Dewan Pemuda PAS Pusat akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengalami masalah pembayaran balik pinjaman mereka.
Himpunan tersebut dijadualkan pada hari Sabtu ini, 26hb Februari 2011 \ jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.
Menurut Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat, Pemuda PAS mengambil inisiatif tersebut kerana perihatin dengan nasib mereka yang tidak mampu membayar balik pinjaman kerana faktor kekangan ekonomi negara.
"Mereka dalam keadaan tertekan kerana mereka tidak mampu membuat bayaran. "Faktor utama adalah kerana tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan kos hidup yang meningkat setiap tahun khususnya di bandar," katanya.
Menurutnya sehingga kini terdapat 1.7 juta peminjam PTPTN yang mengalami masalah tersebut. Dari Jumlah itu terdapat 191,262 orang peminjam yang langsung tidak mampu membuat bayaran balik pinjaman. PTPTN telah membelanjakan sebanyak RM 37 bilion sejak 13 tahun yang lalu.
Agensi itu juga telah mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% kepada peminjam dan ianya didakwa membebankan. Masalah yang dihadi peminjam ketika ini katanya berkaitan jumlah pinjaman mereka yang meningkat setiap tahun jika mereka tidak membuat pembayaran. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke luar negara jika tidak membuat pembayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.
Sebahagian mereka menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman lain khususnya pinjaman perniagaan. Selain PTPTN, masalah sama turut menimpa peminjam MARA yang ada diantara mereka terpaksa membayar balik jumlah pinjaman terlalu besar sehingga RM80 ribu.
"Pihak PTPTN pula sedang berusaha untuk membuat pindaan terhadap akta PTPTN yang berkemungkinan pada sidang parlimen akan datang bagi mengetatkan lagi kawalan pembayaran balik pinjaman. Tindakan ini sudah semestinya akan memberikan lebih tekanan kepada mereka.
"Dalam usia mereka yang masih muda mereka telah dibebankan dengan hutang yang banyak. Hidup mereka menjadi tidak tenteram dengan hutang tersebut," tambahnya lagi. Menurutnya juga, pertemuan itu turut akan dihadiri ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang akan sama-sama mendengar rintihan mereka.
Semua pandangan mereka akan dirumuskan dalam persidangan meja bulat dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang. Sehubungan itu, beliau menjemput semua peminjam PTPTN dan MARA untuk hadir ke program itu.
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - TERKINI Tun Dr Mahathir Mohamad bertanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah "kafir."
Malah pada masa yang sama Dr Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga "satu tuduhan amat serius."
"Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS," kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.
Tulisan Dr Mahathir (gambar) itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.
"Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, "tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, 'apa nama kerja ini'."
"Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir," katanya lagi.
Kata Dr Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau "fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya."
"Memang pun bagi saya semua ini adalah sebahagian daripada ajaran agama Islam. Apa dianya yang saya tolak berkenaan agama dengan menjadi seorang nasionalis? Ini tidak diterangkan," kata beliau lagi.
"Tetapi sebelumnya dia mendakwa 'sokong PAS ertinya sokong Islam'. Kita jadi Islam setelah mengucap dua kalimah syahadah – 'Tiada Tuhan (yang disembah) melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah'," kata beliau yang juga bekas presiden Umno.
Beliau seterusnya bertanya apakah Nik Aziz berpendapat hanya setelah mengucap "sokong PAS" baru jadi Islam dan sebelum itu kafir.
"Ini juga bermakna Nik Aziz mengkafirkan saya. Tidak ada pengertian lain dengan dakwaan Umno tolak Islam selain daripada mendakwa Umno adalah kafir," kata Dr Mahathir yang terlibat dalam 'perang' kenyataan menerusi blog dan facebook masing-masing sejak bulan ini.
Malah Dr Mahathir berkata, Nik Aziz juga membandingkan dirinya dengan malaikat yang menegur Nabi.
"Saya bukan Nabi dan Nik Aziz bukan malaikat. Nik Aziz dan saya hanya manusia biasa dan ahli politik," katanya sambil menambah, teguran ahli politik kerana kepentingan politiknya tidak sama dengan teguran malaikat.
Malah kata Dr Mahathir, teguran Nik Aziz menidakkan keislamannya adalah satu teguran dan "lebih tepat lagi satu tuduhan yang amat serius."
"Apakah ada orang Islam yang tidak melenting jika sesiapa mengkafirkannya? Apakah Nik Aziz tidak akan melenting jika saya kata dia sudah kafir? Belum saya kata itu pun Nik Aziz sudah melenting," katanya.
Berkenaan dengan Nik Aziz dan PAS memperkenalkan Islam kepada DAP, kata Dr Mahathir, bukti menunjukkan PAS yang telah dipengaruhi DAP.
"Lihat sahaja tindakan biadap terhadap Sultan dan Raja Muda Perak oleh ahli PAS, berguling-guling atas jalan menghalang kereta Raja.
"Sebelum berbaik dengan DAP ahli PAS lebih berpegang kepada budaya Melayu.Kerana mahu sokong DAP ahli PAS mengenepikan Kemelayuan mereka. Dan, sekarang tuntutan untuk mendirikan negara Islam pun sudah tidak didengari lagi," katanya lagi.
Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan selepas negeri itu jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1990 iaitu pilihan raya umum ketiga bagi Dr Mahathir selepas menjadi perdana menteri keempat.
Kini PAS bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat.(MInsider)
Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena
CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.
Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan. Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.
"Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu," kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.
Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.
"Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit. Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.
Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.
Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan.
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Kerajaan digesa supaya memansuhkan undang-undang Kuasa Darurat yang telah tidak digunakan sebaik-baiknya bahkan secara zalim ke atas rakyat miskin.
Menurut Naib Presiden PKR, N Suredran pihaknya terkejut dengan tindakan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah sekali lagi terpaksa menggunakan Kuasa Darurat untuk mengusir penduduk Estet Batu yang miskin dari tanah mereka.
Pihak DBKL telah mengeluarkan notis kepada pemilik tanah di bawah Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) supaya mengosongkan rumah dan meninggalkan tanah mereka.
Pihak DBKL juga mengarahkan penduduk supaya merobohkan rumah-rumah mereka sendiri sebelum meninggalkan tanah tersebut. Arahan ini perlu dilaksanakan menjelang minggu depan.
Kuasa-kuasa Darurat sebelum ini digunakan sewaktu menghadapi situasi darurat selepas rusuhan 13 Mei 1969; dan bukannya dalam isu berkaitan tanah dalam tahun 2011.
Ini bukan kali pertama peruntukan Darurat digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengusir rakyat dari tanah mereka, kata Surendran dalam kenyataannya.
Katanya, sejak sekian lama, kuasa luar biasa di dalam peruntukan ini telah digunakan oleh pihak berkuasa yang menyokong pemaju kaya dan menzalimi rakyat miskin yang berjuang untuk mencari rezeki.
"Kenapa pihak berkuasa perlu campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan rakyat yang memiliki tanah dengan pemaju yang sewajarnya diselesaikan melalui rundingan atau proses perundangan di mahkamah?" katanya.
Bagi beliau yang juga seorang peguam, masanya telah tiba agar semua peruntukan Kuasa Darurat dan undang-undang yang bersifat jahat dimansuhkan.
Beberapa undang-undang Darurat yang dibuat antara 1964 dan 1977 tetap berlaku, termasuk undang-undang tahun 1964 bertujuan untuk menangani konfrontasi dengan Indonesia dan undang-undang Mei 1969 selepas rusuhan Mei 13.
Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969: Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan-Setinggan 1969) hanya salah satu daripada 92 ordinan yang digubal dibawah Perisytiharan Darurat 1969.
Bagi beliau, kewujudan dan penggunaan undang-undang Darurat jelas sekali melanggar norma-norma antarabangsa.
Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR) menyatakan bahawa undang-undang Darurat hanya boleh digunakan jika ianya 'benar-benar diperlukan bergantung kepada tahap situasi'.
Apa yang pasti, isu tanah penduduk Estet Batu pada masa ini tidak termasuk di dalam kategori tersebut, tegasnya.
"Kami terkesan dengan laporan berita bahawa kabinet Algeria baru saja mengumumkan pemansuhan undang-undang Darurat yang telah dilaksanakan selama 19 tahun di negara itu dan memulihkan semula kebebasan politik negara itu," katanya.
Sebaliknya, kata beliau, undang-undang Darurat Malaysia yang berusia lebih setengah abad bukan saja tidak dimansuhkan bahkan diperkuat dengan beberapa perubahan dan penambahan-penambahan tertentu.
"Ini merupakan sesuatu yang memalukan ditambah pula dengan kecenderungan kerajaan yang suka membandingkan tahap pentadbiran mereka dengan beberapa pemerintahan diktator di Afrika Utara yang terburuk.
"Kami menyeru kepada kerajaan supaya tidak menggunakan undang-undang luar biasa dan tidak adil ini terhadap rakyat biasa di Estet Batu yang bekerja keras mencari rezeki.
"Kami juga menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera untuk memansuhkan peisytiharan dan undang-undang Darurat yang hingga ke hari ini masih menghantui dan menekan rakyat di negara ini," katanya.
CHRISTCHURCH 23 Feb. – Pekerja penyelamat New Zealand hari ini meneruskan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan berpandukan suara tangisan serta bunyi ketukan, ketika angka korban akibat gempa bumi di negara ini meningkat kepada 75 orang.
Pasukan penyelamat juga terpaksa memotong tangan atau kaki sebahagian daripada 120 mangsa bagi mengeluarkan mereka yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan, selepas gempa sekuat 6.3 pada skala Richter semalam meruntuhkan kebanyakan struktur bangunan di bandar kedua terbesar New Zealand ini.
Usaha mencari dan menyelamat turut dilakukan menggunakan tangan, bantuan anjing pengesan dan jentera berat ekoran masa yang semakin suntuk bagi mengeluarkan mangsa selepas 24 jam bencana itu berlaku.
Perdana Menteri, John Key turut mengisytiharkan perintah darurat di New Zealand ketika beratus-ratus tentera, polis dan pekerja penyelamat termasuk dari negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dikerah ke Christchurch.
Sebahagian daripada 350,000 penduduk bandar tersebut kini tinggal sehelai sepinggang dengan kebanyakan kawasan kini tidak mendapat bekalan air minum yang mencukupi serta bekalan elektrik dan talian telefon terputus.
Datuk Bandar Christchurch, Bob Parker berkata, seramai 300 mangsa masih disenaraikan sebagai hilang, sementara pihak berkuasa kini telah mengecam 55 mayat dengan 20 yang lain masih belum dikenal pasti identiti mereka.
"Mayat bergelimpangan di jalan-jalan raya. Ada yang terperangkap di dalam kereta dan dihempap runtuhan bangunan," kata komander polis, Russell Gibson kepada Radio New Zealand.
Pekerja penyelamat hari ini berjaya mengeluarkan 15 mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan pejabat enam tingkat yang runtuh akibat gempa bumi semalam.
"Kami berjaya mengeluarkan mereka hidup-hidup dan kami akan mencari lebih ramai mangsa yang mungkin masih hidup," kata jurucakap jabatan bomba kepada sebuah stesen radio.
Seorang lagi mangsa, Ann Bodkin juga berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan Pyne Gould Guinness, di sini, selepas terperangkap lebih 24 jam.
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyambut baik usaha yang dilakukan Dewan Pemuda PAS Pusat yang akan menganjurkan satu majlis pertemuan dengan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Himpunan yang dijadualkan bermula jam 2 petang pada 26hb Februari 2011 iaitu hari Sabtu ini, di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang.
Menurut Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari, " ini merupakan pertemuan yang ditunggu-tunggu bagi mahasiswa khususnya yang mendapat pinjaman PTPTN dan juga MARA. Pelbagai masalah yang dilontarkan pihak mahasiswa yang mengalami masalah dengan proses pembayaran semula pinjaman, tetapi lontaran suara itu tidak sampai sepenuhnya kepada pihak berwajib"
"Apa yang kita harapkan, ini bukan sahaja pertemuan untuk merungkai dan mendengar masalah peminjam, tetapi juga pertemuan yang sedikit sebanyak menjawab persoalan serta masalah yang dihadapi oleh para peminjam PTPTN dan MARA," ujarnya lagi.
Gamis menyeru mahasiswa khususnya yang meminjam PTPTN dan MARA supaya luangkan sedikit masa untuk turun bersama mendengar dan bersama lontarkan pandangan serta pendapat untuk dirumuskan berkaitan masalah-masalah yang dihadapi dan akan diserahkan kepada pihak kerajaan dalam sidang parlimen akan datang.
Sejak kebelangan ini, para graduan universiti di negara ini yang baru mula memasuki alam pekerjaan menghadapi satu dilema baru apabila PTPTN dan MARA mengejar mereka untuk mendapatkan balik bayaran pinjaman pelajaran mereka.
Ana antara mereka yang disekat dari membuat perjalanan keluar negara akibat dari kegagalan membayar balik pinjaman ini.
"Kami bukan tidak mahu bayar. Bayangkan, gaji kami RM1,600 sebulan. Duduk di KL. Duit sewa rumah, makan, minyak motor ...semua tak lepas. PTPTN mintak bayar sekurang-kurangnya RM300 sebulan melalui potongan gaji, mana kami mampu bang," rungut seorang kakitangan kerajaan yang baru memasuki alam pekerjaan.
Merujuk kepada tajuk berita akhbar Sinar Harian hari ini, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas laporan muka hadapan yang telah diberikan kepada Sidang Media yang telah dibuat kelmarin berhubung isu 'tolak sesi soal jawab jawatankuasa hak dan Kebebasan Dewan'.
Namun saya memberi beberapa kenyataan seperti dibawah :
1. Saya membantah penggunaan perkataan 'Adun Degil' sebagai tajuk utama akhbar Sinar Harian. Ini kerana penggunaan perkataan 'degil' itu sangat merubah sepenuhnya kandungan asal alasan saya bersetuju untuk tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan.
2. Saya memohon supaya pihak akhbar Sinar Harian agar menarik semula penggunaan perkataan "Adun Degil' itu kerana perkataan 'degil' yang digunakan itu secara tidak langsung menjatuhkan reputasi dan imej saya sebagai Adun kawasan Titi Serong yang menggambarkan keputusan yang saya buat bukan dengan alasan yang kukuh dan munasabah..
3. Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa keputusan untuk saya tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan adalah keputusan yang dibuat bagi menjaga kesucian DUN Perak daripada melanggar undang-undang serta peraturan sedia ada.
4. Saya juga menegaskan di sini bahawa sekirannya usul yang dibawa oleh Adun-Adun Barisan Nasional berhubung 'bomoh masuk dewan' itu menepati peraturan dan undang-undang Dewan, dan dilakukan keputusan oleh Speaker DUN Perak dengan menepati undang-undang maka tidak ada alasan untuk saya tidak hadir ke sesi soal jawab JK Hak dan Kebebasan Dewan itu .
5. Secara insaf dan sedar ingin saya mengulanginya disini bahawa 'bomoh masuk dewan' dalam Sidang DUN Perak itu sememangnya berlaku dan saya bertanggunjawab sepenuhnya dengan kenyataan saya sebelum ini.
MUAMMAR Gaddafi berucap menerusi televisyen, kelmarin. Gaddafi semakin tertekan selepas bertindak ganas ke atas rakyat
TRIPOLI: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi semakin tertekan semalam berikutan peletakan jawatan beberapa pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, Abdel Fattah Younes al-Abidi yang dianggap nombor dua di Libya.
Al-Abidi mengumumkan langkahnya untuk menyokong penunjuk perasaan ketika laporan menyatakan sehingga 1,000 orang terbunuh sejak bantahan tercetus 17 Februari lalu. Sementara itu, penunjuk perasaan dengan bantuan anggota tentera yang berpaling tadah mendakwa menguasai bahagian timur Libya.
Malah mereka mendakwa selepas seminggu bantahan tercetus Gaddafi kini hanya menguasai wilayah tertentu termasuk sebahagian ibu negara Tripoli dan bandar selatan Sabha.
Menurut perangkaan kerajaan hampir 300 orang terbunuh ketika pasukan keselamatan dengan ganas menyuraikan penunjuk perasaan. Namun menteri luar Itali Franco Frattini berkata di Rom laporan yang menyatakan kematian mungkin mencecah 1,000 orang boleh dipercayai berikutan serangan udara turut dilancarkan terhadap penunjuk perasaan.
Bekas negara penjajah Libya itu bimbang jika rejim Gaddafi berjaya ditumbangkan, sehingga 300,000 rakyat Libya mungkin akan lari ke Itali.
Selain Al-Abidi, ramai lagi jeneral kanan termasuk Jeneral Mahmud, pegawai pemerintah di Tripoli dan timur Libya berpaling tadah.
Menurut laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Gaddafi kini hanya mendapat sokongan daripada kelompok kecil yang rapat dengannya tetapi agak jelas beliau tidak akan menyerah kalah tanpa melawan habis-habisan.
Sementara itu, beberapa negara Eropah dilaporkan sudah mula membawa keluar warga masing-masing dari Libya.
Perancis, Turki dan Russia adalah antara negara yang sudah menghantar pesawat masing-masing bagi membawa keluar rakyat mereka yang terperangkap.
Britain pula menghantar kapal perangnya, HMS Cumberland ke pesisir pantai Libya bagi membantu operasi membawa keluar rakyatnya.
Amerika Syarikat, China dan India juga dilaporkan sedang membuat persiapan membawa pulang rakyat masing-masing keluar dari negara bergolak itu.
KOTA BHARU, 24 Feb: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) semalam menafikan kebakaran di kuarters Pasukan Gerak Am 8, Pengkalan Chepa Sabtu lalu akibat tekanan bekalan air yang rendah.
Siasatan terperinci oleh Unit Operasi Jajahan Kota Bharu (Timur) dibuat berikutan dakwaan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin, terdapat masaalah bekalan air hingga perkara itu tidak dapat dikawal.
Pengurus Besar AKSB, Mohd Suhaimi Mohd Jusoh, dalam kenyataan medianya berkata, hasil siasatan tekanan air pada pili bomba berdekatan Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa dan paip utama AKSB yang mengagihkan bekalan air ke kuarters tersebut pada 10 hingga 15 meter.
"Ianya bersamaan 12 hingga 18 meter tinggi dan ianya menunjukkan bekalan serta tekanan air utama AKSB dalam keadaan baik,"ujarnya.
Menurutnya lagi, kedudukan pili bomba yang paling hampir terletak di SMK Pengkalan Chepa, iaitu kira-kira 300 meter, manakala pili bomba di hadapan ILP kira-kira 400 meter dari kuarters PGA.
Sambungnya lagi, paip utama yang masuk ke kawasan kuarters bersaiz empat inci dan merupakan paip asbestos cement yang lama serta uzur.
"Penghuni juga turut mendakwa berkemungkinan bekalan air tidak mencukupi berpunca dari sistem paip dalaman kuarters yang lama serta tidak ditukar.
"Akibatnya ia akan menjadi tekanan air yang rendah ketika itu,"ujarnya lagi.
Suhaimi seterusnya berkata, setiap penyelenggaraan pili bomba di bawah tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat, manakala AKSB hanya bertindak sebagai pembekal bekalan air sahaja.
KUALA LUMPUR, 24 Feb: Semacam ada pergeseran berlaku antara Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dengan timbalannya Datuk Saifudin Abdullah ekoran pilihan raya kampus. Ia mula dikesan apabila Khaled melalui Twitternya menulis, "Perjuangan yang menjijikan jika berasas kepada penipuan, kepalsuan dan rekaan. Ia berbau politik pembangkang".
Namun tidak diketahui kepada siapakah mesej itu ditujukan.
Ekoran Twitter ini, Saifudin menghantar mesej khas kepada Khaled juga melalui Twitter yang berbungi, "Saifuddin Abdullah @ khalednordin Dato, siapa yg jijik tu?"
Selepas mesej itu, Khaled menjawabnya melalui Twitter berbunyi, "MohamedKhaled Nordin: Sesetengah orang suka huru hara, silap2 bole jadi hero."
Namun tidak diketahui apakah ianya ditujukan kepada Saifudin atau tidak.
Ekoran itu, Saifudin telah menghantar dua mesej melalui Twitternya, iaitu "Bagaimana dengan TNC HEP tak nak jumpa mahasiswa?" dan "Pandangan saya tentang kes UPM dilapor oleh Msianinsider. Cuma pembetulan sikit, saya "tak arah", saya "beri pandangan".
Sebelum ini Harakahdaily melaporkan desakan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) agar Khaled meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus (PRK).
Desakan itu juga kerana kegagalan Khaled menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.
Gamis sebaliknya mahu timbalan beliau Saifuddin Abdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.
Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.
Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.
KANGAR: Lima awak-awak tempatan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) ketika cuba menyeludup keluar 2,000 liter diesel dengan dua bot ke negara jiran di perairan Kuala Perlis, semalam.
Dua awak-awak berumur 27 dan 47 tahun ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika dari pantai Kuala Perlis pada jam 2.35 petang dan dua jam selepas itu tiga awak-awak berumur antara 23 dan 64 tahun ditahan di 2.5 batu nautika dari Pantai Kuala Perlis.
Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapten (Maritim ) Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya merampas 2,000 liter bersubsidi, masing-masing 1,000 liter daripada setiap bot itu.
"Kami percaya diesel yang dibawa dalam kedua-dua bot yang diubahsuai itu adalah untuk diseludup dan ketika dikesan kedua-dua bot itu menuju ke perairan sempadan," katanya.
Beliau berkata mereka yang ditahan itu diserah kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.
SEREMBAN, 24 Feb: Mahkamah Sesyen Seremban hari ini mengarahkan Adun Lenggeng, Mustafa Salim membayar sebanyak RM18,000 kepada seorang imam masjid ekoran tindakannya mengeluarkan satu surat yang dikira bersifat fitnah.
Dalam perbicaraan yang ditetapkan hari ini Adun Lenggeng tersebut dengan tanpa pengakuan liabiliti bersetuju membayar imam tersebut.
Pada 12 September 2008 imam tersebut Sungai Machang Hilir, Haji Baharudin Jalu memfailkan saman fitnah ke atas Adun berkenaan atas dakwaan memfitnah beliau melalui surat Adun tersebut kepada pegawai agama Islam, pejabat Agama Islam daerah Seremban bertarikh 16 Juali 2007.
Surat itu juga disalinkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, mantan Adun lenggeng dan Setiausaha JKKK Kampung Sungai Machang.
Dalam surat tersebut antara lain Adun lenggeng tersebut menulis:
"Saya difahamkan bahawa Haji Baharudin bin Jalu yang merupakan imam (ketua pakatan pemecah masyarakat kampung)...
"Di kesempatan ini Haji Baharudin Jalu sebagai manusia rakus dan bodoh sombong bertindak melulu untuk mencapai matlamat nafsu dia terutama kewangan."
Dalam penyata pembelaannya sebelum ini, Adun tersebut menafikan beliau ada mengeluarkan surat tersebut.
Dalam perbicaraan hari ini, imam tersebut diwakili Mohamed Hanipa Maidin (gambar) manakala Adun Lenggeng itu diwakili Encik Rafizi.
SEBUAH bangunan musnah akibat gempa bumi di bandar Lyttelton dekat Christchurch, New Zealand kelmarin.
KUALA LUMPUR - Pelajar Malaysia kini terdedah kepada wabak penyakit bawaan air berikutan bencana gempa bumi yang melanda Christchurch, New Zealand kelmarin.
Risiko itu amat tinggi sekiranya mereka meminum air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tanpa memasaknya terlebih dahulu.
Berikutan itu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya memasak terlebih dahulu air yang hendak diminum kerana ia dibimbangi sudah tercemar.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Canterbury, Muhammad Shahrul Samad, 22, berkata, arahan catuan air juga telah dikeluarkan kerana dikhuatiri bekalan air sedia ada tidak mampu menampung kegunaan harian penduduk.
BANTING 24 FEB : Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya yang didakwa membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Hurman Hussain menetapkan 24 Mac ini untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pada 13 Okt tahun lepas, Pathmanabhan, 41, T.Thilaiyagan, 19, R.Matan, 20,dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank NoorhishamMohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati,Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot No 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat disini pada 30 Ogos tahun lepas.
Pada 21 Februari lepas, dua lagi pekerja ladang, K.Sarawanan, 20, dan U.Suresh,27, dihukum penjara 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik itu dan tiga yang lain.
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - Lebih banyak bandar yang jatuh ketangan para demonstran walupun diancam akan ditentang keras oleh Muammar Gaddafi.
Muammar Gaddafi, telah dilaporkan kehilangan kawalan bandar yang lebih banyak apabila protes anti-kerajaan terus melanda negara Afrika walaupun Gaddafi mengeluarkan ancaman brutal.
Demonstran di Misurata, Rabu mereka telah merampas kota barat dari kawalan kerajaan. Dalam sebuah pernyataan di internet, pegawai tentera ditempatkan di bandar menjanjikan "sokongan penuh bagi para demonstran".
Sebahagian besar negara di bahagian timur juga tampaknya dikendalikan oleh para demonstran, dan seorang koresponden Al Jazeera, melaporkan dari bandar Tobruk, 140km dari sempadan Mesir, bahawa tidak ada kehadiran pasukan keselamatan.
"Dari apa yang saya lihat, orang-orang Libya timur yang berkuasa," kata Hoda Abdel-Hamid, wartawan kami.
Beliau berkata tidak ada pegawai mengawal sempadan ketika pasukan Al Jazeera menyeberang ke Libya.
Rakyat yang berkuasa
"Semua di sepanjang sempadan, kami tidak melihat satu polis, kami tidak melihat satu askar dan orang-orang di sini mengatakan kepada kami bahawa mereka semua melarikan diri atau bersembunyi dan bahawa rakyat yang sekarang berkuasa, yang bermakna jalan dari sempadan, Tobruk, dan kemudian semua jalan sampai ke Benghazi.
Para pengunjuk rasa tampaknya telah mengambil alih bandar timur Tobruk [Reuters]
"Keadaan agak tenang di Bayda dan Beghazi. Bagaimanapun, 'militia' berkeliaran, terutama di malam hari. Mereka sebagai laki-laki Afrika, berbahasa Perancis mungkin dari Chad. "
Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud, komander pasukan bersenjata di Tobruk, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa pasukan yang dipimpin oleh dirinya telah mengalihkan kesetiaan."Kami berada di sebelah rakyat," katanya.
Benghazi, bandar kedua terbesar di Libya, adalah tempat pertama rakyat bangkit memberontak melawan pemerintahan Gaddafi seminggu yang lalu. Pemberontakan ini telah merebak ke bandar-bandar lain walaupun pihak keselamatan berusaha untuk memadamkan rusuhan.(AlHussyen)
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 24 FEB : Malaysia membawa bekal sedikit selesa ke Lahore selepas menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertemuan pertama pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail muncul wira negara apabila masing-masing menjaringkan gol seawal minit ketiga dan keempat waktu tambahan separuh masa pertama.
Perlawanan timbal balik pertemuan kedua akan berlangsung di Stadium Punjab, Lahore pada 9 Mac depan.
Beraksi di depan 7,000 penyokong, skuad Olimpik negara yang bermula garang tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol pertama menerusi sepakan luar kotak penalti oleh pemain tengah Wan Zaharulnizam, yang berpunca daripada sepakan sudut oleh Mohamad Fandi Othman seawal minit ketiga, menewaskan penjaga gol Pakistan Yousof Ejaz Butt.
Bagaimanapun, berlaku sedikit kecoh apabila pemain Pakistan, Ansar Abbas diperintah keluar padang oleh pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man apabila sengaja menyiku muka Khairul Fahmi Che Mat ketika penjaga gol Malaysia itu menangkap kemas bola pada waktu kecederaan separuh masa pertama.
Skuad anak didik Ong Kim Swee nyata mengambil peluang daripada skuad Pakistan yang bermain 10 orang apabila Mohd Irfan tidak mensia-siakan hantaran lintang sebelah kiri gawang gol lawan oleh Wan Zaharulnizam pada waktu tambahan separuh masa pertama bagi menghukum kelemahan barisan pertahanan Pakistan sebelum wisel ditiup.
Tersentak dengan dua jaringan tersebut, jurulatih Pakistan Tariq Lutfi membuat sedikit pertukaran pada separuh masa kedua, dengan menggantikan Yousof, yang bermain untuk sebuah kelab di Denmark, dengan penjaga gol kedua, Muhammad bagi memperkemas gawang gol.
Malaysia yang mengawal permainan, hampir menjaringkan gol seterusnya apabila mendapat beberapa peluang menarik di depan gawang gol Pakistan, namun Muhammad bijak menangkis serangan bertali arus pasukan tuan rumah.
Skuad negara bawah 23 tahun terus menggandakan asakan demi mencari jaringan gol, namun kekebalan gawang gol Pakistan pada babak kedua nyata menutup peluang skuad negara hingga tamat permainan.
Malaysia pernah beraksi di pusingan akhir Sukan Olimpik Munich 1972, iaitu 39 tahun lalu, dan lapan tahun kemudian, negara sekali lagi melakar sejarah apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, namun tidak mengambil bahagian atas faktor politik (iaitu membantah pencerobohan Soviet Union terhadap Afganistan).(TVS)
KUALA LUMPUR 24 FEB : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 22 Mac ini untuk mendengar permohonan kerajaan Pusat untuk menjadi pencelah dalam kes saman kerajaan negeri Kelantan supaya Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar tunggakan royalti minyak dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan tarikh tersebut di kamar beliau hari ini pada prosiding pengurusan kes buat kali pertama selepas saman itu difailkan oleh plaintif pada 30 Ogos tahun lalu.
Saman tersebut difailkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 24 FEB : Ketua jawatankuasa antara agama kebangsaan Datuk Ilani Isahak yang bertarung kerana kanser meninggal dunia di sini awal pagi ini.
Bekas ahli Parlimen Kota Baru itu yang sepatutnya genap 58 tahun bulan depan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Ia disahkan oleh abangnya Dr Amir Farid.
"Kami kehilangan seorang pejuang keharmonian yang disayangi pemimpin kesemua agama," kata Dr Amir menerusi teks SMS lapor The Malaysian Insider.
Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama ditubuhkan tahun lalu dan kerajaan melantik Ilani sebagai ketuanya. (TVS)
KUALA LUMPUR 23 FEB : Rakyat Malaysia di ibu negara New Zealand,Wellington, turut merasakan bahang selepas gempa bumi melanda Christchurch di South Island, dengan magnitud 6.3 semalam.
Mohamad Ali Morad, 51, yang isterinya merupakan pelajar PhD di Victoria University, Wellington (VUW), berkata beliau perlu berwaspada terutama pada waktu kecemasan sebagaimana dinasihatkan oleh Pertahanan Awam New Zealand.
"Saya terpaksa berwaspada selama 24 jam. Bersama tiga orang anak dan isteri,kadang kala kami tidur di ruang rehat bagi memudahkan kami menyelamatkan diri," katanya dalam temubual menerusi telefon dengan Bernama.
Mohamad Ali, yang telah tinggal di Wellington sejak tiga tahun lepas, berkata antara lain setiap keluarga dikehendaki bersiap sedia dengan bekalan makanan untuk seminggu, di rumah dan dalam kereta sebelum bantuan dari pihak berkuasa tiba.
Beliau berkata beliau terpaksa menyediakan sekurang-kurangnya enam liter air untuk setiap orang dalam keluarga, beras mengikut keperluan, lampu suluh dan bateri dan juga radio transistor bagi mendapatkan maklumat terbaru mengenai sebarang kejadian.
Mohamad Ali, yang tinggal di Johnsonville, sebuah kawasan bukit pinggir kota di Wellington, berkata setiap keluarga dinasihatkan menyediakan selimut, dapur gas mudah alih, mee segera dan biskut untuk kegunaan semasa kecemasan.
"Jika kami tinggal di rumah semasa gempa, kami dinasihatkan berlindung dibawah meja makan kerana ia merupakan tempat paling selamat berbanding tempat-tempat lain," katanya.
Seorang pakar seismologi menyebut kemungkinan gempa bumi lebih besar melanda Wellington.
Dilaporkan pakar seismologi menjangkakan kejutan gempa sekuat gempa bermagnitud 6.3 hari ini akan menyusuli gempa bermagnitud 7.1 yang melanda Canterbury pada 4 September tahun lepas, tetapi percaya ia akan melanda lebih awal.
Pakar seismologi Australia Kevin McCue, pengarah Pusat Seismologi Australia,berkata aktiviti geologi mustahil dapat diramalkan, "tetapi ia mirip berlaku secara berbendung".
Pelajar lulusan siswazah tajaan Universiti Tekonologi Mara (UiTM) Saidatul Akmar Ismail, 38, berkata beliau sentiasa mendapat maklumat terbaru dari media cetak dan elektronik tempatan, serta dari kalangan rakyat Malaysia di ibu negara itu.
Saidatul Akmar dari VUW yang tinggal di Karori, kira-kira 4km dari Wellington, berkata pihak berkuasa tempatan menasihatkan penduduk supaya pergi ke pusat perhimpunan terdekat jika sebarang kejadian tidak diingini berlaku sebelum bantuan dapat diberikan.
Saidatul Akmar berkata Karori Kindergarten yang terletak di seberang jalan depan rumahnya adalah pusat terdekat.
Angka kematian yang disahkan dalam gempa bumi bermagnitud 6.3 Selasa lepas ialah 75, dengan 300 orang dilaporkan hilang.
Gempa itu yang paling teruk melanda New Zealand sejak gegaran bermagnitud 7.8 yang mengorbankan 256 orang di wilayah Hawke's Bay pada 1931.
Gegaran Sept tahun lepas bermagnitud 7.1 memusnahkan 100,000 rumah tetapi tiada nyawa terkorban.
New Zealand terletak pada "Gegelang Api Pasifik", satu kawasan seismik dan volkanik luas yang menganjur dari Chile ke Jepun di sebelahnya dan ke Indonesia di sebelah lagi.
Pintu kaca bangunan pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menempatkan pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan, pecah selepas dirempuh sekumpulan mahasiswa pro-M petang ini.
Mereka bertindak demikian selepas Dr Mohd Fauzi enggan memberikan penjelasan mengapa kemenangan calon mereka dalam pilihan raya kampus itu kelmarin dibatalkan. Difahamkan mereka berkumpul di bangunan selama 19 jam - sejak jam 10 malam tadi.
Tengahari tadi, pentadbiran universiti menarik balik pembatalan kemenangan 11 calon pro-M selepas menolak tiga bantahan kerana "tidak berasas disebabkan di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM 2011 dan kesalahan teknikal".
Menurut sumber universiti, dalam kejadian tersebut, seramai enam, orang-masing-masing tiga daripada pelajar dan pengawal keselamatan - cedera ringan terkena serpihan kaca pintu tersebut.
Kejadian tolak menolak itu berlaku selama 15 minit bermula jam 3.30 petang.
Susulan daripada insiden tersebut dan selepas keadaan kembali tenang, TNC HEP memanggil beberapa wakil pelajar untuk berbincang mengenai tuntutan mereka kira-kira jam 4.15 petang.
Menurut sumber, dalam pertemuan dengan pelajar selama 35 minit di pejabat Dr Fauzi, keputusan dicapai untuk mengadakan perbincangan lanjutan dengannya pagi esok.
"TNC akan berbincang dengan wakil pro-M dan mendengar keputusan tuntutan mereka," kata sumber sambil yang menambah, keadaan mulai tenang jam 5 petang selepas kebanyakan kumpulan tersebut bersurai.
Bagaimanapun, sumber itu tidak mengetahui butiran masa dan tempat perbincangan lanjut itu.
Sementara itu, menurut sumber pelajar, mereka merempuh pintu berkenaan selepas Dr Mohd Fauzi diberi masa untuk memberi penjelasan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka. Bagaimanapun Dr Mohd Fauzi enggan berbuat demikian.
Kata sumber itu lagi, tindakan itu diambil selepas kumpulan pro-M mengadakan sidang media di luar bangunan berkenaan berhubung pembatalan kemenangan calon mereka.
Sewaktu berlaku insiden tolak menolak itu, kira-kira 150 penyokong kumpulan pro-M berada di bangunan berkenaan, tambah sumber itu lagi.
Seramai 10 pengawal keselamatan berada di pintu masuk berkenaan untuk mengawal keadaan sewaktu insiden itu berlaku.
PARIS: Keganasan yang tercetus di Libya didakwa sudah meragut lebih 1,000 nyawa dengan 600 orang daripadanya di ibu negara, Tripoli, kata Nouri el-Mismari, bekas ketua protokol kepada Presiden Muammar Gaddafi, semalam.
Mismari, yang tinggal di Perancis hujung tahun lalu kerana masalah kesihatan berkata, keadaan kekacauan akibat kemarahan orang ramai kepada regim itu jauh lebih teruk dengan lebih 1,000 nyawa terkorban.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan asas merujuk kepada anggaran angka kematian yang diberikannya itu.
Selasa lalu, pemerintah Libya buat pertama kali mendedahkan seramai 300 rakyatnya terbunuh dalam tunjuk perasaan yang tercetus lebih seminggu lalu tetapi Persekutuan Antarabangsa Mengenai Hak Asasi (IFHR) semalam menyatakan bahawa sekurang-kurangnya 640 orang maut.
"Ini amat, amat serius. Rakyat Libya tidak akan berhenti untuk menamatkan pemerintahan 41 tahun Gaddafi ini," kata Mismari.
"Ini adalah penamat kepada Muammar Gaddafi. Beliau langsung tidak memperoleh lima peratus sokongan rakyat negaranya," katanya.
Mismari berkata, apa yang menyedihkan regim Gaddafi menembak bebas penunjuk perasaan dan tidak sepatutnya tentera udara dibenar melepaskan tembakan dari pesawat. Beliau berkata, Gaddafi akan bernasib baik sekiranya dia terbunuh atau rakyat negara itu akan mendakwanya di mahkamah seperti Saddam Hussein.
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - IPOH 23 Feb. - "Hanya saya, dia dan keluarga kedua-dua belah pihak yang tahu perkara sebenar. Biarlah apa yang dia mahu katakan sedangkan Allah yang lebih mengetahui."
Itu luahan isteri kepada juruteknik yang mendakwa ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Taman Pinji Ria, Pengkalan dekat sini pada Jumaat lalu.
Dalam nada sebak, wanita yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu, dia mendapat sokongan penuh daripada keluarga mertua untuk tampil membersihkan kembali namanya yang tercemar akibat tuduhan suaminya.
Namun katanya, dia masih belum bersedia untuk tampil menceritakan hal sebenar dan meminta diberikan masa untuk menenangkan fikiran.
Wanita yang berusia 24 tahun itu juga memberitahu, dia kini berada di sebuah kampung dan telah diberikan cuti oleh majikannya bermula semalam sehingga Ahad depan.
"Saya belum bersedia namun saya akan ceritakan semuanya apabila sampai masanya. Saya minta beri saya ruang untuk menenangkan fikiran dahulu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini sebelum talian diputuskan dan dia gagal dihubungi kemudiannya.
Semalam, Ahmad Khusairi Abdul Rahim, 31, mendakwa dia dicederakan oleh isterinya yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital di sini dengan menggunakan pisau pemotong daging akibat sikap cemburu melampau wanita itu.
Akibat kecederaan itu, juruteknik di Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, terpaksa menerima 15 jahitan dan putus tiga urat lengan kiri sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk menerima rawatan.
Wanita itu yang enggan mendedahkan lokasinya berkata, dia akan tampil bersama bukti-bukti bagi memberitahu semua pihak bahawa dia tidak bersalah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihak polis masih lagi menunggu untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada kedua-dua pihak bagi melengkapkan siasatan.
Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Ahmad Khusairi di akhbar yang masih sayangkan isterinya sekali gus menimbulkan persoalan sama ada kedua-dua belah pihak tersebut ingin meneruskan kes berkenaan.
"Kadangkala ada kes yang melibatkan masalah rumah tangga sebegini, ia hanya dilaporkan kepada polis sebagai amaran kepada pasangan masing-masing," katanya.
Namun begitu, beliau mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - PUTRAJAYA 23 Feb. - Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.
Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.
Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.
Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.
"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.
"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.
Dalam pada itu, Solah berkata, pesalah trafik yang menerima saman daripada PBT termasuk DBKL buat masa ini tidak akan disenaraihitamkan walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan membenarkan tindakan tegas itu diambil.
"Hanya penerima saman polis dan JPJ yang akan disenaraihitamkan pada peringkat ini.
"Kita bagaimanapun dalam proses untuk pastikan saman lain (termasuk daripada DBKL) akan disenaraihitamkan pada masa depan apabila mekanisme dan sistem komputer yang lengkap disediakan," katanya.
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - PARIS 24 Feb. - Sebanyak satu per empat daripada keseluruhan pengeluaran minyak Libya telah dihentikan ketika demonstrasi bantahan di negara itu berterusan mengakibatkan syarikat-syarikat minyak memberi amaran akan berlaku pemotongan pengeluaran bahan tenaga tersebut di negara pengeluar ketiga minyak di Afrika.
Syarikat minyak seperti Total, Repsol, Eni dan BASF juga serta OMV dari Australia menyatakan mereka akan menurun atau menghentikan pengeluaran di Libya.
Kenyataan terbaru itu menunjukkan peningkatan impak ke atas pengeluaran minyak dari Libya yang menghasilkan minyak berkualiti tinggi sebanyak 1.6 juta tong per hari atau dua peratus daripada pengeluaran minyak dunia. - Reuters
21 Rabiulawal 1432H. [MOD] - Kerajaan akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia yang merayu supaya dibawa pulang dari Libya yang dilanda pergolakan, selepas kerajaan negara itu enggan membenarkan pesawat tentera masuk.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memberitahu Bernama Rabu malam bahawa kerajaan Libya telah membuka ruang udara selama 48 jam untuk membenarkan usaha memindahkan warga asing.
"Bagaimanapun kami tidak boleh menggunakan pesawat C-130 (gambar atas) Tentera Udara Diraja Malaysia. Kami kini meneliti pilihan kedua, iaitu menggunakan pesawat sewa khas dari sebuah negara Eropah yang lebih dekat dengan Libya," katanya.
Mohamed Thajudeen berkata sebaik sahaja butirannya diperincikan, pesawat sewa khas itu akan berlepas ke Tripoli untuk membawa keluar rakyat Malaysia dan menerbangkan mereka ke Rome.
"Malaysia Airlines mengadakan penerbangan berjadual dari Rome yang boleh digunakan untuk membawa mereka pulang. Pada masa yang sama, pesawat C-130 yang ketika ini berada di Slovakia akan terbang ke Rome dan diletakkan dalam keadaan siap siaga," katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap TUDM, sebuah lagi pesawat milik TUDM diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di Pangkalan TUDM Subang dan bersedia untuk membantu operasi membawa pulang rakyat Malaysia di Libya sekiranya perlu.
Libya kini dilanda pergolakan sejak seminggu lepas ekoran tunjuk perasaan rakyat negara itu terhadap pemimpin mereka, Muammar Gaddafi.
KUALA LUMPUR 24 FEB : Kerajaan akan menggunakan pesawat sewa khas dari Eropah untuk memindahkan 190 rakyat Malaysia yang merayu supaya dibawa pulang dari Libya yang sedang dilanda pergolakan, selepas kerajaan negara itu enggan membenarkan pesawat tentera masuk.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab memberitahu Bernama malam tadi bahawa kerajaan Libya telah membuka ruang udara selama 48 jam untuk membenarkan usaha memindahkan warga asing.
"Bagaimanapun kami tidak boleh menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia. Kami kini meneliti pilihan kedua, iaitu menggunakan pesawat sewa khas dari sebuah negara Eropah yang lebih dekat dengan Libya," katanya.
Mohamed Thajudeen berkata sebaik sahaja butirannya diperincikan, pesawat sewa khas itu akan berlepas ke Tripoli untuk membawa keluar rakyat Malaysia dan menerbangkan mereka ke Rome.
"Malaysia Airlines mengadakan penerbangan berjadual dari Rome yang boleh digunakan untuk membawa mereka pulang. Pada masa yang sama, pesawat C-130 yang ketika ini berada di Slovakia akan terbang ke Rome dan diletakkan dalam keadaan siap siaga," katanya.
Libya kini dilanda pergolakan sejak seminggu lepas ekoran tunjuk perasaan rakyat negara itu terhadap pemimpin mereka, Muammar Gaddafi.
Parti Islam SeMalaysia meminta supaya umno jangan tunjuk hero sebagai pembela melayu kerana realitinya umno adalah pengkhianat melayu. Umno cuba menunjukkan mereka juara melayu, telatah mereka seperti pencuri menjerit pencuri. Permintaan Datuk Fatimi Saleh Setiausaha Politik Perdana Menteri supaya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memohon maaf terlebih dahulu kepada orang melayu sebelum Pas hendak membela melayu suatu permintaan yang melucukan.
Hakikatnya umno yang perlu minta maaf dan bertaubat terlebih dahulu kerana dosa yang mereka lakukan kepada orang melayu. Pas mencabar umno supaya menjawab persoalan ini. Siapa punya angkara sehingga tanah rezab melayu selepas merdeka ada 3 juta hektar tetapi pada tahun 1995 hanya tinggal 1.7 juta hektar. Kenapa minyak yang ditemui di persisiran pantai Kelantan, tetapi dinaikkan di Songkla Thailand.. Apakah Menteri Besar Kelantan berbangsa Monggolia sehingga tergamak berbuat demikian?. Siapa yang kianat tulisan jawi? Siapa yang membunuh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan pelajar-pelajar melayu ketika memperkenal metematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Kemana wang RM52 bilion untuk saham orang melayu lesap. Wang sebanyak ini boleh menaikkan kedudukan bumiputera dalam ekonomi. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim sebagai sultan Kelantan di padang bola di Ketereh. Siapa yang panggil Sultan Terengganu binantang. Terlalu banyak jenayah umno kepada orang melayu, Islam, tanah dan raja-raja melayu kalau hendak dilakarkan. Cukup sebagai bukti umno yang berdosa dengan orang melayu.
Umno tidak perlu menuding jari kepada Pas kerana hak melayu tergadai. Selagi umno mendakwa Pas yang kianat orang melayu maka lama kelamaan akan terdedah siapa pengkianat sebenar kepada melayu di negara ini. Pas akan mendedahkan kepada orang melayu mengenai pengkhianatan umno selama ini. Perjuangan umno untuk membela melayu hanya topeng semata-mata bagi mengkayakan beberapa kerat pemimpin umno, sedangkan melayu keseluruhannya tertinggal jauh daripada bangsa lain. Semua ini angkara umno sudah meninggalkan Islam sebagai cara hidup dan mengguna pakai Umno Putera sehingga menindas sesama bangsa.
Tidak ada bukti Tuan Guru Nik Aziz dan Pas mengkhianat bangsa. Pas mengkritik umno selama ini kerana mereka hanya memperjuangkan bangsa, akhirnya melayu dan Islam merempat di bumi sendiri. Apabila bangsa yang diperjuangkan, Islam sendiri tidak selamat. Contohnya ketika Selangor di bawah pemerintahan umno, ulamak diburu seperti penjenayah. Sedangkan Pas memperjuangkan Islam, maka Islam, melayu dan bukan melayu turut selamat.
DEMI ALLAH: FI SABILILLAH: "ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan ..."
Satu petikan daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Almarhum Sultan Idris Shah, penulis veteran Perak, Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau:
Setelah tamat perkhidamatan di Mesir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai seorang senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegang jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
DUTA KE ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu'ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato' Abdul Malik Ahmad, Dato' Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi 'perunding' antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
" Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun," kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, "Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun."
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar, mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, 'kata dulang paku sepih'. Orang-orang lama di Grik dan Lenggong masih bersosek2 kisah nie....
Philip Jau menunjukkan berita muka depan akhbar tempatan bertarikh 27 Okt yang bertajuk 'Sekolah Mungkin Ditutup' jika Sungai Rajang semakin cetek, yang membimbangkan lebih 20,000 penduduk di sepanjang Sungai Baram berikutan cadangan pembinaan Empangan Baram.
Ramli Bujang (tengah) memegang peta penempatan semula yang dicadangkan untuk penduduk Penan dan Kenyah yang terjejas berikutan cadangan pembinaan Empangan Murum.
Oleh Hazel Lee
MIRI — Lebih 20,000 penduduk yang tinggal di sepanjang Sungai Baram kini bimbang apa yang dihadapi penduduk di Sungai Rajang akan menimpa mereka sekiranya cadangan untuk membina Empangan Hidroelektrik Baram diteruskan. Pengerusi Jawatankuasa Tindakan dan Perlindungan Baram (JTPB), Philip Jau berkata, penduduk Baram mendakwa mereka tidak pernah dalam sejarah menyaksikan penurunan paras Sungai Rajang yang begitu mendadak disebabkan penakungan air di Empangan Hidroelektrik Bakun. "Kini mereka bimbang Sungai Baram akan mengalami nasib yang sama seperti Sungai Rajang. Mereka tidak mahu perkara itu berlaku kerana kehidupan penduduk di situ bergantung sepenuhnya dengan sungai," katanya semasa sidang media di Hotel Telang Usan hari ini.
Menurut Philip, terdapat sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Orang Ulu terdiri daripada kaum Kayan, Kenyah, Kelabit, Saban dan Penan dari ratusan rumah panjang dan kampung menetap di sepanjang Sungai Baram. Antara kampung yang terjejas jika empangan itu diteruskan ialah Long Laput, Sungai Dua, Sri Kenawan, Uma Bawang, Long Miri, Long Pilah, Long Kesseh, Long Na'ah, Long Liam, Long San, Long Selatong, Long Apu, Long Julan Asal, Long Julan Pelutan, Long Anap, Long Palai, Long Je'eh, Long Moh, Long Sela'an, Long Semiyang, Long Beku, Ba'Abang, Long Tap dan Long Tebangan. Tegas Philip, empangan yang meliputi keluasan 38,900 hektar itu menjejaskan kemudahan lain seperti lapangan terbang, sekolah dan klinik di Baram yang sebelum ini dibina menggunakan duit rakyat. "Tambahan pula, tidak ramai penduduk Baram mengetahui secara mendalam mengenai empangan Baram. Walaupun pembinaan empangan itu masih dalam peringkat cadangan, namun kami berhak tahu dan membuat keputusan sama setuju atau sebaliknya projek itu dilaksanakan," katanya. Justeru ujar Philip, JTPB mahu kerajaan Negeri melihat perkara ini dengan serius dan menarik balik cadangan untuk meneruskan pembinaan empangan di Baram. Dalam sidang media yang sama, Jawatankuasa Hal Ehwal Penan Peleiran-Murum (PEMUPA) mahu kerajaan Negeri membatalkan semua lesen pajak sementara untuk peladangan di kawasan tadahan Empangan Hidroelektrik Murum.
Ahli Jawatankuasanya, Ramli Bujang berkata, pembatalan itu perlu sebagai satu syarat dalam pembahagian tanah bagi kampung-kampung Penan sebelum mereka dipindah ke kawasan penempatan semula yang dicadangkan di kawasan Murum. "Kami amat terganggu dengan apabila kawasan penempatan yang dicadangkan iaitu di Sungai Metalon telah dibahagi-bahagikan kepada sebuah syarikat untuk peladangan kelapa sawit tanpa pengetahuan kami." "Penebangan hutan oleh syarikat berkenaan di kawasan penempatan semula Metalon yang dicadangkan tersebut akan membawa kesan buruk ke atas kehidupan kami, " kata Ramli. Menurut Ramli, lebih 1,000 penduduk dari enam perkampungan Penan bakal terjejas berikutan Empangan Murum iaitu Long Wat, Long Singu, Long Luar, Long Tangau, Long Malim dan Long Pelutan (Menapa) serta penduduk Kenyah-Badeng di Long Umba. Sebelum ini, penduduk Penan di Murum mencadangkan tiga kawasan penempatan semula iaitu di Sungai Metalon di Ulu Peleiran, Ulu Sungai Tegulang dan Ulu Malim-Danum. Hadir sama Penyelaras Kebangsaan, Pakatan Konservasi Alam Sekitar Sarawak (SCANE), Raymond Abin dan Pengarah Eksekutif Institut Sumber Borneo Malaysia (BRIMAS) Mark Bujang dan peguam penasihat Abun Sui Anyit.
PS: Ramai penduduk di Baram menentang pembinaan empangan di kawasan mereka disebabkan kesan dari pembinaan empangan tersebut nanti akan mengakibatkan banyak kerosakan keatas tanaman dan perternakan mereka. Mereka juga terpaksa berpindah ke kawasan lain dan mereka juga sukar untuk mendapat tempat yang sesuai dengan kehidupan mereka kini. Kita ingin bertanya kepada pemimpin BN mengapa perlu banyak sangat empangan dibina di Sarawak sedangkan dulu katanya empangan Bakun boleh menampung sumber tenaga elektrik keseluruh negara tapi sekarang kita lihat sendiri apa dah terjadi dengan empangan Bakun? Kesan dari pembinaan Bakun air sungai semakin berkurangan dan banyak kehidupan di sungai dan hutan di sekitar kawasan Bakun terjejas teruk.
Kita dari PAS dan PAKATAN Rakyat bersedia memberi bantuan sekadar kemampuan kita kepada penduduk kampung yang terjejas. Kita menyeru kepada penduduk kampung Baram dan sekitarnya sama2lah kita berusaha mengubah nasib kita dengan memberi sokongan padu pada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya nanti. Kita akan beri lebih tumpuan kepada kebajikan Rakyat dari kepentingan pemimpin. Itu dasar kerajaan Pakatan Rakyat. Bah sokonglah Pakatan Rakyat demi kesejahteraan semua. PAS untuk Semua
Police Gagged Baru Bian – Exclusive video! Wednesday, February 23rd, 2011 GMT This post is also available in: Malay (From Sarawak Report)
The Chief Minister, Taib Mahmud clearly has no intention of allowing the democratic process to get in the way of his election chances. Sarawak Report has obtained exclusive video material showing how police were sent in to prevent the opposition PKR leader Baru Bian from addressing a peaceful gathering of people from his own constituency. We have also learnt that Taib has sent out a disgraceful directive instructing police to deny permits for any opposition gatherings! The incident happened in Baru'slocal main town of Lawas. An invited gathering of party members and constituents had joined him at the Sin Yang coffee shop to take food and listen to his vision of a better future. These key constituents wanted to listen to his messages and ideas in order to bring them back to their own communities and longhouses. PKR party workers had, as usual, applied for a permit for the sit-down gathering, but as usual the permit had been denied. "The police just said no. They gave no reason" explained Paul Bian, Baru's Campaign Coordinator.
Our orders are from the Top! PKR officials say they felt they had no choice but to proceed with the meeting. "By refusing us a permit they were interfering in our democratic rights" continued Paul, who is Baru's brother and a long-term political ally of the human rights lawyer. He went on: "Our rights have been denied. This is a democratic country and everyone has a right to give their opinions and a right to meet together and give the information that we can't give to the people any other way. We in the opposition are not given any media coverage" Peaceful and seated gathering, soon to be disrupted by police who feared to let Bian speak
Baru Bian, who has shaken Taib's authority on numerous occasions over the past two years by winning a series of crucial land rights cases on behalf of communities fighting against the Chief Minister's land grabs, only just missed out on winning the seat at the last election in 2006, despite enormous odds. At that time Bian started legal proceedings which detailed a long list of corrupt practices used by BN to win the seat by just 200 votes. These included bribery and vote-rigging. Taib-controlled judges, of course, immediately dropped the case on the excuse of ' legal technicalities'. PKR rightfully believe that Bian should have the absolute freedom to speak to his people, who are from his native area. They say the fact that Taib is resorting to such dirty tactics and abusing the authority of the police at such an early stage in the election is a sure sign that he is fearful that opinion in Sarawak has turned firmly against his authoritarian government. His 30 years in power have brought great wealth to his family, but only poverty for the longhouse people, whose lands he has taken for timber and oil palm.
Peaceful gathering was threatened by police provocation Witnesses say that the guests to the event started arriving at around 7 oclock in the evening and sat down to enjoy some initial refreshments. Many of the several hundred people who turned out to listen to Baru Bian had travelled very long distances from the longhouses. It had been raining all day and the journey in some cases took several hours, but they had been undeterred. According to one report received by Sarawak Reports, some poorer people, who had come the day before, had had to sleep out in the open. Police start to surround the event and turn away guests
By 7.15 pm, according to the organisers, a substantial contingent of local police officers had started to arrive. In all witnesses say there were around 20 uniformed police and another ten plain clothes officers from Special Branch. Their presence cast a threatening shadow over the meeting and they started turning away later arrivals and surrounded the building. Paul Bian explains how his original plan had been to show a video to the people at the beginning of the meal – it was an information film about Baru and his mission and policies for transforming Sarawak into a fairer society. However, the police prohibited the showing of the film. "We appealed that there is no other way to communicate. We explained that we dont get media coverage or newspaper coverage or TV coverage, so couldn't they just let us show this?" says Paul. "The police boss was sympathetic, but he replied that he was taking orders "from the top"! that means either the Police Chief or the party bosses" Bian had originally lined up three interesting speakers to address the gathering, "I had the community leader Pemanch Jenging anak Radin, who has defected from BN after his land was grabbed and also Abun Sui, the land rights lawyer who has won key cases in the area and last it was to be Baru Bian". However, with the police pressure mounting he says he decided to cut straight to the key content of the meeting and the speech from Baru Bian.
Not allowed A hand on your shoulder Tuan!
As our video shows how Baru had hardly got to his feet before the police marched up to him and "placed a hand on his shoulder". There was a policeman on either side of him and five had followed behind to where he was standing, according to Bian. They told him he was "not allowed" to speak. Witnesses say it was a frightening moment because members of the crowd became angry. "We are a thousand so its 30 to one!" was one of the cries, explains Bian. For this reason, as the video shows, Baru took responsible action in circumstances where a large frustrated gathering could have taken their anger out on the police. He calmed the crowd and encouraged them to understand that it was better to cooperate with the police, rather than to allow the danger of violence breaking out and someone getting hurt. Without Baru's diplomatic leadership the event could have degenerated, because of the unnecessary provocation of the police. For these reasons the angry crowd were forced to return back to their longhouses without having been allowed their democratic right to hear their local candidate! Borneo Convention Centre - laughably designed to look like a leaf in deference to the environment!
Meanwhile, on March 5th Taib Mahmud plans to hold his own Party Convention rally for 5 thousand people in the Borneo Convention Centre in Kuching, for which it will be no surprise to learn the BN party had no problems in obtaining a police permit! Sarawak Report assumes that none of the speakers at the rally will be referring to the corruption surrounding the building of the Borneo Convention Centre, which was commissioned by the Chief Minister and handed to the company PPES works, which is the "construction arm" of his own family company CMS! Heading the Board of Directors of CMS is Taib's own son, the youthful and fashionable Mahmud Abu Bekir Taib, who is also the largest shareholder. Until her death the previous largest shareholder of this multi-million ringgit concern, which is quoted as a public company, used to be his Mum, Laila Taib! Her husband (his Dad), the Chief Minister has consistently channelled most of the top state contracts through his own family company for the past 3 decades. For this reason the share price of the company has shot up in past months in anticipation of all the money the government is saying it will be spending on SCORE projects!
Backfired
PKR say that the discriminatory and anti-democratic behaviour of the current government on this and other matters is clearly proving to be counter-productive. "The people were not intimidated, but they were angry", says Paul Bian. "This event opened the minds of the people to what is going on and it made them very, very bitter. Since this event Baru Bian has been getting more and more offers to come and speak to villages in the region. They say 'come speak to us any time'. This has not made them scared, it has made them become more resolute against the malpractices". BN may yet discover that disappointing and angering the electorate is no way to go about winning elections. People are concluding that BN fears the opposition leader so much they dare not let the people hear him speak!
POLIS MENUTUP MULUT BARU BIAN – VIDEO EKSLUSIF! Wednesday, February 23rd, 2011 GMT This post is also available in: English Ketua Menteri, Taib Mahmud, dengan jelas dan ketaranya menafikan proses demokrasi digunakan menjelang pilihanraya yang semakin hampir. Sarawak Report telah memperolehi beberapa bahan video secara eksklusif yang menunjukkan bagaimana anggota polis dikerah untuk menghalang ketua PKR Baru Bian dari berucap di hadapan umum di kawasan pilihanrayanya sendiri. Kami juga difahamkan bagaimana Taib telah mengeluarkan arahan kepada pihak polis untuk menafikan kebenaran mengadakan perhimpunan kepada pihak-pihak pembangkang! Sungguh memalukan! Kejadian tersebut berlaku di pekan kelahiran Baru Bian, iaitu di Lawas, Sarawak. Ahli-ahli parti dan juga para penyokong yang dijemput ke perhimpunan yang diadakan di kedai kopi Sin Yang di mana mereka akan menjamu selera sambil mendengar ucapan-ucapan mengenai kecerahan masa depan mereka. Para penyokong dari kawasan pilihanraya tersebut hadir untuk mendengar mesej-mesejnya dan seterusnya akan membawa pulang mesej-mesej ke rumah-rumah panjang mereka. Seperti lazimnya, sebelum mereka mengadakan sebarang perhimpunan, mereka telah terlebih dahulu memohon kebenaran, tetapi seperti biasa juga, kebenaran sedemikian tetap dinafikan. "Pihak polis tetap mengatakan tidak. Mereka tidak memberikan sebarang alasan" jelas Paul Bian, Penyelaras Kempen untuk Baru.
Kami menerima arahan dari orang atasan! Para pekerja PKR mengatakan mereka tiada pilihan lain tetapi meneruskan perhimpunan tersebut. "Dengan menafikan kebenaran kami berhimpunan mereka telah menafikan hak-hak demokrasi kami" tambah Paul, yang juga saudara kepada Baru dan juga rakan politik kepada peguam hak asasi kemanusiaan itu. Paul menambah: "Hak-hak kami telah dinafikan. Negara ini adalah negara demokrasi dan setiap rakyatnya berhak memberikan pandangan dan berhak berkumpul untuk menyampaikan maklumat yang tidak dapat kami sampaikan dengan cara lain. Kami di pihak pembangkan tetap tidak mendapat sebarang liputan media" Baru Bian, yang telah menggegarkan kewibawaan Taib pada beberapa siri perbicaraan berkenaan dengan kes-kes persengketaan tanah-tanah NCR, mewakili pelbagai komuniti, menentang Ketua Menteri itu, hanya mendapati dirinya kalah pada pilihan 2006. Pada masa itu Baru Bian telah memulakan prosiding yang menyenaraikan amalan-amalan rasuah yang digunakan oleh BN untuk memenangi kerusi berkenaan hanya dengan majority 200 undi sahaja. Amalan-amalan dalam prosiding tersebut termasuklah rasuah dan pembelian undi. Namun, para hakim yang dikawal oleh Taib telah menolak kes tersebut dengan alasan 'masalah-masalah teknikal perundangan'. PKR merasakan Baru Bian seharusnya bebas untuk bercakap dengan orang-orang dari daerah kelahirannya. Menurut mereka lagi, Taib telah menggunakan taktik-taktik yang amat kotor di samping menyalahgunakan kewibawaan polis pada peringkat awal pilihanraya, yang menampakkan rasa takutnya bahawa Sarawak kini kian bangkit terhadap kerajaan autoritariannya. Kekuasaannya selama 30 tahun telah mendatangkan kekayaan kepada keluarganya, tetapi sebaliknya telah menyebabkan kemiskinan dan kesengsaraan ke atas orang-orang rumah panjang yang telah dirampasnya tanah untuk dijadikan kawasan pembalakan dan ladang-ladang kelapa sawit.
Perhimpunan secara aman telah diancam oleh provokasi anggota polis Saksi-saksi mengatakan para tetamu ke perhimpunan tersebut telah tiba seawal pukul 7 malam itu dan menikmati minuman ringan. Kebanyakan tetamu yang hadir untuk mendengar ucapan Baru Bian telah datang melalui perjalanan yang jauh dari rumah panjang mereka di pedalaman. Keadaan cuaca menjelang perhimpunan itu adalah kurang baik dan keadaan jalan yang mereka lalui juga kurang baik telah mengambil masa berjam-jam lamanya, tetapi mereka tetap juga berusaha menghadirkan diri. Menurut laporan yang diterima oleh Sarawak Report, ada di kalangan mereka yang kurang di segi pendapatan telah datang sehari sebelum perhimpunan itu, dan telah terpaksa bermalam di kawasan terbuka di sekitar pekan Lawas. Pada kira-kira pukul 7.15 malam itu, menurut para pengelola perhimpunan, sepasukan anggota polis tempatan telah tiba. Para saksi mengatakan seramai 20 anggota berpakaian seragam polis mana kala kira-kira sepuluh orang lagi anggota Cawangan Khas berpakaian biasa. Kehadiran pihak polis telah menghambarkan perhimpunan itu dan ada di kalangan pengunjung mulai meninggalkan premis berkenaan. Paul Bian menjelaskan bagai mana rancangan awalnya adalah untuk menayangkan video kepada orang ramai di awal perhimpunan itu – sebuah filem maklumat mengenai Baru Bian dan misinya serta dasar-dasar transformasinya untuk Sarawak. Tetapi pihak polis telah menghalang Paul untuk berbuat demikian.
"Kami merayu kerana kami tiada cara lain untuk berkomunikasi. Kami menjelaskan kami tidak mendapat sebarang liputan media suratkhabar atau TV, kenapakah mereka menghalang kami menayangkan video kami ini?" kata Paul. "Ketua pasukan polis itu menunjukkan rasa simpatinya, tetapi dia memberikan alasan bahawa dia menerima arahan daripada "pihak atas"! yang mungkin bermakna Ketua Polis atau bos-bos parti politik". Pada mulanya Bian telah menyediakan tiga orang speaker untuk berucap pada perhimpunan itu, "Saya telah menjemput ketua kaum, Pemancha Jenging Anak Radin, yang telah meninggalkan BN kerana mendapati tanahnya dirampas dan juga peguam tanah hak NCR, Abun Sui, yang pernah memenangi kes-kes utama di kawasan itu, dan akhir sekali Baru Bian". Namun, dengan tekanan dari pihak polis maka dia telah menyingkatkan masa berhimpun dengan hanya menyuruh Baru Bian sahaja untuk berucap.
Tidak dibenarkan Berdasarkan video kami di sini Baru telah didatangi oleh anggota polis yang "meletakkan tangan pada bahunya". Terdapat juga anggota polis di sebelah kiri dan kanannya. Mereka menyatakan padanya bahawa dia "tidak dibenarkan" berucap. Ada di kalangan saksi mengatakan bahawa kejadian tersebut amat menakutkan, kerana para tetamu telah menjadi semakin marah dengan tindakan polis itu. "Kita ini ramai, jadi kita tentang mereka 30 lawan satu!" jerit salah seorang dari pengunjung ketika itu, jelas Bian. Maka oleh yang demikian, seperti yang terdapat pada video itu, Baru telah memutuskan untuk bertanggungjawab bagi meredakan perasaan marah para pengikutnya. Baru Bian telah memujuk para pengikutnya untuk bersabar dan memahami bahawa mereka perlu memberikan kerjasama kepada polis. Tanpa kepimpinan diplomatik Baru, perhimpunan tersebut mungkin akan bertukar menjadi peristiwa yang buruk, hanya kerana perhimpunan tersebut telah diprovokasikan oleh pihak polis. Sebab inilah pengunjung yang marah telah terpaksa pulang ke rumah-rumah panjang mereka setelah hak demokratik mereka untuk hadir dan mendengar ucapan dari calon tempatan mereka dinafikan! Sementara itu, pada tanggal 5hb Mac akan datang, Taib Mahmud akan mengadakan perhimpunan partinya untuk 5 ribu orang di Borneo Convention Center di Kuching, di mana kita takkan berasa hairan parti BN akan dengan mudah mendapat kebenaran polis untuk berhimpun! Sarawak Report menjangkakan tidak seorang pun dari para speaker yang berucap pada masa itu nanti akan menyentuh tentang amalan rasuah yang menyelubungi pembinaan Borneo Convention Center tersebut, yang telah mendapat restu dari Ketua Menteri dan dianugerahkannya kepada syarikat PPES Works, yang juga selaku "pakar binaan" kepada syarikat CMS milik keluarganya! Mengetuai Lembaga Pengarah CMS adalah anak lelaki Taib sendiri, Mahmud Abu Bekir Taib, yang juga merupakan pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu. Sehingga saat kematiannya, maka saham-saham arwah Abu Bekir telah berpindah kepada ibunya, Laila Taib. Suami arwah Laila pula, iaitu Ketua Menteri telah, secara konsisten, menyerahkan banyak kontrak utama negeri ini kepada syarikat CMS di sepanjang 3 dekad. Maka dengan inilah harga saham CMS telah melonjak secara mendadak dalam beberapa bulan kerana menjangkakan kebanyakan wang negeri akan digunakan dalam projek-projek SCORE! Menurut pihak PKR, amalan anti-demokratik pihak kerajaan dalam perkara berkenaan dan juga perkara-perkara lain telah menunjukkan bahawa kerajaan bersikap 'counter-productive'. "Orang-orang ini bukannya takut, tetapi mereka merasa marah", kata Paul Bian. "Kejadian ini telah membuka mata orang-orang ini akan apa yang sedang berlaku, dan peristiwa ini adalah pahit bagi mereka. Sejak kejadian ini, Baru Bian telah mendapat banyak undangan untuk mengadakan perhimpunan dan ceramah di kampung-kampung di daerah ini. Mereka kata 'datanglah ke tempat kami untuk berceramah'. Kejadian itu telah menjadikan mereka lebih berani menentang amalan-amalan tidak sihat pihak kerajaan itu". BN akan faham bahawa dengan mengecewakan dan mencetuskan kemarahan orang ramai di sesuatu kawasan pilihanraya bukanlah suatu cara yang bijak untuk memenangi pilihanraya. Orang awam akan mengandaikan bahawa BN kini takut kepada ketua pembangkang justeru mereka tidak akan membenarkan orang awam mendengarnya berucap!
PS: Kalau beginilah keadaan politik di Sarawak dimana rakyat ditutup mulut dari menyuarakan hak mereka untuk bercakap apa yang ada lagi tinggal untuk kita sebagai rakyat untuk menyuarakan pandangan kita? Negara kita seolah-olah jadi negara polis "Police State" dimana semua pengerakan kita diperhatikan seolah-olah kita ini seorang penjanayah yang diburu oleh pihak berkuasa. Sepatutnya pihak polis bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka jangan sanggup dijadikan alat oleh pemimpin BN untuk kepentingan peribadi mereka. Jangan sampai rakyat bosan dan marah barulah kita nak sedar, mungkin hari ini rakyat masih sanggup bersabar tapi mungkin satu hari nanti apabila hak mereka sudah terancam seumpama "air yang mengalir dari gunung ditahan mengalir ke kuala, akhirnya pasti air tersebut akan melimpah merata-rata tempat dan boleh mengakibatkan banjir besar". Begitulah dengan perasaan manusia apabila kita semakin menekan perasaan mereka, mereka akan tertekan (Stress) jadi bila sudah tidak tahan lagi buruk padahnya. Sepatutnya kerajaan BN mengambil iktibar dari negara2 luar dimana rakyat keluar beramai-ramai menuntut hak mereka dan akhirnya pemimpin negara tersebut terpaksa berundur atau melarikan diri akibat perbuatan mereka selama ini menekan dan menzalimi rakyat.
Kita minta agar pemimpin BN jangan bersikap angkuh dan sombing dengan mengatakan bahawa mereka saja yang boleh perintah negara ini tapi keadaan kehidupan rakyat tetap dalam kesusahan dan kemiskinan. Jadi sekiranya BN sudah tidak mampu lagi perintah negara ini secara baik dan adil, maka tiba masanya BN menyerah kerajaan kepada rakyat untuk menentukannya dalam pilihanraya umum nanti. Bah mari kita rakyat Sarawak mengubah dari BN kepada PAS dan PAKATAN Rakyat. Insy'Allah sudah pasti kita akan menikmati perubahan yang lebih baik lagik. PAS for ALL
Kuliah Haraki akan disampaikan oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor pada malam ini 24/2/2011 selepas Isyak di Darul Didayah. Semoga semua ahli dan pejuang dapat menghadirkan diri bagi mengisi dada dengan Ilmu dalam mengemudi perjuangan ini. Insyallah.
Pesta Kaut Beras Di Lebuh Raya, Kemalangan Lori Beras Dan Lori Pasir Di Km 394.4 PLUS sekitar Behrang Tanjung Malim.
Jika bulan lepas ada pesta kutip duit syiling di Seremban, semalam pula ada pesta kaut beras di Kilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke Selatan berhampiran Behrang-Tanjung Malim di sini.
Pesta kaut beras pada pukul 9.15 pagi itu berlaku apabila beratus-ratus kilogram beras daripada sebuah treler membawa muatan beras tumpah apabila kenderaan berat itu merempuh sebuah lori membawa muatan pasir.
Akibat perlanggaran itu juga, kelindan treler membawa beras maut manakala pemandunya cedera parah. Mangsa yang terkorban Hanafi Mohd. Daud, 19, manakala mangsa yang cedera, Ahmad Rozlin Ahmad Murad, 22. Muatan pasir dalam lori itu juga tumpah. Pemandu dan kelindan lori pasir itu tidak cedera.
Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Ismail Ibrahim berkata, sebelum kejadian itu, dua buah kenderaan itu dalam perjalanan dari utara menuju ke selatan untuk untuk menghantar muatan masing-masing.
Difahamkan didalam berita Bernama pagi tadi, mereka yang tercedera tersebut terbiar ditepi jalan kerana orang ramai sebok memunggah beras yang tumpah.
Ish-ish..... inilah rupanya nilai yang berjaya ditanamkan oleh sistem pendidikan, kemasyarakatan dan nilai hidup kita. Walaupun selepas lebih 50 tahun merdeka namun masih terbelenggu dan dijajah oleh nafsu. Selagi Islam terus dipinggirkan maka selama itulah nilai hidup akan dipimpin oleh hawa nafsu.
TEMERLOH, 23 Feb: PAS yakin semua permintaan rakyat di Kerdau dan Merlimau akan ditunaikan oleh Barisan Nasional (BN) sempena dengan pilihan raya kecil kedua-dua kawasan itu sekarang.
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin, jika rakyat minta sungai atau betulkan jalan yang bengkang bengkok pun akan ditunaikan oleh kerajaan BN sekarang.
"Tuan-tuan mintalah apa sahaja. Musim ini tuan-tuan, kalau nak sungai pun mereka akan lulus. Kalau tuan-tuan nak luruskan jalan yang bengkang bengkok pun, mereka akan buat," kata beliau di majlis ceramah dekat sini.
Namun begitu, Tuan Ibrahim yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau dan Pesuruhjaya PAS Pahang mengingatkan rakyat kawasan itu agar mengingati apa yang berlaku dalam kawasan pilihan raya kecil sebelum ini.
"Sebelum tuan-tuan percaya kepada janji-janji mereka, tuan-puan kena ingat pilihan raya kecil Sanggang di Temerloh sebelum ini. Ketika itu, beratus-ratus lori bawa batu jalan masuk ke kampung-kampung untuk membaiki jalan yang berlubang.
"Namun, akhirnya selepas pilihan raya, batu itu tinggal batulah. Jalan raya tuan-puan tetap macam itu juga," katanya mengingatkan janji BN semasa pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.
Kerdau adalah kawasan pilihan raya yang berjiran dengan kawasan pilihan raya kecil Sanggang sebelum ini.
Dalam pilihan raya itu, PAS meletakkan Datuk Hishamudin Yahya untuk bertanding namun kalah di tangan calon BN.
Tuan Ibrahim mengingatkan, kali ini orang-orang yang sama dengan watak-watak yang sama akan datang lagi ke Kerdau.
"Namun tuan-puan kena ingat, jangan sampai tertipu buat kali kedua," katanya.
Menurut Tuan Ibrahim, walaupun BN menang beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini, mereka sangat takut dengan kebangkitan rakyat sejak 2008 hingga kini.
"Walaupun PM menang besar dalam pilihan raya umum 2008, namun kenaikan yang ketara jumlah pengundi di Pekan menunjukkan PM sendiri sangat bimbang.
"Sebab itu, Perdana Menteri selalu saja mengulangi, Mesir tidak sama dengan Malaysia. Percayalah di Malaysia, rakyat yang kena dulu, Mesir tidak," katanya merujuk kepada kebangkitan rakyat Mesir.
Menurut Tuan Ibrahim, Umno sangat bimbang dengan tawaran 100 hari pertama Pakatan Rakyat melalui buku Jingganya.
"Sewaktu kita tawarkan program 100 Paktan Rakyat, PM berulang kali berkata, negara akan bangkrap jika ia dilaksanakan," katanya.
Sebenarnya, kata Tuan Ibrahim, tawaran yang dibuat oleh Pakaran Rakyat itu berdasarkan kajian teliti dan penyelidikan mendalam yang dibuat dan atas kemampuan negara.
"Yang paling menakutkan mereka, bila kita berjanji nak beri RM500 elaun tambahan sebulan kepada semua guru di Malaysia. Mereka kata, negara akan bangkrap.
"Namun, baru-baru ini, lebih 800 guru-guru besar dinaikkan gaji mereka...boleh pula," kata Tuan Ibrahim.
Pakatan Rakyat juga, kata Tuan Ibrahim, menawarkan untuk menghapuskan tol dalam program 100 harinya.
"Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan penurunan kadar tol....kalau panjanglah lagi tempoh menjelang pilihan raya ini, mereka akan tiru satu persatu cadangan kita," kata beliau.
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.
"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.
"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.
Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.
Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.
Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.
Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.
Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.
"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.
Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.
Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.
Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.
"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.
"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.
Getirnya hidup Bob Lokman. Jantan-jantan gua pun, boleh sebak leleh bro ! Secebis pengalaman pilu Bob Lokman diadaptasi dalam telemovie Tuhan Pun Tahu.
Skrip telemovie itu merupakan kisah benar hidup dia. Lirik lagu "Rendang Tak Berbuah"(klip video klik disini) itu juga dalam tafsir maksudnya. Hanya yang merasa perit yang tahu getarnya hidup yang didustakan.
"Ya, ibu pernah jatuh cinta, tapi bukan dengan ayah, ibu jatuh cinta dengan lirik ayah, ayah... ibu bukanlah sehelai kertas, ayah tidak boleh melayan cinta seperti helaian kertas, ibu juga manusia biasa, ayah tak perlu kesal, kita ada kenangan, walaupun cinta antara kita tak kekal, tapi anak-anak, merekalah buah cinta kita..."
SESUNGGUHNYA perpisahan amat menyakitkan. Berdepan krisis rumah tangga yang cukup memberi kesan mendalam terhadap hidup pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman hingga dia pernah hampir hilang arah dan derita sakit bertahun-tahun lamanya. Dialog di atas adalah ungkapan terakhir Bob sebelum melepaskan bekas isterinya dulu.
Biarpun dirinya ditinggalkan terkontang-kanting bersama anak-anak yang masih kecil, Bob tabah menghadapi dugaan. Dia tidak sesekali menyalahkan bekas isteri yang pernah dicintai itu, malah baginya, hanya Tuhan tahu apa yang tersurat dan tersirat di sebalik perpisahan yang mengundang seksaan itu.
Coretan hidup yang cukup menyayat hati itu jadi paparan drama Tuhan Pun Tahu arahan Jinggo terbitan JS Pictures untuk slot Cerekarama TV3 pada Maal Hijrah 2008. Ia dibintangi Afdlin Shauki, Sheila Rusly, Que Haidar, Kartina Aziz dan Normah Damanhuri. Cerita asal oleh Bob Lokman dan skripnya ditulis Nazli Jaafar.
Tuhan Pun Tahu bukan bertujuan untuk membuka pekung di dada, jauh sekali menjatuhkan air muka seseorang yang pernah bergelar isteri, sebaliknya ia sekadar pengajaran bermakna yang boleh dijadikan pedoman hidup. Kata orang, hidup tidak selalunya indah, ada kala diselangi suka dan duka.
Tajuk Tuhan Pun Tahu dipilih selepas meneliti skrip dan perjalanan ceritanya. Sheila melakonkan watak Ita, seorang gadis kampung yang mengagumi seorang penulis lirik terkenal, Lokman (Afdlin). Drama ini memaparkan empat peringkat iaitu bermula pertemuan Lokman dan Ita hingga menimbulkan bibit cinta, selepas berkahwin, dikurniakan dua cahaya mata dan krisis rumah tangga yang mengundang perpisahan.
"Perjalanan cerita Tuhan Pun Tahu adalah perkara tersirat. Setiap manusia bertindak atas sebab tertentu, begitu juga Ita. Biarpun dirinya dilimpahi kemewahan hidup tapi tanpa suaminya, Lokman sedari, dia sebenarnya gagal memberi perhatian dan limpahan kasih sayang. Wang bukan segala-galanya ketika itu.
Lagu "Rendang Tak Berbuah" nyanyian Hattan adalah 'kitab' bagi drama ini. Lalu wataknya diberi kepada Afdlin atas dasar dia adalah orang paling layak membawakan watak Lokman biarpun dia sudah tujuh tahun tidak berlakon drama. Afdlin dan Bob adalah teman rapat, dia faham dan tahu siapa Bob secara mendalam.
"Mulanya susah juga buat Afdlin yang kita tahu dia adalah pengarah, penerbit dan pelakon filem yang kembali ke layar TV, tetapi apabila membaca naskhah diberi, Afdlin jatuh cinta dengan jalan ceritanya. Apa yang berlaku adalah kisah hidup Bob bermula zaman kegemilangannya bersama Search pada 1989 hingga hari ini.
Afdlin menangis baca skrip
AFDLIN mengakui dia menitiskan air mata sebaik saja selesai pertama kali membaca skrip drama Tuhan Pun Tahu. Mungkin juga kerana kenal rapat dengan Bob dan mengetahui sejarah suka dukanya, hatinya turut terpalit pilu yang mendalam.
"Saya banyak berbincang dengan Bob dan perhatikan karektornya. Saya lihat Bob pelik orangnya, seorang yang lucu dan senang difahami. Mungkin orang nampak dirinya secara luaran, tapi ramai yang tahu apa terjadi padanya hingga mengundang derita bertahun-tahun.
"Saya hanya mengambil karektornya 60 peratus, saya ikut caranya bercakap dan ketawa. Sebab saya menjadi Bob dalam drama ini, tentunya sedikit sebanyak karektor mempengaruhi cara lakonan. Paling membuatkan saya sedih apabila Bob tidak menyalahkan bekas isterinya, dia juga memiliki kelemahan yang tidak disedari. Bob pun tahu kekurangannya iaitu panas baran," katanya.
Sementara itu, pengarahnya, Jinggo berkata, pertama kali bekerja dengan pelakon yang bergelar pengarah dan penerbit popular seperti Afdlin memberi pengalaman baru buatnya. Katanya, mungkin ada yang menganggap mengarah pelakon yang bergelar pengarah filem seperti Afdlin sukar tapi dirinya mengambil sikap positif.
"Saya seronok bekerja dengan Afdlin, dia tahu apa yang pengarah mahukan. Saya bersyukur Afdlin tahu dia bukan pengarah atau penerbit apabila melakonkan watak Lokman dan menghormati cara kerja saya.
"Afdlin mampu membawakan watak Bob dengan baik, begitu juga pelakon lain. Saya percaya dengan barisan pelakon yang bagus, sesebuah drama mahu memberi impak yang mendalam kepada penonton. Ini adalah drama saya yang paling cepat disiapkan iaitu dalam tempoh tujuh hari," katanya.
Jinggo berkata, dia juga mewakili JS Pictures mohon maaf pada Bob Lokman sekiranya drama Tuhan Pun Tahu sedikit sebanyak menyentuh perasaannya. Biarpun tujuh tahun sudah berlalu, kenangan itu mungkin masih terpahat dalam kotak memorinya. Go brother bob..!
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa apabila dikatakan kepada kamu, berangkatlah ke jalan Allah, kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu lebih menyayangi kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan) dengan akhirat hanyalah sedikit"
Surah At-Taubah : 38
Para Pemuda Ansoorullah sekelian
1. Saya percaya kita mampu dan utuh berdepan dengan cabaran musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk menyerang. Namun, saya khuatir dan takut jika kita sebagai pejuang Pemuda PAS ditundukkan dengan godaan syahwat yang sentiasa merayu untuk dituruti meskipun ia adalah sekecil-kecil jihad di sisi Allah. Akhirnya, ia menyebabkan kita longlai, berjiwa tua, malas dan tidak merasai kemanisan berkorban dalam perjuangan.
2. Saff pejuang yang hadir dalam Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini sewajarnya dikalungkan dengan jutaan terima kasih dan tahniah kerana sanggup menyahut seruan jihad meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. Tanamkanlah sepenuh keikhlasan semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal atas pengorbanan kecil yang telah kita dilakukan.
"Beberapa darjat daripadaNya, keampunan serta rahmah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" –
Surah An-Nisa' : 96
3. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk menyampaikan setinggi penghargaan kepada seluruh jentera PAS Negeri serta pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Kedah, terutamanya kabinet kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Al-Fadhil Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Tidak dilupakan juga kepada saf seperjuangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Yahya atas komitmen dan pengorbanan untuk merealisasikan himpunan yang bersejarah ini.
4. Meskipun pusat pentadbirannya jauh di Utara Semenanjung, namun maslahah dan kebaikan yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri tetap dirasai oleh seluruh rakyat di negara ini. Pendekatan politik muafakat, berkebajikan, berhikmah, bingkas, berwawasan, mengutamakan rakyat dan diam-diam berisi adalah antara wajah politik yang digambarkan dalam kepimpinan Ustaz Azizan.
5. InsyaAllah, kita berharap agar kepimpinan seorang alim yang dibantu oleh sekumpulan pakar profesional dalam bidang masing-masing ini mampu untuk terus mengembangkan dan menampilkan keadilan Islam disegenap jiwa rakyat.
6. Tatkala demografi sosio-politik nasional pada hari ini menggusarkan kita, Pemuda PAS harus tangkas meluruskan krisis keyakinan rakyat terhadap Islam. Apabila ruang demokrasi itu dibuka seluas-luasnya, maka inilah peluang yang terbaik untuk kita terus melebarkan agenda politik PAS kepada seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik yang dianuti.
7. Tarbiyah, siyasah dan dakwah adalah nadi gerakan. Pemuda PAS sebagai tiang seri perjuangan akan sentiasa melazimi perkara ini tanpa jemu dan henti. Malah, kita merasa bangga kerana ia merupakan budaya kerja para rasul yang diutuskan Allah sepertimana firmanNya yang bermaksud,
"Dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada pada jalan yang lurus" –
Surah Al-Haj : 67
8. bMenurut Imam An-Nawawi, "Tanggungjawab melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar tidak akan gugur daripada seorang mukallaf walaupun pada pandangannya ia tidak membawa faedah. Malah ia tetap wajib dilaksanakan kerana memberi peringatan itu memberi faedah kepada orang-orang yang beriman. Tanggungjawabnya ialah menyuruh dan melarang dan bukannya memastikan manusia menerimanya"
Oleh yang demikian, Pemuda PAS akan memastikan risalah kebenaran ini disampaikan. Kita tegar berjuang untuk memastikan bahawa Syari'at Allah SWT itu mesti didaulatkan.
9. Matlamat perjuangan yang jelas mestilah disusuli dengan pendekatan yang betul. Ketaqwaan, penyerahan tekad yang total kepada Allah, ikhlas, tidak riya', tidak mengejar pangkat dan nama, tidak mencari keredhaan manusia sehingga sanggup menggadaikan prinsip adalah antara pendekatan yang mesti diiltizamkan. Marilah kita bersama-sama merenung firman Allah SWT yang mengisahkan keadaan Nabi Nuh A.S terhadap umatnya (bermaksud);
"Sekiranya kamu membelakangkan peringatanku, maka tidak menjadi hal kepadaku kerana aku tidak meminta sebarang balasan daripada kamu, balasanku hanyalah dari Allah, dan aku diperintahkan menjadi orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah" –
Surah Yunus : 72
10. Kejatuhan regim pemerintahan zalim di Tunisia dan Mesir baru-baru ini dan kini kebangkitan ummah merebak ke Yemen dan Algeria, telah memetakan satu lagi sejarah kemenangan revolusi di tangan rakyat. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Shah Mohammed Reza Pahlawi, Ferdinand Marcos, Boris Yeltsin, Suharto dan ramai lagi pemimpin negara rebah digulingkan oleh kebangkitan rakyat.
Mengapakah perkara ini boleh berlaku?
11. Di Iran, meskipun rakyat berdepan dengan gerombolan-gerombolan tentera antara yang terhebat di dunia, namun disebabkan oleh kesempitan hidup, lonjakan inflasi, amalan sekularisme, rasuah dan dalang perisikan tajaan Amerika (SAVAK), akhirnya rakyat menolak pemerintahan diktator.
12. Rakyat Iran terpaksa membayar harga revolusi itu dengan selaut pengorbanan termasuklah para mahasiswa, anak muda dan tokoh disegani, Ali Shari'ati dibunuh dengan penuh kontroversi. Meskipun terpaksa melalui dua fasa getir revolusi, akhirnya panji kezaliman berjaya ditumbangkan pada tahun 1979.
13. The 1986 People Power Revolution di Filipina juga mencatat sejarah revolusi yang getir. Pembunuhan misteri pemimpin pembangkang, Benigno Aquino menjadi kemuncak pemusatan kuasa rakyat untuk meniarapkan Marcos.
14. Selain itu, ironisnya, Emelda Marcos (isteri Ferdinand Marcos) menjadi salah satu punca kejatuhan regim tersebut kerana dia sibuk mencampuri urusan kerajaan, berbelanja terlalu boros dan memegang beberapa jawatan dalam kerajaan termasuklah menjadi seorang ahli Parlimen.
15. Negara jiran kita, Indonesia juga pernah mengharungi nasib yang sama. Tahun 1998 telah bergoncanglah ibu kota Jakarta dengan rantaian beberapa siri reformasi yang digerakkan oleh saff mahasiswa, anak muda dan golongan marhaen iaitu Tragedi Trisakti, Tragedi Semanggi 1 dan Tragedi Semanggi 2.
16. Apabila Krisis Kewangan Asia 1997 mendekam Indonesia, rakyat melarat kepayahan. Rupiah Indonesia menjunam teruk, hutang negara melambung tinggi, kronisme dan kapitalis bertempiaran sehingga rakyat berani turun ke jalan raya menghentam Suharto dan menolak Orde Baru. Akhirnya, regim Suharto juga tersungkur!
17. Semangat revolusi rakyat Indonesia masih lagi dapat dirasai sehingga ke hari ini. Dendangan sajak reformasi yang dideklamasikan oleh WS Rendra, seorang penyajak utama Indonesia yang diberikan jolokan Burung Merak dan terkenal dengan drama Kasidah Berzanji masih lagi menjadi siulan mereka,
"Saudara-saudara sebangsa dan setanah air,
Saat ini kita masih terperangkap dalam lingkaran setan,
Kemiskinan, ketidak pedulian, korupsi
Kerja asal-asalan,
Ayuh, kita tidak mahu lagi dijajah oleh kemiskinan dan kesusahan,
Kini saatnya Revolusi Kebangsaan"
18. Revolusi, reformasidan perubahan adalah satu sunnatullah. Tidak ada satu kerajaan zalim pun dalam dunia ini yang akan memerintah untuk selama-lamanya. Gahnya tirani Fir'aun tenggelam jua. Teguhnya Konstantinopel ditembusi jua oleh Sultan Mahmud Al-Fateh. Benarlah firman Allah SWT,
"Katakanlah (wahai Muhammad), 'Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Kau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Kau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"
– Surah Ali-'Imran : 26
19. Kita mesti meyakini bahawa masa depan dunia adalah di tangan Islam. Agama yang paling tinggi martabatnya adalah Islam. Inilah yang diungkapkan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam bukunya 'Al-Mubasyyiraat bi Intisaaril Islam'. Antara sunnah Ilahi itu ialah Sunnah Al-Mudawalah (Sunnah Pertukaran Kuasa). Beliau mengistinbathkan dalam satu ayat yang diturunkan selepas Peperangan Uhud.
"Jika kamu (dalam Peperangan Uhud) mendapat luka maka sesungguhnya kaum (musyrik) itu juga telah mendapat luka yang sama (dalam Peperangan Badar). Dan demikianlah hari-hari Kami tukar gantikan antara manusia"
– Surah Ali-'Imran : 140
Manakala, dalam satu ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman (bermaksud),
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah menulis dalam Kitab Zabur (semua kitab yang Allah turunkan kepada nabi-nabinya) selepas tertulis di Az-Zikr (Luh Mahfuz), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh"
– Surah Al-Anbiya' : 105
20. Inilah motivasi (taghrib 'aqidah) yang kita imani sehingga kita tidak gentar dan terus istiqamah dalam jalan dakwah ini. Benar, jalannya payah, jerih, jauh dan berliku. Namun, Pemuda PAS tidak akan sekali-kali berundur daripada jalan yang dipilih ini, insyaAllah.
Ayuh, saya ungkapkan kata-kata keramat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi,
"Sekiranya kurun ke-19 adalah kurun untuk Kristian, kurun ke-20 adalah kurun untuk Yahudi dan terbinanya negara haram Israel serta penjajahan mereka ke atas lebih 20 buah negara Arab, maka kurun ke-21 adalah kurun untuk Islam!"
Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah pada hari ini adalah manifestasi kepada dua perkara, iaitu;
a) Misi "PAS Ganti UMNO"
b) Misi persiapan pusingan terakhir Pemuda PAS berdepan dengan Pilihanraya Umum Ke-13
21. Hari ini, rakyat ditakut-takutkan dengan kehilangan kuasa politik Melayu. UMNO mengancam orang Melayu dengan gambaran sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya nanti, hak keistimewaan Melayu dibuang, maruah orang Melayu diperlekehkan, Islam digugat, raja-raja Melayu dihina dan tanah-tanah Melayu digadai kepada bangsa lain. Ini semua adalah KHURAFAT UMNO dan BARISAN NASIONAL!
22. Tidak cukupkah segala bukti ini menunjukkan bahawa UMNO telah mencabul bangsanya sendiri. Kini, sudah tidak ada apa-apa lagi sumbangan yang boleh dibangga-banggakan oleh UMNO kepada orang Melayu melainkan mereka hanya cuba untuk membaiki labu yang telah rosak. Untuk mereka : Enough is enough!
Amanah Perjuangan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia
23. Melihat kepada situasi ini, saya ingin melontarkan beberapa tindakan penting untuk Pemuda PAS berikan perhatian yang sepenuhnya.
a. Hubungan dengan Allah SWT mestilah semakin intim dan manis. Kemenangan Islam yang kita dambakan hanya akan tiba setelah kita benar-benar meletakkan kecintaan kepada Allah dan Rasul sepenuhnya. Marilah kita sama-sama terus melazimi solat berjemaah, bertahajjud dan solat hajat. Mudah-mudahan kekuatan ini mampu meneguhkan derap perjalanan kita di medan perjuangan ini.
b. Rapatkan saff dan ikatkanlah ukhuwwah antara kita sekuat-kuatnya. Jangan biarkan jarum halus fitnah, berburuk sangka, dengki dan dendam menyuntik dalam hubungan kita ini. Saya bimbang terutamanya menjelang musim permilihan parti menjadi gelanggang untuk melonggarkan ribath tentera Pemuda dan akhirnya lemah sehingga mudah dilapah musuh.
c. Pastikan semua gerak kerja pemuda diperingkat kawasan dan cawangan terus fokus kepada sasaran pengundi boleh menang. Markaz operasi pilihanraya Pemuda PAS mestilah dibuka sekurang-kurangnya 20 jam sehari dengan hasil-hasil kerja yang memberansangkan.
24. saudara sekelian .... Sesungguhnya kemenangan yang kita impi-impikan umpama detik kedatangan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda meninggalkan Marru Dzahran menuju Ummul Qura' (Makkah) pada 17 Ramadhan tahun kelapan hijrah.
25. Piagam kemenangan kita adalah :
keadilan yang digariskan oleh Islam,
membimbing dan menyelamat rakyat,
berkasih sayang,
tidak berdendam,
keamanan dan
mengangkat kemerdekaan yang sebenar.
Hari ini kita bersaksi bahawa Pemuda PAS akan bersedia menjadi teras kemenangan yang dinanti-nantikan.
Bob Lokman, satu nama yang besar dalam arena seni tanahair khususnya penulisan lirik lagu. Siapa yang tidak tahu tentang lagu Isabella nyanyian kumpulan Search? Lagu tersebut begitu popular suatu ketika dulu. Ciptaan komposer M.Nasir dan liriknya hasil nukilan Bob Lokman.
Banyak lagi lagu-lagu popular terutamanya kategori rock yang mendapat sentuhan lirik daripada Bob Lokman.
Tetapi, itu dahulu. Diwaktu beliau dipuncak dalam arena seni dengan melalaikan jutaan peminat dengan karya-karya 'agung' beliau.
Kini, Bob Lokman telah bertaubat nasuha daripada gelombang hidup yang penuh dosa. Beliau menzahirkan kesungguhannya didalam menuju jalan Allah dengan menyertai jemaah Islam iaitu PAS hari ini dengan menyerahkan borang keahlian kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak didalam program Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Ikuti luahan hati Bob Lokman dihadapan ribuan pemuda yang berhimpun hari ini.
Assalamualaikum.
ALHAMDULILLAH. Aku amat bersyukur kepada ALLAH kerana memberikan aku peluang untuk kembali ke ruangan ini setelah 2 tahun aku tercari-cari jawapan untuk sebuah kebenaran. Hampir sekali aku membenarkan kebatilan menjadi sebuah haq dalam aliran pemikiran. Hanya ALLAH yang berkuasa memberikan petunjuk diatas jalannya yang lurus.
Setelah aku melalui takabbur demi takabbur, ujub demi ujub, sum'ah demi sum'ah begitu juga kesenangan demi kesenangan, ketakutan demi ketakutan dan setelah 2 kali menghampiri sempadan kematian, akhirnya aku sedar segala yg aku lalui itu sepatutnya ia berlaku dengan penuh kesedaran bahawasa itu semua DEMI ALLAH.
Maka aku kembali mencari jalan yang benar bermula dengan TAUBAT NASUHA kepada setiap perlakuan yang SYIRIK kepada ALLAH. Betapa terlalu lama aku bertuhankan dunia demi menyelamatkan kehidupan dunia dari soal kelaparan hinggalah kepada kemewahan yang melupakan aku kepada tujuan ALLAH menjadikan manusia dan jin di muka bumi ini.
Mengapa aku terpengaruh untuk mengejar dunia yang memang telah diberitahu oleh Almarhum Ayah semasa aku kecil, bahawa dunia ini adalah bala, setan, iblis, yahudi dan nasara, adalah kerana dunia ini telah dibentuk acuannya oleh mereka yang bernafsu besar untuk menjadi hebat pada mata dunia. Bermulanya Malaysia ini dengan nafsu Tunku Abdul Rahman untuk membuktikan bahawa dia boleh melakukan lebih baik dari orang inggeris hinggalah sampai kezaman Mahathir yang bernafsu besar untuk menyatakan kepada bangsa lain di dunia bahawa orang melayu lebih hebat dari mereka. Maka aku pun terperangkap didalam kehendak nafsu besar pemimpin yang berbuat sesuatu kerana sesuatu yang aku kurang faham tetapi yang pastinya bukan KERANA ALLAH. Disambung pula oleh pemimpin selepasnya dengan niat "kerana mu Malaysia", "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" maka kita telah menyimpang jauh dari kehendak ALLAH menjadikan kita sebagai hambanya yang sepatutnya berbuat sesuatu "KERANA MU ALLAH" & 'ALLAH DIDAHULUKAN, TAQWA DIUTAMAKAN".
Kalau dahulu aku bersama-sama membenarkan kemungkaran dan aku berstatuskan munafiq, hari ini ALLAH telah memberikan aku hidayah dan menguasakan aku untuk beriktikad dengan AKIDAH "LA ILA HA ILLALLAH, MUHAMMADURASULULALLAH". Bersama dengan Ahlussunnahwaljamaah aku akan meneruskan sisa perjalanan mencari dan menyampaikan kebenaran kerana aku insaf ramai manusia tidak mahu menjadi jahat, tetapi kerana mahalnya harga nafsu yang perlu dibayar untuk dipuaskan, maka mereka terpaksa memilih jalan yang telah disediakan oleh yahudi dan nasara. Langkah demi langkah aku akan meninggalkan yang haram dan syubhat hingga aku dipertemukan dengan jalan yang benar sebagaimana permohonan aku ketika aku membacakan "IH DINAS SIRA TAL MUSTAQIM" didalam surah ALFATIHAH. Semoga langkah awal ini akan dipermudahkan oleh ALLAH untuk aku mencari teman yang sealiran dan mengajak seramai mungkin umat manusia kembali kepada ALLAH.
Kepada Ibu Bapa, Guru-Guru dan para sahabat, doakan semoga aku sentiasa beristiqamah diatas jalan yang benar dan sentiasa bermujahadah DEMI ALLAH. kepada Umat Malaysia, marilah kita sama-sama mencari perubahan kearah kebenaran dengan menyatakan "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH" dengan menegah perkara yang boleh menjadikan kita SYIRIK kepada ALLAH.
Sekian dulu sebagai introduction untuk blog ini, hingga bertemu lagi dalam tulisan selepas ini, Assalamualaikum, Takbir- ALLAHUAKBAR.
Tambahnya lagi, "kesian dgn org2 melayu yg kaya dan pandai. Penat mereka berusaha di dunia, penat pula merangkak kalau dpt ke syurga atau lebih tenat pula kalau 'homestay'nya neraka. Tak salah kaya dan pandai, tapi mengapa menolak Ulama'. Bukan semua, tapi mereka yg derhaka. Bertaubatlah...! "
"Benarlah dunia ada ujian. Berkata benar ada ujian. Marah yg benar ada ujian. Berbuat baik ada ujian. Mengutuk pada yg patut ada ujian. Yg paling halus, pujian adalah ujian. Susahnya melihat tanpa dosa, susahnya berkata tanpa dosa, susahnya berniaga tanpa dosa, susahnya bekerja tanpa dosa, susahnya berehat tanpa dosa, susahnya puasa tanpa dosa, susahnya sembahyang tanpa dosa, susahnya berdakwah tanpa dosa, susahnya merdeka tanpa dosa namun lebih susah bila ada rasa TIDAK PERNAH BERDOSA.."
Ceramah Pertama Bob Lokman dihadapan ribuan pemuda..
Rancangan Hujah malam tadi 23 Feb nampak sangat BN cuba memperlekeh Mursidul Am PAS Dato Tok Guru Nik Aziz dan juga Parti PAS. Dipengerusikan oleh Aziz Desa dan jemputan khas Tan Sri Sanusi Junid tokoh politik UMNO. Beliau (Tan Sri Sanusi) malam tadi telah mengeluarkan dalil bahawa UMNO tidak kafir kerana Allahyarham Dato Asri bekas pemimpin PAS telah masuk UMNO sebelum meninggal dunia. Hujjah malam tadi banyak menghentam PAs yang dikategorikan sebagai parti serpihan. Mungkin hujah malam tadi sebagai medan menghentap pAS sebagai kempen PRK Merlimau dan Kerdau tidak lama lagi.
Astagfirullah ! Bila Tun Mahathir kata tanpa tol rakyat akan lebih miskin dan kurang maju? Benarkah akan berlaku begitu. Tidakkah Malaysia sebenarnya lebih kaya dari negara Brunei yang hanya mempunyai minyak . Malaysia mempunyai lebih hasil seperti petrolium, sawit, industri eletronik , getah dan banyak lagi, cuma PENGURUSAN YANG TIDAK BETUL menjadikan Malaysia terlalu bergantung kepada PETRONAS dan PLUS.
Negara akan sengsara tanpa Tol - Mahathir KUALA LUMPUR - Gagasan menjadikan lebuh raya milik negara bukan sahaja merupakan keputusan perniagaan yang tidak bijak malah akan menjadi beban kewangan kepada kerajaan, yang boleh mengakibatkan negara menjadi lebih miskin dan kurang maju.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan itu bukan sahaja melibatkan kos mengambil alih lebuh raya dibiayai melalui wang rakyat, Malah perbelanjaan untuk menyenggara lebuh raya akan juga dibiayai melalui dana disatukan.
"Oleh kerana tiada tol akan dikenakan, kerajaan tidak akan mendapat wang daripadanya dan juga tiada cukai dipungut daripada syarikat swasta yang mengendalikan operasi jalan raya kerana mereka tidak akan ada sumber pendapatan.
"Saya rasa kualiti lebuh raya juga akan merosot (lama kelamaan)," katanya sebagai mengulas saranan agar tol dihapuskan dan kerajaan mengambil alih operasi lebuh raya di Malaysia.
"Dengan memiliknegarakan lebuh raya, kerajaan juga perlu membayar upah kepada pekerja untuk menyenggara jalan raya.
"Kerajaan tidak akan meraih apa-apa daripada langkah menjadikan prasarana ini milik negara, malah dana disatukannya akan terus menguncup," katanya dalam ucapan pembukaannya pada Kongres Dunia Pertama dan Pameran Pengurusan Aset Prasarana, di sini, semalam.
Menurutnya, sebagai satu tindak balas saiklik, perkhidmatan dan projek lain akan terjejas disebabkan pengurangan pembiayaan kerana wang yang ada disalurkan kepada pengendalian dan penyenggaraan lebuh raya ini yang tinggi kosnya,
"Pendek kata, kerajaan akan kekurangan wang untuk dibelanjakan bagi pembangunan lain, yang bererti pertumbuhan negara ini akan menjadi lembap dan rakyat akan menjadi lebih miskin.
"Rakyat juga perlu menurunkan mutu kehidupan. Kita boleh lupakan Wawasan 2020 serta cita-cita untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi serta kekal sebagai negara dunia ketiga," katanya.
Mahathir berkata, sama ada sesebuah negara itu ada sumber alam atau tidak, kemahiran pengurusan kerajaanlah yang menentukan prestasi negara itu.
"Rakyat juga mesti memahami secukupnya tentang perjalanan ekonomi dan bahawa kerajaan bukanlah pertubuhan amal dan mempunyai amat banyak wang yang boleh dibelanjakan tanpa had.
"Jika sesebuah kerajaan itu memilih untuk menjadi popular dan mengetepikan perkara-perkara penting tentang pengurusan yang baik, terutamanya pengurusan prasarana, kita tidak harus hairan jika negara itu gagal berkembang," katanya.
Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, yang diselubungi kontroversi selepas diisytiharkan sebagai Sultan Sulu di Kota Kinabalu baru-baru ini, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Beliau berkata peletakan jawatan itu, yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat Umno dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keanggotaannya dalam Umno sejak lebih dua dekad lepas.
Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.
"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini," katanya.
Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.
Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat -- satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.
Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.
Mohd Akjan berkata beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.
Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis 'pertabalan sebenar' diadakan.
Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad, yang diselubungi kontroversi selepas diisytiharkan sebagai Sultan Sulu di Kota Kinabalu baru-baru ini, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Umno berkuat kuasa serta merta.
Beliau berkata peletakan jawatan itu, yang dinyatakan dalam sepucuk surat yang dihantar ke ibu pejabat Umno dengan salinannya dikirim ke pejabat di Sabah, akan menyelamatkan parti itu daripada bersusah payah membincangkan tentang keanggotaannya dalam Umno sejak lebih dua dekad lepas.
Dalam satu kenyataan, Mohd Akjan berkata laporan polis dan serangan dalam media susulan berita beliau dilantik menjadi Sultan Sulu ke-33 bermotifkan politik dan bertujuan memusnahkan nama baik beliau.
"Saya mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan individu dan organisasi ini," katanya.
Mohd Akjan berkata apa yang telah dirujuk sebagai pertabalan sebenarnya merupakan majlis kesyukuran yang diadakan selepas beliau menerima jawatan itu yang ditawarkan kepadanya oleh kerajaan sementara Sulu yang mendapati beliau adalah keturunan langsung Sultan Sulu yang terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1.
Beliau berkata setelah tiga kali menolak untuk menjadi Sultan Sulu, beliau akhirnya bersetuju selepas mereka menerima beberapa syarat -- satu daripadanya ialah mereka menggugurkan tuntutan terhadap Sabah.
Mohd Akjan berkata penerimaan itu dibuat secara bertulis dan ditandatangani pada majlis kesyukuran itu.
Mohd Akjan berkata beliau seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Kudat dan sangat sayangkan negaranya.
Beliau, bagaimanapun, menegaskan bahawa beliau terpaksa melepaskan taraf sebagai warganegara Malaysia sebelum majlis 'pertabalan sebenar' diadakan.
Меня зовут Михаил, я представляю компанию «В Десятке.ру», которая специализируется на привлечении потенциальных заказчиков.
Я подготовил для Вас предложение по привлечению целевых посетителей и потенциальных клиентов путем нахождения сайта dppnkedah.blogspot.com в ТОП-10 поисковых систем Яндекс, Рамблер, Гугл. Данный вид рекламы приносит существенно больший экономический эффект в сравнении с Яндекс.Директ.
Буду признателен, если прокомментируете данное предложение.
С уважением, Шохин Михаил Менеджер интернет-проектов Компания "В Десятке.ру" Тел./Факс: + 7 (495) 661-36-76 Мобильный: + 7 (926) 537-06-66 Электронная почта: mihail@v10ke.ru Сайт: www.v10ke.ru
You are subscribed to email updates from DPPN KEDAH To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MELAKA: Seorang Orang Kelainan Upaya, Hamzah Ibrahim, 43, yang tinggal di Jalan Kilang Berapi 7, Merlimau, di sini merayu sumbangan bagi meringankan sedikit kesusahan yang dialaminya setelah kehilangan tangan kiri sejak umur 18 tahun.
Beliau menceritakan kemalangan yang berlaku ketika bekerja kilang pada masa itu menyebabkannya kehilangan tangan kiri yang menyukarkannya untuk melakukan kerja-kerja berat dan sebagainya, manakala isterinya, Haidah Surip, 43, cuma bekerja sebagai pembantu kantin sekolah.
Walaupun menerima sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan namun ianya tidak mencukupi memandangkan beliau mempunyai dua anak yang masih kecil masing-masing berumur 10 dan 2 tahun.
Unit Peti Undi Pengkalan Samak yang bersimpati dengan nasib keluarga Hamzah turut menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan asas ketika menziarahi rumah beliau yang diketuai Ketuanya, Md Nor Modeng.
Sesiapa yang ingin memberikan sumbangan bagi meringankan kesusahan yang ditanggung keluarga beliau bolehlah menghubunginya di talian 012-3554234 atau memasukkan terus ke dalam akaun Maybank bernombor 101048527507.
HARAKAH 18-21 RABIUL AWAL 1432 / 21-24 FEBRUARI 2011
*** Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan "Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh, dan berkata, 'sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri'." (Fussilat: 33) ***
KETIKA berkunjung ke Merlimau baru-baru ini, saya berkesempatan merehatkan diri di anjung rumah Penghulu Mad Natar/Abdul Ghani yang terletak di Kampung Permatang Serai, Merlimau Tengah.
Sambil berbual-bual dengan waris dan penjaga rumah itu, Rizal Mad Rahim, 35, mata saya mengawasi kerja-kerja melebarkan jalan kampung di sebarang jalan dari rumah tradisional berkenaan. Sebuah traktor sedang menimbun tanah manakala beberapa pekerja sibuk memeriksa longkang di sisi jalan.
Seorang wanita tua yang layak dipanggil nenek turun daripada basikal tuanya, kemudian menyatakan sesuatu kepada pemandu traktor. Saya difahamkan dia meminta lelaki itu menimbus lubang di persimpangan jalan itu bagi mengelakkan kereta orang kampung (saya difahamkan wanita itu ada anak yang memiliki kereta) tercebur dalam longkang.
Demikianlah orang Merlimau kini mewah dengan projek rakyat yang mencurah-curah di kawasan mereka. Al-maklumkan pilihan raya kecil akan diadakan di Dun ini pada 6 Mac nanti.
Penamaan calon adalah pada 26 Februari – masanya ada lebih kurang dua minggu lagi, sebab itulah projek-projek kilat ini perlu disegerakan sebelum pemimpin dan penyokong pihak bertanding menyerbu ke kawasan selatan Melaka ini yang mempunyai lebih 10,500 pengundi – 65 peratus daripada mereka Melayu, 21 peratus Cina, 14 peratus India dan bakinya bangsa-bangsa lain.
Selepas puas memerhatikan kerja-kerja membesarkan jalan di depan Rumah Penghulu Mad Nattar itu, saya pun singgah di depan Masjid Al-Rahim. Pekerja kelihatan bertungkus-lumus membaiki itu dan ini di kawasan masjid. Antara yang dibaiki ada tandas dan tempat mengambil wuduk. Itulah apabila ada pilihan raya, bukan pemilik rumah tersenyum, kaki masjid pun gembira kerana kerosakan di masjid mereka segera dibaiki.
Bercakap mengenai nasib pemilik rumah kampung, bagi menghadapi pilihan raya kecil ini, saya difahamkan sejumlah RM500,000 diperuntukan bagi membaiki rumah orang miskin melalui Dana 1-Malaysia Development Berhad (1MDD). Ooh, alangkah beruntung orang Merlimau, tak tahulah bila peluang keemasan seperti ini akan muncul lagi.
Demikianlah, apabila pilihan raya muncul, tiba-tiba rakyat disantuni bagai raja. Saya lihat banyak jalan masuk ke rumah orang-orang kampung sudah ditar. Kini jalan orang kampung sudah lebar dan cantik.
Di persimpangan jalan utama Melaka-Muar/Merlimau Tengah, kelihatan sekumpulan buruh berkulit gelap sibuk menurup laluan persendirian yang menghala ke rumah penduduk. Panas matahari tidak mereka hiraukan, mungkin mereka mahu menyiapkan projek dengan kadar segera kerana habuan sudah siap menunggu. Lagi pun tidak lama lagi pemimpin kecil, sederhana dan besar akan berkampung di Merlimau.
Penulis berkesempatan singgah di sebuah warung kopi bagi mendengar perbualan penduduk. Sambil menghirup teh 0 limau, penulis mendengar seorang buruh dalam usia 40-an berkata: "Aaah, sekarang mintaklah apa saja. Mesti dapat punya."
Seorang lelaki menyampuk: "Kalau nak jalan tar sampai tangga rumah pun boleh dapat. Inilah masa untuk kita desak itu dan ini."
Demikianlah projek begitu sinonim dengan pilihan raya kecil. Apabila di sesebuah kawasan itu berlaku kematian ahli Parlimen atau Adunnya, maka banyaklah pojek pembangunan akan dicurahkan di sana.
Namun satu hal yang sangat mengusarkan apabila ditanya kepada menteri-menteri berhubung projek-projek berkenaan, mereka berkata ia tidak ada kena mengena dengan pilihan raya. Mereka cekap untuk menyatakan projek itu sudah lama dirancang, tinggal lagi belum dilaksanakan. Dan secara kebetulan, ia dilaksanakan ketika pilihan raya akan diadakan.
Tinjauan penulis di Dun Merlimau, memperlihatkan Umno-BN sudah meningkatkan kempennya termasuk mendirikan bilik gerakan pilihan rayanya seperti di Permatang Bukit yang terletak di depan Merlimau Inn iaitu satu-satunya hotel di pekan ini yang boleh dimasuki melalui jalan lama Melaka-Muar, jalan persisir pantai, jalan Batu Gajah, Lebuh AMJ dan juga Lebuh Raya Utara Selatan melalui susur keluar di Lipat Kajang seterusnya menggunakan jalan lama Jasin-Merlimau.
Dua bendera gergasi BN juga sudah dipasang di depan 'Kedai Asam Pedas Oren D' Corner' yang terletak berhampiran Politeknik Merlimau di jalan Jasin-Merlimau. Di kawasan ini juga sudah diadakan bilik gerakan pilihan raya Barisan Nasional bagi Dun Merlimau. Selain itu banyak kain rentang parti-parti seperti IPF menyatakan sokongan kepada PM Najib Razak dan KM Mohd Ali Rustam.
Diberitakan pemimpin-pemimpin BN termasuk TPM Muhyiddin Yassin akan menjadikan Politeknik Merlimau sebagai 'markas' perjumpaan ahli dan penyokong mereka sedangkan sejak dulu, kini dan selamanya mereka kerap mengungkapkan: "jangan politikkan sekolah dan masjid." Itulah pemimpin Umno-BN yang cakap tidak serupa bikin, jadi relalah rakyat menyerah diri kepada mereka?
JASIN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memberi sedikit kelonggaran kepada parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bagi memastikan proses itu bebas unsur negatif.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata antara kelonggaran itu ialah membenarkan parti PAS mencetak gambar pemimpin parti rakan sekutu mereka pada bahan kempen.
SPR mahu menguatkuasakan peraturan pilihan raya secara mesra pengguna dan sentiasa berlaku adil kepada semua pihak, katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.
Pada masa yang sama, Wan Ahmad turut meminta semua pihak agar mematuhi peraturan pilihan raya dan arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata sebanyak RM900,000 dipohon bagi SPR melaksanakan pilihan raya kecil DUN Merlimau tersebut.
Kerusi DUN itu kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari Barisan Nasional meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
SPR menetapkan 26 Februari ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pula pada 6 Mac jika ada pertandingan.
PAKATAN Rakyat, khususnya PAS dijangka tidak mendapat laluan mudah pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau, Melaka, bulan depan. Selain kawasan itu secara tradisi menjadi kubu Barisan Nasional (BN), pengalaman politik dilalui pembangkang di negeri itu juga membuktikan betapa parti pemerintah negeri tersebut antara yang paling tidak "bertamadun" dalam tindak-tanduk politiknya.
Justeru, PAS bakal berdepan suasana kempen yang tegang dan amat tidak selesa, sama sekali berbeza dengan "ketenangan" dilaluinya sewaktu PRK Dun Tenang, dua minggu lalu. Isyarat itu bagaikan terbayang menerusi kesediaan Pengerusi BN negeri merangkap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam berdebat dengan parti lawan sepanjang tempoh kempen nanti.
"Saya sanggup, saya berani menjawab semua isu dibangkitkan pembangkang mengenai negeri ini, termasuk isu Melaka Maju, Sekolah Harapan dan isu lain yang mengutuk tindakan kerajaan negeri." Media cetak pada Sabtu, 12 Februari lalu, memetik katanya yang telah pun "turun padang" ke Merlimau. PRK berkenaan bakal diadakan ekoran kematian penyandangnya, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari.
Dun Merlimau mempunyai 10,471 pemilih berdaftar dengan komposisi 64.69 peratus pengundi Melayu, diikuti Cina (21. 11%) dan India (14.16%). Komposisi pengundi campuran itu sedikit menggarap harapan buat PAS. Biarpun berbekalkan peratusan undi majoriti kekalahan agak tinggi, parti itu sekurang-kurangnya mampu mencongak bahawa BN sebenarnya tidak ada kelompok pengundi khusus yang boleh dijadikan "kubu" kekuatannya.
"Agak menariknya seluruh peti undi di Dun Merlimau mempunyai pengundi campuran, tidak ada pengundi khusus berbanding di Dun Tenang, yang ada peti undi dikuasai Melayu, Cina dan Orang Asli. Bagaimanapun, di Merlimau pengundinya bersifat campuran. Tidak ada kawasan boleh dibanggakan BN yang menjadi kubu kuat mereka."
Media cetak pada Isnin (14 Februari) memetik ulasan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bersandarkan perkiraan itu, beliau yang juga pengarah PRK itu malah menyuarakan keyakinan tidak mustahil PAS berupaya mendapat kerusi pertamanya di Melaka menerusi PRK itu.
Memang tidak ada yang mustahil dalam politik. Namun, mengambil kira realiti dan latar politik setempat, secara jujur wajar diakui bahawa keyakinan itu agak ambitiousbuat PAS.
Jangan lupa bahawa BN Melaka diterajui seorang yang terkenal dengan perwatakan keras dan sukar berdiplomasi apabila berdepan pihak lawan. Selain Umno Terengganu di bawah pimpinan Dato' Seri Idris Jusoh yang ada rekod menghalau pelajar-pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dari bangunan sekolah mereka, kerja terkutuk seumpama itu dilaporkan turut berlaku di Melaka.
Sebab itu apabila siang-siang lagi Ali Rustam telah melaungkan akan "mengiringi" majlis ceramah PAS dengan hujah balasnya, itu bukan perkara main-main. Pemimpin yang pernah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan utama Umno itu tidak sekadar bercakap apabila menyatakan kesediaannya "berdebat" mengikut caranya tersendiri.
"Lebih baik jika program itu (debat dengan pembangkang) dilakukan dalam satu kawasan, bukan di pentas sama. Cuma saya di sebelah kiri, dia (pembangkang) di sebelah kanan dan setiap kali dia bertanya, saya akan menjawab masa itu juga," kata Ali Rustam.
Harus diingat pemimpin ini pernah mempraktikkan cara beliau maksudkan itu beberapa tahun lalu. Sebilangan kita barangkali masih ingat insiden di mana beliau seakan seorang yang hilang akal tergamak mewujudkan kacau-ganggu sedemikian pada ceramah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Melaka.
BN sengaja mengadakan ceramah di seberang jalan bersetentang pentas ceramah PAS yang telah dirancang lebih awal. Lalu pada malam itu Ali Rustam tampil di pentas seumpama seorang "tukang karut" dalam persembahan dikir barat.
Setiap kali Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan hujahnya, kedengaran suara pemimpin Umno itu mengulas dari seberang jalan, dalam nada menyergah dan mempersenda. Kita percaya tindakan sebegitulah yang dimaksudkan untuk diulanginya di Merlimau nanti.
"Tidak kisah siapa akan berada di pentas sebelah kanan, sama ada Nik Aziz (Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat), Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang. Semua saya sanggup berdepan,"katanya.
Kita bimbang jika hasrat itu diteruskan atau Ali Rustam dibenarkan oleh pihak keselamatan untuk menjadi "tukang karut" lagi, ia akan mengundang suasana tegang dan tidak terkawal. Suhu sepanjang tempoh kempen PRK tidak sama dengan hari-hari biasa. Waktu itu penyokong dan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang hadir bukan sahaja orang Melaka.
Mereka dari serata negara. Kita bimbang tidak semua mereka mampu mengawal perasaan, terutama apabila majlis parti mereka diejek dan dikacau ganggu secara berterusan. Justeru, semua pihak yang mahu melihat kempen PRK Dun Merlimau berjalan secara budiman harus memandang serius hasrat pemimpin Umno itu.
Kenyataan oleh penulis Pro- Sabah dalam akhbar Harian Ekspres di ruangan FORUM bertarikh 23 Februari 2011 amat diberi perhatian oleh Parti PAS di negeri Sabah ini.
Untuk makluman PRO-SABAH dan rakyat Sabah ,PAS SABAH telah diasaskan sejak 19 Mei 1986 lagi dan kami mempunyai jaringan ahli parti di seluruh pelusuk negeri Sabah.Ahli parti kami terdiri dari semua bangsa.
PAS telah menyertai pilihanraya Sabah buat pertama kalinya pada 3 hb ogos 1986, pilihanraya umum Malaysia bagi memilih Ahli Dewan Rakyat (ahli parlimen). PAS telah meletak tiga orang calon bertanding di tiga kerusi parlimen iaitu di Parlimen Kota Belud,Jambongan dan Kimanis.
Penyertaan dari non -muslim terutama ahli yang beragama Kristian amat menggalakkan di bawah organisasi Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)negeri Sabah. Setakat ini,ahli dewan himpunan penyokong ini sudah menjadi yang teramai di Malaysia ini.
Slogan PAS FOR ALL amat signifikan dan tepat dengan latar belakang serta budaya orang Sabah.Lagipun kita ini dari rumpun manusia yang sama.Agama mana sekali pun menggalakkan kita kenal mengenal di antara manusia tanpa kira bangsa dan budaya mereka.PAS SABAH amat menghormati hak kebebasan beragama sebagaimana yang diinginkan rakyat Sabah.
PAS yakin kita amat menjaga hak kebebasan beragama di Sabah ini.Malah PAS amat berbangga dengan penyertaan ramai non muslim ke dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)di Sabah.Untuk makluman semua,pakatan rakyat di Sabah ini amat kukuh dan mempunyai kekuatan setanding dengan Barisan Nasional.Tidak mustahil,pakatan rakyat akan menang dalam pilihanraya ke 13 nanti.
Agak pelik, jika kita berbicara tentang arena demokrasi tetapi ada juga suara sumbang yang mengatakan hanya parti berpusat di Sabah bertanding di Sabah sedangkan hak berparti dan menubuhkan parti adalah hak rakyat yang bebas mendeka di Negara Malaysia ini.
PAS Sabah dan pakatan rakyat amat komited untuk membantu dan membangunkan rakyat Sabah atas jaminan prinsip-prinsip keadilan dan kami berazam mengembalikan kegemilangan negeri Sabah sebagai negeri terkaya di Malaysia suatu ketika dulu.
PAS Sabah amat berterima kasih pada rakyat yang sudah celik dan mahu membuat perubahan dibumi yang tercinta ini.
Adun Titi Serong, DRS Khalil Idham Lim tetap bertegas kata-katanya bahawa DUN Perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri Perak telah dijampi oleh bomoh tersebut. Dengan ini, beliau bertegas akan tidak hadir ke dalam sesi soal jawab dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari ini.
Keputusan ini dibuat setelah mendapati usul yang telah dikemukakan oleh ADUN Kamunting dalam sidang dewan mengenai perkara berkaitan adalah tidak sah dan terbatal apabila Speaker DUN Perak tidak mengembalikan usu itu kepada Dewan bagi mendapat sokongan sebelum memutuskan beliau dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
'Keputusan saya ini dilakukan demi untuk menjaga kesucian DUN Perak dari melakukan sesuatu tindakan dan keputusan dengan melanggar undang-undang dan peraturan yang sedia ada'. katanya di sidang media yang diadakan di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak disini.
Pas Kawasan Batu Gajah bersama-sama calon PAS di DUN Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon meneruskan misi membatu gologan susah. Pada minggu ini skuad misi bantuan diteruskan di Kampung Ara Payung, Sebanyak lebih 60 golongan memerlukan telah menerima bantuan. Kini, lebih 140 buah rumah di dalam DUN Sungai Rapat telah mendapat bantuan. Walaupun pihak PAS tidak mempunyai dana, namun hasil daripada bantuan dan derma daripada pihak yang sudi memberi telah menjayakan usaha "PAS PRIHATIN".
ADUN Sungai Rapat ialah YB Hamidah Osman. Beliau adalah Exco Kanan negeri Perak. Tetapi rakyat didalah DUN beliau masih banyak yang susah dan terabai. Masih banyak rumah golongan memerlukan yang beliau tidak pernah kunjungi. Tak buat kerja ke????
Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.
"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.
"Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.
"Siapa kata RON95 nak naik... siapa cakap? Khabar angin?.. .jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).
Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lepas.
"Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan.
"...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu," katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.
Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter.
Terdahulu, Ismail Sabri dan Tan menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian persefahaman pelaksanaan Pemodenan Bengkel Automotif (ATOM) antara Mohd Zain dengan wakil daripada lima konsultan yang menjadi pelaksana projek tersebut. — Bernama
Komen : Penyokong dan Ahli UmnoBn bakal di tipu!!!!! Rakyat malaysia yang cerdik melayu, cina, india dan sewaktu dengannya akan ajar umnoBN pada PRU13 dan PRK merlimau dan kerdau....Tak percaya Tunggu!!!!!! Ubah Sebelum Parah!!!!
PAHANG: KEADILAN Pahang mengesan kegiatan agen Umno-BN yang sedang aktif menghubungi anggota parti KEADILAN bagi tujuan memujuk mereka keluar parti, menjelang Pilihan Raya Kecil Dun Kerdau.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, Ahmad Nizam Hamid berkata, agen tersebut dikenalpasti telah menghubungi anggota-anggota KEADILAN di Temerloh dan Kuala Krau, selain mensasarkan anggota parti di cabang-cabang lain seperti Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar.
Ahmad Nizam berkata, dari maklumat yang diperolehi pihaknya, sekitar 500 individu yang dikatakan anggota KEADILAN akan mengiystihar keluar dari parti itu secara beramai-ramai.
"Agen-agen UMNO dikatakan telah menjanjikan imbuhan berbentuk wang ringgit kepada mereka yang 'mengistiharkan' diri keluar dari Parti," ujarnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Temerloh dalam satu kenyataan media.
Menurut Nizam, KEADILAN Pahang sekali lagi menegaskan bahawa taktik seumpama itu merupakan strategi perang saraf yang sudah lapuk.
Mereka yang berbuat demikian katanya, kebiasaannya terdiri dari kalangan ahli Umno yang diupah untuk mengaku sebagai anggota KEADILAN.
"Pada masa yang sama KEADILAN Pahang turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin kepada mana-mana anggota Parti yang bersekongkol dengan BN dan melanggar disiplin parti," tegas beliau
22 Feb 2011, Pangsapuri Seri Intan - Ekoran masalah yang dihadapi oleh para penduduk di sini, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan Negeri Selangor YB Tuan Iskandar Abdul Samad melalui wakilnya Saudara Rosli Abidin bersama ADN Lembah Jaya YB Tuan Hj Khasim Abd Aziz dan Encik Noor Isman Ismail dari Unit COB MPAJ melawat Pangsapuri Seri Intan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pihak penduduk diwakili oleh Tuan Hj Zulkifli selaku Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri tersebut.
Dalam majlis taklimat yang diadakan, YB Khasim memaklumkan kepada para penduduk bahawa pihak Exco telah memberi jaminan untuk memberi keutamaan kepada Pangsapuri Seri Intan dari segi bantuan membaik pulih kedua-dua lif yang rosak. Beliau seterusnya berharap agar penduduk bersabar sementara menunggu kerja-kerja pembaikan dijalankan.
Tuan Hj Zulkifli dalam ucapan penutup menyeru penduduk agar sama-sama berdoa dan dapat menjelaskan yuran penyelenggaraan bulanan bagi memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang.
Dari kiri: Tuan Hj Zulkifli, Saudara Rosli Abidin dan YB Khasim
Ucapan oleh Tuan Hj Zulkifli yang mempengerusikan majlis
23.2.11 SHAH ALAM Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan dalam mesyuarat EXCO nya hari ini telah memutuskan Kerajaan Selangor akan membiayai penghanataran balik semua pelajarnya ke Mesir memandang keadaan sudah kembali baik dan keperluan mendesak untuk mereka bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan tahunan yang dijangka seawal bulan April. EXCO Pendidikan Tinggi Dr Hjh Halimah Ali menegaskan bahawa semua pelajar diminta berdaftar dengan BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM(BPI) JAIS untuk melayakkan mereka dibiayai penerbangan mereka oleh kerajaan negeri.Beliau juga menyata satu mesyuarat khas bersama Setiausaha Kerajaan, JAIS, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Selangor,badan kebajikan pelajar Selangor, BRIGED AMAL SELANGOR dan beberapa syarikat penerbangan sedang dikenalpasti untuk urusan penerbangan. Sementara itu, usaha untuk membantu mereka menyesuaikan diri semula dengan keadaan di Mesir disamping kebajikan mereka sedang di nilai secara holistik. Pertubuhan NGO seperti PAPISMA dan Yayasan Amal juga akan dilibat sama dalam membantu mempastikan kesihatan mereka dijaga dan berada dalam keadaan optima untuk meneruskan pelajaran. Untuk melicinkan pengurusan dan menambahkan keupayaan pelajar, EXCO Pendidikan Tinggi akan menganjurkan program holistik pelajar Mesir berperingkat(berkumpulan) yang bermula 28.2-1.3; 2-3.2;7-8.3;di AMPANG PECAH SELANGOR. Sila daftarkan diri kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JAIS, Us Fauzul
" By joining PAS, the risks to my livelihood paled in comparison when I thought about the future of my children. I join PAS because I feel there is a community which can guide me to the true path," said Bob.
Man behind Malaysia's rock icons tells of his 'salvation' in PAS
Harakahdaily
ALOR SETAR, Feb 22: For the sake of his children, popular songwriter Mohd Hakim Lokman (pic right) has decided that joining PAS would be the first step towards ensuring a better future for the next generation.
Better known as Bob Lokman, the man who was instrumental in the all-time Malay hit song "Isabella" popularised by leading rock band Search, said he was finding it increasingly difficult to bring up his children against a backdrop of moral crisis in the country's institutions.
"I feel there is a problem in the system of life. I want to educate my children in the Islamic way because they encounter problem in their education, in their interaction and in the social system they are in," explained the bubbly Bob, speaking at length in a recent interview with Harakahdaily.
Bob, who won the Best Songwriter Award at then coveted Juara Lagu Awards in 1989, stole the limelight at a gathering organised by PAS youth in Kedah last weekend, handing over his PAS membership form to Kedah Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.
While he may be best remembered for the chart-topping song "Isabella", Bob has had a colourful career in the local entertainment scene, managing such household singing sensations as Ramli Sarip, M Nasir and Hattan.
During its early years, Bob also managed Wings, one of Malaysia's pioneer rock groups famous during the eighties and nineties, composing for it such songs as "Taman Rashidah Utama" and "Jerangkap Samar", among their other favourites which still linger on air due to their sheer popularity.
For many, however, Bob's latest move appears to be ideologically in contrast to his career, especially to a man who has been breathing rock music all his life.
But Bob sincerely believed that PAS had the right leaders who could guide him.
"Yes, I have always felt that I have failed to educate my children and I will go to hell," Bob confessed, uninhibited in telling that he longed for a kind of 'salvation'.
180 DEGREES TURN?
"Because of that, I feel that I have no place to ask for help, I joined PAS because I feel there is a community which can guide me to the true path," said Bob.
Coming from an industry which has often depended on political patronage as much as talent, Bob understood the risks involved, and such risks could be far from calculated.
But neither was he naive. When asked, Bob said he knew well the kind of repercussion he might face for joining an opposition party, saying that risks to his livelihood paled in comparison when he thought about the future of his children.
Peniaga bimbang gerai diroboh Sinar Harian 23 Feb 2011
Sungai Layang, Rembau - Peniaga gerai Majlis Daerah Rembau (MDR) di sepanjang jalan Kampung Sungai Layang berasa bimbang apabila dimaklumkan bangunan yang ditambah tanpa kebenaran akan dirobohkan.
Peniaga lemang, Johari Ishak berkata, dia menambah atap di bahagian belakang kerana ruang gerai yang sedia ada sempit dan tidak selesa, terutama pada waktu hujan.
Menurutnya, gerainya sering terkena tempias air hujan dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.
"Oleh sebab itu, peniaga di bangunan ini terpaksa membina beberapa bahagian seperti dapur dan tempat menyimpan barang kerana ruang yang ada begitu terhad. Walaupun menyedari tindakan kami salah tetapi kami tiada pilihan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Johari berkata, beberapa hari lalu, Bahagian Penguatkuasaan MDR datang dan memaklumkan bahawa tindakan mereka adalah salah kerana membina bangunan tambahan tanpa kebenaran.
"Saya sebagai wakil kepada peniaga di sini, memohon supaya pihak MDR dapat mempertimbangkan semula supaya tidak merobohkan bangunan yang dibina dan memberi kami peluang untuk berniaga seperti biasa," katanya.
"Tinjauan yang dilakukan ke beberapa gerai di sini menunjukkan ada peniaga terpaksa membina bahagian dapur dan tempat menyimpan barang kerana keadaan gerai yang kecil," katanya.
CERAMAH UMUM Sempena Pelancaran Kempen Bantah Swasta Saman Ekor Peringkat N.Sembilan Tarikh : 6 Mac 2011 , AHAD Masa : 9 mlm Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Penceramah : YB Dato' Mahfuz Omar Shamsul Iskandar Mohd Akin Zulkefly Mohamad Hj Omar
CERAMAH PERDANA Ahad 27 Feb 2011 9 malam Bersama : Zulkefly Mohamad Hj Omar Dr Badrul Amin Bahron Ustaz Kamal Ashaari Tempat : Lot 13015, Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Semua dijemput hadir
ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka.
Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.
Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.
TELUK INTAN, 23 Februari - Pada 11 Februari yang lepas, ADUN Changkat Jong telah melakukan ziarah rakyat di Kg. Changkat Jong. Salah seorang penduduk kampung yang telah diziarahi ialah Sdr. Mujilan Salim, 50, seorang pesakit kencing manis yang telah terlantar di rumahnya selama setahun tanpa mendapat sebarang bantuan.
YB Anuar ketika menziarahi Sdr. Mujilan.
Di dalam pertemuan tersebut, YB Anuar amat bersimpati dengan nasib pesakit tersebut dan berjanji akan membawa kes ini kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Teluk Intan.
Selepas ziarah tersebut sebenarnya pihak ADUN Changkat Jong telah segera memaklumkan kepada Sdr. Hacharan Singh, Ketua DHPP Teluk Intan yang memang ditugaskan menghubungi pihak JKM.
Hasil tindakan pantas oleh pihak YB Anuar maka dalam tempoh seminggu, pesakit kencing manis ini telah mendapat perhatian pihak JKM. Maka pada 16 Februari yang lepas pihak JKM telahpun menyerahkan bantuan kerusi roda kepada Sdr. Mujilan. Penyerahan kerusi roda telah diadakan di rumah beliau.
Pada hari yang sama, wakil ADUN Changkat Jong iaitu Sdr. Hacharan Singh telah mengunjungi Sdr. Mujilan dan memberikan sumbangan. Turut hadir ialah Timbalan Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Sarguna, Ketua Cawangan PAS Batu 9 Changkat Jong Sdr. Salleh Ibrahim dan Setiausaha PAS Cawangan.
Ketua Cawangan PAS, Sdr. Salleh menyerahkan sumbangan kepada ibu Sdr. Mujilan sambil diperhatikan oleh Sdr. Hacharan dan Sarguna.
Menurut Sdr. Hacharan Sing, selain mendapat bantuan kerusi roda, Sdr. Mujilan juga akan mendapat bantuan bantuan bulanan JKM sementara ibunya pula akan mendapat bantuan daripada pihak Baitulmal.
"Pihak ADUN Changkat Jong memang akan sentiasa memastikan sedaya upaya agar segala permasalahan rakyat dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak JKM Teluk Intan yang telah memberikan bantuan kerusi roda kepada pesakit ini," tambah beliau lagi.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan kejam pembunuhan ke atas ratusan rakyat Libya yang meyuarakan tuntutan hak mereka. Rakyat Libya yang tidak bersenjata telah turun ke jalan raya menuntut hak mereka yang dinafikan selama puluhan tahun. Tindakan pihak keselamatan kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah menggunakan senjata berat ke atas rakyat yang menunjukkan perasaan mereka adalah tindakan tidak bertamadun dan tidak patut berlaku pada zaman moden ini.
Masyarakat antarabangsa, yang bermati-matian mempertahankan hak asasi manusia, demokrasi dan perundangan antarabangsa wajar untuk memberikan tekanan kepada kepimpinan negara Libya agar menghentikan segera kezaliman berkenaan dan menubuhkan badan siasatan bebas bagi menyiasat pembunuhan ini bagi memberi keadilan kepada mangsa-mangsa pembunuhan tentera dan polis Libya. Kepimpinan Libya yang telah menyekat hak rakyat selama puluhan tahun ini pula wajar untuk melepaskan jawatan dan mengembalikan demokrasi yang tulen kepada rakyat.
PAS bersama dengan gerakan Islam juga menyeru agar dunia barat tidak memandang serong terhadap peranan gerakan Islam dalam melakukan perubahan secara demokrasi. Dunia barat juga tidak wajar mengamalkan sikap double standard dalam mencadangkan penyelesaian kemelut di Asia Barat, kerana tindakan meminggirkan peranan gerakan Islam yang ingin bersama rakyat untuk melakukan perubahan secara demokrasi akan hanya merumitkan lagi penyelesaian ke arah keamanan sejati.
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Selasa 19 Rabiul Awal 1432 / 22 Februari 2011
Isu Pelepasan Kuota Perumahan Bumiputera Yang Dibangkitkan Oleh Buletin Utama Tv3 Pada 21 Februari 2011
Saya menafikan laporan Buletin Utama TV3 bertarikh 21 Februari 2011 bahawa Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menghapuskan kuota perumahan Bumiputera di di negeri ini.
Laporan tersebut juga tidak tepat kerana menyebut kuota perumahan Bumiputera di Selangor adalah 30 peratus. Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus.
Kerajaan Negeri telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan wakil-wakil pemaju iaitu REHDA dan permintaan pelepasan kuota secara otomatik atau "automatic release" telah dibangkitkan oleh mereka. Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri setakat ini belum lagi membuat sebarang keputusan tentang "automatic release" yang diminta oleh REHDA.
Kerajaan Negeri telah hanya menubuhkan sebuah syarikat, Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor, untuk membantu pemaju memasarkan hartanah di bawah kuota Bumiputera. Ini diharapkan dapat meringankan beban para pemaju di samping memastikan pemilikan hartanah di kalangan masyarakat Bumiputera terjamin.
Saya berharap masyarakat tidak akan tetipu dengan propaganda yang dimainkan oleh UMNO Barisan Nasional atau media-media mereka.
UMNO sentiasa memainkan sentimen perkauman di dalam setiap isu tetapi sebenarnya bersifat hipokrit. Contohnya di dalam isu kuota perumahan Bumiputera, UMNO berkokok kononnya mahu mempertahankan kuota ini tetapi di dalam masa yang sama pemaju-pemaju UMNO juga adalah di antara yang kerap mempertikaikan kuota tersebut.
Iskandar A. Samad Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor 22 Februari 2011
Bila Menteri Kerajaan Barisan Nasional membuat pengumuman bahawa tidak berlaku kenaikan harga barang atau kenaikan harga minyak, maka rakyat perlu bersedia bahawa kenaikan dah nak berlaku sangat.
Rakyat sudah mual dengan janji palsu menteri ini dalam puluhan kes yang berlaku sebelum ini.
Mari kita sama-sama tunggu apa yang akan berlaku seterusnya dalam masa terdekat ini.
Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian itu sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak terlalu menekan rakyat.
"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.
"Sebab itu, Kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat," katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON95 dalam masa terdekat pada sidang media di Pusat Latihan Harta Intelek di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir sama Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohd Zain Mohd Dom.
Ismail Sabri berkata, setakat ini kerajaan belum berhasrat menaikkan harga petrol itu kerana pihaknya berpendapat untuk menjimatkan perbelanjaan, ia bukan sekadar dengan menaikkan harga minyak.
"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik).
Katanya, walaupun terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM14 bilion bagi menampung kenaikan harga minyak dunia tahun ini, kerajaan masih mencari alternatif bagi menstabilkan harga minyak tempatan biarpun kos itu telah meningkat RM4 bilion berbanding tahun lalu.
"Terdapat beberapa buah negara di dunia telah menaikkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan, tetapi sebaliknya bagi kita, kerajaan masih tidak berhasrat menaikkannya kerana kita akan melihatnya secara keseluruhan.
"...Dan kita tengah berbincang dan mencari opsyen itu," katanya yang enggan mendedahkan butiran opsyen tersebut.
Petrol RON95 telah diperkenalkan pada penghujung Ogos 2009 bagi menggantikan RON97 sebagai produk petrol utama dan kini dijual di stesen minyak di seluruh negara dengan harga RM1.90 seliter.
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,
BalasPadamSelepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat
Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.
Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.
Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,
Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)
Terima kasih semua.