Jumaat, 25 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 24 Mar 2011 03:16 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


YANG LAMA BELUM HABIS KINI FILEM BARU PULA ?

Posted: 23 Mar 2011 07:46 PM PDT

Put your stuff here

PARLIMEN NOW SHOWING :KESAN KETIADAAN PKR DI PARLIMEN ?

Posted: 23 Mar 2011 07:35 PM PDT

Pembangkang tidak sepakat lantik Pemangku Ketua Pembangkang

PPUBJ : TERNYATA KINI PAKATAN ANTARA DAP DAN PAS HANYALAH SATU LAKONAN SAJA...UNTUK DAPATKAN SESUATU DARI PKR? TAPI SAYANGNYA KEDUA-DUA MEREKA TAK TAHU BAHAWA PKR JUGA SEDANG MAIN TARIK TALI DENGAN MEREKA UNTUK KEPENTINGAN PKR SAHAJA ? ON THE WAY TO PUTRA JAYA....?


2011/03/23
KUALA SELANGOR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata parti pembangkang kian rapuh setelah tiada kesepakatan untuk melantik Pemangku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, sejak Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember lalu berikutan isu berkaitan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide Bhd, pihak pembangkang belum melantik sesiapa untuk memangku jawatan itu.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, masih tidak ada Pemangku Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sedangkan pakatan itu mempunyai pemimpin pembangkang berpengalaman seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang pernah menjadi Ketua Pembangkang.
"Kenapa tak mahu bagi dia (Lim) memangku Ketua Pembangkang sebab PAS tak percaya? Kalau tak nak Lim Kit Siang, bagilah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kenapa (dia) tak mahu jadi Ketua Pembangkang sebab DAP tidak setuju?," soalnya.

Ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan-Sukan Daerah Kuala Selangor di sini, beliau berkata, PAS dan DAP boleh bersekongkol kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah jambatan kepada pakatan mereka.

Namun, katanya, keadaan itu nampak berbeza selepas Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung selama enam bulan berikutan isu APCO Worldwide.

"Jadi dengan tiadanya kepimpinan PKR, kita nampak parti pembangkang DAP dan PAS ini mereka tidak boleh kerjasama," katanya. - BERNAMA

**HAHAHAHA.....Aku masih ingat pada satu ketika dulu B A B I telah mengujudkan sendiri satu jawatan baru iaitu Menteri Parliemen kalau tak salah aku. Dan kini setelah di gantung selama lebih dari 6 bulan dan kes mahkamahnya terus berlarutan maka aku kira wajar untuk dia melantik dan memaklumkan kepada umum mengenai Menteri Parlimen yang baru....HA HA HA HA....

PAS PECAH KONGSI DENGAN DAP ?

Posted: 23 Mar 2011 07:13 PM PDT

PAS TIDAK AKAN TUNDUK KEPADA DAP BERKENAAN JUDI ??? BOLEH PERCAYA KER ??? 

DAP akan tentang larangan loteri di Kelantan, kata Karpal

March 19, 2011




SEREMBAN, 19 Mac — Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh memberi PAS amaran bahawa pihaknya akan menentang rakan komponen Pakatana Rakyat (PR) itu jika terus berkeras dengan larangan jualan loteri di Kelantan.

Dilihat sebagai kata dua kepada PAS, Karpal meminta parti Islam itu supaya "tidak bermain dengan undang-undang", sebaliknya mahu ia menghormati hak bukan Islam di negeri tersebut.

"Apa jua tindakan yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bertindak bertentangan dengan (pendirian) PAS," kata beliau pada majlis makan malam sambutan 45 tahun DAP di sini malam tadi.
Kerajaan PAS Kelantan berhadapan dengan kritikan parti-parti yang mewakili kaum Cina dari kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) ekoran larangan menjual loteri.

Para pemerhati melihat larangan itu sebagai usaha PAS mengembalikan undi Melayu, yang kini kelihatan sudah kembali kepada BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak awal tahun lalu.

Kenyataan Karpal (gambar), yang juga ahli Parlimen dan seorang peguam, seolah-olah menggambarkan semula pendirian beliau dalam isu dasar negara Islam yang hendak dibawa PAS.

Bagaimanapun pada konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember lalu, Karpal berkata, isu itu boleh dibincangkan dan perlu diselesaikan dengan segera agar tidak dieksploitasikan oleh BN.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Penasihat Undang-Undang negeri mengkaji semula pengharaman loteri 'big sweep'.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata pendirian kerajaan negeri ialah tetap menjaga kesucian ajaran Islam dan mendokong keluhuran undang-undang selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Adapun berbangkit isu larangan penjualan tiket-tiket loteri 'big sweep' yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap untuk dijual, maka dalam isu ini, pihak kerajaan negeri sedia menelitinya dan menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan," katanya yang turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pemuda DAP Anthony Lok Siew Fook; ahli jawatankuasa DAP pusat Liew Chin Tong; Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Nor Manuty bagi membincangkan isu judi tersebut.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah melakukan serbuan ke atas dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri tersebut pada bulan lepas.

Isu Loteri Di Kelantan : Tiada Lagi Bulan Di Dalam Dada Karpal!

Akhirnya PAS terus ditipu dan diperdaya oleh DAP. Tiada kata-kata yang lebih hanyir daripada perkataan Nik Aziz yang mendakwa kononnya "di dalam dada Karpal ada bulan" - sekarang di manakah bulan itu? PAS dan Nik Aziz semakin tersepit dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh dalam isu pengharaman loteri di Kelantan - sudahlah sebelum ini DAP menolak negara Islam dan hukum Hudud PAS, kini mereka semakin berani campur tangan dalam urusan pentadbiran Islam di Kelantan. Soalnya, apa yang mampu dilakukan oleh Nik Aziz sekarang? Masih sayang dan cintakan DAP? Mana perginya Dewan Ulama PAS yang suka mengeluarkan fatwa itu? Dan apa pula pendirian Ketua Pemuda PAS dalam hal ini? Fikir-fikirkan




nampaknya dah ada statement baru dari PAS bahawa PAS tidak akan tunduk berkenaan dengan pengharaman semua kegiatan judi di kelantan.adakah benar PAS tidak akan tunduk dengan DAP ??? ataupun hanya statement untuk menyedapkan hati rakyat ???


SILA LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

RANTAU PANJANG,23 Mac..Pas mendakwa ia tidak tunduk kepada rakan sekutunya,DAP,walaupun ia bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti perjudian di Kelantan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan,Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata kajian itu hanya bagi menentukan bidang kuasa pihak berkuasa kerajaan tempatan dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menjual tiket judi di luar premis perniagaan.

"Undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan jelas tidak membenarkan kegiatan perjudian dilakukan dalam premis di kawasan pihak berkuasa kerajaan tempatan,sebagaimana mengikut Akta Kerajaan Tempatan.Tidak timbul soal kita tunduk kepada tekanan mana-mana pihak menyebabkan kerajaan negeri bercadang mengkaji semula undang-undang melarang kegiatan perjudian di negeri ini,".katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Menteri Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dua minggu lepas berkata beliau akan meminta Penasihat Undang-Undang mengkaji semula dari segi undang-undang dalam pengharaman kegiatan perjudian di negeri ini.

DAP sebelum ini mahu kerajaan Pas Kelantan mengkaji semula tindakannya merampas tiket loteri kebajikan di tiga premis perniagaan di bandar ini supaya tidak menjejaskan sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

-- BERNAMA

KALAU TIDAK TUNDUK KEPADA DAP KENAPA NAK KAJI ???

KENAPA TAK HARAMKAN TERUS ???

KALAU NAK JADIKAN KELANTAN SEBAGAI NEGERI ISLAM,SILA HARAMKAN DAN TAK PERLU NAK KAJI LAGI !!!

NANTIKAN KEHADIRANNYA KE MALAYSIA

Posted: 23 Mar 2011 07:07 PM PDT

                                               DAN

                         
                 BERTEMU DENGAN
                 MY DREAM TEAM


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA SPM 2010 DARI PPUBJ

Posted: 23 Mar 2011 06:58 PM PDT

Put your stuff here

AHMAD AWANG + AHAMD SABU VS HADI + UST. NASA - SIAPA MENANG?

Posted: 23 Mar 2011 06:36 PM PDT


                                                 VS
 

                 









                        YANG INI TAK ADA   YANG CABAR KE?

Lobi-melobi dalam pemilihan PAS telah bermula, antaranya melibatkan usaha membawa masuk kembali bekas naib presidennya Ahmad Awang bagi mencabar presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Antara yang dilihat terlibat dalam agenda itu, antaranya bekas wartawan akhbar web PAS Harakahdaily Zainulfaqar Yaacob.

Menulis dalam blognya kelmarin, beliau memetik kenyataan seorang naib presiden PAS sebagai mendakwa "tokoh pendakwah" itu sedang membuat perhitungan terakhir.

NONEZainulfaqar (kiri) tidak menyebut nama Ahmad secara khusus. Bagaimanapun berdasarkan ciri dan latar belakang yang digambarkan, ia jelas merujuk kepada Ahmad.

Dua tahun lalu, kepimpinan hampir sedekad Hadi sedikit tercalar apabila terdapat kawasan yang memecah tradisi dengan mencalonkan Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi mencabarnya..

Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun menolaknya.

Ini berlaku ketika 'ketegangan' antara kelompok yang pro-kerajaan perpaduan dan 'Kumpulan Erdogan' yang pro-Pakatan Rakyat dilihat sedang memuncak dalam PAS.

Hadi sering dikaitkan dengan kumpulan pertama manakala Nik Aziz pula dilihat condong kepada kumpulan kedua.

Bagaimanapun, bercakap kepada Malaysiakini, Ahmad tidak mahu lagi dilibatkan dalam proses pemilihan parti kali ini untuk mana-mana jawatan pun, termasuk presiden.

ahmad awangMalah, tegasnya, selepas tidak mempertahankan jawatannya dua tahun lalu, kini "tidak ada langsung niat atau hasrat" untuk kembali giat dalam parti.

"Saya mahu meluaskan kerja-kerja dakwah seperti membina tempat untuk tahfiz al-Quran dan membantu anak-anak yatim...

"Saya tidak akan membuat come back (penampilan semula) dalam parti," katanya mengulangi keputusan dan pendiriannya pada 2009.

'Orang pertama tentang kerajaan perpaduan'

Katanya, sekiranya ada kawasan berhasrat mencalonkannya, beliau tetap akan menolaknya. Mesyuarat agung kawasan bermula 15 Mac sehingg 10 Mei ini.

Beliau mengakui terdapat usaha memujuknya kembali memegang jawatan dalam parti. Bagaimanapun, tambahnya, perkara itu sudah lama, kira-kira setahun lalu.

pas muktamar 55 agm 050609Ditanya mengenai mengapa isu melibatkannya boleh timbul, Ahmad berkata perkara itu mungkin disebabkan beliau konsisten menolak usaha mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Saya adalah orang pertama di Perak yang berkeras sehingga tidak tertubuhnya kerajaan (perpaduan) dengan Umno," katanya.

Beliau juga menegaskan dilihat sealiran dengan dua bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dalam perkara itu.

Ahmad juga berkata, latar belakangnya yang pernah memimpin Persatuan Ulama Malaysia mungkin turut menjadi faktor beliau dilihat mampu mencabar Hadi.

Mengulas tentang perkembangan pemilihan parti Islam itu pada 3 Jun ini, beliau mengakui "risau" dengan kecenderungan melobi-melobi atau pujuk memujuk dalam pemilihan jawatan tertinggi parti.

Beliau berpendapat sepatutnya, Majlis Syura Ulama memberi nasihat dan memandu berhubung perkara tersebut bagi mengelak wujudnya kumpulan tertentu dalam proses pemilihan tersebut.

RENUNGAN HARI INI

Posted: 23 Mar 2011 06:23 PM PDT

Rugi sia-siakan usia dengan kemaksiatan
Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh

2011/03/24
Muslim mesti sentiasa beringat manfaat kehidupan di dunia untuk kesejahteraan di akhirat

NIKMAT kehidupan yang dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya ialah gambaran cinta dan kasih sayang yang tidak terbanding. Kesusahan hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan.

Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia ini, tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatan dari-Nya.
Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi, lalu ternyata kemewahan hidup yang Allah kurniakan tidak terkira dengan jari. Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan penuh kasih sayang tidak akan diperoleh jika tiada kuasa yang menganugerahkan. Tentu kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nahl, ayat 18)

Ada kala kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat, bahkan ada orang lain yang tidak dapat merasainya. Sebab itu kita tidak harus lupa mensyukuri segala kemurahan hati Allah SWT menganugerahkan sebuah kehidupan lengkap. Cuma, ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanfaatkan akibat sikap manusia yang tidak tahu menghargai nikmat.

Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia itu sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri sendiri serta orang lain.
Malangnya, ada yang menghabiskan kehidupan dari awal hingga saki bakinya dengan judi dan zina. Tidak pula terkilan dengan kezaliman dan kejahatan meragut atau merompak, bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan dengan kejahilan ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan ilmunya untuk apakah ia gunakan dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya." (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah, mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana sedar semuanya adalah pinjaman saja, sebaliknya berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat itu.

Ia supaya nikmat Allah yang ada padanya dapat dikongsi dengan orang kurang berkemampuan kerana orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan adalah orang yang tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanya ibarat hiburan dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentu mereka tidak akan melupakan hari akhirat." (Surah Al-Ankabut, ayat 64)

Diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmizi: "Daripada Abdul Rahman Abi Bakrah dari ayahnya, seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Maka Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan."

Usia panjang adalah satu nikmat tidak ternilai kerana dengannya kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia ini diambil semula pemiliknya maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Sebab itu jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan sangat bermakna. Justeru, jika kita mengerti nikmat Allah yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula, apalah daya kita.

Sedangkan bertahun lamanya Dia berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan lebih abadi. Janji-janji kosong juga tidak mampu menukar qada' dan qadar-Nya, dan kita sepatutnya sedar bahawa kematian adalah pengakhiran.

Oleh itu, sedang pintu taubat sentiasa terbuka, jangan kita longlai usaha untuk menjadi insan berguna.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom

JANGAN "OVER CONFIDENT"

Posted: 23 Mar 2011 06:22 PM PDT

BN Sarawak yakin kekal majoriti


2011/03/24
Calon muda parti komponen diterajui PBB mampu tarik sokongan pengundi

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak yang ditunjangi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yakin mengekalkan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 yang ditetapkan pada 16 April ini dengan penamaan calonnya pada 6 April.

Dengan suntikan ramai muka baru termasuk golongan muda, BN Sarawak yang dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progesif Sarawak (SPDP) yakin mampu membentuk semula kerajaan yang selesa.

Selain itu, trend pengundi yang masih mahukan BN serta pergolakan sesama parti pembangkang dijangka membolehkan BN terus mendapat sokongan pengundi walaupun ada yang menyatakan majoriti undi BN di kawasan tertentu akan merosot, terutama di kawasan yang dimenangi dengan majoriti tipis pada pilihan raya 2006.

Setiausaha Agung BN Sarawak, Dr Stephen Rundi Utom memberitahu Berita Harian semalam, majoriti muka baru BN kali ini adalah golongan muda berusia 30-an hingga lewat 40-an terdiri daripada kumpulan profesional yang memenuhi ciri-ciri calon boleh menang, seperti dikehendaki Datuk Seri Najib Razak.

"Seperti yang dikatakan Ketua Menteri sendiri, kita akan menampilkan ramai muka baru dan saya yakin mereka diterima pengundi. Namun, di sebalik keyakinan mengulangi kemenangan dua pertiga, kita tidak mahu jentera parti memandang rendah kemampuan lawan apa lagi pembangkang sanggup melakukan apa saja termasuk memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan rakyat," katanya.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata parti itu akan bermesyuarat hari ini (Khamis) untuk membincangkan persiapan menjelang pilihan raya.

Pagi semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, yang mempengerusikan mesyuarat khas SPR mengumumkan 6 April sebagai tarikh penamaan calon dan 16 April hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10.

Daftar pemilih mengandungi 979,796 pengundi terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pengundi pos yang didaftarkan pada 25 Mac 2011, akan digunakan untuk semua 71 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

SPR melantik 71 Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan 165 Penolong Pegawai Pengurus, manakala bagi memantau semua aktiviti kempen pilihan raya, SPR menubuhkan 80 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR), diketuai seorang pegawai penguat kuasa bagi setiap pasukan.

Kelmarin, Abdul Aziz menerima notis pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak ditandatangani Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng daripada Speaker DUN Sarawak, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar.

Sementara itu, sumber parti berkata, PBB yang diterajui Abdul Taib dijangka mengulangi kemenangan 100 peratus di semua 35 kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu, tetapi tidak menolak kemungkinan menghadapi tentangan di kawasan tertentu seperti pada pilihan raya lalu.

Begitu juga yakin PRS dan SPDP akan turut menang 100 peratus di masing-masing sembilan dan lapan kerusi yang diperuntukkan kepada mereka. Namun SUPP dijangka berdepan saingan sengit daripada DAP di 15 daripada 19 kerusi majoriti pengundi Cina.

Sebelum DUN dibubarkan Isnin lalu, BN menguasai 63 kerusi, iaitu 35 oleh PBB, SUPP 12 kerusi dan masing-masing lapan bagi PRS dan SPDP. Enam lagi kerusi dikuasai DAP, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Cinta Malaysia (PCM), menerusi wakil rakyat Bebas, masing-masing menguasai satu kerusi.

KAYANYA RAKYAT MALAYSIA......

Posted: 23 Mar 2011 06:01 PM PDT

RM377.8 juta caruman KWSP tidak dituntut


2011/03/24

SEBANYAK RM377.8 juta caruman tidak dituntut daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) setakat 31 Disember tahun lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, caruman itu membabitkan 188,733 ahli KWSP yang berumur 75 tahun ke atas.
"Bagaimanapun, maklumat mereka adalah tidak lengkap kerana rekod pencarum yang terdahulu tidak ada maklumat negeri.
"Umpamanya daripada 188,733 pencarum berumur 75 tahun ke atas itu, hanya 1,960 yang boleh dikenal pasti mengikut negeri.

"Sebanyak 186,773 kes pencarum yang tiada maklumat negeri membabitkan RM358,219,789," katanya menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan).

Pencarum boleh dikenal pasti itu meliputi Selangor yang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 340 kes membabitkan RM6,593,795. Johor (124 kes - RM388,385), Kedah (101 kes - RM59,044), Kelantan (26 kes - RM31,885), Melaka (33 kes - RM1,187,238) , Negeri Sembilan (43 kes - RM59,466), Pahang (76 kes - RM408,961), Perak (141 kes - RM1,096,879).

Pulau Pinang (148 kes - RM2,377,578), Sabah (236 kes - RM358,102), Sarawak (371 kes - RM3,098,987), Terengganu (41 kes - RM80,268) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (280 kes - RM3,858,952).

TUU DIA : MARI BACA SAMA-SAMA......

Posted: 23 Mar 2011 05:56 PM PDT

28 wakil rakyat kena dakwa 17 pembangkang terbabit

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Shaarani Ismail

2011/03/24
KUALA LUMPUR: Seramai 28 wakil rakyat didakwa dengan pelbagai tuduhan serta kesalahan jenayah di Mahkamah Jenayah sejak 2001, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 17 wakil rakyat pembangkang membabitkan 10 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), tiga PAS dan empat DAP.

Katanya, wakil rakyat berkenaan termasuk Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei dan tiga bekas ahli PKR, Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrishnan Nagapan; ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu.

ADUN Kota Damansara, Mohd Nasir Hashim; Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang; Ahli Parlimen Gombak; dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali; Ahli Parlimen Subang, Sivarasa K Rasiah serta bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Ramli Ibrahim.

"Tiga wakil rakyat dari PAS juga pernah didakwa di Mahkamah Jenayah, iaitu Dr Mohd Hatta Md Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Dr Lo'lo Mohamad Ghazali (Ahli Parlimen Titiwangsa) dan Mohd Apandi Mohamad (Ahli Parlimen Jeli).

"Dalam DAP, empat wakil rakyat didakwa dengan kesalahan jenayah Liew Tian Khiew (ADUN Pandamaran), Voon Lee San (ADUN Batu Lintang, Kuching), Tony Pua (ADUN Petaling Jaya Utara) dan Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku)," katanya menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut). di Dwan Rakyat, semalam.

Katanya, Barisan Nasional (BN) pula membabitkan 11 wakil rakyat sudah didakwa di Mahkamah Jenayah meliputi tujuh dari UMNO, seorang Gerakan dan tiga MCA.

Wakil rakyat UMNO, Datuk Seri Dr Khir Toyo (ADUN Sungai Panjang), Abd Rahman Bakri (Ahli Parlimen Sabak Bernam), Suhaili Abdul Rahman (bekas Ahli Parlimen Labuan 1999-2008).

Datuk Ahamad Kuris Mohd Nor (bekas ADUN Semenyih 2004-2008), Mustafa Salim (ADUN Lenggeng), Datuk Omar Othman (bekas ADUN Jelai) dan Datuk Azman Mahalan (bekas ADUN Tapah).

Wakil rakyat Gerakan Yap Soo Sun (ADUN Serdang), manakala MCA pula Tun Dr Ling Liong Sik (bekas Ahli Parlimen Labis, Johor), Tan Sri Chan Kong Choy (bekas ADUN Selayang) dan Ng Kim Lai (bekas ADUN Mengkibol, Kluang).

"Berdasarkan statistik itu, 33 kes sudah dituduh, satu kes peringkat sebutan, 13 kes (perbicaraan), dua kes (hujahan) dan dua kes dijatuhkan hukuman.

"Sebanyak sembilan kes dilepaskan dan dibebaskan, serta ada 10 rayuan dibuat terhadap kes yang sudah dibicara," katanya.

BEGINIKAH NASIB MUAMMAR GHADAFI AKHIRNYA?

Posted: 23 Mar 2011 05:38 PM PDT

Muhammad was his last word

31 12 2006
05noosegi.jpeg 
saddam_noose_wideweb__470×3450.jpg
"… Then Saddam began reciting the "Shahada," a Muslim prayer that says there is no god but God (Allah) and Muhammad is his messenger, according to an unabridged copy of the same tape, apparently shot with a camera phone and posted on a Web site. Saddam made it to midway through his second recitation of the verse. His last word was Muhammad.
The floor dropped out of the gallows. (read more here)

Anak Kecil Main Api

Posted: 23 Mar 2011 05:26 PM PDT



MACAM MANA NAK JADI GAGAH, ASYIK BERPERANG SESAMA SENDIRI ?

20 TAHUN MEMERINTAH, INILAH HASILNYA......

Posted: 23 Mar 2011 05:14 PM PDT

Pasar di sebelah landasan keretapi, ini bukan Bombay atau Madras. Ini di Pasir Mas Kelantan setelah 21 tahun Membangun Bersama Islam
Pasar berlantaikan tanah, bayangkan lecah dan lumpur bila hari hujan.
Ini bukan khemah pelarian, ini pusat peniaga kain dan pakaian di Pasar Pasir Mas.
Beginilah usahawan Melayu mencari rezeki.
Saiznya dan kerumitannya mungkin inilah yang mengilhamkan ruang kubur di Bazar Tok Guru.
Sekali lagi, ini bukan khemah pelarian, ini adalah tempat peniaga Melayu mencari rezeki halal di bumi yang hampir 99% orang Melayu beragama Islam.
Bila Islam membangun bersama slogan, yang naik hanyalah papan-papan tanda menampakkan syiar Islam.
SUMBER : KICKDEFELLA

PAS KENA KEMAS RUMAH SENDIRI DULU....

Posted: 23 Mar 2011 05:12 PM PDT

Maksiat Kelantan: Nik Aziz Perlu Panggil Ropein Hassan

17 02 2011
"Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO." Tun Dr. Mahathir Mohamed.
SUMBER : KICKDEFELLA.

UNTUK MENANG PRN SARAWAK PERKUKUH DAN MANTAPKAN JENTERA PARTI

Posted: 23 Mar 2011 04:59 PM PDT

Perkukuhkan jentera BN – Taib

KUCHING 23 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan jentera parti itu supaya tidak terlalu bergantung pada kelemahan pembangkang untuk melakar kemenangan yang lebih besar dalam pilihan raya negeri akan datang.

Sebaliknya, tegas beliau, jentera parti mesti terus diperkukuhkan dan bukannya hilang fokus berikutan beberapa perkembangan terbaru politik tempatan dan kebangsaan.

"Ingin saya tegaskan kepada jentera BN, kita jangan terlalu bergantung pada kelemahan pembangkang tetapi kita perlu melihat kekuatan BN sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Jabatan dan Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia Ke-85 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kemelut Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai pembahagian kerusi yang ditandingi, selain isu tayangan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang.

10 HARI BERKEMPEN HENDAKLAH DIGUNAKAN SEBAIKNYA.

Posted: 23 Mar 2011 04:58 PM PDT

Sambut baik 10 hari kempen

PPUBJ : Pembangkang pernah minta agar masa berkempen dipanjangkan, tapi yang peliknya mereka berpolitik sepanjang tahun, buat apa tambah lagi. Lagi pun dengan 16 kali PRK berlansung.....tentu cukup....

KUCHING 23 Mac – Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkan tempoh kempen pilihan raya negeri selama 10 hari bermula 6 April ini.

Ketuanya, Datuk Fadillah Yusof berkata, setiap parti yang bertanding berhak menyuarakan pandangan masing-masing berhubung tempoh kempen.

"Demokrasi maknanya kita menyuarakan pandangan. Saya kira, SPR sudah mempertimbangkan banyak perkara dan akhirnya membuat keputusan itu.

"Jadi kami akur dan hormat keputusan SPR itu," katanya ketika diminta mengulas pengumuman SPR tentang tarikh pilihan raya negeri hari ini.

Penamaan 6 April, undi 16 April

Posted: 23 Mar 2011 04:56 PM PDT

 


Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan peta kawasan Pilihan Raya Negeri Sarawak di Kuching, semalam.


KUCHING 23 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah pada 6 April ini diikuti hari pengundian pada 16 April ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, penetapan tarikh itu menjadikan tempoh untuk parti politik berkempen ialah 10 hari.
Katanya, keputusan penuh pilihan raya berkenaan dijangka diketahui selewat-lewatnya pada pukul 11 malam.
"Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang akan diwartakan pada Jumaat ini.
"Daftar ini mengandungi 979,796 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Abdul Aziz berkata, bagi melicinkan proses pilihan raya berkenaan, SPR melantik 71 Pegawai Pengurus dan 165 orang penolongnya.
Katanya, untuk memantau semua aktiviti kempen pula, SPR memutuskan untuk menubuhkan 80 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR).
"SPR akan menggunakan 1,749 pusat mengundi yang mengandungi 2,606 saluran mengundi. Seramai 24,379 orang pegawai dan petugas pilihan raya telah dilantik untuk membantu SPR dan dianggarkan RM50 juta akan digunakan untuk melaksanakan pilihan raya ini," katanya.
Mengenai hari penamaan calon yang diadakan pada hari bekerja iaitu Rabu, jelasnya, apa yang penting pada hari berkenaan ialah kehadiran calon, pencadang dan penyokong pencalonan sahaja.
Beliau dalam pada itu turut mengumumkan semua parti bertanding boleh menggunakan logo masing-masing kecuali Parti Cinta Malaysia (PCM) yang masih belum mendaftarkan logonya dengan SPR.

JURANG PENDIDIKAN BANDAR DAN LUAR BANDAR KENA DI KECILKAN LAGI.

Posted: 23 Mar 2011 04:54 PM PDT

Pencapaian SPM catat peningkatan


Pelajar terbaik SPM peringkat negeri Melaka bergembira selepas mengambil keputusan mereka di SBP Integrasi Selandar, Melaka, semalam.


MELAKA 23 Mac – Seramai 318 daripada 15,420 calon daripada sekolah kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan persendirian mendapat A bagi semua mata pelajaran dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu yang diumumkan hari ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Juliah Leman berkata, daripada jumlah tersebut, hanya 21 pelajar mendapat keputusan gred cemerlang (A+) dalam semua mata pelajaran SPM tahun lalu berbanding 12 pelajar pada 2009.
Menurutnya, berdasarkan sistem penggredan baru SPM itu menunjukkan bilangan pelajar yang memperoleh gred A meningkat seramai sembilan orang (0.05 peratus) berbanding 309 (2.34 peratus) pada 2009.
''Sebanyak 21 buah sekolah mencapai keputusan 100 peratus berbanding 19 pada 2009, manakala 39 buah sekolah melahirkan pelajar yang mencapai gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran berbanding 31 sekolah tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan SPM peringkat negeri, di sini hari ini.
Juliah berkata, sebanyak 73 buah sekolah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 6.75 peratus, dua buah sekolah dalam kategori cemerlang, 18 dalam kategori baik dan 54 bagi kategori memuaskan.
Katanya, berdasarkan keputusan SPM tahun lalu, tidak ada sekolah di negeri ini yang diletakan dalam kategori berpotensi.
Beliau berkata, terdapat tujuh mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains mencatat peratus lulus melebihi 77 peratus, mengatasi peringkat nasional sebanyak 0.4 peratus hingga 2.9 peratus.
Ujarnya, bagi lima mata pelajaran teras tidak termasuk Bahasa Melayu dan Sains ia mengatasi peringkat nasional dengan keputusan gred cemerlang (A+, A dan A-) sebanyak 0.36 peratus hingga 12.49 peratus.
''Secara keseluruhannya keputusan SPM bagi peringkat negeri tahun lalu telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti kecemerlangan dari 2006 hingga 2010," katanya.

umno bahagian cheras

Posted: 24 Mar 2011 01:27 PM PDT

umno bahagian cheras


Harga diri sudah hancur; Anwar perlu letak jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh – Syed Ali

Posted: 23 Mar 2011 08:48 PM PDT


DATUK Seri Anwar Ibrahim perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh berikutan pengakuan trio 'Datuk T' semalam berhubung rakaman video seks.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, kredibiliti dan harga diri Anwar sebagai wakil rakyat sudah hancur dan tidak layak lagi memegang jawatan tersebut.

"Walaupun memenagi jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh menerusui proses pilihan raya, tetapi maruah sebagai pemimpin sudah rosak apabila dikaitkan dengan skandal video seks yang menggemparkan negara," tegasnya.

Katanya, pengundi di kawasan berkenaan sudah tentu akan berasa malu dan kecewa kerana mempunyai wakil rakyat yang masanya dihabiskan untuk membersihkan diri dengan masalah moral yang mengaibkan.

Katanya, pendedahan dua daripada tiga trio 'Datuk T' – Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam yang memengakui bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks sudah cukup membuktikan sejauhmana besihnya perlakuan Anwar.

Seorang lagi trio 'Datuk T', Datuk Shuib Lazim bagaimanapun tidak hadir pada sidang media bersama Rahim dan Shazryl kerana masalah kesihatan.

Shazryl, bekas rakan karib Anwar sejak tahun 1996 mengakui 100 peratus lelaki dalam video seks itu adalah seorang pemimpin parti pembangkang sebab beliau turut berada dalam rakaman video berkenaan.

Pengundi Permatang Pauh kecewa wakil rakyat mereka bergelumang dengan masalah moral yang mengaibkan

Manakala Rahim pula berkata pemimpin pembangkang tersebut diberi kebebasan untuk memilih pakar forensik serta pemerhati asing bagi menentukan ketelusan disamping perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat ketulenan dan kebenaran video seks tersebut demi kepentingan rakyat.

Menurut Syed Ali lagi, Anwar perlu mencontohi Datuk Seri Chua Soi lek yang rela hati meletakkan jawatan daripada kabinet apabila dikaitkan dengan skandal seks, sebelum dipilih semula menerajui MCA.

Katanya, jika Anwar enggan menerima pandangan Dewan Ulama PAS supaya mereka yang dituduh dengan tuduhan mengaibkan bersumpah dengan nama Allah, sekurang-kurangnya beliau perlu belajar daripada pemimpin MCA.

"Anwar selalu bercakap soal ketelusan, keadilan dan tanggungjawab, maka dalam isu video seks ini, saya desak beliau segera meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh," ujarnya.

Beliau kesal kerana terlalu gilakan kuasa, Anwar sanggup mengkhianati amanah pengundi dengan bergelumang dengan pelbagai masalah peribadi bermula daripada kes liwat dan kini dikaitkan pula dengan video seks

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 24 Mar 2011 12:10 PM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


HENTIKAN POLITIK MERUGIKAN

Posted: 23 Mar 2011 11:54 PM PDT

Assalamualaikum ...

Iklim politik kita semakin panas. Makin banyak yang terdedah dan didedahkan. Akibatnya, rakyatlah yang terheret dengan keadaan tersebut. Dalam isu-isu yang besar, yang tidak dituduh boleh menafikan penglibatannya, manakala yang merasakan dirinya dituduh lagilah tidak mahu mengaku perbuatannya. Selebihnya, bagi orang yang diberitahu atau yang tahu, ada juga yang beriya-iya benar menafikannya sedangkan mereka sendiri tidak pasti apa yang sebenarnya.

Ada juga orang yang bersekongkol dengan orang yang didakwa itu awal-awal membuat penafian, malah lebih jengkel lagi apabila mereka pula yang menuduh orang lain punya angkara sehingga timbulnya sesuatu isu tersebut.

Apa yang pasti, geografi akal politik orang kita (sebahagiannya) sudah tidak begitu menarik. Ramai yang berfikiran berat sebelah. Maksud saya, apabila sesuatu pendedahan mengenai puak mereka dibuat, mereka segera menafikan dan berkata boleh bahawa ini adalah satu konspirasi walaupun dalam keadaan mereka tidak tahu apa sebenarnya.

Dalam keadaan yang lain, mereka dengan bulat-bulat menerima keburukan musuh politik mereka walaupun tahu bahawa apa yang sampai ke telinga mereka itu adalah satu pembohongan. Lebih menjijikkan lagi apabila ada yang menggunakan Islam untuk menghalalkan setiap dakwaan dan tuduhan. Itulah yang sedikit menyedihkan.

Saya berpandangan, cara berfikir sedemikian tidak menyumbang kepada kelebihan diri dan masa depan kita. Kita harus berani menjadi rakyat yang boleh menerima kenyataan walaupun ianya pahit untuk ditelan. Kita harus berdiri sebagai rakyat yang sayangkan negara mengatasi sayangnya kita kepada pemimpin tertentu.

Kita harus belajar menerima yang salah adalah salah, dan berani pula mengatakannya. Dan, bijak mengatakan yang benar adalah benar. Kita tidak boleh terlalu cepat menjatuhkan andaian tanpa usul periksa hanya dengan kepentingan politik semata-mata.

Dalam konteks yang hampir sama bagi saya, negara telah kerugian banyak masa kerana melayan karenah politik sedemikian. Banyak yang sudah terganggu dan diganggu denga isu politik yang sedang melingkari kita. Asyik-asyik isu yang sama dan melibatkan orang yang sama. Rakyat harus lihat di mana kerugian mereka jika membiarkan politik sedemikian berlarutan. Itulah yang penting.

Marilah kita bertekad untuk menjadi rakyat yang hebat, dengan mempunyai pemikiran yang hebat dan bukannya tersumbat.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 24 Mar 2011 09:33 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Memahami Kewangan Yayasan Selangor

Posted: 23 Mar 2011 09:36 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 24 Mar 2011 07:48 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Info terkini!ayuh..

Posted: 24 Mar 2011 06:46 AM PDT

Jadual TPM di Kuala Langat (29/3/2011). 8.30-9.30 Sarapan 1 Malaysia di SK Sjangkang. 9.50am sampai di SAMTAR Sg Manggis Perjumpaan serta makan tengahari dengan Guru-guru/AJK PIBG seluruh Selangor. 12.15 -12.45 tengahari Walkabout/T.Tangan Plak Bangunan Baru SJK(C) Jenjarum. 1-2pm REHAT/ Solat Zohor (Masjid Al- Ubudiah, Kg Tasik Tambahan Ampang.. 2.15pm Perjmpaan dengan Pimpinan RELA, JKKKP, Jawatankuasa Penduduk, Rukun Tetangga, AJK Masjid & Surau serta NGO2 seluruh Selangor di Townhall Meeting, Bukit Antarabngsa ..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH

Posted: 24 Mar 2011 03:33 AM PDT

PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN MASJID TANAH


Dedahkan Identiti Datok T

Posted: 23 Mar 2011 06:38 PM PDT

AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah (kiri) bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengadakan sidang akhbar mendedahkan identiti 'Datuk T' berhubung video seks membabitkan pemimpin pembangkang di Impiana Hotel KLCC, Kuala Lumpur, petang tadi. Rahim mengakui beliau bersama Shazryl Eskay dan Bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang membawa maksud 'trio' bagi merujuk mereka bertiga. - Foto Syarafiq Abd Samad

ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 23 Mar 2011 09:20 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 23 Mar 2011 03:03 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Wajib Tonton...

Posted: 23 Mar 2011 07:51 AM PDT



Kuala Lumpur, 23 Mac- Kemelut video seks kononnya melibatkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang yang menggegar politik negara dua hari lalu semakin menarik apabila hari ini, `Datuk T' tampil memberi penjelasan berkenaan video berkenaan.
Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Tan Sri Rahim Thamby Chik mengesahkan `Datuk T' yang sedang menimbulkan misteri merupakan 'Datuk Trio- (bertiga)' yang melibatkan beliau sendiri bersama Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim adalah Datuk 'T' yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu.

"Kami merasakan bahawa kami perlu membuat penjelasan berkenaan isu ini supaya tidak ada timbul prasangka ataupun salah faham terhadap kami. Pertama sekali, sahabat saya, Datuk Eskay mengetahui bahawa terdapat satu video yang melibatkan pemimpin tertinggi dalam pembangkang.

Saya rasa bahawa perkara ini harus diketahui oleh masyarakat umum terutamanya pihak media. Kita faham bahawa pihak media inilah yang akan mempertahankan kebenaran dan akan menolak kebatilan," ujarnya bercakap kepada pemberita di Hotel Impiana, petang tadi.

Apabila mengambil keputusan untuk mendedahkannya kepada pihak media, merekatelah memilih Carcosa memandangkan di sana lebih selamat dan eksklusif. Di sana, ditunjukkan video tersebut kepada media oleh Datuk Eskay dan Datuk Shuib supaya pemimpin-pemimpin media ini faham perkara yang sebenae

FILEM TERBARU -"SAUDAGAR MIMPI BAWA ANGIN SYURGA"

Posted: 22 Mar 2011 06:14 PM PDT



SUMPAH TAK BERANI / TAK MAHU SERAH DARAH UNTK DNA - MASIH LAGI NAK TUDUH ORANG LAIN ? INI KAH BAKAL PM ? MACAM DIA TAK BUAT SALAH PULAK ? ALMAKLUMLAH BILA DAH DAPAT TIKET DARI TUAN GURU, AKU TUNGGU DI PINTU SYURGA....

SNAP DIKETEPIKAN SOAL PEMBAHAGIAN KERUSI PRN SARAWAK ?

Posted: 22 Mar 2011 06:13 PM PDT

Pakatan selesai bahagi kerusi p'raya Sarawak
Hazayani Zakaria - SUMBER harakah daily

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pengagihan kerusi bagi PAS, PKR dan DAP bagi pilihan raya negeri Sarawak telah selesai dan Pakatan Rakyat bersedia bekerja sebagai satu pasukan di negeri itu.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga parti termasuk Snap bersetuju dengan kerusi yang ditetapkan.

"Secara keseluruhan kita telah bersetuju dengan pengagihan kerusi dan kita akan bekerja sebagai satu pasukan Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang, bangunan Parlimen, sebentar tadi.

Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyelaras jentera kempen Pakatan Rakyat ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai

PEMIMPIN JUGA PATUT KENA PEMUTIHAN , BUANG SAJA YANG BOCOR RAHSIA?

Posted: 22 Mar 2011 06:09 PM PDT

BN Perak tuntut ahli parti sentiasa setia
Oleh Jalal Ali Abdul Rahim

2011/03/23
Pembelot, sabotaj orang dalam punca utama jatuh ke tangan pembangkang pada 2008

SENARIO politik Perak ketika ini mungkin tidak sehebat di Sarawak, namun bahang lautan gelombang biru – Barisan Nasional (BN) di negeri yang pernah terkenal dalam peta dunia sebagai pengeluar bijih timah ini, semakin terserlah ketika tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin hampir.

Semangat itu ketara ketika 2,175 perwakilan daripada pelbagai parti komponen BN di Perak berhimpun dalam Konvensyen BN Perak bertempat di Marina Island, Teluk Muroh, Lumut, Sabtu lalu.
Konvensyen itu yang turut melakar sejarah BN Perak kerana kali pertama diadakan di negeri berkenaan, ibarat senjata ampuh BN negeri dalam membuat persediaan terutama memberi peringatan tegas, merencanakan strategi dan tindak balas berkesan dalam memastikan BN terus menjadi juara di hati rakyat, sekali gus menafikan cita-cita pembangkang menawan semula Perak.
Misi utama ialah untuk terus mempertahankan kepemimpinan BN di negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008, sebelum BN kembali memerintah apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN pada Februari 2009.

Lantaran itu, ucapan dan perbahasan pada konvensyen itu sarat kepada isu persediaan parti untuk berdepan pembangkang yang sememangnya mempunyai dendam kesumat terhadap BN yang mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri ketika pembangkang hanya sempat 'menawannya' 11 bulan.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menggunakan kesempatan itu meluahkan apa yang terbuku di hatinya secara terus kepada pemimpin dan ahli akar umbi.

Begitu juga Timbalan Pengerusi BN Perak yang juga Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) merangkap Pengerusi PPP negeri, Datuk Seri M Kayveas; Timbalan Presiden GERAKAN merangkap Pengerusi GERAKAN negeri, Datuk Chang Ko Youn dan Pengerusi MIC negeri, Datuk S Veerasingam.
Tidak cukup dengan itu, perwakilan turut mendengar petua, saranan dan teguran terbuka empat tokoh BN yang dijemput menyampaikan ucapan iaitu bekas Presiden GERAKAN, Tun Dr Lim Keng Yaik; bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan bekas Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan, yang semuanya begitu arif dan ada kaitan rapat dengan perkembangan politik di Perak.

Selain ingatan terarah kepada meningkatkan kesiapsiagaan jentera BN dan terus melakukan perubahan, rumusan penting terhasil daripada konvensyen sehari itu adalah meminta ahli parti tidak lupa mengambil iktibar apa yang berlaku kepada BN pada pilihan raya umum lalu termasuk sikap dan tindakan pemimpin serta penyokong BN sendiri yang melakukan sabotaj kepada parti.

Zambry mengakui kekalahan BN Perak di tangan pembangkang bukan kerana pihak lawan kuat tetapi berpunca kelemahan dalam BN. Buktinya, kemenangan pembangkang di kerusi tertentu hanya dengan majoriti terlalu kecil. Beliau turut menyatakan rasa kecewanya terhadap sabotaj dilakukan sesetengah ahli parti dalam BN sendiri.

"Selepas PRU-12, kita tahu siapa kawan dan siapa lawan. Pada pilihan raya itu, hari ini kita kalah, esok sudah ada yang membawa bendera DAP. Kita juga kecewa apabila rakan yang minum, makan, malah 'makan atas tapak tangan kita pun' rupa-rupanya bersikap begitu (belot).

"Patutlah apa yang dibuat UMNO, MCA, GERAKAN, MIC dan PPP, semuanya pembangkang tahu kerana perbuatan orang seperti ini yang main kayu tiga," katanya.

Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor turut menuntut semua ahli setia kepada parti dengan menghormati siapa saja yang akan dipilih sebagai calon serta saling menghormati dan membantu antara parti komponen kerana ia resipi kejayaan BN Perak.

BN Perak perlu berpegang kepada konsep 4A iaitu 'Adopt' (mengadaptasi dengan suasana), 'Accept' (menerima hakikat kekalahan berpunca kelemahan BN), 'Avoid' (mengelak kelemahan) dan 'Alter' (memperbetulkan perkara yang tidak betul), selain memastikan setiap ahli parti dalam BN bergerak senada bersesuaian konsep 1Malaysia, dalam mendepani cabaran pembangkang.

"Saya berharap semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen ini dapat memugarkan semangat baru dalam BN di Perak," katanya sambil mengingatkan BN Perak akan berdepan suasana 'peperangan baru' yang menuntut komponen itu melaksanakan strategi, pendekatan dan 'senjata' baru, selain bijak membaca hasrat, gerakan dan perencanaan pihak lawan jika mahu menang," katanya.

WAJARKAH CALON PRU 13 JALANI UJIAN KESIHATAN DAN KECERGASAN?

Posted: 22 Mar 2011 06:04 PM PDT


Wakil rakyat perlu kekal sihat, cergas
Oleh Liow Tiong Lai

2011/03/23
Mengekalkan rutin hidup sihat penyelesaian masalah sakit kronik

HARI mengundi tiba. Seperti anda semua, saya ke pusat mengundi untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara dan sistem demokrasi yang kita dokong.

Dengan mengundi, saya terbabit dalam proses memilih seorang wakil ke Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, untuk membawa suara, hasrat dan harapan saya bagi sebuah negara yang lebih baik dengan suasana hidup yang aman dan sejahtera.
Kita mengundi mereka yang dapat memperjuangkan hak kita serta berkhidmat untuk masyarakat tanpa mengenal penat lelah. Ini bermakna kita mahu mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat, cergas dan kuat bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik biar di bawah apa juga cabaran dan tekanan.
Sebagai seorang wakil rakyat, saya lebih daripada sedar beban tanggungjawab ini dan kesannya kepada saya sebagai seorang manusia. Lazimnya, sesuatu hari itu bermula sebaik-baik saja siang berganti malam. Saya bangun pada waktu subuh selepas menikmati tidur selama beberapa jam saja. Sebaik saja membuka mata, saya terus teringat 1,001 macam perkara yang perlu saya lakukan pada hari itu.

Jadual bagi satu-satu hari itu biasanya padat dengan mesyuarat, acara dan perjalanan ke sesuatu tempat kerana itulah tugas wakil rakyat – berjumpa dan mendengar – tanpa mengira hujan atau panas. Kerana terpaksa bergerak dengan cepat ke sana sini, kadang kadang tidak sempat makan dan ada kalanya pula terlalu banyak makan.

Yang tinggal untuk diri sendiri hanyalah waktu malam. Masa inilah yang dicuri untuk meluangkan sedikit masa dengan keluarga atau menyiapkan kerja saya. Inilah juga masa untuk merenung kembali apa yang telah dibuat dan apa yang hendak dibuat untuk hari esok pula. Jadual ketat ini bersambung dari hari ke hari dan perlahan-lahan tekanan pun mula meningkat dari segenap sudut.

Tiada siapa kata kerja ini mudah. Semua wakil rakyat cukup sedar akan hakikat ini. Pun begitu, kami tetap melakukannya kerana mahu berkhidmat kepada rakyat dan untuk rakyat.
Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana seorang wakil rakyat hendak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan jika dia tidak menjaga kesihatannya? Dalam masa dua setengah tahun yang lalu, kita telah kehilangan sebilangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sakit dan meninggal dunia.

Ada yang diserang sakit jantung dan strok dan ada yang mati akibat penyakit kronik seperti kanser dan kencing manis. Ada juga yang kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya.

Hidup mati kita di tangan Tuhan. Serangan penyakit tidak dapat diramal. Tetapi ada cara dan ikhtiar yang boleh diambil bagi mencegahnya.

Awal tahun ini, pada masa kita menghadapi pilihan raya kecil ke-14 sejak Pilihan Raya Umum 2008, saya membuat cadangan supaya wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan bagi memastikan kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.

Apa yang saya cadangkan itu adalah apa yang saya harap dapat dilakukan oleh semua orang kerana ia elok dijadikan satu amalan hidup kita. Bagaimanapun, bila saya membuat cadangan itu, ada pula yang mengatakan bahawa pemeriksaan tahunan semata-mata tidak boleh mencegah kematian.

Ini memang betul. Sesungguhnya, pemeriksaan itu hanyalah langkah pertama ke arah mengecapi kesihatan yang lebih baik. Pemeriksaan yang kerap, sebaik-baiknya setahun sekali, ada beberapa faedah. Pertama, ia membolehkan kita memantau petunjuk penting kesihatan kita seperti berat badan, tekanan darah, tahap kolesterol dan gula dalam darah.

Jika ada sesuatu yang tidak kena, doktor akan dapat mengenal pastinya pada peringkat awal lagi. Ini membolehkannya memperakukan langkah yang boleh diambil bagi mencegah komplikasi. Ada kalanya, langkah itu membabitkan perubahan gaya hidup atau dengan mengambil ubat, dan ada kalanya pula, prosedur tertentu perlu dilakukan atau dengan menjalani terapi. Dalam banyak keadaan, langkah awal mengenal pasti masalah kesihatan dapat menyelamatkan nyawa.

Satu lagi faedah yang tidak begitu disedari ramai ialah, pemeriksaan kesihatan sebenarnya mendorong kita untuk menjadi bertambah sihat. Bila kita tahu bahawa kita perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan 'report card' kesihatan kita, kita akan lebih bersungguh-sungguh kerana sudah tentu kita ingin melihat keputusan yang baik.

Untuk mengekalkan satu rutin hidup sihat iaitu makan dengan betul, bersenam dengan kerap dan menghindar diri daripada rokok dan minuman keras, bukanlah mudah. Kebanyakan kita memerlukan sesuatu untuk mendorong kita – dan sesuatu itu ialah pemeriksaan kesihatan yang kerap.

Semoga selepas ini, jika ada orang rasa terdorong untuk tambah nasi bagi kali ketiga atau ponteng senaman petang atau terasa hendak nyalakan sebatang rokok, dia akan terdengar suara doktor menegurnya.

Saya juga percaya jika wakil rakyat menjalani pemeriksaan tahunan, mereka sudah tentu akan menunjukkan contoh yang baik dari segi kepemimpinan melalui teladan. Mana boleh kita bercakap tentang gaya hidup sihat, membelanjakan wang untuk kempen hidup sihat dan menyuruh orang ramai mengubah tabiat makan, jika kita sendiri tidak mengamalkan apa yang kita cakap?

Kita, sebagai wakil rakyat, meminta pengundi memberi kepercayaan kepada kita, maka kita perlu membuktikan yang kita layak diberikan kepercayaan itu dan mampu memikulnya.

Bagaimanapun, bukan ahli politik saja yang terdedah kepada risiko komplikasi kesihatan. Dengan masyarakat yang semakin moden dan bergerak pantas, pekerjaan yang membawa tekanan serta gaya hidup tidak sihat, tercetus bersamanya ruang yang cukup tepat bagi kemunculan penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kencing manis dan kanser.

Alangkah baiknya jika saya mempunyai penyelesaian ajaib bagi menolong mereka yang berkenaan itu untuk hidup sihat. Jika ada, sudah tentu saya akan memberikan rahsianya kepada semua rakan saya di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Sebenarnya, tidak ada jalan mudah. Kita perlu berdisiplin dan berusaha, samalah seperti manusia berusaha untuk mencapai perkara lain dalam hidup mereka. Pemakanan sihat, bersenam dan bergiat cergas dalam aktiviti fizikal, dan menghindarkan diri daripada rokok dan minuman keras - inilah penyelesaiannya. Tidak ada jalan mudah.

Penulis ialah Menteri Kesihatan Malaysia. Ikuti blognya (www.liowtionglai.com/blog), atau Twitter (@liowtionglai).

PEMBANGKANG DARI SEMENANJUNG PUN SAMA TERSEPIT.

Posted: 22 Mar 2011 05:59 PM PDT

Analisis: Pembangkang di Sarawak kian terdesak


2011/03/23
PARTI pembangkang di Sarawak semakin terdesak dalam usaha mereka untuk mengejar 'mimpi disiang hari' bersama rakan-rakan yang 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain'.

Bukan saja usaha parti pembangkang untuk menjalin kerjasama hampir mustahil menjadi kenyataan tidak menjadi akibat tiada persefahaman dan tolak ansur sesama mereka, malah perkembangan terkini menyaksikan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) bagaikan melakukan provokasi terhadap rakan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Semalam, Presiden SNAP, Edwin Dundang, yang mengumumkan 11 lagi calonnya, menjadikan jumlah calon SNAP yang sudah diumum setakat ini berjumlah 27 orang, hanya membenarkan PKR bertanding di kerusi majoriti Dayak dengan syarat menggunakan lambang SNAP.
Lebih mengejutkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, yang akan bertanding di kerusi DUN Ba'kelalan turut diminta oleh SNAP bertanding atas tiket parti itu kerana kawasan berkenaan juga majoriti pengundinya Dayak.

Ini adalah satu tamparan hebat kepada PKR terutama kepada presidennya kerana ia sama sekali tidak masuk akal, aneh dan provokasi buat PKR yang ingin menjadi 'ketua' di kalangan pembangkang di Sarawak.

"Di mana maruah PKR jika Pengerusi PKR pun terpaksa bertanding atas tiket SNAP. Saya melihat ia sebagai satu provokasi dan SNAP kini ibarat duri dalam daging dalam pakatan pembangkang. Saya yakin PKR tidak akan menerima syarat aneh SNAP ini," kata penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir.

Lebih daripada itu, SNAP - parti berusia 50 tahun di Sarawak, turut menuntut supaya PKR mengiktiraf SNAP sebagai parti tempatan paling dominan dan mahu mengetuai kerajaan jika mereka menang. Ini kerana sebelum ini PKR telah mengisytiharkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, bakal menjadi Ketua Menteri jika pembangkang berjaya merampas kerajaan negeri pada pilihan raya negeri kali ini.
Belum pun apa-apa, kedua-dua parti pembangkang itu sudah berebut jawatan Ketua Menteri. Ini kerana semalam, Edwin berkata, SNAP lebih dominan berbanding PKR dan lebih layak menerajui kerajaan negeri.

Ahad lalu, SNAP yang dikatakan masih mempunyai pengaruh terutama di kawasan luar bandar 'berpatah arang, berkerat rotan' dengan PKR yang dianggap terlalu bongkak dan tamak apabila mahu membolot 52 kerusi dalam perundingan pengagihan kerusi sesama pembangkang sehingga mengumumkan tidak akan lagi berunding dengan PKR dalam soal pengagihan kerusi.

Pada sidang media semalam, Edwin berkata, berdasarkan pertemuan dan perbincangan pihaknya dengan pemimpin tertinggi PKR kelmarin, SNAP berharap dapat mengetuai kerajaan Sarawak seperti PKR di Selangor, DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan.

"Adalah jelas kami masih bersama pakatan pembangkang serta tiada isu bagi kami meninggalkan pembangkang, namun apa yang diharapkan adalah PKR mengiktiraf kami sebagai parti pembangkang yang dominan berdasarkan pengalaman kami.

"Sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas ini apa yang akan terjadi? Disebabkan itu kita mahu majoriti kerusi diberikan kepada SNAP serta mahu mengetuai kerajaan," katanya.

Bagi Dr Jeniri, tidak mungkin akan wujud kerjasama dan persefahaman tulen antara pembangkang, apa lagi SNAP bertegas untuk mengemukakan ramai calon dengan menamakan 27 nama setakat ini, ketika pembangkang belum memuktamadkan lagi rundingan pengagihan kerusi.

"Saya tidak fikir pakatan pembangkang bersedia bertolak ansur dan berkompromi dengan tuntutan SNAP ini, apa lagi SNAP meminta supaya ia diisytiharkan sebagai parti dominan. Ini akan memberi implikasi besar jika pembangkang menang dengan berlaku perebutan jawatan Ketua Menteri.

"Malah, saya sudah meneliti senarai calon yang diumumkan SNAP setakat ini, dengan kebanyakan calon adalah muka yang sudah lesu dan tidak meyakinkan pengundi.

"Perkembangan terbaru ini akan memberi kesan negatif kepada hasrat dan impian pembangkang untuk memberi impak besar pada pilihan raya kelak," katanya

PKR DAN SNAP KINI SEMAKN GENTING

Posted: 22 Mar 2011 05:55 PM PDT


'Perlu guna lambang SNAP'
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

2011/03/23
Syarat kepada dua calon PKR jika mahu elak pertembungan

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian, perlu bertanding menggunakan lambang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) jika mahu menjadi calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'kelalan, kawasan yang dianggap 'gerenti menang' oleh pembangkang.

Turut 'diarahkan' berbuat demikian oleh SNAP ialah Naib Pengerusi PKR, Nicholas Bawin yang berhasrat bertanding di DUN Batang Air. Jika mereka enggan memenuhi syarat itu, SNAP yang berjuang atas dasar mahu menyatukan kembali masyarakat Dayak, akan meletakkan calon mereka, menyebabkan pertembungan sesama pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua kerusi itu yang majoriti pengundinya kaum Dayak, kini diwakili oleh BN, iaitu Nelson Balang Rining di Ba'kelalan dan Malcolm Mussen Lamoh di Batang Air.
Pengerusi SNAP, Edwin Dundang, ketika sidang akhbar mengumumkan 11 lagi nama calon parti itu berkata pihaknya sudah mempunyai dua calon untuk bertanding di kawasan kedua-dua berkenaan, namun atas dasar menghormati dua pemimpin PKR (Baru dan Nicholas), nama mereka tidak diumumkan lagi.

"Kita tidak mengumumkan calon di Ba'kelalan dan Batang Air kerana ia adalah kawasan panas dan difahamkan PKR dijangka mengumumkan nama Baru Bian dan Nicholas Bawin sebagai calon.

"Mereka berdua adalah contoh pemimpin Dayak, namun kami mahu Baru dan Nicholas bertanding atas tiket SNAP atas dasar penyatuan masyarakat Dayak yang kini berpecah," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Setiausaha Agung SNAP, Stanley Jugol.

Edwin berkata, jika PKR meneruskan hasrat meletakkan calon di kawasan yang sudah diumumkan SNAP, adalah jelas mereka tidak menghormati serta cuba sekali lagi memecahkan masyarakat Dayak.
"Dayak ketika ini berpecah. Mereka ada dalam empat parti komponen Barisan Nasional (BN) dan kini berpecah dalam parti pembangkang pula... SNAP mahu menyatukan mereka kembali kerana kami 'lahir dan besar' di Sarawak," katanya.

APA PANDANGAN / PENDAPAT ANDA TENTANG PERKARA INI?

Posted: 22 Mar 2011 05:48 PM PDT

Put your stuff here

PENGIKTIRAFAN KEPADA PERKHIDMTAN AWAM

Posted: 22 Mar 2011 05:42 PM PDT





Insentif membela nasib pesara sektor awam

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan satu lagi insentif bagi membela nasib pesara sektor awam.

Penjawat awam yang memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila bersara pada umur wajib layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma. Kemudahan ini bukan sahaja melibatkan pesara berkenaan tetapi juga anggota keluarga tanggungan mereka.

Kata Perdana Menteri, ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa. Pengumuman ini sudah tentu memberi kelegaan dan keselesaan hidup kepada kakitangan awam terbabit apabila mereka tamat perkhidmatan.

Sebelum ini mereka yang mencarum dengan KWSP dijangka mengalami kesempitan hidup selepas menamatkan perkhidmatan mereka 10 tahun atau lebih daripada itu.

Mengikut data KWSP sendiri, kebiasaannya wang simpanan pencarum akan habis selepas tiga tahun dikeluarkan apabila mencapai umur wajib persaraan. Masalah wang ini juga melibatkan pencarum kakitangan kerajaan yang memilih skim KWSP daripada skim pencen.

Bagimanapun kita berharap kemudahan rawatan perubatan percuma ini diperluaskan kepada pekerja sektor swasta.

Ini kerana kebanyakan pekerja yang mencarum dengan KWSP adalah kakitangan swasta. Ramai yang tidak mampu membiayai kos perubatan kerana dalam usia warga emas itulah pelbagai jenis penyakit berbahaya muncul dan ada yang semakin kronik. Kos rawatan pula berjumlah puluhan ribu ringgit termasuk ubat-ubatan dan rawatan susulan.

Kita bersyukur kerana KWSP telah memperluaskan senarai penyakit kritikal bagi membantu ahli mengeluarkan caruman untuk membayar kos rawatan penyakit kritikal bagi diri sendiri dan juga keluarga.

Tetapi bagaimana pula kos rawatan selepas kakitangan swasta bersara? Setakat ini belum nampak skim yang betul-betul membela nasib pekerja swasta apabila mereka bersara kelak.

Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SSP 1Malaysia) yang diperkenal tahun lalu bagi membantu individu yang bekerja sendiri menangani masalah simpanan pada hari tua seperti penjaja, peniaga pasar malam, ejen hartanah, penyanyi, pelakon, petani, nelayan, pemandu teksi dan peniaga kecil-kecilan juga belum menjamin untuk meringankan beban kewangan bagi membayar kos perubatan.

Rakyat tidak mencemburui apa yang kerajaan berikan kepada kakitangannya. Tetapi dalam sesetengah perkara, rakyat bukan kakitangan kerajaan juga mahu kerajaan membantu meringankan beban mereka termasuk harga rawatan dan ubat-ubatan yang mahal.

Untuk itu, barangkali kerajaan perlu merangka pelan untuk meringankan kos rawatan pesakit terutama warga emas lain yang banyak menghidap penyakit serius.

LKIM : MEMANG WAJIB DI PANTAU NELAYAN...

Posted: 22 Mar 2011 05:33 PM PDT

LKIM pantau nelayan tidak lagi turun ke laut

MELAKA 22 Mac - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri akan terus membuat pemantauan terhadap nelayan yang tidak turun ke laut tetapi masih menerima bantuan elaun sara hidup RM200 sebulan.

Pengarahnya, Baharin Omar berkata, maklumat sedang dikumpul ke atas 1,174 nelayan bagi memastikan mereka masih layak untuk menerima elaun sara hidup itu.

Menurut beliau, LKIM telah mengenal pasti ada segelintir nelayan tidak turun ke laut kerana mereka tidak mengambil minyak subsidi berdasarkan laporan harian yang diterima.

''Secara logiknya, apabila nelayan tidak mengambil minyak subsidi dalam tempoh yang lama sudah tentu mereka ini tidak lagi turun ke laut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, laporan itu tidak boleh diambil kira sebaliknya LKIM perlu bertemu nelayan terbabit bagi mengetahui punca mereka tidak mengambil minyak subsidi.

Katanya, adalah tidak wajar tindakan diambil ke atas nelayan tersebut tanpa mengetahui masalah sebenar dihadapi oleh mereka.

Sehingga 31 Januari 2011, seramai 1,174 nelayan di negeri ini menerima elaun sara hidup merangkumi 922 pemilik bot serta kapal dan 252 awak-awak dengan jumlah keseluruhan RM2.6 juta.

Elaun sara hidup telah mula dilaksanakan pada Jun 2008 bertujuan untuk mengurangkan bebanan nelayan akibat kenaikan harga bahan api, peralatan nelayan dan juga daripada kesan kegawatan ekonomi dunia.

RAJA SEHARI....

Posted: 22 Mar 2011 05:31 PM PDT

Perkahwinan setiausaha Japerun Sungai Rambai dirai atas bot


Jalauddin Mamat dan Maria Mohamad menaiki bot Sungai Rambai Cruise di Jeti Laman Belia bagi mengabadikan hari bersejarah mereka di Melaka, baru-baru ini.


JASIN 22 Mac - Pelbagai cara yang dianggap unik dan menarik sering menjadi perhatian setiap pasangan pengantin untuk diabadikan pada hari bersejarah perkahwinan mereka.
Bagi Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan DUN (Japerun) Sungai Rambai, Jalauddin Mamat, 53, beliau memilih menaiki bot Sungai Rambai Cruise di Jeti Laman Belia, bagi mengabadikan hari bersejarah bersama pasangannya, Maria Mohamad, 35, sempena majlis khas meraikan pasangan itu baru-baru ini.
Kata Jalauddin, pengalaman bersama pasangannya diarak menaiki bot sejauh 200 meter bermula dari Jeti Laman Belia, hingga ke Kuala Kesang dan berpatah semula ke Laman Belia sukar dilupakan, lebih manis ia datang daripada idea Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman.
Katanya, idea tersebut diatur tanpa pengetahuannya malah majlis meraikan persandingan pasangan itu diurus sendiri oleh kakitangan Japerun Sungai Rambai.
''Biarpun perkahwinan ini adalah yang kedua bagi saya dan isteri namun majlis yang diadakan amat bererti sekali kerana ia dihadiri pelbagai peringkat usia dan kaum penduduk Sungai Rambai," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.
Jalauddin yang bekerja di bawah pentadbiran Hasan sejak tahun 2004 telah menduda selama dua tahun selepas kematian isterinya akibat penyakit buah pinggang.
Dia yang merupakan Ketua UMNO cawangan Jalan Datuk Nawar berkata, majlis itu diadakan penuh meriah apabila diserikan dengan persembahan nyanyian Dondang Sayang Jalan Datuk Nawar.
Bercerita tentang detik perkenalan mereka, Jalauddin yang juga Tok Sidang Kg. Air Tawar berkata, detik perkenalan mereka diaturkan oleh ahli keluarga mereka sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan selama tiga bulan.
Kata Jalauddin, biarpun terdapat perbezaan jarak usia antara mereka namun itu bukan penghalang buat pasangan itu mengecapi kebahagiaan dalam berumah tangga seperti orang lain.
Sementara itu, menurut Maria, biarpun ketika ini dia bekerja di Muar namun ia tetap tidak menjadi masalah memandangkan jarak tempat kerja tidak jauh dari rumah suaminya dan berharap perkahwinan kedua ini berkekalan selamanya.

ORANG PENANG BARU KENAL SIAPA LGE.

Posted: 22 Mar 2011 05:25 PM PDT

Bukti Guan Eng 'pilih bulu'

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

BUKIT MERTAJAM 22 Mac - Alasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa kemudahan WiFi percuma tidak dipasang di kawasan Parlimen yang diwakili Barisan Nasional (BN) dan Bebas kerana kurang penduduk dan tidak berdaya saing membuktikan sikap 'pilih bulu' kerajaan negeri dalam menyalurkan bantuan.

Selain mengecam kenyataan Guan Eng itu, wakil rakyat BN mempersoalkan polisi kerajaan negeri seolah-olah cuba meminggirkan hak penduduk di kawasan berkenaan yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu di luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga (Parlimen Kepala Batas), Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Guan Eng itu bersifat dangkal kerana cuba meremehkan pemikiran rakyat di kawasan tersebut.

"Adalah tidak wajar menggunakan alasan kawasan ini tidak berdaya saing kerana kalau kita mahu kawasan ini lebih berdaya maju, kita sepatutnya beri kemudahan teknologi seperti ini, bukan dengan meminggirkannya," katanya di sini hari ini.

Akhbar hari ini memetik kenyataan Guan Eng yang menafikan wujud diskriminasi kepada kawasan Parlimen yang diwakili BN dan Bebas dalam program pemasangan WiFi percuma kerana pemilihan kawasan dibuat syarikat Redtone yang menguruskannya atas pertimbangan kawasan itu berdaya maju dan ramai penduduk.

Kontroversi berhubung isu itu tercetus ekoran kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Telekomunikasi negeri, Jeff Ooi dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, 19 Mac lalu bahawa tiga kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Nibong Tebal akan dikecualikan daripada menerima liputan WiFi atas alasan kekurangan dana.

Jeff bagaimanapun tampil dalam akhbar yang sama semalam dengan mendakwa kenyataannya diputar-belit manakala Guan Eng turut membuat penjelasan bahawa kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran kerana segalanya ditanggung Redtone.

Azhar berkata, penjelasan Guan Eng itu hanya satu lagi dolak-dalik untuk menutup sikap 'pilih bulu' kerajaan negeri seperti yang digambarkan melalui kenyataan Jeff sebelum ini.

"Kawasan-kawasan Parlimen tersebut rata-ratanya diduduki masyarakat bumiputera. Adakah ini satu kebetulan atau kerajaan negeri berpandangan golongan ini tidak layak untuk terima kemudahan sama seperti penduduk di kawasan lain?" soalnya.

ADUN Sungai Dua (Parlimen Tasek Gelugor), Datuk Jasmin Mohamed pula berkata, dakwaan bahawa kawasan terbabit tidak ramai penduduk adalah satu pembohongan seperti di Sungai Dua dan Telok Air Tawar yang jumlah penduduknya semakin bertambah saban tahun.

"Bukan sesuatu yang mengejutkan jika mainan politik ini dibuat untuk beri tekanan kepada penduduk yang menyokong BN," jelasnya.

Sementara itu ADUN Sungai Acheh (Parlimen Nibong Tebal), Datuk Mahmud Zakaria pula menyifatkan polemik terbaru itu menyerlahkan 'wajah' sebenar kepimpinan kerajaan negeri di sebalik konsep keadilan dan ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini.

"Jika penduduk di tempat lain dapat kemudahan, penduduk di kawasan luar bandar juga wajar menikmati kemudahan yang sama. Janganlah ada sikap pilih bulu dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat," ujarnya.

KETUA DEWAN ULAMAK PAS : ANUAR WAJAR LAFAZKAN SUMPAH

Posted: 22 Mar 2011 05:18 PM PDT



Sebaik-baiknya lafazkan sumpah - Harun Taib

KUALA TERENGGANU 22 Mac - Mereka yang menghadapi apa jua pertuduhan mengaibkan, perlu bersumpah dengan nama Allah sekiranya benar tidak bersalah, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, lafaz sumpah dengan nama Allah itu dibuat dengan syarat setiap dakwaan disertakan dengan segala bukti keterangan yang sangat kukuh dan jelas.

"Sepatutnya kena ada penyelesaian mengikut kaedah Islam. Bagi pihak yang mendakwa, mereka mesti ada bukti atau keterangan yang kukuh.

"Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan polis menafikan penglibatannya dalam video itu.

Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan pembabitan pemimpin pembangkang berkenaan dalam video seks yang hangat diperkatakan sekarang.

"Saya tak boleh komen pasal ini, sebab saya sendiri pun tak tengok lagi benda ini.

"Tetapi saya khuatir semua dakwaan terhadapnya macam direka-reka. Kalau banyak sangat, ia dah jadi seperti rekaan," ujarnya.

MENGAPA ANUWAR CEPAT MELENTING ISU VIDEO ?

Posted: 22 Mar 2011 05:12 PM PDT

Zaid hairan Anwar cepat nafi terlibat

KOTA BHARU 22 Mac - Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim hairan dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terlalu cepat menyifatkan video aksi seks yang dikaitkan dengan dirinya sebagai satu konspirasi untuk mengaibkan beliau dan keluarga.

Menurutnya, Anwar dan pemimpin pembangkang lain wajar melihat terlebih dahulu rakaman video tersebut sebelum membuat penafian kerana terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab.

"Saya tidak boleh komen banyak sebab tidak tengok lagi video itu, tetapi saya hairan pemimpin PKR yang lain terus kata ia satu rekaan, hairan macam mana mereka tahu sedangkan mereka sendiri tidak tengok lagi.

"Pada sidang akhbar semalam, Anwar kata orang dalam video itu gemuk, mana Anwar tahu, dia pun belum lihat lagi. Terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab, tetapi saya percaya tidak lama lagi semuanya akan jelas," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuatnya Jumaat lalu terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini hari ini.

Zaid mendakwa diugut Karpal berhubung kenyataannya menasihati Anwar supaya menyerahkan sampel DNA tanpa perlu menunggu perintah mahkamah dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Semalam, Anwar menafikan penglibatannya dalam video aksi seks dengan seorang pelacur dipercayai dari China dengan mendakwa ia satu lagi konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan beliau dan keluarga.

Dalam perkembangan sama, Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, rakyat telah membuang terlalu banyak masa untuk membincangkan masalah peribadi yang dihadapi oleh Anwar.

Beliau berkata, masa tersebut sewajarnya digunakan sebaik mungkin untuk membincangkan mengenai dasar dan pembangunan negara.

"Parti-parti politik tidak kira Barisan Nasional (BN) atau pembangkang sepatutnya dipimpin oleh pemimpin yang ada integriti.

"Sudah terlalu banyak tuduhan terhadap Anwar dan banyak masa negara dihabiskan untuk membincangkan masalah yang berkisar tentang peribadi Anwar, ini semua buang masa," katanya.

DATUK T ADALAH ORANG SENDIRI

Posted: 22 Mar 2011 05:02 PM PDT


Semakin lama kita memikir dan menilai kes video seks 18SX yang di dakwa oleh Datuk T, semakin kita meragui motif sebenar 'pendedahan' video tersebut. Terutamanya apabila kita membaca laporan berita Malaysia Insider.

Rujuk dan teliti alasan Datuk T
dan kaitan beliau dengan Anwar Ibrahim :-

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.


Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.
Satu perkara yang perlu diketahui ialah:-

1. Pada 21hb Februari, Datuk T adalah orang yang dipercayai oleh lelaki 'ahli politik' yang menyundal pelacur Cina tersebut.
2. Perkara ini tidak boleh dinafikan kerana tidak masuk akal jika 'ahli politik' itu menyuruh
any tom and jerry untuk mengambil jam Omega beliau di tempat yang diketahui bertaraf khidmat seks.

3. Hanya individu yang dipercayai sahaja yang akan dihubungi.


Yang menjadi persoalan sekarang ialah apakah sebenarnya tugas Datuk T hingga begitu dipercayai oleh lelaki 'perut buncit' itu? Apakah beliau orang suruhan, bapa ayam atau pemilik SPA khidmat seks tersebut kerana beliau mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV di SPA tersebut?

Logiknya, tidak ada sesiapa pun yang akan dibenarkan untuk menonton rakaman CCTV kecuali pemilik SPA dan ketua keselamatan tempat itu.

Dan yang sangat mencurigakan ialah tindakan balaci-balaci Anwar Ibrahim seperti Tony Pua dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang begitu beria-ia menafikan bahawa Anwar tidak terlibat padahal mereka sendiri tidak pernah lagi menonton video seks 18SX tersebut! Pelik bin ajaib!!

Adalah lebih masuk akal jika mereka itu mengeluarkan kenyataan akhbar menafikan penglibatan Anwar Ibrahim dengan menjadi alibi kepada beliau iaitu dengan mendedahkan kepada dunia bahawa pada ketika itu mereka berada bersama-sama Anwar Ibrahim.

Jika itulah kenyataan mereka, barulah masuk akal kenapa mereka begitu cepat melatah dan menafikan. Tetapi malangnya, bukan itu yang mereka nyatakan dan kenyataan mereka itu bersandarkan kepada zero knowledge of the video!

Malah, MiM difahamkan bahawa media pro-pembangkang yang pada mulanya mencanang dan mengapi-api isu video lucah ini walau pun mereka tahu pihak yang terlibat dikatakan ialah Anwar Ibrahim sendiri!

Sungguh tak masuk akal!

Kerana itu, rakyat Malaysia lebih memikirkan isu video 18SX ini sengaja direka-reka oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengalih pandangan rakyat kepada isu yang paling penting sekarang iaitu kes liwat dan DNA Anwar Ibrahim yang dituntut oleh rakyat Malaysia.

Dan jika benar Datuk T yang mengambil jam tersebut, Anwar Ibrahim sudah tentu tahu siapa individu tersebut tetapi Wan Azizah tentu masih terkedu tertipu dengan aktiviti luar rumah suami beliau!

ISU DNA - PAS KAJI SEMULA HUBUNGANNYA DENGAN PKR ?.

Posted: 22 Mar 2011 04:56 PM PDT



APAKAH ADA KEBENARANNYA SEPERTI DIALOG DI ATAS ?

Anwar cuba alih isu DNA

ZULKIFLI Noordin bercakap semasa mengadakan sidang akhbar sambil ditemani Zahrain Mohamed Hashim di lobi Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ASWAD YAHYA
















KUALA LUMPUR 22 Mac – Kepimpinan Pas di kalangan kumpulan ulama dipercayai telah memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan kebenaran.

Dua ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Zulkifli Noordin mendakwa, maklumat yang diperoleh mereka juga memaklumkan jika Anwar enggan, maka kumpulan ulama itu akan mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Zulkifli, maklumat itu diterima mereka daripada rakan lama dalam PKR yang amat diyakini dan dipercayai kerana pernah beberapa kali memberi maklumat tepat sebelum ini.

"Oleh itu, Anwar dalam keadaan terdesak dan terpaksa mengalih isu. Apatah lagi keputusan permohonan pihak pendakwaan meminta Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA ditentukan esok.


"Di sinilah video itu memainkan peranan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. 

Beliau mengulas mengenai rakaman video aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur asing di sebuah hotel di ibu kota seperti didedahkan akhbar hari ini.

Anwar telah mengadakan sidang media untuk menafikan pembabitannya dalam video berkenaan dan juga membuat laporan polis berhubung kes itu.

"Jangan kita terperangkap. Tiada siapa tuduh Anwar, tetapi dalam masa kira-kira tiga jam selepas pendedahan itu, beliau mampu buat sidang akhbar mendakwa bukan 'pelakon' video tersebut selain kata perut buncit. Dia kata tidak tengok, tetapi mana dapat maklumat?

"Selain itu, pagi ini beliau membuat laporan polis, perkara yang tidak pernah dilakukannya dalam tuduhan-tuduhan sebelum ini. Pada saya, kecepatan dan ketangkasan beliau bertindak sangat meragukan. Soalnya, mengapa dalam soal ini cepat bertindak, isu DNA pula lambat?" katanya.

Justeru, beliau mencabar Anwar untuk turut sama bertindak pantas menyerahkan sampel DNAnya bagi menyelesaikan misteri lelaki 'Y'.
Sementara itu, Zahrain mempersoalkan kenyataan Anwar semalam yang mendakwa video seks itu timbul kerana beliau telah menang di mahkamah dalam kes liwat.

"Bukankah itu merupakan tindakan menghina mahkamah? Bagi saya, beliau bersikap double standard kerana pernah menggesa agar polis menangkap individu mendesak beliau menyerahkan DNA," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan