Tanggal 1 Mei 2011 Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja sekali lagi mengukir sejarah dengan meraih anugerah khas sempena Muktamar Dewan pemuda PAS Negeri Selangor yang diadakan di Dewan dato' Hormat Tanjung Karang Selangor. Anugerah Khas yang di maksudkan adalah kategori PASTI Cawangan Terbaik di Negeri Selangor. Anugerah ini diberikan kepada PASTI Saidatina Aisyah Bukit Naga yang terletak di bawah pengurusan Dewan Pemuda PAS kawasan Kota Raja.
Dengan penganugerahan tersebut pihak pengurusan PASTI di bawah pengendalian Pengarah PASTI kawasan Kota Raja iaitu Sdr Ryne Abdullah dengan kerjasama erat Pengurus PASTI berkenaan Tuan Haji Maskor telah memberikan satu semangat baru bagi terus menjadikan Institusi pendikan sebagai wacana terbaik dalam Dakwah khususnya di kota Raja. Anugerah ini di sampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor Dr Osman Bin Bin Sabran.
Di samping itu juga satu lagi pengiktirafan dan mandat yang di berikan oleh seluruh perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor iaitu Keta Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja Saudara Zainal Bin Said telah dipilih menjadi salah seorang Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Perlantikan beliau sekaligus memberikan pengiktirafan kepada Pemuda PAS Kawasan Kota Raja yang sememangnya telah berada sama tinggi dengan PAS kawasan-kawasan yang lain.
Walaupun ketika ini Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja baru berusia 8 tahun. Namun demikian DPPKR telah mampu berdaya saing dengan kawasan-kawasan yang lain. Semoga dengan pengiktirafan ini menyebabkan DPPKR lebih cemerlang dan yang paling utama mendapat keberkatan dari Allah swt.
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menjelaskan kekeliruan dan keraguan dalam senarai daftar pemilih secara online dan Pejabat SPR negeri.
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, timbul keraguan apabila ramai pengundi (Parlimen Kota Raja) didakwa bertukar alamat gagal dikenal pasti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) kerana tidak disertakan alamat lengkap.
"Apa jaminan agar perkara itu tidak berlaku di kawasan saya (Parlimen Kota Raja). Saya mahu SPR bertanggungjawab.
"Kalau Tan Sri Aziz (Pengerusi SPR) tidak boleh menentukan data online dan senarai di pejabat SPR adalah sama, beliau perlu letak jawatan.
"Daftar pemilih sekarang ini dilihat tidak bersih dan menimbulkan banyak keraguan. Mungkin ia bukan berpunca daripada SPR tetapi pastikan tiada campur tangan orang tertentu atau mana-mana parti politik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bantahan Rang Undang-Undang Daftar Pemilih suku tahun pertama 2011 'Pengundi Hantu' di Pejabat SPR Selangor, semalam.
Siti Mariah berkata, hanya 169 bantahan nama bagi Parlimen Kota Raja ( DUN Sri Muda dan Sri Andalas) sempat dibuat semakan memandangkan banyak yang tidak mempunyai alamat lengkap.
Katanya, beliau berdepan situasi sama apabila apabila alamat mengundinya berbeza ketika disemak dalam senarai di pejabat SPR dan juga online, sedangkan beliau adalah calon yang menang dalam pilihan raya umum di kawasan tersebut.
"Nama saya sendiri tiada dalam sistem online malah tidak sama dengan di pejabat SPR. Bila tiada, saya panik sebab setahu saya pendaftaran sebelum ini telah diluluskan dan saya akan mengundi di Taman Sentosa DUN Andalas, dalam Parlimen saya.
"Saya berkarap SPR mengemaskini senarai nama dalam online dengan SPR, jika tidak ia akan menimbulkan kekeliruan.
"Kami mahukan senarai nama yang disertakan alamat penuh dan lengkap," katanya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof (mewakili Yang Dipertuanya, Khalid Abdul Samad) juga kesal dengan kekeliruan maklumat berhubung senarai pengundi.
Beliau berkata, maklumat nama yang berbeza di alamat kediaman sama tetapi berbeza kawasan perumahan menyukarkan pihaknya membuat semakan.
"Bila kami periksa banyak nama yang tidak ada pada alamat yang tertera dalam senarai, ini menimbulkan kekeliruan. Dalam semakan yang kami jalankan sejumlah 275 bantahan nama yang dibuat.
"Tempoh semakan juga pendek, saya berharap SPR melanjutkannya kerana saya percaya masih ramai lagi pengundi di luar sana tidak membuat semakan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencetuskan teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 apabila menyebut timbulnya ramalan ia akan diadakan pada 11.11.11 kerana angka 11 amat signifikan dalam hidup beliau.
Ketika ditanya pemberita, beliau tidak mengia mahupun menafikan ramalan itu, sebaliknya menyifatkan ramalan sedemikian memang menjadi kegemaran dalam arena politik sebelum ini.
"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.
Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.
"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.
"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," katanya.
Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".
Sebelum itu, Najib dalam usaha merapatkan hubungannya dengan golongan muda ke udara di rangkaian radio Hot FM pagi ini dan menceritakan signifikan angka 11 dalam hidupnya.
Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.
Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.
Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.
Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
Wawancara selama sejam bermula jam 7.30 pagi itu juga disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen 8TV.
Pengarah sebuah Sekolah Henry Gurney di Keningau, Sabah, telah dipindahkan dan digantung tugas sementara menunggu siasatan polis dan siasatan dalaman berhubung dakwaannya terbabit membelasah seorang pemuda pada lewat bulan ini.
Menurut akhbar tempatan, The Borneo Post dalam laporannya yang memetik sekretariat Jabatan Penjara dan ketua perhubungan awamnya, Supri Hashim berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis bagi menentukan hukuman yang setimpal ke atas pengarah itu.
Arahan itu berikutan dakwaan bahawa pengarah sekolah pemulihan akhlak berkenaan telah meminta sekumpulan rakannya bagi membelasah seorang lelaki berusia 23 tahun di sebuah kedai serbaneka sebelum tengah malam 29 April lalu.
Tindakan kumpulan berkenaan berjaya dirakamkan oleh kamera CCTV 24 jam yang dipasang di kedai berkenaan. Ia menunjukkan pemuda itu berulang-kali ditumbuk, tendang dan diterajang serta dipukul dengan pelbagai objek termasuk kerusi plastik dan tali pinggang.
Visual berkenaan sejak itu disebarkan secara meluas di Internet, khususnya di laman sosial Facebook.
Adalah dipercayai pengarah itu dan tiga yang lain ditahan pada 3 Mei lalu dan kenyataan mereka dirakamkan selepas mangsa, Ben Cheah Ping Xen, membuat laporan polis berhubung serangan ke atasnya itu.
Bapa mangsa, Cheah You Hock menuntut campur tangan "pihak berkuasa yang lebih tinggi" bagi memastikan "tindakan pantas dan bersesuaian" dikenakan ke atas pengarah itu dan rakan-rakannya.
Beliau juga merayu agar kes tersebut tidak ditutup begitu sahaja, lebih-lebih lagi ia dirakamkan di kamera keselamaatn kedai berkenaan dan tersebar di Internet.
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.
"Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.
Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.
"Bagaimana boleh kami, PAS bersatu dengan golongan (yakni Umno) yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan yang mempersendakan hukum Allah SWT?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.
Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.
Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.
"Jika Umno jujur dia membentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang, kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu," katanya.
Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.
"Kami menentang parti Umno bukan kerana dia Umno, kami menentang parti Umno kerana mereka zalim, mereka menindas rakyat Malaysia, mereka merompak harta negara dan mereka (parti Umno bukan ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara," ujarnya.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Menteri Belia dan Sukan (KBS) mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di atas keputusan mereka melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita. DPPWP kesal kerana, BAM dan KBS tidak proaktif bagi membantah keputusan itu.
DPPWP melihat bahawa alasan yang digunakan oleh BWF yang mahu ianya dijadikan tarikan supaya lebih ramai penonton boleh hadir melihat pertandingan di gelanggang sebagai alasan yang tidak masuk akal dan remeh. Mereka sepatutnyanya menghormati hak wanita yang sepatutnya tidak diekspolitasi batang tubuh dan pemakaian mereka hanya untuk menarik penonton.
Sepatutnya BWF membincangkan tentang strategi peningkatan kualiti pemain wanita untuk menarik perhatian penonton, bukannya dengan cara memaksa mereka memakai skirt untuk dijadikan bahan pameran di tengah gelanggang.
DPPWP yakin, idea ini timbul selepas BWF melihat populariti dan promosi melampau media terdapat pemain-pemain tenis pada masa sekarang berbanding dahulu kerana fesyen skirt mereka. Tetapi itu bukanlah contoh terbaik yang patut dibawa ke dalam arena badminton yang mempunyai peminatnya yang tersendiri.
DPPWP berharap pertubuhan wanita dan NGO Malaysia bangkit menyuarakan isu ini kerana kita tidak mahu gambar-gambar jelek yang tidak sepatutnya, dirakamkan ketika saat perlawanan berlangsung. Rakaman itu pastinya mengaibkan pemain-pemain wanita yang secara tidak langsung dieksploitasi bagi menaikan kutipan jualan tiket dan jualan surat khabar berita sukan dengan gambar-gambar sensasi.
DPPWP juga melihat peraturan ini bakal menyekat pemain-pemain wanita Islam untuk melibatkan diri dalam sukan ini. Dan ini adalah diskriminasi melibatkan kepercayaan agama. Mengapa tidak BAM memulai contoh dengan bereksperimentasi mengadakan pertandingan kebangsaan dengan semua pemain Islam menutup aurat. Jika ahli sukan wanita dan lelaki di Iran boleh menunjukan prestasi yang baik dalam sukan menggunakan pakaian menutup aurat kenapa Malaysia tidak berani untuk melakukannya.
DPPWP berharap agar masyarakat sukan mendapat pembelaan yang sewajarnya dari agensi-agensi sukan di negara dan tidak sewenang-wenangnya dibiarkan terikat dengan peraturan tidak masuk akal oleh badan sukan antarabangsa.
Sekirannya BWF masih berkeras untuk menguatkuasakan arahan itu, DPPWP mendesak agar BAM memboikot Pertandingan Badminton Terbuka Singapura pada 14 Jun yang juga menjadi pertandingan pertama yang akan menguatkuasakan keputusan BWF ini. Dan seterusnya mengadakan kempen boikot secara terbuka supaya Persatuan di negara lain seperti China, Korea, Indonesia, Thailand dan sebagainya turut memboikot.
SEREMBAN – Pencarian seorang lagi kanak-kanak dipercayai mati lemas di Hutan Lipur Ulu Bendul, akan diteruskan sehingga kanak-kanak itu ditemui.
Bapa saudaranya, Wan Aziz Wan Abdullah, 38, berkata, pihaknya kini berusaha mencari Nur Syaza Sakinah, 2, dengan menggunakan kaedah alternatif, selain menggunakan khidmat pasukan penyelamat.
Menurutnya, melalui seorang pakar perubatan tradisional ditemui, mangsa kemungkinan besar ditimbus pasir, atau berada di celah batu di Hutan Lipur itu.
"Memandangkan saiz badan Sakinah lebih kecil berbanding kakak-kakak-nya, maka kemungkinan besar dia tertimbus di sebalik pasir.
"Pasukan penyelamat telah dimaklumkan tentang perkara ini, dan pihak mereka kini berusaha mencari mangsa di seluruh kawasan berkenaan," katanya.
Aziz berkata, walaupun sehingga kini masih belum ada sebarang tanda, namun beliau sekeluarga berdoa berharap Sakinah dijumpai tanpa sebarang masalah.
Sementara itu, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tunku Nujumuddin dalam kunjungannya bertemu ibu mangsa, Wan Azlela Wan Abdullah, berharap apa yang berlaku dengan keluarga ini dapat dijadikan iktibar.
"Saya simpati dengan apa yang berlaku terhadap keluarga ini," katanya.
ALOR SETAR, 6 Mei: Sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) didakwa telah menymbangkan dana tetap kepada Puteri Umno ketika Kewdah ditadbir oleh BN sebelum ini.
Ia melibatkan sumbangan dana syarikat milik kerajaan (GLC) itu kepada Pergerakan Puteri Umno Kedah yang berjumlah RM30,250 bagi tempoh Julai 2003 hingga Februari 2004.
Pendedahan ini dibuat melalui laman blog prokerajaan 'Kedah La Ni' dan turut disebarkan melalui laman sosial 'facebook' penyokong-penyokong kerajaan termasuk Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh.
Turut disenaraikan adalah butiran lengkap sumbangan syarikat kepada sayap Umno itu yang menyalahi matlamat penubuhan syarikat dan dikategorikan sebagai perbelanjaan tidak berkepentingan ketika pergerakan tersebut diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Tiang, Suraya Yaakub (gambar).
Mengikut rekod perbelanjaan syarikat 2003, pergerakan itu menerima sumbangan cek berjumlah RM1,000 (27 Julai), RM7,000 (5 Ogos) dan RM1,000 (22 Disember). Manakala pada 2004 pula, mereka menerima RM7,000 (5 Januari), RM4,250 (24 Februari) dan RM10,000 (25 Februari).
Sidang Dun Kedah baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan penyelewengan dana GLC berjumlah hampir RM8 juta oleh pengurusan terdahulu hingga mengakibatkan STDC mengalami kerugian.
Susulan pendedahan itu Pemuda PAS Alor Setar telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14 April lalu dan menyerahkan dokumen berkaitan penyelewengan bagi membantu siasatan.
SEMENANJUNG GAZA 6 MEI : Sehari selepas menandatangani perjanjian memulihkan hubungan dengan kumpulan Fatah, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, berkata mereka sedia menghadapi apa saja untuk memastikan kejayaan perdamaian yang dicapai itu selepas kedua-dua pihak bertelagah selama empat tahun.
"Kami akan mula melaksanakan semua tuntutan perjanjian itu...membentuk kerajaan penyatuan, membebaskan tahanan dan menggerakkan semula Parlimen Palestin," katanya.
Beliau juga menyeru kumpulan bersenjata dalam kalangan rakyat Palestin supaya mematuhi gencatan senjata dengan Israel untuk memberi peluang kepada perjanjian perdamaian itu untuk dilaksanakan.
"Terdapat banyak ancaman kepada perjuangan rakyat Palestin dan semua ancaman ini dapat ditangani menerusi perdamaian," katanya.
Haniyeh yang mengetuai kerajaan pertama Palestin yang dibentuk oleh Hamas pada 2006 selepas memenangi pilihan raya Parlimen, mengesahkan bahawa beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri dalam kerajaan baru Palestin.
Semalam ratusan penyokong Hamas menyertai satu perhimpunan bagi meraikan penyatuan Palestin di bandar Nablus di Tebing Barat.
Ini adalah kali pertama penyokong Hamas berada di Tebing Barat sejak pihak berkuasa Palestin menghalang mereka datang ke situ pada 2007.
Petugas dari stesen televisyen milik pihak berkuasa Palestin dibenarkan untuk pertama kali membuat liputan di Semenanjung Gaza manakala wartawan dari stesen televisyen Hamas Al-Aqsa pula dibenarkan beroperasi dari Tebing Barat.
Penganalisis Palestin, Fahmi Abu Hadeed, bagaimanapun melihat penyatuan antara kedua-dua kumpulan itu akan berdepan pelbagai cabaran.
Katanya, ini kerana masing-masing mempunyai program tersendiri.
Beliau juga berkata, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah tidak akan mengiktiraf sebuah kerajaan Palestin jika Hamas tidak mengiktiraf Israel. - BERNAMA
SHAH ALAM 6 MEI : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menggesa UMNO Selangor menggunakan segala 'senjata' yang ada dinegeri itu bagi merampas kembali Selangor daripada pentadbiran Pakatan Rakyat.
Beliau dipetik berkata demikian ketika berucap di 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat- Rakyat Didahulukan' di Shah Alam, malam semalam.
"Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu (kekalahan pada pilihan raya umum lalu).
"Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan," katanya.
Najib juga meminta agar UMNO Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke- 13 kelak.
"Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.
"Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah," katanya.
SHAH ALAM 6 MEI : Kenyataan berubah- ubah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam fitnah video seks, dilihat cenderung kepada ciri- ciri orang munafik dan tidak amanah.
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata watak rakyat seperti Eskay ini bukan sahaja mencerminkan kerugian besar kepada negara bahkan ia mampu mengguggat keamanan negara.
"Selepas beliau membuat sumpah laknat itu, beberapa hari selepas itu pengakuannya berbeza, ini menunjukan beliau tidak amanah, jujur dan pembohong besar malah ciri-ciri munafik sudah pun ada pada sikapnya, inikah orang yang kita boleh angkat sebagai orang yang boleh dipercayai ?,
"Amat malang negara kita kerana mempunyai seorang pembohong besar seperti beliau," tegas Abdullah.
Beliau berkata demimkian ketika ditemui Tv Selangor di Ibu Pejabat Tv Selangor.
Kelmarin, Eskay menafikan beliau menuduh Anwar berzina...pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.
Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.
Semalam, turut menyaksikan Trio Datuk T itu gagal menjawab apakah jam omega yang diserahkan kepada polis, terakam dalam video seks yang didedahkan pada 21 Mac lalu.
Mengulas persoalan ini, Abdullah Sani menjelaskan kegagalan Eskay dalam berhubung kewujudan Jam omega dalam klip video itu, sekali lagi membuktikan beliau seorang munafik dengan pelbagai persoalan yang tidak terjawab.
"Ini satu isu yang rapuh dan tidak kukuh dijadikan bukti, malah saya sifatkan ia sebagai resipi menyedapkan rasa tetapi tidak mampu diangkat sebagai bahan bukti penting, jadi isu jam omega sebanarnya bukannya isu," katanya.
TEMERLOH, 6 Mei: "Apakah saudara juga meminta PAS untuk mendukung segala kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan Umno, sama ada dalam aspek agama Islam atau pengurusan negara supaya tidak digelar sebagai pengkhianat Islam?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Dr Juanda Jaya dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya.
Beliau melontarkan pertanyaan itu sebagai menjawab balas kepada kenyataan yang dilakukan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kelmarin, di mana beliau menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Tuan Ibrahim berkata apabila soal perpaduan, penyatuan dan kerjasama diketengahkan, sudah tentunya keadaan akan disifatkan sebagai janggal sekiranya ada pihak yang menentang usaha tersebut, tambahan pula bila mana Islam sendiri telah meletakkan asas yang sangat kukuh ke arah nilai tersebut.
Namun begitu, dengan bersangka baik pada niat Dr Juanda, beliau berpendapat mungkin idea yang dilontarkan olehnya disebabkan perkara itu dilihat daripada aspek penyatuan kaum Melayu, sudah pastinya tidak menepati apa yang dibawa ajaran Islam kerana Islam membina penyatuan yang jauh lebih luas daripada penyatuan kaum.
"Islam sendiri melihat penyatuan Islam melampaui kaum, dan seruan penyatuan universal di atas nama Islam inilah telah berjaya merobohkan asaniyah qaumiyah yang selama ini menjadi penghalang kepada pembanguan sesebuah negara, dan terutamanya bilamana sesuatu kaum merasa cemburu di atas kejayaan kaum lain," terang Tuan Ibrahim.
Namun, beliau mengingatkan bahawa dalam Islam, penyatuan besar ini telah mencipta satu sejarah bangsa manusia yang hebat bilamana Islam yang sifatnya rahmatul lil Alamin telah berjaya diterima dengan penuh hormat oleh seluruh manusia.
Sebagai seorang mufti, nasihat Tuan Ibrahim, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah.
Dari sudut ini, katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, kewujudan PAS dan Umno tidak seharusnya dilihat dari sudut perpecahan.
"Kerana kalau ianya dianggap perpecahan kerana wujudnya pelbagai parti politik, sepatutnya yang dipersalahkan ialah kerajaan yang menerima pendaftaran parti-parti politik; tapi ini sudah tentunya ini bertentangan dengan kehendak demokrasi itu sendiri," jelasnya.
Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Tuan Ibrahim menyeru supaya seharusnya memikirkan persoalan bahawa, "Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, sama ada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?"
"Bukankah jauh lebih baik bagi Dr Juanda untuk bertindak menasihati UMNO agar jangan menganiaya negeri yang majoriti umat Islam, seperti Kelantan dengan menyekat royalti minyak milik negeri, bantuan perkapita tahunan mengikut jadual yang telah dimeteraikan antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat, pelaburan asing dan selainnya?
Lihatlah bagaimana hebatnya Umno menyerang negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, sedangkan sepatutnya kerajaan pusat bersikap adil dengan pilihan rakyat," tambah beliau.
Di samping itu, Tuan Ibrahim juga menyampaikan pesanan kepada Dr Juanda agar tidak mengaitkan PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat seperti melihat parti Islam sebagai punca kegagalan penyatuan Melayu kerana ia adalah tidak adil dan bakal mengundang pelbagai reaksi ahli-ahli dan para pimpinan PAS yang masih terasa luka lama akibat ditendang keluar Barisan Nasional pada 1978.
"Melihat PAS sebagai punca gagal penyatuan Melayu juga adalah tidak adil kerana sejarah lampau yang dilalui oleh PAS sewaktu penggabungan dengan BN sangat besar kesannya, terutama apabila PAS ditendang keluar.
Ekoran itu, PAS pecah kepada tiga kumpulan dan kehilangan Kelantan akibat perbuatan khianat Umno terhadap pengorbanan PAS pada waktu itu. Lantaran itu, menuduh PAS dengan pelbagai tuduhan yang tidak tepat sepatutnya tidak berlaku, kerana ianya akan mengundang pelbagai reaksi ahli dan pimpinan yang masih terasa luka lama tersebut," tegur beliau secara halus.
JOHANNESBURG 6 Mei – Isteri kepada seorang Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Sheryl Cwele didapati bersalah menyeludup kokain ke negara ini.
Mahkamah Tinggi Pietermaritzbur semalam mendapati, Cwele, yang berkahwin dengan Menteri Siyabonga Cwele, bersalah kerana menggunakan wanita muda untuk menyeludup dadah ke negara ini.
Menurut laporan media tempatan, hukuman ke atasnya dijadualkan diputuskan hari ini. – AFP
TOKYO 6 Mei – Satu gempa bumi kuat melanda timur laut Jepun semalam, kawasan yang telah pun musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berukuran 6.1 skala Richter itu berlaku pada pukul 12.58 pagi (10.58 waktu Malaysia), 276 kilometer ke timur Sendai, Pulau Honshu.
Bagaimanapun tiada laporan kerosakan atau kematian dibuat. Amaran tsunami turut tidak dikeluarkan. – AFP
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Kenapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan dunia akan lebih aman sejurus selepas Osama bin Laden diisytiharkan mati dibunuh oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama?
Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan kata-kata Najib bahawa dunia lebih aman dengan kematian Osama adalah terlalu mudah (simplistik) dan naif.
Bagi beliau, Najib cuba menguatkan lagi penguasaan geo-politiknya untuk memahami satu fakta yang terang lagi bersuluh bahawa 'Osama dan keganasan adalah hasil ciptaan AS.'
Selain Dr Dzulkefli, pelbagai pihak turut mengecam kenyataan Najib yang berkata, dunia akan lebih aman, selamat dan adil dengan kematian Osama.
Akhbar Berita Harian (gambar kiri) yang dikawal Umno juga secara terbuka menolak pandangan itu apabila menyiarkan satu rencana bertajuk "Tiada jaminan kematian Osama penamat keganasan global".
Bahkan, akhbar Umno sendiri, Utusan Malaysia juga nampaknya bertembung pandangan dengan Najib dalam isu ini.
Para pemimpin pertubuhan Islam juga menolak pandangan simplistik dan bodek Amerika Najib itu.
Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, ini kerana Amerika Syarikat sendiri dianggap sebuah negara imperialis yang sentiasa berusaha untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh dunia, khususnya negara Islam dengan menaja keganasan.
"Kenyataan Najib itu mungkin kurang tepat kerana sebenarnya kuasa Amerika sendiri tetap akan meluaskan pengaruh imperialisme mereka ke seluruh dunia yang sebenarnya menggalakkan keganasan itu sendiri," kata Sheikh Abdul Halim.
Beliau juga percaya bahawa keamanan dunia tidak hanya bergantung dengan kematian seorang Muslim yang sering dilabel pengganas seperti Osama.
"Keamanan ini asasnya adalah keadilan sebagai sebuah idea yang akan menghapuskan penindasan.
"Untuk memastikan keadilan ini mengambil tempat, ia memerlukan usaha bersama. Seorang individu sahaja tidak akan mampu untuk mewujudkan keadilan atau pun mencetuskan keganasan," kata Sheikh Abdul Halim.
Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar) dan Setiausaha Agung Mapim, Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan bersama juga merakamkan kutukan keras terhadap tindakan tentera Amerika membuang jenazah As Syahid Osama ke laut.
"Tindakan ini adalah suatu penghinaan yang jelas dan dunia harus membantah sikap Amerika yang sama sekali tidak boleh diterima.
"Jenazah As Syahid sepatutnya dikembalikan kepada keluarga dan sahabat andainya dan diuruskan pengkebumian yang selayaknya sebagai seorang Muslim," tegas mereka.
PM membodek Amerika
"PM terlalu 'membodek' AS dan Obama. Islam menolak sebarang keganasan. Namun, kita kena faham mengapa keganasan terus berlaku?" bidas Dr Dzulkefly (gambar) dalam ulasannya mengenai hal ini.
Menurut Dr Dzul, terdapat dua penyebab utama kezaliman AS iaitu dalam bentuk polisi dan tindakan.
"AS pembekal WMD (weapon of mass destruction – senjata pemusnah besar-besaran) serta terus membekalkan senjata tercanggih dengan penyelidikan mereka termasuk kepada Iraq (Saddam), Israel dan lain-lain merupakan punca kezaliman akibat daripada tindakan.
"Ketidakadilan polisi pula berlaku khasnya di kawasan Timur Tengah dan Palestin juga merupakan salah satu bentuk kezaliman AS," terangnya lagi.
Najib sepatutnya, kata Dr Dzul peka dengan hati-budi dan maruah umat Islam khususnya di Timur Tengah dan Palestin, di mana kezaliman terhadap negara-negara Islam di sana dibiarkan berterusan oleh kuasa-kuasa di Barat.
"Berdekad Barat mengizinkan kezaliman. Inilah punca segalanya," ujar beliau. "PM sepatutnya kata - dunia tidak akan selamat kalau Amerika masih bersikap dwi-standard menyokong keganasan di Timur Tengah dan Palestine walaupun Osama dibunuh."
Selain itu, Dr Dzul berkata Najib juga harus bertanya balik kepada Obama, "Bukankah Osama anak didik Amerika? Mengapa Osama berpaling tadah selepas tamat blok Russia?", di mana menurutnya ia adalah disebabkan sikap dwi-standard AS sendiri.
Sekiranya Najib ingin menjadi juara umat Islam, Dr Dzul menasihatkan beliau supaya jangan bertindak semata-mata kerana ingin membodek Obama dan AS untuk kerana mahu diundang ke White House dan merenungkan siapa penaja kezaliman yang sebenarnya di dunia ini.
"Malangnya apabila ada pemimpin negara umat Islam yang membodek AS kerana mahu diundang ke Rumah Putih. Tindakan ini amat mengaibkan umat Islam.
"PM kalau mahu jadi juara umat Islam, jangan bertindak 'membodek' Obama-AS. Jangan berbolak-balik! PM perlu menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf dengan kadar segera bagi menjaga sensitiviti umat Islam," nasihat Dr Dzul.
Persoalan yang harus direnungkan semua umat Islam
Sebagai pemimpin Islam, patutkah Najib mengeluarkan kata-kata begitu, atau lebih tepat lagi, adakah Najib terlupa bahawa dirinya seorang Islam dan juga seorang pemimpin yang majoritinya Islam ketika mengeluarkan kenyataan tersebut yang ternyata akan menyinggung sensitiviti umat Islam sedunia?
Ataupun, itu sememangnya jiwa Umno seperti yang dinyatakan oleh MCA tempoh hari, apabila parti tersebut menyuruh PAS membuang perjuangan Islamnya sekiranya ingin menerima jemputan Umno menyertai Barisan Nasional (BN)?
Jikalau Umno masih ingat akan perjuangan Islam, sepatutnya MCA sudah lama melenting untuk keluar daripada BN.
Adakah ini bermakna MCA, yang kebelakangan ini telah semakin menunjukkan belang anti-Islamnya, masih sanggup berada dalam BN sehingga kini semata-mata kerana mereka 100% yakin dan pasti bahawa Umno sudah tidak berpaksikan lagi pada Islam dalam segala tindak-tanduknya?
SHAH ALAM 6 MEI : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya.
"Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan."
Semalam, Mat Zain melalui surat terbukanya menyarankan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Gani Patail dan Musa Hassan kerana menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan Malaysia.
Mat Zain dipetik sebagai berkata kesalahan keadilan awam, yang didakwa ke atas Gani Patail dan Musa Hassan "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."
Justeru Khalid ketika dihubungi TV Selangor berkata, penubuhan suruhanjaya ini penting agar kerajaan persekutuan dapat membersihkan imej instituisi ini dimata rakyat.
"Penubuhan RCI itu untuk menyiasat kes itu dan latarbelakang kes itu adalah amat perlu sekiranya kerajaan ingin mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pendakwaan di negara."
Khalid turut menyifatkan pemilihan jawatan peguam negara tidak boleh diambil sambil lewa dan paling penting individu itu perlu bebas serta tidak terikat dengan mana- mana parti politik yang akan mempengaruhi pendakwaan yang dibuat.
"Jawatan peguam negara adalah begitu penting, dan perlu bebas daripada pengaruh politik dan kesetiaan politik yang menebal," katanya.
Sekiranya pendakwaraya didapati bersalah seperti mana yang didakwa oleh Datuk Mat Zain, di mana telah berusaha menutup maklumat sebenar yang berlaku, maka dia mesti dipecat dan didakwa," katanya lagi.
Sebelum ini Mat Zain mendedahkan Gani Patail berperanan dalam insiden mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 12 tahun lalu.
Dari Ali (bin Abi Talib) r.a, katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah SAW mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan melantik seorang lelaki menjadi komandan mereka. Satibanya di suatu tempat, komandan tersebut menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam unggun api tersebut.
Sebahagian anak buahnya telah bersedia untuk melompat ke dalam unggun api tersebut tetapi yang lain berkata:"Kita harus lari dari api itu." Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah SAW.
Maka beliau bersabda:"Seandainya kamu melompat ke dalam api itu kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti." Kemudian baginda bersabda pula kepada yang lain dengan lemah lembut:"Tidak wajib taat kepada perintah untuk menderhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan."(Muslim)
Huraian
Kepatuhan dan ketaatan kepada manusia dan peraturan ada batasnya. Manakala kepatuhan dan ketaatan kepada Allah adalah telus kepada-Nya dan seharusnya tidak ada hijab yang menghalangnya. Faham tentang batas dosa dan pahala, tahu tentang batas halal dan haram, mengerti tentang situasi fasad dan mungkar,
maklum tentang wajib dan harus akan memberikan kita gambaran sejauh manakah sesuatu perintah seseorang ketua itu wajib ditaati. Sekadar pertimbangan akal semata tidak ada jaminan yang sesuatu perintah itu wajib dipatuhi. Sekadar ukuran logik dan rasional juga tidak memadai. Sekadar berpandukan orang ramai yang juga melakukannya juga belum ada jaminan ia selari dengan syarak.
Justeru hanya sifat manusia yang memiliki jiwa hamba yang tinggi yang akan patuh dan taat kepada perintah Allah. Keimanan manusia kepada Allah menyebabkan manusia ada benteng. Ketakutan manusia sesama manusia boleh dielakkan dan boleh dicari jalan keluar. Benteng syarak inilah yang memandu manusia memilih jalan yang baik dan jalan yang sebaliknya.
Orang-orang yang di dalam hatinya selalu ada Allah SWT maka hatinya akan selalu
tenteram jiwanya dan tidak khuatir akan kesulitan dan kegelisahan hidup kerana
semua itu datang dan kembali kepada Allah SWT sehingga mampu bertahan hidup
di jalan yang lurus dalam keadaan apa pun. Setiap orang yang berakal mampu
merasakan kebesaran Allah.
Orang yang tidak ada Allah SWT di hatinya tidak memiliki petunjuk hidup yang lurus,
tidak mempunyai tempat untuk mengadu, tidak memiliki Yang Maha Memiliki untuk
meminta, tidak begitu percaya adanya kehidupan setelah kematian sehingga hidupnya
hampa.
Di mana yang ada di fikirannya hanyalah bagaimana cara untuk mendapatkan
kenikmatan dan kesenangan hidup untuk dirinya sendiri dan orang disekitarnya walau-
pun sanggup mengorbankan orang lain yang tidak bersalah demi mencapai tujuan
dunianya. Mereka inilah orang yang rugi.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
LONDON: Porto dan Braga melepasi saingan separuh akhir untuk mengatur pertemuan kelab Portugal pada final Liga Europa di Dublin pada 18 Mei ini.
Braga mengatasi defisit 2-1 pada perlawanan pertama denan kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan kedua di tempat sendiri untuk mengatasi Benfica dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
Porto yang menjadi pasukan pilihan ke final selepas menang 5-1 pada perlawanan pertama di tempat sendiri, mengesahkannya walaupun tewas 3-2 kepada Villarreal.
ORANG ramai melihat keadaan kereta Proton Saga yang remuk setelah bertembung dengan kereta Volvo dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah
PASIR MAS - Empat maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan tragis melibatkan enam buah kenderaan di Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Tanah Merah di sini kelmarin.
Kejadian pukul 7.20 malam itu menyebabkan dua remaja berusia 16 tahun, Chik Shamsuddin Mat Ghapar dari Kuala Krai dan sepupunya, Muhammad Faizal Fakruddin dari Kampung Kubang Chenok mati di tempat kejadian. Ketika kejadian, mereka menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tidak mempunyai lesen.
Turut terkorban ialah seorang lagi penunggang motosikal jenis Honda Wave, Ariff Che Mohd. Zain, 35, dari Kampung Chabang Empat Chetok serta seorang pemandu kereta, Wee Thai Kit, 40, dari Chabang Empat, Cherang, Kota Bharu.
Seorang lagi pemandu kereta, Hazayudi Mohd. Zainal Abidin, 36, parah manakala anak Ariff, Mohd. Alif Azham, 12, cedera ringan akibat tercampak ke bahu jalan. Mereka kini dirawat di Hospital Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Chik Shamsuddin dan Muhammad Faizal dari Tanah Merah ke Pasir Mas bertembung dengan motosikal yang dinaiki Ariff serta anaknya.
Katanya, ketika itu, motosikal remaja berkenaan ditunggang dengan melawan arus.
"Ekoran pertembungan itu, kesemua mangsa kecuali Mohd. Alif tercampak ke atas jalan lalu digilis oleh dua buah lori. Beberapa saat kemudian, sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu Hazayudi dari arah yang sama cuba mengelak mangsa-mangsa sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga yang dipandu Thai Kit.
"Kesemua mangsa mati di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Hazayudi patah jari kelengkeng tangan kanan. Mohd. Arif pula cedera ringan," katanya.
Tambahnya, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.
Sementara itu, abang Muhammad Faizal, Muhammad Khairul, 18, memberitahu, dia tidak menyangka kemalangan yang dilihatnya itu rupa-rupanya melibatkan adiknya sendiri.
"Saya terkejut apabila mendapati adik saya sendiri terlibat dalam kemalangan itu. Ketika kejadian, dia bersama sepupunya hendak pergi membeli nasi," ceritanya yang memberitahu mangsa merupakan anak ketiga daripada enam beradik.
BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kilang yang dipercayai minum racun rumpai selepas menikam janda muda yang juga merupakan tunangnya berubi-tubi hingga mati di stesen minyak tempat wanita itu bekerja disahkan meninggal dunia kelmarin.
Shahimi Ismail, 37, mati pada pukul 11.55 malam ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini. Dia mati hampir 17 jam selepas membunuh tunangnya.
Menurut sumber, Shahimi minum racun jenis 'paraquat' di kawasan taman rekreasi di Ampang Jajar di sini selepas menikam tunangnya.
"Shahimi sempat menghubungi ahli keluarganya sebelum dia ditemui di situ," katanya.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian Shahimi.
Kabinet Bayangan- sekumpulan ahli parti politik senior yang berada di luar kekuasaan, para ahli parti poltik ini mungkin akan menganggap kedudukan yang sesuai sebagai menteri dalam Kabinet British jika parti mereka terpilih. Maksudnya mereka ini seolah-olah jadi menteri sampingan walaupun mereka tidak berkuasa penuh seperti menteri yang dilantik oleh kerajaan negeri.
Bagi negeri Sarawak kerajaan cabinet bayangan adalah satu yang baru maka apa yang perlu difikirkan oleh Pakatan Rakyat (PR) adalah seperti berikut:-
- Kepada wakil yang terpilih dari parti dalam gabungan pakatan rakyat seharusnya bekerjasama dan mempastikan setiap projek kerajaan BN yang telah diluluskan dijalankan dengan telus.
- Kepada setiap wakil PR yang telah dilantik sebagai menteri kebinet bayangan mesti memantau setiap tugas yang ada persamaan dengan menteri BN agar selaras dengan tugas masing-masing.
- Kabinet bayangan Pakatan Rakyat (PR) Sarawak seharusnya lebih baik dari kerajaan negeri sekarang untuk membaiki serta membangunkan usaha ke arah Negara berkebajikan untuk semua rakyat.
- Setiap tugas yang telah diamanahkan seharusnya dijalankan dengan tanggungjawab dan adil tanpa memilih warna kulit, agama, bangsa dan fahaman politik.
Untuk memperluaskan kabinet bayangan PR Sarawak calon yang dicadangkan oleh pemimpin DAP seharusnya memiliki kemampuan melalui pengetahuan dan pengalaman mereka bukan berpandukan bangsaa agama atau ahli parti sebagaimana yang dicadangkan sekarang.
Oleh kerana cabinet bayangan adalah perkara baru untuk Sarawak maka setiap cadangan yang dibuat seharusnya mendapat kerjasama dan persetujuan dari semua pihak sebelum sebarang dilaksanakan. Walaubagaimana pun seharusnya setiap permulaan itu ada kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa.
MUDAH untuk dibaca mengapa Eskay mengeluarkan perkataan ini, "Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay (Malaysiakini). Kerana apa? Sebab utamanya tentulah beliau mahu mengelak dari dibicarakan di dalam kes qazaf. Lojik tak?
Sekarang ini majoriti rakyat termasuk yang Non Muslim menolak dan mentertawakan sumpah laknat Eskay. Umat Islam, termasuk beberapa tokoh ugama dan Mufti meminta isu ini diadili mengikut Islam iaitu di dalam Mahkamah Syariah berkaitan hukum Qazaf. Apa itu Qazaf? Qazaf adalah satu bentuk perundangan Islam yang mana barang siapa yang menuduh seseorang itu berzina tanpa membawa 4 orang Saksi yang adil, maka hendaklah dibicarakan di bawah kes qazaf.
Ini lah yang amat ditakuti oleh Eskay kerana Qazaf memperuntukkan 80 kali sebatan jika sabit kesalahan. Ketika sebatan dilakukan, tentunya tidak dibenarkan memakai baju besi atau kalis peluru. Justeru itu, cerita mesti diubahsuai bahawa beliau tidak menuduh Anwar berzina tetapi jelas, terang dan nyata di dalam sumpahnya beliau menyebut Anwar yang beraksi di dalam video seks berkenaan kerana beliau ada di situ. Menambahkan bukti lagi, beliau mengugut agar Anwar dan Azizah meletakkan jawatan di dalam politik sekiranya tidak mahu video seks berkenaan diedarkan.
Ada seorang teman FB saya berhujah, mengapa bukti video tidak boleh diterima di dalam kes zina ini dan mengapa perlu 4 orang saksi? Beliau memberi contoh kisah Nabi Allah Yusof AS dengan Zulaikha yang mana hanya baju koyak dijadikan bukti, tiada pun menggunakan 4 orang saksi. Inilah pertanyaan puak-puak yang sudah sebati dengan Umngok yang tidak pernah serius dengan hukum hakam Islam yang membuatkan mereka terus jahil.
Saya bukan mahir untuk menjawab hujah teman saya ini, tetapi saya katakan padanya adakah Nabi Allah Yusof dan Zulaikha itu berzina? Kisahnya secara rengkas, Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusof tetapi tidak dilayan oleh Nabi Yusof lantas ketika terdesak, Zulaikha menuduh Nabi Yusof cuba mencabul atau merogolnya.
Maka, perlu apanya 4 orang saksi di dalam kes ini? Memang ketika itu apa jua bukti yang ada boleh digunakan kerana tidak melibatkan kes zina. Justeru itu, baju yang koyak di bahagian belakang Nabi Yusof dijadikan bahan bukti. Satu lagi, adakah Syariat Nabi Allah Yusof boleh digunakan di dalam Syariat Nabi Muhammad S.A.W?
Jika Eskay masih berhajat untuk mengenakan Anwar juga, patutnya beliau mengubah cerita baru yang lain iaitu wanita di dalam video berkenaan sebenarnya dirogol oleh Anwar. Jika itu ceritanya, maka terpakailah video itu untuk dijadikan bahan bukti termasuk DNA dan tidak perlu lagi 4 orang saksi.
Mungkin tidak terlambat untuk Eskay mengubah cerita, cuma wanita itu kena cepat sedikit membuat laporan Polis mengatakan sebenarnya beliau dirogol oleh Anwar. Masalah kita lihat di dalam video berkenaan wanita itu melawan atau tidak, itu masalah lain janji Anwar mesti dikenakan. Tidakkah Saiful juga dikatakan `dirogol' dari belakang oleh Anwar walaupun selepas itu Saiful makan karipap dan goreng pisang? Ada orang kisah?
Fahamlah kita mengapa jalan cerita ini sentiasa berubah. Jangan pelik jika jalan cerita ini akan berubah dari zina kepada rogol pula. Sekiranya kali ini gagal juga untuk mengenakan Anwar, tidak perlu bimbang kerana Eskay telah memberitahu ada yang lain untuk didedahkan. Ada kita kisah?
Saya tersedak dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba. Selepas meneliti paparan berita online di Bernama.com pagi ini, ia dikhususkan melalui perbandingan dengan isteri-isteri pemimpin dunia. Mungkin betul maksud isi hati saya pada mulanya jika ia hanya diperbandingkan dengan sebahagian isteri-isteri pemimpin dunia yang hadir di Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 semalam.
Mungkin juga tidak jika ketokohan suami Emine Erdogan yang juga hadir di Sidang Kemuncak itu iaitu Recep Tayyip Erdogan diambil kira berbanding Datuk Seri Najib Razak, mungkin calon yang lebih sesuai dikatakan sebagai tokoh wanita yang harus dicontohi berbanding isteri-isteri pemimpin dunia yang lain khususnya Rosmah, lebih-lebih lagi penganjuran Sidang Kemuncak itu diadakan di Turki dan beliau, Emine Erdogan adalah tuan rumah kepada Sidang Kemuncak itu.
Kita pasti ingat bagaimana Perdana Menteri Turki itu, di World Economic Forum bertikam lidah dengan Simon Peres Perdana Menteri Israel sambil menjerit "You're killing people!" dan kemudian terus meninggalkan pentas itu sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Saya tidak melihat ketegasan seperti itu datangnya dari Datuk Seri Najib Razak khususnya pandangan tegas beliau ke atas polisi jahat Israel di bumi Palestin sehingga ke hari ini.
Faktor itu jika diambil kira, termasuk kewajipan Rosmah sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan dari Allah S.W.T dalam urusan menutup aurat, secara peribadi saya tidak akan bersetuju atau sependapat dengan Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 untuk melabelkan Rosmah sebagai tokoh yang baik untuk dicontohi khususnya kepada wanita ISLAM di seluruh dunia termasuk menggelarkan beliau sebagai Wanita Pertama Negara sedangkan gelaran itu hanya berhak disandang oleh Raja Permaisuri Agong.
KUALA LUMPUR 5 MEI : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi gesaan agar Putrajaya mengkaji semula undang-undang yang mengawal ketat media berikutan laporan terbaru Malaysia masih kekal sebagai negara dalam kategori tidak bebas.
Dalam laporan dikeluarkan kelmarin, Malaysia berada di tangga ke-143 daripada 196 negara yang diselidik dalam kajian tahunan mengenai kebebasan media, yang menunjukkan ia sebagai tidak bebas.
Malaysia diletakkan bersama dengan Angola dan Madagascar, yang memperoleh 64 mata. Negara yang memperoleh mata rendah dalam Indeks Kebebasan Akhbar dilihat sebagai negara paling bebas.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya tetap berpendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tanggungjawab dan peranan media harus dikaji balik dan hak akses yang saksama kepada maklumat harus dipertahankan.
"Dalam hubungan ini, suruhanjaya ingin melihat penubuhan segera Majlis Perundingan Media Kebangsaan, sebagai sebuah badan kawal sedia kendiri, yang akan diuruskan oleh pengamal-pengamal media, yang boleh menjadi galakan besar kepada kebebasan media sambil memastikan kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab," kata beliau.
Sehubungan itu beliau berkata undang-undang yang ketat seperti Akta Mesia Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji balik dan diambil pendekatan yang lebih liberal untuk meluluskan dan memperbaharui permit dan lesen penerbitan dan percetakaan, dengan dibolehkan proses memperbaharui lesen dan permit secara automatik.
"Dalam mempertahankan ketelusan dan akauntabiliti dan memastikan aspek semakan dan imbangan, suruhanjaya menekankan pendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tugasan media perlu dikaji balik," katanya.-TheMalaysianInsider
PARIT BUNTAR, 5 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata negara sekali lagi dikejutkan dengan kenaikan harga Ron 97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi dan menjadikan kenaikan tersebut untuk kali yang ke tujuh dalam tahun 2011 atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengelami kenaikan.
"Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat untuk berlipat kali ganda.
"Mengapa kita ikut sama naik harga minyak dan rakyat menerima bebannya" soalnya?
Selainitu beliau menjelaskan jenama minyak nasional Petronas, diketahui kualitinya terbaik sehingga diguna untuk jentera formula satu Mercedes GP Petronas.
"sudah pasti negara telah mendapat keuntungan kerana minyak negara di eksport ke seluruh dunia" jelasnya
Walaupun BN berusaha menjelaskan bahawa mereka komited menjaga kebajikan rakyat dengan mengekalkan harga RON 95, hakikatnya peratus kenderaan yang menggunakan RON 97 masih tinggi.
"kenderaan-kenderaan luar negara yang masuk Malaysia diwajibkan mengguna Ron 97, jumlah kenderaan berkapasiti tinggi pula masih banyak menggunakan minyak jenis itu, jelaslah bahawa dasar BN adalah menindas rakyat, bukan membela" jelasnya.
YB Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berkata bahawa RON 95 yang dikekalkan cuma bermotif politik sedangkan minyak tersebut tidak berkualiti dan berpotensi besar menjejaskan enjin untuk jangka masa panjang.
"Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa BN tidak mampu mentadbir negara dengan baik," ujarnya.
"Sepatutnya kerajaan BN cari jalan lain untuk dapat wang, bukannya perah poket rakyat dengan sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak"
KANGAR - Demokrasi adalah suatu yang amat berharga sehinggakan orang sanggup mati mempertahankannya, kata Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Besar, Mohd Anuar Tahir.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat melihat proses demokrasi yang diamalkan di dalam PAS sebagai sebuah gerakan Islam menghormati hak dan kebebasan bersuara dan memilih pimpinan dengan syarat ianya dilaksanakan berlandaskan syariat.
"Kita di dalam PAS mempertahankan amalan demokrasi yang dilaksanakan dengan beretika dan diimbangi puka dengan kaedah syura," katanya mengulas tentang pemilihan parti yang sedang berlangsung .
Sementara itu Timbalan Yang Dipertua, Wan Kharizal Wan Khazim pula berkata amalan demokrasi di dalam PAS perlu dihormati oleh semua pihak khususnya di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri.
"Sebab kita pilih demokrasi di dalam parti, biarlah demokrasi yang kita praktikkan di dalam PAS menjadi contoh kepada semua," jelasnya. Manakala Naib Yang Dipertua, Ustaz Yahya Ahmad pula meminta semua ahli dan pimpinan PAS supaya merapatkan semula saf perjuangan parti selepas menjalani proses pemilihan pada tahun ini.
"Yang pentingnya kita nak meneruskan kerja-kerja kita, rapatkan semula saf dan beri tumpuan khususnya kepada pesediaan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang," ujarnya.
Ketiga-tiga pimpinan kawasan ini ditemui selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa PAS Kawasan di Markas Tarbiah PAS Kawasan Padang Besar di Santan dekat sini minggu lalu.
PAS Padang Besar melantik mantan Ketua Pemuda, Sarudin Abu Bakar selaku Setiausaha dan mengekalkan Bendahari serta Ketua Penerangan sesi lalu.
Ketika pelbagai teori konspirasi menjelma di sebalik dakwaan Osama Ben Laden dibunuh tentera Amerika Syarikat, umat Islam dicadang mengingati tokoh terbabit di atas keberaniannya.
Keberanian berdepan Amerika Syarikat yang dianggap sebagai polis dunia bukan perkara mudah tanpa ada kekuatan dalaman.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, orang ramai boleh mengabdikan nama Osama pada bangunan, jalan atau apa sahaja sebagai penghormatan terhadapnya.
"Slogan mengenai keberanian Osama juga boleh dipamerkan. Ini sebagai usaha kita menghormati kehebatan yang ada padanya.
"Tidak ada tokoh yang berani berdepan dengan kuasa besar dunia itu, biar pun mereka menuduh Osama sebagai pengganas.
"Kita boleh pamerkan perkataan US is the killer Osama,".
Beberapa hari lalu Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan kematian Osama berikutan dakwaan kejayaan tentera negara terbabit membunuhnya di sebuah rumah di sempadan Pakistan.
Ramai menganggap Amerika Syarikat memalsukan pengumuman tersebut sebagai alasan bagi mengundur 130,000 anggota tentera Bersekutu di Afghanistan, sebagai menamatkan peperangan 10 tahun melawan Taliban.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, dakwaan kematian Osama juga agak meragukan kerana tiada gambaran jelas diberi.
"Dakwaan mereka mayat Osama dibuang ke laut cukup meragukan kerana tidak disertakan sebarang bukti.
"Kalau pun benar begitu, ia juga merupakan suatu tindakan yang amat tidak kena memandangkan mayat orang Islam mesti diurus mengikut peraturan ditetap agama.
"Membuang mayat orang Islam ke laut ditentang ulama Islam di seluruh dunia termasuk Universiti al Azhar. Dalam Islam mayat perlu diberi penghormatan dan bukan dihina,".
Kata beliau umat Islam juga hendak tahu sama mayat yang didakwa Osama tersebut diurus dengan cara Islam sebelum dibuang ke laut.
Menurutnya Amerika Syarikat tidak boleh mengurus jenazah orang Islam dengan cara sekular sehingga membelakangkan peraturan agama.
Oleh itu beliau mencadangkan sebagai menghormati dan simpati terhadap keberanian Osama berdepan dengan negara imperialis barat, umat Islam boleh mengabdikan namanya pada tempat-tempat tertentu.
cadangan itu bukan bermakna menyokong keganasan seperti didakwa barat, sebaliknya mengenangkan keberaniannya berdepan kuasa besar dunia.
KANGAR - Tuduhan mengatakan pihak yang menghalang usaha penyatuan PAS-Umno sebagai pengkhianat Islam adalah keterlaluan, kata Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin.
Mengulas kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya baru-baru ini, beliau meminta agar Sahibussamahah itu menyiasat terlebih dahulu kenapa PAS menolak pelawaan Umno.
"Dah terlalu banyak yang mereka (Umno) lakukan kepada PAS sebelum ini dan keadaan yang ada sekarang tidak membentuk suasana yang kondusif untuk kita bersama denga mereka.
"PAS pernah berpengalaman duduk bersama mereka dulu tetapi Umno sendiri tidak bersedia untuk mendengar pandangan PAS ke arah kebaikan negara dan Islam itu sendiri," ujarnya.
Selain itu, Ustaz Hashim melihat perwatakan Umno sejak dari dahulu tidak pernah berubah khususnya berkaitan dengan Islam.
"Umno sekarang samalah seperti dulu dari segi pegangan, perangai dan tingkahlaku. Jadi PAS tidak bersedia untuk digigit pada lubang yang sama sampai dua kali. Kita tak mahu pisang berbuah dua kali," jelasnya.
Untuk itu katanya lagi, PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada Juanda maklumat-maklumat berkaitan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno.
"Mengapa Dr Juanda tidak meletakkan syarat untuk perpaduan itu mengikut pandangan Islam dan bukannya perpaduan secara mutlak begitu saja? PAS Perlis bersedia untuk membekalkan kepada beliau maklumat yang menyebabkan pada masa ini kita masih menolak perpaduan dengan Umno," jelasnya.
Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini. Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul. PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik. Pas tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak. PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain mengucapkan jutaan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS Perak yang telah mengadakan mesyuarat agung diperingkat kawasan dan cawangan masing-masing. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh cawangan dan kawasan PAS di negeri Perak kerana telah berjaya melunaskan tanggungjawab berdasarkan perlembagaan PAS untuk diadakan mesyuarat agung diperingkat cawangan dan kawasan masing-masing. Beliau juga menyatakan, tujuan utama mesyuarat agung PAS diperingkat cawangan dan kawasan bukan semata-mata untuk menunaikan amanah yang telah ditetapkan dalam perlembagaan PAS, tetapi ia lebih dari itu kerana pentingnya sesebuah Parti Islam ini untuk menyusun dan memperkemaskan pengurusan organisasinya. Memetik ucapan beliau, " kita sebagai individu dan kumpualan yang berjuang di atas landasan Islam perlu memahami kehendak Allah" "Sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang-orang yang berperang pada jalan-Nya dalam barisan yang teratur rapi, seolah- olah mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh." (As-Saff: Ayat 4) Beliau juga turut menyatakan, sesungguhnya ruh dan tuntutan sebenar yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat tersebut di mana Allah SWT mewajibkan Islam ditegakkan secara berencana dan berjamaah dalam satu pengurusan yang tersusun rapi laksana sebuah bangunan kukuh. Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan bahawa, mesuarat agung cawangan dan kawasan adalah medan muhasabah yang paling baik untuk memberi teguran dan pandangan yang membina kepada parti. Pemimpin yang berada di atas pentas tidak boleh terasa hati dan emosi dengan kritikan yang bakal dikeluarkan oleh perwakilan. Mereka mesti menerima teguran dan pandangan dengan dada yang terbuka, pemimpin terkadang tidak nampak kelemahannya. Sebagai pejuang Islam, kita perlu menerima teguran dengan dada yang lapang dan fikiran yang terbuka. Membetulkan segala kelemahan dan kekurangan jika perkara itu benar. Kita tidak mahu segala kritikan tadi tidak memberi apa-apa erti kepada rentak kepimpinan kita. Kita yakin pandangan perwakilan adalah ikhlas dan sayang kepada pimpinan dan jamaah. Beliau juga menyatakan, perwakilan juga mesti bersedia untuk menerima teguran dan arahan daripada pemimpin. Mereka juga mesti bersedia mendapat penjelasan dan teguran yang membina. Mungkin apa yang dipandang oleh pemimpin adalah perkara yang agak terlindung kepada perwakilan dan ahli. Maka jangan pula kita tidak bersedia untuk menerima arahan yang diberi oleh pemimpin. Memetik ucapan beliau " Dasar PAS ialah Islam, dengan fikrah perjuangan inilah ia memberi kesan kepada gerak kerja parti. Hanya orang yang yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PAS akan terus mara bersama dengan PAS. Mereka yang tidak yakin akan tergelincir dan tertinggal dalam perjuangan. Mereka yang yakin tidak akan berdolak dalik dalam perjuangan. Bagi mereka yang tidak yakin mereka akan mencari seribu alasan untuk tidak mahu bersama dengan perjuangan PAS" " Perbetulkan niat , rebut ganjaran Allah bagi merintis kemenangan, itulah ungkapan yang kian menjadi zikir dari kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai usaha dan kerja buat untuk mencapai kemenangan dan nyata kemenangan yang diidam adalah suatu yang amat mustahil jika ruhiyah kita tidak diisi dengan Keimanan yang tinggi , ini kerana disana yang amat pasti adalah segala macam kepayahan , Ibtila' dan tribulasi sedang menanti dihadapan.Maka Tarbiyah menjadi asset penting kepada prinsip perjuangan agar kehidupan kita dapat dipandu dengan Keimanan bukan dengan kerakusan syahwat , pijar mengejar kekayaan dan kuasa duniawi semata mata". " PAS akan sentiasa komitmen dan istiqamah bersama Pakatan Rakyat bagi menumbangkan kuasa Umno BN yang sudah lama bertapak di Malaysia dan Perak khususnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru seperti Pakatan Rakyat adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia". " Saya mengingatkan mengingatkan agar seluruh cawangan dan kawasan PAS di Perak, berusaha untuk menambahkan ahli-ahli PAS di cawangan dan kawasan masing-masing, selain itu kawasan juga perlu menambahkan jumlah cawangan PAS dan ianya dipastikan aktif, daftar pengundi-pengundi baru juga perlu dipertingkatkan untuk memastikan kemengan milik kita untuk PRU 13 ini, perkukuhkan dana akaun parti bagi melancarkan gerak kerja parti"
Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.
Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.
PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.
Pas tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.
PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.
Jelebu, 4 Mei 2011 - Hari ini PAS Kawasan Jelebu telah menerima kemasukan Hj Annuar Bin Hashim ke dalam PAS. Hj Annuar Hashim adalah bekas orang kuat United Malays National Organisation (UMNO) di Jelebu ini. Beliau telah bersama dengan UMNO selama 35 tahun. Jawatan terakhir beliau bersama UMNO adalah sebagai Pegawai Peribadi Khas kepada EXCO Pertanian Negeri Sembilan iaitu Dato' Yunus Rahmat yang juga ADUN Klawang.
Hj Annuar dahulu berkhidmat sebagai pegawai FELDA selama lebih 20 tahun dan pernah berkhidmat di Gua Musang selama 9 tahun. Satu sidang akhbar khas telah diadakan dengan dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS NS, YB Hj Taufek Ghani dan En Yau Con Seng (Pengerusi DHPPNS).
Menurut Hj Annuar FELDA adalah salah satu agensi kerajaan yang mencapai keuntungan beratus juta setahun dan pernah sekali FELDA pernah mencapai keuntungan sehingga 1 billion ringgit.
Menurut beliau lagi ini kerana semenjak tahun 1980 FELDA telah memberhentikan kemasukan peneroka ke rancangan tanah FELDA, sebaliknya mereka (FELDA) telah menubuhkan FELDA Plantations yang telah lari dari konsep asas, asal penubuhan FELDA. Penipuan dalam Gred buah sawit memang telah lama berlaku menurut beliau.
Apabila ditanya kenapa secara tiba-tiba beliau ingin meninggalkan UMNO setelah bergelumang selama 35 tahun dalam parti tersebut. Beliau menyatakan beliau telah muak dengan cerita fitnah UMNO ke atas Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis dan beliau juga tidak nampak perubahan ekonomi yang drastik seperti yang diwar-warkan oleh UMNO/BN yang ingin dibawa ke Malaysia setelah lebih 50 tahun memerintah.
Rakyat Malaysia semakin terhimpit, susah nak cari makan dan menghadapi kehidupan yang stress sekarang dengan kenaikan harga barang, kata beliau lagi. Ini lah yang menyebabkan beliau berpatah arang dengan UMNO dan mencari platform baru untuk meneruskan perjuangan rakyat.
Sebagai contohnya di Jelebu ini mana ada bas ke Simpang Durian dan Pertang, kata beliau. Macam mana nak naikkan ekonomi atau maju kalau bas pun tak ada memberikan perkhidmatan walaupun sudah lebih 50 tahun kita merdeka, ujar beliau lagi.
Keluar parti selepas 35 tahun Sinar Harian 5 Mei 2011
KUALA KLAWANG - Bekas pembantu khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan ini, membuat keputusan menyertai parti Pas setelah lebih 35 tahun sertai UMNO.
Annuar Hashim mengambil keputusan drastik itu setelah merasakan perjuangannya tidak lagi sehaluan dengan parti Melayu terbesar itu.
Menurutnya, terdapat dua faktor yang mempengaruhi keputusannya keluar daripada UMNO, iaitu faktor dalaman dan luaran.
Menyentuh mengenai faktor dalaman, Annuar mendakwa perjuangan parti itu semakin jauh daripada landasan sebenar, bertentangan dengan agama selain budaya fitnah memfitnah semakin berleluasa.
"Sebagai orang bawahan, saya tidak mampu menegur kerana jawatan saya tidak seberapa. Saya lihat perjuangan Pas lebih konsisten, berlandaskan Islam serta merangkumi insan sejagat.
"Saya juga melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) cenderung untuk menangani isu-isu kurang penting tetapi isu-isu penting seperti pengangguran terus diabaikan.
"Saya mempunyai sembilan anak dan tujuh daripadanya siswazah, namun gagal mendapatkan kerja kerajaan dan sehingga kini bekerja di sektor swasta," katanya pada sidang media dekat sini, pagi semalam.
Turut hadir, Pesuruh-jaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar; ADUN Paroi merangkap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani; Yang Dipertua Pas Jelebu, Kateran Marman; Pengerusi Dewan Him-punan Penyokong Pas Negeri Sembilan, Yaw Con Seng dan Ketua Dewan Muslimat Pas Jelebu, Osnidah Othman.
Sementara itu, Annuar berkata, isu politik lucah bukan sebab utama mendorongnya menyertai Pas dan sepanjang bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Felda selama 23 tahun, banyak perkara berlaku kepada agensi itu yang membuatkannya tidak berpuas hati.
Annuar mendakwa hala tuju Felda semakin berubah sejak kewujudan Felda Plantation yang didakwa tidak memberi keuntungan kepada peneroka miskin.
"Terdapat penyelewengan, di mana peruntukan Felda didakwa disalurkan untuk membantu parti politik tertentu dan bukan untuk kepentingan rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Annuar berkata, sepanjang sembilan tahun terakhir berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir Felda di Gua Musang, beliau menyaksikan satu semangat tulen penyokong Pas di sana.
Menurutnya, hala tuju beliau dengan Pas selepas ini bergantung kepada program Pas Jelebu dan Negeri Sembilan.
"Saya akan berusaha menarik lebih ramai rakan dan kenalan untuk menyertai Pas," katanya.
Beliau berharap Pas dan PR dapat 'menawan' wisma negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Difahamkan, Annuar berkhidmat sebagai pembantu khas kepada seorang ADUN selama enam bulan dan diberhentikan kerja atas alasan tidak banyak kerja dan tugas itu tidak sesuai untuknya.
Namun, selepas dua minggu diberhentikan, jawatan itu diisi oleh orang lain.
Susahnya hendak keluar masuk Sinar Harian 5 Mei 2011
Kampung Bukit Tembok , Port Dickson – Penduduk di Lorong Denak, Kampung Bukit Tembok melahirkan rasa kecewa apabila terpaksa berhadapan dengan kesukaran untuk keluar masuk dari simpang Lorong Denak ke jalan utama setiap hari.
Penduduk, Mohamad Isa, 59, berkata, kesukaran itu dilalui sejak setahun lalu selepas projek menaik taraf jalan di kawasan kampung berkenaan siap dilaksanakan.
Menurutnya, jalan utama sudah siap dinaik taraf selepas projek itu terbengkalai beberapa tahun tetapi simpang atau selekoh untuk masuk ke Lorong Denak tidak sesuai sekali gus menyukarkan kenderaan keluar masuk.
"Jalan ini adalah laluan utama dari Linggi-Port Dickson dan menjadi tumpuan pelbagai jenis kenderaan.
"Di kawasan ini juga tiada sebarang papan tanda atau apa-apa isyarat lalu lintas di tambah kedudukan simpang yang menyukarkan lalu lintas keluar masuk kenderaan dari Lorong Denak ke jalan utama," katanya.
Mohamad berkata, banyak kemalangan sudah berlaku di sini dan kereta yang dipandunya juga pernah dirempuh kenderaan lain dari arah belakang kerana dia memperlahankan kenderaan untuk masuk ke selekoh Lorong Denak.
"Berikutan keadaan simpang yang kurang sesuai, saya dan penduduk kampung ini akan meletakkan kenderaan di kedudukan lebih sebelah kanan untuk menyeimbangkan kenderaan apabila mahu masuk ke simpang berkenaan di sebelah kiri.
"Diharap pihak berkaitan dapat melaksanakan alternatif untuk menangani masalah ini. Sebelum jalan ini dinaik taraf, laluan untuk ke simpang Lorong Denak adalah selari dengan jalan utama dan mudah serta tidak menimbulkan masalah," katanya.
Katanya, laluan itu juga tidak disediakan lampu jalan dan menyukarkan penduduk pada waktu malam kerana pengguna jalan raya tidak menyedari kewujudan simpang di sini.
Sementara itu, Ketua Kampung Kampung Bukit Tembok, Shaari Sidar ketika dihubungi berkata, masalah itu sudah beberapa kali dibawa ke peringkat mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bersama jabatan berkaitan.
Menurutnya, kali terakhir mesyuarat bersama diadakan adalah pada awal April lalu, namun sehingga kini tidak tahu apa tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.
"Tetapi apa yang pasti masalah ini masih berlarutan dan kemalangan juga sudah kerap berlaku melibatkan penunggang motosikal serta pemandu kereta.
"Jabatan Kerja Raya ada memaklumkan jalan ini akan dinaik taraf, tetapi masih menunggu pemaju baru. Kami berharap ia disegerakan sebelum ada nyawa melayang," katanya.
Untuk rekod, Lorong Denak menempatkan hampir 40 rumah yang didiami sekitar 100 penduduk.
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau akan membuat pendedahan baru mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat.
Bagaimanapun tegas Shazryl (gambar), pendedahan itu hanya akan dibuat selepas polis menyelesaikan siasatan dan mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
"Saya akan dedahkan lagi mengenai Anwar tapi akan tunggu siasatan polis selesai.
"Selain itu, saya juga tunggu polis mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks itu... kemudian baru saya akan buat tindakan.
"Pendedahan terbaru ini tiada kena-mengena dengan rakaman video seks, ini soal lain," katanya kepada wartawan selepas memberikan keterangan berhubung kekecohan yang berlaku ketika beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As.
Shazryl, salah seorang "Datuk T" pada 21 Mac lalu telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.
Keluarga tahanan Ordinas Darurat (EO) Mohd Rafe Mohamed Ali dan Mohd Ramadhan Mohamed Ali berkata mereka ditipu sebanyak RM13,000 sebagai bayaran 'jaminan polis' kepada seseorang yang mendakwa diriinya 'Inspektor Zulkifli' yang mampu membebaskan tahanan berkenaan.
Kedua-dua adik beradik itu diheret dari katil mereka oleh kira-kira enam anggota polis dari rumah mereka pada jam 4 pagi awal Mac lalu dan ditahan.
Keluarga mereka diberitahu mereka dibawa untuk siasatan dan tiada butiran dakwaan yang diberikan.
Kira-kira dua minggu kemudian selepas tahanan iti, iaitu pada 24 Mac, keluarga tersebut menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Inspektor Zulkifli dari balai polis Rawang.
Lelaki itu menuntut bayaran RM30,000 jika keluarga itu mahu menyaksikan adik beradik itu dibebaskan. Memandangkan mereka adalah keluarga golongan pertengahan dan tidak mampu jumlah berkenaan, kedua-dua pihak berunding dan jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM13,000.
"Saya tidak tahu kita boleh tawar menawar dengan polis. Pada mulanya saya sangka ia adalah rasuah, tetapi lelaki itu mendakwa wang itu adalah untuk jaminan polis dan mesti dimasukkan ke dalam akaun.
"Saya fikir ini perkara baru dan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun bank," kata abang sulungnya, Moha Mohd Ali pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.
Wang berkenaan kemudiannya dimasukkan ke akaun bernombor 1463 000 888 6525 bank CIMB cawangan Rawang yang dimiliki Ponnan Subramaniam, sepertin yang diarahkan.
Moha kemudiannya menghubungi 'Inspektor Zulkifli', yang memaklumkan kepadanya supaya datang ke balai polis keesokan harinya untuk membawa pulang adik-adiknya.
Keluarga tersebut mengunjungi balai polis di Rawang pada hari berikutnya dan terkejut apabila diberitahu bahawa tidak ada pegawai bernama 'Inspektor Zulklifi' di balai itu dan tiada sebarang arahan untuk melepaskan kedua-dua adik beradik itu.
"Saya sedar saya telah ditipu dan kami membuat laporan polis," kata Moha.
Adiknya, Rohana Mohamed Ali kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis Selayang.
Jurucakap Lawyers For Liberty Fadiah Nadwa Fikri,yang juga hadir pada sidang akhbar ini mendakwa pihak polis terbabit memeras ugut wang daripada keluarga yang ahli mereka ditahan mengikut EO.
"Dengan ini, kita boleh simpulkan mereka adalah anggota polis. Mereka gunakan EO untuk peras ugut wang daripada keluarga mangsa," katanya.
Kalimat yang amat digerunkan oleh umno. Malah disebabkan kegerunan itu mereka menakutkan mca. Hakikat sebenarnya dan luasnya Menegakkan Hukum Allah ialah melaksanakan KEADILAN kepada semua makhluk Allah atas jenis manusia dan bukan manusia. Keadilah untuk semua. Hukum Allah menjamin kesejahteraan untuk semua manusia. Pemerintah yang melaksanakan hukum Allah tidak akan memaksa yang bukan islam. Itulah prinsip yang sebenarnya. Di Madinah ketika Rasullullah masih hidup terdapat juga orang yang bukan islam sedangkan mereka hidup aman. Kerana Kebebalan dan munafik pemimpin umno mereka tidak mahu melaksanakan hukum Allah. Laknatullah ke atas Pemimpin Umno.
Rahaiza & Rozuki… naik turun mahkamah hangpa lepas ni
Oleh: Mujahidah (Wartawan Kedah La)
ALOR SETAR, 4 Mei 2011 – Berikutan penyamaran yang dilakukan individu-individu tertentu di majlis 'penyerahan borang keahlian UMNO' pada 30 April 2011 bertempat di Kuala Sungai, Alor Setar, Kedah baru-baru ini, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah, Sdr Azizi Abdullah.
Individu yang dimaksudkan ialah Ahmad Rozuki (510930-02-5563) yang telah menyamar dengan niat melakukan penipuan sebagai Ketua Cawangan PAS Lahar Buluh sedangkan beliau bukan ahli PAS dan cawangan terbabit juga tidak pernah wujud dalam PAS Kawasan Kuala Kedah.
"Tindakan beliau semata-mata bertujuan menipu, sedangkan beliau sendiri bukan ahli PAS dan cawangan Lahar Buluh tidak wujud dalam kawasan Kuala Kedah," ujar Azizi.
Tambah Azizi lagi, dakwaan Rahaiza Abd Rahim (gambar) yang kononnya seorang ahli muslimat PAS cawangan Kuala Sungai juga merupakan satu pembohongan kerana cawangan tersebut juga tidak pernah wujud dalam kawasan Kuala Kedah.
"Beliau sendiri (Rahaiza) tidak pernah mendaftar sebagai ahli PAS, macamana dia boleh mengaku dia ahli muslimat PAS.
"Penyamaran tersebut bertujuan jahat dan semata-mata mengelirukan orang ramai," tegasnya.
BETULKAH Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang diwujudkan kerajaan Kelantan pada 2006 merampas tanah rakyat.
Anehnya juga mengapa pemimpin Umno Kelantan meluat sangat terhadap program Ladang Rakyat sehingga didesak dikeluarkan kertas putih.
Pengerusi Perhubungan Umno, Dato' Mustapa Mohamed pula mahu mengembalikan semula tanah dibangun Ladang Rakyat seandainya BN berkuasa di Kelantan.
Begitu dahsyat dilempar tuduhan terhadap Ladang Rakyat sehingga diulang-ulang berkali-kali cerita sama di media dikuasai Umno dan BN. Sedangkan penjelasan dikeluarkan kerajaan negeri dibisukan begitu sahaja. Apa pun yang jelas lagi bersuluh, pemimpin Umno terlalu gusar dengan keberkesanan program Ladang Rakyat. Apa tidaknya apabila setiap bulan penduduk miskin mendapat dividen RM200 sebulan.
Penduduk miskin yang berpendapatan kurang RM530 sebulan layak disenarai sebagai peserta program berkenaan. Sekarang seramai 4,332 penduduk miskin mendapat dividen RM200 sebulan.
Sejak dividen pertama dibayar pada Julai 2006 sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM39.5 juta diterima peserta. Pada peringkat awal seramai 1,125 dipilih dan jumlah tersebut bertambah menjadikan sekarang 4,332 orang. Dividen sebanyak itu tidak pernah difikirkan Umno sebelum ini kerana sejak 1990 mereka mendakwa kerajaan di bawah PAS hanya mampu bertahan tiga bulan.
Hari ini Kelantan bukan sahaja tidak bankrap, sebaliknya lebih 4,300 penduduk miskin mendapat bantuan bulanan RM200. Dari mana bantuan tersebut kalau bukan hasil kebijaksanaan pentadbirnya.
Maka benarlah kata orang, Kelantan sebuah negeri berkebajikan. Bukan lagi omong kosong biar pun pemimpin Umno tidak serik menjaja kerajaan negeri merampas tanah rakyat.
Kewujudan Perbadanan Ladang Rakyat dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Febuari 2006. Mulai berkuatkuasa empat bulan selepas itu. Tujuan penubuhannya bagi meningkat sosial ekonomi negeri dan kehidupan penduduk. Selain itu menggalakkan kerja-kerja pembangunan tanah.
Falsafahnya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat melalui sektor perladangan. Selain itu bagi mengurangkan penerokaan tanah secara haram.
"Kita buat ladang dan hasil daripada kemajuan ladang, kita kumpulkan wang dan masukkan ke dalam akaun amanah peserta program Ladang Rakyat.
"Pihak yang diberi kebenaran memajukan tanah perlu membayar secara tahunan kepada akaun amanah. Dan akaun inilah yang kita agihkan kepada peserta Ladang Rakyat sebanyak RM200 sebulan.
"Dividen pertama diagih pada Julai 2006. Sehingga Disember 2010 Ladang Rakyat telah membayar dividen sebanyak 39.59 juta," kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi.
Bilangan peserta disasarkan seramai 4,500 orang. Ada peserta digugur dan belum digantikan akibat kematian. Daripada jumlah tersebut 3,911 orang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan Siam. Peserta di kalangan masyarakat Orang Asal pula seramai 247 orang.
Selain itu turut disenarai sebagai peserta peneroka asal yang menduduki tanah sebelum dimajukan Ladang Rakyat. Mereka seramai 174 orang. Tanah yang mereka usahakan sebelum ini tidak menjadi disebabkan pelbagai masalah termasuk dimusnah binatang liar seperti gajah dan babi.
Dr Nazmi berkata, tanah mereka tidak produktif dan peneroka terbabit menyerah kepada Ladang Rakyat untuk dibangunkan.
"Ladang Rakyat mengesan mereka benar-benar mengusahakan tanah tersebut dan menyenaraikan sebagai peserta Ladang Rakyat. Jumlah peneroka seperti itu terdapat lebih 100 di Lubuk Bongor, Jeli.
"Terdapat juga di beberapa tempat lain di Gua Musang. Mereka bersetuju kebun yang pernah diusahakan diserah kepada Ladang Rakyat.
"Mereka disenarai sebagai peserta untuk melayakkan mendapat dividen sebanyak RM200 sebulan," ujarnya ketika ditemui di sini.
Di Lubuk Bongor diusahakan dengan tanaman kelapa sawit seluas 8,000 ekar. Ladang tersebut dimajukan Ladang Rakyat Lubuk Bongor Sdn Bhd, anak syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd.
Menurutnya juga Ladang Rakyat mengeluarkan mana-mana kawasan yang didapati terdapat pokok getah atau kebun diusahakan penduduk. Kawasan yang ada pokok besar kekal milik peneroka. Dan sekarang ramai di kalangan peneroka asal sudah mendapat geran hak milik.
"Sebab itulah kalau ditengok pelan ladang di Lubuk Bongor tidak berbentuk empat segi kerana ada kawasan yang terpaksa dikeluarkan kerana ada pokok milik peneroka asal.
"Bagi peneroka asal yang menanam lebih luas akan senaraikan lebih daripada seorang sebagai penerima dividen. Bergantung keluasan tanah yang mereka usaha sebelum ini.
" Ini bermakna setiap bulan ada keluarga yang mendapat dividen sehingga RM600," ujarnya.
Model yang dilaksanakan di Lubuk Bongor bagaimana tidak dapat dilaksanakan di Kampung Serian dan Batu 11 di Renok, Gua Musang kerana penduduk tidak berminat.
Penduduk di situ mahukan tanah dan tidak berminat disenarai sebagai penerima bulanan dividen Ladang Rakyat.
Dr Nazmi berkata, kawasan asal yang diluluskan kerajaan kepada Ladang Rakyat di Renok seluas 11,400 ekar. Namun seluas 4,200 ekar dikeluarkan selepas dituntut penduduk.
Sekarang hanya tinggal 7,200 ekar. Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk beberapa kali perbincangan dan perundingan dibuat.
"Ladang Rakyat keluarkan kawasan yang benar-benar diusahakan penduduk. Banyak perbincangan dibuat di peringkat pentadbir tanah Gua Musang.
"Pejabat Tanah juga memanggil wakil-wakil penduduk yang meneroka tanah tersebut di mana mereka telah mengecam kawasan masing-masing," katanya.
Kawasan tersebut dikeluarkan daripada lokasi yang akan dimajukan Ladang Rakyat. Dan selepas lebih dua tahun perundingan dibuat akhirnya Ladang Rakyat membuat pelan kali ketiga, di mana mengeluarkan kawasan diteroka penduduk.
Dan selepas keluar pelan bersih yang tidak lagi membabitkan kebun penduduk, juruukur dilantik menanam batu sempadan.
"Namun tiba-tiba datang kumpulan lain yang mendakwa kawasan tersebut milik mereka, sedangkan di tapak tiada apa-apa tanaman yang diusahakan.
"Tidak ada pokok-pokok getah atau buah-buahan. Pada peringkat awal perbincangan dibuat kumpulan itu tidak pernah datang menuntut hak mereka.
"Kumpulan seperti ini dipercayai terbabit menjual tanah-tanah kerajaan. Ini kerana penduduk yang benar-benar meneroka tanah sudah diselesaikan semasa pemutihan dilakukan," ujar Dr Nazmi.
Sebab itulah kata beliau beberapa ratus ekar di Renok belum dapat ditanam kelapa sawit biar pun geran sudah dikeluarkan atas nama Ladang Rakyat.
Ladang Rakyat juga membangunkan ladang kelapa sawit di Sokor, Tanah Merah; Kuala Balah, Jeli; Kandek, Kuala Krai dan Paloh 4, Gua Musang.
Di Gua Musang juga Ladang Rakyat terdapat di Limau Kasturi, Pasek, Hau dan Pulat. Jumlah keseluruhan kawasan dimaju dengan kerjasama beberapa syarikat seluas 50,000 ekar.
Biar pun terdapat tanah yang diluluskan tidak jauh daripada kawasan Orang Asal, namun penempatan mereka tidak termasuk dalam projek Ladang Rakyat.
Misalnya di Pasek seluas 1,500 ekar dikeluarkan daripada pelan asal Ladang Rakyat. Begitu juga di Belatim kelulusan asal kerajaan seluas 4,000 ekar, namun seluas 1,500 ekar direzabkan untuk masyarakat Orang Asal.
Di Balar (Dakoh), kelulusan awal kerajaan negeri seluas 6,000 ekar untuk program Ladang Rakyat, namun seluas 1,000 ekar dikeluarkan.
Oleh itu Dr Nazmi memberitahu isu yang dipalitkan terhadap Ladang Rakyat jelas tersembunyi agenda politik murahan pihak lawan.
"Ini kerana banyak tanah yang diberi kerajaan negeri dikeluarkan apabila didapati ada tanaman milik penduduk.
"Banyak perbincangan dibuat dengan penduduk tempatan bagi memastikan tanah yang mereka usahakan. Apabila terbukti milik penduduk, kita keluarkan," kata pula Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob.
Dr Nazmi juga hairan setelah pemutihan dilakukan ada pula pihak lain tiba-tiba tampil mengaku, sedangkan ketika perundingan awal mereka tiada. Ini menggambarkan ada pihak mahu mengsabotaj program untuk kebajikan rakyat.
Semalam, Eskay menafikan menuduh Anwar melakukan zina, sebaliknya menyerahkan beban dakwaan itu kepada wartawan yang menonton video itu di Hotel Seri Carcosa Negara pada 21 Mac lalu.
"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,"
"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," katanya kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan itu, lapor Malaysiakini.
Dalam sumpah dia kata DSAI dalam video tu
Ketika ditanya mengenai jam tangan jenama Omega yang diserahkan kepada pihak polis, Eskay enggan menjawab mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya berikutan rakaman video itu langsung tidak menunjukkan jam tangan berkenaan.
Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China.
Dia kata dia akan keluarkan suatu bukti baru pula.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bagi saya, ini merupakan bukti muktamad betapa terdesaknya UMNO. Sebuah video yang jelas bersifat lucah, diambil entah dari mana, kemungkinan besar dari Siam, ingin digunakan untuk menjatuhkan DSAI.
Pertama, orang yang menayangkan video mempunyai niat jahat kerana ditayang dihadapan wartawan dan meminta 'pemimpin pembangkang dan isterinya' (pastilah DSAI dan Wan Azizah) meletakkan jawatan, kalau tidak maka akan didedahkan kepada umum. Kalau tiada motif politik, serahkan sahaja kepada Jabatan Agama dan minta disiasat.
Kedua, jelas juga Dato T mendapat layanan istimewa. Sepatutnya ditangkap polis tetapi seperti yang dilihat semasa acara angkat sumpah mubahalah, dilindungi Polis!
Ketiga, boleh disiarkan petikan video lucah di dalam akhbar dan TV! Hebat, bila ada kepentingan politik, semua boleh!
Beginilah, semua yang kenal DSAI secara dekat telah mengatakan pelakon yang berlakon (dibawah sinaran spotlight supaya mudah dirakam) itu bukan DSAI. Termasuk Wan Azizah sendiri. Lagipun sudah ramai yang timbulkan isu perut yang boroi, misai dan janggut, rambut, pinggul dan bahu dan sebagainya.
Yang duk sibuk bab sumpah mubahalah ni pula satu hal. Ini merupakan bukti bahawa UMNO ingin rosakkan Islam, bukan mahu ikut Islam! Islam tuntut apabila tuduh seseorang berzina, bawa 4 saksi yang adil. Bukan suruh buat sumpah mubahalah yang diguna untuk kes Li'an. Kalau tidak bawa 4 saksi, maka kena hukum Qazaf dan orang yang menuduh itu diistiharkan tidak boleh diterima lagi persaksiannya!
Sekarang orang yang menuduh tidak dikenakan Qazaf dan persaksian melalui sumpah mubahalah itu dijaja merata sedangkan persaksiannya sudah tidak boleh diterima. Inilah undang-undang syariat UMNO yang sesat lagi menyesatkan.
2. KES LIWAT 2
Skrip lama hendak diguna pakai kembali - recycle. Adakah UMNO fikir rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu bodoh dan boleh ditipu lagi dan lagi dengan menggunakan skrip lama?
Soal DNA masyarakat umum sudah mengetahui bahawa ianya diambil dari DSAI semasa beliau ditahan dahulu. DNA boleh dimasukkan ke dalam sampel, tiada masalah. Itulah sebabnya, kerap sangat mencuba sampai ada 5 DNA dalam exhaust yang sama! Termasuk DNA dirinya sendiri! Ini merupakan bukti yang nyata bahawa sampel itu telah dirosakkan dan tidak boleh digunapakai. Tapi oleh kerana dianggap Melayu mudah diperbodoh, maka terus digunakan juga.
Bukti muktamad adalah pengakuan tuan punya kondo, En. Hassanuddin Nordin, bahawa pada hari itu, dia dan keluarganya berada di dalam kondo tersebut. Menurutnya lagi, si penuduh tidak masuk dalam kondonya!
3. TAWARAN MASUK BN DAN KELUAR PR
PM sudah pening kot? Adakah PAS ingin masuk BN dan keluar dari PR sedangkan semua tahu sebab musabab dia menjemput PAS masuk adalah kerana BN sudah mula karam? Kalau bukan kerana karam, mengapa hidung tak mancung, pipi tersorong?
Hakikatnya, politik perkauman adalah politik dunia ketiga. Politik dunia pertama adalah berhubung hak dan keadilan, pentadbiran dan urus kelola yang bersih dan baik. Politik UMNO politik dunia ketiga. Jijik, fitnah, lucah, zalim, perkauman dan rasuah. Maka biarkanlah UMNO karam dengan labu-labunya.
Namun, dalam pada itu ini peluang baik untuk membuktikan bahawa PAS tidak gila kuasa. Ada yang kata PAS kemaruk kuasa sehingga sanggup, kononnya gadaikan Islam untuk berkuasa dengan DAP. Hakikatnya, kalau PAS gila kuasa, sudah tentu akan bersama BN yang sedang berkuasa! Kan lagi mudah kalau kuasa adalah apa yang diutamakan!
Oleh kerana kuasa bukan matlamat utama tetapi sebaliknya perubahan dan soal mendidik rakyat berhubung politik dunia pertama dan politik Islam, maka PAS menolak jalan mudah untuk berkuasa. PAS memilih jalan yang sukar, jalan yang akan berjaya hanya apabila rakyat sedar.
4. SOAL 'AL-KITAB'
Dalam soal Al-Kitab jelas kelihatan UMNO menyerah kalah atas desakan politik. PAS sejak awal lagi sudah konsisten mengatakan bahawa ianya tiada masalah menurut syariat Islam dengan mengemukakan hujjah-hujjah yang bernas untuk menyokong pendirian tersebut. UMNO sebaliknya hari ini kata 'NO' tetapi esok tiba-tiba kata 'YES' tanpa mengemukakan hujjah atau alasan. Jelas bagi yang mahu berfikir, UMNO menentukan hukum berdasarkan kepentingan politik mereka semata-mata.
5. PILIHAN RAYA UMUM KE 13
Akhir sekali, isu PRU ke 13. Saya bersetuju dengan pandangan DSAI, bahawa ianya akan diadakan pada bulan Jun atau Julai ini. Ini rancangan BN buat masa ini tetapi sudah pasti mereka akan pantau keadaan dan suasana. Kalau pihak SB kata jangan lagi, mereka akan tangguh tetapi buat masa ini, itulah rancangan mereka.
Kearah mencapai kemenangan, BN telah berkerja keras mendaftar para pengundi di kawasan sasaran mereka. Termasuklah Shah Alam yang melihat pendaftaran 5,000 pengundi baru dalam masa 3 bulan pertama tahun ini. Hebat, hebat BN. Dalam soal menipu tiada yang boleh menafikan kehebatan UMNO, juara penipu dunia.
Namun, strategi mereka boleh dipatahkan dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, Selangor khususnya, untuk jangan membenarkan UMNO menafikan hak tuan-tuan sekalian untuk memilih kerajaan tuan-tuan sendiri. Ke arah ini, semua perlu berkerja keras untuk memenangkan PR dengan berkempen kepada jiran, rakan taulan dan semua yang dikenali, jadikan PRU ke 13, PRU yang bersejarah di mana BN ditukarkan dengan PR di perkingkat Pusat!
Ada yang bertanya saya berhubung pemilihan yang akan diadakan semasa Muktamar tahun ini. Mereka bertanya, "atas dasar apa perlu kami memilih dan siapa patut kami sokong?" Saya menjawab secara umum, "pilih yang boleh menunaikan tanggungjawab yang datang bersama jawatan tersebut". Seperti yang sering diingatkan, jawatan adalah tanggungjawab dan bukan penghormatan. Atau dalam istilah yang digunakan Ketua Pemuda PAS Pusat, 'takhlif laa tasyrif'. Ini bermakna, kita pilih seseorang itu dengan tujuan utama supaya dia memainkan sesuatu peranan, bukan sebagai pengiktirafan terhadap kehebatan dirinya. Ini adalah lebih-lebih lagi sekiranya jawatan tersebut bersifat 'eksekutif' atau untuk 'execute' iaitu melaksanakan sesuatu tugas atau peranan.
Dalam PAS, semua jawatan AJK PAS Pusat adalah bersifat 'executive'. Mungkin itu sebabnya ianya disebut sebagai Jawatankuasa KERJA PAS Pusat. Penekanan diberi kepada perkataan KERJA! Maknanya, seseorang yang dipilih untuk menyandang mana-mana jawatan dipilih kerana dipercayai dia boleh membuat kerja yang perlu dibuat oleh seseorang yang menyandang jawatan tersebut. Sekiranya kemudiannya dia didapati tidak mampu atau tidak sesuai untuk kerja berkenaan, maka dia boleh ditukar.
Ini sebenarnya semangat disebalik kata-kata 'takhlif laa tasyrif'. Sekiranya atas dasar penghormatan, atau 'tasyrif', ianya penganugerahan atas sebab kehebatan seseorang dalam bidang tertentu. Maka anugerah itu adalah atas sebab apa yang telah dan sedang dilakukan dan ianya tidak menuntut sesuatu prestasi atau perlaksanaan selain dari apa yang telah dicapai. Sebagai contoh, tokoh perniagaan untuk tahun 2011 adalah berdasarkan pencapaian seseorang peniaga pada tahun berkenaan dan walau apa sekalipun yang berlaku selepas itu, beliau yang dianugerah tokoh perniagaan 2011 tetap merupakan tokoh pada tahun tersebut, walaupun pada 2015 katakan, dia bankrupt! Dalam erti kata lain penganugerahan itu tidak mewajibkan beliau melakukan sesuatu, termasuk meneruskan prestasi cemerlang dalam perniagaan beliau.
Pemilihan atas dasar 'takhlif' pula mengambil kira kerja yang perlu dilakukan dan orang yang dianggap paling mampu untuk melakukannya. Oleh itu, dua aspek penting perlu diambil kira semasa membuat pilihan. Yang pertama kerja atau tanggung jawabnya dan yang kedua kemampuan calon-calon yang dicadangkan.
Dalam soal kerja untuk setiap jawatan, ianya dijelaskan secara umum di dalam perlembagaan. Sebagai contohnya, kerja atau tanggung jawab Presiden dinyatakan dengan jelas sebagai 5 tugas utama, iaitu, secara ringkas:
Melaksana pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan
Bertanggung jawab atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas JK PAS Pusat
Melantik SUA, Penolong SUA, Bendahari dan lain-lain di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat JK PAS Pusat.
Mengambil apa-apa jua langkah demi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli JK PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing
Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat JK PAS Pusat dan Jk Harian PAS Pusat.
Adalah jelas dari yang di atas bahawa jawatan Presiden menuntut peranan tertentu dan bukan sekadar anugerah atas kehebatan atau ketokohan seseorang. Ianya adalah jawatan yang bersifat eksekutif atau untuk membuat kerja tertentu.
Begitu juga semua jawatan yang terdapat di dalam JK PAS Pusat!
Setelah dipilih maka prestasi mereka yang dipilih dipantau selama tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh itu, apa-apa kekurangan dan kelebihan perlu disuarakan dengan ikhlas dan terbuka dalam muktamar tahunan atau apa-apa program muhasabah parti yang diadakan. Teguran dan kritikan ini tidak wajar dianggap sebagai bersifat tidak hormat atau tidak wala' kerana seperti yang dijelaskan, mereka dipilih untuk melaksanakan sesuatu tugas, bukan sebagai penganugerahan sesuatu penghormatan atau darjat. Maka sekiranya perwakilan beranggapan tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan baik oleh mana-mana pemimpin, maka perwakilan berhak untuk menegurnya.
Sekiranya selepas segala teguran dan nasihat, prestasi tidak berubah atau tidak mampu ditingkatkan, maka pada Muktamar tahun kedua, pejawat-pejawat yang tidak menyerlah dan tidak berprestasi baik boleh ditukar. Pengguguran dari jawatan tidak bererti seseorang itu tidak baik, tidak mantap imannya atau kurang 'alim, tetapi hanya bererti bahawa dia tidak sesuai untuk jawatan berkenaan.
Inilah sebabnya mengapa pilihan tidak wajar dilakukan semata-mata atas dasar menghormati ketokohan seseorang tanpa mengambil kira kemampuannya untuk memainkan peranan seperti yang diperlukan bagi jawatan tersebut. Sekiranya dia tidak berprestasi dengan baik, maka dia tidak akan ditukar atau ditegur disebabkan dia dipilih atas sebab ketokohan tertentu yang tetap dimilikkinya. Ketokohan seorang pemidato, ulama', professional atau penulis tidak hilang di atas sebab dia bukan seorang pelaksana (executive) yang baik. Ketokohan tersebut tetap kekal pada dirinya tetapi dia tidak merupakan orang yang sesuai untuk jawatan pelaksana yang diinginkan dan diperlukan parti.
Orang yang dipilih dibebankan dengan tanggungjawab yang berat dan oleh itu, tidak wajar kita menzalimi seseorang yang kita tahu tidak mampu tetapi oleh kerana suka dan hormat, kita meletakkan tanggungjawab tersebut ke atas bahunya. Itu bukan 'suka' atau 'hormat' pada seseorang. Sebaliknya ianya sesuatu penganiayaan. Namun, lebih zalim lagi, setelah kita membebannya dengan tanggungjawab sebegitu berat, kita tidak pula membantunya.
Oleh itu saya menyeru kepada semua yang akan ke Muktamar PAS tahun ini untuk memahami apa yang kita lakukan semasa kita membuat pilihan. Semoga pilihan itu adalah yang terbaik bagi jawatan berkenaan dengan kita memberikan amanah itu kepada yang ahli padanya atau yang mampu melaksanakannya. Kedua saya menyeru semua untuk menerima keputusan Muktamar dengan hati terbuka dan siapa sahaja yang terpilih, mereka hendaklah diberi sokongan yang padu dan tidak berbelah-bagi. Namun sekiranya walaupun dengan sokongan ini ada yang gagal menunjukkan prestasi yang diinginkan, maka ditukarnya selepas 2 tahun!
Selamat bermesyuarat Agung Tahunan dan seterusnya bermuktamar.
WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MARI KITA BANDINGKAN HARGA Harga minyak di Malaysia RON97 BERHARGA RM2.90 SELITER MANAKALAN RON 95 BERHARGA RM1.90 SELITER
Brunei-RM1.29 China-RM2.41 Bahrain-RM0.87 Kuwait -RM0.81 Saudi -RM0.58 Mesir -RM1.03 Libya -RM0.43 Venezuela RM0.16
PETROL RON97 NAIK 20 SEN MULAI TENGAH TADI MALAM KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam TADI 4 MEI 2011.
Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai HARI INI, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari nalam TADI, manakala RON95 kekal pada RM1.90. – Bernama
Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari ini.
Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini.
Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan TETAPI HARGANYA rm1.90 MASIH TINGGI BERBANDING NEGARA LUAR.
Tempat: Dewan Muktamar Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur
Pengisian Majlis: Ucap Utama, Forum dan Pelancaran Gerak Kerja PEMBELA Panelis Forum Yang Telah Sah Kehadiran:
Dr. Haji Yusri Mohamad (Yayasan Sofa/ISSI) Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar (PPMM) Ustaz Haji Abdullah Zaik (ISMA) Haji Zaid Kamaruddin (JIM) Ustaz Mohammad Fitri Abdullah (Darus-Syifa) Haji Ann Wang Seng (MACMA) Cikgu Mohd Azmi Hamid (TERAS)
Hadirin yang dijemput: Para pemimpin NGO Islam, AJK Masjid/Surau, AJK Kelab/Persatuan Kakitangan agensi kerajaan/swasta
Sila daftar segera (tempat terhad). Hubungi melalui: SMS 019-258-7512 atau emailkan kepada zramlee@yahoo.com atau 014-863-2101 – aliffbasri@gmail.com
Sila ikuti pengumuman lanjut di sini http://membelaislam.wordpress.com/
Komen : Memangpun Datuk Eskay dah tua walau gaya rambut macam orang muda namun ingatan beliau dah macam orang tuaberumur 80 tahun yang pelupa atau dah kena sumpah mereka? Beliau nafi tuduh DSAI berzina atau takut hukum qazaf yang akan datang menjelma? Tak sia-sia tazkirah dan teguran peringatan oleh Usatz Shamsul di Masjid di Sentul sebelum datuk Eskay dan 2 orang 'rakan kongsi sumpah' bersumpah laknat.
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.
Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.
"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina.
Bila saya tuduh dia berzina?
Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.
Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.
Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.
"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja.
Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.
Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.
Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.
Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet.
Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang didakwa oleh ahli perniagaan itu.
"Saya tak tahu… saya tidak perhatikan benda-benda ini," kata Eskay.
Beliau sebelum ini mendakwa telah menyerahkan jam Omega kepada polis sebelum memberi DNAnya kepada Bukit Aman.
Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.
"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia.
Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya," katanya.
Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi "Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".
Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.
Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.
Eskay dipanggil ke Balai Polis Kepong hari ini untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.
Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.
Eskay berkata Rahim dan Shuib juga dijadualkan memberi kenyataan kepada polis hari ini.
Namun sehingga lewat petang tadi (semalam), kedua-dua mereka masih boleh muncul untuk memberi kenyataan.
Jambatan Bengkok: Shazryl Eskay kalah kes tuntut RM20 juta. Apa peranan Datuk Eskay sampai nak komisyen RM20,000,000 ? Adakah sebab beliau kenal rapat pemimpin besar atau menteri yang ada kuasa besar?
MInsider | Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah kalah dalam kesnya menuntut RM20 juta daripada pengarah urusan Merong Mahawangsa Sdn Bhd, yang didakwa telah menjanjikan "komisen" bagi mendapatkan projek "Jambatan Bengkok", 13 tahun lalu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes Shazryl Eskay, salah seorang "Datuk T" dalam isu rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu, ke atas Datuk Yahya A. Jali selaku pemegang saham utama syarikat tersebut.
Eskay memfailkan kesnya pada Januari 2002 dengan mendakwa terdapat pelanggaran kontrak oleh defendan kerana gagal membayarnya RM20 juta selepas mendapatkan projek itu bagi mereka.
Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) menafikan peraturan baru yang mewajibkan pemain wanita memakai skirt supaya kelihatan lebih seksi.
Sebaliknya BWF berkata peraturan baru itu bertujuan "untuk memastikan aksi lebih menarik" untuk menarik kehadiran lebih ramai penonton.
BWF berkata, mereka akan meneruskan pelaksanaan peraturan itu yang ditangguhkan selepas pemain dan pegawai mengemukakan bantahan, bermula 1 Jun ini.
Menurut BWF peraturan baru itu adalah salah satu cara bagi menarik lebih ramai minat penonton dan penaja, sebagaimana evolusi fesyen dalam tenis yang menjadikan sukan itu lebih menarik.
Arahan terbabit berkuatkuasa bermula 1 Jun 2011 ini di Kejohanan Badminton Terbuka Singapura.
Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Abdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.
"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.
"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.
"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.
Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.
"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Ana terbaca dalam satu laman web berkenaan dengan pendedahan siapakah sebenarnya Eskay Sumpah Menyumpah? Sebab itu ramai orang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.
Siapakah Eskay?
1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran. Sebab itu nama penuhnya Shazril Eskay bin kepada Abdullah.
2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.
3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.
4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.
5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali ke Hotel Armada PJ sekiranya ingin menjalankan aktiviti seksual.
6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang.
7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.
Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya...
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.
Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.
"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.
Kandungan sumpah laknat yang dilafazkan hari itu;
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Melafazkan kalimah shahadah sebanyak tiga kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Sikap dan cara JJ AU2 boleh dipuji apabila mewijudkan ruangan kepada pengujungnya untuk merakamkan ucapan kepada rakyat dan negara Jepun yang dilanda Tsunami tempoh hari. Rata-rata masyarakat Malaysia melahirkan rasa simpati dan takziah kepada mangsa-mangsa tsunami. Namun dalam banyak-banyak ucapan tersebut terdapat satu ucapan yang agak lucu....
... disebalik kelucuan itu... mungkin kita juga kena berfikir sejenak akan budaya UMNO kita... mungkin ada benarnya... Fikir-fikirkanlah!!!
KUALA LUMPUR, 4 Mei — Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai esok, demikian menurut Persatuan Pengedar Petrol Malaysia hari ini.
Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini.
Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.
Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu.
Kenaikan kali ini adalah peningkatan keempat tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.
Seperti sebelum ini kerajaan tidak mengumumkan perubahan harga RON97.
"Harga RON97 diapungkan selepas kerajaan menarik balik subsidi bagi petrol jenis ini," kata presiden persatuan Datuk Hashim Othman.
Hashim berkata harga RON97 kemungkinan akan menurun pada masa depan tetapi ia bergantung pada situasi politik di Asia Barat dan juga bencana alam.
Kepada, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur, Email:iho@rmp.gov.my
YDH Tan Sri,
KEYAKINAN RAKYAT TERHADAP PDRM SEMAKIN PARAH
1. Sejak dua minggu kebelakangan ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk caramana tindakan PDRM menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim.Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan PDRM.Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh Polis sendiri,dan diperbesarkan oleh media,kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian.
1.1. Secara peribadi saya mendapati PDRM terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.Sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan,saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan "pisang akan berbuah dua kali".
1.2. Saya tidak bimbang untuk menyatakan,bahawa akibat terlalu melayani karenah Peguam Negara dan terlalu mengharapkan dan percaya kepada Gani Patail, menyebabkan mantan Ketua Polis Negara,Tan Sri Rahim Noor terpaksa masuk kepenjara selama dua bulan selain terpaksa membayar denda maksima RM 2000.
1.3. Pada hal,sekiranya Rahim Noor mengekalkan pendirian dan keputusan beliau sendiri yang dibuat secara gentleman pada 8.10.1998,untuk mengambil tanggung jawab sepenuhnya akan keterlanjuran beliau mencederakan Anwar, kemungkinannya beliau akan hanya didenda sahaja serta mengelakkan penyiasatan yang agresif terhadap beliau.Kemungkinan ini berdasarkan beliau mempunyai faktor mitigasi yang kukuh dan diperkuatkan lagi apabila Mahkamah dijangka mengambil kira jasa beliau kepada keselamatan Negara yang tidak ternilai, khasnya ketika beliau menjadi Pengarah Cawangan Khas.
1.4. Akibat dipermainkan oleh Gani Patail,bukan sahaja Rahim Noor telah dipenjarakan, malahan sehingga lebih kurang dua bulan yang lalu, beliau telah dilabelkan sebagai orang yang bertanggung jawab merosakkan imej Negara dikaca-mata Antarabangsa pula.Sila Tan Sri rujuk muka surat 693 memoirs Tun Dr.Mahathir Mohamad;dalam buku Doctor In The House, dimana Tun Mahthir merakamkan,… "Rahim did me no favours politically – in fact, he did much harm to Malaysia's International standing."
1.5. Tidak dapat dielakkan kenyataan tersebut akan kekal dalam sejarah hidup Rahim Noor dan keluarga dan menjadi sejarah hitam buat PDRM, manakala segala pengorbanan dan jasa Tan Sri Abdul Rahim Noor kepada Negara dilupakan selamanya.
1.6. Sedih untuk menyatakan,tidak ada apa-apa perkara yang bagus untuk kenangan PDRM dalam keseluruhan Chapter 53 memoirs, melainkan menyedarkan kita hakikat bahawa Tun Mahathir, tidak dapat memaafkan Rahim Noor.
2. Namun begitu kita tidak boleh secara terburu-buru menuding jari menyalahkan Tun Mahathir.Sebagai manusia biasa beliau juga boleh diperdayakan atau dalam bahasa mudah,ditipu untuk mempercayai sesuatu perkara yang tidak benar sebagai benar, atau perkara yang benar sebagai tidak benar.Kita tinjau beberapa insiden penipuan yang dilakukan keatas Tun Mahathir seperti berikut;
2.1. Pada bulan July 1993 Rahim Thamby Chik telah menipu Tun Mahathir dengan membuat Akuan Sumpah Palsu untuk menyembunyikan harta lebih kurang RM 40 juta yang diperolehi menerusi salahguna kuasa dan rasuah seperti yang dilaporkan oleh Badan Pencegah Rasuah yang disahkan oleh Gani Patail sendiri.
2.2. Pada bulan July 2010 pula Tun Dr.Ling Liong Sik telah dituduh kerana menipu Jamaah Menteri yang termasuk Tun Mahathir dalam kes skandal PKFZ. Bezanya antara kes ini dengan kes dipara 2.1. diatas ialah Peguam Negara enggan mengenakan pertuduhan terhadap Rahim Thamby Chik walaupun kedua-dua kes ini melibatkan penipuan terhadap Tun Mahathir.Sedangkan semasa sidang Parlimen bulan lalu Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa untuk "indemnify" mana-mana orang daripada liability jenayah semasa persoalan mengenai Rahim Thamby Chik dibangkitkan.
2.3. Pada bulan September 1998,Tun Mahathir pernah diperdayakan untuk mempercayai bahawa kecederaan mata-lebam Anwar adalah akibat "self-inflicted" sepertimana yang dirakamkan dalam memoirs beliau muka surat 693.
2.4. Pada bulan Januari 1999 Gani Patail sendiri terlibat menipu Tun Mahathir dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar berkaitan dengan hasil siasatan Polis bersangkut insiden mata-lebam.Akibat perdayaan ini Tun Mahathir telah membenarkan pembentukkan Suruhanjaya Di-Raja mengambil alih siasatan insiden mata-lebam daripada tangan Penyiasat PDRM.
3. Contoh-contoh diatas dengan jelas membuktikan bahawa Tun Mahathir juga terdedah kepada perbuatan penipuan oleh Menteri atau Ketua Menteri ataupun oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang berpeluang memberi taklimat kepada beliau mengenai sesuatu perkara. Ringkasnya Tun Mahathir tidak "kebal" dari tipuan.Dengan demikian itu kemungkinan Tun Mahathir telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual tidak boleh diperkecilkan.
4. Dengan kata-kata diatas,saya persilakan Tan Sri merujuk kepada "The memoirs of Tun Mahathir-A DOCTOR IN THE HOUSE" yang dilancarkan pada 8.3.2011.Secara spesifiknya untuk merujuk kepada Chapter 53: Anwar's Challenge muka surat 684 hingga 698.Saya sarankan juga Tan Sri merujuk kepada surat saya bertarikh 27.12.2010 yang salinannya turut diedarkan kepada YAB Perdana Menteri dan YBhg.Peguam Cara Negara,memandangkan terdapat beberapa kandungannya yang relevan.Chapter 53 ini menimbulkan beberapa persoalan dan keraguan.
4.1. Saya menyimpulkan bahawa Tun Mahathir sangat percaya bahawa Anwar terlibat dalam aktibiti homosexual berdasarkan kepada dua surat yang beliau terima daripada Umi Hafilda dalam tahun 1997 dan taklimat daripada pegawai penyiasat Musa Hassan sepertimana terdapat dalam muka surat 684 memoirs tersebut.Saya tidak akan menyentuh berkaitan surat Umi Hafilda memandangkan keterangan dan bukti sesuatu siasatan Polis adalah dikumpul,disusun dan dipegang oleh Pegawai Penyiasat sendiri.
4.2. Persoalan yang timbul adalah sama ada Musa Hassan telah memberi Tun Mahathir taklimat yang jujur dan betul mengenai keterangan yang telah dikumpulkannya terhadap Anwar itu,ataupun Musa Hassan telah menokok tambah keterangan dalam taklimatnya untuk memperdayakan Tun Mahathir supaya mempercayai bahawa Anwar benar-benar terlibat dalam aktibi homosexual itu.Tidak boleh juga diperkecilkan kemungkinan Musa Hassan mengambil kesempatan hubungan teruk antara Tun Mahathir dan Anwar ketika itu ,supaya nama beliau disenaraikan dalam "good book" Tun Mahathir.
4.3. Sekiranya pada ketika Musa Hassan memberi taklimat kepada Tun Mahathir, beliau telah sedia memiliki keterangan yang lengkap dan kukuh bagi membuktikan Anwar terlibat dengan aktibiti homosexual seperti yang didakwa,mengapakah pada 1.10.1998 Musa Hassan cuba memujuk saya untuk mengambil contoh darah Anwar untuk tujuan DNA, ketika saya sedang menyiasat insiden mata-lebam?.Apabila saya menolak permintaanya itu dengan alasan perbuatan tersebut adalah "illegal",Musa Hassan bersama Rodwan Yusof sendiri telah "mencuri" sample darah Anwar untuk tujuan DNA tersebut daripada simpanan dan kawalan Dr.Zahari Noor di-Hospital Kuala Lumpur pada 15.10.1998.Seolah Musa Hassan terdesak mendapatkan bukti dengan apa cara sekalipun, untuk menguatkan keterangan dalam siasatan beliau,yang telah ditaklimatkan kepada Tun Mahathir sebelum itu.Urutan peristiwa ini secara kebetulan telah saya jelaskan secara terperinci dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 kepada Tan Sri dan rasanya tidak perlu untuk saya ulangi.
5. Bagi maksud menguji kredibiliti Musa Hassan,dan sama ada cakapan atau kesaksian beliau boleh dipercayai ataupun dicurigai sebahagian atau sepenuhnya,diperturunkan peristiwa-peristiwa yang mungkin boleh digunakan sebagai ukuran;
5.1. Pada April 2008,Musa Hassan telah membuat kenyataan umum yang tidak benar yang mengelirukan rakyat apabila menyatakan bahawa kertas siasatan Polis terhadap Tun Mahathir telah diedarkan kepada Peguam Negara pada 15 February 2000 sedangkan laporan terhadap Tun Mahathir belum ujud lagi ketika itu oleh kerana laporanya hanya dibuat pada 13 Jun 2000.Komen saya mengenai perkara ini terdapat dalam Surat Terbuka saya bertarikh 8.10.2010 yang dialamatkan kepada Datin Kalsom Taib,isteri kepada bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafee Yahya.
5.2. Tahun 2009 Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Puan Supang Lian (kini seorang Pesuruhjaya Kehakiman)dalam penghakiman bertulis beliau menyatakan bahawa kesaksian yang Musa Hassan berikan dalam perbicaraan tersebut sebagai "unreliable and to be disregarded".Perbicaraan ini melibatkan bekas Pengarah PDRM,Ramli Yusuff.Hakim Puan Supang Lian tidak akan membuat kenyataan yang sebegitu keras sekiranya beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh memandangkan Musa Hassan adalah seorang Ketua Polis Negara yang sedang berhidmat ketika memberi keterangan tersebut.
5.3. Pada March 2010 seorang penggubal undang-undang Sivarasa Rasiah telah membuat laporan Polis mendakwa Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan Anwar pada Disember 1998 dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi,mendiang Dato Augustine Paul.Difahamkan laporan ini masih dalam siasatan.Tidak bermakna jika laporan itu dibuat oleh seorang Wakil Rakyat Pembangkang,laporan tersebut tidak boleh dipakai.Saya percaya Tan Sri juga maklum dan ramai Pegawai Polis sama ada yang sedang berhidmat atau telah bersara maklum, bahawa laporan Sivarasa Rasiah itu adalah berasas.
5.4. Diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 Musa Hassan telah memberikan kemudahan kepada Gani Patail untuk mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof, mereka tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.
6. Senarai diatas tidak termasuk permohonan-permohonan yang dibuat oleh Peguambela di-Mahkamah terhadap Musa Hassan kerana menghina Mahkamah dengan memberi keterangan palsu dalam perbicaraan.Sekiranya sekadar sekali sahaja Musa Hassan lakukan perkara seumpama,mungkin ianya boleh dianggap sebagai suatu kesilapan tulen yang tidak disengajakan.Tetapi jika dilakukan berulang kali dan berterusan serta dengan sengaja dan terancang,maka tidak salah untuk kita merumuskan bahawa Musa Hassan sememangnya sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai.
7. Berkaitan dengan Gani Patail pula,telah banyak laporan-laporan yang telah didedahkan mengenai beliau.Sememangnya beliau boleh menafikan apa-apa juga perkara yang dibincangkan atau diperkatakan kepada saya, memandangkan kebanyakkan urusan saya dengan beliau adalah "on a one to one basis".Tidak ada saksi untuk menyokong mana-mana pihak.Juga tidak ada rakaman video untuk membukti perbincangan kami.Namun begitu Gani Patail tidak boleh menafikan perkara-perkara berikut;
7.1. Bahawa beliau telah mengarahkan dan/atau memaksa Dr.Abdul Rahman Yusof untuk membuat tiga laporan perubatan palsu berkaitan kecederaan Anwar dalam siasatan insiden mata-lebam diantara 26.10.1998 hingga 21.12.1998. Ketiga-tiga produk pemalsuan ini sememangnya ujud dan telah diedarkan bersekali dengan penerangannya sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri, Peguam Cara Negara dan Lembaga Penasihat SPRM.
7.2. Beliau tidak dapat menafikan bahawa dua laporan yang dipalsukan itu telah dikemukakan sebagai keterangan dalam prosiding RCI Mata-Lebam serta dirakamkan dalam laporan RCI tersebut.
7.3. Beliau tidak dapat menafikan bahawa beliau yang membuat Kenyataan Akhbar Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang mengandungi beberapa maklumat palsu berkaitan hasil siasatan Polis mengenai siasatan insiden mata-lebam. Kenyataan Akhbar ini juga telah digunakan dalam prosiding RCI Mata-Lebam walaupun Gani Patail sedar ia mengandungi maklumat mustahak yang palsu.
7.4. Beliau tidak dapat menafikan bahawa hasil siasatan RCI Mata-Lebam telah dimanipulasikan.Dimana laporan perubatan palsu bertarikh 26.10.1998 yang dibuat oleh Dr.Rahman diatas arahan Gani Patail sendiri telah ditinggalkan daripada dimasukkan kedalam laporan akhir RCI tersebut yang dikemukakan kepada SPB Yang Di-Pertuan Agong.
8. Kesalahan-kesalahan terhadap Keadilan Awam yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan adalah terlalu besar untuk dimaafkan.Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap Sistem Keadilan Jenayah Negara.Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan Rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Di-Raja Malaysia malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri.
8.1. Saya berpendapat,demi Keadilan Awam itu sendiri,Tan Sri mengangkat perkara ini kepada YAB Perdana Menteri,mencadangkan supaya RCI atau suatu Tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta "once and for all".Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan Rakyat.
9. Apapun,tanggung jawab dan pendirian PDRM menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lamapun ia telah berlaku wajar dikekalkan.Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani Patail dan Musa Hassan didakwa berlaku 12 tahun yang lalu,tidak bermakna yang ianya boleh dilupakan begitu sahaja,atau "swept under the carpet".Tidak ada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.
10. Contoh terbaik yang boleh dijadikan sandaran ialah kes bunuh beramai-ramai di-Batang Kali pada 1948.Dalam kejadian ini seramai 24 orang tempatan keturunan Cina telah ditembak mati pada Disember 1948 di-Sungai Rimoh, Batang Kali,Selangor oleh sepasukan Tentera British dari G Company,2nd Scott Guard ketika operasi menentang komunis di-Malaya ketika itu.
10.1. Pada pertengahan tahun 1993 satu laporan Polis yang baru telah dibuat oleh beberapa saksi insiden tersebut yang masih hidup.Ketua Polis Negara ketika itu, YA Bhg.Tun Mohd Hanif Omar memberi jaminan Polis akan menyiasat kes ini sebagai kes bunuh walaupun insiden berlaku berpuloh tahun terdahulu oleh kerana "tidak ada sekatan masa" untuk menyiasat sesuatu kes jenayah.Kertas siasatan dibuka oleh DSP Sivaramamoorthy ketika itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Kubu Bharu.Penyelaras siasatan pertama pada masa itu ialah Supt.Khew Chin Hoi dari Bukit Aman. Saya adalah salah seorang daripada Pasukan Penyiasat kes ini ketika itu sedang menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.
10.2. Pada pertengahan tahun 1994 saya mengambil alih sebagai Ketua Penyelaras siasatan setelah selesai tugas siasatan trajedi keruntuhan condominium "Highland Towers" Hulu Kelang,suatu insiden malang yang menggemparkan Negara berlaku pada Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa.
10.3. Walaupun Batang Kali Massacre ini telah berlaku hampir 63 tahun yang lalu,persoalan mengenainya masih belum padam lagi dan saya tidak nampak yang ia akan padam dalam masa terdekat ini.
10.4. Lebih kurang 3 minggu yang lalu tersiar semula kisah insiden ini;dimana pada 9 April 2011,penulis Mark Townshend dari majalah Guardian (dan dilaporkan juga dalam STAR 14.4.2011),telah mendedahkan maklumat terbaru kononya Pegawai PDRM telah menghubungi pihak Interpol dalam tahun 1993 untuk menghantar satu Pasukan Penyiasat ke-United Kingdom bagi merakamkan percakapan beberapa anggota tentera British yang terlibat dalam insiden tersebut.Kononya juga Pejabat Luar Britain telah mengenakan tekanan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia menghalang atau menghentikan lawatan Pasukan PDRM ke-UK ketika itu, kononya sebagai usaha untuk "cover-up" siasatan ini.
10.5. Untuk makluman Tan Sri, saya adalah Pegawai yang dipilih oleh Bukit Aman untuk mengetuai rombongan eksesais ini ke-UK yang dimaksudkan. Mengenai sebab mengapa eksesais ini dibatalkan, terdapat dalam laporan khas saya yang dipercayai masih terdapat dalam kertas siasatan yang berkenaan.
11. Isu yang diketengahkan disini ialah,sekiranya satu insiden jenayah yang berlaku pada tahun 1948,ketika Tan Sri dan saya sendiri belum dilahirkan lagi, pun kita siasat dengan bersungguh,apatah lagi perbuatan jenayah yang dilakukan oleh Gani Patail dan Musa Hassan dalam tahun 1998 dan selepasnya yang masih segar dalam ingatan Rakyat, seolah ianya berlaku hanya beberapa bulan yang lalu sahaja.
11.1. Sekiranya dalam kejadian Batang Kali Masaccre 1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan,insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang,perbuatan Gani Patail dan Musa Hassan sejak tahun 1998 telah memusnahkan keseluruhan Sistem Keadilan Jenayah Negara. Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh,Rakyat akan mengungkitnya selama mana Rakyat mengungkit Batang Kali Masaccre.
12. Saya percaya Tan Sri masih ingat cara mana kita dengan pantas dan penuh keyakinan serta bebas menangani beberapa kes berprofil tinggi dan menarik perhatian umum yang berlaku secara berturut-turut diakhir tahun 1999 hingga awal tahun 2000.Ketika itu Tan Sri sebagai Pegawai Turus di-Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman.Antara kes-kes tersebut adalah;
12.1. Pada September 1999 dimana seorang Dr.Tai Eng Teck ditembak mati oleh seorang anggota Konstabal Daerah Ceras,Tony Beliang ketika mendiang Dr.Tai sedang berduaan dengan teman wanitanya dalam kereta berhampiran Stesyen LRT Bandar Tasek Selatan.
12.2. Dalam bulan Disember 1999,seorang penyanyi popular ketika itu, "Along Spoon" atau nama penuhnya Sabiul Malik Shafie ditemui mati dibunuh oleh seorang anggota Polis Cawangan Pengawal Pengiring Kuala Lumpur,Lans Koporal Mohamad Yaacob Demyati.
12.3. Dalam bulan Mac 2000 bilamana seorang Kontraktor Kenneth Lee(Fook Mun) @ Omar Iskandar Lee Abdullah cucu kepada Menteri Kewangan Pertama, mendiang Tun Sir H.S.Lee telah menembak mati seorang akauntan wanita Lee Good Yew diJalan Lapangan Terbang Lama berhampiran Jalan Bellamy Kuala Lumpur.
13. Polis telah dapat menyelesaikan ketiga-tiga kes bunuh diatas hanya dalam tempoh antara satu minggu dan dua minggu sahaja daripada tarikh insiden,serta menghadapkan ketiga-tiga pesalah berkenaan ke-Mahkamah bagi menghadapi pengadilan terhadap masing-masing.Untuk rekod,ketiga-tiga tertuduh telahpun disabitkan dengan kesalahan masing-masing serta menjalani hukuman undang-undang yang dijatuhkan keatas mereka.
13.1. PDRM mampu melakukan ini semua kerana kita telah bertindak secara professional, berkecuali serta without fear or favour dengan mengenepikan soal darjat atau kedudukkan dalam masyarakat, keturunan dan Agama sesaorang pesalah jenayah,sambil kita mengekalkan hubungan yang professional dengan Jabatan Peguam Negara dan patuh kepada Rule of Law.
14. Jika PDRM mampu melakukan seperti diatas 12 tahun yang lalu,secara lojiknya tentulah PDRM boleh lakukan dengan lebih baik lagi sekarang ini. Namun begitu sejak akhir-akhir ini sangat jelas kelihatan PDRM seperti kehilangan taring, dan seolah jawatan Ketua Polis Negara "subservient" kepada Peguam Negara.Kes kecil seperti kesalahan manayangkan video lucah pun, yang lazimnya dahulu disiasat oleh seorang AIO berpangkat Sarjan, kini terpaksa diusung turun naik beberapa kali kepejabat Peguam Negara untuk mendapatkan arahan dan masih belum ada keputusan lagi walaupun lebih satu bulan telah berlalu.
15. Saya sedar bukan mudah untuk Tan Sri mengambil balik kuasa Polis yang Musa Hassan telah gadaikan kepada Gani Patail,untuk membawa kepada situasi "status quo", kerana ia melibatkan pindaan semula undang-undang yang telah dikuatkuasakan sejak pertengahan 2007.Namun begitu usaha mesti diteruskan untuk mengembalikan kepada keadaan dimana amalan perinsip pemisahan kuasa dan peranan antara Penyiasat dengan Pendakwa Raya dipulihkan seperti sediakala.Mungkin rakyat sukar memahami maksud saya dalam perenggan ini. Namun begitu saya yakin Tan Sri dan pucuk pimpinan PDRM faham,dan pesara-pesara seperti saya juga faham serta akan mengikuti perkembangannya.
16. Saya berharap Tan Sri serta pucuk pimpinan PDRM yang baru sudi menggalakkan setiap warga Polis meneliti dan menghayati setiap perkataan dalam Akta Polis 1967 dan Hukuman Tetap Ketua Polis Negara untuk mereka disedarkan akan kuasa,peranan dan fungsi serta tanggung jawab Polis yang sebenar-benarnya.Apapun keadaannya, PDRM tidak bolih sama sekali terus membiarkan Gani Patail "memegang" Perdana Menteri atau mana-mana orang sekalipun sebagai "hostage" beliau.
2 Mei 2011 merupakan tarikh keramat kerana dengan rasminya Jentera pilihanraya Pemuda PAS Puchong telah dilancarkan oleh YB Ustaz Hj. Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS bertempat di Pejabat urusan Pemuda Puchong.
Hampir 100 orang Pemuda Puchong telah bersama-sama hadir dalam majlis pelancaran ini. Turut Hadir Pimpinan dari PAS Kawasan Puchong, Yang Dipertua PAS Puchong Ustaz Soffiean Ismail, NYDP Sdr. Rafar Embong, Ketua Urusan Ulama', Ustaz Hayazi dan Ketua Pemuda Sdr. Yeop.
Bertukar-tukar pandangan sebelum majlis pelancaran
Pendaftaran pemuda-pemuda cawangan
Ucapan Timbalan Ketua Pemuda,Ustaz Azani
YDP PAS Puchong, Ust. Soffiean Ismail turut menyuntik semangat pada pemuda-pemuda yang hadir
YB Ust. Hj. Nasharudin Mat Isa menyampaikan taujihat pilihanraya
Timbalan Presiden menyerahkan bendera PAS kepada Pengarah Pilihanraya Pemuda, Sdr Wan Jamali sebagi simbolik pelancaranb jemtera pilihanraya Pemuda PAS Puchong
"Negara digembar gempurkan dengan akhlak buruk ketua pembangkang, dirancakkan dengan adegan hidustan sumpah menyumpah, tetapi akhirnya rakyat juga yang derita dalam senyum apabila RON97 dinaikkan lagi kepada RM2.90 seliter dan kelihatan akan naik lagi dan lagi dan lagi kerana ampungan yang tidak tahu nak turun. Walaupun ada berita mengatakan harga minyak dunia turun merudum selepas berita kematian Osama yang diharapkan Najib akan menjadikan dunia aman, tetapi berita dari sumber kerajaan yang pandai mentadbir mengatakan sebaliknya.Macam mana dunia nak aman kalau macam ni sedangkan suasana dalam negara sendiripun semakin menuju kekacauan.
Najib kata kekacauan seperti di Mesir tidak akan berlaku di Malaysia kerana kerajaaan prihatin kepada rakyat.Prihatin dengan membiarkan ampungan minyak terus menerus menaikkan harga RON97.Biarpun Najib dan kerajaan kata kenaikan ini tidak menjejaskan rakyat yang digalakkan menggunakan RON95 yang tidak dinaikan tetapi trend harga pengguna terus menerus menyulitkan rakyat.Harga ikan selayang sudah naik 100% dari RM5-00 kepada RM10-00 dalam masa tidak sampai 3 tahun, harga nasi lemak sarapan pagi sudah menjadi RM1-50 dan kelihatah akan naik lagi.Begitu juga harga roti canai, teh "O" dan lain lain barang keperluan harian rakyat semuanya memperlihatakan trend menaik tanpa adanya tanda tanda mahu turun.Apa sudah jadi dengan slogan 1Malaysia, rakyat diutamakan?Yang diutamakan sekarang ini ialah video lucah yang menggambarkan ketua pembangkan tidak layak menjadi pemimpin tetapi layakkan pemimpin yang ada sekarang memimpin? Harga minyak bukan item yang boleh mengutamakan rakyat, harga pengguna bukan aspek penting dalam keutamaan rakyat tetapi nilai moral yang rendah ketua pembangkang yang tidak menjejaskan rakyat itu lebih penting dan lebih diutamakan sehingga saban hari dan malam duit rakyat digunakan untuk mencanangkannya ke seluruh negara. Itu saja yang penting bagi pemimpin kerajaan sekarang ini.Boss Institut stratejik negara yang bertaraf doktor kepala sampah turut bersubahat dengan kerajaan dengan kenyataan subsidi tidak lagi boleh diberi keutamaan, sebaliknya meningkatakan pendapatan kerajaan dengan menaikkan semua bentuk cukai adalah perlu.Poket kerajaan tidak boleh dibiarkan kosong tetapi poket rakyat tak apa dikosongkan asalkan masuk ke poket kerajaan.Itu kerja pengarah stratejik negara, bersengkongkol untuk membunuh rakyat. Sementara SPR dan lain lain agensi termasuk polis dan SPRM bertindak melindungi kerajaan dari jatuh terlingkup kepada pembangkang dengan berbagai bagai usaha yang hanya menguntungkan kerajaan.Ketua pembangkang mesti dilenyapkan bagi tujuan itu dan untuk tujuan itu berbagai bagai usaha dijalankan bagi melenyapkan ketua pembangkang walaupun dalam suasana rakyat terus diperah untuk menanggung berbagai bagai kesengsaraan. Kalau apa yang berlaku di Mesir, Libya dan beberapa negara teluk lain berlaku di Malaysia, siapa yang akan dipertanggungjawabkan?
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Selangor dengan kerjasama Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan menganjurkan Konvensyen Kewangan Islam 2011 pada 7 Mei, Sabtu ini.
Konvensyen itu yang bermula jam 8.00 pagi diadakan di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Pengerusi PUM Selangor, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata, konvensyen sehari itu bertemakan Konsep Riba: Aplikasi Dalam Sistem Kewangan Moden telah dirancang untuk membahas isu-isu semasa berkaitan riba.
Katanya, antara tokoh perbankan Islam Malaysia yang terlibat membentangkan kertas kerja ialah Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia;
Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Ketua Jabatan Syariah, Kolej Universiti Insaniah, Kedah; Mohd. Zamerey Abdul Razak, Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank Malaysia; Mohd. Nazri Chik, Ketua Jabatan Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad; Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.
"Antara objektif utama penganjuran program ini ialah menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam," ujarnya dalam satu kenyataan.
Di samping itu, ia juga untuk memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama muktabar selain menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.
Katanya, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan dari para ulama, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.
Beliau berkata yuran penyertaan dari agensi kerajaan, swasta, NGO ialah RM150 seorang, individu (RM100), ahli PUM (RM70) dan pelajar ijazah pertama atau sekolah menengah (RM 50).
Tambahnya, sebarang maklumat lanjut berkaitan konvensyen boleh menghubungi Azmi Walang (013-384 0710), Nizam (012-291 1335) atau pejabat (03-5512 4300 / 03-5511 4301).
Ketua Penerangan Pas Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata negara sekali lagi dikejutkan dengan kenaikan harga Ron 97 yang diumumkan lewat tengah malam tadi dan menjadikan kenaikan tersebut untuk kali yang ke tujuh dalam tahun 2011 atas alasan harga minyak mentah di pasaran dunia mengelami kenaikan.
"Nampaknya BN terus memperbodohklan rakyat dengan alasan yang sama dan tidak masuk akal setiap kali harga minyak negara dinaikkan," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, Malaysia merupakan negara pengeluar minyak, jika harga minyak di pasaran dunia naik, secara automatik negara mendapat untuk berlipat kali ganda.
"Mengapa kita ikut sama naik harga minyak dan rakyat menerima bebannya" soalnya?
Selainitu beliau menjelaskan jenama minyak nasional Petronas, diketahui kualitinya terbaik sehingga diguna untuk jentera formula satu Mercedes GP Petronas.
"sudah pasti negara telah mendapat keuntungan kerana minyak negara di eksport ke seluruh dunia" jelasnya
Walaupun BN berusaha menjelaskan bahawa mereka komited menjaga kebajikan rakyat dengan mengekalkan harga RON 95, hakikatnya peratus kenderaan yang menggunakan RON 97 masih tinggi.
"kenderaan-kenderaan luar negara yang masuk Malaysia diwajibkan mengguna Ron 97, jumlah kenderaan berkapasiti tinggi pula masih banyak menggunakan minyak jenis itu, jelaslah bahawa dasar BN adalah menindas rakyat, bukan membela" jelasnya.
YB Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak berkata bahawa RON 95 yang dikekalkan cuma bermotif politik sedangkan minyak tersebut tidak berkualiti dan berpotensi besar menjejaskan enjin untuk jangka masa panjang.
"Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa BN tidak mampu mentadbir negara dengan baik," ujarnya.
"Sepatutnya kerajaan BN cari jalan lain untuk dapat wang, bukannya perah poket rakyat dengan sewenang-wenangnya dengan menaikkan harga minyak"
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi gesaan agar Putrajaya mengkaji semula undang-undang yang mengawal ketat media berikutan laporan terbaru Malaysia masih kekal sebagai negara dalam kategori tidak bebas.
Dalam laporan dikeluarkan kelmarin, Malaysia berada di tangga ke-143 daripada 196 negara yang diselidik dalam kajian tahunan mengenai kebebasan media, yang menunjukkan ia sebagai tidak bebas.
Malaysia diletakkan bersama dengan Angola dan Madagascar, yang memperoleh 64 mata. Negara yang memperoleh mata rendah dalam Indeks Kebebasan Akhbar dilihat sebagai negara paling bebas.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya tetap berpendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tanggungjawab dan peranan media harus dikaji balik dan hak akses yang saksama kepada maklumat harus dipertahankan.
"Dalam hubungan ini, suruhanjaya ingin melihat penubuhan segera Majlis Perundingan Media Kebangsaan, sebagai sebuah badan kawal sedia kendiri, yang akan diuruskan oleh pengamal-pengamal media, yang boleh menjadi galakan besar kepada kebebasan media sambil memastikan kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab," kata beliau.
Sehubungan itu beliau berkata undang-undang yang ketat seperti Akta Mesia Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji balik dan diambil pendekatan yang lebih liberal untuk meluluskan dan memperbaharui permit dan lesen penerbitan dan percetakaan, dengan dibolehkan proses memperbaharui lesen dan permit secara automatik.
"Dalam mempertahankan ketelusan dan akauntabiliti dan memastikan aspek semakan dan imbangan, suruhanjaya menekankan pendirian bahawa undang-undang yang memberi kesan ke atas tugasan media perlu dikaji balik," katanya.-
Saya tersedak dan kemudian tersenyum selepas mendengar Rosmah dikatakan sebagai contoh wanita terbaik seperti yang dipaparkan oleh ASTRO Awani semalam. Bukan kerana setuju atau bangga tetapi kerana kebingungan sambil terasa loya secara tiba-tiba. Selepas meneliti paparan berita online di Bernama.com pagi ini, ia dikhususkan melalui perbandingan dengan isteri-isteri pemimpin dunia. Mungkin betul maksud isi hati saya pada mulanya jika ia hanya diperbandingkan dengan sebahagian isteri-isteri pemimpin dunia yang hadir di Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 semalam.
Mungkin juga tidak jika ketokohan suami Emine Erdogan yang juga hadir di Sidang Kemuncak itu iaitu Recep Tayyip Erdogan diambil kira berbanding Datuk Seri Najib Razak, mungkin calon yang lebih sesuai dikatakan sebagai tokoh wanita yang harus dicontohi berbanding isteri-isteri pemimpin dunia yang lain khususnya Rosmah, lebih-lebih lagi penganjuran Sidang Kemuncak itu diadakan di Turki dan beliau, Emine Erdogan adalah tuan rumah kepada Sidang Kemuncak itu.
Kita pasti ingat bagaimana Perdana Menteri Turki itu, di World Economic Forum bertikam lidah dengan Simon Peres Perdana Menteri Israel sambil menjerit "You're killing people!" dan kemudian terus meninggalkan pentas itu sambil diberi tepukan gemuruh oleh para hadirin. Saya tidak melihat ketegasan seperti itu datangnya dari Datuk Seri Najib Razak khususnya pandangan tegas beliau ke atas polisi jahat Israel di bumi Palestin sehingga ke hari ini.
Faktor itu jika diambil kira, termasuk kewajipan Rosmah sebagai seorang muslim untuk memenuhi tuntutan dari Allah S.W.T dalam urusan menutup aurat, secara peribadi saya tidak akan bersetuju atau sependapat dengan Irene Natividad, Presiden Sidang Kemuncak Wanita Global 2011 untuk melabelkan Rosmah sebagai tokoh yang baik untuk dicontohi khususnya kepada wanita ISLAM di seluruh dunia termasuk menggelarkan beliau sebagai Wanita Pertama Negara sedangkan gelaran itu hanya berhak disandang oleh Raja Permaisuri Agong.
Hujan lebat yang turun selama beberapa jam bermula jam 3 petang pada hari Selasa 3 Mei lalu menyebabkan banyak kampung dan taman mengalami banjir, tanah runtuh dan pokok tumbang. Hujan lebat serta angin kencang tersebut adalah hari kedua berturut-turut selepas melanda pada hari Isnin sebelumnya. Antara kawasan yang terlibat ialah Kg. Tasek Permai, Kg. Lembah Jaya Selatan, Kg. Ampang Campuran dan Taman Kosas.
Ahli Majlis MPAJ Zon 13, Tuan Haji Ali Ismail dan Pegawai Khas ADN Lembah Jaya Saudara Khairolbazli Hussin sempat melawat Kg. Tasek Permai yang mengalami tanah runtuh dan banjir.
Menurut Tuan Haji Ali, pihak MPAJ telahpun berusaha menangani masalah tanah runtuh di Jalan Permai K dan pihak DUN Lembah Jaya juga akan menghulurkan bantuan segera kepada mangsa terlibat.
Kunci air yang dibina sendiri oleh penduduk bagi mengelakkan air dari longkang besar masuk ke kawasan perumahan
Tuan Haji Ali mendengar rungutan salah seorang penduduk
Keadaan longkang yang agak sempit di Lorong Permai 19 yang memburukkan lagi keadaan ketika hujan lebat
BERBAHAYA.. Tanah runtuh di Jalan Permai K menimbusi longkang menyebabkan air mengalir di atas jalanraya seperti sebatang anak sungai
Salah sebuah rumah berhadapan tanah runtuh
Pasukan Bomba bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan
Papan iklan besar di simpang Bandar Baru Ampang condong akibat angin kencang amat berbahaya kepada orang ramai di kawasan sekitar
Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa dalam konteks Malaysia, dunia lebih aman tanpa Umno-Barisan Nasional (BN).
"Kalau tak ada Umno dan BN, dunia akan lebih aman berbanding kematian Osama (ben Laden)," kata beliau kepada pemberita dipejabatnya di sini kelmarin.
Ujar beliau, "Umno tolak Islam, sedangkan kita orang Islam perlu membela agama Islam. Tetapi Umno suka apabila ada orang Islam mati dibunuh musuh Islam.
"Tidak timbul soal pengganas dalam hal kematian Osama. Sepatutnya kita berdoa sekiranya mengetahui ada orang Islam meninggal dunia," kata beliau yang Mursyidul Am PAS.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam reaksi spontan ekoran terbunuhnya Osama dilaporkan menyebut dunia akan lebih aman, selamat dan adil berikutan kematian Osama.
Kata Nik Aziz, sekiranya Osama benar-benar dibunuh seperti diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Husain Obama, beliau mendoakan rahmat Allah ke atas rohnya dan keampunan Allah swt buat Osama.
"Sebesar mana pun kesalahan seorang Muslim, jika ia mati dalam agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.
"Adapun keterlibatan Osama dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Barat," terang beliau. -FMT
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Oleh ZULKIFLI YAHAYA Baru-baru ini Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek mengumumkan sedia menerima PAS menyertai BN dengan syarat PAS menggugurkan agenda menegakkan negara Islam. Ia membawa dua pengertian; Pertama, MCA sanggup bekerjasama dengan UMNO setelah UMNO mengetepikan agenda menegakkan negara Islam. Kedua, MCA tahu PAS tidak pernah menggugurkan agenda menegakkan negara Islam, maka secara [...]
http://greenboc.blogspot.com London – Rumah Putih memang terpaksa mengubah cerita tentang penyerbuan yang menewaskan Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan, demikian harian yang terbit di Inggeris, Guardian, melaporkan. Media ini mencatat, banyak fakta yang bertentangan tentang operasi penyerbuan itu, dan tentang Osama bin Laden sendiri. Kini, rumah persembunyian Osama dijaga ketat anggota polis Pakistan. Namun, banyak [...]
KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS tidak menolak kemungkinan harga petrol RON95 turut dinaikkan memandangkan perbezaan di antara harga RON97 dan RON95 sebanyak RM1. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenaikan harga petrol RON97 tengah malam tadi berkata. Mengenai kenaikan RON97 itu, beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ia sangat tidak berpatutan dan membebankan rakyat. "Kenaikan harga petrol ini satu kenaikan yang sangat tidak berpatutan kerana perbezaan antara RON97 dan RON95 hampir satu ringgit. "Tidak akan ada jaminan RON95 tidak akan dinaikkan. Ini satu petanda yang sangat sukar diterima oleh rakyat dan membebankan mereka," katanya. Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi RM20 sen menjadi RM2.90 seliter mulai tengah malam tadi. Ini merupakan kenaikan kali kedua sepanjang April hingga Mei tahun ini. Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu. Kenaikan kali ini adalah peningkatan keempat tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu. Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu. Menurut laporan media, kenaikan RON97 itu tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Dianggarkan 90 peratus daripada rakyat negara ini menggunakan petrol RON95 untuk kenderaan mereka. Barangkali inilah peryataan terima kasih kerajaan umno bn kepada pengundi2 yg telah memangkah umno bn dalam pilihanraya yang lalu.
KUALA LUMPUR, 5 Mei: PAS tidak menolak kemungkinan harga petrol RON95 turut dinaikkan memandangkan perbezaan di antara harga RON97 dan RON95 sebanyak RM1. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenaikan harga petrol RON97 tengah malam tadi berkata. Mengenai kenaikan RON97 itu, beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ia sangat tidak berpatutan dan membebankan rakyat. "Kenaikan harga petrol ini satu kenaikan yang sangat tidak berpatutan kerana perbezaan antara RON97 dan RON95 hampir satu ringgit. "Tidak akan ada jaminan RON95 tidak akan dinaikkan. Ini satu petanda yang sangat sukar diterima oleh rakyat dan membebankan mereka," katanya. Harga petrol RON97, yang kadarnya diapungkan sejak tahun lalu, mengalami kenaikan lagi RM20 sen menjadi RM2.90 seliter mulai tengah malam tadi. Ini merupakan kenaikan kali kedua sepanjang April hingga Mei tahun ini. Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu. Kenaikan kali ini adalah peningkatan keempat tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu. Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu. Menurut laporan media, kenaikan RON97 itu tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter dan diesel RM1.80 seliter. Dianggarkan 90 peratus daripada rakyat negara ini menggunakan petrol RON95 untuk kenderaan mereka.
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar). Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau. "Setelah menggunakan bermacam-macam cara untuk memeras ugut orang-orang Cina supaya menyokongnya, termasuk ancaman tidak ada lagi menteri dari kalangan kaum Cina jika kaum itu enggan mengundi Barisan Nasional (BN), sokongan orang-orang Cina terhadap parti itu tetap semakin pupus. "Akibatnya, Umno hanya mengharapkan undi orang-orang Melayu sahaja. Untuk menghasut orang-orang Melayu supaya menyokongnya, parti itu terpaksa menyebarkan wabak fobia Cina dan fobia DAP. "Itu taktik Yahudi Zionis yang digunakan oleh Amerika Syarikat yang menakut-nakutkan dunia dengan fobia Islamnya. Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS. Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP. Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR. "PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya ketika berucap di Kuala Terenganu Sabtu lalu. Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak. "Najib dan Umno sudah berputus asa dengan undi orang-orang Cina dan hanya mengharapkan sokongan orang Umno. "Untuk memastikan Umno menang di kawasan-kawasan yang ditandinginya, racun perkauman digunakan habis-habisan untuk menghasut PAS supaya bersendirian dan bila ada pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PR, Najib menyangka mudahlah Umno memenangi kerusi-kerusi yang ditandinginya. "Tidak perlu aktivis politik, budak berhingus pun boleh membaca muslihat yang sangat tidak cerdik itu. Apa boleh buat, setakat itu sahaja kemampuan dan kebolehan Perdana Menteri untuk berfikir bagi memastikan partinya terus berkuasa," kata Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum. "Keganasan strategi buli Cina, tipu Melayu tidak boleh terus dibiarkan. "Jika dibiarkan dan Umno terus berkuasa, rusuhan kaum mungkin tercetus dan orang-orang Melayu pula akan terus rugi dan ketinggalan kerana parti perasuah tentulah lebih mengutamakan tuan-tuannya yang terdiri dari tauke-tauke yang selama ini menjadi rakan kongsinya, bukannya orang-orang Melayu yang tidak mampu mengenyangkan perasuah," katanya. Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina. "Jika dibiarkan, orang-orang Melayu juga akan terpalit dengan imej jahat itu. Orang-orang Melayu tidak boleh membiarkan Umno mempalitkan mereka dengan imej pembuli yang jahat dan gila bermusuh," kata Mahfuz. Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa. "Umno nampaknya begitu selesa dengan strategi buli Cina, tipu Melayu itu," kata Mahfuz.
Media dan penduduk tempatan berkumpul di luar rumah agam di bandar Abbottabad yang menjadi tempat persembunyian Osama selepas serangan tentera AS di rumah itu pada Isnin lalu. – AFP
WASHINGTON 4 Mei – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Osama bin Laden tidak bersenjata tetapi 'memberi tentangan' ketika komando tentera laut AS menembak mati pemimpin al-Qaeda itu.
White House, semalam memberi keterangan paling lengkap setakat ini mengenai serangan nekad di Pakistan pada awal Isnin lalu yang membunuh dalang serangan 11 September 2011.
Namun, pegawai AS tidak memberi penjelasan meyakinkan tentang mengapa Osama ditembak mati dan tidak ditangkap memandangkan dia tidak bersenjata, memarakkan spekulasi bahawa pasukan elit SEAL tentera laut AS telah diarah untuk menjalankan misi membunuh.
"Di dalam bilik bersama-sama Osama, seorang wanita iaitu isterinya menerpa ke arah seorang komando AS lalu ditembak di kaki tetapi tidak dibunuh.
"Osama kemudian ditembak mati, dia tidak bersenjata," kata jurucakap White House, Jay Carney.
Apabila diasak oleh pemberita, Carney berkata, terdapat tentangan yang cukup kuat dan 'pertempuran bersenjata yang sengit'.
P/S:-Kami bukanlah menyokong sangat keganasan atau pun kacau bilau ni.Tapi mengikut cerita dalam paper pada hari ni,nampak sangatlah yang Amerika ni ZALIM dan CELAKA!
Sehinggakan orang yang tidak bersenjata pun ditembak mati.Jadi di mana keadilan atau hak kemanusiaan yang biasa diperjuangkan oleh Amerika LAKNAT ini?
Yang bertambah hairannya,ada PEMIMPIN NEGARA ISLAM yang beberapa hari lepas MENYOKONG dan MENGUCAPKAN LEGA akibat kematian Osama ni.Dah lah dia tu ISLAM,ORANG PAHANG pulak tu!Buat malu kaum-kerabat je.
Agak-agaknya kenapa BELIAU sangat suka menyokong tindakan USA dan sekutunya??????Tidak Islamkah dia??????
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan