Sabtu, 7 Mei 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Aminuddin Harun

Posted: 07 May 2011 07:05 AM PDT

Aminuddin Harun


PROGRAM 100 HARI - PAKATAN RAKYAT

Posted: 06 May 2011 10:16 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 06 May 2011 11:39 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Orang Asal tolak geran tetapi mahukan warta...

Posted: 06 May 2011 07:33 PM PDT

Saya telah berinteraksi panjang dengan Sdr Yusri Ahon, seorang pemimpin kaum Orang Asal dari Kg Sg Mai, Jerantut, Pahang. Beliau kini terlibat dengan beberapa NGO Orang Asal dan merupakan seorang anak muda paling lasak dan aktif memperjuangkan hak dan kepentingan Orang Asal.

Semasa Pilihanraya Kecil DUN Tenang saya telah mengajaknya untuk membantu calon PAS DUN Tenang khususnya untuk dua buah perkampongan Orang Asal disana.

Dengan rendah diri dia menolak pelawaan saya. Katanya: "Saya tidak puas hati dengan Kerajaan PAS Kelantan kerana telah merampas tanah Orang Asal di Gua Musang."

Saya dengan segera menghubungi Sdr Mazlan Aliman untuk disampaikan kepada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, Menteri Besar, Kelantan. Mazlan telah menghubungu Tuan Guru dan Tuan Guru bersetuju menemui rombongan dari NGO Orang Asal bagi membincangkan isu tanah di Hulu Kelantan.

Pada tarikh yang ditetapkan rombongan daripada Orang Asal yang dipimpin oleh Yusri Ahon dan rakan-rakannya telah menemui Tuan Guru di Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Mengikut laporan yang saya terima bahawa Kerajaan Kelantan akan memberikan geran tanah kepada Orang Asal iaitu diatas tanah yang sudah dimajukan untuk membolehkan Orang Asal Gua Musang mendapat pendapatan yang munasabah.

Saya juga mendapat laporan bahawa rombongan Orang Asal tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Besar Kelantan itu kerana apa yang mereka tuntut bukanlah geran tanah tetapi penggezetan tanah mereka dan diwartakan didalam Warta Kerajaan Negeri.

Saya telah berbincang dengan Sdr Yusri menyatakan bahawa geran tanah amatlah penting, tetapi siang-siang ditolak oleh Yusri dengan mengatakan bahawa Orang Asal mahukan tanah mereka digazetkan sebagai kawasan Rezab Orang Asal yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak luar.

Saya menyatakan bahawa geran tanah sekurang-kurangnya untuk tanah kampong seperti yang dilakukan di Negeri Selangor di Kg Gerachi dan Kg Pertak kerana dengan adanya geran itu, tidak ada sesiapa lagi boleh mengganggu tanah mereka.

Saya nyatakan bahawa banyak tanah-tanah Orang Asal yang dahulunya telah direzabkan oleh Penjajah Inggeris kini sudah ditarik balik Rezab itu dan kini dikawasan-kawasan Rezab Orang Asal sudah direzabkan Rezab Perhilitan, dan kampong-kampong yang ada didalam Rezab itu dimminta berpindah.

Yusri menyatakan bahawa isu Orang Asal bukanlah isu geran tanah, tetapi isu penggezetan Rezab-Rezab. Orang Asal tetapi mahu tinggal secara berkelompok dengan sama-sama memiliki kawasan Rezab khususnya keatas tanah-tanah yang dahulunya menjadi tanah adat dan rayau nenek moyang mereka.

Ini adalah isu baru bagi saya. Saya pinta saudara Yusri dan NGO-NGO yang sehaluan dengan pandangannya supaya membuat kertas kerja yang lengkap untuk diserahkan kepada parti.

Sdr Yusri adalah Naib ketua PKR Cabang Jerantut dan Ketua PKR Ranting Kg Sg Mai, Jerantut.

Beliau bertegas didalam isu ini bahawa jika PKR juga bersikap seperti PAS, maka beliau rela duduk diluar parti dan hanya bergerak didalam NGO sahaja dan meneruskan perjuangan untuk Orang Asal sehingga mencapai kemenangan.

Sementara itu beliau tidak mahu bergerak lagi didalam gerakan politik, tidak mahu bersama UMNO kerana parti itu sudah 50 tahun meminggirkan isu tanah Orang Asal dan tidak mahu bersama PR kerana tidak mahu memperjuangkan isu tanah mengikut perspektif perjuangan yang dicadangkan oleh NGO Orang Asal.

Yusri Ahon adalah seorang pejuang yang kental, dan tahap perjuangannnya tidak pernah sorot.

Nostalgia 2: Peristiwa di Felda Chalok Barat,

Posted: 06 May 2011 06:06 PM PDT

Sekembali saya berceramah di Kelantan dan diikuti di Besut Terengganu, saya dijemput untuk berceramah di Felda Chalok Barat, Terengganu.

Saya sampai ke Rancangan itu lebihkurang jam 8.00 malam. Gate di Rancangan itu ditutup rapat, dan ada lebih kurang 10 orang kedapatan ditepi gate itu.

Apabila kereta saya menghampiri gate itu, seorang darinya menghampiri kereta saya dan mengenalkan dirinya sebagai Pengurus Rancangan dan beliau bertanya akan nama saya. Apabila saya nyatakan nama saya beliau terus menyatakan: "Minta maaf Encik, Encik tidak dibenarkan masuk ke Rancangan ini."

Saya bertanya kenapa, dan dia menyatakan bahawa itu adalah arahan dari Ibu Pejabat Felda. Dan saya nyatakan kepadanya bahawa saya dijadualkan berceramah di sebuah rumah ahli PAS di dalam Rancangan itu dan saya adalah tetamu kepada ahli PAS itu. Pengurus itu tetap tidak membenarkan saya masuk.

Kemudian, saya nyatakan kepadanya supaya membenarkan saya masuk sekejap untuk memberitahu Tuan Rumah bahawa ceramah itu terpaksa dibatalkan kerana saya tidak dibenarkan masuk kedalam Rancangan.

Pengurus itu benarkan saya masuk untuk tujuan itu dan beliau mengekori kereta saya dari belakang.

Sesampai ke rumah tempat ceramah itu dan belum sempat saya berkata apa-apa, Pengerusi Majlis telah mengalu-alukan kedatangan saya dan memandangkan kehadiran saya sudah lewat, maka beliau terus meminta saya berceramah.

Dan saya pun terus memulakan ceramah saya. Pengurus yang berada dibelakang saya itu terus menghampiri saya dan menyatakan bahawa beliau tidak benarkan saya berceramah dan menyatakan kepada saya bahawa saya sudah berjanji untuk tidak berceramah.

Ini adalah satu tekanan yang kiranya saya patuh akan melemahkan semangat penyokong-penyokong PAS dan peneroka-peneroka yang mahu mendengar ceramah saya khususnya mengenai kedudukan peneroka-peneroka Felda vis-a-vis Felda.

Saya terus memberikan sedikit taklimat kepada Pengurus itu mengenai peruntukan undang-undang khususnya Ceramah yang diadakan didalam rumah yang tidak memerlukan permit polis dan tidak memerlukan kebenaran dari Pengurus.

Pengurus itu naik berang! Dia terus meninggalkan tempat ceramah itu dan sekitar 30 minit, dia kembali semula dengan satu rombongan pasukan polis yang diketuai oleh seorang Inspektor.

Saya berbincang dengan Inspektor itu berhubung hak rakyat mengadakan ceramah di tempat tertutup seperti didalam rumah. Inspektor itu memahami undang-undang dan dia terus beredar dari situ.

Ini menyebabkan Pengurus itu lagi naik berang, dan dia seolah-olah menjerit memaki-hamun pihak Polis yang enggan bertindak terhadap ceramah itu.

Dari masa ke masa semasa saya berceramah dia mengganggu ceramah saya itu dan minta saya berhenti.

Saya beritahunya bahawa Insya Allah saya akan berhenti, dan masanya sudah tidak lama lagi iaitu jam 12.00 tengah malam.

Tepat jam 12.00 tengah malam saya berhenti, dan selepas itu saya jemput Pengurus itu untuk minum bersama-sama peneroka didalam Rumah tetapi dia tidak mahu dan beredar dari situ.

Semasa saya mahu keluar dari Rancangan itu, puluhan pemuda yang bermotor mengiringi saya hingga sampai ke gate, mereka bimbang sekiranya Pengurus itu melakukan tindakan-tindakan diluar jangkaan.

Dan kembalilah saya dengan selamatnya menuju ke Temerloh, Pahang, dan oleh kerana sudah terlalu mengantuk maka saya parkir kereta saya (sebuah van) di Dungun dekat dengan sebuah masjid dan tidur disitu sehinggalah terdengar azan Suboh dan saya solat Suboh berjemaah.

Apakh isu yang saya ceramahkan di Chalok Barat? Akan saya ceritakan dihalaman lain.

Nostalgia: Perjuangan Awalan untuk Peneroka Felda

Posted: 06 May 2011 04:48 PM PDT

Di awal tahun 80-an, saya dilantik sebagai Anggota Lajnah Undang-Undang PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Wan Mutalib Embong. Saya memilih untuk dijadikan tugasan tanggungjawab saya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan Peneroka Felda.

Semasa itu semua Rancangan Felda berpagar di pintu masuk dan ada gate. Tidak mudah untuk melepasi gate ini jika seseorang itu disyakki sebagai orang yang tidak dikehendaki.

Saya dicop sebagai seseorang "persona non grata" orang yang tidak dikehendaki didalam Rancangan Felda.

Diatas kerjasama yang diberikan oleh penyokong-penyokong Pembangkang didalam Rancangan Felda, saya berjaya juga memasuki semua rancangan Felda walaupun disesetengah Rancangan itu dihalang oleh Pengurus-Pengurus Rancangan.

Saya akan ceritakan peristiwa demi peristiwa di semua Rancangan Felda yang saya lawati sewaktu itu. Dan saya mulakan dengan peristiwa di Felda Jengka 22.

Dengan bantuan penyokong-penyokong PAS (masa itu belum ada cawangan PAS disana), saya memasuki Felda Jengka 22 kerana dipanggil oleh peneroka-peneroka untuk menerangkan kedudukan mereka dibawah Surat Perjanjian diantara Peneroka dan Felda.

Ada lebih kurang 40 orang peneroka-peneroka telah hadir disebuah rumah di rancangan itu. Saya hadir dengan membawa sebuah set radio dan mickrophone.

Melalui set radio dan mickrophone itu kami perbetulkan gelombangnya dan radio itu berfungsi sebagai pembesar suara. Ramai lagi yang membawa radio masing-masing dan dengan penyelarasan gelombang maka aliran suara yang kuat boleh memecahkan kesepian malam.

Sebaik saja saya mahu memulakan taklimat saya mengenai Surat Perjanjian diantara Peneroka dan Felda, tiba-tiba hadir seorang yang agak segak bersama rakan-rakannya cuba memberhentikan ceramah saya itu.

Apabila saya enggan, dia menyatakan bahawa dia adalah Pengurus Felda dan berhak memberhentikan ceramah itu.

Saya "lecture" sedikit tentang undang-undang kepada Pengurus Felda itu baik dibawah Perlembagaan Persekutuan mahupun dibawah Akta Polis, dan saya cabar Pengurus itu dimanakah kuasa yang ada padanya mengikut undang-undang.

Sudah tentu dia tidak ada jawapan. Dia cuba rampas microphone ditangan saya, dan saya tepis tangannya dan rampas kembali microphone itu.

Saya pinta Pengurus itu bersabar mendengar penerangan dari saya dan tidak mengambil tindakan liar.

Entah bagaimana tiba-tiba Pengurus yang nampak ganas tadi menjadi senyap dan duduk ditepi tangga mendengar hingga ke akhir ceramah saya.

Selepas habis ceramah, saya jemput Pengurus naik keatas rumah dan kami minum bersama, dan pada waktu itu dia menyatakan bahawa dia hanya menjalankan tugas dibawah arahan.

Selepas minum bersama saya meninggalkan Majlis dan Pengurus itu bukan sahaja bersalaman dengan saya tetapi dia juga bersalam dengan semua yang hadir dengan berkata: "Minta Maaflah."

Isi kandungan ceramah saya mengenai peruntukan Surat Perjanjian diantara Peneroka dan Felda itu akan saya paparkan dihalaman yang lain setelah kisah-kisah menarik tentang peristiwa-peristiwa yang saya lalui di Rancangan-Rancangan Felda pada awalan tahun-tahun 80-an dipaparkan di blog ini.


Fakta Hak Peneroka

Posted: 06 May 2011 04:26 PM PDT

"Hasrat Tun Razak melalui Akta GSA bukan untuk menjadikan Felda tuan dan peneroka sebagai hamba, tetapi untuk mengagihkan tanah kepada rakyat yang berhak..."

* Group Settlement Act (GSA) adalah panduan bagi Kerajan Negeri membangunkan sosio-ekonomi rakyat melalui pembangunan tanah.

* Tanah akan dibahagikan kepada rakyat untuk membasmi kemiskinan dan membangunkan negara.

*Peserta/peneroka dibenarkan membayar kos pembangunan tanah secara beransur-ansur tanpa menjejaskan hak mendapatkan geran hak milik.

* Felda dilantik sebagai agensi pengelolarancangan sehingga peneroka mendapat hak milik (geran).

* Kerajaan Negeri mamsih mempunyai hak terhadap tanah, malah memantau tugas Felda.

* Felda juga disyaratkan mesti mendapatkan kelulusan kerajaan negeri sebelum boleh mengubal sebarang dasar/polisi/undang-undang kecil berkaitan penyeliaan ladang dan peneroka.

*Namun Felda telah menggubal banyak peraturan/perjanjian yang menindas peneroka.

*GSA tidak membenarkan Felda memiliki tanah yang diberikan oleh Kerajaan negeri kerana Felda hanya dilantik sebagai pengurus dan pemberian tanah adalah untuk mewujudkan kawasan penempatan berkelompok yang didiami oleh peneroka atau secara pemilikan saham oleh koperasi.

* Sebaliknya Felda telah mengambil tanah tersebut untuk diusahakan sendiri dengan menubuhkan Felda Plantation Sdn Bhd. Tindakan ini menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan ramai rakyat hilang hak untuk menjadi peneroka.

* Dibawah GSA, hanya pentadbir tanah yang berhak memutuskan sama ada seseorang peneroka boleh dikeluarkan dari tanah rancangan tertakluk kepada bukti nyata pelanggaran peruntukan GSA atau menduduki tanah rancangan secara haram, sehingga dia mendapat hak milik. Sekiranya peneroka telah mendapat hak milik, maka dia tertakluk kepada Kanun Tanah Negera 1965 sama seperti tanah lain.

*Peneroka berhak mendapat geran/hakmilik tanah setelah menyelesaikan bayaran CAC (bayaran premium, upah ukur dan batu sempadan). Tindakan Felda melewatkan pemberian geran walaupun setelah peneroka melangsaikan hutang BK (Bayaran Kembali) adalah bertentangan dengan GSA. Malah GSA membenarkan pemberian hakmilik kepada Peneroka walaupun hutang BK belum langsai.

"Felda hanyalah pengurus sementara sehingga peneroka mampu berdikari dan mendapat hak milik mereka. Felda tidak berhak menekan dan mengaut keuntungan peneroka selama-lamanya"

Rujukan buku:
"Menongkah Cabaran, Mendepani Zaman: Maruah Peneroka perlu dikembalikan"
oleh: Wan Rohimi bin Wan Daud

Dipetik dari Risalah Warga Felda keluaran Biro Masyarakat Felda, Parti Keadilan Rakyat.

Anwar Ibrahim

Posted: 06 May 2011 07:04 PM PDT

Anwar Ibrahim


Abim: Anwar Tak Perlu Sahut Cabaran Eskay Sumpah Laknat

Posted: 06 May 2011 05:27 AM PDT

Dari The Malaysian Insider

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melakukan sumpah laknat bagi menafikan dirinya sebagai si pelaku dalam video seks, yang didakwa "Datuk T" Mac lalu sementara isu cabar-mencabar mengenai masih hangat diperkatakan.

Mantan pimpinan Abim, Prof Dr Ashraf Md Hashim berkata, Anwar tidak perlu melayan sumpah laknat kerana sumpah laknat disempurnakan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikira tidak sah mengikut syariah Islam.

"Jika mengikut syariah Islam, walaupun Eskay membuat sumpah laknat atas kemahuan sendiri tetapi beliau masih tidak memenuhi syarat sah sumpah seperti dalam Islam di mana sumpah laknat perlu dilakukan di mahkamah, sumpah tersebut mesti mendapat kelulusan mahkamah (hakim) dan mesti disaksikan oleh empat saksi.

"Walaupun Eskay dengan rela hati membuat sumpah laknat, namun beliau tidak memenuhi syarat sumpah laknat menjadi sah seperti yang terkandung dalam syariah Islam," katanya pada diskusi berkenaan hukum qazaf dan sumpah menurut syariah anjuran Abim, hari ini.

Sebelum ini, Eskay telah mengajak Anwar menyertainya untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Al-Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, jika benar Ketua Pembangkang itu bukan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita asing dalam rakaman videoyang didedahkannya, bulan lepas.

Beliau telah mengangkat sumpah laknat Jumaat lalu dengan memegang al-Quran, mengatakan "Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dipaparkan pada 21 Februari tahun 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku."

Selain itu, Ashraf turut berkata, dalam syariah Islam, pendakwaan hanya boleh dilakukan apabila cukup empat syarat iaitu orang yang menuduh, pendakwaan dilakukan di mahkamah, orang yang dituduh perlu hadir dan isu yang dimaklumi dibuat kepada penghakiman. Dalam pada itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang berkata, Anwar berhak menolak sumpah laknat mengenai pelaku video seks.

Katanya, jika mengikut syariat Islam, Anwar tidak perlu melayan sumpah tersebut kerana pada asalnya sendiri tidak betul cara dan tempatnya.

Bagaimanapun kata beliau, secara moralnya pula Anwar perlu balas sumpah untuk mengelakkan moral dirinya tercalar.

Naib Presiden Pencerdasan Ummah (Wadah), Dr Abdul Halim El-Muhammady berkata, sekarang ini berlaku kekeliruan yang ditimbulkan media massa hanya memperkatakan berkenaan prosedur sumpah tetapi bukan subjek sumpah ekoran kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang mengatakan mengenai sumpah mubahalah.

"Sebenarnya dalam syariat Islam, sumpah mubahalah hanya berlaku apabila penuduh dan si tertuduh melakukan sumpah laknat. Sumpah mubahalah juga melibatkan akidah. Oleh itu, jika ada pihak perlu bersumpah dan menyuruh sebelah pihak lagi bersumpah adalah tidak benar.

"Ini sekali gus akan mengelirukan masyarakat dan menjadikan sumpah itu sebagai budaya dalam masyarakat. Jadi, buat apa kita sibuk menyuruh seseorang melakukan sumpah laknat. Sebagai orang Islam, apa yang penting, berserah kepada Allah s.w.t., biar Dia yang menentukan siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah," ujarnya.

Beliau menambah, kekeliruan ini juga timbul disebabkan media massa yang mengeluarkan berita tidak kena pada tempatnya.

Mereka hanya mengambil kira prosedur sumpah tetapi tidak mengambil objektif sumpah tersebut.

"Kadang kala orang yang membuat sumpah itu, tidak memahami syariah Islam dan tidak merujuk kepada buku syariah sebelum menyatakan sumpah.

"Jika mereka tidak bersumpah di hadapan hakim, sumpah itu tidak dikira sah. Oleh itu, seharusnya kita jangan bunuh adat Melayu, adat Islam dan hanya mengikut kehendak diri tanpa merujuk kepada yang lebih pakar, " katanya lagi.

Sokong Tubuh Suruhanjaya Siasat Gani Dan Musa – Khalid Samad

Posted: 06 May 2011 01:10 AM PDT

Dari TV Selangor

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersetuju dengan cadangan bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim yang menggesa kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Khalid berkata, meskipun Gani Patail disabitkan dengan pelbagai dakwaan yang menjejaskan kreadibilitinya sebagai peguam negara, beliau masih dibenarkan betugas seperti biasa tanpa sebarang siasatan keatasnya.

“Saya sokong saranan beliau (Datuk Mat Zain Ibrahim) kerana amat pelik bagaimana peguam negara yang jelas telah terlibat dalam kes itu untuk menutup kebenaran dan fakta berhubung dengan kes itu dan masih boleh bertugas sebagai peguam negara dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

Semalam, Mat Zain melalui surat terbukanya menyarankan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar agar menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat Gani Patail dan Musa Hassan kerana menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan Malaysia.

Mat Zain dipetik sebagai berkata kesalahan keadilan awam, yang didakwa ke atas Gani Patail dan Musa Hassan "adalah terlalu besar untuk dimaafkan."

Justeru Khalid ketika dihubungi TV Selangor berkata, penubuhan suruhanjaya ini penting agar kerajaan persekutuan dapat membersihkan imej instituisi ini dimata rakyat.

“Penubuhan RCI itu untuk menyiasat kes itu dan latarbelakang kes itu adalah amat perlu sekiranya kerajaan ingin mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pendakwaan di negara.”

Khalid turut menyifatkan pemilihan jawatan peguam negara tidak boleh diambil sambil lewa dan paling penting individu itu perlu bebas serta tidak terikat dengan mana- mana parti politik yang akan mempengaruhi pendakwaan yang dibuat.

“Jawatan peguam negara adalah begitu penting, dan perlu bebas daripada pengaruh politik dan kesetiaan politik yang menebal,” katanya.

Sekiranya pendakwaraya didapati bersalah seperti mana yang didakwa oleh Datuk Mat Zain, di mana telah berusaha menutup maklumat sebenar yang berlaku, maka dia mesti dipecat dan didakwa,” katanya lagi.

Sebelum ini Mat Zain mendedahkan Gani Patail berperanan dalam insiden mata lebam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 12 tahun lalu.

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Klang, Selangor

Posted: 05 May 2011 09:13 PM PDT

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

7 Mei 2011 (Sabtu)

Program 1
7.00 – 12.00 mlm – Malaysian Indian Voice – Bersatu Untuk Berjaya

Lokasi : Dewan Hamzah, Kelang

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Karpal Singh
4. YB Prof Dr P. Ramasamy
5. YB Ronnie Liew Tian Khiew
6. YBhg Raidu

Program 2
9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana- Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah

Lokasi : Markaz PAS, Taman Teluk Gedung Indah, Port Klang

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Dr Siti Mariah Mahmud
4. YB Shuhaimi Shafie
5. YB Charles Santiago
6. TBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin

anjung setiawangsa

Posted: 06 May 2011 03:05 PM PDT

anjung setiawangsa


SAYA YAKIN BUKAN ANWAR - DATUK THASLEEM

Posted: 06 May 2011 01:19 AM PDT


Datuk Thasleem Ibrahim, pengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) berkata, beliau salah seorang daripada beberapa individu yang turut menerima DVD video seks, yang "Datuk T" dakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Thasleem berkata, DVD diposkan ke pejabatnya di Jalan Damansara di sini, dengan bersetem Thailand dan tertera perkataan "Prasan Mit" — dipercayai pejabat pos bahan itu diposkan.

"Ia memang menghairankan (saya). Kemungkinan kerana mereka tahu saya ada pandangan yang berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; isu 16 September mahu mengambil alih Putrajaya yang saya bantah sama sekali," kata beliau kepada The Malaysian Insider sambil menyifatkannya sebagai "tidak Islamik."

Thasleem berkata satu lagi kemungkinan ialah beliau selalu membawa pelbagai isu dan dalam kes ini ia melibatkan aktiviti moral.

Ketika ditanya mengapa beliau menunggu tiga hari sebelum membuat laporan polis, Thasleem berkata beliau sibuk dan memerlukan masa untuk melihat sendiri video seks.

"Ia klip kira-kira 16 minit, saya telah menontonnya untuk meyakinkan saya tentang apa di dalamnya," katanya.

Tambah beliau pada klip ada tulisan Thailand dengan angka 2011 dari awal hingga akhir.

"Pada pandangan saya, wajah wanita itu sangat jelas, yang seorang macam Datuk Eskay... dan orang ketiga, ramai yang mengatakan sebagai Anwar tetapi saya pasti bahawa dia bukan Anwar," katanya lagi.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang daripada tiga "Datuk T" awalnya mendedahkan video seks itu pada 21 Mac lalu.

"Mana-mana warganegara seharusnya telah melakukan yang ini, pergi kepada polis dan menyerahkannya.

"Saya biarkan pihak berkuasa memutuskan apa yang perlu dilakukan," katanya lagi.

Awal minggu ini, Ahli Parlimen PKR dari kawasan Kapar juga mendedahkan ada menerima VCD daripada pihak tidak dikenali dari Thailand.(MInsider)

SAMA TAPI TAK SERUPA

Posted: 05 May 2011 07:46 PM PDT



Bendera KIMMA













Bendera Negara India


Aikkkkk.....macam sama je bendera yang kat atas tu ngan bendera ni......kata penyokong UMNO....kata penyokong BN......mestila kena sokong 1Malaysia....ni benderapun tak ada ciri-ciri Malaysia langsung....

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 06 May 2011 01:02 PM PDT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Tak masuk akal Che'gu Bard akan keluar parti

Posted: 06 May 2011 04:30 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 06 May 2011 11:03 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Nelayan Vietnam `kuasai’ pelabuhan Chendering

Posted: 05 May 2011 11:47 PM PDT




Free Malaysia Today - May 6, 2011

Mereka nampaknya lebih bebas dan nelayan tempatan terpaksa mengalah, kata seorang nelayan dari Chendering.

KUALA TERENGGANU: Nelayan pantai di daerah ini dan Marang berang kerana jeti pendaratan ikan di pelabuhan Chendering dekat sini dipenuhi bot nelayan Vietnam.

"Amat susah nak daratkan hasil tangkapan kerana berderet bot di pelabuhan ini. Kena tunggu lama kadang-kadang sampai sejam.

"Dulu tidak begini. Tetapi sejak bot nelayan Vietnam banyak masuk ke pelabuhan Chendering, keadaan menjadi sesak dan tidak terkawal.

"Mereka nampaknya lebih bebas dan nelayan kita terpaksa mengalah," kata seorang nelayan dari Chendering yang mahu dikenali dengan panggilan Mat Awi, 40 tahun.

Pelabuhan perikanan Chendering milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) merupakan tempat pendaratan ikan utama bagi nelayan dari Kuala Terengganu dan Marang.

Nelayan lain, Omar Awang pula mendakwa, kehadiran begitu banyak bot nelayan Vietnam ke pelabuhan Chendering menimbulkan tanda tanya di kalangan nelayan tempatan.

"Mereka mempersoalkan mengapa pihak berkuasa membenarkan bot nelayan Vietnam berada di pelabuhan Chendering.

"Bot mereka mendaratkan hasil tangkapan sedikit sahaja tetapi lebih banyak mengisi diesel subsidi.

"Ikan mereka jual di tempat lain," katanya.

Omar juga mendakwa, perangai nelayan Vietnam ini yang suka minum arak menyebabkan mereka mudah bergaduh.

Menurutnya, keadaan ini menyebabkan nelayan tempatan menjadi takut kerana mereka begitu ramai terutama pada waktu mendaratkan ikan pada waktu petang.

"Saya pernah melihat mereka bergaduhdi kawasan jeti sesama mereka selepas mabuk," tambahnya.

Difahamkan nelayan tempatan merancang mengadakan demontrasi di pelabuhan itu tetapi dibatalkan selepas dinasihatkan oleh Persatuan Nelayan Terengganu (Penentu).

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/06/nelayan-vietnam-kuasai-pelabuhan-chendering/

Murid guna E-Book, guru masih guna papan hitam

Posted: 05 May 2011 09:29 PM PDT



INI HANYA BERLAKU DI MALAYSIA, Seperti Kera Mendapat Bunga, Mahal Rantai Dari Beruk. May 6, 2011. "Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," kata seorang felo kanan UKM. Guru-guru di Terengganu masih menggunakan papan hitam ketika mengajar walaupun pelajar diberikan komputer riba E-Book.

Dakwaan itu dibuat oleh Felo Kanan, Institut Kajian Rantau Asia Barat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr.Kamaruzaman Yusof dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.

"Pelajar guna E-Book hanya nak tengok internet saja," katanya.

Beliau juga mendakwa, E-Book yang diberikan kepada para pelajar tahun lima sekolah rendah itu, mengalami kerosakkan selepas 2 tahun digunakan.

Apabila komputer tersebut rosak, ia tidak dapat diperbaiki, kerana tidak ada pihak yang boleh membaik pulih, tambahnya.

Di Singapura, kata Dr. Kamaruzaman, pelajar yang mendapat E-Book tidak lagi membawa buku teks ke sekolah.

Katanya, pemberian E-Book, bukanlah 'tidak elok' tetapi belum sampai masanya lagi kepada pelajar di negeri Terengganu untuk menggunakan E-book.

Oleh kerana itu, menurutnya, berlaku perkara-perkara yang tidak diingin di kalangan pelajar yang diberikan E-Book tersebut.

"Maknanya saya nak katakan di sini E-Book bukanya tidak elok, tetapi masalahnya masyarakat kita belum sampai lagi boleh guna E-Book.

"Bila diberikan kepada budak-budak berlaku (lah) perkara yang tidak baik dan tidak diingini,"jelasnya.

Usaha untuk menghubungi exco pendidikan kerajaan Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman bagi mengulas perkara tersebut gagal.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/05/06/murid-guna-e-book-guru-masih-guna-papan-hitam/

Filipina lagi miskin, guna lampu air, kenapa serang Libya?

Posted: 05 May 2011 08:42 PM PDT



Di pinggir bandar Manila, terdapat 3 juta rumah tanpa bekalan elektrik. Sekarang kerajaan Filipina menjalankan kerjasama dengan MIT untuk membekalkan lampu menggunakan botol air terpakai untuk memberi cahaya di rumah-rumah yang miskin dan daif di pinggir Manila. Rakyat Filipina jauh lebih miskin dari rakyat Libya, tapi kenapa Amerika dan negara barat menyerang Libya?

Pendapatan per kapita tahunan rakyat Libya pada kedudukan ke 17 di dunia dengan pendapatan tahunan US 12,020 (RM35,909), rakyat Malaysia ke 87 dengan pendapatan tahunan US 7,350 (RM21,958) manakala pendapatan tahunan rakyat Filipina jauh di bawah di tangga ke 154 dengan pendapatan tahunan US 1,790 (RM5,347).

Kenapa Libya diserang sekarang ini? Perisikan Tentera Malaysia tak ada maklumat ke kenapa Libya di serang? Kenapa Tunisia, Syria, Mesir bangkit dengan kuasa rakyat?

Filipina juga bangkit dengan kuasa rakyat, tetapi kenapa rakyatnya masih miskin, lebih miskin dari rakyat di Libya dan Tunisia?

FIKIR-FIKIRKAN !

The National Electrification Commission reported in 2009 that 3 million homes outside Metro Manila still are powerless?

Solar bottle bulbs light up homes of Tondo community
Wednesday, 27 April 2011

RATHER than complain about the heat this summer, how about harnessing the power of the sun to bring electricity to a poor community?

Earlier this month, the Manila city government lit up 120 houses at Baseco Compound in Tondo by installing "solar bottle bulbs" on the roofs.

The cheap, solar-powered bulbs are actually just clear plastic soda bottles filled with a mixture of purified water and chlorine or bleach which is commonly used in household cleaning products.

Each bottle is then inserted halfway into a hole made on the roof of a house. Sealant is applied to prevent leaks and the end result gives the impression of a small, plastic chimney.

The bulb gives off light equivalent to a 55-watt electric lamp as the water inside the bottle refracts sunlight and other exterior light.

"We have to save. My husband is a contractual carpenter and we just get by. We have to pay the P800 (RM56) monthly rent in addition to food and water expenses, my grandchild's milk and other needs," she says, motioning to a baby sleeping in a cradle.

The solar bottle bulb is an innovation developed by students of the Massachusetts Institute of Technology.

The idea is actively being promoted by MyShelter Foundation Inc. in the country under its "Isang Litrong Liwanag–The Solar Bottle Bulb Project" which was launched in San Pedro, Laguna province early this year.

The chlorine and bleach "poisons" the water to keep molds from developing so the solution can last up to five years. The use of distilled or purified water is encouraged to keep the water clear for refraction.

It only costs P100 (RM7) to P200 (RM14) to make a solar bottle bulb.

Source :
http://isanglitrongliwanag.org/2011/04/27/solar-bottle-bulbs-light-up-homes-of-tondo-community/
http://www.quotednews.com/2011/04/28/government-launches-a-liter-of-light-program-by-using-solar-bottle-bulbs-to-give-brighter-hope-to-the-poor/

Gross national income per capita 2009, Atlas method and PPP (World Bank)
http://siteresources.worldbank.org/DATASTATISTICS/Resources/GNIPC.pdf

Petanda Umno DUN Chembong, Rembau akan rebah

Posted: 05 May 2011 08:01 PM PDT



Dah 3 bulan papantanda jalan utama di Chembong, Rembau telah rebah. Adakah ini tanda-tanda Umno akan tewas di DUN Chembong dalam pilihanraya umum ke 13 nanti? Apa ke tidaknya, janji buat Hospital Rembau di DUN Chembong sejak Mac 2008 hanya tinggal batu asas saja. Yang dapat hospital kawasan DAP menang.

Tampin di DUN Repah , wakil rakyatnya DAP dapat hospital baru, walaupun dah ada hospital Tampin.

Di Nilai pun sama, wakil rakyatnya DAP, pun akan dapat hospital baru.

Melayu Chembong, Rembau apa dapat? Bolehlah baringkan pesakit atas batu asas Hospital Rembau, itu saja.

Berita penuh Papan Tanda Jalan (Simpang Tiga Pedas), Menanti Rebah di http://parchembong.blogspot.com/2011/05/papan-tanda-jalan-simpang-tiga-pedas.html

Berita DUN Repah, wakil rakyat DAP dapat Hospital Tampin yang baru di http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

Berita DUN Nilai, wakil rakyat DAP dapat Hospital Nilai yang baru di
http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

Berita DUN Chembong, wakil rakyat UMNO dapat BATU ASAS Hospital Rembau di http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.html

Nasib ibu tunggal Melayu di Melaka, bumi Hang Tuah

Posted: 05 May 2011 07:49 PM PDT



HANYA 3 BULAN TERIMA BANTUAN. Sinar Harian 6 Mei 2011, MELAKA - Balu kepada seorang mangsa kemalangan jalan raya lima tahun lalu melahirkan rasa kecewa apabila hanya menerima tiga bulan sahaja bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Mac 2007 lalu.

Rashidah Ahmad, 30, dari Kampung Bukit Larang Pernu dekat sini berkata, sehingga kini dia masih ternanti-nanti bantuan am yang sepatutnya dijanjikan berjumlah RM230 sebulan.

Menurutnya, bantuan itu diperlukan bagi menampung keperluan tiga anak yang berusia 10, 8 dan 5 tahun.

"Suami saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya membabitkan sebuah treler di kilometer 11 di Taman Seri Telok Emas.

"Ketika kejadian, suami saya yang berusia 32 tahun sedang menjual buah-buahan di tepi jalan dua hari sebelum Ramadan maut di tempat kejadian akibat dilanggar treler berkenaan. Kemalangan itu turut meragut seorang lagi peniaga yang baru meninjau tapak bazar Ramadan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Rashidah berkata, sejak kejadian itu, dia terpaksa menjalankan perniagaan warung secara kecil-kecilan di hadapan rumah sewanya dengan memperoleh pendapatan sekitar RM10 hingga RM15 sehari sahaja.

"Jumlah itu tidak mencukupi untuk menanggung keperluan tiga anak saya yang kesemuanya perempuan di samping perlu membayar sewa rumah sebanyak RM200 sebulan.

"Sejak permohonan bantuan JKM dibuat lima tahun lalu, saya hanya menerima bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun saya berjumlah RM230 sebulan pada 8 Mac, 27 April dan 12 Mei 2007 sahaja," katanya.

Katanya, bagi mendapatkan penjelasan itu, dia merujuk masalahnya ke pihak JKM, namun pegawai berkenaan hanya menjelaskan bantuan terbabit sepatutnya sudah dimasukkan ke dalam akuan saya.

"Tetapi hairannya, sehingga sekarang bantuan yang amat saya harapkan itu masih tidak diperoleh dan kini sudah hampir 10 kali saya turun naik ke pejabat JKM.

"Saya pun sudah naik malu dengan pegawai di sana, tetapi kehidupan saya terlalu mendesak untuk saya dapatkan bantuan berkenaan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9055519.asp

Di Melaka, hadiah pertandingan Karaoke roti 60 sen

Posted: 05 May 2011 05:56 PM PDT



Harian Metro 6 Mei 2011, MELAKA: Sepuluh finalis pertandingan akhir karaoke yang dianjurkan seorang individu menerusi program dijalankan sebuah AGENSI KERAJAAN mendakwa hanya menerima hadiah berupa sebuku roti bernilai 60 sen.

Peserta yang memenangi tempat pertama, Hasnita Abd Hamid, 41, mendakwa terkejut apabila membuka beg kertas diterimanya dan mendapati ia hanya berisi sebungkus roti krim berharga 60 sen yang disangkakan hadiah iringan yang lebih berharga.

Dakwanya, lebih mengecewakan apabila sampul bagi hadiah pertama yang dimenanginya tidak berisi wang tunai RM300, sebaliknya nota yang tertulis ucapan tahniah dan memintanya menukarkan nota dianggap baucar itu kelmarin dengan penganjur.

"Saya bertanya kepada pemenang tempat kedua serta ketiga dan mereka juga mendapat benda sama, begitu juga finalis lain," katanya, di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Menangroti60sen/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan