Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan laporan yang bertujuan membakar semangat orang Melayu-Islam berhubung isu 'negara Kristian' melambangkan satu bentuk pemberitaan yang sangat tidak beramanah.
"Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini.
"Oleh yang demikian hiruk-pikuk yang dilemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutama dikalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju kearah negara kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah," katanya.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan dakwaan pemimpin Kristian berkonspirasi dengan pemimpin DAP untuk mengambil alih Putrajaya dan menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara.
Dibuat dalam bentuk penafian, akhbar milik Umno itu turut melaporkan agenda menjadikan Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.
Laporan akhbar memetik tulisan di blog Zakhir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Big Dog dan blog Marahku.
Dalam kenyataan ringkat empat perenggan hari ini, Abdul Hadi sebaliknya menyifatkan "mereka" yagn sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat.
Tanpa menyebutkan pihak itu secara jelas, anggot parlimen Marang itu juga mendakwa mereka juga selali gus "melemahkan jatidiri orang melayu beragama Islam".
"Melayu seterusnya menghadapi kecelaruan sahsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang Melayu beragama Islam dalam negara kita ini," katanya.
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Walaupun harga barang dijangkakan turun ekoran kenaikan nilai ringgit namun harga gula dinaikkan yang sudah pasti bakal memberi beban kepada rakyat, terutamanya kepada pejaja warung kecil dan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Anggota Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, kenaikan ini tidak wajar bahkan menolak sama sekali sasarannya untuk menekan agar orang ramai mengurangkan penggunaan gula untuk mengurangkan masalah kesihatan.
"Teori yang mengatakan kenaikkan harga gula boleh mengurangkan masalah kesihatan yang berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan haruslah diterapkan melalui pendidikan dan kefahaman, bukan dengan menaikkan harga gula," jelas beliau yang merupakan bekas pensyarah perubatan bahagian kesihatan awam di Fakuti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau yang juga merupakan Bendahari PAS pusat mengulas mengenai kenaikkan harga gula sebanyak 20 sen menjadi RM 2.30 yang bermula hari ini berbanding dengan harga sebelumnya RM 2.10.
Menurut kerajaan, kenaikan itu sebahagian daripada langkah rasionalisasi, yang akan membolehkan kerajaan menjimatkan RM116.6 juta.
Minggu lalu, harga petrol RON97 mengalami kenaikan 20 sen seliter.
Dalam pada itu laporan Bernama memetik Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan masa sebulan untuk kerajaan mengurangkan harga barangan khasnya yang diimport ekoran kenaikan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.
Nilai ringgit naik kepada bawah RM3.00 untuk satu dollar Amerika minggu lalu iaitu kenaikan tertinggi sejak diikat pada kadar RM3.60 untuk satu dollar Amerika sebelum ini.
Bagi Setiausaga Agung DAP itu, jika nilai ringgit naik beerti harga barangan yang dimport akan turun. Ia termasuklah gula dan petrol kerana Malaysia menggunakan petrol yang diimport kerana minyak yang dikeluarkan berkualiti tinggi dan sesuai untuk dieksport.
Namun, harga barangan bukannya turun ekoran kenaikan nilai ringgit bahkan dinaikkan lagi oleh kerajaan.
"Gula menjadi satu keperluan penting dalam kehidupan, ini kerana penggunaan gula adalah menyeluruh dalam masyarakat kita terutamanya dalam bidang makanan dan masakan," kata Dr Hatta.
Tegas beliau lagi, gula tetap akan digunakan dan dibeli oleh rakyat walaupun harga gula dinaikkan, ini akan menyusahkan lagi rakyat.
"Keperluan Penggunaan gula yang penting dalam aspek barangan makanan seperti kuih muih, minuman dan masakan akan memberi kesan kepada kenaikkan harga barangan tersebut, hal ini disebabkan rantaian yang berpunca dengan kenaikkan harga gula," katanya lagi.
Justeru itu, beliau sangat kecewa dengan tindakan kerajaan yang dilihat cuba menambah beban kepada rakyat setelah rakyat negara ini dikejutkan dengan kenaikan 20 sen harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter.
Oleh itu beliau menggesa kepada kerajaan harus menimbang meneruskan strategi jangka panjang untuk merasionalisasikan subsidi yang boleh menimbulkan masalah kewangan yang lebih teruk kepada rakyat.
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman mahu Menteri Dalam Negeri disiasat ekoran tindakannya membiarkan penjawat awam di bawahnya serta media khususnya Utusan membuat laporan fitnah dan provokasi perkauman.
Bercakap kepada media selepas membuat laporan di IPD Dang Wangi hari ini beliau berkata, Datuk Seri Hishammuddin telah gagal menunaikan tanggungjawab sehingga Utusan sepanjang Mac, April dan Mei tanpa sebarang sekatan mengeluarkan berita fitnah dan lucah khususnya isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut memberi contoh tindakan terbaru akhbar Umno itu yang meletakkan laporan muka depan bertajuk "Kristian agama rasmi?' yang disiar 7 Mei lalu.
Hishammuddin juga jelasnya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pegawai kanan polis Bukit Aman, yang mendakwa Anwar individu dalam video seks tersebut, sewaktu berceramah kepada guru di sebuah sekolah di Kelantan.
"Tidak keterlaluan saya katakan bahawa ini satu agenda yang di belakangnya Umno, sengaja untuk meniupkan api permusuhan antara masyarakat Islam dan bukan Islam.
"Mereka tahu bukan Islam tidak menyokong BN, mereka terpaksa untuk mendapat simpati dari pengundi Melayu," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa isu tersebut adalah termasuk dalam perancangan Umno menjelang PRU-13 iaitu untuk melihat orang Melayu jauh dari PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya begitu hairan bagaimana begitu banyak akta-akta, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, tiba-tiba semacam ada satu konspirasi.
"Sekarang ini waktu untuk ambil tindakan, bukan untuk merai semua pandangan," katanya.
Beliau juga mendakwa trend yang berlaku hari ini sama seperti apa yang berlaku tahun 1987 apabila ketegangan kaum dimainkan sehingga membawa kepada Operasi Lalang ketika itu.
Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 106 terutama pemimpin pembangkang ditahan.
MANILA: Gempa bumi bermagnitud 5.8 melanda selatan kepulauan Mindanao, Filipina, awal pagi tadi, dan tiada laporan kerosakan diterima, kata pakar seismologi.
Jabatan Kaji selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa itu melanda ada jam 3.13 pagi (waktu tempatan), pada jarak 160 kilometer (km) timur-tenggara bandar General Santos dengan catatan kedalaman 35 km. - AFP
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Merchant Square petang ini kerana mengesyaki ada unsur khianat terhadap kenderaan yang biasa digunakan untuk membawa Anwar dan keluarganya.
Laporan polis itu akan dibuat jam 3.30 petang ini berikutan kenderaan yang dipandunya mengalami kemalangan pada 19 April lalu dan timbul keraguan pada kenderaannya, dipercayai perbuatan khianat.
Abdullah telah menjadi pemandu Ketua Umum PKR itu selama 28 tahun.
OBAMA ketika berucap di hadapan tentera di Kem Fort Campbell di Kentucky, Jumaat lalu.
Serangan ke atas Osama guna helikopter dikhuatiri berakhir seperti tragedi Black Hawk Down
WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata beliau bimbang penggunaan helikopter dalam operasi ke atas Osama bin Laden di Pakistan minggu lalu berisiko berakhir seperti tragedi Black Hawk Down di Somalia, tetapi berkata ia adalah cara terbaik untuk menjerat pemimpin al-Qaeda itu.
Dalam satu temuramah disiarkan kelmarin dalam rancangan 60 Minutes siaran stesen televisyen CBS, presiden itu berkata beliau menganggap adalah amat penting untuk dapat memastikan objektif tercapai.
"Dalam sesetengah kes, menghantar helikopter dan meletakkan anggota di darat mengundang lebih banyak risiko berbanding pilihan lain," kata Obama.
"Namun misi ini amat penting dan penting bagi kita dapat memburu sasaran ini."
Beliau juga berkata kaedah operasi itu dipilih untuk mengelak 'mangsa tidak disengajakan' di kejiranan berdekatan.
Kehadiran Osama di kawasan kejiranan itu selama kira-kira lima tahun menimbulkan persoalan mengenai siapa yang tahu kehadirannya dan siapa yang membantunya.
"Kami fikir semestinya ada rangkaian sokongan untuk Osama di dalam Pakistan. Namun kami tidak tahu siapa atau dalam bentuk apa sokongan yang diberikan rangkaian itu.
"Kami tidak tahu sama ada ia sesetengah pihak dalam kerajaan, di luar kerajaan dan itu sesuatu yang kami perlu siasat dan lebih penting perlu disiasat kerajaan Pakistan, " kata Obama.
Presiden itu berkata walaupun berbulan-bulan tugas perisikan dibuat, kemungkinan Osama berada di kediaman itu hanya kira-kira 45-55 peratus. Namun Obama berkata beliau yakin kepada keupayaan pasukan khas sehingga beliau memutuskan sebarang risiko dapat diatasi. – AP
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Pengundian tajuk utama Harakah "Bubar UMNO Masuk PAS" mencapai undian tertinggi setakat ini, iaitu 941 undian.
Ianya telah meningkat lebih 275 peratus berbanding dengan tajuk sebelumnya. Keputusan sehingga sekarang adalah 92 peratus (iaitu 866 undian) bersetuju dengan tajuk berkenaan.
Hanya 68 undian (7.23 peratus) sahaja yang tidak bersetuju dan 7 undi (0.74 peratus) pula tidak pasti.
Keputusan yang bersetuju juga telah meningkat lebih 10 peratus lagi berbanding dengan tajuk sebelum ini wajarkah perkataan "BUKAN KAEDAH ISLAM" digunakan sebagai tajuk berita utama di mana 81.63 peratus sahaja yang bersetuju.
Keputusannya boleh disemak secara online melalui laman http://myharakah.net. Untuk melihat keputusan terperinci, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php.
Sekarang ini, mulai 7 Mei yang lepas, undian baru berhubung dengan tajuk mukadepan Harakah bil. 1638, Wajarkah perkataan Bertarung Secara Anak Jantan – Jangan guna taktik kotor rampas Selangor' digunakan sebagai tajuk berita utama. Untuk mengundi, boleh lawati laman web, http://myharakah.net dengan segera.
KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dengan pengalaman 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) sebenarnya tahu betapa perlu dan pentingnya keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara Malaysia tercinta ini dipelihara dan berupaya menjadi seorang penasihat yang baik untuk negara.
"Berbekalkan pengalaman tersebut, sepatutnya Tun Mahathir dapat menjadi sebarang penasihat yang baik untuk negara dalam memelihara keamanan dan perpaduan kaum yang menjadi sumber asas kekuatan negara selama ini," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kiri).
Namun, kata beliau, adalah amat dikesali mantan perdana menteri telah memilih untuk tidak membantu sebagai penasihat baik untuk kerajaan, sebaliknya sentiasa menjadi masalah kepada kepimpinan negara.
"Contohnya, dalam kes Tun Abdulah Ahmad Badawi, Tun Mahathir yang melantik beliau sebagai Perdana Menteri. Tiba-tibalah, beliau jugalah yang mengkritik, merungut dan menekan dengan pelbagai bahasa yang kesat.
"Beliau gagal membantu kerana ada sesuatu perasaan halus dalam hati beliau yang tersimpan kukuh," ulas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Kini, tambahnya, adalah amat sedih Mahathir terjebak dengan agenda menyemarakkan api perkauman dan agama semata-mata cuba mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman komponen parti Barisan Nasional yang semakin ditolak oleh rakyat.
"Apa tujuan beliau memainkan sentimen perkauman yang beliau sendiri tahu kesannya bilamana ianya gagal dikawal?
"Apakah semata-mata kerana untuk mengekalkan kuasa Umno dan parti perkauman yang semakin ditolak oleh rakyat, beliau terus menaruh harapan pada elemen perkauman sebagai agenda utama pada setiap kali pilihanraya?" soal Tuan Ibrahim.
Melihat sikap Mahathir yang kini semakin tidak bertindak sebagai seorang bekas perdana menteri yang sepatutnya, Tuan Ibrahim merenung apakah hasrat Mahathir untuk negara Malaysia dengan permainannya kini.
"Saya terkadang berfikir sendiri ke mana Tun Mahathir nak bawa negara kita ini.
"Betul, beliau seorang ahli umno dan bekas pimpinan lama, namun jikalau beliau bukan bekas perdana menteri, tak kisahlah sangat, tetapi segala tindakan beliau benar-benar meluahkan rasa kecewa kerana 'sepatutnya' beliau kena bertindak seperti beliau masih PM (dalam menjaga perpaduan kaum)," kata Tuan Ibrahim.
ROM - Seramai 528 pelarian Libya termasuk 24 wanita hamil berjaya diselamatkan selepas kapal dinaiki mereka karam akibat terlanggar batu di Pulau Lampedusa, Itali, kelmarin.
Pihak berkuasa Lampedusa melaporkan, kesemua pelarian tersebut terpaksa berpegang pada tali kapal sebelum pasukan penyelamat tiba untuk membantu mereka.
Jurucakap pengawal pantai, Antonio Morana berkata, ia merupakan satu situasi amat sukar kerana kapal peronda tidak dapat mendekati mangsa disebabkan air cetek dan arus kuat.
"Laut bergelora dan ia menolak kapal tersebut ke arah pantai.
"Perkara ini sungguh luar biasa. Ia merupakan detik ajaib buat kami kerana berjaya menyelamatkan semua orang," katanya.
KUALA TERENGGANU, 9 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peringatan kepada pihak tertentu agar tidak melakukan provokasi hingga mencetuskan ketegangan kaum di negara ini berhubung isu 'Kristian agama rasmi'.
Menurutnya, tindakan seumpama itu tidak demokratik yang sengaja cuba dicetuskan pihak tertentu setiap kali menjelang pilihan raya.
"Saya melihat isu sehari dua ini lebih bersifat kepada satu permainan politik pilihan raya.
"Saya harap jangan provokasikan di saat hampir pilihan raya macam masa-masa lalu. Kemudian ambil tindakan ISA di kalangan orang tertentu. Ini suatu tindakan yang tidak demokratik dan tidak betul," tegasnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Keempat, Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-12, di sini hari ini.
Katanya, dalam Konvensyen Pakatan Rakyat semua parti menerima apa yang sudah diasaskan dalam Perlembagaan.
Menurutnya, Islam agama Persekutuan dan institusi Raja-Raja yang termaktub dalam Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Pakatan Rakyat.
Menurutnya, sebarang isu yang berkaitan dengan polisi dan dasar akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat.
"Dengan sebab itu, saya tidak risau dengan isu ini. Sebab, saya melihat isu ini lebih ke arah isu mainan politik pilihan raya. Ini satu benda yang tidak betul di kalangan pihak tertentu," ujarnya.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mahu semua pihak supaya menjaga keharmonian kaum di negara ini.
Beliau juga menyarankan agar diadakan siri perbincangan dan dialog dari masa mengenai perkara itu sebagaimana isu kalimah Allah sebelum ini.
"Dan kerajaan pernah menganjur melalui IKIM, dalam isu kalimah Allah dulu, saya hadir sendiri dan melibatkan kalangan akademik, kita bincang. Itu lebih baik. Cara berilmu dan bukan lepas tangan begitu sahaja," ujarnya.
Perasmian Sidang Dun Terengganu telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja.
Berikut sejarah peperangan dan campurtangan Amerika Syarikat terhadap negara-negara seluruh dunia.
1. Perang dunia pertama (1917-1918): Tentera laut dan darat dihantar ke eropah untuk menentang kuasa Axis.
2. Rusia (1918-22):Tentera laut dan pasukan tentera dihantar ke timur rusia selepas revolusi Bolsheveik, Tentera darat telah membuat lima pendaratan.
3. Honduras (1919); Tentera Marin telah dihantar semasa pilihanraya kebangsaan Honduras.
4. Guatemala(1920):Pasukan tentera menakluk Guantemala selama 2 minggu semasa kesatuan sekerja mogok.
5. Turki(1922): Tentera menentang nasionalis di Smyrna.
6. China(1922-27):Tentera laut dan darat berpecah semasa pemberontakan nasionalis.
7. Honduras(1924-25): Pasukan tentera mendarat sebanyak 2 kali semasa pilihanraya kebangsaan.
8. Panama(1925): Pasukan tentera dihantar masuk utk meleraikan mogok umum.
9. China(1927-34): Tentera marin dihantar msk dan bertapak selama 7tahun diseluruh China.
10. El Savabor(1932): Kapal-kapal perang laut telah berpecah semasa pemberontakan FMLN dibwh Marti.
11. Perang dunia ke-2(1941-45): Tentera telah menentang kuasa Axis(jepun, jerman dan itali).
12. Yugoslavia(1946):tentera laut berpecah meninggalkan persisiran pantai Yugoslavia sebgi tindakbalas ke ats kejatuhan pesawat juang US .
13. Uruguay(1947);Pasukan pengebom telah bertindak utk menunjukkan kekuasaan tentera US.
14. Greece(1947-49):operasi US telah menjamin kemenangan kpd kumpulan kanan dlm pilihanraya kebangsaannya.
15. Jerman(1948): Tentera dibubarkan sebgi tindakbalas keatas sekatan Berlin,pengangkutan udara Berlin digantung selama 444hari.
16. Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina .
17. Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce.
18. Perang Korea(1951-53): tentera US masuk kancah peperangan tersebut.
19. Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka).
20. Vietnam(1954): US telah menawarkan senjata api kpd Perancis dlm peperangan menentang Ho Chi Minh dan Viet Minh.
21. Guatemala(1954):CIA menguling pemerintahan Arbenz yg dilantik secara Demokrasi dan meletakkan Kolonel Armas dlm kekuasaannya.
22. Mesir(1956):US Marin bertindak utk memindahkan orang asing selepas Nasser menasionalisasikan Terusan Suez.
23. Lebanon(1958):Tentera laut menyokong penaklukansemasa peperang saudara di Lebanon.
24. Panama(1958): US army mendarat selepas orang Panama melakukan Demontrasi mengancam Zon Terusan.
25. Vietnam(1950-75):US berperang dengan Vietnam.
26.Cuba(1961):Pencerobohan Bay of Pigs yg diarahkan oleh CIA gagal utk mengulingkan kerajaan Castro.
27. Cuba(1962):US Marin mengkuarantin Cuba semasa krisis Peluru Berpandu Cuba.
28. Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa.
29. Panama(1964): Pembunuhan orang Panama semasa memprotes kehadiran Amerika Syarikat di Zon Terusan.
30. Indonesia(1965): CIA telah mengaturkan satu rampasan kuasa ketenteraan.
31. Republik Dominican(1965-66): Campurtangan US dlm pilihanraya disana.
32. Oman(1970):Marin melakukan pencerobohan secara langsung keatas Iran.
33. Loas(1971-75): US terbabit dlm peperangan saudara dgn menggunakan 'Amerika Carpet-Bomb'.
34. Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.
35. Cambodia(1975): Rampasan kuasa
36. Angola(1976-92):Menokong pemberontak menentang Marxist Angola.
37.Iran(1980): Mengatur utk menyelamatkan tebusan seramai 54 orang telah ditawan di kedutaan Teheran.
38. Libya(1981):US menembak jatuh 2 pesawat Libya.
39. Lebanon(1982-84): Menakluki Beirut dlm perang saudara.
40.Iran(1984): Menembak jatuh pesawat Iran di teluk Parsi.
41.Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq.
42.Arab Saudi(1990-91):US masuk campur dgn berpihak kpd Arab Saudi ketika peperangannya menentang Iraq.
43.Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).
44.Somalia(1992-94): US menakluki Somalia semasa perang saudara.
45. BOSNIA(1993-94): Jet tentera US telah mengebom 'NO Fly Zone" semasa peperangan saudara di Yusgolavia.
46.Sudan(1998): Peluru Berpandu US menembak komplek farmasi yg dituduh disitu ada komponen gas saraf.
47. Afganistan(1998): Peluru pandu US jatuh keatas kem orang Afganistan yg dituduh adanya aktiviti latihan pengganas.
48.Iraq(1998-99):Perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan 'No Fly Zone".
49. Yugoslavia(1999):US lakukan pengebom dlm 11 minggu untuk menentang Milosevic.
50. Afganistan(200?):US berperang dgn Afganistan.
51.Iraq(200?):US berperang dgn Iraq.
52.Libya (2011) : US berperang dgn Libya.
53. Iran/ Syria/ Indonesia/ Malaysia(????): INI SEMUA DALAM PERANCANGAN AMERIKA SYARIKAT AKAN DATANG……..
Dari sejarah Amerika dengan penuh peperangannya serta campurtangan diseluruh negara didunia ini…maka kita perlu akui bahawa Amerika Syarikat lebih layak digelar sebagai NEGARA PENGGANAS…bukannya tuduhannya kepada kumpulan-kumpulan kecil yang hanya menuntut haknya untuk meneruskan kehidupannya.
Dari sejarah ini, jugak…contohnya yang berlaku di Chile(1973): CIA mengaturkan rampasan kuasa dan membunuh Presiden Allenda yg dipilih secara Demokrasi.Dan contoh bagi negeri umat Islam pula iaitu Iran(1953): CIA telah mengatur rancangan utk menjatuhkan pemerintah yg dilantik secara Demokrasi,, Mossadegh dan meletakkan Shah dalam kekuasaan(boneka).
Jelaslah Amerika Syarikat mampu lakukan disini iaitu Malaysia, yang mungkin pepimpin PAS diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yg ke-??? Untuk hanya menerapkan hukum hudud sahaja setelah susah payah meraih undi dari pengundi orang Islam dan bukan Islam. Dengan mudah-mudah ajer Amerika masuk dan lakukan rampasan kuasa serta membunuh dan kemudian Amerika memilih pepimpin yg boleh mendengar arahannya.
Dari sejarah ini jugak…contohnya Laos(1962): Penaklukan US Army semasa peperangan saudara menentang gerila Pathet Loa. Dapat menunjukkan bahawa Amerika boleh memasuki Thailand yang sedang bergolak dan pemberontak rakyat thai dengan pepimpinnya sekarang ini…mungkin Amerika masuk campur dan meletakkan Pengkalan tenteranya…kemudian pengkalan tentera US mampu mengawal Malaysia dan Indonesia.
Dari sejarah ini jugak…contohnya Iran (1987-8:US masuk campur dgn berpihak kpd Iraq semasa perang Iran-Iraq. Dan kemudian negara yang dibantu oleh Amerika (seperti Iraq) akan diserang kembali,, sepertimana terjadi Kuwait(1991): Perang Teluk pertama, US dihantar ke Kuwait untuk mengulingkan Saddam Husein(iraq).dan Iraq(1998-99):Perang teluk ke-3, peluru pandu dijatuhkan dibandar Iraq selama 4 hari. Menguatkuasakan 'No Fly Zone".Dan seterusnya US berperang dan mengalahkan Iraq pada tempoh masa terdekat ini.
Jadii, secara kesimpulannya..
1. Amerika memang negara Pengganas dan bukannya yang ia dakwa sebagai negara Pengaman.
2. Semua janji Amerika boleh masuk ke dalam bakul sampah kerana dalam siri peperangan dengan Iraq dapat membuktikannya Amerika yg bertopengkan PBB menyuruh Iraq membuang semua peluru pandu jarak jauh, dan setelah Iraq mematuhi arahan itu, kemudian Amerika menyerang Iraq.
3. Semua janji hak asasi dan kebebasan yg dilaungkan oleh Amerika adalah Palsu dan donggeng sahaja. Amerika mampu mengangkat dan menjatuhkan pepimpin yang ia sukai.Amerika Syarikat sebagai ketua demokrasi dunia menunjukkan contoh tak baik kepada negara diseluruh dunia….Patutkah kita mengikuti sistem Demokrasi itu.??
4. Kadang-kadang umat Islam perlu fikirkan siri pengeboman yg berlaku pada masa kini, contohnya di Bali yg menggunakan bom C4(adik nuklear)..tentu saja ada dalang dan campurtangan musuh Islam seperti Amerika ini…maka dari sejarah diatas menunjukkan bahawa ia dilakukan oleh Amerika sendiri..contohnya(16). Filipina(1948-54): CIA mengarahkan satu perang saudara menentang pemberontakan kemerdekaan di filipina .
Dan (17.) Puero Rico(1950): tentera US menolong dalam memecahpecahkan pemberontakan kemerdekaan Ponce. Tak mustahil Amerika menjadi dalang dalam siri pengeboman pada masa kini dan dirata tempat.
Penyelesaian: Umat Islam perlu kembali kepada Islam supaya menjadi kuat atau setidak-tidaknya mampu mempertahankan Islam itu sendiri. Kalau dulu Islam mampu mengalahkan musuh dengan sedikit bilangannya dlm siri peperangannya (cthnya Badar) ,dan berbeza dengan sekarang ini bilangan umat Islam yg ramai tapi tak mampu membuat apa-apa atas pembunuhan, perogolan, penindasan dan pencerobohan pihak musuh Islam keatas Islam. Apakah resepi umat Islam terdulu??? Inilah perkara yg perlu difikirkan!
ISLAM TIDAK AKAN BANGKIT SELAGI UMAT TIDAK MENGUBAH PEMIKIRAN MEREKA
Pada tahun 2001, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Shaik Daud Ismail menyatakan bahawa cermin kereta para hakim digelapkan bukan atas sebab keselamatan diri tetapi demi menutup malu mereka.
Kenyataan ringkas beliau mencerminkan penghinaan yang ditempuhi badan kehakiman kerana terpaksa tunduk di bawah telunjuk Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pada hari ini pengamal satu lagi cabang demokrasi di Malaysia mungkin terpaksa mengikut jejak hakim menggelapkan cermin kereta bagi menutup aib – iaitu wartawan.
Setiap mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung dalam bidang kewartawanan dicengkam dengan rasa kesal, mual atau marah dengan laporan Utusan Malaysia, kononnya ada usaha pihak gereja untuk menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.
Laporan muka depan Utusan Sabtu lalu itu dipetik dari dua blog pro-Umno.
Dua laman berkenaan adalah antara puluhan blogger dalam alam siber yang saban hari mengitar fitnah, tohmahan, rekayasa dan apa sahaja untuk memenuhi agenda sempit Umno.
Tindakan Utusan menyiarkan berita sedemikian tanpa menyiasat sendiri kesahihannya ataupun mendapatkan penjelasan serta merta daripada pihak gereja jelas tidak bertanggungjawab dan melanggar prinsip-prinsip asas kewartawanan.
Mungkin universiti-universiti tempatan perlu membuat kajian – sejak bila khabar angin, desas-desus dan fitnah dalam blog boleh dijadikan bahan berita, malah tajuk utama sebuah akhbar seperti Utusan Malaysia.
Antara nasihat pertama yang diberikan kepada setiap wartawan dalam mana-mana media ialah keperluan untuk melaporkan sesuatu secara bertanggungjawab dan amanah.
Utusan tidak terkecuali daripada tanggungjawab ini – namun berulang kali akhbar ini menyiarkan laporan-laporan yang tidak tepat dan bertujuan untuk membakar sentimen kaum Melayu.
Sabtu 7 Mei 2011 adalah kemuncak segala penyelewengan kewartawanan Utusan apabila akhbar itu menfitnah sekumpulan paderi Kristian semata-mata untuk membakar hati dan naluri orang Melayu supaya bernaung di bawah Umno.
Detik hitam itu bukan setakat memalukan warga kerja Utusan Malaysia tetapi mengaibkan seluruh warga media di negara ini.
Ini kerana suka tidak suka, tindakan Utusan bererti semua "ahli' profesion media di negara ini seolah-olah membenarkan fitnah dicetak dan disebarkan seluas-luasnya atas nama kebebasan
media.
Wartawan malu kerana saban hari, akibat tindakan Utusan dan TV3 khususnya, ungkapan "media arus perdana" di negara ini dikaitkan dengan kongkongan dan kawalan Umno, berita yang ditapis dan fakta yang direkacipta atau diputar belit.
Ini realiti media di negara ini. Sesiapa yang mengatakan akhbar, stesen televisyen, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, (Bernama) di negara ini tidak menerima panggilan telefon dan arahan daripada Pejabat Menteri dan Perdana Menteri hanya menipu diri sendiri.
Tindakan Utusan menyiarkan fitnah dari laman blog bagaimanapun menganjakkan imej tercalar media Malaysia ke paras baru yang hodoh dan menjijikkan.
Apabila berita yang tidak sahih boleh menghias muka depan sebuah akhbar yang menggelar dirinya penyebar fikiran rakyat, ia petanda jelas nilai-nilai murni kewartawanan di negara ini makin deras menuju ke liang lahad.
Laporan yang memetik blogger, tanpa diuji ketepatan fakta dan impak ke atas masyarakat akan menjadi cita rasa terbaru Utusan demi memenangkan Umno pada pilihanraya umum akan datang.
Persetankan keselamatan negara dan perpaduan rakyat yang tersedia rapuh, asalkan maksud politik tercapai, mungkin itu yang difikirkan oleh Lembaga Pengarang Utusan.
Nampaknya usaha Utusan untuk membakar sentimen Melayu sudah berhasil sekurang-kurang di kalangan juak-juak Umno. PERKASA kini mencanang retorik kononnya unsur-unsur Komunis kini menyusup masuk NGO dan pertubuhan politik untuk mencabar kedudukan Islam di negara ini.
PERKASA dan pelbagai NGO pro Umno lain turut membuat laporan polis. Yang disasarkan bukannya Utusan dan blogger terbabit tetapi perjumpaan paderi-paderi yang dimaksudkan.
Di Jakarta, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri sidang ASEAN turut menangguk di air keruh dengan "menjanjikan" siasatan menyeluruh.
Apakah agaknya perasaan penganut Kristian di negara ini apabila paderi-paderi utama mereka dipanggil seorang demi seorang ke Ibu Pejabat Polis untuk memberi keterangan.
Utusan, Umno, PERKASA dan Perdana Menteri harus jawab siapa yang sedang bermain dengan api perkauman.
Rasanya semua tahu bahawa sebaik sahaja Utusan menyiarkan laporan sensasinya Sabtu lalu, semua pihak yang berkaitan sudah membuat penafian dan penjelasan khususnya di di alam siber,
Penjelasan itu berpaksi kepada hakikat perjumpaan yang dimaksudkan tidak langsung menjurus kepada apa yang dilaporkan oleh Utusan, mahupun dua blogger berkenaan.
Yang menarik adalah tidak ada seorangpun Menteri yang berani menegur Utusan kerana keterlanjurannya itu.
Menteri yang paling diharap akan berbuat demikian – Datuk Seri Hishamuddin Hussein selaku Menteri Dalam Negeri bagaimanapun bertindak mengikut kepentingan Umno.
Beliau menyalahkan pembangkang kerana kononnya mempolitikkan agama dan mencetuskan kemarahan penganut Kristian – sesuatu yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu yang dipersoalkan.
Hishamuddin juga menyifatkan sebarang gerakan untuk menukar agama rasmi negara ini akan meletakkan seluruh negara dalam bahaya – kenyataan halus yang menunjukkan Umno-Utusan bersekongkol untuk menyemarakkan api perkauman pengundi Melayu.
Tahun lalu permit Suara Keadilan – lidah PKR dibatalkan hanya kerana mencadangkan Felda mungkin bankrap akibat pemborosan dan salah guna wang yang keterlaluan.
Jika "kesalahan" itu menerima hukuman sebegitu berat, tentunya laporan "Kristian Agama Rasmi?" oleh Utusan yang bertujuan menyalakan api perkauman harus mengundang respon jauh lebih tegas dari KDN.
Namun percayalah, tidak ada apa yang akan berlaku kepada Utusan. Bak kata pepatah Inggeris "Business as usual" untuk akhbar kawalan Umno meneruskan agenda kewartawanan yang mengaibkan semua yang terlibat dalam industri ini.
ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Khairul Faizi Ahmad Kamil
7 Mei 2011 adalah merupakan tarikh yang akan sentiasa diingat oleh warga Singapura sebagai satu tarikh titik perubahan kepada politik Singapura. Keputusan yang menunjukkan semakin menurunnya sokongan rakyat Singapura kepada parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party - PAP) yang memerintah Singapura sejak tahun 1959 sudah tentu memberikan isyarat yang penting kepada PAP bahawa rakyat mahukan perubahan.
Walaupun PAP hanya kehilangan enam kerusi Parlimen daripada keseluruhan 87 kerusi namun sokongan terhadap PAP telah menurun sebanyak 6.36% undian berbanding dengan pilihan raya yang diadakan pada tahun 2006. PAP mendapat 60.14% undi yang membawa makna hampir 40% pengundi di Singapura menolak pemerintah yang sedia ada.
Bukan itu sahaja, PAP juga telah kehilangan Kawasan Perwakilan Berkumpulan Aljunied kepada Parti Buruh Singapura, iaitu kali pertama sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan dimenangi oleh parti pembangkang. Termasuk juga Kawasan Ahli Tunggal Hougang, Parti Buruh mendapat enam kerusi di parlimen, iaitu keputusan parlimen terbaik buat parti pembangkang sejak kemerdekaan.
Keputusan ini, sudah tentu dilihat sebagai wake up call kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang tidak boleh memandang ringan terhadap tuntutan perubahan yang rakyat Singapura mahukan.
Sebab itu, di dalam ucapan awalnya selepas keputusan pilihanraya diumumkan, PM Singapura menyatakan bahawa penumpuan pemerintah adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Ini kerana ramai pengundi berharap kerajaan menyusun semula dasar agar sesuai dengan iklim politik yang baru. Hsien Loong juga menyedari bahawa pilihan raya kali ini membolehkan bidang politik di Singapura memasuki era baru dan daya saing mekanisme politiknya lebih tinggi. Baki enam kerusi yang tidak berjaya dimenangi oleh PAP telah berjaya ditakluki oleh Parti Pekerja.
Kenapa berlakunya perubahan
Seperti mana yang kita ketahui, Singapura adalah merupakan sebuah negara yang asalnya bersama Malaysia apabila pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Namun hubungan Singapura dengan Malaysia tidak lama apabila pada 6 Ogos 1965 Singapura telah keluar daripada Malaysia.
Hari ini, Singapura adalah sebuah negara republik berparlimen yang mengamalkan parlimen ekadewan berlandaskan sistem Westminster, yang mewakili pelbagai kawasan pemilihan. Perlembagaan Singapura menetapkan demokrasi berperwakilan sebagai sistem politik negara. Parti Tindakan Rakyat atau PAP berjaya menguasai Parlimen di setiap pilihan raya sejak negara mula memerintah sendiri pada tahun 1959.
Pilihan raya parlimen di Singapura berlandaskan pluraliti untuk kawasan pemilihan perwakilan berkumpulan sejak pindaan Akta Pilihan Raya Parlimen pada tahun 1991. Ahli-Ahli Parlimen (MP) terdiri daripada ahli-ahli yang terpilih, tanpa kawasan undi dan dicalon. Majoriti MP ini dipilih menerusi Pilihan Raya Umum berasaskan sistem pemenang undi terbanyak, dan mewakili Kawasan Ahli Tunggal (Single Member Constituencies, SMC) atau Perwakilan Berkumpulan (Group Representation Constituencies, GRC).
Rakyat menuntut perubahan di Singapura dan ini menjadi persoalan yang cukup penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia membuat penilaian dan ukuran:
Singapura terkenal sebagai sebuah negara yang maju,
Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul di dunia,
Singapura adalah sebuah Bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa,
Singapura mempunyai pelabuhan yang dikatakan kelima tersibuk di dunia,
Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai Quality-Of-Life Index.
Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.
Badan Ketelusan Antarabangsa (Transparency International, TI) pula mengiktiraf Singapura sebagai negeri yang hampir-hampir bebas rasuah dengan indeks 9.3 pada tahun 2010 berkongsi tempat pertama dengan Denmark dan new Zealand sedangkan Malaysia berada di dalam kedudukan ke 56 dengan indeks 4.4.
Jika kita menilai dan menghayati pencapaian Singapura ini maka sudah tentu rakyat akan memberikan sokongan padu kepada PAP namun ia tidak seperti yang dijangkakan. Persoalannya, apakah kemerosotan PAP di Singapura adalah merupakan satu kebetulan?
Lee Kuan Yew telah meramalkan perubahan
Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew yang telah menang tanpa bertanding di dalam Pilihan Raya Singapura baru-baru telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going telah pun meramalkan bahawa PAP akan jatuh sekiranya mutu parti menurun ataupun pembangkang menjadi lebih baik.
Beliau telah mengambil contoh Parti Liberal Demokratik di Jepun yang telah bermula lebih awal daripada PAP di Singapura tetapi telah ditumbangkan kerana kerana meneruskan dengan idea-idea lama yang sudah tidak dapat diterima oleh rakyat Jepun ketika ini. Beliau juga mengingatkan bahawa tidak ada sistem yang dapat terus bertahan dalam sesuatu pemerintahan dan ia telah terkesan di Jepun dan ketika ini telah pun dilihat memberikan kesan kepada Pilihan Raya Singapura. Mungkin, disebabkan pandangannya itulah maka beliau tidak melahirkan rasa terkejut apabila rakyat Singapura mahukan perubahan.
Kesan terhadap perkembangan politik di Malaysia
Keberanian, kesungguhan dan keyakinan rakyat Singapura untuk melakukan perubahan susah tentu memberikan kesan kepada Malaysia secara tidak langsung. PAP yang dilihat sebagai sebuah parti yang 'kebal' dan bersifat autokratik dalam pemerintahannya semakin di tolak oleh rakyat sehingga hampir 40% rakyat Singapura tidak memberikan undian kepada PAP dalam Pilihan Raya Singapura baru-baru ini.
Seperti yang telah saya nyatakan tadi bahawa Singapura adalah sebuah negara yang maju, negara yang mempunyai kualiti hidup yang baik dan negara yang hampir-hampir tiada rasuah dalam pengamalan pentadbiran kerajaan. Namun, di sebalik itu rakyat masih lagi merasakan bahawa PAP perlu diturunkan daripada takhta pemerintahan kerana tempoh pemerintahan PAP telah cukup lama dan perlu ada pemerintah yang lain menerajui kerajaan Singapura dan terbukti pakatan pembangkang di Singapura berjaya 'mencuri' hampir 40% undi daripada rakyat dan tidak mustahil pilihan raya yang akan datang PAP terpaksa mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kerusi-kerusi empuk yang telah mereka kuasai sejak tahun 1965.
Kata-kata menarik yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha parti Pekerja bahawa republik Singapura adalah merupakan rumah kepada rakyat. Rakyat Singapura memerlukan kerajaan yang lebih demokratik, mantap, bertanggungjawab, inklusif dan telus.
Saya percaya, ia adalah petanda positif kepada pakatan pembangkang di Malaysia. Kesan perubahan politik di Singapura juga telah dikongsi oleh pemimpin BN di Johor seperti mana yang disiarkan oleh Sinar Harian Edisi Johor kenyataan dua Adun BN yang memberikan ulasan terhadap perkembangan Pilihan Raya di Singapura.
Adun Johor Jaya, YB Tan Cher Puk menyatakan bahawa mungkin telah menjadi aliran sekarang ini, rata-rata penduduk seluruh dunia mahukan demokrasi yang lebih adil dan bebas, rakyat Singapura juga tidak terlepas dari bahang yang melanda dunia ini. Beliau juga menyebut bahawa PAP yang memerintah Singapura juga terpaksa akur dengan perubahan dan kehendak dunia yang telah mempamerkan pendekatan yang lebih demokratik dan lebih telus berbanding pilihan raya umum sebelum ini.
Adun Sedili, YB Rasman Ithnain percaya bahawa cabaran politik sebegini berlaku di seluruh dunia bukan sahaja di Singapura dan mengingatkan pemimpin Singapura bahawa lambat atau cepat peralihan kuasa tetap akan berlaku, cuma masa yang akan tentukan.
Kenyataan kedua-dua Adun ini saya percaya sebenarnya memberikan satu gambaran bahawa perubahan kepada kerajaan adalah sesuatu yang lumrah. Walaupun ia ditujukan kepada Singapura tetapi ia juga secara tidak langsung merujuk kepada pemerintah di Malaysia.
Sebab itu, saya percaya bahawa kesan perubahan rakyat di Singapura tidak begitu disenangi oleh pemimpin Umno/BN yang secara tidak langsung terkesan dengan perubahan ini. Perubahan di Singapura tidak jauh bezanya dengan kehendak rakyat di Johor yang berjiran dengan Singapura. BN kehilangan enam kerusi Dun di Johor manakala PAP kehilangan enam kerus Parlimen di Singapura. Di Sarawak, BN kehilangan 16 kerusi Dun dan ia adalah merupakan rekod terbaik pakatan pembangkang di Sarawak sejak daripada tertubuhnya Persekutuan Malaysia.
Jika perkembangan politik di Singapura dan di Sarawak di ambil kira maka saya percaya Pilihan raya Umum ke 13 yang akan berlangsung di Malaysia tidak lama lagi juga bakal memberikan keputusan yang luar biasa. Oleh itu, kerja kuat daripada semua pihak daripada pimpinan dan petugas perlu dilipat gandakan dengan kadar yang lebih luar biasa. Lebih-lebih lagi, DS Najib Razak telah berikrar bahawa mereka akan mempertahankan dengan apa saja cara sekalipun.
BANDAR PUTERI JAYA – Seorang suri rumah terpaksa bergelut dengan dua penjenayah apabila mereka menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membuat pemeriksaan dan penukaran meter yang dikatakan akan diselaraskan ke semua rumah dalam kejadian kira-kira 10 pagi Selasa lalu.
Mangsa, Siti Aishah Murad, 41, dibelasah dengan teruk selain dipijak di bahagian dada dan dicekik oleh dua lelaki sebelum melarikan dua rantai dan gelang emas yang membawa kerugian hampir RM10,000.
Menurutnya, ketika itu dia bersama anak lelaki, Mohamad Nazim Mohd Zubir, 9, baru sahaja masuk ke dalam rumah sebaik selesai kerja menyapu halaman.
"Sebaik keluar dari tandas, saya ternampak seorang lelaki memberi salam dengan memakai pakaian seragam TNB meminta kebenaran masuk ke rumah untuk memeriksa meter.
"Setelah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam, lelaki berkenaan meninggalkan motosikalnya di luar rumah dan menyuruh saya membawa bil elektrik serta kad pengenalan untuk diperiksa," katanya.
Siti Aishah berkata, sebaik sahaja keluar semula dengan membawa dokumen yang diminta, datang pula seorang lagi lelaki dengan memakai baju T berwarna kelabu.
"Pekerja TNB ini kemudian menjelaskan bahawa rakannya akan membuat penukaran meter pada sebelah petang sebaik sahaja selesai pemeriksaan," katanya.
Menurutnya, secara tiba-tiba, kedua-dua lelaki berkenaan mengheretnya ke dalam rumah dan memijak dada, mencekik leher dengan kuat dan menyepak bahu kiri dan kanan.
Katanya, pergelutan itu bagaimanapun disedari Nazim yang berada di bahagian dapur.
"Saya meminta Nazim melarikan diri dan menyuruhnya meminta bantuan jiran.
"Mungkin disebabkan takut, kedua-duanya melarikan diri apabila melihat saya tidak bermaya. Namun, ketika itu saya boleh mengejar mereka sehingga ke jalan raya," katanya.
Siti Aishah berkata, jiran hanya menyedari kejadian sebaik sahaja diberitahu anaknya namun, tidak sempat membantu kerana kedua-dua lelaki itu sudah melarikan diri menggunakan motosikal.
Menurutnya, dia mengalami trauma akibat kejadian itu dan sudah membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.
"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu tidak dikenali," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.
LAHAD DATU: "Saya suruh dia minta bantuan orang ramai, tapi dia terus terjun untuk menyelamatkan abangnya sebelum dia turut hilang dibawa arus," kata Hazrin Nasrin, 26, ipar kepada dua beradik yang mati lemas ketika mencari lokan di Sungai Silabukan, di sini kelmarin.
Hazrin berkata, dia bersama dua beradik terbabit, Mohd Shah Mohammad Usof, 30, dan Mohd Sharil, 25, pergi ke sungai itu pada kira-kira jam 4 petang.
Menurutnya, bagi memastikan keadaan selamat, dia turun ke sungai terlebih dulu bagi mengetahui kedalaman sungai berkenaan kerana dua beradik terbabit tidak pandai berenang.
"Saya kemudian memberitahu mereka air sungai hanya separas pinggang dan selamat untuk mencari lokan," katanya ketika ditemui Harian Metro di lokasi kejadian, kelmarin.
Menurutnya, dua beradik itu kemudian turun ke dalam sungai sambil membawa pencakar sebelum Mohd Shah dihanyutkan arus ke kawasan dalam secara tiba-tiba.
Hazrin berkata, dia cuba membantu tetapi tidak berjaya sebelum adik mangsa cuba memberikan bantuan tetapi tidak berjaya sebaliknya dia turut dihanyutkan arus deras.
"Saya cuba menyelamatkan dua beradik itu tapi tidak berjaya kerana arus deras selain keadaan saya yang semakin lemah kerana terminum banyak air sungai," katanya.
Menurut Hazrin, dia kemudian meminta bantuan orang ramai sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Lahad Datu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan II Abu Bakar Saranji berkata, JBPM menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.30 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian, namun gagal menemui kedua-dua mangsa dan gerakan mencari terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat.
"Keesokannya (kelmarin) mangsa pertama (Mohd Shah) ditemui tersangkut pada kayu, jam 11.25 pagi kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Gerakan seterusnya dijalankan bagi mencari adik mangsa, namun tidak berhasil sehingga gerakan mencari dihentikan kira-kira jam 6 petang kelmarin," katanya.
MADRID: Barcelona boleh memastikan kejuaraan liga Sepanyol kali ketiga berturut-turut dengan hanya satu mata ketika berkunjung ke Levante esok dan kemudian memberikan tumpuan penuh terhadap perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester United.
Barcelona mengalahkan pasukan jiran setempat Espanyol 2-0 kelmarin untuk mengorak langkah ke arah kejuaraan dan dengan rekod pertemuan lebih baik ke atas pencabar terdekat mereka Real Madrid, seri menentang Levante sudah mencukupi.
"Kami sedar kami tidak boleh gagal dan kini kami hanya mahukan satu mata untuk memastikan kejuaraan," kata pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta. "Kami semakin menghampirinya kini dan lebih awal kami memenangi kejuaraan lebih baik.
"Kami bagaimanapun tidak boleh rileks, kerana ada perlawanan akhir Liga Juara-Juara menanti." Barcelona akan muncul pasukan pertama memenangi liga tiga kali berturut-turut sejak 1993 dan jurulatih Pep Guardiola tidak sabar untuk memastikan kejuaraan untuk merehatkan pemain bintangnya yang keletihan menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang United pada 28 Mei.
Jika Barcelona memenangi baki tiga perlawanan liga, mereka akan mencatat rekod liga 100 mata sekali gus memperbaiki catatan terbaik 99 mata yang mereka lakukan musim lalu.
Real, lapan mata di belakang di tangga kedua, kelihatan mengalah dalam perebutan kejuaraan namun tidak mahu menghadiahkan kejuaraan dengan mudah kepada Barcelona.
Hari ini, Madrid akan menerima kunjungan pasukan jiran Getafe di Santiago Bernabeu ketika keputusan seri atau kalah akan menghadiahkan musuh tradisi mereka trofi kejuaraan.
Bintang Portugis, Cristiano Ronaldo menjaringkan empat gol ketika membantu kemenangan besar Real 6-2 ke atas Sevilla hujung minggu lalu dan kini mengumpul 33 gol dalam liga musim ini.
Ronaldo mengungguli carta penjaring gol terbanyak, dua gol di depan pemain Barcelona, Lionel Messi dan menjadi pilihan untuk memenangi anugerah Pichichi sebagai penjaring gol terbanyak liga.
"Lebih lama Barcelona memerlukan masa untuk memenangi liga lebih baik," kata Ronaldo. "Kami perlu memenangi semua baki perlawanan kami tanpa memikirkan mengenai Barcelona. Saya tidak mahu memikirkan mengenai anugerah Pichichi kerana ada baki tiga perlawanan lagi."
BEIJING: Polis wilayah Fujian menahan seorang pemandu yang membunuh seorang kanak-kanak yang sebelum itu dilanggarnya secara tidak sengaja, lapor media tempatan, semalam.
Kejadian Sabtu lalu berlaku di depan mata orang ramai yang terkejut menyaksikan tindakan tidak berperi kemanusiaan itu.
Akhbar Global Times melaporkan, lelaki terbabit terlanggar seorang budak perempuan berusia enam tahun dengan kereta dipandunya, menyebabkan mangsa cedera parah.
Akhbar itu melaporkan, saksi melihat lelaki terbabit kemudian berpatah balik dan melanggar mangsa sekali lagi.
Budak itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tidak lama kemudian.
Saksi berkata, mangsa mati selepas dia dilanggar dengan tayar depan sebelah kanan suspek.
Bulan lalu, seorang penuntut muzik berusia 21 tahun, Yao Jiaxin, dihukum mati selepas dia mengaku melanggar seorang penunggang basikal sebelum menikam mangsa hingga mati.
Yao berkata, mangsa enggan bekerjasama dengannya selepas cedera dilanggar.
Sebelum itu, seorang pemuda berusia 21 tahun ditahan kerana melanggar seorang peminta sedekah di tepi jalan di Chongqing. Ketika disoal siasat, pemuda itu berkata, dia tidak fikir kematian peminta sedekah itu akan dipedulikan sesiapa. Insiden berkenaan mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya terhadap standard moral pengguna jalan raya di China ketika negara itu menikmati perkembangan ekonomi rancak untuk tahun ke-30.
LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memberi tunduk hormat kepada penyokong di Old Trafford selepas pasukannya membenam Chelsea 2-1, kelmarin untuk menghampiri gelaran Liga Perdana Inggeris ke-19.
Ferguson, yang semakin hampir untuk membawa United mengumpul gelaran ke-12 sejak kejayaan pertamanya pada 1993, hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan menentang Blackburn Rovers dan Blackpool untuk memastikan kejayaan itu.
Mereka mungkin menamatkan musim ini dengan dua trofi jika berjaya menumpaskan Barcelona dalam aksi final Liga Juara-Juara pada 28 Mei ini dan Ferguson ditanya sama ada tindakannya tunduk kepada penyokong adalah sebagai tanda terima kasih.
"Ya, mereka benar-benar luar biasa terutamanya pada 10 atau 15 minit terakhir, mereka cukup hebat," katanya.
United mendahului saingan apabila Javier Hernandez (gambar) meledak gol seawal 37 saat perlawanan dan menggandakannya apabila Nemanja Vidic menanduk masuk hantaran Ryan Giggs.
Chelsea berjaya meraih gol sagu hati menerusi Frank Lampard untuk memberi tekanan kepada Old Trafford tetapi United terus bertahan.
"Saya fikir kami bermain dengan cemerlang dan bermula dengan baik, segalanya berjalan lancar," kata Ferguson.
"Ia menampilkan kerjasama sepasukan yang baik. Apabila gawang kami bolos, keadaan agak tegang tapi penyokong banyak membantu. Kami terus mencipta peluang dan Wayne Rooney sepatutnya menjaringkan enam gol hari ini (semalam)," katanya.
Penyokong memberi tabik hormat kepada Ferguson dan berterima kasih kepadanya kerana memberikan satu hari yang cemerlang di Old Traf- ford di mana United menang 17 daripada 18 perlawanan Liga Perdana musim ini.
Mereka juga hampir memadamkan rekod Liverpool sebagai kelab Inggeris paling berjaya meraih gelaran liga.
Ketika Ferguson tiba di Old Trafford pada 1986, Liverpool sudah memenangi 16 gelaran berbanding tujuh dimiliki United dan beliau berjanji untuk menyingkirkan Liverpool daripada kedudukan mereka.
"Alangkah hebat dapat menjadi pasukan paling berjaya di negara ini dari segi kemenangan kejuaraan," kata Ferguson.
"Kali pertama saya berada di sini, saya pasti gembira jika dapat berkhidmat selama empat atau lima tahun. Untuk mengukuhkan asas kelab ini mengambil masa yang panjang tapi sebaik mendapat gol pertama, prestasi kami semakin meningkat dari minit ke minit," katanya.
Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli-ahli ilmu telah meluaskan huraian mereka mengenai dengan hadis di atas. Al-Munawa Rahimahullah Ta'ala telah berkata: "Air Zam zam ialah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga dan paling disukai. Allah Ta'ala telah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim Alaihissalam dengan air Zamzam. Maka begitulah pertolongan yang seperti itu juga boleh diperolehi oleh orang-orang yang selepas baginda, iaitu bagi sesiapa sahaja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk juga kita. Ramai para ulama telah meminumnya kerana sesuatu hajat, dan mereka itu berhasil memperolehinya."
British Broadcasting Corporation (BBC), telah mengeluarkan satu kenyataan jahat dengan mengatakan bahawa air zam-zam telah tercemar dan boleh mengakibatkan kanser pada sesiapa yang meminumnya. Inilah propaganda jahat musuh Islam yang sentiasa bertujuan mengelirukan umat Islam dengan fakta-fakta bodoh yang tak masuk akal.
Bagaimana Allah telah kurniakan air ini untuk seluruh manusia diatas muka ini sampai hari kiamat, begitu jugalah Allah SWT memelihara air ini dari sebarang cacat cela hingga hari kiamat. Tiada yang perlu kita ragui tentang kandungan air zam-zam dan sehingga kini tiada satu saintis pun dapat menghasilkan air yang setaraf dengan air zam-zam ini. Mungkin kerana mereka gagal kini mereka mencari alasan untuk menakutkan umat Islam dengan fakto bodoh mereka itu.
Dan sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya terpedaya dengan kata-kata dusta mereka. Yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa memelihara kesucian air zam-zam dan buktinya, sejak air zam-zam terpancut ke muka bumi kesan hentakkan kaki Nabi Ismail a.s, sehingga kini air tersebut tidak pernah kering dan habis. Teruskan meminum air zam-zam seperti biasa kerana ini juga adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW.
07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Oleh : Hafizi Pauzi.
PARIT BUNTAR, 9 Mei : "Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak kebenaran," demikian ungkapan oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang yang coba mempertahankan kononnya apa yang sedang diperjuangkan semuanya benar , sedangkan bagi saya ini tidak lebih dari usaha menipu rakyat untuk menarik sokongan kepada BN. Demikian penegasan Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham lim semasa ditemui disini pagi ini.
Shafie Apdal menganggap rakyat sepatutnya cakna terhadap kebenaran bahawa sememangnya Dato' seri Anwar Ibrahim adalah bersalah terhadap tuduhan ketika beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa era beliau.
"Pemimpin BN ini ternyata masih tidak serik dengan usaha berbohong terhadap rakyat Malaysia , pembohongan sebegini tidak sepatutnya berlaku di era maklumat dan persaingan langit terbuika dengan banyak media alternatif yang menjadi pilihan rakyat , maka rakyat perlu tolak pemimpin seperti ini, katanya .
"Kenyataan Shafie saya lihat tidak lain dari usaha menyakinkan rakyat mengenai pelbagai isu dan fitnah yang timbul yang ternyatra ditolak oleh rakyat" katanya lagi.
Dalam pada itu, YB khalil yang juga Ketua Penerangan Pas Perak menempelak kenyaataan Shafie Apdal bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri.
"Ini kenyataan yang sangat cetek, pemimpin yang cetek pemikiran tidak layak berada di kerusi untuk memimpin rakyat," katanya.
"Tidak hairanlah mengapa negara mundur disegenap lapisan dan sudut kerana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah diterajui oleh individu yang mempunyai daya fikir yang lemah seperti beliau ," jelasnya.
"Kenyataan sebegini bukan sahaja telah menggambarkan pimpinan BN ini sebagai individu yang cetek maklumat sebenar, bahkan lemah dalam kekuatan ilmu kerana kayu ukur hilang jawatan digambarkan sebagai tidak diredhai Allah swt adalah hujjah yang sangat lemah dan tidak relevan," katanya.
"Rakyat perlu bersedia dengan ilmu dan maklumat untuk berdepan dengan kerajaan yang cuba menjadikan rakyatnya selemah umno BN untuk terus diperdaya sebagai bekalan PRU 13," katanya
MELAKA: Gara-gara mengenakan kadar tambang murah, pemandu teksi warga emas menerima 'penampar Jepun' dan dimalukan di khalayak ramai dalam satu kejadian di hadapan Plaza Hang Tuah, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa Osman Aman, 55, mendakwa mengalami bengkak di kiri dan kanan pipi akibat ditampar lelaki berbadan sasa yang juga seorang pemandu teksi.
Menceritakan kejadian itu, Osman berkata, dia didatangi lelaki yang dikenalinya ketika mengambil seorang penumpang warga asing di situ.
"Lelaki itu kemudian terus mengeluarkan kata-kata kesat dan menuduh saya mengenakan tambang yang lebih murah terhadap warga asing. Lelaki itu kemudian menampar kedua-dua belah pipi dan saya tidak berani melawan kerana badan besar dan sasa.
"Dia kata saya pandai-pandai turunkan harga tambang teksi daripada RM20 kepada RM15 lalu bertindak di luar batasan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Harga gula naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa hari.
Kenaikan yang di kambing hitamkan dengan alasan "standard" penyelarasan subsidi itu dikatakan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.
namun persoalan besar, kemanakah wang rakyat sebanyak itu hendak digunakan. Adakah untuk piliharaya umum ke 13 ? atau untuk apa lagi?
Perubahan harga runcit tersebut didakwa adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Makanya saya yakin selagi Bn memerintah rakyat Malaysia masih berpeluang untuk menghadapi resiko kenaikan harga barang perlu itu.
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.
SUNGAI SIPUT: Mayat anak sulung bekas model sambilan Kartika Sari Dewi yang dilapor hilang dua hari lepas, ditemui terapung di Sungai Perak di sini awal Isnin.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata mayat Muhammad Azfar Mohamad Afandi, 9, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 1 pagi tadi, kira kira satu kilometer dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat dan dijangka dituntut keluarganya tengahari ini untuk dikebumikan di Kampung Jawang, Karai dekat sini, katanya ketika dihubungi.
Azman berkata kanak-kanak itu disedari hilang oleh keluarganya pada pukul 12 tengah hari Jumaat lepas, ketika tinggal di inap desa milik keluarga mereka di sini yang terletak berhampiran sungai tersebut.
Gerakan mencari dengan bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Rela dan penduduk kampung dilakukan sejurus menerima laporan kehilangannya, kata beliau.- BERNAMA
Agak ramai bersetuju dengan rumusan awal saya bahawa PAS merupakan parti paling kritikal dalam pilihan raya umum akan datang. Kecenderungan pengundi Melayu menjadi perbahasan menarik, manakala mood masyarakat Tionghua yang berterusan menolak BN seperti sukar hendak dilentur lagi. Rata-rata membayangkan pengundi India, walaupun masih tidak dapat menerima MIC, tetapi mungkin "ada yang berpatah balik".
"Bukan saja DAP yang untung besar dengan mengekalkan prestasi Mac 2008, malah mungkin dapat melonjak lagi," seorang pembaca dari Ipoh memberi respons kepada tulisan saya. "Dan jika tiada usaha luar biasa dilakukan untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu di luar bandar, terutama di kawasan bukan kubu tradisi PAS, saya juga percaya Umno boleh mempertahankan undi dan kuasa mereka," tambahnya.
Namun, seperti kata Perdana Menteri, Najib Razak, "selagi semboyan belum dibunyikan, persiapan (menghadapi pilihan raya) boleh ditingkatkan." Ya, biar segenting mana sekalipun kedudukan PAS, berdepan dengan pelbagai tipu helah dan gugatan mencabar, khususnya berkaitan senarai pendaftaran pemilih yang mudah dimanipulasi, segalanya masih boleh dipengaruhi dan diperbetulkan.
Namun, untuk menggagalkan usaha terancang BN itu, ia memerlukan kerja kuat, berkemahiran dan mempunyai dana mencukupi. Proses pendaftaran pemilih dalam sistem First-Past-The-Post (FPTP) memang terdedah kepada "kerja jahat" elit penguasa. Oleh itu, masih ada desakan agar reformasi pilihan raya dapat dilaksanakan segera, antara lain memperkenalkan elemen sistem pengundian Proportional Representation (PR).
Mungkin proses persempadanan semula kawasan pilihan raya, ala gerrymandering, tidak dapat dipraktikkan lagi disebabkan BN tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen, namun masih banyak ruang boleh diekspolitasi. Kadang-kadang ia sukar dihidu dan hanya dapat dikesan selepas pilihan raya, mengakibatkan pembangkang sekadar gigit jari.
Harakah telah mendedahkan komplot di antara Umno-BN, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya dirancang rapi bagi memindahkan pengundi ke kawasan strategik, menurut kepentingan parti itu, terutama di Selangor. Ini belum dikira taktik jahat memberikan kad pengenalan kepada warga asing, membolehkan mereka mengundi BN dalam PRU13.
Keghairahan (sebenarnya keserakahan) Najib, yang juga Pengerusi Umno Selangor, untuk merampas kuasa di negeri termaju itu tidak boleh disembunyikan lagi. Tidak salah untuknya menawan kembali Selangor dan juga negeri-negeri lain yang dikuasai Pakatan Rakyat tetapi biarlah "bertarung secara anak jantan".
Ia mengingatkan kita tentang taktik kotor Najib menumbangkan kerajaan pilihan rakyat di Perak (waktu itu Pengerusi Umno Negeri) pada 2009. Rekod menunjukkan, hampir semua negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang, diambil alih BN (sebelumnya Perikatan) secara "keji" misalnya dalam kes Kelantan (1978), Terengganu (1961, 2004) dan Sabah (1994). Target berikutnya adalah Selangor. Operasinya berbeza di antara sebuah negeri dengan negeri yang lain.
Melihat "permainan" Umno-BN terkini, mereka seolah-olah tidak mahu membuang masa lagi untuk meraih kepercayaan pengundi Cina yang dirasakan semakin menjarak, sebaliknya tertumpu untuk mengaut sebanyak mungkin sokongan masyarakat Melayu. Pengundi Melayu perlu dipindahkan ke kawasan yang mana BN kalah dengan majoriti kecil (lebih membabitkan kerusi PAS dan KeADILan) dengan membiarkan kawasan di sebelahnya yang mungkin sedia dimenangi DAP mendapat majoriti lebih besar.
Pokoknya, dalam sistem FPTP, menang dengan majoriti satu undi atau 10,000 undi tidak membawa apa-apa perbezaan. Oleh itu, Umno merancang untuk menyerakkan undi Melayu ke kawasan yang begitu diperlukannya, dengan andaian orang Melayu adalah asset buat mereka. Dalam proses gerrymandering selepas PRU1999, andaian Dr Mahathir Mohamad, pengundi Cina akan memberikan kelebihan kepada BN.
Akhirnya, strategi menyerakkan pengundi Cina itu, walaupun berjaya pada 2004, sehingga membentuk banyak kerusi campuran, telah "membunuh" BN pada 2008.
Pelawaan Najib agar PAS bekerjasama dengan Umno, dan meninggalkan Pakatan Rakyat (terutama DAP) juga dilihat mahu mengikat simpati umat Islam. Umno cuba mempamerkan watak "merendah diri", sekali gus mempersepsikan PAS sebagai parti "penuh kesombongan" yang menolak tawaran perpaduan. Meskipun dari segi jumlah penguasaan kerusi Parlimen, PAS berada di tangga terendah berbanding DAP dan KeADILan, namun ia tetap berada pada posisi paling penting dalam percaturan politik Melayu.
Strategis Umno cukup sedar hal ini. Justeru, perancangan secara halus difokuskan untuk melemahkan potensi PAS yang cukup membahayakan kedudukan Umno itu. Sekali pandang, seolah-olah Umno menghalakan sasarannya kepada KeADILan, tetapi bagi saya, yang lebih digeruninya adalah PAS.
Dalam pilihan raya umum 1999, PAS pernah mencipta kejutan apabila majoriti pengundi Melayu memihak kepadanya, terutama di negeri-negeri Malay belt, pengaruh PAS cukup dominan. Dan sekiranya pimpinan PAS berupaya menampilkan sosok parti itu yang meyakinkan orang Melayu, selain membetulkan persepsi salah mereka, dan dalam masa sama mengekalkan sokongan pengundi bukan Melayu, tidak mustahil penguasaan BN di Putrajaya dapat ditamatkan.
Mengandaikan undi Melayu adalah "simpanan tetap" BN hanya mengundah padah buat Najib, apatah lagi dalam suasana kematangan berpolitik semua kaum makin meningkat. Bagaimanapun ia lebih banyak bergantung kepada ketekunan PAS untuk melakukan usaha luar biasa menawan hati dan membetulkan persepsi masyarakat Melayu dalam tempoh sesingkat ini.
Parit Buntar, 9 Mei : Ketua Penerangan Pas Perak. Yb Drs Khalil Idham Lim berkata Umno Barisan Nasional tidak ada sensitiviti terhadap Islam walaupun rakyat Malaysia terus diberitahu media kerajaan bahawa Umno lah yang komited terhadap Islam di Malaysia.
Perdana Menteri dipetik sebagai berkata Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN amat berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi apabila beliau memberi respon terhadap isu wujudnya kelompok yang mempersoalkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan seperti yang termaktub.
"Saya kira isu ini sengaja direka umno BN bagi mencetus sentimen agama bagi kemarahan muslim negara sebagai talian hayat umno menjelang PRU 13 nanti," katanya ketika ditemui di sini.
"Pakatan Rakyat telah meterai persefahaman mengenai kedudukan Islam di Malaysia sebagai agama rasmi persekutuan, dan komited dengan perlaksaan Islam seperti yang telah diterjemahkan di Selangor dan Kelantan," ujarnya.
Tambahnya, Umno BN telah meletakkan Islam seolah-olah remeh dan layak dipersenda apabila mereka (Umno BN) langsung tidak ambil endah terhadap sumpah mubahalah oleh saiful dan dato eskay terhadap dua tuduhan kononnya ia dilakukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, walaupun sumpah itu sendiri telah mencetuskan kekeliruan dalam amalan sebenardalam Islam kerana sumpah sebegitu hanya boleh dibuat oleh orang yang dituduh, bukannya si menuduh.
"Ini amalan songsang yang diredhai dan dibiar oleh Umno BN, PM membiarkan sahaja apabila diminta memberi respon dan ia boleh menambahkan kekeliaruan umat Islam di Malaysia khususnya," jelasnya.
YB khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan mereka (umno) cuba menggunakan taktik talian hayat isu yang sengaja diada-adakan bahkan Ketua Paderi Kristian Malaysia dipetik sebagai berkata, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan media umno dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.
"Sudah sampai masa umat Islam perlu buka mata terhadap isu-isu ini, jadikan PRU 13 sebagai platfom untuk mengubah Malaysia ke arah yang lebih selamat, ubah sekarang selamatkan Malaysia," katanya.
Parti Islam Semalaysia menganggap Tun Dr Mahathir semakin merapu, kerana mendakwa Pas alat Dap, ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Umno Cheras. Tun Mahathir mendakwa kewujudan Pas menyebabkan orang Melayu berpecah. Pas hendak tanya balik kepada Tun Dr Mahathir kenapa Umno diwujudkan pada tahun 1946, sedangkan sudah ada Parti Kebagsaan Melayu Malaya (PKMM) 1945 yang mewakili orang Melayu. Menunjukkan Umno juga parti yang ditubuhkan untuk memecah belah orang Melayu atas restu penjajah, buktinya kenapa umno tidak diharamkan ketika Ordinan Darurat 1948 sehingga semua parti yang tidak sealiran diharamkan seperti PKMM dan Hizbul Muslimin.
Pas alat DAP adalah modal lapok umno ketika orang Melayu menolak Umno dan cuba untuk menutup kelemahan Umno yang menjadi kuda tunggangan MCA, Gerakan dan MIC. Siapa yang bagi kerusi majoriti Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan.? Apa bukti Pas alat DAP?. Pas boleh buktikan pengkhianatan Umno kepada Melayu atas nama Melayu terutama di zaman beliau memerintah negara selama 22 tahun. Tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang tinggal di tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort. 300 ekar tanah rezab Melayu di Pulau Redang Terengganu dijual kepada Vicent Tan.
Nampaknya Tun Dr Mahathir masih cuba untuk membodohkan rakyat kononnya ulamak yang berada di dalam umno menubuh Pas, kerana tidak mendapat tempat kerana tidak pandai berbahasa Arab. Faktanya ialah ulamak keluar untuk menubuhkan Pas kerana teguran ulamak mengenai judi tidak diperdulikan, maka ulamak merasakan perlu ada jamaah yang bebas daripada umno supaya Islam terpelihara. Dulu Tun menipu rakyat mengatakan Pas ditubuhkan restu penjajah, hakikatnya umno ditubuhkan atas restu penjajah. Pas ingin mengigatkan kepada Tun Mahathir tidak boleh tipu orang dalam semua masa, insyaAllah Pas akan membetulkan fakta yang ditipu oleh Tun supaya rakyat tahu siapa pengkhianat Melayu dan Islam
Pas merasa geli hati apabila Tun memuji perjuangan Pas zaman Dr Burhanudin Helmi dan Datuk Asri, kerana perjuangan mereka betul. Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab sehingga Pas ditendang daripada BN, ketika krisis politik di Kelantan. Beliaulah orang yang diamanahkan oleh Umno untuk menyelesaikan kemelut tersebut, akhirnya Pas ditendang kerana menentang undang-undang dharurat di Parlimen. Bukankah waktu itu Pas dipimpin oleh Datuk Asri Muda? Kenapa sekarang baru memuji Datuk Asri?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sejak Pas bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya Pas jangan bersama PR, barulah kami akan sokong Pas. Persoalannya ketika Pas bersendirian pun puak ini tidak menyokong Pas juga. Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.Berbagai alasan supaya Pas keluar daripada PR, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh Pas berpakat dengan umno. Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri daripada umno. Selama ini pemimpin umno, mengangap umno sahaja boleh menjaga melayu. Sebenarnya yang rugi bila Pas bersama PR ialah umno.
@Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas. Pemimpin umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat meraka sudah tidak ada lagi. Selangor ialah sebuah negeri industri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika Pas tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin umno menjadi koperat, melayu merempat. @Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan umno. Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
@Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulamak yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Samaada melalui ceramah, forum, kuliah,wacana ilmu. Selama ini orang Melayu dijauhi dengan ulamak yang muttaqin. Ulamak diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom bekas mufti kerajaan Selangor diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama. Sebenarnya umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulamak yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulamak mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulamak yang umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan umno dan tidak sealiran dengan perjuangan umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan Pas. @Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500. Malahan rakyat yang diperintah oleh umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap. Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri di kembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk ke dalam kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang melayu senang , pemimpin umno yang susah. @ Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori. Bagaimana rakan-rakan PR yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam. Keceluparan mulut Dr Chua Saw Lek adalah bukti gagalnya umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram. Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam PR tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam. Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.
@ Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak, semuanya angkara kroni umno. @Melayu untung kerana dapat mel ihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid. Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno. Begitu juga kemampuan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion. Apa yang mengejutkan Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Malahan negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad “ICU”. Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.
@Melayu untung apabila Pas bersama dengan PR, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu. Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan Pas akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela. Ia berlainan daripada tindakan umno yang mengkhianat orang susah kebetulannya orang Melayu. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin. Buktinya wang untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin sebanyak RM32 juta lesap. Dana untuk saham bumiputera sebanyak RM52 bilion telah lesap. Dana sebanyak ini membolehkan bumiputera memiliki ekuiti saham lebih 45 peratus. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Parti Islam Semalaysia Pas berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa Dap ganti Pas. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan .Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa umno wajib diganti dengan Pas, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa Dap ganti Pas supaya orang Islam menjauhkan diri dengan Pas. Realiti yang berlaku ialah MCA,MIC, Gerakan ganti umno. Contohnya umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.
Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza Pas dengan Dap. Bagaimana Dap hendak mengganti Pas, sedangkan Dap hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada Dap melawan Mca, Gerakan, Mic. Realiti yang berlaku ialah Pas lawan Umno, kalau umno kalah, Pas yang menang. Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan Pas, maka yang menang ialah Dap? Pas harapkan beliau jangan nyayuk sebelum sampai usia nyanyuk. Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.
Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.
"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya. Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.
"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.
"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini. Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.
"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat. Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri. Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.
Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.
"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini. Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.
Umno dalangi
Sementara itu, spekulasi 'Kristian agama rasmi' yang dilaporkan Utusan Malaysia beberapa hari lalu mungkin didalangi pemimpin Umno pusat sendiri demi memastikan 70 peratus pengundi Melayu kekal menyokong Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13, tegas Datuk Mansor Othman (gambar).
Bercakap ketika merasmikan Induksi Jentera PKR 2011 hari ini, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang turut mengajak rakyat khususnya Melayu supaya mempertahankan kedudukan Islam, keharmonian beragama lain di samping menolak dakyah terbaru Umno yang menggemparkan negara sekarang.
"Ini semua mungkin kerja Umno untuk memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus undi Melayu kekal bersamanya di pilihan raya umum (ke-13). Dia (Umno) sangat takut kalau berlaku peralihan undi antara 5 peratus hingga 7 peratus.
"(Disebabkan itu), rakyat khususnya orang Melayu kena pertahan perlembahagaan, pertahan hal kedudukan Islam, pertahan kebebasan agama dan sama-sama tolak dakyah media Umno ini yang bagi kita boleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat," ujarnya petang semalam di Auditorium Tingkat 5, Komtar, di sini.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR merangkap pengerusi perhubungan negeri berkata, Umno negeri khabarnya bimbang sekiranya pilihan raya umum kali ini menyaksikan Melayu pula bangkit menolak politik kotor mereka sebagaimana yang dilakukan oleh rata-rata masyarakat Cina dan India pada pilihan raya umum 2008 lalu.
Ini kerana katanya, sokongan Melayu tidak mustahil bakal mengakibatkan Umno akan hilang empat atau lima kerusi Adun lagi di negeri tersebut.
"Mereka (Umno) pun tahu bahawa kita (Pakatan Rakyat) memerlukan 40 peratus (undi Melayu) sahaja di kawasan-kawasan (Dun) majoriti pengundi adalah Melayu.
"Kalau kita (Pakatan Rakyat) bekerja keras untuk memenangkan calon-calon PKR dan PAS di kawasan-kawasan ini (majoriti Melayu), 'Swing vote' (peralihan undi) pasti akan berlaku," ujarnya di depan lebih 400 pertugas parti, di sini.
Ditambah dengan isu fitnah video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau percaya akar umno Umno yang masih bermasuah serta rasional akan memberi 'sokongan senyap' pada Pakatan Rakyat negeri kelak.
Tuntas dari itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Umno yang kini diteraju oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencipta pelbagai lagi isu dasyat yang boleh menggugat keharmonian rakyat demi memastikan mereka terus kekal menguasai kerajaan pusat kelak.
Sedangkan Allah dan Rasul lagi dihina oleh si mamak tua bangkani, ini PAS-PR.
Semoga laknat Allah ke atas mamak mahathir
Antara ucapan Tun yang mempersendakan nabi ialah pada 11 Mei 2000 di petik dari Berita Harian/ Utusan Malaysia " Hanya yang di perlukan adalah kepada tuhan. Nikmat yang kita dapati bukan daripada orang yang menyampaikan. Jika tidak orang itu , orang lain akan menyampaikan. Jadi kita tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad saw."
" Jika tidak nabi Muhamad saw, orang lain akan diUtuskan untuk menyampaikan ajaran Islam. Olehn itu TIDASK perlu kita mengagong-agongkan Nabi Muhamad, memadalah sekadar bersukur kepada Allah swt sahaja."
ALOR SETAR, 9 Mei: Tindakan Umno mempermainkan isu rebat cukai tanah untuk Universiti Utara Melaysia (UUM) terbukti mempunyai agenda politik apabila isu cukai tanah lain-lain institut pengajian tinggi awam (IPTA) tidak dibangkitkan.
Laman Kedahlanie telah membangkit lima isu untuk dijawab oleh para pemimpin Umno dan orang ramai ekoran usaha keras Umno untuk memburukkan kerajaan negeri Kedah ini.
Soalan-soalan yang dikemukakan itu adalah:
1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kepada UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?
2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri yang jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kepada UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tidak bagi rebat kepada UNIMEPs?
3. Kerajaan Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM habiskan peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?
4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi percuma semuanya?
5. UUM yang mengaku tiada duit (uzur), tahun lepas umum syarikat miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20) hingga buat untuk besar tapi susah nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?
SHAH ALAM 9 MEI : Suara tidak sampai 20 peratus ahli DAP yang beragama Kristian dan sekitar 60 kerusi parlimen yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum di negara ini, ia jauh sekali untuk membentuk majoriti dua pertiga apatah lagi meminda Perlembagaan negara. Menjelaskan hal itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, hujah bahawa DAP berhajat menukar agama Islam yang menjadi agama rasmi Persekutuan kepada agama Kristian adalah suatu hujah yang begitu dangkal dan fitnah terdesak pihak berkepentingan kerana ia suatu yang mustahil berlaku di negara ini.
Malah ia juga jelas Khalid adalah usaha bagi mengelirukan rakyat oleh Umno-Barisan Nasional demi mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka ke atas masyarakat Melayu di negara ini.
"Saya haraplah umat Islam dan masyarakat Melayu tidak mudah tertipu, orang (ahli) DAP seperti mana saya sebut tak sampai 20 peratus daripada mereka adalah orang Kristian tak mungkin mereka boleh tukarkan perlembagaan negara.
"Kalau DAP menang semua kerusi yang mereka tandingi pun paling maksimum hanya boleh dapat 60 kerusi daripada 222.
"Kalau nak tukar perlembagaan dan sebagainya, nak jadikan negara Kristian dan sebagainya, DAP kena menang paling kurang 140 kerusi untuk menjadikan dua pertiga dan ianya satu perkara yang mustahil dan ini tak diberitahu pada orang Melayu. Orang Melayu di kampung-kampung ditakut-takutkan," katanya ketika ditemui Tv Selangor pada sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan, semalam.
Jelas Khalid, sikap terdesak Umno-BN ini hakikatnya "memaksa" masyarakat Melayu untuk terus hidup dalam keadaan bimbang, takut dan kecurigaan yang berpanjangan terhadap kaum lain di negara ini.
Ia sekaligus digunakan untuk melemah dan memburukkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti pelbagai kaum yang memperjuangkan hak sama rata rakyat di negara ini.
"Ini cara bagaimana orang Melayu kita ini diperbodohkan dan ditakut-takutkan demi kepentingan Umno- Barisan Nasional," katanya.
"Mereka (Umno-BN) dalam keadaan kelam kabut dan mereka main apa saja isu yang mereka rasa boleh menyebabkan orang Melayu takut pada Pakatan Rakyat yang menyebabkan orang Melayu ini lari kepada mereka,"tambahnya lagi.
Berita dan video ihsan TVS -Pejabat YB Khalid Samad-
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Suhu panas yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini hanya bersifat sementara dan dijangka berakhir dalam masa seminggu lagi, kata Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia, Saw Bun Liong.
Beliau berkata keadaan panas ketika ini sehingga menjangkau suhu 36.2 darjah Celcius adalah disebabkan Ribut Tropika Aere yang dikesan di utara Filipina yang meniup angin dari arah Barat Daya ke negara ini.
"Ini menyebabkan kelembapan udara di rantau kita berkurangan dan keadaan ini membawa kepada kurangnya jumlah taburan hujan serta cuaca kering," katanya kepada Bernama.
Namun beliau berkata keadaan cuaca yang panas seperti itu adalah normal dalam bulan Mei dan ia lebih rendah berbanding suhu yang dicatat pada bulan Mei tahun 1998.
"(Pada 1998) di Chuping (suhunya 38.9ËšC), Alor Setar (37.5ËšC), Lubuk Merbau (37.0ËšC), Melaka (38.0ËšC), Batu dan Kuala Krai (38.0ËšC)," katanya.
Saw bekata keadaan panas yang berterusan akan menyebabkan rumput dan tanah menjadi kering dan menjadikan api mudah marak seterusnya boleh menyumbang kepada jerubu.
Beliau menasihatkan orang ramai agar mengelakkan pembakaran secara terbuka dan mengurangkan aktiviti luar yang mendedahkan diri mereka secara terus kepada matahari.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya meminum air dalam kuantiti yang banyak," katanya.
Ramai beli penghawa dingin
Sementara itu, di beberapa kedai elektrik sekitar bandar raya Kuala Lumpur, produk penghawa dingin menjadi pilihan ketika susu panas ini.
Penolong Pengurus Courts Mammoth cawangan Cheras, Abdul Rahim Mohammad berkata dua tiga hari kebelakangan ini, banyak pelanggan yang membeli penghawa dingin.
"Saya tidak dapat memberikan jumlahnya, tetapi memang kami ada dapat banyak tempahan daripada pelanggan," katanya.
Syarikat Sen Heng cawangan Kepong juga mencatat peningkatan penjualan produk itu dalam tempoh seminggu yang lepas.
"Satu minggu saya rasa purata dalam 12 buah. Semalam sahaja empat ke lima buah penghawa dingin terjual. Sebelum ini tidak macam ini, saya rasa ini adalah disebabkan faktor cuaca sekarang," kata jurujual, Mohd Hairani Abdul Wahab.
- Bernama
P/S: kalau Suhu Panas banyakkan minum air, kalau Isu Panas banyakkan zikir biar Waras..jangan cepat PANAS,nanti terbakor.!! renung-renungkan!
"PAKATAN RAKYAT MEMPERKASA ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA MALAYSIA" 8 Mei 2011 Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin mempertegaskan bahawa kami bersama-sama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat telah meletakkan asas yang sama dalam menerajui politik negara sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Shah Alam (2009) dan diperkukuhkan menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Pulau Pinang (2010) iaitu akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini. Tekad ini adalah suatu ikrar yang terpahat dalam polisi bersama Pakatan Rakyat. Oleh yang demikian hirup pikuk yang di lemparkan oleh media tertentu bertujuan untuk membakar semangat rakyat terutamanya di kalangan orang melayu beragama Islam, bahawa Malaysia akan menuju ke arah negara Kristian adalah suatu pemberitaan yang sangat tidak beramanah. Kegagalan mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini adalah berpunca dari kealpaan dan kelemahan pimpinan UMNO yang telah diberi amanah memerintah negara selama lebih dari 50 tahun ini. Merekalah yang sebenarnya gagal memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan, sehingga gagal menyediakan kefahaman Islam yang sebenar kepada rakyat, melemahkan jati diri orang melayu beragama Islam, dan seterusnya menghadapi kecelaruan sakhsiah dan bencana akidah yang tidak mampu untuk menguatkan orang melayu beragama Islam dalam negara kita ini. Apa lagi yang boleh diharapkan dari UMNO, kerana mereka juga gagal memberikan kefahaman Islam sebenar dan seterusnya gagal menunjukkan contoh Islam yang unggul kepada rakan mereka MCA dalam Barisan Nasional. Hasilnya kita dapat lihat sendiri bagaimana pendirian dan kenyataan politik pimpinan MCA ini semakin hari semakin hanyut dan menampakkan kecelaruan dalam memahami Islam sebagai agama rasmi negara kita ini. Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Ahad, 4 Jamadil Akhir 1432 / 8 Mei 2011
TEBEDU: Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.
Tindakan itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti tersebut.
Malah, demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20 orang daripada Unit Antirusuhan.
Dengan tempoh perjalanan satu jam menaiki gunung untuk ke kem pembalakan, kehadiran para penduduk bagaimanapun disedari awal oleh pekerja-pekerja balak yang terdiri daripada warga asing yang kemudiannya melarikan diri menyebabkan usaha penduduk untuk menahan mereka gagal.
Gunjar Jambu, 47, selaku jurucakap yang mewakili para penduduk terlibat berkata tindakan sedemikian dilakukan setelah mendapati tiada sebarang usaha dilakukan pihak berkuasa berkaitan untuk menghentikan segera aktiviti pembalakan tersebut.
"Tahap kesabaran orang kampung sudah mencapai kemuncak, sudah berapa kali aduan dan laporan dibuat namun ia (pembalakan) masih berterusan.
"Hak kami telah diceroboh, malah tanah dan tanaman kami musnah… kami 100 peratus tidak menyokong aktiviti pembalakan ini," katanya yang ditemui ketika demonstrasi bantahan tersebut.
Selain itu, Gunjar berkata amaran juga sering diajukan kepada pekerja-pekerja balak supaya menghentikan aktiviti mereka itu namun tidak diendahkan.
"Sebab itu, kami hari ini (semalam) bertindak membakar jentera dan khemah mereka.
"Namun, usaha untuk menahan mereka yang dipercayai warga asing dari Indonesia dan Filipina gagal setelah kesemuanya berjaya melarikan diri," katanya.
Gunjar juga sempat menceritakan di mana seorang wanita warga Indonesia, yang dipercayai isteri salah seorang pekerja balak di situ sempat melarikan diri pada malam sebelumnya bersama anak yang baru lahir beberapa hari lepas.
Sementara, Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut ditemui di lokasi demonstrasi tersebut, berkata pihaknya tidak dapat menghalang tindakan penduduk terbabit ekoran situasi tegang dan beremosi ketika itu.
"Sebaik kami tiba, semua jentera dan khemah telah terbakar… keadaan ketika itu amat tegang dan kami hanya bertindak memantau sahaja," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk agar menyelesaikan perkara itu menerusi saluran yang betul tanpa bertindak terburu-buru.
"Mereka yang terbabit dalam pertikaian ini, kalau tidak berpuas hati selesaikan di mahkamah," katanya - Borneo Post
Sebelum ini sudah dilaporkanm kemarahan penduduk 10 buah kampung ini di mana mereka telah membuat laporan polis dan SPRM namun proses siasatan mengambil masa terlalu lama menyebabkan penduduk di 10 kampung di Tebedu, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia, mengambil tindakan sendiri memusnahkan peralatan dan harta milik syarikat itu.
Antara yang musnah ialah jambatan yang dipercayai dibina oleh syarikat pembalakan untuk merentasi Sungai Suhu bagi mengeluarkan balak dari kawasan berkenaan.
Penduduk Kampung Temong Bengan, Kampung Temong Putah, Kampung Temong Mura, Kampung Temong Mawang, Kampung Darul Fallah, Kampung Darul Huda, Kampung Tepoi, Kampung Semunti, Kampung Sebekar dan Kampung Sebuhang kini merayu campur tangan pihak berkuasa menghentikan pembalakan di kawasan tanah mereka sejak pertengahan tahun lalu.
Syarikat pembalak bukan saja mengambil balak di hutan berhampiran kampung, malah dusun durian serta sawah padi mereka turut dirosakkan. Lebih teruk, air sungai yang selama ini menjadi sumber kegunaan harian kini tercemar teruk apabila air yang dulunya jernih kini bertukar kekuningan.
Menurut penduduk, mereka terpaksa bertindak sendiri kerana masalah ini seolah tidak diberi perhatian. Sampai bila mereka harus menunggu? Adakah sehingga hutan dan tanah mereka musnah barulah hendak bertindak?
Pemuda MCA mendesak Polis dan Suruhanjaya Multimedia melakukan siasatan segera HARI INI juga dan bukannya dalam tempoh masa 14 hari, seperti yang diminta oleh PERKASA, dalam laporan polis PERKASA terhadap DAP semalam, sambil menyindir, 14 hari terlalu lama!
Komen : Tengoklah dan bacalah bagaimana BN sudah tidak tentu arah dengan komponen ke 2 terbesar mereka iaitu Parti MCA. Kalau DAP dihentam diadudomba dengan PAS dan PKR tapi rakan selimut BN sendiri melakukan dan mengarahkan siasatan atas kebiadapan Utusan Malaysia hari ini juga. BN/UMNO hanya diam sahaja dan terpaksa menggunakan PERKASA untuk menegur dan menghentam tindakan MCA tersebut. Teruskan baca tulisan PERKASA seperti di bawah :-
Lihat betapa pantasnya MCA melalui Sayap Pemudanya mempertahankan Sosialis DAP. Lihat juga betapa pantasnya MCA menyalahkan Utusan Malaysia. Tidak langsung dia memikirkan bahawa Utusan Malaysia hanya melaporkan apa yang telah dilaporkan oleh beberapa "bloggers" dan tidak langsung dia mengambilkira bahawa sebagai media arus perdana, sewajibnyalah Utusan Malaysia memanjangkan berita yang dirasakannya dari sumber yang jelas, yang menyentuh kehidupan umum TERUTAMA ORANG MELAYU DAN ISLAM, di Negara ini. Mengapa tidak langsung ada sekelumit perasaan percaya kepada Utusan Malaysia, sebuah akhbar arus perdana?
Berita Utusan Malaysia menyatakan dari sumber yang dipetiknya bahawa DAP terlibat didalam komplot tersebut. Mengapa Pemuda MCA tidak mengambil berita itu dan membuat laporan polis terhadap DAP, atau kumpulan paderi Kristian tersebut? Biarlah kebenarannya disiasat oleh polis dan pihak berwajib. Kalau tidak benar, barulah buat laporan susulan, supaya Polis bertindak sewajarnya terhadap Utusan Malaysia? Apa susah sangat? Sebaliknya Utusan Malaysia terus dilaporkan sebagai penyebar berita palsu! Ada apa-apa kah? Mana dia tahu berita itu tidak benar? Mengapa cepat sangat mahu menjaga DAP? Adakah kerana memang perlu membersihkan nama DAP sebab sebelum ini Presiden MCA sudah menyarankan kepada orang Cina supaya bersatu dan sokong DAP, sebab MCA nak tutup kedai, nak pencen, dah penat? Jadi kalau DAP di bongkar buruknya, gagallah rancangan MCA untuk ugut Barisan Nasional dan orang Melayu?
Ketua Penerangan Pemuda MCA dengan sombongnya lalu mengutuk Negara ini tidak mempunyai kepakaran "Risk Management" dalam menghadapi "Crisis", maka itu janganlah benarkan krisis berlaku. Ketua Penerangan Pemuda MCA seterusnya mengugut kalangan bloggers, twitters dan semua pihak agar tidak menulis atau memanjang-manjangkan cerita ini kerana mereka semua ":bodoh" dalam menilai risiko dan bahawa "bodoh"nya mereka itu hingga dia mengugut bahawa "You don't understand how fast and far it can spread and the emotional effect it can have. Even (US President) Barrack Obama could be reading what you write"!!
Nah! Barrack Obama, bacalah apa yang saya tulis ini terhadap betapa "bodoh"nya Kow Cheng Wei dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA, Kevin Loo, seorang peguam yang turut bersama membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia hari ini.
Tidak silaplah apa ramai orang kata bahawa MCA ini tidak berupaya menandingi DAP lagi, tidak berupaya membuktikan keperluan kewujudannya didalam Barisan Nasional lagi, tidak berupaya menangkis tohmahan orang Cina bahawa dia tidak berguna lagi. Bukannya dia hendak bangkit melawan tohmahan itu, tetapi mengambil jalan mudah menyalahkan ABANG TUA nya UMNO sebagai pihak yang bersalah menyebabkan dia dipinggir oleh kaum Cina. Benarlah kata orang, MCA ini hidupnya bergantung dan bergayut kepada kekuatan orang Melayu dan kekuatan Parti Melayu yang mengangkatnya!! MCA ini biawak hidup yang tidak berguna, jika tidak diberi makan ia mengigit tuannya. Bangunlah MCA, "GET BACK YOUR SPACE AND FACE", meminjam kata-kata kawan senasibnya Presiden Gerakan yang juga sedang mati kutu berhadapan dengan DAP! Jangan lah hanya tahu mengugut kerana sampai waktu "enough is enough". Malaysia ini bukan hanya berkisar kepada orang Cina siang dan malam sepanjang waktu setiap isu.
Atau benarkah ada orang kata, bahawa mereka ini semua hanyalah PROXY DAP didalam BARISAN NASIONAL!
Komen Tun M tang kata UMNO dah terlalu lemah memang teman setuju dan inilah masa ahli UMNO dan pemimpin UMNO berubah dan bertukar arah kepada Pakatan Rakyat. AHLI UMNO YANG TELAH SEDAR HARUS TERUS MENGUNDI SELAIN BN DAN BERI SOKONGAN TERUS TANPA BERSEMBUNYI AGAR BN TUMBANG TERUK TANPA BERMAYA. KEBAIKAN BN TUMBANG IALAH RAKYAT AKAN DAPAT SEMULA DAN JUGA DAPAT MENGHALANG BN MEMONOPOLI HASIL MAHSUL NEGARA.
Tun Mahathir menyatakan UMNO masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya Umum. Kata Tun Mahathir, UMNO sekarang berada dalam keadaan lemah kerana ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin korup yang menjadi pemimpin bukan untuk memperjuangkan Islam dan Melayu, sebaliknya kerana perut dan tembolok sendiri.
Pastinya, ramailah pemimpin UMNO yang akan melenting dan tidak senang hati dengan kata-kata yang diluahkan oleh Tun Mahathir ini. Orang tua yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu, mengulangi semula serangan yang pernah dilakukannya terhadap Abdullah Badawi, orang yang menggantikannya pada tahun 2008.
Sebenarnya, itulah yang dilihat oleh kebanyakan marhein-marhein UMNO. Tidak ramai pemimpin UMNO yang mampu memperjuangkan Melayu dan Islam. Kebanyakan daripada mereka adalah pemimpin yang melihat kemakmuran yang berjaya diwujudkan oleh Tun Mahathir pada zaman pentadbirannya sebagai lombong emas yang perlu direbut dan ditawan walau dengan apa cara sekalipun.
Ramai pemimpin pelapis yang mempunyai kesungguhan untuk membela agama dan bangsa wujud dalam UMNO. Namun hampir kesemua daripada mereka DIBUNUH dan DIPANCUNG oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang gila kuasa dan sangat serakah ini. Paling menarik, mereka ini juga mempunyai separuh hati untuk menjadi pendamping dan pemuja Anwar Ibrahim seandainya terpaksa.
Itulah fenomena yang kita dapat lihat sekarang di dalam UMNO. Pilihanraya umum yang bakal tiba sudah tidak lama lagi, tetapi kebanyakan pemimpin UMNO sedang mengatur dan mencongak siapakah yang akan menjawat jawatan-jawatan utama dalam parti pada pemilihan akan datang. Mereka tidak peduli langsung dengan PRU sebaliknya cuba memastikan kedudukan mereka sebagai penjawat di dalam UMNO dan calon untuk pilihanraya, selamat dalam genggaman.
Pada tahun 2008, fraksi-fraksi di dalam UMNO TELAH BERJAYA MENGALAHKAN calon-calon UMNO sendiri menerusi tikam belakang dan pembelotan. Segelintir sahaja yang dihukum tetapi kemudian, dimaafkan dan jawatan mereka dikembalikan. Sebahagian yang lain walaupun telah diketahui menggunakan kaedah tidak bermoral untuk mendapatkan jawatan, masih saya lepas bebas dan sehingga kini masih menjawat jawatan utama dalam UMNO.
Walaupun marhein-marhein UMNO menjerit dan memberontak terhadap keputusan itu, namun mereka yang mempunyai kuasa untuk menyelamatkan UMNO memilih untuk terus menjahanamkan UMNO dengan menyediakan tempat teratas bagi golongan pembelot dan pengkhianat ini.
Maka tidak hairanlah UMNO akan terhukum lagi. Sama seperti tahun 2008, UMNO akan dihukum oleh ahli-ahli UMNO sendiri.
Justeru, saranan Tun Mahathir agar UMNO memperbaiki parti itu dengan segera, perlu diambil tindakan sewajarnya. Imej UMNO sudah tercemar semenjak Anwar Ibrahim dibawa masuk dan diberi peluang menjawat jawatan utama menerusi rasuah dan penyelewengan kuasa. Orang yang sama juga sedang berusaha merosakkan PAS, parti lawan UMNO, menggunakan kaedah yang serupa menerusi proksi-proksinya yang berjubah, berserban dan berjanggut kambing.
Tindakan bijak daripada ahli-ahli UMNO untuk menangani masalah ini sangat diperlukan. Ahli-ahli UMNO perlu menolak pemimpin-pemimpin yang cuba mengembalikan 'kegemilangan rasuah dan penyalahgunaan kuasa' Anwar Ibrahim di dalam pemilihan akan datang. Kalau tidak, UMNO akan hanya menjadi tulisan di dalam buku teks untuk mata pelajaran Sejarah sahaja!!!
Pemimpin UMNO mana pula yang akan kata, Mahathir sudah nyanyuk apabila menempelak pemimpin-pemimpin korup yang sedang berkuasa dalam UMNO sekarang?
Takziah, Setiausaha Agung Umno kerana tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari semalam. Kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.
Berbanggalah UMNO kerana S/U nya mempunyai rumah yang besar tanda pencapaian yang cemerlang.
TENGOKLAH UTUSAN MALAYSIA PROMOSI KRISTIAN AGAMA RASMI dengan tulisan besar di muka depan akhbarnya.
Wahai orang-orang Melayu semua, janganlah diperbodohkan dengan propaganda bodoh ini. Tiada siapa yang mampu mengubah perlembagaan sewenang-wenangnya, Najib sendiri di dalam Perhimpunan Agong UMNO sebelum ini di dalam usahanya untuk meraih sokongan bukan Melayu telah menegaskan bahawa Islam sebagai Agama Rasmi dan hak istimewa orang Melayu terkunci kemas di dalam perlembagaan hanya boleh dipinda dengan persetujuan majlis raja-raja
PUTRAJAYA: Harga gula naik 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai esok.
Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Zain Mohd Dom, sebentar tadi.
Kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram itu secara relatifnya masih rendah berbanding negara-negara Asean yang lain iaitu Thailand RM2.50 sekilogram, Singapura (3.05), Indonesia (3.40) dan Filipina (3.62).
Itu je lah alsan bodoh copy paste mereka bila nak menaikkan harga gula....
KUALA LUMPUR, 8 Mei — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak mempercayai laporan Utusan Malaysia semalam, yang mendedahkan kononnya ada usaha pihak Kristian mahu menjadikannya agama rasmi negara ini.
Sebaliknya Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS (gambar) itu memperli laporan akhbar milik Umno dengan berkata jika rakan komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempercayai Utusan Malaysia mengapa perlu beliau mempercayainya.
"Saya ditanya oleh pihak media berkenaan laporan muka hadapan Utusan Malaysia pada semalam kononnya usaha menjadikan Kristian agama rasmi negara.
8 Mei : Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan diftnah dengan tuduhan liwat, seorang negarawan bernama Ustaz Fadzil Mohd Noor tampil menubuhkan GERAK dan berjaya mengumpulkan parti-parti politik dan NGO untuk membela Anwar. Kini Anwar difitnah sekali lagi dan digantung dari Dewan Rakyat. Fitnah kali ini lebih hebat '2 in 1' iaitu LIWAT dan VIDEO LUCAH. Namun kita lihat perjuangan beliau tidak disambut sepertimana perjuangan GERAK yang jelas didokongi oleh semua pihak.
Semua orang tidak dapat menafikan bahawa Barisan Alternatif terlahir dari penubuhan GERAK yang dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor. Kini beliau sudah tiada untuk memimpin GERAK sekali lagi. Wajib ada seorang pemimpin yang mampu untuk menggerakkan GERAK kembali.
Anwar dilihat bergerak sendiri bersama-sama dengan PKR tanpa sokongan padu dan hebat dari parti-parti politik dan NGO lain. Mengapa?
Parti-parti politik seperti DAP dan PAS sepatutnya mengambil peluang dari kezaliman dan kedurjanaan Umno/BN dengan turun habis-habisan mengajak NGO dan rakyat sekali lagi menggerakkan GERAK. Kegagalan pihak terbabit untuk mengambil peluang dari fitnah ini tidak dapat kita pastikan sebabnya.
Namun masih ada waktu lagi untuk parti-parti politik dan NGO untuk menggerakkan GERAK 2. Cepat jangan terlambat. Anwar masih terus dizalimi dan diaibkan. Ayuh tubuhkan GERAK 2 untuk kita bergerak ke segenap penjuru dunia khususnya di Malaysia bagi menerangkan kepada rakyat betapa zalim dan bobroknya Umno/BN.
Salah satu klip kononnya Syeikh Osama sedang menonton televisyen.
WASHINGTON : Syeikh Osama bin Laden rahimahullah telah syahid, namun masih ramai membincangkan berita mengenai dirinya dan menjadi topik hangat di pelbagai media massa di seluruh dunia. Kali ini, berita telah melaporkan mengenai video-video Syeikh Osama bin Laden yang dikeluarkan oleh Pentagon, Pentagon mendakwa bahawa lima klip video itu diambil dari kem di Abottabad, di mana serangan dilakukan oleh pasukan AS terhadap lokasi Syeikh Osama.
Dalam video-video tersebut kelihatan Syeikh Osama bin Laden rahimahullah mengeluarkan kenyataan kepada kaum Muslimin dan terdapat salah satu video 'pelik' yang menunjukkan dirinya sedang menonton televisyen siaran Arab.
[Kosmo] AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.
Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.
Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.
Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.
Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.
Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.
Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi
.... Di Malaysia, orang melayu serah dara secara "PERCUMA" ... bukan bermaksud suruh letak harga.. tapi nak tunjuk betapa bodohnya dan mangkuk hayun nye mereka tanpa memikirkan dosa....
KUALA LUMPUR, 9 Mei — Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Utusan Malaysia dan blog memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia jika didapati menyiarkan laporan tidak bertanggungjawab kononnya ada konspirasi mengubah status agama rasmi negara ini.
Pengerusinya Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Utusan Malaysia selaku media arus perdana tidak sepatutnya menyebarkan laporan yang dipetik daripada penulisan blog kerana ia kemungkinan tidak benar dan boleh menimbulkan ketegangan antara agama terutamanya orang Islam dan penganut Kristian.
Ahmad Syukri berkata demkian sebagai respons terhadap akhbar berkenaan kelmarin yang melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dalam kalangan penganut itu.
Laporan itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadi Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin-pemimpin DAP.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Laporan muka depan dengan tajuk "Kristian agama rasmi" itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.
Blog-blog itu menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang, Rabu lalu.
Tegas Ahmad Syukri, penulisan blog yang dipetik Utusan Malaysia tidak seharusnya dijadikan bahan publisiti oleh akhbar milik Umno itu kerana ia tidak menghormati sensitiviti agama lain.
Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang pembohong kerana mendakwa DAP ganti PAS. Beliau berbohong ketika merasmikan Mesyuarat Agung Umno Pasir Putih Kelantan. Beliau rungsing dengan penerimaan rakyat bahawa Umno wajib diganti dengan PAS, maka jalan keluarnya ia memfitnah bahawa DAP ganti PAS supaya orang Islam menjauhkan diri dengan PAS. Realiti yang berlaku ialah MCA, MIC, Gerakan ganti Umno. Contohnya Umno memberi kerusi parlimen Gerik Perak kepada Gerakan ketika pilihanraya 2008, walaupun pengundi Melayu hampir 65 peratus.
Bagaimana seorang Naib Presiden Umno yang berucap dengan penuh amarah dan dengki tentang kemaraan Pas. Sekolah mana beliau belajar sampai tidak tahu beza PAS dengan DAP. Bagaimana DAP hendak mengganti PAS, sedangkan DAP hanya bertanding di kawasan majoriti orang bukan Melayu, samaada DAP melawan MCA, Gerakan dan MIC.
Realiti yang berlaku ialah PAS lawan Umno, kalau Umno kalah, PAS yang menang. Sekolah mana beliau belajar, Umno kalah dengan PAS, maka yang menang ialah DAP? PAS harapkan beliau jangan nyanyuk sebelum sampai usia nyanyuk. Kalau nyanyuk hilang kelayakan hendak bertanding Timbalan Presiden Umno pula.
Selepas isu umPORno gagal dimainkan oleh umPORno maka timbul pula isu DAP ganti PAS? Selepas dilihat tidak berkesan kepada rakyat maka timbul pula isu agama Kristian akan dijadikan agenda. Semua ini memperlihatkan betapa bodohnya umPORno dan terdesaknya untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap ketidakupayaan umPORno.
Selayaknya pemimpin umPORno ini aktif dalam penglibatan video seks sahaja.
Blog ini telah mengalami perubahan seiring perubahan dalam tampuk kepimpinan. Terima kasih kepada blogger kijang59 yang sudi mengubahsuai blog ini agar ia tampak menarik selari dengan imej golongan muda. Tetapi ia hanya tinggal 20% untuk disiapkan. Harap maaf atas segala kesulitan.
GEORGETOWN, 9 Mei: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, tidak timbul langsung soal Kristian mahu menjadi agama rasmi negara manakala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Mansor Othman pula mengesyaki Umno di belakang isu ini.
Menurut Mujahid, sepanjang mengadakan dialog, pertemuan atau penerangan dasar perjuangan Islam di serata gereja termasuk di Sabah dan Sarawak tidak timbul langsung suara daripada kalangan paderi mereka mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini.
Jelasnya, hasil penerangan mereka sendiri pun tahu dan akur bahawa Islam adalah agama rasmi persekutuan yang telah termaktub dalam perlembagaan sejak dulu dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana -mana pihak.
"Saya hairan bagaimana isu ini boleh timbul di dada akhbar kononya pertemuan paderi di Pulau Pinang mahukan Kristian sebagai agama rasmi walhal ia mustahil sekali berlaku kecuali isu ini cuba dimainkan oleh Umno untuk mengwujudkan ke marahan Umat Islam menjelang pilihanraya umun kelak," terangnya. Manakala itu, Ketua Paderi Kristian Malaysia, Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Pakiam menafikan laporan Utusan itu dan menyifatkan ianya sebagai satu laporan tidak berasas sama sekali dan tidak beretika.
"Bagi pihak Paderi Katholik Malaysia, saya menafikan dakwaan itu bahawa perjumpaan itu berlaku dan akan berlaku di mana-mana gereja Katholik, Pulau Pinang.
"Jelas, laporan ini tidak berasas dan sangat tidak bertanggungjawab kerana pemberita atau editor akhbar berkenaan tidak pernah berusaha mengambil langkah untuk mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh blogger tanpa nama itu," kata Murphy dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas laporan Utusan 7 Mei lalu yang melaporkan di muka depannya dengan tajuk "Malaysia negara Kristian" yang mendakwa paderi Kristian sedang berbincang untuk menjadikan Kristian agama rasmi bagi membolehkan orang Kristian menjadi perdana menteri negara ini. Mujahid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang rasa 'pelik' tiba-tiba sahaja isu ini digemburkan dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) didapati gagal dalam urus tadbir negara dengan berkesan sehingga negara menjadi tercorot dalam kemajuan sebaliknya menjadi negara terlaris dalam bidang rasuah dan penyelewengan.
"Kepimpinan BN cuba belitkan isu sensitiviti perkauman pula selepas mereka gagal memecahkan Pakatan Rakyat. Banyak isu yang ditimbulkan akan hilang malahan ada yang makan diri. Jadi untuk memastikan BN senantiasa ada isu satu persatu dicipta sehinggalah bertemu tarikh pilihanraya, " tambah beliau.
Kata beliau, isu ini begitu bahaya kepada kestabilan negara seandainya pihak berwajib tidak tangani segera dengan menyiasat blog-blog yang menyiarkan isu berkenaan.
"Orang melayu mesti bangkit menunjukan bantahan jika sayangkan kestabilan negara ini. Kita tahu siapa sebenarnya yang mencorakan keadaan, " tegasnya.Inilah pemikran sempit pemimpin umno yang kononnya mahu menjadikan agama sebagai isu propaganda untuk menghadapi pru13,walhal dalam masa yng sama umno mengetahui bahawa Islam adalah agama resmi negara dan agama lain bebas dianuti sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan.
Dewan Ulamak PAS Pahang mendapat ketua yang baru apabila Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang sesi lalu, Ustaz Moktar Senik, dipilih dengan undi majoriti dalam pertandingan empat penjuru. Dalam Muktamar Dewan Ulamak PAS Pahang di Darul Hikmah Kerdau semalam, Mokhtar yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulamak PAS Pusat sejak tahun 2009 menang menggantikan ketuanya [...]
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menyatakan bahawa Tuan Guru Nik Aziz memutarbelitkan ayat al-Quran. Sedarkah umat Islam, bahawa Tun Dr Mahathir lah orang yang sanggup menghina ayat al-Quran, dan beliau tergamak menyebut ""Tuhan yang PAS sembah Bismillahi samseng, hi penjahat, saya tak tahulah bahasa Arab, samseng wa jahat. Inilah tuhan samseng sebab itu dia sesat..". Kenyataan ini dikeluarkan di Konvensyen BN Terengganu pada tahun 2003.
Manakala di Mesyuarat Agung UMNO di PWTC pada 22.6.2002, Mahathir menghina dan memperlecehkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan menyebut: "akronim UMNO ada disebut dalam Al-Quran – Ya ayyuha al- ladzina amanu. Amanu [kata Mahathir] sama dengan UMNO. Perkataan PAS tidak ada dalam Al-Quran yang ada hanya "PIS" [ertinya dalam bahasa Inggeris ialah kencing].
Semoga sedikit perkongsian ini akan memberi manfaat buat kita semua.
Cara Rasulullah S.A.W Berjalan
1.Ali bin Abi Thalib meriwayatkan, maksudnya: "Ali bin Abi Thalib menggambarkan sifat fizikal Rasulullah S.A.W., " Rasulullah S.A.W berjalan dengan mengangkat kaki, seakan-akan beliau sedang menuruni tanak yang landai". (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa`d dan Baihaqi)
Cara Bersandar Rasulullah S.A.W
1.Abu Juhaifah r.a meriwayatkan maksudnya: " Rasulullah S.A.W bersabda," Aku tidak akan makan sambil bersandar." (Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Abu Dawud, Ibnu Majah ,Ahmad dan Baihaqi)
Cara Rasulullah S.A.W makan
1.Ka`b bin Malik meriwayatkan maksudnya, Selepas makan, Nabi S.A.W menjilat jari-jari beliau sebanyak tiga kali". (Riwayat Tirmidzi)
Akhlak Rasulullah S.A.W
1.Aisyah r.a meriwayatkan maksudnya:" Rasulullah S.A.W bukanlah seorang yang keji dan beliau tidak pernah berbuat keji. Beliau tidak pernah berteriak-teriak di pasar.Beliau tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan; beliau selalu memaafkan dan berlapang dada. ( Riwayat Tirmidzi, Abu dawud dan Ahmad)
Cincin Rasulullah S.A.W
1.Anas bin Malik meriwayatkan maksdunya: " Cincin Rasulullah S.A.W dibuat dari perak sedangkan mata cincin beliau adalah batu hitam Habsyi" (Riwayat Tirmidzi, Muslim ,Nasa`I ,Ahmad dan Ibnu Majah)
2.Ali bin Abi Thalib meriwayatkan maksudnya: " Rasulullah S.A.W mengenakan cincin di jari tangan kanan beliau." (Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud , Nasa`I dan ibnu Majah)
Dari apa yang dilaporkan dibawah ini yang diperkatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir adakah bermaksud orang kampung akan undi BN, orang bandar akan undi Pakatan? Bila kampung maju jadi pekan mereka akan undi Pakatan. Jadi biarlah kampung , kawasan Felda terus mundur agar rakyat di kampung, pedalaman dan peneroka sentiasa menganggap bahawa wakil rakyat (BN/Umno) yang buat jalan, bekal elektrik dan sebagainya, betul ke?
Orang bandar tak kisah dengan YB Sinar Harian 9 Mei 2011
MELAKA - Masyarakat di bandar masa kini tidak bergantung sepenuhnya kepada wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menjamin masa depan mereka.
Perkara itu menyebabkan sokongan rakyat bandar terhadap Barisan Nasional (BN) di Sarawak kurang menyerlah berbanding luar bandar.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, penduduk sedar, segala infrastruktur, keperluan asas seperti jalan raya, eletrik dan bekalan air tetap dilaksanakan kerajaan tanpa perlu diminta.
"Bagi penduduk di luar bandar, kebergantungan mereka terhadap wakil rakyat adalah lebih tinggi.
"Tanpa wakil rakyat mereka sukar mendapat kemudahan yang baik bagi meneruskan kehidupan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, penduduk di bandar tidak kisah memilih siapa wakil rakyat mereka.
"Sebaliknya, permintaan mereka pula lebih ke arah keselamatan, pengangkutan awam, peluang pekerjaan, pendapatan sara hidup dan kenaikan harga barang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini semalam.
Mukhriz berkata, ia menjadi lebih serius apabila penduduk luar bandar mula berhijrah ke bandar, selain daripada kawasan yang didiami dinaik taraf menjadi pekan.
Aktiviti di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru. Setiap hari Isnin hingga Rabu mulai jam 9.30 pagi - 5.00ptg. Yb Dr Hj Abd Rani Osman sentiasa sedia untuk berjumpa dan mendengar aduan masalah rakyat di kawasan DUN Meru. Karenah dan gelagat pengadu, sentiasa menguji kesabaran dan kesediaan YB untuk mendengar aduan pengadu. Itu lah peranan sebagai Yang Berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat.
Program ziarah kerumah warga emas uzur dan kurang upaya antara agenda pada hari Jumaat oleh YB Dr Hj Abd Rani Osman. Memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan, ubatan dan sumbangan kerusi roda kepada yang memerlukan. Turut bersama rombongan, Ketua Kampung Meru. Tn Hj Thafor Hj Noor memberikan penerangan berkaitan urusan permohonan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Zakat Selangor kepada yang layak memohon.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan