Jumaat, 18 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


KEDAH online

Posted: 18 Mar 2011 03:18 AM PDT

KEDAH online


Judi: Kelantan dukacita Pusat lulus lesen

Posted: 17 Mar 2011 05:31 AM PDT

Polis kutip RM476.6 juta saman trafik - 8 BULAN

Posted: 17 Mar 2011 05:24 AM PDT

Suara Sri Andalas

Posted: 17 Mar 2011 11:38 PM PDT

Suara Sri Andalas


Exco Selangor Lawat Mangsa Kebakaran Rumah Panjang Sarawak

Posted: 17 Mar 2011 06:00 PM PDT

Saratok, Sarawak, 15 Mac, 2011 - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor telah meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa kebakaran di Rumah Unding, Sungai Jerak, Ulu Krian dekat sini. 

Kebakaran tersebut berlaku pada 14 Mac, 2011 yang memusnahkan keseluruhan 20 pintu rumah dengan isi rumah seramai 150 orang. Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun telah dikejarkan ke Hospital Saratok akibat melecur seluruh badan tetapi malangnya meninggal dunia 2 hari kemudiannya.

Beliau yang ditemani oleh bakal calon Keadilan Dun Krian, Ali Ak Biju dan beberapa orang jawatankuasa Dun Krian telah meninjau tapak kebakaran tersebut dan kemudiannya menyampaikan sumbangan berupa barangan makanan kepada mangsa-mangsa kebakaran.


Mangsa-mangsa kebakaran mengucapkan terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan kepimpinan Keadilan terhadap kepayahan yang mereka hadapi.

YB Dr. Xavier berkata bahawa beliau akan berusaha mendapatkan sumbangan dana kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu mereka membina semula rumah panjang yang baru tidak jauh dari di tapak kebakaran.

** Nota : Bakal calon Keadilan Dun Krian, Ali Ak Biju berdiri sebelah YB Dr. Xavier (memakai baju kotak-kotak berwarna merah)







AMK KEDAH

Posted: 17 Mar 2011 09:38 PM PDT

AMK KEDAH


Bersih 2.0 anjur forum Tanah, Adat dan Pilihan Raya 18 Mac

Posted: 17 Mar 2011 10:11 AM PDT


KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dengan kerjasama Jawatankuasa Hak Sivil serta NGO Peguam, Loyar Buruk akan menganjurkan sebuah forum bertajuk Tanah, Adat dan Pilihan Raya bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 18 Mac ini.

Forum tersebut yang bermula pada pukul 8 hingga 10 malam akan menampilkan beberapa panelis yang terdiri daripada aktivis masyarakat dan tanah adat Sarawak iaitu Mark Bujang, Abun Sui, Minggat dan Nicholas Mujah.

Mark Bujang merupakan Pengarah Eksekutif BRIMAS yang berkhidmat sebagai Pegawai Dokumentasi dan Kajian, bertanggungjawab dalam bahagian Sistem maklumat Geografi (GIS) di BRIMAS.

Beliau merupakan saksi dan pakar dalam beberapa kes mahkamah mengenai pemetaan komuniti tanah adat dan beberapa keputusan daripada kes tersebut yang telah dijadikan keputusan untuk penandaan lanskap.

Seorang lagi ahli panel, Abun Sui, Peguambela & Peguamcara di HNL & Co. Advocates Miri, Sarawak merupakan koordinator untuk Sarawak Indigenous Lawyers Alliance (SILA).

Abun berketurunan etnik Kenyah Badeng dan berasal dari Belaga (Bakun Dam), Sarawak, merupakan penasihat Undang-undang untuk TAHABAS – Native Customary Land Owners Network of Sarawak. Beliau juga ialah setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, cawangan Sarawak.

Manakala seorang lagi ahli panel yang dikenali sebagai Minggat, juga merupakan seorang aktivis tanah adat yang telah bersama dengan masyarakatnya berjuang mempertahankan tanah mereka dari diceroboh kumpulan pembalak.

Beliau dan anak lelakinya pernah diserang dan mengalami kecederaan parah semasa perbalahan dengan pekerja syarikat pembalakan tersebut yang menceroboh balak di kawasan asal mereka.

Seorang lagi ahli panel, Nicholas Mujah ialah seorang Iban dan telah mempertahankan hak penduduk tempatan di Sarawak sejak 1980. Nicholas merupakan Setiausaha Awam kepada Sarawak Dayak Iban Association (SADIA), dan telah ditahan sebanyak dua kali dalam masa lima bulan kerana kerja-kerja yang dijalankannya.

Manakala Ahli Jawatankuasa Pepandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat pula akan bertindak selaku moderator pada forum berkenaan. Pengerusi Bersih 2.0, Dato Ambiga Sreenevasan dijadual turut hadir dan menyampaikan kata-kata aluan pada forum berkenaan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9196

Zulkifli Noordin

Posted: 17 Mar 2011 09:35 PM PDT

Zulkifli Noordin


1-MALAYSIA

Posted: 17 Mar 2011 12:55 AM PDT


(Bersama Sheikh Dr. Yusuf Islam melawat Parlimen Malaysia semalam)

Salam 2 all.

Hari ini teman membangkitkan isu konsep 1-Malaysia didalam Parlimen melalui Soalan Lisan. Soalan teman, yang disenaraikan dalam no.2, berbunyi saperti berikut:

a. adakah Kerajaan bercadang mengolah semula konsep 1-Malaysia supaya tidak diputarbelitkan oleh pihak tertentu sehingga memberi persepsi mengelirukan kepada rakyat dengan penafsiran yang berbeza dan pelbagai; dan

b. adakah Kerajaan bercadang membuat re-branding kepada konsep saperti Malaysian-First dengan prinsip "Negara DiDahulukan, Rakyat DiUtamakan" dimana setiap rakyat mendahulukan negara dan Kerajaan pula mengutamakan rakyat dalam semua dasar dan perancangan.

Agak mengejutkan kerana soalan teman itu dijawab sendiri oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Namun kalangan di Parlimen menyatakan kesediaan YAB Dato' Sri Najib menjawab sendiri soalan ini menunjukkan kesungguhan beliau dalam isu berkaitan konsep 1-Malaysia.

Sebenarnya teman mengemukakan soalan ini atas beberapa sebab.

1. Konsep 1-Malaysia ini telah dikelirukan, kekadang sehingga ke peringkat begitu serius. Contohnya iklan Hari Raya yang cacamerba, iklan Lebai Santa. Sambutan 'ibadah 'eidulfitri dengan Tok Lebai kayuh basikal terbang macam santa dengan bunga lotus dan pelita. Rojak habis sehingga ke peringkat menghina Islam.

2. Kekadang, iklan televisyen itu sehingga menjadi "plastik". Contohnya iklan dimana 3 sekawan Melayu, Cina & Punjabi ke warung rakan mereka seorang India. Pakej 1-Malaysia cantik punya. Siap order teh-tarik 1-Malaysia. Bila si melayu minta tolong rakan punjabinya dengan kata "kita kan kawan", terus sipunjabi jawab "siapa kata kita kawan, kita adik beradik". Aisey yop, kot ya pun nak bodek janganlah over sangat. Satu senario yang tak realistik langsung..satu plastik!

3. Konsep 1-Malaysia ini juga telah melahirkan terlalu banyak persepsi. Contohnya bagi kalangan orang Melayu, 1-Malaysia bermaksud tiada lagi sekolah aliran Cina, Tamil dan lain-lain contohnya. Bagi bukan Melayu pula, 1-Malaysia bermakna tiada lagi hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 patut dihapuskan. Samarata, samarasa!

Begitulah kekeliruan dan cacamerba yang lahir akibat kekeliruan terhadap konsep 1-Malaysia. Dan teman menyatakan kepada YAB Perdana Menteri bahawa Konsep 1-Malaysia telah gagal melahirkan warganegara dan rakyat yang sayang dan cintakan negara.

Contohnya masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih memburuk-burukkan negara semasa berada diluar negara. Malahan ada yang sampai berbohong. Semasa teman ke beberapa negara contohnya di Washington, New York menghadiri Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu, lawatan kerja di Turkey dan lain-lain. Teman terperanjat mendengar dari beberapa pemimpin negara tertentu yang jelas telah dibohongi dengan beberapa fakta yang tidak betul, sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan dan negara kita.

Sedangkan yang teman hairan, mengapa kita tidask boleh mengambil YBM Tengku Razaleigh Hamzah, yang tidak pernah memburukkan negara semasa berada diluar walaupun beliau pernah ada krisis besar dengan mantan PM sehingga negara hampir pecah dua! Beliau berlawan didalam negara, sehingga UMNO pernah diisytiharkan haram. tetapi bila YBM Ku Li berada diluarnegara, beliau tetap mempertahankan negara dan kepimpinan negara.

Selanjutnya kenapa kita tidak mengambil contoh daripada bekas Presiden Israel Moshe Kastav ataupun Perdana Menteri Itali Berlusconi, yang walaupun berhadapan dengan tuduhan merogol atau punya hububngan sulit dengan gadis bawah umur, mereka melawan di Mahkamah negara masing-masing. Kita tidak pernah pulak mendengar Kostav atau Berlusconi berkempen keluar negara meminta bantuan Amerika atau Australia, apatah lagi Yahudi (walaupun Kostav adalah Presiden Israel sebuah negara Yahudi).

Jadi rumusannya, teman mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri supaya Kerajaan mengkaji semula konsep 1-Malaysia ini supaya bersesuaian dengan konsep "Malaysian-First", dengan prinsip "Negara DiDahulukan, Rakyat DiUtamakan".

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

12 Rabi'ul Akhir 1432

17 Mac 2011

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 17 Mar 2011 09:09 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Buku Jingga janji yang realistik & wajar

Posted: 17 Mar 2011 10:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 17 MAC: Pandangan yang diutarakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam sidang Dewan Rakyat semalam berhubung dasar penswastaan tol yang termaktub dalam Buku Jingga ternyata bukan berlandaskan inspirasi rakyat.

Ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan tahap pemahaman cetek pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) mengakibatkan kekeliruan berhubung beban tanggungan kerajaan sekiranya konsesi tol dimansuhkan.

“Isunya di sini bukan isu tidak cukup wang. Isunya ialah tata kelola. Bagaimana hasil yang cukup untuk diagihkan sama rata. Macam Ghandi kata apa yang kita ada ini adalah cukup untuk keperluan tapi tidak cukup untuk ketamakan kita.

“Jadi Rembau ini tidak akan faham isu ini. Pada pandangan saya kalau penswastaan yang dimaksudkan untuk mengurangkan beban kerajaan membina prasarana, sekarang konsesi ini patut ditamatkan,” jelas Yusmadi.

Khairy semalam mendakwa, pemansuhan tol seperti yang digariskan Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari pentadbirannya akan membebankan kerajaan.

Namun kenyataan itu disanggah oleh Yusmadi yang berkata, perkongsian perkhidmatan menerusi tata kelola yang baik mampu mewujudkan kesamarataan seraya memberi pulangan besar kepada rakyat tanpa membebankan tanggungan kerajaan.

Ini sekaligus menyangkal tomahan kerajaan Umno-BN yang cuba memanipulasi kefahaman rakyat sehingga membuat kesimpulan bahawa negara akan muflis jika dasar ini dilaksanakan Pakatan Rakyat.

Sidang Dewan petang semalam dihangatkan apabila ahli-ahli parlimen Umno-BN cuba mencetuskan kesangsian terhadap pelaksanaan dasar Buku Jingga yang sering menjadi sasaran ejekan dan dakwaan tidak munasabah dalam dewan.

Yusmadi menambah, maksud penswastaan bukan menyerahkan secara total kepentingan kerajaan dan negara namun hanya sehingga suatu tahap di mana pulangan dikitar semula untuk manfaat kepada rakyat.

Katanya lagi, prinsip perkongsian pintar yang diketengahkan mampu menyangkal sebarang bentuk penindasan asalkan diurus dengan tata kelola yang bertanggungjawab.

“Penswastaan itu sendiri bukan bertujuan untuk membebankan, tapi untuk berkongsi perkhidmatan dan sampai ke suatu tahap kembali kepada rakyat. Bagi saya pandangan beliau (Khairy) ialah bukan pandangan berkepentingan rakyat dan tidak faham apa yang dimaksudkan dengan agenda penswastaan,” kata beliau lagi.

Antara perkara yang dinyatakan dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat adalah dengan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.


Anwar Ibrahim

Posted: 17 Mar 2011 07:08 PM PDT

Anwar Ibrahim


Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke -45 DAP

Posted: 17 Mar 2011 12:53 PM PDT

18 Mac 2011 (Jumaat)

Masa : 7.30 – 11.00 Malam

Lokasi : SK Happy Restoran, Taman Seremban Jaya (Senawang), Negeri 9

Ucaptama Oleh:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YAB Lim Guan Eng
3. YB Lim Kit Siang
4. YB Karpal Singh
5. YB Chong Eng
6. YB Loke Siew Fook
7. YBhg Dr. Chen Man Hin
8 YB M. Kulasegaran

Malaysia Near Bottom in Bank’s Fund Manager Survey

Posted: 17 Mar 2011 12:24 AM PDT

From Malaysian Insider

Malaysia remains among the least popular markets for both global emerging market (GEM) and Asia-Pacific (AP) fund managers and suffered up to 43 per cent cuts in fund allocations, said a report by Bank of America Merrill Lynch (BoAML) released this week.

In its March report, Malaysia retained its February rating as second least popular market after Columbia among GEM fund managers and is now tied with India for least-favoured among AP fund managers, after coming ahead of the South Asian nation in the February survey.

BoAML said that Russia is still the most-favoured market and enjoyed an increased allocation of 67 per cent, while allocations to China have reached the highest levels since Jun 2009, rising 43 per cent.

"Least favoured markets remain Malaysia (-43 per cent), Taiwan (-33 per cent) and India (-29 per cent) though bets were scaled back," said BoAML.

The research house also noted that AP investors' had increased allocations to China by 31 per cent and Hong Kong by 19 per cent, while Singapore and Korea had their ratings cut to underweight.

"Least favoured markets (among AP investors) remain India (-10 per cent) and Malaysia (-10 per cent)," it said.

Malaysia has traditionally been perceived by regional fund managers as a defensive and unexciting market, lacking in liquidity and dominated by government-linked institutional funds.

The Najib administration has tried to make the local equity market more dynamic as part of efforts to transform Malaysia into a developed high-income economy and made moves to liberalise the financial sector over the last two years, including lifting quotas for 30 per cent Bumiputera ownership and opening up the investment management and brokerage industry to foreign players.

It also stated its intentions to reduce government shareholdings in GLCs and instructed them to dispose their non-core assets to aid market liquidity.

Malaysia also managed to reverse two consecutive years of net portfolio outflows in 2008 and 2009 totalling RM83.9 billion, and posted RM41.4 billion in net portfolio inflows for the first nine months of last year.

Bursa Malaysia also said yesterday that it is banking on the trillion-ringgit Economic Transformation Programme (ETP) to boost stock market sentiment and is taking selected Malaysian companies on a roadshow in May to financial capitals such as London, New York, Shanghai and Tokyo.

Berbilion Ringgit Untuk Pelihara Dinosaur Ekonomi

Posted: 16 Mar 2011 10:52 PM PDT

Dari Merdeka Review

Di Malaysia, industri pertahanan dalam bidang ekonomi pada hakikatnya merupakan “dinosaur” yang harus disingkirkan sejak awal lagi. Berbilion-bilion ringgit diperuntukkan kerajaan kita untuk menggerakkan sektor yang berorientasikan kecanggihan teknologi ini, namun tidak membawa apa-apa kesan ekonomi secara langsung mahupun tidak langsung sebaliknya.

Perbelanjaan pertahanan adalah antara perbelanjaan kerajaan yang tertinggi, menelan bilion, malah belasan bilion ringgit setiap tahun. Menurut statistik daripada Stockholm International Peace Research Institute, perbelanjaan pertahanan Malaysia mencatat USD 4.078 bilion (lebih RM12.5 bilion) pada tahun 2009, bersamaan 2% daripada GDP.

Sejak Jun 2010, kerajaan Malaysia telah memberi kontrak dengan jumlah nilai RM9 bilion sekurang-kurangnya untuk pembelian aset pertahanan baru dan pemeliharaan aset yang sedia ada. Kontrak yang bernilai kira-kira RM6 bilion dianggarkan akan diberikan seterusnya, dan kedua-duanya membawa kepada jumlah RM15 bilion. Selain itu, dalam Defence Fair pada tahun lalu, kerajaan telah menandatangani kontrak pertahanan negara yang nilai keseluruhannya berjumlah lebih RM10.4 bilion.

Kerajaan telah memperuntukkan bajet RM 21 bilion kepada pertahanan di bawah Rancangan Malaysia kesembilan (tahun 2006-2010), bersamaan 10.6% perbelanjaan pembangunan. Bajet peruntukan ini melonjak kira-kira 10%, kepada RM 23 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (tahun 2011-2015). Daripada perkiraan di atas, purata perbelanjaan tahunan untuk pertahanan mencatat RM4.4 bilion, dalam tempoh tahun 2006 hingga 2015.

Industri pertahanan bercanggah dengan logik ekonomi

Jika mengikut teori ekonomi, peruntukan kerajaan Malaysia yang mencecah bilion ringgit ke dalam bidang yang berorientasikan kecanggihan teknologi, seharusnya menikmati peningkatan produktiviti dan penurunan kos daripada ciptaan teknologi baru. Namun, mengapa sektor industri pertahanan Malaysia gagal mengecapi manfaat ini daripada teknologi yang canggih, sebaliknya terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang semakin tinggi dari tahun ke tahun?

Persoalannya, mengapa sektor pertahanan ini bercanggah dengan logik ekonomi? Terdapat dua masalah pokok di sini.

Pertamanya, bidang pertahanan adalah sebahagian daripada dasar afirmatif bumiputera. Atau lebih tepat, merupakan salah satu saluran penting kerajaan untuk menyokong kroninya. Keistimewaan sektor ini adalah, hampir kesemua syarikat yang terlibat dimiliki bumiputera, malah tiada “persaingan pasaran”. Semua kontrak pertahanan diberikan secara terus. Kontrak yang diberikan bertujuan untuk memanfaatkan usahawan bumiputera, terutamanya kroni. Lantaran daripada itu, dengan syarat “tidak kira apa pun harga yang perlu dibayar”, maka nilai kontrak semakin melonjak.

Misalnya, kerajaan memberi satu kontrak pembinaan enam buah patrol vessel kepada PSC Industries Bhd, yang dikuasai korporat bumiputera terkenal, Amin Shah Omar Shah. Harga asal pembinaan adalah RM5.35 bilion, tetapi tundaan yang berlaku telah melonjakkan kosnya kepada RM6.75 bilion pada Januari 2007.

Tiada perpindahan teknologi

Keduanya, perbelanjaan pertahanan negara lebih kepada pembelian aset ketenteraan seperti Armored Personnel Carrier (APC), kapal selam, patrol vessel; atau perbelanjaan untuk memeliharanya, hampir tidak melibatkan kajian dan penyelidikan teknologi yang canggih, malah tidak melibatkan perpindahan teknologi.

Dalam pembangunan industri pertahanan, penguasaan kemahiran teknologi adalah kuncinya, dan juga aset yang paling bernilai. Semakin canggih, semakin kompleks malah semakin kuat kuasanya senjata ketenteraan, maka semakin tinggi harga produknya.

Untuk Malaysia yang ketinggalan dari segi kecanggihan teknologi, kita hanya bergantung kepada teknologi alat pertahanan negara lain, dan kemudian memasang di tempatan (misalnya APC), atau terus import dari luar negeri (misalnya kapal selam). Kesemua ini tidak melibatkan perpindahan teknologi dari luar ke dalam negeri, malah juga tidak melibatkan penyelidikan yang bakal berakhir dengan penemuan atau ciptaan baru. Dalam perkara ini, pengalaman PROTON menjadi pengajaran terbaik. Sungguhpun industri otomobil Malaysi telah mempunyai sejarah 25 tahun, namun PROTON tetap gagal bersaing di pasaran antarabangsa – kerana selama ini kita hanya tumpu kepada kerja pemasangan – tiada penyelidikan, atau perpindahan teknologi.

Selain itu, industri pertahanan adalah sektor industri dengan sensitiviti yang tinggi. Apabila pelabur mencurah wangnya untuk penyelidikan teknologi senjata tercanggih, ia berkemungkinan besar melibatkan rahsia ketenteraan, yang sudah pasti tidak akan dikongsi teknologinya.

Dalam suasana dan keterbatasan sedemikian, bidang pertahanan di Malaysia bukan satu sektor ekonomi yang “produktif”, malah cenderung sebagai sektor “belanja” atau “tidak produktif”. Keadaan ini menjelaskan mengapa peruntukan bilion, malah belasan bilion ringgit ke dalam bidang ini tidak mendatangkan manfaat ekonomi secara langsung atau tidak langsung. Malah, ia tidak mendatangkan manfaat dalam hal civilian use yang menggerakkan tamadun manusia.

Pertahanan vs Keselamatan vs Ancaman

Pada dasarnya, perbelanjaan pertahanan mempunyai hubungan yang langsung dengan keselamatan negara dan ancaman luar. Perbelanjaan pertahanan akan melonjak apabila keselamatan negara hendak dipertingkatkan, atau ketika kita berdepan dengan ancaman luar. Peningkatan keselamatan atau penangkisan ancaman luar melalui pertambahan peruntukan pertahanan negara akan membawa kesan positif external (luaran) terhadap ekonomi negara, termasuk produktiviti ekonomi, pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing.

Namun demikian, 54 tahun sejak kemerdekaan Malaysia (Tanah Malaya) – selain ancaman daripada Parti Komunis Malaya dan Konfrontasi Indonesia pada peringkat awalnya, kita tidak berdepan dengan peperangan atau ancaman serangan luar untuk 40 tahun yang lalu. Kekuatan pertahanan atau ketenteraan Malaysia bukan pertimbangan pelabur asing sejak permulaannya. Sebaliknya, pelabur asing lebih mementingkan pasaran yang bebas, struktur ekonomi dan politik yang sarat dengan amalan rasuah, struktur dan kerenah biroktasi, sumber manusia yang tidak berdaya saing, kadar penjenayahan dan sebagainya.

Oleh itu, peningkatan perbelanjaan pertahanan langsung tidak mencerminkan, malah memenuhi keperluan realiti yang sebenar. Dengan erti kata lain, peningkatan perbelanjaan pertahanan untuk melindungi negara dari serangan luar langsung tidak berfungsi untuk memantapkan pembangunan ekonomi dan mengukuhkan keyakinan pelabur asing, sebaliknya menimbulkan masalah “perbelanjaan yang terlebih”.

Lebih tepat, bidang industri pertahanan yang didukung dengan wang berbilion-bilion ringgit ini sekadar untuk menyokong aktiviti merentir (rent-seeking) kroni, untuk mengekalkan politik naungan (patronage), dan tidak membawa apa-apa kebaikan ekonomi.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview.

Penahanan Peserta Demo AMK Bukti Polis Pilih Kasih

Posted: 16 Mar 2011 10:04 PM PDT

Dari KeadilanDaily

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, menyifatkan penahanannya bersama Ketua Cabang Nibong Tebal dikenali sebagai Haji Wan selama empat jam, semalam, sebagai perbuatan pilih kasih.

Beliau berkata demikian kepada KeadilanDaily selepas dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas keterangan mereka diambil.

Amir kesal kerana demonstrasi yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada hubungan dengan Umno tidak diganggu polis, sekalipun melibatkan isu yang tidak wajar.

"Ini tindakan dwistandard polis kerana demo Umno BN tidak pula diganggu polis. Malah mereka semakin rancak berdemo dan diberi liputan media dengan meluas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sikap polis yang sebegini, kata Amir, akan menjadikan golongan belia mengambil sikap lebih kritikal dengan kerajaan.
Amir ditahan kira-kira jam 6.30 petang sewaktu mengetuai demontrasi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar

Ibrahim yang kini berhadapan kes Fitnah II untuk tidak menyerahkan DNA beliau.

Demontrasi berkenaan disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.

Untuk rekod, undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.

Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.

Wee Choo Keong

Posted: 17 Mar 2011 03:21 PM PDT

Wee Choo Keong


The Rt Honourable PM moves a resolution on the lost of life due to the natural disasters in Japan

Posted: 17 Mar 2011 01:06 AM PDT

This morning the Rt Hon PM, YAB Datuk Seri Najib bin Tun Razak moves the resolution and supported by YAB Deputy PM, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Mohd Yassin for debate in the August House. 1.    Prime Minister to move : THAT, an earthquake with the magnitude of 9.0 Richter scale and tsunami [...]

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 17 Mar 2011 11:40 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Dari Meja SU MPN: Menjelang PRU-13

Posted: 17 Mar 2011 12:09 AM PDT

Salam pertemuan setelah sekian lama menyepi atas beberapa kesibukan menjalankan amanah parti.

Khabar berita mengenai Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bakal berlangsung bila-bila masa sahaja samada bulan April atau Mei 2011 sedang bertiup kencang dalam lingkungan politik semasa negara ini.

PRN Sarawak menjadi satu signifikasi yang penting kepada PR dan BN sebagai tanda aras hala tuju politik seterusnya yang bakal menentukan kelangsungan kedua-duanya. Keputusan yang bakal terhasil dalam PRN Sarawak nanti akan menjadi penentu keupayaan BN dan PR bagi menghadapi PRU-13.

Saat dan ketika ini adalah masa yang sesuai buat semua jentera parti termasuk seluruh anggota dan penyokong parti membuat persediaan awal bagi PRU 13. Pilihanraya umpama 'pesta' kepada parti-parti politik dan jika mantap persediaan itu, meriahlah hasilnya nanti.

Sekian.

KE ARAH MENAWAN NEGERI SEMBILAN PRU-13

BULETIN RAKYAT

Posted: 17 Mar 2011 11:33 AM PDT

BULETIN RAKYAT


750 pelajar Mesir telah dihantar pulang oleh Kerajaan Selangor

Posted: 16 Mar 2011 06:17 PM PDT

SHAH ALAM, 16 Mac – Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang dibantu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Tourism Selangor berjaya menghantar pulang sekurang-kurangnya 750 pelajar Mesir dari negeri ini pulang untuk menyambung pengajian mereka.
Penghantaran pelajar ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula Ahad lalu untuk menghantar kesemua 996 pelajar di negeri ini.
Hari ini sahaja menyaksikan 250 baki penuntut dihantar pulang ke Mesir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus ke Kaherah.
Salah seorang pelajar yang ditemui Selangor Kini, Noor Amali Bakri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri sambil memuji kelancaran proses penghantaran yang dikendalikan oleh kerajaan negeri.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor yang sudi membantu pelajar selangor.
"Dari segi perjalanan sangat teratur dan mudah bagi kami untuk tahu keadaan semasa, dan segalannya berjalan lancar setakat ini dari segi visa dan pasport diuruskan kerajaan negeri Selangor,"ujar beliau.
Sementara menurut pelajar tahun dua Universiti Alexandria, Mohd Shahir Nadzir, kerajaan negeri Selangor berjaya menjalankan tanggungjawab sosial dengan begitu baik sekali memandangkan Selangor mempunyai jumlah pelajar Mesir paling tinggi di negara ini.
"Saya ucapkan ribuan terima kasih atas usaha kerajaan negeri Selangor, seperti yang kita tahu pelajar Mesir dari Selangor adalah yang teramai, tahniah kepada kerajaan negeri kerana berjaya menghantar kebanyakannya pulang ke Mesir, setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan negeri Selangor," ujarnya.
Kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor memperuntukkan RM2.14 juta untuk menghantar pulang pelajar Selangor melanjutkan pengajian mereka kembali di Mesir.
Jumlah tersebut meliputi 556 pelajar tajaan negeri dan 440 orang lagi adalah di bawah tajaan LZS.
Tinjauan Tv Selangor di perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam mendapati pelajar dan ibu bapa memenuhi kauter pendaftaran mengantar pulang anak mereka ke Mesir seawal jam 3 petang tadi.
Ibu bapa yang ditemui juga turut melahirkan rasa bersyukur di atas bantuan yang dihulurkan kerajaan negeri Selangor.
"Saya sebagai bapa, saya bersyukur keatas bantuan yang diberikan kerajaan negeri dan kebimbangan kami selama ini sudah selesai dan tidak ada lagi kebimbangan," ujar Hj Bakri Hj Hassan, bapa pelajar yang ditemui di Masjid Shah Alam petang tadi.
Sementara itu, Sakip Mansor pula berkata, beliau tidak merasa bimbang untuk menyerahkan tanggungjawab menghantar anaknya pulang menyambung pengajian dengan inisiatif kerajaan negeri Selangor.
"Saya merasakan sangat yakin dengan inisiatif dan perancangan dari pihak yang bertanggungjawab ini untuk menguruskan pemergian pelajar-pelajar ini dan saya tidak rasa ragu-ragu untuk melepaskan anak saya kerana saya rasa ia terjamin untuk anak saya sampai ke destinasi yang dituju," katanya.
Dalam pada itu, kerajaan negeri Selangor juga telah menghantar pegawainya ke Mesir untuk memastikan penghantaran pulang pelajar ini berjalan lancar manakala Tourism Selangor pula menguruskan penerbangan pulang pelajar-pelajar ini.
"Kami juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke sini, kami juga ada menerima ucapan terima kasih daripada ibu bapa ketika kami sedang menguruskan pendaftaran pelajar," ujar Md Saad Mahsah, salah seorang pegawai yang bertugas.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 17 Mar 2011 11:13 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Dilema para doktor di N.Sembilan, pesakit jadi mangsa

Posted: 17 Mar 2011 12:46 AM PDT


Kalau benarlah apa yang dikhabarkan di bawah ini, ianya sesuatu yang harus diberi perhatian serius oleh rakyat N.Sembilan atau mereka yang dari luar N.Sembilan yang mendapat rawatan di klinik dan hospital seluruh N.Sembilan. Apakah para pesakit yang akan menjadi mangsa akibat lambakan doktor yang tidak terlatih di negeri ini?

JABATAN KESIHATAN NS TAK MESRA DOKTOR
Berita Harian 17 Mac 2011

SAYA seorang doktor di Negeri Sembilan yang merasa terpanggil meluahkan pendapat selepas melihat semakin ramai rakan yang sudah dan sedang meninggalkan perkhidmatan awam ke sektor swasta atau ke negara jiran.

Pada asalnya kami berasa terpanggil menyahut seruan kerajaan untuk mengatasi masalah 'brain-drain' yang menyebabkan negara ini kurang berdaya saing. Pada asalnya, semangat kami berkobar-kobar untuk berkhidmat untuk negara walaupun sedar akan hakikat pendapatan tinggi di sektor swasta dan di negara jiran.

Tetapi pentadbiran baru Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan adalah sangat mengecewakan dan menghampakan.

Doktor dipindahkan sesuka hati setiap enam dan 12 bulan, ke seluruh klinik dan hospital di Negeri Sembilan. Kami pada asalnya sanggup berkhidmat di pedalaman atau hospital kecil, tetapi siapa yang sanggup menanggung kos perpindahan, perjalanan jarak jauh dan perbelanjaan kerana perpindahan yang kerap?

Bagaimana pula anak kami yang bersekolah, memerlukan penjaga harian dan pasangan kami yang juga bekerja? Rayuan kami ditempelak kerani pentadbiran yang biadap dan angkuh. Kenapa harus begitu?

Ramai doktor daripada pelbagai lapisan, saya lihat sudah meninggalkan Negeri Sembilan ke negeri lain, sektor swasta malah ada yang sudah dan sedang dalam proses untuk berhijrah ke luar negara.

Kecewa dengan pentadbiran negeri yang dilihat langsung tidak mesra doktor. Kami tidak dapat memberi fokus bekerja kerana berasa tertekan dan takut sekiranya 'nama kami naik' untuk dipindahkan.

Lebih teruk lagi Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dilihat memainkan dasar pekak badak dan buta kayu melihat ada sesetengah doktor yang sedang sibuk mengambil ujian kepakaran.

Akhir penyelesaian, kami terpaksa berhijrah. Doktor yang tinggal hanya doktor baru yang tidak terlatih dan negara jiran serta sektor swasta bergembira dengan kehadiran kami yang mempunyai pengalaman.

Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia terus mengalami migrain berpanjangan terpaksa membanting tulang menyelesaikan masalah 'brain-drain' sedangkan Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan meneruskan dasar yang menggalakkan lagi perpindahan tenaga profesional keluar dari sektor awam.

Saya selaku seorang daripada penyokong kuat aspirasi kerajaan memohon agar kerajaan Pusat terutamanya Kementerian Kesihatan campur tangan dalam mengatasi masalah ini.

WAKIL PEGAWAI PERUBATAN,
Negeri Sembilan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JabatanKesihatanNStakmesradoktor/Article

Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011

Posted: 16 Mar 2011 11:18 PM PDT


MAJLIS JAMUAN HI TEA
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan, Seremban)
Masa : Selepas Asar
Kupon RM10
Tetamu :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi
Hubungi Zulkarnain 016- 2097990, Nasrulhakim 012-6953255


CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Al- Hadi, Taman Panchor Jaya, Seremban
Masa : 9 malam
Penceramah :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi

Anjuran : Lajnah Pilihanraya PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama PAS Cawangan

Ceramah Buku Jingga 20 Mac 2011 Seremban

Posted: 16 Mar 2011 11:17 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Penjelasan Buku Jingga
Bersama : Rafizi Ramli, YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Anthony Loke
Tarikh : 20 Mac 2011 (AHAD)
Masa : 8.45 mlm hingga -
Tempat : Markas KeADILan Cabang Seremban, Taman Bukit Setia, Ampangan, Seremban

Sumber http://myharakah.net/diary.php?id=109

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 17 Mar 2011 09:45 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Saman RM: 100 Juta Woww...Moh Kaya Kite !!!

Posted: 17 Mar 2011 05:33 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan