Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum awal akan diadakan dengan cakap-cakap ia bakal diadakan tahun ini.
Bagaimanapun kata Najib, beliau tidak memerlukan mandat baru menerusi pilihan raya umum ke-13 untuk meneruskan pembaharuan seperti memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Dalam temu bual dengan Reuters sempena lawatan ke Australia hari ini, Najib berkata, prestasi yang baik pada pilihan raya negeri Sarawak akan membantu tanggapan orang ramai dan kemungkinan memberikan petanda ke arah pilihan raya umum awal.
Mandat semasa kerajaan pusat hanya berakhir April 2013.
Di DUN Sarawak, BN kini memiliki 63 daripada 71 kerusi.
Najib, yang perikatan pimpinannya BN menyaksikan prestasi buruk tiga tahun lalu, berjanji untuk memulihkan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melaksanakan pembaharuan termasuk memperkenalkan cukai tertangguh berganda.
Ketika pilihan raya umum 8 Mac 2008, Najib adalah timbalan perdana menteri. Beliau menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri pada April 2009.
"Ia persoalan mengenai penilaian di akar umbi, bagaimana rakyat fikir tentang kerajaan, sama ada kita boleh ada faktor rasa selesa dan rakyat ada keyakinan ke atas kerajaan dan kedudukan pembangkang.
"Saya tidak menolak apa jua kemungkinan. Kemungkinan awal atau kemungkinan kemudian. Saya masih menilai situasi. Sarawak akan menjadi sebahagian daripada penilaian (saya), sudah pasti," kata Najib yang juga pengerusi BN.
Najib merujuk kepada kejayaan BN dalam empat daripada lima pilihan raya kecil yang lalu, mengatasi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut berhadapan dengan kes liwat keduanya.
BN berhadapan dengan dua pilihan raya kecil serentak iaitu DUN Merlimau dan Kerdau dengan pengundian pada Ahad ini.
"Setakat ini ia (kedudukan, sokongan) nampak baik. Setakat ini laporan dari lapangan agak menggalakkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan, kerana pembangkang akan lebih bersungguh-sungguh kali ini untuk menerokai laluan di Sarawak," katanya.
Menurut beliau perkembangan itu adalah usaha ke arah membentuk keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun Najib mengakui bahawa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri bukan segala ukurannya jika mengambil kira keputusan akhir pilihan raya umum.
APABILA difikirkan semula dengan situasi dan pengalaman yang pernah PAS lalui di dalam apa jua program termasuk penyertaan PAS di dalam pilihanraya, mungkin sudah tiba masanya PAS mewujudkan satu sayap seperti Unit Amal, tetapi sayap ini lebih ke hadapan bila berhadapan dengan situasi genting.
Jika Pemuda Umno mempunyai kumpulan Gerak Gempur yang dilihat lebih radikal di dalam keadaan-keadaan tertentu terutamanya menimbulkan provokasi, maka PAS juga perlu wujudkan kumpulan yang lebih aktif dan berani mempertahankan PAS malahan juga mampu berhadapan dengan sebarang ancaman musuh terhadap Islam dan negara ini. Saya lebih suka jika sayap PAS ini diberi nama Unit Gerak Jihad.
Keanggotaan kumpulan ini mestilah terdiri daripada ahli-ahli PAS khususnya yang berani, bermoral serta sentiasa taat kewajipannya kepada Allah. Mereka mestilah dilatih dengan penuh disiplin dan tahu kewajipan mereka terhadap parti khususnya. Jika selama ini Unit Amal lebih kepada kumpulan yang bertugas melakukan kerja-kerja amal, kebajikan dan selaku pengawal keselamatan sahaja, maka diharapkan dengan adanya Unit Gerak Jihad ini mereka sukarela sanggup mempertahankan Islam terutamanya di dalam apa jua bentuk ancaman.
Unit ini bukan satu kumpulan yang ingin berperang atau memberontak seperti kumpulan radikal Islam di luar sana. Unit ini hanya berfungsi sebagai pelindung kepada PAS dan juga boleh digerakkan seandainya terdapat sebarang bentuk ancaman musuh terhadap negara ini. Mereka hendaklah diberi tarbiyyah tentang pengertian Jihad mengikut Islam. Walaupun PAS yang mewujudkan unit ini, namun objektif utama Unit Gerak Jihad ini adalah untuk keselamatan negara, amnya. Mempertahankan tanahair dari ancaman musuh itu merupakan satu kewajipan. Melindungi PAS sebagai wadah politik Islam juga satu kewajipan buat kita.
Seandainya wujud unit seperti ini, maka tiada lagi mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya ingin menghancurkan PAS secara tidak demokratik dan negara kita juga akan terkawal dari ancaman musuh. Jangan kita hanya membiarkan puak-puak yang memusuhi Islam dan parti kita berbuat sesuka hati dan kita lebih suka mengalah./wfauzdin.blogspot.com
Ulasan Cina Islam :
Satu cadangan yang saya anggap perlu difikirkan secara matang oleh pimpinan PAS disemua peringkat berdasarkan senario UMNO dan BN semakin ganas dan semakin tin tidak menghormati undang-undang yang sedia ada.
MUHYIDDIN secara terang-terangan merestui tindakan tidak bertamaddun beberapa kumpulan yang mengkasari DS Anwar yang berkunjung ke Felda Jengka 22 pada Khamis malam lepas. Kereta yang dinaiki oleh DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' upahan.
Apa kata Muhyiddin selaku PM 1 Malaysia? Beliau memberi komen seperti orang bodoh iaitu katanya, "Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.
"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.
"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk." (Malaysiakini)
Itukah komen dari seorang PM? Bayangkan jika Muhyiddin bertandang ke Kalantan, Selangor atau P.Pinang yang ramai orang tidak suka kepadanya maka beliau dilakukan sedemikian? Agak-agaknya apa komen beliau? Agak-agaknya pihak polis akan buat apa? Mesti kecoh Utusan Meloya dan TV 3 suku akan ulas macam lalat hurung tahi.
Dilaporkan sekitar tapak ceramah ditabur dengan paku dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. Ini kerja bangsat dan bacul oleh puak yang tidak beragama dan tidak bermoral. Pemimpin yang merestui puak ini pun setaraf dengan mereka juga.
Satu kelemahan di pihak kita ialah kita mungkin tidak mempunyai satu Unit yang mampu mengawal pimpinan kita. Jika ada pun, kita mungkin tidak merancang serapi mungkin apakah tindakan yang boleh kita lakukan jika berlaku situasi seperti itu. Sebab itu saya ada menulis di sini betapa kita perlu wujudkan Unit Gerak Jihad. Tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya mampu melihat Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi dibaling batu atau diludah oleh `monyet-monyet' upahan Apco itu.
Ini satu pengajaran buat kita yang sering lalai atau tidak peka dengan aspek keselamatan pimpinan dan para penyokong kita. Bagaimana mungkin puak mereka boleh datang ke tapak ceramah kita dengan melakukan kerja menabur paku-paku di serata tempat? Mana mungkin kenderaan yang membawa pimpinan kita tidak dikawal serapi mungkin? Kita mahu harapkan kawalan pihak Polis semata-mata?/wfauzdin.blogspot.com
Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah ditubuhkan di negeri Perlis pada hari Khamis 14 Syaaban 1371 bersamaan 8 Mei 1952. Penubuhan ini telah disempurnakan di dalam satu mesyuarat yang diadakan di bangunan Sekolah Perempuan Melayu Kangar. Seramai 30 orang telah menghadiri majlis tersebut yang dirasmikan oleh YB Tuan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada masa itu.
Pada awalnya, hanya satu sahaja cawangan yang ditubuhkan dan ianya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaya Cawangan Negeri Perlis. Yang DiPertua pertamanya ialah Tuan Guru Haji Adnan Abdullah seorang Guru Pondok di Sungai Padang.
Sementara itu, pada tanggal 15 Jun 1958, ketiga-tiga Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Muslimat telah ditubuhkan. Ketua-ketua dewan yang pertama ialah Tuan Guru Haji Adnan Abdullah bagi Ulamak, Ahmad Salleh bagi Pemuda dan Ramlah Ismail bagi Muslimat.
Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis pula beroperasi di lokasi-lokasi berikut:
1952-1958 Madrasah Islahiyah, Behor Mali 1958-1961 No 17a Jalan Sekolah Derma, Kangar 1961-1967 Batu 3 Jalan Arau, Jejawi 1967-1967 Kedai makan, No 1 Medan Pasar, Kangar (5 bulan) 1968-1975 Kedai Makan Paksu Zakaria (PAKSU RESTAURANT), Kangar 1975-1977 Rumah BATU BARA, Jalan Pengkalan Assam, Kangar 1977-1978 No 62 Jalan Jubli Perak, Kangar 1978-1982 Pejabat PAS Kawasan Kangar, Batu 2 Jalan Santan 1982-2011 No 7 Jalan Sekolah Derma, Kangar
Mulai 7 Februari 2011, Pejabat Badan Perhubungan PAS Perlis mula beroperasi di Kompleks PAS Perlis, Lot 2348 Jalan Stadium Utama, Kangar.
"Harga minyak naik, harga barang pun naik, susah peniaga nak cari makan," keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini. harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.
"Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan," .
Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga. Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.
"Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula," kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran
ADUN Lenggeng bersalah atas tuduhan rasuah Mac 4, 11 12:05pm
ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.
Beliau didapati bersalah atas tuduhan menerima wang berkenaan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos, 2008.
Sehubungan itu, Mahkamah Sesyen Seremban pada petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan.
ADUN Umno itu didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Tuduhan tersebut membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.
Hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas Mustafa mungkin akan menyebabkan beliau hilang kelayakan ke atas kawasan yang diwakilinya itu.
Perkara 48(1)e) dalam perlembagaan persekutuan menggariskan bahawa kelayakan seseorang wakil rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah oleh mahkamah serta dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000.
Terdahulu, mahkamah yang bersidang pada pagi ini turut membebaskan Mustafa, 51, daripada dua lagi tuduhan menerima rasuah.
Satu daripadanya melibatkan tuduhan melakukan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM3,000 yang didakwa dilakukan pada 28 Ogos, 2008.
Satu lagi tuduhan itu melibatkan kesalahan menerima rasuah sebanyak RM2,000 yang didakwa dilakukan di satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 30 Ogos, 2008.
Kubang Rotan ,4 Mac 2011 : Markaz PAS Kawasan Kubang Rotan telah menganjurkan majlis solat hajat bersempena PRK dun Kerdau dan Merlimau.Pengisian dimulakan setelah selesai solat maghrib berjemaah ,diikuti bacaan surah yasin. Kemudiannya solat isyak dan hajat secara berjemaah.
Majlis diteruskan lagi dengan ceramah berkenaan isu pergolakan Asia Barat oleh penceramah jemputan NGO TERAS, diwakili oleh Presiden dan Setiausaha TERAS.
Ceramah pertama disampaikan oleh Setiausaha TERAS Ustaz Tarmizi. Disamping itu, ceramah beliau diisi tayangan tentang pergolakan Asia Barat.
Antara jemputan dan tetamu yang hadir.
Penceramah kedua oleh Presiden TERAS ,Tn. Hj Azmi Abdul Hamid.
Ceramah penutup oleh YDP PAS kawasan Kuala Kedah, Dato' Hj Phahrolrazi Zawawi.
SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mustafa Salim didapati bersalah kerana menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan permit bagi menjual pasir dua tahun lalu.
Wakil rakyat berusia 51 tahun, kali pertama bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) itu bagaimanapun telah dibebaskan daripada dua tuduhan menerima rasuah dari M. Manimaran atas tujuan yang sama.
Mustafa didakwa di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997, Seksyen 10 (a) (aa) atas tuduhan menerima suapan di sebuah restoran di Mantin pada 31 Ogos 2008.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun serta denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda daripada nilai suapan.
Hakim Mahkamah Sesyen, Amran Jantan menangguhkan kepada 1 April depan sebagai tarikh menjatuhkan hukuman
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa di kalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.
Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.
Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.
Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq. Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu. Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.
Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi. Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH. Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.
Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.
YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.
SEREMBAN, 4 Mac - Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.
Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.
Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.
Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.
Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.
Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.
Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.
Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.
Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.
Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.
So Silly Sulaiman – Exclusive Photos! Friday, March 4th, 2011 GMT - This post is also available in: Malay (From Sarawak Report)
We can predict one notable absentee from Taib's pre-election political rally at the recently completed Borneo Convention Centre (just one of the major building contracts he awarded to his family company and put in the hands of his own sister Raziah). The absentee will be his own son and Federal MP, Sulaiman Taib. But Sarawak Report can perform a public service by reassuring people that the rumours that Sulaiman is dead are untrue.
In what can only be described as a stupid stunt, Sulaiman Taib has posted a picture of himself on Facebook, posing as 'Death' rests a symbolic hand on his shoulder! The Chief Minister's younger son, who likes to be called Rahman when in North America, appears to have been responding to the widespread rumours that have been flying around Kuching for months that he is indeed dead! Judging from the sweat shirt worn by the skeleton figure, Sarawak Report can suggest to curious constituents, concerned to know his whereabouts, that he is in Canada! In the Facebook posting, which can be accessed by 1,591 facebook friends, Sulaiman acknowledges the waves of speculation about his state of health and possible demise, which have carried on since he dramatically dropped from public view well over a year ago. However, he airily dismisses such concerns. In one entry dated February 15th he declares: "Yes, I am healthy and still alive. (Stupid people listening to and spreading rumours. Please!! Get a life!!!)"
Comunicating only by Facebook! Get a life? The 42 year old, who is the Federal MP for Kota Samarahan, a seat he inherited from his father the Chief Minister in 2006, clearly thinks that constituents who are wondering where he is should 'get a life'! In his Facebook entry he says he lives in Ottawa, Canada and makes no obvious mention of his political responsibilities back in Sarawak on the other side of the globe. Instead, the entries focus on pictures of his jet-set lifestyle and leisure activities. There are plenty snowy scenes, but little sign of sunny Sarawak!
Stupid people or stupid Sulaiman? Sulaiman has been also spotted in London in recent months, including dining in Soho in September with his sistersand Aunt. Not long after he was photographed entering the Hyde Park apartment building used by his family in advance of a family get together that included Taib last October. So Sulaiman is definitely getting around the place. However, he has made not a single appearance in the Federal Parliament Building in KL for well over a year when he resigned his position as Deputy Tourism Minister. Neither has he been seen in Kuching, even missing his father's recent wedding.
Rahman with Jamilah, Hanifah and Aunt Zaleha enjoying a dinner in Soho 22nd Septmeber 2010
Nevertheless, he retains his position and continues to be paid as Kota Samarahan's MP! In fact, all his constituency duties have long since been delegated to Idris Buang, a political secretary of his father and none of the people who elected him to help them with their problems have seen a whisker of him! If Sulaiman was being paid to work in an office or a shop, his boss would legitimately be able to ask why if he is not at his desk. His constituents have an equal right to ask the same thing without being told to "get a life"!
Photographs for his facebook but no news for the rest of us!
Plenty of complaints but no explanations! In the absence of his use of any of the normal official means of communication, Sulaiman has chosen to rely on the informal channel of his selected Facebook friends to pass his comments to the outside world. He has been using this means to post gossipy chat and photographs, as well as to complain that speculation about him is wrong. However, few of these friends appear to have been passing on the messages to the bemused public, hence Sarawak Report's decision to publish some of his remarks. In particular Sulaiman has been condemning those in Kuching who have concluded he must be seriously ill to have so suddenly neglected his duties and he has used his "wall" to deliver them a number of little lectures on the subject of truthfulness! These are some of the more recent excerpts from his recent Facebook posts.
"If the truth always prevails, then why are there so many people lying these days?"Rahman Taib "Honesty has diminished a lot in the world. Sad, but true".Rahman Taib "Life is short. Be truthful, honest and kind in every way. These attributes will benefit your current and afterlife".Rahman Taib
Time for an honest open statement from Rahman Taib and his Dad?
We therefore wonder why the son of the Chief Minister does not take a little of his own advice and present the truth of the situation publicly through the proper channels? With all the media at his disposal he could do it with as little effort as posting such facile comments on his Facebook Wall? So, what is the truth Sulaiman Taib? You are by choice an elected public figure and therefore people have a right to know.
Serious politician or wealthy playboy?
If on the other hand the absentee MP has decided to opt for a private life instead, then why not resign his public office and allow a by-election to take place in his neglected constituency? His father could call it now and it would give a useful indicator of where the wind in blowing in the run up to the much delayed state election! Cry for help? However, Sulaiman's clear sense of unjust treatment indicates that maybe he has found himself unable to do any of these obvious things. At the risk of being accused of more unfounded speculation Sarawak Report concludes that Sulaiman seems clearly in a predicament that he feels is not of his own making. Could it be that he has displeased his draconian Papa and been banished out of sight?
As near as Rahman gets to an explanation of his absence!
In yet another posting that clearly refers to his bizarre circumstances, Sulaiman calls on the rest of us to withold our questions and our judgement until we know all the facts of the case!
"Judge only when you know ALL the facts and criticize only when you are ABSOLUTELY perfect". Rahman Taib
Such a complaint begs the request that the person who can present these facts should therefore get on and do so! Tell us all the facts so we can make our judgement Sulaiman Taib. It is your failure to do so that is being criticised at the moment and rightly so!
The truth? Let's hear it!
To think that this was the man whom the Taib was so recently preparing to 'inherit' his role as Chief Minister and to think that Taib has so recently declared that he still can find no one else in BN who is capable to succeed him! the gathering at the Borneo Convention promises to be a pretty dull and desperate event – unless, of course, Sulaiman surprises everyone and turns up after all!
BODOHNYA SULAIMAN – GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF! Friday, March 4th, 2011 GMT - This post is also available in: English (Petikan Dari Sarawak Report) Kita boleh menjangkakan bahawa seorang yang tidak akan menghadirkan diri di perhimpunan pra-pilihanraya anjuran Taib di Borneo Convention Centre Kuching nanti adalah anaknya sendiri yang juga seorang ahli Parlimen, Sulaiman Taib. Tetapi Sarawak Report boleh mengesahkan bahawa Sulaiman yang dikatakan telah mati sebenarnya tidak benar sama sekali. Kami menganggap Sulaiman telah melakukan 'aksi' stunt yang amat bodoh kerana dia telah meletakkan gambarnya pada Facebook! Anak Ketua Menteri ini, yang lebih gemar dikenali sebagai Rahman Taib ketika di Amerika Utara, nampaknya telah memberikan responnya terhadap khabar angin yang mengatakan dia telah mati di kalangan penduduk Kuching! Berdasarkan baju yang dipakai oleh patung tengkorak yang berdampingan dengannya, kita boleh mengesahkan bahawa Sulaiman kini sedang berada di Canada! Dalam entri Facebook Sulaiman, yang boleh diakses oleh 1,591 rakan Facebooknya, dia mengesahkan keadaan kesihatannya, di mana dia telah menghilangkan diri sejak lebih setahun lalu. Dalam salah satu entri Facebooknya pada 15 Februari yang lalu dia mengumumkan: " [Ya, saya sihat dan masih hidup. (Orang-orang bodoh membesar-besarkan khabar angin. Tolonglah!! Jalanilah kehidupan sendiri!!!)]" Ahli Parlimen Kota Samarahan yang berusia 42 tahun itu, yang mewarisi kerusi dari ayahnya dalam tahun 2006, ingat bahawa para pengundinya masih tertanya-tanya di mana sebenarnya dia berada! Dalam satu lagi entri Facebooknya, dia mengatakan dia tinggal di Ottawa, Canada dan tidak sedikitpun nampak menghiraukan tanggungjawab politiknya di Sarawak.
Beberapa bulan yang lalu Sulaiman pernah dilihat di kota London, termasuk ketika dia makan bersama-sama saudara-saudaranya dan ibu saudaranya di Soho, tidak lama setelah dia dilihat memasuki apartmen Hyde Park milik keluarga bapanya. Sahlah Sulaiman berjalan-jalan sambil menikmati hidupnya di luar negara. Namun demikian, dia tidak lagi kelihatan di Bangunan Parlimen di Malaysia sejak lebih setahun yang lalu setelah dia meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Pelancongan. Dia juga tidak kelihatan di sekitar Kuching, termasuk semasa perkahwinan bapanya baru-baru ini. Walaupun ponteng dari tugas dan tanggungjawab menterinya itu, dia masih kekal seorang menteri Parlimen dan menerima gaji bulanan ahli parlimennya! Tugas dan tanggungjawab menterinya diamanahkan kepada Idris Buang, seorang setiausaha politik kepada bapanya, dan setiap pengundinya kini masih tertunggu-tunggu akan kehadirannya dan mengharapkan bantuannya! Jika Sulaiman itu bekerja di pejabat atau di sebuah kedai, sudah tentu bosnya akan bertanya kenapa dia tidak hadir bekerja. Maka para pengundinya juga berhak bertanya sedemikian!
Semasa ponteng dari tugasnya, Sulaiman telah memilih untuk menghubungi rakan-rakan dan kenalan-kenalannya melalui Facebook sebagai suatu saluran untuk menghantar komen-komennya kepada dunia luarnya. Dia telah menggunakan saluran ini untuk mengepos pelbagai gosip dan gambar-gambarnya, termasuk menyalurkan aduan tentang spekulasi mengenai dirinya adalah salah. Namun beberapa orang rakan dan kenalannya telah mendedahkan kewujudannya ke pengetahuan umum, maka dengan itu Sarawak Report telah membuat keputusan untuk menerbitkan komen-komen Facebooknya di sini.
Selain 'bersantai' di Facebook, Sulaiman juga kedengaran menepis khabar angin di kalangan orang-orang Kuching yang menganggapnya sedang jatuh sakit yang telah menyebabkannya meninggalkan tugas dan tanggungjawabnya secara tiba-tiba, dan dia juga menggunakan "status" Facebooknya untuk menghantar syarahan-syarahan kecil mengenai topik kebenaran!
Kami tertanya-tanya kenapakah anak Ketua Menteri itu tidak mengamalkan apa yang disyarahkannya dan mempersembahkan kebenaran keadaan kepada umum menerusi saluran-saluran yang lebih sempurna? Dia boleh menggunakan media-media arus perdana yang memihak kepada kerajaan bapanya dan bukannya bertindak bodoh menggunakan "status" Facebooknya? Apakah kebenaran yang anda maksudkan itu, Sulaiman? Anda sememangnya seorang tokoh yang dipilih dan para pengundi anda berhak untuk mengetahuinya. Sebaliknya, jika seseorang ahli Parlimen memutuskan untuk memilih untuk menikmati kehidupan secara privasi, kenapa Sulaiman tidak mengosongkan kerusinya dan membenarkan pilihanraya kecil dilaksanakan di kawasan pilihanraya yang tidak dipedulikannya lagi? Bapanya boleh, pada bila-bila masa, menjalankan pilihanraya kecil di kawasan berkenaan!
Mohon bantuan? Namun, jelaslah sudah Sulaiman kini telah menemui kebuntuan. Bagi mengelakkan dituduh mengeluarkan spekulasi secara melulu, maka Sarawak Report membuat kesimpulan bahawa tindakan-tindakan Sulaiman bukanlah berdasarkan keputusannya sendiri. Atau, mungkin juga kerana takut akan bapanya, maka dia telah meninggalkan negerinya? Kita boleh mengandaikan bahawa Taib ingin mewariskan pemerintahannya kepada Sulaiman, berdasarkan gerak-geri Taib yang masih tercari-cari siapakah orang dalam BN yang paling layak menggantikannya! Perhimpunan di Borneo Convention Center Kuching nanti sudah pastinya hambar, kecuali jika Sulaiman membuat kejutan di hadapan ahli-ahli BN yang hadir nanti!
PS: Suatu pertanyaan buat speaker parlimen Malaysia, Adakah boleh seseorang ahli parlimen tidak hadir dalam sidang parlimen selama satu (1) tahun tanpa sebab? Adakah kerana ada alasan yang membolehkan seorang itu tidak hadir sehingga 1 atau lebih tanpa sebarang sebab? Kalau beliau sakit atau di halang dari menghadiri sidang parlimen mungkin boleh diterima tapi kalau beliau sihat dan berada diluar negara hanya untuk 'enjoy' dan menghabiskan wang rakyat bolehkah dikecualikan? Kalau beginilah sikap seorang ahli parlimen yang hanya menghabiskan wang rakyat lebih baik letak jawatan dan tumpu sepenuh masa dalam business bukan jadi wakil rakyat. Kepada pengundi Kota Samarahan adakah kamu semua masih sanggup lagi memilik calon atau ahli parlimen yang tidak turun padang dan menyuarakan masalah kamu ke dalam sidang parlimen? Sungguh malang kalau kita masih sanggup memilih orang yang tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik. Sanggupkah pengundi Kota Samarahan memilih lagi calon atau wakil rakyat yang tidak menjalankan tugas dengan amanah dalam pilihanraya akan datang? Sungguh malang pengundi Kota Samarahan kerana memilih orang yang tidak bertanggungjawab sebagai wakil rakyat tapi hanya pentingkan diri sendiri, Bah apalagi nak tunggu, pilihanraya sudah hampir, kita kena bersedia untuk mengubah dari kerajaan BN kepada kerajaan baru PAS dan PAKATAN Rakyat demi kesejahteraan umat. Insy'Allah pasti ada kebaikan yang lebih baik buat semua. PAS untuk Semua
Mazlan Aliman presiden ANAK , berkata yang beliau bersedia untuk menerima jemputanMenteri Di Jabatan Perdana MenteriFelda, Ahmad Maslan (foto) bagi berdialog isu-isu Felda.
"Sudah lama saya dan ANAK mengajak beliau berdebat. Jemputan pertama pada bulan Julai 2010 tidak disahut oleh menteri berkenaan. Malah ketika Pilihan Raya Kecil DUN Tenang saya sekali lagi mempelawa beliau berdebat pada 25 Jan 20011. Namun beliau memberikan banyak alasan malah dengan bangganya bersedia untuk berdialog tiga hari tiga malam dengan saya, dengan sayarat ia diadakan di Ibu Pejabat Felda sendiri.
Beliau juga menyarankan saya membawa bersama beberapa orang pemimpin ANAK untuk menghadiri majlis dialog tersebut. Maka itulah, kini saya ingin nyatakan ANAK sudah bersedia untuk berdialong isu-isu Felda dengan Ahmad Maslan. Buatlah dimana-mana sekali pun hatta di pejabat beliau sendiri, saya akan hadir bersama 16 hingga 20 orang pemimpin ANAK seperti yang diharapkan", kata Mazlan Aliman .
Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat.
Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian. Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.
Perhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian. Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya. "Semua orang patut hadir esok bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa," kata Mohamad.
Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu. Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.
TEMERLOH - Dua belas orang ahli Umno dari kawasan yang dianggap 'paling kebal' dan 'merupakan deposit tetap undi' untuk Umno-BN, Jengka 25 telah keluar dari parti tersebut semalam.
Mereka mengisytiharkan keluar Umno, sekaligus menyerahkan borang keahlian untuk menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Mereka di ketuai oleh Encik Muzammil yang juga bekas Pengerusi Umno Cawangan Jengka 25.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Pilihanraya PAS bagi PRK Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Encik Balasubramian.
Angka rasmi dan angka yang disiarkan media bersimpang siur dan bertentangan antara satu sama lain.
KUALA LUMPUR, 26 Okt - Sungguh mengelirukan. Amat memalukan. Bagaimana statistik yang dibuat oleh kerajaan kemudiannya disanggah oleh kerajaan sendiri. Semasa Umno/BN menghentam pembangkang khususnya Kerajaan PAS di Kelantan, isu kemiskinanlah yang menjadi modalnya.
Kerajaan PAS Kelantan didakwa tidak melakukan apa-apa untuk membebaskan kemiskinan rakyatnya. Rakyat Kelantan makin miskin di bawah pemerintahan PAS. Bahkan tuduhan sehingga kepada seolah-olah yang menjadikan rakyat miskin itu adalah kuasa dan hasrat PAS.
Inilah sikap bebal dan babilnya Umno/BN. Semua jari yang ada di tangan mereka menghalakan kepada PAS yang menjadi penyebabnya rakyat menjadi miskin.
Di masa yang sama, yang mampu membasmi kemiskinan adalah UMNO/BN sahaja. Samada semasa kerajaan Pusat di pimpin oleh Dr Mahathir mahupun Abdullah Badawi atau kalau ditoleh ke belakang lagi mahupun Perdana Menteri yang sebelumnya dan sebelumnya.
Apa sudah jadi dengan statistik kemiskinan mengikut negeri-negeri yang menjadi senjata paling tajam yang selalu digunakan dalam peperangan isu antara UMNO/BN dengan PAS/BA. Senjata yang diagung- agungkan oleh pemimpin Umno/BN, sekarang ini terserlah dengan memuntahkan segala kecelaruan dan kekeliruannya.
Di kawasan Parlimen Pekan, yang menjadi wakil rakyat adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, didapati jumlah orang miskin yang mendiami kawasan tersebut adalah seramai 1,047 orang. Dengan tidak mengubah walaupun sehuruf perkataan, BERNAMA melapurkan "Terdahulu, Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, menyampaikan bantuan sumbangan kepada 1,047 penduduk miskin daerah Pekan".(22 Oktober, 2005 14.42 PM)m7
Sekiranya, inilah yang terjadi dan benarlah sebagaimana lapuran BERNAMA, maka betapa pilunya hati mengenangkan nasib yang menimpa rakyat dan bangsa Melayu di Pekan yang bukan sahaja mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebagai wakil rakyat mereka akan tetapi pernah juga mempunyai Perdana Menteri.
Apakah sebab "bala jentaka"nya sehingga kemiskinan Bandar D'Raja itu tidak mampu dihapuskan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Kalaulah Pekan yang pernah mempunyai dua orang yang berada di peringkat "kayangan" itupun tidak mampu untuk membasmikannya, maka apalah taruhan dan harapan nasib rakyat yang ada di Kelantan kerana mereka tidak ada Perdana Menteri dan Timbalannya.
Angka 1047 orang bukanlah sedikit. Dan dirasakan mungkin lebih daripada itu jumlah sebenarnya. Mengikut statistik 2002/2003 yang dikeluarkan kerajaan, di Pahang hanya mempunyai 1714 orang sahaja yang miskin.
Bererti setelah ditolak orang miskin dari Pekan, hanya tinggal seramai 697 orang sahaja lagi bagi 13 parlimen(Pahang ada 14 parlimen). Sekiranya dibahagi sama rata 697 orang itu kepada setiap parlimen maka jumlahnya adalah seramai lebih kuang 53 orang sahaja yang miskin di setiap parlimen. Benarkah begitu???? Wallahu A'lam.
Walau bagaimanapun Pahang bukanlah sebuah negeri yang disenaraikan sebagai maju. Pahang sama sahaja dengan Sabah, Kelantan, Kedah, Terengganu, Perlis dan Sarawak.
Di utara, mengikut statistik pada tahun yang sama Perlis mempunyai 822 orang miskin. Mungkin betul dan benar kerana Perlis negeri kecil. Sudah tentu apabila negeri kecil maka rakyatnyapun sedikit. Apatah lagi Exconya hampir sama ramai dengan Ahli Dewan Undangan Negeri. Boleh jaga rakyat dengan begitu teliti sekali. Apatah lagi Menteri Besarnya juga seorang yang aktif??.
Walau bagaimanapun, semuanya macam kisah seribu satu malam. Macam angan-angan Mat Jenin. Akhbar Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Utara melapurkan, tanpa prajudis
"Shahidan berkata, kira-kira 40,000 penduduk miskin akan menerima bantuan kerajaan negeri pada Ramadan ini dan sumbangan itu dilakukan secara berperingkat".
Jumlah 40,000 orang bukan 40 orang!! Tidak tahulah kalau-kalau Shahidan tersalah sebut atau wartawan tersalah lapur. Harap-harap begitulah. Sebab sukar mempercayai antara angka yang dinobatkan di dalam statistik negara dengan apa yang berlaku di Perlis. Sungguh menyayat hati sekali. Walau bagaimanapun diingatkan sekali lagi bahawa Perlis juga bukan dikategorikan sebagai negeri maju.
Akan tetapi, terkejut dan amat terkejut sekali apabila negeri yang diistiharkan negeri maju seperti Selangor akhirnya "melondehkan kainnya" apabila Pusat Zakat Selangor (PZS) dalam websitenya mendedahkan bahawa tanpa syak wasangka
"Shah Alam – Pusat Zakat Selangor (PZS) MAIS telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM7,418,750 kepada asnaf fakir dan miskin serta anak yatim sempena persiapan Ramadhan dan Syawal tahun ini.
Daripada jumlah tersebut sebanyak RM6,834,800 diperuntukkan kepada 9,909 orang asnaf miskin dan RM392,250 kepada 529 orang golongan fakir. Manakala anak yatim fakir miskin pula diperuntukkan sebanyak RM191,700.
Sabak Bernam merupakan daerah yang paling tinggi menerima peruntukan iaitu sebanyak RM5.1 juta yang melibatkan 2,453 orang miskin diikuti daerah Hulu Langat sebanyak RM1.050 juta untuk 1563 orang dan Kuala Selangor berjumlah RM1.095 juta untuk 1563 orang fakir dan miskin". Tajuk Berita: PZS (MAIS) Agih RM7.4 juta sempena Ramadhan dan Syawal (Tarikh: 06/10/2005 Penulis: zool; http://www.e-zakat.com.my/).
Terkedu hati dan terkelu lidah. Lemah seluruh anggota badan. Bahasa yang macam mana lagi mahu diungkapkan Bagaimana mahu dibuat penjelasan terhadap apa yang di lapurkan oleh PZS itu. Apakah institusi agama itu sanggup membohongi kenyataan sebenar? Atau siapakah yang sebenarnya berbohong?. PZS kah atau Khir kah atau statistik negarakah?.
Dengan apa yang dicatatkan oleh Daftar Profil Miskin Tegar 2002/2003 Mengikut Daerah, Bahagian PK, KKLW, Selangor hanya mempunyai seramai 489 orang miskin sahaja. Siapa yang benar dalam hal ini. Sekali lagi Wallahu A'lam.
Menurut sumber Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2004, dimana pertanyaan mulut daripada Y.B TUAN LIM CHOON KIN (DAMANSARA UTAMA), mengenai orang miskin di Selangor mengikut daerah adalah seperti berikut:
DAERAH JUMLAH PENDUDUK MISKIN
Sabak Bernam 799 Kuala Selangor 618 Hulu Selangor 705 Petaling 345 Gombak 545 Kuala Langat 510 Hulu Langat 192 Sepang 356 Klang 319 JUMLAH KESELURUHAN 4,389
Apapun alasannya, Kerajaan Kelantan dan rakyatnya tidak perlu bersedih di atas segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada mereka baik dari pemimpin Umno di luar mahupun pemimpin Umno di dalam negeri sendiri. Kalau diambil kira dengan hujah Pak Pandir "bukan anak aku sorang mati, anak orang lainpun mati juga" sudah cukup menggambarkan segala-galanya.
Mengikut Satistik 2002/2003, Kelantan mempunyai isi rumah miskin seramai 12,826 orang. Akan tetapi sekiranya dibandingkan dengan negeri maju seperti Selangor yang orang miskinnya berjumlah 10,043 orang apalah sangat gahnya pemimpin Umno Selangor. Kadar zakat fitrahpun sama sahaja Kelantan dengan Selangor iaitu RM4.70. Apalah hebat sangatnya negeri yang dipimpin oleh Umno jika dibandingkan dengan negeri yang dipimpin oleh PAS.
Begitu juga dengan Sabah yang sering menjadi negeri contoh dalam ceramah-ceramah pemimpin Umno Kelantan kerana kemajuannya hasil dari BN memerintah. Menurut sumber Berita Harian 18 Oktober 2005 edisi Sabah & Sarawak, orang miskin tegar sahaja sudah berjumlah 20,000 orang. Tidak termasuk lagi dengan yang dikategorikan sebagai miskin.
Siapa yang harus dipersalahkan tentang statisti yang bercelaru ini. Pemimpin Umno Kelantan, Selangor, Pahang dan Perlis perlu menilai semula sikap "cerdik tak boleh tumpang, bodoh tidak boleh diajar" yang bersarang dalam benak hati mereka.
Walau bagaimanapun itulah hakikat sebenarnya. Bukan mencari kesalahan sesiapa cuma memohon sedikit keikhlasan dalam percakapan dan berhujah. Mungkin juga di masa-masa akan datang sesuatu yang bersabit dengan statistik perlu diperhalusi tanpa mempunyai agenda politik dan kepentingan parti.
Yang hitam katalah hitam dan yang putih sebutlah putih. Buai laju- laju sampai pokok sena, janganlah rasa malu, sekiranya kita sendiri yang kena". //Hrkh
Senarai "GULA-GULA" duit pembayar cukai BN buat duit mereka di Kerdau & Merlimau Antara Gula-gula Politik di Merlimau & Kerdau
Saya jumpa senarai pemberian barangan/perkhidmatan oleh BN yang gagal ditentukan oleh SPR sebagai rasuah politik seperti ditegaskan oleh oramh kuatnya baru-baru ini. [MU] Salah guna kuasa/sogokan/rasuah/pancing/beli undi dan penyelewengan pihak BN mengiringi sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Kerdau. Kes-kes berikut telah dicatatkan berlaku menjelang penamaan calon sehingga kempen 2 Mac 2011:
1. Pada Seminar Kecemerlangan Institusi Keluarga di Sekolah Kebangsaan Chenderah di Kampung Chenderah di Merlimau, Rabu (2 Mac) - Mohd Ali, Ketua Menteri Melaka menyogok 70 basikal kepada murid sekolah SK Chenderah (MstarOnline 3 Mac) dengan taktik memancing undi ibu bapa pelajar terbabit.
2. Muhyiddin dalam lawatannya ke DUN Merlimau (1 Mac), memancing undi dengan menjanjikan peruntukan geran pembinaan sekolah agama rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau berjumlah RM1.5 juta (Utusan online 3 Mac).
3. Pihak Felda turut membantu BN di PRK Kerdau membeli undi melalui pengumuman bayaran ses di bawah Skim Insentif Tanam Semula yang diberi kepada 433 peneroka dengan bayaran wang insentif RM1,000 sehektar atau bersamaan RM4,000 seorang yang kesemuanya bernilai RM1.8 juta. Majlis membeli undi itu dijadualkan pada Jumaat ini (4 Mac), dua hari menjelang pengundian (Umno online 2 Mac; Utusan online 3 Mac).
4. Umpan untuk beli undi ibu bapa pelajar telah dilakukann oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dengan memberi sumbangan kepada seramai 34 pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu termasuk 29 pelajar dari Sekolah Menengah Dang Anum. Majlis mengumpan itu diadakan di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang dan Jamuan Rakyat DUN Merlimau (dlm. Sinar Haroiana online - http://www.sinarharian.com.my/merlimau/).
5. PAS menerusi Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Sabki telah mengadu secara rasmi kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melibatkan penggunaan jentera kerajaan/premis awam pihak BN di Kerdau sebagai tindakan salah guna kuasa dan penggunaan melampau premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23 serta Balai Raya Kuala Tekal. Di situ telah didirikan khemah dan menaikkan bendera parti serta aktriviti kempen.
6. Tan Sri Muhyiddin telah berjanji bersifat menyogok 300 seramai ibu bapa merupakan pengundi Dun Kerdau sedia meluluskan pembinaan blok tambahan untuk bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau dan turut mempengaruhi pengundi sebagai pancing undi dengan sanggup dimasukkan cadangan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10. Di samping turut berjanji untuk menyiapkan 18 sekolah di parlimen Kuala Krau yang akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta (Malaysiakini 1 Mac).
7. Berlaku pengedaran kotak barangan kepada pengundi Cina di Kerdau dan dilihat menyogok dan merasuah pengundi apabila peenerima diarahkan memasang pelekat BN pada rumah masing-masing dan dibuktikan lagi (sogokan dari BN) kerana pada kotak itu ada gambar wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Setiap kotak mengandungi nasi, Milo, biskut, susu tepung dan sardin dalam tin (Malaysiakini 28 Februari).
8. Datuk Seri Najib Razak mengumumkan satu nilai sogokan untuk memancing undi berjumlah hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau menjelang hari penamaan calon. Pengumuman itu dibuat di dua majlis perjumpaan berasingan di hadapan pengundi di Batu Sawar dan pengundi Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Sogokan sebanyak RM10 juta itu dalam bentuk sogokan projek mengganti paip bernilai RM9.25 juta, gelanggang serbaguna masyarakat Cina RM400,000, membina kuil Hindu RM100,000, dan Balai Bomba sukarela RM150,000 (Malaysiakini 27 Februari).
9. Kehadiran Mohd Najib dan isterinya Rosmah menaiki helikopter berkempen sebelum penamaan calon di sekitar daerah mengundi Kerdau dan 'kawasan 3+1' – gugusan Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Jengka 25 dan Felcra Rumpun Makmur dilihat sebagai salah guna kuasa kerana menggunakan wang kerajaan. Helikopter itu tidak dibiayai oleh Umno Kerdau (Malaysiakini 28 Februari).
10. Masjid as-Sujjah Merlimau (premis awam) juga digunakan sebagai pentas menyampaikan kempen oleh pengkuliah antara waktu maghrib-isyak (pada Isnin, 2 Feb). Antara ucapan pengkuliah yang sempat dicatatkan ialah "Yahudi menguasai ekonomi di Amerika Syarikat kerana ia adalah negara mereka, dan di Malaysia, orang Melayu tidak menguasai ekonomi, tetapi sebaliknya mereka menguasai politik. Jadi, anda mesti menyokong parti yang melindungi dan mempertingkatkan martabat Melayu... Saya berharap rakyat akan membuat keputusan yang betul dalam pilihan raya supaya martabat kita dapat dipertahankan." Memahami konteks itu, jelas pengkuliah itu adalah berkempen untuk BN atas masjid (Malaysiakini 2 Mac).
11. Tan Sri Muhyidin mengumumkan akan membina sekolah agama rakyat di Taman Muhibah dekat Masjid as-Sujjah Merlimau berjumlah RM1.5 juta di majlis perjumpaan pegawai agama masjid yang dihadiri sama calon BN Roslan (Berita Harian 2 Mac). Pengumuman itu satu sogokan dan mempengaruhi pengundi dari kalangan pegawai masjid seluruh Dun Merlimau.
12. Satu majlis di SMK Dang Anum, Merlimau (premis awam) pada hari Isnin (28 Februari) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengeluarkan kenyataan, berikutan pengumuman kenaikan gaji para guru oleh Tan Sri Muhyidin, lalu beliau meminta 311 orang guru di Merlimau dapat membalasnya dengan mengundi BN (Malaysiakini 2 Mac).
13. Agensi kerajaan Pusat, Biro Tata Negara Negara (BTN) turut menyertai kempen pilihan raya kecil Merlimau dengan mengadakan tiga ceramah setiap hari bermula Ahad (27 Mac) lalu. Misinya ialah memburuk-burukkan DAP yang kononnya 'menentang Islam dan mengancam orang Melayu' (Malaysiakini 1 Mac).
14. Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah membuat laporan SPRM berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan pentadbrian di bawah Mohd Ali Rustam melibatkan projek dan dana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berjumlah RM13.85 juta. Penyelewengan didakwa berlaku dalam kes pembinaan kompleks MAIM dan penyerahan milik lot PT 83 kepada kontraktor dan penjualan lot 106 dan 106 oleh kontraktor terbabit kepada pihak ketiga serta kelewatan jadual pembinaan kompleks yang tidak diambil sebarang tindakan (Berita Harian 2 Mac). Atas kes ini ada isu amalan kronisme, subhat dan semacam melindungi penyelewengan oleh MAIM dan Mohd Ali selaku Ketua Menteri.
15. Mana-mana kontraktor yang ingin mendapatkan projek dan kelulusan tender di Melaka perlu mendapat surat akuan daripada runner tertentu dan perlu berjumpanya terlebih dulu, kemudian membuat beberapa komitmen untuk kepentingannya (Laporan menerusi SMS 3 Mac).
Perkara yang sama turut dilaporkan oleh seorang profesor dari salah sebuah universiti di USA yang membuat kajian berkaitan pembangunan negeri Melaka....- Wan Nik Wan Yussof
KERDAU: Umno dan kerajaan Umno rakus dan terus memperkosa demokrasi berpilihanraya khususnya dalam pilihanraya kecil Dun Kerdau, Pahang. Hari ini sahaja memperalatkan Pasukan Bomba dan Penyelamat dengan mengerahkan semua para pegawai seluruh Pahang supaya hadir ke Pekan Kerdau hari ini. Hasrat murni Umno dan kerajaan untuk mempertingkatkan tahap kesukarelawan di kalangan masyarakat Cina adalah disanjungi [...]
Dato` Tuan Ibrahim yang juga Pengarah pilihan raya PAS bagi PRK Kedau berkata, kegagalan kerajaan negeri pimpinan Adnan meningkatkan hasil adalah kerana pengurusannya yang lemah dan tidak terkawal. “Sebagai contoh, kerajaan negeri sanggup menghabiskan wang negeri bagi membeli nombor plat kereta CCC9 dengan nilai RM48 ribu,” katanya. Lebih pelik ujarnya, inden kenderaan yang sudah dilupuskan [...]
Oleh Nazri Abdullah Khamis, TEMERLOH, 3 Mac: Seorang peneroka terpaksa menanggung hutang lebih RM85 ribu selepas enam tahun menguruskan ladang tanaman mereka bersama Felda. Hutang yang begitu besar dalam tempoh singkat itu didakwa akibat menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda yang dikendalikan anak syarikatnya Techno Plant sdn Bhd. Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka [...]
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.
Risalah itu dijumpai di peti surat penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam.
Ia kelihatan seperti halaman utama akhbar Utusan Malaysia, milik Umno dengan perkataan "Keling tak sedar diri".
"Risalah jahat berbau perkauman yang bertajuk 'Keling tak sedar diri' dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama.
"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.
Ini kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'.
Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.
Menurut Shamsul beberapa objek keras dibaling ke arah kereta yang membawa Anwar dan dua lagi kereta yang mengiringi ketua pembangkang berkenaan.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi hentaman yang kuat pada kenderaan, saya terus beredar dan berhenti rehat di gerai berhampitan Masjid Sempang tidak jauh dari dari jalan Batu Gajah... dan mendapati terdapat kesan hentaman yang kuat di bahagian depan bonet oleh batu.
"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu.
Dua hari lalu, ketika ceramah Pakatan Rakyat oleh Anwar di Permatang Pasir, dua kereta dipecahkan cerminnya manakala angin pada tiga motosikal dilepaskan dan tempat kunci dua lagi motosikal dirosakkan.
Awal minggu ini, seorang penduduk yang meletakkan keretanya di hadapan bilik operasi DAP juga mendapati cermin belakangnya dipecahkan.
Kain rentang PAS sekitar Merlimau juga dirosakkan manakala sebuah pentas yang didirikan oleh DAP bagi majlisnya juga dibakar.
IPOH – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor sudah terjamin buat penyandangnya yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kerana besar kemungkinan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, beliau mendapat kemenangan percuma berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) baru-baru ini, kata Setiausaha Dewan Pemuda Pas Negeri, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.
Beliau berkata, kemenangan percuma itu disebabkan kemasukan beramai-ramai pengundi pos sebanyak 5,669 orang.
Menurutnya, Zambry akan memenangi kerusi DUN tersebut secara bergaya dengan penambahan undi yang akan meningkat kelak.
"Ia mungkin berlaku berdasarkan kemasukan pengundi pos yang terlalu tinggi di sana. Sudah tentu kerusi DUN Pangkor adalah kerusi paling selamat di Negeri Perak.
"Keadaan ini jelas menunjukkan Zambry bergantung kepada pengundi pos untuk menang di dalam PRU sepanjang beliau bertanding di sana.
Meskipun mempersoalkan peningkatan mendadak dalam undi pos di DUN Pangkor, Dewan Pemuda Pas Negeri yakin ada usaha tertentu untuk memastikan Zambry mengekalkan kemenangannya di Pangkor kerana kawasan tersebut sudah tidak selamat bagi beliau.
"Kita sama-sama tunggu politik mainan UMNO-Barisan Nasional (BN), dan lihat siapakah yang akan menggantikan kerusi DUN Pangkor akan datang," katanya.
KELMARIN TV3 suku mempersendakan artis terkenal Bob Lokman yang telah menyertai PAS malahan telah pun mula memasuki medan juang bersama PAS di Merlimau dan di Kerdau.
Jika dulu, artis ini disanjung dan dipuja tetapi bila artis ini memilih untuk berubah kepada yang lebih baik maka beliau dipersendakan.
Jika cara itu bukan cara Iblis dan Syaitan, cara siapa lagi? Bukankah Iblis dan Syaitan tidak akan bergembira sekiranya seseorang itu insaf dan ingin kembali mendekati Tuhannya? Saya ingin memperingatkan artis yang lain, jika kamu tidak mahu menyokong perjuangan Islam, kamu jangan terikut-ikut dengan rentak media yang berlidahkan Iblis dan Syaitan itu. Sekiranya ada mana-mana artis yang bersubahat dengan media berkenaan untuk memburuk-burukkan mana-mana artis yang ingin kembali ke pangkal jalan, kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengadakan kempen memboikot artis bangsat berkenaan
Jika kamu tidak ada keberanian untuk berubah, jangan kamu hina orang yang mahu berubah. Biarkan TV3 suku bangsat itu yang bekerja untuk Iblis dan Syaitan. Kepada Bob Lokman, kamu telah memilih jalan yang betul. Walaupun usia kamu lebih banyak dihabiskan bersama mereka yang lalai itu, tetapi akhirnya kamu kembali kepada Islam. Kamu lebih mulia dari mereka yang memegang gulungan ijazah dari Universiti Al-Azhar tetapi masih berada di dalam gerombolan parti yang sekular sekutu Apco yahudi itu./wfauzdin.blogspot.com
Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Kerajaan Selangor yang dijenama sebagai GeMS(GENERASI IDAMAN SELANGOR) mengorak langkah maju ke depan untuk membantu belia yang sudah perlu atau mahu berkahwin tetapi kurang mampu untuk mengikat tali pernikahan yang sah dalam PROGRAM PERKAHWINAN PERDANA. Satu program perintis akan diadakan di Klang dan akan diselaraskan oleh JAWATANKUASA GeMS DAERAH KLANG yang dipengerusi oleh Pegawai Daerah Klang dan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan ketua-ketua kampung serta 2 masjid di Klang. Program ini perlu dimanfaat oleh muda-mudi yang perlu bantuan daripada kos penyediaan makanan, baju pengantin serta segala kos yang terlibat daripada penganjuran perkahwinan. Justeru untuk membantu belia yang perlu dengan menyediakan baju pengantin, makanan,urusan pendaftaran perkahwinan, ujian saring HIV, pasukan polis serta penguatkuasa MPK akan membantu daripada segi konvoi pengantin lelaki dan keluarga. Pasukan sukarelawan BRIGED AMAL SELANGOR juga akan bertugas sebagai penanggah dan tugas-tugas khas bagi mempasti perjalanan majlis lancar.
Perincian program: Tarikh; 26.3.11 (sabtu) 8.30pg: Ketibaan pengantin lelaki dan keluarga di MASJID MUTTAQIN, KPG SG UDANG, KLANG Ketibaan pengantin perempuan dan keluarga di MASJID NURUL AMIN, KPG DELEK,KLANG
9.30pg: Konvoi pengantin-pengantin lelaki di dahului dengan konvoi bermotor belia Perarakan dengan pasukan kompang Di sambut dengan persembahan silat di MASJID NURUL AMIN, Kpg Delek, KLANG
10.30pg KHUTBAH nikah oleh YB EXCO AGAMA Majlis akad nikah Ucapan perasmian YAB DATO' MENTERI BESAR 12.30tgh Jamuan
9.00mlm; FORUM KELUARGA BAHAGIA
TARGET: 50 orang pasangan KEUTAMAAN: pasangan daripada keluarga asnaf/muallaf/bermasalah UNTUK BELIA/BELIAWANIS SELANGOR (belia daripada daerah lain juga boleh memohon: diutamakan dariapda KLANG)
Sila hubungi nombor di atas blog ini untuk keterangan lanjut atau daftar di PEJABAT ADUN SELAT KLANG ATAU ONE-STOP GeMS Centre, BLOK L , PANGSAPURI SRI PERANTAU , PELABUHAN KLANG ATAU PEJABAT AGAMA KLANG
Untuk pilih menantu pun perlua pilih ikut kriteria.Nak pilih sekolah pun mesti pilih yang terbaik. Nak tanam buah pun kita pilih benih yang terbaik. Nak pilih ketua kampung pun mesti teliti inikan pula nak pilih wakil rakyat yang mewakili suara rakyat seluruh kawasan DUNnya
Perbincangan terkini dengan JAIS dan TOURISM SELANGOR yang di arah untuk mengendalikan penerbangan pulang pelajar Selangor ke Mesir:
Jadual Penerbangan 12.3.11 -15.3.11(1penerbangan sehari)
Urusan visa dikendalikan oleh Tourism Selangor melalui BPI JAIS
Logistik pengangkutan di Mesir dikendalikan oleh JAIS dan pegawai LEMBAGA ZAKAT SELANGOT bersama BKASM,PMRAM dan ILMAM.
Pelajar di minta mendaftarkan diri bersama BKASM dan JAIS supaya kebajikan pelajar mudah dipantau dan sekira ada keberangkalian berlaku kecemasan kepada pelajar, kerajaan negeri lebih mudah untuk membantu sekiranya sudah ada dalam pangkalan data negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan