Ahad, 3 April 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 03 Apr 2011 03:07 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Laporan Pelaksanaan Dan Pencapaian Manifesto PAS - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Posted: 02 Apr 2011 05:53 AM PDT

Adapun teori pentadbiran UMNO sepanjang penggal pilihanraya amat mudah, sebaik sahaja dapat kuasa lepas pilihanraya, masa untuk agihan, apa saja yang patut di agihkan sesama depa. Tahun pertama buat apa yang boleh menimbulkan keseronokan rakyat dan melaksanakan janji dalam pilihanraya.
Tahun kedua dan ketiga, tekan dan laksana dasar-dasar memaksa rakyat ikut kehendak kerajaan, seperti naik harga barang, naik yuran sekolah dan lain-lain. Tengok apa yang patut laksana dalam manifesto dan janji manis pilihanraya. Tahun ke empat, bermanis muka dan memberi gula-gula. Rakyat akan lupa manifesto dan bersedia menabur apa sahaja untuk hadapi pilihanraya seterusnya... Dalam tahun-tahun dekat pilihanraya ni jangan sesekali buat perkara yang menaikkan kemarahan dan kegelisahan rakyat. Hanya gula-gula.
Maka bila hilang kerajaan, depa sangka pengganti depa akan buat perkara yang sama dengan teori depa. Depa silap! Kerajaan PR memerintah dengan berusaha memajukan negeri dan rakyat sepanjang penggal. Kita buat apa yang betul dan patut untuk negeri dan rakyat sebagai sebuah kerajaan. Kita bekerja hingga ke hari terakhir sebelum pilihanraya tanpa gula-gula palsu kerana kita janjikan Kedah Sejatera, kita tidak bodohkan orang ramai dengan gula-gula.
Akhir-akhir ini, menjelang pilihanraya umum ke 13, BN Kedah menjerit kepada rakyat PAS tak laksanakan Manifesto Pilihanraya... tujuannya supaya rakyat Kedah yang dibuai teori UMNO itu selama 11 kali pilihanraya bangkit dari membuntoti teriakan depa.Tujuannya supaya PR tak sempat laksanakan apa-apa lagi kerana masa sudah suntuk.
Masalahnya, teori itu tiada dalam kamus PR. Kita laksanakan berdasarkan kemampuan kita selama 3 tahun ini apa kita tulis dalam manifesto, tanpa had masa dan tak kira dekat atau jauh lagi pilihanraya.
Selepas tiga tahun, saya perturunkan Laporan Pencapaian Dan Pelaksanaan Manifesto PAS yang dirujuk sebagai Manifesto PR untuk dinilai oleh rakyat. Pencapaiannya seperti berikut:
Sudah berjaya dilaksanakan (44 perkara) - 78.5%
Sedang dalam proses pelaksanaan (4 perkara) - 7.2%
Belum dapat dilaksanakan (8 perkara) - 14.3%
Berikut adalah butirannya:

PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO



1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.

3. Meneningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.

4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.


5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.




LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

(PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN)



1.PENTADBIRAN

a)Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.

Keterangan:

Pentadbiran sifar rasuah telah dilaksanakan dan akan dipastikan berterusan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pegawai/kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.

Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan.


b)Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.

Keterangan:

Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri.

Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.

Kewanagn negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.


c)Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

Keterangan:

Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.

Pengurangan elaun mesyuarat

( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecahsehingga RM 7 juta setahun)

(Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun)

Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini


d)Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

Keterangan:

Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan.

Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205% berbanding tahun 2007.

2.HAL EHWAL ISLAM

a)Mempercepat proses penyelesaian masalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah

Keterangan:

Bilangan hakim syariah telah dipertingkatkan dan menubuhkan Mahkamah Rayuan bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam di Kedah.

Kompleks Mahkamah Syariah yang baru telah siap dibina dan beroperasi di Alor Setar.


b)Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah) untuk melahirkan pegawai masjid yang terlatih.

Keterangan:

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah dilantik sebagai pelaksana menggantikan Institusi Imam untuk melatih dan memberi kursus kepada pegawai-pegawai masjid seluruh Kedah. Pada awal 2011, kumpulan pertama seramai 40 orang pegawai masjid telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut secara berperingkat.

Pemilihan imam telah dilaksanakan melalui temuduga di peringkat masjid. Kaedah ini didapati lebih adil dan telus dalam memilih imam di qaryah masing-masing.

Tiada campur tangan politik daam pemilihan imam di setiap qaryah


c)Elaun imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua qaryah

Keterangan:

Elaun yang diberi kepada imamoleh JAKIM melalui kerajaan negeri adalah setimpal dengan keadaan semasa dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan.


d)Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru Al-Quran persendirian

Keterangan:

Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadhan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.


3.HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM

a)Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing

Keterangan:

kerajaan terus memberi kebebasan beragama kepada rakyat dan disamping memberi perlindungan dan sokongan kepada program-program keagamaan dan kebudayaan di Kedah tanpa sebarang gangguan.
b)Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam dan bahasa semua kaum

Keterangan:

Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti/program pelbagai kaum di Kedah. (Peruntukan seperti ini tidak pernah wujud sebelum ini).

Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut. Contohnya:

a) Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong.

b) Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

c) Pemberian kewangan sebanyak RM 50,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.

d) Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak



c)Melantik EXCO daripada wakil rakyat bukan Islam

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan iaitu dengan melantik YB Manikumar, YB Lim Soo Nee dan YB Tan Chow Kang sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah.


4.PENDIDIKAN

a)Memberi bantuan khas kepada Sekolah Agama Rakyat untuk menjamin kelangsungan dan kemajuan sekolah itu.

Keterangan:

Kerajaan telah memperuntukan bantuan tahunan sebanyak RM 2.1 juta kepada Sekolah Agama Rakyat sejak tahun 2008.
b)Menjadikan Kolej Universiti Insaniah sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Islam di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia

Keterangan:

Kampus tetap KUIN sedang dibangunkan di atas tanah seluas 320 ekar di Kuala Ketil dengan kos RM 330 juta yang mampu menampung sehingga 7000 orang pelajar serta meliputi pelbagai bidang dan kemudahan yang lengkap demi keselesaan pembelajaran pelajar.

Sehingga kini, penuntut KUIN telah mencecah angka 4492 orang termasuk pelajar-pelajar asing daripada 35 buah negara.

KUIN telah dimajukan dengan 42 program pengajian di pelbagai peringkat, bermula dari Pengajian Asasi kepada Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang meliputi bidang Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, Perniagaan, Pengurusan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Kejururawatan, Perhotelan dan pelbagai lagi.

Kerajaan juga telah memberi biasiswa dan insentif kepada pelajar yang cemerlang untuk menyambung pengajian mereka.



c) Melancarkan program pendidikan komuniti. Kumpulan sasaran terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab member kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan tanggungjawab anggota masyarakat dalam proses pendidikan.

Ulasan/Cadangan:

Kelas-kelas pengajian telah dilaksanakan di banyak tempat termasuk di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok)yang mendapat sambutan hingga ribuan peserta.



5.EKONOMI



a)Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat.

Keterangan:

Telah dilancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

b)Mewujudkan suasana 'mesra pelabur' dengan mengurangkan karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran.

Keterangan:

Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan .

Sehingga awal 2010, pelaburan di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion

Kedah merupakan negeri ke-5 nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.


6.TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memastikan setiap pengambilan tanah yang dibuat hanya untuk kepentingan awam dengan bayaran yang setimpal dan munasabah.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan sepanjang masa setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sehingga kini, tiada pertikaian berkenaan pampasan yang telah diberikan. Ini membuktikan pembayaran yang diberi adalah setimpal dan munasabah.



b)Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat.

Keterangan:

Kerajaan telah menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta.

Bagi tanah pendidikan, Kerajaan Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah persendirian termasuk juga premis kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan.

c)Menguruskan hasil hutan secara telus dimana setiap lesen pembalakan yang dikeluarkan berasaskan tender terbuka yang memberikan peluang maksimum.

Keterangan:

Proses tender balak telah dilakukan secara tender terbuka. Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanyak 205% berbanding tahun 2007.

Fakta: Kutipan hasil balak*

Purata 2004-2007 RM 9.5 juta

2008 RM 35 juta

2009 RM 38 juta

2010 RM 53 juta

*(Hasil yang diperoleh adalah dari keluasan tanah dan kuota tebangan yang sama)



d)Memberi potongan (rebat ) antara 25-75 peratus dari perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006.

Keterangan:

Walaupun terpaksa kehilangan kutipan hasil sekitar RM 50 juta, kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan dalam manifesto dengan memberi potongan cukai antara 25-75% dari perbezaan cukai yang dikenakan mulai tahun 2006.

Potongan yang diberikan adalah berbentuk rebat.



7.PERTANIAN

a)Membangunkan pertanian negeri dengan memberikan keutamaan kepada pengeluaran makanan secara komersial yang diterajui oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kedah yang akan ditubuhkan.

Keterangan:

Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan 2008-2015 yang merangkumi pembangunan pertanian di Negeri Kedah.

Pelan hala tuju tersebut telah memberi fokus kepada projek tanaman padi, jagung, nanas, sayuran dan penternakan.

Selain itu, Kedah Agro dan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah (KLPK) turut rancak menjalankan program-program merakyatkan pertanian. Antaranya memberikan pendedahan kepada penduduk kampung cara-cara menghasilkan cecair EM yang merupakan bahan utama dalam penghasilan Baja Kompos, Silaj, Baja Buah, Baja Daun dan penghalau serangga.

Julung kalinya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan wang tambahan berjumlah RM 13 juta kepada Jabatan Pertanian Kedah dalam membangun dan merakyatkan pertanian di Negeri Kedah.

Peruntukkan khusus seperti ini tidak pernah diberikan sebelum ini.

8.PEMBANGUNAN INSAN
a)Mewujudkan sebuah badan/agensi khusus bagi menggalakkan pembangunan keluarga bahagia serta menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kebahagiaan keluarga.

Keterangan:

Telah diwujudkan Sekretariat Kem Bina Shakhsiah di bawah EXCO Pembangunan Insan yang telah menganjurkan beberapa siri Kem Bina Shakhsiah, Kem Anak Soleh & Kem Bina Insan yang merupakan sebahagian usaha kea rah pembangunan insane serta kebahagiaan keluarga.

Kerajaan juga telah memperuntukkan RM 3.5 juta untuk penubuhan Institut Latihan Belia Sejahtera di Sg. Petani sebagai institusi pembentukkan shakhsiah dan pembangunan insane para remaja.



b)Mengawal semua punca yang boleh menyumbang kepada kemunculan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan hiburan melampau.

Keterangan:

Perkara ini telah dilaksanakan seawal pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui unit khas iaitu Unit Mencegah Gejala Sosial (UMGAS). Unit ini telah melaksanakan beberapa aktiviti Latihan Lapangan Anti Gejala Sosial (LANDAS) khususnya di beberapa kawasan sasaran gejala tersebut.

c)Menganjurkan program-program yang menyuburkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan.

Keterangan:

Kerajaan telah menganjurkan beberapa program melalui Urusetia Belia dan Pembangunan Insan kepada para remaja dan belia seperti kem motivasi, kepimpinan dan keusahawanan mengikut modul-modul yang telah disediakan.

Sebagai galakkan keusahawanan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi tahun 2010 untuk membantu memajukan usahawan Insustri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera melalui pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).


9.PIHAK BERKUASA TEMPATAN

a)Menjadikan PBT prihatin, peka dan responsif kepada keperluan dan kehendak penduduk dalam sempadan PBT masing-masing yang merupakan kumpulan pembayar cukai.

Keterangan:

Pembentukkan Ahli Majlis lantikan politik yang baru setelah mentadbir kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa isu kehendak dan keperluan penduduk.

Perkara ini telah direalisasikan dengan urus tadbir yang lebih telus tanpa mengira fahaman politik dan perkauman.



b)Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran longkang.

Keterangan:

Kedah mendahului negeri-negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak dengan menandatangani MoU dengan kontraktor dilantik bagi pengurusan sisa pepejal.

Dengan pengambilalihan operasi secara interim berkuatkuasa 1 November 2009, aspirasi kerajaan dan PBT untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih berkesan dan berkesan kini terlaksana.

Perundingan sedang berjalan dengan pihak-pihak terbabit untuk merealisasikan perkara ini.

Pihak PBT dan MKK juga telah menghidupkan dan melaksanakan konsep gotong-royong yang disarankan oleh pihak kerajaan. Dengan membudayakan gotong-royong, dapat mengurangkan kos serta menyemai sikap sayang dan tanggungjawab terhadap harta ataupun kemudahan awam.



c)Mewujudkan golongan Bumiputera berniaga di pusat bandar bagi mencerminkan komposisi kaum.

Keterangan:

Arahan kepada PBT telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan proses permohonan lesen dan telah dilaksanakn oleh PBT masing-masing.

Kewujudan up-town di bandar, ekspo-ekspo niaga dan Karnival Kedah Sejahtera telah membuktikan golongan bumiputera tidak dipinggirkan. Dengan kewujudan ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada peniaga bumiputera untuk memperluaskan pernigaan masing-masing.

Selain itu, lesen sementara juga telah dikeluarkan kepada peniaga bumiputera untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah di tetapkan oleh PBT.



d)Mengkaji semula kadar cukai pintu selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah bagi meringankan beban rakyat

Keterangan:

Pihak kerajaan telah mengkaji kadar cukai pintu sedia ada selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah. Kadar sedia ada yang telah dikenakan didapati munasabah serta tidak membebankan rakyat.


10.PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS

a)Memperbanyakkan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa.

Keterangan:

Sebanyak 1,181 unit rumah mampu milik sedang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 40 hektar di Pokok Sena yang dikenali sebagai Bandar Sejahtera.

Bina Darul Aman Berhad (BDB) juga sedang menyegerakan pembinaan rumah mampu milik di Kubang Pasu dan Baling, masing-masing sebanyak 420 unit dan 440 unit.

Pembinaan rumah mampu milik ini diyakini mampu mengatasi keperluan 23,000 pemohon rumah dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah sekaligus dapat membasmi setinggan bandar .



b)Menilai dan menyusun semula Jabatan Bekalan Air Kedah dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat.

Keterangan:

Sejak 1 Januari 2010, pengurusan Jabatan Bekalan Air telah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Pihak SADA juga telah menjalankan kerja-kerja penukaran paip yang lama kepada paip yang baru bagi menjamin kualiti dan kebersihan air untuk kegunaan harian.

Bagi mengatasi tuntutan keperluan air semasa dan masa depan, pihak SADA juga sedang membina tiga buah loji rawatan air di Padang Sanai, Lubuk Buntar dan Jeniang.


c)Menambah kemudahan rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden.

Keterangan:

Pembinaan Taman Jubli Emas di Suka Menanti, Alor Setar merupakan salah satu kawasan rekreasi yang dibangunkan sesuai dengan gaya hidup moden. Turut disediakan pelbagai prasarana lengkap khususnya untuk aktiviti sukan lasak.

Kerajaan Negeri telah menggalakkan pihak pemaju menyediakan kawasan lapang untuk beriadah dan bersukan serta taman permainan kanak-kanak di taman-taman perumahan yang dibangunkan.

Perancangan penambahbaikan turut diambil perhatian oleh EXCO Perlancongan dalam bidang tumpuan utama, iaitu:

a)Penubuhan Unit Pelancongan Negeri

b)Memajukan Pelancongan Kesihatan di Langkawi

c)Memajukan Produk Pelancongan Langkawi Antarabangsa

d)Memajukan Produk Warisan di Alor Setar dan Lembah Bujang

e)Menaiktaraf Produk Suka Lasak di Sungai Sedim dan Sungai Kedah

* (Sumber: Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015, UPEN)


11.HAL EHWAL WANITA

a)Memberi cuti bersalin selama 3 bulan: 1 bulan sebelum dan 2 bulan selepas melahirkan anak bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa menghadkan bilangan anak.

Keterangan:

Kerajaan negeri akan melaksanakan cuti ini selaras penguatkuasaannya di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Pemberian cuti ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2011 yang telah dibentang dalam Belanjawan 2011 selaras dengan cadangan dan keputusan kerajaan negeri sebelum ini.



b)Mewujudkan organisasi wanita di setiap daerah bagi melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Keterangan:

Sehingga kini sebanyak 14 buah pertubuhan wanita ditubuhkan, manakala 1 lagi dalam proses penubuhan dan menunggu kelulusan. Kewujudan pertubuhan/persatuan wanita ini adalah untuk melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat.

Berikut adalah senarai NGO wanita yang telah ditubuhkan:

a)Pertubuhan Wanita Sepakat Langkawi

b)Pertubuhan Wanita Ihsan Parlimen Jerlun (ALWANI)

c)Pertubuhan Wanita Sejahtera Kubang Pasu

d)Pertubuhan Wanita Prihatin Parlimen Alor Setar

e)Pertubuhan Amal Wanita Pokok Sena (PAWANA)

f)Pertubuhan Wanita Daerah Padang Terap (PEJIWA)

g)Pertubuhan Wanita Pengasih Parlimen Kuala Kedah (SUMBANGSIH)

h)Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang (PEWANGI)

i)Persatuan Wanita Muhibbah Yan

j)Pertubuhan Wanita Parlimen Sg. Petani (SAHARA)

k)Persatuan Kebajikan Wanita Daerah Sik

l)Pertubuhan Wanita Prihatin Baling

m)Persatuan Amal Wanita Daerah Kulim (PERMATA)

n)Persatuan Kebajikan Wibawa Bandar Baharu



12.KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
a)Memperkemas fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk mengkaji semula kadar bantuan bulanan dan kadar bantuan bencana.

Keterangan:

Setelah mengkaji kadar bantuan JKM, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM 1 juta menjadi RM 13.5 juta untuk tahun 2010 kepada JKM bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diambil perhatian yang serius khususnya apabila berlaku bencana.
13.BELIA


a)Menyediakan pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran secara percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang perniagaan.

Keterangan:

Bagi melahirkan usahawan belia yang lebih mantap dan berdaya saing, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2010 melalui pembiayaan Dana Usahawan PKNK sebagai pinjaman modal memula dan memperkembangkan perniagaan.

Latihan kemahiran turut diberikan untuk golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan melalui Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS).



b)Membasmi pengangguran dengan menyediakan dasar yang mengutamakan belia Kedah dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat terpilih.

Keterangan:

Kerajaan negeri telah berusaha mengurang dan membasmi kadar pengangguran di Kedah dengan menetapkan dasar dan syarat kepada pelabur untuk mengutamakan rakyat negeri ini dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat yang melabur di Kedah.

Perkara ini dapat dibuktikan melalui data yang telah dikeluarkan oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri iaitu kadar pengangguran di Kedah telah menurun daripada 3.8% pada 2004 kepada 3.3% pada 2008.



c)Mewujudkan Akademi Kepimpinan untuk melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan.

Keterangan:

Bagi melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan dan berkualiti, Sekretariat Belia Sejahtera telah ditubuhkan di peringkat negeri bagi merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan belia.

Selain itu, sebanyak 10 kelab/pertubuhan/NGO belia di peringkat parlimen juga telah ditubuhkan, iaitu:

a)Pertubuhan Belia Sejahtera Sg. Petani (BERANI)

b)Pertubuhan Belia Sejatera Sik (BEST)

c)Pertubuhan Bahtera Prihatin (Kuala Kedah)

d)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Terap

e)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Serai (BESTARI)

f)Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK)

g)Pertubuhan Belia Sejahtera Pokok Sena (PERSONA)

h)Persatuan Belia Fateh Kubang Pasu

i)Kelab Jerai Sejahtera

j)Bahtera Prihatin Kuala Kedah



Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) di Sg. Petani sebagai institusi melatih kepimpinan belia melalui pelbagai modul dan aktiviti sepanjang mengikuti kursus tersebut.

14.SUKAN DAN REKREASI


a)Menjadikan Kedah terkenal dalam beberapa jenis sukan terpilih seperti bola sepak, takraw dan silat olahraga melalui bantuan dan insentif kepada badan sukan.

Keterangan:

Kerajaan telah melunaskan hutang peninggalan kerajaan sebelum ini sebanyak RM 5 juta.

Julung kalinya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah memiliki bas sendiri dimana penyerahan bas ini telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 2010.

Pelbagai bantuan dan insentif telah diberikan kepada badan sukan di Kedah melalui peruntukan EXCO Belia dan Sukan bagi meyemarakkan semangat kesukanan disamping mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan.

Kerajaan juga telah memberi insentif kepada atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Kedah dipersada kebangsaan dan antarabangsa seperti wang tunai dan lot tanah seperti pemain bola sepak yang telah memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini.


b)Mempopularkan sukan permotoran dan sukan ekstrem dengan menyediakan prasarana berkaitan dan akademi latihan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan permotoran dan sukan lasak sebagai sukan popular di Kedah. Antaranya ialah:-

a)Junggle Trekking Gunung Jerai

b)Belon Panas di Taman Jubli Emas, Alor Setar

c)Sukan Motorcross di Bukit Jambul

d)Perlumbaan 'Sprint Test' di Taman Jubli Emas, Alor Setar

e)Sukan ekstrem seperti basikal dan papan luncur di Taman Jubli Emas, Alor Setar

f)Aktiviti menyelam (scuba diving) di Pulau Payar

g)Acara sukan arus deras 'White Water Rafting' di Sungai Sedim, Kulim

h)Perlumbaan 'Cub Prix' di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar



c)Menyediakan pusat aktiviti rekreasi keluarga di setiap daerah.

Keterangan:

Pusat aktiviti rekreasi yang sedia ada di setiap daerah telah mencukupi untuk masyarakat beriadah dan berehat. Penambahan pusat aktiviti rekreasi akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan masyarakat setempat.

Pemaju perumahan telah ditetapkan syarat untuk menyediakan pusat rekreasi keluarga di setiap taman perumahan yang dibangunkan khususnya dengan menyediakan kawasan lapang untuk bersukan dan riadah serta taman permainan kanak-kanak.


15.ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN


a)Memastikan pembangunan fizikal tanpa menjejaskan kualiti udara, sungai dan hutan.

Keterangan:

Perkara ini telah menjadi polisi kerajaan.

Memindahkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) daripada tanah sawah seluas 4300 ekar ke lokasi lain.


b)Menjamin kewujudan zon hijau (green belt) di kawasan bandar.

Keterangan:

Kewujudan zon hijau di kawasan Bandar telah diberi perhatian serius dan dilaksanakan di bawah penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Kempen Sejuta Pokok dengan menanam pokok yang bertujuan memelihara alam dan mewujudkan zon jihau di kawasan-kawasan Bandar.


c)Membangunkan tempat pelancongan baru secara terancang.

Keterangan:

Tempat pelancongan baru telah dibangunkan secara terancang seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Tree Top Walk Sg. Sedim, Pantai Merdeka, Terap Inn dan Regency Jerai Hills Resort.



d)Membuka peluang dan mempergiat penyertaan rakyat dalam kegiatan pelancongan.

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam kegiatan pelancongan khususnya dengan mewujudkan homestay di kawasan yang berpotensitinggi sebagai destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kedah.



LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH
(PERKARA YANG SEDANG DALAM PELAKSANAAN)



1.PENTADBIRAN

a)Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan

Ulasan/Cadangan:

Sedang dilaksanakan


2. TANAH DAN HASIL NEGERI

a)Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep Ladang Rakyat

Keterangan:

Sedang dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan, Kedah Agro mengikut kaedah Contract Farming.

Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep ladang rakyat dimana tanah yang dimiliki adalah dalam bentuk saham syarikat yang mengusahakan tanah rakyat tersebut.

Pihak Kedah Agro masih dalam perancangan menyusun beberapa jenis pertaniah yang sesuai dilaksanakan mengikut kesesuaian lokaliti dan iklim tanah yang dicadangkan.



1.PERTANIAN

a)Membangunkan Lembah Jerai sebagai Agro-hub (pengkalan hasil pertanian) Negeri Kedah

Keterangan:

Gagasan YAB Mentei Besar Kedah sebagai Belanda Timur sedang giat direalisasikan khususnya pertanian di Lembah Jerai mengikut Pelan Hala Tuju Pembangunan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman 2008-2015.

Kerajaan juga optimis melalui teknologi serta pembangunan dan penyelidikan untuk meningkatkan hasil pertanian berdasarkan aktiviti pembuatan.



2.BELIA

a)Menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia

Keterangan:

Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Mahligai Sejahtera di Seri Mentaloon Alor Setar sebagai salah satu langkah untuk menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia.

Modul khas berkaitan kekeluargaan Islam juga telah dirangka dan akan dilaksanakan di Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) setelah memulakan operasinya di Sungai Petani.



LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

(PERKARA YANG BELUM DILAKSANAKAN)



1. EKONOMI

a)Menubuhkan institusi Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) sebagai alternatif kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek.

Belum dilaksanakan


2.PERTANIAN

a)Mewujudkan Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Belum dilaksanakan


3.HAL EHWAL WANITA

a)Mengiktiraf suri rumah sepenuh masa sebagai tenaga kerja produktif yang boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dengan mewujudkan peluang pekerjaan di rumah.

Belum dilaksanakan

b)Memberi cuti eddah kepada wanita yang kematian suami selama tiga puluh hari dan empat belas hari kepada suami yang kematian isteri.

Belum dilaksanakan



c)Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta menggalakkan pihak swasta mengadakan kemudahan yang sama.

Belum dilaksanakan


KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNA SOSIAL

a) Mewujudkan Tabung Bantuan Kemiskinan untuk membantu golongan miskin tanpa membezakan agama, kaum dan fahaman politik.

Belum dilaksanakan



b) Memberi perlindungan takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum.

Belum dilaksanakan



4.SUKAN DAN REKREASI

a)Menyediakan kemudahan sukan khusus untuk golongan wanita dan kurang upaya.

Ulasan/Cadangan:

Belum dilaksanakan



HASIL LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH

1.Perkara yang telah dilaksanakan : 44 (78.5%)

2.Perkara yang sedang dalam pelaksanaan : 4 (7.2%)

3.Perkara yang belum dilaksanakan : 8 (14.3%)

























































PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO



1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.



2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.



3.Meningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.



4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.



5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Apr 2011 01:35 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kemanisan iman anugerah Allah

Posted: 03 Apr 2011 12:15 AM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baie Jaafar

Apabila seseorang itu berada pada tahap iman yang kukuh nescaya dia akan dikurniakan rasa kemanisan iman. Ketika itu, pasti imannya sukar digugat lagi. Oleh sebab itu iman pada tahap tinggi ini perlu diusahakan oleh umat Islam. Persoalan sekarang, mampukah umat Islam memilikinya sedangkan iman bertaraf rendah pun masih gagal?
Inilah cabaran yang harus dibawa oleh umat Islam jika mereka mahu berjaya dalam perjuangan hidup di dunia ini. Mereka wajar memburu bagi memiliki kemanisan iman. Untuk itu, tiga peluang dibentangkan oleh Rasulullah.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Ada tiga perkara, yang jika tiga perkara itu ada pada seseorang, maka dia akan berasa manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada yang lain. Keduanya; mencintai seseorang, yang dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Ketiganya; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya dicampakkan ke dalam api." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Bagaimana dengan peluang pertama, bolehkah anda memilikinya? Atau sudahkah anda rasa kemanisan itu? Marilah kita sama-sama menilai situasi ini, anda tentu ada rasa cinta kepada ibu bapa, rasa cinta kepada isteri, rasa cinta kepada anak, rasa cinta kepada harta dan sebagainya. Mana yang lebih anda cintai antara perkara di atas dengan cinta kepada Allah dan rasulnya?

Anda tentu cinta kepada isteri anda. Sebagai tanda cinta, maka segala kehendaknya diturutinya. Satu hari dia hendak memakai baju cantik yang pastinya mendedahkan aurat. Apakah tindakan anda? Membenarkannya atau melarang. Allah melarang umat
 
Islam mendedahkan aurat, maka sebagai tanda cinta kepada Allah, kita perlu patuh kepada perintah Allah. Kehendak isteri itu wajar dilarang. Tapi kalau anda membiarkan isteri anda mendedahkan auratnya ternyata anda lebih cintakan isteri berbanding cinta kepada Allah.
Begitu juga dengan harta yang anda cari, tentu anda sayang lalu menjaganya dengan baik daripada dicuri orang. Kerana sayangkan harta anda tidak mahu membayar zakat. Tidak mahu mendermakan untuk membantu orang yang susah. Sedangkan Allah mewajibkan umat Islam mengeluarkan zakat dan membantu orang yang susah. Jadi kalau anda tidak mahu membayar zakat kerana sayang, maka anda ternyata lebih sayang harta daripada Allah.

Kemudian dalam soal cinta sesama manusia pula, sama ada lelaki cintakan perempuan ataupun sesama lelaki, apakah anda boleh bercinta kerana Allah iaitu bercinta sebagaimana yang Allah perintahkan. Tetapi lazimnya percintaan pada hari ini adalah kerana nafsu lalu berlakulah pergaulan bebas hingga sanggup berkhalwat. Malah kerana cinta, mereka sanggup berzina atau meliwat. Tegasnya wujud pasangan lesbian dan gay secara berleluasa adalah kerana cinta berasaskan nafsu.

Cinta sesama manusia tidak salah malah digalakkan, tetapi cinta itu hendaklah kerana Allah. Cinta berdasarkan perintah Allah, maka apa yang dilarang ditinggalkan. Cintakan wanita sebagai contoh, lelaki mesti menghormati wanita dengan melindungi mereka daripada didera, dirogol dan dizinai. Lalu wanita tidak boleh disentuh tubuh dan perasaannya kerana semua itu dilarang oleh Allah.

Seterusnya, sebagai umat Islam kita perlu benci untuk kembali kepada kekufuran dan kesesatan. Ini kalau sebelumnya kita berada dalam keadaan sesat dan kufur, maka setelah disedarkan dan diberi hidayah, perlulah dijaga betul-betul aqidah itu. Mereka ini bukan sahaja tidak mahu kembali kepada jahiliah malah akan mengajak orang lain kepada Islam.
Sudahkah anda berada di salah satu daripada tahap iman di atas? Jika ada sesungguhnya anda sudah memiliki kemanisan Islam. Tetapi kalau semua itu sudah ada dalam diri anda, percayalah keimanan yang anda miliki sukar digugat lagi. Rasa kemanisan iman itu sudah berada di tahap tinggi.

Percayalah semua umat Islam boleh mencapai kemanisan iman itu. Tiga peluang dibentangkan itu tidak susah untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Sebaiknya, laksanakan mana yang senang dahulu, setelah itu laksanakan yang kedua dan ketiga.
Artikel lengkap boleh anda baca dalam Solusi isu 3

Kampung Usaha Jaya Tukau, Mana janji YB untuk memberi peruntukan?

Posted: 02 Apr 2011 02:29 AM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Janji Pilihanraya

Menjelang pilihanraya ini maka sibuklah pemimpin-peminpin dari parti yang memerintah datang ke kampong-kampong menagih undi dari penduduk kampong dan mula dengan janji-janji baru untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampong. Walaupun mereka tahu janji mereka dulu belum ditunaikan dan ada yang sudah berpuluh-puluh tahun menetap di Perkampungan ' Kampong Usaha Jaya' masih belum mendapat grant tanah atau 'Land title', bagi mereka semua ini boleh diselesaikan dengan mengundi mereka dalam pilihanraya nanti. Kesusahan penduduk kamponguntuk mendapatkan hak untuk tempat tinggal sukar sekali sedangkan projek2 pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.

Kampong Masih Mudur

Keadaan kampong tersebut masih mundur dan jauh ketinggalan dari segi'infrastructure' seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? Dimana keperluan asas seperti api elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang bertar untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.Apa kah penduduk Kampong Usaha Jaya sengaja di pinggir kan?Mereka juga berhak menikmati pembangunan dari segi infrastruktur seperti,jalan raya,bekalan letrik dan bekalan air bersih.

Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang teruk untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk di jual di tamu-tamu di tepi jalan Miri/Bakam.Kemudahan asas seperti api elektrik, air bersih adalah keperluan basic mereka untuk kegunaan harian.Mereka terpaksa menggunakan keadah lama mengunakan telaga,lampu minyak tanah dsb.demi untuk menyara hidup sekeluarga.Apabila musim kemarau panjang telaga mereka menjadi kering dan air simpanan dalam tangki mula susut. Sekarang penduduk kampong menuntut janji sekiranya pihak berwajib tidak dapat menunaikan janji mereka jangan harap mereka akan dipilih semula jadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Mereka menagih janji di bawah NKRA, bagi projek jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau sejumlah RM 350,000 yang telah di luluskan oleh Kementerian untuk membina jalan batu sepanjang 7 km belum menjadi kenyataan.Yang ada sekarang adalah
tiang tiang elektrik yang didirikan disepanjang jalan masuk ke kampong yang dah berbulan bulan tapi belum pun siap siap,dan tak nampak pun satu wayar yang bergantung untuk disambung ke rumah orang kampong bagi menerangi kegelapan rumah mereka .Kesabaran menunggu

Sokong Perubahan

PAS dan Pakatan Rakyat bersedia turun padang dan mendengar sendiri masalah penduduk kampong tersebut dan akan berusaha untuk membantu sekadar yang mampu, sekiranya BN gagal menunaikan janji lebih baik lepaskan kuasa tersebut ke pada Pakatan Rakyat untuk memerintah secara adil. Sekarang kuasa di tangan rakyat maka jangan sia-siakan kuasa anda dengan memilih pemimpin yang tidak jujur, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa sebagai wakil kamu dalam pemerintahan nanti. Undilah PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan semua.

Salam Perjuangan

Posted: 02 Apr 2011 11:21 PM PDT

Salam Perjuangan


MB, DENGAR RINTIHAN RAKYAT

Posted: 02 Apr 2011 07:12 PM PDT

PAS TELUK INTAN

Posted: 02 Apr 2011 11:15 PM PDT

PAS TELUK INTAN


rakyat tolak video seks palsu

Posted: 02 Apr 2011 07:27 PM PDT

Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar pihak yang menggunakan video lucah sebagai senjata politik menyerang pihak lawan.

Mengulas isu yang sedang memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' berkata, tindakan tersebut bukan sahaja keji dan jijik malah ianya bukan budaya Melayu apatah lagi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

"Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau dalam temubual dengan TV Selangor.

Bagaimanapun, beliau yang juga mantan Naib Presiden Umno, yakin cubaan untuk memburukkan Anwar dengan taktik itu tidak akan berhasil memandangkan kaedah hampir sama diguna terhadap Ketua Umum PKR itu pada tahun 1998, namun gagal.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap video itu juga katanya sebenarnya mengamalkan 'politik longkang' dan telah tersalah langkah kerana orang Melayu Islam tidak boleh menerima tuduhan sebegitu apatah lagi ianya didedahkan dengan penuh persoalan yang tidak dijawab.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah,".

"Saya rasa (video seks) ini salah langkah. Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik,".

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat

PAS Youth Wing for Lembah Pantai

Posted: 02 Apr 2011 09:42 PM PDT

PAS Youth Wing for Lembah Pantai


Jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda PAS Lembah Pantai

Posted: 02 Apr 2011 03:43 AM PDT



Dengan segala hormatnya menjemput pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan DPPLP seperti berikut:

Tarikh : 3 April 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Orang Ramai Blok D
Perumahan Pantai Permai
Pantai Dalam

Mesyuarat akan dirasmikan oleh Saudara Suhaizan Kayat (Ketua Penerangan DPPP)


PemudaSikDaily

Posted: 02 Apr 2011 09:07 PM PDT

PemudaSikDaily


Laporan Pelaksanaan Dan Pencapaian Manifesto PAS - Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.

Posted: 02 Apr 2011 05:47 AM PDT

Adapun teori pentadbiran UMNO sepanjang penggal pilihanraya amat mudah, sebaik sahaja dapat kuasa lepas pilihanraya, masa untuk agihan, apa saja yang patut di agihkan sesama depa. Tahun pertama buat apa yang boleh menimbulkan keseronokan rakyat dan melaksanakan janji dalam pilihanraya.
Tahun kedua dan ketiga, tekan dan laksana dasar-dasar memaksa rakyat ikut kehendak kerajaan, seperti naik harga barang, naik yuran sekolah dan lain-lain. Tengok apa yang patut laksana dalam manifesto dan janji manis pilihanraya. Tahun ke empat, bermanis muka dan memberi gula-gula. Rakyat akan lupa manifesto dan bersedia menabur apa sahaja untuk hadapi pilihanraya seterusnya... Dalam tahun-tahun dekat pilihanraya ni jangan sesekali buat perkara yang menaikkan kemarahan dan kegelisahan rakyat. Hanya gula-gula.
Maka bila hilang kerajaan, depa sangka pengganti depa akan buat perkara yang sama dengan teori depa. Depa silap! Kerajaan PR memerintah dengan berusaha memajukan negeri dan rakyat sepanjang penggal. Kita buat apa yang betul dan patut untuk negeri dan rakyat sebagai sebuah kerajaan. Kita bekerja hingga ke hari terakhir sebelum pilihanraya tanpa gula-gula palsu kerana kita janjikan Kedah Sejatera, kita tidak bodohkan orang ramai dengan gula-gula.
Akhir-akhir ini, menjelang pilihanraya umum ke 13, BN Kedah menjerit kepada rakyat PAS tak laksanakan Manifesto Pilihanraya... tujuannya supaya rakyat Kedah yang dibuai teori UMNO itu selama 11 kali pilihanraya bangkit dari membuntoti teriakan depa.Tujuannya supaya PR tak sempat laksanakan apa-apa lagi kerana masa sudah suntuk.
Masalahnya, teori itu tiada dalam kamus PR. Kita laksanakan berdasarkan kemampuan kita selama 3 tahun ini apa kita tulis dalam manifesto, tanpa had masa dan tak kira dekat atau jauh lagi pilihanraya.
Selepas tiga tahun, saya perturunkan Laporan Pencapaian Dan Pelaksanaan Manifesto PAS yang dirujuk sebagai Manifesto PR untuk dinilai oleh rakyat. Pencapaiannya seperti berikut:
Sudah berjaya dilaksanakan (44 perkara) - 78.5%
Sedang dalam proses pelaksanaan (4 perkara) - 7.2%
Belum dapat dilaksanakan (8 perkara) - 14.3%
Berikut adalah butirannya:
PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO
1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. 2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar. 3. Meneningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010. 4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan. 5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.
LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH
(PERKARA YANG TELAH DILAKSANAKAN) 1.PENTADBIRAN a)Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah. Keterangan: Pentadbiran sifar rasuah telah dilaksanakan dan akan dipastikan berterusan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pegawai/kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah. Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk membuat siasatan sekiranya terdapat aduan. b)Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan. Keterangan: Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan perbelanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri. Buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta. Kewanagn negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010. Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri. c)Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO). Keterangan: Menteri Besar dan EXCO telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud. Pengurangan elaun mesyuarat ( Pemberian elaun di Zaman UMNO/BN mencecahsehingga RM 7 juta setahun) (Pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahun) Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini d)Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil. Keterangan: Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan. Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205% berbanding tahun 2007. 2.HAL EHWAL ISLAM a)Mempercepat proses penyelesaian masalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah Keterangan: Bilangan hakim syariah telah dipertingkatkan dan menubuhkan Mahkamah Rayuan bagi menyelesaikan masalah kekeluargaan Islam di Kedah. Kompleks Mahkamah Syariah yang baru telah siap dibina dan beroperasi di Alor Setar. b)Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah) untuk melahirkan pegawai masjid yang terlatih. Keterangan: Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah dilantik sebagai pelaksana menggantikan Institusi Imam untuk melatih dan memberi kursus kepada pegawai-pegawai masjid seluruh Kedah. Pada awal 2011, kumpulan pertama seramai 40 orang pegawai masjid telah dipilih untuk mengikuti kursus tersebut secara berperingkat. Pemilihan imam telah dilaksanakan melalui temuduga di peringkat masjid. Kaedah ini didapati lebih adil dan telus dalam memilih imam di qaryah masing-masing. Tiada campur tangan politik daam pemilihan imam di setiap qaryah c)Elaun imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua qaryah Keterangan: Elaun yang diberi kepada imamoleh JAKIM melalui kerajaan negeri adalah setimpal dengan keadaan semasa dan akan dipertimbangkan mengikut keperluan. d)Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru Al-Quran persendirian Keterangan: Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadhan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. 3.HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM a)Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing Keterangan: kerajaan terus memberi kebebasan beragama kepada rakyat dan disamping memberi perlindungan dan sokongan kepada program-program keagamaan dan kebudayaan di Kedah tanpa sebarang gangguan. b)Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam dan bahasa semua kaum Keterangan: Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambutan Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya. Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti/program pelbagai kaum di Kedah. (Peruntukan seperti ini tidak pernah wujud sebelum ini). Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut. Contohnya: a) Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong. b) Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. c) Pemberian kewangan sebanyak RM 50,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. d) Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak c)Melantik EXCO daripada wakil rakyat bukan Islam Keterangan: Perkara ini telah dilaksanakan iaitu dengan melantik YB Manikumar, YB Lim Soo Nee dan YB Tan Chow Kang sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah. 4.PENDIDIKAN a)Memberi bantuan khas kepada Sekolah Agama Rakyat untuk menjamin kelangsungan dan kemajuan sekolah itu. Keterangan: Kerajaan telah memperuntukan bantuan tahunan sebanyak RM 2.1 juta kepada Sekolah Agama Rakyat sejak tahun 2008. b)Menjadikan Kolej Universiti Insaniah sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Islam di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia Keterangan: Kampus tetap KUIN sedang dibangunkan di atas tanah seluas 320 ekar di Kuala Ketil dengan kos RM 330 juta yang mampu menampung sehingga 7000 orang pelajar serta meliputi pelbagai bidang dan kemudahan yang lengkap demi keselesaan pembelajaran pelajar. Sehingga kini, penuntut KUIN telah mencecah angka 4492 orang termasuk pelajar-pelajar asing daripada 35 buah negara. KUIN telah dimajukan dengan 42 program pengajian di pelbagai peringkat, bermula dari Pengajian Asasi kepada Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang meliputi bidang Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, Perniagaan, Pengurusan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Kejururawatan, Perhotelan dan pelbagai lagi. Kerajaan juga telah memberi biasiswa dan insentif kepada pelajar yang cemerlang untuk menyambung pengajian mereka. c) Melancarkan program pendidikan komuniti. Kumpulan sasaran terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan pemimpin masyarakat yang bertanggungjawab member kesedaran tentang kepentingan pendidikan dan tanggungjawab anggota masyarakat dalam proses pendidikan. Ulasan/Cadangan: Kelas-kelas pengajian telah dilaksanakan di banyak tempat termasuk di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Bangunan Menara Zakat dan pusat-pusat pengajian tradisional (pondok)yang mendapat sambutan hingga ribuan peserta. 5.EKONOMI a)Menyediakan Pelan Tindakan Ekonomi Kedah yang realistic dan mengambil kira perancangan Wilayah Ekonomi Utara tajaan Kerajaan Pusat. Keterangan: Telah dilancarkan Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010 – 2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industry, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri. b)Mewujudkan suasana 'mesra pelabur' dengan mengurangkan karenah birokrasi dan pengurusan sifar rasuah di semua peringkat pentadbiran. Keterangan: Sejak ditadbir oleh Pakatan Rakyat, kerajaan telah berjaya menarik perhatian pelabur di Kedah dengan dasar yang dilaksanakan . Sehingga awal 2010, pelaburan di Kulim Hi-Tech berjumlah RM 1.529 bilion Kedah merupakan negeri ke-5 nilai Pelaburan Asing Langsung (FDI) tertinggi di Malaysia sebaris negeri-negeri maju selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. 6.TANAH DAN HASIL NEGERI a)Memastikan setiap pengambilan tanah yang dibuat hanya untuk kepentingan awam dengan bayaran yang setimpal dan munasabah. Keterangan: Perkara ini telah dilaksanakan sepanjang masa setelah mengambil alih pentadbiran kerajaan. Sehingga kini, tiada pertikaian berkenaan pampasan yang telah diberikan. Ini membuktikan pembayaran yang diberi adalah setimpal dan munasabah. b)Mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat. Keterangan: Kerajaan telah menurunkan kadar cukai tanah dari 25-75% kepada rakyat walaupun mengakibatkan kerajaan kehilangan hasil sehingga RM 50 juta. Bagi tanah pendidikan, Kerajaan Negeri hanya mengenakan bayaran tahunan RM 10 bagi setiap lot tanah sekolah persendirian termasuk juga premis kebajikan yang tidak berorientasikan keuntungan. c)Menguruskan hasil hutan secara telus dimana setiap lesen pembalakan yang dikeluarkan berasaskan tender terbuka yang memberikan peluang maksimum. Keterangan: Proses tender balak telah dilakukan secara tender terbuka. Laporan Ketua Audit Negara menyebut Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sebanyak 205% berbanding tahun 2007. Fakta: Kutipan hasil balak* Purata 2004-2007 RM 9.5 juta 2008 RM 35 juta 2009 RM 38 juta 2010 RM 53 juta *(Hasil yang diperoleh adalah dari keluasan tanah dan kuota tebangan yang sama) d)Memberi potongan (rebat ) antara 25-75 peratus dari perbezaan kenaikan cukai yang dikenakan mulai 2006. Keterangan: Walaupun terpaksa kehilangan kutipan hasil sekitar RM 50 juta, kerajaan telah menunaikan janji yang dinyatakan dalam manifesto dengan memberi potongan cukai antara 25-75% dari perbezaan cukai yang dikenakan mulai tahun 2006. Potongan yang diberikan adalah berbentuk rebat. 7.PERTANIAN a)Membangunkan pertanian negeri dengan memberikan keutamaan kepada pengeluaran makanan secara komersial yang diterajui oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Kedah yang akan ditubuhkan. Keterangan: Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan 2008-2015 yang merangkumi pembangunan pertanian di Negeri Kedah. Pelan hala tuju tersebut telah memberi fokus kepada projek tanaman padi, jagung, nanas, sayuran dan penternakan. Selain itu, Kedah Agro dan Kumpulan Ladang-ladang Perbadanan Kedah (KLPK) turut rancak menjalankan program-program merakyatkan pertanian. Antaranya memberikan pendedahan kepada penduduk kampung cara-cara menghasilkan cecair EM yang merupakan bahan utama dalam penghasilan Baja Kompos, Silaj, Baja Buah, Baja Daun dan penghalau serangga. Julung kalinya Kerajaan Negeri telah memperuntukkan wang tambahan berjumlah RM 13 juta kepada Jabatan Pertanian Kedah dalam membangun dan merakyatkan pertanian di Negeri Kedah. Peruntukkan khusus seperti ini tidak pernah diberikan sebelum ini. 8.PEMBANGUNAN INSAN a)Mewujudkan sebuah badan/agensi khusus bagi menggalakkan pembangunan keluarga bahagia serta menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kebahagiaan keluarga. Keterangan: Telah diwujudkan Sekretariat Kem Bina Shakhsiah di bawah EXCO Pembangunan Insan yang telah menganjurkan beberapa siri Kem Bina Shakhsiah, Kem Anak Soleh & Kem Bina Insan yang merupakan sebahagian usaha kea rah pembangunan insane serta kebahagiaan keluarga. Kerajaan juga telah memperuntukkan RM 3.5 juta untuk penubuhan Institut Latihan Belia Sejahtera di Sg. Petani sebagai institusi pembentukkan shakhsiah dan pembangunan insane para remaja. b)Mengawal semua punca yang boleh menyumbang kepada kemunculan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, lepak, pergaulan bebas dan hiburan melampau. Keterangan: Perkara ini telah dilaksanakan seawal pentadbiran kerajaan di bawah Pakatan Rakyat melalui unit khas iaitu Unit Mencegah Gejala Sosial (UMGAS). Unit ini telah melaksanakan beberapa aktiviti Latihan Lapangan Anti Gejala Sosial (LANDAS) khususnya di beberapa kawasan sasaran gejala tersebut. c)Menganjurkan program-program yang menyuburkan kreativiti, inovasi dan keusahawanan. Keterangan: Kerajaan telah menganjurkan beberapa program melalui Urusetia Belia dan Pembangunan Insan kepada para remaja dan belia seperti kem motivasi, kepimpinan dan keusahawanan mengikut modul-modul yang telah disediakan. Sebagai galakkan keusahawanan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi tahun 2010 untuk membantu memajukan usahawan Insustri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera melalui pembiayaan Dana Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). 9.PIHAK BERKUASA TEMPATAN a)Menjadikan PBT prihatin, peka dan responsif kepada keperluan dan kehendak penduduk dalam sempadan PBT masing-masing yang merupakan kumpulan pembayar cukai. Keterangan: Pembentukkan Ahli Majlis lantikan politik yang baru setelah mentadbir kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa isu kehendak dan keperluan penduduk. Perkara ini telah direalisasikan dengan urus tadbir yang lebih telus tanpa mengira fahaman politik dan perkauman. b)Mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelupusan sisa pepejal dan sistem saliran longkang. Keterangan: Kedah mendahului negeri-negeri utara iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak dengan menandatangani MoU dengan kontraktor dilantik bagi pengurusan sisa pepejal. Dengan pengambilalihan operasi secara interim berkuatkuasa 1 November 2009, aspirasi kerajaan dan PBT untuk menjadikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih berkesan dan berkesan kini terlaksana. Perundingan sedang berjalan dengan pihak-pihak terbabit untuk merealisasikan perkara ini. Pihak PBT dan MKK juga telah menghidupkan dan melaksanakan konsep gotong-royong yang disarankan oleh pihak kerajaan. Dengan membudayakan gotong-royong, dapat mengurangkan kos serta menyemai sikap sayang dan tanggungjawab terhadap harta ataupun kemudahan awam. c)Mewujudkan golongan Bumiputera berniaga di pusat bandar bagi mencerminkan komposisi kaum. Keterangan: Arahan kepada PBT telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memudahkan proses permohonan lesen dan telah dilaksanakn oleh PBT masing-masing. Kewujudan up-town di bandar, ekspo-ekspo niaga dan Karnival Kedah Sejahtera telah membuktikan golongan bumiputera tidak dipinggirkan. Dengan kewujudan ini juga telah membuka ruang dan peluang kepada peniaga bumiputera untuk memperluaskan pernigaan masing-masing. Selain itu, lesen sementara juga telah dikeluarkan kepada peniaga bumiputera untuk berniaga di kawasan-kawasan yang telah di tetapkan oleh PBT. d)Mengkaji semula kadar cukai pintu selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah bagi meringankan beban rakyat Keterangan: Pihak kerajaan telah mengkaji kadar cukai pintu sedia ada selaras dengan dasar penswastaan kutipan sampah. Kadar sedia ada yang telah dikenakan didapati munasabah serta tidak membebankan rakyat. 10.PEMBANGUNAN DAN KEPERLUAN KEMUDAHAN ASAS a)Memperbanyakkan serta mempermudahkan peluang bagi rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah yang selesa. Keterangan: Sebanyak 1,181 unit rumah mampu milik sedang dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri, Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. di atas tanah seluas 40 hektar di Pokok Sena yang dikenali sebagai Bandar Sejahtera. Bina Darul Aman Berhad (BDB) juga sedang menyegerakan pembinaan rumah mampu milik di Kubang Pasu dan Baling, masing-masing sebanyak 420 unit dan 440 unit. Pembinaan rumah mampu milik ini diyakini mampu mengatasi keperluan 23,000 pemohon rumah dikalangan rakyat yang berpendapatan rendah sekaligus dapat membasmi setinggan bandar . b)Menilai dan menyusun semula Jabatan Bekalan Air Kedah dengan tujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kecekapan dan kemungkinan menurunkan kadar caj air demi kebajikan rakyat. Keterangan: Sejak 1 Januari 2010, pengurusan Jabatan Bekalan Air telah dikorporatkan sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan negeri dengan nama Syarikat Air Darul Aman (SADA). Pihak SADA juga telah menjalankan kerja-kerja penukaran paip yang lama kepada paip yang baru bagi menjamin kualiti dan kebersihan air untuk kegunaan harian. Bagi mengatasi tuntutan keperluan air semasa dan masa depan, pihak SADA juga sedang membina tiga buah loji rawatan air di Padang Sanai, Lubuk Buntar dan Jeniang. c)Menambah kemudahan rekreasi disamping menyelenggara kemudahan yang sedia ada sesuai dengan gaya hidup moden. Keterangan: Pembinaan Taman Jubli Emas di Suka Menanti, Alor Setar merupakan salah satu kawasan rekreasi yang dibangunkan sesuai dengan gaya hidup moden. Turut disediakan pelbagai prasarana lengkap khususnya untuk aktiviti sukan lasak. Kerajaan Negeri telah menggalakkan pihak pemaju menyediakan kawasan lapang untuk beriadah dan bersukan serta taman permainan kanak-kanak di taman-taman perumahan yang dibangunkan. Perancangan penambahbaikan turut diambil perhatian oleh EXCO Perlancongan dalam bidang tumpuan utama, iaitu: a)Penubuhan Unit Pelancongan Negeri b)Memajukan Pelancongan Kesihatan di Langkawi c)Memajukan Produk Pelancongan Langkawi Antarabangsa d)Memajukan Produk Warisan di Alor Setar dan Lembah Bujang e)Menaiktaraf Produk Suka Lasak di Sungai Sedim dan Sungai Kedah * (Sumber: Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015, UPEN) 11.HAL EHWAL WANITA a)Memberi cuti bersalin selama 3 bulan: 1 bulan sebelum dan 2 bulan selepas melahirkan anak bagi kakitangan wanita dalam perkhidmatan awam tanpa menghadkan bilangan anak. Keterangan: Kerajaan negeri akan melaksanakan cuti ini selaras penguatkuasaannya di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pemberian cuti ini telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2011 yang telah dibentang dalam Belanjawan 2011 selaras dengan cadangan dan keputusan kerajaan negeri sebelum ini. b)Mewujudkan organisasi wanita di setiap daerah bagi melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat. Keterangan: Sehingga kini sebanyak 14 buah pertubuhan wanita ditubuhkan, manakala 1 lagi dalam proses penubuhan dan menunggu kelulusan. Kewujudan pertubuhan/persatuan wanita ini adalah untuk melatih dan melahirkan pemimpin untuk membantu meningkatkan kesedaran dalam pembangunan keluarga dan masyarakat. Berikut adalah senarai NGO wanita yang telah ditubuhkan: a)Pertubuhan Wanita Sepakat Langkawi b)Pertubuhan Wanita Ihsan Parlimen Jerlun (ALWANI) c)Pertubuhan Wanita Sejahtera Kubang Pasu d)Pertubuhan Wanita Prihatin Parlimen Alor Setar e)Pertubuhan Amal Wanita Pokok Sena (PAWANA) f)Pertubuhan Wanita Daerah Padang Terap (PEJIWA) g)Pertubuhan Wanita Pengasih Parlimen Kuala Kedah (SUMBANGSIH) h)Pertubuhan Wanita Prihatin Daerah Pendang (PEWANGI) i)Persatuan Wanita Muhibbah Yan j)Pertubuhan Wanita Parlimen Sg. Petani (SAHARA) k)Persatuan Kebajikan Wanita Daerah Sik l)Pertubuhan Wanita Prihatin Baling m)Persatuan Amal Wanita Daerah Kulim (PERMATA) n)Persatuan Kebajikan Wibawa Bandar Baharu 12.KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL a)Memperkemas fungsi dan tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) termasuk mengkaji semula kadar bantuan bulanan dan kadar bantuan bencana. Keterangan: Setelah mengkaji kadar bantuan JKM, Kerajaan Negeri telah memberi peruntukan tambahan sebanyak RM 1 juta menjadi RM 13.5 juta untuk tahun 2010 kepada JKM bagi memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diambil perhatian yang serius khususnya apabila berlaku bencana. 13.BELIA a)Menyediakan pinjaman modal tanpa riba dan latihan kemahiran secara percuma kepada belia yang berminat menceburi bidang perniagaan. Keterangan: Bagi melahirkan usahawan belia yang lebih mantap dan berdaya saing, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 2 juta pada tahun 2010 melalui pembiayaan Dana Usahawan PKNK sebagai pinjaman modal memula dan memperkembangkan perniagaan. Latihan kemahiran turut diberikan untuk golongan belia yang berminat menceburi bidang perniagaan melalui Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS). b)Membasmi pengangguran dengan menyediakan dasar yang mengutamakan belia Kedah dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat terpilih. Keterangan: Kerajaan negeri telah berusaha mengurang dan membasmi kadar pengangguran di Kedah dengan menetapkan dasar dan syarat kepada pelabur untuk mengutamakan rakyat negeri ini dalam pengambilan pekerja oleh syarikat-syarikat yang melabur di Kedah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui data yang telah dikeluarkan oleh Laporan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Pedana Menteri iaitu kadar pengangguran di Kedah telah menurun daripada 3.8% pada 2004 kepada 3.3% pada 2008. c)Mewujudkan Akademi Kepimpinan untuk melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan. Keterangan: Bagi melahirkan pemimpin belia yang berketrampilan dan berkualiti, Sekretariat Belia Sejahtera telah ditubuhkan di peringkat negeri bagi merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan belia. Selain itu, sebanyak 10 kelab/pertubuhan/NGO belia di peringkat parlimen juga telah ditubuhkan, iaitu: a)Pertubuhan Belia Sejahtera Sg. Petani (BERANI) b)Pertubuhan Belia Sejatera Sik (BEST) c)Pertubuhan Bahtera Prihatin (Kuala Kedah) d)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Terap e)Pertubuhan Belia Sejahtera Padang Serai (BESTARI) f)Pertubuhan Belia Merbok (PERELOK) g)Pertubuhan Belia Sejahtera Pokok Sena (PERSONA) h)Persatuan Belia Fateh Kubang Pasu i)Kelab Jerai Sejahtera j)Bahtera Prihatin Kuala Kedah Kerajaan juga telah meluluskan pembinaan Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) di Sg. Petani sebagai institusi melatih kepimpinan belia melalui pelbagai modul dan aktiviti sepanjang mengikuti kursus tersebut. 14.SUKAN DAN REKREASI a)Menjadikan Kedah terkenal dalam beberapa jenis sukan terpilih seperti bola sepak, takraw dan silat olahraga melalui bantuan dan insentif kepada badan sukan. Keterangan: Kerajaan telah melunaskan hutang peninggalan kerajaan sebelum ini sebanyak RM 5 juta. Julung kalinya Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) telah memiliki bas sendiri dimana penyerahan bas ini telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 21 April 2010. Pelbagai bantuan dan insentif telah diberikan kepada badan sukan di Kedah melalui peruntukan EXCO Belia dan Sukan bagi meyemarakkan semangat kesukanan disamping mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. Kerajaan juga telah memberi insentif kepada atlet-atlet yang telah berjaya mengharumkan nama Kedah dipersada kebangsaan dan antarabangsa seperti wang tunai dan lot tanah seperti pemain bola sepak yang telah memenangi Piala Suzuki AFF baru-baru ini. b)Mempopularkan sukan permotoran dan sukan ekstrem dengan menyediakan prasarana berkaitan dan akademi latihan. Keterangan: Kerajaan Negeri telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan permotoran dan sukan lasak sebagai sukan popular di Kedah. Antaranya ialah:- a)Junggle Trekking Gunung Jerai b)Belon Panas di Taman Jubli Emas, Alor Setar c)Sukan Motorcross di Bukit Jambul d)Perlumbaan 'Sprint Test' di Taman Jubli Emas, Alor Setar e)Sukan ekstrem seperti basikal dan papan luncur di Taman Jubli Emas, Alor Setar f)Aktiviti menyelam (scuba diving) di Pulau Payar g)Acara sukan arus deras 'White Water Rafting' di Sungai Sedim, Kulim h)Perlumbaan 'Cub Prix' di Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar c)Menyediakan pusat aktiviti rekreasi keluarga di setiap daerah. Keterangan: Pusat aktiviti rekreasi yang sedia ada di setiap daerah telah mencukupi untuk masyarakat beriadah dan berehat. Penambahan pusat aktiviti rekreasi akan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan masyarakat setempat. Pemaju perumahan telah ditetapkan syarat untuk menyediakan pusat rekreasi keluarga di setiap taman perumahan yang dibangunkan khususnya dengan menyediakan kawasan lapang untuk bersukan dan riadah serta taman permainan kanak-kanak. 15.ALAM SEKITAR DAN PELANCONGAN a)Memastikan pembangunan fizikal tanpa menjejaskan kualiti udara, sungai dan hutan. Keterangan: Perkara ini telah menjadi polisi kerajaan. Memindahkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) daripada tanah sawah seluas 4300 ekar ke lokasi lain. b)Menjamin kewujudan zon hijau (green belt) di kawasan bandar. Keterangan: Kewujudan zon hijau di kawasan Bandar telah diberi perhatian serius dan dilaksanakan di bawah penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan Kempen Sejuta Pokok dengan menanam pokok yang bertujuan memelihara alam dan mewujudkan zon jihau di kawasan-kawasan Bandar. c)Membangunkan tempat pelancongan baru secara terancang. Keterangan: Tempat pelancongan baru telah dibangunkan secara terancang seperti Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Tree Top Walk Sg. Sedim, Pantai Merdeka, Terap Inn dan Regency Jerai Hills Resort. d)Membuka peluang dan mempergiat penyertaan rakyat dalam kegiatan pelancongan. Keterangan: Kerajaan Negeri telah membuka peluang kepada rakyat untuk terlibat sama dalam kegiatan pelancongan khususnya dengan mewujudkan homestay di kawasan yang berpotensitinggi sebagai destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Kedah. LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG SEDANG DALAM PELAKSANAAN) 1.PENTADBIRAN a)Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah untuk kakitangan kerajaan Ulasan/Cadangan: Sedang dilaksanakan 2. TANAH DAN HASIL NEGERI a)Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep Ladang Rakyat Keterangan: Sedang dilaksanakan oleh anak syarikat kerajaan, Kedah Agro mengikut kaedah Contract Farming. Memberi tanah pertanian kepada rakyat termiskin mengikut konsep ladang rakyat dimana tanah yang dimiliki adalah dalam bentuk saham syarikat yang mengusahakan tanah rakyat tersebut. Pihak Kedah Agro masih dalam perancangan menyusun beberapa jenis pertaniah yang sesuai dilaksanakan mengikut kesesuaian lokaliti dan iklim tanah yang dicadangkan. 1.PERTANIAN a)Membangunkan Lembah Jerai sebagai Agro-hub (pengkalan hasil pertanian) Negeri Kedah Keterangan: Gagasan YAB Mentei Besar Kedah sebagai Belanda Timur sedang giat direalisasikan khususnya pertanian di Lembah Jerai mengikut Pelan Hala Tuju Pembangunan Pertanian Negeri Kedah Darul Aman 2008-2015. Kerajaan juga optimis melalui teknologi serta pembangunan dan penyelidikan untuk meningkatkan hasil pertanian berdasarkan aktiviti pembuatan. 2.BELIA a)Menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia Keterangan: Kerajaan Negeri telah menganjurkan program Mahligai Sejahtera di Seri Mentaloon Alor Setar sebagai salah satu langkah untuk menggalak dan memudahkan proses perkahwinan dikalangan belia. Modul khas berkaitan kekeluargaan Islam juga telah dirangka dan akan dilaksanakan di Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) setelah memulakan operasinya di Sungai Petani. LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH (PERKARA YANG BELUM DILAKSANAKAN) 1. EKONOMI a)Menubuhkan institusi Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) sebagai alternatif kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan pinjaman jangka pendek. Belum dilaksanakan 2.PERTANIAN a)Mewujudkan Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan. Belum dilaksanakan 3.HAL EHWAL WANITA a)Mengiktiraf suri rumah sepenuh masa sebagai tenaga kerja produktif yang boleh menyumbang kepada pendapatan keluarga dengan mewujudkan peluang pekerjaan di rumah. Belum dilaksanakan b)Memberi cuti eddah kepada wanita yang kematian suami selama tiga puluh hari dan empat belas hari kepada suami yang kematian isteri. Belum dilaksanakan c)Menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja serta menggalakkan pihak swasta mengadakan kemudahan yang sama. Belum dilaksanakan KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNA SOSIAL a) Mewujudkan Tabung Bantuan Kemiskinan untuk membantu golongan miskin tanpa membezakan agama, kaum dan fahaman politik. Belum dilaksanakan b) Memberi perlindungan takaful kepada warga emas tanpa mengira kaum. Belum dilaksanakan 4.SUKAN DAN REKREASI a)Menyediakan kemudahan sukan khusus untuk golongan wanita dan kurang upaya. Ulasan/Cadangan: Belum dilaksanakan HASIL LAPORAN MANIFESTO PILIHANRAYA PAS KEDAH 1.Perkara yang telah dilaksanakan : 44 (78.5%) 2.Perkara yang sedang dalam pelaksanaan : 4 (7.2%) 3.Perkara yang belum dilaksanakan : 8 (14.3%) PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO 1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik. 2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar. 3.Meningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010. 4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan. 5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.

N.19 MTD PANCHING

Posted: 02 Apr 2011 07:48 PM PDT

N.19 MTD PANCHING


K'jaan tak boleh jamin harga RON 95 kekal

Posted: 02 Apr 2011 09:09 AM PDT

Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar.

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

NONEPada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

Jika rakyat sedar akan kenaikan minyak adalah satu beban yang harus ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kalau pun harga minyak dunia naik, kita dapat untung dengan penjualan minyak kita melalui petronas ,lainlah kita tak ada minyak, ini satu lagi penipuan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN-Umno, Jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka 100 hari pertama yang akan dilakukan oleh PR ialah menurunkan harga minyak dan jika inginkan ini benar-benar berlaku kenapa tunggu lama lagi, jatuhkan segera kerajaan BN-Umno dengan seberapa segera.....

PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Apr 2011 07:42 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Hanya Kaum Wanita BN Diberi Pangkat Dan Perniagaan!!!

Posted: 02 Apr 2011 04:12 PM PDT


KAUM WANITA DENGAN PANGKAT DAN ANUGERAH MEREKA

Saturday, April 2nd, 2011 GMTThis post is also available in: English

Terdapat segelintir kaum wanita Sarawak telah menceburkan diri mereka dalam perladangan menurut rekod-rekod di pejabat pendaftar tanah. Mereka ini juga mempunyai jaringan perniagaan dan hubungan kekeluargaan yang baik dengan orang penting di Sarawak.Sebagai contoh Datin Theresa Toyat, yang bersaudara dengan Ketua Menteri. Theresa juga adalah isteri bekas Setiausaha Negeri Sarawak, dan juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi sebuah syarikat yang menguruskan SCORE (konsep pembangunan hasil cetusan idea Taib), Wilson Baya Dandot. Sebagai seorang yang menjawat jawatan yang amat penting, Wilson Baya seharusnya mengelakkan diri dari terjebak dalam konflik kepentingan, maka sebab itulah sebuah ladang yang terletak jauh di kawasan Baram itu didaftarkan di bawah nama isterinya, Theresa?Theresa juga pemilik berjaya kepada syarikat Saredah Sdn Bhd (di mana syarikat tersebut digunakan sebagai alamat syarikat Amazing Green). Saredah adalah syarikat pencucian dan telah berjaya meraih banyak kontrak yang mengendalikan kerja-kerja pencucian dan pembersihan bangunan dan pejabat kerajaan!Maka, kita tidak sukar memahami kenapa ramai orang di Sarawak mengadu tidak berpeluang menjalankan perniagaan atau mendapat kontrak sedemikian tanpa mempunyai talian persaudaraan dengan keluarga Taib Mahmud atau kroni-kroni mereka! Ambil wanita-wanita perladangan terkemuka di Sarawak, Raziah dan Eliah Geneid sebagai contoh – adik dan anak saudara Taib sendiri.Anak-anak perempuan Tun RahmanSeorang lagi kaum hawa yang diketengahkan adalah pemilik ladang, Fatimah Abdul Rahman. Menurut rekod-rekod pendaftar tanah, Fatimah telah mendapat kawasan perladangan yang amat luas di Sri Aman.Fatimah merupakan anak perempuan kepada mantan Ketua Menteri dan juga mantan Tuan Yang Terutama Tun Rahman Ya'kub, yang telah berbaik-baik semula dengan anak buahnya, Ketua Menteri semasa, dan diketahui cuba mengangkat seorang lagi anak perempuannya, Norah, untuk menjadi pengganti Ketua Menteri nanti!Norah adalah Ahli Parlimen di Kerajaan Persekutuan untuk kawasan pilihanraya Tanjing Manis, yang mana Taib merancang untuk menjadikan tempat itu sebagai sebuah kawasan perindustrian, yang memfokuskan pandangan jauhnya untuk mencipta sebuah 'hab daging halal' antarabangsa.Ini telah dirancang setelah Ketua Menteri membuka suatu kawasan seluas 77,000 hektar baki hutan bakau, yang dikatakannya sebagai 'kawasan pertanian yang paling murni'!Dengan mencampur-adukkan politik dan perniagaan, Taib telah mendapati berbaloi melantik Norah sebagai Pengerusi Eksekutif dalam Industri Tanjung Manis, sebuah inisiatif biayaan kerajaan negeri yang mengendalikan hab halal itu.Maka, apakah kaitannya antara perniagaan persendirian, inisiatif-inisiatif negeri dan kepentingan keluarga Taib di Sarawak? Jika diperhatikan, tiada, kerana jika kita ingin mendail nombor telefon yang berdaftar pada nama Fatimah berdasarkan rekod-rekod di pejabat pendaftar tanah, kita akan disambungkan ke pejabat syarikat Tanjung Manis Halal Hub Sdn Bhd, yang dikendalikan oleh Norah!Bomoh-bomoh juga!Baru-baru ini kami pernah mendedahkan suatu bentuk pengaruh wanita di Sarawak, iaitu suatu kuasa yang terjana dari Bomoh Stella, yang pada suatu ketika, diletakkan sebagai penasihat kepada Taib yang boleh dipercayai. Jika ada sesiapa di kalangan pembaca ingin mempersoalkan peranannya dalam keluarga Taib, kami memaparkan gambar keluarga yang diambil pada tahun 2003. Dalam gambar tersebut hanya Stella sahaja yang bukan datangnya dari keluarga tersebut. Gambar ini diambil sebelum Stella mewarnakan rambutnya putih bagi menjadikannya bergelar 'bomoh berambut putih'!

Rakan Dalam Politik Dan Juga Dalam Perniagaan!

Posted: 02 Apr 2011 03:21 PM PDT







Partners in Politics and Business Too!

Saturday, April 2nd, 2011 GMT - (From Sarawak Report)Mohammad Ali Mahmud - the CM's YB businessman brother! Another Mahmud brother, another land grabber!

Taib was hardly going to leave his brother Ali out of the party. After all Mohammad Ali bin Mahmud, is also slaving away as a State YB for Muara Tuang and a stalwart of Taib's PBB (part of BN). However, Ali has clearly been anxious to disguise his involvement in the land grabs. Could it be that he thinks that it could be regarded as wrong by his voting constituents? Most other records in the land registry put the contact name and details clearly into the section where these are requested. However, Ali just slipped in a telephone number for the company Tabaruk Abadi, which was registered in 2007 as having taken over 5,000 hectares in Sri Aman for oil plantation. As an attempt at a disguise however, this was fairly blundering. The number matches the one advertised for him on the website for people's representatives! Likewise, the address for the company Tabaruk Abadi matches the address given for him on the people's representatives website, which is that of his company Mohd Ali Holding Sdn Bhd. Tabaruk Abadi - the address and telephone number matches Taib's brother's!


Political allies join in business too

But it is not just Mohammad who is doing well out of Tabaruk Abadi, a company which has acquired numerous plantation lands over the years. His close political ally the Speaker of the State Legislative Assembly, Mohd Asfia Awg Nassar, is also a fellow shareholder in the business. Handily for the two politicians the Welfare Board of Kota Samarahan has also engaged in the business, providing a good source of state funding for their enterprises!


Brothers in politics, partners in business!

With his wife Datin Fatimah, Mohammad owns 13,000 shares, the lion's share for the Mahmud family, of course. Yet, the two men are clearly close allies. In fact Asfia named his son after Mohammad Ali. It is clearly a partnership that has done him well, as he is now Parliamentary speaker and one of Taib's inner circle. It goes without saying that he has an extremely large house. This demonstrates that once again wealth and success in Sarawak relies on talent – talent in sucking up to the Mahmud family that is. Speaker and plantation owner Mohamad Asfia bin Awg Nassar's grand residence And so, of course, does his business partner and fellow YB, Taib's brother Mohammad Ali have a very nice big house too! (see below). Wealthy YBs - access to those plantation is the route to wealth


The corruption at the heart of the Land Grabs

As this story and so many others we have researched over the past few weeks demonstrate, it is corruption through and through that drives Taib Mahmud's Land Grab policies.


The same number again 082 48 1645 ! Tabaruk Abadi Sdn Bhd is based at Mohammad Ali Holdings !


BN are welcome to put forward their political arguments that the State of Sarawak is in need of 'development and progress'. They are also entitled to their views that, in order to achieve this, an "aggressive alienation" of Native Customary Rights Lands is necessary – although in fact this policy has now been ruled illegal time and again by the courts, who have been dealing with the hundreds of resulting land disputes. But, it is in their manner of carrying out these policies that BN have revealed themselves to be insincere, greedy and corrupt. They have shown their true motivation has nothing to do with 'progress' for the people of Sarawak and everything to do with their personal ambitions to make as much money as possible out of the resources of Sarawak. We can see this, because, instead of carrying out their policies honestly and transparently they have secretly handed out all these lands for themselves!


Corrupt practice

Mohammad Ali Holdings and Tabaruk Abadi Sdn Bhd share a sign outside the address which was given in the Land Registry!


If Taib was honestly attempting to develop Sarawak's lands in the best way for his people and the State, he would be openly auctioning off these vast concessions for the best possible price that could be gained by the government. In this way the proceeds could be ploughed back into genuine development for roads, infrastructure and the alleviation of the widespread poverty of the people. Measures to ensure that these lands are also developed sensitively and with due responsibility towards the environment and inhabitants could also be publicly written into such contracts, given a proper, honest approach to government. But Taib has, of course done none of the above. He has instead handed out all the parcels of land dirt cheap and via secretive deals to his own family, friends and political allies. They have then sold them on for millions in profit to ruthless plantation companies to do what they like or developed them themselves. There could have been no grubbier, greedier and more lawless approach to the business and, as we well know, any protests by local people have been dealt with by armed thugs hired by Taib's cronies. So much for the good of the people. Taib Mahmud has behaved like some sort of evil Sultan, treating the resources of Sarawak like his own family possession and wasting them. But, Sarawak does not belong to him. He was given the trust of the people and he has abused it spectacularly, grabbing and destroying their lands without a single care except to make himself as rich as he possibly can.

Mana Janji Pemimpin BN Memberi Peruntukan untuk Kpg Usaha Jaya Tukau,Sungai Beluboh?

Posted: 01 Apr 2011 09:42 PM PDT


Kpg Usaha Jaya Tukau,Sungai Beluboh Masih Mundur. Mana janji YB BN untuk memberi peruntukan?

1hb April 2011 - Kampung Usaha Jaya Tukau masih lagi jauh dari membangun setelah sekian lama menanti sehingga ke hari ini kampong tersebut masih ketinggalan dari segi infrastruktur. Kebanyakan penduduk kampong bekerja sebagai pekebun dan bekerja sendiri. Keadaan jalan masuk ke kampong masih lagi di tahap yang membimbangkan ketika hari hujan kerana berlopak disana sini kerana tidak mempunyai sistem perparitan yang terancang. Penduduk kampong Usaha Jaya Tukau tidak mudah lupa dengan janji janji pihak yang berwajib dan sekali lagi menuntut agar pihak yang berwajib menunaikan janji-janji mereka yang selama ini tertangguh. Contoh yang paling nyata sekarang adalah menaikkan taraf jalanraya kampong tersebut. Sehingga ke hari ini belum ada tanda-tanda jalaranraya tersebut diturap. Masalah ini berlarutan berpuluh-puluh tahun yang lalu sampai sekarang terutama sekali jalan Utama(Main Road) masuk ke rumah kampong . Jalan Utama yang sedia ada yang berturap hanya beberapa km untuk perumahan penduduk yang tinggal diluar Kampong Usaha Jaya yang mereka ini telah lama mendapat bekalan Letrik/Bekalan Air bersih, dll. Penduduk kampong teramat kecewa dengan sikap pihak yang berwajib yang mengaibaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang diamanahkan. Mereka terkilan kenapa mereka dipinggirkan sedangkan mereka juga adalah rakyat yang menyokong kerajaan.


Janji Pilihanraya

Menjelang pilihanraya ini maka sibuklah pemimpin-peminpin dari parti yang memerintah datang ke kampong-kampong menagih undi dari penduduk kampong dan mula dengan janji-janji baru untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampong. Walaupun mereka tahu janji mereka dulu belum ditunaikan dan ada yang sudah berpuluh-puluh tahun menetap di Perkampungan ' Kampong Usaha Jaya' masih belum mendapat grant tanah atau 'Land title', bagi mereka semua ini boleh diselesaikan dengan mengundi mereka dalam pilihanraya nanti. Kesusahan penduduk kampong untuk mendapatkan hak untuk tempat tinggal sukar sekali sedangkan projek2 pihak swasta seperti perumahan yang berhampiran dan diluar kawasan kampong tersebut dengan mudah mendapat tanah untuk membina tapak perumahan.


Kampong Masih Mudur

Keadaan kampong tersebut masih mundur dan jauh ketinggalan dari segi 'infrastructure' seperti 30 puluh tahun yang lalu, tiada kemudahan asas yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampong. Dimanakah perginya janji-janji pemimpin BN yang sering berjanji untuk memberi bantuan kepada penduduk kampong tersebut? Dimana keperluan asas seperti api elektrik, bekalan air bersih dan jalanraya yang bertar untuk kemudahan penduduk kampong tersebut.Apa kah penduduk Kampong Usaha Jaya sengaja di pinggir kan?Mereka juga berhak menikmati pembangunan dari segi infrastruktur seperti,jalan raya,bekalan letrik dan bekalan air bersih. Mereka terpaksa berulang alik dalam keadaan jalanraya yang teruk untuk membawa keluar hasil pertanian mereka untuk di jual di tamu-tamu di tepi jalan Miri/Bakam.Kemudahan asas seperti api elektrik, air bersih adalah keperluan basic mereka untuk kegunaan harian.Mereka terpaksa menggunakan keadah lama mengunakan telaga,lampu minyak tanah dsb.demi untuk menyara hidup sekeluarga.Apabila musim kemarau panjang telaga mereka menjadi kering dan air simpanan dalam tangki mula susut. Sekarang penduduk kampong menuntut janji sekiranya pihak berwajib tidak dapat menunaikan janji mereka jangan harap mereka akan dipilih semula jadi wakil rakyat di kawasan tersebut. Mereka menagih janji di bawah NKRA, bagi projek jalan ke Kampung Usaha Jaya Tukau sejumlah RM 350,000 yang telah di luluskan oleh Kementerian untuk membina jalan batu sepanjang 7 km belum menjadi kenyataan.Yang ada sekarang adalah tiang tiang elektrik yang didirikan disepanjang jalan masuk ke kampong yang dah berbulan bulan tapi belum pun siap siap,dan tak nampak pun satu wayar yang bergantung untuk disambung ke rumah orang kampong bagi menerangi kegelapan rumah mereka .Kesabaran menunggu


Sokong Perubahan

PAS dan Pakatan Rakyat bersedia turun padang dan mendengar sendiri masalah penduduk kampong tersebut dan akan berusaha untuk membantu sekadar yang mampu, sekiranya BN gagal menunaikan janji lebih baik lepaskan kuasa tersebut ke pada Pakatan Rakyat untuk memerintah secara adil. Sekarang kuasa di tangan rakyat maka jangan sia-siakan kuasa anda dengan memilih pemimpin yang tidak jujur, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa sebagai wakil kamu dalam pemerintahan nanti. Undilah PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan semua.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Apr 2011 07:33 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


ADUN Sura Hargai Kejayaan Pelajar STPM 2010 Di Bukit Chatak 1

Posted: 01 Apr 2011 10:09 PM PDT

DUNGUN, 2 April Sabtu - Para pelajar yang mengambil peperiksaan STPM tahun 2010 lalu, menerima ucapan tahniah dan sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura di atas kejayaan masing-masing dalam peperiksaan yang telah mereka hadapi penghujung tahun 2010 lalu.
Di kampung Bukit Chatak 1, seramai 6 orang pelajar telah dikenalpasti oleh PAS Cawangan berkenaan sebagai penerima sumbangan penghargaan tersebut.
Mereka ialah Nurul Zaidah bt Razali, Iffah Fadiah bt Adnan dan Nurfarah Syahida bt Ab Rahim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun.

Tiga orang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun - Mohd Shahrul Naim bin Fauzi, Muhammad Rasydan bin Razali dan Siti Nooraishah bt Mohd Din.

ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sengaja meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan ke rumah setiap pelajar berkenaan semata-mata untuk bertemu dan bersua muka bersama para pelajar dan keluarga masing-masing.

Sebahagian sumbangan diterima melalui wakil pelajar - abang, ibu saudara dan bapa para pelajar berkenaan kerana kebetulan ketika kunjungan dilakukan mereka tidak berada di rumah.

Turut mengiringi ADUN Sura ialah Setiausaha PAS Cawangan Bukit Chatak 1 merangkap Ketua Penerangan MTD Sura, Encik Mohd Yusof Ismail.

Kunjungan penghargaan dilakukan pada waktu petang, 27 Mac Ahad, baru-baru ini.

Di sebelah paginya, melalui wakilnya beliau menyampaikan penghargaan sempena Ulangtahun Hari Polis ke-204.

Khalid Samad

Posted: 02 Apr 2011 07:26 PM PDT

Khalid Samad


Video: Dato T & Anwar Conspiracy [Hitler version]

Posted: 02 Apr 2011 04:17 AM PDT



Kecoh dalam akhbar mengatakan 'video' itu tulen. Tetapi sebenarnya tiada siapa yang cuba menafikan yang video itu tulen, cuma siapakah pelakon yang tulen itu? Siapakah penerbitnya? Walau apa pun, tahniah kepada penerbit video Dato T & Anwar Conspiracy [Hitler version] ini yang ternyata jauh lebih berbakat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua

Posted: 02 Apr 2011 07:07 PM PDT

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua


Porno Part II : Video Tulen.... Pelakonnya?

Posted: 02 Apr 2011 03:51 PM PDT

1. Ketua Polis Negara berkata bahawa pakar tempatan telah meneliti video seks yang menjadi bahan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru adalah tulen bukannya palsu. Persoalannya , apakah manafaatnya membuat pengesahan demikian ? Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang manipulasi yang ketara.

2. Tuduhan zina mestilah [sama hukumnya terhadap tuduhan liwat] melibatkan 4 orang saksi.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

3. Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam. Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [ tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil ], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak.

4. Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak syariat dalam membuat tuduhan. Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakunnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

5. Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya. Walaupun itu hanyalah watak dalam sebuah lakonan tetapi apa yang saya mahu sebut bahawa filem dan lakonan boleh menghasilkan apa saja yang dikehendaki oleh skripnya. Filem yang saya tonton itu pula adalah filem original \ tulen dan sharp pula gambarnya.

[Kecanggihan teknologi di dalam industri perfilem hari ini memungkinkan directornya menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang ia mahukan. Bukan sahaja mahu menjadikan seorang pelakon itu berupa Anwar, malah untuk berupa seekor serigala juga boleh, pontianak pun boleh sehingga kita bisa sahaja menganggap pelakon itu benar - benar telah menjadi serigala atau pontianak seperti dalam filem Van Hestling, Under World, Wolf dan lain - lain dan semua filem itu di cop original.]

6. Justeru itu, saya tegaskan di sini, isunya bukan pada ketulenan video tersebut tetapi kepada kaedah membuat tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

[Saya bimbang berlaku sebagaimana yang pernah saya alami seketika dulu. Apabila saya membuat report polis mengenai kecurian harta awam yang dilakukan oleh seorang manusia yang saya kenal malah saya namakannya kepada pihak berkuasa, malangnya, saya yang membuat report terpaksa terperok di dalam balai polis hampir 6 jam kerana di soal siasat oleh pihak polis sementara pihak pencuri iitu sehingga hari ini lepas dan bebas.]

7. Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya sahaja. Kalaupun benar video itu tulen, pelakun tidak semestinya sama dengan individu yang difitnah. Boleh jadi dua serupa, boleh jadi ia mengenakan topeng berteknologi tinggi, atau ... atau ... 1001 kekeliruan dan kemungkinan yang mencetus kesangsian. Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi.

8. Ummat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas untuk proceed sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut. Jelas Islam adalah agama yang sangat memelihara maruah manusia agar tidak mudah dieksploit untuk menjayakan misi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila tuduhan itu tidak menepati piawaian Islam, maka tuduhan itu mesti digugurkan jika tidak ia menjadi fitnah.

9. Saya juga teringat satu kisah yang berlaku kepada seorang tokoh pejuang Islam sewaktu saya belajar di Syria sekitar tahun awal 90an. Ia bermula apabila pihak Special Branch [SB] cuba meletakkan dadah dalam handbag tokoh pejuang Islam tersebut yang telah ditahan lebih 10 jam di Airport Damascus. Percubaan itu adalah menghasilkan bukti bagi menjayakan misi mereka menangkap tokoh pejuang Islam tersebut setelah segala soal siasat awalnya gagal untuk mensabitkan beliau bersalah bagi membolehkan beliau ditahan. Alhamdulillah, percubaan itu digagalkan oleh Allah swt apabila ada hamba Allah ternampak perbuatan jahat pihak SB tersebut.

10. Ada orang tanya saya, ustaz ! kenapa ada manusia tergamak berbuat demikian ? tiada hati perutkah mereka ? bagaimana kalau ayah mereka atau ibu, isteri dan anak mereka difitnah sedemikian rupa, apa perasaan mereka ? kenapa mereka tergamak ? Apa yang boleh saya jawab ? melainkan saya hanya berkata : " kalau manusia ini tidak ada gamak, nescaya aman lah dunia ini. Lantaran mereka ada gamak lah, macam - macam berlaku di atas muka bumi ini yang kadangkala terkeluar dari rasional aqal yang waras."

Nasruddin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Apr 2011 03:31 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


AR BADUL CABUK BUDAK 13 TAHUN!!!

Posted: 01 Apr 2011 11:54 PM PDT

Akibat tidak tahan dengan perbuatan keji itu, pelajar terbabit membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 11 malam Disember tahun lalu di sebuah rumah di kondominium di Kepong apabila mangsa dicabul di kediaman ibu saudaranya itu.



Beliau berkata, ketika kejadian suspek berkunjung ke rumah berkenaan kononnya melawat ibu saudara mangsa yang juga rakan baiknya.



"Bagaimanapun, selepas berbual lebih 30 minit, ibu saudara mangsa mendakwa letih dan mahu tidur sebelum mengarahkan suspek berehat dalam bilik tetamu jika tidak mahu pulang.



"Suspek bersetuju sebelum masuk ke bilik berkenaan. Lima minit kemudian suspek keluar semula sebelum memanggil mangsa masuk ke dalam bilik berkenaan dan meminta mangsa mengurut badannya," katanya.



Mangsa pada mulanya menolak, namun bersetuju berbuat demikian selepas dipujuk suspek.



"Sebaik masuk ke dalam bilik itu, suspek dikatakan mencium mulut dan pipi mangsa serta memegang bahagian sulit mangsa.



"Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa berlari keluar dari bilik. Bimbang mangsa mengadu kepada ibu saudaranya, suspek memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulanginya.



"Termakan pujukan suspek, mangsa bersetuju merahsiakan perbuatan itu. Malah, suspek dikatakan menyogok RM100 kepada mangsa sebelum berpura-pura insaf dengan keterlanjurannya itu," katanya.



Sumber berkata, kejadian terbaru berlaku pertengahan Mac lalu kira-kira jam 5.30 petang di sebuah lagi rumah ibu saudara mangsa di Klang.

"Kejadian berlaku dalam tandas di rumah berkenaan apabila suspek meluru masuk sebelum mencabul mangsa yang ketika itu ingin membuang air. Kali ini, bertindak lebih ganas ketika memegang bahagian sulit dan payudara mangsa," katanya.

Difahamkan, suspek sekali lagi memberikan wang RM100 kepada mangsa untuk menutup mulut.

rpun mangsa enggan menerima wang berkenaan, suspek dikatakan meletakkan wang itu di atas meja sebelum meninggalkan rumah berkenaan.

Sumber berkata, disebabkan mangsa masih mendiamkan diri selepas insiden itu, dia dikatakan dicabul lagi suspek setiap kali bertemu ataupun apabila suspek berkunjung ke kediaman ibu saudaranya itu.



Tidak tahan dengan perbuatan itu, mangsa memberitahu ibu saudaranya sebelum mereka tampil membuat laporan di balai polis.

Katanya, sehingga kini, suspek masih belum ditahan, namun usaha memburunya giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

KANTOI.. UMNO SHAH ALAM DALANG KOMIK LUCAH

Posted: 01 Apr 2011 11:17 PM PDT

Kata khalid samad, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.


Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


"Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam," katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

..LAIN KALI KALU NAK BUAT JAHAT ... PRINT KAT KEDAI SENDIRI...WAKAKAKAKA...

ESKAY SERAH JAM OMEGA PADA POLIS?

Posted: 01 Apr 2011 11:04 PM PDT

Persoalannya di Mana Jam tangan Omega Anwar Ibrahim yang sebenar? Apakah Rakyat mempercayai Dato Eskay ataupun Mempercayai Anwar Ibrahim?
Eskay mendakwa telah menyerahkan jam tangan Omega kepada pihak PDRM sebagai bahan bukti. Namun menurut pihak Polis mereka masih belum mengesahkan menerima Jam Tangan Omega sebagai bahan buktiseperti mana yang didakwa oleh salah seorang Datuk T tersebut.

Jika benarlah dakwaan Eskay itu maka pasti terdapat DNA milik Anwar Ibrahim dan jika perlu ujian DNA perlu di lakukan bagi mengenalpasti pemilik jam Tangan Omega tersebut yang didakwa dimilikinya.

Dah hampir 2 mimggu kes video lucah haram jadah berlalu sidang media Anwar Ibrahim yang pada waktu itu menyatakan bahawa Jam Tangan Omega nya berada di dalam simpanan isterinya. Dan apabila diajukan soalan kepada DS Wan Azizah, jawabnya, "Saya ada simpan".

Jadi jam tangan yang didakwa oleh Eskay itu milik siapa? Kenapa dalam puluhan sidang media tak ditunjukkan rupe bentuk jam tersebut?? atau jam tersebut masih lagi di kedai jam??? wakakakaka

TAHNIAH BN KERANA MENAIKKAN REGE RON97

Posted: 01 Apr 2011 09:54 PM PDT

RON 97 kini RM2.70 seliter



KUALA LUMPUR - Petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Zulkifli Mokti.

Kenaikan itu, bagaimanapun, tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

Zulkifli berkata, peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada AS$114 setong minggu ini berbanding AS$105 minggu lepas.

"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Asia Barat," katanya di sini semalam.

...Apa boleh buat... dah aku undi BN = Barang Naik!!!

ADUN BN DIPENJARA 3 TAHUN KERANA RASUAH

Posted: 01 Apr 2011 09:39 PM PDT

SEREMBAN, 1 April - Adun Lenggeng Mustafa Salim, yang awal bulan ini disabitkan kesalahan menerima rasuah RM2,000, hari ini dihukum penjara tiga tahun.


Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan juga mendenda Mustafa RM20,000.

Peguam pembela memohon agar mahkamah menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan.

Pada 4 Mac lalu, Mustafa, 51, didapati bersalah atas dakwaan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor, lebih dua tahun lalu.

Mahkamah Sesyen mendapati tertuduh bersalah terhadap tuduhan menerima suspan itu daripada M. Manimaran sebagai balasan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Ketika itu, Amran berkata tertuduh didapati tidak melakukan sebarang langkah positif untuk tidak menerima wang yang diletakkan dalam sampul surat itu.

Mustafa, 51, Adun Barisan Nasional (BN), didapati bersalah mengikut Seksyen 10(a) (aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana menerima suapan itu di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, dekat sini, pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Mustafa pernah dibebaskan dari dua lagi pertuduhan rasuah iaitu menerima suapan RM3,000 daripada Manimaran melalui Mustafa Pendek di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada pukul 11 pagi, 28 Ogos 2008.

Tertuduh juga bebas dari dakwaan meminta suapan sebanyak RM2,000 dari kontraktor yang sama di pejabat SPRM negeri di Jalan Datuk Klana Ma''amor di sini pada pukul 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dalam dua pertuduhan tersebut, pihak pembelaan berjaya membuktikan bahwa wang yang diminta itu adalah bagi melaksanakan program bantuan Majlis Anak-Anak Yatim dan Warga Tua.

Pihak pembelaan meminta mahkamah menunda tarikh menjatuhkan hukuman dengan alasan anak tertuduh yang berstatus Orang Kurang Upaya mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui ayahnya akan dikenakan hukuman.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Apr 2011 03:08 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MASYALLAH ! 37 KAWASAN SARAWAK MASIH TIADA KEMUDAHAN ASAS SELEPAS 43 TAHUN BN PERINTAH !

Posted: 02 Apr 2011 03:50 AM PDT

kOMEN : bILA nAK PRK BARU TERHEGEH-HEGEH NAK BERI KEMUDAHAN AIR BERSIH ? Itupun dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia. Rakyat dan blogger kena sedar ! apa yang BN buat selama ini , bila pilihanraya asyik umum bajet berjuta-juta dan berbilion-bilion tapi akhirnya pi mai pi mai tang tu jugak.Memalukan , Ketua Menteri boleh mempunyai kekayaan berbilion, anak saja ada kekayaan lebih 1 bilion? Inilah padahnya bila ketua menteri dibiarkan berlama-lama memegang jawatan yang sama.


SERIAN 31 Mac - Lebih 1,700 keluarga luar bandar di Sarawak bakal menikmati bekalan air bersih selewat-lewatnya Jun ini menerusi pelaksanaan sistem grafity feed yang diusahakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak Januari lalu.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, projek bekalan air di bawah Strategi Laut Biru Kebangsaan (NBOS) itu merupakan inisiatif bersama pihaknya dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Jabatan Kesihatan.
"Projek yang bernilai kira-kira RM5.2 juta ini melibatkan 37 kawasan luar bandar di Serian, Limbang, Kanowit, Kapit, Sri Aman dan Bau. Setakat ini projek di Serian yang melibatkan dua lokasi iaitu Kampung Sungai Buru dan Kampung Sungai Empassa sudah siap sementara di Kapit dan Sri Aman pula hampir selesai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat rumah yang terlibat dalam Program Bantuan Rumah (PBR) di Kampung Bunan Gega, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Zulkifeli berkata, antara projek lain yang sedang dilaksanakan di bawah NBOS yang kini memasuki fasa ketiga adalah membina jalan di kawasan luar bandar.
"Projek menaik taraf jalan sejauh 76 kilometer yang menghubungkan Long Luping-Ba'Kelalan dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat," katanya.

SEKSA HARGA BARANG RAKYAT YANG DIDAHULUKAN !

Posted: 02 Apr 2011 03:03 AM PDT

Baru januari 2011 lau dinaikan harga RON97 ..tuptup malam tadi naik lagi 20 sen.Beginilah alasan kerajaan setiap kali mereka menaikkan harga minyak tersebut.
PM dalam kempen Pilihan Raya dan sebelum PRK tak sah kalau tak umumkan berjuta-juta RM bantuan kerajaan, Inilah bahananya , bila korek duit hanya pada PETRONAS.
Subsidi terus dijadikan senjata untuk mengesahkan tindakan itu. Akhirnya rakyat yang tidak bersalah terus menjadi mangsa kerakusan kerajaan UMNO BN sejak dulu, kini dan pasti untuk selama-lamanya selagi mereka memerintah negara ini. Justeru rakyat Malaysia terutamanya yang berada di Sarawak, bangkitlah dan tolak kerajaan UMNO BN pimpinan Najib Razak ini kerana sudah jelas mereka menjadikan rakyat sebagai bahan ekperimen semata-mata. Sebaliknya mereka lebih menjaga kepentingan beberapa kerat golongan teknokrat dan konglomerat yang senantiasa membuka mulut untuk membaham rakyat itu. Lakukanlah perubahan demi mereaslisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang adil dan berkebajikan. Jika kita terus biarkan UMNO BN berkuasa, maka semakin banyak hasil mahsul dan khazanah rakyat dirompak secara 'berhemah' oleh mereka].

BIASALAH PM PEMBELA BIAWAK HIDUP, BAPAK RASUAH DILANTIK PENGERUSI FELDA & RISDA

Posted: 02 Apr 2011 02:40 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ADUN Lenggeng Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan menerima rasuah masih adalah wakil rakyat bagi kawasan itu.

Bernama memetik beliau berkata ADUN BN itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini juga mempertahankan kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Katanya, kelayakan Mustafa tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

BIASALAH PM PEMBELA BIAWAK HIDUP, BAPAK RASUAH DILANTIK PENGERUSI FELDA & RISDA

Posted: 02 Apr 2011 02:40 AM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ADUN Lenggeng Mustafa Salim yang didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan menerima rasuah masih adalah wakil rakyat bagi kawasan itu.

Bernama memetik beliau berkata ADUN BN itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.

Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kedudukan ADUN berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di Balik Pulau, hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini juga mempertahankan kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Katanya, kelayakan Mustafa tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini.

MAHKAMAH 'CONFIRMKAN' ADUN UMNO SERSALAH !

Posted: 01 Apr 2011 03:51 PM PDT

Orang semua dah tahu Adun ni dah bersalah , cuma mahkamah nak umum pada 1 April, bukan pasal April Fool tapi nak elakkan PRK(Pilihan Raya Kecil). 3 Tahun berakhir 31 Mac 2011 mencukupkan 3 tahun pemerintahan BN sejak kemenangan mereka pada tahun 2008 yang membolehkan PRK tidak perlu diadakan.Oleh itu jangan harap ada PRK selagi PRU13 tidak dilaksanakan kecuali pRK Negeri Sarawak.

JUMAAT, 1 APRIL 2011
ADUN UMNO DUN Lenggeng dijatuh hukuman denda RM20,000 & 3 tahun penjara.

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah sebelum ini mendapati beliau bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu./Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 02 Apr 2011 03:06 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Ahli Jawatan Kuasa Kerja DPP PJU Sesi 2011/2013

Posted: 02 Apr 2011 08:06 AM PDT

Ketua: Mohd Zubir Embong
Timb Ketua: Wan Roslan Abu Bakar
Naib Ketua: Mohd Shukri
8 Ajk: Zaiful Nizie, Hafizorr Rozi, Rahim Rasimin, Zulkafli Wahab, Aznan Mohd, Dzar Abdullah dan Jabir Abdullah.

Pengerusi Tetap: Azri Mohd Arish
Timb Pengerusi Tetap: Ridzuan Din
Pemeriksa Kira2 1: Yusof Lateh
Pemeriksa Kira2 2: Mohd Arizan Hassan

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kaw PJ Utara ke-8, Tahun 2011 pd 2 April, 2.00ptg @Dewan Al Hidayah

Posted: 01 Apr 2011 03:41 PM PDT

Perasmian oleh Ybhg Sdr A.Zaidy Abd Talib, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Semua perwakilan Ahli Pemuda PAS PJU, adalah di jemput hadir.

Muktamar DPPNS akan di adakan pada 1 Mei 2011 di Tg Karang, Selangor.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 02 Apr 2011 01:24 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Sebelum Temberang Di Sarawak ,Tan Sri Muhyiddin Selesaikan Masalah Kementerian Pelajaran Dahulu

Posted: 01 Apr 2011 06:36 PM PDT


Sebelum berkempen di Sarawak, Tan Sri Muhyiddin Yasin diminta memantau perjalanan di Kementerian Pelajaran di bawah kendalian beliau dahulu. Masalah lebihan guru seramai 26,000 guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.

Menurut sumber, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat. Ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik. Namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa.

Persoalannya bagaimana boleh terjadi? Kalau dengar ucapan Tan Seri Muhyiddin seolah-olah mutu dan pentadbiran Kementerian Pelajaran semacam bertaraf dunia. Sekarang beliau sibuk janji bermacam-macam projek di Sarawak sehingga sanggup mengatakan mereka yang menentang BN di Sarawak hantu dan jembalang.

PAS mengharapkan beliau juga jangan jadi raja temberang pula sepanjang kempen di Sarawak. Apa pula yang hendak dijanjikan di Sarawak. Kita akan tengok sekolah di Sarawak yang cukup dhaif dan tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup menyedihkan. Sedangkan Sarawak kaya dengan hasil mahsul minyak dan balak. Semuanya petanda BN gagal melaksanakan amanah rakyat di Sarawak.

Apa kerja Tan Sri Muhyiddin yang menjaga Kementerian Pelajaran? Kenapa beliau tidak arahkan buat unjuran setiap keperluan guru, sehingga berlaku lambakan guru Sains dan Matematik?. Mungkin beliau tidak sempat memantau Kementerian Pelajaran kerana sibuk berpolitik dan menziarahi surau dan solat berjamaah di dalam negeri Selangor, sebagai operasi tawan Selangor.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 02 Apr 2011 01:10 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Dah Salah Pun Nak Bela Lagi....

Posted: 02 Apr 2011 10:25 AM PDT

RON yang Famous....Naik Lagi

Posted: 01 Apr 2011 03:23 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 02 Apr 2011 01:02 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Peniaga Melayu tidak habis-habis dizalimi - Syabas Melaka Maju

Posted: 01 Apr 2011 03:48 PM PDT

MBMB jangan zalimi kami - Sinar Harian 30 Mac 2011. BANDA HILIR - Bagi memberi laluan kepada sebuah projek pembangunan, 25 peniaga kecil di deretan gerai Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini bakal kehilangan sumber pendapatan.

Bukan kerana risiko kehilangan pelanggan, sebaliknya mereka menerima notis supaya mengosongkan premis masing-masing hanya dalam tempoh tiga minggu. Difahamkan, notis dikeluarkan MBMB itu bagi memberikan laluan projek pembinaan tempat letak bas yang bakal dinamakan Pahlawan City.

Mengikut notis ditandatangi Datuk Bandar MBMB, Zainal Abu, peniaga dikehendaki mengosongkan gerai perniagaan masing-masing dalam tempoh 21 hari. Bagaimanapun, MBMB bersetuju untuk memberikan wang ehsan RM300 sebulan kepada peniaga selama setahun sementara menunggu projek itu siap, selain tawaran lokasi baru dengan sewa separuh lebih murah.

Malah, MBMB juga menjanjikan tawaran untuk menempatkan semula kalangan peniaga terlibat di kawasan tersebut sebaik projek berkenaan siap sepenuhnya dan diserahkan kembali kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Namun, segala tawaran itu tidak disenangi peniaga menyebabkan mereka membantah. "MBMB jangan zalimi kami peniaga kecil." Itulah antara rintihan 25 peniaga terbabit yang seolah-olah hilang arah tujuan. Peniaga, Siti Normala Ibrahim, 30, berkata, lokasi baru itu belum menjamin sambutan pelanggan seperti tempat lama.

Menurutnya, dengan bebanan hutang yang terpaksa dijelaskan daripada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) dan beberapa institusi kewangan lain, dia bimbang ia akan menyebabkannya berdepan dengan masalah besar.

"Sekurang-kurangnya kami perlu mencari RM1,000 sebulan bagi membayar semua itu, sedangkan pampasan ditawarkan hanya RM300 sebulan dan jumlah itu jauh daripada yang kami minta sebelum ini iaitu RM150 sehari," katanya ketika mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan MBMB itu, semalam.

Turut serta, Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sedarhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah. Peniaga kraf tangan, Jamuri Khalil, 44, berkata, dia akan kerugian sekurang-kurangnya RM100,000 sekiranya berpindah ke tempat baru berdasarkan nilai barangan di gerainya.

"Mereka tempatkan kami di Dataran Pahlawan sebagai ganti sedangkan peniaga sedia ada kini pun susah untuk mendapatkan pelanggan, inikan pula kami orang baru," katanya.

Peniaga gerai makanan, Mahmud Seeron, 47, pula bimbang jaminan MBMB kerana setakat ini tiada sebarang perjanjian hitam putih memastikan mereka diletakkan kembali ke tempat asal selepas projek itu siap sepenuhnya kira-kira setahun nanti.

Deretan gerai berkenaan menempatkan tujuh peniaga gerai makanan, manakala 18 lagi peniaga barangan kraf tangan. Sebelum di tempatkan MBMB di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu, mereka dikatakan sudah mengalami tiga kali proses perpindahan atas alasan sama, iaitu pembangunan.

Sumber: Sinar Harian

Batu Gajah Mari

Posted: 02 Apr 2011 11:43 AM PDT

Batu Gajah Mari


Petugas pilihanraya dari Perak tiba di Sarawak

Posted: 02 Apr 2011 04:31 AM PDT

Para petugas pilihanraya dari negeri Perak sudah tiba di Kuching petang tadi untuk membantu kempen di sini. PAS Perak ditugaskan untuk membantu kempen di DUN Muara Tuan. Ini adalah rombongan pertama dari Perak dan akan menyusul lagi kemudian.

Misi : Memenangkan Calon Pakatan Rakyat!!!


Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Munir Ali. Batu Gajah Mari !!! cayalah!!!




Sempat bergurau dengan Pak Rahim


Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Sdr Salman Saleh






Pengarah Pilihanraya PAS Perak, Sdr Asmuni.






Setakat mana peluang PAS?

Posted: 01 Apr 2011 07:28 PM PDT

Semua pihak terpaksa mengakui yang selama hari ni suku Melayu-Melanau adalah penyokong kuat PBB pimpinan Taib Mahmud yang juga dari suku Melayu-Melanau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu53Y3XoWEt7TBw0RRDJrtE4RP0XdcGNkQHz2WWsunh_Iim5wOKDLRQ9EI3KYuWLb6A3-BoacSLskCwJHw2ak9omlv9B6srTDiUXcPpb2Dq-BEzbo_5-1d9wMl8dVLw4ge6D9Ndk2gi5Y/s1600/PAS-elections.jpg

Bharian melaporkan:
Menurut beberapa penganalisis politik, sebahagian besar daripada pengundi Melayu-Melanau mendapati tiada sebab untuk beralih kepada parti politik lain memandangkan mereka berpuas hati dengan kemajuan dan pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan mereka.

Satu lagi faktor yang turut menyenangkan hati ialah tokoh daripada komuniti mereka menjadi Ketua Menteri, walaupun membentuk hanya 27 peratus daripada penduduk Sarawak yang berjumlah 2.4 juta.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir, menggambarkan situasi itu sebagai ''faktor minoriti" yang bukan hanya membantu menyatukan mereka daripada segi politik tetapi juga kepuasan bahawa kerajaan negeri yang memerintah sekarang dapat memenuhi keperluan mereka.
"Mereka secara dasarnya gembira dengan apa yang sudah dilaksanakan di kawasan mereka. Komuniti Melanau memiliki sentimen yang kuat terhadap Taib selaku pemimpin. Rakyat tahu ia adalah penggal terakhir beliau memegang jawatan dan mereka mahu menunjukkan sokongan padu mereka kepada beliau," katanya. - Bharian
Tapi keadaan tu mungkin sikit berbeza di Dun Dun Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas. Pensyarah sains politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Faizal Syam Hazis yang jugak penganalisa politik Sarawak yang terkenal meramalkan 3 Dun tu berisiko kepada PBB.

Malaysiakini melaporkan:
"Walaupun terdapat beberapa kawasan 'selamat' pengundi Cina di kawasan Miri... Saya tidak akan terkejut jika pembangkang boleh menembusinya," katanya dalam satu forum awam di Petaling Jaya mengenai pilihan raya negeri Sarawak anjura Merdeka Centre.

Yang menarik, tambahnya, berasaskan kepada keputusan 2006, terdapat kerusi Melayu-Melanau di kawasan luar bandar yang juga berisiko, seperti kerusi Sadong Jaya, Beting Maro dan Saribas. - Mkini
Maknanya, kalau kena dengan caranya PAS mampu menawan kerusi Dun Beting Maro dan Sadong Jaya. PAS memang menaruh harapan tinggi untuk menang terutamanyadi Dun Beting Maro dan memang PAS lebih bagi tumpuan di kerusi tu.

Tambah-tambah pulak PAS dah lama buat kerja untuk menang di Beting Maro terutamanya. Memang peluang PAS untuk menang di situ cukup besar.

Dalam masa yang sama tentunya PBB dan BN Sarawak takkan bagi PAS memang di situ. PBB dan BN Sarawak tentu punya akan lakukan apa saja dan sanggup lakukan apa saja untuk pastikan takdak wakil dari PAS di dalam sidang DUN Sarawak.

Aku yakin, insyaallah dengan usaha bersungguh-sungguh petugas tempatan dengan dibantu petugas dari Sabah dan dari sememanjung PAS mampu mencapai kemenangan pertama di Sarawak kali ni.

ihsan cenangau

nota kaki: Sekarang saya berada di Airport dan akan berlepas ke Sarawak. Akan berada disana sehingga habis pilihanraya.. Inshaallah saya akan memeberi info dan gambar terkini di sini..

Shahrizat jangan buat BODOH !!!

Posted: 01 Apr 2011 05:57 PM PDT

SHAH ALAM: Jumlah kelahiran anak tidak sah iaitu hasil hubungan luar nikah yang direkodkan di Selangor sehingga 2008 ialah seramai 257,000 bayi, sekali gus memerlukan pembabitan semua pihak untuk menangani isu berkenaan.

Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata jumlah itu ialah kelahiran didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan yakin masih banyak anak luar nikah yang tidak didaftarkan dengan jabatan berkenaan.

"Dalam tempoh itu, secara purata lebih 83 kes anak tidak sah dilaporkan di negeri ini setiap hari dan kita sendiri pun tidak tahu berapa banyak lagi anak luar nikah dilahirkan di luar sana.

"Masalah ini adalah amat besar yang direkodkan di Selangor. Kita melihat keadaan ini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama, pergaulan bebas, faktor berpakaian, pengaruh televisyen dan macam-macam lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) yang ingin tahu bilangan anak luar nikah di Selangor, punca meningkat bayi hasil hubungan luar nikah dan langkah kerajaan negeri untuk mengatasinya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

Hasan menyifatkan perkembangan itu sebagai menggusarkan dan mengajak semua pihak bekerjasama membendung gejala itu daripada terus berleluasa.
Beliau berkata, kekurangan anggota penguat kuasa menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sukar bertindak terhadap kegiatan maksiat dan pelbagai gejala sosial lain di negeri ini.

"Ketika ini nisbah pecahan anggota penguat kuasa JAIS dan penduduk kini berjumlah 1:25,000.

"Oleh itu, kita meminta kerajaan negeri menambah bilangan anggota penguat kuasa JAIS bagi membolehkan pemantauan dan langkah pembanteras aktiviti tidak bermoral di kalangan masyarakat Islam di Selangor dapat dilakukan lebih kerap.

"Dengan adanya penambahan anggota penguat kuasa, pemantauan di hotel bajet, pusat hiburan, premis urut dan judi dapat dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membanteras gejala itu," katanya

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 02 Apr 2011 09:24 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG NAIB JOHAN WANITA PERTANDINGAN MENEMBAK DUN SELANGOR

Posted: 02 Apr 2011 08:31 AM PDT

Acara pertandingan menembak berpasukan 'falling plates' .Di antara peserta dalam pasukan pertama: Dato' Teng(Speaker), Dr Yakop Sapari, Dr Hjh Halimah Ali
Acara menembak centre fire. YB Dr Halimah melihat kesan tembaknya bersama instruktor daripada PDRM .Alhamdulillah berjaya melepaskan 5 das peluru ke kawasan hitam centre.Dengan itu berjaya menjadi naib johan kategori wanita.Ini merupakan kali pertama beliau menyertai perrtandingan seumpama ini..
Pertandingan ini dianjurkan sebagai acara riadah ADUN negeri Selangor yang baru selesai bersidang daripada 28.3.11-1.4.11selama 5 hari.

Santapan spiritual

Posted: 02 Apr 2011 07:48 AM PDT

Bismillah.Lapangkanlah dadamu. Tenangkanlah fikiranmu.. Biarkan nurNya menorobos ke rohanimu

HARGA MINYAK DUNIA TURUN, HARGA PETROL DI PAM MINYAK TANAH AIRKU TAK PERNAH TURUN

Posted: 01 Apr 2011 10:57 AM PDT

Apabila harga minyak mentah di pasaran dunia naik, negaraku cepat-cepat naikkan harga minyak yang dijual di stesen minyak. Alasan, harga minyak naik. Namun, belum pernah harga minyak di stesen minyak diturunkan ke harga sebelumnya walaupun harga minyak mentah dunia merudum jatuh. Negaraku juga yang untung jika harga minyak mentah dunia naik melambung kerana ia juga salah sebuah negara pengeksport minyak.

Jika matawang negara boleh diapungkan, kenapa tidak dengan harga minyak tempatan?













PAS Kulaijaya

Posted: 02 Apr 2011 07:43 AM PDT

PAS Kulaijaya


Dahsyatnya Fitnah Akhir Zaman.

Posted: 01 Apr 2011 05:54 PM PDT

Landskap Siasah

Posted: 02 Apr 2011 07:08 AM PDT

Landskap Siasah


Fakta disebalik PRN Sarawak

Posted: 01 Apr 2011 11:11 AM PDT

Fakta disebalik PRN Sarawak

Lajnah Penerangan DPPK Gopeng

Menurut komentar A Kadir Jasin berkenaan scenario PRN Sarawak;

1. PRN ini akan menjadi penentu masa depan politik Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud. Beliau sudah pun membayangkan yang beliau akan berundur selepas PRN;

2. PRN ini akan menjadi kayu pengukur kepada kemampuan BN untuk terus bergantung kepada Sarawak sebagai "penyelamat" di Parlimen. Kalau BN Sarawak dapat mengekalkan kedudukannya, BN pusat boleh terus bergantung kepada pengundi Sarawak untuk mengekalkan penguasaannya terhadap Dewan Rakyat.

(Dalam PRU 2008, BN Sarawak menyumbangkan 30 kerusi Parlimen dan Sabah 24 kerusi untuk menjadikan kerusi Parlimen BN 140.)

3. Faktor Abdul Taib akan memainkan peranan penting menentukan sama ada BN Sarawak akan terus mendapat sokongan atau tidak. Tuduhan dan dakwaan rasuah serta salah guna kuasa oleh beliau pasti akan dipergunakan sepenuhnya oleh parti-parti Pakatan Rakyat;

4. Siapa akan menggantikan Abdul Taib juga penting. Dalam amalan sistem pecah dan perintahnya, Abdul Taib tidak memberi kata putus siapa bakal menggantikan beliau.

5. Kerana Abdul Taib memerintah begitu lama iaitu sejak 1981, kepemimpinan BN Sarawak menjadi tua dan ramai pemimpin berkaliber tersingkir atau bersara daripada politik. Kalau BN gagal mengemukakan pengganti yang meyakinkan bagi Abdul Taib dan menawarkan ramai calon muda, BN Sarawak akan mengalami masalah imej dan integriti, khasnya di kalangan pengundi muda;

6. Manakala rasisme menjadi semakin ketara di Semenanjung selepas PRU 2008, di Sarawak "nasionalisme" anak negeri juga memuncak akibat isu agama dan pemilikan tanah;

7. Isu-isu seperti Tanah Adat, dakwaan pencerobohan ke atas Tanah Adat oleh pembalak dan kontroversi mengenai penyebaran kitab Injil dalam bahasa Melayu serta tuntutan Gereja Roman Katolik ke atas kalimah Allah akan mempengaruhi pengundi;

8. Di kalangan orang Islam pun komitmen kepada BN Sarawak tidak padu lagi kerana persepsi bahawa mereka dipinggirkan atas dasar suku kaum dalam apa yang sering disebut Melanau-lawan-Melayu;

9. BN Sarawak mempunyai kelebihan (advantage) berbanding pembangkang dalam aspek kewangan dan logistik. Kempen di Sarawak sukar kerana keluasan wilayah dan kesukaran untuk sampai ke pedalaman. Banyak tempat hanya boleh dihubungi dengan helikopter;

10. Cabaran kepada PR pula adalah sama ada ia berani bertanding atau boleh bertanding atas platform yang sama, khasnya mengenai isu agama dan adat resam kerana ideologi mereka yang berlainan.

11. Namun PR berkemungkinan memperbaiki prestasinya di kawasan-kawasan bandar di mana ramai pengundi Cina dan di luar bandar di mana Iban/Dayak menjadi majoriti pengundi.

Faktor pendesak pembangkang;

1. Isu perebutan kerusi antara SNAP dan PKR yang belum selesai atau separa masak diselesaikan.

2. Terdapat kerjasama dibelakang tabir antara BN dengan SNAP.

3. Isu injil memang mendesak BN tetapi memberi peluang kepada PR yang bukan Islam iaitu PKR dan DAP sebaliknya mungkin merugikan PAS di semenanjung.

4. Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini. BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

Janji-janji BN terhadap Sarawak

1. TanSri Abdul Taib Mahmud isytihar RM 5.7 bilion untuk melaksanakan projek-projek di bawah NKRA (Bidang keberhasilan Utama Negara)

2. PM isytihar RM 252,35 juta untuk bekalan air dan elektrik Sarawak.

3. Usaha penyatuan Sarawak-sabah oleh Datuk Dr Jeffery Kitingan selepas keluar dari PKR cukup membimbangkan BN.

4. Sarawak, adalah tentera FRU simpanan BN kerana MP Sarawak mampu mengimbangi kekurangan jumlah MP BN di semenanjung.

Senario Sarawak

1. Hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka.

2. Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

3. Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

Fitnah isu seks teknik epik lama Melayu amalan UMNO

Posted: 01 Apr 2011 11:08 AM PDT

Fitnah isu seks teknik epik lama Melayu amalan UMNO

Prof Abu Hassan cuba menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Apr 2011 03:08 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Candid ; Pentas Anak muda

Posted: 01 Apr 2011 10:46 PM PDT

 Tenaga Penting : pemimpin Muda, pemimpin masa depan sedang berbincang serius.
 Geramnya beliau pada Umno dan Barisan Nasional yang tidak habis-habis memfitnah pakatan rakyat dapat dilihat dari aksi yang ditunjukkan ini.
 Video paling TOP sepanjang 2 minggu ini mendapat sambutan luar biasa dari hadirin yang hadir. Dato Seri .... amat marah dengan kebodohan pengeluar video ini, Walau pun IGP kata video tulin tetapi pelakon didalamnya 'hempeh' dan memalukan Najib lantas beliau mengingatkan bahawa Umno tidak terlibat sama sekali dalam isu ini. Persoalan nya percaya kah rakyat bahawa Umno tidak terlibat?

Sementara akhbar paling luar pengedaranya diseluruh dunia menulis bahawa imej DSAI menjadi pulih dengan isu Video ini manakala Umno akan tercalar.

Akhirnya Tan Sri Daim Zainuddin megeluarkan kenyataan bahawa Barisan Nasional bakal tumbang dengan kerusi yang lebih banyak dalam pilihanraya Negeri Serawak.

 Aksi ini menunjukkan kemarahan pimpinan Anak Muda ini terhadap kerajaan sedia ada yang begitu rakus menghabiskan duit rakyat dengan menjalin kerjasama dengan Apco.
 Menerangkan kepada hadirin bahawa Umno terperangkap dalam dalam isu Saiful kerana mahkamah sivil tidak berupaya menghakimi kes seperti ini secara adil dan sepatutnya dibicarakan dalam mahkamah syariah.
Walau pun mereka duduk jauh dari pentas tetapi ramai diantara mereka ialah pimpinan dan ahli umno bahagian Kota Raja. Baguslah macam ni anda mendapat maklumat terus dari pimpinan Pakatan rakyat
 Seorang lagi anak muda yang naik ke Pentas Anak Muda
Tak boleh tahan, bila YB Jawa berceramah 'ramai yang ketawa berdekah-dekah' apa pun ramai mengakui keupayaan YB Ng Swee Lim menghayati Islam dan indahnya bila beliau mengambil pengajian Islam sebagai mata pelajaran pilihan nya semasa belajar dahulu.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Apr 2011 01:21 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Lapan maut dalam siri bantahan bakar al-Quran

Posted: 01 Apr 2011 11:31 PM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan 2 April - Sekurang-kurangnya lapan petugas asing Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) maut, dua daripadanya dipenggal semalam dalam satu demonstrasi membantah pembakaran al- Quran oleh paderi Amerika Syarikat (AS).

"Lapan pekerja asing maut, dua telah dipenggal," kata jurucakap polis daerah Lal Mohammad Ahmadzai.

Beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan utama bandar tersebut selepas selesai menunaikan solat Jumaat. - Reuters

Tentera Bersekutu lakukan 'jenayah kemanusiaan': Libya

Posted: 01 Apr 2011 11:28 PM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Rejim Presiden Muammar Gaddafi hari ini menuduh pasukan tentera antarabangsa melakukan 'jenayah kemanusiaan' berikutan tindakan berterusan melancarkan pengeboman terhadap orang awam.

Jurucakap kerajaan, Mussa Ibrahim, berkata tindakan tentera Bersekutu yang melakukan serangan udara dan laut dengan mensasarkan rakyat Linya sebenarnya "penjenayah" dan "golongan tidak bermoral" sehingga sanggup melakukan jenayah kemanusiaan.

Ibrahim berkata, enam orang awam terbuhih semalam selepas serangan di perkampungan Bouargoub, berdekatan bandar minyak Brega, di timur Tripoli.

Kawasan itu kini tercetus penentangan sengit antara tentera Kadhafi dengan kumpulan pemberontak. - AFP

Loji Fukushima masih dalam situasi 'amat serius'

Posted: 01 Apr 2011 11:25 PM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

NAIROBI: Situasi di loji nuklear Fukushima kini masih dalam 'amat serius', demikian disahkan Ketua Eksekutif Agensi Tenaga Atom Antarabangsa,Yukiya Amano, di sini, semalam.

"Keadaan di Fukushima masih amat serius," katanya pada talimat media di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghadiri mesyuarat Lembaga Ketua Eksekutif badan dunia itu. "Namun Jepun tidak keseorangan dalam masalah ini.

Setiausaha Agung PBB berjanji kepada saya akan memberi semua sokongan yang sepatutnya kepada Jepun.

"Perkara yang amat penting sekarang ialah menamatkan krisis ini dengan secepat mungkin," katanya.

Jepun kini berdepan rintangan untuk menangani masalah kebocoran radiasi di loji nuklear Fukushima selepas dilanda tsunami setinggi 14 meter dan gempa paling kuat 11 Mac lalu.

Malapetaka itu menyebabkan 11,000 orang dilaporkan maut setakat ini dan lebih 16,00 lagi masih hilang. - AFP

3,604 Mangsa Banjir Masih Berada Di Pusat Pemindahan Di Perlis

Posted: 01 Apr 2011 11:23 PM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KANGAR: Sebanyak 3,604 mangsa banjir di Perlis masih berada di pusat-pusat pemindahan sehingga pagi ini berbanding lebih 4,000 orang malam Jumaat.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata kebanyakan mangsa adalah daripada kawasan Kangar membabitkan 2,955 orang yang ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Sebanyak 590 mangsa adalah daripada kawasan Arau yang ditempatkan di lima pusat pemindahan manakala di kawasan Padang Besar jumlah mangsa hanya 59 orang yang ditempatkan di satu pusat pemindahan.

Setakat ini lebih 1,000 mangsa telah dibenarkan pulang dan hampir 20 pusat pemindahan telah ditutup.

Hentian Puduraya Beroperasi 16 April Ini

Posted: 01 Apr 2011 11:19 PM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Hentian Puduraya akan memulakan operasinya pada 16 April ini dengan kemudahan yang disediakan hampir setanding dengan Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS).

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pemaju Uda Holdings Berhad yang akan memastikan semuanya siap mengikut jadual kali ini.

"Pada 16 April ini saya akan turun (ke Hentian Puduraya). Pada laporan yang saya terima persiapan berjalan dengan baik. Dalam dua minggu ini saya yakin kerja-kerja utama akan siap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hentian Puduraya sepatutnya dibuka semula pada 1 Mac lalu selepas kerja-kerja menaik taraf dimulakan pada Jun 2009, namun ditangguhkan sehingga 16 April ini bagi membolehkan pemaju menyiapkan kerja yang terbengkalai.

Raja Nong Chik berkata, kemudahan yang disediakan di Hentian Puduraya akan memberi keselesaan kepada pengguna selain lokasinya yang strategik dan berintegrasi dengan pengangkutan awam lain.

Beliau berkata meskipun kemudahan yang disediakan tidak 100 peratus seperti TBS-BTS, ia tetap akan memberi keselesaan kepada orang ramai.

Terdahulu Raja Nong Chik melepaskan 35 pasukan 'treasure hunt' anjuran Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) yang akan menjelajah sehingga ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemenang pertama 'mencari harta karun' itu akan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta piala pusingan Tan Sri Isa Samad, manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM2,000 dan RM1,000.

Presiden Asas Tan Sri Dr Samsudin Hitam berkata, Asas melalui Yayasan Amal Asas akan menyampaikan sumbangan sebanyak RM18,000 kepada Yayasan Anak-anak Yatim Piatu Port Dickson di Kampung Baru Sirusa, Port Dickson petang ini selain sumbangan barangan keperluan harian untuk keluarga kurang berkemampuan di kampung itu. - BERNAMA

Sokongan PR meningkat di Sarawak - pengkaji media

Posted: 01 Apr 2011 04:39 PM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 1 April: Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka," jelas beliau.

Sementara itu ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban

"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama," kata beliau.

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri," jelas beliau.

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".

Harakahdaily/-

Lima kerusi PAS di Sarawak

Posted: 01 Apr 2011 04:34 PM PDT

28 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 April: PAS akan bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro dalam pilihan raya negeri Sarawak 16 April depan.

Kelima-lima kerusi itu sudah diputuskan berdasarkan perbincangan antara PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah memutuskan PAS akan bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala selebihnya iaitu 51 kerusi akan ditandingi PKR yang akan berunding dengan Snap sebelum apa-apa keputusan muktamat dibuat.

Sementara itu, gelombang pertama gerak kerja petugas PAS bagi pilihan raya negeri Sarawak bermula hari ini sehingga 8 April, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Gelombang kedua pula, katanya akan bermula 8 hingga 16 April, iaitu hari membuang undi.

Jentera dari Semenanjung sebahagiannya telah berada di sana untuk memulakan gerak kerja.

Manakala jentera yang akan bertugas untuk gelombang kdua dinasihatkan menempah tiket penerbangan awal bagi mengelakkan sebarang masalah.

SPR menetapkan 6 April adalah hari penamaan calon sementara hari mengundi pada 16 April ini.

SU Agung PAS : Persiapan Muktamar PAS berjalan lancar

Posted: 01 Apr 2011 07:21 AM PDT


27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pemilihan PAS pusat pada tahun ini dijangka menyaksikan saingan sengit apabila semua jawatan tertinggi parti itu akan dipertandingkan pada Muktamar ke-57 yang akan berlangsung Jun ini. Muktamar tersebut akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Jun 2011 di Markas Tarbiah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata pencalonan bagi setiap jawatan yang dipertandingkan sudah bermula sejak bulan lepas. "Kita sudah ada terima pencalonan, tapi saya tidak boleh dedahkan sekarang kerana masih terlalu awal. "Pencalonan dan mesyuarat PAS di peringkat kawasan dan cawangan sudah pun bermula dan saya jangka ia akan berakhir pada penghujung April ini. Selepas itu kita akan kira dan umumkan siapa yang layak bertanding," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan jawatankuasa pemilihan PAS menjelang Muktamar ke-57. Mustafa yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, setiap calon layak bertanding apa jua jawatan dalam PAS dengan memperoleh dua pencalonan sahaja. "Kita tidak ada sekatan dalam parti. Kalau ada orang nak bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pun boleh, yang penting dia perlu dapat sekurang-kurangnya dua pencalonan," katanya.

PAS mempunyai 171 Kawasan di seluruh negara dan setiap Kawasan perlu menghantar pencalonan untuk jawatan tertinggi PAS pusat iaitu, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Jawatan yang lain ialah Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi tetap dan 2 orang pemeriksa kira-kira.

ADUN Lenggeng dijatuh hukuman 3 tahun penjara

Posted: 01 Apr 2011 07:16 AM PDT

27 Rabiulakhir 1432H.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim (tengah) dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana bersalah menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan mengorek pasir dua tahun lalu di Mahkamah Sesyen Seremban, Jumaat

RON 97 naik lagi,Hadiah bulan April untuk rakyat Malaysia

Posted: 01 Apr 2011 07:09 AM PDT

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kelmarin saya menerima sms memaklumkan harga minyak diesel dan Ron95 yang dijangkakan naik namun ianya meleset. Namun semuanya terjawab dengan kenaikan harga Ron97 pada tengah malam ini.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Pecat Bung Moktar jika BN hormati wanita

Posted: 01 Apr 2011 02:00 AM PDT

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 April: DAP mencabar Barisan Nasional (BN) memecat anggota Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin jika benar parti itu menghormati wanita.

Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam kenyataannya berkata, sehingga kini Bung Mokhtar tidak memohon maaf atau menarik balik kenyataannya yang menghina wanita di Dewan Rakyat pada 28 Mac lepas.

Dalam kenyataanya, Bung Mokhtar berkata, pemandu wanita menjadi punca dan penyebab kemalangan jalan raya.

Ekoran itu, anggota Parlimen wanita Pakatan Rakyat yang diketuai Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, anggota Parlimen Titiwangsa membuat sidang media membantah Bung Moktar.

Turut tidak bersetuju dengan pandangan Bung Moktar adalah isteri barunya, Zizie Izette. Zizie berkata, jika itu pandangan Bung beliau tertanya-tanya, apakah beliau memandu dengan bahaya.

"Ini bukan pertama kali Bung Moktar menghina wanita dengan kenyataan-kenyataannya. Sebelum ini pada tahun 2007, dia telah memohon maaf kepada MP Batu Gajah, Fong Po Kuan apabila berkata dia bocor setiap bulan apabila bercakap soal bumbung Parlimen bocor walaupun sudah menelan belanja RM100 juta," kata Lim Guan Eng.

Statistik menunjukkan bukan pemandu wanita yang menjadi punca kemalangan jalan raya tetapi pemandu lelaki lebih banyak menjadi punca kemalangan.

"Kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya (Miros) pada tahun 2009 menunjukkan kemalangan yang disebabkan oleh pemandu lelaki 2.4 kali lebih banyak dari pemandu wanita," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam kenyataannya.

Bagi menghadapi serangan ekoran kenyataannya, Bung Moktar meminta Parlimen memberikan perlindungan kepadanya.

Dalam Dewan Rakyat, beliau mendakwa beliau menghadapi 'ganguan seksual' daripada beberapa kumpulan wanita berhubung kenyataannya bahawa pemandu wanita adalah penyumbang kemalangan jalanraya.

Dakwanya, kenyataan beliau "diputar belitkan oleh pihak pembangkang" bagi menunjukkan sikapnya yang seksis.

"Selepas kenyataan saya diputar belitkan, saya menjadi fokus wanita di negara ini, termasuk kumpulan-kumpulan wanita.

"Saya mohon bantuan speaker kerana ini ganguan seksual ke atas saya," katanya semasa perbahasan soalan tambahan.

Harakahdaily/-

Muhyiddin usah jadi 'raja temberang'

Posted: 01 Apr 2011 01:47 AM PDT

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Apr: Tan Sri Muhyiddin Yasin dinasihatkan menyelesaikan dahulu masalah lambakan guru opsyen Sains dan Matematik yang didakwa lebih 26,000 orang sebelum membuat apa-apa janji manis kepada rakyat Sarawak.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Menteri Pelajaran itu tidak perlu untuk menjadi 'raja temberang' dalam kempen Pilihan Raya Sarawak nanti seolah-olah beliau seorang menteri yang bertaraf dunia.

"Persoalannya bagaimana boleh terjadi? Kalau dengar ucapan Tan Seri Muhyiddin seolah-olah mutu dan pentadbiran Kementerian Pelajaran semacam bertaraf dunia. Sekarang beliau sibuk janji bermacam-macam projek di Sarawak sehingga sanggup mengatakan mereka yang menentang BN di Sarawak hantu dan jembalang.

"Beliau juga jangan jadi raja temberang pula sepanjang kempen di Sarawak. Kita akan tengok sekolah di Sarawak yang cukup dhaif dan tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup menyedihkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat.

Mereka didakwa terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.

"Apa kerja Tan Sri Muhyiddin yang menjaga Kementerian Pelajaran? Kenapa beliau tidak arahkan buat unjuran setiap keperluan guru, sehingga berlaku lambakan guru Sains dan Metematik?

"Mungkin beliau tidak sempat memantau Kementerian Pelajaran kerana sibuk berpolitik dan menziarahi surau dan solat berjamaah di dalam negeri Selangor, sebagai operasi tawan Selangor," tambah beliau lagi.

Katanya lagi, ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu.

Guru terbabit juga katanya mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik, namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa.

Harakahdaily/-

Ratusan Mayat Di Zon Larangan Nuklear Jepun

Posted: 01 Apr 2011 01:37 AM PDT

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

HONG KONG: Kira-kira 1,000 mayat mangsa gempa bumi dan tsunami masih tidak dikutip dalam kawasan zon larangan di sekitar loji nuklear kerana kebimbangan terhadap kesan radiasi, kata laporan yang dikeluarkan pada Khamis.

Memetik sumber polis, Kyodo News berkata, pihak berkuasa berhasrat menghantar mayat keluar daripada zon larangan 20 kilometer di sekitar loji Fukushima tetapi menimbang semula rancangan berkenaan.

Mayat itu sudah "terdedah dengan kesan radiasi tinggi selepas kematian", kata laporan itu memetik sumber. Polis tempatan memutuskan untuk tidak mengutip mayat-mayat berkenaan kerana kebimbangan terhadap radiasi.

Kira-kira 28,000 orang disahkan mati atau disenaraikan sebagai hilang sejak gempa bumi dan tsunami melanda pada 11 Mac lalu di timur laut Jepun serta melumpuhkan operasi loji nuklear berkenaan dan berlaku kebocoran sehingga menyebabkan kesan radiasi. - AFP

Video seks: Umno yang tutup mulut mufti

Posted: 01 Apr 2011 01:30 AM PDT

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Apr: Umno sebenarnya yang menutup mulut mufti dari memberi pandangan berhubung isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Katanya, ia terbukti apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mendedahkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang tidak mengeluarkan padangannya berhubung isu pendedahan video seks tersebut.

"Kalau begitu nampak sangat Umno dan medianya (Utusan) ada agenda sendiri.

"Pandangan yang menyebelahi pembangkang mereka tak siar, yang menghentam pembangkang mereka siar," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.

"Nampak sangat mereka mempergunakan mufti untuk kepentingan politik," tambahnya lagi.

Harussani seperti dilapor The Malaysian Indsider semalam mendakwa beliau telah mengeluarkan pandangan kepada Utusan bahawa pendedahan video itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh ia belum dibuktikan kebenarannya.

Namun kenyataannya itu dipotong sebahagiannya dan tidak disiarkan penuh oleh akhbar Umno itu.

"Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tiada saksi yang boleh buktikan.

"Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar," katanya.

Mufti Perak itu turut mengakui rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

"Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

"Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar," katanya.

Sebelum ini, banyak pihak khususnya Pakatan Rakyat mendesak para mufti menyatakan pandangan berhubung isu video seks terbabit termasuk pandangan dari Harussani.

Ia kerana, beliau sering dilihat hanya mengeluarkan pandangan yang mengiyakan tindakan parti pemerintah dalam beberapa isu kontroversi.

Ianya termasuk isu perletakan ancak tiang seri oleh Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Zambry Kadir dan beberapa kali serangannya terhadap pandangan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat khususnya dalam isu 'Undi PAS masuk Syurga'.

Cabar Utusan, RTM, TV3 siar kenyataan

Dalam pada itu, Bekas Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mengulas kenyataan itu turut memuji keberanian Harussani menyatakan pendiriannya dalam isu video seks tersebut.

Katanya, ternyata yang menjadi penghalang hukum sebenar dijelaskan kepada rakyat adalah Umno dan media mereka.

"Saya cabar RTM, TV3 dan kahbar media perdana lain turut siarkan kenyataan dan pandangan Mufti Perak ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Walaubagaimanapun beliau juga menggesa Harussani agar menyatakan pandangan berhubung isu-isu lain termasuk hukum rampasan kuasa oleh BN Perak dan hukum larangan premis judi di Kelantan yang dipolitikkan oleh pemimpin Umno BN.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 02 Apr 2011 01:19 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


sokongan pr di sarawak meningkat

Posted: 01 Apr 2011 05:16 PM PDT


Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka,".

ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban


"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,".

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,".

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".

PAS TELUK INTAN

Posted: 01 Apr 2011 11:41 PM PDT

PAS TELUK INTAN


sokongan pr di sarawak meningkat

Posted: 01 Apr 2011 05:35 PM PDT

Seorang pengkaji media yang juga Pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah hari ini memberitahu sokongan semasa terhadap Pakatan Rakyat (PR) meningkat antara 40 hingga 42 peratus di Sarawak pada masa ini.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) masih menguasai sokongan masyarakat negeri itu dengan sekitar 60 peratus dan angka tersebut boleh berubah sekiranya isu-isu tempatan dapat diuruskan dengan bijak oleh parti politik bertanding.

"Setakat ini, data menunjukkan kedudukan PR semakin meningkat iaitu antara 40 hinga 42 peratus, manakala BN yang menguasai pengaruh di lingkaran demografi kawasan luar bandar secara keseluruhan menguasai 60 peratus.

"Namun prediksi persepsi kepercayaan politik ini boleh berubah sekira isu-isu lokal dapat diuruskan dengan baik oleh mana-mana pihak khususnya krisis tanah adat dan perkongsian ekonomi," kata Prof Abu Hassan dalam satu emel yang dikirimkan kepada wartawan bebas.

Isu video seks Anwar tidak beri kesan di Sarawak

Menurut Prof Abu Hassan yang turut terkenal sebagai penganalisis politik dalam dan luar negara turut menganggap isu video lucah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim turut kurang mendapat tempat di Sarawak berbanding isu-isu tempatan.

"Isu ini (video lucah) tidak akan memberi kesan langsung yang begitu berpengaruh dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kerana isu ini adalah isu nasional yang amat jauh dari pengetahuan masyarakat Sarawak.

Masyarakat Sarawak juga dijangkakan lebih menumpukan kepada isu tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial masyarakat bumiputera dan isu rasuah serta penyelewengan kuasa politik.

"Di Sarawak krisis adalah lebih banyak pada persoalan masalah-masalah lokal atau tempatan seperti pemilikkan tanah, ketidakadilan sosial bagi masyarakat bumiputera di sana khususnya masyarakat yang berpendapatan rendah dan masih miskin serta isu rasuah dan penyelewengan kuasa politik.

"Isu Video Lucah mungkin hanya diambil berat oleh masyarakat Melayu dan sebahagian dari pemerhati politik yang terdedah pada krisis nasional.

"Sebaliknya hampir 70 peratus masyarakat di Sarawak masih bertarung untuk mengukuhkan posisi dalam ekonomi dan sosial, maka tentulah isu-isu lokal akan lebih mempengaruhi kepercayaan politik mereka,".

ketika mengulas isu video lucah yang sedang hangat diperkatakan beliau menyifatkan Melayu moden hari ini masih belum keluar dari kemelut krisis peradaban.

""Isu Video Lucah bukan soal isu meningkatnya simpati masyarakat terhadap Anwar sekali gus menderu sokongan kepercayaan politik terhadap Pakatan Rakyat.

Melayu mengalami krisis peradaban


"Isu Video Lucah bagi masyarakat adalah krisis peradaban kaum Melayu yang sudah cukup lama terbeban dengan sejarah semacam ini melalui peristiwa-peristiwa sejarah bangsa Melayu yang turut mengheret krisis yang sama,".

Prof Abu Hassan turut menyingkap kembali sejarah Melayu yang menurutnya adalah bukti kepada sikap sesetengah orang Melayu yang menggunakan fitnah sebagai senjata politik mereka semenjak zaman dahulu lagi.

"Hang Tuah difitnah berzina dengan gundik raja, sehingga menyebabkan dia terhukum bunuh dan seterusnya mencetuskan kebangkitan revolusi Hang Jebat yang kemudian menyebabkan pertempuran saudara di Melaka.

"Begitu juga fitnah ke atas anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang dituduh berzina dengan seorang pemuda di Temasik akhirnya menyebabkan pergelutan antara dua kuasa dan menyebabkan penjajahan Majapahit ke atas Singapura.

"Kita juga diberitahu dalam sejarah tentang kisah Mahsuri yang dituduh berzina dengan Deramang yang menyebabkan pembunuhan ke atas Mahsuri, jadi isu-isu ini adalah berhubungan dengan politik Melayu.

"Dalam keadaan bangsa lain telah berjaya mencipta Google, Facebook, Twitter, iPad, dan sebagainya sedangkan bangsa kita pula tidak habis-habis hidup seperti apa yang dilalui oleh Hang Tuah, Sang Rajuna Tapa dan Mahsuri,".

Bagaimanapun menurutnya lagi, misi untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sia-sia apabila Ketua Umum PKR itu sekali lagi diangkat sebagai simbol perjuangan membela maruah diri, keluarga dan masyarakatnya.

"Perspektif dari mediasfera, isu ini akan menempatkan kembali Anwar sebagai simbol perjuangan diri, keluarga dan masyarakat di kalangan masyarakat tanahair kerana bukan mudah untuk seseorang dan sebuah keluarga menanggung penghinaan yang semacam ini, malah secara berterusan.

"Tentulah masyarakat mula melihat keperluan untuk bersekutu buat perubahan kerana masyarakat sudah tidak mampu menanggung situasi dan krisis politik yang semakin teruk dan semakin mengerikan," kata Prof Abu Hassan.

Prof Abu Hassan turut mengingatkan masyarakat Melayu negara ini yang umumnya berugama Islam dengan ayat 12, Surah Al-Hujurat akan dosa yang ditanggung daripada berprasangka, mencari kesalahan orang lain dan perbuatan fitnah.

"Pertamanya, Allah mengeluarkan perintah yang jelas di dalam Al Quran, Surat Al Hujurat, ayat 12, yang bermaksud - Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada di antara kamu yang berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain.

"Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Penyayang".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan