(A fren posted this piece in my gmail. Despite not knowing Damian, a lot of what this young man is saying ( in his list) resonates with many of us. I'm taking liberty to extend it to others. Not that Pakatan is the best choice, as he alludes, but allowing BN to continue governing this country will ruin this nation beyond redemption. That's surely is not an option. So standup and be counted, you from the Gen Y and Gen Z . As Ghandi aptly puts it: "Be the Change You want to see in the World!"- Dr Dzul)
Reading the latest happenings about our country is a pain for many of us. Seeing the kind of filth BN politicians churning day in and day out makes you think that Malaysia is in a state of anarchy.
Would anyone disagree? Politically, economically and socially our nation is sinking lower and it seems we are reaching the point of no return.
We were considered to be a model country at one time but today we are on the way to become the "Next Sick Man of Asia" or the next Somalia.
Can we re-claim our country from these corrupt and good for nothing BN politicians? I say we have too. And we need too.
And we need to do it this coming GE13. Personally, I have 7 good reasons to kick BN out of Putrajaya come GE13:-
1) When BN is voted out you vote out people like Ibrahim Ali, Dr M, Perkasa and the likes. When you vote these people out you too vote out extremism, racism and bigotry from our nation. This is something we need to do as the current regime under Najib has failed to reprimand these racist politicians. In fact, Najib and his crony has been giving tacit support and approval by giving some of the most ridiculous statements in our nations history. Let us remember that "Perkasa adalah Perkakas UMNO" (Perkasa is UMNO's tool).
2) When you vote BN out you vote against corruption. This is a curse our nation has to endure since money politics has become so entrenched in our system. Every contract and business awarded has to be accompanied by a certain cut or percentage for those who walk in the corridors of power.
Heard of the 10% men and his allegedly Maika shares? Of course, you have the BMF scandal, Perwaja and the latest PKFZ issue which is the hottest topic today but the current BN government seems to be dragging its feet to take those responsible to court. Why??? We can never expect BN to provide us with good governance as this is such an alien word to this bunch of crooks.
3) When you vote BN out you vote against all that stands for freedom and justice. What justice can a man on the street find for himself whenever his NCR land is taken over by BN cronies? What good is freedom if tomorrow he gets up to find his son has been gun down by the police in the wee hours of the morning? We not only need a dedicated and corrupt free cops/courts but also cops/courts who are able to perform their duty without fear or favor!
4) Vote BN out and you vote out an education system that supports mediocrity and second or third best. Look at our education system which is tainted with racism in the form of Biro Tata Negara (BTN) & quota system for university entry etc. If you look at our schools these days we will not fail to see how the standard has dropped from, let's say 15-20 years ago to today.
Our teachers are not equipped to teach English well and this is causing our future graduates to suffer in the employment market. Yet, BN leaders especially the Education Minister has been giving us excuses after excuses till today and the young ones are the most affected. So, why keep these incompetent BN ministers in power? Get rid of them to redeem our education system NOW!
5) When you vote BN out you vote against the likes of Utusan, The Star, TV3 and many other mainstream media which has been controlled, manipulated and shackled by the powers that be. These newspapers especially Utusan has been spewing lies after lies and are still doing so as their political masters are the ones dictating to them what should be the menu of the week.
Responsible journalism is such a foreign word to this big time corporate liars. Their recent report on the Christian state and PM is a case in point! They must be stop at all cost and we are the ones who will do it by bringing down BN in the next GE13.
6) Under BN rule Malaysia is facing a serious brain drain in the last few years. The major factors are the lethargic country's economy, educational opportunities, lack of religious freedom, social inequality and BN's affirmative policy in the form of NEP. These factors has made many young Malaysians fed-up with the current state of affairs and this has brought about the a wave of brain drain which is already affecting our economy today.
The best brains in our country feels they are not being appreciated and welcomed as most of them are not of the Bumiputera group. Between 2008 & 2009 a total of 300,000 Malaysians has emigrated overseas just after the 2008 tsunami election. We need to put a stop to this brain drain and the starting point is to get rid of BN and vote in a government which is more inclusive and fair in its administration.
7) When we vote BN out, we vote for a better livelihood for all. And I mean for all and not just for the selected few cronies or the elites. Since the Asian Financial Crisis and Anwar's sacking in the late 1990?s our ecomony has never really prospered well. The BN government is planning for another round of petrol price hike come this June 2011. And Najib has the gall to say that subsidy has become an opium to the masses. Little did he realise that corruption and money politics in his own party UMNO is the real opium and the root of all evil!
And the list goes on. I'm very sure sure you have your own reason/s not to vote BN this time around. Do add in and see how long the list goes.
I'm convinced that for our country to move forward we need to put BN in its right place which is OUT of Putrajaya. As of now, I can only imagine Pakatan Rakyat as the only viable party to take over this government.
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas luahan Datuk Dr Fuad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja.
Fuad berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter.
"PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN," kata Idris kepada Harakahdaily.
Katanya, BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan.
Beliau menambah, mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri.
Katanya, segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.
Tegasnya, PAS yakin keresahan Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera Penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya, lapor Keadilan Daily.
Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dilapor akan mengemukakan pembelaan dan hujah balas bersama transkrip penuh sidang akhbarnya.
Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar mengaitkannya dengan video fitnah tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat.
Menurut Malaysiakini, permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.
Perkara itu timbul ketika sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Wazeer Alam Mydin Meera.
Wazeer menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin menjawab hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.
Hishammuddin diwakili peguam Cecil Abraham manakala Anwar diwakili Leela Jesunathan.
EL-ARISH - Misi kapal kargo MV Finch untuk menghantar bantuan berupa paip PVC kepada penduduk Gaza dijangka akan diteruskan dengan menggunakan jalan darat ekoran keputusan pihak berkuasa Mesir memberikan kebenaran kepada kapal itu untuk berlabuh dan memunggah barangan kargo hari ini.
Wartawan Bernama, Mohd Faizal Hassan dalam nota SMS yang dihantar ke ibu pejabat agensi berita itu di Kuala Lumpur berkata: "Difahamkan, Menteri Luar Mesir telah memberikan kebenaran untuk berlabuh (kapal) dan memunggah barang kargo hari ini.. Insyaallah kami akan ke darat," katanya.
Kapal tersebut telah berada lebih seminggu di luar Pelabuhan El-Arish di Mesir, bagi menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Mesir untuk berlabuh dan enjin kapal itu kini telah pun rosak.
Pada 16 Mei lepas kapal kargo itu yang turut membawa 12 sukarelawan dan krew dua wartawan Malaysia terpaksa membatalkan rancangan menggunakan laluan perairan Palestin untuk menghantar bantuan ke Gaza apabila diancam oleh tentera laut rejim Israel yang melepaskan tembakan amaran.
Mohd Faizal berkata buat masa ini kapal tentera Mesir berada berhampiran kapal kargo mereka untuk mengawal segala kemungkinan memandangkan kapal tentera Israel turut berada berdekatan.
"Objektif untuk menembusi sekatan itu telah dilakukan sejak Isnin lepas dan kini objektif untuk menghantar paip PVC ke Gaza dijangka akan dilakukan hari ini menerusi jalan darat," katanya.
Sementara itu, Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dalam satu kenyataan berkata PGPF menyokong sebulat suara keputusan yang diambil oleh kesemua krew dan penumpang kapal dan berbangga dengan semangat dan keazaman mereka.
"Spirit of Rachel Corrie (nama pendaftaran MV Finch) telah berada di lautan selama 12 hari dan sekarang sekali lagi akan mencuba untuk memecahkan sekatan Israel secara haram di Semenanjung Gaza," kata kenyataan itu.
Sementara itu, Matthias Chang, Ketua Misi kapal The Spirit of Rachel Corrie berkata mereka telah berlabuh di kawasan menunggu di pelabuhan dan roda kemudi kapal telah patah.
"Semangat berpasukan adalah tinggi dan tidak berasa gentar, kami telah menghadapi pelbagai rintangan dan sabotaj dan berjaya menempohnya," kata beliau dalam satu kenyataan yang difakskan dari pejabatnya di Kuala Lumpur.
Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor dengan dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin dari Malaysia serta dua warga India iaitu Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.
Selain wartawan Bernama, turut berada di atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times Iskandar Alang Zainuddin, petugas sukarela Felda Mohd Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada.- Bernama
SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat.
" Saya fikir Datuk Ahmad Maslan ini memang tidak mengetahui apakah peranan kerajaan mahupun tanggungjawab sebenar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri."
" Sudah jelas dalam isu-isu yang berkait dengan harga barangan keperluan itu adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, cabaran beliau untuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengurangkan harga barangan tidak masuk akal dan ia merupakan satu kenyataan yang jelas menunjukkan bahawa orang UMNO ini tidak begitu pandai," ujarnya ketika dihubungi Tv Selangor.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.
"Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Menurut Charles, kenyataan Ahmad Maslan itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan Umno-BN untuk memutar belitkan fakta serta memperbodohkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini dengan mengalihkan tugas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.
" Kenyataan Ahmad Maslan itu hanya memperbodohkan orang ramai. Dia (Ahmad Maslan) hanya mahu putar-belitkan isu ini sahaja dengan mengatakan ia dibawah bidang kuasa kerajaan negeri dan negeri boleh menukar harga barangan sewenang-wenangnya, walhal ia tidak boleh berlaku," tegasnya.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.
Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.
"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'.
"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.
Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.
"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.
"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.
"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.
Pemuda sedia untuk Bersih 2
Sementara itu, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.
"Kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.
Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.
"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul menganggap temuramah salah seorang trio 'Datuk T', Datuk Syazryl Eskay Abdullah sebagai 'kuda tunggangan' UMNO BN yang digunakan bagi tujuan memfitnah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah menurut Johari, temuramah ekslusif Eskay yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sebagai tidak benar dan bercanggahan dengan fakta.
Johari turut menegaskan PKR akan mendedahkan kepincangan Eskay tidak lama lagi.
"Kena tanya orang Kedah siapa dia Eskay yang kami kenal. Kami tahu habuan yang dia dapat mungkin dari bekas Perdana Menteri, Mahathir.
Kami juga tahu cara dia berniaga, yang akan didedah dalam sedikit masa lagi. Bagi saya UMNO BN gunakan Eskay sebagai kuda tunggangan mereka," katanya.
Eskay sebelum ini ditemani bekas Menteri Besar Melaka, Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Shuib Lazim, mengangkat sumpah 'laknat' di Masjid Amru Al-As pada 29 April lalu kononnya beliau dan Anwar terlibat dalam skandal seks seperti mana yang didedahkan mereka 21 Mac lalu.
Walaubagaimanapun, Rahim dan Shuib tidak membuat sumpah laknat.
Utusan hari ini, muka surat 12, menyiarkan temuramah ekslusif mereka dengan Eskay yang digambarkan sebagai seorang yang mesra dan berakhlak mulia malah digambarkan sebagai hero.
Menurut temuramah tersebut, Eskay yang menjadi Konsul Kehormat Diraja Thailand dikatakan terlibat dan bertanggungjawab dalam memeterai Peta Keamanan (Peace Road Map) melibatkan semua wakil puak pemisah di bawah naungan organisasi yang dinamakan BERSATU termasuk pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO), Gerakan Mujahiden Islam Pattani (GMP) dan Barisan Revolusi Nasional-Kongres (BRN).
Namun Johari yang juga bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Pusat menegaskan, apa yang terpapar diruangan Rencana itu tidak benar sama sekali.
"Dalam hal-hal keselamatan seperti ini, kita tak gunakan konsul, Konsul general kehormat dan konsul general berbeza. (Eskay) konsul Langkawi sahaja, bukan Malaysia. Fungsi Konsul General Kehormat adalah berkaitan pelancongan, kebudayaan dan sewaktu dengan itu.
"Ini bukan peranan Konsul General Terhormat. Ini peranan yang dimainkan Majlis Keselamatan Negara, Polis, Tentera dan lain-lain. Saya yakin mereka yang terlibat turun akan berdiam diri kerana perkara ini 'Top Secret' (Rahsia Sulit) Kerajaan," tambah Johari.
Menurut Johari fungsi Eskay hanyalah seperti 'Pengurus Acara' atau Pemandu Pelancong semata.
"Saya yakin, kalau ada Menteri-menteri atau VIP ingin ke Thailand Datuk Eskay boleh jadi 'tour guide' tapi terlibat dalam hal seperti ini...seperti saya kata, saya bekas Pegawai Tinggi kerajaan," kata Johari lagi.
Justeru, Johari mencabar Eskay yang menyatakan Anwar ke Thailand dengannya secara berseorangan menjelaskan dengan terperinci tarikh kedatangan Anwar ke Thailand jika benar semua tuduhan sebelum ini.
"Saya nak cabar Eskay, beritahu bila tarikh Anwar ke Thailand. Sebab dia kata Anwar pergi sendirian. Sedangkan saya tahu tujuan Anwar ke Thailand dan dengan siapa dia pergi dan apa yang dia bincangkan. Dia tak akan pergi sorang," kata Johari.
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, Umno boleh keluar daripada BN jika merasakan sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.
"Kita sudah cadangkan berulang kali sekiranya Umno merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang Melayu ayuh dengan segera keluar dari BN," ujarnya.
Beliau menyatakan demikian sebagai kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam, sebagaimana laporan Bernama.
Beliau menyatakan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
"Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap 'merapu' bila beralasan dengan bertanding atas 'tiket sendiri' tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat," kata Khalil yang juga Adun Titi Serong.
Katanya, Zahid yang juga Menteri Pertahanan dilihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin Umno yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.
"Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri besar dan ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk tidak membubarkan Dun walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun," ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan kenapa jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi 'anak jantan' kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.
Hakikat sebenarnya, kata beliau Umno sekian lama 'pondan' disebabkan tidak berani keluar dari BN.
Khalis menambah, sebenarnya sistem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.
Justeru, katanya jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan Umno sendiri yang terus bergayut di dalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari Pakatan.
Seorang lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan kediaman ditemui mati dalam lokap Balai Polis Simpang Renggam di Kluang hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Fawzi Arshad berkata Nasrul Redzuan Mohamad, 25, ditemui mati tergantung kira-kira pukul 10.20 pagi oleh anggota polis yang bertugas ketika mahu memindahkan lelaki terbabit ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
"Nasrul Redzuan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh kediaman salah seorang penduduk di kawasan Simpang Renggam dan menyerang sehingga mengakibatkan kecederaan pada mangsa pada kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.
"Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam sebelum ditempatkan sementara di lokap tahanan bagi proses laporan. Bagaimanapun, ketika anggota bertugas ingin memindahkannya ke IPD Kluang, anggota berkenaan menemui dia mati tergantung di dalam lokap tersebut," katanya kepada pemberita.
Mohd Fawzi berkata pemeriksaan lanjut mendapati Nasrul Redzuan yang berasal dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan, menggantung dirinya menggunakan seutas tali.
Beliau berkata mayat lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Kluang untuk bedah siasat.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.
Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.
Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.
Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.
"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.
"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.
Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.
Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.
"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.
"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.
Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.
"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.
Saya tengah bermesyuarat di Batu Caves, KL apabila mendapat berita tentang kejadian tanah runtuh yang melibat sebuah Pusat Penjagaan anak yatim AT TAQWA di BT 14 HULU LANGAT.Tidak lama selepas saya menerima sms tentang berita itu, saya menerima pesanan ringkas dari jauh iaitu daripada YAB MENTERI BESAR SELANGOR yang berada di USA.Beliau meminta YB Rodziah selaku EXCO KEBAJIKAN dan saya selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR untuk mengerakkan YAYASAN AMAL ke tempat kejadian.
Saya terus meminta YAYASAN AMAL MALAYSIA yang terkenal dengan pengalaman dalam keadaan bencana dan BRIGED AMAL SELANGOR ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kemanusiaan.
Belum habis mesyuarat saya bergegas pergi ke tempat kejadian.Semakin hampir saya mula perasan bahawa saya juga telah ke tempat berhampiran itu semasa kejadian PUSAT TAHFIZ HAYAATUL ULOOM terbakar hingga mengorban satu nyawa Ramadhan yang lepas.
Saya bertemu dengan YB Rodziah di LEMBAH AZWEN yang menempatkan 20 orang anak yatim yang tidak terlibat dengan kemalangan kerana mereka tidak berada dalam khemah yang ditimpa tanah runtuh.
Rata-rata wajah mereka menggambarkan kepiluan dan trauma.
Saya sempat berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang sama tidak ceria.Tidak kurang ada keluarga yang berdebar berlinang air mata kerana anak mereka belum dijumpai.Entah hidup entah tidak.
YB DR HALIMAH berbincang dengan SUK SELANGOR,YDP MPKJ,PENGARAH JKR SELANGOR Kemudian saya terus berjalan kaki daripada LEMBAH AZWEN RESORT hingga ke tempat kejadian.Air hujan menyebabkan tanah kuning yang becak,licin dan berlopak.
Saya bertemu dengan ahli UNIT AMAL dan BRIGED AMAL yang telah bermula daripada awal membantu pasukan penyelamat mencari mangsa.
DYMM SULTAN SELANGOR diberi taklimat
YB Dr Halimah bertanya dengan Ketua pasukan Perubatan HOSPITAL AMPANG Saya melihat tempat tanah runtuh di belakang bangunan PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM AT TAQWA.Kelihatan pasukan penyelamat mengorek tanah yang menimbus khemah dengan berhati-hati kerana dikhuatiri terkena mangsa yang akan cedera sekiranya terkena alat penyodok dan cangkul.
Anjing-anjing membantu mengesan mangsa.Ada yang tersepit kaki dan perlu dipotong. Ada tersepit tangan. Mangsa yang ditemui dihantar ke satu lokasi yang berdekatan dengan ambulans.Yang disah meningal diminta waris mengesan.Yang masih hidup dirawat dan dihantar segera ke hospital.
Ramai orang berpusu-pusu ke tempat kejadian walaupun hari hujan dan jalan agak gelap..Saya terlihat di surau pelbagai ukiran ayat al Quran yang menyejukkan mata serta mengingatkan saya kuasa Ilahi.
Pasukan bomba bergegas membawa chain saw.Ada mangsa yang mereka temui dan sukar dikeluarkan.
Banyak pengajaran bagi semua pihak dalam tragedi ini.Ia mengajar manusia merancang dengan baik.Ia juga mengajar kita supaya meneiliti ciptaan Allah seperti bukit dan gunung dan apakah tujuan ia dijadikan.
Ia mengingatkan kita supaya peka kepada alam sekitar kerana ia bersangkut paut dengan kesejahteraan hidup kita.
Ia latihan kesabaran.Ia menerangkan hakikat satu kehidupan dan satu kematian.
Kerajaan negeri menyumbang RM1000 kepada mangsa yang selamat dan Lembaga Zakat Selangor memberi sumbangan khas kepada semua dan RM100000 kepada PUSAT PENJAGAAN ANAK YATIM AT TAQWA.
Moga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang telah mencurah khidmat dalam usaha menyelamat dan rakyat yang prihatin.
PETALING JAYA 25 MEI : Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa kerajaan mengambil tindakan komprehensif mewajibkan setiap pembekal menyediakan butiran ramuan atau bahan mentah yang digunakan supaya masalah kewujudan komponen bertentangan dengan Islam, sama ada yang dilakukan secara sengaja ataupun tidak sengaja, dapat dielakkan sambil mengakui wujudnya kelemahan dalam keberkesanan proses mematuhi peraturan sijil halal.
Ketua makmal UPM Dzulkifly Mat Hashim berkata, masalah kewujudan bahan-bahan tidak halal adalah disebabkan oleh faktor luar pengetahuan penyedia perkhidmatan atau produk terakhir itu sendiri.
"Dalam kes serbuk kopi (di Kluang sebagai contoh), pada pandangan peribadi saya, mungkin kes ini wujud kerana tiadanya pengetahuan atau di luar pengetahuan pemilik kafe," katanya ketika ditemui selepas membentangkan kertas kerja pada Simposium 2011: Total Agilent Experience.
"(Oleh itu) kerajaan perlu mengkaji untuk mengambil satu tindakan komprehensif dalam hal ini, bermula dengan pendidikan, kempen kesedaran, bantuan kewangan dan sebagainya sebelum menguatkuasakan undang-undang," ujarnya.
Jelasnya lagi, 80 hingga 90 peratus ramuan sesuatu produk makanan dan bukan makanan seperti kosmetik datang dari luar negara, maka sukar untuk penyedia perkhidmatan atau produk akhir memastikan atau mengetahui seratus-peratus kandungannya.
"Jadi, dalam perkara ini perlu ada kerjasama antara penyedia produk akhir dan pembekal bahan-bahan mentah kerana ia melibatkan satu rangkaian proses yang panjang," katanya.
Ujarnya lagi, kini tiada peruntukan yang mewajibkan perkara itu.
Bagaimanapun rang undang-undang halal yang sedang digubal dilihat akan membantu mengatasi masalah tersebut.
Pada April lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata undang-undang baru yang digubal untuk memperkemaskan lagi industri halal negara akan memberi lebih kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguat kuasa penggunaan dan pengeluaran logo halal di negara ini.
"Akta itu akan meliputi tindakan undang-undang dan penguatkuasaan kerana dulu tidak boleh ambil tindakan kepada mana-mana individu, syarikat swasta atau mana-mana syarikat luar yang mengeluarkan sijil kerana peruntukannya tidak diperkemaskan," katanya.
Semalam, Pemuda Umno menggesa kerajaan membekukan proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh Jakim dan kesemua agensi agama negeri ekoran kes-kes ketidakpematuhan sejak kebelakangan ini.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu perlu sehingga satu proses pengauditan komprehensif oleh sebuah badan bebas terhadap proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh agensi-agensi berkaitan selesai.
Baru-baru ini, Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia juga telah membuat pendedahan mengenai DNA babi dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Bahkan, kejutan berganda menyusur dengan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa bahan-bahan tersebut dikatakan digunakan oleh sebuah rangkaian kedai francais makanan yang terkenal di Malaysia dengan langganan ramai dari masyarakat Islam.
Mengulas lanjut kes di Kluang baru-baru ini, bahawa siapa yang harus dipersalahkan kerana pemiliknya dikatakan memiliki sijil halal, Dzulkifly berkata, oleh kerana kes itu sudah dibawa ke mahkamah maka pihak berkuasa kehakimanlah yang perlu menentukan perkara tersebut.
Bagaimanapun katanya, ia perlu diteliti secara kes demi kes dengan melihat pada "beban kewajaran."
"Sama ada seseorang itu memasukan bahan yang dilarang secara sengaja atau tidak sengaja dan sebagainya," kata beliau yang turut berpendapat bahawa masalah itu boleh diatasi jika ada langkah menggunakan analisis saintifik sebagaimana dilakukan pihaknya dan proses dokumentasi yang tersusun mengenai ramuan dalam sesuatu bahan yang digunakan.
Justeru, Dzulkifly mencadangkan kerajaan supaya menambah pusat-pusat analisis makanan halal memandangkan banyak pihak berminat untuk melakukannya dan beliau yakin masalah yang disaksikan sekarang boleh diatasi dalam tempoh empat tahun sahaja.
"Pada pandangan saya, saya berharap masalah-masalah wujudnya ketidakpematuhan keperluan sijil halal boleh diatasi dalam tempoh sebelum berakhirnya RMK-10... itu harapan saya.
"Jika boleh dilakukan jika kerajaan iltizam politik di pihak kerajaan dengan mengadakan pelbagai langkah, saya yakin ia boleh dicapai dengan cepat," katanya.
Institut Penyelidikan Produk Halal UPM mula menjalankan ujian saintifik sejak setahun lalu dan mempunyai kapasiti melakukan 6,000 analisis dalam setahun.
Saya sangat terkejut laporan dari Berana memetik kenyataan dari Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saya melihat Zahid sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan sudah bercakap "merapu" bila beralasan dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, DAP katanya dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.
Jauh dari itu Zahid berkata parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan' sekiranya bertindak sedemikian.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dun masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan saya lihat sudah mengulas sesuatu yang lari dari tajuk dan persoalan yang sebenar dan menyebabkan dia dilihat sebagai seorang pemimpin UMNO yang tidak ada pandangan yang jauh dan tidak melihat kepada realiti yang sebenarnya.
Orang bercakap mengenai bidang kuasa menteri Besar dan Ketua yang ada pada kerajaan negeri yang boleh tidak menasihati Sultan atau Yang DiPertua Negeri untuk tidak membubarkan DUN walaupun parlimen telah dibubarkan, apa lagi tidak cukup tempoh 5 tahun.
Kenapakah jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi "anak jantan" kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya.
Hakikat sebenarnya UMNO lah yang sekian lama "pondan" disebabkan tidak berani keluar dari BN.
Kita sudah cadangkan berulangkali sekiranya UMNO merasakan dia sudah mendapat sokongan kuat dari orang melayu ayuh dengan segera keluar dari BN .
Sebenarnya sisitem 2 parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN adalah realiti yang mesti diterima oleh seluruh rakyat malaysia, jangan pula Zahid cuba menutup kelemahan UMNO sendiri yang terus bergayut didalam BN dan dalam waktu yang sama mencabar DAP keluar dari pakatan.
Sesungguhnya tidak ada satu partipun termasuk UMNO yang boleh memerintah negara dan semua negeri di malaysia kalau dia tidak berada dalam PR atau BN.
Zahid nampaknya sudah terlalu cerdik, dan saya cadangkan kecerdikannya itu digunakan untuk UMNO iaitu keluar dari BN kalau dia berani.
Apa lagi kekuatan yang ada pada BN dan UMNO sendiri adalah kekuatan yang sangat rapuh kerana bergantung kepada penyalahgunaan kuasa terhadap kementerian, jabatan dan agensi tertentu.
Itupun mereka sudah rasa terlalu lemas dan pendek umur dengan mencari pelbagai cara untuk menarik sokongan rakyat bagi terus kekal berkuasa.
Namun saya yakin dengan kenyataan Zahid membuktikan BN dan sudah kehilangan arah untuk memastikan rakyat terus memberi madat kepadanya.
Gelombang penolakan rakyat terhadap BN sudah tidak dapat dibendung lagi dan saya yakin Pakatan Rakyat akan menjadi Pilihan Rakyat dalam PRU akan datang.
KENYATAAN MEDIA Drs. Khalil Idham Lim IPOH, 25 Mei 2011.
"KAMI terpaksa menggunakan pam hidrolik milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menahan batu besar daripada terus menghimpit mangsa terakhir yang masih bernyawa," kata Pegawai Persediaan Bencana Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Rozalla Iskandar Mohamad, 33, yang membantu menyelamatkan guru sambilan, Md Irwan Zakaria.
Rozalla berkata, mangsa ketika itu dalam keadaan sudah tidak bermaya dengan paha kaki kanan dan kaki kirinya yang tersepit pada dinding madrasah.
"Ada dua mayat kanak-kanak bertindih dan Md Irwan, 32, pula ditindih satu lagi mayat, selain besi khemah menghimpit kakinya. Atas empat mangsa tersepit itu, terdapat batu besar dan kami guna pam hidrolik untuk elak batu itu menggelungsur dan menimpa kepalanya," katanya.
Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa mengeluarkan dua mayat yang menimpa mangsa terlebih dulu untuk mengurangkan bebanan, tetapi kira-kira jam 6.30 petang, operasi tergendala kerana berlaku pergerakan tanah selepas hujan lebat.
"Enam jam diperlukan untuk mengeluarkan mangsa. Kami menepuk pahanya kerana dia memberitahu kakinya kebas, selain kami bersembang dengannya bagi mengelakkannya pengsan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pengurusan Bencana dan Logistik PBSMM, Nasir Khan Abdul Rahman, berkata, beliau tidak menyangka operasi SAR berjaya mengeluarkan semua mangsa tertimbus kurang daripada tempoh 24 jam.
KAHERAH: Ketua pendakwa raya mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak dibicarakan atas dakwaan penyelewengan dan konspirasi dalam tindakan menembak ke arah penunjuk perasaann ketika desakan memuncak menyingkirkannya.
Arahan berkenaan adalah langkah mengejutkan terhadap kuasa pemimpin itu yang tidak pernah dipersoalkan selama tiga dekad.
Pengumuman itu menyatakan Mubarak akan menghadapi tuduhan jenayah pada ketika rakyat mengancam untuk melakukan tunjuk perasaan besar-besaran kedua kerana bimbang terhadap peralihan kuasa yang perlahan di bawah pentadbiran tentera. - AP
LONDON - Dimitar Berbatov menegaskan, dia akan terus bersama Manchester United dan berikrar untuk membantu pasukan itu menewaskan Barcelona pada final Liga Juara-Juara, Ahad ini. Penyerang Bulgaria itu menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini dengan berkongsi status penjaring terbanyak bersama Carlos Tevez dengan 20 gol.
Berbatov, 30, berkata: "Saya masih mempunyai kontrak selama setahun di sini dan saya tidak akan pergi ke mana-mana.
"Kini saya adalah sebahagian daripada skuad United yang menjuarai gelaran liga kali ke-19 dan saya sekali lagi mahu menjadi sebahagian daripada kejayaan kami menjulang gelaran ke-20, itu rancangan saya.
"Saya adalah pemain paling gembira dalam pasukan ini kerana selain kejuaraan ini, saya juga adalah penjaring terbanyak dalam liga.
"Menjulang gelaran ke-19 adalah satu pencapaian yang amat hebat dan saya mahu kami menang pula ke atas Barcelona.
"Semua orang lihat Barca adalah pasukan pilihan tetapi tiada siapa tahu pasukan mana yang akan menang."
Berbatov juga menyelar pengkritik United yang menyatakan mereka tidak mempamer prestasi terbaik musim ini.
Tambahnya: "Jawapan saya ialah kami sudah bergelar juara dan mara ke final Liga Juara-Juara. Apa lagi yang kami perlu buktikan?"
MELAKA - Akibat cuba mencari duit lebih dengan mengedar dadah, seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Abu Kasim Matrus, 47, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abdul Aziz.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengedar dadah jenis kanabis seberat 326.80 gram berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah pada pukul 7 malam 21 Januari lalu.
AZWAN mengalami cedera ringan apabila kaki kanannya cedera terkena tembakan dari pistolnya sendiri di Bukit Mertajam semalam.
BUKIT MERTAJAM – Kesungguhan seorang anggota polis Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat rondaan untuk mengekang jenayah jalanan menyebabkan dia tidak sedar kaki kanannya telah ditembusi peluru daripada pistolnya sendiri dalam kejadian dekat Pejabat Pos Bukit Mertajam di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, Lans Koperal Azwan Anas, 33, dari cawangan PGA Kulim hanya menyedari kakinya tercedera selepas dia merasa kebas. Apabila dilihat, dia mendapati darah telah memancut keluar manakala but yang dipakai telah ditembusi peluru.
Mengimbau semula kejadian tersebut, Azwan memberitahu, sebelum itu, dia bersama seorang rakannya sedang membuat rondaan di sekitar pekan Bukit Mertajam dengan menaiki sebuah kereta peronda.
ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi di sini semalam membebas dan melepaskan seorang pemuda daripada hukuman mati atas tuduhan membunuh seorang penternak ayam di Kubang Pasu dekat sini tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap Mohd. Nazri Harun, 25.
MOHD. NAZRI memeluk ibunya selepas dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh di Mahkamah Tinggi Alor Setar
Sejurus prosiding penghakiman, Mohd. Nazri yang berada di kandang tertuduh dilihat menadah tangan berdoa dan memeluk seorang wanita dipercayai ibunya selepas dibawa keluar dari mahkamah.
Tertuduh didakwa membunuh Tan Ah Yee atau Tan Chen Chuan, 65, di Kampung SC Dalam, Kubang Pasu antara pukul 8.30 hingga 9 malam pada 20 April 2010.
Mohd. Nazri yang bekerja sebagai pembantu kepada penternak ayam itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.
Mohd. Zaki dalam penghakimannya menyebut, pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh membunuh si mati dengan menembak mangsa menggunakan senapang patah sebelum membakarnya di rumah tersebut.
Katanya, keterangan pakar forensik hanya menjelaskan bahawa hasil bedah siasat ke atas si mati yang ditemui rentung dalam kebakaran di rumahnya menunjukkan bahawa dia mati akibat ditembak senapang patah.
"Mahkamah mendapati keterangan pihak pendakwaan hanya bergantung kepada bukti ikut keadaan tanpa sebarang bukti sokongan. Tiada satu pun keterangan pendakwaan membuktikan tertuduh yang menembak si mati," ujarnya.
Tambahnya, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas darah yang ditemui pada baju kemeja T tertuduh menunjukkan bahawa ia miliknya sahaja dan bukan Ah Yee.
"Begitu juga mengenai kelongsong peluru senapang patah dan sisa senapang patah yang ditemui dalam kebakaran tersebut gagal dibuktikan bahawa ia digunakan oleh tertuduh untuk menembak si mati," katanya.
Sepanjang pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shuhada Mohd. Yatim seramai 21 saksi dipanggil memberi keterangan.
Mohd. Nazri diwakili peguam Ali Munawar Razak.
Mengikut fakta kes, mayat Ah Yee ditemui dalam rumahnya yang musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 11 malam pada hari kejadian.
Tertuduh yang berada di tempat kejadian memberitahu bahawa dia dan majikannya itu telah disamun dan dia pengsan akibat dipukul.
Setelah tersedar tertuduh memberitahu rumah majikannya itu sudah hangus.
BARCELONA, Sepanyol - Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola tidak mahu dilabel selaku pasukan pilihan pada final Liga Juara-Juara menentang Manchester United di Stadium Wembley, Ahad ini.
Guardiola berkata, beliau tetap menghormati skuad bimbingan Alex Ferguson itu.
PARA pemain Barcelona menjalani sesi latihan ringan sebagai persiapan untuk menghadapi United pada final Liga Juara-Juara di Stadium Wembley
United menampilkan aksi yang lebih konsisten musim ini dan berjaya merampas gelaran juara Liga Perdana England daripada pencabar terdekat, Chelsea.
Pada masa yang sama, Barcelona turut menerima pujian daripada pengkritik berikutan persembahan menarik pasukan itu sepanjang musim ini.
Bagaimanapun, Guardiola, 40, yang merupakan antara pemain dalam skuad Barcelona ketika memenangi Piala Eropah pertama di Wembley pada tahun 1992 berkata, beliau perlu lebih berhati-hati pada pertemuan menentang United itu.
"Saya melihat United bermain pada aksi separuh akhir kedua menentang Schalke 04 dan mereka tetap hebat meskipun bermain tanpa beberapa pemain utama," kata Guardiola.
"Mereka memiliki ramai pemain berkualiti dan mampu menampilkan empat atau lima barisan pemain berlainan tanpa ada sebarang masalah.
"Mereka sering kali kompetitif dan salah sebuah pasukan terbaik di dunia. Mereka juga mampu bertahan lima atau 10 tahun lagi."
Pertemuan di London pada Ahad ini dianggap sebagai ulangan final di Rom dua tahun lalu apabila Barca menang 2-0 ke atas United.
United bermula agak baik pada awal permainan tetapi skuad The Catalan lebih banyak menguasai saingan selepas jaringan penyerang Cameroon, Samuel Eto'o.
Barca mendominasi permainan selepas penyerang Argentina, Lionel Messi meledakkan gol kedua pasukan itu pada babak kedua.
"Kami perlu melihat semula perlawanan itu dan saya rasa United lebih baik daripada kami pada separuh masa pertama.
"Saya rasa kami akan menghadapi satu lagi perlawanan yang sukar."
TRIPOLI: Enam letupan kuat menggegarkan bandar ini berdekatan kediaman pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam akibat serangan udara NATO, kata wartawan AFP.
Deruman enjin jet pejuang kedengaran di ruang udara selepas tiga serangan dilancarkan di kediaman Gaddafi, Bal Al-Aziziya kira-kira jam 11 malam waktu tempatan dan diikuti tiga lagi serangan kira-kira dua minit kemudian.
Kawasan itu diserang teruk pada malam kelmarin yang berlarutan lebih setengah jam menyebabkan tiga terbunuh dan 150 cedera.
KENYATAAN MEDIA Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak
Saya menyeru kepada 400,000 rakan-rakan guru diseluruh negara untuk menimbang secara serius dan mendalam tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat berupa pengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru apabila Pakatan Rakyat mendapat mandat sebagai Kerajaan Pusat Pada PRU 13 nanti.
Sebenarnya sejak akhir-akhir ini saya melihat kekecewaan 400,000 guru itu mula disuarakan sendiri melalui Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Lok Yim Pheng ketika diwawancara oleh Bernama baru-baru ini.
Pakatan Rakyat amat menghargai jasa serta pengorbanan guru yang mendidik anak bangsa bagi menyiapkan dalam diri para pelajar dengan ilmu pengetahuan.
Sesungguh kemajuan bidang pendidikan akan menjamin kemajuan sesebuah negara dimasa akan datang.
Tindakan kerajaan UMNO BN yang telah mengumumkan pada Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40.yang lepas bahawa sekelompok para pendidikan bakal menerima elaun tambahan dengan kenaikan pangkat pada awal tahun hadapan menambahkan lagi permasalah kepada sistem pendidikan negara kerana dasar tersebut terdapat unsur pilih kasih.
Dasar sebegini sebetulnya boleh menimbulkan iklim kerja yang tidak selesa dan menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga memungkin prestasi kerja guru boleh menurun.
Seluruh guru di Malaysia sebenarnya sentiasa berkhidmat dengan gigih dan penuh dedikasi namun setiap kali datangnya sambutan Hari Guru atau Pembentangan Bajet Tahunan ternyata sangat sedikit berita gembira yang mereka dapat. Sekali ini hanya melibatkan 2,000 guru besar dan guru penolong kanan yang dapat imbuhan, selebihnya kecewa lagi.
Saya tidak menafikan para pendidik yang berjawatan guru besar dan guru penolong kanan sewajarnya mendapat imbuhan seperti diumumkan namun jasa semua guru lain yang berkerja tanpa mengira penat dan lelah semestinya juga dihargai sama.
Sekali lagi BN memperkenalkan dasar pilih kasih dan menekan rakyat, oleh itu para guru perlu buat pilihan untuk menukar kerajaan dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan negara malaysia yang kita cintai ini.
Saya melihat tindakan berani seluruh guru untuk ubah kerajaan adalah jawapan terbaik ke arah penyelsaian persoalan nasib guru di Malaysia.
BN ternyata tidak pernah sedar dan insaf bahawa dengan jasa para guru negara kita terus dipacu kejalan yang betul dengan lahirnya masyarakat berilmu dan berakhlak.
Kerana itu saya sangat berkeyakinan sekiranya Pakatan Rakyat berada di Putrajaya sesuatu yang terbaik akan diberikan kepada seluruh guru tidak mengira berpangkat atau tidak.
Kenyataan Media, Drs. Khalil Idham Lim IPOH, 25 Mei 2011.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli dijangka akan menyertai saingan naib presiden.
"Sedia untuk bertanding naib presiden," tulis Nik Amar kepada Harakahdaily jam 7.15 malam ini.
"Setakat ini tanding, tapi belum bagi jawapan rasmi lagi. Sedang meneliti perkembangan terkini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily jam 6.32 petang tadi.
Keputusan Dr Hatta dan Nik Amar ini menjadikan tujuh tokoh dijangka menawarkan diri untuk jawatan ini sehingga kini iaitu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad, AJK Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, bekas MB Perak.
Nizar bagaimanapun tidak mengesahkan sendiri hal ini kepada Harakahdaily tetapi difahamkan PAS Perak memutuskan beliau bertanding. Menurut pembantunya, pencalonan yang diperolehi oleh Nizar amat memberangsangkan untuk dibiarkan begitu saja oleh beliau.
Seorang lagi calon, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah masih belum diketahui sikapnya.
Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, Azizan akan membuat keputusan esok samada bertanding atau tidak.
Dr Hatta, anggota Parlimen Kuala Krai, dikenali sebagai aktivis parti yang sangat lasak di samping mempunyai latar belakang akademik yang baik iaitu memiliki master dalam kesihatan awam dan menjadi pensyarah perubatan di Univerditi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum aktif dalam PAS sepenuhnya.
Nik Amar, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pernah menyertai pertandingan naib presiden sessi lepas tetapi tewas.
Tengahari tadi, Datuk Husam Musa mengesahkan penyertaannya untuk jawatan naib presiden manakala pagi tadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan penyertaannya untuk jawatan timbalan presiden.
Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini.
Pemilihan akan berlangsung di hari kedua muktamar iaitu Sabtu 4 Jun.
Muktamar PAS akan dirasmikan pada hari Jumaat jam 9 pagi dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.
Pada 1 Jun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Dewan MBSA Shah Alam.
Muktamar penuh ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. Pemuda di MBSA, Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam dan Ulama di Dewan KUIZM.
Bismillahirrahmannirrahim Pada mulanya saya hanya bercadang untuk bertanding Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat sahaja.
Sebabnya, supaya saf Naib-Naib Presiden yang ada tidak diganggu di atas prestasi dan hala tuju yang memuaskan yang tunjukkan oleh mereka.
Namun dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap muktahirnya menawarkan diri untuk bertanding ke jawatan lebih tinggi, maka saya terpaksa menimbang semula pendirian saya.
Saya berpandukan pandangan PAS kawasan-kawasan yang mencalonkan saya, terutama di atas pandangan perlunya seorang wakil dari Kelantan untuk menduduki peringkat jawatan yang lebih tinggi dalam parti.
Hal ini bertepatan dengan kedudukan Kelantan, sebagai tapak utama PAS pada waktu ini, tetapi juga untuk PAS keseluruhannya.
Saya percaya polisi PAS untuk menjalinkan gabungan kepimpinan ulama dan profesional melalui konsep memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional, yang telah terjalin selama ini, perlu terus diperkukuhkan.
Dalam hal ini, kepimpinan YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS, diharap dapat diperkukuhkan dengan gabungan tersebut.
Oleh itu di atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri, dengan ini mengumumkan untuk menerima pencalonan jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan saf kepimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke-57 ini.
Kepada Allah saya bertawakal dan saya berharap bimbingan saf kepimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah amat berat.
HUSAM MUSA Chengdu, China 20 Jamadil Akhir 1432 bersamaan 24 Mei 2011
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka'bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata'ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka'bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam (Istiwa Utama).
Alhamdulillah, dengan ketentuan ALLAH 'Azza wa Jalla ini, membolehkan ummat ISLAM di seluruh muka bumi sejak dahulu hingga hari kiamat memeriksa dan menyemak arah qiblat dengan mudah dan tepat. SubhanALLAH…
—
Bilakah Istiwa A'zam berlaku?
Di Malaysia, waktu berlakunya fenomena ini ialah pada:
28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Ihsan Falak Online
Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?
Sebelum
Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
Ketika peristiwa ini berlaku:
Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
Tandakan arah qiblat.
Selepas.
Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata'ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…
Tuan/puan juga boleh mengambil manfaat dari website Falak Online berkenaan hal di atas
Harakahdaily melaporkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menziarahi Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat di Hospital Raja Perempuan Zainab II yang sehingga hari ini masih dirawat sejak dimasukkan pada 19 Mei lalu akibat pendarahan usus.
Ini adalah kali yang kedua Tuan Guru menziarahi Zainuddin dalam tempoh beliau mendapat rawatan di situ, lapor portal MTD Limbongan.
Zainuddin yang telah dipindahkan dari Wad CCU ke Wad 10 dua hari lepas kini sedang menjalani rawatan susulan bagi memastikan tahap kesihatan betul-betul pulih sebelum kembali bertugas.
Menurut kata Dr Nur Atiqah, pegawai perubatan yang merawat beliau, Zainuddin dijangkakan dapat pulang ke rumah pada Khamis ini.
Dalam pada itu, Tuan Guru Menteri Besar berpesan seluruh warga khasnya di Limbongan agar tidak perlu risau lagi tentang ketiadaan Adun buat sementara waktu dan berharap rakyat sekalian akan terus berdoa memohon kepada Allah SWT agar Zainuddin akan kembali bertugas seperti biasa.
Zainuddin ketika ditanya, menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan agama yang syumul dan insya Allah akan kembali bertugas untuk terus memikul amanah rakyat seawal yang boleh.
Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin dengan masalah kesihatan yang dialaminya dan tidak lupa juga kepada semua yang datang menziarahinya di situ.
Parti Islam Semalaysia Pas sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?. Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran. Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.
Pemimpin umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion. Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.
Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tarikh:25/5/2011(Rabu) Masa:5.00 Petang agihan sumbangan kepada UPU Kesang Tua Dan Air Panas Masa:Mula dari Maghrib berjamaah, kuliah Maghrib , Dailog dan Taklimat PAS Kaw Jasin Dengan MTD Bemban Penyertaan:Semua warga MTD N24 Bemban,UPU Air Kangkung,Pondok Kempas,Kesang Tua,Air Baruk,Taman Maju,Tehel,Bemban,Ayer Panas dan Kesang Jaya diwajibkan hadir
HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan
PROGRAM: - Kempen Derma Darah - Khidmat Kesihatan Percuma - Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun - Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding) - Pameran - Jualan Amal - Cabutan Hadiah
Anjuran: Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya
Untuk pertanyaan sila hubungi ; Sufian 013-3589328 Norwani 013-3851202 Hakki 013-3840022 Hjh Ciana 017-3629686
Landasan pesawat kecil dibina di Rembau Utusan Malaysia 21 Feb 2008
Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.
"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."
"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.
Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.
"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.
Dalam usaha mengenali dan mendekatkan diri dengan pengundi Kuala Pilah, Wanita KEADILAN Cabang Kuala Pilah akan menganjurkan Majlis Santai Malam pada Jumaat 27 Mei 2011 ini.
Majlis yang dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam itu akan diadakan di warung DT. Corner, Kg. Dioh Tengah, Jalan Sg. Dua, Kuala Pilah.
Antara tetamu yang diundang khas bagi memeriahkan majlis tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Ustazah Maryam Naam wakil dari PAS dan wakil-wakil dari DAP.
Orang ramai dijemput beramai-ramai hadir bagi memeriahkan majlis tersebut di samping dapat beramah mesra dengan wakil rakyat.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.
Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.
Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.
Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba.
"Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun.
"TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut.
Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit.
Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban.
"Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal.
"Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal.
Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban.
Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan.
Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat.
Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu.
"Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?.
Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
Memanglah pemimpim BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.
Pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas.
Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Irak, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiyai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.
Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.
Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badwi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.
HARI KESIHATAN DAN KEMPEN DERMA DARAH Tarikh : 29 Mei 2011, AHAD Masa : 8.30 pagi - 2.00 ptg Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang, N.Sembilan
PROGRAM: - Kempen Derma Darah - Khidmat Kesihatan Percuma - Pertandingan Mewarna "Saya Sihat", Kanak-kanak 4-10 tahun - Pertandingan Masakan (Ikan dan Puding) - Pameran - Jualan Amal - Cabutan Hadiah
Anjuran: Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Cawangan Tasik Jaya Yayasan Amal Malaysia cawangan Negeri Sembilan Surau Al-Hikmah Taman Tasik Jaya
Untuk pertanyaan sila hubungi ; Sufian 013-3589328 Norwani 013-3851202 Hakki 013-3840022 Hjh Ciana 017-3629686
Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.
"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."
"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.
Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.
"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.
DUNGUN, 24 Mei Selasa - Sumbangan besar warga pendidik khususnya dalam mendidik generasi pelajar mendapat perhatian daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli.
Sempena Hari Guru 2011 yang diraikan setiap tahun pada 16 Mei, baru-baru ini, ADUN Sura merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun melalui wakil-wakilnya telah bergerak mengagihkan kek sebagai simbolik ingatan Hari Guru ke sekolah menengah dan rendah, tadika, PASTI, pejabat pelajaran serta premis yang mempunyai tenaga penyumbang dalam bidang pendidikan, khususnya di sekitar DUN Sura, Dungun.
Peranan besar para guru ini turut diberi pengiktirafan oleh Pakatan Rakyat sehingga ianya menjadi salah satu daripada 10 perkara utama yang digariskan melalui Buku Jingga apabila diberi mandat memerintah negara.
TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik."
Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, "calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama."
Dengan pengumuman ini, sudah tiga calon mengesahkan untuk menyertai pertandingan jawatan timbalan presiden iaitu penyandang sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu.
Berikut ialah kenyataan penuh beliau:
Saya telah menerima surat rasmi dari Jawatankuasa Pemilihan PAS pada 22hb Mei 2011. Saya telah mendapat pencalonan untuk dua jawatan, iaitu Jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak memberangsangkan.
Walaupun saya telah berkali-kali menyatakan hasrat bahawa saya lebih berminat untuk diberi peluang bagi meneruskan kerja saya dalam parti sebagai Naib Presiden sekiranya ada pencalonan yang mencukupi, namun kawasan-kawasan terus juga mencalonkan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dengan jumlah pencalonan yang agak besar.
Saya tidak bercadang untuk menyatakan jumlah pencalonan yang saya terima, namun ianya suatu jumlah yang memerlukan saya untuk memikirkan semula hasrat saya sebelum ini secara mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan.
Sebagai seorang pekerja parti, saya melihat keadaan ini sebagai kehendak sebahagian daripada ahli parti di peringkat akar umbi yang perlu dipertimbangkan, dihormati dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Setelah memikirkan secara mendalam, saya akur dan menerima pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama amat terasa beratnya - dan menyerahkannya kepada perwakilan untuk membuat keputusan.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kawasan yang telah mencalonkan saya - dengan rendah diri, saya sedar saya bukanlah calon terbaik berbanding calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pengorbanan yang hebat untuk parti sekian lama.
Sebagai sebuah parti besar dengan kekuatan tarbiyah dan kefahaman mendalam terhadap tanggungjawab yang diamanahkan, saya penuh keyakinan dan berdoa bahawa pemilihan ini akan berjalan dengan nilai ukhuwah yang sangat tinggi selaras dengan kedudukan PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden PAS Pusat 24 Mei 2011
TEMERLOH, 24 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS dalam keadaan 'berat' dan merasakan "saya sedar saya bukanlah calon terbaik"
Beliau mengumumkan perkara ini jam 11 pagi hari ini dan yakin, " calon-calon lain, yang jauh lebih layak dari saya dengan pengalaman perjuangan yang panjang serta pergorbanan yang hebat untuk parti sekian lama."
Dengan pengumuman ini, sudah tiga calon mengesahkan untuk meyertai pertandingan jawatan timbalan presiden iaitu penyandang sekarang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan AJK PAS Pusat, Hj. Mohamad Sabu.
KUALA LUMPUR 22 Mei - Tindakan memperalat pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di Kelantan dalam program politik Pas membuktikan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang tidak bermaruah.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah (gambar) berkata, tindakan itu juga membuktikan Nik Abdul Aziz sebagai pemimpin yang tidak mempunyai prinsip dan bertopengkan imej warak untuk memperdaya pelajar sekolah agama di Kelantan.
"Ucapan Nik Abdul Aziz pada Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu semalam membuktikan apa yang JMM kata mengenai Menteri Besar Kelantan itu benar." katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
... macam biasa...ana tak berminat nak letak semua artikel bangsat mereke...
Antara artikel bangsat ini sebelum ini..
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, berkata ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.
"Apabila suspek jenayah rasuah sanggup membunuh diri berbanding menghadapi tindakan di mahkamah, ia menunjukkan usaha dan kerja SPRM selama ini sudah mula menunjukkan kesannya."katanya.
... tuduhan yang terlalu kurang ajar lagi biadap....
AMPANG: "Impian selama 11 tahun untuk berjumpa ibu kandung termakbul apabila ibu datang ke hospital menziarahi saya dan rakan walaupun dalam suasana sedih selepas kehilangan ramai saudara dalam kejadian tanah runtuh," kata Muhd Aizad Qushyariry Abd Karim, 13, mangsa kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim Al-Taqwa, Hulu Langat dekat sini.
Muhd Aizad yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Hulu Langat dan tinggal di rumah anak yatim itu sejak empat tahun lalu berkata, setiap masa dia tidak pernah lupa berdoa agar dipertemukan dengan ibu kandungnya, Nur Suzana Abdullah, 37, dan adik perempuan, Aerryssa Fadiana Abd Karim, 11, selepas berpisah ketika masih kecil.
Katanya, dia masih terkejut tetapi gembira apabila ibunya datang melawat selepas sekian lama tidak berjumpa dan hanya doa menjadi penghubung antara mereka.
"Hanya rasa syukur dapat diluahkan apabila ibu datang memeluk dan mencium saya untuk pertama kali selepas 11 tahun tidak bersua.
"Saya berjanji akan menjadi anak yang patuh dan mahu tinggal bersamanya selain tidak melupakan ibu angkat, (Nor Aida Yaacob, 31,) yang bersusah payah membesarkan saya dan memberi pelajaran secukupnya," katanya ketika ditemui di Hospital Ampang di sini, semalam.
Muhd Aizad yang patah tangan kiri dan cedera di badan berkata, kejadian malang itu tidak boleh dilupakan seumur hidup apabila separuh badannya hingga tengkuk tertimbus dengan tanah selama dua jam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.
"Pada masa itu, saya hanya mampu berdoa sambil menyebut nama ibu dan berharap dapat berjumpa dengan mereka dan memeluk kedua-duanya.
Menurutnya, dia akan tinggal bersama ibu kandungnya selepas ini dan bergilir-gilir ke rumah ibu angkatnya yang juga ibu saudaranya.
Bagi Nur Suzana pula, dia hanya mengetahui kejadian menimpa anaknya itu melalui siaran berita di televisyen, kelmarin.
Katanya, dia yang terlihat nama anaknya yang dicari sejak 11 tahun lalu hanya mampu menangis kerana doanya selama ini dimakbulkan.
"Sekian lama saya mencarinya hanya kini baru berjumpa dan bersyukur kerana Muhd Aizad selamat dalam kejadian itu," katanya.
"Tidak tergambar dengan kata-kata apabila dapat berjumpa anak kesayangan dan memeluk kembali tubuh kecil selepas sekian lama terpisah," katanya.
Menurutnya, selepas berpisah dengan suami, dia membawa diri ke Hulu Klang dan tinggal di sana dengan meninggalkan Muhd Aizad dan anak sulungnya, Mohd Alif Zafran Abd Rahim, 15, bersama suami.
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Khairy Jamaluddin kini bersandiwara dalam isu subsidi dan harga barangan berbanding dengan pendiriannya tiga tahun lalu dan yang terbaru berkenaan dengan isu biasiswa yang dibangkitkan oleh YB Wee.
Saifuddin berkata Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional itu memperlihatkan pendirian menyokong kenaikan harga barang ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan perdana menteri.
Dalam kenyataannya, Saifuddin berkata, secara luarannya ucapan Khairy dilihat menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol dan barang keperluan oleh kerajaan.
"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihan raya umum semakin dekat.
"Soalan saya, kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun," katanya.
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Sementara rasa tidak puas hati terus meningkat dari pelbagai sudut, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.
"Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara.
"Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Nazri (gambar), yang bertanggungjawab ke atas soal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertuju bahawa kerajaan ada memperuntukkan 1,500 biasiswa luar negara kepada pelajar cemerlang tetapi menekankan bahawa daripada jumlah itu, hanya 300 diberi berdasarkan merit kepada mereka yang memperoleh 9A+.
Baki 1,200 geran luar negara, kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori iaitu Bumiputera Sabah (lima peratus), Bumiputera Sarawak (lima peratus), komposisi sosial atau komposisi kaum (60 peratus) dan golongan kurang berada dari segi sosial (10 peratus).
Jelas beliau, buat masa sekarang daripada 360 pelajar yang tertakluk dalam kategori merit, hanya 300 diberi biasiswa manakala 60 gagal memperoleh biasiswa luar negara.
"Ini bermakna mereka mungkin atau mungkin tidak layak untuk memperoleh baki 1,200 geran yang disediakan. Ini bergantung pada prestasi ketika temu duga," katanya.
"Kemungkinan mereka yang tidak memperolehnya, mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika temu duga.
"Kami mengambil kira bukan sahaja keputusan mereka, tetapi juga aktiviti kokurikulum dan bagaimana mereka berjaya dalam temu duga," kata beliau.
Bagaimanapun katanya, jika mereka gagal dalam temu duga, mereka masih akan memperoleh tempat di universiti tempatan.
KUALA LUMPUR, 23 Mei – Kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.
"Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion," katanya dipetik Bernama Online.
Beliau mengulas lanjut mengenai spekulasi kerajaan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95, yang diperkatakan sejak awal minggu lalu.
Ismail Sabri berkata kerajaan berpandangan wang yang diguna untuk menanggung subsidi sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti membasmi kemiskinan dan menyediakan perumahan rakyat.
Harga petrol RON95 kini RM1.90 seliter berbanding harga petrol RON97 yang meningkat kepada RM2.90 seliter selepas diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa.
Apabila kita secara mudah dapat memahami bahawa sesuatu kejadian yang berlaku secara kebetulan atau tanpa sengaja itu akan semakin mengecil kemungkinannya apabila ianya berulang-ulang, malah akan menjunam ke tahap mustahil akhirnya, maka kita menjadi mudah memahami hakikat alam ini tidak mungkin berlaku dan terjadi secara kebetulan. Ia mesti dengan satu kehendak yang sengaja, berniat dan [...]
Mewakili YAB Menteri Besar ke Majlis Penyerahan Bendera Negeri Kedah Kepada Kontigen SUKMA Negeri Kedah yang akan menyertai SUKMA ke-14 di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 02 - 12 Jun 2011.
Kontigen Negeri Kedah akan menyertai sebanyak 14 acara daripada 19 acara sukan yang diakan dipertandingkan.
SUKMA kali ini adalah dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara untuk sukan-sukan pilihan sahaja.
Malamnya, mewakili YAB Menteri Besar ke Majlis Santapan Amal Sempena Ulang Tahun Keputeraaan KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan Sambutan 10 Tahun Penubuhan Persatuan Bencana Alam Kedah (PBANK) 2011 di Sime Darby Convention Center, Bukit Kiara Kula Lumpur.
Aktiviti-aktiviti sekitar lawatan ke Pameran Muzium Negeri-negeri yang terlibat.
Upacara Perasmian Hari Muzium Antarbangsa Peringkat Kebangsaan 2011 yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Tema Hari Muzium Antarbangsa 2011 adalah "Muzium dan Kenangan".
Majlis Makan Malam sempena Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2011 di perkarangan Muzium Negeri Sembilan.
Parti Islam Se-Malaysia PAS sudah jemu mendengar alasan kerajaan yang cuba buat dalih kononnya jika subsidi tidak dikurangkan maka banyak pembangunan untuk rakyat miskin tidak dapat dilaksanakan. Kemanakah wang yang diperuntukan selama ini kepada orang miskin setiap kali belanjawan negara?. Rakyat tidak boleh lupa wang PPRT sebanyak RM32 juta lesap ketika Tan Sri Anuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Kenapa pula alasan untuk menaikkan harga minyak dan keperluan rakyat, maka orang miskin menjadi sandaran.
Memanglah pemimpin BN bijak bermain kata-kata untuk menutup kelemahan kerajaan ketika menguruskan amanah rakyat. Selama ini pemimpin BN yang belanja secara tidak berhemah dan membazir ketika negara dilimpah dengan kemewahan, tanpa memikirkan apa akan terjadi jika negara mengalami kemelesetan.
Pemimpin Umno cuba mencari alasan untuk menarik subsidi bahan api dan makanan kerana fenomena global seperti kenaikan minyak di peringkat antarabangsa. Sepatutnya alasan ini tidak boleh dijadikan alasan, kerana Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai kepakaran dalam bidang cari gali melalui Petonas. Setakat hari ini Petronas diberi pengiktirafan di peringkat dunia dalam bidang cari gali seperti di Saudi, Sudan, Iraq, Iran. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana Petronas telah membayar cukai kepada kerajaan sebanyak RM325 bilion pada 2007-2010. Ini bermakna setiap tahun hitung panjang negara memperolehi hasil cukai yang dibiayai oleh Petronas sebanyak RM81.1 bilion.
Perkara ini tidak berlaku sekiranya pemimpin negara ini adalah pemimpin yang mempunyai fokus ketika melaksanakan pembangunan dan memerangi rasuah dan pembaziran.
Ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri menaikkan harga minyak beliau memberi alasan kerajaan dapat menjimatkan wang sebanyak RM4 bilion, wang ini akan digunakan untuk meningkatkan pengangkutan awam. Ini alasan yang tidak adil kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengecapi nikmat pengangkutan awam seperti LRT, sedangkan harga minyak tetap sama antara penduduk luar bandar dan bandar. Penduduk luar bandar juga dibeban dengan kenaikan harga barang, sedangkan kemudahan pengangkutan mereka tidak dapat kecapi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.
Kenyataan beliau dibuat berdasarkan beberapa kenyataan Menteri berkenaan kemungkinan kerajaan menaikkan tarif elektrik pada bulan Jun depan. Anwar sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah. "Sudah sekian lama negara kita dirompak jumlah wang yang besar, yang mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri lebih baik untuk rakyat. "Berdasarkan perspektif ini, saya menggesa kerajaan pusat berlaku adil dengan menyemak semula harga dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik meningkat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama. Dalam kenyataannya, Anwar berkata bekas ketua pegawai eksekutif TNB Tan Sri Dr Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak bersetuju dengan harga terlalu mahal dikenakan oleh IPP ke atas TNB di mana harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kilowatt. "Harga yang dikenakan IPP ke atas TNB adalah harga lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB. "Ini bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekali gus membolehkan IPP mengaut keuntungan yang besar lebih awal," katanya lagi. Bekas menteri kewangan itu berkata, perjanjian antara IPP dan TNB juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi daripada sebarang risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, diesel dan arang batu manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut, maka TNB yang terpaksa menanggung beban. "Akibat daripada perjanjian ini telah menyebabkan Petronas terpaksa mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap. "Hakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM22 bilion setahun. "Justeru, dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik tinggi," katanya. Kata Anwar lagi, kos harga tenaga elektrik terpaksa dibayar TNB kepada IPP dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh pihak berkenaan ternyata membebankan rakyat sama ada secara menaikkan tarif elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat subsidi gas. "Malangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia)," katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah bersama Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli dijangka akan menyertai saingan naib presiden.
"Sedia untuk bertanding naib presiden," tulis Nik Amar kepada Harakahdaily jam 7.15 malam ini.
"Setakat ini tanding, tapi belum bagi jawapan rasmi lagi. Sedang meneliti perkembangan terkini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily jam 6.32 petang tadi.
Keputusan Dr Hatta dan Nik Amar ini menjadikan tujuh tokoh dijangka menawarkan diri untuk jawatan ini sehingga kini iaitu Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad, AJK Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, bekas MB Perak.
Nizar bagaimanapun tidak mengesahkan sendiri hal ini kepada Harakahdaily tetapi difahamkan PAS Perak memutuskan beliau bertanding. Menurut pembantunya, pencalonan yang diperolehi oleh Nizar amat memberangsangkan untuk dibiarkan begitu saja oleh beliau.
Seorang lagi calon, Datuk Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah masih belum diketahui sikapnya.
Menurut Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid, Azizan akan membuat keputusan esok samada bertanding atau tidak.
Dr Hatta, anggota Parlimen Kuala Krai, dikenali sebagai aktivis parti yang sangat lasak di samping mempunyai latar belakang akademik yang baik iaitu memiliki master dalam kesihatan awam dan menjadi pensyarah perubatan di Univerditi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebelum aktif dalam PAS sepenuhnya.
Nik Amar, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pernah menyertai pertandingan naib presiden sessi lepas tetapi tewas.
Tengahari tadi, Datuk Husam Musa mengesahkan penyertaannya untuk jawatan naib presiden manakala pagi tadi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan penyertaannya untuk jawatan timbalan presiden.
Muktamar PAS kali ini akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini.
Pemilihan akan berlangsung di hari kedua muktamar iaitu Sabtu 4 Jun.
Muktamar PAS akan dirasmikan pada hari Jumaat jam 9 pagi dengan Ucapan Dasar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah menang tanpa bertanding.
Pada 1 Jun, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan merasmikan Muktamar Dewan Pemuda di Dewan MBSA Shah Alam.
Muktamar penuh ketiga-tiga dewan iaitu Ulama, Pemuda dan Muslimat akan berlangsung pada 2 Jun. Pemuda di MBSA, Muslimat di Dewan Jubli Perak, Shah Alam dan Ulama di Dewan KUIZM.
AJK PAS Kawasan serta Pemuda PAS Batu Gajah akan berpuasa pada setiap hari Khamis dan akan berbuka bersama di Pejabat Pas Kawasan Batu Gajah serta diteruskan dengan Usrah. Inilah antara aktiviti yang dijalankan oleh PAS Kawasan Batu Gajah setiap minggu.
Pas bukan hanya parti politik. Pas adalah jemaah Islam. Semoga Allah menerima Ibadah kami ini Inshaallah...
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Husam Musa mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada muktamar tahunan kali ini.
"Atas perkembangan dalam dan luar parti, saya dengan penuh rasa rendah diri mengumumkan untuk menerima pencalonan bagi jawatan naib presiden.
"Kepada Allah saya bertawakkal dan bimbingan pimpinan dan ahli sangat saya harapkan kerana tanggungjawab dan tugas kepimpinan bagi parti Islam adalah berat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan pada mulanya hanya bercadang untuk bertanding untuk AJK Pusat sahaja.
Namun, katanya dengan perkembangan terbaru di mana Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan sikap mutakhirnya menawarkan diri untuk jawatan lebih tinggi, beliau terpaksa menimbangkan semula pendirian berpandukan pandangan kawasan-kawasan.
Sehingga kini, sudah empat termasuk Husam mengesahkan bertanding naib presiden. Yang lain adalah Ustaz Idris Ahmad yang paling awal membuat pengesahan, kemudian Salahudin Ayub, lepas itu Datuk Mahfuz Omar.
Datuk Seri Nizar Jamaludin juga difahamkan akan bertanding jawatan ini namun hingga kini Harakahdaily belum mendapat pengsahan dari beliau.
Dengan kelima-lima calon ini, sudah pasti pemilihan naib presiden PAS kali ini amat meriah. Yang belum membuat pengesahan ada;ah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Mohd Hatta Md Ramli.
Dr Mujahid Yusof dan Mazlan Aliman mengumumkan akan bertanding AJK sahaja.
Tarikh tutup pengesahan untuk jawatan ini adalah 26 Mei ini manakala calon yang akan bertanding akan diumumkan 27 Mei.
Walaupun satu dunia mengakui keburukan alkohol namun tak ada usaha nekad untuk menghapuskan budaya tersebut secara total.
Bukan saja alkohol, malah banyak lagi benda lain yang manusia main tarik tali, satu pihak buat kempen besar-besaran kononnya ia amat merbahaya, satu pihak lagi pula buat kilang besar-besaran untuk kaut keuntungan yang dibahagi sebahagiannya kepada kerajaan dalam bentuk cukai. Maka tersenyum lebarlah kerajaan.
Yang paling pelik sekali adalah kerajaan yang mengakui dan mencanang seluruh dunia bahawa negara ini negara Islam yang mana arak adalah minuman najis yang diharamkan kita meminumnya.
Dalam Quran arak dinyatakan sebagai minuman yang mendatangkan kemudaratan yang amat besar berbanding kebaikan, dan kemudaratan tersebut adalah umum untuk semua manusia tak kita Islam atau bukan Islam. Orang Islam sudah tentu wajib percaya dan beriman dengan fakta tersebut.
Cuma agak ganjil sedikit, negara Islam yang kita ada sekarang merupakan negara yang penggunaan arak adalah di antara yang paling tinggi di dunia. Dan negara Islam ini jugalah mempunyai kilang arak yang hebat di Selangor bukannya sebuah, malah lebih daripada itu. Itu belum masuk lagi kilang kecil-kecilan memproses samsu haram.
Ronnie Liu dari DAP tentu berbangga dengan statistik yang dikeluarkan tersebut. Usahanya menghalang pihak yang mahu menghalang penjualan arak berleluasa nampaknya sudah membuahkan hasil. Tahniah YB!
Assalamu’alaikum Wr Wb. Ana minta penjelasan, ada suatu kejadian di lingkungan kami, seorang pelacur/WTS meninggal, kemudiaan dicarikan ust/ustd untuk mengurus pemandian, pengafanan dan penguburannya, namun tidak ada uts/ustd yang mau mengurusnya, sebab masih banyak pemahaman bahwa mengurus jenajah pelacur itu tidak boleh atau bahkan haram, hingga pada akhirnya ada seorang pegawai pengadilan yg menanganinya. yg [...]
http://selamatkanpahang.blogspot.com Air minuman galian Gau yang terkenal dan menjadi kebanggaan orang PAS Pahang khususnya di Temerloh selama ini, hari ini tersiar dalam sebuah kartun yang menggambarkan sedang menjadi rebutan ramai pada ketika ini. Air yang bersumber daripada pancaran mata air bawah tanah di Kampung Sungai Gau, Temerloh, disahkan mempunyai kandungan mineral yang tinggi mengikut Analisa [...]
Harakahdaily Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam. Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan. Turut dijadual berlangsung [...]
http://arrahmah.com Tulisan ini adalah bagian dari buku yang ditulis oleh Abu Mushab As-suri dari buku yang berjudul Da'wah Al-Muqawwamah Al-islamiyyah, Bab : Hashad Ash-Shahwah Al-Islamiyyah wa At-Tayar Al-jihadi (1930-2002) mengenai kebohongan media barat dalam jihad Afghanistan, berikut fakta yang dibeberkan Syaikh Abu Mus'ab As Suri, semoga bermanfaat buat kaum muslimin: Perlu saya (Abu Mushab As-suri) [...]
Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.
LYNAS Malaysia Sdn Bhd sedang membina kilang rare earth di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan, Pahang. Bahan mentah yang akan dibawa masuk dari Australia, serta bahan sisa yang bakal dibuang di sini mengandungi radiasi radioaktif. Bahan-bahan ini boleh menjejaskan persekitaran dan kesihatan penduduk sekitar serta generasi akan datang.
Bahan mentah Lynas yang diberi nama Low Lanthanide Thorium amat mengelirukan dari segi kandungannya. Seolah-olah Lynas ingin berselindung sesuatu. Ia digambarkan seolah-olah sejenis pasir atau tanah yang tidak berbahaya.
Sebenarnya Low Lanthanide Thorium mengandungi bahan Lantanium (La) dan Thorium (Th) disamping unsur- unsur lain. Kandungan Lantanium dan Thorium bermakna ia berasal dari mineral Monazite (Ce,La,Th)PO4.
Kawasan perlombongan Lynas yang dipanggil Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld, Australia, terdapat juga unsur Niobium (Nb) dan Tantalum (Ta). Unsur ini juga akan mereka proses di Gebeng. Kedua-dua oksid unsur ini berasal dari mineral Columbite dan Tantalite (Fe,Mn)(Nb,Ta)2O6.
Secara geologi kimia mineral Monazite, Columbite, Tentalite hanya akan terbentuk bersama-sama mineral lain antaranya, Uranite (UO2), Zircon (ZrSiO4) Wolframite (Fe,Mn)WO4, Tourmaline (Na,Mg,Fe,Ae,B,MnSiO4) dan lain-lain associated minerals.
Bahan mentah yang dibawa masuk akan kemungkinan mengandungi campuran unsur-unsur radioaktif dan bukan radioaktif antaranya ialah Cerium (Ce), Latanium (La), Thorium (Th), Fosforus (P), Oksigen (O2), Uranium (U), Lithium (Li), Boron (B), Zircon (Zr), Niobium (Nb), Tantalum (Ta), Magnesium (Mg), Manganum (Mn), Ferum (Fe), Silicon (Si) dan unsur-unsur lain.
Unsur-unsur rare earth digunakan dalam berbagai industri, termasuk industri elektronik,telekomunikasi, angkasa, senjata dan lain-lain.
Walaupun pihak Lynas menegaskan lombong mereka di Central Lanthanide Deposit (CLD) di Mount Weld adalah Secondary Phosphate dan aluminophosphates di dalam carbonatite sediments, tetapi asal usulnya mineral tersebut adalah dari batuan primary. Di Mount Weld juga terdapat intrusion. Ini bermakna di Mount Weld kemungkinan terdapat kedua-dua primary dan secondary deposit.
Pembentukan mineral bergantung kepada faktor-faktor seperti kedalaman, suhu, tekanan dan sebagainya. Mineral yang terbentuk tidak sekata dari tempat ke tempat. Bahan mentah yang di bawa masuk juga berbeza tahap kandungan dari masa ke semasa. Ini bermakna tahap radiasi radioaktif bahan mentah dan sisa buangan berubah-ubah dan memerlukan pemantauan yang sistematik.
Bahan mentah dan sisa perlu dianalisa secara atomik, berkala dan berterusan. Agensi manakah yang akan bertanggungjawab mengawasi dan menyelia bahan-bahan ini.
Apakah amalan perindustrian dan amalan penguatkuasaan di Negara ini telah cukup baik dan mampu mengawasi kilang ini? Perlu di ingat pengawasan bahan sisa itu perlu dijalankan selama berbillion tahun.
Selepas kilang ini di tutup agensi manakah yang akan menyelenggara sisa buangan dan siapakah yang akan menanggung kosnya?
Kesimpulannya, kita tidak mempunyai integriti dan etika yang cukup untuk menilai, mengendali, dan mengawal kilang ini.
Mazlan menunjukkan bukti minit mesyuarat yang mendedahkan permohonan pinjaman Felda daripada KWSP berjumlah RM6 bilion
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.
Beliau mempersoalkan tujuan pinjaman itu kerana sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa Felda berdepan krisis kewangan yang kian parah.
"Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka," katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari tadi.
Mazlan turut mengedarkan salinan minit mesyuarat itu kepada wartawan, yang antara lain menyatakan "Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.
Justeru Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat menegaskan, kesan pinjaman dari KWSP memberi implikasi besar kepada pengurusan Felda dan peneroka seluruh negara.
Menurutnya, rakyat masih dikejutkan dengan kemerosotan rizab tunai Felda dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 seperti yang diakui sendiri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010.
"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang mengejutkan. Meskipun laporan polis dibuat agar siasatan dilakukan bagaimana wang itu dibelanjakan dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sampai hari ini tidak diketahui apa hasil siasatan itu," katanya.
"Nampaknya di zaman Datuk Seri Najib Razak menerajui Felda, kawalan kewangan begitu diragui dan pemborosan berlaku secara keterlaluan termasuk membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusof Noor sebanyak RM84,923.
"Selain menggunakan wang Felda dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen Hulu Selangor, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor dan DUN Kerdau di Pahang yang menelan belanja jutaan ringgit," katanya.
Dalam pada itu, Mazlan turut menyelar tindakan Pengerusi Felda ketika ini, Tan Sri Isa Samad yang melakukan banyak pembaziran sejak mengambil alih jawatan itu dari Tan Sri Yusof Noor.
"Belum sampai setahun menjadi Pengerusi Felda, Isa Samad mengambil langkah sangat silap dengan menyerang staf Felda yang menyokong Pakatan Rakyat, menghentam peneroka yang mengurus kebun sendiri dengan bahasa kesat, memperbanyak program bersifat politik di kawasan Felda dengan belanja besar.
"Felda mesti diselamatkan daripada 'makhluk perosak' yang sedang mengagihkan projek berbilion ringgit kepada kroni Barisan Nasional (BN). Ubah Sekarang, Selamatkan Felda," tegas Mazlan.
Landasan pesawat kecil dibina di Rembau Utusan Malaysia 21 Feb 2008
Seremban 20 Feb. - Rembau akan terus membangun apabila kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil untuk kegunaan Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tapak untuk landasan itu telah pun dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau.
Menurutnya, ketika ini kajian menyeluruh mengenainya sedang dijalankan oleh kerajaan termasuklah mengambil kira kesesuaian kedudukannya.
"Kita akan buat landasan untuk Kelab Penerbangan Awam Negeri Sembilan yang jaraknya lebih kurang 700 meter. Ia sesuai untuk digunakan oleh pesawat kecil seperti Cessna atau mikrolite."
"Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar, Rembau. Di situ nanti, ia akan menjadi pusat latihan penerbangan untuk kelab berkenaan," kata beliau di sini semalam.
Tambah Mohamad, buat masa ini kajian terhadap tanah di situ sedang dilakukan kerana ia merupakan tanah kampong.
"Kawasan itu adalah tanah kampong dan kalau kosnya tinggi, kita akan cari lokasi lain. Tetapi buat masa ini, kita berpendapat kawasan yang sesuai adalah di Rembau kerana tanahnya tidak berbukit dan ia di luar laluan kapal terbang," jelas beliau.
Isteri MB dan YB Dr Halimah serta muslimat PAS depan pusat Taqwa
Ahad 23.5.11
Saya tengah bermesyuarat di Batu Caves, KL apabila mendapat berita tentang kejadian tanah runtuh yang melibat sebuah Pusat Penjagaan anak yatim AT TAQWA di BT 14 HULU LANGAT.Tidak lama selepas saya menerima sms tentang berita itu, saya menerima pesanan ringkas dari jauh iaitu daripada YAB MENTERI BESAR SELANGOR yang berada di USA.Beliau meminta YB Rodziah selaku EXCO KEBAJIKAN dan saya selaku EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN SELANGOR untuk mengerakkan YAYASAN AMAL ke tempat kejadian.
Saya terus meminta YAYASAN AMAL MALAYSIA yang terkenal dengan pengalaman dalam keadaan bencana dan BRIGED AMAL SELANGOR ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kemanusiaan.
Belum habis mesyuarat saya bergegas pergi ke tempat kejadian.Semakin hampir saya mula perasan bahawa saya juga telah ke tempat berhampiran itu semasa kejadian PUSAT TAHFIZ HAYAATUL ULOOM terbakar hingga mengorban satu nyawa Ramadhan yang lepas..
Saya bertemu dengan YB Rodziah di LEMBAH AZWEN yang menempatkan 20 orang anak yatim yang tidak terlibat dengan kemalangan kerana mereka tidak berada dalam khemah yang ditimpa tanah runtuh.
Rata-rata wajah mereka menggambarkan kepiluan dan trauma.
Saya sempat berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang sama tidak ceria.Tidak kurang ada keluarga yang berdebar berlinang air mata kerana anak mereka belum dijumpai.Entah hidup entah tidak.
YB DR HALIMAH berbincang dengan SUK SELANGOR,YDP MPKJ,PENGARAH JKR SELANGOR
Kemudian saya terus berjalan kaki daripada LEMBAH AZWEN RESORT hingga ke tempat kejadian.Air hujan menyebabkan tanah kuning yang becak,licin dan berlopak. Saya bertemu dengan ahli UNIT AMAL dan BRIGED AMAL yang telah bermula daripada awal membantu pasukan penyelamat mencari mangsa.
DYMM SULTAN SELANGOR diberi taklimat
YB Dr Halimah bertanya dengan Ketua pasukan Perubatan HOSPITAL AMPANG
Saya melihat tempat tanah runtuh di belakang bangunan PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM AT TAQWA.Kelihatan pasukan penyelamat mengorek tanah yang menimbus khemah dengan berhati-hati kerana dikhuatiri terkena mangsa yang akan cedera sekiranya terkena alat penyodok dan cangkul. Anjing-anjing membantu mengesan mangsa.Ada yang tersepit kaki dan perlu dipotong. Ada tersepit tangan. Mangsa yang ditemui dihantar ke satu lokasi yang berdekatan dengan ambulans.Yang disah meningal diminta waris mengesan.Yang masih hidup dirawat dan dihantar segera ke hospital. Ramai orang berpusu-pusu ke tempat kejadian walaupun hari hujan dan jalan agak gelap..Saya terlihat di surau pelbagai ukiran ayat al Quran yang menyejukkan mata serta mengingatkan saya kuasa Ilahi. Pasukan bomba bergegas membawa chain saw.Ada mangsa yang mereka temui dan sukar dikeluarkan....
Banyak pengajaran bagi semua pihak dalam tragedi ini.Ia mengajar manusia merancang dengan baik.Ia juga mengajar kita supaya meneiliti ciptaan Allah seperti bukit dan gunung dan apakah tujuan ia dijadikan.
Ia mengingatkan kita supaya peka kepada alam sekitar kerana ia bersangkut paut dengan kesejahteraan hidup kita.
Ia latihan kesabaran.Ia menerangkan hakikat satu kehidupan dan satu kematian.
Kerajaan negeri menyumbang RM1000 kepada mangsa yang selamat dan Lembaga Zakat Selangor memberi sumbangan khas kepada semua dan RM100000 kepada PUSAT PENJAGAAN ANAK YATIM AT TAQWA. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada semua yang telah mencurah khidmat dalam usaha menyelamat dan rakyat yang prihatin
SHAH ALAM 23 Mei – Kerajaan Negeri meminta kerajaan Pusat supaya mempamerkan kepada orang ramai lokasi-lokasi bahaya yang berisiko tinggi berlakunya kejadian tanah runtuh supaya kerja pemantauan boleh dilakukan secara bersama dan lebih kerap.
Kajian ini telah dibuat selepas tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 lalu. Kerajaan Pusat telah meletakkan hasil kajian ini dibawah pengawasan Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri telah dihalang dari mempamerkan hasil kajian ini kepada orang ramai.
"Maklumat kajian ini penting untuk meningkatkan kesedaran. Jika orang ramai dimaklumkan, mereka boleh melakukan pemantauan awal di kawasan mereka yang mungkin termasuk dalam lokasi-lokasi berisiko tinggi," katanya selepas mendengar taklimat dan melawat tempat kejadian tanah runtuh di Madrasah al-Taqwa, Hulu Langat, petang tadi.
Sebelum itu, Menteri Besar diberi taklimat oleh Pegawai Daerah dan YDP MPKj di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Beliau berkata, Kerajaan Selangor membuat keputusan bahawa madrasah tersebut tidak boleh diduduki sehingga satu keputusan dibuat.
Menteri Besar juga berkata, Kerajaan Negeri akan memantau semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan yang melibatkan kanak-kanak untuk memastikan keselamatan penghuninya terjamin.
Katanya, NGO kebajikan yang memerlukan tapak untuk membina bangunan atau premis bagi menjalankan program kebajikan akan diberi keistimewaan dengan hanya membayar premium tanah serendah RM1.
Mengenai anak-anak yatim yang selamat dalam kejadian itu, beliau berkata, mereka akan ditempatkan di sekolah tajaan JAIS.
Menteri Besar mengulangi ucapan takziah kepada keluarga 16 mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh itu.
"Saya juga mewakili rakyat Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor yang telah berangkat melawat tempat kejadian hari ini. Keprihatinan baginda telah memberi kekuatan kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian ini," katanya.
Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat membantu dengan menghulurkan pelagai bantuan kemanusiaan termasuk pasukan keselamatan dan polis yang sanggup mengambil risiko ketika menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.
"Saya percaya kita semua telah berusaha sedaya upaya untuk menghulurkan bantuan kepada semua mangsa sama ada yang terselamat atau yang terkorban serta ahli keluarga mereka," katanya.
Hari ini adalah hari pertama Menteri Besar melawat tempat kejadian selepas menempuh perjalanan selama 40 jam dan membatalkan seminar di Aspen Intistute, Amerika Syarikat.
"Saya amat terkilan dengan kejadian tanah runtuh walaupun kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk meningkatkan tahap kesedaran pemilik tanah terhadap pembangunan cerun," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan