Hikayat Merong Mahawangsa Posted: 14 Mar 2011 11:05 AM PDT Pada malam ini terdetik menonton filem epik yang menjadi bualan di kalangan masyarakat dan tidak menghampakan bahawa filem ini di luar daripada kebiasaan filem-filem melayu. Kecantikan filem bukan terletak pada jalan cerita yang ringkas dan kemas di samping teknik perfileman yang luar dari kebiasaan filem melayu. Pada pandangan saya yang lebih penting untuk di lihat dalam filem ini adalah perkara yang tersirat cuba di ketengahkan dalam filem ini. Epik yang memperlihat sejarah kekuatan orang melayu yang sentiasa menjadi pelindung dan penyatu kepada bangsa-bangsa besar di dunia sejak berkurun lamanya. Kelemahan orang melayu juga di ketengahkan dalam filem ini di mana perpecahan dan pertelingkahan sesama sendiri juga penyebab utama keruntuhan tamadun melayu sehingga di jajah lebih dari 450 tahun. Filem ini amat sesuai untuk di tonton oleh generasi muda dan boleh di jadikan iktibar oleh semua bangsa bahawa tanah ini asalnya milik melayu tapi atas takdir itu, kita perlu berkongsi bumi ini bersama dan sebagai pewaris tanah bertuah ini kita perlu bulatkan tekad di mana bumi di pijak di situlah langit di junjung. Syabas KRU, Malaysia Boleh Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
INGATAN KEPADA PEMIMPIN AGAR TURUN PADANG. Posted: 14 Mar 2011 08:31 AM PDT Turun padang selesai masalah biarpun isu remeh - Ali Rustam
MELAKA 13 Mac - Ahli UMNO di negeri ini khususnya di cawangan Parlimen Bukit Katil dikehendaki memulakan program turun padang bagi menguatkan persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha mendekati pengundi khususnya pengundi Cina dalam bandar perlu dimulakan sekarang bagi mendapatkan keyakinan golongan itu menyokong BN.
Menurutnya, pengalaman menghadapi Pilihan Raya Kecil Merlimau baru-baru ini wajar dijadikan rujukan oleh sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum nanti.
''Kita semua harus kerja keras dengan membuat lebih banyak program turun padang dan melawat setiap rumah pengundi di kawasan masing-masing.
''Tidak kira sama ada ia kampung orang Cina, India atau kampung Melayu, kita semua harus turun padang dan selesaikan apa jua masalah yang timbul," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Berkelompok Persidangan Tahunan Cawangan Dalam UMNO Bahagian Bukit Katil, di sini semalam.
Menurut Mohd. Ali, tumpuan turun padang dan berjumpa pengundi perlu diperluaskan ke kawasan terpencil termasuk ke kawasan Solok yang kurang penduduk.
''Kita dapati apa yang kita buat untuk rakyat sama ada bina universiti di Ayer Keroh atau dimana-mana sebenarnya usaha itu bukan sahaja menentukan undi untuk BN.
''Kita kena mula turun padang selesaikan masalah yang dihadapi secara individu walaupun isu yang ditimbulkan agak remeh seperti tiada lampu jalan, kekurangan kemudahan asas tetapi inilah yang menentukan undi BN," kata beliau.
Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, apa sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pengundi biarpun ia isu remeh perlu diberi perhatian dan ditangani secara berkesan.
Katanya, program turun padang dan mendekati pengundi perlu digerakkan sekarang sesuai dengan momentum kemenangan besar BN mengekalkan kerusi pada pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau baru-baru ini.
''Jangan segan atau malu untuk bertemu dengan pengundi ini khususnya kaum Cina di bandar, kita dekati mereka dan cuba tawar bantuan untuk selesaikan apa sahaja masalah yang mereka hadapi," kata beliau.
Kata beliau, bagi menarik bilangan undi baru kepada BN, pihaknya telah mengenal pasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan untuk kemudahan golongan muda antaranya pembinaan kem wataniah di Sungai Putat di sini tidak lama lagi. |
|
MASIH ADA YANG TAK MENGHORMATI PERKARA 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Posted: 14 Mar 2011 07:01 AM PDT Persenda azan: PPIM mahukan tindakan tegas 14/03/2011 12:55pm
KUALA LUMPUR 14 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman Youtube.
Pegawai Kerja PPIM, Mustaffa Hamzah berkata, klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperlekeh dan memperkecilkan amalan agama Islam.
"Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.
"Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata, PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum.
Mohd Mustaffa berkata, masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. - Bernama |
|
MAZLAN ALIMAN PATUT BACA INI..... Posted: 14 Mar 2011 06:54 AM PDT 12 kes saman Felda sudah selesai - Ahmad Maslan 14/03/2011 7:21pm
KUALA LUMPUR 14 Mac – Sebanyak 12 daripada 18 kes saman terhadap Felda sehingga bulan lepas sudah diselesaikan dan diputuskan oleh mahkamah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada 12 kes itu, hanya satu kes iaitu tuntutan peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan, yang tidak memihak kepada Felda.
Katanya kes Felda Kemahang 3 berhubung tuntutan penggredan jualan sawit berjumlah RM11.3 juta telah dilunaskan kepada peneroka yang terbabit.
"Keputusan mahkamah tidak memihak kepada Felda disebabkan masalah teknikal pada hari perbicaraan, peguambela Felda tidak hadir," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Kamaruddin Jaafar (Pas-Tumpat) pada persidangan Dewan Rakyat.
Kamaruddin mahu Perdana Menteri menyatakan jumlah kes-kes saman di mahkamah oleh peneroka terhadap Felda dan keputusan mahkamah serta implikasi kewangannya kepada agensi itu.
Ahmad berkata, terdapat enam kes yang masih belum selesai perbicaraan iaitu dua kes mengenai tuntutan terhadap kadar perahan minyak dan dua kes mengenai tuntutan pulangan wang tabung tanam semula.
"Seterusnya, masing-masing satu kes mengenai tuntutan deklarasi proses tender dan permintaan harga di dalam tender bagi penebangan kayu-kayu getah peneroka dan tuntutan penyingkiran peneroka," katanya.
Beliau berkata anggaran nilai tuntutan bagi kesemua kes yang belum selesai perbicaraan berjumlah RM90 juta.
"Ini adalah anggaran jika Felda kalah, namun, Felda sentiasa berusaha supaya menang dalam semua kes berkaitan yang difailkan di mahkamah," katanya. - Bernama/td> |
|
INGATAN PRESIDEN KEPADA KETUA UMNO CAWANGAN SELURUH NEGARA. Posted: 14 Mar 2011 06:48 AM PDT Pemimpin cawangan perlu dekati rakyat
PEKAN 12 Mac - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin parti itu peringkat cawangan mempunyai peranan paling penting kerana mereka merupakan barisan hadapan untuk berinteraksi dengan masyarakat akar umbi.
Katanya, jika cawangan UMNO berada dalam keadaan kukuh dan aktif, Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kejayaan dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang.
"Cawangan UMNO merupakan salah satu cara untuk parti mendekati rakyat malah merupakan antara kaedah rakyat melihat bahawa kerajaan sentiasa menjaga kebajikan mereka," katanya.
Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan persidangan cawangan berkelompok dan penyampaian bantuan kepada cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan di sini hari ini.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun; ADUN Peramu, Ibrahim Awang Ismail dan ADUN Pulau Manis, Khairuddin Ibrahim.
Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata, ahli UMNO tidak boleh memandang ringan ancaman pembangkang terhadap parti itu dan BN.
"Kita perlu menyusun strategi tepat iaitu dengan memilih calon yang boleh menang jika bertanding.
"Jika dulu letak songkok pun boleh menang tetapi sekarang lain, zaman telah berubah. Kita berada dalam zaman yang jauh berbeza dari zaman dahulu," katanya. |
|
SELAMAT BERSIDANG KEPADA UMNO CAWANGAN BAHAGIAN JASIN Posted: 14 Mar 2011 06:42 AM PDT
KP JASIN Sdra Zaidi Atan dan saf kepimpinan PPUBJ mengucapkan selamat bersidang kepada Cawangan UMNO dalam Bahagian Jasin khususnya kepada Pemuda Cawangan. Moga persidangan ini dapat memberikan idea-idea baru bagi memajukan pergerakan pemuda demi agama, bangsa dan negara.Put your stuff here |
|
ALL ENGLAND : SEMANGAT MALAYSIA BOLEH.... Posted: 14 Mar 2011 06:16 AM PDT
Tahniah kepada pemain Malaysia, Jurulatih, Penyokong dan BAM.Put your stuff here |
|
PRK MERLIMAU : KETUA PEMUDA JASIN MENDAPAT KEPUASAN PERIBADI Posted: 14 Mar 2011 06:01 AM PDT Pengundi muda (bawah 40 tahun) yang merupakan 37% daripada jumlah pengundi seramai 10,679 orang telah yakin semula terhadap BN sebagaimana yang dibuktikan melalui saluran 3 atau 4 – semuanya menang! Undi terbesar yang diperoleh oleh calon BN di kalangan saluran 4 ialah Merlimau Pasir = 225. Sebahagian besar kejayaan ini bolehlah diattributekan kepada keberkesanan Unit Cyber, PMM yang menjadikan PRK ini sebagai 'reality' program latihannya. KEPUTUSAN SALURAN 2,3 DAN 4 MENGIKUT SALURAN.
MERLIMAU PASIR
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 MAJORITI 217 JUMLAH 467 SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 MAJORITI 225 JUMLAH 458
AYER MERBAU
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 MAJORITI 189 JUMLAH 408
MERLIMAU UTARA
SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 MAJORITI 218 JUMLAH 448
CHINCHIN
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 MAJORITI 156 JUMLAH 435 SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 MAJORITI 164 JUMLAH 423
JASIN LALANG
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 MAJORITI 208 JUMLAH 307
PERMATANG SERAI
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 MAJORITI 179 JUMLAH 436 SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 MAJORITI 201 JUMLAH 487
PENGKALAN SAMAK
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 MAJORITI 98 JUMLAH 474 SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 MAJORITI 211 JUMLAH 477
JUMLAH KESELURUHAN:
BN – 5,962 PAS – 2,319
BN MENANG MAJORITI 3,643 |
|
NAK JADI KETUA PEMBANGKANG ATAU.........? Posted: 14 Mar 2011 04:17 AM PDT Raja Pembangkang dah letih…
Sewaktu berbual sejenak dengan Agendadaily di anjung luar bilik rehat ahli parlimen minggu lalu,wajah YB Lim Kit Siang kelihatan agak lesu sedikit.
Malah dijolok dengan soalan bila agaknya nak pencen terus dari politik,ahli parlimen DAP kawasan Ipoh Timor ini mengakui beliau 'dah letih'. Namun awal-awal lagi kita boleh menjangka beliau tetap akan turun padang lagi pada pilihanraya umum kali ini." Memang dah letih…tapi saya belum putuskan lagi bila nak bersara,"katanya. Dalam usianya yang sudah menjangkau 66 tahun suara Kit Siang masih nyaring mengepalai barisan ahli pembangkang di parlimen. Bukan satu,dua,tiga atau 10 tahun.Suaranya yang 'berperang' dan membangkang itu ini dah berkemundang di parlimen sejak tahun 1969 iaitu 38 tahun lampau apabila beliau memenangi kerusi parlimen Kota Melaka pada usianya 28 tahun. Khidmatnya di parlimen hanya terputus satu penggal bila tewas pada pilihanraya tahun 1999 di kerusi Bukit Bendera di Pulau Pinang. Namun beliau muncul balik pada pilihanraya 2004 selepas berpindah tempat ke Ipoh Timor pula. Setelah sekian lama di parlimen Kit Siang menilai tidak ada sebarang perbezaan besar dalam senario perbahasan di Dewan Rakyat antara dulu dan sekarang. "Cuma personaliti yang berbeza dalam situasai yang berlainan saja,"katanya.- SUMBER AGENDA DAILY 13/9/2007
|
|
PRU 13 :' WINNERABLE CANDIDATE' - TUKAR REGIME LAMA? Posted: 14 Mar 2011 04:10 AM PDT UMNO Kelantan sedang kenalpasti ' calon boleh menang' PRU 13
OLEH LUKMAN ABDULLAH
Pucuk pimpinan UMNO negeri Kelantan sedang dalam proses mengenalpasti calon-calon boleh menang (winnerable candidate) yang bakal ditonjolkan pada pilihan raya umum ke 13 nanti.Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh memberitahu Agendadaily, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mempunyai kaedah tersendiri, sulit dan senyap-senyap dalam menilai seseorang yang bakal calon.KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-12/3/2011 |
|
GOBALA VS SAIFUDDIN : APA KESUDAHANNYA? Posted: 14 Mar 2011 04:08 AM PDT Dakwa disogok RM1.4 juta: Gobala tuntut Saifuddin mohon maaf dalam 7 hari Hu ha antara Ahli Parlimen Bebas Padang Serai, Kedah N Gobalakrishnan dengan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berterusan. Menerusi twitternya Jumaat, bekas Ahli Parlimen PKR itu menuntut Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang, Kelantan memohon maaf kepadanya dalam tempoh 7 hari kerana mendakwa seolah-olah disogok RM1.4 juta untuk keluar parti. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT.-11/3/2011 |
|
DAFTAR PENGUNDI PRU 13 : MASIH RAMAI AMBIL RINGAN.... Posted: 14 Mar 2011 03:54 AM PDT Lipatgandakan Usaha Daftar Pengundi KUALA LUMPUR, 13 Mac – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta anggota parti itu dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya terus meningkatkan usaha mendampingi rakyat dan meningkatkan jumlah pengundi. Beliau berkata mereka perlu menarik kira-kira empat juta orang yang layak supaya mendaftar sebagai pengundi dan tidak hanya meletakkan tanggungjawab itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Selaku anggota parti, ia (mendaftar pengundi baru) harus digerakkan kerana ini boleh membantu kita dari segi menguatkan perjuangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan cawangan-cawangan Umno berkelompok bahagian Selayang di sini, semalam. Beliau berkata setakat ini jumlah anggota Umno adalah 3,248,228 orang dan masih terdapat seramai 478,017 yang belum mendaftar dengan SPR. Mengulas mengenai persediaan BN menghadapi pilihan raya umum ke-13, Mohd Shafie berkata semua anggota Umno dan parti komponen harus dalam keadaan siap siaga dan sentiasa mendekati rakyat. Beliau juga meminta anggota Umno supaya mengikis sifat pentingkan diri sebaliknya lebih mendahulukan parti. "Kita sedar dan tahu sekiranya kita berpegang kepada kepentingan parti, maka kekuatan parti itu akan dapat dijayakan. Tidak ada makna kalau kita hanya mementingkan jawatan dan kuasa tetapi kita alpa, yang penting kuasa untuk bolehkan kita meningkatkan sokongan parti,"katanya.
1.2 Juta Anggota BN Masih Belum Daftar Sebagai Pengundi MUAR, 26 Feb – Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu usaha diperhebatkan bagi memastikan kira-kira 1.2 juta anggota parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno berdaftar sebagai pengundi yang sah. Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno berkata adalah amat merugikan kepada Umno dan BN kerana anggotanya yang tidak berdaftar sebagai pengundi, tidak akan dapat membantu parti pada pilihan raya kelak.
"Daripada 1.2 juta anggota BN yang gagal mendaftar sebagai pengundi, 420,000 adalah anggota Umno," katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan Umno Cawangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Pekembar, Pagoh hari ini. Bagaimanapun, katanya jumlah anggota Umno yang masih gagal mendaftarkan diri sebagai pengundi telah berkurangan berbanding 600,000 anggota yang gagal berbuat demikian pada tahun lepas. Timbalan Perdana Menteri mahu jentera Umno di peringkat cawangan menggerakkan jentera mereka untuk memastikan lebih ramai anggota parti didaftarkan sebagai pengundi. Beliau juga mahu usaha dilakukan di peringkat cawangan untuk menambah anggota Umno. Selain itu, Muhyiddin berkata Umno perlu meningkatkan usahanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, bukan sahaja dengan cepat tetapi dilakukan secara berterusan untuk memastikan masalah terbabit tidak dijadikan isu pada pilihan raya kelak. Timbalan Perdana Menteri turut mengulangi gesaannya yang mahukan perubahan di dalam Umno dilakukan dengan pantas dan selari dengan aspirasi serta kehendak setiap peringkat rakyat. Sementara itu, beliau turut mengumumkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jorak, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Koperasi Parlimen Pagoh. Selain DUN Jorak, kawasan Parlimen Pagoh turut meliputi DUN Bukit Serampang. |
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan