UTUSAN MALAYSIA 28 APRIL 2011 KHAMIS MUKASURAT 9 ADA MELAPORKAN:
DAP parti politik subversif di sebalik undang-undang
DARI : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0428&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm
KUALA LUMPUR 27 April – DAP disifatkan sebagai parti politik subversif yang memanipulasi peruntukan undang-undang bagi mencabar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan serta cuba mengubahnya terutama berkenaan keistimewaan Islam dan bumiputera.
Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, tindakan subversif DAP itu amat berbahaya kerana cubaan mencabar dan mengubah undang-undang tertinggi negara akan menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat.
Katanya, cubaan itu dilihat semakin berjaya dari semasa ke semasa kerana selain sokongan masyarakat Cina, prinsip kesamarataan yang diperjuangkan DAP kini turut diangkat oleh sebahagian golongan Melayu, bumiputera serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
"Idea kesamarataan atau Malaysian Malaysia yang diperjuang DAP bagi menafikan keunggulan Islam dan hak Melayu serta bumiputera adalah satu bentuk perjuangan subversif di sebalik kesahihan parti itu sebagai pertubuhan politik di negara ini.
"Idea kesamarataan ini diperturunkan oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menerusi PAP sehingga menyebabkan republik itu keluar daripada Malaysia namun DAP masih memperjuangkannya sehingga membahayakan pembinaan negara bangsa," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas memberi ucapan pada majlis Kuliah Budaya: Pengukuhan Jati Diri Masyarakat Malaysia anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, percubaan DAP untuk meminda Perlembagaan Persekutuan menerusi sokongan masyarakat bumiputera semakin berjaya menerusi kerjasama politik dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Semenanjung serta Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) di Malaysia Timur.
"Modus operandi DAP menggunakan Melayu dan bumiputera menerusi Pas, PKR dan Snap tidak ubah seperti tindakan Parti Komunis Malaya (PKM) mempergunakan cabang Rejimen Keenam Melayu PKM yang hanya 10 sehingga 20 orang tetapi dibayangkan seperti beribu anggota," jelasnya.
Justeru, kata beliau, pertubuhan seperti PKR, Pas, Snap dan Rejimen Keenam Melayu PKM diumpamakan seperti watak Pak Kaduk dalam sastera Melayu yang sanggup dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab sehingga merugikan mereka sendiri.
DEMIKIANLAH PETIKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN SEORANG NASIONALIS TERHADAP POLITIK IDEALISME DAP YANG PERJUANGKAN SAMA RATA DAN SAMA RASA ATAS PRINSIP DASAR "MALAYSIAN MALAYSIA" YANG DICEDOK DARIPADA IDEA ASAL INGERIS IAITU "MALAYAN UNION" TAHUN 1946. DASAR "MALAYAN UNION" INI TELAH DITOLAK OLEH SEMUA KAUM PADA 1946 ITU APABILA SEMUA KAUM TERIMA FORMULA KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN MALAYA PADA MASA ITU. TERBUKTI PERLEMBAGAAN MALAYA YANG KEMUDIANNYA MENJADI PERLEMBAGAAN MALAYSIA TAHUN 1963 TELAH MEMAJUKAN DAN MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA SEJAK 54 TAHUN HINGGA SEKARANG.
APA PULAK JASA DAN KEHEBATAN "MALAYSIAN MALAYSIA" INI UNTUK SATUPADUKAN RAKYAT KE ARAH BANGSA MALAYSIA ???
YANG SAYA PASTI MALAYSIAN MALAYSIA TELAH MENYEBABKAN API PERKAUAMAN YANG BAHAYA KERANA PERTIKAIKAN KONTREK SOSIAL PERLEMBAGAAN 1957. HASIL DARIPADA PEMIKIRAN SONGSANG MALAYSIAN MALAYSIA MAKA SINGAPURA KELUAR MALAYSIA PADA 1965 (SARAWAK DAN SABAH TETAP DALAM MALAYSIA KERANA TIDAK TERIMA MALAYSIAN MALAYSIA YANG DICEDOK DARIPADA "MALAYAN UNION 1946").
SATU LAGI JASA MALAYSIAN MALAYSIA YANG ULUNG DAN TERHEBAT IALAH AKIBAT HASUTAN API PERKAUAMAN DAN TIDAK PUAS HATI KERANA DASAR BAHASA, AGAMA, HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA DLL MAKA BERLAKUNYA PERISTIWA HITAM RUSUHAN KAUM PADA 13 MEI 1969.
KEDUA2 PERISTIWA INI ADALAH KE ARAH PERPECAHAN DAN BUKANNYA PENYATUAN SEBUAH BANGSA MALAYSIA YANG DICITA2KAN PADA TAHUN 2020.
BETULLAH IDEA INI PERLU DIPRAKTIKAN.
CUMA TERFIKIR JUGAK DI OTAK SAYA YANG TELAH HIDUP HAMPIR 54 TAHUN INI.... SELANGOR DAN PENANG ADAKAH BENAR SAMARATA DAN SAMARASA. BUKTINYA PEMILIKAN KEKAYAAN ADAKAH SAMARATA ANTARA KAUM MELAYU, CINA, INDIA DAN MINORITI LAIN ????? PEMILIKAN TANAH DAN ASET DI PULAU PINANG MACAM MANA ???
PELUANG KEKAYAAN DAN PERTOLONGAN KERAJAAN DAP KEPADA SEMUA KAUM DI PULAU TU ADAKAH SAMARATA DAN SAMARASA ??? SELANGOR CAMNER PULAK ??? PELUANG PERNIAGAAN DAN PELUANG NAK JADI KAYA ATAU PENGURUSAN KEADILAN SOSIAL DI NEGERI BERKENAAN ADAKAH IKUT KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA IAITU SAMARATA, SAMARASA DAN ADIL KEPADA SEMUA KAUM ????????????????
ADAKAH WEBSITE ATAU FACEBOOK KHAS DIBUAT UNTUK LAPORKAN KPI SAMARATA DAN SAMARASA "MALAYSIAN MALAYSIA " NI....?????????????
SAYA AMAT PELIK JUGAK KALAU BENAR DAP NI PERJUANGKAN MALAYSIAN MALAYSIA YANG SAMARATA DAN SAMARASA TANPA KIRA KAUM DAN AGAMA... KENAPA DASAR EKONOMI BARU DITENTANG ??? DEB ADALAH SATU KONSEP PENGURUSAN KEADILAN SOSIAL DAN EKONOMI UNTUK SUSUN SEMULA KAUM SERTA MEMBAHAGIKAN KEKAYAAN MALAYSIA SECARA ADIL DAN SAKSAMA ANTARA MELAYU, CINA DAN INDIA SERTA LAIN-LAIN SELEPAS 13 MEI 1969.
KALAU NAK LAKSANAKAN PENGURUSAN KEADILAN KAUM SECARA SAMARATA DAN SAMARASA MAKA KENAPA PULAK HAK ISTIMEWA BUMIPUTERA MELAYU, KADAZAN, IBAN, SIAM. ORANG ASLI DLL YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN KONTREK SOSIAL 1957/1963 DIPERSOALKAN.HANYA DENGAN HAK ISTIMEWA MAKA BUMIPUTERA AKAN TERBELA DAN MENDAPAT KEADILAN DALAM SOSIAL DAN EKONOMI KERANA KAUM BUMIPUTERA TERBUKTI KETINGGALAN DALAM SEMUA BIDANG DI MALAYSIA INI.
TAMBAH HAIRAN LAGI SAYA BILAMANA KEMPEN2 ANTI HAK ISTIMEWA AMAT JELAS NAMPAK WALAUPUN DICANVASKAN DENGAN CANTEK. NAMUN BANGKAI GAJAH MANAKAN BOLEH DITUTUP DENGAN SEHELAI DAUN LALANG...?????????????????????? ANIHNYA PAS DAN PKR YANG KONONNYA PERJUANGKAN KESEJAGATAN TANPA KIRA KAUM TUNDUK DENGAN KANVAS CANTEK INI. BUKTINYA DI KELANTAN, SELANGOR DAN PENANG ????? CAMNER TU !!!!!!!!!!!!! APA SEBENARNYA SAMARATA DAN SAMARASA YANG DITUNTUT OLEH MALAYSIAN MALAYSIA INI ????? APA KPI MEREKA DAN APA KEJAYAAN MEREKA SETAKAT INI UNTUK SAMARATA SERTA SAMARASAKAN EKONOMI DAN KEKAYAAN NEGARA KEPADA KAUM CINA, INDIA, MELAYU DAN MINORITI ??? KHASNYA DI SELANGOR DAN PENANG ????
RASANYA SEMUANYA DIMULUT DAN TIDAK ADA BUKTI PUN KEJAYAAN KONSEP SAMARATA DAN SAMARASA INI DI PENANG DAN SELANGOR YANG MIRIP KEPADA DASAR INI.
KALAU ADA SILA BUKTIKAN MELALUI MEDIA PERDANA DAN SEBAGAINYA...
SELAIN ITU UTUSAN MALAYSIA 28 APRIL 2010 MS 9 JUGA MELAPURKAN DUA BUKTI YANG MENUNJUKKAN BAHAWA MALAYSIAN MALAYSIA TIDAK RELEVEN KERANA IANYA AMAT BERCANGGAH DENGAN 1MALAYSIA YANG BERTERASKAN PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA 1970.
DAP rakus bolot projek kelas F
KUALA LUMPUR 27 April – Pendedahan demi pendedahan menerusi Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock telah menyedarkan rakyat negara ini khususnya di Selangor bagaimana kerakusan pimpinan DAP membolot projek kelas F yang sepatutnya bertujuan membantu kontraktor kecil-kecilan bumiputera.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, pelbagai tuduhan timbul hari ini yang mana bukan sahaja berlaku penyelewengan di dalam kerajaan Selangor malah menunjukkan DAP mempunyai semangat anti-Melayu.
Menurut beliau, perkara itu dapat dilihat apabila mereka menyalurkan projek yang dikhususkan untuk bumiputera diagihkan kepada kontraktor besar yang mempunyai hubungan rapat dengan parti berkenaan.
Ini, kata beliau, sekali gus memberi gambaran bahawa DAP sebenarnya tidak mempunyai komitmen kepada usaha membantu pengusaha kecil terutama di kalangan bumiputera.
"Apa yang kita dapati adalah tuduhan bahawa kerja yang sepatutnya diberikan kepada kontraktor bumiputera kelas F telah diberikan kepada kontraktor yang ada hubungan rapat dengan DAP.
"Jadi, tuduhan ini bukan hanya merupakan salah guna kuasa dan penyelewengan tetapi juga memberi gambaran bahawa mereka sebenarnya langsung tidak ada apa-apa komitmen kepada usaha untuk membantu pengusaha kecil terutama kaum bumiputera," katanya kepada media UMNO online.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, DAP mengambil projek yang dikelaskan untuk kelas F dan `dialibabakan'.
"Dua perkara di sini, satunya penyelewengan sekiranya tuduhan ini betul dan yang keduanya adalah semangat perkauman di mana hati kuman pun mereka nak makan sendiri…. hati gajah sama dilapah tidak apalah.
"Jadi kita lihat ini tidak hanya mendedahkan mereka tidak telus serta mendedahkan mereka mempunyai semangat anti-Melayu, anti bumiputera yang cukup kuat hingga boleh menggagalkan satu program untuk bantu pengusaha kecil daripada bumiputera," katanya.
Ketika ditanya apakah itu yang mendorong DAP menarik diri daripada suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan untuk menyiasat kematian Beng Hock, Khairy berkata, mungkin ia salah satu faktor.
"Mungkin..mungkin mereka tahu bila ada suruhanjaya ini, kes ali baba ini akan dibongkarkan sebagaimana kerja projek kecil untuk bumiputera 'disubkan' kepada kontraktor kroni DAP terbongkar.
"Mungkin mereka tersepit dan anggap benda itu akan keluar dan mereka buat tindakan awal keluar daripada suruhanjaya. Daripada awal lagi soalan yang ditanya DAP adalah apa yang jadi kepada Teoh Beng Hock atau siapa yang bunuh Teoh Beng Hock .
"Apabila kita nak buat siasatan secara terperinci termasuklah faktor yang boleh mendorong kepada perkara yang berlaku mereka tidak mahu dengar…mereka kata itu tidak penting...soal ali baba tidak penting.
"Tetapi kita nak tahu gambaran sebenar apakah keadaaan dan perasaan Teoh Beng Hock pada waktu itu, kenapa beliau disiasat, mungkin beliau berasakan tekanan dan sebagainya. Atau mungkin ada yang nak bunuh dia sebab dia sembunyikan maklumat… itu semua kita tidak tahu," katanya.
DAN DILAPORKAN JUGA KONSEP 1CINA AMAT BAHAYA KERANA AKAN MENGANCAM PERPADUAN DAN PROSES WAWASAN 2020 KE ARAH IDENTITI DAN JATIDIRI BANGSA MALAYSIA YANG SEMUA WARGANEGARA MALAYSIA TIDAK LAGI KENALKAN DIRI MEREKA ATAU TERLALU BERBANGGGA DENGAN IDENTITI KAUM CINA, INDIA, MELAYU , IBAN, KADAZAN DLL. KITA BERCITA-CITA HENDAK JADI MACAM SINGAPURA BILA SEMUA WARGANEGARA SEBUT MEREKA SINGAPOREAN, THAILAND SEBUT MEREKA THAI, INDONESIA SEBUT MEREKA INDONESIAN DLL. INILAH PROSES ASSIMILASI DAN INTEGRASI KAUM KE ARAH MENJADI BANGSA MALAYSIA SEPERTIMANA GAGASAN 1MALAYSIA SERTA WAWASAN 2020.
Sentimen 1Cina DAP bahaya, boleh runtuh perpaduan rakyat
KUALA LUMPUR 27 April – Permainan politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin bahaya apabila parti itu bersungguh-sungguh menerapkan sentimen 1Cina di kalangan masyarakat tersebut terutama selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.
Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh meruntuhkan perpaduan di kalangan rakyat.
Bukan itu sahaja, katanya, malah sentimen 1Cina boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap keharmonian serta kestabilan negara.
"Kita dapati Kit Siang begitu bersungguh-sungguh mempopularkan slogan 1Cina. Sentimen yang dibawa ini amat berbahaya kerana ia boleh memberi kesan yang amat negatif kepada negara.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan 1Malaysia bagi menyatukan penduduk negara ini tetapi Kit Siang pula memperkenalkan slogan 1Cina demi kepentingan politiknya yang begitu sempit,'' katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan DAP berdasarkan pengamatannya selepas parti itu berjaya menawan 12 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, baru-baru ini.
Selain itu, Musa berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Kit Siang juga dalam usaha mengekalkan pengaruh dinasti keluarganya sebagai pemimpin utama di Pulau Pinang seperti mana kejayaan Lee Kuan Yew mengekalkan pemerintahan keluarganya di Singapura.
"Dengan bantuan rakan-rakan sekutunya seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kit Siang mahu keluarganya terus menerajui Pulau Pinang,'' ujarnya.
Dalam perkembangan yang berkaitan beliau berkata, hasrat DAP mewujudkan dua sistem parti iaitu parti mewakili orang Melayu dan Cina hanya akan membawa kehancuran kepada negara.
"Perpaduan pasti tidak akan terbina dengan adanya sistem dua parti ini dan begitu juga keharmonian negara. Ini kerana orang Melayu dan Cina sentiasa berasa sangsi antara satu sama lain.
"Acuan politik seperti ini tidak boleh diamalkan kerana Malaysia didiami rakyat pelbagai kaum," katanya.
Propaganda DAP hasut Cina benci BN
Oleh IBRAHIM YAHAYA
PROPAGANDA, adalah mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai. Berbanding dengan menyalurkan maklumat tanpa berat sebelah, propaganda dalam erti kata paling asasnya menyediakan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat.
Propaganda sering memilih fakta-fakta dengan teliti untuk menggalakkan sintesis yang tertentu, ataupun menokok tambah agar menimbulkan maklum balas yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat yang diberi. Hasil yang diinginkan ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh kumpulan sasaran untuk melanjutkan agenda politik.
Dalam lain perkataan, mereka yang berjaya menjalankan propaganda dengan sempurna akan memenangi peperangan minda. Inilah peperangan sebenar yang akan dihadapi oleh semua parti politik sekarang. Siapa yang cekap memainkan propaganda, merekalah yang akan menang. Jika BN lemah dari segi propaganda pada masa akan datang, maka pembangkang yang berjaya menggunakannya untuk memenangi peperangan minda itu.
Lihat sajalah bagaimana pembangkang menggunakan strategi propaganda yang bertalu-talu sehingga membentuk pemikiran rakyat untuk menolak BN. Bukan kerana dasar BN yang tidak baik tetapi propaganda yang menggambarkan sebaliknya.
Mereka bukan saja membuat tohmahan tetapi berkata separuh benar. Seperti istilah sudah lama memerintah atau memberikan projek kepada kumpulan tertentu. Apa yang tidak disebut ialah 'lama tetapi berbakti' dan kumpulan 'tertentu' yang dimaksudkan itu adalah syarikat berwibawa dan mampu menjalankan tugas dengan sempurna.
Malah istilah selalu juga diputarbelitkan tanpa memberitahu banyak syarikat lain yang turut mendapat projek selama BN memerintah.
Awal-awal lagi, Anwar Ibrahim sudah membuat propaganda bahawa pembangkang akan memerintah Sarawak. Malah beliau sudah menamakan Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri jika Sarawak berjaya diambil alih.
Anwar dan gerombolannya menjalankan tugas menyerang kubu kuat BN di kawasan pedalaman terutama di mana ramai orang Melayu dan Melanau.
Propaganda mereka ialah jika pembangkang mendapat tempat dalam PRU12 di Semenanjung maka tidak ada sebab rakyat Sarawak tidak memilih mereka dalam PRN ke-10 ini. Yang tidak diceritakannya ialah kegagalan pembangkang memerintah selepas diberi peluang di beberapa buah negeri dan masalah timbul sehingga menyusahkan rakyat.
Yang terbaru berlaku di Kelantan membabitkan tindakan Ladang Rakyat yang mengambil tanah yang diterokai berpuluh tahun oleh rakyat negeri itu.
Ditugaskan pula parti perkauman DAP untuk menggunakan strategi agresif di bandar dengan memburuk-burukkan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan konotasi sudah lama dalam politik. Hakikatnya pemimpin pembangkang yang lama dalam politik tidak pula ditanya seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Maka ditambah pula 'sudah lama di tampuk' yang menunjukkan seolah-olah Abdul Taib terlalu lama dan tidak membuat sebarang sumbangan. Mereka tidak sekali-kali menyebut sumbangan Abdul Taib sebaliknya melabelkan beliau sebagai orang yang sudah terlalu lama dan perlu turun.
Jika begitu, Kit Siang dan Karpal pun perlu turun. Adakah mereka hendak tunggu kapal tenggelam baru hendak terjun ke dalam air? Atau bersedia untuk memindahkan kepakaran berpolitik di dunia ke akhirat?
Propaganda DAP agar rakyat terutama orang Cina membenci Abdul Taib dijalankan hampir setiap hari. Dalam ceramah mereka menggunakan bahasa Mandarin, Abdul Taib diperlihatkan sebagai seorang yang rakus, tamak dan hanya memikirkan kepentingan diri.
Malah mereka juga sanggup membuat poster yang menyatakan pemimpin Sarawak yang lama seperti anjing tua termasuk Tan Sri Alfred Jabu dan Tan Sri Dr. George Chan.
Dalam poster mereka, apa yang dibuat oleh BN semuanya tidak betul dan merugikan rakyat. Bayangkan mereka boleh memutarkan "Satu Malaysia menjadi Sapu Malaysia" semata-mata pertama untuk memburuk-burukkan 1Malaysia itu sendiri dan kedua mengaitkan dengan tohmahan rasuah.
Apakah mereka sudah lupa bahawa Gagasan 1Malaysia itu adalah pendekatan untuk mendahulukan rakyat? Kempen yang banyak diterajui oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sudah mula menakutkan pembangkang kerana di mana saja orang menyebut 1Malaysia. Malah Kerajaan Negeri PKR Selangor juga mengharamkan penggunaan 1Malaysia.
Inilah propaganda pembangkang di Sarawak paling berjaya sehingga memikat hati pengundi Cina negeri itu yang selama ini banyak mendapat faedah daripada BN seperti kewujudan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi di merata tempat sama ada di Kuching, Miri, Bintulu atau Sibu. Melainkan mereka yang menyokong DAP ini adalah daripada kumpulan pelupa atau tidak mahu mengenang budi pemimpin BN termasuk dari kaum mereka.
Pendekatan propaganda agresif ini ditujukan kepada kumpulan di atas pagar yang belum membuat keputusan untuk memilih calon parti yang bertanding. Maka pembangkang terus mendodoikan kumpulan atas pagar ini dengan cerita buruk sehingga pengundi menterjemahkan dalam undi mereka.
Lebih malang mereka sanggup memainkan sentimen perkauman termasuk mempersoalkan mengapa Dr. George Chan tidak berkahwin dengan Cina sebaliknya berkahwin dengan bukan Cina semata-mata untuk menambat hati pengundi Cina.
Apa salahnya berkahwin dengan orang Bidayuh atau Iban? Apakah ini bertentangan dengan masyarakat Cina yang tidak boleh berkahwin dengan kaum lain? Sebenarnya inilah permainan DAP yang mahu menimbulkan rasa kurang senang pengundi Cina termasuk kepada pemimpin BN dari kaum Cina sekalipun.
Di sebaliknya, kerajaan BN terus melakukan usaha yang mendahulukan rakyat. Contohnya Klinik 1Malaysia dan pemberian netbook secara percuma kepada masyarakat yang memerlukan. Usaha kerajaan mengadakan Kampung Tanpa Wayar menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk mewujudkan jalur lebar di seluruh negara juga adalah untuk rakyat.
Kerana kepentingan DAP, kesejahteraan negara dipertaruhkan
DAP sekali lagi cuba bermain api dengan menanam bibit-bibit kebencian apabila menuduh kerajaan mengamalkan idea-idea pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler yang bersifat diktator, kejam dan membezakan warna kulit.
Nampak sangat Setiausaha Agung parti cauvanis Cina itu, Lim Guan Eng sudah kehabisan modal politik apabila cuba menyamakan kerajaan sekarang dengan pemimpin sekejam Hitler.
Adalah amat melampau dan berbahaya membuat tuduhan seperti itu yang bukan sahaja tidak berasas sama sekali tetapi boleh mencetus perasaan tidak senang antara kaum.
Keharmonian kaum yang dipupuk sejak merdeka akan menjadi sia-sia jika unsur-unsur seperti ini dibiarkan meresap di jiwa rakyat.
Jika benar dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, hari ini mungkin kita tidak dapat melihat orang bukan Melayu menguasai ekonomi negara atau muncul sebagai orang terkaya di negara ini.
DAP juga mungkin tidak akan dapat memerintah Pulau Mutiara itu dan Guan Eng sendiri tidak akan dapat merasai kerusi empuk Ketua Menteri.
Membuat kenyataan seperti itu memang mudah kerana ia tidak bersandarkan fakta. Ini adalah satu kenyataan yang sungguh tidak bertanggungjawab, berbaur hasutan dan berat sebelah dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang sejak sekian lama menikmati kebebasan berpolitik di negara ini.
Kita tidak dapat menolak kemungkinan kenyataan yang meniti di atas buih-buih perkauman ini, mempunyai agenda tersembunyi. Adakah DAP cuba mengapi-apikan isu perkauman di negara ini ketika orang Melayu kelihatan lemah dan berpecah sesama sendiri?
Apakah DAP tidak mahu belajar daripada sejarah tragedi 13 Mei apabila api kebencian antara kaum yang dinyalakan oleh parti pembangkang menjadi besar dan tidak terkawal sehingga mengorbankan banyak nyawa dan merosakkan harta benda?
Apakah kita mahu melihat keamanan dan perpaduan kaum di negara ini dimusnahkan dalam masa yang singkat oleh kenyataan-kenyataan yang tidak matang dan bersifat berat sebelah ini?
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan pemimpin pembangkang itu sebagai tidak berpijak di bumi nyata dan bermotif politik semata-mata.
Kenyataan melampau dan tidak bertanggungjawab ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak tegas mengikut lunas undang-undang terhadap mereka yang cuba menyemai bibit-bibit perkauman ini.
Teks ucapan Guan Eng kepada penganut Kristian sempena Hari Easter itu perlu diteliti secara terperinci. Banyak tuduhan tidak berasas dihalakan kepada pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri, antaranya berhubung isu percetakan Injil dalam bahasa Melayu.
Kita tidak seharusnya membiarkan agama dipergunakan untuk kepentingan politik dan perkauman sempit. Lakukan sesuatu supaya keharmonian kaum dan beragama selama ini tidak dimusnahkan oleh pemimpin seperti ini.
Kita mendesak Guan Eng supaya menarik balik teks ucapannya itu dan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini yang cintakan keamanan. Sebagai pemimpin, beliau perlu bertanggungjawab di atas setiap tutur kata dan perbuatannya.
BACA JUGA BLOG INI :
http://ohpolitik.blogspot.com/2011/04/dap-bawa-slogan-1cina-tak-racist.html
http://www.malaysiazoom.com/sentimen-1cina-dap-bahaya-boleh-runtuh-perpaduan-rakyat/
Wow that ωas strange. I just wrote an really long сomment but аfter I clicked
BalasPadamsubmіt my сomment didn't show up. Grrrr... well I'm not
writіng all that over agаin. Аnyhow, ϳust wanted to say gгeat
blοg!
My web page :: pikavippii
Hi Dеar, are you genuіnely visiting this
BalasPadamwеb pаge regularlу, if so afteг that you
ωіll defіnitely take pleаsant knоwledge.
My page :: samsung galaxy s3
Brothers / Sister ini. Adakah anda sedang mencari pinjaman untuk membiayai perniagaan besar atau kecil anda, kami akan membantu anda mendapatkan jumlah yang besar pinjaman yang anda inginkan untuk perniagaan anda, kami menawarkan perniagaan kelas pertama dan pinjaman komersial bagi membolehkan perniagaan kecil mencapai kejayaan dalam mendapatkan memulakan atau membiayai semula penarafan kredit Bad perniagaan mereka diterima dan prestasi perniagaan miskin accepted.apply hari ini melalui e-mel osmanmoneyfinance@gmail.com
BalasPadamBORANG PERMOHONAN PINJAMAN
Nama:
Seks:
alamat:
pekerjaan:
Negeri:
negara:
Nombor telefon:
Tempoh Pinjaman:
Pinjaman Diperlukan:
Pernahkah anda memohon sebelum ?:
Email kami osmanmoneyfinance@gmail.com