Sabtu, 14 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 14 May 2011 03:39 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

Posted: 13 May 2011 08:32 PM PDT

PROJEK IC UMNO DI HULU SELANGOR?

Posted: 11 May 2011 08:02 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 13 May 2011 11:13 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda, Nostalgia 1980-an, Felda tunjuk wayang gambar disebelah Ceramah PAS

Posted: 11 May 2011 02:59 PM PDT

PAS Cawangan Felda Jengka 4, Maran, dipimpin oleh seorang pemimpin yang tidak asing lagi di Maran. Beliau pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Temerloh Timur dan apabila Maran menubuhkan Bahagiannya sendiri setelah Maran menubuhkan kawasan Daerah pentadbirannya berasing dari Daerah Temerloh, Haji Mahusin masih memegang beberapa jawatan didalam UMNO Bahagian Maran.

Perubahan berlaku kepada Haji Mahusin apabila beliau merapati Tuan Guru Haji Mohd Baqi yang pada waktu itu baru pulang dari Timur Tengah, seorang Ulama yang terkenal di Pahang, dan beliau telah dipilih ke pelbagai jawatan didalam PAS Negeri Pahang seperti Ketua Dewan Ulama PAS Pahang dan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Pada waktu itulah Haji Mahusin yang berasal dari Chenor, Pahang - sekampong dengan TGHMB, menyertai PAS, dan ramailah ahli-ahli UMNO khususnya dari Chenor dan Felda Jengka 4 turut menyertai PAS.

Saya banyak kali dipanggil berceramah ke Felda Jengka 4 kerana disana terdapat Cawangan PAS yang sangat aktif.

Memandangkan bahawa Ketua Cawangan PAS itu terlalu aktif, maka, Pengurus Felda Rancangan Jengka 4 telah memanggil mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib untuk menyingkirkan Haji Mahusin.

Mengikut undang-undang Pengurus Rancangan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Haji Mahusin, dan apa yang dilakukan oleh Haji Mahusin tidak ada kena mengena dengan Felda jauh sekali dengan Pengurus Rancangan.

Sebagai ahli sebuah parti politik yang berdaftar Haji Mahusin dilindungi oleh Fasal 10 Perlembagaan Malaysia dan dibawah undang-undang itu Haji Mahusin bebas mengambil bahagian didalam mana-mana parti politik yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan, tidak ada sesiapa, apatah lagi Pengurus Rancangan yang boleh mengambil hak Haji Mahusin untuk aktif menggerakkan PAS di rancangan Felda itu.

Saya telah dipanggil untuk berceramah dan membuat penerangan lengkap mengenai peruntukan undang-undang bersabit hak seseorang warga negara mengambil bahagian didalam kegiatan politik disamping isu-isu Felda yang menyebabkan begitu ramai berlaku penghijrahan daripada UMNO kepada PAS di Felda Jengka 4.

Memang ramai peneroka-peneroka Felda Jengka 4 hadir ke Majlis Ceramah yang diaturkan oleh PAS Cawangan Felda Jengka 4 itu, termasuk ahli-ahli UMNO, dan juga termasuk beberapa Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Jengka 4. Sdr Shahadan, AJK UMNO Cawangan Jengka 4 pun turut hadir dan menyapa saya, dan beliau menyatakan bahawa beliau tidak setuju dengan tindakan Pengurus Rancangan mahu mennyingkirkan Haji Mahusin.

Walaupun ceramah itu adalah ceramah yang dibuat didalam rumah, tetapi kehadiran melimpah keluar dan termasuk diseberang jalan setentang rumah Haji Mahusin, yang dijadikan Markas PAS Cawangan Felda Jengka 4.

Oleh kerana Pengurus Rancangan itu tidak berupaya membendung dan menghalang Ceramah itu, dan Pengurus juga tidak dapat menggunakan Polis untuk menghalang ceramah itu, kerana Ceramah itu dibuat didalam Rumah, maka Pengurus yang jahat itu membuat tayangan wayang gambar di Rumah disebelah Rumah Haji Mahusin dengan menggunakan suara yang amat kuat.

Teapi teknik kami yang menggunakan gelombang radio dan tidak kurang dari 30 buah radio yang dibawa oleh ahli-ahli PAS, maka suara dari Wayang Gambar di kawasan Rumah sebelah itu tidak menjadi halangan kepada Ceramah PAS Jengka 4, bahkan jauh lebih ramai mereka yang berada mendengar Ceramah dari menonton wayang gambar.

Inilah peranan yang dimainkan oleh Pengurus Rancangan Felda. Apakah isu Felda yang sangat ditakuti oleh Felda dan tidak mahu isu itu diterangkan kepada masyarakat Peneroka pada waktu itu akan saya terangkan setelah selesai semua siri-siri Nostalgia ini.


Anwar Ibrahim

Posted: 13 May 2011 07:36 PM PDT

Anwar Ibrahim


Majlis Pelancaran Projek Perintis Pemulihan Bandar Oleh YB Penasihat Ekonomi

Posted: 13 May 2011 02:17 AM PDT

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ingin menjemput pihak media ke program berikut:-

MAJLIS PELANCARAN PROJEK PERINTIS PEMULIHAN BANDAR OLEH YB PENASIHAT EKONOMI

Tarikh      : 14 Mei 2011 (Sabtu)
Masa      : 2.00 petang – 5.00 petang
Tempat    : Blok C, Pangsapuri Taman Maju Jaya, Jalan PJS 2/29A, PJS 2, Petaling Jaya

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membuat lawatan kerja ke Pangsapuri Taman Maju Jaya bagi melancarkan projek perintis Program Pemulihan Dalam Bandar. Program tersebut merupakan usahasama Kerajaan Negeri bersama pihak-pihak swasta, Kerajaan Tempatan iaitu MBPJ, dan juga penduduk tempatan.

Majlis akan dihadiri oleh Y. Bhg. Dato’ Hj Mohamad Roslan b Sakiman, Datuk Bandar MBPJ, Y.B Puan Haniza bt. Mohamed Talha, ADUN Taman Medan, wakil-wakil pihak swasta dan juga penduduk-penduduk pangsapuri.

Kenyataan media akan diedarkan sebaik sebelum majlis bermula.

Sekian, terima kasih.

PEJABAT PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

“Henti Aibkan Anwar”- Nik Aziz

Posted: 13 May 2011 01:43 AM PDT

Dari Harakah

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta mana-mana pihak yang merancang memburukkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera menghentikan tindakan itu bagi menghormati perasaan keluarga Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, beliau memahami perasaan ahli keluarga Anwar termasuk isterinya, Datin Seri Wan Azizah yang begitu tersiksa dengan apa yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap suaminya sejak sekian lama.

“Sudah lebih 10 tahun maruah Anwar dilanyak, dihentak, dilenyek begitu tanpa ada rasa belas kasihan, isteri mana yang tidak menderita dengan apa yang berlaku,"ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azizah dalam sebuah akhbar harian semalam bahawa beliau begitu terseksa dengan fitnah itu.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu memohon pihak perancang yang merakam dan mendedahkan video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu dihentikan segera.

Menurutnya, sebagai umat Islam mereka harus sedar tindakan memfitnah dan mengaibkan orang satu dosa yang besar.

Tegasnya, balasan buruk akibat tindakan itu akan diberikan Allah kepada orang yang memfitnah sejak di dunia lagi.

"Kita sebagai anggota masyarakat jangan sekali-kali bersekongkol dengan mereka yang membuat perkara buruk (fitnah) itu kerana dosanya juga akan terpalit pada kita,” katanya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Pejabat PM Arah Utusan Hentam Buku Jingga

Posted: 12 May 2011 08:03 PM PDT

Dari Malaysiakini

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia didakwa diberikan arahan khas untuk menghentam rancangan 100 hari Pakatan Rakyat yang disenaraikan dalam Buku Jingga sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut sumber, arahan daripada Pejabat Perdana Menteri itu dikesan melalui nota seorang wartawan kanan kepada kepada pengarang dan pembantu pengarang berita Utusan Malaysia yang diletakkan dalam ‘satu sistem’ akhbar itu pada 21 Mac lalu.

Nota itu menyebut, setelah hadir ke taklimat di pejabat berkenaan pada tarikh yang sama, pejabat tersebut memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada keesoknya (22 Mac) akan bercakap mengenai “kesan negatif” jika janji pembangkang dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Sehubungan itu, semua akhbar, terutamanya Utusan Malaysia, diminta mendapatkan komen pelbagai pihak — antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik — bagi menyokong kenyataan Najib itu.

“Komen-komen ini boleh disiarkan secara berperingkat-peringkat sehingga Ahad ini mulai esok,” tulisan dalam nota yang diperoleh Malaysiakini itu dipetik.

Wartawan kanan itu juga meminta bantuan Meja Am dan Meja Ekonomi akhbar itu untuk melakukannya kerana biro yang diketuainya agak sibuk pada masa itu.

Benar-benar hentam

Semakan Malaysiakini di Utusan versi dalam talian mendapati terdapat sekurang-kurangnya tujuh laporan berkenaan Buku Jingga dimuatkan di akhbar milik Umno itu sepanjang tarikh yang diarahkan.

Isu berkenaan juga didapati terus disentuh selepas tarikh berkenaan.

Malaysiakini juga mendapati, Najib pada 22 Mac benar-benar menghentam Buku Jingga yang dihasilkan bersama PKR, DAP dan PAS itu.

Beliau dilaporkan mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan tindakan Pakatan “menyogok dokumen-dokumen janji”, terkini melalui Buku Jingga sehingga risikonya kelak mendatangkan kesengsaraan dan bala bencana kepada negara.

Najib ketika berucap di Putrajaya juga dilaporkan berkata, parti yang bertanggungjawab lebih rela tidak popular untuk jangka pendek dari membankrapkan negara dalam jangka panjang.

Utusan turut memuatkan komen beberapa pemimpin BN yang mempunyai nada sama, antaranya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (naib presiden Umno), Datuk Seri Dr Rais Yatim (menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan) serta T Mohan (ketua Pemuda MIC).

Sepanjang tempoh arahan itu juga, Utusan turut memetik pandangan penganalisis politik dan ahli akademik Dr Chandra Muzaffar, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian, selain ulasan oleh kolumnisnya sendiri, termasuk penulis kontroversi Awang Selamat.
Sementara itu, dakwaan campurtangan kerajaan dalam media bukanlah perkara baru dan sering disebut oleh pemimpin pembangkang, terutama dalam ceramahnya.

Lagi dakwaan campurtangan k’jaan

Sebelum ini, perkara yang hampir sama didedahkan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari.

Bercakap kepada portal berita Free Malaysia Today (FMT), dakwanya agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipengerusikan Najib.

Wartawan kanan Utusan yang dipecat itu berkata, agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu akan disampaikan kepada ketua pengarang melalui pejabat Perdana Menteri.

SMS Ancaman: Anak Nurul Izzah Sasaran Terbaru

Posted: 12 May 2011 07:59 PM PDT

Dari Malaysiakini

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterimanya.

Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk “ancaman serius” terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.

“Ugutannya adalah bahawa anak saya akan menerima nasib seperti Sharlinie jikalau saya terus menyokong ayah saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR). Saya (juga dikatakan) tidak dapat menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengancam bahawa jika saya tidak mendesak ayah saya berhenti dari politik maka sesuatu akan berlaku kepada anak saya,” tulisnya dalam laporan polis itu.

Sharlinie Mohd Nashar yang hilang pada 9 Januari 2008 dan sehingga hari ini masih belum dapat dikesan. Beliau mangsa penculikan kedua selepas Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang ditemui mati selepas sebulan hilang dekat rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.

SMS berkenaan juga mengancam bahawa “sesuatu yang tidak elok” akan berlaku kepada anaknya kecuali jika beliau berhenti menyokong ayahnya.

Beliau membuat aporan polis itu di ibu pejabat polis Dang Wangi di ibu negara pagi ini dengan ditemani ibunya Datin Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR dan diiringi tiga peguam dan tidak kurang 15 penyokong.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 13 May 2011 11:28 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Temui Bob Lokman di Lenggeng 10 Mei 2011

Posted: 04 May 2011 02:15 AM PDT



CERAMAH KHAS
Bersama : Bob Lokman
Juga : YB Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) dan Zulkefly Mohamad Hj Omar
Pada 10 Mei 2011 SELASA
Jam 9 malam
Di Kg Masjid, Lenggeng, N.Sembilan (rumah Zulkefly)

Semua dijemput hadir

Sumber : http://mtdlenggeng.blogspot.com/2011/05/program-terkini-ceramah-umum.html

BULETIN RAKYAT

Posted: 13 May 2011 11:17 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Selepas balairaya Sg Choh Stesyen terbakar, rumah guru KAFA terbakar...

Posted: 24 Feb 2011 08:05 PM PST

SERENDAH - Seorang Guru Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa) tinggal sehelai sepinggang apabila rumahnya di Kampung Seri Serendah di sini, musnah dalam kebakaran berlaku lewat petang kelmarin.

Khairul Hisyam Othman yang telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai guru Kafa di sini, hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan rakannya kira-kira jam 6 petang.

"Saya sudah hendak pulang ke rumah sebelum rakan saya telefon mengatakan rumah terbakar.

"Saya bergegas pulang dan setibanya di rumah, jiran-jiran memenuhi perkarangan rumah namun saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu pantas," katanya.

Khairul yang tinggal berseorangan berkata, segala peralatan peribadinya seperti komputer riba, fail kerja dan dokumen pengenalan diri termasuk televisyen serta perabot rumah musnah sama sekali.

Katanya, api dapat dikawal beberapa minit kemudian dengan bantuan dua jentera Bomba dan Penyelamat Rawang dan Kuala Kubu Bharu.

Dia masih belum mengetahui punca kebakaran itu, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada litar pintas.

"Kebakaran kerap berlaku di kampung ini dan kebanyakannya berpunca daripada litar pintas. Justeru, saya harap pihak berwajib memantau keadaan ini terutama sistem pendawaian elektrik yang dikatakan bermasalah," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa, Rusni Supaat ketika ditemui berkata, pada awalnya dia tidak menyedari kejadian itu kerana menyangka bunyi letupan yang didengar beberapa kali adalah mercun.

Tetapi katanya, setelah terasa bahang panas dia lantas keluar dan melihat rumah jirannya terbakar.

"Saya segera menghubungi bomba sementara jiran lain membantu memadam api menggunakan paip getah," katanya

Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut menyalurkan bantuan sewajarnya ketika melawat mangsa semalam.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

Posted: 13 May 2011 11:11 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 13 May 2011 09:41 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Taib pucat lesi, Najib ketar dagu... kahkahkah...

Posted: 13 Apr 2011 09:11 PM PDT

Buaya pun tak sangka ada buaya dalam air yang tenang... kahkahkah... Tenang tenang pun tapi bergelora dibawahnya siapa yang tahu. Setenang tenang PRU ke 12 dulu nih, ramai tak sangka BN akan tersungkur 4 buah negeri, pertahankan Kelantan dan hilang majoriti dua pertiganya dalam Parlimen Malaysia.

Macam tu la juga dengan apa yang kita tengok dan bakal berlaku di Sarawak bagi PRN ke-10 kali ni. Kempen dah selesai lima hari, tak nampak sebarang gelombang besar walaupun terasa adanya gempa bumi. Tapi dari tinjauan suara rakyat di bawah terdapat satu arus senyap yang bakal memberi keputusan yang mengejutkan. Ini yang dikatakan arus bawah yang kuat takkan menampakkan rupanya dipermukaan air yang tenang malah ada dikalangan petugas parti yang yakin, beberapa kerusi milik PBB bakal terlepas kepada Pakatan Rakyat.

Sarawak ni cukup unik, mereka boleh memakai lambang BN dan PBB, tetapi dalam masa yang sama mereka boleh memakai dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Politik rakyat Sarawak tak mudah diduga, dan silent protes mungkin berlaku dengan Sarawak bakal mengikut jejak Kelantan pada tahun 1990.

Tsunami 2008 juga datang tanpa disangka banyak pihak, dan apakah tsunami itu bakal berlaku di Sarawak kali ini?

Rakyat Sarawak boleh melakukan perubahan...

Sumber: http://shalehudin.blogspot.com/

MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 13 May 2011 09:50 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


ANWAR - 1ISRAEL DAN 1MALAYSIA ADALAH KEBETULAN!

Posted: 02 Mar 2011 06:50 PM PST

Anwar Ibrahim

Posted: 13 May 2011 10:34 AM PDT

Anwar Ibrahim


Politik Lucah: Ulama Muda Diseru Tinggal Umno

Posted: 12 May 2011 06:04 PM PDT

Dari Harakah

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa ulama muda Umno menilai semula penglibatan mereka dalam Umno ekoran amalan politik lucah dan kotor pemimpin parti itu.

Katanya, ulama muda di dalam Umno tersebut perlu sedar amalan politik yang bercanggah dengan Islam itu telah menjadi budaya dalam Umno sejak sekian lama.

Bagaimanapun katanya, beliau menyambut baik usaha untuk menegur sikap Umno itu malah mencadangkan agar mereka meninggalkan parti itu jika gagal merubahnya.

“Hakikatnya itulah budaya Umno. Harapan saya agar ulama muda Umno terus menegur budaya politik Umno yang keji dan songsang ini.

“Jika tidak mampu ubah, fikirkan semula adakah tepat berada di dalam Umno?” soalnya melalui responsnya di Facebook.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengakui rakaman video seks mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya dilakukan.

Ini kerana perkara tersebut menurutnya bertentangan dengan prinsip Islam yang mengharamkan umatnya mengaibkan orang lain.

Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno.

Beliau berkata demikian pada satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu semalam.

Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia sebelum ini dikecam banyak pihak termasuk oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran mengaibkan Anwar dalam isu video seks yang didedahkan trio Umno iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Akhbar itu tanpa memikirkan hukum hakam agama, telah melapor dan menyiarkan gambar dan berita berunsur lucah berhubung video seks tersebut.

Fitnah tersebut juga, digunakan Umno dalam siri kempen mereka pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.

Harussani dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, adalah fitnah dan dosa besar membuka rahsia orang tanpa ada bukti yang jelas menurut Islam seperti yang dilakukan terhadap Anwar.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi… ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.

Selain mengecam tindakan mengaibkan Anwar itu, beliau juga kesal dengan tindakan Utusan yang dakwanya tidak menyiarkan pandangan penuhnya itu malah hanya mengambil sekerat sahaja.

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan… yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja… yang lain-lain tidak keluar," katanya.

Erti Persabahatan Pakatan

Posted: 12 May 2011 05:58 PM PDT

From Malaysian Insider
By Wan Hamidi
is a veteran journalist who has a penchant for rock music.

Semua orang tahu PAS, DAP dan PKR tidak akan berganjak dari prinsip perjuangan masing-masing. Itu soal dasar parti. Komponen sekular MCA, Gerakan dan beberapa lagi parti dalam Barisan Nasional yang menolak Ketuanan Melayu pun masih boleh bersahabat dengan Umno walau pun dalam senyuman pahit.

Perbezaan ketara di antara PAS yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah sebagai dasar politik dan DAP yang memperjuangkan demokrasi sosial bersifat sekular telah menjadi bahan kepada musuh politik mereka Umno untuk mengapikan permusuhan.

Yang tidak ditonjolkan oleh media arus perdana milik Umno dan Barisan Nasional ialah kesefahaman PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat yang berpegang kepada dasar bersama untuk menegakkan keadilan melalui demokrasi tulen yang menentang rasuah, salah guna kuasa, politik perkauman dan mempergunakan agama untuk kepentingan politik.

Sebaliknya apa yang sibuk digerakkan oleh kempen perang saraf Umno ialah mencipta fitnah dan pembohongan untuk menimbulkan syak wasangka sesama anggota komponen Pakatan Rakyat.

Tohmahan kononnya DAP terlibat dalam usaha sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara telah dijelmakan sebagai berita oleh Utusan Malaysia yang semata-mata memetik tuduhan liar blogger pro-Umno tanpa usul periksa.

Setelah beberapa hari isu ini dibangkitkan, ada kalangan pemimpin Umno sendiri yang mula menjauhkan diri daripada taktik kotor itu. Namun ia tidak akan menghentikan serangan propaganda Umno dan konco-konconya terhadap Pakatan Rakyat.

Serangan-serangan ini telah dimulakan sejak Umno dikejutkan dengan kekalahan beberapa negeri serta kehilangan majoriti dua pertiga Parlimen dalam pilihan raya umum 2008. Untuk menutup kelemahan diri, para pemimpin Umno cepat-cepat menuding jari menyalahkan orang lain.

Apabila isu konspirasi agama rasmi dibangkitkan, para penyebar fitnah menyangka ia adalah kejayaan besar untuk memecahbelahkan perpaduan Pakatan tanpa menyedari kesan jangka panjang hasutan sedemikian terhadap keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama.

Apa yang mereka tidak jangkakan ialah reaksi PAS dalam menangani pembohongan itu. Bukan sahaja para pemimpin PAS tidak berdiam diri, malah mereka berdiri teguh bersama DAP untuk mematikan serangan fitnah yang tidak munasabah itu.

Datuk Seri Abdul Haji Awang mengulangi pendirian Pakatan untuk terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan serta kebebasan mengamalkan agama-agama lain dengan aman.

Dalam kenyataannya, Presiden PAS itu menyatakan: "Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang Melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian, adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah".

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula menuntut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menyokong laporan tidak berasas Utusan.

"Pada hal berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia itu bukannya berita benar. Perkara itu dinafikan sendiri oleh golongan paderi dan DAP. Berita itu ternyata bersifat provokasi yang boleh menimbulkan suasana huru-hara di dalam negara."

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman yang membuat laporan polis terhadap berita palsu Utusan itu pula menganggapnay sebagai satu agenda yang didalangi UMNO yang sengaja mahu meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.

Suara Mazlan mewakili kebanyakan pemimpin dan ahli PAS yang sudah pun menghidu perang saraf Umno yang mahu memecahbelahkan perpaduan Pakatan.

Apabila Datuk Seri Najib Razak mencadangkan supaya PAS meninggalkan Pakatan atas alasan "adakah DAP boleh perjuangkan Islam?", Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyatakan:

"Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua… jadi tak timbul soal ini…kerajaan negeri Pulau Pinang (yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng) juga tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam… tiada apa-apa masalah."

Isu agama dan kaum akan terus dilontarkan oleh konco-konco Umno; tambahan pula menjelang muktamar agung PAS yang akan menyaksikan pemilihan kepimpinan parti pada Jun depan.

Ada kalangan Umno yang masih mengharapkan "wakil-wakil Umno" dalam PAS akan tunduk kepada hasrat untuk membawa keluar PAS dari Pakatan. Bagi mereka, hanya cara itu dapat menguburkan Pakatan melalui politik pecah dan perintah.

Namun, para pemimpin dan ahli PAS diingatkan oleh oleh AJK PAS Pusat Mohamad Sabu supaya berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat Umno yang semakin terdesak sejak kebelakangan ini.

"Kalau PAS keluar Pakatan Rakyat, BN akan memerintah sehingga hari kiamat sebab dia tahu kalau PAS bersama Pakatan Rakyat ini sahaja yang boleh menggugat BN.

"Sebab itu BN tiada jalan lain, jadi terpaksa mencari apa sahaja jalan bagi memastikan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, ini kerana BN bimbang kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat… tambahan yang boleh kalahkan Umno adalah PAS," katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insider.

Pendirian sebeginilah yang menggusarkan pucuk pimpinan Umno; jarum hasutan mereka gagal mengubah pendirian kepimpinan PAS. Persahabatan erat PAS dan DAP dengan kerjasama PKR menyukarkan Umno dan konco-konconya untuk percaya kepada tohamahan-tohmahan perkauman serta keagamaan sempit.

Mungkin Umno tersalah jangka bahawa komponen-komponen Pakatan tidak akan membantu satu sama lain kerana pentingkan diri sendiri, dalam apa yang sering digambarkan oleh media arus perdana sebagai pakatan rapuh.

Yang nyata, formula Pakatan yang saling membantu serta mempertahankan sahabat dalam perkara-perkara yang benar dan baik sudah terbukti berjaya.

Jika pergeseran sesama sendiri dapat dikendurkan; jika perebutan kerusi dan jawatan dikurangkan; jika syak wasangka dileburkan; tidak mustahil kemantapan Pakatan akan dapat dipertingkatkan lagi.

Jemputan Munajat Rakyat Menolak Fitnah Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily(Syria) Dan Pimpinan Pakatan Rakyat

Posted: 12 May 2011 05:12 AM PDT

MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM.

Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut :

14 Mei 2011 (Sabtu)

Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.

Bermula jam 7 malam.

2.            Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.

3.            Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.

YB Ahmad bin Kasim
Pengerusi,
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.

—-

TENTATIF PROGRAM

MUNAJAT  RAKYAT MENOLAK FITNAH & CERAMAH PERDANA .

ANJURAN BERSAMA PKR SELANGOR DAN BIRO PEMAHAMAN & PEMANTAPAN AGAMA (BIPPA).

6.30 PETANG      : kehadiran tetamu / orang ramai.

7.00 malam         : persediaan untuk solat maghrib.

7.20 malam         : Solat Maghrib.

: Tazkirah Maghrib : Qazaf dan Sumpah Laknat – Antara Syariat & Adat.

Oleh : Ust Hj Abd. Ghani bin Samsudin (Syura)

8.33 malam         : Solat Isya'

: Solat Hajat pimpinan Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily.

9.00 malam         : Ceramah Perdana :

i)            YB Azmin bin Ali (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor)

ii)            Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid (Pengerusi  SAF Anti Fitnah)

(Membaca Deklarasi SAF untuk rakyat Malaysia)

iii)           YB Dato Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat (Murshidul Am PAS)

iv)           YB Dato Seri Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan)

v)            Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily  di terjemah oleh

Dr Mohd. Nur Manulty (Ketua Penerangan PKR)

Moderator Majlis             i) Dr Badrol Amin Bahron (Ahli MPP)

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Pahang

Posted: 12 May 2011 05:00 AM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

15 Mei 2011 (Ahad)

Program 1

2.30 – 5.30 ptg – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Pahang

Lokasi : Restoran Tanjong, Galing, Kuantan

Ahli Panel:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Dauk Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
  4. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman (Moderator)

Program 2

7.15 – 8.30 mlm –

- Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Pahang Untuk DS Anwar Ibrahim

- Tazkirah Maghrib Oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim

Lokasi: Masjid Batu 1 Temerloh, Pahang

Program 3

7.30 – 10.30 mlm – Majlis Makan Malam

Lokasi : Dewan Seri Kerayong, Bandar Bera

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YB Leong Ngah Ngah
  4. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
  5. YB Gobind Singh Deo

Program 4

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana

Lokasi : Markas PAS FELDA Purun, Pahang

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YBhg Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
  3. YBhg Prof Dr Muhammad Nur Manuty
  4. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman
  5. YBhg Haji Abas Awang

Pendedahan Hata Wahari Dan Politik Talam Dua Muka

Posted: 12 May 2011 01:08 AM PDT

Dari Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Pendedahan bekas wartawan kanan Utusan Malaysia (Utusan) Hata Wahari bahawa agenda Utusan ditetapkan oleh Biro Politik UMNO yang dipimpin Presiden Najib Razak pasti menakjubkan pelbagai pihak!

Semenjak zaman reformasi, komentari pelbagai pihak sama ada oleh ahli akademik, ahli politik, wartawan, penganalisa politik, aktivis masyarakat atau pihak lain telah membentuk “common sense” dalam kalangan masyarakat yang prihatin terhadap isu kebebasan media dan politik negara, bahawa Utusan bagaikan “lidah rasmi UMNO”. Kini seorang bekas wartawan kanan Utusan telah membuktikan kesahihan “common sense” tersebut.

Kalau kecenderungan komentari selama ini melihat kawalan terhadap Utusan dari segi pemilikan syarikat dan “consumption” atau pemaparan berita saban hari, kini Hata Wahari (gambar kanan) membekalkan perspektif kawalan terhadap Utusan dari segi “production” atau penetapan agenda secara langsung dan tidak langsung oleh Biro Politik UMNO pimpinan Najib.

Betapa munafiknya PM

Pendedahan Hata Wahari sekali gus membuktikan betapa munafik seorang Perdana Menteri yang kononnya berazam membawa gagasan 1Malaysia jitu kepada rakyat jelata malahan berbicara tentang idea 1ASEAN tanpa segan silu semasa berucap pada Forum Kepemimpinan ASEAN kelapan baru-baru ini, seolah-olah retorik 1Malaysia yang penuh dengan bayangan politik fitnah dan unsur-unsur ekstrem dapat dijadikan inspirasi kepada negara-negara rantau ASEAN.

Kalau selama ini Najib cuba membentuk imej diri sebagai “Bapa Transformasi” melalui pengumuman pelbagai pelan transformasi dan penonjolan gagasan 1Malaysia yang kononnya mementingkan “prinsip pertengahan” (moderation) serta perpaduan, dan bertentangan dengan sifat ekstrem sesetengah organisasi seperti PERKASA atau komen pemimpin politik seperti Muhyiddin Yasin, kini pendedahan Hata Wahari menunjukkan bagaimana manusia bernama Najib dan organisasi bergelar Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu memainkan politik talam dua muka.

Politik talam dua muka ini cuba memaparkan Najib sebagai pemimpin yang membawa gagasan pertengahan sementara tindakan dan komen ekstrem PERKASA dan pemimpin politik UMNO yang lain adalah bertentangan dengan prinsip Najib, maka bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh Najib.

Pendedahan Hata Wahari memungkinkan perspektif berlainan dalam memahami politik talam dua muka yang dimainkan oleh Najib dan UMNO. Berikutan itu, pelbagai soalan timbul. Antaranya, selain Najib, Muhyidin, Ahmad Zahid Hamidi, Hishamudin Husein, Safie Apdal, Tengku Adnan Mansor dan Ahmad Maslan yang berada dalam mesyuarat penetapan agenda Utusan, siapa lagi yang berkomplot dengan pemimpin UMNO dalam menjayakan agenda politik UMNO-Utusan?

Kalau diteliti pelbagai isu hangat yang dipelopori Utusan termasuk isu agama dan isu fitnah video seks, kemusykilan timbul berhubung peranan aktor tertentu seperti pimpinan PERKASA serta Datuk T dan hubungan mereka dengan UMNO-Utusan.

Talam dua muka

Antaranya, apakah politik talam dua muka memainkan peranan dalam pemaparan berita palsu Utusan bertajuk “Kristian agama rasmi?” yang dilaporkan pada 7 Mei 2011? Apakah Presiden PERKASA Ibrahim Ali yang mendakwa bahawa komunis di sebalik tabir agenda tersebut juga memainkan peranan dalam politik talam dua muka? Bagaimana pula dengan komplotan politik fitnah video seks?

Kini, susulan keputusan secara sebulat suara oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang meminta Menteri Dalam Negeri “mengambil tindakan keras ke atas laporan palsu yang dibuat oleh Utusan Malaysia pada muka depannya tanggal 7 Mei tentang konspirasi di antara DAP dan paderi-paderi Kristian di Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian”, apakah Hishammuddin akan mengambil tindakan keras terhadap Utusan?

Sementara kita menyaksikan perkembangan seterusnya, otak durianku terfikir membicarakan hubungan antara media dan kuasa pemerintah serta pembentukan kuasa media dalam konteks yang lebih luas.

Kekompleksan kuasa media dapat ditonjolkan dari pelbagai aspek. Keunikan Utusan adalah fakta bahawa pemilikan dan penetapan agenda oleh UMNO jelas menjadikannya “suara UMNO”, bukan sebagai suara masyarakat kepelbagaian etnik, ideologi dan pandangan yang menjadi hakikat Malaysia khususnya dalam era internet. “Suara UMNO” juga merujuk kepada suatu bentuk “kuasa politik-media” yang besar sehingga mampu melakukan fitnah atau pembohongan terhadap “musuh politik” dan “musuh peribadi”.

Lantaran itu, Utusan tidak lagi melambangkan pemikiran dan kemahuan masyarakat Malaysia. Utusan hanya melambangkan mentaliti dan kemahuan pimpinan UMNO khususnya Najib yang terdesak kerana berdepan dengan tekanan pilihan raya umum akan datang sehingga menggunakan Utusan untuk memainkan politik fitnah dan politik talam dua muka.

Dewasa ini, Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya tidak lagi memerlukan Utusan untuk mengetahui apa yang berlaku dalam dan di luar Malaysia. Namun tidak cukup sekadar menolak Utusan. Kita wajar menolak rejim pemerintah yang mahukan kawalan ketat terhadap media massa diteruskan. Kita juga wajar menolak mana-mana akhbar yang cuba mencontohi Utusan!

Akhbar bahasa Cina

Justeru, mentaliti dan hipokrisi sesetengah editor kanan akhbar Bahasa Cina wajar dibangkitkan untuk menghalusi pemahaman kita apabila membicarakan kuasa media yang diperolehi Utusan khususnya dan media amnya.

Untuk berdekad lamanya khususnya selepas penggantungan permit penerbitan Sin Chew Jit Poh semasa Operasi Lalang 1987 dan dalam konteks Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan) 1987, barisan editor kanan sesebuah akhbar Bahasa Cina cenderung melihat laporan politik Utusan, Berita Harian (BH) dan New Straits Times (NST) sebagai rujukan utama.

Apa yang dimaksudkan di sini adalah, apabila didapati wujud berita berkenaan sesuatu yang negatif terhadap pimpinan UMNO-Barisan Nasional atau sesuatu yang dikira sensitif, laporan Utusan, BH atau NST dijadikan rujukan. Apabila akhbar Utusan, BH atau NST memberikan liputan besar, hal ini bermaksud adalah selamat untuk akhbar Bahasa Cina melaporkan isu yang sama pada keesokan harinya.

Logiknya adalah bahawa laporan Utusan, BH dan NST melambangkan agenda UMNO, dan pengalaman akhbar Bahasa Cina yang kononnya lebih “vulnerable” berbanding dengan Utusan, BH dan NST yang mempunyai sokongan politik (rujuk kepada UMNO) yang kuat apabila berdepan dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri.

Lantaran itu, akhbar seperti Utusan, BH dan NST dilihat sebagai memiliki kuasa politik yang “tidak dimiliki” akhbar Bahasa Cina. Maka setiap kali kritikan dilontar terhadap akhbar Bahasa Cina yang melakukan penapisan diri (self-censorship), laporan berita yang tidak beretika atau berkepentingan diri, logik sedemikian dibangkitkan untuk mematikan kritikan.

Dengan kata lain, apa yang cuba diutarakan adalah bahawa akhbar Bahasa Cina tidak bersekongkol dengan kuasa politik dan tidak membentuk “kuasa politik-media”. Logik sedemikian mirip dengan hujah bahawa Najib yang “moderate” tidak bersekongkol dengan kuasa esktrem sedangkan komplotan kuasa sebenarnya mengambil tempat, cuma imej “pertengahan” Najib dperkukuh melalui pembentukan persepsi “kuasa politik-media”.

Aspek yang jarang-jarang sekali dibincangkan adalah, yang berdepan malahan berkomplot dengan kuasa politik tidak terhad kepada Utusan, BH dan NST, akhbar Bahasa Cina juga bersekongkol dengan kuasa politik. Contoh klasik ialah hubungan komplotan sesetengah editor kanan akhbar Bahasa Cina dengan pemimpin tertentu MCA yang begitu menonjol sekali semasa pertarungan politik berlaku sesama puak bertentangan dalam MCA.

Apa yang ingin dibicarakan di sini adalah, selain berdepan dengan kawalan politik, akhbar yang bersekongkol dengan rejim pemerintah juga membentuk kuasa politik sehingga mampu melancarkan serangan terhadap musuh rejim pemerintah dan individu atau golongan yang dianggap musuh peribadi editor kanan akhbar arus perdana tanpa check and balance.

Sesungguhnya, logik akhbar Bahasa Cina lebih “vulnerable” telah dijadikan alasan oleh editor kanan untuk berdekad lamanya sementera menikmati kepentingan tertentu melalui politik talam dua muka dalam kalangan editor akhbar arus perdana.

Sebab itu, setiap tahun apabila terbaca bicara editor kanan akhbar arus perdana mengenai kepentingan kebebasan media sempena hari kebebasan akhbar sedunia, otak durianku akan membisik kepada diriku, jangan kita terpedaya dengan politik talam dua muka editor kanan akhbar yang bersekongkol dengan kuasa establishment!

Sesungguhnya, hubungan komplotan sedemikian telah memperkukuh cengkaman rejim pemerintah terhadap media. Malahan, apabila sesetengah wartawan bangkit atau masyarakat madani bergerak mempertahankan kebebasan media, hubungan komplot sedemikian menjadi halangan kepada perjuangan membebaskan media daripada kawalan ketat rejim pemerintah.

*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Subsidi: Kroni IPP Diselamatkan Manakala Rakyat Terus Dimangsakan

Posted: 12 May 2011 01:01 AM PDT

Dari KeadilanDaily

Setiap kali harga minyak dinaikkan, kerajaan akan menjadikan rakyat sebagai mangsa dengan mengurangkan subsidi tetapi tidak berbuat demikian terhadap  syarikat kroni seperti Penjana Tenaga Bebas (IPP).

Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli berkata, terbaru kerajaan turut menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

"Mengapa kerajaan masih tidak menarik subsidi gas kepada penjana tenaga bebas (IPP) yang berjumlah RM 19 bilion setiap tahun?

"Sedangkan beban kenaikan minyak dikenakan langsung terhadap rakyat. Bahkan, ia mengakibatkan peningkatan kos perkhidmatan dan barangan keperluan harian," katanya kepada Keadilandaily.com.

Rafizi menjelaskan, harga minyak mentah adalah sekitar USD 105 hingga USD 130 setong dan berubah mengikut pasaran dunia. Terbaru, harga minyak semasa di pasaran Asia turut jatuh kepada USD 101 setong pada Selasa lalu.

Kerajaan Umno pada minggu lalu menaikkan harga minyak RON97, sebanyak 20 sen kepada RM2.70 seliter, menjadikan kenaikan itu kali ke tujuh sejak ia diapung mengikut pasaran semasa.

"Persoalannya, mengapa logik yang sama tidak digunakan dengan meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat. Kemudian kerajaan beralasan bahawa pemberian subsidi kepada IPP kononnya untuk mengekalkan kos operasi tarif elektrik yang rendah," Soal Rafizi.

"Di Thailand, penjana kuasa bebas di sana membayar mengikut harga pasaran dan lebih rendah daripada Malaysia. Ini adalah tidak adil kerana penarikan subsidi tersebut melibatkan orang ramai secara langsung dan poket syarikat korporat kroni diselamatkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beban kehidupan rakyat akan bertambah berikutan langkah kerajaan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST).

"Alasan Najib bahawa pengenalan GST diimbangi penurunan cukai pendapatan tidak relevan kerana kelompok yang membayar cukai pendapatan di negara ini hanyalah sekitar 10%.

"Sedangkan mereka yang akan membayar cukai GST adalah seluruh rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tidak bekerja dan melibatkan semua jenis barangan dan perkhidmatan.

Rafizi berkata, perbezaan Malaysia dengan negara yang mempunyai cukai GST seperti Singapura dan Australia, kedua-dua negara tersebut mempunyai skala penduduk yang berpendapatan tinggi, iaitu sehingga 60% hingga 70 %.

"Sedangkan di Malaysia hanya 10% sahaja di kalangan mereka yang berpendapatan tinggi, justeru membolehkan mereka mampu untuk membayar cukai pendapatan.

"Bakinya, iaitu 10 juta orang yang tidak dikenakan cukai pendapatan akan berhadapan dengan cukai GST yang akan diperkenallkan.Dalam masa yang sama, akta gaji minimum di negara ini tidak dikuatkuasakan," katanya.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Melaka

Posted: 11 May 2011 08:19 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

13 Mei 2011 (Jumaat)

Program 1

4.00 ptg – Perasmian Bangunan Pejabat KeADILan Melaka

Lokasi : 49-1, Jalan BPM 1, Taman Bukit Piatu Mutiara, Melaka

Program 2

5.00 – 7.00 mlm – Seminar Maqassid Syariah Peringkat Negeri Melaka

Lokasi: Hotel Straits Meridian, Bukit Baru, Melaka

Ahli Panel:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Prof Dr Mohd Nur Manuty

3. YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

4. Sheikh Prof Dr. Wahbah Mustafa Al-Zuhaily

Program 3

7.15 – 8.30 mlm –

1) Solat Maghrib dan Hajat Rakyat Melaka Untuk DS Anwar Ibrahim

2) Tazkirah Oleh Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Zuhaily

Lokasi; Markaz PAS Kg Bukit Katil, (Berhadapan Masjid Kg Bukit Katil)

Program 4

9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Batu 3 ½ , Kampong Duyung Tengah, Lot 200 Mukim Duyung

Penceramah:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
YB Goh Leong San
YB Ahmad Kassim
YB William Leong Jee Keen
Program 5

9.00 – 12.00 – Ceramah Perdana 2 – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi: Batu 8, Paya Rumput (Belakang Kilang Plastic IKS Paya Rumput)

Penceramah:

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YBhg Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
YB Goh Leong San
YB Ahmad Kassim
YB William Leong Jee Keen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan