KUCHING, 10 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan semua ahli dan penyokong PAS agar mengadakan solat hajat memohon agar kemenangan memihak kepada calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya negeri Sarawak.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, mereka mengarahkan agar solat hajat ini didirikan secara berkelompok atau bersaorangan pada 14 April ini iaitu hari Khamis malam Jumaat.
"Semua ahli PAS diarah menunaikan solat hajat ini dan memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan kepada calon PAS dalam pilihan raya Sarawak ini. Sebaik-baiknya ia diadakan selepas solat Isyak," kata beliau kepada Harakahdaily.
Lima calon PAS bersama calon PKR dan DAP sedang menghadapi pilihan raya negeri Sarawak sekarang.
Calon-calon PAS yang bertanding adalah Adam Ahid (Sebuyau), Abang Ahmad Kardee (Beting Maro), Abang Eddy (Sadong Jaya), Noraini Hamzah (Muara Tuang) dan Nani Shaari (Tanjung Datu).
PAS mensasarkan untuk membuat pencapaian terbaik dalam pilihan raya Sarawak kali ini iaitu sekurang-kurangnya menghantar seorang wakilnya ke DUN Sarawak.
SANTUBUNG, 10 April: PAS membuat satu laporan polis ekoran calon mereka di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.
(Gambar: Calon PAS Tanjung Datu, Nani Shaari)
Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.
Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.
Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.
"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.
"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.
Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
(Gambar: Mahfuz menunjukkan salinan repot polis yang dibuat)
"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kemudiannya menunjukkan kepada Harakahdaily laporan polis yang dibuat oleh Syed Abdul Rahman itu.
Nani akan ditentang Tan Sri Adenan Satem dari BN manakala Gilbert Asson Anak Kulong (Bebas).
KUALA LUMPUR 10 April – Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan lehernya dijerut sebelum dibakar dalam sebuah kereta Honda Civic di Happy Garden, Brickfields, di sini awal pagi ini.
Mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu ditemui seorang lelaki yang kebetulan berada di lokasi tersebut serta menyaksikan kejadian itu pukul 3.30 pagi.
Difahamkan, saksi melihat empat lelaki menaiki kereta Perodua Myvi warna putih memberhentikan kenderaan mereka sebelum salah seorang keluar dan menyimbah sejenis cecair ke arah sebuah kereta Honda Civic.
Kereta Honda Civic itu tiba-tiba terbakar dan keempat-empat suspek melarikan diri sebelum saksi menghubungi pihak berkuasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid memberitahu, keadaan mangsa ketika ditemui rentung 90 peratus.
"Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di dada dan lehernya dijerut sebelum dibakar bersama keretanya.
"Mayat yang belum kenal pasti identitinya itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, katanya, pihak polis sedang memburu empat suspek berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ramai pimpinan PR yang turut berucap di Miri antaranya Ketua Umum Keadilan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan yang juga Ahli Parlimen Machang dan Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.
Kehadiran anggota masyarakat Cina terutamanya di semua majlis ceramah PR memberikan satu rangsangan besar di dalam melonjakkan semangat pimpinan, ahli, penyokong, pengundi, pengundi dan simpati dari orang ramai.
Berikut adalah sedutan video ceramah yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong.
Alhamdulillah hari ini tanpa disedari nampaknya blog Cina Islam sedang menghampiri julah klik yang ke 12 juta.
Dengan sokongan dari seluruh pengunjung dengan tidak jemu-jemu untuk mengikuti perkembangan pelbagai isu dan paparan pelbagai maklumat dalam blog ini, maka blog Cina Islam dengan segera akan mencecah jumlah klik yang membanggakan itu.
Pada tahap pencapaian sekarang didapati blog ini berada dalam tahap memiliki pengunjung yang tetap secara harian dan secara rutin dikunjungi oleh sekelompok pengunjung yang mahu melihat perkembangan isu Perak yang terkini.
Kerana itu setiap kali sidang DUN Perak berlangsung, maka bertambah mendadaplah klik untuk blog ini.
saya masih ingat apabil rekod menunjukakan hampir 300,000 klik dicipta pada sidang DUN paling kecoh yang menyaksikan rampasan kuasa speaker Sivakumar.
Sesungguhnya untuk melangsungkan keberadaan blog Cina Islam ini, kami masih mengharapkan sumbangan penulisan dan berita serta apa saja bentuk penulisan yang sesuai untuk dipaparkan dalam blog ini.
Selain itu kami juga mengharapkan cadangan dan teguran yang membina kearah memperbaiki persembahan blog.
Terima kasih dengan segala sokongan dan setiap kunjungan yang anda lakukan kepada blog kami yang seadanya ini.
Akhirnya saya mengharapkan Allah memberkati segala kerja amal kita dan ianya menjadi sebahagian dari amal soleh disisi Nya.
BARU-baru ini ada teman Facebook bertanya pada saya, mengapa susah sangat DS Anwar atau DS Wan Azizah mahu tunjuk jam Omega yang dikatakan kepunyaan Anwar sepertimana yang dituntut oleh pencacai-pencacai Umno dan media pencacai itu? Harus kita ingat, sebelum ini Eskay salah seorang `geng three strooges' @ Datuk T ada mendakwa kununnya beliau ada menyimpan jam Omega kepunyaan DS Anwar yang tertinggal di sebuah hotel.
Saya telah menjawab secara rengkas persoalan tersebut kepada rakan FB saya mengikut kefahaman saya. Isu yang sama juga telah diulas oleh rakan Blogger Malaysia Waves di sini dan saya amat bersetuju dengan pendapat beliau.
Baik, pertama Eskay mengaku dia ada menyimpan jam Omega yang kununnya kepunyaan Ketua Pembangkang tersebut yang tertinggal di hotel yang didakwa berlakunya perkara sumbang tokoh pembangkang berkenaan. Eskay mendakwa, beliau disuruh oleh tokoh berkenaan mengambil jam tersebut di bilik hotel berkenaan. Persoalannya, setelah jam itu diambil adakah Eskay terus menyimpannya atau menyerahkan kepada Anwar? Tidakkah Anwar pernah bertanya tentang jam itu sebelum ini?
Kedua, Eskay mengaku ada menyimpan jam berkenaan. Oleh kerana itu, lojiknya kepada Eskay lah sepatutnya didesak untuk menunjukkan jam Omega yang beliau dakwa kepunyaan Anwar itu, bukannya mendesak Anwar mahu pun Azizah. Mengapa Eskay tidak tunjukkan jam tersebut kepada wartawan sewaktu beliau mengadakan sidang akhbar tentang isu video seks sebelum ini? Dan, sekiranya Eskay menunjukkan jam berkenaan, apakah itu cukup kuat untuk menuduh Anwar terlibat dengan aktiviti sumbang itu?
Ketiga, mereka yang menuduh mengapa perlu minta bukti kepada orang yang dituduh? Sebagai contoh, ada pihak menuduh kita membunuh seseorang dengan menggunakan pisau, adakah kita perlu menunjukkan pisau itu sedangkan hakikatnya kita tahu kita tidak bersalah. Menjadi tugas mereka yang menuduh untuk mendapatkan bukti mereka, mengapa perlu mendesak benda-benda yang bukan-bukan dan mengarut untuk menguatkan tuduhan mereka?
Memang benar kata Anwar, apa jua yang melibatkan beliau mesti ada yang pelik dan ganjil. Bermula dari kes fitnah Liwat I, Liwat II dan kini fitnah III bermacam yang pelik terjadi. Kes fitnah I, tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana kondomunium yang dikatakan tempat kejadian liwat Anwar dengan Azizan belum siap. Fitnah liwat II yang sedang berjalan pula, kita lihat berbagai fakta yang pelik, ganjil dan tidak masuk akal terjadi yang banyak kita ketahui. Terbaru, isu video seks pula langsung ditolak mentah oleh majoriti rakyat melainkan oleh mereka yang tertutup mata hati dan iman mereka.
Dahulu mereka gila kepada sumpah laknat, kemudiannya mereka lapar pula kepada DNA, dan sekarang mereka kemaruk dengan jam Omega. Sampai bila mereka terus akan menjadi gila? Mungkin kita boleh mengubati penyakit gila mereka ini selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti, InsyaAllah./wfauzdin.blogspot.com
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada 23 Mac 2011 bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen.
Keputusan Jemaah Menteri ini telah mengesahkan dakwaan dan desakan KASE selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.
Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan Notis Pol 170A (Saman Ekor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat suatu kes yang sedang dalam proses rayuan.
Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di Mahkamah yang telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang belum dibuktikan adalah salah.
Kami di KASE percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching yang menjadi sandaran hujah KASE selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009.
Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila suatu keputusan Mahkamah telah dibuat sejak tahun 2009 lagi tetapi Kerajaan langsung tidak mengambil endah malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah tersebut.
Kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang Kanan Persekutuan (Senior Federal Council) yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak.
Mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut.
Jika laporan dan nasihat telah diberikan tetapi Kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ianya sesuatu yang malang kerana dengan jelas Kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati keputusan Mahkamah.
Jika Kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana Kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka.
Malang kerana segala tindakan Kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan membebankan rakyat. Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walau pun kesalahan mereka belum dibuktikan.
Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun kerana takut dengan gertakan Kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak dibayar.
Rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar kompaun kerana takut disenarai hitam oleh Kerajaan.
Sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam. Alasannya kerana menunggu rayuan kes di Mahkamah. Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu?
Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut ditarik balik? Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan Kerajaan menangguhkan senarai hitam tersebut.
Kenapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian? Kenapa rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh Kerajaan? Kenapa rakyat harus gembira dengan penindasan dan paksaan Kerajaan terhadap mereka?
Kami di KASE tetap dengan pendirian kami sejak mula bahawa tindakan Kerajaan menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.
Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuashati setakat ini sahaja.
Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami agar Kerajaan menghapuskira kesemua Saman Ekor (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan sebelum 1/2/2011.
Kami juga terus mendesak kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar menghormati dan mematuhi peruntukkan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan undang-undang.
Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur serta undang-undang itu sendiri. Seterusnya kami juga mendesak Kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar membuktikan segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika terdapat bukti kukuh terhadap mereka. Buktikan dakwaan di Mahkamah sebelum sebarang hukuman dilaksanakan.
Kami juga mendesak Kerajaan melalui JPJ dan PDRM supaya mengadakan sesi-sesi penerangan serta taklimat mengenai undang-undang jalanraya yang terdapat di dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang telah mula dikuatkuasakan kerana kami yakin bahawa majoriti rakyat tidak mengetahuinya secara terperinci.
Sesuatu Akta yang hendak dikuatkuasakan hendaklah diterangkan dan dimaklumkan kepada rakyat. Jangan menyalahkan rakyat sekiranya mereka melanggar sesuatu undang-undang kerana mereka tidak mengetahui sedangkan Kerajaan tidak pernah menerangkan dan memberi maklumat kepada rakyat.
Kami juga menyatakan kekesalan dengan ketidak-cekapan Kerajaan dan agensi Kerajaan menjalankan tugas. Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan senarai hitam pada 18/3/2011. Keputusannya dimaklumkan pada 23/3/2011 di Dewan Rakyat tetapi JPJ hanya membenarkan transaksi (penangguhan senarai hitam) bermula 1/4/2011.
Kenapa perlu mengambil masa begitu lama sehinga berhari-hari untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri? Adakah Kerajaan sedar kesusahan dan kesulitan rakyat yang masih tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan dari 18/3/2011 sehingga 1/4/2011?
Bagaimana dengan rakyat yang terpaksa membayar kompaun Notis Pol 170A untuk memperbaharui cukai jalan dalam termpoh 18/3/2011 sehingga 1/4/2011 sedangkan dalam tempoh tersebut Kerajaan sudah membuat keputusan menangguhkan senarai hitam? Adakah Kerajaan sedar perkara ini?
AKHIRNYA kami ingin mendesak Kerajaan agar terus menarikbalik tindakan senarai hitam bukan hanya menangguhkan sahaja. Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula. Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1/4/2011 yang lepas.
Kepada rakyat Malaysia khasnya, lihatlah bagaimana Kerajaan mempermainkan hak anda. Sekian. --------------------------------------------------------------------
DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR adalah Naib Presiden PAS Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
PAS Kawasan Miri menyeru semua pengundi mengunakan peluang terbaik di dalam Pilihan raya Negeri 10 (PRN10) pada 16 April ini dengan menolak BN yang terbukti gagal membela nasib rakyat selama ini.
Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri Jaraiee (tiga dari kanan) berkata, rakyat terutamanya pengundi telah melihat kegagalan demi kegagalan berlaku di hadapan mata meskipun diberi peluang kepada BN memerintah selama lebih 40 tahun.
"Semua pengundi mesti bersatu untuk menumbangkan BN kali ini dan berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kaedah pemerintahan bentuk baharu bagi mengatasi segala macam salahlaku pimpinan BN selama ini.
"Rakyat Sarawak tidak perlu lagi terpengaruh dengan segala jenis janji yang dibuat oleh pimpinan BN kerana terbukti selama ini mereka gagal mengkotakan apa yang dijanjikan meskipun diberi peluang memerintah selama sembilan penggal.
"Sudah sampai masanya rakyat Sarawak membuat perubahan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan yang lebih kerana PR telah membuktikan prestasi cemerlang memerintah Negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya di dalam majlis ceramah yang diadakan di Morshjaya, dekat sini di dalam usaha memenangkan calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Keadilan, Dr Teo.
Ramai pimpinan PR yang turut berucap malam tadi antaranya Ketua Umum Keadilan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung Keadilan yang juga Ahli Parlimen Machang dan Adun Titi Serong merangkap Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah.
Kehadiran anggota masyarakat Cina terutamanya di semua majlis ceramah PR memberikan satu rangsangan besar di dalam melonjakkan semangat pimpinan, ahli, penyokong, pengundi, pengundi dan simpati dari orang ramai.
Dalam pada itu, Haji Jofri turut membangkitkan isu pekerjaan dalam banyak bidang yang masih lagi bermasalah terutamanya kepada rakyat tempatan seperti gaji, upah atau bonus yang tidak selesai, begitu dengan pekerja-pekerja swasta syarikat yang mengadukan hal mereka kepadanya.
Beliau turut menyebutkan PR mendapat dokongan yang kuat daripada PAS Miri, Pemuda dan Muslimat dalam semua gerakerja dan sokongan padu dari Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari anggota masyarakat Cina dan Iban.
Pada hari ketiga ini, suasana pilihan raya sudah mula terasa dengan kelihatan poster dan pemidang di banyak tempat namun masih tidak dapat menandingi suasana pilihan raya di Semenanjung yang seolah-olah berpesat dengan musim pilihan raya acapkali ia tiba.
KAHERAH - Tentera Mesir yang bertindak menyuraikan penunjuk perasaan membunuh dua penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini, semalam.
Kematian itu adalah yang pertama di sini selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu.
Beberapa saksi menyatakan, anggota-anggota tentera yang dibantu polis pencegah rusuhan melepaskan lima das tembakan ke udara dan memukul para penunjuk perasaan yang berkhemah di dataran tersebut.
Para penunjuk perasaan itu berhimpun selepas puluhan ribu orang berkumpul di sini kelmarin bagi meminta Hosni dihukum termasuk beberapa tokoh terkenal semasa rejimnya berkuasa.
BANDAR GAZA - Satu siri tembakan sebuah kereta kebal tentera Israel membunuh seorang penduduk Palestin di Genting Gaza awal semalam menyebabkan seramai 12 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam keganasan terbaru rejim Zionis.
Ekoran kejadian itu, pergerakan Hamas yang memerintah Gaza mengarahkan perkhidmatan kecemasan dan pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga.
Serangan itu berlaku selepas satu siri serangan para pejuang Palestin ke arah wilayah Israel dengan menggunakan peluru berpandu dan mengenai sebuah bas sekolah yang menyebabkan seorang remaja dan pemandu kenderaan itu cedera pada Khamis lalu.
Sejak serangan itu, tentera Israel melancarkan berpuluh-puluh serbuan di seluruh wilayah Palestin.
Sehingga awal semalam, tentera Israel sudah membunuh 17 penduduk Gaza termasuk seorang budak lelaki berusia 10 tahun, lima pejuang Hamas dan seorang anggota polis.
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU), Catherine Ashton mengutuk serangan roket pejuang Palestin tetapi beliau juga menggesa Israel menunjukkan sikap tidak melakukan serangan dengan mendesak kedua-dua pihak melakukan satu gencatan senjata dengan segera.
MIRI, 9 Apr: Mulai sekarang semua rakyat boleh memanggil Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gelaran Anwar007 kerana pelbagai jenis agen yang dituduh ke atas beliau.
Dengan gelaran ini diharapkan Anwar akan berada dalam keadaan tersepit dan akan dipandang hina oleh rakyat terutamanya pengundi.
Perkara ini diucapkan sendiri oleh Anwar dalam satu ceramah anjuran Keadilan Senadin yang turut disertai ramai pemimpin PR.
(Gambar: Anwar sedang menceritakan bagaimana beliau dituduh dengan pelbagai tuduhan oleh pemimpin BN dan media mereka termasuk pelbagai jenis agen asing. Jadi nama beliau sekarang adalah Anwar007 sebagaimana agen James Bond dalam filem Ingggeris)
"Dulu mereka tuduh saya agen Amerika, Yahudi, Israel, Kristian, Arab dan Cina," tegasnya.
Lokasi program di Morsjaya, dekat sini menjadi sesak dengan kehadiran ribuan rakyat berbagai kaum terutama Cina.
Antara pimpinan turut berucap adalah Setiausaha DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan YDP PAS Kawasan Miri, Haji Jofri Jaraaie.
Calon Pakatan, Dr Teo Yu Kheng, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua, Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Akin dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke turut hadir.
Dalam masa sekitar satu jam itu, Anwar menjelaskan keperluan Sarawak untuk berani membuat perubahan terutama di dalam pilihan raya 16 April ini.
"Kita berharap kesediaan rakyat berubah dari BN dengan memilih PR pada kali ini akan membuahkan hasil yang baik.
"Malah kita juga amat berharap dengan perubahan yang dimulai dengan Sarawak menjadi laluan PR untuk merampas Putrajaya," tegasnya.
Sementara itu, Lim mendedahkan kedudukan Malaysia berada di tempat kelima antara negara seluruh dunia yang terlibat di dalam rasuah.
Negara ini, jelas Lim, terrlibat di dalam rasuah dengan jumlah wang sebanyak RM888 bilion seperti didedahkan sebuah majalah Amerika.
Dikatakan dalam masa sama, kehadiran rakyat di dalam ceramah yang diadakan serentak di hadapan klinik Dr Teo berhadapan BSN, dekat sini melebihi lima ribu hadirin.
SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.
Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.
Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.
"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.
"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.
"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.
"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan isteri serta anaknya bercadang untuk ke Sawah Baru (tempat pemeriksaan kesihatan ), Ayer Panas dan Redong (nostalgia ceramah malam terakhir ! ) selepas melawat FELDA Cempelak dan FELDA Cempelak Barat. Jam sudah menunjukkan 2.00 petang dan belum ada tanda-tanda hujan akan berhenti. Dalam perjalanan ke Pekan Labis air sudah mula menutupi jalan di Km2 Labis. Beginilah keadaan jalan:
Jalan dipenuhi air, mencemaskan !
Ladang sawit ditenggelami air di sepanjang jalan. Tawakkul demi tugas.
Hajat tak kesampaian keadaan sangat mencabar. Hujan turun dengan lebatnya dan banjir sudah bermula di Kg Paya Merah.Tak mengapa. Mereka merayu undi di hadapan Dewan Serbaguna Kg Paya Merah..Pengundi di sini yang didaftarkan di Sekolah Menengah Kamrul Ariffin tidak jauh dari sini tidak dapat mengundi kerana banjir. Tiada kenderaan polis , tentera atau bomba yang datang mengambil pengundi. Terbayang kehampaan di muka pengundi yang rata-rata menyokong Pakatan Rakyat
Petugas PAS dan Pakatan Rakyat terus bekerja dengan semangat membara untuk memenangkan Calon PAS. Kegigihan muslimat dan seluruh petugas sangat membanggakan. .
Alhamdulillah, selamat sampai di Kg Paya Merah sahaja.. Bersama YB Idham Lim dan Sdr Shaari.
Pertemuan nostalgia dengan Sdr Hamka Hj Hassan.Beliau mengetuai konvoi Calon DUN Maharani PRU 12 yang lalu.Maharani kehilangan beliau yang sekarang membantu PAS Paya Jaras !
Kenangan PRU 12 di DUN Maharani : Terima kasih Hamka
yang mengetuai konvoi di hari mengundi.
Puan Rubiah dan petugas meraih undi.Kenderaan Pakatan Rakyat terus berkhidmat dalam hujan lebat.
Perayu Puteri UMNO dan remaja (macam budak sekolah je ?)
Hebat muslimat, hujan tidak mematahkan semangat mereka.
Puan Rubiah terus merayu undi walaupun hujan.
Kg Paya Merah mula banjir.Ini kawasan di hadapan tempat mengundi.
Penduduk ini mengeluh, tiada bantuan datang.
YB Dr Mohammad bercadang melawat sahabat-sahabat di Sawah Baru, Redong dan Ayer Panas, malangnya banjir menyebabkan hubungan terputus.Beliau kembali ke Pekan Labis, di sambut oleh banjir........
Dataran Labis dipenuhi air.
Banjir di Dataran Labis. Kelihatan dua buah kereta ditenggelami air.
Kempen dalam banjir di Pekan Labis.
Petugas bersedia membantu.
Pada masa semua jalan keluar dari Labis ke Muar,Segamat dan Yong Peng dinaikki air. Nampaknya ke Masjid Jamik Labislah tempat berteduh sementara menunggu waktu solat dan menunggu air banjir surut. Di masjid ini ramai sahabat-sahabat terkandas. Rahmat banjir, tanpa dirancang rombongan YB Dr Mohammad dan Sdr Rozi serta muslimat dari Muar diberi amanah pergi ke Dewan Penjumlahan Undi bersama Ustaz Abdullah Hussein dan Wakil Calon.Nampaknya tiada pemimpin besar Pakatan Rakyat lain yang bersama dalam dewan........Tunggu berita seterusnya......
Kuching,7 April 2011- Dari LCCT ke Kuching,tiba pada jam 2.30 petang.Disambut petugas Kontinjen PAS Kedah.Menempuh perjalanan Kuching ke Sebuyau memakan masa 4 jam, menyeberangi 2 batang sungai menaiki feri.
Rumah petugas bagi kontinjen PAS Kedah.
Sempat....pekena durian, ketika dalam perjalanan.
Menunggu Feri untuk ke seberang. Laluan yang semestinya ditempuhi orang ramai untuk sampai ke bandar. Sekian lama Rakyat menunggu untuk pembinaan jambatan bagi mengelak kesesakan penggunaan feri yang semakin meningkat.
Sementara menunggu giliran untuk naik feri...ronda-ronda kawasan pengundi dan ramah mesra bersama peniaga.
Menikmati pemandangan atas feri..tiba di Sebuyau sekitar jam 8.00 malam. program terus dimulakan dengan ceramah kawasan sekeliling.
Merancakkan kempen dan memberi penjelasan "kitak mesti berobah".. Slogan terus dilaungkan "kamek maok berubah" dan "kamek sayang sarawak".
Pengundi semakin menunjuk minat terhadap apa yang diperjuangkan oleh PAS. Perubahan yang berlaku di Semenanjung tidak lagi dianggap mustahil akan terjadi di Negeri Sarawak kata seorang penduduk.
Bersama dengan calon PAS, Hj. Adam Bin Ahid dalam satu sesi taklimat bersama petugas. Antara kain rentang yang mencetus kemarahan penduduk atas sikap tidak bertanggungjawab sebahagian penyokong yang tertulis" INI KAMPUNG BN PEMBANGKANG TIDAK BOLEH MASUK!!". Penduduk kesal tidak bertanggungjawab itu dan memberi jaminan tentang keselamatan petugas. Jangan percaya kepada ugutan seperti itu kata seorang tuan rumah di Kg. Ulu.
sesi dialog bersama penduduk Kg. Tebelu. mendengar permasalahan dan sikap kerajaan yang mengabaikan kebajikan mereka.
"Luar aja lambang kati tapi dalam ati sama bulan, bulan cerah tahun ni" antara kata-kata beberapa penduduk yang ditemui.
Pemnadangan sekitar DUN Sebuyau. Post sedikit terlewat akibat kekurangan kemudahan seperti masalah bekalan elektrik yang sering terputus dan bekalan air yang terbatas. Ketika ini, sisipan dari bumi Sarawak amat sukar untuk dipaparkan lebih-lebih lagi bagi kawasan pedalaman. Moga-moga Allah permudahkan perjalanan orang-orang yang memperjuangkan agamaNya di bumi Sarawak, biar orang sarawak menikmati hak mereka dengan adil.
SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.
Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.
Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.
"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.
"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.
"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.
"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.
Manifesto Pakatan Rakyat Sarawak Tekad Jana Perubahan
post info By Anwar Ibrahim
Pimpinan KEADILAN, DAP dan PAS hari ini bersama-sama melancarkan manifesto Pakatan Rakyat dengan motto 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'. KEADILAN dan DAP masing-masing diwakili Presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang manakala PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Manifesto setebal 8 halaman itu menawarkan 10 perubahan, antaranya:
1. Menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
2. Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan Barisan Nasional (BN) Sarawak sebelum ini.
3. Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal.
4. Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
5. Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
6. Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
7. Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah 1 serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun.
8, Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
9. Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
10. Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun sekiranya diberi mandat kelak. Manifesto itu dibaca pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak, David Wong Kee Woan yang juga calon DUN Kota Sentosa.
Manifesto PR Sarawak realistik, selesai masalah rakyat
Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Sarawak menyifatkan manifesto yang ditawar kepada rakyat, realistik, segar dan mampu dilaksanakan berbanding manifesto Barisan Nasional (BN) yang lapuk dan sarat dengan khayalan. Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing berkata, komitmen PR untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera bagi menyelesaikan masalah tanah di Sarawak, tepat pada masanya."Saya berkeyakinan penuh manifesto itu cukup relevan dan sudah lama ditunggu-tunggu majoriti rakyat Sarawak khasnya di luar bandar yang berdepan rampasan tanah dari kerajaan negeri. "Berbanding BN, tiada penegasan asas dalam manifesto mereka dan menjelaskan lagi bahawa tanah rakyat akan terancam selagi rejim Taib Mahmud berkuasa," katanya kepada kepada Suara Keadilan. Bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee, manifesto PR menekankan pentadbiran berteraskan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dengan mengagih kekayaan terus kepada rakyat serta menolak rasuah, sekaligus membasmi penyalahgunaan kuasa."Sebuah laman sesawang sejak tahun lalu aktif membongkar kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama kroninya. "Tidak cukup dengan itu, pelbagai bukti dikemuka, selain puluhan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun tiada tindakan diambil. "Berbanding manifesto BN, tiada satu pun frasa yang menunjukkan tekad mereka untuk membasmi rasuah yang berleluasa di negeri ini," katanya. Penasihat KEADILAN Sarawak, Datuk Hafsah Harun pula berkata, teras kesembilan manifesto itu yang membela nasib wanita sangat sinonim kerana majoriti pengundi di seluruh Sarawak adalah wanita."Nasib wanita di era Taib jelas terabai. Lihat sahaja isu rogol kaum Penan, sehingga kini tertangguh dan tiba-tiba ditutup. Ini menimbulkan tanda tanya dan dilawan pelbagai pihak baik di dalam mahupun luar Sarawak. "Malangnya, manifesto BN tiada langsung memberi penekanan kepada hak wanita walaupun majoriti pengundi DUN Balingian yang ditandingi Taib adalah golongan wanita," katanya.
KUALA TERENGGANU – "Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian," demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.
Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk 'T' itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.
"Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Seorang individu menggelari dirinya Datuk 'T' mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.
Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.
Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini 'difasikkan' berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.
Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.
"Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik," katanya. Posted by PASPB
Pesanan sesama kita : Kita bukan suka bala yang berlaku ke atas Polis dan bakal Polis yang diharap menjaga keselamatan dan ketenteraman awam/rakyat dan negara. Cuma kita perlu ingat bala Allah kalau turun maka ia tidak memilih mangsa. Yang berhampiran dan sekitarnya akan hadapi kesannya. Oleh itu janganlah kita berbuat onar atau angkara atau kezaliman di dunia terutama kita yang ada kuasa. Kepada pihak polis dan bakal polis dan pimpinan bawah hingga ke atas termasuk menterinya serta Perdana Menterinya kena insaf. Jangan sewenang-wenang memperkudakan anggota keselamatan polis dan tentera untuk kepentingan politik dan cara terbaik Keseluruhannya ialah tunjukkan keadilan di PRN Sarawak ke 10 ini.
Adenovirus Jangkiti Pula Pelatih 'Pusasda' Port Dickson
Para pelatih tentera menjalani pemeriksaan Di Pusat Latihan Asas Tentera Darat, Port Dickson
Kementerian Pertahanan semalam mengesahkan beberapa pelatih konstabel polis di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Teluk Kemang pula disyaki dijangkiti tiga virus berlainan iaitu Adenovirus, Influenza A (H1N1) dan Leptospirosis. Seramai 10 pelatih di Pusat Latihan Polis Port Dickson yang menjalani latihan di Pusasda itu disyaki dijangkiti virus berkenaan. Daripada jumlah itu seramai tiga pelatih konstabel polis disahkan positif dijangkiti Adenovirus, seorang positif Leptospirosis dan empat lagi pelatih positif H1N1. Lima orang lagi perajurit muda tentera pula mengalami demam kerana suhu badan melebihi suhu 38 darjah celcius. Wabak terbabit mula dikesan pada 30 Mac lalu apabila seramai 38 orang pelatih di pusat latihan itu jatuh sakit sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson (HPD). Semua mereka yang disyaki dijangkiti virus berkenaan kini dirawat di HPD manakala para pelatih yang menunjukkan tanda-tanda dijangkiti pula diasingkan di satu blok khas. Ekoran masalah virus itu, para pelatih di pusat latihan berkenaan diberi cuti selama tiga hari bermula semalam manakala latihan untuk pelatih perajurit muda diteruskan. Dicatat oleh Joe
Untuk Pengetahuan Pembaca Saya Suka Dengan Tajuk Dari Blog Sarawak Ini. Walaupun dah lepas namun kesan amat mendalam pada SPR dan Kerajaan BN yang hampir terkubur. Dan sesekali berita dalam Bahasa Inggeris baik untuk pembaca tertentu dari luar negara dan dunia. PAS flag flying high in the land of the hornbills. This must come as a shock to Abdul Taib Mahmud as Barisan Nasional-PBB candidate Mohd Ali Mahmud (brother of Abdul Taib Mahmud) was disqualified for failing to submit her returns in the last state election.
Congratulations to PAS and their candidate, Pn Noraini Hamzah for making the break through.
God must have answered the prayers of Sarawakians to firstly oust The Thief Minister of Sarawak.
So much for his pet project "SCORE".
If anything, it shows Abdul Taib Mahmud is not above the law. The theory that UMNO and PM Najib want Abdul Taib Mahmud as widely reported here and at Sarawak Report maybe true afterall.
All eyes will be at N51 Balingian during the next 10 days. Will Abdul Taib Mahmud lose?
The lost of N15 Muara Tuang will be a good psychologica blow to Abdul Taib Mahmud and he looks more vulnerable now. Even the demons and bomohs can not help him.
Mahfuz Omar informs that the objection by PAS' Noraini Hamzah on BN's candidate has been rejected. PAS is alleging that the PBB candidate (who is Taib's brother) did not submit election expenses documents for 2006 polls and wants the PBB candidate disqualified. EC announces one-on-one contest there. What a let down.
At PKR's daily press conference party president Dr Wan Azizah Wan Ismail condemned what the party sees as EC bias in not allowing Pakatan Rakyat objections on two seats – Muara Tuang (N15) and Telang Usan (N67).
She said the EC had rejected PAS' objections to BN candidate Mohamad Ali Mahmud who did not hand in his financial 2006 statement within the stipulated time.
It is believed that he handed it in after the objection period expired at 11am this morning.
"This is an affront to the EC's own credibility," she said.
In Telang Usan, she said an Independent candidate's nomination was accepted depite Pakatan Rakyat's objection that he is a BN member and has not resigned from a government post as village chief.
SarawkTulen kata pada 7 April 2011 masa 2:48 pm Toknya kempen udah basik sidak BN :
1. Sik ada BN, negara lingkup. Jepun berapa kali tukar PM, sik lingkup juak. Minak kenak gempa bumi jak. Suharto di tumpas, Indonesia sik lingkup pun. England tukar PM, sik lingkup pun. Toklah menjajak aik liur basik sidak. Tapi yang udah veteran kita dolok milih Taib, lingkup juak tanah kita, lingkup juak peluang pekerjaan untuk anak muda kita. Banyak anak muda keluar negeri. Pegi Johor,pegi Sinagapore, pegi negeri rantau negeri Arab, pegi UK dan senei-seni lagik lah nak carik rezeki.
2. BN politik pembangunan. Mana-mana politik yang berjaya memerintah, udah tentulah mauk membangun. Tapi…membangun keseluruhan anak Sarawakkah, atau pembangunan diktator dengan familinya? Mun nak madah pembangunan, di Bangladesh pun ada jalan besar. Ada paip air. ya semua memanglah tanggungjawab sidak pemerintah. Yang masalah besar ialah masalah RASUAH…RASUAH….KEPENTINGAN…KEPENTINGAN GOLONGAN TERTENTU….Bak kata pepatah…pokok bergoyang mestilah ada angin…angin RASUAH….mun sik ada penyakit-penyakit AIDS tok semua, maka siklah kita bedo gilak.
4. BN tok mun udah pilihanraya, adalah madah nak merik sekolah barulah, jalan barulah (molah tar jalan pun 5 tahun sekali), molah industri barulah, tapi ….lamak-lamak ya, berapa banyak udah sidak molah? Mun setakat 30% siklah kerja betul-betulya. Kalau boleh mun negeri kaya macam Sarawak tok, lamak udak mesti ada JALAN UTAMA highway berlampu-lampu tepi jalan dari utara Sarawak sampei ujung selatan Sarawak. Banyak universiti awam/kolej-kolej di seluruh pelusuk Sarawak di utara-selatan-timur-barat.
5. Maka ya…..kita semua tok mun nak merubah sistem politik Sarawak tok, sik ada lain, walau pun ada banyak penjuru, mun nak berkesan, kita pilih parti PKR lawan satu lawan satu dengan BN. Ya ajak. Anok sidak lain, sik apa, minak memeriahkan lagik suasana pilihanraya Sarawak tok. Ingat… SATU lawan SATU. PERUBAHAN lawan PENIPUAN!
Ayuh…. sampeikan maklumat secepat mungkin kepada semua anak Sarawak.
Orang Semenanjung (Mohd Hatta) kata pada 7 April 2011 masa 3:35 pm Salam sejahtera buat Saudara2 di Bumi Sarawak,
Kami di Semenanjung sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan Saudara semua di sana.
Walaupun jarak yang jauh memisahkan kita, ia tidak dapat menghalang prinsip dan falsafah politik pembangunan di antara kita. Selama ini kita telah ditipu dan doktrin pemikiran diselubungi dengan propaganda Kerajaan Pemerintah BN yang korup, kronisme, racist dll. Tetapi masa telah banyak mengubah menjadikan kita lebih dewasa dan matang. Kini semakin jelas di depan mata …. kebenaran dan kepalsuan.
Setiap dari kita dilahirkan dengan KEKAYAAN tetapi kenapa dibiarkan KEKAYAAN dirampas oleh Kerajaan BN. Malah kita menjadi hamba di negeri sendiri.
Pilihanraya ini adalah peluang terbaik untuk memilih kerajaan baru yang lebih dinamik, adil, telus, jujur, maju dan mengagihkan KEKAYAAN yang sama rata.
Buatlah pilihan yang bijak hanya dengan sehelai kertas dan sebatang pensil.
hari ini aku menulis penuh benci keyboard ini penuh berahi hitam
jumaat lepas khutbah penghabisan mu subuh semalam sujud terakhir untukmu cochrane perjalanan terakhir mu kini kau kaku di damansara nesan itu kertas terakhir nama mu ditulis
aku bertanya apa khabar isterimu anak-anak mu apa tidur mereka lena apa hidup mereka riang lagi
aku berfikir pencinta mana tidak menangis anakanda mana tidak meraung bila kekasih yang dinanti kembali berbaju putih tanpa lagu terakhir tiada pelukan tiada ciuman yang penghabisan
malam ini bintang menyepi bulan telah lama lari ratapan duka kiriman anak dan isteri yang mencintai mu
Allah tahu dan kau pun tahu tapi kau tak mungkin berkata lagi
selepas teoh aku sangka tiada lagi tapi kau buktinya bahawa kuasa sentiasa jadi pembunuh lebih neraka dari ganja dan syabu
apa khabar dato sri haji abu kassim bin mohamed apa khabar datuk haji mohd shukri bin abdull apa khabar dato haji zakaria bin jaafar apa khabar dato' hajah sutinah binti sutan waduh nama kalian semuanya alim semuanya naik haji pukiimaaaaaak lahhh
teoh belum habis cerita sekarang jenazah kedua kamu berempat main fesbuk ke? kata nak pasang cctv lah sprm professional lah
ada kamu fikir apa nasib tunang teoh apa rasa anak teoh tidak sempat cium bapanya
sekarang tanyakan pula anak isteri sarbani mahu makan apa?
lepas ini buat pulak suruhanjaya diraja pigi mammmpusslahhhh suruhanjaya diraja ni apa lancau? budak suruhan raja melaka ke?
tapi sebelum mengcopy jawapan ini gunalah akal untuk berdiri kerna yang bertanya di kubur nanti bukan nazri aziz dan gani patail tidak pula disoal berapa kali kau naik haji berapa kali kau naik gaji fikirlah itupun kalau kalian masih ada akal
arwah damailah rohmu kau sudah lepas dari segalanya aku mahu lupakan beritamu kerna kau sudah tiada kerna Allah maha tahu senyumlah ke syurganya.
anda dengki dengan orang lain? benci? marah? tak puas hati? tidak suka melihat dia gembira? iri hati bini nya cantik? jealous dengan kereta alza nya? saya ada jawapannya. laporkan kepada sprm bahawa dia rasuah, nescaya dia akan disiasat sampai mati, jangan risau tentang bayaran, F.O.C. cuma beli top up untuk talipun sprm. dail 03 8886 7000 cepat. sementara staf masih ada! You might also like: mainstream media : killing the information Fight Against Israel = negative (-) vs positive (+) Seni menentang yang ditentang.
Petugas pemuda dari negeri Perak telah turun ke tempat-tempat tumpuan penduduk di DUN Muara Tuang untuk mengedar risalah kempen dan biodata calon. Program jelajah itu diketuai oleh Exco Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri. Kehadiran kami diterima masyarakat dan tiada provokasi daripada penyokong PBB.
Buku manual rujukan induk mukmin yang bertaqwa (SURAH BAQARAH AYAT 2) jelas menyatakan kita harus sedar apa yang sedang kita jalani dan faham arah tuju hidup ini. Daya tarikan dunia melalui nafsu dan syaitan yang menyebab kita hilang fokus dan lupa daratan akan menjerumus kita ke lembah dosa dan maksiat samada skala kecil atau besar.Justeru adalah bijak jika kita sentiasa mengintai meter spiritual kita setiap hari agar tidak ketandusan petrol iman.......
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menyambut baik pengumuman Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat pada 23 Mac 2011 bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menangguhkan penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen.
Keputusan Jemaah Menteri ini telah mengesahkan dakwaan dan desakan KASE selama ini iaitu penyenaraian hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.
Semasa mengumunkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pengangkutan menyatakan bahawa keputusan penangguhan senarai hitam membabitkan Notis Pol 170A (Saman Ekor) tersebut adalah atas nasihat Jabatan Peguam Negara bahawa terdapat suatu kes yang sedang dalam proses rayuan.
Kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan ini sekali lagi dengan jelas telah menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan yang selama ini menyenarai hitam pemilik kenderaan dan pemegang lesen berasaskan Notis Pol 170A adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang kerana sudah terdapat kes di Mahkamah yang telah memutuskan bahawa tindakan senarai hitam berasaskan sesuatu perkara yang belum dibuktikan adalah salah.
Kami di KASE percaya kes yang dimaksudkan adalah kes Mahkamah Tinggi Kuching yang menjadi sandaran hujah KASE selama ini iaitu kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009.
Kami merasakan sesuatu yang aneh dan pelik apabila suatu keputusan Mahkamah telah dibuat sejak tahun 2009 lagi tetapi Kerajaan langsung tidak mengambil endah malah meneruskan tindakan senarai hitam yang jelas bertentangan dengan keputusan Mahkamah tersebut.
Kes yang dirujuk tersebut dikendalikan sendiri oleh Penasihat Undang-Undang Kanan Persekutuan (Senior Federal Council) yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak. Mustahil Penasihat Undang-Undang Kanan tersebut tidak memberikan laporan kepada Jabatan Peguam Negera dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pengangkutan tentang kesan kes tersebut. Jika laporan dan nasihat telah diberikan tetapi
Kerajaan tidak mengikut nasihat tersebut, ianya sesuatu yang malang kerana dengan jelas Kerajaan tidak menghiraukan nasihat serta tidak menghormati keputusan Mahkamah. Jika Kerajaan tidak dinasihati, adalah malang kerana Kerajaan mempunyai Penasihat Undang-undang yang gagal menjalankan tugas mereka.
Malang kerana segala tindakan Kerajaan tersebut dengan jelas telah menindas dan membebankan rakyat. Rakyat dihukum, ditindas, dipaksa membayar kompaun walau pun kesalahan mereka belum dibuktikan.
Rakyat dipaksa beratur, bersesak-sesak di kaunter-kaunter bayaran kompaun kerana takut dengan gertakan Kerajaan untuk menyenarai hitam jika kompaun tidak dibayar. Rakyat ditekan sehingga ada yang terpaksa berhabis duit tabungan, terpaksa membuat pinjaman peribadi daripada bank semata-mata untuk membayar kompaun kerana takut disenarai hitam oleh Kerajaan.
Sekarang dengan bangganya kerajaan mengumumkan penangguhan senarai hitam. Alasannya kerana menunggu rayuan kes di Mahkamah.
Kenapa sebelum ini tidak menunggu keputusan rayuan tersebut terlebih dahulu? Selepas rakyat diperlakukan sedemikian rupa, baru sekarang tindakan tersebut ditarik balik?
Malah Kerajaan melalui Timbalan Menteri Pengangkutan begitu bangga mengumumkan bahawa rakyat seharusnya bergembira dengan keputusan Kerajaan menangguhkan senarai hitam tersebut.
Kenapa rakyat harus gembira setelah mereka diperlakukan sedemikian? Kenapa rakyat harus gembira dipermain-mainkan oleh Kerajaan? Kenapa rakyat harus gembira dengan penindasan dan paksaan Kerajaan terhadap mereka?
Kami di KASE tetap dengan pendirian kami sejak mula bahawa tindakan Kerajaan menyenarai hitam adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan.
Segala desakan kami selama ini akhirnya jelas dan nyata kebenarannya. Selain itu, kami sekali-kali tidak akan berdiam diri dan berpuashati setakat ini sahaja. Kami ingin nyatakan bahawa kami tidak akan berhenti dengan desakan kami agar Kerajaan menghapuskira kesemua Saman Ekor (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan sebelum 1/2/2011.
Kami juga terus mendesak kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar menghormati dan mematuhi peruntukkan undang-undang sedia ada dalam menguatkuasakan undang-undang. Jangan menguatkuasakan undang-undang tanpa mengikut prosedur serta undang-undang itu sendiri.
Seterusnya kami juga mendesak Kerajaan khasnya JPJ dan PDRM agar membuktikan segala kesalahan yang didakwa dilakukan oleh pengguna-pengguna jalanraya jika terdapat bukti kukuh terhadap mereka. Buktikan dakwaan di Mahkamah sebelum sebarang hukuman dilaksanakan.
Kami juga mendesak Kerajaan melalui JPJ dan PDRM supaya mengadakan sesi-sesi penerangan serta taklimat mengenai undang-undang jalanraya yang terdapat di dalam Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang telah mula dikuatkuasakan kerana kami yakin bahawa majoriti rakyat tidak mengetahuinya secara terperinci.
Sesuatu Akta yang hendak dikuatkuasakan hendaklah diterangkan dan dimaklumkan kepada rakyat. Jangan menyalahkan rakyat sekiranya mereka melanggar sesuatu undang-undang kerana mereka tidak mengetahui sedangkan Kerajaan tidak pernah menerangkan dan memberi maklumat kepada rakyat.
Kami juga menyatakan kekesalan dengan ketidak-cekapan Kerajaan dan agensi Kerajaan menjalankan tugas. Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan senarai hitam pada 18/3/2011. Keputusannya dimaklumkan pada 23/3/2011 di Dewan Rakyat tetapi JPJ hanya membenarkan transaksi (penangguhan senarai hitam) bermula 1/4/2011.
Kenapa perlu mengambil masa begitu lama sehinga berhari-hari untuk melaksanakan keputusan Jemaah Menteri? Adakah Kerajaan sedar kesusahan dan kesulitan rakyat yang masih tidak dapat memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan dari 18/3/2011 sehingga 1/4/2011?
Bagaimana dengan rakyat yang terpaksa membayar kompaun Notis Pol 170A untuk memperbaharui cukai jalan dalam termpoh 18/3/2011 sehingga 1/4/2011 sedangkan dalam tempoh tersebut Kerajaan sudah membuat keputusan menangguhkan senarai hitam? Adakah Kerajaan sedar perkara ini?
AKHIRNYA kami ingin mendesak Kerajaan agar terus menarikbalik tindakan senarai hitam bukan hanya menangguhkan sahaja. Penangguhan tidak bermakna apa-apa kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan semula.
Cukuplah duit rakyat dikutip selama ini sehingga 1/4/2011 yang lepas. Kepada rakyat Malaysia khasnya, lihatlah bagaimana Kerajaan mempermainkan hak anda.
DATUK MAHFUZ OMAR,
Naib Presiden PAS
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
SEREMBAN 8 April - Pekerja kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Senawang dekat sini mendakwa lokasi tapak rumah terbengkalai berhampiran kilang berkenaan kini menjadi tumpuan segelintir pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah serta sisa toksik.
Tindakan itu menjadi punca dan masalah bau busuk kepada pekerja kilang berkenaan termasuk penduduk di sekitar kawasan tersebut berikutan bau sisa berkenaan boleh dihidu dari jarak satu kilometer.
Pengurus Hal Ehwal Alam Sekitar kilang terbabit, Ismail Mohd. Yunus berkata, pihak syarikat telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengawal keselamatan bertugas.
"Sampah berupa sisa toksik ini dipercayai dibuang di kawasan ini sejak tiga hari lalu, selain bau busuk kita bimbang sisa toksik ini boleh memudaratkan kesihatan pekerja.
"Saya dimaklumkan bahawa pada Isnin lalu terdapat dua buah lori persendirian membuang sampah tersebut di kawasan ini kira-kira pukul 10.50 malam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ismail berkata, sampah itu mendatangkan bau yang tidak menyenangkan sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pekerja kilang.
"Bau busuk sampah ini sangat kuat sehingga menyebabkan ramai pekerja berasa mual dan pening kepala setiap hari.
"Orang ramai yang melalui kawasan ini dan penduduk di Taman Senawang Jaya dekat sini juga diyakini berhadapan dengan masalah yang sama," katanya.
Mengikut Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, apabila terdapat kematian bagi warga emas yang berumur 60 tahun keatas, maka pewaris akan mendapat bantuan awal pengurusan jenazah sebanyak RM1,000.00 dan kemudian di ikuti bayaran tambahan berjumlah RM1,500.00 dalam masa 2 bulan.
YB Dr rani bersama dato' Ketua Kampong Kg Meru dan Kg Batu Belah telah berkunjung kerumah pewaris-pewaris untuk menyampaikan sumbangan RM 1,000.00 kepada mereka.
Seramai 10 orang pewaris telah menerima sumbangan tersebut dan walaupun mereka dari latarbelakang warna kulit yang berlainan, agama yang berlainan dan mungkin pegangan aliran politik yang berlainan, namun mereka mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap bebanan yang di rasai rakyat.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.
"Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.
"Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.
"Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional," kata Salleh pada sidang media hari ini.
Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.
"Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita," dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.
Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.
"Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya," katanya.(malaysiakini)
SHAH ALAM: Klang MP Charles Santiago today hit out at Prime Minister Najib Tun Razak for being flippant over the death of Selangor Customs department assistant director, Ahmad Sarbani Mohamed.
"What is the prime minister trying to explain?" he asked, adding that Najib was not serious about Ahmad Sabrani's case.
Yesterday, Najib said that Ahmad Sarbani's case was different from Teoh Beng Hock's in that the latter was called in by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for questioning whereas the former showed himself up voluntarily at the MACC office in Kuala Lumpur.
Santiago was speaking to reporters at the MACC office here after meeting its director Jaafar Maahad to get more information about Ahmad Sarbani.
Also present were Pakatan Rakyat parliamentarians Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) and M Manoharan (Teluk Intan).
Santiago also said that Pakatan generally supported the operation of the MACC in its fight against corruption, but the anti-graft agency has to bear responsibility for the death of Ahmad Sarbani.
"He died in the premises of the MACC. So, MACC has to answer for this tragedy," he added.
Manoharan said that he would call for an emergency sitting of Parliament to discuss the procedures for an investigation of the MACC.
"What was the MACC doing? How did it let someone to fall to his death?" he asked, adding that as a lawyer, he has never come across a case where a victim has volunteered to provide information.
He also said the public wants answers from the government, especially regarding the mystery of the lost documents and Ahmad Sarbani's mobile phone.
"Besides, people also want to know how is it possible for him to fall out of a small window.
"And why has the government refused to release the post-mortem report since the case is of public interest?" Manoharan asked.
Meanwhile, Khalid said the MPs visited the MACC headquarters here to obtain the latest information about Ahmad Sarbani's case.
]
"We expect the state to provide information to the people," he said, adding that the parliamentarians also suggested to the MACC to install CCTVs in every corner of the office.
He said that a suspect must always be accompanied by a MACC officer during investigation in the future.
Khalid said that Pakatan expects the federal government to form a Royal Commission of Inquiry to probe into Ahmad Sarbani's incident.
Earlier, police blocked the roads leading to the MACC office after rumours spread that Pakatan supporters planned to hold a protest rally against the MACC.
Ahmad Sarbani was arrested in connection with a corruption offence earlier this month. He was released on bail after questioning.
However, he was found dead inside the premises of the KL MACC in Jalan Cochrane on Wednesday.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan