Tony Phua sedang dalam sessi lawatan ceramah untuk memburukkan negara Malaysia di universiti-universiti di United Kingdom (UK) dalam minggu pertama bulan Februari. Dengan menggunakan tema ceramah "Debt In Malaysia: A Ticking Time-Bomb", rasanya ahli ekonomi DAP separuh masak (half past six, orang UK panggil) ini mungkin tersalah negara dengan memilih UK untuk memburukkan negara dalam tajuk hutang isi rumah.
Tahukah Tony Phua bahawa dalam tahun 2013, UK adalah negara keempat di dunia yang mempunyai hutang isi rumah yang tertinggi? Baca sumber di sini.
Tahukah Tony Phua bahawa akhbar tabloid utama UK, The Telegraph pernah menyiarkan berita bahawa hutang isirumah di UK ibarat bom jangka? Baca The Telegraph di sini.
Ini data-data hutang di UK berbanding Malaysia kalau macai-macai pembangkang malas hendak membuat carian di Google:
Kita ucapkan selamat jalan kepada Tony Phua ke UK. Semoga beliau dapat mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dan orang ramai dari UK bagaimana berbahaya paras hutang UK dan kenapa pelajar dan bakal pelabur dari UK perlu kembali ke Malaysia di mana tahap hutang negara adalah jauh lebih terkawal berbanding UK.
DAP kelihatan cuba mengembangkan pengaruhnya ke Kelantan dengan melancarkan "Impian Kelantan". Orang PAS Kelantan jangan jadi bodoh. Inilah misi yang DAP jalankan dalam proses untuk menawan Sabah dan Sarawak dalam misi mereka "Impian Sabah" dan "Impian Sarawak" sebelum ini. Kesungguhan mereka nyata kelihatan apabila Lim Kit Siang, Loke Siew Fook, Teressa Kok dan Ambiga S adalah orang yang wajib berada di majlis pelancaran berkenaan. Mana Menteri Besar Kelantan dan Timbalannya? Kenapa hanya Husam Musa yang mewakili Kelantan?
Apakah terdapat percubaan DAP untuk mengulingkan kepimpinan yang ada dan mengantikan kepimpinan boneka di Kelantan? Pemimpin-pemimpin PAS jangan jadi bodoh. Adakah ini lanjutan daripada kritikan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agong DAP yang membuat kenyataan di dalam akhbar cina, di sini yang mengatakan "Menteri Besar tidak tahu buat kerja"? Waima, Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga anak Mursyidul Am PAS, Nik Mohamad Abduh agak terkilan dengan kenyataan ini. Apakah DAP sekarang sudah menjadi tamak di dalam gabungan PR?
BERSIH sudah panas bontot dan mengelupur. Mereka hanya tinggal 7 hari lagi untuk menghasut Rakyat Sarawak terutama yang tinggal di kawasan persempadanan semula untuk membuat bantahan bagi membolehkan sabotaj yang mereka hendak lakukan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berjaya. BERSIH tahu mereka sendiri tidak dapat mensabotaj SPR tanpa sokongan daripada penduduk Sarawak. Baca rengekan BERSIH di FMT, di sini.
BERSIH tidak punya 'locus standi' untuk menghantar bantahan kepada SPR. SPR juga telah menolak sebarang kerjasama dengan mereka. Untuk rekod, tandatangan 100 orang pengundi yang berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah persempadanan semula diperlukan untuk sesuatu bantahan dibuat. Tarikh 4hb Februari adalah tarikh terakhir bantahan perlu dibuat.
Cukup-cukuplah BERSIH membuat kerosakan di bumi Malaysia terutama di Semenanjung. Janganlah menghuru-harakan Sarawak dengan agenda memecahbelahkan perpaduan Rakyat Sarawak. Cukuplah Marina Chin Abdullah, Ambiga S dan suku sakat mereka menjalankan peranan mereka dengan licik. Siapa tak kenal BERSIH? Mereka cekap dalam hal mengambil kesempatan, memanipulasikan fakta serta memainkan emosi dan juga sentimen Rakyat, ini kepakaran mereka. Ini kita dapat lihat pada perhimpunan yang didalangi oleh mereka sebelum ini seperti BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0, Blackout dan sebagainya.
Ternyata segala apa yang mereka dakwa itu ternyata tidak benar. Mereka adakan perhimpunan BERSIH kerana mendakwa SPR menipu, tetapi sehingga sekarang mereka gagal mendakwa SPR di mahkamah atas tuduhan menipu. Mereka menuduh Kerajaan membawa masuk 40 ribu bangla untuk memenangi pilihanraya, ternyata mereka yang menipu. Mereka hanya berjaya menjumpai Bangla yang bekerja sebagai tukang sapu. Begitu juga himpunan Blackout yang jelas satu pembohongan. Satu demi satu pembohongan mereka dilondehkan. Namun disebabkan Rakyat tidak tahu hal sebenar, maka ada di antara mereka akhirnya terpengaruh.
Kini mereka mengugut SPR dan Kerajaan. Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, sekiranya SPR masih meneruskan rancangan persempadanan semula dan penambahan kerusi dengan tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan, Bersih akan membuat mobilisasi besar-besar dan turun ke jalan raya. CTS ketawa kecil. Pertama, CTS telah mengikuti kesemua perhimpunan BERSIH dari nombor satu ke nombor tiga serta perhimpunan Balckout. Momentum kehadiran Rakyat dari satu perhimpunan hingga ke satu perhimpunan semakin merudum. Apakah Marina yakin perhimpunan akan datang akan mendapat sokongan Rakyat?
Kedua, dakwaan SPR melakukan persempadana semula tidak mengikut undang-undang? Buktikanlah Marina. Ini bukan kali pertama SPR diseret ke mahkamah. SPR adalah sebuah Suruhanjaya yang mendapat pengiktirafan dunia. Kredibiliti SPR tidak pernah dipertikaikan oleh pemerhati-pemerhati antarabangsa. Mereka hanya dikritik oleh dalang-dalang dan barua-barua di Malaysia yang tamak kuasa tetapi gagal memperolehinya secara proses demokrasi berpelembagaan.
BOLEHKAH Koperal Sirul Azhar Umar bekas anggota polis yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh model Mongolia Altantuya Shaaribu di bawa pulang?
Australia di mana Sirul ditahan kerana masalah imigrasi pada 21 Januari lalu, telah lama memansukan hukuman mati. Negara itu tahu, bahawa hukuman gantung menunggu bekas anggota polis itu, jika dihantar pulang ke negara asalnya.
Malaysia berusaha agar banduan itu di bawa pulang, namun harapan untuk itu amat tipis.
Seseorang yang mengetahui bahawa dia berdepan dengan tali gantung, adalah sukar bagi seseorang itu menyerah diri, kecualilah seseorang yang berada dalam keadaan itu, seseorang yang redha.
Masih ada kah manusia redha? selain mereka yang menyertai kumpulan berani mati IS dan Al-Qaeda? atau seperti Marwan yang terbunuh pada 25 Janurai lalu di selatan Filipina?
Sehubungan dengan itu, ramai yang mendesak agar Anwar Ibrahim dilarang keluar daripada negara, malah ada yang mendesak agar passport beliau dirampas. 10 Februari depan merupakan hari penghukuman bagi Ketua Pembangkang itu, samaada sabitan penjara 5 tahun pada 7 Mac 2014 kekal atau sebaliknya. Kalau kekal, maka terpaksa kembali ke Sungai Buloh. Redha kah Anwar di penjara??
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sejak DAP menguasai negeri itu tidak banyak perkara yang dilakukan untuk membela nasib atau mengurangkan beban rakyat malah hari demi hari rakyat berdepan dengan pelbagai bebanan kenaikan caj perkhidmatan. Jelas beliau lagi walaupun DAP saban waktu mendendangkan lagu politik Kerajaan Barisan Nasional (BN) menzalimi rakyat, BN barang naik tetapi hakikatnya merekalah yang sentiasa menekan rakyat secara halus ibarat meludah ke langit akhirnya terkena muka sendiri. "DAP sering menggunakan isu kenaikan harga minyak dan barangan untuk memburukkan imej kerajaan pusat di bawah pimpinan BN. Tetapi sebenarnya merekalah yang menaikkan pelbagai caj perkhidmatan sehingga menyusahkan rakyat. "Selain kenaikan cukai pintu, surcaj air juga dinaikkan. Kini rakyat akan terpaksa membayar sekiranya mahu melawat pusat pelancongan Fort Cornwallis. Dahulu tiada sebarang bayaran dikenakan namun selepas ianya diserahkan kepada syarikat Ewein Berhad maka bayaran masuk telah dikenakan," lapor UMNO-Online. Tambah beliau lagi, perlantikan syarikat tersebut juga boleh dipertikaikan kerana ianya tidak melalui tender terbuka walaupun ada 'request for proposal' pada tahun 2010. "Kerajaan negeri hanya memikirkan keuntungan semata-mata… Ewein Berhad harus membayar kepada kerajaan negeri sebanyak RM 30 ribu sebulan dan atas sebab itulah orang ramai pula akan dikenakan bayaran masuk," katanya. Bercakap mengenai surcaj air pula Zainal menjelaskan, seharusnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu menaikkan surcaj mahupun tariff air kerana melalui Perjanjian Migrasi Aset Air pada tahun 2011 telah menyaksikan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan sejumlah RM655 juta distruktur semula Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) kata beliau, telah mengambil alih hutang tersebut dan kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan pula semua aset air milik negeri kepada PAAB selama 45 tahun. "Kerajaan Persekutuan juga telah bersetuju untuk membiayai secara "grant" Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bernilai RM1.2 billion yg sekarang dalam pembinaan. Jadi mengapa surcaj dan tariff air perlu dinaikkan? "Inilah beza pentadbiran BN dan DAP. BN sentiasa memikirkan bagaimana mahu membantu rakyat tetapi DAP pula hanya bererotik kononnya menjaga kepentingan rakyat. Semasa BN menjadi kerajaan negeri di Pulau Pinang, ianya telah menyaksikan dari tahun 1993 sehingga 2008, tariff air tidak pernah dinaikkan. Ia kekal tarif terendah di Malaysia. "Ini menggambarkan pengurusan bekalan air yang bijak dan kompeten oleh kerajaan semasa itu," katanya. -
Dewan Pemuda Pas negeri menyelar tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan apabila menggambarkan Kelantan seperti tiada kerajaan ketika bencana banjir besar melanda negeri ini baru-baru ini.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, Guan Eng dilaporkan berkata demikian ketika memperkatakan tentang isu rasuah dan integriti dan dalam masa sama, turut mengulas mengenai isu banjir di Kelantan dalam keratan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 27 Januari lalu.
"Seorang sahabat saya berbangsa Tionghua menterjemahkan kenyataan beliau seperti berikut: "Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat.
Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan."
"Beberapa orang sahabat lain yang juga berbangsa Tionghua telah mengesahkan bahawa terjemahan ini merupakan makna yang tepat terhadap keratan akhbar Sin Chew Daily tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, Guan Eng perlu segera menafikan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap akhbar Sin CheW Daily jika benar beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu.
Namun katanya, sekiranya Guan Eng pernah berkata demikian, kenyataan tidak tepat diucapkan mungkin disebabkan 'kegagalan' beliau bertemu sendiri pimpinan tertinggi negeri, terutama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob walaupun pernah melawat Kelantan pada 9 Januari lalu.
"Ya, kelemahan tidak dapat dinafikan kerana banjir ini berlaku di luar jangka. Saya tidak mengatakan kerajaan Kelantan sempurna dan suci daripada kelemahan namun menyebut 'macam tiada kerajaan' ialah satu tuduhan yang sangat melampau.
Ini satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang turut berada bersama di dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Ahmad Fadhli turut menjelaskan, sepanjang bencana melanda, Ahmad serta Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bersama barisan Exco kerajaan negeri tidak pernah gagal untuk turun padang setiap hari membantu rakyat biarpun diri dan keluarga masing-masing turut bergelut menjadi mangsa banjir.
"Saya tidak ingin mengulas berhubung senario pasca banjir kerana kenyataan Yang Amat Berhormat ialah berhubung situasi semasa banjir. Hakikatnya kerajaan Kelantan tidak pernah berhenti daripada berikhtiar segala macam cara untuk memulihkan kembali negeri ini," katanya.
Ahmad Fadhli dalam pada itu turut menyifatkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali 'tahu pintu dan tingkapnya, masuk tertib dengan tangganya' berbanding Guan Eng apabila sudi meluangkan masa bertemu Ahmad ketika melawat Kelantan baru-baru ini.
Jakarta – Indonesia's National transportation Safety Commmittee announced Thursday that Air Asia QZ8051 had been piloted by co-pilot Remi Emmanuel Plesel, and not the captain as previously believed.
Plesel, 46, who was also the president of a French pilot association, had only completed 2,275 flying hours with Air Asia Indonesia as compared to Captain Irianto. The captain had clocked up 20,000 flying hours, of which 6,100 were with AirAsia on the Airbus 320 in his six years of service with the budget carrier.
Irianto had worked for another airline in Indonesia for 13 years prior, and started his flying career with the Indonesian Air Force.
The co-pilot was flying the ill-fated plane, as the captain monitored the flight that crashed in the Java Sea during a regular flight from Surabaya to Singapore, killing all 162 people on board.
Chief investigator for the committee Mardjono Siswosuwarno told media that the plane had been in good condition and that the crew were all qualified.
Indonesian aviation investigators are investigating why the Air Asia Flight went down in an area of heavy thunderstorms December 28 while planes in the vicinity completed their journeys safely.
Indonesian authorities have succeeded in recovering 70 bodies from the sea, leaving 92 still unaccounted for.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Pilihanraya PBT bukan sebahagian dari persetujuan Pakatan Rakyat. Bila PAS bbawa agenda Hudud, DAP serang PAS. Bila DAP bawa agenda pilihanraya PBT, PR terima tanpa bincang dan Azmin penyamun Datum sedia kaji untuk Selangor.
Padahal ini tidak menguntungkan PKR dan PAS. Ada kebenaran sejrah disebalik kata-kata Hadi dan Harun Din bahawa pilihanraya PBT tidak perlu dan hanya mencetuskan perkauman. Ianya pernah jadi isu yang mencetuskan Mei 13 dan tidak membawa keuntungan untuk semua rakyat tapi HANYA UNTUNGKAN KRONI TAUKEH CINA PRO DAP. .
Pilihanraya PBT tidak sah dari segi undang2. Ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ia hanya permainan ego LGE untuk bawa saman menamakan kerajaan persekutuan sebagai defendan ke mahkamah persekutuan. Akhirnya DAP dan kerajaan Pulau Pinang akan kalah saman itu. Jika Parlimen tidak luluskan, ianya tak boleh dilakukan.
Ini juga berkait rapat dengan agenda DAP untuk adakan polis sendiri di Pulau Pinang. Konon jaga keamanan tapi sebenarnya jadi samseng.
Malah hujah berikut sebenarnya menyorok hasrat untuk kuasa negara dengan mula ambbilalih pentadiran penguasa tempatan dan manipulasi peraturan kecil untuk penguasaan satu kaum.
Pilihan raya Kerajaan Tempatan. Pandangan Haron Din jumud.
Berikutan pemansuhan pilihan raya kerajaan tempatan sejak tahun 1960-an, pegawai-pegawai tertinggi PBT dan juga ahli-ahli Majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal undang-undang kecil di PBT, tidak lagi dipilih penduduk di sekitar kawasan PBT itu, sebaliknya oleh kerajaan negeri. Amalan ini telah sekian lama dikritik terutamanya oleh penduduk-penduduk yang tidak berpuas hati dengan prestasi PBT di kawasan mereka. Antara kritikan-kritikan itu ialah PBT tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya terutamanya merancang pembangunan dengan teratur dan mampan sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas, banjir kilat, pencemaran alam sekitar dan juga kadar cukai pintu yang amat membebankan penduduk.
Suara-suara yang menyeru kepada penganjuran semula pilihan raya kerajaan tempatan telah dengan lantang cuba diketengahkan oleh pelbagai pihak terutamanya daripada parti-parti pembangkang, pergerakan-pergerakan awam dan juga ahli-ahli akademik selain penduduk-penduduk sendiri. Suara ini adalah amat lantang terutamanya di sekitar kawasan pantai barat Semenanjung dan juga di Kuching, Sarawak yang menyaksikan urbanisasi yang pesat. Malah, beberapa ahli politik daripada parti pemerintah seperti Datuk Shahrir Samadpernah turut sama menyuarakan isu ini pada tahun 2007.
Sejak Pilihan Raya Umum pada 8 Mac 2008 yang lalu, parti-parti politik dari Pakatan Rakyat telah menyuarakan hasrat mereka untuk menganjurkan pilihan raya tempatan terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai mereka seperti Selangor, Perak danPulau Pinang. Antara hujah-hujah mereka untuk membawa semula pilihan raya ini ialah meletakkan tanggungjawab ke atas pegawai tertinggi PBT yang selama ini merupakan kakitangan awam kerajaan negeri yang tidak dilantik oleh penduduk di sekitar PBT itu, selain memilih barisan ahli majlis melalui pengundian yang akan mencerminkan perwakilan secara seimbang di kalangan penduduk di kawasan tersebut.
Usaha memperkenalkan semula pilihan raya ini dijangkakan mendapat tentangan daripada kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi dengan perlunya mendapat persetujuan parlimen untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula. Sehingga pilihan raya boleh diadakan, kerajaan-kerajaan negeri terutamanya di kalangan Pakatan Rakyat telah melantik ahli-ahli majlis PBT di kalangan tokoh-tokoh dan aktivitis-aktivis setempat bagi menyeimbangkan pandangan di kalangan penduduk sekitar yang akan dapat memberikan maklumat berguna bagi pentadbiran sesebuah PBT.
Mustapha Ali Setiausaha Agong PAS naik angin tadi di PC kerana Lim Guan Eng berbohong mengatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Mustapha dan Hj Hadi berhubung Pilihanraya PBT.
Di PC tadi Mustapha mengelar Lim Guan Eng mulut celupar. Menurut Mustapha, Guan Eng hanya telefon beliau selepas DUN Penang lulus enakmen 2012. Baca di KL Xpress SINI
Dia turut ajak Guan Eng berdebbat.
Dalam perkembagaan terbaru, Semut Hitam SINI terkesan pencacai Guan Engg, Anthony Loke sudah buat kenyataan buat kenyataan berikut:
"Ini perlu diselesaikan dalam mesyuarat bersama dan debat merupakan pilihan terakhir untuk membincangkan isu tersebut," katanya selain turut meminta Mustafa untuk menasihati pimpinan PAS supaya menghadiri mesyuarat PR daripada mencabar diadakan debat terbuka.
Takut nak debat ke???
Dengan demikian, Kerajaan pusat jangan sesekali bersetuju!!! Takde kerja kita untuk asyik berpilihanraya ... dahlah coming up Permatang Pauh.
Kenyataan tegas Abdul Hadi itu bagaimana pun ditolak mentah-mentah oleh Pasma apabila presidennya dilaporkan berkata bahawa tiada sebab untuk Pasma keluar dari PAS melainkan jika pertubuhan itu menentang perlembagaan atau dasar parti.
"Jika ahli parti tidak setuju dengan perlembagaan atau dasar parti, memang wajar dia keluar parti.
Tetapi, jika sekadar berbeza pandangan, atau tidak setuju dengan pandangan pemimpin, tidak ada sebab untuk keluar parti", kata Phahrolrazi seperti yang dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Pasma nampaknya tidak akan tunduk dan mengalah kepada presiden PAS apabila akhbar sama melaporkan bahawa Phahrolrazi menegaskan "Pasma tidak akan berganjak dengan pendirian, dan tidak terancam dengan mana-mana amaran, malah tetap meneruskan program dialog serta menerima mana-mana ahli parti termasuk PAS".
Baca PASMA Sanggah Hadi: Tiada Sebab Kami Keluar Pas di KL Express SINI
"Saya Tidak 'Ambil Pusing' Gertakan Abdul Hadi", Kata Presiden PASMA dilaporkan KL Exprress di SINI
Bila dah degil sangat, Dato Mustapha Ali hanya berkata:
Segera terus Pemimpin PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Stopa. Dia mengingatkan PAS akan jasa KETUM PKR itu.
"Semasa pilihan raya 2008 dan 2013, pilihan raya ketika itu berlangsung ketika Anwar yang bebas dan hasilnya Pakatan berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN. Malah menang undi popular."
Saifuddin berkata, keputusan mahkamah pada Februari depan penting kepada masa depan PR dan juga harapan rakyat yang mahu melihat sistem 2 parti berjaya.
Nampak risau saja Puding jerawat batu
Betul Anwar yang menjadikan Pakatan Rakyat, TAPI dia juga yang menjahanamkan Pakatan Rakyat dengan permainan politik tikam belakang dan perbuatan liwatnya.
Namun begitu, PASMA ni berani pasal ada wang DAP dan permainan Anwar hingga dah rosak pemikiran mereka.
Keberanian PASMa ini boleh dilihat dalam mesej Whats up yang sedang tersebar antara ahli-ahli PAS
>>>> Sehari dua ini Datuk Pharolrazi menjadi mangsa serangan dan kritikan ahli2 pas berikutan kenyataan Datuk Presiden 2 hari lps yg menyamakan pasma sbg org menebuk lubang kapal.
Ahli2 pas tidak mengetahui siapa sebenarnya individu penting belakang pasma.org itulah yg menggerakkan rancangan tubuh pasma.mengeluarkan wang dan sebagainya.org itu yg dimaksudkan adalah naib presiden pas,datuk husam musa.
Itulah dalang sebenar di belakang pasma yg sedang menggerakkan rancangan menumbangkan presiden dlm pemilihan akan dtg.
Tlg sebarkan kpd semua barisan jemaah kita.datuk husam perlu dicampak kelaut dgn segera sebelum kapal kita bocor. <<<<<
Apahal pun, takkan muka-muka ni jadi pemimpin PAS?
Asal Mahkamah nak mula bicara dan beri keputusan, mulalah dia nak lari dan kempen ke sana kemari, dari dalam atau luar negara Brunei lagi bagus....
Itu yang membuat Mursyidul am TIBAI buat kenyataan tuntut tarik balik passport Anwar. Sabagaimana kita tahu banyak ahli politik Australia membela dia.
Ditakuti dia akan guna taktik Sirul pula.
Anwar sudah tahu dua hari sebelum tarikh keputusan diumumkan pejabat mahkamah. Entah-entah ada kaki dalam pejabat AG dah bocorkan.
Anwar buat kenyataan:
26 JANUARI 2015 KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh Penghakiman 10 Februari
Saya menerima maklumat yang menyatakan Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 Februari hadapan sebagai tarikh penghakiman bagi rayuan kes saya di peringkat Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman Putrajaya.
Berdasarkan penghujahan pasukan guaman, saya yakin akan dibebaskan berdasarkan perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di hadapan panel Mahkamah Persekutuan.
Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara.
Saya panjatkan doa pada Allah Yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan.
Macam-macam rancangan telah diaturnya. Arahan ambik cuti pun dah keluar.
Sebanyak 13 program demi rakyat 2.0 telah diatur di seluruh negara. Masa banjir tidak boleh dapat tiket baaik, tapi nak selamatkan jubor, boleh ....
Konon ini adalah peluang terakhir untuk lihat wajah si kaki jubor ini.
Program terakhir pada 6 mac 2015. Berikut adalah jadual penuh siri jelajah menjelang keputusan rayuan Kes Liwat KETUM: Anwar Ibrahim pada 10 Feb 2015..
Jangan risau kita dedahkan. Masa nak bicara, roadshow dia takde orang datang. Kali ini pun tak berapa ramai. Kelentong benda sama.
Pada malam 30hb ini, dia ada CERAMAH UMUM di KK, Sabah. Sepena lawatan DSAI. Pertemu anak-anak ikan di sebuah hotel di Penampang, KK.
Esoknya 31 Januari, dalang yang nak keluarkan Sabah dari Malaysia pada tahun 90an akan berucap di sebuah hotel di Tuaran dalam Forum bertajuk Autonomi dan Masa Depan Rakyat Sabah.
Program ini dirangka utk tingkat momentum rakyat untuk tolak keputusan mahkamah nanti.
Rafizi Ramli menipu lagi. Semalam di dalam laman sosial Facebook beliau, beliau telah mempertikaikan kenapa Kerajaan Malaysia menjual tanah di Iskandar kepada syarikat hartanah dari negara China. Ini adalah penipuan terbesar Setiausaha Agong PKR.
Tanah bernilai RM2.4 billion yang dikatakan dibeli dari Kerajaan sebenarnya dibeli dari Iskandar Waterfront City Bhd, sebuah syarikat pembinaan tempatan milik Rakyat Malaysia.
Walaupun nama syarikat tempatan berkenaan ada Iskandar, tidak bermakna ianya milik Kerajaan.
Syarikat berkenaan dimiliki oleh seorang taikun Cina tempatan, 'billionaire' Lim Kang Hoo. Kesemua tanah ini telah dibelinya pada harga murah semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Pembelian berkenaan berlaku pada masa kemelesetan ekonomi iaitu 9 tahun sebelum projek Iskandar dilancarkan pada tahun 2006. Syarikat hartanah dari negara China membeli dari syarikat Malaysia yang memiliki tanah berkenaan secara sah, apa kaitannya dengan Kerajaan, wahai Rafizi Ramli? Rafizi Ramli mungkin cuba untuk mengalihkan isu penjualan tanah berkenaan untuk menutup isu Datum Jelatek di Selangor. Mungkin Kerajaan boleh memikirkan untuk menyaman Setiausaha Agong PKR ini atas fitnah yang dilakukan olehnya. Sumber Whats App Apsal bodoh sangat Setiausaha Agong PKR ni. Lagi bodoh yg lantik dia ....
Di sebalik musibah banjir, Allah tetap memberikan rezeki kepada hamba-hambanya dalam pelbagai bentuk kenikmatan.
Betullah kata orang, setiap musibah yang menimpa pasti ada hikmahnya...pasti ada rezeki yang menanti. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat murah hati.
Kerajaannya pula amat prihatin dengan masalah rakyat. Sanggup bersusah payah mengubahsuai Bajet 2015 semata-mata ingin memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah banjir.
Syukur kita dapat kerajaan persekutuan yang begitu prihatin. Kita dapat hak kita sebagai rakyat.
Tapi hak dan keistimewaan tersebut tak akan dapat dinikmati sekiranya kita diperintah oleh kutu-kutu brahak yang kerjanya tahu mengkritik semuanya tak betul dan salah. Tapi satu idea baik pun tiada untuk kebaikan negara.
Bayangkan di kebanyakan negara-negara lain yang ditimpa musibah, mahu saja kerajaan mereka membiarkan saja rakyat mereka bergelimpangan mampus sebab kerajaan mereka tak cukup bajet dan dana bantuan.
Biar saja rakyat mereka mampus dari menyusahkan negara. Jika hari ni mati 100 orang, hari tu jugalah akan lahir 1,000 orang baru yang akan membawa 1001 masalah kepada negara.
Itulah bezanya negara kita dengan negara-negara lain. Sebab itulah ramai di kalangan warga asing sanggup jadi pendatang haram di negara kita dari balik ke negara asal yang hidupnya memang susah.
Kedah dan Perlis banyak beras!
Di Perlis dan Kedah telah timbul situasi pengeluaran padi dan beras lebihan akibat pengeluaran serentak hingga padi para petani tidak sanggup dibeli oleh pengilang-pengilang tempatan yang kekurangan modal.
Lambakan ini akhirnya dibeli oleh Padi Beras Nasional (Bernas) Sdn Bhd bagi menyelamatkan industri beras negara. Seterusnya Bernas akan menjualnya ke negeri-negeri lain seperti Perak, Selangor dan negeri-negeri lain.
Mungkin pada orang yang berakal melihat situasi ini sebagai tanda keberkatan kita telah memberi sedekah begitu banyak pada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
Tapi pada manusia yang kufur dan bangang kelam hatinya tetap akan mencari kesalahan kerajaan kononnya lemah menguruskan lambakan padi ini.
Tokey-tokey kapitalis sepet yang selama ini boroi menjadi peraih, pemborong dan pengilang telah melihatnya sebagai ancaman pada perniagaan mereka. Lebihan beras akan menjejaskan perniagaan mereka kerana keuntungan akan berkurangan.
Mereka kata kononnya berlakunya pemberian 'toci' (rasuah) dalam pemberian lesen pemborong mendapatkan kuota khas membekalkan beras subsidi ST15 disamping kemasukan lambakan beras dari Siam.
Tambahan pula banyak pemborong baru di kalangan bumiputera-Islam di Kedah dilantik oleh Kementerian Pertanian untuk membeli terus padi dari pesawah bukannya dari pengilang dan pemborong sedia ada. Tu dengki sangat tu.
Walaupun harga beras tak jatuh apabila berlakunya lambakan, namun kita harus bersyukur negara kita tidak perlu mengimport beras dari Thailand, Vietnam atau China dalam keadaan nilai ringgit kita yang lemah.
Sebaliknya lebihan beras membolehkan negara kita mampu sara diri dengan hasil pertanian keluaran tempatan.
Mungkinkah tokey-tokey kapitalis sepet ini nanti akan menyorok beras agar harganya boleh dinaikkan kemudian hari.
Tambahan lagi alasan kononnya menjelang perlaksanaan GST telah menyebabkan harga beras naik sekarang, apatah lagi jika GST dilaksanakan... mereka momokkan kononnya harga beras akan naik lagi disebabkan kena cukai GST ...
Bijakkan cara penipuan mereka dalam perniagaan? Lepas tu kita pula cakap mereka pandai berniaga kerana berdisiplin!
Nampak sangat Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR: Gooi Hsioo Leung sedang membela kartel chauvinist kapitalis yang selama ini menjadi penyumbang dana politiknya...
Lepas ni dia akan serang Bernas yang 90% milik jutawan Melayu Tan Sri Syed Mukhtar Al Bukhary...nampak sangat dah isi perut chauvinist nya tu kan!
Kedah banyak ikan...
Terjadi juga fenomena lambakan ikan yang berjaya ditangkap dan didaratkan di pantai Kuala Kedah sejak Januari lalu.
Lebih 250 orang nelayan menikmati hasil tangkapan sehingga 2,000kg sehari berbanding sekitar 400 kg sahaja pada musim tengkujuh sebelumnya.
Utusan Malaysia 29 Januari 2015 ms: 24
Dengan kata lain pendapatan mereka juga bertambah.
Kebiasaanya peraih di pasar berbisik ini membeli harga ikan serendah RM1.50 sekilogram dan menjualnya di pasar-pasar malam dan kawasan perkampungan di Kedah dengan harga yang berbeza sedikit untuk cari untung.
Tetapi bila harga bertambah sikit disebabkan oleh peniaga nak tampung kos pengangkutan dan gaji pekerja mereka, kenapa ada juga malaun pencacai yang kata salah UMNO-BN sebab naikkan harga?
Pencacai sebegini nak dikatakan bodo ke bangang?
Mangsa banjir Kelantan, Pahang dan Terengganu dapat rumah baru...
Meskipun pahit untuk menerima musibah banjir yang telah memusnahkan banyak harta benda seperti rumah kediaman, namun kemanisannya akan tetap dirasai oleh mangsa-mangsa banjir.
Mangsa-mangsa bukan saja dibantu semasa banjir melanda, tetapi pasca banjir menyaksikan pelbagai bantuan datang mencurah-curah dan diberi secara percuma.
Paling mengembirakan mangsa-mangsa banjir akan mendapat sebuah rumah baru yang serba lengkap yang dahulunya usang bagai nak rebah dan sekadar berkhayal saja.
Sebelum dapat rumah tetap mereka telah diberi penginapan percuma di khemah-khemah serta merta dan sementara disamping makan minum secara percuma juga.
Wow ...bertambah manis lagi apabila menjelang Ramadhan pada pertengahan Jun nanti sudah tersedia rumah baru yang jauh lebih baik untuk berkumpulnya anak beranak beraya nanti.
Ayat yang terkeluar dari mulut Musthapa Ali ini jelas membuktikan ada krisis besar dalam pakatan pembangkang hari ini. Sebenarya maksud tersirat yang mahu disebut adalah PAS akan lebih kuat jika Anwar masuk ke dalam lokap.
Pengaruh Anwarinas dan PasMa dalam PAS akan mulai lemah jika Anwar sudah tiada. Hadi Awang pun mungkin tidak akan dicabar sebagai Presiden PAS dalam Muktamar PAS pada Oktober 2015 ini.
Sebab itu Mustapa Ali cakap bersahaja perkara tersebut dengan gelak ketawa. PAS sebenarnya lebih risau dan gelisah jika Anwar terus berada di luar.
Siapakah sebenarnya Zainulfaqar ini? Khabarnya sekarang sudah bertugas bersama dengan Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Dulu Zainulfaqar ini adalah bekas penulis sambilan di Harakahdaily (baca sini). Kemudian katanya sudah diambil oleh Guan Eng. Berani "Melayu DAP" ini kecam Haron Din. Apakah komen Haron Din selepas ini?
Malaysia dikejutkan semalam oleh kebiadapan seorang pelukis bernama Vincent Leong yang melukis lukisan yang cukup kurang ajar terhadap Raja Melayu dan pemimpin Melayu.
Ramai mencari siapakah beliau yang sebenarnya. Dalam satu video di Youtube, lihat video di bawah, Vincent Leong ketika itu ditemubual oleh Asia Society yang berpusat di Hong Kong.
Dalam video tersebut jelas sekali menceritakan apakah kecenderungan politik Vincent ini. Gambar dan hujah beliau nampak ke arah pro pembangkang.
Pihak berkuasa perlu segera menahan dan menyiasat pihak yang memberi dana untuk pelukis ini membuat lukisan lukisan yang biadap dan kurang ajar terhadap institusi raja dan kepimpinan negara.
Kebebasan ada hadnya. Banyak lagi yang boleh dilukis, mengapa sampai menghina begitu sekali?
Salah satu perkara yang menjadi topik bualan ramai apabila Neelofa memuatnaik gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh bapa saudaranya ialah komen yang dikeluarkan oleh adiknya, Ameera. Komen tersebut memang agak kasar dan mengejutkan orang ramai yang membacanya. Mana tidaknya, ramai yang tak menyangka gadis berwajah lembut seperti Ameera sanggup mengeluarkan kata-kata maki hamun yang amat kesat. Abang Nara pun terkejut sebenarnya.
Antara komen-komen yang ditujukan kepada Ameera selepas komen tersebut dimuatnaik ialah 'muka cun, tapi perangai tak cun', 'perangai pun kenalah secantik wajah' dan 'tak sangka Ameera sanggup cakap macam ini'. Buat yang terlepas pandang, berikut ialah komen adik Neelofa.
Secara jujur, Abang Nara pun akan bengang sekiranya kakak sendiri dikutuk habis-habisan kerana sekeping gambar. Stress pun ada jugak. Lagipun Ameera baru berusia 14 tahun. Orang muda memang darah menggelegak sikit. Menyedari kesilapannya, Ameera telah membuang komen tersebut dan kini tampil dengan permohonan maaf yang panjang lebar.
Bukan mudah mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, namun itulah yang telah ditulis oleh Ameera di dalam permohonan maafnya. Semoga perkara yang sama tidak berulang lagi. Memang tak molek sebenarnya lebih-lebih lagi apabila anda merupakan seorang adik kepada selebriti popular. Apa pun, jadikan ini semua sebagai pengajaran. Tahniah kerana mengakui kesilapan anda.
Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dicabul seorang 'tukang paip' dalam kejadian di sebuah kondominium di Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 petang itu, suspek berusia 20-an dilapor menyamar sebagai tukang paip dengan mengenakan pakaian hampir sama digunakan pekerja pengurusan kondominium itu.
Harian Metro difahamkan, suspek terlebih dulu 'mencuri' maklumat mengenai penduduk kondominium itu sebelum melakukan penyamaran.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menyiasat laporan polis yang dibuat remaja terbabit di Balai Polis Bukit Jalil itu mengikut Seksyen 377c Kanun Keseksaan.
"Siasatan awal mendapati ibu mangsa membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium itu kerana paip rumahnya mengalami masalah minggu lalu, tetapi pihak pengurusan memberitahu mereka tidak menghantar tukang paip termasuk pada hari kejadian," katanya, semalam.
Zainuddin berkata, bagaimanapun remaja terbabit yang bersendirian di rumahnya didatangi seorang tukang paip.
"Disebabkan rumahnya memang ada masalah paip, remaja terbabit tidak curiga dan membenarkan lelaki itu masuk.
"Selepas memasuki, suspek menarik tangan mangsa dan mengheretnya ke dalam sebuah bilik sebelum mencabul remaja itu," katanya.
Menurutnya, suspek melarikan diri selepas selesai melempiaskan nafsu.
Beliau berkata, mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ibunya sebelum dia dibawa ke balai polis berhampiran.
"Mangsa sudah dirujukkan ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan diberikan rawatan lanjut.
"Polis berusaha mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya dilakukan," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/27159#sthash.D5pGwI1n.dpuf
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Katalah apa sahaja kepada beliau. Apa yang beliau tidak pernah terima. Maki hamun, kata nista dan fitnah sudah jadi makanan setiap hari. Politik beliau letakkan ke tepi. Buang segala ego untuk datang melawat Datuk Bentara Nik Aziz Nik Mat di Hospital USM, Kubang Krian, sebentar tadi. Inilah seorang pemimpin berjiwa besar.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dengan disokong oleh bapanya, Lim Kit Siang, sekali lagi mencetuskan polemik apabila mencadangkan semula rancangan untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pernah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 2012. Anak-beranak ini agaknya sudah lupa kepada keputusan dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Tan Sri Raus Sharif, pada 14 Ogos tahun lalu.
Untuk makluman, Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di Malaysia, yang mana tidak ada lagi mahkamah lain yang lebih tinggi yang boleh mengubah keputusannya. Kita meminta semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. Isu ini tidak sepatutnya dipanaskan kembali, terutama oleh anak-beranak ini.
Dalam tahun 2013, Kerajaan negeri Pulau Pinang telah membawa Kerajaan Pusat dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke Mahkamah Persekutuan untuk mendesak pemulihan undi ketiga dan pilihanraya kerajaan tempatan untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Pada 14 Ogos 2014, ketika menolak permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya PBT di negeri itu, panel lima hakim sebulat suara tidak memberi kebenaran kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara. Ketika membacakan keputusan itu, Tan Sri Raus Sahriff berkata, enakmen yang diluluskan badan perundangan Pulau Pinang pada 2012 untuk mengadakan pilihan raya PBT juga terbatal dan tidak sah. Rujuk keputusan yang dibacakan oleh Tan Sri Raus Sharif, di sini.
Persoalannya, kenapakah Lim Guan Eng anak beranak masih berterusan memainkan 'resipi cauvinis' bagi menyakitkan hati bangsa Melayu dan umat Islam?
Akibat terlalu lama batu asas Tok Guru didirikan tanpa ada tindakan susulan, akhirnya batu asas berkenaan tumbang juga akhirnya. Batu asas berkenaan adalah tanda untuk mendirikan Jambatan Tok Guru Nik Aziz di Telok Benjuna, Tumpat, namun jambatan berkenaan sehingga ke hari ini tidak dibina. Nasib baiklah batu asas berkenaan dibuat daripada batu marmar yang cantik. Kalau dibuat daripada kayu, sudah pasti telah reput. Bayangkanlah batu asas berkenaan didirikan dalam bulan Jun 2006. Selepas ini mungkin Menteri Besar baru boleh membuat usaha untuk mendirikan batu asas baru di tempat yang sama. Tak gitu?
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai bersepadu (ICPS) pada 1 Januari 2017 untuk perkhidmatan tren dan bas di Lembah Klang. Bernama melaporkan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata SPAD bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menghasilkan penyelesaian terbaik bagi pelaksanaan sistem baharu itu.
Kad transit baharu itu akan membolehkan penumpang termasuk pelancong melakukan perjalanan di mana-mana sahaja menaiki tren dan bas di Lembah Klang menggunakan kad tunggal, katanya pada taklimat media mengenai perkhidmatan rel bersepadu. Beliau berkata SPAD percaya pelaksanaan ICPS akan menjadi tarikan kepada pelancong kerana ia memudahkan mereka untuk melakukan perjalanan di sekitar Lembah Klang.
Akhbar The Star pula melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Kamal berkata adalah sukar untuk pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang merancang perjalanan memandangkan kebanyakan penumpang membayar tunai untuk tiket mereka. Beliau berkata di negara-negara lain penggunaan kad tanpa tunai untuk sistem pengangkutan awam mencecah 90%, berbanding dengan hanya 10% di Malaysia.
CTS melihat Langkah SPAD ingin menseragamkan penggunaan satu kad menggunakan kad tunggal untuk bas dan tren dilihat sebagai praktikal dan menyenangkan pengguna. Langkah tersebut dapat mengurangkan pengguna dari membawa tunai secara berlebihan yang mungkin mendedahkan mereka kepada risiko kecurian dan dapat mengelakkan penyediaan wang kecil untuk menaiki bas atau tren.
Walaupun pihak SPAD tidak menamakan jenama bagi sistem kad tunggal berkenaan, namun kita dapat mengagak bahawa sistem yang bakal mendapat tempat pastinya Touch & Go. Sistem ini telah digunakan secara meluas di komuter, LRT, Monorel selain daripada tol-tol di seluruh negara. Tambahan pula sistem berkenaan telahpun dimuatkan ke dalam cip pintar yang terdapat pada kad pengenalan bermutu tinggi. Semoga cadangan SPAD ini akan mendapat sokongan daripada orang ramai untuk keselesaan bersama.
PADA Ahad pagi, 25 Januari 2015, satu operasi membunuh Marwan atau Zulkifli Hir dijalankan oleh Polis Filipina secara bersendirian.
Jumlah anggota polis yang terlibat seramai 392 setara komando yang mendapat latihan daripada askar Amerika. Pasukan polis itu berpecah kepada beberapa kumpulan, memasuki satu kawasan yang dipercayai tempat Marwan bersembunyi di Kampong Tukanalipao, Pekan Mamasapano, Propinsi Maguindanao.
Operasi yang membawa kod Oplan Woiverine hanya memerlukan 30 minit sepertimana perancangan Philippiens National Police (PNP).
Operasi itu tersangat penting kepada PNP, kerana Marwan adalah Osama Ben Ladennya Asia Tenggara, malah kepalanya bernilai USD6juta yang ditawarkan kerajaan Amerika.
Marwan atau Zulkifli Hir seorang pakar pembuat bom kelahiran Johor dan mendapat latihan dariapa Jemaah islamiah Indonesia.
Sejak tahun 2010, perburuhan terhadap Marwan dilakukan. Hanya tahun 2011, ianya menjadi perburuhan rasmi PNP dan Kerajaan Filipina.
Kira-kira pukul 4.20 pagi, pasukan komando PNP berjaya memasuki sebuah kawasan dimana terdapat sebuah rumah nipah, dan didalamnya Marwan sedang tidur. Pada pukul 4.30 pagi, target terbangun, lalu ditembak dengan tepat. Salah seorang anggota komando PNP sempat mengambil darah target untuk ujian DNA, namun pasukan memutuskan untuk membawa keluar mangsa.
Dalam proses keluar itulah, pasukan komando polis dihujani peluru daripada seluruh arah dan dipercayai dilakukan oleh BIFF ( Bangsamoro Islamic Freedom Fighters) serpihan MILF ( Moro Islamic Liberation Front).
Dalam pertempuran itu, 44 anggota PNP terkorban berbalas nyawa Marwan.
Sebagai rakyat negara ini, memang kita simpati kepada keluarga mangsa, namun undang-undang dan kegiatan jenayah tidak boleh ditoleransi.
Marwan mempunyai impiannya sendiri, satu impian yang bercanggah dengan kemauan masyarakat antarabangsa, termasuk negaranya sendiri. Apapun, Al-fatihah kepada arwahnya, dan anggota PNP yang beragama islam.
MENGAPA masih ada yang percaya, bahawa pembunuhan Altantuya adalah atas arahan? Di Mahkamah tinggi melalui 159 hari perbicaraan, akhirnya membuat keputusan bahawa pembunuhan itu adalah pembunuhan biasa dan mendapati dua anggota polis melakukan pembunuhan tanpa sebab. Dapatan itu, menghampiri keadaan apabila tahanan reman mati semasa dalam tahanan, di mana tidak berlakupun sebarang arahan.
Altantuya didapati dibunuh pada tahun 2006, di sebuah kawasan di Pinggir Shah Alam, di mana pembunuhannya cukup mengerikan, kerana dipercayai menggunakan sejenis bom c-4.
Dua anggota UTK polis yang terlibat adalah Ketua Inspektor Azilah Hardi dan kopral Sirul Azhar Umar, telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati, meskipun sempat menghidup udara segar selepas mahkamh rayuan membebaskan mereka pada tahun 2013. Atas sebab pembebasan itu, salah seorang daripada mereka, iatu Sirul lari ke Australia, dan sudah menyatakan tidak akan kembali ke Malaysia semata-mata untuk menjalankan hukuman gantung. Kerajaan Malaysia berusaha untuk membawa Sirul pulang ke tanah air. Sirul kini ditahan di satu penjara di Austarlia, selepas polis antarabangsa memberi alert merah kepada beliau.
Meskipun Mahkamah Persekutuan telah meutuskan hukuman mati, namun hukuman itu mungkin hanya dapat dijalankan kepada Azilah, jika Malaysia gagal membawa pulang Sirul.
Umum memang menunggu untuk mengetahui, siapa yang mengarah pembunuhan Altantuya?. Altantuya adalah bekas kekasih penganalisa Politik Razak Baginda. Razak dibebaskan daripada tuduhan bersubahat pada awal perbicaraan.
Apa kah Sirul, akan muncul dengan cerita lain??? dan merungkai persoalan sebab musabab pembunuhan model Mongolia beranak satu itu??? Episode kematian Altantuya sebenarnya belum berakhir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan