BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Tanpa Nama | | Posted On Rabu, 1 Jun 2011 at 3:36 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 01 Jun 2011 03:11 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


SPR perlu didesak

Posted: 31 May 2011 08:15 AM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat keputusan segera mengenai bantahan yang dikemukakan oleh PAS berhubung pertambahan pengundi luar biasa di Selangor.
Desakan tersebut dibuat memandangkan tempoh bantahan yang diberikan oleh SPR terlalu singkat, manakala jumlah pertambahan pengundi di Selangor yang dikeluarkan oleh SPR pada suku pertama tahun ini terlalu ramai sehingga 71,000 orang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS), Hasbullah Mohd Ridzwan memberitahu, jumlah pertambahan pengundi sebanyak itu pada suku pertama tahun ini sememangnya amat meragukan, memandangkan ia amat jauh melampaui jumlah pendaftaran biasa pengundi baru di Selangor yang paling ramai hanya berjumlah 15,000 orang.
Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, PAS Selangor telah mengemukakan bantahan yang munasabah berhubung perkara itu di pejabat SPR Selangor di Shah Alam akhir April lalu, tetapi sehingga kini masih belum diberikan tindakan sewajarnya.
Katanya, bantahan PAS berhubung perkara itu berdasarkan beberapa alasan yang antara lain terdapat nama-nama warganegara asing yang diangkat menjadi warga negara Malaysia, bagi membolehkan mereka turut menjadi pengundi pada pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
"Warganegara asing itu sememangnya akan mengundi bagi membantu BN. Sejauh yang dikesan oleh PAS, jumlahnya memang agak besar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Selain itu, menurut beliau, terdapat juga nama-nama yang didaftarkan itu tidak wujud pada alamat yang dicatatkan, manakala sesetengahnya pula tercatat nama pengundi yang tidak selaras dengan alamat yang dicatatkan.
"Dalam sesetengah kes yang kami kesan, terdapat juga nama-nama pengundi yang didaftarkan tanpa pengetahuan individu itu sendiri.
"Inilah yang menimbulkan kemusykilan kepada kami. Siapakah yang daftarkan mereka itu?
"Adakah Umno Selangor sendiri yang melakukannya secara rambang akibat tekanan Umno pusat untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat?" tegasnya.
Tindakan yang dilakukan oleh Umno itu, katanya, merupakan satu strategi yang diperbaharui semula oleh Umno di Terengganu dalam usaha Umno BN merampas Terengganu dari PAS pada PRU Ke-11 tahun 2004 lalu.
Realiti itu dapat dikesan apabila didapati pemimpin Umno yang terbabit dalam penyusunan strategi di Terengganu itu adalah Datuk Seri Idris Jusoh sendiri yang kini telah diangkat memainkan peranan penting oleh Umno di peringkat pusat.
"Namun dari apa yang dilakukan itu, kami amat sedih apabila warganegara asing turut dibabitkan dalam perkara itu sehingga menyebabkan mereka begitu mudah diberikan taraf sebagai warganegara.
"Ini jelas merupakan satu pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap negara kerana perbuatan itu memang boleh mengancam keselamatan negara dan merbahayakan tanah air kita sendiri dari pelbagai sudut," katanya.
Tindakan itu pula, ujarnya, dilakukan oleh Umno setelah mendapat lampu hijau dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar Umno melakukan apa sahaja untuk membolehkan Umno BN merampas Selangor dari Pakatan Rakyat.
"Semua itu jelas membuktikan Umno BN kini berada dalam keadaan sangat terdesak untuk merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat," tegasnya. 
Bagaimanapun, katanya, pemuda PAS tidak akan membiarkan Umno BN bertindak sedemikian. Sebaliknya, Pemuda PAS Selangor seperti juga pemuda-pemuda PAS di negeri-negeri lain di seluruh negara mempunyai makanisme tersendiri untuk mengekang gelombang itu dengan menggerakkan kebangkitan rakyat.
"Antara makanisme kami itu, kami akan mengekang gelombang itu dengan menggerakkan rakyat agar mengikuti Himpunan Bersih Kedua yang akan diadakan Julai nanti," ujar beliau.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 01 Jun 2011 01:18 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dua Lagi Mangsa Bot Karam Diselamat, Jumlah Terkini Yang Selamat 13

Posted: 01 Jun 2011 01:15 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA TINGGI: Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan oleh bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu telah diselamatkan oleh bot APMM manakala selebihnya oleh kapal dagang MV Huo Tuo yang berada di kawasan kejadian.

"Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka merupakan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada Bernama hari ini.

Usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan, kata sumber itu.

Pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 orang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan, kata beliau.

Perairan Pengerang dikenali sebagai salah satu laluan paling popular di kalangan pendatang asing tanpa izin untuk memasuki negara ini disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia.

Ia hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menggunakan bot laju untuk sampai ke Pengerang daripada Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan, Indonesia. - BERNAMA

SAF : Sah Umno Guna Fitnah Jatuh Lawan

Posted: 01 Jun 2011 01:00 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 JUN : Pertubuhan bukan kerajaan, Saf Anti Fitnah (SAF) kini bertambah yakin Umno menggunakan politik fitnah untuk menjatuhkan seteru politik mereka, terutama sekali melalui saluran media yang memihak kepada mereka.

"Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

"SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno," kata Pengerusi SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.

Wacana yang dianjurkan Sinar Harian semalam membariskan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassn dan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di pentas yang sama.

Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata, lapor portal The Malaysian Insider.

"Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita," kata beliau.

" Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

"Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu," kata beliau lagi.

Justeru soal Mohd Azmi, "adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?"

"Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?" katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Oleh itu, kata beliau, sejak dari awal SAF ditubuhkan pihaknya melihat isu sebenar di pihak Umno bukan untuk melihat kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi lebih untuk membunuh lawan dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara mengaibkan lawan.

"Dengan sebab itu kami sangat menghendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

"Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa," katanya lagi.

Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

"Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri," kata Mohd Azmi lagi.

Sementara memang kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, kata beliau, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.

"Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

"Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

"Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas," katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan.

PKR tuntut jawapan berhubung kematian Sarbani

Posted: 01 Jun 2011 12:45 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PKR hari ini menghantar memorandum kepada ketua polis negara bagi menuntut jawapan berhubung kematian pegawai kastam Ahmad Sarbani Mohamed.

Naib presiden parti itu N Surendran yang menyerahkan memorandum berkenaan kepada ibu pejabat polis di Bukit Aman pagi ini mempersoalkan mengapa tiada tangkapan ataupun pendakwaan berhubung kes tersebut setakat ini.

"Tidak ada tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis yang boleh mengembalikan keyakinan orang ramai ataupun apa-apa yang dilakukan bagi menyelesaikan kes itu," katanya.

Rakan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga hadir bersama mahu tindakan segera dan juga jawapan daripada SPRM berhubung mengapa kes berkenaan masih belum diselesaikan.

"Mereka bukan sahaja berhutang jawapan kepada kami tetapi juga kepada balu Ahmad Sarbani," katanya.

Sarbani, 56, dijumpai mati di tingkat satu ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April selepas secara sukarela ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.

Beliau adalah penolong pengarah di Jabatan Kastam Selangor dan adalah antara 62 orang yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi membanteras gejala rasuah yang dijalankan ke atas pejabat Kastam seluruh negara.

Namun balunya, Masiah @ Maziah Manap yang membuat laporan polis pada 2 Mei lalu mendakwa seorang pegawai kastam secara tidak langsung memberitahunya bahawa Sarbani dibunuh oleh seorang pegawai SPRM.

Menurut Surendran, dakwaan itu sangat serius tetapi SPRM terus membisu.

Tv Selangor/-

Bank Islam Tolak Tawaran Gabung Bank Muamalat

Posted: 01 Jun 2011 12:40 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 1 JUN : Lembaga Bank Islam Malaysia Bhd telah menolak tawaran penggabungannya dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd, yang dimiliki tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, atas alasan mereka tidak melihat adanya nilai hasil langkah itu.

Portal The Malaysian Insider melaporkan, difahamkan pengarah-pengarah bank Islam pertama negara itu pada awalnya khuatir yang mereka perlu menerima tawaran penggabungan yang diketengahkan memandangkan Syed Mokhtar dilihat sebagai ahli perniagaan rapat dengan pentadbiran Najib ekoran siri peluang bisnes diperolehnya sejak kebelakangan ini.

"Mereka membuat keputusan itu pada satu mesyuarat semalam, untuk menolak tawaran bergabung kerana pandangan di Putrajaya ialah tiada desakan agar diadakan penggabungan sedemikian antara dua bank ini," kata satu sumber kepada portal berkenaan.

Bank Islam ditubuhkan pada 1983 dan antara pemegang sahamnya ialah Dubai Islamic Investment Group yang memegang 40 peratus ekuiti.

Keuntungannya meningkat 34.3 peratus kepada RM79.9 juta tahun lalu.

Bidaan Syed Mokhtar bagi Bank Islam muncul selepas kejayaan beberapa syarikatnya, antara lain menguasai 32 peratus pegangan Khazanah Nasional Berhad dalam Pos Malaysia, menjadi rakan penyedia projek Transit Rapid Massa (MRT) dan lanjutan kontrak pengimport tunggal beras ke Malaysia.

Konglomeratnya, DRB-Hicom Bhd pada 13 Mei lalu berkata ia menerokai potensi penggabungan Bank Muamalat dengan Bank Islam tetapi tiada rancangan untuk menjual saham-sahamnya dalam Bank Muamalat.

Bank itu berkata ia telah mengemukakan surat hasrat kepada BIMB Holdings Bhd (BIMB) untuk menerokai potensi penggabungan kedua-dua bank.

DRB-Hicom merupakan syarikat pegangan utama Bank Muamalat dan memiliki 70 peratus pegangan manakala Khazanah Nasional Bhd memiliki baki 30 peratus.

Pada 27 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata penggabungan Bank Muamalat dan Bank Islam untuk membuka ruang bagi kewujudan satu Bank Islam Mega tunggal sukar untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.

Kata beliau, memang ada cadangan daripada pemegang saham kedua-dua bank berkenaan ke arah itu, tetapi ketika ini tiada perancangan untuk meneruskan usaha penggabungan yang dimaksudkan.

"Ia adalah usaha untuk mewujudkan bank yang lebih besar dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi," kata beliau.

"Bank Negara mungkin ingin melihat bank Islam yang besar dan kerana itu ada keinginan untuk memberikan lesen mega itu dalam masa terdekat.

"Untuk mendapatkan lesen Mega Islamic Bank itu memerlukan modal berbayar sebanyak AS$1 bilion," katanya lagi.

Bank Muamalat memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999, yang lahir hasil peralihan perkhidmatan perbankan Islam dalam Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang ketika itu bergabung dengan Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan.-TheMalaysianInsider


Piala Sudirman: Malaysia gagal mara ke separuh akhir

Posted: 01 Jun 2011 12:30 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Skuad badminton Malaysia gagal meneruskan kemaraan setelah tewas kepada Korea Selatan 2-3 dalam pertemuan suku akhir Piala Sudirman, hari ini.

Koo Kien Keat (gambar) yang digandingkan dengan Chin Eei Hui dalam acara beregu campuran gagal membuktikan kemampuannya selepas tewas kepada Ko Sung-hyun-Ha Jung-Eun 21-17, 21-17 pada peringkat suku akhir Piala Sudirman. | foto D5 Sports
Pada saingan tersebut,

Malaysia terlebih dahulu ketinggalan 0-1 apabila beregu campuran Koo Kien Keat-Chin Eei Hui tumpas kepada pasangan Ko Sung-hyun-Ha Jung-Eun 21-17, 21-17.

Dalam perseorangan lelaki, Lee Chong Wei menepati ramalan ramai apabila berjaya menundukkan Park Sung-Hwan 21-18, 21-14, sementara pasangan beregu lelaki Tan Boon Heong-Hoon Thien How pula menewaskan Jung Jae-sung-Lee Yong-dae 21-15, 14-21, 21-14, sekaligus menghidupkan peluang Malaysia dengan mendahului Korea Selatan 2-1.

Namun, Korea Selatan kembali menyamakan kedudukan (2-2) apabila perseorangan wanita mereka Bae Youn-joo menundukkan pemain negara Tee Jing Yi 21-11, 21-11.

Harapan tinggi diletakkan kepada pasangan beregu wanita untuk menentukan nasib Malaysia. Namun pasangan tersebut, Chin Eei Hui dan Wong Pei Tty gagal apabila tewas kepada Jung-eun-Kim Min-jung 19-21, 21-16, 21-10 dalam tempoh 55 minit.

Kemenangan Korea Selatan itu sekaligus mengesahkan tempatnya ke separuh akhir. Mereka bakal berdepan China yang turut menewaskan India 3-1. -D5 Sports

Warkahdaily/-

Umno-BN lebih suka rakyat buta maklumat

Posted: 01 Jun 2011 12:25 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kerajaan Umno BN menutup ruang secara total supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang tepat tentang isu-isu semasa.

"Sebab itulah saluran maklumat ditutup dari rakyat oleh kerajaan BN. Tidak ada ruang untuk pimpinan PAS dan PR untuk bercakap di dalam media sama ada elektronik atau cetak.

"Mereka tidak mahu rakyat mengetahui fakta-fakta sebenar tentang penyelewengan, rasuah, kezaliman dan sebagainya," ujar beliau ketika menyampaikan ucapan perasmian jentera pilihanraya Dun Ayer Molek dan Pusat Adun Rakyat Dun tersebut, dekat sini semalam.

Tambahnya, kerajaan Umno BN juga menjadikan masjid dan surau kosong dengan kuliah dan tazkirah tentang ilmu-ilmu Islam seperti siasah syariah, ekonomi Islam, jenayah dan sebagainya.

Katanya, pemimpin Umno tidak mahu rakyat memahami Islam kerana apabila berilmu dan faham Islam dibimbangi mereka akan menyokong PAS dan PR.

Idris berkata, rakyat juga khasnya orang miskin dibiarkan merempat kerana dengan kemiskinan, rakyat mudah dibeli dan disogok oleh Umno BN ketika kempen pilihan raya.

"Jika rakyat kaya dan berpendapatan tinggi sudah tentu mereka sukar untuk disogok dan dirasuah bagi memancing undi.

"Sebab itulah kita lihat rakyat miskin khasnya di Sabah dan Sarawak masih ramai seperti yang dibongkar pada Pilihan raya Negeri Sarawak baru-baru ini," kata Idris.

Justeru, menurutnya jentera PAS mesti bekerja kuat untuk menyampaikan risalah perjuangan PAS dan PR kepada orang Umno dan golongan tidak berparti supaya mereka dapat memikirkan tentang kedudukan politik dan sosial masyarakat hari ini.

"Risalah, 'banner' dan bahan-bahan lain mesti dipastikan sampai kepada setiap rakyat supaya rakyat boleh berfikir membuat pemilihan yang matang dan bijak pada pilihan raya umum akan datang," kata Idris.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang, Yang Dipertua PAS Jasin, Kamaruddin Sidek dan Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew. -Harakahdaily

BN kawal IPP atau IPP kawal kerajaan

Posted: 01 Jun 2011 12:00 AM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mencadangkan Kerajaan BN membubarkan sahaja Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air jika benar dakwaan menterinya, Datuk Peter Chin bahawa kementerian itu tidak ada kuasa bagi mendesak Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) antara Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) didedahkan kepada umum.

Sehubungan itu, ketua penerangannya, Herman Samsudeen mempersoalkan adakah kerajaan BN yang memimpin IPP atau IPP memimpin Kerajaan BN sekarang ini.

"Bila rakyat mahu tahu pasal kontrak perjanjian, menteri kata tiada kuasa. Tapi bila mahu umum kenaikan tarif elektrik, menteri ada kuasa," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat kini melihat pemimpin yang ada sebagai boneka kepada IPP dan bukannya berkhidmat untuk rakyat lagi.

Justeru, ujarnya, slogan kerajaan sekarang patut ditukar kepada "IPP didahulukan, kroni diutamakan".

Beliau berkata, dasar Fuel Cost Pass Through (FCPT) yang dicipta oleh Kerajaan BN pula adalah tindakan culas yang jelas mahu membebankan rakyat kerana kos gas asli yang akan dinaikkan daripada RM3 setiap mmBtu bagi setiap 6 bulan melalui arahan kepada Petronas bakal menyebabkan kenaikan tarif elektrik berganda di masa depan.

"Dan segala kos bahan api itu akan dibayar sendiri oleh rakyat bila mana Kerajaan BN kini nekad membuat pemansuhan subsidi kepada perkhidmatan tenaga elektrik dan gas," ujarnya lagi.

DPPWP juga, katanya melihat jaminan Kerajaan BN bahawa harga barang-barang dan perkhidmatan dipasaran tidak akan naik dengan kenaikan harga minyak, gula dan tarif elektrik ini sebagai satu lawak jenaka sahaja.

Menurutnya, orang yang faham tentang ekonomi tidak akan bercakap demikian.

Baginya, adalah mustahil harga barang-barang dan perkhidmatan di pasaran tidak naik bila bahan mentah mereka tidak naik.

"Jika kerajaan gagal mengawal tindak tanduk kapitalis dalam IPP dan TNB maka semakin sukarlah matlamat mengurangkan jurang pendapatan rakyat dilaksanakan. Yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus melarat," katanya.

Tambahnya, DPPWP juga berasa hairan, kenapa kerajaan beria-ria sangat mahu menghapuskan subsidi dan cuba perkenalkan GST.

"Di manakah peranan GLC Kerajaan yang ditubuhkan untuk melabur dan memberikan pulangan kepada negara?

"Ke mana duit hasil-hasil bumi dan industri yang dijana selama ini pergi sampai kerajaan terpaksa mengambil langkah ortodoks dengan menumpukan kepada pengambilan hasil-hasil negara dari kantung-kantung rakyat melalui pemansuhan subsidi serta pelbagai kenaikan harga dan cukai?" soalnya.

Sehubungan itu, DPPWP mengajak rakyat turun ke jalan raya pada pada 9 Julai ini untuk mendesak Kerajaan BN menghentikan kegilaan mereka mencipta mala petaka ekonomi kepada rakyat.

Katanya, 9 Julai ini juga adalah Hari Demokrasi untuk rakyat.

Tambahnya, ia adalah hari untuk rakyat menuntut keadilan dalam memastikan sistem demokrasi dan pengurusan pentadbiran negara berjalan dengan cekap.

"Inilah masa dan peluang terbaik bagi rakyat menunjukan kuasa mereka sebagai mana kebangkitan rakyat di Thailand dan Timur Tengah yang bangkit menolak kezaliman ke atas diri dan negara mereka.

Harakahdaily/-

Guan Eng: BN Pulau Pinang dedahkan maklumat sulit

Posted: 31 May 2011 11:50 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kesal dengan Barisan Nasional Pulau Pinang yang telah memilih untuk mencari publisiti politik murahan dengan mendedahkan butiran perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Perjanjian tersebut adalah rahsia dan sulit di mana hanya Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mendedahkan butiran perjanjian tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Hock Nan (gambar kiri) nampaknya lupa bahawa beliau bukan lagi memimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Adakah Teng telah lupa bahawa beliau telah ditolak oleh pengundi di Pulau TIkus sekaligus telah kalah dalam pilihan raya umum lalu? Beliau juga tidak memegang sebarang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan. Apa hak dan atas nama siapa beliau wakili untuk membuat pengumuman yang sepatutnya hanya boleh diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri sahaja?

Rundingan perjanjian air tersebut telah diputuskan dua bulan lepas dan sedang menunggu kelulusan daripada Kabinet. Upacara menandatangani perjanjian akan diadakan di Putrajaya pada Khamis ini bersamaan dengan 2 Jun 2011 antara Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin Fah Kui dengan saya sendiri. Jika ada sesiapa yang membuat pendedahan, seharusnya ia datang dari pihak Peter Chin mahupun Kerajaan Negeri, bukannya Teng yang tidak mempunyai sebarang hak untuk melakukannya. Perkara ini dilihat sebagai perilaku tidak bertanggungjawab Teng kerana beliau kini bukan lagi ahli EXCO kerajaan negeri mahupun pegawai Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada awalnya enggan untuk meluluskan penghijrahan aset air kerajaan negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di bawah Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, sebagai Pengerusi Perbadanan Bekalan Airi (PBA), saya tidak mempunyai pilihan lain melainkan mencari penyelesaian memandangkan Kerajaan Negeri BN sebelum ini telah bersetuju untuk menyerahkan aset air Negara kepada Kerajaan Persekutuan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

Atas alasan tersebut, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras supaya beberapa syarat penghijrahan aset air sedia ada yang dicadangkan diperbaiki. Seperti mana yang dimaklumkan oleh Teng, pembinaan Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 bilion dengan peningkatan kapasiti simpanan air sebanyak 3.8 kali ganda berbanding sekarang akan dilaksanakan. Di bawah pemerintahan Kerajaan BN sebelum ini, RM1.2 bilion hanya digunakan sebagai pinjaman tanpa faedah.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berkeras untuk menukarkan pinjaman tanpa faedah sebanyak RM1.2 bilion ini kepada geran sebagai syarat untuk meningkatkan penghijrahan aset air. Sebaik pembesaran empangan ini selesai, empangan tersebut akan menjadi milik tetap Kerajaan Negeri. Perkara ini akhirnya telah mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Teng sekali lagi tidak jujur dengan mengatakan bahawa Kerajaan Negeri perlu menjawab butiran lanjut mengenai projek pembesaran yang bernilai RM1.2 bilion ini. Disebabkan RM1.2 bilion ini adalah peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk memutuskan kepada siapa peruntukan tersebut diberikan sama ada melalui sistem tender terbuka mahupun tidak.

Selain terus memuji baik kepada Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri atas persetujuan untuk menukarkan RM1.2 bilion pinjaman tanpa faedah kepada geran yang nyata memberi manfaat dan kebaikan kepada penduduk Pulau Pinang berbanding syarat yang ditawarkan sebelum ini,

Teng telah memilih untuk mempolitikkan isu ini dengan mendakwa bahawa BN tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang walaupun kehilangan negeri? Mengapa Teng tidak memberi penghargaan sedangkan penghargaan itu sepatutnya diberikan atas kejayaan kerajaan negeri PR Pulau Pinang untuk menukarkan pinjaman RM1.2 bilion kepada geran?

Saya akan mendedahkan peningkatan lain yang telah berjaya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas ini. Saya kesal dengan Teng dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang sekali lagi bertindak tidak bertanggungjawab dan sangat tidak profesional dengan melanggar privasi dan perjanjian sulit berkaitan perjanian tersebut semata- mata untuk mencari publisiti murahan.

Saya akan mengarahkan pejabat kerajaan negeri untuk mengemukakan pertanyaan kepada Kerajaan Persekutuan sama ada butiran perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ini telah diberikan kepada ahli politik BN yang tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

*Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kanan) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

MerdekaReview/-

Pemuda PAS Wilayah tawar Hata sertai PAS

Posted: 31 May 2011 11:45 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Jun: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) amat mengalu-alukan jika mantan Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ), Mohd Hata Wahari (gambar) mahu menyertai PAS.

"Parti Islam inilah medium terbaik buat beliau untuk meneruskan perjuangan bagi mengangkat suara-suara wartawan yang tertindas dan juga mengembalikan hak kebebasan akhbar dinegara ini," kata Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen

Bagi beliau, berjuang bersama PAS sebagai satu pasukan adalah lebih baik dari terus bersendirian dan Pemuda PAS Wilayah bersedia membantu beliau jika beliau benar-benar berminat menyertai PAS.

Pemuda PAS Wilayah juga bersedia menemui beliau pada bila-bila masa untuk berdiskusi mengenai hal ini.

"Harapan DPPWP, semoga beliau memilih tempat yang lebih baik untuk meneruskan perjuangan dan PAS membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau menjadi ahli," kata Herman.

Hata Wahari dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau sedia menimbang untuk menyertai parti politik bagi meneruskan perjuangannya selepas tidak lagi terlibat dengan NUJ.

Bercakap ketika dihubungi Harakahdaily sebelum ini, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia itu berkata, beliau bagaimanapun masih belum membuat keputusan parti mana mahu disertainya.

"Setakat ini saya berjuang secara individu dahululah. Lagi pun parti politik mana nak terima saya.

"Lain la kalau PAS tawar, saya boleh la pertimbangkan," katanya dalam nada berseloroh.

Hata melepaskan jawatannya sebagai presiden NUJ berkuat kuasa serta merta selepas dipecat daripada Utusan Melayu, bulan lalu.

Menurut Hata, keputusan itu diambilnya demi kepentingan kesatuan berkenaan.

"Saya tidak mahu NUJ timbul masalah dengan Jabatan Hal Ehwal Pendaftaran Kesatuan Sekerja sebab saya bukan lagi ahli mana-mana anggota kesatuan," katanya lagi.

Harakahdaily/-

Temui mayat bayi terapung

Posted: 31 May 2011 11:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Mayat bayi perempuan baru dilahirkan ditemui terapung di dalam Sungai Gombak berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) dekat Taman Tasik Titiwangsa, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi itu sudah dipotong tali pusatnya dan dilihat terapung dihanyutkan aliran sungai sebelum tersangkut di celah-celah batu di situ.

"Kita percaya bayi itu dibuang di tempat lain tidak lebih dari tempoh 24 jam sebelum ditemui.

"Mayat bayi yang masih elok itu ditemui dalam keadaan tidak dibaluti sebarang kain," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pihaknya sedang mengesan suspek yang membuang bayi itu dan meminta bantuan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi talian 03-20702222 bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran itu.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sinar Harian/-

Bot Bawa Pendatang Asing Karam, 11 Selamat, 18 Masih Hilang

Posted: 31 May 2011 09:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA TINGGI 1 JUN : Sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing, karam di perairan Tanjung Pengelih dekat sini kira-kira 4.30 pagi tadi.

Setakat ini, sebelas mangsa berjaya diselamatkan manakala 18 lagi masih hilang, menurut jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan.-BERNAMA

Najib Dibidas Salah Sasar Pengundi

Posted: 31 May 2011 09:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 1 JUN : Gesaan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak kepada golongan belia di negara ini supaya bersama-sama beliau mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang untuk mengekalkan kekuasaannya, diselar ahli parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Najib menghantar mesej beragenda politik dan salah kepada kira-kira lapan ribu belia yang kebanyakannya dihantar sekolah masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut, dan mereka juga bukanlah golongan pengundi.

"Saya terkejut bila Datuk Najib kata pertahankan Putrajaya. Beliau bercakap dalam nada politik. Sedangkan belia yang datang itu dengan bas. Umur 15, 16, 17 tahun. Bukan boleh mengundi pun. Beliau sampaikan mesej salah," kata Johari dalam temubual bersama TV Selangor.

Dalam ucapannya ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 pada Sabtu, Najib merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat.

Menurut Najib, beliau gembira dengan kehadiran sejuta orang anak muda di Putrajaya untuk menyokong pentadbirannya berbanding kebangkitan rakyat di Mesir awal tahun ini yang menyaksikan kejatuhan Hosni Mubarak.

Walaubagaimanapun hanya kira-kira lapan ribu belia menghadirkan diri dan kebanyakannya pelajar sekolah yang diwajibkan kehadiran ke atas mereka.

Apa yang lebih jelas kata Johari, tindakan Najib yang sengaja memberi gambaran salah bahawa Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya apabila menang pada pilihan raya kelak, membuktikan pentadbirannya yang tidak memahami hasrat dan jiwa murni anak muda.

"Saya rasa pelik. Samada teks Ucapan Datuk Najib disediakan oleh orang yang tidak faham. Atau Datuk Najib sendiri tidak faham hasrat dan jiwa anak muda belia negara ini. Untuk pertahankan Putrajaya kalau tidak nanti pembangkang jual. Apa ini? Bagi saya ini mentaliti tikus bercakap berdegar-degar tapi realitinya tiada," kata Johari.

Johari menyatakan sebagai Perdana Menteri, Najib perlu memberikan galakan dan menyemarakkan idealisme belia supaya membangunkan negara dengan aman dan damai di masa hadapan.

"Yang penting bagi kita ialah politik harus dilihat dari sudut yang lebih besar. Bukan politik kepartian yang sempit. Kalaupun nak bercakap dengan belia, mereka harus diberi satu impian besar untuk bangunkan negara. Kita bukan boleh hidup 100 tahun lagi. Mungkin nanti Umno dan Pakatan Rakyat pun sudah tiada, mereka ada parti lain. Beliau harus mempunyai impian besar untuk membangunkan negara dengan cara yang disepakati," kata Johari lagi.

Sinar Harian/-

Fitnah punca keruntuhan

Posted: 31 May 2011 08:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Penyebaran fitnah dalam dunia politik yang berselindung di sebalik nama agama boleh menjadi punca utama keruntuhan sesebuah kerajaan.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, sejarah lampau perlu dijadikan pedoman apabila banyak tamadun Islam musnah akibat salah guna agama dalam berpolitik seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Usman bin Affan.

"Khalifah Usman sendiri jatuh dari tampuk pemerintahan kerana fitnah apabila beliau dituduh tidak telus dalam pelantikan pegawai kerajaan," katanya.

Menurutnya, penggunaan fitnah sebagai senjata politik dapat dilihat di Malaysia di mana golongan politik sejak dahulu lagi kerap menyalahgunakan agama untuk menarik sokongan orang ramai.

"Orang politik sedar agama yang menjadi tunjang kehidupan rakyat boleh digunakan untuk mempengaruhi orang ramai bagi mencapai kepentingan politik sesebuah parti itu.

"Jika kita lihat, banyak ulama kini mengeluarkan dalil berbeza mengikut isu berkaitan pemilihan politik mereka sendiri. Ini tidak betul," katanya semasa wacana anjuran Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Asri, agama boleh menjadi madu dan penawar bagi menghentikan semua kepincangan dalam politik tetapi ia juga boleh menjadi racun dan menyebabkan kacau-bilau jika disalahgunakan.

"Manusia melakukan fitnah kerana ingin bersaing dan mahu mewujudkan pengaruh. Golongan yang mempunyai kuasa pula ingin terus kekal di atas dan menggunakan fitnah untuk menumpaskan pesaing mereka.

"Sebab itu, agama perlu berada di atas politik dan bukan parti politik yang mengarah golongan ulama supaya mengeluarkan fatwa yang sesuai dengan kehendak mereka," katanya lagi diikuti dengan tepukan gemuruh hadirin.

Sinar Harian/-

Bot Pendatang Asing Karam

Posted: 31 May 2011 08:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KOTA TINGGI: Sebuah bot dipercayai membawa pendatang asing, karam di perairan Tanjung Pengelih dekat sini kira-kira 4.30 pagi Rabu.

Setakat ini, sebelas mangsa berjaya diselamatkan manakala 18 lagi masih hilang, menurut jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

Usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan. BERNAMA

15 maut keracunan E.coli di Eropah

Posted: 31 May 2011 07:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

BEBERAPA potongan timun dan tomato dilihat dalam satu rakaman ilustrasi di Berlin, kelmarin, ketika kes keracunan E.coli semakin serius di Eropah.

1,200 kes dilaporkan dalam tempoh 10 hari disebabkan kuman dalam timun, tomato

BERLIN: Seramai 15 orang terbunuh, 300 lagi dalam keadaan tenat kerana keracunan disebabkan bakteria berbahaya dalam timun menyebabkan kerajaan Jerman mengadakan rundingan mengenai krisis itu yang terus merebak di beberapa negara Eropah sejak dikesan dua minggu lalu.

Kematian ke-15 berlaku di Sweden.

Kes keracunan makanan kali pertama dilaporkan di utara Jerman dan bilangan mangsa disyaki mencecah 1,200 orang, lapor media.

Tiada pengesahan rasmi angka itu, namun Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah berpusat di Stockholm, Sweden, menggambarkan E.coli sebagai 'antara yang terbesar di seluruh dunia dan paling teruk melanda Jerman.'

Pihak berkuasa Jerman juga memberi amaran supaya tidak memakan sayur mentah selepas kesan bakteria itu ditemui pada timun organik dari Sepanyol minggu lalu. Namun, belum ada pihak yang dapat mengesan puncanya.

Enterohaemorrhagic E.coli (EHEC) boleh mengakibatkan sindrom uremik hemolitik penuh (HUS), sejenis penyakit yang menyebabkan cirit birit berdarah dan kerosakan teruk hati sekali gus mengakibatkan kematian.

"Biasanya kita hanya terima 1,000 kes setahun, namun pada masa ini kita mempunyai 1,200 kes dalam tempoh hanya 10 hari.

"Kami tahu ketika ini jenis EHEC amat berbahaya dan berketahanan tinggi sekali gus menyebabkan jangkitan kes HUS meningkat," kata Pengarah Klinik Luedenscheid di barat Jerman, Jan Galle kepada televisyen umum ZDF.

Institut Robert Koch (RKI), agensi penyelidikan penyakit nasional Jerman, memberi amaran kepada rakyat negara itu supaya tidak memakan sayuran mentah seperti timun, tomato dan salad, terutama bagi penduduk di utara yang menjadi tempat keracunan bermula.

Ia sudah mengesahkan 329 kes HUS di seluruh negara dan tiga kematian disahkan. Namun, pihak berkuasa serantau melaporkan kematian dikaitkan dengan HUS, meletakkan angka kematian kepada 11 orang selepas seorang wanita 91 tahun maut Ahad lalu.

E.coli adalah nama kuman atau bakteria yang tinggal dalam saluran pencernaan manusia dan haiwan. Seseorang boleh mendapat jangkitan E.coli jika terdedah dengan najis manusia atau haiwan.

Ia berjangkit jika seseorang minum air atau makanan yang dicemari najis. Seseorang juga boleh menemui ajal kerananya.

Institut Hygiene di Universiti Klinik Muenster di barat Jerman mengumumkan sudah mencipta kaedah untuk mengesan mangsa jangkitan E.coli.

Beberapa negara Eropah termasuk Belgium dan Russia mengharamkan sayur import dari Sepanyol manakala Menteri Pertanian Sepanyol, Rosa Aguilar menafikan negaranya sumber jangkitan. – AFP

Letupan di Yemen, lima tentera terkorban

Posted: 31 May 2011 07:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

ADEN, Yemen 1 Jun - Satu letupan kereta yang disasarkan kepada konvoi tentera di selatan Yemen, Zinjibar hari ini membunuh lima orang askar dan 23 lagi cedera.

Pegawai keselamatan berkata, letupan bom yang disasarkan kepada konvoi membawa bantuan ke Zinjibar itu dipercayai dilakukan oleh oleh militan Al-Qaeda.

Saksi mengatakan antara yang mereka terbunuh dan cedera itu ialah pegawai yang berjawatan tinggi. - AFP

PM digesa buang 'politik' selesai Royalti Kelantan

Posted: 31 May 2011 06:00 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA, : Jawatankuasa Bertindak Anak Kelantan di Perantauan Menuntut Royalti Kelantan (Royalti Kelantan) hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri agar hak royalti negeri itu dikembalikan segera.

Penyerahan itu diketuai pengerusinya, Apandi Mohamad dan turut diiringi Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof dan Senator Mumtaz Mohamad Nawi.

Memorandum itu bagaimanapun diterima Pegawai Khas Pejabat Perdana Menteri, Asrul Afendi.

Selain mereka, turut hadir sama ialah Presiden Persatuan Anak Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada), Ali Hanafiah Mohamad dan AJK mereka.

Dalam memorandum itu, mereka mahu Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan isu yang sudah dibawa ke mahkamah itu secara 'melampaui batasan politik sempit'.

Perdebatan hak pembayaran itu menurut mereka harus diurus mengikut persetujuan yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas dalam perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Apatah lagi bayaran serupa telah telah diterima Terengganu seperti disahkan Menteri Besarnya Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Dun Terengganu baru-baru ini dengan jumlah bayaran RM938 juta secara berperingkat.

"Bahawa Datuk Seri Najib memastikan ditunai janji pengembalian hak wang royalti kerajan Kelantan sama seperti yang diperolehi kerajaan Terengganu,"antara kandungan tuntutan memorandum itu dipetik.

Sehubungan itu, jawatankuasa ini mahu isu ini diselesaikan segera dan hak rakyat Kelantan dikembalikan seadilnya.

Harakahdaily

PAS ganti Umno negara jadi lebih baik

Posted: 31 May 2011 05:30 PM PDT

29 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM,: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi hari ini menegaskan kesediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam usaha mentadbir negara ke arah yang lebih baik.

Beliau yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan itu sesi 2011-2013 berkata, masyarakat dan rakyat sudah merindui satu kehidupan lebih harmoni di bawah panji perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS dan sudah lama muak dengan sikap Umno selama ini.

Menurutnya, dalam PAS kini sudah wujud satu badan khas, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang meyakini dasar perjuangan PAS.

Nasrudin berkata demikian ketika bercakap dan menyampaikan hujahnya di dalam Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang tadi.

Turut menjadi panelis adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator.

Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya.

"Saya mempunyai nekad ingin membawa anggota PAS khasnya pemuda agar mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain," tegas Nasrudin.

Dalam sesi sama, beliau mempertahankan akhbar Harakah yang disifatkan oleh Khairy sesat dan enggan menarik balik tuduhan itu, lantas Nasrudin mempersoalkan tindakan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia, lebih teruk dengan menyiarkan gambar lucah dan menjolok mata pembaca.

Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik.

"Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar.

"Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi

Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu.

Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit.

Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video.

Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka.

Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka.

Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah.

Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik.

Ismail Hashim
Harakahdaily/-


Tetamu khas antarabangsa : bukti dunia bersama pas

Posted: 31 May 2011 02:00 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar

Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi,

Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat,

Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Ketua
Lajnah Antarabangsa

Fitnah II: Peguam tetap heret Najib, Rosmah ke mahkamah

Posted: 31 May 2011 01:45 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi memberi keterangan di mahkamah dalam kes Fitnah II.

Menurut Sankara Nair, kedua-dua individu itu akan dipanggil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersidang semula pada 6 Jun hingga 30 Jun depan.

Namun, Sankara berkata pihak polis menyukarkan usaha pihaknya untuk memanggil perdana menteri dan isterinya bagi memberi keterangan.

Menurut Sankara, pasukan peguam Anwar sudah memberikan notis untuk memanggil Najib pada 16 Mei lalu tetapi sehingga kini, selepas dua minggu berlalu polis masih lagi tidak membenarkan Najib disoal siasat peguam Anwar.

"Pihak polis belum buat apa-apa persiapan walau pun kami dah beri notis 16 Mei lalu," kata Sankara kepada keadilandaily.com

Najib Razak adalah antara saksi yang mahu dipanggil ke mahkamah oleh peguam Anwar kerana pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sebuah universiti swasta.

Selain Najib dan Rosmah, peguam juga akan memanggil bekas atlet negara yang juga pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional, Ezam Mohd Nor.

Pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mac lalu, Pegawai Penyiasat Jude Pereira membuat kejutan apabila mengaku mengambil keterangan Najib dan isterinya berhubung kes berkenaan.

Saiful Bukhari dalam keterangannya turut mengaku bertemu Najib yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri tetapi menafikan berjumpa Rosmah.

Sebaliknya Saiful mengaku pernah bertemu Mumtaz Jaafar di kediamannya. Beliau juga mengaku bertemu Ezam Mohd Nor antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun, sebelum membuat laporan polis terhadap Anwar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14411

140 pemimpin pelbagai agama berhimpun di Selangor

Posted: 31 May 2011 01:45 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibdata di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dr Halimah Ali.

(Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu)

Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang melengkapkan lagi majlis ini.

Dr Halimah dalam ucapannya berkata, dialog ini adalah program pro aktif kerajaan negeri Selangor untuk mendekatkan hubungan antara agama khasnya di Selangor yang sentiasa dipanaskan dengan isu agama ini.

Program ini diadakan di Selangor yang sentiasa dicetuskan dengan isu agama.

Antaranya perbuatan membaling bom petrol ke gereja, meletakkan kepala lembu di kuil, meletakkan kepala khinzir di perkarangan masjid dan sebagainya yang boleh mengundang malapetaka kepada keharmonian yang terbina sejak sekian lama.

Pendamai antara agama

Manakala itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara agama daripada manipulasi dan kontroversi.

(Gambar: Dr Halimah menyampai cenderahati kepada salah seorang peserta)

Dalam ucapan itu, Mujahid yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berkata, kontroversi antara agama ini sengaja dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak senang dengan keharmonian yang sudah terbina sesama masyarakat.

Beliau juga meminta pihak legislatif membentuk dan merangka satu gagasan bahawa isu agama bukan isu politik yang boleh disentuh sensitivitinya sesuka hati, namun ia merupakan isu keharmonian manusia sejagat.

Seorang penyampai jemputan, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Pengerusi Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Medan, Indonesia dalam ucapannya menyatakan masyarakat Madinah Al-Munawwarah yang pernah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan juga para Khalifah Ar-Rasyidin merupakan model masyarakat yang dinamis sepanjang zaman.

Beliau juga mengharapkan pada zaman ini, perhubungan antara agama di Malaysia dapat menjadi model kepada dunia secara keseluruhannya.

Harakahdaily/-
Oleh : Ahmad Azri Saufi

PAS selar cubaan tutup Pasti Sabah

Posted: 31 May 2011 01:44 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan Umno Sabah melalui Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang didakwa mengeluarkan arahan agar menutup Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (Pasti) di Sandakan baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu seperti tidak bertamadun memandangkan Pasti milik PAS yang didaftarkan di bawah penyeliaan Dewan Pemuda PAS Pusat telah memberi sumbangan besar kepada pembinaan modal insan masyarakat Islam di negara ini.

"Kenapa perlu sampai menghancurkan masa depan generasi kita.

"Tindakan ini tidak bertamadun," katanya.

Pada 23 Mei lalu, satu notis MPS bertajuk "Notis menghentikan operasi taska Pasti" mengarahkan pusat-pusat pendidikan Pasti menghentikan operasinya dengan segera.

Pasti telah ditubuhkan sejak 25 tahun yang lalu secara sah menurut Perlembagaan PAS Fasal 6 (2).

Sejak penubuhannya, ianya didakwa mendapat sambutan menggalakkan dari ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka.

Sehubungan itu, Mahfuz mahu rakyat Sabah menilai sendiri sikap Umno yang sanggup menggadai masa depan anak bangsa demi kepentingan politik mereka.

"Saya ucapkan 'kotobian tadau tagazo do kaamatan' sempena dengan perayaan budaya Kaamatan bagi negeri Sabah.

"Ambillah semangat perayaan ini untuk melakukan perubahan," katanya lagi.

Beliau turut memuji langkah Lajnah Penerangan PAS Sabah yang diketuai Hisammuddin Sulaiman apabila baru-baru ini berjaya menganjurkan program sambutan Kaamatan mengikut syraiat Islam.

Dalam sambutan bersama rakyat di Kampung Batu Lugiyan Sook Sabah, tiada lagi makanan dan minuman memabukkan disediakan dan juga tiada lagi sebarang bentuk pemujaan dilakukan.

Harakahdaily

Muslimat pastikan undi kepada PAS meningkat

Posted: 31 May 2011 01:30 AM PDT

28 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat akan mengambil peluang pada muktamar mereka kali ini untuk membahaskan beberapa perkara penting menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh (gambar) berkata ucap temanya juga akan memfokuskan kepada peranan muslimat di semua peringkat untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

"Tahun ini, kita mengadakan muktamar di ambang pilihan raya umum ke-13. Ada beberapa perkara yang menjadi keutamaan kita menjelang pilihan raya umum ini.

"Insya Allah kita akan bersama mempertegaskan peranan yang perlu dimainkan oleh segenap peringkat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Nuridah yang juga Ketua Muslimat Wilayah Persekutuan juga berkata, tenaga muslimat amat diperlukan untuk terus konsisten dalam gerak kerja dalaman dan luaran parti bagi memastikan undi terhadap PAS meningkat.

"Dewan Muslimat juga berhasrat agar kita istiqamah bekerja kerana kita telah menerima amanah dan menjadikan diri kita pendokong yang berkualiti dan aset keapda jemaah.

"Suara muslimat amat diperlukan untuk mendekati pengundi khususnya wanita," katanya.

Selain itu, beliua turut menyeru seluruh perwakilan menggunakan peluang yang ada untuk berbahas secara rasional dan matang serta menjadikan muktamar kali ini sebagai medan untuk muhasabah segala gerak kerja yang telah dilakukan.

"Para perwakilan diharap dapat membahaskan beberapa perkara dengan matang dalam suasana harmoni dengan tujuan mengukuhkan ukhuwah dan selari dengan penegasan dan komitmen untuk bekerja engan lebih gigih dan lebih bersemangat untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 akan datang," katanya.

Menyentuh mengenai usul yang telah diterima untuk dibahaskan pula, ketua penerangan, Salbiah Wahab berkata terdapat lima usul yang akan dibahaskan iaitu persiapan menghadapi PRU 13, meolak pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Pahang, mewujudkan pusat maklumat dan penerangan PAS, isu kepenggunaan dan meletakkan ketua muslimat untuk bertanding pada pilihanraya di kawasan yang 'selamat'.

Muktamar Dewan Muslimat kali ke 51 ini akan berlangsung pada 2 Jun ini di Dewan Bankuet, bangunan SUK, Shah Alam, Selangor.

Ia akan dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Terdapat beberapa wakil NGO akan menghadiri muktamar ini termasuk wakil-wakil dari Gerakan mansuhkan ISA (GMI), Jaringan Rakyat Tertindas, dan beberapa NGO lagi.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

Idris Ahmad

Posted: 31 May 2011 11:30 PM PDT

Idris Ahmad


Tarif Letrik Pemimpin Bn Main Silap Mata

Posted: 31 May 2011 01:47 AM PDT

Parti Islam Semalaysia Pas menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95  tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk “Tiada Kenaikan Guna 300 kWj”. Inilah  kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.

Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah  rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada  rakyat “kesan berantai” kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur  dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.
Menurut a ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana  industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,”

Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma ‘Fuel Cost Pass Through’ (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 31 May 2011 09:46 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Cuci Kenderaan di Muktamar PAS Jun 2011 Taman Melewar

Posted: 31 May 2011 08:34 PM PDT



Perhatian kepada peserta, perwakilan, pemerhati dan orang ramai yang menghadiri Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 di Taman Melewar, Gombak, Selangor pada 3 hingga 5 Jun 2011. Unit Amal Negeri Sembilan akan menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan pada kadar yang berpatutan.

Perkhidmatan on-call disediakan. Sila hubungi 013-2124086 , 017-4680125.

Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk menjana Dana Tabung Aktiviti Unit Amal Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com/

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 31 May 2011 09:38 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ADUN MAHARANI PANTAU BANJIR DI JALAN MAJIDI MUAR

Posted: 31 May 2011 04:05 AM PDT

MASALAH PERPARITAN DALAM BANDAR MUAR


Pagi ini, hari Selasa 31 Mei 2011, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dihubungi oleh seorang peniaga Restoran Mui Soon  di Jalan Petrie Muar. Beliau memaklumkan bahawa bahagian belakan restoran beliau dimasuki air akibat hujan lebat yang berulang dalam masa dua minggu ini. Parit di sepanjang Jalan Majidi  di belakang restorannya juga dipenuhi  air. Malam dan awal pagi ini hujan lebat dan ribut melanda beberapa tempat dalam DUN Maharani dan Bakri.


YB Dr Mohammad bersama-sama AJK DUN Maharani telah bergegas ke tempat yang bermasalah dan mendapati parit di sepanjang Jalan Majidi dari simpang Jalan Sulaiman hingga ke bangunan Bank Rakyat lama dipenuhi air. Menurut peniaga di situ sudah 2 minggu air bertakung di situ. Daripada pemerhatian yang dibuat parit yang menghubungkan Jalan Majidi dari bangunan Bank Rakyat lama dan Bangunan Telekom lama tersumbat teruk.

YB Dr Mohammad telah berjaya menghubungi Encik Nazri Abdul Rahman, jurutera Majlis Perbandaran Muar, walaupun beliau sangat sibuk pagi ini kerana masalah ribut yang berlaku malam tadi menyebabkan banyak pokok tumbang dan rumah rosak terkena ribut di kawasan Muar dan Bakri. Malahan rumah dan kawasan beliau juga terlibat sama.

 Encik Nazri di tempat kejadian bersama YB Dr Mohammad.
Kelihatan En. Nazri sedang menghubungi kakitangannya di MPM untuk menyelesaikan masalah ini. Esok pagi dijangkakan kerja-kerja pemulihan akan dijalankan.Inilah tindakan dan gerakerja MPM yang harus dipuji.

Sdr Hamidun, Pegawai khas ADUN sedang menerangkan masalah yang 
dihadapi oleh peniaga di jalan Majidi.

Orang ramai turut gembira dengan kehadiran YB Dr Mohammad dan
Encik Nazri, Jurutera MPM, turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
Halaman kedai ini dinaiki apabila hujan lebat. Nampaknya masalah ini akan berakhir.
Tuan Haji Abdul Rahman Lajim, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar
turut turun padang membantu YB.'Inilah punca permasalahannya,' kata beliau.
Cikgu Abdul Rahman Yanti bersama Sdr Hamidun menunjukkan parit yang bertakung air.
 
Masalah ini perlu perhatian segera.......

 
'Parit ini tersumbat,' itulah agaknya kata Cikgu Abdul Rahman.
 



Ini lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi yang telah digali semula 
dan di pasang parit U oleh MPM tidak lam dulu dengan kos RM20,000.00.
Tiada banjir di sini walaupun parit di Jalan Majidi dipenuhi air. 
Terima kasih MPM dan tindakan segera oleh Encik Nazri.

DPPK PARIT

Posted: 31 May 2011 07:56 PM PDT

DPPK PARIT


Pemuda PAS bantah Konsert MTV Word Stage

Posted: 31 May 2011 07:49 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 31 May 2011 07:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Nasib Penduduk Taman Tunku Tercemar Akibat Pembinaan Jalan Baru!

Posted: 31 May 2011 01:32 AM PDT

Penduduk Taman Tunku Tercemar Dengan Kotoran Jalan dan Ancaman Bajir Kilat
Penduduk Taman Tunku mengadu bahawa kawasan perumahan mereka tercemar dengan kekotoran debu jalanan dan juga ancaman banjir kilat. Baru-baru ini PAS Miri ada menerima aduan dari penduduk Taman Tunku, Miri berkenaan dengan perkara tersebut dibawah ini .
Gambar Hiasan Plan Jalan Baru Taman Tunku



Surat aduan daripada Belia Taman tunku :

1. Tolong suruh kontraktor yang buat jalan baru di Taman Tunku/Taman Jelita untuk sentiasa membasahkan jalan tanah di mana lori lori angkat tanah menggunakannya supaya habuk tidak terbang. Rumah kami kotor, pakaian yang dijemur kotor, habuk masuk dalam rumah dan juga dapur. Mencemar alam sekitar.




Gambar Hiasan YB Lambir melawat longkang di Taman Tunku



2. Follow up sama ada parit sudah diclear (dibersih) supaya tidak tersumbat dan tidak berlaku banjir kilat. Ini adalah janji Ripin Lamat YB Lambir.


Kita berharap agar pihak yang berkenaan tolong ambil perhatian tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk Taman Tunku dengan segera. Jangan biarkan masalah penduduk tersebut berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian dan keselesaan mereka yang tinggal dalam kawasan tersebut.

PAS Miri berharap pihak yang berkenaan bertindak segera mengatasi masalah tersebut. Utamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan politik.


English Version
Taman Tunku Residents Contaminated By Dirt Road and the Threat of Flash Flooding
Taman Tunku Residents has complained that their residential area contaminated with road dirt and flash flood threat. Recently PAS Miri has received complaints from residents of Taman Tunku, Miri regarding on the below matters.

Complaints from Taman Tunku Youth:
1. Please ask the contractor for the new road in Taman Tunku / Taman Jelita to continually wet the dirt road where the trucks used to lift soil will not making the road dusty. Our house is dirty, dried clothes dirty, the dust flying in the house and the kitchen. Pollute the environment.

2. Follow up if the drain is clear (net) not blocked and there are no flash floods. This is the promise by Ripin Lamat YB Lambir.


We hope that the relevant authorities concerned and please take note of the problems faced by the residents of Taman Tunku immediately. Do not let these people problems persist and obstruct their daily life and comfort of those living in the area. PAS Miri hope the authorities concerned to act quickly to resolve the issue. Give the priority to the people interests rather than the political interests.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 31 May 2011 07:31 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Selamat Bermuktamar Daripada Dewan Pemuda PAS Ampang

Posted: 31 May 2011 08:32 AM PDT



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN AMPANG mengucapkan

"SELAMAT BERMUKTAMAR"

kepada semua pimpinan, para perwakilan, tetamu dan pemerhati pada
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke 52
yang bakal berlangsung pada 1 ~ 2 Jun 2011 di Dewan MBSA, Shah Alam

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 31 May 2011 07:14 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Selamat Bermuktamar Kali ke57

Posted: 31 May 2011 05:25 PM PDT

AL-FATIHAH ! BONDA SULTAN SELANGOR MANGKAT

Posted: 31 May 2011 05:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi.

Munir ketika dihubungi Bernama berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.

Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

PAS ganti Umno negara jadi lebih baik

Posted: 31 May 2011 05:03 PM PDT

SHAH ALAM, 31 Mei: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi hari ini menegaskan kesediaan PAS untuk menggantikan Umno dalam usaha mentadbir negara ke arah yang lebih baik.

Beliau yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan itu sesi 2011-2013 berkata, masyarakat dan rakyat sudah merindui satu kehidupan lebih harmoni di bawah panji perjuangan Islam yang diterajui oleh PAS dan sudah lama muak dengan sikap Umno selama ini.

Menurutnya, dalam PAS kini sudah wujud satu badan khas, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai rakyat Malaysia bukan beragama Islam yang meyakini dasar perjuangan PAS.

Nasrudin berkata demikian ketika bercakap dan menyampaikan hujahnya di dalam Wacana Sinar Harian siri 4 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (KMK), dekat sini, petang tadi.

Turut menjadi panelis adalah Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pensyarah UIAM, Dr Maszlee Malik sebagai moderator.

Hadirin yang kebanyakannya penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi dewan namun tahap kebisingan mereka tidak seteruk suasana wacana bulan lalu yang tidak dikawal dengan sebaiknya.

"Saya mempunyai nekad ingin membawa anggota PAS khasnya pemuda agar mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, hemah, bermaruah dan tidak tidak mahu politik jijik, keji apatah lagi menjatuhkan dan membina jatidiri di atas sikap kesengsaraan dan penderitaan orang lain," tegas Nasrudin.

Dalam sesi sama, beliau mempertahankan akhbar Harakah yang disifatkan oleh Khairy sesat dan enggan menarik balik tuduhan itu, lantas Nasrudin mempersoalkan tindakan akhbar pro-Umno, Utusan Malaysia, lebih teruk dengan menyiarkan gambar lucah dan menjolok mata pembaca.

Sebelum itu di awal wacana, Nasrudin menyebutkan tentang perjuangan PAS yang meletakkan Islam sebagai dasar perjuangannya dan yakin dengan peranan agama Islam itulah menjadi pembimbing dan pendorong kepada ahli-ahlinya ke arah terbaik.

"Namun di sana, tidak bermakna semua anggotanya maksum tetapi sekurang-kurangnya dapat memagar, membantu dan membina agar tidak terlalu terdedah kepada maksiat dan mungkar.

"Dengan dasar itu, mereka dapat menjadi insan, pejuang dan ahli politik yang baik namun di sana seperti agama Islam sendiri di mana ada yang masih tidak mentaati Islam, secara umumnya ini keluar dari dasar," tegasnya lagi

Menyentuh tentang tajuk wacana, beliau berkata fitnah bersifat umum, ia boleh berlaku sama ada dalam dan luar parti politik dan di dalam masyarakat dan individu.

Mereka yang melakukan fitnah memang dimurkai Allah SWT kerana di sana sudah hilang peranan dosa pahala, syurga neraka dalam tindakan mereka terbabit.

Beliau menambah, politik negara ini kini menjadi terlalu ganas melepasi syurga neraka, dosa pahala, sebagai contoh, bila menuduh, mereka hendaklah membawa empat saksi, bukannya empat klip video.

Katanya, walaupun kini senjata sudah moden dan sangat canggih namun mereka yang ketandusan idea politik akan tetap menggunakan senjata fitnah untuk membunuh musuh politik mereka.

Ustas Nasrudin melahirkan rasa simpati kepada Khairy dan rakan-rakan yang sering menerima fitnah sesama mereka dalam usaha mendapat tempat dalam kedudukan politik mereka.

Tegasnya, rakyat negara sudah ingin kepada sistem politik berasaskan hujah, berhikmah, telus dan tulus serta pandangan berasas serta bernas dan bukan berhasrat menjatuhkan lawan begitu sahaja dengan fitnah.

Sekitar 10 soalan dikemukakan hadirin dan dijawab dengan baik kecuali satu soalan yang dibuat oleh seorang Muslimat mengenai 'sampai bila Umno ingin berhenti dari terus melakukan fitnah' yang gagal dijawab oleh Khairy dengan baik.

Lawatan TG Nik Aziz di Tapak Tragedi Tanah Runtuh dan Penyampaian Sumbangan

Posted: 31 May 2011 04:18 PM PDT

Elektrik: BN bela IPP, bebankan rakyat

Posted: 31 May 2011 04:17 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Barisan Nasional (BN) yang menguasai kerajaan sekarang terus membela syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen berkata, beban subsidi mereka kini ditanggung oleh rakyat dan pemain industri yang lain dengan kenaikan berterusan tarif elektrik secara puratanya sebanyak 7%.

Katanya, IPP yang ditubuhkan pada tahun 1996 menjadi pengeluar utama sumber bekalan tenaga elektrik negara dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula bertindak sebagai pemborong menyebabkan kos pengeluaran sumber tenaga ini begitu tinggi kerana margin keuntungan dikaut oleh dua pihak sebelum sampai kepada rakyat.

Ini, ujarnya belum termasuk lagi pemain industri lain yang dijangkakan akan menaikkan harga jualan produk mereka selaras dengan kenaikan tarif eletrik yang dikenakan ke atas kilang-kilang mereka.

Semalan, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui mengumumkan kenaikan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Menurut Herman, IPP menjana elektrik mengunakan janakuasa yang dioperasikan dengan gas asli yang dibeli dari Petronas dengan hanya perlu membayar sebahagian sahaja kosnya dan bakinya disubsidi oleh kerajaan mengunakan wang rakyat.

"Walaupun menerima subsidi yang tinggi namun IPP masih lagi menuntut kenaikan tarif. Kerajaan yang dalam rangka mengurangkan beban subsidi negara kini mengalihkan beban itu kepada rakyat pula," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kenaikan tarif 7% mungkin kecil kepada pemimpin BN kerana bil mereka ditaja oleh Kerajaan Malaysia menggunakan duit rakyat.

Tambahnya, tetapi nilai itu amat besar kepada pemain industri dan rakyat yang mengunakan elektrik 301kW ke atas.

"Bagaimana pengusaha restoran dan peniaga-peniaga runcit pula?" soalnya.

Menurutnya, mereka juga antara pengguna sumber yang banyak kerana beroperasi lebih dari 12 jam sehari.

Maka, katanya tidak mustahil mereka akan meningkatkan nilai harga jualan mereka yang akhirnya rakyat sebagai pelanggan akhir juga terbeban.

Beliau menambah, pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan yang ditamat pada Disember 2011 pula akan menyebabkan sebahagian besar isi rumah dari 5.94 juta akan terkesan.

Katanya, rakyat masih boleh menerima kadar yang lebih rendah jika Kerajaan memberikan hak pengeluaran sumber tenaga elektrik terus kepada TNB dan menghapuskan IPP sebenarnya.

Tambahnya, untuk apa BN masih mahu terus menyara dan membela IPP sedangkan sebelum 1996, kualiti sumber elektrik negara tidaklah teruk sangat dan TNB pun telah menjalankan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka.

Manurutnya, apabila pengeluaran sumber tenaga diberikan secara mandatori kepada IPP maka kos elektrik bertambah dua kali ganda dan sampai bila-bila pun rakyat akan terus menjadi mangsa.

Oleh itu, katanya DPPWP menuntut penjelasan Kerajaan berhubung nilai sebenar subsidi yang dibayar kepada IPP dan juga TNB.

"Sudah sampai masanya Kerajaan mengambil alih aset dan kepentingan dalam IPP melalui TNB bagi mengurangkan kos pengeluaran," ujarnya.

Katanya, dengan menghapuskan peranan IPP sahajalah tarif eletrik dapat dikurangkan dan rakyat mampu menerima kadar yang lebih murah dari hari ini.

"Rakyat hanya ada satu pilihan untuk mencapai impian menghapuskan IPP ini iaitu dengan menolak BN dan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat melaksanakan dasar-dasar yang lebih menguntungkan rakyat," katanya lagi.

Video: Pemuda PAS-Umno sepakat tolak fitnah

Posted: 31 May 2011 04:11 PM PDT

Pemuda PAS dan Umno serta ahli agama hari ini menegaskan menolak budaya fitnah, termasuk dalam isu video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.

"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.

Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.

Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.

"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.

'Betul, salah isu kedua'

Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.

Tokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.

"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.

"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.

"Kita kena konsisten, PAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.

"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.

FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan

Posted: 31 May 2011 04:07 PM PDT

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

Dalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.

Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia.

FMM: Pengguna tidak harus tanggung kenaikan

Posted: 31 May 2011 04:07 PM PDT

Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berkata kenaikan tarif elektrik di negara ini sebagai tidak adil kerana pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.

azlanDalam satu kenyataan akhbar, presiden FMM Mustafa Mansur berkata walaupun dengan pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini. Justeru, katanya, ini menjadikan kenaikan harga itu tidak dapat diterima.

Berkuatkuasa esok, harga gas adalah RM13.70 mmBtu, dan ini jauh lebih rendah berbanding Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32 per mmBtu) dan Indonesia (RM21.04 per mmBtu).

"Di sebalik kelebihan harga gas asli, kos elektrik di Malaysia selepas kenaikan itu adalah hampir sama dengan Thailand dan 62.2 peratus tinggi daripada kadar Singapura serta 131.3 peratus daripada kadar Indonesia.

"Jika dibandingkan kadar Thailand bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektrik Malaysia bagi semua kategori itu adalah lebih tinggi!" kata Mustafa.

Menurut beliau, FMM juga meragui langkah meningkatkan tarif tenaga elektrik dan merasakan ketidakcekapan dan kekangan harga dalam rantaian bekalan tenaga masih belum ditangani.

"FMM tetap berpendapat bahawa tidak sepatutnya harga minyak disalurkan secara automatik kepada pengguna dan Tenaga Nasional Bhd sepatutnya terbuka untuk ditanda aras bersama-sama penjana lain untuk memastikan kecekapan operasi," katanya.

Ia menambah, kos elektrik patut ditetapkan pada margin tertentu di bawah tarif serantau untuk mengekalkan daya saing industri Malaysia.

PAS LENGGONG

Posted: 31 May 2011 07:06 PM PDT

PAS LENGGONG


YAB Lim Guan Eng.

Posted: 30 May 2011 09:10 PM PDT


Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 26hb Mei 2011:

3 sebab mengapa Barisan Nasional (BN) tidak meneruskan cadangan pemotongan subsidi untuk petrol, diesel dan LPS, dan yakin dengan kenaikan harga barangan keperluan tertentu kecuali IPP sebaik memenangi pilihan raya umum akan datang

PR semestinya telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini. Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaaan Persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun.

Ada 3 alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan kenaikan harga barangan. Pertama, PR berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidak adilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi. Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat.

Walau bagaimanapun, sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa. Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang.

Selain itu, penjana tenaga bebas (IPP) sekali lagi akan terlepas daripada sebarang pemotongan subsidi gas seperti yang dinyatakan melalui sokongan padu kepada IPP daripada kedua- dua Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui. Peter Chin menegaskan bahawa RM19 bilion setahun yang dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB itu bukanlah dalam bentuk subsidi tetapi keuntungan yang dilepaskan oleh Petronas berikutan penjualan gas sebanyak 25 peratus daripada harga pasaran. Sementara itu, Chua menyatakan bahawa subsidi gas kepada IPP tidak boleh dihapuskan kerana terikat dengan perjanjian.

Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19 bilion subsidi tahunan. Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.

Tiada cara lain untuk mencapai 5.4 peratus deficit fiscal tanpa lanjutan pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar anti¨Crasuah. Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah Negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat rasuah sejak tahun 1980-an.

Dasar anti- rasuah tidak mungkin dilaksanakan kerana kerajaan BN menolak untuk mengamalkan sistem tender terbuka, ketelusan prosedur dan akauntabiliti awam dalam proses pembelian dan kontrak kerajaan. Atas alasan tersebut, hanya sokongan anti-rasuah yang dilaksanakan PR akan dapat menyelamatkan rakyat - bak kata pepatah "bunuh dua ekor burung dengan seketul batu" (pepatah barat 'kill two birds with one stone') dengan tidak hanya membanteras amalan rasuah tetapi juga akan menghentikan kenaikan harga barang.

'5 kali cuba pujuk Nik Aziz'

Posted: 30 May 2011 08:22 PM PDT

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Peserta terkejut

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.

Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 31 May 2011 03:17 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


AL-FATIHAH ! BONDA SULTAN SELANGOR MANGKAT

Posted: 30 May 2011 11:21 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei - Bonda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini pagi ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata Raja Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat pada kira-kira pukul 9 pagi.

Munir ketika dihubungi Bernama berkata jenazah Almarhum akan dibawa ke Istana Alam Shah Klang, sebelum dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.

Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.
Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/05/bonda-sultan-selangor-mangkat.html#ixzz1Ntu2UNq7

ARANG BATU CEO TNB PERSALAHKAN !

Posted: 30 May 2011 08:30 PM PDT

Komen : Siapa suruh guna arangbatu, Pakatan Rakyat dah bantah dulu, kamu(BN) buat juga. Kamu hanya mengujudkan alasan agar kerugian dapat dikambinghitamkan.
Yang sebenarnya BN tidak tahu berniaga, kalau berniaga nak untung hanya bila harga dinaikkan.


Che Khalib berkata pendapatan tahun kewangan 2011 syarikat "sudah pastinya rendah berbanding tahun sebelumnya" memandangkan syarikat masih membeli arang batu pada harga pasaran lebih tinggi kira-kira US$120/mt pada masa ini."Harga arang batu masih lagi pada US$85, padahal harga semasa ialah US$120. Jadi, pada asasnya, terdapat jurang US$35 untuk setiap tonne penggunaan yang kami perlu serapkan," kata beliau.
Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Gas dan arang batu masing-masing merupakan 54.4 peratus dan 40.2 peratus daripada jumlah campuran penjanaan di Semenanjung Malaysia dalam tahun kewangan TNB lepas.

Mungkin ramai masih ingat kejadian gangguan bekalan elektrik berlaku di seluruh negara pada 1996. Ada dakwaan ia sengaja dilakukan bagi mengizinkan kelahiran syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP).

Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB) ketika itu, Tan Sri Ani Arope menjadi mangsa apabila dihentam secara terbuka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dan akhirnya membawa perletakan jawatan Ani.

TNB juga menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga daripada IPP dengan harga mahal.

Petronas juga diarah menjual gas dengan harga lebih murah kepada IPP biar pun membeli mahal daripada Indonesia dan kawasan JDA Malaysia-Thailand.


Bekas akauntan Petronas, Rafizi Ramli mendakwa Petronas membeli satu barrel dengan harga RM40 dan dijual pula kepada IPP dengan harga RM10.

Katanya, TNB juga dipaksa membeli kuasa dibekalkan penjana bebas milik kroni Dr Mahathir dengan harga mahal.
"Berdasar kepada perjanjian yang berat sebelah tersebut menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi sehingga RM21 bilion untuk IPP milik bukan Melayu yang rapat dengan Dr Mahathir.

"IPP diwujudkan sebagai usaha menjaga kroni pemimpin Umno dengan berselindung di sebalik gangguan bekalan elektrik pada 1996," katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kubur Kuda dekat sini malam tadi.

Rafizi yang juga Pengarah Strategik PKR berkata, belum pun kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik secara rasmi, bil terbaru yang diterima pengguna sudah tercatat kadar tarif baru.

Katanya, ramai terkejut menerima bil bulanan terbaru mereka apabila tercatat kenaikan tarif elektrik biar pun kerajaan belum mengumumkan secara rasmi.

Menurutnya juga mengikut perancangan awal kerajaan BN, harga Petrol RON95 akan dinaik kepada RM2.25 sen seliter menjelang hujung tahun hadapan.

Bagaimanapun katanya kerajaan tidak berani melakukan sekarang kerana dibantah orang ramai.

Namun sepanjang 18 bulan lalu kerajaan menaikkan harga gula lebih 58 peratus dan petrol RON97 sekarang melonjak kepada RM2.90 seliter.

"Harga petrol boleh dikurangkan sehingga 60 sen seliter apabila rakyat memberi mandat kepada Pakatan memerintah Putrajaya nanti.

"Ia boleh dilakukan dengan menghapuskan subsidi untuk IPP di mana sekarang sebanyak RM21 bilion diperuntuk kerajaan setiap tahun," ujarnya.

Abdul Hamid pula berkata sepatutnya Pemuda Umno meminta kerajaan pusat menyediakan kertas putih mengenai banyak berlaku penyelewengan dalam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada).

Katanya, projek pemasangan longkang fiber yang dibuat Kada suatu ketika dahulu bagi menyalur air ke sawah hanya mampu bertahan semusim tanaman padi sahaja.

"Banyak duit dibazirkan untuk projek tersebut. Begitu juga kewujudan Dataran Kada tidak banyak memberi manfaat kepada petani," ujarnya.

Sobri pula berkata, kerajaan negeri berjaya memintas rancangan Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa bagi membodek Perdana Menteri untuk mendapatkan peruntukan membina stadium di Kelantan.

Katanya, projek stadium tersebut dimohon dengan harapan BN dapat merampas semula Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.

"Tiba-tiba projek yang sedang dilobi pemimpin Umno sudah diumumkan lebih awal kerajaan negeri," ujarnya.

BN TERDESAK LAGI , MAHU RAIH SOKONGAN INDIA MUSLIM ?

Posted: 30 May 2011 08:22 PM PDT

Presiden Kimma, Timbalan Presiden LDP Dilantik Senator

KUALA LUMPUR: Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Datuk Syed Ibrahim Kader adalah antara enam senator yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Isnin.

Mereka termasuk lima muka baru yang dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 20 Mei lepas.
Tiga lagi ialah Pemangku Ketua Umno Labuan Datuk Yunus Kurus, Exco Wanita Umno Norliza Abdul Rahim dan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Merbok Saiful Izham Ramli.
Sementara itu Setiausaha Perhubungan PAS Kedah Muhamad Yusof Husin dilantik semula untuk penggal kedua.

Dalam amanatnya kepada senator terbabit selepas upacara tersebut, Abu Zahar berkata mereka harus melaksanakan tanggungjawab dengan baik serta mematuhi segala peraturan mesyuarat dan perlembagaan negara.

"Kita kena faham kedua-dua perkara itu dengan yakin. Jangan datang dewan tetapi tidak faham (peraturan) kerana ini akan membuang masa dewan," katanya. - BERNAMA

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 31 May 2011 03:09 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


'PEMANDU' YANG TAK PANDAI MEMANDU

Posted: 31 May 2011 02:58 AM PDT

1. Sudah lama orang merungut pasal PEMANDU ni. Tapi nampaknya rungutan banyak pihak tidak dipedulikan langsung oleh JPM.


2. Semenjak Idris Jala selaku Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) umumkan kononnya Malaysia bakal bankrap menjelang 2019 jika trend subsidi tidak berubah sepertimana kemelut yang dihadapi Greece; ramai yang was-was dengan kenyataan tersebut. Yolah, kenyataan daripada mantan CEO yang menyelesaikan masalah kewangan MAS dengan cara membuang pekerja. Setakat nak selesai masalah dengan membuang pekerja, tak payah jadi CEO, pramugari pun boleh fikir.

3. Hari ini PEMANDU yang dipengerusikan Koh Tsu Koon bersama CEO, Idris Jala, dilihat SANGAT BERKUASA menentukan hala tuju ekonomi negara. Mereka tidak peduli dengan kos hidup tinggi yang ditanggung rakyat. Mereka tidak mahu dengar sebarang rungutan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU enggan mempertimbangkan kesan buruk daripada keputusan yang mereka ambil terhadap mileage politik BN selaku pentadbir kerajaan.

4. Siapa yang membolehkan dua orang mangkuk hayun dalam PEMANDU ini menjadi begitu berkuasa dan angkuh jika tidak Perdana Menteri sendiri yang memberikan mandat kepada mereka?!

5. Tatacara rasionalisasi subsidi yang disarankan PEMANDU selama ini jelas hanya menguntungkan sebelah pihak kerana hanya menjaga kantung kerajaan tanpa memikirkan kerugian di pihak rakyat. Sangat jelas PEMANDU hanya tertumpu pada isu quantum dengan tujuan mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, tanpa menyedari bahawa keputusan bodoh PEMANDU sebenarnya telah menjejaskan kehidupan sosial rakyat keseluruhannya.

6. Kebanyakan para pegawai yang 'duduk' dalam PEMANDU membuat dasar dan keputusan hanya berasaskan teori. Keputusan mengurangkan subsidi dibuat berdasarkan defisit fiskal semasa. Adakah para pegawai di PEMANDU begitu bodoh hingga tidak terfikir bahawa struktur ekonomi dan sosial negara masih memerlukan subsidi untuk berubah dan berkembang? Adakah para pegawai ini fikir dengan pemansuhan subsidi maka ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing? Wahai pegawai PEMANDU, negara-negara maju di seluruh dunia pun masih mengekalkan pemberian subsidi dalam sektor tertentu terutamanya makanan, bahan api dan tenaga. Pi google la cari.

6. Sebahagian besar cadangan PEMANDU lebih tertumpu kepada langkah mengembalikan harga yang kini disubsidikan, kepada harga yang berlandaskan kuasa pasaran. Kalau boleh harga barang keperluan asas terutamanya makanan, bahan api dan tenaga hendak disamakan dengan harga pasaran semasa oleh PEMANDU. Namun persoalannya, adakah asas analisis yang kukuh dan tepat serta kerangka yang jelas serta komprehensif telah dilakukan oleh PEMANDU?

7. Dalam seminar yang kami hadiri bersama wakil BNM dan KPDNKK baru-baru ini, telah mengesahkan bahawa PEMANDU tidak pernah menjalinkan kerjasama antara agensi dan jabatan lain bagi mendapatkan sumber serta data sokongan. Jadi bagaimana PEMANDU melakukan analisis selama ini jika tiada perbandingan maklumat dibuat bersama agensi-agensi berkaitan?

8. Agak memeranjatkan apabila analis data daripada sektor sosial meliputi pendidikan, kesihatan, bahan api dan tenaga, infrastuktur pembangunan, subsidi makanan etc. adalah berbeza antara BNM dan KPDNKK. Malah harga semasa pasaran dan harga pasaran selepas disubsidi seperti tepung, gula, subsidi pendidikan dan kesihatan juga tidak sama data yang dibentangkan oleh kedua agensi.

9. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kini tidak lagi wujud jaringan komunikasi antara agensi-agensi pelaksana dasar yang mewakili kerajaan? Lebih menghairankan apabila BNM mendakwa kerajaan memiliki rizab yang tinggi melalui Real GDP Growth, External Reserves, Current Account Balance dan FDI Inward; tetapi pada masa sama segala peruntukan agensi-agensi kerajaan dan jumlah subsidi cuba dikurangkan.

10. Justeru tidak hairanlah apabila PEMANDU mengatakan subsidi RON95 perlu dikurangkan, tetapi sebaliknya Gabenor BNM mengatakan perkembangan ekonomi semasa negara membolehkan kerajaan menyerap sebarang kenaikan harga bahan api dan tidak perlu menaikkan harga RON95. Seterusnya, wakil BNM turut menjelaskan bahawa PEMANDU tidak pernah mendapatkan data sebenar daripada pihak mereka, dan ini jelas menunjukkan keangkuhan PEMANDU dalam membuat keputusan.
11. Rakyat bertambah jelak apabila KPDNKK membuat perbandingan harga dalam negara berbanding negara-negara jiran, sedangkan elemen-elemen lain dalam sektor sosial tidak pula dijadikan perbandingan. Contohnya, walaupun harga gula dan minyak di Indonesia serta Thailand tinggi berbanding kita; TETAPI harga beras, ikan, sayur etc. di kedua negara itu jauh lebih murah daripada kita. Dan rakyat bertambah meluat apabila setiap kali kerajaan membuat keputusan mengurangkan jumlah subsidi, maka akan kedengaranlah kempen 'gaya hidup sihat' dan 'rakyat diminta berkorban'. Namun, wajarkah rakyat sahaja yang dituntut berkorban sedangkan poket pegawai PEMANDU yang membuat keputusan menyusahkan rakyat, tidak pula terkorban sama?

12. Dalam sistem demokrasi, "kerajaan dipilih dikalangan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat." Jadi cakap siapa sebenarnya yang patut didengar?

BRAHIM KATAK NAK ANWAR DIGANTUNG

Posted: 30 May 2011 11:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Datuk Ibrahim Ali juga mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung jawatan Ketua Pembangkang Parlimen sehingga hasil siasatan rakaman video seks selesai.

Kata Ahli Parlimen Pasir Mas (gambar) itu, tindakan menggantung Anwar selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan di perkhidmatan awam di sisi undang-undang.

"Sebagai ahli Parlimen saya menyokong 101 peratus cadangan (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) Datuk Seri Rais Yatim agar jawatan ketua pembangkang yang disandang Anwar digantung sehingga kes dakwaan dalam rakaman video seks dan perbincaan bela diri kes liwatnya selesai.

"Ini kerana ia selaras dengan prinsip dan amalan yang dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang yang mana semua orang sama sahaja," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, Ibrahim yang juga Presiden Perkasa juga mempersoalkan "keistimewaan" yang ada pada Anwar sehingga tidak boleh sebarang tindakan diambil terhadapnya.

"Tapi Anwar hebat kerana setakat ini beliau tidak mengamalkan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara, malah tiada sesiapa yang boleh menghalang Anwar membawa kes perbicaraannya ke ceramah-ceramah terbuka.

"Amat luar biasa kebebasan yang ada pada Anwar, beliau boleh bergerak ke seluruh dunia... orang lain tidak perlu empat saksi tapi dalam kes Anwar mesti ada empat saksi, jika tidak ada empat saksi semua tuduhan adalah fitnah dan ini hujah penyokong Anwar," katanya.

Tambah Ibrahim, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Anwar menyebabkan kedudukan pemimpin itu tidak boleh disentuh.

"Pendirian Datuk Nik Aziz lagi luar biasa, beliau kata ia fitnah tapi tidak lihat video itu.

"Kalau orang lain belum tentu benar atau tidak, kalau musuh beliau serang habis-habisan, kalau kena batang tubuh sendiri macam-macam alasan diberikan," katanya.

PKR AKAN CABAR RoS

Posted: 30 May 2011 11:29 PM PDT

(MI) KUALA LUMPUR, 31 Mei — PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan ini memberi kata dua parti itu akan dibatalkan pendaftaran berhubung satu kes disiplin ahlinya dipecat dua tahun lalu.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu juga akan memohon semakan kehakiman ke atas keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah dan dilakukan dengan niat buruk.

MENYUSUL LAGI

Tetamu khas antarabangsa: Bukti Dunia bersama PAS

Posted: 30 May 2011 10:10 PM PDT

Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar.

Di antara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr.Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr.Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat, Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr.Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

Di samping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 Jun 2011 jam 8 malam di Dewan MBSA.

*Kenyataan media oleh Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob (gambar atas) selaku Ketua Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat.

SALIH YAAKOB TAMATKAN KOATA

Posted: 30 May 2011 05:49 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Mei — Pelakon, pelawak dan penyampai radio Salih Yaacob selamat diijab kabul dengan seorang pelajar pengajian tinggi awam Samihah Sheikh Amy di Johor Baru semalam, demikian lapor media tempatan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah, 25, yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz di Masjid Kulaijaya.

Laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkata, dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam satu majlis yang serba sederhana.

Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan.

Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, Johor Baru malam tadi yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.

Salih mempunyai 11 orang anak.

Emi merupakan pelajar jurusan pengangkutan.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 31 May 2011 03:06 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


TARIF LETRIK: RAKYAT DIDAHULUKAN TANGGUNG KOS

Posted: 31 May 2011 08:50 AM PDT

Parti Islam Semalaysia (PAS) menganggap kerajaan Bn bermain silap mata dengan rakyat isu kenaikan tarif letrik . Sedangkan pada 25 Mei 2011 kabinet memutuskan minyak RON 95 tidak naik dengan alasan prihatin kerajaan kepada rakyat. Tiba-tiba rakyat dikejutkan dengan pengumuman kerajaan mengenai kenaikan tarif letrik 7.12% bermula 1 Jun 2011.

Menjadi kebiasaan Akhbar Umno ( Utusan Malaysia) dengan tajuk "Tiada Kenaikan Guna 300 kWj". Inilah kerja Utusan Malaysia yang mencari apa sahaja hujah untuk membela penguasa yang tidak berhati perut terhadap rakyat. Tidak hairanlah kepada kita jualan semakin merudum, terpaksa ditaja oleh GLC dan koperat Umno untuk diberi percuma sahaja. Rakyat sedang menghukum Utusan dengan tidak membeli, kerana ia bukan suara hati rakyat, tetapi suara Umno.

Menjadi kelaziman biasa kepada pemimpin BN setiap kali berlaku kenaikan keperluan rakyat maka hujah mereka tidak terjejas rakyat bawahan. Ketika menaikan tarif letrik, pemimpin BN berhujah 75% isi rumah rakyat Malaysia tidak terjejas. Mereka cuba menyembunyikan kepada rakyat "kesan berantai" kerana kenaikan tarif letrik. Hujah mereka kenaikan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa. Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil letrik dirumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik. Hujah yang sama juga penerangn Umno BN menipu rakyat ketika kerajaan menaikkan tol, dengan hujah rakyat biasa tidak terjejas kerana tidak ada kenderaan. Mereka berhujah seolah-olah rakyat tidak beli sayur dan barang keperluan, sedangkan keperluan dapur dibawa melalui tol. Harga tol akan ditanggung oleh rakyat sebagai pengguna. Fakta ini disembunyikan kepada rakyat untuk menghalalkan tindakan mereka.
Menurut a ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng akan berlaku kenaikan harga barang makanan kerana industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik. Menurutnya walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna,"

Kemungkinan tarif letrik akan dinaikkan setiap enam bulan kerana menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 31 May 2011 01:35 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Selamat Bermuktamar Daripada Dewan Pemuda PAS Ampang

Posted: 31 May 2011 08:32 AM PDT



DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN AMPANG mengucapkan

"SELAMAT BERMUKTAMAR"

kepada semua pimpinan, para perwakilan, tetamu dan pemerhati pada
Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali Ke 52
yang bakal berlangsung pada 1 ~ 2 Jun 2011 di Dewan MBSA, Shah Alam

Dupahang's Weblog

Posted: 31 May 2011 12:03 PM PDT

Dupahang's Weblog


Mengapa harga minyak, gula, elektrik naik?

Posted: 31 May 2011 03:52 AM PDT

Oleh http://kedahla.blogspot.com Soalan menarik untuk diketahui mengapa akhir-akhir ini harga-harga yang dikaitkan dengan subsidi seperti minyak, gula dan elektrik asyik naik, naik, naik? Di sini Tok Non ingin menyenaraikan akan sebab musababnya agar rakyat dapat buka mata. 1) Cara mudah kerajaan BN cari duit. Depa mana reti pikiag nak menjana pendapatan negara melalui hasil lain [...]

Gaji PM dan TPM & Menteri Yang Naikkan Minyak Untuk Rakyat

Posted: 31 May 2011 03:47 AM PDT

Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri. Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri 1. Gaji Pokok RM18,000 – [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 31 May 2011 12:01 PM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


KERAJAAN NEGERI TERLIBAT DGN CERAMAH UMI HAFILDA

Posted: 31 May 2011 03:27 AM PDT

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita48/jkrbantuumihafilda.jpgKEMAMAN - Tindakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kemaman membina pentas bagi persiapan ceramah 'pelacur politik' Umi Hafilda di Kampung Dusun Nyior dekat sini, amat dikesali..

Ceramah bertajuk 'Bongkar' itu adalah anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, sebuah agensi kerajaan, bersama Penyelaras Umno DUN Chukai dan Penerangan Umno Bahagian Kemaman.

(Gambar kanan - pekerja JKR sedang memasang pentas dan memotong rumput untuk ceramah Umi Hafilda)

Penolong Setiausaha PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Besar yang juga Ketua Bahagian Umno Kemaman, Dato' Seri Ahmad Said kerana memperkudakan jabatan kerajaan dalam kerja-kerja politik Umno.

"Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Ahmad Said, Menteri Besar, Ketua Umno Bahagian Kemaman dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu, yang tidak tahu langsung etika pengruusan dan hukum halal haram,

http://buletinonline.net/images/stories/berita48/ceramah%20pelacur%20politik.jpg"Jabatan kerajaan dibiayai oleh hasil cukai rakyat, bukan duit Umno........saya tak tahu Ahmad Said mengaji dimana, boleh campur adukkan belaka,"soalnya.

Beliau yang menghubungi Buletinonline merasa hairan, bagaimana Umno Terengganu yang didakwa sebagai parti yang kuat dan hebat, memanggil Umni Hafilda yang dianggap sebagai 'pelacur politik' menyebarkan fitnah ke dalam masyarakat.

Katanya, Ahmad Said yang 'kononnya' berbangga dengan kecemerlangan pencapaian pendidikan dikalangan pelajar Terengganu kini sedang memanggil seseorang yang akan meracun pemikiran rakyat dengan kata-kata lucah dan kotor.

PENYELEWENGAN KERAJAAN UMNO

Posted: 30 May 2011 06:10 PM PDT

E-mail Print PDF
http://buletinonline.net/images/stories/berita48/wahid%20ceramah%20teluk%20pasua%20.jpgKUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi diberi amanah memerintah negeri Terengganu kerana terlalu banyak penyelewengan dan salah urus yang telah dilakukan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said tidak membawa manfaat langsung  kepada rakyat.

"kalau kita biarkan dengan puak-puak ni (Umno dan BN), dengan cara rampas tanah, dengan kerja kontrek dengan penyelewengan dengan harga tidak berpatutan,

"buat zoo, buka (pulau) bebas cukai, buat Taman Burung, buat benda macam-macam, benda yang tidak mendapatkan (mendatangkan) faedah langsung kepada rakyat."tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah sempena Hari Keluarga di Kampung Teluk Pasu, dekat sini. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam mendedahkan, tindakan terbaru Ahmad Said ialah membeli radio Manis FM yang menurutnya dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Katanya, stesyen radio tersebut dibeli dengan harga RM7 juta dan Ahmad Said telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM4 juta.

Sebelum itu, Wahid berkata kerajaan negeri Terengganu telah membeli pakaian sekolah daripada China dengan harga lima kali lebih mahal dari harga tempatan.

Katanya, satu set pakaian sekolah seumpamanya boleh dibeli dengan harga RM30, namun kerajaan membelinya dengan harga RM150.

"Untuk beli baju 53, 300 set pakaian sekolah dari negeri China dengan harga RM7.995 juta, jatuh (harga) atas satu set pakaian sekolah (itu) RM150,

"saya (pergi) tanya orang (jual) di pasar, orang kedai kain baju,  satu set baju sekolah berapa harganya? Dia (peniaga) kata RM30 (pun sudah) mahal,"jelas Wahid.

Beliau mendakwa terdapat unsur penyelewengan dalam pembelian pakaian sekolah tersebut apabila kontrak yang bernilai hampir RM8 juta itu diberikan kepada pembekal secara runding terus, tanpa melalui proses 'tender'

"benda (perkara) ini dibincang dalam Jawatankuasa Kira-kira Kewangan negeri Terengganu, kes beli baju sekolah ini, tidak ikut tender tidak ikut peraturan, nilainya hampir RM8 jura, pakai 'sign' (tandatangan) surat begitu sahaja,"ujarnya.

PAS

Posted: 31 May 2011 11:58 AM PDT

PAS


Posted: 31 May 2011 07:28 AM PDT

PENDERITAAN KELUARGA KAK MUNAH PERLUKAN PERHATIAN .

Written by Abu Hafi

KUALA KANGSAR: Keluarga Munah Bt Mohd Zainal Abidin dan suaminya Idris Bin Hashim yang dulunya mampu melalui kehidupan secara sederhana kini terpaksa bergantung harap kepada bantuan orang ramai.Ini kerana suaminya tidak lagi dapat kemana-mana setelah menjalani rawatan penyakit lemah jantung di institut Jantung Negara (IJN).
Selain itu,beliau juga mengalami penyakit buah pinggang dan masih terus menjalani rawatan susulan di pusat dialisis Taiping.Katanya, setelah mengalami penyakit lemah jantung dan buah pinggang tersebut,beliau tidak lagi mampu meneruskan pekerjaannya sebagai pegawai keselamatan di Sekolah Ulu Kenas. Beliau terpaksa berhenti kerja kerana kerap tercungap-cungap dalam melaksanakan tugasnya.

Suaminya dahulu mampu menyara keluarga dengan pendapatan RM1,200 sebulan ditampung dengan pendapatan kak Munah RM270 sebulan, kini hanya tinggal RM270 sahaja sebagai taruhan untuk mereka meneruskan kehidupan. Amat memeritkan lagi,mereka terpaksa menanggung 4 orang anaknya yang masih remaja,manakala anaknya yang sulong baru tamat pengajian dan berhasrat untuk memulakan perniagaan.Justeru itu, Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Kawasan (DPPK) Kuala Kangsar diketuai oleh saudara Yasir Bin Ismail telah membuat kunjungan ke rumah tersebut bersamaYDP Pas Kawasan Kuala Kangsar, Raja Al- His Bin Raja Yaakob dan Haji Jamil selaku penduduk setempat. Kunjungan tersebut adalah untuk melihat sendiri penderitaan yang dilalui oleh keluarga Kak Munah.Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Ketua Pemuda DPPK Kuala Kangsar saudara Khomaini Bin Zulkifli serta Bendahari DPPK Kuala Kangsar saudara Abu Hafi Bin Ibrahim.
Dalam lawatan tersebut Lajnah Kebajikan DPPK Kuala Kangsar telah menghulurkan buah tangan dan sumbangan kepada keluarga Kak Munah bagi meringankan bebanan menanggung kos kehidupan.
Mereka yang bersimpati dengan penderitaan keluarga Kak Munah boleh menghulurkan bantuan kewangan kepada atau hubungi Saudara Yasir di talian 017-5748421 atau melalui akaun DEWAN PEMUDA PAS KUALA KANGSAR di RHB BANK; 25818700006353. Apabila sudah memasukkan wang, maklumkan perkara itu ke talian 017-4210608.

Posted: 31 May 2011 03:21 AM PDT

Kenaikan Kadar Tarif Elektrik

Kadar tarif elektrik akan naik sebanyak 7.12% di seluruh Semenanjung Malaysia bermula esok (1 Jun 2011).Dengan itu, purata kadar tarif lama iaitu 31.31 sen per kilowatt jam (kWh) akan meningkat kepada 33.53 sen. Tapi kadar baru ini hanya dikenakan kepada pengguna yang menggunakan lebih daripada 300kWh setiap bulan. Pengguna yang dibawah 300kWh setiap bulan akan menikmati kadar tarif lama, iaitu sekitar 21.8 sen ke 33.4 sen.
Faktor kenaikan kadar tarif elektrik ini disebabkan oleh kenaikan harga gas sebanyak RM3, iaitu dari RM10.70 setiap MMBtu kepada RM13.70 setiap MMBtu. Kadar gas akan meningkat setiap 6 bulan bermula esok sehingga 2015, jadi ada kemungkinan besar setiap 6 bulan kadar baru tarif elektrik akan dikenakan.
Jadi lepas ni, diharapkan semua rakyat Malaysia dapat menjimatkan bil elektrik dan elakkan penggunaan elektrik yang sia-sia.
Antara lain penstrukturan tarif elektrik yang diumumkan oleh Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau ialah:

1. Kerajaan meluluskan permohonan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menaikkan tarif asas sebanyak dua peratus. Semakan diperlukan untuk menampung kos pembekalan elektrik semasa serta membolehkan TNB mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur yang lebih baik.

2. Menaikkan kadar diskaun di luar waktu puncak bagi storan tenaga termal daripada 1.5 sen kWj kepada 3.5 sen kWj.

3. Memberi diskaun sebanyak 10 peratus daripada kadar tarif biasa kepada institusi pendidikan yang dibiayai sebahagian oleh kerajaan seperti mana yang diberi kepada rumah ibadat dan institusi kebajikan.

4. Syarikat rawatan dan pengagihan air serta pembentungan diletakkan di bawah kategori tarif industri.

5. Mengekalkan tarif khas pertanian yang mula diperkenalkan pada tahun 2006.

6. Kerajaan memutuskan agar kutipan tambahan satu peratus daripada bil bulanan disumbangkan kepada Dana Tenaga Boleh Baharu. Kutipan ini tidak termasuk pengguna yang menggunakan elektrik di bawah 300 kWj sebulan

Batu Gajah Mari

Posted: 31 May 2011 11:39 AM PDT

Batu Gajah Mari


Sekitar Retreat PAS Kawasan Batu Gajah

Posted: 31 May 2011 03:07 AM PDT
























Tetamu khas antarabangsa : Bukti dunia bersama PAS

Posted: 31 May 2011 02:41 AM PDT




Bersempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS tahun ini, Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat mengalu-alu kehadiran tetamu-tetamu luar bagi memeriahkan lagi perjalanan Muktamar

Diantara yang telah mengesahkan kehadiran mereka adalah Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi,

Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia, Bapak Ansor dari Gabungan Pelajar Islam Indonesia, Dr Jamal T. A. Saleh dan Dr Atef I. M. Adwan yang juga merupakan Ahli Parlimen Hamas dari Palestin, Najeeb Sahul; Ketua Fraksi Muda Angkatan Profesional Singapura dan beberapa wakil dari Thailand dan Filipina.

Buat pertamanya juga, Majlis Perwakilan PAS United Kingdom dan Eropah akan menghadiri dan akan berucap mewakili Kelab PAS Luar Negara bagi zon Eropah, Presidennya, Ir Jupri Bade dijangka akan menyampaikan ucapannya. Begitu juga perwakilan PAS Timur Tengah akan turut menyampaikan ucapan mereka.

Kehadiran para perwakilan luar Negara pada tahun ini akan diserikan lagi dengan Pentas Pemuda yang akan di adakan pada 3 hb Jun jam 9 malam bertempat di Dataran Pejabat Adun Gombak Setia , JAlan Berjaya 6, Taman Berjaya, Batu Caves (Berdekatan KUISZM) yang akan membariskan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, AJK PAS Pusat,

Tuan Haji Mohammad Sabu, YM Raja Ahmad Al-Hiss, Ketua Lajnah Antarabangsa, Dr Ahmed M. A. Bahar, Speaker Parlimen Palestin, Bapak Fathurahman Mahfuz, Naib Presiden Antarabangsa, Partai Bulan Bintang Indonesia, Bapak Heelman Affandi, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Indonesia.

Disamping itu kedutaan-dutaan luar akan turut hadir pada majlis perasmian Muktamar ini yang dijangka akandirasmian oleh Timbalan Presiden PAS ,Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 hb Jun 2011 jam 8malam di Dewan MBSA.

RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB
Ketua
Lajnah Antarabangsa

Himpun belia: Pakatan mara, Umno cemas

Posted: 30 May 2011 09:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Mei: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru belia agar mempertahankan Putrajaya di Himpunan Sejuta Belia yang tidak sampai 100,000 kelmarin membuktikan Umno BN cemas dengan kemaraan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Umno BN berada dalam keadaan terdesak apabila kali kedua mengeluarkan seruan agar mempertahankan Putrajaya.

Kali pertama Najib membuat seruan tersebut dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Umno Oktober lalu.

"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib yang juga presiden Umno.

Nasrudin berkata, seruan kepada belia itu menunjukkan Pakatan Rakyat mempunyai pelaung yang cerah untuk menawan Putrajaya.

"Kenyataan itu jelas menunjukkan mereka (Umno BN) benar-benar tersepit dan terdesak dan apa yang paling peenting, kemaraan Pakatan Rakyat jelas memberi kesan kepada mereka.

"Apabila Perdana Menteri sendiri mengeluarkan amanah sedemikian kepada belia yang hadir, beliau sudah merasakan bahawa kedudukan Putrajaya terancam dan membuktikan peluang Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya semakin cerah," kata belia ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mengulas mengenai himpunan itu pula, Nasrudin berkata, anak muda sekarang sudah celik maklumat dan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji manis kerajaan sedangkan isu sebenar seperti peningkatan kadar pengangguran di kalangan belia cuba ditutup.

"Belia kini telah matang dan mempunyai infomasi yang lengkap. Sebagai "generasi Y" mereka rata-ratanya mesra cyber menyebabkan mereka mendapat maklumat kedua dan ketiga sebelum membuat keputusan dan penilaian

Oleh itu Umno BN tidak lagi mudah untuk memperdaya dan mempergula-gulakan mereka dengan pelbagai bentuk janji dan tawaran," katanya.

Pada perhimpunan Sabtu lalu, Najib mengumumkan beberapa habuan untuk memikat golongan belia, antaranya memperkenalkan khidmat sukarelawan, portal belia, ikon remaja dan mewujudkan 'youth park' di sekitar Putrajaya.

Beliau juga berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.

Sementara itu, Nasrudin mahu Umno BN sedar bahawa bukan semua belia ikhlas menyokong mereka.

Buktinya kata Nasrudin, kehadiran belia ke perhimpunan tersebut jauh tersasar daripada jumlah yang sebenar, sejuta orang.

"Himpunan sejuta belia itu hanyalah dihadiri sekitar lapan ke sepuluh ribu ertinya jauh daripada sasaran sebenar.

"Ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kerajaan Umno BN supaya baiki dasar dan juga polisi terhadap belia negara pada hari ini

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan harus mengutamakan isu-isu sebenar yang membelenggu para belia.

"Sebagai contoh dari sudut kos hidup, peluang pekerjaan dan pendidikan, pentingnya belia ini dapat dibimbing untuk searas dengan pihak-pihak lain yang mengaut keuntungan dan kepentingan dalam negara kita.

"Sebagai contoh sektor kepimpinan negara, belia harus ditonjolkan dan diberikan peluang untuk menunjuk bakat dan berkhidmat untuk negara," katanya.HD


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 31 May 2011 09:52 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


PEMIMPIN PAS memimpin harmoni dan kesejahteraan di antara pelbagai kelompok agama

Posted: 31 May 2011 07:03 AM PDT

140 pemimpin pelbagai agama berhimpun di Selangor
Ahmad Azri Saufi   
SHAH ALAM, 31 Mei : 140 pemimpin pelbagai agama dan rumah ibdata di Selangor menyertai program dialog antara agama yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Dr Halimah Ali.
(Gambar: Sebahagian dari ketua-ketua agama yang hadir bergambar bersama Ronnie Liu)

Turut hadir adalah Dr. Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang melengkapkan lagi majlis ini.

Dr Halimah dalam ucapannya berkata, dialog ini adalah program pro aktif kerajaan negeri Selangor untuk mendekatkan hubungan antara agama khasnya di Selangor yang sentiasa dipanaskan dengan isu agama ini.

Program ini diadakan di Selangor yang sentiasa dicetuskan dengan isu agama.

Antaranya perbuatan membaling bom petrol ke gereja, meletakkan kepala lembu di kuil, meletakkan kepala khinzir di perkarangan masjid dan sebagainya yang boleh mengundang malapetaka kepada keharmonian yang terbina sejak sekian lama.

Pendamai antara agama
Manakala itu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof menawarkan diri untuk menjadi pendamai antara agama daripada manipulasi dan kontroversi.
(Gambar: Dr Halimah menyampai cenderahati kepada salah seorang peserta)

Dalam ucapan itu, Mujahid yang juga anggota Parlimen Parit Buntar berkata, kontroversi antara agama ini sengaja dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak senang dengan keharmonian yang sudah terbina sesama masyarakat.

Beliau juga meminta pihak legislatif membentuk dan merangka satu gagasan bahawa isu agama bukan isu politik yang boleh disentuh sensitivitinya sesuka hati, namun ia merupakan isu keharmonian manusia sejagat.

Seorang penyampai jemputan, Prof. Dr. Shahrin Harahap, Pengerusi Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) Medan, Indonesia dalam ucapannya menyatakan masyarakat Madinah Al-Munawwarah yang pernah dibentuk oleh Rasulullah SAW dan juga para Khalifah Ar-Rasyidin merupakan model masyarakat yang dinamis sepanjang zaman.

Beliau juga mengharapkan pada zaman ini, perhubungan antara agama di Malaysia dapat menjadi model kepada dunia secara keseluruhannya.

i n t a n h i j a u

Posted: 31 May 2011 07:09 AM PDT

i n t a n h i j a u


KEBAKARAN BESAR DI KAMPUNG TERENGGANU, TELUK INTAN

Posted: 30 May 2011 11:18 PM PDT


TELUK INTAN, 31 Mei - Akibat kecuaian bermain api, menyebabkan kebakaran besar berlaku di Kg. Terengganu, Mukim Durian Sebatang dekat sini petang semalam. Kebakaran yang bermula kira-kira 2.30 petang itu telah memusnahkan 18 buah rumah yang terdiri daripada 14 keluarga Melayu dan 4 keluarga Cina.

Beberapa orang pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan telah sempat sampai ke tempat kebakaran. Antaranya Tuan Hj. Mohamad Akram Mohd. Ayub, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Kawasan Teluk Intan, Sdr. Mohd. Rizal Mohd. Ayub dan Sdr. Mohamad Ameer, ahli jawatankuasa PAS Kawasan.
YB Anuar dan Hj. Akram.

YB Anuar bersama seorang petugas Zon Selatan Sungai Buaya Selangor yang memberikan sumbangan.

ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin juga turut segera mengunjungi ke tempat kejadian sejurus tiba dari Ipoh kira-kira jam 5.00 petang. Sementara itu, Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Manogaran juga sempat mengunjungi tempat pemindahan mangsa kebakaran di Dewan Bandaran Teluk Intan pada sebelah malamnya.

Pagi tadi, atas dasar keprihatinan akan masalah rakyat, YB Anuar Sudin sekali lagi melawat tempat kebakaran bagi meninjau serta bertemu penduduk di sana. Kelihatan, wajah berupa kejutan dan sayu masih lagi menyelubungi penduduk kampung. Hasil tinjauan, masih ramai lagi penduduk yang cuba mencari sebarang harta yang masih boleh diselamatkan. Turut hadir sama ialah Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sdr. Rahmat Maliki dan Tuan Hj. Mohamad Akram.
Beberapa orang mangsa kebakaran sedang mencari barangan yang masih terselamat di rumah mereka yang telah musnah.

Mashaf al Qur'an yang cuba diselamatkan dari sebuah rumah.

Surau ini terselamat walaupun rumah di sekelilingnya musnah terbakar.

Kemudian, YB Anuar telah bergegas pula ke Dewan Bandaran Teluk Intan di mana sebahagian besar mangsa kebakaran ditempatkan di sana sebagai tempat penginapan sementara. Menurut seorang jurucakap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kemungkinan hari ini atau esok, mangsa-mangsa akan ditempatkan di beberapa lokasi penempatan seperti di Kompleks Rumah Guru dekat Pasar Besar, Rumah Pangsa JKR di Jalan Laksamana dan beberapa tempat lagi.
YB Anuar sibuk menguruskan sumbangan air gau.


YB Anuar bertanya khabar dengan seorang penduduk kampung, Hj. Amiruddin Shamsuddin, 63.

Sebanyak 24 kotak air Gau telah disumbangkan oleh YB Anuar Sudin sebagai sumbangan awal kepada semua mangsa. Air tersebut telah digunakan sebagai minuman harian mangsa. PAS Teluk Intan juga akan menyumbang makan pagi kepada mangsa.

Menurut ADUN Changkat Jong, beliau telah berbincang dengan MP Teluk Intan, Sdr. Manogaran untuk mewujudkan Tabung Mangsa Kebakaran Kg. Terengganu atas nama Pakatan Rakyat. 
Sdr. Ameer menyantuni seorang mangsa kebakaran, warga emas tionghua.

Mangsa kebakaran sedang menikmati makan tengah hari.

YB Anuar bergambar bersama beberapa orang petugas.

Beginilah suasana penginapan sementara mangsa kebakaran di Dewan Bandaran.


Menurut Tn. Hj. Akram selaku Ketua Lujnah Kebajikan, pihak PAS Teluk Intan sendiri telah berusaha mengunpulkan pakaian terpakai dan baru, wang tunai serta apa sahaja barangan keperluan untuk disumbangkan kepada mangsa kebakaran.

Beliau berharap kepada orang ramai yang berminat menyumbang agar menghubungi beliau sendiri melalui nombor 019-5586104 atau ADUN Changkat Jong 019-9135875.

intanhijau.blogspot.com

SATU LAGI BERITA GEMBIRA : TARIF ELEKTRIK AKAN NAIK SETIAP ENAM BULAN...

Posted: 30 May 2011 06:50 PM PDT


Tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma 'Fuel Cost Pass Through' (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

"Kuantum kos bahan api (cent/kW unit) akan disalurkan kepada pengguna berdasarkan harga sebenar bahan api iaitu gas dan arang batu yang digunakan bagi menghasilkan tenaga bagi tempoh enam bulan," kata Chin di Putrajaya semalam.

TARIF ELEKTRIK NAIK : ORANG UMNO JANGAN BIMBANG, ANDA TIDAK KENA

Posted: 30 May 2011 07:52 AM PDT



Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Comments:

There are 0 ulasan for BLOG - BLOG PARTI PAS

Catat Ulasan