Isnin, 16 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 16 May 2011 03:19 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


ANWAR TIBA DI MAHKAMAH JALAN DUTA DENGAN SOKONGAN RAKYAT !

Posted: 15 May 2011 07:19 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 15 May 2011 11:42 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Sivarasa Standing Up Again for Justice

Posted: 15 May 2011 08:12 AM PDT

Suara Sri Andalas

Posted: 15 May 2011 11:12 PM PDT

Suara Sri Andalas


Bekalan Air Selangor Mencukupi Sehingga 2014

Posted: 15 May 2011 09:32 PM PDT

SHAH ALAM 16 MEI:  Kerajaan negeri sekali lagi menegaskan Selangor tidak akan mengalami krisis air sehingga menjelang 2014 seperti mana yang didakwa Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui kenyataannya di akhbar tempatan semalam.

Sebaliknya, Selangor mempunyai bekalan simpanan air yang mencukupi serta tidak akan ada defisit sebagaimana yang dilaporkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin ketika dihubungi TV Selangor berkata, kerajaan negeri sebelum ini sudah mengeluarkan beberapa kenyataan mengenainya dan menegaskan Selangor tidak akan mengalami krisis air untuk jangka masa empat hingga lima tahun akan datang.

"Kerajaan negeri Selangor boleh memberi jaminan pada dia (Menteri KeTTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui) bahawa kita mempunyai data-data dan maklumat yang cukup untuk menyatakan Selangor tidak akan mengalami krisis air, tidak untuk empat tahun yang akan datang mahupun lima tahun yang akan datang, malah pada 2014 kita masih mempunyai jumlah air yang mencukupi," tegasnya.


Katanya, berdasarkan kajian yang dibuat apa yang berlaku kini adalah kemudahan sedia ada seperti loji dan paip tidak dimanfaat sepenuhnya oleh pengguna pada kadar yang sepatutnya.

"Kita sudah keluarkan kenyataan bahawa kekurangan bekalan air di Selangor bukan kerana tidak ada air, sehinggakan kita perlu membeli air dari Pahang dan sebagainya. Kekurangan bekalan air di Selangor berpunca daripada keadaan dimana loji-loji air tidak dimanfaatkan sepenuhnya serta paip-paip tidak diselenggara dengan baik dan ia telah kenal pasti," katanya.

SPAN semalam dilaporkan berkata margin simpanan air di tiga wilayah utama iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan pengurangan ketara dari setahun ke setahun.

Pengurangan di tiga wilayah utama itu juga dijangka akan berkurangan sebanyak enam peratus (263 JLH sehari) pada 2010 kepada 4.98 peratus (221 JLH) pada 2011, 5.25 peratus (244 JLH) pada 2012 dan kepada 0.4 peratus atau 19 JLH pada 2013.

SPAN turut menjangkakan menjelang akhir 2014 margin simpanan air ini akan mengalami defisit sebanyak 217 JLH dan jumlah defisit ini akan meningkat kepada 460 JLH  pada 2015 dan ia berada pada tahap kritikal.

Mengulas lanjut perkara itu, Faekah berkata, berdasarkan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sebelum ini, Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Air Selangor telah membuat pembentangan kertas kerjanya berhubung perkara tersebut dan tindakan daripada pihak bertanggungjawab termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang dibuat.

Jelas Faekah lagi, kebimbangan itu seharusnya tidak timbul kerana Peter Chin sebalinya perlu mengambil tindakan tegas berhubung kerja-kerja penstrukturan semula air bagi negeri Selangor yang ketika ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

Tambah Faekah, ini kerana Kerajaan Negeri Selangor telah menyatakan segala tawaran serta cadangan yang dikehendaki pihaknya dan hanya menunggu lampu hijau daripada Kerajaan Pusat sahaja.

"Sebagai menteri air (Peter Chin) dia sepatutnya melihat perkara ini secara holistik dan bukannya melihat bagaimana nak buat projek di Sungai Langat sahaja" ujarnya lagi.



Sumber: TVSNEWS

Liwat Fitnah II : Anwar Diarah Membela Diri

Posted: 15 May 2011 09:28 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 MEI : Seperti yang dijangka, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zabidin Mohamad Diah memutuskan bahawa pihak pendakwaraya berjaya mengemukakan bukti-bukti "prima facie" dan Ketua Pembangkang itu perlu membela diri.

Zabidin menetapkan 6 hingga 30 Jun ini bagi Anwar membela diri atas pertuduhan liwat fitnah kedua itu.

Zabidin mendakwa keterangan pengadu Saiful Bukhari Azlan boleh diterima sebagai kebenaran dan beliau seorang yang "berwibawa".

Dalam keterangannya Saiful antara lain mengaku beliau sempat makan karipap dan minum kopi setelah "dipaksa" oleh Anwar melakukan jenayah itu. 

Christian Leaders Led to Their Slaughter

Posted: 13 May 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Without mincing his words, a Catholic bishop criticised his fellow Christian leaders for allowing themselves to be used by the government to "please the other side".

Instead of telling Prime Minister Najib Tun Razak the truth, Bishop Paul Tan of the Malacca-Johor diocese said the Christian leaders had become like "sheep being led to their slaughter."

Commenting on the news reports on the meeting between Najib and the Christian leaders, led by the Malaysian Christian Federation (MCF) chairman Bishop Ng Moon Hing yesterday, Tan told FMT that he was extremely disappointed with the outcome.

"I was not at the meeting, so I don't know what transpired and whether the newspapers reported the entire discussion. But if the news reports are true, then I am displeased and disgusted," he said.

The luncheon meeting was held amid the raging controversy surrounding a Utusan Malaysia report which alleged that a Christian coup was in the making, with Christian leaders and DAP colluding to undermine the position of Islam.



'Umno agenda to rake in votes'

Tan, 71, pointed out that since Utusan was owned by Umno, the daily would not have published the report without an endorsement from the party led by Najib.

The bishop also claimed that it was part of an Umno agenda to rake in Muslim votes in the coming general election.

"Utusan's Christian bashing, the big feature on the Pembela demonstration at the Putrajaya mosque about the 10-point plan and now the so-called conspiracy are purely an Umno agenda prior to our general election which is imminent.

"This agenda is to unite the Malays and for Umno to be seen as the bigger and better champion of Islam than PAS whose main claim to fame is that it is an Islamic party," he said.

"Therefore, the Christian bashing, exaggerations and fiction demonising us are for a purpose: to enhance the siege mentality of the Malays and make them cleave to Umno to 'protect' Islam," he added.

According to Tan, the chronology of events had lent credence to the claim that the entire episode smacked of orchestration for the election.

"Utusan publishes what it does, Pembela and Perkasa lodge police reports premised on fiction, but not one police report from our Christian leaders and so the police investigate the fiction published by Utusan. The police can only investigate based on a police report, not on newspaper cuttings.

"Nothing for a while from the home minister and Najib only asks for calm. Then Najib meets first with Muslims groups to calm them and states that Umno will always defend Islam, the Federal Constitution etc. The media were called and featured the meeting," he said.

"Surely by then, our Christian leaders would have known that this issue was clearly manipulated and that the media would be present and regardless of what our leaders said (at the meeting), it would end up on the same trajectory: Islam safeguarded and the Christians agree to this.

"Why did the Christian leaders walk into that clear booby trap? Why didn't they have a clear statement printed out for the press, saying what they wanted the meeting to be and what their own demands were, regardless of Najib's spin," he added.


Double standard

Tan, who is also the president of the Catholic Bishops' Conference of Malaysia, said the government always practised double standard – one set of rules for Malay/Muslims, and another for the rest.

Responding to a question, the hard-hitting Jesuit-trained prelate, who once served in Rome, also dismissed Najib's 1Malaysia concept as nothing more than deceit.

"All that has happened shows that the 1Malaysia concept is a bluff. We played the usual and now the worse – racial and religious bigotry," he said.

Asked if he agreed with Utusan only being slapped with a reprimand letter, when other publications in the past, such as the Sarawak Tribune, were dealt a lethal blow, Tan said the Umno paper should not be spared the rod.

"Action should be taken against Utusan and the two ministers who supported it in the same way they suspended in the beginning our Catholic 'Herald' just for using the word 'Allah' which, in fact, is not the property of Islam.

"I am absolutely surprised that the Christian leaders who were there to see our PM appeared all of a sudden tame and conciliatory and did not demand justice be done, i.e., in the same way, the government dealt with the other non-Malay/Muslim papers. Then again, perhaps, the press did not publish everything (on the meeting)," he added.

Sarawak Tribune was forced to cease operations in 2006, when the government clamped down on the daily for publishing offensive caricatures of Prophet Muhammad.

In a related development, Home Minister Hishammuddin Hussein said there was "some basis" to the Utusan report.

Speaking to the press, he said this was in view of new evidence provided in a police report lodged in Penang today.

Furthermore, he added, Utusan's editor-in-chief Aziz Ishak's explanation to the home ministry was similar to the contents of the police report.


Source: Free Malaysia Today

600 Hadir Ceramah Keluarga di Taman Sentosa

Posted: 08 May 2011 06:00 PM PDT

Taman Sentosa, Klang, 8 Mei 2011 - Lebih 600 hadir untuk mendengar 'Ceramah Keluarga' yang disampaikan oleh penceramah motivasi Dr Kadir Ibrahim.

Ceramah motivasi tersebut telah disampaikan di Dewan Serbaguna Sentosa pada pukul 8.00 hingga 10.00 malam.

YB Dr Xavier Jayakumar turut hadir pada malam tersebut. Ceramah tersebut berjaya menarik perhatian para hadirin dan diharapkan ceramah seperti ini yang memberi manfaat kepada orang ramai dapat diadakan dari masa ke semasa.









Meraikan Hari Ibu di Kuil Mariamman Batu Ampat

Posted: 08 May 2011 05:00 PM PDT

Batu Ampat, 8 Mei 2011 - Kuil Mariamman, Batu ampat yang terletak berhampiran apartment Golden Villa telah menganjurkan Hari Ibu bagi meraikan dan menghargai jasa para ibu.

Majlis tersebut telah diadakan pada pukul 8 malam. Pihak jawatankuasa kuil telah mengaturkan sari dan cenderamata untuk diberikan kepada para ibu dan kanak-kanak yang hadir. Mereka sangat gembira kerana YB Dr Xavier Jayakumar dapat meluangkan masa bersama-sama meraikan Hari Ibu.

Lebih kurang 400 orang dari kawasan sekitar hadir majlis yang penuh warna-warni tersebut.










Merasmikan Karnival Boom Boom

Posted: 08 May 2011 03:00 AM PDT

Taman Sri Andalas, Klang, 8 Mei 2011 - YB Dr Xavier Jayakumar telah meluangkan masa untuk merasmikan Karnival Boom Boom yang dianjurkan oleh Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang (HYO) pada hari ini.

Karnival yang diadakan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang di Dewan Sukan Klang tersebut turut dihadiri oleh YB Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, YB Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang dan Encik PS Rajoo, Ahli Majlis Perbandaran Klang.

Pelbagai program dan aktiviti diadakan di karnival tersebut, antaranya latihan kepimpinan, persembahan oleh kanak-kanak dan permainan serta jualan makanan di gerai-gerai yang dibuka.

Kupon-kupon turut dijual kepada orang ramai bagi meraih dana untuk Pertubuhan Belia Hindu Pelabuhan Klang (HYO). Orang ramai terus berpusu-pusu menghadiri karnival tersebut sejak awal pagi.


YB Dr Xavier Jayakumar yang juga penaung, turut menyertai beberapa aktiviti dan sempat beramah mesra dengan orang ramai yang hadir.














Merasmikan Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Blueprint di Sungai Terap

Posted: 07 May 2011 02:00 AM PDT

Sungai Terap, Tanjung Karang, 7 Mei 2011 - Majlis Penyampaian Surat Tawaran Program Bantuan 'Blueprint' Pembasmian Kemiskinan Kerajaan Negeri Selangor telah dirasmikan oleh YB Dr Xavier Jayakumar selaku Pengerusi Tetap Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor.

Majlis telah diadakan dari pukul 10 pagi hingga 1 tengahari di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Terap, Tanjug Karang.

Sebanyak 47 kunci telah diberikan kepada keluarga-keluarga penerima yang terdiri daripada pelbagai bangsa dibawah program Blueprint.

Kebanyakan keluarga yang menerima bantuan terdiri daripada tukang jahit yang bekerja dari rumah, pekerja-pekerja gerai makanan serta mereka yang berpendapatan rendah dari sekitar Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Batang Berjuntai (Bestari Jaya).


Dr Xavier juga mengambil kesempatan untuk melawat keluarga-keluarga miskin pada hari ini di Kuala Selangor dan Pejabat Daerah Kuala Selangor telah menguruskan hamper untuk diberikan kepada mereka bagi meringankan sedikit beban kewangan.   
















The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 15 May 2011 11:12 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


222 DIBAGI DUA ADALAH 111, JIKA TOLAK 15 TINGGAL 95, DAN 83 CAMPUR 15 JADI 98, MAKA AKAN UJUD PEMERINTAHAN SIMPLE MAJORITY

Posted: 15 May 2011 08:56 AM PDT

Dato Seri Najib Tun Razak memang berada didalam keadaan yang sangat tertekan untuk mengadakan PRU-13 didalam tempoh yang terdekat ini. Pilihanraya Negeri Sarawak tidak memberikan apa-apa kelegaan kepadanya dan Barisan Nasional.

Anjakan peralihan di Negeri Sarawak adalah diantara 5% hingga 20% memihak kepada Pembangkang, dan kenapa Pembangkang tidak berjaya mengambil alih pemerintahan di Sarawak kerana disana anjakan yang diperlukan adalah 30% dan lebih.

Jika diandaikan anjakan yang sama berlaku di Semenanjung, maka satu perubahan yang paling besar akan berlaku dan paling tidak Pembangkang boleh menambah sekurang-kurangnya 20 lagi kerusi Parlimen.

Di Sarawak sahaja Pembangkang sudah pasti dapat menambah tidak kurang dari 8 kerusi Parlimen, dan berapa pula penambahan di Sabah?

Memikirkan kemungkinan seperti ini menyebabkan Najib sangat berdilema untuk mengadakan PRU-13. Justeru itu dirancang pelbagai fitnah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, lepas fitnah 1 dibuat pula fitnah 2, dan apabila fitnah 2 itu sudah jelas tidak ada asasnya, maka dicipta pula fitnah 3.

Tetapi ini semua menjadi boomerang, semua berbalik kepada UMNO dan BN, semua fitnah tidak diyakini oleh rakyat termasuk oleh ahli-ahli UMNO, bahkan ahli=ahli UMNO yang kuat imannnya, mula mahu menjauhkan diri dari pimpinan UMNO kerana pimpinan UMNO sudah hilang pegangan moral dan jauh sekali pegangan agama.

Seluruh Ulamak besar di dunia, satu persatu mempertahankan Anwar untuk menghadapi fitnah sex yang jahat ini, dan pandangan umat Islam terhadap pimpinan BN adalah "jijik" pimpinan yang jijik, tidak bermoral dan tidak boleh dipertahankan untuk memerintah Negara.

Isu demi isu sensitif telah dibawakan oleh UMNO termasuk isu kononnya wujud kumpulan Kristian mahukan agama itu menjadi agama rasmi. Yang mempercayai isu yang digembar-gemburkan oleh Akhbar UMNO itu hanyalah pimpinan UMNO serta badan perkauman sempit PERKASA.

Isu ini membawa penentangan daripada mereka yang beragama Kristian terhadap BN dan sudah tentu mereka yang beragama Kristian tidak akan memilih Barisan Nasional didalam Pilihanraya yang akan datang.

Siapakah orang-orang Kristian di Malaysia? Di Semenanjung, mereka itu terdiri daripada sebahagian orang China dan India, tetapi di Sabah dan Sarawak terdiri daripada kaum Bumiputra yang mendiami pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak, dan selama ini golongan Bumiputra itulah yang menyokong BN.

Isu penggunaan sebutan ALLAH, Al-Kitab dan kini "Kristian menjadi agama ramsi" kesemuanya menjadi boomerang yang akan makan tuan.

Penulis amat yakin bahawa jika Pilihanraya Umum ke-13 diadakan didalam tahun ini, BN akan kalah dengan simple majority dan Kerajaan baru PR akan ditabalkan di Putrajaya. Tidakkah itu merisaukan Najib dan Barisan Nasional?

Nostalgia Felda 1980-an - Ada Pengurus Felda yang bacul!

Posted: 15 May 2011 01:07 AM PDT

Bukan semua Pengurus Felda itu berani. Mereka pernah mendengar kisah-kisah ditahun-tahun 1980-an bila mana ada diantara Pengurus-Pengurus Felda ini ditahan didalam rumah oleh Peneroka-Peneroka, dan peristiwa yang paling tertonjol adalah yang berlaku kepada Pengurus di Felda Kg Awah.

Pengurus disitu merasakan bahawa dia adalah paling berkuasa di dalam Rancangan Felda Kg Awah itu, bersikap sombong seolah-olah dia adalah pemilik kepada semua ladang di rancangan itu, dan memandang sepi dengan apa juga komplen dan teguran daripada peneroka-peneroka.

Cakap-cakap dari Pengurus yang sentiasa berkata apabila berhadapan dengan teguran daripada peneroka-peneroka bahawa "Jika tak suka jadi Peneroka, boleh bawa kain baju dan balik kampong, ramai lagi yang mahu menjadi Peneroka."

Cakap-cakap seperti ini bukan saja cakap orang sombong tapi cakap seperti ini menyayat hati peneroka-peneroka.

Apa yang ditegur oleh peneroka adalah perkara yang sangat basik. Pendapatan peneroka pada waktu itu tak melebihi RM10.00 apabila ditolak keperluan peneroka dari pendapatan mereka pada hari balance.

Tentulah pendapatan sekecil itu menjadikan peneroka sebagai golongan paling miskin. Maka mereka mulailah menjualkan baja, dan terkadang kala pula mengambil beras, susu dan sebagainya dari kedai PNF dan selepas itu menjualkan keluar dengan harga yang rendah untuk mendapatkan duit tunai.

Mereka yang ditangkap berbuat begini diberikan amaran keras untuk dipecat dari Rancangan. Dan ada juga yang ditangkap kerana menjualkan getah sekerap keluar, dan golongan itu memang disingkirkan dari rancangan.

Tidak tahan dengan telatah pengurus, maka berpakatlah peneroka-peneroka di Kg Awah itu, mereka tangkap pengurus dan letak pengurus dibawah kancah sehinggalah pengurus itu diselamatkan oleh pihak polis setelah menerima laporan.

Kejadian sebegini bukanlah kejadian yang terasing, banyak kejadian lain berlaku di rancangan-rancangan lain.

Pada suatu hari peneroka-peneroka Felda Kg Awah sudah tidak tahan lagi dengan kerenah pengurus yang langsung tidak menunjukkan simpati diatas pendapatan peneroka yang kecil.

Mereka mengadakan piket. Beratus-ratus peneroka berpiket. Ada juga peneroka yang terlampau membodek pengurus dan UMNO yang tidak berpiket, tetapi ingin ambil tahu dan datang menghampiri picket line.

Semasa serbuan polis, peneroka-peneroka yang berpiket lari lintang pukang, tetapi dikalangan mereka yang tidak berpiket merasakan mereka tidak bersalah, maka tertangkaplah seorang darinya.

Dengan serta merta peneroka ini diambil tindakan pecat dari rancangan. Beliau adalah orang Melaka. Tidak boleh lagi tinggal di rumah peneroka di Felda Kg Awah.

Kesian dengan nasib peneroka ini dan keluarganya, saya ambil dia dan letakkan disebuah bilek dipejabat saya di Temerloh. Dengan sedikit wang yang saya bekalkan maka keluarga peneroka ini menggunakan ruang kemudahan dipejabat saya untuk memasak dan membasuh baju dan untuk tidur.

Saya telah menulis surat kepada KDYMM Sultan Pahang memohon bantuan Sultan supaya peneroka ini dapat dikembalikan semula menjadi Peneroka.

Diatas titah, saya membawa peneroka ini ke Pekan untuk bertemu Sultan, tetapi sampai di Pekan Sultan menyatakan bahawa beliau tidak dapat menemui peneroka ini pada hari itu dan Sultan membekalkan RM700.00 untuk perbelanjaan peneroka ini.

Sultan telah menetapkan tarikh lain untuk pertemuan di Istana Temerloh. Pada hari berkenaan itu saya bawa peneroka ini menemui Sultan di Istana Temerloh.

Sultan telah ditemani oleh Pegawai-Pegawai Tinggi Felda, Dato Khalil Yaakob dan MP Hishamuddin Yahya (MP Maran).

Sultan nampak cukup simpati dengan peneroka ini dan beliau bertanya samada peneroka ini masih mahu menjadi peneroka Felda. Tidak ada jawapan daripada peneroka ini, senyap seperti batu jatuh ke sungai.

Saya cuba jawabkan bagi pihak peneroka itu dan sultan menegur saya: "Suhaimi, kawan tanya peneroka ni, bukan tanya Suhaimi, biar dia yang jawab."

Tetapi tidak ada jawapan dari peneroka ini. Beliau tunduk dan tidak berkata apa-apa. Sultan membawakan pelbagai cerita supaya peneroka inii berasa selesa, sehingga sultan berkata bahawa peneroka itu tidak perlu berbahasa "patik" dan "Tuanku" memadai dengan bahawa "saya" dan "awak". Tetapi setelah ditanya berkali-kali, tetap juga peneroka ini tidak menjawab.

Akhirnya Sultan ketawa kecil dan menyatakan bahawa Peneroka ini bisu dan tidak tahu apa yang dia mahu.

Sultan pinta Dato Khalil mengeluarkan RM700.00 untuk beri kepada peneroka itu, dan selepas itu Sultan itu berkata: "Tak salah kawan lagi ya, kawan dah tanya habis-habisan samada nak menjadi peneroka semula tetapi kamu tak mahu jawab. Baliklah ke Melaka kerana kamu tak mahu lagi menjadi peneroka."

Diluar Istana, saya tanya peneroka itu kenapa dia membisu dan tak menjawab soalan dari Sultan. Dia kata "Entah, kelu tak berani nak cakap apa pun."

Keesukan harinya kembalilah peneroka itu ke Melaka.

Persoalannya disini ada pengurus Felda yang bacul dan apabila mahukan sesuatu dilakukan keatas seseorang peneroka dia menggunakan JKKKR dan memaksa ahli-ahli blok supaya menahan ceramah PAS seperti yang berlaku di Felda Sebertak, Bera dan Keratong 4 di Muadzam.


Anwar Ibrahim

Posted: 15 May 2011 07:19 PM PDT

Anwar Ibrahim


If Process is Paramount, Anwar Ought To Go Free

Posted: 15 May 2011 10:26 AM PDT

From Malaysiakini

By Terence Netto

The modern media melodrama typically involves the courtroom: from Jacob Zuma’s indictment for rape, to Julian Assange’s sex-crime troubles, to Anwar Ibrahim’s sodomy arraignments, the dramatic beginning of a trial simultaneously heightens and hides issues in the backdrop.

The issue of the morality of the arraigned is raised against a background where there is not much that can be said about that aspect of the lives of people who stand to gain if their target is found wanting on that score.

And hidden by the high-octane drama is the question of the fragility of standards of civilised conduct in times when powers-that-be are in a state of panic over a threat to their position.

More than in the first edition a decade and more ago, Anwar’s second encounter with sodomy charges frames those issues in sharper relief.

A decision tomorrow by High Court judge Mohd Zabidin Mohd Diah in Sodomy II not to ask Anwar to enter his defence would have twice the restorative effect on judicial independence and impartiality that the appellate courts had in overturning the infamous Ayer Molek decision a couple of years ago.

In the latter case, a High Court howler in the mid-1990s was rectified on appeal more than a decade later.

The eventual outcome in the Ayer Molek case, as in Sodomy I when Anwar was freed in 2004 on appeal after spending some years in jail, gives hope that though the deliberative wheels of justice may grind painfully slowly, the possibility of ultimate vindication cannot be written off.

Presence of other DNA ignored

In Sodomy II, the denial to the defence of access to medical and other reports was a deprivation of the defendant’s right of due process.

Strenuous clamour by the defence at successive stages of this deprivation was met by the prosecution’s argument, upheld by the judge that deprivation would not be fatal to the case against the defendant.

This led to the ludicrous stage when doctors who had examined the accuser could not refer to notes – while under cross-examination by defence lawyers – that they had made during examination because that would have meant that access to the notes would have to be granted to the defence.

As if that peculiarity was not enough, the DNA specialist who testified in the trial was unconcerned with the presence of other DNA in the anal area of the accused; she was only concerned with one person’s DNA – that of ‘Male Y’, which the specialist confirmed matched that of the accused.

The list of peculiarities that this case sported endangers the modern conception of law which is that justice is whatever result just procedures have led to.

From that standpoint, justice in Sodomy II would better be served if the accused is not asked to enter his defence.

TERENCE NETTO has been a journalist for close on four decades. He likes the occupation because it puts him in contact with the eminent without being under the necessity to admire them. It is the ideal occupation for a temperament that finds power fascinating and its exercise abhorrent.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 15 May 2011 11:47 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis Seremban dan IPK sila siasat aduan ini, rakyat melihat

Posted: 15 May 2011 03:51 AM PDT



Diharapkan polis Seremban dan IPK dapat menyiasat satu aduan yang tersiar dalam laman web Aduan Rakyat mengenai seorang pemandu teksi haram yang didakwa berlagak samseng, membawa para pelacur di Seremban, tapi tiada tindakan dari pihak polis juga JPJ. Jika tidak benar sila nafikan, jika benar sila ambil tindakan sepatutnya.

Kereta sapu haram di Taman Seri Pajam, Seremban
May 15th, 2011 Author: admin
ADUAN RAKYAT ONLINE

Saya sebagai pemandu teksi di kawasan seremban ingin membuat aduan kerana terdapat sebuah kenderaan kereta jenis honda accord warna hitam bernombor pendaftaran JCHxxxx yg dipandu seorg lelaki berbangsa xxxx dengan nama panggilannya APEK telah mengambil penumpang secara haram di kawasan tapak pembinaan Bandar Sri Pajam kawasan Warisan Puteri, Seremban dan telah bertindak secara samseng dgn bergaduh serta mengugut pemandu2 teksi yg mengambil penumpang di situ dan telah memberi amaran supaya tidak mengambil penumpang di kawasan situ sedangkan lelaki cina tersebut bukanlah pemandu teksi dan tidak mempunyai permit utk mengambil penumpang.

Lelaki cina itu juga telah membawa pelacur2 kerana terdapat pekerja asing dikawasan ini. Saya telah membuat aduan pada pihak polis di Ipd seremban dan jpj seremban tetapi tiada tindakan yg diambil.saya memohon supaya kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin kerana para pemandu teksi dikawasan ini banyak mencari rezeki dikawasan tersebut.sekian aduan saya.

By: Rahim

Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/kereta-sapu-haram-di-taman-seri-pajam-seremban

Bukti Nyata Umno memang peka nasib Melayu Felda

Posted: 15 May 2011 03:49 AM PDT



Ini bukti jelas, terang lagi bersuluh dan nyata bahawa sesungguhnya pemimpin Umno amat-amat prihatin akan nasib orang Melayu Felda. Tambahan pula dengan adanya Pengerusi Felda yang baru iaitu Tan Sri Isa Samad. Dan Felda Kepis ni terletak di Negeri Sembilan.

Macam makcik di Felda di N.Sembilan ini , sedikit pun tak percaya yang Felda bankrap kerana makcik sekeluarga ini sentiasa mendapat perhatian pemimpin Umno di http://amkns.blogspot.com/2010/07/felda-tak-bankrap-tak-caya-tanya-makcik.html

Ramai sangat ke orang Felda ni sakit mental seperti laporan berikut http://greenboc.blogspot.com/2011/02/tragedi-felda-kepis-pesakit-mental.html

Tiada lampu dan jalan rosak teruk di Felda Kepis
May 15th, 2011 Author: admin
ADUAN RAKYAT ONLINE

Mohon jasa baik dari pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab yang mampu membantu rakyat atau orang-orang kampung sentiasa mengukirkan senyuman dan bukannya tangisan.

Saya merupakan sahabat baik kepada anak seorang peneroka di FELDA KEPIS, semasa saya melawat ibunya yang menghidapi sakit kronik (stroke), perjalanan masuk ke rumah beliau mengambil masa lebih kurang 15 minit, tetapi malangnya, keadaan kampung dan suasana keadaan kampungnya seperti tidak berpenghuni.

Tiada kemudahan lampu jalan yang telah lama dimohon, tetapi tidak dapat di kotakan buat penduduk. Mengecewakan lagi, keadaan jalan yang merbahaya, jalan yang tidak diturap dengan baik, telah menyebabkan beberapa iseden berlaku termasukan lah kematian. tiada usaha yang nampak memajukan penduduk di situ.

Untuk makluman pihak yang berkenaan, keadaan kawasan di situ sedang melakukan penebangan pokok dan pemandu lori yang memandu amatlah merbahayakan, walaupun demikian, tetapi pihak yang berkenaan, tidak boleh mengambil mudah dan lepas tangan dengan keadaan jalan yang teruk dan merbahaya.

Pohon kerjasama pihak yang sepatutnya menjalankan tugas. haruslah menjalankan tugas dengan sewajarnya…

Mohon ambil tindakan sewajarnya. kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. penantian pihak tuan amatlah saya hargai…..

By: hamisah
Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/tiada-lampu-dan-jalan-rosak-teruk-di-felda-kepis

Hidup Melayu, Hidup Judi, Menang Sorak, Kampung Tergadai

Posted: 14 May 2011 05:05 PM PDT

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN IMEJ



Pening, pening, pening. Pening anak muda kita tengok akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Macam nilah, nak tahu kenapa anak muda sekarang terutama anak muda Melayu pening dan bengong kepala tengok (belum baca lagi) akhbar Utusan dan Mingguan ini, kita tengok gambar. Sekeping gambar memberi lebih 1000 perkataan dan makna.

Tengoklah sendiri gambar di atas.

Nak perjuang Melayu tapi dalam masa yang sama judi tak boleh lekang, bagai isu dan kuku.

Hai, inilah Melayu, Menang Sorak, Akidah Tergadai.

Buat malu pada orang Kristian saja. Lu marah orang Kristian, tapi lu judi pun lu tak boleh kasi settle.

Budak KAP dan KAFA Tahun 1 pun bertambah pening, ustaz dan ustazah kata judi haram, tapi boleh pula galakkan orang Islam berjudi.

PENIN, PENIN, PENIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan