Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 22 Apr 2011 11:03 PM PDT Kes Sarbaini: Keluarga tak puas hati, nak tahu ‘kisah sebenar’ Posted: 22 Apr 2011 01:40 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis sambil mendakwa ia tidak dibuat secara menyeluruh untuk mengetahui sebab-sebab kematian penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu.
Sebaliknya, ketika dihubungi The Malaysian Insider, sumber yang rapat dengan keluarga Ahmad Sarbaini berkata pihaknya mempersoalkan hasil siasatan polis kerana ia tidak dibuat secara menyeluruh selain nampaknya mahu "menyembunyikan" sesuatu daripada diketahui umum.
"Keluarga mempersoalkan kenapa hasil siasatan tidak begitu menyeluruh, macam nak sorokkan sesuatu... bila sudah jadi macam ini, cuba pula nak sorokkan sesuatu.
"Kami sekeluarga tertanya-tanya adakah cerita ini akan habis begini sahaja, kami memang tidak berpuas hati dengan hasil siasatan dan kami tetap nak tahu apa yang terjadi, kami nak tahu kisah sebenar," katanya.
Kata sumber itu, keluarga Ahmad Sarbaini sedia maklum punca kematian adalah jatuh dari bahagian tinggi tetapi apa yang dipersoalkan adalah bagaimana dia boleh jatuh sehingga membawa kepada kematian bapa lima anak itu.
"Kami sekeluarga tetap mempersoalkannya, siasatan macam tak begitu menyeluruh... kami memang tahu Allahyarham jatuh dari tempat tinggi tapi atas sebab apa dia jatuh? Sebab apa dia mati, sebab apa yang saya tahu kebiasaannya kalau jatuh dari tingkat tiga dia mungkin hanya akan patah-patah sahaja tapi ini sampai mati (meninggal dunia) pula.
"Sebab itu kami nak tahu apa yang terjadi, sebab apa dia jatuh? Adakah benar dia jatuh dari tingkat tiga dengan sindiri atau ditolak dari atas?
"Kami nak tahu semuanya, kami memang tidak puas hati dan kami nak tahu cerita yang sebenarnya," tambah sumber itu.
Ditanya mengenai kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan kelalaian serta mahu membersihkan dakwaan kononnya Ahmad Sarbaini membunuh diri sebagaimana dikatakan sebelum ini, sumber itu berkata, ia akan dibincangan bersama keluarga terdekat.
"Kami akan bincangkan dulu perkara ini, nanti akan dimaklumkan kemudian," jawabnya ringkas.
Semalam polis berkata kematian Ahmad Sarbaini disebabkan kecederaan pada bahagian kepala selepas jatuh daripada bahagian tinggi bangunan SPRM.
Justeru kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, kini terserah kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan susulan.
"(Dengan ini) saya minta semua spekulasi dihentikan kerana siasatan sudah dilengkapkan.
"Kertas siasatan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negeri minggu ini atau paling lewat minggu depan," katanya.
Kata beliau, siasatan menunjukkan ia adalah kematian mengejut dan tiada elemen jenayah terlibat buat masa sekarang.
Zulkifli juga berkata punca kematian ditentukan selepas siasatan terperinci membabitkan pelbagai pihak termasuk polis, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Jabatan Kimia.
Minggu lalu, keluarga Ahmad Sarbaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM jika hasil siasatan polis tidak memihak keluarga pegawai kastam itu.
Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan 6 April lalu.
Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.
Kematian Ahmad Sarbaini merupakan kejadian kedua dalam dua tahun ini membabitkan premis SPRM. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.
Sumber: malaysianinsider | Anwar masuk ke ICU Azizah Posted: 22 Apr 2011 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali.
"Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau.
Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.
Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.
Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.
Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.
Sumber: Harakahdaily | Kenapa UMNO BN Bermati- matian Mahu Cemar Nama Baik Anwar Posted: 22 Apr 2011 01:35 AM PDT SHAH ALAM 22 APRIL : Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor. Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan. "Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, " kata sumber itu tanpa mengulas lanjut. Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral. Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006. Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak. Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T. Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu. Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan. Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik. Semua "fakta- fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP. Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'. Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar. Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ? Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak. Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan. Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu. Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk. Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno. Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri. Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum. Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum. Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3.
Sumber: TVSNEWS | DR. M, Utusan Dibidas Terap Pemikiran Rasis Rakyat Posted: 22 Apr 2011 01:30 AM PDT SHAH ALAM 22 APRIL : Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mengutuk sikap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan akhbar Utusan Malaysia yang sengaja mencetuskan pemikiran rasis dikalangan rakyat dengan momokkan DAP bakal merampas kuasa pemerintahan dan menguasai negara. "Ini tidak berlaku. Ia sengaja dimomokkan oleh UMNO dan media UMNO. Apa yang DAP tegakkan adalah hak untuk semua. Tidak kira Melayu, Cina atau India semau diberi hak yang sama rata, semua diberi peluang," kata Chin Tong. Beliau menambah, apa yang berlaku dibawah pemerintahan UMNO adalah rakyat dinafikan peluang pekerjaan yang lebih baik dengan kos kehidupan yang semakin membebankan. Parti itu juga seringkali berdepan dengan dakwaan pemerintahan ala- ala kroni iaitu dengan meng'kaya'kan kroni mereka sekaligus menafikan hak mereka yang berkelayakan. Awal minggu ini, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisyam Shahrin bahawa Perdana Menteri Najib Razak mengurniakan projek 'emel percuma 1Malaysia' kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan salah seorang adiknya. Bagaimanapun nama adik kepada Najib itu hanya akan diumumkan menerusi surat terbuka kepada Najib melalui laman blognya kelak. Dalam pada itu, Chin Tong menegaskan kemenangan DAP menawan 12 daripada 15 kerusi DUN yang ditandinginya pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu, disebabkan sokongan yang tidak berbelah bahagi masyarakat pelbagai kaum dan bukannya disebabkan undi kaum Cina semata- mata. Fenomena itu membuktikan DAP bukannya parti perkauman seperti yang didakwa Mahathir. Chin Tong berkata dakwaan bekas presiden UMNO itu kononnya DAP tidak mewakili masyarakat pelbagai kaum jauh tersasar. "DAP bukan sahaja menang dipeti undi pengundi Cina sahaja. Tetapi juga dipeti undi pengundi lain. Itu bermakna, DAP disokong bukan sahaja dikalangan kaum Cina, tapi juga kaum lain," katanya. Mahathir sebelum ini melabelkan DAP adalah sebuah parti politik perkauman malah perjuangan dan prinsipnya mahu menentang dan merampas hak yang diperuntukkan kepada kaum Melayu. Chin Tong sebaliknya berkata bukan sahaja DAP malah PKR dan PAS akur pada perlembagaan persekutuan yang menjamin hak- hak istimewa kaum Melayu. Beliau turut membidas Mahathir kerana mempersoalkan tindakan DAP bertanding atas nama parti itu sendiri dan bukannya dibawah logo Pakatan Rakyat. "Minta dia pergi tanya kementerian dalam negeri, Pakatan Rakyat telah mengemukakan permohonan untuk menjadikan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan, pada Disember 2009."
Sumber: TVSNEWS | Hasrat YS Bina Sekolah Asrama Penuh Ditolak Atas Alasan Politik Posted: 22 Apr 2011 01:25 AM PDT PETALING JAYA 22 APRIL : Hasrat Yayasan Selangor (YS) untuk menubuhkan sekolah berasrama penuh di Selangor ditolak oleh Kementerian Pelajaran atas alasan politik, kata Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki.
Menurut Ilham, projek berkenaan ditolak oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yayasan itu berada di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Ilham ketika menjelaskan hal itu kepada Tv Selangor berkata, Yayasan Selangor sebelum ini memperuntukkan sebidang tanah berkeluasan 30 ekar di Ijok dengan kos pembinaan sebanyak RM50 juta bagi tujuan tersebut, namun siri pertemuan yang diadakan dengan Kementerian Pelajaran tidak membuahkan hasil.
Projek berkenaan kata Ilham ditolak oleh kementerian di bawah Timbalan Perdana Menteri itu.
"Saya tanya dia apa sebab tak bagi, sudah 10 bulan kita memohon tetapi tidak ada jawapan bertulis sama ada iya atau tidak. Sejak bulan Mei dulu, adalah panggil mesyuarat sebanyak tiga kali, minit mesyuarat tidak ada. Saya percaya permohonan kami ini telah dipolitikkan. Dan kita dukacita kerana kita sebenarnya tidak ada agenda politik, ia semata-mata untuk kepentingan akademik pelajar," katanya ketika dihubungi Tv Selangor.
Menurut Ilham, Yayasan Selangor merupakan satu-satunya yayasan yang mengambil tanggungjawab untuk mendirikan sekolah dan diserahkan operasinya kepada kementerian dalam memastikan aspek pendidikan di Selangor terus berkembang pesat.
"Tidak ada Yayasan lain, kita adalah yang pertama. Tidak ada yayasan yang keluarkan duit untuk bina sekolah dan diserah operasinya kepada Kementerian Pelajaran sebelum ini," jelasnya lagi.
Selain pembinaan sekolah berasrama penuh di Ijok, pihak yayasan juga katanya bercadang membina 8 lagi sekolah berasrama penuh di seluruh Selangor.
Pembinaan sekolah berasrama penuh di Selangor katanya adalah langkah proaktif Yayasan Selangor dalam memberikan pendidikan sempura kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.
Jelas Ilham lagi, selama ini Yayasan Selangor menyediakan kemudahan asrama dan perkhimatan bas kepada pelajar-peajar di bawah naungannya di mana mereka belajar di beberapa sekolah terpilih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Menyentuh mengenai alternatif sekolah berasrama itu akan diteruskan, katanya jika ia gagal mendapat kelulusan dari kerajaan, ia akan menjadi sekolah swasta.
"Kita nak buat sekolah berasrama penuh, kita hendak maju ke depan tapi orang Kementerian tidak berpandangan begitu, mereka suruh kita duduk pada tahap lama,itu yang membuatkan saya kecewa.
"Jadi saya percaya benda ini dipolitikkan. Sebab ini cadangan yang baik, cuba kita keluar dari politik,"katanya lagi.
Sumber: TVSNEWS | Tindakan Perobohan Secara Paksa Hanya Kerja BN, Kata Iskandar Posted: 22 Apr 2011 01:25 AM PDT SHAH ALAM 22 APRIL : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan tindakan merobohkan mana-mana kediaman secara paksa hanyalah amalan terkutuk kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN), tetapi di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor, tindakan seperti itu tidak direstui sama sekali. Iskandar berkata, kerajaan negeri tidak pernah merestui perobohan secara paksa sebarang kediaman warganegara Malaysia, kecuali setelah mencapai satu penyelesaian hasil rundingan yang diadakan. "Di bawah kerajaan BN Selangor yang lepas, mereka bukan sekadar tidak merestui tindakan seperti itu, malah mereka sendiri yang turut bersama-sama pemaju terlibat di dalam operasi perobohan kediaman," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini. "Itulah antara perbezaan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan kerajaan BN Selangor yang dulu yang perlu disedari dan difahami setiap pihak termasuk pihak pemaju," tegasnya. Malah katanya, ia lebih jauh dari itu dan semua pihak perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat tidak hanya sekadar berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada masyarakat di pelbagai peringkat, sebaliknya berusaha semaksima mungkin untuk melaksanakannya dengan sebaik mungkin demi kepentingan rakyatnya. Tegas Iskandar, sikap dan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat jelas berbeza dengan pemimpin BN yang hanya pandai berjanji, tetapi gagal untuk menunaikannya. Jelas Iskandar, pendirian kerajaan negeri itu perlu difahami dan dan dihormati oleh kesemua pemaju, walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan sesebuah keluarga dari tanah masing-masing. Sehubungan itu, setiap penguatkuasa di semua Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) dan majlis daerah dilarang sama sekali terlibat di dalam sebarang perobohan seperti itu. Tambah Iskandar, sejajar dengan itu pemaju Peter's Brickworks Sdn Bhd digesa agar meneruskan rundingan dengan penduduk walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah berhubung perkara itu. Katanya, walaupun pemaju Peter's Brickworks Sdn Bhd telah mendapat perintah mahkamah untuk mengeluarkan 3 keluarga yang berada di atas tanah mereka, HSD 243799 PT 1777 di PJS1, Petaling Jaya, tetapi pendirian kerajaan Pakatan Rakyat Selangor itu tetap perlu dihormati oleh mereka. "Oleh itu, diharapkan agar pihak pemaju akan meneruskan rundingan walaupun mereka telah mendapat perintah mahkamah agar keluarga-keluarga itu perlu berpindah pada 25 April 2011," katanya.
Sumber: TVSNEWS | AMK : Tiada Kanun Keseksaan Boleh Mensabitkan Anwar Posted: 22 Apr 2011 01:20 AM PDT SHAH ALAM 21 APRIL: Di sebalik kesungguhan polis menyiasat ketulenan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, anehnya, tiada satu pun laporan polis dibuat mengenainya.
Dan sekali lagi, jika pun benar pelakunya adalah Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, tiada peruntukan mahupun kanun keseksaan untuk mendakwa Anwar melakukan sebarang kesalahan jenayah, kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Walhal katanya, ketiga-tiga individu yang jelas berdepan dengan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan itu masih bebas sehingga kini.
"Dalam kes ini, tidak ada satu laporan pun yang dibuat mana-mana pihak untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar dengan apa-apa kes jenayah. Hanya laporan yang dibuat di seluruh negara menjurus secara khusus kepada Seksyen 292.
"Dan tidak ada satu kesalahan pun dalam mana-mana kanun keseksaan yang boleh mensabitkan (Datuk Seri) Anwar sekiranya betul pelakon itu adalah beliau, di mana kita menafikan ianya sekeras-kerasnya," ujar beliau.
Shamsul yang dihubungi Tv Selangor tidak menolak kemungkinan adanya campur tangan politik selain desakan daripada pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga Peguam Negara didesak memulangkan semula kertas siasatan tersebut kepada polis hari ini.
Katanya, polis seolah-olah berada dalam keadaan keliru memandangkan tiada asas kukuh dalam siasatan terbaru untuk mensabitkan Anwar dengan individu dalam video 21 minit berkenaan.
Justeru beliau menyatakan kekesalan terhadap tindakan Tan Sri Ghani Patail yang sekali lagi dilihat menjadi pencacai Umno-BN dalam usaha memusnahkan karier politik Anwar sejak tahun 1998.
"Saya hairan mengapa peguam negara memulangkan kertas siasatan itu (kali ke 2) seolah-olah pihak polis menyiasat dengan tidak sempurna. Apa yang ingin diketahui adalah satu perkara yang menghairankan.
"Di situ timbul satu persepsi dan kita menjangkakan bahawa peguam negara tidak berminat untuk membuat pertuduhan terhadap ketiga-tiga (trio Datuk T) suspek jenayah," ujar beliau lagi.
Shamsul tetap menegaskan bahawa ketulenan rakaman tersebut masih dipertikai kerana ianya berwarna hitam putih.
Rentetan perkara itu ujar Shamsul, kerajaan terus menggunakan helah media arus perdana sebagai medium untuk meracuni pemikiran rakyat. "Sekarang ini mereka guna strategi baru pula iaitu dengan menggunakan kononnya pakai imej dan menyiarkan di muka hadapan akhbar (Berita Harian) lalu mengesahkan ianya imej Anwar
Trio 'Datuk T' iaitu bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay dan bekas bendahari Persatuan Peribumi Perkasa (Perkasa), Shuib Lazim mengaku mendalangi pendedahan rakaman video 21 minit kepada media terpilih di Carcosa Seri Negara pada 21 Februari lalu.
Mereka mendakwa Anwar adalah individu yang melakukan aksi seks dengan pelacur berbangsa Cina namun di lokasi yang masih menjadi tanda tanya selain melakukan intimidasi jenayah dengan mengugut supaya beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Umum.
Anwar walau bagaimanapun menyangkal dakwaan itu dan seterusnya membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan sekiranya bersalah akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 3 tahun dan denda.
Sumber: malaysiakini | K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'sia Posted: 22 Apr 2011 01:15 AM PDT Setiausaha publisiti DAP yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghentam projek 'E-mel 1Malaysia', dengan mendakwa bahawa kenyataan kerajaan mengenai projek itu, penuh dengan percanggahan.
Menyifatkannya sebagai satu 'kegagalan', Pua berkata temberang itu pecah apabila seorang wakil makmal bidang ekonomi utama negara K'jaan tersandung sendiri, dalam projek Emel 1M'siamendedahkan bahawa agensi-agensi kerajaan akan membayar syarikat swasta dan penyedia emel, Tricubes Berhad, kira-kira 50 sen bagi setiap emel.
Pendedahan itu dibuat hanya dua hari selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menulis di Twitternya bahawa Emel 1Malaysia adalah projek swasta dan tidak membabitkan wang kerajaan, serta dibuat secara sukarela.
"Ia menggelikan hati mengenai cara Najib and pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menyusun lapisan-lapisan untuk mengelirukan serta kenyataan-kenyataan yang bercanggah, dalam satu percubaan untuk menyembunyikan kegagalan Projek e-mel Malaysia'," katanya.
"Pertama, PEMANDU terpaksa bersusah payah menyunting huraian projek itu - daripada satu 'inisiatif kerajaan' kepada satu 'initiatif sektor swasta' - walaupun hakikatnya Tricubes telah mengumumkan di Bursa Malaysia bahawa ia telah mendapat projek emel dari Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
"Bagaimanapun, dalam satu temubual di radio dengan BFM (stesen radio perniagaan) semalam, pengarah kandungan komunikasi dan infrastruktur, perkhidmatan bisnes NKEA, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek mendedahkan bahawa agensi kerajaan akan membayar Tricubes Bhd untuk menggunakan pangkalan data emel 1Malaysia dari syarikat tersebut," kata Pua.
Fadhlullah Suhaimi dilaporkan berkata, beliau menjangka agensi-agensi berkenaan akan membayar Tricubes kira-kira 50 sen bagi setiap emel, yang didakwanya masih "murah daripada kos RM1 untuk percetakan, alat tulis, bayaran pos dan kos menghantar sepucuk surat."
Sumber: malaysiakini | Sepadan Anwar: PKR kecam Berita Harian Posted: 22 Apr 2011 01:10 AM PDT Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kesal dengan tindakan media milik Umno - Berita Harian yang didakwa sengaja mensensasikan isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan kes masih dalam siasatan polis.
Malah, katanya, amat dikesali apabila Berita Harian dijadikan perkakas Umno-BN untuk merekayasa "perbicaraan melalui media" yang cukup jelas bernada politik demi mengaibkan dan terus-menerus menganiaya ketua umum PKR itu.
"PKR sekali gus menolak serta membantah sekeras-kerasnya laporan muka hadapan akhbar itu bertarikh 21 April yang mendakwa sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan telah menganalisis serta mengesahkan bahawa pelaku dalam video tersebut adalah sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian saiz tubuh beliau dalam rekod polis," katanya dalam satu kenyataan.
Berita Harian dalam tajuk utamanya semalam juga melaporkan polis telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur manakala wanita yang terbabit dalam video seks itu dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.
Selain itu, akhbar tersebut juga melaporkan siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, yang sebelum ini didakwa kepunyaan Anwar yang diserahkan kepada polis bersama video berkenaan.
Dakwa Saifuddin, syarikat Korea Selatan itu juga telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh polis supaya pihaknya harus menuruti segala kehendak barisan kepimpinan Umno-BN.
"Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Anwar dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau," katanya.
Malah tambah Saifuddin, Anwar sendiri selama ini menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau dalam video berkenaan.
"Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau," katanya.
Sumber: malaysiakini | Kotak undi 'diusik' - PKR buat laporan polis Posted: 22 Apr 2011 01:05 AM PDT Calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Senadin Dr Micheal Teo dan agen pilihan rayanya semalam membuat laporan polis bahawa peti undi 'diusik' ketika pertarungan sengit pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu.
Dalam laporannya di balai polis Miri pada jam 5 petang, Teo mendakwa sebahagian besar daripada 44 kotak undi dari Senadin, di mana beliau tewas kepada calon BN dengan hanya 58 undi didapati tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Katanya, agennya Peter Abong, diminta bersama agen BN bagi memeriksa kotak-kotak undi oleh pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het pada 18 April, dua hari selapas tarikh pengundian.
"Kami tidak memohon tetapi dipanggil untuk memeriksa. Apa (Peter) didapati ialah kertas undi telah dipindahkan ke sebuah bekas yang lebih besar yang tidak disita.
"Lebih kurang 10 kota undi yang tidak mempunyai sebarang tandatangan, lapan cop mohornya telah diusik dan dua lagi cop mohornya di tempat yang salah," kata Teoh ketika dihubungi.
Mengikut Seksyen 25A (2) (a) Peraturan Pilihan Raya 1981 di bawah Akta Pilihan Raya 1958, semua kertas undi mesti dimasukkan kembali ke dalam kotak undi selepas pengiraan.
Seksyen 26E (d) akta yang sama pula memnyatakan semua kotak undi dan kandungannya mesti disimpan di tempat yang selamat bagi tempoh enam bulan selepas pilihan raya di mana kemudiannya, ia akan dimusnahkan kecuali diarahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Kami rakamkan 47 gambar kota undi dan kertas undi dan melampirkannya bersama laporan polis," kata Teo.
Sumber: malaysiakini | Peguam Pahang pula 'pantau' pusat nadir bumi Posted: 22 Apr 2011 01:05 AM PDT Majlis Peguam Pahang telah membentuk satu jawatankuasa kecil bagi menyediakan sebuah kajian berkecuali berhubung pembinaan sebuat pusat penapisan nadir bumi di Gebeng, berhampiran Kuantan yang mendapat tentangan orang ramai.
Jawatankuasa yang yang dianggotai 20 peguam itu dibentuk selepas Majlis Peguam Pahang meluluskan satu resolusi 'mencari kebenaran' berhubung pusat berkenaan pada mesyuarat agung luar biasanya, semalam.
Pengerusinya dan juga ketua jawatankuasa kecil itu, Hon Kai Ping berkata mereka berharap laporan kajian tersebut dapat disiapkan sebelum akhir Mei. Ia kemudiannya akan diserahkan kepada Majlis Peguam untuk perbahasan.
Antara lain, Hon berkata tindakan susulan laporan berkenaan termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak-pihak tertentu.
"Yang penting, kami mahu kebenaran. Kami mahu tahu daripada pakar dan akan menulis bagi mendapatkan maklumat daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom(AELB) dan (pemilik kilang penapisan nadir bumi) Lynas Corporation," katanya.
Menurut Hon beberapa laporan antarabangsa yang boleh didapati oleh orang ramai yang diperolehi oleh jawatankuasa kecil itu bercanggah dengan dakwaan Lynas terutama berhubung kandungan radioaktif thorium sekitar bijih di Mount Weld, tempat galian berkenaan dilombong.
Sumber: malaysiakini | |
Anwar Ibrahim Posted: 22 Apr 2011 07:28 PM PDT Takziah Kepada N.J Ryan Sekeluarga Posted: 22 Apr 2011 12:13 AM PDT Saya menerima khabar sedih pagi ini bahawa mantan pengetua saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar, N.J Ryan (Neil Jonathan Ryan)telah meninggal dunia di Australia. Beliau berkhidmat di Kolej Melayu dari tahun 1959-1965. N.J Ryan berjasa besar memperkenalkan antaranya pertandingan catur David Marshall dan tradisi pertandingan rugbi tahun antara Kolej Melayu dengan Vajiravudh yang sehingga kini masih diteruskan. Beliau juga terlibat memimpin pasukan debat Kolej Melayu. N.J Ryan juga sosok yang sangat mementingkan disiplin. Mendiang juga merupakan seorang sejarahwan. Antara tulisan beliau berjudul The Last Expatriate, mencatatkan pengalaman beliau sebagai pendidik. Tatkala difitnah dan dipenjarakan pada tahun 1998, beliau antara guru yang teguh menyatakan sokongan buat saya dan keluarga. Malah mendiang pernah mengunjungi keluarga dan menyampaikan rasa kesal terhadap apa yang menimpa saya. Izinkan saya merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan sesungguhnya jasa beliau sentiasa dikenang. ANWAR IBRAHIM | Menolak Sekeras-Kerasnya Laporan Berita Harian Mengenai Video Seks Posted: 22 Apr 2011 12:10 AM PDT Kenyataan Media 22 April 2011 Kami membantah dan menolak sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Berita Harian semalam bertarikh 21hb April 2011. Kami kesal kerana Berita Harian dengan sengaja mensensasikan isu video seks itu walaupun penyiasatan polis masih diteruskan. Kami turut kesal apabila Berita Harian diperalat pihak tertentu demi merekayasa “perbicaraan melalui media” (trial-by-media), yang cukup jelas bernada politik dalam percubaan terus-menerus untuk mengaib dan menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Harus diingat bahawa syarikat Korea Selatan tersebut telah dipilih dan diberi maklumat khusus oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM), yang mana ketua-ketua mereka masih menuruti kehendak barisan ahli politik yang mempunyai dendam kesumat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berusaha menamatkan perjuangan reformasi politik beliau. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafi sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video ini. Kami juga ingin menyatakan dengan tegas bahawa individu di dalam video itu bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru kredibiliti PDRM sekali lagi terjejas dan dipersoalkan selepas pendedahan oleh bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah KL, Datuk Mat Zain Ibrahim, dalam beberapa surat terbuka beliau: 1) mengenai empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara 9 Julai 1999 dan 20 Ogos 1999 mengenai salah guna kuasa dan menghalang proses undang-undang oleh sebilangan individu tersohor, termasuk Tun Dr Mahathir dan Dato Abdul Gani Patail. Mengapakah tiada tindakan lanjut dari pihak polis mengenai laporan-laporan polis ini? 2) mengenai persamaan yang cukup rapat antara “video seks” ini dengan “video seks” yang disebarkan beberapa hari sebelum PRU tahun 1999. Kami mengajak Rakyat Malaysia bersama-sama menolak “politik lucah”, dan marilah bersatu menggesa pemulihan semula institusi-institusi terpenting negara, terutamanya PDRM, SPRM, SPR, dan badan kehakiman. YB Saifuddin Nasution Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat ===== Media Statement 22 April 2011 We strongly protest and are outraged by the front page headline of Berita Harian yesterday, which revealed the police investigations on the sex video that continuously attempts to implicate Datuk Seri Anwar Ibrahim. In this latest development, a supposedly renowned South Korean broadcasting agency has purportedly matched the identity of the male in the sex video to that of Datuk Seri Anwar Ibrahim. We regret that the Berita Harian report has sensationalized this issue, even though police investigations are still on-going. We also regret that Berita Harian has allowed itself to be used in this trial-by-media, which smacks clearly of a political orchestration to continuously vilify and persecute Datuk Seri Anwar Ibrahim in the public domain. It should also be noted that the South Korean firm was engaged by and fed with information by the Polis DiRaja Malaysia (PDRM), whose leadership and their political masters have had a longstanding political agenda to smear the reputation of Datuk Seri Anwar Ibrahim and end his political struggle for reform. Datuk Seri Anwar Ibrahim has categorically denied his involvement in this sex video. We also categorically state that it is not Datuk Seri Anwar Ibrahim in said video. The credibility of the PDRM has once again been shattered and compromised following the revelations made by the former KL CID chief Datuk Mat Zain Ibrahim in a several open letters made public: 1) regarding the four police reports made by Datuk Seri Anwar Ibrahim between 9 July 1999 and 20 Ogos 1999 on the abuse of power and the obstruction of legal procedures by a retinue of major public figures including Tun Dr Mahathir and Dato Abdul Gani Patail. Why has there been no further action on these police reports? 2) regarding key similarities between the current alleged “sex video” and a “sex video” that was circulated prior to the 1999 General Election. We call upon the Rakyat to reject “gutter politics”, and to remain united in calling for the return of independence and integrity to our key public institutions in Malaysia, especially PDRM, MACC, EC, and the judiciary. YB Saifuddin Nasution Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat | Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak Posted: 21 Apr 2011 09:03 PM PDT 23 April 2011 (Sabtu) 1) 5.00 ptg – Hi-Tea di Pulau Pangkor Lokasi : Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty 3. YBhg Dato' Dr Yap Yit Thong 2) 8.00 – Perasmian Pejabat KeADILan Cabang Lumut 3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Ubah Sekarang/Selamatkan Malaysia Lokasi: Teluk Rubiah, Jalan Manjung, Lumut Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty 3. YB Kesavan 4. YB Ng Swee Lim 5. YB Khalid Idham Lim 4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Ubah Sekarang/Selamatkan Malaysia Lokasi: Markas PAS Titi Gantung, Bota Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Dr Muhammad Nur Manuty 3. YBhg Mustafa Kamil Ayub 4. YBhg Kapt (B) Haji Usaili Alias 5. Sdri Siti Aisyah Lamsah 6. YBhg Anuar Zakaria | Trio Umno Perlu Didakwa Posted: 21 Apr 2011 08:03 PM PDT Dari Harakah Oleh Subky Latiff MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu. Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara. Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa. Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang. Ada pun siapa sebenarnya menjadi pelakun dalam video itu adalah perkara lain yang boleh ditentukan kemudian. Tetapi yang ternyata salah ialah orang yang mengedarkan video lucah. Ketiga-tiganya belum boleh dikatakan salah kerana ia akan ditentukan oleh mahkamah. Didakwa atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara. Seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab menyerbu sebuah rumah yang disyaki dan dipastikannya berlaku maksiat. Dia menyerbut ikut tingkap bagi menangkap orang yang disyaki. Khalifah tidak meneruskan tangkapan kerana tuan rumah mendakwa khalifah melakukan tiga kesalahan untuk menangkapnya iaitu masuk ke dalam rumahnya ikut tingkap – tidak ikut pintu, mengintip ketenangan dalam rumahnya dan masuk rumahnya tanya izinnya dulu. Kesalahan tuan rumah yang cuba ditangkap adalah perkara kedua, tetapi kesilapan khalifah perlu diselesaikan dulu. Dalam kejadian video lucah itu pemilik, pengedar tayang dan penontonnya atas apa jua sebab perlu ditangani dulu. Jika semuanya disabitkan sebagai fitnah, maka punca fitnah itu perlu didahulukan. Selain dari wayang haram itu telah memfitnah ketua pembangkang dan keluarganya, ia boleh memalu dan memfitnah keluarga tiga kumpulan itu yang sudah pun mengaku berterang-terangan menayangkannya. Di antara tiga itu yang dikenali dan dihormati dalam masyarakat sekarang ialah keluarga seorang menteri kerana dia adalah bapa mertua kepada menteri itu. Menteri itu, isterinya iaitu anak dari salah seorang kumpulan tiga orang itu dan anak-anak menteri itu yang masih bersekolah telah tahu kegiatan orang tua itu. Menonton video itu saja sudah melanggar undang-undang. Menyimpan atau memilikinya juga melanggar kesalahan lagi dan menayangkan kepada orang lain adalah lebih salah lagi. Ia boleh memalukan menteri itu kerana bapa mertuanya terlibat. Ia boleh memalukan isteri menteri itu atas kegiatan si ayah. Anak-anak menteri itu yang sudah tahu erti malu mengetahui pula tentang datuk mereka menengok video yang tidak patut ditengok oleh orang awam baik beragama apa sekali pun. Jika kawan-kawannya di sekolah tahu yang dia adalah datuk mereka, maka apa pula komen mereka tentang si datuk itu dan bagaimana kalau mereka bertanya pula dari anak menteri itu tentang datuknya? Maka semuanya sekarang telah tahu tentang datuk anak-anak menteri itu. Semua tahu akan kesan saikologi yang dihadapi oleh anak-anak seorang anggota kabinet 30 tahun lalu atas kes yang dihadapi olehnya. Sejak kes itu ditahan, dibicarakan, dihukum dengan diringan dipenjara saja, menyebabkan anak-anaknya di sekolah tertekan untuk menghadapi rakan-rakannya. Rakan-rakannya bertanya tentang setiap perkembangan dalam kes itu hingga anak-anak itu tahu bagaimana hendak menghadapinya. Ia menjadi pengajaran kepada semua tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga menteri itu dulu. Dan kini keluarga seorang menteri lagi menghadapi kesan fitnah juga. Sama ada datuk trio itu didakwa atau tidak, keluarga masing-masing sudah pun berdepan dengan kesan dan tekanan jiwa. Ketiga-tiganya mesti berdepan dengan tindakan undang-undang supaya masing-masing mendapat pengajaran daripadanya dan supaya kesalahan undang-undang itu tidak dilakukan oleh orang lain pula. Dakwaan itu bukan dibuat sekadar memenuhi desakan orang tetapi dibuat kerana undang-undang memperuntukkannya begitu. Semua menunggu perkembangan selanjutnya setelah jurucakap polis menyatakan mereka sedang menunggu keputusan Peguam Negara. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan