Isnin, 9 Februari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 09 Feb 2015 01:30 PM PST

Cucu Tok Selampit

Cucu Tok Selampit


Terkini - Ratusan Ribu Berkumpul Di Petaling Jaya Dengar Amanat Terakhir KETUM @AnwarIbrahim

Posted: 09 Feb 2015 05:51 AM PST

9.45 p.m.


11.15 p.m.






Cerita 'roadshow' amanat terakhir di Petaling Jaya malam ini hanya sekitar 1,000 ke 2,000 orang sahaja. Itupun kena sediakan jamuan. Kesiannnn ...

Lagi Wakil Rakyat DAP Pertikai Islam - Chong Eng Pula Pertikai Saranan JAIS Tutup Aurat

Posted: 09 Feb 2015 12:07 AM PST

Wakil-wakil Rakyat DAP semakin lantang mempertikaikan Islam. Memetik laporan New Malaysian Post, Pengerusi DAP Serian, Edward Andrew Luwak mendakwa peraturan dalam MRSM yang melarang membawa masuk barang seperti salib dan Bible menimbulkan kebimbangan ibu bapa berketurunan Dayak.

Katanya, sekatan dan larangan ini menyebabkan ibu bapa keturunan Dayak tidak menghantar anak mereka ke kolej sebegini kerana takut anak mereka dipengaruhi ajaran Islam. Selain itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng juga pula mendakwa peraturan di MRSM boleh mewujudkan perasangka tidak baik antara kaum di negara ini.

Bagi menjawab persoalan berkenaan, bacalah luahan hati daripada seoarang pelajar MRSM yang juga bukan bumiputera dan beragama Islam, Darren Lai di laman sosial Facebook beliau seperti di bawah:



Hari ini pula, EXCO DAP Pulau Pinang, Chong Eng pula mempertikaikan Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang menggesa wanita menutup aurat untuk mencegah kemungkinan berlaku permerkosaan terhadap wanita. Baca laporan The Malaysian Insiders, di sini.

Menutup aurat adalah tuntutan dalam Islam. Ia adalah sebahagian tuntutan agama yang perlu ditaati oleh orang Islam. Kenapa Chong Eng, seorang bukan Islam hendak mempertikaikan Khutbah Jumaat yang hanya mengajar orang Islam mengenai tuntutan agamanya?

Lagipun lihatlah ini nyonya. Kalau dia berbogel sekalipun, perogol pun mati pucuk, jangan kata nak rogol! Lu memanglah tak perlu tutup aurat pun. Haiya!!!

Parlimen Kota Tinggi Telah Mengerakkan Sumbangan Sempena Tahun Baru Cina #BNBagus

Posted: 08 Feb 2015 07:30 AM PST


Parlimen Kota Tinggi telah mengerakkan usaha untuk menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina. Majlis yang dianjurkan oleh MCA kota Tinggi, Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Yayasan Mesra itu bertujuan untuk membantu masyarakat Cina terutama di Parlimen Kota Tinggi yang kurang upaya untuk sama-sama menyambut perayaan berkenaan dengan gembira. Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Haji Noor Ehsanuddin dan isteri turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Datuk Noor Ehsan dan isteri berbesar hati menyampaikan sedikit bantuan kewangan dan peralatan dapur kepada mereka yang terlibat.










Shahrizat Jalil & Liow Tiong Lai Perjuangkan Tapak Kekal 
Untuk Wanita Berniaga #BNBagus

Posted: 06 Feb 2015 05:00 PM PST


Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, DS Shahrizat Abdul Jalil dan Presiden MCA yang juga merangkap Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai bertekad akan memperjuangkan tapak perniagaan yang kekal dan khas yang amat diperlukan oleh golongan peniaga wanita yang baru memulakan perniagaan. Ini bermakna setiap negeri termasuk Wilayah Persekutuan diminta menyediakan tapak kekal yang dikhususkan kepada usahawan wanita untuk menjalankan perniagaan.

Majlis perasmian program Pasarnita sempena Tahun Baharu Cina di Pasar Seni, yang menghimpunkan lebih 100 peniaga wanita pelbagai kaum itu dirasmikan oleh DS Liow Tiong Lai dan turut dihadiri Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie. Menurut DS Shahrizat, beliau berharap cadangan tapak kekal untuk peniaga wanita itu dapat dibawa oleh Tiong Lai dalam mesyuarat Kabinet dan disampaikan kepada Perdana Menteri. Beliau menambah, Tapak khas ini penting untuk peniaga-peniaga wanita mempamerkan barangan jualan mereka selain membentuk rangkaian perniagaan bersama pihak-pihak lain.




A Piece of My Mind

Posted: 09 Feb 2015 11:21 AM PST

A Piece of My Mind


The politics of Presidential jets

Posted: 09 Feb 2015 01:30 AM PST

Just a few days ago, the President of Indonesia made his maiden official trip overseas. He chose Malaysia as his first stop.

This, if you ask me, is an honor and perhaps the highest respect which reflects the strong relationship between Malaysia and Indonesia since we established diplomatic relations on 10 October 1957.

But it was another part of his arrival which caught some of us by surprise. He arrived in the state-owned USD 91 mil Presidential jet, a Boeing 737-800. This aircraft which comes with a USD27 mil cabin interior was delivered in 2014 to the Government.

Yeah, Indonesia has a Government jet too.

And yet, some of us are of the opinion that despite stable and positive economic conditions here, the Malaysian Government should not own or use business jets that are currently made available for use by His Majesty the Yang di-Pertuan Agong and Heads of our states, the Prime Minister and his Cabinet, as well as senior Government officials.
At times, I think we overlooked the fact that Obama has a Presidential jet despite the national debt of USD18 trillion, or Japan owns an Air Force One even though the country has a public debt that is twice its GDP (public debt per capita of about RM300,000 per person).

If anyone read international papers or portals during the World Economic Forum, you will notice a piece of news that did not appear locally in Malaysian sites or media for unknown reasons.

The Newsweek's headline on 19 January 2015 caught my attention - "Private jets descent on Davos for World Economic Forum". Did you know that approximately 550 business and government jets flew into the region for the Forum (CNN's site says 1,700 planes, but you get the point)? And there were nearly 200-300 helicopter flights from Zurich airport to Davos.

A quick research online showed that Togo in West Africa, with a population the size of Selangor, has a Government jet for its President, a state in India - Andhra Pradesh - has a business jet and chopper for its Chief Minister, Namibia has a Learjet 75 jet for its President and Belarus, whose GDP per capita is on par with Pahang, has a Presidential jet too.

Surely, there is a reason why Government leaders around the world travel in chartered or Government owned jets.

We should look at the bigger picture and understand the fact that we can't expect Government leaders to wait and sit around in airports or wait for multiple connecting flights while some simply shuttle in to the nearest airport.

Let us not forget that times have changed and there are many international events or summits such as the World Economic Forum, the OIC summit, the G20, the East Asia Summit, APEC, ASEAN and the dozens of bilateral visits that leaders make to strengthen diplomatic relations and to boost investments or trade.

There are also unfortunate, 11tih hour events like aviation crisis, international negotiations, State funerals and others which make commercial flights (be it via passenger planes or chartered planes) become challenging and complicated especially in terms of flight time and delays.

With the demanding, hectic schedules and travels, both international and domestic, Governments today simply cannot forgo the convenience of official aircrafts. It is high time that we grow up and look beyond petty politics.

PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Feb 2015 11:09 AM PST

PEJUANG BANGSA


ANWAR BERLAKON WATAK AHLI NUJUM SEBELUM KE MAHKAMAH ESOK

Posted: 09 Feb 2015 08:36 AM PST



Ibarat ahli nujum yang boleh menilik masa hadapan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini optimis akan dibebaskan dari dikenakan hukuman penjara ke atas dirinya pada 10 Februari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Anwar itu menunjukkan dirinya kini terdesak dan cuba untuk mengelirukan orang ramai.

"Dia cakap seperti dia tahu tentang masa depan. Selama ini, semua yang dia cakap tidak pernah jadi. Jadi, ja­ngan gunakan pe­rang psikologi yang membangkitkan emosi," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.




Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar di Pasar Malam Sungai Dua, Georgetown, Pulau Pinang yang dipeik sebagai berkata, pembangkang mempunyai peluang 60 peratus untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau dipenjarakan.

Rayuan terhadap kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sama ada dijatuhi hukuman penjara atau dibe­bas­kan atas kesalahan meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari akan diketahui keputusannya Selasa ini.

Razali yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, fokus rakyat negara ini tidak hanya tertumpu terhadap kisah Anwar kerana mereka mem­punyai banyak perkara lain yang lebih penting untuk diberikan ke­utamaan.

"Banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian, contohnya kerajaan perkenal pelbagai inisiatif dalam menangani kejatuhan harga minyak mentah, kelapa sawit dan getah selain agenda melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)," katanya. 

LIWAT II : PENYAKIT MEROYAN KINI MEREBAK TERUK KEPADA ANWAR & MACAINYA

Posted: 09 Feb 2015 05:30 AM PST




Salam 2 all.
Saya melihat penyakit meroyan dikalangan penyokong Anwar Ibrahim makin parah disaat-saat akhir sebelum penghakiman esok di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Ada yang mendakwa Anwar akan bebas sebab ada deal dengan Dato' Sri Najib. Konon dongeng yang dibawa Najib sedang menghadapi masalah dengan Tun M dan memerlukan Anwar untuk menyerang Tun M!

Ada pulak yang bawa cerita konon Najib dah tak boleh handle kepimpinan negara dengan pelbagai masalah yang direka seperti 1-MDB, ringgit jatuh, hasil minyak negara merudum, bajet dah larialignment, dan macam-macam lagi kisah dongeng dikarang!

Lagi canggih, ada yang dakwa Najib takut hilang kuasa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, dia perlu berdepan dengan Tan Sri Muhyiddin dan kebangkitan penentangan dalam UMNO, jadi Najib perlukan Anwar untuk menjadi rakan-kongsi untuk mengekalkan kuasa dan jawatan!

Tak cukup dengan itu, ada yang bawak cerita konon kalau Anwar dipenjarakan, BN akan tewas dalam PRU-14, malah dinujumkan pakatan pembangkang songsang ini akan mendapat 60% sokongan rakyat untuk mendapat Putrajaya!







Apa yang saya nampak, Dato' Sri Najib cool dan tenang aje. Malah pada hari keputusan esok, PM ada majlis Himpunan Bersama Ulama-Umara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada jam 11 pagi. Hanya 1km je daripada Istana Kehakiman. Langsung tidak kelihatan Najib seperti gabra atau menggelabah.

Yang nampak gabra dan gelabah ialah Anwar dan penyokongnya!

Najib tidak perlukan sokongan Anwar. Najib mendapat sokongan solid daripada UMNO dan Barisan Nasional. Kepimpinan Najib lansgung tidak tercabar sikit pun!

Malah rakyat makin gembira kerana penurunan harga petrol banyak membantu meringankan beban rakyat. Dan perang harga yang diisytiharkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri, yang disokong oleh Najib, terhadap pemborong dan peniaga cauvinis yang enggan menurunkan harga barangan memberikan harapan kepada rakyat bahawa Kerajaan BN memang prihatin dengan masalah dan kebajikan rakyat.

Jadi tidak ada sebab langsung untuk Najib berasa terancam atau gusar. Setakat yang saya tahu, hubungan Najib dengan Tun M sangat baik. Mereka masih kerap bertemu dan berbual mesra. Lawatan Presiden Jokowi baru-baru ini menyerlahkan lagi hubungan rapat Tun M dengan Najib.

Pada saya, orang yang paling ketaq lutut dan gusar ialah Anwar. Ini mungkin malam terakhir dia tidur di kamar nyaman Bukit Segambut. Kemungkinan besar malam esok dia akan memulakan semula kehidupan sebagai banduan di Bamboo River Inn!

Dan paling membimbangkan anasir pro-Anwarinas ini ialah ketegasan kepimpinan PAS yang enggan tunduk kepada kemahuan Anwar dan DAP.

Maklumat dalaman daripada pakatan songsang DAP-PKR-PAS menyatakan ada permintaan supaya PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya turun membanjiri perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya. Dengar ceritanya, kepimpinan PAS menegaskan bahawa ini adalah masalah peribadi Anwar, dia perlu selesaikan mengikut lunas undang-undang tanpa mengheret pakatan pembangkang!

Dan siri-siri road-show anasir pro-Anwarinas untuk menghasut rakyat dan orang ramai turun berdemonstrasi di Istana Kehakiman esok langsung tidak mendapat sambutan. Tidak seperti era Reformasi-1998, dimana rakyat yang turun sehingga tidak muat stadium dan padang. Kali ini, nak penuhkan Dewan Tadika pun payah!

Tersenyum saya mendengar komen seorang sahabat PAS bila mendengar dakwaan anasir pro-Anwarinas bahawa jika Mahkamah menolak rayuan Anwar dan menghukum dia ke penjara, pasti pakatan pembangkang akan menang PRU-14 dengan sokongan 60% rakyat.

Dengan sinis dia berkata, 'kalau gitu kita pakat-pakat buat solat hajat malam ini mintak Anwar disumbat ke penjara, sebab tak payah kerja teruk dah, pasti menang PRU-14 nanti'!!!

Apa yang penting sebenarnya yang perlu kita ingat ialah, ini adalah kes jenayah seksual!

Ini adalah kes dimana seorang kakitangan mengadu dicabul kehormatan dengan cara diliwat oleh majikannya! Ini adalah kes dimana Saiful Bukhari, pembantu Anwar Ibrahim mengadu menjadi mangsa pencabulan seksual kerana diliwat oleh bos dia sendiri Anwar Ibrahim!

Saya cukup yakin panel lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan ini akan membuat penghakiman berdasarkan fakta dan undang-undang. Saya cukup yakin mereka tidak akan terpengaruh dengan mainan politik jijik dan kotor pembangkang untuk menekan mereka membebaskan Anwar.

Jangan lupa mangsa dalam kes ini ialah Saiful Bukhari, bukan Anwar! Mangsa ini perlukan hak, maruah dan kebenaran ditegakkan! Dan keadilan menuntut hak, maruah dan harga diri mangsa diberi keutamaan!

Kalau mengikut fakta dan undang-undang, saya tidak nampak ada ruang untuk tidak mensabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.

Mahkamah Tinggi sendiri langsung tidak mempertikai keterangan Saiful, walaupun digerudi selama sembilan hari oleh para peguam hebat Anwar termasuk mendiang Karpal Singh; Hakim Mahkamah Tinggi tetap menyatakan kredibiliti dan integriti keterangan Saiful tidak tercalar sikit pun.

Berbanding dengan Anwar yang langsung tidak berani memberi keterangan bersumpah didalam Mahkamah dihadapan Hakim; sekaligus menafikan hak Pendakwaraya untuk menyoal balas dan mencabar sebarang dakwaan atau keterangan beliau.

Bukan itu sahaja, kesemua saksi alibi Anwar tidak hadir. Bermakna pembelaan alibi Anwar sudah dicampak sendiri oleh Anwar ke longkang!

Dan yang paling tragis, langsung tidak ada sebarang jawapan bersumpah daripada Anwar didalam Mahkamah bagaimana DNA yang disahkan bersumber daripada airmani dia boleh berada didalam dubur Saiful sedalam 4 cm! Kalau ini bukan penetrasi liwat, saya tidak tahu nak panggil apa lagi benda ini!

Cuma malang para penaksub dan penyokong tegar Anwar gagal menggunakan akal waras untuk menimbang semua fakta ini! Mereka diserang virus taksub yang membutakan mata, hati dan fikiran mereka!

Saya cukup yakin Mahkamah Persekutuan akan menolak rayuan Anwar dan mensabitkan dia dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan.

Dan hukuman maksimum dibawah Seskyen 377B ialah 20 tahun penjara!

Dalam kes pertama, mendiang YA Augustine Paul menghukum Anwar dengan hukuman penjara 6 tahun! Dalam kes kedua, Allahyarham YA Arifin Jaka menjatuhkan hukuman 9 tahun penjara keatas Anwar kerana meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu Wan Azizah!

Adakah kali ini, jika disabitkan dengan kesalahan, Mahkamah Persekutuan akan menghukum lebih daripada 9 tahun penjara? Wallahua'lam.

Apa pun kita serahkan kepada panel Hakim Mahkamah Persekutuan untuk membuat keputusan dan penghakimannya esok.

Kepada Anwar, sudah-sudah lah tu. Bawak-bawaklah bertaubat, sementara Allah masih beri peluang dengan umur yang sudah masuk waktu kubor kata mari, rumah kata pergi ini. Kenang-kenangkan alam barzakh, mampukah kamu berhadapan dengan Allah swt nanti!

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
19 Rabi'ul Akhir 1436
09 Feb 2015

HASIL KETEGASAN BOIKOT PENIAGA , HARGA BARANG MULA TURUN ! @IsmailSabri60

Posted: 09 Feb 2015 03:37 AM PST




Hasil saranan yang dimulakan Menteri DS Ismail Sabri yang gesa boikot peniaga tidak mahu turun harga .. hari ini kesannya di dada akhbar  ia boleh diturunkan dengan kuasa dan hak pengguna.

Rasis ka desak turun harga barang ?

Siapa yang untung ? Sudah tentunya rakyat bukan Ismail Sabri ..

MCA patut malu kerana mempolemik isu turun harga barang  ini kepada perkauman ..





MISTERI KENAPA GAMBAR SIRUL DENGAN PM DISEBARKAN MACAI PEMBANGKANG ?

Posted: 08 Feb 2015 04:00 PM PST



 Sebelum ini GPB telah mengupas Misteri Kenapa  Australia lokasi pilihan Sirul   dan kali ini tenyata ia benar   satu komplot konspirasi oleh tangan-tangan ghaib nun jauh  di Australia sedang bergerak  .

Ia bermula dengan  sekeping gambar  Koperal  Sirul Azhar bersama Perdana Menteri telah mula  disebarkan oleh FB Pakatan Rakyat .

Motifnya mudah iaitu mengaitkan  PM DS Mohd Najib Tun Razak dengan Sirul Azhar seperti mana taktik  mereka buat kepada Saiful Bukhari Azlan selepas melaporkan kepada polis bahawa  beliau  diliwat DSAI .



 Cukup-cukup la  taktik desperado terdesak ini kerana rakyat akhirnya dapat menilai bahawa ini satu  penipuan melalui sekeping gambar  sepertimana  berlaku kepada Saiful Bukhari .

Gambar Sirul bersama PM itu adalah perkara biasa antara bodyguard dengan boss dan tiada special pun .

Semua orang ingin bergambar dengan PM termasuknya  bodyguard beliau sendiri yang pastinya mempunyai akses lebih lama .

Kalau betul Sirul mahu kaitkan dengan PM , kenapa bicara  di mahkamah tidak dikeluarkan gambar ini ?




IPOHMALAY

Posted: 09 Feb 2015 10:02 AM PST

IPOHMALAY


Jakarta direndam banjir hari ini

Posted: 08 Feb 2015 11:47 PM PST

Kota berbahasa Melayu terbesar di dunia, Jakarta, dilanda banjir kilat pagi ini akibat hujan lebat yang turun beberapa jam sejak awal pagi tadi. Sumber : DetikFOTO Vivanews & Twitter





Isu usahasama Proton, Prabowo tunjuk contoh kepada pembangkang di Malaysia

Posted: 08 Feb 2015 09:59 PM PST

Pemegang majoriti Dewan Rakyat di Indonesia bukanlah pakatan parti yang diwakili Jokowi sebaliknya dikepalai pakatan yang diketuai Prabowo Subianto, ahli politik mantan komander tentera yang kalah pilihanraya presiden di tangan Jokowi.

Apabila dongengan usaha sama dalam cita-cita membuat kereta nasional dengan Proton dilihat melanggar janji Jokowi untuk memajukan jenama Esemka, produk tempatan Indonesia ketika kempen plilihanraya, ia menuai pro dan kontra di Indonesia.

Justeru ketika Prabowo ditanyakan wartawan tentang usaha sama Proton dan syarikat Indonesia, dia ternyata memberi jawapan yang tidak tergesa-gesa menghentam seperti mentaliti pembangkang di negara ini.

Usahasama yang dibuat ternyata bukanlah untuk menghasilkan kereta nasional negara tersebut melainkan hanya usahasama antara swasta dengan swasta menurut menteri berkaitan.



Minggu, 08/02/2015 17:10 WIB

Soal Mobnas, Prabowo: Saya Belum Mendalami Itu

Taufan Noor Ismailian - detikNews

Jakarta - Dalam kunjungannya ke Malaysia, Presiden Joko Widodo berencana melaksanakan proyek pembuatan mobil nasional dengan perusahaan milik Malaysia, Proton. Di dalam negeri, rencana tersebut menjadi pro kontra.

Menanggapi rencana Presiden tersebut, Ketua Dewan Pembina Partai Gerindra Prabowo Subianto mengaku belum memikirkan rencana pembuatan mobil nasional yang digagas pemerintah.

"Saya belum mendalami rencana tersebut. Nanti saya pelajari dulu ya," ujar Prabowo singkat di Jalan Letjen Soeprapto, Cempaka Putih, Jakarta Pusat, Minggu (8/2/2015).

Mantan Kepala Badan Intelijen Negara (BIN) AM Hendropriyono melalui bendera PT Adiperkasa Citra Lestari, berniat mengembangkan mobil nasional di Indonesia. Pada Jumat (6/2/2015), perusahaan tersebut telah melakukan penandatanganan nota kesepahaman kerja sama dengan perusahaan otomotif Malaysia Proton Holdings Berhard.

Nota kesepahaman kerja sama kedua perusahaan perusahaan tersebut ditandatangani oleh Chief Executive Officer Proton Holdings Bhd Datuk Abdul Harith Abdullah dan CEO Adiperkasa Citra Lestari AM Hendropriyono di Proton Centre of Exellence, Jumat (6/2/2015).

Turut menyaksikan penandatangan antara lain Presiden Joko Widodo (Jokowi), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pemimpin Proton Tun Dr Mahathir Mohamad, Duta Besar Malaysia untuk Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Duta Besar Indonesia untuk Malaysia Herman Prayitno.

bumiyang

Posted: 09 Feb 2015 03:36 AM PST

bumiyang


Umat Islam Malaysia Lebih Percayakan Ngeh Berbanding JAKIM???

Posted: 09 Feb 2015 12:12 AM PST

Harimau Muda Mengalahkan Bangladesh 3:2 Dlm Perlawanan Akhir Piala Emas Bangabandhu 2015???

Posted: 08 Feb 2015 06:23 AM PST

RIDHUAN TEE

Posted: 09 Feb 2015 03:32 AM PST

RIDHUAN TEE


Lakonan yang meloyakan

Posted: 08 Feb 2015 03:36 PM PST

(Sinar Harian 9 Feb 2015)

Sama ada Anwar Ibrahim bebas atau tidak pada 10.2.15, keputusan penghakiman kes liwatnya, itu sudah tidak penting lagi bagi Malaysia. Adapun, kadang kala seperti tiada. Tidak banyak menguntungkan Islam. Apa yang lebih penting, agenda masa depan agama, bangsa dan negara mesti diperkasakan.

Heboh diperkatakan, siapakah yang akan menerajui PR? Jawapan saya, paling penting, sesiapapun, mereka tidak boleh tunduk kepada ultra kiasu yang semakin hari semakin agresif dan celupar mulutnya. Islam dicerca, perlembagaan dihina.

Lihat sahaja isu banjir. Pemimpin ultra kiasu begitu bongkak mengatakan rakyat Kelantan seperti tiada kerajaan ketika banjir. Penghinaan itu bukan hanya ditujukan kepada kerajaan Islam Kelantan diterajui Pas semata, tetapi kepada raja yang berdaulat.

Saya harap mungkin suatu hari nanti, bandaraya P. Pinang akan diuji sedemikian rupa. Kita nak tengok juga sejauhmana ultra kiasu ini pandai mengurus negerinya ketika banjir. Bukanlah mendoakan.

Menurut Pas, Kelantan dihina oleh ultra kiasu dengan hanya sumbangan bantuan banjir dan lawatan sehari ke Kelantan setelah banjir sudah surut.

Mereka tidak datang semasa banjir memuncak. Mereka tidak tahu bagaimana sukarnya kerajaan Kelantan untuk menguruskan bantuan setelah semua perhubungan terputus walaupun dibantu Kerajaan Pusat.

Selama lebih 20 tahun Pas mentadbir Kelantan, tanpa bantuan ultra kiasu, apakah Pas begitu hina untuk  menerima bantuan mereka kali ini? Saya cadangkan, jika masih perlukan bantuan tambahan, bisiklah pada PM, saya yakin PM akan beri.

Selepas penghinaan dibuat, tidak semena-mena mereka datang ke Kelantan untuk membantu, bagi mengaburi hati rakyat, menunjukkan mereka itu baik. Pandai sungguh berlakon dan mengaburi mata orang.

Bila ada bencana, mereka pergi dan cepat-cepat ambil gambar. Tunjukkan dalam laman sosial, mereka buat kerja, begitu prihatin. Walhal, datang tunjuk muka sahaja. Misalnya, aksi memberus baju, lantai dan sebagainya. 

Sama juga lakonan yang meloyakan, klip video 5 minit bertajuk 1 goat year, 1 great family, lakonan ultra kiasu dan Pas Shah Alam. Bukan main rapat lagi duduknya dengan 'gadis-gadis comel' di situ. Nasib baik ada sebiji bantal yang memisah. Jika tidak sudah macam orang bersanding pulak. Sejak bila orang Pas ini pandai berlakun dan bersosial? Jika marahkan sangat pada kerajaan hari ini, tidak payah sehingga menggadaikan prinsip. Hodoh sangat rupanya. Mungkin boleh dicalonkan untuk anugerah skrin.

Ultra kiasu bernasib baik kerana telah mewarisi negeri yang telah maju dan banyak duit seperti P. Pinang dan Selangor. Jadi, tidaklah sesuatu yang luar biasa jika kita berjaya mentadbirkannya. Pemimpin terdahulu, telah berjaya meletakkan tanda arasnya.

Jika P.Pinang, dahulunya, sebelum menang pilihan raya, keadaannya masih hutan belukar, kemudian dimajukan, barulah ultra kiasu nampak hebat. Keadaan tidak berlaku sebegitu. Ultra kiasu masih tidak insaf, kokoknya berderai-derai, ekor bergelumang tahi. Hanya yang celik sahaja dapat membezakan.

Sebab itu, mereka mahu sangat pilihan raya PBT diadakan, terutama di Kuala Lumpur dan P. Pinang. Sudahlah kawasan parlimen semua mereka sapu. Hari ini Majlis Bandaraya pun mereka mahu tawan. Kenapa? Agendanya, tidak lain, supaya identiti Melayu Islam tidak terpancar. Sehingga nak cari signage bahasa Melayupun susah. Sedangkan Islam dan bahasa Melayu itu agenda negara, termaktub dalam perlembagaan. 

Sebelum terlambat, eloklah Datuk Bandar KL fikirkan, menggantungkan kalimah Allah dan tulisan jawi di merata tempat di KL, agar terpancar sedikit identitinya. Apa nak ditakutkan, bukankah puak-puak ultra kiasu mahukan gunakan kalimah Allah, tentu mereka setuju.

Ingatan saya kepada Pas, Jadikanlah banjir ini sebagai titik tolak perpaduan umat Islam, tolaklah musuh yang sebenar, hulurkan tali silaturahim kepada sebangsa dan seagama.

Datuk Kazim Elias dan Dato' Ismail Sabri sedang menjadi sasaran serangan ultra kiasu disebabkan oleh kenyataan mereka. Saya tidak nampak ada salahnya dari segi fakta akademik, walaupun mungkin ada sedikit berbau perkauman.

Berbanding dengan tuduhan khutbah Jakim ekstrem, pelukis yang menterbalikkan gambar Agong serta simbol negara, penternak ikan keli babi, kes belacan dan bihun kotor, tofu babi dan lain-lain. Sengaja atau tidak dilakukan?   

Peliknya, ultra kiasu dan sekutunya MCA dan Gerakan tidak pula lantang mengkritik perlakuan hina ini seperti yang dilakukan terhadap Ismail Sabri. Begitu juga segelintir pemimpin Sabah dan Sarawak yang menuduh saya rasis dan ekstremis. Mari kita berdebat secara anak jantan untuk leraikan kekeliruan. Baru ada telor.


Bila ultra kiasu bercakap atau bersuara, semua akan berkata, itu hak asasi manusia atau kebebasan bersuara. Bila kita atau sesiapa sahaja bercakap atau menulis atas nama hak dan fakta, seperti yang berlaku pada kami semua, maka akan dituduh rasis. Akhirnya, kami yang benar jadi salah, ultra kiasu salah jadi betul. Meloyakan. 

Sebangsa tidak seagama

Posted: 01 Feb 2015 04:01 PM PST



Sinar Harian 2 Feb 2015

Nomy Nozwir menulis surat terbuka kepada saya, Tee Chuan Seng, disiarkan laman web ultra kiasu, pada 24 Januari 2014. Biar saya jawab, agar semua faham, mudah-mudahan kendur sedikit ultra kiasunya.

Memang nama asal Tee Chuan Seng. Bila saya memeluk Islam pada tahun 1985, saya terpaksa menurut arahan pejabat agama, agar hanya mengekalkan surnamesahaja, menjadi Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah.

Tee, menunjukkan saya Cina. Kini, hasil perjuangan kami, orang Cina atau sesiapa sahaja yang memeluk Islam, boleh mengekalkan nama lamanya, asalkan tidak ada konotasi dengan unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan mereka. Dalam makna, saya boleh mengekalkan nama saya dan berbinkan bapa saya.

Namun, perlu juga diingat, tidak salah meletakkan nama-nama Islamik, malah ianya digalakkan. Berbinkan Abdullah, bukan bermakna menukar nama bapa, Abdullah itu bermakna hamba Allah. Tidak salah, kerana bapa saya adalah juga hamba Allah.

Sebaik-baik nama dalam Islam adalah yang menuruti nama-nama mereka yang disanjungi oleh agama seperti nama para Nabi, para sahabat atau ulamak atau nama dengan makna-makna yang baik. Dalam satu hadis yang diriwayat oleh Muslim, nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan juga Abdul Rahman. Saya cadangkan saudara tukar nama lebih baik dari Nomy kepada Karomi. Lebih comel.

Rasulullah sendiri pernah meminta seorang sahabat yang masuk Islam menukar namanya dari Abd al-Syams bin Sakhr kepada Abd Rahman bin Sakhr kerana nama Abd Syams bermaksud hamba kepada matahari. Rujuk e-fatwa.

Apakah kita lupa, apabila orang Melayu memeluk Islam 600 tahun dahulu, nama-nama mereka yang pelik seperti Buyung, Melati, Kencana dan sebagainya, telah bertukar menjadi Umar, Osman, Ali, dan lain-lain. Jika saudara faham Islam, ini bukan soal nama-nama Arab, tetapi agama kita galakkan. Nama yang pelik-pelik, kadang kala boleh merosakkan akidah.

Nyatakan sekali saudara agak jahil dalam memahami Islam, undang-undang dan cara hidup di Malaysia. Kami bukan seperti Indonesia yang boleh menukar agama dan berkahwin dengan bukan Islam sesuka hati.


Saya labelkan peguam ultra kiasu sisepet, supaya kita lebih faham siapa yang saya rujukkan. Panggilan ini lebih mesra daripada ultra kiasu yang menyerang peribadi saya dalam laman sosial mereka.

Saudara tidak mengenali atau membaca penulisan saya selama ini. Label ultra kiasu adalah kajian PhD saya merujuk kepada mereka yang tidak mahu kalah, asyik mahu menang dalam segala hal. Ia sudah jadi trademark saya.

Saya merujuk kepada mereka yang berada dalam PKR dan DAP, dan sesiapa sahaja yang menentang Islam, Melayu dan Raja serta perlembagaan, termasuk mereka yang berada dalam BN. Orang Melayupun boleh menjadi ultra kiasu jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan pluralis.

Mereka ini adalah musuh-musuh Islam dan mahu menghancurkan Islam. Fakta saya, umat Islam tidak pernah mencampuri hal ehwal agama lain amat jelas. Tindakan pihak penguasa agama terhadap ultra kiasu seperti  rampasan bible di Selangor adalah dalam bidang kuasa Jabatan Agama. Baca undang-undang dan peraturan itu.

Berkaitan supaya masuk ke gereja hanya untuk mendapat maklumat. Bagaimana maklumat boleh diperolehi, jika tidak berbuat demikian. Selama ini maklumat diberi oleh kawan Kristian saya yang pro Islam.

Ultra kiasu tidak perlu menyamar masuk masjid kerana mereka boleh ikuti khutbah JAKIM secara langsung di TV. Bukankah Islam agama persekutuan.

Ultra kiasu yang mengatakan khutbah JAKIM ekstrem, sila nyatakan bila dan di para mana. Biar saya jelaskan sama ada ia ekstrem ke tidak. Setakat mana ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah tersebut ekstrem. Dari cara saudara berhujah, Nampak sangat pengetahuan saudara tentang Islam amat cetek. Elok juga saudara datang belajar dari saya.

Sejak dahulu saya sudah tulis, saya tidak pernah membenci bukan Islam atau kaum saya. Bagaimana Islam boleh berkembang jika kita bermusuh. Musuh saya adalah ultra kiasu yang menentang Islam dan undang-undang negara ini.

Negara ini asal usul dan akar umbinya berasaskan Islam. Sebab itu, agama Islam mendapat tempat dalam perlembagaan. Maka tidak salah, jika Islam dilebihkan sedikit berbanding agama lain. Tetapi realitinya tidak berlaku. Rumah ibadat Islam ada 50 ribu, bukan Islam ada 500 ribu.

Jika saya membenci bukan Islam bermakna saya membenci ciptaan Allah SWT. Saya Cuma benci sikap dan perangai mereka yang tidak pernah bersyukur.

Saya tidak pernah mendakwa saya orang Melayu atau menghina bangsa dan keturunan saya. Saya dilihat seolah-olah lebih Melayu dari Melayu, kerana orang Melayu sendiri takut untuk bersuara, hanya kerana untuk kuasa politik.

Prinsip saya, apabila berlaku pertembungan antara agama vs bangsa. Maka, agama mesti diutamakan, berbanding bangsa. Sebangsa tidak segama vs seagama tidak sebangsa, pilihan saya adalah seagama tidak sebangsa. Saya minta saudara dan ultra kiasu yang lain menulis surat terbuka kepada pelukis Cina ultra kiasu yang menterbalikkan pemimpin tertinggi negara, tugu negara dan keris. Jika tidak, saudara tidak ada bezanya dengan musuh saya. Setakat ini ultra kiasu senyap sepi. Adakah mereka tidak jahat?

Bangkitlah wahai umatku

Posted: 25 Jan 2015 03:25 PM PST



Sinar Harian 26.1.14

Dahulu, orang tidak berani banyak bercakap, apatah lagi mencabar perkara berkaitan Islam, Melayu dan Raja, kerana mereka tahu, ianya sangat sensitif. Mereka faham asal-usul sejarah negara ini.

Hari ini, tidak lagi.Semua mereka tidak peduli. Ramai yang menjadi ultra kiasu. Ultra kiasu tahu Melayu hari ini sudah terlalu lemah. Bukan sahaja disebabkan perpecahan yang serius, tetapi ramai orang Melayuliberal sendiriyang akan menyokong tindakan dan bersekongkol dengan mereka.

Jika mereka mahukan LGBT atau perkara yang bertentangan dengan agama dan perlembagaan, pasti akan ada Melayu liberal yang akan bersama mereka. Maka, kesempatan ini perlu diambil sebelum terlambat.

Ada yang dengan mudah, menyalahkan UMNO. Hubungan kaum tegang disebabkan UMNO. Ekonomi gawat kerana UMNO. Perkasa dan Isma wujud disebabkan UMNO. Pendek kata, semuanya  ini berlaku disebabkan oleh UMNO. UMNO jahat. Seolah-olah, bila tiada UMNO, semua akan menjadi baik.

Pada saya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh wujudnya sikap atau kumpulan ultra kiasu. Sarawak hari ini kecoh disebabkan oleh ultra kiasu masuk di sana. Peliknya, saya diharamkan, ultra kiasu dibenarkan. Siapakah yang mensensasikan berita Sarawak mahu keluar dari Malaysia, kalau bukan gara-gara ultra kiasu.  

Lebih dahsyat lagi, perkara kecil, yang langsung tiada kaitan dengan cara hidup Islampun turut dicabar. Janganlah dibincang perkara lebih besar seperti syariat Islam, mahkamah syariah dan hudud. Mereka akan tentang bermati-matian. Pendek kata, ultra kiasu telah berjaya mengaburi politik Malaysia.

Misalnya, isu kecil,usaha Kerajaan Negeri Kelantan yang melakukan operasi ke atas golongan pekerja wanita yang tidak mengenakan tudung di bandar Kota Bharu.

Ultra kiasu mendakwa perniagaan orang Cina akan terjejas dengan pemakaian tersebut. Persoalannya, berapa kerat orang Cina ada di Kelantan? Apa yang terjejas? Yang ditutup hanya kepala, bukan diikat tangan dan kaki? Kebersihan terjamin. Paling kurang, rambut tidak gugur ke dalam makanan. Sebab itu, tukang masak, kepalanya ditutup.

Teruja saya dengan kenyataan Puteri Umno menyokong langkah kerajaan Kelantan mewajibkan pekerja wanita memakai tudung. Inilah yang kita mahu lihat, yang baik disokong, sebaliknya yang tidak baik ditentang. Tidak kira datang dari siapa atau parti mana pun.

Berbeza sungguh dengan Thailand, dahulu sehingga ke hari ini tiada siapa berani mengutuk agama Buddha, bangsa Thai, dan Raja Thai. Sabit kesalahan penjara 15 tahun. Kerana apa? Mereka ada will-power.

Bukan itu sahaja, hari Kristmas adalah hari bekerja, bukan cuti umum, walaupun agak ramai juga beragama Kristian di sana. Logiknya, perlulah bercuti, sebagai menghormati agama lain. Tetapi ia tidak berlaku. Tidak pula dituduh ekstrem.

Berbanding kita, setiap perayaan ada cuti, meraikan kepelbagaian. Malah, ada yang mendesak supaya diberikan ditambah bilangan cuti umum, bagi setiap perayaan, walaupun populasinya kurang dari 10 peratus. Pendek kata, mereka mahukan sama rata dan sama rasa.

Dalam apa juga kes, mereka mahukan ada wakil setiap kaum, tanpa mengambil kira bilangan atau populasinya.

Adakah adil namanya, jika ada 6 hakim, maka setiap kaum mesti ada wakil? Jika begitu keadaannya, negara kita ada lebih 100 etnik, adakah kita perlukan 100 hakim.

Jika mengikut formula populasi, sudah tentu 4 Melayu Islam, selebihnya dua, pilihlah mana-mana hakim kalangan bukan Melayu. Jika semua kaum mahu ada wakil, di manakah keadilannya?

Justeru, saya amat musykil, bila mana isu kalimah Allah ini tidak dapat dirayu lagi, golongan ultra kiasu mendakwa, agama minoriti akan ditindas atau dikekang. Berikan bukti, apa kekangan dan penindasan yang berlaku? Apa yang ada hari ini, masih tidak cukupkah? Kita seolah-olah telah memberikan segalanya.

Mana ada bukti dalam dunia, agama (bangsa) yang sangat minoriti, boleh mendapat hak yang begitu banyak kecuali di Malaysia? Rumah ibadat paling banyak? Terbesar? Tertinggi? Ianya hanya berlaku di Malaysia. Hargailah toleransi ini. Inilah hati budi mulia orang Melayu.

Keadilan yang dipraktikkan di sini tidak lagi mengikut formula. Tetapi ikut suka atau memberi sehingga puas.

Janganlah ambil contoh rumah ibadat. Lihatlah stesen radio, tv, akhbar, majalah dan lain-lain. Semua yang lebih adalah bukan Melayu. Ini belum termasuk sektor ekonomi. Akhbar utama Melayu, hanya ada 3, termasuk Sinar Harian. Selebihnya berpuluh akhbar bukan Melayu.

Cuma, umat Islam ada lebih sedikit dalam sektor perkhidmatan awam dan GLC. Itupun semua mahu direbut. Peliknya, sektor polis dan tentera, yang melibatkan risiko nyawa, tidak pulak menjadi rebutan.

Terbaharu, ultra kiasu mendesak sekolah vernakular diberikan status sekolah bestari atau sekolah berprestasi tinggi. Tidak bestari lagikah sekolah mereka, semua kelengkapan lebih dari mencukupi. Selain dari bantuan penuh kerajaan, parti politik dan jutawan mereka turut membantu?

Saya tidak hairan jika suatu hari nanti kerajaan akan menunaikan hasrat itu. Termasuk mengiktiraf sijil sekolah persendirian mereka seperti UEC, walaupun mereka tidak memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh kementerian. Saya bukanlah terlalu menentang, status tersebut mungkin boleh diberikan, jika mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Tetapi itu tidak berlaku.  

Kenapa kita tidak mengikut negara-negara lain, seperti Siam, Indonesia, Nyanmar, Vietnam, Britain dan lain-lain negara seluruh dunia? Semua perkara berkaitan pribumi akan didaulatkan, terutama agama dan bahasa bangsa mereka. David Cameron secara jelas mengisytiharkan Britain negara Kristian. Umat Islam di sana akur diam, tidak bercakap banyak. Inilah toleransi.

Bukankah bumi ini sama seperti bumi Siam, asal-usulnya Siam, semua perkara berkaitan dengan Siam didaulatkan. Asal usul bumi adalah bumi Melayu, kenapa Melayu dan Islam tidak terdaulat. Kenapa semua menjadi tunggang-langgang?

Pertama, orang Melayu Islam itu sendiri tidak mahu ke arah itu. Melayu sudah jauh dari ikatan Melayu. Melayu tidak lagi kenal diri Melayu. Melayu sudah jauh dari jati diri. Tidak hairan, jauh dari ikatan agama Islam itu sendiri yang telah mengubah kehidupan mereka selama ini. Bila Melayu menjadi moden, mereka mahu agama turut moden sama, mengikut nafsu mereka.

Dahulu, Melayu ramai yang belajar agama, sekolah missionari, tetapi tidak dengar Melayu bertukar agama. Kerana apa? Kerana Melayu sangat kuat jati diri. Meskipun tidak bertudung.

Hari ini Melayu, ada yang berkurung, tetapi perangainya amat jahil tentang Melayu. Mereka bertindak, lebih orang putih dari orang putih.

Melayu tidak tahu falsafah di sebalik baju kurung atau baju Melayu. Kenapa baju itu dinamakan kurung, mengurung bentuk badan. Kenapa pula lelaki memakai baju Melayu, bersamping pula, menutup penonjolan kemaluan.

Adat, Melayu dan Islam berpisah tiada. Kini, sudah tidak lagi. Ada yang berpandangan, jika berpegang kepada Islam, mereka tidak akan ke mana-mana. Melayu perlu moden dan liberal, baharu boleh maju. Seolah-olah agama Islam ini tidak sesuai dengan zaman moden.

Kedua, cara orang Melayu berpolitik amat merugikan. Mereka terlalu berpolitik. Politik untuk kuasa. Untuk kekalkan kuasa, mereka akan lakukan apa sahaja, termasuk menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara. Asalkan dapat berkuasa, kita akan beri apa sahaja, termasuk perkara yang menjadi milik kita. Tanah rezab hilang entah ke mana, sekarang baru nak ganti. Ini belum termasuk pembelian hartanah besar-besaran dari Singapura.

Melayu sanggup korbankan jawatan kabinet, kerusi DUN dan Parlimen untuk memenuhi kepuasan orang lain, walaupun mereka tidak ada majoriti atau menang atas tiket orang Melayu. Apabila mereka sudah dapat, jika mahu diambil semula, memang putih mata. Mereka akan kata, ini tidak adil.

Orang lain belum tentu boleh berbuat demikian. Amat sukar sekali melihat Melayu bertanding kawasan majoriti bukan Melayu. Jika bertandingpun, hilang wang deposit.

Jika mereka tidak rasis, sudah tentu Melayu mudah untuk menang di kawasan majoriti bukan Melayu, tetapi itu tidak berlaku. Bukan Melayu mudah sangat menang di kawasan majoriti Melayu. Malangnya, mereka tidak pernah bersyukur.

Ikut proposi kaum mereka tidak layak dapat kerusi kabinet. Tetapi diberi juga. Inilah hati Melayu yang sukar untuk saya fahami.

Ketiga, sebenarnya orang Melayu terlalu baik. Kebaikan ini dibalas dengan sifat ultra kiasu, bukan dengan pantun yang berbunyi, palau pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang tiga, hancur badan dikandung, budi baik dikenang juga. 

Syarikat GLC yang diketuai Melayu sanggup membuka ruang dan peluang untuk bukan Melayu menyertainya, atas dasar perpaduan dan desakan parti-parti politik.

Pernahkah kita kenakan kuota syarikat bukan Melayu untuk mengambil pekerja Melayu. Kebanyakan yang jika diambil semuanya jadi simbol untuk menarik perhatian pelanggan dan menguntungkan bisnes mereka.

Bank mereka atau syarikat produksi makanan, kerani kaunter semua Melayu, untuk menarik pelanggan Melayu. Ada yang disyaratkan mesti tahu berbahasa mandarin. Paling pahit apabila, ada yang dihalang untuk bersolat jumaat

Jika diambil orang Melayu berpengaruh untuk menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, mereka hanya menjadi pak pacak dan diberikan elaun yang tinggi. Kita berada di situ, berasa diri sangat hebat. Wal hal diperalatkan.

Peliknya ultra kiasu tidak dikatakan ekstrem. Saya yang bercakap benar, itulah yang ekstrem.

Akhirnya, saya menyeru kepada orang Melayu Islam, bangkitlah sebelum terlambat. Permainan ultra kiasu ini amat licik. Mereka sudah dapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tetapi mereka tidak pernah puas. Maka sasarkan kepada UMNO dan NGO-NGO seperti Perkasa dan Isma, bagi mengaburi mata masyarakat bahawa mereka tidak rasis. Tetapi yang sebenar, mereka yang paling rasis. Mereka yang menjadi punca kepada masalah hari ini. Malangnya, kita terus menjadi mangsa. Apakah kita masih ada masa untuk bangun?

Bila orang putih menjadi ultra kiasu

Posted: 18 Jan 2015 03:39 PM PST



(Sinar Harian, 19.1.15)

Seorang peguam ultra kiasu, bernamakan orang putih, bermata sepet, tidak semena-mena mengkritik JAKIM kerana dikatakan mempromosikan ekstremisme menerusi penyampaian khutbah, setiap kali ketika umat Islam di negara ini menunaikan solat Jumaat. Tidak mustahil selepas ini dia akan menuduh JAKIM pengganas (terroris). Malangnya ada juga ultra kiasu Islam yang menyokong peguam ultra kiasu ini.

Berapa kalikah dia mengikuti atau mendengar khutbah? Tanyalah sesiapapun, terutama orang PAS dan PKR. Mereka akan kata teks khutbah yang disediakan oleh JAKIM atau Majlis/Jabatan Agama Negeri, tidak ummpphh, pro kerajaan atau mengampu, berbanding khutbah mereka yang lebih 'berkualiti'.

Kenapa tiba-tiba sisepet ultra kiasu ini boleh mengatakan JAKIM promosikan ekstremisme? Berapa dalam pengetahuannya terhadap agama Islam? Pernahkah dia mendengar khutbah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat?

Jika tidak tahu, mari sini biar saya tunjukkan. Sepet ajar sepet, sayangnya saya tidak ada nama orang putih.  

Ternyata, ultra kiasu ini dan kuncu-kuncunya semakin berani dan kurang ajar mencampuri urusan agama Islam. Sedangkan kita tidak pernah mencampuri urusan mereka. Pernah saya mencadangkan supaya kita menyamar masuk ke gereja dan dengar khutbah mereka pada hari Ahad. Tetapi dikritik ultra kiasu habis-habisan.

Sahabat saya beragama Kristian, selalu melaporkan gereja di Jalan Kelang Lama yang mempromosikan kebencian, kerap kali menjemput paderi dari Singapura.

Khutbahnya bukan sahaja ekstrem, tetapi amat jelas mencabar kedaulatan negara ini. Sejarah negara diputar-belitkan.

Nampaknya sisepet ini amat degil. Jika tahu, ianya sensitif tetapi dengan sengaja melakukannya. Elok juga dia merengkok di penjara. Biar dia tahu langit ini tinggi ke rendah.

Jika ultra kiasu lain di negara ini jenis yang ikhlas, jujur dan tidak licik, sudah tentu ada kalangan mereka yang mengutuk tindakan sisepet putih itu. Ini tidak, kebanyakannya menyokong secara terbuka.

Lihat sahaja komen-komen mereka dalam laman web ultra kiasu. Kerajaan dan JAKIM dikutuk habis-habisan, dengan pelbagai kata-kata kesat dan penghinaan.

Bandingkan jika saya yang melakukan 'kesalahan' yang sama, saya fikir dalam laman web atau akhbar ultra kiasu, sudah tentu tidak ada cerita lain lagi. Misalnya, penipuan berita mengatakan saya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, bila saya dilarang masuk. Sedangkan saya tidak ke sana pun.

Pendek kata, mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi mencapai matlamat ultra kiasunya, termasuk melakukan penipuan.

Tahukah ultra kiasu bagaimana prosedur khutbah dibuat? Ada jawatankuasa panel penulis dan penilai. Khutbah tidak dibuat dengan sesuka hati. Antara tajuk-tajuk khutbah JAKIM sepanjang 2 bulan lalu adalah, menjana masyarakat prihatin, Rasulullah teras perpaduan ummah, fitrah insani, mencegah rasuah, memperkasa zakat, kasih Ilahi, agenda memperkasa ummah, membina jati diri Muslim, cabaran membentuk keluarga milinium dan sebagainya. Ekstremkah tajuk-tajuk ini?

Apakah nilaian ekstrem pada kaca mata ultra kiasu? Saya cadang ultra kiasu pergi mendengar khutbah di negeri PR. Bagaimana saban minggu tema tidak lain, iaitu kewajipan melaksanakan hukum Allah untuk mengatasi semua masalah iaitu hudud. Khatibnya semua orang PAS. Peliknya, PKR yang mendengar, menolak hudud.

Saya amat tertarik dengan respon seorang Sarjana Muslim di German, apabila Islam dikaitkan dengan keganasan. Katanya, siapa yang mulakan Perang Dunia I dan II? Siapa yang bunuh 20 juta orang asli di Australia? Siapakah yang mengebomkan Hisroshima dan Nagasaki hingga menjadi padang jarak padang tekukur? Siapakah yang membunuh lebih 100 juta orang India di Amerika Utara? Siapakah yang membunuh 50 juta orang red Indian di Amerika Selatan? Siapakah menghambakan kira-kira 180 juta orangAfrika. Kemudian 88% daripada mereka yang meninggal dunia, telah dibuang ke dalam lautanAtlantik? Adakah semua ini perbuatan umat Islam? TIDAK!

Semua ini kerja orang bukan Islam. Justeru, siapakah sebenar yang ekstrem dan pengganas? Justeru, sebelum menuduh umat Islam, berikan maksud sebenar ekstrem atau pengganas? Bila bukan Islam melaku kejahatan, dikatakan jenayah. Bila orang Islam melakukan perkara yang sama dikatakan pengganas. Kerja gila apakah ini? Kenapa Islam sentiasa dijadikan sasaran?

Jika kerajaan pimpinan orang Islam hari ini ekstrem, sudah lama sisepet dan kuncu ultra kiasunya tidak akan dapat mencari makan di sini.  Mereka tidak akan menjadi kaya-raya. Pernahkah kerajaan ambil sebahagian dari kekayaan itu sebagaimana yang komunis lakukan?

Sama juga, jika JAKIM mempromosi ekstremisme, sudah tentu orang bukan Islam tidur tak lena. Mereka akan dipulaukan dan sebagainya. Tetapi, keadaan berlaku sebalik. Bukan Islam tinggal di kawasan majoriti Melayu hidup dengan aman, tidurnya lena, lebih lena dari umat Islam sendiri.

Sebenarnya, toleransi dan kerjasama umat Islam terhadap bukan Islam amat tinggi nilainya. Maka hargailah, sebelum mereka hilang sabar.

Banjir dan Program Realiti TV

Posted: 11 Jan 2015 06:45 AM PST



(Sinar Harian 12 Jan 2015)

Ketika negara dilanda musibah banjir, kita mengharapkan seluruh rakyat Malaysia berpadu tenaga, membantu mereka yang memerlukan, atau paling kurang, menzahirkan rasa simpati.

Batal atau tangguh dahulu program atau aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Misalnya, membatalkan sambutan Tahun Baharu 2015, seperti yang dilakukan. Biarkanlah mereka berkenaan sahaja menyambutnya.

Lagipun, saya tidak nampak manfaat menyambutnya, melainkan satu pembaziran dan kemungkaran. Alasannya mudah, setiap bangsa (agama) sudah ada tahun baharu tersendiri. Sambutlah dengan penuh keimanan.

Di Brunei, sambutan tahun baharu langsung tidak dibuat, meskipun tidak dilanda musibah. Cara inilah yang perlu kita pelajari dan ikuti. Bersyukur sebelum musibah melanda. Bukan sebaliknya. Musibah melanda baru insaf. Itupun masih ada yang tidak insaf.

Misalnya, program realiti TV semakin menjadi-jadi ketika rakyat ditimpa musibah. Lebih menjengkelkan ada adegan-adegan hina yang sengaja ditonjolkan bagi mencari publisiti murahan dan kontroversi.

Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi berusia dipeluk oleh dengan pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan, kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu. Begitu juga adegan melamar di atas pentas. Bila ditegur, melenting tak tentu pasal. Budaya apakah ini? Sanggup melakukan apa sahaja bagi mengejar rating. Dosa pahala letak di mana?

Sekadar berkongsi pengalaman sepanjang mengacara program realiti tv. Kita disuruh seru dengan hikmah, atas nama  dakwah. Malangnya krew yang terlibat, majoriti tidak pula diseru untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Munafik apakah ini? Barakah apa yang dicari?

Janganlah kita beranggapan oleh kerana musibah banjir tidak melanda stesen tv kita, maka Allah redha apa yang kita lakukan. Sudah sampai masanya kita bertaubat. Bersedialah sebelum musibah datang menimpa. Matlamat asal program realiti tv untuk mencungkil bakat sudah tersasar jauh. Ia tidak lagi bersandarkan kepada asas ilmu dan amar makruf nahi mungkar.

Lebih menyedihkan program realiti agama, mencari pendakwah  versatil. Sepatutnya peserta dinilai dari segi ketinggian ilmu yang dimiliki. Bukan soal kebolehan menyanyi atau melawak. Kesihan para peserta dipaksa menyanyi dan melawak untuk mengejar rating.

Akhirnya, ketika uji bakat, prioriti ilmu diketepi. Kebolehan menyanyi dan melawak itulah yang dicari. Begitu juga dengan pemilihan juri. Ada juri yang baru setahun jagung menceburi bidang dakwah, yang dipertikaikan dari segi kredibilitinya, diberikan mandat menjadi juri.

Komen juri ini seolah-olah dia pakar dalam pengucapan awam atau public speaking. Tidak terdengar sepatahpun ilmu asas pengucapan awam, seperti athos, pathos dan logos (3os) ketika memberikan komen.

Carilah makna 3os ini. Sesuaikan melalui pendekatan dakwah Rasulullah SAW. Tidak kurang yang syok sendiri memberi komen, seolah-olah pengucapan awam mereka begitu baik sekali, wal hal banyak yang masih perlu diperbaiki.  

Misalnya, komen seorang juri yang kononnya pakar dalam bidang tajwid. Ini belum termasuk pandangan kontroversinya mengenai Bani Tamim dari kalangan orang Melayu dan menghalalkan darah Ikhwanul Muslimin Mesir. Lagak komennya mengalahkan pakar bidang pengucapan awam.

Apakah matlamat sebenar realiti tv? Mengundang barakah atau musibah? Sehingga mereka yang sudah tidak bergigipun dipertandingkan? Ini belum termasuk yang belum bersunat?

Nasihat saya kepada mereka yang masih lagi leka dengan musibah ini. Pertama, jangan undang murka Allah. Kurangkanlah program realiti tv bersifat merosakkan. Jangan selalu berfikir kontroversi dan sensasi itu baik. Suka di sisi kita, belum tentu Allah suka.

Kedua, letakkan ilmu di tempat yang tinggi dalam menjayakan program realiti tv. Fathi Yakan berpesan, kebersihan jiwa dan rohani perlu diberi perhatian. Sentiasa ikhlas dan mengingati Allah. Keilmuannya harus mantap ukhrawi dan duniawi.

Ketiga, pendakwah katanya mesti ada keupayaan untuk menganalisis persekitaran dengan menggarapkan ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia ada, berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Keempat, pendakwah perlu mengetahui kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya sendiri. Jika tidak boleh menyanyi, tidak perlu paksakan diri.

Kelima, pendakwah perlu menjadi teladan yang baik (al-Qudwatul Hasanah). Pengalaman merempit tidak bermakna kita boleh menarik mat rempit.

Keenam, pendakwah perlu mempunyai pandangan yang tajam, tidak mempunyai sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas. Tanya lain, jawab lain.

Ketujuh, pendakwah perlu mempunyai kemahuan yang kuat. Daya Tarikan yang tidak melampau.

Kelapan, pendakwah perlu melaksanakan amar makruf nahi munkar. Pemimpin realiti tv perlu melarang ahli-ahlinya daripada melakukan maksiat.

Hassan al-Banna berkata: "Jadilah kamu ketika (menyeru) manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu dan dia menggugurkan buah kepada mereka".

Ini belum termasuk kontroversi penaja rancangan yang mempromosikan air jampi. Jika begitulah mujarabnya, bawa sahaja ke penjara, minta banduan minum, selepas itu, bukanlah pintu penjara, agar mereka keluar menjadi baik.  

Pinggan tak retak, nasi tak dingin

Posted: 04 Jan 2015 06:13 PM PST

(Sinar Harian 5 Jan 2015)

Keputusan terburu-buru kerajaan negeri Sarawak melarang saya memasuki bumi kenyalang ini sudah tentu amat mengecewakan, juga merugikan. Sebelum ini, saya bebas sahaja memberikan ceramah di sana. Kebanyakannya atas jemputan masjid, majlis daerah dan wakil rakyat.

Saya adalah saya, dulu sampai sekarang. Boleh tanya kepada penduduk Sarawak yang mengikut ceramah selama ini, adakah saya menanamkan politik kebencian antara kaum, semangat ekstremis dan apa jua konotasi yang negatif?  Jawapannya, saya pasti, TIADA. Kebanyakan berpuas hati dengan ceramah saya. Kita amat profesional dan menghormati budaya dan sensitiviti setempat. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Kita adalah pendakwah, sampaikan walau satu ayat, bukan berpolitik seperti ahli politik. Bermuka-muka. Cakap lain, buat lain. Setiap kali saya ke Sarawak (Sabah), saya banyak menekankan soal meraikan kepelbagaian dalam Islam.

Islam tidak beranak di kawasan orang Islam. Tetapi lahir dan berkembang di kawasan orang bukan Islam. Bermula dari seorang, Nabi Muhammad SAW yang membawa Islam, berkembang hebat, sehingga seluruh Tanah Arab menerima Islam, sehinggalah ke seluruh dunia hari ini.

Jika Islam menanamkan politik kebencian atau melakukan kekerasan, sudah tentu bukan Islam tidak akan memeluk Islam. Islam tidak akan berkembang. Tetapi, hakikat berlaku sebaliknya. Hikmah, kelembutan, keamanan dan contoh teladan, menjadikan bukan Islam tertarik dan seterusnya memeluk Islam. Terkini, aktor kacak barat, Liam Neeson, dikhabarkan akan memeluk Islam, meninggal agama Katholiknya. Alhamdulillah.

Hingga ke hari ini, walaupun agama Islam, hanya baharu lebih kurang 1400 tahun, penganutkan sudah mencecah 2 billion, nombor dua populasi terbesar dunia selepas Kristian (2000 tahun), begitu juga agama lain yang telah wujud lebih dari 3000 tahun.

Pendek kata, Islam adalah agama yang termuda, selepas Kristian. Apakah Islam boleh sampai ke tahap ini jika mengambil pendekatan bermusuh dan membenci? Semua ini saya faham dengan jelas.  

Inilah intipati setiap kali saya berceramah di Sarawak mahupun Sabah. Juga, setiap kali saya memberikan syarahan kepada pelajar, saya selalu mengambil contoh Sabah dan Sarawak sebagai model 1Malaysia.

1Malaysia sudah lama dipraktiskan di sana, berbanding Semenanjung, yang walaupun hanya ada 3 etnik terbesar, Melayu Cina dan India, asyik bertikam lidah, tidak pernah habis, hanya kerana politik. Keharmonian Sabah Sarawak jauh lebih baik, meskipun parti politik mereka berasaskan kaum begitu banyak.  

Apapun saya terima dengan hati terbuka keputusan kerajaan negeri. Saya tidak rugi apa-apa pun jika tidak ke negeri tersebut. Banyak negeri lain yang sudi menerima dan boleh kita menyumbang.

Cuma saya amat terkilan tindakan terburu-buru. Sekurang-kurang rujuklah kerajaan pusat terlebih dahulu sama ada saya ekstrem atau tidak. Namun demikian,  saya akui Sabah Sarawak memiliki kuasa imigresen sepenuhnya, merujuk perkara 18 dan 20, selepas kemasukan ke dalam Malaysia 1963.

Keputusan ini adalah keputusan politik. Saya adalah mangsa. Terus terang, saya agak marahn dengan kenyataan menteri mudanya dan orang pejabat Ketua Menteri.

Jika tidak benarkan saya masuk, tidak mengapa, pinggan tak retak, nasi tak dingin, kau tak nak, aku pun tak ingin. Tetapi tidak perlu mengeluarkan kenyataan seperti mengaitkan saya dengan budaya politik ekstrem Semenanjung. Kenapa perlu babitkan Semenanjung. Ia tidak baik untuk pembangunan politik bernegara.

Kami, di Semenanjung tidak seburuk yang saudara semua sangkakan. Kami tahu membezakan antara baik dan buruk, sebab kami bukan ultra kiasu. Ya, tidak dinafikan ada yang ekstrem. Tetapi mengeluarkan kenyataan umum sedemikian, bukan ciri seorang negarawan.

Mungkin mereka terlepas pandang, saya sebagai seorang pendakwah dan pada masa sama saya juga adalah pensyarah yang mengkhusus dalam bidang sains politik dan kerajaan. Saya bercakap dan menulis mengikut bidang.

Menjadi hak saya sebagai pakar, memberikan input-input dan ulasan politik  semasa, dalam sebuah negara mengamalkan demokrasi berparlimen. Sebab itu, saya tidak disukai dan menjadi mangsa sekumpulan ahli politik yang pandai mengaburi mata rakyat mengatakan mereka mewakili semua kaum dan menyeru kepada perpaduan.

Kenapa kita begitu bersikap tertutup? Kenapa kita mendengar sebelah pihak sahaja, terutama PKR dan DAP? Ceramah saya di Sematan adalah berkaitan Maulid Nabi. Jika saya menanamkan politik ekstrem, yang mula-mula akan ban saya adalah kerajaan pusat di sini. Tetapi saya masih bebas keluar masuk TV. Jadi, apa masalahnya?

Sudah sampai masanya kita perlu matang. Jika beginilah sikap dan perangai pemimpin muda Sarawak dalam berpolitik, tidak mustahil suatu masa nanti Sarawak akan terlepas kepada tangan pembangkang.

Untuk mengetahui saya esktrem atau tidak, sudilah kiranya, melayari you tube yang telah diuploadkan oleh bekas pelajar saya ketika membuat assignment Hubungan Etnik, https://www.youtube.com/watch?v=-XN3ISZvoxU.
  

Bila Jahil Mengaku Pandai

Posted: 28 Dec 2014 04:56 PM PST


Bila jahil mengaku pandai (Sinar Harian 29.12.14)

Nampaknya laman web dan NGO ultra kiasu begitu memberi publisiti besar-besaran kepada sarjana Iran Amerika Syarikat, Reza Aslan, mengenai pandangannya terhadap Malaysia, terutama isu berkaitan kalimah Allah dan tindakan pihak kerajaan terhadap stesen radio BFM yang pernah menginterviewnya.  

Katanya, Putrajaya bertindak seperti "ibu bapa" dan bukan kerajaan yang dipilih, apabila mengharamkan penggunaan kalimah "Allah" di kalangan bukan Islam dan menetapkan bagaimana umat Islam Malaysia perlu mengamalkan kepercayaan mereka.

Pihak berkuasa agama tidak perlu wujud secara berpusat di negara-negara yang mengamalkan ajaran Islam, kerana ia umpama merampas kuasa daripada Nabi Muhammad. Reza mengumpamakan, tindakan kita seperti regim komunis Korea Utara kerana menyekat suara rakyat. Malaysia dikatakan menjadi bahan ketawa dunia.

Kita tidak perlukan nasihat orang luar. Sampah. Ramai pakar dalam negara ini yang lebih baik dan berkebolehan dari beliau.

Apa yang beliau tahu tentang Malaysia, sejarah, perlembagaan dan budaya masyarakat di sini? Peliknya, laman web dan NGO jahat ini begitu beriya-iya  mendapatkan pandangannya.

Biarlah seluruh dunia mentertawakan kita, asalkan kita dapat menjaga negara dan rakyat dengan baik. Apa gunakan menjadi negara sanjungan dunia, tetapi mendapat laknat ALLAH?

Apakah negara barat tidak menjadi bahan ketawa dunia, apabila merendah martabat manusia lebih hina dari binatang atas nama demokrasi, seperti, membenarkan LGBT, hubungan dan perkahwinan sesama jantina?

Kenapa perkara ini tidak ditegur oleh Reza dan kuncu-kuncunya di Malaysia. Saya fikir inilah yang dimahukan oleh puak-puak liberalis, pluralis dan sekularis. Termasuk NGO wanita yang peralatkan nama Islam.

Penyelidik lelakinya, begitu marah terhadap saya apabila saya mengakui saya adalah fundamentalis, bukan moderat. Beliau mahukan saya "shut up" dan melabelkan saya seperti IS di Syria. Ada aku kisah! Janji saya kenal siapa diri saya.

Seperti pakar bahasa Arab lagaknya, beliau berkata, moderat itulah makna wasatiyyah. Saya pula kata, terjemahan wasatiyyah perlu beriringan dengan makna moderat dan fundamental, barulah agak menepati.

Imam Ibnu Al-Qayyim mahukan manusia mengambil sikap moderat dan fundamental, untuk menyelamatkan kita dari pelanggaran. Jadi, kita mendapatkan kedudukan tengah antara dua ekstrem yang paling seimbang dan adil, yang mana seseorang akan menemui semua manfaat dan kemudahan hidup di dunia dan akhirat.

Moderat bukanlah terjemahan yang tepat kepada makna wasatiyyah. Begitu juga dengan maksud sederhana, walaupun kita terpaksa menggunakannya, bagi tujuan penyampaian. Inilah kehebatan bahasa al-Quran berbanding bahasa lain. Satu huruf al-Quran kadangkala membawa makna yang amat dalam. Saya tidak kisah puak liberalis dan pluralis nak kata apa.

Wasatiyyah adalah wasatiyyah. Ummah Wasat, bukan bermakna umat moderat atau sederhana, sehingga menjadi liberalis, pluralis dan sekularis. Tetapi mesti fundamental dan terbaik. Tun Mahathir selalu berkata beliau adalah fundamendalis Muslim.

Sama juga makna kalimah ALLAH, tidak tepat diterjemahkan kepada makna Tuhan. ALLAH adalah ALLAH. Terjemahan Tuhan terlalu umum. Semua orang ada Tuhan. Apa yang membezakan Tuhan mereka dengan Tuhan kita, adalah ALLAH. Saya harap ahli NGO ini menyembah ALLAH, bukan tuhan lain.

Sebab itulah kita amat sensitif apabila kalimah ini mahu direbut oleh orang lain. Bukan kita tidak benarkan. Tetapi kalimah ini terlalu dekat dengan kita dari segi budaya dan sejarahnya. Inilah isu yang tidak difahami oleh orang jahil yang mengaku Islam.

Maaf, saya bukan jenis manusia yang suka pegang anjing tanpa sebab. Kecualilah binatang ini memerlukan pertolongan. Ketika itu, baharulah saya akan memegangnya. Berkempen I want to touch a dog, itu kerja bodoh.

Nasihat saya kepada laman web dan NGO ultra kiasu ini, pertama, selamatkan akidah saudara sebelum bertambah sesat dan terkeluar. NGO wanita ini telah diharamkan di negeri Selangor. Jika suka sangat dengan Reza, pinang sahaja beliau. Lagipun, ramai di situ yang masih bujang. Bila jahil jangan mengaku pandai.

Kedua, bahasa Arab tidak boleh diterjemahkan sesuka hati tanpa merujuk kepada pakarnya. Kenapa kita langsung tidak mahu merujuk kepada pakar apabila terdapat kekeliruan dalam hal ehwal agama? Kenapa memandai-mandai? Bila sakit, tau pula berjumpa pakar ubat. Kenapa dalam isu agama, kita tidak serahkan kepada pakar?

Ketiga, tafsiran NGO wanita ini terlalu moderat sehinggakan ramai pemimpin dan ahlinya yang tidak menutup aurat. Majoriti masih gondol kepalanya. Sejauhmanakah kemampuan memahami arahan al-Quran untuk mengatakan menutup kepala itu tidak wajib jika tidak ada asas bahasa Arab?
Jika begitulah keadaannya, bersolatlah dengan memakai skirt? Begitu juga ketika menziarahi kubur, majlis kematian dan sebagainya. Kenapa perlu  menutup kepala?

Jangankan agama Islam, lihat sahaja pemimpin agama lain, kebanyakannya berpakaian sopan, seolah-olah menutup aurat. Ada yang sanggup botakkan kepala meskipun wanita. Kenapa NGO ini terlalu moderat? Sehingga mahu menghalalkan ratu cantik dan LGBT atas nama hak asasi manusia?

Taipingmali (tm)

Posted: 09 Feb 2015 01:21 AM PST

Taipingmali (tm)


Restoran Simpang Tiga Ipoh mempunyai ciri istimewa

Posted: 08 Feb 2015 04:10 PM PST

“Saya bukan ahli politik dan rasis,”: Datuk Kazim Elias

Posted: 08 Feb 2015 04:05 PM PST

oyabun

Posted: 08 Feb 2015 11:46 PM PST

oyabun


Pesawat AirAsia KL-Jeddah patah balik, alami masalah teknikal?

Posted: 08 Feb 2015 06:17 AM PST


Sebuah pesawat AirAsia D7172 dari Kuala Lumpur ke Jeddah selamat berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) selepas berlepas kira-kira empat jam lepas.

Menurut laman web http://emergency.airlive.net/, pesawat yang berlepas pada pukul 12.20 tengah hari itu didapati melakukan beberapa pusingan di ruang udara Selat Melaka tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam akaun Twitter miliknya berkata: "Saya dimaklumkan #D7172 yang mempunyai masalah teknikal berpusing-pusing di Selat Melaka. Pesawat itu mendarat dengan selamat di klia."

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun Twitter miliknya pula berkata: "Tiada yang luar biasa pesawat AirAsia D7172 terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur selepas berlepas."

Wasabi Oyabun..

APANAMA

Posted: 08 Feb 2015 11:38 PM PST

APANAMA


Malaysia needs a new leader

Posted: 08 Feb 2015 08:30 PM PST

The Malaysian Dilemma

Posted: 08 Feb 2015 08:36 AM PST

Belantan

Posted: 08 Feb 2015 11:24 PM PST

Belantan


Komplot jahat guling Abdul Hadi?

Posted: 08 Feb 2015 05:47 AM PST


Pas berdepan ancaman komplot terancang yang dipercayai didalangi sekumpulan pemimpin kanannya dengan matlamat untuk menjatuhkan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan ulama.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kuantan, Fadhli Ibrahim mendakwa, komplot jahat yang bertujuan menguasai parti itu menyusun dan merancang untuk menguasai Pas Pusat.

Menurut beliau, kumpulan tersebut dipercayai melakukan kerja-kerja khianat di luar batasan Islam seperti menanam kebencian dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat terhadap Abdul Hadi serta kepimpinan ulama.

"Mereka juga memfitnah pemimpin-pemimpin yang dilihat bersama dengan Presiden dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta ahli keluarga Abdul Hadi.

"Kumpulan berkenaan turut menubuhkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) serta menyusun strategi untuk memecahbelahkan kesatuan dalam kalangan ahli Pas serta melakukan perancangan bagi menjatuhkan Abdul Hadi dan kepimpinan ulama," katanya dalam sidang akhbar di hadapan Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Fadhli yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pahang menambah, dalang-dalang komplot berkenaan didakwa mensabotaj setiap keputusan yang dibuat oleh Abdul Hadi dan Majlis Syura Ulama Pas yang dilihat tidak selari dengan kehendak pihak tertentu dalam pakatan pembangkang.

Yang lebih membimbangkan, kata beliau, keputusan-keputusan yang dibuat Pas didalangi oleh anasir-anasir luar melalui komplot jahat yang digerakkan kumpulan terbabit.

"Kebimbangan ini adalah berdasarkan kepada bukti yang kami perolehi bahawa komplot ini menguasai lebih separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat," ujarnya. - UMO

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 08 Feb 2015 11:16 PM PST

The Unspinners


Rumah kediaman rasmi Anwar pindah ke Sg Buloh

Posted: 08 Feb 2015 05:33 PM PST














Anwar dan Wan Azizah tahu ada 10 sebab pasti masuk

Posted: 08 Feb 2015 06:30 AM PST

Malay Mail Online melaporkan:

Intimidation: Guilty ruling on controversial sodomy case could backfire on government, says Anwar http://m.themalaymailonline.com/malaysia/article/guilty-ruling-on-controversial-sodomy-case-could-backfire-on-government-say

Nampaknya Anwar berbunyi desperate dan menjangka dirinya masuk maka dia kini mengugut mahkamah.

Hal sama dikata oleh Dato Abdul Kadir Jasin SINI

Lantaklah, isunya Anwar di mahkamah kerana jenayah dan ada pelapor. Bukan atas sebab politik. Setakat ini dia tak nampak boleh lepas sebab ada 10 alasan dia tak boleh lari:



Last kopek nak kasi huru hara

Posted: 08 Feb 2015 03:26 AM PST



Anwar "Imam Mahadi" lari ke Mekah 9hb esuk?

Posted: 07 Feb 2015 11:22 PM PST




Kain rentang dijumpai di Pulau Pinang menyama " Anwar Ibrahim Imam Mahadi Kita " dan ada samakannya dengan nabi.


Tempoh hari, hebuh kata Anwar dijemput ke Turki menjadi penasihat.

Selain dari pakar bawa huru hara, Anwar tak ada sebarang kepakaran. Nama saja pernah jadi Menteri, dia tak tahu tadbir.

Jauh sekali si liberal sesat gila kuasa ni untuk jadi mufti ....


Hehehe ....

Begitu taksub pengikut Anwar hingga baru jemput jadi penasihat dah anggap Anwar imam mahadi. Takkan imam mahadi melakukan perbuatan terkutuk meliwat dan berzina?



Realitinya jelajah Anwar satu negara tidak dihadiri dan sokongan untuk Anwar selama ini adalah sokongan palsu yang hanya dipenuhi oleh orang PAS.

Seorang pemimpin PAS Kemaman menempelak Anwar apabila majlis jelajah di Kemaman hanya berjaya kumpulkan 200 orang saja.


Kini timbul pula cerita Anwar akan ke Mekah untuk lakukan umrah pada 9hb ini. Ukankah satu masa Anwar takut menjejakkan kkakinya di tanah suci?

Ia seolah-olah macam kes Sirul yang hilang melarikan diri sebelum keputusan mahamah persekutuan.

Hanya mengingatkan ketika hendak didakwa, dia larikan diri ke kedutaan negara luar. Bila tiba masa utk membela diri dgn memberi keterangan bersumpah, dia mengelak sekali lagi.
Bila rakyat dilanda bencana banjir, dia hilang pergi bercuti.

Bila menghadapi tarikh keputusan kes, adakah anwar sanggup menggunakan agama dengan mengaku dirinya seperti imam mahadi, nabi, mufti, suatu masa mandela, au sang syu kyi, dan lain2 lagi untuk melarikan diri

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 08 Feb 2015 11:05 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PEMUDA PAS MINTA SIASAT PENDEDAHAN DAP BERI PASMA RM1.5JUTA UNTUK GULINGKAN PRESIDEN.

Posted: 08 Feb 2015 07:30 PM PST


Ketua Pemuda PAS meminta siasatan dijalankan terhadap pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin.



Berikut adalah artikel dari Malaysia Today yang disebutkan oleh Ketua Pemuda PAS dalam video di atas bahawa Lim Guan Eng memberikan RM1.5juta kepada PASMA. Raja Petra mendakwa wang tersebut diberikan untuk menjatuhkan Presiden PAS dalam pemilihan yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Anwar was hoping that Hadi would be out of office by now. But Hadi is still holding on so efforts need to be stepped up to ensure a leadership change in PAS. And this is what PasMa and the RM1.5 million that Lim Guan Eng gave them is supposed to achieve.

THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

Two weeks ago, on 12th January 2015, the President of Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia or PasMa, Phahrolrazi Mat Zawawi, led a delegations of 15 members to meet Penang Chief Minister Lim Guan Eng.

The purpose of the meeting was to explore how PasMa can collaborate with DAP and PKR for the coming general election expected by 2018 at the latest. Also discussed was the possibility of PasMa becoming a political party to replace PAS in Pakatan Rakyat.

Is PasMa going to become PAS Baru? And does this mean PAS is on the verge of leaving Pakatan Rakyat or is going to get kicked out of Pakatan Rakyat?

The talk on the ground is that it would be untenable for PAS to remain in Pakatan Rakyat unless they change their President. DAP and PKR can continue working with PAS only if Abdul Hadi Awang is kicked out and is replaced by, say, Mat Sabu, the current number two.

What was not reported was that Lim Guan Eng gave PasMa RM1.5 million, which is supposed to be for flood relief work. However, so far none of that RM1.5 million has been used for the purpose it was alleged. Talk amongst PasMa circles is that the RM1.5 million is for the purpose of campaigning against Hadi to ensure he is kicked out before the next general election.

It is no secret that Hadi is lukewarm, or maybe even cold, towards DAP and PKR. That is already a well-known fact and Hadi has, in fact, not been attending any of the Pakatan Rakyat council meetings since the last year or so. And the Kajang Move plus the move to oust Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim is not the only reason for this.

DAP and PKR are very upset that Hadi no longer supports what Pakatan Rakyat considers the coalition's common agenda. As Anwar Ibrahim always says, Pakatan Rakyat agrees to disagree. Hence Hadi has agreed to disagree with DAP and PKR on many issues. Other than the Kajang Move and the move to oust Khalid, Hadi also disagrees with DAP and PKR regarding the implementation of Hudud in Kelantan and the proposal for local council elections.

As the Malays would say: tidur satu bantal, mimpi lain-lain. PAS no longer shares the same dreams with DAP, while PKR either maintains an elegant silence or agrees to disagree with PAS.

It is not easy to sleep in the same bed and share the same pillow while having different dreams. And PAS has to now consider sharing DAP's and PKR's dreams or else they will have to leave the bedroom. And if this happens then PasMa will need to replace PAS in the Pakatan Rakyat bed.

Anwar Ibrahim has other problems on his hands and has no time to engage DAP and PAS in their marital problems. On 10th February 2015, the Federal Court will be delivering its verdict on Anwar's sodomy conviction and this is of immediate concern to the opposition leader.

Will Anwar be set free or will he be sent to jail? Anwar is telling the public that there is no reason he should be sent to jail because there is no case against him.

What the Federal Court will have to consider is not whether Anwar is innocent or guilty of sodomy. That is not really the concern of the Federal Court. Instead, what the Federal Court needs to consider is whether there were any flaws in the trial and whether the Court of Appeal erred in overturning the acquittal and in coming to a guilty verdict.

The outcome will depend on whether Anwar's lawyers were successful in convincing the court that the trial was flawed and that the Court of Appeal had erred in overturning the acquittal and in convicting Anwar. If so then the Federal Court would have to overturn the decision of the Appeal Court and Anwar would walk free.

In anticipation of an unfavourable verdict, Anwar is telling the world that he will be freed and in the event he is not freed then he would be a victim of a political conspiracy. Anwar is laying the ground for a revival of the Reformasi Movement, which emerged during his Sodomy 1 trial.

Reformasi 1, however, was successful because of PAS. Hence if PAS does not support Reformasi 2 then it will die at childbirth. And Anwar knows that Hadi will not waste time supporting Reformasi 2. In fact, most PAS leaders, Mat Sabu included, are of the opinion that Anwar is guilty.

Anwar knows that PAS will not support Reformasi 2 because during the recent hearing PAS did not mobilise any crowd as a show of support. Rafizi Ramli had sent instructions to all the PKR branches to send down a few busloads of supporters to attend the hearing. The aim was to get at least 50,000 supporters but all they got was a few hundred, and hardly any PAS members.

This upset Anwar even further. If he cannot get tens of thousands onto the streets then he cannot pressure the government to release him. He was hoping for a Tahrir Square scenario but a few hundred on the streets does not quite make it. And this is what worries Anwar.

Anwar was hoping that Hadi would be out of office by now. But Hadi is still holding on so efforts need to be stepped up to ensure a leadership change in PAS. And this is what PasMa and the RM1.5 million that Lim Guan Eng gave them is supposed to achieve.


http://www.malaysia-today.net/pasma-pas-baru/
Jika anda Presiden parti, adakah anda akan berdiam diri bila ada pihak luar menaja untuk merosakkan parti anda?

Jika ya, dakwaan ini sewajibnya disiasat dan didedahkan kepada umum.

BUKTI PRESIDEN PAS AKAN DIGULINGKAN, PUNCA HAJI HADI TAK SOKONG ANWAR? #rakyathakimnegara

Posted: 08 Feb 2015 06:25 PM PST

Beberapa bukti perbincangan sulit geng Anwarinas untuk menyerang dan menjatuhkan Presiden PAS telah tersebar.

Gerakan sulit lagi jahat ini menyebabkan golongan yang menyokong Ulama telah tampil mendedahkan perkara ini.

Tak percaya? Sila teliti bukti ini dan nilaikan sendiri.










Baca seterusnya di Malaysiakini : http://www.malaysiakini.com/news/288639

*Kalau penyokong Pakatan boleh percaya dengan Akuan Bersumpah P.I Bala, takkan mereka tolak Akuan Bersumpah dari Ahli Parti Islam?

PAS SAHKAH ANWAR IBRAHIM TIDAK PERLU DISOKONG ESOK DI MAHKAMAH #rakyathakimnegara

Posted: 08 Feb 2015 04:52 PM PST


PETALING JAYA: PAS mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi menyokong Anwar apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan kes liwatnya pada Selasa.

"PAS tidak akan turut serta walaupun kami menyokong Anwar. Kami akan serahkan (keputusan) kepada mahkamah," Kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali. Hal ini disahkan selepas PAS menegaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu memberi kata dua kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghadirkan diri dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila rekod kehadiran beliau sendiri dipersoalkan. "Lim juga tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat," kata Datuk Mustafa.

Mustafa berkata Abul Hadi tidak bertanggungjawab untuk menjawab kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP apabila ia melibatkan soalan sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran Lim bahawa mesyuarat Pakatan tidak akan diteruskan pada Ahad sekiranya Hadi tidak menghadirkan diri. "Presiden PAS akan hadir tetapi bukan kerana desakan DAP," kata Mustafa.

Krisis dalaman Pakatan Rakyat timbul selepas insiden Langkah Kajang pada tahun lalu yang bertujuan untuk melantik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain itu, kemelut itu semakin meruncing apabila PAS Kelantan mahu meneruskan hasrat untuk membentangkan pelaksanaan hukum hudud di Parlimen dan keengganan PAS menyokong pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP. Mustafa berkata beliau untuk menjelaskan kepada Lim bahawa PAS tidak pernah bersetuju untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Katanya, PAS juga tidak akan menyentuh mengenai hudud dalam mesyuarat pada Ahad walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggesa PAS untuk menerangkan berhubung agenda tersebut di Kelantan.

"Kami memerlukan sesi berasingan untuk membincangkan hudud," katanya. PAS juga mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi menyokong Anwar apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan kes liwatnya pada Selasa.

EMEL AHLI PAS AUSTRALIA

Posted: 08 Feb 2015 02:57 AM PST

HADI KEPADA LGE "LAIN KALI HANG JANGAN KURANG AJAR!"
Salam 2 all,

Drama ketakutan DAP dan PKR terbukti semalam dalam meeting mereka.

Berminggu-minggu DAP & PKR mengugut dan menggertak Hadi Awang supaya hadir, baru kini kamu tahu siapa Presiden paling power dalam Pakatan Rakyat. 
Terutamanya Lim Guan Eng, DAP dan PKR bagai nak gila bilamana Hadi tak nak datang mesyuarat. 

Orang2 Anwaris dlm PAS juga tak boleh tidor lena kerana takut sangat Hadi tak datang. Wajah2 Husam, Khalid Samad, Mat Sabu bergerutu bagai orang Mabok nak kena langgar kereta di tengah jalan. Begituah powernya Hadi Awang bikin mereka mandi tak basah makan tak kenyang.

Sebagai ahli PAS, saya ucap Tahniah dan Syabas kepada Hadi Awang kerana menjadi pemimpin Islam yang digeruni, juga berjaya menjadikan PAS parti paling berkuasa dalam PR. 

Anwar no more lead, Anwar hanya tunggu masa di istana Sungai Buloh tempat kesukaannya membaca buku-buku Shakespeare dan tempat kesukaannya menulis imaginasinya atas tajuk 'Warkah Dari Penjara'.

Kesimpuannya, Hadi berjaya mengajar Lim Guan Eng dan DAP supaya hormat banyak-banyak kepada PAS, hormati ISLAM jangan kurang ajar, hormati orang MELAYU jangan kurang ajar dan hormati Presiden PAS bukan kurang ajar.

Proud to you Hadi, i mean to Hadi, not Mat Sabur!

Mom.
Sydney, Australia.
LGE MENGADU KEPADA LKS, "FATHER, HADI TELAH MEMALUKAN KITA"









PenangWasabi

Posted: 08 Feb 2015 09:41 PM PST

PenangWasabi


Sikap Guan Eng tidak berakhlak?

Posted: 08 Feb 2015 07:47 AM PST


Sikap sombong ditunjukkan Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng kerana merendah-rendahkan kedudukan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang amat tidak wajar dan bakal meretakkan lagi hubungan dalam pakatan pembangkang.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, Guan Eng tidak sewajarnya mengarahkan Abdul Hadi berikutan kedudukan pemimpin tertinggi setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah setara.

"Macam dia (Guan Eng) pula bos, mengarah-arahkan orang ma­cam murid sekolah. Dia kena ingat, pemimpin-pemimpin pakatan berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jangan kerana dia Ketua Menteri Pulau Pinang, dia ingat dia sudah besar.

"Nasihat saya (kepada Guan Eng) adalah jangan merendah-rendahkan orang lain, jangan sombong, kurangkan sifat takbur dan besar diri supaya parti-parti dalam pakatan dapat berjalan seiring," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menempelak Guan Eng yang mempertikaikan kehadirannya dalam mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang dengan menegaskan beliau bukan budak sekolah untuk menurut arahan pemimpin DAP itu.

Reaksi Presiden Pas itu ekoran peringatan Guan Eng kelmarin bahawa mesyuarat kepemimpinan pakatan pembangkang yang dijadualkan berlangsung Ahad ini tidak akan diteruskan jika Abdul Hadi tidak hadir.

Mahfodz Mohamad

Menurut Mahfodz, kenyataan sombong Guan Eng memperlakukan Abdul Hadi seolah-olah 'budak sekolah' dan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku antara pemim­pin dalam pakatan pembangkang.

Katanya, dalam isu kehadiran mesyuarat kepimpinan pakatan pembangkang, perkara itu sudah mencukupi dengan surat jemputan dihantar kepada Presiden Pas dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Mereka juga ada kata kalau hendak menang Putrajaya, Pas jangan fikirkan tentang hudud. Kalau kita menang sekalipun tetapi kita tidak dapat laksanakan hudud, bagi saya itu adalah melampau," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, peringatan Abdul Hadi itu bersesuai­an kerana sejak akhir-akhir ini, Guan Eng bersikap tidak berakhlak dan sering kali merendah-rendahkan kedudukan Pas.

"Ingatan keras pada orang yang keras, ingatan yang lunak kepada orang yang lunak, akhir-akhir ini Guan Eng agak keras dan tidak berakhlak, jadi jawapan yang keras perlu diberikan," katanya,

Katanya, pakatan pembangkang merupakan persefahaman antara tiga parti berbeza dan tiada mana-mana pihak yang mempunyai kedudukan lebih tinggi dalam pakatan itu.

"Dalam menentukan keha­diran, perlu ada perbincangan, tidak perlu ada mana-mana pihak yang cuba menunjukkan kuasa mereka memaksa mana-mana pihak untuk hadir, itu keadaan yang tidak baik untuk persefahaman dalam pakatan," katanya.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 08 Feb 2015 09:36 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Terbukti Sekarang Siapa Yang Lebih Rasis Sebenarnya

Posted: 08 Feb 2015 08:39 PM PST

Video Ini Bukti Mustapa Ali Memang Takut Dengan DAP

Posted: 08 Feb 2015 06:09 PM PST



Lihat dan dengar baik baik setiap pertanyaan yang ditanya dan bagaimana jawapan yang diberikan oleh Setiausaha Agung PAS terhadap jawapan jawapan itu. 

Nampak sangat Mustapa Ali ini sangat takut dengan DAP sebenarnya. Di luar bangunan PAS Kuantan cukup gagah sekali hentam parasit dalam PAS, di dalam bangunan PAS, Mustapa Ali nampak macam kecut bila ditanya pasal Guan Eng.

Hadi Masih Marah, Muka Pun Tidak Pandang

Posted: 08 Feb 2015 08:44 AM PST

1) Ini bukan kali pertama Hadi keluar awal masa sidang akhbar, semasa memilih calon MB Selangor. Hadi juga tidak setuju Azmin dipilih untuk singkirkan Khalid.

2) Bagi mereka yang faham "body language politic", gambar bersalam Hadi dan Guan Eng ini menceritakan segalanya sejauh mana serius hubungan DAP dan PAS.

3) Hadi dan Guan Eng hanya tunggu 10 Februari ini untuk memulakan sesuatu yang baru. Amat pelik jika ada Melayu Pas berpihak kepada DAP dan sanggup biarkan DAP hentam Hadi.

4) Masih hendak sokong dan sanjung pakatan pembangkang jika sudah tahu sebegitu teruk sekali mereka berpakat?

Tulisan Tentang MRSM Yang DAP Tidak Mahu Baca

Posted: 08 Feb 2015 07:44 AM PST

Masam Sahaja Muka Hadi & Guan Eng Walaupun Duduk Sebelah Menyebelah

Posted: 07 Feb 2015 11:29 PM PST





BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 08 Feb 2015 03:16 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Skandal bintang AF dengan wanita berusia terbongkar?

Posted: 08 Feb 2015 07:01 AM PST

Susah juga hendak percaya cerita disampaikan teman ini kepada Cik Pang. Sebabnya, kalau hendak diikutkan daripada perwatakan bintang Akademi Fantasia 2014 (AF2014) ini, tidak mungkin dia mahu bercinta dengan wanita yang jauh lebih tua.

Namun sumber ini sungguh-sungguh meyakinkan Cik Pang yang bintang AF2014 tidak kurang juga kacaknya ini betul-betul jatuh cinta dengan wanita itu.

Dia siap menyatakan bukti lagi. Katanya, bintang AF2014 itu hadir bersama wanita berkenaan me­nyaksikan persembahan Hafiz bersama Hazama dan Akim di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bintang AF2014 itu dilihat berpeluk-pelukan dengan wanita itu. Apabila Hafiz mendendangkan lagu cinta, mereka saling berpandangan seperti mahu menyatakan lagu dinyanyikan itu ditujukan antara satu sama lain.

Cik Pang seperti kenal dengan wanita dimaksudkan itu dan jika tidak salah Cik Pang, orang dimaksudkan itu juga kakitangan produksi.

Patutlah sebelum ini rakan Cik Pang sering terserempak bintang AF2014 ini keluar bersama wanita dimaksudkan, tetapi tidak me­ngesyaki apa-apa memandangkan usia mereka jauh berbeza.

Kemungkinan juga mereka rapat disebabkan pernah bekerjasama sebelum ini dan dakwaan mereka mempunyai hubungan istimewa hanya sekadar gosip dan cakap mulut orang keliling.

Cik Pang tidak berani hendak mengesahkan perkara ini kecuali kalau perkara itu Cik Pang nampak depan mata kepala sendiri. Namun kalau ramai yang bercerita perkara sama, takkan Cik Pang tak nak percaya. Entahlah...

Rakam gambar bogel dalam kuil

Posted: 07 Feb 2015 06:43 PM PST

Phnom Penh: Dua adik beradik warga Amerika ditangkap kerana merakam gambar bogel masing-masing di dalam kompleks kuil Angkor yang terkenal di negara ini, menurut seorang pegawai semalam.

Aksi bogel pelancong itu yang terbaru mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini.

Anggota polis Keat Bunthan berkata, wanita terbabit kini disoal siasat.

"Mereka melurutkan seluar sehingga paras lutut dan mengambil gambar punggung masing-masing. Buat masa ini kami belum mengetahui tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka," katanya.

Menurut Apsara - agensi yang menguruskan kompleks berkenaan - dalam satu kenyataan, Lindsey Adams, 22, dan adiknya Leslie, 20, ditemui merakam gambar bogel di dalam kuil Preah Khan, Jumaat lalu.

"Kedua-duanya mengaku melakukan kesilapan apabila mengambil gambar bogel," kata kenyataan itu.

Jurucakap Apsara, Chau Sun Kerya berkata, tindakan mereka menyinggung penduduk negara ini kerana Angkor dianggap tanah suci.

"Mungkin mereka tidak tahu Angkor ialah tapak suci. Tetapi tindakan mereka menjejaskan kesucian tempat ini," katanya.

Ini kali kedua dalam hanya dua minggu membabitkan kes seumpama itu, selepas tiga pelancong Perancis ditangkap dalam keadaan bogel di lokasi berkenaan, baru-baru ini.

Mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan yang ditangguhkan pelaksanaannya, selain diharamkan daripada memasuki Kemboja selama empat tahun.

Tiga pelancong itu dihalau dari Kemboja hujung minggu lalu selepas mengaku salah mengambil gambar bogel di salah satu kuil di situ.

Duke of UMNO

Posted: 08 Feb 2015 01:27 PM PST

Duke of UMNO


INI KE MAMAT YANG KUTUK USTAZ KAZIM KAW-KAW TU...? HEH!

Posted: 08 Feb 2015 04:47 AM PST


Perghhhh... hebat mamat nih. Tinggi betul ilmu dia... mungkin lebih tinggi ilmu dia berbanding Ustaz Kazim sampai tergamak kutuk Ustaz Kazim tu penipu dan sebagainya...

Pada saya, mungkin inilah dia contoh sikap "akhlak" terpuji orang Islam zaman sekarang... tak tahu hujung pangkal, tiba-tiba tuduh kawan tu... ishhhh!

Sabar je la Ustaz Kazim... rintangan berdakwah ke arah Islam ni memang macam tu... umat Islam akhir zaman ni bukan semuanya cerdik-cerdik belaka... banyak yang mudah kena tipu dengan orang politik sampai berpecah belah...



Siap perlekeh gelaran Datuk yang dikurnia Yang DiPertuan Agong? Dan cuba tengok mamat tu penyokong siapa...heh! 

Sebijik perangai macam mamat yang dia dewa-dewakan tu....kan? Heh!

UMAT ISLAM BOLEH SABAR LAGI KE DENGAN KES TERBARU NI?

Posted: 07 Feb 2015 06:30 PM PST


Saya tak tahu sama ada umat Islam di Malaysia boleh bertolak ansur lagi atau tidak pasal perkara macam ni... benar saya tak tahu...

Cuma pada saya, perkara macam ni betul-betul dah mencabar Islam dan hak keistimewaannya di Malaysia... melampau, biadap, kurang ajar, perlu disiasat segera dan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara...

Dah banyak kali dah kita umat Islam dicabar macam ni... ingat kita takdak maruah harga diri kaaa?

 

Cuba baca kat sini... kurang ajar ke tidak diorang sekarang ni...tak marah ke?

Saya ingatkan pada pihak yang cuba cetus kemarahan umat Islam di Malaysia ni supaya hentikan kerja-kerja yang boleh buat kami semua naik darah....had dan kesabaran kami ada batasnya...

Ini bukan soal 13 Mei atau apa... ini soal kurang ajar dan tak tahu perlembagaan undang-undang... 

Ini soal agama kami... dulu tak dak siapa berani kurang ajar begini...dulu semua saling hormat menghormati... sekarang dah lain macam pulak?

Saya cabar... kalau tak puas hati sangat... tunjuk diri secara terbuka... cabar berdepan... cakap apa yang tak puas hati... senang kita "nak cerita"...kan? Heh! Ada berani?

Cucu Tok Selampit

Posted: 08 Feb 2015 01:19 PM PST

Cucu Tok Selampit


Permohonon Lesen Perubahan Sementara Sempena Musim Tahun Baru Cina 2015 Dibuka

Posted: 05 Feb 2015 06:19 AM PST

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah membukan permohonan kepada semua pengusaha bas eskpres bagi penyediaan bas ekspres tambahan bermula sehingga 17 Februari 2015. Tarikh kuatkuasa Lesen Perubahan Sementara (LPS) adalahbermula dari 12 Februari 2015 sehingga 1 Mac 2015. Permohonan yang dihantar antara 12 hingga 17 Februari 2015 akan mengikut tarikh kuatkuasa permohonan berkenaan dihantar.

Kepada semua pengguna bas ekspres tambahan, pastikan anda menggunakan bas ekspres tambahan yang telah diluluskan LPS. Bas yang dibenarkan untuk tujuan LPS musim perayaan adalah seperti Bas Sekolah, Bas Pekerja, Bas Catar dan Bas Persiaran. Bas yang digunakan tidak melebihi 10 tahun dari tarikh diperbuat. Maklumat lanjut boleh dibaca di dalam Pekeliling SPAD Bil.1/2015: Permohonan Lesen Perubahan Sementara Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015 seperti di bawah.

Sebagai pengguna, kita mengharapkan pihak SPAD agar menapis dengan teliti setiap permohonan yang dikemukakan untuk mendapatkan LPS ini. Kita tidak mahu rungutan dari pengguna setiap kali menjelang musim perayaan berulang kembali. Setiap pengusaha bas yang telah mendapat rungutan atau ketidakpuashatian dari pengguna perkhidmatan awam berkenaan sebelum ini hendaklah disenaraihitamkan. Ini dapat mengelakkan pengguna terlibat dalam insiden kelewatan perjalanan, bas tidak sampai, bertukar bas di sepanjang perjalanan, tambang yang tidak munasabah dikenakan dan sebagainya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan