PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 05 May 2011 03:29 PM PDT PRU 13 : MASA UNTUK UMNO DAN DAP ? Posted: 05 May 2011 06:04 AM PDT Meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak masih membisu mengenai tarikh pembubaran Dewan Rakyat, sumber BN mendakwa komponen parti-partinya telah sibuk mengatur strategi bagi menghdapi pilihan raya umum akan datang.
Pakatan Rakyat, juga mendakwa mereka telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum jika ia diadakan tahun ini.
Bagi penganalisis politik Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, tidak banyak kelebihan ataupun manfaat kepada BN jika Najib membubarkan parlimen tahun ini.
"Situasi kali ini hampir menyerupai apa yang berlaku pada tahun 2008, isu utama adalah mengenai 'periuk nasi' rakyat dan mungkin juga hubungan antara kaum.
"Perbezaan sekarang cumanya ada persepsi bahawa pengundi Melayu dan India telah kembali kepada BN. Selain itu, tidak banyak kelebihan kepada BN," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Umno semakin kukuh
Meskipun MIC dilihat mempunyai kelebihan berikutan pengunduran bekas presiden paling lama parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu, Tunku Mohar percaya satu-satu parti yang bertambah kukuh adalah hanya Umno.
Oleh demikian, Umno akan menang besar pada pilihan raya umum kali ini tetapi rakan-rakan komponennya, khususnya MCA dan Gerakan terus lesu dan tidak mampu bangkit semula setelah ditumbangkan pada pilihan raya 2008.
"Tetapi kekuatan Umno akan dapat membantu MCA dan Gerakan di kerusi yang mempunyai pengundi Melayu yang besar," katanya.
Pengulas politik dan ketua eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor Tang Ah Chai berkongsi pendapat dengan Tunku Mohar.
Katanya, Umno sejak akhir-akhir ini secara konsisten berjaya menjadi ofensif berbanding Pakatan.
"Mereka menggunakan NGO atau juga kerajaan - dari 1Malaysia kepada ketuanan Melayu kepada 1Melayu 1Bumi, dan juga kontroversi yang menyelubungi Persatuan Penjaja Komtar Pulau Pinang serta dakwaan-dakwan yang lemparkan ke atas (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim - bagi menguji sokongan daripada kumpulan berbeza," katanya.Sentimen ultra Melayu
Tunku Mohar berkata bagi pengundi Cina yang sebahagaian besar mereka menolak BN pada 2008 dan juga pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, sentimen ultra Melayu yang dimainkan Umno bagi memikat undi Melayu amat tidak disukai.
"Ini tidak bagus untuk BN ataupun untuk politik Malaysia kerana ia akan menyebabkan politik itu menjadi isu perkauman. Malah, ia juga bermakna MCA tidak lagi dapat mempertahankan alasan kedudukannya sebagai rakan kongsi kanan dalam BN," katanya.
Lemparan bertubi-tubi dakwaan ke atas Anwar juga boleh menyaksikan undi bertambah mahu berkurangan kepada Umno, kata ketua jabatan sains politik UIAM itu.
"(Dakwaan berkenaan) belum lagi memberi kelebihan kepada BN dan mungkin ada juga pukulannya, terutama (kontroversi) video seks kerana sehingga sekarang, masih tidak ada bukti kukuh. Jika terbukti Anwar adalah pelakunya, maka kami jangkakan undi Melayu akan berpihak kepada BN," katanya.
Di bahagian Pakatan Rakyat, Tang berkata parti yang akan bertambah kuat jika pilihan raya umum mengejut diadakan adalah DAP yang telah menyaksikan prestasi cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. |
| TERKINI : CALON PRESIDEN PAS ? Posted: 05 May 2011 05:54 AM PDT Terkiniiii..!!! Mahfuz dicalonkan bertanding "Pemeriksa Kira-Kira PAS"..?!!!
Tolonglahhh..!!! Tolongggglaahhhhh...!!! Tolonglah calonkan si Mahfuz ni jadi Presiden PAS ke...Timbalan Presiden keeee...!!! Tolong laaa..dah teruk sangat dah merayu nih... Dah kesian pulak saya tengok gelagat Mahfuz di SINI, yang teringin sangat sampai seolah-olah merajuk! Dia kata, "mungkin hanya tercalon sebagai pemeriksa kira-kira"???!!! Kasihan. Tapi, apa nak buat? Mungkin itulah yang terbaik untuk Mahfuz kot di mata perwakilan PAS! Dah putih beruban tapi sampai sekarang pun belum merasa "naik pangkat" ke level Timbalan Presiden, apatah lagi Presiden PAS! Sebenarnya, jawatan "pemeriksa kira-kira" pun Mahfuz tak layak! Nak layak macamana jika SRP pun dia dikhabarkan tak lulus..!!! Rosak la buku kira-kira PAS nanti. Duit ada RM2 juta, tapi dia kira punya kira, tinggal RM2 "hengget" sajaaa..! Balance lagi RM1,999,998 dia kasi anak dia beli dadah..? Amacam? Layak ke dia? Jadi, tolonglah para perwakilan PAS. Kasi la pencalonan yang selayaknya untuk Mahfuz. Bukan apa...takut nanti lebih teruk "meroyan"nya..!!! |
| KENAPA DAP TAK CALON KAN ORANG MELAYU ? Posted: 05 May 2011 05:51 AM PDT SEJARAH perjuangan parti ini bermula apabila Singapura menyertai Malaysia pada 1963 dengan Lee Kuan Yew memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di negara itu yang berideologi sosialis. Semasa Malaya mencapai kemerdekaan tidak ada parti perkauman seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang ada parti sosialis yang ditolak sebahagian besar rakyat. Apabila Singapura keluar dari Malaysia pada 1965, DAP menggantikan PAP di negara ini dan sejak itu DAP bertanding dalam setiap pilihan raya umum (PRU) dengan fahaman yang menolak sistem politik berasaskan pelbagai kaum. DAP dilihat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kaum Cina, walaupun dianggap sebagai partai sosialis. Prestasi DAP mula meningkat pada PRU 1969, dengan memperoleh 13 kerusi Parlimen. Prestasi paling tinggi adalah dalam PRU 1986 (24 kerusi Parlimen) dan kemuncaknya dalam PRU 2008 (28 kerusi). Dalam PRU selainnya, adalah sekitar 10 atau 11 kerusi sahaja yang diperoleh parti itu dan DAP menjadikan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) MCA dan Gerakan sebagai menguji kekuatan pengaruhnya. DAP yang merupakan parti pembangkang kaum Cina terbesar bergerak mara hingga membentuk kerjasama longgar dengan Pas pada 1999 dan kemuncaknya pada PRU 2008 dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang turut serta mewujudkan pakatan pembangkang tunggal yang mencabar Barisan Nasional (BN). Walaupun DAP di dalam pakatan pembangkang, ideologi mereka masih tidak sama dengan ideologi Pas. Sementara itu, MCA atau Gerakan dilihat bersifat sederhana. Secara umumnya, MCA mengakui semua bentuk institusi politik negara yang berasaskan Perlembagaan, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan agama Islam agama rasmi serta mengakui hak istimewa orang Melayu, walaupun di dalam hati mereka tidak bersetuju, tetapi mereka tidak menunjukkan dalam tindakan dan prinsip parti mereka. Berbeza dengan DAP, ia terang-terangan menolak yang boleh dikatakan semua yang berasaskan kemelayuan dan keislaman di negara ini. Tentunya slogan Malaysian Malaysia itu masih menjadi ideologi DAP yang didorongi oleh sistem politik Singapura yang berbentuk republik. Keinginan DAP mewujudkan semacam 'ala republik' di Malaysia tentunya menolak sama sekali akan realiti masyarakat dan sejarah negara ini yang berpaksikan kemajmukan! Pendek kata MCA dan Gerakan lebih praktikal dan tahu akan sejarah pembentukan negara ini dan menyedari bahawa tanpa kerjasama dengan UMNO yang ketika merdeka dahulu mewakili sebahagian besar orang Melayu, keadaan nasib kaum Cina dan India tidak terjamin. Disemarakkan lagi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PKR dan pakatan pembangkang, maka DAP berserta dengan Pas berjaya mempengaruhi sebahagian daripada pengundi Cina untuk menyokong perjuangan PKR yang dikatakan mirip ideologi DAP. Sementara Pas dilihat dengan sebelah mata atas dasar ingin mengambil kesempatan daripada pengaruh parti itu dan mengaut keuntungan politik, tetapi Pas kurang sedar akan taktik DAP itu! Kemenangan cemerlang pakatan pembangkang dalam PRU-12 menyemarakkan lagi semangat DAP untuk menjadi jaguh kaum Cina dan semakin berlagak menjadi jaguh pakatan pembangkang. Apalagi dengan Anwar berdepan dengan masalah peribadinya manakala MCA atau Gerakan semakin ketinggalan kereta api. Pakatan pembangkang yang meniupkan anti UMNO dan BN serta bercita-cita hendak menukar sistem politik Malaysia kepada republik dan menentang sebahagian daripada Perlembagaan negara jelas berjaya mempengaruhi sebahagian pengundi Cina dan Melayu yang tidak begitu faham sejarah dan selok-belok politik negara ini. (Besar kemungkinan faktor sejarah kenegaraan kurang dititikberatkan di kalangan generasi muda!) Dipendekkan cerita, DAP berjaya mewujudkan suatu persepsi politik bahawa kebangkitan kaum Bumiputera/Melayu dalam pembangunan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh mengancam survival orang Cina, yang mana pada realitinya tidak begitu. Sebagai pribumi, mereka pun ingin maju seperti bukan Melayu dan ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam pembahagian ekonomi negara dengan kaum Cina. Salahkah? Ini tidak dimengertikan oleh DAP. Parti itu menganggap rendah kebolehan orang Melayu, kerana dimomokkan oleh pemimpin seperti Lee Kuan Yew. Sedangkan orang Melayu dan rakyat seluruhnya sudah pun terbuka minda mereka dan menginginkan kemajuan, dan tidak selamanya orang Melayu itu bodoh, malas dan tidak kebolehan. Mereka dikaburkan dengan persepsi bahawa orang Cina didiskriminasi dalam semua bidang, pada hal hakikatnya yang lebih banyak menikmati ekonomi negara adalah bukan Melayu tetapi ini tidak pernah disebut, yang dibangkitkan ialah orang Melayu yang menguasai politik dan pentadbiran akan menindas kaum lain! DAP juga menerima nasihat-nasihat daripada ahli akademik mereka yang kebanyakannya anti establishment. Semua yang Melayu (terutama pemerintah) buat, ada sahaja yang tidak kena kepada golongan ini! Politik perkauman anti establishment ini jelas dihamburkan dengan membangkitkan sentimen anti Perlembagaan Malaysia, menganggap Perlembagaan ini akan memusnahkan masa depan mereka. Pada hal dengan Perlembagaan, selama ini rakyat dapat menikmati erti kehidupan yang lebih baik dari negara tempat asal mereka. Ini semua dianggap sebagai hujah lapuk dan ketinggalan. Sehingga seorang ahli akademik dari luar negara yang membuat kajian mengenai: Problems Among Minority Groups in Malaysia" mendapati di Malaysia golongan minoriti tidak ada masalah! Sedangkan di negara-negara lain di dunia, semua minoriti ada masalah! Hebatnya Malaysia dipandang dari luar, tetapi dipandang oleh segolongan rakyatnya sendiri sebagai "hampas". Ideologi DAP tidak mengakui hakikat masyarakat berbilang kaum dan tidak mengakui politik berasaskan kerjasama antara kaum. DAP masih mengharapkan kerjasama daripada Pas dan PKR tetapi kedua-dua parti itu juga tidak dapat dibuktikan boleh memberi jaminan kepada semua kaum di negara ini. Peningkatan pengaruh DAP tentunya disebabkan kelemahan MCA dan Gerakan sendiri. Kedua-dua parti itu gagal meyakinkan orang Cina bahawa mereka akan terus terjamin dalam BN. Sementara itu, UMNO pula mengalami krisis demi krisis, jadi nampak seperti mereka sudah lemah semangat dan akan keluar dari BN jika kalah dalam PRU akan datang. Soalnya sampai bila majoriti pengundi Cina hendak berteduh di bawah DAP? Jika MCA kecundang dalam PRU-13, tidak mustahil wakil Cina tidak ada di dalam kerajaan. Sejarah 13 Mei 1969 membuktikan jika pola seperti sekarang ini berlaku, konflik kaum akan berlaku. Ini tidak sihat bagi negara berbilang kaum seperti Malaysia. Untuk itu saya berpendapat, mahu tidak mahu, masyarakat Cina akan kembali kepada status quo di mana akan berlaku semula keseimbangan politik. Pada hemat saya, ini merupakan satu ujian besar bagi parti-parti politik di negara ini yang mana parti yang terlalu kuat sifat perkauman tidak akan ke mana. Ini berdasarkan kepada teori politik di Malaysia, bahawa politik pelbagai kaum adalah paling sesuai, dan yang berasaskan perkauman sempit tidak dapat diterima untuk jangka panjang. Selain itu kerjasama antara parti politik pembangkang terlalu bersifat politik dan penuh muslihat juga dilihat tidak kekal lama. Pas semakin hipokrit. PKR, dianggap retorik dan huru-hara kini. Sebab itu kerjasama antara parti politik dalam BN kelihatan lebih ikhlas walaupun dipandang oleh pembangkang sebagai parti yang usang. Tetapi itulah realiti politik Malaysia, yang majmuk sifatnya, yang perlu bertoleransi, tidak semudah itu bermain politik perkauman! Politik geram dan sentimen kaum tak ke mana. Percayalah.-3/5/2011-UTUSAN Penulis adalah Pengarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia |
| UUM AKAN DI " PAS " KAN ? Posted: 05 May 2011 05:38 AM PDT Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa membayar cukai tanah pada kadar RM0.20 sekaki persegi. Seperti yang dikatakan oleh Pencacai Pakatan Rakyat, harga RM0.20 bukannya mahai pun. UUM boleh bayar harga tersebut.... sebabnya harganya jauh lebih rendah berbanding Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang. Itu belum lagi dibandingkan dengan Universiti Malaya mahupun National University of Singapore. Malah kadar RM0.20 sekaki persegi jauh lebih rendah berbanding UCLA di Amerika Syarikat, mahupun University of Cambridge di England!!!
Rebat yang diberikan kepada UUM, akan menyebabkan Kerajaan Negeri Kedah mengalami kerugian pendapatan. Mana boleh macam tu. Kerajaan Negeri perlu memaksimakan keuntungan. Kalau tidak nanti, Kerajaan Negeri juga yang akan dipanah dan dituduh sebagai tidak cekap.
Peduli apa tentang pendidikan. Pendidikan bukanlah sesuatu yang penting. Lainlah kalau UUM itu adalah PASTI, masa tu barulah penting dan perlukan rebat sebab itu adalah untuk kepentingan parti. Kalau setakat buat universiti dan kemudian bagi budak-budak mengaji untuk meningkatkan mutu pendidikan serta tahap ilmu pengetahuan, apa sangatlah pentingnya!!
Justeru, memang betullah tindakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah untuk menghapuskan rebat. Lagipun, hasil tanah itu bukan untuk Kerajaan Negeri semata-mata, sebaliknya untuk Kerajaan Pusat juga!!!
Kalau UUM masih nak terus hidup di Kedah, bayar sajalah cukai tanah RM1.8 juta itu. Kalau tidak, UUM boleh pindah ke negeri lain. Atau UUM boleh ditukarkan menjadi kawasan funfair untuk mengumpulkan pelbagai jenis badut yang ada di dalam Pakatan Rakyat.
RM0.20 saja sekaki persegi. Bukannya mahai pon!!!
Mana-mana kerajaan yang teringin nak buat universiti, lain kali sewa saja rumah kedai. Pastikan setiap rumah ada tiga atau empat bilik. Jadi, tak perlulah bayar cukai tanah banyak sangat!!!
Atau kalau payah-payah sangat, lupuskan sahaja semua universiti sebab cukai tanah tidak memilih antara universiti mahupun PASTI dan sekolah yang gurunya bunuh budak kecil berusia 7 tahun dengan cara mencampakkan budak itu ke dinding dan menghentak kepalanya sampai budak itu mati!!!
Tapi anehnya, pada masa yang sama, peneroka-peneroka FELDA telah pun menerima geran tanah mereka di Kedah dan dianggap akan memberi peluang yang baik untuk PAS mendapatkan undi kaum peneroka!!!
Wah bukan main tegas lagi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bila bercakap soal cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM). Katanya, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri menolak permohonan UUM untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu,dan pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan. "Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya. Menurut laporan Bernama, Azizan berkata, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi. "Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya. Pertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008. Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak. Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu. Sementara itu, mengenai hasrat UUM untuk menjadikan kawasannya zon bebas cukai, Azizan berkata sekiranya ia terlaksana, kadar cukai tanah yang akan dikenakan sudah pasti akan berbeza kerana tanah komersial cukainya berbeza. Sebelum ini imbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan cukai tanah UUM sebaliknya ia tertakluk pada perjanjian yang dibuat pada 2006. Menurutnya, UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan Kerajaan Negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun, iaitu 2006 hingga 2008, dan bermula 2009 UUM perlu membayar dalam jumlah RM1.2 juta setahun. -5/5/201 |
| DAP ANTI - ISLAM? Posted: 05 May 2011 05:34 AM PDT Kerajaan regim DAP anak tirikan Sekolah Agama Rakyat dalam agihan peruntukan
Hari ini PB mengikuti hari ke 3 perjalanan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang DUN PP dan antara isu yang panas hari ini ialah peruntukan pendudukan yang yang diagihkan oleh kerajaan negeri DAP kepada sekolah Mubaligh , SRK Cina , SRK Tamil , Sek Agama Rakyat .
Ia dibangkitkan oleh Adun BN Sungai Dua , YB Dato Hj Jasmin Mohamed selepas menerima jawapan bertulis dari TKM 1 YB Ramasamy .
Jumlah agihan peruntukan yang telah dibelanjakan adalah seperti berikut
Sekolah Mubaligh : RM 850 ,000.00
SJK Cina : RM 3,830,000.00
SJK Tamil : RM 1,666,000.00
Sekolah Agama Rakyat : RM 1,750,000.00
Jika dilihat daripada jumlah agihan peruntukan ini jelas adalah tidak adil sama sekali dan tidak menggambarkan laungan sebenar Guan Eng bahawa kerajaan Pakatan telah beri peruntukan kepada Agama Islam paling banyak daripada kerajaan BN .
Perbezaan besar sekali peruntukan antara Sekolah Agama Rakyat dengan SRJK Cina ibarat langit denan bumi . Sewajarnya peruntukan Sekolah Agama Rakyat perlu mendapat lebih kerana jumlah sekolah ini adalah lebih banyak berbanding SRJK Cina !!
Tak kan lah sebuah sekolah yang banyak di negeri ini hanya boleh dapat peruntukan lebih sedikit saja dari sekolah Tamil . Ini adil ka ??? Mana pergi pemimpin-pemimpin PAS yang selalu puji sangat Guan Eng sampai ke langit hanya kerana beri peruntukan bina kelas komputer di sekolah agama ? PB akan dedahkan jumlah sebenar sekolah agama rakyat dan sekolah2 yang lain di artikel seterusnya .
Kesimpulannya , jika kita merujuk kepada angka -angka yang dibuat oleh akauntan chauvinis DAP , Guan Eng , ia menunjukkan kepada kita bahawa pentadbiran regim DAP jelas mengutamakan sokongan pengundi Cina untuk PRU 13 akan datang dengan memberi peruntukan besar kepada SJKC berbanding sekolah .
Contoh mudah ialah PB amik angka sebuah sekolah Cina yang mendapat peruntukan paling rendah iaitu sebanyak RM 10,000 manakala Sekolah Agama Rakyat pulak paling rendah sebanyak RM 1,700 .
Nak buat apa dengan duit peruntukan sebanyak RM 1700 itu ??
Ini membuktikan bahawa kerajaan DAP jelas menganatirikan sekolah agama rakyat . Mereka sebelum ini begitu gah cakap memberi bantuan RM 50 kepada Guru KAFA tetapi lihat la berapa peruntukan sebenar kepada sekolah agama rakyat .
Puak-puak PAS harus sedar dari pembohongan Guan Eng lidah bercabang ini kononnya banyak memberi peruntukan kepada sekolah agama dan pembangunan Islam . Lihat sendiri lah jumlah agihan ini yang jelas mengamalkan dasar samarata yang cukup tidak adil ! |
| DAP : MANA ADA TIPU ? Posted: 05 May 2011 05:32 AM PDT Kerajaan regim DAP P.Pinang lulus bina sekolah antarabangsa , anaktirikan sekolah kerajaan !
PULAU PINANG 4 Mei – Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menyediakan tanah bagi menggantikan tapak yang dicadangkan untuk Sekolah Rendah dan Menengah St. George di Balik Pulau yang telah diambil alih oleh sebuah sekolah antarabangsa.
Pemangku Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, tindakan tersebut perlu kerana The Titular Roman Catholic Bishop Of Penang selaku pemilik tanah itu telah meminta sekolah berkenaan dikosongkan pada atau sebelum 2016 seperti dalam surat yang dihantar kepada Kementerian Pelajaran pada 24 November 2010.
Bagaimanapun, kerajaan DAP Pulau Pinang telah bertindak memberi kelulusan pembinaan sekolah Prince Of Wales International School walaupun mengetahui tentang kegunaan sebenar tanah itu.
"Kami tidak mahu mengetahui sama ada wujud penyelewengan atau kesalahan yang dilakukan mana-mana pihak, sebaliknya kami hanya mahu kerajaan negeri menyediakan satu tapak ganti yang sesuai supaya sekolah itu dapat dibina.
"Tanah itu dulunya telah diberikan secara percuma kepada Kementerian Pelajaran untuk tujuan pembinaan sekolah kerajaan dan tidak sepatutnya ia diubah sedemikian rupa tanpa mengambil kira keperluan penduduk setempat," katanya pada sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Sementara itu, Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) menjelaskan, tanah di Lot 726 itu adalah sebahagian daripada 120 hektar tanah yang diluluskan untuk kerajaan negeri terdahulu bagi projek pembangunan bercampur iaitu taman perumahan dan hab pendidikan. |
| LUPAKAN UNDI CINA, TUMPU UNDI MELAYU PRU 13 ? Posted: 05 May 2011 05:26 AM PDT Teka teki-bilakah Parlimen akan dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke-13 diadakan masih belum menampakkan tanda-tanda ia membekalkan satu jawapan positif. Kemenangan cemerlang BN Sarawak tempoh hari dalam pilihanraya negeri juga ada ironinya.
BN dan UMNO mempunyai masa untuk membuat post mortem tentang kekuatan sebenar BN sebelum sebarang keputusan membubarkan Dewan Rakyat dilakukan. Ini kerana kemenangan majoriti dua pertiga pilihanraya umum DUN Sarawak itu dan kaitannya dengan apa yang bakal berlaku di Semenanjung serta Sabah kelak, buat masa ini hanyalah tidak lebih dari merupakan kemenangan di atas kertas.
Begitupun, di sebalik pelbagai analisis, kemenangan itu jika diterjemahkan kepada sokongan sebenar rakyat terutama pengundi Cina, ia masih belum mampu mententeramkan minda Presidennya yang juga Perdana Menteri Malaysia.
Hakikat BN masih mampu mempertahankan kerajaan negeri walaupun dirundung pelbagai ketidak-pastian pra-tempoh pembuangan undi itu mungkin menggembirakan Datuk Seri Najib Tun Razak namun kekalahan yang dialami hampir kesemua calon SUPP adalah suatu yang amat mendukacitakan. Kalau Najib dapat tidur pada malam itu serta pada masa yang sama Pehin Tan Sri Taib Mahmud selaku Ketua Menteri sejak 1981 nyenyak dibuai kemenangan, keputusan yang tersirat itu akan tetap mengganggu momentum kemenangan BN secara keseluruhan.
Sepanjang 12 bulan kebelakangan ini, tanda-tanda masyarakat Cina pulang ke pangkuan BN semakin memberi impak dalam beberapa siri pilihanraya kecil. Justeru dari congak politik yang dibuat, pilihanraya negeri Sarawak adalah penentu sama ada mereka kekal dengan BN ataupun kekal dengan pihak pembangkang.
Najib sendiri dari awal dapat melihat kebangkitan gelombang rakyat yang memihak kepada BN sehingga secara tidak langsung Perdana Menteri memberi bayangan bahawa pilihanraya umum mungkin diadakan dalam tempoh terdekat berasaskan keputusan pilihanraya negeri Sarawak.
Walaupun sinar cerah dapat dijangka namun awam hitam yang turut berarak seiring dengan jangkaan Najib itu membuatkan Pengerusi BN itu terpaksa meneliti semula sebarang rancangan mengadakan pilihanraya umum dalam masa yang dikatakan terdekat itu.
Parti-parti politik yang sudah bersedia untuk terjun bertarung dalam pilihanraya ke-13 terpaksa menekan brek. Saya menjangkakan penangguhan ini sehingga satu formula dapat ditemui. Selagi formula untuk mendapat semula sokongan masyarakat Cina ke pangkuan BN gagal diperolehi, selagi itu pilihanraya umum terpaksa sekadar menjadi teka-teki.
Seperti yang diketahui, SUPP ataupun akronimnya Sarawak United People Party (Parti Bersatu Rakyat Sarawak) iaitu salah satu parti komponen BN Sarawak, adalah parti yang mewakili kaum Cina di negeri itu. Ia tidak ubah seperti MCA di semenanjung yang memperjuangkan nasib bangsa yang sama di kawasan sebelah sini.
Kadangkala SUPP dan MCA tidak dapat mengelak dari dilabel parti towkeh kerana kebanyakan ahli-ahli terutama mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan mempunyai kekayaan yang agak luar biasa. Kalau masyarakat Cina boleh dikatakan sepanjang masa berniaga, masyarakat Melayu serta bumiputra lain sama ada di Sarawak, Sabah ataupun di Semenanjung, hampir sepanjang waktu bermain politik.
Kedai dan warong kopi di kampung-kampung sentiasa berperanan sebagai dewan rakyat atau dewan negeri tidak rasmi bagi mereka yang menjadikan diri sendiri sebagai wakil rakyat untuk berbahas. Pendek kata kadangkala secawan kopi memakan masa berjam-jam untuk dihabis hirup kerana suhu perbahasan yang hampir mencecah ke paras berjaga-jaga. Sedang asyik orang Melayu bersilat politik, bagi pengundi-pengundi Cina pula perniagaan yang mereka ceburi memang tiada tandingan dan amat sukar untuk disaingi oleh pribumi yang lain.
Kekayaan mereka barangkali berpunca dari penceburan mereka dalam dunia perniagaan sejak lama sebelum Merdeka lagi. Kelebihan berada di kalangan pembuat dasar negeri dan negara membolehkan mereka turut sama merebut peluang perniagaan sama ada perniagaan membalak seperti di Sarawak, penanaman kelapa sawit di Sabah serta kontrak di Semenanjung ataupun apa saja peluang perniagaan bertaraf mega dan juga separa mega dan mempunyai nilai kontrak di antara puluhan sehingga ratusan juta ringgit tetapi tidak mencecah angka bilion.
Seperti yang dapat dilihat pembangunan di Kuching, Sibu, Miri, sebagai contoh, amatlah mengkagumkan berbanding di lain-lain kawasan apatah lagi kawasan pedalaman. Untuk rekod kawasan-kawasan yang disebut itu majoritinya dihuni oleh penduduk berketurunan Cina. Perbandingan ketara ialah penduduk di kawasan yang menyokong BN serta memberikan kemenangan mutlak adalah di kawasan yang majoritinya berbangsa Iban, Melayu dan kaum bumiputra yang lain.
Kita tidak tersasar merumuskan betapa pengundi Cina di Sarawak secara terbuka menentang pemerintahan kerajaan BN berbanding dengan sokongan yang dipamerkan oleh masyarakat pribumi dan bumiputra yang lain. Pola perkauman atau elemen rasisme sudah meresap ke negeri itu dan telah berjaya mewujudkan puak di antara masyarakat berbilang kaum. Kita tidak boleh menidakkan keupayaan DAP memainkan sentimen rasisme ini sebagai umpan menarik sokongan pengundi Cina.
Natijah dari keputusan Pilihanraya Umum Negeri Sarawak ke10 itu menguatkan hujah betapa SUPP hanyalah tidak ubah seperti sebuah organisasi untuk membolehkan sebilangan besar ahli-ahlinya terutama pemimpin bahagian di pelbagai peringkat menjadi saudagar yang berjaya. Dan bagi majoriti rakyat berketurunan Cina Sarawak nasib mereka seperti terabai oleh parti yang konon memperjuangan kelompok keturunan mereka sendiri.
Seperti yang kita sering saksikan bila berlaku tempias ini, UMNO lah yang menjadi sasaran atau menjadi kambing hitam. Konon kerana dasar UMNOlah maka prestasi parti berteraskan kecinaan ini merosot.
Pengundi-pengundi Cina tertarik untuk berpihak kepada pembangkang terutama DAP adalah kerana kekecewaan serta kerana sudah wujud satu gap antara masyarakat Cina kelas atasan serta Cina kelas biasa. Hal ini timbul kerana umum melihat pembolotan kekayaan dilakukan oleh ahli-ahli SUPP dalam bidang perniagaan dan ini menyebabkan masyarakat Cina yang berada dalam kelas biasa sudah hilang kepercayaan kepada SUPP.
DAP pada perkiraan mereka walaupun ia adalah parti import dari Semenanjung namun kerana kekecewaan ini, kebanyakan masyarakat Cina dalam kumpulan yang disebut itu tadi memilih DAP sebagai satu protes. Bayangkan dari 15 kerusi dipertandingkan, DAP berjaya memenangi 12 berbanding SUPP yang meletakan calon di 19 kawasan dan tewas 13 kerusi.
Rayuan mantan Pengerusi BN Tun Dr Mahathir Mohamed sehari sebelum hari pembuangan undi pada 16 April agar para pengundi Cina terus menyokong BN langsung tidak diendahkan.
Kekalahan teruk SUPP termasuklah kekalahan Presidennya Tan Sri George Chan Hong Nam di kawasan DUN Piasau di tangan calon DAP yang baru berusia 28 tahun, Ling Sie Kiong suatu tamparan hebat serta keputusan yang sukar ditelan oleh BN pusat.
George Chan yang berasal dari Miri bukanlah muka baru malah rekod perkhidmatannya sangat cemerlang lebih-lebih lagi beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri.
Dalam satu kenyataan, beliau bernekad untuk bersara dari dunia politik dan "akan kembali ke Miri kerana ia memang tempat asal saya. Boleh dikatakan separuh daripada penduduk di sana masih menyokong saya."
Namun apa juga keputusan yang bakal diambil oleh George Chan sudah tentu bukan dapat memulihkan imej BN dikalangan masyarakat Cina. Rumusan dari keputusan pilihanraya Sarawak ini ialah tidak semestinya pengundi Cina menentang dasar UMNO. Apa yang berlaku sebenarnya ialah mereka keliru dengan manipulasi sesetengah pihak yang mengutamakan agenda peribadi daripada agenda perpaduan kaum. Pada perkiraan kita mereka sudah muak dengan parti komponen BN yang berteraskan kaum mereka tetapi langsung tidak ada agenda membela nasib mereka.
Pengundi Cina tidak menikmati hasil pembangunan dan peluang perniagaan kerana peluang itu direbut oleh peniaga Cina yang berada dalam SUPP yang rapat dengan Ketua Menteri. Contoh terdekat yang sering dijadikan perbandingan masyarakat Cina dan sering disebut ialah skandal PKFZ yang kini dalam proses pengadilan di mahkamah. SUPP, MCA dan Gerakan hendaklah membuat satu reformasi dalaman agar masyarakat Cina nampak siapa yang sebenarnya menganaktirikan mereka dan tidak harus selalu menjadikanUMNO kambing hitam.
Selama ini pengundi Melayu memberikan sokongan kepada kerajaan BN dengan harapan nasib mereka terutama di bidang perniagaan dan pekerjaan serta pembangunan di kawasan luar bandar dititikberatkan. Tetapi nampaknya pembangunan bertaraf mega masih terus berpusat di Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kuala Lumpur saja, iaitu kawasan yang didominasi penduduk keturunan Cina. Sebaliknya kawasan kampung dan luar bandar yang ramai penduduk Melayu sekadar mendapat tempias.
Sekiranya senario seperti ini berterusan dalam politik Malaysia maka kemungkinan pengundi Cina akan hilang kepercayaan sama sekali terhadap BN lalu menggabung tenaga untuk mengundi DAP, parti pembangkang Cina tunggal, sebagaimana yang mereka lakukan pada pilihanraya umum yang diadakan pada tahun 1969 dan seterusnya secara konsisten memenangi beberapa kerusi Parlimen dan DUN di beberapa buah negeri.
Sejarah politik Malaysia membuktikan kehadiran pembangkang Cina di Parlimen mahupun DUN bukan sahaja tidak relevan dari segi fizikalnya untuk memperbaiki nasib rakyat berketurunan Cina malah, lebih buruk daripada itu, ia mengakibatkan kesan bertentangan – membawa seluruh politik dan keharmonium kaum menjadi tidak stabil.
Justeru sekiranya MCA, SUPP, Gerakan dan parti komponen Cina lain, serta parti keturunan lain dalam BN tidak lagi dapat menjaga dan memperjuangkan nasib keturunan masing-masing dalam konteks dan semangat BN, maka mungkin sudah sampai masanya tanggungjawab tersebut diserahkan kepada UMNO sahaja. Rekod UMNO sejak 1957 menunjukkan betapa inilah peranan yang dimainkan oleh UMNO walaupun parti itu berasaskan asprirasi orang Melayu.-24/4/2011 |
| PARTI BARU UNTUK KAUM CINA ? Posted: 05 May 2011 05:24 AM PDT
Berikut peralihan sokongan pengundi Cina pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas, adakah parti kaum Cina yang baru dan pro Barisan Nasional (BN) boleh menyelesaikan pelbagai rungutan masyarakat Cina di negeri itu dengan kepimpinan negeri dan Kerajaan Pusat serta menjadi jawapan kepada permasalahan berkenaan? Idea ke arah sebuah parti baru itu timbul berikutan musibah yang melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selepas hilang 13 daripada 19 kawasan bandar majoriti pengundi Cina ditandinginya, yang dilihat ramai orang termasuk dalam kalangan BN sendiri, sebagai satu penolakan besar-besaran pengundi terhadap SUPP. Timbalan Pengerusi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Johny Wong tidak yakin ia jawapannya kerana parti kaum Cina yang baru bagi menggantikan SUPP tidak akan dapat mengatasi permasalahan yang timbul apatah lagi ia diusahakan oleh bekas pemimpin SUPP dan anggota parti itu. "Cerita yang sama akan berulang dan sebarang langkah untuk membentuk sebuah parti kaum Cina yang baru mestilah datang dengan perubahan kepimpinan secara menyeluruh," katanya ketika diminta mengulas cakap-cakap politik bahawa sebuah parti baru kaum Cina akan diwujudkan bagi menggantikan SUPP berikutan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya negeri ke-10. SUPP yang bertanding di 19 kerusi hilang 13 daripadanya, kebanyakannya kepada DAP. Daripada enam kerusi yang dimenangi SUPP, hanya dua merupakan kawasan majoriti Cina - Bawang Assan yang dimenangi Datuk Sri Wong Soon Koh dan Senadin oleh Datuk Lee Khim Shin. Satu lagi faktor, sebagaimana diutarakan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan, Dr Chou Chi Ming adalah bahawa pengundi tahu kebanyakan calon DAP merupakan calon berpotensi tetapi sebaliknya bagi calon SUPP. Beliau berkata pengundi mahu mengenali dan memberi peluang kepada calon-calon berpotensi, tidak mengira parti mana mereka wakili. "Adakalanya barangan atau jenama baru bukannya sesuatu yang orang ramai mahukan. Perlu wujud satu keadaan hubungan sesama insan dan untuk memiliki nilai itu, calon-calon berpotensi itu mestilah berada bersama rakyat buat satu jangka waktu," katanya. Selain itu, beliau percaya SUPP mempunyai publisiti yang buruk, dan mereka juga gagal bertindak menangani dengan pantas. "Jika dianalisis dengan teliti, propaganda dan slogan yang dimainkan parti pembangkang tidak realistik, tetapi berjaya menjualnya ketika kehangatan pilihan raya, terutamanya apabila SUPP tidak melakukan yang sepatutnya untuk mengatasinya dengan pantas," katanya. Namun, Dr Chou percaya bahawa masyarakat Cina Sarawak tidak gelabah dan tergesa-gesa mahu membentuk parti baru kerana mereka masih mempunyai peluang penting bagi membina semula SUPP dan memberikan parti itu nafas baru dengan perubahan ketara pucuk kepimpinannya. "Muka-muka baru adalah satu perkara tetapi lebih penting mereka mestilah daripada peringkat akar umbi dan hidup bersama dalam kalangan masyarakat setempat serta membesar dengan mereka dalam apa jua keadaan," katanya. Beliau menjelaskan bahawa usaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menampilkan muka baru dalam barisan calon parti itu untuk digandingkan dengan sebahagian muka lama yang dikekalkan ternyata langkah tepat, dan memberi keyakinan kepada pengundi sekaligus memenangi kesemua 35 kerusi ditandinginya. Banyak penganalisis politi tempatan berkata semasa pilihan raya negeri 2006, pengundi telah memberikan amaran pertama kepada SUPP dan bahawa mereka tidak suka kepada apa yang dilakukan parti itu selepas tewas lapan daripada 19 kerusi ditandingi. Mereka juga berkata parti itu lemah kerana pertelingkahan dalaman sebelum kehilangan sokongan PBB berhubung isu dasar tanah. Selepas pilihan raya negeri Mei 2006, SUPP dilihat berupaya bergerak ke hadapan dengan pelan pemulihannya, berdasarkan kepada prestasi pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan parti itu menang enam kerusi Parlimen dan hanya tewas satu, kerusi Bandar Kuching kepada DAP. Namun, pelan itu dilihat tidak dilaksanakan sepenuhnya dan pertelingkahan dalaman terus berlaku, menyebabkan banyak pengundi melihat parti itu sebagai "lemah dan pemimpin parti hanya sibuk menyelamatkan kedudukan masing-masing". Tanggapan oleh pengundi Cina itu menjelaskan kenapa mereka mengalih sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya kecil Sibu tahun lepas, menyebabkan SUPP kalah di kubu kuatnya dengan majoriti tipis kepada DAP, sebuah parti politik yang berpusat di Semenanjung. Pemerhati politik berpendapat di sebalik "amaran kedua" itu, ramai pemimpin SUPP masih tidak berubah, dan yang paling menyedihkan parti itu dilihat banyak menabur janji-janji kosong menyebabkan pengundi berasa dipinggirkan. "Ini membuat mereka menyampah, dan itulah sebabnya ramai pengundi terutamanya di kawasan bandar membuat keputusan malahan sebelum pilihan raya negeri diadakan," kata pemerhati politik yang tidak mahu dikenali. Telah banyak diperkatakan mengenai politik masyarakat Cina, dan kini terserah kepada SUPP untuk benar-benar mendengar suara dan aspirasi kaum Cina Sarawak jika parti itu tidak mahu terkubur buat selama-lamanya.29/4/2011 BERNAMA |
| DAP BERAT SEBELAH ? Posted: 05 May 2011 05:15 AM PDT Kerajaan DAP Pulau Pinang kena buktikan keadilan untuk semua
KERAJAAN Negeri Pulau Pinang yang dipimpin DAP menunjukkan sikap tidak adil kepada rakyat berbilang kaum terutama kepada masyarakat Melayu yang di bawah jagaannya. Ini terbukti dalam pembahagian peruntukan untuk sekolah-sekolah di negeri itu.
Kalau dilihat dalam soal agihan peruntukan bantuan kepada sekolah agama rakyat, pada tahun lalu kerajaan DAP itu hanya memperuntukkan sebanyak RM1.8 juta sahaja.
Berbeza dengan peruntukan yang diberi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina yang menerima RM3.8 juta, SJK Tamil (RM1.7 juta) dan Sekolah Mubaligh (RM850,000).
Sebagai mana yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Dua (Barisan Nasional) Datuk Jasmin Mohamed, peruntukan yang disediakan itu memang tidak adil.
Bagaimana sekolah agama rakyat yang mempunyai lebih ramai murid daripada SJK Tamil di negeri itu mendapat peruntukan yang tidak banyak bezanya.
Selain itu, kerajaan negeri hanya menambah RM50 sebulan dalam pemberian elaun untuk guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa). Sedangkan Kerajaan Pusat memberikan sebanyak RM800 sebulan.
Selain isu peruntukan ke sekolah-sekolah, Ketua Menteri Lim Guan Eng juga cuba mempolitikkan wang ihsan RM100 yang didakwa diperoleh daripada hasil judi apabila enggan menerimanya kembali setelah dipulangkan oleh warga emas berjumlah RM23,700.
Kerajaan pimpinannya mahu memulangkan wang yang dikumpul oleh UMNO itu kerana mendakwa ia diserahkan dengan cara tidak betul selain meragui sumber wang tersebut. Nampak sangat Guan Eng cuba mengalihkan isu wang ihsan kepada UMNO. Dalam isu peruntukan ke sekolah dan wang ihsan, ketidakadilan dan ketidakikhlasan memang jelas terpancar.
Kerajaan DAP Pulau Pinang memang tidak bersungguh-sungguh membantu orang Melayu dan Islam.
Ketua Menteri kena buktikan keadilan untuk semua kaum. Apa yang diheboh-hebohkan pimpinan DAP itu hanya dilihat bersifat mencari publisiti murahan.
Mereka meraih publisiti dengan memberi sedikit wang kepada warga emas dan menambah sedikit elaun kepada bilal dan siak tetapi pada masa yang sama tergamak meroboh gerai peniaga Melayu. Beginikah kerajaan yang dikatakan berjiwa rakyat?
Tiada siapa akan dapat melupakan sikap pilih kasih DAP dalam menangani isu peniaga tidak berlesen. Kerajaan DAP mengarahkan beberapa gerai milik peniaga Melayu yang beroperasi tanpa lesen dirobohkan, sedangkan perkara yang sama tidak dilakukan terhadap peniaga Cina yang tidak berlesen.
Malah banyak janji-janji atas nama mahu membela rakyat yang dilaung-laungkan DAP sebelum ini tidak dibuktikan melalui tindakan.
Tiga tahun pemerintahan kerajaan DAP Pulau Pinang hanya sarat dengan retorik politik sehingga banyak masalah rakyat tidak dapat diselesaikan.
Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu diingatkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan ia juga ada peranan untuk memelihara martabat agama Islam di negeri itu dengan menggiatkan dan melaksanakan pelbagai program, projek dan aktiviti |
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan