CINA ISLAM (林川興) Posted: 11 Apr 2011 01:22 AM PDT Dua Maut Pesawat Terhempas Di Filipina Posted: 11 Apr 2011 01:00 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
BAGUIO, Filipina: Sebuah pesawat kecil yang membawa enam orang penumpang terhempas di kawasan pergunungan terkenal di sebelah utara negara ini pada Ahad. | Rakyat Sarawak perlu berubah untuk selamatkan Sarawak Posted: 11 Apr 2011 12:00 AM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
PARIT BUNTAR, 11 April : Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata, pemimpin BN bertungkus lumus menyampaikan masej berunsur penipuan kepada rakyat dengan mengatakan bahawa Negara tidak memerlukan revolusi sambil menyifatkan ia adalah tindakan terdesak bagi menutup liabiliti BN Sarawak iaitu Taib Mahmud dan kroni.
"Negara telah mengamalkan sistem demokrasi sejak merdeka, dan pilihanraya adalah jalannya rakyat memilih pemimpin, persoalannya adilkah caranya sehingga media diperkuda sedemikain rupa" katanya ketika ditemui di sini.
Tambah beliau rakyat Sarawak mesti memilih jalan untuk menukar kerajaan dan itulah jalan terbaik kerana Sarawak perlu pembelaan wajar dan adil, mereka mesti menghentikan kerja pemimpin BN yang hanya menyalurkan kekayaan negeri kepada kepada kroni dan elit BN sahaja.
Beliau juga mengulangi kehairanan dengan janji pemimpin BN yang berjanji boleh berubah yang dilaung-laungkan setelah tiga puluh tahun mentadbir Sarawak , "mengapa baru sekarang berjanji mahu berubah". Soalnya
"Janji yang boleh ditunaikan dalam masa tidak sampai setahun tidak boleh dilunasi selama puluhan tahun , BN gagal sebenarnya, lalu kegagalan mereka ditutupi dengan janji baru setiap kali pilihanraya," katanya.
"Jika benar BN mahu berubah, mereka boleh berubah sejak dahulu, kerana itu semua janji politik yang bertujuan untuk menarik hati pengundi Sarawak 16 april ini yang bersifat sementara sahaja dan mesti ditolak oleh pengundi" Tegasnya.
Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata bahawa Rakyat Sarawak yang telah didedahkan dengan maklumat dan isu terkini tentunya bijak menilai situasi Negara dan Sarawak yang sedang ditadbir oleh kerajaan yang BN yang zalim.
"Modal kempen mereka cuma janji pembangunan, selepas PRN ini jika BN menang, rakyat akan dilupakan," katanya.
"BN telah merosakkan Sarawak, hutan telah dibotakkan, tanah serta harta negeri milik rakyat diambil dan berpindah milik kepada Taib Mahmud dan kroninya," jelasnya.
"Slogan transformasi sebetulnya terletak kepada undi rakyat Sarawak dengan menukar kerajaan negeri BN kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.
Pakatan rakyat telah membuktikan dapat memimpin dengan baik di 4 negeri di semenanjung, dan pernah 11 bulan di Perak, kemajuan tersebut telah mendahului negeri-negeri yang diteraju oleh BN.
"Di Kelantan sendiri, setelah dua puluh tahun ditadbir Pakatan Rakyat, hutang negeri Kelantan adalah diantara yang terendah dicatatkan berbanding negeri yang ditadbir BN," ujarnya.
"Kepada rakyat Sarawak, 16 april bukanlah medannya untuk memberi peluang kepada BN untuk ke sekian kalinya, hari tersebut adalah penentu kepada kerajaan negeri yang baru di bawah pakatan Rakyat ," jelasnya.
"Kita ketahui Sarawak adalah negeri yang kaya dengan khazanah semula jadi yang tidak terhitung banyaknya, dan selama ini kekayaan tersebut hanya disalurkan kepada Taib Mahmud dan kroninya sahaja," katanya.
"Kita menjanjikan agihan kekayaan negeri yang masih ada kepada rakyat berbilang bangsa dan kaun di Sarawak" katanya.
"Inilah masanya rakyat Sarawak perlu berubah untuk selamatkan Sarawak " katanya
Oleh : Hafizi Pauzi | Helikopter bawa rombongan TPM terbalik Posted: 10 Apr 2011 11:30 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Sebuah helikopter yang dipercayai membawa rombongan timbalan perdana menteri terbalik ketika hendak berlepas dari sebuah padang dekat Wisma Sanyan. Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan penumpangnya di situ. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare. "Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu. Malaysiakini/- | Pesanan buat kakitangan Kastam: "Buang kepala busuk" Posted: 10 Apr 2011 09:30 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SEKALI lagi saya ucapkan takziah buat keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam yang ditemui mati di perkarangan bangunan SPRM Wilayah Persekutuan.
Jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Allah SWT dan kita sebagai manusia suka atau tidak, terpaksa menerima ketentuanNya dengan penuh insaf dan redha.
Sudah tentu pemergian Allahyarham ditangisi oleh ahli keluarga dan waris beliau juga teman-teman rapat yang mengenali Allahyarham. Apatah lagi, ada teman rapat Allahyarham menyatakan bahawa beliau sewaktu hayatnya adalah seorang insan yang baik,
periang dan pernah menjadi Imam di dalam solat bersama teman-teman setugasnya. Itulah perkhabaran baik yang sewajarnya kita patut ulang-ulangkan setelah beliau kembali menemui Rabbul Jalil.
Tragedi yang menimpa ke atas beliau hanya Allah yang tahu dan sebagai manusia biasa kita hanya mahukan agar siasatan telus dapat dilakukan segera. Apa pengajaran dari beberapa peristiwa yang `ganjil dan pelik' yang sering berlaku di negara ini?
Tidak lain tidak bukan, kita harus kembali kepada ajaran Islam dan kita tidak lagi perlu mengharapkan golongan sekular atau pun mereka yang menjauhi agama untuk terus memerintah.
Bak kata pepatah Cina, "Ikan busuk selalunya bermula dari kepala". Tidak menjadi salah jika kita berani mencuba sesuatu yang lebih baik dari yang ada. Tidak mencuba, kita tidak akan tahu.
Keberanian rakyat di Selangor mencuba yang baru, maka lihatlah hasilnya. sehubungan itu, kita mesti berani mencuba di peringkat pusat pula agar kita boleh lihat samada masih adakah lagi kejadian `pelik dan ganjil' ini berlaku di dalam pentadbiran kerajaan.
Khusus buat semua kakitangan Kastam, marilah kita bersama-sama rakyat yang lain bangun untuk mengubah negara ini. Jadikan lah negara ini sebuah negara yang aman, selamat dan makmur. "Kepala ikan yang busuk, kita buangkan untuk dijamah oleh kucing di jalanan".
wfauzdin_ns | 'Super Sunday' melanda Sarawak Posted: 10 Apr 2011 09:00 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Suhu politik di Sarawak mula bergelegak dan lazimnya malam Ahad yang sunyi dikejutkan dengan kedua-dua BN dan pakatan Rakyat yang memperhebatkan kempen masing-masing.
Pertarungan paling sengit berlaku di Kuching, malam semalam. DAP melabelkannya sebagai 'Super Sunday', di mana hadirin sehingga melebihi 10,000 orang membanjirinya dua rali yang dianjurkannya.
Jumlah hadirin terbesar adalah di Batu Kawah, dengan dianggarkan tidak kurang 8,000 orang yang datang dan sanggup berdiri berjam-jam lamanya semata-mata untuk mendengar ceramah daripada tiga 'orang kuat' Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.
Sebaik sahaja Anwar menyebut mengenai "video seks', para hadirin gelak dan ramai yang dilihat kurang mempercayai bahawa pelaku di pita itu adalah dirinya seperti yang didakwa.
Kehadiran orang ramai menyebabkan kesesakan lalulintas sehingga lima kilometer di Jalan Batu Kawah. Ada juga yang membawa kerusi plastik masing-masing dan berada di jambatan Batu Kawah, kira-kira 200 meter dari lokasi ketua pembangkang itu sedang berucap.
"Saya juga diberi amaran - sekarang ini seorang pegawai Kastam telah meninggal dunia, DNA saya juga akan ditemui di sana," kata Anwar sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin.
Dalam nada yang lebih serius, beliau juga menimbulkan isu kitab Injil berbahasa Melayu yang dirampas di Pelabuhan Klang dan Kuching oleh Kementerian Dalam Negeri. Sejumlah 31,500 kitab Injil berkenaan dirampas dan ditahan kerana dikatakan mengandungi beberapa perkataan yang dilarang termasuk penggunaan kalimah Allah.
"Nama bapa kepada Nabi Muhammad ialah Abdullah (maknanya hamba Allah) dan beliau dilahirkan 70 tahun sebelum kedatangan Islam, jadi ini bukan isu," kata Anwar.
Beliau juga membidas kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri berkempen di Sarawak.
Sambil menyifatkan ia sejarah dalam pilihan raya Sarawak, katanya kehadiran Najib membuktikan BN kini terlalu takut dengan kuasa rakyat yang kini sudah tidak boleh menerima lagi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Nik Aziz pula dalam ucapannya mahu rakyat di Sarawak memilih pemimpin yang amanah dan tidak mengkhianati rakyat dan tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah.
Beliau yang juga menteri besar Kelantan berkata, apa yang sudah terbukti, Pakatan Rakyat telah mempamerkan urus tadbir yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka termasuk Kelantan yang diperintah sudah lebih 20 tahun dengan menerapkan nilai agama Islam.
"Pilihan raya ini tempat kita nak pilih pemimpin yang baik dan amanah.
"PAS berkawan dengan DAP dengan PKR dan berjanji untuk menjaga rakyat dengan lebih baik.
"Jadi pilih calon Pakatan Rakyat. Kalau calon DAP bertanding, pangkah DAP, kalau PKR tanding, pangkah PKR, kalau PAS tanding pangkah PAS," katanya yang turut mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Buaya dua kaki
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang ketika berucap, turut menyeru rakyat Sarawak memilih calon Pakatan Rakyat.
Dalam nada berseloroh, katanya, wakil DAP di Batu Kawah, Christina Chew berkeupayaan menangkap 'buaya dua kaki' yang sering memakan harta rakyat negeri ini.
"Di Sarawak ada banyak sungai, dalam sungai ada banyak buaya, bukan buaya empat kaki, tapi buaya dua kaki.
"Kalau empat kaki takpa, kita boleh tembak saja tapi ini buaya dua kaki, kita kena undi Christina untuk ajar itu buaya dua kaki," kata Lim yang menyebabkan hadirin tidak kering gusi.
Sambil merayu penduduk di bumi Kenyalang itu agar berhenti memberi mandat kepada BN, beliau juga mahu rakyat jangan terus tertipu dengan janji Taib yang mahu menjadikan Sarawak negeri terkaya.
"Nak jadi kaya mesti zero corruption, kalau tidak, you zero income", katanya.
Lim seterusnya mengajak hadirin menukar rangkap lagu 'I want nobody nobody but you' nyanyian Wonder Girls kepada 'No money no money for you' untuk ditujukan kepada Taib.
Malaysiakini/- | Kedudukan BN Sarawak kini 50:50 Posted: 10 Apr 2011 08:30 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
(Sambutan rakyat kepada ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa, Kuching malam tadi)
BINTULU, 11 April: Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak.
Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.
Inilah laporan lapangan yang boleh dbuat dari Bintulu sekarang, kata jurucakap PAS Bintulu dalam laporannya kepada Harakahdaily.
"Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu.
Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem "Hantu Mak Limah balek Kampong".
Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya.
"Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.
"Bak kata orang-orang bae (bintulu) " yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur" ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya.
Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.
(Penempatan Iban di Kampung Sg Plan, DUN Kidurong, Bintulu)
Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.
Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.
Usaha Najib tekan Taib gagal
Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib.
Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.
Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.
"Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.
"Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan.
Harakahdaily | BN Sarawak kini hadapi masalah besar Posted: 10 Apr 2011 08:00 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
MIRI, 11 April: Barisan Nasional (BN) Sarawak kini sedang menghadapi masalah besar, apabila semua bandar-bandar utama di negeri sudah berjaya di kawal oleh Pakatan Rakyat.
Kucing, Miri dan Sibu hampir pasti jatuh ke tangan Pakatan Rakyat ekoran sokongan yang sangat luar biasa diberikan kepada program yang dianjurkan oleh Pakatan di bandar-bandar utama itu.
Kini, mereka sedang bergerak ke kawasan-kawasan bandar kecil dan luar bandar yang belum mendapat maklumat yang secukupnya tentang apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Menurut laporan SarawakReport, ketika majlis sambutan yang luar biasa diberikan kepada program Pakatan Rakyat, sambutan yang amat buruk diterima oleh para pemimpin BN di Sarawak.
(Gambar: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, George Chan sedang berucap dalam majlis BN di Miri)
Ia turut dialami oleh para wakil rakyat BN sendiri termasuk Timbalan Ketua Menteri, George Chan di kawasannya sendiri iaitu di Miri.
Tidak sampai 100 orang yang hadir mendengar ucapan pemimpin SUPP itu walaupun ia disokong sama oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang hilang kerusi Ketua Menterinya di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum 2008, Dr Koh Tsu Koon.
Di tempat yang samalah, hampir 20,000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Namun apakah ini akan diterjemahkan dalam kotak undi belum dapat dipastikan.
Ini kerana, BN sedang menggunakan segala jentera untuk mempastikan undi masih memihak kepada mereka walaupun sokongan memihak kepada Pakatan Rakyat.
(Gambar: Orang ramai yang mendengar ucapan Anwar di Miri)
"Saya rasa kali ini agak berbeza. Kalau benar azam untuk menjatuhkan Taib Mahmud menjalar di semua rakyat Sarawak, ia akan menjadi kenyataan. Duit hanya masuk poket tetapi undi mereka tidak akan bagi kepada BN," kata seorang pensyarah universiti tempatan Sarawak kepada Harakahdaily.
Pakatan tanding semua kerusi
Dalam pilihan raya ini, Pakatan meletakkan 71 calonnya iaitu di kesemua kawasan pilihan raya. PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 dan selebihnya (51) adalah PKR.
Menurut kajian Merdeka Centre sebelum hari penamaan calon, DAP boleh menang sekurang-kurangnya 12 kerusi dan tidak mustahil menang kesemua 15 kerusi yang ditandinginya. Ketika itu, mereka belum dapat kenal pasti kedudukan PKR dan PAS.
Menurut laporan terkini, ketika DAP yakin dengan 12 ke 15 kerusinya, PKR dikatakan yakin menang 15 kerusi. PAS pula dikatakan akan menang sekurang-kurangnya satu hingga tiga kerusi.
Pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 23 kerusi untuk menafikan kuasa 2/3 BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 36 kerusi untuk menamatkan kuasa BN di Sarawak.
Berikutan ketakutan dari sentimen benci kepada Taib Mahmud, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya di Sarawak berjanji kepada pengundi, Taib Mahmud akan bersara selepas pilihan raya ini.
Namun tidak diketahui apakah ianya dipersetujui oleh Taib kerana usaha Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin memujuk Taib agar bersara sebelum pilihan raya bermula gagal.
Ini kerana, kegagalan mereka memenuhi tuntutan dari Ketua Menteri Sarawak yang sudah 30 tahun menjadi 'raja' di negeri itu.
Menurut SarawakReport, kekayaan yang dimiliki Taib sudah terlalu melimpah ruah. Ia bukan sahaja milik beliau bahkan keluarganya iaitu anak-anak dan adik beradiknya.
Antaranya adalah pemilikan tanah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Sarawak.
Harakahdaily/-
| BN Dibayangi ‘dilema’, Pakatan Mula Raih Sokongan Posted: 10 Apr 2011 07:21 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KUCHING, 11 April — Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami "dilemma" menuju hari penentuan Sabtu ini.
Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam "mood" yang berbeza.
Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.
Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.
Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam.
Pada masa yang sama, Najib hadir pada majlis bertemu pemimpin 1 Malaysia di Kuching.
Meskipun penganjur majlis itu menggunakan bas untuk membawa orang ramai dari luar kawasan Kuching ke stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hanya sekitar 1,000 pengikut dan penyokong hadir.
Setiap hadirin majlis itu diberikan kemeja-T 1 Malaysia dan bendera untik dikibarkan ketika pemimpin-pemimpin kerajaan BN memasuki stadium.
Mengiringi Najib selaku Pengerusi BN ialah lima calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dan pemimpin-pemimpin parti komponen, antaranya Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Selepas Perdana Menteri dibawa masuk ke dewan dengan sambutan permaidani merah, sebahagian pengikut dan penyokong yang dibawa meninggalkan stadium untuk 'bersiar'siar' di kawasan stadium. Malah sebahagian lagi hadirin masih berada dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa mereka.
Apabila Perdana Menteri mula berucap, hadirin dalam jumlah besar, yang memakai kemeja-T 1 Malaysia mula keluar sedikit demi sedikit dari stadium.
Mereka yang berada di dalam dewan pula memperlihatkan wajah bosan tetapi sekali sekali bertepuk apabila Najib menyampaikan poin-poin yang 'bersemangat' dan menarik perhatian.
Sementara Pengerusi BN itu berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan menegaskan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya segera selepas pilihan raya, beribu-ribu hadirin yang berkumpul di Batu Kawah bersorak gembira apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu penyokongnya supaya percaya bahawa pemimpin itu tidak akan berbuat demikian.
Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin.
Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa "Pek Moh", istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain.
"Mereka tidak pernah mencuri tanah rakyat," kata beliau.
Anwar membawa pengalaman kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa di "Selangor, anda mendapat air percuma tetapi di Sarawak, hanya air hujan yang percuma."
Rakyat Sarawak akan keluar mengundi Sabtu ini, persekitaran yang cukup getir bagi BN manakala Pakatan Rakyat memperlihatkan peningkatan sokongan.
Sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui bahawa BN akan mempertahankan negeri bumi Kenyalang ini, tetapi ramai juga berpandangan bahawa pihaknya akan mengurangkan jumlah kerusi dimenangi perikatan itu.
Kini, BN mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.
M/insider | Klik 12 juta, Terima kasih semua. Posted: 10 Apr 2011 05:11 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Pada jam sekitar 10 malam tadi blog ini akhirnya mencecah kepada klik ke 12 juta sebagaimana posting dan harapan saya yang diterbitkan kelmarin. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kunjungan yang dilakukan oleh semua pembaca. Tanpa sokongan semua pihak tentunya blog ini tidak akan mencecah angka yang memberangsangkan itu. Dengan mencecahnya angka 12 juta klik, saya suka mengumumkan harapan semuga blog ini akan menjadi tapak kepada usaha kami menjadikannya sebagai satu portal berita yang lebih efesian pada masa akan datang. Oleh itu kami memberi peluang kepada semua pihak untuk menyumbangkan kan penulisan dan diemailkan kepada moderetor ke email idhamlim@yahoo.com.my untuk pertimbangan bagi diterbitan pada blog ini. | Awas : Penipu di Facebook dan Email ! Posted: 10 Apr 2011 04:40 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Saya merasa bimbang bila bertemu dengan seorang teman lama yang memaklumkan kepada saya mengenai dia ada hubungan dengan seorang warga Malaysia yang sudah lama menetap di luar negara dan memerlukan bantuan untuk balik ke Malaysia. Katanya dia terima dari Facebook mengenai wanita tersebut. Terbayang dalam ingatan saya adakah mesej itu sepertivmana setiap hari saya terima dan saya padamkan dari kotak mesej facebook saya ? Yang saya terima hari ini lalah begini: 1. "I like your profile can we be friends,i wrote you ealier and am not sure that you received it or you dont like my profile?just tell me,well am Azrina Ahmad and i would like to get to know you better" 2. "I like your profile can we be friends,i sent you an email earlier on facebook and am not sure that you received it or you dont like my profile?just tell me,well am adilah ahmadand i would like to get to know you better" 3."Linda Sue /hi .. dear am linda am coming to malaysia this month.. l want to know u more dear" Selain itu hampir setiap hari saya menrima email seseorang perempuan yang memperkenalkan diri berada di luar negara, kebanyakannya London memperkenalkan diri untuk menjadi rakan bisnes dan termasuk untuk mohon pertolongan balik ke Malaysia. Kerana itu saya mohon rakan-rakan san sahabat sekalian jangan mudah tertipu dan teruja dengan mesej dan email sedemikian. bagi saya ianya adalah langkah awal mereka untuk menipu saudara. Semuanya dilakukan dengan cerita-cerita yang menarik dan ada yang akhirnya berhubungan dengan talifon. Oleh itu sampai saat ini saya tidak jemu-jemu memadamkan mesej demikian dari kotak mesej facebook dan email saya atau kita lakukan langakah memasang "spam" untuk email sedemikian. Kepada sahabat yang mula mempercayai emai dan mesej sedemikian dan yang telah melakukan hubungan, saya berharap dapat mengehetikan dengan segera kerana dalam akhbar tempatan telah banyak kes penipuan yang melibatkan internet telah dilaporkan. | Khairy kata tawan P.Pinang dalam keadaan Sarawak mahu terlepas. Posted: 10 Apr 2011 04:05 PM PDT 07 Jamadilawal 1432H. [MOD] - Dalam kesibukan orang lain temasuk bossnya Najib hendap pertahankan Sarawah yang hendak terlepas Khairy berada di Pulau Pinang dengan dipetik sebagai berkata Pemuda Barisan Nasional BN harus memperhebatkan usaha menawan hati golongan muda Pulau Pinang yang menjadi kunci kepada usaha parti itu menawan kembali negeri tersebut. Menurutnya juga kejayaan menguasai semula Pulau Pinang akan memudahkan usaha BN merampas kembali negeri lain yang kini ditadbir Pakatan Rakyat Khairy akur dan berkata Pulau Pinang dilihat sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat kerana beberapa pemimpin tertinggi mereka adalah anak jati negeri ini Beliau berada dalam majlis perasmian program 'Jom Jelajah One Malaysia' peringkat Pulau Pinang. Baiklah Khairy balik ke Sarawak dengan segera bersama dengan Najib untuk selamat kan "Pek Mo" yang menghadapi gelombang Tsunami menjatuhkannya. Taib Mahmud sesungguhnya dalam keadaan amat terdesak dengan gelombang kebangkitan rakyat dibandar-bandar seperti kuching, Sibu, Miri dan Bintulu. | Bandingkan 30 Tahun Sarawak dengan 3 Tahun Pakatan Posted: 10 Apr 2011 03:50 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
KOTA SAMARAHAN, 10 April: Rakyat negeri Sarawak perlu membandingkan kehidupan mereka di negeri ini yang 30 tahun diperintah BN, dengan kehidupan rakyat di negeri Pakatan Rakyat, kata Datuk Mahfuz Omar.
Naib Presiden PAS itu berkata, biarpun baru tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, namun keperluan utama rakyat di negeri-negeri itu cukup diberi perhatian oleh kerajaan negeri.
Apatah lagi rakyat Kelantan yang telah diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, kini menikmati pelbagai kelebihan yang disediakan kerajaan.
"Rakyat Sarawak perlu iri hati dengan negeri Pakatan.
"Kena cemburu kepada rakyat Selangor, Kedah Kelantan Pulau Pinang, mereka dapat macam-macam dari kerajaan negeri, tapi rakyat Sarawak tak dapat," katanya ketika berceramah di sini.
Beliau memberi contoh rakyat Kelantan yang mendapat pelbagai kelebihan seperti skim Takaful Kifalah, Armalah dan puluhan yang lain.
Termasuk juga Selangor yang memberi 20 meter padu air percuma, RM1,500 kepada anak-anak yang memasuki universiti.
Di Kedah dan Pulau Pinang juga katanya, keadaan serupa berlaku apabila kekayaan negeri dibahagikan untuk dinikmati rakyat negeri itu.
"Kalau 2008 rakyat Kedah, Selangor, Pulau Pinang tak buat perubahan, adakah mereka dapat apa yang mereka dapat sekarang?
"Seperti Sarawak, walaupun rakyatnya 30 tahun di bawah BN, pemimpin kaya, rakyat papa kedana.
"Tuan-tuan boleh dapat benda sama, dengan syarat tuan-tuan lakukan perubahan," tambah Mahfuz lagi.
Beliau turut membidas tindakan pemimpin BN yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai berjanji.
Katanya, apa yang dinyatakan Pakatan Rakyat bukan hanya janji manis, namun telah dibuktikan di negeri yang diperintah mereka.
"Kita bukan jual janji, bukan jual ubat, tapi kita sudah buktikan di negeri Pakatan Rakyat.
"Kita perintah tiga tahun, lebih baik dari BN perintah 50 tahun," katanya.
Mengakhiri ceramah tersebut beliau turut mendeklamasikan pantun yang dituju khas kepada rakyat negeri itu.
Jom Ubah Sarawak
Hari Gawai Minum Air Tuak, Dari Marudun sampai ke Ba'kelalan, Taib Mahmud Sudah sapu kekayaan Sarawak, Ayuh kita undi Pakatan.
Orang Cina sudah bosan dengan George Chan, Mereka sedia menyambut perubahan, Bagaimana pula Melayu Melanau dan Iban, Saya yakin anda semua akan undi Pakatan.
Ramai-ramai ke bandar Kuching, Untuk sambut Hari Gawai, Rakyat sarawak sudah tak nak dacing, Ayuh kita sokong Pakatan ramai-ramai.
H/daily | Najib lancar minyak baru namun rakyat mahu harga minyak turun Posted: 10 Apr 2011 03:47 PM PDT 07Rabiulakhir 1432H. [MOD] - Datuk Seri Najib Razak melancarkan minyak keluaran Petronas Dagangan Bhd PDB iaitu Primax 95 Xtra yang dihasilkan dari teknologi F1 bagi menggantikan RON95. namun perlulah diingatkan [ersoalan sebenar yang menghantui benak fikiran setiap rakyat malaysia ialah bilakah harga minyak akan naik lagi. Rakyat malah sangat senang kalau Najib boleh melakukan seperti yang dilakukan oleh PM sebelum ini, Abdullah Badawi yang pernah menurunkan harga minyak. Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri di Menara Berkembar Petronas sempena juga dengan pengenalan baru label PBD iaitu "All The Way" Bagaimanapun harganya sama dengan harga RON95. Sangat malang bagi rakyat Malaysia yang terus menerus dihimpit dengan kemiskinan bila harga barang terus meningkat naik dengan maksud kuasa beli wang atau pendapatan masing-masing semakin mengecil. | Tak Boleh Tutup Mulut Lepas Menguap Posted: 10 Apr 2011 03:44 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SEBANYAK 26 batang kayu kecil dimasukkan ke dalam mulut Holly Thompson.
KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.
Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.
Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.
Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.
Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit.
Agensi | Pesawat Kargo Bawa Pam Air Gergasi ke Jepun Posted: 10 Apr 2011 03:39 PM PDT 7 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
ATLANTA, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah pesawat kargo gergasi Rusia di sini digunakan untuk membawa pam air antara yang terbesar di dunia ke Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.
Pam seberat 95 tan berharga AS$2 juta (RM6.04 juta) itu diletakkan di atas lori 26 roda dan akan digunakan untuk menyembur air ke dalam loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun yang rosak akibat gegaran gempa bumi kuat pada 11 Mac lalu.
Ketua Pegawai Ekekutif Putzmeister Amerika, Dave Adams berkata, pihaknya berharap peralatan yang dikeluarkan syarikatnya akan dapat membantu kerajaan Jepun menyelesaikan masalah di loji jana kuasa nuklear itu.
Masalah yang berlaku di loji tersebut kini ialah pekerja-pekerja berusaha untuk menyejukkan reaktor nuklear selepas sistem penyejukan mengalami kerosakan.
Agensi | TV Interaktif dilancar, pasti jadi media kempen BN PRN Sarawak Posted: 10 Apr 2011 06:04 AM PDT 06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -KUCHING: TV Interaktif (TVi), saluran televisyen 24 jam khas untuk Sarawak dan Sabah, memulakan siarannya melalui saluran Astro 180 hari ini, dengan sasaran tidak kurang 45 peratus kandungannya adalah dari kedua-dua negeri berkenaan. Perlancaran itu dalam keadaan PRN Sarawak sedang berlangsung dan saya melihat media ini akan menjadi bahan tungangan Bn untuk berkempen. Semasa merasmikan pelancaran TVi, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perkhidmatan itu diwujudkan hasil kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro. Katanya, isu, berita dan rancangan terkini membabitkan remaja juga akan dijadikan keutamaan. "Kebanyakan isiannya mengenai Sabah dan Sarawak. Hanya sesegmen kecil daripada punca lain. Tetapi ini tidak bermakna berita asas nasional tidak diberi," katanya kepada pemberita selepas perasmian saluran itu di Auditorium RTM di sini. Saluran Astro 180 sebelum ini menyiarkan Muzik Aktif. Beliau berkata, sebagai permulaan iaitu selepas pilihan raya negeri Sarawak, kementerian akan membekalkan 2,000 alat decoder untuk penduduk di pedalaman supaya golongan itu turut dapat menikmati program saluran itu. Rais berkata, kelahiran TVi bukan saja hasil kerjasama erat antara kerajaan pusat dan negeri, tetapi juga kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta. Katanya, kerjasama sedemikian juga adalah lebih kos efisien. "Astro mempunyai peralatan satelit yang membolehkan semua pelosok negara dapat diliputi daripada kita membina stesen pemancar melalui bukit bukau. Ia lebih baik menyewa dari Astro sebab Astro pun ada tujuan nasional," katanya. Tidak dapat dipastikan berapakah kod yang terlibat dalam pengendalian TVi. | Anwar: PM datang selamatkan Taib Posted: 10 Apr 2011 05:39 AM PDT 06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BN jelas tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kemenangan kepada gabungan tersebut.
Beliau berkata, ianya nampak jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri datang malam ini untuk berkempen sepanjang lima hari akan datang.
Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarahSarawak di mana pemimpin-pemimpin peringkat persekutuan datang untuk berkempen seperti sekarang, yang menurutnya, mencerminkan kegagalan kerajaan negeri.
Kehadiran perdana menteri, kata Anwar, menunjukkan BN percaya bahawa Taib tidak berkeupayaan untuk mendapatkan jaminan sokongan rakyat Sarawak untuk menyokong BN.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuching, beliau berkata, Najib juga membawa bersamanya sumber-sumber dari kementerian-kementerian pusat, dan ini memberi gambaran yang tidak baik terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Ini adalah satu kesalahan," katanya.
Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April, dan hanya akan pulang Jumaat depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu.
Dalam reaksinya terhadap dakwaan pembangkang itu, Najib berkata lawatan kerapnya ke Sarawak bukan sesuatu yang luar biasa.
Katanya, beliau membuat lawatan tersebut atas rasa tanggungjawabnya sebagai pengerusi BN dan perdana menteri.
Bernama memetik Najib sebagai berkata petang ini bahawa "Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan mempunyai 71 kerusi negeri, dan ia mengambil masa berhari-hari untuk sampai ke kawasan berkenaan kerana jaraknya.
Anwar, yang mendapat sambutan ribuan hadirin di majlis-majlis yang dihadirinya di Sarawak, berkata kehadiran para pemimpin tinggi BN dalam pilihan raya negeri ini, hanya membuktikan yang gabungan itu berada dalam bahaya.Malaysiakini/-
Cina Islam:
Kegoyahan BN dalam kempen di Sarawak sehingga hari ini nampak apabila ugutan demi ugutan yang dikenakan kepada siri kempen dan kepada penyokong PAS di 5 kerusi yang ditandingi. | BN dalam bahaya? Najib berkampung di S'wak Posted: 10 Apr 2011 05:34 AM PDT 06 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawaksekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.
Sebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.
Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.
Lebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya. Anwar juga di Kuching Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat. Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.
Najib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.
Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.
Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak. Esok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih.
Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.
Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.
Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.
Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.
Malaysiakini.
Cina Islam :
Gerlombang Tsunami yang berlaku di Semenanjung pada tahun 2008 nampaknya sedang berlaku di Sarawak dan sangat membimbangkan Najib, | BN Ugut Pemilik Rumah Tumpangan PAS Posted: 10 Apr 2011 04:10 AM PDT 6 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
SANTUBONG, 10 April: BN Sarawak terus menunjukkan sikap terdesak apabila mengugut pemilik permit rumah tumpangan dan rumah persendirian yang menyewakannya kepada petugas PAS.
Perkara ini berlaku di Sementan, Dun Tanjung Datu apabila petugas PAS dari Johor terpaksa keluar dari rumah yang disewa walaupun pada mulanya pemiliknya menunjukkan sikap positif meskipun mengetahui mereka daripada PAS.
Menurut ketua petugas PAS Johor di Dun tersebut, Onn Jaafar, kali pertama mereka diarah keluar ialah sewaktu menyewa di rumah tumpangan di Sementan.
Setelah empat hari menyewa di situ, mereka diarahkan keluar kerana pemiliknya memberitahu, mereka diugut oleh pihak BN-PBB bahawa permit sewaannya akan ditarik balik jika terus menyewakannya kepada petugas PAS.
(Gambar: Calon PAS, Nani Sahari [empat dari kiri] diiringi para pimpinan PAS ketika hari pencalonan 6 April lepas dengan diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man)
Pada malam sebelum diarah keluar, PAS mengadakan ceramah di perkarangan rumah tumpangan tersebut dan pemiliknya turut menghadiri ceramah tersebut.
Pemiliknya sedikitpun tidak menunjukkan rasa tidak senang malah menyatakan sokongan kepada calon PAS dan bersedia membawa petugas menyelami masalah penduduk di kawasan sekitar.
"Esoknya kami dipanggil dan setelah berbincang, mereka menyuruh kami keluar kerana takut dengan ugutan daripada pihak BN.Tapi mereka minta maaf kerana terpaksa arahkan kami keluar," cerita Onn ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Setelah diarah keluar, mereka menyewa di sebuah rumah persendirian yang juga di Sementan.
Pemiliknya juga tahu mereka daripada PAS dan tidak menunjukkan sebarang masalah.
Namun pada malamnya, mereka sekali lagi diarah keluar kerana pemiliknya turut menerima ugutan lesen perniagaannya akan ditarik kerana bekerjasama dengan PAS.
"Dia seorang ahli perniagaan. Dia bagitau kami, kalau benarkan kami menyewa, lesennya akan ditarik balik. Kerana takut, dia menyuruh kami keluar," katanya.
Sehubungan itu, mereka terpaksa menumpang di bilik gerakan kerana tidak mahu perkara sama berulang lagi kerana difahamkan pihak BN sentiasa memantau penduduk kawasan tersebut.
Namun bagi Onn, kejadian 'dihalau' ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat petugas PAS untuk terus berkempen sehingga hari membuang undi 16 April ini.
Beliau sebaliknya hanya menyifatkan kejadian ini sebagai cabaran kecil yang harus ditempuh oleh petugas-petugas apatah lagi jika 'masuk ke tempat orang'.
"Walaupun terpaksa berpindah randah begini, sedikitpun tak jejaskan semangat kami untuk terus membantu kempen calon PAS.
"Ada lagi petugas dari Johor yang akan tiba walaupun sudah dimaklumkan mengenai perkara ini," katanya.
Seramai 13 orang petugas dari Johor berkampung di Tanjung Datu sehingga hari mengundi.
Calon wanita
PAS meletakkan calon wanita, Nani Sahari untuk merampas kerusi Dun Tanjong Datu daripada penyandang kerusi ini, Adenan Satem daripada BN-PBB.
Nani berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru apabila menentang Adenan yang mengekalkan kerusinya selain seorang lagi calon bebas, Gilbert Asson ak Kulong.
Nani, 42 berasal daripada Kampung Pula, Petrajaya, Sarawak merupakan seorang graduan UiTM pada tahun 1993.
Nani yang bertugas sebagai pembantu klinik di Sarawak merupakan bekas Ketua Wanita PKR Sarawak pada tahun 2009 sebelum menyertai PAS tahun lalu.
Pada tahun 2006, Adenan menang kerusi ini dengan mendapat 4,545 undi menewaskan Sobey Daud, PKR (409) dan Larry Dominic Linang, Bebas (357).
Jumlah pengundi seramai 7,936 iaitu Melayu/Melanau (53.06%),Cina (19.63%), Iban (17.34%), dan Bidayuh (9.97%)
H/daily | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 11 Apr 2011 01:22 AM PDT Kerajaan Pulau Pinang Tidak Lupakan Sekolah Tamil Posted: 10 Apr 2011 06:48 AM PDT Ini adalah sebahagian dari pidato Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Kuil Murugan. Beliau berkongsi dengan orang ramai bagaimana Kerajaan Negari Pulau Pinang telah dikritik oleh pemilik sebuah muzium mainan kerana tidak memberikan tanah kepadanya. Kata Lim negari memberikan keutamaan kepada Sek Ren Keb. Tamil Azad karena saat ini, sekolah tersebut terletak di ruangan bawah sebuah bangunan kelab. Anak-anak [...] | Anwar: PM datang selamatkan Taib Posted: 10 Apr 2011 06:43 AM PDT Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BN jelas tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kemenangan kepada gabungan tersebut. Beliau berkata, ianya nampak jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sendiri datang malam ini untuk berkempen sepanjang lima hari akan datang. Katanya, tidak pernah [...] | |
PAS BANDAR LAGUNA Posted: 11 Apr 2011 01:14 AM PDT Sekolah terima notis awalkan peperiksaan, petanda PRU-13? Posted: 11 Apr 2011 12:55 AM PDT Di sebalik desas-desus kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini, laporan media menyebut sudah ada notis meminta peperiksaan sekolah-sekolah kerajaan pertengahan tahun ini dipercepatkan — dipercayai sebahagian persiapan menghadapi hari pengundian kelak.
Laporan Sin Chew Daily hari ini menyebut, satu notis kerajaan persekutuan telah diedarkan meminta sekolah agar mempercepatkan peperiksaan supaya pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan Jun atau Julai ini, bergantung pada keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang sedang berlangsung sekarang.
Akhbar itu berkata beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah menerima notis dan peperiksaan mesti diadakan bulan depan dan dewan sekolah pula tidak boleh disewa kepada awam mulai Jun dan bulan seterusnya.
Penganalisis dan pemerhati melihat pilihan raya paling cepat akan diadakan pada Jun atau Julai atau pada Oktober memandangkan Ogos dan September merupakan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri manakala November umat Islam akan menunaikan haji.
Pengetua sebuah sekolah rendah kebangsaan Cina di Selangor berkata notis pemberitahuan seumpama itu biasa dihantar oleh Kementerian Pelajaran sebulan atau dua bulan sebelum pilihan raya umum diadakan walaupun tiada sebab yang dinyatakan.
"Tapi notis seperti ini boleh menjadi petunjuk pilihan raya dan biasanya ia tepat," kata pengetua yang enggan namanya didedahkan.
Menurut Sin Chew Daily lagi, setakat ini sekolah yang menerima notis pemberitahuan itu tidak banyak dan pilihan raya umum akan diadakan berpandukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak.
Pengundian pilihan raya negeri Sarawak diadakan 16 April ini.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui BN itu akan berjaya mempertahankan Sarawak namun ramai yang percaya kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri BN akan berkurangan.
Kini, BN Sarawak yang dipimpin Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.
Dalam temu bual dengan Reuters awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan pilihan raya negeri Sarawak pertengahan bulan ini akan digunakan sebagai "ukuran" untuk menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13 — sama ada dipercepatkan ataupun sebaliknya.
Pengerusi BN itu berkata kerajaan akan memutuskan masa yang sesuai bagi pilihan raya umum selepas pilihan raya negeri Sarawak. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 10 Apr 2011 09:44 PM PDT Pusat Aduan Rakyat Online DUN Chembong, Tahniah orang Rembau Posted: 10 Apr 2011 05:15 PM PDT Tahniah diucapkan kepada PAS di DUN Chembong yang telah mengadakan Pusat Aduan Rakyat secara fizikal dan maya di http://parchembong.blogspot.com/ . Semoga warga di DUN Chembong dalam parlimen Rembau akan mendapat lebih perhatian oleh semua pihak yang berkaitan. Kalau nak cantik lagi Pilihanraya Umum yang akan datang , warga Chembong perlu memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ( PAS / PKR ). Barulah Umno di peringkat pusat akan lebih memberi perhatian kepada warga Chembong dengan adanya wakil rakyat di DUN Chembong seperti apa yang berlaku di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat. Mari kita bersama berusaha dan bergerak ke arah kemenangan Pakatan Rakyat untuk rakyat di DUN Chembong. | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 10 Apr 2011 09:20 PM PDT Nizar bantu kempen sebelum sidang Dun Perak 12 April. Posted: 10 Apr 2011 02:37 AM PDT | Abang Eddy teruskan legasi datuk Posted: 10 Apr 2011 02:32 AM PDT SAMARAHAN, 10 April: Seorang lagi calon anak muda PAS, Abang Eddy Abang Fauzi yang bertanding bagi merebut kerusi DUN Sadong Jaya, dilihat mempunyai tarikan sendiri berdepan mayarakat di Dun itu. Susuk tubuh yang tegap, petah bercakap, ada karisma, antara kelebihan Abang Eddy yang juga Ketua Pemuda PAS Sarawak. Tidak banyak beza dengan Abang Ahmad Kerdee Masagus iaitu calon muda PAS di Beting Maro, Abang Eddy, 32, juga punyai kelebihan tersendiri. Beliau cukup dikenali di Dun ini apatah lagi beliau adalah cucu kepada bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Datuk Hakim Abang Haji Mohidin, yang juga bekas Adun Sadong Jaya sejak tahun 80-an. Jasa dan kebaikan datuknya itu sangat diketahui penduduk di sini dan tempiasnya kini kena pada diri beliau. Atas kapasiti itulah, beliau juga sangat disegani kawan dan lawan. Ketika ditemubual Harakahdaily semalam, beliau berkata beliau akan meneruskan segala usaha murni yang dipelopor datuknya membawa Sadong Jaya ke tahap lebih baik. "Untuk peringkat pertama ini, saya dah melawat ke lima unit peti undi, naik rumah ke rumah, mereka menerima kita. "Walaupun mereka letak bendera BN, mereka tetap alukan kedatangn kita, lebih lebih lagi mereka kenal datuk saya. "Di sini persaudaraan lebih penting berbanding ideologi politik,"katanya. Ditanya pendekatan kempen yang diguna, Abg Eddy memberitahu beliau selesa dengan kempen rumah ke rumah dan berperinsip 'lebih banyak menerang dari menyerang'. Menurutnya, kaedah itu lebih sesuai kerana majoriti masyarakat di sini adalah saudara dan rakan-rakan yang membesar bersamanya. Antara isu utama membelengu masyarakat di sini katanya adalah isu kemudahan asas yang masih lagi tidak sempurna. Selaian Abang Eddy, turut merebut kerusi itu, Aidel Lariwoo (BN) dan Mahayudin Bin Wahab (Bebas) | Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli dan diugut Posted: 10 Apr 2011 02:26 AM PDT SANTUBUNG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu. Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain. (Gambar: Calon PAS Tanjung Datu, Nani Shaari)
Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.
Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.
Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.
"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.
"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. (Gambar: Mahfuz menunjukkan salinan repot polis yang dibuat) "Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu. Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas). | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING Posted: 10 Apr 2011 07:36 PM PDT |
Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua Posted: 10 Apr 2011 07:30 PM PDT |
DUN PENGKALAN KUNDOR Posted: 10 Apr 2011 07:27 PM PDT PRN Sarawak 2011: "kamek maok perubahan" Posted: 09 Apr 2011 11:20 PM PDT 9 April,Sebuyau-Pilihanraya negeri sarawak bagi DUN Sebuyau menyaksikan perlawanan 3 penjuru diantara BN-PBB,PAS dam BEBAS.BN-PBB diwakili Julaihi Narawi,telah memegang kawasan ini selama 4 penggal.Manakala PAS ditandingi oleh Adam Ahid dan BEBAS diwakili oleh ali bin Semsu. Sebuyau mempunyai 8,042 pengundi meliputi 8 Mukim iaitu Sg. Apin,Tanjng Beluku,Slangking, Seruyu,Entangor, Sebangan,Sebuyau dan Senayang.Majoriti penduduk adalah Melayu diikuti Iban dan Cina.
Setelah hari penamaan calon 6 April lalu,kempen telah digerakkan dengan agresif oleh Kontinjen PAS dari negeri Kedah,Perlis,Perak dan Pulau Pinang.
Petugas-petugas PAS dilihat semakin bertambah dibahagian MMuslimat PAS daripada 11 orang pada awal hari berkempen kepada 19 orang setakat ini.Penyertaan Muslimat terdiri 11 dari semenanjung, selebihnya dari bandar Kuching.
Kawasan Sebuyau dianggap panas berikutan perubahan angin pemuda yang condong kepada perjuangan PAS.Pelbagai program mula diaturkan oleh BN dengan mengadakan program hiburan serta menaikkan kain rentang berunsur ugutan di beberapa buah kampung termasuk Kg.Hulu. Turut kelihatan beberapa kali helikopter berlegar kawasan ini bagi meninjau suasana Sebuyau ketika ini.
Dikhabarkan perdana Menteri juga akan turut singgah di kawasan Sebuyau bagi tujuan kempen yang dikatakan memberi tentangan hebat kepada penyandang yang dikatakan tidak melakukan sebarang perubahan semenjak 4 penggal memegang kawasan ini.
Isu yang menjadikan sebutan dikalangan penduduk merupakan masalah setempat yang sekian lama mencengkam sejak 20 tahu lalu. Antaranya, tanah adat yang dirampas tanpa sebarang pampasan mahupun persetujuan,yang menyebabkan kaum Iban dan Dayak terpaksa mencari tempat baru. Dan diskriminasi yang ditunjukkan oleh PBB terhadap penduduk sekitar dalam hal kebajikan juga dianggap serius daripada aduan mereka tidak pernah dilayan sama sekali.
Bagaimanapun isu nasional tidak mendapat perhatian kerana mereka beranggapan tiada kepentingan untuk diperkatakan, biarpun isu video seks terus menjadi tajuk utama berita.
Daripada kempen di Mukim Entangor bersama petugas PAS terdiri daripada YB amirudin dan Zul Tualang mendapati,sebahagian penduduk dilihat masih lagi berada dalam lingkungan miskin tegar dimana mereka sukar untuk mendapat perkhidmatan yang selesa seperti kemudahan jalan dan sukar untuk mendapat bantuan awam yang disediakan kerajaan.
Seorang penduduk dari kawasan terbabit ketika ditemui menceritakan perjalanan dari kampung beliau untuk sampai ke pekan sebuyau memakan masa 2 jam dengan hanya berjalan kaki berikutan tiada kemudahan disediakan sejak dahulu lagi.
Ugutan juga dilaporkan oleh penduduk selepas beberapa individu dari pihak lawan menyatakan bahawa undi tidak lagi menjadi rahsia menyebabkan penduduk menjadi resah dengan perkara tersebut.
PAS dilihat semakin bersemangat dengan keterbukaan kebanyakan penduduk yang menuntut perubahan, sokongan yang ditunjukkan juga dilihat positif.PAS yang sebelum ini diburukkan oleh parti lawan berbeza dari apa yang disangka.
Dalam masa yang singkat juga,gerak kerja dilihat lancar dengan melantik kesemua 2 orang petugas dan agen kira undi dikesemua 26 UPU seluruh sebuyau.
Liputan mengenai DUN Sebuyau sedikit hambar memandangkan kesemua petugas terlalu sibuk dengan aktiviti masuk kampung yang telah disusun, disamping kemudahan internet yang terhad dan bekalan elektrik yang seringkali putus mengejut.
Sebarang liputan dan maklumat mengenai Sebuyau boleh dihantar kesini atau didapati disini untuk maklumat luar.
"Tiada istilah Kalah dalam perjuangan Islam, hanya ada menang"-Ust. Nasharudin Md Isa.
*gambar tak dapat di upload sebab internet slow. | |
N.19 MTD PANCHING Posted: 10 Apr 2011 07:25 PM PDT MENANTI KEHANCURAN BN SARAWAK Posted: 10 Apr 2011 06:19 PM PDT Pilihanraya Sarawak telah bermula. Pada 16 April nanti penduduk Sarawak yang layak akan membuang undi. Pilihanraya ini cukup mencabar kepada BN Sarawak yang diketuai Taib Mahmud kerana pelbagai isu yang yang tidak menyenangkannya.
Sarawak dianggap negeri yang agak ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. Walaupun hasil mahsulnya banyak tetapi rakyat tidak dapat menikmatinya dengan sewajarnya kerana difaraidkan untuk keluarga Ketua Menteri dan kroninya. Aset-aset Taib telah lama didedahkan dalam laman sesawang.
Keadaan geografi Sarawak yang begitu luas dengan kemudahan perhubungan darat yang begitu terhad menyebabkan pilihanraya di Sarawak begitu mencabar pihak pembangkang. BN sudah pasti akan menggunakan pelbagai "senjata" terbaiknya untuk memenangi hati rakyat. Sudah tentu wang akan ditabur dengan begitu meluas dan janji-janji pilihanraya akan dihamburkan dengan sewenang-wenangnya.
Namun, jika parti pembangkang dapat menambah kemenangan dalam kerusi yang ditandingi atau mengambil alih pemerintahan di sarawak, maka ini akan membuka mata semua rakyat di Semenanjung dan Sabah bahawa tidaklah mustahil untuk menumpaskan BN di seluruh negara! Semoga rakyat Sarawak dapat membuktikan bahawa mereka lebih cerdik dari sesetengah golongan yang dikatakan "terpelajar" serta masih bersekongkol dengan BN/UMNO di Semenanjung.
ketua Penerangan MTD
| |
PAS LENGGONG Posted: 10 Apr 2011 07:22 PM PDT Posted: 09 Apr 2011 08:11 PM PDT | Kenyataan Najib seolah-olah Pegawai Kastam Rasuah Posted: 09 Apr 2011 07:54 PM PDT Jika diamati kepada kenyataan Najib terhadap peristiwa yang berlaku dalam Kastam yang menyebabkan kematian mengejut Pegawai Kastam seolah-olah pegawai Kastan tadak bekerja mengikut undang dan menyebabkan kerugian. Kalau begitu anggapan PM terhadap kakitangan kerajaan maka amat malanglah kepada semua rakyat yang kerajaan yang dipilih rakyat telah memilih pegawai kerajaan yang tidak amanah. Malanglah kepada Kastam kerana tidak mendapat kepercayaan ketua kerajaan. Kalau begitu yang perlu meletak jawatan ialah PM dan menteri kewangan. | |
Rembau Hari Ini Posted: 10 Apr 2011 07:17 PM PDT Pusat Aduan Rakyat Online DUN Chembong, Tahniah orang Rembau Posted: 10 Apr 2011 05:14 PM PDT Semoga warga di DUN Chembong dalam parlimen Rembau akan mendapat lebih perhatian oleh semua pihak yang berkaitan. Kalau nak cantik lagi Pilihanraya Umum yang akan datang , warga Chembong perlu memilih wakil rakyat dari Pakatan Rakyat ( PAS / PKR ). Barulah Umno di peringkat pusat akan lebih memberi perhatian kepada warga Chembong dengan adanya wakil rakyat di DUN Chembong seperti apa yang berlaku di DUN Paroi, Ampangan dan Sikamat. Mari kita bersama berusaha dan bergerak ke arah kemenangan Pakatan Rakyat untuk rakyat di DUN Chembong. | |
DUN CHINI Posted: 10 Apr 2011 07:12 PM PDT CERAMAH UMUM Posted: 09 Apr 2011 11:46 PM PDT | MUKTAMAR AGUNG DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PEKAN Posted: 09 Apr 2011 10:31 PM PDT Bertempat di Pusat Tarbiyah MTD DUN Chini mesyuarat agung pemuda Pas Kawasan Pekan telah diadakan pada hari ini 10 april 2011. Masyuarat di rasmikan oleh Ust.Azman Shafawi b.Abd Rani Timb.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat. Antara isi kandungan ucapan ialah beliau mengingatkan , pemuda adalah tongak perjuangan Pas dan Negara. Tanpa Pemuda yang berakhlak dan beriman pada hari akhirat sesuatu negara akan hancur . Pemuda mesti maju kedepan dalam perjuangan bukanya kebelakang atau menarik diri dalam perjuangan dengan alasan sesihatan atau sebagainya. Para pemimpin yang terdahulu dalam Pas walau pun uzur tetapi perjuangan dan jawatan tetap di pegang .namun untuk menolak atau mengundurkan diri dalam perjuangan namun tidak sama sekali. Beliau juga menguraikan tentang Tahaluq yakni pas hanya bekerjasama dengan Dap dalam sudut tahaluq sahaja ,bekerjasama yang tidak melangar dalam sudut islam sebagai contoh di Kelantan ,DAP menentang keras pengharaman judi 4D atau Toto tetapi Pas tetap mengharamkan kerana ia haram dalam sudut islam. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 10 Apr 2011 03:35 PM PDT http://www.perisik-rakyat.com/2011/04/prn-sarawak-strategi-terbaik-pakatan.html Posted: 10 Apr 2011 09:59 AM PDT Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih... Kemarin gua ronda-ronda dekat 3 lokasi- Bandar Kuching, Kota Samarahan & Santubong. pakaian rasmi gua macam biasa - T-Shirt itam tertulis "RACISM is so yesterday" dengan seluar jeans lusuh. Sorang pemuda Cina datang tegur gua sambul tunjuk dekat T-Shirt gua - "I like your T-Shirt" kata budak tu. memang gua dah agak. padahal yang dia minat bukan T-Shirt gua ni tapi slogan "RACISM is so yesterday" tu. Spontan tu jugak dia tanya gua - "mesti you ni datang dari Semenanjung kan..?". yup... gua jawab ringkas... gua tanya dia balik - "macam mana you tau..?", jawab dia - "sebab dekat sini tiada Racism. cuma di Semenanjung je ada Racism". gua jawab balik - "betul... dekat Semenanjung ada Racism sebab ada UMNO". budak Cina tu senyum je sambil bisik dekat aku - "Kami selalu jadi mangsa". gua paham ayat tu. Idea dan persetujuan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menabalkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya majoriti pengundi Sarawak berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional Sarawak dalam Pilihanraya Negeri Sarawak sebenarnya adalah 1 "perangkap maut" bagi Barisan Nasional. Barisan Nasional melalui "Kepala Bana"nya parti UMNO (yang tak wujud di Sarawak) menyambut baik idea Pakatan Rakyat menabalkan Baru Bian (yang bukan berketurunan MeLAYU) sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru dengan agenda "Perkauman" sempitnya di Sarawak. Blogger-blogger "hebatnya" mula memainkan isu "KePuanan MeLAYU"nya di Sarawak. ini 1 tindakan yang gua tunggu-tunggu dan respon sebegini amat dinanti-nantikan bagi gua dalam tempoh kempen Pilihanraya Negeri Sarawak. Rakyat Sarawak yang lebih terbuka mindanya 110% menolak politik "Perkauman" kerana disini, kehidupan mereka sentiasa aman damai sesama kaum. baik Iban, Bidayuh, Cina, India dan lain-lain kaum tak pernah menghadapi masalah dimana-mana pelusuk Negeri Sarawak. Kefahaman mereka tentang perbezaan, kebudayaan, kepentingan dan budaya kaum-kaum yang berlainan di Sarawak sangat-sangat tinggi. masyarakat Iban bangga berjiran dengan masyarakat Bidayuh, masyarakat Melanau bangga berjiran dengan masyarakat Cina dan begitulah sebaliknya. Menghina mana-mana kaum di antara kejiranan mereka di Sarawak, samalah seperti menghina mereka sendiri. walaupun di setengah-setengah kawasan di Sarawak si kuasai oleh 1-1 masyarakat pribumi atau bukan pribumi, sifat kesetiakawanan mereka amat-amat tinggi. tak macam ejen-ejen UMNO di Semenanjung. Banyak tempat dah gua pergi dan macam-macam kaum di Sarawak gua jumpa dan setiap kali itu juga kami diraikan dengan amat baik sekali. tak kira apa lambang parti politik. kami diraikan sebagai "tetamu" dan bukan sebagai "politician". ini adalah kehebatan masyarakat-masyarakat di Sarawak. Gua yakin budaya kemasyarakatan macam ni berlaku dan praktikal di Sarawak sebab di Sarawak, UMNO tak pernah bertapak dan gua 110% jugak yakin bahawa UMNO tidak akan bertapak di Sarawak sebab budaya "Racism" dalam UMNO sangat-sangat tinggi, lebih tinggi dari songkok mereka. PERKASA juga amat-amat tidak boleh diterima disini. lain-lain parti politik perkauman macam MIC dan MCA gua tak tau samada wujud atau tidak di Sarawak, cuma yang gua tau, mana-mana parti atau individu yang mengangkat perjuangan bangsa melebihi perjuangan parti akan ditolak 110% di Sarawak. Bila blogger-blogger PenChaChai UMNO yang berkampung di Sarawak mula memainkan isu "KePuanan MeLAYU", mereka sebenarnya memberi pukulan "Smack Down" kepada Barisan Nasional Sarawak. Idea Pakatan Rakyat Sarawak menabalkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya Barisan Nasional tumbang dalam Pilihanraya Negeri Sarawak disambut baik oleh rakyat Sarawak sokongan keatas Pakatan Rakyat semakin meninggi. Kita dapat lihat dari program-program Pakatan Rakyat sebelum pengumuman tersebut dan selepas pengumuman tersebut. sebelum ini, sambutan keatas program Pakatan Rakyat tidak seperti hari ini. lepas kenyataan tersebut, program Pakatan Rakyat di Satok, Serian dan lain-lain tempat meningkat dengan mendadak. Program Pakatan Rakyat di Satok mencatat hampir 10,000 kehadiran, di Serian tak kurang dari 5,000 kehadiran manakala di Miri pula lebih kurang sama jumlahnya dan kutipan derma kilat Dana Pilihanraya Negeri dalam 1 program di Miri berjaya mengumpul lebih dari RM21,000 kutipan. Rakyat Sarawak mula berpihak dengan membantu menggerak dan mengukuhkan Pakatan Rakyat Sarawak manakala Barisan Nasional Sarawak pula terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menggerakkan rakyat bagi menampakkan "sokongan" hasil dari "sogokkan" Barisan Nasional. Bagi gua, ini adalah kekalahan moral yang pertama bagi Barisan Nasional Sarawak. jika mood sebegini berterusan sehingga 16hb. April, 2011 - Pakatan Rakyat akan mentadbir Negeri Sarawak dengan majoriti mudah. Selepas 30 tahun Barisan Nasional di Sarawak, mereka bukan sahaja gagal untuk mentadbir Kekayaan Negeri Sarawak dengan baik bahkan lebih dari itu, Barisan Nasional juga gagal untuk memahami seni budaya turun temurun rakyat Sarawak. Jadi gua tak hairan kalau habis bukit dan hutan gondol ditarah, tanah-tanah yang menjadi nyawa masyarakat pribumi Sarawak dirampas pimpinan Barisan Nasional. ini adalah kerana Barisan Nasional tidak berminat untuk mempertahankan apa yang ada di Sarawak jauh lagi berkongsi hasil bumi Sarawak dengan rakyat Sarawak. mereka hanyalah pimpinan rakus yang berjuang untuk agenda sendiri dan bukan untuk rakyat. Sudah sampai masanya gigi geraham yang menyusahkan "Tuan" dinyahkan dari Sarawak. | PRN Sarawak: Senarai Hasil Rompakan Keluarga Taib Mahmud Posted: 10 Apr 2011 09:39 AM PDT
- 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
- 9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
- 750 hektar … di Jalan, Miri.
- 2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
- 500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
- 50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
- 5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
- 50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
- 2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
- 10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
- 4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
- 15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
- 1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
- 10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
- 8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
- 10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 4,000 hektar … di Sungai Sikat, Mukah – Bella Magic Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
- 5,000 hektar … di Kenyana – Rajah Mutiara Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 2,000 hektar … di Loba Kabang – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
- 2,050 hektar … di Penasu Igan – Victoria Square Development Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
- 5,000 hektar … di Antara Batang, Oya dan Batang Mukah – Kub Sepadu Sdn Bhd – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 10,500 hektar … di Sungai Retus – Hariyama Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
- 768 hektar … di Pasai Siong, Sungai Retus – Masretus Oil Palm Plantation Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib), Yahya bin Ibrahim (anak saudara Taib) dan Mahmud bin Ibrahim (anak saudara Taib).
- 400 hektar … di Tulai Meradong – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 2,000 hektar … di Batang Lebaan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 100 hektar … di Sungai Lengan, Sibu – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 600 hektar … di Sungai Melayu, Meradong – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 1,113 hektar … di Batang Lassa – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 1,500 hektar … di Jin Matu, Daro – Europalm Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 90 hektar … di Kampung Tebang, Batang Lassa, Daro – Multi Maximum Sdn Bhd (anak syarikat Ta Ann Holdings) – Hamid Sepawi (sepupu Taib).
- 15,000 hektar … di Pulau Bruit – Eastern Eden Sdn Bhd dan Poh Zhen Sdn Bhd – Arip Mahmud (abang/adik Taib), Ali Mahmud (abang/adik Taib) dan Azerina Mohd Arip (ipar Taib).
- 7,700 hektar … di Paloh – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
- 9,000 hektar … di Sungai Machan Tengah – Polar Tower Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib).
- 5,000 hektar … di Sungai Selepong dan Sungai Kawasan – Ample Agro Sdn Bhd – Fatimah Abdul Rahman (kakak/adik kepada YB Norah binti Abdul Rahman yang juga sepupu Taib).
- 70,000 hektar … di Bijat Land District, Sri Aman – beberapa buah syarikat yang diuruskan oleh Titanium Management Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
- 2,300 hektar … di Sungai Klauh dan Sungai Dor – Tabaruk Abadi Sdn Bhd – Ali Mahmud (abang/adik Taib Mahmud).
- 700 hektar … di Sungai Batang Klauh – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 900 hektar … di Melugu, Sri Aman – Sarawak Oil Palm – Entiti perniagaan ini juga telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 7,000 hektar … di Simunjan – Gedong Plantation Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
- 5,000 hektar … di Batang Sadong – Indranika Jaya Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
- 5,600 hektar … di Batang Sadong – Hydroflow Sdn Bhd – Naroden Majais (ahli politik BN).
- 700 hektar … di Antara Sungai Igom – Poliga Sdn Bhd – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).
- 1,000 hektar … Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
- 500 hektar … di Munggu Kupi, Serian – Ahmad bin Su'ut (bomoh Taib Mahmud).
- 354 hektar … tanah NCR penduduk Kampung Segenam, di antara Batang Sadong dan Ensengai Road, Serian – diberikan kepada Usaha Jasamaju Sdn Bhd – pemegang saham Usaha Jasamaju Sdn Bhd ialah Asset Teamwork Sdn Bhd (125,000 unit saham), Ting Kang Hwa (187,500 unit), Betty Yii Pick Koung (7,500 unit), Wong Kuok Kai (325,000 unit), Lau Hie Ping (75,000 unit), Wong Kuo Hea (375,000 unit), Knightswealth Sdn Bhd (50,000 unit), Chai Min Kian (125,000 unit), Lim Choo Tad (25,000 unit), Siew Meng Kun (55,000 unit), Century Merit Sdn Bhd (125,000 unit), Transwill Sdn Bhd (125,000 unit) dan Butrasemari Sdn Bhd (900,000 unit) – Nota : Lau Hie Ping, Wong Kuo Hea, Lim Choo Tad, Siew Meng Kun daripada Ta Ann Holdings dan Chai Min Kian adalah politikus parti komponen BN Sarawak iaitu SUPP. Butrasemari Sdn Bhd berkait dengan Abdul Hamid Sepawi (proksi Taib Mahmud) yang merupakan Pengerusi Eksekutif Ta Ann Holdings.
- 3,305 hektar … di Sebangan – Quality Concrete Holdings Berhad – Raziah Mahmud (kakak/adik Taib).
- 10,000 hektar … di Sungai Bakong dan Sungai Karap – Polar Red Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
- 700 ekar (283 hektar)… di Batu 13, Kuching – Mesti Bersatu Sdn Bhd, LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud) dan Lanco Plantations (keluarga Arip Mahmud – abang/adik Taib).
- 1,300 hektar … di Kemajuan, Lembaga – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
Dan banyak lagi yang akan didedahkan oleh blog Perisik Rakyat… | Swrk Oh Sarawak Posted: 10 Apr 2011 09:20 AM PDT | |
DPP Gopeng Posted: 10 Apr 2011 03:33 PM PDT Melayu rosak kerana hiburan artis melampau bukan kerana ‘seni’. Posted: 10 Apr 2011 06:03 AM PDT Melayu rosak kerana hiburan artis melampau bukan kerana 'seni'. Saya berasa terpanggil untuk menulis member komentar terhadap tulisan Mior Kamarul Shahid yang disiar dalam akhbar Berita Harian 2 April 2011 yang lalu. Tulisan beliau kelihatan sebagai aluan dan selamat datang kepada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang bakal disiar secara langsung menerusi beberapa siaran media perdana negara. Saya bersetuju dengan tajuk kecil beliau iaitu tiada kajian ilmiah buktikan nilai masyarakat terhakis kerana dunia seni kerana saya memahami istilah seni jauh bezanya dengan takrifan istilah seni artis yang pihak media maklumi. Seni yang saya faham adalah seperti yang digambarkan dalam Ensiklopedia Indonesia, bahawa seni adalah penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi kedalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis dan ruang), atau dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari dan drama). Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8). Menurut Ustaz Abd Ghani Shamsuddin, seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam. Ulama' tersohor seperti Al Qaradhawi juga banyak menulis berkenaan kesenian dalam islam (Al Islam Fal Fann) yang menegaskan betapa salahnya kita mengharamkan seni yang merupakan fitrah insaniyah yang dianugerahkan kepada manusia. Kita juga melihat bahawa kaum Monggol dan Gassar (Jermanik) yang menghancurkan tamadun Arab dan Rom tidak memiliki korpus kesenian sebaliknya hanya berbekalkan keganasan dan strategi peperangan sehingga menyaksikan tamadun mereka tidak kekal berpenjangan. Seni juga menjadi musuh kepada kerajaan-kerajaan komunis sehingga mengistilahkan seni adalah alat Komrad iaitu hanya alat propaganda untuk menyembahkan manusia terhadap ideology komunis dan bukannya suatu ekspresi ikhlas manusia untuk berhibur. Namun istilah seni yang dibawa dalam majalah dan akhbar hiburan adalah seni sekular yang tiada kaitan/hubungan dengan saranan Islam. Istilah artis (ahli seni) kelihatannya tidak layak dipegang oleh para artis dan selebreti di Malaysia dan serata dunia memandangkan aspek moral dan etika mereka yang meleset. Sedangkan seni adalah suatu kerjaya yang berstatus, bermoral, berakhlak serta mengundang rasa izzah kepada pembawa seni tersebut. Ekspresi seni yang digambarkan oleh artis di Malaysia dengan menayang dada,ketiak dan bahu, berpakaian ala kemban serta bermegah dengan parti sosial di internet tidak layak bergelar artis atau ahli seni. Lantaran itu, pihak Berita Harian tidak menjumpai hasil kajian masyarakat melayu hancur dan rosak disebabkan seni kerana seni itu baik. Masyarakat melayu tidak pernah rosak dengan aktiviti seni rakyat yang bermoral, seni lukisan, seni suara yang beradab melaung nama Tuhan dan kebaikan, malah orang melayu semakin hebat apabila berhadapan dengan seni rekabentuk indah, ukiran dan seni silat yang tidak bercanggah dengan islam. Semua itu adalah seni selagi mana ia adalah ekspresi tubuh dan akal manusia. Tetapi terlalu banyak hasil kajian dan kenyataan media yang mengaitkan kerosakan kaum melayu terutama belia dan remaja akibat aktiviti hiburan yang dipopularkan oleh 'artis' yang mengaku berseni tersebut. Seni yang bagaimana cuba ditonjolkan jika keruntuhan rumah tangga dan aib suami isteri dimainkan oleh media sehingga menolak aspek rumah tangga Islam? Kata saudara Mior lagi; Di Malaysia, ada golongan yang kononnya menganggap mereka sebagai moralis Melayu yang tidak pernah melihat dunia hiburan dalam konteks yang matang. Mereka mengaitkan hiburan dan Melayu. Disebabkan acara hiburan sering dibanjiri orang Melayu, mereka membuat generalisasi bahawa semua orang Melayu suka berhibur. Lagi; Janganlah disebabkan secebis ruangan gosip artis, maka media dan dunia hiburan dipersalahkan. Mereka yang kononnya membenci gosip sebenarnya adalah orang yang suka membaca gosip. Inilah sikap hipokrit golongan yang perasan mereka moralis yang sering menyalahkan dunia hiburan kononnya punca kepada gejala negatif. Setakat ini, rasanya belum ada kajian ilmiah yang boleh membuktikan korelasi jelas antara hiburan dengan gejala negatif masyarakat. Jika hiburan menjadi faktor kegagalan pelajar dalam peperiksaan, tentulah universiti di negara ini kosong tanpa pelajar, sedangkan sekarang sudah ada puluhan universiti awam dan swasta. Ruangan gosip tidak perlu dicari alasan untuk dihalalkan. Gosip adalah haram dalam Islam secara tuntas. Tidak pelru menyalahkan si pengkritik gosip sebagai hipokrit. Malah tulisan-tulisan media hiburan kebanyakkan cuba menaikkan nama beberapa kerat artis yang kelihatan bermoral sebagai tanda aras bahawa masih ada artis malaysia yang bermoral sedangkan mereka amat keliru betapa jauhya beza antara moral dan etika dengan nilai akhlak Islam. Berhati budi, tiada skandal namun tidak menutup aurat masih dianggap tidak berakhlak dalam Islam. Cuma beretika sahaja menurut kaca pandang manusiawi. Dahulu sekitar tahun 1992, hangat diperkatakan mengenai Garis Panduan mengenai peri laku artis. Malah garis panduan ini turut diperbincangkan pada peringkat kabinet bagi memastikan selebriti di negara ini mengamalkan cara berpakaian dan penampilan sesuai budaya di negara ini. Ia juga sejajar dengan dasar Kebudayaan Kebangsaan Negara. Perkara utama yang diberi perhatian ialah dari segi wajah dan pakaian ketika muncul di kaca televisyen, filem dan pentas, tingkah laku, pertuturan bersopan dan berperibadi yang tinggi. Dari segi pakaian pula, mereka perlu mematuhi cara dan budaya ketimuran iaitu sama sekali tidak menjolok mata. Sekurang-kurangnya ada juga kesedaran untuk mengelakkan para 'artis' terjerumus dalam dosa yang lebih dalam. Presiden Pertubuhan Wanita Antarabangsa Malaysia dan juga Pakar Motivasi, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata garis panduan dan etika berpakaian penting bagi golongan ini kerana mereka biasanya menjadi ikutan remaja masa kini. Siapa kata artis tidak menjadi ikutan ramai sehingga ramai penulis media cuba membela artis yang membawa budaya berpakaian tertentu dan menafikan kaum Melayu selalu terikut-ikut dengan budaya tersebut? Suatu ketika ada artis seperti Wardina telah membawa gelombang positif apabila mengenengahkan tudung seni yang menarik dan ringkas untuk diikuti oleh remaja. Namun malang apabila ada pula artis lebih muda daripadanya mencipta pula kaedah tudung ala-makcik zaman 60an berbungkus seperti bola di kepala dengan membuka leher dan telinga. Antara tindakan RTM yang boleh dipuji dalam mengekang gejala negetif artis Malaysia adalah seperti berlaku pada 1 November 1992-Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menyiarkan secara langsung majlis simbolik pemotongan rambut penyanyi kumpulan Search, Amy dan penyanyi kumpulan Wings, Awie oleh Menteri Penerangan ketika itu, Datuk Mohamed Rahmat. Pada 1993- Kod Etika Perilaku Artis diedarkan kepada artis dan persatuan yang terbabit di dalam dunia hiburan, merangkumi empat aspek penting seperti menjaga dan mengekalkan disiplin dan maruah diri ketika mengadakan persembahan di khalayak ramai atau ketika muncul di kaca televisyen. Menjaga nama baik artis daripada sebarang gosip liar yang menjejaskan imej diri dan industri hiburan keseluruhannya. Mengutamakan kesopanan dari segi berpakaian dan tutur kata ketika berhadapan dengan orang ramai di dalam sesuatu pertunjukan atau berlakon di dalam filem dan drama. Berpegang teguh terhadap tatasusila ketimuran, bangsa, negara dan agama. Namun begitu mengapa pula pada 1 Ogos 2004 RTM mula memberi kelonggaran untuk artis berambut panjang dan berpakaian agak seksi kerana khuatir RTM akan ketinggalan dalam arus persaingan industri penyiaran negara. Mengapa saya katakan konotasi istilah 'artis' di Malaysia adalah sekular? Ia disebabkan si ahli seni tersebut (artis) bukanlah menceburkan diri dalam bidang seni kerana ingin mengeluarkan bakat kerana agamanya. Ia mengeluar bakat, menyertai temuduga rancangan realiti, menjadi metee artis senior semata-mata untuk popular dan dihalalkan atas alasan mencari rezeki. Adakah rigid benar Islam sehingga menolak sebahagian besar karya 'seni' artis negara ini? Menurut Imam Al-Ghazali, tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah Nabi SAW yang melarang penggunaan alat muzik. Menurutnya, setiap instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, malah ianya tidak lebih dari kemerduaan suara burung. Seni muzik yang dilarang kepada umat Islam ialah sekiranya ia bersekongkol di dalam keadaan yang bercampur dengan kumpulan peminum arak, penzina dan lain-lain perbuatan dosa. Mazhab Ahlul Madinah (ulama-ulama Madinah) dan lainnya seperti ulama Dzahiri dan jemaah ahli Sufi memberikan kemudahan pada nyanyian walaupun dengan gitar dan biola. (Imām Asy-Syaukānī, NAIL-UL-AUTHĀR, Jilid VIII, hlm. 100-103) Terjaminkah akhlak artis jika ingin menepati piawaian Imam Al Ghazali? Jika dianggap tiada kajian ilmiah berkenaan kegilaan rakyat terhadap hiburan, lihat sahaja kajian berkaitan kerakusan rakyat Malaysia menggunakan media internet sebagai medan hiburan mereka. Tidakkah benar rakyat kita suka berhibur? Dalam kajian oleh Syarikat Nielsen ke atas 52 negara mendapati rakyat Malaysia merupakan pengguna internet yang rakus dan berpengalaman, aktif dalam memuat turun dan melayari kandungan media dan hiburan secara percuma dalam internet. Pengarah Urusan Kumpulan Pengguna Nielsen Malaysia, Paul Richmond, berkata penduduk Malaysia adalah ketagih hiburan dan teknologi kerana menikmati sejumlah besar hiburan dalaman, muzik, permainan video dan media digital. Hiburan melalui media juga mempengaruhi tabiaat remaja dan belia negara ini. Samsudin A. Rahim dalam kajiannya (1994), Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja, (Kementerian Belia dan Sukan Malaysia) menunjukkan majoriti remaja memilih ruangan atau program berbentuk hiburan apabila mereka mendedahkan diri kepada media (55% untuk TV, 70% untuk radio, 57 % untuk akhbar, dan 56 % untuk majalah). Lihat juga dalam kajian Persepsi Mahasiswa Fakulti Pendidikan Terhadap Kesan Rancangan Hiburan Realiti Tv Akademi Fantasia (Mohd Ismail Bin Mustari & Ahmad Shukri Bin Jamaludin Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia ). Bilangan mahasiswa UTM yang bersetuju mengatakan rancangan hiburan realiti AF sesuai untuk ditonton juga berada pada tahap rendah. Ini kerana masih ramai bilangan mahasiswa yang kurang setuju. Kajian juga menunjukkan rancangan berbentuk hiburan masih boleh dipertikaikan kesesuaiannya kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar iaitu mahasiswa. Ramai dikalangan mahasiswa UTM tidak bersetuju dengan "kenyataan melalui rancangan realiti AF dapat melambangkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan saling bantu membantu". Secara keseluruhan kajian itu, rancangan hiburan realiti AF tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Dari sudut budaya ilmu responden juga menunjukkan bahawa, rancangan hiburan realiti AF tidak memberikan impak kepada peningkatan budaya ilmu dikalangan muda mudi walaupun dalam hiburan realiti. Kepada pihak media yang optimis bahawa hiburan yang di bawa oleh para artis tiada kena mengena dengan akhlak masyarakat renungilah kritikan Syed Ali Ashraf yang telah mengkritik pihak media massa yang sering menggunakan pelbagai alasan, termasuk hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara dan hak individu. untuk membolehkan mereka melaksanakan beraneka rancangan dan program yang akhirnya telah merosakkan budaya, cara hidup dan pegangan agama seseorang. Menurut Ashraf (1997: 1): …it [the media] has become a very powerful instrument in the hands of human beings to cultivate or destroy moral values, to affect and control the minds of people by those who have the power over these media. In the name of freedom and human rights, various big and small companies have started putting up programmes with little censorship or restriction. Whether these programmes will be good or bad depends on what is meant by good or bad and who determines what is good and what is evil. Bagaimana pula dengan kajian UPM yang menolak media hiburan sebagai punca kerosakan akhlak masyarakat? Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berkata pendedahan itu dibuat selepas satu kajian berhubung pengaruh media massa dan kesan terhadap nilai keagamaan dibuat oleh Jabatan Komunikasi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, diketuai oleh Dr Hamisah Hassan. Pihak UPM juga menyatakan faktor keluarga, pengaruh rakan serta hiburan luar yang menyebabkan kerosakan akhlak belia. Yang sewajarnya, YADIM tidak perlu membuat kajian menafikan pengaruh media hiburan sebagai faktor utama kerosakan akhlak kerana umum mnegetahui kerosakan akhlak disumbang oleh pelbagai faktor diantaranya juga adalah media. Kritikan dan saranan baikpulih media hiburan bukan bermakna kita menafikan faktor keluarga dan rakan sekeliling sebagai punca kerosakan akhlak sebaliknya fokus utama hari ini dalam realiti globalisasi media hiburan dan aktiviti hiburan itu sendiri menyumbang kepada kerosakan masyarakat selain faktor yang disebut di atas. Adakah pendakwah di Malaysia hanya menyelar artis melayu dan hanya mendiamkan diri terhadap kekaratan jahiliyah artis Amerika umpamanya? Jawapan mudah, sebelum menunding jari ke negara luar, molek lah kiranya kita perhatikan rumahtangga kita dahulu iaitu negara sendiri. Sebelum menunding jari ke Hollywood, sudilah kiranya kita menegur Malaysiawood dahulu. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011 | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 10 Apr 2011 03:18 PM PDT ANTARA PROJEK MEGA DENGAN JAM OMEGA ! Posted: 10 Apr 2011 02:49 PM PDT Gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak. Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. "Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal," kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain. Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal rejim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah. Komen : Kan lebih baik wartawan perkakas UMNO tanya pendapat DSAI tentang projek Mega Najib dan projek mega bekas KM Sarawak dan projek megah keluaraga Taib Mahmud dan CMS yang beliau sayangi? | KEBANGKITAN RAKYAT MENAKUTKAN NAJIB APALAGI BEKAS KM SARAWAK Posted: 10 Apr 2011 09:36 AM PDT Rakyat Sarawak Semakin Bangkit, Lebih 50,000 Hadir Ceramah Pakatan Rakyat
BINTULU 10 April : Lebih 50,000 rakyat Sarawak hari ini menyatakan sokongan luar biasa apabila hadir dalam program ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam ini.
Kesesakan lalu lintas luar biasa berlaku sejauh 20 Kilo meter.Subhanallah!
Kebangkitan luar biasa rakyat Sarawak mutakhir ini mencerminkan ketidakpuashati mereka terhadap pemerintahan regim Tan Sri Taib Mahmud yang terpalit dengan pelbagai skandal dan menyebabkan Sarawak ketinggalan antara negeri termiskin walaupun mempunyai khazanah dan kekayaan yang melimpah ruah.
Tarikh pilihanraya umum Sarawak ke-10 ialah pada 16 April, Sabtu ini yang akan menjadi penentu masa hadapan Sarawak.
Read more: http://kedah-online.blogspot.com/2011/04/rakyat-sarawak-semakin-bangkit-lebih.html#ixzz1J8Zswo9V | PADAH DEDAH AKAUN TIMBALAN MENTERI PELAJARAN ! Posted: 10 Apr 2011 01:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun Malayan Banking Berhad (Maybank) dihukum penjara selama dua hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah mendedahkan maklumat berhubung akaun-akaun milik Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong kepada seorang lelaki, tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, S. M Komathy yang membuat penghakiman tersebut pada Jumaat, turut memerintahkan supaya tertuduh, K.Jeyamary, 34, dihukum penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Bagaimanapun, Komathy membenarkan permohonan peguam Jag Ramachandran supaya tertuduh dibenarkan untuk menjelaskan denda itu secara ansuran selama empat bulan.
Pada penghakimannya, Komathy berkata, beliau mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang merupakan individu pertama dihukum untuk kesalahan mendedahkan maklumat akaun bank.
"Mahkamah mempunyai tugas untuk menyampaikan mesej bahawa mahkamah tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan serupa di masa depan," katanya.
Jeyamary yang menangis sepanjang prosiding berlangsung turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui perbuatannya mendedahkan akaun Wee kepada M. Ramesh, 38, merupakan satu kesalahan.
Tertuduh yang mula bekerja di Maybank pada 4 Februari 2002 dan telah dipecat pada 19 Mac 2010 didakwa melakukan perbuatan itu pada 10 Februari 2010 di Setapak Business Centre, Jalan Genting-Klang, Setapak, di sini. Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang telah dihubungi oleh Ramesh telah mencetak maklumat akaun Wee dan menyerahkannya kepada lelaki berkenaan di luar pejabatnya.
Maklumat akaun tersebut kemudiannya telah tertera di sebuah laman blog, iaitu 'unmasking Wee Ka Siong'.
Terdahulu, Jag merayu agar mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik kerana tertuduh tidak pernah berniat untuk melakukan kesalahan tersebut.
"Tertuduh tidak mendapat sebarang faedah daripada perbuatan tersebut. Sebelum dipecat, tertuduh telah digantung tugas selama dua minggu dan alasan pemecatan dikatakan kerana majikan telah hilang kepercayaan terhadap tertuduh.
"Tertuduh juga bukan individu yang bertanggungjawab meletakkan maklumat akaun tersebut ke dalam laman blog. Orang yang melakukannya masih bebas dan tidak didakwa di mahkamah," katanya.
Jag juga menambah, tertuduh yang merupakan graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam juga telah memohon maaf secara terbuka kepada Wee atas kesilapan yang tidak disengajakannya itu. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Mohd Syakirin Manpot membidas rayuan itu dengan mengatakan bahawa maklumat akaun itu tidak akan tersiar di blog jika tertuduh tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. "Tujuan peruntukan kerahsiaan perbankan adalah untuk mematuhi maklumat-maklumat akaun apatah lagi dalam kecanggihan teknologi yang boleh menyebabkan maklumat seperti itu dapat disebarkan dengan cepat," kata seorang lagi pegawai pendakwa, Alvin Ong. | PADAH DEDAH AKAUN TIMBALAN MENTERI PELAJARAN ! Posted: 10 Apr 2011 01:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang bekas eksekutif akaun Malayan Banking Berhad (Maybank) dihukum penjara selama dua hari dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah mendedahkan maklumat berhubung akaun-akaun milik Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Ir Wee Ka Siong kepada seorang lelaki, tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen di sini, S. M Komathy yang membuat penghakiman tersebut pada Jumaat, turut memerintahkan supaya tertuduh, K.Jeyamary, 34, dihukum penjara selama tiga bulan, jika gagal menjelaskan denda tersebut.
Bagaimanapun, Komathy membenarkan permohonan peguam Jag Ramachandran supaya tertuduh dibenarkan untuk menjelaskan denda itu secara ansuran selama empat bulan.
Pada penghakimannya, Komathy berkata, beliau mengambil kira pengakuan salah tertuduh yang merupakan individu pertama dihukum untuk kesalahan mendedahkan maklumat akaun bank.
"Mahkamah mempunyai tugas untuk menyampaikan mesej bahawa mahkamah tidak akan teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan serupa di masa depan," katanya.
Jeyamary yang menangis sepanjang prosiding berlangsung turut memberitahu bahawa dia tidak mengetahui perbuatannya mendedahkan akaun Wee kepada M. Ramesh, 38, merupakan satu kesalahan.
Tertuduh yang mula bekerja di Maybank pada 4 Februari 2002 dan telah dipecat pada 19 Mac 2010 didakwa melakukan perbuatan itu pada 10 Februari 2010 di Setapak Business Centre, Jalan Genting-Klang, Setapak, di sini. Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang telah dihubungi oleh Ramesh telah mencetak maklumat akaun Wee dan menyerahkannya kepada lelaki berkenaan di luar pejabatnya.
Maklumat akaun tersebut kemudiannya telah tertera di sebuah laman blog, iaitu 'unmasking Wee Ka Siong'.
Terdahulu, Jag merayu agar mahkamah memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dengan bon berkelakuan baik kerana tertuduh tidak pernah berniat untuk melakukan kesalahan tersebut.
"Tertuduh tidak mendapat sebarang faedah daripada perbuatan tersebut. Sebelum dipecat, tertuduh telah digantung tugas selama dua minggu dan alasan pemecatan dikatakan kerana majikan telah hilang kepercayaan terhadap tertuduh.
"Tertuduh juga bukan individu yang bertanggungjawab meletakkan maklumat akaun tersebut ke dalam laman blog. Orang yang melakukannya masih bebas dan tidak didakwa di mahkamah," katanya.
Jag juga menambah, tertuduh yang merupakan graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam juga telah memohon maaf secara terbuka kepada Wee atas kesilapan yang tidak disengajakannya itu. Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Mohd Syakirin Manpot membidas rayuan itu dengan mengatakan bahawa maklumat akaun itu tidak akan tersiar di blog jika tertuduh tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. "Tujuan peruntukan kerahsiaan perbankan adalah untuk mematuhi maklumat-maklumat akaun apatah lagi dalam kecanggihan teknologi yang boleh menyebabkan maklumat seperti itu dapat disebarkan dengan cepat," kata seorang lagi pegawai pendakwa, Alvin Ong. | PENIPU & YANG MUFLIS KEHILANGAN 'DATUK' ? Posted: 10 Apr 2011 12:49 AM PDT Istana Selangor Tarik Semula Gelaran Datuk Chan Kong Choy SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menggantung gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada Tan Sri Chan Kong Choy sehingga kes perbicaraan yang melibatkan bekas Menteri Pengangkutan itu dalam skandal projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) selesai sepenuhnya.
Istana Selangor turut menarik semula gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada bekas Pengerusi Eksekutif Ekran Bhd, Tan Sri Dr Ting Pek Khiing yang diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Negara pada 29 Oktober tahun lalu.
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam satu kenyataan pada Ahad berkata tuduhan yang dihadapi oleh Kong Choy adalah berat kerana ia melibatkan kepentingan awam dan negara.
Gelaran 'Datuk' yang dikurniakan kepada Kong Choy akan ditarik balik sekiranya beliau didapati bersalah atau sebaliknya.
Kong Choy dikurniakan gelaran tersebut daripada Sultan Selangor pada 2003.
Pada 28 Februari lalu, bekas Menteri Pengangkutan itu didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek PKFZ.
Beliau merupakan bekas Menteri Pengangkutan yang kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik.
Pada 29 Julai, 2010, Dr Ling mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen yang sama terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal PKFZ melibatkan pembelian tanah di Pulau Indah membabitkan RM1.08 bilion lapan tahun lepas.
Sementara itu, keputusan menarik semula gelaran yang dikurniakan ke atas Dr Ting pada 1996 adalah disebabkan beliau bukan individu yang sesuai untuk menyandang gelaran 'Datuk' selepas diisytiharkan muflis.
Pembatalan gelaran tersebut berkuat kuasa pada 24 Mac lalu. | TAHNIAH KELANTAN & SELANGOR ! Posted: 10 Apr 2011 12:27 AM PDT KUANTAN, 9 April – Wakil Kelantan, Muhammad Hariz Syazwan Mohd Arifin dan Selangor, Farah Nabilah Amindin masing-masing dinobatkan sebagai johan hafazan Al-Quran 1-30 juzuk pada pertandingan menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-32 yang berakhir di sini, malam tadi.
Muhammad Hariz yang memenangi kategori lelaki memungut markah 97.58 peratus untuk mengetepikan cabaran peserta lain manakala johan kategori wanita Farah Nabilah pula melengkapkan bacaan hafazan dengan perolehan markah 95.05 peratus.
Bagi kategori 1-20 juzuk pula kategori lelaki dimenangi peserta dari Sabah,Muhamad Khairul Razikin Abdul Razak yang memperoleh markah 96.45 peratus manakala kategori wanita dimenangi oleh Farihah Zulkifli dari Kuala Lumpur dengan markah 96.18 peratus.
Ahmad Zaki Md Yusof dari Kedah muncul johan kategori lelaki bagi hafazan 1-1- juzuk dengan bacaan markah 97.60 peratus manakala wanita dimenangi oleh Radhiah Ab Rahman dari Kelantan dengan markah 97.21 peratus.
Pada majlis itu, seramai 69 peserta yang terdiri daripada 39 lelaki dan 30 wanita telah mendengarkan bacaan hafazan Al-Quran yang berlangsung dalam dua sesi iaitu pagi dan malam sepanjang lima hari yang berakhir malam tadi.
Setiap peserta akan dinilai menerusi kelancaran hafazan, hukum tajwid,fasohah, suara, persembahan dan tarannum.
Penyertaan dari seluruh negeri itu melibatkan tiga kategori menghafaz juzuk iaitu 1-10, 1-20 dan 1-30 dengan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM131,000 serta pakej menunaikan umrah dan piala iringan. Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.
BERNAMA | INIKAH 'KEJAYAAN' BUAYA SARAWAK BERKAKI DUA SEKELUARGA ? Posted: 09 Apr 2011 11:55 PM PDT 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
9.000 hektar … di Batang, Limbang – Future Atmosphere Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
11,000 hektar … di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
3,000 hektar … di Tinjar, Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yang berkahwin dengan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) dan CEO kepada SCORE Wilson Baya Dandot.
750 hektar … di Jalan, Miri.
2,000 hektar … di lokasi penting lapangan terbang, Miri – Kumpulan Parabena Sdn Bhd dan Mesti Bersatu Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Raziah Mahmud.
500 hektar … di Sungai Sibuti, Miri – Premium Haven Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Sungai Teru dan Batang Baram – Essential Straits Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
1,100 hektar … di Sungai Karap – Umpama Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
10,000 hektar … di Lot 1208 Sungai Karap – Abu Bekir Taib.
50 hektar … di Jalan Tusan, Sibuti – Ukiran Mantap Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,000 hektar … di Sungai Bok, Tinjar – Log Oak Promotion Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
4,500 hektar … di Sungai Tutoh – Syarikat Radiant Lagoon – Abu Bekir Taib.
5,000 hektar … di Sungai Karap dan Sungai Kulak – Amgreen Gain Sdn Bhd – Ibrahim Mahmud (abang/adik Taib).
50 hektar … di Sungai Karabungan, Niah – Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
31,000 hektar … tanah NCR di Long Lamai – Merawa Sdn Bhd (anak syarikat Samling Global).
2,600 hektar … di Jalan Setium – Mega Bumimas Sdn Bhd (anak syarikat Ta An – Hamed Sepawi (sepupu Taib).
10,000 hektar … di Similajau – Sahua Enterprise Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
4,500 hektar … di Similajau – Derawan Sdn Bhd – Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani (Setiausaha BN Sarawak).
15,000 hektar … tanah NCR kaum Penan di Ba Jawi – Samling Plywood (Miri) Sdn Bhd.
1,600 hektar … di Setuan – Hasmi Hasan (proksi Taib).
10,000 hektar … di Sungai Takan dan Ulu Sungai Nyatak, Tatau – Ikrar Bumi Sdn Bhd – Elia Geneid (anak saudara Taib).
8,000 hektar … di Balingian (sebahagian besar kawasan ini asalnya adalah hutam simpan Setuan Besar) – Saradu Plantations Sdn Bhd, Organic Treasure Sdn Bhd dan Kumpulan Parabena Sdn Bhd – Raziah Mahmud (adik Taib) dan Robert Geneid (ipar Taib).
10,000 hektar … di Ulu Mukah – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan.
5,000 hektar … di Mukah – Delta Padi Sdn Bhd (Taib Mahmud) dan LCDA (pengerusinya ialah Taib Mahmud).
5,000 hektar … di Sungai Bawan – Palmlyn Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud.
13,000 hektar … di Sungai Bawan – Golden Star Ace Sdn Bhd – Taib Mahmud dan Arip Mahmud. Anda mungkin juga meminati: | MISTERI 30 TAHUN TERBONGKAR BUAYA KAKI DUA SANGAT MERBAHAYA KEPADA RAKYAT SARAWAK Posted: 09 Apr 2011 09:45 PM PDT | THE STORY OF HUJAN BATU AND HUJAN EMAS ! Posted: 09 Apr 2011 06:52 PM PDT Komen : Kita harap dan insyallah hujan emas seperti yang diceritakan oleg doktor ini akan diterjemahkan dan dilaksanakan di Malaysia setelah Pakatan Rakyat memerintah dengan selesa dimulai dengan kemenangan banyak Dun di Sarawak dalam PRN10 16 April nanti. Bukan nak banggakan kehidupan di UK atau England ini ,tapi negaranya betul-betul menggunakan nilai wangnya berbaloi dengan barang yang dibeli. Bagaimana wang gaji sebulan boleh menampung kehidupan tanpa melakukan lebih dari satu kerja. Sepatutnya PM Malaysia amalkan 1 kerja 1 individu bukan galakkan kakitangan buat kerja tambahan bagi menangani harga barang yang sentiasa meningkat. Yang bestnya terutama blogger dan pengguna internet, nilai guna astro & broadband di UK sangat berbaloi yang patut dilaksanakan di Malaysia.
The story of hujan batu and hujan emas I was at first quite reluctant to publish this rather peculiar 'letter'. The letter that was circulated through e-mails and probably spread widely in all underworld domain as chain letters way back in 2009 could get me or anyone who read and circulate it into trouble. Firstly, this may look as very un-patriotic and secondly thousand of nasi-lemak-eating nation after reading this shocking revelation will most probably jump the gun and start the mass migration to the promise lands. The worst thing is, I could be labeled as a person or one of the persons who are forever complaining and whining like an ungrateful clown. Nobody like a whiner, even a clown.
However, as I had some limited experience living in the UK for 4 years and now staying in our beloved Bolehland probably until the end of my day, I found the truth is agonizingly hard to digest. That was because I had just finished a plate of nasi lemak without the normal teh tarik to flush everything down into my gut. After contemplating the fact that this is very relevant to the daily life of every breathing soul in Bolehland and looking at the standard of living we are facing now, so my blogger friends and just to be fair to the original author I enclosed below the above-mentioned letter as original as it is without any editing whatsoever so that I don't distort anybody's mind.
p/s: Read only if you have ample time or when you are not watching any telenovellas. With all the seriousness, this piece of information needs you to think, reflect and re-think and probably realize at the end of the day nothing can be done. I however do not take any responsibility if after reading this very important information, you start to pack everything and buy a ticket to London.
-------------------------------------
Life as a Malaysian
The cost of living in each country (especially UK and Europe) based on what you earn in the respective country and whether the standards are higher than in Malaysia.
I tried to point out that many Malaysians always convert and that is why they say the UK is expensive. In fact, the cost of living is much cheaper than in Malaysia.
In actual fact, Malaysians are being conned because for such a rich and resource rich country, the pay in Malaysia is way too low compared to the cost of living and inflation.
One good example is Singapore.
Singaporean's (average) earns around S$3000 to S$4000 and nearly everything is half the price of Malaysia. E.g. Clothes, computer parts, electronics etc.
But the average Malaysian still earns RM2000 plus and goods are double the price of Singapore. This is the same as the UK. If you earn around 2000 pounds, you can liken this to the person earning RM$2000 in Malaysia. I give you some examples below. Maybe you can understand.
1) Good terrace house
It is more or less the same. If you want a house in KL, it would most probably be in Puchong and not Damansara Heights. So your house would be RM200,000. In UK, you can get a decent new house in Zone 6 (still within the tube) for 200,000 pounds.
If non London, you can get a nice house also for less than 200,000 pounds outside London. The same also applies to buying a house in Seremban, Kajang etc. You can buy a nice house for RM200,000 below.
So buying a house is the same for the local and the Malaysian. Renting a place is the same too or maybe cheaper than in Malaysia (I am Not sure of this). A 2-bedroom flat in London is about 750 pounds (Zone 2). 500 pounds outside Zone 6 but still able to commute to London. A 2-bedroom house in Nottingham is 450 to 500 pounds. A 3-bedroom house in Belfast is about 300 pounds.
2) A car
A good Wira is RM55,000. Most Malaysians have to take 7-year loans and be in debt all the time. If you are earning RM2000 a month, you take nearly 3 years saving the RM2000 with not eating at all just to buy a Wira.
In UK, the average local earns about 2000 pounds. He saves 3 months, he can buy outright a good Ford Fiesta or a Vauxhall Corsa without being in debt. If buying a second hand car, even better. A 1990 Mercedes 190E cost 500 pounds. My 1996 Mercedes E220 cost 2000 pounds. My friend just gave me his 1989 Honda Accord (Auto) for free because he said he could only get 30 pounds for it.
I used it for a few months and decided to give it of for free too. That alone speaks for itself. Even if you are kuli or an office boy, you still can drive a Mercedes or a BM. Yes, kuli's and office boy's get paid quite well.
Average temp/office boy in London can earn about 7 to 10 pounds and hour. Overtime is 1.5 times or double. A brick-layer can earn 20 pounds an hour.The same Indon who lays bricks in Malaysia earns RM$50 for the whole day.
Before I became a doctor, I used to be an office boy and I earned near 300 pounds a week working about 70 hours a week. My makan was 30 pounds a week. My rent was 70 pounds a week for a room but I still drove a BMW back then. I bought the 10-year old BMW 3 Series car for 200 pounds. Amazing how an office boy can drive a safe and luxurious car.
3) Petrol.
For a UK person earning 2000 pounds, 89.7 pence a litre/gallon is cheaper than RM1.92 paid in Malaysia. If you don't convert, it is like paying 90 sen a litre in Malaysia
4) Shopping
20 pounds (which is 1% of 2000 pounds) can buy you 1 week's worth of groceries in Tesco. RM$100 (which is 10% of RM$2000) can also buy you 1 week's worth of groceries in Tesco, Giant or Carrefour.
5) Utility Bills
(This is what I pay in UK)
1. Virtually non-stop heating the whole day only 20 pounds a month. Only 1% of the 2000 pounds earned)
2. Electricity, I use my electricity maximum only 20 pounds a month.(Only 1% of the 2000 pounds earned)
3. My water bill also comes to about 20 pounds a month (Only 1% of the 2000 pounds earned)
4. My Internet ? I get 2Mbps for about 25 pounds (Bulldog DSL) (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)
5. Astro Equivalent (NTL cable or Sky) ? 30 pounds per month (Also slightly above 1% of the 2000 pounds earned)
In Malaysia, this is what I used to pay
1. Tenaga Bill comes to RM$200 to RM300 a month with 3 air-cons. This
is more than 10% of the RM$2000 earned)
2. Water (Puas) comes to RM$40 (This is about 2% of the RM$2000 earned)
3. Astro RM$100 (if you take Chinese package) (This is about 5% of the RM$2000 you earn)
4. Internet Streamyx 512K RM 88 per month (This is about 5% of RM2000 you earn)
6) Books
A good book is about 10 to 15 pounds in the UK. This is less than 1% of The 2000 pounds you earn. In Malaysia, you have to spend RM$75 to RM$100 for a decent book in MPH or Kinokuniya in KLCC. This is about 5% of the RM2000 ringgit you earn.
7) Education
I think it is about RM$20,000 per year to do a degree in Sunway Monash and about RM$12,000 per year to send your kid to UM, UKM, USM etc. I am not sure about this.
But in UK, it is only 3000 pounds a year to send your kid to a great university. That also, the white man still makes a lot of noise because The grants were taken away. Previously, it was virtually free for the English man to send his kid to university but now, since the grant was taken away, he has to spend 3000 pounds per year to send his kid to university and less money to get drunk in the pub.
Well, if you are earning RM$2000 ringgit, sending your kid to UM to study is quite difficult. If you are earning 2000 pounds per month, you can easily send you kid to university in the UK.
8) Luxuries
Panasonic Plasma TV in Malaysia about RM20,000. If you are earning RM$2000 a month, memang mahal! You have to save 2 years your monthly salary to buy it. In UK, the same Panasonic ironically, Panasonic plasma is made in Japan and Japan is close to Malaysia, so the plasma should be cheaper in Malaysia) is only 2000 pounds. And this is only 10% of the 2000 pounds earned.
9) Health
NHS is free. Though the service is slow, quality is still there. You still can get a top quality by-pass for free although you may have to wait many months. In Malaysia, IJN charges RM$30,000. SJMC charges RM$50,000. GH is free but as many people know, GH and UH have clown doctors.
10) Assessments to local councils
I may pay high council tax but at least my council assures my streets are clean and safe, got no holes (pot holes) on my roads, and they jump and attend to me whenever I call them. When I stayed in Malaysia, I paid my assessment and quite rent but MPSJ (I lived in Subang) told me to "podah" whenever I asked them to come and fill up the pot holes, cut the long lalang, put street lighting etc.
The councils, especially MPPJ and MPSJ, were more interested in eating Nasi lemak and going for 10 teh tariks in a day during office hours and hardly did anything for their residents.
11) Income Tax
My national insurance and income tax also is not wasted. When I was unemployed in 1997, the government via social security paid for my 2-bedroom flat for one whole year and I was given about 100 pounds per week for me and my wife to live on. I am happy to know that one day if I lose my job, I can still claim social security and get my apartment paid and food to eat again for free. It is a good security to know.
All, the list goes on. Here alone you can see, the sterling they earn goes a long way in the UK. So their quality of life is far better in the UK than a Malaysian in Malaysia. It is just that Malaysians are just too content with what they have. But you compare apple for apple. The British just love to complain. They have it made but still they love To complain. Nothing is good enough for the British. The government gives the citizens so much but they still seem to want more and more.
Written by,
Dr Zain Azrai
(update : Somebody pointed out some of the sentences has been 'doctored' from the original script (which later I figured out the reason). Amended) | SENARAI SEMUA CALON PAKATAN RAKYAT DI PRN 10 SARAWAK Posted: 09 Apr 2011 06:04 PM PDT 6 April 2011
Senarai Lengkap Calon Pilihanraya Umum DUN Sarawak
Berikut adalah senarai calon-calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Umum DUN Sarawak pada 16 April 2011 ini.Moga perjalanan kempen pilihanraya ini aman dan adil.
N01: OPAR: SARAWAK: 8,099
1. Stephen ak Sagir (SNAP)
6 April 2011
Senarai Lengkap Calon Pilihanraya Umum DUN Sarawak
Berikut adalah senarai calon-calon yang layak bertanding dalam Pilihanraya Umum DUN Sarawak pada 16 April 2011 ini.Moga perjalanan kempen pilihanraya ini aman dan adil.
N01: OPAR: SARAWAK: 8,099
1. Stephen ak Sagir (SNAP) 2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas) 3. Boniface Willy ak Tumek (PKR) 4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP) Undi diperolehi: 3,585 Majoriti: 2,183
N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100
1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) 2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP) 3. John Tenewi Nuek (PKR)
Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 3,203
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936
1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) 2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) 3. Nani Sahari (PAS)
Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,545 Majoriti: 4,136
N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104
1. Suhaimi Selamat (Bebas) 2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) 3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)
Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,217 Majoriti: 2,164
N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437
1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB) 2. Ali Hossen bin Abang (PKR)
Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,094 Majoriti: 3,605
N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796
1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) 2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)
Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,885 Majoriti: 4,572
N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942
1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) 2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)
Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,365 Majoriti: 2,488
N08: SATOK: SARAWAK: 10,431
1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) 2. Ahmad Nazib Johari (PKR)
Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,222 Majoriti: 2,798
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576
1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas) 2. Wong King Wei (DAP) 3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)
Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR) Undi diperolehi: 8,002 Majoriti: 1,417
N010: PENDING: SARAWAK: 29,488
1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP) 2. Violet Yong (DAP)
Penyandang: Violet Yong (DAP) Undi diperolehi: 11,632 Majoriti: 4,372
N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833
1. Sih Hua Tong (BN-SUPP) 2. See Chee How (PKR) 3. Soo Lina (Bebas)
Penyandang: Voon Lee Shan (DAP) Undi diperolehi: 8,806 Majoriti: 3,407
N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301
1. Chong Chieng Jen (DAP) 2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)
Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP) Undi diperolehi: 6,579 Majoriti: 531
N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664
1. Christina Chew Wang See (DAP) 2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,755 Majoriti: 4,180
N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799
1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) 2. Arip Ameran (PKR)
Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,949 Majoriti: 5,063
N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820
1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB) 2. Noraini Hamzah (PAS)
Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehil: 7,863 Majoriti: 6,327
N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955
1. Willie ak Mongin (PKR) 2. Wejok ak Tomik (Bebas) 3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP) 4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,540 Majoriti: 3,988
N017: TARAT: SARAWAK: 16,352
1. Ateng ak Jeros (SNAP) 2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB) 3. Peter Ato ak Mayau (PKR)
Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,854 Majoriti: 3,256
N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497
1. Kipli bin Ale (Bebas) 2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) 3. Christopher ak Kiyui (PKR) 4. Anthony ak Nais (SNAP)
Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,107 Majoriti: 4,256
N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466
1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR) 2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB) 3. Amin ak Banti (Bebas) 4. Belayong ak Jayang (SNAP)
Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,635 Majoriti: 1,981
N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656
1. Aidel Lariwoo (BN-PBB) 2. Mahayudin Wahab (Bebas) 3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)
Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,715 Majoriti: 858
N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104
1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB) 2. Mashor Hussen (PKR) 3. Zaini bin Le' (Bebas) 4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)
Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,786 Majoriti: 3,350
N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042
1. Ali bin Semsu (Bebas) 2. Adam Ahid (PAS) 3. Julaihi Narawi (BN-PBB)
Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,748 Majoriti: 2,448
N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745
1. Abang Othman Abang Gom (SNAP) 2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR) 3. Simoi Peri (BN-PBB)
Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,245 Majoriti: 1,870
N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868
1. Razaili Gapor (BN-PBB) 2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)
Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,796 Majoriti: 895
N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798
1. Ibi ak Uding (PKR) 2. Snowdan Lawan (BN-PRS) 3. Dan ak Giang (SNAP) 4. Lipeh ak Mawi (PCM) 5. Cobbold ak Lusoi (Bebas) 6. Sujal ak Gansi (Bebas)
Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,075 Majoriti: 1,516
N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778
1. Mong ak Dagang (BN-PRS) 2. Lias ak Julai (Bebas) 3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR) 4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)
Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,083 Majoriti: 1,007
N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488
1. Leon Jimat Donald (DAP) 2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,144 Majoriti: 4,258
N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444
1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP) 2. Jimmy Simon Maja (Bebas) 3. Semijie ak Janting (SNAP) 4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)
Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP) Undi diperolehi: 3,442 Majoriti: 426
N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728
1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR) 2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,907 Majoriti: 1,854
N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054
1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB) 2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)
Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB) Undi diperolehi: 2,441 Majoriti: 94
N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109
1. Joe ak Unggang (SNAP) 2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR) 3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas) 4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,767 Majoriti: 2,677
N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657
1. Dayrell Walter Entrie (SNAP) 2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR) 3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,258 Majoriti: 1,878
N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167
1. Ismail bin Hussain (Bebas) 2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) 3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)
Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB) Undi diperolehi: 7,396 Majoriti: 5,929
034: KRIAN: SARAWAK: 11,016
1. Liman ak Sujang (SNAP) 2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) 3. Banyi ak Beriak (Bebas) 4. Ali ak Biju (PKR)
Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,784 Majoriti: 2,089
N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623
1. Abdul Wahab Abdullah (PKR) 2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas) 3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)
Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,102 Majoriti: 3,316
N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891
1. Abdullah Saidol (BN-PBB) 2. Ong Chung Siew (PKR) 3. Ajiji Fauzan (Bebas)
Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,479 Majoriti: 3,226
N037: DARO: SARAWAK: 7,305
1. Murni Suhaili (BN-PBB) 2. Jamaludin Ibrahim (PKR) 3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas) 4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)
Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding)
N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635
1. Asbor Abdullah (Bebas) 2. Abdul Hafiz Noh (Bebas) 3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB) Undi diperolehi: 3,567 Majoriti: 1,710
N039: REPOK: SARAWAK: 18,481
1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) 2. Dr Wong Hua Seh (DAP)
Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP) Undi diperolehi: 5,502 Majoriti: 576
040: MERADONG: SARAWAK: 15,337
1. Ling Kie King (BN-SUPP) 2. Ting Tze Fui (DAP)
Penyandang: Ting Tze Fui (DAP) Undi diperolehi: 5,990 Majoriti: 3,578
N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274
1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) 2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)
Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,138 Majoriti: 1,763
N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487
1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR) 2. Wong ak Judat (BN-SPDP) 3. Labang ak Jamba (SNAP)
Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP) Undi diperolehi: 5,086 Majoriti: 3,007
N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058
1. Alexander Vincent (BN-PRS) 2. Yakup Khalid (Bebas) 3. Adeh ak Denong (PCM) 4. Michael ak Lias (SNAP) 5. Aris ak Alap (PKR)
Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND) Undi diperolehi: 2,582 Majoriti: 549
N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944
1. Kong Tat Kim (PCM) 2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB) 3. George Chen Nguk Fa (PKR) 4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)
Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,045 Majoriti: 2,289
N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926
1. Hii Tiong Huat (Bebas) 2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP) 3. Wong Ho Leng (DAP)
Penyandang: Wong Ho Leng (DAP) Undi diperolehi: 10,380 Majoriti: 4,751
N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251
1. Yap Hoi Liong (DAP) 2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP) 3. Apandi Abdul Rani (Bebas)
Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,359 Majoriti: 408
N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP) 2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,804 Majoriti: 2,504
N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808
1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) 2. David Wong Kee Woan (DAP)
Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,375 Majoriti: 263
N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197
1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB) 2. Norisham Mohamed Ali (PKR)
Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,202 Majoriti: 4,815
N050: DALAT: SARAWAK: 11,857
1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) 2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR) 3. Salleh Mahali (Bebas)
Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB) (Menang Tidak Bertanding)
N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792
1. Suriati Abdullah (PKR) 2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) 3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)
Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB) Undi diperolehi: 6,393 Majoriti: 5,726
N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244
1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) 2. Mengga ak Mikui (PKR)
Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,639 Majoriti: 2,377
N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604
1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM) 2. Paul Anyie Raja (PKR) 3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS) 4. Entali ak Empin (Bebas)
Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS) Undi diperolehi: 3,739 Majoriti: 2,852
N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322
1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS) 2. Edward Sumbang ak Asun (PKR) 3. George ak Lagong (Bebas)
Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,965 Majoriti: 3,239
N056: BALEH: SARAWAK: 11,287
1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) 2. Bendindang ak Manjah (PKR)
Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS) Undi diperolehi: 5,330 Majoriti: 4,802
N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463
1. John Bampa @ Tusau (SNAP) 2. Liwan Lagang (BN-PRS) 3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR) 4. Michael Jok (Bebas) 5. Matthew ak Munan (Bebas) 6. Kenneth Adan Silek (Bebas)
Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS) Undi diperolehi/Votes polled: 1,855 Majoriti/Majority: 227
N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979
1. Ramli Malaka (SNAP) 2. Abdul Jalil Bujang (PKR) 3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB) 4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas) 5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)
Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS) Undi diperolehi: 4,997 Majoriti: 3,179
N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225
1. Chiew Chiu Sing (DAP) 2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)
Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP) Undi diperolehi: 8,517 Majoriti: 1,664
N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082
1. Liam Rengga (Bebas) 2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR) 3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) 4. Ungun ak Bayan (SNAP)
Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 4,750 Majoriti/Majority: 1,572
N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672
1. Rosey Yunus (BN-SPDP) 2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM) 3. Thony ak Badak (SNAP) 4. Ishak Mahwi (PKR)
Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,357 Majoriti: 3,072
N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144
1. Ripin Lamat (BN-PBB) 2. Zolhaidah Suboh (PKR) 3. Johari Bujang (SNAP)
Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,331 Majoriti: 2,834
N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600
1. Ling Sie Kiong (DAP) 2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,573 Majoriti: 3,918
064: PUJUT: SARAWAK: 22,577
1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) 2. Fong Pau Teck (DAP)
Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP) Undi diperolehi: 6,493 Majoriti: 1,370
N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432
1. Michael Teo Yu Keng (PKR) 2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP) Undi diperolehi: 7,173 Majoriti: 4,799
N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093
1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) 2. Michael Ding Tuah (Bebas) 3. Gerang ak Dagom (PKR) 4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)
Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP) Undi diperolehi: 4,954 Majoriti: 4,284
N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623
1. Harrison Ngau Laing (PKR) 2. Kebing Wan (SNAP) 3. Jok Ding (Bebas) 4. Dennis Ngau (BN-PBB)
Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB) Undi diperolehi: 4,593 Majoriti: 2,771
N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471
1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) 2. Leong Kwang Yew (DAP) 3. Usop Jidin (Bebas) 4. Ladis Pandin (Bebas)
Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB) Undi diperolehi/Votes polled: 5,501 Majoriti/Majority: 3,229
N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636
1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) 2. Dr Lau Liak Koi (PKR) 3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)
Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP) Undi diperolehi/Votes polled: 2,961 Majoriti/Majority: 1,262
N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958
1. Baru Bian (PKR) 2. Willie Liau (BN-SPDP)
Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP) Undi diperolehi: 2,064 Majoriti: 475
N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983
1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) 2. Japar Suyut (PKR)
Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB) Undi diperolehi: 5,596 Majoriti: 5,275 | BEKAS KETUA MENTERI TIBA-TIBA MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI ! PASTU RASMI GEREJA PULA ? Posted: 09 Apr 2011 05:10 PM PDT Bekas Ketua Menteri Sarawak(Tak malu betul BN nie, dah bubar DUN Sarawak mana boleh panggil Ketua Menteri), Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengaku dirinya bertanggungjawab menyelesaikan kemelut kitab Injil berbahasa Melayu di kalangan masyarakat pribumi Kristian di negeri itu.
Bercakap kepada kira-kira 1,000 penganut Kristian yang berketurunan Melanau semasa merasmikan Gereja St Peter/St Paul bernilai RM10 juta di Mukah hari ini, Taib berkata sebaliknya pembangkang tidak melakukan apa-apa bagi menyelesaikan masalah itu.
"Saya yang bercakap kepada Perdana Menteri. Saya bagi tahu dia, adalah idea yang bodoh bagi mengecap nombor siri.
"Saya bagi tahunya supaya hentikannya dan dia kata 'baik, saya setuju dan akan menghentikannya'. Jadi dia hentikan cap nombor siri itu.
"Jadi sekarang, tidak ada lagi benda-benda mengarut ini," kata Taib. Taib juga menafikan pengecapan nombor siri itu adalah arahan kerajaan pusat tetapi sebaliknya menyalahkan pegawai bawahan kerajaan negeri yang menyalah-tafsirkan arahan berkenaan.
"Pegawai bawahan saya yang salah tafsir. Apabila (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) menyedarinya, beliau juga sependapat, adalah lucu bagi mentafsirnya (seumpama itu)," katanya kepada wartawan.
Tradisi Sarawak
Tegasnya, kitab Injil bahasa Melayu dan toleransi agama telah lama menjadi 'tradisi Sarawak".
"Ini tradisi Sarawak. Kita sudah amalkan lama dulu. Mengapa buat sesuatu yang buat rakyat marah?
"Jangan sesekali mencampuradukkan agama dengan politik. Tiada apa yang lebih mudah bergejolak, senang menimbulkan provokatif berbanding mencampurkan kedua-duanya (politik dan agama).
"Tidak dapat dielakkan, kita akan bergaduh jika kita cuba mempolitikkan agama, lebih-lebih lagi jika isu perkauman dibabitkan sama," katanya.
Kontroversi itu tercetus apabila dua penghantaran kitab Injil berbahasa Melayu dirampas oleh kementerian dalam negeri - 5,100 di Pelabuhan Klang dan 30,000 lagi di Kuching.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan 'Al-Kitab' tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana mempunyai beberapa perkataan yang hanya 'eksklusif' untuk orang Islam.
Pada majlis ini, Taib juga sempat membidas Pakatan Rakyat yang didakwanya hanya tahu untuk menimbulkan kemarahan orang ramai dan lebih-lebih lagi jika "kita semua mempunyai rasa marah dan curiga terhadap satu sama lain... antara orang Kristian, Islam, Hindu atau pun Buddha".
"Kita mesti tidak boleh memberikan kebebasan kepada pelampau ekstremis agama untuk memecahbelahkan dan menghancurkan masyarakat serta negara kita," katanya. | |
PEMUDA PAS LADANG Posted: 10 Apr 2011 03:06 PM PDT PRN Sarawak: PAS arah solat hajat Khamis ini Posted: 09 Apr 2011 10:38 PM PDT KUCHING, 10 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar mengadakan solat hajat memohon agar kemenangan memihak kepada calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mereka mengarahkan agar solat hajat ini didirikan secara berkelompok atau bersaorangan pada 14 April ini iaitu hari Khamis malam Jumaat.
"Semua ahli PAS diarah menunaikan solat hajat ini dan memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan kepada calon PAS dalam pilihan raya Sarawak ini. Sebaik-baiknya ia diadakan selepas solat Isyak," kata beliau kepada Harakahdaily.
Lima calon PAS bersama calon PKR dan DAP sedang menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sekarang.
Calon-calon PAS yang bertanding adalah Adam Ahid (Sebuyau), Abang Ahmad Kardee (Beting Maro), Abang Eddy (Sadong Jaya), Noraini Hamzah (Muara Tuang) dan Nani Shaari (Tanjung Datu).
PAS mensasarkan untuk membuat pencapaian terbaik dalam pilihan raya Sarawak kali ini iaitu sekurang-kurangnya menghantar seorang wakilnya ke DUN Sarawak. | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 10 Apr 2011 01:36 PM PDT |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 10 Apr 2011 01:21 PM PDT Perihal Di dalam Sunnah Ada Kejayaan Posted: 10 Apr 2011 12:04 PM PDT Allah Maha Kuasa,Makhluk Langsung Tiada Kuasa Tuan-tuan,sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Di luar sunnah tiada kejayaan.Apakah sunnah itu?Iaitu cara nabi s.a.w.Bila kita ikut cara nabi s.a.w,Allah s.w.t akan beri kita kejayaan dunia akhirat.Cara lain selain cara nabi s.a.w,tiada kejayaan.Cara lain selain cara nabi s.a.w ,akan menempuh kegagalan.Oleh itu kita hendaklah yakin seyakin-yakinnya bahawa hanya cara nabi s.a.w yang bawa kejayaan,selain cara nabi s.a.w,langsung tiada kejayaan. Cara Nasrani tiada kejayaan,cara Yahudi tiada kejayaan,cara Komunis tiada kejayaan,cara Sekular tiada kejayaan.Cara Timur tiada kejayaan.Cara Barat tiada kejayaan.Cara Hindu tiada kejayaan,cara Buddha tiada kejayaan.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat kejayaan di sisi Allah s.w.t,Maha Besar dan Maha Berkuasa. Apakah kejayaan?Kejayaan ialah apabila kita berjaya menyediakan diri kita untuk MENGUCAPKAN KALIMAH LAILAHAILALLAH DI AKHIR KALAM yakni kita mati dengan membawa iman kepada Allah s.w.t. Iman tidak akan didapati dari cara selain cara nabi s.a.w.Iman hanya boleh didapati dengan CARA NABI S.A.W. Cara Nasrani tidak bawa iman,cara Yahudi tidak bawa iman,cara Komunis tidak bawa iman,cara Sekular tidak bawa iman.Cara Barat tidak bawa iman.Cara Timur tidak bawa iman.Cara Hindu tidak bawa iman,cara Buddha tidak bawa iman.Hanya dengan cara nabi s.a.w sahajalah kita akan dapat iman,dengan iman inilah KITA AKAN DAPAT KEJAYAAN. Hari ini umat Islam sudah banyak tinggalkan sunnah nabi s.a.w.Sebaliknya ramai umat lain selain umat Islam mengamalkan sunnah nabi.Maka umat Islam menempuh kegagalan HIDUP DI DUNIA.Umat lain pula mendapat KEJAYAAN HIDUP DI DUNIA.Contohnya kebersihan. Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. (Hadith riwayat al-lmam Muslim) Diriwayatkan dari Sa'ad bin Abi Waqas dari bapanya,dari Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Allah S.W.T itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Maha Mulia yang menyukai kemuliaan,Dia Maha Indah yang menyukai keindahan,kerana itu bersihkanlah tempat-tempatmu" (HR. Tirmizi) Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: " sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak". Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): "dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.." Betapa lengkapnya Islam sampai membersihkan hidung pun jadi sunnah nabi s.a.w.Sebab itu siapa ikut sunnah nabi s.a.w,secara automatik dia jadi pembersih. Lihat negara-negara Barat tuan,mereka amalkan sunnah nabi,jaga kebersihan,mereka dapat kejayaan di dunia.Lihat Jepun tuan,lihat Korea tuan...tempat mereka bersih dan kemas,maka mereka dapat kejayaan dunia dengan amalkan sunnah nabi.Tetapi mereka semua tidak dapat kejayaan akhirat sekaligus kejayaan segala kejayaan. JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN. Sebab itu di dalam sunnah ada kejayaan.Bersihkan pejabat tuan,bersihkan rumah tuan.Tuan akan lihat di dalam sunnah ada kejayaan. Nabi juga meminta kita bersugi (membersihkan gigi) dan ini sunnah nabi s.a.w. Dari Aisyah r.a.h. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Riwayat Baihaqi ) "Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi". ( Riwayat Muslim ) Lihat tuan-tuan!Betapa sempurnanya Islam sehinggakan orang yang bersugi mendapat redha Allah s.w.t dan solatnya lebih baik dari 70 puluh rakaat solat yang tidak bersugi.Nabi ajak kita jadi individu terhormat dan mulia.Islam ajak kita jadi manusia wangi,bersih dan sihat.Sebab itu orang yang ikut sunnah nabi s.a.w nescaya akan mendapat kejayaan.Hanyasanya orang yang berjaya ialah orang yang meletakkan dirinya dalam kemuliaan agama. Adakah agama-agama lain mengajak penganutnya bersugi atau membersihkan hidung?Mari tuan-tuan kita ikut sunnah nabi s.a.w!Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan. Salah satu sunnah nabi s.a.w adalah solat berjemaah.Dengan solat berjemaah,kita dapat mengenali ahli kariah kita,jiran-jiran dan saudara-saudara kita.Ini memupuk kebaikan sosial dan ukhuwah sesama umat Islam.Islam bukan mengatur sistem individualistik.Islam adalah agama kemasyarakatan.Islam bukan agama rahib dan pendeta yang bersunyi diri.Islam agama yang sosial dan komuniti. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ada lima hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu: Menjawab salam, mendoakan kepada orang yang bersin, menyahut undangan, menziarahi orang sakit dan mengiringi jenazah. 5 perkara ini jika tuan-tuan buat maka tuan-tuan semua telah tunaikan hak-hak bagi seorang muslim terhadap saudaranya.Islam menganjurkan hidup bermasyarakat.Bukan hidup terpencil seorang diri.Inilah kesempurnaan hidup beragama.Bila kita ikut Islam,kita akan mencapai kesempurnaan hidup,di dunia dan akhirat.Bila kita ikut sunnah,kita akan dapat kejayaan.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan. Bila di dalam kubur nanti malaikat tanya: "Ma Ikhwanuka?" (Siapa saudaramu?) Kita tak payah jawab tuan,mulut kita terkunci rapat.Yang jawab ialah amal kita.Nah!5 perkara tadi yang akan jawab siapa saudara kita. Bila kita ikut sunnah nabi,bukan sahaja kejayaan dunia,malah kita akan dapat kejayaan di akhirat.Yakinlah tuan-tuan. Jika kita contohi cara hidup nabi,kita akan dapat banyak kejayaan di dunia,disamping ganjaran pahala dari Allah Yang Maha Pemurah.Contohnya makan ikut cara nabi juga bawa kejayaan.Bagaimana nabi makan?Nabi makan dengan menggunakan jari,dan lepas makan nabi menjilati jari-jemarinya: Kaab bin Malik r.a bercerita, "Sesungguhnya Nabi s.a.w menjilati jari-jemarinya (sehabis makan) tiga kali" (diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar,dari Abdurrahman bin Mahdi,dari Sufyan,dari Said bin Ibrahim,dari salah seorang anak Kaab bin Malik,yang bersumber dari bapanya) Kenapa kena ikut cara nabi s.a.w?Kenapa kena ikut makan cara nabi s.a.w? Hamba Allah:Saya tidak mahu awak jawab dengan berkata ini sunnah...ini sunnah...kena ikut.Saya sudah bosan. Jadi nak jawab bagaimana yang tuan inginkan? Hamba Allah:Saya mahu awak jawab dari segi logik kenapa saya perlu ikut sunnah.Contohnya makan dengan jari dan lepas makan kena jilat jari.Eiii...ini sungguh menjijikkan.Saya selalu guna sudu dan garpu.Ini lebih bertamadun. Owh...tuan mahu saya terangkan dari segi asbab keduniaanlah,kenapa perlu makan ikut cara nabi.Jangan risau tuan...selama tuan ikut cara nabi s.a.w,tuan tetap dapat habuan di dunia malah ganjaran di akhirat.Tuan tidak perlu risau jadi miskin atau hina lepas amal cara nabi s.a.w malah tuan akan jadi mulia dan hidup tuan jadi berkat.Tidak mengapa kalau tuan makan dengan garpu dan sudu,tak jadi masalah,tapi kalau tuan ikut cara nabi memang tiada masalah malah boleh selesai masalah. Hamba Allah:Saya tak nampak amal makan cara nabi buat saya jadi mulia.Makan dengan jari nampak kekampungan.Lepas itu jilat jari,menambahkan ciri-ciri primitif dan tidak bertamadun. Itu tuan yang kata ke atau 'Orang Barat' yang kata?Bertenang ya maulana.Fikir dahulu sebelum bercakap.Sesungguhnya di dalam sunnah ada kejayaan.Pegang perkataan ini sampai mati. Kenapa nabi s.a.w makan dengan tangan?Sebab Allah s.w.t telah letakkan berkat dan kelebihan dalamnya.Di tapak tangan kita terdapat enzim yang bernama interferon.Interferon ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti inteferon alpha yang digunakan dalam perawatan penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C.Di hujung jari kita juga terdapat asid amino dan protein malah kuku kita juga diperbuat dari sejenis protein yang dipanggil kerotin,di mana protein-protein ini bertindak sebagai pemangkin kepada proses penguraian makanan.Pemangkin dari protein ini dipanggil sebagai enzim. Oleh itu sebelum karbohidrat terhurai di dalam mulut oleh enzim amilase dalam air liur,ia telah mengalami pra-penguraian dahulu ketika kita menggaulkan nasi dengan tangan.Enzim yang terhasil di antara kuku dan isi kuku kita juga mempunyai kekuatan lebih dari enzim amilase dalam air liur.Kesan daripada enzim dan protein ini yang biasa kita nampak ialah makanan cepat basi apabila disentuh dengan tangan (bermakna kesan dari proses penguraian makanan). Hamba Allah:Ok,berikan lagi contoh dalam sunnah ada kejayaan. Tuan nak lagi?Boleh...contoh sebelum makan sunnah makan buah dahulu.Bila kita ikut sunnah makan cara nabi s.a.w,Allah akan beri ganjaran pahala sebab ikut sunnah nabi. Hamba Allah:Saya tidak mahu dengar pahala-pahala ke ganjaran ke...saya tak nampak semua benda tu.Saya nak tahu apa kajian saintifik makan buah sebelum makan.Biasanya makan buah selepas makan sebagai pencuci mulut.Pelik. Masya Allah tuan...nampaknya tuan sudah ketinggalan zaman dan bertabiat pelik secara saintifiknya.Makan buah selepas makan adalah amat tidak menyihatkan. Hamba Allah:Apa?Tidak sihat?Ini budaya dari Barat.Semua dari Barat adalah betul...betul dan betul.Mereka adalah kaum yang bertamadun dan saintifik.Bukan macam orang Islam.Jumud,kolot dan tak saintifik. Astaghfirullahalazim...sebenarnya tuan apabila tuan makan buah selepas makan maka khasiat atau zat dari buah-buahan tadi tidak dapat digunakan dengan sempurna oleh tubuh tuan.Tuan hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah tuan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana tuan tidak makan dengan cara yang betul.Tuan SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG. Hamba Allah:Subhanallah!Di dalam sunnah ada kejayaan. Begitulah tuan-tuan,di dalam sunnah ada kejayaan.Ini baru bab makan dan kebersihan,berpuluh-puluh sunnah lagi yang mengandungi 1001 khasiat dan fadilat yang Allah s.w.t sediakan untuk manusia di dunia.Allah s.w.t adalah pencipta manusia maka Dia Maha Tahu akan apa yang baik untuk manusia.Bila kita amalkan sunnah nabi,bermakna kita cintakan nabi.Mana mungkin orang yang mengaku cintakan nabi dan ikut ajarannya benci pada janggutnya atau serbannya.Orang yang menjadikan artis-artis sebagai idola pun akan ikut segala fesyen artis itu dari rambut hingga ke hujung kaki.Kita mengaku Islam dan bernabikan Muhammad s.a.w,tetapi kita mencemuh janggut nabi,jubah nabi dan serban nabi. Bila kita amalkan sunnah nabi dalam kehidupan,nanti Allah s.w.t mudahkan hidup kita.Sebab Allah telah letakkan asbab-asbab dunia sebagai keberkatan kepada orang yang amalkan sunnah nabi tadi.Dia amalkan makan cara nabi,Allah mudahkan sistem penghadamannya.Dia amalkan istinjak cara nabi,buang air kecil cara nabi,buang air besar cara nabi nanti Allah mudahkan sistem perkumuhannya,luaskan saluran perkumuhannya,tidak seperti orang yang tidak beristinjak cara nabi.Dia tidur cara nabi,Allah tegakkan tulang belakangnya,Allah jaga tubuhnya selama dia tidur.Ini belum lagi amal apa yang Allah sudah WAJIBKAN macam solat fardu.Kelebihan berdiri,rukuk,sujud,duduk dalam solat...semua itu ada sebab dari segi kesihatan,dari segi biologi,kimia dan fizik. JIKA KITA UMAT ISLAM AMALKAN SUNNAH NABI S.A.W,KITA DAPAT KEJAYAAN BUKAN SAHAJA DI DUNIA MALAH DI AKHIRAT,IAITU KEJAYAAN SEGALA KEJAYAAN. | Benarkah Pendapatan CEO Maybank Sebanyak RM4.697 juta Setahun? Posted: 10 Apr 2011 08:04 AM PDT Sadis dan amat mengemparkan sekiranya dokumen yang penulis perolehi daripada seorang sahabat melalui e-mail berkenaan ketidakpuasan hati persatuan pekerja Bank, National Union Of Bank Employees (NUBE) bertarikh 07 Februari 2011 yang bertajuk "Pendapatan CEO Maybank - Penemuan Yang Mengejutkan". Persatuan berkenaan serta ahli-ahlinya mempertikaikan bonus seorang kakitangan "Government Link Agency (GLC)" yang berjawatan Chief Executive Officer (CEO) memperolehi jumlah pendapatan tahunan bagi tahun 2010 sebanyak RM4,697,000 juta! Bagi penulis, amat tidak dihairankan sama sekali situasi atau keadaan di mana-mana institusi GLC. Pihak pengurusan (management) memperolehi bonus yang berlipat-lipat ganda sehingga ada yang mencecah puluhan bulan sedangkan kakitangan bawahan hanya mendapat satu atau dua bulan sahaja. Malahan ada terdapat kejadian di mana kakitangan-kakitangan di syarikat GLC yang dinafikan hak mereka untuk mendapatkan bonus (tanpa apa-apa sebab tindakan disiplin) kononnya, atas faktor "performance base" sedangkan pihak pengurusan atasan sewenang-wenangnya membolot jutaan ringgit imbuhan bonus.
Bagaimanakah pihak pengurusan Maybank terutama ahli lembaga pengarahnya boleh membiarkan situasi sebegini? CEO dibayar bonus jutaan ringgit setahun. Bagaimana dengan kaitangan pertengahan dan bawahan? Berapa gi mereka? Berapa bonus mereka? Kalau begini caranya, keuntungan Bank yang banyak diperolehi daripada aktiviti "Treasury" dan "Trade Financial Services" hanya dapat digunakan untuk membayar bonus CEO dan pihak pengurusan atasannya (top managment). Pendeposit pula dapat apa? Keuntungan sebanyak 3% hingga 5% setahun?
Pihak Kerajaan terutamanya Menteri dan Timbalan Menteri yang berkenaan harus peka dengan keadaan ini memandangkan situasi ini sekiranya dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan barah yang akan merebak yang boleh meruntuhkan sesuatu institusi GLC akibat dari kesan ketidakuasan hati pekerja-pekerja GLC peringkat bawahan dan pertengahan.
| Salah Siapa Jezamine Lim, Isteri Harith Iskandar Berfoto Bikini? Posted: 10 Apr 2011 08:00 AM PDT
Jezamine Lim, isteri kepada pelakon, pengacara dan pelawak terkenal, Harith Iskandar, tampil sebagai covergirl untuk majalah Shape dengan hanya mengenakan sepasang bikini yang mengiurkan. Jezamine, yang juga seorang doktor dan mempunyai sebuah restoren di kawasan Seri Hartamas, memulakan perkenalan dengan Harith melalui laman sosial Facebook. Wanita kacukan Cina-India ini kemudiannya mengahwini Harith Iskandar sekitar June 2010 dengan hantaran berjumlah RM50,000.
Cumanya penulis berpendapat pasangan Muslim seharusnya mendidik suami atau isteri yang merupakan 'saudara baru' berhijrah menjadi muslim yang sejati. Besar tanggungjawab, lebih-lebih bagi seorang suami. Janganlah pula si suami menggalakkan si isteri melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Kalau suami sendiri tidak berupaya mendidik, bawalah isteri ke kelas-kelas agama di masjid, masjid, surau-surau ataupun kelas yang disediakan oleh PERKIM. | Ibrahim Ali Anggap Isteri Pemuas Nafsu Seks Suami Semata-Mata? Posted: 10 Apr 2011 07:58 AM PDT
Penulis jarang mengambil kisah mengenai apa yang sering diperkatakan oleh Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali sebelum ini. Namun apabila sesuatu yang mengarut yang diucapkannya dipetik oleh akhbar asing, maka seseorang perlu menegurnya. Di dalam sebuah portal online dari Australia, smh.com.au, memetik Ibrahim Ali sebagai berkata: Malaysian men have extramarital sex because of "wives who neglect their responsibilities" to their husbands, a Malaysian MP has told his country's Parliament, outraging women's groups. "Husbands driving home after work see things that are sexually arousing and go to their wives to ease their urges," said independent lawmaker Ibrahim Ali, according to online portal Malaysiakini. "But when they come home to their wives, they will say, 'wait, I'm cooking,' or 'wait, I'm getting ready to visit relatives,'" Mr Ibrahim said. "In Islam, wives are supposed to stop everything to fulfil their husband's demands." Mr Ibrahim heads Perkasa, a right-wing Malay nationalist group, seeking to protect ethnic Malay dominance in politics. His strident comments came as he asked about plans by the government's religious development department to educate wives on their responsibilities. Wives "failing in their duties" pushed men to go to "private places to satisfy their urges", he said. An aide to the lawmaker has confirmed the remarks but has declined further comment. Apa yang cuba disampaikan oleh Ibrahim Ali? Apakah seorang isteri diperumpamakan sebagai objek seks pemuas nafsu seorang suami. Sememangnya terdapat Hadis Sahih Rasulullah SAW yang menyebut tentang kewajipan seorang isteri untuk melayani suaminya. Namun apakah ini bermakna kegagalan si isteri menjalani kewajipannya itu dengan alasan sakit, penat, tidak bernafsu, mempunyai masalah dan sebagainya memberi lesen kepada si suami untuk "makan luar". Apakah kita dapat menerima alasan suami seperti dalam fikiran Ibrahim Ali, boleh mendapatkan seks bila-bila masa yang mereka suka dari si isteri atau berhadapan dengan tindakan suami makan luar? Patutlah gejala perlacuran berleluasa, pusat-pusat spa dijadikan dinding untuk aktiviti-aktiviti perlacuran, rumah-rumah urut halal dan haram bertambah dan peningkatan secara drastik pelacur-pelacur asing berhijrah ke Malaysia untuk melayan suami-suami yang kehausan seks ini. Ibrahim Ali ... Ibrahim Ali. Jadi wajarlah tindakan penulis masih tidak menganggotai PERKASA sehingga ke hari ini. | |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 10 Apr 2011 01:07 PM PDT Posted: 10 Apr 2011 05:41 AM PDT 10 April 2011 - Mewakili YAB Dato' Seri Menteri Besar ke Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Kedah 2011.
Perlawanan Akhir Piala YAB Menteri Besar Kedah (Jemputan Kelab-Kelab Antarbangsa) telah dimenangi oleh Pasukan UUM All Stars setelah menewaskan Pasukan Royal Navy of Thailand.
Perlawanan Akhir Piala YB Dato' Exco Belia dan Sukan (Kategori Terbuka Kedah) telah dimenangi oleh Pasukan Terengganu.
Perlawanan Akhir Piala Dato' MBAS (Kategori B-20 Tahun Terbuka Kedah) telah dimenangi oleh Pasukan TLDM.
09 April 2011 - Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Merbok kali-27 dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Telah dipilih oleh para pewakilan untuk menerima amanah yang berat sebagai Yang diPertua PAS Kawasan Merbok untuk sesi 2011 - 2013.
08 April 2011 - Perlawanan Liga Super Kedah vs Perlis di Stadium Negeri, Kangar ... Kedah menang 1 - 0 ...
07 April 2011 - Mewakili YAB Dato' Seri Menteri Besar ke Perlawanan Akhir Bolasepak 4 Penjuru Anjuran Pejabat KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Pasukan KFA bertemu dengan Pasukan Istana Anak Bukit ... Pasukan KFA menang dengan 3 - 2.
05 April 2011 - Perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, Kedah vs Johor FC, Kedah kecundang dengan jaringan 1 - 2.
04 April 2011 - Sidang Media Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Kelab-Kelab Antarabangsa Piala YAB Menteri Besar Kedah. Kejohanan akan diadakan dari 07 - 10 April 2011 di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.
02 April 2011 - Sebelah malamnya, menyaksikan perlawanan Liga Super antara Kedah vs Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Cheras ... Kedah menang dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Gol kemenangan dijaringkan oleh Azmi Muslim.
02 April 2011 - Merasmikan Temasya Sukan Sekolah-Sekolah HESA 2011 di Kompleks Hijau Kuning.
| |
Dupahang's Weblog Posted: 10 Apr 2011 11:32 AM PDT PRN Sarawak: PAS arah solat hajat Khamis ini Posted: 10 Apr 2011 09:38 AM PDT Harakahdaily Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar mengadakan solat hajat memohon agar kemenangan memihak kepada calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak. Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mereka [...] | Wamg Tunai RM21 Juta – Hasil Rampasan Tanah Terbaru Untuk Saudara Taib! Posted: 10 Apr 2011 09:18 AM PDT Oleh Sarawak Report Dalam beberapa hari menjelang pilihanraya, keluarga Taib Mamhud masih giat menerima wang hasil dari tanah-tanah yang diberikan kepada mereka oleh Ketua Menteri. Pada 18hb Februari yang lalu, bursa saham Malaysia telah mengumumkan suatu pembelian berjumlah RM21 juta bagi 80% syarikat yang telah diberikan saham bagi ladang seluas 5,000 hektar di Baram oleh [...] | Tahukah anda kekayaan Sarawak telah dimiliki siapa ? Posted: 10 Apr 2011 07:58 AM PDT Senarai Hasil Rompakan Keluarga Taib Mahmud 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang – Sarawak Plantations – Entiti perniagaan ini telah diswastakan, 60% pegangan saham dimiliki oleh Hamid Sepawi (sepupu Taib) dan Hasmi bin Hasnan. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas – Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud) [...] | Calon PAS Tanjung Datu cuba dibeli dan diugut Posted: 10 Apr 2011 07:44 AM PDT harakahdaily.net/ Nazri Abddullah Calun PAS Puan Nani Shaari SANTUBONG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu. Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain. [...] | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 10 Apr 2011 11:20 AM PDT |
Pemuda Guchil Posted: 10 Apr 2011 09:39 AM PDT |
PAS Kawasan Gerik Posted: 10 Apr 2011 09:21 AM PDT Tanda-tanda nak ghuyup Posted: 10 Apr 2011 05:07 AM PDT Mak aaiihh.... sejak hari penamaan calon pada 6 April sampai ler ke hari ini, tak sampai pun seminggu lagi, Pakatan Rakyat telah berjaya membuat rakyat Sarawak di sana sini, jatuh cinta dengan mereka. Hebat.... hebat.... Hebat Pakatan Rakyat!! Got ummpphhh!! Nampak gayanya, angin perubahan sudah mula dirasai tiupannya. Malah... semakin hari, ia semakin kuat bertiup. Kencang beb!! Ini satu petanda baik buat Pakatan Rakyat. Ceramah-ceramah Pakatan dikunjungi berduyun-duyun rakyat Sarawak yang ingin mendengar penjelasan secara live daripada para pemimpin Pakatan Rakyat tentang isu-isu sensasi yang dibawa oleh BN dan juga pendedahan tentang kepincangan pemerintahan BN di Sarawak, khususnya isu-isu panas yang sedang menyelubungi taiko mereka iaitu Taib Mubarak al-Sarawak. Fuulaamakk.....!!! Sambutan memang di luar jangkaan. Baik ceramah umum, mau pun ceramah berkelompak.... sambutannya WOW sekali!! Bak pisang goreng panas, berkerumun orang datang untuk mendengarnya. Ekoran daripada pendedahan serta penjelasan-penjelasan tentang isu-isu yang dibangkitkan dalam ceramah-ceramah tersebut.... kebangkitan rakyat Sarawak untuk melakukan perubahan mulai dirasai. Ayuh rakyat Sarawak, bangun dan selamatkan Sarawak!! Kebangkitan ini bertambah kuat dirasai apabila Pakatan Rakyat mewar-warkan Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak, sekiranya Sarawak dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Melotop beb!! Ceeehhhh...... Baru Bian Ketua Menteri Sarawak. Tuuu diaaaa...!! Mana tak senoroknya rakyat Sarawak, terutama yang berbangsa Iban. Itu merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada mereka. BN on the other hand, gelisah bak cacing kepanasan, berhadapan dengan kebangkitan rakyat Sarawak yang memang tidak diduga oleh mereka. Isu pembangunan yang dibawa oleh mereka sudah tidak laku. Isu basi. Balik-balik... pembangunan. Membangunnya idak juga!! Rakyat Sarawak muak dan tak percaya dah... Pembangunan hapa ke bendanya, kalau masih ada rakyat yang tak pernah nampak dan experience menggunakan air yang keluar daripada paip. Elektrik pulak?? Dalam mimpi pun, mereka tak pernah experience memetik suis lampu!! Aaaa.... nak tanya sikit?? Berapa lama dah BN memerintah Sarawak??? Goyah.... Goyah..... BN sudah mula goyah. Tak boleh jadi.... Tak boleh jadi.... Kalau senario ini berterusan.... ghuyup BN di Sarawak. Kalau BN ghuyup di Sarawak.... bermakna UMporNO dan BN di Semenanjung pun can say bye.. bye... to Putrajaya. Lantas.... Najib telah mengubah semua schedulenya dan decide untuk berkampung dan berkukus di Sarawak bagi mengetuai kempen BN yang tempohnya hanya tinggal lebih kurang 6 hari saja lagi. Kita tengok.... apa dia akan buat dalam tempoh tersebut. Well... semua orang tertanya-tanya, apakah akan berlaku tusnami politik di bumi kenyalang yang akan menghanyut dan menenggelamkan legasi 'firaun jadian' bernama Taib Mubarak al-Sarawak. InsyaAllah... Sama-samlah kita doakan, amin. [Sumber: sini, sini dan sini] Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/ | |
Jasindaily Online Posted: 10 Apr 2011 09:11 AM PDT |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 10 Apr 2011 09:09 AM PDT Operasi Edar Risalah di Kuala Perlis Posted: 10 Apr 2011 08:45 AM PDT Saudara Mior Hassan bersama sahabat-sahabat menyampaikan risalah kepada orang ramai serta peniaga Lokasi pemuda Kangar kali ini di Kuala Perlis Saudara Mohd Iqbal Mohd Sharif baru sahaja selesai menyampaikan risalah Barisan Pemuda PAS Kangar terus melangkah gagah dan bersemangat dalam operasi ini Sasaran utama adalah pemuda dan pemudi Ini lah suasana di Kuala Perlis pada waktu petang mereka memerlukan sentuhan dakwah dari kita semua selaku daie sapaan dan senyuman adalah kaedah dakwah yang paling berkesan Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji | Jabatan Amal >> Pemuda PAS Kangar bergotong-royong Posted: 10 Apr 2011 08:22 AM PDT Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing membersihkan kawasan halaman rumah seorang OKU Membaiki bumbung yang bocor di pukul ribut Ketua Pemuda PAS Kangar Saudara Mior Hassan Sazali Bin Mior Hajjar sedang meneliti keadaan bumbung sebelum di baiki Juga bersama dalam program ini adalah Ketua DACS Kangar Saudara Mohd Yasser Mohd Kamil sedang menunggang motorsikal Yamaha Sukan Anak-anak muda sedang bermesyuarat sebelum memulakan aktiviti gotong-royong Keadaan sekitar rumah yang bakal pasukan pemuda Kangar akan baiki Bersama ketua PAS Cawangan yang berkopiah Saudara Azman atau lebih di kenali sebagai Man Wayar memeriksa 'water pump' sebelum membersihkan rumah OKU yang dilanda banjir baru-baru ini dan juga di pukul ribut | |
I'm more than happy to discover this web site. I wanted to thank you for your time for this particularly fantastic read!! I definitely loved every little bit of it and I have you bookmarked to see new stuff in your site.
BalasPadammy web-site logi low carb
My website - steinzeit diät kartoffeln
Wow, this piece of writing is nice, my younger sister is analyzing such things, thus I
BalasPadamam going to inform her.
Check out my blog post paläo ernährung
Wow, this piece of writing is nice, my younger sister is analyzing such things,
BalasPadamthus I am going to inform her.
Also visit my website; paläo ernährung
Also see my website :: diets for women
It's remarkable to pay a visit this web page and reading the views of all mates concerning this article, while I am also eager of getting know-how.
BalasPadamFeel free to visit my page: barfußschuhe alltag
Also see my webpage :: paläo diät