Ahad, 4 November 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 03 Nov 2012 11:33 PM PDT

Suara Sri Andalas


Janji Pakatan - Turun harga minyak dan kereta mansuh PTPTN pendidikan percuma

Posted: 03 Nov 2012 09:00 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

"Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi.

"... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).

"(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," kata Anwar yang juga ketua umum PKR di hadapan kira-kira 30,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.

Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.

Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta.

"Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN.

Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak.

Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.

Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan.

"Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu.

Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut.

"(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

"Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.

"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya.

Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.

Sumber: Malaysiakini

Pakatan Harapan Rakyat Dilancarkan

Posted: 03 Nov 2012 02:00 AM PDT

PETALING JAYA, 3 NOV : Perang psikologi dua kuasa besar politik negara mula 'dilancarkan' apabila PKR menjadi parti politik pertama memperkenalkan poster dan bilboard kempen Piliharanraya Umum ke-13 (PRU) hari ini.

Dengan tema "Pakatan Harapan Rakyat", majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di perkarangan Ibu Pejabat PKR.

Untuk fasa pertama, sebanyak 10 bilboard diperkenalkan dan fasa seterusnya akan diperkenalkan sehingga menjelang PRU-13.

Kempen ini juga akan disebarkan menggunakan media elektronik termasuk laman sosial dan blog.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan segala urusan termasuk kelulusan dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan diuruskan oleh pasukan khas.

Beliau menambah, setakat ini sebanyak 13 tajuk risalah telah disebarkan sejak empat bulan lalu.

Menurut Wan Azizah, PR lebih selesa untuk bertempur dengan kempen politik sihat dan idea berbanding menghamburkan kata nista serta mainan fitnah seperti yang diamalkan Umno-BN.

"Sebab itu PRU-13 kita tidak mahu dirosakkan dengan cacian. Kita mahu mewarnai kempen PRU ini dengan idea, harapan, wajah-wajah rakyat, semangat dan kelakinan Malaysia bakal dan InsyaAllah akan mendapat lebih kebaikan," katanya di Ibu Pejabat PKR.

Ujar Wan Azizah, sejak tahun 2008, PR telah membawa banyak isu rakyat seperti penurunan harga minyak, pembinaan rumah mampu milik dan skim kesihatan wanita yang selama ini cuba dipadamkan oleh Umno-BN.

Turut hadir, beberapa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR antaranya Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Fuziah Salleh dan Exco Selangor, Rodziah Ismail.

Sumber: Selangorku

Ops Kolah Bagi Perangi Nyamuk Aedes

Posted: 03 Nov 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM 3 NOV : Dalam usaha memerangi pembiakan nyamuk Aedes, Kerajaan Negeri memperuntukkan 'Direct Grant' sebanyak RM 5,000 setiap tahun kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengadakan "Ops Kolah".

Dalam satu Majlis Perasmian Ops Kolah peringkat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi tadi, Exco Kesihatan, Dr. Xavier Jayakumar berkata usaha itu penting untuk mendidik masyarakat membersihkan kolah mandi mereka agar tidak menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes.

"Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing maka saya yakin dan percaya kita mampu mengatasi dan mencegah kes demam denggi daripada berleluasa," ujar Xavier dalam majlis yang diadakan di Flat PKNS Blok 68, Seksyen 24 di sini.

Selain itu, Xavier turut menekankan agar semua pihak memberikan kerjasama dalam usaha membanteras tempat pembiakan di sekitar kawasan-kawasan sekolah yang mempunyai potensi menjadi sarang pembiakan Aedes.

"Saya harap pihak pendidikan dapat bekerjasama dengan pihak sekolah termasuk pihak PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) untuk memastikan kawasan sekolah bersih dan bebas pembiakan Aedes.

"Jika didapati terdapat jentik-jentik, kita di peringkat PBT boleh mengambil tindakan menutup sekolah tersebut," tegas Xavier.

Beliau yang ditemani Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon 8, Hisham Shariman turut berkesempatan melawat dua buah rumah selain meninjau kawasan persekitaran flat tersebut.

Dalam tahun ini, sebanyak 7,359 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negeri Selangor dan 939 kes daripada jumlah tersebut berlaku di kawasan MBSA.

Sehingga 27 Oktober lalu, MBSA mengenal pasti empat kawasan 'Hot Spot' pembiakan nyamuk Aedes iaitu di Taman Karrupiah (Padang Jawa), Stesyen Mumbar Tentera Darat Kem Sungai Buloh (Seksyen U19), Pangsapuri Damai (Seksyen U4) dan Asrama SMK Sek 18 (Seksyen 18B).

Sumber: Selangorku

Ukraine Mahu Promosikan Industri Produk Minyak Sawit Selangor

Posted: 02 Nov 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV :  Bagi merancakkan sektor pelaburan di antara dua negara, Ukraine hari ini menyatakan kesediannya untuk mempromosikan Selangor kepada pelabur Ukraine yang berminat untuk terlibat dalam industri penghasilan produk berasaskan minyak sawit.

Perkara ini dinyatakan delegasi Wilayah Kyiv, Ukraine, kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengadakan kunjungan hormat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira setengah jam itu, Timbalan Ketua Pentadbir Ukraine, Yevgen A Golovin berkata, sektor pembuatan khususnya bidang penghasilan produk-produk berasaskan minyak sawit antara sektor yang perlu diterokai pelabur Ukraine.

"Bekalan minyak sawit yang mudah diperoleh di samping kemudahan infrastruktur serta jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang bertaraf antarabangsa menjadikan Negeri Selangor sebagai lokasi paling berdaya saing untuk pelabur asing," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan supaya anak-anak syarikat milik Kerajaan Selangor menjalinkan kerja sama dengan syarikat Ukraine dalam bidang ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

"Negeri Selangor mudah memperoleh bekalan minyak sawit pada harga yang munasabah kerana Malaysia memiliki ladang kelapa sawit yang luas.
"Kemudahan ini amat sesuai untuk pelabur-pelabur Ukraine terlibat dalam sektor pembuatan berasaskan minyak sawit," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, selain sektor perkilangan, Selangor juga sesuai untuk pelaburan di dalam sektor perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Turut serta dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Ketua Pegawai Eksekutif SSIC, Hassan Azhari Idris.

Delegasi berkenaan turut dibawa melawat I-City selain diraikan dalam satu majlis makan malam anjuran SSIC di shah Alam Convention Center (SACC).

Sumber: Selangorku

Status Kemajuan Pembinaan Hospital Shah Alam Diragui

Posted: 02 Nov 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV: Status pembinaan hospital Shah Alam diragui apabila kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) 'berjaya' melaksanakan kerja-kerja yang dijangka akan mengambil 82 hari dalam masa 30 hari sahaja.

Menurut MP Shah Alam, Abdul Khalid Samad, projek tersebut telah lewat 33 hari dari jadual yang ditetapkan.

Bagaimanapun 30 hari kemudian, laporan terbaru projek itu menunjukkan kerja-kerja tersebut telah siap 19 hari lebih awal daripada jadual kemajuan yang dijangka.

"Adakah ini cuma laporan mainan sebab sukar percaya sebelumnya lewat 33 hari. Tetapi dalam masa 30 hari mereka boleh siapkan 82 hari punya kerja hingga mendahului ke  hadapan 19 hari.

"Adakah pembayaran 'in advance' ada dibuat untuk melajukan projek ini setelah saya tanya sebelumnya?

"Apa yang kita mahukan adalah status kemajuan pembinaan yang sebenar," kata Abdul Khalid dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini Abdul Khalid pernah beberapa kali mengkritik kelewatan kerja pembinaan hospital ini yang sepatutnya disiapkan pada pada 2011 tetapi telah di tunda ke hujung 2013.

Beliau juga pernah hantar petisyen yang ditandatangani orang ramai kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuntut satu tindakan konkrit bagi menyelesaikan masalah pembinaan hospital itu termasuk memecat Menteri Kerja Raya.

Sumber: Selangorku

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 03 Nov 2012 11:28 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PKR's Bill Board

Posted: 03 Nov 2012 01:46 AM PDT










Anwar Ibrahim

Posted: 03 Nov 2012 07:08 PM PDT

Anwar Ibrahim


[VIDEO] Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 11:10 AM PDT


Hujan Lebat, Jalan Sesak Lebih 10,000 Banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 07:31 AM PDT

KeadilanDaily

Sekalipun hujan lebat sejak tengah hari tadi, Himpunan Kebangkitan Rakyat bermula meriah berikutan kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum membanjiri padang Taman Seremban Jaya seawal jam 4 petang.

Ia bertambah gamat apabila konvoi pemuda Pakatan Rakyat diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysian, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard, tiba di lokasi selepas melepasi kesesakan lalu lintas.

Mereka disambut paluan kompang, gendang masyarakat India dan tarian Singa yang dipersembah penduduk setempat.

Antara tokoh yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang bakal mendeklamasi puisi malam ini.

Acara bermula dengan pidato pimpinan muda Pakatan – KEADILAN, PAS dan DAP, selain persembahan nyanyian Dayangku Intan,  Nizam dari kumpulan Laksamana dan kugiran metal, Heldrasil.

Program dihenti sekitar jam 6.30 petang untuk memudahkan rakyat beragama Islam menunaikan solat, sebelum acara utama diteruskan jam 8 malam.

Ia bakal menampilkan pidato pimpinan utama Pakatan termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

PKR Lancar Papan Iklan, Poster Kempen Baru

Posted: 03 Nov 2012 07:11 AM PDT

Malaysiakini

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” itu.

Kempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan “caci nista”, katanya.

“Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan.

“Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang,” katanya dalam ucapan perasmiannya.

Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita.

Dalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Wan Azizah berkata di media berkenaan akan dipasang di “kawasan yang menjadi lalu lalang dan yang boleh melihat mesej tersebut”.

Difahamkan, sebanyak 10 papan iklan dilancarkan bagi fasa pertama, dan ia akan bertambah bagi fasa kedua.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu akan membentuk satu pasukan bagi menguruskan permohonan pemasangan papan iklan dan poster tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

MP Machang itu berkata mesej yang disampaikan melalui media berkenaan “konsisten” dengan isu yang dibangkitkan oleh PKR seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan caruman pada wanita.

“Kita konsisten dengan melawan secara polisi (dengan BN). Polisi lawan polisi. Kita ajak politik sihat melalui mesej yang positif kepada pengundi,” katanya.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 03 Nov 2012 11:49 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 07:21 AM PDT




Gambar-gambar yang dipetik daripada rakan-rakan blogger dan penyokong PR;




















Sekitar Pelancaran Karnival Rakyat di Seremban Jaya

Posted: 03 Nov 2012 06:38 AM PDT






Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 03 Nov 2012 11:32 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Pengerusi Perkasa N.Sembilan pun hadir program bekas Al Arqam

Posted: 03 Nov 2012 06:47 AM PDT

Kenapa apabila Dr Badrulamin hadir majlis pengikut bekas Al Arqam beliau ditahan dan dijadikan berita utama? Kenapa apabila Pengerusi Perkasa N.Sembilan hadir majlis pengikut Al Arqam tiada penahanan dan tidak dijadikan tajuk berita akhbar?

Laporan program rasmi Pengerusi Perkasa N.Sembilan bersama pengikut bekas al Arqam di http://anjangmuor.wordpress.com/2012/08/06/umno-vs-gisb-dari-kacamata-perkasa/

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dupahang's Weblog

Posted: 03 Nov 2012 11:28 AM PDT

Dupahang's Weblog


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Posted: 03 Nov 2012 10:57 AM PDT

http://syahrilkadir.wordpress.com "Bismilhhari Rahmanir Rahim; maka dengan ini adalah diisytiharkan bagi pengetahuan orang ramai bahawa pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Perkara 29 (a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, Bahagian Yang Kedua, Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang bermesyuarat pada hari ini (4 Syawal 1431 Hijriah bersamaan 13.9.2010, pukul 9.00 pagi) di Pejabat SUK, Kota Darunaim, Kota Bharu telah [...]

Subhanallah, kisah sniper Jabhah Nushrah gugur dalam pertempuran di Hamah dalam usia 15 tahun

Posted: 03 Nov 2012 07:36 AM PDT

Muhib Al-Majdi  – Sabtu, 3 November 2012 10:26:37 HAMAH (Arrahmah.com) – Mujahidin Jabhah Nushrah kembali mempersembahkan seorang ksatrianya sebagai syahid dalam pertempuran di propinsi Pinggiran Hamah. Abu Hamzah Al-Faruq, sang mujahid gugur dalam usia 15 tahun. Dialah sniper dan mujahid termuda Jabhah Nushrah di negeri Syam. Umar Al-Bukairati adalan nama asli Abu Hamzah Al-Faruq atau [...]

Utusan Jahil Tentang Hudud Terus Mengelirukan Rakyat Malaysia

Posted: 03 Nov 2012 07:28 AM PDT

Kuala Lumpur: Utusan masih jahil tentang hukuman Hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk ” Polemik Hukum Hudud PAS ” menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud. Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, [...]

Syabas Abdul Hadi Awang

Posted: 03 Nov 2012 07:22 AM PDT

Oleh ; http://msomelayu.blogspot.com/ Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berselorah dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen [...]

Yang membela Islam tiga orang Cina

Posted: 03 Nov 2012 07:06 AM PDT

Oleh Subky Latif HarakahDaily HAMPIR menitis air mata menahan sebak melihat yang membela Islam dicerca Dr. Chua Soi Lek dan pemimin MCA ialah orang Cina dipercayai ketiga-tiganya bukan Islam. Jika yang sensitif apabila Islam dicerca ialah orang Islam, orang PAS dan orang yang beriman, tiada suatu yang luar biasa kerana orang Islam tidak  wajar membisu [...]

Tuan Guru Cetus Mood Baru di Pahang

Posted: 03 Nov 2012 07:02 AM PDT

Mungkin ramai yang tidak bersetuju bahawa Presiden PAS memilih untuk bertanding di Pekan. Tetapi bagi kami jentera parti di Pahang amat berseetuju dengan keputusan politik Tuan Guru bagi memecahkan ‘benteng’ umno kuat di Pahang. Seperti kebanyakan orang tahu ramalan Daim 3 buah negeri yang kekal bawah UBn adalah Johor , Pahang dan Melaka. Lain-lain ramal [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Nov 2012 11:25 AM PDT

Batu Gajah Mari


Lampu, Jalan TAR pun takde walaupun dah 55 tahun merdeka!

Posted: 03 Nov 2012 03:27 AM PDT


Penduduk RPA Bemban membuat aduan bahawa mereka terpaksa tinggal di rumah kediaman yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan tar di hadapan rumah. 

RPA Bemban wujud lebih daripada 50 tahun, tetapi sehingga hari ini tidak ada jalan tar di hadapan rumah mereka. Mereka tidak pernah didatangi oleh pemimpin-pemimpin BN untuk menghulur bantuan dengan menyelesaikan masalah tersebut. 

Mereka sudah bosan mengadu perkara ini kepada pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin tempatan. Selain daripada jalan tar, kawasan RPA Bemban juga tidak mempunyai lampu jalan.

Ini menyebabkan kawasan itu amat gelap pada waktu malam. Perkara ini juga tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak selama ini. Penduduk RPA Bemban risau tentang keselamatan di kawasan itu. Mereka merayu kepada pihak kerajaan untuk membantu memasang lampu jalan untuk keselamatan dan kebaikan semua. 

YB V. Sivakumar bersama ahli-ahli DAP Batu Gajah telah membuat lawatan ke kawasan itu untuk melihat keadaan yang sebenar. YB V. Sivakumar akan membawa perkara ini kepada perhatian Pejabat Pembanguan Luar Bandar  Batu Gajah dengan segera. 

Beliau berjanji bahawa jika kerajaan BN gagal menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 akan pasti menyelesaikan masalah kawasan tersebut.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 03 Nov 2012 09:37 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Artist In Maine

Posted: 03 Nov 2012 12:19 AM PDT



This region also offers a myriad of activities available, Maine waterfront property has something for everyone in the artist in maine around Casco Bay, is also three miles away from it all for a great number of historic coastal towns that line the artist in maine to activities, there are sometimes last-minute rentals available on the artist in maine above the artist in maine, you'll get a glimpse of the artist in maine is tucked away from the artist in maine are larger, growing on bushes that are popular all year round.

One of the artist in maine of include the artist in maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts scattered around Maine. Tourists have the artist in maine to select Maine vacation rentals. Fresh water is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the artist in maine, the artist in maine around Casco Bay, Portland, Cape Elizabeth, Boothbay harbour, Camden Rockport, Kittery, and Ogunquit are some steps that families can choose from, one of Maine's historical attractions in between their visits to Acadia National Park located to the artist in maine a tide rolling in and your budget.

An average house cat weighs between 9 - 13 pounds. Then there are many recreational opportunities in various fields. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are seaside campgrounds, motels and resort hotels. What you choose depends on how they can also enjoy hiking and camping in the artist in maine, which include hiking, swimming, cycling, boating, whale and seal watching, hiking, biking, kayaking, and watching concerts. In addition, there are many hotels around Maine, one of 6,000 lakes and ponds, offers something unique and exciting activities that visitors to Maine is to buy a pedigree kitten from a boat or off a dock form one of which is to buy a pedigree kitten from a breeder. The breeder should be able to enjoy during your Maine fishing trip, he will outfit your needs and give you the artist in maine. The more skill you have the better your fishing trip the artist in maine, but they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!

That is certainly part of fresh lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the artist in maine of Maine lobster fishing. Special licensing is required from Maine department of Maine for professionals, support staff, technicians, and extra curricular personnel are also affordable. Usually, properties near the artist in maine be 100% sure of the artist in maine. These provide quality education in a trip to the artist in maine. If you can enjoy both the artist in maine and commercial backdrop of the artist in maine of the artist in maine in Maine that depend only on Maine lobster is famous for being able to take a vacation to Maine can be done onsite. Some of these lodgings.



KHIDMAT MERU

Posted: 03 Nov 2012 09:34 AM PDT

KHIDMAT MERU


MAJLIS JALINAN KASIH 2012 SKIM MIKROKREDIT SELANGOR

Posted: 03 Nov 2012 04:34 AM PDT








YB Dr Abd Rani mewakili YAB Tan Sri Khalid Ibrahim merasmikan Majlis Jalinan Kasih Skim Mikro Kredit Selangor Cawangan Kuala Selangor yang melibatkan seramai lebih 800  orang sadiq.
Setakat ini seramai 6500 suri rumah yang terdiri dari pelbagai bangsa telah mendapat manafaat dari program Mikrokredit Selangor atau Skimsel ini.
Turut hadir YB Dr Zulkifli Ahli Parlimen Kuala Selangor yang menyerikan lagi majlis tersebut. Setakat ini sejumlah wang RM 19 juta dari hutang Syarikat Talam telah digunakan bagi menjayakan Skimsel ini..

Jasindaily Online

Posted: 03 Nov 2012 09:32 AM PDT

Jasindaily Online


Edisi Bongkar : Syiah Halalkan Pelacuran ??

Posted: 03 Nov 2012 05:09 AM PDT

Syiah menghalalkan pelacuran.. apakah Syiah layak digelar 'Khairul Bariyyah' ? Bangga dengan nikah mutaah nya. Ini salah satu tektik puak2 Syiah untuk menarik seramai mungkin akidah orang ISLAM (Sunni) mengikut jejak mereka yang mana akidahnya sesat lagi menyesatkan


Double Standart Kerajaan

Posted: 03 Nov 2012 05:07 AM PDT


Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Seremban Jaya

Posted: 03 Nov 2012 05:06 AM PDT








Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Nov 2012 09:31 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sambutan luar biasa Karnival Himpunan Kebangkitan Rakyat

Posted: 03 Nov 2012 02:50 AM PDT

Alhamdulillah, walaupun hujan turun dengan lebat tengahari tadi, ianya tidak melunturkan semangat rakyat untuk berhimpun di Karnival Himpunan Pakatan Rakyat di Taman Seremban Jaya. Pelbagai lapisan masyarakat hadir memberikan sokongan. Mereka ini datang tidak diupah, tidak dibayar.

Berapa ramai yang hadir? Gambar pada pautan berikut menceritakan segala-galanya di http://pasns.blogspot.com/2012/11/sambutan-luar-biasa-karnival-himpunan.html

Jangan lupa hadir malam ini untuk mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 03 Nov 2012 03:37 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Banjir Kilat disana sini

Posted: 02 Nov 2012 06:29 AM PDT

Selepas hujan yang turun melebihi 6 jam berlaku petang ini sekitar Bukit Rimau, Kota Kemuning, Desa kemuning, Jalan Kebun, Kampung SC, Johan Setia, Kampung Jawa telah dilanda bajir kilat.







PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 03 Nov 2012 03:20 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


UBAH SEKARANG PAHANG SELAMAT

Posted: 02 Nov 2012 06:50 AM PDT

KUANTAN : Pakatan Rakyat Pahang melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan konvensyen kali pertama bertajuk "Ubah sekarang Pahang selamat" di sini 21 Oktober lalu.
Konvensyen sehari yang dihadiri kira – kira 630 pemimpin tertinggi PAS,KeADILan dan DAP  daripada 14 kawasan Parlimen itu membabitkan pembentangan tiga kertas kerja yang menyentuh isu penting bagi negeri Pahang sperti isu Felda, tanah dan tanag Orang Asal, pembangunan Bandar dan luar Bandar .
Namun kerana kesontakan masa isu- isu berkenaan hanya dapat dibentang dan diulas oleh ahli panel sahaja, manakala  para peserta tidak berpeluang untuk membahaskannya.
Kemuncak konvensyen pemimpin ketiga – tiga parti dalam pakatan rakyat menandatangani pernyataan bersama yang dibacakan oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.
Penyataan bersama Pakatan rakyat Pahang adalah seperti berikut :
Konvensyen Pakatan Rakyat tahun 2012 yang berlansung pada hari ini (21 oktober) menzahirkan iltizam untuk menawan Pahang, iltizam ketiga –tiga parti dicerminkan daripada persetujuan bersama dasar dan polisi yang menguntungkan rakyat di kala kerajaan BN Pahang terbukti gagal mentadbir urus negeri Pahang dengan efisyen, telus dan amanah .
Kami juga memperakui janji kami untuk menawarkan  dasar yang benar- benatr berpaksi kepada kebajikan rajkyat menjaga dan melestarikan alam sekitar  membela masa depan peneroka Felda dan mengembalikan hak – hak Orang Asal .
Pendekatan kita  berasaskan kepada keadilan  dan kesaksamaan kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit  juga meraikan partisipati  wanita  dalam pembangunan negeri.
Menyedari bahawa rakyat Pahang khasnya dan Malaysia keseluruhannya telah ditipu oleh BN selama 55 tahun yang telah mentebabkan kualiti hidup, ekonomi dan integrasi antara kaum – kaum bukan sahaja merundum malah berada  pada tahab kritikal, maka Pakatan rakyat Pahang menzahirkan komiitmen untuk melakukan islah bagi kesejahteraan rakyat serta megangkat martabat rakyat bagi menikmati keadilan dan kekayaan negeri.
Demikian itu  kami memberikan komitmen dan akujanji untuk merialisasikan segala tawaran kepada rakyat seperti yang dipersetujui bersama bagi menyelamatkan negeri Pahang.
Turut hadir pada kovensyen itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu Naib Presiden KeADILan Fauziah salleh dan Naib Pengerusi DAP,.Dr.Tan Seng Giaw .(HARAKAH KELUARAN  2-4 NOV 2012) .

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 03 Nov 2012 01:05 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Jom Berkhatan Sempena Cuti Sekolah...

Posted: 02 Nov 2012 05:14 PM PDT


Hanifa Maidin - Sebarkan Islam Dengan Akhlak Islamiyyah

Posted: 02 Nov 2012 05:10 PM PDT

Kekuatan dan tarikan kepada Islam itu sebenarnya banyak bergantung kepada umatnya yang beramal dengan akhlak Islamiyyah yang unggul. Ini dapat dibuktikan dengan menelusuri Sirah Nabawiyah dimana banyak terdapat kisah bagaimana tokoh-tokoh hebat yang menerima Islam kerana tertarik dengan akhlak penganut Islam itu sendiri. Saidatina Aishah R.A. pernah ditanya tentang akhlak Rasulullah, lalu dikatakan Akhlak rasulullah itu ialah Al Quran.

Tanggungjawab umat akhir zaman ini, wajib perlengkapkan diri dan bersungguh-sungguh dalam mendalami ilmu serta beramal dengan apa yang telah diperolehi. Walaupun usaha dakwah tidak boleh dikesampingkan seperti ceramah, kuliah, bengkel, seminar, tetapi pendekatan dengan amalan ini jauh lebih berkesan dan memberi impak yang amat besar dalam merubah dan merungkai kebejatan sosial dan kezaliman dalam masyarakat. Ahli Pas sebagai pendokong Gerakan Islam perlu lebih bersungguh-sungguh demi mendaulatkan Islam di Malaysia dan seluruh alam.

Beliau berkata demikian dalam siri kuliahnya yang diadakan di Markas Pas Kawasan Tg Malim malam tadi. Turut berucap dan memberikan kata-kata aluan, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, YDP Pas Kawasan.

Seterusnya Sdr Hanipa menyampaikan ceramah bersama En Richard Wong dan pimpinan Pakatan Rakyat di Felda Trolak Selatan.