Ahad, 11 Januari 2015

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 10 Jan 2015 11:33 PM PST

Suara Sri Andalas


85 Terima Periuk & Barangan Sempena Ponggal

Posted: 10 Jan 2015 07:45 PM PST

Bukit Kemuning, 10 Januari 2015 - Seramai 85 orang menerima periuk dan barangan sempena perayaan ponggal di kuil Maha Mariaman. Penyampaian barangan dibuat Puan Sheila Devaraj yang mewakili YB Dr. Xavier Jayakumar.







Menyampaikan Sumbangan Beg Sekolah di Teluk Menegon

Posted: 10 Jan 2015 07:43 PM PST

Klang, 9 Januari 2015 - Program penyampaian sumbangan beg sekolah telah diadakan hari ini di Teluk Menegon. Hadir menyempaikan beg kepada pelajar-pelajar adalah Puan Sheila Devaraj yang mewakili YB Dr. Xavier Jayakumar yang berada diluar kawasan.




Anwar Ibrahim

Posted: 10 Jan 2015 07:18 PM PST

Anwar Ibrahim


Belasungkawa Tun Abdul Rahman Ya’kub

Posted: 10 Jan 2015 12:00 AM PST

Innalillahiwainnailaihirajiun.
Malam tadi seorang lagi tokoh penting negara telah kembali menemui penciptaNya.

Bekas Yang Dipertua Negeri dan mantan Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya’kub menghembuskan nafas terakhir pukul 9.40malam tadi. Almarhum mula dirawat di hospital sejak awal November lepas berikutan kondisi kesihatan yang mula melemah.

Pengalaman jalinan ukhuwah kami ternyata panjang sekali. Tatkala Almarhum menjawat jawatan Menteri Pelajaran, Almarhum mengambil pendekatan berdamping dengan kalangan sarjana dan mahasiswa Melayu. Acapkali ditekankan peri penting kekuatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan pengukuhan akhlak pelajar agar terus menjaga sahsiah. Almarhum antara kelompok tokoh yang bertanggungjawab mencadang penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sewaktu menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak, saya diundang beberapa kali ke program anjuran BINA (Angkatan Nahdatul Islam Bersatu Sarawak), yakni program kesadaran pendidikan dan dakwah di kalangan pelajar dan belia. Fokus Almarhum pada program-program keagamaan begitu menyerlah melalui penglibatan dalam beberapa organisasi Islam antarabangsa antaranya Muslim World Congress di Pakistan.

Keprihatinan Almarhum pada kami sekeluarga ternyata tinggi, ini terbukti saat saya di penjara Almarhum masih menemui Azizah melahirkan simpati dan memberi dorongan semangat.

Kali terakhir kami bertemu di kediaman beliau di Kuching beberapa tahun lalu diiringi Datuk Hafsah Harun, membincangkan perkembangan politik dengan segar. Ternyata Almarhum masih cakna dan prihatin dengan permasalahan rakyat.

Pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan tokoh negarawan yang komited dan berjiwa besar. Pastinya saya secara peribadi tidak akan melupakan segala jasa baik Almarhum kepada saya dan keluarga.

Didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang soleh, inshaaAllah.

Al-Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan