KOMENTAR : Pada 1998 satu gerakan tersusun menyusup masuk dalam Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra di mana Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung. Anasir ini membekalkan buku "50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi Perdana Menteri" dalam beg cenderamata perhimpunan.
Anwar berang dengan perbuatan licik itu dan membuat laporan polis. Beliau berasa difitnah. Polis pun menyiasat. Anwar pula mengarahkan peguam untuk menyaman penerbit buku itu, Allahyarham Khalid Jafri.
Akhirnya, dalam usaha mahu membersihkan namanya dari pelbagai fitnah yang terkandung dalam buku itu, siasatan polis itu beralih kepada Anwar sendiri. Natijahnya kini sejarah. Anwar dibicarakan, dan dalam proses itu pelbagai cerita menggiurkan didedahkan di mahkamah.
Namun separuh jalan, mahkamah memutuskan untuk menolak cerita-cerita seks yang dikatakan membabitkan Anwar dan akhirnya tuduhan dipinda dan Anwar disabitkan atas tuduhan rasuah dan salahguna kuasa. Dia pun dipenjarakan.
Hari ini, skrip hampir sama berulang. Seorang yang memperkenalkan dirinya Datuk "T" menayangkan video seks yang menggambarkan perlakuan seks membabitkan lelaki seiras Anwar.
Malah Datuk T berkata, beliau akan mengirimkan salinan video itu kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya. Beliau memberi mereka tempoh seminggu untuk meletakkan semua jawatan politik.
Datuk T menegaskan bahawa beliau tidak mahu membabitkan kerajaan dalam kes ini. Jika pemimpin terbabit tidak mahu meletak jawatan beliau akan menggerakkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan menubuhkan pasukan bertindak khas untuk membuat siasatan forensik terhadap video berkenaan.
Meskipun Datuk T tidak mahu kerajaan terbabit, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddiin Hussein tidak dapat mengawal "kegayatan dan naluri politiknya" untuk memberi komen terhadap kemunculan video seks ini.
Hishamuddin berkata, orang yang terbabit dalam video seks, jika berasa dirinya difitnah, harus buat laporan polis. Biar polis siasat. Anak Perdana Menteri Ketiga ini berkata, polis tidak sama sekali terbabit dalam pembikinan video ini. Aneh!
Siapa yang bertanya dan mengapa pula menteri ini perlu menafikan pembabitan polis dalam pembikinan video yang beliau sendiri dakwa "belum tonton dan mungkin tidak akan menontonnya?"
Namun beliau berkata, jika video itu benar membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat, maka terpulanglah kepada rakyat untuk menilai peribadinya. Apakah itu sebenarnya matlamat Datuk T dan mereka yang bersengkongkol dengannya -- bina persepsi atau prasangka terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat?
Kemunculan video seks kali ini ditayangkan secara teratur – jemput wartawan tempatan pada sebelah pagi dan wartawan media asing pada sebelah petang – di hotel ternama di Kuala Lumpur.
Bayangkan betapa banyak yang perlu dibelanjakan oleh Datuk T! Sudah tentu ini projek besar yang memerlukan biaya daripada institusi yang kukuh kewangannya.
Nampaknya, kempen untuk mengaib dan membunuh kerjaya politik Anwar ini tidak pernah mengubah temanya. Sejak 1998 sasaran musuh politik Anwar ialah pegangan moralnya. Ini membabitkan kes mengurat isteri orang, liwat dan, amalan zina. Anehnya, soal yang menjadi senjata utama Anwar terhadap seteru politiknya – salah guna kuasa, dan rasuah tidak pernah cuba digunakan terhadap Anwar.
Ini menunjukkan bahawa musuh Anwar tidak dapat mencari fakta atau merekacipta bukti membabitkan Anwar dalam amalan curang ekonomi seperti rasuah.
Sebaliknya, mereka mencongak jika maruah Anwar boleh dipertikaikan, tuduhan Anwar terhadap amalan salah guna kuasa dan rasuah, pemimpin-pemimpin politik Umno-BN akan larut begitu sahaja dan dilupakan orang.
Begitu juga dalam kes mahkamah yang membabitkan konspirasi liwat kedua yang sedang berlangsung. Apabila melihat hakim menolak bukti rekacipta polis, Umno dan konco-konconya berdemonstrasi menagih Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau. Jika tidak, ia membuktikan Anwar takut kerana bersalah.
Namun kerana corak dan tema dakwaan terhadap Anwar ini sama sahaja, ia menggambarkan betapa dangkalnya pemikiran politik musuh-musuh Anwar. Mereka cuba menabur persepsi bahawa sebagai seorang yang bermoral rendah (seperti kata musuh nombor satu Anwar, Dr Mahathir Mohamad) Anwar tidak layak jadi pemimpin.
Apa yang menakutkan mereka sekarang sebenarnya ialah, bagaimana jika kerjaya politik Anwar terus mekar selepas pilihanraya negeri Sarawak dan kemudian pilihanraya umum ke-13? Dan, Anwar benar-benar jadi pemimpin utama negara? Maka teruslah mereka berpaut kepada modal tohmahan video seks dan kes liwat dengan harapan rakyat percaya.
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur bagi membuat laporan polis berhubung pita video seks yang dipertontonkan kepada media, semalam.
Beliau diiringi tidak kurang 50 penyokongnya dan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, tiba pada jam 10.45 pagi.
Anwar, pada sidang media petang semalam, menafikan lelaki yang mirip wajahnya dalam video 17 minit yang dipaparkan melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di sebuah hotel yang tidak dikenali, adalah dirinya.
Hadir sama, ahli parlimen dan pemimpin PKR lain seperti R Sivarasa, Tian Chua dan M Manikavasagam, setiausaha PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, naib presiden PKR N Surendran dan ketua pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.
Anwar kemudian masuk ke balai polis dengan ditemani Surendran, ketua biro undang-undang PKR, Latheefa Koya dan peguam Fadiah Nadwa Fikri.
Penyokongnya yang menanti di luar membawa dua sepandulkyang melabelkan video berkenaan sebagai 'Fitnah II++' dan tertera perkataan 'bangun wahai rakyat... bangun demi keadilan'.
Di samping itu mereka juga melaungkan "Reformasi" dan "Hancur BN".
Lenyapkan karier
Anwar yang selesai membuat laporan jam 12 tengahari tadi mendakwa video seks itu sebagai cubaan melenyapkan karier beliau sebagai ketua pembangkang.
"Tayangan video lucah yang merupakan jenayah berat dibiarkan dan ini tidak mungkin tanpa penglibatan perdana menteri dan menteri dalam negeri termasuk pihak atasan PDRM," katanya di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Beliau juga menggesa polis bersikap profesional selain tidak membiarkan agensi itu dimanipulasi ahlipolitik Umno-BN.
Menurut Anwar, tayangan video lucah terbuka merupakan kesalahan jenayah dan indvidu yang bertanggungjawab perlu didakwa.
"Ini menunjukkan polis memilih. Kalau saudara tentang dan hina Anwar, boleh lakukan segala jenayah. Boleh pukul, boleh sebar kenyataan video lucah. Ini terbukti dan saya mahu tindakan diambil."
Justeru, ketua pembangkang itu memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak mengulangi kekejaman mereka sebagaimana yang dilakukan pada 1998 sehingga melibatkan penderaan fizikal terhadap dirinya.
"Saya beri ingatan kepada menteri dalam negeri, jangan guna laporan polis untuk menutup kesalahan jenayah mereka dan mengugat kerja saya dalam politik.
"Kenapa kes Port Dickson masih belum disiasat secara terperinci? Saya akan lawan mereka," kata Anwar sambil disahut laungan penyokong-penyokong yang hadir.
Negara digemparkan dengan pendedahan video seks lucah oleh individu bernama Datuk T di hotel Carcosa Seri Negara semalam.
Dalam laporan polis yang diedarkan kepada wartawan, Anwar berkata tindakan mereka di sebalik video berkenaan ada berunsur jenayah, intimidasi jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi melakukan jenayah terhadapnya.
Individu yang bergelar Datuk T semalam turut mengugut untuk mededahkan video tersebut kepada umum sekiranya Anwar dan isteri yang juga presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak meletakkan jawatan dalam masa seminggu.
DUN Selangor berjaya mendapat perakuan mahkamah bahawa jawatankuasa Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) merupakan jawatankuasa sah mengikut undang-undang.
Speaker Datuk Teng Chang Khim berkata, perakuan itu didapati melalui satu keputusan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
Teng (dua dari kanan) berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam itu memutuskan bahawa keputusan dalam sidang dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.
"Mahkamah bersetuju bahawa keputusan yang dibuat oleh DUN dilindungi oleh Perkara 72 dan Perkara 77 Perlembagaan Persekutuan," kata Teng dalam satu sidang akhbar di pejabatnya hari ini.
Keputusan mahkamah itu mengenepikan satu saman yang dikemukakan oleh tiga orang ADUN BN yang cuba mendapatkan perisytiharan bahawa jawatankuasa Selcat tidak sah.
Tiga wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Raja Ideris Raja Ahmad, Hasiman Sidom dan Wong Koon Mun.
Tindakan pada isteri Khir Toyo
Sehubungan itu juga, Teng juga meminta Peguam Negara supaya mengambil tindakan ke atas isteri bekas menteri besar Selangor Datin Zaharah Kechik.
Katanya, Zaharah tidak menghadiri sidang Selcat walau telah dipanggil sebagai saksi.
"Itu berlaku pada penggal pertama Selcat di mana (Zaharah) telah dipanggil sebagai saksi tetapi tidak hadir.
"Maka ia merupakan kesalahan di bawah enakmen penghinaan dewan 2009 yang sekarang ini disahkan oleh mahkamah sebagai undang-undang sah.
"Oleh itu saya menggesa Peguam Negara mengambil tindakan untuk mendakwa beliau kerana melanggari peruntukan enakmen penghinaan dewan.
"Tidak ada perkara yang was-was lagi untuk mereka laksanakan," kata Teng lagi.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) supaya membayar tunggakan royalti minyak dan gas.
Keputusan dibuat oleh hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof setelah mendengar hujah pihak-pihak yang terbabit selama satu jam 20 minit di kamar beliau.
Kerajaan pusat diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi manakala kerajaan negeri Kelantan pula oleh peguam Tommy Thomas. Petronas pula Cecil Abraham dan Rishwant Singh.
Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan.
Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Nov lalu, antara alasan yang dikemukakan oleh kerajaan pusat ialah kerajaan Malaysia wajar dijadikan defendan dalam kes ini, supaya semua perkara yang dipertikaikan boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan selengkapnya.
Ia juga agar persoalan dan isu-isu perundangan yang berbangkit atau berhubung dengan relif yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan adalah adil dan sesuai diputuskan antara kerajaan Malaysia dan Petronas.
Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.
Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.
Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.
Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.
PAS menafikan presidennya, Datuk Seri Hadi Awang bercanggah pendapat dengan DAP isu pengharaman judi di negara ini, laporHarakahdaily.
Sehubungan itu, setiausaha politik presiden PAS itu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu kenyataan, berkata parti itu membantah laporan berita yang dimuatkan dalam portal beritaMalaysiakini dandi the Star.
"Adalah dengan ini ingin dipertegaskan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah menyebut sama sekali perkara yang dinyatakan sebagaimana di atas dalam ceramah beliau di Jerteh pada Sabtu lepas atau bila-bila masa di mana-mana tempat," katanya.
Justeru, kata Ahmad Samsuri persoalan bahawa PAS bercanggahan dengan DAP dalam isu berkenaan adalah tidak berbangkit sama sekali.
Tambahnya, rakaman ucapan presiden PAS itu boleh dirujuk di web www.terengganukini.net.
"Kami amat kesal dengan pemberitaan yang salah ini dan meminta kepada pihak yang melaporkannya untuk memohon maaf secara terbuka dan seterusnya menarik balik berita berkenaan dengan membuat pembetulan terhadap kesilapan yang sangat besar itu," katanya.
Artikel berita yang yang dimuatkan dalam Malaysiakini dengan tajuk'DAP clashes with PAS over gambling ban, again' semalam itu dipetik daripada beberapa akhbar harian Cina.
Ia melaporkan Hadi sebagai berkata PAS akan melaksanakan dasar Islam apabila berkuasa nanti. Ini termasuk mengharamkan perjudian di seluruh negara dan persetujuan mengenai perkara berkenaan telah dicapai dengan parti-parti Pakatan lain.
Ia merujuk perenggan enam dan tujuh iaitu:"According to reports by Chinese dailies Nanyang Siang Pau and China Press, Hadi allegedly announced during a rally in Jerteh last Saturday that PAS would implement Islamic policies should the party come to power, including a nationwide ban on gambling.
"He was quoted as saying that the other Pakatan parties had reached a consensus with PAS over the matter."
Manakala the Star hari ini pula 2011 juga melaporkan berita dengan tajuknya: 'Hadi: Pakatan will ban all gambling in Islamic state.'
PETALING JAYA 21 MAC: Walaupun dikaitkan dengan pelbagai fitnah termasuk digelar agen Yahudi, pengamal hemoseksual dan terbaru dikaitkan dengan video rakaman seks yang diedarkan hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah hilang sokongan rakyat.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata, semakin liar tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar, ia hakikatnya menguatkan sokongan rakyat kepada Ketua Umum PKR itu.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang tadi, Saifuddin menganggap kebangkitan rakyat tidak akan disekat melalui klip video lucah yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang.
Malah katanya, sejak dari awal penubuhan parti itu telah dikecam dengan pelbagai tomahan namun masih berjaya dibuktikan dengan sokongan rakyat untuk membebaskan negara daripada cengkaman politik Umno-Barisan Nasional (BN).
"Ujian sokongan sebenarnya pada pilihanraya. Kita bermula dengan lima kerusi Dewan Undangan Negeri. Datuk Seri Anwar turut diserang (sebagai) agen asing, agen Yahudi, pengkhianat Melayu dan bermacam lagi. Kita masuk pilihanraya lagi sehingga 2008, kita mampu memenangi sehinggi 31 parlimen dan 43 Dewan negeri dengan 1.5 juta sokongan pengundi," ujar Saifuddin.
Negara hari ini digemparkan dengan tayangan video lucah yang didakwa melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh individu bergelar Datuk T.
Dengan kehadiran ketua-ketua editor media arus perdana dan anggota Unit Khas PDRM, video tersebut ditayangkan selama 21 minit.
Namun pengamal media tidak dibenarkan mencatat sebarang nota atau membuat rakaman ketika ianya ditayangkan di Carcosa Seri Negara pagi tadi.
Rakaman tersebut dilakukan pada 21 Februari tahun ini dengan peralatan kamera canggih bertujuan untuk memerangkap Anwar dan kepimpinan PKR.
Seterusnya individu bergelar Datuk T itu turut mengugut untuk mendedahkan video itu sekiranya Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu.
Anwar seterusnya menafikan perkara itu dalam sidang media yang sama dan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi jam 10.30
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dakwaan terbaru rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengannya, merupakan konspirasi peringkat tertinggi melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Anwar, video palsu itu tidak mungkin didedahkan tanpa penglibatan Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Rais dan pihak atasan polis.
"Pihak atasan polis, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri tahu tentang perkara ini (tayangan) dan membiarkan ia berlaku," kata Anwar ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi tengahari tadi.
Anwar yang kebiasaanya ceria, hari ini kelihatan serius sewaktu memberikan beberapa sebab, mengapa beliau mengatakan video tersebut merupakan konspirasi jahat pihak atasan bagi menjatuhkan karier politiknya dan menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.
"Pertama ia anjuran cara terbuka kepada wartawan, editor kanan dan mereka ditayangkan secara terbuka video lucah. Bolehkah di negara ini, di Carcosa Sri Negara dan beberapa tempat lain tayangan video lucah diadakan, yang merupakan jenayah berat," kata Anwar.
Jangan guna laporan polis untuk tangkap saya- Anwar
Anwar seterusnya mengingatkan polis agar tidak menggunakan laporan yang dibuatnya sebagai alasan untuk menangkapnya seperti yang berlaku sewaktu kes Fitnah pada 1998 dahulu.
"Pada tahun 1998, kita buat laporan polis, kita yang didera.
"Saya ingatkan Menteri Dalam Negeri, jangan guna laporan polis untuk tutup kesalahan mereka dan gugat kerjaya saya dalam politik," kata Anwar dengan tegas.
Anwar juga sempat menempelak Najib dan Hishammuddin yang cuba 'cuci tangan' dari awal-awal lagi menafikan penglibatan mereka walau pun siasatan polis belum dilakukan.
"Najib dan Hishamuddin semalam menafikan mereka terlibat. Kenapa apologetik?," tanya Anwar.
Anwar juga tidak menolak video fitnah terbaru ini direka cipta kerana pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik kes Fitnah II menjangkakan mereka akan kalah dalam kes itu.
You are subscribed to email updates from AMK KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
(Dia interbiu Saiful, dia bagi keje Saiful, dia bayar gaji Saiful, dia bawak Saiful ke Hong Kong, Bangkok & Singapura, dia didakwa "kunyitkan" Saiful- YAB Dato' Sri Najib yang salah?)
Salam 2 all.
Kelihatan ramai yang syok sembang cerita videoseksual Datuk T sejak semalam. Malahan ada yang menyatakan teman sendiri tekah membuat pertuduhan keatas manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan melalui kenyataan yang disiarkan oleh televisyen! Na'uzubillah, begitu bebal dan pendek aqal manusia zaman kini!
Teman telah membuat kenyataan jelas didalam blog semalam, yang terang-terang teman katakan kita semua perlu berhati-hati. Ini isu besar. Teman tak pernah kata pun Jantan-X tu Anwar, apatah lagi menuduh dia Jantan-X yang "menyudu" dalam videoseks itu. Sebenarnya kenyataan teman kepada media ialah, "mengikut kenyataan rakan-rakan yang sudah melihat videoklip tersebut,memang sah orangnya!" Cuma media siarkan bahagian "memang sah orangnya", tapi ayat awal tak keluar. Alhamdulillah dan nasib baik teman sudah buat kenyataan melalui penulisan di blog sebelum siaran tivi keluar, yang jelas membuktikan pendirian teman dalam isu ini.
Tapi malangnya ada segelintir badut ingusan mana tak tahu, yang baca kenyataan teman pun tak, terus main terkam hanya kerana dengar kenyataan ditelevisyen. Dengar cerita dulu sampai nak buang tivi, tak mahu dengar dah. Kapior lah, pasik lah!!! Tapi rupanya percaya gobloq jugak! Bacalah dulu kenyataan teman sendiri yop. Yang mike nak pergi dengar tivi sahaja buat apa, kenyataan teman terang tertulis didalam blog. Nak kata bodoh dia sekolah, nak kata sekolah cakap macam orang terencat aqal..gobloq dong!!!
Sebenarnya tiada siapa pun yang membuat apa-apa kenyataan mengaitkan Anwar dengan video seks itu. Semua media, termasuk pro pembangkang tak sebut langsung nama manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan ini sebagai Jantan-X tersebut. Tau-tau dia sendiri bukak pekung dengan buat kenyataan akhbar menafikan dia Jantan-X dalam videoseks tersebut. Takde angin takde ribut, yang mike nak melenting tak tentu pasal tu apa ke he yop! Yang si bini pun, tengok video tu pun tak lagi nak melenting pasal apa. Tengoklah dulu, kot mike boleh cam "sudu" Jantan-X tu!!!
Apa yang teman musykilkan ialah kenapa Anwar begitu cepat dan tangkas menafikan. Jantan-X dalam videoseks tersebut. Siap bukak baju nak tunjuk perut lagi. Siap buat repot polis lagi. Anwar Berahim buat repot polis? Aik, kata tak percaya polis, polis jahat, polis jeles, polis dengki, polis pukul, polis itu polis ini. Anak pompuan dia siap tuduh ni negara polis lagi! Tiba-tiba dengan langkah bak Hang Buah dia berpencak membuat repot polis! Dengar cerita ramai polis menangis kerana terkejut Anwar repot polis minta polis siasat!! Ini tanda kiamat dah dekat ke yop?!
Kalau Anwar begitu tangkas & cepat bak kilat membuat penafian Jantan-X dalam videoseks tu bukan dia (walaupun takde sape tuduh dia pun) sampai bukak baju tunjuk perut, teman cabar Anwar buatlah penafian airmani DNA Jantan-Y dalam dubur Saiful dengan memberikan sampel setitik darah dia!!! Berani Anwar? Ke nak pegang patua Sheikh Karpal PooSingh tak boleh bagi DNA???
Sebenarnya inilah isu besarnya. Isu DNA. Ini muslihat politik kotor untuk mengalih isu DNA. Rakyat mahu tahu siapa Jantan-Y itu. Ulama' PAS nak tahu! Ahli PAS pun nak tahu! Ustad PAS pun nak tahu! Dan seluruh rakyat mahu tahu kenapa Anwar liat dan susah sangat nak bagi sampel darah untuk DNA dia? Apa yang dia takut sangat?
Dan teman maklumat sahih Anwar paling takut kerana sudah ada desakan daripada ulama' dan akar umbi PAS yang memberi katadua supaya Anwar serahkan darahnya untuk ujian DNA, dengan amaran jika tidak diberi mereka akan desak PAS kaji balik hubungan dengan Anwar dan Pakatan syaitan dengan DAP! Itu yang Anwar ketar lutut yop!
Kalau tidak, apa ke hal Anwar tiba-tiba nak mengaku dia bukan Jantan-X dalam videoseks itu. Sekali lagi teman nak tegaskan, tidak ada sesiapa pun yang menuduh Jantan-X itu Anwar. Dia sendiri yang buka pekung mengaku! Siap tunjuk perut yop!!! Ini kerja gila babi yop, babi gila pun tak buat kerja macam ni!!!
Dengan membuka pekung dia bukan Jantan-X, teman tahu Anwar cuba meraih simpati rakyat, sekaligus menutup isu DNA airmani yang bertakung dalam dubur Saiful. Sebenarnya Anwar sudah jem giler. Dia dah tak tahu nak jawab dan putar macam mana lagi isu DNA ini. Dia sudah kekeringan kelentong dan kelentang. Teman kenal sangat Anwar ni yop! Jadi isu Jantan-X dalam videoseks ini cukup menguntungkan Anwar! Apa lagi yop, dia putar abis lah isu ni. Apatah lagi esok 22 Mac 2011, Mahkamah akan buat keputusan tentang permohonan Pendakwaraya untuk sampel darah Anwar diserahkan buat ujian DNA. Isu videoseks ini jalan keluar yang terbaik untuk Anwar!
Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan. Macam dalam kes Saiful. Dia yang interbiu Saiful. Dia yang bagi kerja kat Saiful. Dia yang bayar gaji Saiful. Dia yang bawak Saiful ke Hong Kong, Bangkok dan Singapura. Dia yang yang didakwa "mengunyitkan" Saiful. Tup..tup..YAB Dato' Sri Najib yang salah. Cakap tu biarlah pakai otak sikit yop. ALLAH bagi otak bukan suruh buat sup, tapi suruh berpikior yop oi!!! Pakailah otak tu sikit.
Pada teman, isu videoseks ini adalah masalah peribadi diantara Datuk T dengan Anwar. Biar mereka selesaikan. Samada videoseks tu tulin ke, atau palsu ke, ori ke, Petaling Dtreet ke, atau memang Jantan-X itu Anwar ke, itu bior dema setel sama dema yop. Dan Anwar pun dah buat repot polis, biar Polis siasat. Kalau betul terbukti Jantan-X itu Anwar, biar pihak berkuasa ambil tindakan. Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!!
OK yop, ada mengarti kah itu semua? Pokok pangkalnya, isu besarnya ialah bukan siapa Jantan-X dalam videoseks itu, tetapi siapa Jantan-Y yang "mengunyit" Saiful dan menakungkan airmaninya dalam karung Saiful! Jawapannya ada pada Anwar Ibrahim. Hanya dengan setitik darah, kebenaran & keadilan pasti akan terbukti. Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin Selasa 17 Rabiu'l Akhir 1432 22 Mac 2011 *Gambar Mr T dari the A-Team. Dia belum dapat Datuk lagi yop, kalau tak agaknya dia akan difitnah sebagai Datuk T ;))
Pihak polis mesti menahan segera dan mengambil tindakan keras kepada ‘Datuk T’ kerana terlibat menayangkan rakaman video lucah, kata pengerusi DAP Karpal Singh.
Penayangan video, bertujuan menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan wanita yang tidak dikenali jelas menyalahi undang-undang negara ini, kata Karpal.
Beliau mendakwa terkejut abila mendapat polis belum mengambil tindakan untuk menahan ‘Datuk T’ berhubung perkara itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Karpal berkata, tindakan lelaki misteri itu jelas melanggar Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.
We, the undersigned, want the government to stop Lynas Malaysia Sdn. Bhd. from operating its rare earth refining plant in Kuantan or anywhere in Malaysia.
We do not have faith in the safeguards claimed to have been put in place to ensure that there will not be radioactive leakages neither do we feel assured that the waste will be disposed properly.
We do not want to face a radioactive problem in our backyard and we do not want to subject ourselves or our family members to severe health problems. http://www.thepetitionsite.com/1/stop-lynas/
Siapa Datuk T? Maka mulalah cerita si penglipur lara berhubung kumpulan manusia bergelar “Datuk” yang berkeliaran di bumi 2Malaysia. Tetapi aksi berkeliaran mereka tidak serupa aksi yang dipersembahkan oleh Zarathustra, seorang watak ciptaan ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzsche dalam karya beliau “Thus Speak Zarathustra”.
Zarathustra berlari ke sana ke sini sambil berteriak: Tulislah dengan darah, dan kau akan merasakan bahawa darah adalah roh. Tidak! Kumpulan manusia bergelar “Datuk” tidak menulis tetapi merekacipta dengan roh yang tidak bermaruah. Darah tidak mengalir dalam tubuh badan mereka. Asalkan motif politik tercapai, tidak apa kalau roh menjadi kotor. Begitu kotor dan jijik sehingga darah tidak sanggup mewarnai roh malahan menjauhi roh.
Kumpulan bergelar “Datuk” bukan seorang tetapi beberapa orang. Ada Datuk T, ada Datuk W, ada Datuk M, ada pula Datuk TC. Sebelum itu, memoir Tun M mendakwa kononnya insan bergelar DSAI terlibat dengan kegiatan seks perempuan sementara dakwaan liar liwat sedang dipertikaikan sepanjang proses perbicaraan mahkamah, kini timbul rakaman video seks yang nampaknya cuba membuktikan kesahihan memoir Tun M.
Kebetulankah? Yalah, ini kan bumi 2Malaysia. Apabila wujud rakaman video seks selepas diterbitkan memoir, namanya kebetulan. Segala-galanya hanyalah kebetulan. Melainkan kalau perut buncit watak rakaman video seks diukur dan dibandingkan ukuran berkaitan dengan insan bergelar DSAI, kebetulan muka cun kelihatan sama tinggi juga kerana kecanggihan teknologi. Ini kebanggaan legasi Mahathirisme, apabila teknologi dan politik seks bertembung, segala kemungkinan wujud tanpa syak-wasangka.
Jangan tanya aku siapa Datuk W, Datuk M dan Datuk TC. Aku cuma seorang penglipur lara yang berlari ke sana ke sini menceritakan kisah Datuk T kepada khalayak umum yang minat dengan cerita seks yang penuh misteri. Mungkin pengarang berpengalaman media talibarut bumi 2Malaysia tahu jawapannya. Otak kecil seperti otak durianku tiada jawapan dalam hal ini.
Politik seks yang rendah maruah rohnya
Kalau sebelum ini yang dihebohkan media adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan insan bergelar DSAI meskipun wujud juga spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya, kini yang dihebohkan media ialah dakwaan skandal seks seorang lelaki yang sakit tulang belakang yang gagah beraksi seks.
Sukar hendak diimaginasikan tetapi dipaksakan imaginasi sebegitu rupa oleh politik seks sebegitu rendah maruah rohnya. Sementara itu, kedengaran “jualan mega politik” sedang berlangsung. Bunyinya, jangan lagi kau terpedaya dengan insan bergelar DSAI. “Agenda reform” tidak bersamaan dengan DSAI, malahan juga tidak bersamaan dengan Pakatan Rakyat.
Jangan kau lupakan atau gagalkan “agenda reform” kerana seorang insan bergelar DSAI. Biar kami perkenalkan kau dengan pemimpin tersohor 2Malaysia yang mandi saban hari dengan “agenda reform” bukan “agenda seks”!
Meskipun bapa Mongolia masih menanti-nanti jawapan pembunuhan anaknya, jangan kau terpedaya dengan dakwaan pembangkang. Percayalah kami yang berkeliaran ke sana ke sini dengan “agenda reform tulen”, tidak sama dengan agenda tidak tulen pembangkang, kononnya.
Begitulah cerita si penglipur lara. Setakat ini sahaja ceritanya. Baik aku balik kepada bicara politik otak durianku secara serius.
Politik persepsi
Dalam konteks politik persepsi mencorakkan permainan politik negara, rakyat sekali lagi disuapkan dengan politik seks. Sesungguhnya, kalau sarjana politik ingin mengkaji dan menganalisi kekuatan Pakatan Rakyat dan cabarannya terhadap pemerintahan rejim UMNO-Barisan Nasional (BN), telitilah politik seks selama berdekad lamanya semenjak zaman reformasi.
Apabila politik kotor mensasarkan watak tertentu, dan bahawa “agenda reform” juga dibawa oleh Perdana Menteri bumi 2Malaysia, implikasi tsunami politik nampaknya masih lagi mempengaruhi minda politikus bumi 2Malaysia sehingga segala percaturan politik disasarkan kepada politik seks dan politik persepsi.
Hal ini bermaksud, tsunami politik bukanlah suatu kebetulan seperti yang cuba dibentuk pandangan sedemikian oleh politikus UMNO-BN. Impaknya masih dirasai hari ini tetapi dalam bentuk yang berlainan. Segala politik kotor yang sedang dan bakal berlangsung dalam bumi 2Malaysia menjelang Pilihan raya negeri Dewan Undangan Sarawak dan pilihan raya umum ke-13 akan memberi sebahagian daripada jawapannya. Hegemoni
Untuk menjadikan perbincanganku lebih serius atau sekurang-kurangnya kelihatan serius tanpa dipengaruhi politik seks semasa, izinkan aku bangkitkan satu konsep politik – hegemoni – dan kongsikan pemahamanku dengan kalian yang mungkin masih asyik dengan babak-babak politik seks tidak bermaruah.
Hegemoni, satu konsep politik yang dipopularkan oleh teoritikus politik Itali Antonio Gramsci. Pembentukan hegemoni diutamakan oleh rejim pemerintah untuk mengekalkan pemerintahan, kalau mungkin untuk selama-lamanya seperti yang diinginkan oleh rejim UMNO-BN. Pembentukan hegemoni tidak sekadar dilakukan melalui penggunaan kuasa paksaan tetapi juga melalui kuasa pujukan.
Namun, sama ada kuasa paksaan seperti penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau kuasa pujukan seperti pengumuman satu per satu Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP), tujuannya tidak lain tidak bukan untuk mengekalkan tampuk pemerintahan untuk selama yang mungkin.
Untuk memungkinkan pengekalan rejim UMNO-BN, pembentukan persetujuan secara aktif dalam kalangan rakyat adalah penting dan akan dilakukan siang dan malam malahan tanpa segan silu taktiknya asalkan berkesan dalam mengekalkan hegemoni UMNO-BN atau untuk mengelakkan keretakan yang terlalu besar apabila berdepan dengan cabaran kuasa pembangkang yang terlalu kuat.
Pembentukan persetujuan secara aktif sedang dilakukan melalui manifestasi politik persepsi dan politik seks di bumi 2Malaysia. Apabila terlalu banyak digunakan kuasa paksaan, masih khalayak umum akan rasa marah dan bangkit dengan demokrasi jalanan seperti yang disaksikan di negara-negara rantau Timur Tengah dan Afrika Timur. Gabungan Najibnomics dan Mahathirisme
Percubaan menggunakan kuasa pujukan seperti slogan 1Malaysia pula berdepan dengan cabaran-cabaran kuat seperti isu kontroversi kitab Injil dalam bahasa Melayu. Malahan persetujuan aktif yang ingin dibentuk berhubung kejayaan transformasi ekonomi Najib Razak juga berdepan dengan tamparan hebat apabila laporan Bank Amerika Merrill Lynch menyatakan bahawa Malaysia merupakan pasaran paling tidak popular untuk kedua-dua “global emerging market” (GEM) dan pengurus dana Asia Pasifik sementara tinjauan Dewan Bersekutu Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCCIM) mendapati bahawa rata-rata peniaga Cina tidak yakin dengan “agenda reform” ekonomi Najib!
Sementara itu, Buku Jingga kini semakin kuat impaknya dalam memperkasa kuasa counter-hegemoni yang dibentuk oleh Pakatan Rakyat dan masyarakat madani. Jelas, kemuncak Najibnomics kini berdepan dengan jalan buntu. Berhadapan dengan kegagalan bentuk-bentuk kuasa paksaan dan kuasa pujukan dalam membentuk persetujuan bahawa Kerajaan UMNO-BN benar-benar melakukan “agenda reform” di bawah pimpinan Najib, dan apabila terbukti bahawa manifestasi Najibnomics nampaknya tidak memberikan impak sebesar yang diharapkan untuk memperkasa strategi rejim — UMNO-BN berhadapan dengan keretakan hegemoni yang terlalu besar dan kuasa counter-hegemoni yang semakin kuat, maka kini kembalilah manifestasi Mahathirisme yang menonjolkan politik seks secara liar.
Kini gabungan Najibnomics dan Mahathirisme juga mengambil tempat dalam konteks di mana pilihan raya negeri dan umum akan datang bakal menentukan masa depan negara. Ia bukan untuk memaksa dan bukan untuk memujuk rakyat – menceritakan dengan panjang lebar apa yang baik dengan regim BN. Ia cukup sekadar untuk memusnahkan keyakinan ramai terhadap pembangkang dan ketuanya. Jangan kita terpedaya dengan politik persepsi bercorakkan seks yang keterlaluan sehingga melupakan erti sebenar tsunami politik 2008 – untuk membawa harapan baru kepada tanah air yang dicintai kau dan aku.
PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG [ WANGSA MAJU ] TARIKH : 16 MAC 2011 (Minta maaf kerana terlupa post soalan/jawapan ini pada 16-03-2011.) SOALAN : Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bahawa memandangkan peningkatan ketara kes-kes jenayah di negara ini, apakah tindakan yang telah [...]
Hebat betul polis di Iran, kalah polis Malaysia rasanya. Guna Mercedes C200, jaket kalis peluru dan jaket kulit, tapi bukan kereta peribadi mereka, ianya adalah kereta peronda MPV mereka. Macam ni, barulah penjenayah gerun. Polis Malaysia tak jealous ke dengan polis Iran. Dengan pelbagai sekatan ekonomi Iran boleh perlengkapkan pasukan polis mereka, kalau tak ada sekatan ekonomi agaknya pakai Bugatti Veyron.
Kalau Malaysia dikenakan sekatan ekonomi, pakai apa agaknya polis peronda kita?
Dedahkan segala maklumat loji Lynas, kata bekas pakar geologi Oleh Shannon Teoh - The Malaysia Insider March 22, 2011
KUALA LUMPUR, 22 Mac — Kedua-dua kerajaan Australia dan Lynas Corporation digesa tampil menjawab banyak soalan yang masih belum dijawab berhubung loji pemprosesan nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng dekat Kuantan, kata seorang bekas pakar geologi kanan kerajaan.
Bekas pegawai Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia (GSM) itu juga berkata, ketiadaan ketelusan bermakna sukar bagi pihak ketiga dengan kepakaran teknikal untuk menawarkan pandangan mengenai kemungkinan bahaya alam sekitar ekoran kerja-kerja pemprosesan itu.
"Ada banyak soalan tanpa jawapan," kata Wong Yew Choong kepada The Malaysian Insider semalam.
Wong berkata beliau telah menjalankan siasatan mengenai radiasi kepada GSM, yang kini sebahagian daripada Jabatan Mineral dan Geosains lewat 1980-an bagi loji Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.
Loji itu kemudian ditutup pada 1992 ekoran protes awam.
Hampir dua dekad kemudian loji itu yang dikaitkan dengan lapan kes leukemia di kalangan penduduk tempatan masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan yang menelan kos RM303 juta.
Lynas berharap untuk memulakan operasinya di Gebeng menjelang September ini, untuk bersaing dengan China yang menguasai 95 peratus pasaran nadir bumi.
Syarikat itu menjangkakan pulangan hampir RM8 bilion setahun bermula 2013.
Bagaimanapun di sebalik krisis nuklear di Jepun ekoran bencana berganda baru-baru ini, laporan New York Times mengenai operasi itu awal bulan ini menyebabkan kebimbangan dan mencetuskan polemik baru mengenai isu tersebut.
Sehubungan itu, Wong berkata, seolah-olah kelihatan sebagai "rahsia kerajaan tidak membolehkan rakyat mengetahui butiran projek yang sedang dibangunkan itu."
"Rakyat seharusnya boleh memperoleh pandangan pihak ketiga, bukan daripada kerajaan ataupun Lynas, mengenai kesemua aspek," kata beliau.
Lynas berulang kali menegaskan, logam nadir bumi yang akan diproses di Gebeng hanya mempunyai dua peratus elemen radioaktif, torium yang wujud dalam bahan mentah digunakan di Bukit Merah.
Bagaimanapun, Wong BERKATA MENURUT TULISAN AKHBAR AMERIKA SYARIKAT ITU LOJI TERSEBUT AKAN MEMPROSES 10 KALI GANDA NADIR BUMI DAN BOLEH MENYEBABKAN JUMLAH SISA PEMBUANGAN RADIOAKTIF DALAM JUMLAH YANG BANYAK.
"Sementara saya ragu-ragu dengan respons bahawa bahan mentah hanya akan mempunyai 0.16 peratus kandungan torium, ia masih satu kadar yang besar jika mereka hendak memproses beratus tan bahan mentah," katanya lagi.
Malah kata beliau, bahaya radiasi akan terus mengalami pertumbuhan daripada himpunan sisa buangan dan juga debu yang dilepaskan ketika pemprosesan.
Pakar alam sekitar dan penduduk di Kuantan menuntut butiran operasi loji itu daripada Lynas dan pihak berkuasa tempatan.
PRIHATIN...Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan kepada pemilik rumah usang
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Sembilan bergotong royong membaiki bumbung sebuah rumah yang berusia lebih separuh abad di Batu 3, Jalan Jelebu, Ampangan pada 19 Mac lalu.
Selain membaiki rumah yang dibina pada 1937 itu, pimpinan AMK negeri yang diketuai Mohd Nazree Yunus turut memberi sumbangan barang keperluan harian kepada pemilik rumah berkenaan.
Program Ziarah Mesra Rakyat itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan Rashid Latif; ADUN Ampangan, Adun Sikamat, Aminudin ADUN; Ketua Cabang Seremban, Dr Azam dan timbalannya, Dr Rafaie.
Selain itu, AMK negeri juga mengedar risalah Buku Jingga dan akhbar Selangor Kini di sekitar DUN Ampangan dan Parlimen Rasah yang mendapat sambutan menggalakkan dari semua lapisan masyarakat, baik Melayu, Cina, India dan lain-lain, seolah-olah suasana pilihan raya sedang berlangsung.
BERMAKLUMAT...Risalah Buku Jingga diedar supaya rakyat memahami agenda reformasi
Malah, ketika pengedaran risalah itu, ramai yang berharap kerajaan mempercepat pilihan raya umum kerana rakyat sudah ada pilihan di dalam memilih kerajaan.
Ini sekali gus menjadi petanda sokongan dan keyakinan rakyat terhadap Program 100 Hari Pakatan Rakyat.
Turut serta dalam program itu ialah Exco AMK Pusat, Ramlan Roes.
Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat. Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke [...]
KERANA seorang Datuk `T', satu Malaysia kecoh pasal video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Siapa Datuk T ? Itu aku tidak peduli samada dia bernama Taik, Temberang atau pun Tajuddin Wahab. Pada aku yang penting kandungan di dalam video tersebut samada benar `dilakonkan' oleh Anwar atau pun `si perut buncit' yang rupanya mirip Anwar.
Malaysiakini melaporkan hari ini, Datuk T tidak akan menyerahkan kepada pihak polis pita video berkenaan kununnya bimbang Anwar akan tuduh pihak polis manipulasi pita berkenaan. Datuk T macam tahu-tahu pula pihak Polis selalu berbuat demikian. Satu tuduhan jahat kepada pihak Polis walaupun mungkin ada beberapa Polis yang mungkin berbuat begitu. Datuk T mahu pita itu diselidiki oleh badan bebas termasuk dari negara asing tentang ketulinan video berkenaan. Masalahnya, siapa yang pertikaikan video itu tulin atau tidak? Yang dipertikaikan pelakun berperut buncit itu, siapa?
Petikan dari Malaysiakini menyebut bahawa Datuk T juga akan menyerahkan jam tangan Omega yang didakwa dimiliki oleh ahli politik tersebut yang tertinggal di sebuah bilik hotel di mana rakaman itu dibuat. "Suruhanjaya itu boleh menghantar jam berkenaan kepada pakar forensik bagi menentukan sama ada DNA yang terdapat pada jam itu sepadan dengan Anwar," katanya.
Bertambah lucu jalan cerita Fitnah III ini. Bagaimana jam Omega itu berada di tangan Datuk T ? Ceritanya, beliau disuruh ambil oleh tuan jam berkenaan di hotel tersebut apabila dikatakan jam tersebut tertinggal. Jika beliau disuruh ambil jam tangan berkenaan, apakah beliau tidak menyerahkannya kepada tuan jam ? Katalah Anwar yang tertinggal jam itu, dan Datuk T disuruh ambil jam berkenaan, mengapa jam tangan itu tidak diserahkan kepada Anwar? Sekiranya Datuk T tidak serahkan kepada Anwar, adakah lojik Anwar berdiam diri jam yang amat penting itu tidak dikembalikan? Masakan Anwar tidak bertanya, di mana jam itu? Persoalannya, mengapa jam tangan masih berada di tangan Datuk T?
Maka, sekali lagi kita ingin diperbodohkan oleh orang yang sedia bodoh dengan saranan Datuk T agar pihak forensik mengadakan ujian DNA pada jam berkenaan. Sampai bila rakyat Malaysia mahu dibutakan dengan kisah DNA ini? Malu kita dengan dunia luar yang menganggap pihak berkuasa atau undang-undang di negara ini hanya perlu DNA sahaja untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jika ada DNA Datuk T pada jam tersebut, maka jam itu kepunyaan Datuk T dan Datuk T adalah pelakun sebenar di dalam video berkenaan. Bolehkah kita fikir begitu?
DNA bukan tidak penting, ianya penting sebagai menyokong keterangan atau siasatan. Paling penting di dalam kes ini adalah benarkah Anwar yang beraksi di dalam video berkenaan? Benarkah Anwar berada di tempat lain sewaktu rakaman dibuat? Benarkah Anwar memiliki jam Omega sama seperti jam yang ada pada Datuk T? Mengapakah jam tersebut berada di tangan Datuk T sedangkan beliau hanya disuruh mengambilnya di hotel berkenaan? Mengapa Anwar tidak meminta jam tersebut setelah Datuk T mengambilnya? Paling penting, mengapa Datuk T enggan serahkan kepada pihak Polis atau jika hilang kepercayaan kepada pihak Polis, mengapa tidak serahkan kepada Majlis Agama Islam?
Inilah Malaysiaku yang negara luar kagumi. Tiada yang mustahil di dalam negara ini hatta DNA yang berlainan jenis berterabur pada punggung seseorang pun dikira seorang juga yang bersalah. Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa disajikan dengan peristiwa pelik dan ajaib seperti ini. Jika tidak pelik, masakan Altantuya meletup tiba-tiba tanpa sebab.
Yang mana beringat simpan duit masa harga getah mahal ok ler.....dan yang mana tak beringat dok beli kereta baru...mampuihhh ler nak bayarrr !!! Padan muka komerrrr...
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.
Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.
Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.
Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.
Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.
Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.
"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.
Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.
Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.
Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.
"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.
"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.
"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.
Video seks: Siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan
KUALA LUMPUR 22 Mac - Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan polis telah diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
"...apa yang saya boleh katakan polis akan menyiasat kes ini," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini hari ini.
Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Anwar membuat laporan di Ibu pejabat polis Dang Wangi di sini pagi ini berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara semalam. - Bernama
Entah apa pulak alasan tayangan percuma video lucah boleh ditayangkan di hotel lima bintang di Malaysia. Ia bukan tayangAN rahsia...ia ditayangkan kepada wartawan secara jemputan....
Belum pernah berlaku dalam sejarah...tapi hari ini berlaku...Mustahil polis tak tau kalau ianya dibuat secara terbuka...paling kurang tuan punya hotel mesti dipanggil memberi penjelasan... lemahnya unit SB dalam isu ini...
Inilah satu lagi babak terdesak yang dilakukan untuk PR Sarawak...bayangkan...untuk mempertahankan Sarawak , cara ini dilakukan.... bagaimana pula untuk PRU 13... tentu lebih dahsyat lagi...
DSAI mungkin dianggap ikon PR tetapi seharusnya diingat, PR terlalu banyak tokoh yang sedang meningkat naik...tokoh hipokrit sedang berbaris untuk menunggu habuan dari BN sebelum mengistiharkan keluar PKR.... tetapi tokoh muda yang ikhlas sedang berbaris menanti... menjadi korban perjuangan untuk keadilan...
Sepatutnya dengan video terbaru ini akan ramai keluar PKR.... alasan lapok hilang kepercayaan kepada pimpinan sudah memualkan...ini mungkin alasan paling cocok...
Usaha terbaru ini menunjukkan betapa pemimpin BN terlalu kebelakang dalam menilai tahap IQ masyarakat Malaysia... serendah itu mereka menilai pemikiran rakyat... Mereka lupa bahawa kini rakyat tidak hanya bersumber berita TV dan akhbar muntah BN sahaja sebagai rujukan...
Secanggih manapun video itu direka...ianya tentu meresahkan akal sihat untuk menerima kebenarannya... seberani manapun penjenayah.... mereka tentu bersembunyi ketika polis buat operasi... paling tidak pun... buat operasi yang selamat dari polis di luar kawasan....
Bodoh tahap gaban le DSAI yang sedang bergelumang dengan tuduhan salahlaku seks...sedang diperhati dan diburu musuh politik.... tiba tiba buat seks di hotelll.... ketagih sangat ke DSAI dengan seks ni.... tulang belakang pun dah longgar.... inilah barangkali soalan yang akan bermain di akal orang paling rendah IQ bile isu ini diletupkan... melainkan yang hanya menerima ialah mereka yang lebih rendah akalnya atau dah hilang akal...
Saya sangat yakin isu ini bukan untuk diketengahkan di mahkamah atau tindakan jabatan agama...ia hanya isu untuk rakyat Sarawak yang terlalu kurang liputan internet... Tuduhan disebar melalui TV tetapi jawapan dan pembelaan mungkin hanya akan didengari setelah tempoh pilihanraya berakhir....
Apapun...ianya tanda kebimbangan BN terhadap PR.... kering dan tandusnya isu BN untuk memenangi hati rakyat...serta menetukan tahap kotornya politik negara... kita wajar menjangkakan sesuatu yang lebih hebat atau lebih dahsyat dari itu dalam PRU 13....sudahkan anda bersedia menghadapinya???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan