PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 10 Apr 2011 03:11 PM PDT RAJA DRAMA PART 2/2 Posted: 09 Apr 2011 08:44 PM PDT | Anwar Raja Drama Posted: 09 Apr 2011 08:42 PM PDT | Dia Hebat Tapi Tak Faham Apa Dia Cakap - Sarawak People Posted: 09 Apr 2011 08:34 PM PDT Pakatan Rakyat di Sarawak benar-benar ketandusan isu sehingga memaksa mereka bertindak memburukkan Ketua Menteri Sarawak yang kononnya mneggunakan bomoh untuk meraih kemenangan undi pilihan raya kali ke 10 ini.
Selain itu, mereka turut memainkan isu Taib memerintah dalam tempoh yang lama, 30 tahun bagi jawatan Ketua Menteri. Jika di mata dan telinga rakyat, ya.. 30 tahun itu memang satu tempoh yang lama tetapi jasanya kepada rakyat juga tidak terkira bukan?
Tetapi berbeza dengan beberapa ahli politik ini yang telah lama berkecimpung dalam arena politik tetapi tiada satu pun jasanya dicurahkan kepada rakyat melainkan menghuru-harakan keamanan yang kita nikmati selaman ini.
Lim Kit Siang, di usia 70 diangkat di Kerusi Kota Tinggi. Tempoh berliau berpolitik, 42 tahun. Patutnya pada masa ini, Kit Siang sudah menempah lubang kuburnya sendiri seperti yang dilakukan oleh rakyat cina yang lain di Malaysia ini. Tetapi sebaliknya, Kit Siang mengidamkan kuasa dalam kerajaan, lebih-lebih lagi bila beliau dijanjikan oleh Anwar, beliau akan dinaikkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan berjaya di PRU13 nanti. 42 tahun juga adalah satu tempoh yang lama, adakah rakyat memerlukan kepimpinan orang tua seperti Kit Siang yang nyata dan jelas tujuan beliau berpolitik hanya untuk kuasa dan menghapuskan hak istimewa kaum bumiputera di Malaysia?
Karpal Singh, juga berada di arena politik selama 32 tahun. Yang asalnya normal dasn kini menjadi salah seorang warga OKU. Teringat cerita semalam, semasa sedang khusyuk menikmati teh tarik di sebuah kedai makan yang berhampiran dengan waterfront, Kuching.
Tauke cina: "tadi ada itu kapal singh punya anak datang bagi speech di tampat saya, apa nama dia tu... errr..... errr... gobing sink ka macam tu."
3 India ppl: "ah! itu Gobind Singh, saya punya kawan."
Tauke cina: "oh... ya ka? dia banyak lihai oh... saya suka sama dia... dia pandai cakap oh. tapi saya tidak faham la apa dia cakap... tapi dia banyak lihai la cakap... "
3 India ppl: "oh... itu saya punya kawan la.. dia anak itu Karpal Singh.. "
Macam mana nak tawan hati rakyat kalau dah rakyat pun tak faham apa yang pemimpin pembangkang katakan di depan pentas ceramah politik?
Berbalik kepada isu tadi, Nik Aziz pun dah lama dalam politik, di elected since 1967, bermula di Pengkalan Chepa, tempoh dalam politik adalah 44 tahun dan sehingga kini rakyat Kelantan masih hidup susah dasn negeri Kelantan juga adalah negeri yang termiskin sekali di Malaysia. Jika dibandingkan usaha Ketua Menteri Sarawak dengan Menteri Besar Kelantan, negeri siapa yang lebih maju? Walau apa pun yang kita katakan, pencacai-pencacai Pas tetap kata mereka tidak perlukan kemajuan, tetapi puak-puak mereka ini juga yang banyak mencemari kawasan ibu kota. Pendek kata mereka ini tidak ubah seperti rakyat pendatang asing dari indonesia. Dan itulah hasil dari didikan Nik Aziz tua keparat. Jauh bezanya dengan pemerintahan Taib di Sarawak
Hadi Awang, berpolitik dari tahun 1982, dah 29 tahun dalam bidang politik. Tiada satu hasil dan jasa yang dicurahkan kepada raekyat tetapi menjadi anjing tunggangan DAP dan PKR semenjak 2008.
Anwar Ibrahim darei 1981, di angkat di Permatang Pauh. Aendanya? menghuru-haeraekan negara Malaysia. Misinya mendaspatkan tempat duduk Perdana Menteri Malaysia. Trlibat dedngan pelbagai kes tidak bermoral dan sehingga kini masih lagi cuba mengelak untuk disabitkan kesalahan.
Nama-nama diatas dah lama berkecimpung dalam arena politik, dapatkah ditandingi dengan usaha Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud? |
| JAGA- JAGA DENGAN "SLOGAN JOM UBAH" Posted: 09 Apr 2011 08:30 PM PDT 10:49 AM Media Cyber
Slogan 'Sarawak, Jom Ubah' yang digunakan Parti Tindakan Progresif (DAP) semasa berkempen tidak menjamin masa depan rakyat. Berbeza dengan BN yang mempunyai rekod yang cukup cemerlang dalam mentransformasikan pembangunan di negeri ini khususnya di Sarawak. Di bawah pemerintahan BN, Sarawak menikmati pembangunan dan peningkatan taraf kualiti hidup hasil pentadbiran BN.
Sebaliknya, slogan 'Sarawak Jom Ubah' yang digunakan DAP belum tentu dapat mengubah nasib rakyat sebenarnya, jangan-jangan rakyat lebih mundur dan ketinggalan. Rakyat tidak perlu terperangkap dengan slogan parti lawan itu kerana rakyat khususnya di luar bandar perlukan lebih banyak perhatian daripada kerajaan sedia ada.
Kebanyakan slogan yang digunakan parti pembangkang dalam kempen mereka hanya sekadar janji-janji kosong untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka pada pilihan raya kali ini. Rakyat di Sarawak diseru supaya menilai calon yang boleh membawa perubahan lebih baik untuk mereka dan bukan sekadar terperangkap dengan fitnah yang ditaburkan Pakatan Pembangkang.
Dalam kempen ini rakyat Sarawak tidak seharusnya menggadaikan masa depan mereka dengan terpengaruh dengan helah parti lawan yang cuba meraih undi dengan memburuk-burukkan kerajaan. Masa depan negeri ini amat bergantung kepada kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang dipercayai mampu membawa kemajuan untuk mereka. Kenyalang Anda mungkin juga meminat |
| MENGAPA DAP SALAHKAN SPRM ? Posted: 09 Apr 2011 08:25 PM PDT DAP SAYANG KASTAM ! MENGAPA ? Sejak akhir-akhir ini DAP sering menyerang pihak SPRM kerana bertindak keterlaluan. Dalam masa yang sama mereka seolah-olah membela pihak Kastam yang menyebabkan duit kerajaan hilang berbilion-bilion. Apakah kaitan DAP dengan pihak kastam? Kenapa DAP terlalu marah kepada SPRM kerana telah menangkap seramai 62 pegawai kastam. Seramai 62 orang kakitangan termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) setakat ini sudah ditahan dalam operasi sejak Isnin lalu bagi membanteras `tangan-tangan kotor' yang menjadi punca kerajaan kehilangan hasil kira-kira RM108 bilion setahun akibat rasuah dan pengubahan wang haram.
Mereka yang ditahan membabitkan 53 lelaki dan sembilan wanita berusia 24 hingga 56 tahun dengan 80 peratus berkhidmat di lima pelabuhan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor.
Gerakan di bawah Ops 3b itu mendapati Pelabuhan Klang menjadi tumpuan utama jenayah apabila 48 suspek ditahan di situ.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali pada sidang akhbarnya di sini semalam memberitahu, daripada jumlah itu, sebanyak 17 orang termasuk seorang berpangkat Pengarah dan isterinya juga pegawai kanan Kastam ditahan reman manakala bakinya telah dibebaskan setelah disoal siasat.
"Kami percaya mereka mengambil suapan secara individu dan bukannya didalangi sindiket tertentu.
"Sejak siasatan kami bermula pada 2008, kami menjangkakan lebih RM10 bilion telah diseludup keluar dari negara ini,'' katanya.
DAP kononnya untuk mempertahankan pegawai kastam dari dianiayai oleh Suruhanjaya Pencecah Rasuah Malaysia (SPRM)
Pelabuhan memang terkenal dengan perniagaan fowarding agen iaitu agen mengangkut barang-barang dari luar Malaysia ke Luar negara atau sebaliknya. Pihak agen ini majoriti adalah penyokong kuat parti DAP. Meereka juga menjadi pembiaya kepada pergerakkan parti politik DAP.
Dianggarkan DAP mendapat sumbangan dari pihak agen ini hingga puluhan juta dari mana datangnya duit ini kalau tidak dari duit yang dilarikan cukai. Sepatutnya cukai dibayar kepada kerajaan Malaysia, disebabkan pegawai kastam sebegini mereka hanya membayar sedikit sahaja kepada pegawai tersebut yang selebihnya dimasukkan dalam kantung mereka. Apabila pegawai-pegawai ini telah ditahan maka duit mereka juga terjejas, macama mana tak mengamuk sakan!!
Pengundisetiasungairapat. |
| PEMIMPIN PEMBANGKANG CIPTA REKOD POLITIK. Posted: 09 Apr 2011 08:00 PM PDT Kit Siang, Karpal, Nik Aziz lebih lama daripada Taib...
OLEH ROSLAN BIAN
Selain cuba menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya negeri, pembangkang turut bercita-cita mahu menumbangkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.Pembangkang menyerang 'kekayaan' Taib dan menyatakan Presiden PBB itu sudah terlalu lama dalam politik dan menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-9/4/2011
PEMIMPIN PEMBANGKANG TERLALU LAMA? Oleh Ibrahim Yahaya
Nampaknya pembangkang terutama DAP memainkan isu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang terlalu lama dalam politik iaitu 30 tahun. Pemimpin pembangkang mengajak rakyat untuk menurunkan TS Taib kerana mereka merasakan 30 tahun itu terlalu lama. Apa yang mereka tidak nyatakan bahawa dalam 30 tahun itu, TS Taib telah banyak membuat perubahan kepada lanskap pentadbiran dan ekonomi negeri itu. Melainkan jika 30 tahun itu digunakan untuk memporak-perandakan negeri itu atau sentiasa berlaku perbalahan sehinggakan pembangunan tidak dapat dilaksanakan.
Secara bandingan, ramai pemimpin pembangkang sekarang juga sudah lama dalam politik dan ada yang tidak mahu melepaskan jawatan atau memberi peluang kepada orang baru. Mereka terus menjadi Ahli Parlimen sedangkan boleh menyerahkan kepada golongan muda yang lebih berwibawa dan mampu menjadi pembangkang yang berakal dan bukannya memainkan sentimen perkauman. Mereka terus berada dalam politik dan mempengaruhi pemimpin politik pembangkang yang muda untuk berperangai seperti mereka.
Lim Kit Siang yang kini berusia 70 tahun dipilih pada 1969 di Parlimen Kota Tinggi sudah berada dalam politik selama 42 tahun. Selama itulah beliau memainkan politik perkauman dan berselindung di balik parti yang dikatakan dianggotai oleh pelbagai kaum. Kebanyakan calon DAP termasuk di Sarawak inipun ramainya dari kaum Cina, apa pulak Kit Siang kata DAP parti pelbagai kaum - anggota saja, calonnya masih Cina.
Karpal Singh yang berusia 71 tahun dipilih di DUN Alor Star dan berada dalam politik 37 tahun. Beliau yang pernah menyatakan DS Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin pembangkang kerana masalah tertentu masih terus berada dalam politik dengan melompat ke sana ke mari seperti yang dilakukan oleh Kit Siang. Kedua-dua pemimpin - Kit Siang dan Singh - mempunyai anak yang kini berpolitik ala bapak mereka.
DS Nik Aziz Nik Mat, yang kini berusia 80 tahun, dipilih di Pengkalan Chepa pada 1967juga sudah berada dalam politik selama 44 tahun. Beliau yang suka membuat 'fatwa politik' pernah berkata kepada kawan DIY bahawa adakala apa yang dikatakan terutama menjawab isu penting selama ini bertujuan politik dan semua orang tahu kecuali pengikutnya yang taksub membabi-buta. DS Hadi Awang yang berusia 64 tahun dan dipilih di DUN Marang pada 1982 kini berada dalam politik selama 29 tahun.
Hakikatnya ialah pemimpin pembangkang ini tidak berjaya menjadi pemimpin di peringkat negeri dan jika diberi peluang sudah tentu mereka juga akan 'bergayut' di jawatan mereka demi untuk menyemarakkan politik perkauman bagi pemimpin DAP dan politik agama bagi pemimpin PAS. Perbezaannya ialah apa yang dilaksanakan oleh pemimpin BN sudah jelas dengan pelbagai pembangunan dilaksanakan di seluruh negara yang memberi banyak manfaat kepada rakyat. Jika tidak, negara ini tidak dijadikan contoh oleh negara membangun lain. Itupun dimainkan oleh pemimpin pembangkang bahawa memang tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur kepada rakyat. Jika kerajaan lemah dan urustadbir yang tidak cekap, segala pembangunan tidak dapat dilaksanakan seperti di negara yang sudah merdeka lebih awal dari Malaysia. Rakyat perlu buka mata dan minda. Jangan dengar tohmahan mengikut sedap mulut pembangkang.
Pemimpin pembangkang yang telah diberi mandat memerintah di beberapa negeri 'terkial-kial' untuk mentadbir negeri dan sering menuding jari kepada orang lain demi untuk menutup kelemahan mereka. Kerajaan Negeri PAS Kelantan yang sudah memerintah lebih 20tahun menyebabkan negeri itu terus menjadi mundur dan penduduknya mencari peluang pekerjaan di negeri lain atau bandar-bandar besar. Mereka yang tinggal di negeri itu hidup sengsara kerana pelbagai masalah termasuk bekalan air dan juga pembangunan yang tidak sekata. Ini termasuk menggondolkan Lojing yang satu ketika itu dulu indah dan menawan.
Di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri DAP menjalankan pemerintahan ala negara jiran yang tidak mempedulikan nasib rakyat terutama orang Melayu dengan merobohkan gerai-gerai walaupun mereka memohon dan merayu agar dipertimbangkan tindakan itu. Tindakan yang diambil terhadap peniaga Melayu itu ala negara jiran yang menyebabkan penduduk negeri itu menyesal memilih parti pembangkang. Apa hendak buat, nasi sudah menjadi bubur. Kini rakyat perlu sedar bahawa janji-janji manis pembangkang sebelum pilihan raya perlu diamati betul-betul kerana BN memberi jaminan tetapi pembangkang memberi janji. Tepuk dada, tanyalah selera. |
| MACAM-MACAM ADA : ADA SETUJU ADA TAK SETUJU, Posted: 09 Apr 2011 07:52 PM PDT
Makin ramai ahli PKR-PAS-DAP sendiri 'gabra' cara bos-bos mereka tangan isu video seks Anwar | | | | |
| Ada benda yang boleh dan sempat ditutup manakala ada benda yang masuk kategori 'dah terkangkang habis'.Begitulah halnya dalam isu kes video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Agendadaily difahamkan kalangan pimpinan pakatan pembangkang di pelbagai peringkat semakin gabra melihat cara bos-bos mereka bersilat cuba mempertahankan Ketua Umum PKR itu.Malah ada yang dikatakan menilai makin banyak Datuk Seri Wan Azizah Ismail-Datuk Seri Haji Hadi Awang -Lim Kit Siang buat kenyataan mengenainya makin luas rasa curiga orangramai.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-10/4/2011 |
|
| |
UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN Posted: 10 Apr 2011 11:33 AM PDT Kit Siang, Karpal, Nik Aziz lebih lama daripada Taib... Posted: 09 Apr 2011 11:04 PM PDT Kit Siang, Karpal, Nik Aziz lebih lama daripada Taib... Selain cuba menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya negeri, pembangkang turut bercita-cita mahu menumbangkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Pembangkang menyerang 'kekayaan' Taib dan menyatakan Presiden PBB itu sudah terlalu lama dalam politik dan menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak. Antara modal kempen PKR,DAP dan PAS, Taib sudah 30 tahun jadi Ketua Menteri dan perlu diganti orang lain. Malah pembangkang sudah sepakat menamakan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri jika pembangkang menang pada 16 April ini.
Sebenarnya, pembangkang meludah ke langit.
Mereka tidak semak dulu betapa lama Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik.
Kit Siang, kini 70 tahun dan mula bertanding di kerusi Kota Tinggi pada 1969 – bermakna sudah 42 tahun beliau dalam politik.
Karpal Singh, 71, pula terpilih kerusi Alor Star pada pada 1974 –bermakna peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah 37 tahun terbabit politik.
Nik Aziz lagi lama dalam politik mengatasi Kit Siang apabila mula bertanding dan terpilih di Pengkalan Chepa pada 1967. Dalam diam-diam dan bising mulut, Menteri Besar Kelantan berusia 80 tahun itu sudah 44 tahun terbabit politik.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, 64, mula terpilih di Marang pada 1982 – bermakna sudah 29 tahun – Cuma kurang setahun daripada Taib jadi Ketua Menteri.
Apapun, Taib bukan pemimpin seperti Kit Siang, Karpal, Nik Aziz atau Hadi yang sanggup buat apa saja demi kepentingan politik dan peribadi mereka. Daipada parti perkauman dan memperalatkan Islam, DAP dan PAS bukan berjuang untuk rakyat.
Berbanding dengan Taib, tempoh 30 tahun jadi Ketua Menteri dimanfaat dengan membawa kemajuan serta pembangunan di Sarawak. Rakyat Sarawak kini boleh bangga dengan kemajuan negeri Kenyalang itu.
Dan yang membezakan Taib dengan empat pemimpin pembangkang di atas, beliau bersedia berundur untuk memberi muka baru memimpin Sarawak selepas pilihanraya nanti.
Namun, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz dan mungkin Hadi – mereka barangkali menunggu sehingga cangkul dan tanah yang akan mengakhiri usia dan hayat politik masing-masing | |
Apo Kono Eh Jang! Posted: 10 Apr 2011 07:26 AM PDT Hutang tak bayar tapi angan-angan nak jadi YB.. Posted: 10 Apr 2011 12:01 AM PDT Noraini Hamzah yang merupakan calon PAS di Dun Muara Tuang pada Pilihanraya Negeri kali ini, bukanlah anak tempatan. Sebaliknya dia berasal dari Kelantan dan berkahwin dengan orang Sarawak. Walaupun Noraini sudah lama menetap di Sarawak, tapi itu tak melupuskan status asal Kelantannya. Penulis difahamkan, selain dari tidak mempunyai taraf pendidikan yang sesuai untuk menjadi calon Pilihanraya, Noraini juga mempunyai hutang tertunggak yang masih belum diselesaikan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Biarpun peringatan demi peringatan yang diberikan oleh Pihak peminjam, tapi Noraini masih belum melunaskan hutang tertunggaknya.
Persoalan yang ada sekarang ialah, bagaimana Noraini membayar wang cagaran untuk bertanding pada Pilihanraya kali ini? Adakah PAS membayar bagi pihak Noraini ataupun dia meminjam lagi untuk masuk bertanding?
Noraini hanya berniaga kuih muih secara kecil-kecilan di kawasan Muara Tuang. Dan wang yang dipinjam oleh calon PAS ini katanya mahu digunakan untuk membesarkan perniagaannya. Mungkin perniagaanya tak untung maka dia tak dapat membayar kembali wang yang dipinjam.
Penulis diberitahu, pinjaman tersebut perlulah dibayar setiap minggu dan dibuat secara berkumpulan. Setiap orang dalam kumpulan itu akn mengumpulkan wang tersebut dan diserahkan kepada pihak yang memberi pinjaman.
Dan sekiranya sesiapa diantara orang dalam kumpulan tersebut tak membayar pada tarikh yang dijanjikan, orang lain dalam kumpulan itu terpaksa menanggung jumlah bayaran yang tertangguh itu. Ini akan menyusahkan ahli dalam kumpulan tersebut selain membebankan mereka dengan pembayaran berganda.
Jadi, calon PAS ini dikatakan sering mengabaikan bayaran pinjaman apabila sampai tarikh yang ditetapkan. Jelas sekali yang dia mengambil ringan tentang pinjaman yang dibuatnya itu. Patutkah dia membiarkan rakan-rakan kumpulannya membayar bagi pinjaman yang dia buat sendiri?
Macam mana calon PAS ini nak menjadi wakil rakyat kalau hutang sendiri pun tak mampu dia nak membayarnya? Tambah lagi dengan perangai ambil mudah yang telah ditunjukkan, mesti ia akan menyusahkan rakyat sahaja nanti.
Penulis berpendapat, sepatutnya calon PAS ini menlangsaikan segala hutangnya dulu sebelum berangan-angan nak jadi YB. Jangan nanti dia asyik mementingkan hal sendiri sedangkan masalah rakyat dibiarkan begitu saja.
Lain kali PAS patut selidik dulu calon mereka untuk dijadikan calon Pilihanraya. Kalau beginilah calon PAS di Muara Tuang, jangan kan kata rakyat Sarawak, pengundi di Semenanjung pun tak mahu memangkah beliau.
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan