DunSemarang Posted: 11 Mar 2011 01:05 AM PST Pen Datang Menghina MELAYU... Posted: 10 Mar 2011 08:21 AM PST HinaNya Melayu di mata mereka. Mereka bersekongkol menindas dan mempersenda Melayu.. Apa tindakaN KITA.. Lakaran ini akan di pertonton oleh generasi yang akan datang...dan di mana melayu ketika itu...kalau Sang Nila Utama mereka boleh ubah apatah lagi...Pulau Pinang dan akan merebak seperti Teori DOMINO 1970an...ByM68 | 10 March 2011 Tarikh Keramat Penduduk PT Lapis Khalid Posted: 10 Mar 2011 02:52 AM PST AYER HITAM Khamis 10 MAC 2011. Hari ini menjadi Tarikh Keramat bagi peduduk Kg Pt Lapis Khalid Mk 7 Semberong Batu Pahat. Seramai 69 orang( 116 ekar ) pemohon tanah kerajaan Kg Parit lLpis Khalid mk 7 Tg Semberong Batu Pahat telah menerima tawaran memiliki tanah ( borang 5 a ) setelah diteroka oleh generasi pertama pada tahun 1940. Kesemua penerima hak milik tanah yang dikurniakaan ini merupakan generasi ke 3. Permohonan secara rasmi di buat pada tahun 1970 ke Pejabat Tanah Batu Pahat dan setelah melalui proses tapisan yang begitu teliti akhirnya tawaran telah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO kepada waris mereka untuk memiliki tanah dengan mengisi borang 5 a.. Majlis penyampain sijil dan Borang 5A telah disempurnakan oleh YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN KAWASAN SEMARANG. Dalam ucapannya,Beliau menyeru agar, Jadikan kurniaan ini sebagai satu warisan kekal. Jangan di jual dan jadikan sebagai pegangan berterusan. Kurniaan ini sangat patut disyukuri kerana Kg Lapis Khalid ini merupakan kampung tradisi bertuah mendahului kampung-kampung tradisi sekitar untuk menerima kurnaiaan melalui borang 5a. Semua penerima kurniaan ini supaya sentiasa meningkatkan permuafakatan masyarakat untuk melahirkan satu generasi yang produktif, bersyukur dan dapat bersama-sama membina negara yang aman, makmur dan selamat. Semua penerima borang tawaran 5a supaya menyempurnakan bayaran primium dalam lingkungan rm 250.00 – rm 1500.00 seorang sebagai tanggung jawab kepada kerajaan kerana kerajaan yang ada hari ini telah menunaikan tanggunggng jawabnya kepada rakyat dengan penuh iltizam dan sangat teliti demi kesejahteraan rakyat. (Foto dan sumber dari S/U Halid Saat) ByM | |
Hamidah Osman Posted: 10 Mar 2011 11:20 PM PST Akan Datang Ceramah Umi Halfidah Posted: 10 Mar 2011 07:08 AM PST
Salam Semua,
Atas permintaan ramai serta yang ketinggalan untuk mengikuti ceramah pertama pada 20 Febuary yang lalu, Satu siri Ceramah Umi Halfidah dan Rahimi Osman (Belas Setiusaha Sulit dan Perancang Strategik Anwar Ibrahim) akan mengadakan siri ceramah seperi berikut :
Tarikh : 12 hb Mach 2011 (sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat : Arena Square, Batu Gajah Perak.
Semua Dijemput Hadir | |
Razlan's Posted: 10 Mar 2011 11:07 PM PST Iktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah Cina ! Posted: 10 Mar 2011 02:30 AM PST Gendang untuk mengahadapi Pilihanraya sudah dimulakan dari awal tahun lagi, tahap ekonomi sudah baik dan rakyat telah rasa selesa kerana harga getah dan sawit meningkat, dan pada masa yang sama harga minyak kekal walaupun ada peningkatan pada pasaran dunia.
Prinsip rakyat didahulukan telah membawa kemenangan yang besar di Merlimau dan Kerdau, kelombang ini akan terus di bawa kepada PRU Serawak yang sudah hampir tiba.
Dari segi Ekonomi dan Kestabilan, boleh dilihat BN akan menang besar dan mampu untuk mendapat 2/3 mejoriti pada PRU 13 sekiranya dapat menangani isu masalah masyarakat Cina dengan baik.
Masyarakat Cina melalui persatuan Dong Zong telah meminta agar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diberikan bantuan penuh dari kerajaan, mereka meminta agar kerajaan berlaku adil kepada mereka dan memberikan tanah untuk dibina Sekolah-sekolah ini.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga meminta untuk diiktiraf Sijil Sekolah Menengah Cina, mereka juga meminta untuk bantuan penuh diberikan kepada Sekolah ini, dengan alasan sebanyak 200 Universiti di luar telah iktiraf mereka.
Sekiranya kerajaan tidak melayani kehendak mereka, berkemungkinan mereka tidak akan memberikan undi kepada kerajaan BN.
Didalam kita malaungkan 1Malaysia dan berharap agar semua rakyat dapat medokong perlembagaan negara, mereka menuntuk untuk kita pecah-pecahkan masyarakat Malaysia.
Sekiranya Masyarakat Cina mendesak untuk pendidikan bangsa mereka, sudah tentu masyarakat India, Melayu dan juga masyarakat Sabah dan Serawak layak untuk meminta sekolah resmi untuk bangsa mereka.
Kenapa Persatuan Dong Zong tidak mahu memahami yang kita sudah tinggal di Malaysia dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bergerak ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai pendidikan yang sama?
Sekiranya kerajaan meluluskan permintaan ini, masyarakat kita akan kembali kepada zaman sebelum merdeka dimana, orang India di Estet, Melayu di kampung dan Cina di lombong-lombong, keadaan ini serupalah dengan Orang Melayu di Sek Kebangsaan, Orang Cina di SJKC dan Orang India Di SJKI sehingga ke sekolah menengah.
Dimana anak-anak kita akan berjumpa untuk berkenalan, beriadah dan bersahabat sekiranya sistem pendidikan telah memisahkan mereka.
Dan Persatuan Dong Zong tidak perlulah nak mengugut kerajaan dengan permintaan-permintaan ini, Kerajaan BN telah berlaku seadil-adilnya kepada semua bangsa di Malaysia baik dari segi ekonomi dan pendidikan, bahkan orang Melayu sudah lama bekorban untuk melayan kerehan kamu.
Kita berusaha untuk membentuk masyarakat Malaysia yang memahami semua kaum, dengan sistem pendidikan sahajalah perkara ini dapat dilaksanakan. Oleh itu, biarlah anak-anak kita bercampur gaul sesama mereka tanpa ada dinding yang memisahkan mereka. | Anak Cina India dipaksa baca Quran, kerajaan tidak ambil tindakan !! Posted: 10 Mar 2011 01:52 AM PST Akhbar Nanyang Siang Pau Tajuk: Disiplin, Undang-Undang, Satu Negara Ada Dua Sistem? Penulis Loh Hon Chew pengkritik semasa Cikgu disiplin mahu kesan degupan jantung murid kena raba dada murid, seluk kocek kesan telefon bimbit, selepas kes terbongkar, kita sanjung 11 orang pelajar perempuan yang berani tampil ke hadapan membuat aduan, serta ada dua orang pelajar lelaki yang berani tampil ke hadapan menjadi saksi, mereka berani dedahkan perangai buas guru disiplin itu yang meraba ramai pelajar perempuan. Guru itu raba dada mahu tahu degupan jantung adakah dekupan jantung itu normal, sedangkan doktor sendiri tidak mampu berbuat demikian, sikap guru disiplin ini cuba ambil kesempatan, tangan cikgu disiplin ini juga diselukan ke dalam saku pelajar perempuan untuk mencari telefon bimbit, perkara ini tidak perlu disebut sudah menjadi terang dan nyata, ia telah memalukan keseluruhan sektor pendidikan, jika ia tidak dihukum dengan keras, ia tidak akan dapat membersihkan kewibawaan sektor pendidikan. Pembongkaran murid terhadap guru besar mahupun cikgu-cikgu yang salah guna kuasa memang selalu didengar, tetapi selalunya aduan itu dibuat oleh ibu bapa murid, kebanyakkan guru-guru itu terlibat dengan kekerasan. Paksa murid-murid Cina dan India pakai baju kurung Melayu, dan guru-guru juga pernah berkata balik Cina balik India, difahamkan kamu semua pendatang asing, kamu semua penumpang, arahkan murid-murid bukan beragama Islam membaca ayat quran, ini melanggar peraturan hak asasi kebebasan manusia. Guru-guru disiplin menghina pelajar perempuan, kebanyakkan murid perempuan yang terkena tindakan seperti itu tidak berani buka mulut, hanya rasa geram tetapi tidak berani buat aduan. Bersekongkong Dengan Kebuasan Kesan Buruknya Tidak Terhingga Apa yang kita tidak tahu selama ini, ada yang bersikap masih mahu menyimpan mereka, sudah tentu seterusnya murid-murid perempuan akan jadi mangsa, dengan adanya aduan 11 orang murid perempuan itu, yang berani tampil ke hadapan berdiri di baris hadapan, buat aduan secara terbuka, bagi menghalang kejadian itu berleluasa lagi, mereka telah menyelamatkan ramai lagi murid perempuan yang mungkin akan jadi mangsa seterusnya, bagi pelajar perempuan yang berusia belasan tahun yang masih muda dan mentah itu, keberanian mereka tampil buat aduan sangat dihargai. Hari ini guru disiplin pelaku perbuatan itu telah pun dihadapkan ke mahkamah, diharap orang-orang yang lakukan perkara seumpama itu dapat diadili di mahkamah dan jatuhkan hukuman yang berat dan setimpal, ia boleh dijadikan iktibar kepada yang lain, tindakan kementerian pelajaran terhadap guru seperti itu kali ini mendapat kepercayaan dan puas hati dari orang ramai. Pada bulan Ogos dan September tahun lepas, berturutan ada 2 orang guru besar mahu anak-anak Cina balik ke China, mahu anak-anak India balik India, umpama anak India seperti anjing pakai banyak rantai dan tali di leher, selepas ibu bapa mereka buat aduan pada pihak media, pihak jabatan pelajaran ambil alih dan buat siasatan isu itu, pihak guru besar sendiri mengakui pernah keluarkan kata-kata sedemikian, tetapi dalam berita sekejap diaktakan guru besar itu diberhentikan kerja, sekejap kedengaran guru besar itu telah dipindahkan ke sekolah lain, sekejap diberitahu guru besar itu cuti rehat, sekejap kedengaran guru besar itu masih kekal menjadi guru besar di sekolah yang sama, walaupun ada sesetengah orang mahu guru itu ditahan di bawah akta hasutan, sedangkan ibu bapa pun telah buat aduan, tetapi sehingga ke hari ini, kita semua tidak tahu di mana mereka berada sekarang ini, kami hanya tahu mereka tidak dikenakan sebarang tindakan, lebih-lebih pun hanya diberi amaran ataupun dikenakan tindakan disiplin oleh kementerian pelajaran, hukuman yang paling berat ialah dipindahkan sekolah, mereka ditukarkan di jabatan pelajaran ataupun di sekolah lain, isu yang besar itu cuba dikecilkan, dan isu kecil cuba dihilangkan. Undang-Undang yang Dijalankan Hanya Untuk hukum Rakyat Jelata Sebenarnya mana-mana pegawai kerajaan termasuk kumpulan guru yang dikatakan pendidik itu, sepatutnya tidak boleh terlepas daripada hukuman undang-undang, kini mereka hanya dikenakan tindakan hukuman dalaman jabatan, bermakna mereka terlepas daripada hukuman undang-undang awam. Terutama sekali berkaitan pegawai-pegawai penjawat awam yang membuat kesalahan dalam melaksanakan tugas, apabila pegawai lakukan kesalahan ataupun tersabit dengan kes jenayah, mereka sepatutnya dihadapkan ke mahakamah sivil, bukan hanya dikenakan tindakan disiplin dalaman dan diselesaikan di peringkat dalaman jabatan sahaja. Kami berharap satu negara bukan ada dua sistem undang-undang, apabila orang awam biasa berbuat kesalahan, ia akan dihadapkan di mahkamah undang-undang dalam negara ini, namun guru-guru, anggota Polis, SPRM, Imigresen, Kastam dan lain-lain agensi apabila pegawai mereka lakukan kesalahan, kenapa diambil tindakan disiplin dalaman, tindakan yang paling serius pun hanya dibuang kerja, mereka tidak didenda, tidak perlu meringkuk dalam penjara. Mengikut undang-undang sepatutnya semua orang diadili dengn sama rata, pihak kerajaan wujudkan undang-undang tidak sepatutnya hanya disasarkan pada orang awam. Dengan itu, diharap guru disiplin ini dan pegawai-pegawai kerajaan yang melakukan kesalahan, semuanya dihukum di bawah undang-undang awam negara ini, supaya rakyat di negara ini lebih rasa berpuas hati. | |
ahmadmaslan.blogspot.com Posted: 10 Mar 2011 09:10 PM PST |
PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN Posted: 10 Mar 2011 03:13 PM PST Sukarnya Membuat Keputusan Posted: 09 Mar 2011 07:34 PM PST Pengalaman sebagai pentadbir PBT memang sukar untuk di terjemah menjadi keadaan menang-menang. Pengalaman sebagai ketua dalam organisasi parti menuntut saya memusatkan pandangan untuk membina semangat keusahawanan kepada golongan muda dan belia. Semangat keusahawanan ini memang sukar untuk di bina terutama bagi masyarakat melayu kerana masyarakat melalui memang suka mengamalkan budaya makan gaji Apabila kita berjaya melahir beberapa usahawan timbul persoalan baru di mana di sebabkan kekurangan modal maka di binalah pondok perniagaan mengikut kemampuan peniaga tersebut maka wujudlah keadaan di mana gerai yang di bina tidak mengikut kesesuaian plan dan berlakulah kesesakan di kawasan yang di pohon lesen di jalankan perniagaan. Kebiasaannya peniaga membina atau menggunakan bangunan milik sedia ada yang di ubahsuai untuk dijadikan tapak perniagaan. Cabaran PBT menyediakan tapak perniagaan secara tuntas juga tidak dapat di laksanakan memandangkan peruntukan yang terhad. Inilah cabarannya dalam era Melaka menuju Negeri Maju membangunkan minda,kualiti dan semangat untuk bersama menyumbang kepada pembangunan negara dan semangat 1MALAYSIA. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | Fuel subsidy to rise Posted: 09 Mar 2011 04:25 PM PST Fuel subsidy to rise
KUALA LUMPUR: The fuel subsidy is estimated to rise by an additional RM4bil this year in the face of higher crude oil prices, said the Prime Minister.
The additional RM4bil pushes up the fuel subsidy under Budget 2011 to RM14bil, compared with the RM10bil estimation last year when oil prices hovered around US$85 to US$90 per barrel.
The increase in fuel subsidy would raise the budget deficit – which the Government has targeted for 5.4% of gross domestic product for this year.
Last year, the figure was 5.6%, while the target was to lower the deficit to 2.8% by 2015.
Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday the deficit for this year would depend on how much revenue the Government would get against the increase in subsidy costs.
Late last month Najib said there could be a review of the fuel subsidy should unrest in the Middle East continue although so far there were no plans to do so.
Petrol is priced at RM1.90 per litre for RON 95 and RM2.50 per litre for RON 97.
The price of RON 97 petrol was last raised on Feb 1, up from an initial 10sen increase on Jan 4. In December, RON 95 petrol and diesel rose 5sen per litre to RM1.90 and RM1.85 per litre respectively. |
| Ulama caci maki liabiliti kepada parti Posted: 09 Mar 2011 04:22 PM PST
2011/03/10 PADA saya pembangkang kini bukan seperti pada akhir 80-an dulu. Hari ini pembangkang menguasai beberapa negeri dan mula mengintai peluang untuk menguasai Parlimen pula. Ibarat tukang sorak perlawanan bola sepak yang sering mencemuh dan memaki pemain, bila sudah bermain sendiri baru dirasai betapa payahnya menjaringkan gol dan lebih payah lagi untuk menjadi juara.
Begitulah pembangkang, selepas berjaya memenangi beberapa negeri dalam pilihan raya lalu, baru mereka memahami kedudukan sebenar dan kerenah dalam pentadbiran. Baru mereka tahu kenapa lesen arak dikeluarkan dan mengapa hudud belum dapat dilaksanakan. Di Terengganu isu hudud menjadi senjata makan tuan apabila pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-10 lalu kerana hudud yang dijanjikan gagal dilaksana. Hari ini pembangkang dilihat lebih terbuka dan mesra. Sudah ada slogan parti mereka untuk semua. Pembangkang sudah faham selok-belok pentadbiran dan sedar untuk menguasai Parlimen mereka juga memerlukan sokongan ramai termasuk kaum lain.
Ia sebenarnya satu perkembangan yang baik dan kita tidak boleh menafikan pembangkang yang baik boleh membantu menjadikan kerajaan lebih baik. Bukan pembangkang yang hanya tahu mencemuh seperti penonton di luar padang tetapi tidak pernah dan pandai bermain.
Usaha pembangkang mengadakan kerjasama dengan kaum Cina dimulai sejak mereka menguasai Kelantan pada akhir tahun 80-an dulu. Mereka menubuhkan 'Chinese Consultative Council' (CCC) untuk menarik kaum Cina menyokong parti itu.
Bagaimanapun, ia gagal kerana pada masa itu penyokong mereka tidak boleh menerima lantaran tuduhan UMNO kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam iaitu MCA dan MIC masih baru dan diingati. Pimpinan muda pembangkang kini lebih memahami dan mereka juga lebih terbuka dan realistik. Usaha mereka lebih fokus ke arah mewujudkan alternatif kepada parti pemerintah hari ini dengan membicarakan isu perpaduan antara kaum, ekonomi, sosial dan integriti, bukan lagi isu agama seperti hudud, lesen arak dan assabiah sebagai modal utama.
Presiden parti juga tidak sekeras dulu dalam isu agama. Tetapi malangnya masih ramai pimpinan yang menguasai parti dan penyokong masih belum dapat menerima hakikat ini. Ia terbukti dengan sambutan dingin terhadap buku Menuju PAS Baru yang ditulis oleh seorang pemimpin muda parti itu sendiri.
Buku itu mengulas sejarah parti, cabaran yang dilalui dan perubahan yang perlu dibuat untuk 'survival' parti pada masa depan. Ia juga secara jujur mengungkit kesilapan lalu dan apa yang perlu untuk menjadikan parti diterima ramai.
Perkara ini menjadi dilema dalam PAS. Pada masa parti cuba membawa imej baru yang lebih realistik dan mesra, masih ada kepemimpinan lama atau yang dikenali sebagai pimpinan ulama masih membangkitkan isu berkaitan agama dan mencemuh kerajaan dengan gelaran jahiliah, kafir dan nasionalisme bertentangan Islam seperti dalam kempen pilihan raya kecil di Tenang, Johor baru-baru ini.
Di persimpangan inilah presiden parti pembangkang dilihat sudah mengubah haluan, sementara golongan pendukung kepemimpinan ulama yang gemar mencaci mula menjadi liabiliti kepada parti dan semakin ketinggalan.
Jika perubahan ini berjaya, walaupun PAS kalah teruk di pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau baru-baru ini, sudah tiada lagi beza antara parti kerajaan dan pembangkang kecuali dari sudut calon atau tokohnya saja. Ketika itu juga dapat difahami sebenarnya slogan PAS ganti UMNO sama dengan PAS jadi UMNO.
KHAZAN CHE MAT, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit.
|
| PASCA PRK MERLIMAU : BN berjaya tarik undi sokongan muda Posted: 09 Mar 2011 04:19 PM PST BN berjaya tarik undi sokongan muda
2011/03/10 TAHNIAH kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas kemenangan dalam beberapa siri pilihan raya kecil. Terbaru, kemenangan di Merlimau dan Kerdau menunjukkan trend sokongan kembali memihak kepada BN.
Paling penting statistik menunjukkan kemenangan dengan majoriti besar itu diraih atas kejayaan mendapatkan undi pengundi muda. Namun, jika berasakan diri sudah berada dalam zon selesa, itu satu kesalahan besar buat BN dan UMNO. Sejak tsunami politik melanda pilihan raya umum 2008, tidak dinafikan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah bekerja keras menguruskan negara dengan cara terbaik. Meneruskan subsidi pada beberapa hal kritikal di samping mengingatkan rakyat supaya mengubah gaya hidup yang tidak sihat adalah gaya kepemimpinan yang realistik dan bertanggungjawab.
Pihak pembangkang pula sering mengeluarkan kenyataan popular yang sedap didengar tetapi beracun. Kita kini berdepan dengan cabaran global, pemimpin dan rakyat harus menggembleng tenaga dalam mengharunginya.
Bagaimanapun, BN perlu menyedari masih banyak yang harus diusahakan bagi memulihkan keyakinan rakyat. Jangan lalai dan terbuai mimpi, teruskan usaha.
Ketika berlakunya pertandingan sengit dalam pilihan raya kecil antara kerajaan dan pembangkang, golongan muda sebenarnya sentiasa melihat, mendengar dan menganalisis. Oleh itu, pemimpin dan ahli BN buat yang betul, bercakap yang benar, bijaksana dalam membuat keputusan. Insya-Allah, hasilnya akan lebih positif. Ingat, pemuda dan pemudi golongan terbesar menentukan masa depan negara. Sama ada kita sedar atau tidak mereka sentiasa mengikuti perkembangan politik semasa dan undi mereka bakal memberi impak kepada landskap politik negara pada masa depan.
RIZAL ABD RAHMAN, Jakarta, Indonesia.
|
| SUDAH SAMPAI MASANYA BERI KEPERCAYAAN KEPADA ORANG MUDA! Posted: 09 Mar 2011 04:12 PM PST Pengundi muda di Sarawak mahu pemimpin tak bermaya digugur Oleh Jeniri Amir
2011/03/10 PRESIDEN Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt pernah berkata: "Kita tidak selalunya dapat membina masa depan untuk belia, tetapi kita dapat membina belia untuk masa depan." Presiden Indonesia, Sukarno pula berkata: "Berikan aku seorang pemuda, nescaya akan ku goncangkan dunia".
Bayangkan apakah yang dapat dilakukan oleh 5,000 belia jika Konvensyen Barisan Nasional Sarawak, Sabtu lalu menghimpunkan sekitar 5,000 ahli BN pelbagai peringkat, Perhimpunan Belia 2011 di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching 18 Mac ini yang menghimpunkan belia berusia 15 hingga 40 tahun tentu tidak kurang meriahnya. Datang dari seluruh Sarawak, perhimpunan itu pasti akan mampu memetakan perjalanan masa depan belia terbabit. Belia dari pelbagai latar belakang etnik, budaya dan pandangan politik itu mampu mengubah masa depan negeri dan landskap politik negara. Golongan muda mempunyai pandangan dan tanggapan politik tersendiri. Menyedari kuasa dan pengaruh mereka dan betapa pentingnya pandangan dan sikap mereka dicanai ke arah yang betul, kerajaan berusaha mengambil pelbagai strategi dan pendekatan untuk melatih mereka. Dengan penduduk sekitar 2.5 juta, golongan belia tidak boleh dipandang ringan, dengan sekitar 16 peratus berusia 20 hingga 29 tahun, iaitu sebanyak sekitar 400,000 orang, manakala mereka berusia 30 hingga 39 tahun menyumbang 14 peratus, iaitu sebanyak sekitar 345,000. Bandingkan angka ini dengan mereka yang berusia 40 hingga 49 tahun sebanyak 12 peratus atau mereka berusia 50 hingga 59 tahun hanya sebanyak lapan peratus? Dari segi nisbah lelaki dan perempuan, jumlah mereka adalah hampir sama.
Berdasarkan angka ini, golongan ini perlu diberi perhatian berat, kerana inilah golongan yang akan membentuk dan menentukan landskap dan kedudukan politik masa depan.
Dari segi politik, jumlah pengundi belia di Sarawak adalah sebanyak 310,000, iaitu 33 peratus daripada sekitar 900,000 pengundi di negeri ini. Pengundi belia daripada kaum Cina adalah sekitar 100,000, Melayu 70,000, Bumiputera lain Sarawak sekitar 140,000 dan lain-lain sekitar 1,000.
Secara khusus, pengundi muda berusia 21 hingga 30 tahun adalah sekitar 73 peratus, dan selebihnya ialah mereka berusia 31 hingga 40 tahun. Benarkah pengundi belia mempunyai kecenderungan tidak memihak kepada BN? Jika benar, apakah faktor yang menyebabkan mereka cenderung bersifat anti-establishment? Sejauh manakah keperluan belia di Sarawak dipenuhi? Dalam sebulan dua ini, saya banyak berbincang dan menemui belia akar undi hampir dari seluruh Sarawak. Justeru, boleh dikatakan sedikit sebanyak saya faham akan pandangan politik dan aspirasi mereka. Ada sesuatu yang menggelegak di jiwa pengundi belia, baik di bandar mahupun luar bandar. Sentimen terpendam inilah yang perlu difahami oleh pihak kerajaan bagi memastikan golongan pengundi muda ini menyokong BN dalam pilihan raya akan datang. Tentu tidak memadai hanya dengan mengadakan Program Festival Mesra Belia di semua 71 kerusi menjelang pilihan raya. Program ini dapat dianggap sebagai usaha kerajaan mendekatkan diri dengan golongan belia dan pengundi muda bagi memahami masalah dan aspirasi mereka.
Golongan belia dan pengundi muda khususnya di luar bandar didapati sukar mendapatkan maklumat mengenai program, dasar kerajaan dan peluang pekerjaan kerana masalah komunikasi dan ketiadaan penembusan internet. Maksudnya, tidak hanya memadai bagi kerajaan untuk sekadar bergantung kepada RTM. Pendekatan komunikasi yang lebih realistik perlu difikirkan termasuk menggunakan persatuan belia setempat dan pemimpin pendapat pada peringkat akar umbi.
Terdapat sekitar 700 persatuan belia di seluruh Sarawak, tentunya dengan sebahagian besar di bandar utama. Apakah yang dilakukan oleh persatuan belia ini untuk membentuk sikap politik dan perlakuan mengundi golongan pengundi muda? BN Sarawak wajar berasa gusar dengan kemungkinan ayunan undi yang tidak memihak kepadanya dalam Pilihan Raya Negeri Ke-10 dijangka akhir bulan depan, terutama dalam kalangan pengundi muda Cina di bandar. Hanya sekitar 20 peratus pengundi muda Cina kemungkinan memilih BN sebahagian besar kerana pengaruh kuat ibu bapa mereka, selain mereka yang menghargai sumbangan kerajaan BN selama ini. Manakala selebihnya cenderung terpengaruh oleh trend perlakuan pengundian dalam kalangan golongan dewasa atau ibu bapa mereka, kerana terpengaruh oleh sentimen tertentu.
Golongan pengundi muda adalah mereka yang idealistik. Mereka ingin menyaksikan wujudnya kepemimpinan politik negeri yang bersih, bebas amalan yang dipersepsi sebagai menyalahgunakan kuasa dan rasuah. Pendek kata, mereka ingin pemimpin politik mengamalkan tadbir urus yang baik. Kekecewaan utama golongan pengundi muda ialah ahli politik yang tidak mempedulikan rakyat dan hanya turun ke pandang ketika berkempen menjelang pilihan raya. Berdasarkan perbincangan dengan belia dan pengundi muda, mereka ingin melihat sebahagian pemimpin yang sudah tidak lagi bermaya digugurkan. |
| Anwar, pemimpin PKR hidup mewah: Gobalakrishnan Posted: 09 Mar 2011 04:09 PM PST Laporan Syuhada Choo Abdullah dan Faiza Zainudin bhnews@bharian.com.my 2011/03/10 KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai (Bebas), N Gobalakrishnan, mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) hidup mewah dan mempunyai pembantu peribadi.
Malah, beliau mendakwa masih membayar ansuran bulanan dua kereta untuk kegunaan pengawal peribadi Anwar walaupun keluar daripada PKR pada 29 Januari lalu, tetapi sudah mengambil sebuah daripada kereta terbabit. Katanya, kesanggupannya menanggung pembiayaan ansuran kira-kira RM2,000 sebulan untuk dua kereta itu kerana mahu memastikan keselamatan Penasihat PKR. "Saya percaya Ahli Parlimen PKR yang lain seperti Indera Mahkota dan Merbok tidak melakukan (seperti beliau)," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
Gobalakrishnan yang berbahas sebagai wakil rakyat Bebas berkata, beliau berasa 'bebas' sejak meninggalkan PKR.
"Sekarang saya 'bebas', bila saya bebas' setiap hari saya tak payah turun untuk berceramah, saya tidak perlu bawa fitnah, saya ada masa untuk buat teks (perbahasan).
"Selepas 12 tahun (dalam politik) baru saya 'bebas', hirup udara pun saya rasa `bebas', duduk dalam Dewan yang mulia ini saya rasa 'bebas' betul-betul depan Tan Sri (Pandikar Amin Mulia)," katanya.
|
| BUKU JINGGA BERMOTIFKAN POLITIK. Posted: 09 Mar 2011 04:07 PM PST Buku Jingga undang muflis
2011/03/10 BUKU Jingga yang dikeluarkan parti pembangkang tidak menggambarkan kehendak akar umbi secara keseluruhan, kata Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud).
Malah, beliau berkata, penghasilan buku yang dilihat lebih bersifat manifesto politik itu boleh mengakibatkan Malaysia muflis dalam tempoh dua tahun jika dilaksanakan. "Saya amat kecewa apabila membaca Buku Jingga ini kerana berdasarkan fakta ekonomi di dalamnya, Malaysia boleh bankrap dalam tempoh dua tahun sekiranya pembangkang diberi peluang menguasai Putrajaya," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, semalam.
|
| PUSAT INTERNET DESA : BERMASALAH? Posted: 09 Mar 2011 04:01 PM PST Pusat Internet Desa lesuOleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.my
| Penolong Pengurus Pusat Internet Desa, Zamila Omar Mohammad menampal notis rosak pada komputer di pusat itu di Tanjung Kling, Melaka, semalam. |
MELAKA 9 Mac – Lapan tahun lalu Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling yang diwujudkan kerajaan bertujuan mengurangkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar mendapat sambutan menggalakkan daripada ribuan penduduk di sekitarnya. Ketika itu, semua golongan seperti warga emas, pendidik, usahawan, belia, pelajar dan suri rumah berlumba-lumba menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang disediakan secara percuma di pusat itu. Bagaimanapun, kemudahan disediakan itu tidak kekal lama apabila hari ini pusat itu hampir tidak dapat berfungsi gara-gara segala kemudahan itu tidak diselenggara dengan baik. Jika dahulu PID itu mempunyai enam komputer, kini yang tinggal hanya dua komputer, itu pun dalam keadaan daif dan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Agak mengejutkan tinjauan Utusan Malaysia di pusat itu hari ini mendapati dua komputer itu terpaksa dikongsi oleh kira-kira 2,442 ahli PID Tanjung Kling sejak kira-kira dua tahun lalu. "Keadaan ini menimbulkan kemarahan ahli kerana mereka selalu tidak dapat menggunakan komputer sedangkan mereka memang layak menggunakan kemudahan ini secara percuma. "Walaupun selalu dikutuk dan dimarahi ahli, kami hanya mampu meminta mereka supaya bersabar," kata Pengurus PID Tanjung Kling, Nor Arifah Che Wahab. Menurut Nor Arifah, PID itu mula dilanda masalah sejak tiga tahun lalu apabila kerja-kerja penyelenggaraan enam unit komputer tidak dilakukan dengan sempurna. Beliau berkata, pada masa itu PID berkenaan yang turut menawarkan kelas komputer mempunyai 60 pelajar iaitu 12 pelajar pada empat sesi pembelajaran sehari selama lima hari. "Namun, lama kelamaan semakin banyak komputer rosak akibat tidak diselenggara dengan baik sehingga akhirnya hanya satu komputer boleh digunakan pada Januari tahun lalu sehingga November lalu. "Akibatnya, bukan sahaja pembelajaran pelajar terganggu, malah pekerja di sini puas dimarahi penduduk kerana mereka tidak dapat menggunakan komputer," jelasnya. Tambahnya, sehingga hari ini hanya dua komputer meja dapat digunakan di PID tersebut manakala tujuh lagi dibiarkan berlonggok akibat rosak. Pelajar kelas komputer di pusat itu, Siti Nur Shafiqah As Saad, 18, berkata, dia tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya pada kelas kerana ketiadaan komputer. "Saya simpati apabila melihat penduduk hampa kerana tidak dapat menggunakan komputer di sini setiap kali saya menggunakannya pada kelas dua kali seminggu, selama dua jam bermula pukul 9 pagi," katanya. Bagi Normah Abdul Yasin, 52, dia kecewa kerana tidak dapat menggunakan kemudahan di pusat itu setiap kali berkunjung ke situ. "Jika masalah ini berlarutan, sia-sia sahaja usaha kerajaan selama ini mahu membuka minda masyarakat luar bandar terhadap dunia Internet. "Sebagai peniaga makanan, saya ingin menyahut seruan kerajaan supaya memperluaskan perniagaan secara dalam talian tetapi bagaimana saya hendak melakukannya sekiranya kemudahan ini tidak dapat digunakan sebaiknya," katanya. |
| PR Tidak boleh gabung secara rasmi Posted: 09 Mar 2011 03:51 PM PST Tidak boleh gabung secara rasmi
Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 9 Mac - Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Pakatan itu yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' ketika ini dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.
Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
"Undang-undang cakap syarat nak wujudkan sebuah pertubuhan ialah perlu ada tujuh anggota.
"Jika ada andaian seperti itu (cukup dengan tiga anggota), dikhuatiri nanti akan timbul kekeliruan dan banyak orang tafsirkan macam-macam ke arah kita (ROS), dalam hal ini biar mahkamah putuskan.
"Bagaimanapun sama ada ROS sudah menerima permohonan rasmi daripada pakatan pembangkang untuk menubuhkan gabungan rasmi, itu saya tidak pasti, kena semak dulu. Tapi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang ialah kena ada tujuh anggota, barulah boleh tubuh pertubuhan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau ditanya tentang gesaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac lalu supaya parti-parti dalam pakatan pembangkang mengusahakan dengan serius rancangan mereka untuk membentuk gabungan rasmi seperti Barisan Nasional (BN).
Ini bagi mengelakkan masalah kepada SPR dan polis pada setiap kali pilihan raya kecil kerana Pas, PKR dan DAP tidak dibenarkan untuk menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen. Ini adalah juga disebabkan tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.
Md. Alias dalam kenyataan ROS sebelum ini menjelaskan, pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.
Kali terakhir pembangkang membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu ialah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan.
Ketika itu salah seorang anggota sekretariat memaklumkan bahawa pakatan itu sedang meneliti dan dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional. |
| ADUN MERLIMAU MULA BERTUGAS Posted: 09 Mar 2011 03:45 PM PST Tugas pertama ADUN Merlimau Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID utusanmelaka@utusan.com.mu |
MOHD. Ali Rustam bersama Roslan Ahmad (tengah) bermesra dengan orang ramai di Pekan Merlimau, Jasin, kelmarin. |
JASIN 9 Mac - Projek menaik taraf hentian teksi di Pekan Merlimau di sini yang menelan belanja RM200,000 akan menjadi tugas pertama dipantau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai ADUN itu Isnin lalu. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Roslan bertanggungjawab memantau projek yang dimulakan sejak semalam itu melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). "Selepas ini, beliau akan melawat projek-projek pembangunan yang sedang berjalan termasuk hentian teksi ini. "Saya jangkakan, kerja-kerja menaik taraf hentian teksi ini boleh siap dalam tempoh dua bulan," kata beliau selepas mengetuai aktiviti turun padang bersama Roslan untuk menemui rakyat pada Program Walkabout sekitar Pekan Merlimau di sini semalam. Turut menyertai program itu, Pengerusi MCA negeri, Datuk Gan Tian Loo, Pengerusi MIC negeri, Datuk R. Perumal dan ADUN Serkam, Datuk Ghazale Muhammad. Mohd. Ali menambah, antara kemudahan yang akan dinaik taraf di hentian teksi itu ialah tempat letak teksi, tempat rehat dan surau. "Projek ini akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Jasin," katanya sambil menambah peruntukkan di bawah bajet 2011 itu telah diluluskan KPKT pada awal tahun ini. Pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau Ahad lalu, Roslan yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. |
| |
umno bahagian cheras Posted: 10 Mar 2011 01:46 PM PST Digantung enam bulan ; lucut jawatan Anwar sebagai ketua pembangkang di Parlimen Posted: 10 Mar 2011 12:31 AM PST DATUK Wira Syed Ali Ali Alhabshee hari ini mencabar Pakatan Rakyat (PR) melucutkan segera jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang di Parlimen. Tindakan itu kata beliau amat wajar memandangkan Anwar telah digantung selama enam bulan pada hari terakhir persidangan Parlimen Disember lalu. "Jika pembangkang benar-benar serius mengambil bahagian dalam persidangan Parlimen, mereka sewajarnya membuat keputusan memecat Anwar dan digantikan dengan orang lain," tegasnya. Syed Ali berpendapat, Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Awang dilihat sebagai calon yang paling layak dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan Anwar. Bagaimanapun jelas beliau, jika Anwar seorang pemimpiin politk yang bertangungjawab beliau sepatutnya dengan sukarela melepaskan jawatan tersebut. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung bersama tiga lagi yang lain, iaitu Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh, Azmin Ali (PKR Gombak), dan S. Sivarasa (PKR Subang). Menurut beliau, adalah terlalu janggal apabila Dewan Rakyat yang sedang bersidang sekarang ini tidak mempunyai ketua pembangkang. "Ini jelas menunjukkan pihak pembangkang mengambil mudah dengan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, sedangkan mereka dipilih oleh rakyat," katanya. Lagi pun kata beliau, Anwar sememangnya tidak layak lagi untuk dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen kerana beliau kini sedang dalam proses perbicaraan kes meliwat. "Bagi memelihara kemuliaan Dewan Rakyat, mana-mana Ahli Parlimen yang berdepan dengan masalah moral atau diheret ke mahkamah sepatutnya tidak dilantik memegang jawatan tersebut," tegasnya. Mengenai dakwaan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa beliau akan mendedahkan wakil rakyat pembangkang yang telah dibeli oleh BN, Syed Ali berkata perkara itu sepatutnya didedahkan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kerdau dan Merlimau. "Mengapa semalam baru bercakap kononnya wakil rakyat mereka telah dibeli dengan harga tertentu, mengapa tidak dimanfaatkan sebagai modal kempen semasa PRK baru-baru ini," katanya. Sehubungan itu kata beliau, pendedahan tersebut bukannya strategi PKR tetapi sekadar beberapa siri cerita lapuk untuk menarik perhatian rakyat. | Sikap kuku besi Anwar ; PR bertelagah sesama sendiri Posted: 09 Mar 2011 06:39 PM PST
PAKATAN Rakyat (PR) mula bertelagah sesama sendiri berhubung pengagihan kerusi menjelang Piihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Dalam masa yang sama tegas beliau, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mula menunjukkan kuasa kuku besinya dalam penentuan kawasan pilihan raya yang bakal ditandingi pembangkang.
Menurutnya, PKR dikatakan mahu calonnya bertanding di negeri-neegri majorirti pengundinya adalah Melayu manakala DAP akan memberi tumpuan di Selangor, Perak dan Pulau Pinang.
Berikutan itu, beliau mendakwa pemimpin PAS dikatakan amat kecewa dengan Anwar yang mula menunjukkan sikapnya untuk 'merampas' beberapa kawasan yang sebelum ini ditandingi calon PAS.
"Oleh sebab itu, kita tidak terkejut apabila Anwar memberi kata dua kepada pemimpin PR supaya meninggalkan pakatan tersebut jika tidak berpuashati tidak terpilih sebagai calon PRU-13," katanya.
Beliau percaya ugutan itu dibuat kepada pemimpin PAS yang sdebelum ini dikatakan enggan memberi laluan kepada calon PKR bertanding di Kelantan dan Terengganu. Selain itu katanya, pemimpin PAS di negeri berkebnaan juga dikatakan bimbang isu liwat Anwar boleh menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap parti itu.
PAS kecewa dengan Anwar
"Difahamkan pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu begitu kecewa dengan sikap Anwar yang meletakkan parti itu sebagai 'penumpang' dalam PR dan mengutamakan kepentingan DAP," katanya.
Dalam hubungan ini, Syed Ali menjelaskan pemimpin PR sekarang ini sedang bermasalah dan di kalangan mereka mula mencurigai di antara satu sama lain.
Mengenai keyakinan Anwar untuk menawan Putrajaya pada PRU-13, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan menjelaskan, hasrat itu sekadar usaha terakhir Anwar untuk menarik sokongan yang sudah terhakis. Lagipun kata beliau, itu hanya impian Anwar untuk menutup keretakkan yang sedang berlaku dalam PR sepertimana pembohongan besar dilakukannya dalam isu 16 September,"katanya. "Bagaimana mahu mentadbir negara, dalam PR sendiri pun Anwar gagal menyelesaikan kepincangan dan pertelagahan sesama mereka," ujarnya. Beliau berpacaya ekonomi bakal hancur dan akan berlaku perpecahan ketara di kalangan rakyat pelbagai kaum jika PR diberikan kuasa memerintrah negara ini. Beliau turut mendakwa Anwar sengaja menjadikan reformasi politik di Asia Barat sebagai contoh untuk beliau menghasut raky at supaya bangun menentang kerajaan. Bagaimanapun Syed Ali yakin rakyat tidak akan terpedaya dengan propaganda yang sedang dimainkan Anwar kerana menyedari situasi politik di Malaysia jauh berbeza dengan di negara-negara berkenaan. "Mengapa rakyat yang hendak dilibatkan dalam percaturan politik pembangkang, yang bermasalah hanyalah Anwar yang begitu kemaruk untuk berkuasa," tegasnya. | |
Dr Mohamad Khir Toyo Posted: 10 Mar 2011 09:31 AM PST |
HAMIM Ledang Posted: 10 Mar 2011 03:30 AM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan