Khamis, 21 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Apr 2011 01:30 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Khidmat dilanjut 5 tahun lagi

Posted: 21 Apr 2011 01:30 AM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Zeti Akhtar Aziz
Pelantikan semula Zeti sebagai Gabenor Bank Negara dapat perkenan Seri Paduka

KUALA LUMPUR: Tempoh perkhidmatan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dilanjutkan lima tahun lagi berkuat kuasa 1 Mei depan apabila penggal perkhidmatan sekarang berakhir 30 April.

Bank Negara dalam kenyataannya semalam berkata pelantikan semula itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Zeti, 64, ialah Gabenor Bank Negara ketujuh dan dilantik ke jawatan itu pada 1 Mei 2000.
Sepanjang menerajui bank pusat itu, beliau memainkan peranan penting dalam pelaksanaan serta pembentukan dasar monetari, selain memastikan kestabilan sistem kewangan Malaysia.

Beliau juga mengendalikan transformasi sistem kewangan negara menjadi antara sistem kewangan paling kukuh dan maju di kalangan ekonomi sedang berkembang, termasuk menerajui bidang pembangunan kewangan Islam di peringkat domestik dan antarabangsa serta meningkatkan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke dalam ekonomi Malaysia.

Zeti juga aktif membentuk masa depan kerjasama kewangan di rantau Asia dan menjadi suara penting kepada ekonomi sedang berkembang di pentas kewangan antarabangsa.

Dalam mempromosikan integrasi serantau, Zeti mempengerusikan Pasukan Petugas Mesyuarat Eksekutif Bank Pusat Asia Pasifik Timur (EMEAP) mengenai kerjasama serantau di kalangan bank pusat Asia untuk menggariskan hala tuju kerjasama kewangan masa depan serantau.

Zeti juga kini adalah ahli Lembaga Gabenor Bank Pusat Asia Tenggara (SEACEN) dan Pengerusi Lembaga Pengarah SEACEN, selain ahli Penempatan Antarabangsa Bank (BIS) bagi Kumpulan Tadbir Urus Bank Pusat sejak 2001 dan ahli pengasas Majlis Perundingan Asia BIS.

Dalam bidang kewangan Islam, beliau terbabit secara aktif dalam pembangunannya sama ada di pentas domestik dan antarabangsa. Zeti juga mempengerusikan Jawatankuasa Pelaksana bagi penubuhan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) dan bertindak sebagai Pengerusi Majlisnya bagi penggal 2007.

Zeti juga beberapa kali menggondol anugerah daripada penerbitan terkemuka antarabangsa, antaranya Gabenor Bank Pusat Tahunan Asia 2010 daripada majalah Emerging Markets, anugerah Ahli Bank Pusat Tahunan 2005 daripada Euromoney, Ahli Bank Pusat Tahunan 2004 daripada majalah Banker dan Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia 2003 daripada majalah Emerging Markets.

Di IPOH, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pelantikan semula Zeti bagi memastikan kesinambungan dalam kepemimpinan BNM kerana di bawah kepemimpinannya, bank pusat itu menjadi institusi yang kukuh dan disegani di dalam dan luar negara.

"Oleh itu, wajar beliau diberi peluang meneruskan kepemimpinan dalam BNM. Kita berdepan suasana sangat mencabar dan kesinambungan itu amat penting dalam mengendalikan institusi sangat penting seperti BNM.

"Seperti kita maklum dalam krisis global baru-baru ini, kita tidak alami kesan yang kuat disebabkan mempunyai sistem perbankan yang kukuh dan mudah pulih. Satu faktornya adalah kepemimpinan BNM mengendalikan institusi kewangan dalam negara," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bank-bank di Malaysia yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, menyifatkan perlantikan Zeti sebagai perkembangan yang baik dan amat disokong oleh masyarakat perbankan.

"Kami masyarakat perbankan memang mempunyai penghormatan tinggi terhadap Zeti sebagai seorang gabenor dan beliau berjaya mempertingkatkan imej Malaysia di dalam sistem kewangan di dunia. Ini perkembangan yang baik dan saya pasti ia amat disokong oleh masyarakat perbankan," katanya.

Berita Harian/-

PAS cadang sekolah agama berasrama penuh di Felda

Posted: 21 Apr 2011 01:24 AM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 April: Isu-isu berkaitan warga Felda yang sering menjadi perbahasan di Dewan Rakyat turut menjadi perhatian ahli Dewan Negara.

Semalam, Senator Mumtaz Md. Nawi dari PAS mencadangkan kerajaan agar membina sekolah menengah agama berasrama penuh di kawasan-kawasan Felda.

Beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan berkata,ianya bagi memastikan pencapaian anak-anak Felda dapat dipantau secara spesifik.

Beliau juga ingin tahu samaada kerajaan bercadang atau tidak untuk menubuhkan Universiti Felda.

Mumtaz mengemukakan soalan tambahan itu berdasarkan jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan bahawa daripada 317 kawasan rancangan Felda, terdapat 260 buah masjid dan 261 buah sekolah agama dan kawasan-kawasan gugusan berkongsi masjid dan sekolah agama.

Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti cadangan Mumtaz itu selain memikirkan perkara-perkara lain.

Semalam, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan menayangkan montaj penubuhan Universiti Felda dalam himpunan besar-besaran warga Felda pada 28 Mei ini.

Mumtaz dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menjelaskan kaedah pemantauan yang dilaksanakan ke atas keberkesanan pendidikan formal dan tidak formal di Felda ekoran peningkatan masalah sosial di kalangan generasi mudanya.

Beliau juga meminta Perdana Menteri menyatakan pelan tindakan kerajaan dalam memberikan pendidikan pembangunan insan khususnya pendidikan agama secara formal kepada masyarakat Felda.

Di Dewan Rakyat Disember tahun lalu, Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) mendakwa masih ramai belia Felda yang gagal ke menara gading dan terlibat dengan masalah sosial.

Nasir sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan berkata,sebanyak enam peratus sahaja daripada anak Felda yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

Senarai Nama Rasul

Posted: 21 Apr 2011 01:20 AM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Sebagaimana kita ketahui, terdapat 124,000 nabi. daripada itu, hanya 313 rasul. Sebagai umat islam, kita hanya wajib mengetahui 25 nabi dan rasul. Daripada 25 nabi tersebut, 5 adalah ulul azmi. Berikut ini saya share nama nama Rasul yang 313 itu sebahagian tambahan ilmu yang bermanfa'at atau barang kali kita boleh memakai salah satu nama dari 313 para rasul tersebut untuk anak kita ...

1 Adam
2 Tsits
3 Anuwsy
4 Qiynaaq
5 Mahyaa'iyl
6 Akhnuwkh
7 Idris
8 Mutawatsilakh
9 Nuh
10 Hud
11 Abhaf
12 Murdaaziyman
13 Tsari'
14 Sholeh
15 Arfakhtsyad
16 Shofwaan
17 Handholah
18 Luth
19 Ishoon
20 Ibrahim
21 Isma'il
22 Ishaq
23 Ya'qub
24 Yusuf
25 Tsama'il
26 Tsu'ayb
27 Musa
28 Luthoon
29 Ya'wa
30 Harun
31 Kaylun
32 Yusya'
33 Daaniyaal
34 Bunasy
35 Balyaa
36 Armiyaa
37 Yunus
38 Ilyas
39 Sulaiman
40 Daud
41 Ilyasa'
42 Ayub
43 A'us
44 Dzanin
45 Alhami'
46 Tsabits
47 Ghobir
48 Hamilan
49 Dzulkifli
50 Uzair
51 Azkolan
52 Izan
53 Alwun
54 Zayin
55 Aazim
56 Harbad
57 Syadzun
58 Sa'ad
59 Gholib
60 Syamaas
61 Syam'un
62 Fiyaadh
63 Qidhon
64 Saarom
65 Ghinadh
66 Saanim
67 Ardhun
68 Babuzir
69 Kazkol
70 Baasil
71 Baasan
72 Lakhin
73 Ilshots
74 Rasugh
75 Rusy'in
76 Alamun
77 Lawqhun
78 Barsuwa
79 Al'azhim
80 Ratsaad
81 Syarib
82 Habil
83 Mublan
84 Imron
85 Harib
86 Jurits
87 Tsima'
88 Dhorikh
89 Sifaan
90 Qubayl
91 Dhofdho
92 Ishoon
93 Ishof
94 Shodif
95 Barwa'
96 Haashiim
97 Hiyaan
98 Aashim
99 Wijaan
100 Mishda'
101 Aaris
102 Syarhabil
103 Harbiil
104 Hazqiil
105 Asymu'il
106 Imshon
107 Kabiir
108 Saabath
109 Ibaad
110 Basylakh
111 Rihaan
112 Imdan
113 Mirqoon
114 Hanaan
115 Lawhaan
116 Walum
117 Ba'yul
118 Bishosh
119 Hibaan
120 Afliq
121 Qoozim
122 Ludhoyr
123 Wariisa
124 Midh'as
125 Hudzamah
126 Syarwahil
127 Ma'na'il
128 Mudrik
129 Hariim
130 Baarigh
131 Harmiil
132 Jaabadz
133 Dzarqon
134 Ushfun
135 Barjaaj
136 Naawi
137 Hazruyiin
138 Isybiil
139 Ithoof
140 Mahiil
141 Zanjiil
142 Tsamithon
143 Alqowm
144 Hawbalad
145 Solih
146 Saanukh
147 Raamiil
148 Zaamiil
149 Qoosim
150 Baayil
151 Yaazil
152 Kablaan
153 Baatir
154 Haajim
155 Jaawih
156 Jaamir
157 Haajin
158 Raasil
159 Waasim
160 Raadan
161 Saadim
162 Syu'tsan
163 Jaazaan
164 Shoohid
165 Shohban
166 Kalwan
167 Shoo'id
168 Ghifron
169 Ghooyir
170 Lahuun
171 Baldakh
172 Haydaan
173 Lawii
174 Habro'a
175 Naashii
176 Haafik
177 Khoofikh
178 Kaashikh
179 Laafats
180 Naayim
181 Haasyim
182 Hajaam
183 Miyzad
184 Isyamaan
185 Rahiilan
186 Lathif
187 Barthofun
188 A'ban
189 Awroidh
190 Muhmuthshir
191 Aaniin
192 Namakh
193 Hunudwal
194 Mibshol
195 Mudh'ataam
196 Thomil
197 Thoobikh
198 Muhmam
199 Hajrom
200 Adawan
201 Munbidz
202 Baarun
203 Raawan
204 Mu'biin
205 Muzaahiim
206 Yaniidz
207 Lamii
208 Firdaan
209 Jaabir
210 Saalum
211 Asyh
212 Harooban
213 Jaabuk
214 Aabuj
215 Miynats
216 Qoonukh
217 Dirbaan
218 Shokhim
219 Haaridh
220 Haarodh
221 Harqiil
222 Nu'man
223 Azmiil
224 Murohhim
225 Midaas
226 Yanuuh
227 Yunus
228 SaaSaan
229 Furyum
230 Farbusy
231 Shohib
232 Ruknu
233 Aamir
234 Sahnaq
235 Zakhun
236 Hiinyam
237 Iyaab
238 Shibah
239 Arofun
240 Mikhlad
241 Marhum
242 Shonid
243 Gholib
244 Abdullah
245 Adruzin
246 Idasaan
247 Zahron
248 Bayi'
249 Nuzhoyr
250 Hawziban
251 Kaayiwuasyim
252 Fatwan
253 Aabun
254 Rabakh
255 Shoobih
256 Musalun
257 Hijaan
258 Rawbal
259 Rabuun
260 Mu'iilan
261 Saabi'an
262 Arjiil
263 Bayaghiin
264 Mutadhih
265 Rahiin
266 Mihros
267 Saahin
268 Hirfaan
269 Mahmuun
270 Hawdhoon
271 Alba'uts
272 Wa'id
273 Rahbul
274 Biyghon
275 Batiihun
276 Hathobaan
277 Aamil
278 Zahirom
279 Iysaa
280 Shobiyh
281 Yathbu'
282 Jaarih
283 Shohiyb
284 Shihats
285 Kalamaan
286 Bawumii
287 Syumyawun
288 Arodhun
289 Hawkhor
290 Yaliyq
291 Bari'
292 Aa'iil
293 Kan'aan
294 Hifdun
295 Hismaan
296 Yasma'
297 Arifur
298 Aromin
299 Fadh'an
300 Fadhhan
301 Shoqhoon
302 Syam'un
303 Rishosh
304 Aqlibuun
305 Saakhim
306 Khoo'iil
307 Ikhyaal
308 Hiyaaj
309 Zakariya
310 Yahya
311 Jurhas
312 Isabnu Maryam
313 Muhammad SAW

Wassalaam...

IlyTrolak

Jepun isytihar loji nuklear zon larangan

Posted: 21 Apr 2011 01:00 AM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

TOKYO: Jepun hari ini mengisytiharkan kawasan 20 kilometer keliling di loji nuklear yang tercemar radiasi selepas tsunami dan gempa bumi bulan lalu sebagai kawasan larangan.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano, berkata perintah larangan itu dikeluarkan bagi menghalang sebarang kemasukan orang ramai sejak pihak berkuasa memindahkan mereka keluar pada 12 Mac lalu.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut termasuk hukuman kepada mereka yang mengingkari larangan itu.
Edano berkata, pihak berkuasa akan mengaturkan masa lawatan tertentu kepada penghuni di sekitar loji nuklear itu untuk balik ke rumah masing-masing bagi mengambil barang.

Hampir semua 80,000 penghuni di kawasan loji berkenaan sudah meninggalkan kediaman mereka selepas krisis kebocoran nuklear tercetus akibat tsunami dan gempa bumi paling kuat melanda negara itu bulan lalu.

Bagaimanapun sesetengah penduduk sudah kembali ke kawasan itu dan polis sebelum ini tidak mempunyai peraturan untuk menegah mereka. - AFP

Berapa Felda belanja PRK Tenang, Kerdau

Posted: 21 Apr 2011 12:30 AM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 April: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak Felda menyatakan jumlah perbelanjaan yang dibuat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Johor dan Kerdau, Pahang.

Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sepanjang tempoh kempen untuk kedua-dua pilihan raya kecil itu yang masing-masing pada Januari dan Mac lalu, seluruh jentera Felda digunakan untuk membantu kempen BN.

Dun Tenang dan Kerdau masing-masing mempunyai tiga Felda.

"Kita dapati bagaimana jentera Felda diperkudakan, semua pegawai-pegawai mereka di Kuala Lumpur,semua pengurus Felda dan anak-anak syarikat digembleng untuk terlibat secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil," katanya kepada Harakahdaily.

Januari lalu, Mazlan pernah mendedahkan bukti bahawa BN menggunakan pelbagai kemudahan serta bajet sokongan untuk membantu jentera BN di Tenang.

Beliau mendakwa kenderaan rasmi serta pegawai Felda turut dikerah untuk menggerakkan kempen BN di Tenang termasuk menggunakan kenderaan rasmi dan mengerah pegawainya turun berkempen.

Dakwanya juga, pejabat Felda beroperasi sehingga jam 11malam sepanjang tempoh kempen sedangkan waktu kerja sehingga lima petang sahaja.

Sementara itu, pada sidang media semalam juga, Mazlan turut mendesak Felda menjelaskan dakwaan bahawa bekas pengerusinya, Tan Sri Mohd Yusof Noor diberi hadiah saguhati berjumlah RM84,000 oleh salah satu daripada sepuluh wilayah Felda.

Beliau menunjukkan slip pembayaran yang menunjukkan Wilayah Segamat membuat pembayaran itu sewaktu Mohd Yusof bersara pada Januari lalu.

"Saya sudah dua tiga kali tanya berapa jumlah (bayaran) persaraan kepada Tan Sri Yusuf Nor yang sampai hari ini tak dijawab.

"Di Wilayah Segamat sahaja yang dibayar kepada beliau sebanyak RM84,000. Ini baru satu wilayah.

"Adakah wilayah lain juga diarahkan membuat bayaran seperti itu? Jika mereka bayar, adakah jumlahnya sama?" soalnya.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria

Royalti: Kelantan kemuka 2 rayuan

Posted: 21 Apr 2011 12:00 AM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 April: Dua rayuan dikemuka kerajaan negeri Kelantan hari ini berhubung kes samannya terhadap syarikat Petroliam Nasional Berhad , Petronas dalam isu tuntutan royalti minyak dan gas.

Permohonan dibuat kepada Mahkamah Rayauan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.

Permohonan kedua mahu mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang.
Ianya merupakan perkembangan terbaru isu tersebut setakat ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd. Yusof pada 22 Mac lalu telah membenarkan permohonan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman tersebut.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang.

Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil.

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu.

Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini.

Harakahdaily/-

Negeri lain juga alami masalah air

Posted: 20 Apr 2011 11:30 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 21 April: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, menyeru pihak tertentu tidak mempolitikkan isu air di Kelantan kerana ianya turut menjadi masalah di negeri lain juga.

Menurutnya, sebuah negeri yang berjiran dengan Kelantan juga turut menghadapi masaalah bekalan air bersih sehingga ia sering dibangkitkan dalam setiap persidangan Dun di negeri itu sebagaimana yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian hari ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini, semalam. Hadir sama pada sidang media itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat.

Pada masa yang sama beliau juga turut menafikan kerajaan negeri telah memperolehi pinjaman sebanyak RM600 juta dari kerajaan Pusat, sebaliknya hanya RM520juta dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2001 hingga Disember 2010.

"Itupun bukan dibayar sekaligus, sebaliknya berperingkat-peringkat bermula tahun 2001 dan berakhir Disember tahun lalu,"ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, walaupun peruntukan itu besar, namun kos tersebut masih belum mencukupi untuk menampung penyelenggaraan air, apa lagi hanya tempoh 11 tahun ini sahaja kerajaan negeri mendapat peruntukkan itu.

Katanya, bermula RMK-8 melalui peruntukan yang diberikan kerajaan Pusat untuk menyelenggarakan projek ianya membabitkan kos RM80juta untuk membaik pulih Loji Rawatan Air Chicha, Merbau Chondong 1 RM23juta, Merbau Chondong 2, RM38 juta.

"Selain itu menaik taraf loji air di Kampung Putih RM29 juta, Pahi, RM8 juta, Kelar 1 RM30 juta dan banyak lagi tidak termasuk pertukaran paip RM9 juta dengan kos keseluruhannya RM291 juta," ujarnya.

Perbelanjaan itu katanya dikeluarkan bermula tahun 2001 hingga 2005 tidak termasuk perbelanjaan tambahan sebanyak RM68 juta.

Menurutnya lagi, RMK-9 pula melibatkan perbelanjaan dibeberapa buah jajahan lain untuk projek sama yang membabitkan peruntukkan RM160 juta dengan kos keseluruhannya RM560 juta.

Pada masa yang sama beliau memberitahu, kerajaan negeri memohon RM300 juta untuk menyelesaikan masalah air, bagaimanapun hanya RM96 juta sahaja diluluskan untuk program RMK-10.

"Memandangkan peruntukkan sejumlah itu tidak dapat diberikan, kerajaan negeri tidak dapat menyenaraikan plan pembangunan air dalam tempoh 30 tahun sebagaimana yang diminta oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Malaysia," ujarnya.

Katanya, Kelantan tidak bernasib baik berbanding negeri-negeri lain yang memperolehi pinjaman atau geran peruntukkan untuk membaik pulih perkara itu.

Menurutnya lagi, Loji Rawatan air perlu dinaik taraf dari semasa ke semasa serta dibaik pulih apabila pertambahan penduduknya berlaku di samping beberapa faktor yang lain.

"Sedangkan setiap loji memerlukan peruntukan yang besar kosnya membabitkan sejumlah RM60 juta ke atas," ujarnya lagi.

Menyentuh tentang masalah yang berlaku di Pasir Putih Isnin lalu, beliau memberitahu masaalah membaik pulih loji air di Wakaf Bunut juga telah selesai.

"Kita juga juga berjaya menaikkan lapan meter padu air sehari berbanding sebelum ini yang hanya mencecah tujuh meter sahaja," ujarnya lagi.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri memerlukan kerjasama dari Tenaga National supaya keupayaan pam 350 watt untuk menaikkan keupayaan kabel untuk menaik taraf pencawang di Merbau Chondong yang telah dipohon setahun lalu.

Sambungnya, dengan adanya naik taraf pencawang di Merbau Chondong, lebih banyak bekalan air bersih akan dapat diselesaikan dengan segera.

"Untuk menyelesaikan masaalah air di Semerak kita sedang runding untuk membeli air dari Besut dengan kerajaan Terengganu sebanyak lima meter sehari memandangkan jajahan itu paling hampir dengan daerah itu di Terengganu," ujarnya.

Katanya, cara itu lebih baik berbanding menggunakan air dalam negeri, memandangkan air terpaksa disalurkan dari Merbau Chondong untuk dihantar ke Bukit Peraksi dan seterusnya ke Semerak.

Harakahdaily/-
Oleh : Salmah Mat Husain

Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya

Posted: 20 Apr 2011 09:30 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.

"Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.

"Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.

Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

"Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," kata beliau dipetik media.

Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

"Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Harakahdaily

Dianggap Liabiliti, Hadi Sedia Ditentang Pemilihan Jun Depan

Posted: 20 Apr 2011 09:00 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 APRIL : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia untuk ditentang pada pemilihan pusat Jun depan.

Hadi berkata beliau amat mengalu- alukan kehadiran pelapis baru yang berkelayakan bagi menggantikannya berikutan beliau bukan selamanya mahu menjadi pemimpin parti itu.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

"Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," kata beliau dipetik media.

Hadi berkata PAS turut mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin.

Sehubungan itu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata pemimpin, ahli dan penyokong perlu menyambut baik sebarang pencalonan daripada pemimpin PAS untuk jawatan tertentu.

PAS Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencalonkan Datuk Husam Musa iaitu ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan untuk bertanding jawatan presiden.

Hadi sebelum ini disifatkan penganalisis politik, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, sebagai liabiliti kepada parti itu.

Dr Aziz, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS dipetik sebagai berkata, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah dalam menyesuaikan parti itu dalam arena politik kini.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Dalam pada itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Hadi dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai "langkah kurang tepat", Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, seseorang pemimpin perlu ditukar hanya apabila pemimpin itu melanggar syariat.

Beliau kemudiannya berkata PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

Tv Selangor/-

Palestin teruskan perjuangan

Posted: 20 Apr 2011 08:30 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memulakan lawatan ke Perancis, semalam, dalam usaha mendapatkan sokongan pemimpin Eropah bagi penubuhan negara Palestin merdeka pada tahun ini.

Kunjungan itu dilakukan selepas rundingan damai Palestin-Israel tidak menunjukkan perkembangan disebabkan keangkuhan rejim Zionis itu.

Penduduk Palestin meneruskan azam untuk menuntut pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pengisytiharan kemerdekaan tanpa perlu mengambil kira pendirian Israel dalam isu itu.

Menurut perancangan Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, wilayah itu akan menjadi sebuah negara merdeka pada September depan selepas 62 tahun berada di bawah cengkaman rejim Zionis.

Pembentukan Palestin akan :dilakukan berdasarkan :sempadan 1967 iaitu sebelum Israel mula merampas lebih banyak tanah Palestin dan akan merangkumi kawasan Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmqdis.

Sinar Harian/-

Enam pusat judi di ibu kota tidak serik walaupun pernah diserbu berkali-kali

Posted: 20 Apr 2011 08:00 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Walaupun pernah diserbu polis tiga kali sejak tahun lepas, enam premis yang dijadikan pusat judi berkomputer di sebuah pusat membeli belah di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini didapati tidak serik dan terus menjalankan operasi mereka.

Keenam-enam premis itu diserbu untuk kali ke empat hari ini oleh polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Pegawai Turus D7 IPKKL, Azman Mohd Isa berkata polis menahan 20 individu termasuk 14 pelanggan dalam serbuan yang bermula kira-kira pukul 3.30 pagi itu.

"Semua penjaga premis yang ditahan berumur antara 28 dan 39 tahun manakala pelanggan berumur antara 27 dan 54, selain itu 69 komputer dan wang tunai RM940 turut dirampas," katanya di lokasi serbuan.

Beliau berkata semua pusat judi itu didapati berselindung di sebalik pusat hiburan yang lain seperti pusat karaoke, snuker dan pusat permainan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Di luar mereka tampal poster seperti pusat video game yang lain, saya nafi pusat-pusat perjudian 'kebal' dari undang-undang, mereka (biasanya) beroperasi dengan berselindung di sebalik pusat video game, snuker dan karaoke," katanya.

Azman berkata semua yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 2001) yang memperuntukkan denda RM10,000 bagi setiap unit mesin judi atau penjara sehingga lima tahun. - Bernama

Program Ikon Muslimat Muda bersama IDHAMCARE dan Albanjari Online

Posted: 20 Apr 2011 07:44 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Program separa realiti IKON MUSLIMAT MUDA bersama IDHAMCARE dan Albanjari Online merupakan satu program yang cuba menonjolkan kebolehan dan kemahiran yang ada pada gadis-gadis muslimat sebagai seorang pendakwah.

Program ini telah mendapat persetujuan dan kata sepakat dari ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah selaku pengerusi IDHAMCARE. Menurut beliau, di usia 15- 16 tahun, mereka sudah menjejak kaki di Al-Azhar. Lidah mereka fasih dengan hafazan al-Quran 30 juzuk.

Dana juga disumbangkan dari orang awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Ini merupakan satu program baru untuk muslimat yang dikenali sebagai ikon muslimat. Tujuan program ini adalah untuk mencari bakat anak-anak gadis yang berkebolehan sebagai pendakwah.

"10 IKON muslimat MUDA yang disaring ke peringkat akhir akan ditempatkan selama sebulan di Sarawak berdasarkan kepada tugasan yang akan dimaklumkan nanti. Mereka akan tinggal dan berdakwah di kawasan yang akan dipilih oleh jawatankuasa Program,"kata Khalil Idham Lim kepada Cina Islam.
.
Turut sama dalam pertemuan itu adalah Pengasas ABO, En. Sharifuddin yang juga Pengarah Program dalam pogram separa realiti ini berkata bahawa program ini untuk menarik minat gologan muda mendekati Islam.

"CIL@TV bersama ABO Broadcast sedang menjejaki gadis-gadis muda yang pintar, berketrampilan, hafaz al-Quran untuk menjadi IKON muslimat muda di Malaysia.

"Sasaran untuk mencari 50 calon peserta seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak akan mula bersiaran di CIL@TV mulai Mei ini," ujar beliau yang dihubungi pada pagi tadi.

Sharifuddin berkata, setiap minggu akan ditampilkan seorang IKON untuk dinilai oleh pembaca blog dan fesbuk. Nilaian yang lengkap termasuk klip video disertakan nanti.

"Pencarian itu telah dimulakan dari negeri Pulau Pinang, dan akan menjelajah ke Kedah, Perak dan Perlis. Sokongan dari pembaca sangat dihargai dalam pencarian IKON MUSLIMAT ini.

"Program separa realiti ini akan bersiaran selama 4 bulan bermula dari bulan Mei hingga Ogos dan kemuncak IKON peringkat akhir akan diumumkan pada bulan Ramadhan 1432H untuk ditabal menjadi IKON Muslimat MUDA Malaysia," ujarnya lagi.

Rakaman untuk dokumentari ini akan disiarkan pada 26 April 2011

(*) Semua penajaan dan sumbangan ke program separa realiti ini boleh disalurkan terus ke akaun IDHAM CARE dibawah :

MAYBANK 558417102650 atas nama IDHAMCARE
[email atau smskan sumbangan itu dengan option rujukan IKON untuk pengauditan tajaan. Terima kasih. Email : ikon_muslimat@yahoo.com atau SMS ke 012-5118485]

7 maut serangan NATO di pinggir Tripoli

Posted: 20 Apr 2011 07:30 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya tujuh orang awam maut manakala 18 lagi cedera dalam serangan terbaru tentera NATO di Khellat Al-Ferjan, kawasan pinggir bandar Tripoli, awal pagi ini, lapor agensi berita Jana.

Laporan awal oleh stesen telivisyen Allibiya menyebut, Khellat Al-Ferjan menjadi sasaran serangan udara tentera Bersekutu itu dengan tiga letupan kedengaran.

Pesawat penggempur NATO juga dilaporkan mengadakan serangan udara di Bir Al-Ghanam, kira-kira 50 kilometres di barat daya Tripoli, awal hari ini.

Serangan itu menyebbkan empat orang dilaporkan terkorban, menurut agensi berita Jana. - AFP

RM50 juta sedia e-mel tidak munasabah, membazir

Posted: 20 Apr 2011 07:00 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 April: Pelaburan RM50 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dianggap sebagai tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran nyata yang dilakukan oleh kerajaan.

Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, Mohd Yusof Hadhari , rakyat melihat hari ini, pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain sedangkan kini kerajaan Malaysia dengan murah hati menyediakan RM50 juta untuk perkhidmatan emel tambahan kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

"Emel@1Malaysia dikhabarkan akan diguna bagi urusan menghantar bil dan sebagainya. Jadi, apa perlunya kerajaan berbelanja RM50 juta untuk memperkenalkan e-mel 1Malaysia?

"Adakah untuk mengintai maklumat peribadi pengguna emel yang berurusan dengan kerajaan?" soalnya.

Menurutnya lagi, lebih meragukan, apabila kontrak bagi menyediakan perkhidmatan e-mel 1Malaysia ini diberikan kepada sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Berhad yang sedang menghadapi masalah kewangan dan juga sebuah syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang buruk.

"Saya kira RM50 juta satu nilai yang cukup tinggi, projek emel 1Malaysia ini jelas kepada kita satu projek yang tidak munasabah dan merupakan pembaziran paling nyata jika diteruskan juga.

"Saya cadangkan supaya RM50 juta itu di salurkan atau ditambah dalam dana pendidikan. Sepertimana yang kita maklum, biaya pendidikan yang harus ditanggung para mahasiswa kini semakin membengkak," ujarnya.

Gamis juga, katanya mengharapkan kerajaan akan menimbang semula cadangan untuk menyediakan akaun e-mel 1Malaysia tersebut.

Harakahdaily

Wanita Guna Tangan Kanan Milik Penderma Organ

Posted: 20 Apr 2011 06:20 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


LOS ANGELES - Seorang wanita, Emily Fennel buat kali pertama kelmarin menunjukkan tangan kanan milik orang lain yang disambung menerusi satu pembedahan pemindahan transplan.

Sebelum ini, tangan kanannya kudung selepas dia terlibat dalam satu kemalangan kereta pada 2006.

Pada 5 Mac lalu, satu pasukan terdiri daripada 20 doktor, jururawat dan kakitangan sokongan melakukan pembedahan selama 14 jam 30 minit di Pusat Perubatan Ronald Reagan UCLA di sini bagi menyambung tangan tersebut.

EMILY FENNEL sebelum dia menerima tangan kanan milik penderma organ

"Saya berasa seperti ia tangan saya sendiri," katanya yang berusia 26 tahun.

Pembedahan itu diketuai Dr. Kodi Azari.

Fennell berharap dia akan kembali ke bandar Yuba pada bulan depan untuk bersama dengan seorang anak perempuannya yang berusia enam tahun dan meneruskan pemulihan di rumahnya. 

Agensi

Majikan, Pekerja dihukum Gantung

Posted: 20 Apr 2011 06:00 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SHAH ALAM - Seorang pemilik bengkel kereta dan pekerjanya dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah mengedar 1,885 gram kanabis dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abd. Rahim Uda menjatuhkan hukuman ke atas Muhammad Zikry K. Suresh dan Md. Sukri Abdul Rahman, masing-masing berusia 42 tahun selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

MD. SHUKRI (kanan) bersama Muhammad Zikry (tengah) diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dijatuhi hukuman

"Pendakwaan berjaya membuktikan kedua-dua tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas dadah tersebut.

"Mahkamah juga mendapati telah berlaku tawar menawar harga dadah antara Muhammad Zikry dan ejen penyamaran polis, Sarjan Wong Soon Meng," kata beliau.

Televisyen 75 Tahun dijual RM82.95

Posted: 20 Apr 2011 05:31 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


LONDON - Set televisyen tertua di Britain yang masih berfungsi dengan baik dijual dalam satu lelongan pada harga £16,800 (RM82,95) iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga ramalan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Set televisyen elektronik jenama Marconi 702 itu yang berharga £99.15 (RM490) dibeli oleh seorang lelaki, G. B. Davis tiga minggu selepas siaran televisyen pertama di Britain dipancarkan di sini, pada tahun 1936.

Televisyen 75 tahun dijual RM82.95SET televisyen berusia 75 tahun disimpan di Rumah Lelongan Bonhams, tengah London sebelum ia dilelong

Ia kini menjadi milik seorang pembeli dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia membelinya dalam satu lelongan anjuran Rumah Lelongan Bonhams di sini kelmarin.

"Saya pernah mengendalikan lelongan 38 buah televisyen lama sebelum ini dan ini adalah yang terbaik dan ia datang bersama invois asal," kata seorang pakar Bonhams, Laurence Fisher

Set televisyen berusia 75 tahun itu yang dijual oleh keluarga pemilik asalnya memiliki skrin bersaiz 30.48 sentimeter dan berada dalam kotak kayu. 

Agensi

Rentung Bakar Rumah Sendiri

Posted: 20 Apr 2011 05:15 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SITIAWAN: Gara-gara gagal memujuk isterinya memberikan wang RM8,000 untuk berjudi, seorang kaki botol bertindak bodoh membakar rumahnya sebelum dia sendiri mati akibat kebakaran itu.

Kejadian berlaku selepas mangsa bertengkar dengan isterinya di rumah mereka di Kampung Baru, Ayer Tawar, dekat sini, kira-kira jam 6.20 petang kelmarin. Pasangan itu dikatakan sudah bertengkar sejak beberapa hari lalu.

Lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai Ah Hock, berusia 50-an, ditemui dalam keadaan hampir 100 peratus badannya terbakar dalam sebuah bilik rumah separuh papan yang musnah dalam kebakaran itu.

Seorang waris mangsa enggan dikenali berkata, lelaki itu pernah beberapa kali mengugut untuk membakar rumah pusaka didiaminya bersama isteri jika gagal mendapatkan wang RM8,000 daripada wanita itu yang hanya bekerja sebagai penoreh getah.

"Saya difahamkan, isteri mangsa enggan melayan kerenah suaminya itu dan bertindak melarikan diri ke Kuala Lumpur sejak seminggu lalu. Sejak kejadian itu, mangsa sering menyuarakan hasrat untuk membakar rumahnya kerana marah dengan tindakan isterinya.

"Saya tidak sangka dia benar-benar berbuat demikian. Lebih malang apabila dia sendiri yang mati dalam kebakaran itu," katanya.

Waris itu berkata, dia memang menyedari tabiat buruk mangsa suka berjudi dan kaki botol, tetapi tidak menduga ia akan membawa kepada bencana seburuk itu.

Gambar hiasan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, ketika kejadian mangsa tinggal bersendirian di rumahnya dan gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran berlaku.

"Dua rumah itu, termasuk satu rumah mangsa yang terletak bersebelahan hangus dalam kebakaran terbabit. Mangsa dipercayai maut selepas gagal menyelamatkan diri. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Tragedi Main Kejar-kejar di Kolam

Posted: 20 Apr 2011 05:00 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

ANGGOTA bomba dan polis mengusung mayat Mohd. Zaidi (gambar kecil) yang mati lemas di kolam takungan di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru


JOHOR BAHRU – Kegembiraan tiga sahabat bermain kejar-kejar di dalam kolam takungan air di Kampung Bakar Batu di sini kelmarin berakhir dengan seorang daripada mereka mati lemas.

Mayat Mohd. Zaidi Sariffudin, 12, ditemui anggota unit selam skuba Balai Bomba dan Penyelamat Larkin di dasar kolam pada pukul 9.22 malam.

Cerita rakan mangsa, Mohd. Ihsan Zulkifli, 13, sebelum kejadian dia dan Mohd. Zaidi mengambil keputusan untuk mandi di kolam itu pada pukul 3 petang sebelum diikuti seorang lagi rakan mereka, Mohd. Khairil Asyraf Hasni, 11, yang tiba sejam kemudian.

Kedudukan rumah mangsa dengan kolam itu dalam jarak kira-kira 500 meter.

Emas Hong Kong Catat Rekod Tertinggi

Posted: 20 Apr 2011 04:34 PM PDT

17 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong


HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.

Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.

Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns

Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.

Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.

Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.

Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. 

Agensi

SPR harus di'BERSIH'kan

Posted: 20 Apr 2011 06:11 AM PDT

Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak yang baru berlangsung minggu lepas memperlihatkan kepada kita betapa sistem demokrasi di Malaysia, masih ditahap yang mencurigakan.

Pertikaian terus kedengaran terhadap ketelusan dan kesahihan pengendalian pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

SPR memperlihatkan ianya tidak bebas dan masih lagi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Barisan Nasional. Antara yang masih menjadi pertikaian ialah mengenai kebersihan senarai daftar pemilih, sistem undi Pos, had kempen parti-parti politik, penggunaan jentera kerajaan untuk kepentingan BN, rasuah kepada pengundi dan banyak lagi.

Pertikaian ini tidak akan berbangkit sama sekali jika pilihan raya dijalankan secara adil.

Sejak Dun dibubarkan, SPR berura-ura untuk mengehadkan tempoh berkempen hanya selama tujuh hari. Namun selepas dibantah dipanjangkan sedikit kempen untuk tempoh 10 hari.

Percubaan menghadkan tempoh kempen atau memendekkan tempoh kempen ini sebenarnya, secara tidak langsung memberi kelebihan kepada parti yang memerintah.

Kedua, pada hari penamaan calon di Muara Tuang, calon BN yang juga adik kepada Ketua Menteri Sarawak, dengan jelas melakukan kesalahan pilihan raya iaitu tidak mengemukakan borang laporan kewangannya pada pilihan raya 2006.

Sepatutnya PAS menang percuma kerusi tersebut. SPR menunjukkan dengan jelas ia memihak kepada BN dengan mempergunakan kuasanya melengah-lengahkan pengumuman calon sehingga lebih satu jam dari tempoh masa yang ditetapkan.

Kelambatan pengumuman calon diambil kesempatan oleh pihak yang berpihak kepada BN untuk menyiapkan segera penyata kewangan tersebut. 

Sepanjang kempen pilihan raya, media massa dipergunakan sepenuhnya, secara berleluasa untuk menabur fitnah kepada Pakatan Rakyat, sedangkan ruang Pakatan Rakyat, hanya dipentas ceramah disusahkan.

Pemimpin tertinggi negara dibenarkan merasuah rakyat secara terbuka, rasuah pembinaan hospital, peruntukan masjid, pembinaan jambatan segera, bantuan untuk sekolah dan lebih ketara lagi didedahkan rasuah pembelian kertas undi secara terbuka.

Malah di hari kempen, wujud dakwaan secara terbuka pihak-pihak yang memakai tag nama SPR secara jelas dilihat mengajar pengundi, khususnya golongan tua untuk memangkah simbol dacing.

Di samping itu wujud pertikaian berkenaan borang 14 yang dikatakan enggan ditangani oleh pegawai SPR yang bertugas.

Keseluruhannya, kita mendapati sistem pilihan raya di negara kita masih meragukan. Banyak terdapat ruang-ruang yang perlu diperbaiki bagi menjamin ketelusan dan keadilan.

Pakatan Rakyat menghadapi kesukaran kerana segala peruntukan perundangan yang ada dikuasa SPR boleh dipergunakan oleh BN kerana mereka tertakluk kepada kuasa Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat tidak mampu mengubah kebobrokan ini sendirian. Hanya ada dua cara untuk mengatasi masalah ini. Pertama, perjalanan pilihan raya mesti dipantau masyrakat antarabangsa, iaitu melalui badan bebas yang dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kedua, dengan sokongan rakyat. Rakyat harus bangkit untuk menegur SPR. Hanya Perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja yang mampu mengubah keadaan ini.

Pakatan Rakyat harus bertindak sebelum terlambat.

H/daily

Kadir Hasim dibebas Selepas 20 Hari ditahan ISA

Posted: 20 Apr 2011 05:46 AM PDT

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 20 April: Mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Kadir Hashim  yang ditahan sejak pada 1 April lalu dibebaskan hari ini.

Menurut abang mangsa, Muda Hashim, 46,  adiknya itu, yang juga merupakan orang Kelainan Upaya (OKU), dibebaskan lebih kurang jam 3 petang tadi.

"Polis menghantar adik saya dengan kereta yang diringi tiga anggota polis yang saya agak dari Balai Polis Bukit Aman.

"Walaupun terkejut dengan kehadiran polis sebentar tadi, namun saya gembira dengan pembebasan Kadir sekaligus menghilangkan rindu ibu terhadapnya,"  kata Muda kepada KeadilanDaily.

Ditanya mengenai keadaan Kadir selepas selamat sampai  ke rumah, Muda memberitahu adiknya mungkin trauma kerana masih membisu tanpa menceritakan kejadian penangkapnnya lebih kurang 20 hari.

"Jika dilihat dari segi fizikal dia sihat, tetapi tidak bercakap apa-apa selepas dihantar ke rumah tadi. Saya juga mahu dia berehat seminggu dua dahulu sebelum bertanyakan mengenainya semasa ditahan polis," katanya.

Kata Muda, semasa bertanyakan dengan polis berkenaan penangkapan Kadir, mereka  memberi amaran supaya tidak menimbulkan masalah lagi.

"Saya tanya apa yang dibuat Kadir sehingga ditangkap akta ISA, tetapi mereka (polis) memberi amaran supaya tidak menimbulkan masalah.

"Kadir dibebaskan tanpa apa-apa syarat dan mereka turut menyerahkan beberapa barang yang diambil semasa menahan Kadir tempoh hari," ujarnya.

Kadir, 42, seorang peniaga tomyam yang juga ahli KEADILAN Cabang Lembah Pantai ditangkap polis 1 April lalu mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri atas dakwaan terlibat dalam kegiatan subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit.

H/daily

Tidak Patut Wajibkan Rakyat Guna Emel 1Malaysia

Posted: 20 Apr 2011 05:24 AM PDT

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Inisiatif Emel 1Malaysia baru sahaja diumumkan, yang mana di bawah inisiatif ini, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun emel rasmi.

Saya ingin mencadangkan supaya rakyat Malaysia diberikan pilihan sama ada ingin menggunakan perkhidmatan ini ataupun tidak.

Dalam erti kata lain, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas tidak seharusnya diwajibkan menggunakan emel ini bagi sebarang urusan, termasuklah berhubung dengan kerajaan. Kebebasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka dapat membuat pilihan.

Dengan demikian, Emel 1Malaysia nanti akan menjadi salah satu opsyen yang boleh dipilih oleh rakyat Malaysia bagi berkomunikasi dan bukannya menjadi perkara yang diwajibkan ke atas mereka.

Pada masa yang sama, bagus juga jika satu lagi inisiatif dijalankan secara serentak dengan pewujudan emel 1Malaysia ini. Inisiatif yang saya maksudkan adalah pendaftaran pengundi secara automatik.

Jangan Anggap PRU Ke-13 Lama Lagi

Posted: 20 Apr 2011 03:30 AM PDT

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Ada beberapa hal penting yang perlu difikirkan oleh PAS selepas meneliti keputusan pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu. Bukan semata-mata kerana kekalahan semua calonnya di sana, tetapi lebih kepada memikirkan bagaimana PAS membuat persediaan secukupnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti.

Yang penting difikirkan ialah:

1. Mempelajari sungguh-sungguh keputusan pilihan raya Sarawak itu dan siri kekalahannya dalam pilihan raya kecil yang lain sebelum ini. Apakah aktibar yang dapat diambil dari kekalahan berterusan itu?

2. Bagaimana dengan keupayaan penerangan PAS untuk menghadapi PRU Ke13 nanti. Ini kerana penerangan ialah urat nadi untuk mencapai kemenangan.

3. Bagaimana strategi PAS selepas ini - dengan mempelajari senario pilihan raya di Sarawak minggu lalu – di mana PAS bertanding tanpa strategi dan terlambat pula datang ke negeri tersebut untuk membuat persiapan.

Tentu saja kita telah mendengar dan membaca pelbagai ulasan mengenai keputusan pilihan raya tersebut dan mengetahui sebab-sebab PAS kalah di sana. Bahkah PAS juga sudah mengetahui benar faktor kekalahannya dalam siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Oleh itu PAS wajar secara sungguh-sungguh dan terbuka  memikirkan mengenai kekalahan tersebut, justeru kalah menang adalah gerak nafas PAS untuk masa depan. Oleh itu ia hendaklah berusaha sungguh-sungguh memperbaiki kelemahannya?

Dalam pengalaman di Sarawak, PAS - khususnya pemimpin – lambat datang untuk mengatur kempen dan segalanya. Sementara PAS bertanding pula tanpa strategi, bekerja secara ad-hoc dan tidak terancang, sedangkan DAP jauh lebih lama membuat persediaan dan strategi, demikian juga PKR.

Memikirkan semuanya ini bagaimana kiranya tanpa strategi dan persiapan secukupnya kita dengan tiba-tiba dihadapkan dengan PRU Ke-13. Jika ini berlaku sudah tentu PAS menghadapi masalah yang sangat besar.

Dalam hal ini PAS mestilah dilihat sentiasa berpadu erat dalam Pakatan Rakyat justru gabungan ini sedang dilihat oleh rakyat sama ada mampu atau tidak mampu menjadi alternatif kepada BN di masa depan.

Kempen PAS yang nyaring 'PAS ganti Umno' mestilah diisi maknanya sebagai gagasan yang mampu direalisasikan. Dalam ini PAS mestilah berwatak nasional, melampaui batas kaum dan dilihat sentiasa peka dengan masalah rakyat. Ia mestilah menjadi badan politik moden, yang melaksanakan kepentingan masyarakat tetapi dalam masa yang sama juga bergerak di bidang dakwah.

Janganlah ada sebarang tanggapan, yang bersifat 'memujuk hati', bahawa jika PAS kalahpun, namun kita menang dalam berdakwah iaitu berjaya menyampaikan risalah Islam. PAS perlukan kemenangan kedua-duanya sekali, iaitu menang dalam pilihan raya dan berjaya dalam dakwah. Ini penting.

Kemenangan politik boleh menghantar PAS kepada kuasa dan dengan kuasa akan membuka peluang PAS seluas-luasnya untuk berdakwah dan menjalankan tuntutan Islam tanpa sebarang gangguan. Ini sewajarnya difahami benar-benar oleh pendukung PAS akan maksud politik dakwah, iaitu mengaplikasikan tuntutan syarak bersama tuntutan masyarakat. Semuanya ini seiring dengan kehendak demokrasi dan tidak bercanggah dengan Islam.

Inilah keperluan yang dinamakan siasah syariah dan dengan pemahaman inilah sewajarnya kita berada dalam Pakatan Rakyat.

Dalam suasana dan keadaan masyarakat majmuk di Malaysia, tidak memungkinkan PAS bersendirian menghadapi pilihan raya. Maknanya dengan kekuatan tiga parti dalam Pakatan Rakyat inilah kita mampu menghadapi Barisan Nasional dan jika berjaya boleh memerintah. 

Kemengan DAP dan PKR mestilah dirasakan oleh PAS sebagai kemenangan bersama, demikian juga kemenangan PAS dirasakan kemenangan bersama oleh PKR dan DAP.

 Kemenangan DAP dan PKR di Sarawak  minggu lalu mestilah juga dirasakan seabagi kemenangan bersama Pakatan Rakyat. Semangat setiakawan dan perpaduan dalam Pakatan Rakyat ini mestilah diperlihat dan direalisasikan dalam semua gerak kerja Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU Ke13 nanti.

Sementara itu media baru, malah yang terbaru – twitter dan facebook akan mengambil peranan center stage – peranan utama – dalam PRU Ke-13 akan datang. Dulu melalui internet, kita hanya menerima maklumat melalui blog dan wabe-site selain sms, tetapi kini dunia maklumat ditambah lagi dengan laman sosial yang baru  twitter dan facebook, meninggalkan jauh maklumat dari media cetak dan tv.

Ini semua akan tambah rancak dalam menyambut kedatangan PRU Ke-13 nanti. Pengalaman dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru membuktikan pengaruh twitter dan facebook, yang sangat kuat dalam mengalirkan maklumat segera dan terus menerus kepada pengundi di kawasan yang ada akses internet. Malah maklumat ini berkembang dalam masyarakat.

Justeru, PAS mestilah memikirkan persoalan ini dan bagaimana memanfaatkan secara maksima lama sosial yang baru ini. Semuanya ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh PAS untuk menghadapi PRU ke-13.

Sekali lagi ditegaskan, PAS mestilah membuat persiapan dari sekarang walaupun ada pihak yang mengatakan BN tidak mungkin akan mengadakan pilihan raya umum segera berdasarkan keputusan di Sarawak itu di mana undi popular BN merosot lapan peratus.

Sudah pastilah bahawa BN sedang merancang dan akan melakukan pelbagai cara untuk menang dalam PRU ke-13 nanti, di mana ahli-ahli Pakatan Rakyat sangat mengetahui hal ini. Dari itu jangan ada sebarang kelalaian dan jangan juga merasa 'sedap hati' kerana kononnya PRU Ke-13 lambat lagi maka bolehlah membuat persiapan secara perlahan.

Untuk menghadapi PRU Ke-13 ini, PAS mestilah dilihat berada di dalam keadaan yang kuat dan terkini dalam Pakatan Rakyat, bersedia menangkis tuduhan berterusan dari komponan BN kononnya PAS menjadi alat DAP dan begitu sebaliknya.

Isu perkauman pula tentunya akan berlanjutan dimainkan menjelang PRU Ke-13. Justeru PAS yang sudah dapat diterima oleh pelbagai kaum dan agama sewajarnya mengambil peranan penting menyerlahkan sebagai parti Islam yang sederhana, sangat seimbang, memancarkan keadilan, kesaksamaan dalam jalur demokrasi di mana dalam semua keadaan ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang menjadi dasarnya. 

H/daily

Terlepas Hukuman Gantung

Posted: 20 Apr 2011 03:05 AM PDT

16 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KOTA BHARU 20 April - Disebabkan keterangan berbeza yang diberikan seorang saksi pendakwaan, dua sahabat dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah empat tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah membuat keputusan membebaskan Fakhrul Zaman Ahmad, 32, dan Zainudin Mat Deris, 35, selepas mendapati wujud perbezaan keterangan pada laporan polis dibuat oleh saksi yang juga seorang anggota polis, dengan keterangannya di dalam mahkamah.

Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 49.89 gram di sebuah stesen minyak di Pasir Mas sekitar pukul 11.40 malam pada 4 September 2007.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman mandatori gantung sampai mati.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 21 Apr 2011 01:04 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Cukai Tanah UUM Tak Pernah Dinaikkan

Posted: 21 Apr 2011 12:24 AM PDT

Sekali lagi media UMNO dan Menteri UMNO bohong rakyat

Ceramah Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

Posted: 21 Apr 2011 12:17 AM PDT

Peghelih La...

Posted: 20 Apr 2011 11:20 PM PDT

Peghelih La...


Living in Malaysia is expensive

Posted: 19 Apr 2011 11:34 PM PDT

If you don't know already, it's expensive to live in Malaysia, especially in Kuala Lumpur. A report shows that Malaysians have less purchasing power than many nationals elsewhere.

The Malaysian Insider, an online Malaysian news website, examined the purchasing power of Malaysians in comparison to nationals of other countries. The website cited a 2010 Prices and Wages report by UBS AG, a Swiss banking giant.

Here are the highlights:

The purchasing power of KL residents is 33.8% of New Yorkers; 42% compared to London, 33.7% to Sydney, 32.6% to Los Angeles, and 31.6% to Zurich.

KL workers need to labour 22 minutes for a bread loaf. In comparison, Los Angeles counterparts take 18 minutes. In Sydney, it's 16 minutes. In Tokyo, 15 minutes. In Zurich, 12 minutes.

The Malaysian Insider also compared broadband prices in Malaysia to those in countries. Even after currency conversion, Malaysia comes out on top... in expensiveness. Here's the summary:

Kuala Lumpur - 5Mbps broadband package - RM149
London - 10Mbps broadband package - GBP13.50
Melbourne - 5-8Mbps broadband package - AUD40
New York - 7Mbps broadband package - USD41.95


Here's another tidbit from The Malaysian Insider article:

In KL, a Honda Civic is priced at RM115,000 - 20 times an auditor's average monthly earnings.

In Melbourne & London, the price is respectively AUD25,000 and GBP19,000 - 3 times an auditor's average monthly earnings in those places.

Baca artikel The Malaysian Insider di sini

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 20 Apr 2011 11:08 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


PROGRAM PAS GANTI UMNO PAS KAWASAN DUNGUN

Posted: 20 Apr 2011 04:47 PM PDT

 




JOM RAMAI RAMAI PAKAT GI BLAKE

Salam Perjuangan

Posted: 20 Apr 2011 11:02 PM PDT

Salam Perjuangan


MENJAWAB PANDANGAN PROF AZIZ BARI

Posted: 20 Apr 2011 03:39 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 20 Apr 2011 09:41 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


PAS menyantuni anak anak yatim, miskin di Rembau

Posted: 20 Apr 2011 08:53 PM PDT



PAS beri sumbangan anak yatim, miskin merupakan tajuk akhbar Sinar Harian pada 20 April 2011. Yang Dipertua PAS Kawasan Rembau, YB Hj Taufek yang juga merupakan ADUN Paroi telah mengadakan lawatan serta menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim di Taman Desa Permai, Kundur, N.Sembilan.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke pihak pengurusan Rumah Anak Yatim tersebut iaitu ke akaun CIMB , PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8

Sumber berita dari http://parchembong.blogspot.com/2011/04/peyakin-dapat-sumbangan.html

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 20 Apr 2011 09:40 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


PILIHAN RAYA UMUM SARAWAK KE 10 - BERSAMA MUSLIMAT PAS JOHOR

Posted: 20 Apr 2011 09:15 AM PDT

PILIHANRAYA SARAWAK KE 10 - SUMBANGAN MUSLIMAT PAS JOHOR DI UPU SEMATAN DUN TANJUNG DATU - APRIL 2011


TEAM MUSLIMAT PAS JOHOR ditugaskan di UPU SEMATAN DUN TANJUNG DATU untuk membantu Calon PAS Puan Nani Sahari. Mereka membantu berkempen rumah ke rumah , ziarah rawatan ke rumah bersama doktor-doktor PAPISMA dan menganjurkan Program Sukan Rakyat 'SEPETANG  DI  DUN SEMATAN'.

Lihat bagaimana hebatnya Program ini yang turut dihadiri oleh Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Malaysia. Berbagai acara disediakan termasuk rawatan kesihatan oleh doktor-doktor PAPISMA, rawatan kecantikan oleh Puan Azizah (Muslimat Perak , pengusaha Pusat Rawatan Kecantikan di Sungai Siput Perak), pertandingan menganyam ketupat, meniup gelembong (belon), gusti lengan dan bowling kelapa.

Daripada sambutan yang diberi seolah-olah PAS sudah memenangi undi di UPU ini ! InsyaAllah usaha ini akan membuahkan hasil akhirnya.

Cikgu Mala dan Puan Rubiah Raffee mendaftarkan peserta.

 
Puan Rubiah Raffee,isteri YB Dr Mohammad Taslim, bersama
penduduk setempat.

Tetamu Kehormat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Malaysia,
bersama AJK Program.

 Sungguh bersemangat penduduk di sini !

Ustaz Idris bersama Puan Rubiah dan penduduk setempat.
 
 Kanak-kanak sungguh bergembira menyertai Program ini.

 Puan Azizah membuat rawatan kecantikan.Sambutan hangat.
Wanita.....fitrahnya hendak kelihatan cantik !

 
 Doktor PAPISMA merawat penduduk tempatan. Ramai menunggu giliran.

Peserta bersedia untuk pertandingan Bowling Kelapa. Mana kelapanya ?
Belum gugur agaknya...
 
 Puan Rubiah dan Cikgu Mala bersama penduduk tempatan.
Lihat Mak Cik baju biru tu pakai kasut CROC !

 
 Hebat peserta Gusti Lengan ini.Sdr  di kanan ini menjadi Johan.

 Menganyam ketupat....

 
 Pertandingan 'Tiup GELEMBONG' , bukan 'Tiup BELON' !
BELON  tu kapalterbang kata orang Sarawak.

Hadiah untuk pemenang. 'Undi PAS', bisik Ustaz Idris.
Kelihatan juga Sdr Hood.
 
 
 Puan Rubiah menyampaikan hadiah.Puan Fatimah Ismail kelihatan di belakang.

 Giliran Cikgu Mala menyampaikan hadiah.

 Alhamdulillah Program berjaya. Muslimat ceria  gotong royong membersihkan kawasan.
TAHNIAH MUSLIMAT PAS JOHOR !
 
PADA SEBELAH MALAM CERAMAH DIADAKAN DI RUMAH PAK AWANG:
Di antara penceramahnya ialah YB Ustaz Nasarudin Mat Isa, Tuan Hj Mohamad Sabu, YB Dr Hatta Ramli,YB Dr Zulkifli Ahmad dan Calon PAS Puan Nani Sahari.






n12selinsing

Posted: 20 Apr 2011 09:23 PM PDT

n12selinsing


KEMPEN ANTI SAMAN EKOR

Posted: 20 Apr 2011 12:34 AM PDT

Isnin; 18 Apr 2011, Bagan Serai, Majlis penerangan mengenai saman ekor telah diadakan di Parlimen Bagan Serai. Majlis yang bermula di Pejabat Dewan Himpunan Penyokong Pas, Jalan Jetty Bagan Serai, Majlis taklimat yang disampaikan oleh Sdr. Abdul Rahim Bin Nordin selaku Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Perak dan Sdr Zamri (Peguam bagi KASE). Taklimat khusus mengenai Saman ekor ini adalah anjuran Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Perak dengan kerjasama Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Bagan Serai, sessi dialog bersama penduduk setempat yang majoritinya kaum cina turut diadakan.

Selepas itu pengedaran risalah mengenai Saman Ekor dilakukan di tapak pasar malam Bagan Serai. Rata-rata masyarakat yang ditemui menyambut baik kempen ini dan mengharapkan pihak yang berkenaan mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi membantu rakyat yang sememangnya telah terbeban dengan kenaikan harga barang dan sebagainya.

Majlis diteruskan pada sebelah malam dengan Taklimat dan Dialog mengenai Saman Ekor. Hak rakyat mengenai Notis saman ekor ini disampaikan oleh Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Perak, Sdr Aminuddin Zulkifli. Pelbagai soalan berkenaan saman ekor ditimbulkan oleh peserta dialog dan dijawab oleh Sdr Aminuddin.

Peguam Zamri sedang mengedarkan risalah kepada orangramai di Pasar Malam Bagan Serai

Sdr Abdul Rahim mengedarkan risalah saman ekor kepada pengunjung sambil berbual mesra dengan mereka


MPengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Bagan Serai, Mohd Rodi mengedarkan risalah


PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 20 Apr 2011 09:11 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.”

Posted: 20 Apr 2011 02:29 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 April - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan Datuk Seri Abdil Hadi Awang dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai "langkah kurang tepat", Mursyidul Am PAS berkata, "pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT."

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

"Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Laporan media semalam memetik penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan

untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

"Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana

mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

"Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin

tersebut melanggar syariat Allah SWT," kata beliau lagi.

Nik Aziz juga berkata Aziz selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

"Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding pada pilihan raya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar

undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihan raya.

"Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik," katanya.

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 20 Apr 2011 07:42 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Tukar Pemimpin Bila Langgar Syariat Bukan Kerana Kalah

Posted: 20 Apr 2011 05:22 PM PDT

Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.

Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS

MerdekaReview : PRN Sarawak - Najib harus panik, tapi PAS...

Posted: 20 Apr 2011 01:18 AM PDT

Sesungguhnya, matlamat Pakatan Rakyat untuk menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional gagal pada malam 16 April 2011. Namun demikian, seandainya ditelitikan keputusan PRN Sarawak, Pengerusi BN Najib Razak seharusnya berasa lebih tertekan dan panik, lebih-lebih lagi apabila statistik menunjukkan bahawa BN hanya memperolehi 55% undi popular.

Demikianlah komentar daripada AJK Pusat PAS, Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi MerdekaReview untuk mengulas keputusan PRN Sarawak. Secara lebih terperinci, dua etnik besar, iaitu kaum Cina dan Iban memberi isyarat kepada BN bahawa mereka berpotensi untuk mencetuskan perubahan yang lebih besar dalam PRU yang akan datang, kata Dzulkefly Ahmad.

Dengan segala yang berlaku, beliau yakin bahawa rakyat lebih bersedia untuk memberi ruang kepada pembangkang dalam pertandingan kerusi parlimen menjelang PRU ke-13, lantas beliau meramalkan bahawa Najib tidak akan mengadakan PRU ke-13 dalam tahun ini. Jikalau inilah situasinya, maka PR bakal mempunyai masa dan ruang yang lebih, malah peluang yang lebih cerah dalam gandingan PAS, DAP dan PKR untuk melakukan pecutan, katanya.

Komitmen pimpinan DAP mengundang kemenangan

Ahli parlimen Kuala Selangor ini juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada rakan partinya, DAP yang memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan. Sungguhpun sesetengah menganggap DAP bertanding di kawasan bandar, yang sudah menunjukkan kecenderungan untuk menyokong PR, namun Dzulkefly Ahmad menganggap jentera penerangan DAP cukup hebat - dengan banner, billboard, poster, aktiviti lawatan dan sebagainya yang cukup menarik.

Keputusan PRN Sarawak 2011 sebenarnya sejajar dengan keupayaan parti komponen yang berkempen dengan pendekatan sendiri, hampir secara terpisah. Beliau mengakui, DAP menumpaskan SUPP dengan kekuatan parti tersebut yang sudah 30 tahun bertapak di bumi kenyalang, selain sokongan daripada masyarakat Cina di bandar.

Lebih penting, pimpinan tertinggi DAP dilihat begitu komited untuk berkempen sepanjang PRN Sarawak. Dzulkefly sendiri melalui Stutong, Kuching pada malam 15 April, terkagum dengan perhimpunan puluhan ribu orang di situ - seolah-olah pesta yang besar. "DAP mendapat sentuhan terbaiknya," kata Dzulkefly Ahmad.

Bagaimana pula "sentuhan PAS"? Persoalan menyusul kemudian, diajukan kepada Dzulkefly Ahmad - mengapa PAS gagal "memanfaatkan" sentimen "Undur Taib" untuk memenangkan kerusi bagi partinya?

Beliau terpaksa menjawab dengan cukup berwaspada. Malah sebelum ini apabila beliau menyatakan kekaguman diri terhadap komitmen pimpinan DAP, beliau juga berdepan dengan soalan sebaliknya, iaitu "sejauh mana pula komitmen pimpinan PAS"?

PAS gagal tampil sebagai sebahagian daripada PR

Dzulkefly terpaksa berdepan dengan kekalahan partinya. "PAS dalam penampilan ketiga dalam PRN Sarawak mencari-cari sentuhannya. Pada saya, ...gagal digarap dengan baik, sedikit sebanyak oleh PAS, atau dengan kata lain gagal menampilkan partinya sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat dan agenda perubahan Pakatan Rakyat."

Ia berdasarkan pengalaman dirinya. Seorang kawan adik iparnya yang bekerja di Sarawak, pro-pembangkang dalam pendirian politiknya berkata, beliau gagal mencari logo DAP atau PKR dalam kertas undi di kawasan PAS bertanding, maka beliau akhirnya memangkah dacing (Barisan Nasional).

Mesej di sebaliknya, "PAS gagal menampilkan dirinya sebagai parti yang sinonim dengan DAP dan PKR. Itu bermaksud, PAS gagal memberi mesej yang jelas kepada pengundi bahawa sokongan terhadap PAS adalah bersamaan sokongan terhadap DAP mahupun PKR."

PAS bertanding di lima kawasan, iaitu Tanjung Datu, Beting Maro, Muara Tuang, Sebuyau dan Sadong Jaya. Selain Beting Maro menunjukkan "kemajuan" dengan perbezaan 391 undi (berbanding 896 undi pada tahun 2006), PAS tewas di Muara Tuang dengan perbezaan 7,843 undi dan Tanjung Datu dengan perbezaan 3,216 undi. Apa yang menarik, kedua-dua DUN Muara Tuang dan Tanjung Datu mempunyai populasi kira-kira 50% daripada kaum Cina dan Iban.

MerdekaReview dimaklumkan bahawa pemimpin DAP tidak diundang untuk berceramah di kawasan Muara Tuang dan Tanjung Datu. Dzulkefly Ahmad kelihatan sukar untuk mempertahankan keadaan sebegitu, cuba membela partinya dengan berkata "tempoh kempen yang terlalu singkat".

Strategi berperang sering disesuaikan dengan keadaan yang sebenar. Maka persoalannya, dengan tempoh kempen selama 10 hari, apakah mesej yang dibawa oleh PAS di Sarawak untuk mengolah sokongan rakyat? Apakah pendekatan "berdakwah" sebagaimana yang dilakukan di Semenajung itu strategi yang tepat untuk menghadapi pertarungan 10 hari?

Dzulkefly terpaksa mengakui, "Mesejnya kurang jelas untuk menonjolkan PAS bersepakat dengan PKR dan DAP." Jelas, beliau enggan secara terbuka mengkritik partinya dalam media, hanya memberi jawapan "mungkin lebih baik jika kami tumpu dengan agenda perubahan bersama Pakatan Rakyat, isu tumbangkan Taib Mahmud...yang lebih mudah untuk diterima masyarakat tempatan dalam masa yang singkat."

Bagaimanapun, Dzulkefly Ahmad menganggap jentera PAS telah bekerja bersungguh-sungguh, dan tidak harus dipersalahkan berikutan kekalahan tersebut. Beliau kekal optimis, melihat kemajuan yang tercapai di Beting Maro, mengharapkan PR untuk mengisi ruang yang sedia ada untuk menumbangkan BN dalam PRU ke-13.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 20 Apr 2011 07:32 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Kadar kehilangan air terlalu tinggi di UUM

Posted: 20 Apr 2011 05:31 AM PDT

ALOR SETAR, 20 April 2011 – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Zawawi menjelaskan bahawa SADA telah membekalkan sebanyak 15 juta liter air sehari ke Universiti Utara Malaysia (UUM) dan ia sudah mencukupi untuk menampung keperluan air ke kampus tersebut.

Bagaimanapun, katanya, UUM adalah antara kawasan yang mengalami kadar kehilangan air (non revenew water) yang tinggi iaitu sekitar 43 peratus. Antara sebabnya ialah kerosakan saluran paip yang dipasang lebih 20 tahun lalu dan penyelenggaraan yang dilakukan UUM sangat minima.

"Logi air baru di Padang Sanai sudah siap akan akan mula beroperasi, kita mampu membekalkan air ke UUM sehingga 35 juta liter air tapi harus diingat dalam keadaan infrastruktur dalaman yang teruk di UUM, bekalan air sebanyak mana pun tidak akan menyelesaikan masalah," ujarnya.

Menurutnya, infrastruktur yang direkabentuk adalah untuk keperluan 10 ribu pengguna, sedangkan sekarang penghuninya sudah bertambah tiga kali ganda. Saluran paip dan kapasiti tangki yang ada tidak mampu lagi menampung keperluan yang begitu tinggi.

Dato' Phahrolrazi menasihatkan UUM atau Kementerian Pengajian Tinggi supaya menyegerakan kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air di UUM bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

"Itu (kampus UUM) adalah kawasan mereka, hak mereka dan sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengatasi masalah yang timbul di UUM. Kerja kita ialah membekalkan bekalan air bersih yang mencukupi dan kita telah menyempurnakan kerja tersebut," ujar beliau.

dipetik dari Warta Darul Aman.

PAS Kawasan Miri

Posted: 20 Apr 2011 07:07 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Mampukah PR Tawan Parliament Sarawak Dalam PR13?

Posted: 20 Apr 2011 12:13 AM PDT

Analisa kerusi Parlimen Sarawak menurut PRN
Shaharul Shafie
Berakhirnya musim 'panas' di Sarawak, kini beralih kepada teka-teki bilakah akan pula terjadinya musim 'panas' seluruh negara. Mungkinkah pilihanraya umum akan datang diadakan semasa musim panas di Malaysia? Seandainya di Malaysia ada musim panas atau summer sepertimana di negara-negara hemisfera utara, mungkin PRU diadakan pada bila-bila masa di antara bulan Jun sehingga Ogos tahun ini. Petandanya sudah sedikit nampak sepertimana di masa lalu, apabila guru-guru besar dan para pengetua menerima surat untuk menyegerakan apa-apa bentuk ujian dan peperiksaan di peringkat sekolah. Maklumlah sekolah-sekolah kenalah ditutup beberapa hari bagi memberi peluang kepada penyediaan menjelang hari mengundi dan proses mengundi.


Bagi penulis, tidak kisahlah bilakah PRU13. Ini kerana penulis yakin perkara ini pastinya membuntukan pemikiran Perdana Menteri yang disayangi ramai, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Bukannya senang untuk Najib meletakkan tarikh atau tempoh lebih-lebih lagi melihat faktor 'kemenangan' di Sarawak yang mempunyai beberapa persoalan-persoalan yang tersirat di sebalik kemenangan itu. Selain faktor persepsi pengundi, yang turut memburukkan peluang BN di peringkat Pusat pastinya ialah untuk mengadakan pilihanraya sebelum keadaan ekonomi dunia memasuki fasa pra-gawat setelah lebih dua tahun berada di peringkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan stabil.
Kelemahan ekonomi mikro dan kadar pengangguran meningkat mampu terus menggugat BN
Pastinya kitaran ekonomi akan ada naik dan turunnya. Hanya bila-bila masanya graf ekonomi negara selaras dengan ekonomi dunia pasti kembali menunjukkan penguncupan. Apabila ini berlaku, kebanyakan kerajaan di dunia ini mampu tumbang jika pilihanraya diadakan semasa penguncupan ini berlaku. Di Malaysia, penguncupan ekonomi pastinya melibatkan para peniaga yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina. Meskipun kini makro ekonomi nampak bagus, boleh dikatakan 70 peratus kaum Cina sudah pun menolak kerajaan BN, bagaimana pula jika ekonomi semakin menguncup, lebih teruk lagilah sokongan kaum Cina kepada BN.

Pada PRU 1999, kemenangan BN di bawah mantan PM, Tun Mahathir Mohamad adalah disebabkan oleh kemampuan beliau mengemudi ekonomi negara menghadapi tempoh kemelesetan ekonomi ketika itu yang menyebabkan kaum Cina menyokongnya secara berpadu. Hanya pengundi Melayu yang dilihat beralih sokongan kepada parti pembangkang ketika itu seperti PAS dan PKN (nama dulu untuk PKR). Situasi Umno kehilangan undi Melayu itu jelas nampak apabila negeri-negeri Melayu seperti Kelantan dan Terengganu jatuh ke tangan PAS sementara di Kedah Umno dan PAS hanya berselisih 2 kerusi dan PAS menawan banyak kerusi di dalam DUN Pahang serta Selangor.



Kini, isu sedunia yang turut melanda negara yang menyebabkan kejatuhan Tunisia dan Mesir serta mengganggu gugat kestabilan banyak negara Arab ialah isu pengangguran tegar. Di Malaysia meskipun makro ekonomi adalah baik, kini seramai 300,000 pemuda dan bekas pekerja yang terpaksa dihentikan bekerja oleh syarikat-syarikat yang mula menggunakan sistem automasi teknologi maklumat bagi mengurangkan keperluan kepada tenaga buruh Malaysia. Jumlah 300,000 ini kebanyakannya ialah pengganggur graduan Melayu yang kebanyakannya mengharapkan pekerjaan dan pastinya kemarahan mereka sukar dibendung dan mampu ditunjukkan di dalam bentuk kertas undi.



Pakatan mampu menambah sehingga 10 kerusi Parlimen dari Sarawak
Dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini dianggap sebagai 'deposit tetap' BN, kini ternyata sudah tidak lagi berikutan keputusan pilihanraya DUN Sarawak yang dilangsungkan dua hari lepas. Di negeri Sarawak, Dewan Rakyat memiliki 31 kerusi dan di Sabah pula 25 kerusi. Kini di Parlimen, BN Sarawak memiliki 29 kerusi tersebut manakala selebihnya lagi iaitu 2 kerusi milik DAP. Melihat kepada keputusan di kesemua 71 kerusi DUN Sarawak, ia memberikan gambaran jelas jika dilihat undi-undi yang dijumlahkan di peringkat DUN diselaraskan bagi Parlimen, BN berpotensi besar kehilangan sehingga 10 kerusi Parlimennya di Sarawak kepada DAP dan PKR dalam PRU nanti.



Dengan kemenangan 13 kerusi DAP dalam PRN Sarawak baru ini, jelas sekali kerusi Parlimen yang dimiliki sekarang iaitu Kuching akan terus kekal dalam PRU 13 nanti. Ini kerana kerusi-kerusi DUN di bawah Parlimen Kuching seperti Pending dan Padungan dimenangi oleh DAP. Manakala di bawah Parlimen Sibu, dari 3 kerusi DUNnya, DAP menang besar di DUN teramai pengundi iaitu di DUN Pelawan meskipun dua DUN lagi iaitu Bawang Assan dan Nangka dimenangi masing-masing oleh SUPP dan BN. DAP memang kalah di Bawang Assan tetapi tipis. Namun begitu, menjumlahkan undi yang diterima oleh BN dan Pakatan Rakyat (PR) di ketiga-tiga DUN di sini menampakkan keadaan menjadikan Sibu kawasan Kelabu bagi kedua-dua pihak. Jumlah diperolehi oleh BN di Parlimen Sibu ialah 21,953 undi manakala PR pula mendapat 21,234 dengan majoriti 719.



Parlimen Sibu boleh dirampas BN jika ada perpindahan pengundi Bumiputera Islam?
Kita menjangkakan BN boleh kembali merampas Sibu jika persempadanan semula dibuat oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melibatkan kerusi DUN Dalat di bawah Parlimen Mukah yang bersebelahan dengan Parlimen Sibu dengan DUN Nangka yang kebanyakannya pengundi Melayu. Jika SPR dapat melakukan strategi persempadanan ataupun perpindahan pengundi dengan memasukkan sedikit kawasan DUN Dalat yang juga bermajoriti Melayu-Melanau sekurang-kurangnya 1,000 ke 2,000 pengundi ke dalam DUN Nangka di bawah Sibu, pastinya BN mampu merampas Sibu semula walaupun dengan majoriti yang kecil. Selain DUN Dalat, satu lagi DUN di bawah Parlimen Mukah ialah DUN Balingian yang ditandingi sendiri oleh Ketua Menteri, Tan Sri Pehin Taib Mahmud. Oleh itu, dengan penjelasan yang diberikan penulis mengenai strategi yang mungkin dilakukan oleh SPR sebelum PRU akan datang, semoga PR perlulah mula berhati-hati dan mengambil perhatian.




Walaupun DAP berhadapan kemungkinan kehilangan Sibu berdasarkan trend pengundian dua hari lepas, di dalam PRU akan datang, DAP masih boleh meningkatkan usaha bagi merampas Bawang Assan atau menutup jurang majoriti. Setiausaha Agung SUPP, Datuk Wong Soon Koh menewaskan calon DAP, Alice Lau dengan majoriti 1,808 pada PRN minggu lepas berbanding dengan majoriti beliau perolehi sebanyak 2,504 semasa PRN 2006. Apa yang penulis andaikan di sini ialah mengambil konsep penjumlahan kesemua kerusi DUN di bawah sesuatu kerusi Parlimen bagi membayangkan kemungkinan di dalam PRU akan datang. Namun begitu, andaian begini tidak semestinya benar kerana setiap pengundi berhak memilih calon masing-masing yang mungkin berbeza parti di dalam setiap kertas undi DUN dan Parlimen. Memang tidak dinafikan, ramai pengundi yang memilih parti-parti yang lain di setiap kertas undi DUN dan Parlimen tetapi majoritinya lebih memilih parti yang sama mewakili mereka sama ada di Parlimen mahupun di DUN terutamanya di Sarawak. Namun begitu. kaedah penjumlahan ini adalah satu bentuk kaedah ramalan yang boleh difikirkan sebagai perancangan dan juga amaran bagi menyediakan pelan bertindak.

Lima kerusi parlimen Sarawak dalam tangan DAP sahaja
Dengan keputusan PRN Sarawak yang terbaru ini, dengan kaedah penjumlahan ini, DAP mampu merampas sehingga 5 kerusi Parlimen Sarawak di dalam PRU nanti. Yang pastinya DAP boleh merampas kerusi Parlimen Stampin, Sarikei, Lanang dan Miri dengan majoriti besar dan mudah tetapi mampu merampas Parlimen Bintulu dengan majoriti kecil. Bagi Parlimen Stampin, PR telah memenangi dengan besar di DUN Batu Kawah dan Kota Sentosa melalui DAP dan DUN Batu Lintang melalui PKR.



Di Parlimen Sarikei, kedua-dua kerusi DUNnya iaitu Repok dan Maradong dimiliki melalui DAP manakala di Parlimen Lanang, DAP menguasai kedua-dua DUN Bukit Assek dan menang tipis di DUN Dudong. Lonjakan penguasaan di Lanang adalah disebabkan populariti penyandangnya, Wong Ho Leng yang juga Ketua Pembangkang DUN Sarawak dan ahli Parlimen Sibu yang memperolehi majoriti melebihi 8,000 undi di DUN Bukit Assek.







Di Parlimen Miri pula, di mana salah satu kerusi DUNnya iaitu DUN Piasau yang menyaksikan kekalahan Presiden SUPP/BN, Tan Sri George Chan kepada calon muda DAP, Ling Sie Kiong. Dua DUN lagi, Pujut dan Senadin masing-masing dimenangi oleh DAP dan BN. Di DUN Senadin, PKR mewakili PR hanya kalah tipis 58 undi kepada calon BN.

Sementara itu, kedudukan 'kelabu' bagi DAP untuk menang mampu dicapai di Parlimen Bintulu meskipun dua daripada tiga DUNnya dimenangi oleh BN di Jepak dan Kemena. DAP berjaya mengekalkan kerusi DUN Kidurong dengan menambah majoriti sehingga 7,000 undi jika dibandingkan dengan majoriti sebanyak 1,664 pada PRN 2006. Yang menarik di Bintulu ialah, DUN Jepak adalah penempatan Melayu Bumiputera Islam dan DUN Kemena lebih ke pedalaman dihuni oleh pengundi Bumiputera bukan Islam. Jumlah pengundi berdaftar di Jepak dan Kemena jika dicampurkan adalah menyamai jumlah pengundi berdaftar di Kidurong sendiri yang kebanyakannya kaum Cina yang tinggal di bandar Bintulu sendiri.
PKR boleh tambah 4 kerusi Parlimen tetapi tentangan sengit dijangkakan
Bagi PKR pula, dengan meningkatkan penguasaan mereka di 3 kerusi DUN dan pertambahan undi di banyak kerusi DUN yang mempunyai komposisi pengundi Cina dan di kawasan bandar juga membolehkan mereka memberi cabaran kepada BN Sarawak dalam PRU akan datang. Tentangan yang boleh dikatakan boleh mencabar BN ialah di Parlimen Saratok di mana salah satu DUNnya dimenangi oleh PKR di DUN Krian dan satu lagi DUN Kelaka yang dimenangi oleh BN.



Namun begitu, keadaan nampak lebih mudah di Parlimen Selangau dengan pengundi berjumlah hampir 22,000 orang yang menempatkan DUN Tamin dan Kakus. Meskipun PKR tewas di kedua-dua kerusi itu yang dimenangi oleh PRS/BN yang penduduknya bermajoriti bumiputera bukan Islam, fakta menarik ialah kemampuan PKR mengurangkan majoriti BN di kedua-dua DUN tersebut jika dicampur dari 5,229 undi pada PRN 2006 kepada hanya 1,894 undi pada kali ini. Lagi menarik ialah ketika PRU 2008, Parlimen Selangau ini dimenangi BN tanpa bertanding melalui calonnya Joseph Entulu Belaun. Melihat situasi ini, PKR berkemampuan bertanding di sini di dalam PRU 13 nanti. Yang istimewa juga mengenai Parlimen Selangau ialah di sinilah terletaknya empangan Bakun yang menjadi kontroversi membabitkan penduduk Penan dan Orang Ulu.



Isu Empangan Bakun dan AlKitab memang sah mengurangkan undi BN kali ini di pedalaman
Empangan ini sebenarnya terletak di sempadan dengan satu lagi kerusi parlimen pedalaman iaitu Parlimen Kapit yang menempatkan dua lagi kerusi DUN iaitu Pelagus dan Katibas. Kerusi Pelaguslah yang dimenangi oleh satu-satunya calon Bebas di dalam DUN Sarawak kali ini manakala calon BN di Katibas menang dengan majoritinya dikurangkan dari 3,332 undi (PRN 2006) kepada 2,256 undi. Sebenarnya majoriti ini boleh dikurangkan lagi sehingga 1,359 undi sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru di antara BN, SNAP dan PKR. Begitulah juga keadaannya di Pelagus sekiranya tiada pertandingan 3 penjuru antara BN, PKR dan Bebas, jika dikira undi yang diperolehi oleh semua calon pembangkang akan mendapat hampir 7,000 undi dan calon BN dari PRS hanya mendapat 3,000 undi. Sekiranya dalam PRU akan datang, parti-parti pembangkang boleh mengelakkan situasi pertandingan banyak penjuru, maka Parlimen Kapit juga dengan mudah boleh ditawan PR.



Sememangnya dalam PRN kali ini, isu Penan dan Bakun sebenarnya banyak merubah undi penduduk di Parlimen Selangau dan Kapit yang sebelum ini dilihat menyokong PRS/BN. Dari tinjauan jumlah pengundi yang keluar mengundi di DUN Kakus,Tamin,Pelagus dan Katibas yang masing-masing mempunyai dua DUN terletak bawah Parlimen Selangau dan Kapit yang berjumlah 30,268 pengundi. Jumlah undi popular diperolehi oleh BN ialah 14,593 undi manakala pembangkang(termasuk undi PKR,PCM,SNAP dan Bebas) ialah 15,675 undi. Ini bermakna dalam PRN kali ini, pengundi bumiputera bukan Islam sebenarnya telah beralih dengan banyaknya dari BN kepada pembangkang ekoran isu Bakun dan juga isu penggunaan nama Allah dan AlKitab kerana rata-ratanya beragama Kristian.




PKR juga mampu berikan tentangan tetapi sengit sekali di dalam Parlimen Lawas, di mana terletaknya kerusi DUN Be'kalalan yang dimenangi oleh Ketua PKR Sarawak, Baru Bian dan satu kerusi lagi, DUN Bukit Sari yang kebanyakannya adalah Melayu berketurunan Brunei. Bukit Sari dimenangi oleh calon Melayu dari PBB/BN. Pertandingan sengit dijangkakan di Lawas kerana komposisi Parlimen ini ialah 60% pengundi Melayu yang majoritinya dari DUN Bukit Sari dan 40% adalah kaum Iban/Dayak yang kebanyakannya dari Be'kalalan. Namun, jika Baru Bian boleh menunjukkan ketrampilannya di DUN Sarawak yang mungkin dipilih sebagai Ketua Pembangkang baru di DUN Sarawak(meskipun PKR hanya menang di 3 kerusi sahaja), kotak-kotak undi kaum Iban/Dayak di Bukit Sari boleh beralih arah kepada PKR beserta pertambahan sokongan dari kaum bumiputera bukan Islam sendiri di kerusi DUN Be'kalalan sendiri.
Walaupun menang 2/3 kerusi DUN Sarawak, ternyata BN menang membentuk kerajaan dan memperolehi kuasa eksekutif,namun sepertimana dalam artikel penulis sebelum ini, PR perlulah menang 'bergaya' atau menang 'motivasi' meskipun kalah mengejar kuasa. Keputusan PRN kali ini jelas bertepatan dengan ramalan penulis di dalam artikel sebelum ini 'Jika PR kalah pun, biarlah bergaya'. Hanya penulis tidak tepat ialah dalam artikel itu, penulis telah meramalkan BN gagal memperolehi 2/3 majoriti.
Keputusan DUN Ngemah dan DUN Telang Usan hasil tiada kesepakatan pembangkang
Penulis ada juga menulis ketidaksepakatan pembangkang terutamanya di antara PKR dan SNAP pasti memberikan masalah terutamanya perpecahan undi di sesetengah kerusi. Contohnya seperti DUN Ngemah yang sebelum ini disandang oleh Presiden PCM, Gabriel Adit Demong yang tidak bertanding bagi memberi laluan kepada calon PCM yang lain iaitu Adeh Demong. Bagi DUN Ngemah, terdapat pertandingan 5 penjuru yang akhirnya dimenangi oleh calon PRS/BN, Alexander Vincent apabila memperolehi undi sebanyak 2,361 undi. Namun begitu, jika ditambah kesemua yang diperolehi oleh calon-calon pembangkang yang lain, jumlahnya ialah 2,871 undi. Dengan ini, jika pertandingan ini adalah 2 penjuru, pastinya parti pembangkang sudah mampu menambah satu lagi kerusi di DUN Sarawak, tidak kiralah dari PCM, SNAP ataupun PKR.
Satu lagi contoh hasil daripada ketidaksefahaman PKR dan SNAP berlaku di DUN Telang Usan yang menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara BN, SNAP, PKR dan Bebas. Disebabkan perpecahan undi, calon BN menang dengan 3,597 undi. Tetapi tahukah anda dengan menjumlahkan undi yang diperolehi oleh SNAP, PKR dan Bebas, jumlah undi pembangkang adalah lebih 4,000 undi. Jika pertandingan dua penjuru, maka parti pembangkang mempunyai kelebihan bagi menduduki kerusi DUN Telang Usan.
BN menang tetapi presiden-presiden komponen BN semuanya hilang majoriti
BN mengekalkan penguasaannya di banyak kerusi walaupun majoriti yang diperolehinya jatuh dengan banyaknya, maka PR boleh mendabik menang kerana 'menang' moral di dalam melakukannya. Antaranya ialah di DUN Tarat, BN mendapat majoriti sebanyak 1,995 undi jika dibandingkan dengan 3,256 undi dalam PRN 2006, DUN Asajaya BN mendapat majoriti 4,489 (dulu 5,063), DUN Lambir mendapat 1,521 majoriti (dulu 2,834) dan banyak lagi DUN yang majoriti telah turun. Ini termasuklah penampilan PAS di dua kerusi DUN iaitu Beting Maro dan Sebuyau yang berjaya menurunkan majoriti BN. Di Beting Maro, majoriti diturunkan sehingga 391 undi (dulu 895) manakala di Sebuyau, majoriti terkini ialah 2,276 (dulu 2,448).
Pemimpin-pemimpin kanan parti yang merupakan Presiden dan Timbalan Presiden komponen BN Sarawak juga mengalami penurunan yang banyak di kerusi masing-masing. Selain dari Presiden SUPP yang menjadi 'gergasi' yang tewas di DUN Piasau, kesemua Presiden parti komponen BN Sarawak mengalami penurunan majoriti.



Antaranya ialah di DUN Pakan, Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan memperolehi majoriti 1,197 undi sedangkan dalam PRN 2006 mendapat 1,763 undi. Di DUN Baleh pula, Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing memperolehi majoriti 3,898, turun hampir 1000 undi dari 4,802 undi. Bukan itu sahaja, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Alfred Jabu dari PBB juga mengalami penurunan jumlah majoriti undi dari 2,677 kepada 1,916 undi pada PRN kali ini.
Taib Mahmud hilang 25% penyokongnya dalam PRN 2006 kali ini
Yang mengejutkan juga ialah Ketua Menteri sendiri, Taib Mahmud yang mengalami penurunan yang agak banyak di DUN Balingian. Sepertimana yang kita ketahui, majoriti pemenang dikira dengan mengambil jumlah undi diperolehi oleh pemenang dan ditolak dengan jumlah undi diperolehi calon yang mendapat undi kedua tertinggi. Di Balingian berlakunya pertandingan 3 penjuru di antara Taib, PKR dan Bebas. Majoriti diperolehi Taib kali ini ialah 5,154 undi iaitu kurang 572 undi jika dibandingkan dengan majoriti dalam PRN yang lepas iaitu 5,726 undi. Namun begitu, jika undi yang diterima oleh calon PKR ditambah dengan calon Bebas(kedua tertinggi) di Balingian, secara harfiahnya majoriti sebenar di antara pengundi BN dan pembangkang, Taib sendiri telah mengalami penurunan majoriti sehingga 4,283 undi. Ini bermakna Taib telah hilang 1,443 pengundi atau 25% daripada pengundinya sebelum ini semasa PRN 2006.
Perpaduan PR Sarawak adalah isu utama kena diselesaikan
Banyak kesilapan dan masalah yang timbul di dalam PRN kali ini di pihak PR terutamanya PKR. Tidak dinafikan PAS masih jauh lagi diterima di Bumi Kenyalang dan di masa hadapan kerusinya boleh ditandingi oleh calon dari PKR berbangsa Melayu atau Bumiputera Islam. DAP terus mengungguli lebih dari 70 peratus undi kaum Cina di semua penempatan atau kotak undi Cina. Masalah SNAP dan PKR haruslah diselesaikan sebelum tibanya PRU ke 13. Isu kekayaan Taib, empangan Bakun dan AlKitab masih lagi relevan untuk digunakan oleh pembangkang dalam PRU akan datang terutamanya untuk merebut kerusi Parlimen di Sarawak. Hanya perlu pastikan usaha mengurangkan berlakunya pertandingan lebih dari 2 penjuru di kawasan-kawasan penempatan pedalaman mampu meningkatkan kemampuan PR bagi member tentangan sengit untuk merampas sehingga 10 kerusi Parlimen daripada BN di samping mengekalkan 2 kerusi Parlimen kini dipegang melalui DAP di Kuching dan Sibu (berdasarkan penjumlahan undi peringkat DUN).

Jika sentimen yang sama berlaku di kalangan pengundi Cina berterusan sehingga ke dalam PRU 13 di Semenanjung Malaysia di samping menumpukan usaha menarik undi kaum Melayu di Semenanjung bagi mengekalkan status kedudukan parlimen hari ini, ditambah dengan pertambahan kerusi dari Sarawak ke kantung PR, maka harapan BN memperolehi semula 2/3 majoriti di peringkat Parlimen sekali lagi boleh dinafikan PR. Jika ramalan ini mampu berlaku dengan kegagalan BN menambah kerusi di Parlimen, pastinya perpaduan di dalam BN sendiri boleh bergoyah. Oleh itu, bagi menghadapi PRU13, PR perlu meletakkan usaha menarik semula pengundi Melayu di Semenanjung menyokongnnya dari kalangan orang muda serta bijak menyelesaikan tuduhan-tuduhan yang melibatkan peribadi beberapa pemimpin pembangkang, isu tadbir urus di negeri-negeri PR, pengunduran pemimpin-pemimpin lama PR dan menyepadukan kempen melalui media baru mungkin mampu meletakkan BN di dalam keadaan 'lebih panas' dari biasa.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik, Teknologi Sains Maklumat dan program pembangunan organisasi. Beliau juga kini melanjutkan pengajian di peringkat PhD di sebuah universiti terkemuka tempatan. Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di beberapa laman web dan media cetak. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

PAS Miri Mahu Bertanding Di Parliment Miri

Posted: 19 Apr 2011 07:45 PM PDT


Surat terbuka buat Pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat

Pas Miri telah memberi kerjasama yang penuh bersama pakatan rakyat di Miri semasa pilihanraya umum Sarawak yang baru berlalu. Sekarang tiba masanya untuk pakatan rakyat meningkatkan kerjasama yang kukuh agar impian dan harapan rakyat Malaysia untuk menawan putrajaya akan tercapai dalam pilihanraya ke 13 umum nanti. Pas Miri ingin menyatakan hasrat ahli dan penyokong pakatan rakyat yang kami bersedia untuk menawan parliament Miri sekiranya diberi peluang dalam PR13 nanti.

Mengapa Pas Miri harus diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar dan majority kaum bukan Melayu dan Islam.

1. Pas Miri ingin membuktikan bahawa Pas bukan parti eksterimis dan perkauman.
2. Pas Miri ingin buktikan bahawa semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat
menerima Pas sebagai sebuah parti yang berjuang untuk semua.
3. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam yang dibawa oleh Pas bukan zalim dan ganas seperti yang
digambarkan oleh Umno/Bn dan yang anti Islam.
4. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam mengajar supaya membantu orang susah tanpa mengira
kaum dan agama.
5. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam agama yang mengajar kita saling hormat menghormati
antara satu sama lain.
6. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam mengajar kita supaya jangan memaksa orang bukan Islam
menganut agama Islam secara paksa.
7. Pas Miri ingin buktikan bahawa Islam menghormati agama lain dan mereka bebas mengamal
ajaran agama masing-masing.
8. Pas Miri ingin buktikan bahawa Pas adil untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.
9. Pas Miri ingin buktikan bahawa Pas sebuah parti untuk semua golongan tanpa mengira bangsa
dan agama dengan ujudnya dewan himpunan penyokong Pas.
10. Pas Miri ingin buktikan bahawa Pas tidak mengamalkan rasuah dan taat setia dengan kepimpinan.

Inilah sebahagian sebab mengapa Pas Miri harus diberi peluang bertanding dalam kawasan Bandar agar masyarakat umum akan dapat menilai sendiri apa tujuan Pas untuk bertanding dan apa maktlamat sebenar Pas bertanding dalam kawasan bandar. Pas Miri yakin masyarakat Bandar lebih terbuka sebab mereka dapat maklumat terus dari pimpinan kalau dibandingkan dengan kawasan luar Bandar dimana kawasan luar Bandar masih bergantung harapan dengan Bn walaupun mereka tahu Bn banyak kali gagal menunaikan janji mereka.

Pas Miri berharap sangat agar semua rakan-rakan kita dalam Pakatan dapat memberi kerjasama penuh dengan Pas agar tujuan dan maktlamat kita yang sama untuk menganti kerajaan Umno/Bn akan tercapai. Hanya dengan kerjasama saja kita dapat menumbang kerajaan Bn, Ambilah pengajaran dari pilihanraya umum Sarawak yang lalu di mana akibat terlalu banyak perebutan kerusi impian rakyat untuk menumpas kerajaan Bn Sarawak gagal.

Kita tidak mahu perebutan kerusi berulang lagi dalamm PR13 nanti lebih-lebih lagi di saat-saat akhir dimana akibat dari perebutan dan penukaran kerusi menjejaskan sokongan rakyat terhadap pakatan rakyat Sarawak.

Pihak atasan seharusnya mendengar pandangan serta pendapat orang dibawah lebih-lebih lagi orang yang berada dalam kawasan tempat pengundian kerana mereka lebih tahu apa yang mereka kehendaki.
Jangan kita terlalu angkuh dan merasa terlalu kuat sehingga akhirnya kita kecundang.

Di harap semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dapat berfikir sebaik-baiknya dan dapat menimbang pemohonan yang kita sebut tadi. Sebelum pilihanraya umum Sarawak yang lalu sudah kita bagi tahu akibat dari perebutan kerusi pasti akan menberi peluang kepada Bn untuk memecah belahkan pakatan rakyat tetapi perkara ini dipandang remeh dan akhirnya Pakatan Rakyat gagal untuk menumpas Bn, ini sudah terbukti sekarang mengapa Pakatan Rakyat Sarawak gagal menawan Sarawak sebab berebut kerusi yang akhirnya impian rakyat hancur berkecai. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Akhir sekali kita menyeru kepada semua pimpinan dan ahli serta penyokong pakatan Rakyat marilah kita ikhlas dalam perjuang kita untuk kebajikan rakyat, jangan kita sombong dan tamak yang akhirnya semua kita akan menanggung rugi . Jangan hampakan sekali lagi harapan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat Berjaya mengantikan BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Isy'Allah kita boleh berjaya dengan syaratnya kita bergabung dalam satu pakatan jangan berpecah belah.

Berjuanglah kerana Allah sesungguhnya orang yang berjuang kerana Allah dan rakyat pasti mencapai kemenangan tetapi mereka yang berjuang untuk kepentingan diri sendiri akhirnya menerima kerugian.

Sekian harap dapat perhatian dari semua pihak.

PAS Untuk Semua




English Version

Open letter to all the leadership and supporters of Pakatan Rakyat

Pas Miri have give a full cooperation with the alliance of the people in Miri Sarawak during the general elections recently. Now it's time for the people to work together as a coalition to make a dream and hopes for the people of Malaysia to capture Putrajaya will be achieved in this coming 13rd general election. Pas Miri want to express the desire of members and supporters of our coalition to win parliamentary Miri if given a chance in this coming 13rd general election.

Why Pas Miri should be given the opportunity to compete in the city area and a majority of the non-Malays and Muslim.

1. Pas Miri wants to prove that Pas is not extremis and racism.
2. Pas Miri wants to prove that all people regardless of race and religion to accept Pas as a party to fight for everything.
3. Pas Miri wants to prove that Islam brought by Pas is not cruel and violent as misinformation by the Umno / Bn and the anti-Islamic propaganda.
4. Pas Miri wants to prove that Islam teaches that helping people irrespective of race or religion.
5. Pas Miri wants to prove that Islam is a religion that teaches mutual respect for one another.
6. Pas Miri wants to prove that Islam teaches us not to force non-Muslims to convert to Islam by force.
7. Pas Miri wants to prove that Islam respects other religions and they are free to practice their religion.
8. Pas Miri wants to prove that Pas is for all regardless of race or religion.
9. Miri Pas wants to prove that a party to all groups regardless of race and religion with the existence of the Pas supporters associated club.
10. Pas Miri wants to prove that its members are not corrupt and disloyal to the leadership.

These are some reasons why Pas Miri should be given the opportunity to compete in the urban area for this coming general election. The public will be able to evaluate what the purpose of Pas contesting and what is for real vision for Pas to compete in urban areas. Pas Miri are confident that the urban people are more open and easy to get information directly from the leaders when compared with rural areas where rural areas still depend on expectations from Bn. Although they know Bn has a lot of times failed to fulfill their promise.

Pas Miri hope that all our friends in the Alliance to give its full support and cooperation with Pas for the purpose and the same objective to replace Umno/Bn government will be achieved. Only with the cooperation at this time we can topple Bn, Take lessons learn from the last general election in Sarawak, which caused too many people struggle to crush the seats and failed to topple Sarawak Bn government.

We do not want to fight for the seats again in this coming 13rd general election any more especially at the last moment which caused the seizure and conversion of seats affect public support for the people of Sarawak coalition.

The top leaders should listen to the views and opinions of those below, more so those who are in the polling place because they'd know what they want.
We should not arrogant and feel very strong that we end up losing.

We hope all the top leaders of Pakatan Rakyat to think better and to consider the application of what we call today. Before the last Sarawak general election we have told not to struggle for seats this would give Bn opportunity to divide the people but the pact is considered trivial and ultimately Pakatan failed to quell Bn, it is obvious now why Pakatan Rakyat Sarawak failed to capture Sarawak because they scramble for seats that finally shattered dreams of the people. "Contrite before is profits, regretful later is pointless."

Finally, we call on all leaders and members and supporters of the People alliance let sincere in our struggle for the welfare of the people, not for our own pride and greed that eventually all of us will bear the loss. Do not disappoint the rakyat once again hope to see Pakatan successfully replace BN in this coming 13rd general election. Isy'Allah we can be successful with the conditions we are joined in an alliance should not be divided.

Fight for the sake of Allah and those who fight for Allah and the people definitely helped, but those who are fighting for self-interest ultimately received the loss.

Please forward this to the attention of all parties.

PAS For ALL

PAS Miri

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Apr 2011 03:40 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PRESIDEN SALAHKAN BEKAS PRESIDEN ! LANTAK KAU LAH !

Posted: 20 Apr 2011 02:49 PM PDT

Soi Lek Pembohong Dan Hipokrit, Kata Tee Keat

SHAH ALAM 20 APRIL : Bekas Presiden MCA Ong Tee Keat menyifatkan Dr Chua Soi Lek sebagai "pembohong dan hipokrit yang menjijikan" bersabit keputusan MCA menerima jawatan dalam Kabinet meskipun parti itu kalah teruk pada PRU 2008.

Soi Lek yang kini menerajui MCA mendakwa bahawa Tee Keat dan bukan beliau, bertanggungjawab membenarkan MCA menerima pelantikan jawatan Kabinet dan kedudukan lain dalam kerajaan BN walaupun parti itu kalah teruk pada pilihanraya lalu, khususnya pada DAP.


Dalam satu kenyataan, Tee Keat berkata tuduhan Soi Lek itu mengandungi kesilapan fakta memandangkan beliau(Tee Keat ) hanya menjadi Presiden MCA pada 18 Oktober 2010.

Presiden parti ketika PRU lalu adalah Ong Ka Ting.

Tee Keat berkata setelah dipilih menjadi Timbalan Presiden MCA pada tahun lalu, Soi Lek sendiri tidak pernah mengumumkan hasrat untuk menolak sebarang perlantikan menganggotai kerajaan.

"Majlis Presiden yang turut dianggotai oleh beliau, memberikan mandat kepada saya untuk menguruskan perkara itu dengan Perdana Menteri baru (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Tee Keat.

Tee Keat berkata tindakan Soi Lek untuk bingkas menuduhnya menunjukkan Presiden MCA itu masih mempunyai "prejudis politik" terhadap beliau.

Beliau turut menyifatkan Soi Lek sebagai hipokrit kerana menerima pelbagai jawatan dalam kerajaan sebaik sahaja diangkat menjadi Presiden MCA tahun lalu iaitu pada Mac.

Ini termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan Majlis Ekonomi Kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib.

Selain itu, Soi Lek tidak membantah, malah "menguruskan' perlantikan anaknya Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam Kabinet Najib, kata Ong,

Isnin lalu, Soi Lek menunding jari kepada Tee Keat apabila dibidas kerana mencadangkan SUPP menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Sarawak ekoran kekalahan terbesar parti itu pada pilihanraya negeri yang lalu.

DAP yang menumbangkan SUPP berkata, Soi Lek terlebih dahulu harus mengambil langkah itu dengan menolak jawatan kabinet kerana parti itu sendiri kalah teruk pada PRU 2008.

Atas faktor sama, Soi Lek juga patut menolak jawatan yang diberikan kepada MCA dalam kerajaan negeri Perak," kata Tee Keat. Soi Lek adalah Pengerusi MCA Perak.

TVS News

AKHIRNYA KETUA MENTERI NGAKU PROJEKNYA KANTOI

Posted: 19 Apr 2011 11:21 PM PDT

Dulu Ali Rustam hina Kelantan kata negeri tak maju. Ali kata Melaka ada lapangan terbang peringkat antarabangsa. Rupa-rupanya dari Melaka ke Indonesia sahaja. Lawak giler jadinya. Hari ini Ali tak pasai-pasai mengaku LTAM ciptaan dia gagal. Camana nak jadi TPM lawan Muhyiddin, projek lapangan terbang pun gagal. Muhyiddin pasti tersenyum. SPRM boleh audit ke?

Duit peruntukan dah keluar tapi projek gagal. SPRM ada berani datang audit akaun Ali ke? Kalau nak audit projek ni SPRM sila pastikan dibuat ditingkat bawah Seri Melaka? Bimbang Ali akan lari la pulak nanti. Ali ni tak sudah-sudah akan salahkan orang lain, dah tahu awak tu KM maka awaklah yang patut bertanggungjawab. Itulah cerdik pemimpin Melaka, pilih orang kelulusan SPM jadi boss tentulah merapu pelan ekonomi dia. Melaka oh Melaka.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengakui operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) tidak mendapat sambutan.

Beliau yang mempersalahkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) berkata kesan kini LTAM yang terletak di Batu Berendam kelihatan sunyi sepi berikutan kekurangan aktiviti penerbangan dijalankan di situ.

"Saya rasa kesal dan kecewa terhadap agensi pelancongan terbabit kerana tidak menjalankan promosi terhadap LTAM sehingga lapangan terbang ini tidak mendapat sambutan.

"Kita tidak boleh tunggu kerajaan negeri sahaja berusaha menjalankan promosi dan kegiatan lain bagi menarik pengguna untuk gunakankemudahan di LTAM," katanya.

Menurut Mohd Ali, biarpun ketika ini terdapat syarikat penerbangan Indonesia iaitu Riau Airlines dan Wings Air beroperasi di LTAM namun kelemahan dari segi promosi perkhidmatan tersebut telah menyebabkan ia gagal beroperasi menurut apa yang diharapkan.

Beliau meluahkan perkara itu dalam sidang media majlis perasmian Seminar Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) peringkat negeri Melaka.
LTAM mula beroperasi semula pada akhir tahun 2009 setelah kerja-kerja kerja-kerja penambahan panjang landasan daripada 1,300 meter kepada 2,135 meter dengan kos keseluruhan berjumlah RM131.5 juta dijalankan.

SINGPURA ADA 'TELO' BERBANDING KERAJAAN BN

Posted: 19 Apr 2011 10:12 PM PDT

Pada Sabtu, 7 Mei Sabtu rakyat Singapura akan mengundi, yang ditetapkan sebagai cuti umum.Sekurang-kurang Pemerintah Singapura ada 'telo' untuk berpilihanraya.Undang-undang mereka tidak ada alasan untuk menggunakan jentera kerajaan. Di Malaysia gelaran YB dan Menteri setelah bubar masih tidak menjadi kesalahan kerana SPR yang bebal sengaja tidak melihat bahawa cara ini akan memudahkan pemimpin UMNO/BN menggunakan jentera dan kemudahan Kerajaan.

Hari Penamaan Calon ditetapkan pada 27 April, memberi ruang kepada kempen
pilihan raya selama sembilan hari dan Hari Bertenang selama sehari.

Kenyataan itu menyusuli pembubaran Parlimen yang diisytiharkan Presiden S R
Nathan pada 3 petang semalam, atas nasihat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien
Loong.

Hari Bertenang, yang pertama kali dikenalkan, adalah bagi membolehkan
pengundi membuat keputusan secara tenang sebelum mengundi dan parti-parti
politik dan calon-calonnya tidak dibenarkan berkempen pada hari tersebut.
Pilihan raya kali ini adalah yang kedua bagi Encik Lee selaku Perdana
Menteri.

Ia disifatkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai pilihan raya umum
genting kerana parti pemerintah ingin menyerap dan memupuk kepimpinan muda
bagi membentuk pucuk pimpinan akan datang.

Bahang pilihan raya umum telah dirasakan apabila PAP mula mengenalkan
calon-calon baru sejak bulan lalu.

Kesemuanya, terdapat sejumlah 24 calon baru PAP, termasuk dua calon baru
Melayu, antara proses pembaharuan terbesar yang dilaksanakan parti
pemerintah itu.

Jumlah kerusi keseluruhannya adalah 87, naik daripada 84 kerusi sekarang
ini.

PAP kini menguasai 82 daripada 84 kerusi Parlimen.

Dalam pilihan raya lalu pada 2006, PAP memenangi 45 daripada 47 kerusi yang
dipertandingkan dengan dua kerusi terus dipertahankan pembangkang - Encik
Chiam See Tong di Potong Pasir dan Encik Low Thia Khiang di Hougang.

Dalam pilihan raya tersebut, PAP meraih 66.6 peratus undi berbanding 75.3
peratusan undi pada pilihan raya 2001.
Pilihan raya kali ini dilihat antara yang paling sengit dengan isu-isu
seperti kos sara hidup yang tinggi dan pembanjiran pekerja asing dijangka
mendapat perhatian.

Sesetengah pengamat menganggap sentimen di kalangan pengundi kali ini
mungkin kurang baik atas isu-isu tersebut.

Keputusan pilihanraya 2006 - 84 kerusi
Keputusan pilihanraya 2011 - 87 kerusi? Siapa menang?

Deposit setiap calon yang ingin bertanding ditetapkan $16,000 - naik
daripada hanya $13,500 pada pilihan raya yang lalu.

Sekitar 2.3 juta pengundi layak mengundi dalam pilihan raya kali ini, naik
daripada 2.1 juta pada pilihan raya 2006 dan 2 juta pada pilihan raya 2001.

AWAS BURGER DINOSAUR !

Posted: 19 Apr 2011 10:08 PM PDT

KEBIASAANNYA kita hanya dapat menikmati burger ayam, daging lembu dan telur di gerai-gerai burger di tepi jalan.

Namun, bagi pengunjung yang pernah berkunjung ke Throw-Throw Burger Corner yang terletak bersebelahan stesen minyak Shell, Jerantut, Pahang, anda pasti terpegun melihat menu yang disediakan di gerai tersebut.

Pemiliknya, Amirul Hafiz Abdul Razak, 25, menampilkan kelainan dengan menyediakan hidangan burger berasaskan daging rusa, arnab, kambing dan burung unta.

Bagi menarik lebih ramai pengunjung ke gerai miliknya, Amirul Hafiz telah memperkenalkan burger dinosaur, pattaya dan burger kukus.

"Saya ingin mencari kelainan daripada peniaga lain selain mengubah cita rasa penggemar burger di sini yang sebelum ini hanya menikmati sajian daging lembu dan ayam selain telur.

"Gerai yang berwarna merah juga telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk mendekati gerai saya sekali gus mencuba menunya," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada masa sama, keunikan turut ditampilkan pada setiap daging yang dimasak. Setiap bahan makanan itu akan diperap di dalam sos lada hitam terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Menurutnya, beliau tergerak hati untuk mencipta menu baru selepas mencuba burger istimewa yang dibeli di gerai milik kawannya di daerah yang sama.

Disalut dua telur
Sebaik pulang ke gerainya yang beroperasi sejak Januari lalu, Amirul Hafiz telah mencipta menu baru iaitu burger disalut menggunakan dua biji telur dan diberi nama burger pattaya.

"Saya tidak menyangka burger pattaya mendapat sambutan hebat dalam kalangan pelanggan.

"Disebabkan tidak cukup tenaga untuk menjalankan perniagaan seorang diri, saya telah melatih seorang pekerja, Azwan Ali Ibrahim, 20, berasal dari Semporna, Sabah untuk membantu saya setiap hari," ujarnya yang mempunyai Sijil Pengendalian Makanan dari Institut Kemajuan Ikhtisas Pahang (IKIP).

Selepas kejayaan mencipta burger pattaya, Amirul Hafiz yang gemar memasak sejak berusia 12 tahun telah mencipta satu lagi menu yang kini amat digemari para pelanggannya iaitu burger dinosaur.

Beliau berkata, burger dinosaur dinamakan sedemikian kerana ia menggunakan roti yang lebih besar untuk mengapit tiga keping daging dan sayur serta disaluti telur.

PROJEK INI AMAT MEMBAHAYAKAN RAKYAT & MENGIKIS WANG RAKYAT

Posted: 19 Apr 2011 06:33 PM PDT

Kununnya Kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan nasional yang berotak dah tak rasional akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia (1MY) kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan. PERCUMA ! PERCUMA ? TAKDER KOS TERLIBAT ? ADA ! KALAU ADA SAPA KELUARKAN ATAU TANGGUNG KOS ? JAWAPNNYA MUDA ... RAKYAT YANG TANNGGUNG ! MACAMANA ? WANG HASIL CUKAI DAN PENDAPATAN NEGARA !

PROJEK INI ADALAH UNTUK MENGONGKONG DAN MENGAWAL AKTIVITI RAKYAT. DENGAN CARA INI KERAJAAN DAPAT MENGESAN INDIVIDU EMEL TERSEBUT DAN BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENGUGUT RAKYAT DALAM KEADAAN TERTENTU CONTOHNYA SEMASA PILIHANRAYA.

Perkhidmatan itu bermakna hampir 18 juta daripada 27.5 juta penduduk Malaysia akan menjadi pemilik akaun peribadi e-mel 1MY.

SELAMA INI RAKYAT MALAYSIA TAK PERNAH MINTA BANTUAN KERAJAAN SETAKAT NAK CREATE ATAU NAK BINA EMEL , TAMBAH LAGI BLOG DAN LAMAN WEB PUN RAKYAT BUAT SENDIRI. KENAPA TIBA-TIBA NAK BAGI EMEL PERCUMA ? SAPA YANG CAKAP PERCUMA ...MEMANG KAMU JENIS KEPALA ANGGUK !

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif itu juga diharap meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pelanggan dan komuniti perniagaan.

SELAMA NI KONTRAKTOR DAN PELANGGAN TIDAK MEMBERI SOKONGAN TERHADAP PERMINTAAN PBT/KERAJAAN TEMPATAN CONTOHNYA MENYERTAKAN EMEL DALAM LAMAN WEB DAN TENDER, WALAUPUN KONTRAKTOR DAN PELANGGAN SUDAH MEMILIKI ALAMAT EMEL SENDIRI.

"Ia sebahagian daripada penyediaan pusat sehenti untuk perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan tambah nilai seperti rangkaian sosial, memeriksa bil secara online dan juga bayaran, serta pembangunan web bagi rakyat dan syarikat,'' kata nAJIB semasa mengumumkan projek pelaburan terkini di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya .

YANG BURUKNYA PERANGAI BN/UMNO NIE MEREKA AKAN GUNA SYARIKAT KANTOI UNTUK MENGUSAHAKAN TENDER INI.

Syarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.

Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."

Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 20 Apr 2011 03:39 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


prof aziz bari

Posted: 20 Apr 2011 09:35 AM PDT

Salam Palestin, Saya terlewat dua hari. Baru sekejap tadi jengok Malaysian Insider cari berita pasal Prof Dr Abdul Aziz Bari kritik Yang Berhormat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang untuk ke sekian kalinya. Tapi dah ada tiga berita rupanya. Kelmari dulu beliau kritik lalu semalam dikritik pula oleh para pemimpin PAS dan [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 20 Apr 2011 03:30 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Ceramah Pakatan Rakyat di Hotel Li Garden

Posted: 20 Apr 2011 06:30 AM PDT






Isu anak gagal masuki sistem persekolahan

Posted: 20 Apr 2011 06:24 AM PDT

Himpunan Jentera Pilihanraya Pemuda PAS Johor

Posted: 20 Apr 2011 06:21 AM PDT




Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 Apr 2011 03:08 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


TGNA BERHASRAT TGHA SEKIRANYA....

Posted: 20 Apr 2011 12:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 April - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan Datuk Seri Abdil Hadi Awang dengan berkata, PAS tidak perlu mengubah pemimpin hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi di Sarawak minggu lalu.

Sambil menegaskan tindakan menukar pemimpin hanya kerana pilihan raya sebagai "langkah kurang tepat", Mursyidul Am PAS berkata, "pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT."

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS mempunyai kaedah-kaedah yang tersendiri untuk memilih pemimpin.

"Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Laporan media semalam memetik penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang lazimnya memberi pandangan terbuka mengenai PAS menegaskan, kepimpinan parti Islam itu perlu berubah terutama Hadi yang kini dilihat sebagai liabiliti.

Pendirian lantang beliau ini dikeluarkan ketika parti Islam berusia lebih enam dekad ini sedang bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pusat Jun ini.

Lebih-lebih lagi pandangan ini dilontarkan selepas PAS sekali lagi gagal memperoleh sebarang kerusi di Sarawak apabila tewas di kesemua lima kerusi yang ditandinginya.

Sehubungan itu kata Aziz, Hadi, 64, yang juga Ahli Parlimen Marang dilihat telah gagal mempertahankan parti dalam beberapa isu berbangkit.

Nik Aziz menambah kata, sememangnya memenangi pilihan raya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihan raya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

"Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya keranamengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar?

 "Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," kata beliau lagi.

Nik Aziz juga berkata Aziz selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

"Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding pada pilihan raya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihan raya.

KIMMA: Restoren nak kena Boikot Ke?

Posted: 20 Apr 2011 12:46 AM PDT

PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk. Kesemuanya itu kita boleh lihat di dalam kenyataannya yang dipetik di dalam akhbar Berita Hairan seperti berikut:

DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan,

"Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".

Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC. Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu?

Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan.

KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya? Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu?

Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai.

Harus kita sedar, bukan semua ahli KIMMA berfikiran dan sejahil mamak Syed itu. Mungkin juga ramai di antara mereka yang malu dengan perangai bodoh Presiden mereka itu. Jika Presiden mereka itu berkata demikian hanya kerana ingin publisiti murahan agar boleh dicalonkan bertanding di dalam PRU Ke 13 nanti, atau setidak-tidaknya boleh menjadi Senator lantikan seperti Ezam sesumpah, maka saya rasa mamak Syed ini perlu belajar dari Ezam sesumpah terlebih dahulu./wfauzdin.blogspot.com

CABUL RAKAN SEKELAS DALAM KELAS

Posted: 19 Apr 2011 10:43 PM PDT

ARAU: Empat pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini, ditahan polis kerana berkelakuan liar termasuk mencabul seorang pelajar perempuan dalam kelas sama tanpa menghiraukan pelajar lain melihat perbuatan terkutuk mereka.


Tiga pelajar lelaki terbabit yang berusia 15 tahun yang juga rakan sekelas mangsa bersama seorang pelajar berusia 16 tahun melakukan perbuatan itu ketika waktu persekolahan, kelmarin. Pelajar perempuan berkenaan yang tidak tahan dijadikan objek seks sejak tiga minggu lalu oleh keempat-empat pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Arau, malam kelmarin, sebelum polis memberkas semua suspek, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Lee Swee Meng ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, empat pelajar terbabit didakwa memegang buah dada dan paha mangsa di dalam kelas ketika ketiadaan guru.

Menurutnya, semua pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat itu ditahan di bandar ini tengah hari semalam.

"Semua suspek didakwa tidak menghiraukan rakan sekelas lain yang melihat perbuatan mereka mencabul mangsa. Mangsa sebelum ini mendakwa sering diganggu empat suspek dan paling ketara apabila mereka memegang buah dada dan pahanya," katanya di sini, semalam.


Lee berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan dan pihaknya dalam proses mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Bangladesh berusia 25 tahun yang kemaruk seks ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang gadis berusia 17 tahun yang juga rakan sekerjanya, kira-kira jam 11 pagi kelmarin.

Lee berkata, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah pasar raya di Pauh, dekat sini, gagal mengawal nafsunya lalu memegang paha mangsa ketika mereka bekerja.

APA KE JADAH ZUL KULIM KE CHINA IKUT TPM?

Posted: 19 Apr 2011 10:37 PM PDT

Muhyiddin Yassin kini berada di China sempena lawatan rasmi pertama sebagai Timbalan Perdana Menteri ke China dari 18 hingga 24 April ini. Dia turut diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Yang bestnya awat Zul kulim pun ikut sama pegi China? Ke cari pelacur china tue....wakakakaka...

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 20 Apr 2011 01:21 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


TG Nik Aziz jawab Aziz Bari

Posted: 20 Apr 2011 05:56 AM PDT

What Liability ?

Posted: 20 Apr 2011 12:06 AM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 20 Apr 2011 11:37 AM PDT

Batu Gajah Mari


Tok Guru pertahan Tok Guru

Posted: 20 Apr 2011 05:25 AM PDT


Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS. Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya. Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya. Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi. Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS. Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar? Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim.

Blogger Ke Indonesia Kumpul Bukti

Posted: 19 Apr 2011 10:27 PM PDT


Buku Sakndal Seks Rais Yatim?(Koresponden Sabahkini.net di Jakarta)

DIKHABARKAN bahawa penulis kontroversi, Mutalib M.D akan menerbitkan sebuah buku terbaru berhubung Skandal Seks seorang Menteri Kabinet Malaysia dan kini masih berada di luar negara mengumpul bukti dan alibi sensasi.

Oleh: VIVIEN SAKUNTALA
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada buku tersebut mencerita Skandal Seks Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Mohd Rais Yatim yang melibatkan Pembantu Rumah Tangga (PRT), Robengah, atau tokoh lain. Kisah Rais disebarkan secara meluas di Sabahkini.net sehingga Rais bertindak memfailkan saman pada 10 Februari lalu.

Kelmarin, Peguam Rais, Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini, namun ketika dihubungi melalui email, Mutalib menyatakan beliau tidak mempedulikan saman yang difailkan Rais kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis dan menyalahgunakan prosiding mahkamah.

"Beban bukti terletak pada Rais kerana beliau harus membuktikan kepada mahkamah bahawa beliau tidak merogol Robengah sebagaimana yang didakwa Robengah kepada Koresponden Jakarta Post, Migrant Care dan Tenaganita. Saya hanya melaporkan apa yang dinyatakan oleh mangsa dan keluarganya dan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran. Apakah Rais mahu menembak pembawa berita?," tanya Mutalib dalam emailnya.

Mutalib turut menolak dakwaan Rais sebelum ini bahawa pihak pembangkang sengaja mahu menjatuhkannya melalui artikel fitnah kerana beliau adalah Ahli UMNO di Parlimen Silam dan Rocky Bru adalah pemimpin akhbar Pro-Kerajaan.

Tambah Mutalib lagi, oleh kerana Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan polis pada 5 Januari 2011 di Balai Polis Seremban, melalui laporan bernombor 000357/11, namun sehingga kini polis masih belum menyelesaikan siasatan.

"Sehubungan itu, saya tidak mahu mengganggu atau mempengaruhi siasatan polis dengan melayan karenah 'menteri yang cacat akal' tersebut kerana telah menyalahguna kuasa dan kedudukannya untuk mengheret para blogger yang menjadi 'Whistleblower' ke mahkamah sebelum polis menyelesaikan siasatan," kata Mutalib yang menggesa Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah tidak melayan saman Rais yang telah ditetapkan pada 6 Mei 2011 selagi siasatan polis belum diumumkan kepada umum.

Tambahan pula, kata Mutalib, sebagai pegawai awam iaitu menteri yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat, Rais tidak boleh diwakili oleh peguam sendiri melainkan Peguam Negara Malaysia atau dengan izin Peguam Negara.

Mutalib menjelaskan beliau hanya akan melayan saman Rais sekiranya Polis Seremban telah melengkapkan siasatan dan menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut; sama ada untuk mendakwa Rais atau para blogger yang mendedahkan Skandal berkenaan.

"Yang boleh menentusahkan sama ada kes jenayah rogol berlaku ialah mahkamah. Jika kes ini dibawa ke mahkamah, maka amat baik untuk rakyat dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia; kerana saya berpeluang untuk mensapena Migrant Care, Tenaganita, SAMM, Robengah, Adik Robengah, Rakan Robengah, Kedutaan Indonesia, malah Rais dan isterinya sebagai saksi untuk berkata benar di mahkamah," ujar Mutalib yang tidak akan tunduk kepada desakan demi desakan Rais agar artikel mengenai beliau dikeluarkan daripada arkib Sabahkini.net yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Mutalib menegaskan, 'CCTV' Tuhan tidak pernah padam, sekalipun Rais telah berusaha memadamkan semua bukti yang boleh mengaitkan beliau dengan Robengah dan menggunakan kedudukannya untuk mengheret para blogger ke mahkamah, kononnya untuk membersihkan nama beliau yang dikotorkan melalui skandal berkenaan.

"Jika Rais 'Anak Jantan', bukan 'belut yang licik' atau 'Menteri yang hilang akal', maka beliau sewajarnya mengheret punca pendedahan awal Skandal tersebut iaitu Migrant Care, Tenaganita, Rocky Bru dan sebagainya. Sabahkini.net hanya menyiarkan berita tersebut berdasarkan siasatan rapi dan tidak akan berganjak daripada fakta," ujar Mutalib M.D yang sedang menyiapkan sebuah Video Klip berhubung isu berkenaan sebagai persediaan untuk menghadapi Rais di Mahkamah kelak.

Ketika ditanya sama ada buku Skandal Seks yang disiapkannya mengenai Rais atau menteri lain, Mutalib mengatakan bahawa, "Tunggu siap percetakan dan pendedahan penuh eksklusif. Saya tidak mahu komen buku yang belum diterbitkan."

Sebelum ini Mutalib telah menerbitkan dua buah buku Skandal Seks Orang Ternama berjudul VIP dan YB serta 23 judul lagi yang belum diterbitkan. Mutalib juga adalah penulis buku IC PALSU Merampas Hak Anak Sabah; Pengundi Untuk Di Sewa; IC PROJEK Agenda Tersembunyi Mahathir; 007-Lelaki Malaysia Terakhir dan lebih 20 buku lain.

Kes Skandal Seks Orang Ternama: 'YB' kini sedang disiarkan secara bersiri di Sabahkini.net kerana buku yang dicetak telah habis dijual dan Sabahkini.net memperoleh hak untuk menerbit buku berkenaan dalam versi e-book dan ada pihak yang telah berjumpa Mutalib untuk mengadaptasi Skandal Seks berkenaan ke layar perak.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan bahawa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah menfailkan satu lagi saman fitnah terhadap penulis blogger Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud untuk menuntut ganti rugi dan injunksi setelah mendakwa difitnah dalam beberapa siri artikel antara 1 dan 7 Januari lalu.

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman Tetuan Shahabudin dan Rozima di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu.

Dalam pernyataan tuntutan, Rais berkata, defendan pada 1 Januari lalu telah menerbitkan artikel berunsur fitnah bertajuk 'Pak Lah halalkan rogol, UMNO halalkan zina?' dan 'PKR cabar Rais sumpah laknat' dipaparkan pada 3 Januari lalu.

Sementara pada 5 dan 7 Januari berjudul 'Rais Yatim seperti belut' dan 'Video pengakuan rakan Robe Ngah' di http://sabahkini.net/v1 bersama gambar plaintif. Peguam Norhani Nordin mewakili plaintif memberitahu pemberita, pengurusan kes itu akan didengar pada 6 Mei ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) telah membuat laporan polis terhadap Rais dan ekoran daripada itu, Penyelaras SAMM, Norazizi A Aziz telah menulis surat kepada Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Seremban pada 7 Mac 2011 berhubung kedudukan laporan polis yang dibuat pada 5 Januari 2011. Berikut adalah sedutan surat beliau.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 20 Apr 2011 11:29 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


DHPP sedia gempur Terengganu hadapi PRU-13

Posted: 19 Apr 2011 12:20 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu yang baru ditubuhkan dan bakal dilancarkan secara rasmi oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 21 Mei 2011 ini.

Pengerusinya, Dr B.Chandran berkata DHPP yang sebelum ini dikenali "Kelab Penyokong PAS"  sedia menggempur Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13,  pada bila-bila masa menghadapi pilihan raya tersebut.

Katanya, usaha mendekati golongan bukan Melayu sedang giat dijalankan menjelang hari pelancaran sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat "PAS Ganti Umno" di Kuala Terengganu.


"Kita (DHPP) sejak dari dahulu (Kelab Penyokong PAS) sentiasa bersama dengan PAS. Kita akan 'gempur' untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang," jelas ketika ditemui di pejabatnya.

Menurutnya, angin perubahan yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada 16 April lalu memberi semangat kepada rakyat di Semenanjung.

Beliau yakin Umno dan Barisan Nasional akan ditumbangkan dalam PRU Ke-13 ditangan Pakatan Rakyat.-BO

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 20 Apr 2011 11:20 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Pakar: Lynas jauh lebih teruk dari Bukit Merah

Posted: 20 Apr 2011 03:44 AM PDT


Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.

Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.

Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.

Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.


Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.

Jayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.

"Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.

"Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.

"Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif," katanya.

Sumber: malaysiakini

Dupahang's Weblog

Posted: 20 Apr 2011 11:13 AM PDT

Dupahang's Weblog


DPPWP Sanggah Hujah Aziz Bari

Posted: 19 Apr 2011 06:15 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS. Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu [...]

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 20 Apr 2011 09:43 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


KUKUHKAN PERPADUAN PARTI - TG PRESIDEN

Posted: 19 Apr 2011 09:05 PM PDT

16 Jamadil Awal 1432 H | 19 April 2011
Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.

Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.
Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.

"Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu.

"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka."


"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.
- Harakahdaily

Tuai Rumah mengaku disogok RM 10,000 agar undi BN

Posted: 19 Apr 2011 09:02 PM PDT

Kepada pemimpin dan penyokong gerombolan songkok tinggi, korang tak payah nak banggalah dengan kemenangan Barisan Nasional 2/3 kononnya dalam pilihanraya Sarawak. Barisan Nasional kalau tak main kotor, tak sogok duit memang tak sah. Dengan segala jentera kerajaan dibuat macam jentera Barisan Nasional, duit rakyat diguna untuk menyogok pengundi.

Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR macam biasa jadi alat perkakas Barisan Nasional untuk menipu rakyat dan menolong Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa agar boleh terus merompak harta rakyat. Gua nak ingatkan lu orang Barisan Najis! Kami mahu pilihanraya yang telus, yang bebas dan adil. Kalau lu orang tak boleh buat pilihanraya yang adil dan bersih, lu orang tunggu rakyat bangkit buat Pilihan Jalanraya!

Di bawah ni bukti rakaman Pengakuan seorang Tuai Rumah tentang bagaimana Barisan Najis menyogok pengundi untuk memberikan sokongan kepada Barisan Najis pada pilihanraya Sarawak yang lepas. Bukak mata luas-luas Rakyat Malaysia! Jangan terus diperbodohkan dengan Barisan Najis!

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Apr 2011 09:03 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


JOM zikrullah: tonik rohani

Posted: 20 Apr 2011 08:54 AM PDT

Tiada perkataan yang lebih memberi kekuatan.Tiada panggilan yang lebih kuasa. Tiada ingatan yang lebih merangsangkan. Tiada hubungan yang lebih nikmat daripada mengingati dan menyebut nama Ilahi dengan fokus

Bermula dengan betul

Posted: 20 Apr 2011 08:23 AM PDT

untuk dapat berkat dan rahmatNya

SEMANGAT PERKAUMAN YANG DILARANG ISLAM KERANA KEZALIMAN DAN KETIDAKADILAN (Dwibahasa)

Posted: 19 Apr 2011 10:31 PM PDT



Umno dan PERKASA merupakan dua parti ultra nasionalis Melayu yang mengambil Islam setakat yang serasi dengan cita rasa serta selera mereka dan menguntungkan (pragmatisme). Jika dikatakan mereka bersifat assobiyah, mereka boleh mengeluarkan hujah dengan mengatakan Ar Rasul saw cintakan Mekah dan rindu untuk pulang ke kampung halaman. Mereka kata cintakan watan atau tanahair tidak salah di sisi Islam. Adakah tindak tanduk dan kata-kata mereka selama ini bertepatan dengan konsep " Sebaik-baik kamu adalah orang yang bertakwa" dan " ..berrpuak-puak serta berkaum-kaum supaya mengenali antara satu sama lain".(maksud ayat AlQuran)

Ayuh! Gerakkan segera 1 Melayu, 1 Bumi — Zaini Hassan
April 20, 2011

20 APRIL — Orang Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.


Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain.

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia.

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika PAS dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka.

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus Umno lakukan? Umno harus berfikiran seperti DAPkah?

Pandangan saya, apa yang Umno harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1 Melayu, 1 Bumi.

Lancarkan segera 1 Melayu, 1 Bumi dalam lingkungan Umno dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika PAS degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. Umno harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan PAS yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong PAS akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi PAS di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. PAS diletakkan di kawasan kaum Bumiputera, bagi membolehkan kaum Bumiputera terus berpecah. PAS seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1 Melayu, 1 Bumi, tidak salah 1 Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika Umno melancarkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1 Melayu, 1 Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu Umno, Melayu PAS, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.

Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal.

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

Umno harus meniupkan gagasan 1 Melayu, 1 Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka.

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: "Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan Umno yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan..."

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu.

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang.

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum Bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum Bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang Bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam.

Oleh itu menjadi kewajipan Umno; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1 Melayu, 1 Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu.

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1 Malaysia. Tiada makna adanya 1 Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.

Kini terletak dalam tangan Umno untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1 Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1 Melayu, 1 Bumi. Ayuh gerakkan! — Utusan Malaysia

Utusan calls for 1Melayu, 1Bumi movement
By Shannon Teoh
April 20, 2011


KUALA LUMPUR, April 20 — Utusan Malaysia called on its owners Umno today to spearhead a 1Melayu, 1Bumi movement involving all Malay parties — claiming DAP was intent on toppling the country's Malay leadership.

"What Umno needs to do now, in this pressing time, is to launch a wave of racial unity - 1Melayu, 1Bumi. Launch 1Melayu, 1Bumi immediately with other Malay parties," assistant chief editor Datuk Zaini Hassan wrote in the Malay daily today.

In his Cuit column, he said that DAP's slogans in the recently concluded Sarawak state election called for Chinese voters to change the Malay-led government, adding that they already controlled everything and was now aiming for political power.

"Only absolute political power has not been controlled by the Chinese, everything else has been taken. Now DAP bringing great slogans among them, Undi Untuk Ubah (Vote for Change), Enough is Enough and Selamatkan Malaysia (Save Malaysia).

"In truth, those slogans are aimed at no one else but specifically the Chinese. It is displayed proudly on the chests of DAP candidates and supporters in the Sarawak election so that the Malay leadership of Malaysia is changed," he added.

In his column, he said that the Chinese community was a united force whose "brotherhood" was unmatched by any other race in the country.

He said that despite their different political stands, Chinese voters would unite when the time came to decide the fate of their community.

Zaini also said that the Chinese community helped each other economically and stood together unwaveringly to protect their culture, language and vernacular education.

"The Chinese language is a high priority and it is said that even Chinese who cannot read Chinese will still buy Chinese newspapers.

"In short, the Chinese are actually very fortunate to be in Malaysia. They have controlled everything. The top ten Chinese are Malaysian billionaires," he wrote.

However, he provided no facts to substantiate the claim that the Chinese community was such a united force.

Zaini said that while DAP has united the Chinese politically, Malays have so far done nothing in response.

"They are a race that is quite comfortable, complacent and apathetic. In fact, their thoughts are quite disorganised," he wrote.

Zaini said that if PAS refused to participate in the 1Melayu, 1Bumi movement, Umno could join hands with the dozens of Malay NGOs who were established because they were "thirsting to fight for the interests of the race that is increasingly being left behind."

He added that Chinese component parties in Barisan Nasional (BN) would not be upset with such a move to unite Malays as Chinese were already united.


Sumber: Malaysian Insider

KONSEP BARU JKKKP STRATEGI TAWAN SELANGOR

Posted: 19 Apr 2011 05:41 PM PDT




Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor telah menggariskan konsep 4K bagi menggantikan konsep KBSM yang lama sebagai strategi merampas Selangor. Konsep KBSM ialah akronim untuk KENDURI BESAR, SAKIT MATI.

Konsep 4K pula akronim untuk KEBAJIKAN, KEMATIAN, KENDURI KEDAI KOPI.

Sasaran UMNO Selangor ialah untuk mendapatkan tambahan 9 kerusi lagi untuk memerintah.








mtdchenderoh

Posted: 20 Apr 2011 07:47 AM PDT

mtdchenderoh


KARNIVAL PAS GANTI UMNO: Sumbangan Anda Diperlukan

Posted: 19 Apr 2011 12:21 PM PDT


Pas Cawangan Chuar terletak di dalam DUN Chenderoh, Parlimen Padang Rengas. Lokasinya yang sangat strategik (di tepi lebuhraya timur barat) menyebabkan Pas Kawasan Padang Rengas berusaha bersama- sama pihak cawangan untuk membangunkan markaz di sini.

Mempunyai keluasan tanah seluas 1 ekar kini menjadi medan utama ceramah- ceramah perdana di Kawasan Padang Rengas. Antara penceramah yang pernah berceramah di sini ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, YB DS Hj Nizar Jamaluddin, YB Dr. Mujahid, Hj Mohd Sabu, YB Khalil Idham Lim, Yb Nga Khoo Meng, Sdr Mustapha Kamil Ayub dan lain- lain lagi.

Kewujudan medan baru di sini, jelas telah menggugat kedudukan UMNO kususnya Ahli Parlimen Padang Rengas.

Lokasi ini juga bakal menjadi medan utama bagi menjayakan KARNIVAL PAS GANTI UMNO peringkat Zon Utara negeri Perak yang bakal diadakan pada bulan Mei akan datang. Oleh yang demikian Sumbangan Anda sangat- sangat diharapkan khususnya dalam menyiapkan pembinaan markaz tersebut. Mudah- mudahan usaha murni ini akan menyemarakkan lagi perjuangan Islam khususnya di kawasan ini.

i n t a n h i j a u

Posted: 20 Apr 2011 07:28 AM PDT

i n t a n h i j a u


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAS KAWASAN TELUK INTAN BERJALAN LANCAR

Posted: 19 Apr 2011 09:37 PM PDT


TELUK INTAN, 19 April - PAS Kawasan Teluk Intan telah berjaya melaksanakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-17 baru-baru ini yang telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tn. Hj. Mohamad Sabu. Mesyuarat telah diadakan di Markaz PAS Kawasan di Kg. Padang Tembak dekat sini.

Mesyuarat kali ini telah menyaksikan proses pemilihan pucuk pimpinan parti kawasan bagi sesi 2011-2013 di mana kesemua jawatan melibatkan pertandingan.

Para perwakilan sedang mendaftar kehadiran mesyuarat.

Penyandang jawatan Yang Dipertua, Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik telah dipilih sekali lagi menerajui PAS kawasan setelah berlaku pertandingan dua penjuru. Bagi jawatan Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua juga turut kekal disandang oleh Sdr. Rahmat Maliki dan Sdr. Ahmad Kabir Mahdin yang turut melibatkan pertandingan dua penjuru. Para perwakilan juga telah memilih 18 orang ahli jawatankuasa baru melalui proses pengundian yang telah berjalan begitu lancar sekali.

Perwakilan muslimat.

Perwakilan muslimin.

Sebelum itu, semasa berucap merasmikan mesyuarat agung, Hj. Mohamad Sabu telah banyak menyentuh tentang sejarah parti dan pimpinannya yang datang dan pergi. Beliau juga banyak menyentuh isu luar negara berkaitan tentang gerakan Islam di Mesir, Lubnan dan lain-lain.
Pengerusi majlis perasmian, Hj. Azhar.
Berdiri tegak menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu PAS.

Selain itu, beliau juga menyentuh sifat keterbukaan PAS dalam melaksanakan tahaluf siyasi dengan menubuhkan sayap parti yang baru iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Beliau mengucapkan tahniah kepada PAS kawasan kerana DHPP Teluk Intan yang mempunyai bilangan ahli paling ramai di negara ini.
Majlis dimulai dengan bacaan al Qur'an.
Sdr. Hu Phang Chaw bersama Hj. Mohamad Sabu.


Kehadiran yang menggalakkan.

Kehadiran perwakilan dan pemerhati agak luar biasa daripada mesyuarat agung tahun sebelumnya mungkin kerana tarikan kehadiran Hj. Mohamad Sabu sebagai perasmi yang mana bilangan kehadiran pemerhati hampir menyamai bilangan perwakilan cawangan.

Turut hadir ialah Ustaz Misbahul Munir bin Hj. Masduki, Setiausaha BPPN Perak selaku mewakili PAS negeri di samping kehadiran Ketua DHPP Pusat, Sdr. Hu Phang Chaw.
Gurauan dalam ucapan ...

Tetapi serius dalam menyentuh perkara dalaman parti.

Mesyuarat kali ini juga mencatatkan sejarah kerana pihak DHPP Teluk Intan telah menghantar 5 orang perwakilan di samping kehadiran para pemerhati DHPP. Wakil DHPP juga telah berpeluang mengikuti perbahasan walaupun mereka tidak mengundi. Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Sarguna a/l Sengalarian turut diberi peluang menyampaikan ucapan penangguhan.

Tiga usul telah dibentang dan dibahas yang banyak menyentuh isu politik, pilihan raya dan organisasi.
Penyampaian watikah kepada AJK DHPP Teluk Intan.

Hj. Mohamad Sabu menerima cenderamata daripada YDP kawasan.

Seorang AJK PAS kawasan memasukkan kertas undi.

Peti undi yang lut sinar.
Proses pengundian berjalan lancar.





Perwakilan menikmati jamuan.

Perwakilan Cawangan Kg. Bahagia bersama Hj. Mohamed Akram.

YB Anuar dan Hj. Azhar memberi tumpuan terhadap perbahasan perwakilan.

Perwakilan Cawangan Rumah Awam membentang usul.

Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan menyampaikan ucapan penangguhan.

intanhijau.blogspot.com

MEMPERKASA PARTI, MENGEKALKAN KEMENANGAN

Posted: 19 Apr 2011 06:11 PM PDT


TELUK INTAN, 19 April - Bertemakan 'Memperkasa Parti, Mengekalkan Kemenangan', Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Hj. Ismail bin Che Nik telah menggariskan beberapa perkara sebagai panduan gerak kerja bagi sesi akan akan datang. Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali Ke-37 telah diadakan di Markaz PAS Kawasan di Kg. Padang Tembak dekat sini.
Ustaz Ismail bersama Hj. Mohamad Sabu.

Antaranya ialah :

  • memperkasakan program tarbiyyah dengan mengimarahkan program seperti usrah, tamrin, qiamullail,  dan sebagainya bagi peringkat kawasan dan cawangan-cawangan.
  • mewajibkan setiap cawangan mengadakan usrah dengan menggunakan sukatan usrah yang telah ditetapkan oleh pihak lujnah tarbiyah negeri atau pusat
  • memperkasa sayap-sayap parti iaitu Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Himpunan Penyokong PAS
  • memantapkan organisasi parti di semua peringkat kawasan, cawangan, dewan dan lujnah-lujnah
  • menggerakkan jentera pilihan raya kawasan dan cawangan secara aktif
  • melaksanakan program  ke arah pembinaan amilin dan kader yang sahih aqidah dan jelas fikrah
  • mennyebarluaskan program kebajikan dan kemasyarakatan


Untuk mencapai perkara di atas, setiap ahli perlu :

  • istiqamah bersama jamaah kerana hanya secara berjamaah sahaja mampu menghadapi pelbagai cabaran berbanding bersendirian
  • penghayatan intima dalam jamaah secara amal jamaie
  • iltizam dalam gerak kerja
  • wajib terlibat di dalam usrah serta setiap program tarbiyah yang lain
  • menghayati kempen Sifar Ponteng yang dilaksanakan di peringkat PAS Perak
  • menghayati konsep dengar dan taat
  • tidak mengklasifikasikan pimpinan dalam jamaah
  • tidak memilih-milih program parti melalui konsep aulawiyat
  • kukuhkan jaringan ukhuwwah sesama ahli dan masyarakat
  • meminimumkan ruang khilaf dan menutup ruang krisis
  • pengorbanan prasyarat kemenangan
  • menghayati rukun baiah
  • berusaha menambah dana pilihan raya
  • memantapkan organisasi parti dan jentera pilihan raya UPU dan MTD
intanhijau.blogspot.com

PERLU FAHAMI ISU UNTUK UBAH MINDA RAKYAT - MISBAH

Posted: 19 Apr 2011 05:24 PM PDT


TELUK INTAN, 19 April - Para pimpinan dan ahli PAS perlu memahami setiap isu agar mampu menangani sesuatu isu yang akan mengubah persepsi dan minda rakyat. Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri (BPPN) Perak Ustaz Misbahul Munir bin Hj. Masduki di dalam ucapan beliau di dalam Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Beliau yang hadir sebagai mewakil BPPN Perak berkata, setiap ahli PAS perlu faham akan budaya kerja berjemaah sebagaimana terkandung di dalam Rukun Baiah iaitu al fahmu. 
Komited. Antara tetamu khas yang terawal tiba.


"Ahli PAS perlu  faham benar-benar akan budaya kerja jemaah seperti bagaimana kita beradab dalam sebuah jemaah, melakukan gerak kerja dengan penuh bijaksana di samping meletakkan ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah bahagi selagi pemimpin parti berada di dalam landasan agama," ujar beliau.

Menurut beliau lagi, di dalam perjuangan Islam pasti tidak akan lari daripada dua perkara iaitu perjuangan yang masih terlalu jauh destinasinya dan perjuangan yang penuh dengan kesukaran serta halangan dan fitnah.
Perwakilan mesyuarat agung kawasan.

"Sebagai pejuang Islam, kita pasti akan menempuh dua perkara tersebut yang amat menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri agar kita sentiasa istiqamah di dalam perjuangan."

Akhirnya, beliau berharap para ahli PAS menjadikan mesyuarat agung sebagai medan untuk bermuhasabah dan menilai semula setiap gerak kerja yang telah dilakukan sebagai panduan bagi merangka gerak kerja pada masa akan datang.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Tn. Hj. Mohamad Sabu selaku perasmi mesyuarat agung kali ini.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan