20 April 2011
Salam Saudara Pengarang,
Analisis Pilihanraya Sarawak menunjukkan DAP telah berjaya membawa
semangat perkauman kepada rakyat Sarawak.Sarawak sebelum ini
mempunyai suasana kehidupan yang harmoni sedikit sebanyak telah di
nodai dengan agenda Perkauman yang dibawa oleh DAP.
SUPP dan MCA juga tidak terdaya untuk berlawan dengan mereka atas isu
perkauman, lantas keputusan yang diperolehi di Pilihanraya Sarawak
menunjukkan permainan isu kaum lebih popular daripada isu pembangunan
dan pendidikan.
Melalui kerajaan Barisan Nasional, pecahan kerusi seringkali diberi
berdasarkan kuota, dan kuota ini diberi bukan berdasarkan mejoriti
kaum di sesebuah kawasan.
Oleh disebabkan semangat BN, sering kali kerusi selesa diberikan
kepada presiden-presiden parti komponen dan juga calon-calon popular
parti komponen untuk memastikan kemenangan kepada pihak BN dan ianya
di agihkan bukan berdasarkan mejoriti kaum.
Dengan pendekatan ini, kita melihat parti-parti komponen selain UMNO
amat selesa dan sering kali di kritik kerana tidak melaksanakan
tanggunjawab mereka menjaga rakyat didalam kawasan.
Ada diantara kawasan yang mejoriti kaum Cina merasakan seumpama tidak
wujud parti komponen kerana langsung tidak mengadakan aktiviti
kemasyarakatan. Dan mereka selesa sekadar nama di atas carta, bukan
dibibir masyarakat tempatan.
BN sememangya berharap akan mendapat mejoriti 2/3 didalam Pilihanraya
yang akan datang, akan tetapi, melihat polar politik perkauman sudah
popular, polar politik perkauman sudah kembali kepada zaman 69, ada
baiknya BN memikirkan bagaimana untuk mendapat mejoriti mudah daripada
meletakkan target yang lebih jauh tinggi.
Sudah masanya kita melaksanakan pembahagian kerusi mengikut mejoriti
kaum, sudah masanya BN memberikan tanggunjawab kepada setiap pemimpin
parti untuk melaksanakan tanggunjawab mereka sekiranya mahu menjadi
pemimpin Kerajaan ataupun Parti.
Dengan perlaksanaan pembahagian kerusi mengikut mejoriti Kaum, BN
tidak mempunyai masalah untuk mendapat sokongan mejoriti mudah di
dalam Pilihanraya yang akan datang,
Melalui Gagasan 1Malaysia, seharusnya tidak menjadi masalah kepada
Pemimpin MCA, MIC dan parti-parti lain untuk membawa perubahan kepada
rakyat, gagasan ini mempunyai objektif yang murni dan ianya perlu di
hebahkan oleh pemimpin parti agar masyarakat tempatan yakin, bukan
memberikan kembali tanggunjawab ini kepada Kerajaan atau Agensi
Kerajaan.
Jesteru itu, Pemimpin-pemimpin Parti komponen yang ada bercita-cita
untuk menjadi Menteri selepas Pilihanraya yang akan datang, buat lah
kerja untuk mendapatkannya, ini bukan masanya untuk kita menumpang
kehebatan orang lain atau menumpang rezeki yang diusahakan oleh orang
lain. Untuk kita menjadi Pemimpin yang hebat, kita tidak perlu
bergantung harap dengan orang lain, kita mesti mempunyai wisdom agar
rakyat boleh melihat kehebatan kita sebagai peminpin.
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan