Sambutan Masyarakat Cina Terhadap PAS Amat Menggalakkan
MIRI – Dengan kenaikan harga petrol yang tidak menentu setelah subsidi dihapuskan sudah pasti akan menyusahkan pengguna dan akan menyebabkan rakyat terpaksa berjimat cermat dalam pembelanjaan terutama dalam musim perayaan ini. Walau bagaimana pun PAS tetap meneruskan aktiviti kebajikan bersama masyarakat setempat tanpa mengira masa.
Sempena perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, PAS Miri telah mengedarkan kad ucapan Tahun Baru Cina dan juga buah oren kepada masyarakat Cina di sekitar bandaraya Miri.
Tujuan utama PAS mengedarkan kad ucapan Tahun Baru Cina serta buah oren kepada masyarakat Cina sebagai simbol menghormati perayaan kaum dan budaya masyarakat setempat.
Dengan adanya program semacam ini, ianya akan merapatkan lagi hubungan antara agama dan kaum yang terdapat di negara ini walaupun terdapat isu hangat yang boleh menjejaskan hubungan PAS dengan rakyat tetapi apabila mereka mengenali PAS secara dekat mereka tahu bahawa apa yang digambarkan oleh media hanya propaganda untuk menjejaskan imej PAS.
PAS Miri sentiasa mendekati semua kaum di Miri tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan aktiviti sebegini, masyarakat di Miri akan mudah mengenali PAS secara dekat dan ini secara tidak langsung akan menghakiskan perasaan takut dan salah faham masyarakat Muslim dan non Muslim terhadap PAS selama ini.
Masih ramai yang menganggap PAS sebagai sebuah parti Islam yang hanya untuk umat Muslim tetapi mereka tidak tahu yang PAS sudah ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang terdiri dari berbagai kaum dan agama yang jadi penghubung antara agama dan kaum di negara ini.
PAS sudah lama bertapak di Miri khususnya, maka sudah tiba masanya PAS dapat mewakili semua kaum dan agama demi menuntut keadilan dan kebajikan untuk semua.
Kalau PAS tidak dapat diterima oleh masyarakat berbilang bangsa dan agama di Sarawak, sudah pasti PAS tidak mendapat sebarang sokongan dari masyarakat Muslim dan non Muslim semasa Pilihan Raya umum ke-13 yang lalu dan tidak akan kekal lama di Miri dan Sarawak.
Setelah mereka mendapat kefahaman tentang perjuangan PAS dan Islam, mereka yakin bahawa PAS bukanlah parti ekstrem dan hanya sesuai untuk satu bangsa dan agama saja tapi ianya boleh diterima oleh semua kaum dan agama di negara ini setelah mengenali secara dekat.
Atas usaha mendekati masyarakat berbilang kaum dan agama yang dilakukan oleh PAS Miri selama ini, telah menunjukan peningkatan sokongan yang positif dari masyarakat setempat sama ada dari Muslim dan non Muslim.
Kita akan sentiasa memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Miri khususnya, bahawa kedatangan PAS di Miri bukan saja sebagai sebuah parti politik dan dakwah semata-mata bahkan akan bersama-sama dengan Pakatan Rakyat menegakkan keadilan dan memberi kebajikan kepada semua kaum tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak
English version
The response of the Chinese Community against PAS is very encouraging
MIRI – With the increase of petrol prices that is uncertain after the removal of subsidies will certainly troublesome the user and will cause the people had to be thrifty in spending, especially in this festive season. However PAS continue welfare activities with local communities regardless of the time.
In the conjunction of the Chinese New Year recently, PAS Miri has distributed the Chinese New Year greetings cards and also oranges to the Chinese communities around Miri city.
The main purpose of PAS distributing the Chinese New Year greetings cards and oranges to the Chinese community is as symbol of respect racial festivals and local culture.
By having of this kind of program, it will strengthen the relationship between religions and racial in this country although there is a hot issue that could affect the PAS relationships with the people but when they be familiar with PAS closely they know that what is being portrayed by the media is just propaganda to tarnish the image of PAS.
PAS Miri always hold close all races in Miri, irrespective of race and religion. With such activities, the community in Miri will easily know the PAS closely and of this will indirectly erode the fear and misunderstanding of Muslim and non-Muslim communities against PAS all this while.
There are many who consider PAS as an Islamic party that is only for Muslims but they do not know that PAS had existed of PAS supporters' congress (DHPP) which consists of various races and religion that to be a liaison between religious and ethnic groups in the country.
PAS has long resided in Miri in particular, and then it is time that PAS can represent all races and religions for the sake of justice and welfare for all.
If PAS cannot be accepted by the community of all races and religions in Sarawak, PAS certainly did not get any support from Muslim and non-Muslim communities during the 13th general election ago and will not remain long in Miri and Sarawak.
Once they get an understanding of the struggle of PAS and Islam, they believe that the PAS is not an extreme that is suitable only for one race or religion but it can be accepted by all races and religions in the country after become acquainted.
Upon approaching the different communities and religions committed by PAS Miri all this while, has been shown increase positive support from the local community, whether from Muslim and non-Muslim.
We will always give explanations and clarifications to multiracial society and religions in Miri in particular, that the appearance of PAS in Miri is not just as a political party and missionary alone but will jointly with the Pakatan Rakyat for justice and give welfare to all races regardless of race, religion and political affiliation.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan