The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 09 May 2011 11:35 PM PDT Felda - Nostalgia tahun 80-an Posted: 09 May 2011 07:13 AM PDT Tidak pelik kejadian-kejadian dimana Pengurus-Pengurus Felda mengarahkan samada Ceramah PAS di Rancangan-rancangan Felda diberhentikan atau dibatalkan
Diantara ceramah-cewramah yang telah diaturkan tetapi dibatalkan oleh Pengurus-Pengurus Felda pada waktu itu adalah Ceramah PAS di Felda Kota Gelanggi 1 dan Ceramah PAS di Felda Sg Nerek.
Di Gelanggi 1, saya sampai untuk berceramah dan merasmikan Cawangan PAS disana mendapati rumah tempat ceramah berada didalam keadaan bergelap.
Apabila saya tanyakan kepada Tuan Rumahnya, dia menyatakan bahawa Pengurus Felda telah membatalkan ceramah itu, dan Tuan Rumah tidak mampu melawannya kerana beliau diugut akan diambil tindakan dan dibuang daripada Rancangan Felda.
Di Sg Nerek pula, Pengurus Felda mengarahkan ceramah yang sedang berjalan diberhentikan. Tetapi ceramah itu tetap diteruskan dan saya memberi masa buat seketika untuk menasihatkan Pengurus itu supaya tidak mencampuri didalam bidang politik kerana Pengurus Felda tidak ada hak menentukan pilihan politik peneroka-peneroka.
Mereka hanyalah Pengurus untuk menguruskan ladang dan bukan mencampuri urusan politik. Saya juga nyatakan kepada Pengurus Felda itu bahawa hak berpolitik telah dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan dan saya nyatakan kepada Pengurus Sg Nerek itu supaya beliau jangan menjadi "katak dibawah tempurung" dan jangan menjadi seorang bodoh dan dungu.
Walaupun Pengurus itu cuba menyekat Ceramah tersebut, tetapi saya tidak memperdulikan arahannya, dan akhirnya dia kelihatan seperti seorang yang bodoh dan dipandang hina dihadapan peneroka-peneroka yang hadir.
Di Felda Selancar 1 pula Ceramah PAS disitu tidak dapat diadakan kerana tuan rumahnya telah dibawa lari oleh Pengurus Felda dan Pengawal Wilayah.
Sebaik saja saya sampai ke sebuah rumah yang ditetapkan sebagai tempat ceramah, orang ramai yang berkumpul disitu memberitahu saya bahawa ceramah terpaksa dibatalkan kerana tuan rumah telah dibawa lari.
Saya mengambil kesempatan berceramah diluar rumah ditempat yang gelap itu kerana disana sudah berkumpul hampir 30 orang dan jumlah itu sudah mencukupi sebagai tindakan awal disuatu kawasan dimana PAS belum menubuhkan cawangannya.
Cukup setakat itu, dan dalam siri ini esuk saya akan dedahkan lagi kejadian-kejadian yang berlaku angkara Pengurus Felda yang sangat takut kepada UMNO dan melakukan perbuatan-perbuatan diluar kekuasaan yang dipertanggungkan kepada Pengurus Rancangan. | Felda - Nostalgia tahun 80-an Posted: 09 May 2011 07:13 AM PDT Tidak pelik kejadian-kejadian dimana Pengurus-Pengurus Felda mengarahkan samada Ceramah PAS di Rancangan-rancangan Felda diberhentikan atau dibatalkan
Diantara ceramah-cewramah yang telah diaturkan tetapi dibatalkan oleh Pengurus-Pengurus Felda pada waktu itu adalah Ceramah PAS di Felda Kota Gelanggi 1 dan Ceramah PAS di Felda Sg Nerek.
Di Gelanggi 1, saya sampai untuk berceramah dan merasmikan Cawangan PAS disana mendapati rumah tempat ceramah berada didalam keadaan bergelap.
Apabila saya tanyakan kepada Tuan Rumahnya, dia menyatakan bahawa Pengurus Felda telah membatalkan ceramah itu, dan Tuan Rumah tidak mampu melawannya kerana beliau diugut akan diambil tindakan dan dibuang daripada Rancangan Felda.
Di Sg Nerek pula, Pengurus Felda mengarahkan ceramah yang sedang berjalan diberhentikan. Tetapi ceramah itu tetap diteruskan dan saya memberi masa buat seketika untuk menasihatkan Pengurus itu supaya tidak mencampuri didalam bidang politik kerana Pengurus Felda tidak ada hak menentukan pilihan politik peneroka-peneroka.
Mereka hanyalah Pengurus untuk menguruskan ladang dan bukan mencampuri urusan politik. Saya juga nyatakan kepada Pengurus Felda itu bahawa hak berpolitik telah dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan dan saya nyatakan kepada Pengurus Sg Nerek itu supaya beliau jangan menjadi "katak dibawah tempurung" dan jangan menjadi seorang bodoh dan dungu.
Walaupun Pengurus itu cuba menyekat Ceramah tersebut, tetapi saya tidak memperdulikan arahannya, dan akhirnya dia kelihatan seperti seorang yang bodoh dan dipandang hina dihadapan peneroka-peneroka yang hadir.
Di Felda Selancar 1 pula Ceramah PAS disitu tidak dapat diadakan kerana tuan rumahnya telah dibawa lari oleh Pengurus Felda dan Pengawal Wilayah.
Sebaik saja saya sampai ke sebuah rumah yang ditetapkan sebagai tempat ceramah, orang ramai yang berkumpul disitu memberitahu saya bahawa ceramah terpaksa dibatalkan kerana tuan rumah telah dibawa lari.
Saya mengambil kesempatan berceramah diluar rumah ditempat yang gelap itu kerana disana sudah berkumpul hampir 30 orang dan jumlah itu sudah mencukupi sebagai tindakan awal disuatu kawasan dimana PAS belum menubuhkan cawangannya.
Cukup setakat itu, dan dalam siri ini esuk saya akan dedahkan lagi kejadian-kejadian yang berlaku angkara Pengurus Felda yang sangat takut kepada UMNO dan melakukan perbuatan-perbuatan diluar kekuasaan yang dipertanggungkan kepada Pengurus Rancangan. | |
AMK KEDAH Posted: 09 May 2011 09:09 PM PDT UUM OH UUM..... Posted: 09 May 2011 08:15 AM PDT Buletin Utama TV3 cuba memanipulasi isu penolakan rebat cukai tanah yang dipohon UUM. Pihak UUM sebelum ini telah merayu kerajaan negeri Kedah memberikan rebat cukai tanah sehingga mereka hanya perlu membayar RM100 ribu sahaja seperti yang dinikmati pada 2006-2008, berbanding RM1.74 juta nilai cukai tanah sebenar. UUM meminta kadar semurah itu untuk tempoh lima tahun lagi. Cukai tanah bagi tahun 2011 sepatutnya perlu dijelaskan segera untuk mengelak dari didenda. Tarikh akhirnya ialah 1 Jun 2011.
Antara alasan yang dikemukakan UUM dalam rayuannya untuk mendapatkan rebat ialah UUM bukan institusi pengajian tinggi yang berorientasikan keuntungan. Benarkah langsung tidak berorientasikan keuntungan? Tahun lalu UUM mengumumkan keuntungan bagi syarikat-syarikat di bawah IPTA itu adalah sebanyak RM80 juta. Semua keuntungan itu dibuat di atas tanah yang dikategorikan untuk IPTA, bukan tanah premis perniagaan. Apa salahnya gunakan keuntungan besar yang 'tidak disengajakan' itu untuk menjelaskan cukai.
Satu lagi alasan yang diberikan ialah keluasan tanah UUM adalah 1,104.3 hektar tetapi hanya 57% dari keluasan tanah tersebut atau 627.8 hektar sahaja yang dibangunkan. Orang kampung yang mengusahakan sawah padi tetap perlu membayar cukai tanah meskipun pada tahun tertentu sawah mereka dilanda banjir, mereka tidak pernah menggunakan hujah 'ala UUM' untuk meminta rebat cukai.
Kadar cukai tanah yang dikenakan ke atas UUM ialah RM0.20 bagi satu meter persegi, bermakna jumlah keseluruhan ialah RM1,744,357.00. Bagaimanapun berlaku pengambilan sejumlah kecil tanah UUM iaitu 3119.3662 meter persegi menyebabkan taksiran cukai berkurang menjadi RM1,743,735.00.
Kadar RM0.20 bagi satu meter persegi adalah kadar cukai tanah mengikut semakanhasil tanah pada 2005 yang menjadikan cukai tanah UUM sebanyak RM1,743,735.00. Cukai tersebut tidak dikira mengikut rebat cukai yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2008 iaitu pada kadar RM0.30 bagi satu meter persegi. Jika rebat tersebut diikuti maka cukai tanah yang baru bagi UUM ialah RM2,615,602.00!
Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dilaporkan tidak bersetuju terhadap rebat oleh UUM itu kerana ia boleh dijadikan 'precedent case' atau kes duluan untuk dijadikan rujukan. Hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri Kedah dari tanah-tanah milik Persekutuan di negeri ialah RM31 juta setahun.
Jika UUM diberikan rebat, bayangkan jika semua jabatan Persekutuan tersebut, khususnya IPTA membuat rayuan terhadap kerajaan negeri menggunakan alasan yang sama yang digunakan UUM; maka ia meletakkan kerajaan negeri dalam dilema kerana tidak adil dalam melayan pembayar cukai tanah. UiTM Merbok dikenakan cukai RM0.55 untuk satu meter persegi, lebih sekali ganda dari yang ditanggung UUM. Bagaimana jika UiTM Merbok turut meminta rebat, kerana alasan mereka lebih kuat untuk meminta rebat?
Sepanjang tiga tahun memberi rebat pada UUM (2006-2009) kerajaan negeri telah kehilangan hasil sebanyak RM4,933,071.00. Sekiranya permohonan untuk mendapat jumlah rebat yang sama dipanjangkan lagi selama lima tahun maka negeri akan kehilangan hasil sebanyak RM8,218,675.00. Jumlah tersebut adalah terlalu besar untuk bukan sebuah negeri maju macam Kedah. Jika pihak UUM masing 'membuat bising' kononnya kadar cukai tanah RM0.20 satu meter persegi yang dikenakan terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar, maka eloknya kita meneliti kadar cukai tanah yang dikenakan terhadap IPTA di negeri lain sebagai rujukan.
USM Pulau Pinang dikenakan cukai RM2.58 bagi setiap meter persegi, Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPS) RM0.50 satu meter persegi, IPTA di negeri Selangor RM0.39 untuk satu meter persegi. Manakala semua premis milik Pusat seperti sekolah, balai polis, hospital dan lain-lain yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan maka kadar untuk satu meter persegi ialah RM0.55. Semua premis tersebut tidak sibuk meminta rebat, UUM pula yang tiba-tiba menjadi 'Universiti Uzur Malaysia' yang perlu diberi rebat. Miskin sangat ke?
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada UUM. Cakapnya 'double standard' kerana dia tidak mengulas hal yang sama bagi UNIMEPS atau mana-mana IPTA yang terletak di negeri-negeri ditadbir BN. Sepatutnya negeri BN menjadi contoh dalam memberi rebat 'gila-gila' itu kepada semua IPTA yang terdapat di negeri masing-masing, tapi ia tidak berlaku.
Di Kedah, di mana sahaja ceramah politik BN diadakan maka isu cukai tanah UUM menjadi isu wajib untuk diulas. Ini menunjukkan bahawa permohonan rebat oleh UUM terhadap kerajaan negeri bukan ikhlas demi pembangunan pendidikan tetapi lebih menjurus kepada provokasi politik.
Apabila nanti kerajaan negeri menolak maka bolehlah jentera propaganda mereka menjelaskan kepada seluruh rakyat jelata bahawa kerajaan negeri menindas institusi pengajian tinggi. Jika itulah maksud yang tersirat dari apa yang tersurat, maka 'eloklah' mereka meneruskan niat busuk tersebut. Soalan politik yang mereka ajukan kepada kerajaan negeri sekarang ialah; jika masa BN dulu mereka boleh beri rebat, mengapa sekarang tidak? Jawapannya begini:
1) Mengapa kerajaan negeri Perlis yang diperintah BN kini tidak memberi rebat kepada UNIMEPS yang kadar cukainya jauh lebih tinggi dari UUM? (Jawapan dalam bentuk soalan)
2) Kerajaan negeri dulu hilang hasil dari RM4,933,071.00 akibat pemberian rebat, tetapi perbelanjaan pengurusan negeri terutamanya dalam bidang kebajikan rakyat banyak diambil alih oleh Pusat akibat kelemahan kerajaan negeri pada masa itu. Sekarang kerajaan perlu berdikari kerana bantuan Pusat tidak lagi melalui negeri. Sekalipun Kedah masih dibawah pemerintahan kerajaan BN Pusat namun Kedah adalah antara negeri yang dianaktirikan oleh BN Pusat. Ramai dari senarai penerima bantuan E-Kasih ditamatkan bantuan bulanan oleh Pusat sedangkan senarai E-Sinar di bawah negeri terus menerima bantuan.
3) Di samping perlukan dana untuk pembangunan negeri dan kebajikan rakyat, kerajaan negeri kini terpaksa menjelaskan hutang tinggalan BN lalu sebanyak RM2.3 Billion, di mana RM1.83 Billion darinya adalah hutang berkaitan air.
4) Kerajaan kini sangat mementingkan kebajikan rakyat, justeru akan mempastikan setiap sen duit yang menjadi hak rakyat diguna untuk kesejahteraan rakyat. Ini berbeza dengan kerajaan lalu yang lebih mementingkan 'orang kaya' (UUM) dari rakyat yang ramai masih miskin | |
Anwar Ibrahim Posted: 09 May 2011 07:06 PM PDT GAMIS Desak Tindakan Tegas Terhadap UTUSAN Posted: 09 May 2011 05:28 PM PDT Dari Harakah Daily Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini membuat satu laporan polis berhubung laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia bertajuk ‘Kristian Agama Rasmi?’ Laporan itu dibuat presidennya, Ahmad Syazwan Hassan di balai polis Pantai dekat sini kira-kira jam 11.30 dengan diiringi 20 wakil pertubuhan pelajar lain termasuk bukan Islam yang berkumpul di luar pekarangan balai polis tersebut. Menurut Ahmad Syazwan, kenyataan akhbar Utusan yang dikeluarkan pada 7 Mei 2011 boleh mejejaskan perpaduan kaum di negara ini kerana bersifat provokasi yang menyentuh sentimen agama di negara ini. Menurut beliau lagi Utusan Malaysia dilihat tidak bijak dan kredibitinya dipertikai apabila mengambil sumber hanya daripada blog yang bersifat pandangan peribadi penulis. Beliau juga mahu tindakan yang tegas diambil terhadap pihak Utusan mengenai kenyataan tersebut. Selain itu, beliau juga menggesa pihak Utusan meminta maaf dan bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat media milik Umno itu. “Tindakan ini adalah untuk memberi pengajaran terhadap mana-mana media yang juga mencetuskan sentimen agama yang boleh menjejaskan perpaduan di negara ini”, katanya Sementara itu, menurut Presiden Majlis Pewakilan Mahasiswa Universiti Malaya, Mohd Syahid Zaini berkata tindakan Utusan itu cuba mengaut keuntungan politik tanpa mengira kesannya kepada rakyat di negara ini. Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM, Mohd. Safwan Anang pula mahu mahasiswa menolak budaya fitnah dan provokasi dilemparkan akhbar tersebut. Pandangan sama turut disokong Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM, Mohd Hazim Mohd Noh. “Kami bersikap tegas terhadap mana-mana media yang cuba mencetuskan sentimen perkauman ini, saya berharap segala unsur fitnah dan khabar yang tidak benar dari sumber yang betul hendaklah diselidik terlebih dahulu agar sebarang kenyataan yang dikeluarkan tidak menjejaskan keharmonian yang sedia ada di negara kita,” katanya. Sehubungan itu, mereka turut mendesak agar tindakan tegas diambil kepada pihak akhbar tersebut. Sebagai tanda bantahan, mereka turut membaca akhbar utusan secara terbalik sebelum mengoyak dan memijak akhbar terbabit. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now | Laksana Perubahan,Selamatkan Malaysia Posted: 09 May 2011 05:14 AM PDT | Jemputan Munajat Rakyat Bersama Dr.Sheikh Wahbah Zuhaily Serta Pimpinan Pakatan Rakyat Posted: 09 May 2011 03:31 AM PDT MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM. Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut : 14 Mei 2011 (Sabtu) Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E. Bermula jam 7 malam. 2. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara. 3. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki. Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. YB Ahmad bin Kasim Pengerusi, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama, Parti Keadilan Rakyat. —- TENTATIF PROGRAM MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH & CERAMAH PERDANA . ANJURAN BERSAMA PKR SELANGOR DAN BIRO PEMAHAMAN & PEMANTAPAN AGAMA (BIPPA). 6.30 PETANG : kehadiran tetamu / orang ramai. 7.00 malam : persediaan untuk solat maghrib. 7.20 malam : Solat Maghrib. : Tazkirah Maghrib : Qazaf dan Sumpah Laknat – Antara Syariat & Adat. Oleh : Ust Hj Abd. Ghani bin Samsudin (Syura) 8.33 malam : Solat Isya' : Solat Hajat pimpinan Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily. 9.00 malam : Ceramah Perdana : i) YB Azmin bin Ali (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor) ii) Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid (Pengerusi SAF Anti Fitnah) (Membaca Deklarasi SAF untuk rakyat Malaysia) iii) YB Dato Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat (Murshidul Am PAS) iv) YB Dato Seri Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan) v) Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily di terjemah oleh Dr Mohd. Nur Manulty (Ketua Penerangan PKR) Moderator Majlis i) Dr Badrol Amin Bahron (Ahli MPP) | |
anjung setiawangsa Posted: 09 May 2011 03:25 PM PDT Serbu KM: Umno bertindak ala samseng Posted: 08 May 2011 08:28 PM PDT 06 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
BUTTERWORTH, 9 Mei: Tindakan ala samseng yang dipamerkan oleh pemuda Umno Pulau Pinang sepertimana yang dizahirkan selepas majlis perasmian Projek Pembinaan Jalan Penghubung di Jalan Bagan 29 - Jalan Siram oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng memperlihatkan wajah sebenar pimpinan mereka yang ingin wujudkan.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man (gambar), ketika mengulas insiden yang mencemarkan imej Umno Pulau Pinang itu, menyatakan apa yang dipertontonkan oleh Pemuda Umno yang diterajui oleh ketuanya, Shaik Hussein Mydin, mencalarkan wajah Umno sendiri.
Dalam insiden semalam, selepas majlis perasmian bertempat di pasar awam Taman Bagan, sekumpulan pemuda Umno telah menyerbu Lim Guan Eng ketika bersama dif kehormat untuk menyatakan kekesalan mereka mengenai isu 'Kristian agama rasmi negara' sepertimana yang disiarkan oleh akhbar arus perdana milik Umno.
"Apakah ini barisan pemimpin yang mahu diwujudkan oleh Umno tanpa menghormati seorang ketua kerajaan negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat sebagai pemerintah.
"Jika tindakan tidak bermoral dan ala samseng ini jelas dipertontonkan di khalayak ramai, apakah kita yakin mereka ini dapat membela nasib rakyat dan golongan muda sekiranya ini akhlak yang ada," kata Salleh yang juga Adun Permatang Pasir.
Beliau berkata, Umno sepatutnya berasa malu di atas tindakan ala samseng yang ditunjukkan oleh pemuda mereka.
Soalnya, bagaimana pula sekiranya kejadian ini dilakukan oleh kumpulan lain terhadap pimpinan mereka pula.
"Apakah mereka rela ianya berlaku sedemikian. Begitu jugalah dengan tindakan mereka pada hari ini. Sepatutnya gunakan saluran yang betul. Jangan tunjukkan betapa rendahnya akhlak yang ada pada pimpinan mereka apabila bertindak demikian, " ujarnya lagi.
Dalam insiden tersebut juga juak-juak Umno telah membentangkan kain rentang, namun dengan kepantasan pihak polis, insiden yang memalukan itu dapat dihalang daripada terus menjadi satu provokasi yang memalukan.
Selain dari Mohd Salleh turut hadir pada majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng dan kepimpinan PAS dan PKR.
Harakahdaily/- Oleh : Muhayat Jasmin
| PAKATAN RAKYAT MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA Posted: 08 May 2011 08:23 PM PDT KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah. Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini. Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini. Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Ahad, 4 Jamadil Akhir 1432 / 8 Mei 2011 | |
Dari RAKYAT Kepada RAKYAT Posted: 09 May 2011 01:46 PM PDT |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 09 May 2011 11:41 AM PDT |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 09 May 2011 11:38 AM PDT Islam Agama Rasmi di Malaysia, itu sebab cuti Ahad Posted: 08 May 2011 09:46 PM PDT Percayalah Islam adalah agama rasmi di Malaysia, bukan Kristian. Itu sebabnya kebanyakan negeri di Malaysia ini cuti umumnya ialah pada hari Ahad, bukan hari Jumaat, agar umat Islam terkejar-kejar pergi sembahyang Jumaat takut punch card merah pula nanti. Sementara penganut Kristian akan pergi gereja hari Ahad dengan hati gembira bersama isteri dan anak-anak tanpa perlu terkejar-kejar.
Boleh berbual-bual di gereja kenal jiran tetangga lepas dengar ceramah paderi. Sementara umat Islam selepas solat Jumaat, salam saja ramai yang jalan, tak sempat zikir dan doa, nak kejar masuk kerja pukul 2.30 ptg untuk swasta, 2.45 ptg untuk yang kerja kerajaan.
Siapa yang tukar hari Ahad cuti umum di Perlis dan Johor? Paderi atau pemimpin Islam? | Hentian bas RM20000 di N.Sembilan, SPRM sila Siasat Posted: 08 May 2011 09:03 PM PDT Ada ke nak buat tempat hentian bas kosnya sampai RM20,000 sedangkan menurut pandangan koontraktor biasa kosnya hanya sekitar RM5,000. Demikian dakwaan ADUN (DAP) Lukut yang mempertikaikan kos dua hentian bas berhampiran klinik kerajaan Lukut yang berjumlah RM40,000 dan mendesak pihak SPRM menyiasat perkara tersebut. (Pastikan siasatan SPRM dijalankan di tingkat bawah bangunan SPRM yang baru di Seremban tu). Probe RM20,000 bus stops Zefry Dahalan May 9, 2011 A DAP man says the bus stops should have only cost RM5,000 each. He wants the MACC to probe why the local council spent RM40,000 instead. LUKUT: A DAP leader urged the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate the high cost involved in the construction of two bus stops here. According to Lukut assemblyman Ean Yong Ting Sin, the Port Dickson Municipal Council's (PDMC) decision to fork out RM20,000 for each bus stop was illogical. The two bus stops are located opposite the Lukut government clinic. "When I checked with several senior contractors, I was told that the cost to build a bus stop just like what was built by PDMC is merely RM5,000 "Spending RM40,000 for the two bus stops is really a wastage of public funds. This is a suspiciously high amount," said Ean Yong. The DAP politician said he had already sent a letter to the MACC, urging the watchdog to sniff out any wrongdoings in the matter. During the state assembly sitting last year, Ean Yong said there was an urgent need for bus stops near the clinic for patients who depended on public transportation. PDMC completed the two bus stops one week ago. On another matter, Ean Yong urged the Negeri Sembilan Public Works Department (PWD) to build a pedestrian bridge near the Kampung Jimah Baru Primary School. "The area also needs proper safety signage and lightings. I have raised this matter since last year. I don't know why PWD is slow in taking the necessary action. "After all we are talking about the safety of school children," he said. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/09/probe-rm20000-bus-stops/ | Rakyat cerdik undi Pakatan, kurang cerdik undi BN? Posted: 08 May 2011 08:16 PM PDT Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, bekal elektrik dan sebagainya, betul ke? Agaknya macam orang Jelebu ni lah, jambatan dah runtuh ke , jalan runtuh ke tak ada siapa ambil peduli seperti dilaporkan di bawah ini http://orangklawang.blogspot.com/2011/05/jambatan-roboh-mana-peruntukan.htmlhttp://pasjelebu.blogspot.com/2011/05/jalan-kampung-bukit-bahaya.htmlOrang bandar tak kisah dengan YB Sinar Harian 9 Mei 2011 MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan mereka. Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta. "Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat adalah lebih tinggi. "Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan kehidupan," katanya. Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil rakyat mereka. "Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam. Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi pekan. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9067835.asp | Anwar Ibrahim tak laku di Negeri Sembilan? Posted: 08 May 2011 06:12 PM PDT Malam tadi 8 Mei 2011, Dato Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan ceramah di sebuah kampung di Kuala Pilah , Negeri Sembilan. Apakah rakyat Negeri Sembilan terpengaruh dengan isu video lucah, Kristian agama rasmi? Berapa keratkah orang yang datang malam tadi untuk hadir dengar ceramah Pakatan Rakyat, boleh dibilang dengan jari, datang dengan bas yang ditaja, diberi nasi bungkus dan t-shirt? Baca sendiri dan buat penilaian sendiri dari laporan pada blog berikut http://kopilah.blogspot.com/2011/05/apa-gambaran-bila-lebih-5000-hadir.html | |
PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah. Posted: 09 May 2011 11:17 AM PDT |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 09 May 2011 09:11 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan