Isnin, 16 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


umno bahagian cheras

Posted: 15 May 2011 01:23 PM PDT

umno bahagian cheras


Nik Aziz juga sanggup berbohong kerana bela Anwar - Syed Ali

Posted: 15 May 2011 06:00 AM PDT

KETUA UMNO Bahagian Cheras, DATUK Wira Syed Ali Alhabshee mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis jika benar UMNO melakukan konspirasi dan memfitnah beliau dalam isu video seks.

"Selama ini Anwar menjaja isu tersebut ke seluruh negeri kononnya beliau difitnah, saya cabar beliau buat laporan polis mendakwa pihak yang dikatakan terbabit itu," tegasnya.


Beliau berkata, selain Anwar, PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) juga boleh berbuat demikian jika mereka beranggapan 'bala' yang menimpa keatas diri Anwar itu sengaja dilakukan oleh UMNO.


Katanya, Anwar semakin tertekan dan terpaksa memutarbelitkan cerita video seks itu bagi menagih simpati orang ramai.


Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi sarannya supaya polis mendedahkan segera identiti lelaki yang dikatakan terbabit dalam perlakuan seks dengan pelacur warga China.


Syed Ali turut kesal dengan sikap pemimpin PAS terutama Datuj Nik Aziz Nik Mat yang masih berterusan membela Anwar walaupun sedar Penasihat Umum PKR itu adalah manusia yang suka berbohong.


"Saya hairan kenapa Nik Aziz sanggup mempertahankan pemimpin politik yang bercakap bohong, tetapi menentang mereka yang bercakap benar dan membela nasib rakyat," tegasnya.


Dalam hal ini, Syed Ali menyifatkan pemimpin PAS sengaja memekakkan telinga daripada mendengar suara kebenaran kerana mementingkan kuasa politik.


"Pemimpin PAS selama ini mendendangkan slogan hukum Islam termasuk Hukum Hudud, tetapi apabila rakan mereka terbabit dengan gejala moral yang menjijikkan, mereka tetap mempertahankannya, ujarnya.


Sikap seperti itu kata beliau, jelas menunjukkan perjuangan PAS adalah untuk kepentingan politik peribadi dan bukannya kerana menegakkan perjuangan Islam.


"Ini bermakna PAS juga sanggup berbohong kepada umat Islam kerana bimbang kuasa politik mereka akan terhakis tanpa sokongan Anwar dan DAP," tambahnya.

www.pemuda-enggang.org

Posted: 15 May 2011 11:23 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Sekitar Persidangan Pemuda Ampang 2011

Posted: 15 May 2011 08:36 AM PDT

Gambar selebihnya akan menyusul…

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 15 May 2011 07:50 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Ularmak Pembela Seks Negara..

Posted: 15 May 2011 01:44 AM PDT

Untuk membela Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum Pakatan didalam pendedahan video seks bersama dengan pelacur warganegara China, Nik Aziz telah keluarkan fatwa baru yang "mengharamkan syurga" bagi sesiapa saja yang anggap didalam video tersebut adalah Anwar.

Nik Aziz juga "berfatwa", selagi pihak-pihak berkenaan tak jilat kaki Anwar, selagi itulah mereka tak akan dapat merasa masuk syurga. Tak kiralah sama ada Menteri atau sesiapapun, SAH tak akan masuk syurga hanya kerana percaya Anwar melakukan seks dengan pelacur tersebut.

Hebat sungguh pengaruh Anwar kepada Nik Aziz. Dah terkena nasi kangkang agaknya Mursyidul Am PAS ini sampaikan sanggup mengambil alih tugas Tuhan semata-mata hanya nak pertahankan aksi seks Anwar.

Mungkin sesuai kalau Anwar tabalkan Nik Aziz sebagai Ularmak Pembela Seks Negara didalam barisan kepimpinan Pakatan. Segala salah laku puak-puak Pakatan boleh segera diampunkan oleh Nik Aziz. Seluruh pemimpin Pakatan juga akan jadi maksum jika Nik Aziz diangkat sebagai wali penghapus dosa.

Sebenarnya, kalaupun Nik Aziz amat yakin yang dalam video seks tu bukan Anwar, tak payahlah nak cari dosa dengan mengharamkan syurga kepada rakyat yang percaya Anwar memang kaki perempuan.

Salah ke rakyat percaya video tu sebab Anwar sendiri tak pernah berusaha menafikannya?

Kalaulah benar Anwar tak salah dan difitnah, kenapa susah sangat dia nak bersumpah bagi bersihkan nama dia macam yang Eskay buat? Kalau naik turun mahkamah didalam isu kes liwat Anwar sanggup, takkanlah sumpah 5-10 minit pun dia tak mampu?

Sepatutnya, Nik Aziz nasihatkan Anwar untuk gunakan apa saja cara bagi buktikan dia tak bersalah.., termasuklah cara bersumpah laknat atau sumpah mubahalah. Perlu ke Nik Aziz haramkan syurga kepada semua orang hanya disebabkan percaya kepada video seks tersebut?

Apakah Nik Aziz rasa dia dah cukup hebat sampaikan dia mampu tentukan siapa yang boleh masuk syurga dan siapa yang tidak? Sekarang ni mengikut fahaman Nik Aziz, siapa yang yakin Anwar tak bersalah akan disenaraikan sebagai penghuni syurga. Tapi sesiapa yang tak ikut cakap Nik Aziz, neraka lah tempatnya.

Nik Aziz dah buktikan dia memang hanya sekadar ahli politik haprak yang gunakan agama untuk raih sokongan. Mana ada ulamak sebelum ini berani gunakan hak Tuhan didalam menentukan keimanan seseorang? Inilah bukti yang Nik Aziz bukanlah ulamak.., bahkan dia tak layak dipanggil sebagai ahli agama sekalipun..

Tanpa serban dan jubah, Nik Aziz hanyalah ahli politik gampang yang menagih simpati dengan menjual agamanya sendiri. Orang seperti Nik Aziz inilah yang memalukan Islam dan juga membawa imej buruk kepada umat akhir zaman.

Nik Aziz ada hati nak tentukan kedudukan syurga dan neraka manusia lain yang tak sependapat dengannya.., tapi apakah Nik Aziz sendiri tahu dimanakah dia akan ditempatkan bila mati nanti? Yakinkah Nik Aziz yang dia akan masuk syurga? Takut-takut, Nik Aziz juga akan jadi kuli kepada Iblis didalam neraka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan