh.

"Kita memerlukan komitmen semua ahli-ahli PAS seluruhnya dan para muslimat adalah satu komponen penting jamaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan," katanya sewaktu menyampaikan ucap tema di muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-51, di Dewan Bankuet bangunan SUK Shah Alam, dekat sini hari ini.

Dalam ucapan bertema "Memimpin Perubahan, Meneraju Kebangkitan", Nuridah mensasarkan tiga golongan untuk 'ditawan' melalui tiga pendekatan sebagai persediaan PRU ke-13 iaitu, pertama; menawan hati pengundi-pengundi melalui penerangan dan dakwah berhikmah.

Menurut Nuridah, muslimat seharusnya telah turun padang mengenal pasti pengundi-pengundi, mendaftarkan pengundi-pengundi muda dari kalangan kita dulu, jiran tetangga dan rakan taulan termasuk menziarahi setiap rumah di bandar-bandar, pinggir-pinggir bandar, di setiap kampung dan desa menyeru dan meraih mereka agar memilih Islam yang syumul.

"Kita ketuk pintu-pintu hati mereka dengan penuh keinsafan dan kesedaran beragama serta keharmonian bermasyarakat. Kita jelaskan juga cita-cita perjuangan PAS – PAS For All – PAS untuk semua dan terangkan kepada mereka segala tawaran Pakatan Rakyat seperti yang tertera pada Buku Jingga," katanya.

Muslimat juga tegasnya harus menjelaskan perubahan dan pembaikan yang telah dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya peranan muslimat PAS khususnya dan wanita Pakatan Rakyat amnya dalam urusan pentabdiran kerajaan dengan menerajui portfolio yang mencabar seperti pelaburan dan perindustrian, pendidikan tinggi dan pembangunan insan di Selangor. Juga menerajui portfolio kesihatan, kebajikan masyarakat dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Kedua; menawan hati rakan melalui ketulusan hati.

Nuridah berkata, bagi menawan hati rakan, semangat setiakawan bersama-sama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, semua wanita ahli-ahli dan penyokong Dewan Himpunan Penyokong PAS, PKR, PSM dan DAP harus diperkukuhkan bagi berganding bahu melaksanakan strategi serta muafakat setempat.

"Fokuskan kepada kepentingan dan matlamat bersama dan kecilkan segala salah faham dan pekara titik-bengik yang menghalang kita dapat bergerak maju dengan penuh kesepaduan. Kejayaan Pakatan Rakyat adalah kejayaan kita bersama," katanya.

Ketiga; menawan hati lawan melalui strategi bijaksana.Nuridah menyeru seluruh muslimat mematuhi segala arahan pimpinan dalam melaksanakan strategi menghadapi pihak lawan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan sendiri serta tidak menangguhkan sesuatu pelaksanaan.

"Contoh teladan para sahabat Rasulullah yang setia mematuhi segala arahannya. Ambillah tugasan yang kita ukur dengan kemampuan kita janganlah cemburu dengan kemampuan sahabat dan rakan seperjuangan. Juga kita perlu berani mencuba dan jangan ragu-ragu dengan segala keputusan yang telah dimuafakatkan," katanya.

Justeru ujarnya, seluruh muslimat samaada golongan muda atau veteran harus bersama-sama berjuang untuk kelangsungan parti tanpa ada sikap suka berlengah-lengah.

"Mari kita bergerak di dalam satu saf jamaah bersepadu secara terancang dan tersusun mengikut kemampuan kita dan terus mara ke medan jihad. Selagi kita tidak bermula dengan mengharapkan orang lain, selagi itu kita tidak akan mampu menahan gelombang dakyah kehidupan sekular yang membawa dosa dan kemaksiatan secara berseorangan," katanya.

Tambah beliau lagi, sudah tiba masanya muslimat mengurangkan atau meninggalkan terus segala aktiviti yang tidak bermanfaat sebaliknya menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk membantu jemaah melawan Umno Bn.

"Masa untuk bersenang-senang, sembang-sembang di atas tangga, membeli-belah tanpa menghirau masa di pasaraya, bersantai-santai dengan teman membiar masa berlalu begitu saja, duduk berjam-jam di depan tv, melayari internet tanpa tujuan perlulah dihentikan segera.

"Masa untuk sibuk dengan agenda peribadi sahaja telah berakhir! Marilah kita bersama-sama turun padang mengharungi segala onak dan duri. Masa untuk kita terlalu singkat sedangkan terlalu banyak perubahan dan pembaikan yang perlu dilakukan. Kerana kematian dan pertemuan dengan Allah sangat hampir. Kita amat bimbang amanah yang dipikul ini tidak sempat ditunaikan dengan baik," katanya.

Harakahdaily/-

Sukar bangun Subuh? Ini tips nya

Posted: 01 Jun 2011 07:30 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Antara suasana yang membimbangkan berlaku kepada kebanyakan umat Islam pada hari ini ialah gejala meninggalkan solat Subuh dan meninggalkan solat Subuh berjamaah di Masjid.

Meskipun diketahui bahawa mengerjakan solat Subuh khususnya di Masjid secara berjamaah mempunyai kelebihan yang besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan Iman namun kini ramai yang mengabaikannya. Malah di kalangan mereka yang mendokong perjuangan Islampun ramai yang kalah untuk bangun awal mengerjakan solat Subuh di Masjid.

Keadaan ini adalah berpunca dari sikap suka berjaga lewat malam samada kerana melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, bersukan, makan-makan dan berbual kosong dalam perkara yang tiada manfaat. Inilah yang selalunya menyebabkan umat Islam berjaga hingga lewat malam hingga menyebabkan mereka terlepas keberkatan yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW di awal pagi.

Jika kita lihat generasi umat Islam lampau mereka sangat mengambil berat soal tidur awal agar mereka dapat bangun lebih awal untuk melaksanakan ibadah dan seterusnya bekerja di awal pagi dengan perasaan yang segar dan sihat.

Oleh kerana itulah kehidupan generasi lampau di kalangan datuk, nenek dan moyang kita sentiasa sihat dan bertenaga di siang hari. Jarang sekali kita dengar mereka ditimpa penyakit atau tekanan perasaan seperti yang berlaku pada ramai orang pada hari ini. Oleh kerana itulah Nabi SAW bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ertinya: "Ya Allah! Berkatilah ummat ku diwaktu paginya". Hadis riwayat Ahmad

Bagi membantu sahabat-sahabat untuk bangun awal diwaktu pagi supaya dapat bertahajjud, solat sunat dua rakaat sebelum subuh dan solat subuh berjamaah di Masjid, di sini dinukilkan beberapa kaedah yang sedikit-sebanyak dapat membantu.

Kaedah membantu diri untuk mudah bangun pagi ialah:

1) Tidur awal:

Menjadi kebiasan mereka yang tidur awal akan bangun awal dan sebaliknya mereka yang tidur lewat akan bangun lewat. Oleh kerana itu adalah makruh hukumnya tidur sebelum solat Isyak dan berbual-bual kosong dan membuang masa selepasnya hingga menyebabkan tidur lewat. Namun begitu ada keadaan yang dikecualikan untuk tidur lewat sepertimana yang disebutkan oleh Imam Al-Nawawi dalam huraiannya kepada Sahih Muslim.

Katanya: Sebab dimakruhkan berbual-bual selepas solat Isyak ialah yang membawa kepada berjaga malam dan dibimbangi akan menyebabkan tertidur nyenyak hingga tertinggal qiamullail atau terlepas solat Subuh pada waktunya atau waktu yang afdhalnya dan adalah makruh berbual-bual selepas solat Isyak iaitu dalam perkara-perkara yang tiada kemaslahatan, adapun sekiranya pada perkara yang ada maslahat dan kebaikan maka tidaklah makruh, seperti mempelajari ilmu, membicarakan kisah orang-orang soleh, berbual dengan tetamu,

berbual dengan dengan ahli keluarga bagi mengeratkan hubungan dan menunaikan keperluan mereka, berbual dengan orang musafir bagi menjaga harta dan diri mereka, berbual dalam urusan mendamaikan antara manusia dan membantu mereka dalam perkara kebaikan, menyeru kepada kebaiakan dan mencegah kemungkaran, menunjukkan kepada kemaslahatan dan yang seumpamanya, semua itu tidaklah termasuk dalam perkara makruh".

Bagi seorang Muslim yang perihatin dia berjaga malam adalah kerana aktiviti perjuangan dan ibadah dan bukannya kerana perbuatan lagho, dan jika sekiranya dia lewat tidurpun dia tetap berusaha dan memastikan bangun awal untuk ke Masjid solat berjamaah subuh.

2) Memelihara adab tidur:

Kunci kedua untuk mudah bangun di waktu subuh ialah memelihara amalan sunnah ketika tidur di waktu malam. Iaitu dengan berwudhuk, ketika di atas pembaringan duduk sambil menghimpunkan kedua-dua belah telapak tangan dan meniupkan ke atasnya selepas membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas kemudian di sapu keseluruh badan dan tidur dengan membaca doa sebelum tidur. Bagi mereka yang sukar bangun pagi, hendaklah memohon bantuan daripada ahli keluarga, kawan atau jiran bagi membantu menggerakkannya untuk bangun di awal pagi atau menyediakan jam loceng.

Bagi mereka yang sudah terbiasa bangun awal di waktu subuh selalunya tidak menjadi masalah untuk bangun awal kerana secara fitrah dia akan bangun pada masanya dan tidak perlu kepada faktor luaran untuk menggerakkannya kerana seolah-olah ia sentias dibantu oleh para Malaikat untuk bangun awal.

Kemudian setelah terjaga hendaklah membaca doa dan janganlah sekali-kali meneruskan tidur kerana ia akan membawa kepada terjaga lewat.

3) Memenuhkan dada dengan Iman dan 'amal soleh:

Keimanan yang kuat adalah merupakan pendorong utama bagi seseorang melakukan sesuatu yang sukar. Mengerjakan qiamullail dan solat Subuh di Masjid adalah suatu amalan yang sukar dan ia tidak dapat dilakukan kecuali oleh mereka yang benar-benar yakin kepada janji kebaikan daripada Allah Taala. Justeru bagi meningkatkan keimanan dalam dada, seseorang itu hendaklah menambahkan amalannya dengan banyak melakukan kebaikan, kerana dengannya hati seseorang itu akan menjadi suci dan bersih yang memudahkan untuk suburnya Iman.

Sebaliknya hati yang kotor akan menjadi keras dan kekerasan hati adalah menjadi penghalang kepada seseorang itu untuk melakukan amal ibadah yang sukar seperti solat Subuh berjamaah di Masjid dan qiamullail. Hati boleh menjadi keras kerana dikotori oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, ujub dan riak atau disebabkan makan dari sumber yang tidak halal.

4) Menjauhi perbuatan maksiat:

Maksiat adalah penghalang bangun solat Subuh dan mengerjakannya di Masjid. Justeru hendaklah kita sentiasa menjauhi segala maksiat. Seperti yang berpunca daripada mata iaitu melihat perkara yang haram seperti melihat aurat wanita, samada melalui televisyen ataupun internet. Juga yang berpunca dari lidah iaitu perbuatan mengata orang, mengeji, mengumpat dan menabur fitnah. Juga yang berpunca dari telinga seperti mendengar hiburan-hiburan haram dan umpatan serta fitnah.

Mereka yang melakukan maksiat selalunya sukar untuk bangun solat Subuh atau ke Masjid kerana ia melemahkan naluri beramal soleh dan menghakis keyakinan kepada janji-janji kebaikan daripada Allah Taala. Mata, lidah dan telinga sepatutnya digunakan bagi melihat, membaca dan mendengar perkara kebaikan seperti al-Quran, al-Hadis, ceramah dan lain-lain.

5) Mengetahui kelebihan solat Subuh dan fadhilat mengerjakannya di Masjid
Hendaklah mengetahui kelebihan dan keistimewaan amalan solat subuh dan mengerjakannya di Masjid kerana dengan mengetahuinya barulah seseorang itu terdorong untuk berlumba melakukannya. Saidina Uthman bin 'Affan r.a meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Ertinya: Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secra berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam". Hadis riwayat Imam Muslim.

Ibnu Mas 'ud r.a meriwayatkan telah diceritakan kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan seorang lelaki yang tidur di malam hari sehingga terlajak waktu Subuh, maka baginda SAW bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنِهِ أَوْ أُذُنَيْهِ

Ertinya: Lelaki tersebut telah dikencing oleh syaitan di telinganya (atau kedua telinga). Hadis riwayat Imam Al-Bukhari.

Menurut Imam Al-Qurtubi kencing syaitan adalah kencing yang hakiki dan bukan hanya simbolik. Sebab itu ada kalanya kita boleh kenal mereka yang tidak solat Subuh kerana wajahnya yang suram akibat dari kencing syaitan, berbeza dengan merek yang bangun solat Subuh di awal pagi.

Kebesaran dan keagungan solat Subuh berjamaah di Masjid hendaklah dimasukkan ke dalam hati kerana ia akan menangkis bisikan syaitan yang selalu membisikkan rasa ringan meninggalkannya. Bagi para ulama dan ustaz pula hendaklah menanamkan rasa malu dan bersalah yang amat sangat jika tidak hadir solat Subuh berjamaah kerana dia adalah contoh ikutan orang awam.

6) Mengetahui kesan meninggalkan solat subuh@solat berjamaah subuh.

Antara punca jiwa menjadi lemah dan hilangnya banyak daripada kelebihan agama dan dunia ialah bangun lewat dan meninggalkan fardhu subuh. Oleh kerana itulah syaitan sentiasa cuba menghalang orang yang beriman untuk mendapatkan kelebihan di waktu subuh dengan menghalangnya daripada bangun tidur.

Nabi SAW bersabda: ((Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas)). HR Al-Bukhari.

Waktu selepas solat Subuh adalah waktu yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan, justeru Nabi SAW memelihara waktu tersebut iaitu memenuhkannya dengan zikir dan baginda selalunya selepas subuh terus duduk sambil berzikir sehinggalah terbit matahari, dan kemudian baginda solat dua rakaat Dhuha.

Amalan ini menjadi ikutan para ulama salafussoleh, antaranya ialah Imam Ibnu Taimiyyah yang turut melakukan amalan duduk berzikir selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sepertimana yang dikhabarkan oleh muridnya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah.

Waktu selepas solat Subuh adalah saat banyaknya kebaikan dan keberkatan, kerana itulah Nabi SAW berdoa:

((اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِيْ فِيْ بُكُوْرِهَا))
Maksudnya: Ya Allah berkatilah ummatku di waktu pagi! HR Al-Tirmizi.

Oleh sebab itu kita lihat mereka yang berjaya dalam urusan dunia mereka seperti berniaga, menternak atau bertani memulakan kerja mereka di awal pagi kerana rezki terbuka luas di waktu tersebut.

Begitulah juga dalam urusan akhirat waktu pagi adalah saat yang paling baik menambahkan amal ibadah. Oleh itu mereka yang mengsia-siakan waktu tersebut dengan tidur atau berehat-rehat sahaja sebenarnya telah mendapat kerugian dalam hidup mereka.

Di samping kelebihan dalam kerja dan ibadah, mereka yang bangun awal juga mendapat kebaikan dari sudut kesihatan kerana udara yang dihirup di waktu subuh adalah udara yang segar dan akan hilang kesegarannya apabila terbitnya matahari. Kesegaran udara di waktu pagi ini akan mencerdaskan otak, mendamaikan jiwa dan mencergasan fizikal.

7) Menjauhi sifat-sifat munafiq.

Kehadiran diri ke Masjid di waktu subuh adalah merupakan bukti kekuatan iman seseorang Muslim dan bebasnya diri dari sifat minafiq kerana ia adalah waktu paling sukar untuk melaksanakan ketaatan. Rasulullah SAW bersabda:

((إِنَّ أَثْقَلَ الصَّلَاةَ عَلَى المـُـنَافِقِيْنَ صَلَاةُالعِشَاءِ وَالفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُوْنَ مَا فِيْهِمَا لَأَتَوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا))

Maksudnya: (( Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak)) HR Al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Mas 'ud r.a berkata: "Engkau telah melihat kami dan tidak meninggalkannya (solat Subuh) melainkan munafiq yang dimaklumi sifat nifaqnya". Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasai dan Ibnu Majah.

Ibnu Umar r.a pula berkata: "Apabila kami dapati ada lelaki yang tidak hadir solat (di Masjid) pada waktu fajar (Subuh) dan Isyak kami akan berburuk sangka terhadapnya". Riwayat Al-Bazzar, Al-Tobrani dan Ibnu Khuzaimah.

Oleh itu jika anda mahu mengukur secara zahir iman seseorang maka ia boleh diukur dengan keadaan solat Subuhnya. Jika dia seorang yang sangat memelihara solat Subuh dan melaksanakannya secara berjamaah di Masjid maka ia menjadi bukti kepada kekuatan imannya. Namun jika sebaliknya, dia sangat malas berjamaah di Masjid waktu subuh maka itu adalah petanda imannya yang bermasalah serta kekerasan hatinya.

Ia juga menunjukkan ketundukannya kepada hawa nafsu dan kekalahannya kepada bisikan syaitan. Seseorang yang mampu bangun untuk pergi berjamaah di waktu Subuh adalah bukti kekuatan iman seseorang kerana dia telah menang dalam peperangan dengan hawa nafsu dan hasutan syaitan supaya terus tidur.

Bagi mereka yang terus tidur, apakah mereka berasa lebih seronok diulit mimpi di atas katil sedangkan ahli jamaah yang lain sedang beribadah dan mendengar bacaan Al-Quran di dalam solat di Masjid. Adalah menjadi satu kerugian yang besar bagi mereka yang tidak merasakan apa-apa kekurangan pada diri mereka sedangkan mereka terus jauh dari rahmat Allah Taala di waktu pagi.

Ust Zuridan Al-Teminie

Indonesia mampu turunkan harga minyak, Kenapa Malaysia tidak ?

Posted: 01 Jun 2011 07:14 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA
Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.


Saya suka untuk mengulas tindakan PT Pertamina Indonesia semacam Petronas di Malaysia yang mengambil tindakan untuk kali kedua kelmarin dalam tempoh seminggu

Sedangkan pada isnin lepas Pertamina baru saja menurunkan harga minyak yang terdiri dari Pertamax/Bio Pertamax, Pertamax Plus, dan Pertamina Dex ini. Penurunan itu semacam menjadi satu persaingan bila dua syarikat saingan Pertamina iaitu Shell dan PT Total Oil Indonesia turut menurunkan harga minyak jenis yang sama pada hari Selasa lepas .

Penurunan itu adalah antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam Ringgit Malaysia antara RM 0.07 hingga RM 0.21.

Tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu bagi saya merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyatat di Malaysia bahawa kerajaan sepatutnya memikirkan untuk menurunkan harga minyak.

Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti. Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang.

Dimanakah pemimpin UMNO dan BN yang sering mengatakan ekonomi Malaysia yang lebih baik dari Indonesia sedangkan dia tidak mampu untuk membela rakyatnya dengan menurunkan harga minyak.

Ternyata Pemimpin BN berbohong kepada rakyat Malaysia dengan tidak mampu mebela nasib rakyatnya yang duduk dalam keadaan tertekan dan dihimpit resiko kenaikan harga barang apabila setiap kali harga minyak naik.

Kalaupun pernah dilakukan oleh PM Pak Lah sebelum ini, kenapa juga PM Najib tidak mampu melakukannya?

Realitinya pemim[pin BN sekarang menjadi penghisap darah kepada rakyat dengan sewenangnya menaikkan harga minyak RON 97 dan pada bila-bila masa RON 95 akan mengalami kenaikan harga.

Penurunan harga minyak sangat berkaitan dengan langkah jimat cermat sebuah kerajaan dalam berbelanja dan langkah membenteras rasuah khususnya dalam batang tubuh syarikat pengendali minyak negara Petronas.

Bayangkan sekiranya semua kos yang berkaitan dengan Petronas sangat mahal harganya
dan dikaitkan dengan kepentingan kroni dan rasuah menyebabkan Petronas menjadi tempat pihak tertentu untuk mengaut keuntungan peribadi sedangkan rakyat terpaksa menanggung kenaikan kos berganda itu dengan harga minyak yang mahal.

Contohnya sebuah stesen minyak yang ingin dibina di sebuah tanah kampung yang terpencil yang sangat murah harganya akan digandakan harga tanah itu sehingga lebih 10 kali ganda. Keaadan ini menyebabkan menyebabkan kos berganda termasuk lah dalam semua urusan lain yang berkaitan dengan Petronas sehingga mengheret rakyat untuk membayar lebih bagi setiap liter minyak.

Saya yakin sekiranya semua langkah dilakukan dalam menyusun kembali pengendalian urusan Petronas termasuk wang hasil negara itu diauditkan maka sesuatu yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak akan menjadi kenyataan.

Apapun rakyat mesti memastikan dahulu dalam PRU ke 13 akan BN diletakakan sebagai pembangkang dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin kritikal.

Kenyataan Media, DRS. KHALIL IDHAM LIM, PARIT BUNTAR, 2 Jun 2011.

Empat perkara untuk manusia keimanan mereka.

Posted: 01 Jun 2011 07:00 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

Seseorang dalam kehidupan seharian akan mendapat antara empat perkara; nikmat, bala, taat dan maksiat. Malah kadang-kadang keempat-empat itu diperoleh dalam sehari. Semua itu bergantung kepada sejauhmana keimanan seseorang.

Nikmat: Seseorang itu akan memperoleh nikmat apabila dia berusaha ke arah kebaikan selain berdoa kepada Allah. Antara nikmat yang akan diperoleh ialah kesenangan, ketenangan, kekayaan, kemudahan dan banyak lagi.

Tetapi apabila nikmat yang diperoleh itu tidak disyukuri, tidak menghargai apa yang diperoleh itu semua itu akan hilang. Itulah yang dikatakan bala.

Bala: Seseorang itu akan menerima kesusahan, kemiskinan, permusuhan, apabila hubungannya dengan Allah diputuskan. Nikmat yang diperoleh tidak disyukuri, manfaatnya digunakan secara tidak serius. Sikapnya itu dianggap sebagai tidak menghargai pemberian Allah.

Inilah bala yang jarang dianggap bala. Sepatutnya umat Islam sedar bahawa apabila usaha seseorang tidak dihargai, dia telah membina permusuhan sesama muslim. Hakikatnya semua termasuk dalam kategori bala.

Taat: Seseorang yang bersyukur akan taat kepada Allah. Segala perintah Allah ditunaikan segala yang dilarang Allah ditinggalkan. Jadi, orang yang taat ada kaitan dengan nikmat. Inilah regu yang seharusnya dikawal oleh umat Islam. Hal ini kerana tanpa taat manusia akan melakukan dosa.

Maksiat: maksiat adalah lawan kepada taat. Maka orang yang buat maksiat akan menerima bala daripada Allah. Orang yang buat maksiat bukan sahaja mencuri, berzina dan sebagainya, tetapi tidak melaksanakan perintah Allah juga dikategorikan sebagai buat maksiat.

Umat Islam perlu sedar empat perkara ini akan ada pada setiap orang. Namun, apa yang digambarkan itu menjadi satu peluang untuk masing-masing bermuhasabah.

Maka kalau bala atau maksiat sudah bersarang dalam diri seseorang agak sukar dihapuskan. Oleh sebab itu, kita perlu iringi dengan doa yang serius.

Walau bagaimanapun wanita yang tidak ada iman, mereka mudah memperoleh bala dan maksiat. Jadi, iman perlu dilakukan secepat mungkin.

Ahmad Baei Jaafar

Chile dilanda gempa bumi

Posted: 01 Jun 2011 05:30 PM PDT

1 Rejab 1432H. [MOD] -

WASHINGTON 2 Jun – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada Skala Richter melanda pantai Chile, 8.55 malam tadi waktu Malaysia.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak kira-kira 98 kilometer barat daya Concepcion dan berlaku pada kedalaman 47 kilometer.

Gempa tersebut bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kerosakan atau kecederaan.

Sementara itu, gegaran turut dirasai di bahagian selatan Chile, kawasan sama yang pernah dilanda gempa sekuat 8.8 pada tahun lalu. – Reuters

Mangsa Bot Karam Berpaut Pada Tong, Serpihan Bot Sebelum Diselamatkan

Posted: 01 Jun 2011 05:08 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA TINGGI: Kesemua 17 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia yang selamat dalam kejadian bot pancung karam di perairan Pengerang, di sini, awal Rabu, terpaksa berpaut pada tong dan serpihan kayu bot hampir lima jam sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Menyifatkan kejadian itu sebagai 'mati hidup semula', Ilham Abdul Muid, 32, berkata dia bersama rakannya, Selamat Mustar, 36, berkongsi berpaut pada satu tong minuman bersaiz tiga liter sebelum diselamatkan sebuah kapal dagang kira-kira 10 pagi.

"Kejadian itu berlaku sekelip mata. Semuanya bermula apabila bot kami dilambung ombak besar sebelum air memasuki bot.

"Dalam keadaan kelam kabut, kami semua sempat mencedok air keluar dari bot sebelum bot tenggelam kira-kira 10 minit kemudian," katanya kepada pemberita di Kompleks Jeti Penumpang dan Marina Awam Tanjung Pengelih, Pengerang, dekat sini Rabu.

Ilham berkata ketika berada di dalam bot dia turut terdengar kebanyakan mangsa melaungkan 'Allahu Akhbar' dan tidak putus-putus menjerit meminta pertolongan.

Dia yang mencari rezeki dengan menjadi buruh di negara ini sejak tiga tahun lepas, menegaskan tidak menyangka kejadian seumpama itu menimpa dirinya yang mahu pulang ke Medan, Indonesia untuk melangsungkan perkahwinan hujung bulan ini.

Detik cemas kejadian itu turut dikongsi bersama seorang lagi mangsa, Agus Umuan, 46, yang menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak diduga, membuatkan seluruh mangsa yang berada di dalam bot berkenaan menjadi panik.

"Dalam keadaan gelap, saya nampak ombak bergelora besar yang membuatkan bot kami dimasuki air. Kami semua terus mencapai apa sahaja peralatan yang dijumpai untuk membantu mengeluarkan air dari bot sebelum bot kemudian tenggelam," katanya yang berpaut pada satu tong minyak sebelum diselamatkan.

Sardi Rosni, 25, dari Lombok pula tidak menyangka dia selamat dalam kejadian itu selepas terapung selama lebih lima jam.

"Semasa terapung saya tidak putus-putus berdoa dan berharap dapat diselamatkan. Ini adalah kepulangan pertama saya ke Lombok setelah lebih empat tahun bekerja di sebuah ladang di Jerantut, Pahang," katanya. - BERNAMA

Menjawab kekeliruan Umno terhadap perjuangan PAS

Posted: 01 Jun 2011 04:25 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksana kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno.

Persoalannya, apakah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu serupa dengan kehendak sekular (agama lain, politik lain). Kalau serupa dengan kehendak sekular, tidakkah tindakan Nabi Muhammad menyampaikan salam perjuangan, buat perjanjian, mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua kerajaan di Eropah itu adalah semata-mata untuk menyampaikan dakwah Islam. Menunjukkan Islam yang dibawa oleh Nabi itu bukannya ajaran serupa sekular yang menjadi pegangan Umno.

Nabi dan politik bernegara
Demikian pula, Nabi sendiri ada cop mohor (cincin). Ia suatu lambang kuasa dalam urusan kerajaan dan politik bernegara. Dan di dalam al-Quran sendiri menyebutkan masalah muamalat, jenayah dan pemerintahan. Bukan hal spiritual sahaja. Hal kerajaan, peperangan dan perdamaian. Malah ketika peperangan turut dijelaskan aturan dan peraturan yang boleh dan tak boleh (do's and don't). Misalnya, ada pantang larang tak boleh bunuh orang tua, kanak-kanak, hatta golongan 'ahbar' yang berada di dalam gereja/biara tak boleh dibunuh semasa peperangan.

Kalau Islam untuk spiritual sahaja apa maknanya, sampai Allah pelihara Nabi selama 23 tahun menjalankan dakwah dan dan bertugas sebagai nabi dan rasul. Nabi telah menempa segala macam ujian dan rintangan serta penentangan daripada pelbagai pembesar Quraisy dan pihak berkuasa.

Sementara Umno sejak dari PAS ditubuhkan, malah sebelum itu sebuah gerakan Islam bernama Hizbul Muslimin, sentiasa menjadi serangan fitnah. Kelihatan sangat, Umno begitu dengki kepada PAS, kerana PAS boleh buat apa yang dia tak boleh buat, iaitu melaksanakan apa yang Islam suruh dan mencegah apa yang Islam larang.

Islam di sisi Umno
Sebenarnya, Islam di sisi Umno adalah 'pecah-belah' dan kita tidak sepatutnya terperangkap dengan tuduhan liar dan fitnah yang dicanang oleh mereka itu.

Umno sepatutnya terima Islam, kalau benar dia parti yang dipimpin oleh orang Islam, dan kalau nak jadi parti yang mewakili umat Islam. Apakah yang susah sangat bagi Umno nak ubah dasar? Tak kena di mana Islam, berbanding dengan dasar kebangsaan mahu pun demokrasi.

Bab demokrasi pula, benarkah Umno yang memerintah negara sekarang ini benar-benar melaksana demokrasi? Lihat saja apa yang berlaku, sampai ke peringkat parti pembangkang tak terasa, bagaimana demokrasi sebenar.

Demokrasi tempang
Sebaliknya, setiap kali pilihan raya, berlaku keadaan 'padang tak sama rata' kerana Umno dan parti-parti di bawah BN mendapat segala kemudahan atas nama kerajaan untuk berkempen. Sedangkan kita PAS dan rakan Pakatan Rakyat ditekan dan dinafikan hak berkempen secara bebas. Natijahnya tiada kebebasan bersuara, berkempen dan terlalu berat sebelah. Munasabahnya demokrasi kita ini adalah demokrasi tempang––demokrasi pun tidak Islam jauh sama sekali––diamalkan oleh Umno sekarang ini.

Malah, melihat kepada amalan demokrasi di beberapa negara jiran, mereka lebih berjaya. Demokrasi subur di Indonesia, Thailand dan Kemboja. Sedangkan mereka negara baru dalam dunia demokrasi. Amalan demokrasi di negara tersebut, mereka lebih telus, terbuka dan hak parti bertanding dilayan secara adil dan ada kebebasan serta keamanan berkempen termasuk dalam media milik kerajaan. Misalnya, dalam isu daftar pemilih peraturannya mudah, pengundi boleh mendaftar di saat akhir menjelang pilihan raya dan boleh mendaftar melalui wakil badan pilihan raya di tempat mereka akan mengundi.

Bandingkan dengan tempat kita, peraturan yang ada menyulitkan kerana dilaksana secara berpusat, masanya panjang, paling cepat empat bulan lepas mendaftar baru sah sebagai pemilih. Kenapa susah sangat nak pinda peraturan pendaftaran pemilih? Nampak sangat Umno guna ruang daftar pemilih sebagai penyelamat kuasa. Perkara ini boleh dijadikan modal dan penjelasan seluas-luasnya kepada rakyat sebagai asas menolak Umno dalam pilihan raya nanti.

Minta PAS berbaik
Justeru kita perlu menegaskan, Islam sentiasa mengutamakan hak rakyat sebagai pendukung utama kepada sistem yang adil. Maka pihak yang berkuasa perlu melaksanakan apa sahaja keadilan untuk semua rakyat sebagaimana diajar di dalam Islam.

Seperkara lagi, Umno kebelakangan ini nampak sangat cemas dan kalut. Sehingga guna orang tertentu dan NGO, minta PAS berbaik dengan Umno atau minta masuk BN. Setengahnya pula kata PAS yang beria-ia nak berbaik.

Kita kena katakan kepada mereka, sejarah dulu bukan PAS yang beria-ia masuk BN. Masa itu, yang datang pujuk adalah Tun Razak. Atas maslahat masa itu, kita terima pujukan. Tapi apa yang terjadi budi kita tidak dikenang, selepas mereka kuat kita ditendang keluar.

Atas prinsip ini, kita harus tegaskan bahawa PAS dan Umno adalah tak sama. Hatta Rais Yatim pun satu ketika dalam Semangat 46 dulu menyebutkan slogan PAS dan Umno adalah tak sama. PAS ada prinsip akidah perjuangan Islam, Umno pula kebangsaan Melayu. Jika masuk Umno, maknanya kita bersama kebangsaan Melayu dan ketika itu mungkin Islam diketepikan. Ia mustahail bagi sebuah gerakan Islam. Melainkan Umno sedia tukar dasar perjuangannya dan terima Islam.

PAS bersama semua
Sekarang pula, PAS semakin mendapat sokongan golongan bukan Islam. Selain itu, kita berjaya tubuh dewan himpunan PAS yang dianggotai rakan kita, orang bukan Islam, kita juga sudah berkawan rapat dan berjaya merapat jurang hubungan antara kaum melalui parti DAP. Paling penting ialah DAP yang sebelum ini ditohmahkan sebagai anti-Islam, kini sudah menyokong perjuangan PAS. Malah boleh duduk bersama memerintah Negeri. Tunggu masa, insyaAllah boleh bersama memerintah Negara!

Kesemuanya adalah nikmat yang diraih oleh PAS setelah bertahun-tahun bersendirian berjuang melawan Umno untuk membuktikan keadilan Islam. Mungkin atas dasar itu, Umno sekarang berminat kepada sokongan PAS. Malah Umno dilihat semakin dengki kepada PAS kerana berjaya menganjurkan program keagamaan seperti sembahyang hajat perdana dan munajat anak muda.

Hakikatnya, Umno tak layak menganjurkan program sebegitu kerana akan menjadi bahan ketawa orang. Meskipun bersama mereka ada menteri bahagian agama dan ulama muda. Masakan nak bermunajat dan sembahyang hajat, sedangkan dasar perjuangan Islam mereka tolak. Mereka ambil perjuangan sekular.

PAS berbeza dengan Umno
Semua perkara yang dinyatakan ini adalah hakikat berbezanya perjuangan Islam di bawa PAS dengan perjuangan kebangsaan-sekular Melayu dibawa oleh Umno. Atas dasar berbeza itu, kini PAS semakin mendapat sambutan pelbagai lapisan rakyat.

Justeru pengalaman PAS di Kelantan hari ini cukup jelas untuk Umno berfikir. Bahawa PAS bukan lagi parti 'tok lebai' seperti yang disyarahkan oleh tukang syarah Umno. Dalam mengurus Negeri (menjalankan kerajaan) di Kelantan, ia merupakan gandingan mantap mereka yang pakar dalam pelbagai bidang. Ada doktor, loyar, pensyarah, bekas tentera, aktivis ABIM, JIM yang cukup berwibawa. Di manakah kurangnya PAS berbanding Umno? Sebaliknya Umno itu dianggap kurang kerana tidak mahu terima Islam sebagai dasar parti dan dasar pemerintahan Negara.

Tambah lagi, dalam Islam ada segala-galanya, termasuklah Islam mengajar umatnya tentang hari akhirat yang ada pembalasan. Prinsip pembalasan di akhirat ini turut dipakai dalam perjuangan PAS. Justeru kita PAS yakin atas semua perkara yang kita perjuangkan menerusi PAS ini akan dihisab nanti di akhirat. Inilah PAS dan itulah Umno yang tidak menerima prinsip adanya pembalasan di akhirat. Maka apa jaminan Umno untuk berdepan dengan kiamat, syurga dan neraka. Jika menghayati peringatan Allah SWT dalam persoalan ini, sebagaimana firman-Nya (surah Al Infitaar ayat 13-15):

"(Gunanya catatan malaikat-malaikat itu ialah: Untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya: Orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat. Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam Neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita bakaran Neraka itu pada hari pembalasan."

Apakah persoalan hari pembalasan sebegini termasuk di dalam perkiraan Umno? Apakah dasar Umno dapat melepas diri daripada bakaran Neraka Allah?Demikian pula firman-Nya (surah At Takweer ayat 25-29):

"Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang kena rejam. (Dengan yang demikian) maka ke manakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan Al-Quran)? Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam."

Demikian sedikit gambaran dari Allah SWT tentang kedudukan kita ketika di akhirat. Apakah Umno sedia memasukkan agenda akhirat ini dalam perjuangannya. Bahawasanya, perjuangan Islam sahaja yang layak bercakap mengenai urusan akhirat kerana akhirat itu salah satu rukun iman yang dijulang dan diyakini oleh setiap perjuang Islam. Bagaimana pula Umno menilai diri/partinya mengenai akhirat?

Akhirnya, beringatlah kita semua, 'bila jiwa (roh) di langit masuk balik ke dalam tubuh' maka akan berhadapanlah kita di padang Mahsyar. Hanya Allah yang Maha Adil atas setiap perbuatan hamba-Nya. Firman Allah (surah az-Zilzaal ayat 7-8):

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"

Semoga kita semua berada di landasan kebaikan dan sentiasa menjauh diri daripada kejahatan. Demikian jaminan Allah untuk kehidupan yang hasanah di dunia dan akhirat.

Sudah sampai masanya BN ditumbangkan

Posted: 01 Jun 2011 08:03 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Nazri Abdullah

SHAH ALAM, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS menyeru seluruh anak muda di negara ini bangkit dalam pilihan raya umum akan datang untuk menumbangkan BN.

Bercakap menyampaikan ucapan dasar malam ini, ketuanya Nasrudin Hassan berkata, BN sudah tidak boleh lagi dibiarkan merosakkan negara ini.

"Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka.

"Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara.

"Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan "Sudah sampai masanya BN ditumbangkan," katanya.

Mengemukakan beberapa sebab kenapa BN wajib ditumbangkan, beliau berkata BN telah terbukti gagal mengurus ekonomi negara dengan baik sehingga rakyat dimangsakan untuk menambah wang negara.

Ianya terbukti apabila beberapa pengumuman baru dibuat kerajaan termasuk menaikkan harga barang keperluan seperti petrol, gula dan terbaru tarif elektrik.

Akibat kegagalan pengurusan ekonomi itu juga, kerajaan semakin terdesak sehingga mengugut rakyat membayar saman ekor.

"Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa "memecah tabung rakyat" bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan.

"Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik",tambahnya lagi.

Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-52 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dirasmikan malam ini oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Muktamar penuh akan berlangsung esok termasuk pengundian untuk perwakilan memilih barisan kepimpinan dewan itu untuk sesi 2011-2013.

Harakahdaily/-

Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS : Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Posted: 01 Jun 2011 07:52 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
Nasrudin Hassan at Tantawi

Dan Kami mahu mengurniakan pertolongan keatas golongan yang tertindas di atas muka bumi ini, lantas kami menjadikan mereka pemimpin-pemimpin serta kami menjadikan mereka orang-orang yang berhak mewarisi

g Surah al Qasas : Ayat 5

1. Menjunjung kasih dan syukur setinggi – tingginya kehadhrat Rabbul Izzati justeru rahmat agongNya meliputi sekelian makhluk tanpa sempadan, lantas memilih manusia sebagai duta untuk mengimarah bumi ini dan terlebih istimewa apabila kita adalah pemuda terpilih sebagai pejuang untuk memimpin ummah melandasi syariatNya.



2. Selawat dan salam ke atas Rasulul Ummah al Musthafa saw. Pemimpin yang telah mengemudi kebangkitan ke arah membebaskan ummah dari kebejatan sistem politik dan sosial yang berteraskan syahwat dan bisikan syaithan.

3. Sejambak penghargaan buat kegigihan yang telah dipamerkan oleh as saabiquunal awwalun [generasi terdahulu] yang menjadi mata rantai perjuangan Islam demi mendaulatkannya di atas muka bumi ini.


Yang berbahagia Saudara Pengerusi Majlis

Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani Timbalan Ketua DPPM

Al Fadhil al Akh Sabky bin Yusuf Naib Ketua DPPM

Al Fadhil Al Akh Khairul Faizi bin Ahmad Kamil Setiausaha DPPM

[merangkap Pengarah Panitia Muktamar DPPM kali ke 52]

Yang dikasihi anggota Jawatan Kuasa Harian DPPM

Yang dihormati sahabat – sahabat EXCO DPPM,

Yang berbahagia Pengarah Jabatan dan Ketua DPP negeri.

Yang Berbahagia Pengerusi & Timb. Pengerusi Tetap DPPM

Yang dimuliakan dhif kehormat yang terdiri daripada rakan – rakan pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat [AMK dan DAPsy] serta NGO jua tokoh akademik dan masyarakat.

Akhirnya, tidak saya lupakan ialah para perwakilan dan pemerhati yang dirahmati Allah swt sekelian. Teristemewa pula penghargaan muktamar DPPM kali ke 52 yang berlangsung hari ini buat pemerhati rasmi dari Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Muqaddimah.

Sidang muktamirin yang dirahmati Allah sekelian,

4. Alhamdulillah sejarah dicipta lagi, apabila DPP Malaysia hari ini melangsungkan muktamarnya bagi kali ke 52. Seusia itu, DPP telah berperanan untuk mendukung dasar perjuangan PAS di samping melakukan tajdid [pembaharuan] dalam gerakkerja siasah dan dakwah.



5. Sementara, dalam konteks kebangkitan Islam di Malaysia, DPP bergerak selangkah kaki dan sehayun tangan bersama golongan muda dengan membangkitkan rasa kebertanggungjawaban mereka terhadap Islam dan masyarakat.

6. Kita optimis bahawa generasi anak muda akan terus menjadi tunjang peradaban Malaysia, apabila mereka tetap berpegang kepada prinsip Islam dan menjunjung nilai kemanusiaan sejagat. Sebagaimana ungkapan sebuah syair Arab:

انَّ فى يدى الشُبّان امرَ الامة وفى اقدامها حياتَها

Sesungguhnya ditangan (kekuasaan) pemudalah urusan ummah, dan pada langkah (jatidiri) pemudalah kelangsungan hidup ummah tersebut.


Pemuda Ansoorullah yang dirahmati Allah sekelian.

7. Muktamar kita yang lalu, saya telah menggariskan gagasan perjuangan DPP dalam menempuh separuh abad yang mendatang, iaitu melakar wajah Malaysia baru yang sejahtera, adil, saksama dan mendapat keampunan dari Allah swt.



8. Saya juga telah menokhtahkan peraturan dan arahan yang menuntut kita mempersiapkan diri dengan memurnikan perjuangan supaya selari dengan tuntutan al-Qur`an dan al-Sunnah, jua sebagai persediaan untuk memaknakan kemenangan yang sedang dan bakal kita terajui bersama insyaallah.

9. Justeru itu, muktamar DPP Malaysia kali ke 52 ini pula, menjadi medan untuk saya mengajak para pemuda sekelian agar kita memulakan langkah melaksana gagasan perjuangan tersebut dengan memimpin anak muda melakukan kebangkitan ke arah wajah baru Malaysia.

10. Frasa "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" bermaksud, DPP akan berganding bahu dengan seluruh anak muda Malaysia, menggerakkan perubahan ke arah wajah Malaysia baru dengan berkongsi gagasan dan pengalaman perjuangan kami sebagai pedoman dalam melakukan kebangkitan.



11. Pemuda yang saya kasihi sekelian, Insyaallah kita akan bergerak di atas semangat petunjuk Allah swt :

dan Kami telah taut kukuhkan hati - hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), tatkala mereka bangkit lantas berkata: "Tuhan Kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

Surah Al Kahfi : 14



12. Saya yakin dan percaya bahawa anak muda Malaysia hari ini, jua dikenali sebagai generasi millennium [Generasi Y] bukanlah golongan yang buta maklumat, naïf kesedaran dan daif dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab mereka.



13. Namun, sebagai rakan dalam perjuangan dan gandingan dalam kebangkitan, DPP terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab membina generasi muda agar mempunyai kekuatan dan mampu berperanan demi agama, negara dan bangsa.



14. Generasi Y lazimnya merujuk kepada anak muda yang lahir antara tahun 1978 hingga 2000. Generasi ini disifatkan sebagai golongan yang tidak terikat dengan sesuatu pegangan politik, sosial dan falsafah tetapi sedia bangkit melakukan perubahan.



15. Generasi ini merupakan generasi digital yang bukan sekadar celik maklumat tetapi senantiasa peka dengan perkembangan semasa. Karakter yang dimiliki oleh anak muda seperti ini sebenarnya berupaya menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sesebuah masyarakat dan negara.



16. Seluruh anggota DPP sayugianya menyedari kehadhiran anak muda yang sedang berada dalam iklim sosial dan politik negara hari ini. Mereka menepati ciri-ciri yang ada pada Generasi Y. Ia turut membawa pengertian bahawa peluang dan ruang untuk DPP bergandingan dengan mereka ke arah melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini adalah lebih terbuka.



17. Kita perlu mendekati anak muda ini secara bersemuka termasuklah di gentian maya melalui media baru. Mereka perlu dibekalkan ilmu, maklumat tepat mengenai realiti sosial, ekonomi dan politik semasa untuk menggambarkan betapa perlunya mereka bangkit membuat perubahan. Telah berkata Saidina Ali Karramallahuwajhah.

مَن أرادَ الدنيا فعليه بالعلم و مَن اراد الآخرة فعليه بالعلم و مَن ارادَ هما فعليه بالعلم .

Maksudnya : barangsiapa yang mahu menguasai dunia maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai akhirat maka mestilah ia memiliki ilmu dan barangsiapa yang mahu menguasai kedua – duanya maka mestilah ia memiliki ilmu.



18. Kemunculan generasi ini menandakan zaman masyarakat berfikir dan bertindak secara dogmatik semakin berlalu. Generasi muda hari ini adalah generasi yang sentiasa bersedia melakukan perubahan terutama apabila mereka menyaksikan wujudnya elemen yang mendorong, seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penindasan, ketidakadilan dan perlecehan syariat.



19. Mereka adalah generasi celik maklumat yang berpendirian dan bertindak berdasarkan argumen, lantaran tiada tempat lagi di hati dan minda mereka, berita bertaraf jalanan seperti yang sering terpampang di akhbar aliran perdana.



20. Justeru itu, peranan yang wajib dilaksanakan oleh DPP ialah terus berdamping dengan anak muda dan membekalkan mereka dengan ilmu yang benar dan maklumat yang tepat, kelak kita akan menyaksikan kebangkitan mereka mengorak perubahan yang tidak dijangka.



Kebangkitan Generasi Muda Masa Kini


21. Naluri anak muda yang berdaya juang dan berdaya tahan telah meletakkan mereka sebagai unsur utama mencetus gelombang kebangkitan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia. Malah anak muda jualah menunjangi gerakkerja dakwah para Rasul as. menggalas misi pengislahan ummah.



Senario Politik Timur Tengah


22. Kelansungan faktor inilah, anak muda sekali lagi menggegarkan dunia apabila mencetus gelombang besar, bangkit menuntut perubahan politik dan ekonomi di dunia Arab. Gelombang yang digelar para wartawan sebagai "Tunisami" itu bermula dari Tunisia kemudiannya merebak ke negara Arab yang lain termasuk Mesir.



23. Kebangkitan ini mempunyai nilai harga yang sangat tinggi justeru ia terlebih dahulu dibayar dengan pengorbanan darah dan nyawa anak muda disepanjang zaman, menentang penguasaan regim diktator.



24. Kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini, mengesahkan ketetapan Tuhan Maalikul Mulk . Firman Allah swt ;

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah Ali Imran : 26

Politik Anak Muda di Singapura.


25. Contoh terbaru 'kuasa anak muda' dapat dilihat dalam pilihanraya umum Singapura baru-baru ini apabila parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengalami penyusutan undi popular yang ketara (iaitu sebanyak 60.14% daripada 66.6% pada 2006) kesan daripada protes dan aktiviti kepembangkangan secara berkesan di kalangan anak muda Singapura terutamanya melalui medan maya selepas media perdana dilihat hanya melaporkan yang 'molek-molek sahaja' tentang PAP.



26. Bekas Menteri Luar Singapura, George Yeo yang dianggap calon 'heavyweight' PAP turut tersungkur dek kebangkitan baru anak muda Singapura. Seperkara lagi yang menarik perhatian adalah jumlah calon-calon pilihanraya di kalangan anak muda sama ada yang ditampilkan oleh parti pemerintah mahupun pihak oposisi, termasuk calon yang paling muda yang berusia 24 tahun yang telah menyuntik elemen 'wow' dalam kempen politik semasa pilihanraya umum baru-baru ini selain memperlihatkan kematangan dan keupayaan generasi muda republik tersebut.



Kebangkitan Anak Muda di Malaysia.


27. Justeru itu, saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, samaada kerajaan BN diperingkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadhiran generasi Milenium ini.



28. DPP memberi amaran kepada BN supaya membuka selebarnya pintu demokrasi, juga sekali – kali jangan menipu dan menyeleweng serta menyalahguna kuasa semata – mata untuk meraih kemenangan di dalam pilihanraya. Kedegilan, keangkuhan dan sikap keras kepala BN, membawa mereka sekali lagi berdepan dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung, bersama operasi BERSIH 2 pada 9 Julai 2011 akan datang insyaallah.



29. Sementara buat kerajaan Pakatan Rakyat pula, DPP menegaskan supaya mereka menunaikan manifesto Pilihanraya Umum 2008 yang lalu, dengan penuh tanggungjawab dan amanah khususnya berkait dengan Negara Berkebajikan.



30. Lebih khusus, DPP dengan penuh insaf dan prihatin merujuk kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan dan Kedah sedang PAS dominan di situ, supaya mereka segera mengatasi kelemahan yang ada, senantiasa peka terhadap tuntutan rakyat, memperkukuh saff kepimpinan dan memperkasa jentera pentadbiran kerajaan.



31. Semoga peristiwa kalah teruk pada tahun 2004 tidak berulang lagi dan suka saya peringatkan kita semua bahawa Pilihanraya Umum ke 13 kelak, jumlah pengundi dari kalangan Generasi Y akan mencapai lebih 7 juta orang, iaitu menepati 50% dari keseluruhan pengundi berdaftar.



Saudara sidang muktamirin sekelian.

32. Komposisi pengundi muda seperti ini menjadi isyarat awal bahawa kebangkitan anak muda untuk melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik bukan satu perkiraan yang kosong, sebaliknya ia benar – benar berpotensi untuk meletus.



33. Sejarah negara menjadi saksi dan bukti berfakta, bahawa anak muda sebelum generasi Milenium telah pun menjana beberapa kebangkitan sepertimana kebangkitan Mahasiswa di era 70an, ledakan kesedaran Islam dari kalangan anak muda di era 80an dan gelombang reformasi diakhir dekad 90an.



34. Kebangkitan anak muda pada babak – babak ini telah memberi dampak besar kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik Malaysia. Saya yakin dan percaya, tsunami politik tahun 2008, merupakan episod kebangkitan baru anak muda yang mula disertai oleh Generasi Milenium.



Mahasiswa Kuasa Ketiga Penjana Perubahan.

35. Kalangan anak muda di Malaysia, sekelompok daripada mereka ialah Mahasiswa yang sedang berada di kemuncak pendidikan formal negara.



36. Pada kesempatan ini, DPP terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada mahasiswa di beberapa buah university tempatan, kerana berani membuat perubahan dan mencetus kebangkitan semula sehingga membawa kemenangan kepada pro mahasiswa.



37. "Students power" dan peranan strategik mahasiswa selaku 'the third force' dalam mengembeleng perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini, sememangnya telah dikesan sejak sekian lama. Lantaran itu, potensi yang ada pada gerakan mahasiswa telah dikekang dan dipasung melalui Akta Universiti dan Kolej university [AUKU] 1971.



38. Mahasiswa dilayan seumpama 'rakyat kelas kedua' apabila aktivisme mereka ditentang dan mereka dihalang dari menyuarakan pandangan, khususnya perkara yang melibatkan soal politik dan masa depan negara. Hanya aktiviti membodek dan mengampu pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh segelintir "Napoleon Kecil" yang berada di kerusi Hal Ehwal Pelajar [HEP] setiap universiti.



39. Natijah dari undang - undang dan peraturan yang membelenggu mahasiswa dan ahli akademik di kampus, jelas tidak langsung membantu dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini, bahkan ianya menjelaskan kenapa reputasi universiti kita selalu merudum dalam pelbagai ranking universiti dunia.



40. DPP selamanya bertegas, bahawa soal pendirian politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menentukannya tanpa paksaan dan ugutan.



41. Kami komited membuat tuntutan supaya diberikan ruang kebebasan yang lebih luas kepada para mahasiswa untuk menyatakan suara dan pandangan mereka terhadap apa jua perkara yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.



42. Meskipun beberapa pindaan telah dilaksanakan ke atas AUKU dengan sedikit sebanyak penambahbaikan telah dilakukan, namun kami berpendirian bahawa pindaan tersebut masih belum mencukupi kerana para mahasiswa masih tidak dibenarkan untuk terlibat dengan parti politik.



43. Kelonggaran untuk mahasiswa terlibat dengan persatuan atau NGO di luar kampus juga hanya sekadar kosmetik semata-mata, kerana Menteri Pengajian Tinggi masih berkuasa mutlak untuk melarang mahasiswa dari terlibat dengan persatuan atau NGO jika menurut pandangan Menteri sebagai "tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti" sebagaimna yang disebut pada Seksyen 15 (1)(c) AUKU (pindaan 2009).



44. Pindaan kononnya untuk memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka, nampaknya tidak lebih dari sekadar perlecehan terhadap daya intelektual mahasiswa semata-mata. Mahasiswa diizin untuk menyatakan pandangan secara terbuka, namun pandangan tersebut dihadkan hanya kepada topik yang berkaitan dengan bidang pengajian mahasiswa terbabit seperti yang termaktub dalam Seksyen 15(6)(a) AUKU (pindaan 2009).



45. Bukankah ini bermakna, mahasiswa yang mengambil bidang matematik hanya boleh bercakap hal ehwal yang berkaitan dengan matematik semata-mata?



46. DPP mengulangi komitmen memperjuangkan agar universiti dilepaskan dari cengkaman politik sempit lalu memberikan autonomi yang lebih besar kepada pihak pengurusan universiti, di samping memberikan ruang kebebasan yang lebih lebar kepada mahasiswa selaku pewaris kepimpinan negara.



47. Saya mengajak seluruh mahasiswa di negara ini turut berganding bahu supaya gelaran "pewaris kepimpinan negara" yang sering diungkap, benar-benar menjelma dan menjadi kenyataan dengan kebangkitan memartabat gerakan mahasiswa sebagai kuasa ketiga penjana perubahan.



Kenapa Anak Muda Perlu Bangkit ?



Saudara Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian.



48. DPP ingin menarik perhatian Generasi Milenium hari ini, bahawa kerajaan yang diterajui oleh BN sekarang begitu lemah sehingga tidak berkeupayaan lagi menguruskan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.

49. Slogan "Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" hanyalah merupakan frasa indah untuk menutup kegagalan mereka. Pencapaian yang disasarkan melalui pelbagai program seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara [NKRA], Program Transformasi Ekonomi [ETP] dan lainnya, secara realiti tidak dirasai oleh rakyat terbanyak.



50. Hakikatnya kualiti hidup rakyat Malaysia semakin merosot dan lebih menyedihkan lagi Generasi Milenium ini terus dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Sekiranya semua situasi ini boleh saya simpulkan kepada satu ayat ringkas, maka saya menegaskan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".



Kebejatan Sosial



51. Sebagai renungan kepada para pendukung DPP, yang merupakan 'duta penyelamat dan kasih sayang', saya kemukakan beberapa data yang dikemukakan secara rasmi dalam media massa di negara kita.

Bunuh diri



52. Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia atau National Suicide Registry Malaysia (NSRM), daripada bulan Januari hingga Ogos tahun lepas (2010), jumlah kes bunuh diri melibatkan 425 orang dengan purata 60 orang sebulan. Ertinya, setiap hari dua orang rakyat Malaysia mencabut nyawa sendiri. Petunjuk ini begitu mengejutkan kerana jumlah ini hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat. DPP mempersoalkan di mana kesungguhan kerajaan untuk menangani kebejatan ini?



Buang Bayi



53. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf mencatatkan peningkatan ketara iaitu 16,100 orang pada 2007, 16,541 orang pada 2008 dan 17,303 orang pada 2009.



54. Tahun 2011, keadaan dilihat semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes pembuangan bayi berlaku.



Jenayah Juvana



55. Sekiranya kita merujuk kepada kes jenayah juvana pula, ianya semakin membimbangkan. Jenayah ini meliputi kes penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, gejala buli, pengambilan pil khayal, peras ugut, terlibat dengan kumpulan haram, menonton video lucah dan pelbagai kegiatan lain yang berhubung kait dengan jenayah.



56. Menurut statistik 2010, 1.43 peratus kes-kes disiplin direkodkan di sekolah di seluruh negara, termasuk 0.32 peratus kes jenayah seperti pergaduhan dan kes kecurian. Perangkaan ini sebenarnya belum termasuk kes jenayah juvana yang tidak dilaporkan kepada pihak berwajib.



Kemalangan Jalanraya



57. Antara statistik yang membimbangkan adalah statistik kemalangan jalan raya di Malaysia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri dipetik berkata, kira-kira 6,800 nyawa melayang di jalan raya setiap tahun, dengan 65 peratus kemalangan jalan raya berpunca akibat memandu melebihi had kelajuan ditetapkan. Golongan yang paling ramai terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah dalam lingkungan 25-30 tahun iaitu sebanyak 50%.

58. Lingkungan umur ini adalah merangkumi usia pimpinan dan ahli Pemuda! Bayangkan berapa ramai bakal doktor, jurutera, guru, peguam, usahawan tani, hatta ulama terbilang maut di jalan raya!



59. Menyorot dari sudut ekonomi, kemalangan jalan raya di seluruh negara setiap tahun mengakibatkan kerugian RM9 bilion, yang meliputi kos perubatan, bayaran insurans, baik pulih kenderaan dan kerugian pengeluaran. Jumlah kerugian ini hampir menyamai jumlah perbelanjaan beberapa kerajaan negeri dalam tempoh setahun!



60. Kegagalan menangani permasalahan yang meruncing ini akan melumpuhkan upaya dan bakat yang dimiliki oleh generasi muda negara sekaligus memperjudikan masa depan negara dan ummah. Sedang para hukamak telah mengungkapkan .



انْ أردْتَ أنْ تسْتشرفَ مستقبل الأمة فترقب حركة شبابها



Maksudnya: Jika engkau mahu menuntut kemuliaan pada masa depan ummah, maka hendaklah engkau awasi pergerakan generasi mudanya.

61. Saya ingin bertanya para pendukung DPP dan seluruh Generasi Milenium di Malaysia, apakah beberapa kes kebejatan sosial seperti yang didedahkan ini tidak membimbangkan? Andai kebimbangan mula dirasai, maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".

Ekonomi Harimau Kertas



62. Selama lebih 50 tahun yang lalu, rakyat telah didendangkan dengan keajaiban kerajaan BN mengurus ekonomi negara. Pada tahun 1990, rakyat didodoikan pula dengan lagu "Wawasan 2020" menjanjikan sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

63. Kerajaan negeri yang diterajui oleh BN pula menjanjikan pencapaian sebagai negeri maju lebih awal seperti Melaka pada tahun 2010 dan Perak pada tahun 2015. Hari ini semakin tersingkap bahawa semua slogan itu sekadar dendangan yang membuaikan rakyat Malaysia dengan impian yang tidak kesampaian.



64. Sekiranya pencapaian ekonomi negara dipertimbang berasaskan kepada pertimbangan model ekonomi semasa, Malaysia adalah tergolong dalam kategori negara yang sedang membangun dan berpendapatan sederhana.



65. Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Jauh untuk menyaingi negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.



66. Berasaskan kepada pencapaian tersebut di samping melihat pacuan dan hambatan ekonomi semasa, adalah sukar dalam tempoh kurang daripada sembilan tahun akan datang Malaysia boleh mencapai status negara maju pada tahun 2020.



67. Usaha kerajaan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan negara menemui jalan buntu, sehingga kerajaan terpaksa "memecah tabung rakyat" bagi menampung perbelanjaan defisit yang terus berlanjutan. Sebaliknya apa yang jelas, usaha kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan negara ialah dengan memotong subsidi, mengenakan cukai baru dan memburu pesalah trafik.

68. Bila tiada lagi tabung rakyat yang boleh dipecahkan, usaha mempelbagaikan sumber itu tertumpu pula kepada membuat hutang baru atas nama terbitan bon dan sebagainya. Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding KDNK berada pada paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.



69. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala, bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 dan boleh membawa kepada status muflis. Saya ingin bertanya kepada para pendukung DPP dan Generasi Milenium, melihat kepada situasi gawat ini, di mana hebatnya BN menguruskan ekonomi negara?



Saudara Sidang Muktamirin yang dihormati sekelian.



70. Konvensyen Profesional Muda 2011 anjuran DPP baru-baru ini telah dibentang beberapa gejala sosial berkaitan ekonomi, iaitu seperti berikut:

Pertama : Jurang antara Kaya dan Miskin yang Semakin Melebar



71. Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Pembangunan Manusia (UNHDP) pada tahun 2004, jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin adalah yang terburuk di Asia Tenggara dan antara yang terburuk di Asia.



Kedua: Jurang Pembangunan antara Wilayah yang Tidak Seimbang



72. Semasa era pemerintahan Perdana Menteri kedua, usaha telah diambil untuk mengurangkan jurang perbezaan ini dengan program Pembangunan Wilayah, Perbandaran Luar Bandar dan lain-lain. Bagaimanapun, selepas era itu tidak kelihatan usaha yang jelas untuk mengurangkan jurang ini. Bandar utama seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru dan Georgetown terus mengalami proses urbanisasi yang begitu pesat sedangkan kawasan luar Bandar terus tertinggal.



Ketiga: Daya Ketahanan Ekonomi yang Rapuh



73. Masyarakat Malaysia sentiasa terdedah dengan turun naik harga barangan makanan dunia disebabkan kebergantungan kepada negara lain. Dari segi pengeluaran beras, sehingga hari ini Malaysia belum pun mencapai sasaran 70% pengeluaran beras tempatan, manakala komoditi makanan yang lain seperti perikanan dan penternakan peratus kebergantungan kepada import masih begitu tinggi.



Keempat: Ketirisan Perbelanjaan Awam



74. Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara penyakit ekonomi yang begitu parah di negara ini. Menurut Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam, manakala menurut Brain Wain pula sebanyak RM 340 bilion ketirisan berlaku sepanjang pemerintahan Dr Mahathir Mohammad.



75. Baru-baru ini negara dikejutkan lagi dengan laporan Global Financial Integrity (GFI) yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 hingga 2008. Ketirisan seperti ini bukan sahaja merugikan negara dan rakyat, tetapi juga mengurangkan daya saing Malaysia untuk menarik pelaburan.

Kelima: Peningkatan Berterusan Kos Hidup



76. Menurut laporan majalah International Living tahun 2010 kos hidup[1] di Malaysia berada pada kedudukan ke 21 paling tinggi di dunia, lebih baik daripada kedudukan pada tahun 2009 di kedudukan ke 13. Kenaikan mendadak barang keperluan termasuk harga rumah, akan menjadikan kos hidup rakyat semakin tinggi sedang pertambahan pendapatan agak perlahan. Dilaporkan, buat masa ini 50% hingga 60% pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membeli makanan dan peratusan ini boleh mencapai 80% dengan kenaikan barangan yang berterusan.



77. Situasi ini menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan dihabiskan untuk menampung kehidupan dan simpanan isi rumah di Malaysia sangat terbatas.

Sidang Muktamirin yang dirahmati Allah,



78. Saya ingin membawa perhatian para muktamirin semua untuk melihat hasil kajian yang dilakukan oleh Pemuda BN sendiri yang boleh menggambarkan betapa kerapuhan ekonomi negara menjanjikan mimpi ngeri kepada anak-anak muda di Malaysia.



79. Menurut kajian yang mereka lakukan, hampir 40% anak muda bimbang terhadap masa depan negara. 48% anak muda berpendirian, kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin, iaitu 39% berpendapat kehidupan di Malaysia adalah sukar dan hanya cukup untuk keperluan sahaja, manakala 9% yang lain berpendapat sangat sukar dan tidak cukup untuk keperluan.

80. Dilaporkan juga, 81% anak muda di Malaysia pernah kehabisan wang sebelum mendapat gaji bulan berikutnya, dengan 10% dari anak muda kerap menghadapi situasi tersebut. Apalagi yang dapat saya simpulkan daripada petunjuk-petunjuk di atas, melainkan "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN".



PTPTN Melahirkan Anak Muda Berjiwa Hamba



Saudara Perwakilan dan Pemerhati yang dihormati sekelian.



81. DPP amat empati dan simpati dengan nasib yang menimpa para peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terbeban apabila terpaksa membayar balik pinjaman mereka pada kadar yang lebih tinggi dari jumlah yang dipinjam. Beban hutang PTPTN ini laksana satu perangkap yang telah menjerut leher anak muda yang bukan sahaja memberikan kesan terhadap ekonomi, bahkan juga dari segi psikologi, sosial dan politik.



82. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jerat PTPTN ini pada jangka masa panjang akan melahirkan anak muda yang rendah diri, tidak mampu berdikari dan tidak berani untuk mengungkapkan kebenaran apalagi menjadi agen perubah dalam menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan. Zahir daripada mereka hanyalah jiwa hamba yang takut untuk bersuara dan sentiasa mengiyakan kefasadan yang berlaku.



83. Sebenarnya kegagalan majoriti dari para peminjam menjelaskan hutang mereka kepada PTPTN mempunyai kaitan langsung dengan iklim dan suasana ekonomi negara di bawah teraju BN yang gagal melonjakkan ekonomi negara hingga pendapatan rakyat tidak meningkat, meskipun mereka ini adalah para graduan universiti.

84. Kerajaan juga gagal dalam mengawal harga barangan keperluan sehingga kos sara hidup di Malaysia semakin mencanak naik. Seseorang graduan akan terus memikul hutang apabila mereka terpaksa meminjam untuk memulakan kehidupan yang baru, ditambah lagi dengan hutang PTPTN yang sedia ada.



85. Para graduan di Malaysia juga turut berdepan dengan masalah kurangnya peluang pekerjaan dan persaingan mendapatkan pekerjaan yang sengit, bahkan jika mereka mendapat pekerjaan sekalipun, gaji permulaan yang ditawarkan adalah begitu rendah jika dibandingkan dengan negara lain.



86. Lebih malang lagi, purata kenaikan gaji dan pendapatan yang dinikmati di Malaysia juga adalah rendah. Berdasarkan statistik terkini, purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000-2010, adalah hanya di sekitar 2.6%, dan ini adalah jelas lebih rendah berbanding dengan 3.2% purata kenaikan gaji dunia, termasuklah di negara dunia ketiga.



87. Terkepung dalam kesempitan inilah, para graduan terpaksa berhempas pulas untuk menjelaskan hutang PTPTN mereka. Para peminjam PTPTN bukan sahaja berhadapan dengan tindakan mahkamah, bahkan sebelum ini juga mereka turut berdepan dengan tindakan disenarai hitamkan termasuklah dilarang untuk keluar negara.



88. Lihatlah wahai anak muda, kerajaan BN terbukti gagal memperbaiki taraf ekonomi negara yang boleh menjamin generasi muda berpendidikan tinggi mendapat taraf hidup yang sewajarnya. Kalaulah graduan pun turut terhimpit dengan kegawatan ekonomi ini, diyakini 80% lagi anak muda yang berpendidikan SPM ke bawah turut sesak terhimpit dengan nasib yang sama.



89. Justeru, atas dasar kepedulian terhadap para graduan dari kalangan para peminjam PTPTN, DPP menuntut agar perkara-perkara berikut dilaksanakan:



90. Pertama: Kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dikuatkuasakan HANYA selepas enam bulan dari tarikh peminjam mendapat pekerjaan tetap yang setaraf dengan kelulusan mereka, dan bukannya enam bulan selepas dari menamatkan pengajian sebagaimana yang diamalkan sekarang



91. Kedua: Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan juga Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang membolehkan pihak PTPTN menghantar nama peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman kepada Jabatan Imigresen untuk disenarai hitamkan bagi maksud menghalang peminjam ini dari keluar negara meskipun atas tugasan rasmi, hendaklah dipinda atau dimansuhkan sama sekali.



92. Ketiga: Bentuk pinjaman baru yang tidak mengenakan langsung sebarang faedah atau kos perkhidmatan hendaklah diperkenalkan bagi menggantikan sistem pinjaman yang sedia ada.



93. Keempat: Memberikan hak biasiswa kepada kaum Melayu dan bumiputera sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.



Kebobrokan Politik



94. Hari ini, politik Malaysia semakin mundur ke belakang dengan elemen perkauman yang semakin menebal, pengamalan budaya politik jijik, maki hamun dan lucah serta penutupan ruang demokrasi kian berleluasa.



Politik Perkauman Semakin Menebal



95. Pasca tsunami politik 2008, UMNO dan BN begitu terdesak mempertahankan survival kuasa politik mereka. Melalui agenda politik yang terancang, episod politik perkauman terus disuburkan melalui kenyataan politik pimpinan UMNO, laporan provokatif media perdana dan tuduhan melulu para cybertroopers upahan mereka.



96. Umno juga mempertahankan kandungan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang sememangnya kuat berbau perkauman, juga menghasut para peserta supaya memandang serong terhadap kaum bukan Melayu. BTN yang telah diberi peruntukan besar, sebagai contoh pada tahun 2009 sebanyak RM 72 juta, seringkali digunakan bukan sahaja untuk menghasut supaya membenci kaum bukan Melayu, tetapi juga menabur fitnah terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.



97. Kesan dari propaganda tersebut, rata-rata pimpinan UMNO dari peringkat nasional sehingga ke peringkat cawangan masih beranggapan bahawa kaum Cina dan India sebagai pendatang asing atau warganegara kelas kedua.



98. UMNO juga dilihat merestui tindakan media seperti Utusan Malaysia yang sering menyalakan api perkauman. Hasutan perkauman oleh Utusan Malaysia dan pemimpin UMNO ini dilihat telah mempengaruhi segelintir masyarakat kita hari ini.



99. Tidak cukup dengan menyalakan api perkauman, proksi UMNO itu juga menyemarakkan sentimen keagamaan yang jelas bertentangan dengan pendirian Islam yang sebenar. Sebagai contoh, pada awal bulan Januari 2010 beberapa gereja telah dibakar ekoran dari kenyataan organisasi ini yang bersifat hasutan berkait isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.

100. Kejadian ini merupakan satu sejarah hitam kepada negara Malaysia sekaligus membuktikan kerajaan BN gagal untuk membawa Malaysia ke arah perpaduan nasional. Oleh sebab itu, saya ingin bertanya anak muda sekelian, adakah wajar kita menyokong BN ? jika jawapannya tidak , maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN"



Pengamalan Budaya Politik Jijik



Sidang Muktamirin Sekelian.



101. Belum puas dengan politik perkauman dan politik persengketaan agama yang semakin menebal, BN menaja pula budaya politik jijik lagi lucah dalam negara ini. Sedang menurut Islam, berpolitik adalah tanggungjawab dan kegiatan yang murni, untuk memikul amanah Allah swt. menguruskan bumi dan menegakkan keadilan kepada para penghuninya.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan. Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.



Surah an-Nuur: 55



102. Justeru tanggungjawab politik itu merupakan suatu yang murni, Rasulullah saw. sendiri bertindak menjadi pemimpin politik sebagaimana juga Rasul terdahulu. Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah rhu. :



إنّ بني إسرائيل كانتْ تسُوْسُهُم الأنبياء



Maksudnya: Sesungguhnya adalah Bani Israil itu, pemimpin-pemimpin politik mereka ialah para nabi.



Riwayat Ahmad



103. Kali ini budaya politik lucah bukan hanya melibatkan surat layang, buku picisan dan media massa arus perdana, tetapi turut melibatkan institusi agama Islam dan masjid. Sehingga kini pihak berwajib agama Islam tidak bertindak di bawah peruntukan yang sedia ada untuk menyekat budaya politik jijik ini daripada menular.



104. DPP mempersoalkan, ke mana perginya semua organ kerajaan yang sering didakwa sebagai agensi terbaik di dunia untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dengan budaya politik seumpama ini. Mengapa sehingga hari ini tiada tindakan terhadap blogger dan penulis upahan yang terlibat secara langsung dalam penyebaran video perlakuan seks tersebut?



105. Mengapa tiada sekatan dikuatkuasakan terhadap media massa yang menyebarkan fitnah dan hasutan seperti ini? Lebih malang lagi, mengapa tiada pendakwaan Qazaf terhadap mereka yang membuat tuduhan zina atau liwat terhadap individu tertentu seperti yang terpampang di dada akhbar, laman sesawang dan pentas ceramah. Kenapa mereka diam membisu sejuta bahasa ? Lupakah peringatan Nabi saw.



السَّاكتُ عن الحق ّ الشيطانُ أخرس

Diam dari menyatakan kebenaran adalah syaithan bisu.



106. DPP menyeru kepada semua pencinta Islam khususnya ahli-ahli PAS dan seluruh generasi muda supaya tidak terlibat dengan budaya politik jijik ini. Jauhkan daripada melakukan pembunuhan karakter termasuklah terhadap lawan politik di luar PAS seperti UMNO dan BN. Kita menentang UMNO bukan kerana kelemahan peribadi yang ada dalam UMNO, tetapi kerana keengganan UMNO untuk menyempurnakan amanah Allah swt dan kegagalan mereka memerintah dengan adil dan saksama. Jadilah anak muda yang tinggi akhlak dan mooralnya. Sabda Rasulullah saw :



ان ّ اللّه لَيُعْجَبُ مِن الشَّبابِ الَّذِي لَيْسَتْ له صَبْوَة

Sesungguhnya Allah mengkagumi anak muda yang tiada kerosakan akhlak pada dirinya.

Riwayat Imam Ahmad



107. Sudah sampai masanya anak muda menganjak budaya berpolitik kita kepada budaya politik bermoral dan berteraskan ilmu. Kita mahu politik yang jujur dan telus. Politik fakta dan hujjah. Politik yang bersulamkan akhlak. Hasrat kita ini hanya dapat diterjemah dengan menumbangkan BN dalam PRU akan datang. Saya ingin bertanya sekali lagi kepada Generasi Milenium sekelian, Apakah masih ada sokongan saudara buat UMNO dan BN ? jika tiada, maka "SUDAH SAMPAI MASANYA BN DITUMBANGKAN"



Penutupan Ruang-ruang Demokrasi.



108. DPP berpandangan seluruh kebejatan dan kebobrokan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia termasuklah dalam aspek sosial dan ekonomi seperti yang dinyatakan sebelum ini, antara punca utama ialah pupusnya sistem semak dan imbang dalam system politik negara.



109. Sebagai sebuah negara demokrasi, salah satu kuasa semak dan imbang yang terpenting ialah ketelusan perjalanan pilihanraya. Malangnya sejak akhir - akhir ini ketelusan perjalanan pilihanraya di Malaysia sama ada yang melibatkan Pilihanraya Kecil (PRK) atau PRU semakin merosot. Kini telah timbul tuduhan di luar sana bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditunggangi oleh BN sehingga mereka dituduh bersekongkol untuk memenangkan parti tersebut pada PRU akan datang.



110. Saya ingin memperingatkan SPR supaya mereka bukan sahaja bersih, tetapi juga mesti dilihat bersih dari ditunggangi oleh BN. Jika tidak, anak muda akan bangkit memBERSIHkan mereka buat kedua kalinya kelak.



111. DPP mengingatkan bahawa tindakan menghumban pemimpin negara seperti yang berlaku kepada Hosni Mubarak dan Zine Abidine Ben Ali tidak mustahil boleh berlaku kepada pemimpin negara ini jika ruang demokrasi terus disempitkan dan mereka pula terus angkuh di persada kuasa.



112. Demikian juga dengan satu lagi kuasa semak dan imbang yang penting iaitu media massa. Berdasarkan Laporan Kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara.

113. Hampir keseluruhan media perdana sama ada Utusan Malaysia, The Star, TV3 dan lain-lain dimiliki oleh BN atau proksinya. Saya yakin PR ataupun proksinya juga mempunyai kemampuan untuk mewujudkan media seumpama media yang di miliki oleh BN sama ada media cetak atau media elektronik.



114. Justeru itu, demi kepentingan mewujudkan kuasa semak dan imbang dalam negara, saya mendesak kerajaan yang diterajui oleh BN khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari, menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat" dan juga permohonan permit akhbar harian "Purnama' yang telah dimohon sejak sedekad yang lalu.



115. Sekali lagi DPP memperingatkan, jangan sangka Generasi Milenium ini buta dengan perkara tersebut, sebaliknya mereka begitu peka dan sedang menunggu apakah tindakan selanjutnya kerajaan yang diterajui oleh BN untuk mengembalikan semula sistem semak dan imbang itu.



116. Maka, sebelum terlambat, saya menyeru kepada seluruh anak-anak muda supaya bangkit untuk menyelamatkan negara ini. Sedarlah bahawa NEGARA KITA ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA.

117. Perubahan untuk masa depan negara bukan lagi satu pilihan sebaliknya ia sudah menjadi kewajipan yang mesti diperjuangkan oleh semua anak muda negara. Pemuda PAS di setiap peringkat mesti memacu perubahan ini dan memimpinnya sehingga berjaya merubah kuasa pentadbiran yang telah gagal, kepada satu harapan baru untuk masa depan negara yang lebih baik.



Konsep Kebangkitan Baru

118. Sebagai teras kepada kebangkitan baru ini, keperibadian anak muda seharusnya cemerlang dengan pengertian mereka adalah golongan yang beriman dan beramal. Keperibadian yang kukuh, akan melonjakkan diri anak muda menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan untuk menjulang obor kebangkitan baru di Malaysia.

119. Dengan wujudnya peribadi yang cemerlang, generasi muda pasti bersedia pada bila-bila masa untuk terlibat dalam hal ehwal pentadbiran negara dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan.

120. Malangnya, hari ini peranan anak muda hanyalah sebagai penonton kepada pembangunan negara dan kadang-kadang menjadi 'bidak catur' kepada keputusan pra-matang para pemimpin. Lihat sahaja dalam MEB, peranan anak muda yang sepatutnya dimartabatkan sebagai "penggerak utama ekonomi negara" langsung tidak diberi perhatian secara serius, sebaliknya kepercayaan mutlak diberikan kepada pemodal atau golongan koperat.

121. Generasi muda juga terus menjadi bahan eksperimen keputusan pra-matang kerajaan yang diterajui BN atas nama Program Rakan Muda dan yang terkini Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program-program yang sepatutnya menatijahkan peribadi anak muda yang hebat, sehingga hari ini kurang dilihat keberhasilannya. Oleh sebab itu, kebangkitan generasi muda kali ini adalah untuk menuntut peranan kita dalam menentukan halatuju pembangunan negara yang telah sekian lama dipinggirkan.

122. Demi mencapai hasrat tersebut, anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi 'tukang angguk' atau 'yes man' kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah

123. Di dalam sistem politik Islam, hak seperti ini telah sedia diamalkan sebagaimana yang diucapkan oleh Khalifah Abu Bakar as Siddiq:

أيُّها الناسُ فإني قدْ ولِّيْتُ عليكم ولَسْتُ بخيرِكُم، فإنْ أحْسَنْتُ فأعِيْنوني، وإنْ أَسَأْتُ فقَوِّمُوني، الصِدْقُ أمانةٌ، والكَذِبُ خيانةٌ، والضَعيفُ فيكُم قَوِيٌ عندي حتّى أَرِيْحَ عليه حَقَّهُ إنْ شاءَ اللّه، والقَوِىُّ فيكُمْ ضَعِيْفٌ حتَّى آخُذَ اْلحَقَّ مِنْهُ إن شاءَ اللّه، لَا يَدْعُ قومٌ اْلجهادَ في سبيلِ اللّهِ إلّا ضَرَبَهُمُ اللّهُ بالذُّلِّ، ولاَ تَشِيْعُ الْفاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطْ إلّا عَمَّهُم اللّه بالبلاء، أطيعوني ما أطعْتُ اللّه ورسولَه، فإذا عَصَيْتُ اللّه ورسولَه فلا طاعةَ لي عليك

Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya aku telah dilantik dikalangan kamu sedangkan aku bukanlah orang yang terbaik. Maka jika aku melakukan kebaikan maka bantulah aku tetapi sekiranya aku terpesong maka betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah dan dusta itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu merupakan orang yang kuat disisiku sehingga aku akan menunaikan kemahuannya serta memberikan haknya semula. Manakala orang yang kuat di kalangan kamu merupakan orang lemah disisiku sehingga aku akan mengambil kembali hak yang telah dirampas. Oleh itu taatilah aku selagimana aku mentaati Allah dan rasulNya dan jika aku mengengkari Allah dan rasulNya maka janganlah kamu mentaatiku.

124. Namun sebagai matlamat yang terhampir, kami ingin mengemukakan beberapa tugasan segera yang perlu dimainkan oleh anak muda:

125. Pertama: Anak muda mestilah menjadi agen penyebar maklumat yang aktif khususnya melalui media baru untuk menyedarkan rakyat seluruhnya tentang hakikat sebenar masa depan negara.

126. Kedua: Anak muda mestilah menzahirkan penentangan mereka terhadap segala agenda yang boleh merosakkan negara secara kreatif seperti melalui facebook, blog, twitter dan lain-lain. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak muda yang telah membangkitkan penentangan terhadap pembinaan "Menara Warisan" 100 tingkat dalam Facebook yang telah mendapat sokongan yang begitu menggalakkan.

127. Ketiga: Anak muda mestilah menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif bagi menentukan halatuju negara di masa akan datang melalui wacana dan forum yang menghasilkan manifesto atau agenda mereka untuk kesejahteraan negara.

128. Keempat: Anak muda mestilah membentuk ikatan (coalition) dan jaringan yang interaktif (network) supaya suara mereka akan didengari dan pendirian mereka akan dihormati.

129. Kelima: Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama "undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan".

130. Demi menjayakan tugasan tersebut, DPP sekali lagi memberikan komitmen untuk menjadi rakan gandingan Generasi Milenium, iaitu sebagai :

rakan maklumat yang aktif,
rakan penentangan yang kreatif,
rakan inspirasi yang kolektif,
rakan jaringan yang interaktif dan
rakan pengundian yang assertif.

Gagasan DPP Memimpin Kebangkitan

131. DPP sendiri mestilah mempersiapkan prasarana untuk berganding dengan anak muda hari ini ke arah menggagaskan kebangkitan baru demi menyelamatkan negara. Bergandingan dengan anak muda ini, para pendukung DPP perlu terlibat bersama program anjuran NGO yang didominasikan oleh anak muda.

132. Meskipun kemungkinan program itu menjuruskan kepada aktiviti kesukanan, seni, aktiviti santai dan lain-lain aktiviti kebeliaan, kita tidak boleh mengabaikannya dengan menganggap aktiviti tersebut tidak mempunyai kepentingan dakwah dan siasah. Lebih daripada itu, sudah sampai masanya DPP di peringkat cawangan dan kawasan menubuhkan proksi baru berkait bidang kebeliaan sebagai prasarana penghubung dengan generasi anak muda.

133. Sementara itu, sudah menjadi keperluan kepada para pendukung DPP untuk menguasai media baru bermula daripada yang paling mudah seperti jaringan SMS sehinggalah kepada penggunaan twitter, blog, facebook, youtube dan lain-lain.

134. Kewujudan media baru ini telah membuka ruang yang besar kepada kita semua untuk berinteraksi dengan anak muda, sekaligus memungkinkan wujudnya satu gandingan ke arah merealisasikan kebangkitan anak muda.

135. Tanpa menafikan kepentingan media baru, interaksi secara bersemuka seperti yang telah dilakukan sebelum ini bukan hanya harus diteruskan, malah perlu digandakan. DPP perlu turun ke lapangan anak muda bertemu dan bersemuka dengan mereka,

menyedarkan tentang hak dan kuasa mereka,
mengajak mereka untuk membuat perubahan,
mewujudkan jaringan anak muda yang lebih luas,
mendaftar sebagai pengundi dan akhirnya
mengundi untuk perubahan.

136. Kita perlu mengenalpasti tempat tumpuan anak-anak muda yang lazimnya di luar rumah, lalu turun sebagai agen perubah masyarakat. Saya optimis dengan interaksi bersemuka ini akan menjadikan anak muda lebih rapat dan mengenali hasrat murni kita.

Persiapan DPP Memimpin Kebangkitan

137. Dewan Pemuda PAS di semua peringkat perlu memposisi diri di khalayak anak muda dan perlu tampil dilihat mewakili generasi muda negara. Pemimpin dan anggota DPP tidak boleh ekslusif beraksi dalam gelanggang organisasi parti semata-mata.

138. Dewan Pemuda PAS perlu memahami suara hati anak muda dan mampu turut bersama mendokong aspirasi dan memperjuang idealism mereka.

139. Dewan Pemuda PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk anak muda berasimilisasi dengan DPP samada dalam struktur formal DPP atau penglibatan dengan proksi organisasi DPP seperti MyPro, DACS dan sebagainya.

140. Dewan Pemuda PAS perlu bercakap dengan bahasa anak muda yang ada rasa tanggungjawab tentang masa depan masyarakat dan negara, mampu membentang penyelesaian dan wawasan untuk masa depan negara.

141. Dewan Pemuda PAS mesti focus pemikirannya kepada kebajikan masyarakat dan rancangan pembangunan negara. Kuasai ilmu untuk keupayaan merancang pembangunan negara terutamanya persoalan ekonomi, kajian sosial dan pembangunan manusia.

142. Dewan Pemuda PAS perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran kepimpinan yang tinggi dan daya pemikiran kreatif untuk mampu tampil di tengah-tengah kumpulan anak muda dan memimpin mereka menuntut perubahan.

Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.

143. Antara persiapan asas yang mesti dimiliki oleh anggota DPP disemua peringkat sebagai sentuhan berkesan untuk memimpin kebangkitan ialah pemuda mesti bergerak seiring dengan 6 elemen kebangkitan.

Pertama: Kebangkitan ilmu dan pemikiran

صحوة العلم و الفكرة

144. Kebangkitan tidak boleh digerakkan dengan sentimen dan kejahilan. Sebaliknya ia mesti dibina di atas kemantapan ilmu dan pemikiran yang jelas untuk membaca road map sesebuah kebangkita. Kata Saidina Umar al Khattab:

تفقهوا قبل أن تسودوا

Kuasai ilmu terlebih dahulu sebelum kamu memimpin.

Kedua: Kebangkitan hati, jiwa dan perasaan

صحوة القلب و المشاعر

145. Kebangkitan juga tidak boleh bertolak dari hati dan jiwa yang kosong, lebih – lebih lagi hati dan jiwa yang kotor. Jiwa pejuang kebangkitan mesti kental berdiri di atas keikhlasan dan keyakinan yang tinggi terhadap cita – cita perjuangan disamping memiliki hati yang benci terhadap kezaliman dan penyelewengan.

Ketiga: Kebangkitan sifat kesungguhan dan berdisiplin

صحوة الجدية و الانضباط

146. Mengurus kebangkitan dan memimpinnya memerlukan satu tahap kegigihan yang maksima. Sikap sambil lewa dan acuh tidak acuh akan mencacatkan gelombang sebuah kebangkitan.

Keempat: Kebangkitan rasa tanggungjawab dan ringankan bebanan

صحوة المسؤولية و تخفيف الضرار

147. Sebuah kebangkitan pastinya akan berdepan dengan risiko. Bermula dari kelemahan sendiri dan ianya bertali dengan tekanan dari pihak musuh. Setiap keadaan mesti dihadapi dan didepani dengan penuh tanggungjawab tanpa membuka ruang kepada sikap lepas tangan apatah lagi pengkhianatan.

Kelima: Kebangkitan persaudaraan dan kesatuan teguh

صحوة الأخوة و الإثار

148. Kebangkitan adalah sebahagian dari episod perjuangan dan ia tidak boleh diurus secara "one man show". Sementara organisasi juga rapuh andai tidak diikat kukuh dengan ukhuwwah fillah dari kalangan pencetus dan pengeraknya.

Keenam: Kebangkitan Islam dan pemerintahan sejagat

صحوة الإسلامية و الخلافة الراشدة

149. Kebangkitan akan sempurna apabila ia dipasak di atas tapak yang kukuh dan starategik. Tentunya tapak itu ialah wahyu Allah, Tuhan yang telah mencipta langit, bumi dan seluruh ummat manusia.

Penutup

Pemuda yang dirahmati Allah sekelian.

150. Kita akan berhadapan dengan PRU ke 13 tidak lama lagi dengan jangkaan hampir 40% dari 11,811,452 orang pengundi berdaftar adalah dari kalangan generasi muda yang berumur 40 tahun kebawah. Dari jumlah keseluruhan pengundi berdaftar tersebut, lebih kurang dua juta pengundi ialah mereka yang kali pertama akan mengundi di dalam pilihanraya kali ini.

151. Jumlah itu belum lagi dicampur dengan hampir 3.9 juta warganegara Malaysia yang telahpun mencapai umur 21 tahun, tapi masih belum mendaftarkan diri sebagai pengundi. Para pengundi muda yang akan mengundi dalam PRU ke 13, seperti yang telah disebutkan sebelum ini terdiri daripada Generasi Milenium yang memperlihatkan kecenderungan berpolitik secara non-partisan.

152. Senario politik sedemikian menggambarkan betapa pentingnya kepada PAS untuk tampil sebagai sebuah parti politik yang memahami kehendak generasi muda dan sentiasa mesra mendekati mereka. Harus juga diperingatkan bahawa kegagalan memenangi hati anak-muda akan memberi kesan buruk terhadap pencapaian PAS di dalam Pilihanraya akan datang.

153. DPP berpandangan PAS perlu lebih serius untuk memupuk dan menerima penglibatan lebih ramai golongan muda di dalam hirarki kepimpinan PAS di semua peringkat dalam usaha memperbaharui kesegaran dan dinamisme PAS sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang unggul di rantau ini.

154. Penonjolan pimpinan muda ini amatlah perlu bagi mengambarkan kita tidak ketandusan pelapis kepimpinan bukan sahaja untuk memimpin parti, tetapi pada masa yang sama untuk diketengahkan sebagai calon di dalam pilihanraya akan datang.

155. Kami sama sekali tidak bertujuan untuk menidakkan kemampuan kepimpinan yang sedia ada, tapi apa yang kami maksudkan ialah sudah sampai masanya PAS menyediakan lebih banyak ruang untuk mengenengahkan pimpinan muda yang berkaliber dan berkebolehan dengan mengurangkan pertindihan bebanan tanggungjawab pemimpin yang sedia ada.

156. Sama ada disedari atau tidak, pertindihan beban tanggungjawab di kalangan pimpinan PAS merupakan satu isu yang besar dalam parti. Oleh sebab itu, adalah menjadi hasrat DPP menawarkan pemimpin muda kepada parti untuk diberikan peranan yang lebih besar bermula di peringkat kawasan, negeri sehinggalah di peringkat pusat.

157. Di sini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa kawasan yang telah memberi kepercayaan kepada pimpinan dan bekas pimpinan DPP untuk memimpin PAS kawasan.

158. Dalam masa yang sama PAS juga mesti berani meletakkan calon – calon baru dan muda di dalam pilihanraya umum yang akan datang. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS menuntut supaya PAS membariskan 40 % daripada calon pilihanraya adalah dari kalangan calon – calon muda terutama yang berusia 45 tahun ke bawah.

159. Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan PAS yang diterajui oleh Alim Rabbani Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti kerana memberi kepercayaan kepada tokoh – tokoh muda menggalas amanah mewakili parti dalam siri Pilihanraya Kecil baru – baru ini seperti DUN Tenang di Johor, Kerdau di Pahang, Merlimau di Melaka dan terkini pilihanraya umum edisi Sarawak di Sadong Jaya dan Beting Maro.

Pemuda Ansoorullah yang dikasihi sekelian.

160. Saya akhiri dengan 5 Nota Pemuda PAS, penting untuk perhatian dan renungan setiap anggota Dewan Pemuda PAS.

Nota Pertama :

161. Biar apa pun zaman dan di mana jua berada , Pemuda tetap menjadi skuad kebanggaan Nabi saw. dan sandaran Baginda untuk menyambung risalah perjuangannya ke arah mendaulatkan syariat Allah swt. di atas muka bumi ini . Justeru itu, janganlah kalian semua menghampakan harapan Baginda Rasul saw. dan lebih malang menjatuhkan "air muka" Baginda saw. dengan kegagalan pemuda beraksi selayaknya mendokong dan memacu perjuangan ini.

Nota Kedua:

162. Pemuda PAS mestilah mempersiapkan diri dari segenap aspek bermula dari 10 noktah :

Spiritual yang mantap dengan taqarrub diri kepada Allah swt.
Fikrah yang jelas melalui pembacaan yang komited terhadap surah [al kitab] & khibrah [pengalaman].
Aqidah yang tulen tanpa dipengaruhi oleh elemen syirik dan khurafat.
Karisma kepimpinan yang taqwa , thiqah dan berpengaruh.
Syakhsiyyah yang soleh, ikraamul al akh [mesra anggota] dan turun ke medan.
Ilmu yang menguasai tuntutan dan keperluan perjuangan secara individu atau kolektif .
Fizikal yang kuat memikul amanah perjuangan dan menyerap tekanan .
Kebijakan aqal dalam mengatur strategi mendepani cabaran.
Ketenangan jiwa semasa mengurus karenah ahli dan mengurai kekusutan dalaman.
Kolektif yang berpakat tanpa retak biar sejalur cuma.

Nota Ketiga :

163. Aktif menggerakkan jentera perjuangan tanpa siapa dikalangan pemuda berpeluk tubuh. Lebih mengaibkan jika ada yang berat papan punggungnya untuk bangun melaksanakan amanah yang terpikul di atas pundaknya sebagai pimpinan di manapun peringkat ia terpilih dan terlantik.

164. Pemuda PAS bukan pondan yang sering lemah dilanda fitnah, resah dihempap musibah dan longlai dipukul badai sebaliknya hebat di medan debat, perkasa menabur jasa dan gagah menentang musuh bedebah.

165. Pemuda PAS mestilah menjuarai isu dan senantiasa dekat di mata dan hati rakyat sebagai madu'u [pengundi dalam bahasa pilihanrayanya]. Senantiasa ada bila rakyat berduka dan senantiasa muncul bila rakyat sugul.

166. Pemuda PAS tidak boleh diperalat oleh siapa jua untuk mencapai tujuan politik individu apalagi untuk menjual agama dan menolak perjuangan suci ini. Bahkan pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berkata : Ya ! Kami Ansorullah [pejuang agama Allah]. Berfungsi di sayap utama mengembeling kekuatan dalaman dan mobilisasi kesedaran rakyat bagi menjana kemenangan dan mempertingkatkan prestasi juang serta mempertahankan kemenangan yang telah sedia tercapai.

167. Pemuda PAS bukan peluru sesat atau pedang karat yang boleh dimanafaat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melepas amarah sesama sendiri dengan menabur peluru fitnah secara membuta tuli [boleh dibaca - membabi buta] dan menebas leher mencantas betis sesama anggota hanya kerana tidak bersefahaman.

168. Pemuda PAS adalah senjata "hard target" yang siap dan sedia menembusi kepala dan jantung musuh Allah swt. Tanpa gentar dan gerun melepasi benteng musuh yang penuh jerangkap berbekal strategi licik dan kemahiran yang tinggi dikalangan anggota pemuda.

169. Pemuda PAS adalah supporter group untuk sedia dan siap melaksanakan arahan jamaah dan pimpinannya dengan teliti dan jaya tanpa mendatangkan masaalah kepada jamaah dan pimpinan sebaliknya melancarkan gerakkerja, melicinkan misi dan menjayakan visi perjuangan suci ini.

Nota Keempat :

170. Muktamar kali ini adalah pusingan anggota memilih saf kepimpinan jamaah di pelbagai peringkat dan tidak ketinggalan kita para pemuda. Terlebih dahulu kita telah diajar oleh agama agar memilih dan menyerah tugas kepimpinan kepada mereka yang layak, mampu dan beramanah.

171. Bukan populariti , bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata - mata, sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertaqwa.

172. Usah jadikan ini kesempatan untuk bersengketa tetapi jadikan ia sebagai peluang untuk merapat jurang, mengimpal retak, menjalin ukhuwwah, membina persefahaman dan menyatu fikrah. Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksana ikatan batu bata, membangun menara kukuh gah dipersada juang.

Nota Kelima:

173. Rakyat melihat kita adalah bahtera penyelamat yang memegang teraju gelombang perubahan ke arah membina Malaysia yang ditadbir oleh pemimpin yang soleh dan undang - undang yang adil. Mengislahkan politik dan menjana ekonomi melalui plan syariah yang terbukti benar dan berkesan.

174. Tinggal lagi keyakinan rakyat kepada plan ini masih belum dapat diraih sepenuhnya setelah mereka mengalami krisis keyakinan teruk terhadap undang - undang dan peraturan syariah akibat fitnah dan momokan jahat UMNO dan BN sejak mereka memerintah negara lebih 50 tahun yang lalu.

175. Justeru itu, pemuda tidak harus rasa selesa walau berada di negeri yang kita menang seperti Kelantan , Kedah, Penang dan Selangor. Sebaliknya pemuda mesti memikir beberapa pendekatan baru dengan kepelbagaian aktiviti untuk terus segar dan mekar bersama masyarakat remaja dan anak muda. Apatah lagi pemuda di negeri yang belum menang seperti negeri2 yg lainnya,

176. Malah pemuda mesti terus enggage dengan semua golongan dan lapisan masyarakat, turun dan mara sebagai Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Menyantuni dan menyertai kehidupan harian mereka dengan membawa semangat Orang Muda Geng Kita. Terutama hubungan kita dengan rakan tahaaluf iaitu Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy. Pastikan hubungan ini terus erat dan bersama menjana kemenangan demi kepentingan negara dan rakyat.

177. Ada pihak mempertikai hubungan kita dengan AMK dan DAPsy sebagai tidak islamik dan kononnya menggadai prinsip perjuangan asal kita. Suka saya tegaskan disini , bahawa kita tidak pernah merubah dasar dan prinsip perjuangan dan hubungan kita dengan AMK dan DAPsy adalah hubungan tahaaluf yang diluluskan oleh syara' maka tidak timbul soal tidak syari'e atau tidak islamik.

178. Bukankah Islam mengajar kita menentang kezaliman seperti ISA. Bukankah Islam mengajar kita menolak rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan seperti apa yang berlaku kepada SPR, Badan kehakiman, polis dan FRU ?

179. Bukankah Islam mengajar kita menentang segala pembaziran seperti projek mega yang tidak menguntungkan rakyat, agihan saham hanya berlegar dikalangan kroni dan sebagainya ?

180. Maka kita sepakat dalam perkara ini dengan AMK dan DAPsy lalu kita bertahaaluf [kerjasama], maka dimanakah yang tidak Islamik dalam perkara ini ? Saya harap kita tidak keliru lagi dan saya juga sebagai anggota Majlis Syura Ulama' turut terlibat dalam perbahasan dan penelitian panjang mengenai perkara ini dan Majlis Syura Ulama' PAS telah memutus dan meluluskan perkara ini.

181. Justeru itu, kita pertahankan tahaaluf ini dengan konsep dan prinsip serta akhlak dalam bertahaaluf siasi dengan mana - mana jua pihak yang bukan dari jamaah atau parti kita. Dalam erti kata yang lain, marilah kita perkukuhkan PAKATAN RAKYAT tanpa melupakan pemerkasaan parti kita sendiri.

182. Saya mewakili seluruh saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang datang dari seluruh pelusuk tanahair, kerana memberikan intima' yang jitu demi melunaskan tanggungjawab berjamaah sekaligus menjayakan sidang muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi kali ke 52 ini.

183. Terima kasih tidak terhingga kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang diterajui oleh Al Fadhil Ustaz Hasbullah Ridzwan dan seluruh exconya jua Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam selaku tuan rumah muktamar kita kali ini.

184. Terima kasih jua kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang diterajui oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di atas keselesaan dan kemudahan yang diberikan bagi menjayakan muktamar ini. Terima kasih, kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia yang berlangsung hari ini bagi kali ke 52.

185. Akhirnya selamat berjuang, selamat bermuktamar dan pastikan ucaptama "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" ini dibaca bersama dengan ucaptama saya pada tahun lalu iaitu "Murnikan Perjuangan dan Maknakan Kemenangan" bagi mewujudkan keseimbangan dan kesepaduan menggerakkan perjuangan suci ini.

السلام عليكم و رحمة اللّه و بركاته

اللّه أكبر اللّه أكبر اللّه أكبر

[1] Kos hidup ini diukur berdasarkan berapakah jumlah kos yang diperlukan untuk mencapai gaya hidup piawai (atau lebih baik) seperti yang dinikmati di Amerika Syarikat. Sumber data ini diperolehi daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat berkaitan Indeks Kos Hidup Luar Legara yang menentukan berapakan jumlah elaun kos hidup yang diperuntukan untuk menampung gaya hidup barat di beberapa negara.

Zaid Ibrahim dan KITA Kini Tukang Karut Umno?

Posted: 01 Jun 2011 02:00 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOMENTAR 31 MEI : Banyak pihak sebelum ini mempersoalkan tujuan Datuk Zaid Ibrahim menerajui KITA. Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan Barisan Nasional.

Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Anwar Ibrahim yang diumumkan semalam.

Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.

Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks Datuk T.

Mungkin kerana "sambutan" orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.

Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid Ibrahim pernah digelar kaki kuda dan kaki arak oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam Parti Keadilan Rakyat dan menjadi calon parti itu pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.

Namun, Zaid menjadi "anak emas" Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.

Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.

Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.

Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.

Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.

Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.

Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan semalam, pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai "ilham" menganjurkan peraduan mirip Anwar.

Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.

Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan di dalam mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.

Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.

Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Sharyzl Eskay – satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi video lucah itu.

Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan "membela" nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang "bijak pandai" seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.

Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.

Alangkah baiknya jika kereta Rolly Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit kepayahan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.

Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.

Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?

Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya . Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.

Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.

Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.

Tv Selangor/-

11 premis makanan kotor di PD diarah tutup

Posted: 01 Jun 2011 01:56 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SEREMBAN: Sebanyak 11 premis makanan di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana didapati tahap kebersihan yang rendah.

Pengarah jabatan itu, Datuk Dr Zailan Adnan, berkata premis terbabit diarah tutup sementara selama 14 hari dan pemiliknya dikehendaki meningkatkan kebersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Sebab utama penutupan premis makanan ini berikutan tahap kebersihan dan sanitasi makanan yang rendah, pengendali makanan yang tidak mendapatkan suntikan pencegahan penyakit taun serta pengedali tidak memakai apron dan penutup kepala.

"Selain itu, didapati juga peralatan dan perkakas yang tidak bersih dan rosak, tiada kemudahan tempat mencuci pinggan mangkuk disediakan dan perkakas lain, keadaan fizikal bangunan seperti lantai, dinding dan siling yang tidak memuaskan atau kotor, pembuangan sampah yang tidak teratur serta lain-lain masalah yang berkaitan dengan kebersihan dan keselamatan makanan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, operasi bersih bersepadu yang dijalankan Khamis lepas, juga memberi penekanan dan pendidikan terhadap pemakaian apron, tudung atau topi dan pembuangan sampah yang teratur.

Pemeriksaan premis makanan akan diteruskan supaya tahap kebersihan berada pada paras penilaian 65 peratus ke atas, katanya. - BERNAMA

Tarif elektrik: Jaminan Muhyidin ditolak

Posted: 01 Jun 2011 01:45 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

"Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah," kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar).

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

"Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,"ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

Harakahdaily/-
Oleh : Salmah Mat Husain

Hati Yang Selalu Muda

Posted: 01 Jun 2011 01:40 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Hadith:

DARI Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:

Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda.

Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa.

Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.

Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan.

Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Salam Perjuangan

Posted: 01 Jun 2011 11:26 PM PDT

Salam Perjuangan


KERAJAAN PERLU DEDAHKAN PERJANJIAN IPP - MAJLIS PEGUAM

Posted: 01 Jun 2011 07:29 PM PDT

KITA HANYA MENUMPANG DI DUNIA - TGNA

Posted: 01 Jun 2011 07:01 AM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 01 Jun 2011 09:36 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


20110531-WACANA ILMU SINAR HARIAN-ANCAMAN FITNAH UMAT AKHIR ZAMAN

Posted: 01 Jun 2011 07:34 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 01 Jun 2011 07:59 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Pakatan Rakyat Boleh Menawan Malaysia Bila Bersatu!

Posted: 01 Jun 2011 05:25 PM PDT

PAS Dan Pakatan Rakyat Harus Bersatu Jangan Mendengar Hasutan BN
Antara usul yang perlu PAS bincangkan dalam muktamar kali ini adalah PAS sepatutnya diberi peluang bertanding dalam kawasan yang berbilang kaum dan jangan hanya bertumpu di kawasan Melayu Islam sahaja. Rakan dalam Pakatan seharusnya sama-sama memberi sokongan dan kerjasama dalam usaha ini lebih-lebih lagi dalam negara Sarawak yang masyarakatnya berbilang kaum. Kita mahu membuktikan yang Pakatan Rakyat ini betul-betul Pakatan yang bukan perkauman dan ekstrimis seperti dakwaan BN.

PAS sepatutnya menggunakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai jambatan atau perhubungan antara kaum. PAS juga perlu membuktikan bahawasanya PAS boleh diterima oleh semua golongan tanpa mengira kaum,agama dan juga fahaman politik

PAS boleh mengembangkan pengaruhnya ke semua kawasan bandar dan luar bandar sekiranya peluang yang ada digunakan sebaik mungkin seperti memberi penerangan kepada orang Islam dan bukan Islam tentang keadilan dan kebaikan dalam Islam yang mereka perolehi sekiranya diberi peluang memerintah Malaysia.

PAS dan Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan propaganda Umno/Bn, mereka berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat agar usaha kita untuk menawan Putrajaya akan menemui kegagalan.

Pakatan Rakyat harus belajar dari kesilapan dan kegagalan Pakatan Rakyat Sarawak semasa pilihanraya umum negeri Sarawak yang lalu dimana usaha BN berjaya menggagalkan usaha Pakatan menawan Sarawak dengan menghasut dan mengadu domba Pakatan Rakyat seperti kononnya salah sebuah parti dalam kompenan Pakatan Rakyat ditaja oleh BN. Apabila sesetengah daripada kita terpengaruh dengan hasutan BN maka berlakulah perebutan kerusi dan akhirnya Pakatan Rakyat Sarawak gagal untuk menawan Sarawak disebabkan mendengar atau terpengaruh dengan hasutan dan propaganda BN.

Sekarang mereka berusaha lagi untuk menghancurkan perpaduan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba parti-parti dalam Pakatan. Awas BN ini macam perangai Setan yang suka melihat kehancuran perpaduan dalam Pakatan Rakyat sebab itu hari-hari media propaganda mereka akan berusaha untuk menghasut dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Akhir sekali hanya dengan system dua parti saja Pakatan Rakyat boleh mengambil alih kuasa dari BN. Sekiranya kita berpecah belah sampai bila-bila pun parti pembangkang dalam Malaysia ini sukar untuk mengambil alih kuasa dari BN.

Semoga dengan perpaduan dan kerjasama yang kukuh dalam Pakatan Rakyat dalam PR13 nanti akan menjadikan Umno/BN mudah ditumbangkan seterusnya Malaysia akan diperintah oleh Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia akan hidup lebih aman dan selamat dari gejala rasuah dan penindasan yang mereka alami selama ini.
PAS dan Pakatan Rakyat berjuang untuk kebajikan rakyat dan adil untuk semua
Semoga usaha Pakatan Rakyat kali ini berjaya dengan izin Allah. Isya-Allah



English Version
PAS And Pakatan Rakyat Should Unite And Don't Listen To BN Sedition.
Among the proposals to be discussed in the PAS conference this time is PAS should be given the opportunity to compete in the multi-ethnic and not only focusing on Malay Muslim region alone. Partner of the Alliance should jointly support and cooperation in this effort, more so in the Sarawak state of multi-ethnic society. We want to prove that the Pakatan Rakyat alliance is really a non-racist and extremist as alleged by BN.

PAS should use the PAS Supporters Association Board (DHPP) as a bridge or inter-ethnic relations. PAS also must prove that all groups regardless of race, religion and political affiliation can accept PAS

PAS can expand its influence into all areas of urban and rural areas where the opportunities can be used as possible to explain to the Muslims and non-Muslims about the justice and goodness of Islam if given the opportunity to govern Malaysia.

PAS and Pakatan Rakyat have to be careful with the propaganda of Umno / BN, they try to divide the People's Alliance so that they efforts to capture Putrajaya will be failed.

Pakatan Rakyat must learn from the mistakes and failures of the Pakatan Rakyat Sarawak, during the past Sarawak state elections where BN is successful foil the Sarawak Alliance to capture Sarawak with sedition and complaining sheep as so-called People's Alliance that one party in the Pakatan Rakyat component sponsored by the BN. When some of us are affected by the suggestions of the BN so the seats struggle took place and finally Pakatan Rakyat Sarawak failed to win due to listening to or affected by the agitation and by the BN propaganda.

Now they are trying again to destroy the unity of the People's Alliance by sheep complaining within the parties in the Alliance. Beware of this kind of behavior because BN is like the Satan temperament loves to see the destruction of unity in the People's Alliance with their media propaganda these days they will try to incite and divide the Pakatan Rakyat.

Finally, only by the two-party system just like Pakatan Rakyat can take over power from the BN. If we are divided, it is difficult for any opposition in Malaysia to take over power from the BN.

Hopefully with the strong solidarity and cooperation in the Pakatan Rakyat will be made in GE13 Umno / BN easily subverted then Malaysia will be ruled by Pakatan Rakyat and the people will live more secure and safe from corruption and oppression that they experienced over the years.
PAS and Pakatan Rakyat fight for the people's welfare and justice for all
We hope that Pakatan Rakyat will be successfully with the permission of Allah.Insya-Allah

Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 01 Jun 2011 07:46 PM PDT

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat

Posted: 31 May 2011 09:21 PM PDT

ATURCARA MUKTAMAR TAHUNAN
DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-51

29 Jamadil Akhir 1432H bersamaan 2 Jun 2011 (Khamis)
7.30 pagi hingga 9.00 malam
Dewan Bankuet, Dewan Jubli Perak, Bukit SUK, Shah Alam, Selangor

MASA                                           AGENDA
7.30 pagi               Pendaftaran Pemerhati & Media
                            Minum Pagi
 8.00 pagi              Perwakilan,Pemerhati dan Media mengambil tempat
 8.30 pagi              Ketibaan Tetamu & Dif Jemputan
 8.45 pagi              Ketibaan Perasmi Muktamar
 9.00 pagi              Aluan Pengerusi Majlis 
 9.05 pagi              Bacaan ayat suci Al-Qur'an
 9.15 pagi              Lagu Negaraku dan Lagu Rasmi PAS
 9.20 pagi              Ucapan Aluan Penyelaras Muktamar Tahunan
                            Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-50
 9.25 pagi              Ucapan Tema Muktamar
                            Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat
10.25 pagi             Ucapan Perasmian Muktamar
11.25 pagi             Montaj Khas
11.35 pagi             Pelancaran Dana PRU13
11.45 pagi             Penyampaian cenderahati 
11.50 pagi             Perarakan keluar Perasmi, Tetamu & Dif Jemputan 
12.00 thari             Sidang Muktamar bermula
                            Taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat
                            Pengundian bermula
1.00 thari              Rehat / Solat Zohor / Jamuan Tengahari
2.00 petang           Sidang Muktamar bersambung semula
2.15 petang           Slot Khas
8.30 malam           Keputusan Pemilihan Jawatankuasa DMPP
9.00 malam           Sidang Muktamar bersurai

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 01 Jun 2011 07:44 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


PRU-13 : Perubahan Dan Pembaharuan Besar Bermula Dengan Pertukaran Rejim Di Peringkat Persekutuan

Posted: 01 Jun 2011 07:53 AM PDT

Adakah kenaikan tarif elektrik dan kemungkinan peningkatan harga bahan api akibat harga minyak global yang terus melambung akan melewatkan pilihan raya umum ke-13 (PRU Ke-13)? Jangkaan pelbagai pihak termasuk penganalisa politik popular Bridget Welsh nampaknya tidak yakin dengan kemungkinan PRU Ke-13 diadakan pada tahun ini.

Pelbagai faktor dilontarkan dalam teka-teki sedemikian. Namun saya berpendapat, tidak kira sebesar mana kesan kenaikan tarif elektrik kepada rakyat jelata, Perdana Menteri Najib (gambar kiri) akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengumumkan pembubaran Parlimen ke-12 dalam masa singkat - seawal bulan Jun tahun ini - ya, seawal bulan ini! Malahan saya menjangkakan dan berharap, PRU Ke-13 diadakan seawal bulan Julai tahun ini dan selewat-lewatnya akhir tahun ini juga.

Saya masih ingat, semasa teka-teki tarikh PRU Ke-12 mula menjadi hangat, pendapat sesetengah pihak adalah bahawa Parlimen ke-11 hanya akan dibubarkan selepas "projek koridor Pak Lah" menampakkan hasil pada peringkat awal yang dapat meyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Pak Lah berkemampuan mentadbir urus ekonomi negara dengan baik dan berkesan. Maka PRU Ke-12 tidak akan diadakan seawal Mac 2008 seperti yang umum sedia maklum.

baca artikel penuh...di sini.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 01 Jun 2011 07:37 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Tiada arahan wartawan bukan Islam pakai tudung

Posted: 01 Jun 2011 12:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam.

"Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini.

Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan.

Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita.

"Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.

"Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam.

"DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik.

Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Jun 2011 03:40 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ITU ANAK PAK CIK, NAMANYA ROS, TAPI INI ROS PERLU DI AJARIN

Posted: 01 Jun 2011 02:11 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Parti Keadilan Rakyat hari ini menfailkan permohonan di mahkamah untuk membatalkan notis Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengharamkan parti itu dengan menggunakan peruntukan perlembagaan PKR yang tidak wujud dan maklumat salah.
Naib Presiden parti N. Surendran yang menfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mendakwa ROS berniat jahat dan mempunyai agenda tersendiri apabila menghantar notis pembatalan PKR pada 9 Mei lalu.
Surendran mendakwa RoS diperalatkan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) untuk menekan PKR demi mengekalkan kuasa pemerintahannya pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

"RoS hanya mengikut telunjuk Kerajaan (BN). Pada tahun 1998, Saifuddin Nasution yang kini Setiausaha Agung PKR, Roslan Kassim dan beberapa lagi telah dipecat serta-merta oleh UMNO kerana dilihat berada di rumah Anwar Ibrahim. Anwar sendiri dipecat serta merta oleh UMNO(tanpa menerusi prosedur Lembaga Displin). Mengapa ROS tak hantar notis ketika itu?," kata Surendran.
Surendran menjelaskan selain permohonan semakan semula pembatalan RoS yang difailkannya, beliau juga memohon Perintah Larangan bagi memastikan RoS tidak menguatkuasakan notis pembatalan itu selagi semakan kehakiman tidak dilakukan.
Selain Surendran, PKR turut diwakili oleh R. Sivarasa, Latheefa Khoya dan Fadiah Nadwa Fikri.
Awal Mei lalu, PKR menerima notis pembatalan pendaftaran partinya kerana didakwa telah memecat seorang ahli bernama A. Jayagopal pada April tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu. Notis itu akan berkuat kuasa 9 Jun ini.
Namun peruntukkan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.
Tindakan RoS itu juga disifatkan pimpinan PKR sebagai berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.
Surendran berkata fasa perlembagaan PKR yang dirujuk oleh RoS tidak wujud, manakala nama ahli yang dipecat adalah salah. Beliau berkata ahli yang dimaksudkan oleh R0S dipecat pada tahun 2009 dan RoS jelas berniat jahat kerana mengambil tindakan hanya sekarang.
"Hal ini berlaku pada 2009 tapi mengapa tahun 2011 baru nak beri notis?. Adakah kerana UMNO BN terdesak kerana kurang sambutan rakyat yang menyebabkan mereka cuba mensabotaj dan melumpuhkan PKR dan PR sebelum pilhan raya?. Banyak persoalan di sini," kata beliau lagi.
Tambah Surendran lagi, cubaan mengharamkan parti pembangkang hanya merupakan taktik pemerintahan diktator.
"Di Burma atau Mnyanmar, Junta yang berkuasa mengharamkan NLD, parti Aung San Suu Kyi. Di Afrika Selatan pula pihak pelampau Apartheid kulit putih mengharamkan Parti Nelson Mandela? Adakah UMNO nak guna cara ini," kata beliau.
Mahkamah dijangka akan mengambil masa seminggu bagi memproses permohonan PKR itu sebelum menetapkan tarikh pendengaran kes.
-tvsnews-

UDA HURU-HARA DIURUS OLEH ANAK-ANAK BEKAS MENTERI UMNO

Posted: 31 May 2011 10:14 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Mei – Uda Holdings Bhd. menjual tanah pegangan bebas
kepada Mutiara Goodyear Development Bhd. (Mutiara) pada harga tunai sebanyak
RM215.5 juta.
Tanah yang terletak di sebelah Hotel Sheraton Imperial itu disasarkan
untuk pembangunan komersial pencakar langit dengan keluasan lantai 1.2 juta
kaki persegi.
Nilai pembangunan kasar projek itu adalah melebihi RM1 bilion.
Pengerusi Eksekutif Mutiara, Hamidon Abdullah berkata, pembelian tanah
itu merupakan strategik syarikat itu untuk meningkatkan bank tanah dan
memenuhi permintaan kukuh bagi di Kuala Lumpur.
''Lokasi ini memberi peluang kepada Mutiara untuk membuktikan kemahiran
kami menyediakan produk berkualiti tinggi di kawasan segi tiga emas,''
katanya.
Pembangunan itu dijangka dimulakan dalam tempoh setahun dan dibangunkan
mengikut beberapa fasa dalam tempoh lima tahun.
Saya tiada kepentingan peribadi sedia disiasat bila-bila masa - Musa

KUALA LUMPUR 31 Mei - Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan beliau tiada sebarang kepentingan peribadi dalam isu projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) sebaliknya kelantangannya semata-mata demi mempertahankan hak bumiputera.

Sehubungan itu, beliau bersedia untuk disiasat pada bila-bila masa dan mencabar Pengerusi UDA Holdings Bhd., Datuk Nur Jazlan Mohamed melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika berpendapat beliau (Musa) mempunyai kepentingan peribadi dalam isu tersebut.

Musa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menambah, selaku pemimpin beliau wajib bersuara, apatah lagi jika mendapat tahu bahawa kepentingan bumiputera yang sepatutnya menjadi keutamaan UDA Holdings sedang terancam.

"Saya nak tanya Nur Jazlan, Lembaga Pengarah UDA bermesyuarat hari ini tetapi kenapa beliau mendahului keputusan Lembaga Pengarah apabila memberi gambaran hanya syarikat hartanah dari China yang akan dipilih untuk membangunkan bekas tapak Penjara Pudu.

"Saya juga nak tanya kepada Pengerusi UDA ini, kenapa hanya satu syarikat sahaja, iaitu syarikat China tersebut yang diserahkan kepada Kementerian Kewangan jika Lembaga Pengarah hanya bermesyuarat hari ini? Kenapa tidak serah semua 11 syarikat kepada Perdana Menteri?.

"Jadi siapa sebenarnya yang mempunyai kepentingan peribadi dalam hal ini, saya atau Nur Jazlan. Apakah hanya selepas keputusan dibuat baru pemimpin UMNO boleh bersuara? Hanya selepas bumiputera terus terpinggir baru bersuara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Musa memberitahu beliau sanggup dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Disiplin UMNO jika teguran keras terhadap pengurusan UDA Holdings dianggap sebagai satu kesalahan seperti mana yang difikirkan Nur Jazlan.

Namun pada masa yang sama, beliau mengingatkan Pengerusi UDA Holdings itu supaya jangan takut pada bayang-bayang sendiri sehingga berdolak-dalik untuk mendedahkan nama 11 syarikat yang bertanding bagi mendapatkan tender projek bernilai RM6.7 bilion itu.

http://dinturtle.blogspot.com/2011/05/uda-jual-tanah-melayu.html


UDA jual tanah kepada Mutiara

KUALA LUMPUR 25 Mei – Uda Holdings Bhd. menjual tanah pegangan bebas kepada Mutiara Goodyear Development Bhd. (MGDB) pada harga tunai sebanyak RM215.5 juta.

Tanah yang terletak di sebelah Hotel Sheraton Imperial itu disasarkan untuk pembangunan komersial pencakar langit dengan keluasan lantai 1.2 juta kaki persegi.
Nilai pembangunan kasar projek itu adalah melebihi RM1 bilion.Pengerusi Eksekutif Mutiara, Hamidon Abdullah berkata, pembelian tanah itu merupakan strategik syarikat itu untuk meningkatkan bank tanah dan memenuhi permintaan kukuh bagi di Kuala Lumpur.

''Lokasi ini memberi peluang kepada Mutiara untuk membuktikan kemahiran kami menyediakan produk berkualiti tinggi di kawasan segi tiga emas,'' katanya.

Pembangunan itu dijangka dimulakan dalam tempoh setahun dan dibangunkan mengikut beberapa fasa dalam tempoh lima tahun.

****************************************************
INTRODUCING THE BOARD OF DIRECTORS
EXECUTIVE CHAIRMAN
Encik Hamidon Bin Abdullah

EXECUTIVE DIRECTOR & CHIEF EXECUTIVE OFFICER
Mr Kee Cheng Teik

EXECUTIVE DIRECTOR
Mr Lim Beng Guan

NON-INDEPENDENT NON-EXECUTIVE DIRECTOR
Mr Choong Khoong Liang

INDEPENDENT NON-EXECUTIVE DIRECTORS
Encik Ishak @ Abd Rahman Bin Mohamad
Dato' Seri Ismail Bin Shahudin
Dato' Ikmal Hijaz Bin Hashim
Mr Tan Su Tiam @ Tan Hooi Thean

tapi kan UDA dah korporat ? Seperti kata Nur Jazlan sebelum ni -

"Realiti ekonomi kini memaksa untuk berpisah daripada amalan biasa menetapkan kuota pemilikan bumiputra dalam projek-projek kami. Model perniagaan sekarang akan mempunyai campuran optimal pembeli yang mempunyai kelebihan kuasa pembelian untuk memastikan peningkatan nilai hartanah di masa hadapan UDA tidak boleh lagi mensubsidikan agenda bumiputera tanpa mengambil kira pulangan atas pelaburan".

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau mendapat tahu UDA kini bercadang menjual tanah miliknya yang berukuran 1.4 hektar bersebelahan Hotel Sheraton itu kepada Mutiara Goodyear Development Bhd., (Mutiara) pada harga RM215.5 juta.

Menurutnya, tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan UDA kerana ia pasti merugikan pemilikan tanah bumiputera di kawasan bandar dan bercanggah dengan falsafah penubuhan UDA yang bertujuan menjaga kepentingan pemilikan hartanah golongan tersebut.

"Jika benar perkara ini sedang berlaku, Pergerakan Pemuda UMNO menggesa UDA supaya mengkaji cadangan itu kerana ia akan merugikan golongan Melayu dan bumiputera di bandar.

"Pihak pengurusan UDA perlu mengingati bahawa syarikat itu ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pemilikan hartanah bumiputera di kawasan bandar dan ia (UDA) bukanlah agen hartanah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Sementara itu Tengku Azman berkata, sekiranya proses penjualan tanah berkenaan sedang dilaksanakan UDA kepada Mutiara, ia perlu dihentikan serta-merta demi kepentingan golongan bumiputera.

Jelasnya, penjualan itu adalah sesuatu yang amat malang dan merugikan terutama ketika golongan bumiputera masih 'terkapai-kapai' untuk memiliki hartanah di kawasan bandar.

"Ia adalah sia-sia, memalukan serta perlu dihentikan segera kerana kawasan tanah di Kuala Lumpur bukannya murah, apatah lagi di kawasan utama seperti di Jalan Sultan Ismail berkenaan," tegasnya.

GEMPAR BILA AHLI PARLIMEN PEKAN BIARKAN MB TERTEKAN DAPAT PROJEK YANG MEMBAHAYAKAN NYAWA RAKYAT KUANTAN

Posted: 31 May 2011 07:06 PM PDT

Memang BN Pahang terutama Pemimpinnya memang tidak tahu berniaga dahlah negeri sendiri MB Dato Seri Adnan pernah kata Pahang memang dah muflis suatu ketika dulu. Kini beliau menggunakan peribahasa 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan' ..akhirnya Pahang beria-ia hanya untuk keuntungan beberapa juta sanggup mengadai nyawa rakyatnya untuk menerima Projer nadir bumi dari projek Lynas.
Kalau dibandingkan dengan negara Belanda , Pahang adalah sama besarnya tetapi apa negara Belanda telah lakukan ? Negara itu tersangat maju dari ternakan tenusu dan pelabuhan. Pahang sendiri telah beberapa kali menghantar wakil melawat Belanda tapi hampeh ! Mereka makan angin sahaja. Mereka BN/UMNO memang hebat berbelanja. Termasuk bekas MB Pahang termuda yang telah menjadi PM sekarang. Jadi tidak salah kalau kita kata PM borak MB ikut rentak(oppss Bapa borek anak rintek). Dan kebetulan kedua-dua dari negeri Pahang. Kalau Pahang MB bersama Ahli Parlimen Pekan(PM sendiri) tak boleh pulihkan Pahang apatah lagi nak majukan Malaysia.
Mentang mentang Adik Bongsu MB Pahang Sendiri Adalah Bekas Chairman IAEA, patutlah beria-ia keputusan akan diserahkan pada IAEA.Nampaknya teori penyelewengan projek pembinaan kilang memproses rare-earth oleh Lynas Corporation di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini bertambah panas. Ia susulan terdapat pendedahan sebelum ini dan terkini mengatakan Chairman Board Of Governors Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) ialah adik bongsu kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Beliau yang dimaksudkan itu ialah Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob (foto). Beliau difahamkan bertugas dengan agensi terbabit mulai tahun 2009 hingga 2010.

Pemimpin Pahang terutama Ahli Parlimen Pekan harus berfikiran positif bukan menganiaya bantuan ke negeri dalam pentadbiran Pembangkang sahaja tapi lihat dari kemajuan Malaysia keseluruhan. Sebagai PM beliau tidak patut melihat sahaja ada negeri (Negeri Terengganu la bukan Kelantan) yang miskin macam Pahang manakala ada negeri yang miskin tapi kaya berjoli sakan menghabiskan RM250 juta hanya untuk projek Taman Tamadun Islam.
Kan baik PM ambil sebahagian wang royalti Terengganu contohnya dari RM250 juta tersebut separuh daripadanya diambil secara tegas dengan syarat tertentu dan kawalan yang baik untuk memajukan negeri Pahang. Dah tak ader projek lain ker? Kalau setakat projek menghantar leher buat aper! Itupun takkan seorang PM yang kununya berpelajaran tinggi dan berbapakan Bapa Pembangunan (Allahyarham Tun Abdul Razak) tak boleh fikir dengan baik untuk kebaikan negeri Pahang tambahan pula PM berasal dari negeri Pahang sendiri.Jangan dapat teguran seperti kata pelakun lawak zaman P Ramlee iaitu A R Tomple "BONGOK".


Pernahkah rakyat Terengganu berfikir, berapa banyakkah pulangan yang diperolehi sekiranya wang RM250 juta dilaburkan dalam masa tiga tahun?

Sebuah kerajaan boleh membina sebanyak 5,200 unit rumah kos rendah berharga RM48,000 dengan nilai RM250 juta dan dapat menyelamatkan 20, 800 orang isis rumah dari dibelenggu kemiskinan.

Dua buah hospital baru dengan kemudahan pakar dan kelengkapan mencukupi boleh dibina dengan dengan perbelanjaan sebanyak RM250 juta yang sekurang-0kurangnya dapat memberikan kemudahan kepada dua daerah.

Sebuah kilang pengeluaran barangan elektrik boleh dibina dan menempatkan beratus-ratus orang pekerja, dapat dibangunkan dengan kos RM250 juta.

Namun, apa yang rakyat Terengganu perolehi dengan pelaburan kerajaan sebanyak RM250 juta tiga tahun lalu.

Jawapanya, kosong.

Pada tahun 2008, kerajaan Umno-BN Terengganu dibawah pemerintahan Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh telah membina Taman Tamadun Islam (TTI) dengan kos RM249.3 juta.

Pada 3 Ogos, 2008, walaupun setelah 'jatuh' dari kerusi Menteri Besar, Idris masih mempertahankan segala pembangunan yang dilakukan olehnya sewaktu menjawat jawatan tersebut,

Idris berkata segala pembangunan yang dilaksanakan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Terengganu adalah semata-mata untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat dalam usaha mewujudkan satu tamadun baru.

Taraf kehidupan siapa yang naik dengan pembinaan TTI?

I"kerajaan BN Terengganu hanya pandai membazirkan wang rakyat ratusan juta tetapi langsung tidak membawa hasil pulangan, kerajaan negeri tidak pandai memerintah. Dia (pemimpin) hanya pandai membazirkan wang rakyat sahaja.

Malah, beliau diberitahu bahawa bahan-bahan yang digunakan bagi membina Pusat Konvensyen dan Masjid Kristal tidak mengikut spesifikasi asal yang tercatat dalam pelan.

JANGAN JADI PROJEK YANG TAK SUDAH DAN TELAH DIBANTAH DI BUKIT MERAH DI PERAK!

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 01 Jun 2011 03:16 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia 2011 di Selangor.

Posted: 01 Jun 2011 12:12 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Petaling Jaya Utara sangat mengalu-alukan kehadiran para perwakilan dari semu Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Jun 2011 03:12 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


(SEBARKAN) HARAM LETAK LINK BLOGGER UMporNO PADA BLOG ANDA

Posted: 01 Jun 2011 12:14 AM PDT


Sekarang ini blog pencacai angkat najis UMporNO.   begitu seronok meletakkan gambor dan video seks yang didakwa oleh UMporNO tue.

Namun buat blogger-blogger PR, pernahkah kita terfikir dengan meng'link'kan  dengan blog Pencacai UMporNO itu sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat akibat dari orang lain yang melayari blog mereka daripada link yang kita adakan dalam blog kita.

Apa yang ana akan bincangkan adalah berdasarkan buah Hadis Sahih berikut.

Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun. (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah ana agar blogger PR agar mengbuangkan link blogger pencacai angkat najis UMporNO dan bertaubat serta berhati-hati di masa-masa akan datang.

Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.

Wallahhu'alam

SUHAKAM DESAK KERAJAAN SELANGOR, MBPJ & PEMAJU HENTIKAN ROBOH RUMAH

Posted: 31 May 2011 11:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Suhakam menggesa semua pihak termasuk kerajaan negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan pihak pemaju Peter's Brickworks Sdn Bhd menghormati hak rakyat dan menghentikan segera tindakan meroboh rumah penduduk PJS1, Petaling Jaya.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, suruhanjaya yang diwakili oleh Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah dan beberapa pegawai telah melawat kawasan rumah panjang di PJS1 semalam untuk memantau aktiviti perobohan secara paksa tiga buah rumah setinggan yang masih belum berpindah kerana tidak memiliki rumah seperti yang dijanjikan.

"Ketika lawatan, kami difahamkan kerajaan negeri telah mengeluarkan notis pembekuan kerja pembangunan terhadap pemaju berkuat kuasa Isnin lalu sehingga masalah penempatan serta sekolah selesai.

"Namun kami dimaklumkan, pihak pemaju masih ingin meneruskan kerja-kerja perobohan tanpa menghiraukan notis tersebut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, peneroka bandar di kawasan PJS1 telah ditempatkan di rumah panjang semenjak 2003 untuk memberi laluan kepada pembangunan atas tanah persendirian oleh Peter's Brickworks yang mana mereka juga telah dijanjikan rumah.

Projek berkenaan berdepan masalah dan tidak boleh diteruskan apabila penduduk sekitar tapak pembinaan memfailkan bantahan di mahkamah.

Namun, baru-baru ini mahkamah telah membenarkan syarikat berkenaan meneruskan projek meskipun ada tiga keluarga setinggan yang enggan berpindah kerana masih lagi tidak memiliki rumah yang dijanjikan.

Ahad lalu, kerajaan negeri Selangor telah mengarahkan MBPJ supaya mengeluarkan perintah pembekuan kerja pembinaan projek pangsapuri di PJS1 kepada Peter's Brickworks sehingga dua isu utama diatasi.

Selain itu, beliau juga menyifatkan tindakan pemaju tersebut tidak prihatin kerana mahu meneruskan perobohan rumah yang mana ia merupakan satu tindakan menyalahi hak asasi manusia.

Justeru, beliau menggesa pihak pemaju dapat memberi jaminan dengan menyediakan perumahan alternatif yang tetap dan mampu dimiliki sebelum sebarang tindakan perobohan dilakukan.

*Sebahagian daripada kain rentang protes di kawasan perumahan rumah panjang PJS1. — Foto ihsan Suhakam

Campak bayi dalam sungai Gombak

Posted: 31 May 2011 08:53 PM PDT


Bayi Ditemui tersangkut celah batu dalam Sungai Gombak berdekatan PWTC

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang sibuk bergegas ke tempat kerja gempar dengan penemuan mayat seorang bayi tersangkut di celah batu di Sungai Gombak, berdekatan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.


Artikel Penuh

Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah

Posted: 31 May 2011 08:49 PM PDT

Abdul Rahim Sabri & Norsyafinas Ahmad Sukri

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

NONEMengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'


Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

NONETokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, NONEPAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.

Muktamar: PAS nafi bukan Islam perlu bertudung

Posted: 31 May 2011 08:26 PM PDT


PAS menafikan ia telah menetapkan peraturan memerlukan wartawan wanita bukan-Islam supaya memakai tudung ketika meliputi muktamar parti itu hujung minggu ini.

pas wanita muslimat muktamar agm 55 040609 02Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lalu oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita Islam.

"Saya percaya ini salah faham. Mungkin ia tidak dinyatakan dengan jelasvdalam nasihat berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA Chew Lee Giok yangvmembidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan-Islam yang meliputi Muktamar dari 3-5 Jun.

Chew berkata, "Dalam sebuah negara berbilang kaum saya menghormati sepenuhnya kod pakaian Islam, tetapi kita juga mahu PAS menghormati adat dan pilihan oang bukan Islam".

- Bernama

KESAN KENAIKAN TARIF & PETROL... PRU DITUNDA 2012

Posted: 31 May 2011 06:08 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Kesan keputusan Malaysia menaikkan tarif elektrik dan juga kemungkinan harga minyak ekoran perubahan harga  peringkat gloabal kemungkinan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum sangat tipis kerana kepimpinannya perlu menangani rasa tidak puas hati terlebih dahulu.

Semalam, pentadbiran Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik purata 7.1 peratus yang dikuatkuasakan mulai esok.

Bagaimanapun penganalisis berkata sebarang kemungkinan kenaikan harga bahan api masih sedang diteliti.

"Kenaikan tarif elektrik adalah balon ujian politik bagi Najib untuk mengukur rasa tidak puas hati orang ramai sebelum beliau memutuskan kenaikan harga bahan api," kata Bridget Welsh, seorang pakar tentang Malaysia di Singapore Management University.

Najib dalam ucapan terbaru di London menyifatkan subsidi bahan api sebagai candu tetapi beliau sangat berhati-hati dalam mencetuskan rasa tidak senang di kalangan pengundi ketika cuba membina semula sokongan bagi BN selepas prestasi buruk ketika 2008.

Mandat semasa hanya berakhir pertengahan 2013 tetapi ramai meramalkan Najib akan memanggil pilihan raya seawal tahun ini selepas KDNK mencatati 7.2 peratus tahun lalu.

Bagaimanapun dalam nota penyelidikannya, HwangDBS dan J.P.Morgan berkata jadual masa pilihan raya itu tidak mungkin.

"Pengumuman Isnin (semalam) menunjukkan bahawa kerajaan sanggup membuat beberapa tindakan politik yang tidak popular tetapi positif secara ekonomi dalam waktu terdekat, yang (menyebabkan) kemungkinan pilihan raya ditangguh hingga 2012," kata HwangDBS.

TANG NI AKU SETUJU DENGAN JAMIL

Posted: 31 May 2011 05:43 PM PDT

Kenapa dah hampir 4 tahun produk ini di Malaysia... Jakim baru menyemak akan kehalalannya...?
Bagaimana pule dengan air kotak 1 Malaysia (yang UMporNo ada kepentingan di dalamnya) yang memang tiada sijil halal yang sah tetapi hanya tertera perkataan 'halal' di kotak mendapat pengikhtirafan halal oleh JAKIM....???
 
KUALA LUMPUR: Setiap produk makanan khususnya dari luar negara perlu mendapatkan sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih dulu sebelum dipasarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan kekeliruan.

Biarpun memperoleh sijil halal daripada negara lain, syarikat bertanggungjawab perlu memohon perakuan halal negara ini kerana ia termaktub dalam undang-undang selain menjadi tuntutan mengikut konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sambil tidak menolak perakuan halal dari negara luar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, memang terdapat kerjasama antara Malaysia dan beberapa negara Islam lain berhubung isu halal, tetapi dalam isu berkenaan, ia perlu dilihat dalam ruang lingkup negara ini sendiri.

 'Kami kerugian' - Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh oleh daripada IFRC Asia.


Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 01 Jun 2011 03:10 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Ustaz Alias Abdul Hamid Setiausaha baru PAS Kawasan Kemaman Sessi 2011/2013

Posted: 31 May 2011 09:35 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 01 Jun 2011 01:31 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Bila Lagi Kita Nak Sedar?

Posted: 01 Jun 2011 05:20 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 01 Jun 2011 11:56 AM PDT

Batu Gajah Mari


Indonesia turunkan harga minyak, kenapa Malaysia nak naikkan?

Posted: 31 May 2011 07:37 PM PDT

Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak RON97 kepada RM2.90 seliter, ingin dan bernafsu menaikkan petrol RON95 tetapi takut nasib yang menimpa Dolah Badawi menimpa Najib maka nafsu itu dikendurkan seketika. Kini menaikkan tarif lektrik kerana gas semakin mahal, kata mereka. Pelarasan konon, lebih enak didengar!! Lihat pula tajuk akhbar Kompas 31Mei 2011-Pertamax Turun Rp350 (RM0.12) Shell Turun Rp550 (RM0.19)

Kerajaan Malaysia kalut ribut menaikkan harga, Indonesia pula menurunkannya-persaingan sihat syarikat minyak Indonesia. Walaupun mereka menggunakan RON92 dan tanpa subsidi dan mereka mampu menurunkannya. Kerajaan BN bising-bising subsidi meningkat (goreng rakyat sampai hangit dengan subsidi). Kalau Indonesia mampu turunkan harga, tentulah subsidi juga mampu menjadi lebih rendah. Belum apa-apa subsidi dah meningkat!! Sah dah kena goreng dengan BN. Tak tahulah pula minyak Indonesia dicampur air!! Baca berita berikut;


JAKARTA, KOMPAS.com — Tak mau kalah dengan Pertamina, PT Shell Indonesia juga ikut menurunkan harga bahan bakar minyak (BBM) nonsubsidi. Malah Shell menurunkan harga jualnya hingga Rp 550-Rp 600 per liter, lebih banyak daripada penurunan harga Pertamina yang rata-rata Rp 350 per liter.

"Perubahan harga BBM nonsubsidi Shell akan efektif pada 31 Mei 2011 pukul 00.01," ujar juru bicara Shell, Budiman Moerdijat, Senin (30/5/2011).

Harga shell super ron 92 menjadi Rp 8.450 per liter di wilayah Jakarta. Sebelumnya (pada tanggal 16 Mei 2011) harga shell super ron 92 sebesar Rp 9.050. Sementara untuk harga shell super extra berubah dari Rp 9.500 per liter menjadi Rp 8.900 per liter. "Harga jual diesel berubah menjadi Rp 9.200 per liter," kata Budiman.

Tidak berbeda jauh dengan Shell di wilayah Jakarta, untuk harga penjualan Shell di Jawa Timur juga ikut turun. Shell menurunkan harga jualnya sebesar Rp 550 per liter. Di Surabaya, harga shell super ron 92 berubah dari Rp 9.350 per liter turun menjadi Rp 8.800 per liter. Begitu juga dengan harga super ekstra 95 turun dari Rp 9.700 per liter menjadi 9.200 per liter. Adapun untuk harga diesel di Surabaya menjadi Rp 9.400 per liter.

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 01 Jun 2011 11:51 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Buktikan tarif elektrik naik tidak beban pengguna

Posted: 01 Jun 2011 08:39 AM PDT

Oleh: Hazayani Zakaria (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Kerajaan dicabar memberikan satu formula bagi membuktikan dakwaan mereka bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan 4.4 juta pengguna domestik.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Anuar Tahir (gambar) berkata, dakwaan kerajaan itu sangat tidak masuk akal kerana kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa hari ini saling berkait dengan kenaikan harga barang lain.

Menurutnya, kerajaan sudah beberapa kali menaikkan harga petrol RON97, harga gula dan disusuli kenaikan tarif elektrik tapi pendapatan rakyat tidak bertambah, akta gaji minima masih belum dilaksanakan.

"Kerajaan perlu sedar pendapatan rakyat tidak bertambah. Bukan tarif elektrik sahaja yang naik. Sebelum ini harga minyak naik, harga gula naik ditambah pula kenaikan tarif elektrik.

"Mustahil tidak membebankan rakyat. Saya nak tahu formula apa yang dipakai untuk mengatakan bahawa kenaikan tarif elektrik kali ini tidak menjejaskan isi rumah sedangkan kenaikannya saling berkait dengan harga barang lain," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Kelmarin, kerajaan mengumumkan tarif elektrik baru dengan kenaikan purata sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen/kilowatt-jam (kWj).

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dilaporkan berkata, kenaikan itu tidak akan menjejaskan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang.

Anuar bagaimanapun menolak kenyataan itu kerana katanya kebanyakan isi rumah sangat bergantung kepada penggunaan elektrik menyebabbkan sukar untuk mereka mengurangkan perbelanjaan bagi bil elektrik.

"Kita sekarang ini bukan zaman pakai lampu minyak tanah tapi zaman semua benda pakai elektrik. Di dapur terutamanya banyak pakai perkakas elektrik.

"Sudah pasti susah semua orang nak berjimat. Takkanlah sebahagian pakai elektrik sebahagian pakai minyak tanah, pakai dapur arang, dapur arang, langkah itu tak praktikal zaman ini," katanya.

Menyentuh mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik ini, beliau menyifatkan ianya sebagai penafian semata-mata untuk menjaga kepentingan syarikat korporat.

"Kerajaan memang selalu menafikan apa yang mereka buat tapi biasanya yang dinafi itu yang mereka buat.

"Mereka lebih menjaga kepentingan golongan kapitalis, syarikat-syarikat besar dariapda menjaga kebajikan rakyat," katanya.

Rakyat seperti Burung Kakak Tua

Sementara itu, beliau berkata kerajaan seolah-olah menutup kesalahan mereka menggunakan media massa dengan memberikan pelbagai tips penjimatan keapda rakyat.

"Saya perhatikan pihak kerajaan melalui media mereka sangat apologetik memberikan bermacam-macam tips untuk mengurangkan penggunanan untuk menjimatkan elaktrik.

"Ini menunjukkan bahawa tak dapat dielakkan lagi bahawa kenaikan tarif elektrik ini pasti akan meninggalkan kesan tersendiri kepada perbelanjaan isi rumah," katanya.

Menurutnya, rakyat melalui media juga disuruh menjadi seperti burung kakak tua dengan sentiasa mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan kerajaan walaupun ternyata membebankan mereka.

"Apa yang kerajaan buat semua rakyat kena sokong. Tidak boleh berkata tidak.

"Rakyat disuruh jadi seperti burung kakak tua yang mengikut apa yang tuannya suruh kata. Disuruh kata selamat pagi, kata selamat pagi. Disuruh kata pergi berambus, kata pergi berambus," katanya.

Amat malang katanya apabila Malaysia yang mengaku sebagai nagara demokrasi masih membentuk rakyat menjadi pengikut sahaja.

"Saya dukacita apabila negara demokrasi tapi rakyat dibentuk supaya hidup dalam negara fasis, mesti ikut kata pemerintah. Macam negara komunis rakyat mana boleh lawan cakap pemerintah," katanya.

Demo Lynas hampir cetus pergaduhan

Posted: 31 May 2011 05:09 PM PDT


Perhimpunan membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan oleh kumpulan "Selamatkan Malaysia" hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang berkelah di pantai itu.

Mereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis Save Malaysia beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.

'Selamatkan Malaysia' mengadakan bantahan pagi ini di pantai peranginan Teluk Cempaka, lokasi di mana sembilan anggota panel Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mengkaji kesesuaian pembinaan kilang itu menginap.

Ia juga lokasi rundingan awam dijalankan.

Kumpulan 20 orang itu kemudiannya dilihat mahu menyuraikan Save Malaysia dengan kasar tetapi dihalang pihak polis.

Bagaimanapun, perkara itu terus mengundang kemarahan pihak itu yang mendakwa penunjuk perasaan itu bukan orang tempatan.

"Kami memang daripada Kuantan, ini Tanah Melayu!" kata seorang lelaki yang dikenali sebagai Azman Attar ketika ditanya sama ada mereka mewakili mana-mana kumpulan.

Save Malaysia -- pimpinan pengerusinya Tan Boon Teet -- kemudiannya hanya duduk dan menunggu di penjuru pantai dan meninggalkan tempat itu kira-kira jam 9.30am.

Sementara kumpulan yang menyokong projek Lynas masih tetap di situ.

Sementara itu, Bernama melaporkan panel terbabit yang terdiri daripada ahli profesional pelbagai bidang dari Kanada, Finland, India, Itali, Belanda dan United Kingdom antaranya menemui wakil Majlis Peguam Pahang, ADUN Beserah dari PAS, Syed Mohammad Tuan Lonik dan ADUN Semambu dari BN, Datuk Pang Tsu Ming.

Namun, berlaku sedikit kekecohan apabila kumpulan lelaki tidak berpuas hati dengan tindakan Syed Mohammad yang mengadakan sidang akhbar di luar lobi hotel berkenaan selepas pertemuan itu sehingga memaksa polis mengiringi wakil rakyat tersebut ke kenderaannya bagi mengelak dikasari.

Kumpulan lelaki terbabit juga cuba merampas kamera dua wartawan akhbar berbahasa Cina yang merakam kekecohan itu.

Salah seorang wartawan terbabit, Lee Siew Ting berkata kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku kerana beliau hanya menjalankan tugas.

"Kami bertugas secara profesional dan mereka sepatutnya menghormati tugas pemberita," katanya.

Bagaimanapun, beberapa wakil daripada kumpulan lelaki terbabit kemudian tampil meminta maaf atas kejadian tersebut dan mengakui ia tidak sepatutnya berlaku.

"Mereka mungkin sedang marah ketika itu dan hilang pertimbangan sehingga boleh bertindak demikian," kata salah seorang wakil yang enggan dikenali.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata beliau telah memberi amaran terakhir kepada kumpulan penyokong dan anti projek Lynas supaya tidak lagi mencetuskan kekecohan seperti itu.

Katanya polis sentiasa bersiap sedia dengan menempatkan anggota sepanjang masa termasuk anggota Cawangan Khas dan Pasukan Penggempur Ringan (LSF) bagi memantau serta mengawal keadaan ketika panel IAEA menjalankan tugas.

Kilang bernilai RM700 juta yang sedang dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan menimbulkan kontroversi kerana didakwa bakal menghasilkan radiasi yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Kerajaan Malaysia telah menjemput panel pakar dari IAEA berkenaan untuk menyiasat isu kesihatan dan keselamatan berhubung projek pembinaan kilang berkenaan. (Malaysiakini)

DUN Lembah Jaya

Posted: 01 Jun 2011 11:46 AM PDT

DUN Lembah Jaya


MPAJ Pantau Kawasan Berisiko

Posted: 01 Jun 2011 01:16 AM PDT

AMPANG 1 JUN – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Datuk Mohammad Yaakob berkata MPAJ akan mengenakan kompaun sebanyak RM250,000 kepada kawasan pembangunan yang menyebabkan banjir di bawah Akta 133 Jalan Parit Bangunan MPAJ.

Menurutnya, sehubungan itu, MPAJ menghantar dua notis kepada kawasan yang terlibat iaitu pada 3 dan 20 Mei lalu supaya mengikut nasihat dan syor yang diberi serta tindakan yang seharusnya diambil.

"MPAJ mengambil tindakan menyerahkan notis kepada kawasan pembangunan yang mempunyai risiko supaya mengambil tindakan segera dan pihaknya banyak memfokuskan kepada kawasan pertanian.

"Antara fokus kawasan pertanian yang dikenal pasti adalah di Kampung Kemensah, Kampung Ampang Indah, Bukit Sungai Seputih di Lembah Jaya Utara, Cheras Baru dan Kampung Datuk Mufti.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Penuh Majlis MPAJ Bil 5/2011.

Mohammad berkata, memandangkan kawasan pertanian tiada sijil layak menduduki (CF), MPAJ telah membuat inventori dan memaklumkan kepada penduduk risiko-risiko yang mungkin berlaku dan perlu mereka hadapi.

"Ini kerana MPAJ tidak bertanggungjawab kepada tanah persendirian dan hanya kepada tanah kerajaan sekiranya berlaku bencana, tetapi dalam masa sama MPAJ sentiasa memantau dan menasihati kawasan-kawasan yang berisiko.

"Bagaimanapun, sekiranya berlaku hakisan dan banjir dalam kawasan persendirian, maka tuan tanah perlu bertanggungjawab kerana MPAJ menerima banyak aduan di mana kebanyakan aduan hadir dari tanah persendirian," katanya.


*sumber SelangorKini Online http://www.selangorkini.com.my/my/berita/32693

Surau Al-Munawwarah KAFA Integrasi Al-Irshad; Terima Kasih Penderma

Posted: 31 May 2011 08:57 AM PDT


Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan persembahan Selawat oleh para pelajar Tahun 6


28 Mei, Seri Taman Baru - Setelah sekian lama bertungkus lumus berusaha, akhirnya dengan bantuan banyak pihak, Surau Al-Munawwarah KAFA Integrasi Al-Irshad telah berjaya dibangunkan. Bagi menghargai jasa para penderma, pihak pengurusan sekolah yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung Tasek Permai, Saudara Che Yusof Che Mat mengadakan satu majlis di sini pagi ini.

Seramai kira-kira 10 orang penyumbang menerima sijil penghargaan dari pihak sekolah yang disampaikan oleh YB Hj Khasim Abd Aziz. Pada majlis yang sama beliau turut melancarkan Tabung Pembangunan Sekolah. Menurut Che Yusof, tabung ini adalah bertujuan untuk membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama beramal jariah dalam meninggikan agama Allah di muka bumi ini.

Sebelum menutup tirai majlis tersebut, YB Hj Khasim menyempurnakan acara kemuncaknya iaitu memotong riben dan menandatangni plak Surau Al-Munawwarah. Beliau yang mewakili kerajaan negeri yang juga merupakan salah satu pihak yang memberikan sumbangan terbesar amat berbangga dengan hasil yang dapat dimanfaatkan oleh para guru dan pelajar sekolah tersebut. Justeru beliau berharap agar orang ramai dapat mengikuti jejak langkah para penderma, semoga ianya dihitung sebagai amal kebajikan di akhirat kelak. Turut berasama beliau menyerikan majlis ialah Penghulu Mukim Ampang 1 Encik Abd Rashid Saman dan Ketua-Ketua Kampung di DUN Lembah Jaya.

Ucapan oleh Che Yusof Che Mat

Para ibubapa dan penderma yang hadir


YB Khasim beramah mesra dengan salah seorang penerima sijil penghargaan




Pelancaran Tabung Pembangunan Sekolah

Memotong riben perasmian surau

Menandatangani plak dengan disaksikan oleh oleh para hadirin termasuk Che Yusof dan Encik Abd Rashid Saman, Penghulu Mukim Ampang 1



Pas CawanganSurada

Posted: 01 Jun 2011 11:45 AM PDT

Pas CawanganSurada


"Gajah tidak berkepala" hangatkan forum Pemilihan PAS

Posted: 31 May 2011 10:16 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 01 Jun 2011 11:43 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Selamat Bermuktamar...Takbir

Posted: 01 Jun 2011 01:29 AM PDT

Tarif elektrik: Jaminan Muhyiddin ditolak

Posted: 01 Jun 2011 01:18 AM PDT

KOTA BHARU, 1 Jun: Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik ditolak dan disifatkan kenyataan yang tidak betul.

Ini kerana, mereka yakin, kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku.

"Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah," kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof (gambar).

Siti Zailah yang juga anggota Parlimen Rantau Panjang Kelantan berkata, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat.

Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Baru-baru ini, kerajaan menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus untuk pengguna elektrik melebihi RM77 sebulan manakala pengguna di bawah RM20 akan mendapat elektrik secara percuma.

Langkah ini dikatakan cuba meniru apa yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Namun tindakan ini  berbeza kerana kerajaan negeri Selangor memberikan air percuma kepada penggunaan 20m padu pertama tanpa menaikkan harga air.

Mereka yang menggunakan jumlah yang rendah iaitu golongan pendapatan rendah yang menggunakan air sedikit sahaja (bawah 20 m padu sebulan) akan mendapat air percuma.

Bagi  Siti Zailah, walaupun 75 peratus daripada 5.94 juta pengguna domestik tidak mengalami kenaikan bil elektrik selagi mengekalkan
penggunaan elektrik pada kadar RM77 sebulan, golongan berpendapatan rendah tetap menjadi mangsa.

"Sudahlah mereka baru dibebani dengan kenaikan harga petrol baru-baru ini, kerajaan bebankan pula rakyat dengan kenaikan tariff
tersebut,"ujarnya.

Tambahnya, situasi ini berlaku bukan sahaja pada rakyat di kampung, sebaliknya kakitangan awam, swasta yang berpendapatan kecil juga terjejas.

Sambungnya lagi, tindakan kerajaan sebenarnya untuk mengurangkan beban kerajaan dan melepaskan beban itu kepada rakyat.

"Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara," katanya.

Tiada arahan wartawan bukan Islam pakai tudung

Posted: 01 Jun 2011 01:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS tidak mengeluarkan arahan bahawa wartawan wanita bukan Islam perlu memakai tudung ketika membuat liputan muktamar parti itu hujung minggu ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata beberapa organisasi media mungkin telah salah faham nasihat yang diberikan oleh sekretariat penganjur Isnin lepas oleh kerana keperluan memakai tudung hanya ditujukan kepada wartawan wanita yang beragama Islam.
"Ini semua salah faham media. Tiada arahan pakai tudung pun kepada wartawan bukan Islam. Umum sudah mengetahui bagaimana pakaian sopan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mustafa mengulas kenyataan setiausaha agung Wanita MCA, Chew Lee Giok yang membidas PAS kerana dikatakan menguatkuasakan kod pakaian ke atas wartawan wanita bukan Islam yang membuat liputan muktamar dari 3 hingga 5 Jun ini.
Dalam notis pengambilan pas liputan muktamar yang dihantar kepada petugas media, beberapa peraturan pemakaian digariskan.
Ianya termasuk tidak berseluar pendek bagi wartawan lelaki dan tidak memakai pakaian menjolok mata bagi wanita.
"Sempena muktamar PAS Pusat yg akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun yang akan datang, beberapa kod etika perlu dipatuhi.
"Antaranya ialah lelaki berpakaian kemas dan tidak berseluar pendek dan wanita berpakaian kemas dan bertudung bagi yang Islam dan DIGALAKKAN memakai skaf bagi bukan Islam.
"DILARANG memakai gaun atau skirt pendek," kenyataan berhubung ketetapan itu dipetik.
Sehubungan itu, arahan wajib bertudung kepada wartawan wanita bukan Islam adalah tidak benar sama sekali kerana perkataan digunakan hanyalah "digalakkan" memakai skaf, dan bukan memaksa memakai tudung.

Posted: 31 May 2011 09:26 PM PDT

PANITIA MUKTAMAR DPP PUSAT KALI KE-52

Posted: 31 May 2011 09:19 PM PDT

Penasihat : Ust Nasrudin Hassan (Ketua DPPP)
Ketua Pengarah : Khairul Faizi Ahmad Kamil (S/U DPPP)
Timb Pengarah 1 : Ust Hasbullah Mohd Ridzwan (KP Selangor)
Tim Pengarah 2 : Herman Samsudeen (KP DPP WP)
Setiausaha : Ust Kamal Ashaari (PSU DPPP)
Pen. Setiausaha 1 : Khairul Fahmi Mat Som (SU DPPN Selangor)
Pen. Setiausaha 2 : Kamarul Ariff Ambak (SU DPPWP)
Pengarah Kewangan : Mohd Adram Musa (Bendahari DPPP)
Pen Peng Kewangan : Ust Yussaine Yahya ( Exco DPPP)


Ketua Unit-Unit


Pendaftaran : Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz (Sekretariat)
Persiapan Tempat : Ust Mohd Haidar Taslim (DPPK Kapar)
Persiapan Pentas : Ust Mohd Haidar Taslim (DPPK Kapar)
Protokol : Hj Ir Muhd Khairil Nizam Khairuddin (PSU DPPP)
Penginapan : Ust Nasaruddin (DPPK Shah Alam)
Cenderahati /Anugerah : Abu Bakar bin Abdul Rahman (DPPWP)
Promosi & Publisiti : Zainal Said (DPPK Kota Raja)
Unit IT : Wan Asrul Afendi Wan Mohamad (DPPP)
Multimedia : Rusli Yasmin (Sekretariat)
Rekabentuk & Cetakan : Mohd Firdaus Ishak (DPPWP)
Jamuan : Mohd Nazri bin Mat Nawi (DPPK Klang)
PA System, Video Audio : Kamarul Ariffin (DPPK Shah Alam)
Keselamatan/Lalulintas : Hj Azemi (AMAL Selangor)
Bentara Dewan : Supyan Mat Nan (DPPN Selangor)
Perbarisan : Juhari Osman (AMAL DPPP)
Kebersihan : Izamuddin Mohd Ludin (AMAL WP)
Rakaman & Dokumentari : Wan Asrul Afendi Wan Mohamad (DPPP)
Jawatankuasa Khas (peringkat DPPP)
• Majlis Perasmian dibuat berasingan dengan ketiga-tiga dewan
• Tempat Persidangan Pemuda (Majlis Perasmian dan Muktamar Penuh) : Auditorium MBSA, Shah Alam.
• Perasmi : Timbalan Presiden PAS (YB Ust Nasharuddin Mat Isa)
• Pengerusi jawatankuasa Usul : Suhaizan Kaiat.
• Wakil Jawatankuasa Pemilihan : Dr Zulqarnain Lukman.

Timbalan Presiden 3 penjuru, 6 naib

Posted: 31 May 2011 09:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:
PRESIDEN
1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
1. Mohamad Sabu, Hj
2. Nasharudin Mat Isa, YB
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato'

NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato'
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz
3. Mahfuz Omar, YB Dato'
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato'
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato' Seri
6. Salahuddin Ayub, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz

2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz

3. Abdul Wahid Endut, YB Hj

4. Abu Bakar Chik, Dato' Ustaz ,

5. Ahmad Sabki Yusof,

6. Aiman Athirah Al-Jundi

7. Amiruddin Hamzah, YB Ir.

8. Apandi Mohamad, Hj

9. Asmuni Awi, Hj

10. Azizan Abdul Razak, YB Dato' Seri Ustaz,

11. Azman Shapawi, Ustaz

12. Dzulkefly Ahmad, YB Dr

13. Halimah Ali, YB Dr.

14. Hamzah Abdullah,

15. Hamzah Jaafar, Dr.

16. Hanipa Maidin, Hj

17. Hassan Ali, YB Dato' Dr.

18. Hishamuddin Sulaiman, (Sabah)

19. Iskandar Abdul Samad, YB

20. Kamal Ashaari, Ustaz

21. Kamarudin Jaffar, YB Dato'

22. Khalid Abd Samad, YB Hj.

23. Khalil Idham Lim, YB

24. Lo'Lo Dato Ghazali, YB Dr.

25. Mahfodz Mohamed, Dato' Dr.

26. Mazlan Aliman,

27. Misbahul Munir Masduki , Ustaz

28. Mohamad Nor Mohamad, Hj.

29. Mohamad Taufek Abdul Ghani, YB

30. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz

31. Mohd Anuar Tahir, Hj

32. Mohd Firdaus Jaafar, YB

33. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr.

34. Mohd Nasir Mustafa,

35. Mohd  Salleh Man, Yb Ustaz

36. Mohd Zainuddin Mohd Yusof, YB Haji

37. Mohd Zuhdi Marzuki, Dr

38. Muhammad Husin, YB

39. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr.

40. Mumtaz bt. Mohd Nawi, YB

41. Nik Abduh Nik Abdul Aziz,

42. Nik Zawawi Nik Salleh, Ustaz

43. Norazli Musa, Ustaz Hj.

44. Normala Sudirman,

45. Nuridah Salleh, Ustazah

46. Razman Zakaria,

47. Riduan Mohd Nor, Ustaz,

48. Rosidi Hussin

49. Sa'ari Sungib, YB Hj.

50. Siti Mariah Mahmud, YB Dr.

51. Suhaizan Kaiat,

52. Wan Hasrina Wan Hassan,

53. Zulkefly Muhamad Omar, Hj

Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah

Posted: 31 May 2011 09:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh menerima saingan sengit apabila turut ditentang Timbalan Ketua dewan itu Siti Zailah Mohd Yusof untuk jawatan nombor satu muslimat itu.

Untuk kerusi Timbalan Ketua pula, bakal menyaksikan perebutan antara AJK Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud dengan Wan Hasrina Wan Hassan.
Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Mumtaz Mohd Nawi, AJK Muslimat Mastura Mohamad, Dr. Najhatussolehah Ahmad dan Normala Sudirman.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan.

Bagaimanapun  nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian.

Berikut adalah senarai penuh calon yang bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013.


KETUA

1.    Nuridah Salleh,
2.    Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA

1.    Siti Mariah Mahmud, Dr   
2.    Wan Hasrina Wan Hassan

NAIB KETUA


1.    Mastura Mohamad
2.    Mumtaz Mohd Nawi, YB
3.    Najhatussolehah Ahmad, Dr.
4.    Normala Sudirman
AHLI  JAWATANKUASA KERJA

1.    Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
2.    Aiman Athirah Al-Jundi
3.    Asiah Ali, Dr.
4.    Azizah Khatib Mat
5.    Azlina Che Haron
6.    Fatimah Wan Teh Amizan Baharuddin
7.    Fatimah@Zainab Ibrahim, Toh Puan
8.    Fazilah Abu Samah
9.    Halimah Ali, Dr. YB
10.    Kartini Ahmad
11.    Khadijah Mahmud
12.    Kintan Man
13.    Mariam Abdul Rashid
14.    Mastura Mohamad
15.    Mumtaz Mohd Nawiv
16.    Najihatussolehan Ahmad, Dr
17.    Norazliza Abd Latif
18.    Normala Sudirman
19.    Norhayati Bachok
20.    Norwani Ahmat
21.    Rohani Ibrahim, YB
22.    Rohaya Yaacob, Dr.
23.    Rosni Adam, Dr.
24.    Rosiah Salleh
25.    Salbiah Wahab
26.    Siti Aisyah Ghazali, YB
27.    Siti Mariam Othman
28.    Wan Obaidah Wan Omar, YB

Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib

Posted: 31 May 2011 09:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Seperti dijangka, Nasrudin Hassan kekal menyandang jawatan Ketua Pemuda untuk sesi 2011 hingga 2013.
Untuk jawatan timbalan ketua pula menyaksikan perebutan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan raya Pemuda Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Exco pemuda Nik Abduh Nik Aziz.
Bagi jawatan Naib pula, menyaksikan dua AJK dewan Pemuda Nasir Zakaria yang akan berentap dengan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.
Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.
Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan.

Bagaimanapun  nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian.
Berikut adalah senarai calon yang bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

KETUA
1. Nasrudin Hassan Thantawi

TIMBALAN KETUA
1. Azman Shafawi
2. Firdaus Jaafar, YB
3. Nik Abduh Nik Aziz
4. Suhaizan Kaiat

NAIB KETUA
1. Nasir Zakaria, YB
2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob

AHLI  JAWATANKUASA KERJA
1. Abdullah Abdul Karim
2. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB
3. Ahmad Fadhli Shaari
4. Firdaus Masod
5. Kamaruzuman Abdullah
6. Kamaruzzman Mohamad
7. Khairil Nizam, Ir. Hj
8. Khairul Faizi Ahmad Kamil
9. Khalil Abd Hadi
10. Lahirul Latigu
11. Mohd Suhaimi A. Aziz
12. Mohd Adram Musa
13. Mohd Akmal Kamaruddin
14. Mohd Fadli Ghani
15. Mohd Nasaie Ismail
16. Mohd Nazri Chik
17. Mohd Nor Hamzah, YB
18. Mohd Sany Hamzan
19. Mohd Yusni Mat Piah
20. Muhammad Hafiz Musa
21. Muhammad Sanusi Md Nor
22. Ridhuan Mohamad Nor
23. Rosly Allany
24. Safarizal Salleh
25. Salman Salleh
26. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre
27. Azharuddin Muhammad
28. Zaidy Abdul Taib
29. Zamakhshari Muhamad
30. Zawawi Abu Hasan

PM digesa buang 'politik' selesai Royalti Kelantan

Posted: 31 May 2011 07:49 PM PDT

PUTRAJAYA, 31 Mei: Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan di Perantauan Menuntut Royalti Kelantan (Royalti Kelantan) hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri agar hak royalti negeri itu dikembalikan segera.

Penyerahan itu diketuai pengerusinya, Apandi Mohamad dan turut diiringi Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof dan Senator Mumtaz Mohamad Nawi.

Memorandum itu bagaimanapun diterima Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Asrul Afendi.

Selain mereka, turut hadir sama ialah Presiden Persatuan Anak Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada), Ali Hanafiah Mohamad dan AJK mereka.

Dalam memorandum itu, mereka mahu Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan isu yang sudah dibawa ke mahkamah itu secara 'melampaui batasan politik sempit'.

Perdebatan hak pembayaran itu menurut mereka harus diurus mengikut persetujuan yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Apatah lagi bayaran serupa telah telah diterima Terengganu seperti disahkan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dun Terengganu baru-baru ini dengan jumlah bayaran RM938 juta secara berperingkat.

"Bahawa Datuk Seri Najib memastikan ditunai janji pengembalian hak wang royalti kerajan Kelantan sama seperti yang diperolehi kerajaan Terengganu,"antara kandungan tuntutan memorandum itu dipetik.

Sehubungan itu, jawatankuasa ini mahu isu ini diselesaikan segera dan hak rakyat Kelantan dikembalikan seadilnya.

PAS ganti Umno negara jadi lebih baik

Posted: 31 May 2011 07:37 PM PDT

SHAH ALAM, 31 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi hari ini menegaskan kesediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam usaha mentadbir negara ke arah yang lebih baik.
Beliau yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan itu sesi 2011-2013 berkata, masyarakat dan rakyat sudah merindui satu kehidupan lebih harmoni di bawah panji perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS dan sudah lama muak dengan sikap Umno selama ini.
Menurutnya, dalam PAS kini sudah wujud satu badan khas, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang meyakini dasar perjuangan PAS.
Nasrudin berkata demikian ketika bercakap dan menyampaikan hujahnya di dalam Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang tadi.
Turut menjadi panelis adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator.
Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya.
"Saya mempunyai nekad ingin membawa anggota PAS khasnya pemuda agar mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain," tegas Nasrudin.
Dalam sesi sama, beliau mempertahankan akhbar Harakah yang disifatkan oleh Khairy sesat dan enggan menarik balik tuduhan itu, lantas Nasrudin mempersoalkan tindakan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia, lebih teruk dengan menyiarkan gambar lucah dan menjolok mata pembaca.
Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang  meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik.
"Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar.
"Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi
Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu.
Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit.
Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video.
Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka.
Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka.
Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah.
Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik.

Pemuda PAS bantah Konsert MTV Word Stage

Posted: 31 May 2011 07:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) membantah penganjuran satu program hiburan bertaraf antarabangsa, Konsert MTV Word Stage di i-City, Seksyen 7 Shah Alam, 24 Julai depan yang dikatakan bertujuan mempromosi bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa.
DPPNS mahu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menarik balik kelulusan program tersebut kerana bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.
Ketuanya, Hasbullah Ridzwan (gambar) berkata, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ataupun pengurusan i-City dapat mematuhi garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri serta mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mempromosi Bandaraya Shah Alam selain daripada menganjurkan konsert secara terbuka.
"Dewan Pemuda PAS Negri Selangor melahirkan rasa kecewa dan terkilan di atas kenyataan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam satu sidang media pada 18 Mei lalu yang mengatakan konsert ini untuk memperkenalkan Bnadaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, DPPNS amat bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir yang disiarkan dalam satu protal berita tentang kemungkinan wujudnya pengaruh negatif berbanding positif hasil daripada penganjuran konsert tersebut.
"Janganlah kita menggadaikan maruah anak bangsa dan negara hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit pengiktirafan dunia antarabangsa.
"Penganjuran konsert yang membabitkan artis-artis barat dan artis tempatan yang pro barat sudah pastilah berlawanan dengan hasrat Kerajaan Negeri di dalam melahirkan modal insan yang terbaik untuk negeri Selangor," katanya.
Tambahnya, DPPNS yakin bahawa penganjuran konsert ini pasti akan menimbulkan rasa resah, gelisah dan amarah khususnya kepada penduduk setempat.
"Kami dimaklumkan telah ada persatuan penduduk di persekitaran tersebut yang telah menyatakan bantahan mereka terhadap konsert tersebut," katanya.
Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah '30 Second To Mars' iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.
Sehubungan itu, DPPNS akan menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert ini kepada Datuk Bandar Shah Alam dan Menteri Besar dalam masa terdekat ini.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mengambil tanggungjawab terhadap usaha-usaha mencalar imej dan agenda Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat," katanya.

Elektrik: BN bela IPP, bebankan rakyat

Posted: 31 May 2011 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).
Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7%.
Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.
Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka.
Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun (esok) sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.
Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.
"Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat.
Tambahnya, tetapi nilai itu amat besar kepada pemain industri dan rakyat yang mengunakan elektrik 301kW ke atas.
"Bagaimana pengusaha restoran dan peniaga-peniaga runcit pula?" soalnya.
Menurutnya, mereka juga antara pengguna sumber yang banyak kerana beroperasi lebih dari 12 jam sehari.
Maka, katanya tidak mustahil mereka akan meningkatkan nilai harga jualan mereka yang akhirnya rakyat sebagai pelanggan akhir juga terbeban.
Beliau menambah, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan yang ditamat pada Disember 2011 pula akan menyebabkan sebahagian besar isi rumah dari 5.94 juta akan terkesan.
Katanya, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya.
Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka.
Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa.
Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.
"Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran," ujarnya.
Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.
"Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat," katanya lagi.

Persiapan Muktamar PAS ke-57 hampir selesai

Posted: 31 May 2011 07:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Jika sebelum ini Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuizm) yang terletak di Taman Melewar, di sini, agak sunyi, sepanjang 3 hingga 5 Jun ini, suasananya pasti akan berubah sama sekali dengan kunjungan orang ramai dari seluruh negara.
Kolej tersebut yang turut menempatkan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor akan menjadi tempat berhimpun 1,150 perwakilan PAS dari seluruh negara, manakala di persekitarannya pula dimeriahkan dengan gerai-gerai perniagaan yang pasti mencetuskan hiruk pikuk dan riuh rendah suara orang ramai yang berkunjung ke gerai-gerai yang disediakan.
Suasana tersebut berlaku lantaran Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang akan berlangsung di kolej itu selama tiga hari, mengiringi suara para perwakilan membahaskan pelbagai perkara bagi memantapkan lagi perjuangan parti, sekali gus menyemarakkan lagi semangat para pemimpin dan ahli-ahli PAS untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Menjelang hari-hari akhir muktamar, pihak panitia dan para petugas semakin sibuk melaksanakan persiapan berlandaskan bidang tugas masing-masing, bagi memastikan segala penyusunan kerja dan perancangan yang diatur berjalan lancar dan sempurna.
Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad yang sebelum ini merupakan Markas Tarbiyah PAS Pusat, ternyata telah berubah wajah setelah dijadikan kolej, bagi menyesuaikannya dengan keperluan semasa sebagai pusat pengembangan ilmu.
Bangunan setinggi dua tingkat itu dibahagikan kepada dua bahagian utama. Di tingkat atas ditempatkan bilik-bilik kuliah dan asrama para pelajar, manakala di tingkat bawahnya dikekalkan dewan besar untuk dimanfaatkan sebagai tempat perhimpunan yang dinamakan Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor.
Nama dewan tersebut dipadankan dari nama Presiden PAS sebelum ini yang telah kembali ke rahmatullah, sebelum digantikan Presiden PAS sekarang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebagai mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham yang cukup besar terhadap perjuangan PAS.
Bagi Muktamar PAS Ke-57, dewan tersebut yang sebelum ini telah menampung pelbagai perhimpunan besar dalam PAS, akan kembali menyaksikan detik bersejarah bagi parti, dengan suara-suara lantang para perwakilan membahaskan pelbagai usul penting untuk dirumuskan.
Justeru, bagi pihak panitia muktamar dan para petugas, perlaksanaan kerja-kerja utamanya pasti turut tertumpu ke atas dewan itu untuk dihias indah, dilengkapi pelbagai keperluan termasuk pentas utama, pemasangan sistem pembesar suara, sistem hawa dingin yang sempurna.
Begitu juga dengan keperluan utama lain termasuk pemasangan lampu-lampu yang bersesuaian serta mencukupi, penyusunan kerusi yang teratur untuk diduduki para perwakilan, hiasan landskap yang indah dipersekitarannya dan sebagainya.
Selain itu, tumpuan kerja juga turut terarah pada tingkat atas bangunan itu kerana di tingkat itulah nanti yang menempatkan ruang rakan-rakan media melaksanakan tanggungjawabnya dan tempat duduk para muslimat.
Tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati kerja-kerja tersebut sudah hampir selesai, dengan anggaran melebihi 90 peratus telah terlaksana, untuk menyambut mesra dan ceria kedatangan para pemimpin utama parti dan para perwakilan yang mewakili 180 kawasan PAS dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Begitu juga dengan penyediaan tempat parking kenderaan kepimpinan utama PAS di luar bangunan Kolej dan tapak 105 buah gerai perniagaan untuk disewa para peniaga, kini telah terlaksana dengan baik yang antara lainnya dengan pemasangan khemah-khemah bersesuaian berwarna putih dan agak ceria bagi mewarnai suasana.
Pada muktamar tahun ini, pihak panitia turut terpanggil membuka kaunter derma darah yang ditempatkan di suatu penjuru, bagi membolehkan orang ramai menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan darah.
Sepanjang tinjauan dilakukan, para petugas kelihatan bertungkus lumus melaksanakan kerja masing-masing, dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan dan rakan-rakannya yang diamanahkan dengan kerja-kerja persiapan di dalam dewan, turut berpeluh menyiapkan kerja-kerja yang masih berbaki.
Bagi memastikan segalanya berjalan lancar, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi sendiri turut berkunjung ke kolej tersebut kelmarin, untuk meninjau tahap persediaan yang telah terlaksana dan dimaklumkan cukup berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh para petugas.
Muktamar Tahunan PAS Ke-57 akan bermula 3 Jun dengan agenda pertama selepas perasmian pada sebelah pagi mengesahkan peringatan muktamar yang lalu, berakhir dengan pemilihan kepimpinan dalam parti yang berjalan mengikut susunan berperingkat-peringkat, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam akan diadakan persembahan kebudayaan.
Pada hari Sabtu, 4 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan usul terima kasih kepada presiden dan perbahasan ucapan dasar, manakala pada sebelah malamnya, bermula jam 9.00 malam, akan diadakan ceramah umum yang akan disampaikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pakatan Rakyat. 
Ahad, 5 Jun, bermula jam 8.30 pagi dengan agenda kelima berupa perbahasan usul-usul, sebelum ditutup dengan agenda keenam mulai jam 2.00 petang dengan penggulungan dan ucapan penangguhan serta doa.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 01 Jun 2011 11:13 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


ORANG TIONGHUA SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 01 Jun 2011 01:06 AM PDT

Kaum Tionghua tidak puas hati


KUALA TERENGGANU – Pakatan pembangkang tidak akan berdepan cabaran sukar untuk mendapat sokongan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Tionghua pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat, berkata, beliau yakin terhadap perkembangan tersebut berdasarkan kepada perjumpaan dengan beberapa kelompok kaum tersebut terutama di kawasan Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, beberapa perkara yang menjadi kemarahan kaum tersebut terhadap BN turut dikenal pasti sehinggakan beliau yakin tsunami politik yang melanda Sarawak baru-baru ini akan 'menjalar' ke Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Perkara yang menaikkan kemarahan kaum tersebut adalah kenaikan harga barang berikutan kenaikan harga minyak menyebabkan sebahagian besar peniaga Cina yang kebanyakannya peniaga pertengahan tidak dapat berniaga.

"Selain itu, kenaikan tarif elektrik, 'politiking' yang kuat dalam UMNO sehingga tiada projek besar yang dibangunkan di negeri ini dan kronisme," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, kaum tersebut mendapat maklumat melalui akhbar mereka yang dianggapnya memainkan isu secara tepat, selain tidak bersetuju dengan isu video seks yang dikaitkan dengan pemimpin kanan pembangkang yang dimainkan dalam akhbar Melayu dan cakera padatnya turut diedarkan.

Hanafiah berkata, kaum tersebut juga sudah yakin dengan masa depan mereka jika pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara melalui apa yang berlaku di Pulau Pinang.

"Mereka boleh berniaga dan berpuas hati dengan perkembangan di negeri tersebut dan kebaikan yang diperoleh melebihi zaman UMNO," katanya.

Beliau berkata, bagi memberi keyakinan kepada pihak tersebut, pihaknya turut mengedarkan kira-kira 10,000 risalah Buku Jingga di seluruh negeri sambil memberitahu manifesto yang tercatat di dalamnya ditunggu-tunggu rakyat.

Beliau berkata, antaranya pembangkang berjanji untuk menaikkan gaji guru sebanyak RM500 sambil memberitahu ia tidak mustahil dapat dilakukan sekiranya negara ditadbir pembangkang kelak.

"Kalau BN memerintah memang mustahil untuk menaikkan gaji guru dan kita juga bersedia sekiranya gagal laksanakan apa yang tercatat dalam buku jingga itu, kita sanggup menyerahkan pentadbiran kepada kerajaan baru," katanya.sinar harian.

Pemuda Guchil

Posted: 01 Jun 2011 10:08 AM PDT

Pemuda Guchil


Najib dan kekalahan Manchester United

Posted: 01 Jun 2011 04:20 AM PDT

'Majlis Syura wajar buat endorsement pemilihan parti'

Posted: 01 Jun 2011 04:19 AM PDT

Allahyarham Fadzil Noor dan keterbukaan politik Islam

Posted: 01 Jun 2011 04:18 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 01 Jun 2011 09:29 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Selamat Bermuktamar

Posted: 31 May 2011 11:46 PM PDT


Assalamualaikum

Selamat bermuktamar kepada 4 orang wakil Pemuda Kawasan Kangar yang di ketuai oleh Sdr Mior Hassan (Ketua Pemuda),Sdr Amirul Jufri (Ketua Pemuda DUN Kayang,Ketua Jabatan Amal),Sdr Mohd Iqbal (Ketua Pemuda DUN Indera Kayangan,Ketua Penerangan dan Ketua Jabatan IT) DAN Sdr Azman Jab (Pengarah PASTI Kawasan).Semoga suara kalian akan menggearkan Dewan MBSA ucap.Takbir!!!

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 01 Jun 2011 09:23 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Cuci Kenderaan di Muktamar PAS Jun 2011 Taman Melewar

Posted: 31 May 2011 08:41 PM PDT



Perhatian kepada peserta, perwakilan, pemerhati dan orang ramai yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada 3 hingga 5 Jun 2011. Unit Amal Negeri Sembilan akan menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan pada kadar yang berpatutan.

Perkhidmatan on-call disediakan. Sila hubungi 013-2124086 , 017-4680125.

Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menjana Dana Tabung Aktiviti Unit Amal Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com/

Landskap Siasah

Posted: 01 Jun 2011 07:59 AM PDT

Landskap Siasah


Edar risalah di Pengkalan gate

Posted: 31 May 2011 10:31 AM PDT


Berjaya edar 300 risalah penerangan kepada rakyat Kg Pengkalan gate malam ni.

Malam ini saya jadi MC ceramah umum Pakatan Rakyat di kampung berkenaan dengan penceramahnya Dr Lee Boon Chye, Ustaz radzi Zainon dan Ustaz Azmi Abdullah.

Macam biasa isteri saya jadi pengedar risalah yang berjaya...

Muhammad Nuruddin Bashah

i n t a n h i j a u

Posted: 01 Jun 2011 07:37 AM PDT

i n t a n h i j a u


UCAPAN TERAKHIR ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR DI MUKTAMAR PAS PUSAT

Posted: 01 Jun 2011 03:29 AM PDT


Apabila tiba sahaja muktamar PAS Pusat sudah pastilah sebahagian besar dalam kalangan kita yang tidak lupa akan ucapan terakhir mantan Presiden PAS, Almarhum Dato' Ustaz Fadhil Noor yang penuh nostalgia.

Ada antara isi-isi ucapan beliau telah menjadi realiti pada masa kini.

Al Fatihah...



KEHEBATAN USTAZ FADHIL NOOR DI PARLIMEN

PAS Kulaijaya

Posted: 01 Jun 2011 07:18 AM PDT

PAS Kulaijaya


Tarif Elektrik, Pemimpin BN Main Silap Mata

Posted: 01 Jun 2011 03:28 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 01 Jun 2011 03:51 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Iklan Arak Masuk Sekolah, Menteri Pelajaran Pejam Mata?

Posted: 01 Jun 2011 01:38 AM PDT

Iklan Arak Masuk Sekolah, Menteri Pelajaran Pejam Mata?
 
selatanonline
 
Kanak-kanak dan golongan muda terdedah kepada iklan alkohol memandangkan syarikat minuman alkohol berjaya menutup atau menyembunyikan mesej ini sebagai promosi pendidikan atau pembangunan sukan.
Fakta sebenar yang menyedihkan ialah syarikat alkohol diberikan laluan utama dalam mempengaruhi sikap kanak-kanak sekolah terhadap tabiat meminum minuman keras.

Dengan mewujudkan keadaan yang biasa melalui keadaan yang dilihat dan didengar, pihak syarikat akan mempengaruhi kanak-kanak dan remaja untuk menerima nama jenama secara positif, dan dengan itu melanjutkan lagi pengambilan produk mereka.

Contoh bagaimana syarikat alkohol diterima tanpa dikawal dengan kelulusan tanpa bertulis daripada pihak berkuasa untuk mengganggu ke sekolah dan menjejaskan minda anak-anak kita adalah bukti jelas dalam strategi yang digunakan oleh pihak Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Bhd (GAB).


Melayari laman sesawang Carlsberg Malaysia mendedahkan gambar kanak-kanak yang tersenyum memegang beg hijau Carlsberg berisi barangan dengan nama jenama yang terpampang, sewaktu kegiatan luar bagi pelajar sekolah yang ditaja oleh syarikat itu pada Disember lalu.

Mesej pengambilan minuman keras sebagai diterima ditanam ke dalam pemikiran anak-anak muda dengan promosi sebegini.

Carlsberg Malaysia juga menyerbu masuk ke dalam pendidikan melalui cara mengatur kerjasama dengan media berbahasa Inggeris arus perdana.

Dinyatakan bahawa Carlsberg Malaysia "menaja akhbar harian tempatan untuk 40 sekolah rendah Tamil di wilayah utara" untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris di sekolah ini.

Dakwaan oleh syarikat alkohol bahawa mereka membantu untuk meningkatkan mutu kehidupan masyarakat India boleh dipersoalkan apabila realitinya mereka memusnahkan keluarga mereka dengan memupuk peminum alkohol di masa depan.

Kenyataan mereka bahawa mereka "tidak menggalakkan pengambilan minuman alkohol oleh mereka yang di bawah umur" adalah tidak benar sama sekali.

Satu lagi syarikat alkohol utama, Guinness Anchor Berhad (GAB), terus tanpa halangan untuk bekerjasama dengan sekolah Tamil di Malaysia dengan alasan mempromosikan pembelajaran walaupun pada hakikat sebenarnya mempromosikan nama jenama kepada mereka yang di bawah umur.

Melalui Program GAB Foundation SMILES (Supporting Malaysian Indian Learning, Education and Sports), syarikat minuman keras itu 'menjual' jenama dengan menawarkan kelas pemulihan bahasa Inggeris secara percuma dan mewujudkan sudut membaca di sekolah Tamil.

Program Pengayaan Bahasa Inggeris ini mensasarkan beratus kanak-kanak sekolah setiap tahun, dengan rancangan untuk meliputi semua kumpulan usia yang berbeza di sekolah rendah dalam fasa masa depan.

Anak-anak muda terutama sekali daripada awal hingga lewat remaja adalah sasaran yang sesuai memandangkan mereka merupakan pasaran masa depan untuk peminum alkohol.

Tidak kira bagaimana mendesaknya syarikat itu untuk menafikan hubungan antara pengiklanan dan pengambilan alkohol yang tinggi, pengiklanan mereka memang menggalakkan pengambilan alkohol.

Kita perlu menghentikan mitos yang disebarkan oleh syarikat itu bahawa iklan hanya menyebabkan orang ramai bertukar jenama.

Tambahan pula pengiklanan jenama tertentu oleh pengeluar alkohol adalah khusus disasarkan kepada golongan muda daripada etnik tertentu. Pergantungan alkohol berkembang dalam kalangan orang ramai apabila mereka memasuki usia 20-an.

Sehubungan itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pelajaran bertindak sebagai penjaga yang bertanggungjawab terhadap pelajar sekolah, dan menjauhkan mereka daripada pengaruh syarikat alkohol di sekolah.

Apabila kanak-kanak melihat syarikat alkohol diiktiraf, dipuji dan diterima dari segi sosial dalam kalangan pendidik dan kerajaan, mereka akan memikirkan bahawa alkohol tidaklah buruk sepenuhnya.

Ini membolehkan syarikat alkohol mempengaruhi dan meningkatkan pengambilan dan penjualan minuman alkohol dengan mengambil peminum baru.

CAP juga menggesa kerajaan dan badan sukan di negara ini menilai sama ada kecenderungan semasa penajaan sukan oleh syarikat alkohol mencabuli Piagam Alkohol WHO yang menyatakan bahawa "semua kanak-kanak dan remaja mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang dilindungi daripada kesan negatif pengambilan alkohol dan daripada promosi minuman alkohol".

Kini sudah pun terdapat kebimbangan di seluruh dunia terhadap bahaya yang disebabkan oleh alkohol. Lebih daripada dua juta orang di seluruh dunia mati setiap tahun akibat yang berkaitan dengan alkohol.

Bahaya penggunaan alkohol merupakan faktor risiko utama bagi kematian pramatang dan kecacatan di seluruh dunia.

Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30 peratus kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh memandu dalam pengaruh alkohol.

Pengambilan alkohol menjejaskan penilaian dan mencetuskan tingkah laku agresif dan ganas, membawa kepada keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak, pergaduhan dan jenayah lain.

Penyelidikan saintifik dan agensi kesihatan boleh menunjukkan pengiklanan alkohol boleh meningkatkan pengambilan alkohol.

Pengambilan alkohol juga turut menyumbangkan kos kepada negara dari segi ketidakhadiran ke tempat kerja, kehilangan kemahiran kerja, dan kehilangan produktiviti yang menjejaskan pekerja.

CAP menggesa kerajaan melarang dengan tegas syarikat alkohol daripada menaja sebarang projek atau program di sekolah atau terlibat di sekolah dalam sebarang cara.

Kerajaan juga perlu menaikkan cukai duti eksais produk alkohol dan memantau industri terhadap pencabulan undang-undang dan menggunakan cukai dan denda yang dikumpul daripada industri untuk membiayai pendidikan dan aktiviti berkaitan komuniti yang lain.

SM Mohamed Idris
* Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

UCAPAN TAKZIAH DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Posted: 01 Jun 2011 01:38 AM PDT


KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


UCAPAN TAKZIAH DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan sembah Ucapan Takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj serta Kerabat Diraja Selangor di atas kembalinya ke rahmatullah Yang Maha Mulia Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah hari ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor memohon kepada semua pemuda dan rakyat di Negeri Selangor untuk menyedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Yang Maha Mulia Almarhumah.
Seluruh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Yang Maha Mulia Almarhumah dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga  berharap semoga Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta Kerabat Diraja Selangor bersabar dan tabah menghadapi ujian ini. Kami mendoakan semoga Allah melimpahkan kekuatan dan kesejahteraan ke atas Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta Kerabat Diraja Selangor untuk memayungi sekalian rakyat jelata Negeri Selangor.



HASBULLAH MOHD RIDZWAN           
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

31 Mei 2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan