Rabu, 21 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 21 Jan 2015 01:03 PM PST

Duke of UMNO


PERKARA YANG KURANG ORANG NAK BACA... HEHEHEEEE...

Posted: 21 Jan 2015 07:19 AM PST

Ni tengah-tengah malam ni...saya nak share la sikit info yang mungkin tak menarik di hati sesetengah dari kita... 

Ni bukan cerita lucah...bukan cerita artis gebu... bukan cerita merapu... mungkin sebab tu kot tak ramai readers yang suka baca perkara lagu ni...

Bukan apa... saja ja nak share...tu pun kalau berminat laaaa... setahu saya readers kat blog ni rata-ratanya beragama Islam dan berbangsa Melayu...kan?

 

Nak tahu apa benda yang saya nak share tu? 


Kan? Ramai yang interested? Heh! Donia....donia.... hahahahaaaa...

Errr.. wahyu pertama yang Rasulullah SAW terima dulu bunyi IQRA', kan? heh!

ALLAHU AKBAR..!!! UMAT ISLAM MENANG LAGI DI MALAYSIA...!!!

Posted: 21 Jan 2015 05:05 AM PST

Ketua Paderi Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok. - Gambar Hiasan
Gereja Katolik hari ini menerima tamparan hebat apabila Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk menolak permohonan mereka supaya prosiding pendengaran permohonan semakannya didengar di hadapan panel hakim lebih ramai iaitu sembilan orang.
Tan Sri Abdul Hamid Embong yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan bagi mendengar permohonan gereja bagi menyemak keputusan terdahulu tidak membenarkan rayuan dibuat berhubung larangan penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan mingguan berbahasa Melayu, The Herald.

Beliau bersidang bersama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed, menurut laporan media di ibu negara hari ini.
 

NOSTALGIA KEMENANGAN UMNO/BN DI KEDAH...

Posted: 20 Jan 2015 10:16 PM PST

Manusia ni memang salah satu perangai buruknya ialah tidak menghargai bila ada depan mata... Bila di depan mata, depa kata macam-macam walaupun kawan tu banyak tolong buat itu dan ini untuk depa...

Tapi bila kawan tu dah takdak, baru depa tau langit tu tinggi ka rendah... 

Saya taktau kenapa manusia suka berperangai lagu tu... habis madu, sepah dibuang... lepas depa perah segala keringat kawan tu, depa sepak terajang keluaq... bila dah menang, kawan yang bersusah payah bagi depa menang tu la yang depa buang awai-awai...


Heheheheeee... memang lumrah manusia lagu tu ka? Errr... patut ka lagu tu? Islam suruh lagu tu ka? Atau itu namanya "mengenang budi"?

Ni cuba baca kat sini... sedih saya dibuatnya...

Rasanya masa Kedah ni kalah dulu, ramai yang bersusah payah menangkan UMNO/BN di Kedah. Bezanya, ada yang ikhlas, ada yang mengharapkan sesuatu....Selalunya kita boleh dapat detect karekter depa ni bila UMNO/BN dah menang di Kedah semula...

Bagi yang ikhlas, depa akan lega bila UMNO/BN menang. Depa selalunya akan "back off" dan menyapa pemimpin sekali sekala saja... depa tak mintak apa-apa melainkan sebuah persahabatan yang ikhlas dan berterusan...

Tapi bagi yang bekepentingan ni pulak, selalunya depa la yang licik ke depan. UMNO/BN menang di Kedah ni disebabkan depa la.. kiranya depa la faktor kemenangan.. lejen! Heheheee.. Tapi tak ramai yang berperangai lagu tu... sikit saja...kan?

Anyway, saya bersyukurlah dengan kemenangan UMNO/BN di Kedah. Malam kemenangan tu, mengalir jugak la ayaq mata jantan nih... bukan sedih, tapi terharu gembira sambil dok balik tiang kat Bangunan UMNO tu.. ada la yang perasan...tapi saya kesat ayaq mata, depa tak nampak kot...heh!

Na tergelak pulak ingat kisah masa malam PRU tu... tapi tu la kenangan, kan? Terima kasih saya ucapkan pada semua kawan di peringkat grass root, pemimpin di atas, Tok Bashah, Mukhriz, Tok Man Aziz, Tok Pin Man, pemimpin akar umbi, TMK, jentera UMNO/BN Kedah dan mereka yang terlibat memenangkan UMNO/BN di Kedah...jasa kalian tidak dapat saya balas...

Sebetulnya saya puas bila UMNO/BN dapat rampas balik Kedah ni. Tak sia-sia pengorbanan mereka-mereka yang perjuang kemenangan tu, kan? 

Cuma sekarang ni saya dah slow sikit dah... kembali ke tugasan asal. Kerja cari rezeki. Cukup atau tidak, itu kerja Allah. Saya hanya boleh usaha, doa dan tawakkal. Perjuangan masih diteruskan walaupun secara bersendiri dan kecil-kecilan...

Dah berapa kali dah terfikir nak tutup blog. Tapi ramai kawan-kawan yang tak bagi. Jadi, saya rasa saya teruskanlah perjuangan yang belum selesai ni sedaya mampu...

Cuma, kalau diperatikan, blog saya ni semakin menghala ke arah perjuangan Islam, bangsa, kedaulatan tanahair secara beretika yang mementingkan akhlak dan etika penulisan. Pada saya, kreadibiliti perlu dijaga...

Seperti selalu, kalau ada salah dan silap, saya mohon maaf. Cuma tunjukkan di mana salah dan silap tu dan insyaAllah saya perbetulkan. Saya tak malu untuk meminta maaf sebab Islam suka pada mereka yang memohon maaf dan memaafkan...kan?

Salam sayang dari saya...sampai ketemu lagi.... Wassalammmm...

- DUKE


PEMIMPIN BOLEH PAKAI VS PEMIMPIN TAK BOLEH PAKAI....

Posted: 20 Jan 2015 06:12 PM PST


Sebelum ni kita dok dengaq orang kata pemimpin tak dengaq rintihan kita... dah selalu sangat dengaq luahan lagu tu, kan? Sampai ada yang kata pemimpin tu tak boleh pakai...pemimpin ni tak boleh pakai... kiranya depa je la yang boleh dipakai...heheheeee...

Betoi ka semua pemimpin lagu tu? Pada saya, mungkin ada yang lagu tu...tapi tak semua....

Ni saya bagi satu contoh pemimpin...

 

Saya yakin dia tak kenai saya... dan saya pun dok perati dia dari jauh ja... dia ni muda lagi... sebelum ni orang suka dok pandang lekeh kat dia.... 

Biasa la orang kita ni cepat buat persepsi sendiri... padahal depa tak kenai pun orang yang depa komen tu...hahahahaaa...

Ni cuba tengok kat sini.... dan cuba tengok sendiri apa yang rakyat kata kat dia...

Amacam? Okay? Dah...jangan dok suka kondem orang tak tentu hala... pi ngaji Al-Quran lagi baguih...dapat jugak pahala...

PEJUANG BANGSA

Posted: 21 Jan 2015 11:30 AM PST

PEJUANG BANGSA


PAS KENA PENYAKIT SINDROM NAFI PASAL PASma JUMPA DAP

Posted: 21 Jan 2015 08:34 AM PST



Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shahbudin Yahya melihat Pas akan terus berada dalam sindrom penafian walaupun mereka sedar dan tahu gerak kerja PasMa hari ini yang disifatkan cukup mesra dengan rakan sekutu mereka sendiri di dalam pakatan pembangkang sebenarnya umpama api dalam sekam..

Cumanya ujar beliau bilakah sindrom penafian itu akan berakhir hanya akan terjawab sekiranya lahir keberanian dan ketegasan daripada pimpinan Pas untuk mengambil soal berkenaan secara serius.

"Saya rasakan bukan setakat masyarakat di luar sana, malah ahli Pas sendiri pun tertanya-tanya dan pening memikirkan soal ini. Sampai bilakah pimpinan mereka akan terus bermain wayang dalam drama PasMa ini.

"Bukannya mereka tidak tahu bahawa PasMa yang digerakkan oleh ahli Pas sendiri cukup bebas bergerak dan perkembangan terbaru, pertemuan antara delegasi PasMa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang telah menjadi mimpi yang cukup ngeri.

"Sebenarnya dalam politik perlu ada ketegasan…Jika pimpinan Pas tidak mengambil serius soal ini dan masih hanyut dibuai dengan sindrom penafian, ianya akan makin parah dan bakal menghancurkan Pas itu sendiri," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah kehadiran PasMa yang kini mendapat pelukan mesra sekutu Pas itu sendiri sebenarnya menunjukkan kegagalan Pas mempertahankan jemaah yang sebelum ini lantang diperkatakan.

"Daripada pengamatan saya, itulah kegagalan Pas mempertahankan jemaah mereka sendiri. Jika dulunya sering kali dilaungkan Pas mempertahankan jemaah, namun apa yang berlaku hari ini menunjukkan sebaliknya apabila Pas mula dilanda bibit perpecahan," ujarnya.

Beliau seterusnya melahirkan kehairanan kenapakah pimpinan Pas membiarkan PasMa mengatur gerak langkah tersendiri sedangkan mereka pun sedar serta tahu kehadiran entiti baru itu bakal menggugat masa depan parti itu sendiri.

Beberapa pihak sebelum ini menimbulkan pelbagai kenyataan ekoran pertemuan antara delegasi PasMa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

Antaranya melihat langkah tersebut sebagai usaha untuk mengurangkan pengaruh Pas di dalam pakatan pembangkang itu sendiri. -MediaUMNO

IPOHMALAY

Posted: 21 Jan 2015 09:21 AM PST

IPOHMALAY


Ramai Muslim Indonesia termakan babi?

Posted: 20 Jan 2015 06:01 PM PST

Akibat kurang memahami bahasa Cina, konsumer kuliner Indonesia digemparkan dengan istilah yang baru mereka tahu. "Cu Nyuk" bererti daging babi. Terdapat banyak makanan asal Cina seperti siomay (dim sum) dan bubur nasi yang memakai nama cu nyuk tetapi dibeli oleh orang Islam termasuk yang bertudung.

Pengajaran kepada orang Malaysia yang suka ke Indonesia, supaya jangan makan sembarangan makanan yang berasal dari komuniti Cina di sana. Dahulunya mereka menulis dalam bahasa Melayu seperti "Nasi Babi" atau "Bubur Babi". Kini tidak lagi. Mereka mula menggunakan istilah Cina.

Kalau di sini mungkin mereka selamat kerana sangat sedikit orang Melayu yang tegar makan di kedai Cina. Tetapi di luar sana, terutama di Indonesia, hampir semua jenis makanan mahu dicubanya.

Cu Nyuk (Hokkien), Chu Yuk (Kantonis) atau Zhuruo (Mandarin) tetap menggunakan tulisan yang sama :

豬肉

Menurut sumber, lemak babi, minyak babi dan daging babi merupakan asas utama rencah rasa lazat masakan Cina. Hingga hampir mustahil untuk mendapatkan makanan mereka yang bebas dari elemen babi kecuali makanan untuk vegetarian.



Rabu, 21/01/2015 06:14 WIB

Benarkah Siomay dan Bubur Cu Nyuk Mengandung Babi?

Fitria Rahmadianti - detikFood

Baru-baru ini para pengguna ponsel dan media sosial banyak menerima pesan soal cu nyuk. Cu nyuk konon berarti daging babi, sehingga siomay cu nyuk dan bubur cu nyuk haram dikonsumsi muslim. Benarkah?

Dalam sebuah foto yang beredar di media sosial, tampak sebuah stan mungil bertuliskan 'Siomay Cu-Nyuk' cukup ramai dikunjungi pembeli. Salah satu pengunjung stan yang tampaknya berada di dalam pusat perbelanjaan tersebut tampak mengenakan kerudung.

Pesan yang tersebar via ponsel maupun media sosial menyebutkan bahwa cu nyuk berarti babi. Usaha makanan berembel-embel cu nyuk disebut-sebut dapat ditemui di daerah Mangga Dua, Jakarta (siomay) dan di kawasan Bumi Serpong Damai (BSD), Tangerang (cu nyuk moi, bubur babi).

Detikfood menanyakan kebenaran kabar ini ke Lembaga Pengkajian Pangan, Obat-obatan, dan Kosmetik Majelis Ulama Indonesia (LPPOM MUI).

"Berdasarkan penelusuran kata 'cu nyuk' melalui sejumlah referensi, dalam Bahasa Khek/Hakka, 'cu' berarti babi, sedangkan 'nyuk' berarti daging. Jadi 'cu nyuk' bermakna daging babi," jelas juru bicara LPPOM MUI lewat email keDetikfood (19/01/2015).

Ia menambahkan, bahasa tersebut biasa digunakan orang Hokkian yang banyak tinggal di Malaysia, Singapura, dan sebagian Sumatera, termasuk Bangka. Dalam Bahasa Mandarin, daging babi disebut 'cu rou'.

Salah satu broadcast message yang mengatasnamakan Aisha Maharani, pendiri Halal Corner, pun menyebut cu nyuk sebagai salah satu istilah yang merujuk ke babi. Istilah lainnya adalah charsiu, mu, chasu/yakibutan/nibuta, B2, dan khinzir.

bumiyang

Posted: 21 Jan 2015 03:24 AM PST

bumiyang


Semoga TG Nik Aziz Cepat Sembuh dan Dipermudahkan.....

Posted: 21 Jan 2015 02:05 AM PST

tunku

Posted: 21 Jan 2015 03:01 AM PST

tunku


Nik Aziz stable but unconscious

Posted: 20 Jan 2015 08:30 PM PST


Former Kelantan Mentri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat is in stable condition but remains unconscious, his son Nik Abduh Nik Abdul Aziz has confirmed.

"He is critical and he needs to be in intensive care.

"Doctors have done their best and my father is stable but he's unconscious," Nik Abduh told reporters after visiting the PAS spiritual adviser at Universiti Sains Malaysia Hospital (HUSM) Kubang Kerian on Tuesday.

Nik Abduh added that is father was warded due to prostate cancer and that Nik Aziz, 83, had undergone chemotherapy in 2012.

"He is on a breathing support machine and I did not talk to him because he was unconscious," he said.

Nik Abduh, a PAS central committee member, also highlighted that his father's health had begun to deteriorate in December last year.

Sirul detained in Australia

Posted: 20 Jan 2015 07:32 PM PST

Sirul Azhar Umar , convicted of murdering Mongolian model Altantuya Shaariibuu, was detained in Queensland, according to an Australian Broadcasting Corporation report.

The report said Sirul, 43, was taken into custody by immigration officials in Brisbane overnight after an Interpol red notice was issued.

Sirul is believed to have gone to Australia in October.

He was sentenced to death last week together with his former Special Action Unit colleague Azilah Hadri, 38, for the murder in 2006.

Panglima Perang Cyber

Posted: 20 Jan 2015 11:35 PM PST

Panglima Perang Cyber


Kes Rakyat Brazil Belanda di Indonesia vs Surat @Zahid_Hamidi Kepada FBI Yang Disensasikan di Malaysia

Posted: 20 Jan 2015 09:33 PM PST


BRAZIL DAN BELANDA PERTAHAN RAKYATNYA DIHUKUM BUNUH DI INDONESIA

1. Semalam heboh di media perdana seperti Utusan, Metro hatta TV3 melaporkan tentang pendirian Brazil dan Belanda memanggil balik duta masing-masing di Indonesia dengan menyatakan rasa marah kepada Jakarta selepas rayuan kedua-dua negara terhadap warganegara mereka dihukum mati diabaikan. 

2. Enam pesalah dadah maut di depan laras senapang penembak tepat Indonesia semalam. Maka pemimpin Brazil berang selepas Jakarta tidak mengendahkan rayuannya untuk tidak membunuh Archer Cardosa Moreira yang disabitkan kesalahan menyeludup kokain pada 2004. 

3. Belanda juga membantah pelaksanaan hukuman tembak ke atas rakyatnya Ang Keim Soei. Kerajaan mereka melakukan apa yang terdaya sehingga Raja Belanda sendiri menghubungi Jokowi mengenasi isu ini. Rakyat Belanda melakukan protes !

4. Hikmah dari tindakan Brazil dan Belanda ini menyebabkan kita kembali berfikir tentang mentaliti Pembangkang di Malaysia hatta segelintir pemimpin kerajaan sendiri yang mempertikaikam surat Zahid kepada FBI tentang penjelasan status Paul Phua. 

5. Adakah pembangkang di Brazil dan Belanda menuduh kerajaannya terlibat dengan dadah ? Adakah rakyat Brazil dan Belanda memfitnah pemimpin dan Raja mereka hidup atas duit pengedaran dadah ? SAMA SEKALI TIDAK ! Ini kerana memtaliti mereka sangat memahami konteks hubungan antarabangsa yang melangkaui sempadan negara. Kedua rakyat mereka dipertahankan walau didapati bersalah.

6. Sedangkan Zahid hanya menulis surat penjelasan status Paul Phua semata-mata. Malah surat tersebut adalah sulit. Masalahnya ia telah terbocor untuk tatapan umum. Apabila sesuatu surat sulit terdedah kepada umum maka pasti salah faham akan berlaku. Kita harus mendesak pihak berkuasa mencari siapakah dalang yang membocorkan surat ini. Itu lebih penting dari menjelaskan kandungan surat tersebut.

7. Isu keselamatan sama sekali tidak boleh dipolitikkan. Isu keselamatan adalah bab keselamatan yang terpisah jauh dengan politik. Diharap pemimpin Pembangkang berhenti mempolitikkan perkara ini kerana masyarakat sudah nampak seolah ada gerakan dari satu kumpulan "Taikun Judi"  berada di belakang Lim Kit Siang untuk memastikan Paul Phua terjerat demi kepentingan wilayah jenayahnya. Saya akan dedahkan kumpulan tersebut dalam penulisan seterusnya. TUNGGU ...

8. Masyarakat sudah meluat dan jelik dengan topeng politik Pembangkang. Hatta segelintir pemimpin UMNO sendiri yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh dimanipulasikan oleh media. 

9. Apa sudah jadi dengan pemimpin UMNO sekarang ? UMNO sedang lemah. Janganlah waktu kita tenat ini wujud pula perpecahan dalaman yang semakin ketara secara "open war". Tersebar di blog dan FB telah wujud perancangan satu kumpulan berpengaruh mengarahkan media perdana (Utusan, TV3) untuk mencalarkan imej Zahid tetapi atas kekuasaan Allah mereka tidak sedar melaporkan sendiri kes hukuman dadah di Indonesia ini secara tidak langsung membuka mata masyarakat bahawa negara-negara dunia seboleh daya mempertahankan rakyatnya di negara luar.

10. Tindakan bermotif ini hanya akan merugikan UMNO sendiri. Sudah cukup kenyataan Anifah Aman(Menteri Luar), Tun Hanif Omar (Ex IGP), Mustafa Ishak (Majlis Profesor Negara) memberikan komentar yang positif terhadap isu surat Paul Phua. Mengapa kita tutup minda dan telinga kita untuk menerimanya.



Panglima : surat Zahid bukan sokongan tetapi penjelasan berkenaan status Paul Phua yang ditulis selepas dua bulan diminta dengan maklumat yang diberi oleh pihak keselamatan negara kita. 

Nampak seperti tindakan Zahid menentang judi jenayah terancang kongsi gelap pelacuran melalui penubuhan STING pada awal tahun 2014 diikuti STAFOC pertengahan tahun 2014 dan STAGG akhir tahun 2014 membuktikan ketegasan beliau menentang jenayah yang merosakkan tanpa sebarang takut atau gentar.

Mungkin inilah punca kenapa serangan bertali arus ditujukan kepada beliau... Selain kerana beliau juga tegas mempertahankan Akta Hasutan yang digeruni pembangkang yang suka melakukan perkara bangang tanpa memikirkan nasib dan masa depan negara dan rakyat jelata.


The Unspinners

Posted: 20 Jan 2015 11:13 PM PST

The Unspinners


Maaf Pak Kadiaq ... takkan Najib tak sedar harga minyak dunia dan ringgit jatuh noo?

Posted: 20 Jan 2015 05:36 PM PST


Perutusan khas Dato Najib sebenarnya telah menjawab antara 18 soalan-soalan yang ditimbulkan oleh Dato Abdul Kadir Jasin di SINI.

Tak akan Dato Najib tak ambilkira kejatuhan harga minyak dan ringgit di pasaran dunia. Dan tak kan pasaran dunia jatuh salah kerajaan?


BUTIRAN PENTING
PERUTUSAN KHAS PERDANA MENTERI


Bagi minyak mentah, kita adalah pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak RM7.7 bilion untuk tempoh Januari-November 2014.

Manakala bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM8.9 biliont untuk tempoh yang sama.


Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global & Ringgit bukanlah satu-satunya yg menyusut berbanding dolar Amerika

Manakala bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM8.9 biliont untuk tempoh yang sama.

Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import & eksport

Justeru dengan gabungan kedua-dua ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM1.2 bilion


Maka wujud tanggapan bila harga minyak merudum baru2 ini, pendapatan eksport keseluruhan akan merosot & mengakibatkan defisit akaun semasa

Oleh itu tanggapan/persepsi umum selama ini bahawa Malaysia adalah pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah tidak tepat

Jika dicampur eksport serta import minyak mentah & ditolak produk petroleum, Malaysia sebenarnya ialah negara pengimport bersih petroleum.

Namun perkiraan ini tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih

Situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini mempelbagaikan ekonomi negara sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak

Kesan kejatuhan harga minyak dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan barangan pembuatan, yang terdiri drpd 76% jumlah eksport.

Kesan kejatuhan harga minyak dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan barangan pembuatan, yang terdiri drpd 76% jumlah eksport.

Eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5% daripada jumlah eksport.


Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini pada anggaran 5.1% daripada Pendapatan Negara Kasar.

Antara strategi2 bagi memastikan ekonomi negara berada pada landasan kukuh & mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5% - 5.5% tahun ini:

(1) Memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan;

(2) Meneruskan 'fiscal reform and consolidation'; serta

(3) Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.


Rancakkan eksport

Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

(1) Mempromosi secara aktif 'import-substitution' demi kurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan & perkhidmatan;

(2.1) Segera membantu pengeksport terutamanya PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri;

(2.2) Mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat;

(2.3) Memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS;

dan (2.4) memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport  serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara.

(3) Mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan dengan menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar, tambah baik kecekapan proses import & eksport, serta tubuh sistem jaringan perhubungan udara.

(4) Mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

(5) Mengambil langkah2 mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

(6) Visa diberi secara percuma kepada para pelancong, antaranya dari negara China

Tingkat peranan swasta

Bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

(1) Memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 (kelas F), G2 (kelas E) & G3 (kelas D) yang berdaftar dengan CIDB untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir

(2) Mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

(3) Meningkatkan kekerapan & memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

(4) Mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

(5) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN

Galak pelaburan dari swasta

Seterusnya dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

(1) Tubuh Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan dengan pembiayaan maksimum RM5 juta dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

(2) Menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

(3) Mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015 dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

(4) Memperuntuk 30% perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan & GLC untuk perolehan bekalan & perkhidmatan, kepada PKS tempatan bertaraf pembuat;

(5) Mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Reform polisi fiskal

Dalam meneruskan 'fiscal reform & consolidation', antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

(1) Meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan @kastamhq bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST.  Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak RM1 bilion. Sehingga pertengahan Januari 2015 lebih 304,000 syarikat telah daftar;

(2) Meningkatkan kutipan dividen drpd GLC & GLIC serta badan2 Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta;

Kurangkan belanja kerajaan

Bagi langkah  merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;

(2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;

(3) Mengkaji semula pemberian & geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten & rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka beri penjimatan sebanyak RM3.2 bilion;

(4) Menjadual semula pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian & kenderaan yang mampu memberi penjimatan RM300 juta

(5) Menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN

Penurunan harga minyak


Harga minyak mentah global 6 bulan kebelakangan ini menjunam lebih 50%. Salah satu sebab ialah lebihan bekalan & permintaan global yg lemah.

Negara2 OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

Keadaan lebih buruk dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara2 bukan OPEC (Organisation of the Petroleum Exporting Countries).

Trend ini juga disebabkan pengeluaran gas & minyak shale yang meningkat ketara di Amerika, berikutan kemajuan teknologi pengeluaran minyak.

Namun pada harga US$55 setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

Persekitaran/percaturan ekonomi dunia telah berubah. Ini memberi impak kepada Malaysia, antara negara mempunyai dagangan terbesar di dunia.

Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini pada anggaran 5.1% daripada Pendapatan Negara Kasar.

Banjir


Banjir baru2 ini telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion.
Antara tindakan yang telah & akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

(1) Kerajaan salur peruntukan tambahan RM500 juta sebagai bantuan permulaan untuk kerja-kerja baik pulih & program kebajikan mangsa banjir. Ini sebagai tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM787 juta,

(2) Kerajaan sediakan RM800 juta untuk baiki  & bina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

(3) Menyediakan RM893 juta bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

(4) Membina rumah kampung bertiang (stilt houses) setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri

(5) Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

(6) Memberi bantuan RM500 bagi setiap keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir dan menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga;

(7) Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan RM100 juta disediakan kepada TEKUN & RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

(8) BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan

(9) @BNM_official akan tubuh Special Relief Facility berjumlah RM500 juta demi sediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar lebih rendah iaitu 2.25%, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan

(10) Bank Rakyat akan tawar Skim Pinjaman Peribadi sehingga RM50 ribu pada kadar keuntungan serendah 3.9% untuk mereka yang terjejas dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran

(11) RM500 juta akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70% di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir dan skim ini akan diuruskan oleh ProKhas;

(12) Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia untuk tempoh enam bulan...

Dalam meneruskan 'fiscal reform & consolidation', antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

(1) Meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan @kastamhq bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST.

(2) Meningkatkan kutipan dividen drpd GLC & GLIC serta badan2 Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta;

Bagi langkah  merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;

 (2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;



Saya dapat rumuskan 6 perkara sebagai 'key take-away points' daripada perutusan khas sebentar tadi: 

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998 bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan

Kedua, strategi2 Kerajaan yang diumumkan tadi adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian berikutan faktor luaran di luar kawalan

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit

Keempat, pasaran kewangan tetap teratur & kukuh. Malah, matawang ringgit walaupun mengalami penyesuaian ketika ini akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.  Ini termasuklah projek2 bersifat people economy yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik & infrastruktur pengangkutan.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT3 dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura akan tetap diteruskan.  Pada bulan Mei nanti, saya akan bentang RMK11 bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020

Keenam, Perbelanjaan Mengurus dijangka dikurangkan sebanyak RM5.5 bilion dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar2 diperlukan sahaja.

1) NajibRazak.com (Malay): http://www.najibrazak.com/bm/blog/perutusan-khas-perdana-menteri-tentang-perkembangan-ekonomi-semasa-dan-kedudukan-kewangan-negara/

2) NajibRazak.com (English): http://www.najibrazak.com/en/blog/perutusan-khas-perdana-menteri-tentang-perkembangan-ekonomi-semasa-dan-kedudukan-kewangan-negara/

---------------



Bab 1MDB yang Pak Kadiq timbulkan, Unspinners ada maklumat panas kenapa ia jadi isu.

Sebenarnya bukan isu besar tapi ada tangan-tangan yang tidak "ikhlas" menjalankan tanggungjawab dan tamak hanya fikir kepentingan diri.

Tunggu .... :)

Intipati pengstukturan semula bajet

Posted: 20 Jan 2015 07:22 AM PST





Bulletin Utama malam ini mengenai Dr Evil

Posted: 20 Jan 2015 05:03 AM PST




Muahaha ....

Anwar berjaya buat "diversion" dari kes liwat

Posted: 19 Jan 2015 11:09 PM PST



Tidak ... tidak ....

Bukan Anwar disebalik Que Putih yang begitu viral di sosial media. Tapi Anwar berjaya buat diversion dari keputusan kes liwatnya yang akan keluar bila2.

Patutnya sekarang cytro dan media pro BN patut ingatkan balik isu2 kes liwat Anwar.

Anwar patut kalah dalam kes itu. Namun ditakuti faktor X boleh mengubah keadaan.


Untung Anwar dapat liputan di TV3.

Harap semua pihak balik beri fokus pada isu yang lebih menguntungkan dari bercakar sesama sendiri.

Pembangkang hanya senyum tengok sesama kita bercakar dan lari fokus dari masaalah dalaman dan kelemahan mereka....

Terima kasih mereka kata.



Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 20 Jan 2015 11:03 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SANTAI: MARI BELAJAR ILMU MATEMATIK DAN EKONOMI BERSAMA PENCACAI

Posted: 20 Jan 2015 10:27 PM PST


Janji bagi RM1.5 juta tetapi bila kira hanya dapat RM1.15 juta. mana pergi lagi RM350,000.00? Lu songlap kasi Betty Chew ka???


Dulu masa sekolah suka lepak dan ponteng. Bila gagal salahkan kerajaan. Mengira pun tak pandai. Kononnya gaji RM1,500.00 tak cukup ok fine tetapi mengapa kira hanya RM1,350.00??

Mana perginya baki RM150.00 lagi...joli?

Memang taraf macai tak pandai ekonomi tapi bercakap hebat pasal ekonomi sama macam pemimpin mereka juga...

Itulah dikatakan macai kecik-kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang...

GST: GILIRAN JAKIM SEKOLAHKAN OSTAD-OSTAD TAK NGAJI EKONOMI - KETUM DAH ANGIN !!!

Posted: 20 Jan 2015 06:20 AM PST


Dalam menguruskan ketidaktentuan ekonomi kini banyak pengubahsuaian terpaksa dilakukan demi menyelamatkan rakyat dan negara.

Apabila rakyat serta negara terselamat dan berjaya diselamatkan dari kemudaratan atau krisis yang lebih besar maka ia dikira sebagai sebuah jihad.

Mengenangkan negara kita kini menerima tempias ketidaktentuan ekonomi global kesan kejatuhan harga minyak maka pemerolehan negara pasti berkurangan. Ia telah mengganggu sedikit sebanyak perancangan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tetapi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab akan sentiasa menjadikan usaha membantu rakyat itu sebagai ibadah.

Sebab itulah kerajaan perlu membuat pengubahsuaian semula Bajet 2015 bagi memastikan ekonomi negara mampu bertahan dan kesejahteraan negara tidak terjejas. ucapan-penuh-perutusan-khas-perdana  


Manakala bagi seseorang yang busuk hati akan terus menghasut rakyat supaya membenci pemerintah yang sentiasa membantu rakyat kerana dengki dan gelisah, sedangkan tiada pun jasa yang mereka dilakukan. 

Sebaliknya dengan sedikit amalan yang ditonjol, mereka begitu riak kononnya mereka saja yang buat sedangkan orang lain tak buat.

Apabila ditimpa sesuatu musibah maka banyak yang perlu kita muhasabah dan mujahadah, bersama-sama membenteras fitnah yang semakin menjadi-jadi.

Bertambah malang lagi apabila disebarkan oleh mereka yang bergelar ostad-ostad yang tak mengaji ekonomi.       

JAKIM jawab hujah GST haram

Seksyen Muamalat, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah tampil memberi penjelasan berikut;

1. Sistem percukaian adalah salah satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi dalam sesebuah negara. Oleh yang demikian, salah satu sumber negara yang telah diamalkan hampir seluruh negara di dunia hingga ke hari ini ialah melalui konsep percukaian. Percukaian dalam pelbagai bentuk yang dirasakan sesuai akan dikenakan kepada rakyat jelata demi kepentingan mereka.

2. Dalam Islam, sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi SAW:

3. Mengikut Marghinani, jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum (al-Marghinani: 1996). Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa kadar cukai negara boleh menaik atau menurun mengikut kemampuan rakyat (Abu Yusof:1979).

4. Jika disingkap tentang sejarah percukaian dalam Islam, ia telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW apabila cukai yang dikenali sebagai jizyah telah diperkenalkan pada ketika itu. Jizyah merupakan cukai kepala yang dikenakan kepada golongan bukan Islam yang menetap di bawah pemerintahan Islam (al-Mausuah al-Fiqhiyyah: 2001). Dengan cukai jizyah, mereka berhak mendapat perlindungan dan penjagaan terhadap segala aspek sama ada harta, keluarga, darah dan sebagainya.

5. Pada zaman Umar al-Khattab pula, beliau telah mewujudkan cukai tanah (kharaj), cukai perdagangan (ushur) dan lain-lain cukai telah dikembang serta diselaraskan agar dapat memberikan dana yang mencukupi bagi pembangunan negara. Dalam konteks cukai tanah (kharaj), ia dikenakan ke atas tanah-tanah yang dibuka oleh orang Islam secara peperangan. Cukai kharaj mula dilaksanakan dengan meluas apabila Khalifah Umar al-Khattab berdasarkan ijtihadnya dan beliau telah mengarahkan supaya tanah yang diperolehi daripada hasil peperangan tidak lagi dibahagikan kepada tentera yang berperang secara ghanimah. Sebaliknya tanah tersebut dijadikan wakaf bagi kepentingan orang-orang Islam dan bukan Islam. (Abu Yusuf: 1952)

6. Pada asalnya, cukai bukanlah suatu perkara yang dibebankan secara berterusan kepada rakyat dan bukan sesuatu yang fardhu iaitu sama seperti kefardhuan zakat yang tanggungjawabnya secara berterusan dan dikeluarkan dengan kadar yang tetap setiap tahun. Sebaliknya, ia ialah satu pungutan yang diperlukan, sesuai dengan kehendak dan keperluan negara semasa serta selari dengan konsep siyasah syari'yyah yang digariskan oleh Islam.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

7. Cukai didefinisikan sebagai pungutan berbentuk wang oleh kerajaan terhadap individu dan organisasi yang berkaitan dengan negara untuk kegunaan negara secara langsung atau secara tidak langsung kepada pembayar cukai sebenar yang menerima beban cukai itu (Kamus Dewan: 2010).

8. Manakala cukai langsung ialah cukai yang dikenakan terhadap pembayar cukai secara langsung atau terus dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain. Contohnya ialah cukai pendapatan. Cukai tidak langsung ialah tanggungan beban cukai yang boleh dipindah oleh pembayar cukai kepada pihak ketiga atau penerima manfaat akhir terhadap barangan atau perkhidmatan itu. Contohnya cukai kastam, cukai jualan. (Wang Leng Whatt: 2013)

9. Terdapat pelbagai pandangan yang dikemukakan oleh ulama mengenai cukai antaranya:

a. Ibn Hazim

Ketika membahaskan tentang permasalahan cukai, beliau tidak menggunakan perkataan cukai (dharibah) tetapi menggunakan perkataan yang sama erti dengan cukai. Beliau telah menggunakan perkataan penetapan pemerintah dalam bentuk kewangan ke atas rakyat apabila berlaku sebab tertentu. (Ibn Hazim: 2003). Pandangan ini bersandarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat sahabat.

b. Imam Haramain al-Juwaini

Penetapan pembayaran cukai mengikut Imam al-Haramain al-Juwaini adalah berdasarkan oleh ijmak ulama yang menyebut bahawa menjadi kewajipan pemerintah dalam mempertahankan daulah. Maka apabila baitulmal tidak mampu menampung perbelanjaan ketenteraan, maka pemerintah boleh mengenakan sistem pembayaran cukai ke atas mereka yang berkemampuan.

c. Imam al-Ghazali

Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya al-Mustasfa (al-Ghazali:1992), tidak harus dikenakan cukai ke atas rakyat jika sekiranya harta benda yang berada di tangan adalah mencukupi. Namun begitu, jika sekiranya unit ketenteraan Islam tidak memiliki wang yang cukup dan baitulmal tidak mampu menanggung perbelanjaan ketenteraan, maka harus kepada pemerintah mengenakan cukai kepada golongan yang kaya sekadar jumlah yang dapat menampung perbelanjaan ketenteraan. Pemerintah Islam harus memberi tanah kerajaan kepada tentera sebagai ganti cukai.

Oleh itu, penetapan cukai ke atas golongan yang kaya adalah mudharat yang lebih ringan jika dibandingkan dengan tentera yang meninggalkan tugas ketenteraan kerana mencari keperluan hidup.

d. Ibn Taimiyyah

Dalam membincangkan tentang keharusan sistem pembayaran cukai, Ibnu Taimiyyah berdalilkan dengan qias aulawi di mana beliau berkata Jika sekiranya Allah mewajibkan ke atas para sahabat yang berjihad dengan harta dan jiwa raga mengeluarkan usyur dari hasil tanaman mereka, maka sepatutnya lebih diwajibkan ke atas golongan yang berkemampuan yang tidak keluar berjihad mengeluarkan kewangan untuk menampung perbelanjaan jihad (maslahah umum).

e. Al-Shatibi

Mengikut al-Shatibi (al-Shatibi: 2008), pengambilan cukai menjadi keharusan apabila pemerintah itu seorang yang adil dan membelanjakan harta tersebut pada jalan yang diharuskan syarak.

f. Ibn Khaldun

Mengikut Ibn Khaldun pula dalam karyanya al-Muqaddimah (Ibn Khaldun: 2010), beliau telah menggariskan dasar khusus dalam penggubalan percukaian sesebuah negara. Antara saranan yang dinyatakan beliau tentang dasar percukaian ialah:

"Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya keusahawanan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya keusahawanan meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat."

Daripada pandangan Ibn Khaldun ini, antara yang ditekankan dalam isu percukaian ialah pembentukan cukai terhadap rakyat hendaklah pada kadar yang rendah kerana ia akan merangsang semangat keusahawanan dan jika jumlah cukai perlu ditingkatkan, maka ia hendaklah pada kadar yang minimum.

Selain itu, pemerintah juga perlu sentiasa berwaspada agar kemewahan yang mengakibatkan perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.

g. Ulama Kontemporari

Bagi ulama kontemporari seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, dan Syeikh Mahmud Syaltut, mereka berpendapat harus pengambilan cukai sebagai tambahan kepada zakat, sedekah, jizyah dan ushur bagi memastikan kerajaan dapat mengurus kemaslahatan ummah seperti membangunkan kebajikan rakyat, bayaran gaji pegawai-pegawai kerajaan dan penyediaan infrastuktur untuk kemudahan rakyat. (Yusuf al-Qaradawi: 2000) Ini berasaskan kaedah fekah yang masyhur.

Masih gatai mulut lagi nak kata GST haram?

Oh yaa kalau GST haram mengapakah 26 buah negara Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) telah melaksanakannya. Adakah alim-ulama dan pakar ekonomi syariah mereka tidak menasihati kerajaan mereka berkaitan GST???

Di Malaysia sehingga 20 Januari 2015, sebanyak 304,000 buah syarikat telah berdaftar dengan sistem GST yang akan menguatkuasakan cukai sebanyak 6% menggantikan sistem SST yang berkadar 16%.

Jika GST haram dan buruk untuk rakyat mengapa banyak syarikat korporat, industri kecil dan sederhana (IKS) dan industri besar serta ada kedai peruncitan terus berlumba-lumba mendaftar dalam sistem GST.

Malah jumlah yang berdaftar GST kini melebihi sasaran awal iaitu 120,000 buah syarikat!


Kerajaan juga telah membuka kembali pendaftaran GST bagi membolehkan pendaftaran terutamanya bagi syarikat-syarikat yang terjejas akibat bencana banjir. 

Bila harga minyak dunia jatuh pendapatan negara dari hasil minyak juga berkurangan. Maka percukaian GST yang akan menampung kekurangan itu. Hasilnya nanti akan disalurkan semula untuk pembangunan rakyat dan negara.

Wahai ostad-ostad apakah mengatasi kesulitan umat dan rakyat itu bukan sebahagian dari ajaran yang dituntut agama Islam?

Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat pasca banjir ini. Mana nak dapat dana bantu rakyat kalau kantong negara kering?

Dana dari swasta, NGO dan asing pun belum tentu cukup menampung pembinaan semula kerosakan harta benda akibat musibah banjir itu.

Insya Allah jika ikut perancangan negara bakal perolehi RM23.18 bilion bagi tempoh sembilan bulan tahun 2015 ini menerusi GST berbanding hanya RM14.4 bilion jika masih kekal dengan SST.

Wahai ostad-ostad duit itulah nanti kerajaan akan memakmurkan negara dan memastikan rakyat tidak menjadi fakir kerana sabda Nabi s.a.w kefakiran dan kesusahan itu akan mudah menjerumuskan seseorang kepada kekufuran.

Mereka tak faham ekonomi tapi suka komen dan kritik ikut sedap mulut...useless !

Artikel berkaitan:
1. http://mymassa.blogspot.com/2015/01/gst-bila-ostad-tak-cukup-ngaji-buat.html
2. http://mymassa.blogspot.com/2014/05/gst-buat-mereka-yang-ingin-tahu-apa-itu.html
3. http://mymassa.blogspot.com/2014/04/tolakgst-adakah-gst-haram-disisi.html

ANWAR BANGKITKAN SEMULA STRATEGI USIR HADI AWANG

Posted: 20 Jan 2015 02:00 AM PST



Facebook pro ulama, El Haraki mendedahkan terdapat pakatan di antara Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat dan bekas Exco Dewan Pemuda PAS, Zulhazmi Shariff membangkitkan semula isu pengunduran Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

"Nampak permainannya?

"Loya 7 undi (Zulhazmi Shariff) memulakan serangan ke atas Tuan Guru Haji Hadi (TGHH), disambut oleh KP KFC (Suhaizan Kaiat). Seterusnya KeTum (Anwar Ibrahim) menyambut dalam keadaan seolah-olah acah tak acah.

"Fokus mereka, mewujudkan suasana di media bahawa ahli sudah tidak perlukan TGHH. Kita tunggu siapa pula akan sambut bola ini,"kata El Haraki sambil merujuk kenyataan terbaharu Anwar.

Anwar dilaporkan Sinar Harian semalam berkata beliau enggan mengulas desakan ahli PAS supaya Presidennya, Abdul Hadi berundur dan tidak bertanding dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Bagaimanapun Anwar berkata, tidak wajar baginya dan pimpinan PKR lain untuk mencampuri masalah rakan komponen PR itu kerana ia merupakan urusan dalaman PAS.

"Itu soal urusan PAS, tidak adil saya komen perkara itu lebih-lebih lagi untuk bincang hal PAS, malah tidak adil untuk kita campurinya," katanya kepada pemberita selepas sesi Dialog Bersama Anak Muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Petaling Jaya pada Ahad.


Pada tarikh sama juga, Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat turut mengulas tentang isu pengunduran Abdul Hadi.

Suhaizan tidak mempertahankan presiden partinya, Abdul Hadi sebaliknya menyerahkan kepada perwakilan parti untuk membuat keputusan.

"Pemilihan pimpinan PAS ini dicadangkan oleh pimpinan PAS peringkat kawasan. Di peringkat kawasan itu, mereka mempunyai penilaian mereka sendiri.

"Biasanya, saya lihat mereka tidak terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang ada di luar. Mereka ada pandangan mereka sendiri, jadi, kita serahkanlah pada pimpinan PAS kawasan untuk menentukan perkara tersebut," katanya kepada Sinar Online, semalam.

Suhaizan juga turut membela tindakan Zulhazmi ketika membuat usul Abdul Hadi berundur Presiden PAS.

"Saudara Zulhazmi itu ahli biasa dalam Pas, jadi, dia nak beri pandangan terpulang pada dia sebab itu saluran yang dia ada. Dia bukan pimpinan Pas (untuk bercakap dalam mesyuarat). Jadi terpulanglah.

"Dia bukan mewakili mana-mana pimpinan Pas kawasan. Itu hak dia. Kerana akhirnya keputusan itu nanti akan dibuat oleh pimpinan Pas kawasan juga," katanya.

Anwar dan Suhaizan membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas usul Zulhazmi pada 11 Jan lalu yang mencadangkan Abdul Hadi tidak dicalonkan sebagai Presiden pada pemilihan parti 2015-2017 yang akan berlangsung pertengahan tahun ini, sebaliknya beliau lebih layak memegang jawatan Mursyidul Am Pas menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.

Zulhazmi berkata oleh kerana Abdul Hadi sudah menganggotai Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti, maka tidak wajar pada masa sama beliau bertanding jawatan lebih rendah (presiden) bagi mengelak berlaku pertindihan kepentingan ketika menjalankan tugas.

"Saya cadangkan Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur.

"Ketokohan dan ilmu yang ada pada Abdul Hadi dan diiktiraf dunia sehingga dimartabatkan sebagai Naib Ketua Ulama Dunia, melayakkan beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS," katanya.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 20 Jan 2015 09:30 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


PROPAGANDA HANTU RAYA SEBEGINI MAMPU MENGURANGKAN LAGI SOKONGAN TERHADAP NAJIB !

Posted: 20 Jan 2015 02:47 AM PST

KENAPA GELABAH WAHAI DAP.

Posted: 19 Jan 2015 11:17 PM PST

INI AHBENG PERSENDA KEMATIAN ORANG.

Posted: 19 Jan 2015 11:09 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 20 Jan 2015 03:31 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Kisah wanita mandikan mayat pelacur yang akhirnya...

Posted: 20 Jan 2015 03:01 PM PST

Gambar hiasan
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur). Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu.Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu :

"Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"?

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati".

Imam Malik berkata : "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN :

Jaga lidah jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina. Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan dan ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat,negeri atau negara, yang mana kita tidak menyaksi dan tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

Abu Raziq Al-Ansorullah

Nik Aziz dikejarkan ke ICU

Posted: 20 Jan 2015 05:29 AM PST

KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian hari ini.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam Facebooknya, sebentar tadi.

"Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata, akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa.

"Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang,"katanya.

Gadis bertudung rela diramas teman lelaki dalam perpustakaan

Posted: 19 Jan 2015 10:03 PM PST

Stomper J berasa jelik melihat sepasang kekasih beraksi ghairah di Jurong East Library semalam (18 Jan)

Di dalam foto yang dikirimnya, pasangan wanita yang bertudung itu dilihat sedang duduk dihadapan teman lelakinya. Keadaan menjadi bertambah jelik apabila tangan teman lelakinya menyusup masuk ke dalam baju untuk meraba.

Menurut beliau lagi teman lelaki tersebut terus 'mengurut' pasangannya tanpa mempedulikan persekitaran di sekeliling.




Bajet 2015 Tidak Lagi Realistik – Najib

Posted: 19 Jan 2015 08:45 PM PST

KUALA LUMPUR: Akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia yang secara langsung mengurangkan pendapatan negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Bajet 2015 yang diumumkan pada Oktober lalu tidak lagi realistik.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika mengumumkan Perutusan Khas mengenai keadaan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.

Menurutnya, harga minyak mentah global sejak enam bulan kebelakangan ini menjunam lebih lima puluh peratus.

"Trend ini juga disebabkan pengeluaran gas dan minyak 'shale' yang meningkat ketara di Amerika Syarikat, berikutan kemajuan teknologi pengeluaran minyak.

"Ahli ekonomi mengganggarkan purata harga minyak mentah bagi tahun 2015 adalah antara US$40- US$70 setong.

"Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015 dan kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal sebanyak RM3.7 bilion

"Namun pada harga US$48 setong yang diunjurkan sekarang, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion," katanya.

Bagaimanapun kata Najib, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

Terdahulu, Bajet 2015 dibentangkan dengan andaian harga minyak akan dikekalkan pada US$100 setong, bagaimanapun harga minyak mentah Brent telah jatuh sebanyak lebih daripada separuh.

Dalam pada masa sama, kerajaan telah mengunjurkan pertumbuhan 5.0 sehingga 6.0 peratus untuk tahun ini, manakala ramalan pasaran adalah untuk pertumbuhan sekitar 4.0 peratus.

- mD

Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri

Posted: 19 Jan 2015 08:30 PM PST

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet ketika tiba bagi menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini. - Foto Aysraf Hamzah
Berikut ialah intipati Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini.

* Persekitaran/percaturan ekonomi dunia telah berubah. Ini memberi impak kepada Malaysia, antara negara mempunyai dagangan terbesar di dunia.

* Beberapa perkara pokok yang kerajaan unjurkan bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

* Sebagai kerajaan bertanggungjawab, akan terus mencari jalan mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

* Kejatuhan harga minyak mentah dunia secara langsung kurangkan pendapatan negara yang digunakan untuk tujuan pembangunan.

* Pemberian visa percuma kepada pelancong antaranya dari China, untuk giatkan industri pelancongan negara.

* Kerajaan akan ambil langkah proaktif untuk buat pengubahsuaian spesifik, seiring dengan perubahan senario ekonomi global

* Dengan pengurangan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 35 sen dan 30 sen, pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia secara kasarnya sekitar RM7.5 bilion.

* Kerajaan perlu semak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak kepada US$55 setong bagi 2015.

* Pada harga US$55 setong yang diunjurkan, kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak RM13.8 bilion.

* Sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat jimat RM10.7 bilion, kerajaan masih alami kekurangan hasil sebanyak RM8.2 bilion bagi tampung langkah-langkah Bajet 2015.

* Kerajaan tetapkan kadar defisit dikaji semula kepada 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015.

* Kerajaan tidak berkompromi ke atas perancangan pembangunan kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara.

* Kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah bawah 40 peratus.

* Turun-naik nilai matawang asasnya berdasarkan pengaruh ekonomi global dan Ringgit bukan satu-satunya yang menyusut berbanding dolar Amerika.

* Kerajaan perlu pastikan akaun semasa dalam imbangan pembayaran sentiasa kekal dalam lebihan.

* Kerajaan teruskan langkah-langkah reformasi fiskal dan menyepadukan (consolidate) ekonomi.

* Kerajaan pastikan aktiviti ekonomi terus dipelbagaikan supaya negara mampu hadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

* Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit akan alami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh.

* Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan (financial intermediation) dengan aktiviti pinjaman kekal lancar.

* Aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaian kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

* Polisi lebih dinamik, rizab antarabangsa mencukupi, pasaran kewangan pelbagai dan mendalam, perbankan teguh serta pelabur institusi tempatan kukuh akan tingkatkan daya tahan Malaysia untuk turun naik aliran modal.

* Tanggapan apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan eksport keseluruhan akan merosot dan mengakibatkan defisit akaun semasa adalah tidak benar.

* Malaysia pengeksport bersih minyak mentah dengan nilai lebihan eksport sebanyak RM7.7 bilion untuk tempoh Januari-November 2014.

* Bagi produk petroleum, Malaysia adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak RM8.9 untuk tempoh Januari-November 2014.

* Tanggapan atau persepsi umum selama ini bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan adalah tidak benar.

* Kesan kejatuhan harga minyak dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan dan produk tekstil.

* Malaysia mampu capai Keluaran Dalam Negara Kasar antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini.

* Kerajaan akan pastikan pertumbuhan ekonomi seimbang, inklusif dan mampan.

* Kerajaan akan menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi bina semula infrastruktur terjejas akibat banjir.

* Perkhidmatan gantian-import seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional dipromosi secara aktif bagi kurangkan kebergantungan kepada sumber luar.

- BERNAMA

Perutusan khas PM: Kenaikan tarif elektrik, PLKN ditangguh tahun ini

Posted: 19 Jan 2015 08:01 PM PST

PUTRAJAYA 20 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan menaikkan tarif elektrik dan gas untuk sektor industri ditangguhkan untuk tahun ini.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2015 juga akan ditangguhkan untuk membolehkan penjimatan RM400 juta. Menurutnya, penangguhan itu juga membolehkan program itu dikaji semula dan tambah baik dilakukan.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

(Video) Aksi ghairah sepasang kekasih di perhentian bas dirakam

Posted: 19 Jan 2015 07:01 PM PST

Seorang pelayar web Stomp telah terserempak dengan sepasang kekasih yang sedang berkucupan ghairah di sebuah perhentian bas di Changi Road. Kejadian tersebut berlaku pada siang hari dan pasangan tersebut langsung tidak pedulikan reaksi pemandu-pemandu yang lalu di situ.

Video sepanjang tiga minit yang telah dirakamnya menunjukkan adegan panas tersebut berlangsung tanpa henti.

Pada satu ketika, pasangan lelakiitu dilihat memasukkan tangannya ke dalam skirt teman wanitanya.

Mereka hanya berhenti seketika kemudian untuk membetulkan pakaian masing-masing

(Foto) Gadis sarung seluar 'maha' pendek terkeluar punggung depan sekolah rendah

Posted: 19 Jan 2015 06:01 PM PST

Seorang pelayar web Stomp sangat terkejut apabila beliau melihat seorang wanita hanya menyarungkan seluar yang amat pendek hingga menampakkan sebahagian besar peunggungnya di Clementi pada petang semalam (28 Oct).

Sammie menambah, pemakaian wanita tersebut sangatlah tidak sesuai apatah lagi di kawasan tersebut yang dipenuhi dengan kanak-kanak.

Katanya, beliau faham warga Singapura sekarang semakin terbuka, tetapi tidak perlulah berpenampilan sedemikian. Apatah lagi jika anda berada di hadapan sebuah sekolah rendah!

Gadai keperawanan kepada ayah sendiri

Posted: 19 Jan 2015 05:01 PM PST

Gambar hiasan
TERKEDU seketika kami membaca pengakuan berani seorang gadis berasal dari Great Lakes, Amerika Syarikat mengenai hubungan terlarang dengan bapa kandung sendiri yang didedahkannya menerusi temubual dengan portal Science of Us dengan artikel bertajuk What It's Like to Date Your Dad.

Baru berusia 18 tahun, dia bukan sahaja menjalin cinta dengan bapanya, tetapi turut menggadai keperawanannya menerusi hubungan seks dengan lelaki itu.

Hubungan sumbang mahram itu bermula selepas gadis itu bertemu semula bapa kandungnya yang terpisah selama 12 tahun, apabila lelaki itu menghubunginya menerusi Facebook.

Pertemuan itu membawa kepada keputusan untuk tinggal bersama bapanya selama dua minggu, namun ia akhirnya membuahkan rasa cinta hingga kedua mereka merancang untuk berpindah ke New Jersey memandangkan perbuatan sumbang mahram bukanlah satu kesalahan di sana.

"Saya akan hubungi ibu dan memberitahunya kami sudah jatuh cinta dan akan memiliki anak. Jika dia mahu melihat cucunya, kami akan kirim duit jadi dia boleh datang menjenguk kami," ujar gadis terbabit.

Ditanya sama ada dia bimbang tentang masalah genetik yang mungkin dihadapi oleh anak bakal dilahirkan hasil hubungan dengan bapanya dia berkata, "Tidak. Saya tak akan mengambil risiko jika ia memudaratkan.

"Saya sudah melakukan kajian. Semua orang fikir anak yang dilahirkan hasil sumbang mahram akan mengalami masalah genetik tapi ia tak benar. Ia terjadi jika hubungan itu berlaku selama beberapa generasi, seperti keluarga diraja.

"Sumbang mahram sudah lama berlaku. Semua orang hanya perlu menerimanya selagi ia tidak menyebabkan seseorang itu tertekan atau rasa terpaksa."

Oh, tak dapat kami bayangkan bagaimana penerimaan si ibu apabila mengetahui anak yang dibesarkannya membuat keputusan yang kami kira lebih kepada dorongan nafsu semata-mata!

Biarpun negara Barat menekankan kebebasan bersuara dan membuat pilihan, sumbang mahram adalah perkara yang masih tidak dapat diterima oleh sebahagian besar masyarakat sana.

Bagaimanapun, identiti gadis tersebut dan bapanya dirahsiakan oleh pihak editor Science of Us. – MYNEWSHUB.CC

Minta tubuh selepas ragut syarat kembalikan beg tangan

Posted: 19 Jan 2015 04:01 PM PST

SEHEBAT-HEBAT akal seorang penjenayah licik pun boleh tertangkap, apatah lagi kalau jenis yang pendek akal seperti peragut ini.

Dalam kes yang dikatakan berlaku di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada Sabtu, seorang lelaki telah meragut beg seorang wanita.

Suspek kemudian bertindak menghubungi mangsa dan menawarkan untuk menyerahkan kembali beg tersebut dengan syarat wanita itu hendaklah menyerahkan tubuhnya sebagai ganti.

Mangsa yang berpura-pura setuju segera memaklumkan kepada keluarga mengenai perkara itu.

Hasilnya, suspek telah ditangkap dan dipukul oleh keluarga mangsa selepas datang ke lokasi dijanjikan seterusnya diserahkan kepada pihak polis.

Haa…itulah akibatnya kalau dah tamak sangat. Dah dapat harta orang, nak tubuh pula!

Tak pasal-pasal dapat 'ganjaran' penumbuk.. -MYNEWSHUB.CC

- See more at: http://mynewshub.cc/2015/01/18/taktik-peragut-yang-gagal-mahu-tubuh-dapat-penumbuk/#sthash.13qC4YoW.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan