Tepat jam 2.00 petang tadi SPR Selangor di Kompleks PKNS Shah Alam telah diserbu oleh pembantah-pembantah dari DUN dan Parlimen Negeri Selangor.
RDPT atau Rang Daftar Pemilih suku tahun 1/2011 yang mula di pamirkan pada 28 hb April 2011 dan berakhir pada 4hb May 2011 ini menampakkan kelemahan ketara yang dilakukan oleh SPR menyebabkan kemungkinan ribuan bantahan akan dibuat keatas SPR.
Para pembantah pada kali ini nampaknya sudah benar-benar bersedia dengan bukti yang kukuh bahawa ada terlalu ramai pengundi yang didaftarkan bukan merupakan pemastautin tetap di sesuatu Daerah Mengundi. Baca seterusnya di sini
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkam Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan sebelum Ogos ini bersandarkan tindakan Umno-BN memperhebatkan usaha mengaibkan beliau khususnya dengan menyebarkan video lucah fitnah.
"Saya boleh kata sebelum Ogos (bulan Ramadan). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa," kata Anwar.
Ramadan akan bermula awal Ogos ini manakala sambutan Aidilfitri dijangka awal September disusuli dengan musim menunaikan haji.
Ini bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.
Kepimpinan Umno dilaporkan bersubahat dengan gandingan Datuk T untuk mengaibkan Anwar dengan menyebarkan video lucah yang merakamkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks di sebuah hotel pada 21 Febuari lalu. Video itu kemudian dimuatnaikkan di Youtube dan ratusan ribu gambar dari rakaman itu dicetak serta diedarkan di seluruh negara.
Anwar menafikan beliau adalah pelaku dalam video itu dan membuat laporan polis. Beliau juga bersetuju supaya kes itu disiasat menerusi hukum Qazaf sebagaimana yang disarankan oleh beberapa mufti termasuk mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Bagaimanapun Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail masih belum mengambil tindakan terhadap Datuk T yang merangkumi Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chil dan bekas bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Mereka sebelum ini mengakui menayangkan video itu kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu dan mengugut Anwar supaya berundur dari arena politik jika tidak mahu video itu disebarkan.
Anwar memberitahu Malaysian Insider bahawa berasaskan perkembangan semasa, beliau menjangka Najib tidak akan menunggu terlalu lama untuk mengadakan pilihanraya umum sungguhpun mandat kerajaan pimpinannya hanya berakhir April 2013.
Malah, Najib dan pemimpin parti komponen sudah pun membuat beberapa kenyataan yang mencerminkan rasa terdesak untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan memaksa Anwar berundur dari politik dalam cubaan merampas balik majoriti dua pertiga.
Dengan persetujuan Najib, Presiden MCA Chua Soi Lek mengumumkan partinya tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika ia ditolak oleh pengundi Cina sebagaimana yang berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.
Najib berkata pengundi Cina harus memandang serius ugutan MCA itu jika tidak mahu melemahkan perwakilan Cina dalam kerajaan.
Pada masa sama, Najib juga menggesa PAS untuk keluar daripada Pakatan Rakyat kerana, menurut Najib, penyertaan parti Islam itu dalam gagasan pembangkang hanya menguntungkan DAP yang menjadi seteru utama MCA.
3 Mei - Al-Jazeera melaporkan, Syeikh Hassan at-Turabi, pemimpin Parti Himpunan Rakyat Sudan menyifatkan kematian Osama bin Laden dengan cara tragis seperti ini sebagai menyedihkan dunia Islam, "walaupun ada perbezaan pendapat antara kami, kerana beliau adalah orang Islam" dan Osama lebih rela "syahid daripada ditangkap dan dihina".
Beliau menyatakan cara perjuangan Osama Laden adalah salah dan merosakkan nama baik Islam apabila ia menyerang orang yang tak bersalah untuk menyakiti pihak yang dianggapnya sebagai bersalah.
Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas juga berpendapat demikian namun tetap menyifatkan Bin Laden sebagai 'seorang mujahid muslim daripada kalangan bangsa arab'.
Tentera Amerika masih berdolak-dalik untuk mengeluarkan gambar pembunuhan Osama setelah gambar kepala Osama yang kononnya ditembak disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai 'super imposed'.
Pengkebumian Osama di laut oleh pihak tentera juga menimbulkan debat, ketidakpuasan hati dan lebih banyak 'teori konspirasi'.
BATU PAHAT – Lima pasangan ditangkap berkhalwat oleh Pegawai Penguatkuasa Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat dalam operasi khas sempena cuti Hari Pekerja yang dilakukan empat pegawainya, kelmarin.
Timbalan Ketua Penguatkuasa Agama Daerah Batu Pahat, Mohd Anuar Kosnin berkata, dalam serbuan yang dilakukan turut tertangkap ialah seorang warga Indonesia bersama pasangannya warga tempatan yang sudah beristeri dan mempunyai empat anak.
Menurutnya, serbuan dilakukan di sekitar pusat bandar Batu Pahat yang disyaki menjadi sarang maksiat terutamanya golongan yang berumur 20-an dan sasaran utamanya ialah tiga hotel yang menjadi kegemaran kerana harga tidak terlalu tinggi.
"Daripada tangkapan yang telah dilakukan, kesemua pasangan terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.
"Jika sabit kesalahan, mereka yang ditahan dalam operasi khas ini akan dikenakan denda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah," katanya.
Menurutnya, dalam operasi berkenaan juga, terdapat cubaan untuk mengelak daripada dikenakan tindakan seperti enggan membuka pintu, selain memberikan alasan terlalu penat untuk pulang ke rumah.
Menurut Anuar, operasi yang dilakukan secara berterusan ini akan tetap dilaksanakan terutamanya pada cuti umum dan juga hujung minggu bagi mengelakkan perlakuan maksiat terutamanya golongan remaja.
Katanya, sekarang ini kegiatan berkenaan semakin bertambah akibat pertambahan hotel dan juga rumah tumpangan di daerah ini terutamanya yang menawarkan harga sederhana sekitar RM50 hingga RM150.
"Masalah khalwat seperti ini perlu dibendung dengan segera bagi mengelakkan menularnya kes pembuangan bayi yang banyak melibatkan golongan remaja yang berumur sekitar 20 tahun.
"Masalah seperti ini perlu dibendung dengan segera dan pelbagai pihak mestilah memainkan peranan yang penting untuk membendung masalah ini terutamanya para remaja itu sendiri.
"Dengan adanya operasi seperti ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan pengajaran kepada mereka selain dapat membanteras kegiatan maksiat di daerah Batu Pahat," katanya.
Menurut Anuar, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan maksiat ini, mereka boleh menghubungi terus talian hotline Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat di nombor 07-4341141.
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa mempertikaikan penganjuran program yang dijalankan di Bachok, Kelantan baru-baru ini melibatkan lebih 2000 pengetua dan guru-guru di seluruh Kelantan atas nama 'Seminar Isu-Isu Keselamatan Negara Pada Masa Kini'.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa, seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia telah mendedahkan isu-isu yang bukan mengenai keselamatan negara sebaliknya menyentuh mengenai video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Majlis ini telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
"Ia diadakan oleh Jawatankuasa Induk Pengelola melibatkan pihak polis, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Pelajaran Daerah Bachok.
"Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan melibatkan lebih 2,000 pengetua dan guru di seluruh Kelantan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Selasa.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan lapan orang guru
Oleh itu, beliau menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tampil menghentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan pejabat pendidikan untuk tujuan agenda politik.
"Apakah jaminan Ketua Polis Negara dan Timbalannya, Datuk Khalid Abu Bakar yang baru dilantik untuk memastikan institusi polis menjadi institusi yang berwibawa untuk memelihara keselamatan negara," katanya.
Minggu lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan peranan seorang pegawai kanan polis yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah ancaman keselamatan negara
"Pegawai polis itu juga dikatakan mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar sememangnya watak dalam video seks itu.
"Bagaimana seorang pegawai polis boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu sedangkan siasatan masih dijalankan oleh polis, ini satu tuduhan serius," katanya pada sidang media itu yang turut dihadiri Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar.
Bersungguh benar nampaknya Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, memastikan cetusan ideanya mengenai kedudukan wakil masyarakat Cina dalam kerajaan diberikan perhatian.
Biar pun pendirian kontroversi itu pernah mendapat reaksi negatif termasuk oleh para pemimpin parti-parti rakan komponen Barisan Nasional (BN) sendiri ketika beliau pertama kali menyuarakannya ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, 16 April lalu, itu sedikit pun tidak menumpulkan hasratnya terus menjulang ideanya itu.
Kini pendirian sama diulangnya lagi. Dalam kenyataan kepada media pada Jumaat, Soi Lek dilapor mempertegaskan bahawa sikap itu kini menjadi keputusan sebulat suara Majlis Mesyuarat Presiden partinya yang diadakan pada hari sama. Ertinya ia kini menjadi pendirian rasmi MCA dan bukan lagi pandangan peribadi Soi Lek.
Menurutnya, MCA tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina terhadap BN. Katanya, penolakan tersebut bukan sahaja membabitkan jawatan Kabinet dan Exco negeri, tetapi turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT), Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
Dalam ungkapan lain, partinya tidak akan mengambil bahagian dalam pentadbiran kerajaan sekiranya ia gagal mencatatkan keputusan memuaskan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
"Maksud kurang memuaskan di sini ialah kita akan guna keputusan pilihan raya umum lalu sebagai penanda aras... jika jumlah (kerusi dimenangi) pada pilihan raya umum akan datang kurang daripada apa kita menang pada 2008, ia dikira tidak memuaskan," katanya.
Pada 2008, MCA menang hanya 15 daripada 40 kerusi Parlimen diperuntukkan kepadanya. Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun), ia menang hanya 31 daripada 90 kerusi ditandinginya.
Ertinya, jika dalam PRU-13 nanti prestasi MCA lebih buruk daripada itu, parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan. Ada sekurang-kurangnya dua alasan diberikan Soi Lek bagi menyokong pendirian itu.
Pertama, katanya, ia sebagai tanda MCA menghormati pendirian masyarakat Cina yang tidak lagi memilih parti itu. Logiknya, oleh kerana kaum itu tidak lagi menaruh kepercayaan kepada MCA untuk mewakili mereka dalam kerajaan BN, maka apa gunanya ia terus menawar diri memperjuangkan suara mereka.
Di atas hujah sama Soi Lek sebelum ini menggesa parti-parti berasaskan kaum Cina di Sarawak menolak sebarang tawaran menduduki Kabinet negeri seusai PRN Sarawak pertengahan bulan lalu. Kekalah teruk SUPP di tangan DAP dan PKR dijadikan bukti Cina menolak untuk bersama BN.
SUPP yang diberi tanggungjawab mewakili BN di 19 kerusi hanya mampu memenangi enam daripadanya. Bagi Soi Lek, itu sudah lebih dari cukup untuk membuktikan kaum Cina tidak lagi mempercayai SUPP sebagai wakil mereka.
Kedua, menurut Soi Lek, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA agar menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi.
Sementara Soi Lek dan partinya cuba memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan gentleman, pendirian itu juga tidak sukar dinilai dari perspektif berbeza.
Paling tidak, ada yang menilai desakan pemimpin MCA itu seakan menyindir parti-parti komponen lain yang gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan, tetapi tidak malu menerima tawaran menduduki Kabinet. Pada 2008 lalu, selain MCA, masalah kemerosotan sokongan kaum masing-masing turut dialami PPP, Gerakan dan MIC.
Turut menerima kekalahan di tangan pakatan pembangkang ialah presiden ketiga-tiga parti itu. Soi Lek sendiri tidak tersenarai bersama mereka kerana beliau tidak bertanding dalam PRU lalu.
Namun dalam pembahagian kerusi Kabinet, wakil-wakil parti terbabit turut diberikan peluang mengisinya. Barangkali Soi Lek melihatnya sebagai suatu yang tidak wajar.
Sepertimana dia beralasan ketika mendesak SUPP menolak sebarang jawatan Kabinet negeri Sarawak, Soi Lek berpandangan parti-parti terbabit perlu menerima hakikat bahawa kaum yang sepatutnya mereka wakil telah menolak hasrat mereka menjadi wakil kaum tersebut.
Justeru, secara 'gentleman' tidak ada gunanya mereka (parti-parti komponen) yang sudah tidak mendapat kepercayaan kaum mereka beriya-iya untuk terus menjadi wakil kaum masing-masing.
Ia sepintas lalu menampakkan ketegasan, di samping turut terselit unsur merajuk. Malah lebih ketara ia seakan sindiran buat pihak yang kalah agar tidak terus menuntut bahagian dalam pemerintahan, walau pun sudah gagal melaksanakan tanggungjawab meraih sokongan kaum masing-masing kepada BN.
Namun, kesan yang mungkin lebih dihasratkan Soi Lek ialah terhadap kaumnya sendiri. Pendiriannya itu seakan satu amaran tegas kepada masyarakat Cina agar berfikir semula untuk terus memalingkan sokongan daripada BN.
Soi Lek sebenarnya cuba bermain psikologi. Ia seakan mengugut dan memberi kata dua kepada pengundi Cina, sama ada membantu kemenangan MCA atau berdepan risiko tidak mempunyai wakil dalam kerajaan BN nanti.
Itulah tekanan psikologi yang tersirat di sebalik ketegasan Soi Lek. Beliau sebenarnya melontarkan pilihan agar masyarakat Cina berfikir, jika mereka mahu terus diwakili dan suara mereka masih didengari dalam setiap peringkat pentadbiran kerajaan dikuasai BN, mereka perlu kembali memberikan sokongan besar kepada MCA.
Cuma Soi Lek mungkin terlupa bahawa perkiraanya itu dibuat berdasarkan andaian BN masih memerintah negara selepas PRU-13 nanti. Sedangkan gelombang penolakan terhadap BN di kalangan masyarakat Cina sebenarnya dengan cita-cita melihat perubahan pemerintahan negeri dan negara.
Justeru, apa perlunya mereka kembali menyokong MCA dan BN?
SHAH ALAM 2 MEI : Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengingatkan individu- individu yang berkepentingan dengan pendedahan serta penyebaran video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mendengar nasihat ilmuan agama.
Khalid berkata pandangan yang dilontarkan oleh mufti Selangor dan Perlis harus dijadikan garis panduan dan bukannya terus menyebarkan fakta yang kabur dan tidak sahih.
"Dari segi kelakuan seorang Islam saya berharap mereka mendengar nasihat daripada orang yang lebih arif tentang agama terutama mufti negeri Selangor dan juga Perak yang menekankan ada perkara tertentu yang tidak patut dibangkitkan dalam keadaan yang tidak punya maklumat yang sahih,"
Beliau menambah, penyebaran maklumat atau fakta yang tidak benar adalah fitnah. Dan bahana fitnah itu sangat besar hingga boleh menjatuhkan sesebuah tamadun.
"Ini melibatkan apa yang dikatakan fitnah dan sangat dilarang oleh agama Islam,"
Sebuhungan itu, Khalid menyeru kepada semua pihak agar menghentikan politik licik menjatuhkan sesama sendiri walhal apa yang harus diberi perhatian adalah merangka pertumbuhan ekonomi rakyat dan negara, demi pembangunan yang mapan.
"Kita tak payahlah bagi tumpuan pada perkara ini sebab msyarakat pun jelak dengan perkara ini. Sudah lebih 9 tahun drama ini. Saya harap kita fokus bagaimana mahu membangunkan masyarakat."
Pertengah Mac lalu, 'Datuk T' yang merangkumi bekas ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari PERKASA, Shuib Lazim mengaku bertunggungjawab menayang video seks kepada sekumpulan wartawan terplih di Hotel Carcosa Seri Negara.
Video itu kini tersebar luas diruang maya dan ditayangkan dibalai raya seluruh negara dan kem Biro Tatanegara (BTN).
Setakat ini, polis masih belum mengambil tindakan kepada 'Datuk T' yang secara terang- terangan mengaku menayang dan menyebarkan video itu.
3 Mei, diraikan oleh hampir seluruh dunia setiap tahun, terutamanya komuniti wartawan dan pencinta kebebasan akhbar dan bersuara, kerana ia merupakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia.
Tapi di Malaysia, hari berkenaan seharusnya menjadi waktu semata-mata untuk memperingatkan diri kita bahawa tahap kebebasan akhbar di tanah air ini adalah memalu dan semakin mengaibkan. Tahun lepas Malaysia memperoleh tangga 141 seantero dunia, 10 takuk ke bawah dari tahun 2009.
Seolah-olah keaiban ini tidak mencukupi, Malaysia didapati berada di tingkat bawah daripada Singapura yang lazimnya dikaitkan dengan kebebasan akhbar yang tersekat.
Sesungguhnya, tahap kebebasan akhbar adalah penting kerana ia adalah salah satu petanda utama terhadap darjah demokrasi yang wujud dalam sesebuah negara yang menyifatkan dirinya demokratik.
Malaysia tidak ada sebab kukuh untuk merai dan merayakan hari tersebut lebih-lebih lagi pada masa-masa kebelakangan ini. Banyak benda yang berlaku yang sebenarnya mencabul kebebasan yang sepatutnya ada pada media, khususnya akhbar arus perdana. Malah ada benda yang berlaku dalam dunia persuratkhabaran Malaysia yang merendahkan martabat dan kredibiliti media arus perdana.
Satu contoh yang ketara dan terkini ialah isu yang berkaitan dengan skandal video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim. Akhbar arus perdana khususnya bukan sahaja melaporkan hal ini, malah "memperagakan" klip video lucah di dada akhbar tanpa segan silu walaupun menyedari bahawa pembacanya juga termasuk kanak-kanak atau makhluk yang berusia amat muda.
Ketibaan pemimpin luar negara, seperti Perdana Menteri China, di Malaysia nampaknya tidak berupaya "bersaing" dengan kisah video seks itu dari segi keutamaan politik dan "nilai berita".
"Kebebasan" menyiarkan foto dan berita begitu menonjol sekali dalam akhbar bukanlah menandakan satu pencapaian atau kemajuan dalam pemberitaan yang patut kita banggakan. Ini satu langkah ke belakang.
Kita mungkin boleh cuba "memaafkan" jika penonjolan kes video seks ini dilakukan oleh akhbar "panas" dan sensasi seperti News of the World di Britain. Tapi yang mengaibkan ialah ini melibatkan akhbar arus perdana Malaysia yang kononnya serius dalam usahanya untuk meluaskan pemikiran rakyat serta menggalakkan keintelektualan warga.
Akhbar yang leka dengan sensasi dan unsur fitnah sudah tentunya mencerminkan ketidaktanggungjawapannya di mata umum, selain daripada melanggar etika kewartawanan. Ini menjadi begitu ketara apabila pihak yang dicemarkan imej dan kedudukan sosialnya tidak diberi peluang untuk membela dirinya dalam akhbar berkenaan.
Kalaupun diberikan ruang, selalunya ruang ini amat sempit, ataupun pandangan pihak yang tercemar diperoleh melalui pihak ketiga, bukan secara langsung daripada individu yang tercemar itu.
Tindak-tanduk akhbar arus perdana yang tidak beretika menyerlah apabila negara mengalami pilihanraya (seperti di Sarawak baru-baru ini). Waktu inilah akhbar bersikap kurang adil dalam pemberitaannya dengan memberi layanan yang baik lagi lumayan kepada parti yang memerintah, iaitu Barisan Nasional; malah ada juga akhbar yang bersekongkol dengan pihak berkuasa dengan menjana bohongan dan herotan realiti.
Akhbar, seperti ramai sedia maklum, bukan hanya sekadar melaporkan tentang peristiwa yang berlaku atau isu yang timbul pada hari berkenaan, tetapi ia juga berperanan - pada tahap tertentu - menyogok agenda bagi masyarakat. Dengan kata lain, akhbar mempunyai peranan atau matlamat yang murni dalam mencari kebenaran dan keadilan bagi pihak ahli masyarakat; mendidik rakyat; menggalakkan perbincangan secara aman; dan juga menjana maklum balas umum terhadap dasar pemerintah.
Tetapi peranan murni ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin jika akhbar berkenaan berkelakuan tidak lebih daripada penerbitan gossip, mekanisme mencetus sentimen perkauman atau ekstremis, dan alat propaganda pihak yang berkuasa.
Dan akhbar akan masih mengalami kekurangan kudrat untuk memikul tanggungjawab murni ini selagi ada undang-undang yang mengekang pekerjaan wartawan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Wartawan tidak akan berupaya menjalankan kewartawanan penyiasatan selagi ada undang-undang di atas, khususnya PPPA dan OSA.
Dalam masyarakat yang pelbagai golongan etnik seperti Malaysia, akhbar mempunyai peranan yang penting dalam konteks luas di mana rakyat menginginkan keharmonian nasional dan etnik. Sesungguhnya, akhbar boleh memainkan peranan sebagai jambatan yang mengeratkan hubungan antara golongan etnik dalam masyarakat.
Salah satu langkah yang boleh dianggap sebagai satu kemajuan dalam kewartawanan ialah jika ada usaha akhbar vernakular, seperti Sin Chiew Daily dan Tamil Nesan, misalnya, meluaskan skop pemberitaan serta perspektif politiknya yang menjangkau kepentingan komuniti bahasa berkenaan.
Ini juga bermakna bahawa rakyat yang bukan berbahasa ibunda berkenaan mempunyai akses secara langsung atau tidak langsung kepada akhbar berkenaan.
Tanggungjawab akhbar berbahasa Melayu menjadi lebih berat dan mustahak lagi kerana ianya menggunakan bahasa Melayu yang juga bertaraf bahasa nasional.
Dalam kes Utusan Malaysia, misalnya, ia bukan saja harus melayani kehendak "komuniti Melayu" tetapi juga kepentingan "komuniti Malaysia" yang membabitkan pelbagai golongan etnik seperti Cina, India, Kadazandusun, Iban, dll. Melalui penggunaan bahasa Melayu dan juga ruang lingkup yang lebih luas ini, akhbar berkenaan boleh menjana perasaan "keahlian" (atau stakeholder) bagi setiap warga negara ini. Keperluan kepelbagaian ini sebenarnya telahpun dirasai sebelum "era 1Malaysia" lagi.
Dengan kata lain, akhbar berbahasa Melayu khususnya, perlu bersikap lebih terbuka dan sanggup melayani kepentingan dan keperluan pelbagai kelompok yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan cara ini, bahasa Melayu benar-benar dirasai "kebangsaan"nya oleh pelbagai rakyat negara ini, dan lantas ianya menyuburkan lagi bahasa nasional ini.
Seperkara lagi, dakwaan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa Utusan Malaysia mencerminkan pandangan "komuniti Melayu" tidaklah tepat. Ini kerana tidak ada "satu pandangan" dari satu "komuniti Melayu". Apa yang wujud ialah pelbagai pandangan dari pelbagai kelompok, ideologi dan kelas sosial dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Pemberitaan dan penulisan Utusan Malaysia harus mencerminkan kepelbagaian ini.
Seperti umum sedia maklum, akhbar online menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia akibat daripada melesetnya kredibiliti akhbar arus perdana kerana, antara lain, kawalan pihak berkuasa. Keupayaan akhbar online untuk menjalankan tugasnya sebaik mungkin juga menjadi kayu ukur kepada darjah demokrasi negara ini.
Itulah sebabnya ancaman siber yang dihadapi oleh akhbar online, seperti yang berlaku pada Malaysiakini baru-baru ini, menjadi kebimbangan kepada wartawan dan juga pencinta kebebasan akhbar.
Melesetnya kedudukan kebebasan akhbar di negara ini juga mempunyai kaitan rapat dengan kuasa yang diberikan kepada pemerintah oleh undang-undang yang berkaitan dengan akhbar, seperti PPPA, OSA dsb. yang membolehkan kawalan ketat pemerintah terhadap media pada keseluruhannya.
Negara yang ingin mencapai cita-cita tinggi, iaitu taraf negara industri, maju dan saintifik, memerlukan pada keseluruhannya warga yang berhemah tinggi, waras, cerdek, berdaya saing tinggi, saintifik dan adil serta kritis.
Hanya akhbar dan media lain yang mempunyai daya intelek yang tinggi, fikiran terbuka, komitmen terhadap kebenaran dan keadilan, dan kredibiliti tinggi yang boleh melayani kehendak dan keperluan warga negara sedemikian rupa.
SHAH ALAM 3 MEI : Kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi manfaat kepada masyarakat umum jika Bank Negara tidak memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat.
Akibat dari itu, rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat.
Demikian pandangan Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Dr Jacob George.
"Bila kita nak terjemahkan kenaikan harga atau kekuatan harga kita, Bank Negara dan agensi-agensi kerajaan perlulah mengadakan satu penanda aras di mana mereka boleh menukarkan kenaikan itu kepada belanja kehidupan sehari-harian kita. Baru ia membawa manfaat kepada pengguna dan tidak bebankan pengguna, lagi"katanya kepada Tv Selangor.
Menurut Dr Jacob, Malaysia merupakan sebuah negara 'unik' yang sering menaikkan harga barangan tertentu apabila pasaran dunia menaikkanya, namun apabila harga diturunkan, kita tidak berhasrat untuk menurunkannya.
Oleh itu katanya, peningkatan nilai ringgit di negara ini tidak memberi kesan kepada rakyat kerana ia tidak meliputi harga barangan di negara ini.
"Kita hendak kerajaan pusat memberitahu apa guna kenaikan ringgit jika tidak membawa apa-apa faedah kepada pengguna.Jadi ini satu cerita yang susah kita nak jawab sekarang. Ini satu soalan yang pakar-pakar boleh jawab,"katanya lagi.
Dr Jacob juga turut mendesak kerajaan mengambil langkah-langkah perlu bagi membendung harga barangan yang terus membebankan pengguna.
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menggesa Najib menjelaskan bagaimana kos sara hidup rakyat semakin melonjak sedangkan Perdana Menteri dengan bangga mengatakan bahawa inflasi negara stabil pada tahap 2.3 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.
Malah Najib juga mendakwa ringgit juga semakin kukuh ekoran asas ekonomi yang semakin baik.
Namun kata Guan Eng timbul persoalan apabila rakyat tidak menerima sebarang penurun dalam harga barangan import dan perkhidmatan.
SHAH ALAM 3 MEI : Bebanan yang ditanggung oleh rakyat akibat daripada kenaikan harga barangan mungkin dapat dikurangkan dengan pelarasan gaji di semua sektor di negara ini.
Ini kerana, dari barangan import sehinggalah kepada barangan keperluan asas hatta seperti harga minuman meningkat dengan ketara tanpa dapat dibendung lagi.
Tinjauan Tv Selangor mendapati, masyarakat yang sudah lama menahan sabar ekoran kenaikan harga melampau ini, mula bersuara dan mahu beban mereka turut dirasai oleh pihak yang bertanggungjawab.
Seorang pegawai di Majlis Bandaraya Shah Alam, Said Idham Idris yang ditemui Tv Selangor berkata, pendapatan orang ramai kini tidak sepadan dengan kenaikan harga barangan.
Perbelanjaan melebihi gaji sudah menjadi lumrah untuk masyarakat terutama yang tinggal di bandar besar sehingga mendatangkan tekanan yang melampau kepada rakyat.
"Harga barang naik atau turun tak jadi masalah sebenarnya tapi yang penting gaji pendapatan orang kita rakyat. Kalau harga barang atau nilai wang kita
naik tapi gaji dengan takuK lama kita tak dapat menampung kehidupan semasa.
"Kalau kita tengok kalau kakitangan kerajaan dengan gaji 10 tahun lepas dengan sekarang masih di tahap yang sama macam mana kita nak berbelanja. Walaupun ringgit kita tinggi, bila harga barang naik dengan kadar gaji yang terhad, bagaimana kita nak berbelanja?,"soalnya.
Pendapat Said Idham itu dipersetujui oleh Siti Zaharah Abdul Khalid. Menurutnya kenaikan harga barangan kini sudah dianggap keterlaluan dan membebankan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.
"Walaupun matawang Malaysia telah meningkat tetapi harga pasaran dunia sama juga jadi kadar inflasi Malaysia tetap tinggi berbanding negara lain. Tetapi saya rasa tiada perubahan kadar duit Malaysia telah meningkat. Kerana kadar inflasi Malaysia meningkat juga,"katanya.
"Jadi ini menyebabkan kebanyakan rakyat Malasia merasa kenaikan harga barang di pasaran. Bagi mereka yang perpendapatan pertengahan dan ke bawah, mereka yang akan merasa paling teruk sekali dengan kenaikan harga barang sekarang ini, kerana gaji mereka tak naik tetapi harga barangan tetap meningkat,"tambahnya lagi.
Sementara itu menurut seorang pesara, Hashim Sairi, kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengawal harga barangan yang meningkat naik demi kelangsungan hidup rakyat.
"Kalau boleh harga barang janganlah naik kerana pendapatan rakyat tak meningkat . Jadi harga barangan tak sepatutnya naik. Kalau pendapatan rakyat ditingkatkan ia wajarlah harga barangan sedikit naik. Ini menambahkan sengsara rakyat, bukan nak menolong rakyat,"tegas beliau.
Sementara itu seorang pekerja swasta Ravindran Sammogam pula berpendapat, beban yang ditanggung ekoran kenaikan harga barang lebih membabitkan pekerja swasta. Ini kerana kakitangan awam mempunyai beberapa elaun lain untuk menampung kehidupan.
"Ya swasta kena naik lagilah, swasta banyak rendah gaji, kalau kerajaan naik gaji, swasta juga perlu naikkan. Tapi kerajaan ada juga dapat elaun-elaun semua, swasta hanya setahun sekali saja dapat,"katanya.
Nyata kenaikan harga barangan yang tidak setimpal dengan pendapatan yang diperolehi merupakan masalah utama yang dihadapi rakyat.
Kenaikan nilai ringgit tanpa mengambil langkah membendung kenaikan harga barangan adalah persoalan dan masalah yang harus ditangani segera oleh kerajaan pusat.
NIBONG TEBAL, Kemungkinan besar puak dan juak-juak Umno adalah sex-maniac sehingga mereka begitu seronok dengan berita, dakyah, fitnah, tohmahan yang bersandarkan kepada seks dan lucah.
Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi.
Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik.
Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun.
"Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi.
"Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
MARANG - Pas menyifatkan saranan Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak agar parti itu meninggalkan pakatan pembangkang dan menyertai Barisan nasional (BN) sebagai janggal dan aneh.
Malah, Pas sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN yang didakwa sering dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan musnahkan harta negara.
Beliau berkata, Pas mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama Pakatan Rakyat (PR) adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
Menurutnya, kerjasama Pas selama ini dengan DAP contohnya, adalah atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. Ia tidak sama dengan kerjasama wala' antara UMNO dengan MCA dan MIC yang menggadaikan prinsip Islam.
"Kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC juga hanyut dengan kuasa dan seterusnya menghilangkan jati diri Melayu-Islam dalam negara kita ini sejak puluhan tahun," katanya mengulas saranan Perdana Menteri meminta Pas agar keluar daripada PR.
Malah, Presiden Pas itu juga mempersoalkan isu siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah Melayu-Islam.
Selain itu, Hadi turut mempersoalkan siapa pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan UMNO-putra.
"Siapakan yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini? Jawapannya, kerajaan pimpinan UMNO-BN yang melemahkan orang Melayu itu sendiri," katanya.
BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.
Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam BN, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP.
Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh Perkasa terpaksa memainkan isu perkauman.
Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BN. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai BN akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan BN yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.
Di Terengganu semalam (30 April), Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR.
Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.
Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang.
KUALA LUMPUR 2 MEI : Sebagaimana yang dijangka, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad kerana kononnya melanggar syarat perkhidmatan dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan polisi syarikat.
Hatta menjadi sasaran Utusan selepas lantang mengkiritik tahap kebebasan akhbar arus perdana di negara ini, khususnya Utusan yang disifatkan beliau lebih untuk mengangkat agenda Umno dan bukannya maklumat yang benar kepada rakyat.
Beliau dilihat sebagai Presiden pertama NUJ yang berani menegur pengurusan Utusan yang disifatkannya terlalu mengikut telunjuk pemimpin Umno sehingga menjejaskan kewibawaan Utusan sebagai akhbar yang mencerminkan suara orang Melayu.
"Maknanya keputusan ini membuktikan, apabila kita memperjuangkan sesuatu yang positif iaitu kebebasan media inilah risiko untuk mana-mana wartawan. Kalau kita lantang sikit inilah yang berlaku," kata Hatta.
Walaupun dipecat, Hatta akan terus menerajui NUJ sehingga pemilihan untuk penggal baru diadakan.
"Ini bukan satu tanda nokhta untuk saya memperjuangkan kebebasan media di negara ini. Saya akan lebih agresif untuk memperlihatkan agar media dapat dibebaska, bukan setakat membantu wartawan dalam industri ini tetapi juga untuk mengembangkan Keluaran Dalam Negara Kasar.
Di United Kingdom dan Amerika Syarikat media adalah penyumbang ketiga terbesar dalam negara. Di Malaysia industri media tertutup dan tidak menyumbang kepada negara," kata beliau.
"Walaupun saya dibuang kerja, perjuangan ini tidak akan berhenti . Saya harap kawan-kawan terus bersama dengan saya memperjuaangkan perkara ini" tambah Hatta.
Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.
"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.
Bagaimanapun, Hata yang menyertai Utusan pada tahun 1995, dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari terhadap pemecatan itu.
Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.
Pada 3 September 2009, Utusan turut memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati salah atas tuduhan menfitnah syarikat itu bersabit aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
PETALING JAYA: Kematian Osama bin Laden yang dianggap sebagai perancang utama serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 tidak dapat menjamin kelumpuhan kumpulan Al-Qaeda.
Osama yang merupakan pemimpin utama Al-Qaeda dikatakan maut dalam satu serangan yang diketuai oleh tentera AS di sebuah rumah agam yang terletak di pekan Abbottabad, berhampiran Islamabad, Pakistan.
Kematian tersebut disahkan oleh Presiden Barrack Obama dalam satu sidang akhbar di Rumah Putih pada lewat malam Ahad.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Ahmad Atory Hussain berkata, kematian Osama tidak bermakna sokongan terhadap Al-Qaeda turut mati.
"Osama hanya pemimpin kepada sebuah organisasi dan sudah pasti kehilangan tersebut akan digantikan dengan individu yang lain.
"Bagaimanapun, kekuatan Al-Qaeda juga sudah agak berkurangan kerana sokongannya telah terjejas," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.
Ahmad Atory menambah, secara tidak langsung berita kematian itu akan mengukuhkan imej Obama sekaligus akan membantu beliau dalam pemilihan penggal kedua yang dijangkakan pada tahun depan.
Beliau berkata, kematian Osama yang juga merupakan individu paling dikhendaki itu juga boleh membangkitkan sentimen anti-Amerika.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, kematian Osama tidak memberikan impak yang besar kepada dunia ekoran imejnya yang semakin merosot kebelakangan ini.
Menurut beliau, untuk jangka masa panjang, keganasan akan terus berlaku kerana ia bukan hanya disebabkan oleh rangkaian Al-Qaeda.
"Al-Qaeda bukan satu rangkaian yang berpusat kepada seorang individu. Kematian Osama akan memberi kesan tetapi kumpulan itu akan terus bergerak dan begitu juga dengan rangkaian pengganas yang lain," katanya.
Chandra yang merupakan Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, berita kematian Osama yang disambut gembira oleh masyarakat AS diterima dengan perasaan bercampur-campur oleh masyarakat Islam.
Menurut beliau, masyarakat bersimpati terhadap Osama kerana dilihat sebagai seorang pejuang Islam yang menentang Barat, tetapi sokongan merosot kerana tiada kejayaan yang dicapai.
"Sesuatu pergerakkan akan diyakini jika ia membawa kejayaan, tetapi di sini ia bukan sahaja tidak berjaya, tetapi pada satu peringkat menyusahkan orang seperti kawalan keselamatan yang lebih ketat di lapangan terbang dan sikap membenci penduduk Islam oleh pihak-pihak tertentu," katanya.
Pada masa yang sala, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku gerakkan anti-Amerika oleh pengikut Osama yang marah dengan serangan itu.
Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Agus Yusof berkata, kematian Osama tidak membawa impak kepada keamanan dunia selagi AS tidak mengubah dasar luarnya terhadap peristiwa yang membangkitkan kemarahan orang Islam seperti yang berlaku di Palestin.
MARANG - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam keadaan berulat dan bersandar di dinding bilik tidurnya di Taman Rahmat Mercang, semalam.
Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata, mayat Mustapa Yusof, 67, ditemui jirannya pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari apabila jirannya itu terhidu bau busuk semasa dia sedang memetik buah mangga dekat dengan rumah warga emas itu.
Beliau berkata, Mustapa yang mengidap penyakit asma dipercayai mati kira-kira empat hari lalu kerana sesak nafas, dan mayatnya yang dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu sudah dituntut oleh anggota keluarganya untuk dikebumikan di kampung halamannya Kuala Berang.-Bernama
WASHINGTON - Kematian pemimpin kumpulan Al-Qaeda, Osama Laden, yang dibunuh dalam serangan tentera Amerika Syarikat (AS) semalam, selepas hampir 10 tahun negara itu melancarkan misi membalas dendam ke atasnya, bukanlah satu pengakhiran, malah menimbulkan persoalan baru.
Adakah lebih banyak serangan pengganas akan dilancarkan oleh kumpulan itu selepas ini, atau adakah kematian Osama akan menguburkan kumpulan paling digeruni kuasa Barat itu?
Namun, Al-Qaeda sejak sedekad lalu telah dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang beroperasi di serata dunia tanpa pengawasan Osama, menandakan kematiannya mungkin tidak memberi kesan mendalam.
Pengumuman Presiden AS, Barack Obama mengenai kematian Osama turut diikuti dengan amaran perjalanan kepada rakyat negara itu.
Selain itu, pihak berkuasa AS turut meningkatkan kawalan keselamatan serta-merta.
Menurut pegawai keselamatan dalam negeri AS, arahan diberikan kepada pasukan khas tentera supaya membunuh Osama dan bukannya menahan pengasas Al-Qaeda itu hidup-hidup.
Pastinya pejuang Al-Qaeda lain akan melancarkan serangan balas kepada AS atas pembunuhan yang dilakukan tanpa mengendahkan hak asasi manusia untuk membela diri dalam perbicaraan adil seperti yang kerap dilaungkan negara itu sebelum ini.
Osama dilaporkan dibunuh dalam serangan yang diketuai pasukan khas tentera AS di bandar Abbotabad, utara Pakistan, awal pagi semalam (waktu Malaysia) selepas bertahun-tahun mengadakan risikan, seperti yang diumumkan Obama.
Ini menunjukkan AS sedia maklum lokasi sebenar Osama yang berada di Pakistan, tetapi negara itu terus rakus mengetuai perang yang membunuh ribuan orang awam di Afghanistan yang jelas dilancarkan tanpa sebab kukuh.
"Keadilan berjaya ditegakkan," kata Obama dalam ucapan di Rumah Putih bagi mengumumkan kematian Osama yang dituduh menjadi dalang serangan kapal terbang ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001, yang meragut hampir 3,000 nyawa.
Tentunya kematian Osama yang dianggap pencapaian besar itu akan digunakan Obama bagi mendapatkan kelebihan politik kepada beliau menjelang pilihan raya AS, tahun depan.
Sementara itu, ribuan rakyat AS berkumpul di hadapan Rumah Putih dan bersorak kegembiraan sambil mengibarkan bendera negara itu sejurus berita kematian Osama diumumkan.
Osama, 54, sebelum ini menyembunyikan diri di kawasan pergunungan di timur Afghanistan selepas negara itu dijajah AS dan tentera bersekutu yang berikrar membalas dendam terhadap serangan 11 September itu.
Kalau kita pernah pergi ke Makkah, kita akan berhadapan dengan sikap orang Arab yang berniaga. Setiap ayat yang hendak diucapkan pasti dimulakan dengan sumpah. "Wallahi ya akhi" sudah biasa dibibir mereka. Sudah jadi kelaziman dalam perbualan mereka. Dan pada peniaga ini sumpah cari makan namanya. Kalau tidak, pembeli tidak yakin dengan barang jualannya.
Pasangan yang sedang bercinta, kerap juga bersumpah. Ada yang sumpah hendak hidup semati, juga sumpah tidak ada kekasih lain dan sumpah untuk buat itu dan ini demi cinta, kononnya. Inilah sumpah orang yang bercinta. Sumpah ini kadang-kadang sumpah palsu bagi tujuan mengambil hati kekasihnya. Mereka ini tidak tahu kesan kalau melakukan sumpah palsu.
Ada juga pasangan yang bergaduh membuat sumpah. Sumpah untuk tidak berjumpa lagi, sumpah untuk tidak berkahwin dan sebagainya. Inilah sumpah orang yang bergaduh, sumpah waktu marah. Sumpah ini kadang-kadang gagal ditepati. Apabila hati reda mereka berbaik semula.
Seseorang yang hendak dibicarakan di mahkamah, mereka diminta bersumpah untuk bercakap benar. Maka sebelum bicara dimulakan dengan sumpah yang dipimpin oleh petugas mahkamah. Sumpah itu dilakukan di hadapan hakim. Sumpah di mahkamah ini boleh memberi kesan jika mereka memberi maklumat palsu.
Walaupun bentuk-bentuk sumpah di atas tidak termasuk dalam perintah syarii tetapi sumpah yang diungkapkan jika dilanggar, dia telah berdosa. Walaupun sumpah ini hanya sumpah sesama manusia yang mereka sendiri kena adili tetapi Allah tetap melihat dan mendengar. Maka jika mereka engkar, mereka akan tanggung risiko sendiri. Maka bagi mengelak risiko pelanggaran, batalkan sumpah itu dan bayar kifarat.
Tetapi realitinya, umat Islam tidak faham lalu berkali-kali bersumpah dan berkali-kali pula melanggarnya. Bayangkan kalau setiap kali melanggar sumpah perlu membayar kifarat, berapa banyak yang mereka perlu tanggung dosa.
Sumpah syarii
Seterusnya sumpah yang dilakukan di hadapan Allah. Biasanya seseorang itu bersumpah itu dan ini jika mereka berjaya mendapat impiannya. Sumpah ini juga dipanggil nazar. Sumpah ini wajib mereka laksanakan. Jika mereka gagal melaksanakan sumpah itu, mereka wajib membayar denda iaitu kifarat nazar.
Wajib membayar kifarat sumpah dengan takhyir dan tartib, ertinya memilih dengan mengikut urutan seperti berikut:
1. Memerdekakan hamba atau budak; jika tidak, maka 2. Memberi makan atau pakaian kepada sepuluh orang fakir miskin; jika tidak 3. Puasa tiga hari.
Ada satu lagi sumpah iaitu "ila'" namanya. Ini sumpah suami untuk tidak mahu mensetubuhi isterinya dalam tempoh tertentu. Selepas habis tempoh ila' itu dia perlu ceraikan isterinya, kalau tidak hakim boleh menceraikan isterinya bagi pihaknya. Tetapi kalau dia batalkan sebelumnya dengan mensetubuhi isterinya maka dia perlu membayar kifarat.
Akhir sekali sumpah laknat yang dalam fiqhnya disebut "li'an". Sumpah ini hanya untuk pasangan suami isteri. Iaitu apabila suami yang menuduh isterinya berzina atau isteri menuduh suami berzina, maka mereka telah melakukan satu kesalahan kecuali kalau mereka berjaya membawa empat orang saksi. Jika tidak ada saksi, pihak yang menuduh wajib bersumpah li'an bahawa isterinya berzina atau suami berzina.
Jika tuduhan itu tersasar, sedangkan dia sudah bersumpah maka layaklah dia menerima hukuman Allah seperti yang disumpahkan. Tapi ingat sumpah ini hanya untuk suami isteri sahaja. Bapa mentua, ipar tidak boleh bersumpah dalam kes ini apatah lagi orang luar.
Ketiga-tiga jenis sumbah yang terakhir ini adalah termasuk dalam sumpah syarii. Jika mereka tersalah maka hukuman hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, orang yang beriman harus berhati-hati dengan sumpah ini, tidak harus dimain-mainkan kerana kifaratnya amat berat.
Cara sumpah li'an
Sumpah li'an ini dikenakan kepada pihak yang membuat tuduhan zina dalam kalangan suami isteri tetapi mereka gagal membawa empat orang saksi. Maka suami hendaklah bersumpah naknat sebanyak empat kali. Selepas selesai sumpah suami, isteri bolehlah bersumpah balas menafikannya sebanyak empat kali juga. Tetapi kalau suami sahaja yang bersumpah, isteri wajib dikenakan hukuman hudud.
Ungkapan sumpah itu pelbagai iaitu: "Saya bersaksi dengan Allah bahawa saya dalam kalangan orang yang benar pada apa yang saya tuduhkan ka atas isteri saya (sebut nama) dengan berzina."
Atau: "Bahawa anak ini atau itu anak zina bukan anak saya."
Dan pada akhir kedua-dua sumpah itu hendaklah disambungkan dengan ungkapan ini: "Maka ke atas saya laknat Allah jika saya dalam kalangan orang yang berdusta." Isteri pula selepas itu harus bersumpah menafikannya: "Saya bersaksi dengan Allah bahawa (sebut nama suami) dalam kalangan orang yang berdusta yang menuduh saya sebagai orang yang berzina." Kemudian akhirinya dengan, "ke atas saya kemurkaan Allah jika adalah dia dalam kalangan orang yang benar."
Jika selesai upacara sumpah itu, terlepaslah mereka berdua daripada hukum hudup iaitu qazab terhadap suami dan rejam terhadap isteri. Walau bagaimanapun hubungan suami isteri selepas itu tercerai secara automatik. Juga ternafi anak itu nasabnya walaupun sememangnya anak itu anaknya. Seterusnya diharamkan mereka berkahwin semula. Tetapi pada hari ini, jarang kita dengan suami isteri yang melakukan li'an mungkin kerana tidak tahu atau tidak mahu. Walau bagaimanapun kita sering mendengar suami atau isteri yang membuat tuduhan terhadap pasangan masing-masing. Mereka ini secara tidak langsung telah melakukan qazab. Bayang berapa banyak dosa yang mereka lakukan dalam hal ini setiap hari. -- Dicatat Oleh Blogger ke Fikrah Islamiah
Pelaku dalam video seks bukanlah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Setiausaha Agung Parti Hak Asasi Manusia (HRP) P Uthayakumar selepas menonton daripada CD yang diterimanya melalui emel pada 29 April lalu.
Beliau merupakan yang kedua menerima salinan video itu selepas anggota parlimen Kapar S Manikavasagam menemuinya dalam peti surat di pejabatnya minggu lepas.
Uthayakumar sebaliknya perkara bahawa ia merupakan konspirasi politik yang didakwa digerakkan Umno dengan kerjasama polis Cawangan Khas.
Katanya, beliau menerima CD yang merakamkan aksi 22 minit yang ditunjukkan kepada wartawan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac melalui surat melalui penghantaran udara daripada Thailand.
Surat itu menggunakan setem Thailand dan mempunyai cop dipos pada 25 April daripada Songkhla, Thailand.
Beliau berkata menontonnya bersama beberapa aktivis HRP semalam.
"Kami hentikan CD untuk kedudukan strategik, beberapa kali, lihat pada muka pelaku; kami lihat padanya lagi dan lagi. Kami percaya ia bukan beliau (Anwar)," kata Uthayakumar dalam sidang media di pejabatnya di Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Malaysiakini/-
Ulasan cina Islam:
Tindakan yang dilakukan diatas bagi saya berlainan dari apa yang disarankan oleh mufti dan bekas mufti dan beberapa tokoh agama yang menyuruh Anwar juga bersumpah.
Bagi saya kalau sesuatu yang jelas menipu dan bukan Anwar seperti yang dikatakan oleh P Uthayakumar, tentunya tindakan Anwar adalah satu penegasan secara peribadi dan jelas membuktikan bahawa dia telah memepertahankan haknya bahawa dia bukan watak yang berada dalam video itu.
Cuma yang saya bimbangkan adakah kenyataan di atas akan menghiasi muka depan akbar pro umno esok hari, rasanya tidak kerana sehari dua ini BN dan umno sudah mengalihkan nya kepada isu baru yang tidak masuk akanl iaitu ajak PAS bergabung dengan.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akhirnya dipecat majikannya Utusan Melayu (M) Berhad setelah didapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan syarat perkhidmatan yang ditetapkan.
Dalam surat yang ditandatangani Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman bertarikh 21 April lalu, keputusan memecat Hata dibuat dengan mengambilkira keputusan siasatan dalaman terhadapnya.
"Setelah mengambilkira faktor-faktor yang dikemukakan semasa siasatan dalaman dijalankan serta keadaan sekeliling tuduhan tersebut, syarikat tiada pilihan lain melainkan membuat keputusan tuan dibuang kerja serta merta, berkuatkuasa dari tarikh surat ini dikeluarkan," surat lapan halaman itu dipetik.
Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan, Hata dibenarkan merayu kepada pengarah eksekutif Utusan dalam tempoh 14 hari selepas surat pemecatan dikeluarkan.
Wartawan kanan yang berkhidmat di Utusan sejak 1995 itu juga diminta memulangkan segala harta benda syarikat milik Umno itu dengan segera.
Walaupun dipecat, menurut undang-undang tubuh NUJ, Hata masih kekal merupakan presiden NUJ sehinggalah pemilihan baru yang akan datang.
Hata sebelum ini menghadapi lapan pertuduhan berdasarkan kenyataannya yang disiarkan dalam Malaysiakini, akhbar The Sun dan dua lagi portal berita.
Hata juga sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantan berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.
Hata bagaimanapun bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian.
Pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.
Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.
Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar. Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.
Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. - AP
Saya mengalu-alukan tindakan segelintir artis yang telah menunjukkan sikap terbukanya untuk mengumumkan parti pilihan mereka.
Saya berpandangan tindakan ini adalah wajar kerana semua rakyat Malaysia berhak memilih m parti yang sesuai dengan selera dan pandangan mereka masing-masing manakah parti yang mereka anggap boleh membawa negara dan negeri kepada arah yang lebih baik.
Kerana itu tidak boleh pula ada pihak yang menafikan kemajuan kerjaya seseorang artis walaupun dia tidak menyokong parti yang mewakili kerajaan.
Dunia artis adalah satu kerjaya dan ianya tidak boleh diganggu dengan penafian dan peluang untuk terus maju walaupun artis tersebut tidak menyokong kerajaan.
Kerana itulah saya harapkan pengumuman tersebut bukan sebagai satu "lakonan"serta kerana tawaran dan imbuhan tertentu.
Kalau mereka masuk sesebuah parti politik bagi saya terserahlah kepada peminatnya samada akan mengikut tindakan itu atau terus meminati artis itu hanya kerana seninya sahaja.
Harapan saya pada masa akan datang para artis akan lebih matang tanpa ada pengaruh mana-mana pihak atau kerana habuan tertentu untuk mengumumkan parti mana yg mereka pilih.
Juga saya harapkan mereka lebih berani menunjukkan sikap mereka termasuklah seperti yg ditunjukkan olehj bob lokman yg umum masuk pas , juga ac mizal yg umumkan masuk umno
BANDAR PUTRA – Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa mencabar trio 'Datuk T' menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu video seks yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, ujian itu perlu dilakukan bagi membolehkan dakwaan mereka itu benar-benar boleh dipercayai dan bukan sekadar tindakan terdesak untuk kepentingan politik murahan.
"Kalau Datuk T betul, saya cadangkan adakan ujian poligraf untuk memastikan mereka tidak berbohong 9mengenai isu video aksi seks). Ujian perlu dilakukan secara terbuka dengan dihadiri panel-panel pakar," katanya ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Johor, di sini.
Selain itu Husam turut turut mempersoalkan tindakan Datuk Shazrul Eskay Abdullah tidak melaporkan kepada pihak berkuasa agama ketika kejadian seks itu berlaku, sebaliknya mendedahkannya ketika musim pilihan raya Sarawak berlangsung.
"Mengapa ketika kejadian itu berlaku dia (Eskay) tidak panggil penguat kuasa jabatan agama sebab itu lebih mudah kerana mempunyai saksi cukup untuk dakwa si pelaku dalam video itu," katanya.
Bagaimanapun katanya, isu video seks berkenaan tidak akan menggugat kedudukan dan pengaruh Pakatan Rakyat (PR) kerana tidak mampu untuk mengubah pendirian rakyat terhadap kredibiliti kepimpinan mereka.
"Cabaran boleh ditukar menjadi peluang jika dihadapi dengan tenang dan masalah ini (isu video seks) boleh digunakan untuk bangkitkan sentimen orang Melayu. Tidak mustahil isu ini juga akan tikam UMNO semula," katanya.
Beliau turut menyifatkan pendedahan video aksi seks itu sebagai politik lucah yang diamalkan parti tertentu untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
"Kejadian yang dirakam dalam video itu berlaku pada malam 21 Februari tetapi pagi keesokannya (22 Februari) Anwar dilihat menghadiri perbicaraan di mahkamah.
"Kemudian rambut individu dalam video itu jauh lebih pendek berbanding rambut Anwar pada 22 Februari. Jika Anwar adalah individu itu, tidak mungkin rambutnya boleh tumbuh panjang dengan begitu pantas dalam masa beberapa jam sahaja.
"Jadi besar kemungkinan bahawa pelakunya merupakan orang berbeza dan ini perlu disiasat dengan lebih terperinci," katanya.- sinar
IPOH - Barisan Nasional (BN) dilihat semakin tertekan apabila menuduh perjuangan Pas sia-sia dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana kononnya DAP lebih berkuasa dari rakan pakatan lain.
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, lontaran kenyataan Perdana Menteri itu disifatkan sengaja untuk menutup kelemahan yang dihadapi BN.
Menurutnya, apa yang diperkatakan Perdana Menteri terhadap DAP yang dikatakan tidak seiring dengan Pas mengenai negara Islam hanya berlaku sebelum kami melaksanakan perjanjian buku jingga.
"Tapi perjanjian dimeterai melalui buku jingga yang merangkumi tiga dasar bersama iaitu pertama, meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu, anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
"Kedua, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan dan ketiga, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu," katanya, di sini, semalam.
Mohammad Nizar berkata, dasar bersama yang termeterai itu sudah tentunya memberi ancaman kepada BN yang kini dilihat terpaksa mengikut kehendak serta tunduk kepada permintaan MCA.
"Di Tenang, MCA bertindak kurang ajar apabila mempersoalkan tindakan calon Pas, Normala Samsudin atau Cikgu Mala yang tidak menyambut salam pengundi walhal mengikut ajaran Islam bukan muhrim tidak boleh bersentuhan.
"Jadi, secara tak langsung tindakan Soi Lek ini telah menghina agama Islam. Namun, presiden mahupun timbalan presiden BN langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap Soi Lek," katanya.-SH
Apabila tidak ada isu untuk tembak kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin ole Datuk Seri Azizan Razak maka isu rebate cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) dijadikan isu. Sebelumnya mereka cuba gugat kerajaan Kedah dengan isu pusat sembelihan kandang babi di Kampung Berjaya Alor Setar, isu kouta 50 peratus, isu kenaikan harga air. Semuanya isu itu tidak menghakis keyakinan Pakatan Rakyat di Kedah malah telah membuka tembelang dan kelemahan Umno selama memerintah Kedah.
Isunya
Universiti Utara Malaysia minta supaya Kerajaan Kedah memberi rebate cukai tanah daripada RM1,743,745 setahun kepada RM100,000. Cukai yang dikenakan 20 sen bagi satu meter persegi dengan keluasan tanah milik UUM adalah 2155.2 ekar
Sebelumnya UUM diberikan rebet cukai tanah UUM daripada tahun 2006 hingga 2008. Tempoh rebet sudah tamat dan Kerajaan negeri kedah minta bayar seperti biasa dengan harga asal iaitu RM1,743,745. Sebaliknya isu ini dipolitikkan oleh UUM dan pemimpin Umno Kedah kononnya kerajaan Kedah menaikkan cukai tanah 10 kali ganda. Hakikatnya, bukan naik tetapi tempoh rebate sudah tamat. Ini soal pentadbiran dan kewangan negeri, macam mana seorang Naib Canselor tidak memahami peraturan kewangan sebuah negeri dan bidang kuasa kerajaan negeri mengenai hal ehwal tanah. Jika perkara ini pun tidak ketahui, maka beliau hanya layak jadi bendahari umno cawangan Malau Kubang Pasu sahaja.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya menerima permohonan UUM untuk menyambung semula rebate pada Jun 2009, namun permohonan itu ditolak pada November 2009 setelah pihaknya merujuk kes terbabit kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).
Sekali lagi UUM ada menulis surat mohon sambung rebat cukai tanah, tetapi setelah dibincangkan dalam mesyuarat Exco, permohonan itu ditolak.
Sehubungan itu, UUM menghantar rayuan permohonannya buat kali keenam pada 19 April 2011 setelah lima rayuannya sebelum ini ditolak. Kali ini UUM meminta rebet selama 5 tahun, sebelumnya hanya 2 tahun sahaja. Ini sudah luar dari kebiasaan.
UUM sebelum ini pernah membuat lima kali rayuan berhubung lanjutan rebat itu masing-masing sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada 2010.
Mungkin Kerajaan Kedah mempunyai alasan yang tersendiri, kerana dengan pemberian rebate ini kerajaan Kedah hilang pendapatan RM1.6 juta setahun.
Kerajaan negeri pun mempunyai tanggungjawab sosial kepada rakyat dan perlu juga melunaskan hutang kerajaan negeri yang ditinggal oleh Barisan Nasional hampir RM2.3 bilion.
Ustaz Azizan berkata, pihaknya sentiasa membuka ruang untuk perbincangan namun kesal kerana pengurusan UUM tidak bersemuka dengannya untuk mencapai kata sepakat, sebaliknya membuat kenyataan tidak tepat pada media. Mereka boleh datang bincang dan kita boleh bertolak ansur dalam hal ini, antaranya menawarkan bayaran ansuran dan sebagainya.
Cukai tanah di Kedah adalah terendah setelah Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah memperkenalkan dasar baru penurunan cukai tanah antara 35 hingga 75 peratus sejak tiga tahun lalu, menyebabkan kerajaan negeri hilang hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun
Kenapa sejak dua tahun lalu, mereka boleh bayar tetapi sekarang kecoh pula?.
Kemana peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Pusat kepada UUM sebanyak RM300 juta setahun untuk 30,000 orang warga UUM. Sedangkan Kedah rakyatnya hampir 2 juta, kerajaan Pakatan Rakyat mampu tadbir dengan peruntukan Cuma RM500 juta setahun. Sekarang siapa bijak, Dr Mustafa Ishak atau Datuk Seri Azizan Razak?. Itu pun Dr Mustafa Ishak memperlekehkan Ustaz Azizan Razak hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.
Kenapa institusi lain boleh bayar cukai tanah kepada kerajaan negeri seperti yang ditetapkan, seperti sekolah, Institut Perguruan Darul Aman, Politeknik, Balai Polis, Institut Aminudin Baki. Sedangkan peruntukan untuk UUM melebihi daripada institusi lain. Mana wang yang diperuntukan kepada UUM termasuk untuk membayar cukai tanah kepada kerajaan Kedah.
Parti Islam SeMalaysia Pas menganggap cadangan Datuk Seri Najib supaya Pas berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti ini tidak sehaluan. Datuk Najib perlu selesai masalah dalaman BN dahulu. Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponan BN mengenai Isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA. Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1 Melayu 1 Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami.
Alasan beliau Pas perlu jauh dengan DAP kerana Pas bekerja, yang menang ialah DAP. Pas perlu berpisah dengan DAP kerana Pas tidak boleh melaksanakan agenda Islam. Pas hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf Pas sebagai sebuah parti Islam. Dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno. Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, Pas parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan Pas, berapa ramai aktivis Pas di letakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Terbaru mereka menukar Cikgu Maaruf Mutalib suami cikgu Normala bekas calon Tenang. Siapa punya angkara? Sekarang bila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu sudah meninggal mereka, baru teringat kepada Pas.
Pas hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib bahawa Pas membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat. Kejayaan Pas yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga. Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali. Malahan merekalah yang meliarkan orang bukan Islam dengan Islam. Sikap hipokrit mereka dengan berjumpa pengundi bukan Islam supaya menjauhkan dengan Pas kerana mereka hendak melaksanakan agenda Islam, bila berjumpa pengundi Islam mereka mendakwa Pas sudah tidak bercakap Islam kerana takut kepada DAP.
Sandakan: Pilihanraya Umum ke -13 menjanjikan satu saingan yang sengit merujuk kepada perubahan trend pengundi melayu yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan barisan nasional, kata Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasarudin Mat Isa.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PAS Sabah yang dihadiri oleh seramai 400 orang ahli.
Nasarudin berkata, tujuan Presiden Umno Mohd Najib Abdul Razak mempelawa PAS masuk Umno hanyalah satu bentuk strategi untuk membaca perubahan demografi politik menjelang PRU-13 nanti.
Ustaz Nasarudin bersama Pimpinan PAS Sabah
Sebelum ini kata Nasharudin, Umno juga telah mempelawa DAP untuk bersama-sama dengan mereka dalam barisan nasional.
Ini bermakna, Umno tidak lagi dapat bergantung kepada MCA untuk meraih pengundi-pengundi cina untuk sesi pilihanraya yang akan datang.
"Apa yang merisaukan BN iaitu perubahan pengundi cina sebagaimana yang ditunjukkan ketika Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini turut berjangkit kepada pengundi-pengundi melayu"
Nasarudin juga mengingatkan kepada semua petugas PAS agar menjadi agen kepada negeri-negeri Pakatan rakyat dengan menyalurkan maklumat yang betul disamping mendedahkan kezaliman kerajaan Umno-BN.
Beliau menegaskan, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat untuk menuntut keadilan yang sewajarnya untuk semua kaum dan agama di negara ini.
Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat adalah perlaksanaan Ijtihad Tahaluf Siyasi dengan pihak bukan Islam hasil daripada persidangan gerakan-gerakan Islam sedunia sebelum ini.
Atas alasan itu, beliau berasa yakin sebagaimana PAS dan rakan-rakan PR boleh memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, PAS juga boleh memerintah di Sabah pada pilihanraya yang akan datang.
Pada Konvensyen itu juga, Nasarudin menerima borang keahlian PAS baru seterusnya merasmikan pembukaan cawangan Bukit Nenas, PAS Batu Sapi.
Konvensyen yang diadakan sehari suntuk tersebut meresolusikan 7 perkara iaitu:
1.PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
2.Pas Sabah beriltizam untuk mengimplementasikan isi kandungan yang terdapat dalam Buku Jingga;
3.PAS Sabah akan memantapkan kerjasama dengan komponen PR Sabah;
4.PAS Sabah beriltizam untuk membela rakyat Sabah bagi memperjuangkan hak mendapatkan pemilikan tanah secara mutlak;
5.PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapatan rendah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada penduduk luar bandar di Sabah;
6.PAS akan memperjuangakan agar semua rakyat Sabah berupaya 'access' kepada bidang pendidikan di semua peringkat dalam keadaan yang selesa;
7.PAS akan memperjuangkan Keadilan Ekonomi Untuk Semua agar ianya boleh dinikmati oleh semua rakyat Sabah.
Pengerusi DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS)Perak Encik Beh Heng Kin,63 membidas kenyataan yang kononya 400 ahli di DHPP di Tapah(Dewan Himpunan Penyokong PAS) telah menyertai Barisan Nasional seperti yang dipaparkan di dalam akhbar Sin Chew Daily bertarikh 2 Mei 2011 halaman 10.Menurut Encik Beh ahli DHPP di Tapah tidak sampai 50 orang jadi macam mana boleh ada 400 ahli pula yang masuk MIC?Ini tidak masuk akal sama sekali seperti yang diheboh-hebohkan di suratkhabar dan blog-blog pro kerajaan.Jika mereka mahu membuat satu provokasi sekalipun timbulkanlah sesuatu yang boleh diterima akal dan fakta yang benar.
Selain itu,Setiausaha DHPP Perak,Encik S Naliraja,47,turut membidas kenyataan Dato Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri satu program di Kuala Terengganu baru-baru ini.Najib di dalam ucapannya telah mengugut kaum Cina dengan menyatakan bahawa tidak akan ada wakil dari kaum tersebut untuk jawatan di peringkat kabinet pusat dan negeri jika mereka terus menyokong pembangkang(rujuk Mingguan Malaysia bertarikh 1 Mei 2011,halaman 2).
Encik Beh menunujukkan keratan akhbar Sin Chew Daily
Encik Nali menunjukkan keratan akhbar Mingguan Malaysia
Encik Beh Heng Kin dan Encik S Naliraja menyeru kepada semua orang Cina supaya jangan ambil kisah apa yang PM kata kerana masih ada parti yang sudi menerima kehadiran dan sokongan orang-orang Cina seperti DAP,PKR dan DHPP(PAS).Turut dialu-alukan juga kepada semua kaum India yang ingin menyertai Pakatan Rakyat.
Terbukti Najib sudah terdesak apabila beliau sanggup mengugut orang-orang Cina.Mungkin kenyataan beliau begitu disebabkan oleh kekalahan SUPP(parti Cina) yang juga merupakan parti komponen Barisan Nasional di dalam PRN Sarawak yang lepas.Di dalam PRN itu,majoriti pengundi orang-orang Cina telah menyebelahi DAP.
Turut sama hadir dalam majlis ini adalah YB Ramli Tusin(Adun Semanggol),YB Husin Din(Adun Selinsing) dan Encik Md Nasib B Rahin(Ketua PKR Cabang Bagan Serai).
Kuala Lumpur: Seorang kakitangan bank, Roslina Awang Kechik, 37 (gambar), dilaporkan hilang sejak 22 April lalu selepas keluar rumah menuju ke pejabatnya di Dataran Maybank, Bangsar.
Suami mangsa, seorang anggota tentera, Sabri Man, 38, berkata isterinya keluar ke tempat kerja dengan menaiki Transit Aliran Ringan jam 7.30 pagi selepas menghantar anak ke sekolah.
Sabri bimbang sesuatu buruk berlaku kepada isterinya kerana mengesan dua pengeluaran wang dilakukan daripada akaun anak perempuannya sehari selepas kehilangan Roslina dibuat di mesin juruwang automatik di Shah Alam.
"Saya curiga kenapa isteri perlu membuat pengeluaran RM3,000 di satu kawasan terpencil serta jauh dari jalan utama dan ini menguatkan lagi tanggapan Roslina mungkin diculik dan berada dalam bahaya," katanya yang datang membuat aduan di Balai Berita di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan kehilangan mangsa dan pihaknya menjalankan siasatan kes itu sebagai kes orang hilang.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hentikan kenyataan dangkal berkenaan kematian Osama
Dewan Pemuda PAS Gopeng merasa kesal dengan kenyataan pemimpin utama Negara kita yang menyatakan keamanan dunia amat diharapkan selepas berita kematian Osama. Adakah beliau terlupa bahawa gejala keganasan atau military action bukan suatu fenomena sebaliknya suatu dielektika yang berlangsung akibat hambatan tertentu seumpama pembersihan etnik, diskriminasi dan tindak balas terhadap kekejaman empirelis?
Adakah pemimpin umat islam yang giat mengampu AS yang mengeluar kenyataan bahawa keganasan serata dunia berkaitan dengan kegiatan umat Islam terlupa bahawa punca utama keganasa serata dunia adalah disebabkan penjajahan dan campurtangan pihak kuasa besar terhadap negara-negara umat islam? Terlalu lemahkah otak pemimpin umat islam untuk mengingati kekejaman zionis yang saban hari mejarah tanah umat islam Palestin sehingga menjadi sekangkang kera? Maklumat terkini menyaksikan statistik 1.2 juta jenayah penculikan anak-anak dan wanita yang lemah rakyat Palestin oleh polis-polis Yahudi yang sepatutnya difokuskan keganasan mereka.
Catatan rasmi FBI menunjukkan bahawa hanya 6% daripada serangan pengganas di wilayah AS antara tahun 1980 hingga 2005 dilakukan oleh mereka yang digelar 'ekstremis' Islam. Bakinya 94% berasal dari kelompok-kelompok lain (42% dari Latin, 24% dari kelompok sayap kiri ekstrim, 7% dari ekstremis Yahudi, 5% dari komunis, dan 16% dari semua kelompok lain).
Data yang dikumpulkan oleh Europol menguatkan lagi pernyataan ini. Setiap tahun Europol menerbitkan laporan tahunan berjudul 'Pengganas Kesatuan Eropah: Situasi dan Laporan Trend' dan laporan ini boleh diakses di laman web rasmi mereka.
Hasil laporan tersebut jelas membuktikan bahawa tidak semua pengganas adalah Muslim. Malah, 99.6% dari serangan pengganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok bukan Muslim; dan 84.8% daripadanya berasal dari kelompok yang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Islam. Maksudnya hanya 0.4% sahaja kes sahaja yang berkaitan dengan Muslim. Itupun kerana alasan tertentu seperti penindasan, diskriminasi dan lain-lain.
Namun begitu tidak juga kita mampu nafikan kematian Osama sekadar suatu propaganda AS yang kini kian tenat menapung perbelanjaan untuk memerangi manusia yang mungkin masih wujud atau tidak. Kini hutang AS tertakluk pada jumlah yang dibenar mencecah $14.001 trilion apabila dagangan ditutup, berdasarkan kenyataan harian Perbendaharaan U.S.
Obama yang mengeluar kenyataan bahawa keadilan dunia telah tercapai dengan kematian musuh nombor 1 AS itu, kian cuak dengan jumlah kematian dan perbelanjaan dana peperangan anti pengganas yang diwarisi daripada dinasti Bush sebelumnya. AS mungkin tidak akan memberi komen implikasi mengejar manusia bernama Osama, 2 buah negara umat islam Iraq dan Afghan telah menjadi padanh jarahan tentera AS. Kini Libya pula akan diselongkar atas nama membebaskan rakyat Libya daripada tangan Gaddafi walaupun jelas serangan udara berkenaan bermotifkan egoisme dan neo-koloni teradap hasil alam Libya.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan DPPK Gopeng
You are subscribed to email updates from DPP Gopeng To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berbanding dua teori sebelumnya, teori bahawa alam ini wujud secara azali tanpa pencipta yang memulakannya sebenarnya adalah teori yang paling dibincangkan secara akliah untuk menolak teori hakiki bahawa alam ini sebenarnya adalah sentuhan ciptaan Allah yang maha agung. Untuk menentukan bahawa keazalian itu adalah milik Allah, bukan milik alam ini yang hanyalah bersifat baru yang [...]
Media barat melaporkan bahawa Osama bin Laden telah mati(syahid) ketika serangan militer tentera USA di Pakistan. Namun ada beberapa keraguan yang masih terdapat di dalam berita ini
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Kepimpinan PAS pusat menggesa Datuk Seri Dr Chua Soi Lek agar menjaga urusan dalaman MCA, bukannya mengheret masalah dihadapi komponen BN berkenaan ke atas parti Islam itu menjelang pilihan raya umum ke-13 sekarang.
Sehubungan itu, anggota biro politik PAS ini berkata, beliau juga ragu-ragu sama ada Presiden MCA itu benar-benar faham apa yang beliau memperkatakan apabila mendakwa MCA tidak akan menerima PAS menyertai BN selagi tidak menggugurkan dasar Islamnya.
."Saya ragu-ragu sama ada CSL (Chua Soi Lek) tahu apa yang beliau cakap," kata beliau dalam reaksi dihantar menerusi teks SMS.
Khalid (gambar), yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen kawasan itu berkata, PAS tidak pernah membentangkan matlamatnya kepada Dr Chua yang hanya memperlihatkan sedikit minat ataupun sama sekali tidak untuk mengetahui soal itu.
"Apa yang beliau bayangkan sebagai matlamat politik PAS kemungkinan bukan apa yang ada pada PAS," kata Khalid sambil menambah, sebelum meletakkan syarat untuk menerima PAS, Dr Chua wajar memastikan sama ada ia benar-benar berminat untuk diterima MCA dan beliau juga benar-benar tahu apa yang diperkatakannya.
Justeru Khalid menambah, Dr Chua seharusnya memberi tumpuan ke atas kemerosotan populariti MCA di kalangan komuniti Cina berbanding keperlun PAS diterima oleh MCA.
Katanya, jika MCA sudah ditolak oleh komuniti Cina sendiri, maka soal suka atau tidak suka dan keutamaannya tidak menjadi keprihatinan mana-mana pihak kecuali parti itu sendiri.
Malah tegas Khalid, Umno selaku parti teras BN sendiri tidak lagi memberi tumpuan ke atas MCA.
Pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri telah menolak bulat-bulat pelawaan Najib
Lebih 300 orang berhimpun menuntut pelaksanaan Akta Gaji Minimum pada perhimpunan aman bermula di sekitar monorel Chow Kit sempena Hari Pekerja yang diraikan hari ini.
Bagaimanapun, mereka terpaksa berdepan dengan gerombolan polis hingga menyebabkan beberapa tangkapan dibuat termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvam.
Polis turut dibantu anggota dari unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) beserta kelengkapan mereka.
Sehingga jam 2.30 petang, mengikut twitter Suaram, bilangan tangkapan terus meningkat kepada 21 orang dan kini ditahan di balai Dang Wangi dan kini proses mengambil keterangan sedang dijalankan.
Suasana perarakan golongan pekerja di Jakarta berlangsung meriah tanpa diganggu polis
Suasana ini jauh berbeza di negara jiran termasuk di Jakarta yang menyaksikan golongan pekerja seramai lebih 10,000 orang berarak dengan dibantu anggota polis.
Suasana sama juga berlangsung dengan baik di Singapura.
mungkin perhimpunan 'bodoh' begi yang dibenarkan pihak polis...wakakakaka
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.
Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily.
"Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang.
"PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman," tegasnya.
Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.
"Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?" katanya seperti dipetik akhbar web PAS.
Chua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.
Justeru, beliau menutup pintu penyertaan Barisan Nasional (BN) kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.
"Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini," kata beliau.
"Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP, Ketua Polis Negara, Polis Di-Raja Malaysia, Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur. Email:iho@rmp.gov.com
28hb.March 2010
YDH Tan Sri,
PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :- MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.
Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.
2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.
2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.
2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi "pertembungan" diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.
LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.
3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.
3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.
3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.
4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.
4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.
5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.
5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.
5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di"hijacked" oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.
5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pegawai Penyiasat
5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.
5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.
6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.
6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah
6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.
6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.
7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes "prima facie" terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.
7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara "indemnify" segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.
7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.
7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk "indemnify" kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.
8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.
8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.
9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.
Posted on Sunday, May 01 @ 18:25:41 PDT by paktam Oleh Mummy Rokiah
MR berpeluang mengikuti Perhimpunan Melayu Perkasa yang diadakan di Alor Setar pada 30 April 2011 yang dihadiri Che Det.
Walaupun terpaksa berjalan kaki kerana sukar mendapat ruang parking kereta tetapi kerana teruja untuk mendapat bahan berita dari ucaptama Che Det kejauhan berjalan kaki terasa begitu dekat.
Tersempil dicelah-celah pengunjung MR dapat rasa kehangatan Melayu Kedah dan keseluruhan "feel" di bawah bahawa PAS akan terus memerintah Kedah kerana Melayu Kedah masih tidak bersatu.
Dasar UMNO Kedah yang tidak pernah mengenang jasa bekas pemimpin anak Kedah sendiri jelas terbukti apabila tidak ada langsung kepimpinan tertinggi UMNO Kedah yang hadir dalam majlis Che Det pada hari itu.
Hari ini kita marah pada pengundi Cina yang tidak kenang jasa kerana tidak mengundi BN dalam PRU yang lepas dan pilihanraya Sarawak baru-baru ini sebaliknya kita sendiri yang tidak mengenang budi pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa pada negara ini.
Mungkin di kalangan pemimpin tertinggi Melayu UMNO Kedah merasa bimbang jika mereka hadir dalam majlis ini kelak mereka tidak akan mendapat undi kaum Cina kerana Perkasa dilabel sebagai rasis.
Inilah UMNO Kedah, di dalam keadaan kapal hendak karam pun masih angkuh, sombong dan berpecah belah sesama sendiri.
Muktamar DPPNK ke 45 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani. Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran Oleh Adik Abd Muiz Anuar, Pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Ust. Mohd Rosli bin Azmi Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 45 kemudian diikuti dengan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Ahmad bin Yahya dengan tema "Memulihara Kemenangan".
Sheikh Hj Mohamad Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Negeri Kedah mewakili Badan Perhubungan PAS telah berucap dengan penuh semangat kepada perwakilan pemuda yang hadir.
Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ust Azman Shapawi bin Abd Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beberapa Kawasan telah menerima anugerah Insentif Kewangan PASTI 2011 1. Pasti Kawasan Kuala Kedah 2. Pasti Kawasan Merbok 3. Pasti Kawasan Jerlun\ 4. Pasti Kawasan Baling
Bagi Anugerah Jasamu Dikenang telah diberikan kepada Allahyarham Puan Jamilah binti Jaafar, Guru PASTI Kuala Kedah yang telah meninggal dunia. Allahyarhamah turut menerima sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Pusat sebnayak RM2500 yang diterima oleh suami beliau. Turut menerima anugerah Jasamu di Kenang ialah Ust Mohamad Fauzi bin Husin , Bekas Pengerusi SRIDU dan Ust Musoddak Hj Ahmad , Bekas Pengerusi SAIF.
Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani. Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik. berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bagi Sesi 2011-2013.
Pengerusi Tetap : Ust Mohamad @ Fauzi bin Husin Tim. Pengerusi Tetap : Tn Haji Adnan bin Saad
Ketua Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya Timbalan Ketua Pemuda : Tn Haji Muhammad Sanusi bin md Nor Naib Ketua Pemuda : YB Ust Ahmad Izzat bin Hj Shauki
Ahli Jawatankuasa 1. Ust. Mohd Rosli bin Azmi 2. YB Ust. Mohd Nasir bin Zakaria 3. Ust. Mohd Azam bin Abd Samat 4. Tn Hj. Yusrin Zakri bin Adnan 5. Ust. Mohamad bin Ismail 6. Mohd Helmi bin Khalid\ 7. Ust. Mohd Yusuf bin Awang 8. Ust. Nasri bin Muarat 9. Ust. Salim bin Mhamud 10. Ust Saiful Syazwan bin Shafie
Pemeriksa Kira-Kira 1. Ibrahim bin Hj Soffian 2. Azri bin Omar @ Ahmad
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
NIBONG TEBAL, 2 Mei: Kemungkinan besar puak dan juak-juak Umno adalah sex-maniac sehingga mereka begitu seronok dengan berita, dakyah, fitnah, tohmahan yang bersandarkan kepada seks dan lucah.
Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi.
Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik.
Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun.
"Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi.
"Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena. HD
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad FRIDAY, 29 APRIL 2011 09:43
Parti Islam Se-Malaysia PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar di dalam akhbar mereka. Ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka. Pada mereka soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi. Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya. Sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah. Sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah. Begitu juga berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar". Ini merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar. Lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya. Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan? Ini sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.
PAS hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja. Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan. Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno/BN sahaja?
oleh Chegu Zul Najib 1Malaysia 1 Email mengajak PAS bersama perjuangan Umno. Katanya PAS sudah jauh tersasar daripada perjaungan asalnya iaitu mendaulatkan hukum hakam islam di muka bumi malaysia ini. Itulah nada seorang PM yang berpandangan jauh demi negara, bangsa dan agama. Sebaliknya nada pembantu beliau TPM Mahiadin Nasi Lemak (bapa penyanyi Najwa Mahiadin) hari [...]
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat(LPN DMPP) yang juga merupakan EXCO KERAJAAN SELANGOR, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama AJK LPN DMPP dengan kerjasam ADUN Sijangkang YB Dr Yunus Hairi dan LPN PAS Kawasan Kuala Langat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS Ampang dan Kuala Langat mengadakan program di KPG ORANG ASLI SG RAMBAI dan KPG LAUT, PULAU CAREY. Di antara program sempena lawatan LPN DMPP ialah sukaneka untuk kanak-kanak dan juga dewasa, rawatan perubatan rumah ke rumah serta sumbangan kepada semua rumah di kedua kampung.LPN menyumbang beras dan keperluan dapur.
ajk lpn dmpp
YB Dr Halimah di iringi AWA gadis orang asli 16tahun yang bakal bernikah minggu depan (menggunakan tongkat kayu untuk uruskan anjing-anjing yang berkeliaran) serta Radha, pekerja estet Sime Darby yang mengenali semua orang asli menunjuk jalan ke rumah-rumah orang asli.
Omar yang menghidap penyakit kulit yang kronik meluahkan masalahnya kepada YB Dr Halimah dan YB Dr Yunus Hairi.
Pasukan Briged Amal Kuala Langat membantu sukaneka dan seluruh program
Singgah sebentar di pintu rumah orang asli
YB Dr Halimah memberi belon PAS dan sumbangan kepada keluarga orang Asli yang gembira menerima
Apa sahaja yang mahu kita lakukan kita perlu mengamalkan 'outcome-based thinking'.Ini bermaksud sekiranya kita mahu segala yang kita lakukan itu akan menghasilkan kesan terbaik kita harus bermula dengan niat yang baik.Disamping itu segala yang kita telah laburkan masa, tenaga, wang ringgit dan tumpuan sudah tentu kita mahu akan mendatangkan pulangan terbaik.Segala program yang kita anjurkan, segala aktiviti yang kita jalankan, segala nasihat yang kita beri, segala program yang kita hadiri sepatutnya sekurang-kurangnya menjadikan kita lebih baik, lebih matang, lebih bijaksana, lebih peka, lebih prihatin, lebih disenangi.Kepada kumpulan sasar yang menjadi objektif perancangan kita, atau semua yang telah berdamping dengan kita harus merasai nikmat dan limpahan kebahagiaan serta menumpang nur iman daripada kita. Pokok pangkalnya kita bermula segala-galanya dengan nama Allah. BISMILLAH....... Bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan untuk ego atau niat menyimpang yang menghancurkan amal kebajikan yang dilakukan.
Wajah Osama Bin Laden yang ditunjukkan Pakistani TV selepas serangan tentera Amerika Syarikat di kediaman mewah di Pakistan.
Osama Bin Laden telah terbunuh oleh serangan ketenteraan U.S. selepas pencarian selama sedekad bagi membalas serangan 9 / 11, menurut pendedahan Presiden Barack Obama hari ini.
Pemimpin Al Qaeda berumur 54 tahun itu terbunuh semalam dalam satu pertempuran dengan angkatan-angkatan tentera Amerika di sebuah tempat persembunyian rumah istimewa bernilai $1million kira-kira 60 batu ke utara Islamabad di Pakistan.
Pakar-pakar mengenalpasti mangsa korban menggunakan teknik-teknik pengenalpastian wajah dan mebjalankan ujian DNA, keputusan ujian akan diperolehi beberapa hari akan datang.
Pegawai-pegawai U.S. memberitahu CNN bahawa tubuh Osama bin Laden telah disemadikan di dalam laut supaya menghalangnya daripada dikuburkan dan menjadi makam untuk pelampau-pelampau Islam.
Lokasi persembunyian Osama Bin Laden, yang juga tempat serangan tentera Amerika Syarikat dan tentera Pakistan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan