Jumaat, 18 Mac 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Mar 2011 01:40 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Angkuhnya Rosnah, baru bertatih dalam politik

Posted: 18 Mar 2011 01:30 AM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi relevan sebagai angkuh.

Athirah berkata, sebagai pemimpin muda, Rosnah tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati hak rakyat untuk memilih mana-mana parti politik.

"Ia adalah suatu kenyataan yang terlalu angkuh daripada seorang pemimpin muda dalam Umno yang hakikatnya baru bertatih mengenali dunia politik sebenar.

"Kenyataan yang lahir daripada kedunguan dan emosi politik yang terkongkong malah tidak selari dengan perkembangan semasa negara dan dunia yang setiap hari menolak corak pentadbiran dan pemerintahan kuku besi serta monopoli oleh elit-elit politik tertentu yang lazimnya menjadikan rakyat sebagai bahan permainan dan perbodohan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Athirah juga berkata, Rosnah sebenarnya takut dengan pelbagai tawaran Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan rakyat.

"Bila dia kata PR sudah tidak relevan, Rosnah sebenarnya sedang menampakkan ketakutan dan kegusarannya terhadap pelbagai program Pakatan Rakyat baik yang telah dilaksanakan di peringkat negeri-negeri pentadbiran PR mahupun agenda 10 Janji Jingga PR," katanya.

Tambahnya, kenyataan Rosnah sebenarnya hanya mengambil sikap emosi dan prejudis melulu sebagai seorang pemimpin muda Umno BN yang terdesak memastikan survival mereka khususnya dalam PRU13 akan datang.

Athirah yang juga Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Pusat itu juga berkata, Rosnah telah menyinggung perasaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada PR sehingga memerintah di beberapa buah negeri dalam Malaysia.

"Sebagai Timbalan Menteri, Rosnah sewajarnya lebih memposisikan diri untuk kepentingan rakyat tanpa mengira mereka itu penyokong parti mana.

"Adalah suatu yang amat malang mempunyai seorang pemimpin muda seperti Rosnah yang gagal memahami maksud sebenar sebuah negara yang baik dengan sistem demokrasi yang juga baik serta subur," katanya lagi.

Beliau turut mencabar Rosnah untuk berdebat berdasarkan fakta, bukan mengeluarkan kenyataan kepada media milik mereka sahaja.

"Rosnah juga barangkali tertipu dengan beberapa keputusan pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini yang disimpulkan sebagai pulihnya sokongan rakyat terhadap BN, sedangkan hakikatnya ia tidak begitu.

"Ini boleh kita syarahkan dengan lebih panjang lebar kalau Rosnah berani untuk berdepan secara hujah, bukan sekadar mengeluarkan pelbagai kenyataan kepada media proksi mereka.

Beliau turut menasihati Rosnah agar belajar menerima hakikat bahawa pembangkang yang baik sangat perlu bagi memastikan ketelusan perjalanan pentadbiran sesebuah negara tanpa ada salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan ketirisan.

"Peranan mana-mana atau sesiapa jua sebagai kuasa pembangkang tidak wajar diperlekehkan bahkan sebagai seorang pemimpin muda dalam fasa baru politik Malaysia, kita wajar lebih bersifat terbuka dan berfikiran positif.

"Pembangkang dalam status politik wajar dilihat sebagai kuasa check and balance. Dan ini semua gagal untuk dilihat dan difahami oleh Rosnah.

"Pakatan Rakyat memang sangat relevan dalam negara ini dan kita akan terus mencabar keangkuhan Umno BN," katanya.

Semalam, Rosnah dalam satu program Umno menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak lagi relevan dan konsisten.

Harakahdaily/-
Oleh : Hazayani Zakaria .


P'raya Sarawak: Kerusi PAS hampir selesai

Posted: 18 Mar 2011 12:41 AM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak kini berada di tahap akhir, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Beliau yang kini berada di Kuching ketika dihubungi Harakahdaily berkata, pembahagian kerusi khususnya untuk PAS, hampir selesai.

"Masih dalam perbincangan dan PAS sudah ada beberapa kerusi untuk ditandingi. PAS tidak banyak yang bertindih, cuma sekarang perbincangan peringkat akhir," katanya yang hadir ke sana atas tujuan itu.

Katanya, kesemua urusan pembahagian itu akan selesai dalam masa terdekat memandangkan spekulasi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak akan dibubar bertiup kencang.

Apatah lagi semalam berlaku pertemuan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mengadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri.

Ada pihak mendakwa dalam pertemuan itu Abdul Taib telah menyatakan hasrat pembubaran Dun kepada Yang Dipertua Negeri.

Spekulasi itu turut mendakwa Dun Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini dan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.

Ianya diperkuatkan lagi dengan lawatan serentak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri Bumi Kenyalang itu pada Sabtu ini yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri.

Mengulas mood rakyat Sarawak ketika ini, Nasharuddin yang sebelum ini hadir melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di Miri berkata, rata-rata mereka mahukan perubahan.

"Mereka seperti menanti kehadiran pilihan raya negeri ini. Kita dapat dengan dari perbualan-perbualan mereka.

"Sokongan kepada Pakatan Rakyat saya kira Alhamdulillah baik, malah pada pelancaran DHPP sebelum ini juga turut disertai suku kaum Dayak," katanya lagi.

Beliau turut memaklumkan, PAS telah pun memulakan gerak kerja pilihan raya di kawasan-kawasan yang dijangka akan ditandingi mereka sejak beberapa bulan lalu.

Media pro-Umno semalam menggambarkan wujud perpecahan teruk dalam parti komponen Pakatan Rakyat ekoran 'perebutan' kerusi yang bakal ditandingi.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semalam berkata, proses tawar-menawar antara parti kompenen itu adalah biasa namun yakin proses itu akan diselesaikan dengan segera.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah .

Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan, Kata Yaakob

Posted: 18 Mar 2011 12:29 AM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.

Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno.

"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari
bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.

"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara
Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.

Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta
IC palsu dilepaskan.

"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.

"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.

Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tv Selangor/-


Dun Perak: Jika sah, kenapa perlu dikawal ketat

Posted: 18 Mar 2011 12:01 AM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 Mac: Pakatan Rakyat Perak meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April ini bebas daripada campur tangan polis.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diperlukan ekoran setiap kali berlangsungnya sidang Dun di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).

"Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami.

"Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan," katanya yang dilapor TV Selangor.

Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas.

"Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan tarikh akhir pada 15 Mac untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih dijalankan secara telus dan adil.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April nanti.

Harakahdaily/-

Panel Turut Teroka Yang 'Menyesatkan, Memalukan'

Posted: 18 Mar 2011 12:00 AM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 MAC : Walaupun kontroversi Interlok bermula dengan penggunaan perkataan "paria" dan perkara yang dianggap sensitif, panel bebas yang mengkajinya berjaya menerokai, terdapat juga bahagian yang dianggap "menyesatkan" dan "memalukan".

Menurut cadangan pindaan melibatkan 67 perkara yang diperakukan oleh dalam persidangan terakhirnya pada 4 Mac, perkara itu antaranya yang menyentuh soal dewa penganut Hindu dan upacara keagamaan mereka.

NONEDalam bahagian yang menceritakan upacara perkahwinan watak Maniam dan Malini (halaman 227 dan 228), disebut bahawa pengantin duduk atas pelaminan yang dihiasi daun mangga "yang ada hubungannya dengan kaman, dewa cinta".

Terdapat juga bahagian yang menyebut tentang membaca doa untuk dewa Palikai selepas upacara ankurarppanam - yang ditafsirkan pengarang sebagai upacara pemujaan yang dilakukan dengan periuk tembikar berisi sembilan macam tunas biji-bijian.

"(Berkenaan) Fakta dan budaya. Elakkan memberi maklumat yang 'menyesatkan'!" begitu ditandakan dalam ruangan "catatan/rasional" setelah mengusulkan supaya nama-nama dewa itu dibuang.

Bagaimanapun, laporan yang diperoleh Malaysiakini daripada seorang anggota panel berbangsa India Uthaya Sankar SB tidak mengulas lanjut maksud "menyesatkan" seperti yang ditandakan.

Istilah Britain

Difahamkan, cadangan pindaan disediakan tiga anggota panel yang mewakili masyarakat India yang diberikan tugas khas mencari perkara yang sensitif bagi kaum itu.

Ia antara lebih 100 cadangan yang dikemukakan, yang turut melibatkan "Buku 1" dan "Buku 2" yang menyentuh kehidupan keluarga Melayu dan Cina pada zaman sebelum merdeka.

NONESelain Uthaya, Pengarah Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Dr NS Rajendran dan bekas pegawai Kementerian Pelajaran G Krishnabahawan turut terlibat.

Sementara itu, cadangan itu juga mendakwa terdapat "kesalahan fakta yang amat memalukan" ketika Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain menulis tentang babak dua watak India sedang menjamah makanan India, termasuk "papadom".

Ayat asal yang digunakan seperti berikut: "Kemudian, dia mencedok rasam dan dibubuh di atas nasi. Diambilnya sambar diletakkannya di tepi daun itu dengan beberapa keping popadom dan sayur."

Bahagian itu kemudiannya ditandakan sebagai, "Nota: papadam (Malayalam), appalam (Tamil). Popadom adalah istilah di Britain!"

Selain itu, menariknya, cadangan itu turut cuba menonjolkan aspek moral dan keagamaan dalam wataknya seperti memasukkan perkataan "tuak dilarang di sisi agama" dan babak watak Maniam bersembahyang.

Konsep bumiputera belum wujud

Sementara hujah-hujah yang disebut dalam cadangan 12 halaman itu bagi menolak perkataan paria kerana watak utama kaum India bukanlah daripada kasta itu jika dilihat daripada kehidupannya yang digambarkan dalam novel.

indian crowd malaysia 291107Antaranya, apabila dia (Maniam) berangkat ke Tanah Melayu dengan kemahuan sendiri yang didakwa mustahil mampu bagi seorang paria pada zaman itu.

Antara lain dalam cadangan itu:

* Menggantikan perkataan "bumiputera" dengan perkataan "penduduk" atas alasan konsep itu belum wujud pada 1910 yang menjadi latar novel.
* Membuang perkataan "kasta Brahma" kerana Brahma sebenarnya merujuk kepada dewa.
* Membuang bahagian yang menyebut "mengunyah sirihnya seperti lembu".
* Membuang perkataan "berkulit hitam" bagi merujuk kepada watak India.
* Membuang istilah "anjing orang putih" bagi merujuk kepada seorang watak India.

Selain itu, dalam cadangan terakhirnya sempat mengingatkan supaya blurb atau keterangan ringkas pada kulit buku "kekal sebagai blurb yang bermaruah dan bukan secara terang-terangan menjadi agen propaganda politik".

-Malaysiakini

Libya Kutuk Resolusi Majlis Keselamatan PBB

Posted: 17 Mar 2011 11:30 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI: Libya berkata resolusi Majlis Keselamatan PBB yang membenarkan serangan udara terhadap tentera kerajaan "mengancam perpaduan" negara itu dan bersamaan dengan gesaan supaya rakyatnya saling berbunuhan.

"Resolusi itu menunjukkan sikap agresif masyarakat antarabangsa yang mengancam perpaduan Libya dan kestabilannya," kata Timbalan Menteri Luar, Khaled Kaaim.

Beliau berkata, undian Majlis Keselamatan PBB itu juga bersamaan dengan "gesaan supaya rakyat Libya saling berbunuhan" dan sejajar kehendak Perancis, Britain dan Amerika yarikat untuk melihat negaranya berpecah.

Majlis Keselamatan PBB dengan 15 anggota itu meluluskan resolusi yang membenarkan "segala tindakan perlu" bagi menguatkuasakan zon laranggan terbang, melindungi kawasan orang awam dan melaksanakan gencatan senjata terhadap tentera Muammar Gaddafi.

Resolusi itu diluluskan dengan 10 undi menyokong dan lima berkecuali.

Anggota tetap China dan Russia adalah antara negara yang berkecuali tetapi tidak menggunakan kuasa veto untuk menolak resolusi itu.

Tv Selangor/-

Menyanggah memoir Mahathir

Posted: 17 Mar 2011 10:41 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Sebaik mendapatkan memoir Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, sehari selepas dilancarkan secara rasmi, saya membelek-belek isi kandungannya. Saya mencari topik berkaitan isu-isu menarik dan kontroversi sepanjang era pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekurang-kurangnya bab yang merujuk tragedi pemecatan Anwar Ibrahim, pemilihan Umno 24 April 1987 yang membawa kepada pengharaman parti itu, krisis kehakiman dan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas, Operasi Lalang dan juga Peristiwa Memali.

Sepintas lalu semua isu-isu tersebut -- kecuali Peristiwa Memali 1985 (yang terselit dalam bab pertama, tapi Dr Mahathir mengaitkannya dengan kes-kes ekstremis lain seperti serangan ke atas kuil Hindu di Selangor, 1979 dan balai polis di Batu Pahat, 1980) -- dapat diikuti dalam buku setebal lebih 800 halaman itu. Bagaimanapun, gelora hati saya turun-naik ketika membacanya. Terasa seolah-olah Dr Mahathir cuba menulis sejarah baru dengan "memperbetulkan" hikayat hidupnya yang sedia diketahui umum.

"Sakit hati apabila membaca bab berkaitan kes Tun Salleh dan pengharaman Umno. Mahathir masih mahu terus memperbodohkan rakyat," marah seorang pensyarah undang-undang, yang juga bekas peguam. "Saya lebih senang membaca perjalanan hidupnya sebelum beliau aktif berpolitik. Masuk saja bab berkaitan Tunku Abdul Rahman sudah nampak belangnya," tambahnya.

Bagi saya, bab 43 berkaitan pembedahan pintasan jantung Dr Mahathir jauh lebih menarik (sebenarnya lebih tenang untuk ditatap) daripada babak-babak genting dalam kerjaya politiknya. Mungkin disebabkan saya cuba membandingkan pengalaman beliau pada Januari 1989 -- dan pembedahan kedua pada September 2007 -- dengan apa yang saya sendiri lalui pada Mac 2010. Rasanya seperti tiada jauh beda terutama mengenai halusinasi dan mimpi-mimpi aneh semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Saya akui, kes pengharaman Umno yang bermula dengan pertandingan sengit di antara Team A (diketuai Dr Mahathir) dan Team B (diterajui Tengku Razaleigh Hamzah) dalam pemilihan parti April 1987 sering diberikan tafsiran yang salah. Walaupun sudah beberapa kali saya menyiarkan perspektif sebenar kes tersebut dalam Harakah, masih ramai yang kabur dengan cerita sebenar.

Justeru, memang mudah bagi Dr Mahathir untuk terus memanipulasi keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Harun Hashim pada 4 Februari 1988 itu. Sejak awal Dr Mahathir menyalahkan Ku Li, yang didakwanya mengamalkan rasuah politik untuk membeli undi perwakilan. Dr Mahathir berkata, Team B telah membelanjakan lebih RM20 juta untuk berkempen, dan kebanyakannya wang itu disediakan oleh Ku Li.

Mengulas tulisan Dr Mahathir itu, Ku Li dalam satu kenyataan menegaskan: "Sekali lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987." Bekas Menteri Kewangan yang ditewaskan hanya dengan 43 undi oleh Dr Mahathir menegaskan beliau tidak mempunyai wang untuk tujuan membeli undi ketika pemilihan paling sengit dalam sejarah Umno itu. "Saya tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang. Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala perkara itu," tambahnya.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir," kata Ku Li lagi.

Realitinya, Dr Mahathir -- melalui penguamnya sendiri, Sri Ram -- "mendesak" hakim bahawa hanya satu keputusan yang boleh dibuat iaitu Umno diisytihar haram bagi mengelak saingan berterusan daripada Ku Li dan Team B, yang dianggotai antara lain Musa Hitam, dan beberapa menteri seperti Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim, Shahrir Abd Samad, Ajib Ahmad dan timbalan-timbalan menteri seperti Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Radzi Sheikh Ahmad, Rahmah Othman dan Zainal Abidin Zin.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Dr Mahathir boleh menyelamatkan Umno daripada diharamkan dengan menggunakan Seksyen 70, Akta Pertubuhan. Malah, Harun Hashim dalam keputusan bertulisnya juga mencadangkan Menteri Dalam Negeri boleh membuat pengecualian terhadap mana-mana pertubuhan daripada mematuhi mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.

Dr Mahathir enggan menggunakan kuasanya itu semata-mata demi kepentingan politik peribadi beliau. Dengan merancang penubuhan parti baru, yang akan mewarisi segala aset, wang dan juga tanggungan parti yang diharamkan, melalui pindaan kepada Akta Pertubuhan, tetapi masih menggunakan nama Umno, Dr Mahathir berjaya menyingkirkan semua musuh politik dalaman parti.

Ahli-ahli Umno yang tidak berpuas hati (dikenali sebagai Umno 11) kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Agung. Menyedari beberapa kes terdahulu yang banyak menimbulkan kritikan termasuk daripada para peguam, khususnya dalam kes UEM dan Lebuh Raya Utara-Selatan yang memihak kepada kerajaan, maka Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memutuskan agar rayuan Umno 11 didengar semua hakim Mahkamah Agung (kecuali seorang), iaitu seramai sembilan orang.

Implikasi arahan Tun Salleh mudah difahami Dr Mahathir. Berdasarkan kes-kes rayuan yang lepas, tujuh daripada hakim-hakim Mahkamah Agung, iaitu Tun Salleh, Wan Suleiman Pawan Teh. Eusoffee Abdolcadeer, George Seah, Mohd Azmi Kamaruddin , Wan Hamzah Mohd Salleh dan Lee Hun Hoe adalah cukup bebas untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak kerajaan sekiranya mereka dapati bahawa ia adalah satu keputusan yang adil.

Dr Mahathir sudah dapat menjangkakan bahawa sidang sembilan hakim itu hanya akan membatalkan pemilihan April 1987 tetapi akan "menghidupkan" kembali Umno. Oleh itu, Dr Mahathir harus bertembung sekali lagi dengan Ku Li. Mood ketika itu memang menyukarkan Dr Mahathir mempertahankan kemenangan tipisnya. Kalah sebagai presiden parti akan menggugurkan kelayakannya sebagai perdana menteri.

Ketika itulah timbulnya idea untuk memecat Tun Salleh, sekali gus membatalkan arahan bagi diadakan sidang sembilan hakim. Langkah pertama adalah dengan menaikkan pangkat Harun Hashim daripada hakim Mahkamah Tinggi kepada hakim Mahkamah Agung. Sekali lagi Dr Mahathir mendakwa kebebasan kehakiman masih wujud di Malaysia apabila hakim yang mengharamkan Umno pun dinaikkan pangkat, sedangkan realitinya ia bagi menggagalkan arahan Tun Salleh dan menyelamatkan karier politik Dr Mahathir.

Dalam memoirnya, Dr Mahathir mendakwa pihak yang mahu Tun Salleh dipecat adalah Yang di-Pertuan Agong, hanya berpunca daripada surat peribadi Tun Salleh kepada baginda berkaitan bunyi bising projek penambahbaikan istana yang berdekatan kediaman Ketua Hakim itu. (Alasan ini sebenarnya berubah-ubah; dahulu Dr Mahathir mendakwa ia ekoran surat aduan kepada Agong dan Raja-Raja Melayu yang ditulis oleh 20 hakim).

Jelas ia satu pembohongan. Kalaupun Agong murka dengan Tun Salleh atas alasan peribadi, Perdana Menteri bertanggungjawab menasihati baginda bahawa kes sekecil itu langsung tidak membabitkan salahlaku kehakiman sehingga memerlukan penggantungan dan penubuhan tribunal.

Peristiwa Tun Salleh dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri untuk "digertak" Dr Mahatthir seolah-olah menggambarkan kehakiman itu di bawah kuasa eksekutif. Surat penggantungan Ketua Hakim sepatutnya datang daripada Agong dan diserahkan di istana ataupun oleh wakil istana.

Jika merujuk Perkara 125(3) Perlembagaan, tindakan untuk menggantung atau memecat Ketua Hakim mesti dimulakan oleh Perdana Menteri dan bukannya Agong. Baginda, seperti diperuntukkan Perkara 40(1) tidak mempunyai kuasa di sisi undang-undang untuk bertindak atas inisiatifnya sendiri melainkan mengikut nasihat Kabinet atau Perdana Menteri yang yang bertindak di bawah kuasa umum Kabinet.


Sedangkan dalam kenyataan akhbar pada 31 Mei 1988, Dr Mahathir dijelaskan: "... pada mulanya Perdana Menteri telah diminta oleh Agong supaya jawatan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara digantikan kerana baginda tidak senang dengan surat Tun Salleh kepada baginda ...."

Saya akan jelaskan lebih lanjut proses pemecatan Tun Salleh ini dalam keluaran Harakah berikutnya bagi menyanggah dakwaan tidak berasas Dr Mahathir dalam memoirnya, yang disifatkan secara umum oleh sarjana media, Dr Abu Hassan Hasbullah sebagai "naskhah yang sakit". Semoga kekeliruan dapat dibetulkan.

II.

Harakah memang tidak mempunyai wakil di Kuching dan PAS sendiri mungkin tidak meletakkan ramai calon ramai dalam pilihan raya negeri ke-10. Namun ia tidak menghalang untuk Harakah memberikan perhatian serius kepada perkembangan politik Sarawak terutama ketika isu salahguna kuasa Ketua Menteri Taib Mahmud heboh diperkatakan.

Lebih penting, Harakah tidak mahu ketinggalan dalam menyuarakan aspirasi perubahan yang begitu diimpikan rakyat negeri itu. Dalam kunjungan ke Kuching dan Miri baru-baru, wartawan kanan Wan Nordin Wan Yaacob bersama jurugambar Wan Zahari Wan Mohd Salleh sempat merakam gelodak kehidupan di sana, sambil meninjau suasana menjelang pilihan raya.

Wan Nordin menekankan, begitu banyak isu membelit kehidupan warga Sarawak yang perlu ditonjolkan. "Jurang kehidupan kaya-miskin cukup ketara. Ramai orang di sini marah dengan Taib, anak-anak dan saudara-maranya," beritahu Wan Nordin menjawab pertanyaan saya mengenai mood penduduk Kuching yang ditemuinya.

Suara akar umbi, termasuk Bumiputera Islam, yang mengangkat Taib selama 30 tahun di teraju kuasa, sering dimanipulasi dan ditindas. "Lutfi, elok Harakah menyiarkan pendedahan bersiri penyelewengan Taib. Rujuk saja beberapa laman web, terutama sarawakreport.org, banyak bahan di sana. Lebih baik kalau saudara dapat membukukannya. Mesti melutup. Usah harap orang di sini, kebanyakan mereka takut," kata seorang pemerhati politik Sarawak, yang menetap di Kuching.

Namun begitu, minat kami bukan sekadar membongkar amalan rasuah dan kronisme Taib. Pilihan raya negeri kali ini cukup penting kepada Kuala Lumpur dan amat mempengaruhi Perdana Menteri Najib Razak untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen. Selepas teruja dengan pertambahan majoriti kemenangan BN dalam dua pilihan raya kecil mutakhir, Najib memerlukan momentum dari Kuching bagi menyekat laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Wan Nordin dan Wan Zahari hanya sempat tiga hari melakukan tinjauan. Memang tidak banyak yang dapat diselami dan dibongkar dalam tempoh sesingkat itu. Namun, ia sudah cukup untuk menggamit mereka datang lagi. Cuma saya mengharapkan kunjungan mereka berikutnya -- saya sendiri cuba untuk bersama -- tidak diganggu pihak imigresen di Lapangan Terbang Kuching seperti dialami Ahli Parlimen KeADILan Subang, R Sivarasa, 12 Mac lalu.

Harakahdaily/-
Oleh : Ahmad Lutfi Othman .

112 peninju bakal berentap

Posted: 17 Mar 2011 10:00 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU – Seramai 112 peninju amatur daripada tiga negeri Pantai Timur akan berentap dalam Kejohanan MuayThai Fit Warriors Zon Timur 2011 yang akan berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan, Panji pada Sabtu dan Ahad ini.

Kejohanan yang julung kali diadakan itu, dianjurkan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Muaythai Malaysia dan Persatuan Sukan Seni Tomoi Kelantan.

Pegawai Kecergasan Nasional, JBS negeri, Mazlan Mohd Ariffin berkata, seramai 28 peninju masing-masing dari negeri Terengganu dan Pahang, manakala selebihnya peninju dari negeri ini akan menunjukkan kehebatan masing-masing dalam tujuh kategori yang akan dipertandingkan.

"Objektif utama kejohanan ini diadakan, ialah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat tempatan melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat daripada aspek kesihatan dan perpaduan.

"Kesemua peserta yang bertanding merupakan peninju amatur dan hasil daripada kejohanan ini, mereka akan dipilih untuk bertanding pada Kejohanan Muaythai Fit Warrior peringkat kebangsaan pada tahun ini.

"Sedikit kelainan mengenai kejohanan ini, apabila kesemua peninju yang mengambil bahagian perlu memakai peralatan perlindungan seperti Body Protector, Head Guard, Shin Pad, Groin Guard dan Glove sebagai salah satu syarat pertandingan," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Mazlan berkata, negeri Kelantan dianggap cukup bertuah kerana dipilih menjadi tuan rumah dalam peringkat zon ini, dan beliau berharap penggiat sukan seni di negeri ini tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan kejohanan ini

"Peminat sukan seni MuayThai di negeri ini, harus mengambil peluang dengan lebih dekat untuk melihat jaguh dalam bertanding dalam kejohanan ini. Saya percaya, masyarakat di negeri ini begitu meminati sukan ini berdasarkan sambutan kepada kejohanan di peringkat daerah sebelum ini.

"Kita mengharapkan sokongan orang ramai dapat hadir dan sebab itu, kita tidak mengenakan apa-apa bayaran bagi membolehkan mereka datang menyaksikan kejohanan ini secara percuma," katanya.

Sebanyak tujuh kategori akan dipertandingkan iaitu kategori 48kg hingga 51kg, 51kg hingga 54, 57kg hingga 60kg, 60kg hingga 63.5kg, 63.5kg hingga 67kg dan 67kg hingga 71kg yang merangkumi sebanyak 105 perlawanan diadakan sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Sinar Harian/-

Agensi Dakwa Kementerian Pelancongan Minta Rasuah

Posted: 17 Mar 2011 09:30 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR : Sebuah agensi pengiklanan yang mengendalikan kempen "Malaysia Truly Asia" mendakwa mereka menolak pembaharuan kontrak dengan Kementerian Pelancongan setelah diminta memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak itu.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 'Intergrated Strategic Communications' (ISC), Austen Zecha berkata, berikutan kejadian itu pihaknya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)untuk diambil tindakan.

Austen Zecha dalam satu kenyataan medianya berkata, ISC turut membidas kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang mendakwa pemberian tender kementeriannya yang bernilai RM 381 juta secara keseluruhannya itu dibuat secara telus.

Malah menurut Zecha, beliau dan timbalannya turut ditemui 'seseorang' pada 19 Januari lalu supaya 'menawarkan Kementerian Pelancongan 50 peratus rebat atau sebahagian keuntungan daripada kontrak tersebut.

Jelas Zecha, sebagai balasannya ISC akan 'memenangi semula' kontrak Tourism Malaysia bagi kawasan Eropah, Amerika Utara dan Oceania.

"Hal ini menyebabkan ISC mengambil keputusan menarik kembali tendernya pada rabu, 26 Januari," kata Zecha.

Katanya, ISC sepenuhnya bersetuju insiden tersebut menghina kredibiliti agensi ini sekali gus menambah kecurigaanya mengenai proses pemberian tender oleh Kementerian Pelancongan itu.

Menurut Zecha lagi, ISC mempunyai rekod bersih dalam kempen Malaysia Truly Asia sejak mengendalikannya pada 1999 di bawah empat Menteri berbeza iaitu Datuk Leo Michael Toyad, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Datuk Seri Azalina Othman dan Datuk Seri Ng Yen Yen.

Zecha berkata, Kementerian Pelancongan juga sebelum ini hanya membenarkan ISC meminta RM 3 Juta bil bagi 2009 dan 2010 untuk kontrak 3 tahun sebelumnya di Eropah, sedangkan sepatutnya ia boleh diperolehi dengan jumlah RM 18 juta setahun.

"Ia hanya setelah pentadbiran Menteri ini (Ng Yen Yen), sebelum ini atau semasa syarikat sebelum ini pada tahun 1970-an, 80-an dan 90-an tidak pernah pihak Kementerian membenarkan ISC atau mana-mana syarikat untuk memberi bil bagi 1 per enam dari nilai kontrak tahunan, atau sebanyak kira-kira 17 peratus.

"Jadi apa yang berlaku kepada 83 peratus lagi dari kontrak bernilai RM 18 juta pada tahun 2009 dan 2010, dan siapa yang membenarkan serta mendapat keuntungan dari komisyen dan invois bernilai RM 30 juta dalam tempoh 2 tahun ini?" tanya Zecha lagi.

Tambah Zecha, beliau turut mempersoalkan penglibatan Ng dalam isu ini kerana komennya dalam Persidangan Parlimen Selasa lalu bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai lima syarikat yang diberikan kontrak selama tiga tahun dan bernilai RM 381 juta atau RM 127 juta setahun itu.

15 Mac tahun lalu, Ng Yen Yen membuat laporan polis ke atas sebuah blog yang mendakwa beliau memberi kontrak untuk mempromosi produk pelancongan kepada sebuah syarikat milik rakan baik anaknya dan menggunakan keuntungan dari komisyen tersebut bagi berkempen untuk pemilihan MCA.

Tv Selangor/-

Kerajaan Jamin Malaysia Bebas Kesan Radiasi

Posted: 17 Mar 2011 09:00 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

DENGKIL: Kerajaan memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun.

Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau sms yang disebarkan mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita semasa melawat Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di sini Khamis.

Beliau berkata berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisma tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar ini bergerak ke arah tenggara negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.

Ongkili berkata mekanisma pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia menerusi sistem Permonitoran Portal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang juga terus ditingkatkan.

Semua penumpang yang tiba di negara ini akan melalui sistem berkenaan dan setakat ini belum ada sebarang penumpang yang terdedah kepada bahan radiasi, katanya.

Beliau mengulas laporan agensi berita antarabangsa hari ini bahawa tiga rakyat Jepun dikesan mempunyai bacaan radiasi melebihi tahap selamat ketika pemeriksaan di Lapangan Terbang Incheon di Korea Selatan.

Katanya pemeriksaan turut dilakukan di Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Klang untuk mengesan sebarang tindakan radio aktif pada barangan yang dibawa masuk dari seluruh negara terutamanya Jepun.

mStar/-

Asap Berkepul Keluar Dari Loji Nuklear Jepun

Posted: 17 Mar 2011 08:45 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

YAMAGATA: Agensi keselamatan nuklear Jepun menyatakan asap berkepul keluar dari bangunan yang menempatkan reaktor nuklear yang rosak di loji kuasa yang lumpuh akibat tsunami minggu lalu.

Jurucakap agensi itu berkata, asap dilihat berkepul naik dari Unit 2 Loji Fukushima Dai-ichi pagi Jumaat.

Beliau berkata, punca kejadian itu tidak diketahui tetapi satu letupan berlaku di unit itu awal minggu ini dan mungkin merosakkan ruang di sebelah pusat reaktor.

Sementara itu, syarikat utiliti yang mengurus loji itu berkata pekerja sedang menyambung kabel bagi mengembalikan bekalan tenaga elektrik untuk menghidupkan semula sistem penyejukan reaktor.

Sementara itu, pihak tentera bersiap sedia untuk melepaskan air ke atas loji berkenaan dengan helikopter dan meriam air.

mStar/-

PR Minta Jaminan Sidang DUN Perak Tiada Sekatan Polis

Posted: 17 Mar 2011 08:40 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 18 MAC: Pakatan Rakyat Perak meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) pada April ini bebas daripada kawalan polis.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pada sidang media di parlimen semalam berkata, jaminan itu diminta Pakatan Rakyat ekoran setiap kali berlangsungnya sidang DUN di negeri berkenaan, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Ujar beliau, sekiranya kerajaan Perak kini merasakan mereka kerajaan yang sah, maka tidak perlu kawalan polis di sekeliling bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK).

"Kami nak mintak supaya KDN beri janji pada sidang dun kali ini tidak ada pihak keselamatan polis. Kalau ada bermakna dia melanggar Kanun 124, mengganggu ahli dewan undangan negeri untuk masuk ke dalam dewan melaksanakan tugas kami. Jadi itu yang kami minta untuk menteri berlaku adil dan menunjukkan kerajaan haram ini perlu dipelihara oleh polis. Jika kerajaan ini haram biar rakyat menentukan," katanya.

Tambahnya yang juga Adun Pasir Panjang, Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir juga masih belum menjawab soalan-soalan yang dikemukakan Adun dari Pakatan Rakyat pada sesi yang lepas.

"Kami telah diminta menghantar soalan-soalan lisan dan bertulis dan tarikh akhir pada 15 Mac.untuk sesi akan datang. Malangnya soalan-soalan lisan kami pada sesi yang lepas pun masih tidak dijawab," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Khoo Ham menggesa rakyat Perak tidak tertipu dengan sistem demokrasi yang dikatakan masih dijalankan secara telus dan adil.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 5 April 2011.

Tv Selangor/-

AHLI PAS PERLU ISTIQAMAH DALAM, DOA, SOLAT HAJAT DAN QUNUT NAZILAH

Posted: 17 Mar 2011 08:26 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

"maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya." (91:8-10).

Memilih bersama-sama PAS bererti memilih untuk menempuh sebuah perjalanan yang jauh. Perjalanan yang susah dan tidak ramai orang ingin bersama dengannya. Inilah perjalanan yang ditempuh Rasulullah SAW. dan para sahabat sehingga Allah mengingatkan mereka dalam firmannya:

"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka." (9:42).

Perlulah difahami bahawa jalan yang kita pilih ni akan ada ujiannya, akan ada orang yang cuba menyesatkannya daripada matlamat, dan ada yang cuba mengajaknya berhenti dan berpatah balik.

Maka dalam setiap orang yang bermusafir mengambil jalan ini, dia memerlukan bekalan. Bekalan yang memelihara daripada terpesong, terhenti dan tergelincir daripada jalan ini. Amatlah perlu untuk kita mempersiapkan bekalan yang secukupnya, umpama sebuah kereta yang digunakan untuk bermusafir,

jika kehabisan minyak dan tersadai di tengah jalan, maka jadilah ia hanya sepotong besi buruk yang tidak dapat membantu untuk bergerak walaupun selangkah. Demikianlah juga orang yang mengharungi jalan dakwah, apabila bekalan iman dan taqwanya kehabisan tanpa ditambah, maka jadilah ia seperti jenazah yang kaku atau orang sakit yang tidak mampu bergerak.

Firman Allah s.w.t. "Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya, Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang" (33:41-42)

Daripada firman Allah SWT. ini, jelaslah bagi kita dalam zikir dan doa terdapat bekalan. Allah adalah matlamat kita. Dialah yang mencipta dan memberi rezeki kepada kita, maka patutkah kita lupa untuk mengingatinya? Bagaimanakah kita terlupa kepada Allah yang tiada selainNya dapat memberi ketenangan dan bantuan kepada kita?

Dengan mengingati Allah, kita dapat melepaskan diri dari suasana buruk dan fitnah yang menimbun, ianya dapat menyucikan hati kita untuk kembali kepada Allah dan mengikhlaskan diri kepadaNya. Maka biasakanlah diri kita untuk mengingati Allah. Banyakkan bersolat kerana ia adalah zikir yang paling besar.

Bagi kita yang selalu dilanda ujian dan memerlukan kekuatan menghadapinya, selalulah kita bersolat hajat memohon kepada Allah kekuatan kerana perbendaraan dan kekuatan langit dan bumi adalah milik Allah, seluruhnya.

Manakala doa pula merupakan tanda perhambaan kita kepada Allah, keimanan kepadaNya. Perasaan hancur, lemah dan merendah diri dihadapan Allah, mengakui bahawa Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Amatlah perlu untuk kita berdoa kepada Allah dalam menempuh jalan ini, kerana kita sangatlah lemah, tetapi keperluan kita tersangatlah banyak, maka mintalah kepada Allah yang tidak terbatas kekuasaanNya.

Dan doa juga merupakan senjata orang mukmin. Sesungguhnya Rasulullah dalam menghadapi peperangan sentiasa berdoa kepada Allah sehingga dalam Perang Badar, Rasulullah berdoa sehingga saidina Abu Bakar merasa kesian melihat kesungguhan Nabi s.a.w. Doa yang menjadi pilihan Nabi s.a.w. ketika perang itu ialah Qunut Nazilah, doa yang mustajab untuk menghancurkan musuh.

Jadi marilah kita mengikut sunnah Nabi s.a.w. dan berdoa dengan doa tersebut, moga-moga Allah menurunkan kepada kita bantuan yang sama seperti bantuan Allah kepada RasulNya dalam Perang Badar.

Demikianlah kita melihat sejauh mana keperluan kita kepada bekalan di jalan dakwah. Bersegeralah kita mendapatkan bekalan ini dan memperbaharuinya selalu.

Jangan membiarkannya berkurangan sehingga kehabisan. Bahkan beramallah untuk menambahkannya. Janganlah kita tinggalkan satu hari pun dalam kehidupan kita sebagai pejuang agama Allah untuk melakukan solat hajat, berdoa dan mengamalkan Qunut Nazilah.

Yakinlah bahawa amalan ini akan mengelakkan kita daripada ditipu syaitan, kalah dengan pujukan hawa nafsu serta memberi kekuatan menghadapi musuh. Sahutlah seruan Allah s.w.t., "berbekallah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa." (2:185)

USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN

( PESURUHJAYA PAS PERAK )

Mangsa kedua jangkitan virus ILI meninggal dunia

Posted: 17 Mar 2011 08:00 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Impian seorang pelatih Inspektor bergelar raja sehari tahun depan dengan pilihan hati tidak kesampaian selepas dia disahkan meninggal dunia akibat virus Influenza (ILI), awal pagi semalam.

Mohd Redzuan Idris, 26, pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini, menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya kira-kira jam 4.20 pagi, selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bapanya, Idris Daharin, 48, berkata, dia reda dengan pemergian anak sulungnya dan tidak menyalahkan sesiapa atas kematian arwah.

"Memang cita-cita arwah mahu jadi pegawai polis dan dia pernah beritahu saya hasratnya bergelar Ketua Polis Negara satu hari nanti.

"Walaupun hajatnya tidak kesampaian, namun saya bersyukur arwah jejak kaki ke Pulapol. Sebelum ini, dia kerja dengan syarikat minyak, tetapi sanggup berhenti walaupun bergaji tinggi demi capai cita-citanya," katanya ketika ditemui di HKL, semalam.

Menurutnya, Mohd Redzuan disifatkan sebagai anak yang baik dan bertanggungjawab.

"Saya diberitahu anak kritikal kira-kira jam 12.30 tengah malam dan kami sekeluarga berada di sisi arwah sehingga dia menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Sementara itu, tunang Allahyarham, Nur Hazwani Liyana Hashan, 23, berkata, sebelum Allahyarham Mohd Redzuan mendaftar diri di Pulapol, arwah pernah berpesan supaya menjaga ibu bapa dan adik beradiknya apabila dia tiada.

"Arwah juga pesan supaya saya buat keputusan sendiri dalam segala perkara dan tidak terlalu bergantung kepadanya.

"Kali terakhir, saya lawat arwah di HKL Jumaat lalu, dia kata sudah tidak larat tanggung kesakitan dan saya lihat dia tidak bermaya seperti sebelum ini," katanya.

Difahamkan, pasangan itu bertunang sejak Jun tahun lalu dan akan berkahwin tahun ini, namun terpaksa ditangguhkan kepada 2012 selepas Mohd Redzuan menerima tawaran di Pulapol.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail mengucapkan takziah dan meminta keluarga mangsa bersabar.

Menurutnya, setakat tengah hari semalam, 32 pelatih dirawat di HKL termasuk seorang ditempatkan di ICU.

"Jumlah menjalani pengasingan di Pulapol seramai 534 pelatih. Kita sediakan tiga blok untuk pengasingan. Sesiapa yang mempunyai tanda ILI, kita akan terus masukkan dalam pengasingan.

"Kita mengambil beberapa langkah berjaga-jaga mengelak virus ini merebak ke kawasan lain. Punca virus ini masih disiasat," katanya selepas menziarahi Allahyarham di HKL, semalam.

Hadir sama, Komandan Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed.

Jenazah dikebumikan di Kampung Sungai Buaya, Rawang dan Allahyarham adalah mangsa kedua terkorban akibat virus ILI selepas seorang pelatih berusia 21 tahun dari Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia, 8 Mac lalu.

Sinar Harian/-

10 Pelajar Malaysia Selamat Tiba Dari Yaman

Posted: 17 Mar 2011 07:49 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SEPANG: Kumpulan pertama seramai 10 rakyat Malaysia termasuk dua wanita mengandung, seorang daripadanya sudah cukup bulan untuk melahirkan, tiba dari Yaman malam Jumaat, di bawah langkah kerajaan memindahkan warga Malaysia keluar dari negara yang sedang bergolak itu.

Mereka tiba dengan pesawat Qatar Airways pada jam 9.01 malam Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Rata-rata mereka kelihatan sayu apabila disambut ahli keluarga masing-masing, manakala yang tidak disambut ahli keluarga pula disediakan pengangkutan dan penginapan sementara di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Pelajar Universiti Al-Iman, Balqis Sabarudin, 32, ketika ditemui pemberita berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana bertindak membawa pulang rakyat Malaysia di sana lebih awal sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Walaupun kediaman mereka agak jauh dari tempat rusuhan dan keadaan juga masih agak terkawal berbanding Mesir, beliau yang kini mengandung sembilan bulan tetap bimbang akan keadaan mereka sekeluarga termasuk suami dan anak berusia 16 bulan.

"Saya hanya menunggu masa untuk melahirkan sedangkan keadaan di hospital agak kelam-kabut merawat mereka yang cedera dalam rusuhan," katanya.

Pelajar tahun tiga Universiti Sains dan Teknologi Yaman, Mohd Shahril Abdul Samad, 23, berkata beliau lebih risaukan keadaan isterinya yang mengandung empat bulan dalam keadaan kacau-bilau itu.

"Kediaman kami hanya 200 meter dari kawasan tunjuk perasaan itu, kadangkala kami dapat dengar bunyi tembakan.

"Mujurlah kerajaan memindahkan kami ke rumah Persatuan Pelajar Malaysia Yaman yang lebih selamat empat hari sebelum ini, dan kemudian menanggung kami pulang ke Malaysia," katanya.

mStar/-

Jurucakap Gaddafi : Misi PBB Serang Libya 'Tidak Sah, Tidak Bermoral'

Posted: 17 Mar 2011 07:30 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

TRIPOLI 18 MAC : Libya berkata sebarang tindakan ketenteraan yang disokong PBB ke atas negara itu adalah "tidak sah" dan "tidak bermoral", kata jurucakap kerajaan Muammar Gaddafi.

"Ia tidak sah an tidak bermoral. Ia pemberontakan bersenjata.

"Mana-mana negara akan bertindak melawan perkara ini. Mereka bertindak berdasarkan laporan-laporan media," kata jurucakap Mussa Ibrahim bagi pihak Muammar di sini semalam.

"Ini tidak seharusnya berlaku. Ia akan menjejaskan rakyat Libya. Ia hanya akan memperkukuhkan kedudukan dalaman sebab rakyat Libya akan ada tentera dalaman dan akan bertindak sebagai satu (pasukan)," katanya lagi.

Di sebalik pendirian itu, Majlis Keselamatan PBB semalam meluluskan resolusi zon larangan terbang di ruang udara Libya dan "kesemua pendekatan yang sepatutnya" — kod bagi tindakan ketenteraan — bagi melindungi orang ramai daripada serangan tentera Muammar.

Resolusi itu dilihat membuka ruang kepada sebarang bentuk tindakan ketenteraan.

Muammar berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak sebulan lalu, yang kini dikhuatiri bertukar menjadi perang saudara.

Kebangkitan itu mendesak Muammar, yang mengetuai Libya sejak lebih empat dekad lalu, berundur segera.

Sepuluh daripada 15 anggota Majlis Keselamatan mengundi menyokong usul itu.

Rusia, China dan Jerman mengambil sikap berkecuali.

Tiada undi menentang usul itu yang dibawa secara bersama oleh Perancis, Britain, Lebanon dan Amerika Syarikat.

Tv Selangor/-


Bawa balik pelajar di Yaman sebelum meruncing

Posted: 17 Mar 2011 07:00 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) mengambil tindakan segera dengan kerjasama kedutaan Malaysia untuk menghantar pelajar-pelajar Malaysia di Yaman pulang sebelum kejadian berterusan dengan lebih teruk.

Presidennya, Mohammad Iqbal Abu Yaziz berkata, jika pihaknya mengambil tindakan setelah keadaan terlalu meruncing menyebabkan proses menghantar pulang pelajar Malaysia lebih sukar dan pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi seperti mana yang telah berlaku di Mesir sebelum ini.

"Sedangkan kerajaan Malaysia terpaksa menanggung beberapa lagi penerbangan untuk menyelamatkan rakyat Malaysia sekarang seperti rakyat Malaysia di Jepun selepas mana kejadian gempa bumi baru-baru ini sehingga menyebabkan pusat nuklear meletup, menyebabkan pencemaran radioaktif dan turut mengalami keadaan yang sama seperti di Yaman iaitu Bahrain yang sedang bangkit untuk menjatuhkan pemimpin negara mereka yang korupsi," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Permaya mengharapkan supaya masyarakat dunia luar terutamanya Malaysia memahami keadaan semasa di sana.

Katanya, proses penerbangan pelajar-pelajar Malaysia di Yaman telah bermula dengan penerbangan pertama pada jam 4.00 pagi 17 Mac dan penerbangan kedua pada jam 10.00 pagi (17 Mac).

Menurutnya, laporan telah diterima bahawa penerbangan pertama telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.55 malam (17 Mac).

"Kami juga berharap supaya pelajar-pelajar Malaysia di Yaman bersabar menunggu giliran masing-masing dan bersedia pada bila-bila masa sahaja kerana seramai 590 orang yang terlibat bagi proses menghantar pulang ke Malaysia," ujarnya.

Beliau berkata, mereka diharapkan supaya menunggu panggilan daripada pejabat kedutaan mengenai giliran penerbangan masing-masing dan tidak mendengar khabar daripada lain-lain pihak bagi mengelakkan salah maklumat yang didapati daripada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman.

Beliau menegaskan, Permaya menafikan laporan The Star Online bertarikh 17 Mac, 2011, yang bertajuk Not All M'sian Students Want To Leave Yemen telah mengeluarkan kenyataan bahawa pelajar-pelajar Malaysia di Yaman dalam keadaan suasana yang selamat dan tidak perlu dibimbangi sehingga terpaksa mengambil tindakan drastik untuk pulang ke tanah air melalui temuramah bersama seorang pelajar Malaysia di Yaman.

"Kami menafikan kenyataan tersebut yang seakan-akan menuduh pelajar-pelajar Malaysia di Yaman mengambil kesempatan untuk pulang ke tanah air dengan percuma selepas kejadian yang sedang berlaku di Yaman sekarang," ujarnya.

Menurutnya, tidak dinafikan ada beberapa tempat khususnya penempatan dan rumah-rumah pelajar Malaysia di Yaman masih dalam keadaan selamat dan berkeadaan seperti biasa sahaja tetapi perlu diingatkan bahawa dengan pergolakan di Yaman sekarang yang semakin teruk kemungkinan perkara-perkara seperti yang berada dalam memorandum Permaya kepada pihak kedutaan Malaysia di Yaman bertarikh 13 Mac lalu.

Jelasnya, Permaya dengan kerjasama pihak kedutaan mengambil jalan untuk bertindak segera sebelum kejadian tidak diingini ini berlaku, ibarat 'sediakan payung sebelum hujan'.

Tambahnya, beberapa laporan yang telah kami dapati daripada pelajar-pelajar Malaysia di Yaman yang tinggal berdekatan dengan kawasan 'Medan Perubahan', pada setiap malam akan terdengar bunyi tembak menembak berlaku. Sehingga kini lebih daripada 40 orang mati dan beratus-ratus telah cedera.

Mengikut laporan yang lain pula di kawasan Pro-kerajaan berkumpul, ada di kalangan pelajar Malaysia telah diancam dengan menghunus pisau apabila ditanya sokongannya terhadap anti-kerajaan atau pro-kerajaan.

Menurut laporan lagi, sumber gas juga sudah mula susah untuk didapati dan harga barang sudah mula naik dibeberapa kawasan penempatan pelajar Malaysia di Yaman ini.

Katanya, keadaan di Yaman semakin meruncing apabila Presiden Republik Yaman, Ali Abdullah Soleh tidak akan turun selagi mana tidak berlakunya pertumpahan darah dan kenyataan ini telah membangkitkan lagi semangat pihak anti-kerajaan untuk menyerang pihak kerajaan.

Perlu diingatkan bahawa Republik Yaman adalah negara bebas senjata dan mempunyai kekuatan kabilah-kabilah Arab yang tersendiri.

Ulama Yaman sendiri telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang terlibat dan mati ketika diserang oleh pihak polis atau tentera dikira sebagai syahid.

Harakahdaily/-

Pelancaran Kase di Kedah malam ini

Posted: 17 Mar 2011 06:33 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SUNGAI PETANI, 18 Mac: Pelancaran Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Peringkat Negeri Kedah oleh pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar akan diadakan pada malam ini bertempat di Taman Kempas Fasa 2, dekat sini.

Jelajah Kase ke seluruh negara bertujuan bertemu memberi penjelasan dan khidmat nasihat kepada pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan.

Mahfuz juga dijadual mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Kase Kedah yang akan dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan turut dianggotai seorang peguam yang akan memberikan khidmat guaman kepada mangsa saman ekor.

Sehubungan itu orang ramai dan mangsa-mangsa saman ekor di Kedah dan kawasan berhampiran digesa mengambil peluang bertemu dengan beliau bagi mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat berkaitan isu terbabit.

Kase sebelum ini mendesak kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang penguatkuasaannya secara terang-terangan menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jawatankuasa itu juga telah menyerahkan memorundum memohon campurtangan Yang Di Pertuan Agong terhadap kelulusan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang disifatkan tidak adil kepada rakyat khususnya pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu saman ekor cara baru.

AES akan dikendalikan dua syarikat swasta Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang akan mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap enam juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

Harakahdaily/-
Oleh : Mohd Shubihi Muhamad Zain .

Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri Perak

Posted: 17 Mar 2011 06:14 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri Perak akan diadakan pada 20hb Mac 2011 di Dewan Chin Woo, Ipoh. Program bermula jam 9.00 malam. Dalam majlis tersebut, penerangan tentang kandungan buku tersebut akan disampaikan oleh wakil Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat. Risalah mengenai sebahagian kandungan Buku Jingga terutama program 100 hari PR memerintah akan disebar luaskan ke pelusuk Perak selepas ini. Rakyat Perak berpeluang melihat sendiri tawaran PR kepada rakyat apabila diberi mandat memerintah negara.

Program ini akan dihadiri oleh seluruh pimpinan PR negeri, kawasan, cabang dan bahagian. Beberapa Ngo juga turut dijemput hadir. Orang ramai yang ingin mendengar sendiri kandungan Buku Jingga juga boleh turut hadir.

Sebelum pelancaran satu sidang akhbar oleh Pakatan Rakyat Perak akan diadakan pada jam 5.30 petang di Pejabat Sekretariat PR negeri.

Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki
Pengarah Program.

Dun Sarawak bubar 21 Mac?

Posted: 17 Mar 2011 06:09 PM PDT

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUCHING, 17 Mac : Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak kemungkinan dibubarkan pada 21 Mac ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesepuluh diadakan.

Jika desas-desus itu menjadi kenyataan, ada kemungkinan pilihan raya dilangsungkan pada 16 April sementara 9 April adalah hari penamaan calon.

kelmarin, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak memberikan sebarang ulasan kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Pada sebelah pagi, beliau mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Beriang di Astana Negeri.

Sementara itu, lawatan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini pada Sabtu ini dikatakan mempunyai kaitan dengan pilihan raya negeri.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan pada 20 Mei 2006 bagi memilih 71 Adun di mana 9 Mei ialah hari penamaan calon.

Ketika itu, Dun Sarawak dibubarkan pada 24 April 2006 oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng atas nasihat Taib.

Orang Cina faham Kelantan haram premis judi

Posted: 17 Mar 2011 04:57 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Mac: DAP hari ini menjelaskan aktiviti perjudian yang memerlukan premis seperti Magnun atau Nombor Ekor tidak lagi berbangkit sekarang kerana semua rakyat Kelantan sudah faham.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua bangsa di negeri ini telah menerima larangan kegiatan tersebut sudah melewati 20 tahun.

"Masyarakat Cina telah menerima pentadbiran PAS dalam tempoh 20 tahun. Dasar PAS sudah diketahui termasuk bukan Islam.

"Itu tidak lagi menjadi isu, yang ditimbul sekarang hanya penjualan tiket loteri sahaja. Ini kerana ada pihak berhujah loteri tidak memerlukan premis dan diberi kelulusan kerajaan pusat.

"Dan apabila kerajaan negeri menguatkuasa larangan itu seolah-olah melampaui batasan kuasa kerajaan pusat. Dan kerajaan Kelantan menjelaskan isu ini akan dikaji Penasihat Undang-Undang," katanya pada persidangan media selepas perjumpaan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim hari ini.

Hadir sama perjumpaan itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nor Manuty dan anggota parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Sebelum ini ada pihak mempertikaikan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyerbu premis yang disyaki menjual tiket loteri.

Loke berkata, beliau dan Liew menyatakan pandangan DAP terhadap isu loteri kepada Menteri Besar.

"Hanya penjualan loteri yang jadi isu baru-baru ini. Dan kita berpuas hati dengan perbincangan hari ini. Kita menghormati judi adalah haram kepada orang Islam.

"Hanya menjadi persoalan kepada bukan Islam membeli loteri kerana ia dibenarkan di peringkat pusat, dan kerajaan negeri bersedia mengkaji spesifik isu loteri.

"Dan kalau dibenarkan selepas dilihat dari aspek undang-undang kita perlu melihat semula bagaimana melaksanakan perkara ini," ujarnya.

Beliau juga berkata, loteri sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Tionghua sejak sekian lama.

Beliau yang juga anggota parlimen Rasah berkata, dalam isu judi bola sepak DAP awal-awal lagi menentang ketika perbahasan di parlimen.

Mustafa pula kerajaan Kelantan menyerah kepada Penasihat Undang-Undang (LA) untuk mengkaji isu penjualan tiket loteri yang tidak membabitkan premis.

Ini kerana kegiatan perjudian yang memerlukan premis memang tidak boleh di Kelantan, tetapi dalam konteks tanpa premis lesen judi itu diluluskan kerajaan pusat.

"Kuasa kerajaan negeri premis di bawah peraturan PBT, tetapi kalau kegiatan judi yang tidak memerlukan premis inilah yang LA hendak kaji.

"Kalau mereka jual di tepi sungai kita pun tidak tahu, macam mana hendak buat. Itu maksudnya. Tengok dahulu apa hasil yang dikaji LA," ujarnya.

Beliau juga berkata, pertemuan dengan Menteri Besar hari ini bagi menerangkan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat yang lepas berkaitan isu berkenaan.

Cuma kata beliau apa yang dilaporkan beberapa akhbar tidak tepat berkaitan kenyataan dikeluarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Anwar menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak berbangkit sama sekali kerana apa yang dilaporkan media berlainan.

"Keputusan diambil kita serah kepada kebijaksanaan negeri Pakatan masing-masing. Pulau Pinang macam mana pendekatan yang mereka hendak diambil.

"Kelantan sudah lama diketahui sikapnya. Tidak semesti apa yang dilakukan Kelantan negeri Pakatan Rakyat lain pula hendak ikut, jadi terpulang di atas kebijaksanaan dan autoriti negeri terbabit," tambahnya.

Dalam kenyataan sebelum itu Menteri Besar berkata, isu larangan penjualan tiket-tiket loteri Big Sweep yang dikatakan tidak memerlukan premis tetap, kerajaan negeri sedia menelitinya.

"Kita serahkan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk melihat dari sudut perundangan yang ada," katanya.

Kenyataan media itu dibaca Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari.

Harakahdaily/-

SANTAI DRS. KHALIL IDHAM LIM BERSAMA PEMUDA PAS Di MANJUNG

Posted: 17 Mar 2011 02:48 AM PDT



Rabiulakhir 1432H. [MOD] -http://www.youtube.com/watch?v=e3PXQJypqyw

Kerajaan belanja RM5.9 juta kempen di Tenang

Posted: 17 Mar 2011 02:00 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan BN membelanjakan RM5.968 juta sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Tenang yang diadakan Januari lalu.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan melalui jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

Firdaus dalam soalannya mahu Perdana Menteri menjelaskan jumlah perbelanjaan program kerajaan di Dun Tenang sepanjang Januari 2011 dan adakah ianya termasuk dalam Bajet 2011.

Jawapan itu turut memberitahu jumlah itu dibelanjakan bagi melaksanakan 85 program di bawah peruntukan khas Perdana Menteri dan termasuk dalam Bajet 2011.

Kelulusan peruntukan itu berdasarkan permohonan NGO, persatuan penduduk dan rukun tetangga, jawatankuasa masjid dan kuil.

Firdaus yang juga Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat ketika ditemui kemudiannya berkata tidak hairan BN menang pada PRK itu dengan 'menabur' wang sebesar itu.

"Saya difahamkan peruntukan untuk satu Dun hanya RM250,000 sahaja. Kalau Tenang dapat hampir RM6 juta, maknanya pembangunan di Tenang standard Kuala Lumpur la.

"Tapi habis sahaja PRK Tenang, penduduk ditimpa banjir juga. Jadi pembangunan apa yang dibuat," soalnya.

Katanya, jika mengambil kira jumlah itu, bermakna kerajaan telah membelanjakan lebih RM95 juta untuk 16 kali PRK sejak 2008 lalu.

Maka tambahnya, tidak hairanlah jika ada orang Umno menjadi kaya raya selepas habis pilihan raya kecil kerana mendapat projek sepanjang kempen.

"Biasanya kalau termasuk dalam bajet, bulan Mac baru mula, ini bulan Januari. Tak apalah, kita yakin dengan jawapan ini, cuma pelik sikit lah. Mungkin SPRM boleh siasat," katanya.

Pada PRK Tenang 31 Januari lalu, BN menang menerusi calonnya, Mohd Azahar Ibrahim, dengan majoriti 3,707.

Mohd Azahar mendapat undi 6,699 sementara calon PAS, Normala Sudirman memperolehi 2,992 undi.

Harakahdaily/-
Oleh : Nazri Abdullah .

Bas jatuh gaung, 17 maut di barat India

Posted: 17 Mar 2011 01:58 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

NEW DELHI: Polis mengesahkan 17 pengikut agama Hindu yang dalam perjalanan pulang dari upucara keagamaan di sebuah kuil, terbunuh apabila bas yang membawa mereka terbabas sebelum terjunam dari jambatan di barat India, hari ini.

Pegawai polis, S. R. Rokhade berkata 18 lagi penumpang dilaporkan cedera dalam kemalangan yang berlaku di Negeri Maharashtra. "Mereka dalam perjalanan pulang selepas melawat sebuah kuil Hindu popular di wilayah berkenaan," katanya.

Kepulauan Vanuatu dilanda gempa bumi

Posted: 17 Mar 2011 01:55 AM PDT

12 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Vanuatu kira-kira 10.48 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa berlaku 5,946 kilometer tenggara Kunak, Sabah. Gempa tidak mendatangkan tsunami kepada Malaysia.

Salam Perjuangan

Posted: 17 Mar 2011 11:17 PM PDT

Salam Perjuangan


ISU JUDI - MENGAPA PENGHARAMAN DITENTANG?

Posted: 17 Mar 2011 04:40 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 17 Mar 2011 09:12 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011

Posted: 16 Mar 2011 11:15 PM PDT


MAJLIS JAMUAN HI TEA
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan, Seremban)
Masa : Selepas Asar
Kupon RM10
Tetamu :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi
Hubungi Zulkarnain 016- 2097990, Nasrulhakim 012-6953255


CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Al- Hadi, Taman Panchor Jaya, Seremban
Masa : 9 malam
Penceramah :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi

Anjuran : Lajnah Pilihanraya PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama PAS Cawangan

Ceramah Buku Jingga 20 Mac 2011 Seremban

Posted: 16 Mar 2011 11:14 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Penjelasan Buku Jingga
Bersama : Rafizi Ramli, YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Anthony Loke
Tarikh : 20 Mac 2011 (AHAD)
Masa : 8.45 mlm hingga -
Tempat : Markas KeADILan Cabang Seremban, Taman Bukit Setia, Ampangan, Seremban

Sumber http://myharakah.net/diary.php?id=109

misbahul munir

Posted: 17 Mar 2011 09:08 PM PDT

misbahul munir


PELANCARAN BUKU JINGGA NEGERI PERAK

Posted: 17 Mar 2011 07:52 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Mar 2011 07:29 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Masalah Kampung Senadin Miri - Apa Tindakan YB ?

Posted: 16 Mar 2011 07:26 PM PDT

Nasib Penduduk Senadin Yang Belum Terbela

Gambar hiasan : Keadaan Kampung Senadin Semasa Jerebu














Gambar Hiasan : Kebakaran Di Kampung Sealine
Open letter from Kampung Senadin residents From Pas Miri.
Below is the attachment of conditions laid out By YB Lee KHim sin during the meeting as posted by anonymous, our Kampong appointed Secretary.

Subject: RE: Extension of Kampung Senadin

Dear All,

Followed-up to meeting between Ketua Kaum Hj Hamdani, AJKK Kpg Senadin and representative from Kpg Sealine with Penguasa Tanah & Survei and YB Datuk Lee Kim Shin last Friday, YB Lee has indicated that we have 2 options :

1) Don't issue the land titles and basic infrastructure given ( such as roads, drainage, electricity and water ) until all land matters is settled ( i.e 180 owners has agreed to demolish their house and move to a new allocated lot to facilitate the building of roads and drainage or they are willing not to share the same lot and reallocated to another lot – for those land with 2 to 8 owners );
- To agree they must go to Land Survey office,Miri and signed-off the agreement form.

Note : The government will not compensate for the cost of demolish/moving or building a new house as they have already allocate us land.

2) Issue the land titles and basic infrastructure given ( such as roads, drainage, electricity and water ) eventhough all land matters is not settled ( i.e 180 owners has agreed to demolish their house and move to a new allocated lot to facilitate the building of roads and drainage or they are willing not to share the same lot and reallocated to another lot – for those land with 2 to 8 owners );
- To agree they must go to Land Survey office and signed-off the agreement form.

Note : Those who disagree will not get land titles and may not enjoy basic infrastructure given ( such as roads, drainage, electricity and water ).

We have agree to option 1 as it would not be fair to 280 land owners who agree to the Land Survey proposal so that they will get their land titles and enjoy the basic infrastructure given ( such as roads, drainage, electricity and water ) in the near future.

The "surat tawaran" by land survey department will be processed within 2 weeks time for the 280 land owners and probably handed-over by Tan Sri Dr George Chan at Kpg Senadin Balai Raya.

Upon receiving the "surat tawaran" , the land owners is to reply whether they are willing to accept the offer of land titles.

We have asked also Land & Survey to "turun padang" for an engagement session to explain to the people on the details.

Things for you to ponder / consider and be prepared mentally :

For those people who use to plant padi in Kpg Sealine and your land after survey is 4 to 8 lots, just like my mother land/sawah padi, during the survey in 2008 where
you are only given 1 L/S or lot number, you may only entitle to that plot only, i.e where your house reside. The other lots maybe allocated to those people who are affected
( i.e 180 land owners).

This is current assumptions as we are not sure whether the names ( family members name) given to land survey officer ( in 2008/2009) is accepted to be allocated the remaining lots, as Land Survey said it is government land, they have the right who to allocate the land.

Note : The land survey department has not given the list of 280 ( to be issued land titles ) and 180 ( agreement letter to move not yet sign) people, thus we do not know all these people.

My advise for those whose house is where the road is located and those land with 2 or 8 owners, please go to land survey to sign-off so that you get allocated lots.
In addition to this, ensure you have save money to build a new house temporarily.

Hoped that this is self-explanatory.

Regards
anonymous

Khalid Samad

Posted: 17 Mar 2011 07:25 PM PDT

Khalid Samad


Pengumuman: Ceramah Rakyat (Johor Bahru, 20/3)

Posted: 17 Mar 2011 07:01 AM PDT


Bagi pihak penganjur program
-Pejabat YB Khalid Samad-

PAS LENGGONG

Posted: 17 Mar 2011 07:08 PM PDT

PAS LENGGONG


Dato Mahfuz di Parlimen Lenggong malamni

Posted: 16 Mar 2011 10:04 PM PDT


Bertempat di markaz PAS Kg Malau.
Datanglah beramai.

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 17 Mar 2011 03:41 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


SELAMAT DATANG KE PGU 2, SEMARAKKAN PERJUANGAN

Posted: 17 Mar 2011 12:32 AM PDT


Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali ke-2 (PGU2)

Posted: 17 Mar 2011 12:30 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali ke-2 (PGU2) yang diadakan di Jerteh, Besut 18 dan 19 Mac ini bakal menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat Terengganu untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pengarah Persiapan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata persiapan bagi menyediakan semua prasarana bagi PGU2 sudah masuk ke pringkat akhir dan InsyaAllah dapat diselesaikan petang esok, Khamis, 17 Mac.

Menurutnya, walaupun cuaca agak 'muram' sejak beberapa hari lalu, namun para petugas turun padang bagi memastikan semua kelengkapan disiapkan dan akan dapat menampung kehadiran sekurang-kurang 15,000 pengunjung.

"AlhamduliLlah, semua persiapan sudah masuk ke fasa akhir, lapangan himpunan, sebuah pentas utama, 30 buah khemah untuk peserta berteduh, InsyaAllah sudah dibangunkan, sekarang sedang menyiapkan 80 tapak gerai, yang masih lagi tidak putus-putus perminaannya,"ujarnya ketika ditemui skuad BO


Menurutya, sebagaiman tentatif yang telah diedarkan, PGU2 akan bermula dengan ceramah Pra-PGU2 dengan penceramah-penceramah handalan; haji Mohamad Sabu, Dato' Husam Musa dan YB Saifuddin Nasution.

Oleh itu, beliau berkata, segala-galanya yang berkaitan kemudahan untuk pengunjung akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pagi Jumaat, 18 Mac, kerana ceramah Pra-PGU2 yang akan diadakan sebelah malamnya.


Selaku tuan rumah, Ustaz Wan Azhar yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Terengganu yang bersedia untuk membuat perubahan 'PAS ganti Umno' dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Walaupun PGU2 akan mendapat saingan sengit dengan Umno Besut membawa 'wanita upahan' Umi Hafilda berceramah diseberang sana (bandar Jerteh), tetapi InsyaAllah, abangnya Azmin bersama kita,

"kita (PAS Besut) semua untuk hadir dan bersama-sama kita berhimpun, terutamanya bagi pihak Panitia Induk, saya jemput semua sekali untuk bersama-sama makan tengah hari dalam 'Jamuan Rakyat' pada Sabtu, 19 Mac, dari jam 12 tengahari hingga jam 2 petang,"jelasnya.

Katanya, sebanyak 20 ekor lembu akan ditumbangkan untuk dijadikan lauk jamuan rakyat.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Mar 2011 03:41 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENEROKA SERTING MELENTING ?

Posted: 17 Mar 2011 02:26 AM PDT


Komen : Alhamdulillah sudah ramai peneroka FELDA bangkit dan sedar denga penipuan senyap yang telah dilakukan oleh FELDA selama ini. Ini bukan masalah tidak bersyukor tetapi HAK ... hak peneroka mesti dijaga dan diserahkan pada yang berkenaan.
Kita mahu semua peneroka bangkit dan buat kerja sikit dan buat pengumpulan maklumat bagi menyaman demi menuntut hak mereka yang telah dinafikan. Bak orang kata kalau peneroka patut dapat RM100 maka serahkan RM100 bukan bagi mereka RM60 ..RM40 disenyapkan :- sebagai contoh jer.

Seramai 766 peneroka Felda Serting memfail saman RM200 juta terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Seremban semalam.
Peneroka Felda Serting mendakwa Felda menipu peratusan Kadar Perahan Gred (KPG) hingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200 juta kepada mereka.
Ujian makmal menunjukkan peratusan KPG sebenar yang diperoleh mencecah 24 peratus sedangkan mereka hanya memperoleh 18 peratus KPG daripada Felda.

"Yang peneroka saman kerana ia adalah hak peneroka, bukan Felda," kata Setiausaha Biro Masyarakat Felda Dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham kepada KeadilanDaily.
Felda sebelum ini kalah dalam kes-kes seumpamanya yang melibatkan peneroka di Gugusan Jengka, Felda Sungai Koyan, dan Felda Kemahang 3.
Hadir di mahkamah ialah Ketua Peneroka, Karip Mohd Salleh; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Taufik Ghani dan peguam, T Kumar.
Mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang menyatakan pihaknya sedia RM90 juta jika kalah dalam kes berkenaan, Rebim mempersoalkan perbuatan itu.
"Kenapa hendak tunggu peneroka saman baru nak bayar? Ini menunjukkan Felda sedar dengan penipuan yang mereka lakukan," katanya.
Mahkamah kemudian memutuskan kes akan didengar semula pada 15 April depan.
-keadilandaily-

CITER SULIT, PIMPINAN UMNO LAMA & BARU TERPALIT

Posted: 17 Mar 2011 01:54 AM PDT

1. Khabar yang diperolehi mengesahkan seorang mantan YDP Agong kini sedang bersiap sedia untuk menyaman kerajaan persekutuan Malaysia.

2. Kisahnya bermula apabila mantan Perdana Menteri Malaysia telah membuat pengesahan secara bertulis untuk mengurniakan sebidang tanah lebih kurang 1 ekar yang terletak di hadapan sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur (lokasi terpaksa dirahsiakan) melalui proksi mantan YDP Agong bagi tujuan pembangunan.

3. Namun, pengurniaan tanah melalui proksi itu tidak dapat diteruskan kerana menantu dan kroni si mantan Perdana Menteri kononnya sudah buat projek lain di tanah tersebut sehingga menimbulkan kemurkaan mantan YDP Agong.

4. Perihal ini telah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia hari ini, dan beliau dikhabarkan telah memohon kepada mantan YDP Agong untuk menangguhkan hasrat menyaman kerajaan persekutuan serta diberikan tempoh bagi menyelesaikan secara dalaman kemelut yang sedang berlaku.

5. Nampaknya Najib tidak habis-habis dengan tugas menyelesaikan timbunan kerosakan yang telah ditinggalkan oleh mantan Perdana Menteri beserta menantu kesayangannya.

6. Dan lebih mengharukan apabila mantan Perdana Menteri itu hanya dibiarkan berlagak seolah tidak ada sebarang kesilapan pun yang pernah beliau lakukan. Hakikatnya, rakyat Malaysia hari ini berpecah belah kerana dasar serta polisi yang dibawanya, namun mantan Perdana Menteri tidak pernah mengakui, jauh sekali cuba memperbaiki kerosakan yang berlaku di sepanjang tempoh pentadbirannya.

7. Sidang Dewan Rakyat pun selalu ponteng, tapi elaun selaku Ahli Dewan Rakyat sebanyak RM6,508.59 tetap 'di sapu' setiap bulan.

8. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Najib dalam menyelesaikan segala kemelut yang telah diwariskan rejim terdahulu.

9. Dan kalau boleh, Najib nasihatkanlah juga orang rumah tu supaya dok ontok-ontok serta jangan keluar kenyataan sembarangan sehingga boleh menjejaskan kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri.

10. Amatlah malang seandainya Najib jatuh hanya disebabkan oleh orang rumahnya yang syok sendiri.

INI BUKAN TEKNIKAL TAPI KRITIKAL !

Posted: 16 Mar 2011 09:31 PM PDT

Jambatan Km 22.9 PD-Sepang ditutup kenderaan berat

PORT DICKSON 14 Mac – Jambatan di KM22.90 laluan Port Dickson-Sepang dekat sini ditutup kepada semua kenderaan berat berkuatkuasa hari ini berikutan jambatan itu didapati mengalami kerosakan yang kritikal dan tidak selamat digunakan oleh kenderaan berat.


Pengarah Kerja Raya negeri, Datuk Ir Dr Roslan Md Taha berkata, semua kenderaan berat tidak dibenarkan melalui jambatan itu atas faktor keselamatan.

"Satu pemeriksaan ke atas jambatan tersebut telah dijalankan oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Jabatan Kerja Raya pada 17 Januari lepas dan mendapati ia mengalami kerosakan yang kritikal dan ia tidak selamat digunakan oleh kenderaan berat.

"Sehubungan itu, kita mengambil keputusan menutup jambatan itu kepada semua kenderaan berat mulai hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kenderaan berat boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Port Dickson-Seremban (FT053) atau Jalan Port Dickson-Lebuh Raya PD-Seremban (E29) untuk ke Sepang atau Pelabuhan Klang.

Roslan berkata penutupan jambatan ini adalah sementara sehingga satu jambatan Bailey siap dibina dalam masa terdekat.

PELATIH DARI HULU SELANGOR , AL-FATIHAH !

Posted: 16 Mar 2011 08:44 PM PDT

Pelatih inspektor meninggal dunia kerana virus Adeno

17Mac 2011 , 11 pagi
KUALA LUMPUR 17 Mac – Seorang lagi pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak di sini meninggal dunia pagi ini akibat virus Adeno, menjadi jumlah kematian setakat ini ialah dua orang.

Mangsa, pelatih inspektor lelaki, Mohd. Riduan Ishak, 26, disahkan meninggal dunia ada pukul 4.20 pagi selepas seminggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.

Komandan Pulapol itu, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Buaya, Rawang merupakan salah seorang daripada dua pelatih yang dirawat di ICU. - Utusan Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

TUN MAHATHIR PUN TAK SETUJU BINA LOJI !

Posted: 16 Mar 2011 08:01 PM PDT

15 Mac lalu beria-ia TPM (Tan Sri Muhyiddin) mengesa rakyat jangan percaya tentang kesan radiasi loji nuklear di Jepun. Sepatutnya sebagai Pemimpin Negara meminta rakyat berhati-hati jangan terus percaya berita dari sms selagi tidak dikaji dan dicari kebenarannya.
Adakah amaran tersebut kerana ingin menyedapkan hati semua pihak agar projek pembinaan loji nuklear ingin diteruskan? Mereka (pemimpin BN) memang nak terus jayakan projek ini juga. Teman memang tidak yakin pembinaan nuklear ini kerana kita dah pernah ada PUSPATI (Pusat Penyelidikan Atom) di Bangi, Selangor sebelum ini zaman Mahathir lagitetapi hampeh , apa yang dah dibuat?

Kerajaan Diminta Batal Bina Loji Nuklear
KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.

Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.

Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.

"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.

"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.

Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.
Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang
mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan. BERNAMA

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Mar 2011 03:10 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


BEKAS MENANTU TAIB TUNTUT 30% = RM300 JUTA... LU KIRE LE SENDIRI

Posted: 17 Mar 2011 01:58 AM PDT

Menurut Datin Sri Shahnaz (gambar), bekas isteri Abu Bekir yang hanya boleh menuntut 30% daripada harta sepencariannya iaitu RM300 juta mendedahkan Bekir memilik beberapa buah rumah mewah dan kawasan tanah beribu-ribu hektar, yang tidak sedikitpun menjadi kejutan kepada mana-mana pembaca Sarawak Report.

Menurut Shahnaz lagi, Bekir memiliki tujuh buah kereta mewah termasuk yang berjenama Lamborghini, Ferrari, Bentley dan Mesarati.

Menurut isteri pertamanya itu lagi, harta-harta milik bersama mereka adalah termasuk saham-saham dalam 15 buah syarikat yang berlainan, termasuk Cahaya Mata Sarawak Bhd (CMS) dan Sarawak Cable Bhd dan juga simpanan-simpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) dan dalam unit-unit Amanah Saham Bumiputera.
Sarawak Report telah menjalankan penilaian ke atas harta-harta yang dimaksudkan oleh Shahnaz itu.
Abu Bekir merupakan Pengarah utama dan juga pemegang utama ke atas saham-saham dalam CMS bersama-sama saudaranya, Sulaiman Taib. CMS seharusnya sebuah syarikat awam yang mempunyai aset-aset yang diperolehi dari bumi Sarawak menerusi keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri. Namun, sebahagian besar saham-saham CMS dipegang oleh ahli-ahli keluarga Taib Mahmud.

Laporan Tahunan 2009 CMS yang merupakan laporan yang terkini yang ada pada kami masih mendaftarkan arwah isteri Ketua Menteri, Laila, sebagai pemegang utama saham-saham di situ (walaupun kini kita percaya bahawa saham-saham arwah telah dibahagikan antara kedua-dua anak lelakinya itu).

Bagaimana arwah isteri Taib, yang bukannya dari golongan peniaga dan juga bukan pencari nafkah keluarganya, dapat mengumpulkan harta yang sebegitu banyak dan tidak pula pernah mengisytiharkannya kepada umum ataupun kepada pemegang-pemegang saham yang lain dalam CMS!

Abu Bekir dan saudaranya, Sulaiman, merupakan pemegang utama seterusnya dan kesemua empat orang anak Taib mengawal Majaharta, yang disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar!

Setiap saham kini bernilai lebih 3 ringgit, dan mana-mana wanita yang berkelulusan MBA dalam bidang kewangan akan dengan mudah membuat perkiraan bahawa jumlah saham-saham adalah secara kasarnya RM150 juta. Ketua Menteri gemar menyalurkan banyak kontrak awam menerusi CMS, untuk mempastikan saham-saham itu berada pada harga yang memuaskan.

(PANAS) UMMI DARA SAMAN BAGINDA RM100 JUTA... JOM KE JALAN DUTA

Posted: 16 Mar 2011 09:33 PM PDT

Salam,

Aku dapat sms yang kata Ummi Dara akan hadir ke mahkamah Jalan Duta pukul satu tengahari 17 mac (hari ini la) bagi saman RM100 juta ke atas malaysia kini dan Baginda Minda.

Apa lagi jom le kita ke sana... mana tau kot-kot Ummi nak huloq sepuloh dua ....wakakakaka


(ini bukan Ummi... tapi Kak Limah... tapi kalu nak kate ummi dara pun boleh gak... sebab dah gile menyaman je dia nie... cari duit poket lebih...)

info : Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dengar cite yang malam tadi di Seri Serdang, Puchong Ummi Dara telah melafazkan sumpah Mubahalah... tak tau le dia buat kat mane... kurang arif le pulak.... mungkin kat club malam kot...???

(JENAKA) BERKHATAN DAN TOK KENALI

Posted: 16 Mar 2011 08:55 PM PDT

Berkhatan sememangnya diperintahkan dalam islam, Rasulullah S.A.W dilahirkan dalam keadaan yang sudah berkhatan.Penulis berkongsi ilmu ini yang penulis perolehinya semasa Seminar Fiqh Toharoh di Maahad Amir Indra Petra beberapa tahun yang lalu.Ketika sesi pertanyaan dibuka kepada pelajar, ditanyakan oleh seorang pelajar, "Apakah hikmah berkhatan?".Lalu dijawab oleh penceramah tersebut dengan membawakan kisah Tok Kenali.


Alkisahnya…

Suatu masa seorang lelaki berjumpa dengan Tok Kenali dan bertanyakan kepada Tok Kenali menagapakah lelaki perlu berkhatan?.Lalu Tok Kenali membawakan pun memberinya sebiji buah pisang.Lalu disuruh lelaki tersebut makan buah pisang itu tanpa membuang kulitnya.Lalu dijawab lelaki tersebut "MANA SEDAP MAKAN SEKALI DENGAN KULIT!".Lalu Tok Kenali memberikan jawapan, begitulah jua hikmah berkhatan bagi seorang lelaki.Pihak isteri pun tak selera makan sekali dengan "Kulit".

Tak tau le betul ke tak cite tue... apapun tanya Bob Lokman...

VIDEO KULIAH UST AZHAR IDRUS - MEDAN ILMU KB

Posted: 16 Mar 2011 07:16 PM PDT

Anda meminati Kuliah Ustaz Azhar Idrus??
Download video kat sini

GURU SIAL : RAMAS...RABA....CIUM....

Posted: 16 Mar 2011 06:18 PM PDT

... mungkin guru ini pemuda UMNgOk... siapa tahu???...

GEMAS: Polis menahan seorang guru lelaki sekolah kebangsaan di sini, Jumaat lalu kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan Tahun Enam.

Guru berumur 20-an itu dipercayai melakukan perbuatan itu dua kali dengan kejadian pertama pada 8 Mac lalu.

Guru terbabit menjemput dua murid perempuan ke rumahnya kira-kira jam 3 petang untuk menyusun jadual waktu.

Selepas selesai, seorang daripada murid disuruh pulang untuk menukar pakaian bagi menyertai kegiatan kokurikulum.

Ketika tiada orang lain di rumah, guru terbabit mencium pipi dan leher mangsa, meramas buah dada serta meraba kemaluannya.

Kejadian kedua berlaku keesokan hari apabila guru sama menjemput enam murid ke rumah dan dijamu minuman serta kek. Ketika kejadian, isteri guru terbabit tiada di rumah kerana bekerja.

Perbuatan guru itu terbongkar apabila rakan mangsa menceritakannya kepada guru tuisyen yang kemudian melaporkan kejadian itu di Balai Polis Gemas, Jumaat lalu.

APA ADA HAL INJIL BAHASA MELAYU : PUM

Posted: 16 Mar 2011 05:37 PM PDT

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) berkata langkah kerajaan mengeluarkan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang dirampas Kementerian Dalam Negeri di Kuching dan Pelabuhan Klang adalah keputusan bijak dan tidak wajar dihalang menggunakan terbitan itu.


Menurut Yang Dipertua PUM Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir, pihaknya tiada halangan dengan keputusan terbaru kerajaan ini kerana Bahasa Malaysia milik semua rakyat Malaysia termasuk yang beragama Kristian.

"Ia bagus, bagi saya ia tiada masalah dan saya juga boleh membaca kitab Injil itu kalau ada.

"Kita di Malaysia ini Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi dan rakyat kita terdiri daripada pelbagai latar belakang... ada yang Islam, ada yang Kristian, ada yang Buddha dan ada yang Hindu dan banyak lagi.


Beberapa pihak termasuk PAS berpendapat tidak wajar kitab Injil dalam Bahasa Malaysia seharusnya tidak ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kata Sheikh Abdul Halim, Bahasa Malaysia sepatutnya tidak dipolitikkan atau dibahaskan termasuk penggunaannya dalam kitab Injil.

"Saya positif dalam perkara ini, bila ada dalam Bahasa Malaysia orang Islam boleh baca dan boleh buat perbandingan dengan al-Quran, bahasa inikan perantara jadi ia bukannya isu. Jadi kenapa mesti diperbesarkan.

Jelas beliau, penggunaan Bahasa Malaysia dalam kitab Injil tidak memberikan sebarang kesan terhadap agama Islam yang merupakan agama rasmi negara.

"Bukan ia (kitab Injil) itu boleh jejaskan Islam sebaliknya ia memudahkan penganut Kristian yang tak faham Bahasa Inggeris faham apa yang ada dalam buku itu.

"Jadi buat apa nak sekat, kalau ia ada beri kesan kepada Islam itu lainlah," katanya.

PEMUDA BESUT

Posted: 17 Mar 2011 01:09 PM PDT

PEMUDA BESUT


Video : Bahang Menjelang PGU 2 ( Pas Ganti Umno ) Di Besut Semakin Hangat

Posted: 17 Mar 2011 06:54 AM PDT




Bahang Suasana dan persiapan menjelang PGU 2 (Pas Ganti Umno ) yang diadakan di Besut semakin hangat.Juga ulasan YDP Kawasan Besut Ust W Azhar W Ahmad tentang perjalanan persiapan dan ceramah Umno yang diadakan ditempat berhampiran dan tarikh yang sama dengan ceramah Pas.

Batu Gajah Mari

Posted: 17 Mar 2011 11:09 AM PDT

Batu Gajah Mari


Panas!! - Gambar Ketua UMNO Gombak sedang berasmara dengan kekasihnya

Posted: 17 Mar 2011 03:47 AM PDT


Inilah rupa pejuang Islam UMNO !!!

Gambar berikut merupakan Ketua UMNO bahagian gombak bernama Abdul Rahim Kamarudin bersama-sama dengan kekasih gelapnya di dalam sebuah hotel. Gambar ini dikirim kepada blogger Milo Suam.


Pengirim email ini juga mencabar Megat Zulkarnain Dato' Omardin, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak untuk melaporkan hal ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Beberapa keping lagi gambar pemimpin-pemimpin UMNO "curi makan" akan didedahkan semoga pengikut-pengikut mereka sedar dari lena.

Gambar ini telah dianalisis terbukti bukan gambar palsu kerana hanya bahagian watermark (hosted@milosuam.blogspot.com) yang dilihat pincang dan menunjukkan warna yang berlainan sila rujuk sini [Image Analysis]

info daripada rakan blogger Milo Suam

Jasindaily Online

Posted: 17 Mar 2011 09:25 AM PDT

Jasindaily Online


YB SAIFUDDIN : GOBALA, KITA JUMPA DI MAHKAMAH

Posted: 16 Mar 2011 08:33 PM PDT

MELAKA MAJU: TANDAS TERMAHAL DIMELAKA

Posted: 16 Mar 2011 07:23 PM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 17 Mar 2011 09:15 AM PDT

KHIDMAT MERU


KEM SMART SOLAT TAMAN DATO BANDAR

Posted: 17 Mar 2011 07:13 AM PDT






KRT Taman Dato Bandar telah menganjurkan program Smart Solat bagi pelajar dan remaja di taman tersebut.
Program yang di adakan di Port Dickson itu melibatkan lebih dari 70 orang remaja lelaki dan perempuan.

Program tersebut selain bertujuan mendedahkan remaja di alam luar, juga akan mendedahkan mereka kepada banyak tuntutan nilai solat dalam kehidupan seharian mereka.
Selain dari mendapat kerjasama pihak Surau Al Faizin, program tersebut juga mendapat sokongan kewangan dari ADUN Meru dan pihak JKKK Kg Meru.

Dr Rani berharap program tersebut akan mendatangkan impak positif yang akan membentuk remaja tersebut menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.

ADUN MERU MEWAKILI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE MUKTAMAR DI SUDAN

Posted: 17 Mar 2011 12:43 AM PDT















ADUN Meru, Dr Hj Abd Rani bin Osman mewakili Kerajaan Negeri Selangor ke Muktamar Antarabangsa Muassasah Al Quds yang di adakan di Hotel Buruj, Khartoum, Sudan.

Muktamar yang di adakan untuk kali ke 8 itu di hadiri oleh majoriti ulamak-ulamak Islam sedunia dari negara-negara Islam di seluruh pelusuk dunia bagi membincangkan khususnya penderitaan ummat Islam di Palestin dan halatuju rancangan masa hadapan yang perlu di fokus dan di mainkan oleh gerakan-gerakan Islam dan NGO yang terbabit bagi membantu menghapuskan tekanan regim Israel dan Amerika terhadap penduduk Palestine yang tidak berdosa ini.
Presiden PAS , YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang turut di jemput untuk memberi ucapan di muktamar tersebut bersama pimpinan Islam yang lain seperti Perdana Menteri Khalid Mash'aal dan Presiden Sudan Syeikh Omar Bashir.
Dr Rani menyampaikan sumbangan USD 10 K dari YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor kepada pihak Muassasah Al Quds.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 17 Mar 2011 09:11 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Menjelang PGU2; Jemput makan jamuan rakyat di Jerteh!

Posted: 17 Mar 2011 01:56 AM PDT


BESUT - Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno Kali ke-2 (PGU2) yang diadakan di Jerteh, Besut 18 dan 19 Mac ini bakal menyaksikan sekali lagi kebangkitan rakyat Terengganu untuk menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pengarah Persiapan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata persiapan bagi menyediakan semua prasarana bagi PGU2 sudah masuk ke peringkat akhir dan InsyaAllah dapat diselesaikan petang esok, Khamis, 17 Mac.



Menurutnya, walaupun cuaca agak 'muram' sejak beberapa hari lalu, namun para petugas turun padang bagi memastikan semua kelengkapan disiapkan dan akan dapat menampung kehadiran sekurang-kurang 15,000 pengunjung.

"AlhamduliLlah, semua persiapan sudah masuk ke fasa akhir, lapangan himpunan, sebuah pentas utama, 30 buah khemah untuk peserta berteduh, InsyaAllah sudah dibangunkan, sekarang sedang menyiapkan 80 tapak gerai, yang masih lagi tidak putus-putus perminaannya,"ujarnya ketika ditemui skuad BO

Menurutya, sebagaiman tentatif yang telah diedarkan, PGU2 akan bermula dengan ceramah Pra-PGU2 dengan penceramah-penceramah handalan; haji Mohamad Sabu, Dato' Husam Musa dan YB Saifuddin Nasution.

Oleh itu, beliau berkata, segala-galanya yang berkaitan kemudahan untuk pengunjung akan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pagi Jumaat, 18 Mac, kerana ceramah Pra-PGU2 yang akan diadakan sebelah malamnya.

Selaku tuan rumah, Ustaz Wan Azhar yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Besut, mengalu-alukan kehadiran seluruh rakyat Terengganu yang bersedia untuk membuat perubahan 'PAS ganti Umno' dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Walaupun PGU2 akan mendapat saingan sengit dengan Umno Besut membawa 'wanita upahan' Umi Hafilda berceramah diseberang sana (bandar Jerteh), tetapi InsyaAllah, abangnya Azmin bersama kita,

"kita (PAS Besut) semua untuk hadir dan bersama-sama kita berhimpun, terutamanya bagi pihak Panitia Induk, saya jemput semua sekali untuk bersama-sama makan tengah hari dalam 'Jamuan Rakyat' pada Sabtu, 19 Mac, dari jam 12 tengahari hingga jam 2 petang,"jelasnya.

Katanya, sebanyak 20 ekor lembu akan ditumbangkan untuk dijadikan lauk jamuan rakyat.

Lagi gambar-gambar persiapan di Blog Buletinonline

Sumber : buletin online

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 17 Mar 2011 09:09 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Ahli PAS masuk UMNO: Kenyataan terdesak UMNO bahagian Sepangar

Posted: 16 Mar 2011 05:43 PM PDT

16 Mac, Kota Kinabalu: Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar hari ini menganggapkan isu yang dibangkitkan oleh Ketua UMNO bahagian Sepangar dan ADUN Karambuani sebagai kenyataan orang yang terdesak. Malah dakwaan bahawa kemasukan ahli PAS seramai 50 orang yang diketuai oleh Pengiran Hj. Hanafi Tajudin juga merupakan perancangan licik UMNO Sepangar bagi mengelirukan rakyat khususnya masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu PAS Negeri Sabah melalui kenyataan media baru-baru ini telah menafikannya dan menegaskan bahawa dakwaan ahli PAS tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata.

DPP Sepangar mengetahui bahawa Pengiran Hj. Hanafi Tajudin adalah merupakan diantara mereka yang kecewa dengan UMNO, ini adalah kerana janji-janji yang ditaburkan oleh mereka tidak pernah dilaksanakan. Malah beliau sebelum dari itu juga pernah berjumpa dengan PAS kawasan Sepangar bagi minta jasa baik PAS membantu menyelesaikan isu banjir di Kg. Rampayan. Isu tersebut dapat dilihat dari berita yang baru sahaja DPP Sepangar paparkan di laman rasmi ini. DPP Sepangar juga pada kesempatan ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengiran Hj. Hanafi Tajudin kerana kesediaan beliau bersama rakyat tertindas sebelum dari ini.

Merujuk kepada tindakan UMNO kawasan Sepangar yang membuat kenyataan media baru-baru ini, DPP Sepangar menganggapkan bahawa kenyataan tersebut dibuat kerana mereka merasakan semakin terancam dan hilang pengaruh, malah masyarakat semakin benci dan tidak lagi percaya dengan mereka (UMNO). Sehubungan dengan itu DPP Sepangar hari ingin ingin menegaskan bahawa, apa jua fitnah dan serangan oleh UMNO kepada perjuangan kami untuk membela nasib rakyat sedikit pun tidak mengentarkan semangat kami untuk terus berbakti. Malah DPP Sepangar akan terus berikrar untuk bersama-sama rakyat bagi mengembalikan hak-hak mereka yang dirampas oleh UMNO/BN.

PAS untuk orang Sabah

Amir Saifudin Samsudin
Ketua Pemuda PAS kawasan Sepangar

Pemuda Guchil

Posted: 17 Mar 2011 09:09 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 17 Mar 2011 09:09 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Minum Petang PAS Seremban 2 April 2011

Posted: 16 Mar 2011 11:20 PM PDT


MAJLIS JAMUAN HI TEA
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Wildan (sebelah Masjid Ampangan, Seremban)
Masa : Selepas Asar
Kupon RM10
Tetamu :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi
Hubungi Zulkarnain 016- 2097990, Nasrulhakim 012-6953255


CERAMAH UMUM
Tarikh : 2 April 2011 (SABTU)
Tempat : PASTI Al- Hadi, Taman Panchor Jaya, Seremban
Masa : 9 malam
Penceramah :
Ust Nik Mohamad Abduh bin Dato Nik Abd Aziz
Ust Muhd Khalil bin Dato Seri Hj Abd Hadi

Anjuran : Lajnah Pilihanraya PAS Kawasan Seremban dengan kerjasama PAS Cawangan

Ceramah Buku Jingga 20 Mac 2011 Seremban

Posted: 16 Mar 2011 11:20 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Penjelasan Buku Jingga
Bersama : Rafizi Ramli, YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Anthony Loke
Tarikh : 20 Mac 2011 (AHAD)
Masa : 8.45 mlm hingga -
Tempat : Markas KeADILan Cabang Seremban, Taman Bukit Setia, Ampangan, Seremban

Sumber http://myharakah.net/diary.php?id=109

i n t a n h i j a u

Posted: 17 Mar 2011 07:07 AM PDT

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN TONGKAT

Posted: 16 Mar 2011 06:39 PM PDT


TELUK INTAN, 16 Rabu - Kebajikan rakyat sentiasa menjadi agenda utama bagi ADUN Changkat Jong yang ingin merealisasikan DUN Changkat Jong sebagai DUN Sejahtera. Hari ini, atas usaha YB Anuar dan isteri sendiri, mereka telah mencari dan membelikan sebuah tongkat untuk disumbangkan kepada seorang penduduk di Kg. Bahagia.

"Kadang-kadang kita asyik memikirkan kebajikan rakyat umum sehingga terlupa akan kebajikan ahli PAS sendiri," jelas YB Anuar. Petang itu, beliau dan isteri, Pn. Hjh. Faridah Rajiah telah mengunjungi bapa kepada Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Bahagia yang baru pulih daripada angin ahmar (stroke).
YB Anuar dan isteri bersama-sama memasang tongkat serbaguna yang boleh dijadikan tempat duduk.

Terkesan akan kepayahan Sdr. Ahmad Esa bin We, 54, yang sukar berjalan menyebabkan wakil rakyat itu membelikan sebuah tongkat. Selama ini Sdr. Ahmad Esa terpaksa berpaut pada dinding untuk berjalan semasa ketiadaan anak-anaknya. Beliau telah terkena sakit angin ahmar pada bulan Disember lalu.

Di samping tongkat, YB Anuar dan isteri juga menyampaikan sumbangan beras kepada keluarga Sdr. Ahmad Esa yang merupakan bapa kepada Ketua Pemuda PAS Cawangan Kg. Bahagia, Sdr. Esma.

Bagi Sdr. Ahmad Esa, pemberian tongkat oleh YB Anuar akan lebih memudahkan beliau untuk melakukan pelbagai aktiviti. Beliau yang masih lagi dalam proses pemulihan fizikal akibat stroke berasa amat terharu dan gembira atas pemberian tongkat daripada YB Anuar dan isteri.
Sdr. Ahmad Esa sedang mencuba tongkat baru.

Berasa terharu dan berterima kasih kepada YB Anuar.

Beliau yang mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak kini tiada sebarang punca pendapatan tetap untuk menyara hidup keluarga selain daripada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan SOCSO.

"Saya amat berterima kasih atas keprihatinan YB Anuar dan isteri akan keuzuran saya ini. Saya percaya YB Anuar turut melakukan perkara yang sama terhadap rakyat," ujar Ahmad Esa.
Sdr. Esma meminta YB Anuar menanda tangani borang untuk adik lelakinya.

Kepuasan terpancar di wajah YB Anuar dan isteri.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan