Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 24 May 2011 11:47 PM PDT Pakatan jangan bubar Dun jika PRU tahun ini Posted: 24 May 2011 01:45 AM PDT KUALA LUMPUR, 24 Mei: DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Roketkini.com melaporkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP di sini malam tadi. Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) pucuk pimpinan parti lebih cenderung untuk tidak membubarkan Dun bagi membolehkan pemusatan tenaga dan jentera dalam menghadapi Barisan Nasional. "Ia juga bertujuan memastikan usaha Pakatan Rakyat untuk memenangi semula Perak dapat ditumpukan sepenuhnya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Bagaimana pun, beliau menjelaskan, keputusan sama ada untuk sama-sama membubarkan Dun atau tidak, sekiranya PRU diadakan tahun ini, akan dibuat bersama oleh pucuk pimpinan Pakatan tidak lama lagi. Pakatan menguasai Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Perak dimenangi secara sah oleh Pakatan dalam PRU 2008 tetapi dirampas secara haram oleh Umno dan BN setahun kemudian. Menurut Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kajian terbaru yang dibuat oleh Pakatan negeri itu menunjukkan PAS, DAP dan PKR mampu memenangi 33 daripada 59 kerusi Dun Perak. "Dalam PRU 2008, kita menang 31 kerusi dan berjaya bentuk kerajaan. Selepas BN rampas Dun Perak, kajian yang kita buat menunjukkan jika pilihan raya negeri diadakan pada ketika itu, kita mampu menang sehingga 40 kerusi, iaitu menang dua pertiga majoriti," katanya. Beliau menambah, keadaan pada masa itu menggambarkan kemarahan para pengundi Perak berikutan taktik kotor Umno dan BN. Beliau menjelaskan, walau pun kajian terbaru menunjukkan kemungkinan pengutan kerusi berkurangan, ia adalah lebih baik daripada keputusan yang Pakatan catatkan pada 8 Mac 2008 dan terus menjamin kemenangan. Sebelum itu, Guan Eng menyatakan pucuk pimpinan DAP mengulangi pendirian bahawa parti tetap menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, kini dan sekiranya Pakatan kembali menguasai negeri itu.
Sumber: Harakah Daily | AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan Posted: 24 May 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR 24 Mei — AmResearch menjangkakan harga petrol RON95 mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008. Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang. Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya. Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.
Sumber: Selangorkini | UMNO BN Perkuda Eskay Serang Anwar Posted: 24 May 2011 01:35 AM PDT SHAH ALAM 24 MEI : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta.
Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi.
"Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir. Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya.
Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu.
Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat.
Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero.
Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).
Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali.
"Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu.
"Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari.
Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata.
"Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi.
Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini.
"Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari
Sumber: TVSNEWS | Bidang Kuasa Pantau Cerun Rumah Anak Yatim Di Bawah Kerajaan Pusat Posted: 24 May 2011 01:30 AM PDT SHAH ALAM 24 MEI : Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu Tian Khiew, berkata, Kerajaan Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa untuk memantau kawasan cerun Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.
Ronnie menjelaskan kawasan tersebut luar kawalan operasi PBT dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat menerusi Kementerian luar bandar dan wilayah.
"Kita tidak mahu salahkan sesiapa, kerana rumah ini telah dibina 10 tahun dahulu dan ketika itu tiada sebarang keperluan untuk membuat permohonan kepada PBT.
"Kawasan tersebut juga adalah cerun ketagori 4 yang tidak sesuai dibina sebarang bangunan dan difahamkan mereka bina rumah ini secara senyap," katanya dalam satu sidang media.
Menurutnya, jumlah yang dibenarkan untuk membina rumah adalah 35 darjah sebaliknya kawasan cerun tersebut rumah anak yatim itu adalah 80 darjah.
Katanya, Kerajaan Negeri berusaha untuk mengenalpasti kawasan cerun merbahaya dengan lebih awal bagi mengelak perkara tidak dingini berlaku.
Oleh yang demikian menurutnya, kesemua PBT diarahkan untuk menubuhkan satu bahagian cerun dalam masa sebulan bagi memantau kesemua kawasan di Negeri Selangor.
"Setakad ini hanya Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sahaja mempunyai bahagian cerun, unit ini berfungsi untuk memantau kawasan dan meluluskan projek dikawasan tersebut.
"Unit cerun MPAJ ini akan membuat pemantauan setiap dua bulan dan kini terdapat 28 kawasan merbahaya telah dikenalpasti," katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga menetapkan kawasan cerun ketagori tiga tidak boleh membina sebarang bangunan melainkan mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Perancang Bandar dan Desa.
Sumber: TVSNEWS | BN Cuba Daftar Rakyat Thailand Di Tumpat, Dakwa PAS Posted: 24 May 2011 01:25 AM PDT KUALA LUMPUR 24 MEI : Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar mengesyaki Barisan Nasional (BN) cuba mendaftarkan warga asing dipercayai dari Thailand sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar".
Kamaruddin mendakwa operasi itu akan diadakan 28 Mei ini dan beliau bimbang ia mungkin salah satu cara bagi BN untuk mendaftarkan warga asing sebagai pengundi.
Suruhanjaya Pilihan Raya semalam menafikan pihaknya mendaftar warga asing sebagai pengundi.
Kata beliau, selepas warga asing itu didaftarkan sebagai warganegara ia secara automatik akan membolehkan mereka mendaftar sebagai pengundi di kawasan Tumpat.
"Saya dimaklumkan mereka yang mendaftarkan sebagai warganegara akan terus mendapat kad pengenalan pada hari yang sama dan kita syaki operasi ini sedang berjalan bukan sahaja di Selangor tetapi negeri-negeri lain termasuk Kelantan.
"Proses daftar sebagai warganegara satu hari siap dan ini pertama kali operasi seperti ini dijalankan di sana (Tumpat), jadi kita desak supaya operasi ini dihentikan kerana ia jelas untuk wujudkan pengundi-pengundi hantu," katanya pada sidang media di sini.
Kamaruddin yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat percaya warga asing yang akan didaftarkan sebagai rakyat Malaysia dipercayai dari Thailand kerana kedudukan dekat dengan Kelantan.
"Kita bersempadanan dengan negara Thailand, ramai rakyat Thailand boleh berbahasa Melayu dan beragama Islam, saya yakin urusan ini seolah-olah rasmi dan mengikut undang-undang memberikan kewarganegaraan kepada warga asing ini.
"Saya yakin operasi ini akan berjalan, masih berjalan dan terus berjalan kerana operasi ini baru pertama kali berlaku dan operasi mendaftarkan kewarganegaraan siap dalam satu hari pertama kali berlaku," katanya.
Sebelum ini, PKR Selangor mendakwa Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13.
Malah kedua-dua PKR dan Umno telah membuat laporan polis mengenai isu itu.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kelantan akan mengadakan satu program pelaksanaan operasi "MyDaftar" pada 28 Mei ini di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur, Tumpat.
Difahamkan program itu bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri rakyat Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan termasuk pendaftaran, kelahiran, kematian dan anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegraan, khidmat nasihat semua urusan JPN dan khidmat naihat oleh Jabatan Imegresen Malaysia.
Kata Kamaruddin, pihaknya akan memantau program itu bagi mengelakkan pendaftaran kewarganegaraan warga asing.-The Malaysian Insider | PKR cuba tarik SAPP sertai Pakatan Posted: 24 May 2011 01:20 AM PDT PKR mengesahkan pihaknya kini sedang berusaha untuk menarik bekas parti komponen BN - Parti Maju Sabah (SAPP) - untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, menurut naib presiden PKR, Tian Chua, belum ada kata sepakat yang berjaya dicapai setakat ini.
"Kami masih di peringkat rundingan," katanya tanpa menyatakan butiran terperinci usaha itu.
Semalam, SAPP dilaporkan bersedia mengadakan rundingan dengan Pakatan bagi mencari jalan untuk menentang BN di Sabah pada pilihan raya umum akan datang.
Parti itu telah membentuk sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan naib presiden Dullie Marie bagi mengadakan perbincangan dengan panel tiga anggota Pakatan dari parti DAP.
Dalam sidang media minggguan PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, Tian menjelaskan rundingan itu bagi memudahkan mereka menghadapi "musuh bersama" dalam pilihan raya.
"Ia masih berjalan. Harapnya akan berjaya dimuktamadkan sebelum pilihan raya umum," katanya anggota parlimen Batu itu.
Nurul Izzah: Tidak sukar
Ditanya sama ada benar SAPP akan menjadi parti seterusnya menyertai Pakatan selepas PKR, DAP, PAS dan Parti Rakyat Sarawak (SNAP), Tian menjelaskan bahawa ia masih "belum sampai ke situ".
"Secara umumnya, dalam Pakatan, kita mengalukan sesiapa sahaja untuk bersama-sama perjuangan kita," katanya.
SNAP yang menyertai Pakatan menjelang pilihan raya Sarawak baru-baru ini meninggalkan Pakatan setelah gagal dalam rundingan pembahagian kerusi dengan PKR di negeri itu.
Sementara seorang lagi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, tidak sukar untuk SAPP menyertai Pakatan memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam pilihan raya kecil sebelum ini.
SAPP meninggalkan BN menjelang ura-ura 16 September di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mereka akan membentuk kerajaan baru persekutuan selepas tarikh itu.
Sumber: Malaysiakini | Kenapa kos loji kumbahan meningkat RM500 juta? Posted: 24 May 2011 01:15 AM PDT Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa berlaku peningkatan kos yang besar sebanyak RM500 juta dalam usaha menaiktaraf sebuah loji kumbahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Katanya, beliau mendapat maklumat itu daripada sumber yang enggan didedahkan pada masa ini.
"Buat masa ini, saya harap kementerian yang berkenaan dapat memberikan penjelasan," katanya.
Bercakap dalam sidang media mingguan PKR di ibu pejabatnya di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berharap projek di loji rawatan kumbahan Pantai 2 itu dapat dijalankan dengan telus.
Ini kerana, menurutnya lagi, ia melibatkan penggunaan sejumlah besar wang rakyat.
Anak sulung Anwar itu juga mendakwa tiada usaha tender terbuka dibuat bagi kerja menaiktaraf itu.
"Jika kementerian sudah pun berada di peringkat akhir menganugerahkan kerja-kerja tersebut, ini bermakna projek tersebut dibuat secara rundingan terus dengan kontraktor," katanya.
Ditanya tentang kemungkinan berlakunya kenaikan kos ekoran anggaran RM500 juta itu dibuat ketika upacara pecah tanahnya dua tahun lalu, Nurul Izzah mengelak mengulasnya secara langsung.
Beliau sebaliknya terus mendesak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Komunikasi Malaysia memberikan penjelasan terlebih dahulu.
Nurul Izzah melontarkan persoalan kenapa loji itu tidak dibina secara tertutup sebelum ini seperti amalan negara lain yang tidak lagi memerlukan pembaikan susulan.
Beliau bagaimanapun mengalu-alukan usaha menaiktaraf itu bagi mengurangkan bau dan bahaya loji berkemaan kepada orang ramai.
Sumber: Malaysiakini | DAP lancarkan portal berita Melayu Roketkini Posted: 24 May 2011 01:10 AM PDT Dalam usahanya untuk menonjolkan imej sebagai parti untuk semua, DAP hari ini melancarkan portal berita bahasa Melayu - Roketkini.
Portal yang memfokuskan kepada berita dan analisis itu khusus untuk menarik sokongan pengundi Melayu, yang selama ini dianggap anti-DAP.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung parti itu, melancarkan portal berita itu dan mengumumkan Wan Hamidi Hamid (kanan) sebagai editornya.
Lim memberitahu wartawan bahawaRoketkini akan menjadi wadah untuk menyampaikan dan membetulkan isu-isu yang dieksploitasi oleh pembangkang untuk memburukkan imej DAP. Beliau mendakwa, media BN telah berjaya memanipulasi persepsi palsu bahawa DAP anti-Melayu,. "Kita terima bahawa mereka telah berjaya...jadi kita mengambil usaha untuk memperbetulkan perspektif tersebut. "Ini adalah satu usaha untuk membuktikan bahawa perjuangan DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama," kata Lim
Sumber: malaysiakini | MP tuntut ketelusan dalam kontrak IPP Posted: 24 May 2011 01:05 AM PDT Gesaan supaya kerajaan membuka 'kontrak rahsia' dengan pengeluar kuasa bebas (IPP) kembali digiatkan apabila kerajaan mengumumkan untuk sedang menyemak semula subsidi gas yang diberikan kepada sektor ini.
Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri, memberitahuMalaysiakini minggu lalu bahawa beberapa kontrak telah tamat dan subsidi yang ditawarkan akan dikemukakan untuk dikaji semula.
"Ia sedang dirunding semula. Rundingan sedang dibuat dan kami telah merumuskan sebahagian daripadanya. Dalam masa sepatutnya, kami akan membuat satu pengumuman," kata Idris.
Masalah ketelusan dan penelitian merupakan antara sebab yang menyumbang kepada kontrak berat sebelah yang telah ditandatangani kerajaan dengan IPP generasi awal pada awal tahun 1990-an.
Bagaimanapun, kesilapan ini nampaknya mungkin akan berulang kerana maklumat berhubung semakan semula kontrak sedia ada dan juga rundingan kontrak baru tidak didedahkan.
"Semua kontrak berkaitan dengan subsidi dan kepentingan awam, terutama sekali dalam bidang kemudahan awam perlu diumumkan," kata ahli parlimen Klang Charles Santiago dari DAP.
Beliau juga mencadangkan supaya Parlimen diberikan satu ruang untuk bersuara dalam proses perundingan dengan IPP.
"Kerajaan sepatutnya mengemukakan satu cadangan perjanjian yang perlu diteliti oleh satu jawatankuasa terpilih parlimen. Setelah ia disokong oleh Parlimen barulah ia sepatutnya ditandatangani secara rasmi oleh kerajaan dan syarikat swasta.
"Ini menyediakan dua peringkat penelitian – kerajaan dan Parlimen – untuk memastikan bahawa kontrak-kontrak sedemikian berada dalam kepentingan orang ramai," katanya ketika dihubungi.
Sumber: malaysiakini | SPR mahu sekat keputusan awal p'raya Posted: 24 May 2011 01:00 AM PDT Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal. Katanya perkara tersebut akan diputuskan pada bulan depan. "Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab menghebahkan keputusan, yang bukan sahaja menghebahkannya, tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya telah memenangi pilihan raya tersebut. "Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Jadi, salah satu ialah mungkin kita nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada pukul 5 petang, tidak ada kira awal, walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini. Abdul Aziz, yang kecewa dengan insiden berkenaan, berkata kejadian itu berlaku kerana di Sarawak, terdapat tempat mengundi ditutup lebih awal dan pengiraan undi terus dilakukan. Sepatutnya setiap ejen parti mempunyai etika berhubung perkara itu dan tidak menghebahkan keputusan, katanya. Di Singapura, kata beliau bukan sahaja ejen parti tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, tetapi larangan turut dikuatkuasakan terhadap pengundi negara berkenaan. Katanya SPR perlu mengambil tindakan berikutan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretika, yang jika tidak dibendung, boleh menimbulkan keadaan huru-hara pada pilihan raya umum akan datang. "Sebelum SPR mengumumkan keputusan, pihak lain tidak boleh membuat apa-apa pengumuman. Itu tidak bertanggungjawab namanya. "Kita (SPR) jemput mereka sama-sama masuk dalam bilik mengira undi untuk menunjukkan ketelusan, tetapi nampaknya mereka menyalahgunakan kebebasan itu," katanya. Abdul Aziz berkata mereka menggunakan kemudahan itu untuk kepentingan politik. - Bernama | |
Anwar Ibrahim Posted: 24 May 2011 07:52 PM PDT Kenyataan Ahmad Maslan Bukti Umno Dalang Video- Surendran Posted: 24 May 2011 06:41 PM PDT Dari Keadilan Daily Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berhubung video seks fitnah merupakan bukti Umno menjadi dalang di sebalik pembikinan video tersebut, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran. Beliau berkata demikian mengulas gesaan Ahmad Maslan supaya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan video berkenaan adalah palsu. "Kenyataan beliau (Ahmad Maslan) menjadi bukti tangan Umno di sebalik video seks konspirasi terhadap Anwar Ibrahim. "Ahmad Maslan berulangkali membuat kenyataan salah, tidak disokong dengan kenyataan bertanggungjawab berhubung video konspirasi tersebut, yang berniat mencemar reputasi Anwar Ibrahim dan mewujudkan prejudis orang ramai terhadapnya," kata Surendran dalam satu kenyataan media. Menurut Surendran, kenyataan tidak berasas itu juga menunjukkan pemimpin Umno cuba memberi arahan dan mempengaruhi siasatan polis. "Mereka kerap menyalahi undang-undang dengan menggunakan kuasa ini bagi menentang pembangkang," katanya lagi. Tambah beliau, harus diingat bahawa pengadu dalam kes fitnah II, Saiful Bukhari Alzan pernah bertemu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum mendakwa Anwar. "Tindak tanduk ini amat tidak sesuai dan mencurigakan bagi seorang Perdana Menteri. Kenyataan-kenyataan Ahmad Maslan kini patut dilihat dalam konteks ini.Mereka berniat untuk menghantar satu mesej jelas kepada polis tentang hasrat Umno dan kerajaan berkaitan hasil siasatan video seks itu," kata Surendran. Justeru itu katanya, KEADILAN menggesa supaya kerajaan Umno segera berhenti memperalatkan polis dan agensi undang-undang untuk tujuan politik. "Kami menyeru Umno dan kerajaan untuk berhenti menggunakan politik kotor dan komplot politik terhadap pembangkang dengan berhujah secara tertib dalam perkara yang melibatkan kepentingan negara," tegasnya. | Top 7 Reasons Not To Vote BN Come GE-13 Posted: 24 May 2011 01:35 AM PDT by Dr. Dzul (A fren posted this piece in my gmail. Despite not knowing Damian, a lot of what this young man is saying ( in his list) resonates with many of us. I'm taking liberty to extend it to others. Not that Pakatan is the best choice, as he alludes, but allowing BN to continue governing this country will ruin this nation beyond redemption. That's surely is not an option. So standup and be counted, you from the Gen Y and Gen Z . As Ghandi aptly puts it: "Be the Change You want to see in the World!"- Dr Dzul) Damian Murphy Denis www.realitybytesdmd.blogspot.com Reading the latest happenings about our country is a pain for many of us. Seeing the kind of filth BN politicians churning day in and day out makes you think that Malaysia is in a state of anarchy. Would anyone disagree? Politically, economically and socially our nation is sinking lower and it seems we are reaching the point of no return. We were considered to be a model country at one time but today we are on the way to become the "Next Sick Man of Asia" or the next Somalia. Can we re-claim our country from these corrupt and good for nothing BN politicians? I say we have too. And we need too. And we need to do it this coming GE13. Personally, I have 7 good reasons to kick BN out of Putrajaya come GE13:- 1) When BN is voted out you vote out people like Ibrahim Ali, Dr M, Perkasa and the likes. When you vote these people out you too vote out extremism, racism and bigotry from our nation. This is something we need to do as the current regime under Najib has failed to reprimand these racist politicians. In fact, Najib and his crony has been giving tacit support and approval by giving some of the most ridiculous statements in our nations history. Let us remember that "Perkasa adalah Perkakas UMNO" (Perkasa is UMNO's tool). 2) When you vote BN out you vote against corruption. This is a curse our nation has to endure since money politics has become so entrenched in our system. Every contract and business awarded has to be accompanied by a certain cut or percentage for those who walk in the corridors of power. Heard of the 10% men and his allegedly Maika shares? Of course, you have the BMF scandal, Perwaja and the latest PKFZ issue which is the hottest topic today but the current BN government seems to be dragging its feet to take those responsible to court. Why??? We can never expect BN to provide us with good governance as this is such an alien word to this bunch of crooks. 3) When you vote BN out you vote against all that stands for freedom and justice. What justice can a man on the street find for himself whenever his NCR land is taken over by BN cronies? What good is freedom if tomorrow he gets up to find his son has been gun down by the police in the wee hours of the morning? We not only need a dedicated and corrupt free cops/courts but also cops/courts who are able to perform their duty without fear or favor! 4) Vote BN out and you vote out an education system that supports mediocrity and second or third best. Look at our education system which is tainted with racism in the form of Biro Tata Negara (BTN) & quota system for university entry etc. If you look at our schools these days we will not fail to see how the standard has dropped from, let's say 15-20 years ago to today. Our teachers are not equipped to teach English well and this is causing our future graduates to suffer in the employment market. Yet, BN leaders especially the Education Minister has been giving us excuses after excuses till today and the young ones are the most affected. So, why keep these incompetent BN ministers in power? Get rid of them to redeem our education system NOW! 5) When you vote BN out you vote against the likes of Utusan, The Star, TV3 and many other mainstream media which has been controlled, manipulated and shackled by the powers that be. These newspapers especially Utusan has been spewing lies after lies and are still doing so as their political masters are the ones dictating to them what should be the menu of the week. Responsible journalism is such a foreign word to this big time corporate liars. Their recent report on the Christian state and PM is a case in point! They must be stop at all cost and we are the ones who will do it by bringing down BN in the next GE13. 6) Under BN rule Malaysia is facing a serious brain drain in the last few years. The major factors are the lethargic country's economy, educational opportunities, lack of religious freedom, social inequality and BN's affirmative policy in the form of NEP. These factors has made many young Malaysians fed-up with the current state of affairs and this has brought about the a wave of brain drain which is already affecting our economy today. The best brains in our country feels they are not being appreciated and welcomed as most of them are not of the Bumiputera group. Between 2008 & 2009 a total of 300,000 Malaysians has emigrated overseas just after the 2008 tsunami election. We need to put a stop to this brain drain and the starting point is to get rid of BN and vote in a government which is more inclusive and fair in its administration. 7) When we vote BN out, we vote for a better livelihood for all. And I mean for all and not just for the selected few cronies or the elites. Since the Asian Financial Crisis and Anwar's sacking in the late 1990?s our ecomony has never really prospered well. The BN government is planning for another round of petrol price hike come this June 2011. And Najib has the gall to say that subsidy has become an opium to the masses. Little did he realise that corruption and money politics in his own party UMNO is the real opium and the root of all evil! And the list goes on. I'm very sure sure you have your own reason/s not to vote BN this time around. Do add in and see how long the list goes. I'm convinced that for our country to move forward we need to put BN in its right place which is OUT of Putrajaya. As of now, I can only imagine Pakatan Rakyat as the only viable party to take over this government. I have made my decision. How about you? | Pusat Tidak Tunai Janji, Masih Amal Projek Runding Terus Posted: 23 May 2011 11:07 PM PDT Dari TV Selangor Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mendakwa kerajaan Pusat tidak telus dalam pemberian kontrak projek naiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Dakwa beliau, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air kini berada di peringkat akhir untuk menganugerahkan projek tersebut kepada kontraktor dengan nila RM1 bilion sedangkan anggaran sebelum ini hanya sekitar RM500 juta. “Tiada usaha tender terbuka dibuat bagi kerja penaiktarafan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2. Jika kementerian sudahpun berada di peringkat akhir menganugerahkan kerja-kerja tersebut, ini bermakna projek tersebut dibuat secara rundingan terus dengan kontraktor. “Apa yang membimbangkan saya ialah projek tersebut dianugerahkan pada nilai RM 1 Billion, 100 peratus lebih mahal dari anggaran pasaran, ” tegas Izzah pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini. Loji tersebut telah dirasmikan pada 15 Disember 2008 oleh Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu Datuk Joseph Salang menggunakan dana Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA). Menurut Izzah ketika itu, pegawai Konsortium Indah Water menyatakan anggaran kos naik taraf itu hanyalah RM500 juta. Justeru menurut Izzah betapa tindakan Kementerian itu kini bertentangan dengan apa yang dijanjikan Perdana Menteri Najib Razak mengenai kontrak rundingan terus dengan kelulusan projek kerajaan sebelum ini. “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun mengumumkan kepada rakyat bahawa amalan rundingan terus akan ditamatkan. Maklumat ini membuktikan program-program transformasi yang dijaja oleh Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang makna. Apabila kita mengambilkira jumlah hutang kerajaan yang akan diwarisi oleh generasi muda negara kita, dakwaan peningkatan kos 100 peratus ini teramatlah mendukacitakan,” jelas Izzah Justeru Izzah menyeru menteri bertanggungjawab, Datuk Peter Chin Fah Kui untuk menjelaskan ketelusan projek tersebut kepada rakyat. “Dengan ini saya menyeru Menteri yang bertanggungjawab Datuk Peter Chin untuk menjelaskan sama ada usaha tender telah pun dibuat untuk mendapat harga terbaik untuk projek ini. “Saya juga berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai projek ini untuk tampil ke hadapan dan memberikan lebih maklumat agar kita dapat menghentikan sebarang penyalahgunaan wang rakyat,” tegas beliau. | |
Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim Posted: 24 May 2011 07:34 PM PDT BENARKAH???? Posted: 24 May 2011 06:17 PM PDT Maklumat baru masuk! Puak-puak terdesak bukan sahaja menawarkan kad pengenalan kepada bangsa asing asalkan mereka mengundi BN dalam PRU akan datang, tetapi juga teknik menukar alamat pengundi turut akan diperhebat.
Kali ini, diberitakan ayahanda-ayahanda PEKIDA seluruh negara telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan seramai mungkin pengikutnya supaya bersedia untuk menjadi pengundi di dua buah negeri yang mahu ditawan semula oleh Barisan Nasional. Teknik yang pernah digunakan sebelum ini untuk menawan negeri Terengganu dan Kelantan akan digunakan semula dengan perpindahan jumlah pengundi yang lebih ramai.
Dengan berita ini juga, penulis berharap petugas-petugas pilihanraya akan bekerja lebih keras untuk mengesan aktiviti-aktiviti pertukaran alamat ini kerana dikhuatiri ianya bukan sahaja misi penukaran alamat tetapi juga adalah misi duplicate pengundi. Ini bermakna setiap alamat yang ditukar itu dikhuatiri bukan hanya ditukar tetapi sebenarnya ditambah menjadikan seorang pengundi boleh membuang di dua negeri. Modus operandinya mudah, sebelah pagi di negeri asal dan sebelah petang di negeri yang ingin mereka rampas secara penipuan.
Segala kos pertukaran alamat akan ditanggung sepenuhnya. Di atas faktor ini juga, pasti SPR tidak akan sesekali mempertimbangkan cadangan penggunaan dakwat hitam kepada setiap pengundi yang sudah membuang mandatnya dan ini mengesahkan bahawa SPR sememangnya kuda balaci UMNO/BN
Jangan kita hairan jika pelbagai cara digunakan untuk menyekat kebangkitan rakyat. Puak terdesak akan melakukan apa sahaja waima hancur tulang belulang demi untuk mempertahankan Putrajaya. Kini mereka menggunakan ayahanda PEKIDA kononnya untuk mempertahan kepentingan melayu tetapi sebenarnya apa yang cuba dipertahankan ketuanan UMNO dalam memenuhkan tembolok masing-masing.
Penulis menyeru kepada mana2 pertubuhan yang kononnya mempertahankan hak orang melayu supaya tidak menjadi hamba abdi kepada pembesar2 Umno/BN yang sememangnya terlalu takutkan kehilangan kuasa. Sewajarnya pertubuhan seperti PEKIDA, PERWARIS dan apa saja pertubuhan yang mahukan hak orang melayu dipertahan, bertindak menjadi kuasa penegur dan pengkritik kepada kerajaan pemerintah bukan menjadi balaci yang diupah untuk menghancurkan bangsa. Bukan bangsa melayu tetapi bangsa Malaysia. Sedarlah, jika kita punya maruah diri, kita menjadi pemimpin organisasi namun jiwa juang kita masih boleh dijual beli, apakah nilai diri kita dimata masyarakat. Penulis berpendapat jika PEKIDA, PEWARIS atau apa juga pertubuhan menjadi kuasa penegur kepada kerajaan pemerintah, pertubuhan ini akan dipandang lebih mulia, lebih tinggi oleh masyarakat ataupun orang melayu sendiri bahkan pimpinan mereka akan lebih dihormati. Namun sekarang Ayahanda2 PEKIDA lebih digeruni dari dihormati. Renung2kan lah duhai Ayahanda.....
edyes.com | ANWAR WAJAR DIBUNUH??? Posted: 24 May 2011 06:02 PM PDT Demi survival politik UMNO Anwar mesti dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun watak ini mesti dihapuskan dari arus politik Malaysia. Watak inilah yang menggelorakan arena politik Malaysia yang sebelum ini tenang tidak pernah bergoyang sedikitpun. Sama ada orang suka atau benci, Anwar pernah disenarai oleh TIME MAGAZINE 2008 sebagai antara 100 tokoh dunia paling berpengaruh sebaris dengan Obama, Vladimir Putin, Hillary Clinton, Sonia Gandhi John McCain dan lain-lain. Beliau belum pernah gagal dalam sebarang pertandingan. Jenayah paling besar yang pernah dilakukannya ialah mencabar TDM 1998. Sejak itu nasibnya pun berubah. Satu demi satu kawan berpaling tadah.
Tsunami Politik 2008 adalah antara kesan dan pengaruhnya. BN hilang kuasa 2/3 di parlimen. Jika tsunami politik berskala lebih besar melanda PRU13 dan Putrajaya terbungkas maka pada ketika itu rakyat akan tahu bahawa terdapat sebuah terowong bawah tanah menghubungkan Putrajaya dan KLIA. Pada ketika itu lubang-lubang tikus disempadan juga akan menjadi tidak selamat.
Dia adalah penggugat yang mengancam tahta dan singahsana kuasa berupaya menggegarkan tenaga muda progresif membina garis baru politik Malaysia – Negara bangsa yang adil serta hak asasi lebih terjamin.
Politik UMNO adalah warisan politik bangsawan Melayu feudal yang melihat Jebat sebagai orang yang sangat berbahaya. Warisan Pateh Karma Wijaya mencetus fitnah yang menyebabkan Jebat mengamuk dan akhirnya dibunuh. Pun begitu, Jebat tidak pernah mati. Semangat Jebat terus hidup dalam setiap jiwa yang cintakan keadilan.
Dalam konflik kuasa politik orang-orang Melayu sejak dulu fitnah adalah aparat politik yang sangat ampuh untuk menghapuskan musuh. Dalam hal ini Datok Bahaman pernah berpesan kepada pengikutnya agar jangan sekali-kali percaya kepada pembesar-pembesar Melayu. Bahaman adalah panglima raja – bergelar Orang Kaya Semantan menentang dasar cukai tanah yang zalim oleh Inggeris di Pahang akhirnya menjadi orang buruan. Minumannya pernah dibubuh racun dalam satu majlis bersama pembesar-pembesar Melayu di Kota Bharu pada tahun 1896. Ia terselamat dan selepas itu Bahaman kemudian menukar namanya untuk setiap perjalanannya agar jejak beliau tidak dikesan"
Abdullah CD adalah warisan Perang Bahaman pemimpin Regimen 10 yang memakai berbagai nama dihutan akhirnya termakan juga racun yang dimasukkan di dalam makanannya. Dia diracun oleh orang yang diupah pada tahun 1971 yang kemudian telah membuat pengakuan secara pribadi kepadanya. Ketika itu Regimen 10 (Melayu) amat menjadi ancaman terhadap UMNO.
Dalam kes Anwar walaupun dikenali sebagai pemimpin yang begitu toleran namun Anwar adalah pemberontak terhadap ketidakadilan dan kerakusan kuasa kaum bangsawan Melayu yang telah berlanjutan lebih setengah abad. Pidatonya jitu dan mencengkam jiwa pendengar serta mampu mencetuskan gelombang kebangkitan di kalangan orang muda.
Lebih menggugat apabila dia berjaya membawa PAS – DAP duduk semeja sekaligus menghancurkan seluruh usaha UMNO selama ini agar PAS dan DAP terus bercakaran. Anwar juga telah berjaya mengubah persepsi negatif orang-orang Tionghua terhadap PAS. Sokongan orang-orang Tionghua terhadap calon PAS di beberapa kawasan pilihanraya kecil menjadi bukti perkara ini. Sebelum ini PAS adalah 'kui" atau hantu kepada orang Tionghua yang selalu diusik-usik oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menjauhi parti ini kecuali jika mereka sanggup disunat….!
Anwar berjaya melunturkan kepercayaan orang-orang Tionghua terhadap MCA dan Gerakan. Di Bandar-bandar di Semenanjung boleh dikatakan hampir tiada lagi orang-orang Tionghua yang percaya pada MCA atau Gerakan. Kalau adapun mungkin yang sangat terpencil. Arus ini tidak mungkin surut lagi malah diramal akan menjadi gelombang lebih besar dalam PRU 13 nanti. Ada baiknya pemimpin-pemimpin MCA dan Gerakan bungkus kain baju mereka dan tinggalkan parti. Parti itu sudah tidak relevan. Orang-orang Tionghua tidak mudah dibeli dengan duit seperti orang Melayu, Malanau, Iban dan Kardazan. Sekolah Cina telah wujud di Malaya sejak tahun 1930 lagi ketika itu sekolah Melayu pun belum ada. Ini bermakna mereka kenal huruf-huruf p-o-l-i-t-i-k itu lebih awal.
Selain daripada fitnah dan isu perkauman apakah alat lain yang boleh diketengahkan untuk menyekat Anwar kecuali good governance dan jangan menindas rakyat. Dan ini tidak mungkin terjadi ! Dalam hal ini pilihan yang ada ialah " Anwar " dia mestilah dihapus demi kesinambungan kuasa bangsawan Melayu itu. Sekali lagi kaum bangsawan menuduh Anwar sebagai orang keciwa yang kononnya memberi harapan kepada orang-orang Tionghua untuk memerintah negara ini.
Fitnah bersiri yang dilancarkan UMNO terhadap Anwar bukanlah suatu yang aneh kerana hanya cara ini sahaja watak ini boleh dihapuskan. Selain Anwar siapa lagi yang boleh menyatukan PAS – DAP yang sepanjang sejarah bertikaian tetapi hari ini telah menjadi benteng baru untuk rakyat sandarkan harapan. Sebelum ini pemimpin-pemimpin besar UMNO tidak pernah percaya bahawa akan wujud barisan alternatif seperti BN. Justeru mereka percaya hanya BN sahaja yang boleh mendirikan kerajaan.
Lebih 50 tahun PAS dan DAP dilaga-lagakan agar berkelahi seperti anjing dengan kucing. Bila anjing dan kucing sibuk bercakar maka ada peluang untuk mereka menyelongkar. Anwar telah menukar emosi anjing dan kucing hingga mereka boleh makan bersama. Justeru kebelakangan ini, strategi melaga-lagakan PAS – DAP sudah tidak berguna lagi. Dalam keadaan ini adakah aneh sekiranya "Anwar" dijadikan sasaran supaya semuanya berkecai !. Rekayaksa video lucah dan tayangannya di TV untuk ditonton oleh rakyat adalah hanya untuk memainkan emosi Melayu. Kenapakah isu Sodomi dan video lucah ini langsung tidak mempengaruhi masyarakat Tionghua?
Ternyata isu video lucah ini telah digunakan sepenuhnya oleh UMNO demi menyelamatkan Serawak dalam PRN baru-baru ini. Ia telah ditayangkan tidak henti-henti tanpa ada sedikitpun perasaan bersalah kerana melancarkan fitnah yang besar. Ia belum pasti benar dan dilarang Allah. Kerja terdesak ini hanya sanggup dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang sangat jahat dan rendah akhlaknya.
Isu video lucah ini meletup pada hari DUN Serawak dibubarkan. Tayangan video ini terhenti sebaik sahaja pilihanraya selesai. Kenapa tidak diteruskan saja tayangan itu dan CDnya dibekalkan ke setiap sekolah supaya semua anak-anak kita disekolah juga tahu siapa itu Anwar Ibrahim!. Bila mereka keluar sekolah nanti mereka semuanya akan mendaftar menjadi ahli UMNO.
Anwar adalah pemimpin kepada kelas rakyat yang mendambakan pembelaan yang hidup tapi mabuk dalam derita. Kelas ini miskin namun mereka tidak tahu bahawa tidak sepatutnya miskin dalam sebuah negara yang begitu kaya. Mereka tidak sedar walaupun mereka bekerja keras namun hidupnya berselimut hutang demi menyara keperluan keluarga dan pendidikan anak-anak. Mereka tidak peduli dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang horaa sana dan horaa sini dengan duit yang mereka rompak dan pau daripada rakyat menerusi berbagai sumber cukai, lesen, permit, denda, toll, saman ekor dan sebagainya. Dengan berbagai-bagai cara mereka tekan dan tindas asal mereka boleh dapat duit dari saku rakyat
Semua fitnah ini perlu dilancarkan demi melencungkan perhatian rakyat terhadap pelbagai penyelewengan. Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Najib dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene sebanyak RM500 juta oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Begitu juga desakan yang berulang kali dari Anwar terhadap Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya dan Rosmah atas dakwaan berwibawa pembunuhan yang terkenal – model Mongolia Altantuya Shaaribuu.
Ternyata UMNO bukan saja telah menyalahguna media milik kerajaan malah lembaga-lembaga awam seperti Polis, Pejabat Peguam Negara, Lembaga Kehakiman Suruhan-jaya demi kuasa. Tanpa mempeduli tunjang sebuah negara demokrasi iaitu saparation of power seluruh lembaga ini sejak 1998 telah dikerah untuk menghapuskan seorang yang bernama Anwar Ibrahim kerana ia memimpin kesedaran kelas yang mengancam masa depan BN. Untuk menghapuskan watak ini tidak mustahil juga pada PRU 13 kita akan menyaksikan RPK, Nalakarupan dan Ummi Hafilda akan bergabung membalun Anwar. Dalam politik kawan adalah musuh yang paling berbahaya.
Sudah 13 tahun Anwar dipukul dan dibalun. Dihina supaya ia dibenci namun nampaknya watak ini tidak terjejas sedikitpun. Yang terakhir ialah konspirasi video lucah yang tidak begitu rapi perancangannya telah mendedahkan kejahatan mereka selama ini. Sanggupkah mereka menyembelih ketiga-tiga monyet video lucah itu sebagai langkah bermuka-muka terhadap rakyat dan apakah akan terjadi sekiranya ketiga-tiga monyet ini menyanyi mengikut musik kemudian melompat menggigit lengan tuannya sekiranya ia ingin disembelih seperti si toyol.
Anwar tidak akan mati dek keris pundek UMNO yang sebilah itu. Sudah 13 tahun dia dibalun bertalu-talu. Suaranya terus lantang dan matanya tetap tajam memaku wajah orang yang membuat tuduhan terhadapnya. Tidak henti-henti turun naik mahkamah tinggi dan rendah terutama apabila menjelang pilihanraya kecil. Pada 21 Februari 2011 hari dia dibicarakan Sodomi II dia dikatakan sempat pula melanggan seorang perempuan cina – dikatakan pelacur untuk melampiasi nafsu gilanya. Benarkah dia begitu rendah.? | SRIKANDI AKAN PERKUATKAN LAGI KEADILAN GELANG PATAH Posted: 24 May 2011 10:36 AM PDT AMK Gelang Patah mengalu-alukan penubuhan SRIKANDI dan amat yakin dengan penubuhan SRIKANDI yang akan dilancarkan tidak lama lagi, mampu memberikan kekuatan kepada Keadilan Gelang Patah. Keberanian anak muda (wanita) yang berani menongkah arus bagi menghapuskan ketidakadilan pemerintah sekarang wajar diberi pujian apatah lagi kebanyakan mereka dibawah umur 30 tahun. Inilah semangat dan keberanian yang wajar dicontohi oleh semua pihak.
UBAH DEMI MARUAH UBAH SEBELUM PARAH | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 24 May 2011 11:26 AM PDT Majlis Letak Batu Asas Landasan Pesawat di Rembau? Posted: 24 May 2011 07:13 AM PDT Apakah projek Landasan Pesawat Kecil di Rembau ini sekadar omongan kosong, gula-gula kempen politik? Apakah begitu rendah sekali pemikiran orang Rembau diperlaku semacam angan-angan Mat Jenin. Apa sudah jadi dengan projek Hospital Rembau yang sejak tahun 2008 lagi, yang masih ada hanya Batu Asas. Ya, bukan main hebat Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Rembau pada tahun 2008, bukan main banyak khemah dipasang, tapi dah lebih 3 tahun, tinggal batu asas saja seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.htmlLandasan pesawat kecil dibina di Rembau Utusan Malaysia 21 Feb 2008 Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya. "Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite." "Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam. Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong. "Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau. | Wanita PKR Kuala Pilah anjur Majlis Santai 27 Mei 2011 Posted: 24 May 2011 06:50 AM PDT Dalam usaha mengenali dan mendekatkan diri dengan pengundi Kuala Pilah, Wanita KEADILAN Cabang Kuala Pilah akan menganjurkan Majlis Santai Malam pada Jumaat 27 Mei 2011 ini. Majlis yang dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam itu akan diadakan di warung DT. Corner, Kg. Dioh Tengah, Jalan Sg. Dua, Kuala Pilah. Antara tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ustazah Maryam Naam wakil dari PAS dan wakil-wakil dari DAP. Orang ramai dijemput beramai-ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut di samping dapat beramah mesra dengan wakil rakyat. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14061 | Umno BN menyusahkan rakyat beli kereta terpakai Posted: 23 May 2011 08:45 PM PDT Ini satu lagi projek kerajaan Umno BN yang menyusahkan rakyat yang dah susah. Rakyat nak jimat duit beli kereta terpakai, rakyat yang tak ada duit nak jual kereta dibebankan lagi dengan pemeriksaan Puspakom atas alasan keselamatan dan elak kereta curi. Apa jaminan Umno BN jika ini dilaksanakan statistik kemalangan dan kecurian kereta akan menurun? Sampaikan Menteri Pengangkutan MCA BN pun tak setuju dengan pemeriksaan Puspakom sampai 2 kali dilaporkan dalam The Star dibawah pada 24 Mei 2011 (Utusan Malaysia tak minat cerita macam ni kerana wartawan Utusan kaya-kaya, semua beli kereta baru). Macam kes Berita Baik Untuk Semua Guru sempena Hari Guru tempoh hari. Entah mana otak dan timbang rasa pemimpin Umno BN sekarang ini? Sila baca artikel sebelum ini , Tak lakulah kereta terpakai, tambah lagi beban rakyat di http://amkns.blogspot.com/2011/04/tak-lakulah-kereta-terpakai-tambah-lagi.htmlPakcik-pakcik di Felda, kalau ada kereta terpakai atau kereta buruk, simpan saja buat tukun. Duit banyak beli kereta baru je. Kong: Two checks will burden motorists who wish to sell their vehicles The Star Tuesday May 24, 2011 BUTTERWORTH: It will be a burden to motorists if they are required to send their used vehicles for two Puspakom inspections before selling them, said Transport Minister Datuk Seri Kong Cho Ha. He said he had directed the Road Transport Department to discuss with the Domestic Trade, Cooper-atives and Consumerism Ministry for a single inspection . "I believe there should only be one inspection," he said when launching HSJBC Corporation Sdn Bhd's JBC light truck in Jalan Sungai Lokan here yesterday. Following amendments to the Hire-Purchase Act that were approv-ed by Parliament recently, all used vehicles going on sale will have to undergo an extensive B7 inspection at Puspakom effective June 1. The inspection comprises 18 visual and four computerised checks on the vehicle before it can be certified roadworthy. Only then can the transfer of ownership be effected. At present, only four checks are done - on the chassis number, the engine number, windows and windscreens as well as cut-and-join parts. Under the new ruling, the vehicles are required to be inspected twice, during the transfer of ownership and when the bank loan is approved. On a different matter, Kong told reporters that electric vehicles, mainly motorcycles, could now be registered following amendments to the Road Transport Act. "Prior to the amendment, owners were required to register the vehicle's chassis number and engine number. "But since electric vehicles do not have an engine, we have amended the Act to allow them to be registered under their chassis number," he said. However, he cautioned that electric vehicles still needed to get approvals from Sirim and the Department of Standards to ensure that they complied with Malaysian standards. Kong said the ministry had received numerous applications from companies that wanted to retail electric vehicles. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F5%2F24%2Fnation%2F8739962 | Kisah Ketua Menteri Pulau Pinang seorang Bekas Banduan Posted: 23 May 2011 07:09 PM PDT Satu kisah yang menarik diceritakan oleh Zairil Tan Sri Khir Johari yang merupakan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai perjalanan hidup seharian Lim Guan Eng yang serba sederhana dan begitu komited menjalankan tugas sebagai pemimpin negeri. Iktibar Politik Daripada Seorang Bekas Banduan 23 May, 2011 Bekas banduan, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Minum teh tarik percuma "Saya bekerja untuk Lim Guan Eng." Ayat ringkas di atas itu tidak pernah gagal mendapatkan saya sekurang-kurangnya secawan teh tarik percuma. Tiada sesiapa yang tidak ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai insan yang kini menjawat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagaimanakah perwatakan beliau? Adakah benar cerita ini atau cerita itu? Kerap kali soalan-soalan yang diajukan ternyata kurang munasabah, tetapi begitulah jadinya apabila saluran maklumat di negara kita menjadi mainan propaganda pihak yang berkuasa. Jika berkesempatan, saya akan menerima minuman yang ditawarkan. 'Bayarannya' hanya sekadar meluahkan sedikit masa untuk menceritakan sedikit tentang seorang personaliti yang dikenali tetapi mungkin tidak difahami ramai. Jadi, sebelum saya bermula, terima kasihlah atas kemurahan hati anda. Teh tarik kurang manis satu! Amat sukar untuk saya membayangkan kedinginan dan kesepian seseorang yang terpaksa mendiami bilik yang berjeriji besi atau kesuraman yang pasti menyelubungi sesebuah jiwa dalam ringkukan, dan sememangnya itu bukan suatu pengalaman yang saya citai. Yang pastinya, jika saya dihantar ke penjara, apatah lagi tanpa melakukan apa-apa kesilapan, dan tambahan pula kerana menjunjung kebenaran, sudah tentu saya tidak akan mudah melepaskan kesumat dalam hati. Namun manusia tersebut yang saya kenali hari ini tidak menyimpan walau segumpal perasaan benci atau dendam terhadap pihak-pihak yang telah menzaliminya. Pernah beliau berkata kepada saya, dan sememangnya jarang perkara ini ditimbulkan, sewaktu dalam perjalanan pulang setelah selesai satu malam berceramah di kawasan pedalaman: "Saya tidak sesekalipun mengingini perkara yang sama akan menimpa kepada mereka. Jalan kebenaran mungkin dipenuhi keperitan, tetapi kejayaan pasti menunggu." Begitulah ulasan seorang bekas banduan yang dua belas tahun lalu terpaksa bercangkung dengan tahanan-tahanan lain sambil berpakaian baju Pagoda dan seluar pendek warna putih. Walaupun jasadnya ketika itu menjadi kurus dan kendengkik, jiwanya tidak pernah patah dan kini beliau sudah berjaya menawan jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang. "Lagipun, pengalaman pahit saya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesengsaraan Nelson Mandela yang terpaksa meringkuk hampir selama tiga dekad. Tetapi sekarang kita sudah lihat. Akhirnya, kemenangan akan berpihak kepada yang benar." Itulah falsafah yang dipikul Saudara Lim Guan Eng, dan itulah pengajaran pertama saya. Setelah beberapa bulan menjadi pegawainya, sudah tidak mengejutkan lagi jika telefon berdering ketika tengah malam buta ataupun sebelum berkumandangnya azan Subuh. Malah sudah menjadi perkara biasa. Sesungguhnya sesiapa yang bekerja untuk Lim Guan Eng itu harus bersedia mengikut jadual kerjanya yang memaksimumkan setiap detik dalam setiap hari. Tetapi inilah kehidupan pejuang politik. Masa kita milik rakyat. Kepentingan ramai selalu diutamakan daripada kepentingan peribadi. Petua ini wajib dijadikan panduan kita, yakni 'utara benar' dalam perjuangan politik. Dan dasar itulah yang menjadi pegangan Ketua Menteri Pulau Pinang. Baginya, jawatan yang disandang adalah satu amanah yang cukup berat untuknya. Kerana itu, segala perbelanjaan wang rakyat hendaklah dilakukan dengan penuh ikhtiar dan tanggungjawab. Antara tindakan yang pertama yang dijalankannya sebaik sahaja mengambil alih pejabat Ketua Menteri adalah untuk melaksanakan dasar tender terbuka dalam semua kerja pembekalan dan pemerolehan awam. Cara yang telus ini membawa keuntungan kepada pengusaha dan kontraktor yang tulen dan bekerja keras, dan menimbulkan kesukaran kepada syarikat-syarikat kroni yang bergantung kepada modus operandi 'subkontrak'. Selepas tiga tahun berlangsungnya sistem tender terbuka di Pulau Pinang, sudah jelas terbukti faedahnya apabila ramai kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang kerana kurang 'kabel' sekarang telahpun berjaya melalui kebolehan dan daya saingan sendiri untuk membekalkan perkhidmatan dan produk mereka kepada Kerajaan Negeri. Sesungguhnya kejayaan juga akan memihak kepada yang jujur dan bekerja keras. Kebenaran dan ketelusan sememangnya menjadi ciri-ciri khas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Tetapi apakah rahsia disebalik penjelmaan semula Pulau Mutiara yang telah berlaku dalam masa tiga tahun yang lepas? "Semuanya bermula dari kepala," tegas Lim Guan Eng. "Apa-apa perubahan hanya boleh dilakukan jika dipandu dari pucuk pimpinan." Begitulah caranya berlaku reformasi dalaman dalam Kerajaan Negeri. Sesiapa yang pernah melawati Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun yang lepas ini pasti terkagum dengan kebersihan yang ketara, apa-apa lagi di sebuah negeri yang dahulunya diberi imbuhan 'Darul Sampah'. "Saya tidak menukar pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan. Pekerjanya masih sama. Tetapi yang ditukar adalah pimpinannya, di mana saya telah memilih pegawai yang paling cekap dan berdisiplin untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya." Kedua-dua Yang DiPertua MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) serta MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) sudah menjadi punca kebanggaan Lim Guan Eng. Kebetulan juga mereka berdua merupakan wanita. "Jika kepala bersikap bersih dan tegas, anggota yang lain akan mengikut secara sendiri." Prinsip ini juga mewarnakan cara pimpinan beliau sebagai Ketua Menteri. Salah satu tanggungjawab yang paling penting bagi seorang pemimpin adalah untuk menunjukkan teladan yang konsisten. Pernah sekali saya mengikuti beliau ke luar negara, di mana kita telah berjumpa dengan seorang saudagar asing. Kerana mengejar sebuah projek yang bernilai besar di Pulau Pinang, jadi bermesralah si saudagar itu dengan Ketua Menteri. Namun, apabila cubaannya untuk memujuk Ketua Menteri nyata tidak berjaya, saudagar itu pun membuka mulut menawarkan sejumlah wang ringgit yang tidak kurang menakjubkan, sebagai dorongan untuk mendapatkan projek tersebut. Dengan air muka yang jengkel, Lim Guan Eng menjawabnya dengan ringkas: "Saya bukan seperti menteri-menteri lain dari Malaysia. Jika anda hendakkan projek itu, anda boleh menyertai proses tender terbuka. Selain daripada itu, saya tidak boleh membantu." Sambil tersenyum malu, sambil ahli peniaga itu meminta diri. Itulah yang dikatakan memimpin melalui teladan. Sebagai kepala Kerajaan Negeri, Lim Guan Eng tidak pincang dalam perlakuannya. Dugaan silamnya tidak diendahkan, justeru tumpuan sepenuhnya dicurahkan ke atas jalan di hadapan, iaitu jalan yang akan membawa kemajuan dan keadilan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang secara khusus dan rakyat Malaysia secara am. Yang pasti, segala jenis dakwaan dan tuduhan tidak akan berhenti dilemparkan kepadanya. Namun begitu, iltizamnya tidak akan gentar. Seperti yang ditegaskan beliau, kebenaran itu adalah mutlak. Walau apa pun cabaran, jangan kita terpesong daripada 'utara benar', iaitu asas perjuangan politik kita. Dan kini berakhirlah cerita saya, sepertimana habisnya teh tarik yang terlebih kurang manisnya. Terima kasih kerana mendengar. Sumber : http://zairil.wordpress.com/2011/05/23/iktibar-politik-daripada-seorang-bekas-banduan/ | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan