Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA Posted: 14 Apr 2011 11:27 PM PDT Video Lucah : Kami Tahu Siapa Pelaku Tapi Tak Boleh Umumkan, Kata Polis Posted: 14 Apr 2011 01:55 AM PDT KUALA LUMPUR 14 APRIL : Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sekali lagi tampil mendakwa polis telah memperolehi bukti yang mencukupi untuk mengenalpasti individu yang dikaitkan dalam video seks.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa pelaku dalam video itu tetapi menggesa pihak media tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya.
"Berdasarkan siasatan kita, kita percaya kita tahulah siapa di dalam video itu. Ini berdasarkan fakta-fakta yang ada pada pegawai penyiasat," kata Ismail pada sidang media hari ini.
Ditanya sama ada polis mengenal pasti wanita dalam video 21 minit itu, beliau berkata "polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dengan video seks".
Tan Sri Ismail turut enggan mendedahkan sekiranya polis sudah mengenalpasti sama ada video berkenaan dirakamkan di dalam atau di luar negara.
"Saya rasa yang penting ialah kesahihan video itu, maknanya ia bukanlah diadakan, superimpose. (Sama ada) buat di Malaysia ke (tidak), yang penting ialah kesahihan,"katanya.
Beliau bagaimanapun mengesahkan bahawa siasatan polis kini masih bertumpu di dalam negara. Siasatan dijangka diselesaikan minggu depan, kata beliau.
Dua minggu lalu, Ismail berkata pihaknya telah mengesahkan bahawa video itu adalah tulen namun, seperti hari ini, tidak menyatakan siapa pelakunya.
Tiga Datuk T yang menayangkan video itu kepada media terpilih dan pada 21 Mac lalu mendakwa pelaku berkenaan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menolak fitnah itu dan membuat laporan polis pada keesokan hari bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Beliau juga mendedahkan dalang video itu sebagai bekas Ketua Menteri Melaka Tan sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan pemimpin Umno dari Kedah Shuib Lazim yang juga bekas bendahari Perkasa.
Ketiga-tiga mereka dilaporkan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bangunan Parlimen sebelum mengakui mereka mendalangi penayangan video itu. Pimpinan Pakatan Rakyat menyifatkan video itu sebagai satu lagi fitnah Umno untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan melemahkan Pakatan Rakyat, khususnya menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.
Sumber: TVSNEWS | Yusmadi : Siasat Semula Kes Altantuya Posted: 14 Apr 2011 01:50 AM PDT SHAH ALAM 14 APRIL : Dalam keghairahan untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan TV3 semalam mengenai pendedahan Raja Petra Kamarudin membuka semula pelbagai persoalan mengenai pembunuhan Altantuya Sharibuu, kata ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuff.
TV3 dan media arus perdana hari ini cuba memberi gambaran bahawa Raja Petra dipaksa membuat kenyataan bersumpah oleh pejabat Anwar untuk mengaitkan isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor kepada pembunuhan warga Mongolia itu pada tahun 2006.
Yusmadi berkata laporan itu bertujuan menimbulkan kecurigaan untuk menghakis sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri Sarawak Sabtu ini.
Namun menurut Yusmadi yang juga Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), apa yang lebih penting di sebalik temu bual itu ialah pendedahan terbaru Raja Petra mengenai beberapa individu yang boleh membantu siasatan kes kematian misteri model Mongolia, Altantuya Shaaribu.
" Ya memangkan nama Anwar Ibrahim cuba dikaitkan, ini punya kaitan langsung dengan implikasi atau impak terhadap kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim dalampilihanraya kali ini tetapi yang lebih penting di sini ialah temuduga itu telah dibuat sudah lama di Australia. Kenapa ia disiarkan pada masa ini?,"soal Yusmadi.
Yusmadi berkata kenyataan Raja Petra bagaimanapun harus mengundang polis untuk membuka semula siasatan mengenai pembunuhan Altantuya.
" Tapi saya sebagai peguam melihat ini sebagai isu undang-undang dan isu jenayah yang perlu ditangani secara jenayah walaupun cuba dimanfaatkan oleh pihak Barisan Nasional dan TV3 untuk kepentingan politik. Yang penting ialah untuk keadilan kepada mereka yang terlibat dan pihak polis perlu membuka kertas siasatan bagi merungkai banyak persoalan dalam tragedi ini yang menyebabkan kematian seorang warga Mongolia,"katanya.
Semalam dalam temu bual Tv3, Raja Petra mendakwa beliau tidak pernah menuduh Perdana Menteri Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya.
Namun beliau mendakwa kenyataan bersumpah itu bersandarkan maklumat yang diterima daripada beberapa pihak.
" Kenyataan Raja Petra berdasarkan interview yang dilakukan di Australia menunjukkan satu perkara yang amat memeranjatkan dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak polis kerana ia merujuk kepada apa yang saya lihat sebagai keterangan baru kerana nama-nama yang disebut atau bukti-bukti yang disebut seperti mereka yang kononnya mempunyai maklumat yang relevan untuk kes Altantnya. Antaranya nama-nama seperti leftenan kolonel yang dikata mempunyai maklumat. " Jadi saya rasa perkara ini perlu dibawa ke tengah terutama sekali untuk mahkamah menilai terutama sekali apabila kes Altantuya ini untuk rayuan untuk mereka yang tertuduh yang telah didapati bersalah,"jelas Yusmadi.
Raja Petra dalam portalnya hari ini menjelaskan bahawa beliau hanya memberi wawancara kepada TV3 untuk menarik perhatian polis supaya menyiasat kandungan kenyataan bersumpahnya pada Jun 2008.
Akuan bersumpah itu dibuat berasaskan maklumat yang diyakini dimiliki oleh perisikan Angkatan Tentara Malaysia (ATM) yang mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera ketika Altantuya dibom di Puncak Alam, Shah Alam.
Menurut Yusmadi, nama-nama seperti Lt Kol Azmi Zainal Abidin, Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan Din Merican yang disebut Raja Petra adalah penemuan terbaru untuk merungkai misteri kematian Altantuya. " Jadi di sini adalah wajar dan perlu untuk pihak polis dan pihak bertangungjawab membawa keterangan-keterangan tersebut untuk dinilai oleh mahkamah. Dan kerana kita tahu sehingga hari ini pihak berkuasa iaitu kedua orang polis UTK itu, bahawa mereka tak bersalah dan isu besar yang menjadi tanda tanya ialah isu motif," kata Yusmadi.
"Apakah motif sekiranya melakukan pembunuhan tersebut. Jadi kenyataan Raja Petra itu perlu dilihat secara serius bahawa ada mereka-mereka yang punya maklumat yang boleh membantu polis dan perlu siasatan itu dibuka semula,"katanya lagi.
Raja Petra dalam portalnya hari ini juga turut mengakui risiko Tv3 kerana memutarbelitkan wawancaranya dan tidak menyiarkannya secara penuh.
Kes kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu pada Oktober 2006 mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.
Dua tertuduh yang dijatuhi hukuman Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar masih menunggu rayuan.
Sumber: TVSNEWS | Pakatan dakwa wang mula ditaburkan... Posted: 14 Apr 2011 01:40 AM PDT Tinggal 36 jam lagi sebelum hari pengundian dalam pilihan raya Sarawak, Pakatan Rakyat bakal berdepan cabaran paling sukar setelah sepuluh hari berkempen – 'politik wang' di kawasan luar bandar.
Bukan lagi rahsia, BN dikatakan sentiasa bersandar kepada imbuhan pilihan raya pada saat-saat akhir pengundian, taktik yang tidak mampu ditandingi gabungan PKR, DAP dan PAS.
Seorang kapitan daripada kawasan majoriti Iban di Sri Aman mendakwa, petugas BN akan menabur wang tunai kepada pengundi di rumah-rumah panjang pada malam 15 April bagi mempengaruhi undi pada hari sesudahnya.
"Saya dengar kali ini mereka beri RM50 untuk seorang pengundi," katanya sambil mendakwa jumlah itu cukup bagi pengundi Iban di kawasan itu yang pendapatan bulanan mereka antara RM100 hingga RM300.
"Bulan lalu saya sudah kumpulkan senarai di kawasan saya dan berikan pada agen BN. Mereka akan mengedarkannya hari ini atau esok. Saya masih perlu kemaskini senarai itu."
Jawatan kapitan atau pemimpin masyarakat Cina merupakan jawatan lantikan kerajaan yang dicadangkan oleh wakil rakyat BN setempat. Mereka mendapat elaun RM850 sebulan. Jawatan yang hampir sama bagi masyarakat Iban dipanggil tuai rumah (ketua rumah panjang). Pembelian undi sudah mula Pakatan juga mendakwa di banyak kerusi 'panas' di kawasan luar bandar pembelian undi sudah berlaku.
Di Ba'kelalan - pengurus kempen PKR Paul Bian mendakwa setiap keluarga mendapat antara RM1,000 to RM2,000 – dakwaan melibatkan jumlah wang tertinggi setakat ini. PKR menurunkan pengerusi majlis pimpinan negerinya Baru Bian, di kerusi ini.
Selain politik wang, PKR juga mendakwa mereka bergelut memeriksa daftar pemilih kerana percaya lebih separuh daripada pengundi kawasan itu dipindahhkan dari tempat pengundian mereka.
Dakwa Paul lagi, terdapat risalah menyatakan Baru membuat untung besar dengan menjadi peguam kepada penduduk kampung yang menghadapai masalah dengan tanah adat (NCR) masing-masing.
BN juga dilihat bertali-arus menyerang kawasan berkenaan dengan ramai tokoh heavyweight mereka seperti Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat kawasan itu hari ini. Sampaikan cek
Paul bagaimanapun percaya, Baru yang bertanding kali ketiga mempunyai kelebihan kali ini berikutan "kempen awalnya"
"Kami bermula amat awal untuk mendidik pengundi. Saya yakin kami mendapat sokongan 60 peratus pengundi," kata Paul lagi.
Di Belaga, sokongan pada BN didakwa mula kukuh apabila Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk James Masing menyampaikan cek dan hakmilik untuk rumah panjang di Sungai Asap sebagai pampasan untuk penempatan semula tanah mereka.
Bagaimanapun, aktivis setempat dan penulis blog Wing Miku mendakwa, BN masih mempunyai masalah ekoran pampasan yang diberikan didakwa hanya separuh daripada apa yang dijanjikan manakala hak miliknya pula hanya selama 60 tahun.
Sungai Asap ialah tempat penempatan semula untuk penduduk yang terjejas oleh pembinaan empangan Bakun sebelum ini.
Di Beting Maro - kerusi paling berpotensi dimenangi PAS - parti Islam itu masih risau terhadap 'pembelian' undi yang didakwa melanda sejak beberapa hari lalu. RM200 satu pintu
"Ada di satu tempat, RM200 diberi untuk satu pintu. Jadi, ada yang turut minta jumlah yang sama daripada PAS untuk menukar undi. Saya tidak beri. Ini rasuah.
"Saya tanya, hari ini dia beli RM200, esok dia ambil tanah harga RM2 juta. Kamu hendak RM200 atau mahu pertahan tanah?" kata seorang petugas PAS, Jamaludin Ishak.
Menurutnya lagi, PAS setakat ini yakin akan memenangi 10 peratus undi Iban manakala undi Melayu, peluang masih terbuka untuk kedua-dua pihak bertanding.
Sementara itu, di Saribas pula, selain berterusan turunnya tokoh heavyweight BN, petugas PKR turut mendakwa usaha mempengaruhi undi melalui pemberian wang dan babi di rumah panjang sudah berlaku.
"Kita harap, sebagai counter attack, kita boleh bawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah di malam terakhir. Bukan lama, 30 minit sudah cukup (untuk pertahan sokongan)," kata pengarah pilihan raya PKR Saribas Abang Kassim Abang Bujang.
Menurutnya, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar dijadual berada di Saribas untuk berkempen di saat-saat akhir.
Setakat ini, Abang Kassim menambah, PKR berada hanya sedikit di depan dengan kedudukan 51-49.
Sumber: Malaysiakini | PAS solat hajat seluruh negara malam ini Posted: 14 Apr 2011 01:30 AM PDT PAS mengarahkan semua ahlinya di seluruh negara melaksanakan solat hajat pada malam ini untuk kemenangan calon-calon PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu ini, laporHarakadaily.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata tindakan itu jalan yang terbaik supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon dan petugas mereka di negeri itu.
"Kita perlu memohon kepada Allah semoga pintu hati pengundi terbuka untuk menyokong perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
"Alhamdulillah, petugas PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan perubahan politik di Sarawak," katanya.
Sebelum ini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti itu, Datuk Seri Hadi Awang telah mengarahkan semua ahli supaya menunaikan solat hajat di seluruh negara malam ini.
Idris dalam kenyataannya berkata semua penyokong PAS di seluruh negara hendaklah bermohon kepada Allah agar keselamatan petugas-petugas parti selamat menjalankan tugas sepanjang pilihan raya ini.
"Nampaknya bunga-bunga kemenangan sudah nampak, penerimaan masyarakat tempatan walaupun berlainan agama dan budaya," tulisnya.
Sumber: Malaysiakini | BN jadikan Baru modal propaganda Posted: 14 Apr 2011 01:25 AM PDT Sentimen anti Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Baru Bian sebagai ketua menteri menjadi antara modal terakhir BN bagi menawan hati pengundi Bumi Kenyalang.
Selepas beberapa hari memainkan sentimen Pakatan Rakyat sebagai "parti semenanjung", BN menggunakan media tempatan bagi mengiklankan 'propaganda' mereka, antaranya melalui Utusan Sawarak.
"Jom ubah? Baru Bian jadi ketua. Sik nyesalkah kita kelak! (Tidak menyesalkan kita nanti!)," iklan muka depan dalam akhbar yang popular bagi masyarakat Melayu, Melanau dan Iban itu dipetik.
Pendekatan itu merupakan yang pertama dibuat secara terbuka di dada akhbar selepas sembilan hari tempoh berkempen. Malah, tidak seperti PKR, ceramah dan kempen BN belum dikesan dan dilaporkan memainkan isu itu.
Bagaimanapun, satu lagi akhbar tempatan Utusan Borneo – pesaing utama Utusan Sarawak – tidak memuatkan iklan itu, sebaliknya memberikan satu muka penuh tentang manifesto BN dan pencapaian gabungan 14 parti komponen itu.
Utusan Sarawak juga mengambil pendekatan 'pelik' apabila memuatkan analisis berhubung masa depan Baru di Sarawak dan surat pembaca menyentuh kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di muka depan.
Kebiasaan akhbar di Malaysia meletakkan ruangan itu di muka surat dalam sahaja ekoran muka depan dianggap terlalu 'mahal'.
'Kau punya CM jaga betul hak kamu' Artikel berjudul "Baru Bian pimpin Pakatan di Sarawak" mempertikaikan sejauh mana perkara itu akan menjadi realiti berdasarkan rekod PKR "tidak mengotakan janji", antaranya melalui idea pembentukan kerajaan baru pada 16 September 2008.
Manakala surat pembaca daripada Jitam Antin pula memetik pandangan seorang penduduk Sabah bahawa rakyat Sarawak beruntung memiliki ketua menteri sedia ada.
"Kau punya CM(ketua menteri) jaga betul-betul hak kamu orang Sarawak. Kami di Sabah berlawan sesama sendiri sekarang hilang semuanya. Semuadecision (keputusan) kena refer (rujuk) pergi KL saja," demikian menurut tulisan itu.
Sebelum ini, Pemuda PKR mendakwa isu itu hanya dimainkan di beberapa kawasan majoriti Melayu dan Melanau bagi menakut-nakutkan pengundi di kawasan itu. Bagaimanapun, hanya pengedaran poster Baru Bian dikesan.
Abdul Taib yang mentadbir Sarawak selama 30 tahun merupakan seorang Melayu/Melanau – antara kelompok minoriti berbanding masyarakat Dayak di negeri itu.
Di pihak PKR pula, isu Baru sebagai bakal ketua menteri memang dijadikan modal kempen mereka, terutamanya di kawasan majoriti Iban.
Cina hilang jawatan penting
Justeru, pendekatan BN hari ini dilihat ditujukan kepada masyarakat Melayu dan Melanau bagi mengekalkan sokongan kelompok itu yang dianggap tidak berganjak padanya.
Bacaan terkini menunjukkan undi Cina sudah 70 peratus memihak kepada Pakatan manakala undi Iban pula mulai 'goyang' dan berpotensi berubah.
Sementara itu, isu Pakatan sebagai parti semenanjung dan "orang luar" - yang dihangatkan oleh pemimpin penting BN dalam beberapa hari kebelakangan ini - diteruskan di dada-dada akhbar berbahasa Inggeris dan Cina.
Iklan yang juga di halaman depan itu berbunyi: "CHANGE??? We may 'fight' among ourselves. But together we fight outsiders! And together we protect Sarawak's interest. Vote for state BN by truly Sarawakians."
(Bermaksud: Perubahan? Kita mungkin 'berjuang' sesama sendiri. Tetapi akan bersama-sama menentang pihak luar. Dan bersatu mempertahankan kepentingan Sarawak. Undilah BN negeri, daripada anak jati Sarawak.)
Manakala ikhlan di akhbar-akhbar Cina pula dilaporkan memberi amaran, sekiranya SUPP tewas teruk, masyarakat itu akan hilang jawatan ketua menteri, menteri dan semua timbalan menteri serta kuasa melantik ketua masyarakat dan datuk bandar di Kuhcing dan Miri.
"Masyarakat Cina akan diketepikan dalam arena politik dan sosial," iklan itu dipetik.
Sumber: Malaysiakini | Dr M ingatkan Taib: Belajar daripada sejarah Posted: 14 Apr 2011 01:20 AM PDT Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud supaya 'belajar daripada sejarah' apabila membuat keputusan mengundurkan diri.
Meskipun tidak memberikan jawapan langsung apabila ditanya sama ada Taib harus berundur, Mahathir memberi beberapa contoh kekalahan BN kerana pemimpin negeri enggan melepaskan jawatan masing-masing.
"Ada satu MB yang berkeras mahu terus berkuasa dan kita hilang negeri itu. Jika kita belajar daripada sejarah, kita tidak akan lakukannya lagi," katanya kepada wartawan selepas melancarkan persidangan pelancongan Islam di ibu negara.
Walaupun Mahathir tidak menamakan menteri besar itu, adalah dipercayai beliau merujuk kepada Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, yang menerajui Terengganu dari 1974 hingga 1999.
PAS mengambil-alih negeri itu pada pilihan raya umum 1999 dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi menteri besar.
Seorang lagi menteri besar yang dijadikan contoh Mahathir adalah Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo, yang menerajui Selangor dari 2000 hingga 2008, apabila negeri itu dirampas oleh Pakatan Rakyat.
Mahathir juga tidak cenderung untuk mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan keputusan pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini dengan ura-ura Pakatan Rakyat mampu menafikan kemenangan dua perita untuk BN.
"Saya fikir BN akan menang," katanya dan enggan mengulas apabila soalan berkaitan terus diajukan oleh wartawan.
Sumber: Malaysiakini | DAP tunjuk klip video dakwaan beli undi pos Posted: 14 Apr 2011 01:15 AM PDT DAP hari ini mendedahkan dakwaan pembelian undi pos dengan menayangkan klip video yang dirakamkan oleh seorang ejen mengundi DAP, dan mengenalpasti lelaki yang terlibat.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sibu, calon DAP DUN Bukit Assek, Wong Ho Leng mendakwa lelaki dalam klip video itu ialah satu pegawai kesihatan Majlis Perbandaran Sibu (SMC), bernama Wong.
Ho Leng juga berkata empat orang wanita yang dirakam dalam video itu ialah guru yang ditugaskan sebagai petugas pilihan raya.
"Saya mahu presiden SMC, Tiong Thai; timbalan presiden, Daniel Ngien serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan," katanya.
Menurutnya, mereka perlu menjelaskan mengapa seorang pegawai kesihatan boleh berada dalam kawasan larangan.
"Saya tahu ramai, ramai guru menjual undi mereka, mereka tidak mengundi sendiri, tetapi mereka tak beran nak cakap mengenainya," tambahnya.
Klip video selama satu minit dan 32 saat itu, dirakamkan semalam antara jam 12 tengahari hingga 1 tengahari di Wisma Sanyan di kawasan anak tangga antara tingkat 21 dan 22 , tempat pengundi pos mengundi pada hari Rabu.
Sumber: Malaysiakini | Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat Posted: 14 Apr 2011 01:10 AM PDT Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.
Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.
Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon. Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.
Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.
Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.
"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.
Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.
Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.
"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.
"Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.
Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.
Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
Sumber: malaysiakini | Utusan dan adab songsang cari kebenaran Posted: 14 Apr 2011 01:05 AM PDT Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya.
Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa.
Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks.
Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina.
Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi.Soal maruah
Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah.
Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah.
Runtuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang.
Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini.
Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati.
Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan.
Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya.
Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya.
Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya. Rejam sampai mati Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina.
Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan.
Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina.
Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi.
Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah.
Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam.
Syor Datuk Zaini Hasan (kiri), salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini.
Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang "amat rendah moralnya".
Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman. Media rendah moral
Didepani oleh orang media yang "rendah moralnya" mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar?
Sebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf.
Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah.
Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia.
Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia.
Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib. ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.Wira Arjuna adalah seorang editor kanan beberapa media harus perdana sebelum ini dan beliau kini melihat sesuatu berita daripada perspektif berbeza.
Sumber: Malaysiakini | Anwar bawa mesej 'Ubah' ke kawasan terpencil Posted: 14 Apr 2011 01:00 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kematangan rakyat Sarawak akan menyerlah pada pilihan raya negeri kali ini apabila mereka bangkit bersama menolak pemerintahan rakyat BN pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, lapor TV Selangor.
Anwar bermalam di Kapit malam tadi, sebuah kawasan pendalaman yang diwarnai dengan rumah-rumah panjang dan mengambil masa perjalanan tiga jam menggunakan bot dari Sibu.
Bercakap kepada kira-kira 500 penghuni Rumah Panjang Bundung, Anwar menegaskan keinginan rakyat Sarawak mengukir masa depan yang baru dan lebih terjamin akan diterjemahkan menerusi kotak undi pada Sabut ini.
"Tidak ada sebab lagi rakyat Sarawak terutamanya orang Iban dan Melayu terus sokong BN setelah melihat bagaimana mereka merompak memperkayakan dua tiga kerat pemimpin pada hal rakyat terus hidup merempat," kata Anwar.Sambutan menggalakkan
Sambutan rakyat yang amat menggalakkan menambahkan keyakinan beliau bahawa perubahan drastik bakal berlaku.
Dalam ucapannya Anwar turut mengulas "perbalahan" antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Taib bersara dengan segera manakala ketua menteri yang sudah berkuasa selama 30 tahun itu masih ingin memerintah.
Anwar berkata rakyat Sarawak bukan sahaja ingin Taib berundur tetapi mahu BN Sarawak turut berbuat demikian.
"Sekarang Najib dan Taib sudah berbalah. Apa punya perdana menteri datang ke Sarawak hanya untuk umumkan Taib akan berundur dan kemudiannya Taib tunjukkan sikap degilnya. Ini bukti mereka akan kalah di Sarawak," katanya.
Pagi tadi, Anwar menaiki feri untuk bertemu dengan rakyat di Song yang terletak kira-kira 41 km dari Kapit.
Seperti di Kapit semalam, ribuan penduduk menyambut beliau yang diiringi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N55 Katibas, Munan ak Laja.
Anwar sempat mengunjungi pasar, kedai dan gerai di Song dan disambut mesra oleh penduduk setempat.
Ada yang tidak melepaskan peluang bergambar bersama ketua pembangkang itu
Di pasar Song, Anwar menyeru agar rakyat Sarawak membuang rasa gentar terhadap BN.
"Kita yang tidak curi balak, rampas tanah, rogol anak gadis Melaka, bunuh Altantuya jadi nak takut, apa pasal. Orang yang buat semua jenayah pula jadi berani, naik pangkat malah datang berkempen minta sokongan.
"Sudah tiba masanya rakyat Sarawak kata "enough is enough (sudah cukup)" dan pada 16 April nanti kita tumbangkan BN dan tegakkan perintah baru di bawah Pakatan Rakyat," ," kata Anwar. | |
Anwar Ibrahim Posted: 14 Apr 2011 07:50 PM PDT Sarawak Election 2011: Come Home And Vote For Change Posted: 14 Apr 2011 07:42 PM PDT | Kenyataan Surendran Berhubung Wawancara TV3 Bersama RPK Posted: 14 Apr 2011 06:41 PM PDT Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah tersebut telah mendedahkan dakwaan serius terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai. Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau telah dimaklumkan oleh “sumber yang boleh dipercayai” berkenaan perkara ini. Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari Perdana Menteri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam. Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan “disapu ke bawah Permaidani”. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan siasatan. N.Surendran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. | Program ‘Grand Finale’ Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan Sarawak Posted: 14 Apr 2011 01:25 AM PDT 14 April 2011 (Khamis) 5.00 ptg – Pekan Sadong Jaya 6.00 ptg – Pekan Asajaya 7.30 malam – Serian Seafood Garden Restaurant, Bazar Serian 9-00 malam – BDC, Jalan Stampin, Kucing 10.30 malam – Bandar Baru Semariang Fasa 3, Jalan Sultan Tengah, Kucing | Utusan Dan Adab Songsang Cari Kebenaran Posted: 13 Apr 2011 09:06 PM PDT Dari Malaysiakini Imam Shafie meluangkan masa menemu bual ramai wanita bagi memahami soal kitaran haid dan pengalaman mereka berhubung perkara istihadah dan sebagainya sebelum mengeluarkan fatwa fiqh mengenainya. Kajian saintifik penting dalam proses mencari kebenaran. Itu asas hukum Islam. Namun butir kajian bukanlah untuk dipamer dan dihebahkan. Yang penting selepas kajian empirical dibuat barulah rumusan dijadikan fatwa. Adab dan prosedur ini amat berbeza sama sekali dengan cadangan filem atau video seks dipertontonkan kononnya untuk mencari kebenaran seperti yang dianjurkan oleh Utusan Malaysia demi membuktikan perbuatan zina berlaku seperti tuduhan yang ditujukan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sudah pasti apabila Imam Shafie menemubual wanita-wanita berkenaan ia dibuat dalam persekitaran yang mengikut hukum syarak dan dengan izin wali dan suami mereka. Dan, sudah pasti pula ini amat berbeza sekali dan tatakrama merumuskan hukum fiqh walaupun kedua-duanya membabitkan seks. Sesungguhnya syor Utusan ini bukan kaedah atau adab Islam. Bak kata Mufti Perlis Dr Juanda Yahya (kanan) , Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid, bahan mati seperti video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes pertuduhan zina. Kaedah lebih tepat ialah kehadiran empat saksi yang berwibawa yang melihat perbuatan jijik itu dilakukan. Mufti-mufti ini sepakat mengatakan peraturan ini adalah ketetapan Allah. Maka ini bermakna tiada tawar menawar dalam kes seumpama ini. Menentang adab yang ditentukan Allah bererti biadap kepada Ilahi. Soal maruah Soal tuduhan zina – tidak kira dengan wanita merdeka, berlainan agama atau kaum – membabitkan soal maruah. Bayangkan jika dibiarkan gosip tentang hubungan intim hingga menyindir terjadinya perbuatan zina di antara artis dan orang popular seperti ahli politik dibiarkan berleluasa seperti amalan kebanyakan akhbar dan majalah picisan di negara ini, natijahnya ialah ia akan membajai persepsi manusia umumnya bahawa perbuatan zina adalah lumrah. Runtuhlah sistem sosial jika amalan media Utusan ini tidak ditegur dan ditentang. Sebab itu, Allah menggariskan khusus apabila membuat penghakiman mengenai tuduhan zina ini. Perhatikan sikap dan pendirian Rasulullah s.a.w. apabila seorang wanita datang menemui baginda minta dikenakan hukum rejam kerana berzina. Didorong oleh rasa menyesal yang mendalam, wanita berkenaan mahu dan reda dikenakan hukuman mati. Namun sikap Rasulullah amat penting dijadikan barometer memelihara maruah seseorang insan. Wanita berkenaan berkata, bukti dia berzina ialah ketika itu dia sudah mengandung. Oleh kerana tiada saksi selain pengakuan wanita berkenaan, Rasulullah menasihatkan beliau pulang hingga melahirkan bayinya. Setelah melahirkan, wanita berkenaan menemui Rasulullah minta dihukum kerana berzina. Kali ini beliau membawa bayinya untuk jadi bahan bukti perbuatan jeleknya. Namun Rasulullah mempersoalkan siapakah akan menyusui bayi itu jika beliau dihukum rejam sampai mati. Bagindapun menasihatkan supaya wanita itu pulang dan menyusui bayinya. Rejam sampai mati Selang beberapa waktu, wanita berkenaan datang menemui Rasulullah lagi. Kali ini membawa bayinya yang sudah pun boleh memamah roti demi membuktikan bayi itu tidak memerlukan air susunya lagi. Oleh kerana ketegasan wanita yang benar-benar mahu bertaubat, Rasulullah pun menjatuhkan hukum dia direjam sampai mati kerana berzina. Yang jelasnya, dalam tiga pertemuan itu Rasulullah tidak bertanya wanita itu siapa pasangan zinanya. Mungkin umum berfikir si lelaki terbabit pun patut dihukum. Lantas ia membuktikan doktrin bahawa memelihara maruah adalah amat penting dalam Islam. Soal tuduhan zina atau perkara yang mengaibkan tidak boleh diperpanjangkan. Sebab itu, mufti-mufti yang bertanggungjawab seperti yang disebutkan sebelum ini memfatwakan video bukan bahan yang boleh dijadikan bukti untuk mensabitkan perbuatan zina. Ini semangat memelihara kehormatan dalam Islam. Ini semua terzahir daripada ketetapan Allah bahawa tuduhan zina memerlukan empat saksi. Maknanya, tuduhan melulu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya terhadap sesiapa hanya bersandarkan gosip atau bahan bukti video kabur yang dicuri rakam. Lebih buruk dan jijik lagi jika video itu dirakam untuk tujuan memfitnah. Soal memelihara maruah ini nampaknya secara sengaja (demi mencapai objektif politik tertentu) dilanggar oleh Utusan dan juak-juak politik yang ingin menjatuhkan Anwar Ibrahim. Yang jelas, tuduhan liar itu membelakangkan syariah dan adab Islam. Syor Datuk Zaini Hasan (kiri), salah seorang pemimpin akhbar Utusan yang mendabik dada pejuang kepentingan Melayu dan Islam, supaya tayangan penuh video seks 21 minit itu dibuat kepada umum adalah jelas satu sikap yang benar-benar membelakangkan ajaran agama tauhid ini. Mungkin ini agaknya yang dimaksudkan oleh Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid sebagai unsur yang "amat rendah moralnya". Matlamat Utusan dan Zaini serta ahli-ahli politik seperti Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shuib Lazim dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah (yang masing-masing ada kepentingan peribadi) yang mahu video lucah dipamerkan kepada awam memang benar-benar meloyakan sesiapa yang beriman. Media rendah moral Didepani oleh orang media yang "rendah moralnya" mereka ini mahu video lucah dijaja seluas-luasnya ke seluruh pelosok negara untuk mengaibkan Anwar Ibrahim. Kenapa mereka begitu yakin bahawa pelaku video lucah itu Anwar? Sebenarnya, mereka tidak yakin. Yang mereka yakini ialah jika sekalipun terbukti kelak pelaku itu bukan Anwar, mereka percaya tidak ada tindakan akan diambil ke atas mereka; dan, mereka tidak perlu meminta maaf. Perkembangan awal isu ini adalah bukti kukuh. Mempamerkan video lucah adalah satu kesalahan menurut undang-undang Malaysia. Sehingga kini tiada tindakan diambil ke atas mereka oleh pihak polis, Peguam Negara mahupun mahkamah. Mereka tahu, jika isu ini diperpanjangkan jadi bahan perbualan, apa yang mereka sifatkan sebagai kejelekan Anwar yang mereka khuatiri layak jadi Perdana Menteri Malaysia satu hari nanti, akan memalukan Malaysia. Namun apa yang sebenarnya mereka sedang lakukan sekarang ialah menyebarkan fitnah dan memburukkan nama baik Malaysia di mata dunia. Jika mereka memang didorong oleh iman yang tulen, mereka sewajibnya mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan bersikap seperti Rasulullah – jaga maruah insan dengan melaksanakan tuntutan qazaf Anwar dalam kes dakwaan liwat Saiful dan laporan Angkatan Muda Keadilan yang mahu qazaf dikenakan terhadap penjaja fitnah – Rahim, Eskay dan Shuib. | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 14 Apr 2011 11:49 AM PDT Adakah kepimpinan ulama masih relevan? Posted: 13 Apr 2011 05:49 PM PDT Di era arus pembangunan, modenisasi, tranformasi, buku jingga, internet tanpa had dan batasan, adakah tema kepimpinan ulama yang dilaung-laungkan selama ini masih lagi relevan? Satu lontaran persoalan yang menyentak fikiran kita semua. Bukankah ulama itu pewaris Nabi? | Tak lakulah kereta terpakai, tambah lagi beban rakyat Posted: 13 Apr 2011 05:48 PM PDT Berita Gembira, Berita Baik untuk Rakyat Didahulukan. Kenderaan Terpakai Perlu Diperiksa PUSPAKOM Sebelum Dijual Mulai Jun 2011. Berita Baik untuk pakcik-pakcik di Felda-Felda dan kampung pedalaman, lepas ni kalau ada kereta atau motosikal lama tak perlu jual, pakai saja sampai jahanam, takkan nak pergi Puspakom beratus kilometer untuk diperiksan. TERIMA KASIH BN, UMNO DAN BN. WA CAYA LU ! SPRM TAK NAK SIASAT PUSPAKOM PULA KE? KENDERAAN TERPAKAI PERLU DIPERIKSA PUSPAKOM SEBELUM DIJUAL MULAI JUN Bernama 14 April 2011 PUTRAJAYA - Bermula Jun ini, semua kenderaan bermotor terpakai, dibaikpulih dan diubahsuai termasuk MOTOR, wajib menjalani pemeriksaan menyeluruh di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi memastikan status atau keadaan semasa sesebuah kenderaan tersebut sebelum dijual. "(Di bawah pindaan ini), setiap kenderaan terpakai akan melalui beberapa fasa pemeriksaan di pusat pemeriksaan kenderaan di Puspakom sebelum diperakui dan diluluskan selamat untuk digunakan atas jalan raya," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian itu dengan Puspakom bagi pelaksanaan pemeriksaan tersebut di sini. | Jenayah berleluasa di Putrajaya, UiTM sasaran ragut Posted: 13 Apr 2011 05:47 PM PDT Entahlah nak percaya mana satu, indeks jenayah makin turun atau laporan di bawah ini yang mengatakan Jenayah di Putrajaya menjadi-jadi dan Pelajar-pelajar UiTM sasaran ragut. Bukan itu sahaja, malahan kes polis tertembak pun semakin menjadi-jadi sekarang ini. Pelik bukan? JENAYAH DI PUTRAJAYA MENJADI-JADI . Berita Harian 14 April 2011 SAYA ingin meluahkan kekecewaan penduduk di Putrajaya kerana sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kegiatan jenayah seperti kecurian kereta, pecah rumah, kecurian harta benda awam dan sebagainya. Apabila penduduk hendak membuat pagar, mereka diancam dengan saman oleh Perbadanan Putrajaya, iaitu pihak berkuasa tempatan di sini. Tetapi apabila rumah dipecah dan dimasuki pencuri dan penjenayah, adakah mereka mahu bertanggungjawab? Kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran pula tidak dapat merakam gambar jelas apabila di 'zoom' ke jarak dekat. Yang peliknya juga, ada kamera CCTV hanya dihadapkan ke satu arah saja sama ada ke utara atau selatan. Adakah ini tadbir urus bandar yang cekap dan berkesan? Pihak polis juga meminta mana-mana penduduk yang belum memasang besi jeriji di rumah supaya melakukannya segera, manakala yang menggunakan jeriji besi biasa diminta menukarkannya ke jeriji lebih padu sementara rumah perlu sentiasa dimangga. Kadang-kadang berlaku antara dua hingga empat kecurian kereta dalam sehari di Putrajaya. Saya juga pernah kehilangan kereta di kawasan Putrajaya Central, berhampiran Balai Polis Putrajaya di Presint 7. Apabila disiasat, pihak polis dimaklumkan bahawa kamera CCTV yang terdapat di kawasan sekitarnya hanya menghadap ke arah Balai bomba Putrajaya. Kamera jenis apa yang dipasang oleh Perbadanan Putrajaya ini? Sekiranya perkara ini berterusan dan tidak ditangani dengan berkesan, dikhuatiri Putrajaya hanya layak berstatus kampung dan hanya indah khabar dari rupa. Persoalannya di manakah perginya tadbir urus Perbadanan Putrajaya yang cekap dan berkesan yang hanya menguruskan bandar Putrajaya semata-mata? Tindakan awal yang harus dibuat oleh perbadanan ialah membuat lebih kerap rondaan di kawasan letak kereta dan motosikal, memasang kamera CCTV yang baik dan jelas dan boleh berfungsi 360 darjah dan 24 jam, mengawal semua pintu keluar/masuk ke Putrajaya serta bekerjasama dengan polis agar kawalan keselamatan terutama di kawasan panas dititikberatkan. Jika ini tidak dilaksanakan, jangan menghalang atau menyalahkan penduduk apabila mereka memasang pagar tinggi dan mengadakan pondok kawalan keselamatan sendiri untuk mengawal kawasan rumah mereka. PELAJAR UITM SASARAN RAGUT . Berita Harian 14 April 2011 JENAYAH ragut kini semakin berleluasa dan membimbangkan orang ramai terutamanya wanita. Walaupun pelbagai kempen dilakukan, namun masalah ini tetap berlaku. Jenayah ragut agak ketara di sekitar kawasan Seksyen 7 Shah Alam yang mana ramai pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) tinggal. Kawasan sebegini sememangnya menjadi sasaran utama peragut melakukan jenayah. Sudah banyak kes pelajar UiTM diragut disiarkan dalam akhbar. Ada mangsa cedera parah disebabkan tindakan ganas peragut yang menggunakan senjata ketika melakukan jenayah mereka. Kekerapan jenayah ragut yang berlaku di kawasan seksyen 7 Shah Alam membuatkan pelajar kini amat bimbang dengan keselamatan mereka. Pihak polis perlu mengambil serius perkara ini dan melakukan rondaan lebih kerap di kawasan yang dianggap lokasi 'panas' ini. | |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 14 Apr 2011 09:46 AM PDT BULAN BAKAL BERSINAR? Posted: 14 Apr 2011 07:57 AM PDT Kali ini rakyat tempatan sudah banyak berubah. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, abang teksi berbangsa melayu yang menghantar saya ke lokasi yang ditetapkan meluahkan perasaannya sendiri dengan suasana politik di bumi kenyalang. Dia berterus terang kerajaan yang ada kini menghampakan rakyat Sarawak. Baginya, bukan soal lama atau sekejap memerintah tetapi sejauh mana mereka melaksanakan amanah atau menyeleweng daripada amanah yang diberikan rakyat. Saya datang sebagai pelancong pilihanraya, khususnya melaksanakan aktiviti fotografi yang menjadi kegemaran saya yang semakin menjadi-jadi. Heh, apatah lagi kurang seminggu lalu model kamera saya sudah sudah bertukar kepada yang lebih baik. Ada pula seorang hamba Allah yang sudi membayarkan tiket penerbangan ke bandaraya meow ini. Abang teksi tadi turut menjelaskan kawasan-kawasan panas dan menyatakan ramalannya. "Hanya dua : BN tumbang atau setidak-tidaknya mereka kehilangan majoriti dua pertiga". Sebenarnya, bacaan di media maya menurut kajian pelbagai pihak tidak banyak berubah daripada ramalan abang teksi. Ia barangkali sukar dipercayai bagi penonton setia tv1 dan tv3 sahaja. Jika mereka adalah orang yang terbuka dan berlapang dada, nescaya kajian itu ternyata berasas. Pakatan Rakyat boleh dikatakan menguasai bandar-bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri dan semakin melebarkan pengaruh ke pinggir bandar dan kampung. Hari ini saya dibawa seseorang ke Sadong Jaya, sejam dari Kuching. Pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan Bebas. Ramai kawan-kawan bertanya, maka jawapan saya : Pertembungan sengit antara BN dan PAS. Jika tidak begitu masakan Presiden UMNO DS Najib datang ke DUN ini selasa lalu. Kami dikhabarkan, sementara BN hampir mengalah di bandar-bandar, mereka menumpukan perhatian di kawasan melayu seperti Sadong Jaya. Bahkan BN mengkategorikan Sadong Jaya sebagai kawasan kelabu. Mengejutkan saya, kerja-kerja kempen PAS banyak dibantu oleh orang tempatan, tidak kira mereka anak-anak muda atau dewasa berumur 40 tahun keatas. Anak-anak muda tidak segan silu mengangkat bendera bulan hijau putih, atau mengenakan baju t-shirt bercetak pelbagai ayat seperti undilah PAS, kamek mau ubah, dan sebagainya. Petugas juga terkejut dengan layanan mesra penduduk tempatan walaupun mereka adalah ahli parti BN-PBB, menerima kedatangan tetamu dan mendengar penjelasan perayu undi. Namun kata perayu-perayu undi, apa pun situasinya kerja-kerja kempen akan terus berjalan hingga ke saat-saat akhir apatah lagi BN dijangka akan menggunakan senjata terakhir mereka bagi memikat para pengundi. Saya pula akan terus merakam foto-foto menarik untuk dikongsi bersama. Sumber: http://abunuha.wordpress.com/ | CheGuBard - dari Liwat ke DNA..kini ada pulak Video Seks Posted: 14 Apr 2011 03:08 AM PDT | JANGAN MUDAH PERCAYA... Posted: 13 Apr 2011 11:06 PM PDT Satu lagi strategi BN mengalihkan tumpuan rakyatk dari isu Sarawak. Beban biawak mampus yang terlekat di badan Taib Mahmud telah membawa tsunami menghambat BN dari bumi Sarawak. Kini Bn menggunakan RPK sebagai strategi baru... Apa peliknya dengan RPK....? beliau dikatakan mempunyai bermacam cerita...bagi saya...beliau tetap seorang fasiq yang tak boleh dipercayai sekalipun menguntungkan Pakatan Rakyat di suatu ketika.... Tiba tiba RPK membersihkan nama Rosmah dari Al Tantuya... dari awal cerita RPK ni tak konsisten apatah lagi dengan latarbelakang peribadi beliau...sangat tidak meyakinkan.... Kalau wakil rakyat PKR ramai yang boleh dibeli termasuk dikalangan orang yang berketerampilan sebagai pimpinan...apa diharap dari RPK....?? Beliau mencari kemewahan...bila kemewahan tiada.... tidak ada perkara yang menghalang beliau menjadi seperti Gabala yang pernah menjadi wira dihumban ke Longkang dalam penamaan calon dulu oleh polis.... Jelas hanya orang yang berakidah dalam perjuangan yang kita boleh harapkan menjadi calon atau pimpinan...siapapun mereka...semangat dan kebencian terhadap Bn semata pastinya gagal mempertahankan gelombang Rosmah Mansor (RM) terutama di saat terdesak.... Di harap pimpinan Pakatan Rakyat terutama PKR benar benar telah bersedia menampilkan calon berwibawa dalam PRU akan datang....jangan lagi calon tangkap muat..... cukuplah kebencian rakyat di atas pengkhianatan yang dilakukan sebahagian mereka yang lalu.... Jika tiada calon berwibawa.... jangan lokek dan tamak untuk merebut bilangan kerusi.... bertolak ansur sahaja dengan rakan Pakatan yang lain... Apa guna calon tangkap muat yang menang dan akhirnya meruntuhkan kerajaan rakyat??? Individu yang dipergunakan oleh BN untuk menyerang PR sekarang ternyata mereka yang tidak menjiwai perjuangan rakyat.... Pemimpin PR sewajarnya berhati hati menerima sumber maklumat ... bimbang mereka ini sengaja di atur dan diupah oleh BN untuk digunakan apabila musim pilihanraya.... siapapun sumber berita....sejauhmanapun menguntungkan perjuangan PR.... siasatlah terlebih dahulu... tidakkah al Quran mengajar kita... " jika datang orang fasiq membawa berita...selidikilah terlebih dahulu...." alhujurat.... Sumber: http://anaksengat.blogspot.com/ | Taib pucat lesi, Najib ketar dagu... kahkahkah... Posted: 13 Apr 2011 09:11 PM PDT Buaya pun tak sangka ada buaya dalam air yang tenang... kahkahkah... Tenang tenang pun tapi bergelora dibawahnya siapa yang tahu. Setenang tenang PRU ke 12 dulu nih, ramai tak sangka BN akan tersungkur 4 buah negeri, pertahankan Kelantan dan hilang majoriti dua pertiganya dalam Parlimen Malaysia. Macam tu la juga dengan apa yang kita tengok dan bakal berlaku di Sarawak bagi PRN ke-10 kali ni. Kempen dah selesai lima hari, tak nampak sebarang gelombang besar walaupun terasa adanya gempa bumi. Tapi dari tinjauan suara rakyat di bawah terdapat satu arus senyap yang bakal memberi keputusan yang mengejutkan. Ini yang dikatakan arus bawah yang kuat takkan menampakkan rupanya dipermukaan air yang tenang malah ada dikalangan petugas parti yang yakin, beberapa kerusi milik PBB bakal terlepas kepada Pakatan Rakyat. Sarawak ni cukup unik, mereka boleh memakai lambang BN dan PBB, tetapi dalam masa yang sama mereka boleh memakai dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. Politik rakyat Sarawak tak mudah diduga, dan silent protes mungkin berlaku dengan Sarawak bakal mengikut jejak Kelantan pada tahun 1990. Tsunami 2008 juga datang tanpa disangka banyak pihak, dan apakah tsunami itu bakal berlaku di Sarawak kali ini? Rakyat Sarawak boleh melakukan perubahan... Sumber: http://shalehudin.blogspot.com/ | OMEGA Milik Anwar Ibrahim..??? Posted: 13 Apr 2011 08:46 PM PDT Perghhhh.... ok gang... gua baru dengar sok..sek..sok...sek... dari puak2 berpangkat umPORno sebentar tadi.... jeng..jeng..jeng.... (ini baru sok sek sok sek yang gua dengar yeaaaa... betul tak betul gua pun tak pasti lagi... gua publishkan sebagai AMARAN atau Persediaan kepada PR untuk counter attack... selain daripada itu... lu pikir lah sendiri...) Pada petang ini atau esok (15hb April), sehari lagi untuk hari mengundi di Sarawak, satu kenyataan yang mengemparkan negara bakal berlaku... Iaitu keputusan tuan punya jam tangan OMEGA akan di umumkan... samada benar atau tidak ianya milik pemimpin pembangkang seperti yang di dakwa..., itu belakang punya cerita... Yang penting... akhbar dan media pencacai akan memainkan isu ini dengan membayangkan ianya kepunyaan pemimpin pembangkang tersebut secara berterusan... sehingga hari mengundi. Usaha melunyaikan imej Anwar Ibrahim dan secara otomatiknya mencemar imej Pakatan Rakyat di mata pengundi tetap akan di lakukan... inilah politik goblok cara Yahudi Malaisia.... Cukup setakat ini sahaja.... sok sek seok sek yang gua dapat cilok dari puak2 haramjadah tuuuu... kalau ada yang terbaru akan gua update lagi.... hehehehe.... p/s: barisan nasional/umPORno memang betul2 tertekan sekarang ni beb.... keputusan PRN Sarawak menjadi pengukur hayat diorang di Semenanjung.... Sumber: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/ | Stay focused!! Posted: 13 Apr 2011 08:41 PM PDT Mereka sedang ketakutan gilerr!! Kalau memula dulu, mereka begitu angkuh mengatakan yang mereka dengan mudah boleh mempertahankan Sarawak dan akan mengekalkan majoriti 2/3, tetapi kini... mereka mula cuak. Ini adalah kerana situasi semasa tidak seiring dengan dakwaan mereka. Keadaan sudah berubah. Semangat rakyat Sarawak untuk berubah semakin berkobar-kobar. Mereka mahu me-NYAH-kan Taib Mahmud dari takhta kerajaan Sarawak. Taib Mahmud ialah BN dan BN ialah Taib Mahmud. Jadi.... kedua-duanya mesti di-NYAH-kan. Mereka menjadi bapak penyamun yang merompak hasil bumi, milik rakyat Sarawak. NYAH-kan mereka!! Sebab itu, apabila kedudukan mereka mula goyah, mereka lancarkan satu lagi serangan dengan meledakkan sebutir bom. Tujuannya untuk mengganggu konsentrasi serta tumpuan Pakatan Rakyat kepada kempen PRU Sarawak yang semakin rancak tetapi tidak menyebelahi mereka. Bom yang dimaksudkan ialah gimik terlatest Raja Petra Kamarudin. Mereka mahu Pakatan Rakyat hilang fokus dan at the same time, mahu meng-psycho dan mengelirukan minda rakyat Sarawak. Gimik ini diharapkan akan dapat mengubah persepsi rakyat Sarawak terhadap Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Well.... harap-harap rakyat Sarawak dan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan terkesan dengan helah baru mereka. Pedulikan RPK. Anggap jer dia satu distraction yang tak perlu diberi perhatian buat masa ini. Ingat... kita ada misi yang lebih penting. Aha... menjatuhkan Barisan Nasional dan merampas Sarawak adalah GOAL kita. Oleh itu, stay focused!! Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/ | Haa tunggu apa lagi suruh zambri bubar dun perak !!! Itu yang rakyat perak tunggu tuu.... Posted: 13 Apr 2011 09:22 AM PDT BN: Kita boleh menang jika DUN Perak dibubar hari iniBarisan Nasional percaya ia mampu mengekalkan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan menang 34 kerusi jika DUN dibubarkan hari ini. ADUN Lenggong, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali (kanan), ketika membentangkan usul terima kasih titah diraja, berkata BN telah "menjalankan analisisnya sendiri" dan jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi, prestasi BN Perak akan lebih baik daripada 2008. Dalam pilihan raya umum Mac 2008, Umno menang 27 daripada 34 kerusi yang ditandinginya, manakala MCA menang ia satu kerusi, menyebabkan ia gagal mendapat majoriti mudah di DUN Perak. Parti pembangkang DAP pula menang semua 18 kerusi yang ditandinginya, manakala PKR menang tujuh kerusi dan PAS menang enam kerusi. Berikutan itu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Pasir Panjang) menjadi menteri besar Perak. Bagaimanapun, tiga ADUN Pakatan Rakyat telah keluar parti mereka menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong BN, dan sekaligus mencetuskan krisis perlembagaan di negeri tersebut. Kerajaan negeri Pakatan kemudiannya digulingkan dan diambilalih oleh BN yang melantik Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar. Mengulas rungutan pembangkang terhadap tindakan BN mengambil alih pentadbiran negeri itu, Tajol Rosli mengkritik ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menurutnya pernah merancang satu rampasan kuasa pada 16 September 2008. Memetik satu pepatah Melayu, bekas menteri besar Perak itu berkata "jangan jadi ketam yang mahu ajar orang orang lain berjalan lurus", katanya kepada ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, yang mencelah semasa ucapannya. Tajol Rosli juga mengingatkan pembangkang supaya berhenti membangkitkan isu berhubung peralihan kuasa di Perak dan menuduh mereka merampas negeri itu. Ngeh , bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau menentang rancangan 16 September, dengan berkata: "Saya menentangnya kerana saya percaya pada demokrasi dan pilihan rakyat." Sumber: http://www.malaysiakini.com/ | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan