29 Mei 2011- Buat julung kali secara rasminya, pimpinan Pas Kawasan Tg Malim telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan PKR Cabang Tanjong Malim. Pertemuan seramai 20 orang pimpinan ini telah diketuai oleh YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli bersama pimpinan Harian Pas Kawasan dan di pihak PKR diketuai oleh Naib Pengerusi Cabang PKR Tg Malim, Wan Zulkipli dan rombongan.
Perbincangan menjurus kepada perancangan bagi mengadakan program bersama dalam kawasan Tg Malim. Berbekalkan semangat ukhuwah yang tinggi daripada kedua-dua pihak pimpinan, perbincangan telah berlangsung dalam suasana penuh dengan kesediaan mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia terjalin. Antara program terdekat yang dibincangkan akan dilaksanakan secara bersama ialah Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di Slim River.
Menurut YDP Pas Tg Malim, pembentukan sekretariat bagi melicinkan perjalanan Pakatan Rakyat di Tanjong Malim perlu disegerakan. Tambahnya lagi, matlamat yang satu untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan memenangkan Pakatan Rakyat serta menawan Putrajaya bukanlah omong-omong kosong, tetapi ianya bersandarkan kepada fakta bahawa Pas dan Pakatan Rakyat memang bersedia untuk mengambil alih pentadbiran negara ini bagi memastikan kebajikan rakyat menjadi agenda utama untuk direalisasikan.
Majlis yang bermula sekitar jam 2.00 petang itu telah dilangsungkan di Pejabat Pas Kawasan Tg Malim, Bandar Baharu Slim River. Majlis berakhir sekitar jam 4.00 petang dengan pimpinan kedua-dua parti minum petang di sebuah restoran di Slim River.
HARARE: Seorang anggota polis Zimbabwe berpangkat sarjan ditahan di sebuah balai polis selepas ditangkap kerana menggunakan sebuah tandas awam yang dikhususkan untuk Presiden Robert Mugabe.
Kejadian berlaku di Pameran Perdagangan Antarabangsa Zimbabwe di Bulawayo, barat negara itu baru-baru ini.
Menurut laporan radio tempatan, anggota polis terbabit, Mabhunu, bertugas pada hari Mugabe merasmikan pesta berkenaan.
"Kerana tidak tahan untuk membuang air, Mabhunu meluru ke tandas yang disediakan untuk Mugabe.
"Dia dihalang oleh pegawai yang menjaga tandas berkenaan. Bagaimanapun, dia tidak mempedulikan mereka dan memasukinya untuk melepaskan hajatnya," lapor radio itu.
Peguam hak asasi manusia Zimbabwe, Beatrice Mtetwa membantah penahanan Mabhunu dengan berkata, tandas itu milik awam.
SEORANG penyokong Muammar Gaddafi mengibar bendera Libya dan gambar Gaddafi di Tripoli.
TRIPOLI - Jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) melancarkan serangan udara pada waktu siang keatas ibu kota Libya di sini semalam selepas mengebom bandar raya berkenaan selama lima malam berturut-turut.
Serangan itu dilakukan untuk meningkatkan tekanan terhadap Muammar Gaddafi supaya berundur selepas 41 tahun beliau memerintah Libya.
Serangan waktu siang itu menyebabkan satu letupan kuat di sini tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia disebabkan oleh bom atau peluru berpandu.
Kelmarin, NATO mengebom beberapa kawasan di bandar raya ini terutamanya kompleks kediaman Gaddafi di Bab Al-Aziziah.
Dalam perkembangan berkaitan, NATO menyatakan, ia bersedia menghantar helikopter-helikopter tempur ke Libya bagi menghapuskan tentera Gaddafi yang masih setia.
"Terdapat tanda-tanda bahawa momentum terhadap Gaddafi kini semakin meningkat. Kami sedang memperhebatkan tekanan politik, ekonomi dan ketenteraan bagi memastikan beliau disingkirkan," kata Perdana Menteri Britain, David Cameron pada sidang kemuncak negara Kumpulan Lapan (G8) di Perancis.
Ketegasan Cameron dalam menangani krisis politik Libya turut disokong Presiden Rusia, Dmitry Medvedev yang menyatakan, Gaddafi tidak lagi berhak memerintah Libya.
NATO menguatkuasakan zon larangan terbang keatas Libya pada 24 Mac lalu bagi melindungi orang awam daripada menjadi mangsa serangan tentera Gaddafi.
Rakyat Libya bangkit menentang pemimpin berusia 68 tahun itu pada Februari lalu kerana menuntut pembaharuan demokrasi dan ekonomi.
HILLSBOROUGH: Seorang pesara menyembunyikan mayat isterinya dalam peti sejuk selama 10 tahun, merahsiakan kematian wanita itu supaya dia boleh terus menuntut bayaran perlindungan sosialnya.
Hal itu terbongkar selepas Allan Dunn, 86, mati kerana membunuh diri dan mahkamah membenarkan seorang rakan memasuki apartmennya untuk menguruskan hal ehwal peninggalannya.
Carol Kingsbury yang mula berkenalan dengan lelaki tua itu beberapa tahun sebelum kematiannya, menemui mayat Margaret Dunn dalam peti sejuk dalam apartmen di Pusat Sun City, kawasan komuniti di Hillsborough County, Florida.
Gambar hiasan
Mayat itu sudah reput kerana bekalan alektrik diputuskan sejak sembilan bulan lalu selepas Dunn mati setelah menembak dirinya pada Ogos 2010.
"Dia tidak pernah memberi gambaran mengenai kewujudan mayat isterinya. Saya tidak menyangka dia akan berbuat demikian," kata Carol.
Penyiasat percaya Margaret yang membeli apartmen itu pada 1994 mati akibat sakit biasa pada 2000.
Menurut jiran yang mengenali pasangan itu, Dunn memberitahu mereka bahawa Margaret berpindah ke sebuah pusat jagaan orang tua di timur laut Amerika Syarikat.
Tetapi, penyiasat percaya, dia menyembunyikan mayat Margaret dan berterusan mengambil bayaran keselamatan sosial isterinya daripada pihak berkuasa.
Pemeriksa perubatan Hillsborough County masih belum membuat pengecaman secara rasmi terhadap mayat berkenaan.
Bagaimanapun, bedah siasat awal yang dilakukan menunjukkan kematian wanita itu bukan berpunca daripada perbuatan jahat.
Dengan Dunn yang tidak mempunyai keluarga yang boleh dijejaki, apartmennya kekal kosong sehingga minggu lalu apabila Carol, dan adiknya, Ellen Miller, yang menjaga Dunn sejak dua tahun lalu diberikan kebenaran untuk memasuki rumah itu.
PARIT: "Saya akhirnya 'dilamar' tetapi bukan daripada jejaka untuk dipinang, sebaliknya tawaran berlakon dalam sebuah telefilem," kata ratu miming, Roshida Abd Aziz, 30, (gambar) atau dikenali sebagai Cikgu Shida yang kini popular di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web Youtube.
Cikgu Shida yang masih bujang dilamar sebuah syarikat perfileman baru-baru ini untuk berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk 'Cikgu Shida Cari Jodoh' yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri depan.
Telefilem 90 minit itu akan memulakan penggambaran Jumaat ini, dan paling menarik, Cikgu Shida akan tampil sebagai pelakon utama.
Cikgu Shida yang ditemui di kediamannya di sini semalam berkata, dia menerima tawaran itu dan menganggap ia rezeki buatnya, malah tidak sabar-sabar mahu mencuba bidang baru itu.
"Tajuknya menarik... Cikgu Shida Cari Jodoh, malah saya difahamkan telefilem itu berkisar mengenai seorang cikgu wanita yang gila-gila selain turut menyelitkan kisah suka duka dan kehidupan seorang cikgu.
"Ini mungkin rezeki baru saya dan 'lamaran' ini cukup untuk mengubat segala duka saya sepanjang terbabit dalam hobi berkenaan. Saya mengakui tidak sabar-sabar mahu mencuba lapangan (telefilem) baru yang lebih mencabar itu," katanya.
Katanya, dia tidak menyangka perangai gila-gilanya yang dipaparkan dalam klip miming itu menarik minat sebuah syarikat perfile man, seterusnya mengabadikannya di layar perak.
Cikgu Shida berkata, cubaannya menampilkan pelbagai ekspresi muka dan gaya serta solekan dan serta berlatarbelakangkan barangan terpakai yang dibuat untuk suka-suka akhirnya diterima masyarakat.
Mengimbau kembali pembabitannya dalam bidang seni itu, guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri itu berkata, dia pernah dicerca, dihina dan tidak kurang dianggap menghidap sakit mental.
"Saya mengambil semua tohmahan itu sebagai sesuatu yang positif dan ia tidak melemahkan hasrat saya untuk mencari hiburan tersendiri, di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Facebook," katanya.
Anak kedua daripada lima beradik itu berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan hobinya kerana mereka sudah 'masak' dan faham perangai 'gila-gila'nya.
"Begitu juga rakan sejawatan, malah mereka memahami jiwa dan watak saya yang suka mencari kelainan," katanya.
Cikgu Shida satu-satunya anak perempuan pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, dan faktor itu mungkin menjadi kekuatan utama untuk dia menyerap semua tekanan dihadapi.
Terkini, klip mimingnya bertajuk 'Kalau Berpacaran' nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali yang dimuat turun melalui laman Facebook menghampiri dua juta pelawat sejak lima bulan lalu.
Malah, miming itu juga menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan, selain mendapat pujian rakannya di luar negara termasuk Britain, Amerika Syarikat dan Australia.
KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mendapat keuntungan sekelip mata, seorang peniaga dan bekas nelayan sanggup menjual bot miliknya sebelum wang itu dilaburkan terhadap sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kes penipuan skim cepat kaya dan penyelewengan wang mencecah RM200 juta sejak tiga tahun lalu.
Amir Sahat, 47, berkata dia kerugian RM60,000 dan wang itu kononnya dilaburkan bersama syarikat milik seorang 'lebai', turut dikenali sebagai 'Ustaz Harun' yang didakwa menjalankan perniagaan besar dalam sektor perkilangan, pembinaan dan perkapalan.
"Konco 'ustaz' berkenaan bergerak di seluruh negeri pantai timur dan utara dengan bernaung di bawah nama sebuah persatuan. Saya pernah menghadiri satu program yang mereka adakan di Stadium (Sultan Mohammed Ke-IV) sekitar 2008.
"Lagak mereka memang seperti ahli perniagaan hebat, mereka turut menjanjikan pulangan berlipat kali ganda jika melaburkan wang bersama syarikat 'ustaz' berkenaan," katanya.
Amir yang berasal dari Kedah berkata, mulanya dia melabur RM20,000 dan setiap minggu menerima pulangan RM130 sebagaimana dijanjikan syarikat berkenaan sebagai jumlah keuntungan bulanan.
SEORANG anggota polis Hamas memeriksa pasport seorang penduduk Palestin di lintasan Rafah, selatan Genting Gaza semalam.
RAFAH, Wilayah Palestin - Lebih 1.5 juta penduduk Genting Gaza boleh menarik nafas lega selepas Mesir semalam membuka lintasan Rafah yang bersempadan dengan wilayah Palestin berkenaan. Ia sekali gus membolehkan orang ramai bebas melakukan perjalanan setelah wilayah itu dikepung sejak empat tahun lalu, kata seorang wartawan agensi berita AFP.
Antara yang pertama melintasi pos sempadan itu termasuk dua buah ambulans yang membawa pesakit dari Genting Gaza untuk mendapatkan rawatan di Mesir selain sebuah bas mini yang membawa 12 pelawat.
Menteri Luar Mesir Nabil Al-Arabi bersetuju untuk membuka semula lintasan Rafah susulan proses perdamaian pergerakan Fatah dan kumpulan Hamas yang bersengketa pada 2006.
Keputusan tersebut dibuat mengurangkan kesengsaraan penduduk Palestin akibat sekatan Israel ke atas Genting Gaza.
Lintasan Rafah yang merupakan satu-satunya pos sempadan yang tidak dikawal Israel akan dibuka kepada orang ramai untuk tempoh lapan jam sehari melainkan Jumaat dan cuti umum.
Namun, barangan tidak dibenarkan dibawa melintasi sempadan tersebut.
Lintasan tersebut ditutup pihak berkuasa Mesir pada Jun 2007 selepas Hamas menguasai Genting Gaza dan hanya dibuka beberapa kali bagi tujuan kemanusiaan.
MUAR: Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.
"Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno," kata Ketua Umum KEADILAN itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar.
Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.
"Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.
"Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'," katanya.
Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.
"Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.
"Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporm, kebaikan Umno," katanya.
CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.
LIPAS melompat yang ditemui di Cape Town, Afrika Selatan.
Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.
"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.
Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini.
KUALA LUMPUR - Jumlah pasangan Islam yang bercerai menunjukkan peningkatan yang membimbangkan iaitu daripada 22,289 kes sepanjang tahun 2008 kepada 27,116 kes pada tahun lalu.
Pada masa yang sama, jumlah kes perceraian pasangan bukan Islam menurun kepada hanya 3,633 kes pada 2008 berbanding 2,938 kes tahun 2009.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie berkata, data yang terkumpul itu bagaimanapun tidak mencerminkan realiti memandangkan ada kes perceraian yang tidak didaftarkan.
"Ada pasangan yang berpisah atau bercerai tetapi oleh kerana sebab-sebab tertentu, mereka tidak mendaftarkan perceraian itu,'' katanya di sini semalam.
Sean Kie menjelaskan, kerajaan melalui kementeriannya telah mengambil inisiatif menggubal Dasar Keluarga Negara (DKN) pada Mac lepas bagi memantapkan lagi institusi kekeluargaan di negara ini.
Kata beliau, DKN merupakan panduan utama kepada semua pihak supaya mengarusperdanakan perspektif keluarga dalam perundangan, dasar, prosedur, peraturan dan program pembangunan secara keseluruhan.
KOTA BHARU: Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menggemparkan pengurusan Kem Cancun Park, Pasir Mas, selepas melahirkan bayi perempuan di kawasan kem itu pada petang Khamis lalu, ditahan reman seminggu sehingga 2 Jun depan.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, tindakan menahan suspek berusia 18 tahun itu dilakukan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ)bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Susulan aduan diterima, polis menahan reman suspek bermula kelmarin hingga 2 Jun. Tindakan itu susulan kejadian penemuan mayat bayi perempuan di luar pagar kem itu, petang kelmarin.
"Ketika ini suspek di bawah pengawasan polis dan ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Pada masa sama, kenyataan akan diambil daripada teman lelaki suspek serta ahli keluarganya," katanya di sini, semalam.
Beliau mengulas laporan akhbar bahawa tidak sampai dua minggu sejak mengikuti PLKN, seorang pelatih perempuan menggemparkan pengurusan Kem Cancun Park apabila melahirkan bayi perempuan di kawasan kem itu, petang Khamis lalu.
Difahamkan, rahsia pelajar terbabit terbongkar apabila dia dirujuk pihak pengurusan kem itu ke Hospital Pasir Mas kerana mengadu sakit perut sebelum pemeriksaan doktor mengesahkan remaja itu baru melahirkan bayi.
Berikutan maklumat itu, usaha menjejaki bayi dilakukan sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan bogel dan bertali pusat di belakang kawasan asrama pelatih perempuan kem itu.
Laporan polis dibuat kira-kira jam 4 petang, sebelum sepasukan anggota polis melakukan siasatan ke atas mayat bayi dan menghantarnya ke bilik mayat hospital sama untuk bedah siasat.
Mazlan berkata, bayi itu cukup bulan dan lengkap sifatnya ditemui jam 4.15 petang.
"Proses menuntut mayat diserahkan kepada pihak hospital mengikut prosedur ditetapkan," katanya yang mendedahkan suspek adalah pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal dari Tanah Merah.
GOMBAK - Keprihatinan seorang pemandu lori yang melihat sebuah kereta jenis Proton Waja yang terbakar, membongkar satu kes pembunuhan kejam membabitkan seorang individu yang mayatnya ditemui rentung dalam kejadian di Kilometer 20, Jalan Kuala Lumpur-Rawang di sini semalam.
R. Sivaraman, 40, memberitahu, dia menemui kereta itu pada pukul 12.45 tengah hari ketika melalui jalan tersebut untuk ke tempat kerjanya di sebuah kilang perabot tidak jauh dari lokasi kejadian.
ANGGOTA polis memeriksa mayat dan kereta Proton Waja yang rentung di Gombak
Katanya, dia musykil kerana apabila ditinjau dari atas lori, dia mendapati ada satu objek seperti tulang manusia di tempat letak kaki penumpang belakang kereta yang telah hangus tersebut.
"Saya terus menghubungi rakan yang bekerja di Balai Polis Gombak dan menceritakan apa yang telah saya saksikan sebelum meneruskan perjalanan ke kilang.
"Bagaimanapun, sebaik saja melalui semula kawasan itu enam jam kemudian, saya dapati kereta tersebut masih berada di situ dan seolah-olah tiada tanda yang polis telah datang membuat pemeriksaan," katanya.
Tambahnya, dia kemudian menghubungi semula rakannya untuk memaklumkan penemuan mayat yang telah rentung itu.
KUALA LUMPUR, 29 Mei: Jatuhnya Putrajaya yang dikuasai BN sekarang bukan disebabkan berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih popular kepada Pakatan Rakyat yang akan disaksikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8,000 belia sahaja, semalam.
Katanya, ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang beliau dakwa dalam kenyataannya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah, gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.
Baginya, perhimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya Najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak berkata, sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu.
"Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan Najib dalam ucapannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Kerana itu beliau meyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti.
Oleh itu, beliau sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang disayangi ini.
"Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat," katanya.
Tambahnya, sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.
"Tetapi saya ingatkan di luar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun di pusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.
"Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun," ujarnya yang juga Adun Titi Serong.
Sebelum ini, katanya pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan katanya "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa, saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan".
Beliau berkata, lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya Pakatan Rakyat akan melelong Putrajaya.
Baginya, itu satu dakwaan yang dilihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.
"Ternyata kalau kita amati gelagat Najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin Umno sebelum ini.
"Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan suasana sangat getir bagi mempertahankan kuasa BN yang telah melewati 50 tahun itu," katanya.
Justeru, Khalil tidak dapat membayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang disifatkan 'gila kuasa' dan sedang melakukan untuk mempertahankan kuasa.
WEMBLEY, England 29 Mei - Lionel Messi dan David Villa memastikan Barcelona merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara dengan mengalahkan Manchester United 3-1 pada perlawanan akhir pagi ini
Walaupun Manchester United berjaya mengikat Barcelona dengan 1-1 apabila Wayne Rooney menyamakan kedudukan pada minit ke-34 selepas Pedro Rodriguez menjaringkan gol pendahulu pada minit ke-27.
Sebaik separuh masa kedua berjalan Messi hanya mengambil masa sembilan minit meletakkan kembali Barcelona di hadapan dan gol jaringan Villa pada minit ke-70 mengesahkan kemenangan Barcelona.
KENYATAAN MEDIA Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.
Saya sangat terkejut dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa golongan belia Malaysia supaya membantunya mempertahankan Putrajaya agar BN terus berkuasa ketika melancarkan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 yang hanya dihadiri sekitar 8000 belia sahaja.Ucapan Najib tersebut menjelaskan lagi apa yang saya dakwakan dalam kenyataan saya kelmarin bahawa pemimpin BN sangat resah , gelisah dan semacam tidak boleh tidur nyenyak memikirkan kuasa yang dimiliki di Putrajaya bakal hilang.
Pehimpunan yang ternyata gagal dari segi jumlah kehadirannya itu ternyata digunakan sepenuhnya najib dan timbalannya untuk melahirkan perasaan resah dan gelisah kepada kuasa yang bakal hilang.
Sungguh malang program yang sudah berbulan dirancang dan dicanang oleh pemimpin BN serta mendapat liputan media cetak dan elektronik itu hanya dihadiri seramai itu . Maka adakah benar-benar mencerminkan sokongan golongan belia terhadap kerajaan dan mermbenarkan mereka tidak sanggup melihat Putrajaya, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat seperti yang dilaungkan
Najib dalam ucapanya? .Kerana itu saya menyakini bahawa para belia akan bersama Pakatan Rakyat bagi jatuhkan BN. Oleh itu saya sangat menghargai sikap matang para belia pada masa kini untuk bersama seluruh rakyat malaysia bagi menyelamatkan negara yang kita sayangi ini.
Lucunya Najib cuba merujuk kepada bantahan pro-demokrasi yang berlaku di beberapa negara di Asia Barat seperti di Mesir dan Tripoli dengan katanya Malaysia aman dan stabil dalam keadaan dia menimbulkan suasana tidak aman dan tenteram dengan mengapi-apikan rasa benci kepada Pakatan Rakyat.Sangat malang bagi sebuah negara yang cuba merosakkan para belia dengan perhimpunan untuk mempertahankan sebuah kerajaan yang penuh dengan penyelewangan dan dasar yang menindas rakyat.
Tetapi saya ingatkan diluar sana adalah para belia yang tidak akan berhimpun seperti di Asia Barat tetapi mereka akan berhimpun dipusat pengundian dalam PRU 13 akan datang bagi jatuhkan kerajaan BN.
Saya tegaskan bahawa Najib dan para belia yang berhimpun bersamanya di Putrajaya kelmarin pasti tidak dapat menghalang Pakatan Rakyat ke Putrajaya kerana Putrajaya tidak akan dapat dipertahankan walaupun sejuta belia yang hadir dengan cara berhimpun.
Jatuhnya putrajaya bukan disebabkan mampu mereka berhimpun tetapi kerana penjumlahan undi yang lebih populer kepada Pakatan Rakyat yang akan kita saksikan dalam PRU akan datang.
Sebelum ini pada perhimpunan agung tahunan Umno tahun lalu, Najib juga bercakap nada yang sama meminta ahli Umno bersamanya mempertahankan Putrajaya dengan ketanya "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Lucunya Najib mendakwa bahawa para belia tidak sanggup melihat Putrajaya, yang merupakan pusat pentadbiran negara, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dengan tuduhan jahat kononnya kami akan melelong Putrajaya.Satu dakwaan yang saya lihat sebagai kegelisahan tahap maksimum seorang pemimpin yang akan bertahan sebagai Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja, sesuai dengan slogan 1Malaysia yang dibawanya.
Ternyata kalau kita amati gelagat najib sejak akhir-akhir ini menunjukkan tanda-tanda kegusaran yang serius dan tidak pernah dialami oleh pemimpin UMNO sebelum ini. Beliaulah satu-satunya pemimpin BN yang dilihat terbukti sedang bergelut dengan sausana sangat getir bagi mempertahankan kusas BN yang telah melewati 50 tahun itu.
Saya tidak dapat bayangkan apakah ucapan dan tindakan lain yang akan dilakukan oleh seorang yang saya sifatkan "gila kuasa" dan sedang melakukan untuk pertahankan kuasanya.
KENYATAAN MEDIA Pejabat Ketua Penerangan PAS Perak.
Saya melihat situasi yang menunjukkan pemimpin Umno dan BN yang mendominasi kepimpinan Negara lebih 50 tahun berada dalam keadaan resah, gelisah dan risau jika mereka menjadi pembangkang di Malaysia seleps RPU 13. Ini digambarkan dari tindakan dan ucapan yang dilakukan meraka sejak akhir-akhir ini.
Bernamam melaporkan Umno BN akan mengadakan pertemuan bagi mengadakan membincangkan supaya diadakan simulasi pilihan raya 'olok-olok' yang mana ia berkait rapat dengan persediaan parti Bn bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang peokan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati rakyat untuk terus kekal berkuasa.
Kerana itu populeriti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan perihatin dengan cuma menagguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.
Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang.
Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan PRU olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ianya tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin UMNO dan BN kehilangan kuasa.
Kerana itu saya membantah sekeras-kerasnya jika piliharaya olok-olok itu menggunakan sumber kewangan yang ada pada jabatan dan agensi tertentu kerana ianya merupakan satu penyelewengan kepada wang rakyat yang disana termasuk wang kami dari Penyokiong pakatan Rakyat.
Kalaulah ianya menggunakan wang BN saya bersetuju dan adakanlah setiap hari sehingga BN akan disungkurkan juga dalam piliharaya sebenar tidak berapa lama nanti.
Alangkah baiknya dana awam yang dibazirkan itu disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan.
Kerana itu adakah pilihanraya sebenar bukannya olok-olok iaitu PRU ke 13 bagi memberi laluan kepada rakyat untuk memberi harapan dan mandat kepada Pakatan Rakyat bagi menerajui negara Malaysia yang mesti diselamatkan dari kerakusakan dan sikap gila kuasa pemimpin UM.
Hari Jumaat malam Sabtu 27 Mei 2010 Parlimen Muar digegarkan dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan amanatnya bersama-sama dengan Dato' Dr Mahfoz Mohamed (Pesuruhjaya PAS Johor), Dato' Chua Jui Meng (Pengerusi PKR Johor) dan YB Ng Sue Lim (ADUN Sekinchan). Turut hadir ialah YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), YB Er Teck Hua (Ahli Parlimen Bakri), Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Tn Hj Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar), Sdr HasanKarim dan Sdr Yatin Sarpan (Ketua Keadilan Cabang Muar). Pengacara Majlis ialah Sdr Hizwan Ahmad.
Sdr Hizwan memulakan majlis.
DS Anwar menyampaikan amanat dengan penuh semangat menangkis hujah-hujah UMNO-BN.
Dato' Dr Mahfoz, Pesuruhjaya PAS Johor. Dato Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor.
YB Ng, ADUN Sekinchan, memikat penonton dengan kefasihannya berbahasa Jawa.
DS Anwar dikerumuni rakyat.
Tetamu - tetamu Kehormat di atas pentas.
Gandingan serasi - DS Anwar dan Dato' Chua.
Mesra - DS Anwar dan Dato' Mahfoz
YB Dr Mohammad, YB Er dan YB Ng di pentas utama.
Dato Chua Jui Meng, Tn Hj Malik Md Diah dan Ustaz Abu Bakar Lajat.
Ceramah selesai, masa untuk jamuan. YB Dr Mohammad melayan tetamu.
Mesra... YB Dr Mohammad dan Sdr Hasan Karim.
Dewan Markas PAS Parit Pechah sesak....
Ribuan rakyat membanjiri dewan dan ruang di keliling Markas
walaupun FRU menunggu di Parit Jamil, 2km dari tempat ceramah.
Terima kasih kepada pihak Polis dan Keselamatan yang membantu mengawal keamanan walaupun keadaan sedia tenang dan aman. Pihak Polis mengarahkan supaya ceramah DS Anwar diberhentikan lebih awal tetapi hasil perbincangan pihak penganjur dan Polis ceramah berjalan lancar sehingga jam 12.00 tengah malam.
JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal' di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri 'bir halal' itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
"Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
"JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu (gambar) menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara," katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
"Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
"Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam," katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
"Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
"Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman 'halal' berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras," katanya. -hm
Gambar Tapak Projek Masjid Senadin Yang Masih Terbelangkai
YB Daud patut jaga hal ehwal Islam bukan nak pantau gerakan Islam Saja Merujuk kepada kenyataan YB Daud dalam Borneo Post pada Mei 28, 2011 berkenaan dengan pemantauan ustaz dari semananjung dalam mengajar agama di negeri Sarawak.
PAS Sarawak amat kesal dengan kenyataan YB Daud mengatakan yang ustaz-ustaz yang datang dari semenanjung mengajar secara extrimis dan menghasut rakyat agar menentang kerajaan. Sepatutnya YB Daud lebih memberi tumpuan kepada kebajikan umat Islam serta memberi lebih peluang untuk umat Islam Sarawak belajar agama dengan membuka lebih banyak lagi madrasah atau sekolah-sekolah agama. Beliau sepatutnya bekerjasama dengan ustaz dan guru agama bagaimana cara yang terbaik untuk mengajar dan mengembang ajaran Islam di Sarawak. Isu-isu kekurangan guru agama serta pembinaan masjid yang terbelangkai seperti masjid di Senadin patut diberi keutamaan. Gambar Plan Reka Bentuk Masjid Baru Senadin
Tahukah YB Daud ustaz-ustaz dari semananjung dengan rela hati dan sanggup berpisah dengan keluarga serta meninggalkan kampung halaman mereka semata-mata untuk mengajar agama kepada penduduk Islam di Sarawak. Berapa ramaikah ustaz atau guru agama tempatan yang boleh menampung kekurangan guru agama di Sarawak? Bolehkah YB Daud menyediakan dan bersedia untuk menampung kekurangan guru-guru agama di Sarawak di kalangan penduduk tempatan sendiri? Janganlah disebabkan takut pada bayang-bayang sampai menuduh ustaz dari semenanjung mengajar orang Sarawak jadi extrimis dan menentang kerajaan.
Kita juga hairan dengan kebanyakan sikap pemimpin BN Sarawak yang tidak dapat menerima teguran atau pandangan orang lain. Mereka lebih suka rakyat Sarawak berfikiran seperti di zaman penjajah dulu dimana rakyat jangan sesekali menegur kerajaan kerana sesiapa yang berani menegur kerajaan dianggap sebagai penentang kerajaan. Cubalah buka minda sedikit wahai pemimpin BN Sarawak jangan disebabkan kepentingan politik sempit sanggup membiarkan rakyat Sarawak tinggal jauh kebelakang. Bukan saja dari segi pembangunan bahkan juga dari segi pemikiran. Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi masih ramai lagi rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan. Jangan bersikap seperti "katak dibawah tempurung" mengganggap semua orang selain BN tidak pandai memerintah dan membangun negara ini.
PAS bersedia berjumpa dengan YB Daud dan Majlis Islam Sarawak berkenaan dengan perkara yang melibatkan Islam demi penyatuan umat Islam. Utamakan kepentingan rakyat dari kepentingan peribadi dan politik semata-mata
PAS Miri
English version
YB Daud should take care of the affairs of Muslims and is not only monitoring the Islamic movement. Referring to the statement of the YB David in the Borneo Post on May 28, 2011 with respect of "MIS will monitor ustaz from Peninsular in the state". PAS Sarawak was disappointed with the statement from YB Daud said that the teacher who came from the peninsula teach extremis and inciting people to oppose the government. The YB Daud is supposed to focus on the welfare of Muslims and give more opportunities to learn the religion of Islam in Sarawak and to open more madrasah or religious schools. He should cooperate with the teacher and religious teachers how best to teach and expand the teaching of Islam in Sarawak. The issues like lack of religious teachers and the construction of the mosques, as where is in Senadin mosque still waiting for construction should be given priority.
Did YB Daud know the ustaz (teaches) from the Peninsular come here with open heart and willing to separate from their families and leave their homes just to teach religion to the Muslim population in Sarawak? How many local religious teacher or teachers who can meet the shortage of religious teachers in Sarawak? Can the YB Daud provides and are willing to accommodate the lack of religious teachers in Sarawak itself among the local population? Do not because of afraid of the shadows to accuse the teacher from Peninsular teaching the Sarawakian so extremis and against the government.
We are also puzzled by the attitude of most of the Sarawak BN leaders are unable to accept criticism or views of others. They want the people of Sarawak think as the colonial past where people should never criticize the government for those who dare to criticize the government regarded as opponents of the government.
Try to open the minds of some O Sarawak BN leaders not because of narrow political interests willing to let the people of Sarawak live far behind. Not only in terms of development but also in terms of thinking. Sarawak is rich in natural resources but there are still many people of Sarawak live in poverty. Do not act like "a frog under the shell" assuming all the other than BN, nobody knows how to govern and develop this country.
PAS are willing to meet YB Daud and the Sarawak state Islamic affairs on the Islamic matter for the sake of Muslim unity. Give priority to the interests of the people and not personal political interests alone
Isu tandas: MBM jemput PAS bekerjasama by Connie Sylvia Mesa. Posted on May 28, 2011, Saturday Hasrat itu disuarakan Datuk Bandar Miri kerana PAS mampu menyediakan kos tender yang lebih rendah daripada yang telah disediakan pihak Majlis. MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempelawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat Miri untuk bekerjasama dalam melaksanakan projek pembinaan tandas awam bagi keselesaan pengguna di sini. Datuk Bandar Miri, Lawrence Lai Yew Son berkata beliau ingin mempelawa PAS untuk bekerjasama memandang pihak terbabit mampu memberikan kos tender pada harga yang rendah. "Memandangkan pihak PAS mampu memberikan kos tender yang rendah, jadi kita (MBM) ingin mempelawa dan bekerjasama dengan mereka dalam melaksanakan projek tandas awam yang masih dalam pembinaan masa ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu baru-baru ini dalam akhbar bahasa Cina, yang menyatakan pihaknya mampu menyiapkan projek tandas berkonsepkan tandas hijau di Pusat Komersil Saberkas dengan kadar tender yang rendah iaitu pada kadar RM40,000 hingga RM80,000 daripada RM128,000 yang dijangka oleh MBM. Menurut Lai, projek terbabit yang akan memperkenalkan konsep tandas hijau yang lebih selesa dan juga mesra pengguna. Katanya, reka bentuk yang akan digunakan membolehkan lebih cahaya matahari masuk melalui bumbungnya yang lut sinar manakala peredaran udara adalah lebih baik. "Apa yang penting, bauan yang kurang menyenangkan juga akan kurang kerana tandas konsep hijau ini mempastikan persekitaran dalam tandas itu sendiri lebih kering," ujar beliau. Jelas beliau lagi, bahan-bahan yang digunakan untuk melaksanakan projek terbabit adalah bahan yang berkualiti tinggi dan mahal. "Dengan kos yang ditawarkan oleh pihak PAS, ia amat mengurangkan kos yang telah dijangkakan oleh MBM dan kita mengalu-alukan mereka (PAS) untuk bekerjasama melakasanakan projek terbabit. "Tandas awam tersebut adalah untuk manfaat orang awam selain ia merupakan sebahagian usaha untuk mengutamakan kebersihan," tambahnya.
PAS Miri comments PAS Miri Bersedia Kerjasama Dengan Semua Pihak Tanpa Mengira Fahaman Politik Merujuk kepada kenyataan Datuk Bandar Miri (MBM), Lawrence Lai Yew Son dalam Isu tandas dan menjemput PAS bekerjasama dalam akhbar Utusan Borneo pada 28 Mei 2011, PAS sangat menghargainya hasrat tersebut.
PAS Miri bersedia untuk bekerjasama dengan semua agensi atau badan-badan kerajaan yang ingin melaksanakan projek kerajaan termasuk tandas awam di pusat Komersil Saberkas Miri. Sekiranya MBM ikhlas untuk bekerjasama dengan PAS sila aturkan perjumpaan dengan pimpinan PAS dan juga Pakatan Rakyat untuk tindakan selanjutnya.Apa yang penting kita mahu tender yang telus dan terbuka untuk orang ramai supaya mereka dapat tahu kos sebenarnya projek tersebut. Persoalannya sekarang mengapa kos tandas tersebut agar tinggi dan kita cuma mahu tahu anggaran sebenar projek tersebut kerana ianya melibatkan wang rakyat (pembayar cukai).
Semoga dengan kerjasama ini nanti akan menjadi Miri sebuah bandaraya yang lebih indah dan bebas dari unsur-unsur dan gejala negatif.
PAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada MBM kerana memberi kepercayaan kepada PAS untuk bekerjasama demi kebajikan untuk semua tanpa mengira kaum,agama dan fahaman politik. Insya-Allah kita berharap kerjasama ini akan mendatangkan lebih kebaikan untuk penduduk Miri khasnya. Konsep PAS adil untuk semua.
English version
PAS Miri Willing To Cooperate With all regardless of political differences Referring to the Miri Mayor's statement (MBM), Lawrence Lai Yew Son on the toilet issue, and invited PAS to work together in Borneo Post newspaper on May 28, 2011, PAS really appreciate that wish.
PAS Miri willing to cooperate with all agencies or government bodies who wish to carry out government projects, including public toilets in commercial centers Saberkas Miri. If MBM is sincere to cooperate with PAS, please arrange a meeting with the PAS leaders and the Pakatan Rakyat for further actions. The important thing what we want is the tender must be transparent and open to the public so they can know the actual cost of the project. The question is why the cost of the toilet is quite high and we just want to know the exact estimate of the project because it involves people's money (taxpayers).
Hopefully this corporation will make Miri city more beautiful and free from negative elements.
PAS would like to thanks the MBM for their faith in PAS to collaborate for the welfare for all regardless of race, religion and political affiliation. God willing, we hope this cooperation will bring more benefits to Miri people in particular. PAS concept is justice for all.
Khairy menafikan dakwaan pembangkang kononnya keputusan kerajaan mengekalkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair adalah hasil bantahan yang mereka kemukakan.
Sebaliknya, jelas beliau, keputusan itu dibuat setelah kerajaan mengambil kira kununnya bantahan bersungguh-sungguh Pemuda UMNO bagi memastikan harga bahan api itu tidak dinaikkan demi kepentingan rakyat.
Pada 27 Mei Jummat semalam, kabinet telah meluluskan kenaikan tarif letrik namun menjadi tandatanya kenapa ditangguh butirannya kepada hari Isnin 30 Mei 2011 pulak. Adakah beliau akan buat gempak dan kejutan semasa Perhimpunan 1 juta dengan mengumumkan pembatalan kenaikan kerana nak menjaga rakyat? Atau kabinet tak cukup masa nak mengumumkan buirannya semalam?
PUTRAJAYA: Majlis Ekonomi Negara (NEC) pada Jumaat meluluskan kenaikkan tarif elektrik yang butirannya hanya akan diumumkan Isnin ini.
NEC yang bermesyuarat di sini dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota Jemaah Menteri, lapor Malaysiakini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dijadualkan mengadakan sidang media pada pukul 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Sejak beberapa minggu lalu, Kabinet berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Pada Rabu lalu, Kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Teman PLKN wajib ditutup kerana PERTAMA - membazir wang rakyat , KEDUA - menyusahkan rakyat dan menambah maksiat kerana nilai Islam sebenar tidak diterap secara serius. KETIGA - tujuan hanya untuk mencipta bisnes bagaimana nak guna bajet dari kerajaan. Sewajarnya bajet PLKN lebih RM500 juta setahun digunakan untuk kegunaan persekolahan percuma untuk rakyat, itu lebih afdal. Pengajar PLKN kebanyakan dibuat secara tangkap muat. Diberi latihan hanya satu dua hari sahaja.Pasal teman pun pernah jadi pengajar PLKN Yang pelik dalam kes ni , apa yang diperiksa doktor kata lulus pada pelatih termengandung itu? Lulus kesihatan sahaja ke? Doktor tidak dapat mengesan budak yang dah mengandung dan hampir bersalin? Sewajarnya doktor bezakan pelatih yang mengandung dan terbukti dah berkahwin secara sah dengan yang tidak sah.
PASIR MAS, (Bernama) - Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cancun Park, Bukit Tuku dekat sini ditahan polis kerana menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya, petang semalam. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata kelahiran 'rahsia' pelatih berkenaan disedari selepas pelatih itu yang mengadu sakit dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini.
"Pihak hospital kemudian mengesahkan suspek telah melahirkan anak sebelum pihak kita menjalankan pemeriksaan mencari mayat bayi perempuan yang dilahirkan suspek di kawasan kem berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata mayat bayi tersebut dipercayai dijumpai kakitangan PLKN kem berkenaan di belakang asrama pelatih perempuan dalam kawasan kem.
"Mayat bayi seberat 2.6 kilogram tersebut ditemui masih bertali pusat dan dilahirkan cukup sifat. Mayat itu kemudiannya di bawa ke hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat," katanya.
Katanya pelatih berkenaan kini dibawa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kota Baharu dan ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pelatih bagi menjaga maruah pelatih dan keluarga.
"Kita menerima laporan mengenai kes itu dan saya telah mengarahkan komander kem mengambil tindakan mengikut perintah yang ditetapkan dan membuat laporan polis," katanya.
Abdul Hadi berkata pelatih tersebut baru melaporkan diri bersama 300 pelatih lain untuk siri kedua pada 15 Mei lepas.
Menurutnya, pelatih tersebut menjalani pemeriksaan kesihatan seperti pelatih lain sebelum melaporkan diri dan lulus dalam pemeriksaan tersebut.
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Teka-teki calon yang bakal bertanding pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 bagi 2011/2013 diketahui petang ini setelah pengesahan ditutup petang semalam.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandang itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.
Jawatan Timbalan Presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Ustaz Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK, Mohamad Sabu.
Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak bertanding.
Bagi jawatan naib presiden, mereka yang mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Ustaz Idris Ahmad, AJK, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.
Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi. Berikut adalah senarai calon yang bertanding Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2011-2013:
PRESIDEN 1. Abdul Hadi Awang, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN 1. Hj Mohamad Sabu, 2. YB Nasharudin Mat Isa, 3. Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,
NAIB PRESIDEN 1. YB Dato Husam Musa , 2. Ustaz Idris Haji Ahmad, 3. YB Dato' Mahfuz Omar, 4. YB Dato' Mohd Amar Abdullah, 5. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin, 6. YB Salahuddin Ayub,
1. Perubahan adalah suatu yang bersifat sunatullah. Namun perubahan mesti dipimpin agar menepati tuntutan Amal Islami, sementara jamaah atau parti ini memperjuangkan Islam. Malah perubahan mesti didokong oleh penggeraknya [Rijaalut taghyir] yang memahami matlamat dan objektif Jamaah Islam yang didokong ini.
2. Sifat positif pada sebuah perubahan yang digerakkan ialah untuk menganjak prestasi dan kualiti jamaah ke suatu tahap yang lebih baik dan cemerlang. Situasi ini agak subjektif dan memerlukan penelitian yang serius dan halus agar ia tidak diurus secara rambang dan boros tanpa mengambil kira hikmah [kebijaksanaan] dan himmah nya [kewibawaan]. Tentunya kita tidak mahu usaha merubah dan membaiki jamaah menjadi seumpama tikus membaiki labu.
3. Sebagaimana wujudnya sokong yang membawa rebah demikian juga gerakan perubahan yang tidak dipimpin dengan cahaya petunjuk Allah swt dan akhlak Islami akan membawa binasa. Pastinya kita tidak mahu ubah yang membawa rebah semata - mata kerana kegagalan mengurus perubahan dan memimpinnya dengan baik dan berkesan. Dalam erti kata lain, perubahan yang digerakkan mestilah menepati keperluan jamaah dan tuntutan ummah.
4. Jauhi elemen negatif yang bermaksud menggerak perubahan hanya pada mengalih posisi orang lain untuk menganjak posisi kita. Bahasa mudahnya ialah menjatuhkan kedudukan orang lain untuk memastikan survival pengaruh dan kedudukan kita di dalam parti yang kemudiannya dibina di atas nama gerakan perubahan kononnya. Perubahan ini tidak berlandaskan matlamat yang jelas selain memangku hasrat yang negatif [mazmumah].
5. Gerakan perubahan tidak boleh bertolak dari rasa tidak puas hati, sebaliknya ia mesti berpaksi di atas kesedaran dan keinsafan yang tinggi terhadap cita - cita perubahan tersebut serta memiliki matlamat dan objektif yang jelas, tepat dan benar. Justeru perubahan yang tidak mempunyai asas kukuh, pelan tindakan strategik dan hala tuju yang cerah lagi terang akan mencetus polemik yang merumitkan dan krisis yang menghakis kekuatan jamaah.
6. Manisnya perubahan itu digerakkan secara jamaei [kolektif] melalui keputusan bersama yang disepakati lantas digerakkan secara terancang berasaskan pelan tindakan yang diputuskan. Hindari perubahan yang dicetuskan oleh individu atau kumpulan dengan maksud ingin mempersada kumpulan mereka di atas tersadainya pihak lain. Perubahan begini akan menumbuhkan benih keretakan dan menajamkan perselisihan antara anggota jamaah tanpa menemui jalan sudahnya.
7. Sewajarnya setiap anggota jamaah mengalu - alukan gerakan Tajdid [pembaharuan], gerakan Islah [memperbaiki] dan gerakan Taghyir [perubahan] demi menempatkan jamaah pada kedudukan sesuai dengan keadaan dan zaman yang dihadapi. Malah mampu mendepani cabaran semasa dengan jaya dan berkesan. Sesuai pula dengan sifat Islam yang sangat mengalu - alukan ijtihad semasa [muaasirah] agar perlaksanaan Islam senantiasa segar dan pemafahamannya senantiasa jelas.
8. Membawa perubahan bukan untuk menyalahkan orang selain daripada kita atau menidakkan apa yang telah dilakukan oleh orang lain untuk jamaah. Perubahan juga tidak hanya terhenti pada menukar susuk tubuh pemimpin kepada pemimpin yang lain tetapi merangkumi perubahan pemikiran, budaya kerja, sikap dan sebagainya. Tiada keperluan membuat perubahan jika sekadar menukar kepada susuk tubuh pemimpin yang baru tetapi performance kerja dan tugas dengan jamaah sama atau lebih buruk dari yang sebelumnya.
9. Cerdasnya apabila perubahan yang cetuskan itu bermula dari pencetus dan penggeraknya.
Langkah pertama : tampil dengan performance atau komitmen kerja dan tugas yang baik agar kita tidak pula termasuk dari kalangan ketam yang menyuruh anaknya berjalan betul sebaliknya menjadi model perubahan secara praktikal. Justeru tiada erti kita gerakkan perubahan jika kita sendiri masih mengekalkan perkara yang serupa dengan yang sebelumnya.
Langkah kedua: sediakan frame perubahan secara jelas. Sekira - kira menjawab persoalan yang timbul seperti : apa yang mahu diubah ? nak ubah kemana? kenapa perlu ubah ? sasaran perubahan ? selain matlamat dan objektif perubahan itu mesti jelas, road mapnya juga mesti tidak berliku dan mengelirukan. Jangan hanya bercakap bahawa kita mahukan perubahan, kita mahukan perubahan, kita mahkan perubahan tetapi tiada persiapan dan persedian yang jitu untuk perubahan yang dimaksudkan.
Langkah ketiga : gerakkan perubahan ini mesti libatkan semua. Sekurang - kurangnya mewakili sebahagian besar anggota jamaah. Andai beberapa orang sahaja bercakap soal perubahan sedang sebahagian besar yang lain tidak menyertainya, maka agenda perubahan itu tidak berkesan malah tidakkan berhasil. Lebih malang apabila berlaku tindakan menuding jari kepada pihak lain kononnya pihak itu tidak mahu berubah dan tidak akan berjaya jika enggan berubah, apabila gerakan perubahan yang dibawa tidak mendapat sambutan.
10. Mengayuh roda perubahan mestilah cermat justeru yang mahu diubah ialah manusia yang miliki perasaan dan aqal. Berbeza untuk mengubah suatu yang bersifat jaamidat seperti kerusi meja di pejabat. Kita boleh ubah sesuka hati berapa kali dalam sehari. Tetapi untuk gerakan perubahan pada manusia dan organisasi yang didokong oleh manusia, penggerak perubahan mestilah sabar, tabah dan mempunyai hala tuju yang jelas serta mayakinkan. Saya tidak prejudis dengan gerakan perubahan namun sebagai peringatan kepada semua termasuk diri saya sendiri, jika gerakan perubahan itu hanya bermula dari rasa tidak puas hati dan pertelingkahan politik serta perselisihan pendapat, saya yakin gerakan perubahan itu hanya seperti angin pantai yang meniup secara bermusim, kadang sepoi kadang ribut namun tidak merubah apa - apa sekadar mencetus kelam kabut yang tidak berkesudahan mengganggu kedamaian di tepian pantai.
Sistem amalan Umno Barisan Nasional (BN) kian menyimpang dari landasan Islam apabila menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah.
"Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno," kata Ketua Umum KEADILAN itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, malam tadi.
Anwar berkata, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.
"Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.
"Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, 'pandikutty'," katanya.
Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.
"Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.
"Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporm, kebaikan Umno," katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, beliau mendapati bahawa keterangan Mohd Saiful itu boleh dipercayai dan diterima sebagai kebenaran kerana saksi berkenaan seorang yang "benar" dan "berwibawa."
"Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri," kata Mohamad Zabidin dalam penghakiman hampir dua jam itu. Selain itu, beliau berkata, kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.
Bagi mereka yang terdedah dengan undang-undang jenayah penghakiman Hakim tersebut boleh dikatakan agak aneh dan luar dari kebiasaan. Di akhir kes pendakwa jika Hakim membuat keputusan meminta Orang Kena Tuduh ( OKT ) dipanggil bela diri pihak Hakim hanya menyatakan pihak pendakwa telah berjaya membuktikan prima facie. Hakim tidak akan di peringkat kes prima facie ini membuat satu kesimpulan bahawa saksi-saksi pendakwa adalah benar dan berwibawa .
Dan Hakim juga tidak akan sama sekali di peringkat kes prima facie ini menyatakan seperti Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah nyatakan di dalam kes Anwar iaitu " kejadian liwat itu benar-benar berlaku". Kenyataan Hakim tersebut benar-benar aneh dan luar biasa. Mengapa saya begitu ? Mari kita lihat contoh berikut bagi memudahkan kefahaman kita.
Di dalam kes jenayah terdapat dua fasa perbicaraan. Fasa pertama melibatkan fasa kes pendakwa. Dalam fasa ini pendakwa akan memanggil kesemua saksi mereka bagi menyokong pertuduhan ke atas OKT. Setelah kesemua saksi dan keterangan dikemukakan oleh pihak pendakwa kedua-dua pihak iaitu pihak pendakwa dan pihak peguambela OKT akan berhujah sama ada pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie. Jika Mahkamah berpendapat terdapat kes prima facie maka fasa kedua bermula iaitu OKT akan diminta oleh Mahkamah untuk membela diri.
Persoalannya adakah hanya kerana pendakwa telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwa maka kesalahan yang dinyatakan di dalam kertas pertuduhan telah benar-benar berlaku dan dibuktikan ?
Mari kita lihat kes bunuh misalnya. Katakan pendakwa telah berjaya di akhir kes pendakwa membuktikan kes prima facie, adakah Hakim ketika memanggil OKT membela diri akan menyatakan bahawa "kejadian bunuh telah berlaku" ? Jawapannya sudah tentu tidak. Mengapa ? Pendakwa mungkin berjaya membuktikan prima facie bahawa kematian telah berlaku namun kematian itu bukan semestinya satu pembunuhan atau disebabkan oleh satu pembunuhan. Oleh itu seorang Hakim hanya akan dibenarkan membuat kesimpulan "kejadian bunuh telah berlaku" hanya setelah beliau meneliti keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa dan pembelaan.
Perlu diingatkan beban pembuktian bagi membuktikan pertuduhan adalah di bahu pendakwa dan beban pembuktikan itu tidak pernah berubah meskipun setelah OKT memberi keterangan membela diri. Nampaknya hal tersebut tidak berlaku di dalam kes Anwar. Amat pelik dan luar biasa Hakim dengan tergopoh gapah menyatakan di peringkat kes prima facie bahawa " kejadian liwat telah berlaku" sedangkan Anwar dan saksi-saksi beliau ( termasuk Najib dan Rosmah ) belum memberi keterangan lagi. Menyatakan bahawa " kejadian tusukan/penetrasi ( penetration ) ke atas anus Saiful telah berlaku" adalah berbeza dengan menyatakan " Kejadian liwat telah berlaku." Perbezaaannya adalah kenyataan pertama bermaksud mungkin tusukan ke atas anus Saiful telah berlaku namun ia tidak semestinya dilakukan oleh Anwar. Kenyataaan kedua pula bermakna hakim boleh ditafsirkan telah membuat satu kesimpulan bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Bagi kes yang melibatkan tuduhan liwat Hakim tidak sepatutnya menyatakan " kejadian liwat telah berlaku" di akhir kes pendakwa tanpa Hakim mendengar keterangan OKT ( Anwar ) dan saksi -saksi Anwar terlebih dahulu.
Tetapi bukankah saya pernah dan seringkali mengingatkan para pembaca di ruangan ini bahawa tuduhan Anwar adalah melibatkan dakwaan Anwar melakukan perkara di luar tabie ( luar kebiasaan ) maka jangan sama sekali kita terkejut jika banyak benda-benda luar biasa berlaku di dalam kes ini. Ini adalah siri perkara luar biasa yang baru. Lepas ini apa pula sama-sama kita tunggu !!! Saya percaya reaksi pertama rakyat Malaysia yang prihatin apabila mendengar Hakim menyatakan bahawa Saiful adalah saksi benar dan berwibawa adalah reaksi berikut : Adakah Tuan Hakim membuat satu lawak jenaka yang baru !!! Keputusan terbaru ini menuntut kita bertanya soalan ini : " Adakah sejarah lama kini berulang kembali ?
Adakah UMNO fikirkan rakyat masih lupa apabila Hakim Dato' Arifin Jaka menyabitkan Anwar di atas kesalahan liwat beberapa tahun yang lalu Hakim tersebut juga memuji keterangan Azizan iaitu pihak pengadu di dalam kes tersebut. Dato' Arifin Jaka menyatakan keterangan Azizan adalah tersangat kuat dan kukuh sekuat atau sekukuh gunung Gibraltar.
Dipetik daripada blog Hanipa Maidin (Penasihat Undang-undang Pas)
Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal' di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri 'bir halal' itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
"Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
"JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara," katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.
"Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
"Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,"katanya.
Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
"Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
"Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman 'halal' berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras," katanya.
Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal' di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.
Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri 'bir halal' itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
"Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya. Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
"Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
PAS perlu menggantikan UMNO keranaUMNO kini sudah semakin parah. Malah UMNO sendiri tidak mampu membantu dirinya sendiri apatah lagi ingin membela rakyat. Demikian telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin semasa merasmikan Karnival PAS Untuk Semua di Pusat Aktiviti Sosial, Chenderong Balai dekat sini.
"Dalam sirah , Rasulullah SAW sendiri bertungkus lumus selama 13 tahun untuk menggantikan kerajaan jahilliyyah."
Ustaz Abu Bakar bersama Hj. Osman dan Ustaz Mustafa.
YB Anuar bersama Pengarah Program, Sdr. Rizal.
"Jadi slogan PAS Ganti UMNO bukan sekadar slogan dan retorik semata-mata malah kita kena ada strategi bagaimana dapat menggantikan UMNO pada PRU13 nanti khususnya untuk mengambil semula negeri Perak dari BN," tambah beliau dengan disambut laungan takbir.
Oleh itu, PAS mulai sekarang perlu menunjukkan kemampuan dan keupayaan dalam segenap aspek bukan hanya politik malah ekonomi, kebajikan, pendidikan dan sebagainya.
"Malah Rasulullah sendiri pernah diejek tidak mampu mentadbir negara."
Ustaz Mustafa memimpin bacaan doa.
Sdr. Rizal menyampaikan ucapan aluan.
"Gerak kerja menjatuhkan UMNO adalah satu kewajipan bagi setiap ahli PAS oleh itu setiap ahli PAS perlu bergerak dari sekarang bersiap sedia menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja," ujar beliau lagi.
Hadirin yang hadir termasuk wakil DHPP Perak.
Muslimat menadah tangan berdoa.
Beliau memuji usaha-usaha kebajikan yang dilakukan oleh parti khususnya Unit Amal yang kini sering mendahului UMNO dari segi usaha kebajikan.
Akhirnya, beliau berharap ahli PAS akan dilihat masyarakat sebagai individu yang serba boleh dan cemerlang.
Ustaz Abu Bakar melancarkan gimik pelancaran Skuad Kebajikan DUN.
Pesuruhjaya menyampaikan baju Skuad Kebajikan kepada wakil Pasir Salak.
Hj. Mohamad Akram mewakili Skuad Kebajikan DUN Teluk Intan.
Kemudian, Ustaz Abu Bakar telah melancarkan Skuad Kebajikan DUN Perak. Beliau juga telah menyerahkan baju T kepada setiap wakil Skuad Kebajikan DUN kawasan-kawasan. Ia adalah usaha di bawah Lujnah Kebajikan PAS Perak.
Selepas itu beliau telah meluangkan masa melawat ke setiap gerai di tapak karnival. Menurut Pengarah Karnival PAS Untuk Semua, Sdr. Rizal Ayub, karnival peringkat zon selatan kali ini telah mencatat pertambahan bilangan gerai berbanding karnival yang sama di peringkat zon utara dua minggu lalu. Menurut beliau sebanyak 88 gerai telah disediakan bagi karnival kali ini.
Ustaz Abu Bakar melawat gerai-gerai.
Ada sesuatu yang menarik minat Ustaz Abu Bakar.
YB Anuar turut mendengar penerangan daripada seorang peniaga.
Turut hadir dalam majlis perasmian karnival ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Mustafa Shaari, Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS Perak Hj. Osman Masri dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa pemilihan pucuk pimpinan utama pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu depan membuktikan PAS adalah parti yang berani.
Ini, katanya kerana pemilihan itu diadakan dalam tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan diadakan.
Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, sedangkan ada parti yang menangguhkan pemilihan apabila berhadapan dengan PRU.
"Kita berani buat pemilihan walaupun dalam tempoh pilihan raya diadakan sedangkan parti lain menangguhkan pemilihan," ujarnya pada sidang media tengah malam tadi selepas berucap pada majlis ceramah sempena Himpunan Kebangkitan Warga Felda Pahang di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau. - Hrkh.
Memang pun, setakat ni selain dari PAS yang aku tau buat pemilihan cuma PKR. Tu pun lama sebelum ni. Tak macam PAS buat pemilihan sekarang, dalam keadaan ramai yang meramalkan PRU13 akan dibuat seawal pertengahan tahun ni.
Umno awal-awal lagi tangguhkan pemilihan sehingga dua tahun, kemudian MCA, Gerakan, MIC pun ikut sama tangguhkan pemilihan. Malah DAP pun ikut tangguh jugak.
Depa tangguh atas alasan untuk tumpukan kepada PRU13, kata depa la. Tapi aku yakin depa tangguh pasai takut berlaku perpecahan dalam parti.
Bagi PAS, walaupun ramai ahli dan penyokong yang harap PAS jugak tangguhkan pemilihan, tambah-tambah lagi dalam pindaan perlembagaan terbaru memang membenarkan pemilihan ditangguhkan, PAS tetap teruskan jugak pemilihan tahun ni.
Memang ramai jugak yang takut akan berlaku perpecahan dalam PAS akibat pemilihan kali ni. Pada aku ketakutan tu tak patut dilayan sebab aku yakin PAS tak sama dengan parti-parti lain pasai selain dari berpolitik PAS jugak sebuah parti dakwah yang penuh dengan tarbiah dalaman.
Tambah-tambah pulak, untuk jadi berpecah atau tidak, semuanya bergantung kepada calon-calon yang bertanding (dan jentera kempen depa jika ada.) Takkan kut calon-calon yang bertanding yang kebanyakkannya pimpinan utama PAS yang dah lama berjuang sanggup tengok PAS berpecah semata-mata pasai depa nakkan kepada jawatan. Memang tak munasabah langsung.
Kalau tengok pemilihan 2 tahun lepas aku rasa lagi panas, pun tak mengakibatkan pepecahan dalam parti. Tambah pulak kali ni, tak lama lepas pemilihan ni kita akan hadapi PRU13. Biasanya dalam PAS kalau berpecah tara mana pun, bila sampai masa nak berlawan dengan Umno kita akan lupakan apa saja masalah dalaman dan akan bersatu lawan Umno.
Apa pun, minggu depan PAS akan bermuktamar untuk kali yang ke 57 sessi 2011/2013. Kita sama-sama tengok ada dak berlaku epecahan dalam PAS akibat pemilihan kali ni.
Di bawah ni senarai calon-calon yang akan bertanding jawatan-jawatan utama.
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Presiden 1. TG Hj Hadi Awang (MTB)
Timbalan Presiden 1. Mohamad Sabu 2. Nasharudin Mat Isa 3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden 1. Datuk Husam Musa 2. Idris Haji Ahmad 3. Datuk Mahfuz Omar 4. Datuk Mohd Amar Abdullah 5. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 6. Salahuddin Ayub
Dewan Pemuda PAS Pusat
Ketua 1. Nasrudin Hassan (MTB)
Timbalan Ketua 1. Azman Shapawi 2. Mohd Firdaus Jaafar 3. Nik Abduh Nik Abdul Aziz 4. Suhaizat Kaiat
Naib Ketua 1.Mohd Nasir Zakaria 2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob
Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua 1. Nuridah Mohd Salleh 2. Siti Zailah Mohd Yusoff
Timbalan Ketua 1. Dr Siti Mariah Mahmud 2. Wan Hasrina Wan Hassan
Naib Ketua 1. Mastura Mohamad 2. Mumtaz Md Nawi 3. Dr Najihatussalehah Ahmad 4. Normala Sudirman
Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama' PAS Pusat Takdak pertandingan
AMK Buat Laporan Polis Terima Ugutan Bunuh Blogger Papa Gomo laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam oleh blogger Harapan Rakyat apabila didakwa menerima satu mesej ugutan bunuh melalui laman sosial Facebooknya, di sini, hari ini.
Beliau yang juga ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Azuan Ab Rahman, 33, mendakwa menerima ugutan bunuh itu daripada seorang blogger yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional (BN) iaitu Papa Gomo (gambar) pada 20 Mei lalu.
Menurut Mohd Azuan, blog Harapan Rakyat mula diaktifkan kira-kira setahun lalu dan melalui laman tersebut beliau berbalas pendapat dengan blogger dan pelayar internet lain mengenai hal ehwal semasa terutama isu-isu berkaitan politik.
Mohd Azuan berkata, baru-baru ini beliau menerima permintaan blogger Papa Gomo untuk menyertainya sebagai ahli namun setelah aktif sebagai rakan dalam laman tersebut beliau dipercayai membuat ugutan bunuh berikutan tidak berpuas hati dengan pendapat yang diberikannya kepada blogger atau pelayar internet lain.
"Sebelum ini saya ada menerima permintaan sebagai rakan di akuan Facebook saya oleh dia (Papa Gomo) tetapi tidak pernah ada hubungan yang baik namun apabila saya buka akaun itu pada 20 haribulan (Mei lalu). Saya menerima mesej ugutan (bunuh) itu melalui komen saya kepada orang lain yang mungkin kerana dia (Papa Gomo) tidak puas hati dan cuba mengugut supaya saya menghentikan segala kenyataan di laman tersebut," ujarnya.
Bagaimanapun menurut Mohd Azuan, beliau tidak dapat mengenal pasti masa satu pendapatnya yang menimbulkan kemarahan blogger Papa Gomo sehingga menyebabkan beliau menerima ugutan sedemikian.
Jelas Mohd Azuan lagi, antara mesej yang dihantar oleh Papa Gomo kepada Harapan Rakyat pada 20 Mei lalu adalah "nak mati ke?" dan "memang nak mati dah hang ni…tunggu lah masanya" .
Manakala pada 21 Mei pula, adalah seperti "Bunuh je, kasi kerat kote tu hehehe" dan pada 22 Mei ialah "Kau islam ke? Bunuh je" dan "he he he takut ke apa? rumah dah jumpa…..huhuhu".
Dalam pada itu, Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata pihaknya menyifatkan ugutan bunuh tersebut sebagai satu perkara yang serius serta berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan keselamatan Mohd Azuan tidak terancam.
"Ini satu perkara yang sangat serius dan kita memandang berat perkara ini kerana ia melibatkan ancaman nyawa seseorang malah terhadap keluarga Mohd Azuan sendiri. Pihak polis harus mengambil tindakan segera iaitu dengan memastikan kawalan keselamatan di rumah beliau dan kawalan keselamatan keluarga beliau." katanya.
Jelas Azmizam lagi, AMK percaya ugutan yang dibuat Papa Gomo ini merupakan tindakan terdesak pihak tidak bertanggungjawab berikutan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan majoriti blogger serta pelayar internet hari ini condong ke arah pembangkan.
"Papa Gomo kini mungkin sudah terdesak kerana beliau tahu rakyat hari ini lebih bijak menilai kenyataan-kenyataan bernas dari blogger pro-PR yang majoritinya penyokong PR sendiri,"jelasnya.
Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fariz Musa yang ditemui di luar perkarangan IPD Shah Alam turut menyatakan sokongan kepada Mohd Azuan dan berharap polis akan bertindak tegas serta menjalankan siasatan ke atas Papa Gomo yang dikatakan blogger atau cybertrooper Umno-BN yang menjadi rujukan media kawalan Umno-BN seperti Utusan Malaysia dan TV3.
Tambah Fariz, tindakan blogger Papa Gomo ini juga jelas menggambarkan betapa rendahnya akhlak dan moral pengikut-pengikut Umno-BN.
"Tindakan ini menggambarkan betapa tidak berakhlaknya Papa Gomo kerana menghantar mesej sedemikian. -tvsnews
SAYA ingin mengulas sedikit apa yang diperkatakan oleh Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim di Malaysiakini yang mengulas tentang cabaran Zahid Hamidi agar DAP keluar dari PR. Saya menyokong 110% kenyataan YB Idham Lim tersebut dan beliau menampakkan lebih bijaksana dari seorang Menteri Kabinet Najib iaitu Zahid Hamidi.
Jelas pada ketika betapa takutnya Umno kepada pengaruh DAP yang telah mula mengambil alih tugas MCA dan Gerakan di dalam mengambil hati serta sokongan masyarakat Cina. Lebih menakutkan lagi Umno adalah apabila DAP kini lebih terbuka kepada semua kaum termasuk kaum Melayu yang besar kemungkinan ada yang terpilih menjadi calon DAP di dalam PRU ke 13 nanti. Cabaran balas YB Idham Lim yang mencabar Umno agar keluar dari Bn sudah pasti membuatkan Zahid Hamidi terkedu malu.
Umno sebenarnya sudah hilang maruah dan taringnya. Ini jelas apabila Umno dengan kerjasama akhbar pencacai Utusan Meloya sedang berusaha keras untuk mempengaruhi DAP dan PAS agar keluar dari PR. Pada Umno, tentulah lebih elok jika kedua-dua parti ini menyertai Bn, tetapi kerana segan untuk menyuarakan hasrat menjemput kedua-dua parti berkenaan menyertai Umno, maka dicadangkan agar kedua-dua parti tersebut keluar sahaja dari PR. Apa asasnya untuk mereka keluar dari PR? Tiada hujah yang munasabah yang diberikan oleh Zahid.
Lojiknya, tentulah Umno yang patut keluar dari Bn dan kita ada hujah iaitu jelas MCA dan Gerakan tidak lagi `mesra' dengan parti sekular Melayu tersebut. Umno kini boleh dikatakan umpama `kera sumbang' tiada lagi teman yang sudi untuk berkongsi kesusahan. Di masa Umno kuat dan senang, memang ramai yang mahu berkawan kerana mereka berkawan dengan Umno disebabkan ada `sesuatu' yang boleh `mengenyangkan' mereka. Kini, Umno semakin tersepit dan dalam diam-diam Umno cuma boleh bergantung di `helaian bulu ketiak' Perkasa.
Karektor DS Anwar Ibrahim iaitu musuh utama Umno gagal sama sekali untuk dimusnahkan sepertimana `musnah'nya Altantuya dengan C4. Apa jua yang ditampilkan untuk memburukkan imej DS Anwar nampaknya semakin memakan diri Umno. Buktinya, semakin banyak fitnah yang dilemparkan kepada Ketua Pembangkang ini, beliau semakin didekati rakyat hatta kini di tanah rancangan (Felda) sendiri. Di bandar-bandar elit, di mana penduduknya rata-rata berpendidikan, Umno sudah tidak boleh cari makan.
Apabila pemimpin Umno semakin tertekan dan semakin lemah, maka arah pemikiran pemimpin Umno pun sudah tidak stabil lagi. Sebab itu kita lihat berbagai-bagai gelagat aneh yang telah dilakukan oleh mereka disaat-saat akhir nyawa mereka ditampuk kuasa. Krisis kenaikan harga barang serta dasar yang tungang langgang, menunjukkan pemimpin Umno kini sudah hilang arah untuk mentadbir negara.
Umno tiada pilihan lain lagi untuk terus berkuasa, maka sekarang ini kita lihat terlalu banyak jentera kerajaan atau agensi kerajaan yang menjadi pening dengan berbagai karenah dan kehendak pemimpin Umno untuk terus berkuasa. PKR cuba untuk diharamkan, Pejabat Pendaftaran pula tidak cukup mulut untuk menjawab tentang pemberian Kad Pengenalan kepada wara asing. Pihak Polis pula sampai sekarang gagal mendakwa `tokeh' yang menayangkan vedeo lucah, tetapi sibuk bercakap pasal vedeo itu tulin atau tidak.
Rakyat tiada pilihan lagi melainkan mesti berani untuk mencuba kerajaan yang baru. Lihat sahaja negeri-negeri yang telah ditadbir oleh PR, tentulah ada sedikit sebanyak kelemahan tetapi kebaikannya lebih banyak dari kerajaan terdahulu. Jika negeri seperti ini PR boleh tadbir dengan baik tanpa bantuan sewajarnya dari Kerajaan Pusat, sudah tentu jika PR mentadbir Putrajaya kita
Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.
Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.
Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."
"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.
"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.
Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa?
Kenaikan tarif elektrik akan tetap berlaku tetapi kerajaan akan melaksanakannya secara berperingkat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
Kenyataan itu meredakan rakyat yang bimbang dengan kesan kenaikan tarif elektrik ketika majlis ekonomi dijadual bermesyuarat hari ini untuk memutuskan perkara tersebut.
Kata Mustapa, kenaikan kos tenaga elektrik akan membebankan kebanyakan industri khususnya sektor-sektor yang berintensifkan tenaga termasuk pengeluaran keluli, minyak dan gas serta mereka yang terlibat dalam pengeluaran elektrik.
"Kami secara berterusan melibatkan mereka yang berada dalam industri. Apa sahaja kenaikan, ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat," katanya.
Mustapa juga berkata, kerajaan perlu menaikkan harga gas dan elektrik untuk memperkukuhkan kedudukan kewangan.
Kelmarin, Putrajaya mengumumkan bahawa tidak akan ada kenaikan harga bahan api buat masa sekarang.
Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno. Perkara ini diluahkan oleh Datuk Dr Fuad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja Shah Alam.
Beliau berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter .
PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN.
BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan. Mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri. Segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.
PAS yakin keresahan Datuk Dr Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.
Anak muda dari Perth Australia ini berusaha untuk berbahasa Melayu. Bahasa orang Gebeng, bahasa orang Pahang, bahasa orang kita.
Jangan bergantung kepada sarikata. Mungkin ada penyelewengan pada terjemahan.
Namun setelah mesej beliau disampaikan dengan begitu jelas, andai kita masih tidak faham, anggap sahajalah Kilang Lynas itu sebagai bencana dari Allah atas kebodohan yang tidak boleh dimaafkan.
Moga Allah celikkan mata kita daripada kesombongan yang tidak berperi ini.
Saya jiran Bukit Merah, kawasan berhantu yang kini sepi penuh misteri dan keji.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang. Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu. Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.
Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri. Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ. PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Konsert yang menampilkan persembahan sdr Bob Lokman, Khalid Salleh, Dr Ibrahim Ghafar serta kumpulan Dendang Anak, kumpulan cempuling warisan Bukit Kapar telah berjaya dilangsungkan. Sokongan dan bantuan sistem audio yang baik oleh Nasyeed Dotcom dapat menarik hadirin sekitar DUN Meru menanti hingga berakhirnya majlis. Penyampaian istimewa sajak oleh Yb Dr Hj Abd Rani Osman . Sajak, monolog dan dendangan lagu berkonsep keinsafan, memuji kebesaran Allah di persembahkan oleh setiap selebriti dapat menyentuh hati para hadirin. Menurut pengarah program sdr Nordin Samit, gabungan konsep kesenian tradisional- moden dan ketuhanan adalah alternatif kepada pencinta seni hiburan daripada unsur yang melalaikan. Kesungguhan beliau bersama urusetia program dengan sokongan JKKK Kg Meru mendapat pujian Yang Berhormat dan orang ramai. Diharapkan dapat diadakan dimasa akan datang menurut para pengunjung.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang. Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu. Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.
Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri. Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.
PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang. Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.
Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.
NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.
Menurut kenyataan media ringkas dari kementerian Chin petang tadi, pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat.
"Semakan harga gas dan tarif elektrik masih diperhalusi dan pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat," petik kenyataan itu.
Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.
Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
TELUK INTAN, 28 - PAS perlu menggantikan UMNO keranaUMNO kini sudah semakin parah. Malah UMNO sendiri tidak mampu membantu dirinya sendiri apatah lagi ingin membela rakyat. Demikian telah dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin semasa merasmikan Karnival PAS Untuk Semua di Pusat Aktiviti Sosial, Chenderong Balai dekat sini.
"Dalam sirah , Rasulullah SAW sendiri bertungkus lumus selama 13 tahun untuk menggantikan kerajaan jahilliyyah."
Ustaz Abu Bakar bersama Hj. Osman dan Ustaz Mustafa.
YB Anuar bersama Pengarah Program, Sdr. Rizal.
"Jadi slogan PAS Ganti UMNO bukan sekadar slogan dan retorik semata-mata malah kita kena ada strategi bagaimana dapat menggantikan UMNO pada PRU13 nanti khususnya untuk mengambil semula negeri Perak dari BN," tambah beliau dengan disambut laungan takbir.
Oleh itu, PAS mulai sekarang perlu menunjukkan kemampuan dan keupayaan dalam segenap aspek bukan hanya politik malah ekonomi, kebajikan, pendidikan dan sebagainya.
"Malah Rasulullah sendiri pernah diejek tidak mampu mentadbir negara."
Ustaz Mustafa memimpin bacaan doa.
Sdr. Rizal menyampaikan ucapan aluan.
"Gerak kerja menjatuhkan UMNO adalah satu kewajipan bagi setiap ahli PAS oleh itu setiap ahli PAS perlu bergerak dari sekarang bersiap sedia menghadapi PRU13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja," ujar beliau lagi.
Hadirin yang hadir termasuk wakil DHPP Perak.
Muslimat menadah tangan berdoa.
Beliau memuji usaha-usaha kebajikan yang dilakukan oleh parti khususnya Unit Amal yang kini sering mendahului UMNO dari segi usaha kebajikan.
Akhirnya, beliau berharap ahli PAS akan dilihat masyarakat sebagai individu yang serba boleh dan cemerlang.
Ustaz Abu Bakar melancarkan gimik pelancaran Skuad Kebajikan DUN.
Pesuruhjaya menyampaikan baju Skuad Kebajikan kepada wakil Pasir Salak.
Hj. Mohamad Akram mewakili Skuad Kebajikan DUN Teluk Intan.
Kemudian, Ustaz Abu Bakar telah melancarkan Skuad Kebajikan DUN Perak. Beliau juga telah menyerahkan baju T kepada setiap wakil Skuad Kebajikan DUN kawasan-kawasan. Ia adalah usaha di bawah Lujnah Kebajikan PAS Perak.
Selepas itu beliau telah meluangkan masa melawat ke setiap gerai di tapak karnival. Menurut Pengarah Karnival PAS Untuk Semua, Sdr. Rizal Ayub, karnival peringkat zon selatan kali ini telah mencatat pertambahan bilangan gerai berbanding karnival yang sama di peringkat zon utara dua minggu lalu. Menurut beliau sebanyak 88 gerai telah disediakan bagi karnival kali ini.
Ustaz Abu Bakar melawat gerai-gerai.
Ada sesuatu yang menarik minat Ustaz Abu Bakar.
YB Anuar turut mendengar penerangan daripada seorang peniaga.
Turut hadir dalam majlis perasmian karnival ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Mustafa Shaari, Pengerusi Lujnah Ekonomi PAS Perak Hj. Osman Masri dan ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.
Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.
Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islamsedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.
Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.
Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."
Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?
Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.
Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.
Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.
Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.
Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.
Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.
Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.
Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.
Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.
Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.
Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.
Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?
Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.
Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.
"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"
Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.
Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.
Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.
Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."
Mohammad Fitri Abdullah
"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.
"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.
Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.
"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.
"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.
"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.
Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.
Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.
"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.
"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.
Ustaz Harun Din adalah ulama yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat dalam masyarakat kita. Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi, pelajari dan amalkan. Rancangan Forum Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Harun Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam? Disekat terus menerus? Mengapa? - darussyifa.org
Tiada ulasan:
Catat Ulasan