MEDIA Rakyat MALAYSIA Posted: 27 Apr 2011 03:07 AM PDT |
Suara Sri Andalas Posted: 26 Apr 2011 11:36 PM PDT Tiada Bukti Exco Selangor Salah Guna Dana Posted: 26 Apr 2011 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR 26 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.
Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong – Teoh Beng Hock.
Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.
Katanya, berdasarkan siasatannya "tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM."
Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor. Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.
Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, "Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua."
Sumber: Malaysiakini | Kerajaan Negeri Sumbang RM100 Ribu Kepada Yayasan SSL Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT PETALING JAYA, 26 April – Kerajaan Selangor hari ini memberi sumbangan cek RM100,000 kepada Yayasan SSL, Strok dan Pembangunan Masyarakat bagi menanggung sebahagian kos pembelian mesin bagi membantu penderita strok.
Pemberian sumbangan itu bersesuaian dengan langkah kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Selangor.
Penyampaian itu dilakukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi & Inovasi dan Kebudayaan Negeri, Rodziah Ismail kepada Pengerusi yayasan tersebut, Sze Chang Heng di bangunan yayasan tersebut di sini.
Menurut Rodziah sumbangan itu dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak setahun lalu.
"Saya di sini sebenarnya membawa satu janji , datang ke sini untuk menyelesaikan janji saya daripada kerajaan negeri Selangor untuk kami memberikan RM100 ribu seperti mana yang telah dijanjikan hampir setahun lepas untuk disumbangkan kepada Yayasan Strok SSL ini untuk memastikan bahawa pembelian satu teknologi terkini untuk membantu pesakit-pesakit strok akan dapat dijadikan kenyataan. Saya dapat tahu kos mesin itu RM1.4 juta dan kini masih lagi dalam konteks mencari penyumbang atau mencari dermawan untuk dapat kita pastikan bahawa pembelian mesin ini dapat disempurnakan," katanya.
Pihak Yayasan masih memerlukan sumbangan sekitar RM430,000 bagi menanggung kos peralatan rawatan memulihkan pesakit strok melalui mesin dikenali sebagai Lokomat iaitu teknologi dari Switzerland.
Mesin Lokomat itu menelan kos RM1.4 juta dan setakat ini hanya terdapat satu unit di negara ini iaitu di Yayasan SSL di sini.
Melalui mesin Lokomat, pesakit strok dan lumpuh akibat kecederaan otak traumatik dan saraf tunjang boleh menjalani rawatan pemulihan dengan lebih selesa dan intensif.
Menurut Rodziah pengunaan mesin Lokomat terbukti mampu membantu pesakit kembali berjalan semula dan telah diguna di beberapa negara antaranya Jepun, Australia dan Singapura.
Sumber: Selangorkini | |
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 26 Apr 2011 11:15 PM PDT MAIM Seleweng Wang Zakat Posted: 26 Apr 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR 26 APRIL : Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujudnya penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sehingga menyebabkannya mengalami kerugian besar berikutan kaedah pengurusan hartanah yang lemah. Shamsul dalam laman blognya berkata, ia juga berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya siap pada Jun 2004. Menurut Shamsul, beliau juga mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan. "Berlaku kecuaian oleh pihak MAIM sehingga mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan. "Sementara projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal dengan jumlah RM1.80 juta. "Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM," katanya. Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) berkata, di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Majlis Agama Islam Melaka telah membuat ketetapan untuk memastikan bahawa semua harta wakaf dan baitulmal terletak di atas nama MAIM, selaras dengan kuasa yang diberi. Malah katanya, pengurusan hartanah MAIM yang tidak memuaskan telah mengakibatkan kerugian, manakala pemantauan yang tidak berkala dan berterusan mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.
Sumber: TVSNEWS | Liwat II: Anwar ulangi ia konspirasi politik Posted: 26 Apr 2011 01:35 AM PDT Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan dakwaannya bahawa kes liwat II yang sedang berlangsung adalah satu konspirasi politik bagi memuaskan kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Tiada asas bagi pihak pendakwaan untuk meneruskan kes, kata Anwar kecuali bagi memuaskan kehendak tuan politik mereka.
"Kita tahu sistem pornografi Umno, Datuk Seri Najib akan terus guna ini utk mencela kita seolah-olah beliau dan isterinya Rosmah dan yang lain adalah orang yang baik-baik, kekuatannya adalah tunjukkan moral Anwar kurang baik... mereka akan menang.
"Saya nak jelaskan sedikit bahwa ini fitnah jahat ... awal kita nafikan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan (Peguam Cara Negara II) Datuk Yusof (Zainal) diperalatkan sekadar kuatkan hujah.
Menurut Anwar lagi, media arus perdana yang dikawal oleh Umno berdendam dengannya dan berulangkali melaporkan sperma dan air seperti yang diperkatakan oleh Yusof di mahkamah bagi memuaskan tuan politik mereka.
Dalam mengemukakan bukti di mahkamah, pihak pendakwaan berkata air mani dan sperma dijumpai oleh ahli kimia.
"Terbukti mani yang dikatakan 97 jam yang diambil itu tidak (disimpan) dalam freezer dan dlm mana dokumen sains mengatakan ia tidak boleh bertahan. Jadi ini jadi isu politik murahan yang jelas dalam keterangan mahkamah," kata Anwar.
Sumber: Malaysiakini | Semua kaum, bukan Cina saja beralih ke Pakatan Posted: 26 Apr 2011 01:30 AM PDT PKR mendakwa keputusan dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalu menunjukkan bukan hanya masyarakat Cina tetapi semua kaum mula beralih kepada Pakatan Rakyat.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan statistik, di 26 kerusi pelbagai kaum yang ditandingi mereka menunjukkan peralihan sokongan yang besar.
"Di Meluan, kawasan majoriti Iban contohnya, peralihan sokongan daripada BN kepada PKR sebanyak 31.4 peratus.
"Ini lebih tinggi daripada kawasan yang ditandingi DAP yang peralihan sokongannya kira-kira 4 peratus," kata Rafizi (kiri).
Tambahnya, di 26 kawasan itu, berlaku peralihan daripada BN kepada PKR dari serendah 0.1 peratus (di Machan) kepada Meluan yang tertinggi.
Selain Meluan, peralihan sokongan tertinggi dilihat di Kaku (25.9 peratus), Senadin (24.6 peratus) dan Krian (24 peratus).
Bagaimanapun, di banyak tempat, walapun peningkatan sokongan agak tinggi masih belum mampu menumbangkan penguasaan sedia ada BN.
Polo sokongan Iban berbeza
Dalam pilihan raya Sarawak sebelum ini, DAP menang di 12 daripada 15 DUN yang ditandinginya. Hampir kesemua DUN yang direbutnya terletak di kawasan bandar dengan peratusan pengundi Cina yang tinggi.
Dalam masa yang sama, PKR dan PAS yang bertanding di kawasan Melayu/Melanau dan Dayak kalah teruk, menyebabkan terdapat anggapan bahawa hanya masyakat Cina yang beralih kepada parti pembangkang.
Sementara itu, menyentuh soal sokongan pada Pakatan berdasarkan kaum, Rafizi memberitahu, msyarakat Iban menunjukkan pola sokongan yang berbeza apabila terdapat julat sokongan yang besar antara satu-satu DUN.
Menurut statistik yang diedarkan dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu, Iban memberikan sokongan kepada PKR antara 3 hingga 60 peratus di pelbagai kawasan.
"Ini menunjukkan mereka mengundi berdasarkan pelbagai isu," katanya.
Sumber: Malaysiakini | 'Tiada bukti exco S'gor salah guna dana negeri' Posted: 26 Apr 2011 01:25 AM PDT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal mencari bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan negeri Selangor oleh exco Ean Yong Hian Wah.
Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman, berkata beliau mengambil alih kes berkenaan pada 27 Ogos 2009 daripada pejabat Selangor selepas kematian pembantu politik Ean Yong - Teoh Beng Hock.
Ahmad Shafik memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.
Katanya, berdasarkan siasatannya "tidak bukti untuk mengaitkan Ean Yong (kanan) dengan sebarang kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta SPRM."
Sebelum kematian Teoh, siasatan dikendalikan oleh Mohd Anuar Ismail dari pejabat SPRM Selangor.
Mayat Teoh dijumpai di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009. Beliau disoal-siasat semalaman di pejabat SPRM Selangor yang terlelatk pada tingkat 14 bangunan berkenaan.
Dalam reaksi segeranya, Ean Yong dalam laman Facebook menulis, "Selepas menunggu lebih dua tahun, keadilan akhirnya tiba jua."
Sumber: Malaysiakini | Syed Husin: PKR terus siar lidah parti tanpa permit Posted: 26 Apr 2011 01:20 AM PDT PKR akan terus menerbitkan lidah rasmi parti itu tanpa permit memandangkan usaha untuk mengadakan perbincangan dengan kementerian dalam negeri masih tidak membuahkan hasil, kata senator Syed Husin Ali. Katanya, langkah itu diambil memandangkan parti itu telah berusaha untuk mengadakan perbincangan dengan menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung isu permit penerbitan lidah parti itu. "Tapi sampai sekarang temujanji itu masih belum berlaku," kata Syed Husin dalam satu sidang media di bangunan parlimen hari ini. Naib presiden parti itu, Tian Chua telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan itu pada Oktober dan seterusnya pada November tahun lalu. "Kami ingin tahu apakah kementerian mengambil sikap politik terhadap PKR," katanya lagi. Tambahnya, PKR kini tidak mempunyai pilihan selain menerbitkan akhbarnya tanpa permit. "(Nampaknya) pemerintah sengaja hendak galakkan satu benda haram dari segi undang-undang," katanya lagi. Katanya, permit bagi penerbitan Suara Keadilan tidak lagi diperbaharui oleh kementerian sejak Jun 2010. Bagaimanapun, Suara Keadilan tetap diterbitkan dengan menggunakan judul berbeza selepas permit penerbitan akhbar berkenaan berakhir pada 7 Julai 2010.
Suara Keadilan mula berdepan masalah dengan KDN sejak akhbar itu memuatkan satu laporan kontroversi berhubung status kewangan Felda pada Jun tahun lalu. Siri laporan khas berhubung status kewangan Felda itu disiarkan dalam edisi Suara Keadilan bertarikh 22 - 29 Jun. Ekoran itu juga, akhbar berkenaan disiasat bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 kerana didakwa menyiarkan satu dokumen sulit kerajaan dalam satu edisi susulannya.
Sumber: Malaysiakini | Lim: Undi Bumi bantu DAP menang 6 kerusi lagi Posted: 26 Apr 2011 01:15 AM PDT Perangkaan yang diterima menunjukkan bahawa kejayaan DAP di Sarawak pada pilihan raya 16 April lalu tidak akan dicapai dengan hanya sokongan masyarakat Cina.
Setiausaha agungnya, Lim Guan Eng berkata tanpa sokongan masyarakat lain, mereka akan hanya memenangi enam kerusi sahaja dan tidak mungkin mendapatkan 12 kerusi.
Katanya data dari pusat pengundian menunjukkan bahawa parti itu menang sekurang-kurangnya 30 peratus di kerusi-kerusi di mana pengundi bumiputera adalah minoriti.
"Di sesetengah kerusi, peratus pengundi bukan Cina yang menyokong DAP jauh lebih tinggi daripada 30 peratus," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Pada pilihan raya ke-10 yang lalu, DAP menyapu semua kerusi-kerusi di kawasan bandar dan menggandakan jumlah kerusinya di dewan undangan negeri Sarawak.
Berikutan itu, sesetengah parti komponen BN mendakwa DAP berkempen menggunakan strategi pro-Cina yang dinafikan parti tersebut.
Akhbar milik Umno -Utusan Malaysiajuga mendakwa kejayaan DAP adalah petunjuk bahawa masyarakat Cina cuba menghakis kuasa politik orang Melayu.
Analisis awal DAP menunjukkan beberapa kerusi tidak akan dimenangi tanpa sokongan pengundi bukan Cina.
Di Kidurong sebagai contoh, hampir separuh daripada pengundinya adalah bumiputera, DAP menganggarkan parti itu membolot kitra-kira 63 peratus undi bumiputera.
Dalam kes kerusi Meradong pula, 43 peratus pengundinya adalah bumiputera dan parti itu menganggarkan mereka berjaya mendapatkan 46 peratus undi mereka.
Sumber: Malaysiakini | Beban 24 kerusi: PKR bawa ke mesyuarat Pakatan Posted: 26 Apr 2011 01:10 AM PDT Beban yang digalas oleh PKR untuk bertanding di 49 kerusi, termasuk yang sukar dimenangi pada pilihan raya Sarawak, 16 April lalu akan dibawa ke mesyuarat Pakatan Rakyat, kata pengarah strateginya, Rafizi Ramli . Pada pilihan raya itu, PKR yang sepatutnya bertanding di 25 DUN sahaja tetapi akhirnya terpaksa bertanding di 24 kerusi tambahan bagi mengelakkan BN menang percuma pada hari penamaan calon. "Saya berpendapat beban ini sepatutnya dikongsi bersama (dengan parti lain dalam Pakatan)," katanya ketika ditanya pemberita berhubung perkara itu. Dalam pilihan raya negeri lalu, Pakatan menang di 15 kerusi. PKR mendapat tiga daripada 49 kerusi manakala DAP pula berjaya di 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi. PAS gagal di semua lima kerusi yang ditandinginya. Kesemua 71 kerusi dipertandingkan. Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Rafizi berkata, jika mereka memberikan laluan mudah kepada BN di 25 kerusi lagi, sudah tentu keyakinan pengundi pada Pakatan tidak diperoleh. "Kalau kita bertegas bertanding 25 kerusi sahaja, BN memang 24 tanpa bertanding pada hari penamaan. Mereka hanya perlu 12 lagi untuk membentuk kerajaan. Jadi, semua slogan ubah yang kita laungkan tidak akan berguna lagi," katanya. 'Pengkhianatan SNAP' Menurutnya lagi, dengan menang hanya di tiga daripada 49 kerusi yang ditandingi, ia memberi konotasi seolah-oleh parti tunjang dalam Pakatan itu lemah. "Ini berbeza kalau kita menang tiga daripada 25 (kerusi)," katanya lagi. Sementara itu, menyentuh soal cadangan penggabungan DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Rafizi berpendapat, berdasarkan realiti, ia tidak memberikan jalan pintas kepada DAP untuk meluaskan sayap kepada masyarakat Iban. "Akhirnya mereka kena turun juga semula ke bawah. Samalah prosesnya," katanya sambil mendakwa pengkhianatan SNAP masih belum boleh dilupakan. Katanya, sampai sekarang pihaknya masih belum mendapat penjelasan, antaranya berhubung dakwaan bahawa parti tertua Dayak di Sarawak itu mendapat tajaan daripada BN. Kegagalan rundingan PKR dan SNAP sebelum ini menyebabkan Pakatan gagal bertembung satu lawan satu dengan BN.
Sumber: Malaysiakini | Nik Aziz undang pengkritik ke Kelantan Posted: 26 Apr 2011 01:05 AM PDT Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengundang beberapa pihak yang mempertikaikan kepimpinan kerajaan negeri itu supaya datang sendiri ke negeri itu termasuk menghadiri kuliah Jumaat bersama-sama beliau untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang pentadbirannya.
Mursyidul Am PAS itu dalam laman Facebook menulis, selain merasai perbezaan sistem pentadbirannya pengkritiknya boleh membandingkan sendiri sejauh mana kebenaran laporan media kawalan Umno-BN terhadap kepimpinan negeri itu.
"Di sebalik desas-desus pilihan raya umum ke-13, kami menjemput anda semua untuk datang ke Kelantan dan menyaksikan sendiri bagaimana Pakatan Rakyat melalui PAS memerintah Kelantan.
"Anda semua boleh datang dan menilainya sendiri. Dan jangan lupa untuk bandingkannya dengan negeri yang diperintah oleh BN," tulisnya.
Selain itu, Nik Aziz berkata pihak yang mempertikaikan pencapaian kerajaan negeri Kelantan juga boleh menemuinya pada program Medan Ilmu di Kota Bharu, Jumaat ini.
"Anda dialu-alukan untuk datang ke Medan Ilmu pada pagi Jumaat," katanya yang yang menerajui pentadbiran kerajaan negeri sejak 1990. 'Tidak bersih'
Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS telah menjadi pertikaian dan bahan cemuhan Umno-BN sejak sekian lama.
Terbaru Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed membidas kerajaan negeri Kelantan kerana menutup pintu rundingan dengan 415 peniaga pasar lama Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) dan Arked Uda.
Mustapa berkata kerajaan negeri Kelantan tidak bertimbang rasa kerana enggan memberikan peluang kepada peniaga berunding dengan mereka bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
Selain itu, Umno Kelantan sebelum ini juga mendakwa kerajaan negeri Kelantan 'tidak bersih' ekoran pendedahan yang dibuat Utusan Malaysia mengenai loteri 'big sweep' dan juga aktiviti pelacuran yang didakwa boleh didapati di negeri itu.
Malah penghujung tahun lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali menggesa Nik Aziz supaya meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
Ibrahim berkata gesaan itu berikutan keadaan kesihatan Nik Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah lama mentadbir negeri itu.
Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.
Sumber: Malaysiakini | Iban serbu pejabat SUPP tuntut 'habuan' Posted: 26 Apr 2011 01:00 AM PDT Lebih 100 penduduk Iban menyerbu ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Sibu semalam dan menuntut baki RM400 setiap seorang yang dijanjikan bagi menyokong seorang calon pada pilihan raya negeri yang lalu, dakwa sebuah pemantau pilihan raya.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat petang semalam, Pemantau Pilihan Raya Sibu (SEW) mendakwa penduduk Iban berkenaan berang kerana tidak mendapat bayaran 'baki' tersebut meskipun telah dijanjikan oleh agen pilihan raya SUPP dan tua rumah panjang sebelum pilihan raya.
Sebaik menerima berita berkenaan, SEW menghantar dua perwakilannya ke ibu pejabat SUPP bagi memanatu keadaan.
Dalam siasatannya, SEW berkata pihaknya mendapati bahawa penduduk Iban dijanjikan bayaran RM100 sebelum hari mengundi 16 April lalu dan sekiranya calon SUPP menang, setiap seorang daripada mereka akan menerima RM400 lagi selepas pilihan raya.
SEW mendakwa sebelum ini, perwakilannya juga menyaksikan penduduk Iban daripada sekurang-kurangnya dua rumah panjang dibayar 'baki' RM400 berkenaan.
Dakwa pemanatau pilihan raya itu lagi, penduduk Iban itu daripada Rumah Chandi, Rumah Pasang dan Rumah Ujang.
Sumber: Malaysiakini | |
Anwar Ibrahim Posted: 26 Apr 2011 07:32 PM PDT Pendakwaraya Tidak Nafi Saiful Berbohong Posted: 25 Apr 2011 11:28 PM PDT Dari Malaysia Wave Penggulungan Karpal semalam tidak dapat dijawab dan dipatahkan oleh Pendakwaraya. Antara pembohongan Saiful adalah: 1.0 Beliau mendakwa beliau dipaksa oleh Anwar untuk diliwat. PAdahal beliau dituduh di bawah Seksyen 337b yang menunjukkan liwat berlaku dengan sukarela. Ini BERLAWANAN dengan dakwaan Saiful yang mengatakan beliau dipaksa. 2.0 Saiful mengaku beliau duduk minum kopi dan makan karipap selepas beliau diliwat. Ini bukan tanda-tanda orang yang dipaksa untuk diliwat. Ini tanda-tanda orang itu sukarela untuk diliwat kerana orang yang dipaksa untuk diliwat pasti menunjukkan kesan-kesan emosional dan tidak mungkin boleh duduk dan minum kopi. Lagi bukti Saiful berbohong. 3.0 Saiful mengaku beliau merapati "Anwar" apabila beliau dipanggil. Padahal pada waktu itu beliau boleh menjerit dan lari keluar dari bilik, sekiranya beliau dipaksa. Lagi bukti Saiful berbohong. (Laporan kronologi boleh dibaca di sini). Pendakwaraya pula tidak menjawab hujjah2 Karpal ini. Pendakwaraya tidak berjaya membuktikan bahwa Saiful tidak makan karipap dan minum kopi selepas diliwat. Pendakwaraya tidak pula menjelaskan mengapa Saiful tidak lari dan menjerit apabila beliau dipanggil masuk ke dalam bilik. Pendakwaraya semata-mata bergantung kepada tuduhan kononnya wujud air mani Anwar dalam jubur Saiful. Pada waktu yang sama, Pendakwaraya tidak dapat beritahu bagaimana air mani Anwar boleh masuk jubur Saiful sedangkan pakar-pakar membuktikan tiada “tembusan” berlaku ke atas lubang jubur Saiful Bukhari. Namun, kita semua tahu air mani lelaki Y itu adalah sebenarnya air mani Saiful Bukhari sendiri. Dengan kata lain, Pendakwaraya tidak mampu menafikan Saiful Bukhari seorang pembohong. Dan Pendakwaraya sendiri pembohong sebab kata air mani lelaki Y adalah air mani Anwar Ibrahim. Akhir sekali, Allah SWT menunjukkan kepada kita sedikit demi sedikit bahawa seluruh kes ini adalah satu fitnah yang maha besar ke atas Anwar tajaan Najib dan UMNO. Tulang Besi | |
BULETIN RAKYAT Posted: 26 Apr 2011 11:35 AM PDT |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 26 Apr 2011 11:33 AM PDT Nik Aziz mahu Tuan Ibrahim tanding Timbalan Presiden PAS? Posted: 26 Apr 2011 12:14 AM PDT Hari ini isyarat yang saya perolehi itu sudah pun jelas. Ia bukan menjadi rahsia lagi. Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agarnya Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden. Apabila cadangan itu dizahirkan maka isyarat dua minggu lepas jelas dan nyata. Berita Panas seterusnya di http://msomelayu.blogspot.com/2011/04/berita-panas.htmlCERAMAH UMUM Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT) Masa : 9 mlm Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Zulkefly Omar, PJ N9 Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) MAJLIS MINUM PETANG Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT) Masa : 5 ptg Tempat : No 6, Kg Panchor, Seremban Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zulkefly Omar Kupon RM10 Maklumat lanjut hubungi 013-3426346 | Umno jemput DAP masuk BN? Posted: 25 Apr 2011 08:51 PM PDT Harakahdaily, KUALA LUMPUR, 26 April 2011: Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. (Jangan lupa baca artikel : Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas PRN Sarawak di http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html ) Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya. http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2977:umno-jemput-dap-masuk-bn&catid=36:headline&Itemid=68 | Hospital baru di kawasan DAP Negeri Sembilan, YAHOO Posted: 25 Apr 2011 08:28 PM PDT Meloponglah orang Rembau terutama di DUN Chembong yang wakil rakyatnya Umno. Tahun 2008 Menteri Besar dah bina batu asas Hospital Rembau di DUN Chembong, akhirnya Nilai yang diwakili DAP pula yang dapat Hospital BARU. Nampak gayanya DUN Chembong, Kota, Rantau lepas ni, pengundi kena pilih wakil rakyat dari PAS dan PKR, baru cepat projek turun. Artikel Janji Pilihanraya Umum 2008 untuk Bina Hospital Rembau belum ditunai pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/02/siapa-yang-menjanjikan-hospital-kepada.htmlAnak muda semua, mari kita sertai DAP macam anak Tan Sri Khir Johari di sini http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html*********************** Sambut baik pengumuman hospital di Nilai Sinar Harian 26 April 2011 SEREMBAN – Pengumuman Kerajaan Negeri untuk mendirikan sebuah hospital besar di daerah Nilai akan datang disambut baik wakil rakyatnya, Yap Yau Weng (DAP - Nilai). Menurut Yau Weng, jika kemudahan tersebut diwujudkan di kawasan itu, akan memudahkan orang ramai khasnya pesakit untuk mendapatkan rawatan kesihatan. "Pada pengetahuan saya, Kerajaan Negeri sudah mengumumkan kepada orang ramai akan membina sebuah hospital besar di Nilai. "Jika adanya hospital besar di situ, orang ramai khasnya pesakit di Nilai tidak perlu bersusah payah berulang-alik ke Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban untuk mendapatkan rawatan," katanya. Yau Weng berkata demikian semasa membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal Ke Empat Dewan Undangan Negeri ke-12, di sini, semalam. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9018417.asp | Ramai pelatih PLKN buta huruf, Menteri Pelajaran GAGAL Posted: 25 Apr 2011 05:40 PM PDT Lebih 10 peratus pelatih PLKN kita BUTA HURUF. Iaitu lebih 1,300 daripada 13,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengikuti program berkenaan akhir tahun lalu, didapati buta huruf. Dah canggih sistem pelajaran Malaysia, ada Wifi, ada Notebook, ada poco-poco, ada PPSMI, sekarang MBM MBI masih ramai lagi buta huruf? Apa kelas Kementerian Pelajaran dan Menteri Pelajaran kita? Macamana ramai belia BUTA HURUF ini ambil Lesen MEMANDU? FATWA PLKN PULA POCO-POCO HARAM DI KEM PLKN PERAK, TAPI HALAL DI KEM PLKN LUAR PERAK???? ADUH , BERTAMBAH PONING, PONING UMAT ISLAM DI MALAYSIA NI !!! ********************** Ramai pelatih PLKN buta huruf Berita Harian 26 April 2011 Lebih 1,300 daripada 13,000 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mengikuti program berkenaan akhir tahun lalu, didapati buta huruf. Ketika mengulas mengenai pengharaman senaman tarian poco-poco di Perak, Abdul Hadi berkata, semua 10 kem yang memuatkan kira-kira 4,000 pelatih untuk kemasukan Kumpulan Kedua pada 15 Mei ini di negeri itu tidak lagi melakukan poco-poco, sebaliknya diganti dengan senam seni. "Bagi kem PLKN selain di Perak, kita teruskan senaman tarian poco-poco memandangkan muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ia tidak haram," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RamaipelatihPLKNbutahuruf/Article | 566 Kamera perangkap laju canggih, tapi BODOH Posted: 25 Apr 2011 05:40 PM PDT Ni satu lagi projek bijak kerajaan, pasang 566 kamera canggih untuk rakam pemandu laju konon. Ya memang canggih, tapi BODOH. Kamera bukan ada otak, samseng jalanraya ada otak, mereka dah tahu ada kamera canggih, mereka pakailah topeng, cat muka dan sebagainya. Akhirnya duit rakyat juga yang lebur juta-juta. Siapa yang dapat projek pasang kamera canggih ni? Lagi satu, nak pasang kamera bukan main canggih, TAPI lampu isyarat kat Malaysia ni manjang rosak saja, timing tak betul, padam dan sebagainya. Itu yang ada lampu isyarat, yang banyak simpang sibuk tak ada lampu isyarat apa CERITE? Kamera canggih ni dapat KE rakam pemandu lori dan bas yang bawa laju waktu malam di jalan Segamat-Kuantan yang selalu banyak kes kemalangan maut tu? Kamera canggih Konon, SIAPA UNTUNG? ************* 566 kamera canggih rakam pemandu laju Berita Harian 26 April 2011 Teknologi Jerman mampu imbas wajah, kenderaan lebih 100km/j KUALA LUMPUR: Awas kepada pemandu yang suka memandu laju tetapi sering mempertikai saman ekor kerana kononnya ia tidak adil. Menjelang akhir tahun ini mereka akan diperhatikan oleh 566 kamera statik berteknologi tinggi yang boleh merakam wajah pemandu dan jenis kenderaan dengan jelas walaupun memandu melebihi 100 kilometer sejam. Kamera berteknologi Jerman itu adalah satu daripada komponen Sistem Penguatkuasaan Elektronik (AES) yang akan dipasang oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi strategik, terutama kawasan berisiko kemalangan di seluruh negara bagi memerangkap pemandu melebihi had laju. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/566kameracanggihrakampemandulaju/Article | Shamsul dedah penyelewengan wang Zakat di Melaka Posted: 25 Apr 2011 05:39 PM PDT KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa wujud penyelewengan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang mengalami kerugian akibat kaedah pengurusan hartanah yang lemah. Ia berhubung kegagalan projek usaha sama MAIM dengan syarikat Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) untuk membina Kompleks MAIM yang sepatutnya disiapkan pada bulan Jun 2004. Dalam blognya hari ini, Shamsul mendakwa MAIM gagal untuk menguatkuasakan perjanjian projek usaha sama tersebut sehingga menyebabkannya terpaksa mendahulukan wang zakat berjumlah RM13.85 juta untuk pembangunan kompleks berkenaan. "Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB, walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan. "Manakala projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka terpaksa ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal dengan jumlah RM1.80 juta. http://www.keadilandaily.com/shamsul-dedah-penyelewengan-wang-zakat-di-melaka/Juga sila baca artikel di bawah ini : BANGUNAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA DIJUAL KE TAUKEH CINA? Pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/bangunan-majlis-agama-islam-melaka.html | |
PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN Posted: 26 Apr 2011 11:04 AM PDT Program Minggu Ini Posted: 25 Apr 2011 10:16 PM PDT 'Sepetang Bersama Timbalan Presiden' 1 Mei 2011/Ahad Felda Jelai 3, Tampin 3-5 petang.
Semua pimpinan negeri, cabang dan seluruh anggota parti dijemput hadir. | |
Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党 Posted: 26 Apr 2011 09:37 AM PDT Utusan lidah Muhyiddin menentang 1Malaysia Najib Posted: 25 Apr 2011 08:31 PM PDT Harakahdaily KUALA LUMPUR, 25 April: Bagaimanakah seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) boleh terang-terang menyokong konsep 1Melayu, 1Bumi laungan Utusan Malaysia yang jauh menyimpang daripada konsep 1Malaysia ilham Perdana Menteri (PM)? Begitulah kejanggalan situasi hari ini apabila TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam responsnya terhadap seruan MCA untuk memulau akhbar lidah rasmi Umno itu membela Utusan [...] | Kaedah Pemadanan Anwar Sebagai Lelaki Y Meragukan – Peguam Posted: 25 Apr 2011 08:30 PM PDT Dari KeadilanDaily Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai 'Lelaki Y' yang disebut-sebut sebelum ini. Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli. "Kaedah yang digunakan mereka untuk [...] | Fitnah II: Kenyataan Bercanggah Para Saksi Antara Bukti Wujudnya Konspirasi Posted: 25 Apr 2011 08:29 PM PDT Dari Malaysiakini Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah. "Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini. menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan. [...] | 李文材:旺阿末公然为国阵背书,促辞选委会署理主席加入巫统 Posted: 25 Apr 2011 08:27 PM PDT (怡保25日讯)人民公正党霹雳州署理主席李文材医生痛斥选委会署理主席拿督旺阿末以双重标准对待民联成员,成为偏袒国阵利益的工具,严重丧失了其选举委员会身份的独立自主性。 他促拿督旺阿末倘若无法厘清其个人政治倾向和身为选委会署理主席的职责,他必须立刻辞去一切选委会的职务,加入巫统延续他的政治工作,以确保选委会能够大公无私地落实自由和公正的选举。 他表示,旺阿末发表的言论再次印证选委会是一个不独立自主,甚至沦为国阵选举工具的机构。他是针对今日拿督旺阿末在马来前锋报批评民主行动党于砂拉越选举,发表种族沙文主义言论做出这样的回应。 "拿督旺阿末为国阵背书公然抨击民联成员党,但是却容许国阵人身攻击公正党州主席巴鲁比安和党领袖安华,另外他也默许国阵在选举期间采用的恐吓手段,以及纵容在喉舌报煽动和鼓吹种族极端性的言论。" 彻查纳吉"你帮我,我帮你"言论 李文材医生也是务边区国会议员,他表示,如果拿督旺阿末是专业和独立的选委会官员,他首要任务是就首相纳吉曾经发表的"你帮我,我帮你"贿票言论采取行动;甚至调查国阵在砂州选举期间及多场补选中,滥用政府资源和机关进行助选活动。 "砂州选举期间也曾爆出国阵代理人,在投票日前夕位于数个长屋以数千令吉向选民买票,为何选委会没有就该买票举动进行调查和采取行动?” 为国阵砂选举失利狡辩 他也反驳拿督旺阿末企图扭曲砂州全民求变的言论,旺阿末的言论代表他的无知,同时他也企图为国阵在砂州选举中失去人民的支持而作出的狡辩。 "砂州选举成绩显示砂州各阶层人士不分宗教、族群和年龄,已经开始大幅度转向支持民联,虽然国阵在这场选举中砸下跨亿的"选举糖果",但是还是难阻民联胜出翻倍的议席及推至接近45%的高度支持率。" 他也指出,除了华裔选民支持率的大幅度飙升,上游乌鲁人和达雅族也同样出现支持率上升的迹象,另外年轻人也出现26%转投民联的情况。 "全民渴望改变是不争的事实,民联特别是公正党胜出克瑞安(Krian)和峇加拉兰(Ba’kelalan)议席就是最好的证明,而且根据Bridget Welsh教授的砂州选举分析,马来马兰诺族也有转向民联的迹象。" 选委会署理主席拿督旺阿末曾经出席土权组织位于世界太子贸易中心举行的首届年度大会,当天不乏多名拥有官职的人物出席该大会,其中包括贸工部副部长慕克里兹(Mukhriz Mahathir)、副财政部长拿督阿旺阿迪(Awang Adek Hussin)。 | |
Keadilan Cabang Rasah Posted: 26 Apr 2011 09:07 AM PDT Syak Wasangka pemusnah sebuah kesatuan! Posted: 25 Apr 2011 10:23 PM PDT Persoalan yang kerap dilontarkan kebanyakan anggota parti adalah; bolehkah anggota parti berkawan dengan ahli parti lain?
Ia persoalan umum dan jawapannya umumnya boleh dan tidak salah. Namun, sikap syak wasangka yang keterlaluan, bersifat kebudak-budakan dan tidak befikir secara bijak lagi strategik telah menjadikan naluari manusia untuk berkawan, berhubung dan bermasyarakat membataskan keperluan tersebut!
Adakah salah jika seseorang Ketua Ranting, AJK atau anggota biasa berkawan dengan orang-orang kampungnya yang diketahui ahli Umno yang memegang jawatan dalam organisasi tersebut? Sikap itulah yang sebenarnya harus diperbetulkan kerana SYAK WASANGKA melampau lah yang membunuh keperluan strategik atau bahasa mudahnya 'merosakkan rancangan' kerana kurang berfikir secara bijak.
Untuk menang dan mencapai kejayaan khususnya dalam pilihanraya, perkara utama adalah mendapatkan undi. Bagaimana harus mendapatkan undi? Pelbagai kaedah dan cara boleh dilakukan. Kaedah mudah, bermaruah dan berhemah adalah berhubung secara baik sesama masyarakat tanpa mengira ideologi politik. Akan tetapi niat harus ikhlas membantu mana yang mampu lagi terdaya tanpa menabur janji-janji manis yang tidak boleh dikotakan.
Semua orang boleh menuduh sesama lain dengan melemparkan tohmahan-"dia itu agen", 'dia itu pengkhianat', 'aku lebih tahu siapa dia...bla..bla..' tetapi mana buktinya? Mana hujahnya?
Dalam keadaan pimpinan dan organisasi lawan yang kian bermasalah khususnya di Labu, seharusnya semua anggota bangkit bersatu membuat kerja dan gerakan menyakinkan rakyat kepada keupayaan Parti untuk mentadbir negeri.
Lebih bermaruah, jika kita mengaku kita adalah anggota dari era Reformasi...berhujahlah , bekerjalah dan bercakaplah secara berdepan lagi bijaksana tanpa perlu menjadi bacul melemparkan kecaman-kecaman ala penakut di alam siber. Musuh sendiri sedang kucar-kacir berbanding PKR, itulah ruang yang harus bijak digunakan. Bukan terus menjadi budak jahat yang sedang merosakkan organisasi! | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 26 Apr 2011 09:03 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan