Ahad, 10 April 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 09 Apr 2011 03:14 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


KEPADA EXCO YANG BERKENAAN.

Posted: 08 Apr 2011 08:22 PM PDT

Jalan berlubang terus terbiar


BEMBAN - Masalah jalan berlubang di sini, bukan sahaja menyusahkan penduduk di Ladang Bukit Kajang, malah turut mendatangkan masalah kepada pengguna yang melaluinya untuk ke Asam Kumbang, Bemban/Serkam ataupun Jasin/Melaka.

Pengerusi Persatuan Pengguna Jasin, A G Veerasamy, 61, berkata, dia kerap menerima aduan berhubung masalah jalan berkenaan tetapi sehingga kini belum ada tindakan diambil.

Menurutnya, dia juga telah memanjangkan surat memohon baik pulih jalan sepanjang lebih satu kilometer itu, bagaimanapun keadaannya masih sama dan bertambah teruk lagi kerana ia turut menjadi laluan kenderaan berat.

"Jalan berkenaan berbahaya terutama pada waktu malam dan banyak aduan telah dibuat oleh pekerja ladang kelapa sawit yang tinggal berdekatan.

"Jalan rosak dan tidak berturap juga menyebabkan kenderaan mereka turut terkena tempiasnya," katanya.

Sementara itu, R Sammanthan, 70, berkata, dia selalu menggunakan jalan itu dari Jasin menuju ke Bemban ataupun Serkam.

"Jalan yang berlubang dan rosak ini menyusahkan saya. Bagaimanapun, saya tidak mempunyai alternatif lain kerana ia adalah jalan pintas.

Saya berharap pihak berkenaan segera ambil tindakan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Chua Kheng Hwa ketika ditemui pula berkata, beliau tidak pernah laporan mengenai kerosakan jalan terbabit tetapi bersedia memberikan surat sokongan supaya kemudahan itu dibaik pulih.

Menurutnya, beliau tidak boleh membuat keputusan ataupun mengambil tindakan drastik kerana jalan terbabit terletak bersempadan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam dan DUN Jasin.

"Masalah ini perlu dipanjangkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR)," katanya.

FI AHAD INI DI LITAR SEPANG....

Posted: 08 Apr 2011 07:59 PM PDT


Put your stuff here

DAP BUAT SARAWAK MUNDUR ?

Posted: 08 Apr 2011 07:53 PM PDT

Kempen DAP buat Sarawak mundur
Oleh Kandau Sidi
kandau@bharian.com.my
2011/04/09
MIRI: Slogan 'Sarawak Jom Ubah' yang digunakan DAP dalam kempen mereka belum tentu menjamin kemajuan berterusan untuk Sarawak, sebaliknya boleh membawa kemunduran berterusan kepada rakyat negeri ini, khususnya di kawasan luar bandar yang masih memerlukan perhatian.

Sehubungan itu, Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, meminta rakyat negeri ini usah terlalu ghairah atau terperangkap dengan slogan parti pembangkang berkenaan.
Beliau berkata, kebanyakan slogan digunakan pembangkang dalam kempen sekadar janji kosong untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong mereka pada Pilihan Raya Negeri Ke-10.
"Parti pembangkang menggunakan begitu banyak slogan, termasuk menuduh kerajaan BN mengamalkan rasuah, kroni dan sebagainya. Semuanya tuduhan palsu tanpa bukti bertujuan mempengaruhi pengundi," katanya.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela Bahagian Miri di Pusat Rukun Tetangga Desa Senadin, malam kelmarin.

Sejak hari pertama kempen Rabu lalu, DAP memasang pelbagai sepanduk memburukkan kerajaan BN di sepanjang laluan utama yang menjadi tumpuan ramai, antaranya kawasan sekitar bulatan Pujut dan sepanjang Jalan Kuala Baram yang sentiasa sesak dengan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Tsu Koon juga menasihatkan rakyat Sarawak jangan menggadai masa depan dan terpengaruh dengan helah parti pembangkang yang cenderung memburukkan kepimpinan BN.
Beliau berkata, masa depan negeri ini amat bergantung kepada kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang dipercayai mampu membawa kemajuan untuk mereka.

"Saya yakin pengundi dapat menilai parti yang boleh membawa perubahan lebih baik untuk mereka dan bukan hanya sekadar bijak menabur fitnah," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin daripada BN, Datuk Lee Kim Shin.

Jihad perangi rasuah

Posted: 08 Apr 2011 07:29 PM PDT

Jihad perangi rasuah

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

ALLAH melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya," (riwayat Ahmad)

Sebuah hadis yang menunjukkan bahawa perbuatan rasuah adalah sangat dikutuk keras oleh Allah dan Rasul-Nya.

"Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan dalam api neraka". (riwayat At Tirmidzi)

Maka timbul persoalan mengapa tidak lakukan pendekatan lebih manusiawi melalui program-program latihan atau pendidikan moral/akhlak khusus diberikan kepada kakitangan awam atau kepada mereka yang selama ini amat terdedah kepada rasuah.

Namun yang lebih menimbulkan persoalan para rasuah adalah terdiri daripada kakitangan awam dan mereka yang berkelulusan tinggi dan berpendapatan tinggi juga?

Malah ramai di kalangan ini mereka sudah menunaikan haji dan melakukan umrah berulang kali. Namun mengapa perlu rasuah?

Hukuman paling berat kepada pelaku rasuah selama ini adalah penjara. Itu andainya dapat dikesan dan dibawa kepada pengadilan?

Namun dahulunya penjara tempat yang paling menakutkan, kini ia berubah fungsi menjadi rumah persinggahan yang aman.

Antara sebabnya, sudah ramai banduan yang berlatar belakang kalangan orang yang terhormat.

Namun jika anda melakukan rasuah, pastinya anda tidak akan dapat tidur sepanjang malam, tidak akan pernah lena malah diganggu juga dengan pelbagai mimpi yang kurang enak, hatta gambaran seksaan tuhan atas perbuatan munafik itu.

Sebagai pelaku rasuah itu juga anda akan diburu rasa bersalah kerana akibat perbuatan keji ini telah menyebabkan rakyat yang lain, yang tidak bersalah mengalami penderitaan lahir dan batin.

Sudahlah hidup serba kekurangan dengan pendapatan yang tidak pernah bertambah walaupun sekuat mana usaha dan kudrat ditumpahkan untuk mencari rezeki di jalan yang halal. Namun akibat rasuah, harga barangan keperluan hidup melambung tanpa ada sebarang alasan yang masuk akal.

Semakin teruk apabila diburu juga perasaan takut apabila malaikat maut menjemput pergi di saat harta rasuah melimpah dalam simpanan yang haram. Sempatkah anda bertaubat?

Sedangkan Rasulullah pernah berpesan: "Seseorang yang hanya menyembunyikan hatta sebatang jarum yang bukan miliknya atau sejengkal tanah yang diambil secara paksa daripada pemiliknya pasti hukuman berat menanti di akhirat kelak"

Dibalun dan dibakar yang raungan tidak akan mendapat simpati penjaga neraka.

Akan rasa bersalah juga kepada pelaku rasuah bahawa memberikan hasil rasuah sebagai sumber rezeki kepada dirinya, ahli keluarga terutama anak-anak dan kemudian larut dalam tubuh mereka, maka menjadi darah yang haram; bukankah itu bererti si orang tua itu telah memberikan jalan kepada syaitan dan iblis untuk memasuki di segenap urat saraf di anak?

Lalu apabila al-Quran dirujuk dan dihayati akan isi kandungannya, maka terjumpalah kita akan ayat yang sangat indah dan mampu mengekang sebarang perlakuan jenayah terutamanya rasuah itu sendiri, iaitu surah an-Nisaa' ayat 146-147 yang bermaksud: Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (agama) Allah, serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Tidak cukup al-Quran, ambillah pengajaran daripada hadis Rasulullah yang menyebut; Ciri-ciri orang yang disebut munafik itu ada tiga, apabila berkata-kata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan apabila diberikan amanah, dia mengkhianatinya (sekalipun dia mengaku solat, berpuasa dan mengaku mukmin). (riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah sebenarnya bimbang mengenai gejala rasuah ini, lalu antara jalan keluar yang baginda sarankan sebagaimana hadis bermaksud: "Barang siapa yang diberikan suatu jawatan sedang dia tidak mempunyai rumah, maka berikan rumah untuknya, apabila tidak mempunyai isteri, maka kahwinkan dia, apabila dia tidak mempunyai pembantu, maka berikanlah dia pembantu dan apabila tidak mempunyai kenderaan, maka sediakanlah kenderaan untuknya. Kerana barang siapa yang mengambil sesuatu selain itu, maka dia adalah pengkhianat". (riwyaat Ahmad)

Kebimbangan baginda itu sangat berasas kerana definisi rasuah itu adalah sebagaimana Rasulullah sebutkan dalam hadis: "Barang siapa yang kami angkat menjadi pegawai dengan tugas-tugas tertentu dan telah kami berikan upah sebagaimana yang semestinya maka apa yang dia ambil luar daripada apa yang telah diberikan, itu namanya pengkhianatan (rasuah)". (riwayat Abu Daud).

Tahukah anda, Rasulullah sendiri seorang pemimpin yang juga sangat terdedah kepada pelbagai tawaran untuk melakukan rasuah? Namun baginda amat menjaga dirinya daripada terjerumus ke kancah yang sangat keji ini kerana antaranya doa orang melalukan rasuah tidak akan pernah dikabulkan Tuhan. (At-Taubah: 80)

Pelbagai kisah diceritakan bagaimana baginda menahan dirinya dari perbuatan rasuah. Ini termasuklah baginda puteri kesayangan baginda, Fatimah Az Zahra memohon daripada ayahandanya untuk meminjam salah seorang wanita tawanan untuk membantunya menguruskan hal-hal rumah tangga disebabkan Fatimah sendiri tidak sihat.

Permintaan itu serta merta ditolak oleh Rasulullah dengan alasan bahawa tawanan harus ditebus terlebih dahulu untuk kepentingan pendapatan negara. Atau mungkin sebenarnya wanita itu layak dibebaskan.

Buku ini benar-benar secara ilmu dan motivasi untuk mengekang masalah rasuah yang kian membarah di kalangan umat Islam itu sendiri.

Penulis menulis ayat-ayatnya dengan bijaksana yang mampu memberikan sentuhan kepada sanubari pelaku rasuah agar mereka boleh dikembalikan ke pangkal jalan.

Disertakan juga amalan-amalan ibadat termasuk beristighfar sehinggalah mengambil air sembahyang yang jika diamalkan dengan cara yang betul dan difahami falsafah di sebaliknya maka si pelaku rasuah akan kekal dalam taubatan nasuha dan tidak akan menoleh sedikit pun terhadap apa juga peluang rasuah yang terbentang di hadapan mata.

Bagaimana untuk mendapat solat yang khusyuk dan hati yang bergetar dengan zikir-zikir terhadap Allah turut penulis tekankan untuk membebaskan umat Islam dari khianat, korup dan rasuah.

Justeru, laporan berita baru-baru ini mengenai sebuah jabatan kerajaan yang para pegawai dan kakitangan dipercayai melakukan rasuah sehingga bernilai berbilion ringgit, merupakan satu panggilan jihad untuk memerangi rasuah.

Mungkin bermula dengan memiliki buku yang sebaik ini untuk membukakan dengan seluas-luasnya minda dan pemikiran yang selama ini tidak sahaja tertutup atau sempit, tetapi kita tidak guna untuk berfikir pun!

umno bahagian cheras

Posted: 09 Apr 2011 01:34 PM PDT

umno bahagian cheras


Manifesto 'mee segera' pembangkang hanya janji palsu - Syed Ali

Posted: 09 Apr 2011 02:06 AM PDT

PENGUNDI di Sarawak diingatkan supaya tidak terpedaya dengan 'gula-gula politik' yang ditaburkan pembangkang menjelang pilihan raya dewan undangan negeri berkenaan tidak lama lagi.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Chears, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, pembangkang sanggup menaburkan 1001 macam janji manis termasuk bulan dan bintang bagi membolehkan mereka menguasai negeri tersebut.

Beliau mendakwa, janji yang tidak mungkin akan ditunaikan itu sudah pun dimuatkan di dalam manifetso pembangkang yang bertajuk 'Jom Ubah Sarawak'.

"Saya harap pengundi di Sarawak yang sudah matang berpolitik tidak akan menggadaikan prinsip dan masa depan anak cucu mereka," tegasnya.

Katanya, hari ini sesiapa sahaja boleh dengan lantang memperjuangkan ideologi politik tetapi kepentingan generasi akan datang perlu dipertahankan.

"Saya bimbang generasi akan datang terutama di Sarawak akan menjadi mangsa kerakusan politik pembangkang," tegasnya lagi.

Syed Ali juga menyifatkan cadangan penubuhan 'Dana Pembangunan Kemiskinan RM1 bilion' yang terkandung dalam manifesto pembangkang sebagai perancangan 'mee segera.'

Beliau berkata, sejumlah 1 bilion yang ditawarkan pembangakang terlalu amat kecil jika dibandingkan beratus bilion ringgit yang telah dan akan dibelanjakan oleh kerajaan BN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Sarawak.

"Ini membuktikan pembangkang tidak serius untuk membela rakyat, mereka sekadar main-main dan berniat memperlekehkan pengundi Sarawak," tegasnya lagi.

Katanya, ini juga menunjukkan pembangkang tidak mempunyai 'blue-print' politik jangka panjang untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat pelbagai agama, kaum dan budaya terutama di negeri berkenaan.

Katanya, ini perbezaan yang amat ketara dengan BN yang sentiasa memberi keutamaan kepada rakyat terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman walaupun bukan musim pilihan raya.

Beliau mempersolkan pembangkang apa yang hendak diubah di negeri berkenaan sedangkan rakyatnya hidup aman makmur menerusi kestabilan politik dan ekonomi di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Pembangkang sebenarnya tidak berupaya untuk mengubah lanskap politik di Sarawak kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan peribadi dan kelompok tertentu sahaja," ujarnya.

Menurut beliau, pengundi Sarawak khususnya dan rakyat negara ini amnya tidak berdepan dengan masalah dalam meneruskan kehidupan harian mereka di bawah BN.

Ini terbukti katanya, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pendekatan 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' semakin diterima oleh rakyat pelbagai kaum.


PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Posted: 09 Apr 2011 09:04 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA


JANJI DI SELANGOR TAK TERTUNAI...NAK TAMBAH LAGI NUN DI SARAWAK...

Posted: 08 Apr 2011 10:40 AM PDT

SHAH ALAM, 8 April – "Rakyat khususnya pengundi Sarawak jangan kena temberang seperti rakyat Selangor", demikian pesanan dan harapan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukor Idrus ketika mengulas janji manifesto pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihanraya negeri Sarawak pada 16 April ini.

SUMBER:UMNO ONLINE...

So, kalau-kalau, rakyat kat Negeri Sarawak tu nak merasa macam orang-orang kat Negeri Selangor yang dulu dok pangkah PR..TRY lah....yang dok nganga menunggu MANA PI MANIFESTO..tak payah janji yang besaq-besaq...elaun2 konon nak bagi..erm...lalalala...DEPA ADA KE BUAT KERJA?RAKYAT SELANGOR RAMAI YANG SUSAH..ADA KE DEPA NI TAU???MANA ANUAQ??TENGOK DIA JE SENANG..TAK HABIS2 NAK KEJAQ POPULARITI...EWAH....NAK JADI PELAKON LA TUH...JADI ARTIS JE LA, KONPEM MENANG ABPBH..

SEMOGA RAKYAT NEGERI SARAWAK JANGAN TERMAKAN DENGAN JANJI KOSONG MEREKA NI, OKAY..TENGOK LA, THEY ALL BARU TADBIR BEBERAPA BUAH NEGERI, KECOH JADINYA..MACAMANA NAK TADBIR 1 MALAYSIA??DAH BERTAHUN KITA MERDEKA, SIAPA YANG MEMBANTU MEMERDEKAKAN MALAYSIA???HAA...PI LA SELAK BUKU SEJARAH OKAY KAWAN-KAWAN...DAAA.........

Pembangkang Tabur Janji Tak Munasabah di Sarawak – Muhyiddin

Posted: 08 Apr 2011 10:32 AM PDT

SIBU 8 April – Pembangkang terus menabur dan membuat pelbagai janji tidak munasabah kepada rakyat Sarawak seperti apa yang dinyatakan dalam manisfesto mereka untuk pilihan raya negeri ke 10.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang menggunakan slogan `ubah' yang menjadi modal mereka kononya untuk membawa perubahan di Sarawak sedangkan apa yang dinyatakan itu tidak mempunyai maksud yang jelas tetapi lebih kepada ingin mendapatkan kuasa.
"Tema mereka `ubah', tapi tak tahu apa yang nak di ubah, mereka nak ubah sebab nak kuasa, mereka kata nak ubah daripada apa yang ada sekarang, tapi tak tahu apakah itu akan jadi lebih baik , mereka janjikan bulan, bintang dan matahari.
"Sarawak sudah jauh berubah, siapa kata tak ada kemajuan, kita tak cakap tukar atau ubah, tetapi kita buat tranformasi kerana dia lebih besar maknanya," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam 1Malaysia, di sini.
Antara yang terkandung dalam manifesto pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak ke 10, mereka menyatakan akan menyumbang RM200 untuk setiap anak-anak yang masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
Di samping itu, manisfesto itu turut menyatakan bahawa mereka ingin menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan sebanyak RM1 bilion bagi menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan
Muhyiddin berkata, apa yang dinyatakan oleh pembangkang itu adalah janji manis yang pernah mereka lakukan sebelum ini ketika pilihan raya umum 2008, tetapi semua yang dijanjikan itu tidak mampu dilaksanakan.
Menurutnya, pembangkang pernah menjanjikan perkara yang hampir serupa pada 2008, tetapi sehingga kini mereka masih tidak mampu melaksanakan perkara itu di negeri yang diperintah oleh mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang.
"Dulu mereka juga nak beri bantuan kepada rakyat tetapi tak nampk perkara itu berlaku di Selangor dan Pulau PiInang.
"Mereka kata nak tubuhkan dana sebanyak satu billion untuk rakyat miskin, sedangkan kita sudah belanja berbilion untuk membantu rakyat," katanya.
Beliau menggesa rakyat Sarawak supaya tidak terpedaya dengan apa yang dijanjikan oleh pembangkang itu kerena mereka sebenarnya tidak mampu melaksanakan seperti apa yang berlaku di negeri yang diperintah oleh mereka di Semenanjunag.
"Mereka kata sejak mereka perintah Selangor dan Pulau Pinang mereka sudah banyak bawa perubahan, bawa banyak pelaburan ke negeri itu, sedangkan apa yang berlaku itu hasil perancangan Barisan Nasional (BN) sebelum mereka memerintah.
"Kita tak boleh paksa rakyat untuk mengundi sesiapa, hanya rakyat sahaja yang boleh tentukan, dan sudah tentu rakyat (Sarawak) akan pilih BN, kita bercakap benar, kita tak pernah berbohong pada rakyat," katanya.
Menurutnya, terpulang kepada rakyat Sarawak yang akan membuang undi pada 16 April nanti dalam menentukan siapakah yang akan menerajui negeri itu untuk terus membangun seperti apa yang telah dilaksanakan oleh BN selama ini.

Artikel dari :umno online

CUBA BANDINGKAN MANIFESTO BN DAN PR SARAWAK

Posted: 08 Apr 2011 10:10 AM PDT

Tengok tu, pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS, bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'.

MOTTO JE DAH GEMPAKKKKKKKKK.....BUKAN KE DAULAT TUANKU....ADA YER DAULAT RAKYAT??ERM...BAIKLAHHHHHHH....CUBA KORANG BANDINGKAN APA SAJA YANG HEBAT PASAL MANIFESTO THEY ALL TUU....erm....

Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:

1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.

3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.

4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.

5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.

6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.

7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.

8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.

10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak.


NAMPAK TAK...???KENAPA PR NI TAK HABIS-HABIS NAK BAGI MANIFESTO YANG BERUNSURKAN HASUTAN....YOU ALL ADA NAMPAK KE BN PUNYA MANIFESTO KAT BWH TUUUUUUUUU...ADA KE TAKDA KE HASUT-HASUT????

HAA....YANG ORANG SARAWAK NI, YANG MAKAN CAKAP SI PR TU..PERCAYA LAH NANTI TU....HAISH...JANGAN TERPENGARUH WEI...FIKIR DULU YER....OK...DAAAAAAAAAAAA....

SUMBER:http://www.keadilandaily.com/manifesto-pakatan-rakyat-sarawak-tawar-10-perubahan/

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 09 Apr 2011 07:24 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Ahli PAS diserang penduduk kampung ketika berkempen…

Posted: 09 Apr 2011 05:21 AM PDT

PAS yang asyik mainkan isu ekstrem agama dari semenanjung semakin terdesak apabila kedatangan mereka di kampung-kampung penempatan masyarakat Iban dan Melanau disini. Walaupun masyarakat disini dikatakan tak tahu apa-apa oleh pihak pembangkang, tapi mereka tahu macam mana amalan politik PAS.

PAS mungkin lupa bahawa 26 peratus saja rakyat di negeri Sarawak menganut agama Islam. Tapi mereka masih mahu menggunakan isu agama dan juga isu benci membenci sesama sendiri sebagai modal kempen. Siapa yang nak dengar ini semua?

Selama tempoh berkempen ini, kebanyakan ceramah-ceramah PAS langsung tak mendapat sambutan. Kempen mereka juga hambar dan tak diendahkan oleh masyarakat setempat. Kalau ada pun yang datang, itu terdiri dari pentugas mereka sendiri.

Hari ini, seorang Ahli PAS telah membuat laporan Polis kononnya dia diserang dan dipukul ketika menjalankan tugas mengedarkan risalah kempen ke kampung-kampung. Kejadian yang berlaku di Dun Muara Tuang ini membuktikan PAS tak diterima disini.

Ahli PAS itu, Abdul Rani dari Kota Samarahan diserang ketika bergerak bersama 7 lagi ahli kumpulannya di Kampung Pengkalan Kuap. Beliau pada awalnya telah diberi amaran oleh penduduk setempat supaya jangan masuk ke kawasan kampung tapi beliau tak mengendahkannya.

Dalam laporan Abdul Rani kepada pihak Polis di Ibu Pejabat Polis Kota Samarahan, beliau mendakwa Penghulu Kampung Pengkalan Kuap yang benama Haji Seli bin Hassan telah menyerang dan mencekik lehernya.

Abdul Rani serta ahli kumpulannya kemudian dihalau keluar dari kawasan kampung itu serta diberi amaran supaya tak lagi datang berkempen didalam kampung tersebut. Hasil serangan itu, Abdul Rani cedera di leher dan juga trauma.

Kejadian ini perlu dijadikan pengajaran kepada semua penyokong serta pemimpin PAS yang cuba menyebarkan dakyah buruk kepada rakyat Sarawak. Disini bukannya semenanjung yang boleh PAS sesuka hati nak mainkan isu agama.

Rakyat Sarawak tak mahu kerukunan kehidupan mereka diganggu gugat oleh permainan politik PAS. Selama ini masyarakat Sarawak hidup tenteram tanpa ada perasaan benci membenci diantara agama mahupun suku kaum. Jadi PAS jangan cuba nak bermain kotor.

PAS telah membuktikan mereka menjadi punca perpecahan masyarakat melayu di Semenanjung. Sebab itulah PAS ditolak oleh rakyat Sarawak kerana tak mahu masyarakat disini terpengaruh dengan permainan jahat PAS.

Usaha DAP melenyapkan kuasa Bumiputera Sarawak.

Posted: 08 Apr 2011 09:35 PM PDT

Semua orang sudah sedia maklum dengan agenda tersembunyi Parti DAP didalam arena politik Malaysia ini. Semua orang sudah tahu dari mana asalnya parti tersebut dilahirkan dan ke mana arah tuju mereka seterusnya.

Hakikat yang nyata dan tidak dapat ditolak oleh mereka sehingga hari ini ialah mereka mahu kuasa penuh dan hak yang sama rata dengan semua bangsa di Negara ini. Mereka mahukan lebih dari apa yang mereka miliki pada hari ini.

Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk meleyapkan semua kuasa – kuasa yang dipegang dan dimiliki oleh orang Melayu dan Bumiputera secara keseluruhannya. Itulah agenda utama DAP yang sebenarnya.

Namun, ketika ini, mereka berlindung dibelakang PKR dan PAS untuk mencapai matlamat utama mereka itu. Mereka biarkan kedua – dua parti ini mengucar – kacirkan penduduk Malaysia yang majoritinya Melayu serta Bumiputera.

Perjuangan mereka untuk mendapatkan keadilan kepada semua rakyat Malaysia hanyalah retorik semata – mata. Ianya hanya tipu helah mereka sahaja untuk mengaburkan mata rakyat Malaysia terhadap agenda utama mereka itu.

Lihat sahaja tindakan yang mereka lakukan di Semenanjung. Tidak lama dahulu, Tony Pua pernah mencadangkan agar hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera dihapuskan secara total. Malah beliau juga turut mencadangkan agar pegang ekuiti hartanah Bumiputera sebanyak 30% dihapuskan di Selangor.

Kini, agenda mereka itu dibawa pula ke Negeri Sarawak ini tatkala Negeri ini sedang hangat mengadakan kempen Pilihanraya Negerinya. Agenda yang sama juga turut dikesan sedang dilakukan oleh puak – puak DAP ini.

Mereka dengan jelas sedang merangka strategi subversive untuk meminggirkan kuasa Bumiputera yang selama ini diterajui oleh masyarakat tempatan dengan berselindung disebalik tuntutan mahukan perubahan.

Kononnya mereka gunakan sentiment anti – Taib Mahmud untuk menggerakkan propaganda dikalangan rakyat Negeri Sarawak. Dakyah yang mereka bawa ialah untuk menyisihkan Taib Mahmud dari kerusi Ketua Menteri dan digantikan dengan kepimpinan baru yang diharapkan dapat diterajui oleh Pakatan Pembangkang.

Jika ianya berlaku, kita akan lihat tragedi di Negeri Perak bakal berulang semula di Sarawak ini dimana Bumiputera hanya menjadi boneka mereka semata – mata. Yang berkuasa untuk menentukan setiap sesuatu diNegeri tersebut hanyalah mereka sahaja.

Lihat pula keadaan di Selangor bagaimana mereka boleh menghalang penguatkuasaan undang – undang Islam yang dicadangkan oleh Exco Hal Ehwal Agama mengenai hukum penjualan arak dan muslim yang berkerja di premis tersebut.

Inilah diantara pencabulan hak – hak Bumiputera yang cuba dikikis oleh DAP untuk memenuhi agenda mereka dan mendapat kuasa mutlak di Negara Malaysia ini. Persoalannya, adakah rakyat Sarawak sudah bersedia untuk diperintah oleh DAP suatu hari nanti? Tepuk dada, Tanya selera.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan