1.Rakyat Malaysia sememangnya gemar berhutang , hutang isi rumah rakyat Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) cukup tinggi di kalangan negara- negara Asia.
2. Amalan berhutang ini didasari oleh sikap rakyat Malaysia sendiri yang suka berbelanja dan menunjuk-menunjuk. Jika tidak, mana mungkin wujud kata-kata seperti, 'biar papa asal bergaya'.
3. Ada yang sanggup meminjam kerana ingin melangsungkan perkahwinan, melangsaikan hutang kad kredit, membeli perabot baru. Pinjaman sebegini berisiko tinggi dan memberi implikasi negatif kepada peminjam untuk jangka masa panjang.
4. Pada usia muda lagi sudah berhutang di sana dan sini. Hutang rumah, hutang kenderaan, hutang pelajaran ditambah lagi dengan hutang kad kredit dan pinjaman peribadi, bilakah masanya golongan belia mampu menyimpan wang daripada pendapatan yang diperoleh mereka?
5. Kajian menunjukkan hanya 20 peratus rakyat Malaysia berasa selesa untuk bersara tanpa perlu bekerja selepas persaraan. Selebihnya iaitu 80 peratus lagi terpaksa bekerja untuk menyara kehidupan mereka meskipun sudah melewati tempoh persaraan wajib.
6. Kegagalan mengurus kewangan ketika muda menjadi faktor meningkatnya jumlah hutang rakyat Malaysia. Perkara ini perlu dipandang serius dan ditangani sebaik mungkin agar masyarakat Malaysia tidak dibelenggu masalah kewangan kala usia sudah tua.
7. Kerajaan senantiasa mengadakan kempen berjimat cermat dalam membentuk budaya yang sihat dalam pengurusan kewangan. Kak Midah percaya dengan pengurusan kewangan yang bijak, mampu mengawal nafsu serta menghakis perupamaan 'biar papa asal bergaya' mampu membendung sikap budaya berhutang dikalangan kita.
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Menurut mereka yang berkesempatan untuk melihat klip video seks yang dikatakan membabitkan pemimpin utama pakatan pembangkang.. pusing ikut mana 360 darjah sekalipun memang ternyata wajah pemimpin tersebut.
Ternyata kehadiran video klip seks itu telah meletupkan negara hingga heboh diperkatakan pelbagai pihak dengan pelbagai teori dan pendapat.
Malah video klips yang diletupkan semalam juga sama sekali menutup isu DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sejak kebelakangan ini mendapat tumpuan hangat seluruh rakyat.
Reaksi yang sama juga diberikan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamed yang mahu semua pihak berhati-hati dalam memperkatakan perihal video seks yang dikatakan membabitkan Anwar itu.
Jelasnya ada pelbagai kemungkinan kemunculan video klip itu di tengah kehangatan rakyat mempersoalkan tindakan Anwar yang terus berdolak dalih dari memberikan sample DNA dalam kes liwatnya.
Tegas beliau hakikat sebenarnya reputasi Anwar sudah lama tercalar dengan pelbagai cerita negatif.
"Saya percaya, isu ini ditimbulkan semata-mata untuk menutup isu DNA. Cerita rakaman video ni biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan sekiranya benar.
"Isu DNA pun belum habis, dah timbul cerita baru. Tunggu je la apa lagi alasan yang hendak diberikan nanti. Terbukti dia memang tidak layak bergelar pemimpin," katanya kepada UMNO-Online ketika diminta mengulas isu video klips tersebut.
Namun kata beliau lagi perkara utama yang perlu diselesaikan adalah tindakan Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang berputar belit dalam isu DNA.
Malah beliau turut menyifatkan tindakan Timblan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang mengatakan bahawa Anwar tidak perlu menyerahkan DNAnya kerana akan disalahguna untuk meletakkan semua kesalahan kepada Anwar adalah satu alasan bagi melindungi kebenaran.
Tegas beliau sekiranya benar Anwar tidak bersalah, dia tidak seharusnya takut menyerahkan sampel DNA untuk dijadikan bukti di mahkamah.
"Kalau betul Anwar tidak bersalah dan berada di pihak yang benar, mengapa dia harus takut. Serah sahajalah DNA. Pepatah Melayupun ada sebut, berani kerana benar, takut kerana salah.
"Sekiranya Anwar teragak-agak, ini membawa maksud dia takut dan ada yang mahu disembunyikan. Mereka melaungkan keadilan, tetapi mengapa dalam hal ini, keadilan seakan cuba disembunyikan.
"Mereka seakan mahu terus menipu rakyat….. terus mahu memanipulasi orang ramai. Sekarang, rakyat sudah sedar dan muak dengan perangai Anwar. Rakyat mahu kebenaran", ujarnya.
Justeru beliau yakin isu DNA ini tidak akan terpadam begitu saja kerana rakyat semakin jelas permainan yang cuba dimainkan pembangkang yang sehingga ini gagal memberi tumpuan terhadap perkara sebenar dalam kes liwat Anwar.
Ketika pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak diumumkan hari ini untuk memberi laluan kepada pilihanraya negeri itu bulan depan tandatanya yang paling popular berlegar tentunya mampukah Sarawak kekal sebagai 'simpanan tetap' Barisan Nasional.
Bagi kebanyakan orang di semenanjung percaturan politik di bumi kenyalang itu terasa begitu asing sekali hingga sukar untuk memahami rentak tarinya.
Sebaliknya ramai yang merasa lebih dekat lagi dengan Sabah kerana publisiti mengenai politik di negeri itu lebih meluas dengan adanya UMNO di negeri itu.
Persamaan antara Sarawak dan Sabah yang semua sedia maklum ialah kedua-duanya tidak terjejas langsung dengan tsunami politik yang dihadapi oleh BN semasa pilihanraya umum Mac 2008.
Pegangan kerusi Parlimen BN di Sarawak mantap dengan 30 dari 31 yang dipertandingkan.Satu-satunya kerusi dimenangi pembangkang ialah menerusi DAP di Bandar Kuching.
Begitu juga halnya di Sabah.Dari 25 kerusi BN menang 24.DAP menang satu di Kota Kinabalu.
Juga persamaan kedua-dua kawasan ialah majoriti pengundinya orang Cina.
Setback kecil dihadapi oleh BN Sarawak cuma tewas di pilihanraya kecil Parlimen Sibu tidak lama dulu.Ini menjadikan DAP pegang dua kerusi Parlimen di negeri itu.Sibu juga kawasan majoriti orang Cina.
Bagi kerusi negeri pula berbeza dengan Sabah,Sarawak tidak berdepan dengan ujian tsunami 2008 kerana pilihanraya negeri diadakan pada tahun 2006.
Pegangan BN tetap mantap setelah menang di 63 DUN dari 71 yang dipertandingkan.
Kedudukan kerusi tidak begitu jauh berbanding dengan pilihanraya negeri tahun 2001 dimana BN menang 60 dari 62 kerusi.
Teka teki kini mampukah pakatan pembangkang merobek pegangan dua per tiga BN dalam DUN Sarawak?
Kita boleh mendapat jawapan kepada persoalan ini jika rajin merisik dikalangan kalangan pimpinan politik kanan negeri itu.
Jawaban yang Agendadaily dapat jelas menunjukan BN tidak gabra langsung tentang soal pegangan dua pertiga kerusi DUN.
"50 kerusi boleh kira dalam tangan lah...cuma 21 kerusi lagi tu kena berentap" kata seorang Ahli Parlimen BN Sarawak.
Kata-katanya yang senada dengan beberapa orang lain adalah gambaran bagaimana mereka sedar tentang kekuatan dan kekurangan BN dalam menghadapi pilihanraya negeri kali ini.
Ia lebih melibatkan faktor undi orang Cina – fenomena sama yang dihadapi oleh BN di semenanjung selepas PRU 2008.
Mereka tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang dapat menambah beberapa kerusi dari 7 yang ada sekarang (6 DAP dan 1 PKR) .Satu lagi ialah bebas yang menyertai Parti Cinta Malaysia.
Namun yang pasti ia tidak mungkin dapat langgar benteng penguasaan dua pertiga di DUN.
Sebenarnya otai DAP Lim Kit Siang secara tidak langsung sudah mengakui pakatan pembangkang tidak mungkin dapat menumbangkan BN di Sarawak.
Ini boleh dilihat dari fokus kenyataannya lebih kepada sasaran hendak mengagalkan BN dari mendapat majoriti dua per tiga.
Nadanya berbeza dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seperti biasa cuba buat gempak macam pakatan pembangkang boleh telan Sarawak menerusi ceramah-ceramah panasnya.
Semua orang tahu impian Ketua Umum PKR itu hendak menjadikan Sarawak sebagai dominonya untuk meredah jalan ke Putrajaya dalam PRU13.
Namun tidak ramai para pemerhati politik yang nampak retorik politiknya akan sampai ke mana berdasarkan senario politik semasa di Sarawak dimana pengaruh BN masih utuh di kebanyakan tempat di negeri itu.
Ramai yang sudah awal-awal menduga Sarawak bakal mengkaburkan lagi impiannya nak ke Putrajaya. - 21/3/2011
Tahniah kepada PAS Kelantan kerana telah berjaya membuktikan bahawa sememangnya betul tanggapan kami bahawa "PAS adalah keldai" kepada PKR dan DAP di dalam hubungan terlarang,
Pakatan Haram! Ini adalah memandangkan kepada keputusan PAS Kelantan untuk mengkaji semula keputusan Kerajaan PAS itu tentang pengharaman judi loteri di negeri "Serambi Maksiat" itu.
Baru-baru ini Setiausaha Akhbar kepada Nik Aziz Nik Mat, Ahmad Fadhli Shaari telah mengumumkan bahawa PAS Kelantan akan mengkaji semula pengharaman judi loteri di negeri itu selepas Mursyidul Am PAS itu di"belasah" oleh Anwar Ibrahim dan DAP.
Anwar dan beberapa pemimpin DAP mengkritik keras keputusan PAS Kelantan kerana mengharamkan judi loteri di negeri itu dan meminta Nik Aziz supaya merujuk kepadanya dan DAP sebelum membuat apa-apa keputusan di negeri yang dijajah oleh Pakatan Rakyat.
Yang menariknya, kritikan itu dibuat Anwar dihadapan beberapa pemimpin PAS dan DAP pada satu sidang akhbar. Lebih menarik lagi, pak-pak lebai PAS yang ada bersama Anwar ketika itu hanya "bisu seribu bahasa", bak "lembu di cucuk hidung" pula, mereka hanya mengiyakan kata-kata Anwar itu.
Pelik bin ajaib apabila sesuatu yang sangat bersangkutan dengan hukum Islam perlu dirujuk kepada DAP terlebih dahulu. Perkara tentang Islam perlu dirujuk kepada mereka-mereka yang menolak Islam secara total? Nampaknya Anwar sememangnya lebih sayangkan DAP berbanding PAS.
Insiden ini jelas menunjukkan Pakatan Haram "jadah" ini mengamalkan sistem "kasta" di dalam pakatan mereka. PKR dan DAP tentunya berada di kasta paling atas dan mulia. Manakala PAS yang terkenal dengan "tidur atas jalan sambil pegang bendera" itu mungkin berada di kasta paling hina!
Pilihan raya Sarawak mungkin lebih awal: SPR Oleh Haspaizi Mohd Zain
2011/03/21 KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam membayangkan kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 akan diadakan sebelum pertengahan bulan depan, iaitu lebih awal daripada tarikh yang diramal ramai pemerhati politik.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat di Kuching Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian. "Selepas mesyuarat itu, kita boleh mengeluarkan surat kuasa kepada pegawai pengurus pilihan raya pada hari yang sama atau pada satu tarikh ditetapkan. "Kita tidak perlu mengambil masa lama, sebaliknya ia akan dilakukan secepat mungkin walaupun SPR mempunyai tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Kelmarin, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengumumkan DUN Sarawak akan dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-10 diadakan.
Mengikut prosedur, sehari selepas surat kuasa diberikan kepada pegawai pengurus pilihan raya, SPR perlu mengeluarkan notis bagi mengadakan pilihan raya negeri.
Penamaan calon untuk pilihan raya berkenaan pula boleh diadakan empat hari selepas notis itu dikeluarkan. Ini bermakna penamaan calon boleh diadakan pada 28 Mac, tetapi berdasarkan amalan SPR sebelum ini, penamaan calon biasanya diadakan pada Sabtu. Oleh itu, penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10 kemungkinan besar diadakan pada 2 April.
Dengan mengambil kira tempoh kempen yang mesti diadakan sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh hari, maka hari pengundian dijangka diadakan pada 9 April.
Desas desus sebelum ini menyatakan hari penamaan calon akan diadakan pada 6 April, manakala pengundian pada 16 April.
DUN Sarawak mempunyai 71 kerusi dengan 28 kerusi mempunyai majoriti Melayu/Melanau, Iban (19), Cina (15), Orang Ulu (tiga) dan Bidayuh (enam).
Sejak pembentukan Malaysia pada 1963, Sarawak telah mengadakan sembilan pilihan raya negeri, iaitu pada 1969-1970, 1974, 1979, 1983, 1987, 1991, 1996, 2001 dan 2006.
Berkuatkuasa Isnin, 21 Mac 2011, jam 12.01 tengah malam, Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar secara sah.
Pengumuman Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengenai pembubaran DUN Sarawak bersama dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Turut hadir beberapa pemimpin BN Sarawak; PBB, SUPP, PRS dan SPDP.
Pembubaran DUN Sarawak sememangnya ditunggu-tunggu rakyat Sarawak memandangkan beberapa petanda Pilihan Raya DUN Sarawak semakin hampir. Petanda ini termasuklah kepadatan program Ketua Menteri Sarawak yang menjelajah ke seluruh Sarawak dan keputusan Perdana Menteri memulakan penjelajahan ke seluruh Malaysia bermula di Sarawak.
Sebaik sahaja pengumuman pembubaran DUN Sarawak, Pakatan Pembangkang mengambil keputusan akan mengumumkan senarai calon-calon mereka. Sebelum ini, SNAP yang dahulunya sebahagian Pakatan Pembangkang dan kini berdiri atas nama Pakatan Pembangkang Tempatan telah mengumumkan senarai 16 calon.
SNAP yang mahu bertanding di 40 kawasan DUN memberitahu pengumuman 16 calon itu adalah permulaan atau fasa pertama manakala selebihnya akan diumumkan kemudian. Yang pasti, calon SNAP mensasarkan kawasan yang akan ditandingi PKR.
PKR dan DAP Sarawak sebelum itu tidak gentar dengan tindakan SNAP yang telah mengumumkan calon-calonnya. Malah, PKR yang bertanding di 52 kawasan DUN dan DAP mensasarkan bertanding di 20 kawasan DUN. PAS dahulunya hanya bertanding di 2 kawasan, tetapi berminat untuk bertanding di 6 kawasan DUN seperti Tupong, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Jepak dan Senadin.
Melihat kepada jumlah kawasan, pastinya jumlah kawasan yang akan ditandingi PKR, DAP dan PAS ini melebihi jumlah 71 kawasan. Pertelingkahan kawasan DUN melibatkan PKR-DAP dan PAS-PKR.
Berasaskan kepada situasi ini, PKR, DAP dan PAS masih belum dapat menyelesaikan masalah pembahagian kerusi. Bagaimana pula Pakatan Pembangkang dapat menyelesai dan mengumumkan calon-calon mereka pada minggu depan? Apakah masing-masing mahu berkrompomi antara satu sama lain?
Pakatan Pembangkang bukan sahaja berdepan dengan pertindihan kawasan yang dijangka tiada penyelesaian malah berhadapan dengan calon Bebas. Calon Bebas ini merupakan calon PKR yang tidak dipilih. Terdapat beberapa buah kawasan DUN yang mempunyai lebih daripada satu calon PKR yang berminat untuk bertanding di kawasan DUN. Terdapat juga calon-calon PKR dan PAS yang berminat untuk bertanding di kawasan DUN yang sama.
Apakah Pakatan Pembangkang mampu mengharungi situasi ini khususnya di beberapa kawasan DUN majoriti Dayak?
Pakatan Pembangkang juga tidak sepakat dalam mengetengahkan isu dan lebih kepada kesesuaian dan kepentingan parti dan kaum. Ternyata PKR-DAP-PAS mempunyai ideologi berbeza dan bercanggah.
Berteraskan idealogi tunggal untuk berkongsi kuasa, BN Sarawak yang dianggotai 4 kompenan utama, PBB, SUPP, PRS dan SPDP bersepakat bersatu dalam memberikan bantuan dan berkhidmat kepada rakyat.
BN Sarawak yang dianggotai rakan-rakan parti tempatan Sarawak perlu diberi mandat memandangkan rakyat Sarawak yang memerintah, tetapi tidak Pakatan Pembangkang kerana mereka akan dibayangi wakil-wakil rakyat luar daripada Semenanjung.
Apakah rakyat Sarawak rela diperintah orang-orang luar Semenanjung yang hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan dan menghapuskan budaya tempatan Sarawak? Usah rela menggadai masa depan anak cucu cicit kita pada masa depan hanya kerana tersilap pangkah dan marah kepada parti tempatan Sarawak.
Hari ini DUN negeri dibubarkan. Kempen Pilihanraya telah mula dihidupkan. Rakyat Sarawak bakal menjadi penentu kerajaan penaungnya. Pilihanraya kali ini akan menjadi catatan dalam sejarah. Tidak pernah berlaku sebelum ini komponen BN ditentang PR dalam percaturan satu lawan satu di semua 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.
PR akan melancarkan kempen pilihanraya secara besar-besaran. 99% daripadanya merupakan serangan, memfokuskan kelemahan pemimpin dan dasar kerajaan untuk meraih sokongan rakyat. Cukup bijak mereka 'divert isu' bagi menutup kekurangan sendiri, yang kita sedia maklum tidak memerlukan modal dalam berbuat kebajikan kepada rakyat.
Inilah yang dipraktikkan dalam semua kempen-kempen pilihanraya di semenanjung, mengharapkan sokongan rakyat kepada mereka berdasarkan falsafah 'PR kurang buruk berbanding kerajaan'. Di Sarawak, mereka mengharapkan keajaiban untuk menang dengan cara ini. Itulah bakal menentukan hidup mati PR dalam impian untuk merampas Putra Jaya pada PRU13 nanti.
Pandangan rajahmas, dua sebab utama mengapa PR MESTI menang pilihanraya di Sarawak.
Memantapkan sokongan moral ahli-ahli mereka dan untuk meyakinkan perjuangan PR relevan dan diterima rakyat.
Dapat menggunakan hasil kerajaan negeri untuk persiapan PR menghadapi PRU13 yang kini mengalami masalah kekurangan dana.
Faktor moral dan hasil kekayaan negeri telah memberi peransang kepada PR untuk menjadikan Sarawak sebagai sasaran penting jentera kempen mereka. Bukan kerana hendak membela nasib Dayak. Jangan terkeliru, PR sekali-kali tidak berniat mengekalkan hak tanah NCR untuk masyarakat pribumi. Ia tidak pernah termaktub walau satu bahagian pun dalam agenda mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat.
Secara logiknya bagaimana DAP mengiktirafkan hak bumiputra masyarakat Dayak? Bukankah jelas DAP menuntut hak kesamarataan? Siapa yang sebelum ini melabelkan bumiputra sebagai Aparthied Malaysia? Dan dari mana datangnya tanggapan bahawa PKR mengutamakan kaum Dayak sedangkan pemimpin berbangsa Dayak tidak seorang pun layak menjadi ahli Majlis Tertingginya?
Mereka (PKR pusat) itulah wakil semenanjung yang ingin menguasai Sarawak secara mutlak tanpa perlunya pemimpin tempatan. Atas sebab itu, Baru Bian dilantik untuk mengepalai gerakan PKR Sarawak sekalipun tidak mempunyai apa-apa jawatan melainkan sebagai ahli PKR sahaja.
Kita telah menyaksikan bagaimana Khalid Ibrahim digugurkan daripada jawatan Ketua PKR negeri dalam sekelip mata oleh Azmin Ali sekaligus menjadikannya seorang MB yang tidak berkuasa melainkan hanya atas kapasiti PKR sebagai ketua kerajaan di Selangor. Dari sini kita membuat satu kesimpulan, Baru Bian juga telah dirancang untuk disingkirkan oleh pakatan Anwar, Azizah dan Azmin apabila PKR mengambil alih kerajaan negeri Sarawak kelak.
PKR tidak pernah mengiktiraf kepimpinan pemimpin tempatan, apa lagi yang tidak sehaluan dengan Anwar dan Azmin. Lihat pembangkang SAPP di Sabah dan SNAP di Sarawak. Di mana kedudukan parti itu dalam PR sekarang? Kemudian fikirkan bagaimana Wan Azizah boleh menjadi ketua PKR Sabah (setelah keluarnya Pajuddin Nordin) dan Azmin Ali sebagai ketua PKR Selangor? Inilah perancangan mereka....
Masa depan negeri Sarawak ditentukan oleh rakyat Sarawak. Merekalah yang akan menentukan siapa yang layak menjadi ketua kerajaan sendiri. Bukan ditentukan oleh parti daripada Semenanjung seperti PKR yang daripada awal-awal lagi sudah melantik diri sebagai 'Bakal CM pengganti Taib'. Berambuslah pembangkang Melaya daripada tanah Sarawak.
Semoga Negeri Sarawak akan terus dipegang dan dilindungi daripada kepimpinan parti yang tercemar dengan amalan korupsi, budaya samseng, kronisme dan nepotisme seperti yang berlaku di Selangor sekarang
Bagi tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta, umpamanya teori STATE yang berinspirasikan teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri bagi merasionalkan peluang Effendi. Menurut mereka, S merujuk kepada Ketua Menteri pertama, Datuk Stephen Kalong Ningkan, T merujuk kepada Datuk Penghulu Tawi Sli (Ketua Menteri kedua), A merujuk kepada Tun Abdul Rahman Ya'kub (Ketua Menteri ketiga), T merujuk kepada Abdul Taib dan E pula merujuk kepada Effendi. Begitulah kreativiti tukang gosip politik, pelbagai teori dicipta namun hakikatnya Sarawak hanya memerlukan seorang sahaja Ketua Menteri dan dalam politik sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk naik ke atas. Ia telah berlaku di peringkat kepimpinan Pusat dan negeri-negeri lain, sudah acap kali pemimpin yang tidak dijangka dilantik sebagai pemimpin nombor satu. Rezeki Allah tiada siapa yang tahu. Kerana itu, soal kepimpinan yang bakal berubah tidak sepatutnya mengalihkan fokus Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk berhadapan dengan 'perang besar demokrasi' yang akan diadakan tidak lama lagi. Apa yang lebih penting ialah kemenangan BN kerana ia akan menjadi indikator sokongan rakyat kepada kerajaan di peringkat nasional. Ketua Pemuda PBB, Datuk Fadillah Yusof turut berkongsi sentimen yang sama apabila meminta kepimpinan pemuda parti itu menyelami ingatan Perdana Menteri bahawa perubahan mesti dibuat secara teratur dan berhati-hati. "Sama ada di peringkat pusat dan negeri, peralihan kuasa mesti berlaku sebaik mungkin. Paling utama ialah kesinambungan perancangan pembangunan. "Apabila berlaku perubahan, ia mestilah memperkukuhkan apa yang telah dibina baik dari segi politik mahupun sosio ekonomi dan pemimpin baru itu mestilah menerima penghormatan dari semua sektor, bukan sahaja politik bahkan ekonomi," tegasnya. Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Abdul Taib perlu diberi ruang untuk membuat keputusan dan beliau sebagai ahli politik yang amat berpengalaman pastinya akan melakukan yang terbaik untuk seluruh rakyat Sarawak. "Kita berdiri teguh di belakang Ketua Menteri dan jangan ada mana-mana pemimpin baik dalam BN mahupun dari luar membuat desakan. "Sudah pasti satu hari nanti kita akan bertemu pemimpin yang baru, bak kata pepatah Melayu, patah tumbuh hilang berganti," katanya yang merupakan Ketua Setiausaha Politik Abdul Taib. Mengulas mengenai antara cabaran pemimpin baru kelak, Abdul Karim berkata ia adalah berkaitan mempertahankan perpaduan rakyat berbilang bangsa di Sarawak. "Beliau (Abdul Taib) amat hebat menyatukan rakyat baik Melayu, Cina, Dayak dan Orang Ulu sehingga tiada satu pun yang tersisih. "Sukar untuk mencari pemimpin sebegini, sesiapa yang mengambil alih kelak perlu mencari formula untuk mengekalkan apa yang telah berjaya dilakukan Pehin Sri (Abdul Taib)," katanya. Turut mengulas hasrat pengunduran itu ialah Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan harapan supaya pemimpin baru nanti tidak mengetepikan landasan pembangunan negeri yang telah dirangka Abdul Taib. Katanya, jika mahu melakukan perubahan sekalipun ia hanya dalam aspek pelaksanaan, bukannya misi yang digariskan. "Kalau tidak ada kesinambungan, akan hilanglah hala tuju Sarawak yang telah dirancang dengan baik selama ini," tegasnya. Beliau juga berharap tiada tekanan diberikan kepada Abdul Taib untuk berundur kerana sesuatu perkara yang penting tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. "Saya selalu berkata dalam persidangan antarabangsa berkaitan demokrasi, jangan paksa kita (Malaysia) untuk berbuat sesuatu. "Negara kita ada program tersendiri, begitu juga dengan Pehin Sri, beliau ada program dan tempoh masa yang ditetapkan," katanya yang melahirkan keyakinan bahawa Sarawak tidak pernah tandus kepimpinan yang berkualiti.
Kenduri asam pedas 1Malaysia menjana perpaduan kaum.
Oleh NAS NORZIELA NASBAH utusanmelaka@utusan.com.my
RAIS Yatim (dua dari kiri) bersama Mohd. Ali Rustam menikmati hidangan asam pedas pada Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia di Pengkalan Samak, Merlimau, kelmarin.
JASIN 20 Mac - Kebiasaannya pekarangan rumah milik sepasang suami isteri di Pengkalan Samak, Merlimau di sini meriah dengan majlis kenduri dan kegiatan gotong-royong bagi meraikan keluarga mereka, saudara mara dan penduduk sekitar kampung berkenaan. Namun, keadaan sedikit istimewa baru-baru ini apabila pekarangan rumah milik Wan Syed Hashim Wan Mohammad, 63, dan isteri, Zainah Cheku, 57, menerima kunjungan hampir 1,000 tetamu pelbagai kaum sempena program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia Melaka. Tetamu yang datang pada 'Kenduri Asam Pedas' anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu bukan calang-calang orang kerana ada di kalangan mereka merupakan pemimpin berjiwa seni dan terkenal dengan caranya yang memartabatkan kebudayaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tidak ketinggalan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang turut berkunjung bagi memeriahkan kenduri bercorak 1Malaysia itu. Tanpa mengira penduduk Melayu, India dan Cina, tiada kerusi dan meja disediakan untuk para tetamu bagi menikmati hidangan itu sebaliknya mereka makan bersila termasuk tetamu kehormat iaitu Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mungkin jika dilihat pada mata kasar mereka kelihatan kekok, namun semangat 1Malaysia ternyata tidak menjadi penghalang semua masyarakat di sini berhimpun bagi memeriahkan 'Kenduri Asam Pedas' yang sememangnya cukup sinonim dengan nama negeri Hang Tuah ini. Berbalik kepada keistimewaan masakan itu, sebut sahaja asam pedas pastinya terbayang dalam fikiran tentang masakan istimewa negeri Hang Tuah ini. Dengan hidangan yang diberikan secara percuma, program anjuran kementerian itu menyediakan tiga jenis gulai asam pedas iaitu ikan pari, ikan parang dan tetel. Sambil menikmati hidangan, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan dondang sayang. Rais ketika berucap berkata, kehadiran rakyat pelbagai kaum menikmati masakan tradisi masyarakat Melayu secara bersila jelas membuktikan kesepakatan pelbagai kaum di negara ini. "Keadaan ini juga menunjukkan perjuangan 1Malaysia kita selama ini sudah berkesan di hati masyarakat. Ia dapat dilihat dari segi keramaian, gotong-royong dan penglibatan masyarakat pada malam ini," katanya. Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' yang bermula pukul 8 malam itu mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk kampung berkenaan. Bagi Wan Syed Hashim, walaupun hanya mengetahui program berkenaan akan diadakan di rumahnya kira-kira dua minggu lalu, dia langsung tidak berasa bimbang program itu tidak dapat dijayakan. "Rumah saya sering dijadikan lokasi aktiviti masyarakat di sini. Dalam setiap aktiviti, penduduk kampung akan bergotong-royong membantu saya. Asam pedas ini juga dimasak secara gotong-royong membabitkan penduduk kampung dan ahli keluarga saya," katanya. Zainah yang dipertanggungjawabkan memasak asam pedas dan lauk-pauk untuk tetamu berkata, sejak pagi kelmarin penduduk kampung termasuk keluarganya bersama-sama membuat persiapan bagi memasak hidangan itu. "Selain asam pedas kami juga menyediakan ikan sepat masak kuning. Berkat gotong-royong, semua hidangan ini berjaya disiapkan tanpa sebarang masalah," katanya. Seorang pesara, K. Mahdhavan, 78, berkata, dia teruja semua lapisan masyarakat hadir dan masing-masing menikmati masakan asam pedas. Menurutnya, program itu dilihat dapat menjalinkan hubungan lebih rapat di kalangan penduduk di sekitar Pengkalan Samak. "Saya harap program ini tidak terhenti setakat ini tetapi lebih elok jika diadakan sebulan sekali kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung di sini," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini. Bagi pesara, Hassan Saad, 62, program 'Kenduri Asam Pedas' memiliki keunikan tersendiri melihat pada hubungan mesra pelbagai kaum dalam sebuah majlis serta mendekatkan masyarakat dengan pemimpin. "Pemimpin yang datang duduk makan bersila mengikut adat Melayu. Jika bukan melalui majlis ini, bila lagi dapat berjumpa dengan pemimpin," katanya. Bagi penjawat awam, Nurul Ilmi Ahmad, 33, berkata, program itu membuktikan masyarakat di negara ini hidup aman dan damai walaupun berlainan agama. Menurutnya, semua lapisan masyarakat berkumpul dan apa yang menarik, pada malam tersebut 'Kenduri Asam Pedas' dilihat sebagai medan pertemuan masyarakat bersama pemimpin. "Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Masyarakat berlainan bangsa dapat menjamu hidangan orang Melayu, mungkin pada masa hadapan saya berpeluang menikmati makanan India dan Cina pula melalui program sebegini," katanya. Seorang nelayan, Tan Boon Siah, 60, berkata, program itu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat setempat. "Saya datang ke sini bukan sahaja dapat menjamu masakan asli masyarakat Melayu Melaka malah berpeluang bertemu pemimpin secara dekat seperti menteri. "Malah apa yang menarik, saya turut duduk bersila bersama rakan-rakan lain dan berbual tanpa mengira batasan kaum," katanya. Bagi S. Pumithavathy, 44, program itu menarik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum. ''Saya harap program ini diteruskan dan peluang patut diberikan untuk orang India pula menyediakan masakan bagi dirasai oleh semua masyarakat," katanya.
KOTA BHARU 20 Mac – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.4 bilion bagi fasa pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk pembangunan Kelantan.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peruntukan itu bagi melaksanakan 426 projek baru di negeri itu termasuk penambahbaikan kemudahan dan infrastruktur.
Menurutnya, ketika ini pihaknya sedang menyenaraikan projek-projek untuk fasa kedua sebelum dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mendapatkan peruntukan.
"Projek-projek ini dilaksana bagi memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini terutama dari aspek infrastruktur kerana masih banyak lagi yang diperlukan oleh rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan di sini hari ini.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kerajaan mahu setiap program yang dilaksanakan memberi manfaat maksimum kepada rakyat dan pulangan baik terhadap setiap wang yang dilaburkan itu.
"Kita perlu lihat semula kepada skop projek supaya tidak berlaku pembaziran dan tidak melebihi kehendak rakyat," katanya.
RM700,000 baik pulih Masjid Gual Ipoh
IKMAL Hisham Abdul Aziz (dua, kiri) menyerahkan surat kelulusan kepada Pemangku Pengerusi Masjid Gual Ipoh, Mohamad Daud Yaakub di Tanah Merah, semalam.
TANAH MERAH 20 Mac - Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi peruntukan berjumlah RM700,000 kepada Masjid Gual Ipoh di sini untuk tujuan membaik pulih masjid tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pada permulaannya, permohonan yang dikemukakan hanya berjumlah RM500,000 tetapi jumlah itu telah ditambah sebanyak RM200,000 lagi.
Katanya, beliau menerima surat kelulusan yang ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kelulusan peruntukan itu, baru-baru ini.
''Justeru penduduk Gual Ipoh merupakan golongan bernasib baik kerana mendapat perhatian daripada pemimpin atasan yang memahami keperluan mereka," katanya semasa berucap pada Majlis Penyampaian Surat Kelulusan peruntukan untuk Masjid Gual Ipoh, di sini malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau berkata, UMNO Bahagian Tanah Merah sedang memantau lebih 20 buah masjid dan kira-kira 300 madrasah di kawasan Parlimen Tanah Merah untuk diperbaiki.
Oleh RADHUAN HUSSAIN dan FAUZI MOHD. utusanterengganu@utusan.com.my
BESUT 20 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bercita-cita besar untuk menjadikan Malaysia sebuah republik sekali gus mengangkat dirinya sebagai Presiden, manakala Azmin Ali pula akan dilantik sebagai Perdana Menteri.
Lebih dahsyat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga dikatakan mempunyai niat untuk menghapuskan institusi diraja sekiranya beliau berkuasa.
Cita-cita Anwar itu didedahkan oleh saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali pada majlis ceramah 'Pas Keluk Kelek' di Bandar Jerteh di sini, malam tadi.
Menurut Ummi Hafilda, cita-cita luar biasa bekas Timbalan Perdana Menteri itu diluahkan oleh abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin kepada bapa mereka, Allahyarham Ali Omar suatu ketika dulu.
"Abang saya pernah beritahu arwah bapa kami, jika Anwar berkuasa, dia akan menjadikan Malaysia sebuah republik," katanya.
Majlis itu turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh serta barisan kepimpinan UMNO bahagian tersebut. Turut memberikan ceramah ialah Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris.
Sesi ceramah tersebut berlangsung hampir serentak dengan ceramah para pemimpin Pas dan PKR yang disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Azmin yang terletak berhampiran dan hanya terpisah sebatang sungai dekat Masjid Hadhari di sini.
Dalam ceramah itu, Ummi Hafilda mengupas satu persatu perilaku keji Anwar termasuk skandalnya dengan isteri salah seorang pemimpin PKR, selain fitnah dan pembohongan Ketua Pembangkang itu kepada seluruh rakyat.
Ummi Hafilda turut berikrar untuk melancarkan 'perang dan ganyang' terhadap Anwar serta abangnya sendiri, Azmin bermula tahun ini bagi memastikan kedua-duanya tersungkur dan terkubur, jika mereka masih enggan bertaubat.
Selain itu, Ummi Hafilda turut menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan intim dengan ahli perniagaan, Baginda Minda.
Beliau selanjutnya melafazkan sumpah 'wallahi, wabillahi, watallahi' di depan hadirin sambil bertegas yang beliau tidak pernah mengadakan hubungan seks dan berzina dengan ahli perniagaan terbabit seperti yang didakwa.
MUAR 20 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) menumpukan usaha mendapatkan sokongan golongan muda yang akan mengundi buat kali pertama pada pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Razali Ibrahim berkata, jentera Pemuda BN diketuai Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof telah mengatur perancangan mencapai matlamat berkenaan.
"Saya dan Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin sentiasa berkomunikasi dengan Fadillah dan kita sudah mengagihkan tugas sejak Perdana Menteri meminta kita bersedia.
"Kita akan beri sokongan dalam apa jua perkara kepada Pemuda BN Sarawak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kursus Asas Haji di Parit Kadhi di sini hari ini.
TIDAK ada mana-mana pihak yang cuba menekan mahkamah berhubung desakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dalam perbicaraan kes liwat beliau dengan Mohd. Saiful Bukhari.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed AliAlhabshee pelbagai pihak termasuk orang awam mahukan Anwar menyerahkan sampel DNA kerana 'lelaki Y' yang dikaitkan dalam kes tersebut masih menjadi tanda tanya.
"Orang ramai sekadar ingin tahu siapa lelaki 'Y' itu, benarkah itu Anwar atau orang lain ? kalau Anwar berasakan dirinya tidak bersalah beliau sepatutnya menyerahkan sampel DNA itu bagi memuaskan hati semua pihak," tegasnya.
Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Rabu ini keputusan terhadap permohonan pihak pendakwaan agar mahkamah menggunakan kuasanya untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA bagi tujuan perbandingan.
Kata Syed Ali lagi, disebabkan Anwar adalah pemimpin pembangkang dan seorang Ahli Parlimen, sudah tentu kewibawaan dan masalah moralnya menarik perhatian rakyat.
Desakan itu katanya, bukan bermakna orang ramai memberi tekanan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam perbicraan kes liwat Anwar.
Rakyat sekadar nak tahu sipakah sebenarnya lelaki 'Y'
Menurut beliau, beberapa pemimpin politik termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut memberi pandangan bahawa jika benar, kenapa perlu berasa takut atau gementar. "Ini bukannya desakan atau campur tangan, orang luar sekadar memberi pandangan, sepertimana Anwar juga pernah menggunakan isu liwatnya secara terbuka dalam ceramah politiknya dengan mendakwa sebagai konspirasi," tambahnya.
Beliau mengulas tindakan peguam Karpal Singh yang sedang mempertimbangkan untuk mengheret beberapa individu termasuk Najib atas sebab menghina mahkamah kerana turut mendesak Anwar menyerahkan sampel DNA bagi ujian dijalankan.
Katanya, Karpal Singh sebenarnya tidak layak untuk membela Anwar kerana beliau sendiri masih menyimpan banyak rahsia mengenai perilaku Anwar.
Sebaliknya kata beliau, Anwar yang sebenarnya cuba memberi tekanan kepada mahkamah apabila seringkali mengaitkan kes liwatnya sebagai perbuatan dirancang oleh pemimpin UMNO.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai sengaja untuk mengalih perhatian daripada isu sebenar kes liwat Anwar, Syed Ali menegaskan Karpal Singh sepatutnya terlebih dahulu bercakap benar di mahkamah.
Karpal Singh sembunyikan rahsia perilaku Anwar
"Kenapa beliau tidak mendedahkan mengenai aktiviti liwat Anwar sepertimana dinyatakan di Parlimen suatu ketika dulu, sekarang dia pula yang berhempas pula untuk membuktikan Anwar tidak terbabit dalam kes liwat," tegasnya.
Beliau berkata, setiap hujah Karpal Singh akan dilihat daripada sudut politik walaupun dia seorang pengamal undang-undang kerana masih lagi memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen.
"Kita lihat daripada perspektif politik dan ini menunjukkan Karpal Singh sengaja membuat kecoh dalam isu liwat Anwar dengan cuba mengaitkan Perdana Menteri kerana kepentingan politik pembangkang," ujarnya. Syed Ali yakin jika Anwar bukan seorang wakil rakyat dan tidak diberikan jawatan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), sudah tentu Karpal Singh juga tidak berminat untuk 'mengusung' kes kedua kali Anwar dituduh meliwat.
Mengenai tuduhan seorang lagi peguam Anwar, R.Sivarasa yang mendakwa UMNO bertanggungjawab mengadakan demontrasi mendesak Anwar menyerahkan sample DNA, Syed Ali berkata itu adalah tuduhan liar pembangkang.
"Peguam pembangkang ini jelas menggunakan isu DNA untuk meraih sokongan politik, ini merupakan satu tuduhan disengajakan untuk mengaitkan UMNO dalam kes liwat Anwar," katanya.
Beliau menjelaskan, UMNO tidak ada masa untuk melibatkan dirinya dengan kes liwat, satu perbuatan tidak bermoral yang menjijikkan dan dilaknat oleh Tuhan.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin. Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin … Continue reading →
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud telah mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada hari Isnin, 21 Mac 2011, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu. Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan.
Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.
Barisan Nasional telah mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu.
Tan Sri Taib Mahmud yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada Pilihanraya Negeri pada tahun 2006.
Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi.
Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti.
NOTA KAKI : Semoga Pilihan Raya Negeri Sarawak akan berjalan dengan amalan demokrasi dan memberi kejayaan yang lebih cemerlang kepada Barisan Nasional.
Panassss... akan ada orang yg mengamuk sakan nampaknya... segalanya bakal berakhir... habis lah kau. Selamat jalan. Babai...
KUALA LUMPUR, 21 Mac — Rakaman video menunjukkan, seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat, sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan ditontonkan kepada media hari ini.
Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.
Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.
Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.
Wakil-wakil media dibawa ke hotel itu oleh seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai "Datuk T".
Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.
Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia ada tuan punya diri, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.
Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.
Dalam satu kenyataan yang turut diberikan kepada media, yang turut tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan spa.
Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.
"Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya," kata kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, wajar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks dengan pelacur tersebut.
Datuk T berkata dia akan menghantar rakaman video itu kepada pemimpin tersebut dalam seminggu.
"Kami tidak mahu pembabitan kerajaan dalam isu ini. Jika dia dan isterinya tidak meletakkan jawatan, maka kami akan meminta agar diadakan panel bebas NGO untuk mengendalikan siasatan forensik ke atas (rakaman) video ini," katanya selepas rakaman itu dipertontonkan.
Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.
Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.
Adegan seks berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin politik menuju ke sebelah kanannya, dipercayai ke bilik air.
Wanita berkenaan, selepas membersihkan dirinya dengan kertas isu, menggeledah barang milik pemimpin politik itu dan mengambil sesuatu, dipercayai jam tangan Omega miliknya.
Jika pemimpin itu dan isterinya tidak meletakkan jawatan dalam tempoh tujuh hari selepas rakaman video tersebut diserahkan, maka NGO-NGO perlu menubuhkan panel bebas untuk menyiasat, kata kenyataan yang hanya tertera nama "The Insider".
"Satu dunia akan tahu," kata kenyataan itu dan terserah kepada kedua-dua mereka untuk membuat keputusan.
"Mengapa saya buat ini? Ada had bagi pembohongan — 'Cukup Sudah', dan sudah sampai masanya bagi orang ramai untuk mengetahuinya... kebenaran," kata kenyataan itu lagi. - The Malaysian Insider
Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.
Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.
Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.
Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.
Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.
Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.
Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka.
Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.
Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama.
Wartawan Malaysiakini pula masuk bersama kumpulan ketiga dan terakhir bagi media tempatan.
AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.
Sementara itu, akhbar the Star melaporkan bahawa klip video selama 30 minit itu menunjukkan lelaki yang didakwa seorang pemimpin pembangkang, yang juga seorang ahli parlimen, sedang melakukan pelbagai aksi seks.
Menurut akhbar tersebut, video itu yang dirakamkan pada 21 Februari, ditemui di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur.
Menurut the Star, wakil media dibawa ke sebuah bilik hotel untuk menyaksikan video tersebut yang ditayangkan oleh satu kumpulan yang tidak dikenali, yang diketuai oleh seorang yang mahu dikenali sebagai Datuk T.
Akhbar itu juga melaporkan Datuk T berkata beliau mahu pihak media menonton video membabitkan ahli politik berkenaan sebelum menghantar salinan kepadanya dan isterinya "untuk mengenal pasti orang dalam video" tersebut dalam tempoh seminggu dari sekarang.
Katanya, jika individu dalam video tersebut adalah ahli politik yang dikenalpastinya kepada media, "maka beliau dan isterinya mesti berundur dari politik."
Datuk T berkata jika mereka tidak berbuat demikian, beliau akan meminta beberapa NGO menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat dan mendapatkan khidmat forensik profesional untuk mengkaji ketulenan rakaman tersebut.
Datuk T mendakwa beliau telah terjumpa video selepas dia diminta oleh ahli politik berkenaan untuk mencari jam tangannya dalam bilik itu - tempat aksi seks itu berlaku.
Katanya, beliau tidak menemui jam tersebut tetapi sebaliknya terjumpa alat perakam CCTV yang aktif dan membawanya keluar dari hotel itu.
Datuk T juga berkata, hanya dia seorang sahaja yang memiliki rakaman tersebut.
Bertempat dikediaman Ketua UMNO Cawangan Telok Datok,solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM akan diadakan pada 22 Mac 2011 (Selasa).Majlis akan diadakan bermula jam 9.00 malam.Mudah-mudahan dengan berkat doa ibu-bapa anak-anak ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang dan menjadi insan yang berguna kepada bangsa,agama dan negara.Warga PUcTD serta penduduk Taman Seri Telok Datok,dijemput hadir.
15 MAC 2011,bertempat di bangunan UMNO Kuala Langat,satu perjumpaan khas Ketua-Ketua serta Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan telah diadakan khusus membincangkan isu-isu semasa dan beberapa perkara terutamanya mengenai persidangan tahunan.Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pemuda Bahagian di atas penganjuran majlis sebegini,kerana ianya dapat mengeratkan hubungan antara pihak cawangan dan bahagian.
Pemimpin tak boleh ketepi idea akar umbi untuk pikat semula pengundi Cina
"GEORGE...Please give only winnable candidate" (George..tolong berikan hanya calon yang boleh menang). Itu antara amanat penting Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika merasmikan Konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Ahad lalu.
Amanat berkenaan ditujukan khas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu kepada Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, di depan semua perwakilan berikutan SUPP dilihat satu-satunya parti yang prestasinya agak membimbangkan di Sarawak, apa lagi selepas kalah di lapan daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-9 pada 2006.
Malah pemerhati politik di Sarawak meramalkan SUPP bakal berdepan laluan lebih sukar pada PRN Ke-10 yang dijangka diadakan antara April dan Mei ini, terutama di kawasan Sibu yang menyaksikan DAP semakin kuat berkubu selepas kemenangan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, pada pilihan raya kecil Sibu tahun lalu.
Pada 2006, SUPP kalah di enam kerusi kepada DAP, manakala masing-masing satu kerusi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Kecuali kerusi DUN Engkelili yang menyaksikan penyandang, Dr Johnicol Rayong, yang menang atas tiket SNAP pada 2006, sudah pun menyertai SUPP dan dijangka tidak berdepan masalah mempertahankan kerusi berkenaan, parti itu dijangka menghadapi laluan sukar untuk merampas balik tujuh lagi kerusi – Padungan, Pending, Batu Lintang, Kota Sentosa, Meradong, Bukit Assek dan Kidurong.
Malah SUPP kini dikatakan berdepan 'bahaya besar' di tiga lagi kerusi iaitu DUN Pelawan yang hanya menang majoriti 263 undi pada 2006, Dudong (408 undi) dan Repok (576 undi). Rekod 2006 dan pilihan raya sebelumnya turut menyaksikan kawasan majoriti besar SUPP adalah juga kawasan majoriti pengundi Bumiputera.
Keputusan PRN 2006 amat ketara menyaksikan SUPP semakin hilang sokongan kaum Cina dan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu pastinya menambahkan lagi kegusaran SUPP. Sama ada suka atau tidak, antara faktor yang menyebabkan SUPP ditolak pengundi Cina di bandar kerana mereka sudah muak dengan kedegilan pemimpin parti itu untuk terus mengekalkan pemimpin lama yang kini berusia antara lewat 60-an dan 70-an, berbanding DAP yang banyak mengetengahkan pemimpin muda.
Ditambah dengan kebosanan masyarakat Cina terhadap krisis dalaman parti itu selama ini, bukan saja berlaku antara pemimpin cawangan Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh dan pemimpin di Dudong, Datuk Dr Soon Choon Teck, malah antara SUPP Kuching, Sibu dan Miri yang dikatakan kerap 'tidak sebulu'.
Benar kekalahan di semua kerusi majoriti pengundi Cina iaitu 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali pun, Insya-Allah tidak akan menggugat kerajaan BN di Sarawak kerana terdapat 71 kerusi DUN kesemuanya. Jika ini berlaku, BN tetap berpeluang menang dua pertiga daripada kerusi DUN.
Namun apa akan jadi kepada kaum Cina yang mewakili 26 peratus daripada 2.5 juta penduduk Sarawak, jika tiada wakil dalam kerajaan baru yang akan dibentuk kelak? Justeru apabila Najib meminta supaya kaum Cina memberikan maklum balas atau respon dan bukan hanya sentiasa meminta-minta, ia amat kena pada tempatnya.
Seperti yang ditekankan Perdana Menteri dalam ucapannya, beliau mahu supaya SUPP bekerja keras memantapkan kembali kedudukan, memenangi semula hati dan sokongan rakyat khususnya kaum Cina dan menjadi rakan kongsi BN yang kuat.
"Ada dua mesej utama saya kepada SUPP, dekati rakyat dan berikan saya calon yang boleh menang. Tolong rasai nadi rakyat dan berjuang untuk kepentingan rakyat. Ada kalanya kita perlu membuat kenyataan, tetapi pastikan ia tidak menyinggung orang lain.
"Kita sudah atasi banyak masalah. Kita sudah tangani masalah tanah sehingga Sarawak kini mempunyai kadar premium tanah paling rendah di Malaysia. Ada banyak yang anda mahu. Anda mahu lebih banyak wang untuk sekolah Cina, lebih banyak peruntukan untuk Industri Kecil dan Sederhana (SME), lebih banyak tanah untuk pertanian.
"Tapi anda tidak boleh terus meminta-minta tanpa memberikan maklum balas. Tolong beritahu masyarakat Cina bahawa mereka perlu memberikan maklum balas dengan menyokong BN yang selama ini turut membantu mereka dan bersama-sama kita berjuang untuk kepentingan semua," katanya.
Peringatan Najib ini ada logiknya apa lagi beliau mengaitkan dengan yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu pada Mei tahun lalu yang menyaksikan puluhan juta ringgit diberikan bagi memenuhi permintaan sekolah Cina di Sibu, namun ia juga gagal memenangi sokongan kepada BN sehingga calon BN tewas.
Justeru apabila Pengerusi BN itu mahukan supaya SUPP memastikan kaum Cina memberikan respon dengan menyokong BN ia memang amat wajar.
Begitu juga mesej keduanya yang meminta SUPP memberikan calon yang boleh menang. Apa yang berlaku pada 2006 boleh dijadikan iktibar apabila parti itu berkeras mahu menurunkan calon pilihan parti kerana kedudukan mereka dalam parti, bukannya calon yang dipilih rakyat sehingga memberi tamparan hebat kepada parti itu sendiri
SPR perlu RM45j urus pilihan raya Sarawak misiah@bharian.com.my 2011/01/30
Perbelanjaan meningkat RM15 juta berbanding sebelum ini
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memerlukan peruntukan lebih RM45 juta untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang dijangka diadakan April atau Mei ini, meningkat kira-kira RM15 juta berbanding kos mengendalikan PRN ke-9 pada 2006. Ini bagi menampung pelbagai kos, termasuk menyewa 20 helikopter, dua pesawat kecil, kira-kira 50 bot laju, 2,300 kenderaan pacuan empat roda dan lebih 1,000 perahu, selain menampung kos pembayaran elaun petugas pilihan raya yang akan turut dinaikkan pada tahun ini. Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah bagaimanapun berkata, jumlah sebenar elaun bagi petugas SPR belum diputuskan setakat ini. Berdasarkan daftar pemilih terkini, seramai 970,436 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRN Sarawak ke-10, meningkat 77,899 pengundi berbanding hanya 892,537 pemilih berdaftar pada 2006. Dari segi persiapan katanya, semua persiapan sedang rancak dilakukan, namun tarikh bagi mengadakan latihan kepada petugas pilihan raya belum ditetapkan. "Kita tunggu pilihan raya kecil Merlimau dulu, barulah kita dapat tetapkan tarikh latihan untuk petugas dan taklimat berkaitan," kepada Berita Harian. Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada 2006, BN memenangi 62 daripada kerusi itu, enam kerusi dimenangi DAP, masing-masing satu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bebas dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Namun Dr Johnicol Rayong yang menang di DUN Engkelili atas tiket SNAP pada 2006 kini sudah menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak, manakala Gabriel Adit Demong yang menang atas tiket Bebas di kerusi Ngemah pada 2006, menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM). Sementara itu, jumlah calon yang bakal bertanding pada PRN Sarawak ke-10 juga dijangka jauh lebih banyak berbanding 2006, dengan beberapa parti baru yang belum diluluskan pendaftarannya juga sudah mengesahkan akan meletakkan calon untuk bertanding. Ini termasuk Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS) yang sudah mengumumkan mahu bertanding di semua 71 kerusi, selain PCM yang belum mengumumkan jumlah calonnya. Pada 2006, 158 calon bertanding dalam PRN Sarawak, terdiri daripada 71 calon BN, SNAP (29 calon), PKR (25), DAP (12), Pas (1) dan Bebas (20)
ANALYSIS, March 17 — Aggrieved by the meagre three seats it was allocated for the coming state election by Pakatan Rakyat (PR), the Sarawak National Party (SNAP) has announced it will now contest 40 seats independently.
The impasse, if not soon resolved, will injure PR's chances of loosening Sarawak Barisan Nasional's (BN) stranglehold on the state, with multi-cornered contest that would split the opposition votes.
Founded in 1961, SNAP is the grand old dame of Sarawak politics and had dominated politics there for several decades before its fortunes declined.
At its height, it supplied Sarawak's first chief minister, the Iban hero Stephen Kalong Ningkan.
SNAP has history and former glories behind it when it walks in the state's interior, and natives continue to recognise the party and accord it due respect.
For PR to allocate SNAP only three of the 71 seats up for grabs in the upcoming Sarawak state election is a sure recipe for politic disaster, political observers said.
Sarawak bloggers and political commentators are divided over whether to take SNAP seriously or consider it also-rans.
Either way, SNAP is thoroughly angered by the alleged "insult", which they blame on PR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, who they say was being counselled by land rights activist and Sarawak PKR, Baru Bian.
On Tuesday, an unhappy SNAP called a press conference in Kuching and announced it will contest 40 seats. It also named 16 top party leaders as candidates for 16 of the seats.
The rest, said party president Edwin Dundang, would be named soon.
The move is effectively a parting of ways between SNAP and Sarawak PR, which comprises Peninsular-Malaysia based PKR, DAP and PAS.
But much of SNAP's ire is directed at the Sarawak PKR chapter.
"PKR, without mandate, took the role of the leading the opposition in Sarawak and announced it would contest in 52 seats, leaving SNAP a miserable three seats to contest," Dundang said.
"PKR is riding roughshod over SNAP. It is unwarranted and unbecoming," he said expressing the party's deep hurt.
"We are now considering all options including getting out of the opposition front," he warned
SNAP officials also told The Malaysian Insider yesterday that "there is nothing to stop us from even contesting all 71 seats."
"We blame Anwar for this insult," said a senior SNAP leader. "He is listening to people like Baru Bian who is a political novice. They think there is a tsunami in Sarawak like the 2008 in peninsular."
"Maybe about 65 per cent of Chinese voters in about 17 or 18 urban seats might vote for DAP but there is four times that many rural seats that has to be won if Taib is to be defeated," the senior leader said referring to PBB chief president and Sarawak Chief Minister Tan Sri Taib Mahmud.
Bian's unofficial spot at the head of Sarawak PR has been met with resistance from SNAP leaders, who allege he is managing opposition politics in Sarawak when he should be concentrating on handling PKR.
SNAP leaders further say they have a better chance at winning if allowed to take the lead.
"PKR is weak; they don't have network or money. They only have Anwar's name and Bian's credibility. These are not going to bring the votes," said one SNAP leader
.
There is no opposition to the DAP contesting the mostly Chinese-majority urban seats in the state, taking on the battered SUPP, which is considered the MCA of Sarawak.
Party insiders said the DAP has a good chance of wresting at least 15 of the seats on the back of overwhelming support for urban voters.
PAS is expected to contest in a few seats as a token.
That leaves either PKR or SNAP to take on the PBB-PBRS-SPDP-PRS juggernaut
SNAP leaders see themselves as the main challenger to the combine and hopes to overthrow the status-quo, seize power and take control of the government.
The PKR, under Bian, also views itself in a similar political role, casting the party as the dominant political power to challenge PBB and oust the long-serving Taib.
The DAP has been more grounded, opting for the smaller task of tackling the SUPP while PKR and SNAP are sidetracked by dreams of grandeur.
The general opinion in Sarawak is that PKR should contest anywhere from 20 to 25 "winnable" interior seats, leaving the rest to SNAP.
"DAP should go for all 19 Chinese-majority seats while PAS should stay out," said a political observer who is a lecturer in a university here.
"This is the kind of political compromise that would give voters confidence and a chance to kick out Taib," he said.
"It is really unrealistic for PKR to contest in 52 seats… they simply don't have the means, the network and the local support base," the academic said, pointing out that in 10 years of contesting, PKR has only ever won one Sarawak seat. – The Malaysian Insider
Pakatan Rakyat dijangka merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata Profesor Madya Shaharudin Badaruddin.
Daripada 15 kerusi itu, 12 adalah kerusi yang akan ditanding oleh SUPP, katanya membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.
"Jika berdasar trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu berterusan kemungkinan BN akan tewas di 12 kerusi DUN yang terdiri daripada masyarakat Cina," katanya.
Selain gagal merampas kembali tujuh kerusi yang ditumbang kepada DAP dan PKR pada pilihan raya negeri 2006, Shaharudin berkata kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam juga berkemungkinan dikuasai pembangkang. 'bahaya besar' di tiga lagi kerusi iaitu DUN Pelawan yang hanya menang majoriti 263 undi pada 2006, Dudong (408 undi) dan Repok (576 undi).
Terlalu lama
DAP kini menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa manakala PKR pula menduduki kerusi Padungan. Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kemudiannya berpaling tadah ke Parti Cinta Malaysia.
Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN.
Menurut Shaharudin, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mula memberi kesan
"Siapa yang mengganti Abdul Taib, akan menjadi isu besar. Jika BN tidak berjaya merungkai masalah ini, BN akan menghadapi masalah.
"(Beliau) menjadi liabiliti dalam pilihan raya kecil Sibu. Dan beliau akan menjadi isu besar dalam pilihan raya (negeri) akan datang," katanya.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Kerusi Melayu
Mengulas lanjut, Shaharudin tidak menolak kemungkinan tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB yang diketuai oleh Taib juga diramal tumbang kepada Pakatan.
Kerusi itu ialah di Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarkat Melayu.
Ini kerana pada pilihan raya negeri yang lalu, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi undi kurang daripada 1,000.undi.
Menurut Shaharudin, tempoh pemerintahan Taib yang terlalu lama, iaitu berkuasa selama 30 tahun dan isu dinasti turut menjadi duri dalam daging kepada BN.
Apatah lagi katanya, manifesto DAP turut diterima oleh masyarakat Cina dan ini diperlihatkan semasa pilihan raya kecil Sibu tahun lalu, termasuk protes senyap di kalangan masyarakat tersebut.
Pilihan raya April ini?
Beliau juga turut menunjukkan slide yang menunjukkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu itu akan dimainkan.
"Selagi ada Taib, mereka tidak akan mengundi BN," katanya ketika ditemui selepas pembentangan itu.
Shaharuddin juga menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April.
Namun, dalam pembentangan ini juga, Shaharudin berkata Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk membentuk kerajaan negeri.
Ini katanya, terutama bagi PKR di Sabah yang masih mempunyai masalah mencari pemimpin dan gabungan Pakatan di Sarawak pula dikatakan "tidak sekukuh" seperti BN.
"Kerajaan (BN) sudah bersedia, banyak pembangunan di sana," katanya. – Malaysiakini.
16 FEB — Ramai bertanya, apakah tsunami politik seperti di Semenanjung pada 2008, akan menimpa Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) akan datang? Untuk sekurang-kurang tiga pilihan raya lagi, tsunami politik tidak akan berlaku di kedua-dua negeri itu. Barisan Nasional (BN) Sarawak pasti tidak berdepan kesukaran besar mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri ke-10, dijangka April depan.
Demografi dan profil pengundi di kedua-dua negeri itu jauh berbeza berbanding di Semenanjung. Banyak faktor, termasuk taraf pembangunan, komunikasi dan media serta taraf celik politik penduduk yang relatif rendah menyebabkan fenomena itu tidak akan berlaku.
Tsunami politik hanya berlaku jika jumlah pengundi tua semakin mengecil dan jumlah pengundi muda semakin bertambah. Itu pun jika golongan pengundi muda sedar peranan dan tanggungjawab mereka.
Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk lebih 21 tahun di seluruh negara belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir 2009; dengan 65 peratus ialah Bumiputera. Sarawak berada pada kedudukan keempat dari segi jumlah terbabit yang belum mendaftar, iaitu seramai 473,000 orang di belakang Selangor, Johor, dan Perak.
Tsunami politik hanya berlaku apabila jumlah golongan celik huruf dan terpelajar semakin meningkat, ditambah kadar migrasi ke bandar semakin bertambah. Dengan itu, mereka akan lebih sedar mengenai perkembangan di sekitar mereka, terutama melalui media alternatif.
Untuk PRU-13 nanti, Sabah dan Sarawak pasti terus menjadi penyumbang utama kerusi Parlimen seterusnya penentu survival BN terus berada di Putrajaya. Sejak 1970-an lagi, kedua-dua negeri ini menjadi kubu kuat dan kedudukan itu tidak akan tergugat.
Dengan komitmen BN khususnya di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk menangani masalah pembangunan di luar bandar di Sabah dan Sarawak, rakyat dijangka terus mendukung BN dalam pilihan raya umum nanti. Perdana Menteri kerap melawat pedalaman Sarawak dan Sabah bagi mengetahui masalah rakyat secara lebih dekat. Peruntukan lebih besar disalurkan untuk jalan raya, bekalan api dan air bersih.
Melangkah ke hadapan, tidak akan berlaku anjakan atau perubahan besar di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya nanti. Kerusi luar bandar dan separa bandar dengan majoriti pengundi Bumiputera hampir pasti kekal dalam genggaman BN. Kajian Merdeka Center tahun lalu mendapati 70 hingga 80 peratus pengundi di Sarawak mempunyai persepsi positif terhadap dasar dan tindakan BN. Kajian itu mendapati bahawa 64.1 peratus menyokong BN.
Daripada kajian itu didapati 36.9 peratus memilih parti yang dapat membawa pembangunan; 28 peratus adalah berdasarkan isu yang berkembang dalam masyarakat dan negara dan 27 peratus lagi akan mengundi calon yang dapat membawa pembangunan, bekerja kuat dan mampu menyuarakan aspirasi rakyat.
Meskipun demikian, 11.2 peratus responden mahu mengundi pembangkang, dengan 36 peratus pengundi Cina mahu mengundi pembangkang, manakala 33 peratus pengundi Cina belum pasti siapa yang hendak diundi.
Sebanyak 37.7 peratus bukan Melayu mendakwa mereka tidak dilayan dengan adil oleh kerajaan. Belum terdapat kajian sedemikian dilakukan di Sabah, tetapi pola pengundian dijangka tidak jauh berbeza daripada trend di Sarawak. Hal ini demikian sebab, dari segi pembangunan kedua-duanya masih lagi dikateogrikan sebagai mundur, terutama di luar bandar.
Ketika pembangkang dilihat sebagai tidak mempunyai pemimpin berwibawa dan masih tercari-cari pemimpin yang dapat menggerakkan sokongan, harapan untuk pembangkang menang besar pada PRU nanti adalah tipis. Paling pun ia hanya dapat menambah satu dua kerusi majoriti Cina di bandar utama.
Kelemahan utama pembangkang ialah ketiadaan jaringan dan jentera penggerak kempen berkesan. Berbanding BN yang memiliki jentera akar umbi mantap melalui parti komponen masing-masing, pakatan pembangkang begitu lemah dari segi jentera akar umbi disebab-kan faktor geografi dan hambatan sistem pengangkutan di kedua-dua negeri. Parti komponen pakatan pembangkang di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai banyak cawangan di luar bandar.
Ketiadaan jentera akar umbi atau sokongan cawangan di daerah dan kampung menyulitkan usahanya memenangi hati dan minda pengundi kerana dasar, idealisme dan ideologi mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan kepada peringkat akar umbi.
Pemilihan calon yang benar-benar berwibawa adalah satu lagi masalah besar yang membelenggu pakatan pembangkang, terutama PKR. DAP tidak berdepan masalah mencari calon muda profesional, berkelayakan dan berpengaruh. Malah, satu daripada daya tarikan DAP ialah keupayaannya menampilkan calon muda berbanding Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
PKR menghadapi masalah mencari calon profesional, muda dan berkelayakan terutama untuk bertanding di kawasan Melayu/Melanau. Selagi masalah ini tidak diatasi, selagi itulah peluang untuknya memenangi kerusi adalah sukar.
Untuk pembangkang berada di Putrajaya, ia perlu memenangi sekurang-kurangnya setengah daripada 56 kerusi di Sabah dan Sarawak — sesuatu yang sebenarnya amat sukar untuk pilihan raya akan datang.
Dengan terbatasnya keupayaan pakatan pembangkang dari banyak segi berbanding BN di kedua-dua negeri terbabit, impian untuk merebut kuasa dari BN adalah sesuatu yang mustahil, setindak-tidaknya pada PRU ke-13 nanti. — Berita Harian
* Jeniri Amir is a political analyst at Universiti Malaysia Sarawa
Tidak ada maknanya jadi parti pembangkang utama di Sarawak jika kerusi sendiri pun diberikan kepada orang luar ? Lihat sahaja pada 2006, SNAP mendahuluinya tapi kini kena cucuk hidung ?Put your stuff here
Oleh Ahmad Zaini Kamaruzzaman bhnews@bharian.com.my 2011/03/20
ABDUL TAIB menjawab soalan pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.
Ketua Menteri berdepan 'gangguan' pembangkang menjelang peralihan kuasa di Sarawak
TEKA-teki bila Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan sudah terjawab. Seperti yang diramalkan sejak seminggu lalu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan DUN akan dibubarkan esok walaupun ramai menjangka ia hanya akan diumumkan pada persidangan akhbar khas, di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching.
Abdul Talib, sebaliknya mengumumkan secara spontan apabila ditanya wartawan pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang semalam selepas lawatan sehari dua pemimpin negara itu ke Sarawak.
Yang belum terjawab ialah bila tarikh penamaan calon dan hari pengundian. Sama ada Abdul Taib akan bertanding atau sebaliknya juga sudah terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan akan bertanding. Namun, ia sebenarnya tidak lagi penting kerana yang masih menjadi teka-teki ialah peralihan kuasa dan siapa pengganti Abdul Taib yang sudah 30 tahun sebagai Ketua Menteri dalam tempoh 48 tahun pembabitannya dalam politik.
Semalam, ketika program Sejiwa Senada di Serian, Abdul Taib buat kali ketiga tahun ini menyuarakan hasratnya untuk berundur selepas di Mukah dan di Betong sebelum ini. Namun, masih ramai, khususnya pembangkang sukar mempercayainya sehingga beliau melakukannya atau sekurang-kurangnya menamakan penggantinya.
"Saya sudah tua dan akan berundur, tetapi saya tidak mahu cita-cita (membangunkan rakyat dan negeri) mati mengikut saya. Saya telah mendidik banyak pemimpin. Saya dan adik saya Jabu (Timbalan Ketua Ketua Menteri, Alfred Jabu)... bila kami pergi nanti siapa yang akan ganti dan teruskan.
"Saya akan mengetuai pilihan raya bagi memastikan kelicinannya dan selepas itu pemimpin yang kita bentuk akan bersatu menjadi kumpulan yang komprehensif dan inklusif untuk semua kaum supaya tiada seorang pun yang ketinggalan. Yang berundur akan sokong yang baru," katanya di depan kira-kira 10,000 orang yang menghadiri program di Serian itu. Pada sidang akhbar bersama Najib, beliau sekali lagi mengulangi mengenai peralihan kuasa, termasuk harapannya untuk berbuat demikian dalam tempoh separuh penggal DUN akan datang.
Justeru, kenyataan beliau itu seharusnya mematikan terus spekulasi sama ada beliau akan berundur atau kekal. Mereka dalam BN yang mahukannya berundur serta pembangkang juga sudah boleh menghentikan desakan supaya beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri jika itu yang mereka mahukan.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ialah siapa penggantinya. Banyak nama sudah disebutkan sejak kali pertama beliau menyuarakan hasrat mahu berundur 18 tahun lalu. Antaranya, Datuk Seri Effendi Nawawi, Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Abang Johari Openg dan yang terbaru Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Pelbagai spekulasi dan ramalan dibuat. Effendi dan Adenan yang pernah menjadi menteri Pusat dikatakan sengaja dihantar ke Kabinet Persekutuan bagi dilatih menjadi Ketua Menteri. Namun Effendi kemudian dilaporkan bersara daripada politik. Adenan yang kemudian tidak dipilih semula sebagai menteri Pusat dikatakan mahu dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Abdul Taib, tetapi tidak menjadi realiti.
Kali ini, nama Adenan, Abang Johari dan Awang Tengah muncul kembali. Semua mereka memegang jawatan penting dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Yang paling kanan ialah Abang Johari sebagai Timbalan Presiden II; Awang Tengah, Naib Presiden Kanan I, manakala Adenan pula Ketua Penerangan.
Ramai yang meramalkan, calon Ketua Menteri kelima Sarawak adalah di kalangan mereka bertiga, walaupun ada yang tidak menolak kemungkinan Effendi menjadi pilihan jika beliau bertanding pilihan raya kali ini. Namun, dua nama yang paling disebut-sebut ialah Abang Johari dan Awang Tengah. Pilihan mungkin bukan di tangan Abdul Taib sepenuhnya kerana yang lebih penting ialah kesepaduan dan kesatuan di kalangan anggota BN, iaitu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Selain itu, Kerajaan Pusat, iaitu Najib juga perlu memberikan 'restu' supaya proses peralihan kuasa dan pengganti yang bakal dipilih tidak menyebabkan kestabilan dalaman politik Sarawak berkocak seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
Sebenarnya, kedudukan politik Abdul Taib dipenuhi pelbagai dugaan dan ancaman. Kali ini, ancaman datangnya dari luar, iaitu gerakan parti pembangkang yang bukan saja mahu menjatuhkannya, malah merampas kuasa politik Sarawak daripadanya.
Tahun 1984 adalah cabaran paling getir bagi Abdul Taib, apabila berlaku pergeseran dalam komponen BN kerana wujud pakatan sulit antara beberapa 'orang lama' dalam PBB dengan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) bagi menggulingkannya.
Rancangan kumpulan itu ialah meluluskan undi tidak percaya dan membawanya ke perhatian Kerajaan Pusat. Pada masa sama Permas (Persatuan Rakyat Malaysia Sarawak) ditubuhkan oleh bekas ahli PBB, manakala awal 1987, PBDS keluar daripada BN pada peringkat negeri.
Pada masa sama, Datuk Daniel Tajem dari PBDS mengumumkan sudah tiba masanya kaum Dayak menjadi jeneral dan beliau antara empat anggota Kabinet meletakkan jawatan. Pada Mac 1987, seramai 26 ADUN menghantar teleks kepada Abdul Taib memintanya melepaskan jawatan secara terhormat atau menghadapi usul undi tidak percaya. Kumpulan itu berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur diketuai bapa saudaranya, Tun Abdul Rahman Yaakub. Peristiwa itu tercatat dalam sejarah politik Abdul Taib sebagai 'Ming Court Affair'.
Abdul Taib bagaimanapun membubarkan terus DUN dan menghadapi pilihan raya. Nasib menyebelahinya apabila BN menang 28 daripada 48 kerusi walaupun bukan majoriti dua pertiga. Sejak itu, BN kembali pulih dan Abdul Taib terus membina semula BN dan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum di Sarawak. Tiada siapa boleh menafikan beliau berjaya menerajui negeri dan membawa perubahan besar kepada pembangunan Sarawak serta rakyatnya.
Kali ini, beliau sekali lagi menghadapi cabaran politik, tetapi dari luar, iaitu pembangkang yang bukan saja mahu beliau melepaskan jawatan, malah untuk mengambil alih pemerintahan Sarawak. Namun, ramai meramalkan tidak sukar bagi BN mengekalkan kedudukannya di Sarawak. Yang penting ialah BN memastikan ia dapat mengekalkan majoriti dua pertiga walaupun ramai yang menjangkakan BN tewas di sekurang-kurangnya 15 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.
Parti pembangkang, terutama DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS walaupun dijangka tidak menyengat, mereka masih boleh menggigit BN. Bagi Abdul Taib, ia satu lagi cabaran yang perlu dihadapinya sebelum peralihan kuasa.
Beliau bukan saja perlu memastikan bakal penggantinya diterima oleh semua komponen BN dan pengundi, malah yang lebih penting menetapkan calon yang akan membawa cabaran mengibar bendera BN dan memastikan kemenangan sebelum bersara dengan bangga sebagai pemimpin ulung dalam sejarah politik Sarawak.
Pas kini sibuk dengan mesyuarat peringkat cawangan di seluruh negara. Selepas cawangan, ia disusuli peringkat bahagian sebelum muktamar agung pada Jun nanti.
Tumpuan utama adalah kepada pemilihan parti itu termasuk jawatan tertinggi. Awang mendapat tahu, selain jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan jawatankuasa pusat, jawatan Presiden
juga kemungkinan menyaksikan pertandingan.
Bibit-bibit ke arah pertandingan pucuk pimpinan boleh dirasakan bahangnya pada mesyuarat cawangan sekarang. Ramai ahli yang bimbang terhadap kemerosotan sokongan masyarakat Melayu kepada Pas. Kritikan terhadap para pemimpin atasan juga makin kuat kedengaran.
Ramai yang menyalahkan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat kerana sudah menjadi liabiliti kepada parti. Mereka tidak boleh menerima pendekatan beliau yang mengikut rentak DAP dan PKR, yang menjadikan Pas tidak dominan. Tidak kurang juga yang kecewa dengan prestasi Pas di bawah pimpinan presiden sekarang, Hadi Awang.
Menurut seorang pemimpin Pas yang menjadi sahabat Awang sejak dahulu, kemungkinan berlaku pertembungan bagi jawatan utama termasuk Presiden adalah besar.
Bagi jawatan timbalan Presiden, sudah hampir pasti Nasaruddin Md. Isa akan dicabar oleh Mohamad Sabu. Sahabat Awang itu juga membayangkan sudah terbentuk dua puak dalam Pas pada musim mesyuarat cawangan. Satu yang menyokong Hadi, yang jumlahnya masih besar. Satu lagi yang pro Nik Aziz, yang walaupun lebih kecil saiz sokongan namun tidak boleh dipandang ringan pengaruhnya.
Sebab itu, sudah ada suara di kalangan pemimpin Pas yang mahu Nik Aziz mencabar Hadi. Awang tidak fikir Tok Guru akan berbuat demikian walaupun mendapat desakan penyokongnya. Nik Aziz sendiri makin uzur dan jatuh popularitinya.
Namun jika ia terjadi, persaingan pasti sengit. Beliau bukan sahaja akan ditentang oleh Nik Aziz dan penyokongnya di dalam Pas malah tangan-tangan di luar parti itu - DAP dan PKR yang diketahui lebih hebat sumber mereka.
Keengganan ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) terus menjadi perhatian.
Sejak minggu lalu, pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi mendesak beliau berbuat demikian.
Belum pernah Awang lihat gelombang masyarakat menuntut Anwar menyerahkan sampel DNAnya demi mencari kebenaran dan keadilan.
Anwar tidak perlu takut jika beliau bukan lelaki Y yang DNAnya dikenalpasti dalam kes perbicaraan liwat ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Sebelum ini, beliau enggan bersumpah laknat mengikut cara Islam dan kini menolak pula kaedah saintifik. Belum pernah sepengetahuan Awang ada pemimpin atau tokoh yang bersikap seperti Anwar.
Setakat ini, beliau masih belum menyahut cabaran banyak pihak walaupun ia kesempatan terbaik bagi membersihkan namanya. Ini bukan persoalan maruah beliau semata-mata. Ia juga melibatkan maruah keluarga dan seluruh ahli PKR. Tetapi Anwar tetap Anwar. Seperti biasa, beliau menggunakan taktik mengalihkan perhatian daripada isu sebenar. Isnin lalu, beliau membangkitkan mengapa tidak didesak Perdana Menteri, Najib Tun Razak agar menyerahkan DNA terlebih dahulu.
Beliau cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu yang tidak kena mengena dan di luar konteks sama sekali. Pun begitu. Najib tidak berdiam. Semasa di Sarawak semalam, beliau menyatakan kesediaan untuk menyerahkan sampel DNA. Menurut Najib tiada apa yang beliau perlu takutkan untuk berbuat demikian jika berada di pihak yang benar.
Jerat makan diri. Cubaan untuk mengenakan Najib mengundang tekanan lebih besar terhadap Anwar. Jika Najib berani, tiada sebab untuk Anwar gentar dan memberikan pelbagai alasan lagi. Janganlah jadi dayus. Melainkan jika Anwar sendiri merasakan beliau adalah orang yang dimaksudkan dengan misteri lelaki Y.
MELAKA 19 Mac - Satu kematian setiap dua hari melibatkan penunggang motosikal direkodkan sepanjang tahun ini sehingga Februari lalu.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, rekod daripada Ibu Pejabat Polis negeri pada tahun ini menunjukkan sebanyak 26 penunggang motosikal terkorban sepanjang tempoh dua bulan itu.
"Mereka yang cedera parah pula seramai 12 orang dan 71 orang lagi cedera ringan. Secara keseluruhannya ia membabitkan 109 orang.
"Angka ini membimbangkan jika dibandingkan pada tahun lalu iaitu 189 kematian, 135 cedera parah dan 487 cedera ringan daripada keseluruhan 802 penunggang motosikal yang terlibat kemalangan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Ride It Right (RIR) atau Tunggang... Jangan Tunggang-Langgang di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye.
Mengulas lanjut, Mohd. Ali turut memuji usaha pihak tersebut sekali gus dapat mengurangkan korban jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
"Kempen ini merupakan pendekatan terbaik untuk mendidik golongan remaja dan belia untuk menyertai aktiviti berfaedah ini selain penguatkuasaan yang dilakukan pihak polis.
"Kerajaan negeri juga mempunyai kemudahan Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) untuk mengadakan acara kemuncak perlumbaan ini," katanya./td>
Perdana Menteri gementar jadi wakil rakyat pada usia muda
Gabra, gementar dan berdebar.Itu jawapan spontan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila salah seorang rakan dalam taliannya, Suandi Murtadza meminta beliau berkongsi perasaan ketika kali pertama dilantik menjadi wakil rakyat dan ahli Parlimen pada usia yang muda.
Menurut Perdana Menteri, perasaan sebegitu merupakan perkara biasa yang lazimnya akan dilalui semua orang, lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak menyangka dapat berkecimpung dalam bidang politik pada usia sebegitu muda.
"Namun, saya berpegang kepada falsafah apabila seseorang itu dihumban ke dalam kolam, kita cuma ada dua pilihan sama ada berenang ke tepian atau lemas dan tenggelam. Bagaimanapun, saya memilih untuk berenang ke tepian.
PPUBJ : Jadi bagi mana-mana yang dah tak larat nak jadi pemimpin atas faktor usia tu lebih baiklah berundur kerana nanti tak larat nak berenang ketepian...tak-taku lemas pulak.....
DAP berasal dari PAP parti bertunjang komunis yang menggugat kestabilan Asia Tenggara sehinggalah British memaksa Singapure menyertai Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak untuk membentuk Malaysia,
PKR pula diketahui ramai sebagai parti yang dibiayai oleh rakan rakan yahudi Anwar yang berpengkalan di New York dan Washington DC seperti Paul Wolfowitz yang juge bekas president Bank Duani yang pernah cuba membangkrapkan Malaysia ketika krisis kewangan 1998 yang juga merupakan serangan Amerika ke atas harimau Asia yang baru mula bangkit
PAS pula terkenal dengan sifat Islam insular yang diperkenalkan Barat melalui gerakan Ikhwanul Muslimin yang masih bergerak di timur tengah
Bacalah artikel hasil nukilan Darul Ehsan Today yang menunjukkan mengapa Rakyat Sarawak akan lebih bahagia bersama parti tempatan
Rakyat sarawak tak perlu parti dari semenanjung untuk mentadbir mereka, itu kata-kata seorang anak kelahiran miri kepada aku, kalau mereka nak pangkah pembangkang sekali pun, mereka akan memilih parti snap untuk mereka undi, kalau tidak mereka akan terus berikan mandat kepada barisan nasional yang telah banyak berjasa di sarawak.
Orang sarawak lihat dap, pas dan pkr adalah parti semenanjung, parti yang banyak buat onar ini tidak akan di terima oleh penduduk sarawak, dap kerap memainkan isu perkauman, orang sarawak tahu, dap lah punca tercetusnya peristiwa 13 may 1969, kemenangan dap di sibu tak boleh jadi kayu penukur yang rakyat sarawak menerima parti dari semenanjung itu.
Pkr pada pandangan orang sarawak adalah parti anwar ibrahim sekeluarga, dengan struktur parti pkr yang kelam kabut dan ramai adun dan ahli parlimen pkr yang lari meninggalkan parti itu, pkr dilihat sebagai sebuah parti yang tak ada masa depan, kalau di beri peluang untuk memerintah sarawak, maka akan tungang langganglah negeri itu.
Pas pulak sebuah parti x-trim islam, hadirnya pas di sarawak akan memecah belahkan orang islam di sana, kita kena ingat, orang sarawak tak macam orang semenanjung, mereka lebih terbuka dalam soal politik tapi mereka tidak boleh menerima caci dan maki hamun dari seorang yang bergelar ustaz terhadap orang islam yang lain, haram syarie undi bn dan halal syarie undi pas tak laku di sarawak, malah orang sarawak tahu macam mana pas tadbir kelantan, tak ada kemajuan dan pembangunan, kalau pas berjaya bentuk kerajaan bersama-sama parti penjajah lain seperti pkr dan dap, maka sarawak akan lebih mundur dari kelantan.
Politik jahat pas, dap dan pkr yang suka memfitnah kalau dah tak ada modal membuatkan orang sarawak menyampah, kita kena ingat, orang sarawak tak macam orang kelantan yang bersepah di negeri-negeri lain, sarawak negeri maju, peluang pekerjaan di sana cukup banyak, jadi mereka tak perlu merempat di negeri orang untuk mencari rezeki, tak macam kelantan di bawah pemerintahan pas. jadi kalau pas, pkr dan dap bercita-cita besar nak perintah sarawak, lupakan sahaja, pasal rakyat sarawak tak perlukan parti penjajah untuk mentadbir mereka
Kepada kepimpinan UMNO Jasin, bila lagi nak beri peluang kepada orang muda.......dah lama dah......... cukup la.........sebelum di tolak...................................
Demi memberi laluan untuk pemimpin yang lebih muda, Datuk Dr Rauf ADUN N5 dengan lapang dada telah mengumumkan pengunduran beliau.
Lantaran pengunduran Datuk Rauf, berbagai spekulasi tentang pengganti beliau mulai mewarnai kawasan Demak Laut.
Sebagai pemimpin yg sentiasa mendekati rakyat, pastinya keputusan Datuk Rauf akan meninggalkan usikkan sentimental buat penyokong dan penduduk N5 Demak Laut.
PKR sekarang berkempen secara besar-besaran di Sarawak. Walaupun terlalu banyak salah laku kepimpinan didedahkan ahli sendiri, parti terlalu korup sehingga menyebabkan berpuluh pemimpin-pemimpinnya tinggalkan parti dan beribu yang lain keluar parti, kumpulan pro-PKR tetap nekad meraih sokongan berbekalkan modal tanah NCR.
Seperkara yang Dayak tidak sedar, di bawah gabungan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP, pemansuhan status bumiputra adalah salah satu objektif utama yang akan dilaksanakan sebaik PR berkuasa. Apakah jaminan PKR akan menjaga hak tanah adat sedangkan DAP berkuasa dalam menetapkan peraturan dan kedudukan hak samarata penduduk di Sarawak? Cuba tanya wakil Baru Bian..
Kita lebih suka semua rakyat khususnya masyarakat kampung mendapat geran tanah. Masalahnya, berapa ramai orang kampung sendiri yang jujur dan tidak mengambil hak tanah orang lain? Bolehkah tuntutan dibuat sesuka hati tanpa justifikasi daripada mahkamah?
Banyak kes adik beradik bertelagah dalam isu tanah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. Di sinilah peranan pembangkang untuk menimbulkan permasalahan yang tidak pernah menjadi isu sebelum ini.
Baru Bian
The money maker.. Dalam laporan media, kes NCR diwakili beliau mendapat publisiti. Tiga kemenangan memihak plaintif membuktikan kerajaan tidak merampas tanah rakyat. Justifikasi yang betul akan membantu kerajaan menetapkan siapa yang lebih berhak melalui keputusan mahkamah.
Kita hairan, kenapa Baru Bian sahaja mendapat publisiti mengendali kes-kes tanah yang lain? Apakah dengan publisiti, ia lebih berupa iklan untuk mendapat lebih ramai 'client'?
Rajahmas difahamkan dalam setiap kes yang menggunakan khidmat guaman seperti ini melibatkan komisen pada kadar 30% daripada jumlah keseluruhan tuntutan yang dibuat. Bermakna jika pihak defendan diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM20,000 kepada plaintif, syarikat guaman akan mendapat bayaran sehingga RM6,000 daripadanya. Andainya dalam tiap-tiap kes mewakili beberapa orang (contoh terbaru melibatkan 5 orang plaintif), bermakna kadar caj sekitar RM30,000 akan dikenakan oleh orang yang mendakwa diri sebagai 'pembela rakyat' ini.
Bayangkanlah ada 200 lebih kes lagi sedang menunggu dan kes lain yang diwakilinya. Melalui cara ini, Baru Bian boleh menjadi jutawan dalam masa terdekat. Ini cuma contoh.. Yang sebenarnya, hanya pelanggan dia sahaja yang tahu.
Maka, apakah dengan menimbulkan isu tanah, membawa keuntungan kepadanya? Inilah agaknya pelan Cheap Minister Sarawak...
PKR
Siapa ketuanya dan siapa timbalannya? Dua orang ini adalah manusia yang paling pandai bermain dengan janji. Tetapi pernahkah keduanya menjanjikan sesuatu secara lengkap, contohnya kalau Pakatan menang, semua masalah akan selesai.
Huraikan pada waktu berjanji, apa kaedah PR menangani masalah satu persatu dengan tepat. Bolehkah PR/PKR?
Contoh ayat yang selalu menjadi taktik PKR, Anwar dan Azmin ketika berjanji.
Kalau pakatan menang, masalah banjir di Sarawak akan selesai. (adakah maksud menang itu PRK? Atau PRN? Atau PRU?)
Dokumen bukti itu ada di pejabat saya. (adakah pendengar ceramahnya akan percaya dengan bukti yang dimaksudkan? Yang pasti, ia tidak dibawa sebabnya tidak boleh digunakan dalam mahkamah. Kenapa pentas ceramah menjadi mahkamah?)
Kempen di Sarawak dengan modal air free di Selangor. (membuktikan kedangkalan janji mereka kerana beranggapan boleh menyelesaikan masalah bekalan air dan elektrik di kawasan rumah panjang yang mengambil masa 3-4 jam perjalanan menaiki bot daripada pekan berhampiran)
Hutan akan dipelihara daripada politik pembangunan. (Kerajaan negeri WAJAR menghentikan kegiatan pembangunan kawasan pedalaman?)
Sarawak sudah 47 tahun merdeka tapi masih lagi miskin dan hutan belantara (Kerajaan negeri WAJAR meneruskan kegiatan pembangunan di kasawan pedalaman?)
Hari ini masuk putra jaya, esok harga minyak dan barang-barang turun. ( membuktikan perancangan Anwar merbahaya kepada sektor ekonomi kerana boleh membuat keputusan sendiri sepertimana dia melantik Baru Bian untuk menjadi CM Sarawak)
Sungguh mudah Anwar dan Azmin berjanji.. Kononnya jika PR menjadi kerajaan, Sarawak dan Sabah akan mendapat otonomi penuh. Tetapi PKR belum menang lagi di Sabah, isteri Anwar, Wan Azizah menjadi ketua parti membelakangi kepimpinan PKR tempatan.
Jawatan Wan Azizah dalam PKR negeri setaraf Baru Bian di Sarawak, siapakah yang PKR lantik sebagai Ketua Menteri Sabah kelak? Bukankah ini maksud otonomi penuh oleh Anwar/Azmin...?
Blogger PKR
Ramai para blogger pro-PKR Sarawak terlalu taksub dengan sistem 'one man desicion' yang cuba diterapkan Anwar melalui parti anak beranak dan kroni daripada Semenanjung.
Cuba dengar ceramahnya, seringkali melaungkan "kalau saya menang..."
Rajahmas malas nak ulas banyak. Jika pemimpin PKR keluar parti digelar katak. Semua kononnya dapat rasuah berjuta-juta. Bagaimana jika blogger pro-PKR tinggalkan parti, adakah nilai mereka beribu-ribu?
Blogger-blogger pro-PKR Sarawak seperti Ahmad Nazib, Zulhaidah Suboh, Dayakbaru, Cobboldjohn, Hornbillunleash, Baru Bian dan lain-lain semuanya ada kepentingan dalam politik. Mereka ada tempat untuk bertanding pilihanraya negeri nanti. Tentulah mereka semua ada isu bermacam-macam untuk menaikkan nama sendiri.
Kedudukan sebagai wakil rakyat ADUN menjanjikan pendapatan lumayan. Belum lagi kalau jadi ahli exco. Sebab itulah mereka bermati-matian nak sangat jadi wakil rakyat.
Sesiapa di antara blogger pro-PR yang bercita-cita jadi wakil rakyat PKR mudah sahaja. Ikutilah langkah mereka seperti berikut;
Langkah pertama – buat blog, sebarkan artikel anti-Taib.
Langkah kedua – Buat laporan SPRM kemudian pampang gambar di blog masing-masing.
Langkah ketiga – berceramah depan Rostrum depan audience walaupun sekejap.
Langkah keempat – Bodeklah Anwar, Azmin dan mereka yang sekroni dengannya.
Jika semua langkah dibuat, 89% anda akan masuk dalam senarai setanding Ahmad Nazib, Zulhaidah Suboh, Dayakbaru, Cobboldjohn, Hornbillunleash dan Baru Bian. Inilah pemimpin yang kononnya layak untuk memajukan Sarawak hasil character assasination ke atas Ketua Menteri dan Timbalannya..
Mujurlah BN tidak memilih calon yang hanya bermodalkan cerita keburukan orang lain menjadi wakil rakyatnya, bayangkanlah jika sifat-sifat itu ada pada pemimpin kita sekarang..... Akan bahagiakah hidup rakyat?
Pengumuman SNAP itu dibuat setelah mengambil kira SNAP sebagai parti tempatan dan tidak perlu tunduk kepada PKR yang dinaungi parti luar seperti PKR, DAP dan PAS.
Apakah yang menyebabkan SNAP sangat berani mengenengahkan calon mereka di saat PKR, DAP dan PAS masih lagi berunding mengenai pembahagian kawasan DUN yang ditandingi? Siapakah 'orang' di belakang SNAP yang mahu membantu parti itu melawan PKR?
Dalam pada itu, SNAP juga menyasarkan akan meletakkan calonnya di kawasan DUN majoriti masyarakat Dayak dan yang ditandingi PKR.
Jelas bahawa hasrat PKR untuk menentang BN secara satu lawan satu tidak akan terjadi. Keberanian SNAP ini sangat bersandarkan sokongan ahli-ahli hardcore mereka di setiap kawasan dan mampu menggugat BN dan PKR.
Senario terbaru dalam politik Sarawak, tiada lagi satu lawan satu, tetapi persaingan 3 penjuru dan berkemungkinan juga 4 penjuru yang membabitkan Bebas.
Ketika ini tajuk utama dan perbualan hangat rakyat Sarawak banyak berkisar kepada politik. Dengan tarikh genap Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya akan berakhir 23 Julai 2011, Kerajaan Sarawak kini hanya menunggu masa dan lampu hijau daripada Ketua Menteri Sarawak dan Perdana Menteri Malaysia.
Dijadualkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak datang ke Sarawak bagi menghadiri Sejiwa Senada Jalinan 1Malaysia yang diadakan di Serian. Lawatan Perdana Menteri ini menguatkan spekulasi bahawa Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan tidak lama lagi.
Apakah Pilihan Raya DUN Sarawak akan diadakan pada 16 April 2011? Sekiranya ini benar berlaku, pastinya pembubaran DUN Sarawak pada 21 Mac 2011. Apakah jangkaan ini benar?
Ketika ini rakyat boleh membuat pelbagai spekulasi Pilihan Raya DUN Sarawak. Spekulasi ini diperkuatkan lagi dengan pertemuan Ketua Menteri Sarawak dengan Tun Salahuddin di Astana, pagi Rabu lalu sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet di Wisma Bapa Malaysia.
Bagaimanapun pertemuan itu hanyalah prosedur biasa, sekali gus menolak spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menjelaskan lagi keadaan ini, Ketua Menteri Sarawak memaklumkan akan mengumumkan 'sesuatu' perkara pada hari ini (Sabtu) yang dipercayai berhubung Pilihan Raya DUN Sarawak.
"Tunggu sehari lagi," petikan kata-kata Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selepas melancarkan Perhimpunan Belia 2011.
Cakap-cakap Pilihan Raya DUN Sarawak semakin hangat setelah beberapa siri perjumpaan Ketua Menteri Sarawak bersama rakyat dan agensi, dan Konvensyen BN Sarawak yang telah diadakan awal bulan ini.
Sejiwa Senada, Kerajaan Bersama Rakyat yang dijadualkan akan berakhir pada penghujung bulan ini di Kuching menguatkan lagi betapa semakin hampir Pilihan Raya DUN Sarawak.
Pilihan Raya DUN Sarawak kali ini merupakan yang pertama diadakan di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Perubahan dan transformasi yang dibawa Perdana Menteri sepanjang pemerintahannya sangat memberi kesan langsung kepada Sarawak terutamanya Gagasan 1Malaysia.
Keprihatinan Perdana Menteri ke atas keperluan kawasan luar bandar di Sarawak dan kebijaksanaan pentadbiran Ketua Menteri Sarawak yang mengubah Sarawak menjadi maju pastinya memberikan keyakinan kepada rakyat Sarawak bahawa gandingan ini dapat membawa Sarawak sebagai sebuah negeri maju dan menjadikan Wawasan 2020 menjadi kenyataan, Malaysia Negara Maju.
PKR Sarawak akan bertanding di 52 kerusi DUN Sarawak pada Pilihan Raya DUN Sarawak akan datang. Baru Bian dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan PKR Sarawak telah bersedia dan berkeyakinan menang sekaligus menjadi parti dominan dalam Pakatan Pembangkang Sarawak.
Di samping itu, jumlah kerusi DUN Sarawak yang akan ditandingi PKR Sarawak dijangka akan bertambah sekiranya DAP, SNAP dan PAS tidak menolak kerusi DUN yang diberikan kepada mereka.
Baru Bian menambah PKR Sarawak juga bersedia untuk bertanding di kesemua kawasan DUN Sarawak termasuk di kawasan bandar yang menjadi tradisi DAP Sarawak.
Ketika ini PKR Sarawak telah mengenal pasti beberapa calon sesuai bagi membawa cabaran PKR dan Pakatan Sarawak.
Ketika ini Pakatan Pembangkang masih belum menyelesaikan 10 peratus kawasan DUN yang menjadi pertelingkahan PKR, DAP dan SNAP.
Dalam pada itu, SNAP yang meminta 28 kerusi DUN untuk ditandinginya dalam Pilihan Raya DUN Sarawak tidak akan berganjak dengan keputusannya. Selain atas kapasiti sebagai parti politik tempatan Sarawak, SNAP juga berhak memandangkan PKR, DAP dan PAS merupakan parti luar. Parti luar tidak berhak memerintah Sarawak.
Demikian juga PAS yang terpaksa mengorbankan hasrat ahli-ahlinya kerana hanya diberikan 1 kerusi DUN. Apakah yang dapat dibuat dengan hanya diberikan 1 kerusi? PAS Sarawak telah banyak menghabiskan wang dan tenaga dalam membawa nama PAS kepada rakyat Sarawak, tetapi hanya diberikan 1 kerusi.
Secara jelas, PKR cuba untuk bertindak sebagai parti dominan dalam Pakatan Pembangkang. Difahamkan sebelum ini Pakatan Pembangkang secara terang memberitahu dalam Pakatan Pembangkang tiada satu pun atau parti yang akan menerajui Pakatan Pembangkang.
Dalam Pakatan Pembangkang Sarawak PKR sedang dalam menunjukkan sikap dominannya untuk menerajui dan menguasai Pakatan Pembangkang.
Kebanyakan pengasas PKR telah pun meninggalkan parti itu tatkala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim pula sibuk mempertahankan diri dalam kes liwat yang dihadapinya.
Anwar sedang berusaha mempertahankan dirinya walaupun pelbagai pihak termasuk bekas-bekas rakannya dalam PKR terdahulu mendesak Anwar memberikan DNA bagi menyelesaikan persoalan Siapakah Lelaki Y? PKR Sarawak yang ketika ini sibuk mempersiapkan diri menghadapi Pilihan Raya DUN Sarawak kelihatan sangat pincang dan mengalami 'ganguan' disebabkan perancang atau mastermind mereka kini sibuk dengan kes liwat.
Gangguan yang dihadapi PKR Sarawak ini telah memakan diri apabila silap percaturan pilihan raya yang telah membawa kepada kesengsaraan diri. Gelojoh untuk mengangkat Baru Bian sebagai Ketua Menteri Sarawak dan keputusan yang hanya mementingkan parti sendiri telah membuatkan rakan Pakatan Pembangkang lain tidak berpuas hati dan tekad mengambil keputusan keluar Pakatan Pembangkang.
SNAP akhirnya akur bahawa keputusan mendampingi Pakatan Pembangkang 'luar' Sarawak itu telah menyebabkan mereka tidak seperti yang diharapkan. Mendampingi Pakatan Pembangkang alasan untuk kembali aktif dalam politik Sarawak kerana sebelum ini SNAP kurang popular dan kesnya ketika itu masih berlangsung di mahkamah.
Penilaian akhir Pakatan Pembangkang ternyata tidak memihak kepada SNAP yang diberitakan hanya diberi 4 kerusi DUN untuk ditandingi berbanding PKR yang diperuntukkan sebanyak 52 kerusi DUN. Perbandingan ini ternyata sangat tidak menguntungkan SNAP yang terguris hati dengan hanya diberi 4 kerusi DUN.
Bagi SNAP, PKR hanyalah sebuah parti yang bermusim di mana mereka hanya gah dan glamour ketika menjelang pilihan raya. Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, PKR dianggap sebagai tidak relevan memandangkan perjuangan mereka di Sarawak masih kabur dan sangat tidak diterima rakyat Sarawak.
Keputusan SNAP untuk bertanding di 48 kerusi DUN dan bilangan ini pastinya akan meningkat berikutan ramai di kalangan pemimpin dan ahli PKR Sarawak yang keluar parti. Terbaru, dua ahli PKR dalam Parlimen Sri Aman, iaitu Timbalan Pengerusinya Alexius Serit Tukok dan Naib Pengerusinya Donny Stevens mengisytiharkan mereka keluar daripada parti.
Alasan yang sama digunakan oleh kebanyakan bekas ahli parti, iaitu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti berkenaan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
Suatu ketika rakyat Sarawak sangat tertarik dengan janji-janji manis Pakatan Pembangkang terutama ketika Anwar Ibrahim menyampaikan ceramahnya di kawasan Melayu dan Iban serta Bidayuh.
Anwar Ibrahim dan PKR bukan setakat itu sahaja, kewujudan PKR adalah semata-mata untuk membela nasib Anwar Ibrahim dan segala janji-janji PKR kepada rakyat selama ini adalah omong kosong, palsu dan pembohongan semata-mata.
Berkemungkinan siri ahli-ahli PKR Sarawak keluar parti akan berterusan disebabkan gelombang biru mula dirasai rakyat Sarawak sebagai penerus agenda pembangunan seperti mana yang dilakukan sekarang. Pengumuman Perdana Menteri dalam setiap lawatannya di Sarawak sangat memberi makna terutama transformasinya untuk membangunkan kawasan luar bandar
Sunday, March 20, 2011 Prof Dr Sim Calon BN di Pending Pencalonan seorang Dr oleh BN dilihat dapat merampas kembali DUN Pending dari DAP.dilihat sebagai kubu kuat DAP,Dr Sim dilihat dapat memecahkan kekuatan DAP di pending sekaligus merampas kerusi tersebut.
DR Sim merupakan anak kepada bekas Timbalan ketua Menteri sarawak Tan Sri Sim kheng Hong .Dr Sim yang bertugas sebagai Pengarah pusat jantung Sarawak dan memegang jawatan sebagai penolong setiausaha SUPP bahagian pending.semoga beliau akan berjaya memenangi kerusi DUN Pending....masih menunggu Calon DUN Semop
[Kompleks DUN Sarawak yang bernilai RM296.5 juta dan telah disempurnakan oleh KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27hb Julai 2009]
SENARAI NAMA BERPANDUKAN KEPADA PENGGAL YANG KE-9 : 2006 - 2011 N. 29 Batang Ai YB Malcom Mossen Lamoh (PRS/BN)
N. 30 Saribas YB Dr Wahbi Hj Junaidi (PBB/BN)
N. 31 Layar YAB Datuk Patinggi Tan Sri Amar Alfred Jabu (PBB/BN)
N. 32 Bukit Saban YB Robert Lawson (PBB/BN)
N. 33 Kalaka YB Tuan Hj Abdul Wahab Abdul Aziz (PBB/BN)
N. 34 Krian YB Datuk Peter Nyarok (SPDP/BN)
N. 35 Belawai YB Datuk Hj Hamden Hj Ahmad (PBB/BN)
N. 36 Semop YB Datuk Sri Hj Awang Mohd Asfia Awang Nassar (PBB/BN)
N. 37 Daro YB Murni Hj Suhaili (PBB/BN)
N. 38 Jemoreng YB Abu Seman Jahwie (PBB/BN)
N. 39 Repok YB David Teng (SUPP/BN)
N. 40 Meradong YB Ting Tze Fui (DAP/Pakatan Haram)
N. 41 Pakan YB Datuk Sri William Mawan Ikom (SPDP/BN)
N. 42 Meluan YB Wong anak Judat (SPDP/BN)
N. 43 Ngemah YB Gabriel Adit anak Demong (Bebas>PCM)
N. 44 Machan YB Datuk Gramong Juna (PBB/BN)
N. 45 Bukit Assek YB Wong Ho Leng (DAP/Pakatan Haram)
N. 46 Dudong YB Datuk Dr. Soon Choo Teck (SUPP/BN)
N. 47 Bawang Assan YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP/BN)
N. 48 Palawan YB Vincent Goh (SUPP/BN)
N. 49 Nangka YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB/BN)
N. 50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah (PBB/BN)
N. 51 Balingian YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (PBB/BN)
N. 52 Tamin YB Joseph Mauh Ikeh (PRS/BN)
N. 53 Kakus YB John Sikie Tayai (PRS/BN)
N. 54 Pelagus YB Larry S'ng Wei Shen (Barisan Nasional)
N. 55 Katibas YB Ambrose Blikau (PBB/BN)
N. 56 Baleh YB Datuk Sri James Jemut Masing (PRS/BN)
N. 57 Belaga YB Liwan Lagang (PRS/BN)
N. 58 Jepak YB Datuk Talib Zulpilip (PBB/BN)
N. 59 Kidurong YB Chiew Chin Sing (DAP/Pakatan Haram)
N. 60 Kemena YB Dr. Stephen Rundie (PBB/BN)
N. 61 Bekenu YB Puan Rosey Yunus (SPDP/BN)
N. 62 Lambir YB Datuk Aidan Wing (PBB/BN)
N. 63 Piasau YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan (SUPP/BN)
N. 64 Pujut YB Andy Chia (SUPP/BN)
N. 65 Senadin YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP/BN)
N. 66 Marudi YB Muhammad Silvester Entry Muran (SPDP/BN)
N. 67 Telang Usan YB Lihan Jok (PBB/BN)
N. 68 Bukit Kota YB Dr. Abdul Rahman Ismail (PBB/BN)
N. 69 Batu Danau YB Paulus Gumbang (SPDP/BN)
N.70 Ba' Kelalan YB Nelson Balan Rining (SPDP)
N. 71 Bukit Sari YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Awang Ali Hassan (PBB/BN)
[Kompleks DUN Sarawak yang bernilai RM296.5 juta dan telah disempurnakan oleh KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27hb Julai 2009]
SENARAI NAMA BERPANDUKAN KEPADA PENGGAL YANG KE-9 : 2006 - 2011
N. 01 Opar YB Ranum Mina (SUPP/BN)
N. 02 Tasek Biru YB Peter Nansian (SPDP/BN)
N. 03 Tanjung Datu YB Tan Sri Adenan Satem (PBB/BN)
N. 04 Pantai Damai YB Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB/BN)
N. 05 Demak Laut YB Datuk Dr Abang Hj Abdul Rauf Abang Hj Zen (PBB/BN)
N. 06 Tupong YB Datuk Ir. Hj Daud Abdul Rahman (PBB/BN)
N.07 Semariang YB Puan Syarifah Hasidah Sayed Aman Ghazali (PBB/BN)
N. 08 Satok YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg (PBB/BN)
N. 09 Padungan YB Dominique Ng (PKR/Pakatan Haram)
N. 10 Pending YB Violet Yong (DAP/Pakatan Haram)
N. 11 Batu Lintang YB Voon Lee Shan (DAP/Pakatan Haram)
N. 12 Kota Sentosa YB Chong Chieng Jen (DAP/Pakatan Haram)
N. 13 Batu Kawa YB Tan Joo Phui (SUPP/BN)
N. 14 Asajaya YB Tuan Hj Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB/BN)
N. 15 Muara Tuang YB Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB/BN)
N. 16 Bengoh YB Jerip Susil (SUPP/BN)
N. 17 Tarat YB Richard Sagah (PBB/BN)
N. 18 Tebedu YB Datuk Sri Micheal Manyin (PBB/BN)
N. 19 Kedup YB Fedrick Bayoi (PBB/BN)
N. 20 Sadong Jaya YB Datuk Wan Wahab Wan Sanusi (PBB/BN)
N. 21 Simunjan YB Tuan Hj Mohd Naroden Mejais (PBB/BN)
N. 22 Sebuyau YB Tuan Hj Julaihi Narawi (PBB/BN)
N. 23 Lingga YB Puan Hajjah Simoi Peri (PBB/BN)
N. 24 Beting Maro YB Datuk Hj Bolhassan Di (PBB/BN)
N. 25 Balai Ringin YB Snowdan Lawan (PRS/BN)
N. 26 Bukit Begunan YB Mong Dagang (PRS/BN)
N. 27 Simanggang YB Datuk Francis Harden Hollis (SUPP/BN)
N. 28 Engkelili YB Dr. Johnical Rayong (Bebas>SUPP/BN)
MESTI BACA BUKTI INI!! : PR DITOLAK RAKYAT SARAWAK !!!
Bukti jelas Pakatan ditolak oleh rakyat Sarawak
Benarkah kata Anwar dan kumpulan Pakatannya bahawa mereka akan menjatuhkan kerajaan pimpinan Pehin Seri Taib Mahmud jika diadakan Pilihanraya Negeri Sarawak didalam tempoh masa yang terdekat?
Yakin benar nampaknya Anwar dengan angan-angannya tersebut biarpun ia kedengaran sama seperti impian 16 September ke Putrajaya sebelum ini.
Apakah yang membuatkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Pakatan begitu yakin mereka boleh merampas Sarawak?
Dari manakah mereka memperolehi maklumat bahawa rakyat Sarawak menyokong mereka?
Anwar yang kita kenali adalah seorang yang memang bijak menabur janji. Tak kurang juga dengan kepakaran menipu serta putarbelit semua pemimpin-pemimpin didalam Pakatan pembangkang.
Jadi, kata-kata Anwar yang kononnya mereka akan merampas Sarawak dari tangan Barisan Nasional, tak lebih hanya dari satu lagi projek menipu rakyat yang diusahakan oleh kumpulan pembangkang.
Tambah-tambah pula jika satu kajian daripada sebuah badan bebas Merdeka Centre diambil kira bagi melihat sokongan rakyat Sarawak terhadap Pakatan yang diketuai oleh Anwar.
Mengikut satu pungutan suara yang dibuat oleh Merdeka Centre dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), hanya 11.2 peratus sahaja rakyat Sarawak yang sanggup memberikan undi mereka kepada pihak Pakatan pembangkang di Sarawak jika Pilihanraya Negeri diadakan di negeri tersebut. Ini sekaligus menolak tanggapan kumpulan pembangkang bahawa mereka akan menang mudah dan menguasai Sarawak selepas PRN diadakan.
Bancian yang dilakukan ini meliputi seluruh responden yang terdiri dari pelbagai latarbelakang etnik. Jumlah yang bersedia mengundi Barisan Nasional telah meningkat kepada 64.1 peratus iaitu 1.1 peratus lebih tinggi dari yang diterima parti pemerintah pada pilihanraya negeri pada tahun 2006 lalu. Anwar dan kumpulan pembangkang harus menerima hakikat ini yang menunjukkan polisi politik Pakatan langsung tak sesuai diamalkan di Sarawak.
Jika di Semenanjung, faktor Anwar sebagi pemimpin Anugerah Tuhan yang diwar-warkan mungkin sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat kumpulan Pakatan, tetapi faktor ini langsung tak laku di bumi kenyalang apabila hanya 21.1 rakyat Sarawak memberikan pengiktirafan buat pemimpin utama pembangkang tersebut. Rakyat Sarawak bukan mudah terpedaya dengan janji, tetapi mereka lebih percaya kepada realiti pembangunan serta kemakmuran negeri yang dibawa oleh kepimpinan Barisan Nasional.
Mengikut kajian Merdeka Centre ini lagi, 33.6 peratus rakyat Sarawak menganggap bahawa kumpulan Pakatan pembangkang tak mampu bersatu didalam satu gabungan. 26.6 peratus menganggap bahawa Pakatan kekurangan idea untuk memajukan serta membangunkan ekonomi negeri dan 11.4 peratus pula menganggap pemimpin-pemimpin Pakatan terlibat didalam rasuah.
Dari segi gaya pentadbiran Pakatan di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka di Semenanjung, rakyat Sarawak ternyata meragui kemampuan pemimpin-pemimpin Pakatan untuk mentadbir.
Walaupun ada rakyat Sarawak yang mempertikaikan kemampuan polisi pentadbiran Barisan Nasional seperti ketidak puasan hati yang ditimbulkan oleh beberapa parti dan juga politik wang, namun 70-80 peratus rakyat Sarawak masih mempunyai harapan positif terhadap parti tersebut untuk terus menerajui negeri mereka di masa depan.
Sewajarnya hal ini menunjukkan bahawa rakyat Sarawak masih lagi tidak berganjak dari kesetiaan mereka terhadap kerajaan yang selama ini banyak berjasa pada mereka.
Satu perkara lagi yang sepatutnya diambil kira oleh Anwar dan Pakatan sebelum berangan-angan menawan Sarawak, apakah mereka mampu menang di 30 kerusi negeri berbanding hanya 6 yang dikuasai oleh Pakatan pembangkang sekarang?
Sentimen Semenanjung yang dibawa oleh Anwar dan kumpulannya, tak cukup untuk membuatkan rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada Pakatan.
Percayalah, dengan penolakan rakyat tempatan terhadap permainan politik janji kosong Pakatan ini,
Anwar pasti akan gigit jari selepas melihat keputusan Pilihanraya negeri nanti.
Siapakah Anwar untuk memperbodohkan 27 kaum etnik di Sarawak dengan permainan politik murahan buku Jingganya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan