Sabtu, 23 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 23 Apr 2011 03:08 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


ALAHAI SOI LEK ...

Posted: 22 Apr 2011 05:08 AM PDT

Petikan daripada TV News.net


..., cakap tak serupa bikin. Bila Presiden MCA menasihati SUPP.


Bekas Presiden MCA Ong Tee Keat menyifatkan Dr Chua Soi Lek sebagai "pembohong dan hipokrit yang menjijikan" bersabit keputusan MCA menerima jawatan dalam Kabinet meskipun parti itu kalah teruk pada PRU 2008.


Soi Lek  yang kini menerajui MCA mendakwa bahawa Tee Keat  dan bukan beliau, bertanggungjawab membenarkan MCA menerima pelantikan jawatan Kabinet dan kedudukan lain dalam kerajaan BN walaupun parti itu kalah teruk pada pilihanraya lalu, khususnya pada DAP.


Dalam satu kenyataan, Tee Keat berkata tuduhan Soi Lek itu mengandungi kesilapan fakta memandangkan beliau(Tee Keat ) hanya menjadi Presiden MCA pada 18 Oktober  2010.


Presiden parti ketika PRU lalu adalah Ong Ka Ting.


Tee Keat berkata setelah dipilih menjadi Timbalan Presiden MCA pada tahun lalu, Soi Lek  sendiri tidak pernah mengumumkan hasrat untuk menolak sebarang perlantikan menganggotai kerajaan.


"Majlis Presiden yang turut dianggotai oleh beliau, memberikan mandat kepada saya untuk menguruskan perkara itu dengan Perdana Menteri baru (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Tee Keat.


Tee Keat  berkata tindakan Soi Lek untuk  bingkas menuduhnya menunjukkan Presiden MCA itu masih mempunyai  "prejudis politik"  terhadap beliau.


Beliau turut menyifatkan Soi Lek sebagai hipokrit kerana menerima pelbagai jawatan dalam kerajaan sebaik sahaja diangkat menjadi Presiden MCA tahun lalu iaitu pada Mac.


Ini termasuk Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan  Majlis Ekonomi Kerajaan yang ditubuhkan oleh Najib.


Selain itu,  Soi Lek  tidak membantah, malah  "menguruskan' perlantikan anaknya Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam Kabinet Najib, kata Ong, 


Isnin lalu, Soi Lek menunding jari kepada Tee Keat apabila dibidas kerana mencadangkan SUPP menolak sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Sarawak ekoran kekalahan terbesar parti itu pada pilihanraya negeri yang lalu.



DAP yang menumbangkan SUPP berkata, Soi Lek terlebih dahulu harus mengambil langkah itu dengan menolak jawatan kabinet kerana parti itu sendiri kalah teruk pada PRU 2008.


Atas faktor sama, Soi Lek  juga patut menolak jawatan yang diberikan kepada MCA dalam  kerajaan negeri Perak," kata Tee Keat. Soi Lek adalah Pengerusi MCA Perak.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 23 Apr 2011 01:38 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Tahanan Reman Lari Guna Kereta Polis

Posted: 23 Apr 2011 12:45 AM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



PAPAR: Seorang tahanan reman kes pecah rumah licik melarikan diri menggunakan kereta polis selepas dia ditinggalkan di dalam kenderaan itu berseorangan ketika dibawa untuk siasatan di lokasi jenayah dilakukannya di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari, ketika suspek, Norzaleh Md Sipin, 33, dibawa anggota polis ke Kampung Sedul, Ranau, di sini untuk siasatan lanjut berhubung kegiatan yang pernah dilakukannya di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Rakman berkata, suspek ditahan di Labuan pada 15 April lalu kerana disyaki terbabit kes pecah rumah di daerah ini dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

"Untuk siasatan, polis membawanya ke lokasi kejadian bagi pengesahan mengenai beberapa bahan bukti yang dijualnya kepada seorang lelaki di kampung itu.

"Suspek dibawa ke kampung itu dengan kereta peronda polis. Bagaimanapun, dia tidak tahu nama kampung yang hendak dituju menyebabkan dua anggota polis membawanya menahan sebuah kereta yang melalui kawasan itu bagi bertanya nama kampung berkenaan.

"Ketika itulah suspek mengambil kesempatan melarikan diri dengan memandu kereta polis," katanya.

George berkata, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ranau dan IPD Telupid sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan usaha sedang giat sedang dijalankan bagi mengesan suspek.

"Kereta peronda polis itu berjaya ditemui di sekitar Telupid beberapa jam kemudian. Di dalamnya, polis menemui kemeja-T berwarna merah jenama Adidas dan kemungkinan besar suspek menukar pakaian sebelum melarikan diri," katanya.

Menurutnya, buat masa ini, suspek masih bebas dan usaha sedang dijalankan di semua daerah.

"Dia berasal dari Kota Belud dan beralamat terakhirnya di Kampung Suang Parai, Menggatal. Dia juga berbadan tegap, mempunyai ketinggian 1.67 meter serta mempunyai tatu berbentuk lipan di lengan kanan, tengkorak di lengan kiri dan bentuk Maori di kaki kanan," katanya.

Sehubungan itu, George meminta orang ramai yang mengenali atau ternampak lelaki berkenaan menghubungnya di talian 016-8819145, Bilik Gerakan IPD Papar 088-916064, Inspektor Che Rosli di talian 016-8437878 atau mana-mana balai polis berdekatan.

RM4juta Lebur Dek Rakan

Posted: 23 Apr 2011 12:16 AM PDT

Jamadilawal 1432H. [MOD] -



JITRA: Niat murni lebih 50 wanita yang kebanyakannya warga emas membantu seorang rakan mereka dengan memberikan pinjaman kerana suspek ingin menjalankan perniagaan dan pelaburan, terjerat apabila mereka tertipu membabitkan kerugian lebih RM4 juta.

Wanita berusia 50-an itu dikatakan sudah mengenali semua mangsa sejak antara 20 hingga 30 tahun lalu di Pusat Nyanyian dan Tarian di sini, namun masih tergamak menipu mereka sebelum menghilangkan diri akhir Mac lalu.

Difahamkan, suspek meminjam wang daripada mangsa kononnya untuk menjalankan perniagaan serta pelaburan dan berjanji akan memberi komisen antara lima hingga 10 peratus kepada mereka.

Kebanyakan mangsa yang berusia antara 40 hingga 80 tahun tidak menyangka suspek yang kelihatan baik dan pendiam itu mempunyai niat tidak baik.

Semua wanita itu mula menyedari perbuatan jahat suspek selepas dia tidak lagi mengunjungi pusat hiburan berkenaan iaitu tempat mereka sering berkumpul.

Suspek yang berasal dari Taman Ihsan di sini, sudah menjalankan kegiatan itu sejak lima bulan lalu dengan meyakinkan mangsa dia boleh mendapatkan keuntungan hasil pelaburan dan perniagaan yang dijalankannya.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Oong, 82, berkata dia kerugian hampir RM60,000 selepas tertarik dengan pelaburan yang dijanjikan wanita itu.

"Saya tak sangka dia berniat jahat. Sebelum ini kami percayakannya kerana kami anggap dia seperti adik beradik. Sudah 20 tahun saya kenal dia, kenapa dia sanggup buat saya macam ini.

"Sekarang saya jadi miskin sampai nak makan pun susah, habis semua duit simpanan saya selama beberapa tahun hilang sekelip mata," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, semalam.

Seorang tukang jahit dikenali sebagai Teoh, 56, berkata dia menyerahkan RM43,000 kerana percaya dengan suspek yang berjanji memberikan komisen 10 peratus.

"Dia ada datang rumah saya di Taman Indera pada Jun tahun lalu, kira-kira jam 8 pagi dan mempelawa saya menyertai skim pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

"Saya sudah lama kenal dia, sebab itu saya tidak curiga. Saya bagi dia duit sebanyak empat kali iaitu RM15,000, RM12,000, RM10,000 dan RM6,000.

"Sepanjang tempoh itu, saya cuma dapat komisen RM1,000 dan selepas itu tiada lagi sehingga dia menghilangkan diri," katanya.

Yeoh, 50, berkata dia kerugian hampir RM80,000 selepas terpedaya dengan pelaburan dan perniagaan yang ditawarkan wanita itu.

"Suspek kata dia banyak perniagaan dan pelaburan yang sudah berjaya seperti kilang kain terbesar di Sungai Petani. Jadi dia suruh kami melabur dengannya supaya keuntungan dapat dikongsi bersama-sama," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Sulit Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Loh Eng Chong berkata, dia menerima panggilan daripada beberapa mangsa berhubung kes penipuan wang mencecah RM4 juta, Isnin lalu.

Menurutnya, mangsa memberitahu mereka tidak mengetahui ditipu wanita terbabit kerana semuanya menyimpan rahsia ketika memberi pinjaman wang kepada suspek.

"Bagaimanapun, penipuan itu terbongkar selepas masing-masing mula mengesyaki sesuatu sejak wanita berkenaan tidak lagi datang ke pusat hiburan untuk berlatih nyanyian dan tarian sejak 27 Mac lalu.

"Semua mangsa memberitahu wanita berkenaan memperdayakan mereka dengan ganjaran dua kali ganda daripada jumlah pinjaman yang dibuat dan sebab itulah mereka yakin dengan wanita berkenaan yang turut memberi cek namun ia hanya cek tendang," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika ditemui mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Mustafa nafi laporan media, gesa mohon maaf

Posted: 23 Apr 2011 12:15 AM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan laporan beberapa media termasuk Utusan Malaysia hari ini, yang mendakwa beliau berkata PAS akan menilai semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan video seks selesai, lapor Harakahdaily.

Sambil kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab akhbar-akhbar milik Umno dan BN itu, beliau berkata, laporan berkenaan berniat jahat dan sengaja memanipulasikan kenyataannya.

Menurut Mustafa, dia sama sekali tidak pernah mengaitkan isu video seks dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, semalam.

"Saya ditanya berhubung saranan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mencadangkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) melakukan sumpah mubahalah.

"Jadi saya jawab, perkara itu tidak timbul kerana kerajaan sekarang ini menggunakan undang-undang sivil, polis siasat sahajalah.

"Kalau ubah kes ini ke Mahkamah Syariah, baru kita (PAS) tengok kembali apa pendirian kita dalam isu tersebut," katanya.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan laporan sidang media Mustafa semalam itu dengan tajuk 'PAS tunggu siasatan selesai'.

Laporan itu menyebut bahawa PAS akan membuat ketetapan baru mengenai masa depan parti itu dalam pakatan pembangkang, apabila siasatan mengenai rakaman video seks yang pelakonnya dikatakan mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim siap sepenuhnya.

Selain Utusan, beberapa media lain termasuk Berita Harian dan The Star turut melaporkan perkara yang sama.

Sehubungan itu, beliau mahu media-media yang terlibat agar memohon maaf serta memperbetulkan laporan mereka sebelum tindakan perundangan diambil

Tegur Bising Kereta dibakar

Posted: 22 Apr 2011 11:43 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

HANGUS...Ab Kadir menunjukkan bahagian hadapan keretanya yang dibakar.



HULU KLANG: Akibat menegur perbuatan sekumpulan remaja membuat bising dan mengganggu lalu lintas di Taman Permata, di sini, seorang ahli perniagaan menanggung kerugian kira-kira RM20,000 apabila bahagian depan kenderaan pacuan empat rodanya dibakar.

Teguran lelaki berusia 57 tahun itu menimbulkan kemarahan kumpulan remaja terbabit yang dipercayai Mat Rempit sebelum mereka bertindak agresif menyimbah petrol dan membakar kenderaan lelaki itu.

Mangsa, Ab Kadir Mahmood, berkata dia menegur kumpulan remaja itu dua minggu lalu sebelum menyedari keretanya dibakar sejurus selepas menerima panggilan daripada isterinya kira-kira jam 5 pagi, 15 April lalu.

"Ketika menerima panggilan itu, saya baru selesai bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya terkejut apabila kebakaran itu menyebabkan hadapan kereta saya hangus.

"Kejadian itu disedari jiran saya sebaik terdengar beberapa letupan kecil dan bau hangus. Mereka bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku," katanya.

Beliau berkata, jirannya itu terkejut apabila melihat keretanya dijilat api.

"Saya tidak bermusuh dengan sesiapa dan tindakan menegur kumpulan remaja terbabit tanpa meninggikan suara. Ketika itu, mereka berdiam diri dan mendengar semua teguran.

"Tidak sangka, dua minggu selepas menegur mereka, bahagian hadapan kereta saya dibakar. Kini saya tidak lagi melihat mereka melepak di kawasan itu dan dipercayai berpindah ke kawasan lain," katanya.

Abd Kadir membuat laporan pada hari sama di Balai Polis Taman Melawati, kira-kira jam 10 pagi. Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Tentera Thai, Kemboja terus berbalas tembakan

Posted: 22 Apr 2011 09:16 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Tentera Thai dan Cambodian dilaporkan terus berbalas tembakan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara berjiran selepas semalam enam askar dilaporkan terbunuh.

"Pertempuran terbaru ini bermula sejak 6 pagi tadi dengan kedua-dua pihak saling melepaskan tembakan rifal dan mortar," kata jurucakap tentera Thai di sempadan, Kolonel Prawit Hookaew.

"Kami kini sedang berunding untuk menghentikan ketegangan ini," katanya.
Pihak tentera Kemboja turut mengesahkan ketegangan terbaru ini yang meletus di tempat sama di kawasan kuil yang menjadi pertikaian sejak berabad lamanya. - AFP

Tripoli terus dibedil, pesawat NATO kuasai ruang udara

Posted: 22 Apr 2011 09:13 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Angkatan tentera NATO menjalankan serangan udara terbaru awal hari ini ke atas Tripoli dengan beberapa bedilan kedengaran serta pesawat pejuang menguasai ruang udara ibu negara Libya itu.

Wartawan AFP berkata, serangan itu dibalas tentera udara Libya dengan melepaskan tembakan anti-pesawat serta mengerahkan ambulans menjalankan misi menyelamat.

Stesen televisyen Al-Libya berkata, Tripoli kini menjadi sasaran pasukan tentera Bersekutu yang mahu menjadikan Libya negara jajahan mereka.

Beberapa letupan kuat kedengaran di Tripoli, lewat semalam selepas pesawat NATO melintasi ruang udara di kawasan kubu kuat Presiden Muammar Gaddafi.

Tiga letupan kedengaran di barat Tripoli disusuli beberapa minit kemudian lebih banyak leupan, kata wartawan AFP yang sukar mengenal pasti kawasan yang menjadi sasaran NATO. - AFP

Lohan dihukum penjara 120 hari

Posted: 22 Apr 2011 08:57 PM PDT

AKTRES popular Hollywood, Lindsay Lohan, 24, tiba di Mahkamah Los Angeles, hari ini sebelum dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan khidmat sosial selepas didapati bersalah mengingkari hukuman memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu. Lohan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri rantai bernilai AS$2,500 di kawasan kediamannya di Venice Beach. - Foto Reuters

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


LOS ANGELES: Aktres Hollywood, Lindsay Lohan hari ini dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan kerja sosial selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Los Angeles kerana mengingkari perintah berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu.

Hakim Stephanie Sautner berkata, aktres berusia 24 tahun itu didapati mengingkari perintah sebelum ini dengan mencuri rantai bernilai AS$2,500 dari sebuah kedai barang kemas di kawasan kediamannya di Venice Beach, Los Angeles.

Susulan itu, peguam Lohan mengumumkan pihaknya akan menfailkan rayuan terhadap hukuman terbaru itu dengan segera.

Lohan turut diperintahkan menjalani hukuman khidmat sosial selama 480 jam di sebuah pusat perkhidmatan komuniti wanita.

Beliau dijadual dibebaskan dengan jaminan sebanyak AS$75,000. - AFP

Ulasan Cina Islam :

Hairannya manusia kelompok inilah yang menjadi idola dan ikutan , dipuja dan digilai oleh peminatnya diseluruh dunia. Walaupun dicemari dengan berbagai skandal dan kes jenayah serta terlibat dengan penyalahgunaan dadah secara terlarang mereka mendapat tempat yang baim dalam laporan media tanpa ada halangan.

Kebenaran yang terserlah dengan pejuangan Islam yang murni mendapat halangan dan sering diganggu oleh pihak keselamatan.

Paling memalukan sesetengah pihak sekarang bukan mahu dan tidak mampu mempertahankan dasar yang diperjuangkannya dalam memerintah negara dengan menidakkan dasar yang ditawarkan oleh pihak lawan.

Kerjanya sekarang adalah memburukkan pimpinan parti lawan. Dalam Kes Anwar kita merasa hairan bagaimana serangan peribadi secara melampau dan ditahap yang menjijikkan serta tidak masuk akal demi untuk melemahkan sokongan melayu terhadap beliau dan PR.

49 terkorban dalam protes anti kerajaan di Syria

Posted: 22 Apr 2011 08:53 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

BEIRUT 23 April - Sekurang-kurangnya 49 orang terkorban dalam demonstrasi di seluruh Syria hari ini, ujar seorang aktivis, Ammar Qurabi.

Mangsa yang terkorban dalam demonstrasi yang dilakukan selepas sembahyang Jumaat ini merupakan jumlah kematian tertinggi dalam sehari sejak protes terhadap Presiden Bashar al-Assad dilakukan bulan lalu.

"Sekurang-kurangnya 49 terkorban. Ramai yang cedera dan hilang.

"Sekurang-kurangnya 20 orang hilang dan dipercayai ada yang terkorban," ujarnya. - Reuters

Gempa 5.7 skala Richter di Tonga, tiada tsunami

Posted: 22 Apr 2011 08:50 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

WELLINGTON 23 April - Satu gempa bumi berukuran 5.7 skala Richter berlaku satu kilometer di bawah dasar laut negara Pasifik, Tonga hari ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada sebarang laporan kerosakan atau kematian akibat daripada gempa bumi yang melanda 184 kilometer dari tenggara Nuku'Alofa pada pukul 5.14 pagi (1.14 pagi waktu Malaysia) setakat ini.

Tonga yang terletak hampir 2,000 kilometer dari timur laut New Zealand merupakan negara yang terletak dalam Lingkaran Berapi Pasifik yang sering mengalami pergerakan landasan lalu menyebabkan letusan gunung berapi. - AFP

Bayi selamat jatuh dari tingkat 4

Posted: 22 Apr 2011 07:09 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



ORLANDO: Seorang bayi terselamat daripada maut walaupun terjatuh dari balkoni di tingkat empat sebuah hotel di Orlando, Florida, semalam.

Jah-Nea Myles, 16 bulan, bernasib baik apabila dia sempat disambut seorang pelancong Britain, Helen Beard, yang kebetulan lalu di kawasan hotel itu.

Sebelum disambut pelancong terbabit, Jah-Nea terhantuk kepada palang besi hotel di tingkat tiga.

Helen dilaporkan bergegas menyambut Jah-Nea sebaik terlihat bayi terbabit jatuh.

Ibu Jah-Nea, Helena, berkata dia sangat bersyukur kerana nyawa anaknya masih panjang dan menganggap Helen sebagai 'bidadari dari syurga' yang muncul menyelamatkan anaknya.

Ketika kejadian, bayi itu dijaga rakan Helena, Dominique Holt, di bilik bersebelahan dan pintu ke balkoni bilik itu terbuka tanpa disedari.

Katanya, Jah-Nea mungkin merangkak keluar ketika dia berada dalam bilik mandi.

Pada masa sama, Helen, 44, berehat di tepi kolam renang hotel apabila dia kebetulan mendongak dan ternampak seorang bayi bergantung pada palang besi di tingkat empat.

Walaupun jatuh dari tempat tinggi, Jah-Nea dilaporkan sihat dan kekal riang seperti biasa.

Kata Helena, keadaan anaknya sangat baik.

"Tak ada pun sebarang calar pada badan anak saya," katanya.

DM

Kemudahan telefon sebelum cuba bunuh diri

Posted: 22 Apr 2011 04:34 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

SEOUL: Bandar raya Seoul akan memasang telefon di sepanjang jambatan menyeberangi Sungai Han supaya sesiapa yang cuba membunuh diri mendengar nasihat di talian sebelum melakukannya.

Akhbar Korean Times melaporkan lapan telefon tetap akan dipasang di jambatan Mapo dan Hannam menjelang Jun, dua jambatan yang direkodkan lokasi pertama dan ketiga paling popular untuk membunuh diri dengan terjun ke sungai itu.

"Telefon ini akan membantu orang yang mahu membunuh diri mengurangkan tekanan menerusi perbualan dengan orang lain," kata pegawai bandar itu. – Agens

Perjuangan Islam, Bangsa Melayu akan dihormati.

Posted: 22 Apr 2011 04:27 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan, PAS adalah parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.

Menurut beliau, PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.

Beliau menyatakan, PAS jelas begitu konsisten berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain.

PAS prihatin dengan nasib umat Melayu yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar di Malaysia, jelas beliau.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga turut menyatakan, PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati.

PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini, tegas beliau


Kehidupan manusia papa kedana di filipina..

Posted: 22 Apr 2011 04:22 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

A pair of homeless Filipinos desperate way through contaminated water, filled with waste, debris and stones, and trying to find at least something of their belongings, several hours after the disastrous fire that destroyed hundreds of homes.

In these photos show the terrible consequences of the devastating fire that broke out in residential areas of the Philippines, which resulted in more than 3,000 people left homeless.

(11 photos)



In the village of Maysilo, near Manila, the flames broke out early Thursday morning and destroyed hundreds of homes in the village.
Firefighters say the devastating fire began in a few, just facing each other houses, and most likely arose from the explosion of a cylinder with liquefied gas.

1. In desperation, the people making their way through contaminated waste water, hoping to find their property.

2.

3. Joint effort: the children joined their families in an attempt to find the ruins of things that can still be used.
Homeless residents of the Philippines are looking at the charred ruins and unclean water usable things. Men, women and children rake the ruins of houses in an attempt to find something valuable and necessary. Service deal with emergencies fought with fire. The fire spread very quickly, unnecessarily houses stood close to each other and were constructed with flammable materials.

4. Resident of the city in search of valuables parses the ruins left by fire.

5. Review: Maysilo village was also destroyed by fire in 1995.

6. Despite the fact that the flame is instantly seized nearly 800 homes, the victims of this fire there.
In the Philippines, a devastating fire does not happen so redko.Tak in recent years, several villages, such Maysilo, were completely burned.
A strong fire broke out on Thursday at 2 .24 nights and tushilsya firefighters and other volunteers at 30 fire engines from neighboring towns. Firemen extinguished the fire completely by 7.15 am, but by that time almost all the houses were burned Malabona. Investigators claim that no one resident was killed, and all who have lost their housing was provided first aid. They will be temporarily housed in lying near the school.

7. Frequency: as a result of a fire in Manila regularly emptied villages, leaving people without a roof over your head.

8. The boy transferred to another piece of furniture.

9. Two Filipino men making their way through the charred wreckage of TVs and furniture.

The head of the city Tito yelled orders to all the victims assistance. The head of the fire service of Malabona, Chief Inspector Rodrigo Reyes said that the firemen did not raise any problems with the fire-fighting, the only difficulty was that they could not get close enough to the fire.

10. Residents make their way through the debris of furniture, swimming in dirty water.

11. Another Filipino boy in a pile of rubble, looking helplessly at the consequences of the fire near his home.
Chief Inspector of Fire Service said fire fighters immediately quelled the fire, the fire did not spread further. This was not the first fire, which destroyed the whole village. A similar fire occurred in 1995 when a fire razed the house to the ground level. The inspector said that the cause of the fire yet established, he also warned citizens to be more vigilant.

6 Produk Kosmetik Berjenama Beracun

Posted: 22 Apr 2011 04:13 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada membeli dan mengguna enam produk kosmetik jenama terkenal berikutan pengesanan Racun Berjadual seperti dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin yang boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pengguna. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Eisah A.Rahman berkata enam produk tersebut ialah BML HB Lotion, Krim Malam Shana, Natasya Gold Krim Herba, Biotox Whitening Hydro Cream, Yoko Whitening Cream dan Sue Beauty Night Treatment Cream.

"Penggunaan dexamethasone, hydroquinone dan tretinoin dalam produk kosmetik adalah tidak dibenarkan dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau berkata tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari manakala hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini dan kulit menjadi hipersensitif di samping menghalang proses pigmentasi (depigmentasi).

"Proses depigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. "Depigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," katanya.

Eisah berkata dexamethasone pula adalah sejenis steroid, apabila digunakan secara topikal boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan antaranya iritasi kulit, kulit kering, jerawat, kulit menjadi nipis dan meningkatkan risiko jangkitan kuman.

Sehubungan itu, katanya sesiapa yang mempunyai stok produk terbabit dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk berkenaan dengan serta-merta./Bernama

Sabar menolak kemungkaran satu cabaran

Posted: 22 Apr 2011 04:08 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh : Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Cabaran besar kepada umat Islam pada hari ini ialah menolak kemungkaran yang berada di hadapan mata. Semua itu memerlukan kesabaran yang jitu. Mungkin ramai yang boleh sabar dalam menempuh musibah yang melanda, tetapi mereka tidak boleh sabar untuk menahan rasa marah kepada orang yang menyebabkan musibah itu.

Hanya orang yang benar-benar beriman kepada Allah sahaja yang mampu sabar dalam semua keadaan kerana mereka mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas dirinya adalah kehendak Allah. Sesuatu yang sudah ditakdirkan tidak dapat dielak lagi. Demikian orang yang taat, tidak akan berasa susah untuk mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Tegasnya, orang yang mampu sabar itu adalah orang yang beriman. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang sabar dalam musibah, penderitaan dan dalam peperangan mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah :177)

Persoalannya bagaimana cabaran ini harus dihadapi oleh umat Islam yang rata-ratanya belum begitu benar-benar beriman. Bagi menyelesaikan semua itu perhatikan pecahan sabar yang harus dimiliki oleh umat Islam.

1- Sabar (menahan) daripada kehendak syahwat perut dan kemaluan. Sabar ini disebut iffah.
2- Sabar dalam menghadapi musibah, lazimnya disebut sabar.
3- Sabar dalam keadaan kehidupannya yang serba cukup dan mampu. Sabar ini disebut mengawal nafsu.
4- Sabar dalam peperangan dan pertempuran. Sabar ini disebut syaja'ah (berani).
5- Sabar dalam mengekang kemarahan. Sabar ini disebut lemah lembut (al-hilmu).
6- Sabar menyimpan rahsia. Sabar itu disebut katum.
7- Sabar memiliki kelebihan dan kemewahan. Sabar ini disebut zuhud.

Antara tujuh sabar itu, dimanakah tahap anda? Kalau anda seorang lelaki yang diundang oleh seorang wanita ke rumahnya, mampukah anda menolaknya? Apabila anda berduaan tentu terdedah kepada keinginan seks, mampukah anda dan wanita itu mengekang nafsu masing-masing sedangkan peluang ke arah itu sudah terbuka luas? Inilah cabaran yang harus mereka lalui sebagai seorang muslim.

Percayalah jika anda dapat mengawal nafsu syahwat anda dan terus bertindak keluar dari rumah wanita tersebut, maka andalah lelaki yang sebenar-benar bersabar. Inilah lelaki yang dipelihara imannya dan inilah lelaki dijamin syurga. Begitu juga wanita tersebut jika dia mampu bertindak melindungi tubuhnya daripada disentuh lelaki, itulah wanita penyabar yang sudah pasti dijamin syurga.

Lelaki dan wanita dalam keadaan itu bukanlah calang-calang manusia kerana mereka boleh bersabar walaupun hati dan nafsu terlalu meruntun. Dengan kesabaran mereka itu maka layaklah mereka memasuki syurga Allah tanpa hisab.

Anda boleh menilai tahap sabar anda pada pecahan sabar di atas jika anda mahu. Tetapi ketahuilah tahap sabar ini sangat berkait dengan sejauh mana tinggi tahap iman anda. Imanlah yang menyebabkan anda boleh bersabar untuk menolak kemungkaran. Jadi, setiap orang Islam perlu memilki iman dan sabar pada tahap ini demi menghadapi cabaran masa kini.

Video seks sudah terbang ke Taiwan, namun masih gagal mengesahkan pelakunya.

Posted: 22 Apr 2011 04:04 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

VIDEO Seks yang kununnya melibatkan DS Anwar sudah sampai ke Taiwan? Diberitakan video seks itu hanya ada satu salinan asal dan kini berada di tangan pihak Polis yang menyiasat, masa bila sudah berada di Taiwan? Sebelum ini, video tersebut juga dimuatkan ke dalam Youtube, siapa yang memuatkannya sehingga Eskay pun naik pening?

Hari ini, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, " Berita Harian pada tajuk utamanya hari ini memetik sumber sebagai berkata sebuah agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMenurut akhbar milik Umno itu, polis juga telah mengenalpasti lokasi video seks tersebut dirakamkan - iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur - dan wanita terbabit adalah dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara (Malaysiakini).

Jika benar itu laporan dari pakar di Taiwan, ertinya sama juga dengan pendapat mereka yang telah menonton video berkenaan iaitu memang ada iras watak lelaki berperut buncit tersebut dengan Anwar. Maka, tiada beza dengan pendapat pakar dari Taiwan tersebut. Sepadan dan juga seiras, tetapi tidak disahkan siapa sebenarnya.

Persoalan lain, dikatakan bahawa Polis mengesahkan aksi tersebut berlaku di sebuah kondomunium di dalam negara, tetapi sebelum ini kita diberitahu aksi tersebut berlaku di sebuah hotel. Masalah jam pula memeningkan. Heboh diperkatakan jam itu kununnya hadiah dari kerabat Arab Saudi, tetapi Polis menyebut jam berkenaan dibeli di Taiwan tahun 2004. Mungkin sebab itu pihak Polis tidak menumpukan soal jam Omega yang kununnya kepunyaan Anwar.

Apa pun yang kita bincangkan dengan isu karut ini, yang pasti pelaku yang mengaku menayangkan video lucah tersebut masih duduk goyang kaki melihat betapa undang-undang di negara ini menjadi haru-biru dan rakyat terus dibuai dengan cerita jijik sedemikian./wfauzdin.blogspot

Mengapa PERKASA terlalu busuk hatinya ?

Posted: 22 Apr 2011 03:59 PM PDT

19 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DAP memenangi banyak kerusi di dalam PRN Sarawak baru-baru ini, sekaligus meningkatkan imej dan prestasi PR di Sarawak dan sekaligus memalukan Bn di Sarawak, ini semua membuatkan beberapa pihak yang pro Bn terutamanya Umno mulai rasa bimbang dan `sakit hati'.

PERKASA yang kununnya mengaku sebuah pertubuhan yang bersifat `non - partisme', namun akhirnya menunjukkan belang bahawa pertubuhan yang diterajui oleh Ibrahim Ali MP Bebas dari Pasir Mas itu sebenarnya penyokong tegar Umno/Bn. PERKASA dikenali ramai sebagai pertubuhan yang taksub kepada Melayu secara membabi buta sehinggakan seolah-seolah menganggap bumi Malaysia ini hanya milik orang-orang Melayu sahaja.

Membaca kenyataan PERKASA Cawangan Sarawak di dalam mengulas kemenangan besar DAP di Sarawak, Ketuanya Abang Abdul Nasser Abang Hadari berkata, " Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kaum pribumi Sarawak menidakkan semua tuntutan kaum Cina." (Malaysiakini). Inilah kenyataan busuk hati dan pendendam oleh PERKASA sedangkan selama ini apa yang PERKASA perjuangkan di Sarawak sehingga ramai kaum Melayu dan Bumiputera di Sarawak hidup susah dan ketinggalan dalam banyak segi?

Berbeza dengan kaum Cina, mereka mempunyai pandangan jauh di dalam politik dan tidak hanya memikirkan soal perut dan sogokan yang sementara semata-mata. Anggapan PERKASA termasuk Tun Mahathir bahawa DAP membawa perkauman di Sarawak adalah hujah yang tidak mempunyai fakta yang tepat. Adakah PERKASA dan Tun Mahathir tidak melihat perjuangan DAP di Semenanjung di mana parti ini sanggup bekerjasama dengan PAS dan PKR bagi mewujudkan sebuah negara yang adil dan bersih dari amalan rasuah? Contoh terbaik kepimpinan DAP boleh dilihat di P.Pinang sekarang ini yang mana tiada satu kaum pun yang terpinggir.

Di Sarawak, semangat ini dibawa oleh DAP dan sudah tentu rakyat mempercayai DAP dari SUPP setelah melihat ketelusan dan keadilan pimpinan DAP di P.Pinang. Jika benar DAP membawa isu perkauman, mengapa sepanjang kempen DAP di Sarawak tiada satu pun laporan dibuat oleh mana-mana pihak mendakwa DAP bermain dengan sentimen perkauman? Mengapa setelah DAP berjaya dengan cemerlang, isu ini timbul?

Media pencacai seperti Utusan Meloya pun menyambut dakwaan bodoh dari PERKASA dan Tun Mahathir ini. Mungkin Tun Mahathir merasa malu setelah di`import' berkempen di Sarawak, namun Bn terus hilang 8 kerusi termasuk kerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Suatu pukulan hebat dari DAP buat Tun Mahathir dan juak-juaknya. Mahathir terasa suatu ketika kaum Cina amat menyanjunginya, tetapi kini cakap Tun Mahathir bukan sahaja ditolak oleh kaum Cina bahkan kaum Melayu sendiri pun lebih suka melihat Tun berehat sahaja di rumah.

Saya yakin, isu perkauman yang ditimbulkan oleh Tun Mahathir dan digerakkan oleh PERKASA serta Utusan Meloya ini akan berterusan sehingga PRU Ke 13 nanti. Bn kini amat tertekan kerana Sarawak kini dilihat bukan lagi talian hayat buat Bn bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya./wfauzdin.blogspot.com

Seorang Maut, 40 Hilang Akibat Tanah Runtuh Di Filpina

Posted: 22 Apr 2011 03:00 AM PDT

18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MANILA 22 APRIL : Seorang pelombong maut dan kira-kira 40 dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat yang meranapkan rumah dan jalan masuk berdekatan jalan masuk ke lombong emas awal pagi ini di selatan Filipina, kata pegawai.

Anggota tentera, polis dan pelombong berjaya menyelamatkan lima lelaki dan seorang wanita yang terperangkap dalam kejadian berkenaan serta sebuah terowong di perkampungan pedalaman, bandar Pantukan, wilayah Lembah Compostela.

Datuk Bandar Pantukan, Celso Sarenas berkata, helikopter tentera udara dan jentolak dihantar ke kawasan berkenaan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.

Mereka yang hilang kebanyakannya pelombong emas haram dan keluarga dan yang sudah diberi amaran supaya menjauhkan diri daripada kawasan tanah runtuh.

Pihak berkuasa sudah menutup terowong bagi mengelak kegiatan melombong emas secara haram. - AP

Antara fasiq dengan kufur mana pilihan anda?

Posted: 22 Apr 2011 02:00 AM PDT

18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Ustaz Ahmad Baei Jaafar

Dalam Islam perbuatan mencaci maki, mencerca dan menghina orang Islam yang lain adalah perbuatan keji yang pada sisi Allah dikira fasiq. Walaupun Islam melarang perbuatan itu namun perbuatan itu amat sukar dihapuskan. Persoalaannya mengapa susah sangat umat Islam meninggalkan tabiat buruk itu?Bagi menjawab persoalan ini elok kita halusi sabda Rasulullah s.a.w.

سباب المسلم فسوق وقتاله كفر - متفق عليه

Maksudnya: "Menghina, mencerca, mencaci maki seseorang Islam adalah fasiq, dan membunuh orang Islam adalah kufur." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini ada dua golongan manusia yang amat buruk di sisi Allah. Golongan itu ialah fasiq dan kufur yang kedua-duanya terdiri daripada orang Islam sendiri.

Fasiq ialah orang yang mengekalkan dosa kecil. Namun dosa kecil yang besar di sisi Allah ialah menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam. Kalau umat Islam sering terlibat dalam perbuatan itu, mereka dicap sebagai fasiq. Dan orang fasiq dalam bahasa Melayu bermaksud orang jahat.

Orang yang fasiq, cakapnya tidak boleh dipercayai maka sebab itu Allah mengingatkan umat Islam, "jika datang orang fasiq membawa berita, hendaklah kamu selidik terlebih dahulu." Jadi, kalau pemimpin yang naik dengan cara itu, sudah tentu dia termasuk dalam kategori fasiq.

Kufur pula ialah orang yang melakukan dosa besar. Kufur dalam bahasa yang mudah difahami ialah golongan yang suka menyalahi dan mempertikaikan larangan Allah. Maka berdasarkan hadis di atas, orang yang terlibat dalam membunuh orang Islam adalah dosa besar. Oleh sebab itu mereka dicap sebagai kufur.

Walau bagaimanapun dalam senarai dosa besar, terdapat dosa besar yang kecil di sisi Allah namun besar di sini manusia. Dosa tersebut ialah membuat fitnah dan menyebar fitnah. Hal ini kerana fitnah di sini Allah adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan. Demikian seperti yang difirmankan Allah dalam al-Quran.

Kecilkah fasiq?

Fasiq walaupun melibatkan mereka yang melakukan dosa kecil, tetapi tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Hal ini kerana orang yang fasiq dalam Islam tidak sah menjadi wali pernikahan anak perempuannya. Dan seseorang yang fasiq juga tidak sah menjadi saksi dalam apa-apa majlis yang memerlukan saksi.

Begitulah buruknya nilaian orang fasiq. Tetapi mungkin kerana umat Islam tidak sedar akan nilaian itu, maka mereka terus melakukan fasiq. Mungkin mereka beranggapan bahawa fasiq boleh terhapus dengan isytighfar. Dan dosa kecil boleh terhapus dengan wuduk, maka bolehlah dosa itu dilanggar. Inilah salah faham yang menyebabkan umat Islam terus memilih fasiq tanpa ada rasa berdosa.

Sebenarnya jika merujuk kepada kepada hadis di atas, Rasulullah mengingatkan umat Islam tentang dosa menghina, mencerca, caci maki dan mengumpat orang Islam.

Sebaliknya dalam dalam, keburukan seseorang Islam wajib ditutup oleh orang lain. Ingatlah walaupun mendedahkan keburukan yang kita lihat pada seseorang dikira dosa kecil tetapi dosa itu berada pada tingkat tertinggi.

Maknanya orang yang terlibat dalam dosa ini berada pada kedudukan fasiq yang tertinggi.

Jelas, fasiq bukan perkara kecil yang boleh dikecil-kecilkan oleh umat Islam. Jadi, dalam keadaan apa pun, umat Islam mesti mengawal diri daripada terlibat dalam fasiq lagi. Apalah faedahnya kita dinilai hebat di sisi manusia tetapi dinilai fasiq di sisi Allah?

Cuma bersoalan sekarang, berapa ramai umat Islam yang menyedari peringatan Rasulullah itu? Mengapa mereka masih mahu dicap sebagai fasiq? Mahukah mereka dihalang daripada menjadi wali atau saksi untuk sesuatu pernikahan? Atau adakah mereka sanggup dipanggil orang jahat.

Sebenarnya, orang yang melakukan dosa di atas pada sisi Allah seperti seseorang yang memakan bangkai saudaranya sendiri. Firman Allah:

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah daripada banyak bersangka-sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-Nya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12)

Bayangkan ketika anda hendak mencerca seseorang, dan setiap kali anda hendak menuturkan kata-kata itu, rasakan seolah-olah anda sedang menyuapkan daging saudara yang yang baru mati ke mulut anda. Sanggupkah anda meneruskan cercaan itu?

Oleh sebab itu hentikan cercaan itu. Sedarlah, mereka yang terlibat, masih diberi peluang untuk bertaubat. Semoga dengan ini diri mereka boleh dibersihkan daripada dosa fasiq.
Selain itu, mereka yang mencintai dunia lalu tunduk kepada kehendak dunia lebih daripada kehendak Allah dan Rasul juga tergolongan sebagai orang fasiq juga. Firman Allah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -

(jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (Surah al-Taubat: 24)

Anwar masuk ke ICU Azizah

Posted: 22 Apr 2011 01:43 AM PDT

18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali.

"Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau.

Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.

Harakahdaily

Kaedah Merawat Demam Menurut Islam

Posted: 22 Apr 2011 01:30 AM PDT

18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Setiap ujian dan musibah yang Allah s.w.t. timpa kepada hamba-Nya yang sabar dan reda, akan diberi pahala yang besar. Sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Darimi daripada Abdullah bin Amr, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak seorang pun daripada kaum Muslimin yang terkena musibah pada jasadnya, kecuali Allah memerintahkan malaikat penjaga yang menjaganya seraya berfirman, "Tulislah untuk hamba-Ku ini, setiap hari dan malam kebaikan seperti kebaikan yang biasanya dia lakukan ketika dia tidak terkekang dengan belenggu-Ku."

Abu Hurairah r.a berkata: "Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam."

Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami'nya menerusi hadis Rafi' bin Khudaij secara marfu' meriwayatkan: "Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan hendaklah ia mengucapkan:



Maksudnya: "Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu."

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Daripada Rafi' bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air." (Riwayat Muslim no. 5889)

Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air." (Riwayat Muslim no. 5882)

Membaca Ruqyah

Rasulullah s.a.w. juga menyarankan agar membaca doa-doa yang disyariatkan untuk mengubati demam juga penyakit-penyakit yang lain. Dalam sebuah hadis riwayat Imam al-Tirmizi, daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar mereka doa sebagai ruqyah (jampi) apabila ditimpa demam panas iaitu:



Maksudnya: "Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kekejangan urat dan keperitan kepanasan api."

Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: "Rasulullah s.a.w. menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, "Jangan mengeluh, kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu daripadamu.' Aisyah berkata: 'Ajarilah aku.' Baginda bersabda:



Maksudnya: "Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran."

"Ya Ummu Mildam (demam), jika kamu beriman kepada Allah Yang Maha Agung, maka janganlah kamu memeningkan kepala, membuatkan mulut berbau, jangan menyedut darah tetapi sebaliknya palingkan diriku kepada orang yang menjadikan Allah sebagai tuhan." Lalu Aisyah mengucapkan kalimah itu hingga rasa sakitnya sembuh. Dalam satu riwayat ada tambahan, "Sesungguhnya saya bersaksi tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya."

Berpunca daripada Bahang Neraka?

Menurut Ibn Qayyim al-Jauziah, maksud ucapan Nabi s.a.w. "demam itu berpunca daripada bahang neraka jahanam" iaitu panas demam yang bergejolak sepertimana Rasulullah s.a.w. pernah mengucapkan dalam hadis yang lain, "Panas matahari yang terik berpunca daripada bahang jahanam."

Di sana ada dua pendapat yang menjelaskan kedua-dua hadis tersebut. Pendapat pertama menyatakan bahawa panas tersebut merupakan satu bayangan kepanasan neraka jahanam agar para hamba Allah menjadikannya sebagai iktibar atau pengajaran. Kemudian Allah sembuhkan sebagai bandingan kebahagiaan, keceriaan, kegembiraan serta nikmat hidup dalam syurga yang Allah s.w.t.

Manakala pendapat kedua pula menyatakan hadis tersebut merupakan perumpamaan. Allah s.w.t. mengumpamakan panas demam yang bergejolak seperti bahang jahanam. Allah s.w.t. juga mengumpamakan terik matahari dengan bahang neraka jahanam untuk mengingatkan manusia akan panasnya bahang seksa neraka. Panas yang menyengat itu diumpamakan sebagai bahang api neraka. Orang yang menghampirinya akan terasa bagaikan disentuh panas tersebut.

Maksud Air

Ucapan Nabi s.a.w. "sejukkanlah ia dengan air" juga terdapat dua pengertian. Pertama bermaksud segala jenis air. Demikianlah pengertian yang hampir kepada benar. Kedua, air zamzam. Mereka yang berpendapat air zamzam bersandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, daripada Abu Jamrah Nashr bin Imran al-Dhuba'i bahawa ia bercerita: "Aku pernah duduk dalam majlis Ibn Abbas di Kota Makkah, tiba-tiba aku diserang demam. Kemudian Ibn Abbas berkata, 'Sejukkan dengan air zamzam kerana Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud), 'Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka jahanam. Oleh sebab itu, sejukkanlah ia dengan air.' atau Baginda s.a.w. menyebut, 'Air zamzam.'"

Manakala orang yang berpendapat segala sejenis air juga terdapat perbezaan pendapat. Ada yang mengatakan air yang disedekahkan kepada orang lain. Ada juga yang berpendapat air itu hendaklah digunakan dalam rawatan. Dalam dua pendapat ini, pendapat yang utama adalah air itu hendaklah digunakan untuk disedekahkan kerana memberi seteguk air kepada orang yang dahaga adalah perbuatan yang amat terpuji.

Walau bagaimanapun yang lebih masyhurnya maksud sebenar hadis itu adalah air itu mestilah digunakan untuk rawatan. Abu Nu'aim, seorang ulama ada menulis Hilyat al-Auliya' dan disahkan ulama bahawa ada hadis yang berdarjat marfu' bermaksud: "Jika salah seorang di antara kamu demam, hendaklah ia menyiram tubuhnya dengan air sejuk selama tiga malam pada waktu fajar." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Hakim)

Di dalam kitab Sunan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a. secara marfu' menyebut: "Demam itu berasal dari peniup tungku jahanam, maka hapuskanlah ia dengan air sejuk." Menurut Imam al-Sindi dalam menghuraikan Sunan Ibn Majah berkata, "Hadis tersebut sahih dan para perawinya boleh dipercayai." Yang dimaksudkan dengan peniup tungku adalah peniup tungku tukang besi yang dibangsakan kepada neraka ini dalam bentuk kiasan sahaja.

Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air." Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi." (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)

Jangan Mencela Demam

Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: "Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): 'Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.'" (Riwayat Ibn Majah)

Menurut riwayat sebuah athar iaitu, "Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun."

Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.o

leh: Ustaz Wahid Abd Haniff ( wahid@telagabiru.net.my )

Warkah di ambang maut

Posted: 22 Apr 2011 12:45 AM PDT

18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Yetian yang dikasihi,

Terima kasih atas surat anda dan terima kasih juga kerana memberi saya peluang dan kekuatan untuk menceritakan kisah saya. Ini surat pertama. Saya ingin berkongsi dengan semua mengenai kehidupan di penjara.

Biar saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Yong Vui Kong. Pada awal 2011, saya meraikan hari jadi ke-23 di penjara. Saya tidak keseorang menyambut hari kelahiran saya. Ramai kawan-kawan di luar yang turut menyambutnya bersama saya.

Kenapa saya di penjarakan? Ini kerana saya membantu mengedar dadah di Singapura. Saya ditangkap ketika berumur 19 tahun. Beberapa tahun sudah berlalu. Saya kini cuma menunggu hukuman gantung dijalankan. Saya sepatutnya sudah lama mati,

tetapi ramai orang yang membantu sebab itu sehingga hari ini saya masih hidup. Jika tidak kerana bantuan mereka, saya sudah lama meninggalkan dunia ini.

Ibu saya tidak tahu saya telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Saya beritahunya saya akan pergi tempat yang jauh bagi mencari 'kebenaran' hidup. Dia percaya saya.

Biar saya ceritakan mengenai hidup dalam penjara.

Saya bangun sekitar jam 4 pagi setiap hari. Saya tidak mempunyai jam loceng dan saya tidak memerlukannya. Saya sudah biasa dengan kelaziman ini dan ia tidak pernah berubah sejak kebelakangan ini. Malah warden penjara juga sudah masak dengan tabiat ini. Mereka lihat saya bangkit awal setiap pagi menerusi CCTV di sel penjara saya.

Selepas membersihkan diri dan menggosok gigi, saya akan membaca ayat-ayat suci (Budha) sehingga jam 7 pagi. Selepas itu, saya akan bertafakur secara senyap sehingga jam 9 pagi. Ada yang berpendapat saya cuma ingin menghabiskan masa tetapi dalam hati saya percaya adalah lebih baik menggunakan masa itu melakukan sesuatu daripada membazirkannya.

Saya tak gentar kematian

Pada jam 9 pagi, saya bersarapan. Saya tidak makan makanan yang sama dengan tahanan yang lain. Warden-warden mengetahui perkara ini dan akan hanya menyajikan sayur-sayuran dan buah-buahan kepada saya.

Memakan sayur telah menjadi tabiat saya. Kelebihan makan hanya sayur adalah sesuatu yang perlu anda alami sendiri. Saya boleh bagi tahu ia perkara yang baik tetapi anda mungkin tidak percaya kepada saya. Saya galakkan semua orang untuk mencubanya.

Dulu, apabila saya tahu bahawa saya akan mati tidak lama lagi, saya tidak henti menangis kerana saya takut. Tetapi sami Budha yang melawat saya setiap minggu telah mengajar saya supaya tidak takut dengan kematian itu.

Awal tahun ini, seorang rakan yang dalam tahanan telah 'meninggalkan' kami. Sebelum pergi saya sempat bertafakur dan mendoakannya. Dia pergi dengan aman.

Sebelum giliran saya mati, saya akan gunakan masa dengan bijak bagi memberi nasihat kepada orang ramai dan memberitahu mereka supaya tidak memilih dadah.

Sejak beberapa tahun lalu, hubungan saya dengan abang saya Yun Leong, semakin rapat. Kami sebelum ini sering kali bertengkar mengenai pelbagai perkara.

Tetapi sekarang hubungan kami semakin bertambah baik. Jika bukan kerana bantuannya, anda mungkin tidak dapat membaca surat ini, sekarang. Saya terhutang budi kepadanya. Dia melawat saya setiap Isnin. Kami akan bersembang dan dia akan mendengar cerita saya mengenai ajaran Budha.

Berapa lagi hari Isnin yang dapat dilalui bersama?

Pada masa lalu, kedegilan dan sikap melawan saya menyebabkan abang-abang saya sedih. Sekarang, saya adalah manusia yang berbeza dan mereka rasa lebih gembira. Saya rasa ini adalah paling kurang yang mampu saya lakukan.

Tidak cukup masa untuk belajar segala-galanya!

Sebenarnya saya tidak ada masalah dalam penjara. Warden-warden juga menghormati saya. Apabila abang saya melawat, rantai dan gari akan ditanggalkan dan kami akan tunduk kepada satu sama lain.

Pada masa lapang saya mempelajari ayat-ayat suci (Budha). Saya bimbang masa tidak mencukupi bagi mempelajari segala-galanya. Saya rasa masa dalam sehari juga tidak cukup untuk saya belajar. Ramai yang mungkin beranggapan adalah menyiksakan untuk saya menghabiskan masa di penjara tetapi saya gembira kerana boleh menggunakan masa itu untuk belajar.

Saya suka bertafakur. Tetapi kerana undang-undang penjara yang ketat, saya tidak dibenar menggunakan manik-manik tafakur yang biasa. Ini kerana mereka khuatir saya akan menajamkan manik krystal berkenaan dan menggunakannya bagi membunuh diri sendiri. Sami saya menggunakan tepung bagi membuat manik-manik kecil dan memberikannya kepada saya.. Saya gunakannya ketika bertafakur.

Bunuh diri? Saya tidak pernah terfikir mengenainya. Hidup mesti dinikmati dan bukannya untuk disia-siakan.

Yetian, terima kasih. Saya berhenti di sini hari ini. Amitaba.

YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.

Dia akan digantung dalam tempoh tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.

Malaysiakini/-

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 23 Apr 2011 01:23 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


pelajar disingkir dari kolej kediaman angkara politik

Posted: 22 Apr 2011 10:10 PM PDT


Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 ahli Pro Mahasiswa (Pro M) disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) tanpa sebab yang munasabah walaupun masing-masing memenuhi merit minimum iaitu 60 mata untuk menghuni di kolej tersebut.

Antara ahli Pro M yang disingkirkan termasuk mereka yang mempunyai lebih 100 merit.

Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya disiarkan mendakwa pengetua di kolej tersebut merupakan dalang di sebalik tindakan tidak berperundangan tersebut.

pengetua sejak seminggu yang lalu secara tidak bertanggungjawab sanggup menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa terbabit dari menghuni di kolej tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut dipertikai kerana menawarkan kediaman dalam universiti kepada seorang pelajar pro Aspirasi walaupun siswi itu hanya mempunyai 52 merit. Dia juga menganggotai MPP sesi 2011/2012.

Pengetua kolej itu merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM yang boleh dihubungi melalui telefon pejabat 03-89467357.

Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan.

PAS TAMBUN

Posted: 23 Apr 2011 01:19 AM PDT

PAS TAMBUN


LAGI TINDAKAN PERANCIS ANTI ISLAM - Solat Berjamaah Di Perancis Akan Dilarang

Posted: 22 Apr 2011 04:02 PM PDT

Pemerintah Perancis mulakan semula fahaman anti-Islam setelah sebelumnya, undang-undang kontroversial melarang pemakaian jilbab, mendapat protes hebat dari umat Islam.


Dengan alasan kerana warga Muslim menunaikan solat di pinggir jalan, pemerintah Perancis berniat menghalang kebebasan warga Muslim menunaikan kewajiban agama mereka.


Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenali sebagai salah seorang think-tank politik anti-Islam di negara ini, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan solat jamaah di pinggir jalan.


IRNA melaporkan, akhbar Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, "Kami sedang mencari jalan untuk melarang penunaian solat berjamaah di pinggir jalan."


Menteri Dalam Negeri Perancis mengemukakan pernyataan itu ketika penunaian solat berjamaah di pinggir jalan, yang sangat jarang terjadi, dan biasanya hanya dilakukan di wilayah-wilayah yang memiliki kemudahan sangat terhad atau sekatan yang dilakukan pemerintah. Selain itu, warga Muslim Perancis juga menunaikan solat berjamaah itu tanpa mengganggu orang lain.


Menjawab pertanyaan mengenai sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis boleh dibangunkan masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih lanjut bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangunkan.


Di kota Nice misalnya, hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun masalah yang paling penting adalah bahwa kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan solat berjamaah.


Berkait dengan perlaksanaan larangan solat berjamaah di tepi jalan itu, Guéant menjelaskan, "Harus ada cara untuk menghentikan solat berjamaah di tepi jalan, dan saya secara peribadi menggalakan penggunaan "kekuasaan" dalam menjalankan ketentuan tersebut.


Guéant hingga kini telah berulangkali meletakkan umat Islam sebagai sasaran, termasuk penilaiannya terhadap peningkatan jumlah warga Perancis yang memeluk agama Islam. Keadaan ini menurut Guéant sangat diberi perhatian dan akan menjadi halangan serius bagi Perancis.


Sejumlah politik anti-Islam dalam pemerintahan Perancis yang beberapa waktu lalu melarang penggunaan burka, telah memasuki tahap baru yang lebih serius. Langkah itu mendapat riaksi negatif oleh pendapat umum Barat.


Laurent Booth, saudara perempuan isteri mantan perdana menteri Inggris, Tony Blair, dalam wawancaranya dengan IRNA, menepis dakwaan para pejabat Perancis bahwa kaum perempuan yang mengenakan burka merupakan ancaman pengganas dan keselamatan.


Dikatakannya, "Kaum perempuan berjilbab sebetulnya memang merupakan ancaman bagi negara-negara Barat. Namun ancamannya tidak dalam bentuk kekerasan seperti yang didakwa oleh para ahli politik Barat, melainkan kerana busana Muslimah pada hakikatnya telah menyoal kebebasan kaum perempuan di Eropah dan Amerika." -republika

Idris Ahmad

Posted: 22 Apr 2011 11:51 PM PDT

Idris Ahmad


Buru Guru Sokong Pembangkang, Kebajikan Guru Terabai.

Posted: 22 Apr 2011 04:09 PM PDT

Parti Islam SeMalaysia Pas kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran dibawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh “politik babarian” yang diulang semula di Kementerian Pelajaran. Pertukaran kerana surat  cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihanraya kecil Tenang. Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun.

Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad kena turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas. Pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)  mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru di  yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat. Begitu juga lambakan guru Sains dan Metematik seramai 26,000 satu lagi ukuran gagal Tan Sri Muhyiddin dan Dr Fuad Zarkashi untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah. Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya. Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid.

Sedangkan Tan Sri Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru,  imbuhan bulanan RM500.00, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap. Nampaknya sekarang siapa yang bangkrap? Sehingga peruntukan untuk Kementerian beliau tidak cukup.
Jika inilah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno. Kenapa Pengarah Pendidikan Johor Tuan Haji Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihanraya kecil Tenang.

Akhirnya kita ingin mengigatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah. Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalim. Peringatan khas untuk Datuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asshahid  Syed Qutb buku yang dibaca sewaktu bersama Pas dahulu” Kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, Sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang”
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Pendidikan, Politik

MTD-RANTAU ABANG

Posted: 22 Apr 2011 11:34 PM PDT

MTD-RANTAU ABANG


PROGRAM PAS GANTI UMNO PAS KAWASAN DUNGUN

Posted: 22 Apr 2011 12:30 AM PDT

PAS TELUK INTAN

Posted: 22 Apr 2011 11:17 PM PDT

PAS TELUK INTAN


boikot UTUSAN MALAYSIA!!!

Posted: 22 Apr 2011 09:53 PM PDT

MCA menggesa rakyat Malaysia supaya memulaukan akhbar Utusan Malaysia kerana mecadangkan gerakan '1Melayu, 1Bumi' diutamakan. Parti itu mendakwa cadangan itu adalah untuk menghalalkan diskriminasi kaum.

malaysiakini interview loh seng kok 061108 05Timbalan ketua publisiti MCA, Loh Seng Kok berkata konsep 1Melayu, 1Bumi yang diilhamkan oleh akhbar milik Umno itu bertujuan menghukum masyarakat Cina kerana melaksanakan hak demokrasi mereka membuat pilihan semasa pilihan raya.

Dalam kenyataan medianya dalam bahasa Mandarin, lewat petang semalam, Loh berkata semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras perlu memulaukan akhbar berkenaan dan mempercepatkan lagi edaran Utusan Malaysia yang terus menjunam.

"Pendirian akhbar itu mempersendakan konsep pentadbiran Najib berhubung 1Malaysia dan cuba menyemai benih jahat di minda orang ramai. Konsep lapuk itu pasti dibidas oleh masyarakat antarabangsa.

"Adakah Utusan Malaysia mahu meneladani Afrika Selatan dan Amerika Syarikat (yang satu ketika dulu) mengamalkan dasar apartheid dan pengasingan kaum?".

NONELoh berkata Utusan Malaysia wajar diingatkan bahawa BN terdiri daripada 13 parti komponen yang mewakili pelbagai masyarakat berbilang kaum, justeru '1Melayu, 1Bumi' tidak baik bagi perikatan itu.

Paling penting jika akhbar Melayu itu mahu dihormati setiap rakyat, ia harus komited terhadap konsep 1Malaysia dan membantu membina jambatan di kalangan rakyat pelbagai bangsa.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mencabar presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya mengenakan tekanan ke atas Umno supaya 'menegur' Utusan Malaysia berhubung artikel itu.

penang freewifi contract signing ceremony 260311 lim guan eng"Lakukannya Chua! Bagi tahu Umno supaya arahkan akhbarnya untuk menarik balik cadangan penubuhan '1Melayu, 1Bumi' ataupun MCA sepatutnya berundur dari BN," kata Lim (kiri) dalam satu kenyataan.
Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit tiga hari lalu, berkata DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Zaini berkata pada pandangannya Umno harus melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Salam Perjuangan

Posted: 22 Apr 2011 11:03 PM PDT

Salam Perjuangan


LYNAS & 'SKETSA' MB PAHANG

Posted: 22 Apr 2011 09:43 PM PDT

JAGA ADAB BERKEMPEN

Posted: 22 Apr 2011 03:21 AM PDT

PAS KAWASAN BAKRI

Posted: 22 Apr 2011 09:38 PM PDT

PAS KAWASAN BAKRI


Apa Umno dah buat:

Posted: 22 Apr 2011 05:52 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April:

PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Turut dipersoalkan kenapa Pengarah Pendidikan Johor, Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihan raya kecil Tenang.

"Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah.

"Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, Cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi," ujarnya.

Beliau turut memberi peringatan khas untuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asy-syahid Syed Qutb di dalam buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu iaitu "kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang".

Apa BN buat:: AP Hulu Selangor.....

Posted: 22 Apr 2011 05:39 PM PDT

HULU SELANGOR, 22 April: Sikap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang hanya sekadar pandai berjanji untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada penduduk amat dikesali, sehingga menyebabkan sebuah sekolah agama di kawasan itu terus berada dalam keadaan ketiadaan kemudahan asas yang diperlukan.

Mudir Maahad Tahfiz Alkohlidi, Ustaz Yunus Kamaruddin menjelaskan, antara keperluan asas yang masih diabaikan oleh pihak bertanggungjawab terhadap sekolah itu termasuklah bekalan elektrik dan jalan raya.

Menurut beliau, pihaknya telah pun mengemukakan permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendapatkan bekalan elektrik, tetapi sehingga kini amat mengecewakan, sebaliknya berbagai helah pula yang diberikan oleh pihak TNB untuk meluluskan permohonan itu.

Katanya, alasan yang diberikan oleh pihak TNB, kawasan itu tidak mempunyai bilangan penduduk yang ramai, sedangkan bilangan penduduk di kawasan itu mencecah hampir 300 orang, di samping bekalan elektrik itu sendiri merupakan satu keperluan kepada pelajar-pelajar di sekolahnya.

"Pernah juga terjadi pergaduhan antara kami dengan pihak TNB untuk membuat kerja pemasangan elektrik. Sepatutnya mereka turun padang melihat keadaan kami di sini dahulu barulah mengeluarkan kenyataan tetapi terjadi sebaliknya," katanya ketika ditemui.

Maahad Tahfiz Alkohlidi yang menumpukan sepenuhnya ke atas hafazan Al-Quran ditubuhkan pada 2008 dengan tapak asalnya di Sri Ukay Bistari, Hulu Klang, tetapi telah berpindah di Ulu Kalong, pekan Ulu Yam, di sini, sejak bulan September 2010.

"Jumlah pelajar di sini dari semasa ke semasa semakin meningkat dan kini hampir 120 pelajar. Dengan kemasukan yang semakin meningkat, kita inginkan bekalan elektrik dan jalan raya yang sempurna kerana laluan ke sekolah ini terlalu gelap," katanya.

Ketiadaan bekalan elektrik, katanya, menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran, apatah lagi apabila mereka mempunyai aktiviti sebelah malam di luar kawasan sekolah itu, sehingga menyebabkan mereka pulang ke asrama dalam kegelapan disebabkan kawasan itu kawasan hutan.

"Kadang-kala pelajar-pelajar merasa cemas dan takut untuk mengikuti aktiviti di luar, apabila mendapat jemputan program di masjid mahupun program sekolah yang dianjurkan oleh pihak sekolah tahfiz lain. Keselamatan pelajar terutamanya sebelah malam amat merisaukan kami kerana dalam kegelapan berbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku," katanya.

Selain itu, keadaan jalan yang tidak pernah diturap dan keadaan jambatan (gambar kiri) untuk menyeberang ke jalan luar yang tidak dibaiki serta dinaiktaraf turut merisaukan beliau.

"Sebelum kami berpindah ke sini, keadaan jalan raya dan struktur jalan amat teruk sekali, sedangkan ia merupakan jalan "reserve" . Apa yang saya faham jika jalan "reserve" ia adalah milik kerajaan tetapi mengapa tidak dibaiki untuk kegunaan masyarakat.

"Memandangkan kawasan tanah yang telah saya dirikan bangunan sekolah terletak di kawasan pendalaman, maka saya turapkan jalan raya itu sendiri dengan menelan belanja sebanyak RM80,000," jelasnya.

Jambatan yang merupakan jalan untuk ke seberang untuk keluar dari kawasan itu juga telah roboh sehingga menyebabkan air naik melimpahi kawasan itu bila hujan.

"Kenderaan yang melalui jambatan ini pasti akan mengalami kerosakan terutamanya tayar kenderaan akan pecah dan bumper kenderaan mereka juga akan terjatuh kerana kerosakan jambatan tersebut. Bahkan bas sekolah juga tidak berani masuk ke kawasan ini kerana jambatan yang uzur sejak 13 September 2010.

"Saya mendesak agar Ahli Parlimen Hulu Selangor turun padang melawat kawasan ini. Seperti yang beliau janjikan dalam PRK Hulu Selangor baru-baru ini, jika menang, beliau akan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaiknya kepada rakyat.

"Jika benar 1 Malaysia boleh memenuhi permintaan rakyat, seharusnya pemimpin Umno BN membuat lawatan dari semasa ke semasa dalam memberi khidmat kepada masyarakat dengan menyelesaikan masalah rakyat sebaiknya. Bukan turun padang apabila berlakunya pilihanraya sahaja.

"Jangan hanya pandai menabur janji dalam pilihanraya sahaja, tetapi selepas pilihanraya mereka tidak pernah melawat kawasan dan bertemu rakyat," katanya".

Beliau turut berharap agar Kerajaan Pusat memulangkan kembali wangnya yang telah dibelanjakan sebanyak RM80,000 untuk membaiki jalan tersebut kerana ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat, bukannya pihaknya.

"Sekiranya wang itu dikembalikan semula, pihak sekolah ingin melengkapkan kemudahan peralatan dan menambahkan bangunan sekolah terutamanya menyediakan rumah guru, madrasah, dewan untuk kegunaan pelajar bagi memberi keselesaan kepada mereka," katanya.

Untuk perkembangan sekolah itu, pihaknya turut bercadang untuk menaikkan taraf sekolah tersebut dengan kos keseluruhannya berjumlah RM200,000.

Pada tahun 2009, pihaknya pernah menerima sumbangan dari Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjumlah RM15,000 yang telah disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sumbangan tersebut disampaikan semasa kunjungan Tan Sri Khalid ke sekolah itu bersama beberapa orang Exco Kerajaan negeri, selaras dengan usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membantu menaiktaraf sekolah-sekolah agama di Selangor.

"Alhamdulilah dengan bantuan yang diberikan itu, pihak sekolah telah pun membeli peralatan keperluan pejabat, kelas, katil, almari dan membaiki sekolah. Bantuan itu telah meringankan bebanan kami," katanya.

Selain itu, pihaknya juga pernah berbincang dengan Exco Agama, Datuk Hasan Mohamed Ali sejak tahun 2009 lalu bagi mendapatkan pendapatnya berhubung usaha untuk menaiktaraf sekolah tersebut dan pihaknya diberikan kerjasama yang cukup baik.

Sementara itu, tuan tanah yang telah mewakafkan tanahnya untuk pembinaan sekolah itu, Siti Rokiah Abd Hamid, 69, turut berharap agar P Kamalanathan, TNB dan pihak-pihak bertanggungjawab lain memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap sekolah itu dan penduduk sekitarnya.

"Dengan tiada bekalan elektrik menyebabkan pelajar-pelajar di sini sukar untuk mengulangkaji pelajaran waktu malam. Saya juga difahamkan oleh pihak mudir sekolah, pelajar-pelajar sekolah bangun di awal 4 pagi untuk melakukan ibadah.

"Tetapi dengan ketiadaan bekalan elektrik, ia pasti amat menyusahkan pihak sekolah menguruskan dan menjaga keselamatan para pelajar, apatah lagi sekolah ini terletak di kawasan hutan," katanya.

Beliau juga berharap agar jalan raya yang tidak sempurna dan jambatan yang telah rosak diperbaiki secepat mungkin oleh pihak bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan pengguna.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 22 Apr 2011 09:28 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


UMNO gagal runtuhkan Pakatan Rakyat-Nizar

Posted: 22 Apr 2011 09:09 PM PDT

KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Strategi tersebut iaitu isu kerajaan perpaduan, polemik kalimah Allah, tindakan Umno menghantar Tun Abdullah Ahmad Badawi menemui pemimpin utama PAS dan video lucah mirip pemimpin Pakatan Rakyat.

Anggota parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, isu pertama dicetus Umno hampir-hampir memecahkan PAS daripada dalam.

"Isu kerajaan perpaduan pada awalnya ramai ahli dan pemimpin PAS keliru sehingga ada yang bersetuju. Isu tersebut dua kali dibincang pada muktamar termasuk di Ipoh, namun akhirnya perwakilan PAS menolak.

"Diperbesarkan pula polemik kalimah Allah sehingga ada juga ahli dan penyokong PAS terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Umno.

"Namun akhirnya pemimpin tertinggi PAS buat keputusan agama sanawi boleh gunakan kalimah Allah," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-44 PAS Kota Bharu di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, timbalannya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Naib Ketua, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Hampir 1,000 perwakilan dan pemerhati termasuk pemimpin PKR Cabang Kota Bharu, DAP Bahagian Kota Bharu serta masyarakat bukan Islam hadir.

Mohd Nizar yang juga anggota jawatankuasa PAS Pusat berkata, paling mendebarkan usaha memecahkan PAS dengan Pakatan Rakyat berlaku apabila Pak Lah menemui Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan Yang di-Pertuan Agong menghadiri majlis makan malam di Istana Terengganu Kuala Lumpur.
Katanya, pada pertemuan yang disifatkan diatur khas turut dihadiri Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin

"Agenda besar yang dirancang tersebut bertujuan memecahkan PAS daripada Pakatan. Perangkap besar tersebut sudah dipasang namun masih tidak mengena," ujarnya.

Pada mesyuarat tersebut beberapa tokoh veteran PAS menerima saguhati setengah Dinar emas iaitu Ismail Mohamad, Tengku Jaafar Tengku Ahmad, Mohd Amin Salleh dan bekas pemimpin PRM, Lee Han Tie.

Manakala Yaakub Awang diisytiharkan Tokoh PAS Kota Bharu 2011. Beliau menerima satu Dinar, sijil dan buku Sejarah PAS Kelantan.

Sementara itu pada pemilihan jawatankuasa PAS Kota Bharu sesi 2011-2013 yang diadakan, jawatan-jawatan utama kekal tanpa bertanding.

Manakala anggota jawatankuasa yang dipilih iaitu Aidy Hassan, Nor Azariza Mohd Alawi, Mohd Adilan Mat Jusoh, Mohd Saiba Yaakub, Mohd Baharudin Mohd Nor, Nasrudin Mahmud Muhaidin, Mohamad Kamal Khatib, Azhari Abdul Rahman, Nor Hashimah Deraman, Rosli Abdul Razak, Syarifah Mariam Syed Alwi, Mohd Ridhuan Nawi, Hanafi Muhamad, Mohd Noor Mohd Yusof dan Husin Mansor.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 22 Apr 2011 07:35 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Kepimpinan adalah Amanah, bukan kebanggaan

Posted: 22 Apr 2011 02:11 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 22 Apr 2011 07:31 PM PDT

PAS LENGGONG


Muktamar PAS Lenggong- Pendaftaran

Posted: 22 Apr 2011 07:25 PM PDT



Posted: 22 Apr 2011 07:25 PM PDT

Muktamar PAS Lenggong

Posted: 22 Apr 2011 07:14 PM PDT

Muktamar PAS kawasan sedang berlangsung di Resort Tasek Raban Lenggong sekarang.
Dalam muktamar kali ini ada pemilihan diadakan. Namun begitu untuk jawatan YDP PAS Lenggong Tn Haji Razman Hj Zakaria telah diistiharkan menang tanpa bertanding.

DPPK PARIT

Posted: 22 Apr 2011 07:26 PM PDT

DPPK PARIT


ISU VIDEO ZINA (oleh ahli UMNO)

Posted: 22 Apr 2011 02:16 AM PDT

PAS Kawasan Pekan

Posted: 22 Apr 2011 07:18 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Jawatan Presiden, Timbalan ikut syura - Naib Presiden

Posted: 22 Apr 2011 06:48 AM PDT

TEMERLOH: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diputuskan mengikut kaedah syura bagi menjamin gabungan kepimpinan terbaik.

Tambahnya, dalam masa yang sama hak ahli untuk memilih pemimpin masing-masing tidak pula dinafikan.

"Saya lebih cenderung jika jawatan nombor satu dan nombor dua dalam parti diputuskan mengikut kaedah syura, tetapi dalam masa yang sama tidak pula menafikan hak ahli untuk memilih kepimpinan.

"Kepada saya kaedah ini lebih baik dan praktikal demi untuk menggabungkan kepimpinan terbaik dan lebih fokus bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) daripada berkempen dan bersaing sesama sendiri," katanya

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas tindakannya menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS bagi sessi 2011 – 2013 walaupun sudah mula menerima pencalonan daripada PAS kawasan-kawasan yang sedang bermesyuarat agung.

Pada ketika ini, beliau mendapat tidak kurang daripada 10 pencalonan.

Tuan Ibrahim merupakan calon Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Muktamar tahun 2009. Tahun ini beberapa kawasan mencalonkan beliau bertanding Timbalan tetapi beliau telah menolaknya dan hanya berhasrat untuk mempertahankan jawatan Naib.

Pada ketika ini hanya Haji Muhamad Sabu yang mengisytiharkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi mencabar pemegang jawatan Ustaz Nasharuddin Mohd Isa.

"Apa-apapun, saya fikir fokus kepada PRU itu lebih penting kerana kita membawa amanah yang berat daripada rakyat iaitu untuk melakukan perubahan kepada sistem dan pentadbiran negara. Jadi persoalan pencalonan perjawatan itu kita letaklah ke nombor dua walaupun memilih pemimpin juga penting dan di situ ada hak ahli," tegasnya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menjangkakan PRU ke 13 akan berlaku tahun ini juga dan berharap semua jentera Pakatan Rakyat di segenap peringkat bersedia.

"Walaupun BN hanya menguasai 55 % undi popular dan klah di semua peti undi dalam pilihan raya Sarawak baru-baru ini, kita jangka (PM) Najib tidak akan menunggu lebih lama untuk mengadakan PRU. Apa lagi pemilihan Umno hanya ditangguhkan selama 18 bulan daripada tahun lalu," katanya.

Bagi keputusan PRN Sarawak, Tuan Ibrahim berpendapat parti-parti yang berasaskan perkauman akan terpinggir pada masa depan dan tidak akan relevan lagi.

"Melihat kepada kekalahan teruk parti SUPP dan SNAP, gambaran jelas pada masa depan ialah parti bercorak perkauman tidak akan relevan lagi," jelasnya.

PAS PEKAN SELESAI BERMUKTAMAR , BERSIAP UNTUK PRU13

Posted: 22 Apr 2011 06:45 AM PDT

PAS Kawasan Pekan pada 17 April 2011 telah selesai mengadakan Muktamar Agong Kawasan bagi kali ke 23. Perasmian Multamar disempurkan oleh Tuan Hj Mohd bin Sabu, AJK PAS Pusat.

Didalam ucapan perasmian Hj Mohd Sabu, beliau mengingatkan kepada pimpinan PAS semua peringkat supaya sentiasa mencerminkan gaya hidup seorang pemimpin Islam. Bergaya dengan kenderaan mewah, rumah besar dan gaya hidup mewah akan ' menjelekkan ' masyarakat kepada pemimpin Parti Islam itu sendiri. Masyarakat dan pengundi sentiasa melihat dan meneliti perbezaan diantara PAS dan pimpinan UMNO. Beliau suka mengajak ahli PAS dan pimpinan pelbagai peringkat berfikir bagaimana sebuah parti yang bukan berteraskan Islam seperti DAP mampu menonjolkan pemimpin yang hidup serba sederhana seperti Lim Guan Eng, Kit Siang dan beberapa pimpinan DAP yang lain.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan mengajak semua ahli PAS bersatu padu dan bekerja keras memandangkan PRU ke 13 sudah hampir dan tanda-tanda pembubaran Parlimen makin terserlah. PAS Pekan, katanya mempunyai tanggungjawab dan harapan besar ahli-ahli PAS seluruh negara untuk menumbang gergasi Barisan Nasional. Adalah tidak mustahil kerana PAS Kawasan Pekan pernah menafikan majoriti besar Najib apabila pernah pada tahun 1999 hampir membenam Najib dengan kekalahan tipis 241 undi.

PAS Pekan pada kali ini telah mengekalkan 2 jawatan YDP dan Timbalan YDP kepada Ustaz Abu Kassim Manaf dan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani. Kedua-dua tonggak pimpinan PAS Kawasan Pekan tersebut telah diberi kepercayaaan untuk memimpin PAS menghadapi PRU ke 13 yang mendatang. Naib YDP dan Ahli Jawatan Kuasa membariskan muka lama dan baru pada pemilihan tersebut.

Muktamar ditangguhkan pada jam 3.30 petang..

Berikut adalah sebahagian photo untuk dikongsi bersama ;




















PAS Kawasan Miri

Posted: 22 Apr 2011 07:07 PM PDT

PAS Kawasan Miri


BN Bagi Chek Tendang Untuk Menipu Pengundi!!!

Posted: 22 Apr 2011 05:35 PM PDT

Janji-janji BN – Tiada lain, hanya cek-cek tendang!
Thursday, April 21st, 2011 GMT
This post is also available in: English Janji-janji BN – Tiada lain, hanya cek-cek tendang!



Calon BN, Joseph Mauh telah 'ditangkap basah' kerana didapati melakukan penipuan berganda. Dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 kepada seorang Tuai Rumah bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang!
Dengan cara ini Mauh telah menipu para pengundinya sebanyak dua kali. Pertama dia telah menipu mereka dengan menafikan hak mereka dengan menyogok Tuai Rumah mereka, yang dipandang sebagai jenayah yang serius. Kedua, dia tidak menunaikan janji untuk memberi wang kepada masyarakat miskin di kawasannya.
Kita mungkin boleh mengatakan bahawa seseorang yang mengambil sogokan sebagai tukaran bagi kebebasan yang tinggi nilainya, kebebasan untuk memilih pemerintahnya, seharusnya layak memiliki kebebasan itu. Tetapi masyarakat di kawasan berkenaan seharusnya bersetuju menerima wang sogokan kerana kerajaan BN yang rakus telah menjadikan dan membiarkan mereka hidup melarat.


Pihak polis seharusnya menangkap penjenayah pilihanraya
Sarawak Report menganggap sudah tiba masanya segala bukti yang tidak dapat dibantah dikemukakan kepada mereka, pihak polis harus bertindak untuk menyoalsiasat Joseph Mauh. Sementara itu, pihak SPR pula harus menggantung keputusan pilihanraya calon berkenaan.
Jika buktinya didapati benar (dan seharusnya dilakukan dengan segera) maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat. Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-Ketua Masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dan dihormati, yang telah mengundi BN!
Joseph Mauh, jika didapati bersalah akan dikenakan hukuman kerana melakukan suatu jenayah pilihanraya yang berat.


Berikut adalah pengakuan yang dibuat oleh seorang Tuai Rumah terhadapnya:
"Nama saya Kuching ak Moyan dan saya merupakan salah seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin. Pada pilihanraya yang baru selesai, saya telah diberikan tiga keping cek, sekeping bernilai RM2,000, sekeping lagi bernilai RM3,000 dan cek yang ketiganya bernilai RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh. Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama yang jumlah kedua-duanya adalah RM5,000 tetapi cek yang ketiga, bernilai RM5,000, telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang. Ketiga-tiga cek itu telah diserahkan kepada saya pada 13hb April 2011 supaya kami dapat memberikan sokongan kami kepada Barisan Nasional. Pada pilihanraya Negeri 2006 dahulu, setiap seorang pengundi di sini telah diberi hanya RM20 tetapi pada pilihanraya ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi. Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu. Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta."


Tiba masanya untuk menghentikan penipuan dalam pilihanraya di Sarawak
Ini adalah permulaan segala bukti mengenai pilihanraya ini. Maka kita merasa hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka kelihatan lega dengan keputusannya. Dalam pada itu juga, Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah sebelum sesiapa sempat berteriak "tangkap pencuri itu!"
Tetapi seandainya dia mengharapkan ini adalah titik penamat bagi perkara itu maka Ketua Menteri itu adalah lebih berusia dan lebih nyanyuk dari yang kita ketahui. Para pengundi di seluruh Sarawak tidak akan menerima hakikat ini dan berdiam diri. Ini kerana kemenangan pada pilihanraya yang baru selesai adalah, walaupun para pengundi telah diancam, ditipu dan disogok, tetapi pihak pembangkang masih dapat meraih 45% dari kesemua undi!
Bayangkan berapa peratus yang mampu diraih oleh pembangkang jika penipuan dan rasuah dilakukan? Hayunan-hayunan di seluruh Sarawak adalah BESAR dan mereka menjauhkan diri mereka dari BN baik di bandar mahupun di kawasan pedalaman.
Bayangkan juga apakah peratusannya jika kesemua setengah juta pengundi dari kalangan orang asli yang telah dinafikan oleh Taib dengan tidak mendaftarkan mereka sebagai pengundi? Inilah perkara yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.
Kini Sarawak Report sedang berada di Geneva, di mana pertubuhan NGO ini bergabungan dengan NGO-NGO yang lain yang telah dipelawa untuk mengemukakan segala sesuatu di UN mengenai masalah yang berkisar pada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak. Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa pilihanraya ini.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 22 Apr 2011 03:31 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


WARGA EMAS DICABUL KETIKA SUJUD

Posted: 22 Apr 2011 01:55 AM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang pelayan hotel didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini kerana mencabul seorang wanita warga emas di sebuah surau di Taman Nirwana, Ampang Jaya pada Selasa lepas.

Majistret Wan Karimah Wan Md. Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu selepas Salahudin Hassan Sha, 23, mengaku memicit bahagian punggung pesara guru berusia 64 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya di bilik sembahyang wanita di surau berkenaan pada 4.55 petang ketika wanita itu sedang sujud dalam solatnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, atau denda, atau sebatan, atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Salahudin yang tidak diwakili peguam, membayar denda itu.

Isu Tanah Jerlus

Posted: 22 Apr 2011 01:54 AM PDT

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Titiwangsa : Kesal dengan fitnah kepada Ahli Parlimen Titiwangsa



Dewan Pemuda PAS Titiwangsa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan memburuk-burukkan Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Dr Lo'lo' Hj Mohd Ghazali melalui pemasangan banner dan kain rentang di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tuduhan yang mengatakan kononnya YB Dr Lo'lo' tidak membuat apa-apa tindakan berkenaan masalah tanah jerlus yang berlaku di Jalan Syed Mahadi Kg Baru adalah fitnah yang sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu bagi mempengaruhi penduduk di sekitar parlimen Titiwangsa.

Apa yang sebenarnya berlaku, YB Dr Lo'lo' dengan sepenuh kemampuan yang ada telah membantu penduduk-penduduk yang di timpa bencana tersebut.

YB Dr Lo'lo' sendiri telah melakukan tindakan yang proaktif berbincang dengan pihak-pihak seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi mengatasi kejadian itu. Selain itu, Yb Dr Lo'lo' dan pegawai Pusat Khidmat Titiwangsa sendiri membantu menyediakan tempat tinggal dan berusaha menggunakan sumber yang ada menyediakan makanan kepada mangsa bencana tersebut.

Sungguh sedih dan mendukacitakan masih ada pihak yang sanggup menyebarkan fitnah dan tohmahan ahli parlimen Titiwangsa.

Walaupun Pusat Khidmat Titiwangsa tidak mendapat peruntukan tahunan parlimen yang sepatutnya diterima untuk membantu penduduk di Parlimen Titiwangsa, tetapi Dr Lo'lo' bersama-sama dengan Pusat Khidmat Titiwangsa dan PAS Titiwangsa tetap akan memberi khidmat kepada masyarakat semampu yang mungkin.

Apa pula tindakan UMNO dan Menteri Wilayah Persekutuan? UMNO hanya tahu mengkritik dan menabur fitnah tetapi tidak membuat apa-apa tindakan.

Slogan UMNO "Juara Rakyat" dan slogan Perdana Menteri "Rakyat Didahulukan" hanya slogan kosong yang penuh dengan janji-janji manis yang cuba memperbodohkan rakyat. Mereka hanya tahu mengumpan rakyat untuk meraih undi menjelang pilihanraya yang semakin hampir seperti yang di 'hint'kan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemuda PAS Titiwangsa berharap pihak-pihak yang mengeluarkan tuduhan tidak bertanggunjawab itu, menarik balik dan memohon maaf kepada YB Dr Lo'lo' disamping turun sama menghulurkan bantuan kepada mereka yang bernasib malang.

InsyaAllah Pemuda PAS Titiwangsa akan turun membantu dengan segala kudrat yang ada.

Hj Mohd Shahir Abu Hassan
Timbalan Ketua
Pemuda PAS Titiwangsa

NAJIB CUBA LEPAS TANGAN PROJEK EMAIL 1 M'SIA

Posted: 22 Apr 2011 01:35 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak perlu mempertahankan kewajaran projek e-mel 1 Malaysia sebab ia adalah inisiatif swasta sambil menegaskan, Tricubes Berhad yang seharusnya menjual idea tersebut kepada publik.


Dilihat sebagai usaha untuk menjauhkan pentadbirannya daripada reaksi tidak menyenangkan daripada kalangan orang ramai, Najib berkata, Tricubes seharusnya mengambil inisiatif untuk menjelaskan projek e-mel 1 Malaysia kepada orang ramai.

"Biar mereka berikan penjelasan. Bukan segala-galanya (diletakkan) pada saya. Sebab ini adalah cadangan mereka, jadi mereka perlu menjualnya kepada orang ramai.

"Ia adalah inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan wang rakyat, jadi biar mereka ambil inisiatif untuk menjelaskannya," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

BetuL KE?

Posted: 21 Apr 2011 09:43 PM PDT

Polis TETAP Anggap Kematian Sarbani Sebagai Mati Mengejut (Kemalangan@Bunuh Diri). Masalahnya, Banyak Orang yang Tidak Percaya!




Gambar di atas ialah tingkap bangunan SPRM, di Jalan Cochrane yang dipercayai menjadi tempat Ahmad Sarbani Mohamed "jatuh" dan ditemukan mati di gelanggang badminton tingkat 1 pada 6 April lalu.

Cuba anda lihat saiz tingkap itu!
Hari ini dalam UM, polis mengesahkan kematian pegawai kastam itu disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari lokasi tinggi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, hasil siasatan menyeluruh itu tidak hanya membabitkan pihak polis malah turut melibatkan hospital, Jabatan Kimia serta pakar patologi.

"Siasatan turut menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan."

"Menerusi siasatan ini, kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi."

Mengulas lanjut, Zulkifli memberitahu, sepanjang siasatan itu dijalankan, sebanyak 48 percakapan saksi telah direkodkan.

Menurutnya, siasatan kes itu masih kekal dilakukan mengikut laporan kematian mengejut (SDR) dan kertas siasatan yang telah siap itu akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AG) selewat-lewatnya minggu ini. Ditanya sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pegawai kastam itu, Zulkifli enggan mengulas sebaliknya memberitahu, siasatan itu diklasifikasikan sebagai SDR.

"Kita akan berusaha untuk hantar (kertas siasatan) minggu ini juga tetapi jika tidak sempat, kita akan hantar pada minggu depan.

"Sebaik sahaja dihantar kepada AG dan ada perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian, itu adalah perkara biasa. Apa pun saya berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang dibuat," katanya.



Gambar di atas pula ialah paparan aksi lakon semula oleh pelakon lagak ngeri berkaitan dnegan teori kematian Ahmad Sarbani. Lagi sekali, cuba ukur saiz tingkap itu!

Poin saya, jika polis menganggap kematian Ahmad Sarbani sebagai kemalangan, rasa-rasanya agak mustahil untuk diterima akal. Kerana untuk mendakwa Ahmad Sarbani terjatuh secara tidak sengaja dari tingkap dengan saiz bukaan sebesar itu, agak mustahil untuk diterima akal. Seseorang itu perlu menyusup kepalanya dahulu, barulah boleh "terjatuh" dari tingkap tersebut.

Jika bukan kemalangan, tinggal satu opsyen lagi, iaitu bunuh diri. Semua akhbar hari ini tidak menggunakan istilah bunuh diri walaupun laporan mereka sejak awal lagi membuat andaian bahawa Ahmad Sarbani membunuh diri kerana kemurungan dan sebagainya. Masalahnya, banyak orang termasuk ahli keluarga, rakan, dan orang ramai tidak percaya kematian pegawai Kastam yang didakwa warak ini kerana membunuh diri. Malah, ahli keluarga turut menyerahkan beberapa bukti untuk menafikan dakwaan Ahmad Sarbani membunuh diri termasuk jumlah dan nilai aset yang dimilikinya.
Pihak polis tidak boleh hanya mengatakan "kami dapati kematian beliau selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat yang tinggi". Semua orang tahu, arwah jatuh dari tempat tinggi. Persoalan yang perlu disiasat dan dijawab oleh pihak polis, BAGAIMANA arwah jatuh?
Tatkala banyak pihak tidak berpuas hati dengan cara kematian Ahmad Sarbani, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah"berpuas hati dengan siasatan menyeluruh yang telah dibuat". Adakah kenyataan itu sudah cukup untuk membuatkan ahli keluarga dan orang lain berpuas hati?

DUNIA GLAMOR GAGAL PACU HIDUP SAYA : BOB LOKMAN

Posted: 21 Apr 2011 08:05 PM PDT

Sebagai penggiat seni, akhirnya Bob Lokman patah ke pangkal jalan. Liku-liku dunia glamour yang menyelubunginya gagal memacu arah hidupnya mengikut kehendak Pencipta. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada dunia glamour dan mengaktifkan dakwah bersama ummat. Tersohor pencipta lagu, penulis lirik, pelakon dan pelawak, Mohd Hakim Lokman bertekad rebranding hidupnya untuk Allah dan sejak menyertai PAS masanya pagi, petang dan malam sarat dengan ceramah, pertemuan dan syarahan di seluruh pelusuk negara. Ikuti interbiu eksklusif Editor DATUK TARMIZI MOHD JAM dan wartawan INTAN ABDULLAH serta M SHAFRI SAMSUDIN bersama beliau.


Mengapa saudara Bob memilih PAS sebagai wadah perjuangan untuk berdakwah?

BOB LOKMAN: Sebabnya hanya kerana PAS sahaja pada masa ini yang mengamalkan amal ma'aruf nahi mungkar. Tabligh hanya amal ma'aruf sahaja. Rufaqa' hanya berkaitan ekonomi. Jadi masalah kita dalam Malaysia bukannya ekonomi, bukan masalah sembahyang, tetapi adalah masalah sistem yang membuatkan ekonomi, pendidikan, tidak Islamik. Begitu juga yang banyak merosakkan solat orang adalah sistem. Jadi, PAS sebagai wadah yang meperjuangkan Islam, yang ada kena mengena dengan politik dilihat berpeluang besar untuk mengubah sistem yang salah selepas digunakan dalam negara selama 53 tahun. Maka sebab itulah saya menyertai PAS.

Apa pula kesan sistem yang digunakan dalam negara kepada masyarakat selama ini?

Kesannya terlalu banyak. Contohnya dadah, buang anak, tidak jujur dalam pemerintahan kerana datang dari satu sistem pendidikan yang tidak kerana Allah. Hantar anak ke sekolah kerana niat mahukan dia pandai, mendapat pekerjaan yang bagus, bila besar nanti dapat rumah besar dan lain-lain bukan kerana Allah. Maka hari ini kita dapat cerdik pandai yang jadi pemerintah makan rasuah, yang peguam jadi pembunuh, yang jadi polis akan memukul orang tak tentu pasal. Ini berpunca daripada sistem pendidikan kita tidak kerana Allah. Begitu juga ilmu akademik yang diajar di sekolah tidak ditunjukkan secara langsung hubungannya dengan Allah. Jadi, bila niat bersalahan tidak kerana Allah, maka dapatlah kita bala dari Allah.

Berdasarkan hubungan saudara dengan artis, bagaimana mereka lihat perjuangan PAS?

Pertama, artis yang terlalu sibuk dengan urusan dunia. Mereka, sebenarnya tidak kisah hal politik. Sama ada PAS atau Umno, mereka tidak kisah. Mereka tidak ada kesedaran tentang itu. Kedua, ada artis yang mempunyai sikap penentangan kepada kerajaan kerana dia tahu isu-isu rasuah yang berlaku contohnya di RTM. Maka, mereka ini ada yang pro PAS atau pro Pakatan Rakyat. Tetapi sebahagian besar artis sebenarnya berpihak kepada BN. Terutama artis yang senang kita nampak, yang popular. Popular ini maksudnya senang dapat kerja, mewah dapat kerja maka dia merasakan kestabilan negara itu amat penting. Mereka ini melihat kestabilan negara adalah dari sudut ekonomi dan tidak pernah memikirkannya dari sudut agama. Mereka hanya jaga untuk sembahyang dia sahaja, sedangkan agama sebagai keseluruhan langsung mereka tidak fikir dan inilah cara pemikiran kebanyakan artis. Perbualan mereka hanya sekadar hal-hal dunia sahaja. Atau kalau keluar sikit daripada itu, adalah yang kena mengena dengan drama atau pembuatan filem. Nak masuk ke RTM dia tahu di sana ada banyak rasuah. Hanya bab itu sahaja mereka agak geram sikit. Tetapi masih menyokong kerajaan.

Artis semacam takut kalau PAS berkuasa hingga mereka merasakan seolah-olah perjuangan mereka dalam muzik akan terjejas. Ini macam mana...

Benda ini sebenarnya tidak sampai kepada mereka. Ada setengah yang taksub dengan dunia hiburan terutama perempuan ada yang berkata, "PAS kalau memerintah nayalah kita. Apa kita nak makan?". Sebenarnya sumber berkaitan ini hanya berdasarkan dua sumber sahaja iaitu pendapat artis itu sendiri dan kerajaan. Memang maklumat sebegini tidak sampai ke pengetahuan mereka. Hampir separuh terutama dari golongan muda tidak ada asas agama. Agama "samping hijau" yang saya panggil. Maknanya agama hanya dari sekolah rakyat semata. Dalamnya tiada, maka sebab itu mereka tidak terfikir ke mana sepatutnya arah mereka. Saya sendiri begitu juga dulu. Kita merasakan benda (dunia hiburan) yang kita lakukan satu tanggungjawab kepada negara sedangkan hakikatnya tidak. Sebagai contoh, dulu saya anggap muzik rock itu satu perjuangan tetapi sebenarnya tidak ada manfaat pun. Sama seperti orang cuci longkang, bawa teksi yang hanya mencari makan. Tetapi kononnya hasil itu daripada kreatif maka kita anggap ia sebagai perjuangan. Sebahagian besar yang memperjuangkan kreativiti itu sebenarnya lari akidahnya. Ini adalah kerana tidak bersandarkan kepada Islam dan tidak kembali kepada Allah. Pemikiran ini adalah kerana hasil yang dilahirkan 53 tahun BN memerintah dengan sistem yang ternyata gagal.

Berdasarkan pengalaman dalam dunia hiburan, bagaimana artis "samping hijau" ini mempelopori dunia hiburan...
Hasilnya lagi ramai orang buang anak, dedah aurat, lebih banyak fesyen baru akan keluar, akan meriah lagi dunia hiburan. Apa yang nampak indah dunia di mata dan mandatangkan bala lagi banyak. Akan lebih besar dan lebih mahal tiket konsert serta lebih besar bala yang Tuhan akan beri.

Apa reaksi kawan-kawan terutama teman rapat bila saudara menyertai PAS secara rasmi?

Kawan yang rapat semua belum datang berjumpa saya. Mereka nampaknya tidak berani dekat. Mereka tidak menelefon saya. Yang jumpa gitu-gitu adalah. Yang Melayu kata alhamdulillah. Mungkin hanya itu sahaja yang dia hafal.

Boleh cerita sedikit, punca saudara meninggalkan dunia hiburan?

Kesedaran timbul, bila saya lihat peguam bunuh arwah Sosilawati. Menteri menipu Perdana Menteri, Ketua Hakim bersara awal sedangkan dalam Islam tiada istilah bersara. Keadilan itu juga tidak terhenti. Mana logiknya jika orang sebegini pencen. Bolehkah takwa itu pencen pada pandangan Islam? Bolehkah iman itu pencen. Tentu tak boleh. Bagaimana Ketua Hakim Negara boleh pencen sedangkan mereka adalah orang yang tahu sistem keadilan negara. Mereka tidak dapat memberi sumbangan kepada orang lain apatah lagi kepada orang lain. Mereka yang tinggi ilmu dunia mereka jadi blank. Ini bermakna sistem yang ada salah. Jika begitu apa maknanya saya menghantar anak ke sekolah jika mereka dipencenkan sehingga tidak dapat memberi manfaat kepada negara. Ini kerana sistem ini, anak saya pergi ke mana pun ia akan pencen dan tidak memungkinkan kita beramal dengan "innamal a'malu bilniyat,".

Jadi sistem yang ada tidak logik kerana tak dikembalikan kepada Allah...

Iya. Apa yang akan kita kata pada anak,"belajar rajin-rajin, bila besar kau jadi DO". Jadi, ini adalah perkara yang mensyirikkan satu negara. Sistem yang ada juga berasal dari orang putih yang tidak ada tasawuf. Hanya fekah yang dikekalkan. Islam perlu ada fekah dan tasawuf. Jika tidak kita akan lihat banyak kemusnahan. Ini yang membuatkan saya berfikir. Saya mengambil keputusan memberhentikan anak saya dari sekolah kerajaan, kemudian pasang niat semula dan hantar semula ke sekolah agama tahfiz. Jadi saya pasang niat kerana Allah untuk dapatkan ilmu Allah dan berjuang mempertahankannya. Jadi sebelum saya berdakwah kepada orang lain saya perlu berdakwah kepada keluarga terlebih dahulu.

Boleh saudara imbau kembali macam mana boleh terbabit dengan industri hiburan?

Dulu saya adalah orang yang follow mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Pada masa saya sekolah, Mahathir sedang menggalakkan kekayaan orang Melayu. Bila saya tamat tingkatan lima, saya terpengaruh kehendak Mahathir. Saya datang ke Kuala Lumpur kerana terpengaruh untuk mencari kekayaan. Saya bermula dengan membawa bas sekolah dengan gaji RM350. Pagi dapat gaji, petang dah habis. Gaji saya habiskan dalam satu hari kerana tidak cukup. Kemudian saya jual buah dengan keuntungan mencecah RM600 hingga RM700 sehari. Tapi tidak ada prospek dan saya terpaksa duduk di situ sahaja. Saya ambil keputusan berhenti jual buah. Saya duduk di Pertama Complex selama setahun dan melihat peluang yang ada. Saya lihat Cina berniaga. Kita nak berniaga tapi modal tak ada. Saya ambil kesempatan mana-mana Cina angkat barang, saya tolong. Jadi saya dapatlah upah RM3 hingga RM5. Maklumlah muda lagi. Sehingga saya jumpa bidang bahagian teknikal pengurusan konsert. Saya membabitkan diri dengan kerja ini dari gaji RM7 sehari hingga RM140 sehari. Kemudian saya nampak macam mana nak manage artis, tulis lagu semuanya mendatangkan duit.

Nak jadi kayalah puncanya...

Saya masuk bidang ini memang punca asalnya nak cari kekayaan. Kebetulan pada masa yang sama minat dalam hiburan memang telah lama ada. Tambah pula industri itu tengah meriah denga kumpulan Sweet Charity dan kumpulan lain. Bidang ini kena dengan jiwa serta duit pun dapat. Zaman itulah mulanya sistem royalti, collection daripada badan yang main lagu pada public. Ini menjadikan pendapatan agak lumayan sehingga mencecah RM300 ribu setahun. Pokoknya duitlah segala-galanya. Pengurusan artis adalah sesuatu yang baru pada ketika itu. Mengurus artis juga perlukan daya fikir yang hebat. Dari situlah saya bermula sehingga terlibat dalam bidang lakonan. Maknanya dari belakang hingga ke depan tabir saya buat. Inilah yang membuatkan saya jadi mahir.

Selepas masuk PAS dan meninggalkan dunia hiburan adakah saudara masih menerima tawaran berlakon untuk watak-watak tertentu?

Saya telah mula menolak tawaran. Ini bukan soal PAS tetapi berkaitan soal takwa dan iman saya. Sebelum itu saya telah pergi belajar, talakin, menghadiri kelas agama, hikam dan belajar tauhid semula. Pada masa yang sama, ustaz yang mengajar memikirkan saya cari makan di situ, mereka meminta saya terus bekerja dalam bidang itu. Tetapi meminta saya jangan meninggalkan amalan dan ilmu. Masalahnya kita belajar kemudian berlakon memang tidak boleh kerana ada gangguan. Bila berlakon kita lihat aurat terbuka sana sini.

Walaupun ada watak yang sesuai...

Ya. Walaupun ada watak yang dianggap sesuai tetapi suasana persekitaran dan belakang tabir yang ada. Dengan tidak sembahyangnya, hingga ada ketika tergesa-gesa dalam sembahyang. Maka bila Ustaz Azri Musa mengajak saya menyertai PAS untuk satu baiah maka saya pun menyertainya. Sebelum ini pun semasa remaja memang saya selalu mengikuti bapa saudara saya aktiviti ceramah PAS. Bila saya isytihar masuk PAS, tawaran yang ada telah saya habiskan cuma ada tawaran dua shot yang kemudiannya saya lakukan untuk kali terakhir.

Sumber : http://sanggahtoksago.blogspot.com/2011/04/dunia-glamour-gagal-memacu-arah-hidup.html

DATUK T HINA SANGGUP SUMPAH DEPAN KAABAH... ADA BERAN KE?

Posted: 21 Apr 2011 07:11 PM PDT

Abdul Rahim Tamby Chik, Shazryl Eskay dan Shuib Lazim dilaporkan sanggup ke tanah suci Makkah untuk bersumpah di hadapan Kaabah bagi membuktikan kebenaran tuduhan mereka terhadap pembabitan seorang pemimpin pembangkang dalam video lucah hitam putih berteknologi rendah yang kini sudah menjadi tatapan umum termasuk kanak-kanak di bawah umur.

Pengumuman itu dibuat mereka melalui akhbar yang mempromosi video pornografi, Utusan Malaysia bertarikh 20 April lalu. Akhbar ini khabarnya diedarkan secara percuma di sekolah-sekolah terpilih atas biaya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang berketuakan seorang pencinta budaya Melayu, Dr Rais Yatim.

"Kami bukan sahaja sanggup ke mahkamah tetapi juga bersedia melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah. Ini kerana saya yakin, kami di pihak yang benar dan tiada sebarang keraguan bahawa lelaki itu memang Anwar," kata Eskay, seorang muallaf.

Kenyataan Eskay itu disokong Rahim dan Shuib. Malah Shuib yang dilapor suka menginap di salah sebuah hotel di ibu negara atas urusan yang beliau dan Allah SWT sahaja yang tahu mendakwa, 'perjuangan' menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman mahkamah.

Trio Umno pejuang moral itu diminta mengulas kemungkinan akan didakwa di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video seks kepada umum. Video seks itu disiarkan pula oleh blogger pro-Umno dan dimuat turun di Youtube. Trio Umno dan polis menafikan menjadi 'jembalang' kepada kegiatan tidak bermoral itu. Dan pihak yang melakukan perbuatan tidak berakhlak itu masih menjadi tanda-tanya sehingga sekarang menyebabkan Ketua Polis Negara menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal.

... MACAM BERANI JE PUAK-PUAK NIE NAK GIE NGADAP KAABAH... TAKUT SAMPAI MERANGKAK DEPAN KAABAH JE..... SEBAB TUE TAKDE SEKOR PUN YANG GIE BUAT UMRAH... JAUH SEKALI HAJI...



TEMAN LELAKI CELAKA SIMBAH AIR PANAS ATAS BAYI.

Posted: 21 Apr 2011 06:49 PM PDT

AMPANG: Seorang bayi lelaki berusia 19 bulan mati dalam keadaan menyedihkan dengan kesan lebam serta melecur di beberapa bahagian badan, dipercayai akibat disimbah air panas oleh teman lelaki ibunya di Taman Ampang Indah di sini, semalam.

Mangsa, Law Hong Jun dikatakan baru beberapa bulan berada di bawah jagaan ibunya yang berusia 24 tahun. Sebelum ini dia dijaga ibu saudaranya yang juga kakak kepada bapa mangsa.

Ibu saudara mangsa yang enggan dikenali berkata, dia diberitahu mengenai kematian Hong Jun selepas dimaklumkan ibu mangsa kira-kira jam 2 petang semalam.

"Saya tidak pasti apa sebenarnya berlaku tapi saya dimaklumkan pihak hospital anak saudara saya mati akibat didera. Ada kesan lebam dan melecur seperti disimbah air panas pada badannya.

"Saya tak tahu kenapa dia diperlakukan begitu kejam sedangkan dia masih kecil," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Ampang di sini, semalam.
 
...ibu mangsa

APA KEJADAH PERKASA KEPALAI "1 MELAYU 1 BUMI"?

Posted: 21 Apr 2011 06:24 PM PDT

Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang disaran akhbar milik Umno semalam sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.


Dalam pendirian menyokong gesaan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa "selesa" lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.

"Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu," katanya
"Gerakan ini akan menjadi sebahagian daripada perhimpunan Melayu ketiga Perkasa di Kedah 30 April ini, (yang diadakan) di Stadium Sultan Abdul Halim," kata Syed Hassan lagi.

Dalam tulisan ruangan Cuit semalam, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain "semua sudah."

... "1 Islam.. 1 Dunia"... Takbir!!!

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 22 Apr 2011 03:27 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


Mesyuarat Agung PAS Kawasan Pasir Gudang 2011

Posted: 21 Apr 2011 06:17 PM PDT








Ceramah Mazlan Aliman di AIr Biru

Posted: 21 Apr 2011 05:59 PM PDT





ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 22 Apr 2011 03:09 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


VIDEO CEK TENDANG DUN TEMIN LEBIH PANAS DARI VIDEO DATUK T

Posted: 22 Apr 2011 02:42 AM PDT

Suapan RM10,000: SPR didesak gantung keputusan DUN Temin
SARAWAK: Laman portal Sarawak Report mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menggantung keputusan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N52 Temin kerana terdapat bukti bahawa calon Barisan Nasional (BN), Joseph Mauh telah 'ditangkap' kerana melakukan penipuan berganda.

Laman tersebut turut mendesak pihak polis segera bertindak menyoalsiasat Joseph, kerana dia bukan sahaja menjanjikan RM10,000 bagi meraih undi, tetapi suapan itu adalah dalam bentuk cek tendang.

"Jika buktinya didapati benar, maka suatu pilihanraya semula harus diadakan. Kesemua dakwaan mengenai jenayah rasuah yang dilakukan di seluruh negeri Sarawak harus juga disiasat.

"Kami bukannya bercakap mengenai 'pembangkang pengacau', tetapi kami ingin bercakap mengenai Ketua-ketua masyarakat yang dilantik oleh kerajaan dihormati," kata laporan tersebut.

Penyelewengan itu didedahkan oleh Kuching ak Moyan, seorang Tuai Rumah dari kawasan Tamin melalui pengakuannya yang dirakam oleh kamera dan video 5 minit 20 saat itu masih boleh dilayari di laman youtube dengan tajuk 'Testimony of Tuai Rumah Kuching'.

Melalui seorang penterjemah, Kuching mendedahkan bahawa pada 13 April 2011, beliau telah diberikan tiga keping cek bernilai RM2,000, RM3,000 dan RM5,000 oleh calon Barisan Nasional, Joseph Mauh supaya memberikan sokongan kepada Barisan Nasional.
"Saya telah menunaikan kedua keping cek yang pertama dengan jumlah RM5,000. Tetapi cek ketiga yang bernilai RM5,000 telah ditolak oleh pihak bank sebagai cek tendang," kata Kuching.

Kuching turut mendedahkan, pada Pilihan Raya Negeri 2006 lalu, setiap seorang pengundi di kawasan itu diberikan hanya RM20, tetapi pada pilihanraya kali ini, nilainya telah dinaikkan kepada RM50 setiap seorang pengundi.

"Saya ingat semua kami di sini telah mengundi Barisan Nasional. Memanglah saya tahu bahawa duit yang diberikan oleh Barisan Nasional itu tidak bernilai jika kerajaan mengambil tanah kami. Tapi apakan daya kami, kami harus mengundi kerajaan kerana kerajaanlah yang memberi kami duit itu.

"Ya, saya tahu kita boleh mengambil duit Barisan Nasional dan kemudian kita mengundi pembangkang, tetapi memandangkan setiap orang di sini mengundi Barisan Nasional pada kali ini, saya juga turut serta," kata Kuching.

Berdasarkan bukti tersebut, Sarawak Report menjangkakan ia hanyalah permulaan kepada penemuan-penemuan lain.

"Kita hairan dengan gelagat BN di KL yang kelihatan resah dan risau mengenai pilihanraya ini dan kemudian mereka kelihatan lega dengan keputusannya.

"Taib kelihatan bergegas di tengah malam minggu untuk mendapatkan Tuan Yang Terutama bagi mengangkat sumpah sebelum sesiapa sempat berteriak 'tangkap pencuri itu!' ulas laporan tersebut.

Dalam pada itu, Sarawak Report turut mempersoalkan sama ada wujud penafian hak mengundi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan tidak mendaftarkan setengah juta pengundi dari kalangan orang asli.

"Perkara ini yang meresahkan dan merisaukan BN. BN adalah sebuah kerajaan yang tidak sah yang telah menodai proses pilihanraya dan mereka seharusnya disiasat dan didakwa dan dijatuhkan hukuman seberat yang mungkin.

"Sarawak Report kini berada di Geneva, dengan kerjasama NGO yang lain telah dipelawa untuk mengemukakan segalanya di UN mengenai masalah yang berkisar kepada pelanggaran hak asasi manusia dan demokrasi di Sarawak.

"Kami akan mengemukakan kes Tuai Rumah ini dan juga kes-kes yang lain yang telah dan pernah ditipu semasa pilihan raya ini," jelas laporan tersebut.

22 Jumaat, April 2011
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

OOO PASAL NI KO KPN MASUK HOSPITAL ?

Posted: 22 Apr 2011 01:37 AM PDT

Siasatan video seks yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kanan memerlukan lebih masa.

Ini kerana Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan yang dikemukakan oleh polis semalam.

Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah (kanan), mengesahkan perkara berkenaan kepada Malaysiakini hari ini.

Kertas siasatan dikemukakan semalam tetapi dikembalikan pada hari yang sama.

"Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan.

"Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis," kata Tun Majid.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam berkata polis akan menyerahkan semula kertas siasatan berhubung video seks ayng didakwa membabitkan pemimpin pembangkang itu secepat mungkin selepas ia dikembalikan ke polis minggu lalu.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/04/peguam-negara-hina-ketua-polis-negara.html#ixzz1KEs9WjPN

TAN SRI PENGSAN DI IBU PEJABAT PDRM !

Posted: 21 Apr 2011 11:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April — Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dimasukkan ke hospital pagi ini selepas pengsan ketika perhimpunan bulanan di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman.

Beliau yang dilantik mengetuai PDRM September lalu dimasukkan ke Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Sehingga berita ini ditulis punca beliau pengsan belum diketahui.
Dalam pada itu, Bernama Online menyebut bahawa Ismail dimasukkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat ketika menghadiri perhimpunan bulanan hari ini.
Ismail dibawa ke hospital itu sejurus majlis itu berakhir kira-kira pukul 10.30 pagi.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Robiah Abd Ghani berkata pemeriksaan doktor mendapati Ismail hanya kepenatan dan berada dalam keadaan stabil.

"Pada penghujung majlis itu, Tan Sri mengadu pening, tidak sedap badan dan rasa mahu pitam sebelum beliau dikejarkan ke sini.

"Pemeriksaan doktor mendapati beliau tidak sakit dan tiada apa yang tidak kena cuma kepenatan, malah beliau boleh bercakap seperti biasa," katanya kepada pemberita di pekarangan pusat perubatan itu.

Beliau berkata doktor juga meminta Ismail untuk berehat di dalam wad buat beberapa hari bagi pemantauan lanjut.

Dalam pada itu, isteri Ismail Puan Sri Suriati Md Sobri yang enggan ditemu ramah pemberita hanya memberitahu yang suaminya sedang berehat.

Rujuk http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1KEN4kcmK

INILAH KELEMAHAN BN !

Posted: 21 Apr 2011 10:14 PM PDT

Tahniah kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz kerana khidmatnya dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dilanjutkan lima tahun lagi.
Tahniah , tahniah juga, tapi BN tiada pelapis ke? KM Sarawak tiada pelapis, nasib baik Ketua Pengarah JAKIM ada pelapis.


Zeti, 64, ialah Gabenor Bank Negara ketujuh dan dilantik ke jawatan itu pada 1 Mei 2000.
Sejauh ini, Zeti sebagai gabenor bank itu mendapat penghormatan tinggi kalangan masyarakat perbankan yang berjaya mempertingkatkan imej Malaysia di dalam sistem kewangan di dunia.

Dan dengan keadaan negara berdepan suasana sangat mencabar, kesinambungan kepimpinan Zwti itu amat penting dalam mengendalikan institusi sangat penting seperti BNM.

Sudah pasti pelantikannya amat disokong oleh masyarakat perbankan.

Mungkin ada yang berharapan tinggi untuk menjawat itu, sama ada di Bank Negara sendiri atau dari luar merasa 'terkilan' dan kecewa kerana mereka tidak berupaya mendapatkan jawatan demikian. Mereka ini terpaksa tunggu lima tahun lagi untuk ke jawatan itu!

Dan jika kerajaan merasakan Zeti sebagai yang terbaik, adalah wajar untuk semua pihak akur dan mengharapkan Gabenor BNM itu mampu meneruskan tugasnya selain mencipta kejayaan baru untuk bank pusat itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pelantikan semula Zeti sebagai langkah memastikan kesinambungan dalam kepemimpinan BNM kerana melalui kepemimpinannya, bank pusat itu menjadi institusi yang kukuh dan disegani di dalam dan luar negara.

Kerana itu amat wajar Zeti diberi peluang meneruskan kepemimpinan dalam BNM, kata Najib.

Perdana Menteri menyebut, dalam krisis global baru-baru ini, Malaysia tidak alami kesan yang kuat disebabkan mempunyai sistem perbankan yang kukuh dan mudah pulih.

SPR BUAT-BUAT LUPA SEJARAH KIRA SEMULA UNDI 5 KALI PRU 2004

Posted: 21 Apr 2011 08:37 PM PDT


SPR Sarawak pertahankan tindakan pegawainya YANG TIDAK BETUL?
Benarkah , SPR boleh tolak permintaan calon untuk kiraan semula ? Takkan calon ada pangkat datuk atau bekas imam besar sahaja boleh minta kiraan undi semula.

PRU 2004 Selepas pengiraan semula sebanyak (lima) 5 kali, ketua parti Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), mengekalkan kerusinya dengan majoriti sebanyak 590 undi.

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Sarawak mempertahankan keputusan dan tindakan pegawai pengurus bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Senadin yang enggan mengira semula undi di pusat penjumlahan pada 16 April lalu.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah, berkata keputusan Pegawai Pengurus Chai Ko Het menolak pengiraan semula undi merupakan satu keputusan dan tindakan yang betul dan tepat berdasarkan undang-undang pilihan raya khususnya subperaturan 23A (1), subperaturan 25 (13) dan subperaturan 25D (5A), Peraturan-peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.


"Mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pegawai pengurus N65 Senadin itu, bolehlah memfailkan petisyen pilihan raya di mahkamah tinggi dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya itu disiarkan di dalam warta," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

INI BARU BETUL ! TIMBALAN NAIK JADI KETUA PENGARAH

Posted: 21 Apr 2011 08:23 PM PDT

Othman Mustapha KP Jakim baru
Mudah-mudahan Ketua Pengarah JAKIM baru akan memberi nafas keIslaman yang lebih tinggi dan mantap.

PUTRAJAYA, 21 April 2011 – Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, dilantik ketua pengarah agensi itu berkuat kuasa Ahad ini.

Beliau menggantikan Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang akan bersara wajib pada Sabtu ini selepas lebih tiga tahun memimpin Jakim.

Majlis penyerahan nota serah tugas jawatan berlangsung Khamis disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, lapor Bernama Online.

Jamil Khir berkata kerajaan dan rakyat menyanjung tinggi kepimpinan Wan Mohamad yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 33 tahun dan menjadi Ketua Pengarah Jakim sejak Julai 2007.

Jamil Khir berkata Wan Mohamad akan dilantik sebagai Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) berkuatkuasa serta merta selepas kepimpinannya terserlah ketika menerajui Jakim.

"Tugas beliau akan ada kesinambungannya, yang diharap dengan menerajui kedua-dua institut tersebut, akan memberi kesan yang lebih menyerlah," katanya.

Pada sidang akhbar yang sama, Othman berkata beliau akan sentiasa mendapatkan nasihat daripada menteri dalam melaksanakan perancangan dan strategi selain memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dicapai dalam waktu yang ditetapkan.

Othman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang syariah, dan telah menyertai dan berkhidmat di Jakim sebagai pegawai Hal Ehwal Islam sejak 1982.

Beliau pernah menjadi Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Pengarah Bahagian Penerbitan Jakim, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Pengarah Jakim cawangan Sarawak dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

KESAH AKOR UMBI !

Posted: 21 Apr 2011 05:37 PM PDT

Akor Umbi...

Kisah seorang Pak Menteri yang menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden UMNO.
Berikut bualannya dengan 2 orang pekerja.

Pak Menteri: Ater komer pegi ler tanyer nuu akor umbi UMNO.
Pekerja 1: Tanyer aper, Bos?
Pak Menteri: Miker tanyer ler, aper pandangan deme, pase aku nak betandin.

Pekerja 2: Bos nak besandin dengan artis maner?
Pak Menteri: Tak semiak bebenor miker ni. Bukan besandin! Besandin buat haper? Aku nak betandin. Cher nengok bibior aku nii. BeTandin!

Pekerja 2: Ooo, betandin! Jawatan aper Bos?
Pak Menteri: Ater miker belum dengor lagi yer? Aku nok betandin jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Pekerja 1: Chewah! Chewah!! Bos. Nanti Bos jadi PM yer ler?

Pak Menteri: Belum ler, hajatnyer ke situ ler lambat-laun nyer. Tapi, TPM ler dulu. Setapak demi setapak ler.

Pekerja 2: Esiyh agok. Kalo ler Bos jadi TPM. Teman dapat jadi TTPM pun jadi ler.
Pak Menteri: TTPM tu aper?

Pekerja 2: Timbalan Timbalan Perdana Menteri.
Pak Menteri: Miker ni berangan jer ler, aku tampor muke miker kang, sekupang tok beguner.

Pekerja 2: Ater Bos boleh berangan, teman pun boleh juger ler.
Pak Menteri: Aku ader strategi, miker ader aper?

Pekerja 2: Kalo Bos ada tragedi, teman pun ader juger tragedi.
Pak Menteri: Lantak miker ler, tak sior aku nok melayan nyer. Pegi ler, miker tanyer-tanyer, aper pendapat akor umbi UMNO. Deme setuju dok sokong aku betandin jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Pekerja 1: Nak pegi nii, err...adban tak der ke Bos?
Pak Menteri: Nengok, miker nii belum keghoje udoh mintok upoh. Haghega minyak petrol samer diesel kan ker udoh naik. Maner aku nak ada duit. Sekupang ader ler.

Pekerja 2: Usoh ler buat lawok Bos. Bagi ler lima puloh rengget buat belanjer makan minum tambang menambang.
..
2 hari kemudian
...
Pak Menteri: Hengh, macam maner? Aper kate deme?

Pekerja 1: Deme tak kate aper pon Bos!

Pekerja 2: He-engh, Bos, kami tanyer, deme diam jer!

Pak Menteri: Heran pulok aku. Tak kan ler macam ini punya populer, deme buat diam ajer. Sekorang-korang nyer, enggeh ler, barang setuju ker, idok ker...Di maner dan beraper oghang kamu tanyer semenornyer?

Pekerja 1: Kami pegi merata sekitor Bagan Datuh nii jer.

Pekerja 2: Hulor pun dua puloh rengget, nak boleh sampei ke maner, Bos?

Pak Menteri: Tak aper ler. Berape oghang yang kamu betanyer semenornyer?

Pekerja 1: Sorang pun idok.

Pekerja 2: Kami beduer tak tanyer oghang Bos.

Pak Menteri: Usoh ler miker nok bede-ah! Habeh tu, kalo bukan oghang, aper ke bender nyer yang miker tanyer?

Pekerja 1 & 2: Akor Pokok Ubi!

Pak Menteri: Pase aper miker bedue pegi tanyer akor pokok ubi, nak buat haper?

Pekerja 1: Ater Bos yang suroh tanyer Akor Ubi.

Pak Menteri menepuk dahi, merenung tajam ke dalam mata mereka berdua. Rasa mahu sahaja di ikat keduanya atas pucuk pokok nyior... ataupon nak di bakor nyer aje...

Posted by Mofisyan

MP Pendang

Posted: 22 Apr 2011 01:36 PM PDT

MP Pendang


Sarawak kami datang. Moga Islam akan berkembang dibumi kenyalang ini, insyaAllah.

Posted: 21 Apr 2011 09:57 PM PDT

MerdekaReview - 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib

Posted: 21 Apr 2011 05:03 PM PDT

MerdekaReview - 1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib
Masih belum cukup kaya lagi ke, nak bawa masuk kubur kot semua tu. Hadis nabi menyebut," kalau sekiranya anak Adam diberi dua lembah emas, nescaya dia akan meminta yang ketiga".

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

SharpShooter: 1 Malaysia 1 Israel email

Posted: 21 Apr 2011 04:54 PM PDT

SharpShooter: 1 Malaysia 1 Israel email: "1Malaysia email: Tricubes Berhad dimiliki secara tidak langsung adik Najib Neo Chee Hua | Apr 20, 2011 11:54:31 am ..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Anak Sungai Derhaka: Anwar Mesti Dihapuskan…

Posted: 21 Apr 2011 04:33 PM PDT

Anak Sungai Derhaka: Anwar Mesti Dihapuskan…: "Ada perkara yang dikatakan Rahsia Kerajaan terdedah atau didedahkan dalam artikel ini samada sengaja atau tidak.. entahlah.. bacalah Oleh T..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 22 Apr 2011 01:33 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Kepimpinan adalah Amanah, bukan kebanggaan

Posted: 22 Apr 2011 02:11 AM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 22 Apr 2011 01:17 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Mesyuarat JawatanKuasa Futsal dan Bolasepak Pantai FAM

Posted: 22 Apr 2011 12:26 AM PDT

21 April 2011
  • Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak Pantai Kali Ke-5 di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Perlawanan Liga Super 2011 - Kedah vs Harimau Muda A

Posted: 22 Apr 2011 12:11 AM PDT

20 April 2011
  • Ke Stadium Shah Alam, menyaksikan Perlawanan Liga Super 2011 diantara Kedah dengan Harimau Muda A. Kedah berjaya menumpaskan Harimau Muda A dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Kedah menamatkan pusingan pertama liga dengan 7 (kemenangan) , 3 (seri) dan 3 (kalah) dan berkedudukan di tangga yang ke-4 (24 mata).
  • Pusingan ke-2 liga akan bermula pada Sabtu ini, juga Kedah akan menentang Harimau Muda A di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Semoga Pasukan Kedah akan terus cemerlang mengejar gelaran Juara Liga Super 2011.

Sumbangan Peralatan Sukan

Posted: 22 Apr 2011 12:02 AM PDT

19 April 2011
  • Sebelah petangnya, menyampaikan jersi dan bola kepada pemuda-pemuda Kampung Belau, Merbok.


  • Juga kepada golongan muda di Kampung Hilir, Merbok.

Sumbangan Peralatan Komputer

Posted: 21 Apr 2011 11:56 PM PDT

19 April 2011
  • Menyampaikan peralatan komputer kepada PIBG SRJK(C) Tanjung Dawai.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 22 Apr 2011 01:07 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Program Ceramah Terkini

Posted: 21 Apr 2011 08:14 PM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 22 Apr 2011 11:27 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


JOM SANTAI BERSAMA ABANG BOB LOKMAN

Posted: 22 Apr 2011 08:06 AM PDT

Program : Santai bersama abang Bob Lokman
Tarikh : 19 APRIL 2011
Tempat : Masjid Balok Makmur dan Restoran Lemonade, Balok


Bob Lokman sedang memberi ceramah motivasi kepada para pelajar di KAFA Balok Makmur.


Ucapan aluan oleh YDP Kawasan Indera Mahkota, Tuan Haji Nasrun Amir Abdullah. Beliau merupakan teman sepermainan Bob Lokman semasa kecil.


Bob Lokman sedang menyampaikan ucapan yang diselang seli dengan lawak jenaka, tetapi penuh makna.


Sebahagian daripada mereka yang hadir untuk bersantai bersama Bob Lokman.


Deejay yang berbakat.


Masa makan.


Cenderahati dari pihak penganjur disampaikan oleh YDP Kawasan Indera Mahkota kepada Bob Lokman.


Potret yang menjadi cenderahati.


Bergegas untuk menyampaikan kuliah maghrib di Surau PAKR Kempadang.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 22 Apr 2011 11:23 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Muhyiddin memburu guru, kebajikan terabai

Posted: 22 Apr 2011 01:57 AM PDT


18 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 April: PAS kesal terhadap sikap Kementerian Pelajaran di bawah kendalian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Dr Fuad Zarkashi yang sibuk memburu guru-guru yang terlibat dengan pembangkang sebaliknya mengabaikan kebajikan guru-guru di sekolah.

Terkini, tindakan pertukaran Cikgu Maaruf Mutalib daripada Sekolah Menengah Tenang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengelih Pengerang Kota Tinggi, adalah satu contoh "politik barbarian" yang diulang semula di Kementerian Pelajaran.

Pertukaran kerana surat cuti sakit Cikgu Maaruf semasa pilihan raya kecil Tenang.

"Persoalannya surat sakit yang dikemukakan ialah daripada doktor hospital kerajaan, bukan daripada dukun," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Beliau berkata, sepatutnya Muhyiddin dan Dr Fuad perlu turun ke padang melihat sendiri kebajikan guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas.

Menurutnya, pendedahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mengenai tuntutan perjalanan yang dibuat oleh guru-guru yang pergi kursus anjuran Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah sejak bulan Mac 2010 masih tidak dapat.

Begitu juga, katanya lambakan guru Sains dan Matematik seramai 26,000 merupakan satu lagi ukuran kegagalan Muhyiddin dan Dr Fuad untuk membuat unjuran keperluan guru-guru di sekolah-sekolah.

"Akhirnya guru ini terpaksa mengajar mata pelajaran lain daripada pengkhususannya.

"Apabila keadaan ini berlaku yang menjadi mangsanya ialah murid-murid sedangkan Muhyiddin begitu lantang mengkritik tawaran Pakatan Rakyat kepada guru-guru, imbuhan bulanan RM500, sehingga menuduh negara akan hancur dan bankrap.

"Nampaknya sekarang siapa yang bankrap sehingga peruntukan untuk kementerian beliau tidak cukup," ujarnya.

Beliau berkata, jika itulah watak menteri yang menguruskan kilang yang melahirkan modal insan, maka negara akan hancur kerana meritnya bukan kebolehan tetapi ketaksuban kepada Umno.

Idris turut mempersoalkan kenapa Pengarah Pendidikan Johor, Markom Giran tidak diambil tindakan kerana berkempen kepada guru-guru ketika pilihan raya kecil Tenang.

"Akhirnya kita ingin mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin janganlah kamu melakukan kezaliman, kerana doa orang yang zalim tidak ada hijab dengan Allah.

"Ingatlah bahawa kamu ada anak isteri dan keluarga, kalau kamu tidak suka dizalim, Cikgu Maaruf dan Cikgu Normala juga tidak suka dizalimi," ujarnya.

Beliau turut memberi peringatan khas untuk Fuad Zarkashi mengenai kata-kata Asy-syahid Syed Qutb di dalam buku yang dibaca sewaktu bersama PAS dahulu iaitu "kezaliman walaupun nampak kuat, ia tidak kekal, sedangkan kebenaran walaupun nampak lemah, ia akan menang".

Anwar masuk ke ICU Azizah

Posted: 22 Apr 2011 01:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April: "Alhamdulillah kesihatan terkawal - belum ke ICU hanya ICU khas jagaan Azizah," tulis Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitternya hari ini ekoran berita yang tersebar kononnya sakit tulang belakang beliau berulang kembali. 

"Insyaallah akan terus dengan jadual ke PK (sabtu) dan Kuching (Ahad)," sambung beliau.

Malayskini hari ini menyiarkan berita Ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu telah membatalkan lawatan dua harinya ke Pulau Pinang yang sepatutnya dijadualkan bermula hari ini.

Menurut sumber dalaman parti, Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh terpaksa mendapatkan rawatan perubatan di Kuala Lumpur kerana sakit tulang belakangnya berulang.

Sumber itu bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sejauh keseriusan sakit tersebut berikutan jadual ketat Anwar ketika berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali dijangka menggantikan Anwar di Pulau Pinang.

Anwar dijadualkan menghadiri beberapa majlis termasuk menghadiri perbincangan 'maqasid syariah' di Dewan Sri Pinang di Georgetown.

Tiada kempen berlebihan dalam PAS

Posted: 22 Apr 2011 01:39 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan tidak berlaku kempen berlebihan dalam parti itu sehingga menyebabkan perpecahan.
"Calon sendiri tak berkempen. Tapi kalau pengikut-pengikiut yang berkempen, itu saya tak boleh nak halanglah.

"Dalam PAS budaya kita, masing-masing dah tahu etika kempen dan kempen macam pilihan raya tak berlaku dalam PAS," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini..
PAS, tambahnya tidak terikut-ikut dengan parti lain yang menangguhkan muktamar kerana ingin memberi tumpuan kepada pilihan raya umum yang dijangkakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

"Saya agak parti lain menangguhkan mesyuarat agung mereka kerana takut pertandingan dalam parti akan menyebabkan perpecahan sebab kempen yang terlalu hebat.
"Tapi PAS  ada budaya sendiri. Walaupun ada pertandingan tapi tak akan merosakkan perpaduan dalam parti .

"Jadi tak ada masalah nak teruskan (muktamar) melainkan pilhan raya diadakan pada Jun," katanya.

Beliau juga memberithau tarikh tutup bagi setiap kawasan menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan tertinggi dalam PAS adalah pada 15 Mei ini.

Katanya, ianya bagi memberi peluang kepada setiap kawasan yang belum selesai mengadakan mesyuarat agung mereka untuk turut membuat pencalonan.

Jumlah pencalonan setiap kawasan tidak akan dibuka kepada umum termasuk Harakah dan Harakahdaily sehinggalah semua kawasan selesai membuat pencalonan.

"Pencalonan dari setiap kawasan tidak akan dibuka, diletakkan di satu tempat dan hanya akan dibuka setelah semua selesai.

"Saya sendiri pun tidak akses kepada jumlah pencalonan dan Harakah dan Harakahdaily pun tak boleh siar jumlah pencalonan itu," kata beliau.

Beliau berkata, setelah 179 kawasan selesai membuat pencalonan, ia akan dihantar kepada calon-calon tersebut dan mereka boleh memilih sama ada menerima atau menolak pencalonan tersebut.

Tempoh untuk menarik diri sehingga 26 Mei, sebelum kertas undi dicetak pada 28 Mei.

"Calon yang berhasrat diri untuk bertanding mesti menjawab surat tawaran yang dikeluarkan jawatankuasa pemilihan.

"Kelayakan bertanding ialah apabila seseorang itu mendapat minima dua pencalonan," jelasnya.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan ialah Pengarah jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
Muktamar Tahunan PAS Pusat akan berlangsung pada 1 hingga 5 Jun dengan majlis perasmian pada 1 Jun bagi Muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat pada 2 Jun manakala muktamar penuh bermula 3 hingga 5 Jun.
Bagaimanapun tempat berlangsungnya muktamar akan dimaklumkan kemudian.

Menyentuh mengenai isu-isu yang akan dibangkitkan pada muktamar nanti, Mustafa berkata, ianya berdasarkan ucapan dasar Presiden dan menjangkakan pilihan raya umum ke-13 menjadi salah satu isu utama yang akan dibincangkan.

"Isu yang akan dibangkitkan berdasarkan ucapan dasar Presiden dan drafnya pun belum lagi siap. Jadi bergantung pada ucapan Presidenlah. Tapi berkenaan pilihan raya umum akan dibincangkan," katanya.

Kenapa PAS dikritik

Posted: 22 Apr 2011 01:35 AM PDT

TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?
"Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.
"Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik," kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih "menyayangi" (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.
"Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.
"Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.
"Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS," terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.
"Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan," katanya.
Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, 'sekiranya itu dan sekiranya ini' walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.
"Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN," ulasnya secara positif.

Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya

Posted: 22 Apr 2011 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.
Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.

"Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.

"Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.

Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

"Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

"Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis," kata beliau dipetik media.

Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

"Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.

Batu Gajah Mari

Posted: 22 Apr 2011 11:19 AM PDT

Batu Gajah Mari


Panas!!! UMNO tambah keahlian baru!

Posted: 21 Apr 2011 06:17 PM PDT

http://mynewshub.my/bm/files/2011/03/Penghuni-Sekolah-Harapan.jpg
39 DARIPADA 45 REMAJA SEKOLAH HARAPAN SUDAH MELAHIRKAN ANAK SYARIKAT PEMUDA DAN PUTERA UMNO...JIKA ANAK2 INI TIDAK DIDIDIK DGN AGAMA YG SECUKUPNYA MAKA BERTAMBAHLAH LAGI KEAHLIAN UMNO.

P/S: MACAM MANA PR NAK TUMBANGKAN BN/UMNO?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan