Jumaat, 15 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DPP Padang Besar

Posted: 15 Apr 2011 03:02 AM PDT

DPP Padang Besar


Jom pakat pi ramai-ramai

Posted: 15 Apr 2011 12:17 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Apr 2011 01:26 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Ramlah Malukan Ahli Akademik - Idris

Posted: 15 Apr 2011 01:08 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 15 April: Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Datuk Dr Ramlah Adam, dari  Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjatuhkan taraf ahli akademik.

Beliau melahirkan kesal dengan kenyataan Ramlah yang memberi amaran kepada belia supaya jangan menukar kerajaan yang sedia ada. 


Ramlah (gambar) berpesan supaya tidak terperangkap dengan rancangan pihak tertentu yang bercita-cita untuk menghancurkan sistem pemerintahan yang sudah menabur bakti sejak 54 tahun lalu.

Kenyataan ini dinyatakan ketika beliau berucap di forum Perpaduan Negara Melalui Komunikasi dan Media di UiTM, Shah Alam.

Kenyataan ini, kata Idris yang juga bekas pensyarah UiTM, tidak layak keluar daripada seorang pensyarah Pentadbiran Awam yang mengajar pelajar-pelajar mengenai polisi pentadbiran awam dan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat membuat pilihan setiap kali pilihanraya.

"Apakah beliau buta sejarah demokrasi  negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang bertukar kerajaan dan pemerintahan tetapi terus maju? Apakah kerajaan selain daripada BN bukan sejenis manusia?

"Apakah beliau tidak mengetahui  Parti Demokratik Jepun (DPJ) menumpaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah Jepun semenjak penubuhannya pada tahun 1955.

"Apakah Dr Ramlah Adam membayangkan United Kingdom sekarang sudah kembali kepada zaman batu sejak Parti Konservatif mengalahkan Parti Buruh pada 6 Mei 2010?

"Apakah beliau seorang yang buta maklumat mengenai pencapaian negeri-negeri Pakatan Rakyat, walaupun baru berusia tiga tahun berbanding dengan BN memerintah selama 54 tahun. 


"Janganlah kerana tebalnya Umno dalam lubuk hatiinya sehingga sudah tidak nampak kebenaran.." kata Idris (gambar) dalam kenyataannya.

PAS juga, katanya, menasihat kepada Dr Ramlah Adam jangan menjatuhkan taraf seorang ahli akademik. 

"Jikalau bercakap begitu lebih baik jadi Ketua Wanita Umno Cawangan Seksyen 2 Shah Alam sahaja, bukan seorang ahli akademik. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," katanya.

H/daily

Polis Siasat Insiden Tembakan Libatkan Calon BN

Posted: 15 Apr 2011 12:51 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



DENGAN apa yang ada di Sarawak sekarang Pakatan Rakyat memerlukan satu bilion saja lagi menjadikan bumi Kenyalang itu sebagai negeri maju.

Tetapi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin mengira perbelanjaan sebesar itu kecil. Ia memerlukan berbilion-bilion bagi merialisasikannya.

Perkara yang pertama yang perlu diperhatikan oleh rakyat Sarawak ialah peruntukan yang secukupnya yang seminima mungkin yang diperlukan bagi menjadikan Sarawak negeri maju.

Peruntukan itu mestilah sesuai dengan pelan kemajuan yang dirancang.

Jika rakyat Sarawak  menjadi penal meluluskan tender suatu bangunan atau projek atau hendak membeli sesuatu jentera, yang menjadi pertimbangannya ialah siapakah yang boleh menawarkan harga yang paling murah?

Dan apabila kerajaan hendak melelong hartanya, yang diperhatikannya ialah pembida yang dapat menawarkan harga paling tinggi.

Rakyat Sarawak seluruhnya bersetuju bahawa sesiapa yang hendak mentadbir Sarawak mestilah bersedia menjadikan Sarawak negeri yang maju. Seboleh-bolehnya kalau tidak melebihi Selangor, biarlah ia tidak kurang dari Selangor.

Pakatan Rakyat telah memberikan jawapan. Ia boleh menjadikannya negeri maju dengan peruntukan yang sederhana yang dianggarkan satu bilion. Kalau ia tidak cukup tambahan diperlukan tetapi tidak sampai sekali  ganda. Tetapi tidak mustahil dengan perbelanjaan dan pelan berhemah, peruntukan satu bilion boleh dikurangkan.

Bagaimana pun Barisan Nasional mengikut Muhyiddin tidak sanggup memenuhinya dengan peruntukan sebesar itu. Ia mahu lebih besar. Lebih besar itu bukan sekadar sekali ganda dari yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat, bahkan berkali-kali ganda.

Bagi Muhyiddin  dengan peruntukan besar yang disediakan, pun kerajaan BN terasa payah bagi menyiapkannya, maka apa lagilah jika peruntukan yang dikira kecil seperti yang disanggupi oleh Pakatan Rakyat.

Muhyiddin yang bercakap begitu mungkin kerana pengalamannya yang lama sebagai Menteri Besar Johor, sebagai menteri di beberapa kementerian dan terakhirnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tetapi di belakang Pakatan Rakyat yang membuat peruntukan sekadar satu bilion itu adalah juga orang berpengalaman iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia bukan sekadar pernah menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Timbalan Perdana Menteri sebelum Muhyiddin, tetapi lebih dari itu dia penah menjadi Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Dr. Mahathir.

Bukan sekali dua dia membentangkan belanjawan negara, bahkan berkali-kali. Bukan sekadar peruntukan yang diperlukan Sarawak pernah dicadangkannya bahkan peruntukan bagi negara yang lebih besar.

Dia adalah menteri kewangan ketika Selangor merancang dan bersedia menjadi negeri  maju. Tahulah dia apa yang diperlukan oleh Selangor dan apa yang boleh diberikan bagi menjadi negeri maju itu.

Dia menjadi menteri kewangan dalam sebuah negara tidak tahu berjimat, rasuah yang menjadi-jadi di sekelilingnya. Dan semua tahu dia diberi tanggungjawab sebagai pengerusi kabinet bagi anti penyelewengan. Maka tentulah dia tahu semua penyelewengan  yang berlaku.

Dia dikeluarkan dari kerajaan dan Umno bukan kerana ada masalah dan kelemahan urusan ekonomi dan kewangan, tetapi kerana dia tidak berapa senonok  dengan perjalanan Perwaja, perancangan Bakun dan lain-lain projek mega.

Mahathir tidak sebut dia dipecat kerana sebab ekonomi tetapi atas alasan kononnya tidak bermoral.

Semua tahu semasa dia dalam kerajaan, dia  adalah orang yang sangat anti rasuah dan penyelewengan. Dia tahu ke mana banyaknya belanja yang digunakan oleh kerajaan dalam setiap peruntukan. Semua tahu bahawa sebahagian besar dari peruntukan setiap projek pergi kepada rasuah dan pembaziran.

Apabila Pakatan Rakyat mencadangkan angaran satu bilion bagi menjadi Sarawak negeri maju, maka ia tidak termasuk rasuah, pembaziran, penyelewengan peruntukan dan sebagainya.

Ada pun peruntukan belasan dan puluhan bilion yang diperlukan Muhyiddin bagi perancangan kemajuan yang sama termasuklah belanja rasuah dalam berbagai-bagai cara dan penggunaan duit ikut suka hati.

Dan siapa yang tidak tahu bahawa kerajaan BN yang berkuasa tahun 1955 bergelumang dengan rasuah dan penyelewengan?

Satu bilion yang Pakatan perlukan,  bukan saja bersih rasuah dan penyelewengan, tetapi ia dibelanjakan secara berjimat, behemat dan cermat.

M/kini

Akta Pilihanrayaraya dilanggar, Ambiga dihalang ke Sarawak

Posted: 15 Apr 2011 12:19 AM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KOTA SAMARAHAN, 15 April: Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sedang melalui hari terakhir tempoh kempen hari ini terus dicemari unsur-unsur salah guna kuasa  dan pelanggaran akta pilihan raya, seperti yang berlaku setiap kali pilihan raya umum dan kecil sebelum ini.

Ketua Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya (Mafrel) Sarawak,Wan Zain Mahdzar juga tidak menolak kemungkinan gejala pembelian undi oleh pihak tertentu berlaku pada saat-saat akhir sebelum hari membuang undi esok.

"Seperti biasa, pelanggaran akta pilihan raya berlaku dalam semua parti yang bertanding, dan melihat kepada perkembangan semasa, tidak mustahil pihak-pihak tertentu membeli undi untuk memenangi kerusi mereka," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Manakala itu, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah dihalang dari memasuki Sarawak hari ini.

Bekas Presiden Majlis Peguam itu tiba bersama kapalterbang di Lapangan Terbang Kuching jam 9 pagi tadi namun dimaklumkan tidak boleh memasuki Sarawak atas arahan pejabat Ketua Menteri Sarawak.

Bersih 2.0 adalah badan bebas yang memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bebas di negara ini.

Sebelum ini beberapa orang peguam termasuk Sivarasa Rasiah juga dihalang dari memasuki negeri itu.

Polis ramai di rumah panjang

Sementara itu Wan Zain Mahdzar  juga berkata, daripada pemantauan yang dilakukan bermula hari penamaan calon, Mafrel mengesan kehadiran polis yang ramai di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di kawasan rumah panjang menimbulkan ketakutan di kalangan mereka dan tidak berani mengundi parti selain daripada kerajaan.

"Mafrel dapati ramai polis ditempatkan di kawasan rumah panjang dan ini sudah tentu untuk memastikan mereka berpihak kepada kerajaan," katanya.

Selain itu, Mafrel juga mendapati terdapat senarai pengundi yang tidak logik di beberapa kawasan apabila terdapat pengundi yang berumur lebih daripada 100 tahun.

"Ada beberapa kawasan yang mempunyai pengundi berumur lebih 100 tahun. Ini sangat mencurigakan dan ada tanda-tanda kehadiran pengundi hantu," katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru pihak-pihak tertentu agar menghadapi pilihan raya secara bersih kerana unsur-unsur penipuan tidak akan memberi faedah kepada sistem demokrasi di negara ini.

"Harap pihak yang merasakan mereka berkuasa meninggalkan amalan penipuan kerana merugikan semua pihak," katanya.

Pulang mengundi

Selain itu, beliau turut menggesa rakyat negeri ini yang tinggal di Semenanjung agar pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

"Terdapat lebih 200,000 penduduk Sarawak yang tinggal di luar negeri. Jadi diharapkan mereka dapat balik mengundi.

"Mungkin berlaku masalah kepada mereka yang tidak menempah tiket penerbangan awal tapi kalau boleh cubalah sedaya upaya agar dapat mengundi," katanya.

Mafrel katanya akan membentangkan laporan pemantauan mereka kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk diteliti dan diambil tindakan bagi memulihkan proses pilihan raya yang semakin tercemar.

Seramai 40 anggota Mafrel negeri itu ditugaskan untuk menjaga hampir setiap kawasan termasuk Miri, Sibu, Kuching dan Sri Aman.

H/daily

Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang

Posted: 14 Apr 2011 10:16 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


LIMBANG, 15 April: Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.

Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

(Gambar: Keadaan kelam kabut apabila rombongan Najib enggan membenarkan penduduk Limbang dan DAP menyerahkan memo.)

Menurut  Adun Pasir Pinji, Thomas Su,  penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu  "Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf  Peralatan Perubatan di Hospital Limbang" dan satu lagi adalah mengenai "Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang".

"Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang. 

"Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew.

"Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang  kedua-dua mereka secara kasar. 

"Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka," cerita Thomas Su (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!

Beliau sangat kecewa dan menyesal dengan sikap PM dan rombongannya dengan kejadian yang berlaku di Pasar Tamu Limbang petang semalam.

H/daily

Semangat Federalisme akan jamin hak rakyat Sarawak.

Posted: 14 Apr 2011 10:15 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Oleh: Hafizi Pauzi

IPOH, 14 April : Ketua Penerangan Pas Perak, Drs Khalil Idham Lim menempelak kenyataan DS Najib yang menyatakan bahawa rakyat Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dengan mengatakan "jangan biarkan ia berlalu pergi" sambil disifatkan ucapan DS Najib hanya sekadar omong kosong sahaja.

"Masa silam Sarawak telah pun suram selama 30 tahun BN memerintah negeri itu, jadi saya ingin ingatkan seluruh rakyat Sarawak supaya jangan termakan dan terpedaya dengan janji-janji manis BN," katanya ketika ditemui di sini.

Menurut beliau yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, PR menjanjikan status Sarawak sama taraf seperti negeri di semenanjung jika Sarawak diterajui oleh Pakatan Rakyat.

"Saya menjamin hak rakyat Sarawak akan terus terbela dengan semangat federalisme yang diamalkan dinegara kita, walaupun dibawah kerajaan PR, rakyat Sarawak mesti diberikan bantuan oleh kerajaan pusat"

Kerana itu kata Khalil tidak timbul kerajaan negeri mesti sama dengan Kerajaan Pusat seperti juga yg dikatakan Najib sebelum ini.

"Di semenanjung semangat federalisme masih berlaku kepada negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat. Oleh itu rakyat Sarawak perlu ambil peluang keemasan ini pada 16 April nanti tanpa ada rasa takut dan ragu," jelasnya.

Menjawab persoalan Sarawak akan mundur bila ditadbir oleh Pakatan Rakyat, YB Khalil yang juga Adun Titi Serong menjelaskan bahawa alasan itu adalah untuk menutup kelemahan BN selama ini.

"Lakukan perubahan dan saya jamin hak anda sebagai rakyat Sarawak akan terbela " katanya.

Sarawak Baru: Pilih calon PAS, PKR atau DAP

Posted: 14 Apr 2011 09:33 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUCHING, 15 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru rakyat negeri Sarawak agar memilih calon Pakatan Rakyat pada hari pengundian esok bagi membentuk Sarawak Baru.

Tuan Guru Nik Aziz  yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ianya kerana calon yang diwakili PAS, PKR dan DAP, adalah mereka yang ikhlas mahu membela nasib rakyat berbilang kaum di negeri ini, yang sekian lama tertindas di bawah BN.

"Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, PKR dan DAP adalah terdiri dari mereka yang layak untuk dipilih.

"Ini kerana mereka semua memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua," katanya.

Tambahnya, mengundi calon yang layak akan memberi kesan yang baik kepada  semua pihak.

Malah ujarnya lagi, memilih calon dari pihak yang baik dikira ibadat yang mulia dan sudah pasti akan mendapat restu Tuhan.

"Oleh itu saya berharap kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat,"katanya.

Ayuh berubah, tolak BN

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri  Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu rakyat menggunakan peluang mengundi esok untuk menghentikan segala penindasan kerajaan BN terhadap mereka.

Katanya,  Setelah lebih 42 tahun dipersiakan kerajaan BN, kini sudah tiba masanya bagi rakyat Sarawak melakukan perubahan.

"Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekian lama.

"Marilah kita berubah dengan menolak BN dalam pilihan raya ini," katanya.

Tambahnya, jika PAS diberi peluang mewakili rakyat di beberapa Dun yang ditandingi, parti itu akan mempamerkan keadilan Islam untuk kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Esok, rakyat negeri Sarawak akan menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi memilih kerajaan negeri yang baru.

Banyak pihak menjangkakan akan berlaku perubahan besar dalam landskap politik Sarawak pada pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, keputusan hanya akan diketahui malam esok dan hari ini semua parti-parti yang bertanding sedang giat menjalankan kempen hari terakhir.

H/daily

Rakyat Masih Terabai di Bawah BN

Posted: 14 Apr 2011 07:30 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



SEBUYAU, 15 April: Walaupun Sarawak mempunyai hasil bumi yang banyak seperti minyak dan balak, namun rakyat masih merasa terabai di bawah kerajaan BN sejak lebih 30 tahun lalu.

Pembangunan yang dicanangkan hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja terutama di bandar utama dan tidak menggambarkan keseluruhan negeri yang terbesar di Malaysia ini.

Justeru, penduduk yang berada di kampung-kampung jauh dari bandar tidak menikmati kehidupan yang selari dengan kekayaan negeri dan pembangunan yang dilaungkan oleh pemimpin negeri.

Zaimah Zaini, 32, dari Kampung Seruyuk mengakui bahawa tiada pembangunan di kawasan luar bandar.

Baginya, kehidupan rakyat di luar bandar dan pedalaman dipinggirkan oleh kerajaan negeri.

Katanya, selain tidak banyak kemudahan yang dinikmati oleh mereka, masalah yang dihadapi sejak dahulu termasuk perhubungan, bantuan dan sebagainya masih tidak dapat diselesaikan.

Bagi Sanin Ali, 32, kerajaan masih tidak dapat menyediakan peluang pekerjaan yang sewajarnya kepada rakyat terutama di kalangan golongan muda.

Menurutnya, bukan sahaja pemimpin peringkat negeri yang tidak mengambil berat masalah tersebut tetapi juga melibatkan pemimpin di kampung.

Mengenai kekayaan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, calon PAS di Dun ini, Haji Adam Ahid menganggap penduduk di kawasan luar bandar tidak menghiraukan perkara itu kerana tidak mendapat maklumat.

Ini, katanya kerana maklumat itu hanya diperolehi oleh penduduk di kawasan bandar sahaja.

Namun begitu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri yakin rakyat akan membuat perubahan pada pilihan raya negeri yang akan berlangsung 16 April ini.

"Saya yakin dalam pilihan raya kali ini, rakyat di sini boleh berubah seperti yang berlaku di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

"Saya yakin perubahan akan berlaku. Rakyat Sarawak tidak mustahil boleh menukar kerajaan, insya Allah," ujarnya.

H/daily

341 ahli PBB sertai PAS

Posted: 14 Apr 2011 07:15 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -


SADONG JAYA, 15 April: Seramai 341 bekas ahli Parti Pesaka Bersatu Berjasa (PBB) dari beberapa buah kampung di Dun Sadong Jaya menyertai PAS.

Serentak itu, sembilan cawangan PAS berjaya ditubuhkan di Kampung Pelandok, Kampung Jaei 1, Jaei 2, Jaei 3, Jemukan Laut, Samera Laut, Samera Tengah, Rawangan dan Iboi.


Borang permohonan keahlian PAS mereka diserahkan oleh ketua penaja cawangan masing-masing kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud pada satu majlis yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Kampung Jaei, malam tadi.

Antara yang menyerahkan borang berkenaan ialah bekas Pengerusi Wanita PBB Bahagian Batang Sadong, Dari Mohamad.

Ketika ditemui pada majlis itu, beliau memberitahu tindakan menyertai PAS kerana mahu menegakkan keadilan Islam dan membela anak bangsa.

Ini, tambahnya disebabkan kerajaan PBB-BN tidak banyak mengadakan pembangunan untuk rakyat sebaliknya melakukan penindasan seperti merampas tanah rakyat.

H/daily

Hiburan Alternatif PAS Dapat Sambutan

Posted: 14 Apr 2011 07:01 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



MUARA TUANG, 15 April: Pendekatan yang diambil oleh PAS untuk mendekati masyarakat melalui hiburan alternatif ternyata mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk di Dun ini.

Konsert Mini Bersama Mua'dz yang diadakan di kawasan berhampiran pangkalan feri Kota Samarahan petang semalam dan Kampung Sungai Bandong malam tadi mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat setempat.

Walaupun tiada pentas yang sempurna, namun masyarakat tempatan yang terdiri dari kalangan kanak-kanak, remaja dan dewasa tetap setia mengikuti persembahan Mua'dz dan Hafiedz Algebra yang ternyata menghiburkan mereka.

Celoteh bersahaja mereka berdua mencuit perasaan hadirin yang diselit dengan lawak jenaka spontan menambahkan keceriaan majlis berkenaan.

Lagu-lagu bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan yang dialunkan oleh Mua'dz dan paluan berbagai jenis gendang oleh Hafiedz yang dikenali dengan panggilan Master Gendang mengundang reaksi spontan daripada hadirin.

Selain dihiburkan dengan persembahan nyanyian, penduduk juga diajukan soalan-soalan pengetahuan am dan diberikan hadiah bagi mereka yang berani tampil ke hadapan dan menjawab soalan.

Ternyata program PAS yang berteraskan prinsip dakwah seperti itu mampu mendedahkan masyarakat setempat bahawa parti itu mengizinkan hiburan yang tidak melalaikan.

Kaunter pemeriksaan kesihatan percuma turut dibuka kepada mereka yang ingin memeriksa tahap kesihatan masing-masing dan dikendalikan oleh tiga doktor daripada Papisma Perak.

Ada juga penduduk yang menyokong BN kelihatan berminat untuk hadir ke program tersebut namun kerana tidak berani, mereka hanya memerhati dan mendengar dari jauh.

Calon PAS di Dun ini, Noraini Hamzah turut bersama-sama dalam program ini dan beramah mesra dengan penduduk.

Menurut Pengarah HalWa Perak yang bertugas di Dun ini, Amizan Baharudin selain memperkenalkan PAS kepada masyarakat, mereka juga harus diperkenalkan dengan hiburan yang dapat membawa mereka mengenali dan mencintai Islam.

"Petugas Semenanjung yang datang ke sini juga bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada mereka.

"Kami melihat masyarakat terutamanya golongan muda sukakan hiburan. Jadi kami gunakan pendekatan hiburan untuk menyampaikan dakwah kepada mereka.

"Walaupun sekejap, tapi kami yakin usaha ini akan memberikan kesan positif kerana mereka dapat melihat bahawa Islam tidak menghalang kita untuk berhibur asalkan tidak melalaikan," katanya.

H/daily

Harakahdaily diserang DDoS: Laman Alternatif

Posted: 14 Apr 2011 06:47 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 15 April: Dua hari menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Harakahdaily diserang siber, DDoS (Distributed Denial of Service) oleh pihak-pihak tertentu malam tadi selepas Sarawak Report dan Malaysiakini terkena serangan yang sama.

"Jam 10 malam tadi, rangkaian pembekal khidmat DNS kami telah mengalami serangan DDoS (Distributed Denial of Service), lantas menyebabkan capaian ke atas laman-laman HarakahDaily dan PAS telah terjejas," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sehubungan itu, pasukan teknikal  masih bertungkus lumus menangani serangan ini dan berjaya mengurangkan kerosakannya dengan Harakahdaily masih boleh hidup hingga kini.



Bagi menghadapi serangan ini, Pasukan Teknikal IT telah menyediakan beberapa laman alternatif untuk melawat Harakahdaily dan PAS menjelang pilihan raya Sarawak ini jika serangan ini berterusan.

Untuk Harakahdaily:-
1. harakahdaily.net
2. myharakah.net
3. harakah.net.my

Bagi laman PAS:-
1. pas.org.my
2. parti-pas.org
3. parti-islam.org

"Segala kesulitan amat dikesali. Kami sedang mengambil langkah seterusnya untuk menangani masalah ini," kata kenyataaan Pasukan Teknikal IT Harakahdaily.

Sebelum ini Sarawak Report yang banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak khasnya Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud, telah diserang dan terpaksa berpindah ke laman sementara.

Laman Malaysiakini juga turut diserang sehingga lumpuh samasekali. Namun kini kedua-dua laman ini sudah kembali pulih.

Yang dikesali tidak ada sebarang kenyataan dari pihak kerajaan mengenainya. Yang melahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku hanyalah kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sebelum ini Dun Selangor telah meluluskan Akta Kebebasan Maklumat yang memberi jaminan kepada semua pihak untuk bebas mendapatkan maklumat dari negeri itu.

H/daily

BN Sarawak 'serang' Rakan Semenanjung

Posted: 14 Apr 2011 06:01 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



SIBU, 15 April — Tinggal sehari sebelum hari penentuan, persaingan sengit untuk memikat pengundi-pengundi komuniti Cina berterusan dengan wang tunai dan retorik menjadi fokus dalam kempen bersifat rasialisme, yang dilihat makin meningkat di Sarawak.

Malah, dalam tindakan yang jarang dilihat, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), komponen Barisan Nasional, mengheret sama  Umno sebagai momok meskipun ia juga merupakan parti perikatan itu.

Seorang pemimpin kanan SUPP memberi amaran bahawa kehilangan sokongan pengundi Cina setempat kepada BN akan mengundang kehadiran Umno, MCA dan Gerakan.

Sementara pekerja-pekerja pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) di kawasan majoriti Cina di Sibu pula mendakwa bahawa antara RM300 hingga RM1,000 ditawarkan untuk setiap undi.

Pengundian pilihan raya negeri ke-10 ini akan berlangsung esok.

DAP terlibat dalam perang 'minda' dengan SUPP, parti domuniasi CIna dalam BN Sarawak yang menekankan soal masa depan perwakilan Cina dalam kerajaan negeri. Pemimpin-pemimpin kedua-dua parti mengeluarkan kenyataan harian menyasarkan pengundi Cina.

Dalam ucapan ceramah yang terbaru, Naib Presiden SUPP Datuk Tiong Thai King memberi amaran kehilangan majoriti dua pertiga BN Sarawak akan membuka pintu kepada kemasukan Umno di negeri terbesar itu.

Parti dominan BN itu tidak popular di kalangan bukan Melayu, malah di kalangan Melayu Sarawak.

Tiong juga memberitahu penyokongnya bahawa jika SUPP gagal menerima sokongan kali ini daripada masyarakat Cina, parti-parti seperti MCA dan Gerakan akan dibawa masuk untuk mengisi kekosongan itu.

"Dalam keadaan SUPP hilang kerusi tetapi komponen-komponen BN yang lain menang, bagaimana kepentingan kaum Cina akan diwakili?" kata beliau.

"Jika itu keadaannya, maka MCA dan Gerakan perlu datang," kata Tiong yang bertanding mempertahankan kerusi Dudong, yang ucapannya dibawa oleh akhbar harian United Daily News.

"Jika BN hilang majoriti dua pertiga di Sarawak, maka Umno akan datang," kata Tiong.

Memainkan sentimen wilayah, antara negeri itu hanya harus diperintah oleh parti-parti Sarawak adalah taktik lama yang digunakan dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Pakar strategi DAP Liew Chin Tong berkata, kelihatan iklan-iklan BN dalam akhbar-akhbar bahasa Cina di negeri membawa mesej "Undi BN, Jauhi Orang Luar Dari Sarawak".

Liew, yang membantu kempen DAP di kawasan Sibu berkata mesej itu nampaknya digunakan untuk merujuk kepada parti-parti PR.

"Ia maksud yang mendalam bahawa Sarawak hanya harus diperintah oleh parti komponen BN tempatan," kata Liew mengulas kenyataan Tiong.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng turut mengecam dengan mendakwa Umno sudah puna hadir dengan semangat Sarawak sebagaimana disaksikan dalam banyak dasar-dasarnya yang ia gubal.

"Dari segi spiritual, Umno sudah pun mengawal PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan SUPP. Tiada sesiapa pun dalam PBB atau SUPP berani bertindak menentang Umno," kata Wong lagi.

Begitu juga Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha yang memberi amaran agar komuniti Cina tidak mengabaikan BN kerana kekurangan perwakilan dalam kerajaan negeri akan menjejaskan kepentingan komuniti itu sendiri.

Kong berkata komuniti itu menikmati lebih banyak keistimewaan di Sarawak berbanding rakan-rakan mereka di Semenanjung. Ini dapat dilihat dalam jawatan-jawatan kemasyarakatan seperti penghulu, pemancar dan kapitan.

"Mereka perlu faham bahawa jika mereka memutuskan untuk tidak memberi undi kepada perwakilan mereka, parti-parti lain dalam perikatan mungkin akan menggunakan (kesempatan itu) untuk mengatasi SUPP sebagai alasan mengubah setiap perkara," kata Kong.

SUPP bertembung dengan DAP di 15 kerusi yang majoritinya pengundi Cina.

Kehadiran dalam jumlah ramai pada perhimpunan ceramah DAP dan peningkatan aliran derma menyebabkan sesetengah pihak meramalkan ia akan menang di kesemua 15 kerusi ditandinginya.

Wong yakin bahawa rekod prestasi DAP yang memperjuangkan kepentingan semua kaum akan terbukti dengan sendirinya meskipun ada yang memainkan dakwaan politik perkauman.

"Kaum Iban tahu bahawa saya bercakap mengenai hak tanah mereka di Dewan Undangan Negeri. Mesej DAP merentasi semua kaum," katanya.

Persaingan sengit di 15 kerusi dipercayai turut membawa kepada kerja-kerja menabur wang dalam jumlah yang banyak untuk mendapatkan undi, kata DAP.

"Jika dahulu setiap undi dibeli dengan RM100, sekarang ia meningkat kepada minimum RM300. Di Bukit Assek RM300, di Bawang Assan RM500. Di Meradong RM1,000," kata Wong.

Pengundi-pengundi didatangi ejen-ejen yang menawarkan RM100 hingga RM300 bergantung pada kerusi, secara spontan dan baki dibayar kemudian.

Sebaik sahaja undi dibuang, pengundi perlu menunjukkan bukti foto yang diambil menggunakan kamea telefon mudah alih untuk mendapatkan baki bayaran selepas hari pengundian.

Baki bayaran hanya akan dibayar jika BN menang, kata Wong. Ini untuk memberi insentif kepada pengundi untuk mendapatkan seramai pengundi yang boleh untuk menyokong BN.

M/insider

10 Artis Akan Ikut Jejak Bob Lokman

Posted: 14 Apr 2011 05:08 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



Kira-kira 10 lagi artis terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam dan politik yang dibawa PAS. 

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak, lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah. 

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air di beberapa buah masjid.  

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS. 

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.  

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa. 

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah. 

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya. 

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.

(Gambar: Sebahagian kakitangan Harakah yang mendengar ucapan Bob Lokman)

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran puluhan ribu ringgit. 

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya. 

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang mencurah-curah. 

"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran perubahan hidupnya sekarang. 

H/daily

Tragedi Subuh

Posted: 14 Apr 2011 04:27 PM PDT

11 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



BESUT – Usaha lima bakal jururawat untuk lari daripada gangguan lelaki misteri yang menceroboh asrama mereka dengan bersiar-siar di Kuala Terengganu berakhir dengan kecelakaan apabila tiga daripada lima gadis itu maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki minyak semalam.

Kejadian ngeri pukul 6 pagi di Kampung Gerai dekat sini itu menyebabkan pemandu kereta, Nordiana Mohd. Nor, 22, dari Kota Tinggi, Johor; Zur Iras Zakaria, 19 dan Nurul Shahidah Abdul Jaabar, 19, masing-masing dari Kuala Terengganu, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua lagi rakan mereka, Bazillah Abdullah, 19 dan Nur Adilah Mohd. Ghazali, 19, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian akibat cedera parah.

Difahamkan, sebelum kejadian, kesemua pelajar tahun dua kursus kejururawatan Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) Bachok, Kelantan itu dalam perjalanan pulang ke Asrama Muiz Dalam Rhu di Pasir Puteh.

Jarak antara asrama mereka dengan Kuala Terengganu kira-kira 135 kilometer.

Kesemua rakan karib itu dikatakan telah meminjam kereta rakan mereka pada pukul 9 malam kelmarin untuk bersiar-siar.

Sementara itu, seorang rakan mangsa, Nik Sharmila Nik Amram, 21, memberitahu, kesemua mangsa pergi ke Kuala Terengganu bagi menghilangkan tekanan selepas diganggu lelaki misteri di asrama.

24 perkara yang mesti ditinggalkan .

Posted: 14 Apr 2011 04:23 AM PDT


Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.
2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)
6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.
7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.
8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.
11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.
12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.
14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.
17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.
19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
22- Jangan lupa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadaNYA.
24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

Posted: 14 Apr 2011 04:12 AM PDT

10 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Forum Bahaya Fitnah

Posted: 14 Apr 2011 03:21 AM PDT

10 Jamadilawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 14 April: Tiga tokoh agama, Datuk Hasyim Yahya (mantan Mufti WP) , Datuk Syeikh Abdul Halim Kader (YDP PUM)  dan Ustaz Abdul Ghani Samsuddin akan bergabung tenaga bagi membincangkan isu bahaya fitnah Ahad ini.

Mereka akan menjadi penal dalam perhimpunan Saf Anti Fitnah di Masjid Bukit Indah, Taman Bukit Indah, Ampang (bukannya di Masjid Wilayah Persekutuan, seperti berita dalam Harakah).

Majlis yang akan berlangsung 17 April ini akan dipengerusi oleh Cikgu Azmi Hamid (Teras)

Forum bertajuk Bicara ulama bahaya fitnah dan implikasi kepada maruah ummah ini akan berlangsung mulai jam 10.30 pagi manakala sebelum itu akan diadakan solat hajat.

H/daily

Najib ugut pengundi kononnya Sarawak akan mundur PR perintah

Posted: 14 Apr 2011 12:03 AM PDT

10 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hari ini bahawa Sarawak tidak akan mencapai pembangunan yang terancang sekiranya PR mentadbir negeri itu selepas pilihan raya negeri ke-10 Sabtu ini.

Dakwaanya kalau kerajaan Pusat diketuai oleh BN, kerajaan negeri (Sarawak) juga kena ditadbir BN. Najib juga berkata Perdana Menteri dan Ketua Menteri juga daripada BN yang didakwanya transformasi Sarawak pasti akan berlaku kerana itu katanya semasa berucap pada majlis pelancaran Program Khidmat Masyarakat 1Malaysia di Satok, semalam.

Saya melihat ini merupakan janji berupa ugutan dengan memperbodohkan pengundi serawak dengan maksud sekiranya Sarawak diperintah oleh PR tidak ada pembangunan yang lancar kerana pusat masih dikuasai oleh BN.

Ucapan itu bermaksud Najib mengugut kalau rakyat menyokong PR dan jadi kerajaan ianya tidak akan dibantu.

Kalau begitu saya ingin bertanya kepada Najib apakah Sarawak sudah berpisah dari Malaysia sekiranya rakyat memilih PR. Bukankah ini pilihanraya memilih Kerajaan baru bukannya pilihanraya untuk berpisah dengan Malaysia.

Saya mengecam ucapan berbentuk ugutan tersebut dan membuktikan bahawa Najib dan BN sudah kehabisan modal kempen untuk memenangkan calon BN.

Tidak cukup dari itu Najib yang juga Pengerusi BN turut membidas janji Pakatan Rakyat yang menamakan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'Kelalan, Baru Bian yang juga Pengerusi Keadilan Sarawak sebagai Ketua Menteri yang baru sekiranya Pakatan Rakyat menang pada pilihan raya negeri.

Lucunya Najib mendakwa keputusan meletakkan seseorang yang tidak mempunyai pengalaman untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri bakal memberi kesan buruk kepada rakyat Sarawak. Sedangkan semua sudah tahu siapapun tidak ada pengalaman di Sarawak menjadi Ketua menteri melainkan Taib Mahmud.

"Kalau letak Baru Bian, dari mana nak dapatkan sumbangan nak majukan Sarawak. Orang yang tak ada pengalaman tiba-tiba nak nak letak sebagai Ketua Menteri, logik atau tidak? Tak logik." kata Najib.

Jelas Najib dab BN sudah terdesak dalam suasana akhir kempen yang melihat rakyat mahu berubah dan menafikan majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak.

Drs. Khalil Idham Lim.
ADUN Titi Serong.

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 15 Apr 2011 01:08 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Jom pakat pi ramai-ramai

Posted: 15 Apr 2011 12:02 AM PDT


Salam Perjuangan

Posted: 14 Apr 2011 11:15 PM PDT

Salam Perjuangan


LYNAS@GEBENG - 'HANYA KERANA SEEKOR NYAMUK, KELAMBU PULA NAK DIBAKAR'

Posted: 14 Apr 2011 08:19 PM PDT

BIAR SURUHANJAYA DIRAJA 'BERSIHKAN' NAJIB

Posted: 14 Apr 2011 07:05 PM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Apr 2011 09:27 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Bersama Juara Nasyid 16 Apr 2011 di Senawang

Posted: 13 Apr 2011 11:18 PM PDT


SEMPENA KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK


Bersama : Saudara Ashan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, Ustaz Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9,


Pada : SABTU 16 April 2011, Jam 8 mlm - 12 mlm


Lokasi : 1. Pasti Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang, 2. Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa, 3. Pasti Amal, Taman Marida, 4. Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya,


Antara yang menarik : Siaran Langsung Keputusan Pilihanraya Sarawak, Analisa, Tazkirah, Hiburan Alternatif, Motivasi, Jamuan


Semua dijemput Hadir

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 14 Apr 2011 09:17 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

Posted: 14 Apr 2011 05:33 AM PDT

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 14 Apr 2011 09:15 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H DI SURAU AL SYAMS,PARIT SAMSU MUAR

Posted: 14 Apr 2011 10:11 AM PDT

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SURAU AL SYAMS, PARIT SAMSU, JALAN TEMENGGONG AHMAD, MUAR

YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, mempunyai jadual yang padat pada hari Ahad, 10 April 2011 yang lalu. 


Bermula dengan memenuhi undangan Majlis Walimah, diikuti dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Haul Sheikh Abdul Qadir Jailani Madrasah Ribat Parit Perupuk Muar serta Perasmian Peetubuhan Kebajikan Manaqib Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani di Kampong Parit Keroma Laut,Jalan Junid Muar, kemudian Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau Al -Syams,Parit Samsu Muar dan akhirnya Mesyuarat Penuh AJK Kerja PAS Kawasan Muar pada lewat malam.

Keistimewaan Sambutan Maulidur Rasul di Negeri Johor  ini ialah ianya disambut sepanjang tahun.Setiap surau dan masjid biasanya menyambut Maulidur Rasul sebagai acara tahunan.Ustaz-Ustaz mempunyai jadual yang ketat sepanjang musim ini.


Surau Al-Syams (nama yang dicadangkan oleh Ustaz Muhidir) , Parit Samsu Muar menjemput Ustaz Muhidir Tamjis, seorang Ustaz Bahasa Arab Cemerlang dan pendakwah, untuk menyampaikan ceramahnya. YB Dr Mohammad Taslim sebagai ADUN Maharani dijemput bersama meraikan majlis tersebut.Diantara tetamu jemputan ialah Pengerusi JPMM Maharani yang mewakilkan Wakil Khasnya, Datuk Penghulu dan juga  pemimpin tempatan.


Sambutan daripada muslimin dan muslimat sungguh menggalakkan.

Gambar-gambar di sekitar Majlis:


Pengerusi Sambutan, Cikgu Shuib, memulakan majlis.
Tn Hj Supaat kelihatan bersama.
Kata-kata aluan daripada Pengerusi Surau, Tuan Hj Supaat bin Abu Kamit.
Ceramah daripada Ustaz Muhidir Tamjis.
YB Dr Mohammad Taslim - self potrait.
 Diantara tetamu kehormat : Tn Hj Mahpop,WakilKhas Pengerusi JPMM Maharani, 
dan Datuk Penghulu.

 Bunga Telur untuk YB Dr Mohammad Taslim.
Terima Kasih Pengerusi dan AJK Surau Al-Syams, Parit Samsu Muar.



Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 14 Apr 2011 07:41 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Video Seks Bukan Anwar....

Posted: 14 Apr 2011 05:07 PM PDT

Daripada kenyataan Ketua Polis Negara kita boleh membuat kesimpulan bahawa lelaki di dalam video tersebut bukan Anwar. Ini berdasarkan maklumat berikut :
  1. Kertas siasatan hanya akan disiapkan minggu depan selepas pilihanraya Sarawak. Kalau diumumkan minggu ini dan ternyata bukan Anwar.... Rosaklah rancangan UmNo.
  2. Kesan siasatan mungkin mempengaruhi keputusan pilihanraya Sarawak...... Confirm bukan Anwar.... Confirm BN kalah di Sarawak.
  3. Seperti biasa kalau UmNo kalah dalam apa-apa juga pertandingan atau pilihanraya keputusan akan diumumkan lambat-lambat..... kalau boleh tak payah diumumkan terus.
Memandangkan pilihanraya Sarawak amat penting buat UmNo terutama Najib bagi menentukan tarikh pilihanraya umum akan datang maka perkara yang paling penting bagi KPN menyelamatkan kerajaan dan maruah Najib.

Nota : Kepada peminat jam Omega.... jangan cuba-cuba pakai jam di kedai atau pusat pameran kalau tidak pasti hendak beli.... anda mungkin mangsa seterusnya.

_____________________________________________________
KPN: Lelaki aksi seks rakaman video sudah dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 14 April — Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut "Datuk T" adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis," kata beliau kepada pemberita.

Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, "polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks."

Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Memilih Pemimpin @ Mengundi

Posted: 14 Apr 2011 04:57 PM PDT

oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang.

Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.

Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lalu, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan.

Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." (Surah an-Nisa' ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi Muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh bukan Islam dalam konteks negara kita ini;

Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya". (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka. Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman.

Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan. Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya) "..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab" (al-Zumar: 17-18). Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

Firman Allah: "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah" (Surah al-Qasas:26).

Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik. Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak "Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan", atau "Memilih bahaya yang paling ringan". Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) "Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…" (Surah al-Baqarah: 217).

Ayat ini menjelaskan memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimumkan bahaya.

Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut. Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w: "Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka'abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 14 Apr 2011 07:35 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura imamkan solat jenazah Muhammad Gaberial Peter

Posted: 13 Apr 2011 11:58 PM PDT


Ustaz Wan Hassan imamkan solat jenazah Muhammad Gaberial Peter

DUNGUN - Jenazah Muhammad Gaberial Peter, bapa Francisca, penyanyi evergreen era 80-an yang popular dengan lagu Sekadar di Pinggiran yang ditemui mati di rumahnya dekat Taman Sri Dungun kira-kira jam 10 malam kelmarin selamat disolatkankan di Unit Forensik Hospital Dungun sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura, jam 2.30 petang semalam.

Penemuan dokumen memeluk agama Islam oleh sepasukan polis yang melakukan siasatan di rumah Peter mengungkai tanda tanya bahawa dia kini berstatus beragama Islam.

Biarpun perkara terbabit difahamkan tidak diketahui sebahagian ahli keluarganya yang beragama Kristian, namun dokumen yang menjadi status identiti agama Islam itu menjawab segala pertanyaan seterusnya membuka jalan untuk pihak berkaitan menyelesaikan segala kerumitan dihadapi.

Pegawai Agama Daerah Dungun, Mohd Adnan Abdullah mengesahkan, selepas merujuk kepada pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Peter disahkan memeluk agama Islam pada 10 April 2007 lalu.

"Sehubungan itu ia menjadi tanggungjawab pihak Pejabat Agama Daerah Dungun untuk menguruskan jenazah berkenaan sebelum dikebumikan mengikut cara orang Islam," katanya.

Anak lelaki arwah, John Joseph Peter, 40-an yang beragama Kristian ketika ditemui selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Sura berkata, arwah bapanya itu tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Katanya, biarpun tidak sempat menemui arwah pada saat akhir, namun dia menerima kehendak takdir dengan pemergian bapanya itu dengan hati yang terbuka bahawa bapanya itu meninggal dalam Islam.

Sementara itu, solat jenazah Muhammad Peter diimamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli.

Wan Hassan yang ditemui berkata, urusan menguruskan jenazah itu dilakukan pihaknya bukan atas dasar untuk mencari publisiti demi kepentingan politik, sebaliknya ia merupakan satu tanggungjawab yang perlu dipikul masyarakat Islam, apatah lagi arwah merupakan saudara baru yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat yang beragama Islam bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

"Kita melihat kepada kepentingan menjaga rakyat, apabila rakyat yang ada dalam keadaan kesulitan melibatkan kematian, kita perlu bantu apatah lagi dia merupakan saudara baru," katanya. -Sinar Harian.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor

Posted: 14 Apr 2011 07:33 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor


Berapa Agaknya Bob Lokman Dibayar Untuk Sertai PAS?

Posted: 14 Apr 2011 06:54 PM PDT

13 April 2011, Taman Ampang Indah - Ketika menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pengerusi majlis pada malam itu, Bob Lokman dengan tenang menjawab:

" Memang saya dibayar, cuma tuntutan bayaran tersebut bukan dibuat di sini (di dunia ini), tapi di akhirat, insyaAllah... "




Sebahagian daripada dua ribu hadirin yang hadir

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang turut memberikan ucapan pada malam itu

YB Khasim menceritakan pengalaman berkempen di Sarawak

PAS LENGGONG

Posted: 14 Apr 2011 07:22 PM PDT

PAS LENGGONG


Mari kita pakat Doakan - Malamni Solat Hajat

Posted: 14 Apr 2011 02:02 AM PDT

Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh
Harakahdaily

KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun.

Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi.

Hasil ini diperolehi berdasarkan kajian Zentrum melalui projek Sarawak Election (SELECT 2011) - iaitu Prediksi Period 2 oleh badan yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah itu.

(Rajah: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Kedudukan parti)

Kajian itu meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%).

Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Kajian itu juga meramalkan, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud akan kalah di Balingian di tangan sepupunya, Datuk Salleh Jafarudin (BN 33%, PR 30% dan Bebas 37%).

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pula diramalkan kajian ini akan menang di Ba'kelalan (PR64% dan BN46%).

Keputusan ini berdasarkan laporan prediksi period 2 yang dibuat oleh Zentrum PRN Sarawak 2011 yang disiarkan dalam lamannya di facebook hari ini.

Ia akan berubah bila-bila masa berdasarkan maklumat terbaru yang diterima oleh petugas kajian ini.

Namun begitu, ketepatan kajian ini agak meragukan untuk dibuat keputusan muktamad kerana semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, ramalan yang dibuat oleh Zentrum tersasar apabila didapati calon Pakatan Rakyat dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim kalah kepada calon BN Kamalanathan.

Padahal keputusan akhir kajian Zentrum menunjukkan calon PKR itu akan menang dengan majoriti tipis.

(Graf: Sarawak Election (SELECT 2011) - Prediksi Period 2: Bandingan Kaum)

Bagaimanapun, kajian ini bakal menjadi antara petunjuk awal ke manakah arah tuju pilihan raya Sarawak kali ini.

Sebelum ini, pengkaji PAS meramalkan, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Rembau Hari Ini

Posted: 14 Apr 2011 07:10 PM PDT

Rembau Hari Ini


Bersama Juara Nasyid 16 Apr 2011 di Senawang

Posted: 13 Apr 2011 11:08 PM PDT


SEMPENA KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK


Bersama : Saudara Ashan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, Ustaz Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9


Pada : SABTU 16 April 2011, Jam 8 mlm - 12 mlm


Lokasi :


1. Pasti Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang. 2. Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar. 3. Pasti Amal, Taman Marida 4. Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya


Antara yang menarik : Siaran Langsung Keputusan Pilihanraya Sarawak, Analisa, Tazkirah, Hiburan Alternatif, Motivasi, Jamuan


Semua dijemput Hadir

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Apr 2011 03:49 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


KESALAHAN DSAI BELUM PASTI DIDEDAH DITOHMAH, INDIVIDU HARAM JADAH DAH DIKENALPASTI KPN KATA TAK BOLEH DEDAH !?#@

Posted: 14 Apr 2011 03:53 AM PDT

KPN: Lelaki aksi seks rakaman video sudah dikenal pasti

KUALA LUMPUR, 14 April — Polis telah mengenal pasti lelaki dalam aksi seks rakaman video yang didedahkan oleh "Datuk T" bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Bagaimanapun Ismail berkata pihaknya tidak akan mendedahkan identiti individu berkenaan.

Justeru tambah Ismail, kertas siasatan berkaitan video seks itu akan selesai minggu depan.

Video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan oleh "Datuk T" di hotel Carcosa Seri Negara di sini pada 21 Mac lalu, mendakwa lelaki dalam aksi seks adalah pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Kata Ismail, polis kini dalam proses mengenal pasti pemilik tangan Omega yang menurut "Datuk T" adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami sedang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan (Omega) yang diserahkan kepada polis," kata beliau kepada pemberita.

Apabila ditanya mengenai wanita tidak dikenali dalam aksi seks itu juga telah disoal siasat, Ismail berkata, "polis telah bercakap dengan setiap orang yang terlibat dalam video seks."

Tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuaib Lazim yang disoal siasat polis dilaporkan telah menyerahkan jam tangan Omega kepada polis.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau adalah individu dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

BN MERUDUM HASIL KAJIAN ZENTRUM !

Posted: 14 Apr 2011 12:48 AM PDT


Hasil Kajian Zentrum - Sarawak Akan Tumbang Ke Tangan Pakatan Rakyat pada PRN10 Sarawak 16 April ini dan menambah tanda positif tumbangnya BN pada PRU13 nanti.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini, menurut satu kaji selidik.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.

Kaji selidik dikeluarkan oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani.

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.

Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.

Keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat DUN pula didominasi oleh calon bebas.

Bagaimanapun keputusan kaji selidik yang dinamakan 'PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.

Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum

Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.

Manakala PR pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.

Bagaimanapun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan
BN dengan 34 peratus.

Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding PR di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

PR sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, PR pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, PR dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus. - FMT

BN MERUDUM HASIL KAJIAN ZENTRUM !

Posted: 14 Apr 2011 12:48 AM PDT


Hasil Kajian Zentrum - Sarawak Akan Tumbang Ke Tangan Pakatan Rakyat pada PRN10 Sarawak 16 April ini dan menambah tanda positif tumbangnya BN pada PRU13 nanti.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini, menurut satu kaji selidik.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.

Kaji selidik dikeluarkan oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani.

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.

Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.

Keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat DUN pula didominasi oleh calon bebas.

Bagaimanapun keputusan kaji selidik yang dinamakan 'PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.

Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum

Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.

Manakala PR pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.

Bagaimanapun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan
BN dengan 34 peratus.

Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding PR di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

PR sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, PR pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, PR dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus. - FMT

BN MERUDUM HASIL KAJIAN ZENTRUM !

Posted: 14 Apr 2011 12:48 AM PDT


Hasil Kajian Zentrum - Sarawak Akan Tumbang Ke Tangan Pakatan Rakyat pada PRN10 Sarawak 16 April ini dan menambah tanda positif tumbangnya BN pada PRU13 nanti.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini, menurut satu kaji selidik.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.

Kaji selidik dikeluarkan oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani.

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.

Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.

Keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat DUN pula didominasi oleh calon bebas.

Bagaimanapun keputusan kaji selidik yang dinamakan 'PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.

Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum

Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.

Manakala PR pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.

Bagaimanapun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan
BN dengan 34 peratus.

Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding PR di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

PR sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, PR pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, PR dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus. - FMT

NEW DEPUTY IGP !

Posted: 14 Apr 2011 12:38 AM PDT


Khalid Abu Bakar is new deputy IGP

Former Selangor police chief Khalid Abu Bakar is the new deputy inspector general of police.
This follows the retirement of Husin Ismail from the Royal Malaysian Police (RMP).

Khalid's present post is the head of the RMP's Internal Security and Public Order director.
The handover ceremony was witnessed by inspector general of police Ismail Omar.

Khalid (left) will hold the post of deputy IGP as well as the director of Internal Security and Public Order Department director until a replacement is appointed for the latter.
Mkini
Hafiz Yatim
Apr 14, 11
3:03pm

BUKTI SAPA FOBIA, JURUTERBANG PESAWAT ATAU TPM ? TAPI ADA LAGI YANG BAHAYA !!!

Posted: 13 Apr 2011 06:06 PM PDT


Komen : Mudah-mudahan tiada lagi pesawat heli atau k/terbang jatuh di kala Pilihan Raya Negeri Sarawak yang sangat mengelisahkan Barisan Nasional terutama Presidennya DS Najib.
Kita tidak ingin ada juruterbang yang takut dan bimbang bila kena giliran membawa TPM Tan Sri Muhyiddin yang telah 2 kali terselamat dari kemalangan pesawat.
Yang membimbangkan Pakatan Rakyat cuma satu bila ada tambahan pesawat 3 buah yang tiba-tiba ini ialah kegunaan untuk membawa pengundi 'hantu'. Kalau di Semenanjung Pemuda AMK, PAS dan DAP boleh tahan bas yang bawa pengundi hantu tapi di Sarawak ini canggih benor, guna pesawat kapal torobang.


KUALA TERENGGANU - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".BO
ihsan PASPB

INILAH KABINET SEBENAR SARAWAK 2011-2015 YANG AMAT DISENANGI

Posted: 13 Apr 2011 04:19 PM PDT


Komen : Kegagalan UMNO/BN menamakan pengganti Taib Mahmud dan penonjolan Najib 6 hari terakhir kempen bagi menutup kebencian pengundi tegar UMNO/BN terhadap Taib bekas KM amat ketara.

UMNO/BN mungkin duduk dalam keadaan tidak selesa jika kabinet ini benar-benar berlaku memandangkan tempoh pilihan raya cuma tinggal 2 hari lagi kerana proses pembuangan undi akan berlangsung pada 16 April 2011.

Seramai 213 calon akan berentap dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini. Selepas proses penamaan calon selesai hari ini, kesemua 71 DUN akan dipertandingkan. Pada keseluruhannya, pertandingan itu menyaksikan dua pertandingan enam penjuru, dua pertandingan lima penjuru dan 17 pertembungan empat penjuru.

Manakala yang lainnya membabitkan pertandingan tiga penjuru di 22 kerusi dan pertembungan satu lawan satu di 27 kerusi. Selain BN yang bertanding di kesemua 71 kerusi, parti lain adalah DAP (15 kerusi), Snap (26), PKR (49), PAS (5), Parti Cinta Malaysia (PCM) enam dan 41 calon Bebas.

Pecahan calon mengikut jantina ialah 197 lelaki dan 16 wanita. BN meletakkan 67 calon lelaki dan empat wanita, PAS (tiga lelaki dan dua wanita), DAP (11 lelaki dan empat wanita), Snap (26 lelaki), Bebas (40 lelaki dan seorang wanita) PKR (45 lelaki dan empat wanita), PCM meletakkan lima calon lelaki dan seorang wanita.

Selepas proses penamaan selesai hari ini, pertandingan tiga penjuru membabitkan 23 DUN dan empat penjuru di 17 DUN. Dua kawasan berlaku pertandingan enam penjuru iaitu di Belaga dan Balai Ringin manakala pertandingan lima penjuru berlaku di Ngemah serta Jepak.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor

Posted: 14 Apr 2011 03:13 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Hulu Selangor


JOM masuk PAS....

Posted: 14 Apr 2011 06:53 AM PDT

Alhamdulillah...
Semenjak brader bob lokman berhijrah semakin ramai yang terpikat dengan perjuangan
PAS untuk menegakkan ISLAM. Satu fenomena melanda MALAYSIA. Insyallah akan lebih
ramai yang terbuka hati untuk berjuang di jalan ALLAH

10 artis terkenal mahu ikut Bob Lokman
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 14 April: Kira-kira 10 lagi artis
terkenal kini turut tertarik dan ingin mengikuti jejak
langkah pelakon dan penulis lirik Bob Lokman menjalani
hidup yang lebih baik dan menyokong perjuangan Islam
dan politik yang dibawa PAS.

Artis-artis tersebut termasuk lelaki dan wanita dan
termasuk yang terkenal dalam genre nyanyian, lawak,
lahir dari Akademi Fantasia dan dari kategori pengarah.

Pelakon Bob Lokman ketika mendedahkan perkara itu
menegaskan, mereka sekarang sememangnya sudah
bersedia untuk mengikuti jejak langkahnya dan sedang
berusaha memperdalami ajaran Islam menerusi kelas
pengajian Islam yang diusahakan bersama rakan-rakannnya.

Menurut beliau, selain mengikuti kelas-kelas agama, artis-artis itu juga kini sudah
seringkali mengikuti pengajian agama daripada tokoh-tokoh agama tanah air
di beberapa buah masjid.

Katanya, selain mahu turut berubah kepada kehidupan lebih Islamik, artis-artis itu
juga mahu turut berminat untuk terlibat dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS.

"Bagaimanapun, mereka masih belum bersedia untuk mendedahkannya kepada
masyarakat buat masa ini kerana mahu menunggu masa yang sesuai untuk
berbuat demikian.

"Mereka mahu mengikuti jejak langkah saya kerana tertarik dengan perjalanan
hidup saya sekarang. Hasrat mereka itu telah dinyatakan sendiri oleh mereka kepada
saya baru-baru ini secara jujur," katanya ketika menyampaikan tazkirah di pejabat
Harakah, di sini, hari ini.

Di samping mengakui tertarik dengan perjalanan hidup beliau sekarang, artis-artis itu
juga turut berminat untuk mendapatkan kekuatan jiwa.

Sambil menyebut satu persatu nama-nama artis tersebut, beliau menegaskan, untuk
membolehkan seseorang artis itu meninggalkan dunia glamour seperti yang dilakukan
oleh beliau sekarang bukanlah sesuatu yang mudah.

"Selain memerlukan pengetahuan agama yang mendalam dari sudut fekah, seseorang
itu juga amat perlu mengamalkan tarikat yang muktabar bagi mendapatkan kekuatan
jiwa agar tidak mudah goyah apabila ditimpa pelbagai ujian," katanya.

Beliau juga secara jujur mengakui, rezekinya sekarang tidak pernah berkurangan
sejak meninggalkan dunia glamour, malah makin bertambah apabila sering menerima
pelbagai undangan dari pelbagai pihak untuk mengadakan ceramah.



















































(Gambar: Sebahagian kakitangan Harakah yang mendengar ucapan Bob Lokman)

Malah, dalam masa terdekat, walaupun telah meninggalkan dunia glamournya, beliau
juga masih menerima tawaran berlakon dari beberapa buah syarikat dengan bayaran
puluhan ribu ringgit.

Sebahagiannya terpaksa ditolak kerana ia tidak selari dengan perjalanan hidupnya
sekarang yang bukan lagi menjalani hidup untuk keseronokan, tetapi untuk mengabdikan
diri kepada Allah dalam erti kata yang sebenarnya.

"Jangan takut untuk berubah menjalani kehidupan yang lebih baik, rezeki kita tak akan
berkurangan, malah bertambah. Jangan juga kata bila kita dah memilih untuk menjadi
lebih baik tak akan ada tawaran berlakon lagi. Sebaliknya tawaran itu datang
mencurah-curah.

"Malah saya sendiri pula yang terpaksa menolaknya (kerana tidak sesuai)," jelas beliau
sambil mengakui tidak mengalami sebarang tekanan dari sebarang pihak ekoran
perubahan hidupnya sekarang. 

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 14 Apr 2011 03:08 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Allah Takdirkan Bapa Francissca Peter Mati Dalam Islam

Posted: 14 Apr 2011 01:32 AM PDT


Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu.

Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.

Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan.

Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.

Gambar-Diharamkan di Media BN] Ceramah Pakatan Rakyat DiSERBU Menjelang PRN

Posted: 14 Apr 2011 01:26 AM PDT






Saya petik:
[MK] Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

Di Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

Menurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan," kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

Katanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahu BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!" katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

Antara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow.
P/s: Di kawasan bandar, PR mempunyai peluang yang cerah. Sukar meramalkan undi di bahagian pedalaman dan pinggir bandar yang ratanya masih kurang terdedah dengan sumber berita alternatif. Lebih malang, banyak juga yang masih belum mendaftarkan diri dengan SPR.

Berkaitan:

AL KITAB : DEMI KUASA NAJIB GADAI AGAMA!!!

Posted: 13 Apr 2011 11:35 PM PDT

Sempena Pilihanraya, Mereka mengambil Kesempatan Menuntut, dan Najib Tunduk Menyerah. Semuanya kerana UNDI, Semuanya kerana KUASA maka Najib mengalah.

Saya ingin bertanya kepada semua mufti2 yang bertanggungjawab mempertahankan kemuliaan Islam dinegeri masing2, Apa Komen Tuan-tuan ?

Jika Najib tunduk kerana kuasa, orang Melayu yang sengaja menutup mata, diam membisu atas episod ini pula atas sebab apa ? Nak kata tak nampak atau tak faham, dah banyak disebut dalam sebulan ni, atau dalam diam orang Melayu pun dah jadi liberal macam Najib ? Apakah orang Melayu semua dah sepakat mendakap Islam Sederhana ala Najib ?

Dengan jelas tanpa berselindung Concil of Churches of Malaysia (CCM) mengaku - Pilihanraya bukan saja digunakan untuk memperjuangkan isu Alkitab tapi juga isu-isu lain .....

sumber : blog UMNgOk.




 Shastri, Concil of Churches of Malaysia (CCM) said it is not an 'us versus them' position.

Najib with Datuk Bolly Lapok to discuss issue al-kitab

GAMBAR2 EVO POLIS EKSIDEN... APA CER?

Posted: 13 Apr 2011 06:35 PM PDT

Polis pun manusia biasa jugak... macam orang ramai2 le.... cumanya yg agak unit sebab evo polis ade berapa kerat je kat malaysia... dan dlm yg kerat2 tue pulak eksidennya....

...yang kes terbaru sekali kat highway PLUS...

yang nie kes eksiden di tempat lain  la .. dekat highway jugak... terbabas masuk longkang kali.....


*apa nak pelik....yang nie pulak lambo polis mat saleh pun eksiden gak... tapi bezanya depa eksiden kejar penjenayah... kita punye polis keta masuk longkang sorang2.....

GARA-GARA SAMAN KES SEKSI... BERITA KELANTAN DI INDONESIA

Posted: 13 Apr 2011 05:54 PM PDT

WillyNews - Berita Internasional, Dua perempuan yang dianggap berpakaian seksi mendapat panggilan dari pejabat berwenang setelah tidak menggunakan pakaian yang menutupi lengan.


Perempuan yang mengenakan t'shirt mempromosikan sejumlah mobil mewah perusahaan di Kota Baru, Malaysia, dikenai denda saat sedang bertugas.

Managing director perusahaan yang enggan disebutkan namanya itu mengatakan langkah dewan kota itu sangat bertolak belakang.

"Siku mereka sudah tertutup dan mereka tetap saja disebut tak mengikuti aturan berbusana seperti perempuan Muslim," katanya, sambil menambahkan pihaknya akan membayar denda itu.

Namun, ketua dewan kota bernama Azman Dahan menolak klaim jika petugasnya hanya pilih-pilih menjatuhkan sanksi seperti ditujukan hanya kepada pebisnis dan perusahaan beretnis China. (wLy)

CALON PAS ABG AHMAD KERDEE DICIUM PENYOKONG!

Posted: 13 Apr 2011 05:47 PM PDT


Calon PAS di N24, Dewan Undangan Negeri (Dun) Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus 'muda' orangnya. Memiliki perwatakan yang cukup menarik, petah bercakap, dan yang paling penting berkarisma, walaupun usianya baru mencecah 32 tahun. Dalam usia yang muda, anak kelahiran Pusa ini menjadi perhatian masyarakat di Beting Maro setelah diumumkan bertanding mewakili PAS bagi menentang calon BN, Razaili Gapur. Di sebalik wataknya yang ceria, Abang Ahmad Kerdee atau panggilan mesranya di sini Abang Mat, mempunyai prinsip yang jelas. Selaku calon PAS, jika menang pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) kali ini, beliau telah merencana perubahan untuk masyarakat Beting Maro.





wajah-wajah penyokongnya sewaktu hari penamaan calon

ORG BN SERANG UST SALEHUDDIN NASIR DI SARAWAK!!!

Posted: 13 Apr 2011 05:42 PM PDT

Pimpinan PAS Selangor menerima tamparan hebat daripada penduduk kampung Putin yang memberi amaran supaya menghentikan ceramah kerana didakwa menganggu keselesaan orang kampung.


Seorang penduduk kampung yang hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju meluru ke arah Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir memberi amaran supaya menghentikan ceramah dengan segera.

Menurut Ustaz Salehuddin, penduduk yang tidak dikenali itu berkata, "Ini Sarawak bukan Semanjung. Kau berceramah macam orang gila macam mahu sampai ke bulan."

"Penduduk tanpa baju itu berlari dan terus menerpa saya supaya hentikan ceramah," katanya. Turut berceramah di bilik Gerakan PAS malam itu, Naib Presiden, Salahudin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Bagaimanapun, beliau sudah bersedia dengan keadaan seperti itu dan menganggap ia merupakan peristiwa Semanjung yang sudah menular ke Sarawak.

"InsyAllah ini merupakan petanda positif bagi perjuangan PAS kerana orang kampung memberi tindak balas apabila adanya ceramah pimpinan PAS," katanya. Penduduk tersebut ditarik oleh Unit Amal dan jentera PAS Sarawak keluar daripada kawasan tempat ceramah.

USTAZAH UMMI HAFILDA BERSEDIH!!! WAKAKAKAKA

Posted: 13 Apr 2011 05:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 13 April – Mahkamah Tinggi mengetepikan saman fitnah RM100 juta difailkan oleh ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan Malaysiakini, bulan lalu.


Hakim Zabariah Mohd Yusof memutuskan demikian di kamarnya selepas peguam kedua-dua pihak gagal hadir ketika pengurusan pertama kes hari ini.

Pada 17 Mac lalu, Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman tersebut melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.

Ummi Hafilda dalam saman pemula tersebut mendakwa defendan dalam satu temu ramah di lobi bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.

Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.

Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengakibatkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar.

Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbau fitnah terhadapnya.

Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

MP Pendang

Posted: 14 Apr 2011 01:32 PM PDT

MP Pendang


Anak Sungai Derhaka: Video Lucah : Orang kenallah siapa Rahim Thamby tu...

Posted: 14 Apr 2011 05:16 AM PDT

Anak Sungai Derhaka: Video Lucah : Orang kenallah siapa Rahim Thamby tu...: "Selain dari mendedahkan UMNO kini memang dalam masaalah.. Azalina juga mendedahkan Rafidah dan Pak Lah tidak menyukai Puteri UMNO atau dalam..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 14 Apr 2011 01:14 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


PRN Sarawak : DPP Puchong hantar Petugas (Siri 1)

Posted: 13 Apr 2011 09:56 PM PDT

SADONG JAYA , 14 April - Pilihan Raya Sarawak akan berlangsung dalam beberapa hari lagi. Angin perubahan bertiup dengan kencang , sambutan rakyat Sarawak kepada parti selain BN telah pun berubah.

Dahulunya , sikap rakyat khususnya di bahagian 'semi-urban' dan 'rural' agak dingin kepada parti Alternatif (selain BN) , namun kali ini ia sangat berbeza .

Tidak dapat dinafikan , pertandingan kali ini paling sengit dalam sejarah Pilihan Raya Sarawak , dan sudah dapat dipastikan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk menambah bilangan kerusi yang dimenanginya pada PRN yang lepas.

Cuma teka teki sekarang ini sama ada , dapatkah Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga DUN Sarawak daripada BN , atau BN bakal membentuk kerajaan negeri dengan dua pertiga majoriti.

Teka teki ini banyak bergantung kepada 10-13 kerusi Panas , yang masih dapat perebutan. Antara kerusi-kerusi panas ini lah , PAS meletakkan calon mereka sebagai wakil Pakatan Rakyat.

Sememangnya dalam perancangan sejak awal , Dewan Pemuda PAS Puchong bakal menghantar petugas bagi membantu gerak kerja pilihan raya bagi memenangkan calon PAS yang bertanding di beberapa kerusi DUN.

Delegasi DPP Puchong diketuai oleh Ketua Pemuda sendiri , Sdr Yeop disertai oleh Timb Ketua Pemuda dan beberapa AJK DPP Puchong.


Bertolak dari KLIA ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuching

Sedang mengharungi sungai menaiki feri ke tempat bertugas

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33

Posted: 14 Apr 2011 01:13 PM PDT

PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33


Terkini!!! Stadium Mini Jitra Bakal Diserbu Ribuan Rakyat 16 April Nanti : Live Result Pilihanraya Negeri Sarawak

Posted: 14 Apr 2011 06:37 AM PDT



Terkini!!! Stadium Mini Jitra Bakal Diserbu Ribuan Rakyat 16 April Nanti : Live Result Pilihanraya Negeri Sarawak

Walaupun apa pun keputusan Pilihanraya Umum DUN Sarawak, Insya Allah ia akan lebih baik dari keputusan 2006. Apakah 'anak sulong' PAS bakal lahir di Sarawak?


Marilah kita mengikuti kupasan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang akan diadakan di Stadium Mini Jitra, 16 April 2011, jam 9.30 malam. Turut berceramah bersama beliau ialah Menteri Besar Kedah YAB Dato' Seri Azizan Razak dan Ahli Parlimen Padang Terap, YB. Nasir Zakaria.


Asalnya program tersebut adalah taklimat perkembangan kerajaan negeri yang akan diadakan di Taman Tasik Bandar Darul Aman. Oleh kerana pihak polis tidak mengeluarkan permit maka program anjuran kerajaan negeri itu dibatalkan.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 14 Apr 2011 11:56 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


24 Perkara Yang Perlu DiTinggalkan

Posted: 14 Apr 2011 10:54 AM PDT

Dupahang's Weblog

Posted: 14 Apr 2011 11:56 AM PDT

Dupahang's Weblog


Solat Hajat Seluruh Negara Malam ini

Posted: 14 Apr 2011 06:19 AM PDT

KUCHING, 14 April:  PAS mengarahkan semua ahli seluruh negara melaksanakan solat hajat pada malam ini untuk kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat di Sarawak.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata ni adalah jalan yang terbaik bagi pejuang agama Allah supaya Allah memberi kesejahteraan kepada calon PAS dan petugas PAS di Sarawak. "Kita perlu memohon [...]

Zentrum ramal BN Sarawak akan jatuh

Posted: 14 Apr 2011 06:15 AM PDT

  KUCHING, 14 April: Jika betullah kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kerajaan BN Sarawak bakal jatuh dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini apabila Zentrum meramalkan, BN hanya akan mendapat 24 kerusi Dun. Pakatan Rakyat pula, Zentrum meramalkan akan mendapat 27 kerusi, Snap 13 kerusi manakala selebihnya calon bebas iaitu tujuh kerusi. Hasil [...]

DUN Lembah Jaya

Posted: 14 Apr 2011 11:54 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Ayuh Berdoa Untuk Calon PR Di Sarawak

Posted: 13 Apr 2011 06:32 PM PDT

Selama beberapa hari dalam tempoh berkempen di Sarawak, pelbagai pengalaman dirasai. Maklumlah, baru pertama kali ke sana. Paling aneh pada hari penamaan calon tiada kekecohan, provokasi, ejek mengejek dan sebagainya sebagaimana lazimnya berlaku di Semenanjung. Menurut YB Khasim, pada pengamatannya ini adalah disebabkan oleh faktor Sarawak bebas Umno. Tiada Umno, tiada kekacauan!

Walau bagaimanapun, mereka tetap bergerak menjalankan agenda mereka di sana menerusi Barisan Nasional. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah SWT menetapkan pendirian para pejuang dan pendokong Pakatan Rakyat (PR) yang bakal 'bertempur' dalam pilihanraya umum Negeri Sarawak pada hari Sabtu, 16 April 2011 akan datang, sekali gus memberikan kemengan kepada semua calon-calon PR yang bertanding.




Batu Gajah Mari

Posted: 14 Apr 2011 11:38 AM PDT

Batu Gajah Mari


PANAS!!!- Pemimpin UMNO ditangkap basah!!!

Posted: 13 Apr 2011 06:05 PM PDT

Seorang pemimpin Umno Kelantan malam kelmarin ditangkap basah dengan seorang gadis bawah umur ketika para blogger parti itu memfitnah wakil rakyat PAS ditangkap basah sebelum ini.

Sumber Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) memberitahu, pemimpin Umno Bahagian Tanah Merah yang dalam lingkungan umur 54 tahun ditangkap dengan seorang juvana berum ur 16 tahun dalam keadaan berkemban (separuh bogel) yang dipercayai telah disetubuhinya.

Pemimpin Umno terbabit ditangkap oleh sekumpulan anggota Rukun Tetangga (RT) yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail di sebuah hotel bujet di jajahan Tanah Merah.

Seorang anggota pencegah maksiat memberitahu, pasukannya mula mengesyaki pemimpin Umno terbabit apabila pemimpin itu keluar dari kamar yang disewanya ketika operasi dilakukan di kamar-kamar lain.

"Dia (pemimpin Umno) bersama pasangannya itu kemudia dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan," ujar pegawai terbabit.

Pasangan tidak sah itu kemudiannya diikat jamin dan sedang menunggu tarikh bicara yang dijadualkan pada 18 Mei depan.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob mengesahkan mendapat aduan dan laporan mengenai tangkap basah pemimpin Umno terbabit. -bloglist
(Gambar hiasan)

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1JPTaU88b

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 14 Apr 2011 11:31 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Bersama Calon- berkempen di Kg Sebayor dan Kg Plaie, Kota Samarahan

Posted: 13 Apr 2011 03:35 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Apr 2011 09:49 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bersama Juara Nasyid 16 Apr 2011 di Senawang

Posted: 13 Apr 2011 11:15 PM PDT


SEMPENA KEPUTUSAN PILIHANRAYA SARAWAK


Bersama : Saudara Ashan Atan, Juara Akademi Nasyid TV9, YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi, Ustaz Khairul Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9,


Pada : SABTU 16 April 2011, Jam 8 mlm - 12 mlm


Lokasi : 1. Pasti Al Mustaqim, Taman Pinggiran Senawang, 2. Pasti Al Hikmah, Taman Tuanku Jaafar Fasa, 3. Pasti Amal, Taman Marida, 4. Pusat Khidmat Dun Paroi, Taman Tasik Jaya,


Antara yang menarik : Siaran Langsung Keputusan Pilihanraya Sarawak, Analisa, Tazkirah, Hiburan Alternatif, Motivasi, Jamuan


Semua dijemput Hadir

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 14 Apr 2011 09:47 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Tudia....cemas gila!

Posted: 13 Apr 2011 08:22 PM PDT

Tak kiralah salah ke tak, asalkan dapat kerahkan segala bentuk jentera yang dimiliki kerajaan digunakan untuk berhadapan Pakatan Rakyat (PR) di pilihanraya negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Terang-terangan, kali ini pemimpin BN tidak menghiraukan salah guna kuasa yang dilakukan. Asalkan kuasa dapat dikekal.

Presiden Barisan Nasional (BN) pusat, Datuk Seri Najib Razak sudah pun memberi amaran kepada jentera BN, ini adalah pilihanraya negeri tersengit pernah dihadapi BN dalam sejarah pilihanraya negeri itu.

Sambil mengaku, BN berhadapan laluan sukar berikutan sambutan luar biasa yang diberi para pengundi kepada PR dalam setiap program.

Berikutan perkembangan yang menakutkan BN itu, segala kerahan tenaga dan jentera digunakan BN demi mengekal kuasanya di Sarawak.

Dilaporkan dalam Buletin Online hari ini, kelihatan tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia (celaka pemimpin BN, guna kemudahan kerajaan untuk kempen politik mereka – kalau di luar negara, dah lama dah kena balun, bantai oleh rakyat mereka…) di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Kehadiran sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".

Sumber asal: Buletin Online



Antara Najib, Muhyiddin dan Taib Mahmud

Posted: 13 Apr 2011 08:18 PM PDT




Kempen Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang masuk hari kelapan tertumpu kepada perang 'kuasa' tiga penjuru antara Perdana Menteri, Timbalannya dan Ketua Menteri Sarawak.

Tiba-tiba sahaja seluruh mata tertumpu kepada isu mengapa Perdana Menteri dilihat bersungguh-sungguh berkempen di Sarawak, sedangkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lama berkempen di sini.

Samada Najib sebenarnya tidak yakin, mahupun tidak selesa dengan kehadiran Muhyiddin, serta isu-isu yang mendampingi Ketua Menteri Sarawak hingga terpaksa turun padang enam hari berturut-turut.

Ataupun Najib sebenarnya bimbang, sebarang perancangan Muhyiddin 'seteru dalam diamnya' mengatur sebarang strategi untuk membina kekuatan di Sarawak bagi mendapatkan sokongan, duduk di kerusi nombor satu kerajaan menggantikan Najib.

Di peringkat Taib Mahmud pula, beliau sendiri walaupun zahirnya nampak tenang menghadapi angin perubahan yang melanda Sarawak, namun dalam diam beliau sendiri bertarung dengan 'serangan dua penjuru', pembangkang dan rakyat serta kini Najib sendiri.

Isu-isu yang menyangkut beliau sejak 30 tahun menerajui Sarawak, antaranya isu rampasan Tanah adat (NCR), isu pentadbirannya dibayangi skandal pengumpulan kekayaan di dalam dan luar negara, isu 'mistik', isu rakyat tidak mendapat kemudahan asas, dan isu skandal anak-anak serta kroninya.

Taib Mahmud pastinya dalam kelemasan kini, walaupun dalam satu wawancara di TV3, beliau melaungkan keyakinan kononnya BN mampu mempertahankan Sarawak dengan majoriti besar, dua pertiga.

Beliau sendiri mempunyai maklumat, bahawa kedudukan BN cukup genting di 18 kerusi yang diletakkan beberapa pengdanalisis politik sebagai sudah menyebelahi Pakatan Rakyat.

Sementara pertarungan di 10 kerusi untuk menentukan siapa pemenang di garisan penamat, semakin rancak, dengan DAP, PAS dan PKR serta tidak ketinggalan SNAP yang sudah keluar dari Pakatan Rakyat 'bila-bila' boleh menggugat lebih dari kerusi yang dijangkakan.

Kegelisahan Najib- Muhyiddin mungkin bukan atas faktor menang atau kalah BN di Sarawak, kerana mereka lebih gemar dalam pertarungan kuasa untuk menentukan pusingan pertama sebelum pemilihan Umno, siapa yang mendahului.

Menang atau kalahnya BN di Sarawak, ataupun Sarawak hilang majoriti dua pertiga, yang pastinya tergugat adalah kedudukan Taib Mahmud, justeru di celah doktrin itu, Najib dan Muhyiddin bertarung untuk suatu 'kesan' yang boleh membawa erti kepada dua tokoh utama BN ini.

Taib Mahmud hanya 'lauk' yang sedang dimasak (proses kempen pilihan raya) untuk hidangan makan malam (keputusan pilihan raya) , sedap atau tidak bukan persoalan, lebih dari itu mampukan untuk menyampaikan hajat mereka yang berselera besar (Najib dan Muhyiddin).

Kekalahan membawa makna, kedudukan Taib akan terjejas, kemenangan pula akan membawa kesan yang perebutan 'dwilogi' kuasa antara Najib-Muhyiddin di peringkat pusat.

Namun, rakyat Sarawak sudah tentu memiliki satu 'tekad' untuk melakarkan perubahan, setidak-tidaknya perubahan untuk 'mengajar' kerajaan BN erti kesengsaraan yang dihadapi rakyat.

Najib-Muhyiddin-Taib Mahmud, seketika nanti akan melupai kesengsaraan rakyat di bawahan apabila tamatnya pilihan raya, dan mereka akan terus meniti jalan-jalan memperkukuhkan pengaruh dan kuasa, dalam dunia kemewahan!.

H/daily

Pilihan Raya Sarawak - 13 Dun panas, sengit

Posted: 13 Apr 2011 08:16 PM PDT

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 kali ini sedang menyaksikan 13 Dun panas yang boleh disifatkan panas, persaingan sengit dan sedang merimaskan calon-calon bertanding. Ia diikuti pula dengan enam Dun kelabu bagi Barisan Nasional Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud. Berikut adalah jadual yang menerangkan secara ringkas fakta tersebut.


Berpandukan jadual di atas (klikkan untuk saiz besar), 10 Dun adalah dimenangi BN pada pilihan raya 2006, hanya tiga Dun (N.09 Padungan, N.28 Engkilili dan N.43 Ngemah) pihak BN kalah.

Apa pun berdasarkan perkembangan semasa dan mood kebersamaan pengundi (khususnya kalangan Dayak dan Cina) menyahut kempen "Jom Ubah" pihak Pakatan Rakyat, maka dijangkakan 13 Dun panas tersebut bakal dimenangi Pakatan Rakyat atau parti oposisi BN.

Di antara parti-parti Pakatan Rakyat tersebut, KeADILan dijangka memperolehi lima Dun, DAP bakal memenangi empat Dun dan PAS pula dua Dun.

Sementara parti-parti oposisi lain adalah dijangka SNAP mengekalkan kemenangan di Engkilili dan PCM pula akan menawan Dun Ngemah yang dulunya dimenangi calon PCM atas tiket Bebas.

Sekiranya benar, jangkaan 13 Dun ini jatuh kepada Pakatan Rakyat dan parti oposisi. Kemudian, kemungkinan besar DAP dapat mengekalkan dominasi di enam Dun (N.10 Pending, N.11 Batu Lintang, N.12 Kota Sentosa, N.40 Meradong, N.45 Bukit Assek dan N.59 Kidurong) yang dimenangi 2006, maka Pakatan Rakyat bersama SNAP dan PCM akan memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada 71 Dun. Ia belum cukup untuk meranapkan keegoan parti BN yang ditunjangi PBB dan SUPP.

Justeru, bagi meranapkan dominasi dua pertiga BN, Pakatan Rakyat perlu memenangi 25 Dun. Ia memerlukan enam Dun lagi. Antara Dun yang dilihat berpotensi ialah mana-mana Dun kelabu bagi parti SUPP, SPDP dan PRS. Dun tersebut ialah N.25 Balairingin (PRS), N.39 Repok (SUPP), N.41 Pakan (SPDP), N.47 Bawang Assan (SUPP), N.64 Pujut (SUPP) dan N.65 Senadin (SUPP).

Apakah matlamat meranap dominasi dua pertiga Barisan Nasional akan berjaya?

Berdasarkan mood dan kesedaran politik semasa (sentimen pengundi Cina menolak BN bermula di Sibu dan kebangkitan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh), maka bukan setakat meranap dominasi dua pertiga, lebih dari itu ialah berkemungkinan BN akan terpenggal tampuk kuasa Kerajaan Negeri!

Oleh: Wan Nik Wan Yussof, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan