Rabu, 23 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


umno bahagian cheras

Posted: 22 Mar 2011 01:40 PM PDT

umno bahagian cheras


Pembangkang diam isu DNA tetapi kecoh pasal video seks Anwar

Posted: 22 Mar 2011 08:35 AM PDT

DATUK Wira Syed Ali Alhabshee menyelar sikap pemimpin pembangkang yang hanya membisu berhubung isu DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi mengambil pendekatan membela Ketua Umum PKR yang didakwa terbabit dalam video seks.


Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendakwa, pendirian pemimpin pembangkang dalam dua isu berkenaan jelas membuktikan mereka lebih prihatin terhadap kepentingan politik Anwar daripada memenuhi tuntutan rakyat.


Katanya, selama ini mereka tidak memberi perhatian terhadap keperluan sampel DNA oleh pihak pendakwa walaupun ianya penting dalam proses perbicaraan kes liwat Anwar.


"Ini membuktikan pemimpin pembangkang sebenarnya sekadar kuda tunggangan Anwar," ujarnya.


Sebaliknya, hari ini (semalam) mereka melatah dengan isu rakaman video seks yang lelaki digambarkan itu menyerupai Anwar bersama pelacur rakyat asing.


"Ketika rakyat mahu Anwar serahkan sampel DNA sepertimana diminta oleh pihak pendakwa, tetapi sekutu pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) mengambil sikap berdiam diri," katanya.


Sepatutnya jelas beliau, pemimpin pembangkang terutama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut mendesak Anwar supaya menyerahkan sampel DNA jika benar belau tidak terbabit dalam kes meliwat Mohd. Saiful Bukhari.


Bagaimanapun kata beliau, pembangkang mengeksploitasikan isu rakaman video seks dengan melemparkan tuduhan sebagai perancangan jahat pihak tertentu terutamanya UMNO untuk mengaibkan Anwar.


"Saya melihat ini adalah strategi Anwar untuk menarik simpati rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," ujarnya.


Lagipun jelas beliau esok (Rabu) merupakan hari penentuan kepada Anwar kerana mahkamah akan membuat keputusuan terhadap permohonan pihak pendakwa untuk mendapatkan sampel DNA Anwar.


Mengulas laporan polis yang dibuat oleh Anwar mengenai rakaman video seks tersebut, Syed Ali berkata siasatan perlu disegerakan.


"Kita tidak tahu siapakah Datuk T, siapa perancang dalam isu tersebut, tetapi tidak mustahil rakaman tersebut mungkin dirancang oleh Anwar atas kepentingan politik atau pun kerana beliau semakin takut untuk menunggu hari esok (Rabu)," katanya.

Mungkinkah Anwar sengaja rancang pembikinan video seks ? – Syed Ali

Posted: 21 Mar 2011 09:04 PM PDT

MENGAPA Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tergesa-gesa mengadakan sidang media sebaik sahaja tersebar pendedahan rakaman video seks di salah sebuah hotel di sini semalam ?

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, situasi itu seolah-olah memberi gambaran bahawa isu rakaman video seks itu seperti sengaja dirancang.

Katanya, persoalanya juga timbul kenapa lelaki yang dikenali sebagai Datuk T itu tidak menyerahkan pita rakaman video seks tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut jika sahih membabitkan ketua pembangkang.

"Isu tersebut adalah serius kerana membabitkan maruah pemimpin politik dan sewajarnya Datuk T menyerahkan kepada polis terlebih dahulu sebelum ditontonkan kepada wartawan," katanya.

"Datuk T hanya mempertontonkan kepada sekumpulan wartawan terpilih petang samalam, ini menimbulkan teka-teki kemungkinan besar Anwar sengaja merancang pembikinan video tersebut.

Lagipun kata beliau, rekod Anwar sebelum ini membuktikan beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa termasuk berbohong dan mengkhianati perjuangan umat Melayu.

Oleh itu tegas beliau, polis perlu segera menjalankan siasatan terhadap Anwar dan individu yang dikenali sebagai Datuk T bagi mencari modus operandi rakaman video seks tersebut.

Syed Ali juga melahirkan rasa hairan kenapa rakaman video seks itu dibuat dalam bentuk hitam putih sedangkan sekarang ini penggunaan teknolgi warna dipakai secara meluas dalam pembikinan apa jua bentuk rakaman filem.

Dalam hal ini, Syed Ali tidak menolak kemungkinan Anwar berbuat demikian bagi mengalih perhatian umum dalam isu DNA yang sepatutnya diserahkan kepada pihak pendakwa dalam kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari.

Polis perlu siasat Anwar dan Datuk T

"Tiba-tiba sahaja isu rakaman video seks didedahkan menjelang keputusan Mahkamah Tinggi, Rabu ini (esok) terhadap permohonan pihak pendakwa mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNAnya," tegas beliau.

Katanya, Anwar sebenarnya takut jika hasil ujian DNA itu akan membongkar banyak rahsia termasuk hubungan sulitnya dengan isteri Azmin Ali sehingga melahirkan seorang anak, seperti didedahkan oleh keluarga terdekat Azmin sebelum ini.

Menurutnya, tindakan Anwar segera menafikan pembabitan beliau dalam video seks itu seolah-olah seperti ingin membayangkan kebenaran rakaman berkenaan bahawa ada kaitan dengan diri beliau.

"Anwar sengaja mengadakan sidang akhbar menafikan diri beliau sebagai individu yang dimaksudkan itu dengan harapan isu DNA akan dilupakan dan dalam masa yang sama menagih simpati rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak," tegasnya.

Beliau berkata, sepatutnya Anwar membuat laporan polis jika individu dipaparkan melakukan hubungan seks dengan wanita tidak dikenali itu menyerupai dirinya.

"Malangnya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu secara melulu menuduh rakaman video seks itu didalangi oleh musuh politiknya. Inilah taktik licik Anwar untuk menyerang UMNO", ujarnya lagi.

Dalam hubungan ini, Syed Ali menjelaskan, Anwar tidak sepatutnya mengaitkan apa sahaja yang berlaku ke atas dirinya sebagai angkara perbuatan UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).

Cuba alihkan perhatian isu DNA

" Anwar tidak habis-habis menuduh UMNO sebagai dalang di atas apa jua musibah yang berlaku terhadap dirinya, seolah-olah cuba memberi gambaran bahawa beliau adalah manusia terpilih, bersih dan tidak pernah melakukan sebarang dosa," tegasnya.

Syed Ali mengulas pendedahan rakaman video seks oleh seorang lelaki bergelar Datuk T kepada sekumpulan wartawan terpilih di Hotel Sri Carcosa Negara semalam, yang memaparkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dikatakan pelacur asing.

Beberapa laman sesawang dan portal berita dengan pantas menyiarkan pendedahan Datuk T itu dan lewat petang semalam juga, Anwar dalam keadaan tergesa-gesa mengadakan sidang media di Ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.

Anwar dalam sidang medianya antara lain menjelaskan beliau difahamkan muka (lelaki dalam video seks itu) adalah mirip mukanya tetapi perut jauh lebih buncit daripada beliau.

Laporan media hari ini pula secara meluas melaporkan pendedahan tersebut dan Datuk T dilaporkan sebagai berkata beliau akan menghantar rakaman tersebut kepada pemimpin itu dan isterinya bagi pengecaman dalam masa seminggu.

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 22 Mar 2011 11:42 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


AKHIRNYA ....

Posted: 22 Mar 2011 07:27 AM PDT

Assalamualaikum,...

Ketika Mesir dilanda krisis apabila ramai rakyatnya turun di jalan raya menunjuk perasaan kerana mahu Presiden mereka, Hosni Mubarak turun atau berundur, pelbagai reaksi dapat kita saksikan. Jika kita bercakap dalam konteks politik, suara dari negara kita seperti begitu ghairah menyokong penunjuk perasaan di Mesir.

Malah terdapat pihak tertentu di negara ini, seperti yang disebutkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang cuba meracuni pemikiran rakyat untuk menyamakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia. Apabila peristiwa yang sama merebak di beberapa negara Arab, terdapat beberapa ramalan yang boleh dibuat.

Terbaharu ialah di Libya, juga berhadapan dengan krisis dan rakyatnya turun ke jalan raya. Pada awalnya, apa yang berlaku di Libya itu adalah jangkitan dari Mesir kerana golongan minoriti yang gagal dalam proses pemilihan pemimpin secara undang-undang telah menggunakan kekerasan. Namun bukan itu isunya.

Akhirnya, apa telah terjadi ke atas Libya. Dua hari lepas, negara yang dipimpin Muammar Gadaffi yang sebelum ini sangat terkenal sebagai anti barat telah diserang oleh tentera bersekutu yang diketuai Amerika. Dan, apabila itu berlaku, siapakah yang untung?. Rakyat Libyakah atau siapa? Hakikatnya, rakyat Libya yang sebelum ini ghairah turun di jalan raya telah diserang oleh tentera yahudi. Bagi saya, yahudi ada agenda di Libya dan ia bukan rahsia lagi kerana Libya adalah negara Arab yang sangat kaya dengan hasil minyaknya.

Sebelum itu, yahudi mencuba hal yang sama di Iran, namun usaha mereka ternyata gagal kerana ketegasan pemimpin Iran dalam menangani keganasan di negaranya telah menyelamatkan mereka.

Di sinilah pengajarannya. Kita di Malaysia, jangan terpedaya dengan pelbagai pendekatan keganasan yang cuba dicetuskan pihak tertentu. Jangan terlalu ghairah dengan kemahuan melangit sehingga tergamak menggadai maruah negara sendiri. Ingat, sekali lagi kita dijajah, kita tidak mungkin akan dimerdekakan lagi.

Apa yang saya lihat, tali barut yahudi terutama Amerika ada di mana-mana. Mereka ini sanggup dan tergamak melakukan apa sahaja demi kuasa dan kepentingannya. Amerika juga tidak mustahil sepertimana yang sering diperkatakan orang, mereka boleh menggunakan manusia tertentu di negara tertentu untuk diperalatkan.

Lihat apa yang berlaku di Libya sebagai contoh, negara mereka kini berhadapan dengan peperangan pula yang sengaja dicetuskan oleh tentera asing kononnya untuk menyelamatkan Libya sedangkan tindakan memerangi oleh Amerika telah menyebabkan lebih banyak nyawa melayang.

Kita cuma bimbang, tali barut yahudi juga ada dekat dengan kita ... berhati-hatilah.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 22 Mar 2011 09:09 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Video Seks "Anwar": Permainan Politik Siapa?

Posted: 21 Mar 2011 10:53 PM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 22 Mar 2011 07:31 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


No 2...Malaysia

Posted: 21 Mar 2011 06:21 PM PDT

KP serta barisan jawatankuasa PUcTD,mengucapkan selamat datang ke Daerah Kuala Langat kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Tarikh,masa dan tempat akan dimaklumkan sedikit masa lagi..tungguuu..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Apo Kono Eh Jang!

Posted: 22 Mar 2011 07:25 AM PDT

Apo Kono Eh Jang!


Anwar bawa politik lucah dalam Malaysia.

Posted: 22 Mar 2011 03:50 AM PDT

Spy teringat balik cerita lama ditengah-tengah kepanasan isu video seks kononnya pemimpin kanan Pakatan ni. Ini semua pasal Anwar dan nafsu buasnya lah.. Biasanya didalam politik, kalau ada terkait dengan skandal lucah ni, alamat berakhirlah karier ahli politik tu.

Korang cuba tengok, dulu Bill Clinton terpaksa letak jawatan sebagai Presiden Amerika pasal ada skandal blow job dengan Monica Lewinsky didalam White House. Bukan senang bai nak lepaskan jawatan Presiden ni tau..

Lepas tu.., Chua Soi Lek pulak terpaksa berundur dari MCA pasal tersebarnya aksi "menyemai DNA" didalam sebuah hotel. Yang ni pun mesti malu giler nak hadapi masyarakat dan family.

Tapi lain pulak pe'elnya dengan Anwar. Dua kali kena naik mahkamah atas pertuduhan main bontot, dan sekali disyaki menceroboh "tanah kebun" milik orang lain, Anwar tetap maintain alim kucing dia.

Selamber kodok saja Spy tengok muka Anwar bila berhadapan dengan masyarakat. Spy admire lah dengan kemahiran berlakon Anwar ni. Memang poyo gila…

Ini bukan seinci punya tebal kulit muka ni… Spy rasa dah tebal macam tembok cina kulit muka Anwar tu bai. Terbaru, ada pulak kata video dia main dengan pelacur di Hotel KL dah tersebar. Dahsyat tuuu..

Sekarang ni politik Malaysia dah dicemari dengan segmen kelucahan melampau. Ni semua gara-gara manusia anugerah tuhan, Anwar Ibrahim. Dia yang bertanggung jawab bawak masuk elemen lucah dalam politik Malaysia.

Paper pun tak payah lagi tunggu cerita orang rogol orang semata-mata nak lariskan jualan dorang. Main saja cerita Anwar di mahkamah, macam-macam ada yang boleh buatkan pembaca dorang berfantasi…

Tak salahlah kalau Spy kata, Anwar dah boleh ditabalkan sebagai Raja Skandal di Malaysia. Dan mungkin 20 atau 30 tahun akan datang, Anwar akan diingati sebagai Bapa Seks Negara.

Apa yang buatkan Anwar hebat adalah, bukan saja pompuan dia bedal…, jantan pun dia balun sama. Itulah klasiknya nafsu Anwar Bin Ibrahim.

Malangnya, semua ni berlaku dalam negara Malaysia yang digelar sebagai negara Islam. Tambah malang lagi, segala maksiat Anwar disokong dan di"halal"kan oleh parti PAS yang mengaku dorang lebih beriman.

Agak-agak Malaysia boleh kena bala tak kalau macam ni? Nampaknya Spy kena migrate ke Medan secepat mungkin lah… Bahaya oooo kalau duduk dalam satu negara yang sama dengan Anwar Ibrahim… Takutttt terkena tempias bala… keh keh keh…

Video Seks: Apa Bukti MalaysiaKini Kata BN/UMNO Yang Jadi Dalang?

Posted: 21 Mar 2011 10:18 PM PDT

Media upahan Kerajaan Selangor, MalaysiaKini dengan senang hati tanpa ada sedikit kerisauan pun menuduh kerajaan BN dan UMNO sebagai dalang disebalik video panas yang didakwa Anwar terlibat.

MalaysiaKini dipetik:

'How much more evil can the Umno government inflict on one man? Sodomy, adultery, stripped, jailed and assaulted. Enough is enough.'


Apa bukti pun takde, tiba-tiba tuduh kerajaan BN?

Lepas tu dikaitkan pula pemimpin BN yang konon terlibat dengan kes pembunuhan seorang model. Ooii, apa bukti MalaysiaKini ada nak mengatakan sedemikian? Akuan bersumpah yang bertukar selang sehari itu ke jadi bukti? Yang ini bukti video pun taknak terima, SD yang bertukar selang sehari itu pulak yang lebih diagungkannya

MalaysiaKini toksah nak berselindung di sebalik komen pembacalah, bukan kita ni bodoh pun.

Kementerian Dalam Negeri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia digesa bertindaklah ke atas MalaysiaKini in. Tidak boleh selamanya dibiarkan mereka menyebarkan fitnah yang boleh menyebabkan ketenteraman negara terganggu.

Begitu juga dengan BN dan UMNO.

Jika kita diam, makin dipijak-pijaknya kepala kita. Selain dari wartawan yang dipanggil semalam dan kumpulan Datuk T ini, tiada siapa yang lain pernah melihat video tersebut. Kalau video pun tak tengok lagi, macam mana pulak dengan senang hati tuduh BN/UMNO jadi dalang?

Macam ini selamanyalah pemimpin pembangkang akan terlepas dari tindakan undnag-undang walaupun melanggar undang-undang. Bila tertangkap saja konspirasi, terakam saja politics ploy.

Jijik betul…

Kita cabar Anwar berhadapan isu ini secara jantan, bukan mengelak macam dalam kes liwat Saiful. Bagi kerjasama penuh dengan polis untuk menyiasat. Hal-hal macam zina ni pasti akan memercikkan DNA, DNA ini boleh menyelamatkan Anwar daripada tuduhan kalau betul bukan dia.

DNA lagi. Anwar banyak akronim dalam hidupnya yang dia berani berhadapan tapi bab DNA ni ada pengecualian.

Bukan MalaysiaKini saja, majoriti rakyat pun nak tau siapa dia lelaki dalam rakaman tersebut. Benda ini penting pasal Anwar akan jadi Perdana Menteri kalau Pakatan menang besok. Takkan kita nak ber Perdana Menterikan dengan jenis yang hentam depan belakang secara haram?

Utusan Malaysia yang dituduh media UMNO itupun beri lapuran yang tidak berat sebelah dalam kes video lucah ini. Tidak pun semborono menuduh Anwar sebagai pelaku yang terlibat sebaliknya penafian Anwar disiar besar-besar. Kenapa MalaysiaKini yang declare tidak berpihak ini pula dengan berani menuduh UMNO/BN?

Sama ada sedar atau tidak, semua ini berlaku dikala pembangkang menuduh kerajaan menyekat kebebasan bersuara dan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana pihak yang berani mengkritik kerajaan. Tapi lihatlah bagaimana MalaysiaKini bebas membuat tuduhan paling tidak berasas yang konon tulisan oleh pembacanya.

Apa pun tindakan perlu diambil ke atas MalaysiaKini – media upahan Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan